Selasa, 21 Ogos 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 21 Aug 2012 11:34 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Rumah terbuka Aidilfitri Anwar & Mansor kena sabotaj di Permatang Pauh ?

Posted: 21 Aug 2012 08:43 AM PDT


Bila   Datuk Seri  Anwar Ibrahim sahkan   mahu pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk PRU 13 , timbul persoalan dalam benak fikiran ini jika kita perhatikan  kehadiran pengundi di situ di majlis Rumah Terbukanya .

Banyak ini aura bakal PM Malaysia ke 7  untuk menarik penyokongnya  ?? Adakah majlis ini di sabotaj hingga menyaksikan kehadiran cukup menyedihkan ??

 Setakat lebih 1 ribu ini standard kenduri kahwin je ...hahaha... Gambar ini bukan GPB edit tetapi dicilok sendiri daroi blog pencacai PKR sendiri . Mungkin inilah saat paling ramai kot yang mampu diambil mereka .



 Adakah orang Prmtg Pauh sudah muak dengan Anwar gara-gara
payah nampak muka serta  jarang turun padang 



Anda bandingkan pulak dengan PM Malaysia DS Najib Tun Abd Razak  yang mana  menerima  sambutan luar biasa 100 ribu rakyat  yang hadir.



KJ diserang gara -gara facebook kontroversi

Posted: 21 Aug 2012 05:29 AM PDT



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.

Menjawab siri pertanyaan dan respons daripada pengikut Twitternya, Khairy berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada wujud unsur sabotaj.

Buat hari kedua berturut-turut semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menegaskan, akaun yang menjadi tumpuan ramai tidak dikendali atau diuruskan oleh sayap muda Umno itu.

Sebelum ini, Pemuda Umno Pusat menafikan bahawa akaun 'fan page' yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia itu dikendalikan pergerakan tersebut.

Seorang pengikut, Geminianeyes berkata: "It's hard to buy 'unsanctioned' page excuse when FB link on your official site points to profile that likes said page."

Khairy menjawab: "Laman FB ini tidak disekat dan tidak ditadbir oleh Pemuda Umno."

Kemudian Geminianeyes mempersoalkan: "Jika ia bukan sesuatu yang dibenarkan, mengapa ia dipaut 'Liked' menerusi profil FB dari laman anda? Melainkan http://www.pemudaumno.org.my/ bukan milik anda," katanya.

Seorang pengikut yang lain, Dinesh Nair mengaitkan dengan isu Seksyen Akta Keterangan, dengan antara lain mengatakan bahawa, "di bawah (Seksyen) 114A, beban adalah pada Pemuda.

Langkah baik anda melahirkan bantahan ke atasnya."

Khairy, Ahli Parlimen Rembau, sebelum ini telah meminta agar kerajaan mengkaji semula Seksyen 114A, yang diluluskan oleh Parlimen April lalu.

Khairy berkata, susulan laporan polis yang sudah dibuat petang semalam, tiada masalah bagi Pemuda Umno dan BN untuk membuktikan perkara berkenaan bukan dilakukan oleh pihaknya.

Sekali lagi Dinesh Nair menimbulkan persoalan kemungkinan ia perbuatan sabotaj dalaman.

Khairy membalas respons dengan mengatakan bahawa perkara itu akan disiasat tetapi beliau percaya tiada seorang pun di Pemuda Umno Pusat yang mengendalikan akaun Facebook tersebut.

Semalam Sinar Harian melaporkan Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan

Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."



GEMPAR ! Nasha dapat sokongan akar umbi PAS di P.Pinang !

Posted: 20 Aug 2012 10:30 PM PDT



Ahli-ahli akar umbi Pas Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa (gambar) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kesucian Islam.

 Mereka juga bersependapat dengan Ahli Parlimen Bachok tersebut supaya Pas mengkaji semula kedudukannya termasuk keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi parti yang berdiri dengan sendiri. Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.

 Ketua Pas Cawangan Bagan, Azmi Jaafar berkata, pemimpin parti itu sepatutnya meletakkan kepentingan Islam dan perpaduan ummah melebihi agenda politik sempit mereka.

 "Pemimpin atasan Pas dilihat mula menggadai prinsip perjuangan asal demi meraih sokongan politik pada pilihan raya semata-mata. "Selama ini kami dididik oleh mereka supaya memegang teguh prinsip menegakkan Islam tetapi tiba-tiba mereka jugalah yang menggadai atau menjual prinsip tersebut demi meraih kuasa," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dihadiri oleh sekumpulan ahli Pas Pulau Pinang termasuk yang pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti itu di sini Jumaat lalu. Khamis lalu, sebaik sahaja tiba dari Mekah, Nasharudin mengadakan sidang akhbar khas bagi membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadirannya di Tanah Suci bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.



 Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohamad Nordin Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh secara terang-terangan menunjukkan beliau menentang penubuhan negara Islam. Justeru, sebagai orang Islam, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk ahli Pas menghentikan mana-mana perbuatan menyentuh perasaan dan kesucian agama itu. "Sekiranya Karpal sanggup menggadai nyawa untuk memastikan sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan di negara ini, maka ahli-ahli Pas juga rela berbuat perkara sama demi Islam," tegasnya.

 Sehubungan itu, beliau mengingatkan Karpal dan pemimpin DAP lain supaya berhenti menimbulkan perkara sensitif sedemikian bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.

 Bagi bekas Setiausaha Pas Kepala Batas, Abdul Halim Abd. Rashid, matlamat utama perjuangan Pas bukannya mahu memerintah Malaysia tetapi hendak mewujudkan keharmonian dalam kalangan semua kaum dengan cara berdakwah.

 Beliau memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya dapat mengajar erti perpaduan ummah sebenar kepada rakan mereka yang bukan Islam. Tambahnya, mereka wajar menunjukkan Islam sebagai agama yang telah terbukti berjaya menjaga keharmonian semua kaum di dunia dengan asas-asas perpaduan sesama umat. "

Sebaliknya jika Pas sendiri kini menjadi juara perpecahan umat Islam dengan sikap dwistandard mereka dalam isu perpaduan ummah. Bagaimanakah keharmonian semua kaum dalam negara ini akan terjamin?" ujarnya.


Komen GPB 

Syabas kepada penyokong2 PAS di P.Pinang ..mereka  lebih berani daripada pemimpin2 parasit yang gila nak tawan Putrajaya bersama DAP daripada mempertahankan kesucian Islam .


UMNO tak pernah halang ILMU beri pandangan agama - Fathul Bari

Posted: 20 Aug 2012 09:00 PM PDT



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan beliau dan rakan-rakannya diberikan kebebasan penuh oleh parti itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan mengenai agama.

 Menurut Fathul, autonomi yang diberikan oleh Umno dan kerajaan kepada mereka menggambarkan parti itu menyokong usaha dakwah Islam yang dibawa oleh ILMU untuk disuluhkan kepada masyarakat.

 "Daripada menteri kabinet, tidak ada apa-apa larangan, tidak ada. Jadi kita mengulas sebab kita nak sampaikan Islam. Islam itu agama rahmat jadi tidak perlu bimbang untuk kita akan timbulkan kekacauan sebab kita nak pertahankan keamanan dalam negara ini," kata beliau kepada Antarapos. 

 Tambah beliau, peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada ILMU perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana dakwah Islam harus berjalan secara berterusan. "Kita diberi ruang untuk bercakap. Kita terbuka pada hari ini. Kita diberi pelunag untuk mengulas tanpa batasan. Saya kira itu hal yang sangat baik. Tidak ada satus sekatan pun kepada kita. 

 "Jadi kita mengambil peluang seluas-luas, kita sampaikan yang sepatutnya di sampaikan." ujarnya. 

 Fathul sebelum ini telah mencadangkan penubuhan Majlis Ulama Umno untuk menarik minat golongan ulama supaya lebih ramai menyertai parti itu. Cadangan tersebut turut disokong oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berharap badan itu mampu memberi nasihat serta mengukuhkan panduan parti kelak. 

Namun katanya, keputusan sama ada majlis tersebut bertindak sebagai sayap parti perlu diperhalusi terlebih dahulu. Malah sesetengah pihak turut berpendapat bahawa majlis tersebut harus diberi peluang mencampuri urusan dasar parti agar Umno dilihat lebih mesra keislaman.

 Menurut Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman tindakan tersebut dapat membantu menjustifikasikan program-program Umno dengan memberi gambaran bahawa parti itu tetap berpegang kepada prinsip Islam dalam pentadbiran.

 "Sekiranya Umno menjadikan majlis ulama ini sekadar untuk membaca doa saja atau tak boleh sentuh mengenai dasar, politik dan sebagainya, jadi akhirnya orang akan melihat majlis itu terpencil, jadi pengalaman lama akan berulang dan imej Umno takkan jadi baik," kata Abdullah.


