Najib sampai ucapan takziah kepada Zahid Hamidi
Twitter @NajibRazak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pemergian ayah beliau ke Rahmatullah petang tadi. 

"Takziah kpd Dato' Seri @Zahid_Hamidi atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga beliau ditempatkan dlm kalangan yg beriman. Al- Fatihah," kata Najib yang dipetik dari laman Twitter beliau @NajibRazak. 
Hamidi Abdul Fatah, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 5.29 hari ini akibat jangkitan paru-paru. 

Allahyarham berusia 91 tahun. 

Ahmad Zahid menerusi laman Twitter beliau memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak pada 11 pagi esok. 

Ahmad Zahid yang dijadual meraikan majlis perkahwinan anaknya di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini, turut menggantikan acara itu kepada majlis tahlil bapanya. - BERNAMA