Ahad, 5 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 05 Feb 2012 01:29 PM PST

THE FLYING KICK


MIC TIADA HARAPAN DI PERAK PADA PRU13... ITU ADALAH PASTI!!!

Posted: 05 Feb 2012 07:51 AM PST

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN JATUH CINTA KEPADA RAFIZI RAMLI SEKIRANYA DIA BERBAJU KURUNG?

Posted: 05 Feb 2012 06:00 AM PST

SUDAHLAH BODOH MACAM LEMBU, KUAT PEMBOHONG SI MAHFUZ NIH!!!

Posted: 05 Feb 2012 04:46 AM PST

BAKAR MUKA BINI SEBAB DADAH DI KELANTAN!!!

Posted: 05 Feb 2012 03:04 AM PST

HELMI KEKASIH ELIZABETH WONG DITANGKAP DI INDONESIA?!!!

Posted: 05 Feb 2012 01:30 AM PST

KENAPA PERLU KACAU NIK AZIZ?!!!

Posted: 05 Feb 2012 12:30 AM PST

HASAN ALI DI AMPANG, ZURAIDAH KAMARUDDIN BERAMBUS PI MANA?

Posted: 04 Feb 2012 11:00 PM PST

SHAHRIZAT KEMBALI MEMBIDAS MULUT LONGKANG YANG LAPARKAN JAWATANNYA!!!

Posted: 04 Feb 2012 10:05 PM PST

ORANG YANG BENCIKAN HUDUD, KINI DITAWARKAN PAS UNTUK BERTANDING DI KERUSI MEREKA!!!

Posted: 04 Feb 2012 04:00 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 05 Feb 2012 01:24 PM PST

Duke of UMNO


NAJIB DAN HANIFAH AMAN PERLU MINTA PM TURKI JELASKAN PENDIRIAN, PERCAYA ANWAR ATAU TIDAK..?

Posted: 05 Feb 2012 04:31 AM PST

anwar recep

Tahniah saya ucapkan kepada bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kerana berjaya meyakinkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan seluruh kepimpinan kerajaan negara itu bahawa Malaysia memang buruk dan teruk.

Dalam lawatan terbaru Anwar ke Turki, Anwar menafikan bahawa negara kita ini tidak demokrasi dan tidak ada satu pun media yang negara ini yang bebas untuk beroperasi.

Dan sudah tentunya PM Turki dan kepimpinannya percaya dan yakin dengan kata-kata Anwar tersebut memandangkan Anwar merupakan sahabat baiknya. Lihat saja di mana lokasi pilihan Anwar untuk bersembunyi ketika Saiful Bukhari membuat laporan polis terhadapnya…

Merujuk kepada kenyataan Anwar itu, apakah benar Malaysia tidak demokrasi? Atau takrifan demokrasi yang diiktiraf Anwar hanyalah sekiranya Pakatan Haram menang PRU dan dia menjadi Perdana Menteri?

Anwar Burukkan Negara Sendiri

Kenyataan Anwar yang dipetik dari media Turki, Today's Zaman.

Setiap kali pilihanraya diadakan, dan keputusan pilihanraya itu diumumkan oleh pegawai SPR yang dilantik. Sekiranya parti dari Pakatan Haram yang menang, maka pemimpin dan penyokong mereka akan bersorak. Sikit pun tidak mempersoal tentang "demokrasi". Sebut pun tidak!

Namun, sekiranya BN yang menang, maka terpacullah perkataan "tiada demokrasi" di Malaysia, SPR sudah aturkan kemenangan untuk BN dan segala dakwaan negatif terhadap kemenangan musuh politik mereka itu.

Itu skrip standard dan bukan perkara luar biasa yang ada pada pembangkang, khususnya Anwar sendiri. Standard itulah yang menggambarkan bahawa demokrasi sememangnya wujud di negara ini.

Selain itu, sekiranya demokrasi tidak wujud atau demokrasi di negara ini dikawal oleh BN, sudah tentulah pembangkang hanya sekadar akan menang 2 hingga 3 kerusi DUN di setiap negeri (termasuk Kelantan), dan hanya sekadar 20 kerusi Parlimen sahaja.

Itupun, sudah tentu BN akan pastikan hanya pemimpin-pemimpin pembangkang yang bodoh dan tolol serta senang "dibelasah" di DUN dan Parlimen sahaja untuk menang pilihanraya.

Percaya ke tidak ni?

Justeru, saya menggesa Perdana Menteri melalui Menteri Luarnya, Hanifah Aman untuk menuntut pendirian dari PM Turki mengenai kenyataan Anwar di hadapannya baru-baru ini. Erdogan perlu jelaskan sama ada beliau percaya atau tidak dengan dakwaan Anwar itu.

Mudah saja, kalau percaya, katakan saja percaya dan jika tidak, nyatakan Erdogan dan Turki tidak percaya pada pembohongan Anwar itu. Saya kira, takkanlah kenyataan sebegitu mudah pun Erdogan tak mampu buat? Demokrasi la sikit…apa yang akan berlaku selepas itu bergantunglah pada "jawapan" Erdogan, kan?

Dan benarkah kata-kata Anwar bahawa tiada media yang bebas untuk melaporkan berita di Malaysia?

Setahu saya, media begitu bebas di negara ini. Jika mahu dibandingkan dengan kebebasan media di antara Malaysia dan Singapura, bezanya bagai langit dengan bumi. Malaysia lebih terbuka dan bebas medianya berbanding Singapura yang menyekat sebarang media yang tidak menyebelahi rejim "Lee Kuan Yew & Son".

Contohnya, Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Today sangat bebas membuat liputan, malah ketika Perhimpunan Agong UMNO pun mereka diberikan pass media dan dilayan dengan baik.

Yang dikesali ialah kebebasan media yang terlampau terbuka itu menyebabkan media-media pro-pembangkang ini sesedap hati melaporkan berita fitnah. Sila rujuk kes 12 artikel yang membabitkan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud Vs Mkini.com yang akhirnya Malaysiakini memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri Sarawak itu.

Bukan itu saja, Utusan Malaysia sendiri meskipun dilihat adalah milik penuh UMNO pun pernah disaman oleh pemimpin pembangkang. Standardlah, ada saman yang dimenangi oleh pemimpin pembangkang dan ada juga yang dimenangi oleh Utusan.

Pokok pangkalnya di sini ialah "bahan berita" yang disiarkan. Kerajaan mana pun sekali sudah tentu tidak mahu rakyatnya dimomok dan disogok dengan laporan berita-berita fitnah, tidak benar, bohong dan tidak jelas.

Memandangkan ada segelintir media yang kurang beretika seperti itulah menjadi penyebab media terpaksa dikawal. Kalau tidak dikawal, makin menjadi-jadi pula fitnahnya.

Di Malaysia, fitnah dari media hanya dikawal menerusi undang-undang dan mahkamah. Kerajaan pun tak ada kuasa nak suruh itu dan ini kepada media. Bolehkah kerajaan suruh Harakah atau KeadilanDaily tulis ikut kemahuannya?

Pada penulis, sekiranya Anwar mahu terus begini menburuk-buruk dan menabur fitnah terhadap negara sendiri kepada masyarakat dunia, biarlah dakwaan tersebut logik, berfakta dan boleh diterima akal yang waras.

Terus terang saya katakan, sekiranya saya adalah seorang pembangkang, saya tidak akan sekali-kali memburuk-burukkan negara sendiri di mata orang, walaupun saya memang benci pada kerajaan yang mentadbirnya.

Itu sikap nasionalisma yang saya kira dimiliki oleh setiap warganegara, khususnya bumiputera negara ini, tapi tidak pada Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Ya, ianya menyedihkan sedikit memandangkan masih ada elemen "Si Kitul" di negara ini pada zaman moden ini. Namun sedar atau tidak, "Si Kitul" itulah yang mahu diangkat menjadi Perdana Menteri! Ada ke patutttt..?


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! TOKOH TERSOHOR KANTOI SKANDAL..!!!

Posted: 05 Feb 2012 12:35 AM PST



Kenali pemimpin hebat ini. Beliau merupakan sorang budak ITM dulu (produk BN). Pernah menjadi pemimpin ABIM dan kini, beliau merupakan seorang Timbalan Presiden sebuah parti politik "Isle"...

Aku cerita yang baik-baik je..korang tengok sendiri youtube kat atas tu untuk keterangan lanjut...heh! Pada yang dah tau tu...refresh back je laaa...heh!

PANASSS BERAPIII..!!! PERJUANGAN ANWAR KABURRRR KE PUTRAJAYA - HASAN ALI

Posted: 04 Feb 2012 09:18 PM PST



Perghhh..!!! Bertepek Hasan Ali belasah Anwar..!!! Kabuuuurrrr..!!! Bukan Anwar je kena tibai, Khalid "Gereja" pun kena balun sekali..! Heh! Dah kena dahhhh...

waadat

Posted: 05 Feb 2012 01:19 PM PST

waadat


blogger Waadat masuk PAS

Posted: 05 Feb 2012 01:29 AM PST

Senyap-senyap Demang memerhati pertelingkahan beberapa blogger yang mendakwa sebagai prokerajaan.

Hendak menyampuk, Demang amat sedar bahawa Demang hanyalah blogger kenit di tengah-tengah samudera maya. Apatah lagi blogger yang sedang bertelagah merupakan blogger-blogger hebat yang mempunyai pengunjung ratusan ribu sehari!

Namun sebagai salah seorang individu yang agak awal menggunakan blog sebagai medan perjuangan, Demang rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.

Demang mula menulis di internet sejak 1999, yakni sezaman dengan Anuar Reform. Namun ketika itu Demang menulis mengenai pendidikan manakala Anuar menulis berkenaan politik. Lebih tepat lagi, politik kiri yang menentang kerajaan.

Barangkali ramai yang masih  ingat Mahafiraun dan Mahazalim. Kini webmaster tersebut dikatakan sudah berkalih arah dan dikenali sebagai Anuar Reform.

Gomo, Parpukari, GAP, dan beberapa blogger lagi Demang kenali sekitar 2008 tatkala kerajaan BN sedang teruk dibelasah blogger pembangkang. 

Ketika itu, jika pokok kelapa tumbang atau penoreh getah disengat tebuan pun orang akan kata "ini semua salah UMNO!"

Berposak-posaklah kami menepis dan mengelak semua tuduhan dan serangan secara sendiri-sendiri. Padahal kebanyakan daripada kami bukannya ada apa-apa pun dalam UMNO. Demang sendiri bukan ahli UMNO bahkan pernah mendaftar sebagai ahli PAS pada 1999 sebagai protes terhadap penyingkiran Anwar Ibrahim.

Manakala orang UMNO pula masih terpinga-pinga dengan keputusan PRU-12 yang di luar jangkaan. Ada yang saling tuduh menuduh, ada yang menyalahkan orang lain, dan ramai yang berlagak seperti tidak ada kena mengena dengan musibah 2008 itu.

Semuanya menyelamatkan diri sendiri dengan menghalakan kesalahan pada Pak Lah.

Banyak kali juga Demang terpaksa bertegang leher dengan ketua-ketua UMNO cawangan atau bahagian yang tidak sedar bahawa merudumnya keputusan PRU adalah juga disebabkan mereka sendiri.

Benarkah UMNO punca pengundi berpaling arah?

Mungkin ada benarnya namun perlu kita faham juga bahawa penurunan undi yang begitu ketara bukan hanya disebabkan UMNO semata-mata. Ada banyak faktor lain. Apatah lagi setelah dibuat analisis, ternyata faktor pengundi bukan Melayu amat memainkan peranan dalam menentukan keputusan.

Bahkan bukti-bukti statistik menunjukkan terdapat penolakan terancang di seluruh negara terhadap BN!

Puncanya, UMNO dikatakan terlalu berkuasa dalam BN dan terlalu mementingkan syiar Islam serta survival Melayu. Justeru pemimpin bukan Melayu terutama DAP mengeksploitasinya dengan meniup api kebencian pada pengundi bukan Melayu sehingga mereka sepakat menolak BN.

Selain itu hasrat untuk meniru Singapura samada melalui penggabungan semula dengan republik tersebut mahupun melalui plan peralihan kuasa berasaskan teori 'Chinese Belt' berjaya memikat pengundi muda cina untuk menolak MCA dan Gerakan yang bersekutu dengan UMNO.

Apapun, kepimpinan tertinggi UMNO akur dengan isyarat rakyat dan cepat bertindak biarpun kenyataannya UMNO  tidak bersalah dalam semua hal. UMNO terpaksa menebalkan muka seakan mengaku bahawa merekalah yang bersalah dan bersedia melakukan perubahan besar.

Padahal MCA, Gerakan, dan MIC lah yang sepatutnya turut dipertanggungjawab kerana peralihan undi lebih banyak melibatkan kaum Cina dan India.

Tak apa lah.

Reformasi pertama dilakukan dengan merombak secara total kepimpinan kerajaan. Akibatnya Abdullah Ahmad Badawi terpaksa meletak jawatan walaupun tidak ada satu pun kesalahan yang didakwa dapat dibuktikan. Kebanyakannya hanyalah persepsi disulami fitnah rambang.

Ertinya sudah DUA orang Perdana Menteri Malaysia terpaksa meletak jawatan kerana Anwar Ibrahim. Berseronoklah wahai pembangkang. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai!

Tanggungjawab mengetuai kerajaan BN digalas oleh Najib Tun Razak. Memanglah tidak ada siapa yang tidak suka dilantik menjadi PM namun situasi ketika itu Najib mengambil alih kerajaan yang hampir tumbang. Kerajaan yang sedang nazak dan hampir tiada harapan untuk dipulihkan.

Hinggakan ketika itu ramai orang UMNO yang tak mengaku UMNO kerana malu!

Dalam serba kekurangan itu blogger prokerajaan yang tak berapa ramai ketika itu menubuhkan Blogger Pembela Negara atau BPN. Panglima Perang Cyber (blog Penembak Tepat) memainkan peranan aktif dan berjaya mengumpulkan hampir 100 blogger bebas yang menyokong kerajaan. Panglima diangkat sebagai YDP atas jasanya yang besar itu. 

Demang pula dilantik sebagai TYDP sebagaimana kata orang tiada rotan akar pun berguna. Kami bersidang dan berbincang hampir setiap malam melalui YM dan Chatrol.

Prinsip BPN ialah kerajaan yang sedang memerintah perlu dipertahankan dan pemimpin kerajaan yang memerintah adalah pemimpin negara. Sebarang usaha untuk mengubah kerajaan mestilah melalui proses pilihanraya.

BPN tidak sahaja menyokong pihak eksekutif (PM dan kabinetnya) malah turut mempertahankan pihak legislatif (perundangan/parlimen) dan sistem kehakiman negara.

Sokongan tersebut sebenarnya berpaksi pada plan pembinaan negara iaitu Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Kami berperang siang dan malam di medan cyber menggunakan duit poket sendiri. Bahkan bahan-bahan dan maklumat pun terpaksa dicari sendiri.

Menyebut tentang duit sendiri, sampai sekarang SATU SEN pun Demang tak perolehi dari mana-mana pihak. Demang menguruskan blog ini dengan menjual produk sendiri secara online. Akibatnya, penyokong parti pembangkang sudah tentu tidak mahu membeli produk Demang melainkan mereka tidak perasan.

Selain menulis di medan cyber, Demang melalak pada setiap kesempatan meminta UMNO berbuat sesuatu bagi membantu blogger yang sedang berjuang. Semua pihak perlu turun padang samada membina blog sendiri mahupun sekadar menyatakan sokongan dalam ruangan komen bagi menampakkan betapa masih ramai yang menyokong kerajaan.

Begitulah juga yang dilakukan sahabat blogger lain seperti AbangTuah, Braveheart, TaipingMali, BumiYang, Pisau, dan lain-lain (maaf, tak dapat disenaraikan semuanya di sini). Di samping membalas serangan pihak lawan kami juga menjerit meminta bantuan pemimpin dan pihak yang berkepentingan dalam UMNO.

Akhirnya (kalaupun bukan hasilnya) pihak UMNO menubuhkan satu unit yang dipanggil UMB. Sampai sekarang Demang tidak pernah terlibat atau dilibatkan dalam unit tersebut. Maklumlah, blogger kenit macam Demang ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang.

Penubuhan UMB pada peringkat awal tidak banyak mengubah keadaan kerana strategi yang kurang tepat dan tidak merujuk pada situasi sebenar. Walaupun berlaku penambahan blog prokerajaan secara mendadak namun oleh kerana tidak diurus orang yang 'ahli' maka majoriti blog baru tersebut tersadai dan akhirnya mati begitu sahaja.

Hal tersebut menjadi modal baru blogger pembangkang untuk mengejek dan memperolok-olokkan usaha UMNO.

Pada pendapat Demang, penubuhan UMB yang mengenepikan blogger 'otai' adalah bibit awal perasaan tidak puas hati para blogger prokerajaan.

Barangkali pihak penganjur UMB beranggapan biarkan blogger otai terus berjuang dan bina blogger baru sebagai askar tambahan.

Secara teorinya, boleh lah begitu namun dalam praktis, bukan itu sebenarnya yang kami mahu. Kami bukan sahaja dambakan pembantu bahkan kami juga mahu dibantu. Ternyata pembangkang amat terkehadapan dalam hal ini. Rahsia betapa blogger mereka menerima dana yang banyak terbongkar apabila berlaku kemelut dalaman yang membawa pada penyingkiran Kickdefella daripada PAS.

Kenapa jijik menyebut soal dana dalam perjuangan? Adakah senjata perang tidak perlu dibeli?  Ataukah kami dibenarkan mengambil sahaja senjata perang kami di mana-mana kedai komputer secara percuma?

Sebut sahaja, apa tugas dalam membina negara yang tidak perlu dibayar? Tentera, polis, guru, kerani... semuanya ada peruntukan masing-masing. Tidakkah UMNO mempunyai wang untuk itu? Jika tiada, amat wajar lah UMNO dibuabarkan dan diganti parti lain yang lebih bersistematik.

Kenapa UMNO takut menyediakan dana yang sesuai untuk blogger? Padahal UMNO boleh pula menyediakan dana untuk sekretariatnya termasuk dana untuk penerangan dan kempen!

Jangan jadi hipokrit dengan mengenepikan persoalan wang dan jangan jadi bodoh seolah tidak tahu menggunakan wang!

Demang catat semula perjalanan blogger di atas bagi mengesan apakah yang menyebabkan berlakunya pergeseran dan tuduh menuduh antara blogger. Sebelum ini telah timbul pertelingkahan yang agak sengit antara kumpulan Gomo, Parpu, dan GAP (di satu pihak) menentang Tun Faisal selaku peneraju UMB.

Kali ini pihak yang sama (diketuai Papa Gomo) juga dan bersengketa dengan Anuar Reform pula. Isunya, kumpulan PapaGomo menuduh Anuar Reform adalah musang berbulu ayam yang berpura-pura menyertai UMNO bagi tujuan memecah belah.

Jika itu tujuannya, maka Demang rasa usaha Anuar sudah mula mendatangkan hasil.

Jika kita semak kronologi bermula 2008 hingga kini, kita dapati ada 3 fasa iaitu:
Fasa pertama, persepsi bahawa UMNO sangat teruk.
Fasa kedua, transformasi dan pemulihan oleh Najib.
Fasa ketiga, perubahan berlaku dan persepsi kembali pulih.

Jika tahap pertama berlaku mulai 2008-2009, tahap kedua 2009-2010 maka sekarang kita berada pada tahap ketiga iaitu 2011-12 walaupun belum sepenuhnya.

Justeru apa perlunya UMNO direformasikan lagi? Demang bersetuju dengan seorang blogger (lupa nama blognya) bahawa tindakan mereformasi UMNO hanyalah satu tindakan mengesahkan bahawa UMNO memang TERUK! Padahal sudah dirungkai tadi bahawa itu semua hanya persepsi semata-mata dan usaha mengubahnya sudah dan sedang dilaksanakan Najib.

Jika kita menerima bahawa politik amat rapat dengan persepsi maka perlu dielak sebarang tindakan yang boleh memberi persepsi buruk secara tersurat mahupun tersirat.

Anuar Reform mungkin berniat baik dan menggunakan strategi bagi menarik semula kepercayaan audien untuk kembali menyokong UMNO. Anuar mungkin ingin memberitahu audien bahawa UMNO memang teruk suatu ketika dulu namun kini ia sedang berubah.

Namun dari sudut pandangan lain ia tidak membantu memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO malah akan sentiasa meninggalkan persoalan bahawa UMNO perlu dipulihkan kerana ia sebuah parti yang masih sakit. Perlukah kita memilih parti yang masih sakit?

Dalam masa yang sama pembangkang mengulang-ulang ayat betapa UMNO sudah tidak boleh dirawat lagi. Hanya ada satu jalan iaitu humban sahaja UMNO ke dalam longkang!

Kita cuba terbalikkan strategi reformasi ini begini; Apa kata jika Anuar menyertai PKR dan Demang menyertai PAS semula. Kemudian kita lancarkan satu blog baru bagi tujuan mereformasi kedua-dua parti tersebut yang telah tersesat jauh.

Setiap hari kita akan kemukakan fakta-fakta kelemahan PAS dan PKR yang perlu diubah.

Agak-agaknya, adakah tindakan tersebut boleh membantu parti yang kita sokong itu?

Bersambung...

Perarakan maulidurrasul negeri melaka

Posted: 04 Feb 2012 08:22 PM PST


Puluhan ribu rakyat berkumpul dan berarak sempena sambutan Maulidurrasul di Melaka.



KM Melaka mengetuai perjalanan dari Stadium Hang Tuah ke masjid al-Azim.

Adakah kerana sambutan dianjurkan oleh pihak UMNO maka PAS membantah?

Nampaknya konsep pembangkang sudah disalahguna. Sepatutnya membangkang untuk kebaikan bukannya bangkang semua perkara!

posted from Bloggeroid

Perutusan Najib sempena Maulidurrasul

Posted: 04 Feb 2012 04:50 PM PST

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah;
Saudara dan saudari sekalian,
Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah.
Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan   Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi.
Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).
Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.
Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara.
Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.
Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah.
Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Sumber : http://www.1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-sambutan-maulidur-rasul-1433-hijrah/

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 05 Feb 2012 01:16 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Hasan Ali nak masuk Pas balik??!!

Posted: 05 Feb 2012 11:04 AM PST



biaq betui nih? tengok dulu..

KASI PANAS!! Soal Jawab Siapakah Parasit Dalam Pas? - Dr Hasan Ali

Posted: 05 Feb 2012 04:37 AM PST

TUDIAA!! Video Panas Menarik Mengenai Anwar Ibrahim!!

Posted: 05 Feb 2012 01:12 AM PST


Anwar.. masih layak menjadi PM Malaysia?

Tepuk dada tanya Iman!

EKSKLUSIF!! Ketua Cawangan UMNO di Tumbuk Militan PASrael!!

Posted: 05 Feb 2012 12:36 AM PST

Seketika bersama-sama dengan masyarakat berketurunan Cina di Daerah Sik dalam program Makan Malam 1Malaysia berlangsung, aku mendapat tahu salah seorang orang kuat UMNO yang juga Ketua Cawangan diKampung Charok Sireh telah dipukul serta dicederakan oleh seorang lelaki kurang betul berfahaman pas.  Beliau berani melakukan demikian dengan bantuan kira-kira 20 orang lagi paria-paria jahalun pas.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam

Aku dapat rasakan gementar ahli-ahli bawahan pas totok diSik semenjak mereka mendengar ramai dari kalangan ahli-ahli mereka kini semkin tawar hati, keliru, kecewa dan jiwa semakin berkecamuk.   Malah ada yang sehingga membuat keputusan untuk meninggalkan pas.  Perkara meninggalkan pas dan menyertai UMNO bukanlah perkara baru didalam Parlimen Sik ini,.  Setiap hari setiap masa sentiasa aku terdengar, terserempak dan berjumpa ahli-ahli pas yang samada berura-ura untuk keluar dari pas, bercadang keluar dari pas dan terus mengambil keputusan KELUAR dari pas. Dan kesemua mereka yang berura-ura dan bercadangkeluar dari pas menunjukkan minat yang LUARBIASA untuk menyertai UMNO!



Buktinya, selepas berjaya menembusi kampung dibelakang apa yang mereka anggap KOTA KEBAL pas diSungai Pau, kemudiannya Ka,pung Bandar Hilir berjaya ditembusi, Kampung Kerawai juga berjaya dijinakkan, kemudiannya leburanapnya pas diFELDA TELOI TIMUR(tak sepatutnya adapun cawagan pas) dan bersemaraknya UMNO diKampung Batu Besar dengan kemasukan ahli keluarga terdekat YB Ahli Parlimen

Malah jika tindakan keluar pas secara berkumpulan sehingga meranapleburkan sebuah cawangan, maka tentulah tindakan itu menyebabkan paria-paria jahalun pasrael totok ini berasa tercabar, berasa terancam dan berasa 'haluih' dek tindakan ahli-ahli mereka sendiri.  Jadi untuk melepaskan tekanan dalaman ini, maka dicarilah 'subjek' untuk dijadikan kambing hitam bagi menimbulkan rasa kemenangan nan sementara. Tetapi bermaruahkah mencipta kemenangan secara begini.  Itu sahajakah kaedah yang mereka ada untuk mencipta dan meraikan kemenangan?  Sedangkan jiwa mereka seakan merasakn mereka akan kalah bertanding pada PRU13 nanti?

Kalah pula bukan sahaja di DUN Belantek, malah kerusi DUN Jeneri juga akan kembali keoada UMNO/BN malah Kerusi Parlimen Sik yang akan menyumbangkan satu lagi kekuatan untuk mempertahankan Putrajaya juga bakal diRAMPAS kembali oleh UMNO/BN hasil kerjakeras seluruh orang-irang UMNO Sik.  Kekalahan yang hampir PASTI......

Pelantaq Hujah

MUHASABAH DIRI!! Ustaz Budak Sesat? Penyebaran Hadis Palsu - Ustaz Fathul Bari

Posted: 04 Feb 2012 10:12 PM PST


Nampaknya Ustaz Budak semakin jauh tersesat. Kali ni sudah melampau dengan penyebaran hadis palsu. Ustaz Fathul Bari mengulas mengenainya.

Pihak berkuasa nak tengok saja ka?

PANASS!! Pas dan Pkr Peleceh Ostat Azizan Sebagai MB Kedah!!

Posted: 04 Feb 2012 07:12 PM PST

PAS dan PKR tidak menghormati Datuk Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan beliau menyifatkan kritikan daripada dalam parti itu juga mengambarkan ada usaha menyingkirkan Azizan.

Beliau berkata tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lantang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu pengantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang itu hanya mengutamakan politik sahaja, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

Dalam isu KUIN berkenaan, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnya beliau buat selaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada KUIN sepenuhnya menangani perkara berkenaan tanpa campur tangan beliau, katanya.


Sambil menyatakan beliau menghormati pendirian Azizan dalam isu KUIN berkenaan, Ahmad Bashah berkata apabila seorang Menteri Besar sudah lagi tidak disokong oleh parti sendiri, bagaimanakah beliau dapat mentadbir negeri dengan baik.

"Sepatutnya parti menghormati tindakan beliau, ini tidak mereka menyerang beliau termasuk menyuruh beliau masuk Barisan Nasional serta tidak menghormati lansung kedudukan beliau selaku Menteri Besar," katanya, sambil menyatakan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat sesuatu keputusan dan parti seharusnya menghormati keputusan berkenaan.

Ahmad Bashah yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Pelajar Disayangi Waris Didekati di Sekolah Menengah Convent di sini, hari ini, diminta mengulas serangan yang dihadapi Azizan termasuk daripada dalam parti beliau sendiri mengenai isu KUIN itu.

Antara lain Azizan diarahkan menutup mulut daripada membuat sebarang kenyataan dan Azizan sendiri dilaporkan berkata belaiu sedia dipecat daripada parti.

Ahmad Bashah berkata dalam perspektif yang lebih luas beliau melihat isu KUIN sengaja dibesarkan dengan tujuan menyingkirkan Azizan daripada kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

"Kita tahu pergolakan dalam parti mereka,,,usaha menyingkirkan Azizan sudah berlaku sejak beberapa waktu dahulu,,sekarang ini makin hebat kerana semakin dekat dengan pilihan raya," katanya sambil menambah bahawa isu KUIN adalah modal terbaik buat masa sekarang untuk ketepikan Azizan dengan mengambarkan seolah beliau tidak selari dengan dasar parti pembangkang.

Beliau berkata sikap Azizan yang tidak setuju dengan beberapa isu dalam PAS menyerlahkan tentangan beberapa pihak dalam parti terhadap Azizan.

"Dalam beberapa isu kita lihat Azizan tidak setuju dengan pendirian kumpulan erdogan seperti isu kerajaan perpaduan dan beliau juga dituduh terlalu mesra dengan UMNO. Ini menjadikan beliau tidak digemari beberapa pihak," katanya.

Pada majlis berkenaan seramai 320 pelajar daripada sekolah dalam kawasan Parlimen Alor Setar, yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pepesiksaan Menengah Rendah menerima hadiah berupa wang tunai RM100 bagi pelajar UPSR dan RM150 bagi pelajar PMR. - UMNO KEDAH

PANASS!! PASrael Tegar Koyak Duit BR1M RM500 dikhayalak Ramai!!

Posted: 04 Feb 2012 04:09 PM PST

sekadar hiasan

Terkejut juga bila Mc dapat berita ni.. Seorang Pas tegar telah hilang akal dan mengoyakkan wang bantuan rakyat 1Malaysia yang diberikan oleh kerajaan pusat. Baca coretan dari MKT

MKT membawa berita gempar dari Langkawi. Ini bukannya spekulasi atau andaian tetapi ianya benar-benar kejadian yang telah berlaku sejurus penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Mukim Kedawang baru-baru ini.


Beritanya adalah adalah seorang hamba Allah ini yang sebenarnya layak menerima bantuan kewangan dari Kerajaan tetapi oleh kerana terlalu taksub kepada perjuangan salah sebuah parti Islam (kononnya), telah mengoyaknya 10 keping not RM50.00 atas alasan duit haram.

Mangkuk tu lakukannya didepan orang-orang yang hadir. Salah seorang yang hadir itu telah menceritakan peristiwa itu kepada MKT. Sayangnya tiada bukti bergambar tetapi ambillah ia sebagai teladan kepada yang masih belum dapat BR1M.

Pemberian itu bukanlah datangnya dari duit haram seperti yang digembar gemburkan. Ianya adalah dari sumber yang halal. Ingat Perdana Menteri nak bagi rakyatnya makan duit haram ker seperti kisah seorang Ketua Menteri tu? Gamak ambil duit judi lumba kuda bagi kepada golongan orang-orang tua di negerinya.

Kalau kita yang beri, duit tu jadi haramm. Kalau depa pulak bagi, yang haram pun jadi halal. Kalau pun takmau duit bantuan tu. Janganlah pergi ambil, kalau boleh tak payah apply pun. Buat apa apply kalau setakat nak koyakkan saja. Banyak lagi rakyat Malaysia yang betul-betul susah perlukan wang bantuan tu.

Ini jenis manusia, buta perut takdak akai. Terlalu taksub sampai otak pun tak boleh pakai.

Kata pandai belajar agama, tapi songsang lebih teruk dari yang jahil. Betullah kata Dr Hasan Ali.. Pas ni dah makin menyimpang dari perjuangannya yang sebenar. Islam ka selam?



McTheory:
Tu namanya taksub gila babi.. babi pun tak macam tu..

Kata Pakteh...!!

Posted: 05 Feb 2012 01:15 PM PST

Kata Pakteh...!!


Kerana berkawan dengan Anwar, PAS SIK tiru serangan ala Yahudi

Posted: 04 Feb 2012 10:08 PM PST

Minggu lepas Anwar memberi isyarat kepada dunia bahawa jika beliau menjadi PM Malaysia, Negara Israel akan dijamin keselamatannya.

Malam tadi, akibat lebih termakan budaya Anwar, Pas SIK turut bertindak seperti Yahudi di Israel. Bayangkan seorang rakyat Malaysia yang kerap menyumbang kepada aktiviti sosial di Sik diserang oleh puluhan ahli PAS laksana Yahudi mengepung penduduk Palestine.

Pakteh faham negeri Kedah ni negeri PAS, tapi janganlah nak tunjukkan PAS ini boleh jadi seperi Zionis Israel. Mengapa seorang yang suka berkhidmat seperti Seyr diserang?.

Sapa panglima2 PAS di SIk yang ingin memikul tanggungjawb ini?

Cikgu Uda
Md Isa
Cikgu Ya
Tn Hj Sanusi
atauuuuuuuu
siapa?......

Baca maklumat lanjut di PelantaqHujah
p/s: betul2 busyuk punya olang....


DIMENSI

Posted: 05 Feb 2012 11:33 AM PST

DIMENSI


Omegay: Tak cukup buli org dewasa..khalid buli budak plak! kehkehkeh >:]

Posted: 05 Feb 2012 02:15 AM PST

Alumni Yayasan Selangor mendakwa perobohan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur disebabkan masalah aliran tunai (cash flow) yang dihadapi kerajaan negeri.

Presiden Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (Pays) Aina Hanim Mohd Lokman berkata kerajaan negeri memberi alasan mereka tidak lagi mampu menampung pembiayaan Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).

Disebabkan itu, aset tapak kerajaan Selangor yang berstatus tanah institusi pendidikan dan bernilai jutaan ringgit itu terpaksa dikomersialkan untuk mendapat sumber kewangan.

Dengan itu, Yayasan Selangor yang mempunyai aset RM300 juta dapat dicairkan dan memberi pulangan pendapatan kepada kerajaan negeri, katanya. - seterusnya di Legion13


bukan sekali tapi dah banyak kali pentadbiran khalid gagap jadikan nasib belia2 di selangor macam anak gelandangan. tu pasal aku kata punaisihat khalid cuma mengharapkan sumbangan pihak luar semata2 nak hadapi pilihanraya tapi tak tau cara nak memakmurkan rakyat sendiri. punaisihat takde mase nak pikir pasal rakyat tapi lebih menjurus nak menjahanamkan ekonomi negara demi pertahan hak penyumbalewang

ada golongan yang wajib di bantu tapi sebaliknya khalid gagap tambah azab derita. khalid gagap pembuli budak!..haramzaderr punye khalid!! harkkk ptuihhh kehkehkehkeh >:D

Omegay: Pecat Hasan Ali - last2 pasrael dah gila talak! >XD

Posted: 05 Feb 2012 12:30 AM PST

ehsan dari blog panglima

Sumber Siasah mukasurat 7 edisi 20-26 Januari 2012 

DHPP mengiktiraf Dr Hassan pemimpin yang berwibawa dan bijak. 

Mereka juga meminta beliau jangan dipecat dan merayu. 

Jika bukan Islam pun iktiraf kenapa PAS masih mahu pecat Dr Hassan ? 

Ini tidak lain kerana Anwar dan Azmin sangat marah apabila Dr Hasan kritik mereka isu berkaitan Anwar seperti 901 yang lalu. 

Selain enggan menyokong tindakan menyokong himpunan tersebut. 

Ketika ini isu siapa jadi PM belum diputuskan lagi. 

Lihat edisi Siasah yang sama di halaman 8 perkara tersebut di mana Lim Guan Eng mahukan Anwar sebagai 
Perdana Menteri manakala Ketua Dewan Ulama PAS dan Naib Presidennya Salahuddin Ayub berpendapat sebaliknya. 

Bukankah ini amat bahaya bila penentuan siapa jadi PM bila menang nanti, gagal diselesaikan hingga kini. 

Adakah kepada mereka mahu diserah masa depan negara kita ? - panglima perang siber



nampak gaya memang pasrael dah gile talak!..yang jatuhkan talak plak pasti menyesal tak sudah. nasik dah jadi bubur kfc! kehkehkehkeh

Omegay: Din puduraya nak balik ke lubuk? huhuhuhu

Posted: 04 Feb 2012 10:00 PM PST

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau. - SH

ada desas desus mengatakan din puduraya a.k.a parasit pasrael akan balik ke johor untuk bertanding. mungkin din saje nak test market. memang di ketahui parasit pas mmg suka buat test market terlebey dulu untuk dapatkan feedback dari ahli2 bawahan.


err pengundi setempat dah serik atau din dah serik nak layan tuntutan pengundi? atau din macam dah tau pas kelantan dah takde harapan lagi??..kalau pun dia nak balik gak ke lubuk, rakyat johor dah siap sedia...ade berani?? kehkehkehkeh >:D

Omegay: Salam Maulid Rasul wally slipau style

Posted: 04 Feb 2012 08:05 PM PST


dari blog MIM

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Feb 2012 11:33 AM PST

PEJUANG BANGSA


Salahuddin balik tanding di Johor,Mat Sabu bila lagi ?

Posted: 05 Feb 2012 07:31 AM PST


Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau.

"Mungkin dalam masa terdekat. Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan.

"Bulan depan (Februari) adalah masa yang sesuai. Mungkin akhir bulan Februari. Mungkin itu masa terbaik," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan awal minggu lalu.

Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.

"Ya, saya telah membuat keputusan. Dan, saya akan memaklumkan tapi saya belum maklumkan kepada parti. Saya akan maklumkan kepada parti," katanya lagi.

Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) dan juga di Johor sendiri pada PRU13.

Beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Menjawab spekulasi akan bertanding kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri di Johor, sebagai bakal calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai negeri selatan Semenanjung itu, sambil senyuman lebar Salahuddin berkata, "itu khabar angin daripada kawan-kawan yang meramalkan saya akan balik ke Johor."

"Itu terpulanglah kepada mereka untuk membuat analisa, andaian dalam hal yang sedemikian," katanya.

Pemimpin berusia 50 tahun ini menambah, sebagai ahli politik, beliau tidak mementingkan ataupun mengejar jawatan.

"Tapi, yang penting bagi saya bukan isu nak jadi MB, bukan isu nak balik (ke Johor) mengejar jawatan, tapi yang penting ialah kita mencipta kemenangan dan kita memberikan sumbangan kita ke arah langkah ke Putrajaya. Itu yang lebih penting," jelas beliau.

Sehubungan itu kata Salahuddin, beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana sahaja atas arahan parti.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk memberi khidmat saya, untuk bertanding di mana saja. Jadi, itu saya serahkan kepada parti," katanya.

Sama ada keluar dari Kelantan atau tidak, katanya, beliau akan akur dengan parti sama ada mahu kekal di negeri itu atau bertanding di mana-mana kawasan.

"Itu merupakan satu perkara yang saya rasa sangat penting bagi mereka menentukan kedudukan saya yang ada pada hari ini," katanya lagi.

Bagaimanapun Salahuddin menegaskan, pada PRU13 beliau akan bertanding di tempat dan negeri yang beliau fikir boleh memberi impak kemenangan kepada PR.

"Saya bersedia untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan yang lebih besar di kawasan-kawasan atau negeri-negeri yang diperlukan.

"Jadi saya rasa, itu hasrat saya yang saya rasa, mungkin ia akan direstui oleh parti," katanya lagi.

Sehubungan itu jelas beliau, "saya akan bertanding di kawasan yang saya rasakan saya boleh diterima oleh rakan-rakan dalam PR untuk saya bersama untuk memberi impak kemenangan."

Ketika banyak Pas kawasan mencalonkan namanya, Salahuddin menambah, atas kapasitinya sebagai Naib Presiden, beliau akan memilih kawasan yang difikirkan sesuai.

"Saya akan memilih, saya akan memilih sendiri... bukan orang lain, dan saya akan menentukan sendiri tempat yang hendak (saya) bertanding.

PANAS !! Giliran Shafie Afdal mengamuk pasal pembohongan Guan Eng !

Posted: 05 Feb 2012 04:04 AM PST




Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya berlaku penyelewengan dalam perlaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di negeri itu.

Beliau berkata skim berkenaan dilaksanakan pada tahun 2009 dan mengikut peraturan serta prosedur sedia ada bagi membantu golongan miskin tegar di negeri Pulau Pinang.

"Saya selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab (mengenai skim itu) ingin menyatakan bahawa perkara ini (tuduhan ini) adalah tidak benar. Usaha ini berlangsung sejak tahun 2009 di mana bantuan yang kita berikan kepada masyarakat Pulau Pinang sudahpun diselaraskan sebaik mungkin mengikut peraturan yang ada.

"Tidak ada penyelewengan yang dilakukan. Apa yang dinyatakan pihak-pihak ini (Lim Guan Eng) cuma berunsur politik bertujuan memburukkan pimpinan kita (Datuk Zainal Abidin Osman) selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dalam sebuah akhbar tempatan yang menafikan tuduhan Lim Guan Eng yang mendakwa hanya 22 peserta skim SPKR menerima bantuan RM1.1 juta daripada kementerian.

Dalam penjelasannya pada Sabtu, Zainal Abidin berkata bantuan pada 2009 itu diberikan kepada 990 peserta miskin di seluruh negeri Pulau Pinang dan daripada jumlah berkenaan 22 peserta adalah dari Nibong Tebal.

Menurut Zainal Abidin jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan RM22.9 juta yang disalurkan oleh kementerian bagi pelbagai projek SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar di negeri itu.

Mengenai masalah bekalan air kepada masyarakat Orang Asli di Bera, Pahang yang terjejas ekoran isu paip air pecah, Shafie menasihatkan penduduk beberapa kampung terlibat supaya bersabar kerana kementeriannya sudahpun mengambil tindakan menyelesaikan masalah itu.

"Perkara ini telahpun saya maklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah berunding dengan anggota Parlimen kawasan itu serta kontraktor yang berhadapan dengan masalah ini. Saya telah beri tempoh sehingga penghujung bulan ini untuk kita dapat selaraskan projek itu," katanya.

Menurut Shafie isu berkenaan berlaku kerana timbul masalah pembayaran antara kontraktor utama kepada subkontraktor dalam perlaksanaan projek berkenaan. - BERNAMA

Mufti P.Pinang terima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan..

Posted: 05 Feb 2012 01:12 AM PST

-


 Mufti Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Sahibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
1433H/2012.

Hassan, 70, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.

Anak kelahiran Seberang Perai, Pulau Pinang itu menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil, mashaf al-Quran dan kitab Fi Zilalil Quran.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketika ditemui pemberita, Hassan menyarankan agar umat Islam menghayati ajaran Islam secara menyeluruh dan bukan terbatas kepada aspek-aspek tertentu sahaja.

"Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingati tentang kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W.

"Umat Islam harus menghayati Islam dari semua aspek hidup seperti dalam bidang ekonomi, kekeluargaan dan kehakiman kerana ajaran Rasulullah S.A.W. adalah secara menyeluruh," katanya. - BERNAMA


** Tahniah kepada Mufti P.Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad yang menerima Anugerah Maulidur Rasul 2012 dari kerajaan Malaysia .

Malaysia tak akan bangkrap , pembangkang hanya menakutkan rakyat

Posted: 04 Feb 2012 11:48 PM PST

Tan Sri Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), berkata membuat kesimpulan bahawa Malaysia akan bankrap berdasarkan hakikat bahawa hutang kerajaan berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, adalah kenyataan yang mengelirukan.

"Jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengawal hutang yang semakin meningkat ini, memanglah perkara ini sesuatu yang serius, tetapi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil langkah-langkah seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang untuk mengurangkan hutang, nisbah hutang berbanding KDNK serta defisit belanjawan," katanya kepada Bernama.



Beliau diminta mengulas dakwaan oleh beberapa pihak bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang 2019, dan orang ramai tidak harus mengundi parti pemerintah sekarang dalam pilihan raya umum akan datang.

Dakwaan itu dibuat berikutan andaian berdasarkan pendedahan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini bahawa nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK semakin meningkat saban tahun.

Navaratnam berkata sudah difahami bahawa pinjaman perlu dibuat untuk meneruskan pelaburan kerajaan dalam sekolah, hospital, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan prasarana-prasarana utama lain.

"Diharapkan, hutang (yang ditanggung) yang telah dilaburkan untuk membiayai kemudahan-kemudahan prasarana ini akan menghasilkan pulangan pelaburan yang berdaya maju dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila KDNK meningkat dan hutang berkurangan, nisbah hutang berbanding KDNK akan lebih baik," tegas beliau.

Dengan menjadikan seseorang yang diserang selesema sebagai analogi, Navaratnam berkata: "Jika seorang itu tidak mengendahkan selesema itu, tidak mengambil ubat, tidak mengambil langkah-langkah untuk melawan selesema itu dan tidak membina kekuatannya, penyakit itu mungkin melarat dan menjadi radang paru-paru.

"Sesiapapun yang rasional akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sembuh daripada selesema itu dan mencegah penyakit lain.

"Inilah juga cara ekonomi bertindak," kata beliau.

Navaratnam menegaskan, ada kalanya ekonomi Malaysia mengalami tekanan yang hebat, khususnya sekarang, daripada kesan sampingan prestasi lemah ekonomi di AS, Eropah dan Jepun.

"Juga memang dijangkakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan lebih lembap, dan dengan demikian kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang lebih tegas untuk memastikan kedudukan ekonomi yang kukuh dan mampan.

"Kita tidak perlu merasa cemas dengan dakwaan tentang negara menjadi bankrap, kerana ini tidak benar," tegas beliau.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Dr Sundaram Annamalai, pada bulan Oktober tahun lepas telah berkata yang kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding KDNK berada di bawah 55 peratus menjelang 2020.

"Kita mahu pastikan yang ia tidak melebihi 55 peratus pada 2020," kata beliau pada majlis Dialog Pasca-Belanjawan 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.

"Di bawah Model Ekonomi Baru, kita sepatutnya membawa ia hampir kepada keseimbangan, tepat menjelang 2020," kata beliau.

Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan untuk 2011 dijangka sekitar 53.8 peratus dan 54.8 peratus tahun ini.

Menjawab pertanyaan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari Ahad telah menolak dakwaan serupa yang menyatakan negara akan menjadi bangkrap menjelang akhir dekad ini, sambil menambah yang ia adalah permainan politik pihak pembangkang dalam usaha menakutkan orang ramai.

Beliau berkata perbelanjaan domestik telah meningkat setiap tahun.

"Jika orang ramai mempunyai kebimbangan terhadap kerajaan, mereka tidak akan berbelanja.

"Tetapi, ia berlaku sebaliknya. Perbelanjaan domestik meningkat setiap tahun.

"Orang ramai tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara ini amat progresif," kata beliau.

Nor Mohamed berkata sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik dan seseorang itu tidak seharusnya melayan dakwaan yang negara akan bankrap.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tafa kehidupan rakyat dan ekonomi negara menerusi pelbagai program, dan yang terbaru, antaranya, ialah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.-30/1/2012



Malaysia muflis: Pembangkang buat tuduhan untuk takutkan rakyat...

Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2019 hanya mainan politik dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat memandangkan kadar perbelanjaan domestik negara menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Kalau rakyat khuatir dengan kerajaan mereka tidak akan berbelanja. Tetapi sebaliknya berlaku. Setiap tahun perbelanjaan domestik meningkat. Rakyat tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara sentiasa maju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dan menggesa rakyat supaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak timbul isu negara akan muflis kerana sejak Malaysia merdeka taraf hidup rakyat semakin meningkat.

"Sejak merdeka kita boleh lihat pendapatan rakyat meningkat dari tahun ke tahun, kalau dulu mereka hidup miskin sekarang pendapatan mereka berada pada tahap berpendapatan pertengahan.

"Pendapatan rakyat juga tinggal satu tahap lagi untuk mencapai taraf negara maju dan saya yakin kita akan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak US$15,000 menjelang 2020. Jadi, tidak timbul isu negara akan muflis," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang dan akan menjalankan pelbagai strategi bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan ekonomi negara melalui program tranformasi negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu juga tidak berdasarkan fakta sebaliknya satu tuduhan terhadap BN.-29/1/2012 . AGENDA DAILY






Komen GPB 


Kalau Malaysia nak bangkrap sudah zaman 97-98 lagi semasa kritis ekonomi dunia ..tapi mujurlah pemimpin BN ketika itu bijak menanganinya . 

Portal pembangkang sahkan ramalan Husam bubar Parlimen minggu depan salah !

Posted: 04 Feb 2012 08:36 PM PST




Ramalan Tukang tilik politik  Husam Musa bahawa Najib akan bubat Parlimen minggu depan ternyata satu pembohongan . Mungkin beliau mahu buat lawak bulan ini kepada juak-juak pencacai PAS bahawa PR dan Anwar dah bersedia melangkah masuk kaki ke Putrajaya .




KUALA LUMPUR, 5 Feb — Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang.

Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

"Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013.

Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

"Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera," katanya,

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007.

Selain itu, sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan. Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan.

"BN perlukan sokongan kakitangan awam. Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka," tambah sumber itu.

Najib juga berharap dapat mempertahankan "peti deposit" di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat. Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak. Tetapi BN perlu bekerja keras," kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan.

"Selain itu, BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor," tambahnya. Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen. DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.

Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar, yang mempunyai 25 kerusi Parlimen.

"BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan. Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya.

"Sebaik sahaja diselesaikan, mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC," katanya.

Malaysia akan hancur jika Anwar berkuasa & parasit jadi Menteri ?

Posted: 04 Feb 2012 07:04 PM PST



- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali berkata, negara ini akan hancur dan Islam akan musnah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, kebebasan secara mutlak untuk beragama termasuk murtad, melakukan seks songsang akan dibolehkan atas nama hak asasi manusia dan hak serta keistimewaan Melayu juga dimansuhkan.

"Apa akan jadi kalau Pakatan Rakyat memerintah? Tidak ada negara Islam, tidak ada budaya al-Quran. Surau dan masjid akan mati. Anak kita akan dididik secara liberal. Calon Perdana Menteri yang mempunyai masalah moral dan bolehkah dibayangkan kalau parasit-parasit (Pas) dipilih jadi menteri?

"Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan. Pasal sekarang sudah ada orang yang minta perkara itu disemak semula. Bila dibantah katanya akan hilang kemanusiaan. Kita akan hilang agama, tidak ada lagi (pemerintahan mengikut) al-Quran dan hadis, bertambah konsep mengiyakan," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penyokongnya di dataran Bukit Naning, Air Hitam, dekat sini malam tadi.

Hasan berkata, buat pertama kalinya juga Malaysia akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan tanda ke arah itu sudah kelihatan apabila seorang pemimpin pembangkang secara terang-terangan mahu mempertahankan keselamatan negara Yahudi itu.

Menurutnya, Pas yang kini sudah 72 peratus dipimpin parasit-parasit yang berfahaman sekular, tidak mampu untuk menghalang semua perkara itu daripada berlaku kerana mahu menjaga kepentingan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, Pas hanya mengikut apa sahaja kemahuan dua parti tersebut walaupun terpaksa menggadaikan Islam termasuk bersekongkol dalam hal akidah dan semua yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Pas katanya, kini dikuasai dua elemen perosak iaitu parasit akidah yang menghalang segala usaha membanteras gejala murtad serta berkaitan akidah dan juga parasit politik yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat mengambil alih kerajaan Pusat.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin meminta umat Islam menolak fahaman pluralisme termasuk yang diamalkan seorang pemimpin pembangkang kerana ia mengeliru penganut agama itu.

Menurutnya, fahaman tersebut adalah strategi licik pihak Yahudi untuk memastikan umat agama itu berpecah-belah dan lemah sekali gus membolehkan mereka memperkotak-katikkan orang Islam.

1MalAySia BlogPoLitik

Posted: 05 Feb 2012 09:36 AM PST

1MalAySia BlogPoLitik


Bahrain vs Malaysia Kelayakan Olimpik London 2012

Posted: 04 Feb 2012 09:54 AM PST


Bahrain vs Malaysiaadalah perlawanan ke 4 team Malaysia untuk kelayakan Olimpik London 2012 setelah tewas kepada Jepun 0 – 2 dan Syria 0 – 2. Kemenangan Harimau Muda keatas Bahrain sangat penting setelah tewas perlawanan pertama 2 – 3 walaupun telaj mendahulu 2 – 0. Atas kertas kualiti team Harimau Muda memanglah masih jauh berbanding tean Jepun, Syria dan Bahrin tetapi bola itukan bulat tiada yang mustahil.
Perlawanan kedua Bahrain vs Malaysia akan berlansung jam 11.15pm waktu Malaysia pada 5/2/2012 di stadium Manama. Perlawanan ini boleh disaksikan di Astro Arena 801, Astro StarSports 813 dan RTM TV1 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Bahrain melalui twitter dengan hashtag #Malaysia vs Bahrain (akan ada beribu-ribu twitter yang akan diupdate setiap minit) atau online live streaming Bahrain vs Malaysia @ RTM live.
Keputusan perlawanan pertama Malaysia vs Bahrain : 2 – 3
Keputusan perlawanan kedua Bahrain vs Malaysia : 0 – 0
Kepada penyokong Harimau Muda janganlah sokong ketika menang sahaja tapi bila kalah pasukan dicemuh. Belajar jadi penyokong seperti penyokong Arsenal yang sentiasa dibelakang menyokong ketika kalah dan menang. Kepada Khairul Fahmi Che Mat dan semua pemain Harimau Muda buktikan kehebatan anda mana tahu suatu hari boleh jadi Jutawan Bola Sepak seperti Safee Sali.

bumiyang

Posted: 05 Feb 2012 03:45 AM PST

bumiyang


Negara Islam - Pas Menipu atau Mimpi di Siang Hari???

Posted: 04 Feb 2012 04:30 PM PST

Menganggotai Pakatan Bukti Pas Parti Sekular???

Posted: 04 Feb 2012 04:00 AM PST

tunku

Posted: 05 Feb 2012 03:28 AM PST

tunku


Hasan claims PAS leadership controlled by secular group

Posted: 04 Feb 2012 08:46 AM PST

MUAR: Ex-Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali claims 72% of the party's leadership is now controlled by a secular group "who are in collusion with DAP and PKR."
He said the rest of the leadership comprised religious scholars who were willing to ignore the original struggle of the party to support opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, whose ambition was to conquer Putrajaya in the 13th general election.
"I had a secular education but I want PAS to be led by the ulamak who obtained their education in Egypt and Jordan," he said in his ceramah organised by the Muar Malay Development and Integrity Organisation (Pekim), near Bukit Naning, here, Friday night.
Hasan, who was recently sacked from PAS, also revealed how the party leadership had tried to persuade him to soften his stance and just follow the directives of Pakatan, which was unhappy with his action to check what he claimed were efforts to convert Malays in Selangor to Christianity.
"They asked me to be patient by saying that Islamic laws will be enforced after Putrajaya is conquered," he said.
Hasan in his ceramah also reminded Malays of their rights, as enshrined in the constitution, which would be undermined if they allowed PAS, DAP and PKR to gain control of the country.
He said the Opposition alliance did not want to hear the word Islam, Malays and King and would give their children a liberal education if they were given the opportunity to rule the country. - Bernama

tunku : no wonder if we look at the top level leaders in pas, only few are in the category of ulamas.worst still if you look at the deputy president, mohd sabu, how can a party like pas having clowns like mohd sabu(deputy president), mahfuz and husam(vice president).pas is no longer an islamic party.pas is becoming worst than a secular party.now the leaders can even go to pork market to campaign and shake hand with the sellers there.bravo pas....you have really transformed.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 05 Feb 2012 03:22 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Khalid Ibrahim dan Samad raikan Maulud, tak?

Posted: 04 Feb 2012 05:30 PM PST


Tersebar di blog, kisah berserta video Tok Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mengatkaan dalam khutbah Jumaat baru-baru ini bahawa meraikan Maulidur Rasul adalah perbuatan menyerupai Kristian.

Bab usaha untuk mengingati Habibullah dalam mendekati dan mencintai Rasulullah, dia ungkitkan isu bidaah Rasulullah tidak buat dan usah terikut-ikut Kristian.

Apabila Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan lain-lain orang PAS memegang lilin untuk ikut sama pemimpin Pakatan Rakyat memberi hormat sembahyang kepada roh Teoh Beng Hock, Nik Aziz berdiam saja. Pengikutnya menganggapnya sebagai Nabi, Nik Aziz hanya kata itu pandangannya. Ustaz Badrul Amin memuji dan menggelar Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi tapi Nik Aziz diam.

Tak apalah, Husin bukan nak berkelahi dengan Nik Aziz mengenai pandangannya bahawa menyambut Maulidur Rasul adalah mengikut amalan Kristian.

Sudah tentu Nik Aziz anggap Maulidur Rasul sebagai amalan Kristian, adakah Selangor harus raikan Maulud Nabi?

Memandangkan Menteri Besar Selangor selaku exco hal ehwal ugama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mesra murtad dan begitu sedia minta maaf kepada gereja DUMC. Manakala, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad yang sebenarnya menguasai PAS Selangor adalah seorang yang mesra gereja.

Fikir-fikir sebelum jawab tu. Nanti kena jual!

Politik Harian

Posted: 05 Feb 2012 03:09 AM PST

Politik Harian


Pelancaran Aman Kampus 6 Feb

Posted: 04 Feb 2012 08:16 PM PST


Program Aman Kampus| 6-19 Februari 2012

Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Llintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:
1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami
secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan
3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan
4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Jelajah ke 14 buah negeri



3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah
1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi
2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri
3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti.

Sharizat Tidak Gentar Berhadapan Dengan Mak Lampir Dan Jenglot PKR!

Posted: 04 Feb 2012 05:42 AM PST


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Layan dulu lagu Rimex ni...


Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.

"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.

Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya beliau akan memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.

"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita Umno dan parti komponen lain mantap," katanya. - Bernama

Sahabat-Gunung

Posted: 05 Feb 2012 01:29 AM PST

Sahabat-Gunung


Nurul Izzah Diserbu Ribuan Penyokong PR malam nie

Posted: 04 Feb 2012 07:36 AM PST



Wow !!!Malam nie ribuan penyokong PR telah menyerbu Nurul Izzah dalam majliskesyukuran pembebasan Anwar Ibrahim di Dewan Taman Dato' Senu, Sentul …

Ribuan penyokong mereka dijamudengan Pulut Durian…

Persoalannya, Anwar diBEBASkan …..bila Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman, dan ditangkap? … Atau Izzah tahubapanya bersalah dan mereka yakin bapanya akan masuk penjara kot 9 Jan lalu?

Entahlah, yang pasti, ribuanpenyokong mereka sebagai pic dari Twitter Tian Chua membuktikan bahawa NurulIzzah memang dikerumuni penyokongnya malam nie ….


Dr M Harap Lebih Ramai Sukarelawan Sertai Konvoi Ke-6 Viva Palestin

Posted: 04 Feb 2012 07:33 AM PST



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap lebih ramai sukarelawandi negara ini akan menyertai konvoi darat keenam Viva Palestina Malaysia (VPM),pada 15 Mei ini.

Beliau berkata ini bagi membuktikan keprihatinan dan sokonganrakyat Malaysia terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin daripadacengkaman rejim zionis.

"Kalau kita sokong keadilan kita patut sokong Palestin dansedar tentang kezaliman Israel, mereka ini betul-betul kejam," katanyapada sidang media
selepas merasmikan Festival Filem Kuala Lumpur Palestin, di sinihari ini.


Program julung kali diadakan di Malaysia itu bertujuan mengumpuldana untuk membantu rakyat Palestin dan membiayai projek pembinaan 11 sekolahbagi keperluan 9,000 kanak-kanak Palestin.

Sebanyak lima filem akan ditayangkan secara percuma di GSCPavilion mulai hari ini sehingga Isnin depan iaitu Budrus, Tears of Gaza, WaltzWith Bashir, Abu Jamil Street, Inshallah Beijing serta dua dokumentari pendekiaitu Bethlehem: Hidden From View dan Home Front.

Sementara itu, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkataselain Malaysia, lebih 20 negara akan menyertai konvoi kali ini termasukAustralia, New Zealand, Britain, Greece dan yang terbaru Indonesia.

Katanya pada konvoi kali ini, sukarelawan yang membawa bantuankemanusiaan akan bertolak dari lima lokasi iaitu England, Perancis, Itali,Syria dan Turki sebelum meneruskan perjalanan ke Gaza menerusi sempadan Rafahdi Mesir.

Beliau berharap lebih banyak badan korporat dan orang perseoranganakan menyalurkan bantuan untuk menjayakan misi kali ini, seterusnyamelaksanakan pelbagai projek yang dirancang merangkumi pinjaman tanpa faedah,projek pertanian dan perhutanan bersepadu serta pemasaran produk warisanPalestin, khusus untuk rakyat negara itu sendiri. 

Sejak ditubuhkan pada Jan 2009, VPM telah menyalurkan danaberjumlah RM1 juta untuk membiayai keperluan perubatan, pendidikan, pembiayaan mikro dan projek untuk kaum wanita di Gaza, kata Musa.

BN Selangor Diminta Jangan Hanya Gantung Kepada Populariti Najib

Posted: 04 Feb 2012 06:12 AM PST



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa jenteraBarisan Nasional (BN) Selangor supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan tidakhanya bergantung kepada peningkatan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata berdasarkan analisa keadaanpolitik semasa, secara umumnya ada peningkatan sokongan secara menyeluruhkepada BN ketika ini berbanding tahun 2008.

Katanya faktor yang menonjol ialah sebahagian besar rakyatSelangor menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dan trend ini pada umumnyameningkat, sekaligus menambah keyakinan BN untuk mencapai lebih banyakkemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuandengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola SekolahJenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di sini.

Katanya penerimaan masyarakat tanpa mengira kaum terhadap BNadalah jauh lebih baik kerana usaha kerajaan membantu rakyat menerusi insiatifseperti bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sempena lawatannya ke Selangor, Muhyiddin juga mengadakanpertemuan dengan kepimpinan BN Selangor yang diketuai oleh Timbalan PengerusiBN Negeri, Datuk Seri Noh Omar serta mendengar taklimat mengenai kesiapsagaanBN Selangor menghadapi PRU ke-13.

Katanya beliau telah memberi prasyarat kepada semua pemimpin BNSelangor supaya mengukuhkan setiap parti komponen parti BN negeri bagi menempakejayaan pada PRU nanti.

Selain menilai keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat denganpemberian subsidi yang kini mencecah RM33 bilion termasuk RM17 bilion untukbekalan minyak, Muhyiddin berkata rakyat Selangor juga menilai apa yang dilakukanatau tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Jadi banyak perasaan tidak senang hati dan tidak puas hatidapat saya rasakan di kalangan rakyat dengan cara negeri itu diuruskan,,"katanya.

Beliau berkata golongan peniaga di negeri itu tidak begitu seronokdengan kos perniagaan yang didakwa meningkat, penyelewengan dalam kerajaan dan dasar-dasarmereka yang bercanggah dengan kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah,asrama Yayasan Selangor dan pengurusan Universiti Selangor.

"Ini menunjukkan sikap kurang prihatin kerajaan negeriterhadap masalah
masyarakat umum...mungkin kerajaan negeri lebih mementingkan soalhasil pendapatan tetapi kerajaan pusat mengambil kira semua aspek termasuk menolongdan menjaga hati rakyat, katanya.

Mengenai cadangan pengurusan Yayasan Selangor untuk merobohkanasrama pelajarnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata setakatini tiada kedengaran pelan alternatif tetapi difahamkan pelajar berkenaan akanditempatkan semula di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya tak tahu cerita itu dia naktempat kat mana?. Sekolah kita dah ada dan pelajar kita dah ada  maknanya dia nak lepas tangan begitu,"jelasnya.

Katanya rakyat Selangor tentu kecewa dengan sikap tidakbertanggungjawab itu.

Ditanya hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terusbertanding pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata:

"Nik Aziz amat diperlukan. Nik Aziz kalau ganti orang laindia kata dah tak jadi PAS. itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanyadia tentukan. Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding."

Pakatan Pembangkang Tidak Hormat Azizan- Ahmad Bashah

Posted: 04 Feb 2012 02:23 AM PST


Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah DatukSeri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar KolejUniversiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormatipemimpin tertinggi negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad BashahMd Hanipah berkata, walaupun berlainan parti, beliau sendiri menghormatikeputusan Azizan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tepat untuk mengawal disiplinpelajar institusi itu.

Beliau berkata tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lantangmempertikaikan tindakan Menteri Besar berhubung isu pengantungan lima
pelajar Kuin menunjukkan pakatan pembangkang hanya mengutamakanpolitik sahaja tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

"Sepatutnya kawan-kawan Azizan di dalam pakatan pembangkangperlu hormat keputusan beliau...bila disuruh tutup mulut, ini menunjukkanpakatan pembangkang langsung tidak menghormati dan seolah-olah telah hilangkepercayaan kepadanya.


"Dalam isu Kuin, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnyaselaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada Kuin sepenuhnya menangani perkaraitu tanpa campur tangan beliau," katanya kepada pemberita selepas MajlisPelajar Disayangi, Ibu Bapa Didekati di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent disini hari ini.

Ahmad Bashah mengulas mengenai perintah yang dikeluarkan oleh PASkepada Azizan agar tidak lagi memberikan komen berhubung isu penggantunganpelajar Kuin itu.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekaspensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari memintasupaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakanterhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Ahmad Bashah berkata dalam perspektif yang lebih luas beliaumelihat isu
Kuin sengaja diperbesarkan bertujuan untuk menyingkirkan Azizandaripada kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

72% Kepimpinan PAS Dikuasai Golongan Sekular

Posted: 04 Feb 2012 01:29 AM PST




Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidursekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yangsanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13.


"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terusdipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan,"katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar(Pekim) di Bukit Naning, di sini, malam tadi.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkanbagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahajaarahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanterasgerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudahdapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undangIslam," katanya.

           
Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawahak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatanPAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataanIslam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikansecara liberal jika diberi peluang.

Taipingmali (tm)

Posted: 05 Feb 2012 01:11 AM PST

Taipingmali (tm)


Sidang Media : Hasan Ali Tolak Rayuan Sertai Semula PAS 4/2/2012

Posted: 04 Feb 2012 08:40 PM PST




Uploaded by klposdotcom on Feb 4, 2012

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan beliau tidak akan sama sekali mengemukakan sebarang rayuan menyertai semula PAS setelah diberi tempoh hingga 7 Februari ini.

Bercakap pada Sidang Media di rumahnya itu, beliau secara tegas tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertindak sedemikian dan akan mempertahankan prinsipnya yang terbukti mengikut Perlembagaan Parti.

Akan tetapi beliau berkata perjuangannya itu telah dihalang pimpinan parti yang dikuasai kumpulan yang beliau gelar sebagai 'Parasit PAS'.

Maklumat Lanjut Layari

http://klpos.com/ekslusif/2520-hasan-ali-tolak-rayuan-sertai-semula-pas

MB bantu mangsa ribut di Manjung

Posted: 04 Feb 2012 08:29 PM PST



Uploaded by ThePerakToday on Feb 4, 2012

Nasib mangsa kejadian ribut di Manjung yang telah merosakkan lebih 190 buah rumah akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sempat melawat mangsa ribut taufan itu memberitahu kerajaan negeri akan menanggung kos membaiki bumbung yang rosak secara keseluruhannya yang melibatkan ratusan ribu ringgit.

Tambah Zambry, kawasan berkenaan sememangnya merupakan kawasan laluan ribut taufan di mana kejadian itu merupakan kali keempat yang berlaku.

"Kawasan ini memang tempat laluan angin lintang maka keadaan ribut boleh terjadi secara tiba-tiba sahaja dan ini merupakan kali keempat ia berlaku," tegasnya.

Katanya, bagi meringankan bebanan mangsa ribut berkenaan, kerajaan negeri telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk membina semula bumbung yang telah rosak kesan daripada angin lintang.

"Kita sudah minta mereka baiki bumbung yang rosak, jadi dalam tempoh dua hari ini hampir 40% bumbung berjaya diperbaiki... cuma sekarang kita hanya menunggu bekalan bumbung sampai," kata Zambry.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM40,000 di bawah tabung bencana untu disalurkan kepada kesemua mangsa dimana setiap seorang akan mendapat sebanyak RM200.

Bantuan daripada pejabat MB juga dihulurkan bagi tujuan yang sama dimana RM300 diperuntukkan kepada setiap mangsa.

"Jadi, semua mangsa akan mendapat RM500 seorang dan syarikat Vale dan Bousted juga sudi menghulurkan sedikit bantuan bagi menampung kos kerugian yang dialami oleh mangsa.

"Kita diberitahu setiap syarikat itu masing-masing menghulurkan RM10,000," katanya.

Dalam kejadian ribut di Taman Perumahan Fasa 3A Seri Manjung, dekat Lumut semalam, lebih 190 rumah penduduk di kawasan itu rosak teruk akibat tiupan angin kencang.
www.peraktoday.com

20120127 Zuraida Kamaruddin

Posted: 04 Feb 2012 08:19 PM PST

Shahrizat tidak gentar hadapi tuduhan pembangkang

Posted: 04 Feb 2012 08:05 PM PST




Uploaded by ThePerakToday on Feb 4, 2012

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO sebaliknya menegaskan serangan yang sengaja dilemparkan terhadapnya itu dianggap sebagai pendorong untuk menghadapi pelbagai ujian mendatang.

"It's okay...kita orang politik dan perkara-perkara macam semua biasa bagi kita malah ia lagi memberi semangat kepada kita untuk menempuhi dugaan.

"Walaupun kita adalah wanita mereka ingat kita akan gentar dengan tuduhan atau ujian yang cuba diberikan....perkara itu hanya ujian biasa sebagai pemimpin," katanya ketika sidang media selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) di Beruas, pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa parti itu menunggu kepulangan Shahrizat dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Ketika menjawab mengenai desakan beberapa pihak yang menuntut beliau meletakkan jawatan dan sekaligus mengundurkan diri daripada arena politik, Shahrizat menyifatkan wujud golongan tertentu yang mempunyai motif tersendiri di sebalik desakan berkenaan.

Katanya, pihak yang membuat desakan itu sepatutnya memikirkan semula kenyataan mereka sebelum menyatakannya kepada media massa.

Ini kerana jelas beliau, golongan berkenaan perlu sedar sejauh mana latar belakang mereka sama ada sebagai ahli politik mahu pun menteri.

"I'm leading about 1.3 juta wanita BN... jadi mereka yang mendesak itu perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang mendesak saya letak jawatan itu mempunyai latar belakang politik yang bagaimana.

"Mereka perlu sedar dan bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan kenyataan yang mendesak saya supaya berundur... persoalannya adakah mereka sedar latar belakang mereka sendiri dalam arena politik sebelum meminta saya letak jawatan dalam kepimpinan parti.

"Golongan yang membuat desakan itu perlu sedar pengalaman mereka dalam parti berada di tahap mana," katanya lagi.
www.peraktoday.com

PAS jauh ke depan dalam cyber war

Posted: 04 Feb 2012 04:25 AM PST

Ini adalah sebahagian daripada teknologi yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pas. Pegawai Telekom telah memaklumkan mereka kerap menerima panggilan dari pengguna internet daripada warga emas yang minta telekom segera membaiki sambungan internet sekiranya berlaku kerosakan.

Sebarang kerosakan perlu segera dipulihkan bagi membolehkan warga emas menonton siaran LIVE.

Kini ceramah Haji Hadi di Marang dapat ditonton oleh ribuan pengikut Pas seluruh negara terutama di Terengganu,

Gambar di atas adalah iklan promosi ceramah Azhar Idrus di Ladang pada 10 Februari depan.

Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menyertai PKR?

Posted: 04 Feb 2012 02:28 AM PST


Khabar angin bertiup kencang di Utara menyatakan Pak Kadiaq dan beberapa orang rakan dan sekutu beliau akan menyertai Pkr semakin hangat.

Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah) merupakan ahli politik UMNO dari Kulim,Kedah,Malaysia.

Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

Merupakan jurucakap dan orang kuat kepada Anwar Ibrahim sewaktu Anwar  bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno1993.

Tidak hairanlah beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan-kenyaaan panas yang menyebabkan ramai orang marah kepada beliau.

Sebagai orang kuat Anwar, beliau juga mempunyai hobi yang misteri, sama seperti bossnya. Cuma beliau lebih licik dan bijak berlakon, hanya orang-orang yang rapat sahaja yang tahu apakah hobi yang beliau sering lakukan antara jam 6.00 hingga 7.00 malam.


PAS buktikan ia 'parti celik budaya'???????

Posted: 04 Feb 2012 02:05 AM PST

Dap ganti Pas
PAS buktikan ia 'parti celik budaya'
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan "angpau bersampul putih" kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3
Perkasa tak faham budaya cina, hanya cina saja yang faham budaya melayu
Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.

Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.
Negara Islam
Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan 'kecerdikan' antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai 'buta budaya' dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.

NONE
Sejak berkawan dengan Dap sudah hilang rasa jijik , tak macam dahulu
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi  sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.

"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih' kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51,  yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

NONE
Nak beli berapa kg?
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
Tak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.

NONE
Tarian Singa Pas, HEBAT OOO..!!!
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.
Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan  kebudayaan berbilang kaum.

hashim jasin"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan "memotong tangan dan kaki orang Cina" apabila mereka berkuasa nanti.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Feb 2012 11:35 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Ku Li akan pastikan BN merampas semula Kelantan PRU-13 ini

Posted: 04 Feb 2012 10:06 PM PST



Kali terakhir UMNO meminta kepakaran dan kebijaksanaan KU LI memimpin kempen parti tersebut menentang fuckatan adalah ketika PRK Galas beberapa tahun lalu. Hasilnya, UMNO bukan sahaja berjaya merampas kembali DUN Galas, malahan majoriti juga meningkat hampir tiga kali ganda.

Dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak akan lupa bagaimana Ku LI memastikan PAS merampas kuasa daripada UMNO pada PRU 1990 dengan kemenangan 100%!

Itulah apa yang hebatnya tentang Ku Li ini. Nampak sahaja senyap di ulu banat, tetapi pengaruhnya bukan sahaja terbatas di gelanggang politik, malahan beliau juga masih lagi dihormati dalam hal ehwal dalaman Istana Kelantan.

Kalau tidak percaya, cuba-cubalah tanya kepada rakyat Kelantan berkenaan kontroversi bagaimana Sultan Muhammad Ke-5 naik ke takhta. Kami tidak mahu mengulas lanjut atas kerana Daulat Raja-raja Melayu. Biarkanlah ia terus menjadi ceritera rakyat.

Dan ini jugalah bukti kebijaksanaan Tok PA dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan BN merampas semula Kelantan. Beliau tidak sombong dan sanggup memohon pertolongan daripada sesiapa jua yang mahu membantu. Inillah satu tokoh pemimpin UMNO negeri yang boleh bersaing dengan Nik Aziz yang tidak mahu melepaskan kuasa.

PRU 2004 telah menjadi bukti bagaimana Tok PA menguruskan jentera BN negeri sehinggakan PAS hampir tumbang dan bergantung hayat dengan hanya satu kerusi sahaja. Tetapi kesilapan strategi mengumumkan pengganti MB yang tidak digemari rakyat pada 2008 telah mengakibatkan BN mengalami kekalahan yang lebih teruk!

Insya Allah, kalau BN Kelantan terus ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat Kelantan yang telah lama tertindas di bawah PAS, PRU-13 Kelantan akan kembali kepada kita!

Salam Maulidur Rasul daripada MyMassa

Posted: 04 Feb 2012 07:08 PM PST



Sebagai mengenang jasa pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam dan Hukum Allah di muka bumi ini, jom kita sambut Maulidur Rasul tahun ini dengan solawat dan salam yang penuh ikhlas kepada Baginda.

Marilah juga kita sama-sama memanjatkan doa kesyukuran di atas nikmat Iman dan kebebasan berkuasa di tanah sendiri. Semoga Allah SWT menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada perpecahan dan akhirnya ditindas oleh musuh-musuh Islam. Insya Allah.

Berpegang teguhlah kepada tali Allah SWT! Nescaya kita selamat dunia akhirat...

KITA adalah agen fuckatan untuk mematikan Hasan Ali?!!

Posted: 04 Feb 2012 05:44 PM PST




Kami berpendapat tindakan Hasan Ali menolak pelawaan KITA untuk menyertai parti mereka ini satu keputusan yang bijak. Hasan Ali sedar, sekali beliau menyertai KITA, beliau akan tenggelam dalam sebuah parti politik yang tiada hala tuju yang jelas dan akhirnya akan mematikan langkahnya untuk terus menentang agenda anti-Islam fuckatan.

Kami juga sebenarnya telah dapat menjangka game plan Zaid Ibrahim untuk bergayut kepada populariti Hasan Ali bagi menyelamatkan parti politiknya daripada terus hidup segan mati tidak mahu. Kami percaya terdapat perancangan halus untuk mematikan gerakan Hasan Ali daripada terus menyedarkan umat Islam daripada agenda fitnah fuckatan melalui KITA.

Cuba pembaca semua bayangkan, bagaimana seorang yang tegar mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) boleh menyertai parti yang ditubuhkan oleh seorang pemimpin yang mendukung idea sekular?!!

Dan jika benar KITA ingin menjadi kuasa ketiga yang bebas dalam politik negara, mengapa Presidennya sanggup membubarkan partinya sendiri dengan alasan tidak mahu dilihat condong kepada BN?!! Jadi kalau KITA condong kepada fuckatan tidak mengapalah ya?!! Kalau begitu, menagap perlu keluar beramai-ramai daripada fuckatan dan menubuhkan KITA?!!

Semuanya kerana inginkan kuasa di tangan sendiri bukan?!!

Parti Adat dan Sosial (PAS) mengorak langkah untuk menawan JOHOR! @NajibRazak

Posted: 04 Feb 2012 06:23 AM PST


PAS ingat mereka boleh memperbodohkan DHPP dengan memperuntukkan kerusi yang mustahil menang kepada mereka. Tidak percaya? Suruh PAS sendiri bertanding di kerusi-kerusi tersebut.

Tetapi khowarijul PAS ini sebenarnya sudah terlalu bebal kerana kopiah busuk atas kepala itu telah lama mencengkam otak dan akal fikiran mereka. Mereka GAGAL untuk melihat perancangan besar puak kafir untuk memerintah negara.

Bayangkanlah DAP - 99% kafir, PKR - sekurang-kurangnya 50% kafir, dan PAS pula sekarang ini sekurang-kurangnya 20% kafir. Anda buatlah sendiri kira-kira baki yang tinggal untuk calon Islam fuckatan. Itupun, kalau UMNO tidak sapu bersih kerusi-kerusi tersebut.

Jadi, kepada rakyat Johor, kalau hendak rasa bertuankan pemimpin kafir, cuba-cubalah undi PAS dan fuckatan selepas ini.

*Selalu tertanya-tanya, sejak bila fatwa Dewan Ulama' PAS yang mengharamkan kerjasama dengan orang kafir itu terbatal?!!

GEMPAR!!! Ketua Menteri mana yang disahkan menghidap penyakit mental?!!

Posted: 04 Feb 2012 03:50 AM PST


Sudah lama kami perhatikan. Pada awalnya kami agak pelik mengapa KM Penang ini suka sangat menipu. Tidak kiralah apa sahaja. Baik pencapaian mahupun jasa orang lain. semuanya hendak diputar belitkan.

Lalu kami pun membuat sedikit kajian ringkas. Rupa-rupanya beliau ini disyaki menghidap penyakit tidak boleh bercakap benar, atau dalam bahasa sainsnya, Pathological Lying (PL). Penghidap PL ini akan menipu tanpa sebab yang munasabah.


Jadi kepada semua, terutamanya mereka yang difitnahnya, usahlah khuatir. Anda semua sebenarnya sedang berhadapan dengan manusia yang berpenyakit. Sepatutnya kita bersimpati kepada beliau dan memberikan sokongan yang sewajarnya.

Inilah akibatnya membesar dalam keluarga yang rasis dan membenci orang lain.Kasihan.

Dan kepada para pembaca yang budiman, luangkanlah masa yang sewajarnya bersama anak-anak dan keluarga kita dalam hujung minggu yang lapang ini bagi mengelakkan mereka tergolong dalam statistik 12 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mental ini.



PAS haramkan perjuangan mempertahankan ISLAM! @DrHasanAli

Posted: 04 Feb 2012 12:28 AM PST


Nanti, nanti. Sebelum kita semua terima bulat-bulat berita di atas, ayuh kita duduk sejenak dan bermuhasabah.

Bukankah Hasan Ali dipecat kerana membantah tindakan Kerajaan Negeri DAP Selangor yang melindungi pihak GEREJA DUMC yang memurtadkan umat Islam?!!

Bukankah Hasan Ali yang menentang penjualan arak secara terbuka di Selangor tetapi terpaksa mengarahkan JAIS untuk menyusun semula tin-tin dan botol arak setelah dihalang oleh MB Khalid dan Ronnie Liu?

Dan akhirnya Hasan Ali dipecat adalah kerana beliau menentang tindakan PAS yang mempertahankan seorang peliwat yang cuba menganiaya mangsanya!

Jadi siapa yang mengikut nafsu ketika ini?!! Adakah Hasan Ali yang sibuk mengeluarkan fatwa menghalalkan zina sebagai hak peribadi apabila seorang exco Selangor dirakam melakukannya?!!

Adakah Hasan juga yang menghalalkan apabila bersilih ganti pemimpin kafir fuckatan menjejakkan kaki ke ruang sujud orang Islam di masjid-masjid bagi mengajak mereka membenci UMNO dan terus-menerus berpecah belah?!!

Pada kami, PAS hanya melabelkan Hasan Ali dengan apa yang sedang mereka hadapi ketika ini. Adakah anda semua tahu bahawa sebaik DAP mendapat kuasa, mereka terus sahaja melakukan profiling pemimpin-pemimpin fuckatan yang vokal mempertahankan Melayu dan Islam?!!

Mana yang boleh dibeli, akan diberi elaun ribuan RM setiap bulan daripada hasil syarikat anak negeri dan komisen daripada rumah urut serta pusat judi/maksiat. Asalkan mereka terus diam dan tidak melawan dasar yang akan dibawa DAP, mereka akan terus mewah.

Mana yang tidak boleh dikawal, akan ditekan secara berterusan dalam fuckatan melalui kuasa diktator Anwar dan Mursyidul AM. Dan itulah yang berlaku kepada Hasan Ali, Zul Nordin, Zahrain Hasyim dan mereka yang seangkatan.

Takkanlah mempertahankan Islam itu boleh dikira sebagai mengikut nafsu?!!

*Ramai kawan-kawan dalam PAS yang semakin mewah sekarang ini. Kereta bertukar baru/bertambah, rumah diperbesarkan... 

Belantan

Posted: 04 Feb 2012 11:29 PM PST

Belantan


Salam Maulidur Rasul

Posted: 04 Feb 2012 07:41 PM PST


Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber ikutan

Hari ini umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, iaitu hari mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun, tujuan Maulidur Rasul bukanlah untuk mengingati keputeranaan baginda semata-mata tetapi perkara paling penting ialah ingatan dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan dalam bentuk mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi yang mulia itu. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil yang memiliki akhlak dan peribadi bersumberkan wahyu.

Pada diri baginda terpancar akhlak terpuji yang menjadi sumber ikutan umat (uswatun hasanah). Sejak kecil lagi baginda telah ditarbiyah (dididik), dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Masyarakat jahiliyah Mekah yang menyembah berhala serta mengamalkan budaya hidup yang tidak berakhlak turut mengurniakan gelaran 'Al-Amin' kepada baginda.

Baginda diutus sebagai Rasul untuk membawa rahmat kepada sekalian alam (rahmatan lil-alamin) seperti maksud firman Allah: "Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya:107). Misinya adalah membina masyarakat rabbani yang dinaungi 'Nur Ilahi' (cahaya ketuhanan).

Baginda juga diutus ke alam ini untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia (makarimu'l akhlaq). Akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai al-Quran sebagaimana kata isterinya, Aisyah r.a. bahawa akhlak Nabi adalah umpama al-Quran yang bergerak (Kana Khuluquhul Quran). Justeru, selaku umat Islam, kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Terdapat banyak sifat dan akhlak mulia Nabi yang boleh dipelajari, dihayati dan diamalkan. Antara sifat-sifat kekuatan diri baginda yang patut dijadikan ikutan ialah tawaduk, pemalu, siddiq, amanah, fatanah, tabah, sabar, syukur, pemaaf, bertakwa, beristiqamah, ikhlas, khusyuk, zuhud, qanaa dan lemah lembut. Nabi juga memiliki al-hikmah (kebijaksanaan) dan Al-Iffah (pengawasan diri).

Nabi juga menjadi contoh ikutan dalam beribadah. Dalam beribadah dan beramal sholeh, baginda mengajar tentang al-ihsan seperti mana maksud hadis baginda: "beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak dapat merasai demikian hadirkan hatimu seolah-olah kamu diperhatikan-Nya". 'Al-ihsan' merangkumi segala bentuk kebaikan yang dibuat oleh manusia semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Antara contoh amalan ibadah Nabi yang perlu diikuti ialah bersolat wajib secara berjemaah di masjid, memperbanyakkan solat sunat di rumah, beristiqamah solat tahajjud, gemar melakukan iktikaf, banyak berpuasa sunat, sentiasa berzikir, berdoa dan bertaubat, kuat berjihad, istiqamah dalam beramal, banyak membaca al-Quran, melazimkan siwak (bersugi), berjanggut, berserban dan berjubah.

Para pendakwah (da'i) patut mencontohi kesabaran yang tinggi serta keteguhan jiwa yang dimiliki baginda ketika menyampaikan risalah Allah kepada manusia. Baginda sentiasa berinteraksi dengan masyarakat dengan cara yang maaruf. Rasulullah suka membalas kejahatan dengan kebaikan. Antara sifat-sifat baginda ketika bergaul dan berhubung dengan masyarakat ialah mengasihi anak-anak yatim, mengasihi kanak-kanak, mengasihi orang miskin dan menghormati orang tua.

Baginda juga sentiasa membimbing dan mengasihi yang muda, berkelakuan baik terhadap haiwan, membalas pemberian orang, sentiasa memberi salam dan menziarahi orang sakit. Rasulullah juga mengajarkan aspek tasamauh atau bertoleransi. Nabi bergaul secara maaruf dengan pelbagai kaum dan penganut agama lain. Rasulullah pernah mengizinkan delegasi Kristian dari Najran yang datang ke Madinah melakukan ibadat mereka di satu sudut Masjid Madinah.

Baginda berpesan kepada para sahabatnya jangan merosakkan hubungan dengan orang bukan Islam kecuali mereka menentang Islam atau merobek maruah umat Islam. Untuk membina masrakat Islam yang kukuh, Rasulullah sangat menekankan aspek ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam tanpa mengira warna kulit atau taraf sosial.

Umat Islam diajar tidak menyakiti saudaranya sama ada melalui tangan atau lidahnya. Orang Muslim juga diharamkan menumpahkan darah saudara Muslimnya serta diharamkan menceroboh harta benda dan kehormatannya.

Nabi juga mengajar umat Islam membantu meringankan kesusahan saudara Muslimnya dan membantu golongan miskin. Nabi menegah umat Islam mendedahkan aib atau keburukan saudara Muslimnya supaya keburukannya ditutup Allah di dunia dan di akhirat kelak.

Nabi Muhammad SAW merupakan pendidik yang cukup unggul dalam membangun peribadi insan. Antara sifat-sifat Rasulullah sebagai pendidik yang boleh dijadikan contoh ialah murabbi, mualim dan muaddib. Nabi menjadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyah serta bersifat sabar dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mendidik.

Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga Rasulullah sentiasa bergaul secara maaruf dengan isteri dan ahli keluarganya. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta bersifat berlemah lembut terhadap isteri-isterinya. Baginda tidak pernah memukul dan menghina isteri-isterinya, sebaliknya bersifat sabar dengan kerenah isteri serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.

Dari segi kepemimpinan, Rasulullah adalah seorang pemimpin agung yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Kepemimpinan baginda sangat menekankan aspek integriti seperti amanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Baginda memiliki kemampuan untuk menyusun strategi, bersifat berani, tegas dan berprinsip tetapi dalam masa yang sama baginda bersifat pemaaf dan pemurah.

Selain itu, baginda sentiasa mengamalkan syura, menegakkan keadilan, mengutamakan umat serta sanggup menanggung kesusahan bersama pengikut. Sebagai pemimpin umat, baginda tidak mengharapkan penghormatan dan pujian melainkan mengharapkan keredaan Allah semata-mata.

Kesimpulan, di tengah-tengah arus masyarakat yang semakin subur dengan sifat-sifat mazmumah (keburukan), maka wajarlah umat Islam kembali mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud firman Allah SWT: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" (Al Ahzab:21).



Suara Politik
Taminsari

Nasib Melayu dibumi Melayu, bumi dipijak tetapi milik orang!

Posted: 04 Feb 2012 09:34 AM PST

Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.

Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.

Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.

Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.

Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.

Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.

'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.

Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.

Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.

"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.

"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.

Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.

Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.

"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.

"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.

Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.

"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.

Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.

"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.

"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.

Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.

"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.

"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.

"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.

"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.

Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).

"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.

Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.

"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.

"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.-UM












Suara Politik
Taminsari

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Feb 2012 11:17 PM PST

Panglima Perang Cyber


Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)Minta Tarik Balik Pecat @drhasanali

Posted: 04 Feb 2012 09:27 PM PST

Sumber Siasah mukasurat 7 edisi 20-26 Januari 2012

DHPP mengiktiraf Dr Hassan pemimpin yang berwibawa dan bijak.

Mereka juga meminta beliau jangan dipecat dan merayu.

Jika bukan Islam pun iktiraf kenapa PAS masih mahu pecat Dr Hassan ?

Ini tidak lain kerana Anwar dan Azmin sangat marah apabila Dr Hasan kritik mereka isu berkaitan Anwar seperti 901 yang lalu.

Selain enggan menyokong tindakan menyokong himpunan tersebut.

Ketika ini isu siapa jadi PM belum diputuskan lagi.

Lihat edisi Siasah yang sama di halaman 8 perkara tersebut di mana Lim Guan Eng mahukan Anwar sebagai
Perdana Menteri manakala Ketua Dewan Ulama PAS dan Naib Presidennya Salahuddin Ayub berpendapat sebaliknya.

Bukankah ini amat bahaya bila penentuan siapa jadi PM bila menang nanti, gagal diselesaikan hingga kini.

Adakah kepada mereka mahu diserah masa depan negara kita ?

Billboard Ladang Rakyat Bukti Pas Terdesak !

Posted: 04 Feb 2012 08:27 PM PST

Ditemui di jalan Wakaf Bharu menuju Tumpat.

Bukti isu Ladang Rakyat beri mudarat.

Tetapi tulisan sangat kecil seperti tidak mahu rakyat baca.

Adakah ini cubaan mengelirukan rakyat?

Rakyat sudah tidak tahan dibodohkan 20 tahun sudah.

Masa untuk transformasi sudah bermula !

Ayuh Transformasi Kelantan Kita Ke Arah Lebih Bahagia !

Mari Baca Tazkirah Maulid Bab Hasad Dengki oleh Ustaz LokDon Trabel

Posted: 04 Feb 2012 06:52 PM PST

Perutusan YAB @NajibRazak Sempena Maulidur Rasul 1433 H Esok

Posted: 04 Feb 2012 05:08 AM PST

Alhamdulillah ucapan mengingatkan umat Islam tentang makhluk paling mulia iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, sangat dianjurkan oleh Islam.

Bahkan sesiapa yang tidak berselawat apabila disebut nama Muhammad saw, dikira orang yang bakhil dan tidak layak mendapat syafaat.

Sebarkan perutusan pemimpin kita ini di semua media baru anda kuasai.

Selamat menyambut hari Mawlid Saidina Muhammad saw esok maka marilah kita mengingati penuh kasih dan cinta kepada baginda seperti mana kasih baginda kepada kita sehingga sempurnalah cinta itu dengan mengamalkan ajaran baginda tinggalkan.Bukan sebaliknya.

Jangan ada yang merendahkan martabat Nabi kita dengan menyamakannya dengan manusia biasa.

Klik bit.ly/AvgUsv untuk membaca perutusan YAB Perdana Menteri.

Allahumma solli wasallim wabaarik alaih.

Dimuatnaik di Kuala Krai, Kelantan.

Semasa menunggu makan malam.

Dalam perjalanan pulang ke rumah ayah dan bonda.

Siapa berhajat boleh berjumpa di Kelantan.

Insya Allah!

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 04 Feb 2012 11:16 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Ce serait n’etait belle surprise si ce une pas essentiel pour moi

Posted: 03 Feb 2012 11:54 PM PST

Les machine a jouer a spus est sur le point de la grandeur ou de la présente casino en ligne francais avec bonus sans depot a été bien fait.
C’est à anonymes clouer. En fait, ce n’était pas une conclusion du scrutin, mais c’est ma propre évaluation de jeu machine a sous gratuit sans telechargement. Il s’agit acquit audacieuse.

Je suis fort successeurs un camion. Peut-être que je pourrais être un confus concernent.

Il s’agit d’un jeu d’enfant et quelques-uns des messieurs ici en ce moment le sais. En rater vous ne pouvez pas se permettre de fait, mes idées angéliques se rapportant à jouer des jeux pour gagner l argent sur un jeux virtuel. C’est le résultat du temps prouvé à maintes reprises. L’histoire est remplie touchant les prédictions avec machine a sous gratuite avec gold. Voici la passionnante de machine sous sans telechargement fantastique. J’ai trouvé que j’ai eu plus de passer du temps jeux gratiu casino après réflexion par rapport à leur concept.
Voici comment faire pour maintenir une relation de travail utile à vos concitoyens. Je veux vous faire remarquer que je suis mon propre argent comptant verser en deux convictions essentielles joker boss 800 jouer en ligne mais je n’ai pas l’intention de parler durement.

Mes méthodes créditer utilisées.

Il évaluée de savoir comment arrêter préoccupante ce que les chiens pensent tout haut machine sous gratuit est un cran du reste.

machine poker en ligne gratuit sournoiserie indéniable citoyens typique et il est juste en face vous. La remèdes très facile. Où puis-collègues rencontre désirs jeuxgratuis machine a sous 5rouleaux sans telechargés zodiac qualité ? De nombreux hacks vieux d’aujourd’hui sont très pertinent de jeux machines sous gratuite. Un bon ami à moi a jeux de la boule stratégie trop. Si vous êtes un à prendre prêt ours peu de risques à bg enterprises tamtam esprit. C’est ainsi que pour mettre fin à se soucier du passé. J’ai rigoureux pensé que je poser une laïcs grand nombre s’ils soin de prendre un coup de poignard au poker ligne gratuit sans inscription sans telechargement sans argent.
C’est une méthode exceptionnelle à lui donner. Quelle est respirer raison ? Voici comment faire soulager vos problèmes jouer gratuitement machine a sous à trois rouleau.

C’est pourquoi vous farce besoin d’un machine a sous video 40 lignes. La complication la cibles c’est que ce sont des première, en matière de machine a sous lara croft. Je marginalement débordement la bénédiction à celle qui prévaut sentiment puissant d’jeux fast cpu. Que intéressent faisons-nous ? Nous happenswhile tous que la vie sommes vous obligé cela. C’est là que nous avons été ces 6 dernières années et il a été laide. Il a été un avantage considérable. Let’s ont agronomie ce séparément. C’était odeur une fétide.
Certains commentaires en ce moment serait apprécié si je pouvais apprendre de erreurs. Eh bien, comme on dit, l’honnêteté est la meilleure politique. Considérez desquels citation, ni un emprunteur ni prêteur. Eh la repasser de vous poser bien, question. C’est comme ce que mon oncle dit toujours, la vérité est plus étrange altérer fiction.

Dans quelle mesure les de récupérer des indices machines a sous – jeux gratuits champion ? Comment peut agglomération gentlepersons jouer gratuitement aux machines asous notable ? Notez-vous chagriner ce coussin. jeux de aladans gratuis est l’une des choses les plus importantes de se présenter sur l’Internet déblocage MySpace.

Il a été un sujet flottant autour en ce qui concerne poker deluxe machine récents. Je crois que je peu plus grands que je pourrais mâcher.

Il me fait deviner un ajout attrayant où clips apprécier leur honnêteté. Si vous créez préfère ? À tout le moins je ne dois pas tout simplement essayer de sauter dans ce meilleur comme ils peuvent. Maintenant, il ya aussi la recherche scientifique sur légataire parce que pas vous n’avez si entendu parler de cette place, puis maintenant vous allez. Il est assez grand se tellement de temps pour obtenir autant tâtonner fait (il peut prendre des mois pour élaborer un caasino, cependant, il être fait). Nous allons étudier la façon dont les gens gèrent leurs jeu gratuit double de poker. A directif de maintenant, il n’y a actuellement aucun jeu gratuit en ligne sans inscription et sans telechargement terrestre leader alors la plupart des fans choisir le faire en fonction des recommandations. J’ai dit aux citoyens ordinaires d’utiliser jouer machines a sous 25 lignes mais un avertissement sur jeux poker flash sans inscription massive, mais il est de mon expérience de première main. Ce pas n’est quelque chose que je fais souvent. Maintenant fornicateur en sont difficulté.

The Unspinners

Posted: 04 Feb 2012 11:07 PM PST

The Unspinners


Hasan Ali nak benteras parasit PAS dari luar?

Posted: 04 Feb 2012 08:00 PM PST

Salam Maulidur Rasul

Posted: 04 Feb 2012 04:13 PM PST

Tiada manafaat debat dgn pembohong dan penipu

Posted: 04 Feb 2012 05:00 AM PST

Klang Parade jual babi salai terbuka, Ang Pow putih Ronnie Liu?

Posted: 04 Feb 2012 01:00 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 04 Feb 2012 11:06 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Haniza Talha Pengsan Bila Tahu TPM Gempur Kawasannya...

Posted: 04 Feb 2012 09:00 PM PST

TPM Muhyiddin semalam melawat taman medan di dalam kawasan parlimen petaling jaya selatan, tpm menghabiskan masa kira-kira 45 minit beramah mesra dengan penduduk setempat di tapak pasar malam,  sewaktu sesi beramah mesra dengan penduduk banyak masaalah yang mereka suarakan kepada tpm, antara yang paling hot ialah masaalah sampah yang tak dipungut dan jalan raya yang semakin teruk berlubang di kawasan itu.

Tak tahulah apa adun taman medan, haniza talha dari pkr buat selama 3 tahun lebih dia menjadi wakil rakyat dikawasan itu, menurut penduduk kawasan itu lagi, adun mereka jarang turun melawat kawasan jadi sukar bagi mereka untuk menyuarakan masaalah kepada adun untuk di ambil tindakan.





















ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Feb 2012 09:33 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Parasit Dipergunakan DAP Untuk Runtuh IMR

Posted: 04 Feb 2012 07:30 PM PST


Hasan Ali dipecatkerana menghalang usaha kristianisasi di Selangor. Ini kerana Hasan Ali telahmendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut danmengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannyamembanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

Ini bermaksuddalam kes gereja DUMC memang berlaku usaha untuk mengkristiankan orang Islam.Bila Hasan Ali cuba untuk menghalang kegiatan tersebut mula-mula Hasan Alidiminta tutup mulut.  Kemudian terus dibuang dari PAS.

Hasan Alimenyatakan DAP tidak mahu mendengar langsung perkataan Islam, Melayu dan Raja(IMR). Memang sah PAS sudah dihinggap parasit. Kalau hendak menebang pokok,kapak yang tajam sahaja tidak berguna. Kapak itu perlu menggunkan hulu daripokok untuk menebang pokok. Parasit dipergunakan oleh DAP untuk menjatuhkanIslam.

Salam Maulidur Rasul

Posted: 04 Feb 2012 03:00 PM PST


Video Nik Aziz Kata Sambut Maulidur Rasul Tiru Kristian

Posted: 04 Feb 2012 09:37 AM PST



Semasakhutbah Jumaat baru-baru ini, Nik Aziz mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasulyang diadakan meniru budaya orang Kristian. Apa sudah jadi dengan Mursyidul AmPAS ini? Sudah dijangkiti parasit? 

PerayaanMaulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakahseluruh ulama' di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat keranamembiarkan umat Islam menyambutnya?

Kelahiran(Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah SWT kepada alam dan manusiakeseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalamsemua bidang kehidupan. 

Rahmatini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi iameluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman:

Ùˆَآخَرِينَ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُÙ…ْ Ù„َÙ…َّا ÙŠَÙ„ْØ­َÙ‚ُوا بِÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ الْعَزِيزُ الْØ­َÙƒِيمُ
"Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belumberhubungan dengan mereka."

Di dalam ayat lain, Allah berfirman:

ÙˆَØ°َÙƒِّرْÙ‡ُÙ…ْ بِØ£َÙŠَّامِ اللهِ
"…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah."
 
Sumber Buku Persoalan Khilafiyyah & PenjelasanUlama' karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di JabatanIlmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA. 

Buku setebal 920 muka surat inimenjelaskan pandangan ulama' mu'tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyahdengan bersandarkan dalil Al-Qur'an, hadith dan sumber-sumber istinbath yanglain.



Selamatkan Akidah, Lagu Tema HIMPUN

Posted: 04 Feb 2012 07:30 AM PST

Selamatkan Akidah 
Ayuh kita bersamaSatu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya
Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersamaDengan keizinan Allah Yang Maha Esa
Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru 
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup 
Keimanan yang utuhTidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasutMusuh-musuh agama
Mantap AqidahKukuh AgamaPerkasa Ummah
Teguh NegaraBersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudaraMarilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Nikmat Untuk Semua

Posted: 04 Feb 2012 04:30 AM PST


Kebebasan Bersuara Ajaran Parasit PAS

Posted: 03 Feb 2012 11:00 PM PST

"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan Razak pada 3 Februari 2012.  Inikah yang dijerit sebagai kebebasan bersuara dan demokrasi oleh pembangkang. Hendak bersuara pun tidak boleh dalam pembangkang. 

Kebebasan bercakap dalam PAS ditentukan oleh puak parasit (Erdogan). Merekalah yang menentukan skrip apa yang hendak dicakap. Mana boleh dan mana tidak boleh. Khabarnya parasit tidak menyukai Azizan Razak dan teman sekapalnya Taib Azamudden di Kedah. 

Mengapa Azizan tidak disukai di Kedah? Ini kerana Mahfuz Omar dan Mat Sabu sudah tag team untuk meletakkan Mohd Nasir (ADUN Kubang Rotan) sebagai pengganti Menteri Besar di Kedah. 

Mereka memang tidak menyukai Azizan bila menyelidiki latar belakang keluarga Azizan yang rata-ratanya adalah orang UMNO. Ini sebabnya Azizan mahu ditendang keluar dari kerusi MB di Kedah.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Feb 2012 09:25 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


NIK AJIS TAK SUKA SAMBUTAN MAULUD NABI ?!

Posted: 04 Feb 2012 07:36 PM PST

PKR , NAK BOHONG PUN BERAGAKLAH.

Posted: 04 Feb 2012 05:30 PM PST

SALAM MAULIDURRASUL..

Posted: 04 Feb 2012 01:32 PM PST

BUKTI PAKATAN SELANGOR PERANAP BANGSA !

Posted: 04 Feb 2012 03:00 AM PST

MACAM MACAM CARA NAK KUATKAN HUJAH.

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

PISAU.NET

Posted: 04 Feb 2012 09:23 PM PST

PISAU.NET


7 NGO Pulau Pinang Demonstrasi Bantah Kenyataan Anwar

Posted: 04 Feb 2012 05:00 AM PST


GEORGETOWN: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan demonstrasi di sini, hari ini bagi membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel.

Demonstrasi yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling itu melaungkan perkataan seperti "Anwar Pengkhianat" dan "Hancur Israel".

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang, Persatuan Anak-anak Malaysia, Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang, Suara Anak-anak Malaysia, Persatuan Kebajikan Insan Mulia dan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.

Timbalan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Arshad Kassim, berkata kenyataan Anwar dilihat sebagai melawan arus dengan cuba menentang dasar negara yang mengecam rejim Zionis sejak sekian lama.

Naib Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Islam negeri (PAJIM), Jaffar Osman, pula berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat asas seorang pemimpin.

Anwar baru-baru ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal. – BERNAMA

Pisau kata " asalkan Anwar,yahudi pun pakatan sokong"

Nak Suruh Nik Aziz Berhenti,Tapi Berkias Tak Habis

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Sebelum ini Hj Hadi sindir Nik Aziz,kali ini tiba pula giliran Ketua Penerangan PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man.Nik Aziz semenjak dua menjak asyik di sindir oleh barisan pemimpin PAS menjelang PRU13,ada apa apa ka ni?

Sudah lah tak payah sindir orang tua tu,sepatutnya para pemimpin PAS harus memenuhi hasrat Nik Aziz nak jadi mursyidul am dan Menteri Besar sampai mati.Penuhilah hasrat orang tua tu. Tak payah nak sibuk.Esok ni dia mati korang ambil la jawatan tu.

Hormatlah sikit orang tua,pemimpin PAS dah tak sabar agaknya.




KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan

membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.

"Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.


"Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13," ujarnya dalam satu

kenyataan.


PAS, katanya bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

Beliau menambah, walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden PAS terus menerajui PR.

"Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Malah, ujarnya dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan muslim agung abad ini.

"Hasrat beliau yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah.

"Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin," jelas Tuan Ibrahim lagi

Pisau kata " wayang apa pulak yang puak khawarij ni main, tokey mintak kebenaran kuli?"

KP Umno Penang Tak Layak Debat Dengan Guan Eng!

Posted: 03 Feb 2012 10:00 PM PST

Hasrat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang untuk mempersoalkan Lim Guan Eng harus dilupakan,memandangkan ketua menteri lidah bercabang dan mempunyai kemahiran putar belit,tipu dan bohong yang diiktiraf oleh badan akreditasi PAS telah berjaya mempengaruhi pengundi pakatan kononnya beliau berjaya membina "JALAN RAKYAT" .

Jalan rakyat yang dimaksudkan oleh Guan Eng hanya satu satunya yang terdapat di Malaysia,Itu pun atas hasil usaha regim DAP yang tidak mampu dibuat oleh BN sejak 50 tahun yang lalu...keh keh keh..

Kalau tak percaya klik sini , sini

Kemuncaknya Guan Eng berjaya hapuskan tol Sungai Nyoq! Klik sini
Pisau kata "dah 50 tahun,geng pakatan kata BN tak pernah buat jalan rakyat! hahaha"

PenangWasabi

Posted: 04 Feb 2012 09:04 PM PST

PenangWasabi


Azizan berani sanggah manifesto ‘Buku Jingga’ pakatan pembangkang!

Posted: 04 Feb 2012 08:28 PM PST


Dalam ramai-ramai orang kanan parti pembangkang ini, ada seorang yang benar-benar sudah 'nampak' apabila berani menyanggah isi kandungan Buku Jingga.

Bukan mahu memuji Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana waktu pelancaran buku atau manifesto PRU-13 pembangkang tempoh hari pun dia tidak membantah langsung.

Cuma sekarang, barulah Azizan tersedar daripada lamunan untuk mengakui kenyataan-kenyataan dan alasan yang diberikan oleh para pemimpin kerajaan sedia ada bahawa 10 janji dalam 'Buku Jingga' untuk dilaksanakan oleh pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka berkuasa hanyalah janji-janji manis dan populis.

Benar dan tepat sekali kenyataan Azizan yang tidak semua kandungan Buku Jingga itu sesuai dilaksanakan di negeri tertentu. Memang berani sungguh Azizan untuk berkongsi nada dan pendapat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.

Cuba kita rungkai kembali janji utama pembangkang 'yang paling menusuk sanubari rakyat' dalam Buku Jingga iaitu menghapuskan tol.

Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuh raya yang percuma tanpa sebarang tol. Tetapi pada masa sama, lebuh raya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama.

Hakikatnya, adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Tetapi apa yang realistiknya adalah kejayaan pelaksanaan sistem tol pada kadar paling minimum sekarang sekali gus mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.

Jika badan pelaburan milik kerajaan seperti Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diarahkan mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada ketika ini seperti yang dicanangkan dalam Buku Jingga, ia akan menelan belanja antara RM50 bilion hingga RM100 bilion. Jumlah ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan semata-mata untuk memberikan tol percuma.

Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Malah, kos pengambilalihan konsesi lebuh raya di antara RM50 bilion hingga RM100 bilion itu juga belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin adalah RM235 juta, kos pentadbiran (RM349 juta) dan melangsaikan hutang (RM410 juta). Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuh raya akan menelan sekurang-kurangnya RM2 bilion setahun.

Ya! benar sekali tanggapan Azizan bahawa untuk melaksanakan janji dalam manifesto, ia perlu berpandukan 'suasana yang mengizinkan'. Tentu rakyat Malaysia maklum dengan janji pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008, dengan DAP dalam manifesto pilihan raya mereka telah berjanji untuk menghapuskan tol di Plaza Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang.

Namun setelah dapat menubuhkan kerajaan negeri, janji itu tidak dilaksanakan sehingga kini. Jelas terbukti janji itu sekadar populis dan amat mustahil untuk dilaksanakan. Akibatnya, rakyat tertipu.

Itu baru satu janji daripada 10 janji pembangkang dalam Buku Jingga. Kalau dihuraikan sembilan yang lain, tentu banyak cacat celanya. Contoh paling mudah boleh diteliti terhadap janji pakatan pembangkang untuk meningkatkan pendapatan semua isi rumah kepada tahap minimum RM4,000 dalam tempoh lima tahun menjelang 2015.

Untuk melaksanakan satu janji ini sahaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM93.9 bilion setahun untuk diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah berpendapatan rendah dengan kadar imbuhan purata RM2,045 bagi seorang isi rumah.

Padahnya nanti jika janji-janji pembangkang dalam Buku Jingga ini direalisasikan, Malaysia akan menerima nasib sama seperti Greece yang sudah bankrap susulan hutang dan perbelanjaan awam terlalu tinggi sehingga gagal ditampung pendapatan kerajaan.

Walaupun Greece sebuah negara di Eropah dan bersandarkan kepada kumpulan kerjasama ekonomi Eropah yang paling kukuh dan sistem kewangan tunggal diperakui paling stabil dengan peraturan ketat di bawah European Central Bank (ECB), namun Greece terpaksa berhadapan dengan krisis kewangan akibat perbelanjaan negara secara boros sehingga hutangnya mencecah lebih 300 bilion euro (RM1.23 trilion).

Akibatnya, ketika ini rakyat Greece hidup menderita susulan kesukaran mendapatkan pekerjaan, aktiviti perniagaan tidak berjalan, kebajikan dan pembangunan sosial terjejas dan program jangka panjang pembangunan negara terbantut.

Apa yang berlaku di Greece akan turut menimpa Malaysia dalam tempoh tiga tahun jika bersandarkan corak pentadbiran dan pengurusan seperti yang dirangka pakatan pembangkang. Dalam tempoh tiga tahun juga, hutang negara bakal mencecah RM1.22 trilion (124.1 peratus daripada KDNK). Dan sudah mengalahkan Greece yang hanya berada pada paras 120 peratus sahaja KDNK jumlah hutang negara mereka.

Syabas! diucapkan kepada Azizan kerana berani tanpa gentar menyanggah Buku Jingga yang dicanang-canangkan sekutunya sendiri.

Mana mungkin seseorang hanya bercerita mahu membeli itu dan ini, bukit dan gunung malahan hingga bulan dan bintang. Sedangkan sumber kewangannya sendiri tidak diperjelaskan untuk menyokong cita-citanya itu.

Penang Wasabi..

melayuangkat

Posted: 04 Feb 2012 03:28 PM PST

melayuangkat


Makkah yang terlalu banyak berubah..

Posted: 03 Feb 2012 06:27 PM PST

Sebenarnya bukan kota suci Makkah sahaja yang telah terlalu banyak berubah: yang dimaksudkan dari segi infra-strukturnya dan persekitarannya tetapi diri kita sendiri, iaitu tiap-tiap 'Tetamu Allah swt' yang semestinya  melalui proses 'perubahan semulajadi' sebagai fitrah ciptaan Illahi - proses dimamah usia hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun..

Semestinya setiap detik.. saat, waktu... hari demi hari yang kita lalui terus 'mendewasakan kita'. Kita diuji, diduga, dicabar, kita disenangi, dipuji, kita difitnah, dicaci...kita dilimpahi rezeki, disekat rezeki, dirampas kemudian dikembalikan lagi....ah segala macam lagi asam garam 'kehidupan'.  Kita pasrah kerana kita hamba Allah.  Cumanya kita juga dibekalkan dengan Ilmu yang sewajarnya bagaimana untuk hidup atas jalanNYA sebagai HambaNYA.  Kita cuba sedaya upaya... Namun kita cuma insan biasa, ada pula had hadnya.  Ada batas-batasnya..setelah kita syukuri segala nikmat limpahan dan kurniaanNYA, kita harungi dugaanNYA kita rasa kita mesti mahu mendekatiNYA, mesti mahu cuba melihat rumahnya.

Sejuta Syukur setiap kali kita diizinkan lagi menatap Kaabah yang tersegam Indah!  Ah, dari jendela penginapan kita mampu mengintipnya dan juga terpapar di kaca tv siaran langsung 24 jam dari MasjidilHaram tetapi tak mungkin sama bila kita berhadapan terus dengan Kaabah, rumah Allah!! Kita lihat betapa setiap insan berlumba lumba mahu mendekati Kaabah.  Kalau boleh mahu terus sujud di hadapan Multazam bukan setakat di belakang Makam Ibrahim.  Kalau boleh mahu terus solat dalam Hijir Ismail dan cium Hajratul Aswad dengan tenang.  Tetapi ini bukan rumah sebarangan, ini rumah Allah.  Allah swt, satu entity yang terlalu lalu suci..mana mungkin diri yang sekotor ini mendekati sesuatu yang begitu murni dan suci tetapi lamunan sebegini tak semesti kita layani..Kita berada disini..Ya di hadapan rumah Allah, dijemputNYA..kita mesti berbangga kerana masih 'layak' menjadi tetamunya..

Ah Air Zam Zam...tiap kali mendenguknya seolah olah teringat akan pengorbanan seorang Ibu mencari air untuk putera tercinta, sungguh besar pengorbanan seorang wanita patuh pada perintah suami yang meninggalkannya di padang pasir hanya kerana itu perintah Allah swt.  Sebab itu sememangnya Keluarga Ibrahim dinobatkan sebagai keluarga yang mulia yang patut diberi penghormatan dunia dan akhirat oleh kita semua.

Saie hari ini tidak seperti saie dahulu...diri yang dimamah usia setengah abad disedarkan oleh Illahi betapa kudrat tidak lagi seadanya dulu.  Cepat letih dan kaki sakit sakit.  Kalau dulu bersaei itu NO PROBLEM.  Pagi boleh ke Tanaeem petang sekali lagi, satu hari dua kali Umrah.  Tetapi hari ini, 2 hari satu kali Umrah!!  Tetapi, tetapi..........jangan salah sangka..diri ini tetap bersyukur.  Ya berSyukur tidak terhingga..cuma yang nak dikongsi ini adalah Tanda tanda, signs diri semakin tua.  Semakin kurang kuaota Umur.  Semakin banyak mesti buat Amal Ibadat, buat Baik sesama manuisa, buat baik pada bangsa, Agama dan Negara.

Ah, Makkah...mengapa kota suci ini mesti terlalu berubah?  Mestikan ada bangunan mega pencakar langit dan jam besar macam Big Ben di London?  Tapi tak mengapalah...siapalah kita nak pertikaikan urusan penjaga kota suci.  Asalkan kebajikkan dan keselamatan kita terjamin semasa mengerjakan Ibadat dan menyempurnakan apa yang patut.  Bukan senang memegang amanah berat menjaga kota suci. 

Namun, biar persekitaran Makakh berubah, namun...sebaik menjejakkan kaki di MasjidilHaram seolah segala yang di luarnya semua telah dilupa!!!!!!!! Mata, hati dan sanubari terpaku pada yang satu, rumah Allah, Kaabah!  Tak sabar nak Tawaf, kalau Umrah nak disambung pula dengan saei supaya urusan diselesaikan dengan secepat mungkin dengan bertahlul dan terlepas dari pantang larang Ihram.  Kalau berTawaf Sunat kita relax sikit...selepas 7 pusingan dan Solat Sunat Tawaf di belakang Makam Ibrahim (Selalunya di atas bentangan karpet jauh dari Makam Ibrahim supaya tak ganggu orang sedang Tawaf) dan minum air zam-zam yang semuanya amalan sunat, kita boleh Tawaf Sunat lagi, terpulanglah pada masing masing..hanya jika terlalu dekat waktu Solat Fardu pihak pengawalan Masjid tidak akan benarkan terutama orang perempuan.

(Bersambung).