Rabu, 28 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 28 Jan 2015 01:29 PM PST

Duke of UMNO


ORANG PAS KEDAH KENAL DAK SAPA PEMIMPIN PAS NI?

Posted: 27 Jan 2015 11:49 PM PST

Kalau sebelum Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu dia bermusuh dan bergaduh sakan dengan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Kedah, kini dia sibuk menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak redha PAS diporak perandakan dari dalam.

Jika dulu dia dikatakan pernah menghina arwah Ustaz Azizan dengan menyamakan bekas Menteri Besar Kedah itu dengan "enjin 3 silinder", saya tidak tahulah apa yang digelarnya terhadap Abdul Hadi di belakang Presiden PAS itu.

Di saat ini, PAS teruk diserang DAP. Bukan sekadar diserang oleh "Dinasti Lim" anak beranak, malah parti itu dan Presidennya teruk diserang bertubi-tubi oleh "segerombolan" pemimpin dari parti yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra Melayu" itu.
 
Malah, melihat sikap yang diambil oleh Ketua Umum PKR, dia lebih "busy" memikirkan nasib dan masa depannya yang bakal diputuskan pda 10 Februari ini di Mahkamah Persekutuan. Hanya sekali-sekala saja dia menyampuk, itupun seolah menyebelahi DAP...

Nak tahu siapa pemimpin PAS tu? Terus baca kat sini....

waadat

Posted: 28 Jan 2015 01:11 PM PST

waadat


ASWJ jawab soalan wahabi

Posted: 28 Jan 2015 12:59 AM PST

Wahhabi cuba mem'viral'kan pengurusan jenazah Almarhum Al Malik Faisal Penjaga Dua Kota Tanah Haram yang katanya ikut sunnah berbanding dengan pengamalan pengurusan jenazah di Malaysia.

Pertanyaan kami :

1. Sunnah yang kamu fahami adakah hanya ketika pengurusan jenazah sahaja dan bukan seluruh aspek kehidupan ?

2. Sunnah yang kamu fahami adakah tidak berkait dengan pemahaman para ulamak (pewaris para nabi) yang membenarkan doa, bacaan al Quran, menaburkan bunga, menyiram air di tanah kubur yang ada sandaran dari al Quran dan hadith ?

3. Sunnahkah yang kamu laungkan hanya ketika pengurusan jenazah sedangkan ketika ini di Kota Makkah telah dihidupkan budaya hedonisme, bangunan kepunyaan Yahudi terpacak kiri kanan ?

4. Sunnahkah yang kamu hidupkan sedangkan peninggalan Rasulullah dihapuskan secara terancang, manakala berhala, kuburan musyrikin dipulihara dengan baik di Arab Saudi ?

5. Jangan lupa, sejarah hitam kejahatan yang dilakukan oleh Bani Sa'ud terhadap ulamak dan umat Islam untuk merampas tanah haram.

6. Tidak ada berkabung ? Jangan berbohong. Bohong itu amat dilarang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Negara-negara Arab ada yang berkabung sehingga 40 hari.

7. Sunnahkah bersekongkol dengan Amerika Syarikat, berganding bersama-sama dengan erat. Hillary Clinton pun mengakui membiayai dana untuk wahhabi.

Banyak lagi bid'ah yang semakin subur di Tanah Haram.

Asas-asas amalan yang dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia sabit dari al Quran dan Hadith.

Allah berfirman dalam al Quran :

Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

Dari Hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ﺍْﻮﹷﺘﹿﻓﹶﺄﹷﻓ ﺮْﻴﹷﻐﹻﺑ ِ ﻢِْﻋ ٍ ﺍﻮﹷﻀﹷﻓ ﺍﻮﹷﺿﹶﺃَﻭ ءَﻤَُﻌْﺍ .ِ ﻰﳲﺘَﺣ ﺍﹶﺫِﺇ ﻢَ ْ ﻖْﺒُﻳ ِ ﺎﻤِﻟَﻋ ً ﺬﹷﺨﳲﺗﺍ َ ﺱﺎﳲﻨﻟﺍ ُ ﺎﺳْﻭُﺅُﺭ ً ﻻﺎﳲﻬُﺟ ً ﺍﻮُِﺄُﺴﹷﻓ ﻥِﺇ َّﷲَﻻَ ﺾﹻﺒﹿﻘَﻳ ُ ﻢِْﻌْﺍ َ ﺎﻋﺍَﺰِﺘﹿﻧﺍ ً ﻪُﻋِﺰﹷﺘﹿﻨَﻳ ُ ﻦِﻣ َ ﺩَﺒِﻌْﺍ ،ِ ﻦِﻜََﻭ ْ ِﺾْﺒﹷﻘﹻﺑ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

ءﺎﻤﻠﻌﻟﺍ ﺔﺛﺭﻭ ءﺎﻴﺒﻧﻷﺍ - Ulamak adalah pewaris para nabi (hadith hasan)

Imam Ali bin Abi Thalib / Muhammad bin Ibnu Sirin :

ﻥِﺇ َّ ﺍﹶﺬﹷﻫ ﻢِْﻌْﺍ َ ﻦْﻳِﺩ ،ٌ ﺍْﻭُﺮﹹﻈﹿﻧﺎﹷﻓ ﻦﻤَﻋ ْ ﻥْﻭﹸﺬﹹﺧﹾﺄﹷﺗ َ ْﻢﹹﻜﹷﻨْﻳِﺩ

"Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu". (Lihat: Mukadimah Sahih Muslim 1/14. ﺔﻳﺎﻔﻜﻟﺍ . Hlm. 121. Al-Khatib al-Baghdadi).

Bacaan Surah Yaasin

sabit dalam hadith sahih :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Ulamak menyatakan sunat berdasarkan hadith sohih meletakkan p
elepah kurma basah di atas kubur - Rujuk Mughni Al Muhtaj, Fatawa Al Hadithiah, Riwayat Imam Asy Syafie, Nailul Authar 4/84, I'aanath at Tholibin

Talqin

Al Hafidz Ibnu Shalah

Sebagaimana dinukil Imam An Nawawi: “Telah kami riwayatkan mengenai hal itu (talqin mayat setelah dikubur) hadits Abu Umamah, yang tidak tegak sanadnya (dhoif). Akan tetapi ia dikuatkan dengan syawahid dan amalan penduduk Syam sejak dahulu.” (Al Adzkar, 279).

Imam An Nawawi:

“Dan hadits tentangnya (talqin setelah dikubur) dhaif, akan tetapi hadits-hadits fadhail ditoleransi oleh para ahli ilmu dari muhaditsin dan lainnya. Dan hadits ini dikuatkan dengan syawahid dari hadits-hadits yang shahih semisal,”berdoalah kalian kepada Allah untuk keteguhannya,’ dan washiyat Amru bin Ash, “Berdirilah kalian di atas kuburku selama waktu menyembelih kambing dan membagi-bagikan dagingnya, hingga aku merasa tenang dengan keberadaan kalian, dan aku mengetahui, apa yang bisa membuat utusan Allah (Munkar-Nakir) pergi.’ Yang diriwayatkan Muslim dalam shahihnya. Dan ahlu Syam sudah mengamalkan talqin ini sejak masa awal.” (Ar Raudha At Thalibin, 2/139)

Doa dan bacaan al Quran

Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau "al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah" menyatakan, antara lain sebagai berikut:-

Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam "Syarah al-Muhadzdzab" bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.

Bacaan Al Fatihah

Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi bekas Mufti Iraq dalam kitab al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq menyatakan bacaan al Fatihah kepada simati dibolehkan :

ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.

Kenduri Arwah

Ia bukan larangan kerana di dalamnya menghidupkan sunnah bacaan al Quran, doa, zikir dan pahalanya dihadiahkan kepada simati, mensedekahkan makanan kepada tetamu. (lihat jawapan yang telah diberikan di atas)

BERHATI-HATILAH DENGAN AJARAN WAHHABI YANG CUBA MEMBAWA AJARAN ENGKAR KEPADA SUNNAH.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Raja Abdullah. Amiin .

* Copy paste daripada media sosial tanpa sebarang perubahan.

penawar kencing tikus?

Posted: 28 Jan 2015 01:08 AM PST

Sambil bersarapan di kantin kelihatan beberapa orang staf wanita sibuk membelek sesuatu. Rupa-rupanya stokin.

Nampaknya ia bukan stokin biasa. Banyak khasiat kesihatan jika menggunakannya.

"Berapa harganya?" Tanya seseorang.

"23..." jawab yang ditanya.

"RM23?" Tanya lagi.

"RM230 lah."

"Kalau RM23, siapa nak beli?" Sampuk Demang ketawa kecil.

Itu situasi biasa. Yang luar biasa ialah produk baik harga murah.

Demang faham sangat perkara ini setelah terlibat lebih 30 tahun dalam pemasaran dan pengeluaran produk. Itu sebabnya pengeluar yang cerdik akan meletakkan harga yang tinggi, dengan alasan nilainya tinggi.

Demang tahu strategi itu tetapi tidak tergamak nak menirunya. Biarlah tidak kaya cepat asalkan tidak menekan pengguna yang sedang dalam kesusahan.

Demang berniaga dan ingin keuntungan namun bukan mengambil kesempatan. Jika benar-benar tidak mampu, terus terang dan Demang akan beri percuma.

Demang tidak bercakap kosong. Minyak Morhabshi yang keluarga Demang keluarkan dijual pada harga yang amat rendah berbanding produk lain yang khasiatnya tidaklah terlebih baik daripada produk Demang.

Sekali lagi Demang bukan takbur atau perasan. Demang ada bukti daripada pengakuan pengguna sejak hampir sepuluh tahun. Lihat www.morhabshi.blogspot.com.

Jika produk lain dijual pada harga RM60, Minyak Morhabshi cuma berharga RM28 dengan kuantiti yang sama.

Bukan Demang yang saja-saja dakwa ia baik tetapi itulah pengakuan pelanggan yang sudi menghubungi kami semula mengucapkan terima kasih dan syukur pada Allah Taala. Ramaibyang akui ia berkesan merawat kencing tikus. Memang elok disimpan dalam keadaan negara baru lepas banjir.

Jika ia dikatakan mampu merawat InsyaAllah ia juga mampu menghindari. Kata orang sediakan payung sebelum hujan.

Mahu tahu lebih lanjut hubungi 0194402211.

Bukti Minyak Morhabshi berkhasiat? Wah, kalau produk muslim, sibuklah bertanya bukti tetapi jika produk stokin buatan luar negeri berharga ratusan ringgit, boleh pula yakin dan percaya!

Minyak Morhabshi diperbuat daripada pelbagai herba. Salah satu bahan penting ialah 'morhabshi' itu sendiri yang dikenali di peringkat antrabangsa sebagai 'myrrh'.
Cuba taip 'myrrh benefit' pada Google dan baca keistimewaannya.

Bagi yang elergik dengan produk kampungan jangan risau kerana produk ini telah didaftar dengan KKM dan packagingnya yang profesional ini disediakan pihak SIRIM dengan geran daripada MARA.

Minyak Morhabshi juga menggunakan logo Morha yang telah didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Minggu lalu rencana khas berkenaan Minyak Morhabshi disiarkan secara eksklusif dalam akhbar Melaka Hari Ini.

Semalam kami dijemput bertemu dengan Datuk Shahnor yang bertanggungjawab dalam pembangunan produk bumiputra bagi menjadikan Minyak Morhabshi produk negeri Melaka.

Demang amat berharap dengan harga yang sememangnya amat berpatutan ini dapat diterima rakyat Malaysia. Jika tidak, mungkin Demang terpaksa naikkan harganya supaya setanding dengan produk lain yang amat diminati orang ramai.

Sesiapa yang berminat membeli atau menjadi stokis/agen boleh hubungi pembantu Demang 0194401944.

Apa Yang Tersirat

Posted: 28 Jan 2015 01:06 PM PST

Apa Yang Tersirat


DAP Banding Parti Lain

Posted: 28 Jan 2015 06:12 AM PST

Bandingkan Parti-parti lain dalam negara ini dengan DAP. Apa maknya parti pahaman songsang itu?

PEJUANG BANGSA

Posted: 28 Jan 2015 11:35 AM PST

PEJUANG BANGSA


BERLAJAR DARI KES SIRUL , TIBAI GESA KDN RAMPAS PASPORT ANWAR !

Posted: 28 Jan 2015 08:35 AM PST




Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.

"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.

"Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

Dd i n b u n g a

Posted: 28 Jan 2015 07:02 AM PST

Dd i n b u n g a


PENDUDUK CHEMOR MENDAPAT SATU LAGI SEKOLAH AGAMA RAKYAT BARU

Posted: 27 Jan 2015 09:26 PM PST

YB DS AHMAD HUSNI BERSALAMAN DENGAN PELAJAR SAR AL IMAN

SATU LAGI PEMBANGUNAN BERLAKU DI CHEMOR DALAM DUN HULU KINTA PARLIMEN TAMBUN APABILA YB DATO SERI AHMAD HUSNI MELULUSKAN RM800 RIBU UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN BARU SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL IMAN SERI DESA TANAH HITAM / TAMAN CHEMOR MESRA YANG BOLEH MEMUATKAN 200 PELAJAR DAN KELULUSAN PERUNTUKAN KEDUA RM47,000 BAGI MEMBELI PERALATAN MEJA KERUSI DAN PERALATAN LAIN.

UCAPAN YANG BANYAK MENYENTUH PERASAAN IBU BAPA

PENDUDUK SERI DESA TANAH HITAM DAN TAMAN CHEMOR MESRA AMAT TERUJA APABILA PERMOHONAN MEREKA MENDAPAT KELULUSAN DARI YB DATO SERI AHMAD HUSNI DAN MEREKA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA AHLI PARLIMEN TAMBUN ITU. HJ MUSTAFA SETIAUSAHA SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL IMAN SERI DESA TANAH HITAM / CHEMOR MESRA MELUAHKAN RASA TERIMA KASIH TERAMAT SANGAT KEPADA YB DATO SERI AHMAD HUSNI, MALAH UJAR BELIAU BUKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT SAJA YANG PENDUDUK PEROLIHI PERUNTUKAN DARI YB DATO SERI AHMAD HUSNI MALAH PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEPERTI DEWAN KOMUNITI BARU DIBINA BERJUMLAH RM150,000, SEBUAH SURAU BARU BERJUMLAH RM450,000 YANG BARU SIAP DIBINA JUGA DIPEROLIHI DARI YB DATO SERI AHMAD HUSNI UJAR BELIAU, BELIAU MENGATAKAN SOKONGAN PENDUDUK TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA BARISAN NASIONAL PARLIMEN TAMBUN YANG SANGAT PERIHATIN DAN RAJIN BEKERJA.

MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN SAR AL IMAN

PADA AHAD 25 JANUARI 2015 YB DATO SERI AHMAD HUSNI TELAH MERASMIKAN PEMBUKAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AL IMAN SERI DESA TANAH HITAM / TAMAN CHEMOR MESRA YANG TURUT DIHADIRI OLEH YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH ADUN HULU KINTA, YB USTAZ MOHD ZIAD ADUN MANJOI DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN TAMBUN.

MENYAMPAIKAN CEK RM47 RIBU PEMBELIAN PERALATAN SAR

RUMUSAN,

PARLIMEN TAMBUN MEMANG BERTUAH MEMPUNYAI PEMIMPIN SEPERTI YB DATO SERI AHMAD HUSNI YANG BANYAK MEMBUAT PEMBANGUNAN DI KAWASAN BELIAU, MALAH UCAPANNYA YANG BANYAK MEMBERI NASIHAT DAN PANDUAN TANPA MENYENTUH PEMBANGKANG KERANA BAGI BELIAU PEMBANGKANG BUKAN FAKTOR DI PARLIMEN TAMBUN, YANG AMAT PENTING BAGI BELIAU PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN ROHANIAH SERTA PEMBANGUNAN SIKAP RAKYAT PERLU DI BERI KEUTAMAAN.
GIMIK MENANAM POKOK KURMA

TAHNIAH YB DATO SERI AHMAD HUSNI DAN BN PARLIMEN TAMBUN


tunku

Posted: 28 Jan 2015 03:51 AM PST

tunku


PAS challenges DAP to debate over local council polls

Posted: 28 Jan 2015 12:48 AM PST

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali has challenged Penang Chief Minister Lim Guan Eng to a debate over the party and DAP's dispute concerning local council elections.

Accusing Lim of spewing "half-truths, Mustafa said, contrary to Lim's allegations, PAS was never consulted on local council elections in Penang before it was tabled in the state assembly in May 2012.

"It was wrong for him to say that we agreed to their proposal. This goes to show that he is 'celupar' (a loose cannon)," he told a press conference at PAS' headquarters, Wednesday.

Lim is reported to have said he had called both PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and Mustafa before Penang pushed for the implementation of council elections.

Denying this, Mustafa said PAS was only consulted after the enactment was tabled via a phone call from Lim.

"He then asked me to give positive comments to the press because he said DAP has been pressured by NGOs to fulfil their election promises by pushing for the third vote.

"All I said was, 'God willing'. But this did not mean that PAS supported their proposal," he said.

Mustafa said it was not fair for Lim to have labelled him dishonest and warned him to be mindful of his words.

He added that PAS had consulted DAP on the proposed implementation of hudud in Kelantan before the party joined a special committee to study the implementation of the syariah criminal law.

"Is it fair for me to say that Lim or DAP had agreed to hudud because they had no problem with us joining the committee? Of course not.

Mustafa added that it was better for both he and Lim to face each other in an open debate "to find out the truth".
"Let's determine who is telling the truth, who isn't. As for me, I am responsible for my statement," he said.

bumiyang

Posted: 28 Jan 2015 03:10 AM PST

bumiyang


Kit Siang Sahkan Piliharaya Tempatan Cubaan DAP Rampas Putrajaya???

Posted: 27 Jan 2015 09:04 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 28 Jan 2015 01:19 AM PST

Taipingmali (tm)


Apakah tindakan yang baik untuk haramjadah ini

Posted: 27 Jan 2015 05:44 PM PST

Melukis dan hanya berani di Singapore,  nampaknya pelukis bukan menghina kaum kerabat raja Singapore yang telah diturunkan tahta, tetapi lukisan tersebut seakan-akan menghina DYMM YDP Agong dan perdana menteri DS Najib Razak

Apakah tindakan kita?

Anwar yakin bebas kes liwat

Posted: 27 Jan 2015 05:35 PM PST

Anwar kata dia dapat maklumat dan yakin akan dibebaskan, kenapa , ada pecah perut kah?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 27 Jan 2015 11:43 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS DAN DAP SALING TUTUH MENUTUH: ADAKAH PASMA PEMENANGNYA?

Posted: 27 Jan 2015 06:38 PM PST


Agak hangat dan gamat bila laki bini bergaduh dan tuduh menuduh kononnya si suami tak perform, lembik dan si isteri pula bersikap dingin dan tak feel langsung.

Mungkin itulah yang terjadi antara PAS dan DAP sekarang. Semuanya kerana permainan orang ketiga yang cuba menganggu gugat keharmonian perkahwinan mutaah mereka.

Cinta tiga segi mereka yang disangka indah apabila bermadu rupanya begitu mengerikan disebabkan kecurangan.

Tak mungkin akibat 'kelonggaran' atau 'kurang kemantapan' tersebut dapat diperbaiki lagi meskipun diberi ubat kuat perkasa dan jamu perapat dengan dos yang begitu tinggi.  

DAP selama ini bongkak menganggap mereka begitu besar kerana ada banyak wang memperleceh PAS hanya sekadar pak-pak turut yang boleh dibayar untuk meramaikan majlis. 

Namun ternyata PAS terutamanya para ulama masih punyai maruah tak rela diperkudakan oleh DAP.

Hudud Kelantan jadi igauan ngeri DAP 

Di kalangan ahli-ahli DAP dulu dan kini masih lagi menganggap Islam dan Melayu sebagai musuh utama tak kira samada Melayu itu PAS atau UMNO.

DAP dah mula memperlekeh kerajaan PAS Kelantan kononnya lembab menangani isu banjir hingga terpaksa menjemput kerajaan Persekutuan yang diketuai Najib.

Bagi DAP ia seolah-olah membuka pekung sendiri dan menyembah musuh tradisi minta simpati.  

Namun di pihak kerajaan Persekutuan dan BN, rakyat yang susah wajib dibantu tanpa kira ideologi...

Hmmm... begitu tinggi dan mulianya sifat orang-orang BN-UMNO yang selama ini hebat dikeji namun masih lagi meletakkan sifat kemanusiaan dan ukhwah sebagai pegangan. 

Nak harap keikhlasan DAP bantu mangsa banjir di Kelantan...mungkin boleh dipertikaikan. Tetapi kenapa PASMa dijadikan sebagai orang tengah dalam pemberian bantuan DAP kepada kerajaan Kelantan?

Adakah untuk menutup isu pembalakan haram ahli DAP Ngah dan Ngeh atau untuk mengangkat imej Husam Musa sebagai penggerak PASMa di Kelantan sekaligus menutup skandal balaknya.

Pemberian bantuan itu juga bersyarat untuk mengikat PAS Kelantan agar tidak melaksanakan hudud di negeri itu yang amat ditakuti DAP. 
Banjir balak antara sumbangan besar DAP pada Kelantan: Kini PASMa dijadikan 'orang tengah' dengan kerajaan PAS Kelantan untuk cuci sisa selut dan taik DAP...dalam masa yang sama sebagai sogokan untuk halang hudud.
Sebabnya tak pasal-pasal nanti kaum-kaum DAP akan dikenakan hukuman jika melakukan kesalahan. Tak pun pelanggan-pelanggan aktiviti haram DAP akan turut dihukum jika bersalah.

Malah DAP sebenarnya amat takut jika fenomena hudud ini menjadi ikutan dan dibawa ke negeri-negeri lain. 

Apatah lagi UMNO sendiri sudah berlembut dengan PAS dalam menangani isu banjir di Kelantan dan menyerahkan sepenuhnya kuasa pada PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri yang mereka tadbir itu. 


Maka PASMa yang liberal dan kadang kala biadap itu akan dijadikan pengimbang bagi menyekat kemaraan golongan ulama dalam PAS.

Perangai macam ni tentulah tidak disukai golongan ulama-ulama syura PAS.

PAS dah cabar DAP

Bila DAP mempertikaikan kemampuan PAS Kelantan mengendalikan banjir dan mempersoalkan kenapa PAS menentang pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), PAS mula bangkit mencabar DAP.

PAS mencabar DAP agar membentangkan rang undang-undang persendirian pilihanraya PBT di Parlimen.

Sudah pasti undang-undang itu tidak akan diluluskan kerana tiada sokongan majoriti. UMNO-BN dan PAS mesti tak setuju.

Jadi sekarang PAS ada modal baru menentang ketamakan DAP. Sudah ada kuasa dan modal untuk mengugut serta mengimbangi kerakusan DAP.  

Jika DAP boleh menentang hudud, maka PAS juga boleh menentang pilihanraya PBT yang tidak berfaedah itu...

Isu Anwar: Siapa nak kena tutuh lepas ni?

Menjelang 41 Januari bersamaan 10 Januari 2015 sempena kedatangan tahun Kambing Jamnapari, kes Anwar Ibrahim akan diputuskan samada dia kekal dipenjarakan atau sebaliknya atas kesalahan meliwat pekerjanya; Saiful Bukhari.

Hingga sekarang para peguam Anwar tidak boleh menjawab mengapa benih boboinya si Anwar berada jauh 4 inci di dalam rektrum si Saiful.

Sebagai majikan Anwar telah bertindak menganiayai pekerjanya dengan meliwat mangsa tanpa kasihan dan memikirkan maruah serta masa depan pekerjanya itu.

Jika adapun alasan suka sama suka atau mangsa rela diliwat itu tetap menjadi kesalahan dan wajar Anwar dihukum penjara dan rotan. 

Perbuatan keji ini amat memalukan Islam. Manusia sedemikiankah mahu dijadikan pemimpin Malaysia, menjadi Perdana Menteri?



Berapa ramai lagi rakyat yang akan dibiayai duit-duit haram tokey-tokey DAP untuk menjadi hakim negara yang tidak bertauliah berdemo atau mungkin merusuh demi membela si KETUM itu?

Adakah para ulama PAS mahu membisu atau menyokong lagi si KETUM yang menjadi punca pepecahan dalaman PAS hingga mewujudkan PASMa yang masih ketagihkan bini si KETUM menjadi MB Selangor?

Adakah para ulama syura PAS masih mahu menfatwakan bahawa menyokong Anwar adalah jihad menentang kezaliman UMNO sedangkan sudah nyata ke mana saja Anwar pergi pasti ia menimbulkan kerosakan?

Asal ada Anwar jadi rosak....asal rosak mesti ada Anwar.  







  



10 FEBRUARI @ 41 JANUARI ... TARIKH ANWAR AKAN DIHAKIMI NEGARA?

Posted: 27 Jan 2015 08:45 AM PST


Anwar Ibrahim nampaknya macam sudah menyerah dan tahu kesalahannya kali ini tidak lagi boleh diselindung. 

Kerana nafsu buas kebinatangannya yang songsang itu akhirnya dia bakal ke penjara. 

Mahkamah sebelum ini sudah pun menetapkan hukuman 5 tahun penjara buat Anwar. Cuma dia masih diizinkan Allah taala untuk membuat rayuan dengan memutar belitkan kenyataan dan mengajak rakyat menghakimi negara untuk melepaskan diri atas dosanya sendiri. 

Di kalangan para pencacai ramai yang masih tak mahu percaya sebab bukan mereka pun yang kena tutuh dek Anwar.

Selama ini Anwar terkenal dengan sifat riak bila berucap. Tak ubah seperti penjual ubat kuat seks yang mendakwa diri dan 'barang' mereka begitu perkasa hingga mampu berbini empat sekaligus.

Tetapi kini nampaknya Anwar seperti mahu menyerah kalah dan berserah pada takdir. Satu lagi teknik yang dilakukan oleh kebanyakkan pelakon-pelakon telenovela dan sinetron di televisyen hingga penonton turut bersimpati dengan lakonan tersebut.


Sebelum ini para pencacai diusung dan diheret ke Putrajaya atas nama Rakyat Hakim Negara memekik terlolong membela si ketua peliwat. 

Perkara yang sama akan dilakukan lagi oleh Anwar untuk menghuru-harakan negara demi membela nafsu si boboinya yang ganas itu.

Mungkinkah Malaysia akan aman damai selepas Anwar disumbat ke penjara?

Atau mungkinkah Malaysia akan bertambah huru-hara jika Anwar terlepas lagi sedangkan si Saiful terus merintih dirinya dianiaya dan dizalimi oleh sistem perundangan negara ini.

Yang pasti dinasti Anwar anak beranak akan terkubur jika Anwar dipenjara nanti. Wan Azizah akan tersingkir sebagai Presiden melalui kudeta dalaman. 

Mungkinkah 50 Januari bersamaan 19 Februari Anwar terpaksa makan limau mandarin dalam penjara.

Nak harapkan anaknya si janda berhias Nurul Izzah?...Jaga laki pun tak pandai inikan pula nak jaga negara.

Anwar dah mengeluh...Apa nak jadi, jadilah....


Namun di sebalik apa nak jadi, jadilah itu sebenarnya terkandung pelbagai ancaman dan kemungkinan.

Mungkinkah jika jasadnya terpenjara tetapi rohnya akan bergentayangan di luar sana berusaha menjatuhkan pemerintahan negara secara reformasi ala-ala 1998 atau revolusi ala-ala insiden Lahad Datu?

Atau sekurang-kurangnya pencacainya akan menggunakan pengaruh asing untuk menekan ekonomi dan hubungan luar kita?

Atau mungkinkah Anwar akan menggunakan Hari Valentine Sabtu 14 Februari bersamaan 45 Januari Tahun Kambing nanti untuk mengumpul segala makhluk LGBT berarak sambil bawa lilin dan merusuh di jalanan demi membela kekasih mereka?

Segalanya ada kemungkinan...Namun bagi kami para pembela negara ini Insya Allah... selagi hidup kami tetap akan lawan hingga Allah menentukan kemenangan buat kami.

The Unspinners

Posted: 27 Jan 2015 11:25 PM PST

The Unspinners


Kata tak bersalah itu helah Anwar untuk lari

Posted: 27 Jan 2015 10:30 PM PST


Tengahhari ini, bakal ada satu PC menuntut agar satu tindakan dilakukan agar Anwar Ibrahim tidak cuba untuk lari ketika hari penyampaian kehakiman pada Februari 10hb.


Dikhuatiri bakal berlaku insiden Sirul lari ke Australia untuk elakkan diri dari hukuman mati kerana terlibat membunuh Altantunya.

Difahamkan Australia menolak extradisi kerana Australia menentang hukuman mati.

Mungkinkah akan berlaku juga atas alasan sama sebab kebanyakkan negara2 orang putih tidak menganggap meliwat satu jenayah lagi atau tidak peduli untuk dikuatkuasa kesalahan kanun keseksaan 377b.

Walaupun Anwar ada dilaporkan berkata dia tak bersalah dan hakim sudah buat keputusan dia tak bersalah, kemungkinan ini langsung tidak boleh ditolak.

Hanya hakim mahkamah tinggi yang kata dia tak bersalah, tapi keputusan itu banyak tercalar dan ada 10 perkara utama tidak lojik dengan keputusan itu.

Mahkamah rayuan yang ada lebih ramai hakim telah terbalikkan keputusan hakim mahkamah tinggi.





Pemilihan parti pun tak betul, nak pemilihan PBT pulak

Posted: 27 Jan 2015 07:30 PM PST


Membazir!!! Pakaian dalam Betty sampai US$890 sehelai?

Posted: 27 Jan 2015 04:33 PM PST


Entah sapa yang tangkap.gambar pakaian dalam Betty Chew isteri CM Pulau Pinang tersidai di rumah mereka.

Mungkinkah Betty guna pakaian dalam berjenama mewah boleh cecah sampai US$890 sehelai dan panties sampai US$300-450 sehelai?

Kita memang tak boleh nampak apa dipakai dalam pakaian Betty. Jika gambar sidaian kain dan jenama yang diguna Betty itu benar, sungguh membazir.


Macam mana Guan Eng boleh komen tentang pembaziran jika isteri dia pun membazir?



Kalau dikirkan Betty tu sebahagian dari NGO taukeh2 kaya dalam Penang Chinese Chamber of Commerce, tak.hairanlsh.

Datum Jelatek: Mercu tanda korupsi dan ketidakadilan sosial PKR DAP

Posted: 27 Jan 2015 07:58 AM PST


Datum Jelatek bukan mengenai kaum semata-mata tetapi rasuah! Jadi taukeh besar MCA berpura-pura menjadi buta warna:

Dan, PKNS cuba menjustifikasikan:




Bantahan ini diketuai oleh Salleh bin Samad atau kini dikenali sebagai Salleh Datum yang menjumpai penipuan dan percubaan untuk berselindung pihak pengurusan PKNS. Beliau biasa dan faham tentang pembangunan hartanah. Pengurus Besar sebelum ini, Dato Omar Osman (OO) cuba memperlekehkannya. 

Sama ada dia tahu atau tidak, OO cuba menutup untuk MB semasa Azmin Ali tetapi dilakukan seolah-olah salah Tan Sri Khalid Ibrahim. Semua orang di Keramat tahu bahawa terdapat muslihat sapu tangan berlaku. Azmin telah manipulasi projek menjadi bahan kempen pilihanraya terhadap Dato Dr Khir Toyo tetapi lepas tangan sebaik saja dia menang.

Pada mulanya, PKNS yang diterajui PKR berniat menjual satu blok kepada Syarikat China dan pembeli antarabangsa. Exco kanan ketika itu, Teresa Kok sebagai broker dan mengambil komisyen dari apa saj autusan dengan pelabur dari China.

Dalam perkembangan baru-baru ini, PKNS mahu tipu penduduk tempatan untuk mempercayai bahawa ia akan menjadi 100% pembangunan Bumiputera. Penduduk tempatan mahu pembangunan rumah Mampu Milik seperti sekitarnya.

Mereka tahu, PKNS telah terjebak dengan kos pengambilan tanah dan premium tanah yang tinggi. Maka rancangan mereka ada untuk jadikannya pembangunan MAMPU tengok. Kononnya Melayu mampu tapi pada harga RM700,000, penduduk tempatan tidak boleh beli dan PKNS akan membukanya kepada semua.

Walau apa dikatakan oleh MCA, ini bukan isu perkauman


Pakatan Rakyat percaya Kelantan berhak mendapat royalti minyak atas alasan keadilan sosial. MCA berdiam bila DAP menuntut pilihan raya tempatan atas kononnya keadilan sosial. SUPP menuntut untuk lebih kerusi bandar di Sarawak atas alasan perwakilan dan keadilan sosial.

