Sabtu, 14 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Jun 2014 01:26 PM PDT

Apa Yang Tersirat


DAP Sabah Bergolak: Jimmy Wong Diminta Letak Jawatan

Posted: 14 Jun 2014 05:14 AM PDT

Jeffrey Kumin
DAP Sabah bergolak. Seorang anggota Majlis Tertinggi DAP Sabah Jeffrey Kumin yang juga bendahari DAP negeri dan mantan calon DAP pada PRU-13 lalu bagi P171 Sepanggar, mengulangi gesaan agar Pengerusi DAP Negeri Jimmy Wong yang juga MP Kota Kinabalu, perlu meletakkan jawatan.

Gesaaan beliau itu, berikutan berbagai masalah dalaman dalam parti semakin serius dan tenat sejak beliau memegang jawatan itu.

Juga menurut Kumin, selain gagal sebagai ahli parlimen; kerana tidak mampu menyampaikan masalah rakyat di Dewan Rakyat; juga telah gagal menepati janji kepada para penyokong parti.

Jimmy dalam pemilihan jawatan parti peringkat negeri pada Januari lalu, sebenarnya mendapat kedudukan keempat tercorot; memperlihatkan bahawa MP Kota Kinabalu itu tidak mendapat sokongan akar umbi DAP; namun beliau tetap menjadi Pengerusi Negeri.
Jimmy Wong

Jeffrey sebelum ini, telah mendesak agar Jimmy meletakkan jawatan ekoran keluarnya ADUN Luyang Dr Hiew King Cheu kerana angkara MP Kota Kinabalu itu.

Sementara itu, seorang Ketua Cawangan DAP bagi kawasan Lido Paul Len juga memberikan pandangan yang sama, agar Jimmy seharusnya berundur dengan segera; demi kebaikan dan masa depan parti.

Cucu Tok Selampit

Posted: 14 Jun 2014 01:22 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Belanda vs Sepanyol - Sah Penyokong @anwaribrahim Seorang Ni Mabuk Daun Ketum

Posted: 13 Jun 2014 05:23 PM PDT


Orang gila Piala Dunia, diapun nak buat status kononnya dia juga peminat Piala Dunia. Mungkin niat di hati hendak menunjukkan kepada Mentor beliau, Anwar Ibrahim bahawa beliau adalah peminat pasukan Sepanyol. Al maklumlah dapat menonton layar besar di istana Anwar Ibrahim di Segambut.

Sudahnya, tunjuk pula kebodohan diri di laman sosial Facebook. Inilah macai-macai Anwar Ibrahim. CTS tidak pernah tahu sejak bila Messi atau Lionel Messi ini main untuk Sepanyol. Pemain kelab Barcelona ini setahu CTS bermain untuk Argentina. Tidak pastilah kalau Anwar Ibrahim menguruskan ekstradisi Messi untuk berpindah ke Sepanyol tahun ini. Macai-macai ...

P/s: Tahniah pasukan CTS yang membelasah Sepanyol semalam 5-1. Hidup Luis Van Gaal!


Kerajaan Bersetuju Cadangan SPAD Selaraskan Tambang Teksi

Posted: 12 Jun 2014 12:00 AM PDT


Kerajaan pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan perubahan dan penyelarasan tambang teksi yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah SPAD mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri berkenaan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, walaupun cadangan itu dikemukakan akhir tahun lalu, keputusan kerajaan itu hanya dimaklumkan kepada SPAD baru-baru ini. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Pengerusi SPAD itu bagaimanapun mengelak apabila wartawan bertanyakan sama ada perlaksanaan itu membabitkan kenaikan atau penurunan harga tambang. Tetapi jika dirujuk rekod lalu, tahun lalu SPAD mengakui adanya keperluan untuk  mengkaji semula tambang teksi. 

Sehubungan itu, dalam kertas cadangan kepada kerajaan SPAD telah mengambilkira beberapa kriteria utama penetapan tambang teksi, iaitu mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi serta memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Hasil penyelidikan kajian yang dilakukan oleh SPAD dengan bengkel-bengkel teksi menunjukkan bahawa kos pengendalian teksi telah meningkat sejak kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan pada tahun 2009.

Enam kos komponen utama telah dikenalpasti dalam cadangan penstrukturan semula tambang teksi iaitu kos kenderaan (bayaran sewa harian), peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan buruh (gaji pemandu).

SPAD Akan Pastikan Tahap Keselamatan Bas Dalam Keadaan Baik Semasa Musim Aidil Fitri

Posted: 11 Jun 2014 06:00 AM PDT


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bersiap sedia dalam memastikan perkhidmatan bas ketika musim sambutan Hari Raya Aidlfitiri berjalan lancar tanpa peristiwa menyedihkan. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, pihaknya akan memastikan tahap keselamatan setiap bas berada dalam keadaan baik untuk beroperasi ketika musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Beliau seboleh-bolehnya mahu melihat semua bas mempunyai tali keledar untuk penumpang-penumpang mereka. Beliau tidak menolak kemungkinan akan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap penggunaan tali keledar ini suatu hari nanti. Beliau bercakap kepada pemberita dalam Sidang Media di Ibu Pejabat SPAD, semalam.

Tambahnya, selain itu, pemandu-pemandu bas juga perlu melalui ujian air kencing secara rawak bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku akibat dipengaruhi dadah. SPAD akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memastikan tiada pemandu bas yang menggunakan dadah ketika memandu.

THE FLYING KICK

Posted: 14 Jun 2014 01:17 PM PDT

THE FLYING KICK


ARTIKEL PEDAS DAN PANAS BUAT UMNO SELANGOR YANG LEMBIK DAN LEMAU!!!

Posted: 14 Jun 2014 02:09 AM PDT

bumiyang

Posted: 14 Jun 2014 03:59 AM PDT

bumiyang


Nik Aziz Kisah Atau Tidak Dyana "Tolak" Hudud Pas???

Posted: 13 Jun 2014 05:30 PM PDT

tunku

Posted: 14 Jun 2014 03:39 AM PDT

tunku


Declining Majorities For Opposition A Silver Lining For BN?

Posted: 13 Jun 2014 06:00 PM PDT

The political landscape in the country remains unpredictable though it is more than a year now since the 13th General Election was held on May 5, 2013.

Since then, the country also witnessed six by-elections - two Parliamentary by-elections namely Bukit Gelugor in Penang and Teluk Intan in Perak and four state assembly seats - Kuala Besut (Terengganu), Sungai Limau (Kedah), Kajang (Selangor) and Balingian (Sarawak).

Barisan Nasional (BN) contested in five by-elections except Bukit Gelugor parliamentary seat, while at the opposition Pakatan Rakyat side Parti Keadilan Rakyat (PKR) contested in two seats (Kajang and Balingian), DAP another two seats (Bukit Gelugor and Teluk Intan) and another two (Kuala Besut and Sungai Limau) by PAS.

While BN won in Kuala Besut, Balingian and Teluk Intan, PAS won the Sungai Limau state seat, PKR won the Kajang state seat and DAP won the Bukit Gelugor Parliament seat.

However, political observers have noted a trend in the by-election outcomes. Wherever the opposition won, its majority has been reduced while BN's vote count has increased. Now, one will ask is there any significance in this?

A CLOSER ANALYSIS

In the Sungai Limau by-election, though PAS succeeded in maintaining the seat, the majority garnered by its candidate Mohd Azam Abd Samat witnessed a whopping 61 per cent reduction whereby he only managed to record a 1,084-vote. This is a stark contrast to the 2,774-vote majority recorded by his predecessor Tan Sri Azizan Abdul Razak, the former Kedah Menteri Besar.

The same happened in the Kajang by-election, when PKR President Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan won with a 5,379-majority compared with the 6,824-majority won by the predecessor from the same party, Lee Chin Cheh, during GE13.

Dr Wan Azizah's majority was 14.4 per cent or 1,445 votes less in the March 23 by-election.

While the late veteran politician and prominent barrister the late Karpal Singh recorded the third highest majority of 42,706 votes in GE13, in the following by-election in Bukit Gelugor held after his demise in a road accident, his son Ramkarpal Singh saw the majority reduced by 12 per cent.

Ramkarpal only managed a decent 37,659 votes despite of the initial anticipation that he will record a bigger margin due to the sympathy vote factor for the 'Tiger of Jelutong'.

IS THIS A POSITIVE SIGN FOR BN?

Can BN take for granted that the declining majority for the opposition is an early indicator that the voters are returning to its fold once again?

A senior lecturer with the Social Science and Humanities Faculty at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Associate Professor Datuk Dr Samsul Adabi Mamat in elaborating on this said it is a positive development for BN.

Nonetheless, it could not be taken for granted that the tides were changing in favour of BN.

"The increase in support for BN may be as temporary development. Rationalising the mindset of the voters is the most important element and this is what could provide the silver lining for the next general election.

"What we have seen in these by-elections are just early indicators," he said to Bernama.

BN MAJORITY ON THE RISE

The three seats won by BN from the six by-elections - the Kuala Besut and Balingian state seats and the Teluk Intan Parliamentary seat recorded from big to small majority but the implications remain significant.

In Kuala Besut, BN managed to increase its majority by 0.06 per cent or 158 votes, with its candidate Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman receiving a 2,592-majority compared with his predecessor the late Dr A. Rahman Mokhtar who received 2,434 votes.

In Sarawak, it was a different story altogether when BN's candidate for the Balingian state constituency Yussibnosh Balo, 48, scored a whopping 38 per cent increase in the majority, that is 6,911 votes, even outdoing his predecessor former Chief Minister Tun Abdul Taib Mahmud who only had a 5,154-majority.

In Teluk Intan, BN's candidate Datuk Mah Siew Keong managed to wrestle the Parliament seat from DAP with a small margin of 238 votes.

Mah, 53, received 20,157 votes compared with Dyana Sofya Mohd Daud, 27, who received 19,919 votes, a difference of 0.012 per cent.

Samsul Adabi noted that while the improving vote count for BN might indicate changing voter sentiments, there was still more to be done to ensure this favourable momentum for BN is maintained and enhanced up to the next general election.

"BN cannot view this scenario with complacency as the increasing support seen in the by-elections is not significant as yet," he said.

IMPROVE IN SUPPORT

However, what could be the other reasons behind declining majority for the opposition? Is there an element of sabotage within?

Elaborating on this, Samsul Adabi noted that there were also the dissatisfaction factor that helped to channel votes towards BN.

He provided the Teluk Intan by-election as a good example, where the Chinese who gave their whole-hearted support to DAP previously were disappointed as the party fielded a Malay candidate.

At the same time, the Malays rejected the DAP as the party opposed the Hudud, something the Muslims feel compelled to vote for.

"Inspite of these minor factors affecting the Malay and Chinese vote, it is still not the fundamental reason for the change in voter sentiments," he said.

However, he did not deny that the Chinese support in all the by-elections, except in Balingian, had increased by at least about 20 per cent.

"BN has to continue working hard to draw more Chinese votes with the Indians being consistent in their support with 60 per cent showing their support for the party," he said.

Apart from that, he said, BN is still left out in the social media realm especially the Facebook and Twitter, and this has to be addressed to ensure the people get the right information and keep close to BN.

"The opposition survive by creating perceptions on BN thus confusing the masses and this can only be addressed by rationalising the mindsets," he said.

Civil, Syariah Courts Can Preside Together Over Islamic Conversion Disputes - Don

Posted: 13 Jun 2014 06:22 AM PDT

The government should consider the need to integrate the civil and Syariah courts in resolving legal conflict due to religious issues between Muslims and non-Muslims, University Malaya's Academy of Islamic Studies senior lecturer Dr Siti Zubaidah Ismail said.

She said civil and syarie judges could preside over such cases together based on their jurisdictions and expertise in civil and Syariah laws to resolve issues at hand.

Siti Zubaidah is after a mediation approach but warned that the Syariah court should be prepared to face challenges over integration of expertise in ensuring justice was served between contending parties, she said when contacted.

She was commenting on domestic discord and legal (Syariah/civil law) wrangle between fractious couples over Islamic conversion of deceased spouses and fights over children custody after failed marriages of late.

Siti Zubaidah said it was up to the legislature to consider to what extent the judges could execute their decision.

As the integration of the two courts was raised by former chief justice Tun Abdul Hamid Mohamad several years ago, the matter ought to be reviewed and deliberated to enhance public confidence in the national legal system.

"Article 121 (1A) of the Federal Constitution (amendment 1981) asserts that the separation of jurisdiction between the civil and Syariah courts. This is due to applications (before 1981) involving matters where civil court jurisdiction was unclear over issues involving Muslims.

"With the separation of jurisdiction, the approach taken was that when matters come before any court (civil or Syariah), the other court has no right to hear the case.

"However, even though there is already a clear division, it still overlaps or there is still a grey area which requires a solution. All this while, the solution has caused uneasiness and dissatisfaction among certain quarters due to the win or lose issue," she said.

Siti Zubaidah said if the authority was given to either the civil or Syariah courts to try an issue, the other court was deemed 'lost' and could not intervene.

She said the grey area emanated from failed marriages, culminating fights over custody of children and their conversion status while other cases included Islamic finance and banking involving non-Muslims.

"As espoused by Tun Abdul Hamid, inevitably it requires the expertise of both judges to preside together over issues beyond the framework of their jurisdiction. If this contentious issue is not resolved, we could feel how awkward the existing system is," she said.

Taipingmali (tm)

Posted: 14 Jun 2014 01:15 AM PDT

Taipingmali (tm)


PEMILIHAN PARTI PKR: Kelucuan dan Kecelaruan berterusan

Posted: 13 Jun 2014 07:56 PM PDT

 Enam puluh bekas anggota PKR yang meninggalkan parti itu sejak empat tahun lepas masih tersenarai sebagai pengundi untuk pemilihan jawatan dalam parti itu.

Bekas Ketua Ranting PKR Taman Permai, Klang, A.Prakash mendakwa perkara itu dilihat boleh membuka peluang kepada pihak tertentu untuk memasukkan nama bekas anggota parti terbabit sebagai pengundi hantu.

"Mereka menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Barisan Nasional gunakan pengundi hantu tetapi PKR lebih teruk. Mereka sepatutnya memadamkan nama anggota yang telah keluar parti tetapi selepas diperiksa nama kami masih ada dalam sistem (senarai anggota)," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kira-kira 30 anggota PKR dari ranting itu dan 30 lagi dari Ranting Kota Pendamar, Klang, menerima surat daripada parti yang meminta mereka supaya keluar mengundi pada pemilihan kali kedua.

"Ini boleh menyebabkan berlaku penyelewengan dan cubaan untuk menambah undi berikutan pengiraan undi akan dibuat di ibu pejabat PKR dan keputusan pemilihan hanya akan diketahui dua hari selepas pengundian," katanya.

Prakash turut membangkitkan mengenai kemungkinan ada pihak yang menanggung yuran keanggotaan bagi beliau dan bekas anggota PKR lain berjumlah RM2 setahun bagi mempastikan keanggotaan mereka terus aktif.

Sehubungan itu, beliau mendesak kepimpinan tertinggi parti supaya memadamkan nama beliau dan bekas anggota lain daripada senarai anggota parti sebelum pihaknya mengambil tindakan selanjutnya.

"Kami akan hadir pada pemilihan parti bahagian Klang Ahad ini untuk memeriksa sama ada nama kami masih berada dalam senarai pengundi dan jika mereka masih tidak memadamkan nama kami, kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," katanya.

Sebanyak 35 cabang PKR mengadakan pemilihan semula selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat membatalkan proses itu atas alasan wujud elemen mensabotaj parti seperti merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan.

Hina Sultan, Hina Bangsa Melayu dan Hina Islam wajar di hukum

Posted: 13 Jun 2014 12:06 PM PDT

Pengguna Twitter@YouTiup bernama Stevie Chan tampil memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan   Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung komen-komen menghina terhadap Institusi Beraja khususnya berhubung kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

Individu berkenaan telah hadir ke pejabat MCMC di Cyberjaya untuk memberi keterangan, dan ditemani oleh peguamnya. Sesi memberi keterangan kepada pegawai MCMC berlangsung selama tiga jam.

Sesi memberi keterangan itu menyusul sehari selepas pihak MCMC menjalankan penyiasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terhadap individu berkenaan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi miliknya turut disita untuk membantu siasatan.

MCMC menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang menghina Institusi Beraja di media sosial untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan  mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

MCMC mengawalselia dan menggalakkan  pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian,  perkhidmatan pos dan pensijilan digital.

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan  dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.  

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my

 

 SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

 

 UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

 Tel: +603 8688 8000  

 Faks: +603 8688 1007      

 Emel: ccd@cmc.gov.my

- Bernama

Visit website

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 14 Jun 2014 12:36 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MEE SANGGUL: CINA MENIPU MAKIN KAYA, MELAYU MAKAN JADI BENGAP!

Posted: 13 Jun 2014 07:24 PM PDT


Gempar lagi...Berita Harian hari ini mendedahkan mee sanggul cap istana menyalahgunakan logo halal JAKIM.

Kilang mee sanggul tersebut terletak di pekan Sama Gagah, Permatang Pauh yang merupakan tempat Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimennya sejak sekian lama di sebuah negeri yang dikuasai oleh regim chauvinis dan diktator DAP.

Kebanyakkan produk mee sanggul ini di pasarkan di kawasan-kawasan penduduk Melayu luar bandar di Penanti, Berapit, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Kulim, Mahang bahkan ke utara Perak dan Balik Pulau yang selama ini tertipu dengan logo halal JAKIM palsu tersebut.


Kilang tersebut bukan saja kotor apabila mee sanggul dikeringkan ditempat terbuka dan berhabuk tetapi boleh diragui status kebersihannya (hygine), halal dan kejujurannya (honesty). Ini kerana puak-puak kafir harbi mengetahui untuk merosak dan melalaikan umat Islam adalah dengan mengotorkan hati-hati mereka. Bila hati dah kotor maka jiwa dan fikiran mereka turut kotor, bengap sehingga susah menerima kebenaran walaupun sudah ada bukti yang nyata ditunjukkan depan mata mereka.


Kesian orang kita tertipu lagi dek tokey-tokey Cina yang selama ini hidup mewah membuncit hasil menipu orang-orang Melayu- Islam. Sampai bila anak-anak Melayu nak disuapkan dengan benda-benda haram ini? 

Kepada Anwar Berahim, jangan dok asyik nak cari salah orang. Kilang Cina dok jual mee haram kat tempat hang tolong pi teguq. KPDNKK dan JAKIM sila sita kilang mee haram ni. Loya nak makan mee sanggul haram buatan Cina ni.


Berita Harian Sabtu 14 Jun 2014 ms 16
Harian Metro Sabtu 14 Jun 2014 ms 12

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda;

« أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) ». ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ».
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (baik). Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: 'Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Dan Allah juga berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.'" Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo'a: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do'anya?" (HR. Muslim no. 1015)

The Unspinners

Posted: 14 Jun 2014 12:26 AM PDT

The Unspinners


8 sebab RUU ciptaan BARUA Council dan konspirasi puak liberal WAJIB DITOLAK!!!

Posted: 13 Jun 2014 10:06 PM PDT



Susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Pada hakikatnya, wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf RUU tersebut serta tujuan dan fungsi "Unfair Discrimination Tribunal" yang dinyatakan di dalam salah satu deraf RUU tersebut.

Berdasarkan pengamatan awal penulis, berikut digariskan secara ringkas 8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai kandungannya dan tidak patut diterima sewenang-wenangnya:

PERTAMA

Hakikat bahawa penggubalan RUU yang sangat penting tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. RUU tersebut melibatkan isu-isu berkaitan agama, perpaduan antara kaum dan sebagainya, namun demikian tidak disembahmaklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Deraf tersebut juga tidak dirujuk kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA) dan lain-lain badan berkepentingan. Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan isi kandungan deraf RUU tersebut.

Malah, RUU tersebut yang disediakan Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, telah diserahkan terus kepada YB Nancy, lantas mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

KEDUA

RUU tersebut mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu-gugat oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Selain Perkara 3(1), Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A). Hatta sebelum pengiktirafan seumpama ini dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam telah terlebih dahulu diperundangkan di dalam Perlembagaan negeri-negeri, sebagai contoh peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Johor 1865 dan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911. 

Malah, hakikatnya Perkara 3(1) merupakan fasal pertama yang menggunakan istilah 'harmoni' dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah mengiktiraf kedudukan Islam, prasyarat pengamalan agama-agama lain dinyatakan dengan jelas iaitu boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan (…other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation). Hubung kait Perkara 3(1) ini membawa maksud bahawa Islam tidak boleh diketepikan di dalam membincangkan usaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum.

Baca seterusnya di Azril Mohd Amin SINI

BERI MASA DENGAR VIDEO jawab usahasama Spore Yahudi nafi Melayu wujud

Posted: 13 Jun 2014 05:30 AM PDT




Buku diatas  adalah usaha ISEAS Singapore untuk nafi dan kelirukan kewujudan identiti Melayu.

Video berikut adalah persembahan research dalam projek Human Genome oleh Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia memberi .


Yang India kulit cerah, mungkin Melayu yang ke India repopulating India. Jawa sama dengan DNA Melayu. Banyak lagi cerita menarik ....

Versi pendek berikut:

Belajar dari Syed Mokhtar, Bukan mendengki dan fitnahnya

Posted: 13 Jun 2014 02:30 AM PDT


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

"Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah" tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. "Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang" jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
Baca seterusnya di Semaremas SINI

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 14 Jun 2014 12:19 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Anwar Ibrahim Angkuh Bila Tolak Hukum ALLAH...

Posted: 13 Jun 2014 10:00 PM PDT


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menegur sikap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang dilihatnya angkuh dan tidak sensitif dengan agama serta kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka.

Sebaliknya Ustaz Abdullah menyifatkan perjuangan liberalisme dan pluralisme agama yang mengenepikan hakikat tauhid dan keluhuran syariat sebenarnya yang angkuh.

"Anwar kata pejabat agama bersikap angkuh kepada orang bukan Islam dengan kuasa yang ada. Tetapi bagi ISMA, menolak Islam, menolak hukum Tuhan dan mengagungkan liberalisme itu yang angkuh," tegasnya kepada ISMAweb.

Kenyataan ini berikutan dua kejadian yang melibatkan pejabat agama apabila baru-baru ini JAIPP merampas mayat seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina di Georgetown.

Begitu juga dengan tindakan JAIS menghalang upacara perkahwinan Zarina Abdullah Majid dan pasangan Hindunya di sebuah kuil di Petaling Jaya 1 Jun lalu. SUMBER

RUU Ini Satu Perisytiharan "Perang" Terhadap Umat Melayu-Islam! Malayan Union 2.0

Posted: 13 Jun 2014 07:00 PM PDT


Didalam PRU-12 pada 08.03.2008, parti BN dibawah kepimpinan Pak Lah hanya mendapat 140 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, namun buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga. Pak Lah 'dinasihatkan' supaya meletak jawatan pada 04.04.2009.

Dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib dengan slogan 1-Malaysia, BN memasuki PRU-13 dengan keyakinan akan dapat mengambil semula Selangor, Perak dan Kedah, dan mungkin mendapat semula majoriti dua pertiga. Begitu keyakinan Bilik Perang BN dalam PRU-13.

Sebaliknya bukan sahaja tidak mendapat dua pertiga, BN hilang 7 lagi kerusi dengan mendapat 133 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan, buat pertama kalinya BN tidak
mendapat undi popular. Sebaliknya pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat 52% undi popular.

BN bernasib baik kerana Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat kerusi paling banyak melebihi 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan.

Walaupun BN kehilangan lagi beberapa kerusi, tidak berlaku gelombang penentangan dalaman UMNO. Ini adalah kerana UMNO sendiri mendapat penambahahan kerusi daripada 81 (dalam PRU-12) ke 88 bagi PRU-13.

Kehilangan tambahan 7 kerusi dan kehilangan undi popular dituding kepada tsunami cina, iaitu penolakan hampir total oleh pengundi Cina terhadap BN. 

Sekali lagi umat Melayu-Islam telah menyelamatkan UMNO-BN dengan memberi sokongan sekaligus menambahkan kerusi UMNO.

Dalam senario itu, kita sudah pasti meletakkan harapan Kerajaan UMNO-BN akan membalas jasa umat Melayu-Islam dengan penggubalan dasar yang akan memperkasa dan memartabat institusi Melayu-Islam.

Jadi apabila beberapa kerat pelampau perkauman dan cauvinis agama yang menduduki kerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional mengemukakan deraf Rang Undang-Undang ini kepada Kerajaan, timbul keresahan dikalangan umat Melayu-Islam.

Ini adalah kerana setelah diteliti, deraf tersebut tidak ada bezanya dari segi semangat, implikasi dan kesannya sebagaimana piagam Malayan Union yang di usulkan oleh penjajah British pada tahun 1946. Malah kesannya lebih parah dan serius daripada piagam Malayan Union!

Ini kerana deraf RUU ini memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu.

Dan bila terbongkar dalang deraf RUU tersebut adalah ciptaan dan rekaan Bar Council, persoalan besar timbul dikalangan umat Melayu-Islam ialah, adakah pemimpin Melayu sedang tidur lena? 

Baca selanjutnya disini

Dalam Dunia Ini, Hanya Ulama Macam Nik Ajis Je Yang Tak Bangga Perjuangkan Bangsanya...

Posted: 13 Jun 2014 01:00 AM PDT


Satu-satunya bangsa yang para alim ulama'nya tidak mengambil berat, malu alah dan enggan memperjuangkan kepentingan kaumnya adalah ulama' Melayu di Malaysia. Kalau ada pun hanya segelintir yang faham tentang fiqh ini tetapi enggan menyatakan pendirian dan tidak yakin boleh melawan arus kuat yang menolak perjuangan bangsa untuk Islam ini.

Rata-rata ulama' atau para asatizah di sini bertanggapan bahawa memperjuangkan bangsanya adalah sifat 'asobiah' atau 'qaumiah' yang ditegah Islam. Ulama' Islam bangsa-bangsa lain tidak pula faham sedemikian. Di Mesir, Libya, Palestin, Jordan, Indonesia malah di Selatan Thai yang pernah saya berbincang dengan mereka tidak berfahaman sedemikian.

Mengapa pula mereka yang di Malaysia faham sebaliknya? Adakah kefahaman ulama' Melayu di Malaysia lebih hebat berbanding dari tempat lain? Apakah rujukan mereka? Atau ulama' Malaysia yang mahu berlebih-lebih dalam perkara yang tak disuruh atau mereka sendiri yang salah tafsir perkara ini? Sesetengah mereka itu belajar di universiti-universiti di Mesir, Jordan, Yaman dan lain-lain. Saya terpaksa bahasakan mereka ini sebagai ulama' 'terlanjur baik' dengan maksud tersalah baik.


Sebenarnya tidak ada satu pun dalil atau nas yang qat'ie (jelas) melarang sesiapa memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan bangsanya. Yang dilarang adalah sekiranya wujud sifat 'kekitaan' atau 'asobiah' atau 'sense of belonging' yang melampau dan menzalimi kaum lain. Apatah lagi di dalam konteks bangsa Melayu yang beragama Islam di buminya sendiri dan ia sudah dianggap bangsa Islam  seperti mana bangsa Arab dan bangsa Turki. Tambahan, negara ini termasuk Sabah dan Sarawak adalah warisan bangsa Melayu dan diperintah secara Islam sehinggalah datang penceroboh-penceroboh asing.   Maka memperjuangkan kepentingan Melayu bermakna memperjuang kepentingan umat Islam sekaligus memenuhi maqasid syarak dan objektif berpolitik dalam Islam.

Begitu ramai ulama' termasuk mereka yang diangkat oleh pengikut-pengikut mereka sebagai ulama' atau Tuan-tuan Guru sudah 'terlanjur' yang amat merugikan kedudukan umat Islam khususnya orang Melayu apabila berpegang kefahaman sedemikian. Pada zaman pemuda dahulu, saya juga berfahaman demikian. Barangkali tanpa disedari, kefahaman ini timbul dari salah faham memahami penulisan tokoh-tokoh seperti Abul A'la Al-Maududi dan juga Sayyid Qutb. Tokoh-tokoh itu sendiri tidak menolak  kepentingan bangsa. Tambahan, bangsa itu rata-ratanya beragama Islam dan menjadi tonggak kekuatan Islam di realiti setempat mereka. Ulama' terlanjur baik ini tidak pula merujuk kepada tokoh besar  sosiologi dan siasah Islam lampau seperti Ibnu Khaldun yang secara jelas mengiktiraf kepentingan kaum pendokong kuasa politik Islam.     

Salah faham ini tragis dan amat merugikan hingga nasib bangsa Melayu makin terancam dan kekuatan politik Islam yang ada pada bangsa Melayu menjadi terhakis. Salah faham ini juga membuat ahli politik dan pengikut-pengikut mereka berpecah-belah dan sukar dapat bersatu atau sekurang-kurangnya bersepakat untuk mempertahankan kaum bangsa ini. Pengikut ulama' yang minda tertutup serta orang-orang Melayu yang lain terus sepi dan tidak merasa bertanggungjawab untuk pertahankan saki-baki hak mereka yang tinggal sedikit di bumi mereka sendiri.

Aduhai! Malang sungguh nasib bangsa Melayu yang pernah tersohor di dunia dan begitu banyak berjasa mendokong Islam suatu masa dahulu. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bilakah agaknya ulama' terutama ulama' politik partisan itu akan membuka minda dan sedar akan kesilapan mereka? Atau terus mendokong politik perbalahan sesama umat Islam sehingga nasi sudah menjadi bubur, kuasa sudah tergadai baru mereka mahu sedar daripada kesilapan? Tragis dulu, apabila kerajaan Islam Melayu Melaka jatuh akibat permusuhan dalaman, kaum Melayu menanggung derita melarat kehinaan  sehingga lebih 500 tahun. Ketika itu tangisan darah tidak berguna lagi. Kesannya kita tanggung sehingga hari ini. 

Kini tragis lagi!

Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA

Belantan

Posted: 14 Jun 2014 12:15 AM PDT

Belantan


Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Alvin Tan?

Posted: 13 Jun 2014 09:33 AM PDT


Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog Alvin Tan setelah tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura.

Alvin dan rakannya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

Posted: 14 Jun 2014 12:13 AM PDT

sekupangdua


UMNO BUKAN RETA MAK PAK SESAPA... JANGAN BUAT IKU SUKA KOMER!

Posted: 13 Jun 2014 05:00 AM PDT


MAKIN GETEK teman bila sudah ada yang beriya sakan nak sesangat ambik orang yg memusuhi UMNO sendiri malah mahu mengangkat sebagai ikon! Bukan apa... sebelum nie teman senyap jer tapi dah banyak pulak yg tanya pendapat teman dengan isu bila sigedik mahu diangkat dan dijadikan ikon kononnya untuk motibasi pada orang MUDA UMNO? GILA apa korang nie? ingat PAK atau Mak komer yang punya UMNO ker? Yang Pemuda nak bersama UMNO korang tolak tetiba musuh kuat yang cukup jelas memang menentang UMNO nak diambik dan diberi kelebihan...

Buta perut dan Buta Hati.. apa dah jadi dengan kepimpinan yang ada? tak paham  teman ngaper bersungguh benor nak ambik dema? pasai cantik dan ada harap nak try ker? 
Apa pun teman tak setuju dengan cadangan begini... in SyaAllah selagi komer buat selagi itu akan teman tentang... dfan teman nak bagitau jangan sesekali komer ingat UMNO nie pak dan Mak komer yg punya... bukan komer jer orang UMNO. tak sempat habis orang masih cerita pasal calon Komunis Roket yg kalah komer yang beriya benor nak ambik masuk UMNO? yang berlambak memohon tu komer tolak sebab takut kalah masa pemilihan ker?

Malas cakap banyak... ini bukti bergambor... bergambor yop orang yg komer megahkan. demalah yg paling kuat mengutuk dan mencarut kat komer. dema juga ler ikut perhimpunan haram... demo dan macam-macam lagi... 



laki bertanding?
konvensyen DAP
tak lepas peluang dgn idola?
bersih beb..


oyabun

Posted: 14 Jun 2014 12:01 AM PDT

oyabun


Saya tidak berhajat kembali kepada Pas - Hasan Ali?

Posted: 13 Jun 2014 09:50 AM PDT


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menjelaskan beliau tidak berhajat untuk kembali menyertai parti tersebut selepas dipecat pada Januari 2012 hanya kerana mengkritik sikap dan moral Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hasan berkata, khabar angin mendakwa beliau mungkin menyertai semula Pas selepas wujud gerakan daripada veteran parti untuk membawanya kembali bagi memperbetulkan parti berkenaan yang kini tersasar daripada perjuangan asal, sengaja disebarkan pihak lain.

Bagaimanapun beliau yang pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor menegaskan, sesiapa yang masih berkuasa di dalam parti itu terutama kepemimpinan ulama perlu memastikan Pas kembali kepada perjuangan asal demi kepentingan Melayu dan Islam selepas jauh tersasar sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tidak semestinya saya. Sesiapa sahaja (dalam Pas) perlu meletakkan Pas kembali ke matlamat perjuangan yang sebenar kerana Pas kini sudah jauh melencong hasil kerjasama dengan DAP dan PKR. Namun, seperti juga yang lain, saya sendiri tidak yakin Pas akan kembali seperti dulu.

"Cuma cerita (masuk Pas) bukan asalnya daripada saya. Saya tidak berhajat pun nak masuk Pas dan tidak juga menerima apa-apa pelawaan untuk berbuat demikian. Kalau pun ada ura-ura itu, saya tidak terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan dipecat pada 2012 selepas beliau yang juga Exco kerajaan negeri Selangor pada ketika itu mengkritik tindakan Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya selepas dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhary Azlan.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Jun 2014 11:29 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Sukan Perlu Suntikan Transformasi PM @NajibRazak Sebelum Bicara Soal Piala Dunia !!!

Posted: 13 Jun 2014 04:53 AM PDT

Kita penat berbicara tentang sukan. Masalah demi masalah melanda.

Jika perubahan kecil tidak mampu berjaya maka perubahan besar-besaran perlu dilaksana.

Sukan membawa imej negara. Benar kita menang dalam sukan skuasy dan hoki namun sukan lain juga perlu diambil kira.

Kenapa skuasy dan hoki boleh berjaya?

Sudah tentu terletak kepada pengurusannya !

Saya meneliti jarak dekat bagaimana pencapaian pasukan ATM sebelum ini dan kini PDRM yang berubah di bawah pengurusan Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi bukti bagaimana pemimpin memainkan peranan. Hingga kekal tanpa kalah hingga sekarang.

Lihat juga pengurusan Tan Sri Annuar Musa maka The Red Warrior menjadi sebuah pasukan terkenal. Siapa yang mengikuti perkembangan pasukan ini akan dapat melihat transformasi beliau bawa hingga beberapa kali pasukan TRW bergelar juara.

Lihat juga JDT yang begitu cemerlang hasil sentuhan Tengku Mahkota Johor juga perlu diambil kira.

Semuanya berkaitan pemimpin dan kepimpinan.

Maka dalam bab sukan yang begitu ramai menoleh pandangan maka sudah tiba masa kita melihat kembali apakah cara sesuai untuk meningkatkan mutu sukan kita.

Pemimpin yang gagal perlu letak jawatan kerana inilah lumrah kepimpinan bukan terus menongkat langit mahu meneruskan kepimpinan.

Di Barat pemimpin yang gagal akan meletak jawatan dan Pengurus pasukan bola sepak juga tidak terkecuali.

Jangan menunggu rakyat mendesak baru perubahan mahu dilakukan!

Maka kita perlu berani membuat perubahan agar harapan jutaan rakyat terhadap sukan negara akan menjadi nyata.

Jangan biar mereka meleleh air liur melihat pasukan dunia beraksi dan Malaysia masih tidak pernah mampu melayakkan diri ke pertandingan tersebut.

Kepada YAB Perdana Menteri kita bergantung harapan agar sukan akan dapat disuntik semangat transformasi hebat beliau dan bukan dimonopoli pihak atau kaum tertentu sahaja.

Sekian, mohon pandangan.


Sent from my iPhone

Wakil AS sertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa di KL Buat Kali Pertama

Posted: 13 Jun 2014 02:10 AM PDT

 
Wakil AS sertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa di KL
Wakil AS sertai Tilawah Al-Quran Antarabangsa di KL
Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia
WASHINGTON:  Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.

Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.

Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.

"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.

Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.

Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.

Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.

Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.

Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.

"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya.


http://www.astroawani.com/news/show/wakil-as-sertai-tilawah-al-quran-antarabangsa-di-kl-37662

----
Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani
http://www.astroawani.com/apps
---


Sent from my iPhone

JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama

Posted: 13 Jun 2014 02:09 AM PDT

 
JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama
JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama
Presiden JATI, Datuk Dr Hassan Ali - Gambar fail
KUALA LUMPUR:  Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) pada Khamis menyelar kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama.

Presidennya Datuk Dr Hassan Ali berkata dalam satu kenyataan komen Ngeh adalah bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan.

"Beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan," kata Dr Hassan.

Menurut beliau, Ngeh telah gagal untuk memahami peruntukan Perlembagaan Artikel 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan mengenai ruang lingkup kebebasan agama di negara ini.

"Artikel ini hendaklah dibaca bersama Fasal (4) dan (5) di mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.

"Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka," kata Dr Hasan dalam kenyataan tersebut.


Berikut adalah kenyataan akhbar penuh Dr Hasan mengenai isu murtad:

Mewakili JATI, saya ingin memberi komen terhadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama ataupun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal (4) dan (5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut. Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku di kalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walaupun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain dan memutarbelitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semestinya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan AlQuran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh tu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlaina agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi "musuh" nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANGO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya, hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil ke atas beliau  sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


http://www.astroawani.com/news/show/jati-selar-kenyataan-ngeh-umat-islam-perlu-diberi-laluan-tukar-agama-37652

----
Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani
http://www.astroawani.com/apps
---


Sent from my iPhone

6,275 pelacur pelbagai negara ditahan @pdrmsia Januari hingga April tahun ini

Posted: 13 Jun 2014 02:06 AM PDT

 
6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini
6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini
Polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959
KUALA LUMPUR:  Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).

Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.

Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426).

Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014).

"Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat


http://www.astroawani.com/news/show/6-275-pelacur-pelbagai-negara-ditahan-januari-hingga-april-tahun-ini-37660

----
Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani
http://www.astroawani.com/apps
---


Sent from my iPhone

95 % Tahanan Meninggal Dalam Lokap @PDRMsia Kerana Masalah Kesihatan - Menteri Dalam Negeri @Zahid_Hamidi @KdnPutrajaya

Posted: 13 Jun 2014 12:45 AM PDT


Gambar dari FB KDN 

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lokap tahanan seluruh Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandangkan serius kes yang melibatkan kematian dalam tahanan dengan mengarahkan pegawai penyiasat mengikut sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Saya ingin nyatakan kita mempunyai piawaian yang ditentukan bagi menjaga tahanan termasuk tahanan reman dibawah lokap polis mahupun di pusat tahanan polis di Jinjang.

"Kita menguatkuasakan supaya SOP ini dipatuhi sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Luncheon Talk bersama Ulama terkenal dari Jordan Sheikh Solah Khalifah Mohammad Khalifah.

Menurut beliau, pemasangan CCTV itu bagi mengelak tuduhan berlaku kekerasan oleh pihak penyiasat.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini sebanyak tiga kes kematian melibatkan rekod bukan disebabkan faktor kesihatan.

"Sementara 95 peratus kes kematian dalam tahanan adalah disebabkan faktor penyakit," katanya.

Katanya lagi,  pegawai penyiasat yang didapati melanggar SOP dan menjadi penyebab kematian tiga tahanan itu telah dibawa ke muka pengadilan melalui pendakwaan di mahkamah.

Terbaru, satu lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan membabitkan seorang pemandu lori, Agin Raj Sunmarkkan Naidu, 29.

Hasil bedah siasat menurut Ahmad Zahid berpunca daripada penyakit yang dihadapi oleh tahanan.  

"Hasil siasatan penyakit dia di sudah ditahap keempat dan sangat serius, bagaimanapun kita tidak berkompromi kalau ada unsur-unsur diluar daripada itu," katanya.

Kes itu diketengahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Seberang Jaya, tempat bedah siasat dijalankan.

Menurut laporan, individu tersebut direman empat hari di lokap polis Bandar Perda sebelum dimasukkan ke hospital pada 5 Jun kerana sawan.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/pemasangan-cctv-di-lokap-dalam-proses-1.288842

MERBOK TIMES

Posted: 13 Jun 2014 11:17 PM PDT

MERBOK TIMES


Lawmakers, LGBT groups urge U.S. trade action on Brunei criminal laws

Posted: 13 Jun 2014 10:36 AM PDT

WASHINGTON (Reuters) - More than 100 U.S. lawmakers and lesbian, gay, bisexual and transgender rights groups on Thursday urged the Obama administration to stop trade talks with Brunei unless the country revokes Islamic criminal laws they say jeopardize human rights.

Brunei, the first East Asian country to introduce Islamic criminal law, has announced laws that will impose fines or jail terms for offenses such as pregnancy outside marriage and failure to perform Friday prayers. The laws will ultimately punish sodomy and adultery with the death penalty, including by stoning.
One hundred nineteen members of the House of Representatives signed a letter urging Secretary of State John Kerry and U.S. Trade Representative Michael Froman to shun Brunei in talks on a Pacific free trade zone unless the code is repealed.

The United States and Brunei are among 12 countries negotiating the Trans-Pacific Partnership trade pact, which aims to set common standards on issues from labor to intellectual property and cut tariffs on traded goods.

Pride at Work, the Human Rights Campaign, the National Gay & Lesbian Task Force and the National Center for Transgender Equality said in a letter to President Barack Obama that Brunei's new laws placed the country outside the bounds of international standards for human rights.

"It would be inconsistent with U.S. human rights policy to enter into a preferential trade agreement with a nation that so vagrantly violates the human rights of its citizens," they said.

State Department officials have said the United States has "very serious concerns" about the Brunei laws criminalizing freedom of religion and increasingly threatening human rights.

Brunei, a tiny former British protectorate of about 400,000 nestled between two Malaysian states on Borneo island, relies on oil and gas exports for its prosperity, with annual per capita income of nearly $50,000.
(Reporting by Krista Hughes; Editing by Steve Orlofsky)

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Jun 2014 09:52 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


LAPORAN POLIS TERHADAP SIAPA NI ?

Posted: 13 Jun 2014 07:55 AM PDT

MAKIN MEREPEK .....

Posted: 13 Jun 2014 04:54 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Jun 2014 09:13 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Rafizi Ramli Malu Lagi Sebab Tersalah Kira

Posted: 13 Jun 2014 05:00 AM PDT


Ke Mana Hilangnya Wakil Rakyat Kajang?

Posted: 13 Jun 2014 01:48 AM PDT


Video Anwar Ibrahim "Kena Sekolah" Dengan Pengacara BBC

Posted: 12 Jun 2014 11:30 PM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Jun 2014 04:00 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Piala Dunia: (Kumpulan B) - Belanda belasah Sepanyol

Posted: 13 Jun 2014 03:01 PM PDT

SALVADOR: Belanda mencalar reputasi Sepanyol selaku juara bertahan selepas membaham lawan 5-1 dalam aksi Kumpulan B, Piala Dunia di Arena Fonte Nova sebentar tadi.

Dua gol masing-masing daripada kapten pasukan, Robin van Persie pada minit ke-44, 72 dan Arjen Robben (m-53,80) serta satu daripada Stefan de Vrij (m-64)menambah derita skuad La Roja kendalian Vicente Del Bosque yang tidak dapat mencari jawapan di atas kekalahan teruk yang tidak diduga peminat global. Sepanyol mendahului 1-0 hasil sepakan penalti Xabi Alonso pada minit ke-27 selepas Diego Costa dijatuhkan namun senario awal mereka mampu mempertahankan kedudukan itu meleset selepas Belanda bangkit garang memalit duka kepada juara bertahan itu.

Perlawanan ini juga ulangan kepada final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan Sepanyol menang 1-0.

BELANDA 5 Robin van Persie (m44, 72) Arjen Robben (m53, 80), Stefan de Vrij (m64)

SEPANYOL 1 Xabi Alonso (m27, penalti)

Piala Dunia: (Kumpulan A) - Mexico atasi Cameroon

Posted: 13 Jun 2014 02:50 PM PDT

Kumpulan A

Mexico 1 Cameroon 0 (Oribe Peralta, m-61)

NATAL: Mexico mengikis rasa hampa dua gol awal oleh mereka yang tidak dibenarkan pengadil sebelum mengatasi Cameroon 1-0 hasil jaringan tunggal Oribe Peralta pada babak kedua dalam aksi hujan hujan sepanjang tempoh permainan di di Stadium das Dunas, di sini sebentar tadi.

Keputusan ini menyaksikan anak didik Miguel Herrera menyertai tuan rumah, Brazil untuk berkongsi kedudukan teratas Kumpulan A Piala Dunia dengan mengutip tiga mata berharga.

Dalam perlawanan pembukaan, semalam, Brazil menewaskan Croatia 3-1 dengan dua gol daripada bintang Barcelona, Neymar.

Apa pun, keadaan hujan lebat di gelanggang tidak menghalang Mexico dan Cameroon daripada menyajikan permainan menarik. Begitupun, tiada jaringan berjaya diledakkan pada babak pertama sekalipun rentetan cubaan merbahaya dilancarkan kedua-dua pasukan.

Peluang terbaik Mexico untuk mendahului hadir pada minit ke-29 apabila Giovani dos Santos menanduk masuk bola hasil sepakan sudut namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Wilmar Roldan dari Colombia. - AFP

Gadis termuatnaik foto aksi hisap 'anu' teman lelaki

Posted: 13 Jun 2014 06:01 AM PDT

Smartphone atau telefon pintar patut digunakan dengan bijak. Namun, di atas lambakan smartphone di pasaran dengan pelbagai jenama yang pelik melik, hampir semua golongan kini dapat menikmati kecanggihan smartphone.

Hari ini, tersebar lagi di laman sosial 'kecerdikan' seorang pengguna smartphone yang memuat naik gambar 'aktiviti gembiranya' bersama dengan teman lelakinya di Facebook.

Gadis yang dipercayai berasal dari Sarawak ini, secara tidak sengaja termuat naik gambar dirinya sedang menjilat aiskrim di Facebook peribadinya.

Respon rakannya? "Gila juaa babe!"

Anak-anak muda semakin hari semakin berani, bukan berani upload gambar xxx. Semakin berani melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan.

Ibu bapa di luar sana, pantaulah aktiviti anak-anak anda selagi mereka masih di bawah tanggungan anda.

Sumber: Blog 3 dalam 1

'Cium pipi je pun, bukan cium mulut'

Posted: 13 Jun 2014 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, pelawak Nabil Ahmad dan keluarga telah pergi bercuti ke kota Paris. Namun percutian mereka sekeluarga mendapat perhatian umum selepas Nabil dikatakan memuat naik foto dia sedang mencium isterinya, Nazirah Ayub menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut mengundangkan teguran oleh para peminatnya yang merasakan ianya kurang sesuai untuk dikongsi bersama kepada umum.

Menurut Nabil, dia kecewa mengapa ada sesetengah individu yang kurang senang dengan foto tersebut sedangkan foto tersebut hanya menunjukkan dia mencium pipi isterinya.

"Saya pun pelik, kenapa sesetengah orang tidak senang dengan gambar itu, saya hanya cium di pipi bukan cium mulut.

"Saya cium isteri saya dan bukan orang lain, kadang-kadang saya pelik artis lain yang belum berkahwin pergi bercuti bersama rileks jer, tak pulak kecoh kecoh," katanya ditemui selepas sidang media majlis pelancaran sitkom terbaru Astro Warna, Cakap Melayulah di Unitar, Petaling Jaya.
Jelas Nabil lagi, setiap perkara perlu dilihat secara positif contoh terdekat dalam hal seperti ini dia menganggap pasangan berkahwin pada usia yang awal, kemesraaan suami isteri masih mekar.

Dalam pada itu, Nabil turut terlibat dalam menjayakan Sitkom Cakap Melayulah yang akan mula bersiaran pada 23 Jun ini jam 10.30 malam di Astro Warna saluran 132.

Nabil memegang watak sebagai Cikgu Daud di pusat Tuisyen Bahasa Malaysia yang turut dibintangi Shahrol Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan. -- Astro Gempak

Najib tolak permohonan cuti sakit (MC) KJ

Posted: 13 Jun 2014 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara bergurau berkata, beliau gembira Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup sihat untuk hadir mesyuarat Kabinet hari ini.

Perdana menteri dalam catatan Twitternya kepada Khairy berjenaka bahawa cuti sakit menteri itu ditolak: "@KhairyKJ glad you felt well enough to come for Cabinet Meeting. #MCDitolak"

Najib menghantar tweet berkenaan kepada Khairy yang sebelum itu mencatatkan mesej Twitter kepada perdana menteri untuk kononnya memohon cuti sakit.

Khairy berkata :"@NajibRazak Boss. Saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam.

"Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC. #CubaNasib".

Khairy pagi tadi menyertai hampir 1,000 belia menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dengan Croatia menerusi skrin gergasi yang dipasang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

"Baru hari pertama Piala Dunia ramai (termasuk saya) yang berwajah seperti kucing (gambar profil Twitter Khairy) tapi mati-mati tak nak mengaku," kata Khairy. - Bernama

Rebecca Nur Islam kembali dengan fesyen lebih mengancam

Posted: 13 Jun 2014 12:01 AM PDT

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam merupakan antara selebriti yang telah mengambil keputusan untuk bertudung mengikut jejak langkah beberapa artis terkenal lain seperti Erma Fatima, Siti Nurhaliza dan Diana Amir.

Meskipun begitu Rabecca sebelum ini sering dibayangi dengan cara pemakaiannya yang menjolok mata dan serba ketat sehingga sering mengundang kontroversi berkaitann ketidaksesuaian dengan imej bertudungnya. Ekoran itu, beliau dikecam teruk peminat di laman sosial.

Mungkin kerana terkesan dengan teguran orang ramai melalui pelbagai saluran di media dan laman sosial, kini aktress jelita berusia 28 tahun itu mengubah cara pemakaiannya supaya kelihatan kurang menjolok mata dan penulis pasti akan mengejutkan haters Rabecca sebelum ini.


Sumber

Mahkamah keluar waran tangkap blogger seks Alvin Tan

Posted: 12 Jun 2014 11:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog, Alvin Tan Jye Yee setelah gagal menyerahkan semula pasportnya selepas berlepas ke Singapura pada 18 Mei lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemeli pada Jumaat.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Julai ini untuk menentukan sama ada Alvin patut dibenarkan ikat jamin atau tidak.

Pada 12 Mei, Abdul Rashid memenuhi permohonan Alvin dan rakannya, Vivian Lee untuk menyerahkan pasport mereka.

Abdul Rashid mengeluarkan perintah itu selepas peguam Alvin dan Vivian, Chong Joo Tian memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akan berada di Singapura bagi penggambaran dokumentari filem mengenai kehidupan mereka di sana.

Pasangan terbabit dibenarkan mendapatkan semula pasport mereka antara 18 Mei dan 3 Jun untuk membolehkan mereka berlepas ke republik itu.

Alvin dan Vivian menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Padah gagal kawal nafsu serakah

Posted: 12 Jun 2014 09:18 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Safein Hameed, 45, berdepan hukuman itu selepas mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan mencium dahinya, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada 8 Jun lalu, di sebuah bilik di Hotel KT Mutiara, di sini.

Sejurus pengakuan bersalah Mohd Safein direkodkan, Rozianti menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum serta membenarkan dia diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, pada 8 Jun lalu, jam 5.40 petang, semasa mangsa berada di dalam bilik hotel, tertuduh telah mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Mohd Safein kemudian bertindak mencium dahi dan cuba memeluk mangsa, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap orang awam di sebelah Kedai Buku Pustaka Sri Intan, di sini, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Ghairah tak panjang

Posted: 12 Jun 2014 08:01 PM PDT

TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.

Doktor selfie lucah ketika lakukan pembedahan

Posted: 12 Jun 2014 07:02 PM PDT

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar "selfie" dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung.

Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung.

"Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang "asyik dengan hal seksual" sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013," kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu.
Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung, Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej "termasuk komen seksual yang jelas.

Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej "dengan bayangan seksual" dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej "dengan bayangan seksual" ketika pembedahan Cesarean dengan salah satu mesejnya berbunyi: "Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean."

Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013, Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya. Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya.

Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: "Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap." - AGENSI

Remaja dirogol depan teman lelaki oleh anggota tentera di Pontian

Posted: 12 Jun 2014 06:01 PM PDT

Pontian: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang anggota tentera manakala rakan lelakinya berusia 16 tahun disamun dalam kejadian di tepi pantai berhampiran Pontian Besar di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama rakannya dikatakan bersiar-siar di tepi pantai sebelum ditahan sekumpulan enam lelaki berpakaian seragam tentera dan menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak baik.

Remaja perempuan itu dikatakan menafikan perkara itu sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek.

Keengganan remaja berkenaan berbuat demikian menyebabkannya dirogol suspek berkenaan.

Difahamkan, seorang rakan suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral manakala telefon bimbit rakan lelakinya turut disamun.

Kedua-dua remaja itu dilepaskan kira-kira sejam selepas itu manakala suspek dikatakan berada bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan enam lelaki bagi membantu siasatan.

Kata Pakteh...!!

Posted: 13 Jun 2014 02:40 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Saman

Posted: 12 Jun 2014 08:21 PM PDT

Pakteh kurang arif tetnang undang-undang berkaitan saman jalan raya. Banyak pihak mendakwa tidak perlu bayar saman untuk kesalahan yang diambil secara curi (speed trap) dimana pemandu tidak menurunkan tandatangan pada kertas saman.

Ini ada lagi dari parti Pas yang mendakwa hal yang hampir serupa dan Pakteh secara lojik akal, menerima hujah yang diberikan.

SAMAN TRAFIK : KITA TAK PERLU BAYAR




Saya ingin menarik perhatian SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ], Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan "pesalah trafik yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman "tertunggak" dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.

Sila rujuk kepada mana-mana perundangan samada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan "saman tertunggak" dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.

Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan "saman tertunggak". Jumlah kira-kira 1.9 juta "saman tertunggak" itu adakah "saman" atau "notis"? Saya mohon SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.

Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.

Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. "Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah".

Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang. Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang. Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.

Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda. Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.

Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak. Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan. Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang. Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.

ZULHAZMI SHARIFF
Timbalan Pengarah
Badan Mobilisasi Rakyat
Dewan Pemuda Pas Pusat
12 JUN 2014 / 14 Syaaban 1435
Pakteh ambil dari blog berikut

Sehubungan itu, Pakteh mohon bijak pandai, pakar yang boleh menjawab persoalan tersebut kerana jika benar....ramai rakyat teraniya kerana disabitkan kesalahan sebelum mahkamah memutuskan bersalah.

p/s: Tebang buluh.....mana la pakteh nak paham undang-undang yang susah ni...

Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Jun 2014 01:54 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kenapa MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim 'Main Wayang' Isu KIDEX? cc. @PetraJayaMP @NajibRazak

Posted: 13 Jun 2014 05:42 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jelas 'main wayang' apabila sengaja mendakwa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) gagal hadir ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kononnya LLM meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap mengenai cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Menurut sumber yang CTS perolehi, LLM langsung tidak ada menyebut meminta tempoh tujuh hari untuk menyediakan kertas kerja lengkap seperti didakwa, dalam surat balasan kepada MTES. 

Malah menurut sumber itu lagi, surat jemputan kepada Ketua Pengarah LLM untuk hadir ke Mesyuarat EXCO MTES berhubung isu KIDEX hanya diterima kira-kira dua jam daripada waktu mesyuarat sepatutnya berlangsung. Faks diterima oleh pihak LLM pada jam 9.14 pagi, 12 Jun 2014, sedangkan mesyuarat diadakan pada jam 11.00 pagi 12 Jun 2014 di MTES. 

CTS difahamkan lagi, LLM dalam jawapannya kepada MTES memberikan jawapan tidak dapat hadir kerana baru sahaja menerima surat jemputan mesyuarat pada hari sama dan pada masa  yang  sama mempunyai mesyuarat lain. Agak-agaklah kalau hendak menjemput orang. Mana sempat notis dua jam yang diberikan kerana semua pegawai sudah ada komitmen lain!

Menurut sumber lagi, LLM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menghadiri mesyuarat berkaitan isu sama yang sudah diatur oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Negeri Selangor pada hari berikutnya iaitu hari ini 13 Jun 2014. Ini sememangnya ada dalam jadual asal.

Mengikut akhbar-akhbar hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia semalam turut menjelaskan mengenai isu sama. Menurutnya, beliau mendapat tahu bahawa Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada media beliau memanggil LLM untuk bermesyuarat dengan MTES, tetapi surat panggilan mesyuarat hanya dihantar pada hari sama pada 12 Jun 2014. Ini petikan YB Menteri dipetik dari akhbar:

"Saya ingat LLM komited dengan perkara lain dan tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Kita akan membantu untuk mengatur pertemuan dengan Menteri Besar Selangor dengan LLM dan pihak berkenaan untuk menerangkan apa yang mereka ingin ketahui. Sebenarnya, semuanya sudah dibentangkan dengan MTES termasuk jajaran dan kajian trafik sebelum ini."

"Saya melihat banyak tekanan oleh pihak terutama yang menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). LDP tidak dapat menampung keperluan sekarang, sebab itu kena ada lebuh raya untuk mengalihkan tumpuan di LDP. KIDEX merupakan jalan penyelesaian bagi menyuraikan trafik di LDP dalam 20 ke 30 peratus."

Persoalannya adalah kenapa Menteri Besar Selangor bermain wayang? Kenapa MTES di bawah Kerajaan Selangor cuba untuk memburuk-burukkan LLM dengan harapan LLM akan dipersalahkan kerana tidak hadir mesyuarat semalam?

Iklan Pesta Seks Liar Di Facebook? @PDRMsia @SKMM_MCMC

Posted: 13 Jun 2014 12:26 AM PDT





Semakin menjadi-jadi gejala sosial di media sosial. Teknik terbaru yang digunakan adalah mengiklankan pesta seks liar di media-media sosial seperti Facebook, kerana ianya cepat dan berkesan serta boleh mengelakkan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa. Ini satu cabaran bagi pihak berkuasa seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengawal selia dan membanteras kegiatan berkenaan.

waadat

Posted: 13 Jun 2014 01:37 PM PDT

waadat


Undang2 baru samaratakan rakyat

Posted: 12 Jun 2014 05:23 PM PDT

Khabarnya malam tadi Brazil menang ke atas Croatia 3-1. Ramailah yang berqiamullail malam tadi demi bola sepak walaupun tidak pernah  bangun untuk solat tahajjud sebalum ini!

Tak apalah. Kita berbaik sangka. Barangkali mulai malam tadi maka berterusanlah sampai bila-bila para peminat bola sepak bangun malam untuk menambah ibadat.

Jika tidak, maka bukan sahaja mereka yang perlu risau dan kecewa. Demang juga risau dan kecewa sebab jika orang ramai tidak bersikap adil pada tuhan dan diri sendiri, bagaimanakah mereka boleh diharap dalam menegakkan keadilan dalam negara?

Demang perturun di bawah ini AMARAN Tun Mahathir terntang kezaliman yang bakal melanda orang Islam. Sedarkah?

Jika sudah tahu, apa tindakan kita? Nak biarkan sahajakah? Mana perginya orang UMNO dan PAS yang tak habis-habis bersengketa? Mana perginya ulama-ulama kita yang begitu celupar menghukum sana-sini dan begitu alergik dengan pendapat orang yang tak sehaluan dengan fahaman mereka?

Mana perginya gerombolan yang setiap kali timbul isu ghairah turun berdemonstrasi? Adakah kerana isu-isu sebelum ini dijuarai dan dipimpin orang kafir seperti Ambiga manakala isu kali ini akan diketuai orang Islam?

Bacalah kenyataan Tun Mahathir berikut dan bertindaklah segera. Bacalah sungguh-sungguh. Jika tidak faham, bacalah beberapa kali dan buatlah bacaan tambahan untuk memahami DEB yang turut disentuh dalam artikal tersebut.

Semaklah majlis peguam dan ketahui siapa yang berada dalam majlis itu. Adakah ulama Islam ramai di situ?

1. Kerajaan Malaysia akan membentang tiga rang undang-undang (Bill) bagi mengganti Akta Hasutan 1948, demikian janji Perdana Menteri. Akta Hasutan dianggap tidak sesuai dengan keadaan zaman dan dasar keterbukaan Malaysia.

2. Apakah rang undang-undang yang akan dijadikan pengganti kepada Akta Hasutan? Dibawah diperturunkan nama-nama akta berkenaan:-
1) National Harmony Bill
2) National Unity Bill
3) National Unity and Integration Commission Bill

3. National Unity Bill dan National Harmony Bill bertujuan menghapuskan dasar pemilihan berasas kepada agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau ketidakupayaan dan lain-lain yang berkenaan.

4. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa.

5. Di Malaysia kita kekalkan bangsa asal kita, bahasa dan budaya kita, sekolah kita, bahkan universiti kita. Susulan dari itu kita tinggal di tempat-tempat berasingan, amalan cara hidup dan kegiatan kita juga berbeza dan berasingan. Dalam bidang perniagaan masing-masing mempunyai network sendiri berasas kepada kaum/bangsa, bahasa dan budaya. Sistem “guild” atau kesatuan jenis perniagaan tertutup kepada orang lain.

6. Pencapaian masing-masing kaum/bangsa juga berbeza dengan kaum Cina mendahului kaum India dan Melayu dan kaum India sedikit sebanyak mendahului kaum Melayu.

7. Keadaan terpisahnya kaum/bangsa dan pencapaian kaum/bangsa yang tidak sama tidak membolehkan penyatuan dan harmoni di kalangan mereka dengan mudah. Kerana kaum/bangsa tidak boleh dihapuskan percubaan dibuat melalui DEB untuk mengurangkan jarak pemisahan antara mereka dalam bidang ekonomi.

8. Dasar Ekonomi Baru dibentuk bertujuan untuk mengurangkan jarak perpisahan antara kaum ini. Untuk ini perlu ada diskriminasi untuk satu kaum yang ketinggalan mengejar kaum lain. Apabila National Harmony Bill dilulus maka DEB tidak boleh dilaksanakan lagi. Ini bermakna negara akan amal meritokrasi – iaitu mereka yang mempunyai merit atau kebolehan tertinggi akan dapat segala-galanya. Biasiswa, tempat dalam universiti Kerajaan, kontrak, peluang kerja dan bermacam lagi akan diperolehi berasas merit. Di luar Kerajaan segala-galanya sudah pun didapati oleh mereka yang memiliki merit.

9. Memanglah ini amat adil. Tetapi besar kemungkinan kaum yang miskin, yang kerananya tidak berpeluang atau tidak memiliki persekitaran untuk belajar, pergi ke sekolah swasta yang baik dengan yuran tinggi, tidak cukup makan, kurang sihat, terlantar di rumah sekejap-sekejap, kaum ini tidak dapat memenuhi syarat, tidak memiliki merit untuk mendapat apa-apa. Mungkin mereka tidak pun dipanggil untuk ditemuduga.

10. Kerana keadilan sistem merit yang miskin (bumi) akan terus miskin dan yang kaya akan lebih kaya.

11. Di Eropah di zaman industri, yang kaya memiliki semua perusahaan dan yang miskin bekerja sebagai kuli. Tidak ada peluang sama sekali bagi kuli yang miskin menjadi kaya, kerana tidak ada pelajaran dan tidak ada modal, tidak memiliki merit.

12. Ini bukan kerana diskriminasi. Kuli sebenarnya tidak ada merit, justeru itu mereka tetap tinggal sebagai kuli. Yang kaya memperolehi merit maka mereka tetap kaya dan menjadi lebih kaya.

13. Akhirnya kuli mengadakan kesatuan sekerja, mengadakan mogok dan bermacam tindakan perusahaan, Kedudukan mereka menjadi lebih baik dan mereka berpeluang untuk mengejar ilmu dan kecekapan, kekayaan dan kejayaan. Wah! Rupa-rupanya mereka ada kebolehan, mereka yang tidak ada merit dahulu, apabila berpeluang jelas mereka ada merit dan mampu menjadi pengusaha dan majikan.

14. Kalau tidak kerana kuasa kesatuan sekerja dan mogok, potensi dan merit yang ada pada kuli tidak akan menjadi nyata.

15. Jika kita ambil iktibar, maka jelaslah yang kurang merit pun jika diberi peluang akan memiliki merit dan berjaya. Jika kita hapuskan diskriminasi yang memihak kepada yang tidak ada merit dan terus utamakan yang sudah ada merit maka tidak adalah yang kurang merit yang akan berjaya.

16. Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama – sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada.

17. Baru-baru ini ada tokoh yang mendakwa keadaan di Malaysia amat buruk kerana amalan kronisma dan pilihkasih iaitu diskriminasi yang memihak kepada satu pihak. Oleh itu ia tidak ingin berniaga di sini. Apakah dia dilahir cukup kaya untuk pergi berniaga di negara yang tidak ada kronisma atau apakah dianya mengumpul modal yang banyak dari Negara ini dahulu sebelum dapat pergi ke luar negara untuk menikmati meperintahan tanpa diskriminasi. Kita tahu Negara ini yang begitu buruklah yang memberi peluang kepadanya mengumpul modal yang banyak untuk ke Negara lain. Jika dia dapat peluang, salahkah jika orang lain juga diberi peluang di negara yang kurang baik ini supaya dapat sedikit nikmat dari yang banyak yang sudah dinikmati oleh tokoh ini?

18. Peluang ini bagi kaum/bangsa yang ketinggalan tidak mungkin datang melainkan ada diskriminasi berasas kaum. Cadangan untuk rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri bukan akan menghasilkan persamaan (equality) atau keadilan. Ia akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang.

19. Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

Sebarkanlah peringatan ini kerana ramai yang belum tahu. Jangan sampai sudah terantuk baru terngadah. Itupun masih bagus. Jangan sampai dah terantuk, baru sedar yang kita dah ada dalam keranda!

THE FLYING KICK

Posted: 13 Jun 2014 01:27 PM PDT

THE FLYING KICK


JOM SEBARKAN IDENTITI SI BEDEBAH INI... KITA TENGOK ADA TAK PIHAK BERKUASA YANG BERANI BUAT TANGKAPAN!!!

Posted: 13 Jun 2014 06:01 AM PDT

MAKANAN SYUBHAT DAN HARAM... SALAHNYA TETAP MELAYU JUGA!!!

Posted: 13 Jun 2014 05:30 AM PDT