Selasa, 3 Mac 2015

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 02 Mar 2015 11:45 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Majlis Syura sahkan tak timbul gabung PAS, Umno

Posted: 02 Mar 2015 05:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan tidak timbul isu PAS bergabung dengan Umno, sebaliknya semua pihak di nasihatkan jangan bercakap mengenai sebarang isu berkaitan penggabung an PAS dengan Umno atau berpecah serta keluar daripada Pakatan Rakyat.

Setiausahanya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dengan tegas menyatakan Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah membincangkan atau memutuskan mengenai penggabungan antara PAS dengan Umno, sebaliknya PAS tetap tidak akan bersama dengan parti itu.

Beliau menjelaskan, apa bila sesuatu perkara itu diputuskan Majlis Syura Ulama, maka itulah keputusan PAS.

"Perkara yang tidak dibincangkan Majlis Syura Ulama itu tiba-tiba orang yang berada di peringkat bawah ini yang pandaipandai.

Orang bawah ti dak berhak bercakap perkara-perkara seumpama ini lebih awal daripada kenyataan yang akan dikeluarkan Maj lis Syura Ulama," tegasnya sewaktu dihubungi

Katanya, isu penggabung an Umno dengan PAS itu ditimbulkan untuk memecah belah perpaduan di dalam jemaah.

Beliau juga menyifatkan pihak yang ingin memecah perpaduan dalam jemaah itu akan menghadapi dosa paling besar.

"Pada umumnya, masalah bergabung dengan Umno atau dengan siapa, semua kena ingat dalam parti kita mempunyai dasar.

Yang membenarkan ber gabung dengan manamana parti politik luar ini adalah Majlis Syura Ulama sahaja.

"Jadi, mana-mana pihak yang bercakap ini (penggabungan), dia mendahului jemaah. Orang yang mendahului jemaah ini hukumnya haram," tegasnya.

Sebelum ini pernah timbul desas desus PAS akan bergabung dengan Umno termasuk di kalangan PAS sendiri. Ia diburukkan lagi apabila ada pemimpin Umno yang mengatakan akan wujud penggabungan antara kedua-dua parti itu

Tok Guru sepanjang zaman

Posted: 02 Mar 2015 05:50 AM PST

Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA 


SIAPA yang sangka sosok tubuh kecil ini telah menempa nama sebagai pemimpin yang disayangi
rakyat berbilang kaum. Sepanjang karier politik beliau kenyataannya sering menjadi bahan kontroversi mendapat reaksi daripada musuh politiknya, malah jikalau tersiar namanya di dada akhbar atau di kaca TV pasti ia bertujuan untuk mengeksploitasi dan bukan menceritakan yang sebenarnya.

Namun pada waktu pemergiannya, media perdana seolah mahu 'menebus' perbuatannya selama ini dengan menyiarkan berita pemergiannya sebagai pemimpin besar negara. Malah Astro Awani membuat liputan dari awal berita kematian sehinggalah majlis penyempurnaan jenazah sehingga ke malam harinya.

Akhbar berbahasa Mandrin pula menyiarkan sepenuh muka surat tentang kehadiran berpuluh ribu rakyat menziarahi dan mengiringi jenazah. Terpampang tajuk besar berbahasa Mandarin "Tok Guru Sepanjang Zaman".

Mendapat Berita Sedih 

Berita pemergian Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaklumkan ke seluruh negara 10 atau 15 minit setelah allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada pukul 9.40 malam.

Saya berada dalam majlis forum anjuran MalaysiaKini sebagai salah seorang panelis membicarakan masa depan politik selepas Anwar dipenjarakan apabila Fathi Aris selaku moderator mengumumkan kepada orang ramai berita mengejutkan ini.

Saya terus menghubungi anak Tok Guru, sahabat saya Ustaz Nik Omar untuk mendapat kepastian lalu mendapat balasan whatsapp ringkas, "Tok Guru meninggal jam 9.40". Saya sudah hilang fokus dan hanya tertumpu untuk ke Kota Bharu sejurus majlis walaupun saya terpaksa menyelesaikan dahulu baki masa berforum. Usai forum, malam itu juga saya bertolak ke Kota Bharu.

Bersama Tok Guru Semasa Pelajar 

Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, saya hanya mampu menahan sebak kesedihan kerana beliau adalah pemimpin tertinggi parti saya. Peranan kepimpinan Tok Guru kepada orang PAS bukan sahaja sebagai ketua tetapi sifat kebapaan beliau yang melihat kami dengan penuh kasih sayang dan senantiasa berjiwa besar.

Saya terkenangkan semua itu sehingga membawa saya kepada ingatan beberapa pertemuan saya dengan Tok Guru sepanjang karier saya dalam PAS. Pertemuan awal ialah semasa saya masih menuntut di Mesir sekitar awal 90an.

Kali pertama saya diberi penghormatan bersama Tok Guru ialah ketika beliau berkunjung ke Mesir pada tahun 1991. Melalui Nik Omar anaknya, saya meminta jasa baiknya supaya ayahnya mentahnikkan anak sulung saya yang baru sahaja lahir ketika itu. Saya bukan sahaja mendapat persetujuan bahawa Tok Guru akan mentahnik (sunnah membelah mulut bayi kecil) anak saya malah beliau akan berkunjung ke rumah sewa saya pada pagi hari.

Saya dan isteri teruja kerana Tok Guru akan makan pagi di rumah kami. Pertemuan pagi itu dalam kedinginan cuaca musim sejuk Mesir bersama Tok Guru akan saya ingat selamanya. Malah saya sering mengingatkan anak sulung saya Nidhal bin Mujahid bahawa betapa beruntungnya anak saya didoakan oleh tokoh hebat ini.

Bimbingan dan Nasihat 

Tugas saya sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) membawa saya terjun dalam kancah kepelbagaian kaum dan agama di negara ini. Saya mendapat keyakinan dengan sokongan dan dorongan Tok Guru kepada usaha yang saya jalankan.

Sebahagian besar perasmian besar-besaran Kelab Penyokong PAS yang kami usahakan akan disempurnakan oleh Tok Guru. Antaranya ialah di Kelantan sendiri, Selangor dan Johor. Setiap kali kehadiran Tok Guru menyempurnakan pelancaran Kelab Penyokong PAS, masyarakat berbilang kaum khususnya kaum India akan memenuhi dewan. Mereka melihat Tok Guru sebagai idola mereka malah ada yang menganggap mereka adalah anak angkat Tok Guru sendiri.

Beliau sering mengingatkan saya bahawa, "Mujahid kena jaga mereka molek-molek, dakwah Rasullullah ialah kepada bukan Islam, kena ambil contoh lagumano Islam menyantuni mereka, ambo (saya) sendiri cubo di Kelantan untuk buktikan pada demo (bukan Islam) betapa chomenyo (cantiknya) Islam".

Kemuncak kehadiran Tok Guru ialah pelancaran Kelab Penyokong PAS Nasional di Kelang pada tahun 2009 dengan kehadiran perwakilan seluruh negara lebih kurang dalam 1,000 orang ahli yang berdaftar termasuk Sabah dan Sarawak. Tok Guru begitu gembira dengan pencapaian PAS di kalangan bukan Islam pada hari tersebut kerana mereka sudah boleh menerima perjuangan PAS.

Menyokong DHPP 

Saya sering juga mengadu keoada Tok Guru dalam pertemuan-pertemuan saya tentang betapa Kelab Penyokong PAS perlu dinaik taraf kepada Dewan untuk mereka menjalankan aktiviti mereka yang diiktiraf oleh perlembagaan parti.

Beliau selain almarhum Ustaz Hasan Syukri dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden amat prihatin untuk meletakkan bukan Islam dalam bentuk sebuah sayap yang diiktiraf oleh parti berbanding Kelab Penyokong PAS yang hanya bernaung di bawah Lujnah Perpaduan Nasional.

Semasa saya mengiringi beliau dalam pengistiharaan Pilihan Raya Permatang Pauh 2009, beliau menggesa pada saya supaya perkara ini disegerakan dengan melihat peruntukan perlembagaan dan memberi ruang yang lebih besar kepada ahli Kelab Penyokong PAS menyertai organisasi induk parti.

Semangat itu yang saya dan rakan-rakan bawa dalam usaha meningkatkan tahap keterlibatan bukan Islam dalam PAS dengan mencadangkan sayap baru yang kemudiannya dinamakan sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS atau ringkasnya DHPP.

Alhamdulillah berkat nasihat dan bimbingan Tok Guru, kini DHPP adalah sayap penting parti dengan keanggotaan hampir 20,000 ahli seluruh negara.

Mendamai Saat Tegang 

Pada saat segelintir rakyat Malaysia memilih jalan kebencian dan permusuhan dalam isu kalimah "Allah", Tok Guru menghulurkan kedamaian dengan berdialog dan hormat menghormati. Malah saya dihubungi oleh pegawai Tok Guru untuk mendapat beberapa maklum balas tentang isu ini kerana Tok Guru mahukan input daripada saya.

Tok Guru adalah antara penyokong tegar dialog silang agama dan kerana itu apabila satu pertemuan diaturkan oleh Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan Uskop Katolik Wilayah Utara Bishop Sebastian di Pulau Pinang, Tok Guru tidak teragak-agak menerima temujanji ini.

Di bilik suite Vistana Hotel Bukit Jambul menjadi saksi pertemuan bersejarah antara Mursyidul Am PAS dan Uskop Katolik mementeraikan harapan untuk kedamaian pada masa hubungan tegang kalimah "Allah" mewarnai hubungan antara agama di Malaysia.

Jadual Tok Guru pada hari itu begitu ketat dan semasa pertemuan di petang hari itu, beliau hanya menyatakan betapa beliau berasa terlalu letih namun bersemangat untuk menyatakan kata-kata kedamaian kepada Bishop Sebastian.

Saya yang berada rapat di sisi Tok Guru masih ingat kata Bishop Sebastian, bahawa Malaysia masih memerlukan kepimpinan Tok Guru yang membekalkan kekuatan spiritual bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam.

Tok Guru tersenyum sambil menyatakan itulah yang beliau harapkan supaya kita hidup berdamai antara sesama kita. Majlis berakhir dengan pemberian kek sempena ulang tahun kehadiran Tok Guru yang kemudian kami namakan sebagai kek kedamaian. Jiwa Tok Guru sentiasa terbuka kepada kedamaian antara agama.

Perbualan Tertutup 

Buku saya Menuju PAS Baru mendapat kritikan antara pujian dan kejian. Tok Guru mengikuti perkembangan dan sebagai ayah tidak mahu mengambil sikap sehingga mendengar penjelasan daripada saya. Beliau begitu berhati-hati dan teliti supaya sikapnya tidak dieksploitasi oleh pihak yang memangnya mahu kalau boleh buku saya itu diharamkan daripada dibaca oleh ahli PAS. Saya berkesempatan menemui Tok Guru untuk menjelaskan dan menghadiahkan senaskhah buku saya itu.

Di akhir perbualan tertutup ini, beliau hanya menasihati supaya diadakan diskusi buku ini dan diberi ruang untuk mendengar ide yang ada dalam buku Menuju PAS Baru. Alhamdulillah atas nasihat mulia ini, Pemuda PAS Kelantan menjayakan diskusi buku saya dengan ahli panel Ustaz Riduan Mohd Nor di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu.

Pertemuan selanjutnya ialah untuk saya hadiahkan sequel Menuju PAS Baru iaitu Rejuvenasi PAS kepada beliau. Saya menerangkan tajuk-tajuk dimuatkan dalam buku ini sambil berbincang tentang "kepimpinan ulama".

Saya membawa ide kepimpinan yang lebih mencakupi kepimpinan Islam dengan melihat kepada konsep Al Qawwi dan Al Amin (berkelayakan dan amanah). Tok Guru sedia mendengar pandangan dengan sikap terbuka apabila ada hujah dan beralaskan dalil Al Quran dan Sunnah.

Malah beliau bersetuju asas kepimpinan mestilah mengikut prinsip Al Quran. Namun beliau juga cuba membayangkan kepada saya bahawa betapa sukarnya sesuatu untuk mengubah paradigma sebahagian orang PAS. Wajahnya sesekali membayangkan sesuatu yang serius dan mendalam apabila kami berbincang soal ini.

Buku Berdialog Dengan Gereja 

Buku saya ini mendapat penghormatan apabila Tok Guru sudi menulis kata pengantar bersama Bishop Sebastian. Saya sendiri menyerahkan buku ini kepada beliau di rumahnya ketika itu. Saya menunjukkan kepadanya gambar-gambar dalam buku saya itu semasa kunjungan Uskop Wilayah Utara di Pulau Pinang tempoh hari bertemu dengan beliau.

Saya turut memuatkan cerita pertemuan itu dalam buku saya sambil saya merakamkan penghargaan bahawa semangat Tok Guru yang mempercayai dialog silang agama sebagai jalan kedamaian membawa saya ke seluruh negara membawa mesej ini.

Pertemuan yang sepatutnya hanya beberapa minit itu menjadi sejam kerana minatnya Tok Guru kepada tajuk ini walaupun beliau terpaksa membawa kantung plastik kerana kanser prostat yang dialami.

Nik Omar yang mengaturkan pertemuan berbisik kepada saya, "Selalunya ayah tidak lama berjumpa dengan tetamu, dengan anta (awak) nampak dia lama sikit". Kebetulan Tok Guru menunjukkan pada saya skrip biografi tentang dirinya yang sedang disiapkan oleh seorang penulis. Beliau nampaknya begitu bersemangat pada pertemuan hari itu, mungkin sebab itu pertemuan saya lama sedikit berbanding tetamu yang lain.

Bergegas Balik dari Turki 

Kali terakhir pertemuan saya denga Tok Guru ialah bulan Januari di HUSM. Saya bergegas balik dari Turki setelah mendapat perkhabaran Tok Guru dimasukkan ke bilik rawatan rapi kerana tahap kesihatan yang dialami turun mendadak.

Sejurus tiba di KLIA, saya meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dan ke terus hospital namun hanya dapat menjenguk dari pintu cermin. Esok paginya saya diberi izin masuk oleh pakar yang merawat sambil saya mencium tangan dan dahi Tok Guru.

Beliau sedar sambil tersenyum dan bertanya khabar dalam nada yang sangat lemah. Saya menyampaikan salam beberapa sahabat dari Tuki dan juga Tuan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin yang bersama kami di Turki untuk mengikuti sebuah konferens.

Saya juga membawa amanah dari pengusaha permaidani di Bazar Istanbul yang mengirimkan kepada saya rehal hiasan batu marmar untuk dihadiahkan kepada Tok Guru kerana beliau amat menghormati dan menyayangi Tok Guru.

Saya juga membawa buku terkini saya berjudul Malaysia Pasca Rasisme yang mana beliau turut menulis kata pengantar untuk dihadiahkan kepadanya. Saya hanya mampu menyerahkan kepada anaknya Nik Adli dengan harapan apabila Tok Guru sihat nanti dapatlah beliau membacanya.

Berakhir Dengan Permulaan 

Saya menyaksikan pemergian dua tokoh yang saya kagumi dalam PAS selain ayahanda saya, Haji Yusof Rawa iaitu allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiap kali saya terkenangkan mereka, saya menanam azam untuk meneruskan apa yang telah mereka mulakan.

Perjalanan jauh yang mereka tempuh janganlah disia-siakan dengan sekadar bersedih, limpahkanlah kasih mereka dengan terus beristiqamah. Anggaplah mereka berakhir dengan sebuah permulaan yang akan digalas oleh kita yang masih hidup.

Buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekalung Al-Fatihah, pastinya pemergianmu tidak akan disia-disiakan dan nasihat mu akan sentiasa bergelora menjadi azimat buatku.

Allahumma Arhamhu Rahmatan Wasi'ah...Amin Ya Rabbal Alamin...
Penulis ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS dan AJK PAS Pusat serta Ahli Parlime Parit Buntar.

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Mar 2015 07:14 PM PST

PAS Kawasan Miri


YB berjanji nak membantu tapi mangsa terpaksa menunggu sampai setahun

Posted: 02 Mar 2015 01:55 AM PST


Mangsa Rumah Terbakar Mohon Bantuan Segera

MIRI – PAS Miri telah melawat ke rumah mangsa kebakaran di Pengkalan Lutong baru-baru ini. Menurut mangsa kejadian berlaku lebih dari setahun yang lalu iaitu pada bulan November 2013.

Pemilik rumah En Abdul Malik Bin Keri yang beralamat di Lot 132 Kampung Pengkalan Lutong memohon bantuan kepada pihak PAS agar dapat membantu beliau membina semula rumah baru mereka yang masih belum dapat disiapkan sepenuhnya.

Sehingga kini beliau masih menyewa di kuarters tempat dia bekerja sementara menunggu rumahnya siap sepenuhnya

Menurut isteri beliau, pernah seorang wakil rakyat Senadin berjanji untuk membina semula rumah baru mereka, tetapi setelah lebih dari setahun mereka menunggu dengan penuh harapan akan janji itu tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh wakil rakyat tersebut.

Mereka pernah pergi ke pejabat residen Miri untuk mengetahui status permohonan mereka yang disampaikan kepada YB (Yang Berhormat) tersebut tetapi mereka amat terkejut apabila pihak pejabat residen memberitahu mereka tidak ada menerima sebarang aduan dari YB tersebut.

Mereka amat kesal dengan sikap YB yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menepati janji sehingga mereka terpaksa menumpang di rumah saudara-mara mereka.

Mereka perlu tempat tinggal baru walaupun tidak sebesar rumah dulu tetapi sekurang-kurangnya mereka lebih selesa tinggal di rumah sendiri dari terus menumpang di rumah orang lain. Pihak PAS datang menghulur bantuan untuk meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Abdul Malik sekeluarga.

Menurut Abdul Malik dia terpaksa menanggung perbelanjaan anaknya yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.  Oleh itu banyak duit diperlukan untuk menanggung keluarga beliau sehingga menyebabkan dia terpaksa memohon bantuan dari orang lain yang sudi membantu untuk menyiapkan rumahnya yang masih terbengkalai itu.

Rumah baru mereka dibina adalah hasil sumbangan dari orang ramai, saudara-mara dan ahli keluarga selepas kejadian kebakaran dulu. Kebanyakan bahan-bahan binaan diambil dari kayu bahan binaan yang terbuang yang masih boleh digunakan dan juga sumbangan dari sahabat handai.

Antara perkara yang diperlukan dana untuk melengkapkan rumah tersebut adalah bilik tidur, dapur serta tandas.

Pihak agensi kerajaan seperti Projek Perumahan Rakyat yang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara mungkin boleh membantu keluarga ini.

Kita mengesa pihak agensi kerajaan seperti BaitulMal, Badan Kebajikan Kemasyarakatan dan lain-lain perlu segera membantu keluarga ini agar mereka dapat menyiapkan rumah baru mereka secepat mungkin.

Kerjasama dengan semua pihak untuk membantu keluarga Abdul Malik untuk menyiapkan pembinaan semula rumah baru mereka amat dihargai dan setiap sumbangan boleh disalur melalui program untukMu Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web kami di www.untukmusarawak.com atau LIKE Facebook Page kami: Untukmu Sarawak - PAS Sarawak Official.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak


English version

Victims of House Fires needs immediate help

MIRI - PAS Miri visited the house fire victims in Pengkalan Lutong recently. According to the victim incidents have occurred more than a year ago, in November 2013.

