Jumaat, 14 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


r b f

Posted: 13 Dec 2012 07:45 PM PST

r b f


Lihat Bagaimana DAP Tunjuk Taring Mereka Kepada Pas

Posted: 13 Dec 2012 05:06 PM PST

Seperti yang diketahui umum, DAP telah memenangi beberapa pusingan dalam perlawannya dengan Pas....

Pelik kan ?

DAP musuh BN , tetapi yang asyik tewas dengan DAP adalah Pas....

Hudud - DAP menang

Negara Islam - Pas tewas

Kedai gunting unisex - DAP menang dan Pas tewas

Sekarang DAP sedang mengejar kemenangan seterusnya dalam isu pasangan bukan islam yang di saman berdua-duaan di Kota Bharu.

Berikut laporannya....
DAP mahu bukti pasangan berkelakuan tidak sopan
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mahu siasatan lebih lanjut dibuat bagi membuktikan bahawa dua pasangan bukan Islam yang disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPK-BRI) benar-benar berkelakuan tidak sopan seperti yang didakwa.
Anthony berkata beliau tidak mempersoalkan undang-undang yang digunapakai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tetapi mahu bukti kukuh yang mensabitkan kesalahan, demi keadilan kepada pasangan berkenaan.
"Saya rasa isu saman pasangan bukan Islam perlu disiasat lebih lanjut, sama ada betul ke pasangan itu melakukan sesuatu yang keterlaluan. Kalau setakat mereka duduk berdua-duaan, saya rasa mereka tidak patut dikenakan tindakan," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Ketika ditanya adakah undang-undang PBT patut diasingkan antara orang Islam dan bukan Islam, Anthony berkata undang-undang itu tidak harus dipisahkan kerana ia sekadar undang-undang kecil.
Justeru katanya, beliau tidak kisah bukan Islam turut dikenakan tindakan jika berkelakuan 'tidak senonoh' di khalayak.
"Akur (pada undang-undang PBT) bukan isunya di sini tetapi bagaimana dikuatkuasakan. Ia satu definasi yang kabur. Apakah yang dikatakan tidak bermoral? Yang itu kena siasat, apakah bukti yang mengatakan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral?," soalnya.  
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP menegaskan undang-undang Islam tidak sama sekali patut dikenakan ke atas orang bukan Islam.
"Kita bukan pertikaikan undang-undang PBT itu, tetapi jika undang-undang Islam dikenakan kepada bukan Islam, itu tidak patut. Tapi jika guna undang-undang PBT, kena jelaskanlah bagaimana mereka mentafsirkan undang-undang itu," katanya lagi.
Sebelum ini, Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan dua pasangan bukan Islam yang dikenakan tindakan baru-baru ini disaman dibawah Undang-undang Kecil Taman.
Beliau juga memberitahu PBT Kelantan berhak menyaman mana-mana orang bukan Islam yang berkelakuan tidak sopan di khalayak umum.

Antara Pos

Lihatlah betapa hebatnya DAP, mereka pula yang menuntut bukti dari kerajaan Pas.....

Itu menunjukkan DAP yang paling berkuasa dalam gabungan yang dinamakan pak-khatan rakyat. DAP mempunyai kuasa seperti Mahkamah Agung yang memutuskan segala hal....

Itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa Pas hanya balaci DAP.....

Selamat maju jaya kepada DAP....

 
Psssstttt....DAP nak bukti apa ? bukti video ? video besi tak boleh jadi bukti......

Video: Deepak Karpet KANTOI-Bukti Dia Alat PKR dan PAS

Posted: 12 Dec 2012 11:01 PM PST


Seperti yang diperkatakan sebelum ini....

Deepak sekarang berada di ambang bangkrap dengan beban hutang ratusan juta ringgit....

Dia cuba menggunakan isteri PM supaya mempengaruhi PM agar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan bagi menghalang dia dari bangkrap.

Isteri PM gagal memenuhi permintaan Deepak....

PM sendiri pun gagal memenuhi permintaan Deepak....

Puak sebelah sana berjaya hidu masalah Deepak, dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Deepak sebagai alat untuk mendajalkan PM dan isteri. 
 
Berikut adalah apa yang diperkatakan oleh Deepak semalam dalam satu sidang media yang diuruskan oleh orang kuat harakah di pejabat harakah dan disiarkan di harakah daily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.


Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.


Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.


Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.


Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".


Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.


Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.


Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.


Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.


Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.


Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.


Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.


Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.


Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.


Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.


Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.


Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.


Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.


Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.


Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.


Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.


Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu

yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.


Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.


Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.


Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.


Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.


Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.


Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.


Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.


Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."

Panjangnya cerita.....berbelit-belit nak ingat skrip yang dah dihafal sepertimana yang diarahkan oleh pengarah....

Sekarang kita tak mahu cakap banyak.....kita tak perlu nak berhujah berbelit-belit untuk mematahkan dakwaan Deepak. 

Dibawah ini ada satu video yang dirakam pada tahun lepas....

Siapa yang rakam ?

Malaysiakini !

Jadi anda lihatlah video ini dan anda bandingkan dengan apa yang dikatakan oleh Deepak semalam.....

Perhatikan pada minit 0.33 - saya tidak pernah terlibat dengan Bala

Minit 1.18 - saya langsung tidak terlibat dengan Bala, itu fakta, itu realiti. 



Sekarang bila dah jadi alat PKR dan Pas, dia boleh pusing 180 darjah.....

Kah...kah....kah....kah....Deepak oh Deepak.....bodohnya kau......sekarang kau sendiri yang kantoikan diri kau. 



Psssttttt....kita tunggu dan lihat berapa lama lagi malaysiakini akan biarkan video itu.....

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 13 Dec 2012 03:36 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


RENUNGAN KHAMIS UTK ULAMAK DAN UMARAK UMNO-PAS!!

Posted: 12 Dec 2012 07:11 PM PST

Abu Bakar r.a berkhutbah selepas kewafatan Rasulullah;

"Sungguh tidak sesuai dan tidak patut untuk kaum muslimin mempunyai 2 orang amir. Kerana jika demikian akan mengakibatkan munculnya perselisihan dalam semua urusan, kesatuan akan pecah dan mereka akan hancur bercerai berai. Dalam keadaan demikian sunnah rasul saw akan ditinggalkan, bidaah akan merajalela, fitnah akan tersebar dan menguasai setiap ruang lingkup dan tidak seorang pun akan mendengar nasihat untuk perbaikan di kalangan mereka."

Tatkala, urusan pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah saw, seorang lelaki kaum ansar berkata, "Dari kalangan kalian (Ansar) seorang amir dan dari kalian (Muhajirin) seorang amir.

Umar r.a menjawab, "bagaimana mungkin dua bilah pedang dapat dimasukkan ke dalam sebuah sarung"?

Ibnu Al Kiwa bertanya kepada Ali r.a mengenai sunnah, bidaah, jamaah dan perpecahan. Ali r.a menjawab, "Wahai Ibnu Kiwa, engkau telah menghafal permasalahan dan hendaklah engkau memahami jawabannya juga. Demi Allah, sunnah adalah sunnah Nabi Muhammad saw, bidaah adalah apa yang terpisah dari sunnah itu. Demi Allah, jamaah adalah perkumpulan semua ahli hak (yang berada di atas kebenaran) walaupun jumlah mereka sedikit. Perpecahan adalah perkumpulan ahli batil walaupun jumlah mereka banyak.

Abu Sufyan masuk menemui Ali dan Abbas r.ahuma. Ia berkata, "Wahai Ali wahai Abbas, bagaimana mungkin jabatan khalifah bisa jatuh ke tangan kabilah yang paling rendah di kalangan kaum Quraisy? Demi Allah, jika kalian mahu, aku bisa menyiapkan sebuah pasukan tentera yang besar dan kuda yang banyak untuk menentang Abu Bakar."

Ali r.a berkata, "Aku tidak rela engkau mengumpulkan tentera untuk merampas jawatan khalifah dari Abu Bakar. Seandainya kami tidak melihat bahawa Abu Bakar layak menduduki jawatan itu, pastilah kami tidak akan merestuinya, ya Abu Sufyan. Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah suatu kaum yang saling nasihat menasihati dan berkasih sayang di antara satu sama lain walaupun kediaman mereka berjauhan dan latar belakang mereka berbeda. Dan sesungguhnya orang munafik itu adalah suatu kaum yang saling tipu menipu di antara satu sama lain."

Seorang sahabat, Khalid bi Said Al Ash, tidak membaiat Abu Bakar r.a sebagai khalifah walaupun sudah 3 bulan dia duduk di Madinah. Akhirnya Abu Bakar datang ke rumahnya secara terang-terangan dan mengucapkan salam kepadanya. Khalid bertanya kepada Abu Bakar, "Apakah engkau ingin aku berbaiat kepada mu?"

Abu Bakar.r.a menjawab, "Aku ingin kau mengadakan perdamaian sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum muslimin."

Khalid r.a menjawab, "Aku berjanji kepada mu untuk berbaiat kepada mu pada petang ini."

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Dec 2012 03:23 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Aksi dalam pakaian renang, Miss Universe Malaysia memang hot!

Posted: 13 Dec 2012 03:30 PM PST

Seperti yang kami janjikan sebelum ini, sesi perkenalan peserta-peserta Miss Universe 2012 kami tamatkan hingga ke peserta 60 sahaja kerana mahu memberi fokus kepada perkembangan Miss Universe Malaysia, Kimberly Leggett.

Tentatif program untuk Miss Universe semalam diteruskan dengan sesi penghakiman dalam pakaian renang (swimsuit). Yup, peserta Malaysia, Kimberly Leggett juga tidak terkecuali.

Dengan bikini oren, kaki yang panjang, pergghh...harap-harap beliau dapat top 5 nanti.

Kepada anda yang belum mengundi beliau, masih lagi sempat berbuat demikian dengan klik di SINI
Sebelum proses penghakiman, Kimberly sempat menangkap gambarnya sendiri ketika di dalam bilik persalinan dan dimuat naik ke akaun Instagramnya khas untuk peminat-peminat beliau.

Enjoy!

Ya..kami tahu Harimau Malaya tewas kepada Thailand akibat dari mutu pengadilan yang kurang memuaskan. Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Malaysia kerana mampu mengekang asakan agar tidak bolos lebih banyak gol.

Panas...memang panas, Malaysia dan Thailand, nampaknya kelebihan kepada negara gajah putih itu. TAPI...bagaiamana pula dengan pertandingan di bawah? Mampukah Malaysia menewaskan Thailand! Tungguuuu!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Datuk K cedera parah kemalangan di New Zealand

Posted: 13 Dec 2012 07:50 AM PST

SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.

Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.

Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.

"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.

Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.

Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Piala AFF 2012: Pengadil 'Gampang Style' sentap semangat Harimau Malaya, kecundang 0-2 pada Thailand

Posted: 13 Dec 2012 06:31 AM PST

MISI Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok sebentar tadi, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.

Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil. Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.

Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.

Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.

Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo dipatahkan pertahanan Thailand.

Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.

Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44.

Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.

Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.

Kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.

Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.

Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76 yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.

Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah.

Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.

Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.

Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat.

Diperkosa ketika bercuti dirumah sahabat

Posted: 13 Dec 2012 05:31 AM PST

JEMPOL - Tindakan seorang gadis meninggalkan rakan wanitanya di rumah seorang rakan sekampung mengundang padah apabila rakan wanitanya itu akhirnya menjadi mangsa rogol.

Kejadian berlaku di rumah keluarga rakan sekampungnya itu di Air Hitam, dekat sini pada 7 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, gadis dikenali sebagai Shila (bukan nama sebenar), 16, itu menerima kunjungan rakan wanitanya, Arni (bukan nama sebenar) juga seusia dengannya, dari Kuala Lumpur yang dikenali menerusi laman sosial Facebook untuk menghabiskan cuti sekolah di daerah ini, pada 29 November lalu.

Menurut sumber, Arni bercadang menghabiskan masa cuti sekolah di kampung Shila itu selama seminggu.

Ketika tempoh itu, katanya, seorang rakan sekampung Shila, dikenali sebagai Mamat (bukan nama sebenar), 21, tertarik dengan Arni dan mahu berkenalan.

"Bagaimanapun, Arni tidak melayani Mamat menyebabkan pada 7 Disember itu, lelaki itu mempelawa Shila dan Arni datang ke rumah keluarganya dengan alasan mahu berjumpa.

"Namun, Shila tidak mengesyaki niat jahat Mamat kerana pertemuan dibuat di rumah keluarga dan menyangka dia ingin berjumpa Arni sebagai kawan," katanya.

Kata sumber, kebetulan pada hari berkenaan, keluarga Mamat tiada di rumah, namun hanya ditemani tiga lagi rakannya yang lain, juga sebaya.

"Selepas menghantar, Shila meninggalkan Arni di rumah keluarga Mamat.

Bagaimanapun berlaku kejadian tidak disangka apabila Arni dikatakan ditarik masuk ke dalam bilik belakang.

"Mangsa yang berasa takut dan panik terus menangis dan ditinggalkan bersendirian dalam bilik, manakala tiga rakan suspek terus tidur di ruang depan rumah," katanya.

Tidak lama selepas itu, katanya, Mamat masuk ke bilik berkenaan dan terus merogol mangsa tanpa menghiraukan rayuan mangsa.

Menurut sumber, berikutan kejadian itu, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga Shila sebelum membuat laporan di Balai Polis Air Hitam, kira-kira 1 pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superitendan Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Suspek ditahan pada kira-kira 3.15 pagi dan kini direman sehingga 14 Disember ini (esok). Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, mangsa juga sudah dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Jempol, dekat sini.

Live Streaming Thailand vs Malaysia | Semi Final | AFF Suzuki Cup 2012 | 13 December | Second Leg

Posted: 13 Dec 2012 02:01 AM PST

Live Streaming Thailand vs Malaysia | Semi Final | AFF Suzuki Cup 2012 | Second Leg | 
13 December 

Layanan buruk yang diterima oleh pasukan Malaysia pada sesi latihan semalam tidak akan melemahkan semangat pemain negara apabila menghadapi Thailand pada saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di sini, esok, kata ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata skuad Malaysia, yang digelar Harimau Malaya, perlu memikirkan secara positif dan berazam memenangi perlawanan esok, sebagai laluan untuk mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada 2010.

Jangan lupa saksikan perlawanan hidup mati antara Thailand vs Malaysia. Anda boleh saksikannya di TV atau stream sahaja di pautan di bawah!

Live Streaming Thailand vs Malaysia |
Semi Final | Second Leg
AFF Suzuki Cup 2012 |
13 December 2012 | 7:00 PM
(Supachalasai Stadium, Bangkok)
Link 1 | Link 2 | Link 3

(Gambar) Gadis bangga tayang BRA di restoran KFC

Posted: 13 Dec 2012 01:01 AM PST

Seorang pengunjung restoran makanan segera KFC tertanya-tanya pada dirinya sendiri mengapa gadis-gadis sekarang sukan tayangkan pakaian dalam mereka di tempat umum.

Beliau kemudiannya memuatnaik sekeping gambar yang memperlihatkan seorang gadis yang dipercayai amat cun (hahah...apa punya ayat la..) sedang beratur untuk memesan makanan.

Dan yang menarik perhatian pengunjung restoran tersebut dan kami pasti ianya seorang lelaki, adalah tali baju dalam atau branya tertonjol keluar dari baju yang dipakainya.

Pengunjung tersebut memuatnaik gambar tersebut ke internet dan tertanya-tanya mengapa wanita sekarang suka tayangkan pakaian dalam yang mereka pakai kepada orang ramai.

Adakah ianya fesyen? Pleaaaassseee...!

[Advertorial]

Who will you be in 2020?

Ever wonder what role you are playing in Malaysia's Vision 2020?

Find out more with the Citizen 2020 app by ETP! Simply answer a few questions about yourself and you'll find out what role you'll be playing in our country's Vision of 2020.

Forget the crystal ball, this is a much better way of looking into the future!

Just caught a glimpse of my future in 2020 with this #ETPCitizen2020 app, check it out and see what yours is like! :)

Foto peserta-peserta Miss Universe 2012 (Swimsuit) - Part 5

Posted: 12 Dec 2012 11:01 PM PST

10 peserta terakhir kami paparkan ini termasuklah peserta dari Malaysia Kimberly Leggett.

JANGAN LUPA untuk mengundi beliau ok! Klik aja SINI

Peringakat saringan akan diadakan pada 13 Disember 2012. Lagi 30 orang peserta, rasanya kami tidak akan paparkan lagi. Mungkin selepas ini kami akan cuba dapatkan perkembangan Kimberly Leggett di sana.

Ok, sebelum mengundur diri, mengikut abjad negara masing-masing, kami mulakan dengan peserta dari Kosovo, Lebanon, Lithuania, MALAYSIA (Kimberly Leggett), Mauritius, Mexico, Montenegro, Namibia, Netherlands dan New Zealand.


Apalah lagi la si Musa Hasan ni...

Posted: 12 Dec 2012 10:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang enggan memohon maaf kepada bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang meminta beliau untuk melakukannya dalam masa tiga hari, dan bersedia untuk ke mahkamah.

Sebaliknya, beliau menafikan tuduhan Musa pernah 'mengarahkan' seorang pegawai tinggi polis dipindahkan dalam masa 24 jam, menjadi penasihat kepada seorang lagi bekas KPN, Tun Hanif Omar disamping menawarkan diri untuk menjadi penasihat Musa.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang saya pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat KPN.

"Saya rasa tidak perlu untuk jadi penasihat untuk membantu polis," kata Phang dalam sidang medianya hari ini.

Musa kelmarin dilaporkan mendakwa, pegawai polis itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat yang melibatkan Phang pada 2009, untuk menaiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital.

Ekoran itu, dakwa Musa, pegawai polis yang berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD tersebut ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dalam tempoh 24 jam.

Malah, beliau juga akan membuat laporan polis ke atas Musa, disamping berbincang dengan peguamnya untuk menyaman bekas KPN itu berkenaan tuduhan terhadap dirinya.

"Sila periksa fakta anda semula, Musa. Saya akan melaporkan kepada polis bagi menyiasat apa tujuan beliau melakukan perkara begini," Phang juga membidas Musa apabila bekas KPN itu sering mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar.

"Anda tidak sepatutnya memalukan pengganti anda, Musa. Kamu sudah berkhidmat dalam perkhidmatan polis selama 40 tahun, kamu tahu kamu tidak seharusnya merosakkan reputasinya.

"Semasa beliau menjadi KPN, kadar jenayah meningkat mendadak, tetapi Tan Sri Ismail cuba mengawal dan menurunkan kadar jenayah, mungkin kita masih tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu terus berjalan," kata Phang lagi.

AP

Salun Unisex: PAS tak mampu pertahankan hukum Tuhan

Posted: 12 Dec 2012 09:45 PM PST

KOTA BHARU 12 Dis. - Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya 'mengalah' atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata, penangguhan itu termasuk kompaun yang telah dikeluarkan sebelum ini, bermaksud penggunting rambut bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan bukan Islam berbeza jantina.

Utusan

Pandangan Zam bersifat peribadi, kata Duta Besar

Posted: 12 Dec 2012 09:31 PM PST

JAKARTA - Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata komen bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap bekas Presiden Indonesia BJ Habibie merupakan pandangan peribadi Zainuddin.

Katanya pandangan Zainuddin itu tidak mewakili pandangan kerajaan Malaysia.

Syed Munshe Afdzaruddin berkata demikian di sini pada Rabu sebagai reaksi kepada beberapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia berhubung komen Zainuddin itu.

Media tempatan hari ini menyiarkan laporan bahawa komen bekas Menteri Penerangan Malaysia itu, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online baru-baru ini, telah menimbulkan kemarahan beberapa anggota Parlimen Indonesia yang juga mahu kerajaan Indonesia menghantar nota bantahan kepada kerajaan Malaysia.

Mereka menganggap komen Zainuddin dalam tulisannya yang mengaitkan Habibie dengan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia sebagai penghinaan terhadap bekas presiden negara mereka.

Bagaimanapun, Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa dalam reaksinya semalam telah meminta semua pihak di Indonesia supaya mengambil sikap berfikir secara tenang.

"Saya anggap ini pandangan peribadi dari yang bersangkutan (dari Zainuddin). Kita pilih cara yang paling baik untuk menyikapi hal ini. Tidak perlu membalas kerana ini tulisan peribadi seorang bekas menteri penerangan Malaysia," kata Marty sebagaimana dipetik oleh akhbar harian Media Indonesia hari ini. - Bernama

Gadis bersendirian hampir dirogol setelah diculik

Posted: 12 Dec 2012 08:31 PM PST

Seorang wanita kini dalam ketakutan selepas seorang lelaki yang menculiknya selama dua jam dan cuba merogolnya, kini mengugut mahu membunuh berikutan laporan polis dibuatnya.

Dalam kejadian jam 8 hingga 10 pagi kelmarin di sebuah rumah kosong di Sungai Jelok, di sini mangsa berusia 20 tahun hampir dirogol lelaki itu, namun diselamatkan ibunya.

Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berada di depan sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya disapa seorang lelaki berusia 28 tahun yang berpura-pura bertanya arah jalan, tetapi mangsa memaklumkan tidak tahu lokasi dimaksudkan, kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, selepas beberapa minit, mangsa dan ibunya ke kedai makan untuk membeli sarapan sementara dia menunggu di luar kedai.

"Ketika menunggu ibunya, lelaki sama sekali lagi datang dan memberhentikan kereta di depan mangsa.

"Lelaki itu keluar dari kereta membawa spanar sebelum meletakkannya ke leher mangsa sambil mengugut mencederakannya sekiranya melawan," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu terus menariknya masuk ke kereta dan membawanya ke sebuah rumah kosong berdekatan hutan.

Katanya, mangsa cuba meminta tolong, namun lelaki itu mengugut merogolnya sebelum menarik mangsa masuk ke rumah itu.

"Di dalam rumah itu, lelaki terbabit memaksa mangsa membuka seluar kerana mahu merogolnya, tetapi ditolak sebelum lelaki itu meletakkan spanar ke lehernya dengan tujuan menikamnya.

"Mangsa bergelut dengan lelaki itu selama beberapa minit sebelum ibunya yang mengekori anaknya masuk ke rumah berkenaan menyelamatkan anaknya," katanya.

Menurutnya, mangsa sempat keluar dan membuat laporan di Balai Polis Kajang sejurus kejadian.

Katanya, mangsa kini dalam ketakutan kerana lelaki itu terus mengganggu hidupnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Foto peserta-peserta Miss Universe 2012 (Swimsuits) - Part 4

Posted: 12 Dec 2012 07:31 PM PST

Oh ya, sebelum kami paparkan 10 lagi peserta-peserta Miss Universe 2012 ini, apa kata kalau pembaca semua ringankan jari jemari untuk mengundi peserta Malaysia Kimberly Leggett untuk saringan separuh akhir.

Mudah sahaja, hanya klik SINI untuk mengundi!

Malaysia Boleh! Hehehehe...

Oklah, celoteh panjang pula, berikut 10 lagi peserta-peserta yang bakal berentap di Miss Universe 2012...mengikut turutan abjad nama negara masing-masing, kami mulakan dengan Honduras, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Israel, Italy, Jamaica, Japan dan Korea.









Portal Sinar Harian cuba burukkan imej Ustaz Don

Posted: 12 Dec 2012 07:05 PM PST

Wow! Terkejut juga kami membaca tajuk beritanya. Memang sensasi dan pedih jika membacanya.

Kami kurang faham dengan tindakan penulis berita tersebut. Berita tersebut menyatakan individu yang terbabit mengaku Ustaz Don tidak bersalah dan apa yang berlaku adalah tanggungjawab penganjur.

Selesai, tapi mengapa tajuk berita USTAZ DON MUNGKIR JANJI? Apa? Kalau letak tanda soal kiranya dibolehkan la ya? Banyak cantik, nak lepas leher sendiri, nak kasi laku berita, habih peribadi orang digunakan...

Kalau selebriti yang jenis tak tahu mana keturunannya tu boleh le nak dimain-mainkan persoalan beritanya, ini dah diketahui bagaimana sikapnya, peribadinya, keluarganya, boleh pula sengaja mahu timbulkan persepsi buruk terhadap orang itu.

Politik pun politiklah...jangan melalut sangat Sinar ni...

Berita asal dari Sinar

Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

Susahnya nak ubah karakter orang Melayu - Tun Mahathir

Posted: 12 Dec 2012 06:00 PM PST

PUTRAJAYA - Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras, jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.

"Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.

"Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.

"Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15 bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini.

Bagaimanapun, katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.

"Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

"Tindakan afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu apabila kami yakin yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat," katanya.

Bagi mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa, kelulusan lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa.

Beliau menyangkal dakwaan pembangkang bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Amanah Tan Sri Azman Hashim melancarkan buku bertajuk 'Perdana Discourse Series Keynote Speeches by Tun Dr Mahathir Mohamad', pada majlis itu.

Berharga RM30 senaskhah, buku itu memuatkan 10 ucaptama Dr Mahathir sepanjang Siri itu, dan soalan dan jawapan terpilih daripada syarahan terdahulu.

Siri Syarahan Perdana bermula pada Ogos 2004, apabila Dr Mahathir membincangkan topik pertama mengenai 'Perpaduan Negara'. Syarahan lain dalam siri itu menyentuh topik seperti Kedaulatan Negara, Media dan Pembangunan Negara dan Kestabilan Politik. - Bernama

Liwat: Karpal dicabar tarik balik kenyataan

Posted: 12 Dec 2012 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hasim berkata, kenyataan tersebut dibuat oleh Karpal dan direkodkan dalam hansard Parlimen.

"Jika tidak, maka Karpal perlu isytiharkan bahawa pemimpin parti Pas akan menjadi calon Perdana Menteri.

"Ini penting untuk membuktikan bahawa pakatan pembangkang benar-benar tidak menyokong sebarang unsur-unsur tidak bermoral bagi memilih pemimpin mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Faizal, walaupun DAP dan Pas boleh menerima seorang peliwat menjadi Perdana Menteri sekalipun, orang Melayu dan Islam tidak akan sesekali menerima seseorang yang mempunyai masalah moral sebagai pemimpin utama.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri pun tidak memilih Anwar untuk jawatan Presiden PKR sebab tahu beliau akan jadi liabiliti kepada parti," katanya.

tun faisal dot com

Posted: 13 Dec 2012 01:41 PM PST

tun faisal dot com


@LatheefaKoya kurang ajar terhadap Pegawai JPN #statelessIndian

Posted: 13 Dec 2012 09:43 AM PST


Menjerit-jerit macam keldai. Nak tunjuk besar kepala ke? Ni mana punya didikan la masa kecik ni. Pemimpin PR ni masa kecik kemungkinan besar kurang kasih sayang sebab tu jadi agresif dan kurang ajar.

[Video] @PKamalanathan jelaskan semangat UMNO, MCA, MIC bergabung di Bengkel #BNYCT

Posted: 12 Dec 2012 08:00 PM PST



#Stateless : MP Kapar menghasut, Latheefa Koya, Surendran bawa 280 pemohon IC merah rupanya #PenipuRakyat

Posted: 12 Dec 2012 05:30 PM PST


Muka penipu rakyat dan manusia yang rela diperbodohkan di JPN semalam... 


"Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

"Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian.

"Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) memimpin negara kita, saya diminta untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak misalnya jumlah permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sebelum ini, kami dah proses lebih 98,000 permohonan" 

- Hishammuddin Hussein 
Menteri Dalam Negeri


Nota: Kewarganegaraan bukan hak, tapi keistimewaan. Terpulang kepada kerajaan untuk beri atau tidak kepada pemohon yang bukan warganegara.




@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20



Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.



Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A



Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Dec 2012 01:36 PM PST

Cucu Tok Selampit


20 Saman PDRM Yang Belum Dibayar! Hebat YB Mak Lampir

Posted: 12 Dec 2012 06:07 PM PST


Adalah amat masuk akal sekiranya seorang penggubal undang-undang seperti Ahli Parlimen melanggar undang-undang sesuka hati. Kalau satu atau dua saman yang diperolehi, memang amat diterima akal. Manusia mana yang tidak membuat kesalahan. Namun sekiranya sehingga 20 kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen, apa yang hendak kita simpulkan? 

Melalui semakan seorang rakan Facebook dan CTS sendiri telah sahkan di laman web yang berkenaan, setakat hari ini, terdapat 18 kesalahan melebihi had laju dan 2 kesalahan melanggar tanda traffik yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang masih belum dibayar! 

Patutlah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram beria-ria menggalakkan Rakyat untuk menentang AES. Ini kerana mereka sendiri tegar melanggar undang-undang! Ini bukan rekaan dan fantasi, pembaca-pembaca boleh menyemak sendiri di laman web berikut:

Laman web: http://www.rilek.com.my/webapps/pdrm/csresult.php

Nama: Zuraida Bt Kamaruddin
Nombor KP: 580314-71-5206

Kata Pakteh...!!

Posted: 13 Dec 2012 01:32 PM PST

Kata Pakteh...!!


Tindakan Terdesak Anwar

Posted: 13 Dec 2012 01:04 PM PST

Jika bukan terdesak, apa lagi yang boleh Pakteh anggap melalui tindakan Anwar mengolah semula skrip-skrip lama yang telahpun diselesaikan oleh pimpinan DS Najib.

Demostrasi Baling 1974 sebenarnya mendedahkan tembelang Anwar yang suka menipu dan memanipulasi rakan dan rakyat demi cita-cita besar beliau. Bukankah membangkitkan kembali peristiwa tersebut sebenarnya adalah tindakan terdesak. Jika bukan terdesak, takkan timbul isu Demostrasi Baling 1974 kerana Anwar ingin hal tersebut terpendam dilubuk hati orang yang mengetahui kejahatannya dulu.

Deepak dan PI Bala, bukankah ini isu lapuk yang tidak dipandang oleh majoriti rakyat kerana sedar tangan ghaib Anwar bersembunyi dibelakang kedua-duanya. Jika bukan terdesak, Anwar takkan mengambil tindakan kurang cermat ini untuk mengaburi mata rakyat. Akibat gopoh dan terdesak, hanya dalam tempoh singkat sahaja, kebusukan plan Anwar dalam isu Deepak ini terbarai diketahui rakyat.

Isu kerakyatan kaum India juga adalah isu yang diselesaikan dengan baik oleh kerajaan tetapi Anwar amat-amat terdesak. Sokongan kaum India yang kembali beralih kepada BN membuatkan Anwar terdesak menggunakan isu ini. Akhirnya terdedah bahawa yang ikut serta dalam tunjuk perasaan di JPN tempohari adalah mereka yang diberi taraf penduduk tetap malah Naib Presiden PKR yang kuat melalak kononnya ada 300 ribu kaum India dinafikan warganegara juga terdedah sebagai satu penipuan. Jika 300 ribu, Pakteh amat pasti yang menghantar dokumen tempohari bukan 300 orang tetapi akan mencecah puluhan ribu. Betul-betul menipu secara terang-terangan.

Jika bukan kerana terdesak, Anwar tidak akan mudah kantoi. Pakteh melihat Anwar hanya mudah terkantoi dalam soal seks kerana Anwar seorang yang tidak boleh hidup tanpa seks.
Mungkin ini kerana kejahatannya menuntut ilmu seks dari seseorang di Pendang diawal pembabitannya dalam UMNO (seperti diceritakan seseorang kepada Pakteh)

Kini apa sahaja tindakan Anwar amat-amat mudah dipatahkan oleh pejuang-pejuang dari UMNO. Bukan kerana Anwar tidak berjaga-jaga tetapi apabila tindakan dilakukan dalam keadaan itulah puncanya akhir-akhir ini segala isu bodoh yang berlegar di ruang udara Malaysia...BAUnya dapat kita kesan ada bau-bau Anwar.

Apakah Anwar perlu memancut setiap hari dek kerana ilmu dari Pendang Kedah ini?. Entahlah...Pakteh tak pasti tetapi jika benar...wow...tok gurunya memang amat-amat hebat dalam soal ini.

p/s: Anwar sedar...amat-amat sedar..sokongan rakyat sudah kembali kepada BN. kehadiran beliau kini hanya disambut dengan kerusi....

Anwar cuba segala cara untuk menipu rakyat, Malaysiakini tetap kuda tunggangan utama

Posted: 12 Dec 2012 11:16 PM PST

Jika sekali tertipu mungkin dianggap kurang cermat tetapi jika berkali-kali atau setiap hari ditipu, itu bukan lagi tidak cermat tetapi memang bodoh atau bangang tahap kritikal.

Pakteh melihat jentera perang saraf Anwar/PR mula bergerak aktif dari segenap aspek dan isu. Jika sebelum ini satu isu dimainkan secara berasingan namun hari ini anda boleh lihat beberapa isu lapuk dan fitnah dilaungkan secara bersama dan serentak.

Bukan secara kebetulan kumpulan anti Lynas, Kumpulan India nak warganegara, Kumpulan Deepak SD Bala, Kumpulan AES dan kumpulan perosak pelajar melaungkan secara serentak bantahan mereka. Setiap isu ini sebenarnya memang tidak ada isu tetapi dengan skill Anwar yang amat bijak memutar belit dan menipu, tiada isu sebenarnya adalah satu isu.

Pakteh suka merujuk kepada artikel tulisan Mohd saifullah Mohd Zulkifli pada 13/12/2012 11.40 AM yang bertajuk "Demo Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat".

Pakteh tidak pasti berapa umur Mohd Saifullah namun kisah 38 tahun lalu wajar dijadikan tauladan. Kisah bagaimana sebuah khabar angin yang diada-adakan akhirnya menjadi punca kepada kegilaan pelajar berdemostrasi. Khabar angin yang dibawa oleh mulut Anwar (memang menipu) mendakwa ada kematian di Baling akibat kebuluran. Ketua Demostrasi Baling 1974,  Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah bekas Ketua Pengarang Bernama diperdaya oleh Anwar bahawa memang terdapat kematian di Baling sehingga kumpulan pendemo ini sanggup berminggu-minggu berdemo. (Baca luahan hatinya disini)

Baca juga apa kata wartawan yang menyiasat secara langsung isu ini pada tahun 1974 disin

Dua individu yang terbabit secara langsung di atas mengesahkan TIDAK ADA KEMATIAN DAN HANYA AUTA ANWAR SAHAJA

Apakah motifnya Mohd Saifullah melalui Malaysiakini mengajak pelajar menjadikan Demo Baling sebagai simbol kebangkitan rakyat?. Apakah perlu pelajar bangkit berdemostrasi dek kerana alasan Mohd Saifullah Kenaikan harga barang dan bebanan sara hidup yang meningkat?. 

Jika itu alasannya, dunia mana hari ini tidak ada peningkatan kos sara hidup?  Pakteh ingin cadangkan penulis artikel tersebut bertandang ke mana-mana pasaraya dan lihat cara orang Malaysia berbelanja. Lihat cara mereka menikmati hidangan tengahari atau malam atau tengah malam. 

Jangan membodohkan pelajar atau jangan anggap semua pelajar bodoh seperti segelintir pelajar yang mudah terpedaya sehingga pelajaran terabai. Jika penulis berharap semua pelajar IPT akan bangkit memberontak, Pakteh berpandangan penulis tersebut berada dalam dunianya sendiri dan berkhayal seperti berada di Mesir yang serba kekurangan atau di Indonesia yang penuh kemiskinan. Ini Malaysia Bro...Pelajar IPT menikmati segala-galanya...

p/s: Ubi Gadung hang penah makan dak? hang penah tengok pokok dia dak? Hang tau dak nak buat lagu mana? Kalau tak tau mai Pakteh tunjuk. Teloq ayam pun kalau hang tak proses elok2 ketika nak rebus, boleh terkena virus dari taik pada telur. Begitu juga Ubi Gadung.....takkan hang nak harap 1974 rakyat lepak kat Mc D?

Pas kelantan bermain dengan HUKUM

Posted: 12 Dec 2012 03:57 PM PST

Tidak sukar untuk menilai keikhlasan seseorang dalam melaksanakan amanah. Tindakan kerajaan Kelantan dalam isu gunting rambut boleh dijadikan contoh terbaik.

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengeluarkan arahan agar tukang gunting rambut wanita tidak dibenarkan menggunting rambut pelanggan lelaki bukan muhrim dan arahan ini perlu diikuti oleh semua pengusaha salon gunting rambut tanpa mengira agama.

Namun akhirnya arahan itu ditangguhkan apabila ada bantahan dari DAP (Pakteh sebutkan parti ini kerana ini parti sekutu mereka, berbanding MCA/gerakan yang memang musuh PAS).

Persoalannya disini, Apakah rasional larangan tersebut dan apakah pula tujuan ditangguhkan?. Amat jelas tindakan-tindakan PAS Kelantan lebih bersifat mementingkan urusan parti berbanding amanah agama Islam.

JADI.....jangan pelik apabila Tun Mahathir Mohamad Pernah menghalang HUDUD PAS yang gagal didraf dengan baik apabila orang bukan Islam dikecualikan dari pelaksanaan hukum hudud. Jika semudah kes gunting rambut pun Pas Kelantan terpaksa akur/tunduk/Yes Bro kepada DAP.....agak-agak anda...apa pula jadinya jika Pas nak laksanakan hudud yang dibantah keras oleh DAP sejak dulu?

Eh eh....jika Negara Islam sanggup diubah kepada Negara Berkebajikan...apa la sangat hudud Pas tu.....kan?

p/s: Harapan Pakteh..PAS .buat draf hudud yang menepati kehendak Islam..bukan mengikut kepentingan parti....pasti UMNO/NAJIB tidak ada alasan untuk menolak.

Duke of UMNO

Posted: 13 Dec 2012 01:14 PM PST

Duke of UMNO


PANASSS..!!! PAS CEMAR MARUAH ISLAM LAGI..!!!

Posted: 13 Dec 2012 06:38 AM PST

KB01_111212_GERAKAN

Ekoran tidak cukup ilmu dan zalim, PAS sanggup mencemar keadilan hukum yang diturunkan Allah melalui Al-Quran sehingga ramai golongan bukan Islam yang tampil menunjukkan protes mereka terhadap peraturan yang dikuatkuasakan Nik Aziz di Kelantan.

Kononnya, kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu fikir bahawa peraturan yang mereka laksanakan berkenaan pusat salun dan kedai gunting rambut di negeri Kelantan itu cukup Islamik, tapi jelas ia hanya menjejaskan kreadibiliti hukum Islam.

Dalam peraturan tersebut, Kerajaan Nik Aziz itu menggariskan supaya mana-mana pekerja berjantina perempuan di pusat salun dan seumpamanya dilarang untuk memberi khidmat pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Kononnya, dengan peraturan itu maka tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim di kedai-kedai gunting rambut itu.

Namun peliknya, peraturan itu turut dikenakan terhadap golongan bukan Islam di mana beberapa pusat salun telah disaman penguatkuasa kerana melanggar peraturan yang kononnya "holistik" tersebut.

Keadaan itu telah menyebabkan DAP melalui Karpal Singh, MCA, Gerakan dan banyak lagi pihak bukan Islam yang tampil menggesa agar kezaliman peraturan Kerajaan PAS Kelantan itu dikaji semula dengan segera.

Sebenarnya, tujuan Nik Aziz di dalam mengimplementasikan peraturan tersebut memang baik, namun perlaksanaannya jelas tidak teliti sehingga menyebabkan ketidakadilan berlaku, lemah dan seolah-oleh tidak wajar sekali dilaksanakan.

Saya ingin bertanya, apakah salah seorang pendandan wanita yang bukan Islam menggunting rambut seorang lelaki bukan Islam?

Dan apakah salah sekiranya seorang pekerja lelaki india di sebuah kedai gunting rambut menggunting rambut seorang wanita beragama Hindu?

Pada saya, peraturan yang dilaksanakan PAS Kelantan itu jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil, zalim, tidak faham hukum, tidak majmuk, tidak jaamiq dan maaniq.

Paling sedih dan mengecewakan, perlaksanaan peraturan sebegitu hanya akan mencemarkan keadilan yang terdapat di dalam hukum yang diturunkan Allah dan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak adil untuk dilaksanakan untuk seluruh golongan manusia.

Sepatutnya, peraturan sebegitu hanya dilaksanakan kepada pusat-pusat salun dan seumpanya yang melibatkan pekerja wanita dan lelaki yang beragama Islam sahaja. Manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam patut dibebaskan dari peraturan tersebut.

Ia memandangkan kerana golongan bukan Islam tidak terikat dengan perkara dosa atau pahala sebagaimana umat Islam.

Namun begitu, pusat-pusat salun bukan Islam ini wajar dipantau dari masa ke semasa di mana pengusaha-pengusahanya perlu memastikan para pekerja mereka tidak menggunting rambut pelanggan Islam yang berlainan jantina.

Dalam ertikata lain, tukang gunting rambut lelaki hanya gunting rambut pelanggan lelaki Islam dan dilarang untuk mengunting rambut pelanggan muslimah dan begitu juga sebaliknya.

Takkanlah peraturan semudah ini pun PAS Kelantan tidak mampu gubal? Itu pun ada hati nak gubal undang-undang hudud? Nampak gayanya PAS Kelantan macam baru nak kenal Islam pula gayanya.

Inilah akibatnya kalau tidak sedar diri itu jahil dan sombong. Perkara yang mudah sebegitu pun tidak mampu dilaksanakan dengan baik dan hasilnya mereka hanya mencemar imej Islam saja dipandangan golongan bukan Islam.

Itu pun PAS masih lagi mendabik dada kononnnya mereka saja yang Islam? Malulah sikit…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! VIDEO: LAGI PENDERAAN BABY DIKENAL PASTI..!!!

Posted: 13 Dec 2012 04:19 AM PST



Tu diaaa..!!! Memang "kejam"..!!! Aku rasa, ramai dikalangan baby-baby yang pernah "didera" macam baby nih...!

Elok-elok baby tu tido...tiba-tiba terkejut dengar bapa dia berdengkurrr..! Krohh..! Kroohh..! Krooohh..!!! 

Terus terang, aku memang selalu jadi "mangsa" macam baby ni bila share bilik dengan beberapa orang kawan. Phobia aku. Takleh tidur sampai pagi...

P/s: Aku tak berdengkur kalau tidur.. Untung la sapa yang sebilik dengan aku..heh!

THE FLYING KICK

Posted: 13 Dec 2012 01:14 PM PST

THE FLYING KICK


INDONESIA AKAN MENGAMUK LAGI DENGAN MALAYSIA APABILA PENDUDUK LEBIH RELA JADI RAKYAT MALAYSIA!!!

Posted: 13 Dec 2012 07:00 AM PST

PAS PENDANG RAMPAS PONDOK DAN TANAH WAKAF UNTUK DIJADIKAN MARKAS OPERASI MEREKA DI SUNGAI TIANG!!!

Posted: 13 Dec 2012 06:00 AM PST

GUAN ENG BUAT PETISYEN ON-LINE UNTUK KELUARKAN PULAU PINANG DARI MALAYSIA?

Posted: 13 Dec 2012 04:04 AM PST

EDITOR HARAKAH BANGANG... TAK TAHU VIDEO MALAYSIAKINI NAFIKAN DEEPAK KENAL BALASUBRAMANIAM!!!

Posted: 13 Dec 2012 12:30 AM PST

ANGGAP SAJA MEREKA RAKYAT MALAYSIA, KATA LATHEEFA KOYA SAMBIL TERBELIAK DAN TERKANGKANG-KANGKANG!!!

Posted: 12 Dec 2012 11:27 PM PST

BONGOK KE APA SI TAKIYUDDIN HASSAN NI?

Posted: 12 Dec 2012 09:30 PM PST

BILA SETPOL MENTERI BESAR KEDAH DIUGUT DAN DIANCAM OLEH EXCO KEDAH!!!

Posted: 12 Dec 2012 08:15 PM PST

JANTAN BANGANG PIJAK BUDAK EMPAT TAHUN, AKHIRNYA KENA TANGKAP DEK POLIS!!!

Posted: 12 Dec 2012 07:19 PM PST