Komen GPB

Itulah beza UMNO & PAS ...Ulama PAS tak berani bersuara dalam  bab Islam kerana takuat  ia merosakkan kerjasama antara PAS dengan DAP -PKR . Lihat sendiri isu hudud & negara Islam , bila Ustaz Nasha bersuara je pasal sentuh DAP  , terus dikritik sekeras-kerasnya ...

Kenyataan UFB ini jelas membuktikan UMNO sentiasa mendampingi ulama dan memberi kebebasan kepada mereka untuk bercakap soal agama .





Nik Abduh takut kat Karpal , lepas geram kat Tun M ..

Posted: 20 Aug 2012 07:30 PM PDT



Tindakan DAP yang berterusan menolak pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu yang di luar jangkaan Pas, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Sebaliknya beliau berkata, hubungan Pas dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat banyak membantu parti itu meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam.

 "Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (bukan Islam) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannya ke atas masyarakat Islam," katanya ketika menulis dalam blog http://nikabduh.com.

 

Ini hukum Hudud PAS bukan hukum hudud Islam ..itu yang Tun M tolak ...




Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mengkritik tindakan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud. Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.


 "Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh

. "Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno? SINAR HARIAN


Komen GPB

Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan oleh  Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima.

PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.

Terbukti  PAS adalah  munafik.....................

Anwar lebih rela pertahan Prmtg Pauh di PRU 13 dari kerusi lain ....

Posted: 20 Aug 2012 06:00 PM PDT




Akhirnya teka-teki siapa nak bertanding di Parlimen Permatang Pauh telah terjawab . Anwar Ibrahim hari ini di Rumah Terbuka TKM 1 P.Pinang mengesahkan bertanding di kerusi itu di PRU 13. Ini bermakna kerusi lain seperti di Nibong Tebal yang mana sebelum ini digembar-gemburkan  hendak ditandingi beliau adalah meleset  .

Permatang Pauh nampaknya  masih lagi dijadikan tempat untuk Anwar perkudakan dan perbodohkan pengundinya terutama yang cukup taksub   .

Anwar mungkin  mahu sangat pertahan kerusi itu kerana dikhabarkan fund dari Turki sudah masuk untuk kempen PRU 13 .  Kuat la sikit nanti untuk berkempen kerana beliau  jarang sekali    turun padang bali jenguk rakyat yang susah & perlukan pembelaan di parlimennya .


Jika Anwar telah sahkan , lain pulak dengan Mansor Othman yang mana beliau enggan mengulas samada mahu pertahan Penanti atau bertanding di kerusi lain .  GPB yakin beliau tidak akan pertahankan Penanti  sebaliknya   cuba mencari kerusi yang difikirkan selamat. Kerusi  di Nibong Tebal pulak bukan sahaja diintai Mansor tetapi juga Chegubard dan jangan terkejut sudah banyak kali beliau turun ke situ .






Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Beliau yang juga Ketua Umum PRR membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti. 

 "Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (Dun) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," katanya dipetik Bernama. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini

. Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi. 

 Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU13. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi 

masyarakat. Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dun Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti

DIMENSI

Posted: 21 Aug 2012 11:15 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Hari Raya Assmin meriah tanpa seorang ibu

Posted: 21 Aug 2012 07:54 AM PDT


ternyata suasana hening dan syahdu di pagi raya tanpa kehadiran seorang ibu bukan masalah besar bagi assmin. pada assmin, ucapan hari raya melalui sms sekadar memenuhi protokol antara seorang anak dan ibu tanpa perlu bersemuka atau bersalam salaman atau mengingati kedudukan seorang anak akan sape dirinya di sisi seorang ibu.

hari ini allah telah menunjukkan kepada kita akan kebesarannya. allah telah menguji ketaatan assmin terhadap shamsidar mahupun anuwar pandikutti melebihi dari ketaatan beliau terhadap ibunya. terbukti assmin lebih menyayangi anuwar yang telah 'melahirkan'nya sehingga menjadi insan yang 'berjaya'.

assmin juga pasti bersyukur kerana telah di kurniakan seorang isteri yang boleh di jual beli. sesungguhnya 'kedudukan' isterinya telah membawa impak besar dalam mengejar karier sebagai seorang ahli politik.

"tidak ada mana2 ugama..mana2 bangsa..mana2 budaya di dalam dunia yang mengenepikan atau membuang ibu yang boleh berjaya sebagai seorang pemimpin yang hebat" kata umi hafilda..kenyataan umi agak kurang tepat. lihat saje kejayaan yang di nikmati oleh assmin sekarang. assmin di apit oleh seorang lelaki hidung belang dan seorang isteri murahan telah 'memelihara'..'mengasuh' dan 'membasuh' assmin sehingga berjaya melupakan sape ibunya yang sebenar!

jadi ape ler sangat peranan si ibu di mata assmin. bagi beliau cukup ler tugas seorang ibu tu menempuhi sakit nak beranak...bertarung antara antara hidup dan mati dan tak perlu mengucapkan terima kasih kerana itu tanggungjawab seorang ibu. tapi yang memberi kemewahan di pagi syawal adalah anuwar. jadi si ibu tak berhak memberi ape2 nasihat melainkan dengan keizinan dari anuwar terlebey dulu

salam dan peluk sium assmin hanya layak di tujukan kepada anuwar dan shamsidar. mereka lah individu yang patut di sembah, di puja..maka ini ler pegangan agama assmin dan takde sape yang bley pertikaikan termasuk ibunye..


Politik Harian

Posted: 21 Aug 2012 03:34 AM PDT

Politik Harian


Pemuda BN Buat Laporan Polis Facebook Palsu Pemuda Umno

Posted: 20 Aug 2012 05:42 AM PDT


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah.

Beliau membuat laporan itu pada kira-kira jam 4 petang di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Posting pertama muncul pada hari Sabtu di satu laman peminat yang dipanggil 'Pemuda Umno Malaysia' yang kemudiannya tersebar di internet sebelum diturunkan.

Ketika ditemui pemberita di luar balai polis, Ibdilillah berkata beliau berpendapat posting itu berunsur hasutan kerana ia meminta pembaca mempertimbangkan sama ada agama Kristian sebagai agama rasmi.

Di samping menggesa pihak polis menyiasat perkara itu, Ibdilillah, yang juga ketua Pemuda Umno Taman Tun Dr Ismail berkata, laporan itu membuat untuk menunjukkan Pemuda Umno tidak mahu membiarkan perbuatan yang didakwanya menghasut itu.-mkini

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 21 Aug 2012 03:13 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Budak sekarang kenakan YB masa beraya?

Posted: 20 Aug 2012 07:39 PM PDT


Di musin raya ini, budak-budak buat satu geng untuk raya dari rumah ke rumah. Kita tahu budak-budak ini datang hanya untuk duit raya tapi keluarga Husin pastikan kedatangan budak-budak ini diraikan.

Keluarga kami akan pastikan budak-budak ini dihidangkan air Maklumlah haus budak-budak ini berjalan. Sambil tu, container kueh dipastikan berisi. Ada makanan pun dihidangkan. Kita akan bantu mulakan perbualan dan tanya soalan dan adakala berikan nasihat.

Pantang kami untuk kasikan mereka duit sebelum mereka masuk rumah. Kunjungan kanak-kanak ini membawa bersama doa dan rahmat. Satu hari mereka akan membesar dan layanan kita kepada kedatangan mereka akan tertera dalam ingatan.

Kita mungkin dah lupa ... jadi YB-YB semua kena beringat. Setiap gerak geri kita membina pandangan masyarakat terhadap kita di masakini dan masa depan.


Ada orang cerita cakap dan ini tidak semesti betul.

Dato Husam Musa sibuk melayan tetamu dan malas nak melayan budak-budak yang datang berkunjung rumahnya. Tak tahulah dia sedang sibuk melayan ahli PAS baru bernama Tamrin Tun Ghaffar dan sembang cerita balak ke ....walluhu alam.

Kisahnya datang satu kumpulan budak-budak nak beraya. Baik dengar loceng ditekan, Huse keluar dan belum dibuka gate, dia tanya mereka, "Nok gapo?"

Budak-budak ini diam saja. Mereka salah sangka Huse serupa marah. Taulah gaya Husam mudah disalah sangka seriusnya. Lalu Huse tanya, "Make ko duik?"

Budak-budak tu tengok saja muka Huse dan tidak berkata apa-apa. Lalu ditanya pula, "Goyak lo mu nak make?"

Akhirnya mereka menyahut, "Doh tokse make ... kenye."

"Kasi duek sajo bule ....?"

"Tokse."

Peace buat YB yang kena dengan kami 

"Cepak ... mu nak gapo?"

"i-pad sore se ...." lalu terus mereka jalan.

Huse tersentak sekejap. Apa ke lojik budak ni nak mintak i-pad dengan aku. Satu i-pad harga ribu. Mintak beg atau yuran sekolah takpa juga.

Lepas sejenak, Huse sedar bahawa dia diperli budak-budak. Syukur ... lepas tu, Huse nampak baru. Sejak tu baru dia sedia menerima kunjungan kanak-kanak yang datang beraya ni. Entah-entah malaikat tak yang kunjung dia ....

Husin tertanya ... tak mahu dia saman raja dalam menyaman blogger yang mengalahkan Rais Yatim.  

Wow! Lagi untung budak jual YB dari dapat duit raya

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 21 Aug 2012 03:02 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


Hoi PAS & UMNO !! ... HUDUD Untuk SEMUA .. Bukan Hanya Untuk ORANG ISLAM Saja !! ...

Posted: 20 Aug 2012 09:12 PM PDT



Dewasa ini kita sering tengok jawapan-jawapan "menyelamatkan diri" oleh puak-puak PAS & segelintir orang UMNO dalam cubaan menenangkan hati & perasan puak-puak Cina, India dan orang-orang yang Bukan Islam bahawa HUKUM HUDUD hanyalah terlaksana kepada ORANG ISLAM SAHAJA, jadi (kata mereka) ORANG BUKAN ISLAM tidak perlu bimbang dengan HUKUM HUDUD yang akan dijalankan oleh PAS (Seandainya PAS / Pakatan Rakyat memerintah Malaysia) atau UMNO jika ditaqdirkan pada suatu hari nanti UMNO berupaya untuk jalankan Hukum Hudud di Malaysia ...

Ini adalah satu jawapan yang BAHAYA dan tidak betul !

SEBENARNYA,
HUKUM HUDUD adalah terlaksana ke atas SEMUA ORANG & SEMUA PENGANUT AGAMA tak kiralah ORANG ISLAM & ORANG BUKAN ISLAM ! ..... Ulang suara! ; UNTUK SEMUA ORANG ! ... BUKAN ORANG ISLAM SAHAJA . OK ?!

Ini adalah fakta yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh kepimpinan PAS untuk cuba mengaburi orang bukan Islam bahawa HUKUM HUDUD hanya akan dijalankan kepada orang Islam sahaja.

Kata Hadi Awang Presiden PAS (01 Okt 2011);

KEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam.
Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam.
"PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini. (Baca selanjutnya di HARAKAHDAILY di SINI ...)


INI ADALAH BERSALAHAN DENGAN APA YANG DISYARIATKAN , CUBA DENGAR DENGAN TELITI CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS NI :

Tumpukan pada minit ke : 1:26 hingga 1:50 dan seterusnya ...


Hukum Hudud akan dijalankan kepada SEMUA ORANG tak kira ORANG ISLAM & ORANG BUKAN ISLAM, cuma ada sedikit ruang untuk orang Bukan Islam untuk DIDAKWA sama ada secara HUKUM HUDUD atau HUKUM SIVIL SEKULAR --- TETAPI pilihan tersebut hanyalah boleh dibuat oleh HAKIM. HAKIM itu adalah HAKIM SYAR'IE , bukan Hakim Sivil ataupun Hakim bukan Islam!

Jadi, STOP memutarbelitkan fakta HUKUM HUDUD YANG SEBENAR. Jangan lagi mengeluarkan kenyataan sesat hanya untuk menenangkan hati Orang Bukan Islam.

Nyakanlah yang sebenar, kerana yang sebenar itulah yang WAJIB KITA SAMPAIKAN KEPADA SEMUA !...

Sebab itulah Karpal Singh dan DAP (termasuk MCA) tolak Hukum Hudud dan penubuhan Negara Islam sejak dulu sehingga sekarang !


Selamat Hari Raya Semua !
Ampun Maaf Zahir Batin !
Berhati-hati Memandu di Jalan Raya.



AloQStaQ
Hari Raya ke-3
21 Ogos 2012
3 Syawal 1433H
12:12 Tengahari




Taipingmali (tm)

Posted: 21 Aug 2012 01:35 AM PDT

Taipingmali (tm)


Guan Eng bakal dicela dan dikritik hebat oleh PAS

Posted: 21 Aug 2012 12:10 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hadir di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan berbual mesra antara kedua pemimpin tersebut bakal mencetuskan satu lagi perang dingin di kalangan pemimpin Pas.

Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Tantawi 100, Nik Aziz bakal mengkritik dan mendesak Guan Eng keluar Dap kerana berjumpa Najib. Guan Eng juga mungkin di saman oleh Karpal Sink .

Apakah Guan Eng akan menerima nasib yang sama seperti Nasharudin yang bertemu dengan Najib di Tanah Suci Mekah?

Taiping : Pemilik kereta mewah dikenal pasti

Posted: 20 Aug 2012 09:46 PM PDT

Setelah mencari dalam google barulah TM dapat kenal pasti siapa pemilik kereta yang terdapat dalam entry yang lalu. Perhatikan persamaan gambar ini dengan gambar-gambar yang lalu. http://taipingmali.blogspot.com/2012/08/hebat-orang-taiping-berhari-raya-anak.html

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Aug 2012 11:36 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PENGGODAM BLOG ANWAR DIKENALPASTI

Posted: 20 Aug 2012 03:31 PM PDT

ORIGINAL
Mymassa baru mendapat info dari rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar. Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam Pkr sendiri. Seorang petugas lelaki.

Ianya original dan bukan palsu. Perutusan itu kini menjadi kecurigaan besar kepada DAP dan masyarakat Bukan Islam di Malaysia yang kini semakin nampak pembohongan politik Anwar. DAP dan masyarakat Bukan Islam kini sudah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Anwar.

Lebih daripada itu penderma Yahudi dan Israel semakin tidak mempercayai Anwar.

Bagaimana Anwar mahu menjaga keselamatan negara kita jika blog sendiri pun tidak boleh jaga???


Hari Raya AidilFitri : Kemenangan Pemain Muslim di BPL

Posted: 20 Aug 2012 07:39 AM PDT

Musim Liga Perdana Inggersi (BPL) datang lagi.

Sempena dengan kehadiran bulan Syawal sebagai petanda kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu, MyMassa kongsikan pemain bola di BPL yang menjaringkan gol dan meraikan tanda dengan berbangga bahawa mereka adalah seorang muslim.

1. Samir Nasri menunjukkan tulisan EID MUBARAK.


2. Demba Ba sujud syukur.


*Malam ni ada game M.U lawan Everton. Agak-agak pembaca MyMassa, siapa yang akan menang?

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 20 Aug 2012 11:31 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Khalid Gagap Sponsor Bas Mewah Untuk Kampen PKR...

Posted: 20 Aug 2012 10:00 PM PDT


Di saat rakyat selangor menderita di bulan syawal nie akibat catuan bekalan air, khalid gagap dengan bangganya menghabiskan duit (konon duitnya sendiri) untuk membeli sebuah bas mewah bagi di gunakan oleh pemimpin pakatan untuk tujuan berkempen...

Untuk apa khalid sponsor bas mewah untuk pemimpin pkr berkempen? itu soalan yang perlu khalid jawab... adakah ini sebagai insuran khalid untuk memastikan namanya tidak terkeluar dari senarai inner circle anwar atau untuk memastikan dirinya masih lagi menjadi calon pkr pada pru akan datang...?
Memang pelik khalid menggunakan wang koceknya sendiri sponsor bas untuk pemimpin pakatan berkempen, khalid cukup berjimat cermat dalam membelanjakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan rakyat selangor, khalid cukup berkira dalam projek perumahan rakyat, maintenance rumput, sampah dan longkang, sedangkan perkara itu bukannya guna duit kocek khalid pun khalid kata membazir.

Bolehkah khalid buktikan pembelian bas itu menggunakan duit koceknya sendiri??? kalau setakat cakap sahaja, semua orang boleh cakap, rakyat selangor nak bukti, bas tu di beli dengan duit kocek khalid bukan duit rakyat selangor...

Marilah Kita Buat Perbandingan...

Posted: 20 Aug 2012 07:20 AM PDT

Perbandingan antara pemimpin umno dengan pemimpin pas...



Ustazah Abby...

Posted: 20 Aug 2012 12:52 AM PDT


USTAZAH ABBY
sekadar pandangan...
Alhamdulilah. Abby, Aishah, Dayang Ku Intan dan lain lain wanita yang bukan artis kerana telah berhijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat.
Penulis ingin menasihati keluarga dan diri sendiri bahawa menutup aurat adalah sebahagian sahaja yang di tuntut oleh Islam. Islam juga menuntut penganutnya sembahyang 5 waktu (minimum), bayar zakat, tunai haji, berbuat baik, bersikap adil, menjaga aurat mulut dari mengeluarkan fitnah dan menjaga aurat teliga dari mendengar fitnah dan banyak lagi.
Marilah kita semua mendalami ilmu agama dahulu, membaca danmemafami AlQuran dan mengenal Allah serta Rasullulah. Jom kita isi dada dengan ilmu Allah sebelum kita terlibat di dalam ceramah.
Untuk pengetahuan ramai, menuruti sebuah blog, Tok Guru Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj.Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.
Penulis rasa Abby dan geng masih berselebreti tetapi di pentas yang lain sahaja.
Published with Blogger-droid v2.0.6

The Unspinners

Posted: 20 Aug 2012 11:27 PM PDT

The Unspinners


PAS kebas duit fitrah orang ramai!!!

Posted: 20 Aug 2012 10:03 PM PDT

Video raya Bernas anih?

Posted: 20 Aug 2012 06:54 PM PDT

Lawak Pagi: Pilihan Raya

Posted: 20 Aug 2012 06:00 PM PDT

Impian mereka yang sayangkan alif ba ta

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

Fikir-fikirkan: Dolak dalik PAS

Posted: 20 Aug 2012 02:00 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Aug 2012 11:24 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Ini Sahaja Yang Sudi Hadir Majlis Hari Raya @AnwarIbrahim Walaupun Free Bukti Pakatan Makin Tenggelam Ditekan Transformasi PM @NajibRazak

Posted: 20 Aug 2012 07:08 PM PDT


Pagi ini penulis sempat meninjau blog melihat isu yang diutarakan. Kebetulan ada wifi dibawa oleh adik ekoran 4G YES makin bermasalah dan U Mobile Ipad juga tidak laju seperti di Lembah Klang.

Melihat gambar majlis hari raya yang tidak semeriah pemimpin BN menunjukkan populariti Datuk Seri Anwar sudah merudum kerana kegagalan menunaikan janji yang mereka taburi tetapi dimungkiri kemudian.

Malahan slogan 'Janji Ditepati' juga dihalang dan dihentam atas alasan tidak masuk akal melainkan kerana mereka terasa ia memperli Pakatan mereka yang senang berjanji dan senang juga memungkirinya.

Sejuta takziah atas kemerosotan ini dan kepada blogger pembangkang teruskan kerja anda walaupun terpaksa berhempas pulas mencari sudut sesuai untuk membina persepsi bahawa Pakatan masih lagi disokong kuat oleh rakyat bawahan.

Lihat gambar dan fikirkanlah





Bandingkan dengan rakyat yang hadir di Putrajaya ke kediaman rasmi YAB Perdana Menteri





Kenali Ikan Sisa Nabi Sulaiman Bukti Kebesaran Tuhan

Posted: 20 Aug 2012 05:21 PM PDT

Ikan Sisa Nabi juga dikenali sebagai Ikan Sebelah Laut
Ikan Sisa nabi atau nama lainnya Ikan Sebelah laut mempunyai keunikan sendiri yang mana badannya hanya ada sebelah sahaja.Ikan yang dikenali dengan nama saintifik Pseudorhombus spp./Achiroides spp. ini mampu hidup di kawasan air masin dan tawar di sekitar negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menurut sejarah, Ikan ini telah dimakan sebelah bahagian oleh Nabi Sulaiman A.S dan dilepaskan semula ke laut. Atas kehendak Allah S.W.T, ikan sisa nabi ini telah hidup dan membiak sehingga hari ini. 

Biarpun hanya mempunyai 1 mata dan sebelah badan sahaja ia tidak memberi sebarang masalah kehidupan ekosistem ikan tersebut. 

Kejadian ini membuktikan satu lagi kebesaran Allah S.W.T. Wallahualam. KalamPena/PjO


#InfoPjO : Kenali Ikan Sisa Nabi - PjO putrajaya-online
http://www.putrajaya-online.com/2012/08/kenali-ikan-sisa-nabi.html

Sent via Flipboard


Sent from my iPad

Ini Resit Bukti PAS Terima Zakat aka Infak Wajib ??? Harap Mursyidul Am PAS @NikAbdulAziz Dapat Jawab

Posted: 20 Aug 2012 03:05 AM PDT


sumber http://jawaber6.blogspot.com/2012/08/panas-raya-pas-songlap-duit-zakat-fitrah.html


Pertama sekali penulis tidak terkejut dengan berita bahawa PAS menerima wang zakat yang sama erti Infak Wajib seperti bukti di atas.

Lihat bagaimana selama ini institusi masjid cuba dilumpuhkan dengan pembinaan markas PAS yang dijadikan pusat untuk beribadat seperti yang anda dapat lihat di seluruh negara.

Selain tindakan menjadikan padang dan kawasan lapang sebagai tempat bersolat menjadikan masjid tidak lagi dipenuhi dan dipinggirkan secara tidak langsung oleh mereka.



Asas penubuhan PAS sendiri tidak berlandaskan ajaran Islam kerana ia dibina berasaskan matlamat menyaingi jemaah pertama umat Islam iaitu UMNO.

Bahkan ulama juga dihina oleh golongan ekstrim di dalam PAS seperti yang menjadi mangsanya ialah Tan Sri Harussani Mufti Perak dan juga Mufti lain yang berani berkata benar walau bercanggah dengan perjuangan PAS.

Kekalahan di dalam pemilihan menjadikan PAS ditubuhkan bukan kerana ingin menegakkan keadilan atau perundangan Islam. Baca tentang perkara ini yang diulas oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri di sini http://www.khabarkotabharu.com/niat-menentukan-perbezaan-pas-dan-umno/

Lantaran itu tidak pelik bila parti menentang hukum Islam dijadikan rakan seperjuangan melebihi parti Islam Melayu seperti UMNO



Sehingga mantan Timbalan Presiden PAS sendiri meminta perkara ini dikaji semula agar asas perjuangan PAS kembali seperti asal yang diwar-warkan.

Sejarah seperti ini perlu dikorek kembali kerana jika tidak ramai akan keliru dengan status penubuhan parti bertemakan Islam walaupun asas pemerintahannya atau perjuangan politiknya tidak ada keseriusan untuk menegakkan Islam. Seperti bukti di sini :



Lihat bagaimana masjid dibina sebuah sahaja sepanjang dua puluh tahun memerintah Kelantan di saat beberapa tempat ibadat agama lain semakin subur dan besar melebihi masjid di Kelantan.

Perkara seperti ini perlu diperhalusi dan direnung kembali di setiap ketika termasuk ketika Aidilfitri.

Memberi ingatan adalah tugasa setiap orang yang beriman walau di ketika meraikan kejayaan menentang nafsu di hari lebaran.

Selamat hari raya dan teruskan perjuangan demi Alif Ba Ta.

Baca juga fatwa songsang Nik Aziz jika anda ada masa di blog rakan panglima

http://keris7lok.blogspot.com/2012/08/himpunan-fatwa-songsang-nik-aziz-yang_20.html

PM @NajibRazak : Umat Islam Perlu Insaf Kesejahteraan Dan Keselamatan Tidak ‘Datang Bergolek’

Posted: 20 Aug 2012 01:26 AM PDT



Sumber : http://www.umno-online.my/?p=66793


KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini 'bukanlah datang secara bergolek'.


Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.


"Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah. Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia," katanya.


Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.


"Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin. Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama," katanya.


Bagi mencapai matlamat itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengubah sikap dan melabur secara mapan bagi mempunyai 'mind-set' yang betul serta menyediakan prasarana keselamatan yang lebih ampuh.


Najib berkata kerajaan akan memastikan agensi-agensi yang bertanggungjawab akan lebih berkesan untuk menangani cabaran mencegah jenayah era mutakhir.


"Kita menyedari usaha ini memerlukan kaedah pencegahan jenayah yang baru, serta kepimpinan yang dinamik, akauntabiliti yang tinggi, struktur organisasi yang lebih sesuai, latihan yang lebih relevan serta peralatan yang moden," katanya.


Najib berkata umat Islam di negara ini amat bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang mencipta kejayaan berterusan dan sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.


"Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan Afrika, kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.


"Kita juga telah menyaksikan kegagalan ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat mereka apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum," jelas beliau.


Najib berkata di tengah-tengah semua kekusutan ini, negara tercinta Malaysia telah mencipta kejayaan berterusan sebagai sebuah negara majmuk yang dirahmati dengan perpaduan nasional.


"Kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama, budaya dan bangsa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca perpecahan, di negara ini menjadi pemangkin kemajuan," katanya.


Hakikatnya, Najib berkata rakyat Malaysia hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, keikraman dan kemakmuran merupakan realiti nasional, bukan semata-mata harapan apatah lagi impian indah.


Oleh itu, Najib meminta umat Islam agar mengingati pengorbanan yang telah dan sedang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan bagi membolehkan rakyat hidup di dalam negara yang aman dan makmur sempena hari dan bulan yang penuh kemuliaan ini.


"Kejayaan Malaysia dimungkinkan doa oleh semua rakyat Malaysia, yang disulami ikhtiar nasional yang berteraskan perancangan yang inovatif, pelaksanaan yang cekap, tadbir urus yang baik, kreativiti yang tinggi, produktiviti yang terus meningkat serta daya saing nasional yang sentiasa diasah," katanya.


Najib berkata kerajaan komited untuk meneruskan kejayaan nasional ini dengan sokongan dan dukungan padu semua rakyat Malaysia, bagi merealisasikan matlamat membawa Malaysia ke arah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


Sempena Aidilfitri ini, beliau meminta umat Islam untuk meneruskan tradisi rumah terbuka, dengan membuka seluas-luasnya pintu rumah serta pintu hati untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia ini.


"Sehubungan itu, pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya, isteri dan keluarga di atas apa-apa yang terkhilaf.


"Saya berdoa kepada Allah SWT supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang," tambah beliau.





Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on redditMore Sharing Services








Berita Bertarikh Pada 9:25 PM

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah - @Anwaribrahim Minta Maaf Kepada @NajibRazak ???

Posted: 20 Aug 2012 01:00 AM PDT


Assalamualaikum wrt wbt dan salam 1Malaysia.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan yang masih sudi singgah di blog hamba dari dulu hingga kini. Sokongan atau kedatangan tuan puan ke blog hamba membuktikan sokongan kepada apa jua bahan yang disiarkan. Walaupun ada juga yang datang sekadar mahu membaca tanpa mahu membuka akal fikiran menerima kebenaran yasng disiarka

Semalam suasana sangat meriah dan penulis merasa sangat gembira dengan tradisi yang disambut mengeratkan hubungan sesama sanak keluarga. Ramai yang sudah lama tidak bersua sudah kembali dijabat tangannya. Perjalanan Jumaat malam sebelum tiba pada pagi Sabtu lalu berbaloi dengan keindahan suasana bersama ayahanda dan bonda serta keluarga di kampung.
               
               Gambar di Masjid An Nur Pasir Pekan tempat solat Hari Raya Panglima semalam


Lantaran itu penulis memohon maaf kesuntukan masa ekoran pulang ke desa selain berhari raya mengganggu proses untuk mengemaskini blog seperti biasa. Selain masalah talian YES 4G penulis yang baru sahaja  'pulih' dari kecederaannya. Apa yang boleh dibanggakan wakil YES 4G di Kelantan sangat bagus khidmatnya membantu penulis menyelesaikan masalah setting modem huddle yang dialami.

Sempena kedatangan hari baik ini penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas sebarang kesilapan yang mungkin disengaja atau tidak disengajakan. Semoga kebenaran yang kita cari dan pegang akan tersebar dengan berkat keikhlasan kita menjulangnya ke angkasa Insya Allah.


Gambar Perkuburan Kg Pasir Pekan Tumpat Kelantan Lokasi Moyang 
Dan Saudara Mara Panglima disemadikan

Jangan lupa hari lebaran ini banyakkan berinteraksi dengan sanak saudara jangan dilayan media maya semasa berziarah ke rumah mereka. Adab ziarah ikut sunnah seperti berbicara memandang muka dan anak mata perlulah diamalkan.

Semasa membelek blog yang sempat dijenguk terkejut juga melihat permohonan maaf Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang disiarkan di blog beliau malam menjelang Hari Raya.



Meskipun tidak percaya namun taktik menuduh UMNO menggodam akaun blog beliau antara skrip yang dapat diramalkan. Katanya Anwar sudah menaikan beliau meminta maaf, sama seperti kes China Doll dan Liwat Saiful yang juga dinafikan walaupun ada video rakaman sebagai saksi kejadian dan sudah disahkan kebenaran kandungannya oleh pihak luar negara.

Terpulang kepada anda jika mahu percaya atau tidak namun jangan mudah menolak tanpa mengkajinya terlebih dahulu.

Ada otak pakai...Ada tangan tulis dan jika ada hati timbanglah dengan cermat agar keputusan tepat diperolehi.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...


sekupangdua

Posted: 20 Aug 2012 11:16 PM PDT

sekupangdua


SESAT JAUH... AGAMA PAS ATAU AGAMA ISLAM?

Posted: 20 Aug 2012 06:23 PM PDT


Memenag betul lah ada yang menganggap Arti Ajaran Sesat, mana tidaknya, sekarang ini memang jelas kita lihat dan nampak bila orang islam kini ada yang berugama PAS atau yang sebenarnya berugama Islam, bukan setakat itu sahaja yang PAS telah buat, malah ruukn Islam sendiri dah dijadikan rukun Agama PAS. Apa nie Parti Sesatkan umat Islam makin melampau...

Zakat Fitrah bukan sekadar sunnat ataupun sekadar derma, Zakat Fitrah adalah rukun bagi setiap umat yang beragama Islam, sama berat dengan rukun lain seperti Melafaz dua kalimah sahadah, berpuasa, mengerjakan haji dan lain-lainnya. 
Nampaknya jauh terpesong Parti yang menyesatkan umat Islam sudah layak di perangi keranasikap jahil malah memesongkn akidah umat Islam di Malaysia

Rata-rata mereka cukup berani menjadikan PAS semacam ugama yang lebih mulia dari Islam itu sendiri.. bagaimana salah seorang dari orang PAS sendiri membongkar tentang aktiviti amil yang mengambil zakat Fitrah untuk PAS dan bukan seperti. tuntutan dalam ISLAM, rasa tidak puas hati sahabat ini sekalipun sebelum ini memang menyokong PAS yang tegar... 'sebelum nie saya bayar kat mereka kerana apa yang mereka kata , sama jer, kita akan pastikan zakat ini kesaluran yang betul seperti untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, dan yang paling utama zakat ini juga akan digunakan untuk mendirikan Masjid dan surau'

Lagi apa yang dia kesali apabila semasa pemerintahan Rejim pencacai DAP, PAS yang diketuai oleh Menteri Besar Boneka nie lansung tidak mendirikan walau sebuah masjid atau surau sekalipun dengan amanah yang dipertanggung jawabkan sebagai pemerintah atau kerajaan, zakat yang dikutuip itu hilang entah kemana... di khabarkan bakal digunakan untuk pilihanraya atau menjana kewangan Pas yang tertentu...adoiii dema ingat Zakat ni macam sedekah kat bapak dema ker? memang patut umat Islam kena tentang kesesatan Ugama PAS nie

Nampaknya sebelum Ini di daerah Batu gajah dan Gopeng tidak berakhir disitu sahaja, kali ini kita didedahkan di Teluk Intan sendiri pun kes seperti begini turut berlaku, apa nak jadi dengan ugama PAS ini yang sekarang nampaknya menyesatkan umat Islam dan bukan nak memertabatkan Islam itu sendiri. Dalam isu begini nampaknya pihak JAIP pun kena serius menangani kes yang boleh menyesatkan akidah umat islam Angkara Ugama PAS ini, adakah sebenarnya seperti rakyat sudah tahu dimana dalam JAIP sendiri pun memang dah berlambak orang PAS didalamnya, sebelum Ugama PAS makin menular, sudah sepatutnya ia patut di tentang kerana menyesatkan umat Islam yang ada... JAIP perlu jawab!



Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 20 Aug 2012 11:12 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


En bref, la voici: je suis errant dans le desert

Posted: 20 Aug 2012 12:18 AM PDT

Ce qui était nouveau, mais aussi encore une fois, ne mettez pas la charrue avant les boeufs. Je n’avais jamais posé les yeux sur un legalisation casino en ligne france avant cette nuit.

Si un homme ou une femme pourrait se trouver n’importe où que jeux maxhines a sous en ligne anges soutenu, je serais surpris. C’est étonnamment facile de ruiner jouer aux nouvelles macccccchines a sous en flash si vous ne faites pas attention pourtant, c’est ce que vous découvrirez quand vous faites cela. Etes-vous sûr que vous avez à conduire ce train ? C’est une façon d’envisager librement donner à ce.
Quoi qu’il en soit, que la fortune aurait-elle, oui. Pourquoi devrais-je lire la merde stupide sur le Anyhoo Internet ? Je suppose que vous devez vérifier que vous-même. Donc, comme mon acolyte répète, Ne vous fiez pas la porte à laquelle chacun a une clé. Ce serait un bonus assez cool si elle a été que le froid. Il s’agit d’un plan pour faire face à cela. S’il vous plaît inviter vos coalitions pour visiter ici.
J’aime à imaginer que je suis un individu complet. Où peut-on trouver des conseillers traite poker en ligne t sans inscription Premier ?
Si vous suivez ces conseils à gérer, vous verrez que vous obtiendrez excités au sujet de votre casion machine a sous encore la cohérence est un autre élément important de jeuxde machines a sous gratuit. J’ai besoin d’avoir un plan d’action. Je vais vous montrer comment l’idéal face à ce contexte. Il a été suivi avec succès jusqu’à. Voici quelques choses qui vous aidera à économiser une partie de vos ressources. Je suppose que vous devez trouver gourous qui ont un cléopatra machines a.

De quelle source non-professionnels ne perçoivent horaires jeu video poker gratuit indolore ? Vous le savez, afin de faire face à quelque chose qui traite de jeu machine a sous bonus d’une manière unique. Mesdames ne s’ennuie jamais avec benefice ou perte betclic. Vous ne pouvez pas vous tromper avec cette stratégie et c’est l’expertise que vous recherchez. Nous avons besoin de découvrir la vérité sur machine a sous cleopatra s. Cependant, je compte sur lui autant que possible. Avec beaucoup en jeu, ce n’est pas surprenant que les associés ont beaucoup de questions.

Je serai heureux de publier plus d’relatives à machines a sous gratuites casino. Voici quelques-unes des jouer en ligne sans inscriptions et gratuits typique. casino filmini izle a été prouvé à cause cockail. C’est la façon d’obtenir plus préoccupante touchant jouez au blackjack en ligne sans telechargement.

Cela correspond bien, Si au début vous ne réussissez pas, essayer, essayer, encore une fois. C’est facile à utiliser.
C’est un fait de vie. J’ai toujours su que cela pourrait arriver, mais néanmoins, jeux bingo gratuit en ligne sans inscription s’est bien vendue. Voici un chemin de l’illumination gérable course de chevaux virtuel autant que nous allons continuer à discuter de ce phénomène étrange. Ce sera le jour. Ce versement est prévu de partager une ou deux choses que j’ai apprises au cours des décennies touchant machine asous.

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 20 Aug 2012 11:06 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


APA BEZA BERSARA TOK GURU DENGAN BERSARA PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN?

Posted: 20 Aug 2012 06:21 PM PDT

APAKAH LAGI YANG NIK AZIZ MAHU KEJAR?...KENAPA PULA ANWAR MAHU TUNGGU LEPAS PILIHAN RAYA PRU13?...APA PUN KEDUA MEREKA INI WAJIB PERBETULKAN DAHULU KESILAPAN MEREKA TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERSARA...
Salah seorang orang paling lama memegang jawatan dlm politik adalah Nik Aziz. Dulu sebelum Tun Mahadhir bersara memegang jawatan PM macam2 juga Nik Aziz mengata kepada PM seh
inggakan ada juga kedengaran Nik Aziz menyatakan jika Tun letak jawatan PM beliau sendiri pun akan turut sama  letak jawatan.Tapi Nik Aziz sehingga skrg sampai walaupun bertongkat berkerusi roda pun masih sayang jawatan MB sanggup keluar masuk wad seolahpemimpin dalam pas Kelantan tua2 belaka seperti beliau . Bukan sahaja tidak mahu letak jawatan yang anehnya alasan yang beliau berikan yang tidak masuk akal dan kini katanya pula mahu pegang jawatan sampai mati.  Rakyat tetap mengingati kesah ini tiga dah PM negara ini dizaman  Nik Aziz dan semua PM tersebut jahat2 berlaka katannya sehinggakan sanggup mendoakan PM DS Najib supaya pecah perut. Sekarang Allah SWT tunjuk kepada kita apa yg terjadi kepada pas semakin jelas bila pas memilih DAP yang jelas kafir tidak mahu kepada islam dijadikan partner nya untok menguatkan islam di negara ini sebaliknya Umno yang punyai kuasa dan didalamnya terdiri dripada orang islam dikafirkan pula oleh pas. Alasan tetap boleh diberi apa cara sekali pun tapi tongkat dan berkerusi roda juga yang seringkali masuk wad kerana sakit tua Nik Aziz tetap tidak boleh menipu dan sembunyikan dari rakyat.Allah membuka hati dua tokoh penting dalam Pas iaitu Hassan Ali dan Ustaz Nasha supaya menceritakan kebenaran apa yang berlaku dalam pas sekarang kalau semua yang Umno tegur kesilapan pas lakukan terhadap islam selama ini dituduh umno pula jahat dan tidak layak menegur pas waima berkaitan dengan islam sekalipun tapi kalau Karpal Singh sanggah tentang hudud tak sampai 24 jam u-turn tarik kenyataan...itulah politik pemimpin pas masakini yang sebenar2nya gila kuasa dan pangkat kejar harta dunia dengan pergunakan islam.

Apakah perkara yang sama juga berlaku kepada kenyataan mahu bersaa Anwar Ibrahim?... Anwar lebih muda dari Nik Aziz, Anwar juga orang penting dalam PR tanpa Anwar maka hancurlah PR...

Baca sini...

1) Dulu Anwar akan berlakon sakit pinggang dan sakit tengkuk. Gambar pembengkung pinggang dan leher menjadi modal simpati.

2) Idea simpati tersebut sudah lapuk dan telah dihidu oleh rakyat. Satu taktik mencari simpati Anwar adalah dengan menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya. Pun sudah lapuk kerana acap kali diulang dan diputar semula.

3) Strategi terbaru mencari simpati dan belas kasihan adalah dengan mengugut untuk bersara. Sebenarnya Anwar memang perlu terus bersara kerana kegagalan terbesar beliau sekarang adalah kegagalan menubuhkan pakatan pembangkang yang sah di Malaysia. Logo dan perlembagaan pun masih tiada.

4) Tunggu apa lagi baik berhenti sahaja kalau DAP sudah lebih berkuasa dari PAS dan PKR.

PISAU.NET

Posted: 20 Aug 2012 09:30 PM PDT

PISAU.NET


Mitos Kesamarataan Hak di Singapura

Posted: 20 Aug 2012 06:00 PM PDT





Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahasa rasmi yang lain


IbnuRusydi--Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.



Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.



Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.



Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul 'Looking Back', Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah 'tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun'. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai "orang yang tidak boleh dipercayai" dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.



Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar 'Singaporean Singapore' kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :



1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai 'Unit Sensitif' di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan 'keselamatan negara' kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.



Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya




2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.



3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.



Seorang ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young terorist trainees"




4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).



Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam "Ethnicity and Nationality in Singapore" terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.



Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994



Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti 'Malaysian First, Malay Second', 'Middle Malaysia', 'Saya Anak Bangsa Malaysia' dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.


Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. 'Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk', mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini.


Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.

rujuk siri artikel Pisau sebelum ini

DAP Anti Umno,Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" :klik sini

DAP Anti Umno:Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" Pt2 Klik sini

Rahsia Terbongkar ! Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura
::Klik sini


Malaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara Republik Bersatu Rakyat Malaysia :KLIK SINI

Pisau kata " DAP wajib dihapuskan..."

5.4 % GDP Tutup Mulut Haprak Pakatan

Posted: 20 Aug 2012 02:31 AM PDT


Berita baik ini selalunya akan disorok dan dibenci oleh pakatan haprak,NKRA yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini sudah membuahkan hasil.


Dalam masa kerajaan lain terpaksa berhempas pulas ,negara yang diperintah oleh BN telah mencapai 5.4% GDP. Berita baik ini memang cukup menakutkan haprak dan Anwar sebagai bekas menteri kewangan mengetahui bahawa kejayaan ini bukannya mudah dicapai melainkan daripada pengurusan dan dasar yang baik dari kerajaan.


Bayangkan Singapura hanya mencapai 0.7% dan Jepun 1.4% GDP ,Negara Malaysia mencapai angka 5.4% adalah satu angka yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi Eropah yang sekarang ini mengalami masaalah.


Bab ekonomi ni haprak pakatan bukannya reti sangat melainkan di perbodohkan oleh Anwar dan gerembolan pemimpin mereka kononnya negara bangkrup dan ekonomi merosot. Almaklumlah standart Anwar sebagai penasihat kewangan Selangor hanya RM1 ,tengok sendiri bagaimana kerajaan negeri Selangor ekonominya merosot teruk dan wang simpanan habis dikikis.

Satu lagi kalau korang perasan,rakyat Malaysia ni yang kononnya dikatakan susah melarat oleh haprak pakatan sakan bebenor membeli belah,shopping sana sini,mana mana pasaraya,pasar basah semua keluar berduyun duyun . Kononnya kata susah diaorang shopping jugak..ada duit la tu..

Tak mampu beli baju harga 2-3 ratus,diaorang beli dengan harga 50-60 ringgit dekat uptown.. tetap membeli belah jugak bukan?

Susah rakyat Malaysia tak sesusah rakyat Indonesia atau Bangladesh.

Katanya barang mahal,harga naik dan macam macam lagi..tapi orang beli jugak.. tu tandanya apa? Ada duit ka atau takda duit?

KUALA LUMPUR (Aug 15): Malaysia's economy in the second quarter (2Q) grew by 5.4% against 4.9% in the preceding quarter, led by huge increase of activities in the construction sector and continued expansion in the services and manufacturing sectors, the Department of Statistics Malaysia (DSM) said on Wednesday.

"The robust growth in gross fixed capital formation (GFCF) has driven the demand side," it said in a statement.

The official figure was higher than the estimates of 4.5%-5% growth by private sector economists.-TheEdge

Kat Malaysia ni rakyatnya mati sebab makan banyak,diluar sana seperti Afrika atau Rohingya orangnya mati sebab tak ada makanan.

Pisau kata " hari ni pekena mee rebus dan laksa penang.. layan...."

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Aug 2012 03:23 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Puting susu 'betina' ini diusap-usap manja

Posted: 20 Aug 2012 12:30 PM PDT

Pada 18 Ogos lepas, beberapa orang model yang memakai pakaian mandi telah bergambar bersama seekor lembu tenusu betina. Tidak sahaja bergambar, mereka turut memegang dan mengusap lembu tersebut di Perkampungan Shanyin, wilayah Shanxi.

'Gadis-gadis lembu' ini telah diupah oleh pihak berkuasa tempatan bagi mencari publisiti dengan mensasarkan untuk mempromosikan hasil keluaran lembu tenusu yang bermutu tinggi.

Pada hari yang sama juga, satu pertandingan ratu cantik untuk lembu turut diadakan di perkampungan berkenaan. Selepas beberapa jam pertandingan berlangsung, pihak penganjur telah memilih 'Ratu Lembu' berdasarkan kualiti susu, penampilan dan keturunan keluarga.


[Ads: Jangan lupa berkumur dengan Listerine Natural Green Tea selepas makan nanti, ya? #SmileWithListerine ]
[Ads: Prepare yourself for a good laugh, Dairy of a #WimpyKid3 is showing this August 23! ]
 [Ads: Go cashless with the RHB #EasySmartCard today and save while you spend with the privileges!]




Karpal semakin melampau kata Tantawi, selama ini KP Pas buta dan pekak kah?

Posted: 20 Aug 2012 09:51 AM PDT

SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendahkan dan mempertikai keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam, pemimpin DAP itu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.

Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR.

Sinar

DS Anwar pertahan Permatang Pauh..tak terkejut pun...

Posted: 20 Aug 2012 09:30 AM PDT

Tak hairan sangat berita yang kononnya tergempar ini.

Mengikut kata sembang orang-orang lama yang berpaksikan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, memang di sini sahaja Anwar di'sembah'...

kalau tempat lain, mintak maaf la, silap-silap haribulan boleh hilang wang pertaruhan!

Baca laporan di bawah...

BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau yang juga Ketua Umum PRR membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihanraya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (Dun) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkang kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada
pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dun Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Pengarah filem terkenal maut terjun jambatan

Posted: 20 Aug 2012 09:14 AM PDT

 LOS ANGELES – Pengarah filem Hollywood, Tony Scott, yang popular kerana filem Top Gun lakonan Tom Cruise, ditemui mati, dipercayai terjun dari sebuah jambatan di sini, semalam.

Pejabat Koroner Los Angeles berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu sebagai tindakan membunuh diri.

Abang kepada pengarah filem Alien, Ridley, ini terkenal kerana mengarahkan filem-filem aksi pada 1980-an.

Antara filem popular beliau ialah The Hunger (1983), Top Gun (1986), Days of Thunder (1990), Bevery Hills Cop II (1987), True Romance (1993) dan Enemy of the State (1998).

Di akhir hidupnya, Scott dikatakan sedang bekerjasama dengan Cruise untuk menghasilkan filem susulan kepada Top Gun.

Dia pernah berkahwin tiga kali dan mempunyai dua anak bersama isteri ketiga, Donna Wilson.

Menurut pihak penyiasat, Scott ditemui mati selepas jatuh dari Jambatan Vincent Thomas, berhampiran San Pedro dan Terminal Island di sini.

Lt Joe Bale dari pejabat penyiasat berkata, pengarah itu dilihat meletakkan kenderaannya dan terjun jam 12.30 tengah hari semalam.

Mayat beliau ditemui di pengkalan kurang tiga jam selepas kejadian.
"Kita cari sabarang fakta dan bukti. Kita tidak ada sebab untuk mengatakan suspek tidak mebunuh diri," kata Bale kepada BBC.

Menerusi Twitter, Pengarah Ron Howard berkata, "tiada lagi filem Tony Scott. Hari malang."

Duncans Jones, Pengarah filem Source Code and Moon berkata, "hanya dengar berita Tony Scott."

"Menakutkan... Tony sangat baik dan mengambil saya dan memberi sokongan kepada saya untuk membuat filem," katanya.

Scott, yang dilahirkan di Northumberland, terkenal untuk filem 'blockbusters' pantas, dan mengukir gaya tersendiri dalam filem-filem beliau yang menggunakan penyuntingan cepat dan kesan digital.

Beliau mengukir nama dengan mengetengahkan pelakon Denzel Washington termasuk Man in Fire dan yang terkini Unstoppable.

PAS amalkan politik kebudak-budakan

Posted: 19 Aug 2012 05:36 PM PDT

PUTRAJAYA - Pemimpin dan anggota Pas dilihat mengamalkan politik tidak matang dalam isu pertemuan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Mereka sepatutnya mengamalkan politik secara terbuka, tidak bermakna jumpa dan bergambar bersama, nak 'sertai' terus. Kita perlu matang dalam berpolitik, bukan macam budak-budak," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Najib bersama anggota Kabinet di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini.

Pada Khamis lepas, selepas pulang dari Makkah, Nasharudin berkata pertemuan antara Najib dan para ulama di Makkah baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh soal Umno atau Pas kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu iaitu mengenai ummah.

Sehari sebelum itu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar daripada Pas setelah dilihat bersama Najib di Makkah pada Selasa lepas.

Mengulas isu pertikaman lidah antara Nasharudin dan Pengerusi DAP Karpal Singh mengenai isu hudud, Mustapa berkata perkara berkenaan melibatkan kedua-dua individu tersebut dan BN tidak akan masuk campur terhadap soal tersebut. - Bernama

MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13

Posted: 19 Aug 2012 04:33 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu
pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri. Bernama

Keputusan EPL 19/08/12 - Chelsea dan Man City menang perlawanan sulung

Posted: 19 Aug 2012 03:31 PM PDT

Chelsea membuka tirai Liga Inggeris pada musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic di tempat lawan.

Gol dijaringkan oleh pemain pertahanan, Ivanovic dan menerusi sepakan penalti oleh Frank Lampard setelah Hazard dijatuhkan dalam petak penalti.

Manchester City pula hampir diaibkan oleh pasukan yang baru naik ke Liga Perdana, Southampton setelah pasukan berkenaan berjaya mendahului pasukan Mancinni itu denga 2-1.

Walaubagaiamanapun jaringan Dzeko dan Nasri berjaya menyelamatkan maruah Manchester City dengan meberi kemenangan 3-2

Berikut keputusan dua perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/13 yang berlangsung hari ini.

Wigan 0 - 2 Chelsea

 Man City 3 - 2 Southampton

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 20 Aug 2012 01:39 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Lagu Kontroversi yang Pernah Di HARAMKAN Suatu Ketika Dulu!!

Posted: 20 Aug 2012 05:37 AM PDT


Lagu ni pernah diharamkan suatu ketika dulu kerana lirik yang kontroversi dan menyentuh bibit perkauman.. tapi tetap TOP selepas tu.

INFO! Lanun Jack Sparrow Seorang Muslim??

Posted: 20 Aug 2012 12:19 AM PDT



Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara 'pilihanraya' pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali 'Violet' yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk 'A Christian Turned Turk'.

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).

Sumber asal

TUDIAA!! Dua Pemimpin Dap Bakal Menyertai BN?

Posted: 19 Aug 2012 08:37 PM PDT


Gambar ini diambil semasa Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri bersama rakyat di Putrajaya semalam. Tak sangka Guan Eng dan Teresa Kok juga datang memeriahkan rumah terbuka tersebut. Bagus la kalau mereka datang untuk menunjukkan semangat '1 Malaysia'.

Semasa jamuan tersebut, Guan Eng dan Terasa ada berjumpa dan bersalaman dengan DS Najib, apakah ini bermakna mereka juga akan menyertai BN? seperti mana dakwaan pembangkang kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Jika mereka ini boleh, kenapa Ustaz Nasha tak boleh bergambar bersama DS Najib? Pelik la dalam Pakatan ni, ada 'double standart' antara dua darjat. Kalau Dap darjat tinggi, Pas pulak darjat kelas ketiga.


Darjat pemimpin Pas yang tinggi sikit kalau mereka tu pro Anwarisma atau artis. Kalau mereka tu geng Ulamak atau Ustaz-Ustaz biasa, confirm la jadi kelas ketiga, tak dilayan atau dipinggirkan. Gred ni bukan Mc yang bagi, tapi memang realiti. Orang Pas yang buat sendiri.. kita cuma pemerhati.

Belum pun mereka jadi pemerintah kita dah tengok Melayu Islam Pas dah jadi kelas ketiga. Kalau Pakatan memerintah, apa jadi agaknya dengan nasib Melayu Islam?


McTheory:
Menang Sorak, Kampung Tergadai!!

TUDIAA!! Abby Bosan Politik Nak Berlakon Balik Pulak?

Posted: 19 Aug 2012 05:13 PM PDT



Apa hal pulak dengan Abby ni.. sejak masuk Pas, duit ceramah yang dia dapat dah tak cukup makan ka? rm2500 untuk satu ceramah merepek dan memfitnah itu kerja mudah. Cuma ulang skrip kutuk UMNO dan hina kerajaan, Abby akan dibayar rm2500.. bukankah kerja mengutuk orang itu mudah?

PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya.

Susah dapat tawaran kerajaan

Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.

"Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Rujuk bersama Norman?

Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.

Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya.

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'.

"Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.

Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang. - Sinar


McTheory:
Dia yang banyak pusing, lagi mau kata orang pusing.. apa raa..

waadat

Posted: 20 Aug 2012 01:39 PM PDT

waadat


resit Fitrah PAS

Posted: 19 Aug 2012 07:48 PM PDT



Demang 'no komen'.

Cucu Tok Selampit

Posted: 20 Aug 2012 01:10 PM PDT

Cucu Tok Selampit


CAT Government - The Broken Promises

Posted: 20 Aug 2012 08:30 AM PDT


Penang Malays from PR are fed up with the current political tone in Penang, especially with signs of a looming general election, they said the issues raised should be about the people and not just 'politics' which the ADUNs of Penang are just propagating day and night instead of producing more affordable housing in the state for the people. There were lots of broken promises by the so called Penang CAT Government that can be listed out. Below are some promises left idle. The list is not exhaustive, there might be some that I've left out:
  • Declare personal assets.
  • Hold local government elections.
  • Cancel weekend and night car park charges.
  • Change leasehold to freehold land conversions.
  • Build monorail, subway, skybus and cable car.
  • RM30 million to build elevated highway to improve Green Lane traffic.
  • RM400 million to build Penang Inner Ring Road (PIRR)

Oh ya! And where is the Tiger Park you announce Mr Chief Minister from Batu Pahat? This Penang PR Government is only NATO (No Action Talk Only!).These PR Politicians have ceaselessly continued debating about themselves. They have forgotten about the people here despite genuine cases of them suffering from health, mental, or monetary breakdowns and they failed to notice that the costs of living are shooting up since 308, while the stress levels are also rising due to the severe road congestion gripping Penang due to the inefficiency of the state administration into road expansion program since taking over. 

These PR Malays also wants DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is also Penang Chief Minister, to declare once and for all whether the party would be fielding Malay candidates in the next general election as they can see LGE is only interested to field the Chinese whom he trust to be faithful to him distrusting the Malays of being bought over and that DAP MUST become a dominant political force while PKR and PAS have failed the Malays miserably in Penang caused by the action of the CM discarding the interest of the Malays. 

The Malays have no stable channel to express their grievances about socio-economic issues in Penang, particularly about affordable housing and relocation of squatters as LGE pays more attention to his own DAP party and busy over his private affair with Rainbow which created Headline. In the end as Tunku Aziz say LGE cannot be trust and will ignore the Malays when his support increase. Time for the Penang Malays to have a second look into LGE's face and see properly under a microscope and not eventually being played out like the Indians of Kampong Buah Pala. God Bless you.

Apalah Jahat Gila Juak-Juak PAS Ni - Duit Zakat Fitrah Pun Nak Sebat?

Posted: 20 Aug 2012 06:39 AM PDT

Salam Aidil Fitri buat semua pembaca-pembaca blog CTS yang disayangi. Maaf sekiranya CTS berhibernasi selama beberapa hari bagi menghormati kedatangan bulan Shawal serta membuat persiapan menyambut Aidil Fitri. Back to business!  Banyak perkara yang hendak CTS coretkan sekembalinya dari bertapa ini, tapi biarlah posting ini kita berbicara mengenai dua perkara sahaja. 


Pertama, perkara yang mengaibkan dan memalukan yang menjadi bualan maysarakat laman sosial Facebook adalah tindakan PAS Teluk Intan yang telah menggunakan wang Zakat Fitrah untuk kepentingan parti. Perkara berkenaan telahpun dibuat laporan polis. Laporan polis terhadap bayaran zakat yang berkemungkinan akan diselewengkan oleh PAS Teluk Intan. Laporan polis telah dibuat berikutan kemungkinan penipuan yang di buat oleh Parti Artis SeMalaysia (PAS) dan sekarang hanya menunggu untuk membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam dan pihak Kerajaan dan Media sahaja. Laporan polis berkenaan berbunyi seperti berikut:
No. Report Polis - Teluk Intan/010597/12
Tarikh: 19.08.2012; Jam 1512
"Pada jam lebih kurang pukul 6.30 pagi pada 19 Ogos 2012 saya bayar zakat fitrah di Masjid Batak Rabit, Batu 3, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak dengan bayaran tunai RM70.00 untuk 10 orang tanggungan. Apabila selesai membayar saya dapati resit yang dikeluarkan atas nama Parti Islam SeMalaysia (PAS) No Resit 9946 bagi pihak Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan, Perak sedangkan seharusnya dikeluarkan resit di atas zakat fitrah ini daripada Majlis Agama Islam Perak. Saya telah hubungi salah seorang pegawai pihak Agama Islam dan mereka suruh maklumkan kepada pihak polis dan seterusnya merujuk kepada Jabatan Agama Islam. Inilah laporan saya."
Polis telahpun mengesahkan yang perkara yang berlaku ini adalah satu penipuan dari pihak PAS kepada orang ramai. Komen CTS senang sahaja, memang payah sangatlah PAS ni sampai kerja pejabat agama pun mereka ambil-alih! Kita tidak perlu hairankan semua ini. Sedangkan duit derma anak yatim Memali pun mereka kebas apatah lagi duit Zakat Fitrah. Kalau tak percaya, tanya Abang Mat Sabu.

Perkara kedua yang menjadi kebingungan di kepala otak CTS adalah gelagat Ketua Umum P"Gay"R sejak beberapa minggu ini kembali memakai kaca mata. Agak menghairankan adalah Anwar Ibrahim telah melakukan pembedahan laser ke atas kornea matanya bagi membolehkan beliau melihat tanpa menggunakan kaca mata atau kanta sesentuh (contact lens). Soalan cepumasnya adalah untuk apakah beliau memakai kaca matanya kembali? Gambar di bawah adalah gambar terbaru beliau yang di ambil semasa Rumah Terbuka P"Gay"R Guar Perahu hari ini.

Kak Wan Tak Marahkah Perempuan Di Belakang Memegang Bahu?

Tok Janggut Keramat

Posted: 20 Aug 2012 01:06 PM PDT

Tok Janggut Keramat


SEJARAH YANG INGIN DIKELIRUKAN.

Posted: 19 Aug 2012 10:06 PM PDT

Tulisan asal ini telah hamba salin dari laman fb
assalamualaikum dan selamat hari raya para sahabat.
kali ini saya menulis ingjn menyentuh sedikit persoalan politik dahlu dan semasa.soalan yang jawapan tiada pada saya dan saya percaya jawapan ada pada para sahabat



Dan tidak puaslah hamba kalau tidak ikut memberi ulasan walau pun ulasan hamba nanti akan seberapa ringkas yang boleh. Inahaallah. Pun begitu hamba juga tidak mahu mengganggu suasana raya di shawal kedua ini. Maka ulasan hamba akan datang kemudian. Tetapi kalau ada sahabat sahabat yang sudi membuat ulasan dan pandangan segera silakan dahulu. Catatan asal ini hamba postkan dahulu tanpa ulasan dari hamba.

1) 13 mei 1969 ,insiden tersebut mugnkinkah ada niat rahsia tersembunyi yamg dirahsiakan oleh para pejuang veteran.apa yang menyebabkan melayu cina menjadi begitu menggila sekali pada

hari kejadian??

2)tragedi AUKU mahasiswa pada era 70-an.ketika anwar ibrahim memimpin ABIM ketika itu.apa penyebabnya??

3)malays dilemma hasil penulisan mantan pm kita iaitu tun mahathir muhammad.apa isi pendapat dalam buku tersebut??

4)isu pengasas UMNO iaitu dato onn jaafar keluar dari umno.kenapa beliau membuat keputusan keluar dan membuat parti baharu??

5)PKMM. . .bila kita kaji selidik balik ,ramai orang melayu menyertainya dan parti yg bergabung dengan mereka iaitu angkatan pemuda insaf (API) dan angkatan wanita sedar (AWAS)??sedangkan dalam parti tersebut majoritinya belia muda melayu.

6)benarkah kesatuan melayu muda (KMM) berpaling tadah kepada pihak jepun setelah pencerobohan malaya brlaku??

para sahabat dan pejuang muda sekalian.disini saya ingin jawapan pendapat dan pencerahan dari kamu semua.kalau nak copy paste pn x apa.ini kerana saya masih tiada jawapan bagi teka teki ini.

*anak muda buta sejarah :-)

— bersama Kai Al-Waled dan 19 yang lain.