Muslimeen United Posted: 25 Jul 2012 01:49 PM PDT Bengang Majlis Najib tiada sambutan, Ismail Sabri arahkan 5 pengarah bertukar 24 jam? Posted: 25 Jul 2012 08:30 AM PDT Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil? Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar. Dari komen-komen yang ditinggalkan di ( SINI ) ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60.. Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli.. Sila lihat video ketika kejadian di ( SINI ) Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib. Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas. Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar. Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah.. 24-hour transfer for four state directors.
I've been told that: "Thus far, 5 Directors of the have been transferred within 24 hours on 16 July 2012 and several more will be following suit as a result of the current investigation set up by the Controlling Officer (the Ministry's secretary-general).
The The Cooperative Commission's State Directors affected in the 24-hour transfer orders are from Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan while one Director of a Division from the HQ has also been moved out.
Altogether, 5 Directors have been transferred within 24 hours without the opportunity to make a presentation of their innocence.
It is also believed that the Executive Chairman and the Deputy Executive Chairman were also recommended to be terminated of their appointment with immediate effect or reduction of salary (potong gaji) upon the finalisation of the current investigation by the Ministry's Special task Force." - ( Rocky Bru ) | Kecoh ikan gergasi masuk kampung Posted: 25 Jul 2012 08:29 AM PDT Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu. BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin. Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu. Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut. Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk. "Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut," katanya. Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak. "Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini," katanya. Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau. "Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk," katanya. Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap. Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu. SH | Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci Posted: 25 Jul 2012 08:21 AM PDT Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang mencapai puncak karier di pelbagai kumpulan Eropah. Namun kemasyhuran tidak membuat pemain bola Muslim lupa dengan agamanya. Meski mereka bertabur prestasi dan publisiti di tengah-tengah gemerlapnya budaya Eropah, namun mereka malah rindu untuk bisa dekat dengan Sang Pencipta. Kerana itu, di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan tidak sedikit di antara mereka yang melakukan perjalanan ritual suci ke Makkah mahupun Madinah. Di antara pemain bola yang sudah melakukan ritual pergi haji mahupun umrah yang terungkap ke media adalah Zinedine Zidane, Franck Ribery, Nicolas Anelka, dan Hamit Altintop. Zidane mempunyai pengalaman spiritual ke Tanah Suci. Pemain Terbaik Dunia tiga kali tersebut termasuk Muslim yang memiliki keimanan cukup mapan. Ketika divonis cedera otot dan harus mendapat rawatan dari pasukan perubatan, Zidane diperintahkan untuk berehat demi masa pemulihan. Tapi bukannya malah berbaring dan mengikuti terapi kesihatan, masa lapang itu dimanfaatkannya untuk pergi haji.
Laman maklumat haji di Arab Saudi menyebutkan, pengarah sukan Real Madrid itu melakukan ritual haji pada 29 Januari 2004, bersama isteri dan anak-anaknya. Zidane dan keluarga mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Madinah. Di sana ia disebutkan sempat melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW.
Kemudian pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijjah 1424 Hijriah, legenda Real Madrid itu meneruskan perjalanannya ke Mina. Pada hari berikutnya, Zidane langsung mengikuti prosesi puncak pelaksanaan ibadah haji di Arafah dan menunaikan solat di Masjidil Haram. Sayangnya perjalanan pergi haji Zidane itu tidak didokumenkan media sehingga sedikit maklumat yang boleh digali darinya selama di Arab Saudi.
Lelaki kelahiran Marseille, Perancis, 23 Jun 1972 itu adalah legenda Les Bleus yang berasal dari keluarga pendatang Muslim keturunan Algeria. Walaupun hidup dan besar di lingkungan sekular khas Barat, sang ayah yang bernama Ismail sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Zidane mempunyai tiga kakak laki-laki dan seorang adik perempuan.
Zidane berkahwin dengan penari berdarah Sepanyol, Veronica, dan dikurniakan tiga anak, yakni Anizo, Luqa, dan Theo. Di tengah kesibukannya membela kelab dan Perancis, Zidane dikenal sangat ketat dalam menjalankan kewajipan solat lima waktu. -detikislam | 'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah' Posted: 25 Jul 2012 08:21 AM PDT BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu. Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya. "Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN. Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. - M'kini | KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - TG Nik Aziz Posted: 24 Jul 2012 11:22 PM PDT (Keratan berita Sinar Harian hari ini) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini. "Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini. Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT. Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. "Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam. Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT. (Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT) Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya. Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini. Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu. Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT. Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain. Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir. "Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni. Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud. Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul. - Hrkh | Bersih: Majlis Fatwa Kebangsaan Cepat Melatah Posted: 24 Jul 2012 11:20 PM PDT Sikap cepat melatah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dikesali dan sekaligus merendahkan martabat dan kewibawaan institusi agama itu di mata rakyat. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar bahawa pertubuhan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Sewaktu membuat penghakiman, hakim Rohana Yusof berkata arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (untuk mengharamkan Bersih) yang dibuat tahun lalu ditolak.
"Pada pandangan saya, keputusan diambil (untuk mengharamkan Bersih) telah dicemari dengan ketidak-rasionalan. Keputusan untuk mengharamkan Bersih dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan atau mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataannya mengeluarkan 'fatwa' bahawa perhimpunan Bersih Bantah Duduk 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah satu perhimpunan haram.
Majlis Fatwa menuduh para peserta Bersih telah mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.
Keputusan mahkamah itu seolah-olah menampar pipi Majlis Fatwa yang bertindak begitu cepat untuk mengeluarkan hukum atau 'fatwa' kononnya apa yang diperjuangkan oleh Bersih adalah bercanggah dengan Islam.
Kenapa tidak pimpin Bersih?
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Majlis Fatwa yang cepat melatah dan mengeluarkan 'fakwa' kononnya Bersih adalah satu pertubuhan haram.
"Majlis Fatwa cepat sungguh membuat keputusan (sedangkan perbicaraan masih berjalan ketika itu). Mereka ikut arahan siapa, saya pun tak tahu," katanya kepada FMT ketika ditemui selepas majlis Tazkirah Ramadhan di Surau Al Ikhwan, Selayang dekat sini malam tadi.
Ujar beliau, "sepatutnya Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama' yang memimpin perhimpunan Bersih. Kenapa Majlis Fatwa tidak pimpin Bersih?
Komen Mohamad Sabu ini seolah-olah berbaur sinis tetapi sebenarnya beliau serius kerana kerja-kerja untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil adalah sebahagian dari syariat dan tuntutan dalam Islam.
Bukankah umat Islam diseru untuk melakukan amal makruf nahi mungkar dan menegakkan kebenaran serta keadilan yang seharusnya menjadi agenda kita sebagai seorang Muslim?
Keputusan Majlis Fatwa yang cepat-cepat mengeluarkan 'fatwa' seolah-olah menunjukkan ahli jawatankuasanya dipengaruhi oleh pihak Eksekutif kerana Majlis Fatwa tidak pernah berbincang dengan penganjur perhimpunan Bersih.
Majlis Fatwa membuat keputusan hanya dengan mendengar pandangan sebelah pihak dan ini merupakan satu sikap yang berat sebelah serta bercanggah dengan tuntutan Islam.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa mereka bebas membuat keputusan, mengeluarkan fatwa dan bebas dari cengkaman parti politik serta pengaruh pihak Eksekutif.
Majlis Fatwa, lain kali jangan cepat melatah! -Zainal Abidin Nor/FMT | Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam Posted: 24 Jul 2012 03:49 PM PDT Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
"Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga".
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".
Nabi S.A.W. menambahkan: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi | Guan Eng jadikan rai berbuka puasa tugas rutin Posted: 24 Jul 2012 03:48 PM PDT (Lim Guan Eng berbuka bersama Mujahid dan Salleh) PULAU PINANG: Seperti biasa sebagaimana di tahun-tahun sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lepas peluang melangkah mendaki tangga masjid, surau atau pun dewan semata-mata untuk meraikan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam. Beliau lazimnya akan datang bersama rombongan dari pejabatnya, wartawan akhbar Cina dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri berbangsa Tiounghua tidak segan silu untuk makan bersama kepimpinan parti PAS dan PKR. Beliau juga kadang-kadang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta masyarakat sekitar dengan duduk bersila, tanpa menggunakan sudu dalam keadaan sentosa dan harmoni. Beliau mula menghadiri majlis berbuka puasa ketika PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan majlis di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustaffa, Seberang Jaya. Waktu itu Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjemput beliau selaku Ketua Menteri untuk merasai bersama kenikmatan Umat Islam menanti saat-saat berbuka. Ramai kepimpinan PAS berbagai peringkat hadir di hari tersebut. Ada yang rasa terkejut melihat kesudian Lim Guan Eng untuk pertama kalinya duduk semeja menikmati juadah berbuka. Itulah kelainan PAS yang tiada dalam parti lain kerana sanggup melebarkan kebaikan Bulan Ramadhan kepada masyarakat bukan Islam sebagai tanda mereka juga layak merasai apa yang Umat Islam laksanakan ketika bulan yang penuh dengan keberkatan ini. (Di samping berbuka, Guan Eng juga memberikan sumbangan) Peristiwa di tahun 2008 merupakan sejarah yang sukar dipadam sebab itulah kali pertamanya PAS menjemput seorang Ketua Menteri yang bukan Islam dengan harapan menjadi contoh pada pihak lain atau kepimpinan masyarakat lain agar tidak menyempitkan skop dakwah yang hanya tertumpu pada percakapan semata-mata. Sebaliknya perbuatan mengajak masyarakat bukan Islam hadir ke majlis berbuka puasa, mendengar tazkiran pendek, mendengar kuliah sempena bulan keagungan Islam dan sebagainya. Ia adalah satu tugasan yang mungkin dianggap baru selepas fenomena tsunami politik yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang selama ini berketua menterikan bukan Islam. Semalam sekali lagi, Lim dan rombongan diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh PAS Negeri di Restoran D' Pauh Garden, Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh. Kali ini di bawah kepimpinan Datuk Saleh Man yang meneruskan kelangsungan sikap yang ditunjukkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir dari tahun 1999 sehingga 2008. Cara pendekatan Allahyarham ketika itu banyak digali hasil pengalaman perjuangan bersama Allahyarham Ustaz Haji Zabidi Ali, pesuruhjaya PAS sebelum ini. Selepas daripada menghadiri majlis bersama PAS ketika itu Lim Guan Eng dikatakan kerap dijemput berbuka puasa di serata masjid dan surau. Yang anehnya, beliau tidak pernah menolak sebaliknya memenuhi undangan berkenaan walaupun ada di kalangan Umno menabur fitnah kerana terlalu dengki ekoran kegagalan mereka melakukan perkara yang sama terhadap Koh Tsu Koon. Lim selalu berkata ketika diberikan peluang berucap bahawa beliau rasa seronok berada dalam majlis seumpama ini dan berasa bangga dengan Umat Islam kerana sanggup tidak makan dan minum di siang hari semata-mata kerana menuruti kehendak Islam. Jika berada dalam majlis sumbangan kepada para Huffaz pula beliau pastinya mengatakan syabas kepada golongan yang boleh menghafal ayat-ayat Al Quran dalam tempuh setahun, dua tahun dan sebagainya. Hafalan bukan perkara mudah dan sukar dilakukan jika sekiranya mereka tidak minat, mempunyai hati yang bersih dan pemikiran jernih. Itulah kelainan yang ada pada Ketua Menteri Pulau Pinang yang melancarkan konsep Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) serta menjadikan pemerintahan Omar Abdul Aziz sebagai pedoman yang tidak mengamalkan rasuah, kepentingan diri, penyalah gunaan kuasa dan berhati rakyat. -Hrkh | Siapa Rosmah Boleh Suka-Suka Guna Jet Negara? Posted: 24 Jul 2012 03:47 PM PDT
Oleh: Tukang Lawan
Betul ke rosmah bini najib guna jet rasmi negara untuk tujuan peribadi??, kalau betul kes berat dah nei, ni dah sama macam penyalahgunaan kuasa. sebab ikut peraturan rosmah tak boleh guna ikut suka.
Kalau Penyalahgunaankuasa, siapa yang salahguna kan kuasa tu?
Dah tentulah najib yang salahguna, rasanya dialah laki kepada rosmah FLOS (first lady of shooping) . rosmah kan belum lagi dilantik sebagai perdana menteri, mana boleh guna jet negara ikut suka hati.
Kalau semua harta negara rosmah nak guna hebatlah dia, dialah agaknya bini perdana menteri paling hebat dalam sejarah abad kini, dari manusia biasa, jadi bini menteri sekarang berlagak macam ""pemansuri"".
Banyak-banyak bini menteri, rosmah la paling hebat bergaya dan kaya , dikatakan oleh ramai orang rosmah itu lebih kaya dari perdana menteri ini negara.
Mungkin rosmah ada projek dan bisnes luar negara, oleh sebab itulah dia jadi kaya, mungkin sebab duit tabung rosmah dah najib banyak guna, kalau begitu terpaksa la benar rosmah guna apa saja harta negara. walaupun dia tahu rosmah tak boleh guna ikut suka. | Tazkirah Ramadan oleh YAB Menteri Besar Kedah Posted: 24 Jul 2012 03:44 PM PDT | Ulamak Muda UMNO Memfitnah Ketua Pemuda PAS Posted: 24 Jul 2012 03:38 PM PDT Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita. Kemudian ditambahkan pula dengan rumusan yang meluatkan berbentuk pertanyaan: apa guna perjuangkan Islam anda! hal semudah itu tidak dapat dijaga.renung2kan.
Sedangkan hakikat (kebenaran)nya ialah seperti gambar di bawah ini:
Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?
Firmanullah s.w.t:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.
Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu.
Dan GB tertanya-tanya: layakkah dia bergelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara? | |
SOKONG PAKATAN RAKYAT Posted: 25 Jul 2012 01:37 PM PDT CALON - APA KATA BOB LOKMAN Posted: 25 Jul 2012 12:09 AM PDT ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut. Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.
Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya. Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.
Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya. SH | |
AKU INGIN BEBAS Posted: 25 Jul 2012 01:23 PM PDT EDISI KANTOI!.. FITNAH BLOGGER UMNO GAGAL Posted: 24 Jul 2012 07:23 PM PDT ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan apa-apa siasatan dakwaan rasuah bernilai RM1.3 juta membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Pengarahnya, Mohamad Yusoff Akobe berkata, SPRM tidak memanggilnya untuk siasatan kes rasuah malah tidak menerima sebarang laporan mengenai kes rasuah yang mencecah RM1.3 juta. "Setakat ini, SPRM tidak menyiasat kes rasuah seumpama itu," katanya ketika dihubungi semalam. Sinar Harian semalam melaporkan, blog pro-Umno mendakwa Muhammad Sanusi ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. (link blogger penfitnah) Namun Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan dan perangkap politik musuh, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13. Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah. "Saya didakwa berada dalam lokap SPRM sedangkan ketika itu saya menghadiri program bersama Menteri Besar, yang menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya. Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM. Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat menghubungi Mohd Puat untuk mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu kerana difahamkan beliau kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenainya. | |
Addin Posted: 25 Jul 2012 11:43 AM PDT Gambar-Gambar Yang Confirm Tak Keluar Di TV3, Utusan Dan Berita Harian Posted: 25 Jul 2012 09:56 AM PDT
Lim Guan Eng makan Bersama penduduk Bagan..Heran Awat Cina ni..selalu mai makan dengan orang kampung. Pelik kan , dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat.. pelik..
Dato Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri berbuka puasa bersama AJK PAS negeri dan Lim Guan Eng di sebuah restoran..Bukan LGE belanja tapi Orang PAS Yang bayar Tau..Dia Mai Tumpang sekaki je.. Dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik kan..
Dato Salleh Man , Lim Guan eng dan Dato Mujahid Yusuf sedang makan bersama..
| Penjelasan Terkini Ustaz Nasrudin Berkenaan Isu "Make Up" Posted: 25 Jul 2012 02:13 AM PDT Ramadhan Kareem ! Sahabat semua .... 1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt. 2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini. 3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ] 5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.
FB Ust. Nasruddin Addin : Sebagai ahli PAS di bawah sayap pemuda.. Addin sudah revert to draft posting tersebut. Addin memohon maaf secara terbuka kepada Ustaz Fathul Bari kerana tersiarnya posting tersebut. Moga Ustaz Fathul Bari dan rakan-rakan diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berada di saf yang benar dalam memperjuangkan Islam.. amin..
| Semua Tunggakkan Gaji Blogger Upahan Sudah Pun Di Bayar.. Ini Buktinya - Umno Melaka Posted: 24 Jul 2012 05:58 PM PDT BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai 'tiada isu'. Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka. Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.
(Gambar) Akbar Ali menunjukkan rekod pembayaran gaji yang sudah dijelaskan kepada Ahmad Faisal.
Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.
"Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.
"Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.
Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.
"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai," katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.
Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.
Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.
Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.
Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.
"Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.
"Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya," katanya.
Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.
"Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya. ~sinarharian
| Gambar Kembara Wardina Safiyyah Di Bumi Palestin Posted: 24 Jul 2012 05:03 PM PDT
Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis.
Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage | |
Telok Bakong Online Posted: 25 Jul 2012 11:10 AM PDT Siri 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman 1 Posted: 25 Jul 2012 12:07 AM PDT HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Keterangan: Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu: 1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. 2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw. 3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. 4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah). | |
shalehudin Posted: 25 Jul 2012 11:06 AM PDT PUNCA Najib kena tidoq luaq... Posted: 25 Jul 2012 10:08 AM PDT Najib kecut perut, Wilfrid & Lajim keluar dari BN Sabah
Nampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalah gunaan kuasa. Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung. Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP Beaufort pula, akan menyusul kemudian. "Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya. Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun. Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS. "Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman. Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua, ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle. Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya! Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pesaing utama mereka Anwar Ibrahim. Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN. Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan. "Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi. Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan korupsi yang menggunung terhadapnya. Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut berlaku di Semenanjung. "Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian. "Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak mengundi mereka. " Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah bersih. Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno. Tunggu dan lihat! Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya meraih 879 undi. Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort. Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi. "Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin. Malaysia Chronicle | Guan Eng BIADAB: Mana PERKASA Penang neh... Posted: 25 Jul 2012 07:26 AM PDT (Lim Guan Eng berbuka bersama Mujahid dan Salleh)
Guan Eng jadikan rai berbuka puasa tugas rutin PULAU PINANG: Seperti biasa sebagaimana di tahun-tahun sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lepas peluang melangkah mendaki tangga masjid, surau atau pun dewan semata-mata untuk meraikan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam. Beliau lazimnya akan datang bersama rombongan dari pejabatnya, wartawan akhbar Cina dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri berbangsa Tiounghua tidak segan silu untuk makan bersama kepimpinan parti PAS dan PKR. Beliau juga kadang-kadang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta masyarakat sekitar dengan duduk bersila, tanpa menggunakan sudu dalam keadaan sentosa dan harmoni. Beliau mula menghadiri majlis berbuka puasa ketika PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan majlis di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustaffa, Seberang Jaya. Waktu itu Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjemput beliau selaku Ketua Menteri untuk merasai bersama kenikmatan Umat Islam menanti saat-saat berbuka. Ramai kepimpinan PAS berbagai peringkat hadir di hari tersebut. Ada yang rasa terkejut melihat kesudian Lim Guan Eng untuk pertama kalinya duduk semeja menikmati juadah berbuka.
(Di samping berbuka, Guan Eng juga memberikan sumbangan) Itulah kelainan PAS yang tiada dalam parti lain kerana sanggup melebarkan kebaikan Bulan Ramadhan kepada masyarakat bukan Islam sebagai tanda mereka juga layak merasai apa yang Umat Islam laksanakan ketika bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Peristiwa di tahun 2008 merupakan sejarah yang sukar dipadam sebab itulah kali pertamanya PAS menjemput seorang Ketua Menteri yang bukan Islam dengan harapan menjadi contoh pada pihak lain atau kepimpinan masyarakat lain agar tidak menyempitkan skop dakwah yang hanya tertumpu pada percakapan semata-mata. Sebaliknya perbuatan mengajak masyarakat bukan Islam hadir ke majlis berbuka puasa, mendengar tazkiran pendek, mendengar kuliah sempena bulan keagungan Islam dan sebagainya. Ia adalah satu tugasan yang mungkin dianggap baru selepas fenomena tsunami politik yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang selama ini berketua menterikan bukan Islam. Semalam sekali lagi, Lim dan rombongan diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh PAS Negeri di Restoran D' Pauh Garden, Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh. Kali ini di bawah kepimpinan Datuk Saleh Man yang meneruskan kelangsungan sikap yang ditunjukkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir dari tahun 1999 sehingga 2008. Cara pendekatan Allahyarham ketika itu banyak digali hasil pengalaman perjuangan bersama Allahyarham Ustaz Haji Zabidi Ali, pesuruhjaya PAS sebelum ini. Selepas daripada menghadiri majlis bersama PAS ketika itu Lim Guan Eng dikatakan kerap dijemput berbuka puasa di serata masjid dan surau. Yang anehnya, beliau tidak pernah menolak sebaliknya memenuhi undangan berkenaan walaupun ada di kalangan Umno menabur fitnah kerana terlalu dengki ekoran kegagalan mereka melakukan perkara yang sama terhadap Koh Tsu Koon. Lim selalu berkata ketika diberikan peluang berucap bahawa beliau rasa seronok berada dalam majlis seumpama ini dan berasa bangga dengan Umat Islam kerana sanggup tidak makan dan minum di siang hari semata-mata kerana menuruti kehendak Islam. Jika berada dalam majlis sumbangan kepada para Huffaz pula beliau pastinya mengatakan syabas kepada golongan yang boleh menghafal ayat-ayat Al Quran dalam tempuh setahun, dua tahun dan sebagainya. Hafalan bukan perkara mudah dan sukar dilakukan jika sekiranya mereka tidak minat, mempunyai hati yang bersih dan pemikiran jernih. Itulah kelainan yang ada pada Ketua Menteri Pulau Pinang yang melancarkan konsep Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) serta menjadikan pemerintahan Omar Abdul Aziz sebagai pedoman yang tidak mengamalkan rasuah, kepentingan diri, penyalah gunaan kuasa dan berhati rakyat.- Harakahdaily
| BIAQ betoi: Polis SAMUN rantai emas? Posted: 25 Jul 2012 12:00 AM PDT Polis 'samun' rantai emas peserta BersihKUALA LUMPUR 24 Julai: Saksi pertama sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 hari ini memberitahu, selain dibelasah, polis turut merampas rantai emas yang dipakainya. Menurut Leong Siew Meng, 34, kejadian itu berlaku di Jalan Parlimen ketika beliau dikejar sekumpulan polis. "Polis tarik baju saya, masa itu saya pakai rantai emas," kata Leong. "Rantai itu menjadi ketat di leher saya akibat ditarik polis. Kemudian saya terpaksa buka rantai tersebut," kata beliau. Leong berkata, seorang daripada polis terbabit serta merta merampas rantai dan memasukkan ke dalam poketnya. Leong turut menceritakan beliau juga menerima tendangan sangat kuat di bahagian belakang badannya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.Badan Peguam Malaysia dan polis turut hadir sebagai pemerhati.- KD
| HANGAT: Dari sumber dalaman Umno... Posted: 24 Jul 2012 11:10 PM PDT Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz KUALA LUMPUR: Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini. "Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan. Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius. "Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz. Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri. "Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri. "Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebab itulah, kata Mahfuz (gambar) lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan. Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu. "Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini. "Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau. Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu. Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.- Harakahdaily
| KES tunjuk samseng tak kena tempat Posted: 24 Jul 2012 08:04 PM PDT Air telah dipolitikkan, maklum la... depa tu semua kan ka orang politik. Yang nak jadi mangsanya, rakyat yang dibawah nie lah...
Syabas kita ucapkan pada tindakan berani mati dari Kerajaan Negeri Selangor yang baru-baru ni telah menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri lanjutan daripada kenyataan dan cadangan bengong SYABAS untuk membuat catuan air di Selangor.
Tujuan jawatan kuasa ini adalah memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS. Antaranya... 1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan; 2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang; 3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS; 4. Maklumat mengenai paras kolam utama ( balancing reservoir – terminal reservoir -service reservoir); 5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ; 6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW; 7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air 8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan 9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS. Hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa ini selama tiga hari, Kerajaan Negeri Selangor merumuskan bahawa: 1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun. 2. Kerajaan Negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina Loji Rawatan Air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta. Langkah yang diambil Kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi. Sempat lagi MB Khalid kenen Umno... kahkahkah... walaupun kita tau, masakan mudah depa nak lepaskan ayam yang bertelur emas neh...
Kerajaan Selangor yakin kerajaan Persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
| Gambar Hj Hadi bersama pemimpin gerakan Islam Maghribi Posted: 24 Jul 2012 05:41 PM PDT Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya (Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.) RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman. "Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini. "Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik. Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang". Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka. "Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya. Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan. Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi. Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini. Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.- Harakahdaily (Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.)
| |
Laman Nurani Posted: 25 Jul 2012 09:27 AM PDT Iqra' Posted: 24 Jul 2012 04:51 PM PDT | |
Anak Sungai Derhaka Posted: 25 Jul 2012 09:13 AM PDT Bengang Majlis Najib tiada sambutan, Ismail Sabri arahkan 5 Pengarah bertukar 24 jam? Posted: 25 Jul 2012 07:55 AM PDT Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil? Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar. Dari komen-komen yang ditinggalkan di ( SINI ) ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60.. Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli.. Sila lihat video ketika kejadian di ( SINI ) Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib. Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas. Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar. Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah.. 24-hour transfer for four state directors. I've been told that: "Thus far, 5 Directors of the have been transferred within 24 hours on 16 July 2012 and several more will be following suit as a result of the current investigation set up by the Controlling Officer (the Ministry's secretary-general).
The The Cooperative Commission's State Directors affected in the 24-hour transfer orders are from Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan while one Director of a Division from the HQ has also been moved out.
Altogether, 5 Directors have been transferred within 24 hours without the opportunity to make a presentation of their innocence.
It is also believed that the Executive Chairman and the Deputy Executive Chairman were also recommended to be terminated of their appointment with immediate effect or reduction of salary (potong gaji) upon the finalisation of the current investigation by the Ministry's Special task Force." - ( Rocky Bru )
Ha..ha..ha.. kesian kat depa.. tak apalah anggaplah itu sebagai penghargaan dari Kerajaan UMNO/BN buat anda semua kerana telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi buat Najib.. | Raja Komando akan saman Ummi Hafilda dan UMNO Online Posted: 25 Jul 2012 04:32 AM PDT Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda dan Umno Online.Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada Jumaat di balai polis Kelang.Walaubagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berikutan balai polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Ummi Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang menguruskan semua projek pasir di Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah.
"Daripada siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur yang sah".
"Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga," katanya. "Dakwaan Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan tidak boleh dipercayai".
Terdahulu, Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan finah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur. - KL Today
Ini laporan yamg dimaksudkan itu..
Kata Raja Komando "Jangan bodohkan rakyat dengan budaya fitnah…Rakyat tidak bodoh untuk menerima bulat-bulat dakwaan mereka yang sengaja direka untuk memalit imej negatif kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat. "Ummi Hafilda ini bukannya aset untuk Umno tapi dah jadi liabiliti yang merugikan mereka sendiri. | Farid Ismeth 'Tertekan dan Malu' dituduh bekas suami Rosmah?.. mengapa agaknya? Posted: 24 Jul 2012 10:50 PM PDT Hujan tak ada.. ributpun tak ada.. tiba-tiba sahaja pencacai-pencacai UMNO menyiarkan laporan Pembaca berita RTM, Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Itupun setelah berbelas tahun perkara ini menjadi sebutan ramai dan dakwa Farid dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut. Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling. Penafian ini pula muncul ketika Rosmah sudah jarang kelihatan dalam berita-berita arus perdana.. Tulis Zamzarina dalam Blognya pula, Farid berkata "SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!" TERTEKAN DAN MALU?? Kenapa pula beliau mendakwa dirinya tertekan? sedangkan beliau dituduh sebagai bekas suami kepada Rosmah dan bukannya boy friend atau lelaki simpanan kepada Rosmah. Lagipun menjadi seorang suami dan kemudiannya menjadi bekas suami bukanlah satu perkara yang memalukan bagi lelaki kerana berkahwin itu halal dalam Islam dan ianya tidak sepatutnya dimalukan.. Lainlah kalau bekas isteri kita itu kini menjadi ikon kurang baik yang sering dibincangkan oleh masyarakat maka wajarlah kita merasa TERTEKAN DAN MALU untuk mengakui bahawa kita pernah bersama perempuan itu.. Sepatutnya Farid merasa bangga kerana dituduh sebagai bekas suami kepada perempuan yang mengaku dirinya sebagai First Lady of Malaysia bukannya tertekan.. Lainlah kalau Farid juga menganggap Rosmah sebagai perempuan kurang baik untuk dikaitkan dengan dirinya.. barulah sesuai ayat TERTEKAN DAN MALU itu digunakan... Apa si Farid tu ingat teruk sanagat ke Rosmah Mansor tu hingga dia rasa TERTEKAN DAN MALU untuk dikaitkan denga Rosmah?? Pembaca berita tertekan dikaitkan dengan RosmahPETALING JAYA: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, dirinya tidak pernah mengenali mahupun bercakap dengan Rosmah secara peribadi sehingga naik muak dengan dakwaan tersebut walaupun beberapa kali cuba menafikannya. "Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah," katanya semasa ditemubual pengacara RTM Zamzarina Zambri. Temubual kira-kira 7 minit itu dirakamkan Zamzarina dan dimuat naik ke dalam blog peribadinya http://zamzarinazambri.blogspot.com. Farid berkata dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut yang didengarinya sejak 11 tahun lalu. "Saya tertekan sebenarnya dengan keadaan ini tapi saya diam, saya simpan…nak ke mana-mana pun mereka akan berbisik "haa itu Rosmah punya"..persoalannya kenapa tak datang berdepan dan tanya…kenapa seronok sebarkan? Anda kena ada fakta sebelum nak tuduh orang lain," katanya. Takut keluar rumah Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling. "Bila pergi kenduri kahwin saya akan nampak mereka mula berbisik…saya tahu apa yang mereka katakan.. saya tahu daripada pandangan dan renungan mata yang sangat sinis …tapi sebenarnya hamba Allah ni tiada dosa apa pun," katanya. Beliau berkata pada anak-anaknya turut mendapat tempias apabila guru dan rakan sebaya di sekolah mereka bertanyakan perkara yang sama. Namun katanya perkara itu tidak menjadi satu isu kerana isteri dan keluarganya memahami situasi sebenar. "Anak-anak pernah tanya betul ke papa ni pernah kahwin dengan Datin Seri (Rosmah)? Saya kata tidak sama sekali. "Sehinggakan mereka ke sekolah guru-guru dan rakan-rakan lain turut bertanyakan soalan yang sama dan mereka menafikan 'itu isteri Perdana Menteri kenapa kaitkan Rosmah dengan bapa saya'," katanya. Beliau turut menafikan mempunyai anak perempuan hasil hubungan dengan Rosmah seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini. "Persoalannya kenapa mereka membiarkan cerita ini berlarutan sampai kata berkahwin dan ada anak perempuan walaupun mereka tahu ia tak betul…memang tak masuk akal…kalau ada nama binti Farid Ismeth tu lain ceritalah saya tak boleh nafikan (tapi) ni tiada langsung," katanya. Beliau berharap melalui temubual itu dapat membetulkan dakwaan palsu daripada terus tersebar sekaligus dapat membersihkan namanya. - Free Malaysia Today | UMNO Melaka dakwa pengendali Blog Ali Rustam penipu? Posted: 24 Jul 2012 06:44 PM PDT Ini adalah jawapan dari Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali terhadap dakwaan pengendali blog Ali Rustam yang mendakwa tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 baru-baru ini. Tapi sebelum korang baca apa jawapannya mari kita lihat apa Blogger upahan UMNO ini dapat sepanjang 38 bula berkhidmat mengendalikan Blog Ali Rustam itu.. Dari kenyataan Akbar Ali sepanjang 38 bula berkhidmat, Ahmad Faisal telah diberikan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera. Besarpunya investment tu... tapi hasilnya?.. ada hasil ke? Tapi.. Datuk Mohd Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia kata tak ada hasil .. tak percaya dengar di ( SINI ) Ini jawapan dari Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka.. Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai 'tiada isu'.
Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.
Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.
Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.
"Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.
"Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.
Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.
"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai," katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.
Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.
Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.
Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.
Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.
"Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.
"Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya," katanya.
Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.
"Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya. - Sinar Harian
Biasalah... kalau takut kena tipu jangan kerja dengan penipu... Sekarang siapa yang menipu? Ahmad Faisal pengendali Blog atau Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka? Dalam buruk dan teruk UMNO ni.. apa yang aku nampak mereka sanggup mengeluarkan belanja atau melakukan pelaburan untuk kebaikkan parti.. Berbeza dengan apa yang ada disebelah kita.. walaupun dibeberapa negeri sudah jadi pemerintah masih tak tahu nak mengeluarkan belanja untuk mempertahankan parti.. Apa yang mampu diberikan hanyalah janji disetiap kali perjumpaan.. mula-mula janji nak bagi bulan.. lepas tu ada perjumpaan lagi.. dijanjikan pula nak diberikan matahari.. kemudian ada lagi perjumpaan.. dijanjikan lagi.. dijanjikan nak diberikan bintang pula.. Tapi sampai sekarang.. hampeh!! habuk pun tak ada.. aku bukannya nak menuntut imbuhan, pasal selama menulis ni tak ada siapapun yang bayar installment kereta-kereta aku tu.. Cuma bagi aku apa yang aku faham dari apa yang aku belajar.. orang munafik saja yang mungkir janji ni.. Dakwaan pengendali Blog Ali Rustam tu sila baca di ( SINI ) | Memalukan!! Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS dikantoikan oleh jurugambar bukan Islam.. Posted: 24 Jul 2012 09:37 AM PDT Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS. Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan. Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani. Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita. Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...." Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu.. Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam.. Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya.. Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain." Ini gambar sebenar... Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO? Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah.. Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman.. Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO.. Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka.. Kerana nak jaga periuk nasi mereka.. apa saja kehendak Islam yang tak selari dengan kemahuan pemimpin UMNO terpaksa mereka pinggirkan sebab takut tak makan.. contoh yang paling ketara ialah Hukum Hudud. Baca dan kenyataan Mashitah yang menolak perlaksanaan hukum Hudud dan lihat video beliau memperlekehkan hukum Hudud di ( SINI ) Sebab puak-puak itu menjadi Ulama Muda UMNO sila baca di ( SINI ) | |
Fakulti Siyasah Syar'iyah Posted: 25 Jul 2012 09:05 AM PDT |
Al Ikram Posted: 25 Jul 2012 09:04 AM PDT |
pemuda cheh Posted: 25 Jul 2012 09:03 AM PDT TPM SANGGUP TELAN AIR LUDAH DI BULAN RAMADAN Posted: 24 Jul 2012 06:41 PM PDT Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor tanpa mengajak wakil Kerjaan Selangor bermesyuarat telah menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas)tetapi setuju air tak perlu dicatu. Bila kata-kata menipu digunakan memakan diri sendiri akhirnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi seperti kenaikan tarif air dan pampasan.
BN walaupun dah tahu ada klausa 32 dalam perjanjian konsesi, kerajaan negeri boleh ambil alih tetapi cuba berdolak-dalik kununnya ada beberapa perkara yang substantif dan prosedur yang tidak dapat dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.
Lepas tu beliau (Muhyiddin) beri alasan nak minta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan serah pada Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad dengan segera pula.
Sebelum ini Muhyiddin memberitahu, krisis air di Selangor kini berada dalam keadaan kritikal sehinggakan sokong air dicatu dari cadangan Syabas namun bila dibidas oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan fakta sehingga beri alasan bukan air kurang tapi air dirawat yang kurang. | Janji Turun Harga Kereta Posted: 24 Jul 2012 04:28 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan ia dapat mengurangkan bebanhutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna pendapatan isi rumah rakyat. "Pimpinan muda dalam PKR akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13," katanya pada sidang media diIbu Pejabat PKR di sini, Selasa. Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata pembangkang juga akan menghapuskan duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta pada ketika ini. "Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus dan cukai jualan 10 peratus. Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport dengan tambahan cukai import sebanyak 30 peratus. "Ini bermakna bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000, pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500, kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar," katanya. Selain itu katanya berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang dikeluarkan Jabatan Statistik, 53 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan. Statistik juga menunjukkan sebanyak 71.9 peratus keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan menggunakan kereta sebagai pengangkutan. "Pembeli terpaksa membelanjakan lebih separuh daripada gaji mereka setiap bulan bagi tujuan penyelenggaraan. "Pentadbiran kerajaan yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga memyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian," katanya. | |
Pahang Daily Online Posted: 25 Jul 2012 07:41 AM PDT Panas: "Utusan Malaysia" Fail Notis Membatalkan Saman RM30 Juta Dituntut Blogger Cucumatkilau Posted: 24 Jul 2012 10:41 AM PDT KUANTAN, 25 Julai - Akhbar arus perdana, Utusan Malaysia hari ini akan menfailkan notis pembatalan terhadap saman sebanyak RM30 juta yang dituntut oleh Mohd Shukri Mohd Ramli berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah yang disiarkan oleh akhbar arus perdana itu pada 27 November 2010 yang lalu. Mohd Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) sebelum ini menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuantan yang mendakwa Utusan Malaysia telah tersalah siar kononnya beliau sudah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tarikh tersebut. Malahan, Utusan juga dengan sengaja mendakwa beliau sanggup mati dan pernah mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Peguam yang mewakili blogger terbabit iaitu Mohd Harris Abdullah (foto) dari The Law OfFice Off Mohd Harris, berkata susulan artikel berkenaan akhirnya reputasi anak guaman beliau terjejas teruk dan dia akhirnya telah mengundur diri dari PKR pada 11 Februari 2o11 iaitu beberapa bulan selepas artikel berkenaan disiarkan. "Akibat artikel itu, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan pada PRU-12 lalu juga kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan paltform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur akibat fitnah yang dilemparkan oleh Utusam Malaysia itu", katanya, Susualn itulah tindakan saman terpaksa dikenakan kepada akhbar terbabit atas keterlanjuran dan kesilapan berita yang mereka laporkan. Menurut Mohd Harris lagi, sepatutnya prosiding perbicaraan akan didengar pada penghujung bulan Ogoas iaitu selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri nanti. Namun, Utusan Malaysia dipercayai cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan tuntutan tersebut hari ini. "Kami tidak tahu atas asas apa mereka mahu membatalkan tuntutan ini, sedangkan laporan dan segala bukti-bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi. Foto kononnya blogger Cucumatkilau cium Anwar disebarkan oleh blog-blog pro UMNO selepas laporan oleh Utusan Malaysia pada 27 Nov 20120 lalu
[Buat pertama kalinya, kes ini akan didengar di bangunan baru Komplek Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota sekitar jam 9.00 pagi ini. Berdasarkan kepada hujjah dan dokumen yang berkaitan ternyata Utusan Malaysia tidak mempunyai asas yang kuat untuk membatalkan tuntutan saman ini. Namun, dalam masa yang sama mereka juga berhak berbuat demikian. Soalnya, keputusan adalah terletak ditangan hakim. Orang ramai yang berkesempatan dijemput hadir berami-ramai untuk memberi sokongan kepada blogger terbabit. Apa yang penting, Utusan Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan. Walau pun ada yang menyamakan blog ini dengan Utusan, namun mereka harus ingat bahawa akhbar terbabit harus mempunyai etika dan profesionalisme yang tinggi kerana ia dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia. Soalnya, kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah disamakan akhbar harian itu sama macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran].
| Bersih 2.0 Bukan Pertubuhan Haram, Keputusan Hishamuddin Di Batalkan Oleh Mahkamah Tinggi Posted: 24 Jul 2012 09:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar. Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan. "Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. Rohana berkata alasan keluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. "Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai", katanya lagi.
[Keputusan hakim Mahkamah Tinggi ini pastinya tidak digemari oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Mereka awal-awal lagi mahu, Bersih 2.0 itu dianggap haram bagi memudahkan kerajaan membuat tindakan susulan. Namun kini, agak mengejutkan apabila hakim membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin itu. Dengan keputusan ini ia juga bermakna perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 juga tidak boleh diisytiharkan haram kerana ia bertujuan untuk mendesak kerajaan mengadakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama di negera ini. Sudah tiba masanya satu perubahan dilaksanakan dalam amalan pilihanraya itu sendiri agar ia kelihatan benar-benar bersih untuk menyuburkan amalan demokrasi berparlimen. Apa yang berlaku selama ini, rakyat terus ditipu oleh demokrasi ala-BN yang menghalalkan apa jua cara asalkan mereka teru berada ditampuk kuasa. Justeru, rakyat perlu berani membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang pastinya].
| |
Roslan SMS Corner Posted: 25 Jul 2012 07:28 AM PDT Olimpik bulan Ramadhan: Tunggu Majlis Fatwa (25/7/12) Posted: 24 Jul 2012 08:38 PM PDT Setakat ini dua orang Mufti iaitu Perlis dan Perak berpandangan sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak. Bermakna para atlit kita punya pilihan samada mahu berpuasa ataupun menangguhkannya atas alas an musafir. Walaubagaimanapun memandangkan para atlit kita itu nanti mewakili Negara maka sesuai sangatlah kiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perkara ini agar menjadi panduan para atlit kita itu. Ada laporan mengatakan Persatuan Ulamak Malaysia telah mendesak agar pihak Majlis Fatwa segera memberikan pandangan. Para atlit sudah pun mula terbang ke London tetapi Majlis Fatwa bagaimana? Sewajarnya perkara ini jangan diambil ringan dan mnemandangkan kita ada pihak yang bertanggungjawab maka mereka perlu segera bangkit melaksanakan tugas mereka. Mari kita tunggu, asal jangan sampai selepas Olimpik sudahlah.
| |
ILHAM NAJMI Posted: 25 Jul 2012 07:27 AM PDT |
edyesdotcom Posted: 25 Jul 2012 03:40 AM PDT |
Era Pasca Posted: 25 Jul 2012 03:37 AM PDT Lagi fakta kes KRISIS AIR SELANGOR.. Sila baca! Posted: 25 Jul 2012 02:04 AM PDT KRISIS AIR SELANGOR
KATA SYABAS SELANGOR KEKURANGAN AIR TERAWAT....HEHEHE TAPI TAHUKAH ANDA TENTANG SATU FAKTA YG ADA LOJI RAWATAN AIR SYABAS YANG SUDAH 3 TAHUN TIDAK BEROPERASI.....
KENAPA PERLUKAN LANGAT 2 KALAU ADA LOJI YANG SUDAH SIAP TAPI TAK DIGUNAKAN.....
P/S : INI MAKLUMAT DALAMAN YANG DISERAHKAN KEPADA ADMIN...HARAP KERAJAAN SELANGOR BOLEHLAH GI MENYIASAT TENTANG LOJI YANG DIMAKSUDKAN INI....KUIKUIKUI...KEBENARAN SEMAKIN TERSERLAH.....
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. | EDISI GOSIP ARTIS: Zed Zaidi Eksiden Langgar Mamat Sepah Posted: 24 Jul 2012 11:48 PM PDT Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas. Dia dikatakan telah terlibat dalam kemalangan. Dalam jam lebih kurang 2.00 pagi, individu pertama yang menyebarkan gambar itu adalah seorang pelakon dan pelawak lelaki, Mamat Sepah.
Kemudian, Tweet Mamat Sepah itu di'retweet' pula oleh seorang pelakon wanita, Azza Elite. Dan ikuti pula oleh pelakon dan pengarah wanita lain, Isma AF7. Namun, mungkin Azza dan Isma terfikirkan kebenaran cerita tersebut, mereka berdua telah menyiasat sendiri isu kemalangan Zed Zaidi. Akhirnya, mereka berdua menjelaskan di laman Twitter sambil berbalas Tweet yang cerita itu hanyalah 'propa' semata-mata yang dibawa oleh si pembawa cerita yang kuat 'berpropa', kata Azza. Jelaslah dalam setiap Tweet Azza dan Isma, mereka berasa marah dengan cerita 'propa' yang dibawa oleh si kaki 'propa'. Kalau dilihat kepada ayat si kaki 'propa' yang dikeluarkan Azza, ia jelas menunjukkan kepada Mamat Sepah. Selepas kebenaran terbukti, Mamat Sepah tidak ada mengeluarkan langsung kenyataan itu adalah 'propa' sahaja di laman Twitternya. Sebaliknya, dia rancak berbalas Tweet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, Amy Search. Tukar topik la konon..
Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran laaaaaa.. Gila punya Mamat Sepah!! Takde story lain ke?
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. | SEBARAN UMUM untuk ahli PAS!! Wajib Sebar! Posted: 24 Jul 2012 09:02 PM PDT UNTUK SEBARAN UMUM
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan berbesar hati menjemput anda menghadiri Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya. Bersempena dengan tema program iaitu "Maknakan Kemenangan", objektif Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya adalah untuk mengumpul kepakaran anak muda dalam PAS serta berdiskusi secara langsung dengan pimpinan PAS berkenaan agenda mengisi kemenangan.
Program menampilkan wakil daripada pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan perubatan untuk memberi pandangan dan sumbangsaran kepada manifesto PAS. Peserta turut berkesempatan untuk berdialog bersama Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Maklumat program adalah seperti berikut: Tarikh : 11 Ogos 2012 (ahad) Masa : 2 petang – 8 malam Tempat : Kediaman Rasmi MB Selangor, Seksyen 7, Shah Alam Tema : Maknakan Kemenangan
Peserta turut berpeluang untuk berbuka puasa dengan pimpinan tertinggi PAS.
UNTUK PENDAFTARAN SECARA ONLINE SILA KE : SINIPesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. | TAMPORAN kepada BN SABAH!! Posted: 24 Jul 2012 05:59 PM PDT Bukan Pecah berita lagi dah!! Tapi pecah TEMBERANG BN dah.. BN mana pernah senada sebenarnya.. Tapi bila ada kes-kes tak senada korang tunggu lah, tak lama lagi adalah jawatan baru di beri.. kahkahkah
HAH....lagi tamparan untuk BN Sabah....Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), (Ahli Parlimen Tauran) Datuk Seri Wilfred Bumburing meletak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran. INI KALI LAH Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. | |
JEBAT_BERANI Posted: 25 Jul 2012 03:30 AM PDT 1MALAYSIA SUDAH BIKIN 1MALAYSIA PENING: FARID ISMETH DAKWA ROSMAH PM MALAYSIA??? Posted: 24 Jul 2012 10:36 PM PDT | Farid Ismeth dalam semasa menjelaskan hubungan beliau dengan Rosmah Mansur |
| Rosmah Mansur dalam temubual di TV3
Jebat Berani : Alahai,ramai betul ramai betul yang nakkan si Rosmah Mansur nie jadi Perdana Menteri Malaysia...Ermm elok jugak rasanya..Dari hanya memainkan watak 'tok dalang' rasanya ada baiknya Rosmah Mansur ambek terus jer jawatan Perdana Menteri nie...Lagi pon Najib Tun Razzak skang sibuk sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jadi kalau betul Rosmah Mansur menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia,dapatlah Najib Tun Razzak memberikan tumpuan penuh sebagai Menteri pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.Pastinya Rosmah akan lebih prihatin kepada rakyat bila menjawat jawatan Perdana Menteri ini...
Akhir kata dari aku,TAHNIAH BUAT UMNO/BN kerana telah berjaya mengangkat martabat kaum wanita dengan 'melantik' di kalangan mereka sebagai PERDANA MENTERI Malaysia dan TAHNIAH JUGA BUAT UMNO/BN keprihatinan pemimpin tertinggi mereka yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT..TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH!!!!.... |
| SKANDAL KGT : POLIS TUTUP KES,BLOGGER UMNO MERAUNG KEHAMPAAN Posted: 24 Jul 2012 09:23 PM PDT
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan. Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT. Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) untuk siasatan lanjut. Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan. Sumber : SINAR HARIANJebat Berani :Akhirnya cuban blogger2 'upahan' UMNO/BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan gagal dengan pengesahan pihak polis bahawa tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).Ternyata bahawa dakwaan ini hanya berniat 'jahat' bagi mencemarkan imej kerajaan PAS Kelantan bagi memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan PAS Kelantan juga terbabit dengan penyelewengan dan tidak telus dalam mengendalikan amanah rakyat.Strategi mereka memburukkan kerajaan PAS Kelantan ini adalah untuk mempengaruhi para pengundi menjelang PRU13 nanti.UMNO/BN telah ketandusan idea dalam meraih sokongan rakyat yang dilihat semakin condong kepada Pakatan Rakyat sejak akhir2 ini.Justeru itu mereka mengarahkan blogger2 'upahan' ini untuk merancang pelbagai fitnah demi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.Akan tetapi mereka lupa..Rakyat tidak akan tertipu selamanya..Dan kebenaran tidak akan dapat disembunyikan lagi.Kini dengan adanya media alternatif rakyat sudah boleh membuat penilaian sendiri yang mana satu benar dan yang mana satu tidak.Rakyat hari ini dilihat semakin berani untuk melakukan perubahan bagi menolak kepimpinan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan. | INFO SUKAN : GUNNERS NYARIS DIBAHAM HARIMAU MALAYA Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT Harimau Malaya hampir aib Gunners | Azmi (kiri) meraikan jaringannya untuk membolehkan Malaysia mendahului Arsenal
Kuala Lumpur: Kemenangan yang cukup memeritkan! Itulah yang dapat digambarkan kemenangan Arsenal ke atas Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dengan jentera serangan Arsenal terlebih dulu menguji benteng pertahanan negara menerusi penyerangnya, Marouane Chamakh, namun rembatan derasnya pada minit ke-8 berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Mohd Farizal Marlias. |
Rentetan daripada serangan berbahaya itu, corak permainan semakin panas dan pakar sepakan percuma kebangsaan, Safiq Rahim hampir meletakkan pasukan kebangsaan di depan tetapi sepakan lencongnya dari sebelah kanan pintu gol lawan bijak ditepis penjaga gol, Vito Mannone.
