Jumaat, 17 Februari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


D'Perbatasan

Posted: 17 Feb 2012 07:40 PM PST

Tukar Tiub

Posted: 17 Feb 2012 07:08 PM PST

Tukar Tiub


HUTANG KELILING PINGGANG - KANG KANG KANG

Posted: 17 Feb 2012 11:14 AM PST





HASAN ALI PIKUL HUTANG







ADA PEMIMPIN SELANGOR ANGGAP PERBUATAN MAKSIAT HAK ASASI : HASAN ALI – berita hairan

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan Enakmen Syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan teman wanita," katanya ketika ditemuramah dalam program bual bicara, Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BAGAI MANA DENGAN BANYAK HUTANG... MAKSIAT ATAU TIDAK?..... kah kah kah...

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN HUTANG BANK..MAKSIAT ATAU TIDAK?... kah kah kah..

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN REMBAT TANAH ?.... MAKSIAT ATAU TIDAK?.... kah kah kah..

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN REMBAT 900 RIBU RINGGIT DUIT HARAKAH?.... kah kah kah..

kah kah kah... CAKAP PINJAM DUIT ... TAPI TAK BAYAR... MAKSIAT ATAU TIDAK?..... akh akh kah...

kah kah kah...MACAM MANA KALAU BELI IJAZAH ... MAKSIAT ATAU TIDAK?..... kah kah kah


HUTANG JUGA MAKSIAT



SATU LAGI CARA GEROMBOLAN TIPU UNDI

Posted: 16 Feb 2012 10:30 PM PST








PENCERAHAN DARI PEMBACA

saya ada satu cerita pelik tapi benar yang berkaitan. Pada tahun 2008, saya menukar IC saya untuk mohon kerja buat kali pertama di sebuah pasar raya. Jika di lihat dari luar, IC saya kelihatan normal dan alamatnya betul, alamat rumah saya di Kota Tinggi, Johor. Pada tahun lepas, saya baru perasan ada yang tak kena dengan IC itu, apabila saya menggunakan mesin MyEG (mesin bayar cukai jalan automatik). Di skrin lcd mesin itu akan terpapar maklumat di dalam cip MyCard dan alangkah terkejut bertambah hairan apabila melihat maklumat-maklumat dalam cip IC saya.

Nama penuh betul, No.IC betul, bangsa betul, agama betul, alamat salah. Alamat yang tercatit dalam cip IC saya adalah sebuah rumah pangsa di Pandamaran, Pelabuhan Klang Selangor Darul Ehsan. Eh.. sejak bila saya tinggal di Pandamaran, Pelabuhan Klang. KL baru sekali saya pergi, Selangor pun setakat singgah kat Kajang.. makan sate. Alamat dalam cip MyCard saya tak sama dengan alamat yang dicetak pada permukaan Mycard, iaitu alamat rumah saya di Kota Tinggi.

Baru-baru ini, saya mendaftar buat pertama kalinya sebagai pengundi menggunakan IC yang sama( saya ingat diorang ikut alamat yg tercetak kat luar), sungguh mengecewakan apabila saya semak nama saya di laman web spr, kawasan mengundi saya bukan di johor.. tetapi di DUN Pandamaran dan parlimen Klang. Macam mana lah saya nak mengundi nanti.. takkan lah naik Bas Ekspres macam orang balik raya pergi ke Selangor untuk buang undi. Dah lah first time, langsung tak tahu-menahu. entah konspirasi apekemende lah ni.. ini mesti kerja tangan tersembunyi united malays national organization. diorang ni memang kaki konspirasi. nasib baik la umur saye tak 100 tahun diorang buat.
By Mesin Taip on KERAJAAN SELANGOR AKAN JATUH on 2/17/12


TURUN KUANTAN AHAD 26 FEB


BIK MAMA GEMOK SENDAP

Posted: 16 Feb 2012 08:34 PM PST




LIHAT DAN PERHATIKAN RAPI RAPI












MEMAHAMI GAMBAR SUAMI NAJIB

sekali pandang gambar ini mungkin tidak jelas
untuk mata yang tidak terlatih
pasti tidak nampak apa maknanya
justeru membaca imej dan memahami imej
dipanggil ilmu semiotiok

gambar ini dengan jelas
menunjukkan betapa sontotnya suami najib
kesontotan suami najib ini mungkin
ramai yang dapat melihat

ada satu lagi yang agak jelas
tetapi memerlukan ilmu semiotik
bila telah diketahui fakta ini
maka akan terhurai kenapa suami najib ini
memerlukan cincin berlian yang berharga
berjuta juta ringgit

sila lihat sekali lagi gambar ini
dapat jawapan kenapa suami najib perlu cincin?
jawabnya jelas dalam gambar ini

perhatikan perempuan mat saleh yang slim
wanita ini cun dan bergetah
butang baju teratas terbuka
ini adalah bahasa erotik
membawa makna masih ada keinginan seksual

lihat jari tangan perempuan mat saleh ini
kosong tidak ada cincin
kemudian perhatikan
leher perempuan slim ini
jenjang dan memberahikan
tapi kosong tanpa rantai
ini tanda perempuan yang ada harga diri
dan berilmu dan tidak mengada-ngada

pandang ke bawah
dan lihat leher anak badak
apa yang dilihat?
anak badak tidak ada leher

apa maknanya?

maknanya anak badak tidak
memakai rantai leher
tetapi memakai rantai tengkok

lihat pula kolar baju anak badak
kolar baju anak badak menutup semua
ini bertujuan untuk menyorokan
fakta yang anak badak ini
tidak memiliki leher

lihat ke bawah lagi
lihat jari tangan anak badak
berselirat dengan cincin
faham maknanya?

justeru anak badak yang tak ada leher
memerlukan cicin di jari untuk menyatakan
yang dia kaya dan berjaya



NOTA:
siapa agaknya yang ambil
gambar ini - kalau anak badak tahu makna gambar ini
yang berkontrast antara
leher badak dengan leher minah slim
mampoos juru gambar ini






NOTA:
banyak ahli gerombolan
berkata : anak badak susah disembelih
kerana tak ada leher kah kah kah


FAT LADY OF SHOPPING TERUS DI TIBAI

Posted: 16 Feb 2012 07:36 PM PST




BERITA TERKINI


apabila universiti curtin
memberi ijazah kehormat
pada fat lady of shopping
satu gerakn tekah bermnula

ramai para ijazah dari universiti ini
telah mengoyak dan membakar ijazah mereka
ini kerana apabila universiti tempat
mereka bejalar memberi ijazah ini
berkmana nilai ijazh mereka merosot

ini kerana rakyat malaysia membeli
perempuan gemok yang dikenali
sebagi fat ladu of shopping

NOTA
sesiapa tahu graduan dari universiti ini?
kesian pada mereka
ijazah tak ada nilai
kah kah kah


INI IJAZAH CURTIN DI KOYAK












INI IJAZAH CURTIN DI BAKAR



Biaqpila

Posted: 17 Feb 2012 03:19 PM PST

Biaqpila


'Ustaz' kena cekup bersama wanita bukan muhrim

Posted: 17 Feb 2012 05:40 AM PST


PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

"Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

"Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita
itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya.

Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.

Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Aqidah: Tahniah, Najib tak perlu bayar RM80 juta

Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak perlu berbelanja sehingga RM80 juta untuk memastikan kenyataan yang menyifatkan beliau menggadai aqidah ditarik balik.

"Sebelum ini, Tan Sri Harussani (Zakaria) kata Najib menggadai 'aqidah kerana menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

"Semalam, kita yakin tanpa sebarang bayaran, Mufti Perak itu juga yang menyatakan kehadiran Perdana Menteri pada sambutan Thaipusam itu tidak menyalahi hukum syarak pula.

"Perdana Menteri tidak perlu bayar RM80 juta untuk bersihkan imejnya di mata orang-orang yang mudah diperdayakan bahawa imej beliau telah dibersihkan," kata Mahfuz sinis sambil merujuk jumlah yang RM80 juta yang dibayar dengan wang rakyat kepada FBC Media Ltd yang ditugaskan untuk membersihkan imej buruk kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Najib mengakui di Parlimen bahawa kerajaan telah membayar 19.6 juta euro (RM80 juta) kepada FBC Media antara 2007 dan 2010 kononnya untuk meningkatkan imej Malaysia di mata dunia antarabangsa.

Mahfuz menyifatkan perbelanjaan itu sebagai lanjutan penyelewengan kepada penyelewengan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sebelum itu oleh kerajaan Umno BN.

"Untuk menutup penyelewengan kerajaan Umno BN, buat satu lagi penyelewengan dengan menggasak RM80 juta duit rakyat untuk mengupah FBC buat dokumentari untuk cuba membersihkan imej buruk kerajaan Umno dan BN walaupun realiti yang berlaku tidak memungkinkan perkara itu terjadi.

"Buat lapan program dokumentari dengan harga RM80 juta dan selepas itu membazir begitu sahaja apabila kesilapan BBC (Perbadanan Penyiaran British) menyiarkan program tersebut memberikan imej yang sangat buruk dan hasilnya kosong kerana tidak mungkin sesiapa pun yang berakal boleh mempercayai program tajaan.

"Upah orang sampai RM80 juta supaya kata awak baik, siapa yang waras yang mahu percaya kata-kata orang upahan?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

BBC baru-baru ini telah memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa yang ditaja, termasuk lapan yang memaparkan Malaysia kerana tindakan itu melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorialnya.

Sambil menuntut Najib serta Umno dan BN yang diketuainya membayar balik RM80 juta itu kepada rakyat, Mahfuz bersyukur kerana perbuatan Najib yang sebelum ini disifatkan menggadai 'aqidah oleh Harussani dibersihkan oleh Mufti Perak itu sendiri secara percuma.

"Nasib baik Mufti Perak yang sebelum ini menyifatkan Najib menggadai 'aqidah tidak bertindak seperti FBC yang menggasak hingga RM80 juta duit rakyat negara ini, walaupun sikap beliau yang dituduh flip flop itu menggadaikan nama dan penghormatan kepada kedudukan beliau sebagai mufti," kata Mahfuz.

Dalam tegurannya terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya "menggadai akidah" itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya - harakah


demolanie



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KISAH SEBENAR DI SYRIA - Wanita dirogol di hadapan abang,ayah,anak,dan ahli keluarga mereka.

Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST


Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

anakmuaallaf

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SKANDAL LEMBU TERLAMPAU?

Posted: 16 Feb 2012 05:00 PM PST

Sepasang Lembu di Kuala Lumpur Siapa Punya ?





KUALA LUMPUR, 16 Feb -- SIAPA PUNYA LEMBU ?... Dua ekor lembu dilihat berkeliaran dan memakan rumput tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang di Jalan Sentul Pasar.

Kemalangan boleh berlaku jika pemandu tidak berhati-hati apabila lembu tersebut yang sering melintas jalan secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi jika pada waktu malam. - Foto Bernama


DEY MACHA!!!
LEMBU KINI MAKIN BERANI
MERONDA-RONDA DI KUALA LUMPUR
SAMA BERANI DENGAN TUAN LEMBU
YANG LANGGAQ UNDANG-UNDANG
SONGLAP DUIT LEMBU BUAT BELI KONDO
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Feb 2012 03:09 PM PST

DUNIACACAMARBA


Rokok Elektronik Meletup: Gigi Tercabut, Muka Terbakar

Posted: 17 Feb 2012 06:00 AM PST

Satu daripada model rokok elektronik yang berada di pasaran.

Berita AFP melaporkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada mukanya selepas rokok elektronik yang disedutnya meletup dalam mulutnya. Hal itu berlaku dipercayai berpunca daripada kerosakan kerosakan bateri. 

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depan lelaki itu tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba Pensacola, Florida, semalam.

"Analogi terbaik adalah hal itu seperti meletakkan botol berisi roket di dalam mulut anda lalu roket itu meletup," kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

"Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar," katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen tentang kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.


Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar. -DCM



Kerana Cemburu, Lelaki Gay Racun 15 Lelaki

Posted: 17 Feb 2012 04:30 AM PST


Jakarta Post melaporkan pihak polis di Nganjuk, Jawa Timur menyiasat satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang lelaki yang mengaku menggunakan racun tikus terhadap 15 lelaki. Tindakannya itu menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara perasaan cemburu.
 
Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya.

Mujianto menemukan nama rakan-rakan lelaki kekasihnya dalam telefon bimbit kekasihnya Joko.

Dia merasa curiga kerana 15 lelaki itu mempunyai hubungan intim dengan Joko.

"Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang telah dibuat.

Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.

Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.

Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. -DCM


[Video] Kapal Dagang Israel Pernah dan Sedang BERLABUH di Malaysia, BN Terang-terangan MENYOKONG ISRAEL dari Segi Ekonomi!!!

Posted: 17 Feb 2012 03:30 AM PST




 Melayu mudah lupa. Malaysia pernah membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pelabuhan Klang sekitar Mei dan Jun 2010. Keterangan tentang hal ini seperti yang dilaporkan oleh TV9 dan Bernama ada dinyatakan pada ruang info video di atas.

Blog Milo Suam pula hari ini mendedahkan dua buah kapal dagang Israel sedang berlabuh di Pelabuhan Klang. Pada 16 Febuari 2012 (semalam), dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel,iaitu ZIM USA dan ZIM Atlantic  dilihat menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport). Aktiviti pemunggahan kargo itu jelas membuktikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Sambung baca di sini.



P/s: Anwar baru menyebut dalam WSJ "I support all efforts to protect the security of the state of Israel a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.", namun  Malaysia di bawah BN bukan sahaja menjalinkan hubungan dagang dengan Israel (menyokong dari segi ekonomi), malah didakwa menjadi pak turut kepada Israel apabila menghentikan eksport minyak sawit ke Iran. Hal ini ada dilaporkan oleh Reuters.

SAMM pula mendedahkan Malaysia mengeksport minyak sawit ke Israel. Butiran hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel boleh dibaca di sini. Menurut daran EU, Malaysia ialah rakan dagang Israel yang ke-15.

Melayu, terutama Melayu UMNO, jangan mudah lupa!



Kalau "Takut Bini", Mengapa Pergi Premis Hiburan?

Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST


Saya petik:

[Kosmo] PUCHONG - Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai 'takut bini' sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini.

Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam.

Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat.

"Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan," katanya ketika ditemui di sini semalam.


P/s: Macam-macam gelagat manusia!

 

"Ustaz" Tua Dicekup dengan Wanita Muda

Posted: 16 Feb 2012 11:00 PM PST


Saya petik:

[SH] PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

"Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

"Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya.

Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.

Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


P/s: Kalau k**** dah gatal, terlebih power, kahwinlah 2,3,4 jika boleh berlaku adil dan mampu dari segi kewangan.



 

Malek Noor yang Pernah Mengaku 34 Tahun Tidak Beribadat Sebelum Dapat Hidayah, Kini Mahu Berkahwin

Posted: 16 Feb 2012 10:07 PM PST


Saya petik:

[Mstar] PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.

Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.

Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.

Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.

"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan.

Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan.

Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing.

"Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya.

Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka.

Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah.

Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan.

"Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit.


P/s: Alhamdullilah



Kerana Iktiraf dan Beri Ijazah Kehormat kepada Rosmah, Universiti Curtin Dikritik Hebat di FB

Posted: 16 Feb 2012 09:31 PM PST

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin.

Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.

Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat.

Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila dikatakan membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu.

Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald.

Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit.



Berkaitan:

Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama

[MK] Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.

NONEDalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".

"Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

"Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan,  Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.



P/s: Amat memalukan!


[KANTOI] Dr Dzulkefly Ahmad Dakwa Najib TEMBERANG Fasal Defisit Negara

Posted: 16 Feb 2012 08:30 PM PST


Saya petik:

(Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.

Ini kerana,  pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.

"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

"Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat.

"Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout' oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini.

Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok.

"Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok.

"Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu 'tidak defisit sebenar.

Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya.

Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang  melaporkan hutang 'contingent liabillities' sudah ke paras RM97 bilion.

"Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK.

"Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!

"Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi 'sustainable' atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau,  Najib sekali lagi mahu 'mengelabui' mata rakyat dengan  defisit fiskal (kewangan).

Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan  semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka!

"Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau.

Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan  keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!"


Dr Asri SINDIR Orang Politik Mempergunakan AGAMA untuk Kepentingan Diri, Siapa Lagi Kalau Bukan...

Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

"Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,
" katanya.

Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

"Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

"Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi,
" katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi.

"Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

"Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

"Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?"
katanya.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. 


P/s: Hanya orang yang "buta" tidak nampak niat sebenar HA.



Artis Nafi Beraksi BOGEL

Posted: 16 Feb 2012 06:50 PM PST

Satu daripada paparan skrin yang dikatakan seiras dengan artis itu.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara gambar bogel palsunya tersebar di laman sesawang hiburan tempatan, pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Noor Melia Aimiellia Zaidi atau Melia, 18, diugut mahu dicederakan.

Melia ketika dihubungi di sini, semalam berkata, gara-gara gambar palsu terbabit, ada antara saudara-maranya mengugut mahu memukulnya sekiranya didapati gambar itu benar dirinya.

"Saya tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah pagi tadi (semalam) ada pihak produksi memberitahu mereka tidak dapat mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan klip video selama 30 minit sudah tersebar.

"Kebetulan saya baru habis penggambaran drama Titisan 13 episod untuk RTM, dan sudah tentu kenyataan ada stesen televisyen mahu 'gam' saya cukup membimbangkan," katanya.

Jelas Melia lagi, dia sudah pun menyaksikan gambar terbabit, tetapi tidak dapat melihat klip video dimaksudkan. Malah, gambar terbabit sudah pun ditunjukkan kepada ibu bapanya. 


Warga Emas Berahi Didakwa Rogol Wanita Balik dari Sawah

Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST


Saya petik:

[HM] KENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di sini, 10 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang trauma dengan kejadian itu, akhirnya membuat laporan polis, kelmarin, selepas didesak suaminya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya sebelum terserempak dengan suspek dikenalinya berusia 54 tahun yang menetap di kampung berhampiran.

Secara tiba-tiba suspek terus memeluk mangsa daripada belakang termasuk mengacukan parang ke leher supaya tidak melawan atau melarikan diri.

Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum diseret ke hutan berhampiran sebelum dirogol.

Sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami sebelum mereka membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau, lima hari selepas kejadian itu berlaku.

"Mangsa membuat laporan polis selepas didesak suaminya dan dia mendakwa diugut dan dirogol lelaki dikenali.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke rumah lelaki terbabit dan suspek berjaya diberkas kira-kira jam 6.35 petang, hari sama," katanya.

Katanya, polis turut merampas dua senapang angin, dua bakakuk, 11 peluru dan lima peluru hidup untuk siasatan lanjut.

"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.


Tangan PUTUS Ditetak Penyamun

Posted: 16 Feb 2012 05:50 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.

Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.

Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. 

Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.

"Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.

"Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.

"Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya," katanya.

Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.

Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.

"Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit," katanya.

Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.

Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.

"Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.

"Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa," katanya.

Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.
CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.






Artis Dakwa Dibelasah Suami

Posted: 16 Feb 2012 04:58 PM PST


Saya petik:

BALKISYH...buat laporan polis 
 
[HM] KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami.

Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.

"Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. 

"Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.

Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.

"Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.

"Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh," katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.

"Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun," katanya.

Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.




ALHUSSEYN

Posted: 17 Feb 2012 03:09 PM PST

ALHUSSEYN


Umno Pulau Pinang Kantoi Lagi ....Cabaran LGE tidak berani dicabar !

Posted: 17 Feb 2012 08:01 AM PST


LGE sanggup meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri jika Umno mampu membuktikan penjualan tersebut dibuat tanpa tender terbuka.
Kempen fitnah oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Zainal Abidin Osman dan ahli parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan telah disangkal oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan resminya di sini

Fitnah Umno yang mengatakan bahawa harga penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 kepada pemaju swasta dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07bilion, adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi dan dijual tanpa tender terbuka.

Malah kedua pemimpin Umno tersebut mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Menurut LGE, apa yang tidak didedahkan ialah harga yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dimana penilaian yang disediakan oleh Jabatan Penilaian sebelum itu adalah RM65 kaki persegi.

LGE menjelaskan, apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebus guna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan.

Menurutnya lagi, harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi.

Keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang diterima apabila tender ditutup pada 31 Disember 2010, yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

Dakwaan Umno bahawa harga pasaran adalah RM420 kaki persegi adalah satu pembohongan yang sangat jelas.

Lim Guan Eng mencabar Umno supaya membeli 102.3 ekar tanah tersebut dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO.

Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010. Ini menafikan dakyah Umno yang mendakwa ianya dibuat tanpa tender terbuka.

LGE turut menyatakan telah mendapat surat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah semalam, menyokong dan bersetuju dengan keputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang terbaik dalam pembinaan rumah mampu milik Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik.

RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau. Projek pertama di Batu Kawan yang terdiri daripada 12,000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun.

LGE sanggup meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri jika Umno mampu membuktikan penjualan tersebut dibuat tanpa tender terbuka.

Beliau mencabar Zainal Abidin Osman dan Abdul Rahman Dahlan berundur dari arena politik sekiranya mereka gagal membuktikan dakwaan mereka tersebut.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 17 Feb 2012 03:06 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Pas tiada masalah dengan PR

Posted: 16 Feb 2012 06:35 PM PST


Oleh: SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU - Hubungan Pas dan rakan Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas meskipun menghadapi pelbagai isu sen sitif seperti kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibra him di Wall Street Journal baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof berkata, kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya menarik diri daripada PR hanya bertujuan untuk meme cah belahkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR.

"Suasana hari ini, suasana pilihan raya umum. Kita faham Umno nak tengok Pa katan Rakyat berpecah dan apa yang diwar-warkan me reka adalah ingin meng gam barkan bahawa PR tidak ada persefahaman, sedangkan ka mi memerintah empat negeri, tidak timbul pula ma salah se bagaimana didakwa," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ke nyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyarankan agar Pas menarik diri daripada be kerjasama dengan parti yang secara terangan tidak memperjuangkan Islam.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang tu rut mempersoalkan ke nya taan pemimpin Umno yang tidak memandang ke lemahan diri sendiri sebelum membuat mengkritik ter hadap parti lain.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak perlu mengkaji kedudukan dan hubungannya dalam PR hanya semata-mata desakan beberapa ahli di peringkat akar umbi.

"Memang ada beberapa perkara yang kita berbeza pandangan di antara Pas, PKR dan DAP. Tetapi seperti yang kita sebut sebelum ini, kita menghormati pandangan masing-masing untuk mengekalkan prinsip masing-masing," katanya.

KLMU Indah Khabar Dari Rupa

Posted: 16 Feb 2012 05:32 PM PST

Saya adalah merupakan salah seorang perlajar di KLMU. Keadaannya amat menyedihkan kerana, kami tidak disediakan tempat tinggal yang betul-betul selesa. Buat pada masa ini, kami hanya disediakan rumah yang bertempat Melati Utama, Wangsa Maju iaitu di Platinum Hill Condominium 12 orang untuk 1 rumah. Keadaan bilik yang sempit, almari kain yang disediakan tidak berkualiti serta tilam yang murah boleh mendatangkan ketidakselesaan bagi pelajar normal seperti kami.

Selain itu, masalah daripada segi pengakutan juga mengudang kepada masalah besar. Hal ini adalah kerana, pihak KLMU hanya menyediakan bas Leng Seng yang keadaan kerusi yang tertanggal dan bas tidak berhawa dingin serta jadual bas yang tidak munasabah. Oleh kerana jadual tidak munasabah bas ini perlajar terpaksa untuk membuang banyak masa di kolej sebagai contoh, jadual bas terakhir ke kolej adalah 12.30pm manakala kelas bermula pada pukul 4.00pm.

Bagi perlajar yang tinggal di Melati Utama terpaksa menggunakan pengakutan lain dengan menaikki teksi ke LRT Melati berharga RM4 untuk menuju ke hentian LRT Tun Sri Ismail. Kami rata-ratanya adalah bukan daripada golongan senang yang seharusnya pihak KLMU fikirkan. Selain itu, masalah lain juga boleh dilihat di kolej antaranya adalah, keadaan kelas macam "STOR" juga sikap pensyarah yang suka ponteng kelas pembelajarannya sendiri antaranya adalah S.N.Syuhada Shaharani. Sikap pensyarah tidak berdisiplin inilah yang menyebabkan kepada kegagalan kepada sesorang perlajar itu.

Dari segi perpustakaan juga amat menyedihkan kerana perpustaan tersebut tidak seperti di IPT yang lain kerana mengalami kekurangan buku serta tempat yang terlalu bising macam pasar. Saya tidak paham, bagaimanakah pihak berkenaan meluluskan kolej "SAMPAH" sebagai tempat pembelajaran yang seharusnya menyediakan tempat yang selesa bagi perlajar kerana berlajar itu adalah bukan "PERCUMA" semata-mata untuk diserahkan sebagai perlaburan pada masa hadapan.

By: Silvia

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 17 Feb 2012 01:34 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


BELIA - KINI SUDAH HILANG HALA TUJU

Posted: 16 Feb 2012 07:43 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 17 Feb 2012 01:31 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


MANA YANG PALING TELUS DAN BERSIH

Posted: 16 Feb 2012 11:30 PM PST

Sila buat undian di bahagian kanan blog ini.

Mencari yang terbaik antara yang baik.

 Woooo

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted: 17 Feb 2012 01:25 PM PST

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin

Posted: 17 Feb 2012 04:02 AM PST






Anwar Ibrahim Club (AIC) diwakili Presiden, Saudara Saifuddin Shafi Muhammad dan Timbalan Presiden, Saudara Al Azadi Al Johari hadir di Sri Pentas Bandar Utama, Ibu Pejabat Media Prima Berhad untuk penyerahan Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin pada pukul 11.20 pagi.

Kehadiran wakil AIC disambut oleh Puan Mastura Adnan, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat yang mewakili Datuk Johan Jaafar yang tidak dapat menghadiri sesi tersebut. Puan Mastura menerima memorandum tersebut kira-kira jam 11.30 pagi setelah mendengar penjelasan dan isi kandungan memorandum yang ingin disampaikan.

Isikandungan Memorandum tersebut seperti di bawah.....

Tarikh : 17 Februari 2012

Datuk Johan Bin Jaafar
Pengerusi Lembaga Pengarah
Media Prima Berhad

Memorandum Mendesak Media Prima Berhad Menghentikan Serangan Berat Sebelah Terhadap
Dato Seri Anwar Ibrahim Berhubung Polemik Israel dan Palestin

Anwar Ibrahim Club (AIC) menyelar keangkuhan Media Prima Berhad, penaung kepada beberapa konglomerat media perdana yang dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam usaha menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau dalam polemik Negara Israel dan Palestin sejak beberapa minggu yang lalu.

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan
memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Sebagai sebuah konglomerat media yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dan
informasi dengan tepat dan prihatin kepada rakyat, Media Prima seharusnya tidak dengan
sewenang-wenangnya menyerang dan memaparkan berita untuk tontonan rakyat tanpa berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak yang diserang. Adalah satu perkara yang tidak adil apabila Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat peluang bagi menerangkan kepada rakyat apakah pendirian sebenar beliau dalam isu ini.

Justeru AIC hari ini menyatakan menyatakan pendirian yang cukup tegas, mendesak Media
Prima Berhad supaya menghentikan serangan murahan yang berbaur politik yang jelas tidak sama sekali menjurus kepada penerangan maklumat secara informatif. Perbuatan ini adalah jelas tidak bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat terbanyak untuk menerima maklumat dan berita yang adil tanpa perlu berpaksikan kehendak mana-mana individu atau kumpulan berkepentingan.

AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya, untuk memberi ruang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari. Keberanian dan ketelusan Media Prima ini bakal membuka dimensi baru pemberitaan di Malaysia, sekaligus mengekang sebarang usaha terlindung tetapi jelas sebaga icubaan membunuh karakter melalui laporan tidak adil dan berat sebelah.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Muslimeen United

Posted: 17 Feb 2012 01:23 PM PST

Muslimeen United


Pelbagai UGUTAN Diterima Kerana Masuk PAS

Posted: 17 Feb 2012 08:56 AM PST

image
PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato' Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

"15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato' lagi daripada Sultan," terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.

"Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

"Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim 'Bagi Rasuah Satu Malaysia?" soal beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.

"Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

"Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.

"Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.

"Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?" soal beliau lagi. -sumber

SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan

Posted: 17 Feb 2012 08:49 AM PST

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk

Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN.

Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan. -GB

Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13

Posted: 17 Feb 2012 08:47 AM PST

KUALA NERUS - Umno sudah tidak ada modal dan ucapan pemimpinnya tidak ada asas apabila mereka mengatakan, adalah 'haram' sekiranya rakyat menentang dan tidak mengundi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, PAS seringkali mengajak Umno bermuzakarah bagi mencari kebenaran, namun ia ditolak oleh Umno, kerana parti itu sedar bahwa mereka tidak berjuang diatas landasan Islam.

"Ini (ucapan) bagi orang yang (sudah) tidak ada modal, kita ajak bermuzakarah, mereka (Umno) tak mahu mahu, kerana mereka tahu bahawa perjuangan mereka adalah yang tidak berdasarkan kepada aqidah (Islam),

"(dan) tidak mengikut sunnah RasuluLlah SAW,"ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang khalayak pada Forum Perdana Maulidur Rasul yang diadakan di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam 16 Februari.

Menurutnya, banyak kajian yang dibuat oleh para cerdik pandai Islam mendapati bahawa, dasar perjuangan Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

Antaranya, kata beliau, bekas Mufti negeri Sabah, Tuan Haji Said Ibrahim pernah membuat satu kajian yang bertajuk "Adakah Ahli Umno adalah Kafir" berdasarkan ayat-ayat  44, 45 dan 47 dalam surah al-Maidah.

"saya dapat kertas kerja (kajian) yang ditulis oleh Haji Said Ibrahim, sebagai pakar rujuk, (menyatakan) dasar yang dikemukakan oleh Umno itu tak boleh diterima oleh Islam,

"(antara) kesimpulan kertas itu menyatakan bahawa (ada) ahli Umno di kalangan bumiputera Sabah bukan orang Islam, yang menolak hukum Allah SWT,"jelasnya ketika menyatakan mengapa sebab muzakarah diantara PAS dan Umno tidak jadi diadakan.

Namun begitu, beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat berkata PAS masih membuka pintu muzakarah kepada Umno untuk mencari yang mana 'benar dan salah' bukan 'menang dan kalah'.

Justeru katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno mutakhir ini adalah kerana mereka sedar ramai umat islam yang bangkit mahu membuat satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut menjadi panelis dalam Forum yang di 'moderator' kan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Penceraah Bebas Ustaz Azhar Idrus. -BO


Konvoi Penerangan PAS bergerak ke selatan pula

Posted: 16 Feb 2012 07:49 PM PST


(Tuan Ibrahim bergambar dengan pasukan pengiring bermotor semasa konvoi
 jelajah Kelantan yang lepas)

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Lebih 50 peserta konvoi penerangan PAS yang diketuai, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS akan menjelajah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula mulai hari ini.
Di samping anggota Lajnah Penerangan PAS Pusat, konvoi ini akan turut disertai AJK Dewan Ulamak PAS.
Konvoi ketiga dalam siri jelajah seluruh negara ini akan bermula membuat perhentian pertama di Seremban jam 3 petang ini untuk taklimat penerangan yang akan diberikan sendiri oleh Tuan Ibrahim.

Ia bakal mengumpulkan semua jentera penerangan PAS dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebelum ini, konvoi anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat telah menjelajah selama lima hari di Sabah dan Sarawak.

Siri kedua adalah negeri-negeri Pantai Timur yang bermula di Kelantn 4 Februari lepas diikuti Terengganu dan Pahang pada hari-hari berikutnya.

Dalam program kali ini, konvoi akan dipenuhkan dengan pelbagai program termasuklah penyebaran risalah, hi tea, kuliah Magbrib dan ceramah.

Pagi esoknya pula, program kuliah Subuh akan diadakan seluruh Negeri Sembilan sebelum konvoi bergerak pula ke Melaka.

Di Melaka, konvoi akan bersatu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan turut mengisi program di negeri itu.

Keesokan harinya, 19 Februari, konvoi ini akan berangkat ke Johor pula untuk memenuhi program di sana.

"Kita telah berjaya menjalankan tugas kita dengan baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Kita yakin, program di negeri-negeri selatan ini akan juga mendapaat sambutan yang baik kerana kita dimaklumkan akan berlaku tsunami politik dalam pilihan raya akan datang ini di negeri-negeri ini," kata Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat. -Hrkh

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)

Posted: 16 Feb 2012 07:46 PM PST

SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.

Propaganda media arus perdana ini memang mudah sangat difahami. Kalau tanya kambeng, kambeng pun boleh baca propaganda meraih undi Melayu yang dilakukan ini. Sepotong ayat Anwar diputar belit siang malam pagi petang.

Bak kata orang tua-tua "mengata orang jahat supaya diri sendiri nampak baik". Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka. Mereka kata Anwar sokong Yahudi supaya orang Melayu fikir Najib pejuang Palestin kah kah kah

Seperti yang dijanjikan di dalam twitter semalam, rujuk sini [Twitter] kita akan dedahkan hubungan dagang Malaysia dengan Israel. Najib nak jadi pejuang Palestin? Kah kah kah kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek? lembu? Kambeng?





Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.




Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.




Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih!

ReJaM© " Rosmah Mansor pejuang Palestin? Lagi tak masuk akal

‘Tragedi’ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sangat Memalukan Rakyat Terengganu

Posted: 16 Feb 2012 04:40 PM PST

KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan kecurian peralatan stadium tersebut yang bernilai RM50 juta adalah 'tragedi' yang sangat-sangat memalukan rakyat negeri Terengganu.

Oleh itu, tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran 'tragedi' SSMZA.

"Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5561.jpg"Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan? Dan siapakah yang 'dalang' yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,"ujarnya

Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.

Sehubungan itu, Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata 'tragedi' SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)

"Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,

"ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,"jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5560a.jpgBeliau juga menempelak tindakan 'pendakwaan terpilih' yang hanya dibuathanya  ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.

Justeru, Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.

"Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat?  ke hantu yang curi?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5570.jpg"peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,"katanya.

Ketiga-tiga ADUN PAS tersebut berkata demikian dalam sidang media, selepas memperbaharui laporan  'tragedi' SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari.

Tujuan laporan tersebut adalah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.

Dr Syed Azman menyifatkan 'tragedi' SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada 'skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang meilbatkan pinjaman RM250 juta.

"Memalukan….sangat-sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu!,"tambahnya. -BO


Papagomo Tidak Akan Terlepas Dari Hukum Allah - Husam Pula Saman Papagomo

Posted: 16 Feb 2012 04:39 PM PST

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula

KOTA BHARU : Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. -Hrkh

Ini Bukti !! Bantuan Rasuah 1 Malaysia ( BR1M)

Posted: 16 Feb 2012 04:37 PM PST



Pembaca sekalian

Renung dan lihatlah gambar sebagai bukti bantuan populis BN dengan mengunakan dana rakyat .

Dimana keikhlasan BN dalam nak menolong rakyat ?



BR1M ni duit UMNO ka ?

BR1M ni duit Parti BN ka ?

Dulu kini dan selamanya BN kencing duit Rakyat...

Rm 500 adalah retorik politik untuk mengekalkan kuasa dan kepentingan politik BN sahaja. Pada asasnya, pemberian ini lebih kepada pancia undi.

Yoep & Yong semua pakat pakat kita ubah masa mengundi nanti..

Dah lama sangat..





shalehudin

Posted: 17 Feb 2012 11:46 AM PST

shalehudin


Lain macam ja cara PAS berkempen... hihi...

Posted: 17 Feb 2012 10:00 AM PST

Bebanyak aktiviti dari Pemuda PAS nih, yang ni ja yang aku syok tengok... Dunia moden, cara berkempen pun banyak berlain...

JANGAN sakit hati dah gaji laki dia rakyat yang bagi... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2012 08:00 AM PST

Isteri Muhyiddin shopping sakan di KLCC?

Shahbudin Husin,

Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu.

Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudug itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini.

Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu.

Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah. Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu?

Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya.

Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini.

Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini. Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu.

Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat. Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara.

Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat.

Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai.

Amboi... Egonya hang Hassan Ali woii...

Posted: 17 Feb 2012 07:48 AM PST

'Saya tunggu kenyataan parasit sokong Anwar'

Golongan parasit dalam PAS yang menyokong agenda politik Anwar sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh, kata Hasan Ali.

SHAH ALAM: Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali mencabar golongan 'parasit' dalam PAS memberikan kenyataan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Palestin-Israel.

Golongan parasit dalam PAS yang disifatkannya sebagai pemimpin yang menyokong agenda politik Anwar selama ini katanya sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh.

"Saya tunggu kenyataan golongan profesional yang menjadi parasit ini tapi nampaknya tiada seorang pun dalam PAS yang keluarkan kenyataan tentang Anwar," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah satu perkara yang amat jarang ditimbulkan terutamanya apabila mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang.

Nik Aziz kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

'Kalau nak debat biar setaraf'

Sementara itu, ditanya tentang pelawaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk berdebat secara terbuka mengenai isu 'parasit', Hasan berkata dirinya belum bersedia buat masa terdekat.

Tetapi, katanya akan menyahut cabaran itu hanya selepas Jati mencapai tempoh matang namun bukan dengan Khalid Samad.

"Kalau nak debat biarlah setaraf Naib Presiden atau Timbalan Presiden (PAS) dan bukannya dengan orang bawahan," katanya yang pernah enam tahun memegang jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya mengenai dakwaan negara republik dalam ceramahnya sebelum ini.

Katanya, dakwaan itu ditimbulkan berdasarkan hasil tulisan dalam blog dan disebut individu tertentu namun enggan mendedahkannya secara terperinci.

Ditanya sama ada mahu meneruskan perjuangan politik dan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Hasan berkata keputusan itu akan diumumkannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan.

Blogger Aspan Alias dah pecah lobang... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2012 03:30 AM PST

Dalam pilihanraya lalu lebih 1 juta ahli Umno keluar parti ?

Oleh Aspan Alias

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam Umno yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan Umno setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam Umno dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri.

Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli Umno terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu 'normal' dalam Umno sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya.

Umno ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli Umno sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti 'alternative'.

Jika semua ahli-ahli Umno itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon Umno telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi dua juta orang.

Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan.

Sebaliknya Umno memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa Umno memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan.

Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. Umno telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit 'sabo menyabo' itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam Umno dahulu.

Ahli-ahli Umno nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin Umno ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, 'do what I ask you to do, don't do like what I do'.

Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam Umno setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya Umno boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari lima dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh Umno yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan Umno merupakan kepimpinan yang 'clueless' dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik.

Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong Umno didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam.

Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini?

Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong Umno ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, Umno sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal.

Tetapi yang kita tahu sekarang, Umno mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh Umno ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah 'winnable candidates' dan tidak ada siapa yang tidak 'winnable' di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing.

Dalam kata lain Umno dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli Umno sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat Umno ini? — aspanaliasnet.blogspot.com

Jom pakat-pakat tibai Anwar pulak... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2012 01:30 AM PST

Jangan Kompromi Soal Akidah , Hatta Najib Mahupun Anwar

Oleh Wfauudin

MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves. Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam.

Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut. Selebihnya, Wallahu Aklam.

Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas? Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'? Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka? Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?

Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini. Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama. Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam. Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu. Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama. Wallahu Aklam.

Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.

Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah. Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain. Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera. Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com

Sori la Anwar, bahasa hang ni tinggi sangat...

Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin: "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Najib dimintak jangan KENCING...

Posted: 16 Feb 2012 10:00 PM PST

Najib diminta jangan temberang tentang defisit

Harakahdaily, 16 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap.

Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar.

"Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

"Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat.

"Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout' oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas)yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini.

Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok.

"Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok.

"Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu 'tidak defisit sebenar.

Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya.

Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang 'contingent liabillities' sudah ke paras RM97 bilion.

"Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK.

"Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!

"Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi 'sustainable' atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu 'mengelabui' mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan).

Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka!

"Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau.

Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!"

Hang jawab sendirilah Anwar woii, gatai sangat...

Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST

Kalau dah gambar macam ni.. Anwar Ibrahim jawab sendirilah..

Dalam hal video seks edaran Datuk 'T', aku masih boleh menafikan bahawa lelaki yang dikatakan sebagai DS Anwar Ibrahim didalam video tersebut bukanlah DS Anwar Ibrahim, kerana pelaku tersebut memanglah bukan DS Anwar Ibrahim.

Malah bagi menangkis serangan dari pencacai UMNO yang menyiarkan video tersebut, aku dan beberapa orang sahabat sanggup bersengkang mata hingga kepukul 4 pagi selama beberapa hari untuk menyediakan video bagi menangkis video seks tersebut.

Malangnya projek video itu telah di hijack oleh seseorang ketika aku mahu menayangkannya kepada DS Anwar Ibrahim..

Sakit hati punya pasal aku biarkan projek video tersebut terhenti ditengah jalan.. mampuih pi!

Aku sakit hati pasal masa kami buat video tu tak ada siapa yang peduli, tapi bila dah hampir siap ada manusia yang mahu mendapat nama dari hasil kerja kami tu..

Itu pasal video seks..

Berkenaan gambar yang disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO yang telah disaman oleh Husam Musa sebanyak RM500,000, aku tiada sebarang alasan untuk menafikannya kerana ia memang Anwar Ibrahim.

Blogger tersebut telah menyiarkan gambar seperti di bawah..

 
Bagi yang taksub dengan Anwar Ibrahim mereka mempertikaikan akan kesahehan gambar tersebut.. bagi aku tak perlu dipertikaikan.. sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim yang berada dilokasi sambutan perayaan ponggal itu..

Selain dari jadual program Anwar yang aku ada perkara ini disahkan oleh Blog Suara Seri Andalas..

Yang turut menyiarkan gambar-gambar berikut yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

 
 
 
 
Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan turut kelihatan.

Jika Najib disifatkan sebagai menggadai akidah oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim juga adalah sama kerana perayaan Ponggal ini diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. lebih lanjut sila baca di SINI

Jika Tan Sri Harussani berkata menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

Aku juga boleh berkata Dr Mohd Nor Manuty dari Biro Pemantapan Agama Keadilan sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir atau turut serta dalam perayaan itu...

Tapi.. ada yang kata Ponggal ni bukannya perayaan keagamaan.. dua keping gambar diatas yang disiarkan oleh Blogger UMNO tu macam mana?

Oleh itu.. dalam hal ini lebih afdal rasanya jika Anwar Ibrahim yang menjelaskannya sendiri bukannya Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim yang jawab!!

Kalau nak tahu siapa Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim sila baca di SINI

Nak tepis macam mana kalau Video pun ada...


Pesan orang tua-tua.. kalau nak jadi sokong jangan jadi sokong yang membawa rebah.. yang betul kata betul.. yang salah kata salah... (Sumber: Anak Sungai Derhaka)

Video: Lelaki Iran cedera kena bom di Thailand

Posted: 16 Feb 2012 06:00 PM PST

Lelaki Iran Cedera Dalam Serangan Bom Di Thailand

Bangkok: Seorang lelaki warga Iran yang membawa bom tangan cedera dan empat orang awam turut cedera dalam tiga letupan yang menggegarkan sebuah kejiranan di ibu kota Thailand itu, semalam.

Bangkok berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak bulan lalu apabila Amerika Syarikat mengeluarkan amaran mengenai ancaman pengganas di kawasan yang sering dikunjungi pelancong.

Namun, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jika insiden semalam ada kaitan dengan amaran Amerika itu.

Tiga lelaki dilihat melarikan diri setelah sebuah rumah di Sukhumvit Road, di timur Bangkok, meletup.

Skuad pemusnah bom bergegas ke kawasan itu dan melihat tiga lelaki melarikan diri dan seorang daripada mereka melontar bom ke arah sebuah teksi.

'Dia cuba menahan teksi tetapi memandangkan dia berlumuran darah, pemandu teksi tidak mahu berhenti,' kata Jeneral Polis, Pansiri Prapawat.

Lelaki itu kemudian cuba melempar sebutir bom ke arah polis, menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tepi sebatang jalan yang sibuk.

Menurut pihak berkuasa, akibat letupan itu, sebelah kaki lelaki, yang dipercayai warga Iran itu hancur dan empat orang awam- tiga lelaki dan seorang wanita Thai - turut tercedera.

Letupan di Bangkok itu berlaku sehari setelah sebuah kereta diplomatik Israel dibom di India - serangan yang menurut Israel dilakukan Iran.

Pihak berkuasa Thailand mengatakan mereka tidak pasti jika kedua-dua insiden itu ada kaitan antara satu dengan lain, namun jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor, berkata mereka tidak dapat menolak kemungkinannya.

Pasukan keselamatan Thailand menemui lebih banyak bahan letupan di sebuah rumah, yang didiami lelaki Iran itu ketika di Bangkok.

Tapi, kata Jeneral Pansiri, mereka tidak dapat pastikan apakah sasaran sebenar kumpulan itu.

Menurutnya lagi, sebuah pasport ditemui di salah satu lokasi letupan dan menunjukkan pengebom sebagai Saeid Moradi dari Iran.

Tambahnya, pihaknya percaya letupan pertama, yang memusnahkan sebahagian bumbung rumah Moradi, berlaku secara tidak sengaja.

Lelaki itu dan mereka yang cedera, kini dirawat di hospital.

Seorang lelaki Iran turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, malam semalam sedang dia cuba berlepas ke Malaysia.

Lelaki itu masih disoal siasat dan pembabitannya dalam insiden letupan semalam masih belum dapat dipastikan. -- AFP, AP.

Pakatan memang bodo...

Posted: 16 Feb 2012 04:00 PM PST

Pakatan Akan Kalah Kerana Kebodohan Sendiri

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sebelum saya mencatat Citra Perjalanan II ingin saya menulis sesuatu yang terbuku di hati pada masa kini. Keterbukuan ini perlu dilengsaikan kalau tidak ia boleh membawa 'sengkak sebok' dan akhirnya memeranakan diri sendiri. Apa yang bermain dalam benak ini menjadikan saya kehilangan selera untuk mencatat siri Citra Perjalanan atau mengulas membahan kenyataan-kenyataan bodoh pemimpin Umno dan Ngo ngor.

Kekadang-kadang apa yang kita lakukan (tulis dan laungkan) tidak sedikit pun menjadi api dan angin kepada ma'dunnya. Maksudnya tidak dipedulikan oleh orang yang kita sasar apa yang hendak perkatakan itu. Jadilah suara dan kata-kata kita bagaikan busa di lautan.

Bila keadaan begitu maka jadi bodoh atau terasa bodohlah kita kerana seolah bercakap berseorangan, berfikir berseorangan, memerah otak berseorangan, menyekang mata hingga ke pagi kesorangan sedang sumbangan kita tidak pun dinilai dan dimanaaftkan. Perlukah saya dan kita semua yang mengharap jatuhnya bulan ke ribaan meralatkan semula akan apa yang kita lakukan untuk tidak terus menjadikan kita bodoh?

Apa yang saya maksudkan ini ialah mengenai sikap dan telatah para pemimpin Pakatan Rakyat, khasnya Pas dan PKR yang saya melihat mereka ini seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak kompak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti tetapi diwaktu lain mereka seakan kontradik sama sekali.

Polimek-polimek yang berlaku di antara mereka menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka hasratkan dan untuk difahami rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat Umno. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru?

Kononnya kedudukan UBN khasnya Umno sudah terdesak, terjempit atau nazak di hujung kuasa dan dicemuhi rakyat bagaikan tong sampah pecah memelah air busuk kohong. Kononnya....

Lalau rakyat pun 'terperagah' dan teruja dengan laungan itu. Emosi membuak-buak untuk melihat satu perubahan besar dalam negara. Memang rakyat di bawah sudah ada minat besar untuk memenuhi harapan itu. Rakyat sudah mual dan lugal dengan kerajaan UBN dipimpin Umno. Golongan muda, terpelajar, para pegawai kerajaan, swasta sudah pun bersedia. Mereka sudah mulai menilik dan berkira untuk membuat perhitungan akhir dengan kerajaan UBN.

Pemberian wang, pengumuman projek, insentif dan segala macam dalam bentuk wang jelas dan kabur tidak sedikitpun menjadi perhatian rakyat. Rakyat sudah tahu bahawa taburan janji dan sedikit kebendaan begitu yang diambil dari khazanah negara adalah sandiwara dan tektik membubuh umpan dalam jerat saja.

Tetapi malang seribu kali malang, saat rakyat sudah bersiap sedia, tetapi sesetengah pemimpin Pas, DAP dan PKR seakan tidak bersedia dan main-main. Mereka masih lagi cuba menegakkan sikap keakuan masing-masing sehinggakan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi masih belum wujud. Persefahaman hanya di kalangan para pemidto di pentas sama saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri masih menebal.

Perkara paling nyata ialah tidak bersama dalam menggubal fikiran atau pun melontar isu untuk mendapat perhatian umum. Atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing. Ini saya kira kelemahan besar Pakatan Rakyat yang akhirnya akan memeranakan pakatan itu sendiri pada pilihan raya akan datang kalau tidak diperbetulkan segera.

Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak bijak atau sepakat dalam mengulas sesutau isu. Walaupun subjek itu jelas bertentangan dengan fahaman dan ideologi parti masing-masing mereka seharusnya tidak menunjukkan akan jurang itu sebaliknya berfikir bagaimana mencerminkan penyelesaiannya bukan berkonflit. Rakyat sekarang mahu tenguk kemampuan mempersatukan bukan kehebatan menegakkan kehebatan diri.

Rakyat dan umum sudah tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi dan iltizam perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya. Maaflah kalau saya terpaksa mengguna istilah ini (ortodoks) yang agak janggal dan keras. Otordok itu bukan dalam erti kata sebenarnya.

Orang sudah tahu keadaan itu semua. Justeru setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu ada perbezaannya. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum. Tetapi apabila mereka bergabung dalam satu Pakatan yang bertujuan dan bermatlamat satu - untuk menumbangkan UBN seharusnya perbezaan itu tidak melatari diri masing-masing. Mereka perlu melenyapkannya bagi menunjukkan mereka kompak. Soal-soal yang boleh diselesaikan selepas menawan Putrajaya perlu di kesampingkan dulu.

Rakyat tidak mahu mendulatkan akan kehebatan ideologi masing-masing, tetapi apa yang hendak rakyat saksikan berlakunya perubahan kerajaan. Mereka ingin membandingkan kerajaan UBN dengan kerajaan baru. Sepatutnya perkara itu perlu diutamakan dan tinggalkan soal-soal penting dalam aspek prinsip dan dasar itu kerana jelas soal itu tidak akan membawa apa-apa kemenangan dalam konteks negara ini.

Sayang keadaan tidak berlaku. Pas dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR. Ambil isu terbaru tentang pertembungan pandangan dan pendapat mereka serta tindak tanduk menunjukkan ketidak cerdikan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu Anwar yang diwar-warkan menyokong Israel.

Anwar telah membuat kenyataan yang ada kait dengan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Umno telah menggunakan kenyataan Anwar itu untuk menempalak Anwar dan memberi tahu rakyat Anwar menyokong Israel. Isreal dalam kepala orang Melayu Malaysia adalah sejenis makhluk yang jahat lebih jahat dari Salentia walaupun mereka tidak mengetahui binatang apa Israel itu sebenarnya. Israel dalam minda orang Melayu sama juga dengan babi ia telah menjadi satu stigma.

Mereka tidak boleh disalahkan. Alasannya kerana Israel disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat. Bila disebut didalam Quran mereka terima sebulat-bulatnya, itu fiil orang Melayu. Malangnya walaupun Umno tidak disebut di dalam Quran mereka tetap juga menerima sebulat-bulatnya dan menerima Umno sebagai sebuah wadah umpama bahtera Nuh. Ini fiil orang Melayu bersikap double standard dalam semua hal.

Umno bersahabat juga dengan Israel dan telah membantu lebih hebat dari Anwar dengan mengadakan hubungan dagangan tidak menjadi masalah. Anwar hanya dengan berkata-kata saja. Media Umno telah memanipulasikan kenyataan Anwar itu. Biasa bagi Umno, yang 'rewelnya' kenapa Pas juga ikut sama membatai Anwar? Di sini menjelaskan sekali lagi kehebatan media Umno dalam memainan jarum dan memanjangkan lidah syaitan.

Bukankah dengan saling bantah membantah itu ia telah meretakkan sesama sendiri? Pas telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh Umno walhal Umno berkata itu untuk kepentingan politik. Tidak kira siapa yang mempersoalkan kenyataan Anwar dari Pas dia adalah gombal adik beradik dengan zombi. Kurang cerdik dan kurang subur baja siasah.

Seharusnya pemimpin Pas tidak menempik isu itu. Biarkan ia ditempik oleh Umno. Rakyat tidak akan terasa kalau Umno yang melaungkan. Tetapi bila Pas tumpang sepiak pinang ini menyebabkan rakyat yang gombal akan merasaikan Umno betul. Inilah bodohnya sesetengah orang dalam Pakatan Rakyat memberi bola tanggung atau membuka lubang kepada Umno. Cis...!

Bukankah Pas juga secara jelasnya mengharapkan bantuan PKR yang mana ketuanya Anwar untuk menang pilihan raya? Atau kalau Majlis Syura Ulamak Pas telah memfatwakan sesama sendiri kerjasama itu haram, maka nyatakan dengan jelas yang ia haram. Ini tidak... pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis inilah yang merosakkan Pas.

Nik Aziz terpaksa berkokok bila Syura Ulamak membuat kritikan demikian sebab dia adalah ketuanya. Walaupun Nik Aziz ada kuasa keramatnya dia tetap patuh dan hormat kepada sebuah dewan seperti Majlis Syura Ulamak itu. Saya tidak fikir seorang politus yang penuh mantik seperti Nik Aziz tidak dapat membaca apa yang termaksud oleh Anwar itu.

Dalam hal ini juga Anwar sendiri harus jaga diri dan tidak terlalu ego dan menunjuk hebat. henatilah melayan dan membuat kenyataan dengan akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan kita hebat dan pemimpin bertaraf dunia. Mungkin cara anda betul tetapi rakyat anda masih kebanyakannya gombak dan otak memetot.

Kalau hendak bercakap dengan akhbar asing pun biarlah anda menjadi PM kelak. Masa itu cakaplah apapun orang tidak berani pertikai... lagi pun media Umno sudah tidak ada lagi waktu itu. Penjilat buntut Umno akan berpaling kepada anda dan memuji bahawa anda seorang yang berpandangan jauh dan membawa kedamian sejagat. Waktu itu pujian anda kepada Israel juga akan menjadi semanis madu.

Selain isu itu timbul juga isu valentine day - hari mengingati kekasih. Pemuda bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Pemuda ini pun satu hal yang dia nampak hanya soal valantine day sahaja. Soal-soal lebih bedsar dan isu global tidak terlintas dalam benak Pemuda. Isu hari kekasih ini saya rasa wujud setiap tahun dan tidak pernah ada penyelesaian tuntas. Seharusnya Pemuda membuat kajian Phd dalam hal ini kenapa ia masih berterusan?

Kegagalan menyelesai isu ini adalah kegagalan pihak yang menanganinya tidak kira Pemuda Pas, Majlis Agama atau mana-mana pihak. Kegagalan ini juga akan diketawakan oleh mereka yang merayakan hari berkenaan. Itu Pemuda Pas tukar kepada hari mengingati suami isteri itu apa pula. Bagi saya idea itu tempelan sahaja. Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain.

Si Karpal Sigh pula bangkit mempertahankan valinte day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini, tetapi yang ruginya kepada Pakatan Rakyat. Perbalahan yang bersifat personal itu akan terbawa ke dalam Pakatan Rakyat. Media massa PB pula akan terus memainkan isu ini dan yang peningnya ada orang di bawah. Pertengkaran itu juga tidak akan menyelesaikan masalah melainkan kerana nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja.

Hal-hal sebegini boleh dielakkan kalau mereka, baik Karpal dan Pemuda Pas bijak berpolitik. Berpolimek bukan tidak boleh, tetapi kalau ia sampai menjejaskan cita-cita asal hendak menumbangkan Umno ia tidak ada guna dan jadilah tindakan dan polimek itu sebagai tahi kering saja.

Kesimpulannya dari kedua keadaan itu, isu Anwar dan Israel dan Pas meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik Pakatan Rakyat. Walaupun ia adalah segmen-segmen isu yang dimainkan oleh Umno tetapi dari segi hakikatnya ia akan menjadi persoalan dan pertanyaan lunak macam mana Pakatan hendak mengganti Umno kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh

http://msomelayu.blogspot.com/

Lawak... lawak... kahkahkah...

Posted: 16 Feb 2012 02:30 PM PST

Kisah di sebuah kilang (umur pencen wajib 60 tahun)

Oleh: Merong

Bapa yg bekerja sebagai Technician berjaya mendidik anaknya menjadi seorang Engineer. Ditakdirkan Allah anaknya bekerja di syarikat dan jabatan yg sama dgn bapanya di PENANG.

Ketika sesi "review" kenaikkan gaji tahunan, si Anak memanggil Bapanya untuk sesi temubual:

Anak : Ayah tahu dak pasai apa saya panggil bapa ?

Bapa : Dah tau dah, 42 tahun aku dok kerja sini.

Anak : Saya panggil bapa NAK bagi "review" tahunan.Saya menilai prestasi bapa dari segi "attitude", "attendance" dan "quality kerja".

"Attitude"- saya tengok bapa banyak dok menyembang perkara yg tak bersangkut paut hal kerja. Bapa banyak dok melepak di kantin dan surau.

"Attendance" saya tengok rekod bapa terlalu banyak MCs.

"Quality kerja" mungkin sebab bapa org lama, semua kerja bapa buat secara "work smart". Cukup sempoi.Jadi "attitude" saya bagi "D", "Attendance" saya bagi "E", "Quality Kerja" saya bagi "B". Nilai purata prestasi bapa saya bagi "D".

Mengikut skala gaji..kenaikkan gaji bapa adalah sebanyak RM15 ringgit utk tahun ni.Ada apa apa komen ?

Bapa : Hang nak suruh aku menyembang pasai kerja… hang tau dak aku cemuih gila dok tengok mesin tu sampaikan berapa banyak skru yg ada di mesin tu pun aku tau. Dok lepak di kantin sekurangnya lepas juga rindu aku dekat warung kopi tempat org tua macam aku dok melepak.

Nak kira pasai "attitude" hang pun tak ok jugak. Yang hang dok lepak di cyber café dgn kawan2 hangtu nak kira camna? Sampai lupa anak bini. Dahla anak hang ramai, bini penyegan, Mak hang dok kena darah tinggi. Sampai aku takdak mood nak kerja.

Hang tau ka? Aku yg tak mai kerja "mcs" tupun pasai hang juga. Dok jaga anak2 hang. Buas nak mampuih. Hang takkan tak tau aku ni sakit pinggang. Sakit pinggang aku ni makin teruk lepaih hang dapat anak lagi. Jenuh aku dok kepung depa.Hang tau apa. Yang hang tau dok mengadap laptop sampai lupa dunia.

Bab kualiti kerja tu..hang tak payah nak tunjuk "terra". Semua dlm poket aku. Aku dok di kantin lama2 pun aku dah tau apa jadi kat mesin.

Lani camni….pasai gaji pun naik RM15 saja, aku nak ambik duit epf aku pun lambat lagi, aku nak tuntut elaun parttime jaga anak-anak hang. RM200 sorang.

Anak: Ikut suka bapa la (dlm hati: balik rumah boleh adjust lagi nie, biaq pi la, dia dok tengah naik angin)

Itu kes jikalau sianak yg jenis betul bendul dgn syarikat. Bagaimana pula jenis yg cerdik terlampau….bukankah ianya menggalakkan RASUAH DAN KRONISME didlm organisasi.. wallahualam

AdukaTaruna

Posted: 17 Feb 2012 11:38 AM PST

AdukaTaruna


Radio Budu akan di talian jam 1.30 pagi ini.

Posted: 17 Feb 2012 03:23 AM PST

Radio Budu akan ke talian jam 1.30 pagi nanti.

1. Pengguna komputer sila ke : www.radiobudu.com

2. Kepada pengguna Smart Phone sila ke : http://69.194.194.11:8000/

3. Jika talian tiba2 terputus sila refresh page anda atau pangkah dan buka yang baru.

4. Doakan laptop 1 Malaysia gua tak hang. Haha.

5. Selain berinteraksi live dengan rakan2 Skype, gua nak bentangkan idea "Bagaimana anak muda boleh manupulasi orang / parti politik."

Addin

Posted: 17 Feb 2012 11:27 AM PST

Addin


Lagi Pembohongan SPR Terbongkar..

Posted: 17 Feb 2012 10:45 AM PST

Seorang tentera yang bernombor 1137273  bernama Izwan Hapiz menurut maklumat tenteranya tiba tiba membuat pembedahan muka dan jantina. Bukan itu sahaja,dia juga mungkin telah murtad sebab telah menjadi cina!! cina tua yang mengikut kad pengenalan tu umurnya sudah menjangkau 75 tahun.

Masakan SPR yang PINTAR tak perasan senarai nama pengundi ni ada kepelikan?or memang sengaja dibiarkan agar pengundi tersebut lepas untuk mengundi BN dalam PRU13 nanti!!

Alasan SPR tak cukup masa/kakitangan nak semak,bila kita cadangkan serahkan kerja mengecek ni kepada MIMOS untuk semak dia kata tak boleh la pulak..apa agenda SPR nih?baik punya kawtim nampak!!kehkehkeh!!

Klik untuk besarkan
Kepelikan kepelikan ini memang di sahkan oleh BEKAS pengarah SPR dengan mengatakan bahawa kuasa SPR ni cuma SEPARUH sahaja.separuh lagi ada pada UMNO!! bukan bloger King kata..dia yang kata.takpercaya?bodoh lah korang nih[cai umno aja]..dok tengok utusan/tv3 jer sapa suruh! ~kingofgoblok


Gambar Kapal Israel Memasuki Malaysia Melalui Port Kelang

Posted: 17 Feb 2012 08:21 AM PST


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) hari ini mendesak Kerajaan UMNO/Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan Kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada hakikatnya Kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, samada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"MAPIM dan SHURA amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara KeADILan.

Menurut Setiusaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin adalah aneh ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"MAPIM dan SHURA terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di perairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini?", tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

MAPIM dan SHURA berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima sama sekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak diiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

MAPIM dan SHURA dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi. ~erapasca




Gambar ~ milosuam


The Malaysian Insider Dan Harakahdaily Di Godam

Posted: 17 Feb 2012 07:25 AM PST

Pelayan The Malaysian Insider  terhenti selama  6 jam hari ini kerana serangan DDOS tetapi pusat data dan jurutera syarikat telah mengatasi masalah tersebut dan portal kembali pulih kata ketua eksekutif dan editor Jahabar Sadiq. Pelayan The Malaysian Insider berada di pusat data AIMS, Kuala Lumpur. "Kami ingin memohon maaf kepada pembaca dan para pengiklan kami.  

Jurutera kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk memastikan serangan itu tidak berlaku lagi, "katanya.

  Kebetulan, pelayan Harakahdaily  offline selama kira-kira empat jam hari ini dan salah satu daripada editor berkata mereka disyaki serangan DDOS. Pada hari Isnin, laman web Bursa Malaysia juga menurun disebabkan serangan DDOS.
 
Tiada siapa yang telah mendakwa bertanggungjawab bagi serangan tersebut. DDOS merupakan satu cubaan untuk membuat sumber komputer atau rangkaian tidak tersedia kepada pengguna.  

Walaupun motif, dan sasaran serangan itu mungkin berbeza, ia secara amnya merupakan usaha bersepadu seseorang, atau beberapa orang untuk menghalang laman Internet atau perkhidmatan dari berfungsi dengan cekap untuk sementara atau selama-lamanya.

Terjemahan dari The Malaysian Insider 

 

Utusan Kantoi Menipu!! Gambar Firaun Dikatakan Gambar Wanita

Posted: 17 Feb 2012 06:15 AM PST

Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung? Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya. Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:
 



Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?


~na'imnikmat


Sebab Inikah Najib Takut Pecat Shahrizat?

Posted: 17 Feb 2012 05:44 AM PST

Isteri taukeh lembu gemuk (National Fat Cow - NFC), Shahrizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Shahrizat mengangkat kain tuala putih, mengaku kalah melepas jawatan.

Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti.

Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung.

Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya.

"Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.

"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya.

Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Shahrizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung.

Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya.

Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk.

Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang di mana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya.

Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Shahrizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Shahrizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan.

Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Shahrizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Shahrizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai.

Kenapa?

Shahrizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Shahrizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga.

Balasan membela diri oleh Shahrizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Shahrizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Shahrizat.

Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Shahrizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Shahrizat.

Apa yang membimbangkan ialah takut Shahrizat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor.

Khabarnya Shahrizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Shahrizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Shahrizat?

Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shahriat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik.

Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shahriat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan?

Apakah Shahrizat seorang pendendam?

Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan.

Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Shahrizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Shahrizat akan diselesaikan secara politik.

Shahrizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Shahrizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib.

Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk.

Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? ~msomelayu

Lukisan Kartun Najib Dan Rosmah Di London Menarik Perhatian

Posted: 16 Feb 2012 10:19 PM PST

"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya."

Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar  kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya.

Malah ketika memberi ucapannya, Zunar berkata, "Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun."

"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini, " katanya. Beliau juga menambah, "Penahahan saya di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah. Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah."



Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini berada London untuk pameran solonya di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London, dengan tema, "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun). Pelancaran pameran Zunar diadakan pada 6.45 petang, 15 Februari 2012 (waktu London).

Pameran solo Zunar yang pertama ini dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain. Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa. Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Antara penal jemputan yang diundang dalam majlis pelancaran pameran termasuklah Clare Rewcastle Brown, Pengasas Radio Free Sarawak, dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr.Agnes Callamard. Lebih kurang 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara turut hadir untuk memeriahkan majlis.




Ketika berucap, Clare berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."

Malah, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia, yang menggunakan nama samaran Amir, berkata, "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat."

Robin, seorang jurutera komputer dari Belgium berkata, "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)."

Seorang pengurus IT di London, Andrew Tynan pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."

Adil Johan, pelajar di King's College, London berkata, "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."

*Semua maklumat dan gambar di atas dibekalkan dari pejabat Zunar di London, dan dikemaskini oleh ~MerdekaReview.

*rash-wangi*

Posted: 17 Feb 2012 11:24 AM PST

*rash-wangi*


011011

Posted: 17 Feb 2012 03:13 AM PST






A Mum Of Three Mohd

Posted: 17 Feb 2012 10:01 AM PST

A Mum Of Three Mohd


Kempen.. Banyak Dr TIBAI satu Dr

Posted: 16 Feb 2012 07:00 PM PST


Pemimpin politik harus henti guna agama demi kepentingan peribadi, kata Dr Asri

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
February
17, 2012 KUALA LUMPUR, 17 Feb —Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

"Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya.Jelas beliau , sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

"Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

"Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi," katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi.

"Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

"Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

"Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?" katanya.Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan

"Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu

Pejuang Taik Kucing!!

Posted: 16 Feb 2012 05:54 PM PST


Satu sebab, antara banyak lagi sebab, mengapa kita kena bolayan Asang Akidah ni. Hahahaha... Pejuang Akidah Taik Kucing Sejati!!

He thinks he can make a difference....??

Hahahaha... tsunami kecil konon??

Dei poooraahhh!!

Entah-entah dia yang akan tenggelam dek tsunami daripada rakyat.

Al Ikram

Posted: 17 Feb 2012 10:01 AM PST

Al Ikram


ILMU TENTANG SYIRIK

Posted: 16 Feb 2012 03:19 PM PST

Aku Budak Balun

Posted: 17 Feb 2012 10:00 AM PST

Aku Budak Balun


Bukti! Rakyat Menyokong Penuh UMNO-BN! [Gambor]

Posted: 17 Feb 2012 03:00 AM PST

Berpusu-pusu rakyat marhaen ke pejabat-pejabat UMNO Bahagian mahupun pejabat Ahli parlimen BN di merata ceruk negara!!

Bagi menunjukkan sokongan padu mereka kepada UMNO-BN!!!

Sanggup berbaris panjanggggg! Di bawah terik matahari bagi menantikan ketibaan pimpinan UMNO-BN bahagian,negeri mahupun negara!!

Dan apabila bertemu.. oh!! bahagianya hidup!

Menanti dengan penuh debaran..

Menunggu nama dipanggil untuk menerima voucher RM500

ye ke?? Itukah 'tanda' sokongan rakyat yang 'padu' untuk UMNO-BN?
Adakah UMNO-BN ingat rakyat mudah digula-gulakan dengan RM500?

Hakikatnya...
Apabila dipanggil pula rakyat untuk mendengar ceramah mereka tanpa dapat duit..






Sedarlah duhai UMNO-BN...
jangan hina rakyat Malaysia dengan duit dan makanan..
Sememangnya itu tanggungjawab kamu sebagai Kerajaan Malaysia...
Jangan mendabik dada mendakwa 'kami prihatin kepada rakyat!" dengan menabur duit seperti Ali baba menebar syiling di pasar Baghdad!
Walhal... Rakyat sebenarnya jauhhhh lebih tertekan dengan harga barang yang semakin naik semakin menggila!
Rakyat semakin parah dengan nilai duit yang semakin lama semakin kecil!
Rakyat semakin sesak dengan taraf kehidupan yang semakin jauh antara Kaya dan Miskin..
Yang kaya makin kaya...
Yang miskin semakin papa kedana!

Kalau nak sedar.. sedarlah segera..
Kalau tak mahu dan hendak terus takbur,angkuh dan sombong..
Terpulang....
Biar rakyat menentukan sendiri nasib mereka di PRU13..
Jangan menipu dan jangan membohong masa pengundian ye duhai UMNO-BN?

budakbalun 17022012

Penyokong Anwar Buat Kerja Bodoh?

Posted: 17 Feb 2012 01:50 AM PST


Aduyaiii!
Korang mengalir lah airmata darah depan Sri Pentas punnn..
Mana mungkin boleh hatta sesaat Anwar tu berucap dalam TV UMNO tuuu..
Tak payah buat kerja bodoh lah nak minta-minta..

Daripada sibuk minta benda yang tak mungkin dapat..
baiklah buat kerja semak daftar pemilih yang SPR baru keluarkan tu..
berpuluh ribu pengundi yang dah mati tapi ada nama lagi!
Berpuluh ribu nama pelik-pelik!
beratus ribu alamat yang musykil dan penuh keraguan!

Dakwat hitam pun dah nak jadi warna-warni dah nehh!
wakakakakaka!

Apa pun...
Bolehlah kalau korang nak try merayu...
Tapi.. takat sembang dengan Pak Guard opis media Prima lahhhhh!!

Paling tinggi pun dengan driver Johan Jaafar!
Itu dah cukup bagus dia hantar Pengurus Besar..

1 cara je untuk bagi Anwar mahupun mana-mana pemimpin PR berucap di TV Malaysia neh secara bebas..
Tumbangkan UMNO-BN di PRU 13!

Asalkan Bukan UMNO!! Pangkahhhh!!

Setel! Selamat Malaysia!!!

budakbalun 17022012

TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu Israel

Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.

"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.

Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.-Mkini

Anak Sungai Derhaka

Posted: 17 Feb 2012 09:43 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Utusan Kantoi lagi!! Mayat Firaun dikatakan Mayat Wanita..

Posted: 17 Feb 2012 05:49 AM PST



Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung?


Gambar diatas ialah apa yang disiarkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO manakala gambar di bawah pula yang disiarkan oleh Berita Harian tanpa memadamkan logo BN pada payung..



Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya.

Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".



Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:



Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.

Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".

Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



Sumber: Hembusan

Datuk MCA turut terima RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia..

Posted: 17 Feb 2012 05:02 AM PST

Apa cerita nih?? Yang sepatutnya dapat.. ramai yang tak dapat.. tapi yang tek sepatutnya dapat.. dapat pula..

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok,yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.


Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.


Malaysiakini

Curtin gantung komen tentang PhD Rosmah dari Wall FBnya.. setelah dibanjiri sumpah seranah..

Posted: 17 Feb 2012 01:37 AM PST



Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.


"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.

Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.

Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan - Malaysiakini


*******************************************


Curtin University slammed over Rosmah award

KUALA LUMPUR: An Australian university has faced online criticism since it gave an honorary degree to the Malaysian premier's wife, who has been ridiculed over reports of her excessive shopping sprees.

Western Australia's Curtin University on Friday suspended public comments on its Facebook "wall" after days of verbal attacks over the award from users in Malaysia and Australia.

The university awarded Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Najib Tun Razak, an honorary degree on Saturday for what it said were her contributions to early-childhood education.

Rosmah is a controversial figure in Malaysia, where she is routinely portrayed by critics as out of touch with ordinary Malaysians amid reports of her extravagant tastes, and web users have pounced on the affair.

"How much Rosmah paid for this PhD?" one Facebook user wrote on the university's page, before submissions were blocked.

Another admonished the school to "Get your fact(s) right before giving out your cheap toilet certificate."

Several Curtin degree-holders pledged to tear up their own certificates in disgust, while a separate Facebook site called "Boycott Curtin University till Rosmah Mansor's Doctorate Revoked" also was set up.

Rosmah has faced ridicule in Malaysia's independent online media over her alleged shopping exploits at a time when many Malaysians are concerned about inflation.

Recent accusations include reports that she spent tens of thousands of dollars on clothes from an Australian designer and bought a $24 million diamond ring and a $200,000 designer handbag.

She has denied the accusations.

Curtin vice-chancellor Jeanette Hacket defended the degree award in a statement on Facebook, saying Rosmah "was recognised as the founder and driving force behind" early childhood centres in Malaysia.

But the school said Friday it had "no choice but to temporarily suspend comments" on its Facebook wall.

It cited "continuing infractions of our own terms of use and Facebook's terms and conditions, and the risk of breaching" Australian and Commonwealth defamation codes.

Rosmah has responded by saying her critics might be "jealous" over the degree.

"I don't want to handle personal petty issues. It is all out of frustration. It is all out of… I don't know… Maybe jealousy," she said.

- AFP

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3..

Posted: 17 Feb 2012 12:04 AM PST



Tercari-cari aku berita atau laporan tentang perkara ini di dalam Utusan Online, tapi tak aku jumpa.. begitu juga dalam berita Bulletin Utama tak juga disiarkan laporan ini.. mengapa agaknya??


Adakah kerana Najib takut untuk menyahut cabaran debat oleh Anwar Ibrahim maka debat antara Guan Eng dan juga Soi Lek ini perlu disembunyikan dari pengetahuan penyokong tegar UMNO yang membaca Utusan dan menonton TV3??


*******************************************

Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu
Jumaat Februari 17, 2012

PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi.

Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Michael Yeoh berkata, debat tersebut akan berlangsung selama sejam.

Moderator debat antara dua tokoh itu ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

mStar

Talam dua muka tiada kredibiliti, Mashitah kata kat siapa ni?

Posted: 16 Feb 2012 08:37 PM PST

DR MASHITAH IBRAHIM
17 Februari 2012



Asia Tenggara mempunyai antara konsentrasi orang Islam terbesar di dunia. Penduduk Muslim di Indonesia melebihi kesemua penduduk Islam di negara-negara Timur Tengah. Kerajaan dan pemimpin Islam Asia Tenggara juga bersikap moderat. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pelopor Gerakan Moderat Sedunia, yang mendapat sokongan pemimpin dan masyarakat global sebagai kaedah berkesan memerangi keganasan.


Logiknya, inilah masa dan keadaan terbaik untuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat mengambil langkah munasabah bagi mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Islam Asia Tenggara andainya mereka ingin berjaya dalam usaha membanteras ekstremisme dan terrorisme. Malangnya, kegagalan dasar luar Amerika serta kurangnya sensitiviti pemimpin negara itu adalah memalukan dan telah memudaratkan keamanan sejagat.

Ini pandangan Christopher Bond (Senator Republikan empat penggal dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Senat Mengenai Perisikan) dan Lewis M. Simons (Pemenang Hadiah Pulitzer dan wartawan penyumbang kepada National Geographic, New York Times dan Washington Post).

Dalam buku The Next Front: Southeast Asia and the Road to Global Peace with Islam (John Wiley & Sons, Inc. New Jersey, 2009, 276 hal), mereka menulis: "The level of insensitivity by (American leaders) still causes people to shake their heads in wonder at American's stunning ignorance...Americans rarely pay serious attention to other nations until they suddenly perceive them to be a threat. They then find themselves woefully lacking in information and understanding."

Untuk menghasilkan buku ini, mereka datang ke Asia Tenggara untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkembangan Islam, politik, ekonomi dan cara hidup masyarakat di sini. Daripada perbincangan dengan ramai pemimpin, penganalisis, tokoh agama dan orang awam, mereka berpendapat Asia Tenggara adalah 'kunci' kepada usaha pentadbiran Barack Obama untuk memulihkan imej Amerika di mata dunia, terutama kalangan orang Islam. Pendekatan yang sesuai mesti diambil untuk memperbetulkan dasar-dasar yang terbukti gagal.




Mereka juga mendapati semangat keislaman semakin tebal dan sentimen anti-Amerika meninggi di Asia Tenggara.




Dasar luar Amerika terhadap Iraq, Pakistan dan Afghanistan, retorik perang dan sekatan ekonomi terhadap Iran, skandal penjara Abu Ghraib dan penahanan orang Islam di Guantanamo Bay adalah antara punca kemarahan terhadap Amerika.




Namun, paling sensitif ialah sikap berat sebelah Amerika kepada Israel berkaitan isu Palestin. Inilah punca kemarahan dunia Islam terhadap Amerika.




Manakala penulis Amerika seperti Bond dan Simons faham situasi, anehnya Ketua Pembangkang yang menonjolkan dirinya pemimpin Islam begitu jahil terhadap sentimen ini dan boleh menyokong pula keselamatan negara Israel seperti kenyataannya dalam Wall Street Journal baru-baru ini. Sudah tiga minggu berlalu sejak kenyataan itu dibuat, beliau tidak menarik balik dan tidak pula menyaman akhbar itu.

Patutlah dia di'belasah' banyak pihak, termasuk Duta Palestin ke Malaysia Abdel Azeez Abughoush. Malah para pemimpin Pas - parti komponen Pakatan Rakyat -menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu pengkhianatan kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, rakyat Palestin dan seluruh umat Islam.




Berbeza dengan sikap pemimpin Umno. Dalam temubualnya dengan Bond dan Simons, Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) menekankan perlunya Amerika bertindak lebih adil dalam isu Palestin. Tegasnya, isu Palestin-Israel tidak perlu menjadi zero-sum game (menang ambil semua, kalah habis semua) bagi Amerika jika ia benar-benar ingin memperbaiki hubungan dengan umat Islam Asia Tenggara.




Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang turut ditemuramah, melahirkan kekecewaan terhadap pembohongan Presiden George W Bush. Dalam pertemuan mereka di White House pada Julai 2004, Presiden Bush memberi jaminan bahawa beliau menghormati demokrasi dan berjanji tidak memberi tekanan ke atas negara-negara Islam untuk menerima demokrasi ala Amerika. Tetapi tidak lama kemudian, membuat pengumuman untuk tidak mengiktiraf atau bekerjasama dengan pihak Hamas yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin untuk tubuh kerajaan. "That's why people are angry and why there's so much hatred toward (United States)."

Pendek kata, dalam isu Palestin dan memperjuang hak umat Islam, pemimpin Umno lebih jelas dan tegas. Soal maruah, integriti dan kredibiliti tidak dikompromi. Mereka tidak bertalam dua muka seperti Anwar.


Rosmah dianugerah Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia.. tapi kenapa hadiahnya Beg?

Posted: 16 Feb 2012 07:01 PM PST



Sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal semalam Datin Seri Rosmah Mansor telah dianugerahkan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia.


Baguslah kalau macam tu.. selepas terima PhD terima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia pula..

Tapi yang aku musykil sikit ialah kenapa hadiahnya berupa beg??


*******************************************

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

- Bernama

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 17 Feb 2012 09:14 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


... ... Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Posted: 17 Feb 2012 06:04 AM PST

"Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu."

Sepenuhnya di sini ...

Alhamdulillah, Mahkamah benarkan ...?

Posted: 17 Feb 2012 02:07 AM PST

"KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim untuk melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.

Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah:"

Sepenuhnya di sini ...

Aik ...? Isteri Muhyiddin pulak ...?

Posted: 16 Feb 2012 08:35 PM PST

"Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya.

Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini.

Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini. Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu."

Sepenuhnya di sini ...

Wow, Hassan Ali disinggung dan diketuk pula ...?

Posted: 16 Feb 2012 06:22 PM PST

"Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi.

"Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

"Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja."

Sepenuhnya di sini ...

Pahang Daily Online

Posted: 17 Feb 2012 07:56 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel

Posted: 17 Feb 2012 12:27 AM PST

KUANTAN, 17 Feb - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa memberi perhatian terhadap pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri ini daripada beriya-iya benar mahu membeli Hotel MS Garden yang berharga RM50 juta itu. Demikian ditegaskan oleh seorang guru di sebuah sekolah agama di sini. Beliau berkata, tindakan MUIP mahu membeli hotel tersebut memang tidak menjadi kesalahan atas nama pelaburan. Namun biarlah pelaburan yang lebih afdal seperti membaik pulih institusi agama sedia ada diutamakan terlebih dahulu. "Kenapa perlu beli hotel, jika hal ehwal agama Islam masih tidak dijaga dengan baik. Banyak sekolah agama kerajaan dan rakyat (SAR) di negeri ini masih berada dalam keadaan yang cukup daif dan perlukan bantuan kewangan. Tapi, sampai sekarang ia masih tidak diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk MUIP sendiri", katanya. Laporan yang PDO terima memang benar majoriti sekolah-sekolah agama (kerajaan) dan agama (rakyat) di negeri ini memang ketinggalan zaman. Malah ada diantara sekolah terbabit begitu azab dan sengsara. terutamanya melibatkan asrama para pelajar. Menurut seorang bapa pelajar di sebuah sekolah agama di bandar ini, pernah satu ketika beliau menghantar anaknya masuk penggal baru persekolahan tiba-tiba melihat begitu banyak ayam bertelur dan menjadikan reban di atas almari bilik asrama berkenaan. "Bayangkan, dalam bilik asrama boleh ada reban ayam. Itu belum termasuk tilam, cadar dan almari pelajar yang cukup uzur dan tidak terjaga. Malah ada diantara pintu almari yang sudah tercabut dan terkopak sana sini. Saya sendiri terpaksa ke bandar untuk beli paku dan sebagainya untuk dibaik... apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya!", kata beliau.


Daripada MUIP sibuk mahu membeli hotel ini, maka lebih baik pihak terbabit
bangunkan semula sekolah-sekolah agama di seluruh Pahang sebenarnya

kerana itu lebih penting jika benar mahu tingkatkan syiar agama Islam

Sebenarnya, isu ini sudah lama berlarutan dan hingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya walau pun Kerajaan Negeri Pahang dipimpin oleh orang Melayu yang beragama Islam. Nampak jelas kelihatan, MUIP lebih mengutamakan pelaburan yang menguntungkan di dunia daripada yang keuntungan akhirat. Kedaifan sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang kini bukan asing bagi para pelajar dan ibubapa mereka. Namun, mereka sudah tiada tepat lagi untuk mengadu hatta kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-Guru (PIBG) sekolah-sekolah terbabit. Sebelum ini PDO ada mendedahkan cadangan MUIP mahu membeli Hotel MS Garden, yang kemudiannya mendapat campurtangan daripada Yang Di Pertuanya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hasilnya, baki RM45 juta yang sepatutnya dibayar menggunakan duit zakat tertangguh atas arahan baginda. Mujurlah baginda prihatin dengan pendedahan panas ini. Jika tidak sudah pasti wang zakat digunakan.

[Justeru, MUIP digesa mengkaji keperluan untuk memperbaiki sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahi membeli hotel terbabit. Bayangkan, dengan wang sebanyak itu rasanya sudah pasti para pelajar sekolah terbabit dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. Malah, andainya wang RM1 juta digunakan untuk mendirikan sebuah sekolah agama di semua daerah di Pahang ini, jumlahnya baru sekitar RM11 juta dan jauh lebih rendah dari RM50 juta yang perlu digunakan untuk tujuan komersial itu. Persoalannya, kenapa ini tidak berlaku?. Maka, pihak yang bertanggungjawab di MUIP digesa memberi perhatian terhadap isu terbaru yang kami dedahkan ini. Laporan susulan akan menyusul kemudian dan kami akan siarkan isu ini secara eksklusif. Jika tidak, sudah pasti sekolah-sekolah agama di negeri Pahang akan terus terpinggir dari arus pembangunan sejak dulu, kini dan selamanya. Soalnya, kenapa pemimpin Melayu yang sepatutnya berjuang untuk isu ini gagal memainkan peranan sepatutnya demi agama Islam itu].

Panas: Rakyat Kecewa, PM Rela Luluskan RM200 Juta Untuk Danga Waterfront Johor, Tapi Projek Kuantan Waterfront Di Negeri Sendiri Di Abaikan

Posted: 16 Feb 2012 06:21 PM PST

KUANTAN, 17 Feb - Dalam lawatan kerjanya ke Negeri Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berjanji untuk meluluskan peruntukkan RM200 juta, kononya bagi mengindahkan Danga Waterfront. Kenyataan tersebut jelas sekali mengecewakan rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan sendiri. Ini kerana, Najib lebih selesa menjanjikan projek kepada negeri lain sebaliknya negeri Pahang dibiarkan dalam keadaan yang cukup membimbangkang. Jika Danga Waterfront mahu dibangunkan dengan peruntukan sebanyak itu, maka apa kisahnya pula dengan Kuantan Waterfront (klik gambaran artis). Sudah lebih tiga tahun, hingga sekarang kawasan seluas 2.4 ekar di tebing Sungai Kuantan itu telah dikosongkan. Dulunya kawasan yang dikenali sebagai Medan Pelancong itu menjadi pusat tumpuan peniaga-peniaga Melayu dibandar ini. Susulan projek berkenaan, semua peniaga terbabit diarahkan berpindah tanpa ada lokasi spesifik yang ditetapkan oleh kerajaan. Hasilnya, ramai yang gulung tikar dan kini tidak lagi meneruskan perniagaan masing-masing akibat tidak sanggup menyewa lokasi yang harganya melabung daripada biasa. Tinjauan PDO ke lokasi terbabit ternyata masih ada peniaga yang terpaksa meneruskan perniagaan di situ walau pun arahan perpindahan telah dikeluarkan. Apa yang menyedihkan, kawasan terbabit kini menjadi tempat melepak penagih dadah dan gerai-gerai yang ada sekarang pun sudah semakin usang dan mencacatkan pemandangan. Sebelum ini, rakyat Kuantan dihebohkan dengan berita Pasdec Holdings Berhad mahu membangunkan kawasan tersebut dengan hotel meah bertaraf lima bintang, namun cadangan tersebut dibatalkan akibat kekurangan kewangan. Kini akhirnya, peniaga Melayu di kawasan itu dipinggirkan sedangkan cadangan yang diharapkan langsung tidak menjadi kenyataan.


Najib begitu berbangga mahu membangunkan Dangan Waterfront di Johor

Projek Kuantan Waterfront yang kini tertangguh akibat masalah kewangan
Apa yang ada ialah sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Sentral dibangunkan atas bangunan lama Hotel Samudera River View milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dulu. Kini aset tersebut sudah terjual ke tangan pihak lain, walau pun anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu dikatakan berdaya maju. Ramai yang kecewa dengan kenyataan PM Najib Razak sanggup meluluskan peruntukan besar untuk bangunkan Danga Waterfront di Johor, sebaliknya Kuantan Waterfront di negeri sendiri terus terabai. Apa yang jelas dan rapat dilihat oleh rakyat ialah sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Perdana Menteri, langsung tidak wujud projek fizikal yang boleh dibanggakan di negeri Pahang ini sebenarnya. Apa yang ada ialah projerk berisiko dan ditentang rakyat seperti Lynas di Gebeng. Malah, difahamkan projek gas dan minyak (Oil and Gas) yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat Pekan di Tanjung Agas juga kini nampaknya bermasalah dan bakal "tidak menjadi kenyataan" sebenarnya. Apa yang dapat dilihat oleh rakyat ialah Najib hanya balik ke Pekan dan menabur duit untuk membeli undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Malah, beliau juga lebih selesa menempatkan begitu ramai warga asing dari Kemboja dan Myanmar menjadi permastautin tetap di Pekan sekarang ini.

[Rakyat Pahang sepatutnya mengambil perhatian atas perkembangan ini. Benar bak kata pepatah "Beruk Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan". Inilah yang berlaku kepada rakyat Pahang sekarang. Mereka mempunyai dua orang Perdana Menteri setakat ini, namun pembangunan yang berlaku di negeri ini begitu lembab dan cukup membosankan. Apa yang dapat disaksikan ialah kemelesetan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang dan kejatuhan dan masalah yang berlaku kepada beberapa buah anak syarikat kerajaan itu sendiri. Selepas lebih 50 tahun UMNO BN memerintah dan begitu banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat di negeri ini yang jatuh kepada beberapa kerat pemimpin UMNO BN, maka sudah tibalah untuk rakyat melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Ubah sebelum parah dan jangan biarkan mereka yang khianat terus memimpin negeri ini. Pastikan kemenangan rakyat pada PRU-13 ini nanti, jika mahu nasib dan masa depan anak cucu mereka lebih terjamin].

Panas: "Di Jamu Oleh MB Pahang", Patutlah Para Mahasiswa "Aman Kampus" Boleh Sokong Lynas!

Posted: 16 Feb 2012 05:40 PM PST

KUANTAN, 17 Feb - Baru-baru ini PDO ada mendedahkan artikel bertajuk Memalukan: Taklimat Peluang Kerja, Jadi Senjata Kerajaan Guna Mahasiswa Supaya Sokong Lynas! . Susulan pendedahan itu kami telah disumpah seranah oleh pihak tertentu yang kononnya PDO sengaja menimbulkan isu, walhal apa yang berlaku adalah kenyataan sebenanrya. PDO agak terkejut dengan tindakan mahasiswa yang terlibat dengan Program Aman Kampus, apabila mereka dikatakan menyokong projek Lynas yang ditentang oleh sebahagian besar rakyat Kuantan itu. Namun, akhirnya kebenaran terbukti dan terserlah. Wajarlah Aman Kampus menyokong Lynas kerana mereka telah dijamu dengan begitu mewah oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) di kediaman rasmi beliau dekat sini. Khabarnya satu jamuan makan malam bagi meraikan kehadiran kumpulan Aman Kampus dalam siri jelajah mereka diadakan baru-baru ini. Maka itu, tidak hairanlah mereka tiba-tiba menyokong Lynas sedangkan mereka itu tidah tahu apa-apa tentang risikonya dan sekadar diberi taklimat tentang peluang pekerjaan oleh syarikat terbabit. Difahamkan, turut hadir dalam majlis jamuan makan malam itu ialah ADUN Panching, Dato' Zaili Besar, Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam, Presiden MAMPAN Mohd Farhan serta tetamu undangan lain.

[Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah para mahasiswa Projek Aman Kampus itu boleh menyokong Lynas. Mereka sebenarnya hanya bertindak berdasarkan arahan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dan mereka tidak faham apakah isu rakyat yang dipertikaikan. Tindakan menggunakan para mahasiswa untuk menyokong sesuatu projek berisiko seperti Lynas adalah sesuatu yang cukup memalukan. Nampak benar, Kerajaan Negeri Pahang sendiri tidak mendapat sokongan daripada rakyat dan terpaksa menggunakan mahasiwa sebagai senjata kononnya projek itu tidak berbahaya. Apapun, syabas dan tahniah kepada para mahasiswa berkenaan kerana dapat makan malam bersama Menteri Besar Pahang. Semoga mereka dapat berfikir dengan akal fikiran yang waras tentang apa yang berlaku ini hendaknya. Info lanjut berkenaan program itu, klik sini].

Hasan Ali: JATI Sedia Jalinkan Kerjasama Dengan Perkasa Hal Perjuangkan Islam, Melayu Dan Raja!

Posted: 16 Feb 2012 04:15 PM PST

SHAH ALAM, 17 Feb - Jalur Tiga (JATI) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja. Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan JATI (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (foto) berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan. Menurutnya, pelancaran JATI secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan. "JATI adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. JATI juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya disidang medianya semalam. Beliau berkata, sekiranya lebih ramai NGO yang memperjuangkan IMR, ini lebih baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan. Pada 21 Februari ini, JATI akan dilancarkan di Shah Alam dan pelbagai program akan dilakukan nanti termasuklah persembahan nasyid dan multimedia.

[Tindakan Hasan Ali menubuhkan JATI yang kononnya mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) dilihat tidak lebih untuk kepentingan politik semata-mata. Malah, beliau tidak wajar berkerjasama dengan PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali itu sebenarnya. Ini kerana, segala tindak tanduk dan kenyataan pemimpin terbabit langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam seperti yang sepatutnya. Hasan tersalah tafsiran beila melihat UMNO BN lebih membela IMR daripada parti yang disertainya dulu iaitu PAS. Banyak bukti UMNO lah penderhaka terhadap IMR dan yang terbesar, bila UMNO jadi kuasa pemerintah sejak 50 tahun yang lalu hingga kini UMNO tidak pernah mahu melaksanakan hukum Islam berlandaskan Al-Quran dan hadis di atas muka bumi ini. Senantiasa memberi berbagai alasan untuk menghalang Hudud berlaku. Maka, apakah wajar orang seperti Hasan Ali yang dilihat lebih "warak" itu tiba-tiba kini berada di pentas UMNO untuk membela Islam. Melayu dan Raja, lagilah teruk dibuat dek mereka sejak sekian lama. Maka itu, usahlah bertopeng atas IMR untuk meraih populariti selepas diterajang keluar dari PAS itu].

Mazlan: Anak Tuntut EGM Bantah Senarai FVGH

Posted: 16 Feb 2012 04:10 PM PST

Muhyidin: "Tunggu Hasil Siasatan" NFC, Hormati Pandangan Dr.Mahathir Agar Sharizat Berundur

Posted: 16 Feb 2012 03:56 PM PST

KUANTAN 17 Feb - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebelum mengeluarkan sebarang pandangan yang menyentuh kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini bagi mengelak sebarang kenyataan bersifat mendahului siasatan di samping menghindari prasangka buruk biar pun pada masa sama menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Shahrizat supaya berundur. Tambah Muhyiddin, dalam hal yang berkaitan siasatan dan undang- undang seperti isu ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan politik sebaliknya lebih elok semua pihak bersabar menunggu pengumuman pihak bertanggungjawab. "Apabila ada keputusan selepas ini, pihak yang terlibat sama ada Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri. Kita tidak boleh mendahului dengan membuat andaian yang kita sendiri tidak ada maklumat sebab ini masih di peringkat siasatan," katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin UMNO negeri yang turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini semalam. Beliau diminta mengulas pandangan Dr. Mahathir semalam yang berpendapat Shahrizat perlu meletak jawatan sekiranya berasakan tindakan tersebut terbaik buat UMNO. Begitupun, tegas Dr. Mahathir, beliau secara peribadi tidak pernah meminta Shahrizat berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Wanita UMNO itu untuk membuat sebarang keputusan. Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak punyai maklumat mengenai perkara berkenaan. Menurutnya, sebab itu selagi tiada kenyataan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan isu berkenaan, maka kenyataan Nazri itu masih dilihat satu andaian. "Saya tak tahu Nazri ada privileged information (maklumat pihak berkuasa), tetapi saya tak ada. Eloklah kita tunggu Peguam Negara buat pengumuman yang sesuai bila siasatan itu selesai," tambahnya.

[Amat malang sekali pabila seorang Timbalan Perdana Menteri boleh berkata tidak tahu maklumat yang ada pada Menterinya sendiri (Nazri Aziz). Muhyiddin seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan dangkal seperti ini. Mana mungkin beliau tidak tahu, sedangkan Mesyuarat Kabinet diadakan setiap minggu, dan jika beliau mahu dia boleh memanggil Nazri Aziz untuk membentangkan perkara itu kepadanya. Namun, inilah spesis UMNO yang kerjanya mahu menipu rakyat. Sudah tahu dapi buat-buat tak tahu. Mungkin juga kerana rakyat tahu beliau memang terlibat juga dengan projek NFC itu sebenarnya. Malah, kini dia semakin tertekan untuk ambil tindakan terhadap Sharizat kerana khuatir Ketua Wanita UMNO itu akan mendedahkan siapakah lagi yang terlibat dengan projek kontroversi itu].

Anwar Adakan Lawatan Kerja Ke Pahang Hari Ini

Posted: 16 Feb 2012 03:28 PM PST

KUANTAN, 17 Feb - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka mengadakan lawatan kerja ke negeri Pahang hari ini. Beliau berbuat demikian selang sehari selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sini semalam. Difahamkan Anwar akan bersama rakyat dalam Program Hi-Tea di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat Temerloh pada jam 5.00 petang. Beliau kemudian akan bersama dalam Majlis Makan Malam di Restoran New Horizon dekat sini pada am 7.30 malam. Program seterusnya ialah Ceramah Perdana di Parlimen Paya Besar yang akan diadakan di PASTI Majkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang (Kuantan). Anwar akan menjadi Penceramah Pertama yang dijangka bermula jam 9.00 malam itu. Orang ramai digesa hadir lebih awal supaya tidak terlambat mendengar ceramah beliau malam ini. Ini kerana beliau terpaksa bergegas ke Parlimen Pekan selepas ini untuk satu lagi program Ceramah Perdana di Markas PAS, Kg. Mengkasar (Pekan) malam ini. Difahamkan, turut akan bersama dalam ceramah di Parlimen Pedana Menteri itu ialah Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Dr.Dzulkifli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). (sebarkan).

Tian: Ada Agenda Di Sebalik Lanjutan Program 6P

Posted: 16 Feb 2012 03:20 PM PST

SANGGAHTOKSAGO.COM

Posted: 17 Feb 2012 07:25 AM PST

SANGGAHTOKSAGO.COM


Ahmad Maslan pinang Hassan Ali, bukti Umno kontang penceramah dan peralat orang yang dipecat

Posted: 16 Feb 2012 05:34 PM PST

Ekonomi Harimau Kertas: Sudah tiba masanya BN ditumbangkan!

Posted: 16 Feb 2012 05:05 PM PST

Iran tidak akan dapat dikalahkan tegas Seyyed Ali Khamenei sempena 33 tahun Revolusi Islam Iran

Posted: 16 Feb 2012 04:42 PM PST

Valentine Day's: Sembilan kahwin berbogel, 102 dicekup berpacaran untuk hari istimewa ini

Posted: 16 Feb 2012 04:27 PM PST

Provokasi kepala babi gagal cetus 'huru-hara' - keamanan sukar dirogol

Posted: 16 Feb 2012 04:18 PM PST

Mengapa kadar rendah 2% untuk pinjaman mudah (soft loan) NFC tak digunakan?

Posted: 16 Feb 2012 04:09 PM PST

Penjelasan Iktibar: Apakah perlu orang beragama Islam kepada Valentine's Day?

Posted: 16 Feb 2012 03:59 PM PST

Anwar perjelas putar alam Umno-BN tentang sokongannya terhadap Israel

Posted: 16 Feb 2012 03:53 PM PST

Era Pasca

Posted: 17 Feb 2012 03:46 AM PST

Era Pasca


Isu Forex : Inilah hebatnya NegaruKu Malaysia.. Ulamak kata HARAM Kerajaan kata HALAL

Posted: 16 Feb 2012 07:54 PM PST

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa produk kewangan berlandaskan Syariah termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diuruniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing.

Malah, BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, kelulusan itu juga perlu mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah BNM.

"BNM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 195 dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011," kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dipercayai dikeluarkan BNM sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dipetik berkata, fatwa itu kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing berkenaan tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Kata beliau, jawatankuasa itu mendapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. – mynewshub.my

Gambar Israel sedang memasuki Malaysia dari Klang (sebarkan seramai mungkin)

Posted: 16 Feb 2012 05:00 PM PST


 
Sebelum teruskan baca elok kita baca berkenaan ISRAEL dan Malaysia ini dulu di post sebelum ini,

Bukti Surat UMNO-ISRAEL
Malaysia berhenti Export Minyak pada Iran kerana ISRAEL
VISA Malaysia ke ISRAEL boleh di BUAT
Pengakuan ISRAEL jalinan dengan MALAYSIA
Hubungan Israel - Malaysia -Mahiaddin Yassin
Paling Menarik - Najib menggadai akidah

Teruskan bacaan,


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) hari ini mendesak Kerajaan UMNO/Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan Kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada hakikatnya Kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, samada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"MAPIM dan SHURA amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara KeADILan.

Menurut Setiusaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin adalah aneh ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"MAPIM dan SHURA terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di perairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini?", tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

MAPIM dan SHURA berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima sama sekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak diiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

MAPIM dan SHURA dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

*Maklumat gambar:

Ship: Zim Genova
Place: Port Kelang/Malaysia
Date: 2008-04-25
Time: 14:25
Photographer: Hajo Schaefer

Edisi Pendedahan!! Surat ini Bukti BN Sahabat Istimewa Israel Zionis!!

Posted: 16 Feb 2012 03:55 AM PST


Bismillah..
Salam semua.

selama ini kita terlalu bergantung kepada saluran saluran media
yg mana ianya tidak membantu kita dalam mendapatkan maklumat
yg mampu utk kita semua mengazetkan diri kita dan supaya
kita mengetahui bahawa yg mana 1 yg benar benar belaka..

maka selalu lah jiwa dan pemikiran makcik makcik di felda
di manupulasi oleh pemimpin pemimpin barisan nasional
dan beberapa bekas bekas pemimpin kanan organisasi itu..

di sini gua ingin mendedahkan serba sedikit maklumat penting
yg mana saban hari tun mahathir selalu mengaitkan anwar ibrahim
yg berhubungan dgn israel zionis tetapi tiada bukti kukuh yg dapat
menyokong kata kata bekas perdana menteri ini..

masakini.. di jiwa anak anak muda dan rakyat malaysia umumnya
lebih suka mencari kebenaran melalui saluran saluran yg lebih jujur
dari apa yg di suapkan dan di tanamkan di benak mereka
selama ini yg mana acuan acuan ini sudah mekar ke seluruh negara..

pemimpin barisan nasional sering mengaitkan pembangkang
dgn nama pakatan rakyat amnya dan anwar ibrahim umumnya
adalah agen zionis dan sebagainya..

tetapi hari ini kesemuanya telah terdedah 1 per 1 bilamana..
manusia manusia yg jujur yg tidak mahu bersetongkol
dgn manusia manusia durjana ini yg hanya pandai
berlakon utk menipu org org melayu selama ini
membocorkan beberapa maklumat penting utk tatapan rakyat..

supaya rakyat tahu siapakah pengkianat, siapakah pemuka pemuka
yg terlalu bersandiwara menipu pemikiran rakyat dan anak muda selama ini..
siapakah mereka mereka yg telah menzalimi kita semua selama ini..
adalah agen dan talibarut zionis kerana ianya adalah lakonan..

pemimpin barisan nasional menampakkan kepada org org melayu
yg duduk hanya melihat tv dan membaca utusan di kampung kampung
yg mereka adalah pejuang tulin utk membawa org org melayu
kepada kejayaan dan sebagainya..

tetapi hakikatnya mereka bersetongkol dgn regim israel zionis..
mereka berdagang tidak rasmi dgn negara haram zionis..
mereka menjual minyak sawit kepada pembunuh no 1 org org islam..
sedangkan mereka menyekat pula export minyak ke negara islam
mereka menangkap org islam yg di katakan ''pengganas''

tetapi rakyat semua tidak sedar bahawa merekalah yg menyekat islam
itu dgn mempercayai dan mengikut kata kata CIA dan Amerika serta Israel Zionis

maka siapakah layak di gelar pengkianat?
siapa pula sebagai layak di gelar sebagai pejuang?

malaysia menyekat export minyak ke iran..
seperti iran dan negara negara islam yg lain..
sikap pemuka pemuka yahudi zionis ini memang sudah lama berlaku..
mereka cukup bijak melakonkan pelbagai lakonan sehingga..
membuat makcik makcik felda dan pakcik pakcik felcra

percaya akan tipu daya serta pembohongan serta juga penafian mereka..
kerana mereka mendapat acuan produk pelajaran dari barat kebanyakkannya

di sini gua sertakan beberapa bukti dan jika pembaca ingin mengetahui lebih
lanjut tentang barisan nasional mempunyai hubungan istimewa dgn israel zionis
boleh explore sendiri blog era pasca ini.. di dalamnya banyak di dedahkan

banyak bukti bukti kukuh di selitkan oleh setiap bloger era pasca mengenai..
siapa dia barisan nasional? dan apa hubungan istimewa itu..

gua hanya ringkaskan saja apa apa yg patut gua nukilkan serta lu org
membaca lah sendiri dgn penuh ikhlas dan aman..

di sini gua sertakan 1 bukti bahawa mahathir mempunyai hubungan istimewa
dgn perdana menteri israel ehuk barak pada tahun 1999 yg lalu dan ini lah bukti
bahawa regim barisan nasional zionis mempunyai hubungan istimewa
dgn regim israel zionis sehingga menggunakan slogan one israel kepada 1malaysia..

secara jujur dan ikhlas gua ingin menasihati pemimpin barisan nasional
bahawa kita tidak perlu menipu diri sendiri, kita juga tidak perlu melakonkan
watak watak baik tetapi hakikatnya kita adalah syaitan yg paling agung
di bumi malaysia yg tercinta ini

berapa lama lah hidup ini jika mahu di bandingkan dgn kehidupan kekal
sama ada ke syurga atau ke neraka.. tetapi jalan jalan menuju ke neraka
telah di tempah siap oleh pemimpin pemimpin barisan nasional dgn
menghalakan darah umat islam palestin dan seluruh dunia di ragut

dan di jerut oleh israel zionis bila mereka membekalkan minyak sawit
serta beberapa perdagangan tidak rasmi dgn negara haram tersebut!

oleh itu sedarlah..


klik pada gambar utk melihat sendiri tulisan dan surat ini
yg di hantar oleh seorang pemimpin yg di sanjung oleh anggota barisan nasional
dan makcik makcik felda serta pakcik pakcik felcra dan nelayan
yg tahu walau sepatah kejujuran pun dari pemimpin penipu serta pembohong
sepanjang zaman..


Bekas Perdana Menteri Malaysia
 Mahathir



Bekas Perdana Menteri Israel Zionis.
Ehuk Barak



Abbs©  -  pada gua.. cukup lah selama ini kita sebagai rakyat malaysia
                 dan anak anak muda di permainkan oleh pemimpin pemimpin
                  agung freemason barisan nasional..

                 selamatkanlah malaysia ini..
                 selamatkan jiwa kita dari di jajah..
                 selamat akidah kita dari di pesongkan oleh pemimpin
                 yahudi zionis barisan nasional..

                 anak anak muda mampu utk mengubah lanskap politik malaysia
                 jika kita bersatu menumbangkan barisan nasional yg kita semua sudah tahu
                 adalah rakan arkab dan sahabat istimewa pemimpin pemimpin barisan nasional

                 satu persoalan bermain di minda gua..
                 KENAPA PEMIMPIN HAMAS AJAK ANWAR MESYUARAT?
                 TETAPI KENAPA TAK AJAK NAJIB RAZAK?

                 KERANA PEMIMPIN HAMAS PUN TAHU SIAPA PENGKIANAT BEB..

                 KAH KAH KAH..






edyesdotcom

Posted: 17 Feb 2012 03:29 AM PST

edyesdotcom


RoadShow #ABU Transmisi Seterusnya - Mutakhir (WAJIB BACA!!)

Posted: 16 Feb 2012 08:01 PM PST

.

Posted: 17 Feb 2012 03:11 AM PST

.


Susupan Petang

Posted: 16 Feb 2012 11:15 PM PST

Buang Buku Jingga
Mat Maslan Ulangi Perbuatan Anwar, Khir Toyo


Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.

Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.

Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.

Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."

Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.

Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.

Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.

Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.

Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.

Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aid yang sama.

Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.

Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.

Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.

Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.

Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.

Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.

Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali. [wm.kl.3:14 pm 17/02/12]

Sebuka Mata

Posted: 16 Feb 2012 06:08 PM PST

Najib Bimbang Sharizat Dedah Rahsia Rosmah?

Isteri taukeh lembu gemuk (NFC), Sharizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya.

Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat.

Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.

"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah.

Moral of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500.

Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.

Video seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno.

Umno buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Sharizat.

Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.

Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing.

Selepas Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan semula.

Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.

Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? [wm.kl.9:49 am 17/02/12]

Celoteh Murai 05/12

Posted: 16 Feb 2012 04:17 AM PST

Mufti Pun Bercakap Berliku-liku

Pengubahan kata-kata Mutfi Perak Harussani Zakaria berhubung kunjungan Perdan Menteri Malaysia Najib Razak ke Batu Cave tidak sangat memeningkan kepala Murai. Murai cukup faham bagaimana warna kitab-kitab yang dibaca oleh mufti itu. Mungkin rakyat di bawah sana bingung dan merasa pelik kenapa seorang Mufti booleh bercakap dua cara dan berliku-liku macam sungai Perak,- mula-mula haram kemudian halal.

Sebelum ini Harussani berkata kunjungan Najib ke batu Cave dengan memakaian baju Kurta itu sebagai mengadai akidah dan kurafat. Dia juga kesal dengan tindakan Najib itu kerana sebelum ini sudah diberi nasihat tetapi tetap juga menghadiri perayaan Thaipusam.

Alasan Harussani kerana perayaan itu membabitkan agama. Tetapi alih-alih hari ini Murai rasa nak terberak pula bila mana Tok Peti itu kata kunjungan Najib itu tidak menyalahi akidah. Alasannya kerana Najib hanya terlibat dalam sudut-sudut budaya dan bukan agama.

Justifikasi Harussani dengan pengubahsuaian kata-kata itu kononnya beliau mendapat maklumat salah tentang kunjungan Najib itu. Tetapi apabila Najib menjelaskan, ia pergi untuk merayakan buaya dan tidak terlibat dengan memikul Kavadi, barang kali, maka dihalalkan dengan tiba-tiba.

Murai tidak hendak persoal dan kesal dengan cara Najib itu. Najib memang jahil bab-bab agama berbanding dengan Harussani. Najib boleh laku lebih dari itu pun. Lagipun Najib sangat mengharapkan sokongan India setelah Cina kini sudah lebih 90 peratus tolak Umno.

Dalam agama juga orang jahil melakukan sesuatu kesalahan boleh dimaaftkan kerana kejahilannya. Tetapi kalau tok alim, apa lagi tok peti bila ikut sama menjadi pandir dan jahil sesuatu yang sangat dikesali.

Yang celakanya di sini kenapa Harussani tidak menyiasat dulu pemergian Najib itu untuk apa dan tujuan apa sebelum memberi komen. Sepatut Harussani mendapat maklumat detail sebelum memberi komen. Kalau dia mengambil sikap berhati-hati sebelum memberi kenyataan dan mengulas ia tidak akan mengelirukan. Sepatutnya Harussani menelefon dan bertanya menteri agama terlebih dahulu sebelum komen kerana dalam konteks kunjungan itu Menteri Agama lebih tinggi darjatnya dari beliau.

Apabila beliau membuat kenyataan mendahului maklumat maka itulah jadinya. Bercelaru. Kesannya ialah kepada kredibiliti beliau sebagai Mufti. Seorang Mufti perlu konsisten atau istiqamah dalam berkata-kata dan memberi hukum. Jangan sekejap begini sekejap begitu. Itu namanya Mufti kluk klik. Sebagai orang arif dan warak tidak boleh mengulum lidah dalam mulut?

Kini Murai mulai faham kenapa sesetengah orang politik marah dan berbulu hati dengan Mufti seorang ini. Dia cuba hendak menjadi guru kepada orang politik tetapi ternyata gagal. Dia nampak ikhlas hendak mempertahankan sesuatu tetapi di sebaik apa yang dipertahankan itu nampak dia juga seperti berbelit dengan tali lembu Shariuzat - politilah maksudnya.

Yang Murai hendak tanya juga apakah kunjungan Najib ke Batu Cave sebelum ini berbeza dengan kunjungannya pada hari Thaipusam dua tiga tahun lepas? Apakah bezanya. Kalau kunjungan itu atas nawatitu dan tujuan sama maka jelas kunjungan Najib itu tetap bertentangan dengan syariat Islam dan berdosa. Alasannya kalau dulu Harussani kata tidak boleh takkan dalam tahun 2012 menjelang tiba pilihan raya boleh pula?

Kalau begitu fatwa dan hukum Harussani ini bermusim dan bukan sesuatu yang rigid?


Murai berharap benar Harussani perlu waspada dengans setiap kata-katanya sebab dia Mufti. Kalaupun dia nak sokong Umno tak kisah tetapi sokongan itu biarlah sejajar dengan kedudukannya. Murai bimbang kerana terlebih kitab nanti orang akan hilang kepercayaan kepadanya. Di sini bukan bermakna Harussani kena menyokong Pas atau Pakatan tetapi berdiri lah atas jalan benar dan memahami maslahat politik.

Kalaulah Harussani berniat hendak jadi macam Nik Aziz, Murai fikir tidak salah. Umno boleh saja calonkan dia dalam pilihan raya akan datang dan lantik jadi Menteri Besar. Murai tenguk ada beberapa orang ulamak berpotensi untuk jadi MB selain, Harussani, Uthman Muhamamdy si janggut merah itu.

Elok kalau dalam pilihan raya nanti Uthman dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Dun di Kelantan untuk persediaan jadi MB Kelantan. Murai rasa Uthman jauh lebih alim dan warak dari Awang Adek Hussein, si bakal MB Kelantan yang tidak jadi itu. Begitu juga daripada UBN memberi laluan kepada Salentia di Pasir Mas lebih baik ambil Uthman Muhammady.

Murai: Nak jamah kopiah Harussani mana lembik berbanding kopiah Nik Aziz atau Haji Hadi.

Blog-list Malaysia

Posted: 17 Feb 2012 01:39 AM PST

Blog-list Malaysia


PRU13 - Poster Yang Akan Meranapkan Harapan PR Di Perak

Posted: 16 Feb 2012 11:19 PM PST

Beg Besar Untuk Rosmah

Posted: 16 Feb 2012 10:53 PM PST


Mendalam sungguh maknanya... http://malaysiakini.com/news/189405

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah

Posted: 16 Feb 2012 03:53 PM PST

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.


Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

- Bernama


Kopiah Harussani Ternyata Amat Lembek

Posted: 16 Feb 2012 05:56 AM PST

Mufti Pun Bercakap Berliku-liku

Pengubahan kata-kata Mutfi Perak Harussani Zakaria berhubung kunjungan Perdan Menteri Malaysia Najib Razak ke Batu Cave tidak sangat memeningkan kepala Murai. Murai cukup faham bagaimana warna kitab-kitab yang dibaca oleh mufti itu. Mungkin rakyat di bawah sana bingung dan merasa pelik kenapa seorang Mufti booleh bercakap dua cara dan berliku-liku macam sungai Perak,- mula-mula haram kemudian halal.

Sebelum ini Harussani berkata kunjungan Najib ke batu Cave dengan memakaian baju Kurta itu sebagai mengadai akidah dan kurafat. Dia juga kesal dengan tindakan Najib itu kerana sebelum ini sudah diberi nasihat tetapi tetap juga menghadiri perayaan Thaipusam.


Alasan Harussani kerana perayaan itu membabitkan agama. Tetapi alih-alih hari ini Murai rasa nak terberak pula bila mana Tok Peti itu kata kunjungan Najib itu tidak menyalahi akidah. Alasannya kerana Najib hanya terlibat dalam sudut-sudut budaya dan bukan agama.

Justifikasi Harussani dengan pengubahsuaian kata-kata itu kononnya beliau mendapat maklumat salah tentang kunjungan Najib itu. Tetapi apabila Najib menjelaskan, ia pergi untuk merayakan buaya dan tidak terlibat dengan memikul Kavadi, barang kali, maka dihalalkan dengan tiba-tiba.

Murai tidak hendak persoal dan kesal dengan cara Najib itu. Najib memang jahil bab-bab agama berbanding dengan Harussani. Najib boleh laku lebih dari itu pun. Lagipun Najib sangat mengharapkan sokongan India setelah Cina kini sudah lebih 90 peratus tolak Umno.

Dalam agama juga orang jahil melakukan sesuatu kesalahan boleh dimaaftkan kerana kejahilannya. Tetapi kalau tok alim, apa lagi tok peti bila ikut sama menjadi pandir dan jahil sesuatu yang sangat dikesali.

Yang celakanya di sini kenapa Harussani tidak menyiasat dulu pemergian Najib itu untuk apa dan tujuan apa sebelum memberi komen. Sepatut Harussani mendapat maklumat detail sebelum memberi komen. Kalau dia mengambil sikap berhati-hati sebelum memberi kenyataan dan mengulas ia tidak akan mengelirukan. Sepatutnya Harussani menelefon dan bertanya menteri agama terlebih dahulu sebelum komen kerana dalam konteks kunjungan itu Menteri Agama lebih tinggi darjatnya dari beliau.

Apabila beliau membuat kenyataan mendahului maklumat maka itulah jadinya. Bercelaru. Kesannya ialah kepada kredibiliti beliau sebagai Mufti. Seorang Mufti perlu konsisten atau istiqamah dalam berkata-kata dan memberi hukum. Jangan sekejap begini sekejap begitu. Itu namanya Mufti kluk klik. Sebagai orang arif dan warak tidak boleh mengulum lidah dalam mulut?

Kini Murai mulai faham kenapa sesetengah orang politik marah dan berbulu hati dengan Mufti seorang ini. Dia cuba hendak menjadi guru kepada orang politik tetapi ternyata gagal. Dia nampak ikhlas hendak mempertahankan sesuatu tetapi di sebaik apa yang dipertahankan itu nampak dia juga seperti berbelit dengan tali lembu Shariuzat - politilah maksudnya.

Yang Murai hendak tanya juga apakah kunjungan Najib ke Batu Cave sebelum ini berbeza dengan kunjungannya pada hari Thaipusam dua tiga tahun lepas? Apakah bezanya. Kalau kunjungan itu atas nawatitu dan tujuan sama maka jelas kunjungan Najib itu tetap bertentangan dengan syariat Islam dan berdosa. Alasannya kalau dulu Harussani kata tidak boleh takkan dalam tahun 2012 menjelang tiba pilihan raya boleh pula?

Kalau begitu fatwa dan hukum Harussani ini bermusim dan bukan sesuatu yang rigid?

Murai berharap benar Harussani perlu waspada dengans setiap kata-katanya sebab dia Mufti. Kalaupun dia nak sokong Umno tak kisah tetapi sokongan itu biarlah sejajar dengan kedudukannya. Murai bimbang kerana terlebih kitab nanti orang akan hilang kepercayaan kepadanya. Di sini bukan bermakna Harussani kena menyokong Pas atau Pakatan tetapi berdiri lah atas jalan benar dan memahami maslahat politik.

Kalaulah Harussani berniat hendak jadi macam Nik Aziz, Murai fikir tidak salah. Umno boleh saja calonkan dia dalam pilihan raya akan datang dan lantik jadi Menteri Besar. Murai tenguk ada beberapa orang ulamak berpotensi untuk jadi MB selain, Harussani, Uthman Muhamamdy si janggut merah itu.

Elok kalau dalam pilihan raya nanti Uthman dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Dun di Kelantan untuk persediaan jadi MB Kelantan. Murai rasa Uthman jauh lebih alim dan warak dari Awang Adek Hussein, si bakal MB Kelantan yang tidak jadi itu. Begitu juga daripada UBN memberi laluan kepada Salentia di Pasir Mas lebih baik ambil Uthman Muhammady.

Murai: Nak jamah kopiah Harussani mana lembik berbanding kopiah Nik Aziz atau Haji Hadi.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/celoteh-murai-0512.html


Hassan Marican: Hari sedih untuk Malaysia

Posted: 16 Feb 2012 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.

Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.


Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.

Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.