Selasa, 1 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 01 Jan 2013 01:04 PM PST

Duke of UMNO


PEDASSS..!!! MAMPUKAH HADI CUCI DOSA PULUHAN TAHUN DALAM TEMPOH 1 JAM..???

Posted: 01 Jan 2013 06:36 AM PST

amanat-mungkar-haji-hadi-3

Setelah teruk didesak untuk menarik balik "amanat sesat" yang dilafazkan di depan puluhan ribu para penyokong PAS pada tahun 1981 dulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kini meminta satu jam dari media arus perdana untuk menjawab kontroversi yang dia timbulkan itu.

Abdul Hadi berkata, dia mahu bersiaran secara langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 selama satu jam di waktu perdana dengan alasan supaya kenyataannya tidak diputar belitkan oleh mana-mana media berkenaan.

Kononnya, dengan memberi penjelasan selama satu jam itu dia akan mampu merungkai segala "dosa"nya dari tahun 1981 sehingga kini?


Saya tertanya-tanya, apakah Abdul Hadi fikir dengan bersiaran selama satu jam itu dia mampu menyelesaikan pepecahan umat Islam yang berlaku sejak amanatnya itu dicanang di seluruh Malaysia?

Mampukah tempoh satu jam itu menyatukan kembali puluhan ribu anak dengan ibubapa kandungnya setelah dikafirkan kerana menyokong UMNO?

Apakah dengan tempoh selama satu jam itu juga Abdul Hadi mampu merujuk kembali pasangan suami isteri yang terpisah hanya kerana perbezaan fahaman politik di antara mereka sehingga menyebabkan penceraian dan terpaksa akad nikah sebanyak 2 kali?

Apakah Abdul Hadi fikir dengan satu jam itu dia mampu membersihkan dosanya yang mengakibatkan kekecohan dan insiden memalukan yang berlaku terhadap jenazah yang enggan diuruskan hanya kerana si mati itu menyokong UMNO?

Abdul Hadi perlu menjawab di dalam satu jam berkenaan bahawa penjelasannya itu akan menamatkan amalan solat dua imam yang masih berlaku sehingga hari ini.

Paling utama, Presiden PAS itu juga perlu membuktikan di dalam masa satu jam itu dia akan membersihkan segala dosa-dosanya terhadap seluruh umat Islam di Malaysia yang dipisahkan oleh "amanat"nya yang jelas songsang dan tidak beretika itu.

Saya agak musykil. Dengan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan egonya yang lebih mendaulatkan politik berbanding kepentingan Islam, mampukah Abdul Hadi menjelaskan segala kekusutan yang dia lakukan sebelum ini.

Saya akui bahawa ilmu agama Abdul Hadi agak tinggi dan mungkin benar dia adalah setaraf dengan ilmu yang dimiliki oleh para Mufti.

Namun, apakah itu juga bererti bahawa dia tidak pernah silap dalam membuat perhitungan, fatwa atau pandangannya terhadap umat Islam lain yang tidak menyokong perjuangan politik PAS?

Saya percaya bahawa sekiranya Presiden PAS itu diberikan masa selama 24 jam secara langsung sekalipun, dia tidak mungkin mampu membasuh segala dosa yang tercetus akibat keceluparan mulut politiknya yang mengkafirkan umat Islam di negara ini.

Bukan sekadar akidah yang dia cemarkan, malah segala muamalah yang berkaitan perkara fardhu sama ada fardhu ain atau kifayah turut terjejas hanya disebabkan ketaksubannya terhadap kepentingan politik!

Pada saya, Abdul Hadi sebenarnya tidak memerlukan satu jam pun untuk menjelaskan segala dosanya itu dan sebaliknya dia hanya memerlukan selama 2 hingga 3 minit saja untuk menghuraikan segala kekusutan tersebut.

Dengan 2 minit, Abdul Hadi hanya perlu mengaku bersalah dan memikul tanggungjawab sepenuhnya atas dosa yang dia lakukan pada tahun 1981 itu, serta meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di seluruh negara.

Selebihnya, dia hanya perlu bertaubat kepada Allah SWT untuk tidak sesekali mengkafirkan saudara seagamanya lagi dan tidak lagi memperdagangkan agama Allah itu sebagai senjata meraihkan kuasa politik di Malaysia.

Semudah itu! Dalam 2 hingga 3 minit saja segalanya akan selesai jika Abdul Hadi benar-benar mahu merungkai segala kontroversi amanat "songsang"nya itu, bukan? Jadi untuk apa dia minta tempoh selama satu jam? Kemaruk sangat nak masuk TV, kah?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! SHAMSIDAR TEKAD DEDAH SKANDAL DENGAN ANWAR..???

Posted: 01 Jan 2013 04:34 AM PST




Ramai yang tidak bersetuju dan mempersoalkan mengapa perlunya seorang wanita bernama Shamsidar Taharin dipanggil untuk menjadi saksi perbicaraan kes saman yang melibatkan di antara dua bekas rakan karib iaitu Datuk Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim.


Khabarnya, mereka mahu mengadakan demonstrasi bagi menghalang wanita itu untuk menjadi saksi kes perbicaraan tersebut dan mahkamah dikatakan tidak patut untuk memanggilnya ke kandang saksi.

Ura-ura mengatakan bahawa huru-hara tersebut akan berlangsung pada 12 Januari depan, beberapa hari sebelum kes perbicaraan kes itu dijalankan di mahkamah.


Persoalannya, siapa Shamsidar Taharin untuk diberi keistimewaan bagi menolak diri sebagai saksi kes tersebut?

Apakah semata-mata kerana dia merupakan isteri kepada Azmin Ali, maka dia patut diberikan keistimewaan untuk tidak menjadi saksi kepada proses keadilan yang sedang berlangsung di mahkamah?

Sebagai seorang yang disaman, saya yakin bahawa Nallakaruppan punya hak untuk memanggil sesiapa saja untuk hadir sebagai saksi bagi membuktikan bahawa dia berkata benar dan bukannya fitnah.

Tapi, mengapa puak-puak pembangkang takut sangat Shamsidar dipanggil ke mahkamah? Takut tembelang pecah lagi?

Setahu saya, kira-kira 10 orang telah disenaraikan sebagai saksi oleh Nallakaruppan bagi membuktikan kebenaran kata-katanya itu dan diantaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne dan Mior Abdul Razak.

Selain itu, nama-nama seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid turut dipanggil ke mahkamah sebagai saksi Nallakaruppan.

Takur benar para "penjilat" Anwar bila mendengar nama-nama ini dipanggil sebagai saksi kes. Entah apa yang cuba mereka sembunyikan agaknya?

Datang sajalah dan jawab sajalah. Apa yang nak ditakutkan? Jawab soalan pun takut? Orang kata, "berani kerana benar, takut kerana salah", kan?

Saya yakin bahawa mahkamah tidak memerlukan semua lelaki dan wanita yang terbabit untuk mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan Anwar Ibrahim.

Memadai bagi seorang lelaki dan seorang perempuan untuk mengaku serta membuktikan pernah mengadakan hubungan terlarang itu dengan Ketua Pembangkang itu.

Dan jika mahkamah berpuas hati, saya yakin bahawa hakim mahkamah cukup adil untuk membuat keputusan sama ada Anwar itu merupakan seorang homoseksual atau tidak, bukan?

Lagipun, keputusan mahkamah pada tahun 1998 dulu pernah mengesahkan bahawa Anwar mengadakan hubungan seksual sebagaimana yang didakwa, namun disebabkan hal teknikal, dakwaan tersebut terpaksa digugurkan.

Tak perlulah sembunyikan kebenaran lagi. Kalau benar-benar yakin, pergi saja ke mahkamah dan buktikan Nallakaruppan itu pemfitnah dan saya percaya dia mampu membayar saman Anwar itu.

Tapi, kalau tak pergi dan berdolak-dalih, nanti rakyat kata apa pula, kan? Kalau tak pergi, jangan salahkan rakyat kalau mereka kata memang benar Shamsidar punya "hubungan istimewa" dengan Anwar. Jangan menyesal pula nanti ya…

Sumber: Perak Today

THE FLYING KICK

Posted: 01 Jan 2013 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


DEMONSTRASI PELAJAR JILAT ANWAR BAKAR GAMBAR NAJIB DI DATARAN MERDEKA TENGAH MALAM TADI!!!

Posted: 31 Dec 2012 11:12 PM PST

ANWAR IBRAHIM ARAHKAN AMK BUAT DEMONSTRASI HALANG SHAMSIDAR TAHARIN JADI SAKSI NALLAKARUPPAN!!!

Posted: 31 Dec 2012 09:32 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Jan 2013 11:47 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Wanita bogel dalam video fesyen Nabila Huda !!

Posted: 01 Jan 2013 11:00 AM PST




Beginilah lagak serta riak pelakon kontroversi lagi sensasi, Nabila Huda yang sedang dibuai suasana sensual di dalam bilik persalinannya ketika menanti detik untuk meneruskan sesi penggambaran filem terbarunya.

Lagaknya itu tidak tumpah seperti dua bintang Hollywood ternama, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor yang penuh dengan drama serta gerak geri menggoda di bawah kerdipan lilin sama-samar bercahaya menemaninya.

Dalam kemalapan malam yang semakin pekat , Nabila Huda tampil dengan enam persalinan indah daripada koleksi terkini label fesyen yang menjadi sebutan ramai Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013.

Konsep penuh sensual yang diilhamkan daripada dunia bintang filem ternama itu, menyerlahkan penampilan Nabila Huda yang nyata cukup berani dan menggoda.

Pastinya, sekalung tahniah perlu diberikan kepada Shahrezzan Mustaffa Ezani selaku pelakar konsep dan idea serta jurufoto untuk sesi fotografi kempen berkenaan.

Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres berkenaan bagi menjayakan koleksi terkininya itu.

Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan. seterusnya di Murai...

** Fuyoo..dalam butik ada lukisan wanita bogel menjadi hiasan...kelas gitu...tapi perlu ke lukisan tersebut dimasukkan dalam video Evening Cruise 2012/2013..EP rasa macam tak kena je...itu belum lagi kita bercakap pasal rekaan pakaian dan model yang mengayakan rekaan tersebut....

Beza Azhar Idrus dengan Shila Amzah makan McD !!

Posted: 01 Jan 2013 09:30 AM PST



GPB tak boleh faham peminat2 yang menghentam teruk Shila Amzah pasal   makan McD .  Ye la semua pakat dok terikut boikot barangan buatan Amerika  kerana bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin .





Tapi bagaimana pulak dengan Ostat popular iaitu Azhar Idrus yang kantoi juga  makan McD ?? Apa bezanya Shila makan McD dengan Azhar Idrus ??

Mengapa korang tak hentam sekali Ostat tu yang sebelum ini suruh boikot barang Amerika ?

Sebabnya Azhar Idrus seorang Ostat & Shilla seorang artis ... Ostat ni dia boleh fatwakan macam-macam untuk pertahan dirinya  bukan macam artis ..hahaha...





Warga asing bawa parang di Ambang 2013 I City !!

Posted: 01 Jan 2013 08:48 AM PST




SHAH ALAM - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.
 
"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.
 
"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

 
"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Beliau berkata siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala remaja tempatan itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.
 
Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya.
 
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah.  - Bernama

Rozaimi terpilih 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh ESPN

Posted: 01 Jan 2013 04:30 AM PST




"PENGIKTIRAFAN ini adalah untuk seluruh rakyat Sabah," kata penyerang Harimau Muda A kelahiran Sabah, Rozaimi Abd Rahman yang disenaraikan antara 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh saluran sukan antarabangsa, ESPN. Anak muda berusia 20 tahun dari Bongawan itu mengaku terkejut apabila namanya terpilih bersama bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa yang turut tersenarai sebagai pemain terbaik Asia.

 "Saya terharu dan gembira kerana tersenarai walaupun agak terkejut kerana prestasi saya turun naik kecuali ketika bermain bersama Harimau Muda pada Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar, Jun lalu dengan menjaringkan 10 gol.

 "Mungkin kerana aksi itulah saya dipilih ESPN, bagi saya ramai lagi yang layak seperti Safiq Rahim, Safee Sali dan Wan Zack Haikal.

Namun mungkin nasib lebih menyebelahi saya," katanya di Kota Kinabalu, semalam. Rozaimi kini bercuti bersama keluarga dan akan kembali menyertai kem latihan skuad Harimau Muda A kendalian jurulatih, Ong Kim Swee bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar.

 Bekas pemain pinjaman Selangor pada Piala Malaysia 2012 itu gembira kerana dapat mengharumkan nama Sabah di persada antarabangsa menerusi bola sepak dengan tersenarai antara 10 pemain terbaik Asia tahun ini dan mendedikasikannya kepada seluruh rakyat negeri ini. "

Memang inilah yang saya mahu lakukan, seperti Matlan Marjan yang menjadi idola saya. Dulu dia turut mengharumkan nama Sabah dan Malaysia dengan menjaringkan dua gol ketika menentang England.

 "Saya harap pengiktirafan ini menjadi pendorong untuk saya beraksi lebih cemerlang membawa cabaran Harimau Muda A terutama untuk Sabah jika disenaraikan kembali tahun depan," katanya.

Selain Rozaimi dan Kagawa, senarai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN turut merangkumi Omar Abdulrahman (UAE), Koo Ja Cheol dan Lee Keun Ho (Korea Selatan), Bambang Pamungkas (Indonesia), Yuto Nagatomo (Jepun), Teerasil Dangda (Thailand), Amjad Radhi (Iraq) dan Ali Al Habsi (Oman).



*** Terbukti pemain Harimau Malaya masih ramai lagi pemain berbakat ..cuma Rajagopal je tak nampak bakat itu kerana masih lagi percaya pemain kesayanganya ..

Pasangan bertunang tak tahan nak projek dicekup malam ambang merdeka !!

Posted: 01 Jan 2013 02:53 AM PST




Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

"Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

"Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram," katanya.


Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

"Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing," katanya

DIMENSI

Posted: 01 Jan 2013 11:17 AM PST

DIMENSI


Omegay: Shamsidar wajib ke mahkamah!

Posted: 31 Dec 2012 11:30 PM PST


Shamsidar Wajib Ke Mahkamah Untuk Nafi Segala Skandal Seksnya

Sebagai seorang seorang isteri pemimpin politik yang kaya raya, siap dengan kereta mewah dan rumah berharga berjuta serta pernah juga memegang pendapatan sendiri yang cukup lumayan sebagai pengarah syarikat walaupun tidak perlu bekerja, Shamsidar Tahrin sewajarnya dilihat sebagai wanita yang memiliki segala-galanya.  

Namun, di sebalik semua ini, Shamsidar dilihat sebagai isteri yang paling malang kerana mempunyai suami yang kalau tidak dayus, tentunya tidak menyayanginya langsung.  Ini kerana apabila nama beliau menjadi gah dikaitkan dengan skandal seks bersama Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri, suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakan tegas untuk membela dan membersihkan namanya.   

Dengan bukti DNAnya yang didapati dari tilam dalam kes liwat 1 yang membabitkan Anwar, nama Shamsidar kini busuk, sebusuk-busuknya.  Malah, kisah-kisah dalaman dan terperinci yang didedahkan oleh ahli keluarga suaminya, Ummi Hafilda serta rakan baik Anwar, Nallakarupan  menjadikan Shamsidar bagai wanita yang tiada harga walau sesen pun lagi.  Tidak cukup dengan itu, anaknya Afifa turut terheret sekali apabila didakwa sebagai anak luar nikahnya dengan Anwar.  

Malang bagi Shamsidar kerana walaupun sehingga begitu sekali aibnya dibuka, suaminya masih tidak tampil ke hadapan membela maruahnya.    Tidak juga suaminya bertindak memencilkan diri dan keluarga mereka dari pandangan umum, sebaliknya masih begitu ghairah menonjolkan diri mengejar cita-cita untuk berkuasa sambil membiarkan saja maruah isterinya dipersoal dan dipijak-pijak.  

Sehingga kini, Nalla dan Ummi terus menjadikan Shamsidar sebagai bahan ceramah dan kenyataan media.   Lebih dahsyat, Nalla juga menyatakan yang beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman aksi Anwar dengan Shamsidar yang pasti mengejutkan.    

Semua ini adalah tuduhan dan dakwaan yang amat berat dan mampu menghancurkan hidup seorang wanita dan sebuah keluarga, apatah lagi suaminya yang bergelar ahli politik.

Tidak ada seorang manusia pun yang akan terus berdiam diri jika dirinya dituduh dengan sebegitu rupa.  Dan tiada suami yang boleh menahan diri dari mengambil tindakan sewajarnya jika isterinya dituduh atas kesalahan yang begitu kotor dan hina sedangkan di masa yang sama beliau kononnya percaya yang isterinya tidak bersalah.

Tetapi, inilah yang berlaku kepada Shamsidar.  Suaminya hanya tahu membuat penafian secara ringkas terhadap segala tuduhan terhadapnya, tetapi selebihnya enggan mengulas lanjut.   

Justeru, sudah sampai masanya, Shamsidar bertindak sendiri untuk membersihkan namanya, jika benar beliau tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.   Bukankah sudah jelas kini bahawa Shamsidar tidak boleh mengharapkan perlindungan atau pembelaan suaminya.   

Sesungguhnya, suami seperti Azmin, tidak layak dihormati.  Adalah dayus bagi lelaki membiarkan isterinya dihina jika isterinya benar-benar tidak bersalah, dan dayus juga bagi lelaki yang rela isterinya dikongsi oleh orang lain.  

Penting bagi Shamsidar untuk membersihkan namanya jika beliau tidak mahu keturunannya menanggung malu selama-lamanya.  Ini kerana, sejarah silamnya tidak akan hilang dan dilupakan begitu saja memandangkan beliau bukannya orang biasa.  Beliau adalah isteri seorang ahli politik yang didakwa berhubungan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Malaysia  

Justeru, seluruh keturunannya akan dikenang dengan kisah gelap ini yang pasti terpahat kemas dalam sejarah politik negara.  Ia bakal menjadi rujukan, sebagai pengajaran kepada pemimpin masa depan.   

Apakah Shamsidar tidak kisah jika seluruh keturunannya terpaksa menanggung malu  memikul beban namanya yang busuk?  Apa kata cucu-cicitnya nanti?  Terutama, anak-anak Afifa?  Apakah Azmin mampu mencantas terus susur galur keturunannya bagi memastikan kisah silam tidak dibongkar kepada keturunannya oleh keluarganya sendiri?    

Semuanya terpulang kepada Shamsidar sama ada untuk bertindak sewajarnya membawa Nallakarupan dan Ummi Hafilda ke mahkamah dan mencabar mereka secara rasmi, atau terus hidup dalam keadaan dan pandangan hina.   

Jika Shamsidar memilih untuk hidup dalam penuh kehinaan, dipandang serong oleh jiran dan rakan, sentiasa gusar dicemuh di belakang dan mungkin juga berdepan di majlis-majlis hanya kerana beliau enggan membela diri melalui undang-undang, maka kita melihat bahawa mungkin inilah cara hidup yang layak bagi seorang wanita yang bukan sahaja sanggup menduakan suami, tetapi, suatu ketika berbangga dan secara terbuka pula bermegah mengenainya. - Beruang Biru

Omegay: Edisi Hj Hadi Sakit Kepale - Mane satu pegangan PAS?

Posted: 31 Dec 2012 07:23 PM PST


Perlembagaan Negara: Amanat Hadi & Buku Jingga, Mana Satu Pegangan PAS?

Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.

Barangkali Presiden PAS itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya. 

Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3. 

Kenapa syarat itu kelihatan pelik? Sebabnya, selama bertahun-tahun ini PAS dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3, alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.

Kini, Stesyen TV yang dipropagandakan oleh PAS kononnya pembohong, penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali, amat memalukan.

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden PAS itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

Tiada perbezaan ketara, agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh PAS dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.

Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah, kafir dan sekular, soalnya sekarang kenapa PAS melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR?

Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah;-

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO & BN.

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'".(Amanat Hadi)

Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan amanat tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu, adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan PAS yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara. - Beruang Biru

anakbukitgantang says

Posted: 01 Jan 2013 03:30 AM PST

anakbukitgantang says


Selamat Tahun Baru

Posted: 31 Dec 2012 03:40 PM PST





Ucapan selamat tahun baru- tiada pancuran bunga api-apa yang dapat diberikan ialah  gambar video merentasi beberapa jam pada  langit yang dipenuhi bintang bintang secara alami.

Land slide in Setiawangsa

Posted: 31 Dec 2012 04:58 AM PST

A public announcement by Syeikh Afeefudden regarding his collapsed house in Puncak Setiawangsa
 
As salamu 'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Dear brothers and sisters.

Allah subhana wa ta'ala says in the Holy Quran:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَش...ِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ.

"We shall certainly test you by afflicting you with fear, hunger, loss of properties and lives and fruits. Give glad tidings, then, to those who remain patient, those who when any affliction touches them, they say: "Verily, we belong to Allah, and it is to Him that we are destined to return. Upon them will be the blessings and mercy of their Lord, and it is they who are rightly guided." (Surah Baqarah, Chapter 2, Verses 155 to 157)

Alhamdulillah, we have experienced a test which affected our house but not our health nor our souls. After I had noticed pre-cracks on Thursday evening, I asked a friend of mine, who is a civil engineer, to give his assessment on the condition of my house. He advised me to call DBKL to investigate as the crack appeared on the slope of the hill above which my house is located. On Friday, the next day, the cracks increased and the DBKL team that came to inspect the condition advised me that the situation was critical and that I had to evacuate the house. Alhamdulillah, we managed to leave the house after Solat Jumat, at around 3pm.

Around 10 pm, after delivering my lesson (Tazkirah) at Masjid Baitul Aman, my house guards called me and informed me that the back part of the house had collapsed.

Upon hearing this, I immediately said:
لا حول ولا قوّة إلا بالله العلي العظيم، حسبنا الله ونعم الوكيل. اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها. الحمد لله على كل حال.

There is no might nor strength except with Allah. Sufficient is Allah for us and He is the best disposer of affairs. O Allah, reward me for that which has afflicted me and give me a replacement better than it. Praise belongs to Allah in all conditions. (Hadith as narrated by Imam Ahmed)

With God's grace, my heart has remained calm and unaffected after receiving the news, for I have the deepest conviction that Allah with His infinite mercy and wisdom knows best.

I recalled an incident that affected a companion of the Holy Prophet (Blessings and salutations of Allah be upon him) who had his leg amputated in the morning due to an infection and lost his son in the late afternoon. When the people came to offer condolences to him (ta'ziyah) in the evening, they were shocked by his cheerful and calm state. He said to them, "Praise be to Allah. He has given me two arms and two legs and has taken just one of them. He has given me six sons and taken away only one of them after all these years of enjoying his company."

Our beloved Prophet, in fact all prophets and messengers, were tested with trials and tribulations far greater than that which we have ever experienced. Those trials were some of the reasons for them to be raised in spiritual degrees and proximity to Allah; for the real test of faith lies in facing trials and our reaction to them. May Allah bless us as He blessed those chosen men of God with patience, blessings and proximity to Him.

I wish to take this opportunity to thank all those who have called me, sent me messages through text messages, e-mails, Facebook, Twitter and all other means as well as those who visited me to offer their support and share their concern for this unfortunate incident that has also affected many others. I pray that Allah rewards them for their concern and prayers.

May this incident be reason for us to reflect upon the many verses in the Holy Quran that talk about the fleeting nature of this world and the following verse in the chapter 'Ar Rahman': "All on the face of the earth shall perish and only the countenance of the possessor of glory and honour (Allah) shall abide forever." Surah Ar-Rahman, Chapter 55, Verses 26 to 27

Afeefuddin Al-Jailani
Photo: ‎As salamu 'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dear brothers and sisters.  Allah subhana wa ta'ala says in the Holy Quran:  وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.  أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ.  "We shall certainly test you by afflicting you with fear, hunger, loss of properties and lives and fruits. Give glad tidings, then, to those who remain patient, those who when any affliction touches them, they say: "Verily, we belong to Allah, and it is to Him that we are destined to return. Upon them will be the blessings and mercy of their Lord, and it is they who are rightly guided." (Surah Baqarah, Chapter 2, Verses 155 to 157)  Alhamdulillah, we have experienced a test which affected our house but not our health nor our souls.  After I had noticed pre-cracks on Thursday evening, I asked a friend of mine, who is a civil engineer, to give his assessment on the condition of my house. He advised me to call DBKL to investigate as the crack appeared on the slope of the hill above which my house is located. On Friday, the next day, the cracks increased and the DBKL team that came to inspect the condition advised me that the situation was critical and that I had to evacuate the house. Alhamdulillah, we managed to leave the house after Solat Jumat, at around 3pm.   Around 10 pm, after delivering my lesson (Tazkirah) at Masjid Baitul Aman, my house guards called me and informed me that the back part of the house had collapsed.  Upon hearing this, I immediately said:  لا حول ولا قوّة إلا بالله العلي العظيم، حسبنا الله ونعم الوكيل. اللهم أجرني في مصيبتي وأخلف لي خيرا منها. الحمد لله على كل حال.   There is no might nor strength except with Allah. Sufficient is Allah for us and He is the best disposer of affairs. O Allah, reward me for that which has afflicted me and give me a replacement better than it. Praise belongs to Allah in all conditions. (Hadith as narrated by Imam Ahmed)  With God's grace, my heart has remained calm and unaffected after receiving the news, for I have the deepest conviction that Allah with His infinite mercy and wisdom knows best.   I recalled an incident that affected a companion of the Holy Prophet (Blessings and salutations of Allah be upon him) who had his leg amputated in the morning due to an infection and lost his son in the late afternoon. When the people came to offer condolences to him (ta'ziyah) in the evening, they were shocked by his cheerful and calm state. He said to them, "Praise be to Allah. He has given me two arms and two legs and has taken just one of them. He has given me six sons and taken away only one of them after all these years of enjoying his company."    Our beloved Prophet, in fact all prophets and messengers, were tested with trials and tribulations far greater than that which we have ever experienced. Those trials were some of the reasons for them to be raised in spiritual degrees and proximity to Allah; for the real test of faith lies in facing trials and our reaction to them. May Allah bless us as He blessed those chosen men of God with patience, blessings and proximity to Him.   I wish to take this opportunity to thank all those who have called me, sent me messages through text messages, e-mails, Facebook, Twitter and all other means as well as those who visited me to offer their support and share their concern for this unfortunate incident that has also affected many others. I pray that Allah rewards them for their concern and prayers.  May this incident be reason for us to reflect upon the many verses in the Holy Quran that talk about the fleeting nature of this world and the following verse in the chapter 'Ar Rahman': "All on the face of the earth shall perish and only the countenance of the possessor of glory and honour (Allah) shall abide forever." Surah Ar-Rahman, Chapter 55, Verses 26 to 27  Afeefuddin Al-Jailani‎
 

bumiyang

Posted: 01 Jan 2013 03:25 AM PST

bumiyang


Amanat Hadi Akan Bersiaran Langsung di TV ???

Posted: 31 Dec 2012 06:45 PM PST

tunku

Posted: 01 Jan 2013 03:13 AM PST

tunku


Shamsidar Should Go To Court To Deny All Sex Scandal

Posted: 31 Dec 2012 06:30 PM PST

As the wife of a rich politician with luxury cars and houses as well as making his own money as a company's director even without really working, Shamsidar Tahrin is truly the woman with everything. However, despite all of that, Shamsidar is seen as the saddest wife there is for having a husband who cheats on her, a husband who does not love her at all. This is because his name is links with a sex scandal involving former Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim, her husband did not do anything to defend himself to clear out his image. With the prove of his DNA which was found in the first sodomy case involving Anuar, Shamsidar's name is now tarnished. Even intimate stories which is revealed by family members of her husband, Ummi Hafilda as well as Anwar's close friend, Nallakarupan turns Shamsidar as a woman who is not even worth a penny. Not just that, her daughter, Afifa, is also claimed to be a wedlock between her and Anwar. It is sad for Shamsidar because no matter how much she is shamed, her husband still refuse to come forward to defend her. Her husband is only busy working for his ambition to be in power and simply let his wife live in shame. Up until now, Nalla and Ummi kept on making Shamsidar as part of their point in ceramah and media statements. What is worse, Nalla even stated that he has proof in forms of video between Anwar and Shamsidar which would definitely be shocking. All of the claims are definitely heavy and it could destroy one's life. No one would keep themselves quiet if they are accused of such matter. And no husband would ignore such matter if he believes that the wife is innocent. However, this is what's happening to Shamsidar. Her husband only denied the matter a little without going through the details. Thus, it is now time for Shamsidar to clean her name, if it is true that she has never had a scandal with Anwar. Isn't it obvious that she can't hope for protection from her own husband? Husbands such as Azmin should not be respected. It is stupid for a man to let his wife get insulted is she is innocent, and it is stupid for a man to share his wife with other men. It is important for Shamsidar to clean her image if she does not want to be haunted by this. History can never be forgotten. She is the wife of a politician who was claimed to have a scandal with the former Deputy Prime Minister who is now Malaysian Opposition Leader. Shamsidar would not mind if her family is tormented with this embarrassment? What would the family think about this? What would Affifa's children think of this? Would Azmin be able to ensure that his family would not know of this bad past? Everything is up to Shamsidar. Either bring Nallakarupan and Ummi Hafilda to court and challenge them officially, or kept on living in shame.

Happy New Year

Posted: 31 Dec 2012 09:00 AM PST

May ALLAH bless us all.

LET HADI SPEAKS ON TV ALONE ON HIS EDICT, ONLY ON THAT SUBJECT BECAUSE HE IS NOT CAPABLE OF SPEAKING ON ISLAMIC ECONOMY AND ADMINISTRATION

Posted: 31 Dec 2012 05:54 AM PST

PAS president Abdul Hadi Awang said he wanted an hour on air without any disturbances…meaning no interruptions or questions during his talk or whatever one calls it…explanation. Hadi will explain everything about his edict that split Muslims right down the political divide as well as terming or calling Umno infidel. An edict that was aimed at demeaning Umno so that the Malays who are Muslims support the Islamic party, Hadi had taken the advantage of the Malays who were not well knowledgeable in Islam at that time to his side. 20 years later, the Malays, very knowledgeable on Islam and laws, begin to question Hadi's edict and wanted him to explain clearly what it is all about…why Hadi termed Umno kafir just because the country's administration is based on the Western style which incorporates Islam. Hadi is actually not a debater nor a politician…he is just a religious teacher who preaches according to his own interpretation, repeat, his own interpretation, and no one can question how. That is why Hadi gave the condition that he, only he alone appears on TV, so that he can talk without anyone asking questions because he could not answer on-the-spot. Even if he does, only on superficial questions as deeper ones need references which Hadi would not want to commit himself, especially on matters that are out of his own knowledge. Hadi's knowledge is only limited to Islam and the Quran, that also nobody actually questioned him or debate with him on his interpretations…other than that…Islamic economy and politics and others, he is zero or lack knowledge. Devoid of such knowledge as that of a true leader who knows at least most things, Hadi does not want the public to know he is not knowledgeable in economy and administration. That is why he only wanted himself alone on TV, talk about his edict than walk away, no questions and debate or even discussions because Hadi is not that kind of man. He is not the kind of man who can discuss and take questions and answer them because he is not knowledgeable as thought off by many, he is just a preacher who speaks and then walk away. So when he asked to go on air alone, let it be…let Malaysian see his stupidity and lack of wisdom and intellectualism when explain his edict, after all the edict has backfired on his own party as Kelantan has yet to implement an Islamic government despite ruled by an Islamic party. Hadi knows his own party could not implement a total Islamic government in Kelantan and he knows, according to his edict Kelantan government is infidel for separating administration and Islam in its governance.

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Jan 2013 01:32 AM PST

Taipingmali (tm)


Demo Anti Lynas Gagal Dapat Rekod Guinness

Posted: 01 Jan 2013 01:09 AM PST

http://www.guinnessworldrecords.com/
Melahap dalam hotel

Puak-puak pelampau Anti Lynas gagal dalam mencatat rekod mogok lapar selama 100 jam. Kegagalan mereka adalah kerana kesemua peserta demo yang terdiri dari anak-anak Dap, Pas dan Pkr telah menipu dengan makan dan minum secara sembunyi-sembunyi.
Rupa cantik tetapi otak bingai
Anak-anak DAP sudah berani bermain melawan undang-undang 

Pembohongan mereka berjaya di rakam oleh ramai juru foto blogger yang berkeliaran di sekitar Dataran Merdeka.

Pagi kelmarin mogok lapar diteruskan dengan berdemo di hadapan kilang Lynas di Gebeng. Mereka sekali lagi menipu orang ramai kononnya kilang tersebut mengeluarkan radioaktif yang merbahaya.  Kalau ia merbahaya kenapa sanggup nak masuk ke dalam kilang tersebut tanpa mengenakan pakaian khas.

Himpunan depan Lynas

Posted: 01 Jan 2013 12:40 AM PST

Kehadiran 100 buah kereta dari Markas Pas Kuala Lumpur ke hadapan kilang Lynas betul-betul menunjukkan kemunafikan pihak Dap, Pkr dan Pas.

Kalau kilang Lynas mengeluarkan radio aktif yang membahayakan diri manusia, mengapa mereka berani menghampiri pintu pagar Lynas?

Ini menunjukkan mereka hanya ingin menghancurkan dan menutup kilang Lynas kerana ia nya milik Melayu. Kalau lah kilang tersebut dimiliki oleh Robert Kouk atau YTL sudah tentu tidak akan ada bantahan ini.

Akhir kata, selepas beberapa jam berada di hadapan kilang, eloklah kesemua peserta demo bodoh ini membuat pemeriksaan kesihatan. Mana tahu kan entah-entah esok atau lusa mampus boleh lah saman kilang tersebut kerana mati mereka kerana radioaktif.

Kepada A Samad Said yang bodoh tongong pun kalau mampus boleh lah anak cucu karang sebuah puisi berjudul " Mampusnya Pak Samad Kerana Radioaktif Lynas"

Setuju?


Balak, Azizan, Keras

Posted: 31 Dec 2012 09:35 AM PST

Azizan Abdul Razak (tiga dari kanan) menyiram pokok anggur yang ditanam sempena lawatan ke projek ladang buah-buahan Charok Genting Bunga berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap, semalam. - BERNAMA




PADANG TERAP 30 Dis. - Di sebalik kebimbangan banyak pihak terhadap kerakusan aktiviti pembalakan di negeri ini, Kerajaan Pas Kedah merancang meneroka sekurang-kurangnya lebih 1,000 hektar lagi hutan bagi tujuan pembangunan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Kedah telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedang mengenal pasti kawasan yang terlibat di sekitar negeri ini.

Dalam mewajarkan tindakan berkenaan, beliau mendakwa, langkah itu selaras dengan keputusan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang mahu menjadikan Kedah sebagai jelapang makanan negara.

"Jadi orang yang tidak reti (tahu) jangan duduk melompatlah," katanya ketika berucap pada majlis penerangan ladang buah-buahan Charok Genting Bunga yang terletak berhampiran Tasik Pedu di sini hari ini.

Kerajaan Pas Kedah sebelum ini dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas, Baling untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala kira-kira 350 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek agro pelancong.

Dalam sidang akhbarnya, Azizan terus berkeras mempertahankan aktiviti pembangunan tanah dan pembalakan berhampiran Tasik Pedu bagi pembukaan ladang buah-buahan meskipun dibantah dan dipersoalkan pelbagai pihak.

Beliau mengulangi alasannya yang projek berkenaan mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ditanya tentang kajian mengenai kesesuaian tanah dijalankan terlebih dahulu untuk pokok yang ditanam, beliau berkata, semua tanah di seluruh negeri ini sesuai ditanam dengan pokok.

"Saya tidak tahu, tetapi kita fikir pasal biasanya kawasan ini pokok naik, jadi kita tanam dululah. Macam pokok pisang, tanam di mana pun berbuah di Kedah ini.

"Tanaman anggur pula pihak pengusaha kata ini kawasan yang sesuai, mereka sudah kaji. Tanam anggur ini kena cari kawasan dekat dengan tasik sebab haba dari tasik memberi perkembangan yang baik kepada buah itu," katanya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, pihaknya bersetuju untuk membangunkan tanah hutan menerusi kaedah usaha sama antara syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dengan persatuan-persatuan sekolah agama, Cina dan India kerana kerajaan negeri tidak boleh memberi tanah secara terus kepada pihak-pihak berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau akan terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika diizinkan.

Katanya, usia bukan penghalang untuk menjadi calon sebagaimana dengan hasrat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding lagi pada PRU-13.

"Politik ini bukan dari segi umur tua atau muda tetapi mengenai visi, strategi dan perancangan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai kenyataan kontroversi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sempena perutusan Krismas apabila mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu, Azizan enggan mengulas dan menyerahkan kepada ulama Pas untuk membuat kenyataan.

Selamat Tahun Baru 2013

Posted: 31 Dec 2012 08:34 AM PST

Bumi semakin tua, pun begitu pakar astronomi meramalkan bumi akan hidup dalam keadaan selamat untuk sekurang-kurangnya 4 bilion tahun lagi.

Baru-baru ini ramai percaya akan ramalan kalendar Mayan bahawa bumi akan kiamat pada 21 Disember 2012 dan picu kiamat adalah lagu Gangnam Style, menurut ramalan jika penonton mencecah 1 bilion bumi akan musnah.

Begitulah fahaman karut mengenai kiamat, yang pelik ialah apabila The Star menemu bual orang Melayu  ramai yang memberi pandangan seolah-olah bersetuju bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.

Hari ini kita menyambut tahun baru 2013 tahun masihi selepas kelahiran Nabi Isa menurut kalendar roman.

Yang pasti ialah bumi telah menamatkan satu pusingan mengelilingi matahari dengan selamat. Jika dahulu ada yang menyatakan planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 ternyata ramalan tersebut juga tidak benar. planet Nibiru yang dikatakan menghampiri bumi tak kelihatan dengan mata kasar.

Dalam al-Quran, tanda-tanda kiamat telah menjelaskan bahawa matahari akan terbit dari Barat dan terbenam di sebelah Timur.

Tanda-tanda ini pun telah ditunjukkan sedikit demi sedikit. Semua orang tahun paksi bumi telah senget dan membuatkan bumi  mendapat 4 musim. Pada pandangan TM apa yang akan berlaku ialah paksi akan terus senget dan menyebabkan hemisfera bumi akan terbalik. Kutub Utara akan menjadi Kutub Selatan dan dengan ini matahari akan naik dari sebelah Barat dan terbenam di sebelah Timur. Bila?

Kajian menunjukkan Prairie di benua Amerika dahulunya diliputi salji tetapi bertukar menjadi kawasan lapang tanpa salji selepas paksi bumi senget.

Apapun penduduk di hemisfera utara cukup gembira menyambut tahun baru kerana ia menandakan berakhirnya musim sejuk dan menanti ketibaan musim bunga dan musim panas.

Malaysia yang berada dihemispera utara juga mendapat kesan, tahun baru bermakna akan berakhir musim tengkujuh, berakhir hujan lebat dan laut tidak lagi bergelora.

Orang Melanau di Sarawak akan menyambutnya dengan perayaan pesta kaul. Orang Cina juga akan menyambut tahun barunya awal bulan Februari nanti.

Nampaknya tahun 2012 tidak berlaku tsunami atau ombak besar. 2004 tsunami yang melanda beberapa negara Asia telah pun merubah bentuk muka bumi dan paling ketara ialah garisan Khatulistiwa yang dahulunya berada di atas Tugu Khatuliswa Pontianak kini sudah berubah kurang 1 km di atas Sungai Kapuas. Dahulu setiap 21 Mac dan 23 Sep ( fenomena ekuinok) tidak akan ada bayang-bayang matahari di Tugu Tersebut.

Kedatangan 2013 amat besar maknanya kepada Malaysia. Tahun ini juga kita akan mengadakan PRU ke 13 dan ramai meramalkan ia akan diadakan pada 13. 3 . 2013. Sama-sama kita tunggu kedatangan nya.

SELAMAT TAHUN BARU.
TAHUN CEMERLANG BUAT BARISAN NASIONAL

Ada lagi Melayu Bodoooooooo!

Posted: 31 Dec 2012 02:54 AM PST

Compare KLCC New Year Fireworks From 2010 to 2012 (HD & Uncut)

Posted: 31 Dec 2012 02:31 AM PST

TIDAK BOLEH DIKAFIRKAN SELAGI MENGUCAPKAN KALIMAH SYAHADAH

Posted: 31 Dec 2012 01:48 AM PST

oyabun

Posted: 31 Dec 2012 11:39 PM PST

oyabun


Azam Najib!

Posted: 31 Dec 2012 12:32 PM PST


Puluhan ribu orang menyaksikan persembahan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2013 di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya. Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, Doing Business 2013 yang meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan World Competitiveness Yearbook 2012 telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 31 Dec 2012 11:22 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAMAL 13 MEI BERULANG: NEGARA ASING KEMBALI MENEROPONG?

Posted: 31 Dec 2012 09:07 PM PST

SEJAK DAP MENANG BESAR DI SELANGOR, PENANG, KL & PERAK PERNAH KAMU LIHAT DAP BERARAK LAGI...



KEJAYAAN negara kita menjadi orang tengah di antara Kerajaan Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) merupakan satu kejayaan di bawah pemerintahan Kerajaan BN bermula dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini DS najib Tun Razak. 

Proses gencatan senjata sudah dimulakan, hanya menunggu proses pentadbiran di antara Kerajaan Filipina dan BangsaMoro yang akan disusuli dengan penyerahan senjata, penubuhan pasukan keselamatan dan penubuhan kerajaan autonomi BangsaMoro di  bahagian selatan Mindanao, kepulauan SuluPalawanBasilan dan beberapa pulau yang bersebelahan. Kejayaan ini sungguh manis kepada kita umat Islam di rantau Asia Tenggara ini, tetapi tidak kepada Singapura. Bacaan tambahan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/kegagalan-mereka-menjatuhkan-perdana.html

Semua orang tahu bahawa sebelum itu, ketika Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina, dia sangat rapat dengan DS Anwar Ibrahim, TPM Malaysia ketika itu, dan tidak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ketua Kerajaan Malaysia. Sehingga ke hari ini, DS Anwar masih melayan jemputan Joseph Estrada untuk makan malam sambil berhibur menyanyi di rumah mewah Joseph Estrada di Manila. 

Umat Islam di seluruh dunia adalah bersaudara, ramai yang tidak tahu betapa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah dan DS Najib telah memberikan bukan sahaja sumbangan berupa makanan, ubat-ubatan, pendidikan kepada pelajar Islam Bosnia dan Palestin, malah banyak lagi yang tidak mungkin ditulis di sini. 

Menjelang PRU13, DAP semakin hari semakin berani menyatakan pendirian mereka. Terkini bukannya isu Joseph Lim Guan Eng menuntut penggunaan nama Allah, namun Ngeh Koo Ham turut berani membandingkan, memanupulasi malah menyamakan Al-Quran dengan Bible sebagaimana laporan fakta inihttp://www.anwaraidc.com/?p=30305. Ahli-ahli Pas marah dan berdemo menentang LGE di Pulau Pinang, malangnya kepimpinan Pas pusat berdiam diri.

Hanya YB Nasharudin, YB Azamudin Taib, Datuk Hassan Ali, Datuk Haron Din sahaja yang berani berkata tidak dan menentang suara DAP. 

Saya teringat semasa saya menemubual Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, diminta oleh kerajaan asing supaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia semasa krisis 13 Mei 1969! Beliau dengan tegas mengatakan tidak. Keselamatan negara Malaysia masih dalam kawalan, kata beliau. Maka Tun Razak berjaya menubuhkan MAGERAN, di mana Panglima ATM menjadi komander keselamatan yang penting dalam MAGERAN. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/kisah-panglima-atm-brand-loureate-award.html

Apakah akan jadi kepada negara kita ketika itu jika ATM menerima nasihat kerajaan asing itu? 

Tanda-tanda peristiwa 13 Mei 1969 sudah banyak berlaku menjelang PRU13, kumpulan pembangkang setiap hari setiap waktu mahu saja mengadakan Demonstrasi di Kuala Lumpur. Terkini oleh NGO ANAK minggu lalu. Anda mesti ingat, Demonstrasi setiap hari sejak awal Mei, 1969 sehingga 13 Mei 1969 oleh DAP, itulah sebenarnya penyebab Tragedi 13 Mei 1969. Pergerakan Wanita DAP telah belajar dari sejarah kesilapan itu, lalu Wanita DAP berkata, jika kami kalah atau menang kami mahu peralihan kuasa secara aman! Mesej ini gagal dibaca oleh NGO-NGO yang diperkudakan DAP seperti ANAK itu. Individu seperti Ngeh Koo Ham masih boleh senyum kerana umat Islam hanya berdiam diri akan tweeter terbarunya itu.

Semasa saya bertemu TS Harussani Zakaria, mufti Perak di pejabatnya. Saya sangat terkejut apabila Mufti Perak memberitahu kepada saya akan desakan Ngah dan Ngeh supaya Wang ZAKAT umat Islam diberikan juga kepada mereka! Mengapakah kepimpinan Pas yang menggunakan nama Islam dalam parti mereka tidak menentang permintaan itu, walhal mereka menjadi Menteri Besar ketika itu!

Dengan apa yang saya huraikan ini, saya percaya jika DAP berjaya meninggikan jumlah kerusi mereka dengan permintaan 3 Parlimen dan 10 DUN itu, tanda-tanda 13 Mei 1969 bakal berulang.

Saya mesti menulis perkara ini untuk menyedarkan pengundi Islam akan bahaya DAP. Saya menulis beberapa artikel secara sipi-sipi seminggu dua ini, harapan saya semoga ada yang akan faham yang tersiratnya.

Sejak DAP menguasai Selangor, KL, Perak dan Pulau Pinang pernahkah DAP berarak-arak lagi sebagaimana 1969 dahulu? Siapakah pula yang suka berarak-arak sekarang ini? Bijak bukan DAP?

Baca selanjutnya di jentayuabaka.blogspot.com

Bila Masa Mamat Jambu Pak Sheikh Ni Masuk Tentera?

Posted: 31 Dec 2012 04:00 AM PST

Kelakar bila sebuah portal bertaraf nasional mengeluarkan bantahan 15 ORANG terhadap satu isu NASIONAL.

Lebih kelakar bila seorang MAT JAMBU berperut buncit dikira sebagai 15 orang bekas tentera.


Kalau pembaca kira bilangan orang dalam gambar ni pun tak sampai 15 orang termasuk Mat Jambu Pak Sheikh.

Rafizi oh Rafizi.....kenapa LEMBU sangat kau ni.

Hanya kerana kenyataan DEEPAK tanpa apa-apa bukti kau dah meroyan dengan bawak 15 orang pencacai. Takkan 15 orang pencacai ni boleh mewakili suara beratus ribu bekas anggota ATM?

Lagi satu, kenapa Mat Jambu ni boleh bising bila seorang penjual karpet bercakap tanpa sebarang dokumen sedangkan RASUAH TANAH 10 RIBU EKAR TANAH KEPADA DAP TIDAK PULAK Rafizi ambil peduli?




Pembaca MyMassa boleh nilai sendiri tahap INTEGRITI RAFIZI sebagai whistleblower yang hanya memilih isu dan bulu.

*Lepas ni bolehlah Abang KJ ajak si Rafizi ni masuk Wataniah. Sibuk sangat nak main isu pasal tentera, eloklah rasa macam mana tentera berkorban mempertahankan negara. Bukan setakat pandai pakai tali leher tapi nak menggunakan isu ketenteraan untuk meraih laba politik.


Gambar Kekejaman Mogok Lapar!

Posted: 31 Dec 2012 12:00 AM PST









Mogok lapar ka nih? Makanan berlambak-lambak. Ini Mogok Lapar mengada-ngada namanya....
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.

*Sumber: MYKMU & Uncle Google

Panglima Perang Cyber

Posted: 31 Dec 2012 11:11 PM PST

Panglima Perang Cyber


Isu Tanah Syarikat Upayapadu Ngeh Bukti DAP Tidak Telus Dan Tidak Boleh Dipercayai

Posted: 31 Dec 2012 04:47 PM PST

Ngeh Perlu Perjelaskan Punca Wang Beli Tanah

Skandal tanah yang melibatkan kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham kini terbongkar seluas-luasnya sehingga tidak dapat ditutup, dinafikan mahupun didolak-dalihkan lagi.



Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut kini perlu berhadapan bukan sahaja dengan rakyat dan pihak berkuasa tetapi juga dengan rakan-rakan dari parti mereka sendiri yang mula 'mengangkat kening' terhadap mereka seolah-olah berkata, 'apahal mintak tolong kita orang?'.



Tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas belaka bahawa Ngeh Koo Ham merupakan pemilik syarikat Upaya Padu Sdn Bhd secara langsung dan juga secara tidak langsung iaitu melalui pemilikan syarikat lain, yang turut memiliki tersebut. Secara teknikalnya, Upaya Padu adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.



Dan tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas juga bahawa syarikat Upaya Padu Sdn Bhd bertanggungjawab membeli tanah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang seluas 4,260 hektar atau 10,526 ekar, dengan 9,500 ekar daripadanya adalah kawasan pembalakan. Tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman getah kerana bentuk mukabuminya yang rata.



Pemilikan adalah melalui pajakan 70 tahun dari Mei 2006 hingga 3 Mei 2092 dan harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhannya.



Tindakan kerajaan Nik Aziz melepaskan pegangan ke atas tanah yang sebegitu luas dan bernilai komersial yang tinggi kepada pemimpin politik bukan bumiputera dari luar Kelantan pula, amatlah memeranjatkan serta menyedihkan. Sedangkan kerajaan Kelantan seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan lain untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atasnya.



Apatah lagi dengan keadaan Kelantan yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.



Oleh itu, tiada siapa yang dapat memahami rasional di sebalik urusniaga ini, yang mana menyebabkan dakwaan bahawa tindakan tersebut adalah bagi membolehkan Nizar menjadi Menteri Besar Perak, begitu mudah untuk dihadamkan.



Selain persoalan 'motif' kerajaan Nik Aziz dalam penjualan ini, terdapat juga persoalan yang lebih besar iaitu dari mana datangnya wang Ngeh untuk mengambil-alih pemilikan tanah tersebut? Persoalan ini, nampaknya bukan sahaja datang dari luar tetapi juga lebih hebat dari dalam DAP sendiri yang tidak berpuas hati.



Mana tidaknya, jika benar motifnya adalah untuk memberikan ruang kepada PAS untuk menjadi MB di Perak, maka ia seharusnya ditangani sebagai urusan antara parti dan bukannya secara perseorangan seolah-olah Ngeh merupakan pemilik tunggal DAP pula. Urusan tawar menawar jawatan MB sepatutnya melibatkan pemimpin atasan DAP, apatah lagi apabila ia melibatkan 'habuan' yang lumayan.



Memandangkan pembangkang sering mempersoalkan pemilikan harta pemimpin kerajaan, maka jawapan Ngeh mengenai perkara ini kepada wartawan New Straits Times Jumaat lepas, iaitu 'bukan urusan rakyat untuk tahu dari mana dia dapat wang beli tanah', amatlah dikesalkan.



Nampaknya, apabila persoalan yang sama terkena tepat di muka mereka, DAP pantas mengambil sikap 'buat-buat bodoh'. Jawapan Ngeh ini, menyerlahkan lagi sikap dwistandard dan cakap tidak serupa bikin DAP untuk kesekian kalinya.



Dengan jawapan Ngeh ini, adalah wajib bagi kita untuk membakulsampahkan saja segala ketelusan yang dilaungkan DAP. DAP mahupun PR tiada apa-apa hak atau kredibiliti lagi untuk melaungkan apa-apa nilai murni sebuah pentadbiran kerajaan yang baik.



Sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan Pakatan Rakyat itu tidaklah setelus atau sebersih mana. Malah, jauh lebih kotor dan tidak telus lagi berbanding BN. Korupsi yang diamalkan PR menyaksikan kesanggupan mereka menggadaikan hak rakyat dan juga maruah agama, bangsa dan negara. Jawatan MB dijadikan satu perniagaan, hak milik rakyat boleh dijual beli sesuka hati, malah sumber alam juga disifatkan bagai hak mutlak mereka untuk diperlakukan apa saja.



Akhirnya terbukti sudah bahawa Mursyidul Am, mahupun kafir harbi tiada bezanya lagi apabila mereka bergelumang dan bersatu dalam sebuah parti.
Kiriman Email

Jangan buat spekulasi Runtuhan Di Bukit Setiawangsa - TPM

Posted: 31 Dec 2012 10:11 AM PST

Jangan buat spekulasi - TPM

MUHYIDDIN Yassin meninjau kawasan rumah Al-Sheikh Al Syed Afeefiddin Al-Jailani (dua kiri) yang musnah akibat runtuhan benteng konkrit di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian tertentu berhubung kejadian runtuhan tembok penahan konkrit di Puncak Setiawangsa, dekat sini kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persoalan mengenai kedudukan sebenar kejadian itu perlu diserahkan kepada pihak-pihak tertentu termasuk pakar untuk menjalankan penilaian serta penyelidikan.

"Dalam laporan atau kajian penyelidikan, kita akan tahu kedudukan sebenar. Biar pakar-pakar yang lebih tahu membuat laporan. Saya sendiri tak mahu buat andaian.

"Apa yang penting ketika ini semua pihak bertanggungjawab telah mengambil langkah-langkah awal termasuk menjalankan pemantauan 24 jam bagi memastikan malapetaka lebih besar dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di tapak kejadian tanah runtuh di kawasan itu hari ini.

Dalam kejadian malam kelmarin, tembok penahan konkrit setinggi 100 meter runtuh dan meranapkan tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan eksklusif itu.

Sehubungan itu, arahan supaya meninggalkan kawasan berisiko tersebut dikeluarkan kepada 88 penghuni kediaman dan 18 penghuni rumah kedai di kawasan berkenaan yang terdedah dengan bahaya setelah polis mendapat pengesahan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) tentang pergerakan tanah yang masih berlaku.

Langkah berpindah juga melibatkan 30 pemilik banglo mewah di sekitar Jalan Puncak Setiawangsa termasuk dua buah kediaman milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan bagi memantau kejadian tanah runtuh di kawasan terlibat.

Jelasnya, jawatankuasa itu turut dianggotai pelbagai agensi termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ikram.

"Selepas ini kita akan dapatkan laporan lengkap daripada jawatankuasa khas itu untuk dikaji dan diteliti. Saya harap langkah-langkah pemantauan 24 jam diteruskan dan saya minta laporan berhubung situasi semasa diserahkan kepada saya setiap hari.

"Kepada penduduk sekitar, jangan rasa bimbang kerana harta mereka akan sentiasa diawasi pihak berkuasa. Apa yang penting keselamatan diri dan keluarga. Saya juga bersyukur kerana tiada kes kemalangan nyawa berlaku dalam kejadian terbaharu ini," katanya.

Ditanya mengenai sebuah banglo yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu, katanya, banglo milik seorang pensyarah dan pakar motivasi itu akan diruntuhkan secara berperingkat mulai hari ini.

"Kita bimbang kalau tak dilakukan dan kalau hujan mungkin seluruh bangunan banglo itu runtuh dan memberi kesan kepada rumah-rumah di bawah bukit," katanya.

Kepada soalan sama ada bukit yang menempatkan beberapa buah rumah mewah itu akan ditutup, beliau berkata: "Saya tak fikir begitu kerana ada laluan alternatif untuk penghuni-penghuni lain dibuka. Tak semua kawasan dianggap bahaya."

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Menurut yang saya tahu rumah Sheikh Afifuddin keturunan Ahli Bait dari Iraq dalam gambar di atas, disewa oleh beliau.

Berdasarkan berita Sinar Harian hari ini.

Beliau adalah dari jurai keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani yang berdarah keturunan Nabi saw.

Dengan izin Allah rumah beliau duduki selamat, tidak mengorbankan nyawa dan sempat berpindah sebelum kejadian buruk menimpa.



Sent from my iPad

DR ASRI ZAINAL ABIDIN @RealDrMaza Bakal CALON PKR DUN PENANTI ? MULA SINDIR ROSMAH TERBIT BUKU SENDIRI

Posted: 31 Dec 2012 09:19 AM PST


Kisah beliau mahu menyertai Pembangkang sudah lama didengar. Cuma masih belum secara terbuka dan anak jantan.

Cuma insiden di bawah barangkali boleh menunjukkan kepada kita apakah motif beliau.







Harga Buku Rosmah Mansur  ada juga diterangkan di sini!


Baca kisah lanjut di 

http://badarkhubro.blogspot.com/2012/12/pasca-e-13-dr-asri-zainal-abidin-calon.html?m=1



Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Tahun Baru 2013 Sangat Menyentuh Hati Sanubari #1MALAYSIA

Posted: 31 Dec 2012 06:49 AM PST

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,


1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.


2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.


Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.


4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


5. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.


6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.


7. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.
Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.


9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.


10. Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.


Rakyat Malaysia Sekalian,

11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.


12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.


13. Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.


Selamat Tahun Baru 2013.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


    http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-tahun-baru-2013/


    Sent from my iPad

    Blog gOSsIp RaKyaT: Nabi Tidak Salahkan Abu Jahal Seperti Nik Aziz Salahkan BN Isu Hudud

    Posted: 31 Dec 2012 01:33 AM PST


    Isu hudud yang telah lama disimpan oleh PAS kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula, gara-gara kenyataan Pok Nik berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

    Pok Nik salahkan Tun Dr Mahathir kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah S.W.T kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr Mahathir tak benarkan.

    Peliknya, Pok Nik sering menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik PAS. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi S.A.W pun mencarut. Astagfirullah Hal'azim...

    Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Pernahkah korang semua dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda S.A.W putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda S.A.W menyebarkan Islam sekiranya ditanya Allah S.W.T? Ada tak??

    Untuk pengetahuan kita semua, Baginda S.A.W tidak pernah putus asa dalam menyebarkan syiar Islam. Pelbagai rintangan yang Baginda S.A.W hadapi dalam usaha mengembangkan Islam. Sirah Nabi S.A.W ini juga diajar ketika di sekolah lagi kan.

    Pok Nik baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr Mahathir. Pok Nik takutkan Tun M dari takutkan Allah S.W.T, ulama' apa macam ni. Kita semua pun tahu Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

    Daripada dulu lagi kita dah kata, PAS tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

    Baca lagi di sini


    Sent from my iPad

    Gambar Peserta Mogok Lapar Makan Di Hotel | MyNewsHub

    Posted: 31 Dec 2012 12:37 AM PST

    KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

    Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

    Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

    Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

    Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

    Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

    Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

    Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

    Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

    Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

    Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

    Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

    Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.

    Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).

    Berikut kronologi penemuan kami;

    Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.

    Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

    Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.

    Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.

    Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.

    3

    4

    6

     

    dan satu lagi yang bawah ni…

    .

    .

    YUM_9424

    eh silap, tu masa pelancaran mogok lapar hari tu, bawah ni gambar terbaru hehehehe

    .

    .

    5



    http://mynewshub.my/2012/12/30/perserta-mogok-lapar-makan-di-hotel/


    Sent from my iPad

    The Unspinners

    Posted: 31 Dec 2012 11:10 PM PST

    Belantan

    Posted: 31 Dec 2012 11:07 PM PST

    Belantan


    Isu Selangor : Kesal PKNS 'berbohong'?

    Posted: 31 Dec 2012 11:12 AM PST



    Sekumpulan usahawan bumiputera yang menyewa di lot kilang di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini kesal dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan penjualan premis berkenaan kepada syarikat bukan bumiputera.

    Para pengusaha IKS bumiputera yang telah bertahun-tahun beroperasi di kawasan kilang tersebut termasuk yang sudah mendapat sijil piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) menganggap langkah tersebut adalah satu 'pembohongan' PKNS.

    Dakwaan itu dilakukan kerana sebelum ini pengurusan PKNS memberi penjelasan bahawa lot-lot kilang berkembar satu setengah tingkat itu telah dijual kepada syarikat bumiputera setelah diiklankan penjualannya.

    Sebaliknya, melalui pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati sekurang-kurangnya lapan unit bangunan kilang tersebut dijual kepada syarikat yang pemegang sahamnya bukan bumiputera selain melibatkan dua syarikat yang dikategorikan sebagai tidak aktif.

    Wakil gabungan usahawan tersebut, Azri Mohamed Yusoff berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan PKNS yang tidak memberikan maklum balas konkrit terhadap perbincangan yang dilakukan pada 25 Januari lalu apabila PKNS berjanji mahu membatalkan penjualan lot kilang tersebut.

    "Sebagai penyewa yang sudah bertahun-tahun beroperasi di kawasan tersebut, sepatutnya kami lebih diutamakan bagi ditawarkan membeli kilang tersebut.

    "Kami berminat dan mempunyai kemampuan untuk membelinya. Kami kesal kerana langsung tiada perbincangan dilakukan berhubung rancangan penjualan itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

    Azri yang juga Pengarah Urusan MPR Manufacturing Sdn. Bhd berkata, pihaknya mengesyaki terdapat satu pakatan dalam kalangan pegawai PKNS berkaitan isu penjualan tersebut kerana antara syarikat yang menjadi pembeli melibatkan pemaju hartanah, perdagangan dan dua lagi bertaraf tidak aktif.

    "Sepatutnya PKNS membantu pengusaha IKS mendapat pemilikan dan bukannya menjual kepada orang lain dengan mudah," katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Siti & Amreena Holding Sdn. Bhd., Datuk Paduka Siti Aminah Ramli yang juga pengasas Reenas Cosmetics berkata, pemilik baru kilang tersebut mungkin akan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda.

    Beliau yang menyewa tiga lot di kawasan kilang tersebut berkata, pihaknya akan menghadapi masalah kerana kilangnya sudah mendapat taraf GMP yang mengambil masa dua tahun untuk diluluskan.

    "Jika kami berpindah sudah pasti pendaftaran baru GMP terpaksa dilakukan sedangkan kami sudah melabur banyak untuk mendapatkan GMP termasuk melakukan penambahbaikan keadaan fizikal kilang itu yang sebelum ini begitu teruk ketika mula menyewa pada 2003.

    "Sepatutnya berbincanglah dengan kami dahulu kalau hendak jual kilang ini, lagipun kami sudah lama beroperasi di sini dan merupakan usahawan bumiputera yang tulen," katanya.

    Suara Politik
    Belantan

    ANGIN PERUBAHAN

    Posted: 31 Dec 2012 09:25 PM PST

    ANGIN PERUBAHAN


    Kartin Ini Sesuai Untuk Mereka Yang Buat "Mogok" Lapar di Dataran Merdeka

    Posted: 31 Dec 2012 06:50 PM PST



    Selamat Tahun Baru 2013 #MyAzam2013

    Posted: 31 Dec 2012 08:43 AM PST



    #MyAzam2013 : Nyatakan Azam Anda di Twitter

    Posted: 30 Dec 2012 10:30 PM PST


    PISAU.NET

    Posted: 31 Dec 2012 09:20 PM PST

    PISAU.NET


    Perlembagaan Negara: Amanat Hadi & Buku Jingga, Mana Satu Pegangan PAS?

    Posted: 31 Dec 2012 05:00 PM PST



    Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

    Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

    Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

    Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

    Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.

    Barangkali Presiden PAS itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya.

    Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3.

    Kenapa syarat itu kelihatan pelik? Sebabnya, selama bertahun-tahun ini PAS dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3, alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.

    Kini, Stesyen TV yang dipropagandakan oleh PAS kononnya pembohong, penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali, amat memalukan.

    Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden PAS itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

    Tiada perbezaan ketara, agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh PAS dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.

    Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah, kafir dan sekular, soalnya sekarang kenapa PAS melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR?

    Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah;-

    "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)

    Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO & BN.

    "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ëpolitik suku, agama sukuí".(Amanat Hadi)

    Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan manata tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

    Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu, adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan PAS yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara.

    Selamat Tahun Baru 2013.

    Posted: 31 Dec 2012 08:00 AM PST

    Sepanjang 2012,terlalu banyak peristiwa dan isu dibangkitkan. Politik negara menuju kearah lebaran yang baru.Episod 2012 banyak suka dan duka.Turun dan naik ,pemimpin datang dan pergi.


    Politik adalah pandangan,pendapat dan ideologi.Politik bukanlah agama seperti mana kawan kawan kita diseberang sana yang sanggup bermati matian mempertahankan hingga bertindak ganas dan sanggup mencederakan lawan.

    Demi mempertahankan pandangan,pendapat dan ideologi,haprak pakatan sanggup melakukan apa saja ..bohong..fitnah..menghasut..kesemua skrip di kitar semula..

    Sepanjang tahun blogger bertungkus lumus siang dan malam,turut ke medan perang tinggalkan keluarga.Tinggalkan kerja, tinggalkan perniagaan demi mempertahankan Barisan Nasional. Suka duka rakan rakan blogger dijadikan teladan dan semangat.


    Pisau percaya gerakan blogger blogger dan para pejuang pejuang siber tetap konsisten dan bersemangat untuk terus berjuang.PRU13 menjanjikan tentangan lebih hebat demi menyelamatkan negara daripada haprak pakatan.




    Kepada media cetak & elektronik,geng kaki pantun dan pembaca tegar blog Pisau.net, di sini Pisau mengucapkan ribuan terima kasih kerena memberi liputan dan sokongan terhadap blog yang tidak seberapa ini.


    Happy New Year 2013..
    Pisau.net


    Pisau kata " 2013 menjanjikan pemimpin haprak pakatan tidak akan tidor lena... "

    SHAMSIDAR BAKAL SINGKAP SALAH LAKU SEKS ANWAR

    Posted: 31 Dec 2012 06:30 AM PST



    Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

    Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

    Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

    Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

    Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

    Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

    Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

    Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

    Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

    Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

    Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

    Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

    Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

    Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

    Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Anwar sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

    Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

    Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

    Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

    Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

    Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

    Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

    Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

    Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

    Jika benar Anwar adalah manusia 'suci' dan 'maksum' yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

    Sudah tentu 'kesucian' dan 'kemaksuman' diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

    Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

    ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB

    Posted: 31 Dec 2012 04:30 AM PST



    Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

    Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

    Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

    Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

    Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

    Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

    Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

    ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

    Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

    Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

    Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

    Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

    Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

    Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

    Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

    Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

    Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

    Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

    Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

    Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

    Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

    Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

    Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

    Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

    Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

    Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

    Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata.

    Tiang-tiang Kemenangan Pakatan Rakyat Mula Runtuh

    Posted: 31 Dec 2012 02:24 AM PST



    Semenjak memenangi beberapa negeri dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat semakin ghairah dan rakus berpolitik dalam usaha untuk mengulangi sejarah dengan merampas beberapa negeri lagi dalam pilihanraya yang akan datang.   Saban hari PR berpolitik dengan sepenuh hati dan perasaan, menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raga untuk memburukkan kerajaan BN serta manabur janji-janji manis.   Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga tidak jemu-jemu mencari peluang dan ruang untuk berdemonstrasi. 


    Sepanjang sepenggal, kesungguhan PR bekerja terbukti dari jumlah demonstrasi yang diadakan oleh rangkaian NGO yang saling memperalatkan sesama sendiri untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan BN. 

    Antaranya, Bersih 2.0 pada Julai 2011, Bersih 3.0 28 April 2012, Himpunan Janji Demokrasi pada malam 31 Ogos 2012, beberapa siri Himpunan Hijau menentang Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901 membebaskan Anwar Ibrahim, siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat, siri Himpunan Oren Menentang Penyenaraian FGVH dan bermacam-macam himpunan lagi. 

    Melihat dari gaya politik yang menggila itu, kita jangkakan momentum politik PR akan bertambah rancak dan hebat di saat-saat akhir menjelang pilihanraya.  Walaubagaimanapun, jangkaan kita ternyata silap. 

    Hanya beberapa bulan sebelum PRU-13, PR nampaknya sudah keletihan akibat berpolitik yang keterlaluan dan tanpa batasan.    Himpunan-himpunan yang diadakan mereka semakin lesu, hambar, sehinggakan perhimpunan khas parti mereka juga sudah kehilangan taring, kalaupun tidak kehilangan arah.    Contohnya, Konvensyen Kebangsaan DAP yang menyaksikan kehadiran yang merosot teruk serta Muktamar PAS yang anti-klimaks dengan doa K.O yang memakan diri. 

    Selain itu, Himpunan Oren yang terkini iaitu pada 28 Disember lalu juga dihadiri tidak sampai 1,000 orang berbanding sasaran 30,000 dan walaupun setelah terdapat arahan rasmi dari pihak PAS agar ahli-ahli mereka menyertainya.  

    Begitu juga dengan Himpunan Hijau merangkap mogok lapar pada 27 Disember - 30 Disember, yang menjanjikan acara kemuncak penyertaan sehingga 10,000 kereta dan motorsikal untuk berarak menuju ke kilang Lynas, hanya mampu menarik lebih kurang 50 orang iaitu satu jumlah yang amat memalukan. 

    Lebih-lebih lagi apabila para peserta mogok lapar yang sudah hilang semangat mengambil keputusan untuk makan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi sehingga dapat dirakam dengan mudah oleh para wartawan.  

    Nampaknya, acara kemuncak yang dijanjikan menjadi satu kemuncak kebodohan ketara pihak Himpunan Hijau.  Sedangkan, merekalah antara harapan terakhir PR untuk meningkatkan momentum serangan dalam menuju PRU-13.

    Umum sedia maklum bahawa Himpunan Oren didalangi secara langsung oleh PAS dan Himpunan Hijau pula berada di bawah telunjuk DAP, dengan PKR sebagai ëhiasaní di permukaan.   Oleh itu, kedua-dua himpunan ini secara tidak langsung merupakan penanda aras untuk mengukur tahap sebenar sokongan rakyat terhadap PR.

    Dengan sambutan yang begitu memalukan dalam kedua-dua himpunan tersebut, maka jelaslah bahawa PR sudah mula runtuh.  Ia runtuh akibat didirikan atas tiang yang rapuh dan berdasarkan ukuran yang salah.   Prinsip yang berlainan, matlamat yang berbeza serta campuran sikap bodoh, riak, rasis, ekstrem, liberal, dan juga kukubesi yang ada di dalam diri para pemimpin PR menyebabkan parti itu tidak pernah berdiri dalam keadaan tegap, yakin dan sempurna tetapi telah pun bergoyang dan terhoyong hayang sejak dari mula. 

    Masa sudah begitu suntuk untuk PR memperbaiki keadaan tiang yang senget dan binaan yang kian hancur.   Kredibiliti para pemimpin dan parti mereka juga kini sedang mereput di depan mata rakyat.   Segala laungan mereka sebelum ini konon menentang korupsi dan memperjuangkan kerajaan yang adil dan telus kini bagai meludah di muka sendiri.  

    Apa yang menyedihkan mengenai kehancuran PR ini ialah apabila negeri-negeri yang diperintah mereka juga turut mengalami kehancuran yang sama. 

    Bayangkan, dalam masa hanya sepenggal, mereka telah mampu menggondolkan hutan dan mengorek pasir sehingga menyebabkan pencemaran dan bencana, mampu menyusun perlaksanaan jangka panjang untuk meminggirkan kaum bumiputera, mampu menambah bilangan pusat hiburan dan maksiat sehingga tidak terkawal.  Justeru, jika mereka terus memerintah untuk sepenggal saja lagi agak-agak kita, berapa batang balakkah yang tinggal di Kedah?  Berapa kaki tanah sahaja yang tinggal untuk rakyat Kelantan?  Berapa banyak lagi pusat maksiat di Selangor?  Dan berapa orangkah Melayu yang boleh terus ësurviveí di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang? 

    Rakyat wajar menyedari hakikat ini sebelum kita semua turut jatuh, hancur dan terkambus bersama-sama dengan PR bagaikan rakyat di negara Sodom dan Gomorrah.

    GERAKAN ANTI PKR

    Posted: 31 Dec 2012 09:10 PM PST

    GERAKAN ANTI PKR


    BLOGER DIMENSI JEFRI DAMIEN RUPANYA ANAK SAUDARA HJ HADI ?

    Posted: 31 Dec 2012 08:00 PM PST

    AMANAT HADI : MANIFESTASI PRESIDEN SAKIT OTAK.

    Posted: 31 Dec 2012 10:56 AM PST

    NGEH KHOO HAM TERPAKSA HINA ISLAM UNTUK TUTUP CERITA RASUAH BALAK !

    Posted: 30 Dec 2012 09:58 PM PST

    melayuangkat

    Posted: 31 Dec 2012 03:40 PM PST

    melayuangkat


    "Allah swt" Kami pun korang nak kacau...

    Posted: 30 Dec 2012 11:35 PM PST

    Apa lagi yang HAK Kami yang korang nak godak????  Tak habis2 isu nak jolok sarang tebuan...Kalau nak sangat jadi macam kami, nak Allah kami...potong je lah...mengucapk dua kalimah sahadah...Habis cerita.

    BERANI MEMBUAT PILIHAN...

    Posted: 31 Dec 2012 03:11 PM PST

    BERANI MEMBUAT PILIHAN...


    (Gambar) Gadis selak baju, tayang payudara dan punggung kecohkan SIngapura

    Posted: 31 Dec 2012 02:30 PM PST

    Seorang wanita, dengan beraninya menyelak sambil menayangkan payudara dan punggungnya di sekitar kawasan tarikan pelancong di Singapura.

    Lebih 30 gambar-gambar aksi beliau menayangkan asetnya telah tersebar ke internet.

    Walaupun gambar tersebut memperlihatkan wajahnya dikaburkan, kawan-kawannya berasa risau beliau akan ditangkap.

    Menurut undang-undang di Singapura, berbogel di tempat umum boleh didenda atau dipenjara.




    Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman

    Posted: 31 Dec 2012 06:53 AM PST

    KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

    Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

    "Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

    "Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh," kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

    Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

    Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.

    "Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi," katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, hari ini.

    10 hari remaja 13 tahun jadi hamba seks penganggur

    Posted: 31 Dec 2012 12:31 AM PST

    Gambar hiasan
    MUAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun berkaitan kes rogol seorang remaja berusia 13 tahun yang disyaki dijadikan hamba seks oleh tiga lelaki selama 10 hari, baru-baru ini.

    Difahamkan, dalam serbuan itu, suspek seorang penganggur ditahan ketika khayal dadah jenis ganja di sebuah rumah di sekitar Bakri di sini, pada Isnin lalu.

    Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata remaja perempuan terbabit mengenali seorang daripada suspek yang mengurung dan merogolnya.

    "Mangsa menunjukkan rumah suspek berkenaan dan atas maklumat itu, sepasukan polis menyerbu kediaman berkenaan sebelum menahan seorang lelaki.

    "Kami masih memburu dua lagi suspek berkaitan kes berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Harian Metro kelmarin, melaporkan tindakan seorang remaja perempuan yang cuba melarikan diri dari rumah di Bakri mengundang padah apabila dia diculik empat lelaki sebelum dirogol sekurang-kurangnya tiga daripada lelaki terbabit selama 10 hari berturut-turut.

    Malah, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Nor, 13, turut dipaksa mengambil dadah selain tidak diberi makan sepanjang tempoh tahanan itu.

    Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia - Budget 2013

    Posted: 30 Dec 2012 11:31 PM PST

    Rebat RM200 Telefon Pintar Untuk Belia Sempena Budget 2013

    Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

    Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar 'siapa cepat dia dapat' sementara stok masih ada.

    Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah:

    1) Alcatel 993D
    2) Alcatel OneTouch Glory 2
    3) Alcatel OneTouch Inspire 2
    4) The Buzz Phone
    5) HTC Wildfire
    6) Huawei Ideos X3
    7) LG Optimus L3
    8) Ninetology Black Pearl II
    9) Ninetology Palette
    10) Nokia 2730
    11) Nokia 7230
    12) Nokia Asha 305
    13) Nokia Asha 308
    14) Nokia Asha 311
    15) Nokia C2-03
    16) Nokia Lumia 610
    17) Samsung Galaxy Chat
    18) Samsung Galaxy Mini
    19) Samsung Galaxy Pocket
    20) Samsung Galaxy Y
    21) Sony Xperia Tipo
    22) ZTE Acqua
    23) ZTE V790

    Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.

    Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan.

    Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.

    Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.

    Tak faham hukum dan cinta terhalang, remaja bersekedudukan hingga lahir anak luar nikah

    Posted: 30 Dec 2012 10:31 PM PST

    Gambar hiasan
    BATU PAHAT: Satu pasangan mendakwa keengganan keluarga perempuan merestui keinginan mereka untuk berkahwin menyebabkan pasangan itu mengambil jalan songsang mengenepikan dosa dengan bersekedudukan sejak lebih setahun lalu hingga melahirkan seorang anak lelaki sedangkan mereka boleh menggunakan wali hakim berikutan berada di luar kawasan.

    Malah, pasangan berkenaan bersekedudukan di rumah keluarga lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal bersama bapa dan tiga anak angkat bapanya.

    Kelakuan sumbang mereka terbongkar apabila penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Batu Pahat menyerbu rumah berkenaan di Punggor Rengit di sini, menerusi Ops Ambang Tahun Baru, jam 1.30 pagi, semalam.

    Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an terbabit mendakwa bersekedudukan selepas buntu hubungan bersama teman lelakinya tidak direstui keluarga di Kemunting, Perak.

    Menurut wanita itu, dia mengenali teman lelakinya empat tahun lalu dan sudah banyak kali memberitahu keluarganya di Perak, mereka mahu berkahwin.

    Dia mendakwa keluarga enggan menerima teman lelakinya itu menyebabkan mereka tinggal bersama setahun lalu hingga melahirkan anak lelaki.

    (Gambar) Sekitar majlis persandingan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey Natasha

    Posted: 30 Dec 2012 07:31 PM PST

    Selepas selamat bergelar suami isteri pada 28 Disember yang lalu, pasangan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey Natasha terus diraikan oleh kaum keluarga, rakan rakan dan para peminat di sebuah majlis resepsi yang berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

    Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail. Lagi gambar selepas ini, enjoice!


    Pelacur salun diberkas ketika ‘beraksi’ di ranjang

    Posted: 30 Dec 2012 06:55 PM PST

    KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.

    Dalam serbuan pukul 9 malam itu polis dapat menahan lima wanita China dan dua rakyat Thailand berusia antara 20 hingga 28 tahun selepas disyaki menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

    Ketika serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Cegah Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dilakukan, terdapat tiga pelacur sedang melakukan hubungan seks dengan tiga pemuda tempatan.

    Empat lagi pelacur sedang menunggu pelanggan di bilik tidur yang ditempatkan di tingkat atas.

    Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, selain pelacur, pihaknya turut menahan tiga pelanggan tersebut.

    Kosmo!

    Kalimah Allah: Bukan Islam boleh guna...tetapi dengan syarat...

    Posted: 30 Dec 2012 06:01 PM PST

    Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

    Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah "Allah" perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

    "Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah," tegas Harussani (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.

    Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

    "Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam," tegas Harussani.

    Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

    "Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

    "Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri," katanya lagi.

    Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

    "Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah," tambahnya.

    Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan "Allah", kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

    Dalam satu kenyataan, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) melalui presidennya Jagir Singh menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai untuk orang bukan Islam, dan majlis itu tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat dari menggunakan perkataan tertentu.

    Beliau juga menyebut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, yang katanya tidak membenarkan apa-apa sekatan terhadap orang bukan Islam.

    "Fatwa adalah nasihat secara semula jadi dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Selain itu, mana-mana fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) menyalahi undang-undang dan tidak sah, "katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

    Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

    Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

    Di Pulau Pinang, Mufti Negeri Hassan Ahmad memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

    Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat juga agama lain menggunakan perkataan "Allah".

    "Di dalam kitab suci Sikh, nama 'Allah' disebut sebanyak 37 kali, tidak ada bantahan dari umat Islam berkenaan dengan itu," kata Karpal memberi contoh.

    Jagir juga mengingatkan hari ini keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 terhadap penerbitan Katolik Herald menggunakan perkataan itu di mana ia memutuskan bahawa undang-undang yang menghadkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu akan menjadi "tidak berperlembagaan".

    Semalam, bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan "Allah" oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

    "Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

    "Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God', 'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain," katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

    Kristian di Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk yang berjumlah 28.3 juta orang, dengan kebanyakan di Malaysia Timur menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan Allah sebagai rujukan untuk Tuhan mereka.

    Beberapa tahun kebelakangan ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan "Allah", dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk kepada agama untuk orang Islam.

    Dari segi undang-undang penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.

    Ini kerana Menteri Dalam Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.

    Tahun lalu, penghantaran kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut diedarkan.

    yang ku dengar dan ku lihat

    Posted: 31 Dec 2012 01:39 PM PST

    yang ku dengar dan ku lihat


    Perdana Menteri. 'sempatkah' Mahyuddin Yassin.

    Posted: 30 Dec 2012 10:21 PM PST

    Hari ini Isnin 31hb. Disembar hari terakhir tahun 2012. Esok hari selasa 1hb. Januari 2013 merupakan tahun tahun  terakhir pemerintahan kerajaan BN kerana pada bulan April 2013 adalah genap 5 tahun edah parlimen Malaysia sejak Pulihanraya umum ke 12 iaitu tahun 2008.

    Masuk tahun 2013 mana-mana parti politik dan orang perseorangan yang mahu melibatkan diri dalam pilihanraya umum akan mula membilang detik perdetik hari akan berlakunya pilihanraya umum ke 13. Yang pasti hebat apabila bertembung diantara BN dengan PR.

    BN akan mempertahankan PUTRAJAYA sehingga ketitisan darah yang terakhir, begitu perlu bagi pihak BN untuk mempertahankan kuasa kerana kuasa akan boleh membuat segala-galanya bagi mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara.

    PR pula akan terus mendampingi rakyat untuk mendapat mandat dan sokongan bagi menruntuhkan BN dan dapat menawan PUTRAJAYA bagi membaiki kerosakan dan memberi berkhidmat untuk kepentingan kebajikan rakyat dan berjuang untuk Ugama dan Negara.

    Yang pasti berbagai-bagai keadah telah dilakukan oleh BN untuk mempastikan kuasa tidak terhakis tapi malangnya lepas satu-satu isu membayangi BN apabila ramai dikalangan bekas2 pegawai Kerajaan, bekas-bekas pemimpin UMNO menyertai PR tapi tidak berlaku kepada BN atau UMNO.

    Rakyat sedang menanti tarikh pembubaran Parlimen, sudah letih menunggu untuk membuang undi, yang tua lepas seorang-seorang meninggal dunia tidak sempat melihat siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 manakala yang baru pertama kali dapat mengundi mereka itu tak sabar sabar untuk mengundi. Tentunya mereka semua mahu melihat sebuah kerajaan baru kerana dibawah kerajaan BN mereka telah merasai, suka duka, pahit maung kehidupan.

    Ramalan demi ramalan telah dibuat, oleh kumpulan penganalisa politik, masing-masing nampaknya berpihak ada yang mengatakan BN akan terus menang tapi tak dapat mejoriti 2/3 dan berkuasa dan ada pula berkata PR akan dapat menawan PUTRAJAYA tapi dengan kemenangan yang tipis. Sebetulnya mood pilihanraya yang akan menentukan siapa yang berkuasa nanti.

    Masa sudah hampir tiba, isu telah tumbuh berlambak-lambak, isu amanat Tok Guru Haji Hadi diputarkan semula oleh UMNO dan BN begitu juga dengan isu Tanah dan Air di Kelantan yang dicerca oleh kumpulan yang tidak gemar kepada ulama. Manakala isu pembunohan Altantuya hidup kembali, seram sejuk dibuat oleh Deepak Jaikishan.

    Kita rakyat Malaysia menanggong malu apabila Perdana Menteri diaibkan oleh seorang peniaga permaidani keturunan india, Macam macam cerita ngeri dilemparkan, soal paksaan penjualan syarikat, soalan akuan bersumpah kes Altantuya dan soal nyawa dua orang bekas polis yang sedang menanti rayuan diman nyawa jadi pertaruhan. Ngeri.

    PRU13 akan menentukan, dapat keadilankah rakyat, dapat pembelaan secukupkah atau masih menagih ditanah air sendiri. Itulah rakyat sedang nanti, begitu juga saya dan keluarga yang terus menanti KEADILAN sejak 20 tahun lalu.

    Kes saya dimahkamah dah masuk ke tahun ke 20 tapi masih terus menanti, rakan-rakan yang terlibat dalam kes ini sudah lama meninggal dunia. Sedekah Al Fatihah untuk Allahyarham Dato' Omar Johar, Bekas Pengurus Besar MARA Holdings Sdn. Bhd dan Allahyarham Hanafi Majid bekas Pengurus Besar Dasar Profil Sdn. Bhd semuga rohnya aman sentiasa. Amin.

     SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.

    Cucu Tok Selampit

    Posted: 31 Dec 2012 01:36 PM PST

    Cucu Tok Selampit


    Terkini - Pakatan Haram Hantar GAMIS Buat Kacau Di Dataran Merdeka Dengan Edarkan Risalah Bendera Rakyat

    Posted: 31 Dec 2012 07:12 AM PST




    Bosan dengan kerenah juak-juak Pakatan Haram daripada PAS, DAPig dan PGayR yang tidak jemu-jemu dan istiqamah melakukan kekacauan demi kekacauan dalam memastikan keadaan ekonomi dan politikal negara berada di dalam keadaan yang tidak stabil.

    Sebentar tadi, Pakatan Haram telah mengerahkan golongan mahasiswa yang tidak mengenang budi yang dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) untuk hadir ke Dataran Merdeka sewaktu upacara rasmi Rumah Terbuka Hari Krismas Kebangsaan diadakan di situ. Mereka yang tiba berkumpulan kelihatan mengedarkan risalah-risalah di atas. 

    Kehadiran golongan GAMIS ini sudah dijangkakan kerana kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semenjak petang tadi sudah mewar-warkan bahawa mereka akan mengibarkan Bendera Rakyat di Dataran Merdeka. CTS tidak pasti kenapa rancangan asal diubah kepada sekadar menyebarkan risalah.


    Rakyat Malaysia harus bertanya apa tujuan risalah Bendera Rakyat diedarkan pada ketika seluruh negara menyambut ambang tahun baru? Apakah golongan GAMIS ini menyampaikan hasrat pemipin-pemimpin Pakatan Haram untuk menukar bendera Malaysia atau Jalur Gemilang sekiranya mereka berkuasa kelak? Golongan-golongan keldai mahasiswa GAMIS ini termasuk di antara golongan-golongan yang gagal seperti mana saudara-saudara DAPig mereka yang merempat di Dataran Merdeka sejak beberapa hari lepas. Tujuan saudara DAPig mereka ini adalah untuk menarik perhatian Rakyat Malaysia dengan mogok lapar tetapi kantoi apabila beberapa bloggers dan portal mesra Kerajaan mendedahkan gambar-gambar mereka mereka yang lahap menjamah makanan!

    Bukti Bergambar - Waima Penyokong BERSIH Pun Datang Mencari Kerja Di Karnival Sayangi Selangor 2012!!!

    Posted: 31 Dec 2012 12:30 AM PST


    Karnival Sayangi Selangor 2012 bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila lebih 500,000 orang dijangka hadir meraikan karnival tersebut yang dijadualkan berlangsung bermula semalam, 29 Disember hingga 1 Januari ini. Tahun lalu karnival yang sama berjaya mencatatkan kehadiran pengunjung kira-kira 150,000 orang. 

    Karnival yang dianjurkan Barisan Nasional (BN) Selangor itu berbeza dengan karnival-karnival yang diadakan di negeri ini dari segi matlamat serta aspirasinya kerana dianjurkan sebagai penghargaan khas BN kepada rakyat.

    Penganjuran Karnival Sayangi Selangor 2012 itu juga adalah 'ungkapan tersirat' terima kasih kepada rakyat yang selama ini memberi sokongan kepada parti itu termasuklah dari segi dasar dan program pembangunan yang telah dilaksanakan sehingga kini.

    Sebagai sebuah Negeri Berkebajikan yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang DAPig, PAS dan PGayR yang dilihat gagal memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada Rakyat Selangor, sehinggakan kita dapat melihat betapa daifnya Kerajaan Selangor sehingga seorang tua yang menjadi barua dan talibarut BERSIH sekalipun turut hadir ke karnival itu semalam untuk mencari kerja! Apa lagi yang perlu diucapkan?

    @mbnizar Lambai Kata @NajibRazak Ajar Ajaran Sesat Guna Lambang 1Malaysia

    Posted: 30 Dec 2012 05:30 PM PST


    Agak melucukan bagi seorang yang bergelar Mantan Menteri Besar Perak, di dalam laman sosial Twitternya semalam menuduh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengajar ajaran sesat dan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan mengharamkan tabiat khurafat UMNO. Nizar Lambai yang selama ini menjadi kuda tunggagan DAPig mempertikaikan isyarat tangan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak. Apa masalahnya dengan isyarat tersebut? Bukankah sewaktu kita bertahiyyat, isyarat yang sama (mengangkat jari telunjuk) dilakukan untuk mengakui keesaan Allah SWT? Apakah Nizar Lambai menggunakan jari hantu, ibu jari, jari kelingking atau jari kaki sewaktu bertahiyyat?

    Sebelum menegur perbuatan orang lain melakukan ajaran sesat atau syirik kepada Allah, Nizar Lambai sepatutnya melihat perbuatannya yang lepas-lepas dan bermuhasabah. Antaranya, beliau pernah tunduk menghormati mayat Teoh Beng Hock, beliau juga pernah menyertai acara vigil iaitu memegang lilin bagi menghormati roh Teoh Beng Hock dan beliau pernah mengikuti upacara perarakan Deepavali? Apakah ini tidak sesat dan syirik bagi Allah sebagai seorang yang mengaku beragama Islam wahai Nizar Jamaluddin? CTS ingin bertanya sekali lagi apakah kelakuan anda di dalam gambar-gambar di bawah tidak sesat?



     Kalau DS Najib buat sesat, apakah Nik Aziz Nik Mat juga sesat?


    Malah Nik Aziz Nik Mat adalah antara pelopor isyarat tangan R yang turut mengambarkan lambang Kristian bagi Salib. Apakah ini bukan syirik dan tidak sesat?