Jumaat, 29 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 28 Jul 2011 11:13 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nasib umat Islam di Johot, tiada Surau untuk Ramadhan

Posted: 27 Jul 2011 08:55 PM PDT



JOHOR BAHRU 28 Julai 2011 : Impian 100 keluarga sekitar Taman Nusa Indah di sini untuk menggunakan surau baru menjelang kedatangan Ramadan minggu depan, tidak kesampaian apabila projek pembinaan rumah ibadat itu berdepan masalah kewangan dan masih kekurangan RM200,000 untuk disiapkan.

Setakat ini surau berkenaan hanya siap kira-kira 40 peratus selepas dibangunkan dengan kos RM80,000 hasil sumbangan masyarakat tempatan, selepas usaha memohon pembiayaan pihak luar dipandang sepi, sejak pembinaan dimulakan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa Indah, Ghazali Mohamad, berkata langkah membina sendiri surau itu diambil penduduk yang mendiami taman berkenaan bagi mengurangkan kos kerana kontraktor menganggarkan kira-kira RM1 juta.

"Justeru jawatankuasa penduduk sepakat untuk membina surau ini sendiri secara gotong-royong membabitkan penduduk, terutama hujung minggu selain menggajikan dua pekerja asing bagi menyiapkannya mengikut masa ditetapkan berpandukan pelan reka bentuknya.

"Setakat ini kita sudah memohon peruntukan beberapa pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor tetapi kami tidak menerima sebarang maklum balas positif sehingga menyebabkan bangunan surau 4 yang sepatutnya siap pada Jun lalu, gagal disiapkan," katanya.

Ghazali berkata, pembinaan surau itu menjadi satu keperluan yang mendesak berikutan faktor pertambahan penduduk, selain keadaan rumah kedai yang dijadikan surau sementara ketika ini tidak sesuai digunakan sebagai ruang menunaikan solat tarawih.

"Keperluan mendesak ini diharap dapat dipenuhi berikutan setakat ini kegiatan keagamaan hanya dapat dilaksanakan di tingkat atas sebuah unit kedai yang dijadikan sebagai surau sementara oleh pemiliknya sejak enam tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Mohd Faiz berkata, pihaknya berharap pemimpin korporat sudi tampil membantu menyiapkan surau berkenaan.

"Lokasi surau sementara ketika didapati tidak bersesuaian kerana berdekatan dengan kedai makanan bukan Islam, selain ruangnya yang sempit serta tidak mampu menampung pertambahan jemaah ketika Ramadan," katanya.

Pekerja swasta, Mohd Khairudin Abdan, 42, berkata projek surau itu wajar diberi perhatian kerana penduduk perlu menumpang beribadat di kawasan taman lain meskipun perumahan itu antara kawasan yang terawal dibuka kira-kira enam tahun lalu.

Orang ramai atau sektor korporat yang ingin menderma bagi membiayai pembinaan surau itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman Nusa Indah, Ghazali Mohamad menerusi telefon 019-7238939 atau Bendahari Surau (07-2385132) selain boleh dibuat terus menerusi akaun Maybank Islamic atas nama 'JKP Surau Taman Nusa Indah' kepada akaun 551614000447.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImpiansurauRamadanterkubur/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan