Khamis, 31 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


~penarik beca

Posted: 31 May 2012 09:22 PM PDT

~penarik beca


Hantu Altantuya masuk rumah Daim pulak?

Posted: 30 May 2012 11:32 PM PDT

Hina sultan tak salah dan gambar pahlawan Adam

Posted: 30 May 2012 09:21 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

Posted: 31 May 2012 09:12 PM PDT

Kopitiam Bang Nan


Amboi...K-Pop Askar Pencen Ni Mintak Macam2 Pulak...Kahkahkah!!

Posted: 31 May 2012 12:55 AM PDT




Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi, tanah
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:02PM Mei 31 2012
 
Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa. 

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara. 

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi. 

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia. 

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.

KEMBARA MASJID BERSAMA IMAM MUDA DI MASJID BUKIT INDAH, AMPANG

Posted: 31 May 2012 12:02 AM PDT


Pada 10.6.2012 antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Masjid Bukit Indah, Ampang akan menjadi tuan rumah kepada Program Siri Kembara Masjid yang akan menampilkan salah seorang Imam Muda Ashraf, Najdi, Hizbur atau Adib.

Program ini adalah merupakan program motivasi, tayangan filem dan LDK.

Yuran penyertaan ialah RM45.00.

Bagi 100 peserta pertama yang mendaftar, Masjid Bukit Indah akan subsidised sebanyak RM20.00 untuk setiap peserta. Oleh itu cepatlah mendaftar dengan sms ke nombor 012-32161215 atau 012-2951377.

Penyertaan dari umur 9-15 tahun.

Tukar Tiub

Posted: 31 May 2012 07:16 PM PDT

Tukar Tiub


SILA MENDAFTAR - SEBELUM MASUK UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

Posted: 31 May 2012 06:33 PM PDT




KELAS UNTUK PENCERAHAN






WASPADA UNDANG UNDANG BARU INTERNET

Posted: 31 May 2012 04:25 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB


gerombolan sedang menyediakan
undnag undang baru untuk
pengguna internet

ini untuk mengawal blog
ini untuk mengawal facebook
ini untuk mengawal tweeter

ini untuk memastikan gerombolan terus berkuasa

jaga jaga!



Kenyataan bersama NGO 30 Mei 2012
Pindaan Akta Bukti : Kerajaan Menginjak Demokrasi

NGO-NGO yang menandatangani kenyataan ini, mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Bukti 1950 yang telah diluluskan di persidangan terakhir Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012. Walaupun pindaan Akta ini membawa implikasi yang amat besar, ianya masih diluluskan tanpa perbincangan yang telus. Orang ramai tidak dibawa untuk berbincang. Tanpa waktu yang panjang untuk berbahas, Parlimen telah meluluskan Akta ini.

Kemasukan Fasal baru Seksyen 114A Akta Bukti mengandungi perkara-perkara berikut:

- Pemilik, tuan rumah, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang untuk semua laman-laman atau akaun media sosial akan dianggap bertanggungjawab keatas apa-apa isi yang telah dipapar atau diulang paparan dilaman-laman tersebut. Kandungan paparan ini tidak semestinya oleh mereka sendiri atau pun orang yang menyamar sebagai mereka, atau orang yang menyamar, atau sesiapa sahaja;

- Pelanggan kepada perkhidmatan jaringan yang biasanya mencetak atau mengulang-cetak kandungan-kandungan akan dipertanggungjawabkan keatas penerbitan tersebut;

- Tuan punya atau individu yang menyimpan perkakas elektronik yang telah digunakan untuk mencetak atau mengulang-cetak isi kandungan tersebut , akan dipertanggungjawabkan.

Justeru dengan ini, kami merasa Pindaan ini melanggar hukum undang-undang sejagat dimana individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Pindaan ini telah menterbalikkan undang-undang sejagat ini, dimana individu itu akan didapati bersalah dan dia wajib membuktikan yang dia tidak bersalah.

Seksyen 114A Akta Bukti bersama-sama undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 akan terus menerus menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapat kebebasan menyatakan pandangan. Undang-undang ini bukan sahaja akan mengancam warganegara untuk melakukan pengawalan diri (self-censorship), malah ianya juga akan disalahgunakan oleh sesiapa sahaja untuk memerangkap orang lain dengan menggunakan undang-undang zalim ini. Undang-undang ini tidak mewujudkan keadilan malah ianya melahirkan ketidakadilan.

Dalam konteks pilihanraya umum, besar kemungkinan Seksyen 114A Akta Bukti ini akan disalahgunakan oleh individu untuk mensabitkan parti politik atau bakal-bakal calon dengan jenayah. Sesiapa sahaja boleh dituduh mencetak kenyataan yang dianggap kasar atau menghasut walaupun yang dituduh tidak mencetaknya. Hanya melalui komen-komen yang tidak bertandatangan atau komen tanpa nama yang telah ditinggalkan didalam laman-laman yang ada kaitan dengan ahli-ahli politik yang berkenaan, maka ianya akan mensabitkan ahli politik tersebut sebagai bertanggungjawab memaparkan kandungan tersebut. Pindaan ini terus menggalakkan politk kotor. Politik kotor ini terus berlaku di Malaysia sebelum, ketika dan sesudah pilihanraya umum.

Hak menyatakan pendapat ialah asas untuk demokrasi. Di Malaysia, hak mendapat maklumat melalui media massa dikekang oleh kerajaan yang dibantu oleh undang-undang yang menindas. Warganegara Malaysia pada ketika ini telah menggunakan internet sebagai ruang demokrasi dimana mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan. Mereka juga telah mendapat maklumat daripada internet.

Pindaan keatas Akta Bukti meyakinkan kita bahawa hak kebebasan untuk mengeluarkan pendapat masih lagi satu ilusi yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa bila kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat, sebenarnya kerajaan sedang menginjak-injak demokrasi.

Kami yang menandatangani dibawah ini mendesak kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114A Akta Bukti. Atau melupuskan ia serta-merta.

Bersama dengan ini, kami yang menandatangani ini juga mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik kembali segala kekangan terhadap hak menyatakan pandangan termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dan melupuskan fasal-fasal yang mengekang. Kami juga menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dipinda kembali.

PERSATUAN KESEDARAN KONUNITI (EMPOWER)



GEROMBOLAN TERUS MENGGANAS

Posted: 30 May 2012 10:01 PM PDT




MANGSA SERANGAN GEROMBOLAN




KEGANASAN TANDA DAN MAKNA

Berita ceramah dan rapat politik Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat diserang oleh gerombolan United Malays National Organisation telah menjadi lumrah. Semakin hari semakin ganas. Dari Semborong ke Gambang ke Jalan Kebun ke Merlimau ke Pulau Pinang dan terakhir di Pantai Dalam. Apakah maknanya semua serangan ini? Apakah makna tanda-tanda ini? Dapatkah kita memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Untuk memahami semua ini saya membawa para pembaca kembali kepada asas realpolitik. Kita wajib memahami apa itu politik dan kenapa kita berpolitik. Hanya dengan kita mamahami realpolitik barulah kita akan dapat pencerahan untuk memahami tanda-tanda dari keganasan ini.

Politik ialah kuasa. Berpolitik ialah berkerja untuk merebut kuasa. Kuasa ingin direbut dan dimiliki kerana sesiapa memiliki kuasa akan memiliki punca-punca ekonomi. Melalui kuasa politik sesebuah parti atau kumpulan akan mengawal dan memiliki punca-punca ekonomi. Punca-punca ekonomi ini bermakna harta kekayaan negara.

Di Malaysia harta kekayan negara bukan hanya – telaga minyak Petronas, telaga gas atau berpuluh-puluh syarikat kerajaan (GLC). Kita juga wajib memahami bahawa harta kekayaan negara lebih dari ini. Dua punca harta kekayaan yang tidak habis-habis ialah tanah dan tenaga rakyat Malaysia sendiri. Melalui kuasa politik – tanah dan tenaga manusia – boleh disusun untuk dijadikan harta kekayaan.


Justeru, perebutan politik ialah perebuatan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan ekonomi. Inilah asas untuk kita memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Jika pembaca tidak memahami asas ini maka saya rasa para pembaca akan gagal untuk memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita.


Semenjak diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru ( 1974 ) United Malays National Organisation telah menjalankan dasar ekonomi dimana dasar ini bertujuan untuk mengimbangkan pencapaian ekonomi orang Melayu yang amat mundur. Dasar Ekonomi Baru ini telah diperkuatkan oleh Mahathir Muhamad dengan dasar penswastaan.

Dasar penswastaan ini maknanya – harta negara diambil alih oleh orang-orang persendirian. Harta negara bermakna harta orang ramai. Harta negara bermakna harta rakyat. Contoh harta orang ramai ialah syarikat pembekalan air, pembekalan api leterik, syarikat pengangkutan, syarikat kapal terbang, syarikat kereta api dan tanah-tanah milik kerajaan.

Orang persendirian yang dimaksudkan disini Orang Melayu ahli United Malays National Organisation. Ahli-ahli yang dimaksudkan ialah mereka yang rapat dengan pihak yang berkuasa. Yang rapat disini ialah yang rapat dengan para menteri dan politikus yang memiliki kuasa. Ini bermakna kaum kerabat, anak, bini dan kroni – yang rapat dengan yang berkuasa.

Para Menteri dan politikus dari United Malays National Organsiation menjadi kaya raya. Mereka hidup mewah dan bersenang lenang. Ini kerana mereka dan kroni mereka mengawal dan memiliki harta kekayaan. Melalui harta kekayaan mereka dapat membeli pengaruh. Satelah membeli pengaruh mereka sekali lagi dapat berkuasa.


Apa yang saya tulis diatas ialah asas untuk kita memahami realpolitik. Ini ABC politikal ekonomi. Asas politik ini boleh digunakan untuk memahami politik Indonesia, Pilipina atau politik Siam. Asas politikal ekonomi ini tidak berubah-ubah. Selagi negara itu mengamalkan dasar ekonomi kapitalis maka asas politikal ekonomi ini boleh digunapakai. Perbezaan yang wujud antara negara-negara ini hanyalah perbezaan kulitan. Perbezaan nama parti politik. Perbezaan pemain utamanya. Perbezaan kepentingan ekonomi para kroni. Isinya masih lagi sama – tidak berubah. Isinya ialah perebutan punca-punca ekonomi.

Sesudah 8 Mar 2008 yang lalu lanskap politik Malaysia berubah untuk selama-lamanya. Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 - menjadi tanda bukti bahawa rakyat Malaysia telah melintasi garis takut. Manakala Duduk Bantah Bersih 3.0 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa garis takut yang telah dilintasi telah diperkukuhkan lagi dengan tuntuan yang adil dan demokratik. Untuk mengembalikan rakyat Malaysia ke zaman sebelum 8 March, sebelum Bersih adalah satu yang mustahil – semustahil Rosmah Mansor ingin menguruskan badannya.

Dari sini saya membawa kembali para pembaca untuk memahami kenapa serangan keatas PKR dan Pakatan Rakyat. Serangan ini dilakukan secara terancang. Ini bukan bermakna Rosmah Mansor menalipon Raja Nong Chik meminta mencari seorang ' budak samseng' untuk melastik ' ball bearing' ketika kepada program di Pantai Dalam. Ini tidak berlaku.

Serangan ini lebih licik dan lebih terancang. Bermula dengan Mat Gemok Jalan Kebun yang membuat huru hara. Klip video diperlihatkan sebagai saksi. Pihak polis mementaskan sandiwara – cuba cuba membuat kawad cam untuk mencari mereka. Hasilnya zilch – zero, noting , sifar – rien.


Kemudian serangan beralih ke Semborong. Pekara yang sama berlaku. Dari Semborong beralih ke Gambang. Muka, nama dan alamat Budak Baju Merah yang menyerang di Gambang tersebar. Tetapi tidak ada apa-apa dakwa dakwi. Serangan bertambah ganas apabila seorang wartawan telah mendapat 8 jahitan di Pulau Pinang. Gambar 6 Orang Lalaki Hitam muncul sebagai bahan bukti. Tetapi tidak ada dakwa dakwi. Polis pun tidak lagi mementaskan sandiwara kawad cam.

Pasti para pembaca akan bertanya dimana pula bukti-bukti yang serangan ini di rancang? Apakah apa yang saya tulis ini hanya fitnah dan tohmah?

Untuk memahaminya kita wajib mengundur ke belakang. Lihat kembali kes kepala babi dalam Masjid. Kes kepala babi ini hanya heboh-heboh di media kemudian hilang tanpa lanjutan. Kepala babi ini sengaja dimasukkan ke dalam Masjid bertujuan untuk menaikkan suhu kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu. Sayangnya, stratiji kepala babi ini meleset. Malah orang Melayu bukan sahaja tidak marah malah terus menuduh ini bukan kerja orang China tetapi ini kerja yang dirancang oleh gerombolan United Malays National Organsiation.

Apabila kes kepala babi ini padam bagitu sahaja maka ini sebenarnya tanda atau signal bahawa pihak polis tidak akan melakukan apa-apa jika penyokong gerombolan United Malays National Organsiation menyerang PKR atau Pakatan Rakyat.

Untuk memperkuatkan lagi hujah ini saya ingin mengingatkan pembaca tentang kes kepala lembu di Shah Alam pada bulan Ogos 2009. Amat jelas muka-muka gedebe yang melakukannya. Pada awalnya Mamat-Mamat Kepala Lembu bukan TIDAK didakwa malah telah dijemput bertemu Menteri dalam Negeri. Apabila orang ramai marah barulah Mamat-Mamt Kepala Lembu ini didakwa.

Apa maknanya semua ini? Tidak ada dakwa dakwi ini adalah bukti bahawa ada arahan yang jelas dari pucuk pimpinan United Malays National Organisation. Maknanya jika sesiapa menyerang PKR atau Pakatan Rakyat bukan sahaja akan mendapat liputan media malah mereka TIDAK akan didakwa dakwi. Isyarat dan tanda ini difahami oleh rangkaian gerombolan dari bahagian hingga ke cawangan.

Bukti akhir tentang rancangan jahat memang diatur ialah kenyatan Mahathir Muhamad sehari sesudah peristiwa berdarah di Pantai Dalam. Dengan licik lagi terancang Mahathir telah membuat kenyataan bukan mengutuk keganasan si penyerang tetapi menuduh Pakatan Rakyat sedang merancang demonstrasi ganas jika Pakatan kalah dalam pilihan raya yang akan datang.


Kenyataan Mahathir ini adalah kata laluan untuk ahli gerombolan United Malays National Organsiation bertindak ganas dan terus menyerang.

Melakukan keganasan yang terancang bertujuan untuk mengancam. Keganasan ini dilakukan terhadap penyokong Pakatan. Mereka yang luka berdarah atau yang dimasukan ke hospital bukan sasaran utama.

Yang menjadi sasaran utama ialah orang ramai yang sedang memerhatikan keadaan tegang yang terus berlaku. Dimana-mana pun dalam dunia ini semua warga tidak suka kepada kacau bilau. Mereka mahukan kestabilan. Kestabilan ini adalah mantra dari United Malays National Organisation. Cara kerjanya cukup senang: gerombolan membuat huru hara kemudian mereka tampil menuduh huru hara dicetus oleh penyokong atau pemimpin Pakatan Rakyat. Pihak yang menuduh akan dilihat baik dan bertanggung jawab untuk membawa kembali kestabilan.

Huru hara ini juga akan menakutkan orang ramai. Pakatan Rakyat melalui media tradisional akan dituduh sebagai punca keganasan dan kekacauan. Yang buat lain – yang dituduh lain. Saperti kenyataan Mahathir dan tiga orang bekas Ketua Polis Negara terhadap Bersih 3.0. Keganasan polis terhadap para demonstran telah dialihkan kepada keganasan penyokong Bersih.

Pucuk pimpinan United Malays National Organsiation amat sedar bahawa sokongan terhadap parti ini semakin merosot. Mustahil para Menteri tidak sedar bahawa parti politik mereka dilihat haprak. Orang Melayu semakin menolak parti ini. Masyarakat China telah hampir 90% tidak akan lagi menyokong mereka. Masyarakat India sekali lagi mula menjauhkan diri menyokong mereka.

United Malays National Organisation akan hilang kuasa bukan lagi satu yang mustahil. Semua jalur pemerhati politik dalam dan luar negara melihat pengaruh dan kuasa politik United Malays National Organisation akan berakhir.

Justeru, satelah memahami semua ini maka kita wajib kembali kepada realpolitik. Hilang pengaruh bermakna hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang punca-punca ekonomi. Berbilion-bilon ringgit harta kerajaan akan bertukar tangan. Mengikut kata Najib - duit berbilion ringgit dan harta kekayan negara inilah yang wajib dipertahan sampai ke titisan darah terakhir.

Hilang punca ekonomi ini akan menjadikan mereka saperti anjing kurap di tepi tong sampah. Menjadi anjing kurap masih dianggap baik. Anjing kurap tidak berhadapan dengan - kes rasuah, kes bunuh, kes salah guna kuasa, kes rampas tanah orang kampong dan seribu satu macam kes akan dibuka kembali. Justeru mengupah Mat Gemok Jalan Kebun, mengupah Mat Baju Merah di Gambang atau Mat Tukang Lastik Peluru di Pantai Dalam hanyalah belanja beli kacang puteh.


Satelah memahami realpolitik ini - penyokong Pakatan Rakyat wajib sedar dan bersedia kerana keganasan ini tidak akan mengurang malah akan meningkat.(TT)






NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45









BERJAGA JAGA JANGAN - PENIPUAN SEDANG DI RANCANG

Posted: 30 May 2012 09:15 PM PDT





SEMUA MESTI BERJAGA JAGA








DARI FACEBOOK GEMA RAKYAT

Fixed Deposit anda telah matang
anda tidak akan memperolihi apa2 lagi dari kami


NOTA:
wajib ingat bahawa
penipuan sedang dirancang
mat bangla
mat myanmar
mat idon
telah diberi kad pengenalan segera
ini untuk memangkah gerombolan

di selangor ada 450,000 pengundi baru
ketika ini kerajaan pakatan selangor
sedang menyelidik siapa pengundi ini

bila selesai
baru daftar pengundi di bersih

sesudah bersih baru selangor
memgadakan pilihanraya

najib boleh tonngeng terbalik
buat pilihan raya
selangor tak ikut

selangor akan buat sesudah
senarai pengundi di bersihkan


layari sekarang:






Biaqpila

Posted: 31 May 2012 03:19 PM PDT

Biaqpila


Stadium Darul Aman sedia terima peserta Himpunan Hijau

Posted: 31 May 2012 03:00 PM PDT


ALOR SETAR: Stadium Darul Aman dekat sini mula dipersiapkan untuk menerima lebih 100,000 peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya esok.

Para peniaga mula memenuhi perkarangan stadium ini dengan pelbagai jenis bahan perniagaan.

Namun bahan yang paling menarik adalah bendera kecil PAS dan juga Jalur Gemilang.

Menurut peniaga bendera ini, mereka diminta pihak penganjur untuk menjual bendera ini untuk membolehkan peserta perhimpunan ini mengibarkan kedua-dua bendera dalam perhimpunan ini.

"Kami telah membekalkan 5000 bendera PAS dan 5000 Jalur Gemilang untuk pihak penganjur dan selebihnya kami akan jual kepada para peserta," kata seorang pembekal bendera ini.

Bendera ini dijual antara RM5 ke RM10 setiap satu dan jika dibeli secara pukal akan mendapat harga yang lebih baik.

Memandang ini adalah himpunan hijau, baju-baju berwarna hijau turut dijual di perkarangan stadium ini.

Himpunan ini akan bermula pagi esok dengan amanat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada semua perwakilan PAS dari seluruh negara.

Ia akan diadakan di Markas PAS Kota Sarang Semut bermula jam 9 pagi esok.

Himpunan Hijau pula akan bermula jam 4.30 petang di Stadium Darul Aman dengan Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus dan Bob Lokman.

Sola Hajat dan Munajat pula akan diadakan selepas solat Maghrib manakala ceramah perdana akan bermula jam 9 malam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan beberapa kejutan akan berlaku dalam majlis itu.



HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ratah adik angkat umur 14 tahun hingga hamil

Posted: 31 May 2012 09:46 AM PDT


Gambar Hiasan
SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini. Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil.

Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi. "Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ. "Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah," katanya. Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

"Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis. "Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

kachipemas


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit

Posted: 30 May 2012 06:33 PM PDT


Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

NONEPeguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi
manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.


MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SIASAH

Posted: 31 May 2012 03:15 PM PDT

SIASAH


K-pop, artis dan Pilihan Raya Umum ke-13

Posted: 30 May 2012 11:30 PM PDT

Budaya popular semakin menjadi ciri penting kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sehingga semakin mengambil bahagian yang besar dalam wacana politik popular negara.

Kempen Barisan Nasional melalui perhimpunan belia di Putrajaya minggu lalu menerima reaksi negatif, termasuk daripada mufti Perak ekoran kemunculan artis pop Korea yang berpakaian tidak sopan.

Sekitar masa yang sama, pemerintah juga menerima artis popular Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman menyertai Umno, perkembangan yang mencetuskan kejutan ekoran publisiti meluas sebelum ini melibatkan hubungan Amy dengan PAS.

Pada masa sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ketinggalan dalam kempen menarik undi belia, dengan program utama untuk tujuan ini, festival Rock the Youth.

Festival ini menampakkan ciri politiknya dengan jelas, antaranya melalui kemunculan A Samad Said, seniman dan kini lebih dikenali sebagai aktivis Bersih 3.0 dan penyokong kuat PR.

Dengan tema "celebrating and empowering," kempen Rock the Youth ini menjadi medan untuk PR terutama di Selangor berusaha memenangi hati pengundi muda, tanpa terlalu menampakkan penglibatan ahli politik atau kerajaan negeri.

Sentimen yang digabung dan diraikan dalam festival itu memperlihatkan dengan jelas kecenderungan politiknya, yang paling jelas dapat dilihat melalui liputan oleh media kerajaan negeri.

Elemen rock dan budaya popular biasanya seiring dengan sentimen anti-establishment atau antirejim, yang dapat diperhatikan melalui festival Rock the Youth oleh kerajaan Selangor.

Kempen Rock the Youth oleh kerajaan Selangor ini mempunyai beberapa persamaan dengan kempen kesedaran politik Rock the Vote di Amerika Syarikat, yang dijalankan dengan imej budaya pop berciri MTV ditujukan kepada belia.

Elemen budaya popular dan kecenderungan liberal kempen berciri MTV itu (termasuk penglibatan artis yang sebahagian besarnya menyokong Demokrat) secara langsung memberi manfaat kepada Parti Demokratik berbanding Parti Republikan, walaupun Rock the Vote tidak memperlihatkan atau menyatakan pilihan parti dengan jelas.

Malah, salah satu peristiwa yang disebut sebagai satu kejayaan kempen Rock the Vote ialah tindakan Presiden Bill Clinton menandatangani Akta Pendaftaran Pengundi Nasional pada 1993. 

Kerajaan PR Selangor dapat memanfaatkan semangat yang diraikan dan dibina melalui program itu, pada masa sama memperlihatkan sikap mesra dengan generasi muda dan hiburan.

Hal ini penting dalam kempen politik melalui budaya popular yang semakin meningkat pada masa ini, dengan perdana menteri turut sama menonjolkan diri dalam acara-acara melibatkan golongan muda.


DIALOG RAKYAT

Posted: 31 May 2012 03:14 PM PDT

DIALOG RAKYAT


1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat

Posted: 31 May 2012 03:32 AM PDT

Muhammad Faizal,



PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap remaja yang keluar dari pusat jagaan di bawah selian mereka diberi hak kerakyataan serta jaminan pekerjaan.

Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah menjelaskan kepada pemberita, sepanjang 24 tahun beliau menderita apabila tidak mendapat taraf kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia.

"Saya diistilah sebagai 'anak tong sampah' dilahirkan di negara ini tetapi sejak saya dilahirkan hinggalah tahun 2011 saya bukannya warganegara ini.

"Setelah saya keluar dari pusat jagaan tersebut pada umur 18 tahun bermulalah detik-detik yang bergitu mencabar kerana hak saya sebagai warganegara tidak diperolehi," jelasnya.

Tambahnya lagi, yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), setelah beliau keluar dari pusat jagaan tesebut, beliau  sukar untuk memperolehi pekerjaan kerana statusnya sebagai penduduk tetap.

Malah yang lebih mendukacitakan pihak JKM tidak memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bagi memastikan sesiapa yang keluar dari pusat tersebut terjamin pekerjaan mereka.

"Sekarang seramai 1,758 bekas penghuni berada di bawah seliaan Perbak dan kebanyakan mereka tidak mempunyai kad pengenalan sebagai warganegara.

"Ini adalah satu masalah yang besar kepada remaja-remaja tersebut untuk mendapatkan kerja sehinggakan mereka terpaksa melakukan jenayah untuk mencari sesuap nasi malah remaja-remaja perempuan sanggup menjadi pelacur hanya untuk mendapatkan wang," tegasnya lagi.

Katanya kesemua remaja yang telah keluar dari pusat jagaan tersebut lebih rela ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dari terus menderita di luar yang belum tentu tahu makan minum mereka serta tempat tinggal.

Khairul menegaskan kerajaan perlu menunaikan tiga tuntutan bagi memastikan remaja yang keluar dari pusat tersebut mendapat kehidupan baru yang lebih baik.

"Setiap bayi yang berada di bawah jagaan JKM perlu diberikan status kewarganegaraan secara terus, bila mereka keluar selepas 18 tahun JKM perlu sediakan pekerjaan untuk memastikan remaja tersebut tidak merempat bila keluar.

"Selain itu juga, mereka yang telah meninggalkan pusat tersebut perlu diberi bantuan selama setahun bagi sara diri untuk mereka," sambung beliau lagi.

Selama itu, beliau memiliki kad pengenalan sementara (Hijau) yang tamat tempoh pada 6 Januari 2005, kemudian diberikan Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (Merah) pada tahun 2006 sehinggalah mendapat status warganegara serta pemegang kad pengenalan biru pada tahun 2011.

Sepanjang tempoh tersebut sehingga tahun 2011 beliau terpaksa berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan syarikat tidak mahu menerima beliau sebagai pekerja.

NFC: Shahrizat bersih, kata SPRM

Posted: 31 May 2012 03:26 AM PDT

Jamilah Hamzah

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat sama sekali dalam keputusan menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan RM250 juta, yang muncul kontroversi akhir tahun lalu.

Justeru, Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan berkenaan pembabitan Sharizat dalam kes NFC kini ditutup.

"Kami mendapati beliau tidak terlibat dalam  proses penganugerahan pinjaman," kata beliau pada sidang media hari ini.

Himpunan Hijau: Polis ambil tindakan jika kecoh

Posted: 31 May 2012 03:22 AM PDT

SINAR HARIAN

ALOR SETAR - Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di sini esok.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu.

Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.

Katanya pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal ketenteraman awam, keselamatan, trafik dan jenayah di sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan  penyokong PAS.

"Kita juga telah bentuk satu pasukan untuk memantau di sekitar kawasan stadium tersebut daripada berlaku kejadian yang tidak diingini seperti letupan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata pihaknya menjangkakan tiga jalan utama iaitu Jalan Tun Razak, Jalan Stadium dan Lebuhraya Darul Aman akan sesak dan akan menempatkan anggota trafik untuk mengawal lalu lintas di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka ke stadium.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan berkunjung ke pusat bandar agar mengambil jalan alternatif lain bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan trafik di tiga jalan tersebut.

"Bagi mereka yang datang dengan bas, mereka boleh menurunkan penumpang di sekitar stadium dan meletakkan bas di Kompleks Pendidikan Negeri, Dataran Masjid Zahir, Stadium Sultan Abdul Halim, Wisma Darul Aman dan Taman Jubli Emas.

"Kita turut menempatkan anggota trafik di Pekan Rabu kerana orang ramai dan peserta himpunan tersebut mungkin akan berkunjung di situ," katanya.

Himpunan Hijau itu akan bermula 9 pagi esok di Kompleks PAS negeri, Kota Sarang Semut dekat sini manakala pukul 4.30 petang hingga 12 tengah malam pula akan berlangsung di Stadium Darul Aman.

Pada perhimpunan itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beberapa pemimpin parti itu turut hadir.  -- Bernama

SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'

Posted: 31 May 2012 03:19 AM PDT

Jamilah Hamzah

Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
 
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan  Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

Posted: 31 May 2012 03:17 AM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.

Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.

"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya.

Dewan Ulamak PAS anjur Ijtimak Watani

Posted: 31 May 2012 03:15 AM PDT

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Lajnah Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat sempena Himpunan Hijau PAS di Kedah, esok 1 Jun 2012.

Program Ijtimak Watani Ulamak Pelapis tersebut akan bermula pada jam 3 petang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Bt. 9, Simpang 4 , Alor Setar, Kedah.

Diantara pengisian Ijtimak Watani tersebut ialah ucapan daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali dan Pengerusi Lajnah Ulamak Pelapis dan Keahlian Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khirul Mutanazzar.

Menurut Pengarah Ijtimak Watani Ulamak Pelapis PAS Pusat, Ustaz Harme, ini adalah program terbesar yang menghimpunkan para ulamak pelapis yang menjadi tonggak utama Dewan Ulamak PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Jesteru itu, beliau menyeru agar seluruh ulamak pelapis dari segenap penjuru bumi Malaysia agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama mendengar taujihat daripada pihak kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai bekalan persiapan Ulamak Pelapis untuk merungkai rantaian kezaliman di Malaysia dalam PRU ke 13 nanti.

SKM bersalah biarkan Isa jadi ahli KPF - Mazlan

Posted: 31 May 2012 03:14 AM PDT


Hazayani Zakaria,
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendirian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersalah kerana membiarkan Koperasì Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian Tan Sri Isa Samad.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, SKM harus bertanggungjawab dalam perkara ini sehingga Isa boleh dilantik sebagai pengerusi KPF.

Beliau yakin SKM menerima tekanan politik daripada 'orang-orang' Isa yang memaksa badan itu membiarkan KPF membuat keputusan tersebut walaupun tahu ia bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.

"Saya tetap menyalahkan SKM dalam kes keahlian Isa ini kerana melihat kronologi, penjelasan SKM dalam pertemuan kedua dengan Anak, SKM mengakui Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPF.

"Tapi bila Anak minta SKM tubuhkan tribunal untuk siasat kes ini, sampai sekarang SKM gagal berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

SKM semalam memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya.

Namun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.

Sehubungan itu Mazlan memberitahu, satu semakan kehakiman akan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung perkara ini.

"Anak tak akan biar perkara ini berlalu begitu sahaja. Lagipun maklumat yang kita terima, masih ada usaha untuk melupuskan ekuiti KPF untuk dimasukkan ke dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).

"Sebab itu Isa dan orang-orangnya perlu ada di situ kerana beliau orang yang sangat mahu FGVh disenaraikan ke Bursa malaysia," katanya.

Selain itu katanya, terdapat juga usaha merombak pengurusan tertinggi Felda dengan menggantikan kanan yang sedia ada dengan pegawai kanan yang pro Isa.

GSF tetap tolak penyenaraian FGVH

Sementara itu, Mazlan yang juga Penyelaras Gerakan Selamatkan Felda (GSF) berkata, walaupun

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) tetap berpendirian penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak menguntungkan peneroka dan akan terus memberi penerangan kepada peneroka.

Mazlan aliman berkata, walaupun FGVH melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) hari ini, GSF tetap berpendirian penyenaraiannya tidak menguntungkan peneroka.

"GSF akan teruskan kempen dan memberikan penerangan kepada peneroka demi kepentingan mereka dan memastikan tanah merka tidak tergadai selepas penyenaraian ini," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan prospektus tersebut di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, dekat sini hari ini.

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Posted: 31 May 2012 03:12 AM PDT

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

"InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat.

Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah.

"Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.

Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana.

Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Pesta rakyat yang tercemar

Posted: 31 May 2012 03:10 AM PDT


Ceramah politik; saya kira, walaupun dengan kepesatan teknologi maklumat, hinggakan setiap perkara dan maklumat yang baru sahaja berlaku tidak kurang lima minit pun sudah diketahui dan disebar luas melalui media-media baru; ia (ceramah politik) masih lagi menjadi medium pilihan utama penyebaran maklumat terutama sekali maklumat yang tidak dapat disebarkan melalui media arus perdana.  Hinggakan pada satu tahap, pihak kerajaan sendiri misalnya; walaupun mempunyai kekuatan dan akses penuh terhadap media cetak, televisyen, radio, dan pelbagai jenis media lain, terpaksa juga akhirnya turun ke kawasan-kawasan penduduk untuk turut berceramah.  Begitulah hebatnya penangan ceramah politik.  Pada hemat saya, ceramah politik hari ini sudah sepatutnya ditabalkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai satu lagi aktiviti kebudayaan rakyat di Negara ini.

Saya sendiri, setiap hari akan bangun dari tidur dengan begitu banyak panggilan-panggilan telefon yang tidak berjawab, ditambah pula dengan pesanan-pesanan ringkas yang tidak berbalas.  Kebanyakannya adalah panggilan dan pesanan dari ramai pihak-pihak yang ingin menjemput saya untuk berceramah di tempat masing-masing.  Saya punya masalah dalam membahagikan sebaik mungkin masa saya untuk memenuhi jemputan-jemputan tersebut.  Kadangkala, saya terpaksa menolak jemputan-jemputan yang bertembung pula dengan program-program berkaitan dengan kerja-kerja gerakan pelajar.  Itulah yang menjadi dilema saya hampir setiap hari.  Kerja dan tanggungjawab bersama gerakan banyak, namun jemputan-jemputan ini pula tidak sampai hati untuk ditolak kerana kebanyakan yang menjemput ini datang dari ceruk-ceruk kampung dan kadangkala, sampai merajuk apabila tidak dapat dipenuhi.

Namun akhir-akhir ini, saya kerap pula menerima panggilan dan pesanan yang bukan untuk menjemput ke ceramah, sebaliknya memaklumkan apa yang berlaku dalam ceramah-ceramah yang tidak dihadiri saya.  Selepas memeriksa pesanan-pesanan ini, saya akan segera mencapai papan kekunci dan melayari portal-portal berita internet.  Benar, sejak akhir-akhir ini, sudah menjadi berita wajib yang mengisi ruang-ruang utama iaitu kekacauan, kekecohan, dan pelbagai insiden-insiden buruk yang berlaku di kawasan-kawasan yang berlangsungnya ceramah-ceramah politik.

Saban hari, saya membaca berita-berita yang melaporkan politisi A dipukul, politisi B dipecahkan keretanya, parti C menghantar samseng untuk membuat kacau, penyokong D cedera ketika ceramah berlangsung, dan sebagainya.  Ini satu kerisauan buat saya.

Saya masih ingat, suatu masa dahulu, walaupun saya membesar dan menetap di Kuala Lumpur, pada hari-hari tertentu, terutama sekali bila menjelang pilihan raya, pasti saya berpeluang untuk menghadiri majlis-majlis ceramah yang berlangsung di pinggir bandar.  Jika pulang ke kampung di Pulau Pinang juga, kerap kali saya diajak oleh saudara-mara untuk mendengar ceramah politik di kawasan berhampiran kampung.  Saya juga masih ingat, suatu masa dahulu, ceramah politik adalah tempat untuk bukan sahaja mendengar ucapan-ucapan ahli politik, sebaliknya juga seakan satu pesta masyarakat.  Saya pasti sekali akan mengambil peluang untuk menjamah mihun sup, mengunyah kacang rebus, membelek-belek kaset ceramah oleh penceramah yang saya sendiri tidak berapa kenal, mencuri baca buku-buku politik dan agama, serta banyak lagi.  Di tapak-tapak ceramah ini jugalah tempatnya untuk saya menghiburkan diri saya mendengar jenaka-jenaka kasar dari penceramah-penceramah yang sedang cuba mengajak orang ramai untuk menyokong mereka.  Erti kata lain, ceramah politik suatu masa dahulu, menurut memori saya adalah pesta masyarakat yang seronok untuk dihadiri.  Bukan seperti hari ini.

Hari ini, pentas ceramah bukan lagi tempat untuk masyarakat berkumpul, duduk, dan mendengar ucapan-ucapan untuk mendapatkan maklumat dan sedikit hiburan.  Hari ini, pentas ceramah bukan lagi tempat untuk ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang politik semasa.  Hari ini, pentas ceramah bukan lagi pesta masyarakat.  Hari ini, pentas ceramah hampir-hampir sudah bertukar menjadi seperti medan perang.  Bukan lagi perkara asing untuk melihat dua pihak berlainan memacak pentas masing-masing.  Yang di kanan melolong, yang di kiri memekik.  Penyokong kedua-dua pihak pula terpaksa berselisih bahu dalam keadaan yang tidak menyelesakan.  Pergaduhan, kekasaran, dan seribu satu bentuk reaksi agresif boleh tercetus bila-bila masa sahaja.  Seperti yang saya katakan tadi, pentas ceramah sudah bertukar menjadi medan perang.  Jika tidak berlaku pertembungan pentas ceramah sekalipun, pasti ada pula pihak yang datang dengan muka bengis dan berpeluh-peluh, cuba untuk mencetuskan pergeleseran.  Objek-objek berterbangan, rantaian manusia, sepanduk-sepanduk bantahan, dan sebagainya bukan lagi pemandangan asing dalam pentas ceramah hari ini.

Saya sendiri juga pernah mengalami beberapa situasi pertembungan dan kekecohan ketika memenuhi jemputan ceramah di beberapa kawasan panas termasuklah kampung halaman sendiri.  Dibaling cat, dikepung sekumpulan samseng, dimaki oleh individu-individu yang menyelinap ke dalam orang ramai, dikuatkan pembesar suara dari tempat lain, dibakar poster dan kain rentang, serta banyak lagi.  Pernah rakan-rakan mahasiswa yang lain seperti Khalid dan Ekhsan diserang oleh segerombolan manusia ketika mereka sedang berceramah, contohnya di Klang beberapa bulan lalu.  Pernah juga pentas mahasiswa ini dirobohkan!  Insiden-insiden sebeginilah yang saban hari menjadi tajuk-tajuk berita yang terpaksa kita baca hari ini.  Pentas ceramah tidak lagi seronok dan menghiburkan seperti dahulu.

Apabila setiap hari membaca berita-berita insiden di program ceramah politik, saya tertanya-tanya: bagaimana akhirnya semua ini akan berakhir?  Adakah akhirnya, bila saban hari program-program sebegini mendatangkan kecederaan, kekecohan dan kekacauan dalam kalangan masyarakat, budaya ceramah juga bakal diharamkan seperti yang berlaku terhadap budaya protes dan demonstrasi hari ini?  Adakah ini sebenarnya tujuan besar kekacauan dicetuskan ketika program ceramah?  Adakah ini adalah suatu rancangan untuk memburukkan "imej" program ceramah, dan akhirnya boleh mengolah persetujuan masyarakat bahawa budaya ceramah perlu dihentikan kerana hanya akan menimbulkan kekacauan?  Jujurnya, saya tidak pernah nampak sebarang kebaikan dari segenap provokasi dan keganasan yang berlaku di setiap program ceramah.  Jelas dan terang, setiap kali berlakunya kekacauan, pasti sahaja orang akan menuding jari terhadap parti yang menjadi lawan kepada penganjur.  Membenarkan keganasan dan kekasaran berlaku dalam kalangan penyokong mereka pasti sekali memburukkan imej parti, jadi kenapa masih lagi dibiarkan ia untuk terus berlaku?  Tidak mungkin penyokong-penyokong mereka ini bertindak sedemikian rupa tanpa menerima arahan sesiapa.  Saya tidak nampak kemungkinan dan kebaikan lain, selain dari apa yang saya cadangkan tadi; hanya untuk menunjukkan bahawa seperti demonstrasi, ceramah juga menimbulkan kekecohan, maka ia perlu diharamkan.  Jika inilah niatnya, saya hanya mampu tepuk dahi melihat betapa terdesaknya orang-orang politik ini cuba untuk membantutkan pihak lawan mereka, dalam keadaan mereka yang sebenarnya mempunyai kelebihan media.

Berpolitiklah dengan matang.  Setiap apa yang berlaku, setiap insiden yang terjadi, setiap kekecohan yang timbul; masyarakat sedang menilai peri laku kita sendiri.  Saya tidak mampu untuk menggambarkan kejelikan dan kebingungan saya setiap kali mendengar dan membaca berita-berita kekecohan dan serangan di tapak ceramah.  Sebagai orang yang gemar mendengar ceramah sejak kecil, dan juga kerap pula memberi ceramah hari ini, saya rindukan suasana ceramah seperti dahulu.  Saya masih rindukan suasana riuh-rendah orang ramai yang bergelak-tawa mendengar jenaka, tawar-menawar ketika berniaga, bergurau-senda dengan rakan-rakan lama, ibu bapa yang terpaksa melayan kerenah anak-anak kecil, pengumuman alih kenderaan, bunyi bising generator gerai pacak, dan bisik-bisik penyokong parti lawan yang mendengar secara sorok-sorok di belakang pokok.  Saya tidak ingat sejak bila pentas ceramah menjadi zon perang.  Cukuplah dengan perang bendera dan surat-surat layang, tidak perlulah kita raikan budaya samseng dan tidak bertamadun seperti yang sedang terjadi hari ini.

Akhirnya, bila melihat kegilaan yang sedang menjadi-jadi ini, saya hanya mampu teringat kembali bait-bait Ronggowarsito; jaman edan!

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Kes Shahrizat dan Azmin: Keputusan SPRM timbulkan lebih soalan, PKR

Posted: 31 May 2012 03:06 AM PDT

 Rafizi dan Zuraida


Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes NFC/penglibatan Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Azmin Ali.

Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali (gambar kanan) benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau.

Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:

KES AZMIN ALI

1. Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Azmin Ali dalam tahun 1995;

2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan disiplin dikenakan terhadap Azmin Ali bertepatan dengan peraturan jabatan kerajaan;

3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306, 326 dan 356.

KES NFC- SHAHRIZAT JALIL

1. Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan Felda Farm Products Sdn Bhd.  Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya baru ditubuhkan;

2. Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah satu tindakan rasuah;

3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Najib Razak sendiri telah melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya;

4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Najib Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp adalah Shahrizat Jalil (gambar kiri, kiri ) melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Najib Razak).

Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Azmin walaupun tiada fakta, tetapi melepaskan sahaja Shahrizat Jalil walaupun jelas satu perbuatan pecah amanah telah berlaku.

Kami yakin SPRM tidak pun memanggil Najib Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta dianugerahkan kepada NFC.

Malah, kami sendiri pelik kenapa kami tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke depan membongkarkan penyelewengan NFC?

Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.

Tugas SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala pilihanraya begitu dekat.  Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.

Soalan kami mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM: Jika Shahrizat Jalil tidak terlibat, apakah ini bermakna Najib Razak yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat Jalil) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?

*Zuraida Kamaruddin (gambar kanan, kanan) ialah Ketua Wanita dan Mohd Rafizi Ramli  (gambar kanan, kiri) adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan

Posted: 31 May 2012 02:56 AM PDT


KELAB GREENBOC

Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan

Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. -mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi

Posted: 31 May 2012 02:53 AM PDT


 
KELAB GREENBOC

 Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
-mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[Video] Naib Ketua Umno Hulu Selangor Keluar Parti

Posted: 31 May 2012 02:48 AM PDT


 

KELAB GREENBOC


Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.

Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.

Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.

Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.

"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.

"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.

"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.

"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.

Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.

"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.

"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya. -HD


LIHAT VIDEO DI SINI

SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai

Posted: 31 May 2012 02:23 AM PDT





KUALA LUMPUR: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keganasan politik pada "malam berdarah Lembah Pantai" pada 24 Mei lalu.

Beliau berkata keganasan politik pada malam itu, di mana batu, telur dan botol air dilontarkan ke penonton ceramah Pakatan Rakyat, merupakan satu deklarasi perang terhadap demokrasi dan rakyat.

Seorang warga emas cedera dibahagian kepala dipercayai terkena batu yang dilemparkan ke arah hadirin yang berkumpul di ceramah tersebut di flat Pantai Permai, Lembah Pantai.

Ceramah yang bertajuk "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" itu memaparkan ucapan dari Nurul Izzah, MP Batu Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam memorandum itu Nurul Izzah menuntut satu siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti jika wujud satu perancangan sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik.

Siasatan itu juga untuk mengenalpasti pihak disebalik kempen ganas itu yang menafikan hak rakyat berpolitik dan mengancam demokrasi.

Setakat ini, enam laporan polis telah dibuat berhubung kejadian provokasi yang pernah berlaku di kawasan Lembah Pantai terutamanya melibatkan program-program Pakatan Rakyat.

MP Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik dijemput untuk hadir ke Suahakam bagi bersama-sama menyerahkan memorundum tersebut. Namun tiada wakil dari kedua-dua pihak yang hadir.




Memorandum tersebut diterima pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam. MP Cheras Tan Kok Wai dan MP Segambut Lim Lip Eng turut hadir bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Menurut Nurul Izzah, jika Pakatan terus diganggu untuk mengadakan program aman, perkara ini akan menyekat usaha demokrasi memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai parti politik.

Katanya, kejadian sebegini bukan sahaja mendatangkan risiko kepada ahli politik, tetapi turut melibatkan orang awam yang hadir untuk mendengar penerangan isu semasa.

Beliau menambah, perkara ini merupakan antara fokus utama untuk dibangkitkan dalam sesi Parlimen yang akan berlangsung Jun ini.

"InsyaAllah sekiranya Datuk Seri Najib tidak mahu memanggil pilihanraya lagi kita akan bangkitkan isu ini.

"Perkara ini berlaku secara berterusan dan saya berasa sedikit gerun kerana ini bukan sepatutnya budaya yang harus dihadapi. Kita mahu semua ahli politik menolak budaya samseng sebegini," katanya.

Pejabat Umno Ampang Didakwa Berada Atas Tanah Rezab Sek Agama

Posted: 31 May 2012 02:20 AM PDT





SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.

Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.

"Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.

"Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ," katanya.

Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.
Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.

"Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.

"Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain," kata beliau lagi.



Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.

"Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

"Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang," ujar Khasim.

Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa  bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.

TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali.

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Posted: 31 May 2012 02:16 AM PDT

 Oleh Fairuz Azhan




Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?

Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.

Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.

Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.

Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah 'transformasi' Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.

Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Belum kalah lagi, UMNO dan para pecacai sudah merusuh sana sini. Apatah lagi jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Apakah Najib bersama 'panglima ludah' dan 'pembuat kek tahi' akan mempertahankan Putrajaya 'hingga ke titisan darah terakhir'?

Atau adakah Mahathir sudah memberi isyarat kepada UMNO dan para pecacai untuk menghuruharakan negara mulai sekarang kerana sedar tanda-tanda berakhirnya pemerintahan UMNO-BN semakin jelas? – Roketkini.com

Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi

Posted: 30 May 2012 09:10 PM PDT


 
SEBUAH bas berkuasa elektrik di stesen pengecas mudah alih di Colorado, Amarika Syarikat. - Gambar hiasan.
 
KOSMO


KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.

Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.

"Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel.

Peluang lihat planet Zuhrah

Posted: 30 May 2012 09:03 PM PDT


GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.
KOSMO


GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.

Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.

"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

Terasa getaran ketika cuba selamat mangsa

Posted: 30 May 2012 08:57 PM PDT

MY METRO
 
 
MELAKA: "Sebaik ternampak dua beradik itu bermain dekat tiang elektrik yang ditakungi air ketika hendak keluar mengambil perut ayam di Bukit Rambai, saya menyuruh mereka pulang. Namun, selang kira-kira lima minit kemudian sejurus pulang semula saya ternampak mangsa terlentang dan tidak bergerak.

"Saya mendapatkannya untuk membantu, namun apabila pijak air bertakung itu, saya terasa getaran pada kaki," kata Md Afizi Senin, 40, mengenai kejadian seorang kanak-kanak perempuan, Mariam Najwa Massari, 9, yang meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Gedung Lalang 1, Bukit Rambai, di sini, semalam.

Menurut Md Afizi, ketika itu dia nampak muka kanak-kanak terbabit sudah biru.
Katanya, sebaik gagal melangkah masuk dalam air yang bertakung itu, dia memanggil bapa mangsa di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.

"Bapa mangsa bergegas keluar dan ketika memeluk anaknya, dia turut rebah, tetapi terus menariknya ke tepi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran, Safree Mahat, 33, berkata, dia yang berehat di rumah terkejut selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh anak lelakinya, Shahrul Aiman, 11.


Menurutnya, ketika bergegas keluar, dia melihat bapa mangsa memeluknya sambil meminta bantuan menghubungi ambulans.

"Melihatkan keadaan kanak-kanak terbabit, saya dan beberapa orang mengangkatnya masuk ke dalam kereta saya sebelum ke Klinik Kesihatan Desa Bukit Rambai.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di bilik kecemasan klinik terbabit doktor mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia memandangkan matanya sudah membengkak manakala perjalanan darahnya pada urat saraf terhenti," katanya.

Difahamkan, mangsa yang juga anak ke-empat dari lima beradik adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga berkenaan.

PERKASA: Tarik balik gelaran Nizar

Posted: 30 May 2012 05:00 PM PDT

Zulaikha Zulkifli


 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menggesa Sultan Perak menarik balik gelaran oleh bekas menteri besar negeri itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.

Katanya, Nizar juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menarik balik kenyataannya itu.

NONE"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas.

"Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.

"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.

Ibrahim dengan nada sinis turut menyarankan Nizar supaya berubat kerana didakwa "tidak berapa sihat" sehingga membuat "tuduhan melulu" seperti itu.

"Dia tak berapa sihat. Minta dia pergi berubat ke. Sebelum ini, dia ada tuduh perdana menteri jumpa angkatan tentera," kata Ibrahim sambil ketawa.

Ibrahim mengulas kenyataan Nizar berhubung bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 yang memenangi bidaan terseut dengan nilai RM520,000.

Nizar hari ini memohon maaf atas tulisannya di Twitter itu, yang kini disiasat oleh polis.

Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?

Posted: 30 May 2012 04:58 PM PDT


Oleh Subky Latif

KONONNYA jamaah haji dari Malaysia justeru unjukrasa Bersih 3.0 antaranya ada sama di Mekah dan Madinah.Kerajaan Arab Saudi dikatakan oleh kerajaan Najib amat sensitif dengan tunjuk perasaan itu, maka ia menimbang untuk mengurangkan jamaah haji dari negara kita.

Maka menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia mengguna isu Bresih 3.0 kerana reaksi kerajaan Mekah itu.

Kalau betul kerajaan Saudi marahkan orang yang berbaju kuning di dua kota suci itu apa kecekapan diplomasi Wisma Putra dapat lakukan bagi menenangkan gangguan yang ada dalam kepala pemerintah Arab Saudi?

Jika justeru itu jamaah haji kita dikurangkan, maka jangan salah tunjuk perasaan, tetapi ia tanda diplomasi Wisma Putra lemah. Bolehlah disalahkan Bersih 3.0 itu, tetapi Wisma Putra mesti menunjukkan kebijaksanaan supaya kes sesenang itu dapat melenyapkan gangguan politik Arab Saudi.

Brigadier Jamil Khir jangan perendah keupayaan Wisma Putra dalam kes seremah itu.

Saya tidak fikir Raja Saudi tidak dapat tidur kerana beberapa puluh orang pelajar kita ikut berbaju kuning hari itu.

Kalau Raja Saudi sensitif terhadap gelombang unjukrasa yang melanda banyak negara Arab, ia mesti berbuat sesuatu yang boleh mengelakkan rakyat Saudi menyintai kerajaannya lahir dan batin.

Jika Raja Saudi tidak dapat tidur, bukan diganggu oleh Bersih 3.0 tetapi mereka terganggu dengan Arab spring yang berlaku di sekeliling negaranya.

Ada unjukrasa yang seratus kali lebih besar berlaku di Yaman yang berkongsi sempadan dengannya, di Bahrain yang berkongsi budaya dengannya, Mesir yang hanya dipisahkan oleh Laut Khalzum, Libya yang sama-sama kaya minyak dan yang belum reda di Syria yang masih dalam berberang sekarang.

Apa yang berlaku di semua negara Arab itu mengetuk pintu hati ke semua rakyat Saudi. Yang menarik atas kejadian itu lebih ramai dari tidak tertarik.

Jangan kata apa yang berlaku di setiap negara itu tidak ada rakyatnya di Arab Saudi. Kalau rakyat Malaysia yang belajar di Mekah dan Madinah ada reaksi atas Bersih 3.0, apakah rakyat Mesir, Yaman, Libya, Syria dan Bahrain yang berada di Saudi tidak tertarik dengan perkembangan dalam negara masing-masing?

Pergolakan di semua negara Arab itu sudah berlaku sebelum musim haji yang lalu. Jamaah haji dari semua negara itu tentu membincangkan perkara itu dengan rakyat negara masing-maing yang berada di Mekah dan Madinah dan mereka juga bercakap mengenaikan dengan lain-lain jamaah Arab termasuk rakyat Saudi sendiri.

Adakah Mekah mengurangkan jamaah haji dari setiap negara yang bergolak itu dalam musim haji yang lalu?

Sekarang ada hasil yang baik di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman. Malah Maghribi dan Jordan menyesuaikan keadaannya dengan dunia Arab. Apakah hasil pergolakan di semua negara itu tidak menarik perhatian watan Saudi?

Apakah jamaah mereka yang naik haji nanti tidak membincangkan keseronokan mereka atas suassana baru di negara masaing-masing?

Maka kalau Saudi hendak mengurangkan jamaah haji dari Malaysia kerana ada orang berbaju kuning di dua kota tempoh hari, maka mereka perlu fikirkan untuk mengurangkan jamaah haji dari semua negara Arab yang baru lepas dari pemerintihan totalitarian itu.

Lagi pun Arab Saudi ada pengalaman menghadapi tunjukperasaan jamaah Iran beberapa musim haji selepas Shah Iran tumbang. Semangat anti Raja Saudi itu bukan sekadar dinyatakan di Iran tetapi dinyatakan dalam tunjukperasaan besar-besaran di Mekah. Kerajaan Saudi dapat menanganinya.

Berpuluh ribu orang menunjukrasa di sekeliling Masjidil Haram. Bukan sekadar kurang dari 100 berbaju kkuning di luar musim haji.

Ada cadangan Saudi untuk mengurangkan jamaah Iran masa itu. Tetapi Ayahtullah Khomeini mengugut untuk tidak menghantar jamaah kiranya ada langkah mengurangkannya.
Jamaah Iran tetap dapat naik haji mengikut qotanya.

Kerajaan Saudi tentu memahami perkembangan dunia. Tentu dia memberi reaksii yang berlebihan dalam semua perkembangan.

Lagi pun mereka tahu PRU 13 belum menjamin BN terus berkuasa. Kiranya PRU berlaku sebelum haji, maka yang mengetuai jamaah haji Malaysia ada orang sama dalam Bersih 3.0. Tentulah Bersih 3.0 tidak lagi jadi isu bagi kerajaan Saudi. Tidak berbangkit lagi mengurangkan jamaah dari Malaysia.

Pathmanabhan nafi transaksi tanah babit Sosilawati satu penipuan

Posted: 30 May 2012 04:53 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Bekas peguam N.Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, menafikan urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang membabitkan jutawan kosmetik itu adalah satu penipuan.
  
Pathmanabhan, 43, membuat penafian itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berhubung pembelian tanah bernilai RM25 juta oleh syarikat Sosilawati, Southern Symphony Sdn Bhd, daripada ahli perniagaan India, A.Muthuraja pada 2008.
  
Kepada soalan lain, tertuduh yang merupakan peguam Sosilawati ketika urusan jual beli berkenaan, berkata dia tahu tiga lot tanah di Batu Ferringhi itu mempunyai empat kaveat.
  
"Oleh kerana terdapat empat kaveat, tidak terfikirkah ini merupakan 
transaksi yang mencurigakan?" soal Saiful Edris.
  
"Sebab itu saya failkan di mahkamah untuk perintah penarikan kaveat," jawab Pathmanabhan yang merupakan saksi pertama pembelaan.
  
Ketika Saiful Edris merujuk kepada surat sebuah firma guaman di Pulau Pinang yang memaklumkan terdapat keraguan dalam urusan jual beli tanah berkenaan, Pathmanabhan tetap menafikan transaksi itu satu penipuan.
  
"Saya pernah tulis surat kepada firma guaman berkenaan meminta mereka serahkan dokumen sebagai bukti kenapa mereka cakap transaksi itu satu penipuan, tetapi mereka tidak membalasnya dan firma guaman itu juga tidak pernah failkan sebarang permohonan di mahkamah untuk mempertikaikan tuntutan saya," katanya.
  
Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 32, diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
  
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
  
Kepada satu soalan, Pathmanabhan berkata walaupun tanah itu mempunyai kaveat, dia masih meneruskan transaksi jual beli kerana Sosilawati berminat untuk membeli tanah berkenaan.
  
Tertuduh turut disoal berhubung keterangannya semalam yang mendakwa dia telah meminjamkan wang sebanyak RM4 juta kepada Sosilawati.
  
"Berdasarkan penyata akaun kamu, saya katakan kamu tiada wang untuk menunaikan cek RM4 juta itu," kata Saiful Edris dan Pathmanabhan menjawab tidak setuju.
  
"Bila Sosilawati datang berjumpa kamu pada 30 Ogos 2010, kamu tiada wang untuk menunaikan cek itu," kata Saiful Edris dan tertuduh menjawab tidak setuju.
  
"Malah, kamu tiada wang dan gunakan wang Sosilawati untuk 'rolling' wang dalam akaun kamu," kata Saiful Edris dan sekali lagi Pathmanabhan menjawab tidak  setuju.  
   
Saiful Edris kemudian merujuk tertuduh kepada beberapa rekod transaksi pengeluaran wang daripada akaun Southern Symphony, yang jumlah dan tarikhnya sama dengan jumlah serta tarikh kemasukan wang ke akaun peribadi tertuduh.

"Setuju atau tidak, kalau Sosilawati tidak masukkan wang dalam akaun pelanggan, kamu tiada wang," kata Saiful Edris dan Pathmanabhan menjawab tidak setuju.
  
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan timbalan pendakwa raya itu bahawa dia melakukan pecah amanah apabila memasukkan wang dari akaun pelanggan ke akaun miliknya.
  
"Saya ada kebenaran daripada pelanggan saya (untuk mengeluarkan wang daripada akaun pelanggan)," katanya.
  
Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Pathmanabhan menafikan dia memaksa Sosilawati menandatangani surat kebenaran itu (kebenaran mengeluarkan wang daripada akaun pelanggan) pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong.
  
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa dia mengundurkan tarikh asal di surat itu, yang sepatutnya bertarikh 30 Ogos 2010 kepada 11 Ogos 2010.
  
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 3 Julai ini.- Bernama

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'

Posted: 30 May 2012 04:52 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Pemuda  BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian  kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.
  
Turut hadir di majlis perasmiannya ialah Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.

Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air.- Bernama

BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia

Posted: 30 May 2012 04:50 PM PDT



Oleh Iza Suraiya

 Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan tersebut kerana mereka tahu  dan jelas apa objektif yang ingin dibawakan.

Beberapa hari lalu, UMNO-BN cuba menarik perhatian anak-anak muda dan belia dengan menganjurkan program yang namanya Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia. Anak-anak muda belia itu telah dihidangkan dengan persembahan artis-artis terkenal yang juga merupakan daya penarik untuk memastikan kehadiran anak muda pada perhimpunan tersebut.

Berbeza dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah menggunakan wang cukai rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan. BERSIH pula lahir daripada semangat sukarelawan rakyat Malaysia yang mengeluarkan wang untuk membeli t-shirt, tambang bas atau LRT serta membeli minuman dengan wang saku sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

BERSIH milik siapa?

BERSIH 3.0 bukan milik mana-mana parti politik. Ia wujud atas kesedaran rakyat Malaysia yang prihatin. Ia tidak menerima peruntukan kerajaan atau wang cukai rakyat, malah Pakatan Rakyat atau BN tidak terlibat sama sekali dengan pucuk pimpinan jawatankuasa BERSIH.

Rakyat hanya mahu menyuarakan bantahan terhadap amalan pilihan raya kotor kerajaan UMNO-BN. Pada 28 April lalu, himpunan yang dijadualkan hanya akan berlangsung selama dua jam di Dataran Merdeka tetapi ia telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengikut telunjuk tampuk kuasa Putrajaya di pada saat-saat akhir. Kononnya dikhuatiri akan berlakunya keganasan atau tercetusnya kekecohan di tengah-tengah bandar raya.

Walau bagaimana pun, sebenarnya hal ini juga sudah pastinya dijangka terjadi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dalam pentadbiran dan terutamanya semasa pilihan raya, ia sebenarnya tidak langsung mematahkan semangat generasi muda terutamanya untuk memperjuangkan tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. AMat jelas sekali matlamat BERSIH walau ia cuba dikotorkan oleh kerajaan UMNO-BN yang sudah biasa dengan politik kotor.

Himpunan siapa punya?

Hal tersebut tidak berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia yang jumlah kehadiran tidak ada kena-mengena dengan perkataan "juta", mereka tidak diperjelaskan tujuan utama ia  diadakan. Seolah-olahnya anak muda yang dijemput hadir untuk mneikmati acara hiburan yang dipersembahkan kepada mereka dengan semuanya ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia, dan kemudian dipropagandakan kepada mereka supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang!

Dengan menyalahgunakan amanah wang rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa segan-silu telah mempergunakan acara himpunan belia itu untuk meminta mereka mengundi BN. Difahamkan, ramai juga belia di himpunan tersebut yang diberi t-shirt percuma "I Love PM".

Berapa puluh juta ringgit agaknya wang cukai rakyat dikorbankan untuk kempen pilihan raya UMNO-BN yang menyamar sebagai himpunan belia? Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya membisu dengan penyalahgunaan kuasa ini di mana kempen pilihan raya BN yang diadakan sekarang?

"Kerajaan BN boleh menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini," kata Najib kepada anak-anak muda yang seronok dengan nyanyian artis dan persembahan lumba kereta drift, termasuk yang terbabas dan mencederakan ramai belia.

Apa mesejnya?
Lapan tuntutan BERSIH adalah:
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Mudah, jelas dan mampu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang berijiwa rakyat, beramanah dan telus. Hanya kerajaan yang zalim sahaja akan menolak tuntutan hasil iltizam rakyat sendiri.
Manakala himpunan beliau anjuran BN yang menyalahgunakan wang cukai rakyat pula adalah kempen politik untuk memujuk, menekan dan memaksa golongan muda mengundi BN.

Perbezaan yang amat ketara jelas di antara perjuangan rakyat dan politik gila kuasa UMNO-BN. Bagi BERSIH, ia adalah reformasi politik yang melibatkan rakyat jelata manakala bagi UMNO-BN, ia sanggup menyalahgunakan wang rakyat serta undang-undang untuk mengekalkan kuasa bila mana rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pimpinan kerajaan. – Roketkini.com

BUTITIT, DAJJAL AKHIR ZAMAN DI MALAYSIA?

Posted: 30 May 2012 04:41 PM PDT





   
Saudara Pengarang,

SAYA, Mohd Ansar Bin Maidin, Maykad bernombor 620617-12-5063 tampil membuat  penafian Bahagian 1 berhubung kenyatan yang dibuat oleh Butitit Poimposik yang bertajuk 'DPPIM Beri Suaka Kepada Penjenayah India?' yang telah dipaparkan di Sabahkini.net.

Sesunguhnya, dengan nama Allah Yang Maha Agung dan Besar, saya menyatakan semua tuduhan Butitit adalah fitnah semata-mata kerana membuat tuduhan tanpa bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Saya tidak ingin bercerita panjang lebar, tetapi dengan ini mencabar Butitit membuat laporan polis tentang perkara yang difitnahkannya. Jika Butritit 'anak lelaki' yang sejati, saya akan tunggu beliau membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas penafian saya ini tersiar di Sabahkini.net.

Untuk makluman pembaca, saya bukan sahaja difitnah membuat IC orang yang telah mati, malah saya dituduh kaki botol, kaki perempuan, kaki sihir dan kaki dadah. Saya membuat kenyataan ini dengan penuh kesedihan dan keperittan dalam hati, sampai begini engkau Butitit memfitnah saya. Apa salah saya kepada anda? Saya anggap ini ujian Allah ke atas hambanya yang disayangi.

Saya bersumpah di atas nama agama saya iaitu Islam bahawa pasport itu bukan kepunyaan saya. Jika saya tipu, biar saya terima azab daripada Tuhan yang Maha Esa. Jika Butitit yang tipu, beliau akan merana sepanjang hidup kerana sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh di sisi Islam. Nampak sangat gambar itu seolah-oleh ditampal. Malah, saya juga tidak pernah bekerja di Riyad sama sekali.

Saya sudah berbelas tahun memiliki kedai sendiri di Inanam, Sabah. Bagaimana saya boleh bekerja di Kedai Basir, Restoran Al-Madinah yang baru dibuka sekitar 7 tahun yang lepas?

Saya mencabar agar Butitit buktikan bahawa saya pernah berurusan di JPN Beaufort dan membuktikan pernah tinggal dengan seorang yang bernama Hj Maidin di situ.

Saya meminta pembaca yang terpengaruh dengan fitnah akhir zaman seperti ini tampil ke kedai-kedai saya untuk memeriksa adakah tidak saya memelihara toyol dan sebagainya di situ.

Saya juga mencabar Butitit tampil dengan gambar saya berzina yang didakwanya. Buktikan dan buatlah laporan polis dan berikan gambar saya berzina kepada mereka. Ayuh polis, tangkap saya jika ada gambar saya berzina seperti didakwanya?

Saya sangat teringin untuk berjumpa dengan Butitit ini. Tahukah anda kenapa? Pada tahun lepas, kereta saya telah dipecah masuk di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan saya kehilangan satu kamera termasuk 'memory' kad yang mengandungi banyak gambar saya serta wang dan telefon bimbit saya.

Apabila saya melihat gambar yang dipaparkan dalam artikel Butitit, saya tahu gambar itu datangnya daripada memory kamera saya. Saya ada bukti kukuh dan saksi di tempat kejadian. Ternyata Butitik melakukan jenayah ini semata-mata untuk mencuri gambar saya. Gambar ini hanya ada dalam kamera tersebut.

Saya sama sekali tidak terlibat dalam membuat IC projek di Sabah. Saya bersedia di soal siasat oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa sahaja. Butitit mungkin dengki kerana saya membuka kedai di Api-Api. Beliau tidak ada modal lain dan bersahaja mengunakan teknik fitnah yang telah lapuk.

Wahai Butitit! fikirkan sesuatu yang logik sedikit jika mahu memfitnah orang yang tidak berdosa seperti saya. Mana anda simpan otak anda? Balai Polis Penampang ada simpanan rekod saya ganggu wanita? Saya akan meminta kenyataan polis di balai berkenaan. Kalau tiada, saya akan membuat satu majlis bacaan doa dan kenduri khas agar anda tertangkap dengan kuasa ALLAH kerana memfitnah ramai orang sesuka hati. Tidak ada salah kami berdoa agar dapat menumpaskan 'Dajjal Akhir Zaman' seperti ini. Saya juga akan tampil dengan bukti di bahagian kedua nanti.

Masej khas kepada Sabahkini.net, saya berharap Sabahkini.net bersikap lebih matang dalam menyiarkan artikel. Bagaimana Sabahkini.net boleh menyiarkan gambar yang mengaibkan orang? Di mana sikap bertanggungjawab Sabahkini.net sebagai wartawan? Inikah budaya wartawan dan sumber media alaf baru?

Sabahkini menjadi portal berita yang sangat penting kepada Sabah. Tidak ada sikap professional langsung Sabahkini.net dalam menyiarkan artikel yang begitu bersahaja menfitnah orang. Adakah Sabahkini.net mahu menanggung dosa beribu pembaca yang tertipu dengan fitnah jahat golongan ini?

Tidak ada bukti langsung, nampak sangat tuduh orang itu ini, guna nama samaran, tidak ada sumber dari mana datangnya Butitit ini dan bagaimana Sabahkini.net sanggup menyiarkan berita seperti ini tanpa ditapis?

Jangalah kita hidangkan masyarakat dengan berita palsu dan fitnah. Bala besar menanti pemfitnah. Apapun tahniah kepada Sabahkini.net yang memberi ruang kepada Butitit untuk fitnah saya.

Jika Sabahkini.net tidak membuang artikel fitnah itu secepat mungkin, maka sia- sialah semuanya. Sabahkini.net dan Butitit bersedia menerima azab Tuhan. Saya serah dan bertawakal kepada ALLAH. Saya bersumpah dan sedia menghadapi semua pihak berkuasa dalam hal ini. Saya jemput semua pembaca yang pernah melihat saya mengangu wanita, minum arak, ambil dadah, zina dan sebagainya tampil membuat laporan polis. Saya sedia menghadapinya jika benar.

Butitit, saya cabar kamu tampil dam membuat laporan polis dengan membawa salinan pasport itu. Saya akan tunduk jika pihak berkuasa katakan bahawa itu pasport saya dan saya berani serahkan semula IC saya jika ianya terbukti.

Saya anak lelaki, saya lahir kepada satu ibu bapa, saya cabar kamu wahai Butitit, ayuh turun ke jalan sebenar. Jika kamu berani berselindung di sebalik Sabahkini.net, adakah kamu berani tampil membuat laporan polis?

Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net sarat dengan kandungan cerita India Muslim yang membuat salah dan jenayah kononnya. Ini semua pastinya kerja Butitit. Saya mahu failkan kes dan menyaman Butitit. Fitnah seperti ini tidak akan menjadikan saya apa-apa. Saya berpegang teguh pada ajaran dan saya serah semuanya kepada ALLAH.S aya ada pertolongan ALLAH kerana saya melaksanakan syariat Islam.

Namun, fitnah seperti ini tidak harus diberi jalan. Butitit adalah Pengikut Dajjal. Saya cabar kamu saman saya dengan kenyatan ini. Saya rasa Dajjal sudah muncul. Dajjal ini memulakan kerjanya dengan menfitnah kaum India Muslim di Sabah.

Nantikan sahaja Bahagian 2 kenyataan saya ini. Saya akan tampil dengan membawa bukti pasport ini siapa punya sebenarnya. Saya juga meminta semua rakan kongsi seperti didakwa membuat kenyataan polis dan meminta kenyataan pemilik Restoran Madinah Beaufort, JPN Beaufort, Jabatan Imigresen dan lain lain.

Dajjal Butitit harus menerima padahnya menfitnah orang. Orang beriman sentiasa menang di sisi Allah. Insya-Allah, kita berjumpa di Mahkamah Undang-Undang atau berjumpa di Mahkamah Allah di Padang Mahsyar.

Akhir sekali, ayuh pembaca sekalian, jangan kita berfikir dengan apa yang terhidang sahaja. Fitnah akan menjadi jadi di akhir zaman. Berfikirlah berlandaskan Al Quran dan Hadis dan kitab kitab suci lain. Terang-terang cara dia memaparkan artikel ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah saya. Memang berjaya tujuan Butitit, namun padah besar menanti dia. Allah sendiri yang akan membalasnya.

Saya akan berdoa, lima waktu supaya Butitit menerima azab di dunia ini dan di akhirat kerana mengaibkan saya. Sabahkini.net harus memaparkan artikel lebih matang siap dengan bukti yang kukuh dan sebagainya. Saya merayu seikhlas hati saya supaya Sabahkini.net membuang artikel tersebut berserta gambar agar ia tidak memudaratkan saya.

Budi baik Sabahkini.net akan saya kenang. Saya akan berdoa untuk semua warga Sabahkini.net supaya dimurahkan rezeki. Saya tahu Sabahkini.net hanya akan membuang artikel dengan arahan mahkamah sahaja, namun saya mengharapkan pertimbangan mengunakan akal fikiran.

Cuba teliti salinan pasport itu, dia kepunyaan Indian di Riyad. Banyak yang di edit. Saya merayu jasa baik pihak tuan.Saya juga meminta pihak polis agar menyiasat laporan tersebut jika Butitit tidak muncul muncul. Bertawakal kepada Allah.

Artinya: "Dan peliharalah dirimu dari pada fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zhalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya". (QS. 8:25)

Sekian, Salam Hormat,

ANSAR BIN MAIDIN

ALHUSSEYN

Posted: 31 May 2012 03:05 PM PDT

ALHUSSEYN


SPRM Melindungi Siasatan Ke Atas Shahrizat-NFC

Posted: 31 May 2012 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dituduh hari ini cuba melindungi siasatan rasuah Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Pusat fidlot Negara (NFC). Rafizi Ramli berasa hairan kerana beliau sendiri belum pernah dipersoalkan oleh penyiasat walaupun bertanggungjawab bagi kebanyakan dakwaan terhadap menteri dan keluarganya.

Rafizi, lelaki yang mengetuai kempen bersungguh-sungguh untuk mendedahkan dakwaan berlaku penyelewengan dana awam dalam pengurusan NFC, berkata bahawa beliau telah mengetuai siri mendedahkan terhadap NFC sejak projek pembiayaan lembu RM250 juta oleh kerajaan persekutuan menjadi tajuk utama akhbar akhir tahun lalu.

"Memandangkan bahawa saya merupakan orang yang mendedah semua isu-isu NFC ini, seseorang itu tertanya-tanya mengapa saya tidak dipanggil menemui SPRM apabila saya begitu vokal sekali dalam isu ini?" kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini.

Rafizi berkata bahawa untuk membersihkan nama Shahrizat itu, SPRM kini perlu menjelaskan mengapa projek RM250 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Ketua Wanita Umno itu, walaupun ia mempunyai pengalaman sifar dalam pertanian.

Beliau berkata ia adalah terlalu mudah untuk membersihkan Shahrizat hanya kerana dia tidak terlibat secara langsung dalam pemberian kontrak itu, berkata ia adalah jelas bahawa bekas menteri itu tidak akan menjadi "begitu bodoh" untuk duduk dalam jawatankuasa tender yang memutuskan mengenai anugerah itu.

"Cara mereka menyiasatnya seolah-olah mereka hanya cuba untuk mencari alasan untuk membenarkan Shahrizat pergi.

"Apa SPRM perlu membuktikan bahawa tiada terdapat pengaruh daripada Shahrizat yang membolehkan keluarganya untuk mendapatkan kontrak walaupun mereka mempunyai pengalaman yang benar-benar sifar dalam lembu penanaman," katanya.

Awal hari ini, SPRM Panel Penilaian Operasi (Personal Protection Order) Tan Sri Datuk Dr Tan Sri Hadenan Abdul Jalil mendedahkan bahawa Shahrizat telah dibersihkan daripada sebarang salah laku dalam skandal RM250 juta NFC, yang telah menjadi tajuk-tajuk utama media untuk beberapa bulan sejak tahun lepas.

Hadenen memberitahu pemberita bahawa SPRM telah mengisytiharkan penyiasatan ke atas penglibatan Shahrizat ditutup selepas mendapati bahawa bekas Menteri itu telah tidak langsung terlibat dalam proses pemberian pinjaman fidlot Nasional Corporation (NFCorp), syarikat di mana suami dan anak-anak beliau duduk sebagai pengarah Shahrizat itu.

"Keputusan untuk menganugerahkan kontrak kepada syarikat dan pinjaman tidak melibatkan beliau," katanya.

Dengan keputusan SPRM terhadap Shahrizat, Rafizi berkata tanggungjawab agensi sekarang untuk menjelaskan kepada awam, kenapa untuk tidak mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap jawatankuasa tender yang telah memilih NFCorp untuk mengendalikan projek lembu - pertanian yang dibiayai oleh persekutuan.

Jawatankuasa itu, menurut Rafizi, telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu, dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri.

"Terdapat enam pembida untuk projek dan dari semua, hanya satu mempunyai beberapa pengalaman dalam pertanian. NFCorp, jelas hanya ditubuhkan baru-baru ini dan tidak layak untuk menjalankan projek," katanya.

"Jadi hakikat bahawa jawatankuasa tender yang dipengerusikan oleh Najib meneruskan rancangan untuk menganugerahkan projek kepada keluarga Shahrizat jelas menunjukkan elemen rasuah ... jika tidak, ia akan menjadi agak sukar untuk memahami mengapa Najib dan jawatankuasa itu begitu bodoh untuk mengaward projek sebesar ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman, "katanya.

Oleh itu, kata Rafizi, ia adalah hanya "logik" untuk mencari hubungan antara jawatankuasa dan syarikat dalam soalan untuk menentukan sama ada mana-mana rasuah telah terlibat dalam penganugerahan kontrak.

"Dan kaitan antara syarikat yang dipilih Najib dan Muhyiddin hanya Shahrizat," katanya.

Shahrizat, yang merupakan isteri Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan, suaminya dan pengarah tiga anak mereka di dalam firma yang sama.

Bekas Menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu telah disoalsiasat oleh pemerhati rasuah lebih awal pada bulan Februari selepas kembali bertugas selepas bercuti.

Beliau sebelum ini telah mengambil cuti tiga minggu untuk membolehkan pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap kedua-dua beliau dan keluarganya.

Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri selepas beliau jangka masa dua kali sebagai senator tamat pada 8 April.

RM250 juta biaya awam skim pertama penjanaan lembu dikatakan "kucar-kacir" dalam satu rencana akhbar harian bahasa Inggeris The Star selepas ia berjaya ke halaman Laporan Peguam Negara 2010 kerana gagal memenuhi sasaran pengeluaran.

Istilah ini kemudian diulangi oleh organisasi media yang lain untuk menggambarkan NFCorp selepas PKR melancarkan satu siri mendedahkan untuk menunjukkan bahawa dana projek telah disalahguna.

Aset syarikat telah dibekukan selepas siasatan dilancarkan oleh polis dan badan anti-rasuah negara yang mengikuti pendedadahan.

Suami Shahrizat, Mohamed Salleh Ismail didakwa dengan jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat berhubung RM49 juta dalam dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp pada 12 Mac lepas.

Berusia 64-tahun, beliau telah didakwa di bawah Seksyen 409 Kod Keseksaan yang berkaitan CBT dalam menyalahgunakan RM9,758.140 dari dana NFCorp itu untuk membeli 2 unit kondominium Satu Menerung kompleks di Bangsar untuk National Meat and Livestock Corporation (NMLC) pada Disember 1 dan 4 Disember, 2009.

Beliau juga telah didakwa di bawah seksyen yang sama kerana memindahkan RM40 juta dana NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei dan November 16, 2009.

Beliau seterusnya didakwa dalam kedua-dua kes kerana menggunakan dana tanpa apa-apa kelulusan dari mesyuarat agung tahunan syarikat, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Jika didapati bersalah, dia berdepan antara dua dan 20 tahun penjara, sebatan dan denda bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Mohamad Salleh juga menghadapi tempoh lima tahun penjara atau denda RM30, 000 untuk caj tawaran di bawah Akta Syarikat.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah serta dua tuduhan di bawah Akta Syarikat dalam skandal yang telah mendedahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada serangan yang merosakkan menjelang pilihan raya yang perlu diadakan menjelang Mac tahun depan. Berita Asal

Hamidah Bina Sekolah Agama Rakyat Tanpa Ikut Prosedur Undang-Undang

Posted: 31 May 2012 04:37 AM PDT

Tidak ada signboard serahan kerja ( nama Kontraktor dan
Akitek) atau
kelulusan pihak kerajaan tempatan

Hamidah Osman @ Hamidah BP telah cuba mengeksploitasikan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman dengan pembohongan bahawa Radzi Zainon dan Mej(B) Yakob bersama-sama Dr Lee Bon Chye dan beberapa penduduk chna luar? telah mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan negeri bagi membina Sekolah Agama Rakyat bagi penduduk Islam Taman Desa Aman.

Sebenarnya, Taman Desa Aman telah sedia ada sebuah sekolah agama rakyat sendiri. SAR yang dimaksudkan sebenarnya ialah SAR di Taman Pegoh.

SAR Taman Pegoh ini telah 3 tahun beroperasi di dewan orang ramai Taman Pegoh. Aman dan damai sehinggalah mereka mendapat surat dari Umno mengarahkan mereka supaya keluar dari situ.

Ini berlaku pada sekitar akhir Mac lalu, apabila desas desus begitu hangat memperkatakan bahawa PRU akan diadakan pada Jun 2012, maka Hamidah BP dengan tergesa-gesa telah menghambat pelajar sekolah tersebut keluar dari dewan orang ramai.

Terpaksa menumpang di Surau Ar-Rahmaniah,
Taman Desa Aman

Maka Jawatankuasa SAR tersebut terpaksa mendirikan dua buah khemah di dalam kawasan surau Ar-Rahmaniah, Desa Aman untuk meneruskan kelangsungan pembelajaran murid-murid yang seramai 80 orang itu.

Kejam betul Hamidah BP nih! Sanggup buat anak bangsanya sendiri sedemikian rupa semata-mata sikap gelojoh nak gunakan dewan bagi kepentingannya sendiri.

Terpaksalah anak-anak Melayu Islam ini belajar dalam khemah dengan serba macam kekurangan sehinggalah Radzi Zainon, Dr Lee Boon Chye serta beberapa orang lain telah datang membuat tinjaun ke situ selepas seminggu lebih perkara tersebut berlaku.

Setelah perkara ini di sedari oleh Hamidah BP, dia serta merta membenarkan budak-budak itu kembali semula ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh seperti asal!

Biasalah ...Umno/BN nak gunakan dewan itu sebagai bilik gerakan mereka bagi menghadapi PRU! Tengoklah ditempat tuan-tuan sendiri, dewan orang ramai Umno/BN buat macam emak bapak mereka punya.Bila tiba PRU, di situlah mereka jadikan sebagai bilik gerakan Umno!

Sikap ini amat berlainan dengan Pakatan Rakyat.Sekoman-koman cawangan PAS atau PKR, mereka tentunya ada tempat sendiri untuk beroperasi.Kami menyewa rumah untuk dijadikan markas kalau tidak mampu membeli.Begitulah kegigihan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN.

Apabila Hamidah BP berjaya mendapatkan peruntukan khas RM100k untuk membuat bangunan SAR, dia telah memberikannya kepada sebuah syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!

Mana dia tembok penghadang keselamatan kawasan
pembinaan?Secara terbuka dan keadaan ini membahayakan
orang ramai.Apa kata kalau dinding itu runtuh dan
menimpa budak-budak yang bermain di sekitar

Hamidah Bina Sekolah Agama Rakyat Tanpa Ikut Prosedur Undang-Undang

Posted: 31 May 2012 03:37 AM PDT

Tidak ada signboard serahan kerja ( nama Kontraktor dan
Akitek) atau
kelulusan pihak kerajaan tempatan

Hamidah Osman @ Hamidah BP telah cuba mengeksploitasikan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Desa Aman dengan pembohongan bahawa Radzi Zainon dan Mej(B) Yakob bersama-sama Dr Lee Bon Chye dan beberapa penduduk chna luar? telah mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan negeri bagi membina Sekolah Agama Rakyat bagi penduduk Islam Taman Desa Aman.

Sebenarnya, Taman Desa Aman telah sedia ada sebuah sekolah agama rakyat sendiri. SAR yang dimaksudkan sebenarnya ialah SAR di Taman Pegoh.

SAR Taman Pegoh ini telah 3 tahun beroperasi di dewan orang ramai Taman Pegoh. Aman dan damai sehinggalah mereka mendapat surat dari Umno mengarahkan mereka supaya keluar dari situ.

Ini berlaku pada sekitar akhir Mac lalu, apabila desas desus begitu hangat memperkatakan bahawa PRU akan diadakan pada Jun 2012, maka Hamidah BP dengan tergesa-gesa telah menghambat pelajar sekolah tersebut keluar dari dewan orang ramai.

Terpaksa menumpang di Surau Ar-Rahmaniah,
Taman Desa Aman

Maka Jawatankuasa SAR tersebut terpaksa mendirikan dua buah khemah di dalam kawasan surau Ar-Rahmaniah, Desa Aman untuk meneruskan kelangsungan pembelajaran murid-murid yang seramai 80 orang itu.

Kejam betul Hamidah BP nih! Sanggup buat anak bangsanya sendiri sedemikian rupa semata-mata sikap gelojoh nak gunakan dewan bagi kepentingannya sendiri.

Terpaksalah anak-anak Melayu Islam ini belajar dalam khemah dengan serba macam kekurangan sehinggalah Radzi Zainon, Dr Lee Boon Chye serta beberapa orang lain telah datang membuat tinjaun ke situ selepas seminggu lebih perkara tersebut berlaku.

Setelah perkara ini di sedari oleh Hamidah BP, dia serta merta membenarkan budak-budak itu kembali semula ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh seperti asal!

Biasalah ...Umno/BN nak gunakan dewan itu sebagai bilik gerakan mereka bagi menghadapi PRU! Tengoklah ditempat tuan-tuan sendiri, dewan orang ramai Umno/BN buat macam emak bapak mereka punya.Bila tiba PRU, di situlah mereka jadikan sebagai bilik gerakan Umno!

Sikap ini amat berlainan dengan Pakatan Rakyat.Sekoman-koman cawangan PAS atau PKR, mereka tentunya ada tempat sendiri untuk beroperasi.Kami menyewa rumah untuk dijadikan markas kalau tidak mampu membeli.Begitulah kegigihan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN.

Apabila Hamidah BP berjaya mendapatkan peruntukan khas RM100k untuk membuat bangunan SAR, dia telah memberikannya kepada sebuah syarikat kroninya tanpa melalui tender terbuka!

Mana dia tembok penghadang keselamatan kawasan
pembinaan?Secara terbuka dan keadaan ini membahayakan
orang ramai.Apa kata kalau dinding itu runtuh dan
menimpa budak-budak yang bermain di sekitar

Ceramah Meroyan Hamidah BP Malam Tadi

Posted: 30 May 2012 06:25 PM PDT

Malam tadi ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Ara Payung sangat meriah dengan kehadiran penyanyi terkenal era 80-an Dayang Ku Intan dan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan.

Bertambah menyerikan majlis dengan kehadiran Hamidah Osman(Hamidah BP) yang terpekik terlolong kerana 'gila meroyan' kata Datuk Adnan dalam ucapananya.


Adnan pada malam tersebut turut bermain organ dan mengajak orang ramai sekitar 500 orang itu sama-sama menyanyikan lagu patriotik lama 'Malaysia Baru'.Ini membuatkan kita kembali bernostalgia ke zaman muda-muda dulu ...jom layan sekejap ke sini


Orang ramai begitu terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Nan dan juga Dayang Ku Intan.Lihatlah reaksi mereka melalui paparan berikut.


Berbeza sekali dengan acara meroyan Hamidah BP bersebelahan di belakang pentas Pakatan Rakyat kami.Orang terlalu ramai ....lihatlah kalau tidak percaya.Inilah yang buatkan Hamidah BP semakin meroyan.

Apabila saya menghampiri majlis meroyan Hamidah BP, rupa-rupanya orang-orang Hamidah BP pun sama meroyan.Mereka sergah saya dan Ajijoi termasuk Paeh - tidak benarkan kami ambil gambar majlis meroyan mereka itu. Sebabnya? Tengoklah gambar bawah ini -

Hanya sekitar 35 orang membanjiri ceramah meroyan
Hamidah BP walaupun 3 bas disediakan sebagai pengangkuat
malam tadi.Makcik-makcik Umno pun dah tak lalu
nak ikut kerenah meroyan Hamidah BP...

Saya percaya Ajijoi dan Paeh sempat merakamkan banyak gambar.Boleh tengok kat blog Ajijoi dan Batu Gajah Mari.

Jangan haraplah kalau gambar-gambar tersebut akan keluar kat blog penjilat Hamidah BP. Pernahkah penjilat Hamidah BP siarkan majlis ceramah Hamidah BP? Tak ada kan?Ha! ha! ha ambillah gambar Perhimpunan Sejuta Belia untuk dimuatkan....boleh berasa seronok sikit!

Dr Lee Boon Chye dalam ucapannya turut menerangkan kepada orang ramai mengenai isu Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh yang sedang di spin oleh Hamidah BP. Oleh kerana banyak perkara yang perlu didedahkan, saya akan menjelaskannya dalam entri yang akan datang nanti. Bertambahlah meroyan Hamidah BP tu nanti!

AKU INGIN BEBAS

Posted: 31 May 2012 01:43 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


ADUKA TARUNA DAH BEBAS

Posted: 30 May 2012 08:50 PM PDT

Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.




Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Dikhabarkan, beliau akan membuat doa kesyukuran kerana terlepas serta dibebaskan dari tuduhan menghina sultan. Anggaran kos majlis doa selamat belum diputuskan tetapi menurut sumber perbelanjaan tidak melebihi kos membida nombor plat 'www'


Aduka!..., lu jangan nak saman gua pulak.  

murSHITdul Am CIBAI selayaknya untuk Zahid Mat Arip

Posted: 30 May 2012 06:45 PM PDT

  
Mur'SHIT' Am 'CIBAI' ini lupa akan kata-kata dia 11 tahun yang lalu. Hahaha!... memang 'cibai' lah lu Zahid. Saksikan video di atas sebagai bukti.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 31 May 2012 01:21 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PRU 13 - KENAPA DI LENGAH-LENGAHKAN

Posted: 31 May 2012 08:01 AM PDT

MAKHLUK DI PADANG MAHSYAR

Posted: 30 May 2012 07:10 PM PDT

shalehudin

Posted: 31 May 2012 11:52 AM PDT

shalehudin


MALU BESAQ: Najib di kencing bebudak BELIA... kahkahkah...

Posted: 31 May 2012 09:04 AM PDT

"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan

Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.

Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .

Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.

Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.

Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau

Ulasan GB

Hari Belia - 2 juta belia hadir?
BERNAMA sendiri takut nak umumkan berapa sebenarnya yang hadir. Tiada angka rasmi dikeluarkan.

Kemudian Najib kata no untoward accident
Itu kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera tu accident binatang apa?

Sekarang budak-budak itu SETIAP SEORANG dengan bangga tunjukkan tiga keping RM10.

Demikian "kebenaran" tidak boleh ditutup.

Ia akan tetap terdedah juga.

Demikian juga dengan segala penipuan-penipuan UMNo BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.

Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

TERHOT: Nik Aziz nak pekena Harussani... kahkahkah...

Posted: 31 May 2012 05:50 AM PDT

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'melampau' kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

"Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

"Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya.- Harakahdaily

Scorpene: Sapa orang 'RAPAT' Daim yang terpalit tue... jom skodeng...

Posted: 31 May 2012 12:52 AM PDT

Scorpene: Orang 'rapat' Daim turut dinamakan

Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.

Dalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999.

Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.

"Nota tersebut menyebut nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik," katanya.

"Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim, dan Abdul Razak rapat dengan Najib."

Menurut Cynthia, satu lagi nota menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim telah mula menurun sejajar dengan kuasa Daim yang semakin susut.

Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah. Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Abdul Razak.- Malaysiakini

JOM Gelak: Ezam bakal MB Selangor... kahkahkah...

Posted: 30 May 2012 07:50 PM PDT

Najib Ketepi Pemimpin UMNO, Ezam Bakal MB Selangor?

Oleh Shahbudin Husin

Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.

Walaupun berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri kelahirannya sendiri. Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum ini.

Tetapi sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik, bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.

Dalam masa yang sama imej UMNO Selangor tetap tidak menunjukkan peningkatan kerana wajah-wajah pemimpin yang ada adalah wajah yang langsung tidak meyakinkan rakyat seperti Noh Omar atau Zin Mohamed dan lain-lain Ketua UMNO Bahagian. Wajah pemimpin muda dan pelapis yang membanggakan langsung tidak ada dalam barisan kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini.

Bercakap soal kualiti kepimpinan di Selangor, bukan saja Ling Liong Sik tetapi sebahagian besar penduduk Selangor sendiri tidak yakin UMNO mampu merampas kembali negeri itu jika bersandarkan wajah pemimpin yang sedia ada. Bahkan ramai pula yang tidak mahu memberikan UMNO kemenangan jika wajah-wajah yang ada ini dikekalkan.

Dalam soal pemilihan calon pilihanraya di Selangor, Najib sendiri memahami keadaan itu. Meletakkan calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO semata-mata mungkin akan menyebabkan kekalahan diketahui lebih awal lagi. Mahu tidak mahu, Najib terpaksa meletakkan calon yang dianggap "winnable" dan bukan dari kalangan kepimpinan UMNO Bahagian bagi merealisasikan hasratnya menawan negeri itu.

Bagi Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO dan menggantikannya dengan calon "winnable" adalah jalan terbaik untuk mencapai kemenangan serta lebih mudah untuk meyakinkan pengundi, terutama pengundi muda dan atas pagar. Lagi pula dalam setiap kali kunjungan Najib ke Selangor, beliau sering menekankan faktor "winnable" dan ikrar daripada pemimpin UMNO bahagian-bahagian bahawa mereka akan akur dengan sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan juga sudah pun diperolehi.

Malahan Tun Mahathir sendiri dalam perjumpaannya dengan jentera BN Selangor turut menekankan betapa pentingnya mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi. Kata Mahathir, kemenangan UMNO lebih penting dari kemenangan peribadi.

Saranan Najib dan Mahathir itu pada asasnya adalah bagi memudahkan calon-calon yang bermasalah atau mereka yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak diyakini boleh menang, untuk diketepikan. Dari segi politiknya, Najib sudah ada kebebasan untuk memilih calon tanpa terikat dengan kehendak UMNO Bahagian-bahagian.

Oleh itu, difahamkan lebih daripada 50 peratus calon pilihan Najib untuk mewakili UMNO di Selangor dalam piliharaya akan datang ini bukan terdiri daripada kepimpinan UNMNO Bahagian. Sebahagian mereka yang dipilih ialah kalangan pemimpin NGO, tokoh motivasi, tokoh pengguna dan kalangan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera, akauntan dan pegawai bank. Bagi kalangan profesional yang dipilih, mereka ini tidak memegang jawatan yang penting dalam UMNO tetapi disenangi di kalangan penduduk tempatan manakala bagi pemimpin NGO pula pemilihan mereka lebih kepada kekerapan muncul di dada-dada media yang pada Najib menunjukkan kesungguhan mereka membantu perjuangan politiknya.

Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.

FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.

Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.

Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.

Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad.

Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.

Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.

Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.

Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah sama ada tindakan Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO ini akan menyebabkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya atau sebaliknya. Jika berlaku sabotaj oleh mereka yang tidak terpilih itu, harapan Najib untuk mencapai kemenangan pasti menjadi bertambah sukar. Kiranya sabotaj dapat dielakkan dan pemimpin UMNO yang tidak terpilih itu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya, UMNO dan BN mungkin mampu memberi cabaran sengit kepada Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO Selangor sedia menerima Ezam menjadi Menteri Besar? Mahukah mereka melihat kalangan yang pernah rapat dengan Anwar dan kini berdiri atas pelbagai NGO dan hanya bermodalkan isu-isu seks dan moral yang dikaitkan dengan Anwar tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, mengambil alih pula kedudukan sebagai Yang Berhormat.

Apakah juga pemimpin UMNO Selangor sentiasa patuh dan berpegang kepada ikrar yang mereka lafazkan kepada Najib bahawa mereka akan akur sesiapa saja calon yang dipilih?

Tetapi mengenali kebanyakan yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya, formula Najib di Selangor ini mungkin membawa kekalahan yang lebih parah lagi.

Addin

Posted: 31 May 2012 11:22 AM PDT

Addin


Gambar Nih Tak Wujud Jika Umno Perintah Kelantan

Posted: 31 May 2012 09:16 AM PDT






Amy Search Di Beli Individu Dalam Umno?

Posted: 31 May 2012 12:32 AM PDT

Penyanyi lagenda rock, Amy  atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dari Kumpulan Search hari ini telah menyertai UMNO dan  menyerahkan borang kehlian. Turut mengikut jejak langkah beliau termasuklah Mus (May), Radhi OAG dan Ibno Reza juga turut bersama-sama Amy menyerahkan borang keahlian. Amy memberi alasan kemasukan ke dalam parti ini kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Umno ini sebuah parti yang begitu lama, sudah semestinya sebuah parti yang semakin kukuh semakin kuat." katanya.

Apabila diajukan soalan berkaitan soal ada pihak dalam UMNO membeli Amy lantas beliau terus menafikan kenyataan tersebut.


" Tidak langsung dan tidak sama sekali. Bagi saya, saya tidak menjual maruah saya sendiri, apa yang saya lihat untuk bangsa saya sendiri."

Menurutnya lagi yang masih teringatkan kata-kata aruah bapanya, orang dulu-dulu berjuang untuk merdeka.

"Lihat zaman kau susah dahulu macam mana, kita susah kalu kita tidak pandai menghargai kemerdekaan itu sendiri,"katanya.

Sementara itu, Mus (May) memberitahu beliau menyertai UMNO selepas beliau menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

Menurut penyanyi Vokalis kumpulan May ini, UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara dan sudah banyak yang dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia.

Kesemua borang keahlian artis ini telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh dan ketiga-tiga mereka akan duduk di bawah Cawangan Umno Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.

Datuk Abdul Rauf menegaskan, kedatangan artis-artis ini adalah atas sifat kesedaran bahawa perpaduan dan keamanan ini mesti ditentukan ke arah satu perpaduan yang dibawa oleh UMNO. ~klpos



Rupa-Rupanya Pejabat Umno Nih Di Bina Atas Tanah Rezab Sekolah Agama

Posted: 30 May 2012 11:04 PM PDT

SHAH ALAM, 31 MEI - Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang. Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ.

"Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini.

"Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ," katanya.

Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu.

Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui.

"Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah.

"Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain," kata beliau lagi.


Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah.

"Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

"Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang," ujar Khasim.

Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa.

TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali. ~selangorku


(Video) Bidasan Pedas Dr. Asri Zainal Abidin Mengenai No. Plat WWW1

Posted: 30 May 2012 10:16 PM PDT


Apa yang berlaku ke atas DS Nizar , Addin amat simpati kerana tiada cuba membela atau mempertahankan kenyataan DS Nizar. Addin secara peribadi menyokong apa yang di cetuskan oleh DS Nizar. Sudah tentu kita sebagai rakyat terasa terkesan dengan tindakan segelintir pemimpin sekiranya berkelakuan begitu.

Pandangan berkenaan DS Nizar memohon maaf mengenai kenyataan itu mungkin  DS Nizar ada alasanya tersendiri.



Bagi Addin, ianya rasa kurang perlu kerana DS Nizar bukannya menghina tetapi sekadar menegur. Kita sebagai manusia harus sentiasa di tegur dan nasihat menasihati supaya tidak tergelincir dari landasannya yang sebenar.


Mujurlah ada seorang pendakwah bebas, bekas mufti Perlis yang memberi pandangan berkenaan isu ini yang agak keras tetapi mengenai sasarannya. Mungkin boleh di jadikan iktibar, golongan pencacai elok menonton video nih..



kredit video ~ manjungmari



(Gambar) Wow!! Ceramah Pencacai Nih Menarik Jutaan Hadirin

Posted: 30 May 2012 07:39 PM PDT


Hampir 4 juta orang hadir mendengar ceramah BN yang penuh dengan ayat-ayat Quran... kalu sebelum nie agak mustahil nak dengar ayat Quran dalam ceramah-ceramah BN...

Tapi sejak wujudnya insan yang kononnya dulu ketua Penerangan Pas Selangor (2001-2003), Hasan Basri yang telah keluar dari Pas mengikut ketuanya Hasan Ali, maka terus mendapat tempat dihati pimpinan BN untuk memanggil puak-puak ini berceramah atas pentas mereka kononnya atas dasar amal maarof dan cegah segala kefasikan dalam negara.... 


Umno yang mula berjinak-jinak dengan ceramah agama kalu sebelum ini hanya dengar bacaan ayat Quran time khutbah Jumaat sahaja... tapi berjaya menjemput Hasan Basri untuk berceramah di Wakaf Bharu, jajahan Tumpat...


Tapi kehadiran Hasan Basri yang dibuang dari Selangor ke Kelantan semalam kurang mendapat perhatian  daripada masyarakat tempat... kehadiran dalam 200 orang sahaja... tak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, Pengkalan Kubur... tapi yang hadir sebahagian besar orang-orang Pas turut hadir nak dengar ucapan orang Pas sendiri diatas pentas BN...


.... apapun sebotol air mineral hadiah buat tetamu yang hadir dari jauh nak dengar ucapan orang yang kononnya pejuang Pas satu ketika dulu.... apapun ok le tue...


Mintak komen sikit Pak Hasan Basri...????


~dppwm



Telok Bakong Online

Posted: 31 May 2012 11:12 AM PDT

Telok Bakong Online


Nasib Generasi Bangsa Tergadai

Posted: 30 May 2012 07:02 PM PDT

Oleh : Msinc TBO




Pada 28hb Mei yang lalu telah diadakan satu siri ceramah umum yang berlangsung di Kg Nasaruddin Seri Iskandar Perak anjuran PAS Parit yang menampilkan dua orang penceramah, dimulai oleh Y.B Zainuddin.Beliau adalah DUN Lubuk Merbau dan bekas Exco Agama.Penceramah kedua ialah Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) iaitu NGO yang menjaga kebajikan generasi kedua dan ketiga Felda.
Dalam ceramahnya Y.B Zainuddin telah menyanggah setengah pendapat yang menyatakan Melayu akan terhapus jika tiada Umno.Alasannya mudah,melayu telah wujud jauh lebih lama daripada Umno itu sendiri.Sebelum ada nya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946,Kaum melayu telah lama bertapak dan mempunyai ketamadunan sendiri.Kaum melayu telah berkembang di segenap nusantara dan membentuk kerajaan yang kuat serta mempunyai sosio budaya yang kukuh.Pada pendapat beliau,UMNO lah merupakan perosak orang Melayu dari pelbagai sudut.Penyusutan luas tanah rezab Melayu yang berkeluasan 3 juta hektar semasa pengunduran British dari Tanah Melayu kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995 banyak disebabkan oleh kegiatan tamak pemimpin pemimpin UMNO yang begitu rakus membolot keuntungan dari pengambilan tanah tersebut dengan nama pembangunan. Apa yang tinggal untuk kaum melayu yang miskin ini adalah tanah tanah rezab yang tiada nilai komersial dimana kedudukannya adalah tidak strategik seperti di pergunungan,kawasan hakisan,paya dan sebagainya.Menurut perlembagaan, setiap inci tanah rezab melayu yang diambil,Ianya mesti digantikan dengan kadar yang sama disuatu tempat yang lain.Malangnya undang undang ini tidak dipedulikan oleh pemimpin yang haloba.

Tambah beliau lagi,mengubalan undang undang yang berkaitan dengan Petronas telah memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dalam beberapa perkara telah mengakibatkan Perdana Menteri mengambil peluang bekenaan untuk mengkayakan diri dan kroni.Dalam perlembagaan telah member kuasa mutlak kepada Perdana Menteri menentukan Syarikat Hiliran yang berurusan dengan Petronas telah membolehkan Perdana Menteri melantik syarikat syarikat kroni yang mengaut keuntungan besar dari urus niaga dengan Petronas.Antara syarikat yang terlibat ialah Kencana dan Scomi.Syarikat ini mempunyai hubungan dengan anak anak Perdana Menteri pada masa itu.Akibatnya kroni PM yang dapat manfaat besar.
Pengerusi ANAK Mazlan Aliman pula banyak membicarakan tentang perubahan pemikiran yang berlaku kepada peneroka Felda dan Felcra.Perubahan ini adalah kerana dasar Felda yang begitu menekan seperti Akta Penempatan Berkelompok 1960 hendaklah dimansuhkan kerana menjadi instrumen yang bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan. Asalnya Felda menggalakkan peneroka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah. Akibat akta itu, kini lebih 80% tanah peneroka berakhir jatuh ke tangan Felda Plantations.
Akta Penempatan Berkelompok 1960 telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.Akibatnya beban hutang peneroka bertambah. Prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan gagal.Setiap kali berunding menuntut hak, Felda akan mengungkit semula Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960. Mereka membangkitkan semula soal-soal pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran Felda. Akhirnya peneroka tidak boleh buat apa-apa.
Akta itu tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja. Ia telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua. Peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu. Lebih malang, peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan Felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Kajian mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Pendapatan daripada tanah ini dijangka tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.
Diatas sebab sebab yang dinyatakan menyebabkan mentaliti peneroka menjadi lebih berani untuk menyanggah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno dan konco konconya.Atas dasar keadilan dan kebenaran telah dapat disaksikan bahawa lebih 3000 orang peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah diatas sebab penipuan yang dilakukan oleh Felda diserata negara diatas menyusutnilaikan gred buah sawit milik peneroka.Banyak kes saman yang telah dimenangi oleh peneroka ini dan pihak Felda telah membayar ganti rugi sebanyak 11 juta setakat ini.Beliau berharap dengan adanya perubahan besar pemikiran para peneroka akan membawa perubahan kepada senario politik Negara.

Msinc-Hormat dan tabik kepada perjuangan peneroka yang melawan kezaliman dan ketidakadilan..peneroka bukannya Haram JXdXX..seperti yang dilemparkan oleh orang itu..peneroka ni …kin lame…kin cordek…kin lame ..kin cordek..

Aku Budak Balun

Posted: 31 May 2012 09:37 AM PDT

Aku Budak Balun


Daulatnya Kak Mah dihati Boneka UMNO-SPR!

Posted: 30 May 2012 09:18 PM PDT

Ini je puncanya...
Tak yah kait-kait dengan PRN Sarawak la duhai ahli UMNO bertopengkan Suruhanjaya Pilihanraya oiiii!!


budakbalun 31052012

SPR larang kempen karikatur

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang, sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti serius dan kita tidak boleh benarkan parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

Al Ikram

Posted: 31 May 2012 09:15 AM PDT

Al Ikram


PARTI PANDI KUTTY MUNAFIK MEMBELA PULAK !

Posted: 30 May 2012 03:42 PM PDT

Anak Sungai Derhaka

Posted: 31 May 2012 09:09 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..

Posted: 31 May 2012 07:53 AM PDT


Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.- laporan penuh di ( SINI )

RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..

Korang baca laporan ni dulu..


PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI

Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis 'K-Pop' dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan 'K-Pop' yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..



Scandal Scorpene: Di Perancis dedah dokumen pertahanan penjara 10 tahun.. tapi di Malaysia ianya dijual pula

Posted: 31 May 2012 06:34 AM PDT


Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat  syarikat pertahanan Perancis didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.
Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.

Ini laporan penuhnya... 

French 'bought' top secret document from M'sian Navy

A highly-classified document – the Royal Malaysian Navy's evaluation of the Scorpene-class submarines to be purchased by the government – were allegedly "bought" by a French defence company.

French lawyer Joseph Breham, who is acting on behalf of human rights NGO Suaram, revealed that the company paid 36 million euro (RM142 million) to Terasasi (Hong Kong) Ltd, ostensibly for "commercial engineering" works.

NONE
Breham (right) said French investigative judges probing the case lodged by Suaram against Paris-owned shipmaker DCNS for alleged corruption inquired what those payments were for and demanded reports of financial transactions from the company.

"They (the inquiry judges) were given information thqat is already available in the Internet and newspapers, except for this one document," Breham told a press conference in Bangkok yesterday.

"It was a secret document by the Malaysian Navy – an evaluation for the order of the submarines, which is a highly confidential report," he told journalists at the Foreign Correspondents Club of Thailand.

Breham, who based his expose on the French prosecution papers, said the act of "selling" top secret papers to a foreign country such as this is considered treason.

In France, he stressed, it would be absolutely illegal to sell such reports as it could either be considered a breach of defence secrets or high treason.

"It's treason because you are selling to a competitor or a foreign country what you think about a specific weapon, and your plan on how to use this specific weapon," replied Breham, when asked by a journalist if it was legal for an individual to sell such reports.

"In France, if you release them (secret documents), you can be punished with up to 10 years in jail," said Breham, who is with Sherpa, a non-profit legal and human rights NGO based in Paris, which is representing Suaram in the legal action.

Najib can be arrested by Interpol

Hong Kong-based Terasasi had been accused of funnelling money through its accounts to Malaysian Prime Minister Najib Abdul Razak as "commissions" for the sale of the submarines.

The submarines were purchased from the French company Thales International, also known as Thint Asia, in a deal inked in 2002 when Najib was deputy prime minister and defence minister.

Thales is an off-shoot of French defence giant DCN, which later changed its name to DCNS, a company facing legal charges filed by Suaram in 2010. The case recently opened for hearing in the French court.

Two Terasasi directors are Najib's close ally Abdul Razak Baginda and his father Abdul Malim Baginda.
In 2006, Razak, together with two of Najib's former bodyguards were charged with the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu, but the political analyst was acquitted without his defence being called.

mic election 120909 najibNajib (left), who has refused to comment on the matter, has also denied ever being involved in the scandal, but Breham has reiterated that the PM cannot avoid testifying in a French court if he is either subpoenaed or issued with a warrant of arrest by Interpol.

Breham said it was possible that Thales decided to pay the money to obtain the classified documents so that it could better its bid for the project, and this meant "paying someone to commit an offence".

The other possibility, he added, is that the French company had paid the commission to channel money to ruling party Umno or to high-ranking individuals in Malaysia, as already revealed in French prosecution papers.

Breham said that this "demonstrated beyond a shadow of doubt" that the French counterparts knew the money was illegal and should not be paid, and that it would go to top Malaysian officials.

He added that the money, whether legal or illegal, was paid to individuals "for no forseeable reasons" when it could have been put to better use.

"To put it blunt and clearly – if the money had not been paid to high-ranking officials, it could have been used to allow Malaysians to pay less taxes for the same services or to have much more services for the same amount of taxes," suggested Breham.

"The Malaysian taxpayers are the first casualties in this case," he added.

Selling nation's secrets a crime

Meanwhile, Subang parliamentarian R Sivarasa, who was at the Bangkok press conference, said the expose on the top secret document being sold to a foreign country could land a person in jail.

NONESivarasa (right), who is also a lawyer, said anyone familiar with the Malaysian legal system knows that the country has the toughest official secrets legislation.

In terms of the broad scope of the law, he added, the breach of any official secret document or publication is punishable with a mandatory jail sentence.

"These documents – as mentioned by Breham – fall into the highest category of official secret documents as it has implications for the security of the country," said the PKR leader.

"Without any question, it is a criminal offence (to sell the documents to a foreign company). There have been people who went to jail for revealing far less innocous documents," he added.

Sivarasa was in Bangkok together with Suaram director Cynthia Gabriel, lawyer Fadiah Nadwa Fikri and Breham to reveal 'damning details' surrounding the alleged Scorpene scandal.

The press conference was held in Bangkok as Breham was unable to get a proper visa to enter Malaysia.
NONEHis law partner, William Bourdon, was deported from Malaysia after he attended a fundraising dinner in Penang last year.

The Bangkok event, attended by foreign journalists and Malaysian embassy officials (left) – who left immediately after the function – was hosted by regional human rights NGO Forum-Asia.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=31865

Syarikat siapa yang curi dan seludup pasir dari Pahang ni?

Posted: 31 May 2012 04:15 AM PDT


Selain dari Johor negeri asal Timbalan Perdana Menteri.. Pahang negeri asal Perdana Menteri Malaysia juga tidak terlepas dari aktiviti curi pasir ini..

Malangnya yang sering dijadikan isu hanyalah kecurian pasir di Selangor sahaja oleh baik Blogger  Pro UMNO mahupun media-media yang ditungang oleh Kerajaan UMNO/BN..

Seludup Pasir Ke Singapura, Sebuah Syarikat Swasta Disiasat

PETALING JAYA: Sebuah syarikat swasta yang terlibat dengan pengendali Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas di Pahang sedang disiasat kerana menyeludup pasir ke Singapura.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap syarikat tersebut yang mendapat kontrak untuk menjalankan kerja penambakan dan aktiviti pengorekan pasir sepanjang Sungai Pahang bagi tujuan pembangunan taman berkenaan.

SPRM turut menyiasat pegawai tanah yang bertanggungjawab di kawasan itu termasuk seorang pegawai kanan.
Longgokan pasir sedia untuk dipindahkan selepas dikorek oleh
sebuah syarikat swasta di Sungai Kuantan berhampiran Tanjung Agas.
"Kami telah membuka satu fail berhubung kes ini dan siasatan kami termasuk meneliti kemungkinan berlaku transaksi di antara beberapa individu di pejabat tanah dan kontraktor terbabit," katanya.

Siasatan itu dijalankan hasil satu serbuan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiga minggu lalu yang menyaksikan 10 warga asing ditahan manakala sebuah kapal korek, enam bot besar dan dua kapal tunda turut dirampas.

"Kami kini sedang menyiapkan kertas siasatan dan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah," kata sumber SPRM.

Menurut sumber, aktiviti penyeludupan dipercayai bermula selepas syarikat tersebut diberikan kontrak oleh Tanjung Agas Ocean Sdn Bhd pada 12 Oktober 2010.


Katanya, "Mereka mengorek pasir dari sungai dan memindahkan ia ke dalam bot besar dengan kapasiti muatan 1,000 tan sebelum dimuatkan ke dalam kapal lebih besar kira-kira lima nautika dari pantai.

"Kapal besar dengan kapasiti muatan 10,000 tan setiap satu kemudian ditunda ke beberapa kawasan persisir pantai di Singapura.

Di bawah perjanjian kontrak itu, syarikat tersebut sepatutnya menjalankan aktiviti pengorekan atau mengepam pasir dari persisir pantai, laut dan sungai serta beberapa lokasi lain seperti diarahkan oleh Tanjung Agas Ocean dan melonggokkannya di dalam taman berkenaan.

"Sebaliknya, mereka menyeludup keluar pasir untuk mendapatkan keuntungan besar," kata sumber SPRM.
Syarikat tersebut turut dikehendaki membuang lumpur, 30 batu nautika dari persisir pantai.


mStar

Presiden "senaman punggung" tuntut duit kopi dan tanah sebagai penghargaan kerana buat "senaman punggung"?

Posted: 31 May 2012 12:24 AM PDT


Sudah menjadi budaya dalam UMNO nampaknya perkara begini.. apa yang dilakukan semuanya mengharapkan balasan..

Tidak kiralah samada perbuatan mereka itu memalukan diri sendiri, Isteri, anak-anak dan cucu apa saja mereka sanggup lakukan hatta menungging dihadapan rumah orang sekalipun..

Ada hajat rupanya senaman yang memalukan bangsa itu diadakan di hadapan rumah Ambiga...

Presiden "senaman punggung" tuntut duit kopi dan tanah

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

"Hargailah jasa dengan beri pingat PJN, bila disarungkan, kalau tak ada imbuhan tak ada nilainya," katanya sambil memuji Zahid sebagai menteri bertanggungjawab dan berwibawa.

Beliau juga mencadangkan Ahmad Zahid berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendirikan rumah kos rendah yang boleh dimiliki oleh pesara tentera di ibu negara.

Mohd Ali yang dikenali sebagai "Ali Tinju" juga mahu pemimpin Umno memainkan peranan 'melobi' perdana menteri supaya pesara tentera diserap dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana ramai mempunyai masalah pekerjaan selepas bersara.

"Saya minta Datuk Seri tunaikan janji untuk beri saguhati pada veteran dan saya akan sokong Datuk Seri dan akan kumpulkan 40,000 bekas tentera yang pencen bersama keluarga menyatakan pendirian kami, veteran berterima kasih pada kerajaan BN sampai bila-bila," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Ali juga menuntut Selangor memberikan permintaan 20,000 ekar tanah untuk seorang pesara seperti diminta oleh sebuah lagi NGO pesara tentera yang cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi tanah di Selangor sebanyak 20 ekar, hari ini juga saya masuk KERABAT. Saya akan berhenti, masuk dengan dia.

"Tapi kenalah bagi orang-orang saya 20 ekar tanah dekat Bandar Bukit Puchong. Kalau Selangor bagi 20 ekar tanah, hari ini juga saya letak semua jawatan dan masuk KERABAT," katanya.

Oktober tahun lalu, KERABAT menyerahkan memorandum memohon anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berdasarkan Perintah Majlis Angakatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973.


Malaysiakini

Mereka mengganas lagi!!!

Posted: 30 May 2012 08:56 PM PDT


Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Malaysiakini

Wahh.. tak sia-sia mamat ni bersama BERSIH 4.0... besar ganjaran rupanya..

Posted: 30 May 2012 06:00 PM PDT


Kenalkah anda siapa lelaki di atas yang turut sama dalam pelancaran BERSIH 4.0, lelaki yang wajahnya dibulatkan dengan warna merah itu?

Tahukah anda kenapa beliau turut serta dalam pelancaran BERSIH 4.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Jamal yang menipu kononnya beliau hanya seorang penjual nasi lemak padahal beliau adalah pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang memiliki Lamborghini?

Adakah beliau juga merupakan salah seorang peniaga yang mendakwa mereka kerugian kerana himpunan BERSIH 3.0 yang lalu biarpun hakikatnya mereka rugi kerana kebodohan mereka sendiri yang menutup perniagaan pada hari tersebut?

Tak berapa jelas?.. ok.. lihat gambar di bawah..



Tak jelas lagi?? tengok gambar dibawah ni...



Oleh kerana beliau telah berjasa kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam agenda untuk terus memburukkan BERSIH 3.0.. maka mungkin sebagai menghargai jasanya itu lihatlah apa yang dia telah dapat di ( SINI )

WWW 1: Baca apa pula komen Dr. Asri tentang isu ini..

Posted: 30 May 2012 03:30 PM PDT


Isunya nombor kenderaan WWW1 yang telah dibida an dimenangi oleh Sultan Johor dengan nilai RM520,000 dalam ramai-ramai rakyat Malaysia,DS Nizar terasa ingin menegurnya, lalu si Nizar dituduh derhaka.

Nizar memohon maaf dengan menyatakan apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

"Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian.

Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

Mengulas tentang isu yang timbul antara DS Nizar danSultan Johor ini Dr Asri, bekas Mufti Perlis dalam Twitternya menulis "Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri."


Itu yang ditweet Dr Asri. Dr Asri juga menjawab atas pertanyaan 'followernya', kini terlampau ramai sangat pengampu raja.

Mungkin betul juga apa yang ditweet Dr Asri. Pengampu yang feudal masih banyak dan ramai. Asal tegur sedikit terus menjadi derhaka…. - EkEleh



Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 31 May 2012 09:02 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Woww, lagi Jerung nak masuk PAS ...?

Posted: 31 May 2012 05:10 AM PDT

Wow, ini gambar-gambar bukti ...?

Posted: 30 May 2012 11:40 PM PDT

Wow, ini gambar-gambar bukti ...?
Tamparan kepada Pemerintah UMporNO ...?
Khabarnya, di Majlis ini derma rakyat
melebihi RM1 juta ...?

Sumber gambar ...

Tahniah ADUKA TARUNA ... !!!

Posted: 30 May 2012 08:56 PM PDT

Tahniah ADUKA TARUNA ... !!!
Wow ...?

Roslan SMS Corner

Posted: 31 May 2012 07:51 AM PDT

Roslan SMS Corner


Bersikap matang dan dewasa (31/5/12)

Posted: 31 May 2012 05:09 AM PDT

Berikut adalah berita terkini yang saya ceduk dari Berita Harian online:

Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban
NEW YORK: Pekerja transit beragama Sikh dan Islam dibenarkan memakai penutup kepala tanpa perlu meletakkan logo agensi berkaitan selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun selesai.

Kenyataan itu diumumkan di antara pekerja dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) hari ini.
 Agensi berkenaan berdepan saman mahkamah selepas membuat keputusan sebelum kejadian 9/11 bahawa pekerja beragama Sikh dan Islam yang memakai turban serta serban tidak dibenarkan bekerja di khalayak ramai.

Peraturan itu kemudiannya ditukar apabila agensi berkenaan membenarkan pekerja terbabit memakai pelindung kepala di khalayak ramai tetapi perlu meletakkan logo MTA. - AP
Bagi saya Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya sewajarnya menjadi peneraju dalam isu-isu toleransi beragama seumpama ini.

Kita "rimas" apabila isu-isu berhubung kaum dan agama khasnya melibatkan tiga kaum terbesar dalam Negara iaitu Melayu, Cina dan India terus dipermainkan sedangkan sepatutnya kita telah matang dan dewasa dalam isu ini. Sepatutnya sudah tiada lagi syak wasangka dan sikap prejudis antara satu sama lain.
Kenapa perlu ada bantuan dan keistimewaan Bumiputera, kenapa perlu ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil? Mengapa Islam sahaja menjadi agama rasmi Persekutuan? Mengapa bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa Kebangsaan?

Masing-masing sudah tahu akan sejarah tanah air ini, bagaimana asal-usulnya, bagaimana sikap tolak-ansur nenek-moyang kita telah membentuk dan membina Negara ini dari Tanah Melayu ke Malaya dan seterusnya Malaysia. Semuanya lengkap dengan pengorbanan masing-masing serta kesedaran betapa pentingnya kehadiran masing-masing da;am membentuk kekuatan dan keutuhan Negara ini.
Negara asing seperti Amerika Syarikat yang cuma meraikan kehadiran orang Islam dan dalam kes di atas orang Sikh cuma beberapa dekad kebelakangan ini sahaja boleh bersikap terbuka dan toleran tetapi kita masih terkial-kial dan bertatih jatuh.

Negara sudah maju dalam acuan kita sendiri tetapi masih ada antara kita yang terus membebel dalam isu Perdana Menteri Melayu/Islam dan dalam kes tertentu Menteri Besar Melayu contohnya. Selagi kita tidak bangkit mendakap realiti asal-usul kita serta semangat pengorbanan dan toleransi nenek-moyang kita saya khuatir kita tidak akan ke mana malah lebih parah lagi akan terjeremus melangkah ke belakang meroboh apa yang telah dibina dengan darah dan air mata.


Pahang Daily Online

Posted: 31 May 2012 07:15 AM PDT

Pahang Daily Online


Mahkamah: Kes Stephanie Foray, Jurufoto PDRM Berang Apabila 'Di Asak Oleh Peguam' Tertuduh !

Posted: 30 May 2012 11:20 PM PDT

KUANTAN, 31 Mei - Akibat sering memberi jawapan "tidak pasti", seorang jurugambar Polis Di Raja Malaysia (PDRM), yang menjadi saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray (foto) di Pulau Tioman tahun lepas, berang selepas berulang kali diasak peguam tertuduh. Perkara itu berlaku apabila peguam Mohd Hisham Abdul Rahim, yang mewakili sini Omar, 37, tidak berpuas hati dengan jawapan Koperal Rozlan Mohamed Yusof yang ditugaskan mengambil gambar barang kes di bilik mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 10 Ogos 2011. Ketika disoal Mohamad Hisham sama ada Rozlan mengambil gambar dari bilik itu yang tertera perkataan 'liputan akhbar berkenaan kes pembunuhan Stephanie Foray,' saksi berkata beliau tidak tahu kerana hanya diarahkan datang untuk merakam gambar barang kes. Rozlan juga bersetuju dengan cadangan Mohamad Hisham bahawa barang kes itu disusun terlebih dahulu oleh Inspektor Shuhada Salim sebelum beliau mengambil gambar. Bagaimanapun, saksi itu sekali lagi memberikan jawapan 'tidak pasti' apabila disoal Mohamad Hisham sama ada beliau mengetahui dari mana barang kes itu dikeluarkan untuk dirakam gambarnya. "Kalau kamu kata Inspektor Shuhada yang menyusun barang-barang itu, mesti kamu tahu dari mana ia diambil," kata Mohamad Hisham. "Barang-Barang ini telah berada di dalam bilik. Saya tak tahu ia diambil dari mana. Bila ia dah siap disusun, saya ambil gambarnya sahaja. Itu sahaja yang saya tahu," kata Rozlan. Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, saksi itu berkata tidak ada pihak lain selain Inspektor Shuhada yang menyusun barang kes tersebut. Beliau memberi keterangan pada hari ketujuh kes perbicaraan Asni yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas. Terdahulu, Rozlan yang bertugas di cawangan foto IPK Pahang, berkata pada hari sama, beliau ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersama pegawai penyiasat ASP Mohd Razali Razak dan seorang pakar patologi untuk ambil gambar barang kes "menyerupai gelung getah".

[Turut memberi keterangan pada prosiding Rabu ialah tiga lagi jurufoto PDRM iaitu Koperal Amran Salim, Lans Koperal Meor Fadhirul Marzuki dan Lans Koperal Norsham Ismail. Amran, yang bertugas di Balai Polis Muadzam Shah, berkata beliau ditugaskan mengambil gambar bedah siasat dalam kes itu di bilik mayat HTAA pada 9 Ogos 2011. Meor Fadhirul, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pula berkata beliau diarahkan ASP Mohamad Razali untuk melakukan tugasan sama pada 12 Ogos 2011. Menjawab soalan Nor Azizah, kedua-dua saksi berkata mereka merakam gambar bedah siasat 'tengkorak' yang ditemui dalam kes pembunuhan itu. Sementara itu, mahkamah melepaskan saksi ketiga pendakwaan iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang tidak mampu memberi keterangan hari ini akibat 'kehilangan suara'. Prosiding perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya akan bersambung esok].

Hotel City Times Wujud Di Atas Perjanjian Sewaan Tapak Berkenaan Dengan Pihak MPK Sebenarnya

Posted: 30 May 2012 02:00 PM PDT

KUANTAN, 31 Mei - Susulan pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan isu Cadangan "Bangunan Asrama" Komplek Sukan Tiba-Tiba Jadi Hotel Di Wisma Belia Indera Mahkota, "YDP MPK" Di Gesa Berikan Penjelasan! yang disiarkan pada 15 Mei yang lalu, maka berbagai pihak telah menghubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang isu berkenaan. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah dihubungi untuk mendapatkan info berkaitan. Daripada maklumat yang diterima ternyata tapak bangunan berkenaan telah disewakan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunakan sebagai sebuah hotel. Ia dibuat secara sah antara pihak MPK dengan pihak terbabit, dengan tempoh perjanjian pajakan selama 30 tahun bermula pada tahun 2004. Maka itu, tidak timbul soal pembinaan terbabit dibina tanpa kebenaran sebenarnya. Malah, difahamkan bangunan terbabit didirikan selepas sekian lama ia tersadai begitu saja tanpa ada apa-apa kegunaan. Dulunya tapak itu ialah sebuah Amphitheater, namun ia semakin usang akibat tidak pernah digunakan sejak Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 1996 di Kuantan dulu. Kini tapak tersebut didirikan sebuah hotel yang dapat memberi kemudahan kepada ramai pihak yang mempunyai urusan dengan jabatan kerajaan atau swasta di sekitar kawasan tersebut (Indera Mahkota). Walau pun bangunan hotel telah didirikan, namun tapak Amphitheater terbabit masih terus dikekalkan hingga sekarang. Menurut pihak berkenaan, MPK menyewakan bangunan itu bagi membolehkan ia digunakan secara lebih efektif lagi.


Keadaan asal tapak Amphitheater berkenaan yang di ambil tahun 2004

Pandangan dari tapak Amphitheater ke arah Wisma Belia Indera Mahkota

Tambahan pula menjelangnya Sukan Malaysia 2012 pada bulan Julai nanti, maka hotel berkenaan boleh digunakan untuk menampung kekurangan tempat penginapan bagi pegawai sukan. Maka itu, tidak timbul soal pembaziran akibat pembinaan hotel tersebut memandangkan ia memberikan pulangan dana yang setimpal kepada pihak MPK untuk satu jangkamasa panjang. Dengan terbinanya banyak bangunan kerajaan di sekitar kawasan terbabit seperti Mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Terminal Bas Ekspres, Jabatan Pelajaran, Komplek Tun Razak dan sebagainya maka hotel tersebut menjadi destinasi terbaik untuk orang ramai yang berurusan. Tambahan pula ia berhadapan dengan kawasan institusi pengajian seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Shahputra, Kolej Komuniti, Institut Kemajuan Ikhtisas Negeri Pahang (IKIP) dan sebagainya, maka ia boleh menjadi pemangkin kepada industri perhotelan di kawasan terbabit. Adalah lebih elok kawasan itu digunakan daripada ia terbiar usang sejak sekian lama, kata sumber terbabit.

[Dengan perkembangan terbaru ini, maka diharapkan tidak ada lagi pihak-pihak tertentu yang membuat tuduhan melulu terhadap premis berkenaan. Mungkin pada awalnya, ramai yang terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Namun, rupanya kewujudan hotel berkenaan lebih indah dipandang daripada membiarkan tapak terbabit (Amphitheater) usang sejak sekian lama. Pada masa ini jelas dapat dilihat hotel berkenaan mendapat sambutan hangat dikalangan para pelancong yang berkunjung ke bandar ini. Semoga dengan kewujudan hotel ini juga ia memberi keselesaan kepada para atlet yang boleh membuat pilihan untuk tinggal di asrama atau pun hotel berkenaan sekiranya mereka mempunyai acara sukan di komplek berkenaan pada masa yang akan datang ini hendaknya].

Panas: "UMNO Temerloh" Bergolak, Usaha Pancas Dato' Saifuddin Kini Makin Hangat Di Perkatakan!

Posted: 30 May 2012 01:49 PM PDT

TEMERLOH, 31 Mei - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah (foto) berkemungkinan besar tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ia berikutan terdapat desas-desus yang cukup jelas daripada UMNO Bahagian Temerloh untuk menggantikan beliau dengan calon lain. Jika ini berlaku, maka kemungkinan besar Parlimen Temerloh akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kali ini. Ramai dikalangan penyokong Saifuddin mahu pemimpin terbabit dikekalkan sebagai calon kerana beliau dilihat lebih disenangi oleh kawan mahu pun lawan. Malah, imejnya yang cukup bersih serta berketerampilan itu amat dihormati oleh rakyat di kawasan ini. Namun, kini wujud usaha dalaman UMNO Temerloh sendiri yang mahu mematikan karier politik Saifuddin. Gerakan menjatuhkan Saifuddin kini bukan lagi rahsia, malah turut diketahui oleh penyokong pembangkang sendiri. Saifuddin yang pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) satu ketika dulu amat tidak disenangi oleh kepimpinan UMNO Temerloh. Usaha untuk "memancas" Saifuddin kini sudah dilakukan secara terbuka. Pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, Saifuddin menang di parlimen itu menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti undi sekitar 2,441 undi sahaja. Beliau mendapat 21,381 undi, manakala Ahmad Nizam mendapat 18,940 undi. Melihat kepada "swing" rakyat terutamanya kaum Cina sekarang ini, maka kemungkinan besar parlimen itu akan tumbang kali ini. Ramai yang berpendapat, jika Saifuddin dikekalkan maka kebarangkalian itu tidak terserlah. Namun, jika namanya tidak disenaraikan kali ini, maka UMNO BN bakal berhadapan dengan laluan sukar di parlimen itu. Mahu atau tidak, pemimpin yang lantang dan bersikap neutral seperti Saifuddin wajar dikekalkan jika BN mahu terus menang di situ. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kehilangan kerusi parlimen Temerloh berserta DUN-DUN lain yang berada dalam parlimen tersebut. Harus diingat, salah satu DUN dalam parlimen itu kini diwakili oleh PAS iaitu DUN Kuala Semantan. Maka itu, tidak mustahil parlimen tersebut juga akan tumbang kali ini.

[Ramai yang berpendapat, jika usaha yang dilakukan oleh UMNO Temerloh untuk menjatuhkan Dato' Saifuddin ini berjaya maka ia memudahkan lagi Pakatan Rakyat menakluki parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana, ramai penyokong pakatan yang menganggap Saifuddin adalah seorang ahli politik dan tokoh yang berwibawa dalam UMNO. Malah, sikap beliau yang lebih neutral terhadap berbagai isu yang berkaitan dengan mahasiswa amat disenangi oleh generasi muda. Namun, dalam UMNO pemimpin sebegini tidak digemari oleh sesetengah pihak. Malah, imej Saifuddin yang bersih itu amat tidak disenangi oleh musuh politiknya. UMNO gemar menyimpan pemimpin yang ada banyak masalah agar mudah untuk mereka memerangkap pemimpin terbabit. Namun, Saifuddin dilihat lebih berkarisma daripada yang lain. Apapun, UMNO harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Jika tidak pasti buruk padahnya bila kerusi parlimen itu tumbang pada Pilihanraya Umum nanti].

Panas: Umi Hafilda Pula Dedah Salinan Dokumen Aset Bernilai 'RM30 Juta' Milik Azmin Dan Isteri !!

Posted: 30 May 2012 09:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali (foto) buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta. Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994. Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut. Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan. sumber

Azmin: PKR Sedia Menjalinkan Kerjasama Politik Dengan Parti Baru Pimpinan Kadir Sheikh Fadzir

Posted: 30 May 2012 09:26 AM PDT

PETALING JAYA, 31 Mei - Belum pun sempat dilancarkan secara rasmi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama dengan parti baru yang diasaskan oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (foto) berkata, parti itu sedia membuka pintu kepada bekas pemimpin senior UMNO berkenaan terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. "Kalau itu hasratnya (tubuh parti baru), saya menghormati. Kita boleh bincang untuk melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh kita jalin pada masa akan datang. "Bagi saya yang penting ialah prinsip penyuburan demokrasi dalam sistem dua parti harus dipertahankan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini semalam. Beliau mengulas mengenai pengumuman Abdul Kadir meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) untuk membentuk parti baru yang bakal dikenali sebagai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Penubuhan Ikatan dijangka akan dibuat secara rasmi pada 7 Jun ini. Abdul Kadir yang sebelum ini berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan selama 30 tahun mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mac lalu. Beliau kemudiannya dilihat hadir dalam beberapa siri ceramah pakatan pembangkang. Sementara itu ditanya sama beliau terkejut dengan keputusan Abdul Kadir menubuhkan parti baru tanpa menyertai mana-mana komponen pembangkang, Mohamed Azmin berkata: "Itu adalah hak beliau berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. "Cuma kita berharap penubuhan parti baru ini dapat mendokong hasrat rakyat untuk mempertahankan sistem dua parti," katanya. Dalam pada itu Mohamed Azmin turut mengakui pernah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan Abdul Kadir bagi membincangkan mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan. "Kami ada beberapa siri perbincangan dengan beliau. Pastinya dengan pengalaman yang beliau ada boleh membantu Pakatan Rakyat. "Namun keputusan untuk menyertai mana-mana parti adalah pilihannya. Saya tak boleh cakap bagi pihak pakatan, tapi dalam konteks PKR, kami bincang tentang pelbagai isu. "Tapi kami tak bincang khusus untuk beliau sertai PKR," kata Ahli Parlimen Gombak itu. sumber

Muzakarah: Mufti Pahang Senada Dengan Tan Sri Harussani Yang UMNO PAS Perlu Kerap Bertemu !

Posted: 30 May 2012 08:37 AM PDT

KUANTAN, 30 Mei - Pertemuan dan perjumpaan (muzakarah) antara UMNO dan PAS perlu kerap diadakan untuk kepentingan umat Islam di negara ini selain dapat merapatkan jurang antara kedua-dua pihak. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (foto) berkata, beliau turut senada dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang kecewa dengan tindakan PAS mengenakan syarat melampau untuk bermuzakarah dengan UMNO. Abdul Rahman berkata, muzakarah adalah satu tindakan digalakkan dalam agama kerana ia dapat menjelaskan perbezaan yang wujud. "Bukan mudah muzakarah dapat dilakukan dan kalau direalisasikan, ia dapat memberikan manfaat kepada umat Islam," katanya. Sebelum itu, beliau pernah menyifatkan permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah adalah pelik kerana mengenakan dua syarat iaitu tukar dasar kebangsaan dan UMNO perlu menerima pakatan pembangkang. Menurutnya, kedua-dua pihak tanpa mengira parti perlu memikirkan kepentingan ummah dan agama, bukan matlamat kepartian. Malah harus duduk semeja serta mengetepikan ideologi politik. sumber

[Kenyataan Mufti Pahang ini tidak merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh PAS sendiri sebenarnya. Bukankah, Presiden dan Mursyidul Am PAS sudah sebulat suara tidak akan bermuzakarah dengan UMNO sebelum ini. Malah, keputusan itu sudah pun dihebahkan oleh media arus perdana sendiri. Maka, kenapa Mufti Pahang ini masih beriya-iya benar mahu muzakarah diadakan?. Apakah beliau cuba untuk mengalih pandangan rakyat bahawa bermuzakarah itu adalah sesuatu yang wajib dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Justeru, beliau sepatutnya tidak terus memainkan isu ini kerana ia sudah muktamad dan PAS sudah menolak cadangan tersebut. Kenapa dia masih terus berbunyi?].

SANGGAHTOKSAGO.COM

Posted: 31 May 2012 07:08 AM PDT

SANGGAHTOKSAGO.COM


Betulkah ada bekas Timbalan Menteri, bekas orang besar PDRM, bekas Hakim dikatakan akan buat kejutan pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya 1 Jun ?

Posted: 31 May 2012 04:05 AM PDT

Scorpene: Orang 'rapat' Tun Daim Zainuddin turut dinamakan terlibat

Posted: 31 May 2012 03:14 AM PDT

Penyampai Radio Anti KM Sarawak "Free Sarawak" ditahan di Sabah

Posted: 31 May 2012 03:06 AM PDT

Gambar sekitar penyerahan borang menjadi ahli PAS seumur hidup Juara Lagu 1990, Aishah kepada Mursyidul AM PAS

Posted: 31 May 2012 02:53 AM PDT

Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit dedah Joseph Breham

Posted: 31 May 2012 02:36 AM PDT

Rakyat nak tau, "tangan ghaib" siapa di sebalik Polis halalkan samseng politik?

Posted: 31 May 2012 02:20 AM PDT

Suaram dapat akses kepada 153 kertas siasatan Skandal Scorpene

Posted: 31 May 2012 02:13 AM PDT

edyesdotcom

Posted: 31 May 2012 03:38 AM PDT

edyesdotcom


JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012

Posted: 30 May 2012 09:34 PM PDT

Hina Sultan: Aduka Taruna Tidak Bersalah !!

Posted: 30 May 2012 08:49 PM PDT

.

Posted: 31 May 2012 03:22 AM PDT

.


Ulasan Khas

Posted: 30 May 2012 10:39 PM PDT

Majlis Pertemuan Dan Dialog 2 Jun
Peluang Menyoal Dan Mendapat Penjelasan

Pada Sabtu 2 Jun  ini untuk kesekian kalinya kerajaan negeri Kelantan mengadakan majlis pertemuan dan dialog dengan anak-anak Kelantan di perantauan. Majlis kali ini akan berlangsung di Hotel Putra terletak di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dianjurkan Urusetia Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak-Anak Kelantan DiPerantauan (Perkaran) Malaysia.

Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama semua anggota Exco akan turut sama menghadiri majlis berkenaan. Selain itu para pegawai kerajaan berkaitan juga akan ikut sama. Majlis seperti itu sudah kerap kali diadakan. Sebelum ini majlis pertemuan dengan anak-anak Kelantan di peringkat kawasan Parlimen atau pun jajahan telah diadakan.

Sehingga ini hampir semua kawasan parlimen telah pun mengadakan pertemuan seumpama itu di mana sambutannya ada yang memuaskan dan ada yang suram kurang mendapat sambutan kerana kelemahan penganjur. Kekerapan kerajaan dan pimpinan PAS mengadakan pertemuan ini menunjukkan kerajaan Kelantan mengambil berat dan cakna kepada hal ehwal rakyat Kelantan di luar.

Dengan adanya majlis ini juga hubungan kerajaan negeri Kelantan erat dan anak-anak Kelantan yang tinggal di luar tidak berjauhan dan merasakan mereka dipedulikan. Majlis yang akan berlangsung pada 2 Jun nanti dari jam 2:00 hingga 7: 00 petang adalah kesenimbungan dan boleh juga dianggap sebagai kemuncak kepada beberapa majlis seperti itu yang telah pun diadakan.

Menurut pihak penganjur antara objektif utama majlis kali ini ialah untuk menjelas dan mendapat respon dari anak-anak Kelantan di lembah Klang berhubung beberapa isu yang terus dihangatkan oleh Umno Kelantan pada masa ini seperti isu  air, lebuh raya, ladang rakyat dan juga beberapa isu fitnah lain oleh Umno ke atas kerajaan Kelantan termasuk kononnya kerajaan Kelantan telah mengadai tanah rezab Melayu.

Anak-anak Kelantan yang termakan dan percaya dengan dakyah itu akan mendapat penjelasan dan penghuraian lanjut dari pihak kerajaan Kelantan. Dalam masa sama kerajaan Kelantan mahukan input dan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah itu dan juga apa-apa yang dianggap sebagai masalah oleh anak-anak Kelantan. Jadi anak-anak Kelantan yang berada di lembah Klang diharap tidak menguzurkan diri untuk hadir.

Isu air akan menjadi fokus utama kerana isu inilah senjata yang cuba digunakan Umno untuk menumbangkan kerajaan Kelantan. Berkaitan isu ini bagi saya, kerajaan Kelantan sudah pun menjelaskan dengan tuntas. Rakyat Kelantan juga sudah faham baik yang bermastautin di Kelantan ataupun yang pulang ke kampung sekali sekala.

Sebenarnya air bukan menjadi masalah besar di Kelantan. Orang Kelantan sudah 'mangli' mengenai perkara ini. Yang sibuk membuat kajian dan penyelidikan ialah media Umno. Media Umno sengaja mereka-reka cerita sehinggakan cerita yang karut dan tidak masuk akal pun dikarai sama.

Masalah air tidak menjadi masalah utama kerana masalah kekurangan air atau air berkarat hanya di beberapa kawasan sahaja dan ia adalah kes-kes terpencil. Orang juga sudah faham kenapa ia berlaku di sebabkan kerancakan pembangunan di Kelantan;  perwujudan kawasan perumahan baru yang tidak seimbang dengan prasaranan penyediaan loji dan paip menyebabkan berlaku masalah ini. Perkara ini bukan sesuatu yang kekal tetapi ia diatasi sepanjang masa dan sebagaian besarnya sudah diatasi.

Masalah air sebgini bukan saja di Kelantan tetapi berlaku juga di negeri-negeri lain hatta Kuala Lumpur sendiri juga berlaku. Jadi masalah air ini bukan isu besar bagi mereka yang memahami dan mengerti soal pembangunan. Masalah air belum menjadi krsis air seperti mana pernah berlaku di Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang tidak lama dulu.

Begitu juga sepuak manusia yang bersusah payah tujuk perasaan mendesak kerajaan menswastakan air kepada SPAM dan jugha membuat laporan kepada SPRM terdiri daripada golongan yang tidak faham dan jahil dengan pembangunan. Mereka umpama beruk tempang yang cuba hendak membawa keretapi. Mereka pakar dalam merukah nyiur jadi bila bercakap soal keretapi nampak sangat songsang kalaknya.

Masalah air ini juga bukan wujud 22 tahun ke belakangan ini. Ia wujud sejak tahun 40-an lagi. Orang Kelantan sudah biasa mandi di telaga, ceduk air dengan timba upih dan mandi air selut di musim kemarau. Boleh dikatakan pegawai tinggi asal Kelantan semua merasai kesulitan itu, dan kesulitan itu ialah menjadi cabaran kepada mereka untuk struggle dalam hidup sehingga berjaya.  Jadi kalau ada golongan yang mempersoalkan itu ia tidak menjadi masalah.

Begitu juga dengan tindakan menganaktirikan dilakukan kerajaan Federal ke atas Kelantan termasuk dalam isu air. Gara-gara ada pemimpin asal Kelantan sendiri mensebotaj peruntukan atau pinjaman itulah maka berlaku masalah dalam hal ini. Jadi kerana semua sudah faham mengenai permasalahan ini, air bukan isu utama dan rakyat Kelantan tidak akan menukar undi mereka gara-gara air ini. Kerajaan Kelantan juga jangan sampai menjadi iseng memikirkan masalah air yang sengaja dibesarkan UBN ini.

Begitu juga dengan isu-isu lain seperti masalah kesesakan jalan raya di Kelantan terutamanya di musim perayaan. Perkara ini juga bukan menjadi isu besar sehinggakan kalau tidak diatasi menyebabkan rakyat Kelantan akan jadi mereng.Permintaan untuk mendapat lebuh raya adalah hakikat bahawa sudah perlu lebuh raya dibina di Kelantan oleh kerajaan Federal.

Dan masalah itu akan selesai sedikit masa lagi dengan pembinaan lebuh raya rakyat bernilai RM1.8 billion sepanjang 70 km dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Pembinaan yang ditanggung kos oleh kerajaan negeri ini membanggakan anak-anak Kelantan seluruhnya. Idea dan keberanian membina lebuh raya rakyat ini sepatut dipuji semua pihak dan ia menunjukkan iltizam kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat.

Mengenai isu kesesakan ini juga bukan isu utama di Kelantan. Jadi kerajaan atau Pas Kelantan tidak perlu melayani segala isu ini lebih daripada sepatutnya. Isu-isu ini sengaja dibangkitkan oleh media massa Umno untuk menarik perhatian rakyat Kelantan kerana mereka sudah kekeringan modal politik.

Dari luar Kelantan orang melihat isu ini mencengkam Pas tetapi bagi mereka yang alami sendiri dan tahu tektik dan strategi jahat media Umno hanya akan tersenyum. Sebenarnya orang Kelantan telah selesa dengan apa yang mereka miliki sekarang ini. Dengan berpegang kepada sifat qana'ah mereka sudah merasai cukup dan Kelantan dari segi pembangunan baik insan dan meterial sudah setanding dengan negeri lain bahkan dalam sudut-sudut tertentu Kelantan jauh ke depan.

Ladang rakyat yang diwujudkan untuk membantu rakyat miskin juga dijadikan isu. Kononnya kerajaan Kelantan telah mengambil tanah rakyat untuk mewujudkan projek ini. Segala itu hanya tuduhan dan fitnah semata-mata dan ilusi berpanjangan Umno. Bila diminta buktikan, merekea gagal menunjukkannya. Isu-isu ini juga sudah difahami rakyat. Apa yang berlaku sebenarnya Umno menimbulkan isu ini kerana mereka cemburu dengan pembangunan dan kepedulian kerajaan kepada rakyat.

Apapun anak-anak Kelantan yang kurang jelas, keliru atau ada pandangan lain untuk membantu pentadbiran Kelantan diharap hadir beramai-ramai pada 2 Jun ini. Khabarnya dialog kali ini terbuka, telus dan bebas. Ambil ruang dan manfaat ini untuk menimbulkan apa juga kebimbangan termasuk membelasah kerajaan dengan fakta dan hujah yang konkrit.  Lebih baik lagi kalau anak-anak Kelantan yang berideologi Umno hadir sama untuk mengemukakan hujah dan juga mendapat penjelasan. Paling afdal datang untuk memberi buah fikir bagi memaknakan lagi kerajaan Kelantan.

Marilah kita berpolitik secara profesional, secara anak beranak kerana apa yang kerajaan laksanakan adalah untuk kebaikan bersama. Sebagai sebuah negeri yang masyarakat dan politiknya unik wajarlah kalau kita orang Kelantan menjadi model kepada masyarakat dan kelompok negeri lain. [wm.kl.1:36 pm 31/05/12]

Era Pasca

Posted: 31 May 2012 03:17 AM PDT

Era Pasca


PECAH BERITA! Skandal Scorpene: Daim Zainuddin Dan Mahathir Turut Terlibat Selain Najib ?

Posted: 30 May 2012 06:07 PM PDT

Badan Hak Asasi Manusia, SUARAM, mendedahkan nama individu yang rapat yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, disebut dalam kertas siasatan pendakwaan berhubung dengan skandal rasuah pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene pada 5 Jun 2002.

Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem mendedahkan penemuan terbaru tersebut semasa sidang media yang diadakan di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, setelah Joseph gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu.

Joseph ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).

Dalam sidang media yang dipancarkan ke seluruh dunia menerusi laman sesawang video popular, Ustream, Joseph mendedahkan lagi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan isteri pakar strategis Najib Altantuya, Razak Baginda, iaitu Mazlinda Makhzan.

Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Mahathir.

Dokumen 97 itu juga menjelaskan nota yang tertulis di dalamnya adalah sebagai dokumen perlu dan mesti digunakan sebagai rujukan pindahan pembayaran kepada individu dan organisasi politik rejim pemerintah iaitu Umno-APCO.

Malah, dokumen itu juga membuktikan bahawa kaitan antara kedua mereka adalah seperti berikut:

a) Razak Baginda adalah orang suruhan Najib Altantuya, dan;
b) Mohd Ibrahim Noor adalah orang yang rapat dengan Daim Zainuddin.

Berhubung dengan isu sama ada Najib Altantuya dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.

Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.

Joseph juga menambah, amaun rasuah yang diperolehi daripada pembelian kapal selam ini boleh digunakan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam kerana hasil siasatan menunjukkan wang rasuah boleh melebihi jumlah asal yang dianggarkan iaitu RM3 bilion.

Wartawan yang hadir dari seluruh dunia bagi mengikuti pendedahan khas ini ada yang datang sejauh Brazil dan Amerika Syarikat kerana skandal rasuah kapal selam ini mirip kes yang pernah dilaporkan di Pakistan, India, Bolivia dan beberapa negara lain, juga menerusi dua buah syarikat usahasama antara DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.- JALAN PULANG

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Blog-list Malaysia

Posted: 31 May 2012 01:09 AM PDT

Blog-list Malaysia


Hari-Hari Terakhir Yang Amat Menakutkan Bagi Seorang Mamak Bendahara

Posted: 30 May 2012 09:56 PM PDT

Anwar pernah arahkan polis takutkan orang - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.


"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh.


Hina Sultan - Aduka Taruna Tak Bersalah

Posted: 30 May 2012 09:27 PM PDT

Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.


Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.


Dr Mohd Asri Hina Raja Melayu

Posted: 30 May 2012 05:12 PM PDT


Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012


Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana.

-sozcyili

Derma Bina Lebuhraya - Hujah Bangang Bloggers Pencacai

Posted: 30 May 2012 05:15 AM PDT



Kenapa perlu jadi bangsat agama dahulu baru layak bergelar blogger pencacai angkat najis UMporNo? Kenapa perlu ada bangsat seperti ini untuk mempertikaikan kelebihan gabjaran pahala yang telah jelas dinyatakan melalui lidah Baginda Nabi dan Kalam Allah? Kenapa perlu memperlekehkan kelebihan bersedekah yang amat dituntut dalam Islam?


"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.

Tidak rugi kita bersedekah, tambah pula duit sedekah kita itu disalurkan untuk manfaat umum. Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari bersedekah sesuai dengan firman Allah

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.



Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) ...

http://dppwm.blogspot.com/2012/05/blooger-umno-pertikai-derma-lebhraya.html


Azmin: Dakwaan Raja Putar Alam Timbul Semula Sebab PRU13

Posted: 30 May 2012 03:44 AM PDT

Timbalan preside PKR Azmin Ali berkata dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit sengaja ditimbulkan memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

Dakwaan itu sengaja ditimbulkan di blog Malaysia Today walaupun beliau telah menyerahkan semua bukti yang diminta ketika disiasat 17 tahun lalu, katanya.

"Saya tidak ada wang sebanyak itu. Namun dengan semua bukti yang saya kemukakan, kenyataan bank, dokuman yang diminta, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.


"Mereka patut putuskan apa yang hendak dilakukan selepas itu. (Siasatan dilakukan sejak) 17 tahun lalu.

Azmin turut mengulas dakwaan Raja Petra bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan rasuah itu dihentikan.

Katanya, SPRM yang dikenali dengan nama Badan Pencegah Rasuah pada masa itu sudahpun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Anwar atas tuduhan tersebut.

Beliau berkata demikian dengan merujuk satu tulisan berhubung kes berkenaan oleh Datin Kalsom Taib yang merupakan isteri kepada bekas pengarah BPR Datuk Shafee Yahya.

Menurut buku bertajuk "The Shafee Yahya Story: Estate Boy to ACA Chief" itu, Kalsom menceritakan bahawa Anwar sepatutnya didakwa kerana mempengaruhi Shafee untuk menutup penyiasatan ke atas Azmin.

Pendakwaan tersebut bagaimanapun tidak disertakan ketika Anwar dibawa ke mahkamah.

Kenapa timbul semula?

"Kenapa sekarang Raja Petra (pengendali Malaysia Today) timbulkan? Sebab pilihan raya sudah dekat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Raja Petra kerana beliau sudahpun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, 17 tahun lalu.

"Sekarang (Raja Petra) mahu saya ulang perkara sama?," katanya yang menambah, rakyat juga mengetahui "siapa sebenarnya Raja Petra."

"Rakyat boleh melihat waktu (yang dipilih untuk menimbulkan) dakwaan ini," katanya lai.

Beliau mengulas dakwaan Raja Petra yang mendakwa memiliki "fail rahsia" berhubung siasatan SPRM (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) bertarikh 1995 berhubung transaksi saham, hartanah dan kenderaan Azmin.

Ekoran itu, SPRM membuat laporan polis ke atas Raja Petra berhubung pendedahan dokumen siasatan berkenaan dalam tulisan bertajuk MACC 'Deep Throat' comes out of the closet (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) yang disiarkan semalam.

Laporan hari ini menyebut, Panel Penilaian Operasi SPRM juga akan mengadakan mesyuarat untuk melihat semula dakwaan itu.


Kelab Greenboc

Posted: 31 May 2012 01:08 AM PDT

Kelab Greenboc


Giliran Penganjur INDRAF 2.0 Pula Dipukul Malam Tadi

Posted: 31 May 2012 12:27 AM PDT

Petaling Jaya: Penganjur Perhimpunan Indraf 2.0, V Ganabatirao dan saudaranya Raidu diserang oleh tiga lelaki malam tadi dan mengalami kecederaan serius.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengkebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimanapun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru. -FMT

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
-mk


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan

Posted: 30 May 2012 10:01 PM PDT

Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan

Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. -mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Guru Wanita Trauma Ingin Bunuh Diri Kerana Dicabul

Posted: 30 May 2012 08:13 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gambar: ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

"Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

"Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk," katanya ketika ditemui Harian Metro.




Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor -updated

Posted: 30 May 2012 05:20 PM PDT

Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;


Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili



Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012


Ulasan GB

Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.

Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"


Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.

Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!

UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.





"Haramjadah" Najib Terbongkar Lagi: RM30 Untuk Setiap Belia hadir Himpunan

Posted: 30 May 2012 08:37 AM PDT

Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.

Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .

Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.

Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.

Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada menterjemahkannya kepada bentuk undi. -omakkau

Ulasan GB

Hari Belia - 2 juta belia hadir?
BERNAMA sendiri takut nak umumkan berapa sebenarnya yang hadir. Tiada angka rasmi dikeluarkan.

Kemudian Najib kata no untoward accident
Itu kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera tu accident binatang apa?

Sekarang budak-budak itu SETIAP SEORANG dengan bangga tunjukkan tiga keping RM10.

Demikian "kebenaran" tidak boleh ditutup.

Ia akan tetap terdedah juga.

Demikian juga dengan segala penipuan-penipuan UMNo BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.

Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.

Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan

Posted: 30 May 2012 05:37 AM PDT

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

"Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir," kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

"Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

"Ini satu maklumat yang salah," ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. -FMT

MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.

"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"
kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.

Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.

MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
-mk


'Itu Pandangan Saya Sebagai Rakyat Biasa' - Nizar (updated)

Posted: 30 May 2012 03:26 AM PDT


Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

"Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

"Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya.

Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.

"Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

"Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, " jelasnya.

Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan. -HD

Ulasan GB

Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN.

Baguslah begitu. Cepat sikit nanti Allah swt akan turunkan hukumanNya.

Itu rahsia polis dah terbongkar... rupanya pihak polis telah lama bekerjasama dengan kongsi gelap, didedahkan sendiri oleh mantan KPN.

Dan bagaimana pula kartunis akhbar Kosmo ini yang terang-ternag menghina Sultan berkenaan?



MIMPI SENJA

Posted: 30 May 2012 11:05 PM PDT

MIMPI SENJA


Bubu Syahrini bakal berkahwin?

Posted: 30 May 2012 10:44 PM PDT

Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Syahrini dan Syazni Alias atau Bubu
Kontroversi mengenai status kekasih Syahrini, Syazni Alias atau Bubu masih hangat dikatakan. Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, namun cinta mereka tetap teguh.

Hubungan terjalin selama dua tahun itu khabarnya tidak akan di sia-sia begitu sahaja kerana masing-masing ingin lebih serius.

Bubu, menerusi temu bual akhbar tempatan, mengakui dia dan Syahrini masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.

"Alhamdulillah, hubungan kami semakin dekat seperti yang diinginkan sebelum ini. Namun, untuk memperkatakan mengenai hubungan pernikahan, ia masih belum dibincangkan lagi.

"Saya rasa, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai perkara itu, namun tidak menolak sekiranya ada jodoh dalam masa terdekat," katanya.

Sementara Syahrini pernah mengakui semakin selesa bersama Bubu dan tidak menolak untuk membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.  SH

Tangan ghaib di sebalik institusi polis menghalalkan budaya samseng?

Posted: 30 May 2012 09:55 PM PDT

Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik.
Kajian Politik Untuk Perubahan
Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.
Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama? ... seterusnya

Hina Sultan : Aduka Taruna tak bersalah

Posted: 30 May 2012 09:05 PM PDT

NONEMahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu - edyesdotcom

Skandal Scorpene : Notis Merah Interpol menggamit Najib ...

Posted: 30 May 2012 05:07 PM PDT

Kini segalanya berkemungkinan buat Perdana Menteri, Najib Altantuya dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dikeluarkan waran tangkap antarabangsa jika mereka gagal mematuhi arahan sepina (subpoena) Perancis untuk membantu siasatan rasuah dalam skandal kapal selam kelas Scorpene.


Peguam SUARAM dari Perancis, Joseph Brehem memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok, Thailand bahawa hakim-hakim Perancis mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara mereka untuk meminta Interpol mengeluarkan notis merah (waran tangkap antarabangsa) terhadap saksi yang gagal untuk hadir ke mahkamah Perancis.


Walau bagaimanapun ini akan menjadi pilihan terakhir yang akan diambil untuk memaksa saksi-saksi untuk memberi keterangan di Paris.



Breham menjelaskan bahawa mahkamah Perancis boleh mengambil beberapa kaedah tindakan, dalam usaha memaksa saksi Malaysia yang dinamakan dalam kertas siasatan pendakwaan supaya hadir.


Beliau berkata bahawa, pertama; hakim-hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi, dan sebaik sahaja sepina telah dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam mencatatkan keterangannya.


"Kedua, Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan 'mandate d amener', memaksa saksi untuk hadir di hadapan hakim.


"Jika saksi itu gagal untuk patuh, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan pada asalnya tertakluk dalam sempadan wilayah jajahan Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim memikirkan perlu untuk memperluaskannya.


"Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa," katanya.


Beliau juga berkata bahawa hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua orang hakim yang yang ditugaskan untuk menyelia kes itu, secara prinspnya telah menerima terutamanya senarai SUARAM tujuh orang saksi yang dicadangkan, termasuk Najib Altantuya, Zahid Hamidi dan Razak Baginda.


"Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni yang rumit dari SUARAM pada 20 April lalu selama tiga jam, telah menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan dengan tidak akan berpatah balik lagi," kata Breham.


Beliau menambah bahawa pada penerimaan tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, hakim Perancis telah meminta butir-butir penuh identiti saksi yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana dengan budi bicaranya merasakan perlu untuk berbuat demikian.


Kewajipan undang-undang


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SUARAM selepas sidang akhbar di Bangkok, NGO hak asasi manusia itu berkata bahawa Malaysia mempunyai obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Rasuah (United Nations for Counter-Anti-Corruption - UNCAC) untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.


Ia menambah bahawa kerajaan negara yang terbabit (Perancis dan Malaysia) tertakluk untuk memberikan bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.


SUARAM juga berkata bahawa ia telah mendapat keistimewaan akses penuh kepada kesemua 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya Perancis di Paris.


"Ini ialah satu langkah sangat besar ke hadapan, banyak maklumat yang sebelum ini dirahsiakan kini boleh diakses SUARAM sebagai plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal selam Perancis)," katanya.


Ia berkata bahawa dalam satu dokumen yang dinamakan Dokumen 97 - nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 yang berkaitan dengan temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia-Perancis dalam kerjasama pertahanan (tujuan pembelian kapal selam).


"Nota tersebut menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.


"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno-APCO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari 'bos-bos' mereka, "kata kenyataan Suaram.


Rangkaian Isteri-Isteri


Mengulas lanjut, Brehem berkata bahawa nota yang disebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda adalah sebagai 'tempat rujukan' untuk rangkaian politik, sambil menambah bahawa Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah individu yang rapat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda ketika itu rapat dengan Menteri Pertahanan, Najib Altantuya.


"Nota tersebut juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula menurun berikutan kejatuhan daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan yang nama Mohd Ibrahim Mohd Noor, dari Perimekar Sdn Bhd, kedua-duanya bertindak sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudian digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.


"Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang," tambah SUARAM.


SUARAM berkata nota itu juga menunjukkan bahawa isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, adalah kawan rapat isteri Najib Altantuya, Rosmah Mansor.


SUARAM juga berkata bahawa ia terpaksa mengadakan sidang akhbar di Bangkok - dan tidak di Kuala Lumpur - berikutan pengusiran paksa salah seorang lagi peguam SUARAM, William Bourdon, pada Julai tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk bercakap mengenai kes tersebut.


Aduan SUARAM dengan mahkamah Perancis untuk semakan kehakiman kontrak Scorpene pada bulan November 2009 telah menyebabkan bermulanya siasatan kehakiman di Tribunal Grande de Instance di Paris.


Siasatan itu akan memfokuskan jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara Malaysia dan Perancis dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh DCNS, syarikat pembinaan kapal Perancis dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh Najib Altantuya.


Glosari - Sapina


Sebuah sapina adalah sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:


a) subpoena ad testificandum 


Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.


b) subpoena duces tecum 

Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah - Warga Marhaen