Sabtu, 7 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 07 Jun 2014 02:08 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Tiga Bulan Tanpa Khabar

Posted: 06 Jun 2014 08:07 PM PDT

Esok, genaplah tiga bulan kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 bersama 227 penumpang dengan 12 krew; termasuk Juruterbang berpengalaman- Kapten Zaharie Ahmad Shah.

8 Mac 2014 jam 12.41 pagi waktu Malaysia daripada KLIA berlepaslah MH370 menuju Beijing dan di jadual mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama; namun hingga kini menjadi cerita misteri; kerana pesawat itu tidak pernah sampai di destinasinya.

24 Mac merupakan hari yang menyedihkan, selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa MH370 tidak mendarat di Beijing sebaliknya berakhir di Lautan Hindi.

Berasaskan keputusan itu, berbagai negara yang diketuai Australia menggunakan berbagai teknologi tercanggih yang ada pada abad ini, digunakan untuk mengesan di mana pesawat itu terjunam; selain mengetahui lokasinya, juga yang amat penting menemukan serpihan bangkai pesawat, termasuk penumpang; namun dunia telah tahu, bahawa sehingga kini, tiada apa-apa maklumat berkaitan pesawat itu, selain bacaan satelitte, yang cuba dirungkai, dan mengwujudkan teori/perkiraan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, atas sebab kehabisan minyak.

Kesaksian pasangan warga British, Catherine Tee bahawa dia melihat sebuah pesawat terbakar di pagi 8 Mac semasa dia dan suaminya berlayar daripada India ke Phuket Thailand, boleh disangksikan, atas sebab, jika pesawat itu mengalami kebakaran sepertimana didakwa, sudah pasti enjin pesawat itu tidak mampu menghantar "ping" atau isyarat sehingga 8.11 pagi, lebih kurang 7 jam selepas berlepas.

Yang jelas, apapun anggapan atau kesaksian berkaitan pesawat malang itu, yang pasti sehingga kini, tiada kepastian, apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat itu.

tun faisal dot com

Posted: 07 Jun 2014 01:35 PM PDT

tun faisal dot com


#KloutScore - @NajibRazak atasi @AnwarIbrahim

Posted: 06 Jun 2014 11:00 PM PDT




Klout Score @NajibRazak 79 dan @AnwarIbrahim 78. Dari segi Fake Followers pula, 50% daripada follower Anwar adalah Fake Followers.



Untuk melihat perbandingan Fake Followers pemimpin BN dan PR sila semak pautan di bawah :-
#FakeFollowers: 250,000 (50%) pengikut twitter @AnwarIbrahim PALSU
http://tunfaisal.blogspot.com/2014/06/fakefollowers-250000-50-pengikut.html


























Ranking Blog Pro-Kerajaan - Apa jadi blog MKP, Double-Y & RBF?

Posted: 06 Jun 2014 08:00 PM PDT

Slide1

Blog Tun Faisal nombor 19. Kira ok la tu... bulan lepas nombor 34.. Kalau atas MKP, Daeng Selili, Pisau, Double-Y, Empayar Pemuda, Sangkakala dan RBF kira boleh tahan la jugak.. ha, ha, ha...

Sumber
Slide2

Slide3

Slide4


DNA babi: NGO malu bila Ujian JAKIM disahkan ikut Piawaian Antarabangsa? #Cadbury

Posted: 06 Jun 2014 04:30 PM PDT



Ni apa hal pulak ni? U all kasi setel la berdua. Apapun, ini yang patut u all buat, bukan buat report polis yang meraban-raban - 

1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang

4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.



Cadbury mangsa sabotaj? Dah la jadi mangsa, ada pula yang nak ambil kesempatan...
Punca utama kegemparan adalah sampel yang diuji oleh KKM dan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai KKM. Punca kegemparan kedua adalah kenyataan KKM yang melangkaui bidang autoriti yang diberikan kepada kementerian tersebut. NGO jangan buat benda yang pelik-pelik. 


Anda mungkin berminat untuk mengikuti isu ini dari awal, ikuti pautan di bawah:-

Isu #Cadbury - Ada yang nak sabotaj CADBURY dan JAKIM?

Sampel Coklat #CADBURY yang dianalisis KKM datang dari Thailand?

DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM

DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury


Isu Cadbury : Ujian Makmal Jakim Ikut
Piawaian Antarabangsa – Jabatan Standard

KUALA LUMPUR – Makmal yang digunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguji dua contoh coklat Cadbury yang didapati bebas daripada DNA babi (Porcine), diiktiraf Jabatan Standard dan proses dapatannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal kerana prosedur yang diguna pakai untuk menganalisis dua jenis coklat berkenaan mempunyai piawaian MS ISO/IEC 17025.

"Makmal Jabatan Kimia memang mendapat pengiktirafan daripada jabatan kami bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

"Apabila ujian ke atas dua jenis coklat mendapati tiada DNA tersebut, maka saya yakin keputusan itu adalah tepat dan rasmi, malah ia seharusnya tidak menimbulkan konflik," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025 menetapkan proses ujian terhadap DNA hanya boleh dilakukan di dalam makmal khas yang mempunyai kompetensi standard seperti kakitangan yang terlatih, peralatan yang ditentu ukur dan pendokumentasian yang sempurna.

Terdapat 18 makmal lain yang turut mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia untuk melakukan pengujian DNA babi dan senarai makmal itu boleh diperolehi dengan melayari alamat www.standardsmalaysia.gov.my. (Nota: Sepatutnya Bernama minta senarai 18 makmal ini, sikit punya susah nak cari di website jabatan ni)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

Pada Isnin lepas Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mewujudkan satu standard kebangsaan (Malaysian Standard) mengenai kaedah ujian bagi mengesan kehadiran DNA babi mengikut metadologi yang seragam; mungkin akan dinamakan 'Malaysian Standard: Test Method for the Detection of Porcine-Based DNA'.

Katanya standard itu dijangka siap dan diumumkan tahun hadapan sebagai garis panduan dan teknik bagi menganalisis DNA babi dengan lebih teratur.

"Kami dalam proses itu tetapi isu ini (Cadbury) meletup sebelum saya boleh umumkan perkara itu.

"Kalau standard ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi yang pertama di dunia mempunyai garis panduan untuk menganalisis DNA babi dan saya yakin isu berbeza pendapat mengenai cara sesetengah pihak melakukan analisis DNA tidak akan timbul," katanya – BERNAMA

THE FLYING KICK

Posted: 07 Jun 2014 01:29 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Jun 2014 11:04 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Umno Malaysia bantu 121 jemaah umrah terkandas pulang @azeezputera @NajibRazak

Posted: 07 Jun 2014 06:01 AM PDT



Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu, akan dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jemaah berkenaan akan dibawa pulang esok menaiki penerbangan Flynas dari Jeddah pada jam 10 malam waktu tempatan.

Beliau berkata, jemaah itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin ini kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kumpulan jemaah itu difahamkan mengikuti pakej di bawah Syarikat Madain Taqwa Travel Agency beroperasi di Perak dikatakan menawarkan harga pakej serendah RM3,999 bagaimanapun gagal menguruskan tiket penerbangan pulang jemaah seramai 268 orang.

Baki 147 jemaah sudah pulang ke tanah air dengan perbelanjaan masing-masing.

CAJ RM3 BILIK HOTEL P.PINANG ,SATU LAGI PROJEK KERAJAAN DAP BEBANKAN RAKYAT @dzainalabidin

Posted: 07 Jun 2014 01:27 AM PDT






Kepada rakyat P.Pinang dan juga pelancong luar ,  jangan terkejut dalam bayaran bil hotel anda sebenarnya telah membayat RM 3 sebilik semalam kepada kerajaan DAP . Setakat ini  hanya di negeri P.Pinang sahaja dikenakan caj ini .

Ini merupakan "Local Goverment Fee" dikenakan kerajaan DAP kepada setiap bilik /semalam di seluruh hotel P.Pinang

Dalam masa DAP  kutuk cukai  GST sebagai zalim   , mereka ternyata menunjukkan sikap hipokrit tahap longkang dengan mengenakan juga pelbagai caj kepada rakyat seperti caj bilik hotel ini .

Walaupun RM3 sahaja tetapi jika kita kira ribuan bilik hotel di negeri ini , memang lumayan lah kutipan ini setiap bulan ...

Yang hairannya , mengapa Rafizi & macai2 PR   yang kuat bantah GST tak bising caj ini dikenakan PP ??




JIKA GURU DIBENARKAN BERPOLITIK , MEREKA PILIH PAS - TUN MAHATHIR

Posted: 06 Jun 2014 08:09 PM PDT




Guru yang dibenarkan berpolitik hanya akan menyusahkan kerajaan kerana ramai dalam kalangan mereka cenderung menyokong parti pembangkang seperti Pas berbanding Barisan Nasional (BN).

Itulah hakikat yang perlu diketahui pemimpin BN yang mahu penjawat awam profesional seperti guru menyertai politik dengan menyokong kerajaan sedia ada.

"Golongan guru tidak akan menyertai BN apatah lagi hendak menyokong parti kerajaan ini. Mereka ini sebaliknya akan menyokong Pas dan menentang kerajaan BN.

"Sukar kita hendak beri jaminan golongan guru akan memberi sokongan kepada BN jika mereka diberi kelonggaran menceburi bidang politik," kata Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian mengulas  cadangan Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencadangkan semua warga pendidik kembali kepada BN jika dibenarkan berpolitik.

Keputusan kerajaan sebelum ini pula menyekat guru daripada menyertai politik.

"Jika cadangan itu tidak diperhalusi, kesan buruk pasti akan menimpa negara satu hari nanti kerana dikhuatiri golongan guru ini akan mengancam kerajaan dengan menyokong pembangkang.

"Kalaau nak buat sesuatu untuk tarik golongan guru dan professional lain, fikirlah semasak-masakya sebabnya mereka ni semua orang berpelajaran," ujar Mahathir lagi

SINDIRAN TUN DAIM KEPADA YTL YANG LUPA BANTUAN DIBERIKAN KERAJAAN

Posted: 06 Jun 2014 07:18 PM PDT




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menasihatkan semua ahli perniagaan yang berjaya di negara ini agar belajar bersyukur kerana kejayaan mereka selama ini adalah hasil daripada bantuan kerajaan.

Beliau menegaskan, golongan tersebut tidak mempunyai kedudukan untuk bersikap angkuh dengan memburuk-burukkan kerajaan sedangkan mereka mendapat banyak kemakmuran daripadanya.

"Syarikat-syarikat yang berjaya ini tidak patut memburukkan negara dan kerajaan kerana mereka ini mendapat pertolongan yang banyak. Sebaliknya, mereka perlu insaf dan bersyukur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd., (YTL) Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang dilaporkan berkata syarikatnya tidak mengamalkan unsur-unsur negatif sejak dulu dan buktinya 85 peratus daripada perniagaan YTL adalah di luar negara.

Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia di sini kelmarin, Francis dilaporkan berkata, Malaysia perlu segera bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.
Namun begitu, Francis hari ini berkata, artikel mengenai kapitalisme kroni telah dipetik melalui gambaran yang salah dan beliau memohon maaf jika kenyataan beliau dalam artikel itu menyinggung dan memberi kesan kepada mana-mana pihak.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana ayat yang diucapkan pada majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh baru-baru ini telah disalah tafsir seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahasa Inggeris, sebelum ini.

Mengulas lanjut, Daim berkata, beliau kecewa dengan tindakan memburuk-burukkan kerajaan oleh mana-mana rakyat termasuk ahli perniagaan.

"Gejala berkenaan harus dihentikan. Memang tidak sesuai bagaimana kita berjaya dengan mengaut kekayaan negara kita, tapi memburukkan kerajaan akhirnya umpama pepatah habis madu sepah dibuang," katanya.


tunku

Posted: 07 Jun 2014 03:38 AM PDT

tunku


Jakim Never Betrayed The Muslims

Posted: 07 Jun 2014 02:39 AM PDT

The latest result from the lab analysis conducted by the Chemistry Department on Cadbury Roast Almond and Hazelnut chocolate had confirmed that the chocolates did not contain porcine DNA as reported earlier.

However, the findings did not help to soothe the nerves of the public who seem to be disappointed over the whole affair that started with the Health Ministry's findings that porcine DNA was found in the samples of the chocolate bar.

The ministry stated that the affected Cadbury Dairy Milk Hazelnut chocolate bars were from batch number 200813 M01HI2 (expiry date, Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond chocolate bar, batch number 221013 N01RI1 (expiry date, Jan 15, 2015).

In a sudden turn of events, the contradicting findings between the Ministry of Health and the Chemistry Department has put the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) in a fix with its credibility and integrity as the agency responsible for providing the halal status being questioned.

Several non-governmental organisations (ngos) even made a police report against the Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharom who announced the department's findings. The Chemistry Department is JAKIM's referral agency over halal matters.

And ever since Jakim has been criticised and taunted. At the social websites, some blamed Jakim for not being transparent and not telling the truth. Others went further in admonishing the department, saying Jakim is corrupted and even disputed the Chemistry Department's results.

WE ARE MUSLIMS TOO

Jakim's Director General Datuk Othman Mustapha noted that it is unfair to rebuke the body unjustly as it did its best in carrying out its responsibility.

The society has to calm down and think rationally because being an Islamic body, Jakim would certainly not betray the trust of Muslims.

"Like you, I'm a Muslim too, in fact my officers too are Muslims and we have families who are also Muslim consumers...we certainly don't have the heart to see and allow our family and other Muslims consume products tainted with porcine DNA.

"In fact, many of the employees at the chocolate company are Muslims ...don't tell me they are going to allow the society and their families consume something not halal," he said in an interview at his office in Putrajaya recently.

Othman noted that every product with a halal logo have been screened using standard operating procedure (SOP) to ensure the product meets the high and stringent standards.

"It is not easy for us to issue the halal certificate and that is why Jakim is often blamed for being late in processing applications for halal status," he said.

INTEGRITY

Othman also rubbished claims of misconduct and corruption within Jakim saying different teams and individuals were involved in processing the application for halal status.

All application process to obtain halal status, including the inspection and monitoring of the premises were conducted by Jakim and they were not outsourced to ensure the integrity of the whole process.

"Misconduct is next to impossible...if it involves bribery, which level is involved? At the process or audit level? They are not involved in making decisions, in fact there are auditors who make recommendation for the halal status but the panel can still reject the application if it is still not satisfied," he said.

He stated that the implementation of the SOP is very important in maintaining impartiality and avoiding conflict of interest.

"There were proposals to outsource but we already have the in-house expertise ...moreover if the inspection is outsourced then there will be issues over the charges, integrity and keeping up with the SOP...thus Jakim has decided to do it on its own," he said.

THE HALAL CERTIFICATE CANNOT BE BOUGHT

Othman said it was next to impossible to buy the halal certificate as the applicant has to undergo a vigorous process and adhere to all conditions before the halal certificate is issued.

"If there was any halal certificate for sale, it is the work of unscrupulous third parties who claim they could acquire easily the halal certificate when in fact it involves a rigorous and difficult process," he said.

Othman also made it clear that while it was not compulsory to apply for the halal logo, action would be taken if a product carried the halal logo without proper certification.

The consumers can download the Halal-Square application on their handphones or other devices to check the authenticity of the halal label at business premises.

"We provide the halal posters to restaurants and hotels that can be scanned with the Halal-Square application...thus the consumers will know instantly the halal status of the premises and whether the halal certification is still valid, has expired or its false," he said.

CAN AFFECT THE NATION'S IMAGE

Othman pointed out any issues relating to halal if blown out of proportion before being verified could affect Malaysia's image as a halal hub and a referral point for other nations on halal matters.

"Now the Arab nations refer to us for guidance and in developing their halal system.

"Being a nation that is referred to by many other countries don't tell me we can ignore porcine DNA...I fear that these issue can bring a bad name for the country," he said.

FOREIGN HALAL BODIES RECOGNISED

He said Jakim also has the Foreign Halal Bodies Recognition Scheme and hitherto 57 halal bodies from 23 nations have been recognised.

"This is to assist Jakim and the industry here when the businesses import raw material, it needs halal conformation from the producing country...the producing country issues halal certification and we accept them.

"As we cannot inspect every ingredient as each company has hundreds of products and thousands of ingredients, so we seek the cooperation of other nations using this approach," he added.

WINNING BACK THE TRUST

Admitting that the Cadbury chocolate issue has affected public confidence on Jakim, Othman said Jakim's immediate measure is to win back the people's trust.

"Public awareness on halal is very high now, yet they do not understand Jakim's procedures, thus they end up confused and indignant at Jakim's uncompromising stand on halal," he said.

anakbukitgantang says

Posted: 07 Jun 2014 03:26 AM PDT

anakbukitgantang says


Dari seekor khinzir.....

Posted: 06 Jun 2014 04:08 PM PDT

Seorang penyelidik warga Holland menyelidik 185 kegunaan seekor khinzir bernombor 05049


Dari fibrin glue dalam steak daging lembu, tuna dan scallop (makanan laut)  pinggan mangkuk  bone china, toileteries, cat rumah, roti, low fat butter, dessert seperti cheesecake dan tiramisu yang mengandungi gelatin, brek train, peluru dan akhir sekali heart valve yang digunakan dalam heart bypass surgery.

bumiyang

Posted: 07 Jun 2014 03:17 AM PDT

bumiyang


DAP PENGECUT??? Kit Siang Perlu Mengadap Nik Aziz???

Posted: 06 Jun 2014 11:18 PM PDT

Aspirasi Bangsa

Posted: 07 Jun 2014 02:17 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Fahami Enekmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.. jangan terus bantah!!

Posted: 06 Jun 2014 10:53 PM PDT

MB Johor jawab fitnah Malaysiakini

Posted: 06 Jun 2014 05:58 AM PDT

Belantan

Posted: 07 Jun 2014 12:04 AM PDT

Belantan


Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

Posted: 06 Jun 2014 10:31 PM PDT

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kepada


Semuga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Pada 07 Jun 2014M bersamaan 09 Syaaban 1435H

Sembah Takzim Daripada : Admin Belantan Blogspot

Suara Politik
Belantan

Disebalik keputusan PRK Teluk Intan - Rumah siap, pahat pula berbunyi?

Posted: 06 Jun 2014 06:39 PM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata punca sebenar DAP tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini adalah kerana pengundi Cina memprotes pemilihan calon Melayu, Dyna Sofya Mohd. Daud bagi mewakili parti itu.

Kenyataan ini dibuat respons kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataan medianya meletakkan faktor hudud yang dibangkitkan oleh Pas sebagai faktor kekalahan DAP di Teluk ­Intan.

Sepatutnya kenyataan-kenyataan seperti ini tidak harus keluar sebelum "postmortem" dilakukan. Kenyataan Mohd. Amar jelas menunjukkan Pas Kelantan akan terus memperjuangkan hudud dan kenyataan Gobind adalah sebaliknya. Hudud dilihat oleh DAP sebagai liabiliti atau beban. Kelantangan ayahnya dulu Karpal Singh menentang hudud sedang diwarisi oleh anaknya.

Ibarat rumah siap, pahat berbunyi memperlihatkan sikap salah menyalah kepada punca kekalahan DAP. Perbezaan yang terdapat pada DAP dan Pas adalah perbezaan ideologi dan bukannya isu teknikal.

Mana mungkin Pas yang berhasrat memperjuangkan negara Islam dan hudud boleh berkawan dengan DAP yang hala tuju perjuangannya ke arah sosialis demokratik dan asas dukungannya monopoli satu kaum.

Khalayak jadi keliru bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh turun berkempen menyokong Dyana Sofya di Teluk Intan sedangkan amat jelas calon DAP itu menentang pelaksanaan hudud walaupun beliau seorang yang beragama Islam.

Tahalluf Siasi yang berjalan semakin bercelaru kerana ia tidak berasaskan ideologi yang boleh membawa persefahaman. Apa makna sebuah Pakatan Rakyat sedangkan DAP tidak faham akan aspirasi perju­angan Pas.

Pas tahu ia akan kehilangan pengaruh sekiranya perjuangan negara Islam dan hudud tidak dicanangkan semula. Negara Berkebajikan dan Buku Jingga sangat kekok untuk diperjuangkan oleh Pas. DAP menganggap perjuangan negara Islam dan Hudud adalah duri dalam daging dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya Pas berfikir semula mengenai tahalluf siasi ini. Dakwah dan maslahah Pas sekian lama terhadap DAP tidak memberi kesan. DAP tetap dengan fahaman cauvinis dan rasisnya. Cara saling mengguna pengaruh akan akhirnya membawa konflik. Tidak mungkin perjuangan Islam dan sosialis demokratik mampu mempunyai titiktemu kerana Islam sering menjadi agama yang disalahfahamkan.

Pas yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam seharusnya memperteguhkan strategi dakwah dan tarbiyyah menyantuni pihak lain. Orang Cina bertanggapan kalau sesama Islam Pas gagal menyantuni mereka bagaimana mungkin terhadap DAP ia boleh terjadi.


DAP tahu ia tidak selari dengan hala tuju perjuangan Pas. Tetapi mengekalkan Pas dan UMNO berbalah adalah strategi ampuh untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN). DAP tahu akan ada kesannya jika PasUMNO berbaik semula atau Pas menyisihkan diri daripada Pakatan Rakyat. Sepahit mana isu hudud yang dibawa oleh Pas, DAP terpaksa menelannya. Meskipun DAP tidak bersetuju, Pas masih merasakan DAP adalah teman terbaik untuk menjatuhkan UMNO.

Pas masih bercita-cita besar untuk menjatuhkan UMNO. UMNO dilihat sebagai musuh nombor wahid. Bila Kelantan ingin membawa enakmen hudud ke Parlimen UMNO mengambil pendirian menyokong. Pendirian UMNO ini bukanlah perkara baru.

Semasa Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan di DUN Kelantan pada 1993, dua ADUN UMNO turut menyokong. Peliknya Pas, UMNO yang menyokong hudud dianggap musuh ketat tetapi DAP yang menentang habis-habisan hudud dianggap sebagai sahabat.

Hamas-PLO di Palestin adalah musuh ketat. Pernah berlaku pertempuran yang memakan korban hasil pertembungan ini. Orang Palestin menginsafi sekiranya umat Palestin tidak bersatu, perpecahan akan menjadi lebih parah dan pihak ketiga Israel akan menjadi lebih kuat sebagai tenaga pemecah.

Hal sama boleh berlaku di Malaysia, sekiranya Pas dan UMNO tidak berfikir ke arah wahdah atau kesatuan, pihak ketiga akan menggunakan kelemahan ini melakukan dominasi sebagai suatu strategi jangka panjang.

PRU13 membuktikan tanpa Pas, UMNO masih mempunyai kerusi yang cukup untuk memerintah. PRK Parlimen Teluk Intan menjadi bukti betapa dulunya DAP memperolehi majoriti lebih 7,000 tiba-tiba kalah dan BN menang.

Penulis yakin UMNO dan BN akan mencapai kemenangan lebih besar pada PRU14 nanti kerana muafakat PasDAP akan lebih mengelirukan rakyat. -UMO

Suara Politik
Belantan

GST ke atas petrol dan diesel belum diputuskan?

Posted: 06 Jun 2014 09:51 AM PDT


Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

"Jadi saya tidak mahu cakap sama ada minyak akan ada GST atau tidak," katanya pada sesi soal jawab di taklimat GST Media Sosial di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

"Itu hanya spekulasi, tetapi akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Ahmad meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaksanaan GST dengan melayari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata parti itu masih menunggu jawapan daripada surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Yammy Samat, Selasa lalu, kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

"Surat sudah dihantar...terpulang kepada dia dan bagaimana jika dia menjawab atau tidak menjawab kita akan pertimbang lagi kerana itu prosedur yang ada dalam Umno," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Jun 2014 11:53 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PANAS! Bukti Kilang RASIS Tak Nak Terima Jurutera Melayu?

Posted: 06 Jun 2014 01:44 AM PDT

Apa dah jadi dengan negara ini?


Cuba tengok antara pelanggan kepada kilang yang diskriminasi bumiputera.


Tak hairanlah kajian yang dibuat oleh pensyarah UKM membuktikan bahawa bumiputera sememangnya di anaktirikan di bumi sendiri.

Diskriminasi Terhadap Graduan Melayu Untuk Mendapatkan Pekerjaan
BANGI, 4 Jun 2013 – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.

Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.

Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar "Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia" anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar 'resume'  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.

Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.

Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.

Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.

Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates-.html

Siapa yang rasis sebenarnya?

*Fikir-fikirkan....

oyabun

Posted: 06 Jun 2014 11:44 PM PDT

oyabun


Kritik JAIS: Khalid ambil mudah isu akidah umat Islam di Selangor?

Posted: 06 Jun 2014 09:04 PM PDT


Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil di Petaling Jaya, Ahad lalu menunjukkan beliau memandang mudah isu membabitkan hal ehwal akidah umat Islam.

Presiden Ikatan Musli­min Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebagai orang Islam, Abdul Khalid perlu menyokong dan mempertahankan tindakan JAIS demi kesucian Islam dan bukannya mempersoalkan tindakan itu.

"Tindakan JAIS dalam serbuan tempoh hari adalah wajar kerana kita kini berdepan dengan situasi yang bercelaru kesan daripada kegiatan mempromosi pluralisme agama yang merisaukan umat Islam.

"ISMA menganggap JAIS ada kepekaan yang tinggi dalam perkara yang melibatkan soal akidah orang Islam di Selangor berbanding Menteri Besarnya yang tidak sensitif dalam isu ini. Sepatutnya kita akan lebih risau jika JAIS tidak melakukan apa-apa tindakan kerana takut dicemuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan tindakan JAIS menyerbu dan menahan seorang wanita yang menggunakan nama Melayu dan disyaki beragama Islam ketika melangsungkan perkahwinan di sebuah kuil itu tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di kuil di Jalan SS 1/25, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran empat penguat kuasa JAIS dan 10 anggota polis.

Semakan terhadap MyKad pengantin perempuan itu menunjukkan dia merupakan seorang Islam dan JAIS membawanya untuk disiasat sebelum dibebaskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam turut mempertahankan tindakan JAIS yang dilihat lebih arif dalam melaksanakan tugas ketika melakukan serbuan di kuil berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan JAIS adalah tepat memandangkan maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan pengantin perempuan itu didaftarkan oleh bapanya sebagai Islam.

