Sabtu, 4 Ogos 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Komentar Kini

Posted: 04 Aug 2012 07:13 PM PDT

Komentar Kini


Ingat, Najib pernah berbohong

Posted: 04 Aug 2012 04:27 PM PDT


Saya nak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan BN Terengganu.

Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.

Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.
Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebaliknya janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada Dana khas persekutuan.

Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran. Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.

Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.

Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.

Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan "janji ditepati" kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu.

Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.

Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.

Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.

Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad.

Tukar Tiub

Posted: 04 Aug 2012 07:08 PM PDT

Tukar Tiub


DEMO UNTUK AJAR RAKYAT BIJAK TURUN BERDEMO

Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT




SEKOLAH DEMO UNTUK SEMUA




Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
4 Ogos 2012



1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan penghantaran Memorandum ke kedutaan Myanmar semalam. Sebanyak 25 NGO telah mengesahkan sokongan terhadap memorandum tersebut. Seramai hampir 500 orang Rohingya telah mengiringi wakil - wakil pertubuhan yang hadir dalam penghantaran memorandum tersebut. Lebih 100 orang warga tempatan hadir selaku wakil pertubuhan dan yang hadir secara individu. Tahniah juga kepada SAMM Wilayah kerana telah menjadi tuan rumah menyelaraskan penghantaran memorandum tersebut.

2. Penghargaan juga diucapkan kepada anggota keselamatan kerana memberi sedikit ruang semalam. Namun kami juga agak sedikit terkilan apabila kumpulan kami yang berarak dari Masjid Tabung Haji telah disekat dan hanya dibenarkan berkumpul sejauh kira - kira 500 meter dari Kedutaan Myanmar. Hanya kumpulan 5 orang dibenarkan kemudiannya berjalan kaki ke kedutaan. Kami juga amat kesal dengan tindakan Myanmar dengan secara sengaja menutup kedutaan dan tidak menghantar wakil menerima memorandum yang disediakan. Namun setelah delegasi yang diketuai anggota dewan negara, YB Senator Saiful Izham Ramli berbincang barulah seorang yang tidak mahu dikenali muncul dan menerima memorandum tersebut dari celah pagar. Ini tindakan biadap yang tidak seharusnya berlaku.

3. Semalam juga telah diumumkan sebuah badan bertindak yang diberi nama Malaysian People Joint Task Force for the Humane Treatment of the Rohingyas. Dan selepas ini isu pembelaan nasib Rohingya ini akan diasak melalui gabungan badan bertindak ini. Beberapa tindakan sedang dirancang dalam masa terdekat bermula dengan penyerahan memorandum ini.

Antara desakan yang terkandung dalam memorandum bantahan adalah termasuk;

Mendesak Kerajaan Myanmar segera hentikan penghapusan etnik muslim Rohingya.

Tidak 'double standard' dalam isu ini.

Memanggil kesatuan Asean supaya turut mendesak Myanmar hentikan pembunuhan.

Memanggil kesatuan Asean supaya melucut keahlian Myanmar dalam Asean.

Memanggil campurtangan PBB dalam konteks hak asasi agar etnik Rohingya dilindungi

Mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan termasuklah bantuan makanan dan perubatan, dan disaksikan oleh PBB, Asean ataupun OIC.

Akhir sekali, kami mendesak supaya satu dialog untuk keamanan etnik Rohingya dimulakan di antara PBB, Asean dan OIC serta kerajaan Myanmar.

SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa di atas sikap yang ditunjukkan oleh regim Barisan Nasional apabila tidak bersuara dalam isu Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam, harus lebih peka dan menunjukkan keberanian di atas nama Islam. Inilah musibahnya apabila negara diketuai oleh seorang pemimpin yang penakut.

Maka agak bersesuaianlah Perdana Menteri menyandang jawatan Menteri Wanita.

Akhir sekali SAMM mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ramai NGO, NGI dan aktivis kemanusiaan. Kehadiran anda semua menjadi bukti betapa negara ini masih mempunyai nafas tanggungjawab kemanusiaan sejagat, bukan retorik glokal semata-mata.


JANJI BERSIH 8 TUNTUTAN




BERSEDIA UNTUK KELUAR
malam 30 ogos ini
kita ramai ramai keluar
pakai baju kuning


SLOGAN KITA:
janji bersih!

SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 04 Aug 2012 04:00 AM PDT




HARI INI GUA BERBUKA DI JAY BEE






SELAMAT BERBUKA PUASA
hari sabtu bangun lambat
hari ahad bangun lambat
petang ini carilah apa yang dpat








INI KAWAN SAYA MAT GAGALIS





NOTA:
lihatlah betapa gumbiranya
lihatlah senyuman mat gagalis


kenapa senyum?




kerana tahun ini
telah ada khabar angin
bahawa mat gagalis ini
tidak akan lagi disenaraikan
sebagai gagalis tegar
ini kerana mat gagalis
ini telah jatuh cinta dengan
saekor ikan todak kah kah kah

selamat berbuka puasa!



BERITA BERGAMBAR

Posted: 04 Aug 2012 03:21 AM PDT




SATU MALAYSIA TUNGGU BERITA INI




NOTA:
kalau ini betul berlaku
ertinya kerajaan gerombolan runtuh
kalau ini berlaku kita wajib berseia

bersedia untuk menangkap:

mahathir muhamad : kes bunuh memali
najib razak : kes bunuh altantuya
pengarah sprm : kes bunuh teoh beng hock, bunuh sarbaini
musa hasam: kes bunuh kuga, francis , aminulrashid...






KRONI CUKONG REMBAT TANAH RUMAH PASONG BRICKGEILD

Posted: 04 Aug 2012 12:43 AM PDT



HABIS TANAH KERAJAAN DI REMBAT




KENYATAAN MEDIA
3 Ogos 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR


Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini:
1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?

2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?

Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

SENGAJA DI KOTORKAN


Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.

Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai



KAH KAH KAH - LOGO TERBAIK UNTUK UNITED MALAYS NTIONAL ORGANISATION

Posted: 04 Aug 2012 12:06 AM PDT




KAH KAH KAH KAH KAH KAH




KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah jawapan untuk gerombolan
ini adalah jawapan untuk 31 ogos
ini adalah jawapan untuk hari malapetaka


NOTA:
ini adalah contoh terbaik
dimana penentangan politik
di kahwin dengn humour
melalui bingkai seni

salut untuk otak
anak muda muda ini!



31 OGOS HARI MALAPETAKA




NOTA:
pada malam 30 ogos
kita keluar ramai ramai
pakai baju kuning

jnji bersih!


PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI

Posted: 03 Aug 2012 07:57 PM PDT




TUKAR TIUB DI JAY BEE







NOTA:

program bersih
tentang pilihanraya
tentang penipuan pilihanraya
tentang perjuangan jalan raya
tukar tiub akan bersama di jay bee







JEMPUTAN PKR WANGSA MAJU



Saudara/saudari dijemput untuk menghadiri majlis Tazkirah dan Berbuka Puasa Bersama Anwar Ibrahim. Berikut adalah maklumat lanjut :

TARIKH : 5 OGOS 2012 (AHAD)
MASA : 6 PETANG
TEMPAT :MADRASAH NURUL MUTTAQIN, FLAT SRI LANGKAWI (BELAKANG LRT TAMAN MELATI) Map: http://goo.gl/maps/6fchj

Semoga dengan kehadiran Saudara/Saudari dapat mendapat menjayakan majlis ini. Sekian.



Biaqpila

Posted: 04 Aug 2012 03:26 PM PDT

Biaqpila


Pramugari Ditiduri Hantu Raya

Posted: 04 Aug 2012 11:15 AM PDT


Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tibapandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

"Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu," tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

"Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

"Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.

"Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah," jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

"Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

"Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?" kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

"Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

"Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

"Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar," tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

"Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

"Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya," tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

"Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa," tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

"Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya," kata Shamsuri.

penpatah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PENCIPTA MELODI LAGU JANJI DITAKUTI TERMAKAN SEMUT?

Posted: 04 Aug 2012 12:20 AM PDT


Logo sambutan merdeka yang ditransformasi melalui cabaran debat baru-baru ini.Memang xble blah kan...kah!kah!kah!

KUALA KETIL: Kontroversi lagu Janji Ditakuti yang berlarutan selama sebulan kini mungkin berakhir bilamana pencipta melodi lagu tersebut akan disiasat sedikit masa lagi.Tindakan ini diambil kerana lagu ciptaannya dikatakan diciplak. Siasatan mungkin menjurus kepada kemungkinan pencipta melodi tersebut termakan semut semasa bersahur.

"Biasanya orang yang makan semut akan bodoh selama 44 hari,jadi kita tidak menolak kemungkinan melodi lagu tersebut terpaksa diciplak kerana pencipta melodi tersebut dalam keadaan bodoh pada masa itu",kata Menteri Kesenian Kuda Kepang dan KomUMNOkasi.

"Satu panel telah dibentuk untuk mengenalpasti jenis semut yang ditelan oleh pencipta melodi tersebut semasa bersahur",katanya lagi sambil menitis air mata.

Beliau juga tidak dapat memastikan samada pencipta melodi tersebut tertelan semut semasa bersahur atau berbuka puasa kerana kebarangkalian untuknya tertelan semasa bersarapan atau makan tengahari adalah mustahil kerana kejadian berlaku di bulan puasa."Lainlah kalau dia tak posa...biaqpila kat dia",katanya penuh dramatik.

"Kita akan mendakwa semut-semut ini jika terbukti benar dakwaan tersebut",katanya lagi sambil mendakwa dirinya sendiri juga tertelan semut lewat malam tadi.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis

Posted: 03 Aug 2012 06:00 PM PDT




Kejam betul mamat nih!! dia belasah Rais sungguh-sungguh.. langsung tak berlapik.. sedap saja dia kata Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa..



“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa... bukan aku kata tapi Bekas Ketua
Penerangan UMNO Perlis yang kata..



Selain itu kata dia Rais tidak faham erti tronsfarmasi yang Najib lakukan, Rais juga dah rosakkan momentum transformasi yang Najib lakukan..



Kerana Rais juga sekarang orang ramai menyalahkan UMNO/BN..




Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk
Dr Rais Yatim  dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.



“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang
mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.



“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.




“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.



“Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun
Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib,” kata beliau hari
ini.



Pakatan Rakyat tolak




Menurut Hashim,  tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat
kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga
yang merdeka.



Bagaimanapun, Katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.



“Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan
tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak
memahaminya.



“Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali
dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi,” tambah Hashim lagi.



Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.



Sebaliknya  memilih tema alternatif “Sebangsa, Senegara,  sebagaimana
diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad
Said baru-baru ini.



Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik - Free Malaysia Today



Aku ingatkan orang-orang Pakatan Rakyat saja yang menyampah dengan dia.. Orang-orang UMNO pun sama rupanya..



Kalau macam tu... letak jawatanlah Rais....

darisungaiderhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SIASAH

Posted: 04 Aug 2012 03:12 PM PDT

SIASAH


'Arakan jadi Gaza kedua'

Posted: 04 Aug 2012 02:13 PM PDT

Wilayah Arakan (Rakhine) yang didiami oleh etnik Rohingya di Burma (Myanmar) kini menjadi seakan-akan wilayah Gaza di Palestin, yang terkepung dan dizalimi oleh pemerintah, pihak keselamatan dan juga penduduk tempatan, kata Mohd Azmi Abdul Hamid, setiausaha agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Shura, dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mapim.

Tegasnya, kesungguhan yang ditunjukkan melibatkan isu kepungan ke atas Gaza perlu ditunjukkan sekali lagi dalam menangani isu kezaliman ke atas minoriti Rohingya di Burma.

"Wilayah Arakan yang didiami etnik Rohingya yang beragama Islam kini terkepung, seakan-akan kepungan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap Gaza," tegas Mohd Azmi.

Beliau yang baru pulang dari Burma untuk lawatan tinjauan dan menggerakkan bantuan kepada etnik Rohingya menegaskan bantuan perlu segera dihantar dan menggesa semua yang prihatin menghulurkan bantuan dan turut menggesa peranan lebih aktif kerajaan Malaysia.

Dalam satu wacana isu Rohingya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam, Mohd Azmi memberitahu hasil tinjauan di Burma mendapati kes-kes tangkapan dan pembunuhan Muslim Rohingya kini berada pada tahap yang kritikal, malah mereka yang terselamat atau menjadi pelarian berdepan suasana hidup atau mati ekoran kekurangan makanan dan keperluan asas lain.

Jelasnya lagi, kekejaman dan kempen membenci etnik Rohingya yang beragama Islam didasari atas satu sentimen keagamaan penganut Buddha di Burma, yang melihat minoriti Muslim di sana sebagai satu ancaman demografik sehingga sami Buddha turut terlibat dalam kempen anti-Muslim Rohingya.

Dasar menghapuskan minoriti Muslim Rohingya merupakan sesuatu yang terus dijalankan oleh pemerintah Burma, walaupun kononnya telah menjadi semakin terbuka, kata Mohd Azmi lagi.

"Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Burma pada masa ini tidak lebih daripada satu tindakan yang kosmetik," tegas Mohd Azmi.


Lebih memburukkan keadaan, pelarian dihalang daripada memasuki negara jiran Bangladesh dan kerajaan negara itu kini mengharamkan badan-badan bukan kerajaan daripada membantu pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh, atas alasan menggalakkan pelarian Rohingya memasuki negara jiran Burma itu.

Menurutnya, pilihan utama sekarang ialah menghantar sendiri dan mengedarkan makanan kepada mangsa kempen penghapusan di Burma, yang dijangka akan berdepan pelbagai halangan daripada pihak berkuasa negara itu.

Beliau menggesa sumbangan untuk segera memulakan misi menghantar bantuan makanan ke Arakan untuk menangani krisis kemanusiaan yang sedang melanda minoriti Muslim di sana.

Bantuan boleh disampaikan kepada akaun Bank Islam 12047010037282, milik Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia.

DIALOG RAKYAT

Posted: 04 Aug 2012 03:07 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Lagi bekas pegawai kanan polis akan sertai PAS

Posted: 04 Aug 2012 07:45 AM PDT

Ahmad Fadli KC


 
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

NONE"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin (atas) berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

NONESementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim (kiri) sewaktu dihubungi Malaysiakini turut membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".

Kempen guna penulis blog 'konspirasi Kristian'

Posted: 04 Aug 2012 07:41 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kempen misteri 'Saya Pilih Malaysia' di dada akhbar hari ini bertukar wajah apabila memaparkan penulis blog sebagai sensasi baru, termasuk dua orang yang pernah terlibat dalam kontroversi 'konspirasi Kristian' tahun lalu.

i choose malaysia bloggersBig Dog (Zakhir Mohamad) dan My Anger (Shamsul Yunos) tahun lalu memuatkan dakwaan DAP menganjurkan pertemuan dengan pemimpin Kristian di Pulau Pinang yang melibatkan ikrar menukar agama rasmi negara.

Kempen 'Saya Pilih Malaysia' bermula sejak dua minggu lalu, dipercayai berkaitan dengan pilihan raya yang akan datang tetapi menggunakan kaedah halus.

Sebelum ingin ia menggunakan ramai artis popular dengan slogan yang senada dengan retorik BN seperti "Kestabilan, Perpaduan, Kemajuan dan Keamanan".

Dua lagi personaliti dimuatkan dalam iklan yang tersiar di semua akhbar utama itu, penulis blog pro-BN Rockybru (Ahiruddin Attan) dan Apanama (Firdaus Abdullah).

Penulis lirik tawar bantuan untuk lagu merdeka baru

Posted: 04 Aug 2012 07:38 AM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Penulis lirik terkenal Buddhi Hekayat hari ini menawarkan diri untuk membantu kerajaan menggubah lagu dan lirik bertemakan kemerdekaan yang baru setelah lagu sedia ada "Janji Ditepati" dipertikaikan.

Malah, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim bersedia terlibat dengan usaha itu walaupun tidak diberikan sebarang bayaran.

"Hendaknya niat ini tidaklah dipandang remeh dan serong oleh pihak menteri apabila beliau sendiri menyebutkan bahawa persoalan negara harus melampaui kepentingan mana-mana politik kepartian apatah lagi sekadar dasar kerajaan sekalipun," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Buddhi Hekayat menegaskan keperluan mempunyai lagu kebangsaan dan kemerdekaan sendiri dan tulen, seperti dituntut generasi Malaysia hari ini.

"Kemelut berkaitan lagu berkenaan itu sama sekali tak pula membayangkan bahawa Malaysia kekurangan bakat dalam bidang muzik," kata penulis lirik yang terkenal dengan lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF.

"Saya percaya, di kalangan anak-anak bangsa kita, ramai sekali yang mempunyai bakat kemampuan untuk sama-sama menggubah lagu yang mengandungi semangat dan roh kemerdekaan tanah air tercinta ini."

Kritikan masyarakat ada asas
Sementara itu, menyentuh langkah kerajaan untuk menyiasat Janji Ditepati yang didakwa diciplak daripada lagu gereja Indonesia, Buddhi Hekayat berkata, beliau percaya rata-raya rakyat Malaysia menyambut baik.

"Selepas saya sendiri mendengar lagu dan meneliti liriknya, perlu diakui bahawa kritikan masyarakat, khususnya masyarakat di ruang siber memang berasas.

"Belum pernah dalam sejarah Malaysia, perlunya sebuah panel penyiasat diwujudkan hanya untuk menyiasat sebuah lagu," kata pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Planet Muzik (APM) Singapura itu.

Beliau bagaimanapun menolak kenyataan komposer Jasnie Mohd Yaakub yang mendakwa Janji Ditepati belum dimuktamadkan.

"Selepas mendapat kritikan hebat, adalah aneh dan tidak munasabah bagi lagu "Janji Ditepati" yang sudah diperdengarkan-juga sepertimana logo kemerdekaan tahun ini-dikatakan masih tak muktamad dan tetap berada dalam proses penyediaan.

"Jawapan ini terdengar sebagai jawapan politik semata-mata," katanya yang juga aktivis parti pembangkang.

Rakyat diajak cipta logo Merdeka alternatif pula

Posted: 04 Aug 2012 07:31 AM PDT

Harakahdaily,   

KUALA LUMPUR: Selepas mengemukakan tema alternatif Hari Merdeka, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', Pakatan Rakyat kini sedang berusaha pula untuk mengumpul cadangan logo alternatif dari rakyat.

Mereka hari ini melancarkan satu akaun laman peminat di Facebook atas nama '101 Cadangan Logo Merdeka - Sebangsa, Senegara, Sejiwa' untuk memudahkan rakyat negara ini menghantar cadangan rekabentuk logo itu.

Selain di Facebook, rakyat Malaysia yang mempunyai kreativiti, boleh juga menghantar logo ciptaan mereka ke emel sekretariatpakatan@gmail.com.

Menurut maklumat posting terbaru di wall Facebook itu, penganjur juga menyediakan hadiah saguhati kepada sesiapa yang logonya terpilih untuk dijadikan logo alternatif itu nanti.

"Hantarkan logo Merdeka yang anda impikan! Hadiah saguhati disediakan bagi logo yang ter-cool, ter-hot, ter-pilih... walaupun taklah sebanyak kontrak lembu RM250 juta, tapi sumbernya halal, insyaAllah!," tulis admin.

Setakat berita ini ditulis, sudah terdapat satu cadangan logo pertama yang dihantar oleh www.ilusenidesign.com.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat juga mengutip cadangan dari rakyat berhubung tema Merdeka yang lebih sesuai menggantikan tema 'Janji Ditepati' kerajaan yang dikritik banyak pihak sebagai tema politik BN.

Hasilnya, mereka melalui Jawatan Kuasa Pemilihan Tema yang dipengerusikan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said memilih tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Sehubungan itu, Pakatan sekali mengajak rakyat untuk bersama mencadangkan logo alternatif atas tema alternatif itu bagi mengantikan logo pilihan kerajaan sedia.

Sebelum ini, selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tampil dengan kenyataan membayangkan akan menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.

Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."

Beliau berkata, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Norman: Laporan saya dan Abby rujuk semula hanya spekulasi

Posted: 04 Aug 2012 07:24 AM PDT

SHARIFAH NOR FAZLINA SYED BAKRI

Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Norman, Abby, Memey dan tiga anak mereka berbuka puasa bersama-sama
 
 
SHAH ALAM – Norman Hakim menafikan laporan blog bahawa beliau dan bekas isterinya, Abby Abadi akan merujuk semula ekoran pertemuan mereka dan isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Norman berkata, dia tidak mahu memberi apa-apa komen tentang isu tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

"Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.

"Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali," kata beliau.

Norman menambah: "Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya."

"Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya," katanya lagi.

Kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa bulan Ramadan mulia telah menyatukan keluarga Norman dan bekas isterinya.

Norman berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.

"Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk
tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.

"Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."

Sehari sebelum Norman bercakap kepada Sinar Harian, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej "doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat" dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.

Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.

Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.

Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

Susulan isu Sabah, PR kini sasar 18 kerusi Parlimen Johor

Posted: 04 Aug 2012 07:22 AM PDT

NORSHIKIN MOHD SALLEH

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
 
JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan mampu menambah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi di Johor dengan sasaran 18 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu dilontarkan berdasarkan beberapa perkembangan menarik yang berlaku di negeri ini, termasuk  isu nasional seperti yang berlaku di Sabah.

"Sebelum ini PR mendedahkan 12 Parlimen di negeri ini menjadi sasaran, namun susulan perkembangan menarik di Sabah, biarpun ia berlaku di Sabah, tetapi ia memberi impak baru yang saya rasa membantu Johor. PR akan mencipta momentum baru di Johor.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," katanya.

Menurut Salahuddin, realitinya, PR telah mewujudkan senario baru politik di Johor dan ia menyumbang laluan cerah ke Putrajaya," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Pulai, di sini,hari ini.

Katanya, berdasarkan respons terkini diterimanya, PR yakin mampu meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Sabah, Sarawak dan Johor.

"Jika sebelum ini BN yakin kuasai tiga negeri tersebut, tetapi setelah melihat perkembangan politik terkini, saya rasa kita dapat runtuhkan kubu ini.

"Ini terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap serius untuk jentera BN pertahankan Johor.

"Lebih mengejutkan kenyataan terkini beliau meminta untuk BN pertahankan Gelang Patah. Ia manifestasi seorang Timbalan Presiden Umno yang jelas bimbang akan perkembangan PR di Johor," katanya.

Salahuddin bagaimanapun enggan mendedahkan Parlimen yang menjadi sasaran PR,  dan sama ada ia ditandingi oleh DAP, PKR atau Pas.

Pas terbuka, tapi mahu komitmen PM

Posted: 04 Aug 2012 07:21 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI & RAZIATUL HANUM A RAJAK

Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
 
 
SHAH ALAM - Pas menerima secara terbuka kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan kesediaan berunding dengan Kelantan berhubung isu royalti minyak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tiada  sebarang masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana pihaknya sendiri sudah lama berhasrat untuk memulakan sesi perbincangan secara rasmi, namun tidak disambut oleh Kerajaan Pusat satu ketika dahulu.

"Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nik Aziz awal pagi tadi memberitahu yang Perdana Menteri menghantar surat kepada beliau semalam.

"Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Nik Aziz.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.

Sehubungan itu, Salahuddin berharap rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

"Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata," ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau secara sinis turut menambah yang perbincangan ini harus secara jelas dan komited, bukan sekadar "sembang minum kopi" saja.

"Matlamat perbincangan harus jelas dan tepat," tambah beliau.

Tambah beliau, rundingan mestilah diadakan secara serius dan isu pemberian royalti ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang sudah bersedia membuat rundingan berhubung pemberian royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Kami telah lama meminta rundingan secara rasmi dilakukan. Tetapi permintaan mendapat sambutan dingin daripada kerajaan pusat," kata Mustafa.

Menurutnya lagi, tindakan Perdana Menteri ini menggambarkan yang beliau telah sedar kesilapan lalu dan cuba untuk memperbaiki keadaan.

"Perbincangan mesti serius, jangan sekadar mahu mengambil hati rakyat Kelantan saja," tegas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Putrajaya dan menganggap ia sebagai satu langkah positif dalam rangka menyelesaikan kemelut antara kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat.

Menurut Tuan Ibrahim, tuntutan tersebut sudah merebak ke luar dari negeri Kelantan dan oleh itu, wajar Kerajaan Pusat melayan tuntutan berkenaan kerana pengabaian akan memberi kesan ketika PRU13.

"Tuntutan ini sudah menjadi satu fenomena di seluruh Kelantan dan saya percaya kesediaan Perdana Menteri untuk berbincang tentang pembayaran royalti itu berkait dengan tuntutan menyeluruh dari pelbagai pihak, antaranya Sultan Kelantan, Pas, rakyat Kelantan serta badan bukan kerajaan.

"Jika tuntutan royalti ini tidak dilayan, rakyat yang terbabit akan semakin marah dan kemungkinan Pakatan untuk menang dalam PRU13 ini lebih besar," katanya.

Tambahnya, usaha bersama itu berjaya menarik simpati rakyat kepada kerajaan negeri dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada badan-badan bukan kerajaan yang turut sama memperjuangkan isu tuntutan royalti ini.

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU

Posted: 04 Aug 2012 07:16 AM PDT

G MANIMARAN & JAMILAH HAMZAH

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU
Kronologi Isu Royalti Minyak Kelantan
 
ANALISIS - "Hampir 37 tahun kita ditipu, kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya." Demikian entri satu blog yang mengulas perkembangan hari ini.
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.

Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.

Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Rata-rata penganalisis melihat persetujuan Putrajaya untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Kerajaan Negeri Kelantan dengan lebih komprehensif dilihat sebagai satu cara terbaik mengukuhkan perpaduan orang Melayu semakin berpecah selain bertujuan melakukan pembangunan di negeri itu, sekali gus memancing pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, rundingan yang akan dilakukan oleh Najib bersama kerajaan negeri Kelantan bakal membawa perubahan kepada rakyat negeri itu dari segi pembangunan dan sosioekonomi.

Menurutnya, Kelantan yang dilihat sedikit mundur berbanding dengan negeri lain di Malaysia akan lebih membangun sekiranya royalti minyak itu diberi secara betul kepada kerajaan negeri dan rakyat membuka ruang khususnya pengundi atas pagar memilih kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Jika rundingan itu berlaku dan perjanjian dibuat oleh kerajaan pusat dan negeri Kelantan mengenai isu royalti minyak, rakyat akan menerima tempias dalam ekonomi terutamanya pembangunan sekali gus membantu menarik pengundi atas pagar memilih BN.

"Serba sedikit rakyat akan buang perasaan tak senang yang anggap Umno lakukan penganiayaan serta penindasan dilakukan oleh kaum Melayu sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pengumumannya, Nik Abdul Aziz memberitahu bahawa Najib telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan dan cadangan itu turut diterima baik oleh pemimpin Pas yang lain.

Berdasarkan kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung yang akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib.
Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr .Jayum Anak Jawan juga sependapat dengan Azizuddin.

Katanya, pemberian royalti minyak yang lebih komprenhensif kepada negeri Kelantan bakal menjana ekonomi negeri serta membantu dalam proses pembangunan.

Katanya, rundingan ini juga akan memberi kesan kepada rakyat Kelantan untuk lebih terbuka dan menerima parti politik yang lain selain Pas di negeri itu.

"Rundingan ini patut diteruskan supaya penerimaan royalti minyak di negeri-negeri pengeluar minyak lebih menerima pulangannya lebih komprehensif.

"Pulangan atau royalti bakal membangunkan ekonomi di Kelantan lantas membawa perubahan tanggapan sebahagian rakyat terhadap BN dan mungkin mereka akan lebih terbuka," katanya.

Prof Datuk Dr Zainal Kling, seorang lagi Ahli Majlis Profesor Negara berkata, rundingan yang bakal dilakukan oleh Presiden Umno itu adalah jalan terbaik menyelesaikan masalah perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu yang semakin meruncing.

Menurutnya, perundingan antara kedua parti Pas dan Umno bakal membawa perubahan kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam terutama institusi kesultanan yang menjadi liabiliti kaum Melayu untuk terus bersatu.

"Kalau betul rundingan itu akan dilakukan, saya yakin perpaduan kaum Melayu dapat diwujudkan kembali seperti dahulu dimana ada seorang pemimpin yang mengawal semua orang Melayu.

"Ia juga mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak dari segi kedudukan parti dan sokongan rakyat di Malaysia," katanya.

Zainal berkata perkara ini akan memberi sedikit kesan kepada kedudukan Umno di Kelantan yang dilihat rakyatnya lebih menyokong Pas.

Pas Kelantan telah mula membuat tuntutan royalti berdasarkan suratcara 1975 Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas. Bagaimanapun ia tidak berhasil kerana peruntukan perundangan yang jelas menidakkan hak Kelantan.

Pemblog Kickdefella, yang pernah bertugas dengan Datuk Husam Musa, iaitu pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Kelantan, berkata, walaupun intipati surat Perdana Menter kepada Menteri Besar Kelantan itu masih belum diketahui dengan jelas, namun begitu berdasarkan kegembiraan Nik Aziz, penduduk negeri Kelantan keseluruhannya boleh merasa yakin bahawa kemelut ini akhirnya menampakkan titik penyelesaian.

"Pujian harus diberikan kepada anak-anak muda Kelantan, termasuklah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mesra Pas kerana terus menerus menghidupkan isu ini walaupun menerusi kaedah yang kurang sesuai.

"Seperti kata Nik Aziz, 'sedikit sebanyak ini adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar (isu ini) diselesaikan segera'," katanya lagi.

Beliau juga berkata, diharap tidak ada pihak yang akan mengecilkan peranan sesiapa sekalipun di dalam soal ini.

Rata-rata pemimpin dan pengikut Pas khususnya dari Kelantan gembira dengan perkembangan hari ini. Pun begitu, BN khususnya Umno dilihat mengharapkan kegembiraan yang bersandarkan keputusan PRU13 kelak dengan pendirian Putrajaya khususnya pentadbiran Najib.

Bila BN akan gembira agaknya?

194,000 Pemilik Pangsapuri Kos Rendah Di Selangor Mula Nikmati Potongan Cukai

Posted: 04 Aug 2012 07:11 AM PDT





PANDAN JAYA  : Pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor boleh menikmati pengurangan cukai taksiran sebanyak 25 peratus bermula sesi kedua pembayaran Julai-Disember 2012.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, berita baik ini melibatkan 194,000 pemilik pangsapuri kos rendah di negeri ini.

Syarat kelayakkan pengurangan cukai ini adalah pangsapuri tersebut didiami sendiri pemilik, pangsapuri yang didiami oleh waris pemilik, sama ada pemilik masih hidup atau meninggal dunia dan pemilik yang tidak mempunyai tunggakan.

Menurut Iskandar, meskipun perkara ini dimaklumkan pada awal Ogos, pemilik yang sudah membuat bayaran pada Julai turut merasai pengurangan berkenaan pada sesi pembayaran Januari- Jun 2013.

"Bagi yang  membuat bayaran untuk tempoh tersebut, pengurangan ini akan dibawa ke hadapan untuk Januari – Jun 2013. Oleh itu pemilik akan mendapat pengurangan 50 peratus untuk tempoh Januari – Jun 2013.

"Pengurangan akan diberikan 'on the spot' bila pemilik yang layak membuat bayaran di kaunter pembayaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengemukakan borang khas yang telah disahkan," katanya yang juga Adun Cempaka.

Borang pengurangan cukai taksiran ini boleh didapati melalui pihak PBT, dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor dan dicetak di dalam akhbar Selangor Kini dan Selangor Times sebelum 15 September 2012.

Borang ini juga akan turut diletakkan di pusat khidmat masyarakat di semua DUN Selangor.

Jelas Iskandar lagi, sepatutnya tempoh akhir bayaran perlu dibuat pada 31 Ogos 2012 namun pihaknya akan melanjutkan tempoh berkenaan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi peluang semua pemilik menikmati pengurangan ini.

Pengesahan borang ini boleh dibuat oleh Ahli Jawatankuasa JMB, Ahli Majlis MC, Pesuruhjaya Bangunan PBT (COD) atau Ahli Majlis PBT setempat.

Menurutnya lagi, kadar bayaran cukai taksiran di Selangor dalam anggaran RM90 hingga RM120 setiap setengah tahun.

"Melalui pengurangan cukai ini, Kerajaan Negeri akan mengalami defisit sebanyak RM20 juta untuk PBT setahun. Sebagai contoh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperolehi penjimatan sebanyak RM11 juta hasil pengurusan sisa pepejal.

"Mereka memperuntukkan RM6 juta untuk penurunan cukai taksiran ini namun masih memperoleh keuntungan sebanyak RM5 juta," jelas Iskandar.

Di Selangor, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempunyai pangsapuri terbanyak dengan 38, 296 unit diikuti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan jumlah 36, 620 unit dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan 32, 332 unit.

Dalam pada itu, Gabungan Wakil Penduduk Flat Pandan Jaya berterima kasih diatas langkah kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran sebanyak 25 peratus sekaligus meringankan beban mereka selama ini.

Penduduk Pangsapuri L38A, Roziah A. Aziz berkata, keprihatinan kerajaan negeri ini jelas membuktikan pentadbiran yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid mengutamakan rakyat dalam setiap tindakan.

"Sebelum ini kami terpaksa menampung kos yang agak tinggi untuk menjelaskan cukai taksiran setiap tahun.

"Tetapi dengan penurunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini dapatlah kami menampung perbelanjaan yang lain seperti bil elektrik dan telefon yang turut membebankan kami juga," katanya.

LGE Kesal Sikap Bermuka-muka Kerajaan Pusat Dalam Isu Penswastaan Pelabuhan

Posted: 04 Aug 2012 07:07 AM PDT





SHAH ALAM  : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar sikap bermuka-muka Kerajaan Pusat dalam isu penswastaan pelabuhan di negeri itu.

Kerajaan Pusat yang sebelum ini lantang membantah penswastaan berkenaan bagaimanapun 'kantoi' apabila menghadiahkan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd (Seaport).

Kebenaran untuk mengambil-alih pengurusan pelabuhan tersebut selewat-lewatnya Disember tahun ini.

"Lebih malang, penganugerahan ini dilakukan tanpa sebarang pendedahan maklumat yang berkaitan selain tiada jaminan kepada penduduk Pulau Pinang bahawa ia amalan telus.

"Persoalannya juga, mengapa Kerajaan Pusat membantah sebelum ini tetapi akhirnya menswastakan pelabuhan itu.

"Ternyata mereka bermuka-muka," tegas Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Tambahnya lagi, rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui terma-terma perjanjian kerana ia melibatkan kepentingan awam.

"Sehingga kini, Pengarah Seaport, Datuk Mohd Sidik Shaik Osman enggan menyatakan jumlah suntikan modal oleh Seaport ke Pelabuhan Pulau Pinang.

"Namun berdasarkan kenyataan kabur beliau sebelum ini, suntikan modal dijangka mencapai RM 1 billion menjelang 2017 dan mencapai RM 4.7 billion menjelang 2022," jelas Guan Eng.

Dalam satu laporan media semalam, Pengarah Seaport, Datuk Mohd Sidik Shaik Osman mengesahkan Seaport menerima surat lantikan dan akan bertanggungjawab mengurus Pelabuhan Pulau Pinang akhir tahun ini.

Sementara itu, Presiden Transparency Antarabangsa, Datuk Paul Low dalam satu kenyataan hari ini turut mempertikaikan keputusan penswastaan ini yang dilakukan tanpa tender terbuka.

"Bukankah ini melanggar prinsip amalan tadbir urus baik dan ketelusan yang diuar-uarkan Kerajaan Pusat selama ini," ujarnya.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan Dewan Pulau Pinang Cina bahawa pelupusan Pelabuhan Pulau Pinang itu melanggar Akta Anti-Pertandingan.

Isu Air : Penstrukturan Untuk Rakyat, Langat 2 Untuk Kroni

Posted: 04 Aug 2012 07:05 AM PDT





SEPANG : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kerajaan Pusat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dalam isu air Selangor.

Jelasnya, jika Kerajaan Pusat terus enggan membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri, ini bermakna mereka mengutamakan kepentingan individu berbanding rakyat.

"Itu adalah pilihan Kerajaan Pusat samada membuat keputusan untuk keutamaan rakyat atau terus berkeras meneruskan Langat 2 demi mengkayakan kroni mereka dan membebankan rakyat.

"Daripada keputusan itu juga, rakyat sudah tentu dapat menilai siapa yang lebih utama di mata Kerajaan Pusat," jelasnya dalam satu sidang media selepas Majlis Pemberian Hak Milik Individu kepada penduduk Taman Murni di sini pagi tadi.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat menerusi menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Seri Noh Omar mendakwa Selangor akan berhadapan dengan krisis air jika projek pemindahan air Langat 2 tidak diteruskan di Selangor.

Akan tetapi Kerajaan Selangor berpendirian bahawa masalah bekalan air terawat adalah berpunca daripada kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menguruskan pembekalan dan pengagihan.

Kerajaan Negeri hanya akan meluluskan Langat 2 jika ia dapat mengambil alih operasi air terawat daripada Syabas.

Tetapi ini ditentang oleh Kerajaan Pusat yang mahukan Langat 2 walaupun ia akan menelan belanja RM 6 bilion.

Abdul Khalid juga mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui kepada forum air Selangor bagi mendengar penerangan berkenaan status bekalan air.

"Saya menjemput Datuk Seri Peter Chin untuk memberi penerangan di dalam forum air yang Kerajaan Negeri anjurkan nanti.

"Kita sudah menghantar surat jemputan tapi setakat ini tiada sebarang balasan daripadanya dan itu memang itu sudah biasa berlaku," sindir beliau.

Kerajaan Negeri akan mengadakan forum di seluruh peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula Selasa ini khusus bagi menjelaskan kepada rakyat Selangor tentang isu air.

Syarikat kroni MIC buat tuntutan palsu terhadap AIMST

Posted: 04 Aug 2012 07:03 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Setiausaha Biro Polisi dan Strategi KEADILAN, S Gobi Krishnan mendedahkan, Jaya Cafe Holdings Sdn Bhd telah mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM90,000 kepada Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) dalam perkhidmatan kafeteria.

Menurut Gobi, berdasarkan laporan audit bertarikh 18 Mei 2009, tuntutan palsu itu dibuat sejak kampus AIMST dibuka mulai 2008.

"Ketika kampus ini dilancarkan, perkhidmatan katering dibekalkan oleh syarikat lain iaitu Eden Catering Sdn Bhd melalui syarikat pengurusan acara iaitu Scoop Event Sdn Bhd.

"Invois daripada Scoop Event dan invois tuntutan palsu Jaya Cafe akan didedahkan pada sidang media akan datang," katanya.

Gobi berkata, berdasarkan laporan audit lain bertarikh 18 Januari 2010, Jaya Cafe diberi layanan istimewa oleh Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan AIMST dalam perkhidmatan kafeteria.

Jaya Cafe dibayar RM300 sebulan untuk membekalkan makanan tiga kali sehari kepada setiap pelajar, bagaimanapun pelajar hanya membayar RM240. Selebihnya disubsidi oleh MIED.

Jumlah subsidi yang diberikan MIED kepada Jaya Cafe berjumlah RM1,966,500 pada 2007, 2008 dan 2009.

"Mengapa perlu diberi subsidi kepada Jaya Cafe sedangkan keuntungan syarikat itu melebihi 60 peratus? Soalan ini saya tujukan kepada Naib Canselor AIMST, Prof Dr Charles Smales," katanya.

Gobi berkata, kerja-kerja pembersihan sepatutnya dilakukan oleh Jaya Cafe, tetapi ia dibuat Sunway Cleaners Sdn Bhd dan dibayar oleh MIED berjumlah RM192,000 pada 2008 dan 2009.

Menurut beliau, MIED juga membayar RM826,400 untuk pembinaan peralatan dapur komersial AIMST, tetapi ia digunakan oleh Jaya Cafe secara percuma.

Selain itu, pekerja syarikat tersebut menghuni kediaman pelajar secara percuma sejak 2007 hingga 2009 menyebabkan AIMST dan MIED kerugian RM111,825.

"Pengaudit juga mempersoalkan mengapa keistemewaan diberi kepada Jaya Cafe," kata Gobi.

Gobi pada 25 Julai lalu memberitahu, kontrak mengendalikan kafeteria berkenaan diberikan kepada Ketua Pemuda MIC Penang, J Dhinagaran iaitu pemilik Jaya Cafe Holding Sdn Bhd tanpa tender terbuka pada 2007 hingga membolehkan syarikat itu memperoleh keuntungan sehingga RM20 juta setahun.

Polis marah ditanya tindakan halang jurugambar rakam aksi

Posted: 04 Aug 2012 07:01 AM PDT

Oleh Aedi Asri


KUALA LUMPUR : Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih.

"Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!" kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.

Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.

"Saya tidak tahu di atas undang-undang apa, tapi saya sebagai individu berhak untuk halang orang ambil gambar saya," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya arahan pihak atasan untuk menghalang jurugambar merakam tindakan mereka sepanjang perhimpunan aman itu.

Dalam sesi pendengaran sebelumnya, jurugambar akhbar The Star, P Puspanathan berkata, beliau dikepung polis apabila cuba mengambil gambar polis membelasah peserta himpunan.

Sementara jurugambar Malay Mail, Muhammad Arif Kartono cedera di bibir akibat dibelasah enam polis dan kameranya sengaja dipecahkan.

Wartawan The Sun, Radzi Razak pula dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman selepas diserang kira-kira tujuh anggota polis.

Senator BN isytihar keluar parti, sokong Pakatan Rakyat

Posted: 04 Aug 2012 06:56 AM PDT

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.

Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu.

Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.

Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.

Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.

"Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.

Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu.

Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saham FGVH merudum: Peneroka rugi, tanah tergadai

Posted: 04 Aug 2012 06:53 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey


KUALA LUMPUR : Harga saham Felda Global Vantures Holdings (FGVH) Berhad terus mencatat penurunan sehingga mencecah RM 5.00 awal pagi semalam.

FGVH yang baru disenaraikan pada 28 Jun lalu diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.

Menurut Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, penurunan harga saham itu secara berterusan akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada peneroka Felda.

"Kesan jangka panjang jika saham berterusan merudum, peneroka menanggung risiko bakal kehilangan 850,000 ekar tanah yang telah digadaikan kepada FGVH.

"Seperti yang kita telah beritahu, penyenaraian ini bukan untuk kepentingan peneroka sebaliknya semata-mata untuk pemimpin Umno dan Felda mengaut keuntungan," katanya.

Menurut Suhaimi, sewaktu harga saham melonjak pada awal penyenaraian, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah mengaut keuntungan berjuta ringgit.

"Isa ada syer sebanyak RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39, bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan dikaut Isa?

"Peneroka pula hanya ada 800 unit saham seorang, itupun dipegang oleh syarikat pemegang amanah, oleh itu mereka tak boleh jual saham jika mereka mahu sekalipun, belainan dengan Isa yang pada bila-bila masa boleh berbuat demikian, adilkah itu?" soalnya.

Suhaimi turut mempersoal 800 unit saham berharga RM3,640 kepunyaan peneroka yang dibeli melalui pinjaman bank dan dibayar balik selepas enam bulan. Katanya, sekiranya harga saham turun, maka peneroka akan rugi apabila membayar pinjaman.

"Dengan wang 'durian runtuh' RM5,000 yang mereka dapat ditambah keuntungan saham yang tidak seberapa, macam mana nak bayar balik kepada bank ? Akhirnya peneroka dapat apa?" sinisnya.

Jelas Suhaimi, FGVH sebenarnya hanya bergantung kepada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kalau bukan kerana sokongan tiga badan ini, pasti FGVH sudah runtuh seperti Amanah Saham Johor yang kini hanya bernilai 20 sen seunit.

"Sebab itu dalam Buku Jingga kita akan mansuhkan Felda Holdings sekiranya menang PRU dan bahagikan 850,000 ekar tanah itu kepada anak-anak peneroka, tapi jika tanah dah tergadai apa harapan mereka untuk dapat semula tanah itu?"  soal beliau lagi.

Mengikut maklumat di BSKL, setakat jam 12 tengahari tadi, saham FGVH direkodkan pada RM5.10 seunit.

Jadi kempen politik BN, k’jaan didesak tukar lagu tema Merdeka

Posted: 04 Aug 2012 06:51 AM PDT

Oleh Aliff Fikri


KUALA LUMPUR: Pertama kali dalam sejarah negara, lagu tema Hari Kebangsaan dijadikan kempen untuk menyampaikan agenda parti politik.



Mengecam tindakan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik balik lagu tema 'Janji Ditepati' yang disalahguna sebagai medium untuk kempen politik mereka.

"Tidak pernah berlaku dalam mana-mana lagu patriotik khususnya untuk sambutan Hari Kebangsaan, gubahan liriknya secara langsung mengaitkan dasar 'one-off' kerajaan seperti yang dilakukan sekarang dengan menyebut perihal BR1M, KR1M dan Klinik 1Malaysia.

"AMK mendesak kerajaan tanpa sebarang kompromi menalik balik lagu tema tersebut dan memanggil karyawan muzik negara untuk kembali mengubah lagu baru yang lebih menepati jiwa dan semangat kemerdekaan tulen," kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kerajaan kata Shamsul, harus berhenti mempropagandakan segala perkara di bawah kawalan mereka kerana selagi tabiat jelek ini diteruskan, rakyat akan menolaknya tanpa kompromi.

"Ini menunjukkan sindrom 'hilang idea' sehingga terpaksa mencedok isu-isu yang tidak berkait dengan Hari Kebangsaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menempelak Umno BN kerana meniru melodinya dari Indonesia.

"Pendedahan terbaru di ruang maya yang menyaksikan wujudnya persamaan melodi lagu tersebut dengan lagu sambutan keagamaan gereja di Indonesia, maka ini memperkuatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan bukan sekadar semberono mempropagandakan lagu tema tetapi turut menciplak karya orang lain," kata Shamsul.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim turut dibidas kerana mengenepikan karyawan dengan membuat keputusan sendiri berhubung Hari Kebangsaan tahun ini.

"Jika diteliti, saban tahun terdahulu, kelompok karyawan diraikan melalui pertandingan mencipta logo ataupun lagu tema bagi sambutan Hari Kebangsaan. Tetapi Rais Yatim terbukti tidak meletakkan dirinya di era moden ini dengan membuat keputusan sehala tanpa mengambil kira pandangan khalayak," tegas beliau.

Inisiatif kerajaan tahun ini melalui Kementerian Penerangan bagi meraikan Hari Kebangsaan mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak kerana menjadikannya agenda politik parti pemerintah.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.

Kehadiran PM tak mampu atasi gelombang perubahan Sabah

Posted: 04 Aug 2012 06:45 AM PDT


KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendakwa perdana menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

"Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN," kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.

Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Lawatan itu berlangsung selepas ahli Parlimen Tuaran Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort Lajim Ukin menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Pakatan minggu lepas.

Pada masa sama, beliau tidak yakin lawatan Najib ke Sabah akan membawa sebarang perubahan baik secara langsung kepada penduduk negeri itu.

"Saya tak rasa dia ada keberanian yang diperlukan untuk melakukan perubahan," katanya lagi.

Pada masa sama, pengumuman terma rujukan suruhanjaya diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah yang akan dibuat Najib juga tidak mengganggu momentum sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu, katanya petik MalaysiaKini.

"Saya harap semua pimpinan dari parti mana sekali pun teruskan agenda perubahan di Sabah.

"Kalau Najib hendak tawar insentif apa-apa sekali pun, kami tidak akan berganjak dengan agenda perubahan kami.

"Kami sendiri pun sudah lama berikrar mahu menubuhkan RCI, dan memberikan royalti sebanyak 20 peratus kepada Sabah," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Najib meluaskan terma RCI untuk menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum.

"Kita tidak mahu RCI fokus kepada Sabah sahaja tetapi juga turut fokus kepada seluruh Malaysia.

"Kita tak mahu kewarganegaraan dijual tanpa rasa tanggungjawab," katanya.

Tabik buat MerdekaReview

Posted: 04 Aug 2012 06:38 AM PDT

 Oleh Hafiz Zainuddin



Ia bukanlah sebuah medium maklumat semberono yang memuntahkan segala caci maki dan fitnah. 
Jauh sekali untuk melagakan antara kaum dan agama.  Sifatnya murni, menjadi sebuah medium perantara yang bebas, agar rakyat Malaysia dapat membuat penilaian dan pemerhatian yang tidak canggung terhadap Malaysia dan pemain-pemain politiknya.

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2005, MerdekaReview genap berusia 8 tahun pada 31 Ogos nanti di mana ia akan menamatkan seluruh operasinya.

Kita akan kehilangan sebuah media bebas yang berintegriti dan mulai hari ini, 2 Ogos 2012, secara rasmi laman web Merdeka Review berbahasa Malaysia menamatkan operasi mereka. Tidak lain, penamatan operasi ini atas sebaba mengalami masalah kewangan dan dana untuk membiayai operasi.

MerdekaReview bukalah sebuah media milik mana-mana parti politik. Mereka juga tidak dibiayai oleh orang politik tertentu yang berkepentingan. Pernah dituduh dimiliki MCA, dan pernah juga dicop sebagai lidah DAP. Walhal, MerdekaReview bukanlah di antara kedua-duanya. Mereka berada di  tengah, melaporkan berita, memuatkan rencana-rencana berkualiti untuk tatapan kita seluruh warga Malaysia.

Justeru, kes penamatan operasi MerdekaReview bukanlah yang pertama kali kita pernah dengar. Dalam proses pematangan demokrasi dan politik Malaysia, medium maklumat online merupakan antara medium terbaik, murah dan pantas memberi laporan. Penamatan operasi Merdekareview adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Media bebas dan berintegriti

Kehadiran media yang melabelkan diri sebagai 'bebas' sering menimbulkan persepsi negatif sebahagian masyarakat. "Bebas tu bebaslah, tapi pro mana?" Soalan begini biasa saja muncul dan dialami sendiri oleh saya.

Beginilah kita di Malaysia. Budaya media, pergaulan dan pemahaman kita sering terjerumus dalam lembah hitam putih. Kita distrukturkan dalam kotak tertentu sehinggakan pola fikiran dan pemahaman kita sendiri tertambat.

Selain dari persoalan 'bebas', seperkara lagi yang penting adalah apakah maklumat yang diberikan tersebut benar, tepat dan berintegriti? Jadi, sama ada ia medium bebas yang tidak berproksikan mana-mana pertubuhan atau parti politik, kebenaran laporan dan fakta itu sangat penting. Lainlah kalau ada pihak yang menghalalkan sendiri 'putarbelit' seperti Utusan dan cybertroopers UMNO-BN.

Sokongan dan dokongan ke atas media bebas

Secara peribadi, MerdekaReview telah banyak memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya sendiri sebelum melangkah lebih jauh sebagai wartawan di Roketkini.com. Ingin saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas tunjuk ajar yang diberikan oleh saudara Lim Hong Siang selaku Editor MerdekaReview Bahasa Malaysia yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan panduan ke atas tulisan-tulisan saya.

Kita mengharapkan, agar semangat dan khidmat yang telah diberikan bukan sahaja oleh MerdekaReview tetapi juga media bebas dan berintegriti yang lain agar mendapat sokongan dan terus berkembang mencorak pemikiran masyarakat yang matang.

Media bebas seperti MerdekaReview harus diberi galakan dan sokongan oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kalangan masyarakat sivik dan NGO. Bukan demi kepentingan politik tertentu tetapi agar ia mampu membuahkan sebuah manifestasi matang rakyat dalam menilai kearah Malaysia yang lebih bersih, adil dan progresif.

Selamat tinggal dan tabik buat MerdekaReview. – Roketkini.com

Kerajaan Akan Pastikan Tarif Air Tidak Bebankan Rakyat - Noh Omar

Posted: 04 Aug 2012 06:35 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KAJANG: Kerajaan akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat selepas pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata sehubungan itu, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat kesimpulan melulu dan mempunyai tanggapan retorik sebelum projek tersebut bermula.

"Jangan kerana projek itu bernilai berbilion ringgit, pembangkang buat tanggapan retorik yang rakyat terpaksa membayar harga amat tinggi untuk khidmatnya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah fikir 10 tapak ke hadapan daripada pembangkang untuk senangkan rakyat.

"Benda belum buat dah tembak sana sini, Sabtu. Soalnya sekarang, air mesti ada di Selangor, dan saya percaya kerajaan BN akan ambil kira pandangan rakyat bagi tentukan tarif air ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Krisis Air Di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang.

Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara Dr Wan Sabri Wan Hussin bertindak sebagai moderator forum itu yang disertai dua anggota panel iaitu aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Mohd Mustafa Hamzah dan pesara Jurutera Tenaga Nasional Berhad Mohamad Fuad Omar.

Pada 26 Julai lepas, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek bernilai RM8.65 bilion itu secara tender terbuka.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi merupakan alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek itu.

Noh berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu itu, bukan mengambil sikap menuding jari kepada kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

"Mereka mahu menjadi wira dalam segala isu, mahu menjadi popular dengan mengorbankan kepentingan rakyat. Kerajaan BN mahu berusaha untuk rakyat sebaliknya kerajaan Selangor mahu bermain politik sahaja, itu yang sukar.

"Jadi, lebih mudah bagi BN mengambil alih kerajaan negeri Selangor kemudian buat kerja atasi masalah ini sendiri," katanya sambil menasihatkan rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan sandiwara air percuma kerana air yang dikatakan percuma itu sebenarnya dibayar menggunakan wang rakyat.


"Kerajaan negeri Selangor membayar jumlah tertentu kepada Syabas bagi membekalkan 'air percuma' itu kepada rakyat Selangor, jadi wang itu datang dari mana? Wang rakyat Selangor sendiri.

"Cara beri air percumapun tidak betul, semua kaya dan miskin dapat. Sepatutnya air itu diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan, tetapi golongan ini, yang duduk di pangsapuri, pakai meter pukal, tak dapat," katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuad yang pernah terlibat dalam kajian projek Langat 2 pada tahun 80-an, berkata satu penyelesaian berdasarkan kemampuan rakyat juga mapan dan boleh diharap perlu dicari bagi mengatasi krisis air di Selangor.

"Masalah sekarang ini pada loji rawatan air di Selangor tidak dapat menampung permintaan pengguna.

Namun semua loji ini sudah beroperasi pada 120 peratus daripada kapasiti asal, 24 jam sehari setiap hari. Ini mengundang padah jika berterusan," katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kajian, kos menyalur air daripada empangan ke loji rawatan air Langat Dua berjumlah RM4 per kubik meter padu, namun di Pulau Pinang yang menjalankan projek serupa, rakyat hanya perlu membayar RM1.20 per kubik meter padu selepas dibantu kerajaan Persekutuan.-BERNAMA

Jangan Mudah Percaya Berita Disiarkan Di Internet - Syed Ali

Posted: 04 Aug 2012 06:29 AM PDT

MASTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Golongan belia di negara ini perlu berfikir secara matang dalam menilai setiap berita yang tersiar di Internet dan tidak terlalu mudah mempercayainya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini kerana tuduhan dan fitnah yang tersebar di Internet semakin berleluasa dan membimbangkan.

"Saya berharap golongan remaja berfikiran terbuka apabila mendapat sesuatu maklumat dan jangan cepat percaya dengan berita yang disiar, terutama di media alternatif (blog). "Tolong guna akal fikiran untuk menilai satu-satu isu kerana kalau adik-adik (remaja) main ikut saja, boleh salah tafsir, dan yang akan jadi rugi adalah kita sendiri," katanya ketika merasmikan Program Rahmat Ramadan Siri Tiga, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Syed Ali menyampaikan duit raya dan barangan keperluan harian kepada 30 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, anak yatim, dan pelajar Sekolah Tahfiz Al Yamani Kampung Baru.

Beliau berkata tahun ini, Umno Bahagian Cheras memperuntukkan RM400,000 sebagai bantuan kepada 3,000 penerima.

Program anjuran Pergerakan Puteri Umno bahagian Cheras dengan kerjasama Kelab Perintis Muda itu dihadiri 300 pelajar dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Kolej Segi, Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Polytech Mara.-BERNAMA

Konvoi royalti simbolik sambut Najib ke Kelantan

Posted: 03 Aug 2012 06:15 PM PDT

Harakahdaily,

 


KOTA BHARU: Selepas berjaya menganjurkan konvoi dari Kota Bharu ke Gua Musang, NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) hari ini pula meneruskan Konvoi Royalti dari Kota Bharu ke Pasir Puteh.

Menurut satu kenyataan NGO itu hari ini, pihaknya juga akan mengadakan sidang media jam 2.45 petang di Masjid Kubang Kerian.

Presidennya Nazri Deraman berkata, konvoi hari ini juga sebagai simbolik kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan yang dijadual 5 Ogos ini.

"Kita mahu perdana menteri selesaikan isu tuntutan royalti Kelantan ini dengan cara baik mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya lagi penyelesaian cara baik itu juga termasuk mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, Perjanjian yang dimeterai pada 9 Mei 1975 antara Petronas dengan Kerajaan Negeri serta amanat Tun Razak sendiri.

Selain itu Sultan Kelantan juga telah menitahkan agar pendaratan Gas ke Kelantan serta telah menandatangani plak menuntut royalti pada 5 Jun 2012 lalu.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri mengepalai Konvoi Royalti yang disertai lebih 200 kenderaan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Semalam, konvoi serupa turut diadakan bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

ISA: Mengapa pembebasan terpilih, tidak semua

Posted: 03 Aug 2012 06:13 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang telah membebaskan tiga orang tahanan ISA pada minggu ketiga Julai yang lepas.

 "GMI  percaya ini adalah hasil daripada kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan dan hasil daripada mogok lapar yang dibuat oleh tahanan di Kamunting," ujar Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyelaras Suaram yang juga Sekretariat GMI, Syukri Razab turut mengeluarkan kenyataan itu.

Menurut sumber GMI, katanya mereka yang dibebaskan ialah Loganthan a/l Sanmugam, warganegara Malaysia, ditahan pada 2010, P. Valentine Jayakumar, warganegara Sri Lanka ditahan 2010 dan kerana pemerdagangan Malik Rehmat Ali Syakir, warganegara Pakistan, ditahan 2010, semua kerana pemerdagangan manusia.

"Menurut maklumat yang GMI miliki, tempoh tahanan ketiga-tiga mereka sepatutnya hanya akan tamat pada bulan Ogos, September dan Disember ini," ujarnya.

Kini, kata Syed Ibrahim seramai 42 tahanan masih ditahan di Kem kamunting, 19 warganegara Malaysia, Indonesia (6), Sri Lanka (5), Pakistan (3), India (2), Bangladesh (1), Iraq (2) dan Filipina (3)


"Pembebasan ini juga telah disahkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Aswanjaya Abd Karim.

"Menurut beliau, ketiga-tiga tahanan dibebaskan oleh Menteri Dalam Negeri hasil daripada laporan keselamatan yang diserahkan kepada pihak menteri," katanya.


Namun, GMI tegasnya tetap mengutuk tindakan menteri yang melakukan pembebasan yang terpilih.

"Persoalannya, bagaimana dengan tahanan yang lain? Bukankah mereka seharusnya dibebaskan sedangkan ISA sudahpun dimansuhkan?" tanya beliau.

Beliau juga mempersoalkan apakah motif pembebasan yang terpilih itu, justeru menteri harus membebaskan kesemua tahanan ISA yang lain dengan serta merta.

"Pembebasan awal ini menunjukkan tuntutan GMI yang mewakili suara rakyat Malaysia sememangnya berasas. Menteri Dalam Negeri memiliki kuasa penuh untuk membebaskan tahanan walaupun perintah tahanan belum tamat," ujarnya lagi.

Justeru, katanya GMI tidak melihat sebarang sebab yang rasional untuk Menteri Dalam Negeri tidak membebaskan kesemua tahanan yang lain.

Menurutnya, melalui perhubungan pihak GMI dengan keluarga tahanan, rata-rata tahanan ISA tidak mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat ke atas mereka.

"Bahkan mereka seolah-olah hanya dikurung tanpa dijelaskan mengenai proses yang sedang dan akan mereka lalui. Mereka sekadar dikurung dan hanya menunggu tarikh tamat perintah tahanan," katanya.

Justeru, kata beliau GMI menggesa Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan semua 42 tahanan yang lain.

GMI juga, ujarnya ingin mengetahui alasan pihak KDN mengapa tahanan yang lain tidak boleh dibebaskan lebih awal.

"Jawapan yang diberikan oleh menteri sebelum ini iaitu semua tahanan perlu mengikuti tempoh perintah tahanan sudah tidak lagi relevan.

"Jika alasan yang diberikan ialah risiko keselamatan, GMI tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang logik memandang tahanan telah dikurung melebihi satu tahun dengan kawalan ketat daripada Kemta," katanya.

Syed Ibrahim berkata, GMI juga mencadangkan agar menteri membentangkan kepada umum mengenai kayu ukur dan kaedah yang digunakan KDN untuk menilai sama ada seseorang tahanan itu memberi risiko keselamatan atau tidak.

LRT-Ampang: George Kent bohong, kata Rafizi

Posted: 03 Aug 2012 06:11 PM PDT

Rafizi Ramli,

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.

Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

1.      Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan

2.      Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak

3.      Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:

Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato' Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.

Kenyataan Najib melucukan, bercanggah realiti

Posted: 03 Aug 2012 06:09 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang berusaha menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan isu agama.

Terbaru Najib menyatakan falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi  semalam.

Bagi Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzan, kenyataan terbaru Najib itu sangat lucu dan tidak berpijak kepada realiti yang sebenarnya.

"Adakah dengan menzalimi hak negeri Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai pemerintahan yang berpaksikan semangat berteraskan kepada agama?

"Adakah melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti ISA, OSA dan sebagainya dituntut oleh Islam?

"Adakah tindakan 'menangkap dan menggari' orang yang mendedahkan penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin yang korup termasuk di dalam kategori orang yang memperjuangkan Al Quran di dalam pengurusan tadbir Negara," soalnya.

Bagi Sany, kenyataan Najib hanyalah cubaan untuk mempergunakaan isu agama bagi menarik kembali simpati rakyat khususnya pengundi Melayu Islam bagi menyokong Umno dan Barisan Nasional setelah cubaan menyogok dengan isu pembangunan, isu 'durian runtuh' serta pelbagai isu lagi masih tidak dapat menepati sokongan yang diperlukan oleh mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup yakin permainan Najib untuk menggunakan isu agama ini akan memberi impak yang buruk terhadap sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Kita menasihatkan supaya Najib menarik balik kenyataan beliau sebelum ini kerana ianya amat mengelirukan dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di dalam negara ini," katanya.

Hasil audit daftar pemilih 2 minggu lagi - MB Selangor

Posted: 03 Aug 2012 06:06 PM PDT

Harakahdaily,


(MB Selangor menyampai sumbangan kepada anak yatim sambil mendukung cucunya di majlis berbuka puasa)


SUBANG JAYA: Kerajaan negeri Selangor dijangka akan mengumumkan hasil audit pendemokrasian daftar pemilih di negeri itu dua minggu lagi.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini lebih 78 peratus telah selesai diaudit dari 490,000 pengundi baru dan pengundi yang baru dimasukkan ke negeri itu.

"Dah 28 DUN yang selesai 100 peratus," kata Khalid ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran pejabat beliau di sebuah hotel malam tadi.

Selain para tetamu jemputan dan media, turut serta di majlis itu adalah anak-anak yatim dari sebuah rumah kebajikan dekat sini.

Dalam operasi itu, Selangor telah menggunakan geran Selangorku untuk membiayai proses pengauditan senarai pemilih di negeri Selangor yang bertambah dengan ketara menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Jentera kerajaan negeri termasuk ahli majlis kerajaan tempatan, ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung digunakan untuk membuat kerja-kerja ini.

"Selepas dapat hasil kita akan buat perbincangan dan tentukan keputusannya," kata Khalid kepada media selepas majlis itu.

Khalid tidak menolak tindakan mahkamah jika ternyata daftar pemilih itu tidak bersih selepas mendapat bukti-bukti dari kajian itu.


Talam

Dalam sidang media yang sama Khalid memberitahu, lebih 10 juruodit dari firma audit yang dilantik kerajaan negeri sedang memeriksa perjanjian antara kerajaan negeri dengan Talam Coorporation.

Sehingga proses audit ini selesai, beliau tidak akan memberikan sebarang ulasan terhadap tuduhan mana-mana pihak.

"Tidak lama dah, ia akan selesai. Jadi saya rasa tidak payah bertengkar atau berkempen lah, kita tunggu hasil laporan audit ini," kata Khalid dalam ucapannya itu.

Beliau mengulas serangan-serangan yang disifatkan sebagai kebanyakannya fitnah terhadap pendekatan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu hutang Talam kepadanya.

Beliau mengambil positif terhadap semua serangan itu kerana, "Sekarang baru orang tahu cara nak kutip hutang," kata beliau sinis.

Talam, pemaju hartanah yang bermasalah, berhutang kepada kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor sejak sekian lama.

Namun, tiada sebarang usaha yang konkrit dibuat untuk mengutip segala hutang itu.

Apabila Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dan beliau menjadi Menteri Besar, Khalid berjaya mengutip hutang syarikat itu dengan mengambil alih hartanah yang dimilikinya.

"Selepas kita dapat kutip hutang, ramai yang mengulas pula," katanya.

Menurut Khalid, standard pengurusan telus ini akan diteruskan dan bakal menjadi nafas baru kepada pentadbiran yang terbuka.

"Ia dapat dinilai melalui keupayaan dan keikhlasan kita dalam membuat kerja," kata Khalid.

Namun, beliau berkata, banyak yang perlu diperbaiki lagi oleh pejawat awam dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

ALHUSSEYN

Posted: 04 Aug 2012 03:04 PM PDT

ALHUSSEYN


Datuk Ramli Yusuff Yang Kita Harapkan ...

Posted: 04 Aug 2012 12:51 AM PDT

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS. Beritanya di sini.

Kita semua sudah tentu mengalu-alukan kemasukan Datuk Ramli ke dalam PAS. Harap beliau akan mengambil kesempatan bulan Ramadan yang barakah ini untuk mengumumkannya.

You walk a free man now, Datuk ! – beban yang selama ini terpaksa dipikul atas pundak Datuk telah tiada lagi setelah kerajaan Umno/BN menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap Datuk. Tahniah.

Tetapi kita rakyat Malaysia juga masih menunggu dan berharap sangat agar Datuk Ramli mengkotakan kata-katanya yang pernah beliau ucapkan dulu :


"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan,"

Doa kami agar Datuk Ramli akan terus istiqamah dengan perjuangan sucinya itu untuk mengembalikan negara Malaysia ini di hormati di mata dunia.

Kanak-Kanak Tadika Wakili Badminton Olimpik London

Posted: 03 Aug 2012 05:00 PM PDT

Budak Tadika bermain badminton di sukan Olimpik London ? itulah senario yang tidak masuk akal, bila pemain bergu wanita China bertemu dengan bergu wanita Korea Selatan.

Masing-masing sering memukul bola tangkis ke jaring dan berusaha untuk kalah dalam perlawanan ini
!

Wang Xiaoli dan Yu Yang dari China, dilihat sengaja 'menghadiahkan' kemenangan kepada lawan mereka Ha Jung-Eun dan Kim Min Jung dari Korea Selatan sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan.

Saksikan video perlawanan dua beregu pasukan badminton wanita yang hilang kelayakan daripada Sukan Olimpik Klik sini

Wang Xiaoli dan Yu Yang dari China berbaju kuning, dan Ha Jung-Eun dan Kim Min Jung dari Korea Selatan berbaju ungu.

Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir.

Empat pasangan beregu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan. Baca di sini

Kerabu Bersuara ®

Posted: 04 Aug 2012 03:01 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Kenyataan Media YB Husam Tentang Keputusan Terbaru PM Najib Nak Bincang Isu Royalti

Posted: 04 Aug 2012 08:07 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR: JAWATANKUASA KHAS KAJIAN PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM

Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.

Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya.

Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.

Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman PM;

- Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan

- Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran

- Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama

- Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri

- Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP

Jelas, dari intipati kenyataan PM di atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang.

Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.

Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.

Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.

Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?

Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?

Tuanku Al Sultan Kelantan telah bertitah dua tahun yang lepas lagi, menerusi titah perasmian sidang DUN Kelantan dan dititahkan sekali lagi sewaktu perasmian DUN juga awal tahun ini, mengenai isu ini.

Kerajaan Kelantan telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2010 lagi.

Kenapa begitu lama masa yang diambil untuk PM mempertimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa seumpama ini?

Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Pusat telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Terengganu dan Terengganu telah dibayar dengan bayaran tunai sekalipun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

Lebih-lebih lagi fakta-fakta dari para penggubal Akta Petroleum telah wujud dengan nyatanya seperti dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh, Tun Salleh Abbas dan bekas Penasihat Undang-Undang Petronas sendiri, En Nik Mohd Saghir.

Sekalipun saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya mencadangkan perkara berikut;

- Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini

- Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan.

Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM

- Tempoh Jwatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan

- Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan

- Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat

- Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan

- Membekukan pembayaran wang ihsan

- pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak terhak terhadap sebarang pembayaran tunai, menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.

Sekian

Husam Musa

15 Ramadhan 1433

4 Ogos 2012

Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti

Petroleum Kelantan

Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat Kelantan

Posted: 04 Aug 2012 07:36 AM PDT

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/304605_10150972481422592_1922268379_n.jpg

10.00 malam : YAB Tuan Guru sedang berada di majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

Siaran langsung selepas maghrib pada 7 ramadhan, kelihatan awan berbentuk 'Muhammad' di Sekitar Langit Masjid Nabawi

Posted: 04 Aug 2012 03:00 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/427336_10151144899579274_1523729390_n.jpg

Siaran langsung selepas maghrib pada 7 ramadhan, kelihatan awan berbentuk 'Muhammad' di Sekitar Langit Masjid Nabawi..SubhanAllah!

Live streaming from Madinah > http://www.islamituindah.my/madinah-live

ASTAGHFIRULLAH! Pencacai Umno Nak Keluar Fitnah Video Seks TG Nik Aziz Pula?

Posted: 04 Aug 2012 02:07 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/581006_253795494737372_1431466654_n.jpg



sungguh bidap dan celaka

di bulan yang berkay dan mulia ini puak pencacai umno bn masih nak halakan video fitnah?

bertaubat la!

Panas Dari Sabah! Senarai YB Yang Akan Keluar Parti BN?

Posted: 04 Aug 2012 12:04 AM PDT

 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268711_253784618071793_1213963715_n.jpg

PANAS!! Lagi 'orang besar' Umno/BN akan sertai PR di Borneo??!!

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

Sumber: Ismaily Bungsu B (Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah 20 tahun, dan mantan Penasihat Berkenaan kebudayaan Malaysia dan Teater Kebangsaan)

kerabu: adakah ini akan menjadi kenyataan? kita tunggu dan lihat bagaimana keadaanya nanti!

Terkini! YB Lajim Ukim Balas Tweets Dari Rais Yatim. Hambik Kau!

Posted: 03 Aug 2012 11:38 PM PDT

Panas!

Semua dah menolak menteri umno yang darjah kecerdikan yang tidak berapa tinggi.

Konon bercakap berbalas dan berlapik. Sekali Lajim Ukim bagi ayat pedas baru Rais rasa.

Cuba datang kat Sarawak dan Sabah, apa yang berbeza. Menteri cakap tak serupa bikin. Mana rakyat tak marah.

Cakap kemajuan pung pang sana sini.

Ubah la! Tinggal la puak umno dan bn yang semakin hampir! Bersama pakatan rakyat, kita akan bersama-sama rakyat dalam membina kemajuan.

Rakyat sarawak pun dah meluat kat Taib Mahmud. Mereka ni pun tunggu masa saja.

Santa Claus Akan Turun Di Bachok Esok?

Posted: 03 Aug 2012 11:27 PM PDT

Rakyat Kelantan tunggu kejutan PM di Bachok esok!

ANALISIS Minggu lepas seorang fanatik PAS dari Ampang, Selangor memberitahu kemungkinan ada suatu kejutan akan diberitahu Perdana Menteri ketika lawatannya ke Kelantan esok. Entah Pak Ali dapat sumber dari mana.

Namun ketika dia menefon, suaranya seperti bersungguh-sungguh. Antara percaya atau tidak menyelinap di jiwa penulis. Apa kejutannya. Beritahu Pak Ali, Datuk Seri Najib Razak bakal mengumumkan royalti kepada Kelantan akan dibayar. Ujarnya lagi mungkin juga berkaitan projek lebuh raya.

Hampir seminggu isu itu bermain di kepala penulis. Tiba-tiba pagi ini dakwaan Pak Ali seperti hampir menjelma. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri menghantar surat kepadanya meminta dihantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak.

Surat itu diterima semalam oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Rosdi Abdullah. Ramai orang menjadi tidak keruan, antara percaya atau tidak.

Hampir empat tahun perjuangan untuk mendapatkan royalti 5 peratus sebagaimana termaktub dalam perjanjian dengan Petronas pada 1975, tersebar ke seluruh bumi Kelantan. Malah, ia juga mendapat dokongan rakyat di negeri-negeri lain.

Mungkin juga perjuangan itu sudah tersebar ke setiap penjuru dunia. Kata Tok Guru Nik Aziz, munajat 40 ulama di Makah, bumi yang penuh berkat tahun lepas, rupa-rupanya mulai nampak sinarnya.

Alhamdulillah, tiada siapa pun menjangka situasi ini boleh berlaku. Cuba kita tengok kesemua kenyataan dikeluarkan pemimpin Umno sama ada di Kelantan atau pusat. Tiada seorang pun yang membayangkan royalti 5 peratus menjadi hak rakyat Kelantan.

Lebih-lebih lagi Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, seolah-olah mereka menjadi musuh kepada saudara mereka di Kelantan yang berjuang untuk mendapatkan royalti petroleum.

Kenyataan Kelantan tidak layak, perairan bertindih, lebih 2 batu nautika, Ordinan Darurat dan macam-macam lagi alasan diberi. Itulah kenyataan yang diulang-ulang hampir empat tahun lalu.

Semua orang tahun kenyataan tersebut lebih bermesej politik. Namun kepalsuan tidak mungkin bertahan lama. Sesiapa pun tidak mampu menyorok kebenaran ketika dunia semakin hilang sempadan geografi.

Kasihan mereka kerana anutan politik kebendaan yang tidak bergaul dengan unsur agama. Sama ada rakyat Kelantan boleh maafkan mereka di bulan penuh berkat ini, terpulang kepada diri masing-masing.

Lebih-lebih lagi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) diketuai Nazri Deraman dan Gerakan Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (Gegar) dikepalai Dr Abdul Halim Yusoff.

Bahkan Sultan Muhammad V pernah bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. Dan plat tuntutan royalti dan pendaratan gas juga ditandatangani baginda.

Malah Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah awal-awal lagi menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan. Bekas Presiden Semangat 46 itu begitu konsisten biar pun berdepan dengan pelbagai cemuhan rakan-rakannya sendiri dalam Umno.

Terbaru Ku Li mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan diselesaikan segera sebelum pilihan raya umum ke-13.

Itu belum lagi diambil kira "Amanat Tun Razak" berkaitan perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Selain itu perjanjian Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat Kelantan kini tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005. Apa pun kita tunggu esok, benarkah bulan akan jatuh ke riba. Selamat Datang Perdana Menteri kita.

Najib : Jawatankuasa Khas ditubuh kaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum

Posted: 03 Aug 2012 11:22 PM PDT


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). -Bernama

Gambar TG Nik Aziz Semasa Mengimami Solat Subuh Pagi Tadi

Posted: 03 Aug 2012 03:52 PM PDT

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada saudara Rizal Tahir. Gambar panas-panas lagi.

Inilah pemimpin yang puak umno nak tukar?

Rakyat kelate dah kenal yang mana intan dan kaca.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 04 Aug 2012 01:39 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


KERETA - PEMIMPIN MEWAH RAKYAT SUSAH

Posted: 03 Aug 2012 08:58 PM PDT

HUDUD PERTIKAIAN NYATA DALAM BN

Posted: 03 Aug 2012 02:36 PM PDT

Kata Tak Nak

Posted: 04 Aug 2012 01:38 PM PDT

Kata Tak Nak


Please La Sir

Posted: 03 Aug 2012 09:39 PM PDT

Mad Man: Sir, sir, please spare me a few minutes.

Man: Ok, what is it that you want? I'm sure you don't need money. In fact I think it's you who could spare me some money.

Mad Man: No sir, I don't need money sir. Yes, I can spare you any amount you want sir.

Man: Really? Then why are you stopping people like a beggar? I've been observing you for about half an hour. I see, you stop almost everyone walking down this road. You put up that sad face of yours and show a picture. What picture is it.

Mad Man: This picture sir. See, see, do you recognize this man?

Man: Yes, I do.

Mad Man: Please  sir, he is my father. In 2008, his heart was broken sir, so please sir don't do the same to him again sir. Please la sir, please la, I beg you la sir. Please don't break his heart again la sir.

Man: What do you want me to do then?

Mad Man: Vote for BN sir, please. Vote for BN so that I could be the MB and mend my father's broken heart, please la sir, please, please, please sir, I beg you sir, please sir, you want me to kiss your feet also I can do la sir, please, please, please sir come back, sir please la.

Muslimeen United

Posted: 04 Aug 2012 01:31 PM PDT

Muslimeen United


Husam: Lebuh Raya Rakyat KBKK diteruskan

Posted: 04 Aug 2012 09:57 AM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat KBKK di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam malam ini. - Foto oleh Zulfadhli Ahmad Zaki

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) menggunakan kutipan derma dan sumbangan, yang boleh disalurkan menerusi tabung amanah lebuh raya dilancarkan hari ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pelancaran tabung ini akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan rancangan pembinaan kemudahan itu walaupun tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kos keseluruhan lebuh raya itu dianggarkan RM350 juta, mampu dijayakan melalui modal alternatif daripada sumber mineral negeri itu.

"Kita lancarkan program tabung derma wakaf untuk projek lebuh raya KBKK mampu menanggung kos pembiayaan yang menelan kos RM350 juta dan kita boleh kurangkan kos dengan strategi yang akan diaturkan.

"Kita ada mineral, kita boleh guna sumber itu untuk kepentingan dan kesenangan rakyat serta setakat ini kita dah pungut modal sebanyak RM3 juta melalui (pertubuhan bukan kerajaan) NGO seluruh negara serta RM1 juta sumbangan melalui online," kata beliau pada Majlis Pelancaran Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat KBKK di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, malam ini.

Sebelum ini, beberapa NGO mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat bagi menampung kos pembinaan projek Lebuh Raya Rakyat satu sandiwara politik terhebat abad ke-21.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, Lebuh Rraya Rakyat akan memberi kemudahan kepada rakyat terutama waktu cuti umum serta menunjukkan rakyat Kelantan sudah mampu mencipta sejarah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

"Kita mampu bina tanpa bantuan Kerajaan Pusat, negeri kita bukan miskin, kita ada mineral seperti bijih timah dan minyak.

"Kita akan bina lebuh raya tersebut ikut kemampuan negeri jika sepanjang 40 kilometer dahulu, kita buat, nanti akan sambung sehingga 73 kilometer," katanya.

Selain itu, beliau berkata, negeri itu mempunyai pakar sendiri dalam bidang pembinaan dan mampu digerakkan tanpa bantuan orang luar.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang melancarkan tabung amanah lebih raya berkata, ia bertujuan mengumpul dana bagi merealisasikan pembinaan laluan sejauh 73km bagi kemudahan rakyat Kelantan.

Nik Aziz dalam ucapannya menggesa orang ramai menderma bagi memastikan Lebuh Raya Rakyat menjadi kenyataan.

Menurutnya, pahala orang yang menderma pada bulan Ramadan adalah 70 kali ganda berbanding pada bulan biasa.

"Orang Kelantan sering memberi derma bagi surau, sekolah dan kebajikan yang lain, mereka derma kerana pahala kerana kerajaan tidak beri peruntukkan.

"Pemimpin kerajaan tidak tahu tentang kesesakan 4 hingga 5 jam jalan raya di Kelantan, kerana mereka tidak memandu, sebaliknya guna kapal terbang," katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Nik Aziz sebelum itu menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama anak-anak Kelantan.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi kumpulan, Nasir Hamzah.

Lagi Bekas Pegawai Kanan Polis Akan Sertai PAS

Posted: 04 Aug 2012 01:14 AM PDT


Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk

Menjelang PM tiba, kempen Royalti semakin aktif

Posted: 04 Aug 2012 01:12 AM PDT


(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh 'royalti' di samping menyebarkan risalah penerangan.

Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus.

Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini.

"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan.

"Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok.

"Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi.

Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan  Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan.

"Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya.

Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi "Amanat Ayah Najib @ Tun Razak"  berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan.

Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh. -Hrkh

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis Kata Rais Yatim Bebal Politik & Minta Letak Jawatan

Posted: 03 Aug 2012 04:21 PM PDT


Rais rosakkan sambutan merdeka

KANGAR: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

"Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.

"Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.

"Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

"Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib," kata beliau hari ini.

Pakatan Rakyat tolak

Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

"Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.

"Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi," tambah Hashim lagi.

Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.

Sebaliknya memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.

Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. -FNT

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

Posted: 03 Aug 2012 04:13 PM PDT

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.


 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

AKU INGIN BEBAS

Posted: 04 Aug 2012 01:15 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


ROYALTI KELANTAN - BN ANGKAT BENDERA PUTIH

Posted: 04 Aug 2012 12:15 AM PDT


SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal pagi ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. 
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau semalam.
Perkara ini dimaklumkan oleh Nik Aziz kepadaHarakahdaily sebaik sahaja selesai solat Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu pagi ini.
Beliau turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.
"Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Nik Aziz.
Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.
Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.
Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadan.
"Semoga ALLAH membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.
Awal minggu ini, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.
Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.
Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.
Hujung minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang.
Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.
Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009. Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perkembangan ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Makkah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar diselesaikan isu ini segera.
Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.
Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari ALLAH.
"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.
Nik Aziz berkata, jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini.
"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri Awang Adek kata sudah bayar wang ihsan. Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam (Dewan Undangan Negeri) Dun, dia yang sekat," kata Nik Aziz.

BN SABAH SEMAKIN KUAT - INI BUKTINYA...

Posted: 03 Aug 2012 05:21 PM PDT

SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.

"Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini.

Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Tian Chua enggan dedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya.

Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti.

PENYAPU SIAL

Posted: 04 Aug 2012 01:05 PM PDT

PENYAPU SIAL


Tayang Filem tentang 13 Mei Ketika Negara Di Ambang PRU13...UMNO Cuba Mengugut Rakyat Pertumpahan Darah Berlaku Jika Mereka Kalah,,,,!!!!!

Posted: 04 Aug 2012 03:12 AM PDT

Sebuah filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.

Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

Peristiwa 13 Mei adalah tragedi berdarah yang tercetus di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina dan kini tercatat sebagai titik hitam dalam lipatan sejarah tanah air.

Dalam peristiwa itu seramai 196 orang dilaporkan terbunuh walaupun angka sebenar mungkin lebih dari jumlah itu.

Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Pengkritik menyoal kenapa filem ini diterbitkan di ambang negara sedang menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya April 2013.

Motif filem ini tidak lain dan tidak bukan merupakan satu lagi dakyah pemerintah Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.

Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: “Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu.”

Jika orang-orang Melayu tidak bersatu di bawah ‘payung’ Umno maka orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan negara ini.

Kuasa politik orang Melayu akan hilang, terpinggir dan orang-orang Melayu akan hidup merempat di tanah air sendiri.

Maka dicipta cerita bahawa jika orang-orang Melayu berpecah, parti DAP yang didominasi oleh orang-orang Cina akan mengambil alih pemerintahan di negara ini.

DAP dituduh telah diresapi oleh komunis dan parti PAS pula dituduh telah diresapi pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang membawa unsur keganasan.

Suasana kebimbangan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri apabila beliau menasihati orang-orang Cina supaya memilih parti yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan politik di negara ini, jika mereka mahu terus berkembang maju dalam perniagaan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh media-media pro Umno yang terus menyemarakkan api perkauman dan mencipta suasana kebimbangan di kalangan rakyat, terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Namun rakyat di negara ini tidak semudah itu termakan dengan dakyah Umno yang jahat dan bahaya ini. Pengundi terutama golongan muda yang celik IT dan media baru mula sedar.

Generasi baru tidak lagi memikirkan diri mereka berasal dari etnik atau keturunan tertentu. Sentimen perkauman tidak lagi dapat mempengaruhi pemikiran mereka.

Seperti rakyat di negara-negara lain, contohnya di Afrika Utara dan Timor Tengah, mereka bersatu atas nama kebebasan, keadilan, kesamarataan dan menolak penindasan, kezaliman, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa pihak pemerintah.

Hakikat inilah yang dibimbangi oleh Umno dan momentum untuk menuntut perubahan semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi oleh parti Umno yang lapuk itu.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno begitu takut untuk menghadapi para pengundi. Ketakutan mereka mempunyai asasnya berdasarkan prestasi pilihan raya umum 2008.

Buat pertama kali mereka hilang dua pertiga majoriti di parlimen selain dari lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, walaupun Perak berjaya dirampas kembali.

Tetapi Umno tidak akan berhenti dari terus memainkan isu-isu sensitif seperti menerbit filem ‘Tanda Putera’ ini, termasuk filem dan video lucah dan porno bagi menyambung tali hayat politik mereka yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

tinggal RM 5.01 sahaja....lepas ini makin turun puak puak UMNOPORNO kenyang buat profit taking untuk sponsor election ....dan peneroka bakal tinggal sehelai sepinggang...!!!

Posted: 03 Aug 2012 07:55 PM PDT

Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, kelmarin terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalamnya  saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

menteri UMNO dah biasa makan taik....anak dapat projek RM 30 juta melalui jalan taik....sekarang bapak menteri ini cuba nak main taik dengan penduduk lembah pantai...!!!

Posted: 03 Aug 2012 07:43 PM PDT

IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR

Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

Oleh itu kita  mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini:

1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?

2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?

Untuk maluman Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

Juga, persoalan yang   timbul  apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang  yang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.

Sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, kita  menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.

Briged Al-Akhdor LR2

Posted: 04 Aug 2012 01:02 PM PDT

Briged Al-Akhdor LR2


ROYALTI KELANTAN :HUSAM MUSA KATA MASIH SAMAR-SAMAR

Posted: 04 Aug 2012 08:18 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR: JAWATANKUASA KHAS KAJIAN PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM

Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.

Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya.

Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.

Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya ringkaskan apa yang tertera dari pengumuman PM;

- Jawatankuasa ini akan membuat kajian dalam tempoh enam bulan

- Jawatankuasa ini akan mengenal pasti Negeri yang layak menerima pembayaran

- Jawatankuasa ini akan memutuskan tuntutan Negeri akan ditentukan secara adil, telus dan saksama

- Bahawa tuntutan Kelantan selama ini dikira tidak terhak kerana pendirian Kerajaan Pusat sebelum ini adalah pengeluaran petroleum di luar 3 batu nautikal tidak menjadi hak Negeri-Negeri

- Kerajaan Pusat membuat pembayaran wang ihsan dari hasil pengeluaran petroleum di Kelantan di luar 3 batu nautikal melalui JPP

Jelas, dari intipati kenyataan PM di atas, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang.

Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.

Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata.

Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihanraya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan dan BN menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu.

Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya?

Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini?

Tuanku Al Sultan Kelantan telah bertitah dua tahun yang lepas lagi, menerusi titah perasmian sidang DUN Kelantan dan dititahkan sekali lagi sewaktu perasmian DUN juga awal tahun ini, mengenai isu ini.

Kerajaan Kelantan telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2010 lagi.

Kenapa begitu lama masa yang diambil untuk PM mempertimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa seumpama ini?

Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Pusat telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Terengganu dan Terengganu telah dibayar dengan bayaran tunai sekalipun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

Lebih-lebih lagi fakta-fakta dari para penggubal Akta Petroleum telah wujud dengan nyatanya seperti dikemukakan oleh YBM Tengku Razaleigh, Tun Salleh Abbas dan bekas Penasihat Undang-Undang Petronas sendiri, En Nik Mohd Saghir.

Sekalipun saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun suka saya mencadangkan perkara berikut;

- Kerajaan Kelantan tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari procedingnya akan didengar di Makhamah Persekutuan pada Oktober ini

- Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat bersidang dan memberikan tawaran yang lebih konkrit terhadap tuntutan Kelantan termasuk pendaratan hasil gas dari perairan Kelantan yang baru memulakan pengeluarannya ke pantai Kelantan.

Isu ini langsung tidak disentuh dalam kenyataan PM padahal MB Kelantan telah pun menulis surat rasmi kepada PM

- Tempoh Jwatankuasa ini menyiapkan laporannya dipendekkan kepada tiga bulan

- Penegasan PM bahawa Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan membuat pembayaran bayaran tunai kepada Kelantan

- Penegasan bahawa pembayaran mestilah mengikut metod yang diguna pakai untuk Negeri-Negeri lain yang terlibat

- Menerima permohonan Kelantan untuk gas didaratkan di Kelantan

- Membekukan pembayaran wang ihsan

- pemimpin UMNO yang lantang menyatakan tuntutan Kelantan selama ini adalah khayalan di awangan, pengeluaran petroleum di Kelantan tidak wujud dan Kelantan tidak terhak terhadap sebarang pembayaran tunai, menarik balik kenyataan mereka secara terbuka dan memohon maaf kepada rakyat Kelantan.

Sekian

Husam Musa

15 Ramadhan 1433

4 Ogos 2012

Ahli Exco Kerajaan Kelantan merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti

Petroleum Kelantan

AdukaTaruna

Posted: 04 Aug 2012 11:51 AM PDT

AdukaTaruna


Gambar projek R sambut kedatangan Najib.

Posted: 04 Aug 2012 11:22 AM PDT







Antara projek yang dilakukan ialah; kerja-kerja menaikkan billboard ROYALTI di setiap jalan yang mungkin dilalui oleh PM. Cuba cabaran bsar ialah menjaga billboard tersebut sehingga Najib pulang.

Cerita Konvoi Tuntut Royalti #3

Posted: 03 Aug 2012 11:37 PM PDT

Masa makan colek Pemuda PAS ari tu, gua ada bincang dengan Presiden CABAR, Ostad Marzuk berkenaan projek sambut Najib sempena kedatangan dia ke Bachok.

Antara cadangan tahap mentah untuk itu ialah bla bla bla bla. Esoknya Ostad Marzuk kena panggil oleh OCPD Bachok. Pasal SB hantar laporan terdapat perancangan sambutan Najib oleh Ostad Marzuk. Terer sungguh SB. Duk makan colek skali dengan kitorang rupanya.

"Jangan ada banner pasal royalti ketika PM datang. Jangan ada bla bla bla. Jangan buat bla bla bla." - OCPD

"Saya tak boleh jamin benda tu. Pasal royalti bukan kehendak saya. Tapi kehendak rakyat Kelantan." - Ostad Marzuk

"Tolonglah ustaz. Jangan buat sampai saya ditukar ke Sabah. Saya suka duduk Kelantan."

Sempena kedatangan Najib, kami adakan konvoi melalui Bachok, rumah Awang Adek sebelum berakhir di Pasir Puteh. Kami melalui bazar-bazar ramadan. Tujuannya untuk mencipta peristiwa, gambar dan penceritaan di media sosial.

Alhamdulillah. Walau terpaksa bersaing dengan Ostad Azhar Idrus pada hari yang sama, lebih 200 kenderaan (kereta + motor) yang memilih priority perjuangan maruah hasil bumi berbanding ceramah entertainment + ilmu.

13 buah motosikal bukan kumpulan MERAK, memaklumkan kepada gua, bahawa mereka akan sampai Tok Bali sahaja. Sebab akan hadir ke kuliah Ustaz Azhar. Gua cakap terpulang la. Join sampai Tok Bali pun gua dah rasa tq dah.

"Sempat ke kejar kuliah tu?"

"Kalau tak sempat, kami tengok youtube jer la. Tapi kami tetap try."

R induk dan R Pasir Puteh bergambar sebelum hujan lebat.

Sampai Masjid Bachok, konvoi pecah 2. 1 ke Pasir Puteh. 1 ke Tok Bali. Ini adalah kumpulan konvoi ke Perlabuhan Tok Bali. Kemudian kami semua bergabung di Pasir Puteh. Cuma ada peserta julang frame TGNA. Gua lepaskan kerana frame tu tulis MB Kelantan (bukan Mursyidul Am PAS). Dan bila gua nak ambil frame tu bagi tujuan bergambar tanpa frame TGNA pula, sesi bergambar dah nak tamat. Gua harap R jemaah UMNO faham. Insyaallah.

Menziarahi YB Limbongan yang tidak sihat. Beliau turut menyampaikan hasrat, tuntutan hasil bumi perlu dilakukan secara berpadu antara kesemua pihak dan parti.

Antara kereta rakyat Kelantan yang menyertai konvoi. Ketika ini pecahan ke Pasir Puteh sudah dilepaskan.

Ulama sufi Republic Czech bersama sahabat Ahmad Dhani dan Ropi Mat Sin. Turut berdoa untuk hasil bumi Kelantan.

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti.

Posted: 03 Aug 2012 10:10 PM PDT

Sumber : Harakahdaily

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.

Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.

Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Addin

Posted: 04 Aug 2012 11:50 AM PDT

Addin


Gempar!! Bekas Ketua Hakim Negara Sedia Bantu Rafizi?

Posted: 04 Aug 2012 09:18 AM PDT

Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.



Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!......... ~penoreh getah



Rais Yatim Tidak Akan Berganjak W'pun Sejengkal

Posted: 04 Aug 2012 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal."55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. 

Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian."Yang dimainkan oleh Malay Mail itu merupakan gara-gara politik bangkangan yang tak senang dengan pencapaian dan kejayaan kerajaan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.Rais berkata semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan.

"Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!," katanya. ~bernama

Wah!! George Kent Hanya Dapat 8.7 Daripada 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan

Posted: 04 Aug 2012 04:17 AM PDT

Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan.

Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (Agreed Disruption Damages) disemak kembali.

Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan.

Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara.

"Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Malah, katanya ia menghina semua prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

`Lesen besar'


Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

"Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana.

"Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu.

"George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih," katanya.

Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. ~fmt

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin Di Mekah

Posted: 04 Aug 2012 01:32 AM PDT

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

 Makam tersebut terletak di Ma'la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya. ~info



Di Jangka Ramai Lagi Beralih Sokongan

Posted: 03 Aug 2012 11:04 PM PDT

SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR). Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.

"Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini.

Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Tian Chua enggan dedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya.

Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti. ~sh


Najib Pasti Cemas Dengar Berita Nih..

Posted: 03 Aug 2012 09:07 PM PDT

Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. Gambar: Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu. Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.

Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.

"Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.

Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting.

Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu.

Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ~keadilandaily


Gambar Najib Tunduk Patuh Kepada Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Posted: 03 Aug 2012 08:55 PM PDT






Mungkinkah pertemuan nih menjadi titik tolak Najib terpaksa akur dengan tuntutan royalti minyak Kelantan yang di sokong padu oleh Baginda Sultan Kelantan. Moga-moga dengan Kelatan yang mempunyai pemimpin yang bertakwa pada Allah SWT.. somaha Allah SWT mempermudahkan usaha murni ini..


Benarkah Dinasour Wujud? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 03 Aug 2012 07:35 PM PDT


Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaur juga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.




Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, file mengenai dinosaurjuga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.Tapi timbul persoalan benarkah dinosaur ini benar-benar wujud?

Mengikut fakta sains, kewujudan manusia adalah selepas zaman dinosaur, tapi itu sains, bagaimana pula dalam agama? Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab.




Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum? Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.Wallahu a'lamsumber :  facebook

Lingkaran Misteri Muncul Di Amerika Syarikat

Posted: 03 Aug 2012 05:00 PM PDT


SEATTLE – Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

(Gambar) Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan kelihatan seperti telinga watak animasi, Mickey Mouse.

Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse."Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2010," menurut Cindy.Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara. ~info

Addin :

Apa yang Addin pernah tengok dalam dokumentari, ada sekumpulan manusia yang mempunyai hobi yang pelik. Suka membuat pelbagai corak dan bentuk. Mereka suka buat hasil seni secara rahsia.

Telok Bakong Online

Posted: 04 Aug 2012 11:42 AM PDT

Telok Bakong Online


Amukan Toyol Di Telok Bakong Part 1

Posted: 03 Aug 2012 08:52 PM PDT



Penduduk Telok Bakong telah gempar kerana berlaku kecurian demi kecurian yang dikatakan akibat perbuatan toyol.Bereapa orang penduduk telah kehilangan wang secara sedikit demi sedikit.Perkara ini yang menyebabkan penduduk dengan penuh yakin berangapan toyol adalah perlakunya. Akibat perlakuan yang semakin menjadi jadi penduduk Telok Bakong dilanda kebimbangan dan kegelisahan dan menjadi modal utama dalam gossip gossip petang suri rumah.

Didalam satu kes,seorang penduduk telah menyimpan wang simpanan kerja didalam tabung dirumahnya telah terkejut apabila mendapati tabung yang dianggarkan nya berjumlah rm 4,000 tinggal cuma rm10.00 dimana wang kertas itu didapati berlipat.Beliau percaya bahawa toyol telah mengambil wang tabungannya itu secara beransur ansur selama tiga hari berturut turut.Andaian ini dibuat kerana ikan puyu yang dibelanya didalam balang berkelakuan ganjil selama 3 malam dan tabung nya itu tidak terdapat kesan pecah dan tampak tidak terjejas sedikit pun.

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang didalam peti besi tanpa menjejaskan nya.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Akan bersambung dibahagian Kedua...

shalehudin

Posted: 04 Aug 2012 11:30 AM PDT

shalehudin


BONGKAR: Penyakit MISTERI Piem Umno... ngee...

Posted: 04 Aug 2012 10:24 AM PDT

Mahathir - JAGA
Sekali tengok dah macam BANK PUNYA JAGA...

Pak Lah - TIDUR
Terlalu selesa kerana segala-galanya MENANTU YANG JAGA...

Najib - MENGGIGAU
Kerana bini sendiri pun TAK SEMPAT NAK JAGA...


WAJIB tengok, cara Mat Sabu gempaq Najib... hehe...

Posted: 04 Aug 2012 05:27 AM PDT

TERBAEKK...
Darah patriotik yang mengalir ditubuh aku pun bersetuju sangat dengan cadangan dari Mat Sabu nih bahawa kes Scorpene nih mesti dibicarakan di Kuala Lumpur...


Ingat!!!
Ini bukan satu ugutan, tapi ini adalah janji...
JANJI rakyat yang cintakan keadilan...
JANJI yang akan ditepati...

Maka untuk merealisasikan impian ini...
Pastikan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU ke 13 nanti...
Mesti ada yang tidoq tak lena...

Kahkahkah...


TERHOT: Najib dah pandai tulis surat...

Posted: 03 Aug 2012 07:35 PM PDT

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.- Harakahdaily


PELIK!! TV3 tak nampak pulak berita neh...

Posted: 03 Aug 2012 04:25 PM PDT

Aneh dan amat memelikkan...
Camana TV3 suku tak nampak berita terHANGAT neh...
Rakyat Selangor telah sekali lagi turun berdemo...
YA!! Rakyat Selangor telah BERDEMO LAGI...


Berdemo kerana ingin meluahkan rasa terima kasih mereka pada kerajaan negeri Selangor yang telah berjaya mencari jalan menurunkan cukai pintu untuk pangsapuri kos rendah sebanyak 25%....

Kahkahkah...

Patut pun TV3 suku bebuat tak nampak... hehe...


Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 04 Aug 2012 09:26 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Woiiitttt, 9 lagi YB akan keluar BN ...?

Posted: 04 Aug 2012 03:16 AM PDT

Woiiitttt, 9 lagi YB akan keluar BN ...?
Khabarnya dari MP dan ADUN Sabah ...?
Dan sorang MP Kelantan ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?
Mampus jua BN akhirnya ...?

Lagi Seniwati akan Sertai ...?

Posted: 04 Aug 2012 01:41 AM PDT

Lagi Seniwati akan Sertai ...?
kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan ...?
dan tinggalkan samasekali bidang lakonan ...?
dan meneruskan berhijab ...

Yeh yey, Kelantan dapat Royalti ... Yeh Yey ...?

Posted: 03 Aug 2012 10:48 PM PDT

"KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana
Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya
menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran
royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau
Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha
Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada
Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid
berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah
Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai
solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan
rumahnya pagi ini.

Seterusnya di sini ...

Aik, betul ker berita nih ...?

Posted: 03 Aug 2012 02:43 PM PDT

Anak Sungai Derhaka

Posted: 04 Aug 2012 09:19 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Bestlah Lee Chong Wei... Rosmah dah terbang ke London...

Posted: 04 Aug 2012 12:06 AM PDT


Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah terbang ke London semalam.

Perkara itu telah dilaporkan oleh The News Straits Times.


Beliau akan berada di London untuk menyokong Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu pemain dari Negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara Badbinton dalam Sukan Olimpik 2012.

Sebelum ini pemain nombor satu badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14.

Datin Seri Rosmah Mansor telah dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara Mei lalu.

Dan yang pasti jika Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas tragedi yang telah menimpanya suatu masa dulu akan berulang sekali lagi..


Tragedi ini yang telah meninggalkan perasaan fobia didalam diri hingga menyebabkan harapan Malaysia untuk merangkul Piala Thomas di gelanggang sendiri pada tahun 2010 berkecai..


Sila baca juga kenapa Skuad Badminton negara kalah digelanggang sendiri pada tahun 2010 itu di ( MiLo SuaM )

Najib akan beri Duit Raya 1Malaysia (DR1M) di Johor?

Posted: 03 Aug 2012 08:18 PM PDT


SMS yang tersebar mendakwa Duit Raya 1Malaysia berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh ADUN Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan BN Gelang Patah ketika kehadiranNajib di Johor.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh dituntut daripada Abd Aziz bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit.

Tapi... tak betullah SMS tu kata ADUN Nusajaya..

JOHOR BAHRU - Seluruh masyarakat di kawasan Nusajaya diminta tidak mempercayai khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa wakil rakyat kawasan akan memberi Duit Raya 1Malaysia (DR1M) sempena kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ke Taman Universiti, 6 Ogos ini.

SMS terbabit mendakwa DR1M berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan Barisan Nasional (BN) Gelang Patah ketika kehadiran Perdana Menteri ke Masjid Jamek Taman Universiti untuk majlis tadarus dan khatam al-Quran.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh dituntut daripada Abd Aziz bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit.

Abd Aziz menyifatkan penyebaran SMS terbabit adalah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan kewibawaan Perdana Menteri ketika ke Taman Universiti untuk majlis berkenaan.

"Saya percaya individu ini kurang selesa dengan Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan BN yang banyak mencetuskan idea transformasi serta bantuan berasaskan 1Malaysia. Oleh sebab Perdana Menteri mahu hadir ke kawasan Nusajaya, pihak ini sengaja membuat fitnah kononnya DR1M akan diagihkan sedangkan hal ini tidak benar.

"Saya sendiri ada menghubungi pihak yang menghantar SMS ini, namun dia enggan menjawab panggilan. Saya fikir tindakan ini adalah satu usaha mensabotaj BN Gelang Patah, wakil rakyat dan Umno ketika Perdana Menteri datang," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, semalam - Sinar Harian
Tapi.. betulkah apa yang tersebar melalui SMS tu tak betul?? maklumlah.. dah kali kita dengar bahawa untuk meramaikan orang dalam majlis Najib berbagai imbuhan terpaksa di sediakan buat yang hadir..

Selain imbuhan kerahan juga terpaksa dilakukan untuk meramaikan orang dalam majlis Najib termasuk budak-budak Sekolah yang tak berminat langsung nak dengar apa ucapan Najib..

Contohnya lihat di ( SINI ) kerana riuh rendah angkara budak-budak Sekolah itu, ramai yang keluar Stadium tanpa mempedulikan Najib yang sedang berucap di depan tu...

pemuda cheh

Posted: 04 Aug 2012 09:04 AM PDT

pemuda cheh


Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

Posted: 03 Aug 2012 03:18 PM PDT


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.


 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Al Ikram

Posted: 04 Aug 2012 09:02 AM PDT

Al Ikram


RAIS YATIM LETAK JAWATAN !

Posted: 03 Aug 2012 10:18 AM PDT

Pahang Daily Online

Posted: 04 Aug 2012 07:42 AM PDT

Pahang Daily Online


Panas: Bekas Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusoff Akan Sertai PAS Dalam Masa Terdekat Ini!

Posted: 04 Aug 2012 05:35 AM PDT

KUANTAN, 4 Ogos - Berita panas yang baru diterima dan pastinya mengejutkan ramai anggoto Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Pahang ialah bekas ketua mereka iaitu Datuk Ramli Yusoff (foto) dijangka akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman itu akan menyertai PAS dalam masa terdekat. Difahamkan beberapa siri perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga sangat mengembirakan. Penyertaan Datuk Ramli ini juga dijangka melonjakkan lagi semangat rakyat untuk berjuang mempertahankan kebenaran di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jika benar laporan ini maka beliau adalah pimpinan tertinggi PDRM yang berbuat demikian sebenarnya. Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar. Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007. Musa bagaimanapun menafikannya manakala Perdana Menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan dakwaan itu perlulah disahkan.

[Apa yang pasti penyertaan Datuk Ramli ini membuka mata kepada semua anak buahnya yang masih bertugas dengan PDRM di Pahang ini. Jika seorang ketua seperti beliau boleh sertai PAS dan telah diperlakukan sesuka hati oleh pimpinan atasan gara-gara mempertahankan kebenaran maka apatah lagi mereka yang berjawatan rendah atau pegawai biasa. Justeru, mereka haruslah lebih terbuka berhadapan dengan rakyat selepas ini demi masa depan. Jika tidak sudah pasti anggota polis akan dipandang sinis oleh rakyat yang cintakan keadilan di negeri ini. Memang polis perlu taat kepada kerajaan yang memerintah dalam tugasan mereka. Namun ketaatan itu bukanlah tiket atau lesen untuk mereka langusng tidak boleh berfikir dengan segala tindakan yang dilakukan. Ketaatan bukanlah kepada sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi. Ketaatan itu perlu ditujukan kepada pemimpin yang adil dan saksama dalam pentadbirannya. Bukan pemimpin yang gemar merompak wang rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Justeru, fikirkanlah]

Panas: "Janji Tidak Di Tepati", Lagi Pemimpin BN Di Sabah Tinggalkan Parti Untuk Sokong Pakatan

Posted: 03 Aug 2012 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Senator Datuk Maijol Mahap (foto) mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. Bekas Naib Presiden UPKO itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu. Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. "Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN. "Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu. Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi UPKO Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting. Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan tersebut. Penyertaan itu disaksikan sendiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Senario terbaru ini pasti menyebabkan Najib Razak semakin tidak tidur lena dan gila meroyan dibuatnya. Inilah masa rakyat Sabah mahu mengajar keangkuhan UMNO BN yang kononnya menepati janji dalam setiap tindakannya selama ini. Walhal, hanya mereka yang tahu kebanjiran warga asing mendiami Sabah dan begitu banyak rakyat miskin di negeri itu sekarang ini. BN hanya mahu menepati janji menjelang pilihanraya tetapi rakyat Sabah terabai sejak sekian lama. Sudah tiba masa rakyat Sabah membuat perubahan agar nasib mereka lebih terbela selepas ini. Sabah tidak lagi boleh dijadikan aset untuk BN dan inilah yang menggusarkan mereka sekarang. Harapan besar untuk pembangkan menakluki Putrajaya pasti akan tercapai juga seandainya momentum sebegini dapat dikekalkan].

Angin Di Sabah: Letak Pakatan hampiri Putrajaya

Posted: 03 Aug 2012 09:48 PM PDT

.

Posted: 04 Aug 2012 03:35 AM PDT

.


Royalti: Tidak Tidak Perlu Jawatan Kuasa

Posted: 04 Aug 2012 12:41 AM PDT

PANDANGAN SENJA

Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkaran ini tanpa jemu-jemu.

Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?

Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.

Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.

Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.

Kemungkinan isu ini akan selesai dengan baik ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industrian Antara Bangsa (MITI) Mustapa Mohamed juga memberi tahu isu royali minyak akan selesai di mana beliau ikut berusaha menyelesaikannya.

Kenyataan ketiga-tiga orang ini Najib, Nik Aziz dan Mustapa berhubung royalti petroleum menunjukkan isu royalti minyak itu sudah nampak titik penyelesaiannya.  Kenyataan itu menyakinkan isu itu akan berakhir juga. Justeru semua pihak hendaklah menerima dengan baik dan jangan cuba mengejek atau pun menafikan usaha mana-mana pihak.

Dalam perkembangan lain saya sendiri yakin perkembangan positif mengenai isu royalti petroleum ini ada kena mengena dengan peranan dimainkan Sultan Muhammad Ke V. Khabarnya Tuanku ada menyebut perkara ini kepada perdana menteri. Sudah lama saya menyimpulkan sekiranya sultan sendiri memainkan peranan mendesak hak rakyat di naunginya, perdana menteri tidak boleh memandang sepi.

Di sinilah keramat dan berkat seorang sultan.

Esok Najib akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahayng terawih. Untuk menyeronokkan hati rakyat Kelantan dan pihak-pihak yang bekerja keras menuntut royalti elok kalau Najib mengambil kesempatan atas kunjungan itu mengumumkan perkara ini semasa lawatan itu. Jadikanlah pengumuman itu sebagai buah tangan hari raya dari seorang PM untuk rakyat Kelantan.

Bagaimana pun selepas diumumkan penyelesaian hendaklah disegerakan. Jawatankuasa yang dicadangkan itu jngan pula bertele-tele untuk menyelesaikannya. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh kurang enam bulan. Sebenarnya untuk tujuan ini tidak payah pun tubuh jawatankuasa khas itu, menghabiskan wang rakyat saja, sebaliknya ia boleh dibuat dengan berunding terus dengan pihak kerajaan Kelantan.

Rasanya soal undang-undang dan implikasinya sudah difahami oleh semua. Kenapa hendak mempersulitkan sesuatu yang mudah. Mengenai hak dan bahagian negeri Kelantan dan mana-mana negeri yang terbabit dengan pengeluaran minyak sudah dijelasnyatakan dalam akta petroleum 1975 yang ditandatangani itu.

Jawatankuasa itu dilihat lebih kepada "red tape" untuk melengah-lengahkan sahaja pemberian itu dan ada juga kemungkin rakyat Kelantan tidak mendapat sepenuh apabila jawatankuasa dibentuk itu bias kepada Umno. [wm.kl.3.29 pm 04/08/12]

Masalah Gangguan Air Di Pasir Mas Terjawab

Posted: 03 Aug 2012 03:29 AM PDT


SIASATAN TERUS

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Keadaan air dipermukaan loji milik Kada cetek.
Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut (break down).

Lori tangki milik AKSB siap untuk hantar air.
Pemandangan sungai Kelantan di hadapan loji cetek.
Kebetulan dalam saya bersiap untuk ke loji itu aktivis masyarakat terkenal di Rantau Panjang sdr Rushdan Mustapa menelefon saya, dia juga mempunyai agenda yang sama. Beliau mahu melihat dan mendapat maklumat sendiri mengenai masalah itu. Dia datang mengambil saya di hotel, kami pergi bersama.

Apabila melihat sendiri keadaan di loji itu baru tahu apa masalah sebenarnya. Dakwaan mengatakan pam air break down tidak benar sama sekali. Begitu juga tuduhan mengatakan paip besar pecah di Lemal juga tidak tepat. Apa yang sebenarnya berlaku pam air loji berkenan tidak dapat bekerja seoptimanya disebabkan paras air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama  untuk ditapis, cetek atau pun tohor.

Rushdan melihat salah satu telaga tiup yang hampir siap
Bila air sungai Kelantan cetek menyebabkan pam tidak dapat untuk menarik air bagi dihantar ke loji penapisan. Loji itu mempunyai empat buah pam yang biasanya berjalan serentak yang boleh menjana 60 juta liter air sehari. Namun disebabkan kekurangan air, hanya dua sahaja yang berjalan sementara yang dua lagi diletakkan dalam keadaan stand-by. Natijahnya hanya separuh dari kapasiti air yang dapat dijana, kira-kira 30 juta liter.

Difahamkan pam itu tidak boleh dijalankan serentak kerana apabila air tidak mencukupi menyebabkan ia akan menghadapi masalah dan semuanya akan mati. Bagi mengelakkan kesemua pam berhenti maka 'catuan' penggiliran pam dikawal.

Dalam pada itu dengan keadaan air terhad itu maka timbullah masalah kekurangan bekalan atau sesetengahnya terputus terus. Apa lgi air yang dijanakan itu diberi perioriti dihantar ke tempat-tempat atau kawasan kritikal di bandar Pasir Mas untuk kegunaan hospital, pejabat kerajaan dan masjid dan sebagainya.

Semasa saya bersama Rushdan tiba di loji berkenana dua buah tanker – lori penghnatar air milik AKSB sedang memuatkan air untuk dihantar ke hospital dan beberapa kawasan yang kritikal di sekitar Pasir Mas. Saya tidak dapat membayangkan macam mana air dapat dicatu kalau hanya dua buah tanker sahaja yang ada? Katanya AKSB memperuntukan satu tanker saja untuk satu daerah. Ternyata dengan dua buah saja ia tidak mencukupi, elok kalau diadakan punggutan derma untuk membeli dua tiga buah tanker lagi?

Sebelum itu saya juga singgah di loji milik Kada yang menjana air untuk kawasan pertanian yang terletak berhampiran loji milik AKSB itu. Loji itu juga menghadapi masalah sama tidak dapat menyedup air kerana sungai Kelantan kering. Dari empat buah pam yang ada hanya dua buah sahaja yang berjalan.

Dalam perkembangan lain pihak AKSB telah bertindak segera mengatasi masalah berkenaan. Dua buah telaga tiub telah digali untuk membekal air tambahan di loji penapis. Sebuah sudah pun hampir siap dan akan mulai operasi dalam tempoh terdekat. Telaga tiub itu adalah plan alternatif bagi menghadapi masalah kekurangan air seperti berlaku hari ini. Walaupun ia tidak akan dapat mengatasi masalah seluruhnya tetapi sekurang-kurang dapat menampung kekurangan air di loji itu. Jika kedua telaga tiub ini berfungsi ia dapat membekalkan 3 hingga 6 juta liter air.

Dalam hal ini kurang tepat kalau ada pihak tertentu menyalahkan AKSB kerana masalah dihadapi bukan disengaja tetapi kerana fenomena semula jadi yang tidak dapat ditentukan. Soal kemarau atau banjir tidak dapat diatasi kerana ia adalah putaran alam dan diluar daya fikir manusia.

Pun begitu pihak AKSB seharusnya lebih peka mengenai perkara ini. Sewajarnya kalau AKSB menyediakan kontijensi plan untuk menghadapi maslaah kemungkinan gangguan air. Misalnya satu mekanisme harus dicari bagaimana memastikan penggunaan tidak mengalami masalah itu berhari-hari. Menyerahkan atau berdalih masalah itu kerana kejadian semula jadi tidak berapa elok juga.

Berhubung masalah yang timbul ekoran gangguan air ini di mana seolah-olah kelam kabut ianuya disebabkan maklumat itu tidak disampaikan kepada rakyat secara bersistemetik. Inilah punca mengapa berbagai tanggapan. Sepatutnya AKSB segera menyampaikan maklumat mengenai masalah yang timbul baru ia tidak salah anggap. 

Untuk tujuan ini agensi kerajaan lain seperti Penghulu, Imam, pegawai politik perlu bekerja sama, bertindak segera memberi maklumat kepada rakyat bila berlaku sesuatu masalah. Saya rasa kalau maklumat sebenar diberikan kepada rakyat kekeliruan mengenai masalah seperti ini sehingga ada bersangka buruk tidak akan berlaku. Penyegeraan itu juga akan dapat menjawab propaganda dan menangkis provokasi pihak-pihak yang cemburu dengan kerajaan Kelantan.

Seperkara lagi apa yang saya dapat lihat pihak kerajaan khasnya perlu membuat kajian kenapakah air Kelantan cetek dan menganggu proses pengepaman air ke loji berkenaan. Buat masa ini satu-satu sumber air untuk ditapis dan dirawat di loji berkenaan hanya air sungai Kelantan. Sumber alternatif lain perlu dikaji.

Kalau boleh saya cadangkan, AKSB boleh mendapat sumber baru untuk tujuan itu. Nun di bahagian hulu Rantau Panjang terdapat satu tasik atau empangan Bukit Kwong. Empangan itu digunakan oleh JPS untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian. Memandangkan aktiviti pertanian tidak berapa pesat di Rantau Panjang terutamnya padi, kerana orang Rantau Panjang makan beras Siam, elok kalau sumber air itu dialih kepada air kegunaan manusia.

Seingat saya empangan berkenana tidak pernah kering walaupun kemarau panjang. Kebetulan buat masa ini ada perlombongan besi dan emas di situ, elok kalau suruh syarikat lombong itu turut membantu pembiayaanya? Baru-baru ini Adun Gual Periok Ahmad Awang dilihat ada membuat lawatan ke lombong itu. Beliau sepatutnya tidak saja melihat sinar bijih dan emas tetapi sepatutnya turut tersilau sama ke dalam empangan berkenaan dan berfikir macam mana airnya boleh digunakan untuk manusia. Wakil rakyat jangan saja janggut dan misai saja panjang tetapi akal juga perlu panjang atau sekurang-kurang sama panjang!

Seperkara lagi yang saya dapat kesan kenapa air sungai Kelantan menjadi cetek menyebabkan sukar untuk dipam kerana aktiviti pengalian dan pengepam pasir yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar tebing malah ke dalam sungai. Aktiviti pengepam pasir ini membantu memberi beban kepada loji penapisan air. 

Gara-gara aktiviti pengepaman pasir ini menyebabkan sungai Kelantan menjadi dalam di bahagian tengah dan cetek kawasan permukaan loji. Ini hanya agakan. Kajian dan analisa mendalam perlu dibuat apakah anggapan ini benar. Sekiranya ia memberi kesan ada baiknya kalau aktiviti itu dipindahkan ke kawasan lain atau dibatalkan terus.

Dalam hal ini pihak berkuasa atau kerajaan perlu melihat keutamaan orang ramai terlebih dahulu daripada melihat kepentingan beberapa kerat pedagang pasir itu. Iya pasir juga perlu tetapi dalam konteks dan keperluannya air lebih mustahak kerana ia melibatkan ratusan ribu jiwa. Perlu diingat loji air di Kampung Kelar yang berkapasiti 60 juta liter sehari itu diguna untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. [r.pjng 5:46 pm 03/08/12]

edyesdotcom

Posted: 04 Aug 2012 03:22 AM PDT

edyesdotcom


Sekitar Himpunan Selamatkan Rohingya Dan Penyerahan Memo di Perkarangan Kedutaan Myanmar

Posted: 03 Aug 2012 08:04 AM PDT

Era Pasca

Posted: 04 Aug 2012 03:15 AM PDT

Era Pasca


HOT!! Video skandal SHARIZAT tersebar di bulan PUASA!!

Posted: 03 Aug 2012 06:40 PM PDT



Tak kira apa bulan, Puasa atau tidak, jangan fitnah, jangan aibkan orang,
Tapi dalam karangan Imam Ghazali ada menyatakan, jika aib yang memudaratkan umat maka elok di siar, agar orang tak tertipu.
Lepas tonton jangan lupa SHARE. Kita tak lupa, hanya Melayu UMNO saja mudah lupa!

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.