WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 14 Aug 2012 09:16 PM PDT |
RAKYAT MARHAEN Posted: 14 Aug 2012 09:06 PM PDT Melayu Jangan kena Tipu lagi dan lagi dan lagi..... Posted: 14 Aug 2012 03:14 PM PDT Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka. Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka. Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR. Read More / Baca Lagi >> | Hari-hari terakhir memburu lailatul qadr Posted: 14 Aug 2012 03:11 PM PDT "1) Di dunia ini, semua makhluk adalah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang mengumpulkan sifat-sifat nafsu dan keserakahan. Ia terserlah jelas dalam cara hidup haiwan. Kerana itu kita biasa menamakannya nafsu kebinatangan. 2) Manusia juga dicipta daripada tanah. Maka sifat-sifat kebinatangan dikandung tubuhnya. Manusia menjadi jahat kerana nafsunya. Dan manusia bertambah jahat, bahkan sehingga lebih buruk daripada binatang kerana mereka memiliki kurniaan akal yang tiada pada binatang. Dengan akal yang dibiar mengikut kehendak nafsu, manusia bervariasi melakukan kerosakan dan kejahatan sehingga tak tergambar dalam kehidupan haiwan di hutan. 3) Sebelum kurniaan akal, binaan manusia berbeza daripada binatang dan semua kejadian di bumi dengan unsur kedua, iaitu unsur ruh. Ruh bukan dari bumi, bahkan dari langit, hidup bersama para malaikat menyembah tuhan di langit. Malaikat Jibril diberi nama al Ruh al Amin, sebagai satu pengenalan kepada hakikat kehidupan makhluk tuhan di langit. Ruh memiliki sifat-sifat ketinggian dan memburu kemuliaan. Read More / Baca Lagi >> | "DAP menentang tapi Umno tolak hudud" Posted: 14 Aug 2012 03:10 PM PDT PENDAHULUAN: Sumber memahami ajaran Islam Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci al-Quran dan cara pelaksanaannya melalui hadis-hadis yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim. Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan al-Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram. Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya. Read More / Baca Lagi >> | Malaysia Kita : Tergamak noda mayat Posted: 14 Aug 2012 02:55 PM PDT SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah. KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin. Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu. Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher. "Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan. | Malaysia Kita : Koma Dibakar... Posted: 14 Aug 2012 02:52 PM PDT
KUALA LUMPUR: "Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar," rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal. Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur. Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama. Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. | Rakyat Libya bantu pemberontak Syria bertempur askar rejim Bashar Posted: 14 Aug 2012 02:48 PM PDT EMPAT anggota pemberontak menunjukkan seorang juruterbang (duduk) yang ditangkap selepas jet tentera Syria yang dikendalikan jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.
| DAMSYIK - Sejumlah pejuang veteran dalam perang saudara di Libya pada tahun lalu kini tampil di barisan hadapan untuk membantu melatih dan menyusun pemberontak dalam situasi yang lebih meruncing berbanding ketika perang menentang Muammar Gaddafi, kata seorang pejuang berdarah Libya-Ireland kepada agensi berita Reuters. Gaddafi mati dibelasah para pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu selepas berbulan-bulan menghadapi tentangan daripada penduduknya. Pejuang veteran Libya yang bertempur bersama kumpulan pemberontak di Syria itu, Hussam Najjar berasal dari Dublin dan memiliki bapa berdarah Libya manakala ibunya berbangsa Ireland. Dia yang menggelarkan dirinya Sam, merupakan seorang penembak tepat terlatih. Read More / Baca Lagi >> | SU Agung OIC mahu umat Islam bantu etnik Rohingya Posted: 14 Aug 2012 02:47 PM PDT Pergolakaran di wilayah Arakan menjadi perhatian masyarakat sekarang. – Foto ihsan KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua umat Islam sempena Aidilfitri ini, sambil mengingatkan mereka agar menumpukan usaha membantu masyarakat Rohingya di Myanmar mengatasi masalah mereka. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, masyarakat Islam Rohingya yang merupakan kaum minoriti di Myanmar, masih menderita akibat pencabulan secara terang-terangan yang mengancam kewujudan mereka di negara itu. Read More / Baca Lagi >> | Umat Islam terkujat setempat? Posted: 14 Aug 2012 02:46 PM PDT Minggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia. Dalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog. Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya. Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat. Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit. Read More / Baca Lagi >> | KETEGASAN Nabi Muhammad - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Aug 2012 02:45 PM PDT | Ulama Kurang ILMU Persenda ULAMA Lain - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Aug 2012 02:44 PM PDT | Puak ASING Al Quran & HADIS - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Aug 2012 02:43 PM PDT | DERMA Ke Luar NEGARA - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Aug 2012 02:43 PM PDT | Pengebom Berani Mati JIHAD ? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Aug 2012 02:42 PM PDT | NASHARUDIN MAT ISA BODEK NAJIB? Posted: 14 Aug 2012 02:41 PM PDT | Syria Regime Near Collapse, Says Defected PM Posted: 14 Aug 2012 10:49 AM PDT | Subhanallah, susuk misteri berpakaian putih menyelamatkan mangsa tembakan di Syria Posted: 14 Aug 2012 10:41 AM PDT Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center melansir sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan sosok seorang berpakaian serba putih dari Syria.
Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang belum lama terjadi. Saat tembakan membabi-buta menyerang kerumunan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan tergeletak di tengah jalan. Orang-orang hanya boleh melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam incaran Alawites, golongan minoriti penyokong rejim Parti Baath yang berkuasa di Syria. Orang-orang berteriak, panik, dan berhamburan. Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa-mangsa yang terluka. Pada saat itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia berkelakuan tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lain.
Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa yang tergeletak dan mengangkatnya dengan santai, padahal berat korban lebih kurang 80 kg.
Dengan satu tangan dia membawa korban yang terluka ke kerumunan orang. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video.
Seperti dilaporkan oleh kavkaz center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan tanpa ekspresi sedikitpun meskipun berada dalam situasi perang, kotoran, debu, gencarnya serangan, dan kehancuran.
Lihat videonya berjudul "Angel or Hero? (Malaikat atau Pahlawan?) Di bawah ini.
| Pembohongan UMNO tentang kemerdekaan Sabah. Orang Sabah WAJIB tahu! Posted: 14 Aug 2012 10:37 AM PDT Jika diselak kembali buku teks Sejarah zaman sekolah dahulu, memang sah kita lihat Sabah itu dimerdekakan oleh pihak British pada 16 September 1963 ketika hari pengisytiharan Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah koalisi. Selepas Sejarah terbarai dengan adegan pembongkaran lagu Mamula Moon dan Bendera ciplakan dari Amerika (Jika tidak tahu, sila google). Kini, sejarah ciptaan tali barut Inggeris yang disimpan di kopek United Malays National Organisation kembali terkangkang, Mungkin ramai tak tahu Sabah sebenarnya sudah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 ! Percaya atau tidak sejarah yang telah disimpan di kopek United Malays National Organization ini telah terbarai. Sebesar mana pun kopek Rafidah Ajis di pangkuan UMNO masih tak mampu nak menutup penipuan mereka. Kemerdekaan telah disambut meriah di dalam negeri ketika itu. Akhbar The Sunday Times 1 September 1963 mencatatkan peristiwa tersebut. : "On top of a hillock the new Sabah flag was flying proudly in the morning breeze in front of the District Council building.District Councillors and village elders took up position before the proclamation made in various languages." MEGAT HIDAYAT, INSTITUT TEKNOLOGI MARA. | Oki Setiana Dewi: Untuk Apa Cantik Di Mata Manusia Tetapi Tidak Di Mata Allah? Posted: 14 Aug 2012 10:35 AM PDT Bagi saya kecantikan sebenar seorang Mukmin adalah ketaatan pada Allah. Jika seseorang mentaati Allah dengan mengerjakan perintahnya dan menjauhi larangannya, maka seseorang itu akan terlihat cantik di mata manusia," begitulah antara pandangan yang dilemparkan oleh Oki Setiana Dewi ketika ditanya mengenai keindahan dan kecantikan seorang Muslim. Beliau ditemui semasa kunjungan khusus ke pejabat editorial majalah i, Kumpulan Media Karangkraf. Menurutnya lagi, ramai yang menilai 'kecantikan' itu dengan berdasarkan kepada sifat fizikal seseorang. Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk dilihat, iaitu sifat yang lahir dari dalam diri, yang mampu untuk mendorong seseorang ke arah kebaikan. "Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya, mampu untuk memiliki kecantikan pada sifat dalamannya juga. Kadang kala mereka hanya cantik pada luarannya tetapi memiliki akhlak yang tidak elok. "Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman, adalah lebih baik jika kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerana ia akan kekal lama selamanya,"jelasnya. Read More / Baca Lagi >> | Janji Bersih manifestasi rakyat cinta akan negara Posted: 14 Aug 2012 10:34 AM PDT Jingga13 mendokong perhimpunan Janji BERSIH yang bakal diadakan pada 30 Oktober 2012 adalah merupakan manisfestasi dan inspirasi rakyat yang cintakan negara agar sistem demokrasi dan pilihanrpaya di'bersih'kan dan direformasikan demi kebaikan negara dan rakyat. Jingga 13 menyelar amaran Ketua Polis Negara yang dilihat menafikan amalan demokrasi dan hak berhimpun rakyat , lebih-lebih lagi diambang sambutan kemerdekaan untuk diraikan bersama-sama oleh seluruh rakyat dan tidak ada usaha yang bertujuan mensabotaj oleh mana-mana pihak yang bertujuan mempolitikkan perhimpunan Janji BERSIH serta mencemarkannya dengan propaganda murahan dan menjijikkan dan tindakan menghuru-harakannya. Read More / Baca Lagi >> | Umno Dan Seks Macam Isi Dengan Kuku.. Posted: 14 Aug 2012 10:33 AM PDT BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai. "Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja. Read More / Baca Lagi >> | Bala did NOT know Altantuya killers: 'GUN FOR HIRE' RPK just wanted to smear us - Siva Posted: 14 Aug 2012 10:30 AM PDT I refer to Raja Petra's article published on his blog "Malaysia Today" entitled "The day I met P. Balasubramaniam (part 3) which makes scandalous and false allegations against me and another lawyer M. Puravalen. Raja Petra does his usual spin of mixing truth and fiction in order to make a story sound interesting. Unfortunately for him, lies remain lies. Let me give an example of how he did this just a few weeks ago on 18.7.12 in his blog. He dramatically did this opening intro for an article: "When Sivarasa was in the opposition, he represented Sri Aman Development against MBPJ. Once Pakatan Rakyat took over the Selangor State Government, Sivarasa did a U-turn. He changed sides. He became a turncoat and represented MBPJ against Sri Aman Development ..." I have never represented Sri Aman Development against MBPJ or in any case for that matter. That is a fiction created by RPK. It is true that I acted for MBPJ when Sri Aman Development sued MBPJ in a judicial review action. You can read about the details at http://sivarasa.blogspot.com/2012/01/raja-petras-scurrilous-and-dishonest.html. So RPK's words such as "U-turn", "changed sides", "turncoat" are all interesting sounding but in essence mischievous and false statements. Read More / Baca Lagi >> | Muhyiddin & the world's richest Malay Syed Mokhtar: It began with Stamford... Posted: 14 Aug 2012 10:29 AM PDT We must all remember Muhyiddin Yassin is the partner of Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar who now controls the following companies: MMC DRB Hicom Proton Malakoff Johor Port Senai Airport Port of Tanjong Pelepas Bank Muamalat Padiberas Nasional CSR Sugar Gardenia MPH Bookstores Penang Port Now he is after….. RTM KTMB Bank Islam The world's richest Malay (Syed Mokhtar Albukhary) got really rich because he worked his ass off - AT being a crony of Muhyiddin and former premier Mahathir Mohamad. Virtually all his assets were handed to him on a silver plate. And it all began with Stamford Holdings. Stamford & 4,622% profit Read More / Baca Lagi >> | DAP may oppose hudud but Umno rejects it, says Hadi Posted: 14 Aug 2012 10:27 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 14 — The DAP may be opposed to hudud but Umno has rejected the Islamic penal code, PAS president Datuk Seri Hadi Awang has said, as he defended his Pakatan Rakyat (PR) ally that had come under relentless attacks from ruling Barisan Nasional (BN) leaders and religious hawks in the run-up to crucial national polls. Pointing out the position of PR parties, he said that "just as DAP cannot force PAS members to consume alcohol or pork, PAS too cannot prevent DAP members from consuming alcohol or pork. "The PAS constitution compels us to sack any member who consumes alcohol or pork. The Umno constitution does not compel the sacking of its members for drinking with the MCA, MIC and Gerakan," Hadi (picture) said. Several conservative Islamic muftis and religious scholars had dubbed the DAP a party full of "kafir harbi" or belligerent infidels and directed Malaysia's dominant Muslim voters that it is "haram" or forbidden to support them at the 13th general election that must be called by next April. "In reality, this term 'hudud' has returned and been made an electoral issue by Umno to create conflict among the people, without feeling responsibility towards Islam's pure guidance," the PAS president said in an article published yesterday in its party paper Harakah. Read More / Baca Lagi >> | Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala Posted: 14 Aug 2012 10:25 AM PDT MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu. Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik. "Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa. Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008. Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya. "Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir. Read More / Baca Lagi >> | Akta KWSP dipinda untuk wajibkan pekerja swasta carum hingga umur 60 tahun — Subramaniam Posted: 14 Aug 2012 10:24 AM PDT PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam. Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun. "KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta. "Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Tukar Tiub Posted: 14 Aug 2012 07:21 PM PDT MAT NAJIB JADI KECUT Posted: 14 Aug 2012 07:11 PM PDT
BANGUN DAN LAWAN KE JALAN RAYANAJIB : KABINET AKAN BINCANG AKTA KETERANGAN - minsider Najib Razak malam ini berkata, Putrajaya akan membincangkan tentang pindaan undang-undang kontroversi Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A selepas warga internet Malaysia memprotes undang-undang yang mencengkam kebebasan di alam siber. Najib memberi komen selepas sekurang-kurangnya tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan mengkaji semula seksyen 114A daripada akta tersebut. "Saya telah minta kabinet untuk membincangkan seksyen 114A, Akta Keterangan 1950. "Apa sahaja yang kita lakukan, rakyat menjadi keutamaan," kata Najib melalui akaun Twitternya, @najibrazak. Timbalan menteri pendidikan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan senator MCA Gan Ping Sieu menyokong protes yang semakin membesar terhadap undang-undang baru itu. Kempen menentang undang-undang tersebut turut disokong oleh Majlis Peguam dan parti DAP yang menurunkan laman web mereka sempena kempen memboikot internet hari ini. Pemimpin DAP Lim Kit Siang dan peguam hak asasi manusia Edmund Bon berikrar tidak akan menggunakan internet selama 24 jam dan laman-laman web seperti Harakahdaily dan Keadilan Daily membuat 'pop up' menyokong kempen menentang seksyen 114A. Tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir dan Hishamuddin Rais turut bersama-sama kempen ini. Pindaan akta kontroversi tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan April tahun ini dan digazetkan sebagai undang-undang oleh menteri de facto undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz pada bulan Julai baru-baru ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit.... INI KERAJAAN BANGANG..... kah kah kah kah kah kah... SEBELUM BUAT UNDANG UNDANG KAJI LAAA DULU.... kah kah kah.. kah kah kah... SEKARANG BARU SEDAR.... kah kah kah... NOTA:nampak jelas flip flop nampak sangat najib takut nampak sangat gempaq sikit terkencing kencing
| MENUNGGU VIDEO HASAN ALI SAMPAI MURTAD Posted: 14 Aug 2012 06:10 PM PDT
TUNGGU SAMPAI GILASAYA BERJAYA KUNCI MULUT MUBALIGH KRISTIAN - mkini Presiden Jalur Tiga (JATI) Hassan Ali mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian. Beliau mendakwa, langkah mendedahkan video pengakuan mangsa terbabit dan ceramah yang disampaikannya dalam siri jelajah di seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu. "Atas pendedahan video itu, reda sedikit bishop dan reverend. Mereka tak bercakap (soal mendekati orang Islam)," katanya bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... NASIB BAIK ADA HASAN ALI.... kah kah kah... kah kah kah.. .KALAU TIDAK RAJA MELAYU SEMUA KENA TENDANG.... kah kah akh.. kah kah kah... KALAU TIDAK KITA SEMUA MASUK KRISTIAN.... kah kah kah.. woit.... HASAN ALI INI CUKUP HEBAT.... kah kah kah... kah kah kah.... HASAN INI INI CUKUP POWER..... kah kah kah... kah kah kah.... TUHAN HANYA IKAT SAITAN PADA BULAN PUASA.... kah kah kah.. kah kah kah... TAPI HASAN ALI LAGI TERER.... kah kah kah.. kah kah kah.... HASAN ALI BOLEH KUNCI PADRI SEPANJANG MASA.... kah kah kah.. NOTA:bila agaknya dapat melihat video hasan ali?
bila agaknya dapat melihat kitab injil pakai solar power
kalau tunggu lama lama tak sampai sampai ramai orang akan murtad
| SAEKOR MALAON AKAN KENA TENDANG Posted: 14 Aug 2012 11:35 AM PDT
SAEKOR MALAON DARI YOU JI PEMUDA PAS KELANTAN MINTA NASHARUDDIN LEPAS MP BACHOK - harakah daily KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana. "DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. "Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. "Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya. Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... INI SAKI BAKI YOU JI DALAM PAS.... kah kah kah... kah kah kah.... BAGI BERSIH BETUL BETUL.... kah kah kah... kah kah kah.... REBUS DENGAN AIR PANAS.... kah kah kah... kah kah kah.. .SENTAL DENGAN SABUN.... kah kah kah... kah kah kah.. .KEMUDIAN RENDAM DENGAN CLOROX.... kah kah kah.... kah kah kah.... BARU BOLEH TENDANG KELUAR..... kah kah kah... NOTA:mesti ada lagi geng you gi ini cuba tanya azizan apa komen dia? kah kah kah | SELAMAT BERBUKA PUASA Posted: 14 Aug 2012 04:07 AM PDT
UCAPAN SELAMAT HARI RAYATAK SAMPAI SATU MINGGUmacam kelmarin aku mengetik mengucapkan selamat berbuka puasa macam kelmarin aku mengetik mengucapkan selamat bersahur bagitulah hidup ini pejalanan yang tak henti henti detik yang telah pergi tidak akan dapat ditangkap kembali seribu ingatan sejuta harapan detik itu telah berlalu lalu aku ingin bertanya seperti yang telah aku lakukan berkali kali lalu aku ingin bertanya sesudah ini hendak kemana kenapa agaknya aku sampai disini soalan hakiki yang tak mungkin aku temui jawapan soalan yang akan menimbulkan soalan jawapan yang mememilik jawapan jawapan yang memiliki soalan maka disinilah aku maka hadapan cermin ini lah aku maka kau bacalah apa yang aku tulis linkaran fikrah aku yang menjalar jauh dari ramadan je shawal ke musim runtuk ke musim sejuk musim hujan ke musim panas jika sekiranya kita tak pernah bertanya jika sekiranya kita tak menyoal jika sekiranya kita hanya mengikut detik dan arus jika sekiranya kita hanya bernafas apakah indahnya hidup ini? PETANG INI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYAaku mengucapkan lebih awal aku mengucapkan 6 hari sebelum raya aku mengucapkan keriangan untuk semua aku mengucapkan kegumbiraan untuk seluruh umat di dunia aku mengucapkan setiakawan sepanjang masa aku mengucapkan kesejahteraan umat manusia aku mengucapkan semua akan makan tapai! PUYU MASAK GULAI LOMAK TEMPOYAKPETANG INI AKU MASAKpetang ini aku masak iakan puyu dengan temnpoyak aku tak pakai kelapa aku pakai susu puyu ini aku beli ahad dahulu ketika aku merakamkan klip puyu ini besar daru puyu yang pernah aku panncing petang ini juga aku merebus jagong kali ini aku tidak terlupa memasukan garam ketika merebus buah buah telah habis aku tidak ke pasar kerana esok aku akan pergi ke pasar yang paling spesial tunggu laporan aku! REBUS JAGONG LA PETANG INIPETANG INI REDUP BERBAHANGtidak bagitu panas tidak bagitu terik ketika aku mengetik ini semua senyap yang akau dengar hanya putaran kipas murai entah kemana? salakan ajing entah ke mana? kokok ayam hutan entah kemana? kenapa semuanya senyap mungkin dunia memberi tanda hormat kepada kita semua agar kita berjanji pada diri sendiri untuk menjadi manusia yang baik SELAMAT HARI RAYA LEBIH AWAL | EKOLOJI DARI PEMBACA - BANGLA, INDON DAN PACU SEMUA PENDATANG HARAM! Posted: 14 Aug 2012 01:44 AM PDT
PEDATANG HARAM - BANGLA INDOON DAN PACU BUKAN BANGLA SAJA YANG DISELUDUP erm..ikan pachu...sedap ka?aku makan isi dia macam liat sikit....aku pelik,macam mana ikan dari sungai amazon ni tiba2 boleh ada dalam sungai dan tasek kat malaysia..aku rujuk google earth,tapi x nampak pon yang sungai amazon bersambung dengan sungai kedah..tak besmabung pon dengan tasik kat belakang umah sewa aku dulu time kat bangi dulu.. ikan seludup ni la yg menyebabkan spesis ikan tempatan pupus....kerajaan x serious la dalam bab menjaga spesis ikan ayaq tawaq tempatan..aku tengok kat astro,org amareka..tangkap ikan haruan kat sungai depa..kemudian bunoh..sbb ikan haruan ni duk makan spesis ikan tempatan kat amareka nuu.. ikan luaq diseludup masuk..mula2 untuk bela..last2 dah boring,lepas dalam sungai..habis ikan seludup ni hantam makan ikan tempatan..yang tinggal hanya anak2 ikan yg hensem2 ja.. kalu kerajaan x serious dalam menangani isu PATI,aku rasa lps ni anak2 ikan akan terdiri daripada mamat bangla,nepal dan myanmar yang boleh tahan hensemnya...kahkahkah.. By zarulyatak zarulyatak on SELAMAT BERBUKA PUASA on 8/14/12 | NASIONALISMA - SABAH UNTUK SABAHAN - BERITA YANG AKAN MENANGGUHKAN PRU13 Posted: 14 Aug 2012 12:04 AM PDT
TIGA LAGI AHLI PARLIMEN BN AKAN KELUAR PARTI : LAJIM - keadilan daily BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu. Ahli Parlimen BN Beaufort, Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily. Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit... APA SUDAH JADIIIIII.... kah kah kah.. kah kah kah.. .BANK SUDAH PECAAAAAH..... kah kah kah... kah kah kah.... KADAZAN DAN MURUT BANGUN MELAWAN.... kah kah kah... kah kah kah.. .BAJAU DAN ORANG LAUT BANGUN MELAWAN.... kah kah kah... kah kah kah... NAK BUAT MACAM MANA.... BANK SIMPANAN SUDAH PECAH.... kah kah kah.. kah kah kah.. .EMPANG SUDAH PECAH...kah kah kah... NOTA:selama 49 tahun warga sabah kena tipu dari negeri paling kaya pada tahun 1963 bila menubuhkan malaysia memjadi negeri paling miskin pada tahun 2012 -
ini ialah imperialisma semenanjung harta kekayaan sabah dirompak dirembat yang kaya semenanjung!
| MARI KITA BANGUN MELAWAN SEBELUM TERUS KENA TIPU Posted: 13 Aug 2012 09:00 PM PDT
LEBIH BAIK MELAWAN DARI DIBODOHKANKEADILAN SOKONG PROTES #STOP114ASeperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain. Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan. Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang. KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan. Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN
| |
ALHUSSEYN Posted: 14 Aug 2012 03:58 PM PDT Kerajaan Gagal Selesaikan Tuntutan Perintah Mahkamah- Ketua Polis Negara Diancam Muflis Posted: 14 Aug 2012 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu notis muflis telah difailkan terhadap Ketua Polis Negara, Ketua polis Selangor dan pegawai polis Bukit Aman kerana kegagalan kerajaan untuk menyelesaikan tuntutan yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi dalam kes yang melibatkan kematian dalam tahanan polis. Peguam M Manoharan memfailkan notis itu bagi pihak tanggungan R Sundaraju, yang meninggal dunia pada November 2002 ketika dia berada di bawah reman polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2010 mendapati pegawai polis bersalah kerana gagal untuk memastikan keselamatan Sundaraju, mengarahkan ganti rugi am dan ganti rugi khas berjumlah RM200,000 kepada R.Muthammal, ibunya dan saudaranya, R Dharmarajan. Jumlah sekarang termasuk faedah, adalah RM311, 706,85. Kerajaan telah kehilangan hak merayu terhadap taksiran ganti rugi pada April lepas dan terhadap penghakiman itu Jun lalu. "Kerajaan telah hilang semua saluran undang-undang tetapi ia masih tidak mahu membayar," kata Manoharan, bercakap di pejabat beliau di Lembah Pantai pada petang ini. "Hasil penghakiman tidak pernah dinikmati sehingga hari ini. Peguam Negara Abdul Gani Patail harus memastikan bahawa kerajaan menjelaskan bayaran. " Beliau berkata kegagalan kerajaan untuk membayar sehingga dianggap sebagai menghina mahkamah. Beliau juga berkata, kelewatan selanjutnya akan meningkatkan beban faedah ke atas pembayar cukai. Sundaraju dipukul hingga mati oleh sembilan tahanan di dalam sel di balai polis Klang, yang ketika itu di bawah kawalan Ketua Polis Daerah Paramasivam A. Paramasivam, sekarang berkhidmat sebagai penolong pesuruhjaya polis di Bukit Aman. Sundaraju telah ditahan selepas isterinya, M Latha, membuat laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah dijadikan mangsa keganasan rumah tangga. Latha meninggal dunia akibat kanser dua tahun lalu, meninggalkan anak tunggal dalam penjagaan Dharmarajan. SUMBER | |
DUNIACACAMARBA Posted: 14 Aug 2012 03:57 PM PDT Gagal Cari Teman Wanita, Pemuda Cuba Rogol Nenek Sendiri Posted: 14 Aug 2012 05:17 AM PDT Gila! Seorang pemuda berusia 20 tahun cuba merogol neneknya selepas mengadu gagal memikat gadis untuk dijadikan teman wanita.
Menurut DM, Samuel Dye didakwa memukul neneknya dengan tukul besi sebelum melancarkan serangan seksual.
Sebelum bertindak ganas, Dye mengadu tentang kegagalannya mendapatkan teman wanita dan memberitahu neneknya bahawa dia akan "mendapatkan beberapa orang".
Polis berkata, serangan ganas Dye itu berjaya dihentikan oleh bapanya selepas dia mendengar jeritan ibunya yang berusia 61 tahun.
Dia mendapati anaknya itu sedang berada di atas ibunya dalam keadaan seluar yang sudah dilondehkan ke bawah.
Terkejut dengan perkara yang berlaku, lelaki itu menarik anaknya dan menahan pemuda itu sementara menunggu kedatangan pihak polis. Serangan itu berlaku ketika Dye datang ke rumah neneknya di Chester, South Carolina, pada pukul 4 pagi Khamis lalu.
Wanita itu memberitahu polis bahawa Dye ke rumahnya sambil memegang tukul besi di tangannya dan mula mengadu tentang kegagalannya memiliki teman wanita.
Gila! -DCM
P/s: Berahi sampai hilang kewarasan.
| Anak Yatim Berbuka dengan Bubur Sahaja di Majlis Pemuda UMNO? Posted: 14 Aug 2012 12:30 AM PDT
Anak yatim berbuka puasa dengan bubur sahaja? Pemimpin Pemuda UMNO berbuka dengan hidangan yang mewah dan menyelerakan?
Gambar-gambar lain:Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka) Meja untuk VIP (sebelum berbuka) Meja Anak Yatim (Nak berbuka) Meja VIP sewaktu berbuka. | Kredit tertera pada gambar. |
P/s: Persoalannya, adakah benar anak yatim hanya dihidangkan bubur dan air mineral? Jika tidak benar, media UMNO perlu menyiarkan gambar anak-anak yatim ini diberi hidangan yang sama seperti dijamah oleh pemimpin UMNO yang lain. Jika benar dakwaan gambar, tidak tahulah nak kata apa!!!
| Khabar yang Menyesakkan Dada BN: Tiga Lagi Ahli Parlimen Akan Keluar BN Posted: 13 Aug 2012 09:56 PM PDT [KD] BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu.
Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi.
"Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.
"Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily. Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
"Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .
"Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya.
Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.
Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan hari ini.
Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.
Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS.
| Contoh Kebodohan Blogger Mesra UMNO Menyebarkan Fitnah Posted: 13 Aug 2012 08:11 PM PDT
Blog mesra UMNO sedang menyebar cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh paderi gay ke majlis resepsinya baru-baru ini. Untuk menguatkan dakwaan itu, mereka menyiarkan gambar kad jemputan kononnya milik pasangan gay itu yang tertera nama DSAI.
Melalui kad itu, mereka cuba menggambarkan bahawa paderi gay itu menjemput DSAI atas dasar kononnya DSAI menyokong amalan lesbian dan homoseksual di negara ini. Mungkin juga untuk menguatkan dakwaan fitnah kes liwat sebelum ini dan sudah tentu untuk meracun orang Melayu agar tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Macam lahanat.
Cerita majlis resepsi paderi gay itu di sini.
Logiknya, kalau kad itu untuk DSAI, bagaimana kad itu ada pada mereka? Sudah tentulah kad itu ada pada DSAI.
| Penyamun Diserang Sakit Jantung Posted: 13 Aug 2012 07:22 PM PDT
[Bernama] SUNGAI PETANI- Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung selepas menyamun wang tunai RM20,000 daripada seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh secara tiba-tiba dari motosikalnya.
Sebelum itu, suspek dan tiga rakannya yang menaiki dua motosikal mengekori mangsa, Yeoh Ah Seng, 66, dari sebuah bank di Taman Pekan Baru di sini.
Menurut Yeoh, selepas mengeluarkan wang dia yang tidak menyedari diekori, memasukkan duit terbabit dalam kocek seluar dan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal ke Taman Orkid.
Bagaimanapun, katanya semasa tiba di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal cuba memintasnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang meminta dia memberhentikan kenderaan. "Mereka kemudian telah mengoyakkan kocek seluar saya dan merampas duit RM20,000. Dalam keadaan kelam-kabut, saya cuba bergelut dan berjaya melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk menyembunyikan diri," katanya. Yeoh berkata ketika berlindung di dalam kawasan pagar sebuah rumah, dia ternampak seorang suspek terjatuh ke atas jalan raya. "Tiga lagi rakannya cuba menarik dan memanggil tetapi tidak dijawab. Mereka kemudian terus melarikan diri ke arah Sungai Layar," katanya. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda DSP Rickey Tey berkata suspek meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh. Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. | [Video] Kes Anwar Saman Utusan Berkaitan Homoseksual, Baca Transkrip Soal Jawab Peguam dengan Hassan Ali... Posted: 13 Aug 2012 05:40 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.
Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan".
Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:
Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?
Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.
Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk?
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.
Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu?
Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam.
Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam?
Hasan: Ya, tidak ada.
Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?
Hasan: Ya setuju.
Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?
Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya).
Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?
Hasan: Ya!
Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.
Hasan: Saya tak setuju!
Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.
Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.
Hasan: Saya tak pasti.
Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?
Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.