House owner Mr. Abdul Malik Bin Keri whose address at Lot 132 Kampung Pengkalan Lutong apply for assistance to the PAS in order to help him prepare their new home which has still not been fully completed.

Until now he still rents in company quarters where he worked while waiting for his house to be fully completed.

According to his wife, once an elected representative Senadin had promised to help rebuilt their new home, but after more than a year they waited full of hope with the promise but no action was taken by the representatives.

They ever went to Miri Resident Office to find out the status of their application will be submitted to the YB (Honorable) but they are shocked when the resident office tell them have not received any complaints from the YB.

They are very annoyed with the attitude that only knows the YB promised but not fulfilled until they had to staying with their relatives.

They need a new home even not as big as the house before but at least they are more comfortable to live in their own home rather than continue to live with other people. PAS comes in to help to relieve some of the burden that must be borne by Abdul Malik family.

According to Abdul Malik, he had to bear the costs of his child who is studying at higher education institutions. So much money is needed to sustain his family causing him forced to seek assistance from others who are willing to help to complete their homes that still abandoned.

Their new home was built as result from donated by members of the public as well as relatives and family members after the fire incident before. Most of the building materials are taken from the wood that is not used but can still be used and also the contribution of friends.

Among the things that need funds to complete the house are the bedroom, kitchen and toilet.

Government agencies such as the Public Housing Projects implemented by the National Housing Department may be able to help this family.

We urge the government agencies such as the Baitulmal, Agency of Social Welfare and others should immediately help these families so that they can complete their new home as soon as possible.

Cooperation with all parties to help the family of Abdul Malik to complete the reconstruction of their new home is very much appreciated and each contribution can be channeled through programs For You Sarawak.

For more information, please visit our website at www.untukmusarawak.com or LIKE our Facebook Page: For you Sarawak - Official Sarawak PAS.

























Landskap Siasah

Posted: 02 Mar 2015 07:25 AM PST

Landskap Siasah


Mesin DRC tidak diguna pengi;ang Getah - Penoreh tanggung rugi

Posted: 01 Mar 2015 08:03 AM PST

Kalau industri besi keluli lusuh, para peraih memiliki sistem saintifik, misalnya spektrometer untuk menilai komposisi kimia bahan keluli sekaligus mengelak penipuan penjual besi dengan harga tertentu. Tetapi berlainan dengan industri getah,.
.4 sen cukai SES diperuntuk untuk RnD LGM, mesin penentu DRY RUBBER CONTENT (DRC) tidak diguna oleh pengilang/peraih menajdikan penoreh terdedah dengan penipuan harga...harga ditentu pengilang sedangkan mungkin kualiti gerah itu tinggi dan berharga tinggi....
Siapa perlu kuatkuasa pantau mesin saintifik DRC yang dicipta paten pada tahun 1995 digunakan untuk membela nasib penoreh? (sebahagian isi kandungan kajian Nasib Penoreh Malaysia)


Intellectual Properties (IP) granted to RRIM - tahun 1995
KAIDA BIN KHALID (RRIM and UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA)
Apparatus and method for the determination of the dry rubber content of rubber latex. 
MY-106441-A; appl. 17.8.90; publ. 30.5.95.

Apparatus for the determination of the dry rubber content of rubber latex, by the detection of reflected microwave signals, includes a meter component (1) and a sensor component (2). The sensor comprises a microwave oscillator (18), a transmitter (5), a receiver (6) and a microwave detector (19). During operation, the sensor is immersed to a predetermined depth in-the sample of rubber latex under analysis. In an alternative embodiment, the sample of rubber latex is held within a container, either fixed or removable, positioned adjacent to the sensor. The apparatus is capable of giving accurate and rapid results, and is sufficiently portable and simple to operate to be suitable for use in the field. A method for determining dry rubber content, involving the use of the aforementioned apparatus, is also described.

Muhammad Nuruddin Bashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan