Sabtu, 30 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 30 Jul 2011 09:31 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pembebasan PSM6 : Tidak Mampu Pulihkan Imej Najib

Posted: 30 Jul 2011 09:28 PM PDT

SHAH ALAM 30 JULAI : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mengingatkan Najib Razak bahawa kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kini terjejas teruk berikutan kegagalan pentadbiranya menangani beberapa isu berhubung Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) termasuk penahanan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

Malah katanya, pembebasan keenam-enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak akan mampu mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran Najib ke arah yang lebih positif.

"Ia kegagalan terbesar kepimpinan (Najib) sebagai Perdana Menteri hingga menyebabkan kredibiliti beliau hancur. Ini menyebabkan kenyataan beliau mengenai pembebasan PSM 6 di bawah Ordinan Darurat berlaku menurut undang-undang diperlekeh orang ramai.

"Najib salah, apabila memikirkan dengan pembebasan PSM 6 semalam akan dapat memulihkan kredibilitinya," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Najib menyatakan bahawa pembebasan keenam-enam ahli PSM mengikut undang-undang dan tindakan Polis itu mengikut 'pemerhatian mereka'.

Enam ahli PSM yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Bagaimanapun, Kit Siang mencadangkan kepada Najib agar mengambil empat langkah untuk memulihkan imej beliau yang sudah tercalar.

Empat langkah itu ialah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar meminta maaf secara terbuka kepada enam ahli PSM terbabit, menarik baik EO dan semua undang-undang tahanan tanpa bicara dan zalim, mengangkat pengharaman Bersih 2.0, dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja berkenaan Pilihan Raya bebas dan adil.

"Hanya bila Najib bersedia menyelesaikan empat perkara 'asas' ini dia boleh berhadap untuk memulihkan kredibilitinya yang tercalar dalam masa lima minggu ini kerana kegagalan menangani Himpunan Bersih 2.0 dan penahanan PSM 6 itu," kata Lim

dollah yankee

Posted: 30 Jul 2011 09:15 PM PDT

dollah yankee


MIC tarak kalu, lu lokap punya dalam boleh mati!

Posted: 30 Jul 2011 05:17 PM PDT

Wow! YB Palanivel.. you banyak dasyat lahh.. ini hari you sudah pigi jumpa itu PM, you panggil dia 'release' itu anam orang india dari parti PSM, dua puluh ampat jam punya time itu Najib sudah kasi order panggil bebas itu anam orang. Kita orang semua tabik banyak kuat sama you lahh YB. 

You ada 'mandaram' sama itu Najib kaa??!

Keh..Keh..Keh.. baru lu orang tau apa macam MIC punya power haa?? Itu Jeyakumar sama lain-lain orang, kalau kita tarak pigi cakap sama itu Najib kasi 'release', dia orang semua boleh mati lokap punya dalam tau kaa??

Itu Najib kita kasi kujut(gempar) sikit, dia punya 'mutai'(telor) semua sudah kucut(kecut) laa...

Apa you sudah kejut sama dia??

Kita cakap sama dia. Sana negeri India, ini macam punya kes selalu ada, hari-hari ada, polis mari kasi tangkap sama dia orang, lepas ampat lima jam sudah kasi lepas. Kita cakap sama dia, ini orang tamil dia punya perkauman lagi banyak kuat wooo...sekarang kasi tangkap, lu kasi duduk jail punya dalam, 'election time' apa macam pun itu orang musti menang. Kita cakap sama dia lagi, kalu tarak kasi lepas itu anam orang, 'election punya time' ini semua MIC member dan semua orang india tarak undi BN punya wooo...


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
Gurkah-gurkah di'port' kata kalau jumpa Rosmah, mereka pun nak minta juga...nak minta apa tak tau lahh...

Yang ini baru lah KEPALA BUTOH!!!

Posted: 30 Jul 2011 01:39 AM PDT

Yang ini baru gurkah-gurkah di'port' kata kepala butoh!
"Kita (umno) bukan macam Pakatan Rakyat. Kita (umno) akan menggunakan bulan Ramadhan ini dengan membuat kerja-kerja kebajikan" kata Presiden mereka.

"Kita akan membantu orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan orang-orang yang miskin tak kira apa bangsa sekali pun..." kata Presiden mereka lagi.

Gurkah-gurkah di'port' telah sambut ucapan presiden mereka dengan kata "POODAHHHH!! pundek!" sebabnya...
Di Kuala Kangsar minggu lepas, umno bahagian itu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Kasyarakat telah membuat satu program bantuan di bahagian itu. Lalu mereka pun ada menjemput 15 orang dari kaum india dari bahagian itu untuk turut sama menerima bantuan daripada jabatan kebajikan masyarakat.

Tapi malangnya selepas selesai majlis itu, 15 orang kaum india itu terpaksa pulang hampa dengan tangan kosong, tak ada duit. Okey laa kalau tak dapat duit tapi mereka rasa mungkin boleh dapat beras atau kopi atau gula dua tiga kampit, tapi yang tu dan bantuan apa toya pun tak dapat.

Rupa-rupanya program bantuan yang di war-warkan dan di-hebohkan kata dari umno bahagian Kuala Kangsar itu ada lah bantuan yang biasa yang di-berikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang telah memohon bantuan, bukannya bantuan terus dari umno Kuala Kangsar.

Ingat kan umno bahagian Kuala Kangsar yang nak keluar duit dan bantuan tu, alih-alih rupanya dari jabatan kebajikan masyarakat. Haramjadah betul!..duit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di-kata duit bantuan dari umno. Tak ke kurang ajar tu??

Lubang ini telah pecah daripada 15 orang dari kaum india yang hadir pada majlis itu, mereka tak dapat bantuan itu sebab jabatan kebajikan kata mereka baru saja isi borang permohonan dan borang itu semua masih dalam proses. Manakala 2 orang dari 15 orang tu pula dapat maklum balas dari pegawai jabatan kebajikan pada majlis itu kata yang permohonan mereka telah di tolak sebab seorang pemohon di rumahnya didapati ada TV dan peti ais dan seorang lagi pulak tak dapat sebab dia tinggal dengan anaknya.


dollah yankee-
Kah..Kah..Kah..ini lah kerja mereka...asyik nak menipu!duit jabatan kebajikan tu adalah duit kita pembayar cukai, bukan duit umno.

Tun Saban Balek

Posted: 30 Jul 2011 09:12 PM PDT

Tun Saban Balek


PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

Posted: 29 Jul 2011 10:02 PM PDT

Mahkota Hospital Melaka TIdak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung



Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Janganlah sampai kita jadi macam Indonesia. Pekerja2 perempuan diberi arahan secara terbuka untuk tidak memakai tudung. Sekiranya mereka memakai tudung, nescaya mereka dibuang kerja.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunnyaan Singapura.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

Rakaman Perbualan Tulang Besi dengan Pekerja Mahkota Hospital Berkaitan Larangan Pekerja Memakai Tudung

- malaysiawaves


Note: Hidup umno...!!! kah..kah..kah..kah..

Tukar Tiub

Posted: 30 Jul 2011 07:58 PM PDT

Tukar Tiub


BINCAT ROSMAH TERSOMBOL LAGI

Posted: 30 Jul 2011 07:08 PM PDT




BERPA KILO AGAKNYA?




BERLIAN RM24.45 JUTA . ROSMAH PERLU JAWAB DULU – CHEGU BARD – keadilan dfaily

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor diminta menjelaskan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta, sebelum menafikan ia sebagai fitnah.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Rosmah tidak memberikan jawapan berhubung maklumat diperoleh pada sistem Kastam di Raja Malaysia (KDRM), malah penafiannya hanya mengundang spekulasi.

"Saya tidak tuduh, Rosmah kena tampil kerana nama kamu ada tertera dalam skrin sistem Kastam. Bukan menepis dengan mengatakan itu semua fitnah," kata Badrul atau popular dengan Chegu Bard.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga ada membuat siasatan, selepas SAMM membuat laporan pada 13 Julai lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan penafian Rosmah, dua minggu selepas isu itu ditimbulkan.

"Kenapa baru lepas dua minggu, Rosmah baru nak tampil. Kenapa tidak jawab dua minggu lepas. Kita mahu tahu untuk apa cincin berlian itu dibawa masuk?,"
"Minta penjelasan, bukan rekayasa selepas pendedahan itu," kata beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.


ISU CINCIN RM24 JUTA : ROSMAH
– berita hairan

POKOK SENA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya dengan pembelian cincin berharga lebih RM24 juta adalah fitnah.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

KAH KAH AKH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
bik mama bukan saja berat badan

tapi hari ini baik mama telah jadi beban

beban yang paling berat untuk gerombolan
beban yang paling berat untuk sang isterti

tak cukup dengan badan 700kg
di tambah pula dengan gelang tangan
dan gelang kaki




tak cukup dengan gelang
ada anting anting sebesar kuali

tak cukup dengan anting anting
ada cincin permata sebesar guli

ini belum masuk kira cawat coli dan gigi
dan tali pinggang ikat perit berkati kati

inilah nasib suwey
hutang karma
datang memburu sang isteri

inilah dia hutang karma



CUKONG DAN TOWKAY MARAH

Posted: 30 Jul 2011 11:01 AM PDT




BUKAN TOWKAY



nota:

jangan silap
ini bukan gambar towkay
ini gambar towgeh
kah kah kah




DAP KETEPIKAN CINA UTAMAKAN MELAYU, DAKWA MCA – harakah daily

Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

"Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina," tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…YANG MANA SATU INI…. kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN CAKAP DAP ANTI MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… CUKONG CAKAP CUKONG TAK DAPAT KONTREK…. kah kah kah..

kah kah kah…. MANA YANG BETUL…. kah kah kah..

kah kah kah…. CUKONG SUDAH BERI TEKANAN PADA GEROMBOLAN…. kah kah kah..

kah kah kah..INI TANDA TANJUNG AKAN SELAMAT DI BAWAH PAKATAN… kah kah kah


SEKALI LAGI UNTUK SEJARAH

Posted: 30 Jul 2011 03:32 AM PDT




NOTA:


lihat dan tonton
hayati dan rasai
ini lah kita
ini lah kita kita
yang telah melakar sejarah


lihat dan tonton
ini lah babak babak sejarah
yang kita melakar sama

lihay dan tonton
dari hari ini
hingga zaman berzaman





APA MAKNANYA DIA BERITA INI

Posted: 30 Jul 2011 12:25 AM PDT




INI SENJATA AMPOH





MUHYIDDIN JANJI SEMUA MP BN RM100,000 MENJELANG AIDILFITRI
- minsider

Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.


STOP RELAYING ON GOVERNMENT, NAJIB TELLS BN PARTIES : minsider

Datuk Seri Najib Razak told his Barisan Nasional (BN) coalition today that it must work to solve problems faced by the public without resorting to government channels.
The prime minister said that under its new political model, the ruling coalition must strive to use political avenues to help the public rather than the current practice of pressuring the various ministries to act.


NOTA:

lihat dua berita ini
dan fahami betul betul

satu melaporkan bahawa sembab
akan memberikan 100ribu ringgit
untuk mp barisan agar bersedia untuk
pilihanyara

satu palgi beriata susulan dari mat mongol
yang bunyinya tidak bersetuju

apa makna nya?

maknanya sembab telah cuba membeli para yb
ini bermakna sembab telah meluaskan pengarhuh
ini bermakna sembab sedang memasng asakar

maknanya mat mongol sedang diserang
maknanya mat mongol melawan balik

maknanya sembab telah bersedia mengatur yb
maknanya sembab merancang untuk perhimpunan gerombiolan novemebr ini

apa maknannya?

mat mongol sedang dikepong
mat rosmah jadi bebab

apa maknanya?

mat mongol dan sembab
sedang bertarong

apa maknanya?

maknanya kiat semua wajib bersedia
kerana lokman adam akan menjadi pm baru
kah kah kah


KAKI BODEK


nota:
maknanya
kena terus
membodek
kah kah kah

SELAMAT JALAN - HATI YANG HANCUR

Posted: 29 Jul 2011 08:35 PM PDT



AL FATIHAH


kita tak pernah bertemu
lalu aku baca berita itu

kita tidak pernah bertemu
lalu aku melihat niat hati mu

kita tidak pernah bertemu
lalu aku rasakan pedih hati mu

kita tidak pernah bertemu
betapa jujur hidup mu

kita tidak pernah bertemu
dan kau telah pergi

tetiba aku terbaca berita ini
kau telah pergi
bagitu muda kau telah pergi
demi alam
berehatlah kamu
untuk selama lamanya

berehatlah kamu
damailah hati kamu
damailah



SEBUAH HIDUP YANG DILALUI



AHSRAF GAGAL JADI ALEESHA MENINGGAL DUNIA

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


IBU BAPA WASPADA JANGN TERTIPU

Posted: 29 Jul 2011 07:55 PM PDT



INTAN BERLIAN ANAK BADAK




ROSMAH MAHU GOLONGAN MUDA KUASAI KEMAHIRAN
– berita hairan

Rosmah Mansor menyeru golongan belia supaya menguasai kemahiran berpotensi bagi membolehkan mereka mempunyai daya kelangsungan untuk menghadapi arus pembangunan yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan belia menggunakan usia muda untuk menimba ilmu dan kepakaran kerana mereka mempunyai kuasa untuk mencipta serta melakukan transformasi negara ke tahap paling tinggi pada masa hadapan.

Beliau berkata, selain itu golongan terbabit perlu mengikis sikap membuat kerja sambil lewa bagi memastikan dapat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi serta dipandang tinggi masyarakat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


sila baca kesah dibawah ini yang dihantar oleh pembaca:

Salam nak share story skit. Kononya ada offer untuk parent yg nak hantar anak kat program permata-gifted kids untuk develop dalam area music and art. Kak mah kita kumpulkan la budak-budak yang kononya gifted tu.

Member I pun gi join sekali. Sampai kat tempat tu, budak-budak tu kononya dipeluk oleh Rosmah dsbnya. Lebihkurang...pastu dia tanya sapa yang parent dia income 3-4 ribu sebulan ke atas je boleh hantar anak untuk program tu.

Hampeh...member ingat anak dia super bijak kerajaan boleh tanggung. Rupanya kak mah kita lagi bijak. Dia buat program, parent tanggung belanja. Dia dapat nama. Ciss..petang tu, member ni balik tangan kosong je lah.

Oleh Tanpa Nama pada UTUSAN TIBAI ROSMAH LAGI! pada 11/07/29


D'Perbatasan

Posted: 30 Jul 2011 07:28 PM PDT

Biaqpila

Posted: 30 Jul 2011 03:48 PM PDT

Biaqpila


Peniaga gagal serah seluar dalam, coli pada Guan Eng

Posted: 29 Jul 2011 06:00 PM PDT

UMPORNO DENGAN KELUCAHAN MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
DULU KINI DAN SELAMANYA...


Gambar Hiasan
Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.


MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ajijoi

Posted: 30 Jul 2011 03:37 PM PDT

Ajijoi


Gerakerja Webtv Pas Perak dilancarkan

Posted: 30 Jul 2011 07:37 AM PDT



AIR KUNING (30.7.11): Pelancaran Gerakerja Webtv Pas Perak telah diadakan di Markaz Air Kuning, Taiping petang tadi. Gerakerja yang menggabungkan Lajnah IT dan juga Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas Perak ini menambahkan momentum dalam arus deras informasi maklumat masa kini.

Pas Perak telah melangkah setapak lagi dalam misi penyampaian maklumat kepada ahli-ahli dan juga khalayak ramai dengan penggunaan video secara online ini. Rakyat kini mahu dan dahagakan info yang tepat dan cepat, sekaligus mencabar keupayaan Pas Perak untuk menggapai seramai mungkin rakyat dengan berita-berita alternatif yang terkini.

Pihak IT Pas Pusat telah sudi meluangkan masa dan bersama-sama meraikan impian Pas Perak untuk mewujudkan webtv mereka sendiri. Sdr Shuhaimi Embong bersama teamnya, Ustaz Jamali dan Sdr Wan telah memberikan sedikit input serta tips-tips yang berkesan dan berguna di dalam menjayakan misi ini.

Biarpun cabaran yang dihadapi ini amat berat, namun Lajnah IT serta Lajnah Penerangan dan Dakwah telah berazam untuk menjayakan apa yang selama ini hanyalah impian sahaja.

Untuk tujuan itu, kesepakatan mereka telah bersetuju untuk menubuhkan webtv yang diberi nama 'YOPtv' sebagai singkatan kepada Your Online PAS Perak TV.

Nantikan kemunculan YOPtv sedikit masa lagi.

Peneraju utama didalam Lajnah IT dan Lajnah Penerangan dan Dakwah bersama team IT Pas Pusat

Ustaz Ahmad Nuri bersama Sdr Shuhaimi Embong

Ustaz Jamali memberikan taklimat mengenai webtv

Antara yang dijemput untuk bersama-sama menjayakan YOPtv

Muslimat juga tidak mahu ketinggalan

Taklimat yang diberikan agak ringkas tetapi padat

Sdr Shuhaimi menerangkan mengenai webtv Pas dan beberapa negeri yang telah berjaya


Ustaz Ahmad Nuri berharap YOPtv dapat dijalankan dengan seberapa segera

Banyak maklumat yang diberikan IT Pas Pusat kepada negeri untuk manfaat dikongsi bersama

Sdr Shuhaimi melancarkan gerakerja webtv Pas Perak, YOPtv


Sebagai penutup majlis, Ustaz Ahmad Nuri membacakan doa. Semoga gerakerja dalam mengendalikan webtv ini berjalan dengan lancar dan YOPtv menjadi saluran informasi yang berguna kepada ahli dan rakyat sekalian

Diskusi menuju Negara Berkebajikan

Posted: 30 Jul 2011 03:37 AM PDT

Satu program Diskusi Ucapan Dasar Presiden Pas mengenai "Menuju Negara Berkebajikan" akan diadakan pada hari Ahad (31 Julai 2011) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Tokong Cina, Jalan Hospital, KAMPAR.

Diskusi ini akan dibentang oleh Dr Dzulkifli Ahmad, bersama-sama dengan Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan dikendalikan oleh Ustaz Hisham Mohd Ali.

Semua masyarakat adalah dijemput hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan sebagai NEGARA BERKEBAJIKAN atau STATE OF CARE.

Masuk adalah percuma.

Sent from my iPhone

SIASAH

Posted: 30 Jul 2011 03:23 PM PDT

SIASAH


Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggal dunia

Posted: 30 Jul 2011 11:19 AM PDT

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Syed Jamal menghembuskan nafas terakhir semalam, 30 Julai, 2011 sekitar jam 9 malam di kediamannya di Gombak pada usia 82 tahun.

Syed Ahmad dilahirkan pada 19 September, 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor, dan mendapat pendidikan tinggi dalam bidang seni di Chelsea School of Art di London, United Kingdom, 1951 hingga 1955.

Pelukis yang banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah negara ini akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Pusu, Gombak pagi ini, 31 Julai, 2011.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki, Syed Nabil dan Syed Nurlhaq.

Syed Ahmad dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Beliau sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Allahyarham menerima pelbagai tanggapan ekoran lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Mahathir, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 (gambar bawah) dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan Adil, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Al-Fatihah. Syed Ahmad Syed Jamal, 1929-2011.

Foto oleh ZAMZARINA ABDULLAH.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 30 Jul 2011 03:14 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Perutusan Ramadhan YAB TG Nik Aziz : Ramadhan Bulan Hidayah

Posted: 30 Jul 2011 06:00 AM PDT

Firman Allah SWT :

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus.." – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.." – Surah an-Nisa', ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 27 Julai 2011

Bantu Diri Sendiri Dulu La Shahrizat

Posted: 30 Jul 2011 05:30 AM PDT

Shahrizat sedih tak sempat bantu Ashraf

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi. Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya dipetik Bernama Online. "Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Polis: Saya tidak sembunyi, sedia kerjasama – Shuhardi

Posted: 30 Jul 2011 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Individu yang dikatakan menyamar sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta Bersih yang meninggal dunia pada 9 Julai lalu, hari ini tampil menafikan beliau bersembunyi dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md. Isa, berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya masih hidup… yang meninggal Allahyarham Baharudin. Blogger-blogger meminta maaf dan mengeluarkan gambar saya, saya ingat sudah selesai," katanya.

Katanya, tindakan untuk menampilkan dirinya di sidang media hari ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mendakwa beliau menyembunyikan diri.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) memberitahu bahawa beliau tidak bersubahat dengan mana-mana pihak dan tidak pernah mengenali Allahyarham Baharudin.

"Saya tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," ujarnya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Ibu: ‘Aleesha’ tak sempat pakai baju kurung Pahang baru

Posted: 30 Jul 2011 05:01 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 Julai — Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil "Aleesha", yang meninggal dunia awal pagi ini terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada sambutan Aidilfitri nanti.

"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke hospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan mengalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock" dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Menurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan "tidak sempat".

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, tak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi di Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

Ashraf gagal tukar nama jadi wanita meninggal dunia

Posted: 29 Jul 2011 11:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.

Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.

Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.

Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.

Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil "Aleesha" berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

"Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. "Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman," katanya.

Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Najib nafi restu projek saluran paip gas RM300b

Posted: 29 Jul 2011 04:00 PM PDT

Oleh Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, 29 Julai — Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau telah memberi lampu hijau kepada sebuah syarikat tempatan untuk membangunkan projek saluran paip gas serantau sejauh 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China.

Perdana Menteri kelihatan bingung apabila ditanya oleh pemberita hari ini berhubung kenyataan PanelPoint Sdn Bhd semalam bahawa Najib telah memberikan restu ke atas projek mereka yang bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).

"Tidak, tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Syarikat tempatan yang hanya dikenali PanelPoint semalam mengumumkan usahanya membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Bagaimanapun semalam, wartawan yang skeptikal tidak memperoleh banyak maklumat mengenai usaha sama itu, yang bakal membangunkan projek dikenali sebagai saluran paip Trans-Asian Oil and Gas (TOAG).

Syarikat itu berkata ia telah menerima restu secara hitam putih daripada perdana menteri.

Bagaimanapun ia tidak mempamerkan sebarang dokumen yang berkaitan.

"Bercakap mengenai aspek kewangan, kami cuba dan tidak menghebahkan secara besar-besaran kerana kami tidak mahu mendedahkan terlalu banyak butiran," kata Presiden dan Ketua Eksekutif PanelPoint Che Nordin Ismail.

TOAG, rangkaian paip gas semula jadi serantau yang pertama, akan menghubungkan Mersing dengan Jakarta, utara Kepulauan Natuna, Ho Chi Minh City, Hanoi, Guangzhou dan Hong Kong.

Gas, yang kebanyakannya dari Indonesia, akan disalurkan melalui saluran 8,000 kilometer kepada pembeli-pembeli di China sebaik sahaja ia selesai dalam 10 tahun.

Syarikat dalam konsortium terdiri daripada Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd, PWS Manufacturing Sdn Bhd, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Asia Bolts and Nuts Group, Lotus Action Sdn Bhd dan Techknow Industrial Sdn Bhd.

DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Jul 2011 03:09 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Khairy: Ketelusan maklumat OK tapi jangan dedah bidang pertahanan

Posted: 30 Jul 2011 05:38 AM PDT


KUALA LUMPUR — Khairy Jamaluddin melahirkan sokongan agar kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat tetapi menegaskan, ada beberapa perkara yang berkait rapat dengan kepentingan negara seperti pemerolehan pertahanan tidak boleh didedahkan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata, "tiada negara yang akan mendedahkan secara terperinci" tentang hal ketenteraan kerana mahu mengambil kira aspek keselamatan negara.

"Berapa banyak kereta kebal, apa bentuk sistem dan peluru yang kita gunakan tidak boleh dibincangkan di Parlimen dan dirakamkan secara bertulis," kata Ahli Parlimen Rembau pada forum Akta Kebebasan Informasi di Majlis Peguam.

Isu perjanjian ketenteraan mucul apabila pihak berkuasa mengusir seorang peguam dari Perancis yang meneruskan siasatan berhubung kontroversi RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis.

Walaupun tanpa kehadiran beliau, wakil rakyat Pakatan Rakyat menuduh pentadbiran Najib mahu menyembunyikan fakta dalam pembelian dua kapal selam dari sebuah firma pertahanan Perancis DCNS dan jumlah perjanjian itu meningkat RM16 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun Khairy (gambar) bersama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, jawatankuasa komuniti perkhidmatan ketenteraan perlu diwujudkan dengan dibarisi wakil rakyat dan pasukan bersenjata untuk mendapatkan maklumat daripada pakar-pakar lapangan sebelum dibincangkan secara rahsia.

Ketika ditanya jika keputusan itu masih boleh dibuat secara rahsia, beliau berkata, "bukan semua perkara boleh didedahkan tapi sekurang-kurangnya ahli Parlimen, wakil orang ramai mempunyai maklumat."

Pembelian dua kapal selam dari firma pertahanan Perancis DCNS dibuat pada 2002 di mana ketika itu Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan syarikat milik Abdul Razak Baginda, dikatakan membantu perdana menteri itu mendapatkan komisen lebih daripada RM500 juta.

Kumpulan hak asasi manusia dan parti pembangkang turut mengaitkan isu pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar. Peguam Perancis Willian Bourdon tiba di Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu di Pulau Pinang di mana beliau bercakap pada satu majlis amal yang dianjurkan Suaram mengenai perjanjian pembelian kapal selam Scorpene namun dihalang menyertai program selanjutnya di ibu negara apabila ditahan pegawai imigresen yang memasuki kapal terbang sebelum mengusirnya.

Sementara itu, Santiago berkata Malaysia bergerak dengan lebih jauh daripada membentuk sebuah jawatankuasa meneliti pemerolehan pertahanan seperti jurnal-jurnal dan penerbitan "yang memberitahu anda tentang maklumat itu."

"Jika anda membeli peluru, banyak pakar boleh memberitahu anda mengapa. Jadi tiada apa yang perlu disembunyikan.

Jika anda cari di Google, anda akan menemui apa yang kerajaan Malaysia ada. "Dasar pemerolehan perlu dibuat dengan jelas. Budaya rahsia ini perlu dihentikan," katanya.

Bersih 2.0: Dua naib presiden PAS saman polis, KDN minggu depan

Posted: 30 Jul 2011 05:37 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif, lapor HarakahDaily hari ini.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin (gambar) dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

"Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

"Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu," kata wakil rakyat ini.

"Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN," katanya.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Muhyiddin: Kerajaan kaji kaedah atasi kenaikan harga barang

Posted: 30 Jul 2011 05:30 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


PAGOH — Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya dipetik Bernama Online.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat.

Jais tahan ‘Tok Belagak’, 11 pengikut

Posted: 30 Jul 2011 05:25 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM— Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini menyerbu sebuah premis di Kota Kemuning di sini, yang dipercayai menganjurkan kursus berkaitan agama Islam tanpa tauliah.

Dalam serbuan 12.15 tengah hari itu Jais menahan seorang lelaki dikenali "Tok Belagak", 46, isterinya dan 11 pengikut.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais Zaaba Zakaria berkata kesemuan mereka dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan lisan.

Laporan Bernama Online menyebut, ketika serbuan, kira-kira 50 orang ada di premis dan Tok Belagak sedang menganjurkan kursus asas rawatan Islam Darul Saka yang disertai 36 peserta.

Beliau berkata semua peserta kursus itu telah diarah hadir ke pejabat Jais untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) iaitu mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

Katanya serbuan itu dibuat hasil aduan orang ramai mengenai kegiatan ceramah di kawasan tersebut.

Tok Belagak dipercayai mengajar kaedah perubatan Islam untuk merawat pesakit saka, sihir dan juga penyakit dalaman menggunakan ayat al-Quran, katanya.

Zaaba berkata kegiatan itu dipercayai telah dijalankan sejak dua tahun lepas yang mana setiap peserta dikenakan bayaran RM250 sehari.

Katanya Jais juga akan menyiasat sama ada kegiatan itu ada kaitan dengan ajaran sesat.

Najib: MIC dapat menteri penuh ke-2, Palanivel sertai Kabinet

Posted: 30 Jul 2011 05:24 AM PDT


PUTRAJAYA — Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MIC, parti komponen BN itu, akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh — amalan yang dipraktikkan ketika pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dengan keputusan itu kata Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel (gambar) akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen pentadbirannya ke atas masyarakat India.

Perkembangan itu dilihat satu lagi strategi Najib memikat sokongan masyarakat India menjelang pilihan raya umum ke-13 selepas merosot teruk tiga tahun lalu.

Permintaan agar BN memperuntukkan jawatan menteri penuh kedua telah dibuat sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya hendak kembali ke era Tun Razak apabila ada (wakil) India Malaysia dalam Kabinetnya," kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC di sini petang ini.

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan atas keputusannya dan Palanivel, kini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Perusahaan dan Komoditi, akan mengangkat sumpah dalam waktu terdekat.

Palanivel dilantik sebagai senator pertengahan tahun lalu. Beliau tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008 dan gagal menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010.

Sebagai kompromi beliau dilantik menjadi anggota Dewan Negara dan dijadikan timbalan menteri.
Beliau menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu sebagai Presiden MIC pertengahan Disember lalu.

Ini perhimpunan agung pertama baginya selaku ketua MIC.

Umno nafi Ku Li dipelawa ketuai Pakatan Rakyat

Posted: 30 Jul 2011 05:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Umno menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.

Sebaliknya dipetik Bernama Online, Ahmad menyindir orang yang paling layak menggantikan Anwar di Parlimen ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ahmad terdahulu menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor di Hulu Selangor hari ini.

Laporan media baru-baru ini memetik Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Zahrain berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Berhubung isu Felda, Ahmad meminta para peneroka Felda agar merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah sebagaimana disaksikan sejak kebelakangan ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.

"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya," katanya.

Katanya jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.

Kata beliau, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.

Peneroka terbabit menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu memberikan nilai rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga merugikan mereka.

Mengulas perkara lain, Ahmad menggesa kerajaan Selangor meluluskan segera permohonan tapak kawasan yang terletak di Felda Soeharto di sini, untuk projek perumahan warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun.

Projek perumahan di kawasan seluas 14 hektar itu akan melibatkan pembinaan 250 unit rumah dan berkonsep mampu milik yang terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik, katanya.

Wahabi: Mufti Perlis lega penjelasan tapi mahu Putrajaya terus siasat

Posted: 29 Jul 2011 09:19 AM PDT


KUALA LUMPUR— Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini melahirkan rasa lega kerana Putrajaya tampil dengan penjelasan mengenai isu Wahabi termasuk penegasan bahawa Arab Saudi tidak mempelopori keganasan dan ajaran sesat di negara .ini menerusi fahaman itu.

Juanda (gambar), salah seorang personaliti yang dilaporkan disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau berkata, beliau berharap isu yang muncul semula sejak seminggu lalu dapat diselesaikan.

"Saya gembira dengan penjelasan Datuk Seri Jamil Khir, yang saya berharap dapat memperjelaskan kedudukan sebenar mengenai ajaran sesat dan keganasan yang dikaitkan dengan kerajaan Arab Saudi," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Juanda, beliau berharap kerajaan akan menyiasat pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan perbalahan antara Malaysia dengan beberapa negara terutama Arab Saudi sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini.

"Kita bimbang dengan keadaan, kita berharap kerajaan akan menyiasat mengenai pihak yang hendak mencetuskan perbalahan," kata beliau lagi.

Selain Juanda, turut disenaraikan ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

The Malaysian Insider membawa laporan tengah hari tadi, memetika bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya telah memaklumkan satu mesyuarat penting bahawa sememangnya tidak wujud ancaman keselamatan didakwa dibawa oleh Wahabi.

Nama Shahidan pernah dikaitkan dengan amalan Wahabi di negara ini tahun lalu.

Shahidan berkata, berdasarkan pada maklumat yang beliau peroleh, Jamil Khir ada memaklumkan bahawa "tiada perkara sedemikian" di negara ini.

Bagaimanapun Shahidan enggan menyebut bila dan lokasi menteri itu menyatakan pendirian tersebut.

"Mengikut keterangan Datuk Seri Jamil Khir, beliau cuma tidak mahu menyatakan perkara ini secara terbuka setakat ini, tetapi menjelaskan bahawa tiada perkara sedemikian.

"Menurut beliau, pendapat mengatakan Wahabi menjadi ancaman dan menjurus ke arah aktiviti pengganas... ini adalah pendapat individu sahaja, ia telah dibuat di tempat yang tidak sepatutnya dibuat iaitu MKN (Majlis Keselamatan Negara)," kata Shahidan.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa pasukan keselamatan memutuskan amalan Wahabi memang wujud di negara ini, tetapi dakwaan bahawa ia menjadi ancaman ke atas keselamatan negara bukan sesuatu yang membimbangkan buat masa sekarang.

"Memang ada amalan Wahabi, tetapi ia bukan di peringkat yang amat membimbangkan," kata sumber itu yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Malah katanya, maklumat yang digunakan dalam pembincangan Isnin lalu adalah berdasarkan pada perkembangan setakat Februari lalu.

Isu mengenai amalan Wahabi pernah muncul di media massa April lalu dengan memfokus kepada kerajaan negeri Perlis.

Bagaimanapun sumber itu mengakui tindakan mengaitkan isu itu dengan Arab Saudi ada membawa kesan ke atas hubungan kedua-dua negara.

Briged Al-Akhdor LR2

Posted: 30 Jul 2011 01:44 PM PDT

Briged Al-Akhdor LR2


BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

Posted: 30 Jul 2011 07:32 AM PDT

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.


Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.
Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.
NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak sumber

Bukankah Fahaman UMNO Lebih Bahaya Daripada Wahabi?

Posted: 30 Jul 2011 06:00 AM PDT

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.
Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam?

Posted: 29 Jul 2011 05:38 PM PDT


" Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM
( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu.


Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi.
FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri.

"Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti." Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah.

"Rakyat Perlu Tahu Sekarang...... Taming Sari Di Tangan Jebat."sumber

Pulakdah!

Posted: 30 Jul 2011 01:28 PM PDT

Pulakdah!


KUBAH MASJID Bagan Pinang TERBANG Di Bawa Ribut, PUSASDA N9

Posted: 30 Jul 2011 08:02 AM PDT

ASTAGHFIRULLAH,,!!!
Inilah antara ungkapan yg kami anak-anak muda Telok Kemang dengar apabila bertemu dengan semua ahli-ahli keluarga kadet penamat latihan Tentera dan PDRM di PUSASDA tadi yang turut dirasmikan oleh Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan Hishamudin Hussein Onn..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila seorang bayi kecil berumur 3 bulan terbang ditiup angin kuat ketika ribut berlaku dan hampir jatuh kedalam longkang yang bertakung dengan air.


ADAKAH INI BALA...???
-apabila 2 buah kampung berhampiran dengan tempat dukun ada, semuanya banjir ditenggelami air..


  
ADAKAH INI BALA..???
- apabila beberapa buah kenderaan rosak dan hancur teruk apabila ditimpa pokok dan tiang-tiang elektrik..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila 2 orang meninggal dunia ditimpa pokok ketika berada di dalam kereta mereka.


ADAKAH INI BALA...???
- apabila khemah-khemah yangg dipasak kuat di kawasan dataran lapang, terbang ditiup angin. Yang mnjadi kehairanan, hanya khemah PDRM sahaja yang terbang dan hancur dibantai ribut, tetapi khemah-khemah kepunyaan tentera hanya mengalami sedikit sahaja kerosakkan..fikirkan..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila gerai-gerai peniaga kecil habis hancur dibantai ribut dan bertaburan diatas jalanraya..


ADAKAH INI BALA...???
-apabila bumbung-bumbung atap rakyat yang tinggal berhampiran kawasan dimana PM dan rosmah ada, habis terbang dan hancur berterbangan..