P/s: Itu fitnah di surat khabar. Cuba tonton video Hasan Ali menuduh isteri Azmin Ali tidur dengan lelaki lain di bawah ini. Agak-agaknya, orang jenis apa Si Hasan Ali ini?
| |
SIASAH Posted: 14 Aug 2012 03:33 PM PDT Semua pihak mesti tegas isu lompat parti Posted: 14 Aug 2012 12:28 PM PDT Tindakan keluar parti beberapa nama dikenali dari parti pemerintah mencetuskan sambutan positif daripada Pakatan Rakyat, yang melihatnya sebagai satu kemenangan yang meningkatkan lagi kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.Dalam episod terbaharu, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Lajim Ukin dan Tamrin Abdul Ghafar keluar parti dan menyertai kem PR. Perkembangan ini semakin menunjukkan sikap tidak konsisten parti-parti politik termasuk di pihak PR terhadap tindakan lompat parti. Dalam kes individu seperti Wilfred, Lajim dan Tamrin, kesannya tidak sebesar lompatan ahli politik yang menjadi wakil rakyat, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi sikap yang ditunjukkan pihak pembangkang memperlihatkan pendirian moral yang membimbangkan dalam isu ini. Kedua-dua pihak Barisan Nasional dan PR perlu menunjukkan sikap yang jelas dalam isu moral ini, yang implikasinya setara dengan isu moral seperti rasuah, yang kuat dikecam pemimpin-pemimpin PR sepanjang masa. Kedua-dua pihak BN dan PR jelas bersikap selektif dalam isu lompat parti, dengan logik moral yang diubah dan diselaras sewenang-wenang dalam menangani isu lompat parti. Sikap tidak konsisten kedua-dua pihak telah dicatat dalam sejarah, melalui episod projek 16 September, 2008 yang bermatlamat menumbangkan kerajaan BN di peringkat persekutuan dan kemudian lompatan yang menjatuhkan kerajaan negeri Perak dikuasai DAP, PKR dan PAS. Kedua-dua pihak BN dan PR pernah menunjukkan sokongan kepada penggubalan undang-undang menghalang lompat parti, tetapi mengubah pendirian apabila kepentingan menyebelahi mereka.Banyak pihak bersetuju dengan peraturan melepaskan kerusi sebagai wakil rakyat sekiranya melompat parti, kerana umumnya wakil tersebut dipilih berdasarkan ideologi atau perjuangan parti oleh pengundi di konstituensinya. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini bersuara menuntut undang-undang lompat parti digubal. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan menegaskan, "Kita tidak mahu wakil rakyat mencabul hak rakyat sebagai pemilih.""Jika seseorang wakil rakyat lompat, maka dia perlu dikenakan tindakan gugur jawatan sebagai wakil rakyat, sama ada Parlimen atau Adun," katanya dipetik Harakahdaily. Menurut Mahfuz, isu ini "bukan soal PAS (atau) BN. Ini soal mengkhianati amanah rakyat." Pendirian ini perlu terus ditegaskan dan diusahakan menjadi undang-undang yang dapat mengawal moral dan integriti politik negara kita daripada pengkhianatan amanah. PAS sendiri kini mendesak Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang juga bekas timbalan presiden parti itu agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat ekoran hubungan rapat dengan Umno. Pendirian ini bermakna PAS perlu menunjukkan sikap yang sama konsisten dalam hal melibatkan lompat parti, terutama melibatkan wakil rakyat. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan melibatkan wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah seperti isu kesihatan, contohnya untuk memberi laluan kepada ahli politik lain bertanding di kerusi sama. Isu lompat parti ialah satu isu moral yang besar, melibatkan implikasi luas. Sudah sampai masanya isu moral melibatkan lompat parti tidak hanya dijadikan senjata untuk menyerang lawan. Lompat parti perlu segera ditangani dengan tegas, dihalang daripada menjadi satu ciri politik negara kita.
| Pemuda PAS gesa peranan aktif OIC, Asean tangani minoriti Muslim Posted: 14 Aug 2012 03:53 AM PDT Pemuda PAS melalui lajnah antarabangsanya telah menggerakkan dua kempen bantuan dalam bulan Ramadan ini, melibatkan minoriti Muslim di Thailand dan Burma (Myanmar). Awal Ogos lalu, delegasi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS diketuai pengerusi lajnah yang juga Naib Ketua Pemuda Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim mangsa keganasan di Tak Bai, Narathiwat, di selatan Thailand. Delegasi turut disertai ahli lajnah yang lain antaranya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Fariz Irwan Mustafa dan Dr Rosli Alani Kader. Ekoran perkembangan terkini politik serantau, Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS bakal memberi tumpuan khusus kepada isu minoriti Muslim khususnya di Asia Tenggara yang membentuk Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, Asean. Pemuda PAS bersama wakil pemuda parti Islam serantau baru-baru ini juga telah hadir ke Jakarta, Indonesia menyampaikan memorandum berhubung kekejaman terhadap Muslim Rohingya di Burma, hasil satu ketetapan yang dibuat di Kuala Lumpur Julai lalu. Pemuda PAS mengadakan kempen kutipan bantuan yang boleh disampaikan ke akaun Bank Islam, 14014010026320. Tindakan menyampaikan memorandum itu merupakan sebahagian usaha Pemuda PAS untuk mendesak peranan lebih aktif dan tegas Asean sebagai badan serantau dalam menangani isu kritikal seperti keganasan dan pembersihan etnik di Burma dan Thailand. Pemuda PAS turut meningkatkan usaha mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, agar menjalankan fungsi yang lebih berkesan dalam menangani isu dunia Islam, seperti perang saudara di Syria dan keganasan terhadap etnik Rohingya di Burma yang masih berlangsung. OIC kini sedang mengadakan sidang kemuncak tergempar di Mekah, Arab Saudi, untuk menangani isu semasa umat Muslim. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak kini berada di Mekah menghadiri sidang kemuncak tergempar pertubuhan itu. PAS dan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan menggesa peranan lebih tegas Malaysia dalam menangani isu Rohingya, yang berlaku di sebuah negara anggota Asean, pertubuhan serantau yang Malaysia menjadi sebuah ahli pengasasnya. Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS melihat sidang kemuncak ini, dan pertemuan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, NAM di Iran tidak lama lagi sebagai peluang untuk mencapai persetujuan, membina kerjasama dan meningkatkan tekad politik untuk menangani isu-isu umat dengan lebih berkesan. | |
DIALOG RAKYAT Posted: 14 Aug 2012 03:25 PM PDT - Ibrahim Ali tanya Anwar: Anda Freemason?
- Exco: SPAN, Upen setuju struktur semula bekalan air
- Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim
- Pemimpin GERAKAN perolok kempen 'Stop 114A'
- Politik Impotem Hasan Akidah
- Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
- Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi..
- Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah
- MB: Tiada arahan sekat air
- PAS akan beri ruang kepada artis - Salahuddin
- Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti
- Ribut landa Jengka, persiapan Aidilfitri mangsa terjejas
- Rebat tol PLUS 30% sempena Aidilfitri, Hari Merdeka
- Pemuda PAS Perak diperkenan bebuka di Istana
- JPJ: 38 kes pemandu bas laku pelbagai kesalahan dalam tempoh 2 hari
- 300 sambut Pandelela, kurang meriah banding Chong Wei
- PR runding semula kerusi ambil kira senario Sabah
- Sokong kempen Internet Blackout
- Hudud: Perkasa minta bukan Islam 'diam seketika'
- 3 suspek kes letup Bank Rakyat ditahan, 1 diburu
- PR, Perkasa yakin PRU selepas Tahun Baru Cina
Ibrahim Ali tanya Anwar: Anda Freemason? Posted: 14 Aug 2012 03:32 AM PDT Aidila Razak NGO pro-Melayu PERKASA menuntut ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sekiranya beliau merupakan individu yang disenaraikan sebagai pemegang jawatan dalam Freemason. Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, satu kiriman faks kepadanya minggu lalu menyatakan bahawa seorang lelaki yang namanya sama dengan Anwar merupakan anggota kumpulan Freemason. Ibrahim berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi hanya meminta penjelasan. "Jika ini ialah Anwar Ibrahim lain, Alhamdulilllah," katanya yang berkata, Freemason merupakan pertubuhan yang dikaitkan dengan Zionis. Malaysiakini telah menghubungi Anwar untuk mendapatkan komen dan masih menunggu maklum balas beliau. Seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi berkata perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh penulis blog Umno pada 2008 tetapi ia merupakan kes kesilapan identiti. "Anwar Ibrahim yang disenaraikan itu merupakan seorang lelaki Arab berperut buncit," kata pembantu tersebut. | Exco: SPAN, Upen setuju struktur semula bekalan air Posted: 14 Aug 2012 03:26 AM PDT Zulaikha Zulkifli Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (Upen) mempersetujui rancangan Selangor untuk menstruktur semula bekalan air di negeri itu. Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil daripada program Dialog Air Selangor 2012 di Dewan Sivik Petaling Jaya hari ini. "Upen, SPAN dan orang ramai semuanya bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula hasil daripada dialog ini," katanya. Selain itu, Xavier berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk membuka semula loji rawatan air di Bukit Jelutong sebagai salah satu tindakan mengatasi masalah air di Selangor. Loji berkenaan akan dibuka semula dalam tempoh dua hingga tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas program dialog yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu. Dalam perkembangan sama, Xavier berkata, kerajaan negeri tidak menolak seratus peratus projek pembinaan loji Langat 2 memandangkan sebahagian daripada pembinaannya telahpun dimulakan. ''Banyak kekeliruan yang ada bagi Langat 2. Kita perlu kaji dulu. Tidak menolak sebab terowong telah dibina. "Tetapi apa yang penting ialah kita perlu penstrukturan terlebih dahulu. Kemudian baru kita bincang bagaimana untuk Langat 2," katanya lagi. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua yang turut hadir ke dialog hari ini berkata suruhanjaya itu bersetuju dengan penstrukturan semula bekalan air Selangor, namun mengharapkan agar projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan. Beliau yang ditemui pemberita selepas dialog tersebut, berkata loji rawatan Langat 2 itu penting bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga tahun 2015. "Langat 2 perlu diteruskan. Jika tidak, pada 2015 air akan berkurang. Kita perlu lakukan sesuatu. Industri berharap agar kita dapat bekerja bersama dengan kerajaan negeri untuk pembangunan negara," katanya. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memuktamadkan pengambilalihan syarikat terbabit selewat-lewatnya pada September. Langkah itu demi mempercepatkan proses penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu, kata Khalid. VIDEO | 3.12 min | Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim Posted: 14 Aug 2012 03:23 AM PDT Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin - yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya. Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti . "Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya.
| Pemimpin GERAKAN perolok kempen 'Stop 114A' Posted: 14 Aug 2012 03:21 AM PDT Victor TM Tan Pemimpin Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang hari ini menjalankan kempen dalam talian yang digelar "BlackOutTipu" sebagai serangan ke atas kempen bantahan ke atas pindaan Akta Keterangan – "Stop #114A". Tan dalam kempennya meminta penyokongnya supaya mengesan pemimpin Pakatan yang menulis di Twitter sepanjang tempoh kempen tegah siar berjalan. Tan berbuat demikian kerana menganggap bahawa kempen tegah siar itu bermaksud tidak menggunakan Internet semalam 24 jam. Kempennya itu dimulakan sejurus selepas kempen tegah siar Internet dimulakan tengah malam tadi. "Saya fikir orang Pakatan kata mereka akan tegah siar untuk 24 jam tapi mengapa mereka masih (muncul di paparan Twitter) saya? Ini ibarat cakap lain buat lain. "Rakyat Malaysia gembiar apabila Pakatan kata (ia) akan berada di luar talian... Aman selama 24 jam. Tapi mengapa mereka masih muncul di Twitter?," katanya lagi. Pemerhati media yang menganjurkan kempen tersebut, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menjelaskan bahawa penyokong tidak perlu berada di luar talian tetapi diminta menimbulkan kesedaran awam ke atas isu tersebut. | Politik Impotem Hasan Akidah Posted: 14 Aug 2012 03:18 AM PDT MSOLama tidak dengar cerita mengenai Hasan Akidah alias Hasan Ali. Segar ke dia? Masa saya berada di Makkah baru-baru ini dan minum di restoran Bunga Raya di bangunan berdekatan Hilton saya teringatkan dia. Beberapa tahun lepas di sebuah meja agak tersudut di restoran itu saya nampak beliau sedang minum dan berbual dengan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid mempelawa saya duduk sama tetapi saya tolak untuk memberi peluang kepada mereka berbual panjang termasuk hal-hal kepentingan bangsa dan agama. | Hasan Ali |
"Sila Datuk, Datuk berdua adalah pejuang Melayu dan Islam, usahakan semoga Pas dan Umno boleh berdamai," kata saya sambil berlalu selepas berjabat salam dengan mereka. Saya mengelip di sebatang tiang besar dan melihat mereka selepas itu mengangguk-angguk macam itik jantan dengan itik betina. Kini, apakah khabar Hasan Akidah.. lama tidak tersua. Kali terakhir berjumpa di masjid al Gufrun di Taman Tun Dr Ismail. Itu pun dari jauh kerana semasa saya bercakap sambil berjalan dengan Abdullah Badawi, Hasan tersudut dari belakang setelah saya menjauh Pak Lah baru Hasan mendekatinya. Mungkin dia tidak mahu saya mendengar apa-apa bakal dibualkan dengan Pak Lah. Al maklumlah Sayuti, akan tulis apa saja yang didengarinya. Sebelum puasa sebelum balik kampung ada sepanduk di Lebuh Rayua Cabang 4 Salam simpang untuk ke rumah ibu saya, memberi tahu Hasan Akidah akan berceramah di Rantau Panjang. Sayang saya tidak sempat mengikutinya kerana urusan lain pada malam itu lebih penting dari mendengar ucapan Hasan yang akan mengkririk Pas dan memcabukkan Anwar Ibrahim. Katanya sudah habis daerah di Kelantan dijelajahi Hasan kecuali Gua Musang dan Pengkalan Chepa. Kalau menurut dakwaan dipihak menyokong Hasan dan Ngo Beras Jati, Kelantan akan tumbang dalam pilihan raya akan datang sebab Hasan ajak orang Kelantan supaya tinggalkan Pas dan undi Umno. Membimbangkan juga kata ribuan yang dengar ceramah Hasan? Malam tadi saya berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar. Kebetulan Hasan Akidah juga katanya ada di hotel berkenaan. Dia juga mengadakan majlis berbuka puasa di situ bersama 100 orang yang akidah mereka diselamatkan oleh Hassan dari dipunahkan oleh Kristian. Saya tidak tahu siapa yang membayar bil majlis berbuka puasa itu. Apakah bayaran di buat oleh Jabatan Khas Umno (Jasa) yang terletak di bawah kementerian dipegang Rasi Yatim atau pihak mana? Sebab sebelum ini ada majlis yang dihadiri Hasan Akidah kos majlis dibayar menerusi chek Jasa? Langsung tersebut namanya di situ saya jadi teringat kepada Hasan. Kebetulan pengarang Sinar Online, Dr G Manimaran duduk disebelah saya. Manimaran yang juga dijemput untuk berbuka puasa dengan Mahfuz terlewat tiba kerana mengikuti kenyatan akhbara dari Hasan. Saya tidak tanya apa yang dinyatakan Hasan kerana saya pasti Manimaran akan melaporkan dalam portal beritanya. Ternyata benar ada laporan. Manimaran seorang wartawan yang bukan saja rajin tetapi cekap menangkap berita. Kelebihan yang ada kepada bekas editor Malaysia Indsider ini menyebabkan saya memburunya kerana kecepatannya melaporkan berita. Beliau tidak menangguh dan inilah menjadikan apa-a badan dikepalai Manimaran cepat menjadi popular dan hit bertambah. Dalam laporan itu seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hdudu dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru. Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu? Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib. Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri.Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamnatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas. Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib. Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapiunya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecapat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu. Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya. Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas. Terlanjur bercakap fasal Hsan Akiah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkak. Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudus itu Pas punya fasal. Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan. Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya. Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si sumia impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula. Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu? | Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan Posted: 14 Aug 2012 03:15 AM PDT Setiap rakyat Malaysia yang mengimpikan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil semestinya menyokong penuh penganjuran Janji Bersih yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ambang Merdeka ini. Pertemuan aman berbaju kuning ini merupakan satu lagi acara solidariti rakyat Malaysia untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan menunaikan janji membersihkan sistem pilihanraya. Penganjuran Janji Bersih di ambang merdeka ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sambutan kemerdekaan kerana Hari Kemerdekaan adalah milik setiap rakyat Malaysia. Oleh itu terpulang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjiwai sambutan kemerdekaan sama ada ingin berbaju kuning, biru, hijau mahupun merah. Apa yang penting ialah sambutan kemerdekaan mestilah penuh etika dan tidak melanggari batas tatasusila yang sudah sebati dengan budaya rakyat Malaysia.
Melihat kepada lemahnya komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pilihanraya, adalah wajar untuk rakyat meneruskan desakan secara konsisten. Oleh itu pertemuan kuning malam ambang Merdeka ini sangat bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat persekutuan iaitu Janji Ditepati. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan laungan transformasi dan perlaksanaan beberapa inisiatif seperti TR1MA dan BR1MA, sedangkan masalah pokok yang lebih penting untuk masa depan demokrasi masih tidak diselesaikan.
Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada permasalahan yang lebih utama iaitu melaksanakan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Pilihanraya merupakan hak hakiki setiap rakyat yang perlu dijaga dan dihormati. Membiarkan pilihanraya berlangsung dengan penuh kecelaruan merupakan pengkhianatan yang serius terhadap hak rakyat.
Pilihanraya yang tidak bersih seolah-olah menutup peluang rakyat untuk memilih kepimpinan Negara secara adil setelah mereka membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan sedia ada. Sekiranya Kerajaan benar-benar menjunjung prinsip rakyat diutamakan, Kerajaan seharusnya jujur dalam menyediakan ruang demokrasi yang adil untuk rakyat memilih pemimpin. Pilihanraya yang bersih dan adil juga akan menjadi satu evaluasi yang telus untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap segala usaha yang telah kerajaan lakukan.
Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menyemarakkan usaha menyuburkan demokrasi, maka sudah pasti semangat demokrasi dalam kalangan rakyat juga akan menjadi suram. Alexander Woollcott seorang tokoh sejarah Amarika pernah membuat satu kenyataan yang disiarkan dalam New York Megazine yang mengatakan demokrasi hanya akan berfungsi, sekiranya manusia menggunakannya dengan baik. Oleh itu apabila pilihanraya dibiarkan tercemar, maka tidak hairan sekiranya rakyat memilih jalan raya sebagai alternatif demokrasi yang lain.
Setelah 55 tahun merdeka, adalah tidak wajar untuk kerajaan Malaysia terus membiarkan sistem pilihanraya berjalan dalam keadaan yang cukup meragukan. Lebih parah apabila pilihanraya ini dibiarkan kotor dalam keadaan cabang-cabang demokrasi yang lain juga masih tidak hormati seperti sekatan terhadap kebebasan media, limitasi terhadap hak berhimpun dan masih ada tahanan tanpa bicara yang belum dibebaskan.
Jika kerajaan ingin sambutan 55 tahun kemerdekaan menjadi lebih bermakna, maka Kerajaan perlu bersedia untuk membuat perubahan besar dalam arena demokrasi Malaysia. Mengulangi cerita yang sama pada setiap 31 Ogos hanya menimbulkan rasa bangga pada sejarah, tetapi tidak memberi sebarang makna sekiranya Negara dibiarkan berada dalam keadaan demokrasi lapuk.
Adalah amat dirisaukan sekiranya kerajaan membiarkan Negara terlalu lama berada dalam keadaan demokrasi usang, rakyat mungkin akan hilang percaya pada pilihanraya. Akhirnya rakyat terpaksa memilih jalan-jalan demokrasi yang lain seperti mana yang digunakan oleh rakyat mesir dalam menumbangkan regim diktator Hosni Mubarak.
Oleh itu keberadaan lapisan rakyat berbaju kuning pada malam ambang merdeka diharap dapat mengingatkan pihak kerajaan agar segera mengambil inisiatif untuk memulihkan keadaan demokrasi Malaysia. Hal ini perlu dimulakan dengan melaksanakan tuntutan BERSIH agar kepercayaan rakyat terhadap pilihanraya dapat dipulihkan.
Sekian
Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga merupakan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.
| Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi.. Posted: 14 Aug 2012 03:08 AM PDT MSO Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Chik berkata pencapaian kontijen negara di sukan olimpik London 2012 terbaik dan luar biasa walaupun kontijen negara mendapat dua pingat perak. Kejayaan itu katanya perlu dibangga. Iyalah kalau tidak kata begitu hendak kata apa lagi. Shabery tidak boleh mengatakan pencapaian negara terburuk dan jauh dari mencapai sasaran (MSN) kerana dia adalah menteri bertanggungjawab membangun sukan negara. Dan kalaulah MSN hanya mensasarkan hanya dua pingat dalam sukan terbesar dunia itu ini bermakna hati MSN sebesar kuman. Tidak sepatutnya MSN meletak sasaran sebesar itu sedangkan negara sudah merdeka 54 tahun dan pemimpin kerajaan pula berbueh mulut mengatakan Malaysia mencapi taraf negara maju. Maju apa kalau hanya dua butir pingat warna kelabu? Walaupun sebelum ini kontijen negara pernah mendapat dua pingat perak pada olimpik di Atlanta 1996 tetapi pencapain tahun ini dalam dua acara berbeza. Itu sajalah yang Shabery dapat perkatakan untuk mengelakkan beliau dituduh sebagai gagal memajukan sukan negara. Mendengar kata-kata dan alasan Shabery itu teringat saya kepada kata-kata jurulatih pasukan bola kebangsaan K Raja Gobal. Gobal setiap kali pasukan negara tewas akan mengeluarkan alasan klisenya dengan macam-macam helah. Beliau tidak sama sekali mengakui kelemahannya sebagai jurulatih kerana kalau beliau mengaku pasti beliau kena lepas jawatan. Kalau lepas jawatan bermakna akan kehilangan pendapatan puluhan ribu. Begitu juga dengan Shabery sama sekali tidak akan mengakui kelemahan dan akan mencari dua tiga juta helah untuk tidak mengakui kelemahannya seterusnya menyelamatkannya sebagai menteri. Shabery juga tidak mahu kehilangan pendapatan sebagai menteri. Di sini baik Shabery maupun Gobal lebih melihat kedudukan dirinya dari masa depan sukan. Bagaimana pun cara Shabery mempertahankan dirinya itu dengan memuji sendiri kononnya pencapaian olimpik kali ini terbaik dan luar biasa tidak akan menjamin kedudukannya selamat di Kemaman. Sukan olimpik tidak ada kena mengena dengan prestasi Shabery sebagai wakil rakyat di Kemaman. Sudah lama kedengaran berbagai protes di kalangan Umno Kemaman terhadap Shabery. Berbagai runggutan terhadapnya juga kedengaran bertujuan menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat. Shabery dikatakan sukar untuk ditemui rakyat dan kalau balik ke Kemaman asyik menghayung kayu golf saja. Seorang bekas pengerusi tetap Umno Kemaman pernah memberi tahu saya kedudukan Shabery di Kemaman tidak selamat. "Kalau Umno nak hilang kerusi... cubalah letak Shabery sekali lagi di disitu," kata bekas pengerusi berkenaan memberi amaran | Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah Posted: 14 Aug 2012 03:06 AM PDT MASTURAH SURADI Jahrah, 58 bersama cucunya, Mohd Noramal Norhisham,5 menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat ribut petang kelmarin. KOTA TINGGI - Hujan lebat dan ribut yang melanda dua Felda di sini sekitar jam 4 petang kelmarin menyebabkan hampir 100 rumah penduduk rosak biarpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam kejadian itu, 60 rumah terjejas termasuk lima rumah di Felda Penggeli Timur mengalami kerosakan teruk selain turut melibatkan masjid, pejabat Felda, kedai dan sekolah agama. Manakala di Felda Sungai Sibol, sebanyak 36 rumah terjejas termasuk lima rumah rosak teruk. Turut terjejas sekolah kebangsaan, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan balai raya. Pokok tumbang timpa rumah Dalam kejadian di Felda Sungai Sibol, seorang penduduk cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi sebagai pesakit luar. Penduduk, Jahrah Sujak, 58, berkata, rumahnya mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian dapur, bilik air dan garaj akibat dihempap tiga pokok dalam kejadian itu. Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama anak bongsunya Noratiqah Aisyah, 22, dan suami Suliman Kasim, 61, berada di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka. "Ketika itu hujan sangat lebat berserta kilat dan guruh, tiba-tiba saya terdengar bunyi pokok seperti hendak tumbang di luar. Saya yang merasa tidak sedap hati segera mengajak suami dan anak ke hadapan. "Kemudian tidak sampai dua minit kami meninggalkan kawasan dapur, kedengaran bunyi yang kuat menghempap bumbung bahagian belakang rumah dan dapur kami. "Syukurlah Tuhan menggerakkan hati saya dan kami sempat beralih dari dapur, jika tidak, tak tahu apa yang bakal berlaku," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Felda Penggeli Timur, semalam. Katanya, juadah berbuka yang telah siap dimasak juga musnah manakala suaminya yang mempunyai penyakit darah tinggi turut demam kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku. Seperti hujan batu Bagi Kassim Mat, 70, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di kampung tersebut sepanjang 35 tahun dia menetap di Felda Penggeli Timur. "Sebelum ini tidak pernah pula berlaku ribut sehingga menjejaskan rumah penduduk. Malah hujan lebat yang turun juga seperti hujan batu. "Akibat hujan itu, rumah saya juga banjir dinaiki air," katanya. Sementara itu, Pengurus Felda Penggeli Timur, Mohd Maharol Adimi berkata, diharapkan penduduk terlibat dapat bersabar untuk menerima bantuan yang akan diberikan. Bagi Ketua Kampung Felda Sungai Sibol, Hakim Abd Rahman berkata, pihaknya telah memulakan kerja-kerja penilaian dan bantuan segera kepada penduduk terlibat akan disalurkan secepat mungkin. | MB: Tiada arahan sekat air Posted: 14 Aug 2012 03:01 AM PDT AHMAD NORMAN ABU TALIB Abdul Khalid menyedarkan risalah keselamatan jalan raya kepada salah seorang pengguna Lebuhraya Guthrie selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari R SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Barisan Nasional (BN) kononnya pengurusan atasan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengarahkan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) untuk mengurangkan pengeluaran air terawat di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan meminta pihak terbabit untuk menghentikan tindakan seperti itu. "Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhamed Khusrin Munawi mengadakan perjumpaan setiap hari dan tiada berlaku perkara seperti itu. "Bulan puasa ini lebih baik kita tidak buat fitnah supaya kita tidak mendapat banyak dosa," katanya sinis pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2012 peringkat negeri di Plaza Tol Bukit Jelutong Lebuh Raya Guthrie, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa arahan itu dibuat melalui sepucuk surat pada 2011 oleh pengurusan atasan KDEB mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan dari 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari. Mohd Zin mendakwa tindakan itu menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abass mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Mohd Zin turut mempersoalkan tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri terlibat bantahan isu air di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Kajang baru-baru ini. | PAS akan beri ruang kepada artis - Salahuddin Posted: 14 Aug 2012 02:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 30 artis menyertai usrah bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Wangsa Maju semalam. Majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Azhar Idrus, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Majlis bermula jam 6 petang dengan diskusi ringan pemimpin PAS, Ustaz Azhar bersama artis-artis. Nasrudin yang ditemui Harakahdaily berkata majlis itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan para artis sambil mendapatkan pandangan dan menyatakan harapan mereka kepada PAS. "Ia juga untuk membuka ruang kepada para artis untuk bertanyakan soalan kepada pemimpin PAS," katanya. Dalam majlis itu, Salahuddin mengakui sehingga kini PAS masih tidak mempunyai dokumen bertulis mengenai dasar hiburan seperti yang telah dibuat pada konsep Negara Berkebajikan. "PAS masih baru dalam bidang ini. Yang ada cuma contoh di Kelantan yang kita dah memimpin selama 20 tahun, di Kedah kita masih baru," kata beliau semasa menjawab soalan seorang peserta yang mempersoalkan mengapa PAS seolah-olah mempunyai dasar hiburan yang berbeza di Kedah dan Kelantan. (Antara artis wanita yang hadir.) Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata PAS akan menerbitkan dasar hiburannya tersendiri dalam masa terdekat. "Jaminan saya PAS akan beri ruang yang secukupnya kepada artis-artis bergerak dan zero-in pada bidang-bidang khas untuk artis menggunakan kemahiran mereka," kata beliau. Sementara itu, Harakahdaily juga sempat meninjau keadaan kesihatan saudara Bob Lokman yang menjalani angioplasti baru-baru ini. "Satu saluran sumbat sedikit… Alhamdulilah sihat. Doktor masih perlu check, minggu depan check paru-paru pula," katanya. Selepas berbuka, Nasrudin mengadakan usrah bersama exco DPPM manakala Tuan Ibrahim pula menyampaikan kuliah dan bertarawih bersama artis-artis. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus. | Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti Posted: 14 Aug 2012 02:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Menurut penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar, tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim kelmarin tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu. Berikut ialah tulisan beliau di dalam blog http://www.msomelayu.blogspot.com/ Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib. Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadaan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan. Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Apdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah. Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya. | Ribut landa Jengka, persiapan Aidilfitri mangsa terjejas Posted: 14 Aug 2012 02:47 AM PDT NORHAFIZAN ZULKIFLI Roslan menunjukkan bumbung rumahnya yang rosak. Kedai Mohamed Ramli antara yang paling teruk terjejas. JENGKA - Dalam tempoh tak sampai seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, 27 keluarga dan sebuah kedai makan di Jengka 12 dan Jengka 21 mendapat dugaan menjelang hari lebaran itu apabila rumah mereka rosak akibat dilanda ribut, semalam. Lebih memilukan apabila sebahagian daripada mereka sudah berhabisan wang ringgit membuat persiapan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, Ahad ini. Kejadian ini merupakan insiden paling teruk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Difahamkan sebanyak 16 rumah di Jengka 12 rosak dan 11 rumah kediaman di Jengka 21 turut mengalami nasib sama. Salah seorang mangsa di Jengka 12 terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila keseluruhan atap tingkat atas rumahnya diterbangkan ribut. Tidak hanya atap, malah hujan lebat malam semalam menyebabkan keseluruhan barangan tingkat atas rumah kedai tersebut dibasahi air. Pemilik rumah terbabit, Mariam Ibrahim, 59, tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa dirinya lebih-lebih lagi di saat orang lain sedang sibuk melakukan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. "Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi saya. Lebih menyedihkan, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah seminggu yang lalu. "Tidak habis lagi kepenatan pulang dari mengerjakan umrah, kini saya diduga pula dengan ujian sebegini," katanya. Reda dengan ketentuan Tuhan, Mariam bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dari kejadian ribut terbabit. "Ketika ribut itu berlaku, saya dan anak-anak berada di Temerloh kerana membeli barangan kelengkapan menyambut Aidilfitri. "Sekitar jam 7.15 malam semalam, saya dihubungi jiran yang mengatakan atap rumah saya habis diterbangkan ribut," katanya. Hanya sekali tiup Menceritakan detik ribut tersebut, seorang pemilik kedai makan yang musnah 80 peratus dalam kejadian ribut itu, Mohamed Ramli Jamil, 45, berkata, angin ribut terbabit cuma datang sekali, namun cukup untuk menerbangkan keseluruhan atap kedainya. "Ketika kejadian, saya sedang menyiapkan moreh untuk diagihkan di masjid selepas Terawih. "Pada asalnya, ia cumalah ribut biasa berserta hujan. Selepas hujan dan ribut tersebut berhenti dan tiba-tiba datang satu angin kuat seperti berpusing menerbangkan atap kedai saya sejauh 50 meter," katanya. Dia menganggarkan kerugian sekitar RM5,000 dan ketika kejadian itu juga, terdapat wayar elektrik yang putus di rumahnya. "Bimbang terkena renjatan, saya, isteri dan anak perempuan saya berlari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri. Seorang lagi penduduk yang rumahnya turut terjejas dalam kejadian terbabit, Roslan Mohd Junadin, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku sepantas kilat ketika mereka sedang bersiap untuk berbuka. "Ia berlaku terlalu pantas sehinggakan kami tidak sempat menyelamatkan barangan kami. Secara tiba-tiba atap rumah kami terbang lalu merosakkan segala barang yang ada," katanya. Selesaikan Aidilfitri Sebaik sahaja mendengar berita berkaitan kejadian ribut terbabit, pihak Felda terus turun padang melawat mangsa kejadian. Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, sebanyak 16 rumah yang telah dikenal pasti dan wang bantuan bencana sebanyak RM300 telah dihulurkan kepada mangsa. "Selain menghulurkan bantuan berupa wang, kami juga telah memanggil kontraktor untuk membaiki rumah mangsa yang terlibat dengan kadar segera. "Pada hari ini (semalam) kerja-kerja pembaikan telah bermula dan kita harap pembaikan ini dapat disiapkan segera sebelum menjelang Aidilfitri," katanya. Tambahnya lagi, kejadian ribut terbabit merupakan takdir yang ditentukan Ilahi, justeru tidak kira peneroka mahupun generasi kedua, bantuan tetap akan dihulurkan. Hadir sama melawat mangsa kejadian ialah Penghulu Mukim Chenor, Khairul Amin Othman. Khairul Amin yang memberitahu, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Pungutan Zakat bagi membantu meringankan beban mangsa bencana terbabit. | Rebat tol PLUS 30% sempena Aidilfitri, Hari Merdeka Posted: 14 Aug 2012 02:45 AM PDT SINAR HARIAN PLUS Expressways Bhd (PLUS) KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini. "Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS. "Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Noorizah berkata pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak. Katanya rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Okt hingga 31 Dis ini. "Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari. "PLUS menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik bagi mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat," katanya. Noorizah berkata rebat tol tersebut bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang. - Bernama | Pemuda PAS Perak diperkenan bebuka di Istana Posted: 14 Aug 2012 02:43 AM PDT KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak semalam diperkenan hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan bersama 10 yang lain dibarisi oleh pimpinan Pemuda dan barisan Exco. Turut bersama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat dan warga media, jemputan khas dan pimpinan Kerajaan Negeri. Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh. | JPJ: 38 kes pemandu bas laku pelbagai kesalahan dalam tempoh 2 hari Posted: 14 Aug 2012 02:42 AM PDT SINAR HARIAN SEREMBAN - Dalam tempoh dua hari sejak operasi khas sempena musim perayaan dilaksana pada Ahad, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 38 kes pemandu bas ekspres melakukan pelbagai kesalahan. Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata pihaknya mengeluarkan saman kepada pemandu bas terbabit, sama ada melibatkan kesalahan teknikal mahupun kesalahan pemandu sendiri. Selain itu, langkah penyamaran yang dilaksana JPJ ternyata berkesan dalam mendisiplinkan pemandu bas ekspres, apabila mereka dilihat lebih berhati-hati ketika memandu, katanya kepada pemberita selepas operasi khas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini malam tadi. Katanya pegawai JPJ yang menyamar sebagai penumpang akan mengeluarkan saman kepada pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan, sebaik sahaja bas tiba di destinasi. "Selain itu, pegawai kita juga membuat pemeriksaan terhadap keadaan bas seperti brek, tayar dan sebagainya di depoh dan terminal bas. Selepas membuat pemeriksaan, pegawai kita akan mengeluarkan sijil pengesahan yang menyatakan bas berkenaan layak atau tidak untuk membuat perjalanan jauh dan jika layak barulah kita benarkan bas keluar daripada depoh untuk meneruskan perjalanan," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata operasi JPJ kali ini akan bertumpu kepada penunggang dan pembonceng motosikal memandangkan kenderaan jenis itu penyumbang terbesar kemalangan maut. Sebahagian besar kemalangan motosikal ini pula membabitkan golongan remaja dan ramai daripada mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya termasuk tidak ada lesen memandu, tidak ada cukai jalan selain mengubah suai kenderaan, katanya. Pada operasi malam tadi, sebanyak 52 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta dan 112 kepada pemilik motosikal yang didapati tidak mematuhi undang-undang jalan raya.- Bernama | 300 sambut Pandelela, kurang meriah banding Chong Wei Posted: 14 Aug 2012 02:41 AM PDT Noor Hafiza Che Abdullah dan Siti Fatimah Muhammad Ali Pandelela Rinong bersama krew Malaysian Airlines ketika berlepas dari Heathrow menerusi pesawat terkini A380 semalam. Dia tiba di KLIA pagi ini. – Foto ihsan MAS Sebahagian peminat yang menanti ketibaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini. [DIKEMAS KINI] SEPANG - Perenang negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa dalam 10m Platform Wanita dalam Sukan Olimpik London baru-baru ini tiba di tanah air pagi ini tetapi sambutan bagi beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tidak semeriah ketika ketibaan Datuk Lee Chong Wei. Menurut tinjaun Sinar harian Online, kira-kira dalam 300 sahaja peminat yang berada di ruang balai ketibaan KLIA berbanding sambutan yang diberi kepada jaguh badminton minggu lepas. Pada masa yang sama, meskipun sambutan yang diberikan tidak semeriah dan gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, Pandelela tetap menerima pujian dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila menjadi wanita pertama menyumbangkan pingat dalam sukan berprestij itu. Ruang balai ketibaan KLIA tetap dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk antaranya 'Selamat Pulang wira negara, tahniah Pendelela, 'Tahniah Pandelela for winning bronze medal in 10m platform' dan ' We are know for our LAH slang now, are well-known for Pandelela-LAH'. Suasana di balai ketibaan itu tetap riuh apabila berita pesawat Malaysia Airlines MH003, iaitu pesawat terkini A380, yang membawa Pandelela dari London diumumkan sudah mendarat kira-kira 7.54 pagi. Sebaik sahaja Pandelela melangkah ke balai ketibaan dua jam kemudian, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh'. Salah seorang peminat yang tiba di KLIA pada jam 6.45 pagi, Noor Fishah, 24 berkata, dia begitu teruja untuk menyambut ratu terjun itu. "Saya tumpang berbangga dengan kejayaan Pandelela lebih-lebih lagi menjadi wanita pertama meraih pingat di Olimpik. Dia membuktikan wanita mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa. "Bagi saya, Pandelela seorang atlet yang mampu menyerlah pada masa akan datang," katanya. Atlet muda dari Sarawak ini mencipta sejarah apabila berjaya mengumpul 359.20 mata untuk meraih pingat gangsa, sekaligus menjadi atlet wanita pertama Malaysia merangkul pingat Olimpik. Gangsa beliau merupakan pingat pertama bagi kontingen Malaysia untuk acara terjun sejak penyertaan pertama negara di sukan itu iaitu di Olimpik Melbourne 1956. Pandelela turut bertemu dengan kumpulan media di balai ketibaan sambil mengalungkan pingat perak Olimpik yang dimenanginya untuk sesi bergambar media disambut sorakan gembira peminat. Terdahulu, ketibaan Pandelela dan atlet terjun yang lain serta Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik London Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Dalam pada itu, Bernama melaporkan ratu terjun negara itu tersenyum lebar sebaik sahaja terpandang wajah kedua-dua ibu bapanya. Pamg Joheng dan Hartini Lamim diterbangkan khas dari Kuching oleh MAS untuk menyambut ketibaan anak gadis mereka yang berusia 19 tahun di KLIA. Namun di sebalik kejayaan itu, Pandelela tetap tidak lupa diri apabila beliau berkata: "Walaupun saya berjaya meraih pingat di Sukan Olimpik, saya akan tetap merendah diri sampai bila-bila." "Saya ucap terima kasih kepada semua yang ada di sini hari ini. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong termasuk ahli keluarga," kata Pandelela. Ketika dalam penerbangan, anak kapal pesawat tersebut sempat bergambar bersama Pandelela yang menggayakan pingat gangsa kemenangannya. MAS dalam satu kenyataan berkata sebagai menghargai pencapaian cemerlang Pandelela, atlet negara itu diberi keistimewaan menikmati layanan mesra anak kapal MAS di dalam kabin Kelas Perniagaan. Pandelela berkata, pengalaman beraksi di London memberi peluang kepadanya bersaing dengan penerjun terbaik dunia. Beliau berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia, Institut Sukan Negara dan MSN kerana membantu beliau dari segi persiapan menghadapi Sukan Olimpik. Katanya, beliau akan berehat dua minggu dan menghabiskan masa cuti itu untuk bersama keluarga. Ahmad Shabery berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bertemu Pandelela pada Jumaat ini selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam di Makkah. | PR runding semula kerusi ambil kira senario Sabah Posted: 14 Aug 2012 02:35 AM PDT G MANIMARAN Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan berunding semula soal pembahagian kerusi di Sabah susulan perkembangan politik di negeri itu sejak dua minggu lalu. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sementara perundingan asal antara DAP, Pas dan PKR belum selesai, perkembangan terbaru memerlukan PR meneliti semula soal pembahagian kerusi. "Kami akan berunding semula dengan mengambil kira apa yang berlaku di Sabah. Kami kena bertolak ansur dalam soal ini kerana perlu memberi ruang mereka yang akan bersama dengan kami di Sabah," kata beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pengurangan kerusi yang bakal ditandingi rakan-rakan komponen PR. Berdasarkan laporan media sebelum ini, PR dipercayai akan mengekalkan formula pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-12. "Kemungkinan pengurangan kerusi kami tandingi ada, juga kemungkinan pertukaran kerusi di antara parti komponen PR sendiri. "Ini semua akan kami bincang dalam waktu terdekat. Saya yakin boleh diselesaikan, saya percaya parti-parti komponen akan bertolak ansur," kata beliau yang turut merujuk kepada perbincangan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin Sabah kelmarin. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ditanya soal perundingan PR berkenaan dengan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sabah menyediakan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Empat tahun lalu, DAP bertanding di lima kerusi Parlimen dan PKR di 21 kawasan. Pas tidak meletakkan calon. Di peringkat Dun, Pas tanding di dua kerusi, DAP (10) manakala PKR pula 55. Ahad lalu, Senator Datuk Maijol Mahap dilaporkan telah mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN), menjadi pemimpin ketiga negeri itu berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai sebulan. Mahap, Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko). Sebelum itu, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, mengisytiharkan peletakan jawatan. Turut keluar ialah pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga timbalan menteri pusat. Selain perkembangan itu, kata Mahfuz, perbincangan juga akan mengambil kira sokongan Parti Maju Sabah (Sapp) dan parti-parti politik lain. Sapp telah keluar BN akhir 2008. "Dalam soal pembahagian kerusi, kita juga kena mengambil kira kedudukan Tuaran (Bumburing) dan Beaufort (Lajim)... mereka ada sokongan, kita perlu mempertimbangkan perkara ini," katanya lagi. | Sokong kempen Internet Blackout Posted: 14 Aug 2012 02:31 AM PDT (Kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A) KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen "Hari Internet Blackout" yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012. Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan 'pop up' kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini. Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini. Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok. Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini. Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain. Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit. Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu. Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap "Hari Internet Blackout". "Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam. Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut. "Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi. "Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi. | Hudud: Perkasa minta bukan Islam 'diam seketika' Posted: 14 Aug 2012 02:22 AM PDT Jamilah Hamzah KUALA LUMPUR - Perkasa menasihatkan bukan Islam tidak mencampuri hal berkaitan Islam terutamanya isu hudud yang dicadangkan oleh Pas dan beberapa pemimpin Umno. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Islam jangan mempersoalkan hudud kerana setiap yang akan dilakukan akan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Menurutnya, Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat berhak membuat keputusan atas sesuatu perkara yang akan dilakukan dalam negara termasuk perkara-perkara yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan. "Kita minta, orang bukan Islam yang lantang berbicara mengenai hukum hudud ini supaya berdiam seketika untuk mencari jalan penyelesaian dan cara terbaik untuk mendapat penjelasan mengenai isu ini. "Hudud bukan undang-undang yang zalim tapi ia sesuai untuk semua, masyarakat bukan Islam tak perlu merasa tergugat," katanya kepada sidang media di pejabatnya dekat sini hari ini. Sebelum ini, isu hudud telah dicadangkan oleh pemimpin Pas untuk dilaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya walaupun Pakatan Rakyat yang lain tidak bersetuju dalam pelaksanaan itu. Lebih sebulan lalu, wakil rakyat Umno dari Johor juga menyuarakan hasrat agar diadakan undang-undang hudud di negeri itu. Pelbagai reaksi telah timbul ekoran isu hudud diperbangkitkan oleh semua parti politik negara. Dalam pada itu, Ibrahim berkata, orang Islam tidak seharusnya berlembut hati dan bertolak ansur sekiranya hukum-hukum ALLAH dipermainkan oleh kaum beragama lain. "Kita boleh bertolak ansur untuk isu lain, tapi hukum ALLAH dan hal yang bersangkut dengan agama Islam jangan biarkan orang lain permainkannya. "Jangan kita berpakat dengan orang seperti itu, kerana yang akan menang adalah orang lain," katanya lagi. | 3 suspek kes letup Bank Rakyat ditahan, 1 diburu Posted: 14 Aug 2012 02:21 AM PDT ROSALWANI CHE SOH Cawangan Bank Rakyat di Masjid Tanah rosak teruk ekoran kejadian letupan untuk melarikan mesin ATM. [DIKEMAS KINI] ALOR GAJAH - Tiga suspek ditahan oleh polis berhubung kejadian ledakan bom di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah, Melaka kelmarin. Sumber berkata, tiga suspek lelaki berusia 24 dan 30-an yang baru beberapa tahun bertugas di negeri ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan. Difahamkan, suspek pertama ditahan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam. "Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada suspek pertama, dua suspek lagi berjaya dikesan sebelum ditahan di tempat berlainan dalam kawasan mereka bertugas beberapa jam kemudian. "Maklumat tambahan yang diperoleh mendapati terdapat seorang lagi suspek dipercayai masih bebas dan balik bercuti akan ditangkap dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka. Dalam pada itu seorang suspek kes ditahan oleh polis Kelantan di Pasir Puteh awal hari ini. Lelaki berusia 25 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai kakitangan awam, berjaya diberkas kira-kira jam 2.45 pagi semasa berada di rumahnya di Kampung Merkang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek akan diserahkan kepada polis Melaka untuk tindakan selanjutnya. "Dipercayai lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan, bekerja berhampiran kawasan bank itu," katanya. Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas cuba meletupkannya. Dipetik media kelmarin, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM). Letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu. | PR, Perkasa yakin PRU selepas Tahun Baru Cina Posted: 14 Aug 2012 02:19 AM PDT G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH Menjelang PRU 13 [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) dan Perkasa yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi sebutan arena politik tempatan sejak lebih setahun lalu, hanya akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina awal tahun depan. Sambil mengakui tidak terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disiarkan oleh Sinar Harian Online petang semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, mengambil kira persekitaran semasa, 'tingkap' yang sesuai dan terbaik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah awal tahun depan. "Saya percaya Datuk Seri Najib hanya akan bubar selepas sambutan Tahun Baru Cina. Apa yang pasti, pilihan raya selepas hari raya… iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, bermakna awal tahun depan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam. "Saya tidak terkejut langsung dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan. Mustahil PRU13 akan diadakan September atau Oktober sebab masa tidak sesuai kerana ramai akan pergi untuk menunaikan haji... itu jelas. "Kemudian September, Oktober dan November juga bulan peperiksaan. Kira-kira 400,000 pelajar terlibat dalam peperiksaan SPM, dan dicampur dengan ibu bapa, jumlahnya 800,000 orang, selain 10,000 guru menjadi pengawas dan penyelia peperiksaan," kata beliau. Pembabitan ibu bapa dan guru dalam peperiksaan, katanya, sudah perlu dan pasti akan diambil kira oleh Najib. Sebahagian guru juga dilantik sebagai pekerja pilihan raya. Parlimen September-November akan bermula 24 September manakala Bajet 2013 akan diumumkan pada 28 September. "Oleh itu, saya yakin ia akan diadakan tahun depan. Melainkan jika BN terdesak untuk membubarkan beberapa hari selepas 1 Syawal," katanya dengan merujuk kepada perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini. Tengku Adnan berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam. "Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan. "(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno. Dalam pada itu, pada satu sidang media di ibu negara tengah hari tadi, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya meramalkan PRU13 akan diadakan pada Februari depan dan yakin bahawa BN memperolehi kerusi majoriti. Ibrahim berkata, BN bakal mentadbir Kerajaan Pusat sekali lagi dengan memperolehi 136 kerusi manakala 20 kerusi lagi masih dalam keadaan samar dalam PRU13. Menurutnya, empat negeri PR bakal mengalami perubahan terutamnya di Kedah, diramal dimenangi BN kerana majoriti rakyatnya telah berubah ke parti itu setelah beberapa kajian lisan dijalankan. "Kita yakin BN akan menang dengan majoriti kerusi yang bakal dipegang 136 dan 20 lagi masih mempunyai harapan kearah itu. "Kita ramal PRU13 bakal diadakan pada Februari tahun hadapan dan negeri PR akan berubah kerajaannya terutama di Kedah manakala Selangor dan Kelantan dalam keadaan 50-50 serta Pulau Pinang agak susah BN mahu rampas kembali," katanya. Justeru itu, Ibrahim menjalankan tinjaun seluruh daerah dalam tempoh dua bulan bagi meramalkan kedudukan parti politik negara yang bakal perolehi kemenangan pada PRU kali ini. "Kalau sebelum ini, ramai yang mengatakan BN makin lumpuh, PR semakin kuat tapi itu semua berdasarkan penggunaan media baru seperti Internet atau online. "Tapi selepas kita buat kajian, ramai masyarakat di luar sana telah memilih BN untuk diundi pada pilihan raya kali ini," katanya lagi. Beliau berkata, kaum India dan Cina kelas atasan akan kembali memilih BN dalam PRU kali ini. | |
Biaqpila Posted: 14 Aug 2012 03:21 PM PDT Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan Posted: 14 Aug 2012 05:00 AM PDT Syukri Razab, Setiap rakyat Malaysia yang mengimpikan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil semestinya menyokong penuh penganjuran Janji Bersih yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ambang Merdeka ini. Pertemuan aman berbaju kuning ini merupakan satu lagi acara solidariti rakyat Malaysia untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan menunaikan janji membersihkan sistem pilihanraya. Penganjuran Janji Bersih di ambang merdeka ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sambutan kemerdekaan kerana Hari Kemerdekaan adalah milik setiap rakyat Malaysia. Oleh itu terpulang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjiwai sambutan kemerdekaan sama ada ingin berbaju kuning, biru, hijau mahupun merah. Apa yang penting ialah sambutan kemerdekaan mestilah penuh etika dan tidak melanggari batas tatasusila yang sudah sebati dengan budaya rakyat Malaysia. Melihat kepada lemahnya komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pilihanraya, adalah wajar untuk rakyat meneruskan desakan secara konsisten. Oleh itu pertemuan kuning malam ambang Merdeka ini sangat bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat persekutuan iaitu Janji Ditepati. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan laungan transformasi dan perlaksanaan beberapa inisiatif seperti TR1MA dan BR1MA, sedangkan masalah pokok yang lebih penting untuk masa depan demokrasi masih tidak diselesaikan. Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada permasalahan yang lebih utama iaitu melaksanakan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Pilihanraya merupakan hak hakiki setiap rakyat yang perlu dijaga dan dihormati. Membiarkan pilihanraya berlangsung dengan penuh kecelaruan merupakan pengkhianatan yang serius terhadap hak rakyat. Pilihanraya yang tidak bersih seolah-olah menutup peluang rakyat untuk memilih kepimpinan Negara secara adil setelah mereka membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan sedia ada. Sekiranya Kerajaan benar-benar menjunjung prinsip rakyat diutamakan, Kerajaan seharusnya jujur dalam menyediakan ruang demokrasi yang adil untuk rakyat memilih pemimpin. Pilihanraya yang bersih dan adil juga akan menjadi satu evaluasi yang telus untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap segala usaha yang telah kerajaan lakukan. Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menyemarakkan usaha menyuburkan demokrasi, maka sudah pasti semangat demokrasi dalam kalangan rakyat juga akan menjadi suram. Alexander Woollcott seorang tokoh sejarah Amarika pernah membuat satu kenyataan yang disiarkan dalam New York Megazine yang mengatakan demokrasi hanya akan berfungsi, sekiranya manusia menggunakannya dengan baik. Oleh itu apabila pilihanraya dibiarkan tercemar, maka tidak hairan sekiranya rakyat memilih jalan raya sebagai alternatif demokrasi yang lain. Setelah 55 tahun merdeka, adalah tidak wajar untuk kerajaan Malaysia terus membiarkan sistem pilihanraya berjalan dalam keadaan yang cukup meragukan. Lebih parah apabila pilihanraya ini dibiarkan kotor dalam keadaan cabang-cabang demokrasi yang lain juga masih tidak hormati seperti sekatan terhadap kebebasan media, limitasi terhadap hak berhimpun dan masih ada tahanan tanpa bicara yang belum dibebaskan. Jika kerajaan ingin sambutan 55 tahun kemerdekaan menjadi lebih bermakna, maka Kerajaan perlu bersedia untuk membuat perubahan besar dalam arena demokrasi Malaysia. Mengulangi cerita yang sama pada setiap 31 Ogos hanya menimbulkan rasa bangga pada sejarah, tetapi tidak memberi sebarang makna sekiranya Negara dibiarkan berada dalam keadaan demokrasi lapuk. Adalah amat dirisaukan sekiranya kerajaan membiarkan Negara terlalu lama berada dalam keadaan demokrasi usang, rakyat mungkin akan hilang percaya pada pilihanraya. Akhirnya rakyat terpaksa memilih jalan-jalan demokrasi yang lain seperti mana yang digunakan oleh rakyat mesir dalam menumbangkan regim diktator Hosni Mubarak. Oleh itu keberadaan lapisan rakyat berbaju kuning pada malam ambang merdeka diharap dapat mengingatkan pihak kerajaan agar segera mengambil inisiatif untuk memulihkan keadaan demokrasi Malaysia. Hal ini perlu dimulakan dengan melaksanakan tuntutan BERSIH agar kepercayaan rakyat terhadap pilihanraya dapat dipulihkan. Sekian Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga merupakan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia. HDKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | Koleksi kepala bapak rakan dan taulan Posted: 14 Aug 2012 01:13 AM PDT kepala bapak kau!! itulah ucapan yang selalu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang sangat luar biasa, atau menidakkan dengan bersungguh-sungguh, menunjukkan perbuatan yang super negatif, dan tanda tidak bersetuju dengan sesuatu fakta.. aku pun tak pasti kenapa selalu perkataan "kepala bapak" ini yang digunakan.. kenapa tidak "kepala emak?" kenapa tidak "kepala isteri?".. mungkin semua ini sangat berkait rapat juga dengan sejarah malaysia suatu ketika dulu..
ada orang pernah menceritakan kepada aku bahawa ketika zaman penjajahan jepun dulu, orang jepun ni sangat jahat dan kejam.. biasanya selepas dia pancung kepala lelaki melayu, dia akan gelak pada anak-anak dan isteri si mati "kah kah kah.. ini kapara bapak lu".. mungkin penggunaan "kepala bapak" berasal daripada cemuhan orang jepun ini menandakan perasaan tidak hormat dan juga tanda penghinaan.. (cerita tipu ja)
berikut adalah situasi yang biasa kedengaran perkataan "kepala bapak" :
situasi 1
(sebuah kereta melalui dengan bunyi ekjos yang sangat kuat)
vrooooooooooooooommmm!! kapohhh!! kapohhh!!
sufian : kepala bapak kuat bunyi kereta ni
same'on : biasala orang muda.. suka menunjuk-nunjuk
situasi 2
salbiah : aku tak sabar nak sambut hari kekasih dengan bf aku la
surhaya : kepala bapak kau!! orang islam mana boleh sambut hari kekasih
situasi 3
sufian : aku dengar cerita, kau ni suka kaum sejenis.. betul ke?
same'on : kepala bapak kau, takda sejarah aku tak pernah menyintai wanita..
sufian : oh! aku ingatkan kau sama macam aku.. suka kaum sejenis..
same'on : kepala bapak kau! kepala bapak kau! kepala bapak kau!
(same'on berlalu pergi)
ada setengah orang tak boleh terima ucapan-ucapan seperti ini.. tapi ada juga yang boleh.. bagi aku ucapan kepala bapak itu tidak offensive langsung.. apa lah sangat sekadar menyebut salah satu tempat anggota badan manusia yang bukan kemaluan pula tu.. mungkin sebagai satu kepuasan kepada diri mereka.. mari kita cuba review kembali koleksi kepala bapak rakan-rakan kita.. adakah ianya sesuatu yang memalukan ataupun perkara yang patut dirahsiakan oleh umum? kah kah kah.. pelik betul
kepala bapak nurul izzah
kepala bapak bard simpson
kepala bapak aku sendiri
kepala bapak brandon lee
kepala bapak bush
kepala bapak mokhzani a.k.a kepala bapak pemodenan
kepala bapak najib a.k.a kepala bapak pembangunan
kepala bapak uncle seekers
kepala bapak shamsul yusof
kepala bapak shila amzah
kepala bapak adlin aman ramli
kepala bapak siapa????? tak dapat dikenal pasti..
kepala bapak kau!!
rosmah mana boleh tersenarai dalam senarai kepala bapak..
dia first 'lady' kot..
kepala bapak kau tubelawak!! entry tak lawak langsung!!
sekian terima kasih.. TUBELAWAKKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | WANTED!!! Polis Terengganu Posted: 13 Aug 2012 10:34 PM PDT Dikehendaki : Pihak Polis Terengganu sedang mengesan suspek berkait kes langgar anggota polis trafik semasa menjalankan tugas rondaan "Operasi Selamat" di tepi Jalan Alor Tuman Marang. Sebarang maklumat berkaitan suspek, orang ramai diminta mengubungi Pegawai Penyiasat INSP Wan Afzan di talian IPD Marang 09-6182222 @ mana-mana Balai Polis Berdekatan. SUMBERKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | |
Kerabu Bersuara ® Posted: 14 Aug 2012 03:19 PM PDT Oooo.. Patutlah Tok Guru Pondok Geting Kecoh Dalam Utusan Hari Tu Posted: 14 Aug 2012 02:59 PM PDT | Lim Guang Eng Di Majlis Anugerah Hadian Kepada Lee Chong Wei Posted: 14 Aug 2012 08:27 AM PDT Tahniah kepada Datk LCW. Semangat Datuk menjadi peniup semangat geng pakatan untuk tumbangkan umno! | Cerita Lama Sultan Muhammad 56. Allahuakhbar! Posted: 14 Aug 2012 06:00 AM PDT Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim: Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa. Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam. Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan. Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi. Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu. Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya. Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah. Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail. "Allahuakbar" | YB Nasaruddin, MP Bachok Bersama Najib Di Mekah. Syabas YB! Posted: 14 Aug 2012 04:23 AM PDT syabas yb kerana makan duit rakyat
syabas yb kerana tipu rakyat
syabas yb kerana permainkan kepercayaan rakyat
syabas yb kerana melawan presiden sendiri
syabas yb kerana berperangai hodoh macam tu
takziah yb, jangka hayat politik kamu tidak lama | Pendedahan Pesta Seks Seorang Raja Posted: 14 Aug 2012 02:37 AM PDT Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam.Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya? Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam. Seterusnya... | TG Nik Aziz Sedang Memberi Tazkirah Di Pejabatnya Posted: 13 Aug 2012 11:59 PM PDT Mana boleh nak ganti tok guru dengan orang lain? Rakyat kelantan tak sanggup. Tambah pulak yang nak ganti tu awang adek... coi! Minta jauh! | Contoh Janji Ditepati Oleh Umno BN Posted: 13 Aug 2012 06:29 PM PDT | Jom! Bantah Seksyen 114A! Posted: 13 Aug 2012 04:38 PM PDT Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950? Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah. Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain. Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit. Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita. Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi. Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu. Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012! | |
AKU INGIN BEBAS Posted: 14 Aug 2012 01:28 PM PDT KORANG NAMPAK APA YANG AKU NAMPAK!... Posted: 14 Aug 2012 08:43 AM PDT MEKAH 14 Ogos - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan. Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Aku bukan hairan pun apa yang ditulis oleh Utusan tentang Najib tapi aku hairan macam mana mamat tu boleh berada disebelah Najib | |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 14 Aug 2012 01:26 PM PDT |
SOKONG PAKATAN RAKYAT Posted: 14 Aug 2012 01:13 PM PDT HERO HINDUSTAN Posted: 13 Aug 2012 11:49 PM PDT Di awal penggal selepas PRU 12, kita menanti siapakah MP PR yang akan belot ke BN.
Kini di akhir penggal, kita menanti siapakah MP BN yang akan belot ke PR pula.
Macam cerita hindustan, hero kalah dulu dan menang kemudian. Woooo.
Bab belot membelot ini janganlah kita nak mengata kepada sesiapa pun. Semua parti akan terkena. Tunggu masanya sahaja. PBS musoh BN nombor satu dulu pun, akhirnya sanggup bersekongkol dengan BN demi syok nak berkuasa!!!!! Setiap PM Malaysia akan berhadapan igauan pahit politik. Tunku Ab Rahman menghadap peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Husin On ditikam kawan sendiri iaitu Mahathir pada awal 80an. Mahathir kehilangan sokongan Melayu pada 1999. Pak Lah kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008. Dan kini kita menanti Najib akan kehilangan Malaysia!!!!!
| |
Muslimeen United Posted: 14 Aug 2012 01:10 PM PDT VIDEO Subhanallah, susuk misteri berpakaian putih menyelamatkan mangsa tembakan di Syria Posted: 14 Aug 2012 08:42 AM PDT Media mujahidin Chechnya Kavkaz Center melansir sebuah berita menarik tentang sebuah video klip yang menggambarkan sosok seorang berpakaian serba putih dari Syria.
Video ini memperlihatkan suasana perang di Syria yang belum lama terjadi. Saat tembakan membabi-buta menyerang kerumunan manusia, salah seorang terkena hentaman peluru dan tergeletak di tengah jalan. Orang-orang hanya boleh melihat tanpa berani keluar dari tempat persembunyian kerana jalanan berada dalam incaran Alawites, golongan minoriti penyokong rejim Parti Baath yang berkuasa di Syria. Orang-orang berteriak, panik, dan berhamburan. Mereka tidak tahu bagaimana membantu mangsa-mangsa yang terluka. Pada saat itu, seorang lelaki berpakaian serba putih muncul di latar belakang video. Dia berkelakuan tenang, berjalan santai dan tidak panik seperti yang lain.
Tanpa mempercepatkan langkahnya, lelaki yang berpakaian putih tersebut perlahan-lahan mendekati mangsa yang tergeletak dan mengangkatnya dengan santai, padahal berat korban lebih kurang 80 kg.
Dengan satu tangan dia membawa korban yang terluka ke kerumunan orang. Kemudian lelaki tersebut menghilang dari video.
Seperti dilaporkan oleh kavkaz center, saksi dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa seorang lelaki tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut mengenakan jubah putih dan tanpa ekspresi sedikitpun meskipun berada dalam situasi perang, kotoran, debu, gencarnya serangan, dan kehancuran.
Lihat videonya berjudul "Angel or Hero? (Malaikat atau Pahlawan?) Di bawah ini.sumber republika.co.id
| Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi' Posted: 14 Aug 2012 08:32 AM PDT
WAWANCARA Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi". Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan". Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu. Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan. Berikut adalah wawancara dengan Dr Juanda Jaya yang dijalankan melalui emel: Malaysiakini: Apa pandangan Dr berhubung pandangan Abdullah Sa'amah bahawa haram kepada umat Islam menyokong DAP? Apakah hujah yang digunakan berasas dan apakah pula kesan pandangan sebegini kepada masyarakat? Dr Juanda: Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan. Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing. Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan. Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia. Kalau nak marah kepada bukan Islam sekalipun, sikap isytihar perang adalah sikap yang amat tidak cerdik. Ini dinamakan mahu ambil alih tugas kerajaan dan pemerintah yang sah. Sikap mahu melabelkan pihak tertentu layak diperangi adalah mencabar kuasa pemerintah yang sah. Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama. Sepatutnya orang Islam meletakkan diri sebagai umat dakwah, yakni sentiasa berusaha mendakwahkan bukan Islam untuk memahami Islam secara lebih baik dengan bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Islam tidak kasar dan suka bergaduh dengan bukan Islam. Soal hidayah urusan Allah. Kita yang wajib berdakwah, bukan bergaduh. Ini umat Islam yang sebenar. Sikap suka bergaduh dan mirip teroris seperti ini bukan sikap umat Islam yang meletakkan dakwah dan penyampaian agama secara berhikmah sebagai satu keutamaan. Imej Islam boleh tercalar oleh mereka yang ekstrem sebegini. Malaysiakini: Bagaimana pandangan ini harus ditangani oleh pelbagai pihak, termasuk masyarakat, pihak berkuasa agama dan kerajaan? Dr Juanda: Saya syorkan jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka suatu kajian dan peraturan baru perlu diperkenalkan terutama berkaitan dengan kewarganegaraan dan berparti politik. Soal bernegara dalam Islam adalah amat dinamik dan berkembang menurut zaman. Sistem kependudukan zaman Nabi dan sahabat ribuan tahun lalu pasti berbeza dengan apa yang wujud pada hari ini dalam sistem nation state. Hak demokrasi dan berpolitik juga adalah suatu hak yang diakui oleh Islam. Oleh itu, jika pihak berkuasa mahu menerima pandangan pelik sebegini, maka ubahlah sistem yang ada. Tapi saya percaya, rakyat majoriti tidak akan menerima perubahan terhadap sistem yang sudah utuh ini buat masa ini. Negara sejak merdeka sudah menerima sistem memberikan kewarganegaraan kepada penduduk asal dan mereka yang layak yang telah datang ke Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Ini sistem yang telah utuh. Ini juga menunjukkan setiap mereka yang menerima Malaysia sebagai negara mereka adalah mereka yang akur kepada segala perjanjian dan peraturan menjadi rakyat negara ini. Orang Islam yang menerima syarat dan perjanjian ini terikat kepada isi perjanjian yang telah dimeterai. Ia suatu kewajipan yang mesti dipenuhi. Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Orang orang beriman itu terikat dengan syarat-syarat perjanjian yang mereka telah persetujui, kecuali perjanjian yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bahkan mereka yang terima perjanjian ini adalah orang-orang zimmi yang Nabi SAW perintahkan umat Islam untuk melindungi mereka dan memberikan hak-hak kepada mereka. Ini perintah Nabi SAW. Malaysiakini: Bagaimana sikap politik yang harus diambil oleh umat Islam dalam suasana demokrasi dan kepelbagaian kaum di negara ini? Dr Juanda: Saya ingin menarik perhatian ummat Islam terhadap Hadis Abu Bakrah seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim mengenai kesaksian palsu atau syahadtuz zur: Maksudnya; Daripada Abi Bakrah katanya, Rasulullah SAW bersabda: Mahukah kamu semua jika aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa besar? Kami menjawab: Sudah tentu (kami mahu) wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan (syirik) Allah dan menderhakai kedua ibu bapa dan berkata dusta (palsu). Pada masa itu baginda sedang bersandar lalu baginda duduk dan bersabda: Ingatlah (juga dosa yang sangat besar ialah) perkataan palsu dan kesaksian palsu. Baginda tidak henti-henti mengulanginya sehinggalah kami berkata: Alangkah baik kalau baginda berhenti (diam dan tidak mengulanginya lagi). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis ini amat relevan dalam kehidupan berdemokrasi di dalam negara kita pada hari ini – di mana sistem demokrasi diterima dan kepelbagaian adalah suatu realiti yang tidak dapat dielakkan. Memahami rangka demokrasi yang positif dan kepelbagaian yang merupakan realiti amat penting agar kehidupan bernegara akan terus berada dalam keadaan rukun dan damai. Sistem dan realiti ini sudah wujud separuh abad di Malaysia dan terbukti apabila sistem ini dihormati, negara aman damai. Jelasnya, jika semua pihak jujur dalam berpolitik maka kebenaran dan kejujuran yang akan berjaya. Rakyat mesti difahamkan terutama umat Islam, proses membina negara adalah tugasan semua pihak. Ia bukan hanya kerja orang politik sahaja. Semua wajib terlibat dengan politik walaupun bukan mesti mereka masuk dalam mana-mana parti politik. Semua juga wajib memilih dan mengundi mereka yang benar benar layak untuk memegang tampuk kepimpinan, sebab kesilapan pemilihan akan membawa bahana kepada negara. Dalam bahasa yang mudah, dukunglah pihak yang membawa agenda yang menepati kehendak agama dan membawa kestabilan negara, juga pangkahlah calon yang benar benar layak, ada sifat al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah. Jika didukung pihak yang tidak membawa agenda untuk kemakmuran agama dan negara maka itu adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh islam. Demikian juga, jika dipangkah individu yang tidak layak menjadi pemimpin, maka itu juga adalah kesaksian palsu yang diharamkan oleh agama, yang merupakan suatu dosa besar yang paling besar. Kesedaran bahawa kehidupan politik dalam bernegara adalah termasuk urusan agama amat dituntut dpd umat Islam di Malaysia Wawancara dijalankan oleh Jimadie Shah Othman. | Nasaruddin Sertai Rombongan Najib Ke Mesyuarat OIC Posted: 14 Aug 2012 08:29 AM PDT Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa mengikuti rombongan PM Najib Tun Razak ke Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di Mekah. Berikut ialah laporan capton bagi foto di atas oleh BERNAMA:
MAKKAH, 14 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.
Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah.
Semakin terdedah, tokoh-tokoh UG di dalam PAS. Mujur kalah di dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dahulu.
Biarkanlah dia, penipuan terhadap jemaah amat besar akibatnya. Serahkan kepada Allah swt untuk menguruskan hal beliau.
Lihat saja apa yang telah berlaku kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Semakin hari semakin gila, semakin hari semakin hina.
Dan Najib sanggup melakukan apa saja, belanja seberapa banyak yang ada kerana telah menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku... kini membilang hari UMNO BN dicampak keluar dari Putrajaya! -GB
PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa
KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.
Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.
"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.
"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.
Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.
"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.
Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. -HD | Tiga lagi Ahli Parlimen BN akan keluar parti – Lajim Posted: 14 Aug 2012 03:19 AM PDT Gambar hiasan BEAUFORT 14 Ogos: Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan meninggalkan parti itu. Ahli Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily. Kata Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti . "Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya. Lajim sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan. Pada 30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan kemudian. Selain beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan. Ini menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut melalui APS. -sumber | PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis Posted: 14 Aug 2012 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda. Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu. Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama. "Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat. "Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini", kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika. Majlis berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik. Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh. Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam. Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi. Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama. "Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam. "Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi. Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu. - Hrkh | Kisah Benar,Nenek Miskin Yang Mencuri Dan Hakim yang Beriman Posted: 13 Aug 2012 03:47 PM PDT Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, "Maafkan saya, bu", katanya sambil memandang nenek itu. "Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. 'Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. "Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh" Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya. -sumber | Sidang DUN; ‘Kerajaan Menggelabah’ Tolak Soalan Termasuk Dari Penyokongnya Posted: 13 Aug 2012 03:38 PM PDT KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'menggelabah' sehingga menolak 22 daripada 33 soalan yang di ajukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Mesyuarat Yang Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke dua belas pada 13 Ogos 2012. Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan ia merupakan tindakan mahu 'susup punca' sehingga soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil BN sendiri turut ditolak. "Semua soalan saya dan soalan ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak ditolak pada sidang DUN kerana Umno-BN Menggelabah dan mahu susup punca, "sehinggakan kesemuanya soalan wakil BN ADUN Kuala Berang juga turut ditolak,"ujarnya. Beliau berkata, soalannya tentang pelaburan RM2 juta untuk kajian tanaman Ubi Gadong dan soalan Presien PAS Dato' Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang tentang royalti petroleum turut ditolak. Katanya, Umno-BN juga tidak mengadakan siaran tertutup di Dewan Teater serta memberhentikan sama sekali siaran melalui internet bagi menyekat rakyat dari mengetahui apa yang dibicangkan dalam sidang DUN. Arak Dijual secara Terang-terangan di Kuala BerangKeengganan kerajaan Umno-BN Terengganu menjawab soalan yang diajukan wakilnya sendiri dari Kuala Berang pada siding DUN menimbulkan tanda Tanya. Menurut dokumen Jawapan Kepada Soalan Bertulis Sidang DUN 13 Ogos lalu, YB Zawawi Ismail bertanya apakah langkah-langkah kerajaan mengatasi masalah penjualan arak secara terang-terangan yang berlaku di Bandar Kuala Berang. Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kuala Berang Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata, kerajaan sepatutnya menjawab soalan yang membabitkan kegiatan haram meminum arak tersebut sangat membimbangkan. "kegiatan penjualan dan meminum arak secara berleluasa di Kuala Berang telah diketahui ramai, kerajaan sepatutnya menjawab soalan itu, "ramai anak-anak muda yang rosak akibat akibat kecuaian kerajaan mengawal kegiatan tidak bermoral itu,"ujarnya. -BO | |
otaiblues Posted: 14 Aug 2012 11:39 AM PDT perlu kan di tanya akan jasa se se orang itu kepada negara? Posted: 14 Aug 2012 08:23 AM PDT patut ke seolan itu di tanya kepada kepada warga negara ini.kalau nak banding kan dengan LCW. Semua pun sedia maklom beliau mendapat pingat perak untuk negara di dalam sukan olimpik..itu pencapaian beliau didalam sukan. Maksudnya oleh pengarang tersebut.jika warga negara yg lain tidak dapat memberikan pingat maka orang itu tidak berjasa kepada negara.
Suatu pertanyaan buat yg bertanya. apakah tentera.polis atau bomba tidak berjasa kepada negara? Bagaimana pula guru.kerani.atau sesiapa sahaja pun dianggap tidak berjasa kepada negara hanya kerana mereka tidak mendapat sebarang pingat untuk negara di dalam olimpik?
Suatu pertanyaan yang sangat menguris hati warga negara yg setia. Agak agak la nak bertanya pun .Jangan ikut sedap je. | |
Addin Posted: 14 Aug 2012 11:30 AM PDT (Gambar) Ust Nasharuddin Mat Isa Bersama Najib Ke Mesyuarat OIC Posted: 14 Aug 2012 10:19 AM PDT
MAKKAH, 14 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.
Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah. ~bernama
Addin :
Selepas muktamar pemilihan yang lepas, makin jelas geng2 UG nih.. Di harapkan janganlah Ust Nasha menjadi seperti Hassan Ali. Tiada jalan pintas untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan Islam. Pasti ada mehnah dan dan tribulasinya. Di tengah perjuangan pasti ada yang kecundang, samada syahid atau menjadi pembelot. Moga Allah SWT memberi petunjuk jalan kebenaran kepada jemaah ini.
| (Gambar) Mampukah Najib Melakukan Perkara Seperti Ini? Posted: 14 Aug 2012 08:05 AM PDT
Gambar-gambar ini tak mungkin diterbitkan disemua media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.Rakyat tertunggu-tunggu, bila lagi Datuk Seri Najib Tun Razak mau lakukan perkara yang serupa seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin yang mengaku perjuangkan Islam bukan saja mampu memimpin negara tetapi mampu memimpin solat. Perkara asas yang wajib ada pada setiap pemimpin Islam.KALAU MEMIMPIN SOLAT DAN KELUARGA PUN TAK MAMPU NAK DILAKUKAN.. JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN ISLAM ~mae
| Bangunan Umno Port Selamat Lepas Nafsu Serakah Posted: 14 Aug 2012 03:31 AM PDT BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.
"Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja. "Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai. Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya. "Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik. "Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya," katanya. ~sinarharian
| Misteri Lukisan Serangan WTC Di Amerika Syarikat 11 September Posted: 13 Aug 2012 11:45 PM PDT
Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang. Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana.
Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini. Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai. Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku. Siapakah pelukisnya? | Tempat lukisan ini dipamerkan | Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire.
Memang banyak kajian telah dilakukan, dan ada yang mengutarakan pendapat seolah-olah serangan kapal terbang terhadap WTC adalah satu bentuk konspirasi. Konspirasi yang dimaksudkan di sini adalah mahu memburukkan nama Islam dan supaya Islam dipandang sebagai seorang pengganas. ~melayukini
| Gambar Isteri Menteri Umno Berubah Wajah Sempena Ramadhan Posted: 13 Aug 2012 08:05 PM PDT | Maznah Raiz, isteri RaisYatim |
Mungkinkah negara kita Malaysia sudah 55 tahun merdeka, maka sedikit sebanyak ada hamba-hamba Allah ingin membuat perubahan, kalau artis-artis wanita yang sebelum ini hidup dengan penuh glamour boleh berubah bila mendapat hidayah,, tak mustahil bini-bini menteri pun ada juga yang ingin berubah...
Kalau sebelum ini biasa kita lihat wajah-wajah beliau yang cukup glamour, sama naik dengan Rosmah... Harap-harap berubah terus lah,,jangan hanya sekadar nak menghadap depan Al-Quran sempena bulan bulan Ramadhan sahaja nak tutup aurat... ~manjungmari
| |
shalehudin Posted: 14 Aug 2012 11:15 AM PDT TERHOT: Naik lunyai KJ kena TIBAI... Posted: 14 Aug 2012 10:04 AM PDT Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar Khairy Jamaludin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan ' jilted' dan bercakap benar-benar seperti 'attribute' yang ada pada UMNO. Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang UMNO dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya UMNO. Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena 'jilted'? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin UMNO apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang 'sour grape'. Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam UMNO kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Tun Ghaffar keluar dari UMNO. Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam UMNO bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam UMNO itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah. Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu? Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang UMNO tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli UMNO yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan. Khairy harus sedar yang UMNO itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam UMNO. Apa faedahnya laku dalam UMNO jika UMNO itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam UMNO kerana budaya UMNO itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata. Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar. Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam UMNO itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar UMNO. Di dalam UMNO Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang 'legitimate' dalam parti itu. Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja. Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang UMNO menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya UMNO kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak. Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan UMNO dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban. Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya UMNO yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi. Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang UMNO hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana. Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal…masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli UMNO di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam UMNO itu. Yang Khairy anggap tidak laku dalam UMNO dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan UMNO dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini. Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam UMNO itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin UMNO itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang. Apa faedahnya laku dalam UMNO, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam UMNO itu. - Aspan Alias
| Benarkah Akhil Hayy Sudah Berubah? Posted: 14 Aug 2012 01:48 AM PDT Akhil Hayy, tuan sudah berubah, bro Akhbar online Mstar menulis, "Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. "Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing." Siapa 'ahli politik yang tidak bertanggungjawab' itu? Dulu bukan lu aktif dalam PAS? Sekarang bunyi lain macam sahaja? Gua masih ingat sejelas-jelasnya ucapan dan perjuangan lu. Gua masih simpan CD lu di pentas-pentas fikrah Islam dahulu. Dulu gua respek seorang ustaz rock. Mstar memetik beliau berkata, "Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?" Gua mahu tanya lu, bro. Adakah salah memperjuangkan politik Islam? Lu juga faham dan kerap kali berkata bahawa Islam itu adalah politik atau merangkumi politik yang tidak akan terpisahkan. Islam tanpa politik bukanlah perjuangan Rasulullah (SAW). Ah, tuan sudah berubah kini. Sudah banyak hasil atau sudah glamor, bukan? Gua sudah hilang respek dengan lu, bro! Atau gua yang salah faham, bro? - Web Sutera Ulasan GB Dunia seorang artis penuh pancaroba - dunia glamor. Di dalam ulasan GB di tulisan Web Sutera di atas, GB katakan iman manusia turun dan naik. Apabila seseorang itu tidak mengikatkan dirinya bersama-sama dengan jemaah Islam melalui apa juga aktivitinya terutama usrah, maka ia mudah sangat dibaham oleh sang serigala. Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad). Kita perlu sentiasa berada di dalam jemaah. Hidup di bawah imbauan pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran (mafhum Surah Al-Asr 3-4). Mengenai artis-artis yang turut terlibat berceramah di pentas-pentas PAS, ia bukan satu kesalahan malah ia amat dianjurkan kerana prinsip asas dakwah Islam ialah "perbaiki dirimu dan serulah orang lain". Ia bersandarkan kepada hadith rasulullah "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.". Untuk berdakwah tak perlu tunggu jadi seorang ustadz/ustadzah atau ulamak. Lebih malang pula kalau jadi ustadz dan ustadzah tiba-tiba keluarkan pandangan yang menyalahi ajaran ugama sendiri seperti ungkapan tiada politik di dalam ugama atau mengkafir-harbikan orang secara membuta-tuli!
| GAMBAR Hassan Ali kena MAIN sengsorang Posted: 13 Aug 2012 10:13 PM PDT Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual. Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk "Tolak Anwar – Hasan". Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan: Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual? Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic law' adalah undang-undang lapuk? Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu? Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam. Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam? Hasan: Ya, tidak ada. Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan? Hasan: Ya setuju. Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual? Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya). Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu? Hasan: Ya! Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan. Hasan: Saya tak setuju! Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan. Latheefa: Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah. Hasan: Saya tak pasti. Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju? Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.
| PANAS: Ni dia muka PANGLIMA hangus Posted: 13 Aug 2012 08:16 PM PDT NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.
Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai". "Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil. "Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut. Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu". Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan. Katanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan. A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil. Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian. Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu. Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk. Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu. Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. - Malaysiakini
| Ustaz neh WAJIB kena check Air Kencing... Posted: 13 Aug 2012 04:44 PM PDT Kena check air kencing ustaz bodo neh... Kalau tak kena pil ectassy, mesti pil kuda... Hehe... | |
Telok Bakong Online Posted: 14 Aug 2012 11:02 AM PDT MARI KITA PROTEST STOP 114 Posted: 13 Aug 2012 09:57 PM PDT KEADILAN SOKONG PROTES #STOP114ASeperti yang semua sedia maklum, pindaan kepada sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain. Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan. Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, KEADILAN menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950 dalam sesi Parlimen yang akan datang. KEADILAN turut menggesa setiap anggotanya untuk turut serta dalam protes ini dengan menukar "avatar" atau gambar Facebook, Twitter, dan lain-lain ke logo #STOP114A, dan bagi yang mempunyai laman web untuk memasukkan kod "pop-up" #STOP114A yang disediakan. Semoga keadilan bagi semua pengguna Internet terjamin demi seluruh rakyat Malaysia. Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak merangkap Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN | |
Aku Budak Balun Posted: 14 Aug 2012 09:48 AM PDT Target: Anak Cucu Ahli UMNO! Posted: 13 Aug 2012 05:30 PM PDT Iman tak dapat diwarisi... Mahupun diwariskan! Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman.. Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan.. dia kata.. "kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni... Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh! Siru 'alaa Barakatillah sahabat! budakbalun 14082012KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DATUK TAMRIN BUKTIKAN UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN
24 Ramadhan 1433 bersamaan 03 Ogos 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Tamrin Ghaffar yang bersama-sama dalam saf perjuangan PAS. DPPM menganggap Datuk Tamrin seorang yang berprinsip, tegas serta berani menghadapi risiko yang bakal dihadapinya dengan menyertai PAS. Penyertaan Datuk Tamrin ke dalam PAS pastinya memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli dan pendokong perjuangan Islam di negara ini untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Perjuangan Islam yang didokong atas dasar kebenaran dan keadilan secara ikhlas pasti akan diberikan ganjaran di sisi Allah SWT. Allah SWT memberikan hidayah dan taufik kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Meskipun Datuk Tamrin telah lama bergelumang dalam UMNO dan menjadi anak kepada bekas pemimpin tertinggi UMNO, namun akhirnya beliau sanggup mengenepikan segala keseronokan yang dinikmati semasa di dalam UMNO hanya untuk menyertai perjuangan Islam melalui wadah PAS. Ini membuktikan semakin ramai pemimpin yang sedar bahawa dasar perjuangan UMNO telah jauh tersasar dari matlamatnya. PAS disertai bukan sahaja oleh tokoh-tokoh bekas pegawai tinggi kerajaan, selebriti dan artis, malah terdiri daripada para pemimpin UMNO. DPPM yakin, gelombang ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai PAS akan berlaku suatu ketika nanti. Bagi rakyat, UMNO pada hari ini adalah untuk survival diri, keluarga dan suku sakat mereka sahaja berbanding dengan matlamat perjuangannya dahulu. Malah tokoh besar seperti Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang bersama di dalam UMNO dari awal kelahirannya turut isytihar keluar UMNO kerana sedar dasar perjuangannya sudah jauh menyimpang dari asal. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, DPPM menyeru kepada semua pemimpin UMNO yang lain agar mencari kebenaran dengan melihat kepada realiti dan petunjuk hidayah daripada Allah SWT untuk turut sama menurut jejak Datuk Tamrin Ghaffar keluar dari UMNO dan menyertai PAS. RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
pemuda cheh Posted: 14 Aug 2012 09:34 AM PDT Tiga lagi MP BN sabah akan lompat Posted: 13 Aug 2012 11:24 PM PDT Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin - yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya. Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi. "Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka. "Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. "Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti . "Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya. | Perak Olimpik: Banyaknya Wang Untuk Hasil Yang Sedikit Posted: 13 Aug 2012 04:56 PM PDT KEPUTUSAN kerajaan Malaysia memberikan 'Datuk' Lee Chong Wei sejumlah wang yang besar – RM 500,000 sebagai insentif kejayaannya membawa pulang pingat Perak dari Sukan Olimpik di London – adalah sangat-sangat dipertikaikan. Sudahlah beberapa hari lepas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyumbangkan RM 100,000 kepada Chong Wei, untuk meraikan kejayaan yang pada hemat penulis, tidak seberapa ini.
Seolah-olah ada perang populariti, siapa yang hulur lebih banyak. Mana-mana satupun, tetap Chong Wei jugalah yang untung, dah semua wang pun dia sapu. Tidak mustahil dengan limpahan wang kali ini, Chong Wei berkereta baru lagi, mungkin dari Ferrari ke Lamborghini. Ini nasib baik satu dan nasib baik Perak. Kalau Emas atau jumlah pingat yang lebih banyak, penulis tak tahulah berapa banyak lagi wang rakyat yang perlu keluar untuk 'menghargai' atlit-atlit ini. Lagipun, ini bukan pingat Perak negara yang pertama tapi yang ketiga. Chong Wei sendiri sudah memperolehi 2 dan pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock telah terlebih dahulu melakukannya di Olimpik Atlanta 1996. Jadi apa yang sentimental sangat dengan pingat Perak yang ini? Hakikatnya, ganjaran wang yang banyak sudah terbukti bukan motivasi yang baik untuk atlit-atlit Malaysia, taburlah banyak manapun. Lebih baik pula atlit-atlit era 60an-70an lagi yang begitu semangat mewakili Malaysia walaupun prasarana dan bantuan kewangan tidak sehebat sekarang. Sesetengah kejayaan sukan pada era itu masih lagi disebut-sebut sehingga sekarang kerana tidak ada pencapaian hampir sama yang mampu dilakukan generasi sukan hari ini. Sebab itu, dalam alaf ke 21 inipun, kita masih bercakap tentang kejayaan pasukan bolasepak kita menyertai Olimpik pada tahun 1972 di Munich dan 1980 di Moscow, masing-masing berlaku 40 dan 32 tahun yang lalu!! Ada yang ketawa tapi inilah realitinya. Oleh yang sedemikian, penulis berpendapat kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengubah 'budaya' yang tidak sihat ini jika kita berjaya menawan Putrajaya kelak. Cukup-cukuplah dengan segala prasarana dan elaun yang disediakan untuk atlit-atlit ini bagi mencapai kejayaan yang mereka garap hari ini. Tak perlulah wang yang lebih besar lagi ditabur kerana 'kejayaan' mereka di Olimpik yang berlangsung setiap 4 tahun sekali itu? Lebih baik wang yang ada itu digunakan untuk mendapatkan atlit yang lebih baik dari negara luar untuk menjadi warganegara kita, seperti yang dilakukan oleh negara Singapura. Kalau dah bakat dalam negara sendiri pun tak berguna dan boleh diharap, tak salah mencari bakat lain di luar. Justeru adalah wajar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menarik semula ganjaran yang telah diberikan kepada Chong Wei. Wang RM 100,000 yang dikeluarkan itu lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah. Apatah lagi bila penulis mendengar, wang itu bukan dibayar untuk menghargai 'kejayaan' Chong Wei, tapi lebih kepada mahu menutup 'keterlanjuran' yang dilakukan ADUN DAP Kota Alam Shah, M Manoharan dalam Twitternya baru-baru ini kerana kononnya memperlekehkan Chong Wei. | |
Al Ikram Posted: 14 Aug 2012 09:17 AM PDT |
Anak Sungai Derhaka Posted: 14 Aug 2012 09:15 AM PDT Bekas Timbalan Presiden PAS ikut Najib ke Mekah? Posted: 14 Aug 2012 06:44 AM PDT Tengok betul-betul gambar di atas tu.. siapa yang sedang duduk tersengih disebelah Najib di Mekah itu?? Ketika pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah sibuk menjauhkan diri dari Najib kerana janji yang tak ditepatinya.. pemimpin kanan PAS ini sebaliknya pula.. Apa hal mamat nih?? MAKKAH, 14 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini. Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah. PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.
Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.
"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.
"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.
Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.
"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.
Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. -HarakahDaily
| Yakin tumbang selepas PRU13, Ibrahim Ali nak jadi Penerbit Filem pula? Posted: 14 Aug 2012 01:02 AM PDT Filem pertama yang dijangka diterbitkan oleh Ibrahim Ali Production ialah filem yang mengisahkan perjalanan hidup Anwar Ibrahim.. tajuknya mungkin 'Anwar Ibrahim The Movie' kot... KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan pihaknya akan memberi sokongan padu kepada Pengarahnya, Datuk Paduka Suhaimi Baba. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata filem yang dikatakan mempunyai unsur perkauman oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah tidak benar kerana filem itu dibuat berdasarkan sejarah. Menurutnya PR tidak perlu mempersoalkan plot ceritanya walaupun ada adegan yang menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat kerana itu berkaitan dengan sejarah. "Kami akan berunding dan membantu pengarah filem Tanda Putera itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor'. "Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Sebelum ini, PR menyatakan filem arahan Suhaimi itu bakal menimbulkan kembali semangat dan menegangkan kembali hubungan perkauman di Malaysia seperti kejadian 13 Mei dahulu. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan. Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini. Sementara itu, Ibrahim berkata pembangkang tidak seharusnya menjadikan filem sejarah ini sebagai agenda lain untuk kepentingan parti sendiri. "Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur Sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja. "Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula selepas ini," katanya lagi dalam nada bergurau. Menurutnya, filem yang berkaitan sejarah seharusnya diperluaskan untuk rakyat menghayati sejarahnya bukan memberi gambaran yang negatif terhadap usaha itu. Sinar Harian | Pasangan gay jemput Anwar Ibrahim ke majlis perkahwinan? Posted: 13 Aug 2012 09:08 PM PDT Baca dulu apa yang blogger pencacai UMNO ini tulis untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap DS Anwar Ibrahim ini.. Kononnya... Lewat malam semalam, Semut terima satu email dari seorang rakan yang mengirimkan kad kahwin paling Ekslusif dalam Malaysia. Mulanya, Semut tak perasan lansung kad kahwin tu ditujukan kepada siapa. Ingatkan kad kahwin member - member yang tak sempat untuk dipos. Tapi, bila tengok nama jemputan tu, memang patut sangat la kad tu disenaraikan sebagai eksklusif sebab jemputannya bukan sebarangan orang. Orang yang dijemput ni pun memang cukup terkenal dengan sifat 'dwi-alam' dia di Malaysia. Malah seluruh dunia pun mengakui perkara tersebut. Katanya, kad kahwin tu adalah untuk majlis resepsi Paderi Kristian yang berkahwin 'Sesama Jenis' sebelum ini!!! Berita tu pun dah tersebar luas dalam dunia maya. (klik sini) Persoalannya, jika benar perkara tersebut, kenapa pulak pasangan 'Luar Tabiee' tu nak jemput Si Ketua Penipu tu sebagai jemputan khas dengan memberikan kad eksklusif ni? Bukan ke Si Ketua Penipu tu menentang golongan LGBT tu dalam kenyataan dia sebelum ini? Kalau dia tentang, menda kejadah pulak dia dapat kad kahwin ni? Itu penulisan blogger pencacai UMNO yang sedang bergelut untuk mendapatkan duit Raya bagi menyambut Aidilfitri yang akan tiba nanti.. Ngeo Boon Lin dalam kad jemputan di atas adalah Paderi gay (bila pulak Paderi dibenarkan berkahwin?) yang berbaju kot merah dalam gambar di bawah. Manakala Phineas pula adalah lelaki berkulit hitam berbaju kot biru . Mereka berkahwin di Amerika dan perkahwinan tersebut didaftarkan di New York. Baru2 neh mereka kembali ke Malaysia dan menjemput sekumpulan wartawan hadir ke majlis resepsi mereka di salah sebuah restoran cina. Lokasi kuala lumpur. Ali Rustam telah mengadakan demo jarak jauh untuk mereka ini.. Jauhlah pasal demo tu di Melaka sedangkan majlis mereka berdua ini di Kuala Lumpur.. gambar Ali Rustam belajar demo tu sila lihat di ( SINI ) Persoalan yang timbul dari persoalan yang ditimbulkan oleh pencacai UMNO itu iaitu "Persoalannya, jika benar perkara tersebut, kenapa pulak pasangan 'Luar Tabiee' tu nak jemput Si Ketua Penipu tu sebagai jemputan khas dengan memberikan kad eksklusif ni?" ialah... Jika benar Kad Jemputan itu dikirimkan kepada DS Anwar Ibrahim, kenapa pula ianya berada ditangan Blogger pencacai UMNO itu? Ya lah.. kad dikirim kepada Anwar tapi pencacai UMNO itu yang dapat.. atau boleh jadi pencacai UMNO itu sendiri yang dijemput ke majlis itu.. Dia dapat kad jemputan yang tidak ditulis nama.. ditulisnya nama Anwar Ibrahim.. Terdesak sangat ke nak cari duit raya?? | Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu? Posted: 13 Aug 2012 05:30 PM PDT Seksyen 114A adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah. Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?
Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu. Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita. Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu 'common sense'. Bukan setakat 'common sense' dalam erti kata sesuatu yang 'masuk akal', bahkan mencakupi apa yang dipanggil 'kesepakatan umum'. Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu. Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang. Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya. Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti. Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah. Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan? Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim. Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan. Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A. Apa itu Seksyen 114A? Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan 'berbahaya' di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet. Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online. Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia. Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka. Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut. Inilah yang bakal berlaku… Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang. Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata. Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang. Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri. Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum teh tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma? Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini? Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas. Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri. Roketkini | |
Fakulti Siyasah Syar'iyah Posted: 14 Aug 2012 09:05 AM PDT |
Roslan SMS Corner Posted: 14 Aug 2012 07:47 AM PDT Nik Aziz: Biar "geger"......(14/8/12) Posted: 14 Aug 2012 12:03 AM PDT Kata Tok Guru Nik Aziz semakin Karpal "geger" berkenaan Hudud dan Negara Islam maka orang sebenarnya akan semakin faham mengenainya. Sementara itu hari ini dalam akhbar NST dua orang pakar dan pengamal undang-undang juga mula "geger" berkenaan isu ini yang saya yakin sebagaimana pandangan Tok Guru akan membuka mata orang ramai berkenaan isu yang diperbahaskan dan memberikan kefahaman. Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kepada NST: "A problem will occur because if a crime is committed by two different people, one is a Muslim and another a non-Muslim, two different sets of law need to be applied to them. That would not be fair." Beliau membangkitkan isu "keadilan", katanya tidak adil apabila ada dua jenis undang-undang berbeza untuk menghukum satu kesalahan. Tak tahulah yang "tidak adil" yang dimaksudkan itu merujuk kepada si bukan Muslim atau si Muslim. Yang menariknya sebagai seorang pakar undang-undang Shad dalam NST mengatakan jika Hudud mahu dilaksana, walau untuk orang Islam sahaja, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda kerana kuasa perundangan jenayah terletak padanya. Kenyataan ini menyanggah pandangan Karpal sebelum ini yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Sekular dan hakikat tersebut tidak boleh diubah walau melalui pindaan dua pertiga majoriti di Parlimen. Oleh yang demikian benarlah pandangan Tok Guru semakin "geger" semakin terserlah kefahaman orang ramai berkenaan Hudu dan Negara Islam. | Berbilang kaum Malaysia dan Singapura: Mana terbaik? (13/8/12) Posted: 13 Aug 2012 08:00 AM PDT Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semalam dilaporkan oleh Berita Harian Singapura hadir dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Kelab Masyarakat Kebun Baru di Ang Mo Kio Avenue 4. Dalam majlis tersebut Lee mengatakan: Perpaduan antara penduduk berbilang kaum di sini merupakan ciri yang membezakan Singapura daripada beberapa masyarakat berbilang kaum di negara lain. Saya percaya Negara lain yang Lee maksudkan itu adalah kita di Malaysia. Sememangnya Singapura dan Malaysia walaupun duduk berjiran namun sentiasa bersaing antara satu sama lain. Bukan hanya di padang bola, apa sahaja isu memang zaman berzaman sejak Singapura berpisah dari Malaysia, ada-ada sahaja isu yang dibalahkan. | PM Lee Hsien Loong berbuka dengan masyarakat Islam sana | Kebetulan Tuhan jadikan sifat berbilang kaum antara Singapura dan Malaysia itu mirip sekali. Di Singapura dari segi demografi pecahan penduduknya adalah 77% Cina 14% Melayu India dan selebihnya 9% manakala di Malaysia Melayu dan Bumi[utera lain 61% Cina 24% India dan lain-lain 15%. Di Singapura masyarakat Cina majoriti dan Melayu minority manakala di Malaysia sebaliknya. Kerana itu kita akui memang sifat berbilang kaum di Singapura itu unik malah demikianlah juga di Malaysia. Isu ini menarik dan boleh diperbahaskan panjang lebar, dalam keadaan minoriti bagaimana nasib masyarakat Melayu di Singapura jika berbanding dengan masyarakat Cina di Malaysia yang juga minoriti. Perbahasan kalau berasakan fakta dan rasional tanpa prejudis perkauman menarik untuk diteliti dan dikaji tapi kalau ducampur-aduk sentimen perkauman, pasti tak akan membawa kemana. Saya akan cuba teroka isu ini dari masa kesemasa sekadar mencetuskan bahan perbincangan. Apa pun selaku rakyat Malaysia kita hargai masyarakat berbilang kaum Malaysia yang kita bina bersama yang kita yakin jauh lebih makmur dan bertoleransi terbaik lebih baik dari yang lain. | |
Pahang Daily Online Posted: 14 Aug 2012 07:36 AM PDT Gesaan Mansuhkan Seksyen 114 Akta Keterangan, Akta Keterangan 1950 Perlulah Di Semak Semula ! Posted: 14 Aug 2012 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Satu pasukan petugas interim perlu ditubuhkan bagi merangka Kertas Putih dan kajian untuk melakukan semakan terhadap pindaan Akta Keterangan 1950. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (foto), dalam satu kenyataan berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menubuhkan pasukan petugas untuk menangani kebimbangan terhadap pindaan kepada Akta Keterangan. Pindaan terhadap Akta Keterangan diluluskan pada April dan diwartakan pada 31 Jun lalu namun wujud kontroversi bagi Seksyen 114 (a) akta tersebut. Pelbagai pihak mendakwa bahawa seksyen itu memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap komen yang dilakukan di internet walaupun ia dibuat oleh pihak lain. Selain itu, pihak yang didakwa di bawah akta tersebut perlu mengemukakan bukti bagi menyangkal dakwaan salah laku terhadap mereka walaupun komen-komen berkenaan dibuat oleh penggodam. Sebelum ini dilaporkan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut merancang untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar mengkaji semula akta tersebut. Malah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut dilaporkan berkata mereka akan melobi pihak kerajaan agar menukar seksyen kontroversi itu. Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia menggesa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam 'hari tanpa internet' hari ini (Selasa) untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu itu. Lim berkata, Seksyen 114 (a) akta tersebut perlu dimansuhkan kerana ia mengandungi anggapan bahawa mana-mana pengguna berdaftar sesuatu perkhidmatan rangkaian adalah penerbit bagi setiap penerbitan yang dihantar melalui komputer yang dihubungkan dengan perkhidmatan rangkaian internet. "Seksyen itu akan mewujudkan suatu anggapan bahawa pemilik kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma boleh dianggap telah menerbitkan satu penerbitan dalam talian dari sesuatu komputer menggunakan kemudahan WiFi," katanya | Tragedi Menjelang Ketibaan 'Hari Raya Aidil Fitri', Ribut Landa Rumah Peneroka Di Jengka Semalam Posted: 13 Aug 2012 09:41 PM PDT MARAN, 14 Ogos - Satu kejadian ribut taufan yang cukup dasyat melanda beberapa buah keluarga peneroka di Jengka semalam. Kejadian yang berlaku di Felda Jengka 12 dan Felda Jengka 21 itu telah menyebabkan dua puluh tujuh buah rumah peneroka dan sebuah warung makan (restoran) di Jengka 12 dan Jengka 21 itu rosak teruk. Kejadian yang menimpa peneroka terbabit menjelang Aidil Fitri ini haruslah diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan. Harapan mereka untuk menyambut raya kini musnah dengan. Menurut laporan Sinar Harian Pahang hari ini Kejadian ini merupakan i nsiden paling teruk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Difahamkan sebanyak 16 rumah di Jengka 12 rosak dan 11 rumah kediaman di Jengka 21 turut mengalami nasib sama. Lebih memilukan apabila sebahagian daripada mereka sudah berhabisan wang ringgit membuat persiapan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, Ahad ini. Salah seorang mangsa di Jengka 12 terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila keseluruhan atap tingkat atas rumahnya diterbangkan ribut. Tidak hanya atap, malah hujan lebat malam semalam menyebabkan keseluruhan barangan tingkat atas rumah kedai tersebut dibasahi air. Pemilik rumah terbabit, Mariam Ibrahim, 59, tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa dirinya lebih-lebih lagi di saat orang lain sedang sibuk melakukan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. "Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi saya. Lebih menyedihkan, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah seminggu yang lalu. "Tidak habis lagi kepenatan pulang dari mengerjakan umrah, kini saya diduga pula dengan ujian sebegini," katanya. Reda dengan ketentuan Tuhan, Mariam bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dari kejadian ribut terbabit. "Ketika ribut itu berlaku, saya dan anak-anak berada di Temerloh kerana membeli barangan kelengkapan menyambut Aidilfitri. "Sekitar jam 7.15 malam semalam, saya dihubungi jiran yang mengatakan atap rumah saya habis diterbangkan ribut," tambahnya. Baca seterusnya Di Sini | |
SANGGAHTOKSAGO.COM Posted: 14 Aug 2012 07:18 AM PDT |