"Dalam hal ini, kita nasihatkan Menteri Besar Selangor supaya tidak cuba menjadi 'hero' dan mengkritik JAIS kerana beliau tidak perlu mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Biarlah JAIS bertindak mengikut bidang kuasa yang ada," katanya.

Wasabi Oyabun..

Pulau Tioman: Mayat ditemui bersama telefon bimbit?

Posted: 06 Jun 2014 09:57 AM PDT


Polis hari ini menjumpai sebuah telefon bimbit iPhone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman semalam.

Menurut laporan berita Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis masih meneruskan operasi di kawasan mayat dijumpai. Ini adalah bagi mencari bahan bukti untuk membantu siasatan, termasuk dokumen pengenalan diri yang belum ditemui.

Selain daripada itu, polis masih belum dapat tentukan jika mayat lelaki itu adalah Gareth David Huntley, warga British yang hilang 27 Mei lepas kerana siasatan masih dilakukan.

Sampel DNA ibu Huntley, Janet Southwell telah diambil bagi membantu siasatan. Sampel berkenaan telah dihantar ke makmal Petaling Jaya dan keputusan dijangka akan dikeluarkan dalam masa dua hari.

Sharifuddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan mayat dan menolak unsur jenayah sebagai punca kematian.

Bagaimanapun, beliau berkata Southwell akan berada di Kuantan beberapa hari lagi bagi membantu siasatan.

Mayat itu ditemui pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam di tepi sungai, kurang 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara.

Huntley merupakan sukarelawan pusat perlindungan penyu itu dan dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 06 Jun 2014 11:20 PM PDT

The Unspinners


Baik si Azwandin, baik si boss, Jailani Ngah ... sama-sama bebal!

Posted: 06 Jun 2014 06:21 PM PDT


Konon berjuang atas nama NGO Jaringan Melayu Malaysia tapi Azwandin bantai syarikat berkepentingan Melayu tanpa usul periksa dan main sesedap hati.


Sebelum itu, Azwandin cuba untuk dapatkan publisiti untuk membuat kenyataan tentang penyeludupan diesel tapi tak tahu apa pun. Nak tahu baca pendedahan ABITW di SINI semalam. SIap bagi klu ada anak Menteri sedang cuba terlibat nak pow taukeh cina di Sabah.

Macam manalah Dato Jailani Ngah cuba nak lobi pada PM untuk lantik si Azwandin sebagai Senator. Sah tahap intelek si boss sama dengan tahap intelek anak buah yang hanya budak kedai buku mengaku ada Masters GPA 4.0 dari Kanada.

Dari tahun 2011 lagi, Unspinners dah kata di SINI bahawa Azwandin ini double agent. Jangan percaya si palsu ini. Begitu juga jangan percaya si hati busuk Jailani.

Jika sebelum ini Unspinners sudah khabarkan kerja jahat Jailani untuk sebarkan khabar angin pemecatan Setpol PM Dato Khairun bin Aseh dan Setiausaha Agong UMNO, Tengku Dato Adnan Mansor, kini ada satu lagi cerita mengenai hati busuk Jailani tapi juga dedah kebodohannya.


Jailani juga ada menyebarkan khabar angin bahawa Dato Dr Zambery Kadir akan digugurkan. Rupanya barulah kami tahu bahawa dia balas dendam kerana ditegur oleh Dr Zambery.

Jailani sebarkan dan ada pegawai-pegawai di PMO jaja cerita sama bahawa Ustaz Kazim sudah setuju tapi sebenarnya Jailani saja britahu PM Kazim setuju tapi sebenarnya belum.

Ustaz Kazim amat rapat dengan Menteri Besar Perak, Dr Zambery Kadir.

Jailani dikatakan ada bertanya pada Zambery untuk bantu untuk dia cadang lantik Ustaz Kazim sebagai MT UMNO.

Cadangan itu telah dibangkang oleh Zambery atas alasan lebih baik Ustaz Kazim bebas dari mana-mana parti politik dan berdakwah secara bebas. Rupanya Jailani tak peduli dan usaha juga untuk hubungi Ustaz Kazim.

Sebaik saja nama Ustaz Kazim diumumkan tanpa persetujuannya lagi, Zambery telah dihubungi Ustaz Kazim tapi Zambery syorkan lebih baik dia tak sertai mana-mana parti politik.

Dalam satu majlis Zambery telah menegur Jailani kerana telah berurus di belakangnya dan degil tidak dengar nasihat. Selepas menegur Jailani, PM muncul dan Zambery meminta maaf pada PM kerana dia baru saja menegur pegawainya.

PM setuju dengan pandangan Zambery maka berakhir kisah Ustaz Kazim.

Apabila Kazim dan PM setuju dengan pandangan Zambery untuk tidak diteruskan, Jailani menyimpan dendam terhadap Zambery. Padahal dia yang buat kerja bodoh. Jika rancangannya diterima dan jadi, UMNO akan kelihatan lagi bodoh.


Sebaik saja Jailani menyebarkan khabar angin dua MB akan digugurkan, dia mengambil peluang itu untuk sebarkan khabar angin Zambery akan turut dipecat. Tujuan dia menyebarkan khabar angin adalah untuk mengenakan tekanan ke atas PM dan akhirnya ketiga mereka akan dipecat.

Harap PM sedar akan betapa jahat dan busuk hati Jailani ini lalu segera memecat dia. Orang hati busuk tuhan tak kabulkan doa yang dibacanya walau macam mana hebat bacaan Arabnya..

Tambah lagi, pemecatan Jailani akan bantu meletakkan Azwandin di tempat paling sesuai buatnya iaitu untuk kerja sebagai pembantu di kedai buku.

Tak jumpa NGO pondan, elok Pemuda ajak JMM dan Azwandin Master GPA 4.0

Posted: 06 Jun 2014 08:29 AM PDT


Sebaik termalu disentap Setiausaha Agong Perkasa kerana membuat kenyataan yang menghina, khabarnya terkial-kial ahli exco Pemuda Khairul Firdaus Akbar Khan cuba hubungi Perkasa untuk menjelaskan.

Namun ahli-ahli Perkasa Sabah sudah khabarkan Perkasa Pusat bahwa dia ni tak boleh dipercayai. Itulah kasar sangat bercakap tanpa guna otak. Baca Din Turtle SINI

Maka termangu-mangu kredibiliti Biro NGO Pemuda termalu. Lagi malu bila mereka yang biro tersebut bakal dekati adalah NGO yang tidak ada taring dan standing.

Sudahlah Pemuda termalu apabbia sebaik mereka mengajak Dyana Sofya menyertai UMNO, calun DAP untuk Telok Intan itu ditelanjang hais akan latarbelakangnya yang tidak seindah rupa paras.

Nasihat kami buat Pemuda adalah baiki dan betulkan diri sendiri sebelum nak guna taktik murah untuk membina rangkaian palsu dan superficial tapi mahu dabik dada macam hebat kemudian hari.

Kalau nak sangat adakan satu NGO yang elok Pemuda ajak kerana boleh kerjasama buat kerja bodoh.


Masaalahnya ketuanya cuba membohong orang ramai dia ada Masters dari Kanada tapi yang melucukan mana ada ijazah Masters sampai masih mengunakan sistem GAP untuk dia perolehi angkat sempurna 4.0.

Bertambah masalah lagi adalah mamat yang hanya budak kerja di kedai buku bercitacita mahu naik sebagai Senator atas bantuan Setpol PM bernama Dato Jailani Ngah dan seorang bekas Pengurus Nestle yang hampir dipecat.


Dalam isu terbaru, tanpa susul periksa dia mahu saman Cadbury di aatas kononnya coklat itu mengandungi DNA khinzir.

Sekarang dijelaskan oleh JAKIM yang lebih mahir ilmu agama dan makmal teknikal dalam hal halal haram bahawa Cadbury tidak mengandungi DNA khinzir, hendak juga dilihat Azwandin teruskan.

JMM atau Jaringan Melayu Malaysia yang konon dipimpin Azwandin tapi tak berdaftar di ROS  rupanya terperangkap dalam mainan pihak tertentu untuk sabotaj syarikat Cadbury tempatan yang punya pemegang saham Melayu dan majoriti pekerja Melayu Islam.

Hmmm ... masa amik SPM berapa gred kau?

Tak percaya polis tapi buat laporan polis?

Posted: 06 Jun 2014 05:00 AM PDT



Unspinners tak suka jenaka memanggil kaum India ular. Tak semua kaum India begitu. Hanya segelintir yang cakap berbelit-belit. Ikutkan kaum lain termasuk Melayu pun cakap berbelt-belit.

Namun begitu kalau Unspinners panggil N Surendran dan Latheefa Koya ular, pasti kaum India setuju. Bagi yang tak setuju, boleh bersetuju dengan penjelasan dari kisah berikut dari Bulletin 247:


... dengan kemarahan orang ramai terhadap kedua-duanya, peguam PKR, N.Surendran dan pasangannya, Latheefa Koya dilaporkan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi esok, jam 11:00 pagi berhubung penyiaran twitter-twitter yang dikatakan telah dipalsukan. ....



N.Surendran dan Latheefa Koya merupakan antara peguam-peguam Pakatan Rakyat yang cukup kuat membela penjenayah dan sangat gembira apabila ada anggota-anggota polis, khususnya yang berbangsa Melayu mati dibunuh oleh penjenayah.


Baca sepenuhnya di Bulletin 247 SINI

Nak nafi apa Surendran bila kamu juga sering fitnah dan beri amaran pada polis ...


Kamu buat laporan ... mestilah polis siasat. Bila tak siasat, kamu tuduh polis macam-macam!!!

Kredibiliti JAKIM tercemar sebab pernah khianat pengusaha makanan Melayu

Posted: 06 Jun 2014 01:00 AM PDT


Episod cadbury ini dikatakan oleh artikel MyKMU SINI sebagai mencemar kredibiliti JAKIM. Adalah sedikit sedikit tapi sebenarnya kredibliti KAIM dah lama tercemar akibat tindak tanduk sekumpulan pegawai JAKIM yang pernah khianati bangsa dna ummah sendiri.


Pernah seorang pengusaha kilang mee kuning Melayu Muslim menceritakan bagaimana susahnya untuk kilangnya dapatkan logo halal. Hingga habuk perabut dan dinding pejabat yang tak mungkin menjejaskan proses pegilangan pun dipersoalkan.

Kilang itu sangat bersih dan bleh dikatakan suci. Tuan punya orang Islam yang sendiri menguruskan memang seorang pembersih dan begitu prihatin tentang kualiti dan kesucian keluarannya.

Sampai beberapa kali mereka datang hingga akhirnya tuan punya sedar tok lebai-tok leba ini seolah-olah memberi signal mahu disogok. Oleh kerana tuan punya ada kenal orang maka difahami memang tiada isu dalam report maka Pengarah tersebut arah disegerakan keulusan.

Mee kuning keluaran cina banyak dipasaran. Mereka guna jenama Melayu dan arab. Malahn ada gambar masjid tapi dikeluarkan di Sg Buloh. Harga murah walaupun tepung dan gula asyik naik. Ada kala diguna tepung expired yang tak ada harga tapi diputihkan. Turut diguna pengawait beracun untuk kasi mee kuning tahan lama.

Melayu yang banyak makan mee yang tak sihat ini. Tapi JAKIM diam saja bila berikan cina logo halal.

Malah kita tertanya juga bagaimana logo Halal dah begitu jelas berikut:


Tapi bagaimana barangan berikut dengan logo halal palsu boleh dibiarkan begitu saja?


Apa Bahagian halal JAKIM buat? Taukeh cina dah jolok ke?


Dalam hal cina jolok pegawai JAKIM, ada kisah seorang anak Allahyarham bekas Menteri Besar tahun 80an menceur diri dalam perniagaan ayam dengan niat untuk memastikan ayam halal untuk orang Islam makan.

Difahamkan dia mempersoalkan samada halal atau tidak ayam-ayam kepunyaan syarikat cina macam Leong Hp, Dinding dan macam-macam lagi. Malahan Ayamas kepunyaan KFC pun sudah mula dikhuatiri pihak tertentu sejak ahli perniagaan cina SIngapore bernama Peter Lim ambilalih.

Apabia perniagaannya bertambah maju dan mula dapat bersaing pembekal cina, maka datanglah JAKIM yang mengumumkan jenama ayam orang Islam ini tidak halal. Adalah cina sudah bayar orang supaya memperlihatkan proses seolah-olah tak halal ketika JAKIM raid.

Puak JAKIM ni, yang agar melampau strict ikut peraturan, tak ambil peduli penjelasan pengusaha ini. Lalu ditutup kilang selama 2 bulan. Mampuih wang pusingan pengusaha Melayu yang genuine ini dan terus tutup kedai.

Kalau buka pun bbukan senang nak dapatkan balik keyakinan.

Cina pengusaha ayam pun tepuk tangan. Melayu tak dapat kacau pasaran mereka.

PEgawai JAKIM pasti suka cina sumbat perut Melayu dengan ayam haram. Akibatnya anak-anak dan generasi Islam kemudian jadi degil, hati hitam dan lalai hal ugama hingga dan ada akhirnya murtad sebab bermula makan makanan tak halal.

FIkir-fikirlah bahawa majoriti hingga 90% orang JAKIM adalah antara orang PAS atau simpati apda PAS..

 

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Jun 2014 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Gobind hina perjuangan Pas - Dewan Ulama PAS

Posted: 06 Jun 2014 10:10 PM PDT


MAHFODZ mohamad

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.

"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap 'setuju untuk tidak setuju', tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).

"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.

"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.

"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu.

"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140606/po_01/Gobind-hina-perjuangan-Pas#ixzz33vXYVKRL 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

Gobind tidak kenang budi Pas - Takiyuddin Hassan

Posted: 06 Jun 2014 10:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 6 Jun - Keceluparan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuduh cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sof­ya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini merupakan perbuatan tidak mengenang budi.

Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, DAP sepatutnya berterima kasih dan menghargai sumbangan dan bantuan yang diberikan ahli-ahli Pas yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi membantu kempen calon mereka dalam PRK itu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan berkata, Pas sebagai sekutu pembangkang bersusah payah mengerah jentera parti termasuk mengarahkan kesemua ahlinya di 12 kawasan di Kelantan untuk melakukan gerak kerja di Teluk Intan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Gobind yang menuding satu jari kepada Pas, beliau perlu sedar empat jari lagi kena pada dia sendiri kerana DAP sepatutnya mengkaji punca sebenar kekalahan di Teluk Intan dan bukannya meletakkan kesalahan kepada orang lain.

"Terlalu banyak faktor kekalahan calon DAP yang mewakili pembangkang, Gobind kena hargai kerja kuat Pas kerana hampir ratusan ribu duit telah dihabiskan, kita amat kesal dengan kenyataan sebegini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140607/po_02/Gobind-tidak-kenang-budi-Pas#ixzz33vWmc6oa 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Selepas PM @NajibRazak Kini Sultan Johor menjadi sasaran @Malaysiakini Guna Aziz Bari

Posted: 06 Jun 2014 12:56 AM PDT


Nampak seperti hebat laporan Malaysiakini. Memasukkan semua perkara tidak benar mengenai perkara lain, tetapi walhal semuanya adalah salah.

Laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, Baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.

Semalam, dalam artikel bertarikh 5 Jun 2014 bertajuk 'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab', portal itu menyebarkan maklumat palsu dengan menyelewengkan perkara sebenar.




Penyelewengan fakta tersebar dalam laporan Malaysiakini sudah pasti akan memberi kesan nagetif dan sudah tentu akan memesongkan pemikiran rakyat. Fakta yang berbeza tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengamal media, kecuali pengamal media itu bermotif jahat, sengaja memutar belitkan sesuatu fakta untuk tujuan tertentu khususnya untuk mengelirukan pembacanya.

Berbalik kepada isu diatas, perlakuan Malaysiakini dalam memutar belitkan perkara sebenar adalah jelas dan turut disangkal dalam (KLIK) Utusan Malaysia.


Pihak kami juga telah mendapatkan penjelasan terus daripada YAB. Menteri Besar Johor berkaitan perkara diatas dan beliau juga turut mengakui apa yang tersebar dalam Malaysiakini itu adalah bukan fakta sebenar.

Beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.


Oleh yang demikian, apa yang tersebar di Malaysiakini ianya adalah perkara yang tidak benar, palsu dan boleh dianggap satu fitnah terhadap Sultan dan Negeri Johor.

Kami berpendapat, tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut ada patutnya sekiranya pihak Malaysia Kini gagal memohon maaf secara terbuka selain menurunkan kenyataan tersebut.




Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Jun 2014 11:08 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Apa Agenda Utusan Bantu Malaysiakini Serang Sultan Dan Kerajaan Johor...?

Posted: 06 Jun 2014 07:00 PM PDT


Agak pelik bila sebuah akhbar pro melayu, boleh tersampok dengan tulisan cina DAP seperti malaysiakini, apa sudah jadi dengan utusan? takan boss-boss utusan tak boleh call pejabat menteri besar johor untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas, ini aku nampak, utusan nak buat kerja senang, petik artikel malaysiakini kemudia spin cara depa.

Adun kempas nie pun satu hal jugak, kamu orang johor, makanya kamu lebih mengetahui apa yang berlaku di sana, jadi, bertanyalah dulu kepada DYMM Sultan Johor, sama ada benar atau tidak dakwaan malaysiakini tu, alah bro, dengan malaysiakini pun hang nak percaya ka?

Klik sini.

Tolak PERKASA, Pemuda UMNO Di Saran Cari NGO Pondan...

Posted: 06 Jun 2014 06:00 AM PDT


Mereka tolak PERKASA...

Mereka tolak ISMA...

Mereka berkawan dengan BERSIH...

Hebat permainannya...

PenangWasabi

Posted: 06 Jun 2014 09:58 PM PDT

PenangWasabi


Penglibatan sultan adalah 'luar biasa'?

Posted: 06 Jun 2014 07:32 PM PDT


Sultan atau raja tidak boleh terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri melainkan hanya bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam di samping tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem kerajaan di Malaysia.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pemberian kuasa kepada baginda untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) jika rang undang-undang bagi menubuhkan lembaga itu diluluskan, juga sesuatu yang di luar kebiasaan.

Namun demikian, katanya, keputusan kerajaan negeri Johor untuk melibatkan sultan dalam lembaga tersebut adalah sebagai satu jalan penyelesaian terbaik dalam isu perumahan mampu milik untuk rakyat agar ia dapat ditangani dengan lebih baik, tegas dan sistematik.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat prihatin masalah perumahan rakyat, jadi baginda mahu mengawal selia bukan atas dasar seorang sultan tetapi sebagai ketua negeri dan keputusan yang dibuat oleh lembaga itu nanti bukan keputusan sultan tetapi dipersetujui dan dinasihati oleh menteri besar dan exco kerajaan negeri kerana sultan bukan dilantik sebagai pengerusi lembaga tersebut.

"Perlu juga diberi perhatian perkara ini bukan sesuatu yang baharu, kerajaan negeri juga sebelum ini pernah memasukkan fasal yang sama semasa enakmen penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp), namun perkara yang baru ialah apabila sultan diberi mandat dan ambil bahagian berkaitan pentadbiran," katanya k di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan negeri Johor untuk membentang satu rang undang-undang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Melalui Rang Undang-undang bagi menubuhkan LPHJ itu, jika diluluskan, memberi kuasa kepada baginda untuk menyelia akaun lembaga itu selain baginda mempunyai kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

Dalam pada itu, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata Sultan Johor mempunyai hak untuk mengetahui segala urusan tadbir kerajaan Johor bagi memastikan pembangunan sosial, politik dan ekonomi di negeri itu berjalan lancar.

Katanya, penglibatan Sultan Ibrahim dalam urusan tadbir Johor menunjukkan beliau merupakan seorang ketua negeri yang sentiasa prihatin terhadap pembangunan dan kebajikan rakyatnya.

"Sultan Ibrahim sudahpun berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak baginda menaiki takhta sebagai Sultan Johor pada 2010.

"Maka baginda mempunyai hak untuk mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan Johor dan pentadbirannya. Hal ini dilihat tidak bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan yang negara amalkan," katanya.

Dalam pada itu, Kok Seong berkata, sekiranya Sultan Ibrahim terlibat dalam urusan pentadbiran negeri, baginda akan dinasihati oleh satu panel khas yang terdiri daripada ramai pakar dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu, setiap keputusan yang dibuat akan melalui fasa perbincangan terlebih dahulu sebelum diperkenankan oleh Sultan Johor.

Penang Wasabi..

Pas minta DAP 'cermin diri'?

Posted: 06 Jun 2014 12:06 PM PDT


Kerajaan Pas Kelantan menyelar DAP kerana mengaitkan isu pelaksanaan hudud di negeri ini sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu menuding jari kepada Pas dan hudud, sebaliknya mengakui kelemahan sendiri kerana calon yang dikemukakan iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bukan pilihan terbaik.

Katanya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina sehingga menyebabkan mereka melakukan protes dengan cara tidak mengundi DAP.

"Pada pandangan saya tidak ada sangkut paut dengan hudud, sebab kalau betul boleh menjejaskan sokongan macam mana DAP boleh menang di Bukit Gelugor. Jika Teluk Intan terjejas, Bukit Gelugor patut terjejas sama.

"Saya melihat punca kekalahan adalah undi protes daripada pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan oleh DAP. Mereka mahu orang Cina, tiba-tiba letak calon Melayu. Sudahlah muda, bukan berasal dari situ pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan meminta DAP mencermin diri dan tidak terus menerus menyalahkan pihak lain terutama Pas atas kegagalan parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.

"Kita pun kalau kalah, tidak salahkan siapa-siapa, kita salahkan UMNO sahaja," katanya.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Jun 2014 09:37 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Jun 2014 03:15 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Melancap dalam perpustakaan

Posted: 06 Jun 2014 09:45 AM PDT

Seorang hakim menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki di Kanada yang didapati bersalah melakukan onani di dalam sebuah perpustakaan awam – sambil memegang sebiji timun.

Tertuduh Fredrick Tennyson Davis, 49, (Gambar) melakukan kegiatan seks melampau itu di Perpustakaan Agincourt di Toronto pada 31 Mei lepas.

Perbuatan kotor itu berjaya dikesan oleh kakitangan perpustakaan itu.

Kakitangan perpustakaan sebenarnya telah mengecam seorang lelaki melakukan perkara sama yang dilakukan pada April lepas di tempat yang sama.

Konstabel David Hopkinson dari Perkhidmatan Polis Toronto mendedahkan bahawa pada 7 April, tertuduh duduk di sebelah seorang wanita berusia 26 tahun dan menghidupkan komputer ribanya.

"Kemudian dia mula melakukan onani dengan sebelah lagi tangannya memegang timun," kata Hopkins kepada Sun News Network.

Davis dituduh melakukan perbuatan sama dengan dua tuduhan gagal mematuhi tempoh percubaan. Dia turut pernah dituduh sebelum ini pada Jun 2012 di perpustakaan berbeza.

Hakim memerintahkan dia menjalani tempoh percubaan berkelakuan baik selama 12 bulan. – MYNEWSHUB.MY

Guru didakwa perkosa pelajar di Gombak

Posted: 06 Jun 2014 07:31 AM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke mahkamah majistret di atas dua tuduhan memperkosa pelajarnya pada tahun 2011 dan 2013.

Namun begitu, tiada pengakuan diterima dari Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34. Kes tersebut yang sepatutnya disebut di mahkamah session

Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini di atas dua tuduhan merogol pelajarnya pada 2011 dan 2013.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 34. Kes ini sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen, tetapi hakim terpaksa menghadiri mesyuarat di Putrajaya.

Bagi pertuduhan pertama, Ezlie didakwa merogol gadis yang 11 tahun semasa kejadian di rumahnya di Taman Aman Siara, Gombak di sini sekitar jam 1:00-03:00 petang pada 3 Dis 2011.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan yang sama pada orang yang sama ketika mangsa berusia 13 tahun di tempat yang sama pada Ogos tahun lepas.

Peguam Farhan Read yang mewakili Ezlie merayu ikat jamin atas alasan bahawa anak guamnya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis semasa siasatan mengenai kes itu.

Walau bagaimanapun, majistret Nurliana Ismail tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil didakwa.

-New Straits Times

ADUN DAP sertai MCA

Posted: 06 Jun 2014 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Jun - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Chew yang bertindak keluar daripada DAP September lepas, mengumumkan bahawa beliau kini menyertai MCA.

Bekas penasihat DAP Sabah itu berkata, beliau baru sahaja menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua MCA Sabah Wilson Yong dengan disaksikan presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai tengah hari tadi.

"Saya memilih MCA kerana ia merupakan parti yang mempertahan kedudukan kaum Cina dan pada masa sama turut berkhidmat kepada semua kaum," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah dijemput oleh beberapa pemimpin MCA di Sabah untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. - BERNAMA

Remaja jolok punggung sepupu selepas tonton video lucah

Posted: 06 Jun 2014 05:01 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disiasat kerana meliwat dan mencabul dua yang lain ketika berenang di tasik.

Remaja itu didakwa meliwat sepupunya berusia 11 tahun selepas mencabul seorang rakannya yang lain berusia 13 tahun di sebuah tasik berdekatan Kampung Salut di Jalan Sulaman kira-kira pukul 10 pagi pada 28 May lalu.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintenden M Chandra berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 13 tahun pada 29 May lalu, anak lelakinya memberitahu bahawa remaja berusia 14 tahun itu memasukkan jari ke bahagian belakangnya ketika mereka berenang.

"Kanak-kanak itu beritahu ibunya bahawa kawannya secara tiba-tiba memeluknya dari belakang dan memasukkan jarinya ke dalam seluar dalamnya (mangsa) dan memasukkan jari ke dalam duburnya," katanya.

Difahamkan remaja itu menolak rakanya dan kemudian beralih kepada sepupunya.

Remaja itu kemudian memeluk sebelum meliwat sepupunya itu.

"Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu memberitahu ibunya bahawa dia berasa sakit di bahagian belakang, dan menyatakan bahawa semua insiden itu berlaku di tasik," katanya.

Tambah Chandra, berdasarkan laporan ibunya pada 30 May lalu, anak lelakinya itu berenang tanpa pakaian.

Ibunya itu kemudian membawa anaknya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati terdapat luka dibahagian duburnya.

Menurut Chandra lagi, polis mengesyaki remaja lelaki itu menonton video lucah sebelum kejadian itu berlaku.

(Foto) Baju nipis, coli hitam Agnes Monica undang kritikan

Posted: 06 Jun 2014 02:01 AM PDT

Agnes Monica memang sangat berbakat. Bukan sahaja menyanyi, malah beliau mampu menari dengan baik sekali.

Bila menggayakan sesuatu untuk sesi fotografi, beliau juga bijak memilih busana untuk tujuan itu.
Beberapa foto terbaru Agnes Monica di bawah adalah yang terbaru darinya. Sungguhpun pemakaiannya mengundang kritikan dari peminat, Agnes tetap anggun dan cantik sekali.







Tauke Jambu tayang kasut harga RM6,000 baru dibeli

Posted: 06 Jun 2014 12:31 AM PDT

Sekeping foto dimuat naik oleh blogger hiburan terkenal, Rotikaya yang memperlihatkan Tauke Jambu memeperagakan kasut barunya yang berharga RM6,000.

Kasut tersebut dibeli di butik Giuseppe Zanotti Design berdasarkan resit yang turut dipaparkan bersama.

Rotikaya juga menulis status dengan mempersoalkan niat Tauke sama ada ianya satu pembaziran atau demi fesyen.

Pelbagai komen diterima termasuklah yang menyokong tak kurang juga yang menghentam.

Rezeki masing-masing...tapi mungkin tak perlu nak menunjuk sangat kot? Kan...

Pelacur di Indonesia berdemo bantah pusat seks ditutup

Posted: 06 Jun 2014 12:15 AM PDT

SURABAYA: Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu.

Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia.

Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini.
Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia.

Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut.

Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

"Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing," kata seorang aktivis tempatan, Anisa.

"Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini," tambahnya.

Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup.

Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka.

- AFP

Seks tak puas pun adu pada kedutaan, gila!

Posted: 06 Jun 2014 12:01 AM PDT

Singapura: Kerajaan semalam mendedahkan Kedutaan Singapura menerima banyak 'permintaan pelik' dan tidak berkenaan dengan bidang tugas yang ditetapkan.

Menteri Luar K Shanmugam berkata, antara 'masalah' yang dirujuk kepada kedutaan ialah mengenai khidmat seks yang tidak memuaskan.

"Ada seorang lelaki cuba mendapatkan bantuan kedutaan kami untuk mendapatkan pulangan bayaran atas khidmat seks yang tidak digemarinya," katanya.

Justeru, Shanmugam menyeru rakyat Singapura di luar negara agar tidak menyalahgunakan khidmat di kedutaan mereka.

Katanya, jumlah warga Singapura yang melancong keluar negara mencecah tujuh juta orang pada 2013 berbanding 3.6 juta 10 tahun lalu.

"Kami mengendalikan lebih 3,000 kes yang dilaporkan di kedutaan tahun lalu dan kebanyakannya adalah benar, tetapi kadang-kala kami mendapat permintaan yang pelik..

"Dia tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya dan di sini saya tegaskan, kami tidak dapat membantu dalam hal itu!," katanya.

Shanmugam juga menyatakan mereka terpaksa menolak permintaan seorang lelaki untuk menyiasat dakwaan 'diskriminasi kaum' yang terjadi di luar negara.

Lelaki berkenaan mendakwa dia menerima kepingan ayam yang lebih kecil di sebuah restoran makanan segera berbanding kepingan yang diberikan kepada masyarakat tempatan.

"Dia mahu kedutaan menyiasat perkara ini dan mendapatkan keadilan di negara berkenaan atas layanan berat sebelah diberikan," katanya.

- AFP

Bapa artis wanita terkenal dicekup

Posted: 05 Jun 2014 11:45 PM PDT

Shah Alam: Kegiatan bapa kepada artis wanita popular yang menyamar sebagai Datuk untuk menipu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang, petang semalam.

Lelaki berusia 60-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat dua individu mendakwa ditipu selain melarikan wang berjumlah RM15,000 yang kononnya untuk proses mendapatkan permit pekerja.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang selepas usaha menjejakinya dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sejurus menerima laporan mangsa.

Difahamkan, suspek kini ditahan untuk soal siasat dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama.

"Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini.

"Mangsa tidak perlu bimbang kerana semua butiran mereka dilindungi polis. Apa yang penting kegiatan suspek dapat dibanteras," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki yang mendakwa menerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor dan bapa kepada artis wanita popular dikesan ligat menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan peniaga yang mengupah warga asing sebagai pekerja untuk menyara kehidupan mewahnya sejak dua tahun lalu.

Lelaki itu turut mempunyai 23 rekod jenayah lampau membabitkan kes tipu di beberapa negeri di pantai timur dan mendakwa mempunyai 'kuasa' mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) membanteras PATI.

Dia dikatakan mengaut belasan ribu ringgit sebulan daripada mangsanya sebagai wang perlindungan kononnya dapat mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan suspek yang turut menyamar sebagai bekas setiausaha di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang berdepan dengan individu yang dimaksudkan ini diminta berhubung terus dengan pihak berkuasa," katanya.

Anak pemuzik rock jadi pengacara program agama

Posted: 05 Jun 2014 11:31 PM PDT

Melangkah kaki ke dunia penyiaran menjadi dambaan ramai gadis seusianya. Bagi Raja Noor Anis Suefia Raja Arif Shah, 22, beliau mengakui rezeki dan tuah memang ditakdirkan untuknya.

Sebaik selesai menjalani latihan amali di televisyen Al-Hijrah, beliau terus disunting untuk menjadi pengacara program di stesen terbabit.

"Saya bermula dengan rancang Man Jadda Wajada pada 2013. Saya memulakan tugas sebagai pengacara dan tahun ini, saya diberikan kepercayaan mengemudi rancangan dalam slot Assalamualaikum, iaitu Evolusi Y," katanya kepada HIP, baru-baru ini.

Lebih mesra disapa Suefi, beliau berkata, pesan bapanya juga sentiasa menjadi pegangan sebaik membuat keputusan menceburi dunia terbabit. Membesar dikelilingi adik-beradik perempuan, ia membuatkan mereka sering diingatkan oleh orang tua supaya sentiasa pandai menjaga diri.

"Bapa juga sentiasa pesan pada saya agar pandai membawa diri, terutamanya apabila memilih untuk menceburkan diri dalam penyiaran," kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Pesan bapa selalu diingati

Pesanan itu pasti berasas dan berdasarkan pengalaman sendiri. Bapa Suefi ialah anak seni yang sudah bertahun-tahun bergelar pemuzik.

Bercerita lanjut, gadis yang murah dengan senyuman itu memberitahu, bapanya ialah pemain keyboard bagi kumpulan rock, NRG.

"Bapa saya memang selalu ingatkan supaya tahu niat sebenar apabila melakukan pekerjaan. Seperti dirinya yang memilih kerjaya dalam bidang seni untuk mencari rezeki, beliau selalu mengingatkan saya agar fokus dengan kerjaya, lebih-lebih lagi saya perempuan," kata gadis dari Kuala Lumpur ini.

Suefi memberitahu, adik bongsunya ialah satu-satunya anggota keluarga yang menunjukkan minat dalam bidang muzik, mewarisi bakat bapa mereka.

"Kami semua sukakan hiburan dan tidak salah berhibur asalkan tahu batasannya. Saya sendiri meminati muzik jazz," katanya.

Mengenai kerjaya pengacaraan, beliau memang meminati jalur agama untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang itu.

"Masing-masing ada pilihan sendiri. Tidak salah bidang apa juga kita ceburi, asalkan kena dengan caranya," tuturnya merendah diri.

Tertarik isu berkaitan agama

Lulusan Diploma Komunikasi dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ini berkata, memang sejak awal beliau tertarik dengan program seperti Assalamualaikum yang mengetengahkan isu berkaitan agama dan gaya hidup.

"Sejak belajar saya memang menyimpan impian untuk terbabit dalam rancangan seperti ini, bukan saja sebagai pengacara tetapi juga wartawan siaran supaya dapat menggunakan ilmu yang saya pelajari," katanya.

Berhubung cabaran sebagai personaliti yang dikenali umum, tambahan pula apabila menerusi rancangan bercorak keagamaan, Suefi tidak menganggapnya sebagai tekanan atau kekangan.

Beliau yang masih solo menegaskan, dirinya tetap manusia biasa dan bebas melakukan pelbagai aktiviti asalkan tidak bertentangan agama.

Berita Harian

DAP tuduh Islam kekang hak beragama penganut agama lain

Posted: 05 Jun 2014 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Tindakan JAIS menyerbu satu acara perkahwinan Hindu membabitkan pengantin yang beragama Islam baru-baru ini telah menimbulkan ketidak puasan hati beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang terbaru, Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming dalam satu sidang media telah bertindak mengecam jabatan agama tersebut dan mempertikaikan mengapa sensitiviti masyarakat bukan Islam di Malaysia di pandang remeh oleh pihak berkenaan.

Dalam sidang media itu, Ong menyifatkan penganut agama lain di Malaysia kini mula dihantui dengan kebimbangan apabila hak beragama mereka mula di dihalang dan juga diganggu di atas nama undang-undang.

