Jumaat, 29 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Jul 2011 03:55 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kota Raja under seige - di serang pengundi import!

Posted: 28 Jul 2011 08:11 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lalu, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.


Sementara itu Kota Raja kali ini diserang pengundi import dimana 7260 jumlah pengundi baru di daftarkan oleh SPR pada RDPT suku tahun 2/2011 kali ini.

Ini kerja gila jerit petugas PAS yang berang kerana belum pernah dalam sejarah dari pemantauan kami Kota Raja diserang secara gila begini.

Apa pun kami akan buktikan kepada Umno dan SPR bahawa mereka silap jika cuba menipu kami seperti mana yang kami lakukan pada RDPT suku tahun 1/2011 yang lalu.

SPR jangan kata kami kejam jika ribuan pengundi tidak akan dimasukkan dalam DPI dalam tempuh masa yang ditetapkan.

Kami bertekad untuk melawan habis-habisan walau pun terpaksa bergolok bergadai menyediakan puluhan ribu ringgit untuk membayar kepada SPR untuk membuat bantahan pada Isnin dan Selasa depan .... jumpa kami di SPR Selangor nanti.


Gambar - Lebih 70 orang petugas Pakatan Rakyat bersedia untuk membuat bantahan kepada SPR


Menyangkal hujjah SPR

Posted: 28 Jul 2011 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

"Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang  memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan  atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws).


"Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang," kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.


Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.


"Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," jelas Aziz.


Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.


"Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada 'pemain'. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

"(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan  lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

"Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil," tegas Aziz.


Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mala
h SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

"Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang. 
Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain," tegasnya. - keadilandaily

SYABAB Kapar

Posted: 29 Jul 2011 03:15 AM PDT

SYABAB Kapar


Posted: 28 Jul 2011 11:53 AM PDT

http://nobadeercapital.com/wordpress/wp-content/themes/sendinvitetoyourfriend1.htm

Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 29 Jul 2011 03:04 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Karnival Amal 2 Dekad

Posted: 28 Jul 2011 09:52 PM PDT



Jabatan Amal Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO dibawah Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Amal 2 Dekad bersempena ulang tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia yang telah menjangkau usia 20 tahun.





Dalam program karnival yang diadakan selama 4 hari ini, disajikan beberapa acara dan persembahan artis-artis, forum perdana ehwal islam yang membariskan ahli-ahli panel yang terkemuka suatu ketika dahulu. Selain daripada itu acara sukan seperti pertandingan badminton, futsal, larian marathon dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga dalam program ini akan diadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, khidmat kesihatan percuma.

Semua rakyat Malaysia terutama yang berdekatan dengan kawasan program dalah dijemput hadir.

Tarikh Program : 28 Julai hingga 31 Julai
Tempat : Stadium terbuka Bangi Seksyen 15.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Jul 2011 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pengunaan dakwat dan biometrik kenyataan merapu Najib

Posted: 28 Jul 2011 08:15 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menyatakan bahawa kurang bijak bagi seorang Perdana Menteri berkata bahawa Pakatan tidak akan menerima sebarang usul untuk bakal dilaksana bertujuan baik untuk rakyat, kenyataan sebegini amat dangkal dan merapu.

Kenyataan beliau (Najib) berhubung isu biomatrik yang bakal diguna pakai dalam PRU 13 sebagai alternatif terhadap penggunaan dakwat kekal dan yang pasti pengunaan dakwat lebih murah dan praktikal untuk mengesan pengundi yang telah membuat undian.

Najib bersikap seperti orang kurang siuman, belum pun permintaan (dakwat kekal) tersebut  ditunai, Pakatan telah dilabel dengan pertimbangan yang seakan-akan datangnya dari kanak-kanak di tadika dengan mengatakan PR tetap akan mengatakan tidak jika kerajaan Umno-Bn setuju guna dakwat kekal dalam PRU 13 walhal belum pun berlaku seperti yang dikatakannya.

Minda beliau tidak ubah seperti manusia yang baru keluar dari gua setelah tinggal di gua dalam tempoh yang lama.
Sudah pastilah sistem dengan kelengkapan elektronik lebih mahal berbanding dakwat, tambahan pula sistem tersebut (biomatrik) jelas mudah dimanipulasi, belum teruji dan membazir.

Beliau mengatakan bahawa PR sering menolak sebarang usul kerajaan pusat, adalah menjadi lumrah, pembangkang akan menegur apa jua ketidakadilan yang berlaku dalam pemerintahan Negara, sekarang jelas kerajaan Umno-Bn telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, jadi Pakatan menjalankan peranan kemudian ditohmah sebagai pihak yang enggan terima sebarang perubahan, ini tidak adil dan layak digelar zalim.

Saya cabar supaya beliau (Najib) orang yang pertama menguji dakwat kekal untuk buktikan samada dakwat kekal boleh dimanipulasi atau tidak berbanding sistem biomatrik yang mana menurutnya tidak boleh dimanipulasi.

Isunya sebenarnya BN amat takut jika mereka kalah dalam PRU 13 nanti, itulah sebabnya mengapa mereka cuba sedaya mungkin pertahankan langkah yang hanya menguntungkan BN termasuk biomatrik dengan harapan ia boleh dijadikan sebagai talian hayat BN.

Hakikatnya Umno tidak perlu takut kerana apapun sisiterm yang digunakan, rakyatlah sebagai penentu untuk memilih PR atau BN dalam PRU 13 nanti.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 29 julai 2011

Perangi kos kehidupan rakyat, gula-gula politik Najib hadapi PRU 13

Posted: 28 Jul 2011 07:54 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menjelaskan bahawa pengumuman DS Najib Razak mahu perangi kos kehidupan rakyat sebagai gula-gula politik dan untuk menagih simpati rakyat terhadapnya. Beliau sebenarnya telah gagal menjadikan rakyatnya hidup dengan selesa sejak beliau mengambil alih jawatan PM Malaysia.
.
Sebenarnya Inilah yang kita boleh katakan sebagai impak bersih 2.0 dan telah mencetuskan NKRA ke tujuh, dengan kononnya mahu membela rakyat yang telah terhimpit disebabkan salahlaku amalan pentadbiran BN sekian lama. Sesuatu yang baru cuba dijanjikan kepada rakyat demi untuk terus berkuasa.

Perdana Menteri sekali lagi mahu perbodohkan rakyat serta mahu mengambil semula hati rakyat yang telah membenci kerajaan Umno-Bn setelah terdedahnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman baru-baru ini.

Jika benar kerajaan pimpinan najib razak berhasrat mahu ubah nasib rakyat, mengapa tidak lakukannya sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri, langkah ini diambil setelah bertahun lamanya dan ia menggambarkan dengan sendirinya betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin ini.

Najib mengambil langkah ini kerana angin pilihan raya umum 13 telah makin terasa dan makin hampir, maka janji politik yang bersifat gula-gula PRU ini muncul secara tiba-tiba walhal pada hakikatnya beliau (Najib) sebenarnya gagal unruk membela dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan.

Slogan rakyat didahulukan jelas tinggal slogan dan dilihat sebagai reatorik untuk menipu rakyat . BN ternyata gagal dalam banyak tindakan dan langkah yang dilakukan termasduk semasa pentadbiran Najib.

Saya nampak beliau (Najib) tidak ubah seperti khunsa kerana meneruskan tradisi berahsia dan takut untuk lakukan pengumuman tarikh pilihan raya.

Sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak umum tarikh peperiksaan SPM, seminggu lagi peperiksan menjelang baru diumumkan, kemungkinan calon (pelajar) SPM tersebut gagal amat tinggi, begitulah yang Umno-Bn lakukan terhadap Pakatan Rakyat, sebab itulah saya katakan Umno-Bn umpama khunsa.

Justeru itu kita sebagai rakyat yang punyai pemikiran yang dinamik, peka dengan isu dan maklumat terkini yang berlaku,mari sama-sama lakukan perubahan demi untuk menyelamatkan Negara Malaysia dari terus dikuasai Umno-Bn yang mempedulikan hak rakyat secara jujur dan total.

Berilah undi anda kepada Pakatan pada PRU 13 yang akan menjelang.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 28 julai 2011.

Pelantikan PM baru Thailand 1 Ogos ini

Posted: 28 Jul 2011 02:00 AM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Pihak berkuasa pilihan raya Thailand, semalam bertungkus-lumus bertugas mengesahkan calon yang menang pada pilihan raya umum 3 Julai lalu bagi memberi laluan kepada pembentukan Parlimen baru dan pelantikan perdana menteri baru yang dijangka dilakukan pada awal Ogos.

Setakat ini, 402 daripada 500 calon yang menang sudah diluluskan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) yang berhempas-pulas menangani sejumlah besar aduan dalam beberapa hari ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, Yingluck Shinawatra, adik perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra akan menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand selepas parti Phue Thai menang besar dalam pilihan raya lalu. Mengikut undang-undang, EC perlu mengesahkan 95 peratus daripada calon yang menang atau 475 daripada 500 kerusi Parlimen supaya dewan rakyat dapat mengadakan persidangan rasmi pada Isnin, 1 Ogos ini. EC menegaskan ia akan dapat menyelesaikan proses itu a hari ini (semalam).

Sesi Parlimen bagi memilih speaker dewan akan dilakukan pada hari sama atau seberapa segera. Ia kemudian disusuli dengan sesi pelantikan perdana menteri. Minggu lalu, EC mengesahkan enam calon Phue Thai yang juga pemimpin kumpulan Baju Merah, menolak pertikaian mengenai peranan mereka dalam rusuhan demonstrasi berdarah di Bangkok tahun lalu. - Reuters

Negeri UMNO ada hospital larang pekerja pakai tudung

Posted: 28 Jul 2011 01:20 AM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunyaan Singapore sahabat akrab Yahudi Israel.

kedahlanie/-

Kami Rakyat Dan PM Hak Kami, Kata Fareez

Posted: 28 Jul 2011 01:00 AM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.

"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.

Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

" Malah ada yang melampau sehingga mendakwa saya merancang mahu mencederakan dan membunuh Perdana Menteri semalam hanya kerana kapisiti saya sebangai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM),"katanya.

Justeru itu beliau tampil hari ini menjelaskan bahawa usaha menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih, adalah hak rakyat.

"Penahanan saya semalam juga menggambarkan seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyat,"katanya lagi.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan Najib dan media kawalannya agar tidak terus melayani rakyat sedemikian rupa kerana rakyat biasa juga punya hak ke atas Perdana Menteri dan negara ini.

"Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

"Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi,"katanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan bersama empat orang awam ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan rakyat di bawah akta Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih 2.0.

Mereka ditahan sekitar jam 3 petang setelah berbaris bersama pelatih khidmat negara (PLKN) untuk berjumpa Najib Razak, yang hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Sebelum ditahan, kesemua mereka sempat melaungkan slogan 'reformasi' dan 'hidup rakyat'.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar, dan Sacchinathan.

Fareez juga secara berseloroh sempat berkata "Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Kata-kata Fareez disambut gelak ketawa beberapa wartawan yang hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat ahli parlimen Ampang tengahari tadi.

tv selnagor/-

MP Jeyakumar mulakan mogok lapar

Posted: 28 Jul 2011 12:31 AM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut isterinya, R Mohanarani, Jeyakumar memberitahunya berhubung mogok lapar itu semasa beliau melawat suaminya semalam.

"Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan sejak 2 Julai lalu.

"Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan," kata Mohanarani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, Jeyakumar memberitahu beliau akan mogok lapar mulai hari ini dalam usaha mendapatkan keadilan.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga semua PSM6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," katanya.

Jeyakumar baru-baru ini dikejarkan ke hospital kerana komplikasi jantung sebelum dipindah ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut.

Mohanarani berkata bertekad meneruskan mogok lapar kerana telah hilang kepercayaan ke atas polis yang didakwanya 'menembak secara liar' menolak penafian bahawa mereka sebahagian daripada BERSIH 2.0 ataupun Parti Komunis Malaysia.

"Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani tiga laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang.

"Sekarang SB (polis cawangan khas) telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat semua siasatan sebagai sia-sia sahaja," katanya.

Dalam kenyataan media berasingan setiausaha agung PSM S Arutchelvan beliau akan ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kesihatan ahli parlimen itu.

"Oleh tida pengesahan daripada pihak berkuasa, kami percaya Dr Jeyakumar telah memulakan mogok lapar dan kami amat bimbang dengan keadaan kesihatannya," katanya.

malaysiakini/-

Salam Perjuangan

Posted: 28 Jul 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


AZIZ BARI SANGKAL HUJAH SPR

Posted: 28 Jul 2011 03:52 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 28 Jul 2011 09:29 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Generator pengubat duka

Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT



Generator pengubat duka
Sinar Harian 29 Julai 2011

ULU JELEBU - Penantian sebuah keluarga selama 17 tahun untuk mendapatkan bekalan elektrik berakhir apabila menerima sumbangan generator daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Norhayati Johari, 40, berkata, dia berasa gembira dan bersyukur kerana ada pihak sudi menghulurkan bantuan.

Menurutnya, dia sudah menunggu bantuan itu sejak 17 tahun lalu untuk mendapat bekalan elektrik.

"Walaupun hanya generator, namun ia sudah memadai. Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami yang terpaksa membeli ubat nyamuk dan minyak untuk memasang pelita.

"Dengan adanya generator ini, ia akan memudahkan saya untuk memasak, anak-anak belajar pada waktu malam dan tiada lagi masalah nyamuk kerana kami sudah boleh memasang kipas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit, semalam.

Hadir sama, Presiden Kelab Zonta, Jemiliah Rouse; Timbalan Yang di-Pertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat; Naib Yang di-Pertua Pas Kawasan Jelebu, Saiful Bahri Jamaan dan Timbalan Presiden Kelab Zonta, Dr Husna Sulaiman.

Norhayati bagaimanapun berkata, dia masih berharap agar bekalan elektrik dapat disalurkan terus ke rumahnya.

"Penggunaan generator hanya terhad untuk peralatan elektrik berkuasa kecil sahaja," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9381212.asp

Buka Puasa bersama InTeam SRIIDU 17 Ogos 2011 Seremban

Posted: 28 Jul 2011 08:37 PM PDT



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI
Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team
Tarikh : 17 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 6.15 pm - 7.45 pm
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan

Kupon RM 50 sahaja

Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban

Anjuran :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum,
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Lanjutan kisah sedih peneroka Felda N.Sembilan

Posted: 28 Jul 2011 07:46 PM PDT



Lanjutan dari artikel Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan yang tersiar pada 28 Julai 2011 dan tersiar di laman web Tranungkite.net . Satu komen yang perlu diselidiki lebih mendalam terdapat di Tranungkite.net.

Sila baca komen tersebut di http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=comments&op=showreply&tid=32517&sid=7675&pid=32504&mode=thread&order=0&thold=0#32517

Artikel Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2011/07/kisah-menyayat-hari-peneroka-felda-di.html

17 tahun tunggu elektrik di Jelebu, akhirnya PAS bantu

Posted: 28 Jul 2011 01:40 AM PDT



Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Felda fails to evict settler

Posted: 28 Jul 2011 01:13 AM PDT



Felda fails to evict settler
Zefry Dahalan July 28, 2011

In what lawyers describe as a landmark decision, a judge says the land authority violated natural justice

SEREMBAN: A Felda settler scored a landmark victory at the Seremban High Court today when the judge declared that the land authority had committed an unlawful act in evicting him from the Palong 9 resettlement scheme.

Felda ordered Che Hashim Che Long out of the scheme in April last year on the ground that his son had attacked the manager of the scheme during a quarrel, his lawyers told FMT.

Judge Zulkifli Bakar, who gave his verdict in chambers, said Felda had violated the Land (Group Settlement Areas) Act in its failure to give notice of the eviction. In so doing, it had denied Che Hashim his rights under natural justice, lawyer Abdul Nasir Abdul Aziz quoted the judge as saying.

Felda was ordered to pay RM5,000 in costs, he added.

Che Hashim was not the first settler that Felda had evicted, but the first to challenge the action in court.

"There had been a few cases of Felda settlers being evicted for various reasons, but they never stood up for themselves," said lawyer T Kumar, who also represented Che Hashim.

"Che Hashim's courage to fight to the end definitely makes this is as a landmark victory. This case sets a precedent."

Kumar, who is PKR's deputy secretary general, has won several cases for Felda settlers in recent months.

The lawyer representing Felda refused to comment on the judgment or give her name to FMT.

The manager of Felda Palong 9 also refused to comment.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/28/felda-fails-to-evict-settler/

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 28 Jul 2011 09:16 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 28 Jul 2011 07:56 PM PDT



BERSANTAI BERSAMA
ORANG MUDA GENG KITE.

Anjuran PAS Cawangan Keratong 04
Pada 29 Julai 2011 - Jumaat

Masa 9.00 malam

Atur majlis: BBQ DAN TAYANGAN VCD 'BERSIH'
Orang Muda jemput hadir !!!

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 28 Jul 2011 09:16 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan.-DS Nizar

Posted: 28 Jul 2011 07:23 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Jul 2011 07:59 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masalah Hakisan Tanah di Tebing Sungai Batu 1 Masih Belum Dapat Diselesaikan !!!

Posted: 27 Jul 2011 08:01 PM PDT

KUALA BARAM – Pemilik rumah di Kampung Batu 1, Kuala Baram yang mengadu rumahnya menunggu rebah berpunca daripada limpahan air dari anak sungai meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menembok di belakang rumah bagi menggelakkan masalah itu berlaku. Zainal Tar, 43 berkata, parit yang dibina oleh bekas pemilik tanah di belakang rumahnya itu telah menyebabkan air dari sungai masuk ke kawasan rumahnya menyebabkan tiang reput dan rumah tersebut retak dan senget.
Kini Zainal dan ahli keluarganya yang lain tinggal di rumah yang dibina kerajaan dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun mereka masih menggunakan rumah yang senget itu sebagai tempat memasak dan menyimpan barang. "Selain senget, berlaku keretakan di bahagian dinding rumah tersebut. Selain itu air yang melimpah kerap menyebabkan berlakunya banjir kilat di bawah di kedua-dua rumah." "Sehubungan itu saya berharap wakil rakyat dapat berbuat sesuatu termasuk menutup terus parit di kawasan tersebut untuk menggelakan air sungai masuk terutama musim hujan," katanya hari ini. Menurut Zainal, dia tidak ada kuasa ke atas kawasan tersebut kerana ia membabitkan tanah orang lain. "Kami telah lama memohon bantuan dari pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perparitan untuk menembok tanah di kawasan rumah kami tetapi sehingga sekarang, belum ada sebarang tindakan," ujarnya. Dia berkata, kediaman beliau di Lot No 7756 merupakan satu-satunya rumah di kampung berkenaan yang berdepan masalah itu yang turut menimbulkan masalah bau dan pembiakan nyamuk aedes. "Kami berdepan masalah itu sebanyak tiga atau empat kali dalam sebulan semasa musim tengkujuh. Saya menganggarkan keluasan 50 kaki lebar dan 200 kaki panjang kawasan rumah saya dimasuki air. Air mencapai ketinggian sehingga lebih dua kaki sekiranya hujan lebat." Jelasnya, dia pernah mengutarakan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Negeri Sarawak selain Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) pada tahun 2009 dan 2010

Keadaan rumah yang hampir roboh
dan Saluran air yang tersumbat

PS: Pengadu pernah menyuarakan masalah beliau kepada PAS Miri dan Pihak PAS Miri juga pernah menghubungi talian khidmat yang mengatakan belum ada peruntukan untuk kawasan tersebut. Kita sangat berharap pihak yang berwajib harus mengambil tindakan segera mengatasi masalah pengadu sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

PAS LENGGONG

Posted: 28 Jul 2011 07:26 PM PDT

PAS LENGGONG


Polis gagal buktikan 'keganasan' Bersih 2.0

Posted: 28 Jul 2011 02:51 AM PDT

Polis gagal buktikan 'keganasan' Bersih 2.0
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 28 Julai: PAS mendakwa polis gagal mengaitkan Bersih 2.0 dengan keganasan apabila sehingga kini tidak mendedahkan hasil siasatan penemuan senjata berbahaya dan t-shirt kuning berlogo Bersih beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin dakwaan penemuan senjata tersebut hanyalah propaganda Umno BN yang menggunakan pihak polis untuk memburuk-burukkan Bersih 2.0.

"Apa yang berlaku sebelum perhimpunan Bersih itu hanyalah propaganda Umno BN untuk menggambarkan peserta Bersih satu kumpulan militan untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.Ini matlamat sebenarnya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Awal pagi 4 Julai lalu, polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut yang didakwa akan digunakan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Bahan letupan itu didakwa ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan t-shirt berlogo bertulisan Bersih yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo.

Salahuddin berkata, apa yang menghairankan, polis gagal membuktikan senjata tersebut digunakan peserta perhimpunan Bersih 2.0, malah perhimpunan berlangsung aman melainkan gangguan daripada pihak polis sendiri.

"Ternyata pada hari itu kita berjaya mengadakan perhimpunan yang ternyata aman dan tidak pernah sekali-kali mencderakan atau merosakkan harta awam.

"Memang kita berjaya membuktikan kita tak bawa apa-apa senjata dan bahan-bahan bukti itu perlu diisytiharkan oleh pihak keselamatan apa statusnya.

"Lepas perhimpunan Bersih kita tak tahu status barang-barang tersebut dan ke mana pergi baju kuning yang dirampas polis," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

'Cerita' yang diada-adakan

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyifatkan dakwaan penemuan barang-barang tersebut sebagai "cerita" yang sama dengan kes penemuan parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis April tahun lalu.

Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15, sedangkan dalam keterangan tiga saksi selepas itu, mereka mendakwa tidak pernah meletakkan parang itu di dalam kereta dan tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa senjata itu.

Menurut Nizar, polis sengaja mengada-adakan cerita untuk memfitnah peserta Bersih 2.0.

"Saya letak cerita ini (penemuan senjata dan t-shirt Bersih) sama dengan kes Aminulrasyid dahulu, episod yang sama, fitnah dari pihak polis dan mereka kena minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana memfitnah.

"Rakyat tak buat macam itu tapi polis mengada-ngadakan cerita jadi terbukti polis sendiri yang buat fitnah," kata beliau yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tiadanya sebarang tangkapan yang dibuat pihak polis berhubung dakwaan penemuan senjata berbahaya yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 itu.

"Kita katakan kalau betul apa yang polis dakwa, dah tentulah ada seorang dua yang ditangkap dan dakwa mereka tapi sampai sekarang tak ada sesiapa pun yang ditangkap.

"Kenapa tak ditangkap orang yang bawa barang-barang berbahaya itu? Jadi ini adalah pembohongan mereka sebelum perhimpunan Bersih. Semasa perhimpunan banyak lagi pembohongan dan begitu juga selepas perhimpunan," katanya yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya

Posted: 28 Jul 2011 02:45 AM PDT

Pemuda PAS terus dedah penipuan pilihan raya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihan raya di negara ini.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan menegaskan bahawa tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda 'kotor' di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, pada 26 Julai lalu, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR.

Pihak SPR juga, ujarnya telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat 'pengundi klon/hantu' yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, mereeka akan membuat laporan polis serentak pada hari 29 Julai (esok) di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja 'silap mata' pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu, pihaknya akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihan raya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihan raya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihan raya pada 4 Ogos ini di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihan raya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian.

Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir, ujarnya.

Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta

Posted: 25 Jul 2011 10:52 PM PDT


Ramadhan: Selangor agih zakat RM14.24 juta
Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Julai: Selangor memperuntukkan sebanyak RM14,240,950 untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin menjelang Ramadhan dan hari raya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, agihan zakat untuk persiapan Ramadhan dan hari raya telah bermula 19 Julai lalu hingga 14 Ogos melibatkan 41 program di seluruh negeri.

Katanya, sebanyak RM8,975,300 diberikan kepada golongan miskin manakala RM5,265,650 untuk golongan fakir yang diagihkan melalui Lembaga Zakat Selangor.

Di Selangor, ujarnya terdapat seramai 12,159 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 pada 2010 manakala asnaf fakir pula seramai 6,849 pada tahun ini berbanding 9,430 keluarga tahun lepas.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan paling ramai penerima bantuan iaitu 3,529 keluarga dengan nilai RM2,647,750 diikuti Kuala Selangor seramai 2,621 keluarga (RM1,923,800), Sabak Bernam seramai 2,493 keluarga (RM1,753,150), Petaling seramai 2,197 keluarga (RM1,704,850).

Tambahnya, di daerah Klang (1,995 keluarga - RM1,532,900), Gombak (1,773 - RM1,348,300), Hulu Selangor (1,823 - RM1,385,800), Kuala Langat (1,659 - RM1,263,700), Sepang (570 - RM429,400) dan penempatan berkelompok seramai 348 keluarga (RM251,300).

"Pengagihan bantuan ini dilaksanakan lebih awal bagi membolehkan penerima zakat membuat persiapan Ramadhan dengan lebih sempurna di samping dapat menumpukan perhatian kepada melaksanakan ibada di bulan Ramadhan," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi agihan persiapan menjelang Ramadhan, bantuan berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima antara RM600 hingga RM1,000 mengikut tanggungan manakala asnaf miskin antara RM550 hingga RM1,000 juga mengikut tanggungan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 28 Jul 2011 03:55 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASAK DS NAJIB ! FAHAMKE MAKSUD SINIS PRESIDEN MIC NIE!

Posted: 28 Jul 2011 02:30 AM PDT


Belum tentu India sokong BN - Presiden MIC
Sokongan masyarakat India kepada kerajaan BN masih menjadi persoalan, kata presiden MIC Datuk G Palanivel, yang juga mengakui partinya dan juga BN hilang sebahagian besar sokongan pada pilihan raya umum 2008.

NONE"Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN," katanya pada sidang media hari ini.

Dengan spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat pada akhir tahun ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, Palanivel berkata penyelesaian segera diperlukan bagi manangani masalah masyarakat India itu.

"Jika mereka (BN) bantu, maka kita akan dalam keadaan baik. Kita perlukan bantuan, Masyarakat ini adalah masyarakat minoriti... kita bukan masyarakat majoriti, hanya minoriti," katanya yang juga adalah timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
-malaysiakini-

MASA TIPIEM SAHIFUL LIWAT BOLEH JUMPA, MASA PIEM LU SAPA NAK JUMPA

Posted: 28 Jul 2011 02:07 AM PDT

28 July 2011
"Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan" - Fareez
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal Intidzam yang ditahan polis ketika majlis pelancaran pengibaran bendera Jalur Gemilang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan beliau ada hak untuk berjumpa dan menegur perdana menteri.

"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat.

Demi rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi rakyat, saya mahu PM letak jawatan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau bersama enam ahli AMK yang lain ditahan di KL Sentral semalam kerana dikatakan cuba menyampaikan memorandum kepada Najib.

Bagaimanapun, Mohd Fareez menegaskan beliau bukan seorang teroris.

"Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

"Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan mensabotaj program edaran Jalur Gemilang.

Tentera upahan Umno

"Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu mencedera dan membunuh Perdana Menteri hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

"Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hattaPapa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidak mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

"Maka, demi memelihara keselamatan PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan mencabar kesabaran rakyat lagi," katanya.

Mohd Fareez berkata, penahanan semalam juga menggambarkan seolah-olah beliau dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini.

"Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya," tambahnya. -FMT
by STONE

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 28 Jul 2011 03:48 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BERAPA NAJIB DAPAT DARI KONTRAK RM300 B PANELPOINT?

Posted: 28 Jul 2011 08:48 AM PDT

Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu melalui CEOnya Che Nordin Ismail berkata mereka telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri, DS Najib Tun Razak.


The government, he said, has been very supportive of the private project and PanelPoint received the go-ahead from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak earlier this month.

"All other foreign governments involved with this project are well aware of the development through their representatives," Che Nordin said, adding that PanelPoint was yet to sign any official documents with the governments or officials regarding the pipeline," Che Nordin said.

A privately funded project, principally by Rochester Foundation Inc USA, the development of TAOG is expected to see close collaboration among foreign and local corporations, financial institutions and industry experts.

-- BERNAMA


.... tapi aku malas ulas panjang sebab biasanya company macam nie hangat-hangat taik ayam je... macam kes yang bagi PAS cek  tipu RM 1 juta dulu nak majukan tanah kat Kelantan .... apapun memang bertambah bodoh la Najib kalau dok layan orang macam ni walaupun memang dia bodoh sejak kebelakangan ni....

RAMAI TERLEPAS MAGHRIB ...MALAYSIA GAGAL KE PERINGKAT SETERUSNYA

Posted: 28 Jul 2011 08:04 AM PDT

Singapura berjaya mengikat Malaysia dengan jaringan 1-1di Bukit Jalil pada perlawanan di pusingan kedua sekali gus  melayakan Singapura ke peringkat seterusnya pada perlawanan bola sepak kelayakkan piala dunia 2014 dengan aggregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton. Walaupun Malaysia berjaya mendahului gol permata pada minit ke ke 57 hasil lorongan dari Gunalan yang disempurnakan oleh Safee Sali terus gawang Singapura. Namun akibat dari hantaran jauh pemain Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 72 oleh Shi Jiayi. lebih malang pasukan negara menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayang kad merah pada minit ke-93.Walaupun asakan demi asakan dilakukan namun pertahanan Singapura berjaya mematahkan setiap serangan yang dilancarkan sehingga ke wisel penamat. 

Tahniah buat Singapura yang pandai berlakon dengan kecederaan manakala Malaysia juga perlu dipersalahkan akibat persembahan yang tidak menarik. Nasib baik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi (ore kawe) bermain cemerlang, kalau tidak Malaysia bolos dengan banyak lagi.

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua terutamanya kepada penyokong-penyokong Malaysia yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi agak kecewa kerana ramai yang jama' takyah Maghrib...

Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas menyingkirkan Chinese Taipei di pusingan pertama manakala Singapura mendapat bye.

PATUT DEPA TAKNAK CELUT DAKWA KEKAL... SORANG ADE 2 KP..

Posted: 28 Jul 2011 04:02 AM PDT

Patut le puak-puak UMjingNo dan anjing tunggangan nye SPR taknak laksana kaedah celup dakwat kekal... sorang ade 2 ic yg tercatat no ic baru yang berbeza... memang bangsat ....

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa TIDAK akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda 'kotor' mereka di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia. Pada 26 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. Pihak SPR juga telah mengakui secara terbuka bahawa masih  terdapat 'pengundi klon/hantu' yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing dan membuat laporan polis serentak pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja 'silap mata' pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini. Pada 4 Ogos 2011, Rabu akan datang Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihanraya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihanraya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihanraya. Program akan dilaksanakan di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihanraya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian. Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir.

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JAHANAM! ARTIS SEKSI BERLAKON WATAK USTAZAH

Posted: 28 Jul 2011 03:33 AM PDT

Julia atau pemilik nama sebenar, Julia Bob Fauzi Ziegler, 27, mengakui dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama Islam.

Justeru, tidak hairanlah, Julia juga tidak menolak untuk memegang watak sebagai Ustazah Halimah dalam drama bersiri sempena Ramadan berjudul Moreh untuk stesen TV Al-Hijrah.

"Memang bapa saya. Bob Ziegler Abdullah, 60, keturunan Mat Salih, tapi ibu saya, Saminah Subari, 66, adalah wanita berdarah Melayu-Jawa.

"Selain membimbing saya dari segi agama, emak yang juga seorang ustazah juga mengajar saya mengaji sehingga khatam Al-Quran sejak kecil lagi," kata anak ketiga dari empat beradik ini.


"Saya juga meminta emak mengajar dari segi tajwid bacaan surah dalam Al-Quran bagi memastikan saya menjiwai watak ustazah itu sebaik mungkin.

"Maklumlah, selain bertudung, Halimah juga mengajar kanak-kanak membaca Muqadam dan Al-Quran dalam cerita ini.

"Saya juga tidak menolak bila ditawarkan karakter Muslimah atau bertudung kerana sebagai pelakon, saya perlu versatil," katanya yang pernah beraksi dalam siri untuk Astro berjudul Tudung Ekspres.

... jahanam....jahanam...

CERAMAH ISU SEMASA: PENTAS PEMUDA

Posted: 28 Jul 2011 02:41 AM PDT


PAS WANGSA MAJU bersama PAS cawangan Sg Mulia akan menganjurkan ceramah Isu- isu semasa : Pentas Pemuda pada hari ahad 30 Julai 2011- 9.30 malam, bersamaan 28 Syaaban 1432H.

Bertempat di perkarangan rumah Tuan Haji Azman, aktivis PAS cawangan Sungai Mulia, program ini akan menampilkan seorang tokoh anak muda Sdr Nasaie Ismail yang merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan. Beliau juga diamanahkan menjadi setiausaha akhbar kepada Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang, presiden PAS. Anak kelahiran Pahang ini juga menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai. Kepetahannya berpidato semestinya menjadi kelebihan kepada PAS untuk menjelaskan isu- isu semasa yang selama ini ditutup dari media massa arus perdana.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju, yang Berbahagia Ustaz Muhammad Abduh Bin Mohammed Daud juga akan menyampaikan pidatonya nanti. Anak muda juga kelahiran Pahang ini adalah lepasan dari universiti Al- Azhar Mesir. Nantikan kemunculan sulong anak muda yang baru sahaja ditabalkan menjadi Ketua Pemuda Wangsa Maju ini. Sengatannya pasti membuatkan penguasa terluka.

Turut akan memanaskan pentas pidato malam itu nanti adalah Ustaz Muhammad Izzudin Hilmi Bin Muhammad Zaini . Seorang anak muda jati kelahiran Kuala Lumpur. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian di IPT awam Malaysia dan merupakan salah seorang aktivis BERSIH 2.0. Sesuatu yang menarik mengenai anak muda ini ialah nama beliau antara yang tersenarai diantara 91 orang yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur sempena BERSIH 2.0 yang lalu.

Selain dari itu, majlis ini juga kan menayangkan klip- klip video sempena BERSIH 2.0 lalu yang pastinya amat berbeza dengan apa yang dipaparkan oleh media perdana.

Mohon Sebarkan maklumat ini. Pastikan anada hadir beramai- ramai di perkarangan Rumah Tuan Haji Azman Kg Sungai Mulia, Batu 5, Jalan Gombak Wangsa Maju sabtu malam ahad nanti

ULAMA' UMNO MASIH SETIA DENGAN BAPAK THOGRUT.. KETEPI SERANAN DR ASRI

Posted: 28 Jul 2011 02:11 AM PDT

Ulama muda Umno mengetepikan saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti itu, sebaliknya mahu mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilapor mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.Malah kata mereka, isunya bukan Umno tetapi ada pihak yang tidak suka dengan keanggotaan pihaknya dalam parti itu dan mahu mencantas dengan menggunakan label Wahabi.

"Saya sebenarnya tidak mahu beri apa-apa komen kerana kita tunggu untuk mengadakan perbincangan dengan MKN, bila ada perbincangan mungkin akan ada jalan keluar.

"Kita masih menunggu (untuk jumpa MKN), kita dalam proses ke arah itu, saya tidak mahu nak cakap banyak… kita mahu selesaikan masalah ini secara harmoni," kata jurucakap ulama muda Fathul Bari Mat Jahya.

Mengenai saranan Asri, Fathul Bari (gambar) menegaskan "ini bukan pasal Umno."

"Tuduh Wahabi bukan satu masalah sebab dulu sebelum masuk Umno juga orang dah tuduh.

"Apa yang berlaku ini hanya perbezaan pendapat dan pandangan, mungkin ada orang yang tak suka dan mahu cantas dengan labelkan orang sebagai pengganas," katanya.

Selain 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu, Asri juga disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau oleh para mufti dan agensi agama.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada MKN berhubung perkara itu.

PERKASAM CABAR PAS LETAK LEBIH CALON... LU SAPA NAK CABAR KAMI!!

Posted: 28 Jul 2011 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pas dicabar meletakkan calon dalam lebih 130 kerusi Parlimen daripada 222 di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang jika berhasrat untuk menggantikan UMNO sebagai kerajaan yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu.

Cabaran itu disuarakan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail (gambar )sebagai mewakili seramai 4,500 ahli di sekitar daerah itu.

Menurutnya, jika Pas dapat meletakkan calon di lebih 130 kerusi Parlimen, Perkasa bersedia untuk memberi sokongan kepada parti tersebut kerana mendahului jumlah calon dalam dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, sebelum Perkasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi itu, kami juga mahu Pas kembali menjadi parti tunggal yang memperjuangkan Islam di negara ini.

"Ini kerana, Perkasa sebelum ini melihat Pas telah membantu kerajaan dalam mewujudkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju melalui kritikan-kritikan pedas selain perjuangan solo tanpa bantuan parti lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengendali blog RBF online yang mencabar Pas supaya berani berhadapan dengan DAP dalam menuntut jumlah kerusi lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Yusof memberitahu, Perkasa Kota Setar khususnya turut kecewa dengan tindakan pemimpin tertinggi Pas yang gagal mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak gara-gara mengikut DAP.

DUIT RAYA RM100,000 BUAT MP BN... DUIT RAKYAT MACAM DUIT KEPALA BAPAK DIA

Posted: 28 Jul 2011 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.

Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.

"Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil," kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN.

..... banyak duit BN? ... MP PR tak dapat juagk ke? buakn duit tu duit rakya... bukan duit kepala bapak ko...

HISHAM SUDAH PENING... MIC DESAK BEBAS 6 AHLI SOSIALIS

Posted: 27 Jul 2011 05:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

"Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

"Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.

Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.

Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan segera melepaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima pemimpin PSM itu.
Anwar menegaskan kesemua individu yang ditahan itu perlu dilepaskan segera tanpa sebarang syarat.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 28 Jul 2011 01:32 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


KHUSUS UNTUK MEDIA BARAT

Posted: 28 Jul 2011 11:42 AM PDT

KHUSUS UNTUK MEDIA BARAT



diperangkap oleh media antarabangsa
media barat cemburu kerana rosmah ada
cincin 24 juta ringgit kah kah kah



PERHIMPUNAN HARAM BUKAN AMALAN NEGARA MAJU : KHAIRY - meloya

REMBAU ; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, adalah tidak benar bahawa perhimpunan haram menjadi perkara biasa dan diterima oleh masyarakat kota raya besar di negara lain.

Beliau berkata, memang wujud demonstrasi di bandar raya lain tetapi ia bukannya boleh diadakan sesuka hati, dan jika adapun, ia tidak menimbulkan masalah dan pesertanya tidak melakukan provokasi terhadap polis.

Dia berkata, hujah pembangkang kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara ternyata tidak tepat kerana di Amerika Syarikat misalnya, penganjur demonstrasi perlu memohon permit untuk perhimpunan walaupun perlembagaan negara itu memberi jaminan mengenai kebebasan bersuara.

Khairy berkata, agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas.

"Perhimpunan haram yang dianjurkan tempoh hari sebenarnya sudah lari dari matlamat asal... tajuk dulu ialah untuk pilihan raya yang adil tetapi semasa berhimpun, sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk," katanya. – Tiewnama

SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA

Posted: 28 Jul 2011 11:40 AM PDT

BEBASKAN TAHANAN POLITIK




MIC GESA KDN BEBAS ENAM DITAHAN BAWAH ORDINAN DARURAT - minsider

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Subramaniam berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

"Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

"Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.


Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.
Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.

MEMAHAMI IMEJ DENGAN SEMIOTIK

Posted: 28 Jul 2011 11:33 AM PDT

CARA CUKONG BEKERJA


MEMAHAMI IMEJ CUKONG

gambar diatas baru disebarkan beberapa hari yang lalu.
gambar ini memiliki seribu satu makna

mari kita cuba memahami apa makna gambar ini
melalui pendekatan semiotik

semiotik ialah ilmu untuk memahami makna tanda dan makna imej
semiotik berasal dari zaman grek kuno lagi dimana warga greek kuno
telah dapat memahami tanda dan makna imej dan ukiran
ketika mereka berhadapan dengan dewa dewi dan yang maha esa

semua imej
semua objek
apa sahaja
dalam dunia ini memiliki nahu
gambar memiliki nahu
baju yang kita pakai memiliki nahu
kereta di jalan raya ada nahunya

justeru nahu ini samalah seperti nahu dalam bahasa melayu
atau nahu dalam bahasa jepun

apabila seseorang memasuki sekolah seni
yang dipelajari ialah cara untuk mengenal nahu
ertinya jika kita belajar ilmu ukiran
maka yang kita akan pelajari ialah nahu ukiran

mengetahui nahu ini bermakna mengetahui hukum hukum
dan syarat untuk kita memahami imej, ukiran, lukisan atau apa saja

GAMBAR DI ATAS
gambar ini ialah sambutan hari lahir madey muhamad
gambar ini di keluarkan oleh media miliki cukong
dalam gambar ini objek yang cuba dipaparkan ialah
muka cukong vincent tan
dan muka madey

dari segi semiotik inilah dia 'objek of desire'
atau benda yang diberahikan
dalam kajian semiotik
ada benda diberahikan
tanpa benda yang diberahikan
sesuatu imej akan gagal membawa makna

beri perhatian pada gambar ini
apa yang dapat difahami:

sedikit ke belakang ialah muhyiddin yassin
di belakang muhyiddin ialah isteri madey
jauh sedikit ialah mak janda arab isteri taib mahmud
di belakang muhyiddin tidak jelas muka seorang perempuan
dan jauh dibelakang ialah rais yatim

ada seorang lelaki itam tersenyum
ini adalah contoh klasik manusia kaki bodek
tugas malaon seperti ini ialah
untuk ketawa apa sahaja yang dihamburkan
oleh orang yang dianggap lebih atas darinya
lelaki itam ini tidak jelas mungkin seorang eee

sebelum kita berpanjang lebar
biar diterangkan apa dia cukong
cukong adalah towkay yang melibat dirinya
dengan kuasa politik anak tempatan untuk tujuan perniagaan
cukong adalah terminoloji jawa
ianya lahir di indonesia
diindonesaia cukong amat berkuasa
sama seperti di malaysia
mereka mengawal dan kontrol perniagaan

siapa yang kontrol impot expot
maka mereja akan kontrol nadi negara
inilah peraann cukong di indonesia
dan di malaysia

vincent tan adalah contoh cukong terbaik

cukong akan menjual apa sahaja
anak bini isteri ibu ayah
asalkan dapat membuat duit
ini falsafah cukong

cukong akan merasuah
cukong akan menjual dadah
cukong akan menjual perempuan
cukong akan menyeludup
semua untuk membuat duit
ini falsafah cukong

cukong tidak ada kesetiaan
kesetiaan cukong hanya pada duit
cukong tidak ada agama
cukong akan jadi hindu
kalau jadi hindu boleh buta duit]
cukong akan jadi kristian
kalau kristian akan buat duit
cukong akan jadi islam
kalau islam akan buat duit

cukong akan memerhatikan siapa ada kuasa
maka cukong akan merapati orang ini
inilah yang telah dilakuan oleh vicent
dia merapati madey

dalam gambar ini jelas vicent tan cukup intim dg madey
cukong ini memegang tangan madey
ini memberi makna mereka amat intim
mereka boleh pegang memegang
pegang tangan disini maknanya
- kami kawan baik boleh usik usik badan -


lihat mata vincent dan madey memandang ke kiri
memandang sadikit ke bawah dan tersenyum
siapa yang mereka pandang?
besar kemungkinan seoarang kaki bodek
atau pun seorang wartawan bodek
atau juru bodek yang dijemput sama

kemudian perhatikan mata muhyidin yassin
memandang ke arah yang sama tetapi menjeling
jelingan ini memberi makna sikap kurang jujur

dan lihat pula bahasa badan muhyiddin yassin
dia meletakkan tangannya ke belakang
ini macam d.o orang puteh melawat kampong melayu
pada satu ketika dahulu
meletakakn tangan ke belakang
mengeluarkan bahasa : lihat aku ada kuasa!

isteri madey memaki baju yang agak cerah
dan mukanya berminyak minyak
ini untuk menutup mukanya dan imejnya
dari diketahui umuma bahawa dia sebenarnya botak
dan memakai rambut palsu

di belakang isteri madey ialah mak janda arab
lihat mukanya - mak janda ini kelihatah sesat
jelas dari mukanya mak janda
arab ini tidak tahu apa yang sedang berlaku

vincent kelihatan gah dan bergaya
tersenyum bangga
bangga seoranh yang kaya raya
lihatkan aku memegang tangan madey

tangah yang telah
menkayakan dirinya hingga tujuh keturunan

imej ini ini jelas sedang berkata:
aku vincent tan
kawan baik madey
kamu melayu kaki bodek
hanya dapat barua aku

politikus kali bodek macam rais yatim pun
berjalan di belakang dan tunduk pada aku
aku lah raja sebenarnya

ADA LAGI

ada satu lagi yang sedang diperkatakan
oleh imej ini
ianya amat jelas
jika tak dapat membaca ini
maka gagal untuk membaca tanda dan makna imej ini

kali ini bukan siapa ada dalam imej ini
tetapi siapa tak ada dalam imej ini

diulangi sekali lagi:

gambar ini dikeluarkan oelh media cukong
ini bererti para cukong cukong mahu orang melayu tahu
siapa yang membuat pesta sambutan hari jadi madey ini

dan siapa yang ada dalam gambar ini
adalah mereka yang penting untuk cukong cukong

wajib diingati minggu lalu
najib juga sambut hari jadi
hanya rosmah yang ada dengan pulut kuning

kali ini madey sambut hari jadi
najib dan rosmah TAK ADA
kenapa rosmah dan najib tak ada?
tidak dijemput?
atau memang madey tak mahu melihat muka rosmah?

tak ada rosmah dan najib disini makna yang cukup besar
ini kerana madey adalah orang yang menaikkan najib
ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong najib
justeru vincent tan tahu
lalu rosmah dan najib tidak dijemput

gambar ini adalah membawa tanda bahawa cukong cukong
telah membuat persediaan untuk menyokong muhyiddin

justeru:
jelingan mata muhyiddin adalah
jelingan mata bakal pm malaysia


HAMPIR TERLUPA

ada lelaki tunduk di belakang vincent
ini juga adalah baruaa kaki bodek
sedang menolak meja untuk meluaskan laluan
inilah kerja barua kaki bodek
seratus peratus barua ini ialah melayu


AKHIRNYA


imej ini amat amat penting
kerana ini adalah tanda tanda
bahawa satu kumpulan baru
sedang disusun
satu kumpulan baru sedang diatur
bertujuan untuk menolak rosmah dan najib keluar

SIAPA TERORIS DAN SIAPA TERER?

Posted: 28 Jul 2011 11:30 AM PDT


BERI ARAHAN BUNUH IALAH TERORIS




MY NAME IS FAREEZ - I'M NOT A TERRORIST (28 July 2011)

Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain semalam, sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan sabotaj terhadap program edaran Jalur Gemilang semalam.

Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu memcederakan dan membunuh YAB Perdana Menteri semalam hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi.

Penahanan semalam juga menggambarkn seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya.

"Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat. Demi Rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi Rakyat, saya mahu PM letak jawatan.

Sekian. Terima kasih.

KERAJAAN ANAK BERANAK - SATU MALAPETAKA

Posted: 28 Jul 2011 11:29 AM PDT


NAKBA DI PALESTINE - MALAPETAKA DI MALAYSIA







PERANGI KOS KEHIDUPAN : NAJIB - meloya

Najib Razak hari ini mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Najib berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.

"Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.

"Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat," katanya.

Polis tanya soalan tidak masuk akal pada Surendran

Posted: 28 Jul 2011 11:11 AM PDT


KUALA LUMPUR: Polis mengemukakan soalan tidak masuk akal kepada peguam, N Surendran termasuk bertanya samada beliau merupakan seorang pakar gas pemedih mata dalam soalannya.

Soalan itu ditanya pihak berkuasa itu ketika mengambil keterangan Surendran di balai polis Jalan Travers, petang semalam.

Lebih melucukan adalah soalan bertanyakan sama ada lima plat titanium yang dimasukkan ke rahang pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakri dilakukan oleh manusia, kata peguam Latheefa Koya.

"Memang tak masuk akal. Apa relevannya soalan ini? Apakah kita perlu menjadi pakar gas pemedih mata untuk membuat laporan polis? Kenapa menyoal peguam sedangkan tugas sebenar mereka ialah membuat siasatan?," soal Latheefa.

Surendran, yang juga Naib Presiden KEADILAN dipanggil memberi keterangan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Acara Jenayah berdasarkan satu laporan yang dibuat berhubung kenyataannya kepada media yang didakwa 'mengancam ketenteraman awam'

Ia difailkan seorang anggota polis yang tidak dinamakan pada hari yang sama Fayyadh membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, 20 Julai lalu.

Keterangannya dirakamkan oleh ASP Sabri Yanteng, di balai polis Jalan Travers.

Menganggap proses itu sebagai gangguan, Surendran yang ketika itu sedang menemani anak guamnya Fayyadh Al-Bakri, namun terpaksa pula ditemani Latheefa untuk memberi keterangan.

"Begitu juga soalan – 'apakah kamu tahu apa itu Bersih, 'siapakah MP Khalid Samad seperti yang dimaksudkan' dan 'apakah itu kanister? Memang tak masuk akal. Mereka sepatutnya menyiasat laporan yang dibuat Fayyadh," tegas Latheefa.

Surendran dalam reaksinya menuntut pentadbiran tertinggi Polis dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein menjawab tindakan ganas ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.

"Ini sikap dan mentaliti apabila polis membiarkan institusi mereka diperkudakan kerajaan. Mereka tak membuat siasatan, tetapi menyiasat orang yang membuat laporan.

"Saya bertegas dengan kenyataan sebelum ini bahawa tindakan berbahaya yang dilakukan polis, iaitu mengacu dan mengarahkan muncung senapang gas pemedih mata ke arah peserta himpunan Bersih di KL Sentral adalah salah kerana ia akan menyebabkan kecederaan serius.

"Jangan berdalih atau cuba mengalih isu. Kami takkan berhenti untuk mendesak siasatan supaya keadilan dapat ditegakkan," kata Surendran. -KDaily

Milik Siapa Syarikat ini??

Posted: 28 Jul 2011 10:30 AM PDT

Dengan berbekalkan RESTU secara hitam putih dari Najib mereka berani menjalankan projek raksaksa yang bernilai RM300Billion.. err.. komisyen berapa agaknya?

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint Sdn Bhd mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).


Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

"Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail kepada pemberita selepas satu pengumuman di sini Mandarin Oriental Hotel di sini petang ini.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

Pembiayaan bagi projek akan datang daripada Rochester Foundation Inc, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana pengerusinya ialah Robert Smith Sr, yang juga rakan kongsi PanelPoint.

Che Nordin berkata, syarikat itu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Vietnam dan pembeli-pembeli gas berpotensi di China berhubung projek ini, tetapi belum ada perjanjian formal ditandatangani dengan mana-mana kerajaan.

Bagaimanapun katanya, PanelPoint sudah pun mengadakan perjanjian dasar dengan Vietnam berdasarkan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara dua negara pada 2005 untuk membangunkan industri gas dan minyak di negara Asia Tenggara itu.

"Perjanjian kami dengan Vietnam masih sah," kata beliau.

Che Nordin juga berkata, PanelPoint juga telah mengadakan perbincangan dengan pembekal-pembekal gas berpotensi, tetapi mahu memulakan perbincangan rasmi dengan Petronas dalam dua bulan.

PanelPoint akan mula membina saluran paip dalam enam hingga 12 bulan di Malaysia ekoran respons yang baik diperoleh daripada Putrajaya dan kerajaan negeri Johor dan Pahang, dan saluran paip ini kemudian akan menghubungkan Rusia.

Rosmah Mansor betul punya kerjakan duit rakyat

Posted: 28 Jul 2011 10:19 AM PDT

Entah berapa juta pula dihabiskan oleh Rosmah Mansor dan Najib Razak untuk projek DSR ni.


KUALA LUMPUR: Selepas laman web Pejabat Wanita Pertama Malaysia atau F.L.O.M ditutup pada 27 Januari lalu, ia digantikan pula dengan laman web baru yang dinamakan DSR atau 'Datin Seri Rosmah'.
Halaman khusus dalam laman web Jabatan Perdana Menteri itu boleh dilayari melalui alamat di http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/
Dengan latar utama berwarna merah jambu, bahagian atas yang mendominasi perhatian adalah paparan slaid bergambar aktiviti Rosmah yang berselang setiap 5 saat.

Manakala menu laman terbahagi kepada lima paparan selain 'Laman Utama' iaitu 'Isteri PM', 'Bilik berita', 'Koleksi multimedia' dan 'Informasi kami'
Setiap paparan dipecahkan kepada beberapa sub-topik termasuk pautan ke laman web Persatuan Badminton Malaysia, BAKTI, Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, The Malaysian AIDS Council (MAC) dan Seri Perdana.
Laman DSR mengandungi arkib berita yang berkaitan Rosmah yang dipetik dari media massa tempatan selain artikel, ucapan dan diari.
Ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh Rosmah yang berpakaian serba hijau disiarkan dalam rakaman video bergambar selama 3 minit 19 saat.
"Tujuan penubuhan laman web ini adalah untuk memberi peluang kepada para pengunjung sekelian untuk bukan sahaja mengenali saya dengan lebih dekat, tetapi juga dapat mengikuti dan memahami peranan dan tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang keenam," kata Rosmah dalam ucapan yang bertajuk 'Mesej dari DSR'.
Mengikut statistik yang disiarkan, sehingga hari ini lebih 37,000 pengunjung telah melayari dengan purata 230 orang setiap hari.
Laman DSR menggunakan Kompleks Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya sebagai alamat. Namun tiada maklumat sama ada laman ini turut menggunakan laman blog mikro Twitter atau Facebook sebagai salah satu medium capaian.
Sebelum ini kewujudan 'Pejabat Wanita Pertama Malaysia' di Jabatan Perdana Menteri didedahkan Keadilandaily.com termasuk senarai nombor telefon serta pegawai yang bertugas di bahagian itu.
Enam orang pegawai yang mengendalikan bahagian itu diketuai Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.
Dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.OM), ia bertujuan menjaga urusan serta lawatan-lawatan isteri Perdana Menteri itu, namun ditutup selepas isu itu didedahkan.

Dah beri RM211 juta, Rosmah Mansor kata tak cukup.. dia mintak lagi..!

Posted: 28 Jul 2011 10:18 AM PDT

Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).
Bernama hari ini melaporkan, Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.
Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu di luar bandar untuk  'memastikan' kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan hidup berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.
Kuasa Rosmah yang menggelar dirinya sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan kerana  ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.
Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Kelab Isteri Liar

Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita  Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu. 
Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak  membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..
Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

Bukti Dato' Zakiah Ibrahim, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

Posted: 28 Jul 2011 10:17 AM PDT


ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib

Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPM
terima kasih.
Kalau bukan rasuah ini apa?
Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta


1. Dato'Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.

2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya dihttp://www.davinciasia.com/home.html
7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?

10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk 'rundingan terus' tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk 'rundingan terus' itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau "pernah minta ditukar" hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan "air mata" di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk 'pindah' wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua 'kekayaan' itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

Ketika rakyat susah jom tengok beg tangan Rosmah

Posted: 28 Jul 2011 10:13 AM PDT

Kisah BEG TANGAN Rosmah Bernilah RM1 juta


Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.


Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.

Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain,"
menurut Mahfuz.

Siapa Sebenarnya Abd Najid Razak ? Pemilik Tandatangan Borang K2 Cincin RM24Juta !!

Posted: 28 Jul 2011 10:12 AM PDT

ini petikan entry dari edyesdotcom
Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.
Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 28 Jul 2011 01:23 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Pakar Perlembagaan Dakwa SPR BERBOHONG, Ada Kuasa Laksana Tuntutan BERSIH 2.0

Posted: 28 Jul 2011 03:38 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 28 Jul 2011 10:00 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

Posted: 27 Jul 2011 10:41 PM PDT

Kehadiran Bob Lokman baru-baru ini ke Kota Kinabalu sebagai duta PAS telah menggamit golongan belia dan remaja untuk mendekati PAS. Pelbagai program telah diaturkan untuk beliau selama 3 hari di Sabah iaitu bermula dari 23,24 dan 25hb Julai. Antaranya:

1. Minum Pagi dan Ramah Mesra Bersama Bob Lokman
2. Edaran Risalah di Tamu Inanam dan Tamu Gaya
3. Melawat Kg. Air dan Tazkirah Zohor
4. Forum 'Masyarakat Madani, Impian Kami' di Tanjung Aru
5. Kuliah Subuh dan Mangrib
6. Santai Pemuda Bersama Bob Lokman

Kehadiran beliau menjadi tumpuan peminat dari pelbagai lapisan masyarakat. Rata-ratanya memberi respons yang positif di atas kesudian beliau hadir bertemu peminat seterusnya sebagai Duta PAS bagi mendekati golongan belia dan remaja.

Program yang diaturkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ini seharusnya menjadi titik permulaan kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mendekati PAS seterusnya memahami Islam sebagai penyelesaian masalah masa kini.

Gambar sekitar program Bob Lokman:

 Disapa oleh peminat beliau ketika melawat tamu

 Menjejaki Kg. Air

 Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Saudara Lahirul Latigu bersama Bob Lokman ketika mengedar risalah di Tamu Gaya

 Program Santai Bersama Bob Lokman di Pantai Tanjung Lipat

 Minum pagi bersama Bob Lokman, kelihatan mantan Pesuruhjaya PAS Sabah turut sama

 Pandu Puteri bergambar bersama Bob Lokman

 Peminat bergambar bersama beliau

Peminat beliau


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 28 Jul 2011 09:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Download Kuliah Lengkap Kitab Munyatul Musolli oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Posted: 27 Jul 2011 05:27 PM PDT




001. Kitab Muniatul Musolli (.pdf):
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499872894
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?m2jt1wyfvan

002. Koleksi Lengkap Kuliah Kitab Muniatul Musalli Siri 001 - 020 (20 Kuliah - .zip file)
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499895741
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dwnunj5joqi

003. Koleksi Lengkap Kuliah Kitab Muniatul Musalli Siri 021 - 034 (14 Kuliah - .zip file)
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499881511
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?uymrl0ddmn1


Senarai Lengkap Siri Kuliah (34 Kuliah):


001. Kitab Muniatul Musolli 01 - Muqaddimah
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882114
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?wzzwwwnblgr

002. Kitab Muniatul Musolli 02 - Pembukaan Kitab
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499876091
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?0imajdxfitg

003. Kitab Muniatul Musolli 03 - Syarat Sah Solat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882094
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?x2bcb2xazjs

004. Kitab Muniatul Musolli 04 - Falsafah Solat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499878931
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?hjfcgfemioe

005. Kitab Muniatul Musolli 05 - Syarat Sah Solat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499875264
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dzho7dmbula

006. Kitab Muniatul Musolli 06 - Syarat Sah Solat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499891021
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?zupf2cmas53

007. Kitab Muniatul Musolli 07 - Rukun Solat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499875521
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?iuuig35grcr

008. Kitab Muniatul Musolli 08 - Rukun Solat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499878634
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dnd53lz62xc

009. Kitab Muniatul Musolli 09 - Sunat Ab'adh & Sunat Hai'ah 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882041
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?r9wikgnzxoz

010. Kitab Muniatul Musolli 10 - Sunat Ab'adh & Sunat Hai'ah 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882061
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?7e5dhoy2ypz

011. Kitab Muniatul Musolli 11 - Sejarah Solat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882101
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?wnnzcrlbbnw

012. Kitab Muniatul Musolli 12 - Kesempurnaan Syarat & Rukun Solat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882291
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?nvthwdydrnq

013. Kitab Muniatul Musolli 13 - Kesempurnaan Syarat & Rukun Solat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499923301
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?w0mva01u4sm

014. Kitab Muniatul Musolli 14 - Sujud Sahwi 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499921411
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?sazvktmejhe

015. Kitab Muniatul Musolli 15 - Sujud Sahwi 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499900754
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?s9olcqxlhwa

016. Kitab Muniatul Musolli 16 - Perkara Makruh Dalam Solat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499882171
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?t2cx4zkqzgu

017. Kitab Muniatul Musolli 17 - Zikir Selepas Solat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499922151
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?z901vq0j5eh

018. Kitab Muniatul Musolli 18 - Zikir Selepas Solat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499924264
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?hwtnwml7jpo

019. Kitab Muniatul Musolli 19 - Bab Solat Jumaat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499895491
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?kii2xok7twu

020. Kitab Muniatul Musolli 20 - Bab Solat Jumaat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499941891
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?vkcxclqctsy

021. Kitab Muniatul Musolli 21 - Hukum Meninggalkan Jumaat
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/500026071
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?zgm9gwni2h9

022. Kitab Muniatul Musolli 22 - Solat-solat Sunat 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499903251
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dgnenc9ezjc

023. Kitab Muniatul Musolli 23 - Solat-solat Sunat 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499937544
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?h7pfwtadatz

024. Kitab Muniatul Musolli 24 - Solat-solat Sunat 3
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/500132914
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?z8uhjaz0ery

025. Kitab Muniatul Musolli 25 - Solat-solat Sunat 4
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499904691
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?l1m0k1zjxqy

026. Kitab Muniatul Musolli 26 - Solat-solat Sunat 5
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499899141
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?mx0s9fclgpm

027. Kitab Muniatul Musolli 27 - Tatmim 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499904784
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?f8lswc9ui8o

028. Kitab Muniatul Musolli 28 - Tatmim 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499919254
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?llsn4asaqjq

029. Kitab Muniatul Musolli 29 - Tatmim 3
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499904831
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?4bljetwdyfh

030. Kitab Muniatul Musolli 30 - Tatmim 4
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499907081
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?snktwm4aeo4

031. Kitab Muniatul Musolli 31 - Tatmim 5
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499914511
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?ky7y3rkqzkh

032. Kitab Muniatul Musolli 32 - Bahjah Mardhiyyah 1
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499904661
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?yqmomznoiuz

033. Kitab Muniatul Musolli 33 - Bahjah Mardhiyyah 2
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/499914531
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?gihxjumuxij

034. Kitab Muniatul Musolli 34 - Bahjah Mardhiyyah 3
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/500412954
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?1yqqn0k9efd6hz7

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 28 Jul 2011 09:18 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


17 tahun tunggu elektrik di Jelebu, akhirnya PAS bantu

Posted: 28 Jul 2011 01:40 AM PDT



Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 28 Jul 2011 07:01 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK

Posted: 28 Jul 2011 06:49 AM PDT

BEKAS PRESIDEN SEMAKIN SUSUT

Posted: 27 Jul 2011 09:39 PM PDT

LAGI BANYAK MASALAH GUNA BIOMETRIK : PR

Posted: 27 Jul 2011 09:36 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 28 Jul 2011 03:16 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Percayalah, Umno memang bencikan ulamak

Posted: 27 Jul 2011 11:07 AM PDT

Oleh : Mat Teropong

Membaca berita berkenaan laporan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) berkenaan dengan gerakan Wahhabi yang dikatakan mengancam keselamatan Negara kerana ada unsur-unsur pengganas membuatkan kita tersenyum.Apa tidaknya bukan sahaja ulamak yang dikatakan ada hubungan dengan wahhabi yang duduk di luar Umno seperti Prof. Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin malahan sekumpulan ulamak muda yang ada di dalam Umno juga terpalit dengan tuduhan pengganas.

Kira-kira 40 orang ulamak muda itu yang pada masa penyerahan borang untuk menjadi ahli Umno kepada Perdana Menteri sedikit masa dahulu, dikatakan akan menjadi golongan yang memperjuangkan agama, mempertahankan Umno dari serangan pihak lawannya terutama serangan berkenaan keagamaan ( yang sudah tentunya PAS ), memperkasakan biro agama (parti yang mendakwa Islam hanya menyediakan biro sahaja untuk agama Islam) dan banyak lagi agenda-agenda yang hendak dilakukan demi memperjuangkan agama melalui Umno kononnya.

Akan tetapi setelah menyerahkan diri kepada Umno, maka inilah balasannya kepada mereka. Tiada harga atas usaha mereka, sayangnya mereka masih tidak sedarkan diri. Tidak mahu melihat sejarah yang begitu jelas menunjukkan kebencian Umno terhadap apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama. Ada nasihat dari orang dahulu iaitu orang yang sering terpedaya ialah orang yang tidak mahu belajar dari sejarah. Apatah lagi sejarah itu masih hidup iaitu orang yang mengalaminya masih hidup, belum mati lagi. Mari kita teliti sejarahnya.

Lihatlah sejarah bagaimana lahirnya PAS jika tidak kerana percanggahan pendapat antara nasionalis dengan agamawan di dalam Umno pada awal penubuhannya. Maka sekumpulan ulamak di dalam Umno keluar dan menubuhkan PAS. Bukti ini jelas iaitu semenjak dari mula lagi Umno memang bencikan ulamak. Ketika tahun-tahun Umno sakit, sekitar tahun 70-an maka mereka memanggil PAS bagi membantunya mencari ubat. Setelah ubat diberikan, maka PAS bukan sahaja ditendang tapi dijadikan musuh utama. Kerana apa? Hanya kerana PAS memperjuangkan dasar-dasar Islam.

Tiba ke era 80-an, sejarah masih belum puas mencatat tentang perilaku Umno terhadap ulamak. Masuklah Nakhaei Ahmad salah seorang orang harapan PAS ke dalam Umno pada akhir 80-an. Bekas ulamak PAS ini adalah salah seorang yang dicadangkan untuk menjadi ahli panel debat antara PAS dan Umno pada tahun 1985. Begitulah kehebatan ilmu Nakhaei yang dihargai oleh PAS pada waktu itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah Umno, maka pada saat itu jugalah harga dirinya jatuh merudum. Apa yang dia dapat hanyalah Yang diPertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia tanpa pengaruh politik. Kemana agaknya dia sekarang? Telah Islam sepenuhnyakah Umno hasil dari didikan agamanya kepada ahli Umno? Berubahkah dasar Umno kepada Islam? Tiada apa yang tinggal kecuali tulisan-tulisannya yang tidak dapat dipastikan samada ianya bernilai kepada Umno atau hanya layak masuk tong sampah Umno.

Begitu juga Anwar Ibrahim yang walaupun bukan seorang ulamak tapi apabila dia cuba membersihkan tong tahi, maka dia telahpun terpalit dengan tahi itu dan paling malang jatuh tersembam atas tahi itu. Kerana apa? Kerana nilai-nilai Islam yang cuba dia terapkan di dalam Umno. Lihatlah dimana Tan Sri Wan Mokhtar sekarang ini, yang hanya menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi. Mana dia Yusof Noor bekas pengerusi Felda dan Ibrahim Azmi ulamak dari Bukit Tunggal Terengganu? Apa khabarnya Fadhil Hanafi lawan tegar almarhum Ustaz Fadhil Nor di Bukit Raya, Kedah? Inilah nama-nama besar yang diwar-warkan sebagai ulamak Umno satu ketika dahulu. Tapi apa jadi kepada mereka?

Bukan masalah apa jawatan mereka dulu atau sekarang akan tetapi ilmu agama yang ada pada mereka. Apa yang Umno dapat? Takkanlah hanya menjadi pembaca doa ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno sahaja. Ada ilmu tapi tak boleh dimanafaatkan kepada orang lain. Maka amat rugilah orang itu. Ibarat buah yang sudah masak ranum, dimakan tidak, diberi kepada orangpun tidak, akhirnya buruk dan membusuk, maka terpaksa dibuang begitu sahaja.

Masuk ke tahun 90-an pula ada lagi yang masih tak sedar dengan sejarah yang berlaku, masuk pula sekumpulan kecil ulamak ke dalam Umno. Antaranya Ustaz Ghazali Ahmad dari Losong dan Ustaz Ismail dari Machang. Tidak dapat dipastikan apa yang telah terjadi kepada mereka sekarang, tapi sesuatu yang pasti, mereka tidak ada harga di dalam Umno. Sejarah tidak menipu.

Berlaku pula peristiwa keatas almarhum bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom, yang mengenakan hukuman kepada peserta pertandingan ratu cantik di Selangor kira-kira satu dekad yang lalu, tetapi akhirnya beliau yang dipecat dari jawatan mufti. Ini menjelaskan lagi kebencian Umno kepada ulamak-ulamak. Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah, pemecatan Dato' Ishak Baharom ini, adalah bukti jelas kebencian Umno terhadap orang yang memperjuangkan agama. Katanya lagi orang ramai harus membaca sejarah ini dan menghayatinya dengan bersungguh-sungguh. Dan apabila Dato' Ishak memasuki rumah PAS, maka ahli-ahli PAS berebut-rebut menjemput beliau untuk mendapatkan ilmu darinya. Begitulah bezanya penghargaan dari kumpulan yang cintakan ilmu dan ulamak dengan kumpulan yang bencikannya.

Jadi, adakah tugas-tugas ulamak-ulamak dalam Umno ini yang diingati? Jawapannya ada, antaranya ialah melakonkan satu debat olok-olok diantara ulamak PAS olok-olok dan ulamak Umno yang betul satu ketika dahulu. Debat yang dilakonkan oleh sekumpulan ulamak dalam Umno itu, akhirnya dimenangi PAS. Malangnya Umno, ulamak mereka kalah sebelum debat betul-betul berlaku. Itulah tugas yang paling penting yang dijalankan oleh ulamak Umno yang masih diingati ramai sehingga sekarang.

Berbalik kepada ulamak muda Umno ini, maka sia-sialah sahaja gelaran yang diberikan mereka kepada peserta Bersih 2.0 iaitu golongan khawarij, bughah, penderhaka dan sebagainya kerana akhirnya gelaran pengganas berbalik kepada mereka. Kasihan kepada dulang, paku tak serpihpun. Amat malanglah bagi mereka yang cuba mentarbiyyahkan Umno tetapi akhirnya dilabelkan sebagai pengganas. Bukankah orang tua-tua sudah melarang memberi bunga kepada beruk, kerana beruk tak pandai menghargai bunga? Itupun masih tak mahu nak pakai otak lagi?

Kita yang di luar Umno ini telah dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Apakah Fathul Bari Mat Jahaya tidak boleh melihatnya? Dia pernah menasihati dan melarang ahli Umno dari menyebarkan fitnah ketika kes Anwar difitnah baru-baru ini, akan tetapi langsung tiada sambutan nasihatnya kepada Umno. Tiada harga nasihat dia itu. Datangkanlah ayat-ayat quran, hadis sahih sunan sittah atau fatwa dari ulamak manapun di dunia ini, kalau dah ketegaq (degil dalam bahasa Perlis) tak jadi apa juga. Tapi bila ada isu lain yang akan memberikan kredit kepada mereka seperti fatwa pengharaman yang mereka berikan terhadap kumpulan Bersih 2.0 baru-baru ini, maka mereka akan disuruh beratur di barisan depan untuk tugasan menyalak.

http://youtu.be/ZijF2M4VfDk

Maka benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa ulamak dalam Umno hanyalah ibarat terompah kayu yang digunakan untuk ke jamban sahaja. Bisingnya mengalahkan kasut yang mahal tetapi tugasnya hanyalah ke tandas tempat yang jijik dan kotor. Maka begitulah nasib ulamak Umno yang hanya digunakan untuk menyalak lantang atas perkara yang kadang-kadangnya mereka sendiri tahu yang perkara itu tidak betul dan mengelirukan orang ramai, tetapi mereka terpaksa menyalak kerana itulah sahaja tugas utama mereka, iaitu menyalak kepada lawan mereka.

Akan tapi bila tiba kepada sesuatu yang nyata salah Umno, maka mereka tak boleh menyalak kepada tuan mereka. Walaupun mereka sangat-sangat hendak menyalak, mereka kena diam tidak boleh menyalak. Itulah peraturan utama dan "job scope" mereka. Benar-benar hina ulamak yang seperti ini. Maka bertepatanlah dengan perumpamaan yang diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bahawa ulamak muda Umno itu ibarat jatuh ditimpa tangga. Tangga Umno yang mereka naiki itu asalnya diharapkan akan menyampaikan mereka ke puncak tapi jatuh ke atas mereka pula. Malang sungguh. Sakit dapat, malupun dapat.

Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti kebencian Umno kepada ulamak-ulamak yang boleh diberikan. Mereka tidak ada perasaan untuk meletakkan ulamak pada tempat yang tinggi sesuai dengan ilmu mereka.Antaranya, kita boleh lihat siapakah dikalangan pimpinan tertinggi Umno yang datang dari bidang agama?Hishamudin mungkin? Atau Zahid Hamidi? Atau mungkin Najib sendiri?Jadi boleh kita lihat di mana kedudukan ulamak dalam parti Umno dan bandingkan dengan PAS, yang jelas memperuntukan satu dewan khas iaitu Dewan Ulamak bagi menunjukkan betapa seriusnya PAS dalam menjulang martabat orang yang berilmu dan menggunakan semaksimum mungkin ilmu-ilmu mereka.

Begitulah hinanya ulamak-ulamak dalam Umno diperlakukan. Apakah kesudahan mereka nanti kita sudah boleh mengagak melalui sejarah yang berulang-ulang berlaku di dalam organisasi mereka iaitu kehinaan dari puak-puak mereka sendiri. Dan amatlah kita takut bahawa kehinaan itu berterusan sehingga ke akhirat kerana ketiadaan prinsip dalam memperjuangkan Islam. Nauzubillah.

Kita menyeru kepada ulamak-ulamak didalam Umno tak kira samada yang muda mahupun yang tua agar mengambil nasihat Dr. Asri supaya merenung kembali, apa hasilnya mereka duduk di dalam Umno. Dengan keadaan yang mereka alami sekarang maka adalah lebih baik mereka keluar dari Umno kerana apabila keluarnya mereka dari kepompong kejahilan Umno, maka ulamak-ulamak ini akan bebas menyatakan kebenaran. Percayalah tiada apa yang boleh mereka perjuangkan di dalam Umno kecuali untuk kesenangan dunia semata-mata.

Samada mulia dimata masyarakat atau hina dimata mereka bukanlah menjadi perkara utama akan tetapi mulia disisi Allah kerana amar makruf nahi mungkar dan ketaqwaan itulah yang lebih utama. Bukankah itu yang mukmin idamkan?

Dan diatas alasan-alasan yang diberikan di atas, percayalah, Umno memang bencikan ulamak….

Pandangan ini adalah pendapat penulis.Ianya bukan pendapat pihak kami kecuali dinyatakan demikian

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Jul 2011 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Wanita mencuri di kedai emas

Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

TAIPING - Satu kejadian curi telah dilaporkan berlaku di sebuah kedai emas, dekat Jalan Pasar, di sini, kelmarin membabitkan kehilangan seutas rantai emas bernilai RM4,800.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis kini sedang memburu seorang wanita dan seorang lelaki yang dipercayai suspek kejadian berkenaan.

Menurutnya, kejadian telah dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang oleh pemilik kedai emas berkenaan.

"Suspek utama merupakan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Semasa kejadian, suspek dikatakan masuk ke dalam premis kedai emas berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan dan meminta untuk melihat seutas rantai emas yang dipamerkan untuk jualan," katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Menurut Yusuf, polis telah dimaklumkan bahawa suspek juga telah berpura-pura merundingkan harga rantai emas berkenaan sebelum melarikan diri secara tiba-tiba.

Katanya, suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal, ditunggang seorang lelaki yang telah bersiap sedia menunggu suspek di luar premis kedai emas berkenaan.

"Pekerja kedai emas terbabit telah cuba mengejar suspek sewaktu kejadian namun gagal setelah terjatuh dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian siku, sementara pemilik telah melaporkan kejadian kepada polis dengan segera," katanya.

Katanya, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes itu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu curi dalam bangunan dan sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda RM10,000.

"Polis juga menyeru orang ramai yang melihat kejadian berkenaan untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan bagi membantu polis dalam siasatan kes ini, seterusnya menangkap suspek," katanya.

sinar harian/-

PAS sokong larang wanita Islam jadi GRO

Posted: 27 Jul 2011 11:30 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 28 Julai: Walaupun dianggap terlambat, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.

Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Syed Anis Syed Husin, berkata apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

"Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.

"Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.

"Sebab itu kita sokong tindakan terbaru MPK tetapi tidak mahu pernguatkuasaan bermusim, biar konsisten," katanya kepada Harakahdaily.

MPK dalam kenyataan rasminya semalam bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

Tambah kenyataan tersebut, hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan.

Menurut kenyataan yang memetik Datuk Zulkifli itu, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.

Zulkifli berkata selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

Dalam pada itu, Syed Anis berkata, satu masa dulu Kuantan pernah terkenal dengan panggilan 'Hatyai Pantai Timur', yang menggambarkan betapa bandar ini menjadi pusat maksiat.