Penindasan ekonomi bukan keadilan sosial. Ia bukan keadilan sosial apabila orang luar dengan wang yang banyak mengambil alih tanah dan mengetepikan masyarakat tempatan hingga masyarakat itu pupus. Bukankah keadilan sosial bagi penduduk tempatan Keramat untuk menuntut rumah di atas tanah nenek moyang mereka dikekalkan?


DIterjemah dari ABITW SINI

Betty mampu la beli fur coat RM45 ribu ... dia Imelda Marcos

Posted: 27 Jan 2015 01:30 AM PST


Beli masa sale boxing day pun murah. Sampai 50 ke 60% off.

Tak masuk akal kluo duit sampai RM45 ribu nak beli fur coat yg pakai sekali sekala... dah over tu.


Betty bolehlah. Malah dia boleh jadi Imelda Marcos


Dia jaga property satu Penang dan dalam PCCC.



Nak fitnah pun, wasayiyyah la sikit.

APANAMA

Posted: 27 Jan 2015 11:20 PM PST

APANAMA


Scapegoats and Oxygen for the boss

Posted: 27 Jan 2015 07:26 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 27 Jan 2015 09:51 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Kebebasan Melukis? Pelukis Ini Sudah Menghina Institusi Raja & Pemimpin Negara

Posted: 27 Jan 2015 06:45 PM PST

Guan Eng Kata Kerajaan PAS Kelantan Lemah

Posted: 27 Jan 2015 02:30 AM PST


Video Yang Bakal Jadi Igauan Azmin Ali Minggu Ini

Posted: 27 Jan 2015 12:09 AM PST


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 27 Jan 2015 03:23 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Wanita ramai anak kuat seks?

Posted: 27 Jan 2015 03:35 PM PST

Sekadar gambar hiasan
PANDANGAN klise masyarakat yang mengaitkan pasangan mempunyai anak ramai seringkali ditafsirkan sebagai individu yang kuat seks adalah tidak tepat.

Malah, mengaitkan wanita yang melahirkan ramai anak sebagai orang yang kuat seks dan menerima kepuasan seks di tahap maksimum juga bukanlah satu kenyataan yang benar bagi menjadi kayu pengukur kepada tahap perlakuan seksual seseorang.

Menurut Perunding Urologi, Profesor Madya George Lee Eng Geap, anak ramai bukanlah petunjuk bahawa individu berkenaan ialah seorang yang kuat seks atau mendapat kepuasan seks yang tinggi, tetapi menandakan bahawa individu berkenaan adalah seorang yang subur.

Beliau berkata, faktor kesuburan juga tidak menunjukkan seseorang itu mendapatkan kepuasan seks yang maksimum sebaik apabila mereka mengandung.

Ini bermakna, biarpun golongan ini subur, tetapi itu tidak menjadikan mereka mendapat kepuasan seks yang maksimum sehingga menyebabkan mereka mengandung.

Ini juga adalah satu kenyataan yang perlu diperhalusi, iaitu tidak semestinya apabila seseorang wanita itu mengandung, ini bermakna dia telah menerima kepuasan seks yang maksimum daripada pasangannya.

"Kedua-dua kenyataan ini memang tiada bersangkutan dengan tahap kepuasan seks wanita. Malahan apabila seorang wanita mengandung mereka pasti akan mengalami rasa penat dan kesakitan dan mana mungkin mereka merasa kenikmatan seks.

"Kajian juga menunjukkan hampir 30 peratus daripada golongan wanita tidak mencapai tahap orgasm ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan dalam kehidupan mereka tetapi mereka tetap mengandung, dan tidak semestinya apabila tidak mencapai tahap klimaks mereka tidak akan mengandung.

"Ini kerana mengandung bersangkutan dengan sperma yang dipancarkan oleh lelaki ke dalam vagina dan rahim wanita dan tiada kaitan dengan tahap kepuasan seks mahupun keghairahan melampau seksual seseorang," jelasnya.
Dalam pada itu George berkata, ramai dalam kalangan masyarakat dahulu yang mempunyai anak yang ramai berbanding sekarang.

Salah satu penyebab kepada keadaan berkenaan, berdasarkan kepada kajian menunjukkan kandungan sperma lelaki pada hari ini kurang subur. Kajian dilakukan berdasarkan kepada perolehan sperma yang diterima daripada lelaki sempena kempen pendermaan sperma.

Sperma yang kurang subur, diakibatkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan serta gaya hidup hari ini yang menyebabkan golongan ini sudah mula tidak terangsang dengan seks.

"Lagi satu cara hidup golongan lelaki sekarang sudah berlainan kerana banyak aktiviti lain yang dilakukan seperti beriadah, bermain komputer dan sebagainya menyebabkan mereka kurang melibatkan diri dengan aktiviti seksual bersama pasangan.

"Tambahan pula golongan wanita juga berkahwin lambat dewasa ini, kerana masing-masing sudah mempunyai kerjaya profesional. Apabila berkahwin lambat golongan ini semakin menurun kesuburannya berbanding anak gadis zaman dahulu yang berkahwin sewaktu usia muda," katanya.

Dalam pada itu dia menjelaskan, pemikiran generasi sekarang dan tanggapan mereka terhadap anak adalah berbeza kerana dahulu ibu bapa menganggap anak umpama 'aset' kepada mereka untuk bekalan di hari tua, berbanding hari ini yang segala-galanya memerlukan kos bagi menampung keperluan anak-anak yang semakin meningkat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/wanita-anak-ramai-kuat-seks-1.53077#sthash.wMd6J00A.dpuf

Foto separuh bogel mandi laut tersebar

Posted: 26 Jan 2015 11:02 PM PST

DIA buat lagi dah!

Hai memang tak serik-serik nampaknya penyanyi kontroversi Miley Cyrus ni.

Terbaharu, gambarnya ketika sedang bercuti di pusat peranginan di kepulauan Hawaii dalam keadaan payudara terdedah tersebar dan menjadi topik utama kebanyakan media hiburan antarabangsa.

Turut sama dalam percutian itu ialah teman lelakinya, Patrick Schwarzenegger yang merupakan anak kepada aktor terkenal, Arnold Schwarzenegger.

Miley sebelum ini memang hangat dengan pelbagai kisah kontroversi apabila dia kelihatan terlalu 'try hard' untuk membuang imej gadis baik (girl next door) yang pernah dibawakannya menerusi drama bersiri Hannah Montana.

Apa sahaja yang tak pernah dilakukannya.. bergambar bogel sudah, menyokong kempen 'free the nipple' sudah, lepas ni apa lagi tindakan gila akan cuba dibuat anak Billy Ray Cyrus ni ya? -MYNEWSHUB.CC

Bertudung tapi macam pelacur!

Posted: 26 Jan 2015 07:01 PM PST

MEMANG agak kasar tajuk di atas tapi kalau tak disergah kami bimbang gadis bertudung di negara ini makin hanyut terbabas, seperti contoh di atas.

Agaknya apa yang bermain dalam minda gadis-gadis ini tatkala menyarung tshirt gambar separuh bogel ni ya?

Takde langsung sifat malu ke pakai macam tu, dah elok-elok berhijab tapi pakai pulak baju yang memaparkan imej wanita berbikini.

Walaupun secara teknikal bukan mereka yang pakai bikini, tapi ilusi daripada baju tu boleh memberikan gambaran seolah-olah mereka berpakaian seksi semacam itu!


Kan, tak pasal-pasal ada orang tweet menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran anak muda masa kini yang rela 'diperbodohkan' demi mengikut fesyen, tanpa memikirkan baik buruk daripada perbuatan mereka itu.

Lebih memalukan tweet itu datangnya dari seseorang yang bukan beragama Islam yang menegur sikap itu sambil mengaitkannya dengan Islam.

Diharapkan selepas ni para wanita terutama kaum muslimah lebih hati-hati dalam menggayakan sebarang pakaian.

Sebelum keluar rumah tengok-tengok cermin dulu ya, pastikan maruah diri turut melekat pada baju yang dipakai! -MYNEWSHUB.CC

Cabul: Jiran jolok kemaluan anak dengan jari

Posted: 26 Jan 2015 06:01 PM PST

PERMATANG PAUH 26 Jan. – Seorang suri rumah mendakwa anak perempuannya berusia enam tahun dicabul oleh jirannya di Taman Kurau Jaya, Kuala Kurau, Perak.

Soon Mooi Choo, 40, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 21 Januari lalu semasa anaknya dipanggil oleh seorang lelaki yang dikenalinya.
Katanya, kejadian berlaku ketika anaknya itu bermain di luar rumah.

"Anak saya pergi mengikut seorang lelaki yang saya kenali ke rumahnya. Selepas beberapa minit, anak saya pulang ke rumah dan saya menyuruhnya mandi.

"Ketika anak saya menanggalkan pakaian dalamnya, saya dapati terdapat tompokan darah pada seluar dalam anak saya dan dia beritahu saya yang lelaki tersebut memasukkan jari ke dalam kema­luannya," katanya dalam sidang akhbar di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, Mooi Choo membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau.

"Saya ketika itu sangat takut kerana jarak di antara rumah saya dengan rumah lelaki tersebut dekat. Saya bimbang perkara ini berulang.

"Dalam keadaan buntu pada ketika itu, saya membuat dua kali laporan polis, namun kedua-dua saya tarik balik kemudiannya," ujar wanita tersebut.

Bagaimanapun katanya, atas nasihat saudara, dia membuat laporan polis semula di Balai Polis Seberang Jaya pada 23 Januari lalu.

Menurut Mooi Choo, anaknya kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu 23 Januari lalu.

"Oleh kerana laporan mangsa dibuat awal di Kuala Kurau, pihak kami akan merujuk dengan pihak berkuasa di sana," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suri-rumah-dakwa-anak-dicabul-jiran-1.52929#sthash.1afK9sFx.dpuf

Perogol bersiri bernafsu pelik kembali mengganas

Posted: 26 Jan 2015 05:01 PM PST

Nakhon Pathom: Perogol bersiri yang memiliki nafsu terhadap wanita warga emas menyerang lagi untuk kali ke-10, kata polis semalam.

Mangsa terbaru lelaki misteri itu ialah wanita berusia 73 tahun.

Penolong Pesuruhjaya Polis Thailand, Sopon Pisuttiwong berkata, lelaki terbabit juga melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

"Polis akan mengepung kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat mangsa terbaru itu diserang dan yakin suspek dapat ditangkap tidak lama lagi,"
katanya di sidang media semalam.

Sebelum ini polis mendedahkan memburu perogol bersiri yang menyasarkan wanita warga emas untuk memuaskan nafsunya.

Kata polis, hampir semua mangsa berusia 70-an dan dua daripada mereka mati dibunuh.

Sopon berkata, polis yakin dapat menangkap suspek kerana bukti terbaru menunjukkan lelaki terbabit semakin hampir dikesan.

Dalam kejadian terbaru semalam, anak lelaki mangsa berkata, dia tidur di sawah 300 meter dari rumahnya dan terkejut apabila mendapati ibunya keluar dari rumah sambil menangis.

Ibu mangsa memberitahu seorang lelaki memecah masuk ke rumah dan mengacukan pisau sebelum merogolnya.

Penyerang turut mencuri barang berharga dan membunuh anjing mereka dengan racun. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26552#sthash.bY7vrCwC.dpuf