WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 12 Aug 2013 09:08 PM PDT Paklah: Haish!! Bukan saya jemput Nurul! (LM) Posted: 12 Aug 2013 07:01 AM PDT Penjelasan Pak Lah tidak mengubah apa-apa, jawapan Mahathir tetap ditunggu - Shahbudin Husin
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu.
| |
Tukar Tiub Posted: 12 Aug 2013 07:06 PM PDT KETUANAN MELAYU PRODUK REJECT Posted: 12 Aug 2013 06:00 PM PDT
KOMENTAR TUKAR TIUB pelajar uitm wajib membantah kerana kenyataan yang memalukan ini Gagal masuk universiti boleh kemuka rayuan ke UiTM SHAH ALAM 11 Ogos - Lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) yang gagal memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, golongan terbabit boleh menghantar surat rayuan secara terus kepadanya di Pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperoleh.
Beliau memberitahu, tawaran itu membolehkan lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... NAMA TAN SERI DATUK DOKTOR TUAN YANG MULIA.... kah kah kah.. kah kah kah... TAPI SEMUA PELAJAR REJECT.... kah kah kah..,. kah kah kah...PATUT LAAA LULUSAN UITM... TAK LAKU.... kah kah kah.. kah kah kah... SEMUA KENA REJECT MASUK UITM.... kah kah kah... kah kah kah.... UITM JADI LONGKANG PENAPIS KETUANAN MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah... SEGALA SAMPAH MASUK UITM.... kah kah kah... kah kah kah... TANDA MERCU KETUANAN MELAYU... kah kah kah... kah kah kah.... TAK CUKUP GRADE PUN BOLEH MASUK.... kah kah kah... NOTA ketuanan melayu ini muka tak malu bila china pandai bila india pandai tahu marah yang melayu bodoh pun di terima masuk kah kah kah
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana dari iklan ini akan diwakaf untuk dapor jalanan memberi makan warga kota tanpa tempat tinggal
-------- | DOLAH BADAWI TULIS BUKU? KAH KAH KAH Posted: 12 Aug 2013 05:07 AM PDT Saya tak tulis, taja atau minta buku itu diterbitkan, kata Pak Lah KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MEMANG PELIK.... NAMA BUKU INI AWAKENING.... kah kah kah.. kah kah kah... AWAKENING ERTING BAGUN DARI TIDOOOO.... kah kah kajh,,, kah kah kah... NAMA BUKU PUN MENGANJING.... kah kah kah.... kah kah kah.. KALAU DI MELAYUKAN : DOLAH BADAWI BANGUN DARI TIDOOO...kah kah kah kah kah kah... KEMUDIAN TIMBUL PERSOALAN....kah kjah klah.. kah kah kah... ADA KEUPAYAAN KE DO:LAH BADAWI MENULIS.... kah kah kah... kah kah kah.. .SURAT KARANGAN PUN TAK PERNAH BUAT... kah kah kah.. kah kah kah... KALAU TULIS BUKU... PASTI MATI LEMAS..... kah kah kah NOTA kesian pak laaas nak bangun salah nak tidooo salah kah kah kah BURU SAMPAI LUMPUH SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT dana iklan diwakaf untuk dapor jalanan memberi makan warga kota tanpa tempat tinggal ------- | PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA TUKAR TIUB Posted: 11 Aug 2013 08:09 PM PDT
PERUTUSAN KHAS SELAMAT HARI RAYA SILA KLIK IKLAN DI BAWAH INI atau yang terlihat dalam blog ini dana dari iklan ini akan di wakaf kepada dapor jalanan memberi makan warga kota tanpa tempat tinggal ---------- | INGATAN JUJUR UNTUK PEDOMAN Posted: 11 Aug 2013 07:38 PM PDT JANGAN TERLALU CINTA PADA KUASA KOMENTAR TUKAR TIUB ini ingatan yang jujur ini ingatan ikhlas ini ingatan untuk kebaikan jangan jadi hadi di terangganu 2005 jangan jadi azizan di kedah 2009 dan jangan jadi morsi di mesir 2012 ilmu adalah pengumpulan pengalaman buku ialah ilmu yang ditulis AJK PAS Pusat minta pemimpin Kelantan tidak bodoh sombong AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta kepimpinan kerajaan negeri Kelantan jangan ego dan berlagak bodoh sombong apabila ada pihak menegur mereka. "Jangan ego dan berlagak bodoh sombong bila ada pihak menegur, kita kononnya lebih tahu apa yang mahu dilakukan. "Bagi saya jika kita positif, teguran Dr Agus Yusof mengenai Kelantan sangat baik dalam konteks memperbaiki kualiti pemerintahan," kata Mazlan dalam tulisan di facebooknya. SILA KLIK IKLAN DI BAWAH INI dana iklan ini diwakaf untuk projek dapor jalanan memberi makan warga kota tanpa tempat tingal
--------- | |
Biaqpila Posted: 12 Aug 2013 03:05 PM PDT |
PENYAPU SIAL Posted: 12 Aug 2013 01:25 PM PDT gagal benteras jenayah kerana majoriti kekuatan polis di gunakan intip pembangkang....!!!! Posted: 12 Aug 2013 07:40 AM PDT Penjelasan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung peningkatan penjenayah sehingga 260,000 orang akibat pemansuhan Ordinan Darurat (EO) pada 2011 adalah akibat Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlalu menumpukan usaha mengintip pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukan mencegah jenayah.. Ahmad Zahid bersikap tidak adil dengan mempersoalkan kegagalan PDRM dalam mengawal jenayah namun membiarkan pasukan itu menjadikan fokus utama tugasan mereka untuk mengintip pemimpin PR. Orang ramai menggesa Menteri Dalam Negeri itu menambah bilangan anggota polis dalam memerangi jenayah dan membuat rondaan kepada 50 peratus kekuatan sedia ada atau 56,000 anggota supaya jumlah itu memadai bagi membanteras jenayah yang makin berleluasa kini. Oleh itu, rakyat Malaysia meminta PDRM segera menambah kemudahan dan anggota apabila hanya 9 peratus daripada 112,583 anggota polis yang dikerah untuk mengawal jenayah. Jika perkiraan Ahmad Zahid benar apabila 260,000 penjenayah bermaharajalela di jalanan, kewujudan semula EO bukan satu langkah bijak sehingga pasukan keselamatan lain serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beersatu (PBB) perlu dikerah bagi menyelesaikan masalah jenayah dalam negara. Ahmad Zahid dalam satu wawancara bersama Minguan Malaysia semalam mendedahkan berdasarkan perkiraan PDRM terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang. Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan. | BN menang dengan penipuan undi awal dan undi pos ...!!!! Posted: 12 Aug 2013 07:30 AM PDT Undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland). Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat. Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN. Ini bermakna tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media. Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen. Selepas menganalisa data itu,kita merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos. Kerusi-kerusi itu adalah: Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2% BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN). Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal. Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal. Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat awam dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya. | |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 12 Aug 2013 01:15 PM PDT |
AdukaTaruna Posted: 12 Aug 2013 11:30 AM PDT Kelantan yang gagal? Posted: 12 Aug 2013 01:10 AM PDT Oleh : AdukaTaruna
Aktivis Kelantan (AK03) menyokong setengah isi dari kenyataan Dr Agus dan setengah dari penjelasan Ustaz Fadhli berkenaan prestasi kerajaan Kelantan. Cumanya, Aktivis Kelantan lebih menitik beratkan pokok berbanding bunga. Sistem berbanding paparan.
[1] Sistem pembentukan kerajaan Kelantan selepas PRU13 sangat mengaibkan. Kita lihat gambar sejarah yang terakam berbanding negeri lain. Lihat angkat sumpah Menteri Besar di Johor, Selangor dan negeri lain. Teratur, tidak gopoh atau kelam kabut. Penuh istiadat. Lihat negeri Kelantan. MB angkat sumpah hanya di depan sofa dan meja kopi. Kemudian, selepas itu barulah istiadat.
Sistem yang lebih malang lagi ialah, pembentukan kerajaan Kelantan tidak berpaksi kepada Parti Islam SeMalaysia, apatah lagi hasil keputusan demokrasi 1.5 juta pengundi Kelantan. Tetapi pembentukan itu berpaksikan kepada pendapat istana yang terdiri dari kurang 20 orang dan hanya dari sebuah keluarga.
Maka, jika inilah sistem awal yang terbentuk, maka, sepanjang penggal pemerintahan, bagaimanakah keputusan-keputusan penting kerajaan dibuat dan diputuskan? Adakah ianya akan melalui keputusan PAS atau keputusan majoriti dari 1.5 juta rakyat atau keputusan sebuah keluarga yang berantakan?
[2] Mengenai ekonomi pula, alasan kepungan dari kerajaan BN memang benar. Untuk sebuah parti atau NGO yang menjelaskan kepada orang ramai, memang wajar. Tetapi tidak wajar diguna pakai sebagai alasan oleh sebuah kerajaan berusia 23 tahun. Ini bermakna, selama 23 tahun, kerajaan Kelantan gagal terhadap kepungan ekonomi, kepungan infrastruktur oleh kerajaan BN yang memegang kerajaan pusat. Kata lainnya ialah,
"Ya. Selama 23 tahun, saya gagal terhadap kepungan kerajaan BN. Sebab saya gagal, maka rakyat perlu undi saya sekali lagi."
Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, Aktivis Kelantan mencadangkan beberapa perkara :
2.1 Lebuhraya Rakyat dimulakan dengan menaik taraf jalan utama yang kritikal.
Terdapat pelbagai versi penjelasan mengenai Lebuhraya Rakyat. Antaranya ianya adalah modal politik mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan perjudian Malaysia dapat ditawan oleh PR pada PRU13. Sekaligus meneruskan pembinaan menggunakan dana persekutuan.
Maklumat yang diperjelaskan kepada awam, kos Lebuhraya Rakyat ialah 1 billion. Manakala kutipan derma hanya RM20 juta. Dan sudah mencapai tahap kutipan yang tepu. Oleh itu, Aktivis Kelantan memberi cadangan supaya dinaik taraf jalan utama yang kritikal terlebih dahulu. Hentikan perbalahan tuding-menuding seketika.
i. Pekan Melor - Bandar Pasir Puteh. Ini adalah jalan kritikal. Pintu masuk negeri melalui Terengganu.
ii. Gua Musang - Kuala Krai. Pintu masuk negeri melalui Pahang. Jalan ini lebih kritikal berbanding Kuala Krai - Kota Bharu. Kerana selepas Kuala Krai, rakyat sudah mempunyai banyak pilihan ajalan alternatif. Dan destinasi yang sudah berpecah.
Berikut adalah prioriti level naik taraf jalan mengikut kemampuan dana terkumpul :
i. Jalan 4 lorong. 2 lorong setiap hala. Penghalang tengah dengan sistem pusingan U bagi mengelakkan kenderaan kampung melintas sesuka hati.
ii. Pembesaran jalan dan bahu jalan. Dengan menambahan lorong memotong di kawasan fizikal sesuai.
iii. Pembesaran jambatan yang berada di sepanjang jalan, dan pembesaran bahu jalan.
2.2 Meningkatkan imej pelancongan.
Sektor pelancongan yang merudum di Kelantan. Peniaga-peniaga di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur terutamanya sering mengeluh. Antara sebab terbesar selain jalan pintu masuk dan kos penyelenggaraan ialah; imej dan jenama pelancongan yang teruk. Berikut adalah hasil pemerhatian Aktivis Kelantan.
i. Penjagaan paparan depan yang teruk.
Paparan depan bermaksud apa yang pelancong pandang secara luaran. Antaranya, rumput di bahu jalan pintu masuk yang tidak dipotong. Bendera-bendera lusuh. Billboard rosak. Bangkai lembu dilanggar yang berhari-hari tidak dialihkan dan sebagainya.
Kritikal pertama ialah sistem meletakkan pusat sampah di tepi jalan utama. Ianya praktikal kepada kemampuan PBT. Tetapi tidak praktikal kepada penjanaan pendapatan melalui pelancongan. Pusat sampah perlu diletakkan di bahagian dalam sedikit dari jalan-jalan utama, terutama jalan pintu masuk negeri dan bandar.
Kritikal kedua ialah warung-gerai tidak sempurna yang didirikan secara kekal di tempat-tempat rasmi negeri (kawasan stadium, kawasan sekolah, kawasan pasar ikon, kawasan pantai dan sebagainya). Dasar dan sifat baik kerajaan negeri memberi peluang peniaga berniaga bebas tanpa peraturan membentuk budaya malas, pengotor dan tidak teratur oleh peniaga-peniaga. Semua ini mencacatkan paparan depan yang akan terpahat di memori pelancong.
Kritikal ketiga ialah perlantikan ahli majlis PBT melalui politik. Kebanyakannya ustaz-ustaz penghafal atau orang-orang kanan pembodek yang tiada kemampuan berfikir. Mereka bagus dari segi ceramah dan penguatkuasaan hukum-hakam termaktub. Tetapi lemah dari segi idea penjanaan ekonomi setempat.
ii. Kutipan cukai yang lemah.
Kelantan adalah bumi peniaga muslim. Jika di negeri UMNO, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik bukan muslim, di Kelantan, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik muslim. Jika di negeri UMNO, raya Cina membuatkan muslim kebuluran, kereta rosak tak boleh diperbaiki dan sebagainya, tetapi semua itu tidak berlaku di negeri Kelantan.
Bagaimanapun, Kelantan adalah negeri paling cikai dalam kutipan lesen perniagaan. Sistem pembaharuan lesen perniagaan juga merumitkan. PBT seperti MPKB lebih berminat serbu-menyerbu perkara maksiat. Ianya memang bagus. Tetapi, bab penguatkuasaan perlesenan, penyusunan penjaja dan sebagainya, memang lemah.
Jika penjaja di MPKB sahaja berjumlah 5000, dan semuanya dilesenkan dengan semurah RM50 setahun, bermakna pendapatan MPKB yang boleh dimanfaatkan untuk awam ialah suku juta untuk setahun.
iii. Acara besar yang mematikan bandar-bandar lain.
Para penghafal dalam kerajaan Kelantan memang bagus dari segi menganjurkan acara besar. Ianya membuatkan nama Kelantan naik dalam ingatan rakyat Malaysia. Tetapi semuanya Kota Bharu. Dari segi peningkatan jenama bandar untuk dijual sebagai produk ekonomi, ianya tidak bagus.
Jika dibenarkan Jom Heboh, suruh TV3 buat di Pasir Puteh misalnya. Jika ada tilawah Al-Quran dimana Perdana Menteri hadir, usahakan semampu mungkin buat di Bachok misalnya. Jika dianjurkan ceramah Ustaz Azhar Idrus berganding dengan Ustaz Bollywood, tutup sebatang jalan yang sesuai di bandar Kuala Krai dan buat di situ.
[3] Perbanyakkan pertembungan aliran ilmu.
Serambi ilmu lebih sesuai dari serambi Mekah dari segi ekonomi. Tanpa perlu menukar slogan yang sudah lama dimasyurkan, tetapi, inilah konsep berpotensi sebagai produk pelancongan.
Zaman politik smart phone, rakyat yang minat ilmu tidak berminat lagi mendengar ceramah sehala. Mereka lebih tahu sesuatu isu yang muncul berbanding dengan si penceramah itu sendiri. Tetapi majlis perlawanan ilmu, pertembungan idealogi sangat-sangat digemari. Dan ianya berpotensi menjadi produk pelancongan.
Contoh yang pernah berlaku ialah pertembungan ilmu antara MAZA dan Fathul Bari di Balai Islam Lundang. Diseronokkan lagi dengan telatah Ridhuan Tee. Pertembungan ilmu antara Husam dan Nazri di KTC dan sebagainya. Sekiranya majlis seperti ini disusun dengan kerap, Aktivis Kelantan yakin, ianya akan menjadi satu produk pelancongan tempatan, pelancongan peminat ilmu seluruh negara, penjaja tempatan berlesen yang dihidupkan dan pelbagai lagi sisir ekonomi yang muncul.
[4] Penutup
Akhir kata, Aktivis Kelantan menegaskan pendirian dunia aktivis adalah tidak taksub kepada jenama, individu atau kumpulan. Tetapi menyokong mengikut tajuk menurut kefahaman masing-masing. Semoga pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak dipertimbangkan oleh kerajaan Kelantan kini. Wallahualam
Aktivis Kelantan (AK03) | |
Addin Posted: 12 Aug 2013 11:15 AM PDT Berita Yang Menggemparkan Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia Posted: 12 Aug 2013 06:29 AM PDT SENAI - Kesucian agama Islam di negara ini terus diperkotak-katikkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga memuncakkan kemarahan umat Islam.Selepas beberapa kes membabitkan penghinaan kepada umat Islam menerusi lama sosial, Facebook, kini pihak tertentu semakin berani menggunakan surau sebagai tempat penganut agama lain beribadat.
Terbaru, seorang pembaca Sinar Harian menerusi layangan e-mel menghantar gambar dan video berdurasi 45 saat yang menayangkan tindakan sekumpulan penganut agama bukan Islam menggunakan surau terletak berhampiran salah sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, untuk beribadat.
Dalam gambar dan video tersebut, kumpulan terbabit yang keseluruhannya memakai pakaian berwarna putih ditemani seorang sami seakan berdoa ke arah tempat ibadat mereka yang diletakkan di mimbar surau. Rata-rata pengunjung khususnya beragama Islam yang berada di lokasi terbabit bukan sahaja terkejut malah rasa terguris dengan tindakan dan perbuatan kumpulan berkenaan. Pembaca prihatin yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Fawwaz, 41, mengakui terkejut dengan kelakuan selamba kumpulan itu menggunakan surau untuk upacara agama mereka. "Ketika bersiar-siar bersama keluarga di lokasi berkenaan sekitar jam 2.30 petang, saya terkejut apabila kedengaran bunyi loceng dari arah surau tersebut."Apabila ditinjau, saya bersama beberapa individu lain terkedu melihat surau yang juga tempat beribadat umat Islam diperlakukan sebegitu rupa," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Abu Fawwaz berkata, situasi menjadi kurang selesa apabila kumpulan penganut terbabit seperti membacakan doa menghadap tempat sembahyang yang diletakkan berdekatan mimbar. Kemarahan mereka memuncak kerana tempat sembahyang itu diletakkan pada mimbar yang menghadap kiblat dan lebih menyedihkan apabila di atas bangunan di dalam surau tertera kalimah suci. "Kira-kira jam 3 petang, sekumpulan individu dipercayai orang kampung datang ke lokasi. Saya segera menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini," katanya. Katanya lagi, kumpulan penganut terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi, namun dipercayai sudah dua hari menggunakan surau itu untuk beribadat. Menurutnya, dia ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili berhubung perkara ini dan berharap akan ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang. "Secara jujurnya, saya berasa perbuatan kumpulan penganut ini seperti satu provokasi untuk menghina Islam. Mungkin bagi mereka (bukan Islam) ia satu perkara kecil, tetapi tidak kepada umat Islam," katanya. ~sinar harian | DAP Kecam Lee Kuan Yew Posted: 11 Aug 2013 08:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 OGOS: DAP mengecam kenyataan semberono bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah pakatan oposisi yang 'gemar mengambil kesempatan dan bakal berpecah' dalam buku terbaru tulisan beliau 'One Man's View of the World' yang dilancarkan di republik itu baru-baru ini.
Biar pun beliau mempunyai hak untuk bersuara, malangnya tuduhan itu tidak berasas kerana PR telah berjaya membuktikan kebolehan mereka memerintah di beberapa buah negeri dengan cemerlang berbanding negeri-negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan urus tadbir yang baik, telus serta mencatatkan lonjakan pelaburan.
Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua ketika dihubungi sambil menyifatkan kenyataan Kuan Yew itu seolah-olah cemburu dengan kejayaan PR yang mampu dicapai dalam masa yang singkat."PAP di Singapura adalah sama dengan BN di Malaysia sebagai sebuah parti yang memerintah.
Kedua-dua parti ini mencatatkan kemerosotan ketara sokongan rakyat dan kita tidak begitu hairan dengan kenyataan pemimpin veteran Singapura Kuan Yew itu," katanya.
Pada masa yang sama Pua berkata beliau turut berasa pelik dengan kenyataan Kuan Yew yang mengeluarkan analisa dangkal sedangkan pemimpin veteran PAP itu sebelum ini dikenali sebagai seorang yang memiliki kecenderungan menganalisa yang dalam.
Mengulas kepada tulisan Kuan Yew yang menyatakan Malaysia akan terus berkiblatkan 'ketuanan Melayu' walau siapa pun perintah, Pua menjelaskan bahawa apa yang diperjuangkan PR adalah berdasarkan Buku Jingga."Kuan Yew sepertinya gagal menilai kesepakatan PR sebagai sebuah parti rakyat pelbagai kaum.
Beliau seolah-olah masih melihat PR dalam acuan perkauman sedangkan hakikatnya tidak. Memang benar, jawatan Perdana Menteri yang dicadangkan PR jika memerintah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau adalah seorang Melayu Islam.
Itu hakikat politik."Tetapi, apa yang gagal Lee Kuan Yew lihat ialah dasar yang diperjuangkan PR iaitu dasar ekonomi yang merakyat. Ia bermaksud, agenda ekonomi yang mahu dibawa PR sangat jelas dan terang iaitu berdasarkan kepada keperluan dan bukannya kaum.
Kita bangunkan, bantu siapa juga yang layak menerima sokongan dan bantuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.Bagi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kulasegaran, kenyataan Lee Kuan Yew mengkritik PR secara dangkal tidak mencerminkan langsung dasar dan perjuangan yang dibawakan pakatan oposisi itu.
"Jika kita (PR) adalah pakatan yang rapuh, bagaimana kita boleh menerima 51 peratus undi majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu? Lagi pun kita sudah masuk pengggal ke dua memerintah di beberapa buah negeri dengan urustadbir yang jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.
Beliau juga menegaskan bahawa kemenangan yang lebih besar PR dalam PRU13 lalu mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap pelbagai dasar ekonomi dan kebajikan yang mahu diimplementasikan.
"Jika PR tidak kuat. Dengan segala propaganda jahat media kawalan BN hampir setiap hari memburukkan kita, PR tidak mampu untuk bertahan dalam pilihan raya lalu dan lebih baik dari sekarang," ujar beliau. ~roketkini.com
Iklan C (ii) | Kejadian Kes Tembakan Jejas Ekonomi Negara.. Ini Buktinya Posted: 11 Aug 2013 05:18 PM PDT Industri pelancongan Malaysia terjejas pada bulan Jun akibat jerebu dan bulan ini dengan kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Warga Singapura merupakan kumpulan yang memandang serius akan isu ini ekoran merekalah mencatatkan separuh daripada jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia pada tahun lalu iaitu seramai 13 juta. Pihak yang bertanggungjawab melahirkan kebimbangan dan meminta kerajaan mengambil pendekatan untuk melindungi industri pelancongan yang menyumbang RM60 bilion tahun lalu.
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mewakili sebahagian daripada 3,000 operator pelancongan berkata sudah tiba masa satu langkah pencegahan diambil sebelum jenayah yang sedang berleluasa ini terus memberi impak dari bilangan pelancong yang tiba ke tanah air.
Pengerusinya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata peningkatan kadar jensyah bakal memberi kesan kepada industri pelancongan namun kadar kemerosotan belum sampai ke tahap yang membimbangkan.
Katanya, selagi operator pelancongan tidak diajukan soalan sama ada masih selamat untuk datang ke Malaysia maka masih belum terlambat bagi mengambil langkah-langkah pencegahan.
Beliau memberitahu lama-kelamaan negara bakal mengalami kemerosotan bilangan pelancong seperti yang pernah disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar).
"Jika lebih banyak kejadian tembakan berlaku dan insiden mengenainya mendapat liputan luas maka bilangan pelancong juga akan terjejas," katanya.
Portal berita Singapura semalam melaporkan warga Singapura bimbang dengan peningkatan kadar jenayah dan ada di antara mereka menunda percutian mereka semasa musim Hari Raya.
Portal berita Singapura tersebut melaporkan warga Singapura, Lim Jiuan, 53, membatalkan percutiannya ke Malaysia berikutan insiden tembakan yang berleluasa.
Dia dan keluarga merancang untuk menghabiskan cuti Hari Raya pada hujung minggu di Berjaya Hill Resort berhampiran Genting Highlands.
Meskipun sedar atas insiden berkenaan, ramai warga Singapura masih meneruskan perjalanan mereka ke Singapura dengan pertambahan bilangan trafik bermula pada malam Rabu hingga ke petang Khamis. ~the malaysian insider
Iklan C (ii) | |
Anak Sungai Derhaka Posted: 12 Aug 2013 09:27 AM PDT Gara-gara tertidur.. Pistol dipinggang dilarikan pencuri.. Posted: 12 Aug 2013 08:50 AM PDT Berani mati betul pencuri ni.. pistol dipinggang anggota Polis yang tidur dalam keretapun berani dicurinya.. The Star melaporkan pistol bersama 15 butir peluru milik seorang Pegawai Polis yang berusia 48 tahun telah dilarikan oleh pencuri ketika beliau tertidur dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam awal hari ini. Difahamkan bahawa anggota yang berpangkat Sarjan Mejar itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri pengkebumian bapanya di Kelang. Kira-kira pada pukul 1:45 pagi beliau menghentikan keretanya di tepi jalan berhampiran satu kawasan perumahan kerana keletihan. Beliau telah menurunkan tingkap keretanya separuh, bersandar pada kerusinya dan melelapkan matanya untuk berehat seketika. Bagaimanapun beberapa ketika kemudian beliau telah merasakan sesuatu menggoncang pinggangnya dan apabila membuka matanya kelihatan seorang lelaki telah menarik keluar pistol separuh automatik dari sarung dipinggangnya.. Lelaki tersebut melarikan diri dengan menggunakan motorsikal berwarna merah sebelum sempat pegawai Polis itu bertindak terhadapnya... Ini laporannya.. Thief sneaks up on sleeping police officer, steals gun
PETALING JAYA: A 48-year-old serious crimes officer was robbed of his gun with 15 bullets after he fell asleep in his car in Section 7, Shah Alam early Monday.
It is learnt that the sergeant-major was returning home after attending his father's funeral in Klang at around 1.45am when he stopped his car by the side of the road near a housing area as he was feeling tired.
He wound down the car window halfway, reclined his seat and closed his eyes for some rest.
After a while, he felt something tugging at his thigh and woke up to find a man pulling out his Walther semi-automatic gun from his holster.
The man escaped in a red Honda motorcycle before the officer could do anything.
It is believed that the officer also lost his passport, smartphone and RM600 in cash. He lodged a police report at the Shah Alam police station.
Selangor acting police chief Datuk A. Thaiveegan confirmed the incident ~ The Star Kalau Polis tak jumpa semual pistol ni.. bertambah lagilah kes tembak selepas ini nampaknya... Untuk makluman.. gambar anggota Polis tertidur di atas tidak ada kena mengena dengan laporan ini.. gambar tersebut adalah bukti betapa amannya sebuah Pilihanraya Kecil bilamana UMNO tidak menyertainya. Gambar itu telah dirakam di Sekolah Kebangsaan Tanah Liatsewaktu proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sedang berlangsung pada tahun 2009, laporan mengenainya sila baca di ( SINI ) | Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga.. Posted: 12 Aug 2013 05:43 AM PDT Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak.. Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu. Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN? Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya.. Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat. Kalau bukan kerana ramai 'yes man' dan kaki bodek masakan hanya laporan yang indah-indah saja sanpai ketelinga Anwar dalam mesyuarat itu.. Tak akan timbul kisah Raja zaman dulu dalam mesyuarat tu.. antara ayatnya "Ampun Tuanku.. beribu-ribu ampun.. sembah patik harap diampun.. sukacita hamba maklumkan bahawa segala lanun-lanun yang bermaharaja lela telah berjaya dikawal...." Hakikatnya lanun yang bermaharaja lela yang kononnya telah berjaya dikawal itu masih mengganas.. kah.. kah..kah.. nak bodek punya pasal diberitahu kepada Raja kononnya semua terkawal padahal sebaliknya.. Jadi sebab itu Anwar suarakan kepada beberapa AJK Cabang Permatang Pauh, yang lebih rasional.. maksud aku golongan yang tak ada kepentingan, yang akan setuju jika ianya membawa kebaikkan dan akan lawan jika ianya memudaratkan Parti. Tak kira siapa pun yang bercakap baik Presiden mahupun Ketua Umum.. kalau salah lawan tetap lawan! Apabila Anwar menyatakan tawaran Najib dan Jawatan tertinggi dalam beberapa kementerian itu, beliau meminta pendapat.. Jadi.. aku tengok hang.. hang tengok aku.. tak sempat nak bidas dia.. Anwar bersuara "Kalau hangpa nak terima.. hangpa pi la.. aku tak terima.." Sebabnya ialah tak ada maknanya jika tawaran Najib itu diterima sedangkan selama ini kita menetang UMNO/BN adalah kerana berbagai penyelewengan dan rasuah yang dilakukan.. bersama kerajaan yang ada akan menjadikan kita akur dengan apa yang mereka telah lakukan... Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan ini yang selama ini disimpan sebagai rahsia didedahkan juga dalam media... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri ~ The Malaysian Insider Dan berikut adalah sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh laman web Asia Sentinel.. Anwar confirms Malaysian PM's feelers for a unity government Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak, beset on his right flank by an implacable former Premier Mahathir Mohamad critical of his performance in the May 5 general election, has been making quiet overtures to opposition leader Anwar Ibrahim to explore the outlines of a unity government. The overtures, made through former Indonesian Vice President Jusuf Kalla, are a long, long shot at best. However, they have included three visits by Kalla to Kuala Lumpur, the latest in mid-July. Kalla earlier this year acted as an intermediary between Anwar and Najib at Anwar's initiative to seek to broker a commitment for a peaceful result in the May 5 general election. Kalla, now a businessman and head of the Indonesian Red Cross Society, has emerged as a major Southeast Asian peacemaker, brokering peace agreements in various conflicts across Indonesia during his time as vice-president from 2004 to 2009; he also played a role in attempts to settle conflicts in Thailand and Sri Lanka. While the pre-electoral contacts were made public in mid-May, with Kalla accusing Anwar of breaking the written agreement to accept the outcome of the election, the contacts have continued, according to sources in Kuala Lumpur. Anwar confirmed the new contacts, saying they had been initiated by Najib, who emerged from the election severely weakened within the United Malays National Organization, the country's largest ethnic political party, which he heads. The overtures were made via Ahmad Zahid Hamidi, the Home Minister in Najib's cabinet, a source told Asia Sentinel. Ahmad and Anwar were friends before Mahathir fired Anwar as finance minister and had him arrested and jailed in 1999. It is unsure if the contacts will go anywhere. They would require the three components of the opposition Pakatan Rakyat all to sign off. The idea of reaching out to the opposition, particularly Anwar's Parti Keadilan Rakyat, is likely to drive Mahathir into a fury and energize whatever followers the septuagenarian former leader still has in UMNO. Anwar, in an interview, said he had sent word through intermediaries that the incendiary racist attacks by the UMNO-owned broadsheet Utusan Malaysia on the Chinese and Indian communities would have to stop, and that the racial temperature in the country would have to cool before any progress could be made. "I said the fundamental issues must be addressed, ending the racial stuff, there has to be a clear understanding and commitment to reform and change," Anwar said. "I made it clear that discussions must deal with this first and that the racial rhetoric must not escalate. The UMNO president has always had a direct say in running Utusan." Please continue yours reading HERE | Isu Buku Awakening: Pak Lah Akhirnya Bersuara... Ini Penjelasannya.. Posted: 12 Aug 2013 12:58 AM PDT SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen. Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut. Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal. Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri. Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut. Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya. Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca. Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya. Sumbernya dari SINI | Lambang Negara di Istana Negara Lama pun kena curi? Posted: 11 Aug 2013 09:30 PM PDT Jata negara sekali lagi dicuri dari Istana Negara lama, Objek logam yang berukuran 59 sentimeter itu telah dipasang di sepanjang dinding pagar di istana lama, yang kini merupakan Muzium Diraja, di Jalan Istana. Pada bulan Mei tahun lalu, 11 daripadanya telah dicuri. Baru-baru ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mendapati terdapat lima daripada lambang itu - dipasang pada dinding berhampiran Sekolah Tinggi Kuen Cheng - di mana terdapat banyak bahagian yang rosak terutama yang dicat warna emas hilang. Sabtu lalu, ketua pegawai eksekutif dewan perhimpunan, Tang Ah Chai, menyiarkan gambar-gambar lambang yang rosak di Facebook dan menulis: "Dari kejadian ini bahawa walaupun lambang negara pun dicuri, melihat orang ramai mengambil ringan terhadap jenayah." Selepas istana berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta dua tahun lalu, bangunan ini telah ditukar kepada muzium, dan dilindungi sebagai warisan negara. Menurut Akta Warisan Kebangsaan, mereka yang didapati bersalah mencuri atau merosakkan barang-barang warisan negara boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. ~ mStar | Anwar Ibrahim menjawab fitnah oleh Mazlan Ismail terhadapnya.. (Video Inside) Posted: 11 Aug 2013 05:30 PM PDT Ketika ummat Islam sedang sibuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang lalu dan ketika Ramadhan menghampiri Syawal, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa fitnah. Fitnah tersebut telah disiarkan oleh TV3 pada malam 27 Ramadhan dan ianya kemudian disiarkan oleh Utusan Malaysia dan NST. Menurut apa yang disiarkan oleh Utusan, Calon UMNO/BN bagi Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail yang telah kalah pada PRU13 lalu mendakwa kononnya beliau telah menerima "surat misteri" bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal". Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya. Beliau mendakwa "surat misteri" tersebut telah mendedahkan Anwar telah merasuah Hakim dan Timbalan Pendakwaraya. Selain itu Pengerusi DAP Karpal Singh turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar. Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya. Bankleaks Anwar/Karpal yang dimaksudkan itu sila lihat di ( SINI ) Tuduhan atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya itu telah dijawab oleh Anwar dalam satu ucapan ringkas ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Permatang Pauh baru-baru ini. | Lagi gambar sekitar majlis sila lihat di ( SINI ) |
Menurut Datuk Seri Anwar nilai fitnah yang dikaitkan dengannya kini semakin merosot kerana sebelum ini beliau difitnah memiliki dana berjumlah 3Billion dan sekarang 50juta pula. "Dulu 3 Billion, lepas tu turun 300 Juta, kemudian 50 Juta.. minggu depan mungkin tinggal 5 Juta.. kalau dapat 5 Juta tu, saya bagi kat orang-orang disini sorang sikit" Katanya lagi "Oooh.. keluar TV3, kalau kalah tu kalah.. diamlah! ni bawak keluar pulak cerita fitnah orang" "La ni tak pa kalau saya.. takat saya kena tu tak pa.. saya dah mangli dah, tak larat nak saman.. dia pi kenen pulak dekat Karpal Singh.. hah cari penyakit..." "Kita saman sama dia! Karpal Singh kata.. haaa mampuih!.. hang jawabla..." "Jadi saya dan Karpal Singh akan mengambil tindakan untuk mengajar dia ni.." Lagi apa Anwar Ibrahim kata.. korang lihatlah dalam video di bawah ni...
Atau sila lihat di YouTube di ( SINI ) | Isu Surau jadi Tokong, Ini penjelasan Pengurus Resort.. Posted: 11 Aug 2013 09:08 AM PDT Video ini telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor. Video ini turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah. Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau. Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan. Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort. Berikut adalah video yang dimaksudkan..
Ini penjelasan dari Pengurus Tanjung Sutera Resort, Syed Ahmad Alkaff mengenai perkara ini.. Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka. "Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan. "Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya. Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan. Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya. Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan~ Mynewshub | |
Fakulti Siyasah Syar'iyah Posted: 12 Aug 2013 09:08 AM PDT |
Kelab Greenboc Posted: 12 Aug 2013 01:02 AM PDT Pro Mursi: "Kami Tak Akan Undur Walau Satu Inci Pun" Posted: 12 Aug 2013 12:30 AM PDT Pendukung Presiden yang digulingkan tentera, Muhammad Mursi terus melakukan aksi duduk dan demonstrasi di seluruh negera. Padahal di ketika yang sama, pemerintah memperingatkan bahawa tentera akan bertindak jika para demonstran menolak untuk berundur. Penunjuk perasaan terus melakukan aksi duduk bantah di beberapa lokasi di Kaherah, pada Sabtu (10/8). Pada hari Khamis sebelumnya, 10 ribu pendukung Mursi telah melakukan tindakan jalanan apabila berlaku pertembungan kubu mereka dengan para anti Mursi dan pihak keselamatan.
Dalam demonstrasi itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin memperlihatkan sikap mereka yang tak ingin berkompromi dengan pemerintah. "Bunuh sebanyak yang kamu inginkan. Kami takkan undur satu inci pun," ucap Pemimpin IM, Mohamed el Beltagui. "Kami bersedia untuk menawarkan sejuta yang sanggup mati syahid," tambahnya lagi.
Beberapa aksi kekerasan terjadi baik di Kaherah dan kota lainnya. Menurut seorang polis, 28 orang termasuk tiga orang pegawai penguatkuasa cedera di Fayoum, Kaherah Selatan. Pegawai penguatkuasa ketika itu menembak gas air mata dan peluru getah kerana mereka mendakwa kelompok IM ingin mendekati markas Keselamatan Wilayah.
Sementara di sebuah desa, iaitu di Wilayah Sharwiya Utara, puluhan orang tercedera ketika terjadi pertikaian antara kubu pro dan anti Mursi. Sementara di Kota Delta Mahalla, empat pendukung pro Mursi cedera kerana diserang orang tak dikenali.
Mereka diserang ketika membagikan selebaran kecaman kepada pemimpin tentera, Abdel Fattah el Sissi. Ketika pertempuran terjadi pada Khamis minggu lepas, dikutip dari Al Ahram, Pemerintah sementara melantik 50 anggota jawatankuasa yang ditugaskan untuk meminda Perlembagaan 2012.
Presiden yang dibentuk pihak tentera, Adly Mansour mendakwa, ada kumpulan orang yang merancang menghentikan sejarah Mesir untuk meraih masa depan. Beliau menekankan bahawa usaha itu takkan mendatangkan hasil.
Sedangkan Perdana Menteri Hazem el Beblawi pada akhir Ramadhan menyatakan tak boleh lagi bertolak-ansur dengan tindakan pendukung Mursi. Pemerintah akan melakukan tindakan tegas untuk membubarkan mereka. Satu-satunya alasan Pemerintah, katanya lagi, tak membubarkan tindakan duduk bantah itu (sebelum ini) adalah kerana menghormati bulan Ramadhan.
Street clashes erupt in Egypt during pro-Morsi rallies
CAIRO, Egypt – Ten of thousands of supporters of Egypt's ousted president marched Friday on the streets of Cairo and across the country, leading to clashes with opponents and security forces that injured dozens.
The marches during the Muslim holiday of Eid el-Fitr, marking the end of Ramadan, come as Egypt's government increasingly looks poised to break up sit-in protests by supporters of President Mohammed Morsi when the festivities end.
However, a leader in Morsi's Muslim Brotherhood maintained the aggressive rhetoric used by some opposing the military-backed interim government's plans while addressing protesters Friday, raising the possibility of further bloodshed in the country.
"Kill as much as you like. I won't move an inch," Brotherhood leader Mohamed el-Beltagui said. "We will offer a million martyrs."
The protesters waved signs Friday bearing Morsi's picture, who was deposed in a July 3 military coup that came after millions marched in the streets against him. While most of the protests were peaceful, clashes erupted in several locations in the country between Morsi supporters and those opposing Morsi, as well as security forces.
A security official said 28 people, including three policemen, were injured in clashes in Fayoum, south of Cairo. He told The Associated Press that security forces fired tear gas and birdshot at Brotherhood supporters who tried storming the province's security services headquarters.
The official spoke on condition of anonymity as he wasn't authorized to speak to journalists.
Dozens were injured in clashes between Morsi supporters and opponents in several villages of the northern Sharqiya province, the website of the state-run daily newspaper Al-Ahram reported.
In the Nile Delta city of Mahalla, four pro-Morsi protesters were injured after local residents attacked them when they started distributing leaflets criticizing military leader Gen. Abdel-Fattah el-Sissi, witnesses said. In Gharbia province, north of Cairo, three were injured after clashes erupted between villagers and Morsi's supporters who had organized a march, witnesses said. The two groups hurled stones at each other beforehand.
Morsi supporters demand his reinstatement, restoration of the suspended constitution drafted under Morsi and the return of the disbanded Islamist-dominated legislative council. The interim government has rejected those demands and is instead moving forward with a fast-track plan calling for revising the constitution and holding presidential and parliamentary elections early next year.
Morsi himself remains held by the military at an undisclosed location.
Supporters of the ousted president continue to hold daily demonstrations at two sit-in sites in the capital, Cairo. Egypt's government has said it had plans to break up the demonstrations, which it repeatedly has described as a threat to national security.
An earlier Cabinet statement said the government was keen not to take action during the celebrations that mark the end of Ramadan, which started Thursday and continue for four days. Authorities talked earlier about using gradual measures to end the protests, such as besieging the sit-ins to prevent people from getting in while allowing those inside to gradually leave.
Organizers of the sit-ins have brought games and other diversions to the sites, hoping to continue to draw crowds, including children. Meanwhile, guards carrying sticks and wearing hard hats still stand guard behind barricades, hinting that any attempt to end the sit-ins by force could turn bloody. -The Canadian Press
| Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini Posted: 12 Aug 2013 12:03 AM PDT Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini (Isnin) sehingga subuh pada esok (Selasa). Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA | DAP Persoal Kenyataan Zahid, Mana Datang Itu Senjata Api? Posted: 11 Aug 2013 08:45 PM PDT Kenapa Senjata Api Secara Tiba-Tiba Mudah Didapati Di Malaysia? - DAPPETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini. Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api.
"Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan.
Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini.
Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim.
Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti.
Sebagai langkah jangka panjang, Lim menggesa lebih ramai anggota polis diletakkan di jalan-jalan, yang mendakwa bahawa hanya kira-kira 9% daripada 112,583 (10,150) pegawai beruniform di Malaysia berada di Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada pasukan polis Malaysia yang diperlukan untuk memerangi jenayah.
"Perlu ada sekurang-kurangnya 56,000 anggota berpakaian seragam membuat rondaan di jalan-jalan dan bukan 10,150 anggota sekarang," katanya. | Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera Posted: 11 Aug 2013 04:51 PM PDT Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.
Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya. - Bernama | [BERGAMBAR] Selepas Kes Tembak, Kini Kes Bom Pula, Seorang Kerani Maut Posted: 11 Aug 2013 08:01 AM PDT Tumpat - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.
"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.
Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.
Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.
Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.
"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.
Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.
Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama | Pasangan Kekasih Ditemui Mati Tergantung Di Rumah Posted: 11 Aug 2013 04:05 AM PDT Ayer Molek - Soal cinta berkemungkinan menjadi punca sepasang lelaki dan wanita ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah tinggal di KM10 Bukit Lintang, di sini, pagi semalam. Difahamkan, inilah antara motif yang kini disiasat polis dalam kes yang diklasifikasikan sebagai 'mati mengejut.' Kedua mayat berkenaan yang sudah berbau dan berulat ditemui seorang pekerja ladang kelapa sawit berhampiran kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan.
Kedudukan rumah satu tingkat itu juga agak tersorok di celah pokok dan semak serta terletak lebih 60 meter dari jalan utama.
Menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitannya dengan cinta kerana siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk bahawa ianya satu kejadian jenayah.
Penemuan dua kerusi plastik berhampiran kedua mangsa turut menguatkan andaian bahawa tidak wujud sebarang unsur jenayah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi milik kedua mangsa di tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, siasatan awal polis mendapati kedua mangsa, yang berusia antara 20 dan 30 tahun, berkemungkinan besar bukan rakyat tempatan.
Menurutnya, kedua mangsa dipercayai sudah mati antara tiga minggu dan sebulan berdasarkan keadaan mayat mereka.
"Kedua mangsa menggunakan tali nylon yang diikat pada kayu di bahagian atas bilik itu. Akibat pereputan, bahagian bawah mayat telah bercerai dari kepala dan terjatuh ke atas lantai," katanya.
Menurutnya, mangsa wanita berkenaan berpakaian jaket berwarna ungu manakala lelaki pula berkemeja T dengan kolar dan berlengan pendek.
"Polis berharap sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian ini atau sesiapa yang ada kehilangan rakan atau sanak-saudara akan segera menghubungi balai polis berdekatan," katanya.
Kedua-kedua mayat kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, rumah berkenaan sudah terbiar semenjak beliau sekeluarga berpindah ke Ayer Molek lebih lima tahun lalu.
"Selepas berpindah saya langsung tidak menjenguk rumah ini lagi. Kalau saya melalui jalan berhampiran rumah ini pun saya sekadar menoleh memerhatikan sahaja.
"Bukan sahaja rumah ini yang terbiar sekarang. Malahan di belakang rumah ini pun terdapat 20 pokok durian selain rambutan yang juga telah terbiar," katanya.
Menurut Baharudin, beliau mengetahui mengenai penemuan dua mayat berkenaan selepas dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu pagi semalam. | |