Justeru inilah masanya untuk membendung atau membuang imej yang tidak baik seperti itu.

"Inilah menunjukkan pentingnya ada kuasa untuk mencegah maksiat. Kita tidak mahu kuasa agama di bawah kerajaan negeri hanya setakat tengok anak bulan untuk tentukan puasa dan raya sahaja, barulah Islam duduk di tempat tertinggi.

"Kita tidak nafikan mungkin ada tekanan dalam penguatkuasan. Jangan berpilih, contoh tangkap orang tak berpuasa di restoran murah saja sedangkan di hotel-hotel besar terlepas.

"Ambil perhatian juga pondan-pondan yang berkeliaran di Jalan Wong Ah Jang," ujarnya.

Mengenai kemungkinan GRO yang diterpaksa berhenti kerja, Syed Anis berkata kerajaan juga kena fikir apa persediaan untuk masa depan dan kehidupan mereka termasuk memberi pendedahan dan latihan kerja.

Tambahnya, Islam bukan saja mencegah tetapi juga menyediakan jalan penyelesaian jalan keluar betapa prihatinnya Islam.

"Kalau betul-betul peraturan dilaksanakan menurut Islam, PAS mesti sokong penuh. Kita doakan semoga yang dipilih menjadi penguatkuasa itu diberi kekuatan oleh Allah," katanya.

Pada satu ketika dulu penguatkuasa di Pahang pernah dihebohkan apabila menangkap seorang model sambilan, Kartika Sari, kerana meminum arak di tempat umum.

Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman sebat.

harakahdaily/-

Lim: Bukan lagi mustahil tumbangkan k'jaan pusat

Posted: 27 Jul 2011 09:00 PM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tidak ramai yang boleh mendakwa setaraf dengan Lim Kit Siang yang menghabiskan sebahagaian besar hidupnya memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

Kali kedua beliau ditahan mengikut ISA adalah semasa Ops Lalang pada 1987. Perjalanan dunia politik Lim sebenarnya penuh berliku - beliau juga didapati bersalah membocorkan rahsia rasmi kerajaan berhubung perjanjian pembelian senjata yang mencurigakan dengan sebuah firma Swistzerland.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Meskipun cuba menyembunyikan keyakinannya menjelang pilihan raya ke-13 akan datang, tetapi Lim mengakui peluang Pakatan Rakyat semakin cerah setiap hari.

Katanya, himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahaan dan ditambah dengan beberpa kepincangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, desakan rakyat semakin lantang.

"Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi.

"Boleh kita capainya (mengubah kerajaan)? Saya benar-benar tidak tahu tetapi dengan setiap detik masa yang berlalu, saya bertambah lebih optimistik. Sama ada mampu bagi kami melaksanakannya, adalah soalan yang berasingan tetapi (kita) menjadi lebih optimistik," kata Lim.

harakahdaily/-

Empat maut dalam kemalangan lori dengan trailer

Posted: 27 Jul 2011 08:30 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

BAGAN SERAI 28 Julai - Empat maut dalam kemalangan di antara sebuah bas dan loi trailer di km 201.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Semanggol, Perak awal pagi ini. - Utusan

Langgar peraturan SPRM: Laporan - 24 Ogos

Posted: 27 Jul 2011 08:00 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Laporan mengenai tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melanggar peraturan ketika menguruskan kes membabitkan pembantu politik Teoh Beng Hock akan dibentangkan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Aduan pada 24 Ogos depan.

SPRM dalam kenyataan media berkata laporan tersebut dikehendaki disiapkan dalam tempoh sebulan oleh pegawai-pegawai daripada Pasukan Siasatan Khas.

Menurut kenyataan tersebut pasukan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaffar telah mengadakan mesyuarat pertama pada 25 Julai lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

- Bernama

Dadah: 2 rakyat Malaysia mengaku bersalah

Posted: 27 Jul 2011 07:30 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

WELLINGTON 27 Julai - Dua lelaki rakyat Malaysia hari ini mengaku bersalah di mahkamah Auckland atas dakwaan menyeludup dadah ke New Zealand.

Fairfax Media melaporkan, kedua-dua lelaki itu, Eng Hin Ong, 39, dan Waihong Leong, 23, didakwa bersama-sama tujuh defendan lain.

Kedua-dua lelaki itu merupakan sebahagian daripada kumpulan pelancong yang menarik perhatian pegawai kastam pada April lalu ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

Mereka ditangkap di lapangan terbang itu setelah gerak-geri mereka menimbulkan kecurigaan.

Pegawai berkata, beberapa peket besar mengandungi methamphetamine berjumlah 8.5 kilogram turut ditemui di dalam kasut mereka.

Seorang lagi tertuduh, Ewe Hoe Ong, 40, sebelum ini telah mengaku bersalah kerana menyeludup dadah.

Ketiga-tiga defendan yang mengaku bersalah tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Auckland pada September ini.

April lalu, sekumpulan lapan lelaki dan dua wanita, kesemuanya rakyat Malaysia, didakwa menyeludup dadah, kes yang disifatkan sebagai keldai dadah paling banyak ditangkap dalam satu kejadian di New Zealand. - DPA

Nik Aziz harap Malaysia menang

Posted: 27 Jul 2011 07:00 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

"Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah," ujarnya di laman Twitter.

Secara peribadi, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara.

Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

"Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!" ujarnya.

Pertemuan skuad Harimau Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura 23 Julai lalu, pasukan negara tewas 3-5.

harakahadaily/-

Ambiga-Wan Ahmad Bersemuka Lagi Esok

Posted: 27 Jul 2011 06:50 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 28 JULAI : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersemuka sekali lagi Jumaat ini untuk berhujah sama ada sistem pilihan raya Malaysia perlukan pembaharuan.

Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Menurut Malaysiakini, ahli jawatankuaasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria sendiri memaklumkan bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.

"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam (kelmarin)," katanya.

Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam pada Selasa anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.

Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.

2 maut pesawat kargo terhempas di Korea Selatan

Posted: 27 Jul 2011 06:30 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEOUL: Pesawat kargo Penerbangan Asiana terhempas di selatan pulau Jeju, awal pagi tadi dan meragut dua nyawa, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.

Beliau berkata, pesawat itu berlepas pada jam 3.05 pagi (waktu tempatan) menuju ke timur China, Pudong mengalami masalah mekanikal menyebabkan sebelum terhempas.
Jurucakap pengawal pantai Jeju, berkata serpihan pesawat ditemui bot peronda pengawal pantai kira-kira 100 kilometer barat pulau.

Katanya, empat bot pengawal pantai dan sebuah helikopter digunakan bagi mencari bangkai pesawat di sekitar kawasan terbabit.

Sementara itu, jurucakap syarikat penerbangan Asiana, berkata pesawat Boeing 747 yang dibawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang membuat panggilan ke pusat kawalan lapangan terbang Jeju pada jam 4.11 pagi dengan meminta untuk membuat pendaratan kecemasan berikutan masalah mekanikal. - AFP

Dr Uthman diundang bincang Wahabi, terorisme

Posted: 27 Jul 2011 06:00 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Menurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Dikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai iman daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalam mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

Usaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

malaysiakini/-

Biometrik: Kenyataan Muhyiddin tidak berasas

Posted: 27 Jul 2011 05:30 PM PDT

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6 daripada 1,145 laman web yang dinilai diperingkat kebangsaan jelas membuktikan bahawa PAS menjuarai penggunaan Teknologi Maklumat di dalam segala bentuk urusan khususnya yang berkaitan dengan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Keputusan PAS menolak Biometrik adalah daripada kajian yang teliti. PAS tidak menolak kemajuan. PAS tidak pernah menolak Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi jika ia menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat khususnya kepada sektor ekonomi. PAS menolak Biometrik kerana jelas, masalah pengundi hantu dan pengundi berganda tidak akan dapat diselesaikan melalui Biometrik serta dilihat sebagai satu lagi helah' projek baru' yang cuba 'dihalalkan' oleh sebuah pemerintah yang diketahui rakyat menjuarai ketirisan di dalam menguruskan kewangan Negara.

Cukuplah dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene yang meragukan, kerugian Sime Darby sebanyak RM1.5 Billion, penyelewengan PKFZ dan sebagainya, rakyat sudah cukup muak dengan parti pemerintah yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh.

Satu lagi projek Barisan Nasional (BN) yang akan memenuhkan perut kroni-kroni mereka tanpa ada sekelumit pun hasilnya kepada rakyat.

Malah, cadangan itu dilihat cuba membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu, satu permainan kotor SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dengan berselindung disebalik ketelusan dan integriti.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa Sistem Biometrik yang dicadangkan SPR adalah untuk memperbaiki pendaftaran dan pengesahan pengundi serta mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundi berganda jelas membuktikan bahawa kenyataan PAS sebelum ini bahawa masalah pengundi hantu dan pegundi berganda sememangnya wujud. Malah kenyataan itu juga membuktikan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak tahu dimanakah punca masalah pengundi berganda dan pengundi hantu itu serta solusi yang tepat dan relevan untuk diketengahkan. Hakikat satu kenyataan yang tidak bebas dan berbaur politik.

Biometrik hanyalah kaedah pengesahan kali ke-2 selepas MYKAD. Dengan menggunakan kaedah cap jari yang unik, MYKAD juga mempunyai No.Kad Pengenalan yang unik di mana tidak mungkin lebih daripada seorang akan mempunyai Cap Jari dan No.Kad Pengenalan yang sama. Selepas pengesahan MYKAD, pengesahan kali ke-2 akan digunakan dengan menggunakan Cap Jari untuk memadankan Cap Jari itu dengan No.Kad Pengenalan di mana kedua-duanya perlulah dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR atau oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA masing-masing.

Malah Cap Jari itu juga boleh dimasukkan oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA mereka dan kemudiannya disalinkan ke PENGKALAN DATA SPR. Begitu juga sebaliknya.

Kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai oleh SPR milik kaedah yang sedia ada seperti di JPN dan di KWSP di mana No.Kad Pengenalan telah dipadankan dengan Cap Jari pemegang MYKAD dan pencarum KWSP di dalam PENGKALAN DATA mereka.

Rakyat harus tahu, sebelum mana-mana pengesahan dilakukan, No.Kad Pengenalan dan Cap Jari haruslah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam PENGKALAN DATA.

Terbukti, paparan daftar pengundi SPR yang berganda, dengan No.Kad Pengenalan yang sama di beberapa tempat mengundi yang berbeza serta memiliki lebih dari satu No.Kad Pengenalan Baru walaupun merujuk kepada No.Kad Pengenalan Lama yang sama jelas membuktikan bahawa maklumat berganda yang dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR dan JPN ke dalam PENGKALAN DATA adalah puncanya. Mungkin secara tidak sengaja dan mungkin juga dengan sengaja. Yang mana satukah harus rakyat percaya dengan tahap krisis keyakinan yang sedia ada?

Krisis keyakinan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh parti yang memerintah dan bukannya SISTEM BIOMETRIK. Cadangan SPR dan Kerajaan Barisan Nasional(BN) terlalu jauh dihadapan sehingga lupa kepada perkara pokok yang harus ditangani terlebih dahulu. Adakah kegopohan itu kerana mereka tertekan? Adakah kerana KUASA dilihat sebagai HARTA persendirian, sehingga matlamat menghalalkan cara? Tan Sri Muhyiddin sudah lupa dengan KRISIS KEYAKINAN itu sehingga beliau sendiri berfikiran ORTODOK.

SISTEM BIOMETRIK hanyalah aplikasi capaian yang digunakan sebagai pengesahan peringkat Ke-2 selepas pengesahan MYKAD. Manipulasi kepada PENGKALAN DATA khususnya kepada No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang dimasukkan terdedah luas untuk dikhianati lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang dilihat tidak bebas dan tidak bersih di dalam mengendalikannya.

Selagi perkara pokok tidak diatasi, selagi itu penggunaan dakwat kekal serta 7 cadangan BERSIH 2.0 RELEVAN buat masa ini.

(Penulis mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas di dalam pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya pembangunan aplikasi di dalam pelbagai sektor industri khususnya perkilangan, perladangan, minyak dan gas.)

harakahdaily/-

SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain

Posted: 27 Jul 2011 06:30 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 27 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.

Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.

"Daftar pemilih kita ini dari 1959. Daftar pemilih yang sama dikitar sampai ke sekarang. Di bawah Perlembagaan tiada kuasa dapat keluarkan nama pengundi tanpa pengesahan dari jabatan berwajib.

"Tetapi kalau sudah waris tak melapor pada JPN, macam mana pengkalan data nak kemaskini yang si anu itu dah meninggal dunia,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata soalan yang diajukan para peserta wacana terlalu spesifik dan lebih layak diajukan kepada kerani SPR.

"Tadi Datuk Wan beritahu, bagi orang yang mati, warisnya kena maklumkan baru dikeluarkan (dari daftar pemilih). Bagi askar, polis, pelajar di luar negara, macam mana nak keluarkan? ,"soal salah seorang peserta wacana semalam.

Namun jawapan yang diharapkan, tidak diberikan oleh Wan Ahmad yang kemudiannya mengundang 'boo' oleh peserta wacana itu.

"Soalan anda terlalu teknikal. Kita ada pelbagai peringkat...saya bercakap sebagai dasar, tuan-tuan cakap pasal budak kerani punya kerja.

"Tuan-tuan tak boleh berbincang,"kata Wan Ahmad.

Selepas itu, moderator wacana itu, Wan Saiful Wan Jan meminta wacana itu ditamatkan atas arahan pihak atasan.

" Okay ini sahaja masa yang kita ada. Saya dimaklumkan bukan sahaja kita diminta untuk berhenti, tapi nak gulung pun tak sempat sebab ada arahan dari atas. Bukan Karangkraf, tapi atas lagi,"kata beliau.
Wacana anjuran Karangkraf semalam menyaksikan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wan Ahmad berdepan dengan cemuhan hadirin mengenai hala tuju sistem pilihan raya di negara ini.

Wan Ahmad yang di'boo' terpaksa meminta hadirin bertenang dan memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.

Manakala Ambiga pula berdepan dengan hadirin yang mendakwa kononnya Bersih tidak mengambilkira kepentingan rakyat dalam menganjurkan himpunan 9 Julai lalu.

tv selangor/-

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap

Posted: 27 Jul 2011 06:00 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.

"Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

"Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.

malaysiakini-/

Video polis Bersih 2.0 tak laku

Posted: 27 Jul 2011 05:30 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.

harakahdaily/-

Kadar parkir di Melbourne, Sydney antara paling mahal

Posted: 27 Jul 2011 02:00 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Sydney dan Melbourne mempunyai kadar parkir paling mahal di dunia ketika kedua-dua bandar raya berkenaan berusaha menggalakkan penduduk meninggalkan kereta mereka di rumah untuk ke tempat kerja, menurut satu kajian semalam.

Kajian Kadar Parkir oleh Colliers International mendapati Oslo, Norway sebagai tempat parkir paling mahal di dunia dengan kadar AS$89.04 (RM267) sehari, diikuti oleh Copenhagen di Denmark, AS$73.11 (RM219), kemudian Melbourne, AS$69.53 (RM209) dan Sydney AS67.42 (RM202).

Ibu negara Indonesia, Jakarta mempunyai kadar parkir paling murah daripada 156 bandar raya yang dikaji, iaitu AS$0.92 (RM2.76).

