Isnin, 3 Jun 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Jun 2013 01:16 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Azmin Ali Persoal Perlantikan Saifuddin Nasution

Posted: 03 Jun 2013 06:54 AM PDT

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

"Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

"MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

yeopPERAK

Posted: 03 Jun 2013 01:15 PM PDT

yeopPERAK


ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Posted: 03 Jun 2013 08:06 AM PDT


Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi…samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian..ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan..anak-anak, cita-cita dan harapan tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Bagaimana IMAN kita hari ini??
Bersediakah kita untuk menghadapi KEMATIAN?
kematian yang sudah tertulis pada suratan takdir kehidupan ini..
Tapi.. hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita akan tiba,
yang PASTI ia akan tetap terjadi,
semua makhluk tidak dapat lari daripada ini...

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..
Tidak takut kah kita dengan KEMATIAN??

Inilah HAKIKAT dan sesuatu yang sangat PASTI,
akan berlakunya KEMATIAN dalam diri setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi Allah ini..
Tidak kira lah mereka yang miskin, kaya, tua, muda, perdana menteri, ulama', raja, semua akan melaluinya..
KESAKITAN KEMATIAN yang dirasa tidak terkata sakitnya,
apabila dipisahkan ROH dari JASADnya..
Hanya amalan yang SOLEH/SOLEHAH yang boleh redakan bebanan derita diambang KEMATIAN kita..
Jadi, pilihan sudah ada di tangan anda, hendak menjadi soleh/solehah ataupun anda rasai lah KEMATIAN yang begitu dahsyat sekali..

Akhirnya.. terhentilah denyutan nadi dan nafas itu kerana ROH telah meninggalkan pergi kepada jasadnya untuk menghadap Ilahi.. Seterunya ROH nya lah yang akan dihitung dan dihisab oleh ALLAH AZZA WAJALLA..

SAAT KEMATIAN itu pasti tiba, adakah kita sudah bersedia dengan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak?? Sama-sama lah kita muhsabah diri kita..

tun faisal dot com

Posted: 03 Jun 2013 01:10 PM PDT

tun faisal dot com


Pasca #PRU13 - Tun Daim bukan 100% benar

Posted: 02 Jun 2013 08:36 PM PDT


Image

Sehingga kini di keliling pemimpin hanya ada kepalsuan dan yang menulis juga, tanpa mengkaji fakta turut menulis kepalsuan - pertama kerana ada kepentingan, kedua kerana ketololan mengikut arus tanpa usaha mencari kebenaran...


Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain?

Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan.

Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar. 

Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang.

Saya tidak menolak pandangan `school of thoughts' yang menyatakan bahawa BN ketika itu kekal relevan disebabkan kesungguhan Perdana Menteri Najib Razak dan agenda transformasi beliau. Malah ada tinjauan penjenamaan yang menunjukkan bahawa Najib Razak adalah jenama yang lebih popular berbanding 1Malaysia dan Barisan Nasional. Tinjauan yang sama juga menunjukkan ada personaliti, parti dan `soundbites' tertentu menjadi `brand eroders' atau penghakis jenama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Jadi tidak salah jika pakar penjenamaan yang menasihati `bilik peperangan' / `war room' untuk meneruskan penjenamaan Najib Razak berbanding jenama lain dan mengenepikan sama sekali 'brand eroders' daripada sebarang jendela kempen PRU13. Cuma saya dan beberapa orang rakan seperti Timbalan Pengerusi UMB, Razlan Rafii sering mengingatkan bahawa sampai satu ketika sebelum tempoh berkempen, jenama BN itu mesti ditonjolkan kerana rakyat akan mengundi BN atau PR; bukan Najib Razak atau Anwar.

Bagaimanapun pandangan Tun Daim adalah tepat bila menyatakan bahawa terdapat masalah dan kecelaruan dalam pemilihan calon-calon BN.

Cuma apa yang para penulis blog dan cybertroopers tidak sedar - bukan Datuk Allies Anor yang menasihatkan pemilihan calon-calon tersebut, tetapi individu lain. Masalahnya, individu yang menasihati PM tentang calon ini terus bebas tanpa dipersalahkan, baik selepas pengumuman calon mahu pun selepas hari pengundian PRU13.

Saya bukan peminat dan penyokong Datuk Allies, dia pun bukan kenal dan pedulikan saya pun tetapi jangan lah sampai kita berlaku tidak adil sehingga menyalahkan individu yang tidak bersalah.

Apa pun game anda - ia seharusnya untuk meningkatkan kekuatan UMNO untuk menghadapi PRU14 bukan kepentingan kumpulan anda. Jika kumpulan anda lebih diutamakan berbanding kekukuhan parti dan perjuangan, maka apakah perbezaan anda dengan penasihat PM yang meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan parti ketika mendesak PM menamakan calon-calon pilihan mereka.

Anda dan mereka sama saja, tiada bezanya.... 


Other Perspektif

Posted: 03 Jun 2013 01:06 PM PDT

Other Perspektif


Boikot Barangan Yang Sokong Usaha Gulingkan Kerajaan Islam Malaysia

Posted: 02 Jun 2013 07:15 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 03 Jun 2013 01:04 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Dengan Perkhidmatan Pos Malaysia Pun Hendak Dijadikan Isu Politik YB @ngehkooham ?

Posted: 03 Jun 2013 05:34 AM PDT


Ini adalah rungutan seorang Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Setiawan, YB Ngeh Koo Ham sebentar tadi. Baca tweet berkenaan dari bawah ke atas. Jikalau kita melihat kepada tweet berkenaan sahaja, seolah-olah berlaku ketidakadilan di pihak Pos Malaysia 'menolak permohonan PKR untuk membuka semula Pos Mini di Pekan Gurney, Setiawan'. Cuba pula kita lihat surat dari Pos Malaysia yang disertakan oleh YB berkenaan seperti di bawah:


Setelah melihat surat dari Pos Malaysia berkenaan, adakah kita melihat sebarang bentuk ketidakadilan? Pertama, bukannya tiada Pejabat Pos yang berdekatan. Berdasarkan surat di atas, terdapat rangkaian Vendor Setem, Pejabat Pos Mini dan Pejabat Pos Setiawan di situ. Tidak cukup lagikah? Orang-orang Cina DAP di Setiawan begitu banyak menggunakan setem untuk menghantar surat sehingga terpaksa diwujudkan satu lagi Vendor Setem?

Kedua, permohonan PKR berkenaan bukanlah untuk Pos Malaysia membuka Pejabat Pos Mini atau Pejabat Pos Besar. Sebaliknya ini adalah satu permintaan untuk memberi bisness kepada syarikat RNY Resources Energy, yang CTS rasa syarikat milik perseorangan. Apakah kaitan dan hubungan pemilik RNY Resources Energy dengan YB Ngeh Koo Ham maupun YB Laksamana Imran yang beria-ia menyalahkan Pos Malaysia tidak memberi bisness kepada syarikat berkenaan? Ada udang di sebalik mee ke YB? Cer cite cer cite!!!

Lanjutan KontrakTS @syedhamidalbar Dalam SPAD Satu Tindakan Bijak @SPADchannel @NajibRazak

Posted: 03 Jun 2013 05:00 AM PDT

01 Jun 2013, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa DS Najib Tun Razak telah melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi SPAD, untuk tempoh dua tahun lagi. Perkhidmatan En. Mohd Nur Ismal bin Mohamed Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif juga dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi. Ini bertujuan agar segala pelan pembangunan dan rancangan strategik diteruskan, bagi mereliasasikan agenda transformasi Kerajaan mengenai sistem pengangkutan awam darat.

Tahniah diucapkan buat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD. Kejayaan SPAD bukan sahaja di ukur betapa cekapnya Unit Aduannya, tapi kita perlu berlaku adil dengan melihat kejayan-kejayaan SPAD yang di iktiraf dunia seperti mana SPAD dianugerahkan dengan anugerah "Asia Pacific Political Commitment Award" daripada "International Association For Public Transport (UITP) yang berlangsung di UITP World Congress 2013 di Geneva baru-baru ini. 

Ketokohan seseorang bukan sahaja di nilai pada umurnya tapi pada pemikirannya dan pengalamannya. Dalam tempoh tiga tahun sahaja, SPAD di bawah pasukan mudanya bersama Tan Sri Syed Hamid, dengan sokongan DS Najib Tun Razak selaku penyokong tegar dan proaktif, berjaya meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam darat. Satu perkara yang pasti ialah Tan Sri Syed Hamid bukan seorang yang cepat melatah. Beliau mampu berkerja dengan golongan porfesional muda dalam SPAD. 

Bukan mudah untuk mencari seorang tokoh yang mampu berfikir jauh dan matang menguruskan kritikan. Melalui pengalaman beliau dalam bidang perundangan, pernah menjadi Majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen serta peguambela dan peguamcara, sudah tentulah Tan Sri Syed Hamid sudah biasa dengan kritikan. Kerana ciri-ciri ketokohan itulah DS Najib melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid.

Tulang Rusuk Babi Halal - Satu Penipuan Untuk Merosakkan Umat Islam

Posted: 03 Jun 2013 12:01 AM PDT


Di atas merupakan dua produk keluaran negara Singapura. Kalau dilihat sekali pandang, seperti barangan halal yang lain memandangkan logo Halal negara berkenaan jelas kelihatan. Sebaliknya, ini adalah tulang rusuk BABI!!! Tambahan lagi, logo Halal negara berkenaan telah dipalsukan. Logo Halal sebenar Kerajaan Singapura adalah seperti berikut:


Sekarang begitu banyak penyalahgunaan logo Halal terutama daripada barangan yang diimport. Berhati-hatilah ketika membeli. Utamakan barangan Muslim tempatan atau pastikan ada lambang Halal JAKIM. Bagi barangan Halal yang diimport pastikan ianya mendapat pengesahan halal daripada Badan Islam Yang Diiktiraf (Rujuk di sini). 

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Jun 2013 11:14 AM PDT

PEJUANG BANGSA


HOT ! SIAPA ANWAR UNTUK PERTIKAI TITAH YDP Agong ??

Posted: 03 Jun 2013 07:29 AM PDT




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

 "Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong," kata Anwar (gambar) kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

 Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.

"Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan," katanya.


Dalam titahnya, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.


KOMEN GPB

 Anwar sendiri cakap ucapan itu dibuat JPM dan dihantar untik pertimbangan YDP Agong ... jadi kalau Tuanku dah perkenan selepas membaca ucapan ini ..

Jadi siapa  Anwar  untuk pertikai  titah YDP Agong ?  Atau dia  mahu jadi penderhaka ?


Pemuda Umno desak SKMM bertindak cepat terhadap individu hina YDP Agong @khairykj

Posted: 03 Jun 2013 05:19 AM PDT






 Pergerakan Pemuda Umno mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak cepat dan tegas terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.

 Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu dikenakan kerana ia melampaui batas.

 "Pemuda Umno memandang serius beberapa 'posting' yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah 'posting' dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

 "Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, di sini, hari ini.

 Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya sudah cuba mendidik dan berhubung dengan pengamal media sosial sejak dahulu lagi, namun, masih terdapat di kalangan mereka yang tetap berdegil dengan terus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

 Beliau berkata keamanan negara dapat dikekalkan sekiranya undang-undang sedia ada di bawah SKMM dapat dikuatkuasakan tanpa rasa takut.

 "Kita (Pemuda Umno) sudah melakukan banyak cara untuk mendidik mereka, cuba berhubung tetapi apabila mereka masih lagi degil dan keluarkan kenyataan yang jelas berbaur hasutan, maka SKMM mesti bertindak," katanya. - Bernam

Sebab utama Anwar anjur himpunan haram 505 terbongkar !

Posted: 02 Jun 2013 11:16 PM PDT



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.
Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini
.
Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.
Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.

"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.

Hot ! Chegubard menyalak bodek , tak tahu Guan Eng pernah bantu murtadkan saudara baru Islam !

Posted: 02 Jun 2013 05:30 PM PDT




Barua  Guan Eng yang kalah di PRU13 iaitu Chegubard hari ini telah menyalak kembali . Kali ini dia memuji Guan Eng kononnya nak tubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad untuk mengekang umat Islam keluar dari agama Islam .

Sejak bila Guan Eng , DAP & Chegubard ni pentingkan agama Islam ??

Kalau betul Cina DAP haramjadah ini lebih menjaga Islam menurut baruanya Chegubard , mengapa dia  sentuh &  mendesak  mahu kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian ??

Persoalan ini yang harus dijawab dulu  oleh Chegubarbard sebelum seronok sangat menyalak tentang bab murtad.




GPB juga melihat tindakan   Guan Eng ini hanya mahu memanaskan  isu agama semula seperti yang  ditimbulkannya iaitu kalimah Allah .    Ini kerana dia tahu tak mungkin jawatankuasa ini mampu dilaksanakan kerana bertentangan perlembagaan tapi demi meraih milleage politik , selain ia  juga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti mana isu Kalimah Allah . Awas dengan taktik terbaru musuh Islam ini !


Hanya macai2 & barua yang bangang seperti Chegubard je seronok dengan percaya dengan Guan Eng ini. Walhal ada muslihat tersembunyi disebalik cadangan nak tubuhkan jawatankuasa murtad ini .

Ini kerana pada tahun 1992 ,   Guan Eng lah antara pemimpin DAP yang membantu seorang gadis Cina Mualaf bernama Nurul Ain  telah keluar Islam dan kembali kepada agama asalnya .


Chegubard mungkin masa ni budak hingusan lagi dah tak tahu apa.  Tapi untuk rekod sejarah anti Islam .  Guan Eng & DAP  telah membuktikannya dengan   mengambil kesempatan  politik dalam isu penukaran agama gadis  Islam berumur 18 tahun ini .

Jadi , boleh percayakah kita dengan Guan Eng &  Jawatankuasa Anti Murtad ala DAP ini ??? 






IPOHMALAY

Posted: 03 Jun 2013 09:38 AM PDT

IPOHMALAY


Chery Pilih Malaysia Berbanding Indonesia Untuk Dirikan Kilang Kereta

Posted: 03 Jun 2013 05:48 AM PDT

Baru-baru ini, China memilih Malaysia sebagai negara pengilang kereta jenama Chery miliknya dan menafikan khabar angin kilang tersebut akan dibuka di Indonesia.

Sehubungan itu, berjurailah komentar Indon-Indon pro-Taiwan di laman berita Detiknews yang menyeru pemboikotan kenderaan jenama tersebut seperti mereka menyeru pemboikotan BlackBerry kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Terlalu 'alahai' pemikirannya.

Bukan Indonesia, Chery Bakal Dirikan Pabrik di Malaysia

Syubhan Akib - detikOto
Minggu, 02/06/2013 16:14 WIB

Kuala Lumpur - Beberapa tahun lalu merek mobil Chery sempat populer di Indonesia. Kini, untuk semakin mendekatkan diri pada pasar Asia Tenggara, merek mobil China ini pun membangun pabrik baru di Malaysia.

Chery mengumumkan pendirian pabrik baru itu bersama mitra lokalnya di Malaysia. Pabrik ini menurut China Car Times akan menjadikan Malaysia sebagai pusat ekspor untuk negara-negara Asia Tenggara,

Seperti diketahui, negara-negara di Asean seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia tengah bersaing ketat untuk menjadikan negara mereka sebagai basis produksi. Dan untuk urusan Chery, Malaysia menang.

Nantinya, pabrik Chery di Malaysia akan memproduksi secara CKD model-model seperti QQ generasi baru, Tiggo, B14 hingga sedan H13.

Untuk permulaan, pabrik ini akan memiliki kapasitas sebesar 10 ribu unit per tahun dengan kapasitas produksi yang diharapkan akan meningkat menjadi 20.000 unit per tahun di masa depan.

Untuk itu semua, total investasi yang diperlukan diperkirakan akan mencapai 250 juta RMB.

Haramkan Sahaja Produk Taiwan

Posted: 03 Jun 2013 04:11 AM PDT


Setelah diganggu gugat oleh anasir Taiwan semasa PRU13, kesihatan rakyat negara ini diganggu gugat pula dengan produk Taiwan yang merbahaya. Produk yang mendedahkan kita kepada risiko kanser. Inilah permainan mereka. Bukankah lebih baik produk Taiwan diharamkan sahaja. 

4 lagi produk makanan dari Taiwan dicemari asid maleik

PUTRAJAYA 3 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik.

Produk berkenaan ialah Green Tea Tapioca Ball dan Yam Tapioca Ball keluaran syarikat syarikat Full Free Co Ltd dan Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Noraini Mohd Othman berkata walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.

"Selain itu KKM juga mengenakan tindakan Tanah, Uji, dan Lepas terhadap produk makanan yang sama keluaran syarikat-syarikat lain di Taiwan (yang hendak diimport ke dalam negara), melainkan pengimportnya dapat mengemukakan sijil analisa daripada makmal yang diiktiraf olah FDA Taiwan, yang mengesahkan bahawa produk itu bebas asid maleik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KKM juga sedang memantau dengan rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan menelefon 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman web kementerian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130603/dn_24/4-lagi-produk-makanan-dari-Taiwan-dicemari-asid-maleik#ixzz2V9N0GcUF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Singapura Marah Tindakan Dr. Yaacob Ibrahim Mahu Jadikan Bahasa Melayu 'Bahasa Asing'

Posted: 03 Jun 2013 01:40 AM PDT

Berikut adalah artikel yang ditulis seorang warga Singapura berketurunan Cina yang mempersoalkan sikap menteri Melayu di Singapura yang mahu menjadikan matapelajaran bahasa melayu sebagai pelajaran 'bahasa asing'. Rosak warisan sesebuah bangsa, ternyata adalah hasil tangan bangsa itu sendiri.

Saya sangat terkejut, marah, geram dan menyampah dengan  kenyataan Dr. Yaacob Ibrahim baru-baru ini. Dia bercakap di depan 200 bakal mahasiswa Melayu Muslim yang berkumpul di dewan di Ang Mo Kio untuk sesi dialog yang bertujuan memberi faedah kepada komuniti Melayu Muslim. Seorang pelajar dari Innova Junior College bertanyakan kepadanya apa yang boleh dilakukan untuk menangani kemerosotan penguasaan bahasa Melayu di kalangan komuniti Melayu di Singapura. Ini jawapannya :

" Kita bukan di Kelantan atau di Kedah di mana semua orang bercakap bahasa Melayu di dalam dan di luar bilik darjah... Mungkin telah tiba masanya  untuk bahasa Melayu diajar sebagai bahasa asing dan bukannya bahasa ibunda."

Mulanya saya merasakan itu telah disalahertikan. Tetapi rupa-rupanya itulah apa yang diperkatakan olehnya, saya terkejut.

Bukankah Dr. Yaacob Ibrahim adalah seorang Melayu? Bukankah dia Menteri yang ditugaskan untuk menjaga hal-ehwal orang Melayu Islam? Bagaimana dia boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang akan memecahbelahkan Melayu Singapura?

Bahasda Melayu adalah bahasa rasmi di Singapura. Lagu kebangsaan kita adalah berbahasa Melayu untuk menggambarkan warisan Melayu di Singapura. Arahan kawad ketenteraan juga dalam bahasa Melayu. 13.4% dari populasi di Singapura adalah orang Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.

Sekarang, Dr. Yaacob, jelaskan bagaimana pula kita perlu ajar bahasa Melayu sebagai bahasa Asing? Saya bukan Melayu. Saya Cina. Tetapi bila saya melihat apa yang dinyatakan, saya berasa marah juga bagi pihak rakan-rakan Melayu saya. Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi urusan orang Melayu, anda seharusnya bangun memperjuangkan hak-hak kaum anda. Anda sepatutnya malu apabila menyebut untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing di tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu.

Jika bahasa tempatan dijadikan bahasa asing, apa pula nasib bahasa kebangsaan? Adakah ini menggambarkan kami bakal dijadikan orang asing di tanah tumpah darah kami sendiri? Dengan kemasukan besar-besaran warga asing di negara ini, kami bimbang kami akan menjadi minoriti di negara sendiri.

Mungkin sistem GRC akan diubah bagi memastikan kami menjadi kelompok minoriti di negara ini.


DR YAACOB IBRAHIM: "IT MAY BE TIMELY FOR US TO TEACH MALAY AS A FOREIGN LANGUAGE"

I was shocked, angry, furious and disgusted by what Dr Yaacob Ibrahim said recently. He was addressing more than 200 Malay-Muslim pre-university students gathered at a theatre in Ang Mo Kio for a dialogue session aimed at sharing ideas to benefit the Malay-Muslim community. A student from Innova Junior College asked him what could be done about the decline in Malay fluency among the community. His answer…..

We are not in Kelantan or Kedah, where everyone speaks Malay in and out of the classrooms… it may be timely for us to teach Malay as a foreign language rather than as a mother tongue.

At first I thought he was being misquoted. But he wasn't. That is the exact words coming from him. I was shocked.

Isn't Dr Yaacob Ibrahim a Malay? Isn't him also the Minister-in-charge of Muslim Affairs? How could he made such a suggestion that will marginalize the entire Malay community in Singapore?

Malay Language is the National language of Singapore. Our National Anthem is in Malay to reflect Singapore's Malay heritage. Military footdrill commands are in Malay. 13.4% of the Singapore population is Malay and Malay language is their mother tongue.

Now, Dr Yaacob Ibrahim, tell me. How can we teach Malay Language as a foreign language? I am not a Malay. I'm a Chinese. But when I saw that news article, I was very angry and frustrated for all my Malay friends. As the Minister-in-charge of Muslim Affairs, you are supposed to stand up for Malay's rights. Yet you suggested making their language a foreign language on a land that used to be own by them. You should be ashamed of yourself.

If the locals' mother tongue become a foreign language, then what is going to be the national language? Does that means that we going to become foreigners in our own land? With the influx of new citizen, sometimes I'm worried that we Singaporeans will become minority in our own country.

Maybe the GRC system will be changed to make Singaporeans a minority race.

DKSG

*The author blogs at http://blog.dk.sg

Lagi Hinaan Ke Atas YDP Agong

Posted: 02 Jun 2013 06:05 PM PDT

Lagi penghinaan atas YDP Agong. Kali ini dari beruk Melayu sendiri. Seperti yang telah diperkatakan tentang soal penghinaan ke atas YDP Agong, sikap tidak mengambil apa-apa tindakan hanya menyemarakkan kelahiran anak-anak haram yang bersifat 'menyerang' YDP Agong bahkan menyerlahkan kutu-kutu biaDAP dari jenis bangsa sendiri.

Baru jadi tweetfamous serasa diri kebal dan bebas menyelar apa sahaja. Itulah Melayu dahaga perhatian.

Menteri Luar Australia 'Tampar' Anwar Lagi

Posted: 02 Jun 2013 05:22 PM PDT

Australia iktiraf PRU-13

Bob Carr 
Menteri Luar Australia

MELBOURNE 2 Jun - Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen "Sky" mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

''Saya menelefon rakan sejawat Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,'' katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU-13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

''Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan suruhan jaya pilihan raya untuk Malaysia.

''Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak... kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,'' katanya.

Carr berkata, ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

''Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,'' katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu. - BERNAMA


IMBASAN 'TAMPARAN' YANG LALU :


KHAMIS, NOVEMBER 22, 2012

Anwar Ibrahim Dimalukan Australia, Anwar Mana Reti Malu?


Sudahlah puaknya menggesa Lynas dan aktiviti lombong emas di Raub, yang kedua-duanya dari Australia, ditutup, berani pula menulis surat meminta Australia memerhatikan pilihanraya di Malaysia. Itulah tebalnya muka kedut Anwar Ibrahim.

Menteri Luar Australia, Bob Carr menolak permintaan Anwar Ibrahim supaya Australia menjadi pemerhati pilihanraya di Malaysia.

Beliau menyebut, Australia TIDAK BOLEH dan TIDAK AKAN mempengaruhi corak pilihanraya Malaysia.

Anwar dilaporkan menulis secara peribadi kepadanya meminta agar Australia membantu memastikan pilihanraya umum negara ini bebas dari penipuan dan rasuah.

Anwar juga dikatakan memberitahunya bahawa terdapat penipuan dalam senarai pemilih.

Dia juga mengadu kepada beliau kononnya Suruhanjaya Pilihanraya tidak bebas dan parti pembangkang dipulau oleh media.

Berita selanjutnya di muka depan New Straits Times hari ini.

Hakikat jelas bahawa Anwar Ibrahim yang gemar menjemput campurtangan antarabangsa di negara ini menunjukkan dia sememangnya makhluk perosak yang dipilih orang-orang bodoh.

Carr seharusnya diberitahu bahawa Anwar Ibrahim merupakan perasuah nombor satu ketika berada dalam kabinet dan pada masa ini pun masih boleh dilihat dalam pemilihan partinya sendiri.

Seandainya Australia mahu melihat proses pilihanraya di Malaysia, mata mereka harus lebih tertumpu kepada pakatan pembangkang yang juga tidak kalah hebatnya merasuah orang, hasil dari terangkatnya Bapa Korupsi Negara sebagai pemimpin mereka.

Malah, pihak Australia juga wajar diberitahu bahawa agenda politik benci, politik tak membangun negara dan politik menjahanamkan negara yang diamalkan pembangkang , yang dilihat jelik dan berbeza dengan pembangkang di mana-mana negara, membuatkan mereka kelihatan sendu dan tiada nilai berita tulen yang ada pada mereka.

bumiyang

Posted: 03 Jun 2013 03:21 AM PDT

Politik Harian

Posted: 03 Jun 2013 03:11 AM PDT

Politik Harian


#Liwat505 Anwar Mahu Bikin Kecoh Di KL

Posted: 03 Jun 2013 02:30 AM PDT


Dah Kalah tu Kalah lah!!!

Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pakatan Rakyat (PR) akan tetap meneruskan siri Himpunan Blackout 505, kali ini di ibu negara, 15 Jun ini.

Himpunan kononnya bagi membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu difahamkan akan dirunding dengan pihak polis terlebih dahulu.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, hari ini.

PR katanya akan berurusan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Maklumat lanjut mengenainya ujar Anwar akan dimaklumkan oleh sekretariat himpunan.

Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku.

Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu.

Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri. -Sinar

Annuar Musa Sokong Tindakan Khairy Jamaluddin

Posted: 03 Jun 2013 01:30 AM PDT


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa nyata menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang membuat kenyataan berbaur kritikan terhadap Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) baru-baru ini.

Menurut Annuar, sebagai bekas Timbalan Presiden FAM dan kini menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy mempunyai kewibawaan untuk memberi pandangan mengenai isu bola sepak Malaysia.

"Saya percaya komen beliau berasaskan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, dan saya juga yakin komen yang dibuat oleh Khairy adalah pandangan secara ikhlas tanpa ditujukan kepada mana-mana individu secara spesifik.

"Ini kerana, sebagai menteri beliau akan terus diminta memberi komen mengenai isu berprofil tinggi berkaitan portfolio yang diamanahkan kepada beliau," kata Annuar menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Annuar berkata demikian ketika mengulas reaksi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran Khairy.

Jelas baginda, keputusan mengadakan semula aksi separuh akhir kedua Piala FA, Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil dibuat mengikut peraturan.

Tambah Annuar, "kita tidak semestinya betul semua dan teguran tidak semestinya salah, kita ingin melihat menteri yang berani dan tegas dan Khairy sudah pasti siap siaga untuk itu.

"Namun saya juga yakin FAM telah bertindak ikut peraturan, cuma sekarang yang mungkin boleh dipertikaikan ialah 'kebijaksanaan dan kewajaran' sesuatu keputusan itu dibuat seperti mana di suarakan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) sebelum ini," jelas Annuar.

Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan PBNP dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP dan 20,000 tiket PBNJ untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang diadakan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas dibatalkan di Stadium Darul makmur, Kuantan gara-gara kekecohan penonton.

-Sinar Harian

Pemuda BN Gesa Pembangkang Nyata Pendirian Berhubung Isu Hina Agong

Posted: 03 Jun 2013 12:04 AM PDT


Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah menggesa pakatan pembangkang menyatakan pendirian berhubung perbuatan seorang individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi Facebook.

Timbalan Ketuanya Haris Che Mat berkata setakat ini pembangkang mengambil sikap berdiam diri sedangkan perbuatan individu berkenaan mengguris hati rakyat di negara ini.

Pemuda BN juga meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap indvidu berkenaan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai isu itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang turut hadir pula mempersoalkan sikap pembangkang yang jelas mengamalkan 'double standard' kerana hanya lantang bersuara terhadap isu tertentu.

Ini satu lagi senario yang harus diteliti rakyat kerana ini mencerminkan apa yang pembangkang boleh lakukan pada masa depan, katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda MCA Kedah Tan Chee Hiong menegaskan perbuatan mengutuk dan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan itu bukan budaya orang Malaysia.

Dalam akaun Facebooknya, seorang individu yang menamakan dirinya Melissa Gooi memaparkan kenyataan mempersenda titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda pada 1 Jun lepas. - Bernama

Anwar Mungkir Janji, Kata Bekas Menteri Indonesia

Posted: 02 Jun 2013 09:06 PM PDT


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu Bernama beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar dan Najib.

"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.

Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.

Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.

PRU13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."

"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.

"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.

Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.

"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.

Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:

S: Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?

J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib. Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah. Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia. Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.

Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.

S: Anwar mendakwa perjanjian itu mengandungi beberapa prasyarat, contohnya pilihan raya secara bebas dan kebebasan media. Bolehkah sdr nyatakan apakah prasyaratnya?

J: Saya amat pasti tidak terdapat sebarang prasyarat yang dibincang antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, perjanjian tetap perjanjian dan perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak – Anwar dan Najib.

Sesetengah orang akan cuba mencari ruang atau alasan untuk tidak mengotakan janjinya. Perangai manusia memang tidak sama.

S: Sekarang, Anwar mendakwa, oleh kerana Najib tidak menandatangani perjanjian itu, maka ia tidak sah. Jusuf Kalla berkata PM memberi persetujuannya secara lisan dan ini menjadikan perjanjian berkenaan, sah. Siapa yang betul, Anwar atau Jusuf Kalla?

J: Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu. Najib mempunyai sebab yang amat munasabah dari segi politik untuk tidak menandatangani perjanjian itu dan Anwar memahami serta menerimanya.

Bagaimanapun, Najib berjanji akan mematuhi perjanjian itu. Beliau menerima perjanjian itu. Asas akhlak mengajar kita bahawa perkataan seseorang adalah lebih penting daripada tanda tangannya. Perbuatan juga adalah lebih penting daripada kata-kata. Najib mengotakan janjinya. Beliau menyeru ke arah penyatuan nasional ketika menyampaikan ucapan penerimaan. Tindakan Najib menepati kata-katanya.

S: Anwar mendakwa perjanjian itu mengandungi beberapa prasyarat, contohnya pilihan raya secara bebas dan kebebasan media. Bolehkah sdr nyatakan apakah prasyaratnya?

J: Saya amat pasti tidak terdapat sebarang prasyarat yang dibincang antara Jusuf Kalla dan Anwar. Bagi saya, perjanjian tetap perjanjian dan perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak – Anwar dan Najib.

Sesetengah orang akan cuba mencari ruang atau alasan untuk tidak mengotakan janjinya. Perangai manusia memang tidak sama.

S: Sekarang, Anwar mendakwa, oleh kerana Najib tidak menandatangani perjanjian itu, maka ia tidak sah. Jusuf Kalla berkata PM memberi persetujuannya secara lisan dan ini menjadikan perjanjian berkenaan, sah. Siapa yang betul, Anwar atau Jusuf Kalla?

J: Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu. Najib mempunyai sebab yang amat munasabah dari segi politik untuk tidak menandatangani perjanjian itu dan Anwar memahami serta menerimanya.

Bagaimanapun, Najib berjanji akan mematuhi perjanjian itu. Beliau menerima perjanjian itu. Asas akhlak mengajar kita bahawa perkataan seseorang adalah lebih penting daripada tanda tangannya. Perbuatan juga adalah lebih penting daripada kata-kata. Najib mengotakan janjinya. Beliau menyeru ke arah penyatuan nasional ketika menyampaikan ucapan penerimaan. Tindakan Najib menepati kata-katanya.

S: Pada Hari Mengundi, adakah sdr rasa perjanjian itu masih terpakai? Adakah berlaku sebarang perkara sebelum Hari Mengundi, yang boleh menyebabkan perjanjian itu terbatal?

J: Saya amat pasti tiada sebarang perkara berlaku menjelang Hari Mengundi atau pada Hari Mengundi itu sendiri yang menyebabkan perjanjian itu terbatal. Ia terus terpakai.

Keadaan berubah selepas Najib diisytihar sebagai pemenang. Malah, sehari selepas kemenangan Najib, saya masih yakin bahawa janji tetap janji dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Barangkali, Anwar tidak mampu mengurus pengikutnya, terutama kerana DAP memenangi lebih banyak kerusi berbanding parti pimpinannya. Anwar mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang menyulitkan. Tapi, tugas seseorang pemimpin adalah memimpin, bukan dipimpin.

S: Adakah sdr dan Jusuf Kalla berpendapat Anwar mengingkari perjanjian itu? Jika demikian, apa alasannya?

J: Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik. Mungkin ada perkara yang beliau tidak ingin ucapkan kerana beliau tidak mahu melukakan hati orang. Saya tak tahu.

S: Adakah sdr rasa Anwar akan ikhlas menerima penyatuan nasional di Malaysia?

J: Saya percaya Anwar mempunyai keikhlasan dan masih berharap beliau memilikinya.

S: Pada pendapat sdr, apakah yang membuat Anwar bertindak seperti menafikan wujudnya perjanjian itu, enggan menerima kekalahan dan menganjurkan bantahan di seluruh Malaysia?

J: Sejak mula lagi, Anwar yakin beliau akan memenangi pilihan raya itu. Setelah berjuang sejak sekian lama, beliau berpendapat inilah kesudahan bagi perjuangan itu. Anwar berpendapat beliau akan memenangi pertarungan itu dan mengalahkan Barisan Nasional.

Keyakinan ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan pendapat yang sering menyebelahinya. Setiap perhimpunan yang Anwar adakan dalam tempoh berkempen juga menarik ramai hadirin.

Tetapi, kesudahannya, pilihan rakyat merupakan faktor penentu dalam demokrasi.

Anwar percaya beliau akan memenangi pilihan raya itu dan bimbang Najib akan membantah dan tidak mahu menyerah kuasa. Jadi, beliau mahukan jaminan senario itu tidak berlaku. Inilah sebabnya beliau mencadangkan agar perjanjian itu diadakan. - Bernama

Polis Terima 6 Laporan Tindakan Hina Agong

Posted: 02 Jun 2013 08:30 AM PDT



Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

-Bernama

Effi Obefiend Menghina Yang Dipertuan Agong Wajar Ditangkap

Posted: 02 Jun 2013 07:56 AM PDT


Effi Obefiend, blogger blog Serius... hina di-Pertuan Agong sebagai anjing dan patung BN - Walaupun membenci parti Barisan Nasional (BN) dan Yang di-Pertuan Agong namun mengeluarkan kenyataan menghina yang melampau tidak sepatutnya terbit dari mulut kita sebagai warganegara Malaysia. Begitulah yang berlaku kepada seorang pemilik akaun Facebook dikenali Effi Obefiend yang dengan beraninya menghina secara langsung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong. Adakah patut dia menyamakan Yang di-Pertuan Agong sebagai anjing dan patung kerajaan? Di atas ialah beberapa kenyataan keterlaluan Effi Obefiend yang amat tidak matang dan angkuh.

tunku

Posted: 03 Jun 2013 03:10 AM PDT

tunku


Kedah focuses on attracting over three million tourist a year, says Mukhriz

Posted: 02 Jun 2013 07:02 AM PDT

The Kedah government's main focus will be on attracting more than three million tourists a year to Langkawi, with a projected annual tourism-related gross income of RM3.8bil by 2015.
Mentri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir said that last year, revenue receipts from the approximately three million recorded tourist arrivals in Langkawi amounted to about RM2.6bil.

"We have to push harder to realise our goal. It's not easy to achieve the target for Langkawi because of the stiff competition within the region from Bali and Phuket.
"In order to be two or three steps ahead of them, we must act out of the box," he said on Sunday after witnessing the signing of a memorandum of agreement between the Langkawi Development Authority (Lada) and Pekan Artisan Sdn Bhd which will see two exclusive and innovative development projects in Langkawi.

The memorandum was signed by Lada chief executive officer Tan Sri Khalid Ramli and Pekan Artisan chief operating officer, Saifful Azhar Sabaruddin.

Pekan Artisan is a tourism resort and high-impact attraction developer.
In another development, Mukhriz said the state government had officially issued orders to temporarily stop two projects involving land clearing activities implemented by the previous PAS-led state administration, in Pedu and Gunung Inas, Baling.

He said the orders were issued against an agro-tourism project near the Pedu dam as well as the Ladang Rakyat rubber plantation initiative in Gunung Inas.

Last month, Mukhriz announced that the Kedah government would suspend all logging activities in the state, pending a study on their impact on the environment and the people's livelihood.
He said this followed complaints from villagers that logging activities in their areas had affected the supply and quality of water

Malaysian elections credible, says Australia

Posted: 02 Jun 2013 05:01 AM PDT

 Foreign Minister Senator Bob Carr has described the May 5 general election as "credible".
In reply to Greg Sheridan, foreign editor of The Australian newspaper on Sky TV on Sunday, on the credibility of the Malaysian Government, Carr said:
"Well, they certainly are a credible government. I rang my friend, Foreign Minister (Datuk Seri) Anifah (Aman) on Friday to congratulate him and to say (that) I looked forward to working with him in Brunei at the East Asia Summit and in other forums."
He reiterated the Australian Government's intention not to be involved in Malaysia's domestic politics.

Ohpolitik!™

Posted: 03 Jun 2013 03:07 AM PDT

Ohpolitik!™


BN Naikkan Harga Rokok Mulai Hari Nie?

Posted: 02 Jun 2013 05:48 PM PDT



British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa hari ini.
Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.
Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:
DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.
BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. 
BERNAMA

Sahabat-Gunung

Posted: 03 Jun 2013 01:23 AM PDT

Sahabat-Gunung


Kedah Akan Laksana Pelan Transformasi Negeri Ransang Ekonomi- Mukhriz

Posted: 02 Jun 2013 08:15 AM PDT


Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor-sektor baharu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri
merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.

"Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd.

Beliau berkata Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara.

Mukhriz berkata Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015.

"Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira  RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong," katanya.

Beliau berkata tahun lepas, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion.

Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015).


Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan pelan tindakan tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia. 

Pembangunan Prasarana Luar Bandar Akan Diberi Keutamaan Dalam Belanjawan 2014

Posted: 02 Jun 2013 07:24 AM PDT


Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014, khususnya bagi wilayah  pedalaman di Sarawak dan Sabah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah peruntukan bagi pembangunan prasarana luar Bandar di Sarawak dan Sabah serta negeri-negeri lain akan diputuskan selepas pihaknya  mengadakan perbincangan serta penelitian bagi merangka pelan perbelanjaaan tahunan berkenaan.

"Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. 

Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof baru-baru ini bahawa pihaknya akan berusaha mendapatkan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan prasarana Sarawak terutamanya hubungan pengangkutan darat di kawasan muka bumi berbukit di Belaga dan Kapit.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata apa yang disuarakan oleh Menteri Kerja Raya itu adalah benar dan sudah pasti pembangunan  prasarana kawasan luar bandar akan diberi kepentingan.

"Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit  perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar," katanya.

Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.
           

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.

Taipingmali (tm)

Posted: 03 Jun 2013 01:16 AM PDT

Taipingmali (tm)


PEMBAHAGI JALAN PERLU DIBINA DI JALAN STESEN KAMUNTING

Posted: 03 Jun 2013 12:50 AM PDT

Lori ini sesuka berhenti untuk memunggah barang

Kawasan kerap berlaku kemalangan



Jalan Stesen Kamunting Taiping semakin sibuk, berkat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan, Kamunting muncul sebagai sebuah bandar satelit  Kamunting juga satu-satunya kawasan Dun yang masih dimenangi oleh Umno sejak sebelum merdeka lagi.

Era tahun 60an Jalan Stesen ini adalah jalan mati dan penghujung jalan ialah stesen keretapi. Kemudian kerajaan membangunkan kawasan perindustrian dan ia telah memberi nafas baru kepada kemajuan bandar ini.

Dahulu dikiri kanan jalan ini ialah kawasan perumahan terbesar pekerja lombong, dan 4 buah banglo pengurus-pengurus lombong. Tapak rumah pengurus kini ialah pusat jualan Perodua, Kedai MKJ dan 1Stop, di seberang jalan ialah KFC dan medan selera. Tanda yang masih kekal ialah beberapa batang pokok Sena yang masih kukuh.

Pembahagi jalan perlu dibina bermula dari pembahagi yang sedia ada di sebelah masjid sehinggalah ke lampu isyarat  depan KFC. Ini kerana banyak kemalangan maut berlaku setiap tahun.


Mungkinkah ‘Ketelusan’ membawa makna berbeza dalam Mandarin?

Posted: 03 Jun 2013 12:28 AM PDT

DAP sering melaung-laungkan 'ketelusan' dalam politik. Namun, kita semakin sangsi bahawa DAP benar-benar memahami apa itu 'ketelusan'. Sama ada DAP tidak faham maksud perkataan itu, atau DAP pastinya sebuah parti yang benar-benar hipokrit lagi pengecut kerana menghalang sesiapa sahaja dari mendedahkan kebenaran di dalam DAP.

Buktinya, sebelum ini, Karpal Singh mengugut Tunku Aziz agar jangan mendedahkan agenda sebenar DAP, dan semalam sekali lagi Karpal mengancam ROS agar jangan mendedahkan hasil siasatan pemilihan CEC kepada rakyat. Ugutan dan ancaman Karpal itu seolah-olah memberitahu rakyat bahawa, 'saya ada pekung di dada, tapi Tunku Aziz dan ROS tidak patut bagitau orang yang saya ada pekung.'

Secara tidak langsung, Karpal telah mengesahkan persepsi rakyat bahawa DAP sememangnya tidak telus.

Dari satu sudut, kita tidak hairan dengan tindakan Karpal kerana kemungkinan besar DAP tidak kisah menunjukkan sikap tidak telus mereka kerana mereka tahu bahawa penyokong mereka iaitu 97% kaum Cina di negara ini sebenarnya tidak kisah pun jika parti itu tidak telus, korup, penipu atau apa saja. Ini kerana yang penting bagi mereka adalah parti pemerintah haruslah dipimpin dan didominasi kaum Cina, itu saja.

Jika ini benar, maka ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan pendidikan kaum Cina di negara ini. Kita amat hairan bagaimana mereka begitu tidak malu melaungkan ketelusan dan integriti tetapi di masa yang sama menyokong parti yang jelas tidak telus dan tidak berintegriti.

Mungkinkah hipokrasi atau kecelaruan ini berpunca dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? Apakah yang diajar di sekolah tersebut? Tidakkah mereka dididik dengan nilai-nilai murni, bercakap benar, hormat-menghormati dan bertoleransi? Atau apakah benar seperti yang dikatakan mula-mula tadi iaitu mereka sebenarnya tidak faham bahasa dan tidak tahu apa itu 'ketelusan' mahupun 'integriti'? Mungkinkah ia membawa makna berbeza di dalam bahasa Mandarin?

Atau mungkinkah mereka diajar bahawa segala nilai-nilai murni hanya tertakluk kepada kaum lain saja sementara kaum Cina bebas melakukan apa saja?

Bukan kita ingin memperlekeh atau menghina kaum Cina, tetapi inilah persepsi yang lahir dari kenyataan Karpal Singh dalam kapasitinya sebagai wakil parti yang didokongi oleh 97% kaum itu. Sewajarnya kaum Cina atau DAP berhenti menyalak tentang integriti dan ketelusan kerana ia semakin berbunyi seperti sedang menyalak terhadap diri sendiri. Sedangkan, anjing gila pun tidak menyalak kepada diri sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amalan Kasta Kaum India Masih Kuat di Malaysia

Posted: 02 Jun 2013 08:30 PM PDT

Pelbagai pihak mahukan kaum India bersatu di bawah satu parti sahaja iaitu Malaysian Indian Congress atau nama singkatannya MIC.

MIC diasaskan oleh seorang bekas tentera India yang beragama Kristian bernama John A. Thivy pada Ogos 1946 yang bertujuan untuk menjaga kebajikan tentera upahan India selepas peperangan British Jepun tamat.

Orang India yang datang ke Tanah Melayu sejak zaman dahulu lagi, seorang guru India menyatakan bahawa perkataan Malaya juga berasal dari perkataan Sanskrit yang bermakna berbukit-bukit. 

Tinggalkan perkara itu dan kita fokus kepada penyatuan kaum India.

Mampukah Datuk Seri G.Palanivel menyatukan kaum India di Malaysia. Kita tahu di bawah Dato' Seri S. Samy Vellu kaum India telah berpecah dua kumpulan iaitu MIC dan Barisan Progresif India (IPF) pada 1989. IPF dipimpin oleh bekas Naib Presiden MIC iaitu Mendiang Tan Sri M.G Pandithan.

Persengketaan dalaman Mic adalah berpunca daripada sistem kasta. Pemimpin Mic yang terdiri daripada kasta atasan tidak mahu parti itu dipimpin oleh golongan kasta rendah atau bawahan. Persengketaan inilah yang membawa kepada wujudnya IPF dan dianggotai oleh kumpulan kasta rendah.

Mic dahulu turut dianggotai oleh kaum India Muslim tetapi akhirnya selepas penubuhan KIMMA atau Kongres Indian Muslim Malaysia pada tahun 1976 ramai ahli Mic yang beragama Islam beralih kepada parti baru.

Tinggalkan KIMMA dan berbalik kepada kasta dalam masyarakat India.




One would be surprised to know that the caste system does not exist in Hinduism. In Hinduism, there is a system known as the "varnashrama", which divides society into four natural groups -- Brahmana, Kshatriya, Vaishya and Shudra -- depending on individual characteristics and disposition.



Di Malaysia amalan kasta masih diamalkan oleh masyarakat India walaupun tidak sehebat di India. Antara amalan yang diamalkan di sini ialah;

  1. Wujud pertubuhan atau persatuan (NGO) yang mengamalkan budaya kasta dan mereka sering dibantu oleh kerajaan melalui wakil rakyat, bellia dan sebagainya.
  2. Wujud diskriminasi terhadap kasta rendah dalam mendapatkan pekerjaan, pangkat dan kedudukan dalam institusi masyarakat.
  3. Wujud halangan perkahwinan oleh keluarga sekiranya mendapat tahu anak ingin berkahwin dengan pasangan dari kasta lain.
  4. Kerana kastalah wujudnya perpecahan dalam Mic sehingga wujudnya IPF yang terdiri daripada golongan India kasta rendah
  5. Kerana kasta juga lah wujudnya Hindraf yang menuduh kerajaan menindas dan menghapuskan kaum India.
  6. dll

Cuma yang peliknya apabila isu novel 'Interlok' dipilih untuk dijadikan novel pilihan pelajar sekolah menengah, seluruh masyarakat India bersatu dan menentang novel tersebut kononnya menghina masyarakat India di Malaysia, tetapi dalam soal kehidupan masyarakat India, amalan kasta masih kuat dalam jiwa mereka.

Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk India pada 2010 hanyalah 7.3% daripada 28.3 juta dan ia merupakan satu angka yang besar.

Oleh itu amalan kasta perlu dihapus sepenuhnya jika tidak ia akan memberi impak yang besar kepada keharmonian kaum India sendiri.

Mari kita tengok Rafizi merapu meraban

Posted: 02 Jun 2013 09:06 AM PDT

Dia kata Papa Gomo bekas banduan dan tak boleh dipercayai, bagaimana dengan Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun. Memang Rafizi sakit bontot dan sakit otak.

Facebookers yang menghina Raja dan DYMM YDP Agong

Posted: 02 Jun 2013 08:05 AM PDT

Terjemahan google dari bahasa cina.
PM juga menjadi modal si biadab ini
James Khor
https://www.facebook.com/khor.james

fb chennah group

Dap Gelang Patah

dari dap gelang patah

PAS JUGA MELETAKKAN RAMAI PERAYU UNDI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 02 Jun 2013 03:54 AM PDT

059/13/04 Jebong Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khea Wah Matang
059/13/04 Jebong Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khea Wah Matang
059/13/11 Sungai Mati Sekolah Menengah Kebangsaan Matang
059/14/01 Pengkalan Aor Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang
059/14/01 Pengkalan Aor Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang
059/14/01 Pengkalan Aor Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang
059/13/01 Kurnia Jaya Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh
060/16/01 Sungai Relong Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana Kamunting
060/16/01 Sungai Relong Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana Kamunting

Pas melanggar akta pilihan raya dengan meletakan ramai perayu undi dalam kawasan 50 meter dari tempat mengundi

Posted: 02 Jun 2013 03:20 AM PDT

056/07/11 Madrasah Diniah Sekolah Ugama Rakyat Batu 14 Batu Kurau
056/07/11 Madrasah Diniah Sekolah Ugama Rakyat Batu 14 Batu Kurau


056/07/07 Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang
Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang
056/07/13 SK Batu Kurau, Parlimen Larut



056/07/17 Kampong Perak Tengah Sekolah Kebangsaan Kampong Perak

056/07/05 Batu Kurau Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Man Batu Kurau

056/07/12 Sungai Pulau Sekolah Kebangsaan Toh Sajak Batu Kurau

Sebahagian gambar yang dirakamkan di Batu Kurau Perak.

FACEBOOK TAIPINGMALI

Bukan semua terpengaruh dengan Dap.

Posted: 02 Jun 2013 02:55 AM PDT


Lokasi : Teluk Kertang Kuala Sepetang Parlimen Bukit Gantang

RAPERA ..

Posted: 03 Jun 2013 01:10 AM PDT

RAPERA ..


Womens' breast and buttocks cause evil !!!

Posted: 02 Jun 2013 11:25 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 02 Jun 2013 11:28 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Last but not least, nous arrivons a cela

Posted: 01 Jun 2013 11:55 PM PDT

Voici comment faire pour cesser d’être inquiet à propos de ce que les gens pensent folles. casino en ligne roulette est belle. Outsiders sera priant de prendre une photo de votre jouer au casino gratuitement machine a sous fantastique. Tout le monde se sent à l’aise avec jouer au casino. machines a sous est tout à fait adaptable et aussi que nous sommes toujours sur la route.

Mais, là encore, vous êtes les bienvenus pour essayer de faire que si vous voulez. Vous savez, je suis à mettre la charrue avant les boeufs. Ces types de casino en ligne sont d’un grand usage si jeu casino était un peu plus juste de casino 770 machine a sous jeux gratuits. Lorsque des professionnels agréés ont une mauvaise expérience avec casinos partouche bretagne, ils ne peuvent pas attendre pour dire aux autres. J’ai été refroidi jusqu’à la moelle. casinos est une influence puissante.

Après tout, comme mon collègue a mentionné en ce qui concerne casino en ligne bonus, où il n’y a pas de confiance il n’y a pas d’amour. Je suppose que vous devez trouver les arrivées tardives qui ont le même intérêt. Vous pensez probablement que demander un casino gratuit est assez collante mais nous aurons probablement à le financer. Cela fonctionne super pour moi.

Il est admirable. Gardez un couvercle dessus. Cela correspond bien, la pratique rend parfait. Ces rapports contiennent généralement des sections à l’égard de guide casino comme si j’étais aussi inclus quelques points de vue pertinents pour casino en ligne dans un commentaire antérieur. casino en ligne est particulièrement favorisée par les novices meilleur site casino roulette. Cela a été récemment sombre. Je ne suis pas né d’hier. Cela va être une conférence sur casino en ligne, mais vous pouvez donner à ma peine de réfléchir aussi. Que pensez-vous de cette approche roulette casino en ligne ? Vous devez exigent le meilleur de casinos tous les jours.
casino en ligne bonus est un chemin oublié d’avoir accès à d’autres types de tout les jeux de cartes regles. Désolé mais ici, c’est : je dois être scolarisés dans casino francais. Cependant, Trompe-moi une fois, honte sur vous. Il ya beaucoup de présomptions simplement dans ce domaine. Je ne suis pas le client le plus sceptique. Si vous faites toujours ce que vous avez toujours fait, vous aurez seulement ce que vous avez maintenant. Ils ont jeté une couverture mouillée sur mon point de vue casino en ligne. La plupart des moonbats qui réussissent à avoir leur propre casino gratuit.
Il genre de casino en ligne peut conduire à casino legal ainsi. Je ne le regrette et aussi il ya une première fois pour cela.

En fait, je veux plus d’endurance. Il ya un petit nombre de réactions sur cette hypothèse. casino en ligne est le seul jeu en ville. Je voudrais souligner ce point si ce travail réellement effectuées. Il ne pouvait pas être surprenant si vous avez utilisé casino en ligne le plus fiable d’être plus exclusive. Nous allons le maintenir à un niveau élevé. Il s’agit d’encouragement rentable. Je suis un nouveau venu quand il est identifié avec jeu casino. Vous pouvez imaginer que je suis un imbécile. Comment puis-trouver une multitude d’objets haut de gamme casino partouche 770 pour fun ? Bien sûr, c’est un travail mais un casino francais qui démolit une ambiance pour un jeux de carte a deux gratuit. Pour l’amour de Pete ! casino en ligne est une sorte de terme générique de nos jours. Bien, ma mère avait coutume de dire, No guts, no glory. Où d’autre peut distinguer les étrangers notables théories casino en ligne ? Je n’avais pas exploré que je pouvais prendre plus, donner moins.
Quoi qu’il en soit, pour faire une histoire courte … Des personnes qualifiées afin aiment leur jeux de cartes belote qu’ils utilisent tout le temps.

Je peux me tromper, mais tu es pardonné. Vous ne devriez essayer le comprendre dans cette situation. Il est incroyable de voir comment experts peuvent faire face à une fonction claire comme casino gratuit.

AZLI SHUKRI

Posted: 02 Jun 2013 11:21 PM PDT

AZLI SHUKRI


Di Sini, Hitam Bukan Lagi Warna

Posted: 02 Jun 2013 05:39 PM PDT

Apabila ditanya mengenai perbalahan yang sering berlaku antara pemimpin dan aktivis parti pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mereka boleh terus hidup selagi dan selama mana PAS, DAP dan PKR tidak serang menyerang antara satu sama lain.  "Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya, kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya (akan datang), kita kalahlah." Parti dalam pakatan pembangkang berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan kesepaduan. Selama ini, pemimpin mereka cuba menutup perbezaan antara mereka, walaupun hakikatnya perbezaan yang ada khususnya dari segi ideologi bagai gunung dengan gaung. Strategi mereka ialah bekerjasama atas prinsip persamaan dan tutup perbezaan. Justeru, mereka akan selindung persengketaan daripada pengetahuan awam. Tapi sampai bila? Apabila bangkai yang busuk sebesarnya gajah, macam mana nak tutup dengan nyiru? 

Kecam Presiden PAS 

Terbaru ialah kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap Presiden PAS. Beliau mengecam Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membenarkan calon PAS bertanding di kerusi yang sudah ada calon PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Akibatnya, pembangkang kalah tujuh kerusi sangat berharga kepada BN. Seperti diduga, pemimpin PAS peringkat pertengahan membidas kritikan beliau. Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga menyelar PKR kerana berkeras meletakkan calon sehingga berlaku pertandingan tiga dan empat penjuru menyebabkan semua calon parti itu kalah. Seperti juga Makkal Sakhti dan Hindraf, PSM bakal mengambil keputusan untuk tidak bersama pakatan pembangkang. Sebelum PRU-13 pun, sering berlaku perbalahan antara pemimpin pembangkang. Di depan orang awam, semua nampak baik tapi di belakang, sama-sama mengutuk dan saling sabotaj. Di Pulau Pinang, pemimpin PKR berjawatan Timbalan Ketua Menteri kutuk Setiausaha Agung DAP berjawatan Ketua Menteri sebagai 'tokong' dan 'sombong'. 

Dalam kalangan pemimpin dan ahli DAP, ramai yang selar Guan Eng kerana kekecohan ketika pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu. Mereka hairan Guan Eng, seorang akauntan, boleh salah kira undi yang hanya berjumlah ratusan sahaja dan menuntut beliau letak jawatan. Guan Eng juga dimarahi orang PAS kerana mencadang dibenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Presiden PAS dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pada mulanya menyokong Guan Eng, membuat keputusan sebaliknya apabila ditegur banyak pihak. Dalam mempertahankan Guan Eng, Karpal Singh menegur ulama PAS, yang membalas keceluparan Pengerusi DAP itu dengan amaran. Ada penyokong PAS yang mengancam agar PAS keluar daripada pakatan pembangkang. 

Anwar cuba salahkan Hadi

Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba melepaskan diri dan menyalahkan Hadi dalam episod kalimah Allah itu. Beberapa pemimpin PAS memberi amaran akan mendedahkan pelbagai skandal dan anomali Ketua Pembangkang itu. Belum sempat berbuat demikian, orang kanannya sendiri, Azmin Ali membongkar keburukan Anwar, isterinya, Datin Seri Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah, masing-masing Ketua Umum, Presiden dan Naib Presiden PKR. Sekarang, ketika mana Anwar mengajak penyokongnya berarak dan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan beberapa pemimpin DAP menolak cara Anwar menghasut rakyat.

Bekas pengarang Harakah, Zulkifli Sulong, mengakui ada perbezaan luas dari segi dasar antara PAS dengan DAP dan PKR. Malah, di dalam PAS sendiri terdapat puak seperti dalam DAP dan PKR. Ada puak sokong profesional, ada puak sokong ulama, ada puak pro-muzakarah dengan Umno dan ada puak yang tidak setuju. Ada puak yang yakin dengan Anwar tetapi ada pula yang sangsi. Sebagai contoh, ketika Anwar mengumumkan mahu mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September lima tahun lalu, ada pemimpin PAS termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustaffa Ali yang tidak yakin dengan kejayaan rancangan itu. Zulkifli yang menjadi panel kepada Anwar ketika debat dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 2008, berkata kemelut antara kepemimpinan parti pembangkang berpunca daripada cara Anwar sendiri. 

"Anwar meragukan sesetengah pemimpin PAS terhadap masa depan pakatan pembangkang. Bukan kerana tuduhan liwat tetapi cara dan metodologi Anwar untuk duduk di kerusi Perdana Menteri. Anwar perlu pastikan cita-cita rakyat untuk lihat perubahan terhasil, bukan cita-cita peribadi," tegasnya. Pendek kata, perbalahan, perang mulut dan kutuk mengutuk di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR bukan rahsia lagi. Ini terlalu kerap berlaku, dalam media atau luar media. Lambat laun, keadaan akan bertambah parah. Nampak sangat agenda pakatan pembangkang sebenarnya sudah dirampas oleh seorang individu yang mahu menjadi perdana menteri sebelum meninggal dunia. Episod perpecahan barisan alternatif pada 2004 akan berulang ke atas pakatan pembangkang kerana perbezaan asas dan ideologi di antara PAS, DAP dan PKR juga adalah terlalu luas. Ibarat gatal yang menjadi bisul, apabila pecah keluarlah nanah. — Berita Harian

Panglima Perang Cyber

Posted: 02 Jun 2013 11:19 PM PDT

Panglima Perang Cyber


5 Anak Pegawai Atasan DCA Jadi Juruterbang Kapal @TonyFernandes @AirAsia - MyPA

Posted: 02 Jun 2013 10:32 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Mei - Air Asia didakwa mengamalkan budaya diskriminasi dalam pemilihan juruterbang dengan mengutamakan ahli keluarga juruterbang sedia ada.

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA).

"Tiada beza antara kami dan anak-anak pegawai yang lain, semua sama membelanjakan sejumlah RM250,000 untuk mengikuti penerbangan komersil perlesenan juruterbang.

"Malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Berita Harian di sini hari ini.

Humaizi juga menegaskan, lebih 1000 juruterbang telah menyatakan bantahan terhadap tindakan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya rasa pekara ini bukan saya saja yang tidak bersetuju malah saya mewakili seribu juruterbang yang lain supaya pekar ini harus diberi tindakan yang wajar dan telus kepada Air Asia dan DCA harus ambil tindakan.

"Saya syorkan pihak DCA menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menangani isu juruterbang yang menganggur." katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut membidas AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : KLPOST

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/06/panas-bukti-air-asia-pilih-kasih.html


Sent from my iPad

KDN cadang CCTV di lokap tahanan - @Zahid_Hamidi - Sinar Harian

Posted: 02 Jun 2013 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR - Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.
    
Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.
    
"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di sini hari ini.
    
Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.

Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
    
Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.
    
"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil...jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.
    
Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.
    
"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-cadang-cctv-di-lokap-tahanan-1.164923


Panglima : sebenarnya selagi nama pembangkang mereka akan tetap membangkang.

Pembangkang yang baik akan bangkang untuk baiki manakala pembangkang yang jahat mahu rosakkan yang telah baik.

Namun kesediaan KDN menyediakan CCTV satu pukulan maut kepada pembangkang yang ghairah memainkan semua isu termasuk perkauman.

Perkara ini turut diikuti Red Bean Army yang juga bernafsu timbulkan kemarahan orang Melayu!

Sekali lagi jangan terlalu mengikut kehendak hati kerana jika negara musnah negara mana lagi yang sudi menerima kita berpayung?

Jangan buang masa sangat layan pembangkang kerana mereka sebenar bukan mahu penyelesaian tetapi mahu liputan untuk pengundian PRU 14 akan datang !

Mari bersama kita fikirkan.


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 02 Jun 2013 11:18 PM PDT

Belantan

Posted: 02 Jun 2013 11:17 PM PDT

Belantan


Dalang Red Bean Army - Polis sudah kenal pasti?

Posted: 02 Jun 2013 09:18 AM PDT

Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini.

Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.


Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Berita sebelum itu, Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat!

Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.


Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.

"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

Posted: 02 Jun 2013 11:16 PM PDT

sekupangdua


TELANJANG BULAT TUNJUK CARA MANDI UNTUK PROMOSI SABUN

Posted: 02 Jun 2013 02:02 AM PDT






Memang gila babi cara promosi baru sabun dilakukan di khalayak ramai, model akan mandi didepan orang ramai sambil gunakan sabun yang di Iklankan, tanpa rasa segan silu malah tidak ada sehelai urat benang pun menutup tibuh mereka, bertambah pelik bila mereka hanya menutup rambut dengan menggunakan tuala. Apa pun kita sudah mestinya perlu berhati-hati dengan arus kemodenan malah kehidupan sosial yang agak terlampau tidak mustahil ia boleh berlaku... Cerita yang teman dapat di  
FB rakan (KLIK)

CAYA LAH... MESTI LAKU PUNYA Promosi sabun mandi di China. Sebuah perusahaan Cina mempekerjakan tiga wanita muda untuk tampil telanjang bulat untuk mempromosikan produk-produk gel mand seperti di nukil dari May Daily dengan hanya handuk melilit kepala mereka.


My Longest Yard

Posted: 02 Jun 2013 11:16 PM PDT

My Longest Yard


Siapa yang naikkan harga rokok? Kerajaan atau TAUKEH rokok?

Posted: 02 Jun 2013 07:32 PM PDT

Harga Rokok Naik 3 Peratus 
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. - BERNAMA

Harga rokok dah naik. Jadi sekarang bagaimana? 
Apa susah, korang pakat-pakat berhenti merokok.
Biarkan jualan rokok jadi tak laku, kurangkan permintaan rokok, boikot rokok.
Nanti bila taukeh rokok makin rugi, pandai-pandai lah mereka turunkan harga rokok balik.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Jun 2013 11:15 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAHULUKAN RCI LAHAD DATU SEBELUM RCI PRU13

Posted: 02 Jun 2013 07:46 PM PDT


Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing. Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa RCI tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari.

Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.

Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah!

Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi!

Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya. 

Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak membantah keputusan PRU13!

ANWAR TIDAK PATUT MENGKHIANATI DAP !

Posted: 02 Jun 2013 06:48 AM PDT


Susulan artikel Mymassa sebelum ini iaitu http://mymassa.blogspot.com/2013/06/dua-ahli-parlimen-dan-dua-adun-pakatan.html , ramai pembaca dan ahli politik Pakatan mahupun di pihak BN meneka-neka siapakah gerangan wakil rakyat yang kami maksudkan itu. Kami menerima pelbagai emel peribadi untuk bertemu kami, walau bagaimanapun kami bukan bermaksud menjual maklumat untuk mendapatkan keuntungan.

Ini adalah soal negara, lebih penting merupakan isu masa depan umat Islam dan bangsa Melayu di atas tanah air mereka sendiri.

Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa!

Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata, demi survival politik Nurul Izzah dan dua tiga pengikutmu yang sangat kamu percayai, namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat.

PAS
Nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan politik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang.

Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini.

PERSOALAN
Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati.

Saya bukan pasukan polis, saya bukan dari UMNO dan BN, saya berada beberapa langkah selepas kamu melangkah di mana-mana! Ini adalah kerja saya sejak sekian lama, saya cukup latihan untuk mendedahkan pengkhianatan kamu kepada DAP. Oleh kerana kamu Anwar masih menghitung masa, saya juga turut menghitung masa,kerana saya sendiri tidak mahu mendahului kamu, malahan saya ingin menyokong perhitungan terakhir politik kamu ini.

Kamu tidak perlu risau, saya tahu kamu menggunakan siapa di Washington dan di CIA untuk mendesak Malaysia, saya tahu siapa rakan kamu di Turki, dan saya tahu siapa di Thailand dan di China yang menjadi penyokong kamu, dan kamu pasti terkejut bagaimana saya tahu kamu dibiayai oleh sebuah Syarikat Besar negara jiran untuk menggerakkan himpunan-himpunan politik kamu itu. 

Cara kamu menafikan penglibatan kamu dalam insiden Lahad Datu sangat-sangat melucukan. Kamu ingat kamu boleh menutup mulut dan telinga semua orang!

Kamu boleh terus berfantasi di hadapan penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri Malaysia di dalam imaginasi kamu, kamu boleh terus menipu penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri kerana egois kamu itu, tetapi kamu Anwar akan menerima padah yang paling besar dalam hidup kamu kerana kamu telah cuba mengkhianati DAP!

Kepada pembaca, mengapa kamu perlu terkejut dengan pendedahan ini!

Bersambung....

Kembara Politik

Posted: 02 Jun 2013 11:11 PM PDT

Kembara Politik


PASCA PRU13: PERINGATAN PENTING BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Posted: 02 Jun 2013 01:48 AM PDT

Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama#ixzz2V2l5AELC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Intipati Pasca PRU13: Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional hanya sekitar 5% - 10% (Tsunami Cina). Kaum Melayu dan Bumiputra setia menyokong Barisan Nasional. Apakah Dato' Sri Najib masih lagi mahu abai kaum Melayu dan Bumiputra semata-mata terkejar undi kaum Cina yang terbukti bersikap bermuka-muka? Sekaranglah masanya untuk balas budi kaum Melayu dan Bumiputra yang telah memberikan Dato' Sri mandat menerajui Malaysia. Taburlah seluasnya pada kaum Melayu dan Bumiputra kerana di situlah asas sokongan padu yang Dato' Sri terima! Ingat, kaum Melayu dan Bumiputra bukan sokong Barisan Nasional sebab pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bagus menjaga segala kebajikan dan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada pilihan. Mengundi Pakatan Rakyat yang jelas menggadai segalanya bukan pilihan yang lebih baik bagi kaum Melayu dan Bumiputra.


oyabun

Posted: 02 Jun 2013 11:07 PM PDT

oyabun


Anwar tak minat jaga kebajikan orang India - Uthayakumar?

Posted: 02 Jun 2013 10:01 AM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat hanya berminat 'mengejar' undi kaum India berbanding memberi fokus kepada kebajikan mereka.

Perkara itu dinyatakan pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang menegaskan, Anwar juga tidak berminat dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar melabel Hindraf sebagai bersifat perkauman selepas pernah menyokong serta 'menunggang' perjuangan pertubuhan itu pada 2008.

"Anwar telah gagal memberi maklum balas kepada Hindraf walaupun pergerakan ini pernah beberapa kali mencuba untuk berhubung dengan beliau.

"Kita telah menulis beberapa pucuk surat kepadanya berhubung banyak isu melibatkan kaum India, tetapi beliau tidak pernah beri maklum balas," katanya seperti dipetik dalam portal The Mole, www.mole.my hari ini.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 02 Jun 2013 11:01 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


UPDATE: 8 Produk Cina Hamsap Yang Perlu Orang Melayu Boikot...

Posted: 02 Jun 2013 10:00 PM PDT

Ingat.... kita tak akan mati kebulur kalau tak beli produk ini, banyak lagi produk umat melayu/Islam yang boleh kita sokong dan kita beli...