Beliau juga memberitahu masyarakat bukan Islam di negara ini kini umpama tawanan kerana pihak Jabatan Agama Islam dan beberapa pihak lain kini mula bertindak ala 'diktator' dengan tidak memperdulikan perasaan masyarakat bukan-Muslim dan menghormati kesucian majlis keagamaan seperti ditunjukkan dalam serbuan yang dilakukan itu.

"JAIS sepatutnya menghormati kesucian tempat ibadat bukan-Islam, dan meminta kebenaran kerajaan negeri terlebih dulu, bukannya menggunakan pendekatan 'buat dahulu, fikir kemudian.

Kenyataan tidak sensitif oleh Timbalan Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad ddi atas serbuan yang dilakukan menunjukkan JAIS gagal mengambil kira perasaan penganut bukan-Islam", ujar Ong.

Sebelum itu, JAIS melalui Timbalan Ketua Pengarahnya, Ahmad Zaki Arshad telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak mereka hanya melakukan pemeriksaan dan bukannya serbuan seperti mana yang didakwa oleh pemimpin pembangkang.

"Itu bukan serbuan atau operasi. Kita hanya datang buat pemeriksaan biasa sahaja tanya pemilik kad pengenalan betulkah dia beragama Islam dan kita masih mengikut prosedur", ujar Ahmad Zaki.

Ong ketika diminta mengulas kenyataan tersebut jelas kecewa dan menyifatkan alasan melakukan pemeriksaan kad pengenalan adalah satu alasan yang tidak bijak dan beliau turut menyoal bagaimana pula dengan kad pengenalan masyarakat Sabah dan Sarawak yang diketahui mempunyai nama yang sukar diketahui anutan agamanya.

"Misalnya Ketua Pengarah Eksekutif PEMANDU Datuk Idris Jala. Adakah JAIS akan menyiasat individu bernama Idris Jala jika ada laporan beliau hadir ke gereja?" tambah Ong lagi.-UtaraNews.com

Bersetubuh dengan remaja 15 tahun hingga lahir anak

Posted: 05 Jun 2014 10:01 PM PDT

SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.

Helen Cartwright. Foto mailonline
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.

Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.

Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar "berpelukan dan bercumbuan" sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.

Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang 'kanak-kanak' di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.

Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.

Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: "Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.

"Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.

"Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia," katanya.

Rogol: Penuntut kolej kena sebat di mahkamah 'on the spot'

Posted: 05 Jun 2014 08:45 PM PDT

Gambar hiasan
Ampang: Seorang penuntut kolej mendapat pembalasan dan pengajaran apabila disebat lapan kali menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.

Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun hukuman sebatan ringan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah bagi pertuduhan kedua.

Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dalam tempoh tiga bulan, setiap hari selama empat jam ke atas tertuduh mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, pada prosiding hari ini, tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.

Sesekali, tertuduh mengaduh kesakitan ketika disebat.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.

Selepas dia disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap tertuduh.

Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di sebuah rumah, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Gobind celupar, tidak masuk akal

Posted: 05 Jun 2014 08:41 PM PDT

BUTTERWORTH 5 Jun - Analisis Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo yang mengaitkan pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai tidak masuk akal, celupar dan berniat jahat.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, kekalahan DAP tidak ada kenamengena dengan hukum Allah yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, sebaliknya berpunca daripada sikap calon mereka sendiri, Dyana Sof­ya Mohd. Daud yang begitu lantang menolak hudud ketika berkempen.

"Kenyataan Gobind berniat jahat dan celupar kerana mahu mengaitkan hukum agama lain sebagai punca kekalahan mereka sedangkan dari awal lagi, calon mereka sendiri yang bangkitkan perkara berkenaan. Itu telah menimbulkan kemarahan pengundi di sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong dilaporkan sebagai berkata, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Utusan

Salahkan Pas: Bukti DAP angkuh, rasis

Posted: 05 Jun 2014 08:36 PM PDT

JERLUN 5 Jun - Tindakan DAP yang sanggup menyalahkan sekutu pembangkang, Pas berhubung kekalahan calonnya, Dyana Sofya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan barubaru ini menunjukkan parti itu didominasi oleh pemimpin yang angkuh dan sombong.

Penganalisis politik, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah turut menyifatkan perbuatan itu kian mendedahkan wajah rasis DAP yang sanggup mengheret isu hudud sebagai punca kepada kekalahan tersebut.

"Pas sudah sekian lama memperjuangkan hudud dan dalam tempoh itu, sudah berapa kali membantu DAP untuk memenangi pilihan raya. Tetapi DAP sanggup mengatakan rakan sekutunya itu sebagai punca mereka kalah.

"Saya fikir itu jelas menunjukkan yang mereka tidak menghargai Pas biar pun sudah lama bergandingan. Sepatutnya, parti itu menilai kelemahan sendiri sebelum membuat tuduhan sebegitu malah tiada sebab untuk mereka mengaitkan isu agama dalam hal ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini hari ini.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan ketegasan Pas yang berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai faktor yang mendorong kepada kekalahan Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan.

Tindakan itu jelas tidak disenangi beberapa pemimpin Pas termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang meminta DAP mencermin diri sendiri setelah hanya menampilkan Dyana Sofya yang disifatkan bukan calon terbaik sehingga menimbulkan kemarahan rakyat di situ.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pemerhatiannya mendapati ada dua faktor yang mendorong kaum Cina dan Melayu menolak DAP untuk mewakili mereka di Parlimen Teluk Intan.

"Bagi kaum Cina, mereka marah kepada parti itu kerana menampilkan calon Melayu. Disebabkan itu, ramai tidak keluar mengundi kerana kecewa dengan pencalonan Dyana Sofya. "Orang Melayu pula tidak suka dengan Dyana Sofya yang celupar memperjuangkan kemasukan semua kaum ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) selain tidak konsisten dalam beberapa isu termasuk hudud," ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan Barisan Nasional (BN) agar tidak terleka dengan kemenangan itu kerana sokongan kaum Cina terhadap mereka masih belum terbukti.

"Bersandarkan pemerhatian, kaum Cina masih belum kembali kepada BN. Cuma mereka marah kepada DAP kerana meletakkan calon bukan daripada kaum itu dan membuat protes.

"Kejayaan ini belum tentu menjamin kemenangan BN di Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang, jadi BN usah terlampau mendabik dada kerana masih banyak perkara perlu dilakukan," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20140606/po_02/Salahkan-Pas-Bukti-DAP-angkuh-rasis#ixzz33pIdioDX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gobind hina perjuangan Pas - Dewan Ulama

Posted: 05 Jun 2014 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.

"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap 'setuju untuk tidak setuju', tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).

"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.

"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.

"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu.

"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.

Utusan

Foto wanita berbaring dirakam CCTV

Posted: 05 Jun 2014 08:15 PM PDT

Seorang wanita dengan sengaja berbaring di tengah landasan keretapi berhampiran Milton Keynes (Gambar ihsan: Masons)
IMEJ rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan aksi seorang wanita berbaring di landasan keretapi di Milton Keynes sengaja dibuat dengan niat untuk 'bergurau'.

British Transport Police (BTP) sedang cuba mengenalpasti siapa wanita yang terdapat dalam rakaman CCTV berkenaan di Davenport Lea, Old Farm Park, pada April 2013.

Seorang lelaki turut bersama-sama wanita itu ketika kejadian. Mereka dilaporkan berdiri di tepi landasan selama dua minit sebelum wanita berkenaan berbaring di tengah-tengah landasan, kata BTP.

"Pada kira-kira pukul 3 petang, seorang lelaki dan wanita menghampiri landasan keretapi yang menghubungkan stesen Woburn Sands dan Bow Brickhill," kata PC Robert Hagan daripada BTP Milton Keynes.

Tambahnya: "Aksi mereka dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman CCTV berkenaan, pada mulanya mereka berdiri dan berjalan di tepi landasan dan selepas itu wanita berkenaan berbaring di tengah-tengah landasan.

"Ini bukan sahaja satu tindakan 'bodoh' malah aksi sedemikian membahayakan dan pihak kami sedang mencari dua individu ini untuk disoal siasat."

Padam foto separuh bogel

Posted: 05 Jun 2014 08:02 PM PDT

Ipoh: "Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

"Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini," kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.

Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.

Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.

ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.
Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.

Bomoh 'Syaitan Hari Rabu' ramal Ronaldo terlepas aksi Piala Dunia

Posted: 05 Jun 2014 05:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang bermula kurang dari dua minggu dari sekarang.

Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan masih mengalami masalah.

Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun.

Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana.

Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna "Syaitan Hari Rabu" telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi.

Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam berkata "Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini memerhatikannya.

"Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat menghasilkan 'Kahwiri Kapam' (formula ajaibnya).

"Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak beraksi menentang Ghana.

"Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib. Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian bahagian lain akan bermasalah pula."

Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat latihan mereka di New York sebelum ke Brazil.

Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan.

Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan.

Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti. -- Astro Arena