Pengarah kajian kebangsaan Colliers, Nerdida Conisbee berkata, levi majlis tempatan dan kerajaan melonjakkan kos di daerah perniagaan utama bandar raya Australia. - AFP

Anwar: Dolak dalik k'jaan alasan bebaskan PSM6

Posted: 27 Jul 2011 01:51 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikap tidak konsisten dan dolak dalik kerajaan berhubung tahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat adalah alasan utama bagi membebaskan mereka.

Dalam satu kenyataan di blognya, alasan keenam-enam mereka yang ditahan kerana didakwa terbabit dengan aktiviti subversif sebelum bertukar pula kepada terbabit merancang perhimpunan BERSIH 2.0 adalah tidak berasas sama sekali.

"Ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan BERSIH 2.0. semata-mata," kata Anwar.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang kini dikenali sebagai PSM6 - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.

Sambil menuntut pembebasan segera keenam-enam individu yang dipercayainya mangsa "manipulasi politik", Anwar berkata perkara itu penting kerana ada kemungkinannya mereka yang ditahan itu dikasari pihak polis semasa disoal siasat.
Manipulasi politik

"Kita prihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin itu semenjak dari 15hb Julai lagi.

"Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata sewajarnya Menteri Dalam Negeri prihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut kerajaan supaya tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa.

"Ketika perhimpunan BERSIH 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas.

"Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah," katanya.

Justeru, kata Anwar yang juga ketua umum PKR, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman kerajaan yang bukan sahaja terhadap enam individu itu tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat.

"Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah," katanya.

MALAYSIAKINI/-

Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya

Posted: 27 Jul 2011 01:30 AM PDT

25 Syaaban 1432H. [MOD] -

SYAFIQ...terjatuh dari kondominum
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.

MY METRO/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 27 Jul 2011 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pengusaha bas sengsara, rakyat N.Sembilan merana

Posted: 27 Jul 2011 08:54 PM PDT



SEREMBAN 28 Julai 2011 - Kerajaan disarankan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada pengusaha bas berhenti-henti di negeri ini agar mereka dapat menampung kos memperluaskan kawasan operasi. Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, kos yang tinggi mengakibatkan pengusaha terpaksa menamatkan perkhidmatan ke beberapa lokasi sekitar bandar ini.

"Penduduk di beberapa taman perumahan sering membuat aduan mengenai ketiadaan bas berhenti-henti di kawasan mereka.

"Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM10 untuk caj teksi ke lokasi yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog DAP negeri bersama pengusaha bas Cityliner di Taman Oakland dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah II Cityliner, Mohd Zaki Awang dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya perlu ambil kira kos dan pulangan daripada perkhidmatan bas disediakan di setiap lokasi.

"Pengusaha bas terpaksa tanggung rugi jika bilangan penumpang di kawasan tertentu tidak cukup untuk tampung kos," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9378147.asp

Sila baca artikel mengenai kesukaran rakyat di Negeri Sembilan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang sempurna bertajuk : Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat, pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Jalan ke kubur berlubang

Posted: 27 Jul 2011 08:49 PM PDT

Jalan ke kubur berlubang
Sinar Harian 28 Julai 2011

JUASSEH – Penduduk di sini meminta pihak berkenaan membaiki laluan jalan ke tanah perkuburan Kampung Tampin/Pus yang berlubang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tampin/Pus, Abd Razak Sirat berkata, masalah yang berlaku disebabkan saluran air rosak itu sudah berlarutan sejak empat bulan lalu.

Menurutnya, beliau sudah mengadukan masalah itu kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil.

"Laluan jalan ke tanah perkuburan ini sudah berair dan becak kerana air sentiasa mengalir hingga menyebabkan terbentuk lubang besar sekali gus menyukarkan penduduk menziarahi pusaka saudara mara mereka.

"Jika berlaku kematian ia menyukarkan penduduk kerana perlu melalui jalan yang licin dan dipenuhi air. Meskipun buat masa ini, tidak ada berlaku kematian tetapi perkara itu membimbangkan kami," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Tampin/Pus.

Abd Razak berkata, Ramadan juga akan tiba dan sudah pasti ramai sanak saudara ingin menziarahi pusaka ahli keluarga masing-masing.

"Apabila masalah ini tidak diselesaikan, ia mendatangkan keburukan kepada semua pihak termasuk nama baik kampung. Saya tidak boleh berbuat apa-apa selain memaklumkan masalah ini kepada pihak berkaitan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

"Seharusnya, mereka memikirkan keselamatan penduduk kerana sudah terbentuk lubang akibat hakisan tanah. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku seperti terjatuh ke dalam lubang," katanya.

Beliau berkata, masalah kerosakan paip di balai raya Kampung Tampin/Pus menyukarkan penduduk melakukan aktiviti di situ.

"Masalah paip sudah berlarutan sejak empat bulan lalu. Saya sudah maklumkan kepada pihak berkenaan untuk membaiki kerosakan itu tetapi belum ada sebarang jawapan.

"Apabila berlaku kerosakan, aktiviti penduduk terpaksa ditangguhkan kerana tiada bekalan air di balairaya," katanya.

Justeru, menurutnya, diharap pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada kedua-dua masalah itu kerana ia sudah terlalu lama membuatkan penduduk di sini kecewa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9377636.asp

Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan

Posted: 27 Jul 2011 08:05 PM PDT

SEREMBAN 28 Julai 2011 : Penderitaan seorang peneroka dari Felda Palong 9 sejak 13 April tahun lalu berakhir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Zulkifli Bakar memutuskan saman pemula yang dikemukakan oleh Felda untuk menyingkirkan seorang peneroka Che Hashim Che Long ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.

Menurut peguam T. Kumar yang juga Naib Ketua Keadilan Jempol yang mewakili Che Hashim, alasan Felda untuk menyingkirkan Che Hashim ialah kerana anak Che Hashim telah mencederakan Pengurus Felda Palong 9 dalam satu pertengkaran di dalam kebun Che Hashim berhubung penjualan hasil getah di kebun tersebut.

"Justeru itu Felda menguatkuasakan perintah tersebut dimahkamah.Walau bagaimanapun hakim memutuskan untuk menolak saman pemula dengan kos RM5,000 atas alasan perintah yang dikeluarkan untuk menyingkir Che Hashim tidak mematuhi seksyen 22 Akta GSA 1960 dan Felda tidak boleh menggunakan Aku Janji sebagai asas pengusiran.

"Selain daripada itu Felda juga gagal mengemukakan notis kepada defendan (Che Hashim) sebelum perintah pengusiran dikeluarkan dan ini menafikan hak-hak defendan di bawah prinsip Undang-Undang Semulajadi", kata Kumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Keadilan.

Sementara itu suasana hiba menyelubungi di luar mahkamah selepas hakim mengumumkan keputusan tersebut apabila Che Hashim yang tidak dapat menahan perasaan beliau apabila menangis secara terbuka dan memeluk isteri beliau Mazilah Mahat dan sahabat yang datang menyokong beliau. Beberapa sahabat Che Hashim juga kelihatan tidak mampu menahan kesedihan dan kelihatan turut menangis dan sebak.

Apabila ditemui Suara Keadilan, Che Hashim berkata sebenarnya penderitaan beliau bermula sejak Oktober 2000 apabila pengurusan Felda Palong 9 enggan menerima hasil getah beliau dan pada ketika itu sendiri pengurusan Felda cuba mengusir beliau atas alasan beliau tidak menetap di Felda Palong 9.

"Tetapi sebenarnya saya bekerja di luar Felda dan berulang alik ke rumah di Felda Palong 9 dan pada awal 2007 barulah mereka (Felda) menerima balik hasil saya.

"Selepas itu sedia maklum pada 13 April tahun lalu, Felda mengeluarkan perintah mengusir dan saya melalui kesukaran hidup dan trauma yang amat sangat kerana tindakan Felda ini. Alhamdullillah penderitaan saya dan isteri bersama anak-anak kami berkahir pada hari ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan peguam yang mempertahankan hak saya pada hari ini", kata Che Hashim sambil mengesat air mata.

http://www.keadilandaily.com/?p=17721









Peneroka Felda dihalau, disingkir dua kali
Sun, 12 Sep 2010 11:41
Oleh Jamilah Kamarudin









LAPORAN KHAS GEMAS: Menjengah ke tanah rancangan Felda Palong 9 pula, FMT menemui peneroka yang disingkirkan dua kali selepas dikatakan melanggar Surat Aku Janji Peneroka.

Che Hasyim Che Long,46, disingkirkan buat pertama kali pada Oktober 2000 kerana didakwa melanggar Seksyen 22 (1) GSA atas kesalahan tidak bermastautin bersama keluarga didalam tanah rancangan.

Namun Che Hasyim mempunyai alasan tersendiri kerana pada ketika itu, beliau mendakwa mengalami masalah keluarga apabila terpaksa membawa isterinya yang sakit berubat di Kelantan.

Sepanjang peninggalannya, beliau hanya menjengah ke Palong sebulan sekali dan kebun getah asal seluas 10 ekar bernombor Lot 7259 yang perlu diusahakannya tidak dijaga dengan baik.

Mengakui kesilapannya, Che Hasyim membuat rayuan untuk kembali semula sebagai peneroka pada awal tahun 2006 dan kemudiannya diterima oleh pihak pengurusan pada Oktober 2006.

Akan tetapi apa yang menghairankan, beliau mendapati kebun getahnya masih mempunyai rekod pengeluaran hasil di luar pengetahuannya sepanjang tahun 2000 hingga 2006.

Berikutan itu, beliau mengemukakan rayuan untuk menyemak semula rekod pengeluaran hasil dan mengemukakan tuntutan pembayaran hasil yang tidak diperolehinya sepanjang enam tahun tersebut berjumlah RM400,000.

"Sejak itu, saya dan keluarga menerima tekanan daripada pihak pengurusan supaya membatalkan niat saya untuk menyemak rekod dan menuntut pembayaran tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan antara anak lelaki saya dengan pengurus Felda Palong 9 pada 7 Mac lalu," katanya.

Disingkir lagi

Disebabkan insiden itu, beliau sekali lagi didatangi surat penyingkiran dan diberi tempoh seminggu untuk keluar daripada tanah rancangan berkuat kuasa 13 April lalu.

"Saya keliru kenapa saya disingkirkan kerana surat tersebut tidak mempunyai kepala surat (letterhead) tanpa nama dan jawatan individu khas pegawai pengurus yang menandatangani kelulusan surat tersebut.

"Surat itu juga tidak memberi alasan yang munasabah serta tempoh untuk saya mengemukakan surat tunjuk sebab, malah kes anak saya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, jadi mereka tidak boleh tuduh anak saya bersalah selagi mahkamah belum memutuskannya," katanya.

Berikutan itu juga, beliau juga dilarang mengutip dan menjual hasil kebun getahnya kepada Felda sekaligus punca pendapatan untuk menyara 9 orang anaknya terjejas.

Ketika ini, Che Hasyim telah pun mengemukakan beberapa laporan polis serta mendapatkan bantuan guaman menuntut keadilan daripada pihak pengurusan Felda.

"Saya dianiaya. Banyak berlaku salah faham dan tekanan yang saya hadapi. Mereka dakwa saya melakukan pelbagai kesalahan dan gangguan ditanah rancangan sejak tahun 2006, tetapi saya tidak pernah menerima surat penjelasan secara hitam putih daripada pengurusan jika benar saya melakukan kesalahan yang dinyatakan," katanya.

http://archive.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10131-peneroka-felda-dihalau-disingkir-dua-kali

PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Jul 2011 07:29 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Pakatan Rakyat Miri Bersatu Untuk Ambil Alih Parlimen Miri

Posted: 27 Jul 2011 07:11 PM PDT

Miri, 27 Julai : Pakatan rakyat Miri yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS telah pun mengadakan mesyuarat baru-baru ini tentang kerjasama yang perlu diperkukuhkan lagi dengan mengadakan aktiviti bersama untuk menghadapi pilihanraya umum yang 13 nanti. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Fong Pau Teck DAP(Pujut), Zulhaidah bt Suboh Timbalan Pengerusi PKR Miri dan juga YDP PAS Miri Jofri Jaraiee.


Dalam perbincangan tersebut turut di sentuh tentang kerusi parlimen Miri dimana mereka sepakat menyerah kepada kebijaksanaan pucukpimpinan tertinggi pusat untuk tentukan siapa yang paling layak untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Pada dasarnya pemimpin Pakatan Rakyat Miri sepakat untuk menerima siapa saja calon yang akan bertanding dalam parlimen Miri sekiranya telah diputuskan olehpimpinan pusat. Keputusan muktamad hanya akan di ketahui setelah pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di peringkatpusat nanti.Pakatan Rakyat Miri juga bersetuju memberi bekerjasama penuh dengan calon yang akan dipilih nanti samaada dari DAP,PKR dan PAS.

Hanya dengan kerjasama yang erat dan kukuh saja pakatan rakyat Miri dapat mengambil alih kerusi parlimen Miri dari BN.Apa yang penting sekarang adalah kerjasama yang erat bukan berpecah belah hanya disebabkan merebut sebuah kerusi semuanya akan memusnahkan segala harapan rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak mahu kesilapan berulang seperti pilihan raya umum Sarawak yang lalu dimana akibat perebutan kerusi rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat Miri ingin membuat suatu sejarah dalam Malaysia yang Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua rakyat demi kebajikan masa depan.

PAS LENGGONG

Posted: 27 Jul 2011 07:17 PM PDT

PAS LENGGONG


Ikut Suhakam benarkan perhimpunan aman

Posted: 27 Jul 2011 03:11 AM PDT

Ikut Suhakam benarkan perhimpunan aman
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 27 Julai: Kesedaran sosial yang wujud di kalangan rakyat kesan daripada perkembangan media baru merupakan faktor mereka menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, politik di Malaysia telah berubah kepada politik baru yang mendapat sokongan orang muda, ahli akademik dan profesional.

"Suatu ketika dahulu realiti politik semasa itu berlaku dalam satu lingkaran politik. Lingkaran itu masih wujud kerana itu beberapa perkara yang dilakukan parti-parti politik di kedua-dua pihak masih menjadi kebiasaan seperti turun padang, hulur bantuan. Mana yang buruk seperti politik wang harus diperangi, politik harus diperangi habis-habisan.

"Tapi ada lingkaran politik baru.Media baru bukan hanya alat komunikasi tapi orang dah guna media baru sebagai gelanggang beroperasi dan berkongsi," kata beliau dalam debat 'Apa Selepas 9 Julai' anjuran akhbar Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, dekat sini, semalam.

Beliau turut mengulangi pendiriannya yang menyokong tuntutan Bersih 2.0 dan menyatakan sokongannya kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang terlibat secara langsung dalam tuntutan tersebut.

"Saya tahu kenapa Pak Samad sertai Bersih dan saya hormati Pak Samad.

"Bersih bukan pertubuhan tapi satu program. Tapi bila saya kata saya faham Bersih walaupun saya tak sokong tapi saya pun kena hentam tapi tak apa. Itu hak masing-masing.

"Orang nak hentam pun boleh, sama juga demonstrasi dibenarkan dalam demokrasi. Tengok kamus dewan apa makna demonstrasi, perarakan, perhimpunan. Sebab itu saya rumuskan kita kena ikut Suhakam dengan membenarkan perhimpunan aman, selesai masalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 600 hadirin.

Sehubungan itu katanya, rakyat yang menolak tuntutan Bersih harus menerima ianya sebagai demokrasi yang matang dan mengakui beliau sedang memperjuangkan perkara itu.

"Bagaimana kita boleh mematangkan demokrasi? 9 Julai berlaku dalam dua pusingan. Sesiapa yang melihat ianya berlaku dalam pusingan pertama memang peliklah pandangan dia dan dia tak akan faham apa yang berlaku," katanya.

Tambah beliau, pemimpin mana-mana politik harus mengutamakan pandangan rakyat, bukan mengutamakan kepentingan parti.

"Jangan letakkan parti di tempat pertama tapi rakyat yang pertama," katanya yang juga ahli Parlimen Temerloh

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 27 Jul 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MUJUR ADA UMNO... HARAPKAN WEE CHEE KEONG SAMPAI SUDAH TAK CAT FLAT TMN MELATI

Posted: 27 Jul 2011 04:22 AM PDT

Pada Selasa lepas, penduduk-penduduk Flat Tmn Melati melalui Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk UMNO telah menganjurkan Program Santai bersarapan bersama Hj Mohd Shafei Pengerusi BN Wangsa Maju.





Program yang berjaya menarik sejumlah 30000 orang termasuk org yang memang bersarapan kat gerai yang terletak di area blok B.

Masa majlis ini juga wakil persatuan penduduk aka ahli UMNO, Haji Ahmad Tasral mengucapkan kepada YBhg Dato Shafei kerana pandai menggunakan wang yang rakyat bayar cukai untuk mengecat dan membaik pulih flat kediaman mereka.




* gambar blog UMporNO

.... so harap-harap BE END makin kuat le kat area situ....wakakakakakakaa

PROGRAM "ADIK & AL QURAN" DIHENTIKAN SEBAB BERSIH

Posted: 27 Jul 2011 04:08 AM PDT

Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

"Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

"Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

"Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

"Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

"Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

"Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum," katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri


Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

"Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan," katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.




Bersih 2.0 : Komen saya terhadap video taklimat Polis

Posted: 26 Jul 2011 09:53 PM PDT

Oleh: anak_perelih

"Apabila pihak polis memberi taklimat video bersih versi polis kepada wartawan, saya telah memberi beberapa komen pada video youtube taklimat tersebut. Saya tidak publish posting komen saya terhadap video taklimat tersebut didalam blog ini kerana kesibukan. Tetapi apabila Rais Yatim menerusi RTM menyiarkan video versi polis, saya mengambil sedikit masa untuk publish komen saya seperti berikut : (anda lihat sendiri video taklimat ) tersebut dan nilaikan sendiri....

perusuh perusuh..???? peserta Bersih merusuh ke...?? siapa yang merusuh sebenarnya???? peserta tak lebih 10,000??? yg kena tangkap tu 16 peratus lebih ke???? (1600++)

11:40... orang yang tolak polis tu sedang membelakangi polis... (tengok ada bag galas dibelakang dia)...macam mana dia boleh tolak polis yang berdiri dibelakang dia dengan kuat??? atau polis yang pakai vest kuning tu yang tertolak kawan dia atau polis yang jatuh tu sebab lost balance... yang dikatakan menolak anggota polis pada 11:44 tu adalah anggota polis... lihat 11:27.. ada badge polis di vest kuning tu...

14:22.. serang water canon dgn botol air mineral kosong???

15:25 - wanita itu sedang recover dari kesan tear gas. Beliau bukan ditinggal tetapi telah terkepung oleh polis.

16:20 - pegang belakang pun dikatakan membantu naik landrover.. hahaha

17:04 - baju kuning tu bukan pun baju BERSIH 2.0 pun.. dan orang yang ditahan tu ditahan semata mata kerana dalam bag dia ada baju berwarna kuning yang bukan baju BERSIH... Ini disebelah pagi, sebelum perhimpunan bersih 2.0 bermula lagi...

18:35 - "keadaan selepas pihak perusuh bertempun dengan pihak polis"... bila masa pulak peserta Bersih bertempur dengan polis??? bertempur dengan apa.. pakai tangan lawan tear gas, belantan polis??? nampak sangat selepas polis tembak tear gas ke tempat spara tertutupk erana polis tu memakai topeng oksigen ...

19:33 -50 - pemberi taklimat kata "daripada riak muka dia, kita dapat tahu yang dia tu ada masalah"... yang betul... masalah pernafasan selepas menghidu tear gas dalam tempat spara tertutup... tempat tahanan... mau tak elok.. dah cas 1 kepala RM22 lebih...

26:50 - bukankah lalauan bas KL sentral itu sudah menjadi kawasan separa tertutup akibat pembinaan pada kawasan parking KL sentral tersebut. (27:18 - 27:42 menjadi bukti)

28:15.. dari cara berlari tu nampak sangat Tian Chua bukan "merempuh" utk lawan polis tapi utk meloloskan diri dari kepungan polis yang berada dihadapan dan belakang peserta bersih itu. Ini kerana beliau tahu jika tear gas ditembak, ke kawasan separa tertutup, ianya akan menjadi berbahaya. Ini kerana tiada jalan keluar lain yang ada. Belah kiri ada pagar, kanan kawasan pembinaan yang dipagar... sebab tu mereka berlari di sebelah tepi kanan sahaja. Kalau nak merempuh, mestilah mereka berlari di tengah dan sebelah kiri sama. Tear gas yang dilepaskan diluar dan didalam, sebab itu Khalid Samad dan body guard Anwar terkena klongsong didalam kawasan separa tertutup itu.

34:00 - 36:00 kat Avenue K org lari sebab polis kejar kat luar tu kat luar....(banyak video kat youtube tunjuk orang lari bila polis kejar di KLCC. Cuba search youtube "KLCC bersih") bukan takut pintu ditutup... kerana shutter pintu tu tak ditarik ke bawah lagi untuk ditutup... - shutter masih tinggi lagi... Tangan Allahyarham kat lengan kanan, bukan dada kerana akibat swing tangan beliau semasa berlari, bukannya dia pegang dada kerana sakit dada/jantung.

43:00 - adalah hanya tersalah identiti dan pembetulan telah dibuat oleh pihak Bersih / PR. Sepatutnya tiada isu yang boleh dibangkitkan oleh polis dalam hal ini.

48:21... perasan tak pintu belakang pajero polis tu terbuka... adakah dibuka selepas kemalangan atau dibuka supaya dilanggar oleh motosikal tersebut.??? Mat sabu dalam report polis kata bukan pajero/land rover yang langgar dia... tapi kereta peronda.

52:39 - Suhardi -" key player utk bangkit semangat provokasi peserta bersih". Solat tengah jalan itu provokasi ke...?? mungkin ya kut sebab polis tu solat ke tak masa bersih 2.0 tu??? Suruh duduk tu provokasi ke??? apa yang diucap oleh Suhardi tu betul ke..??? dari rakaman tu tak dengar pun...

55:30 tu bukan mereka berjalan kepada polis utk buat rundingan ke??? lagipun mereka 4 orang sahaja... sebab tu polis pun berjalan kearah mereka berempat.

56:50 - tersalah identiti antara Baharuddin dan Suhardi bukan disengajakan.. atau dirancang... dan ini telah diperbetulkan oleh pihak Bersih 2.0 dan PAS/PKR. ini kerana suhardi juga pengsan semasa bersih. kenapa tak cakap hand tie tu masih mengikat tangannya dan polis tiada alat utk membukanya?

1:00:50 - sebelah kiri yang ditembak tear gas adalah bangunan parking lot hospital dan dibelakang bangunan parking tu ada bangunan hospital... tembakan dibuat di main gate hospital, bukan seperti yang ditunjuka oleh imej satelit yang ditunjukkan.

anak perelih

Warkah buat saudaraku anggota polis

Posted: 26 Jul 2011 09:24 PM PDT







Oleh Dr MAZA

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu, Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat. Saudaraku anggota polis, Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran Saudaraku anggota polis, Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan. Bahaya kuasa Saudaraku anggota polis, Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui. Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani). Saudaraku anggota polis, Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana. Saudaraku anggota polis, Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43). Saudaraku anggota polis, Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari). Saudaraku anggota polis, Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan) Saudaraku anggota polis, Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara. Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia. Saudaraku anggota polis, Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

AMANAH AKAN BERGABUNG DENGAN PR PADA PRU 13!!!

Posted: 26 Jul 2011 09:19 PM PDT

Betul ke AMANAH akan bergabung dengan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang, terutama dengan 'manifesto' AMANAH yang dibacakan oleh Ku Li pada ucaptamanya!

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang telah merasmikan penubuhan AMANAH di mana dia sendiri menjadi Pengerusinya pada Jumaat lepas

Dengar cite tujuan penubuhan AMANAH tu yang kebanyakan mereka adalah puak-puak yang menjadi musuh Tun Mahathir dan sebahagiannya pula memusuhi Najib dan Rosmah.

Dengar cite, AMANAH jadi third-force sekaligus menjunjung dan menyemarakkan cita-cita Ku Li yang tidak kesampaian sampai sekarang. AMANAH juga dikatakan mendapat sokongan daripada segelintir Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dalam usaha untuk memastikan kedudukan mereka pada PRU13 nanti.
Selain tiga orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dalam AMANAH iaitu Ku Li, Wilfred Bumburing dan Ong Tee Kiat, siapalah lagi yang akan menyertai AMANAH?

Segelintir kepimpinan Pakatan Rakyat mengalu-alukan inisiatif Ku Li menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjadi sebuah suara solidariti dan perpaduan negara.

HANDBAG HERMES BIRKIN ROSMAH RM63.00 (LOCAL PUNYE)...

Posted: 26 Jul 2011 07:35 PM PDT

..HERMES BIRKIN..

actually HERMES nie adalah nama besarnya...under HERMES ada banyak lagi "subproduct".. antaranya "HERMES BIRKIN" .....nama "BIRKIN" nie diambil sempena nama Jane Birkin..

dekat Malaysia nie ada beberapa VIP yang ada pakai HERMES BIRKIN nie...

sapa dia..?????


of course la our Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah...
she is queen...so beg yang harganya 30k ++ ... yang original punye la....

dan sorang lagi....


tapi first lady nye local... tak sampai seratus pun satu... murah je... abg Najib marah bazir duit... byk lagi nak pakai duit untuk rakyat jelate

 memang merasa la Rosmah nak pakai jenama HERMES nie.... Fisrt lady HERMES BIRKIN collection,,,







kali le dengan RM4.50....

INI ANAK YANG MANGKUK HAYUN... OTAK DUK KAKI!!!

Posted: 26 Jul 2011 06:26 PM PDT

SHAH ALAM: Akibat kemaruk cinta kepada lelaki warga Nigeria, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menipu bapa sendiri kononnya dia bersama kekasihnya itu diculik dan meminta wang tebusan RM1.5 juta untuk dibebaskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata bapa gadis itu memberitahu polis, dia menerima panggilan telefon seorang lelaki pada jam 3 petang 21 Julai lalu mengatakan anak perempuannya bersama teman lelaki diculik di Kajang.

Menurutnya, berikutan itu bapa berusia 53 tahun yang juga akauntan di Kuching, Sarawak, menghubungi Balai Polis Kajang bagi membuat laporan pada hari sama, kira-kira jam 11.30 malam.

"Bertindak atas laporan itu, polis melakukan siasatan dan mengesan lokasi pasangan kekasih terbabit di lobi sebuah hotel di Pulau Pinang pada jam 8 malam, 23 Julai lalu.

"Hasil siasatan, pasangan itu didapati sengaja mereka-reka cerita kononnya mereka diculik, sedangkan tujuan utama mereka ingin mendapatkan wang untuk kegunaan peribadi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Lelaki Nigeria itu kini direman sehingga 30 Julai, manakala teman wanitanya direman sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961.


.....PADAN MUKA KORANG.....

* gambar hiasan je

PRESIDEN NAK DAKWAT KEKAL... MURSYIDUL AM BIOMETRIK... KESIMPULANNYA...

Posted: 26 Jul 2011 05:59 PM PDT

PAS berpendirian bahawa Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) wajar menggunakan dakwat kekal berbanding sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berpendirian bahawa penggunaan sistem biometrik bukan penyelesaian terbaik mengatasi isu pengundi hantu.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya semalam.

"Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik," kata Ahli Parlimen Marang ini sambil menambah, "kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik."

Kedua-duanya merupakan antara isu yang menjadi tuntutan Bersih 2.0.

PKR juga melahirkan pendirian yang sama Ahad lalu.

Hadi juga menambah, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan oleh pihak yang mengendalikannya terutamanya pegawai yang bertugas di pusat mengundi.

"Cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindan bukan penyelesaian yang sebenar.

"Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir yang ada kepakaran dan terlibat dalam mengendalikan sistem ini," katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti boleh membawa "kebersihan" dan tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

.... so kesimpulannya... dua-dua BETUL...... kita sokong SPR nak guna biometrik tetapi dengan syarat dakwat kekal wajid dilaksanakan juga dalam pilihanraya di Malaysia.... SO JANGAN GADUH-GADUH AHLI PAS DAN PR....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 Jul 2011 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


GARA-GARA KERJA YB NOH OMAR, POLIS DAN KETUK KETAMPI, WANG RAKYAT JUGA MELAYANG

Posted: 27 Jul 2011 01:36 AM PDT



Dikatakan sebanyak 53 pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis media hari ini mendesak Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu Datuk Noh Omar meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani isu wanita berbogel dan ketuk ketampi dalam lokap polis baru-baru ini.
Gambar Hiasan

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku "adalah tidak adil" kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

NAJIB BERMASALAH BESAR ! NAK MENGADAP ANWAR DI PARLIMEN DAH KECUT INIKAN DI MAHKAMAH LAGI TAKUT

Posted: 26 Jul 2011 10:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon untuk pihak pembelaan menemubual lima saksi dalam perbicaraan kes fitnah liwat 2 sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar, yang memfailkan permohonannya menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, menamakan dua saksi berkenaan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiga saksi yang lain ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Di dalam afidavit sokongannya, Anwar menyatakan bahawa peguamanya, S N Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

RUMAH PANJANG PENGERUSI TNB TERBAKO !

Posted: 26 Jul 2011 09:07 PM PDT

Rumah panjang pengerusi Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat dari Kanowit, musnah dalam satu kebakaran petang semalam.

Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi berkata seluruh rumah panjang yang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api kira-kira 10 minit selepas kebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.

Beliau berkata, api merebak dengan pantas ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang itu yang boleh diangap paling moden di daerah sini.

Bernama melaporkan, Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji ketika dihubungi di pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28 petang.

"Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba Mutton anak Gelunggang sampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun itu pada kira-kira pukul 7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dan menambah api dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Graji berkata, seorang lelaki berumur sekitar 40an cedera apabila dia cuba merempuh masuk rumah panjang itu kerana hendak menyelamatkan harta bendanya, dan dia sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, dan menurutnya ramai mangsa kini menumpang sementara di Dewan Masyarakat berhampiran dengan tempat kejadian.27/7/2011

KALAU BEGINI BERTERUSAN KEMENTERIAN NAJIB AKAN LUMPUH, SABAH LAGI RAPUH

Posted: 26 Jul 2011 07:21 PM PDT

Akhirnya, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000. Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (gambar bawah) yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat laporan susulan.

"Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah," ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk 'Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?' bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang.

BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; "Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.


Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan.

Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni.

Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya."/sabahkini

PM MALAYSIA DS NAJIB & ISTERI KESAYANGAN DIPANGGIL KE MAHKAMAH!

Posted: 26 Jul 2011 05:30 PM PDT


Fitnah II: Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.
Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid .
Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.
"Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu," kata Ram.
Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.
Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.
Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.
Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.
"Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya," kata Anwar dalam afidavitnya.
Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.
Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.
Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.
Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.
Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan