Rabu, 2 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Oct 2013 07:15 PM PDT

PAS Kawasan Miri


RON97 Ganti RON95?

Posted: 01 Oct 2013 02:23 AM PDT

Harga Petrol Naik Tanpa Disedari?
Sebahagian kawasan di Miri menghadapi masalah kekurangan bekalan Petrol RON95. Akibat dari kehabisan bekalan stok RON95, pengguna terpaksa menggunakan RON97 sebagai ganti dan terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal RM2.80. Sepatutnya masalah kehabisan stok bekalan untuk RON95 tidak berlaku begitu lama sehingga lebih dari 2 hari. Kita dapati sudah lebih 2 hari salah sebuah stesen minyak di Miri  kehabisan bekalan RON95 dengan alasan stok sudah habis.

Sekiranya ini berlaku di semua stesen minyak di seluruh negara, secara tidak langsung pengguna terpaksa membayar petrol dengan harga yang lebih mahal. Ini menandakan harga petrol sudah naik walaupun pihak kementerian mengatakan harga petrol tidak naik tetapi apabila pengguna terpaksa menggunakan RON97 secara tidak langsung mereka terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan bekalan petrol untuk kegunaan harian .

Kita mengesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat perkara ini, bagaimana bekalan RON95 boleh habis. Kalau alasan RON95 kena seludup ke luar negara rasanya tidak patut berlaku sebab harga petrol di negara jiran yang bersempadan dengan Miri lebih murah dibandingkan dengan harga petrol di Malaysia.
Adakah berlaku penyeludupan di laut atau di darat sehingga bekalan tidak sampai ke sasaran?

Begitu juga dengan disel juga menghadapi masalah yang sama. Mungkinkah ada pihak tertentu telah menyalahgunakan subsidi petrol ini untuk kepentingan pihak tertentu? Adakah pihak tertentu yang mengambil kesempatan menggunakan RON95 dan disel ini untuk kepentingan sesuatu projek yang sedang rancak berlaku di kawasan luar bandar. Kalau di pedalaman Sarawak harga petrol memang lebih mahal kalau dibandingkan dengan harga dalam bandar. Pihak kementerian yang berkenaan perlu menyiasat perkara ini dengan mengambil tindakan tegas keatas mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Disebabkan oleh kenaikan harga petrol menyebabkan kehidupan rakyat menjadi lebih sukar dan secara tidak langsung harga barangan keperluan juga naik. Sepatutnya pihak kerajaan memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah ini secara yang lebih berkesan agar rakyat tidak dibebani dengan masalah kos kehidupan yang melampau.

Mungkin salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi kad subsidi kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan mengenakan harga yang berlainan kepada kenderaan mewah yang menggunakan CC kuasa tinggi dengan mengikut harga pasaran. Kebanyakan mereka yang mampu membeli kenderaan mewah adalah golongan kaya dan tidak memerlukan subsidi kerajaan jadi dengan cara ini pihak kerajaan dapat mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan mewah.

Harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera agar rakyat tidak terus menanggung bebanan membeli petrol dengan harga yang mahal. Kerjasama dan tindakan dari pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Petrol Price Rises Without realizing?
Some areas in Miri face RON95 petrol shortage. As a result of running out of stock RON95, consumers had to use RON97 instead and have to pay the higher price of RM2.80. Supposed to the problem running out of stock of the supply for RON95 not happens so long until more than 2 days. We find that it more than 2 days one of a petrol station in Miri run out of RON95 with the reason are out of stock.

If this happens at all petrol stations nationwide, indirectly a consumer had to pay the prices of petrol that is more expensive. This indicates the price of petrol has gone up even though the ministry said petrol prices does not go up, but when consumers are forced to use RON97 indirectly they have to pay more to get petrol supplies for daily use.

We urge the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism to investigate the matter, how can RON95 supplies run out. If the reason RON95 be smuggled out of the country, it feels should never happen because the price of petrol in the neighboring country that bordering with Miri is much cheaper compared with the petrol prices in Malaysia. Similarly, the diesel is also facing the same problem. Could it be that certain parties have abused the petrol subsidies is for the benefit of certain parties? Is there smuggling at sea or on land until supplies do not reach the target?

Are certain parties take advantage of RON95 and diesel for the interests of a project that is being progress in rural areas. If the interior of Sarawak the petrol prices are more expensive compared to the price in town. The ministry concerned should investigate this matter by taking decisive action on those who are responsible.

Due to the increase of petrol price caused the people lives become more difficult and indirectly also increase prices of essential goods. The government should think about how to solve this problem more effectively so that the people do not burdened with excessive costs of living.

Perhaps one way to overcome this problem is to give subsidy card to people with low income and impose different prices on luxury vehicles that use high power CC in accordance with market prices. Most of those who can afford to buy luxury vehicles are rich and do not need government subsidies so in this way the government can reduce the subsidy to the rich and affluent.

Hope this problem can be resolved quickly so that the people do not continue to bear the burden of purchasing expensive petrol prices. Cooperation and the action from the relevant authorities are highly appreciated.

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Oct 2013 11:15 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS Batu Gajah buat perubahan

Posted: 30 Sep 2013 10:18 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Ketua Urusan Ulamak pula dipegang oleh Dr Muhammad Pisol Mat Isa apabila menang tanda bertanding.

Ketua Muslimat dan Pemuda juga turut menampilkan muka baru apabila disandang masing-masing oleh Ustazah Siti Aminah dan Ustaz Hakim Mohd Nor.


Walaupun ada persaingan dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan, namun perjalanan Mesyuarat Agung PAS Batu Gajah kali ke yang diadakan pada 29 September lalu berjalan dengan penuh harmoni.

KHIDMAT MERU

Posted: 01 Oct 2013 09:08 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB Dr. Abd Rani Osman Turun padang selesaikan masalah Tokong Cina di Pasar Besar Klang

Posted: 01 Oct 2013 12:54 AM PDT




Alhamdulillah, semua pihak berpuas hati

PROGRAM ZIARAH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Posted: 01 Oct 2013 12:40 AM PDT




 2 PESAKIT KANSER YANG BARU MENDAPAT RAWATAN DARI HOSPITAL DAN SEORANG BELIA YANG CEDERA DI BAHAGIAN BAHU DI SEKITAR DUN MERU

PAS KDAS 3

Posted: 30 Sep 2013 09:32 PM PDT

PAS KDAS 3


Ucapan Tok Guru Nik Aziz menitis air mata di hadapan Selebriti

Posted: 30 Sep 2013 08:53 AM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 30 Sep 2013 07:39 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Mesyuarat Agung : 4 YDP Kekal 1 YDP Baru

Posted: 29 Sep 2013 08:34 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Sep 2013 07:08 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Nasib Peniaga Melayu/Bumiputera Dalam Kawasan Bandar Terpinggir?

Posted: 29 Sep 2013 10:04 PM PDT

Peniaga Melayu/Bumiputera Sarawak Perlu Pembelaan

MIRI – Bangunan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang telah mencecah suku abad dan tidak selamat digunakan akan diroboh dan  akan dibangunkan semula  untuk memberi keselesaan kepada peniaga menjalankan urusan niaga di situ.  Pihak SEDC Miri telah memberi notis kepada para peniaga untuk mengosongkan premis berkenaan berikutan ianya tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan mereka sekiranya mereka meneruskan perniagaan dalam bangunan tersebut.

Menurut para peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan, dulu mereka dijanjikan dengan tapak sementara dengan sewa yang berpatutan di sekitar kawasan bangunan 'Center Point' tetapi sekarang mereka tidak dibenarkan berniaga di situ dan dipaksa berpindah ke kawasan lain.  Tempat sewa baru sekarang terlalu mahal dan bagi mereka yang berpendapatan kecil sukar untuk berniaga di kawasan baru setelah mereka diarahkan berpindah oleh pihak SEDC.

Sepatutnya pihak SEDC menyediakan tapak sementara atau membina bangunan baru sebelum meroboh bangunan lama tersebut agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sementara menunggu bangunan baru siap. Mereka juga tidak pasti berapa lama bangunan baru itu siap kerana mereka tidak diberitahu oleh pihak yang berkenaan.

Antara kawasan yang bakal diroboh adalah gerai makan dan 'Tamu' yang sederet dengan bangunan SEDC.  Walaupun tujuan mereka hendak membina bangunan baru ini suatu kebaikan untuk para peniaga tetapi cara mereka melayan para peniaga di situ agak keterlaluan tanpa memikir masa depan para peniaga yang sukar untuk mencari tapak sementara dengan sewa yang berpatutan.

Disinilah satu-satunya tempat para peniaga Melayu/Bumiputera berniaga dalam kawasan bandaraya Miri, sementara menunggu bangunan baru siap ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat yang tidak begitu strategik untuk berniaga. Mereka memohon kepada pihak SEDC dan pihak yang berkenaan agar menyediakan tapak sementara dengan sewa yang berpatutan untuk mereka meneruskan perniagaan di kawasan itu.

Bagaimana hendak memperkasakan ekonomi Bumiputera jika masalah peniaga Melayu/Bumiputera tidak dibela dan terus terpinggir dari arus pembangunan terutama sekali para peniaga kecil yang berniaga dalam kawasan bandaraya.

Kita mengesa pihak SEDC dan mereka yang berkenaan perlu bersikap toleransi dengan para peniaga yang sudah lama berniaga di situ dengan memberi mereka tempat sementara yang bersesuaian dengan sewa yang berpatutan agar mereka tidak hilang mata pencarian sekiranya terpaksa pindah dan menyewa tempat baru yang agak mahal sekarang ini di bandaraya Miri.

Harap masalah ini dapat diselesaikan secara baik diantara kedua belah pihak demi masa depan para peniaga di bangunan SEDC khususnya para peniaga Melayu/Bumiputera yang masih memerlukan tempat yang sesuai untuk meneruskan perniagaan mereka.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak


English version
Sarawak Malay/Bumiputera traders Need Defences
MIRI - The building of Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) has reached a quarter-century and be unsafe for occupation will be demolished and will be redeveloped to provide comfort to traders doing business there. The Miri SEDC has given notice to the traders to vacate the premises due to it is unsafe and can threaten their safety if they continue doing business in the building.

According to the traders who do not want to be named said, once they were promised temporary site with affordable rent around the 'Center Point' buildings but now they are not allowed to do business there and was forced to move to other areas. The new rental place now is too expensive and for those who are low income is hard to do business in the new areas after they are directed to move by the SEDC.

The SEDC should provide temporary site or build a new building before demolishing the old building so that they can continue their business while waiting for completion of the new building. They also are not sure how long the new building is completed because they were not informed by the parties concerned.

Among the areas to be demolished are food stalls and 'Tamu' in the same row with SEDC building. Despite their intention to build the new building, is a virtue for the traders but the way they treat the traders there is a bit extreme without thinking the future of the traders that are difficult to find a temporary site with a reasonable rental.

This is where the only place for the Malay/Bumiputera traders doing a business in the Miri city while waiting for completion of the new building some of them had to move to a place that is not so strategic to the business. They apply to the SEDC and the parties concerned to provide a temporary site with a reasonable rent for them to continue business in the area.

How to strengthen the Bumiputera economic if the problems of Malay/Bumiputera traders is not be defended and continue to be marginalized from the mainstream of development, especially small businesses that do business in the city.

We urge the SEDC and those concerned should be tolerant with the traders who have long been doing business there to give them the appropriate temporary place with affordable rent so they are not left in the lurch if forced to move out and rent a new place that is quite expensive nowadays in Miri city.

Hope this problem can be resolved amicably between the two parties for the future of the traders in the SEDC building particular the Malay/Bumiputera traders that still need the ideal place to continue their business.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 30 Sep 2013 03:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


i-Rakyat :- Security Feature Update

Posted: 30 Sep 2013 02:44 AM PDT

Dear i-Rakyat Customer,

We are revealing a brand new website with a new design and features
to improve your online experience.
 
Click on the our website below.
 
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thank you for banking with us. 
 
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak

Posted: 30 Sep 2013 01:17 PM PDT

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak


Majlis Qurban PAS Cawangan Kg.Batu Masjid,Temoh,1434H

Posted: 30 Sep 2013 03:31 AM PDT

SALAM,ALHAMDULILLAH, SYUKUR KPD ALLAH,PAS CAWANGAN KG.BATU MASJID TEMOH.AKAN MENGADAKAN MAJLIS QURBAN/AQIQAH BERTEMPAT DI MARKAZ PAS TANAH SERIBU,BATU MASJID PADA PAGI 2 HARI RAYA EIDUL ADHA1434H INI.

TUAN/PUAN/CIK DAN KELUARGA.....................................................................................................
ADALAH DENGAN INI DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.

ATURCARA MAJLIS: 9.00PG.PENYEMBELIHAN QURBAN/AQIQAH( 2 EKOR LEMBU)
                                    11.00PG. PENGAGIHAN DAGING QURBAN
                                    12.00TGH: JAMUAN MAKAN TENGAHARI.

AJK QURBAN MENGUCAPKAN SETINGGI TERIMAKASEH KEPADA PESERTA QURBAN/AQIQAH DAN PETUGAS SERTA JEMPUTAN YANG SUDI MENYERTAI DAN HADIR
KE MAJLIS INI. TERIMA KASEH.


MARILAH BERSOLAT BERJEMAAH,


.....................................
(ROSLI BIN AHMAD)
Pengerusi Qurban Pas Cawangan Kg.Batu Masjid 1434H
sk.KC Pas Caw,Kg.Batu Masjid.

(ROSLI BIN AHMAD)

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 30 Sep 2013 01:10 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PRK: PAS Gesa SPR Ambil Kira Tarikh Muktamar

Posted: 30 Sep 2013 05:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat Khamis ini agar mengambil kira Muktamar Tahunan PAS dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan bermuktamar pada 21 hingga 24 November ini, iaitu dalam tempoh 60 hari PRK perlu diadakan. 

"Harapan PAS agar pertimbangan diberi supaya tidak bertembung muktamar. 

"Sebaik-baiknya SPR pertimbangkan kerana memang sukar untuk PAS mengubah tarikh muktamar yang sudah dirancang lama," katanya kepada Harakahdaily. 

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, PAS akan menunggu pengumuman dari SPR terlebih dahulu berhubung tarikh PRK tersebut sebelum memberi komen lanjut. 

Katanya, isu PRK Sungai Limau ini akan disentuh pada Mesyuarat PAS Pusat pada 13 Oktober ini. 

"Saya difahamkan PAS Kedah telah menubuhkan Jawatankuasa Operasi yang dipengerusikan Datuk Ir Amiruddin Hamzah," jelasnya. ~harakahdaily



Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 30 Sep 2013 11:09 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Keratan Akhbar Sinar Harian

Posted: 30 Sep 2013 01:13 AM PDT


Sekitar Mesyuarat Agung PAS Kawasan Machang, Di MADU (21/9/2013)

Posted: 30 Sep 2013 01:12 AM PDT













USRAH PEMUDA PAS DUN PULAI CHONDONG

Posted: 30 Sep 2013 12:27 AM PDT


Satu Program  Usrah Mingguan Pemuda Pas Dun Pulai Chondong Telah Diadakan Di Kolam Air Panas, Tok Bok  Machang, Kelantan. Program Ini Bermula Jam 9.00 Malam Dan Diadakan Pada Tiap – Tiap Hari Isnin Malam Selasa.

Jasindaily Online

Posted: 30 Sep 2013 09:23 AM PDT

Jasindaily Online


Yahudi Rancang Hapus Identiti Islam

Posted: 29 Sep 2013 08:14 PM PDT

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis. 
Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO itu turut menyelar dasar Israel yang bertujuan untuk melanggar dan memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut."Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya melindungi kesucian Baitulmaqdis terutamanya Masjid al-Aqsa yang kini semakin terancam akibat perbuatan biadab golongan Yahudi," tegasnya dalam laporan Press TV.
baca lagi

Pertempuran menjelang Intifada Al-Aqsa

Posted: 29 Sep 2013 08:10 PM PDT

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel telah bertempur dengan penunjuk perasaan menjelang ulang tahun ke-13 Intifada Al-Aqsa di Baitulmaqdis, menurut media tempatan, kelmarin.Insiden itu dilaporkan berlaku selepas tentera rejim Zionis bertindak menyerang sekumpulan penunjuk perasaan kerana mengadakan bantahan terhadap pertambahan jumlah penganut Yahudi yang berkunjung ke kawasan Masjid Al-Aqsa.
baca lagi

PROTES TERBARU DI MESIR

Posted: 29 Sep 2013 08:03 PM PDT

KAHERAH - MESIR. Ribuan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, kelmarin menyertai protes antikerajaan yang diadakan beberapa hari selepas mahkamah melarang Gerakan Ikhwanul Muslimin menjalankan sebarang kegiatan di negara itu. Penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi anjuran perikatan antirampasan kuasa tersebut berarak di beberapa jalan utama di ibu negara termasuk di Pelabuhan Said dan Assuit.
baca lagi

SYIAH RANCANG KUASAI JABATAN AGAMA NEGERI

Posted: 29 Sep 2013 05:01 PM PDT

PUTRAJAYA - Pengikut Syiah di negara ini dikesan mempunyai perancangan untuk mengusai jabatan agama Islam.Bagi merealisasikan rancangan itu, pengikut Syiah mendaftarkan anak mereka ke dalam akademik berteraskan Islam dalam usaha jangka panjang menguasai jabatan itu. 

 Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohamad Ismail mendakwa, dalam tempoh 10 tahun, anak pengikut Syiah kemudiannya akan memohon sebarang jawatan di dalam jabatan agama Islam."Apabila sudah memperoleh jawatan, tugas mereka seterusnya akan cuba mengubah polisi keagamaan dalam jabatan tersebut.
baca lagi

IMAM PENGIKUT SYIAH DITAHAN

Posted: 29 Sep 2013 04:56 PM PDT

MUADZAM SHAH – Pahang mencatatkan kes pertama tangkapan berkaitan fahaman Syiah apabila seorang imam dipercayai pengikut ajaran itu  ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur, semalam.Ketua Penguatkuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata, imam berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lalu.
baca lagi

SPR UMUM TARIKH PRK DUN SUNGAI LIMAU KHAMIS INI

Posted: 29 Sep 2013 04:52 PM PDT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam. 

baca lagi

PCA bahan kempen Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno

Posted: 29 Sep 2013 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 SEPTEMBER: Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dilihat bahan kempen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin."PCA seolah menjadi alat kempen untuk Zahid Hamidi. Cuma saya nak beritahu. Tanpa PCA pun Zahid boleh menang," kata Shamsul kepada Keadilandaily

Justeru, Shamsul bercadang 'menaikkan populariti' naib presiden Umno itu melalui dialog atau debat dengannya berhubung pindaan undang-undang tersebut."Kalau Zahid bersedia, kita boleh buat secara langsung. Di Bernama atau Sinar Harian atau Astro. Kerana isu ini melibatkan semua pihak," kata Shamsul yang juga ketua Angkatan Muda KEADILAN.

baca lagi

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN JASIN KALI KE 46

Posted: 29 Sep 2013 04:41 PM PDT

Pada hari ini telah berlangsung mesyuarat agung PAS Kawasan Jasin bertempat di Kompleks PAS Kawasan Jasin di Kampung Kelubi. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh para perwakilan daripada cawangan-cawangan PAS di seluruh daerah Jasin.

baca lagi

Landskap Siasah

Posted: 30 Sep 2013 07:24 AM PDT

Landskap Siasah


Upah Perunding Asing; Tanda BN Tidak Mampu Tadbir Negara

Posted: 29 Sep 2013 08:13 AM PDT


Upah Perunding Asing; Tanda BN Tidak Mampu Tadbir Negara

Inferior, lemah self esteem atau westomania, itulah antara ungkapan yang boleh diberikan kepada pemimpin Malaysia yang galak mengupah konsultan luar untuk membuat beberapa polisi dan dasar di negara kita.
Bertepatan dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan Haji Azmi Abd Hamid, apabila   diumumkan di Parlimen bahawa Kementerian Pendidikan melantik  sebuah syarikat perunding McKinsey and Co dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  ianya boleh dianggap suatu skandal besar yang melibatkan halatuju tarbiah dan pengacuan minda intelek dan sahsiah anak-anak Malaysia!

Ia bukan suatu hal yang remeh atau boleh diambil ringan.

Apakah itu konsultan dan mengapa perlu mengupah konsultan? Konsultan atau perunding diperlukan jika sesuatu perkara atau projek memerlukan kehendak-kehendak piawaian tertentu yang hanya mampu dilakukan leh perunding atau konsultan yang terlatih (certified). Jika ianya tidak memerlukan piawaian tertentu di peringkat antarabangsa sepertimana menyediakan halatuju pendidikan negara sendiri yang berdaulat, mengapa perlu menghulur sampul wang kepada konsultan barat yang jelas mengalirkan wang keluar negara.

Saya sertakan senario ringkas. Jika di kilang, jika pihak Jabatan Penyelenggaraan (maintenence) mampu menyediakan sesuatu projek, baikpulih atau pemeangan mesin baru tanpa memerlukan konsultan, pihak ketiga yang sediakan ia adalah KPI terbaik untuk jabatan berkenaan. Tetai jika ada pengurus penyelenggaraan hanya tahu mengeluar quotation (sebut harga) hanya tahu mencadang pihak ketiga tertentu untuk selesaikan tugasnya, pengurus berkenaan jelas tidak efisyen atau lebih bahaya beliau telah korup.

Isu konsultan atau perunding atau isu pihak ketiga sama juga dengan isu peraih. Peraih ikan atau peraih hasil tani misalnya suatu ketika dahulu pernah menekik darah petani dan nelayan dengan harga jualan yang tidak munasabah. Hal ini menyebabkan kerajaan menyediakan FAMA, PERDA, MARDI untuk membantu mengurangkan pengaruh orang tengah dalam memasarkan hasil kerja rakyat bawahan. Malah kerajaan juga menggalakkan para penani untuk cuba mejual sendiri hasil mereka untuk mendapat keuntungan yang optima.
Bagitu juga dalam isu konsultan negara.

 Dalam hal pembelian kapal selam misalnya, korupsi seolah-olah cuba dilindungi sehingga generasi muda di kampus pun mulai 'dangkal', atau lemah otak sehingga tidak memahami isu korupsi dalam pembelian kapal selam negara. Pihak ketiga dalam pembelian kapal selam yang  melibatkan pembayaran RM 510 juta adalah tindakan kepimpinan lanun yang menghabiskan wang negara dan menggadai masa depan negara. Cuba menjadi hero dalam setiap pilihanraya dengan menabur wang jutaan ringgit, menjadi hero membantu jerung-jerung kepitalis aristokrat dengan memberi habuan komisyen itu dan ini, konsultan itu dan ini, adalah tindakan yang jelas merupakan sikap bermuka-muka, pragmatik atas kepentingan sendiri dan tidak menghiraukan kesan kepada sosio kehidupan rakyat akan datang.

Perdana Menteri kita berkata, transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang antara lain bertujuan menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Adakah para pemikir di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi atau sekurangnya para profesor di Malaysia sudah kering akal, tiada produktiviti  atau lembap untuk menyediakan laporan yang dikehendaki oleh Perdana Menteri?

Tidak cukupkah peluang Kementerian Pendidikan mendapat khidmat nasihat antarabangsa daripada pakar-pakar seperti UNESCO, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik serta pentaksiran murid?

Tidak cukup jugakah usaha Panel Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14 negeri?

Malah tidak percayakah kerajaan BN dengan PEMANDU yang ditubuhkan oleh mereka sendiri dalam  melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan. Makmal tersebut kini diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian Pendidikan termasuk daripada Institut Aminuddin Baki.
Menjemput perunding luar tambahan pula berkaitan dengan Yahudi seumpama APCO boleh juga dianggap mengundang penjajah dalam bentuk yang baru (neo-colony). Nampaknya sejarah tidak mengajar pemimpin kita untuk berhati-hati dengan agenda penjajah bentuk baru. Suatu ketika Francis Light atas nama peniaga KHTI dijemput ke Kedah sebagai perunding, konsultan mendamaikan konflik diRaja. Stamford Raffles juga dijemput atas alasan yang sama iaitu sebagai konsultan menyelesaikan konflik dalaman. 

Akibatnya penjajah menyekolahkan pemimpin kita. Perjanjian demi perjanjian dibuat atas nama nasihat dan konsultasi politik dan polisi. Dalam sedar atau tidak, api sekam penjajah terus menjarah tanahair Melayu sehinggalah tanah ini bergelar tanah jajahan British.

Cukup sahih jika rakyat skeptikal dan marah dengan pembayaran yuran konsultasi kepada syarikat seumpama APCO dan kini pula McKinsey and Co. Itu hak rakyat untuk menyoal justifikasi dan keperluan yang mendesak sehingga tangan Barat atau setidaknya air tangan Yahudi berhak menentukan imej, dasar dan polisi negara.

Jika ditinjau daripada sumber wikipedia McKinsey & Company ialah sebuah firma perundingan pengurusan sedunia yang tertumpu kepada penyelesaian isu yang berkaitan dengan pengurusan atasan. McKinsey berkhidmat sebagai penasihat kepada perniagaan, kerajaan dan institusi terunggul di dunia, serta diiktiraf sebagai firma yang terunggul dan paling berprestij dalam industri perundingan pengurusan.
Rakyat mempersoal dan juga mempertikaikan mengapa pula sebuah firma konsultasi bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Tidak ada apa yang mampu dibangunkan oleh McKinsey selagi tangan politik mencengkam kampus, kadar peruntukan penyelidikan daripada KDNK yang jauh lebih rendah berbanding negara lain, selagi mana agenda perkauman dimainkan di beberapa kampus payungan UMNO serta beberapa tindakan kegeringan intelek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. 

Kesimpulan yang mampu disemat adalah ketidakmampuan BN memerintah, membina polisi jangka panjang dan menyelesai permasalahan dalam jabatan-jabatan kerajaan jelas kelihatan dengan kehadiran konsultan asing ini. Kebergantungan dengan orang tengah dalam sebarang perundingan antara negara adalah petanda korupsi yang kian parah. Menggajikan konsultan Yahudi untuk menasihati imj negara adalah lambang sejarah pemimpin melayu menjemput penjajah berulang kembali.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan