Sabtu, 21 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 21 Jun 2014 01:06 PM PDT

tun faisal dot com


NGO Islam makin resah dengan Peguam Negara.. @NajibRazak @DSJamilKhir @NancyShukri

Posted: 20 Jun 2014 05:15 PM PDT



Semakin banyak NGO Islam dan semakin ramai umat Islam Malaysia yang kini mempertikaikan Peguam Negara. Institusi Peguam Negara sekarang dilihat sebagai ancaman terhadap kedudukan istimewa agama Islam dan telah hilang integriti untuk bersikap adil dalam hal ehwal berkaitan orang Melayu, umat Islam Malaysia dan agama Islam di dalam negara ini. 


Satu laman facebook telah dibuka oleh umat Islam dan NGO-NGO Islam yang prihatin dan resah dengan perkembangan semasa ini -  https://www.facebook.com/pecatdansiasatAG

Ini merupakan salah satu artikel yang dikeluarkan oleh salah seorang aktivis Islam negara, A Karim Omar di dalam blognya. Ini merupakan salah satu artikel yang terbaru dari siri artikel yang mempertikaikan Peguam Negara.

Dua Kes Mahkamah Hari Ini Mengesahkan Sikap Gani Patail?

Walaupun ramai orang bercakap tetapi sukar untuk dibuktikan. Kes Gani Patail tidak mahu mendakwa Bible Society Malaysia atas kesalahan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (KawalanPerkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Seksyen 9 membuka mata kehairanan dan seolah-olah mengesahkan dakwaan bahawa Peguam Negara ini ada pilih-pilih kes untuk didakwa dan yang mana untuk beliau tidak teruskan.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini mungkin mencatatkan sejarahnya seolah-olah membuktikan kebenaran sangkaan orang ramai selama ini terhadap Gani Patail.

Kes 1: Mendakwa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman atas tuduhan menghasut. Didakwa di mahkamah sesyen di Kajang pagi tadi.

Kes 2: Mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer di mahkamah sesyen Pulau Pinang. Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Razali Che Ani mohon kes ditangguh dan peguam Rayer akan mohon Peguam Negara untuk gugurkan pendakwaan (laporan Utusan Online).

kes-UZAR-Rayer-berbeza

Apakah ini menjadi satu lagi sebab untuk orang ramai mengesahkan spekulasi yang kuat berlegar?

FB-Yuseri-GaniAGHingga seorang FBer berani membabitkan 'Gani dengan 'underworld'" di status FBnya pagi ini:

Isu MAIS : Keputusan 'buang kes' oleh Peguam Negara (AG) disebabkan Ghani Patail gagal berfikir & mempertimbangkan keputusan berlandaskan kepentingan agama, bangsa & negara – AG khuatir implikasi keputusan yang dibuat menyebabkan ugutan terhadapnya dilaksanakan oleh pihak tertentu – Inilah padah bila AG dikatakan mempunyai skandal & terlibat dengan 'underworld' di mana ia membuka ruang kepada pihak tertentu menjadikan penglibatan AG sebagai alat dalam mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara – Justeru adalah wajar Suruhanjaya di Raja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan orang ramai melibatkan Ghani Patail (AG)!

Bagi saya, saya tetap menyokong PEMBELA dan NGO-NGO Islam seluruh Negara yang sedang melancarkan kempen supaya Gani Patail letak jawatan atau digugurkan dari jawatan Peguam Negara dengan kadar yang segera.

Kiriman saya yang berkaitan sebelum ini:





Desakan agar diadakan jawatan Peguam Negara Syariah adalah reaksi kepada kehilangan keyakinan terhadap Institusi Peguam Negara. Antara artikel awal yang menyarankan ini adalah yang ditulis oleh Datuk Zulkifli Noordin di bawah :-


PEGUAM NEGARA SYARIAH

Mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pihak gereja yang membenarkan mana-mana orang Islam melakukan kesalahan jenayah Islam dengan menyokong kristian menyalahguna kalimah Allah yang bercanggah dengan Enakmen Anti-Dakyah? Sudah tiba masanya kita mengujudkan jawatan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' dan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' setaraf Peguam Negara sivil!.

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kemelut penahanan 300 bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS dan pendirian Peguam Negara tidak mahu mengenakan sebarang pertuduhan terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Apa yang jelas, bibel tersebut mengandungi perkataan dan kalimah yang tanpa sebarang keraguan melanggar peruntukkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor.

Persoalannya sekarang, dengan keengganan AG/ Peguam Negara untuk membawa sebarang pertuduhan, apakah status kes tersebut. Satu kesalahan jenayah terang-terang telah dilakukan, tetapi tindakan pertuduhan jenayah tidak boleh diambil kerana AG enggan bertindak atas alasan-alasan dan sebab-sebab yang telah beliau kemukakan!

Ini adalah kerana kuasa pendakwaan jenayah di Mahkamah sibil terletak secara mutlak dibawah bidangkuasa AG/ Peguam Negara menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan.

Menurut Artikel 145 (3), AG/ Peguam Negara tiada kuasa menentukan pendakwaan di Mahkamah Syariah, kerana itu bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Masalahnya ialah Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk membicara dan menghukum non-Muslim berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan.

Jadi timbul konflik perundangan dimana seseorang yang jelas melakukan kesalahan membabitkan Islam tetapi tidak boleh dikenakan tindakan.

Antara contoh-contoh yang jelas percanggahan ini adalah seperti berikut:

1. Pusat perjudian yang membenarkan atau membiarkan mana-mana orang Islam bermain judi ditempatnya tidak boleh dikenakan tindakan jika ianya dipunyai atau diuruskan oleh non-Muslim walaupun jelas ianya satu kesalahan membabitkan Islam;

2. Mana-mana kedai atau pusat arak dan minuman keras milik non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam meminum arak tidak boleh dikenakan tindakan walaupun ianya jelas satu kesalahan membabitkan Islam;

3. Mana-mana pusat pelacuran non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam melacur atau melanggani pelacur juga tidak boleh dikenakan tindakan;

4. Mana-mana lelaki atau wanita non-Muslim yang melakukan zina atau seks luar nikah dengan pasangan beragama Islam juga tidak boleh dikenakan tindakan, sedangkan pasangan Muslim mereka boleh dikenakan pendakwaan. Ini mengujudkan satu ketidak-adilan kepada orang Islam dan satu diskriminasi perundangan;

5. Mana-mana pihak non-Muslim yang menghina atau memperlekeh institusi Mahkamah Syariah seperti menghina sebarang keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dikenakan tindakan  penghinaan terhadap Mahkamah Syariah (contempt of syariah cour)';

Ini hanyalah contoh-contoh dimana pendakwaan atau pertuduhan jenayah tidak boleh dikenakan terhadap non-Muslim yang jelas melanggar atau melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada Perlembagaan dan/ atau undang-undang berkaitan supaya memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dan Pendakwa Syarie untuk membawa pertuduhan jenayah atau sebarang prosiding terhadap non-Muslim dalam kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah seperti dalam kes-kes diatas tanpa perlu mendapat persetujuan atau keizinan Peguam Negara atau Pendawaraya terlebih dahulu.

Ini akan memastikan non-Muslim menghormati perundangan melibatkan Islam dan tidak sewenang-wenangnya melakukan apa-apa kesalahan yang mereka tahu adalah kesalahan melibatkan Islam.

Tidak timbul soal kita meletakkan non-Muslim tertakluk kepada undang-undang syariah kerana ianya hanya melibatkan mereka yang secara sengaja melakukan kesalahan yang membabitkan orang Islam yang mereka ketahui adalah satu kesalahan jenayah syariah.

Contohnya pusat-pusat perjudian yang secara jelas tahu judi itu satu kesalahan jenayah Islam tetapi masih membenarkan atau menggalakkan atau menyediakan tempat dan ruang untuk orang Islam melakukan kesalahan itu.

Sama juga dengan mana-mana non-Muslim yang tahu seks luar nikah dan zina adalah satu kesalahan jenayah Islam yang serius tetapi masih melakukannya bersama pasangan Islam hendaklah dikenakan tindakan.

Jika tidak, mereka boleh dilihat seperti mempermainkan undang-undang Islam. Malahan akan terjadi penganiayaan kepada pasangan Islam yang boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan dihukum tetapi pasangan non-Muslimnya bebas!

Inilah yang terjadi dalam kes penahanan bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS. Walaupun jelas mereka pendakyah kristian non-Muslim ini melakukan kesalahan jenayah menurut Enakmen Anti-Dakyah, namun tindakan tidak boleh diambil oleh pihak berkuasa Islam apabila Peguam Negara memilih untuk tidak mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan supaya diujudkan satu jawatan dinamakan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah (Syariah Attorney General/ Syariah Public Prosecutor) ' dan satu agensi dinamakan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' peringkat Persekutuan yang samataraf dan samafungsi seperti Attorney General / Peguam Negara yang bertindak sebagai Pendakwaraya.

Ini akan memastikan supaya sistem pengadilan jenayah Islam lebih teratur, tersusun dan profesional dan tidak timbul lagi persoalan dan konflik seperti yang berlaku sekarang bilamana Peguam Negara sivil enggan mengambil tindakan terhadap suatu kesalahan jenayah membabitkan Islam dan instiitusi Islam.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Sya'ban 1435
18 Jun 2014


Apa Yang Tersirat

Posted: 21 Jun 2014 01:05 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Mengapa Pertikai Malaysia Negara Islam?

Posted: 20 Jun 2014 10:29 PM PDT

Sejak merdeka, islam sudah menjadi agama persekutuan. Lima puluh (50) tahun, Malaysia jadi tuan rumah musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa. Malaysia anggota negara-negara islam (OIC). Sekian lama tiada yang protes. Namun selepas sahaja PRU-12, di mana BN kehilangan 2/3 kerusi dewan rakyat, muncullah kaum lain mempersoal agama negara.

Mengapa protes timbul? sebabnya orang islam sendiri. Parti pas melutut mahu sokongan cina dan india; PKR melutut hendak sokongan cina dan india. Demikian juga Umno melutut hendak sokongan cina dan india.

Selepas PRU-12, penduduk majoriti terpaksa melutut dan seperti peminta sedekah; sebabnya, kerana perpecahan.

Orang melayu/islam sungguh baik hati. Semasa kemerdekaan tidakpun mempersoalkan, orang lain menjadi rakyat. Orang melayu/islam akur dengan keputusan Tunku Abdul Rahman Al-Haj semasa negara mahu merdeka; orang lain yang didatangkan oleh British, diberikan kerakyatan; sama taraf dengan peribumi. Namun, kebaikan dan keikhlasan melayu/islam dan bumiputera itu kini dipersoalkan oleh mereka, yang lahir selepas kemerdekaan. Mereka ini, tidak mahu lagi melihat asal usul dan sejarah negara. Punca, keberanian mereka ini, atas sebab oleh kaum melayu/islam sendiri. 

Lihat bagaimana berani dan lantang mereka, Menteri yang bertanggungjawab berkaitan agama islam dan orang melayu/islam sendiri; diperlekeh, malah mahu dihadapkan Majlis Salah laku dewan rakyat; nasib baik; ada Speaker yang mahir dalam undang-undang; selepas meneliti jawapan bertulis menteri itu- Dato Jamil Khir johari; speaker- Tan Sri Pandikar mendapati tiada prima facie terhadap menteri itu; malah Speaker memperkuat, bahawa negara ini adalah islamic state, bukannya secular state; kerana hanya undang-undang yang diamalkan berasaskan secular.

Persoalannya disini, bukan kerana negara ini islamic state atau secular state, akan tetapi, berlakunya perpecahan penduduk asal; sehingga memberi ruang kepada pendatang mempertikai kewibawaan dan status penduduk asal.

Penduduk asal bakal kehilangan kuasa, cepat atau lambat; kalau keadaan mementingkan diri tidak dikikis. orang asal bukan sahaja mabuk kuasa, akan tetapi sudah melupakan hukuwah ummah, sudah melupakan persahabatan, sudah melupakan sifat gotong royong; sudah melupakan apa itu aur dan tebing; sebaliknya penyakit seperti enau dalam belukar menjadi anutan dan pegangan.

bumiyang

Posted: 21 Jun 2014 03:32 AM PDT

bumiyang


Selangor Darul Lubang, Rumah Urut dan Judi???

Posted: 30 May 2014 01:30 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 21 Jun 2014 12:23 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY


RUU: Cadangan Bar Council Dan MKPN Untuk Hapuskan Hak Orang Melayu, Islam Dan Raja-Raja GAGAL...

Posted: 20 Jun 2014 06:00 AM PDT


Alhamdulillah, cadangan untuk membentang Rang Undang-undang Harmoni yang sedang dihebohkan dan galak dipromosikan oleh golongan Liberal di bawah dokongan Majlis Peguam bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta No. 15] dikatakan tidak akan terlaksana.

Khabar yang yang menyebut bahawa daulat institusi Majlis Raja-raja terlebih dahulu dapat menghidu niat jahat puak-puak Liberal ini yang mahu akhirnya menukarkan Tanah Air kita menjadi sebuah Republik melalui RUU ini sebagai permulaannya.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi kekuatan dan keberanian Duli-duli Raja-raja Melayu bagi mempertahankan kedaulatan Tanah Air kita. klik sini

Komen aku: Bila Rang Undang-undang Harmoni gagal di laksanakan, rasa-rasa korang la siapa yang  akan menangis sampai merah mata...?

Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Jun 2014 12:02 AM PDT

Panglima Perang Cyber


Mrs Universe 2014 di Malaysia Awal Ramadhan Tidak Hormat Kedudukan Islam dalam Perlembagaan - Sinar Harian

Posted: 20 Jun 2014 03:12 AM PDT


Petaling Jaya: Pertandingan akhir ratu cantik dunia Mrs Universe 2014 berlangsung buat julung kalinya di Malaysia serta Asia pada 29 Ogos ini.
Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini. 
Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim berkata, semua peserta bertanding selama lapan hari dengan mengadakan sesi fotografi di lokasi di sekitar negara ini.
"Ini juga bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya kepada sidang media, di sini, semalam. 

Turut hadir, Mrs Universe 2013, Carol Lee, Presiden ERM World Marketing Pte Ltd, Alex Liu dan Pengarah Kumpulan Pemasaran Sunway Resort Hotel & Spa, Farizal Jaafar.



Panglima : sepatutnya penganjur mengambil kira ketibaan Ramadhan yang mungkin bermula 28 Jun 2014 dan tidak menganjurkannya ketika umat Islam menyambut bulan suci ini. Pihak penganjur perlu sensitif dan menghormati kedudukan Islam di Malaysia. 
Jangan membuat perkara yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam. Walau dengan alasan untuk membantu promosi Tahun Melawat Malaysia. Kalau kena boikot nanti SOGO juga yang susah. 

Opick Lancar Album Terbaru 'Sahabat Sejati' di Malaysia - Kolaborasi Dengan Anaknya

Posted: 20 Jun 2014 03:01 AM PDT


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK, PETALING DAN KUALA LANGAT (SEBARKAN)

Posted: 20 Jun 2014 02:16 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

SIARAN SEGERA

11 JUN 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja yang akan dijalankan oleh SYABAS bagi menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan. Berikut merupakan tarikh perlaksanakan kerja-kerja tersebut:-

1. SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Penggantian 1 Unit Injap Bersaiz 500mm Diameter di Hadapan Kuil Batu Caves

TARIKH/MASA GANGGUAN

23 Jun 2014 (Isnin), 9.00 malam hingga 3.00 pagi keesokan harinya

24 Jun 2014 (Selasa)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak

S.J.K Tamil Batu Caves; Perusahaan Batu Caves; Taman Spring Crest; Taman Batu Muda; Taman Samudra; Taman Selasih Fasa 1 dan 2; Taman Koperasi Polis 1 dan 2; Taman Sri Batu Caves; Dolomite; Taman Desa Batu Caves; Taman Samudra Teres; Kampung Batu Muda Tambahan; Taman Pelangi Jaya; Taman Billion Mewah; Kampung Batu Muda; Banjaria Court; Taman Batu; Taman Greenwood; Taman Berjaya; Taman gombak; Taman Greenwood Indah; Taman Melewar; Taman Karak Utama; Kampung Padang Balang; Kampung Changkat; Taman Rowther; Taman Changkat Desa; Taman Gombak Ria; Mc Donalds Batu Caves; KJCF Factory, Perusahaan Batu Caves; Giant Hypermarket, Samudra dan Kolej UNIKOP.

Jumlah Akaun Terlibat: 18, 571

2. SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Penggantian 1 Unit Injap Bersaiz 600mm Diameter di Evergreen, Sungai Buloh

TARIKH/MASA GANGGUAN

23 Jun 2014 (Isnin), 9.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya

24 Jun 2014 (Selasa)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Petaling

Kampung Merbau Sempak; Kampung Kubu Gajah; Paya Jaras; Sungai Plong; Penjara Sungai Buloh; Seluruh Saujana Utama; Bandar Baru Sungai Buloh; TSB Commercial; Subang Hijauan U5; SB Jaya; Jalan Hospital Kusta dan Kolam Sedutan Hospital Kusta

Jumlah Akaun Terlibat: 20,264

3. SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Penukaran 1 Unit Injap Bersaiz 600mm Diameter di Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, Petaling Jaya

TARIKH/MASA GANGGUAN

25 Jun 2014 (Rabu), 9.00 malam hingga 3.00 pagi keesokan harinya

26 Jun 2014 (Khamis)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Petaling

Jalan Universiti; Jalan Utara; Jalan 223/51A; Seksyen 11; Seksyen 12; Seksyen 13; Seksyen 14; Seksyen 19; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Jalan Semangat dan Amcorp Mall

Jumlah Akaun Terlibat: 4,104

4. SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Penukaran 2 Unit Injap Bersaiz 600mm Diameter di Hadapan Kolam Menara Jenjarom dan 1 Unit Injap Bersaiz 350mm Diameter di Hadapan Kilang KAYABA, Kuala Langat

TARIKH/MASA GANGGUAN

27 Jun 2014 (Jumaat), 9.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya

28 Jun 2014 (Sabtu)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Langat

TN Metal Industries (M) Sdn Bhd; Pengurusan Dykas Industries Sdn Bhd; Dipsol Chemical (M) Sdn Bhd; Golden Jomalina Dood Industries Sdn Bhd; Henkel Rika (M) Sdn Bhd; Henkel Oleochemical Sdn Bhd; Yeoh Thiam Soon; Audio Phonar Trading Sdn Bhd; Audio Phonar Electronics Sdn Bhd; KYB -UMW Malaysia Sdn Bhd; Apollo Rubber Sdn Bhd; Noble Way Sdn Bhd; Malaysia Precision Manufacturing Sdn Bhd; Nitto Seiko Sdn Bhd; Taman Dato Hormat; Taman Halijaton; Taman Indah Jaya; Taman Gembira Jaya Utama; Taman Perkasa; Jalan Pertiwi, Taman Pertiwi; Taman Desa Wira; Taman Medan Indah; Taman Panglima; Taman Sri Panglima; Taman Telok;Jalan Kubur, Taman Aman; Taman Pahlawan; Kawasan C; SKVE; Pulau Carey; Kilang Toyota; Kilang Proton; Kilang Dipsol; Kilang Alami Chemical dan Kilang Euro Plasterboard.

Jumlah Akaun Terlibat: 5,533

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air. #dtrrangers #ITPT

Sent from my iPhone

TPM @MuhyiddinYassin Nafi Berundur Daripada Kabinet - @Bernama

Posted: 20 Jun 2014 01:52 AM PDT



KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan akan berundur daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekaligus menolak desas-desus yang tersebar di laman media sosial mengenai perkara itu.

Muhyiddin menegaskan beliau akan terus memberi perkhidmatan selama yang termampu dan selagi diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya masih lagi di sini, masih cergas. Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan.

"Kedudukan saya terserah kepada beliau tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau (perdana menteri) dah biasa berbincang dengan saya.

"Jadi, setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, hari ini.

Khabar angin mengenai pengunduran Muhyiddin daripada Kabinet tersebar di laman-laman blog sejak semalam, yang mendakwa beliau mahu memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang akan dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Najib selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas.

"Kedudukan saya, terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,"katanya.

Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Najib juga membolehkan perbincangan dilakukan dari hati ke hati.

"Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara.

"Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak.

"Bagi saya, keutuhan kerajaan dan kekukuhan Umno dan BN, itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan," katanya.

Justeru itu, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota Umno dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu.

"Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya," katanya.

Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab.

-- BERNAMA


Peristiwa Penting Isnin Depan Keputusan Kalimah Allah di Mahkamah Persekutuan - Sebarkan

Posted: 20 Jun 2014 01:43 AM PDT





mohon sebarkan dan ajak datang dan berdoa beramai-ramai terutama yang berpuasa sunat bulan ini. semoga agenda puak liberal dan kristian tidak akan berjaya...

Kembara Politik

Posted: 20 Jun 2014 11:54 PM PDT

Kembara Politik


VIDEO DAP MAHUKAN MALAYSIA MENJADI NEGARA SEKULAR

Posted: 20 Jun 2014 01:21 AM PDT

Penulis merasa terpanggil untuk menyiarkan video yang menunjukkan DAP merupakan parti yang mahu menjadikan Malaysia negara sekular. Walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan, tetapi DAP tidak mahu mengakuinya dan mahu menghapuskannya sekiranya berkuasa. DAP mahu menjadikan Malaysia negara sekular, ironinya PAS menyokong DAP dalam PRU sebelum ini. 

Apakah maksud sekular? Perkataan sekular akar katanya saeculum dalam bahasa Latin yang membawa makna pemisahan agama daripada sistem dan kehidupan. Dalam bahasa mudah, negara sekular tidak membenarkan agama berperanan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan. Apa akan berlaku jika negara menjadi sekular?? daripada pemahaman penulis.. ia akan menghapuskan undang-undang syariah, pendidikan agama islam (sistem sekolah kebangsaan), menghapuskan UIA (sistem pendidikan tinggi awam negara), menghapuskan tabung haji dan pengurusan haji (diuruskan oleh menteri di Jabatan perdana menteri) dan banyak lagi. Ini akan berlaku kerana prinsip negara sekular akan memisahkan agama daripada sistem pentadbiran dan pendidikan.

Berikut adalah video yang menunjukkan DAP mahu menolak Negara islam di Parlimen:-

sungguh licik Lim Kit siang mahu merosakkan Malaysia dengan menghasut parti bukan islam yang lain..


Jawapan yang pernah diberikan oleh kerajaan berkenaan Negara Sekular:- 


Pendapat daripada yang dipertua dewan parlimen Malaysia mengenai isu Malaysia bukan negara sekular yang ditentang oleh MP DAP:-


SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.. DAP ADALAH PARTI YANG MAHU MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Jun 2014 11:48 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEBAB KEKALAHAN ENGLAND DIDEDAHKAN, ADA KAITAN ISU LIWAT

Posted: 20 Jun 2014 08:04 AM PDT

KEGAGALAN ENGLAND MENDUKACITAKAN
Dua kekalahan England dalam edisi Piala Dunia 2014 kepada Italy dan Uruguay sudah dijangka oleh peramal terkemuka yang alim dengan perubahan duniawi masa kini.

Di England, apa yang tidak ada di sana, pusat segala aktiviti dunia, fesyen, shopping, bola sepak, universiti dan sebagainya semua ada.

Namun, sejak kebelakangan ini, sejak aktifnya kedatangan individu-individu yang dikaitkan dengan kejadian meliwat, aktiviti liwat, liwat-meliwat, mahkamah dan liwat, akibatnya pasukan kebangsaan England menerima padahnya.

Untuk menang bukan sahaja pasukan England perlu bersih, tetapi tanah England juga mesti dibersihkan dengan NGO-NGO aktiviti songsang seperti gay dan lesbian.

Lawatan-lawatan yang kerap oleh individu-individu yang disangsikan kebersihannya kerana aktiviti liwat telah memberi kesan buruk kepada pasukan England. Tuhan tidak reda. Tuhan tidak memberi kemenangan. Tuhan tidak dapat memberi kejayaan, di mana seluruh rakyat England menerima nasib buruk.

Individu-individu yang sudah dikenali dengan aktiviti NGO yang memperjuangkan Lesbian dan Gay seperti AlGore yang juga mempunyai hubungan rapat dengan penyagak matawang Soros telah menjadikan England pusat aktiviti mereka. Malah mereka menjemput seorang individu yang popular dengan isu liwat untuk bermastautin di England.

Apa yang tidak ada kepada pasukan England. Wang, Gaji, Jurulatih, Fasiliti, Kemewahan semua mereka ada, tetapi mereka terlupa satu perkara bahawa di England ada berjuta umat Islam juga. Mereka adalah rakyat England juga. Mereka juga mahu pasukan England menang di Piala Dunia.
SATU DUNIA PENYOKONG ENGLAND MERANA 
Inilah bahayanya liwat, bahana liwat, kesan lutsinar liwat, implikasi belakang tabir kegiatan liwat, di mana seorang dua terlibat kegiatan liwat... satu kariah, satu negara terkena kesannya. England tewas dan tewas.

Jika England mahu menang Piala Dunia 2018, England mesti membersihkan kotanya daripada dikunjungi oleh peliwat-peliwat dari seluruh dunia, termasuk peliwat dari negara-negara Asia Tenggara. England mesti menghapuskan, mengharamkan dan menghalau pelaku-pelaku liwat untuk menjadikan England sebagai pusat aktiviti mereka.

"England Bersih Dari Liwat, Look Forward, England For World Cup 2018"

Liwat adalah Haram dan Dosa.



Belantan

Posted: 20 Jun 2014 11:11 PM PDT

Belantan


Jangan keluar lesen judi untuk Berjaya Hills?

Posted: 20 Jun 2014 10:42 PM PDT

Pengunjung sudah cukup terpesona dengan seni bina bangunan ala-Perancis di Berjaya Hills ditambah pula dengan panorama sekitarnya yang menyegarkan.

Seperti diduga, Kumpulan Berjaya - pemilik pusat peranginan yang mereka namakan dengan gah, Berjaya Hills (asalnya, Bukit Tinggi Resort - nama menurut geografi kawasan) di Bukit Tinggi, Bentong, mahu membuat permohonan semula bagi mendapat lesen judi bagi kegunaan resort ini.

Ini dipercayai ada kaitan dengan laporan berita sebelum ini tentang kebarangkalian Resorts World Genting (RWG) - pengendali tunggal bagi pusat perjudian di negara ini setakat ini, memohon menambah lagi 100 meja judi di pusat peranginannya di Genting Highlands dalam usaha naik taraf bernilai RM3,000 juta di sana.

Permohonan semula bagi mendapat lesen judi di Berjaya Hills ini mungkin berasaskan logik; jika RWG memohon dan dipertimbangkan untuk menambah lagi 100 meja judi, mengapa pula permohonan mereka (Kumpulan Berjaya) yang telah ditolak sebelum ini, tidak mendapat layanan sepertimana RWG?

Rancangan untuk memohon semula lesen judi ini disebut oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan sepertimana laporan berita yang disiarkan dalam halaman pertama sisipan Business Times keluaran akhbar New Straits Times pada 17 Jun.

Beliau dilaporkan berkata agar permohonan semula ini - dengan menyuntik pelaburan kira-kira RM3,000 juta (sama nilai sepertimana yang diumumkan oleh RWG untuk menaik taraf resort mereka di Genting Highlands); tidak akan menerima tentangan daripada mana-mana pihak.

"Kami akan memohon semula lesen itu. Malaysia tidak boleh tertumpu kepada satu pengendali. Ia patut dikongsi dengan pengendali-pengendali lain memandangkan pembangunan pelancongan boleh menjana pendapatan yang banyak kepada negara," Tan dilaporkan sebagai berkata.

Beliau juga berkata, "Kami akan memasarkan Berjaya Hills secara global, sebagai destinasi kasino. Saya mempunyai tanah seluas 4,600 hektar di Berjaya Hills dan banyak yang boleh dilakukan dengan pemilikan lesen berkenaan."

Seperti yang kita masih ingat, Kumpulan Berjaya telah pertama kali memohon mendapatkan lesen judi bagi Berjaya Hills pada awal tahun 2000, semasa negara masih di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, permohonan itu menerima tentangan keras terutamanya daripada Kerajaan Negeri Pahang sendiri, yang ketika itu, Datuk Seri Adnan Yaakob berada pada awal tempohnya sebagai Menteri Besar lagi.

Tentangan keras tersebut bukan sahaja dinyatakan dengan jelas dan dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan hingga mendapat reaksi serta sokongan padu daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi turut disampaikan menerusi saluran betul dalam hubungan Kerajaan Negeri ke Kerajaan Persekutuan.

Ketika itu juga, penulis sendiri ada bertanyakan kepada seorang pegawai tinggi Kumpulan Berjaya tentang rasional di sebalik permohonan untuk lesen judi berkenaan yang jawabnya, ialah untuk bersaing dengan RWG.

"Bagaimana kerajaan hendak berharap kami bersaing dengan Genting jika kami tidak diberikan lesen," begitulah lebih kurang alasan yang diberikan, yang dalam hati penulis tertanya pula, "Bila pula kerajaan suruh Berjaya bersaing dengan Genting?"


Seingat penulis, semasa kerajaan negeri didatangi - ketika Tun Mohd. Khalil Yaakob masih Menteri Besar Pahang; bagi permohonan untuk mendapatkan tanah kerajaan di Bukit Tinggi itu, yang dicadangkan - sepertimana idea Dr. Mahathir juga, ialah membangunkannya seperti kawasan peranginan tanah tinggi Alsace di timur Perancis.

Dan jika kita semak kembali apakah tempat-tempat tarikan di wilayah ini - daripada laluan Tour de France menerusi Lembah Munster, bandar Colmar di tengah-tengahnya atau Alsace Ecomuseum yang menempatkan 70 rumah country; tidak satupun yang menjurus kepada penganjuran aktiviti perjudian.

Kalaupun yang negatif adalah tarikan Alsace Wine Route, yang membawa pengunjung menelusuri laluan dan sejarah pembuatan wain, yang dikatakan menghimpunkan kira-kira 1,000 pengeluar bahan minuman tersebut.

Maka kini, jika Kumpulan Berjaya hendak menjadikan kawasan tanah tinggi ini sebagai 'destinasi kasino antarabangsa' pula, jelas sekali ia telah menyimpang jauh daripada sasaran asal bagi memajukannya.

Alasan untuk menjana pendapatan negara termasuk kononnya bakal mewujudkan kira-kira 10,000 lagi peluang pekerjaan, tidak boleh diterima.

Kita tidak perlukan 'gula-gula' sebegini yang, sungguhpun dijanjikan bulan dan bintang sekalipun, masih kita tidak perlukan yang sudah tentu tidak akan ada barakahnya.

Maka, jika permohonan daripada Kumpulan Berjaya sebelum ini ditolak oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan, ekoran bantahan keras daripada kerajaan negeri serta pelbagai pihak lain; begitulah juga diharapkan pada kali ini.

Untuk berlaku adil kepada semua termasuk juga kepada kedua-dua Kumpulan Berjaya dan RWG (mengenai permohonan untuk tambahan 100 lagi meja judi itu), elok ditolak sahaja permohonan kedua-duanya serta tegaskan 'once and for all', cukuplah dengan apa yang telah diperolehi selama ini.

Suara Politik
Belantan

Pas khianati Islam di Selangor?

Posted: 20 Jun 2014 09:18 AM PDT


Sejarah yang amat memalukan Pas!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyelar sekeras-kerasnya tindakan empat Ahli Parlimen Pas dari Selangor yang mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedudukan agama Islam di negeri itu.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, gesaan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan untuk menjalankan peranan menjaga kedaulatan agama menjadi bukti bahawa keempat-empat wakil rakyat itu meletakkan kepentingan politik melebihi tuntutan agama.

"Jelas mereka keliru dengan kedudukan dan peranan MAIS, isu rampasan Bible kerana tidak memahami Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam, keliru kuasa Sultan Selangor berhubung agama Islam dan keliru batasan kuasa Exco kerajaan negeri.

"Saya bersimpati, mereka kena belajar untuk memisahkan diri daripada terkongkong dalam politik sempit. Hanya jika bebas dari kongkongan parti politik sempit, baru mereka tahu isu dan batasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah menyifatkan tindakan tersebut merupakan satu penghinaan bagi seluruh umat Islam khususnya di Selangor.

"Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan juga umatnya kerana cuba untuk menghapuskan satu badan yang selama ini berjihad hanya untuk kepentingan agama Islam.

"Sekarang kita boleh nilai bahawa perjuangan parti itu selama ini hanya berselindung di sebalik nama sahaja dan mereka juga menggunakan isu agama untuk meraih kepentingan politik," jelasnya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan pandangan empat Ahli Parlimen Pas Selangor yang mencadangkan supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguatkuasakan hal ehwal di negeri itu dihapuskan adalah sesuatu yang amat memalukan parti politik itu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam, beliau juga hairan bagaimana pandangan itu boleh disuarakan oleh Ahli Parlimen Pas terbabit iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

"Bagi saya, ini adalah sejarah yang amat memalukan Pas. Sepatutnya, mereka yang mempertahankan MAIS atau JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Ini tidak, mereka pula yang minta agar fungsi agensi seperti MAIS dihapuskan.

"Saya kurang pasti sama ada itu adalah pandangan peribadi mereka ataupun ia datang daripada pucuk pimpinan Pas dan juga Majlis Syura Pas. Saya harap ini bukan suatu keputusan yang dipersetujui oleh para pemimpin Pas sehinggalah ke akar umbinya," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini.

Ibrahim berkata, beliau kecewa dan memandang serius isu itu kerana ia membabitkan agama Islam yang telah dijamin haknya dalam Perlembagaan negara ini.

Suara Politik
Belantan

Ikut proses perundangan - Sultan.

Posted: 20 Jun 2014 03:16 AM PDT


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh tersebut:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar isu pemulangan atau pelupusan Bible Al-Kitab dalam Bahasa Malaysia, yang menggunakan kalimah 'Allah' hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur perundangan sedia ada dan yang terpakai.

Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan.

Titah ini adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang."

Oleh itu, pihak JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat ke mahkamah. Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berpendapat isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat dengan mengesyorkan jalan penyelesaian yang tidak berpandukan kepada undang-undang dan ada juga syor-syor yang tidak munasabah.

Di samping itu, baginda berharap ahli-ahli politik tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi, kumpulan atau parti mereka.

Biarlah perkara ini diselesaikan di antara pihak-pihak yang terlibat dan juga pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikannya.

Isu agama adalah merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu baginda meminta supaya semua pihak berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Baginda juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan dilarang untuk masuk campur dalam isu ini sehingga boleh mengelirukan lagi keadaan.

Baginda juga membuat penegasan bahawa setiap tindakan dan titah baginda dalam apa jua isu sama ada berkaitan dengan agama atau negeri, tidak pernah membelakangkan undang-undang dan tidak pernah cuba bertindak mengatasi undang-undang above the law.

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Jun 2014 09:58 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


KENAPA HARAKAHDAILY TUNJUKKAN KEBODOHAN RAFIZI ?

Posted: 20 Jun 2014 07:34 PM PDT

KALIMAH ALLAH : KHAIRY AKAN KETUAI UMAT ISLAM PADA ISNIN DEPAN..

Posted: 20 Jun 2014 04:11 AM PDT

JIKA INI BERITA BENAR..ALLAHUAKBAR ! DRAF RUU TUMBANG ?

Posted: 19 Jun 2014 11:36 PM PDT

23JUN ( ISNIN DEPAN) PENENTUAN..SEBARKAN.

Posted: 19 Jun 2014 11:26 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 20 Jun 2014 09:16 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Azmin Bakal MB Baru Di Selangor?

Posted: 20 Jun 2014 08:55 PM PDT

1) Ribut dalam cawan parti PKR makin kronik. Pemilihan PKR belum selesai tetapi sudah ada proksi Azmin bercakap soal gantikan MB di Selangor. Jurucakapnya adalah dari parti PAS bukannya PKR.

2) Apa motif ahli parlimen PAS tersebut bercakap soal Khalid Ibrahim tidak diterima dalam parti PKR? Jika begitu, lebih baik Khalid Samad sahaja masuk bertanding dalam PKR.

3) Jika benar Khalid akan diganti. Isu besarnya kali ini adalah tentang cadangan pemansuhan MAIS yang mana kenyataanya datang dari mulut empat orang ahli parlimen PAS. Yang kena tempiasnya adalah MB, Khalid Ibrahim.

4) Sebab pilihan raya kecil Kajang diadakan adalah kononnya untuk memberi peluang kepada calon MB yang baru. Isu yang sengaja dicetuskan adalah berkaitan dengan PKNS.

5) Kali ini, MAIS pula dijadikan bahan untuk cetuskan ribut kali kedua bagi mendesak Khalid berundur.

6) Mengapa mereka begitu terdesak hendak minta Khalid berundur? Situasi yang sama pernah terjadi dulu ketika arwah Ustaz  Azizan diminta berundur di Kedah.

7) Apakah Azmin tahu bahawa beliau akan kalah di tangan Khalid dalam pemilihan PKR jika Khalid masih kekal sebagai MB?

8) Apa pun yang berlaku, masalah sebenar yang rakyat Selangor hadapi adalah tentang isu air, air dan air. Nampaknya baik YB PAS, PKR atau DAP mereka tidak minat bincang isu rakyat ini.
9) Mereka minat bincang dan menghabiskan masa soal merebut kuasa, kuasa dan kuasa. Sebelum dapat kuasa kecam orang lain kononnya salah guna kuasa. Sekarang apa sudah jadi?

10) Apa lagi rakyat Selangor tunggu? Masih tidak nampak permainan kuasa yang mereka sedang buat? Rakyat hanya mahu air, apakah mesej yang boleh dihantar agar orang yang berkuasa di Selangor faham?

Siapakah Pasukan Pilihan Untuk Menang World Cup 2014 Di Brazil? #WorldCup

Posted: 20 Jun 2014 08:30 AM PDT

 


Dato Seri @NajibRazak Nafikan Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Letak Jawatan

Posted: 20 Jun 2014 05:18 AM PDT


1. Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik" pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib
20 Jun 2014



Isu Mais : Beranikah Hadi Awang Pecat 4 Ahli Parlimen PAS? #SaveMais

Posted: 20 Jun 2014 03:35 AM PDT



Isu UiTM : Rafizi Ramli Bawa Politik Kotor

Posted: 19 Jun 2014 11:30 PM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Jun 2014 03:06 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Memang mcm puk*maklah kau ni' - Amy Search

Posted: 20 Jun 2014 07:01 AM PDT


Baru baru ini, ada laporan media menyatakan yang Amy Search sudah malas untuk memberikan apa apa kenyataan berhubung 'kelakukan' anak perempuannya, Nabila Huda selepas insiden seorang peminat di Instagram mengajak pelakon itu menukar agama.

Hari ini di Instagram Nabila Huda juga, Amy Search nampaknya telah meninggalkan satu komen di salah satu gambar percutiaan yang dimuat naik anaknya itu dan oh it's not pretty.

"Abil ni dah lupa ke dulu masa kena tangkap dengan Edi kat Penang dulu. Yang jantan ni pun sama takde rasa segan silu ke kat aku apa lagi kat public. Memang macam pu**maklah kau ni! Dah lama betul aku (tak) keluar ayat ni"



Mungkin sudah sampai masa untuk Nabila Huda ambil peduli apa yang dirasakan oleh ayahnya sendiri dalam situasi begini. Hmm.

UPDATE-1
Ini merupakan tulisan terbaru Nabila Huda di Twitter yang kami kira sebagai kenyataan balas terhadap komen Amy Search di Instagram beliau.


Rotikaya

(Foto) Wartwan Piala Dunia paling seksi

Posted: 20 Jun 2014 03:21 AM PDT

Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik.

Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.

Aksi Vanessa menari di tepi padang berpakaian seksi mencuri perhatian peminat sukan termasyhur dunia ini.

Kini Vanessa dinobatkan sebagai wartawan kesukaan semua ketika Piala Dunia!

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/wartawan-piala-dunia-paling-seksi-38045?cp

Saya cuba bayar RM100 sebulan kepada Anwar - Papa Gomo

Posted: 20 Jun 2014 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad

Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkin

Aidil Zafuan takut bini kata Rita Rudaini

Posted: 20 Jun 2014 12:01 AM PDT

Nah sekali Rita Rudaini membuat kenyataan balas, memang boleh terduduk lawan di sebelah sana. Awal hari ini, Aidil Zafuan ada memberikan kenyataan kepada media bahawa beliau mahu Rita Rudaini berhenti mereka cerita dan mencari salah isterinya, Zarema Zainal.

Menerusi Media Hiburan, Rita Rudaini tampil menjelaskan situasi sebenar di mana pada awalnya Aidil Zafuan yang meminta beliau memuat turun aplikasi WeChat untuk mudah terus berhubung dengan anak anak namun selepas kantoi dengan isterinya, telefon bimbit pun dirampas.

Dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya 3 hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil hubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil"

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa history panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri"

"Aidil juga cakap kerana kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," cerita Rita Rudaini.

Kalau benar seperti didakwa, ganas juga sifatnya isteri baru Aidil Zafuan ini. Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan juga pernah mengadu tentang sikap isterinya termasuk kehabisan duit kerana menanggung majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan.

Anda boleh membaca tulisan penuh di Media Hiburan untuk mendapatkan gambaran jelas akan apa yang diceritakan Rita Rudaini terhadap berkas suaminya & Zarema Zainal itu. Rasanya kisah ini tidak akan ada penghujung jika berterusan begini. (rtky/m)

Azwan Ali hina, persenda saiz badan Adibah Noor di Twitter

Posted: 19 Jun 2014 07:01 PM PDT

Dalam banyak² artis, paling tak gemar tengok artis berperwatakan lembut + gedik + pondan lebih. Sebut saja nama artis ini, semua orang tahu siapa dia. Susur galur dia mungkin orang tak tahu.

Azwan Ali seringkali dahagakan populariti murahan dengan mencarut di Twitter. Betullah kata Johan Raja Lawak suatu ketika dulu,

"Gile kau tak kenal Azwan Ali! Kena carut kat Twitter nanti!"

Azwan Ali kini kembali dengan tweet murahan dengan menjadikan Adibah Noor sebagai mangsa terbarunya. Dengan secara terbuka Azwan Ali menggelar Adibah Noor sebagai artis sebesar dinasour. Tidak cukup dengan gelaran itu, Azwan turut meludah artis berkenaan.


Apalah malang nasib Adibah Noor menjadi mangsa kepada tweet lelaki berperwatakkan pondan ini? Kita semua tahu Adibah Noor tidak pernah mencetuskan apa-apa kontroversi di industri hiburan. Namun kali ini, dia terkena juga.

Kejadian dipercayai bermula apabila kedua-dua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM. Berang dengan tweet Azwan Ali, Adibah Noor membalas semula tweet Azwan seperti di bawah:

Mohon Azwan Ali terasa banyak².

Sumber- My Media Hub

Nak jual minyak wangi atau peha ni?

Posted: 19 Jun 2014 06:01 PM PDT

Walaupun sedang sibuk dengan konsert jelajah bersama suaminya, Jay Z, diva popular Beyonce tetap sempat memberi tumpuan pada perniagaannya. Terbaru, pelantun lagu hits 'Single Ladies' ini melancarkan pewangi terbaru.

Namun apa yang hangat diperkata ramai ialah konsep kempen promosi pewangi yang diberi nama 'Beyonce Heat Wild Orchid' itu, yang mana memperlihatkan ibu anak satu ini mempamerkan tubuh seksinya.

Penyanyi yang kini berusia 32 tahun tersebut mempamerkan peha dan belahan dadanya dengan gaun hitam dengan gaya seksi menggoda.

Pewangi yang dijangka akan berada di pasaran pada Ogos ini nanti dijual dengan harga USD 24.99.

Ini merupakan koleksi minyak wangi kedua Beyonce. Sebelum ini dia pernah melancarkan pewangi pertama yang diberi nama 'Heat' pada 2010.

Piala Dunia: Jepun seri dengan Greece

Posted: 19 Jun 2014 05:55 PM PDT

NATAL: Greece yang terpaksa bermain dengan 10 orang mengikat Jepun apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan Kumpulan C sebentar tadi sekali gus masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir.

Kedua-dua pasukan meraih satu mata tetapi belum mencukupi untuk mengukuhkan kemaraan dari kumpulan berkenaan yang dikuasai Colombia dengan dua kemenangan.

Colombia sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 terakhir dalam Kumpulan C manakala Ivory Coast di tempat kedua dengan tiga mata.

Pemain tengah Greece dan kapten pasukan, Kostas Katsouranis diperintah keluar padang selepas minit ke-38 akibat dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan pasukannya terpaksa bertahan pada sebahagian besar babak kedua perlawanan.

Mereka bertahan habis-habisan bagi menyekat serangan bertali arus Jepun tetapi skuad Negara Matahari Terbit itu ketiadaan penyudah terbaik walaupun menguasai permainan. - Reuters

Piala Dunia: Uruguay kecewakan England

Posted: 19 Jun 2014 05:50 PM PDT


SAO PAULO: Dua gol daripada Luis Suarez meranapkan impian Piala Dunia England apabila tewas kepada Uruguay 2-1 dalam aksi Kumpulan D di Corinthians Arena di Sao Paulo, sebentar tadi.

Bintang Liverpool yang hadir menanggung kecederaan lutut selepas pembedahan sebulan lalu menyumbat satu gol pada setiap babak permainan untuk menyalakan impian pasukannya mara ke pusingan kedua.

Wayne Rooney membuat ancaman awal apabila tandukannya terkena palang pada babak pertama, namun kealpaan benteng pertahanan - gelagat sama ketika tewas kepada Itali - diulangi yang membenar Suarez membuka tirai jaringan.

Penyerang itu mudah memperdayakan benteng England dan penjaga gol, Joe Hart dengan satu tandukan baik selepas menerima umpanan daripada Edinson Cavani pada minit ke-39.

England menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila Rooney menyambung masuk kemas hantaran paras rendah Glen Johnson untuk gol pertamanya dalam Piala Dunia selepas tiga percubaan.

Namun, Suarez - pemain terbaik Liga Perdana Inggeris - merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-85 selepas England gagal menyekat bola hantaran jauh penjaga gol, Fernando Muslera.

Uruguay kini menyertai Itali dan Costa Rica dengan himpunan tiga mata manakala England tanpa sebarang mata selepas dua kekalahan dan mungkin tersingkir daripada peringkat kumpulan buat pertama kali sejak 1958. - AFP

Piala Dunia: Colombia benam Ivory Coast

Posted: 19 Jun 2014 05:45 PM PDT

COLOMBIA 2 (James Rodríguez,m-64,

Juan Quintero,m-70

IVORY COAST 1

(Gervinho,m-73)

BRASILIA: Dua gol daripada James Rodriguez dan Juan Quintero dalam tempoh enam minit membantu Colombia menewaskan Ivory Coast 2-1 dalam aksi Kumpulan C dan sudah hampir pasti layak ke kelompok 16 terakhir selepas merakamkan dua kemenangan berturut-turut.

Ivory Coast berjaya merapatkan jurang dengan jaringan solo, Gervinho pada minit ke-73 yang memperdayakan tiga pertahanan lawan namun usaha itu belum cukup untuk menghalang lawan gah mengutip enam mata maksimum.

Apa pun kesudahan perlawanan ini memberi bayangan dua pasukan ini ada ramuan untuk layak ke saingan kalah mati nanti. Bagi Ivory Coast peluang tetap wujud. Skuad The Elephants itu akan menyudahkan jadual perlawanan menentang Greece pada 24 Jun di Fortaleza. Didier Drogba harus bermula bantu cabaran pasukan jika dia cergas nanti.

THE FLYING KICK

Posted: 20 Jun 2014 02:21 PM PDT

THE FLYING KICK


POLIS SERBU BOOKIE JUDI PIALA DUNIA... TIDAK HAIRAN MENGAPA DAP SEDANG MENYERANG PDRM DENGAN HEBAT!!!

Posted: 19 Jun 2014 11:16 PM PDT

KHABAR ANGIN, MUHYIDDIN YASSIN LETAK JAWATAN, TETAPI REALITI, KHALID IBRAHIM DIPAKSA LETAK JAWATAN!!!

Posted: 19 Jun 2014 09:06 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 20 Jun 2014 02:04 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Malaysia Bukan Negara Sekular- Tan Sri Pandikar

Posted: 19 Jun 2014 10:56 PM PDT

Dewan Rakyat semalam diberitahu bahawa negara ini bukan negara sekular, meskipun undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Mengambil contoh kes Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwaraya (1988), beliau berkata Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytihar negara ini sebagai negara sekular.

"Apabila saya rujuk kepada kamus Oxford mengenai maksud sekular, ia bermaksud 'sekular tidak berkaitan dengan perkara agama dan kerohanian'.

"Oleh itu, kedudukan Malaysia adalah berbeza dengan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India atau Turki yang jelas memperuntukkan elemen sekular di dalam Perlembagaan mereka," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta itu, Pandikar berkata Malaysia bukan negara sekular kerana Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Pandikar memberi pandangan demkian pada Khamis ketika menolak usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata permohonan usul yang dibentangkan oleh Oscar Ling (DAP-Sibu) tidak memenuhi syarat-syarat kerana beliau tidak mendapati prima facie terhadap kenyataan Jamil Khir.

Beliau berkata seseorang menteri yang ingin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mematuhi tiga kriteria seperti termaktub mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), iaitu kenyataan dibuat adalah salah, tidak berusaha memperbetulkan kenyataan itu dan mempunyai niat tidak baik.

"Apabila saya meneliti fakta di hadapan saya, saya mendapati tiada kes prima facie. Ini adalah pandangan saya dan mendapati beliau tidak berniat untuk mengelirukan Dewan. Jadi tiada sebab untuk merujuk beliau kepada jawatankuasa," jelas Pandikar.

tun faisal dot com

Posted: 20 Jun 2014 01:48 PM PDT

tun faisal dot com


@NajibRazak - TPM undur 'hayalan politik' blogger?

Posted: 20 Jun 2014 02:53 AM PDT

Kenyataan Akhbar 

1.  Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik"  pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai  hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri,  YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa  mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan  Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib
20 Jun 2014

Nilai Dagangan Pengeluaran Perikanan 2013 cecah RM10.6 billion - @IsmailSabri60 #DSIS

Posted: 19 Jun 2014 04:00 PM PDT



Menjelang tahun 2020, sasaran pengeluaran hasil laut negara adalah 50-50, iaitu 50% pengeluaran hasil laut dan 50% hasil akuuakultur - Ismail Sabri. MISE 2014



Kuala Lumpur, 19 Jun - Perasmian 3rd Malaysia International Seafood Exposition (MISE) 2014 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Di kebanyakkan negara membangun, perikanan membangun sebagai salah satu sektor yang penting ketika kurun kedua kurun ke-20. Di akhir tahun 1990an, sektor perikanan telah menjadi antara sumber terpenting membekal makanan, pekerjaan dan tukaran asing dan situasi ini akan berterusan. Manakala bagi banyak negara membangun perikanan boleh dianggap sebagai faktor penting melonjak nilai tambah bagi aktiviti sesebuah negara termasuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara. 

Pada dekad yang lepas, penggunaan perkapita perikanan telah melonjak secara global seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagaimanapun, perkembangan ini tidak akan berterusan selamamya. Ada batasan terhadap sumber perikanan termasuk ikan dan makanan laut lain. Sejajar dengan perkembangan keperluan manusia terhadap makanan laut ia telah berkembang daripada hanya sekadar keperluan makanan kepada manusia kepada makanan "masakan khusus". Bagi negara-negara maju, makanan laut masih merupakan makanan utama. Ia merupakan sumbangan utama kepada banyak negara terutama ketika pertengahan tahun 1990an, sumber berasaskan makanan laut menyumbang lebih daripada 50% kepada populasi di 34 negara.

Dalam menjangkakan pengeluaran perikanan dunia terutama bagi tangkapan ikan liar dan akuakultur bakal mencecah rekod baru pada tahun 2013, secara totalnya 160 juta tan berbanding hanya 157 juta tan pada tahun 2012. Peratusan produk perikanan yang didagangkan di pasaran antarabangsa sangat siknifikan sekitar 37% pada tahun 2013 menjadikan sektor perikanan adalah salah satu sektor diperingkat globalisasi dan merupakan satu perusahaan dinamik dalam dunia pengeluaran makanan laut dan perikanan. Di Malaysia sahaja, pengeluaran perikanan pada tahun 2013 berjumlah 1.74 juta tan metrik bernilai RM10.6 billion (USD3.30 billion). Jumlah nilai perdagangan ikan dan produk berkaitan perikanan berjumlah RM5.9 billion (USD1.84 billion). Ini menyumbangkan 1.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Di bawah Polisi Agro-Makanan Kebangsaan (2011-2020), kerajaan Malaysia telah menetapkan cita-cita mahu mensasarkan 2.00 juta tan metrikikan dihasilkan menjelang tahun 2020. Dasar Agro-Makanan Kebangsaan 10 tahun ini telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011 bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dengan dasar baru ini bakal memberi jaminan bahawa bekalan makanan yang selamat kepada pengguna di negara ini. 

Kebanyakan indivudu mahu menjadi nelayan atau penternak ikan kerana mereka mengimpikan bahawa pekerjaan ini mampu memberi kehidupan baru atau kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga mereka. Oleh sebab itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membantu nelayan diseluruh negara membebaskan diri dari dieksploitasi "Orang Tengah" dan"along" dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah melalui Bank Pertaniandan TEKUN Nasional kepada nelayan.