Lebih 50,000 penonton yang hadir terus dihiburkan dengan banyak percubaan bahaya ke pintu gol dan sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, seluruh stadium bergegar selepas rembatan tonggak pertahanan, Mohamad Azmi Muslim dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Arsenal untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain.
Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara.
Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan.
Bagaimanapun, lima minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat anak buah Datuk K Rajagobal sehingga menyaksikan kekebalan Farizal mengawal gawang skuad kebangsaan akhirnya lebur pada minit ke-87 apabila Thomas Eisfeld menjaringkan gol penyamaan sebelum Chuks Aneke menjadi wira Arsenal pada minit ke-90, menjadikan keputusan akhir, 2-1. Jebat Berani : Walaupun Harima Malaya kita tewas,tetapi aku berasa amat bangga dan terhibur dengan permainan dan semangat yang ditunjukan oleh para pemain.Para pemain kelihatan lebih berkeyakinan dalam memegang bola dan melakukan serangan.Barisan pertahanan juga mempamirkan displin yang baik ketika bertahan.Manakala pemain di bahagian tengan memperlihatkan kekreatifan mereka mencorak serangan.
Cuma mungkin pertukaran 'terlalu ramai' pemain oleh jurulatih Harimau Malaya K Rajagopal telah mengubah konsentrasi dan corak permainan Harimau Malaya.Jurulatih K rajagopal mungkin mempunyai alasan mengapa beliau melakukan pertukaran ini. Apa pon syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas semangat juang yang tinggi dan corak permainan menghiburkan yang dipamerkan dalam perlawanan ini.Sekurang kurangnya 'cuak' jugak la para pemain dan jurulatih Arsenal.Mungkin Harimau Malaya terpaksa memberikan kemenangan kepada Arsenal pada perlawanan ini sebab 'risau' tahun depan die orang 'serik' nak datang lagi(hehe gurau je). | ULAMA MUDA UMNO KANTOI FITNAH KETUA PEMUDA PAS Posted: 24 Jul 2012 03:10 PM PDT Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu..Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya.. Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."Ini gambar sebenar...Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..Kerana nak jaga periuk nasi mereka.. apa saja kehendak Islam yang tak selari dengan kemahuan pemimpin UMNO terpaksa mereka pinggirkan sebab takut tak makan.. contoh yang paling ketara ialah Hukum Hudud. Baca dan kenyataan Mashitah yang menolak perlaksanaan hukum Hudud dan lihat video beliau memperlekehkan hukum Hudud : rujuk link Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/memalukan-fitnah-ulama-muda-umno.htmlJebat Berani : Bagaimana seorang yang diberikan taraf ulama muda sanggup menyebarkan fitnah sebegini rupa di dalam bulan ramadhan??..Apakah beliau sengaja atau tidak sengaja menyampaikan berita yang tidak benar ini. Adakah beliau hanya mendengar kata kata orang yang tidak disahihkan akan kebenarannya? Jika beliau mengada adakan cerita maka binasalah beliau kerana telah melakukan dosa fitnah yang kita ketahui lebih dasyat dari dosa orang yang membunuh sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al Quran
"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191 Semoga beliau dan kita semua diberikan pertunjuk dan hidayah di bulan ramadhan ini...Insyaallah | |
labun KulupSakah... Posted: 25 Jul 2012 03:17 AM PDT 5 Ramadhan Posted: 24 Jul 2012 11:25 PM PDT Selesema masih ada tapi kecil aje masalah ini. Aku pernah jadi mekanik dulu dan selamba aje tak tinggal puasa. Puasa adalah ibadah yang ramai boleh lakukan dengan ikhlas tanpa riya'. Apabila mufti dan bekas mufti Perlis mengatakan atlet ke sukan Olimpik boleh tangguh berpuasa aku berasa lucu juga. Ya! Boleh disabitkan dengan fisabilillah atau pun musafirkan? Cuma aku lebih suka kalau mufti itu menjawab " alangkah hebatnya jika kita terus berpuasa ketika bersukan sepertimana Rasulullah dan sahabat berpuasa di medan perang Badar." Walhasil, amal ibadah ini akhirnya berbalik semula ke atas tubuh individu itu sendiri. Puasa, solat, zakat atau tidak adalah rahasia hubungan antara diri dan pencipta. Menu puasa selalunya tidak aku hirau sangat, apa yang ada sahaja apatah lagi Sham si Halimatus Saadiahku itu sudah mula berniaga di Bazar Ramadhan sejak awal pagi hingga larut malam. Aku? Untuk menjaga kepanasan baran aku lebih baik aku jaga An-Nur daripada melayan karenah berbagai pelanggan. Assolatukhairumminannaum! | |
Kelab Greenboc Posted: 25 Jul 2012 01:43 AM PDT [TAZKIRAH] Mana Mak? Posted: 25 Jul 2012 01:01 AM PDT Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. ... ... Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, "Along mana?' Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan." Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, "Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
| [VIDEO] Ular Sawa Hamil Dilanggar, Anaknya Berterabur Di Jalanraya Posted: 25 Jul 2012 12:35 AM PDT Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kendaraan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Masih banyak orang bingung sebenarnya ular itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar. Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering.
Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa 'mengerami' telur-telurnya. -ohalkisah
| Bersih: Majlis Fatwa Kebangsaan Cepat Melatah Posted: 24 Jul 2012 10:01 PM PDT Sikap cepat melatah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dikesali dan sekaligus merendahkan martabat dan kewibawaan institusi agama itu di mata rakyat. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar bahawa pertubuhan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Sewaktu membuat penghakiman, hakim Rohana Yusof berkata arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (untuk mengharamkan Bersih) yang dibuat tahun lalu ditolak.
"Pada pandangan saya, keputusan diambil (untuk mengharamkan Bersih) telah dicemari dengan ketidak-rasionalan. Keputusan untuk mengharamkan Bersih dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan atau mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataannya mengeluarkan 'fatwa' bahawa perhimpunan Bersih Bantah Duduk 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah satu perhimpunan haram.
Majlis Fatwa menuduh para peserta Bersih telah mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.
Keputusan mahkamah itu seolah-olah menampar pipi Majlis Fatwa yang bertindak begitu cepat untuk mengeluarkan hukum atau 'fatwa' kononnya apa yang diperjuangkan oleh Bersih adalah bercanggah dengan Islam.
Kenapa tidak pimpin Bersih?
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Majlis Fatwa yang cepat melatah dan mengeluarkan 'fakwa' kononnya Bersih adalah satu pertubuhan haram.
"Majlis Fatwa cepat sungguh membuat keputusan (sedangkan perbicaraan masih berjalan ketika itu). Mereka ikut arahan siapa, saya pun tak tahu," katanya kepada FMT ketika ditemui selepas majlis Tazkirah Ramadhan di Surau Al Ikhwan, Selayang dekat sini malam tadi.
Ujar beliau, "sepatutnya Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama' yang memimpin perhimpunan Bersih. Kenapa Majlis Fatwa tidak pimpin Bersih?
Komen Mohamad Sabu ini seolah-olah berbaur sinis tetapi sebenarnya beliau serius kerana kerja-kerja untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil adalah sebahagian dari syariat dan tuntutan dalam Islam.
Bukankah umat Islam diseru untuk melakukan amal makruf nahi mungkar dan menegakkan kebenaran serta keadilan yang seharusnya menjadi agenda kita sebagai seorang Muslim?
Keputusan Majlis Fatwa yang cepat-cepat mengeluarkan 'fatwa' seolah-olah menunjukkan ahli jawatankuasanya dipengaruhi oleh pihak Eksekutif kerana Majlis Fatwa tidak pernah berbincang dengan penganjur perhimpunan Bersih.
Majlis Fatwa membuat keputusan hanya dengan mendengar pandangan sebelah pihak dan ini merupakan satu sikap yang berat sebelah serta bercanggah dengan tuntutan Islam.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa mereka bebas membuat keputusan, mengeluarkan fatwa dan bebas dari cengkaman parti politik serta pengaruh pihak Eksekutif.
Majlis Fatwa, lain kali jangan cepat melatah! -Zainal Abidin Nor/FMT
Ulasan GB
Dengan keputusan mahkamah semalam, jelas integriti dan kredibiliti Majlis fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin terjejas dan dpersoalkan.
Memang memalukan. Majlis Fatwa Kebangsaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan politik kepartian kini ternyata menjadi kuda tunggangan UMNO/BN.
GB sudah mengulasnya sebelum ini. GB nyatakan:
Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO.
Laporan sebelum ini klik untuk baca
| Harga Kereta Mahal Kerana Duti Eksais Cadangan Syarikat Ada Kaitan Dengan Khairy Posted: 24 Jul 2012 07:38 PM PDT Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.
Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.
Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.
"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.
Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.
Harga tinggi kerana cukai, duti eksais
Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.
Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.
Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.
"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.
"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.
Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.
"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.
"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. -mk
| Dia Belum Berupaya Untuk Mengampunkan Isterinya.... Posted: 24 Jul 2012 05:20 PM PDT Saya sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing. Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu. kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini? -emel
Ulasan GB
Apa pun kesalahan yang dilakukan oleh suami atau isteri terhadap kita, hendaklah kita bersabar dan memaafkannya - itulah yang terlebih baik untuk kita dan roh kita.
Benar kita bukan Allah, kita bukan Muhammad, namun kita hendaklah berakhlaq dengan "akhlaq" Allah dan RasulNya Muhammad yang merupakan "uswatun-hasanah" (contoh tauldan yang terbaik).
Maksud dengan "akhlaq" Allah ialah jika Allah bersifat Pengasih maka kita wajar bersifat demikian juga.
Memang perit dan sakit untuk menerima hakikat seorang isteri sendiri berlaku curang terhadap suami. Namun ia adalah ujian terhadap seorang suami... ujian daripadaNya juga, maka hendaklah kita bersabar dan redha dengan ujian itu.
Biarlah Allah swt yang membalas kecurangannya tetapi balasan/ganjaran Allah terhadap orang yang sanggup memaafkan kesalahan dan dosa orang lain amatlah besar.
Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raf ayat 199 yang bermaksud: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang yang jahil."
Daripada Ibnu Abbas ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda berdasarkan daripada apa yang telah diriwayatkan daripada Allah Taala :
"Sesungguhnya Allah telah menulis kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudiannya Allah menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang berniat mengerjakan kebaikan, dan tidak melakukannya, maka Allah akan mencatat disisinya satu kebajikan yang penuh. Jika sekiranya seseorang itu melakukannya, maka Allah akan mencatatkan di sisinya sepuluh kebajikan sehingga tujuh ratus dan digandakan dengan gandaan yang banyak. Jika sekiranya seseorang berniat mengerjakan kejahatan, dan dia tidak melakukannya, maka Allah mencatat disisinya satu kebajikan yang penuh. Jika sekiranya dia berniat mengerjakannya, dan melakukannya, maka Allah akan mencatatnya dengan satu kejahatan." – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Wallauhu 'alam
| Ulamak Muda UMNO Memfitnah Ketua Pemuda PAS Posted: 24 Jul 2012 10:44 AM PDT Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita. Kemudian ditambahkan pula dengan rumusan yang meluatkan berbentuk pertanyaan: apa guna perjuangkan Islam anda! hal semudah itu tidak dapat dijaga.renung2kan.
Sedangkan hakikat (kebenaran)nya ialah seperti gambar di bawah ini:
Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya?
Firmanullah s.w.t:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.
Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu.
Dan GB tertanya-tanya: layakkah dia bergelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara?
| Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam Posted: 24 Jul 2012 07:02 AM PDT Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
"Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga".
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".
Nabi S.A.W. menambahkan: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1) Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3) Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4) Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam. -Crewfathi
| Masa Depan Asrul Terjejas, Buta Sebelah Mata Terkena Kanister Gas Pemedih Mata Posted: 24 Jul 2012 02:33 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang anggota Unit Amal memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa mata kanannya kemungkinan besar mengalami kecacatan kekal akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada perhimpunan Bersih, 28 April lalu. Asrul Hadi Ahmad, 26 berkata, beliau menerima rawatan di lima hospital, dua hospital kerajaan dan tiga hospital swasta. "Doktor bagitahu penglihatan saya ada masalah dan pakar telah memberitahu mata saya sukar untuk pulih atau cynical blind," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
Asrul yang berasal dari Pulau Pinang menerima sembilan jahitan di mata dan dua jahitan di hidung dan masih menerima rawatan susulan sehingga hari ini.
Ketika kejadian, beliau berada di kawasan Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan Bersih 'Duduk Bantah'.
Ketika mencari ayahnya yang terpisah selepas gas pemedih mata dilepaskan, satu kelongsong gas yang dilepaskan mengenai tepat mata kanannya.
Beliau pengsan dan dirawat orang sekeliling sebelum dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Menurut Asrul juga, masa depannya turut terjejas akibat kecacatan tersebut.
"Sepatutnya saya lapor diri di sebuah syarikat selepas 28 April tapi akibat mata saya yang macam ni, saya tidak diterima bekerja.
"Saya pun ada pergi temuduga di tempat lain tapi syarikat kata sukar nak ambil saya kerja sebab mata itu sangat penting. Susah kalau saya hanya dapat melihat sebelah mata sahaja," kata beliau yang berkelulusan jurutera mekanikal dari universiti tempatan. Asrul memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. -HD
Laporan sebelum ini klik untuk baca
| |
MiLo SuaM Posted: 25 Jul 2012 01:30 AM PDT Farid Ismeth anggap Rosmah Perdana Menteri - Sinar Posted: 24 Jul 2012 04:41 PM PDT SEJAK kelmarin heboh cerita pasal Farid Ismeth pembaca berita dunia Jam 10 dengan dakwaan kononnya beliau pernah berkahwin dengan Rosmah Mansor. ReJaM© pun tak faham sangat cerita ini, mungkin khabar angin Farid Ismeth pernah berkahwin dengan Rosmah Mansor ini disebarkan suatu masa dahulu dan sudah dilupai orang. Kita tak mahu komen tentang itu. Namun apa yang menarik perhatian ReJaM© di sini ialah berhubung berita di Sinar Harian yang memetik ucapan Farid Ismeth yang menganggap Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri [ Sinar]. Adakah Sinar Harian buat lagi cerita seperti kisah Ning Baizura masuk PAS tempoh hari? Rujuk sini [ Ning Baizura]. Atau memang benar Farid Ismeth menganggap Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri? Kah kah kah... ReJaM© " Rosmah selalu keluar TV, Farid Ismeth pun keliru siapa PM sebenarnya... " | Hakim mahkamah tinggi sahkan menteri tidak waras Posted: 24 Jul 2012 01:56 PM PDT MAKSUD yang sinonim atau sama erti dengan rasional ialah waras. Maka bila hakim kata Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussin tidak rasional ertinya beliau tidak waras [ Utusan]. Kalau kita imbas kembali, semasa perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu, Rejim Barisan Nasional bagaikan orang gila, semua orang baju kuning nak ditangkap. Malah mencipta sejarah sebagai Rejim Lawak yang takut dengan baju kuning. Pada waktu itu ReJaM© turut menjadi mangsa ditangkap oleh pihak Polis akibat daripada pengumuman gila Hishamuddin yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. ReJaM© juga masih ingat semasa ReJaM© bertanya kepada anggota polis yang menahan ReJaM© itu, berkenaan akta apa yang digunakan untuk menahan ReJaM©, beliau terkulat-kulat tidak boleh menjawab.Kata beliau: "Tentang akta dan lain-lain encik boleh tanya dengan pegawai saya, saya cuma mengikut arahan sahaja". Sampai di Balai Polis, habis semua sepuluh-sepuluh cap jari tangan diambil, tapak tangan, gambar dan lain-lain dah macam buat kesalahan membunuh Perdana Menteri. Namun semalam, anda lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana hakim mahkamah tinggi mengesahkan bahawa menteri yang mengistiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram sebenarnya tidak waras kah kah kah. Ini maknanya apa? Ini maknanya ReJaM© ditahan oleh Polis atas arahan menteri yang tidak waras kah kah kah. Cinabeng aku kena tahan dengan orang gila rupanya. ReJaM© " Mana ada undang-undang tangkap orang pakai baju kuning bengong! " | |
Blog-list Malaysia Posted: 25 Jul 2012 01:28 AM PDT Profesor Kangkung UUM Buat Lawak Pulak..! Posted: 24 Jul 2012 11:53 PM PDT Kajian UUM: Ramai mahu Mukhriz jadi MB Kedah Satu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah. Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang. "Rakyat Keah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat. "Nada ini secara tidak langsung memberi gambara ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.
Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.
| Polis Sahkan Dinar Emas Kelantan Tiada Penyelewengan Posted: 24 Jul 2012 11:46 PM PDT KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis | (Keratan berita Sinar Harian hari ini) |
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini. "Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini. Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT. Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.
"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.
"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.
Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.
(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)
Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.
Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.
Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.
Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.
Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.
Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.
"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.
Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.
Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul.
| George Kent juga akan bida untuk projek Langat 2? Posted: 24 Jul 2012 11:02 PM PDT George Kent Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan projek sambungan LRT Ampang, mungkin akan menyertai bidaan untuk projek rawatan air loji Langat 2 bersama kumpulan pembina infrastruktur terkemuka Gamuda Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd.
George Kent, menurut Star Biz, mempunyai pengalaman untuk menjalankan projek saluran air mentah Pahang-Selangor.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, Gamuda telah menyatakan minat untuk membida projek tersebut, tetapi mungkin tidak akan berbuat demikian kerana telah mendapat projek My Rapid Transit dan turut mensasarkan projek pembinaan MRT2 dan MRT3.
Sumber berkenaan berpendapatan bahawa loji rawatan Langat 2 perlu dibina serentak dengan infrastruktu saluran air mentah Pahang-Selangor, untuk membolehkan penyaluran air sebaik struktur itu disiapkan.
Star Biz juga melihat isu tanah mungkin menjadi masalah kepada Langat 2 memandangkan kerajaan Pakatan Rakyat Seangor boleh menggunakan tanah bagi projek tersebut untuk menangguhkan arahan pembangunan.
http://www.malaysiakini.com/news/204583
| 'Kempen Misteri Pilihanraya' Muncul Di Media Posted: 24 Jul 2012 07:53 PM PDT Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September, satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul di semua platform media. Bermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama. Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.
Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.
Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah - dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.
Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.
Bahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.
Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.
Sesiapa pun yang belakang kempen tersebut, semua iklan dalam media cetak dan elektronik dengan mudah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit.
| Ustaz Nasarudin Rela Disolek Wanita Ketika Debat Bersama Fathul Bari Posted: 24 Jul 2012 03:09 PM PDT Dan ini bukti dakwaan tersebut.. | PRU 13: Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat 95% selesai Posted: 24 Jul 2012 02:45 PM PDT KUALA LUMPUR 24 Julai: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk pilihan raya umum ke 13 telah 95 peratus selesai. "Kalau ada negeri belum selesai pembahagian kerusi, ia tetap dianggap belum selesai. Tapi, kalau Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, hari ini juga pembahagian kerusi Pakatan selesai," kata Mustafa. Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.
Antara yang hadir termasuk Naib Presiden KEADLAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
"Kita tak umum sekarang. Sampai masa kita akan beritahu. Ada calon baru, ada muka lama. Tapi, boleh kata 95 peratus pembahagian kerusi selesai," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33314
| Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam Selangor Posted: 24 Jul 2012 07:56 AM PDT SHAH ALAM, 23 Julai — Berikutan pemberian bonus sempena perayaan Aidilfitri bulan hadapan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim turut dijangka akan memberikan bonus sama kepada penjawat awam di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.
"Kakitangan awam kerajaan negeri Selangor juga akan menerima imbuhan Aidilfitri jika Kerajaan Pusat memutuskan pembayaran bonus perayaan bulan depan, kata Khalid hari ini.
Tambah Khalid (gambar) lagi, pentadbirannya akan memastikan kakitangan awam di bawah kepimpinannya akan menerima jumlah sama sepertimana penjawat awam kerajaan Pusat sekiranya mereka memutuskan untuk membayar "bonus" sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
"Jika kakitangan Pusat dapat, begitu juga kakitangan awam yang bekerja di peringkat negeri. Kadarnya akan sama sebab ia ada kaitan dengan pencen," kata ADUN Ijok itu kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah mengumumkan akan mempertimbangkan pemberian imbuhan sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan. Najib turut berkata beliau akan melihat "buku kira-kira" kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu... kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
http://my.news.yahoo.com/penjawat-awam-selangor-bakal-terima-bonus-aidilfitri-051039177.html
| Malaysiakini Dengki Dengan Iklan 'Sayangi Selangor' Di Komuter Posted: 24 Jul 2012 05:19 AM PDT Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mengelak apabila diminta menjelaskan mengenai pembiayaan untuk iklan "Sayangi Selangor" yang dipasang pada stesen dan gerabak sistem keretapi komuter di Lembah Klang. Koordinator BN Selangor itu juga berkata, kempen tersebut sememangnya dibayar, tetapi enggan menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos untuk iklan berkenaan. "(Iklan itu) dibayar. Apa masalahnya? Apa yang Malaysiakini dengki sangat? "Ada lambang BN ke pada iklan itu? Takde kan? Jadi apa masalahnya?," soalnya kembali ketika ditanya selepas beliau mengagihkan kira-kira 1000 kotak berisi kurma kepada penumpang di stesen komuter Shah Alam.
Katanya lagi, soalan berkenaan seharusnya dikemukakan kepada presiden KTMB, Datuk Elias Kadir yang turut hadir di program tersebut.
Ditanya mengenai program pengagihan kurma tersebut, Mohd Zin turut menjelaskan bahawa ia merupakan program bawah BN Selangor dan bukannya program KTMB.
"Nampak ini? Tiada logo KTMB kan. Ini program BN Selangor," katanya sambil menunjukkan logo BN di bungkusan kurma tersebut.
Laporan Malaysiakini sebelum ini menyebut, kempen "Sayangi Selangor" itu antara lainnya melibatkan iklan yang mempromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup."
Iklan berkenaan mula dikesan pada bulan ini selepas kempen memasang bendera BN di stesen komuter mencetuskan kontroversi pada April lalu.
Sementara itu, Elias ketika ditemui Malaysiakini di program berkenaan turut mengelak daripada menjelaskan mengenai pembiayaan kempen itu.
Beliau sebaliknya meminta supaya soalan berhubung isu itu dikemukaka kepadanya melalui emel.
"Saya tak boleh nak jawab sekarang. Apa kata awak emelkan soalan pada saya, dan saya jawab. Cara itu lebih elok," kata Elias.
http://www.malaysiakini.com/news/204529
| Merdeka - Tempoh Seminggu Untuk Kerajaan Tukar Tema Posted: 24 Jul 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Julai: Pakatan Rakyat (Pakatan) memberi kerajaan tempoh seminggu untuk menukar tema kemerdekaan 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional, kepada suatu tema yang lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia. "Macam mana slogan parti politik boleh jadi tema merdeka untuk sebuah negara? Ini teruk. 'Janji Ditepati' ialah slogan Barisan Nasional. Minta kerajaan tukar kepada yang lebih inklusif, yang merangkumi semangat kemerdekaan negara kita. "Jangan buat satu tema yang hanya ikut selera (BN). Kerajaan jangan bawa tema yang tak mencerminkan semangat kebangsaan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat sedia membantu dan sanggup duduk semeja dengan pemimpin BN, jika mereka benar-benar ketandusan idea untuk menamakan tema kemerdekaan tahun ini.
"Kita akan cadang dan bantu mereka (kerajaan). Kemudian kerajaan putuskan. Tapi tidak pula bermakna, Pakatan Rakyat akan buat satu tema kemerdekaan yang semata-mata menyebelahi kita.
"Kalau kerajaan tak setuju untuk bincang, Pakatan Rakyat sendiri akan cadangkan tema kemerdekaan. Kemudian kita tengok, rakyat pilih yang mana," katanya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata, jika sambutan kemerdekaan ini adalah yang terakhir untuk BN, sekurang-kurangnya tema kali ini menggarap hasrat seluruh rakyat Malaysia.
"BN jangan lupa, Pakatan Rakyat ada 48 peratus undi popular. Jangan tema kali ini mencipta satu 'Malaysia yang lain'. Merdeka ini bukan untuk BN sahaja," katanya.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok; MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33279
| |
MIMPI SENJA Posted: 24 Jul 2012 11:19 PM PDT Abby jawab Zunar : Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang Posted: 24 Jul 2012 09:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.
"Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.
"Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam.
"Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah," kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.
Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.
Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
"Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar," kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM . Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.
Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.
"Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.
"Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa 'kerajaan pusat' untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.
"Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.
"Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni. "Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia," katanya lagi.
Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut. "Terdesak gunakan artis?
"Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada," kata Abby Abadi.
Pelakon drama gerak khas itu membuat 'penjenamaan semula' terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.
Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan. | ADUN BN keluar parti ... Posted: 24 Jul 2012 07:12 PM PDT MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti. Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. "Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. "Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan. Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: "Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. "Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali," kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003. DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33331 | Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati? Posted: 24 Jul 2012 06:54 PM PDT
Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia. Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal. Jadi tidak mustahil reka bentuk atau design duit tersebut ada iras dengan duit keluaran baru Malaysia 2012. Sumber | [Photo] Wardina di Masjidil Aqsa Posted: 24 Jul 2012 08:51 AM PDT Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis.Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPagesumber | Nak beli kereta murah? ... tunggu lepas PRU 13 Posted: 23 Jul 2012 11:43 PM PDT PETALING JAYA, 24 Julai — Pakatan Rakyat akan menghapuskan duti eksais kereta jika menang pilihan raya, kata Pengarah Strategi PKR, Ramli ( gambar) hari ini. Katanya, perkara ini sudah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan akan dibawa secara serius untuk dijadikan manifesto untuk pilihan raya akan datang. Berdasarkan laporan pendapatan isirumah 2009, 71.9 peratus isirumah di seluruh Malaysia menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama. "Tetapi pendapatan isirumah seluruh Malaysia, 53 peratus daripadanya berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ini amat membimbangkan kerana beban dari duti eksais ini menyebabkan rakyat terbeban, disamping perbelanjaan yang lain," kata Rafizi dalam sidang media tersebut. Katanya, kerajaan mempunyai peluang untuk menurunkan harga kereta selepas Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada tahun 2005 menghapuskan duti import, sebaliknya menurut Rafizi, Dasar Automotif Nasional, diperkenalkan dengan duti eksais yang membebankan. "Harga kereta yang sangat tinggi kerana duti eksais ini sedangkan pendapatan isirumah rendah, dan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 50 peratus daripada pendapatan hanya untuk kereta. "Jumlah hutang kereta kini adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang rumah, dan kereta ini, kerana sistem pengangkutan awam negara yang tidak baik, menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada kereta untuk bergerak. "Adalah tidak adil untuk rakyat meminjam bank pada kadar faedah yang tinggi semata-mata hanya mahu membayar cukai duti eksais yang tinggi. "Contohnya, jika saya nak beli kereta Kancil sahaja, jumlah duti eksais saya perlu bayar berjumlah RM16,000, dan ini satu dasar regresif yang tidak membantu rakyat," kata Rafizi lagi. Beliau juga memohon Khairy Jamaludin untuk menjawab soalan ini kerana beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam Dasar Automotif Negara. | |
bumiperak Posted: 24 Jul 2012 11:08 PM PDT Fitnah Ulamak Umno, Fathul Bari sebenarnya mekap! Posted: 24 Jul 2012 07:27 PM PDT Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."Ini gambar sebenar...Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..s | |
dollah yankee Posted: 24 Jul 2012 09:47 PM PDT Panas..Hishamudin menghadapi tekanan jiwa? Posted: 24 Jul 2012 07:34 AM PDT Apa kah Hishamudin auwww.. sedang menghadapi tekanan jiwa? ataupun jiwanya sudah kacau kerana masa study dulu dok togok ayaq kencing setan banyak sangat?
"Pada pendapat saya, keputusan itu adalah tidak rasional ... keputusan untuk mendakwa Bersih sebagai pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta yang relevan," katanya. "Adalah tidak masuk akal setelah mengatakan ia pertubuhan haram, seminggu kemudian biarkan mereka mengadakan perhimpunan pada 9 Julai," kata beliau lagi. Beliau turut menjelaskan, adalah "tidak munasabah" untuk menteri mendapati Bersih sebagai pertubuhan haram atas alasan "menyalahi peraturan dan keselamatan awam" pada 1 Julai dan kemudiannya pada 5 Julai dan juga 9 Julai, tetapi menteri masih lagi mengadakan rundingan dengan penganjur dan membenarkan perhimpunan itu berlaku. "Tidak masuk akal, seminggu kemudian, alasan itu tidak lagi sah dan diterima ... pengisytiharan kerajaan bahawa pertubuhan itu melanggar undang-undang tidak boleh diterima. "Ketidakwarasan telah diterima sebagai satu alasan untuk membatalkan keputusan pentadbiran. Pada pandangan saya, ianya sah untuk di dibatalkan," katanya lagi. - ini kata Yang Arif Tuan Hakim ketika membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri kata pertubuhan Bersih ada lah satu pertubuhan haram. Mengikut kamus gurkah-gurkah politik di'port', makna 'ketidakwarasan' atau 'tidak waras' adalah seperti sedang menghadapi tekanan jiwa,kalau gurkah-gurkah kata 'ketidakwarasan' itu lebih kurang macam 'gila', nampak sangat tak patut nak kata macam tu. dollah yankee - Hishamudin kena berubat ni..tak pun dia kena perjuma dengan TG Nik Aziz suruh TG baca doa sikit. | |
~penarik beca Posted: 24 Jul 2012 09:31 PM PDT |