Kubah yang hilang pada menara kecil masjid ini..
jatuh ke bawah di bawa ribut. (KUBAH MASJID BAGAN PINANG..masjid yg pernah mnyaksikan seorang imam ahli PAS yg dipecat kerana tidak mahu bersekongkol dgn umno..!!!)
ADAKAH INI BALA..???
-apabila kubah masjid bagan pinang tercabut dari tiangnya dan terhempas ke bumi

ADAKAH SEMUA INI BALA APABILA KAMI RAKYAT TELOK KEMANG MENYATAKN DENGAN SEBENAR BENARNYA BAHAWA BELUM PERNAH BERLAKU RIBUT SETERUK INI, TATKALA SEORANG DUKUN DARI PUTRAJAYA HADIR BERSAMA SUAMINYA DI BUMI TELOK KEMANG INI...!!!

Kredit : Muhammmad Saufi ( penyelaras SAMM Negeri Sembilan)

RIBUT Melanda Ketika NAJIB Rasmi Perbarisan Tamat Latihan PUSASDA

Posted: 30 Jul 2011 04:05 AM PDT

PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.


Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


Kredit : Bernama

Selepas Seminggu BERSIH, POLIS Masih Kaitkan NAMA SAYA - Suhardi

Posted: 30 Jul 2011 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Julai -- Shuhardi Md Isa menjawab pertanyaan pemberita ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.

Shuhardi Md Isa menunjukkan keratan akhbar ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.


Shuhardi didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu, menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasam dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. -Bernama

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana MENINGGAL DUNIA

Posted: 29 Jul 2011 10:00 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. - BERNAMA






Sesungguhnya, daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali : Author Faethal

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 30 Jul 2011 01:25 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


NAJIB KINI MENGHAMPIRI ZAMAN KEJATUHANYA.

Posted: 29 Jul 2011 05:45 PM PDT

PENYAPU SIAL

Posted: 30 Jul 2011 01:14 PM PDT

PENYAPU SIAL


MIC black mail UMNOPORNO...nak mintak jawatan menteri ke....????

Posted: 30 Jul 2011 11:28 AM PDT

MIC Beri "Amaran" Kepada Najib..Kalau Tidak PRU Kantoii..??

Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan boleh memilih bagi tidak mengendahkan MIC dengan membiarkan BN menanggung risikonya.

Ini kerana, kata Palanivel semasa ucapannya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), permintaan untuk bantuan bagi masyarakat India akan memberi kesan kepada sokongan 850,000 undi masyarakat India.

"BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini.

"Jika tuan (PM Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh ahli MIC.

Jadi pondan gula-gula politik baru Najib Razak

Posted: 30 Jul 2011 11:13 AM PDT

Perdana Menteri sekali lagi mahu perbodohkan rakyat serta mahu mengambil semula hati rakyat yang telah membenci kerajaan Umno-Bn setelah terdedahnya kezaliman kerajaan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman baru-baru ini.

Jika benar kerajaan pimpinan najib razak berhasrat mahu ubah nasib rakyat, mengapa tidak lakukannya sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri, langkah ini diambil setelah bertahun lamanya dan ia menggambarkan dengan sendirinya betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin ini.

Najib mengambil langkah ini kerana angin pilihan raya umum 13 telah makin terasa dan makin hampir, maka janji politik yang bersifat gula-gula PRU ini muncul secara tiba-tiba walhal pada hakikatnya beliau (Najib) sebenarnya gagal unruk membela dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan.

Slogan rakyat didahulukan jelas tinggal slogan dan dilihat sebagai reatorik untuk menipu rakyat . BN ternyata gagal dalam banyak tindakan dan langkah yang dilakukan termasduk semasa pentadbiran Najib.

Nampaknya  beliau (Najib) tidak ubah seperti khunsa kerana meneruskan tradisi berahsia dan takut untuk lakukan pengumuman tarikh pilihan raya.

Sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak umum tarikh peperiksaan SPM, seminggu lagi peperiksan menjelang baru diumumkan, kemungkinan calon (pelajar) SPM tersebut gagal amat tinggi, begitulah yang Umno-Bn lakukan terhadap Pakatan Rakyat, sebab itulah kita katakan Umno-Bn umpama khunsa.

Justeru itu kita sebagai rakyat yang punyai pemikiran yang dinamik, peka dengan isu dan maklumat terkini yang berlaku,mari sama-sama lakukan perubahan demi untuk menyelamatkan Negara Malaysia dari terus dikuasai Umno-Bn yang mempedulikan hak rakyat secara jujur dan total.

Berilah undi anda kepada Pakatan pada PRU 13 yang akan menjelang.

polis porno raja anjing di malaysia hanya pandai tengok PORNO aje...tak menyiasat tapi beri andaian yang negatif....!!!

Posted: 30 Jul 2011 11:02 AM PDT

Shuhardi Md Isa

 

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.
Kekeliruan

funeral baharudin bersih protester

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

Shuhardi Md Isa

 

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

NONE

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

 

Bernama

 

 

penyapu sial

 

Tu pun polis tak boleh pikir.... amat mustahil utk Shuhardi nak berlakon pada waktu kejadian kerana dia pun tak kenal Arwah Baharudin. Selain itu mana Shuhardi tahu Baharudin akan meninggal dunia pada hari tu.
First time saya tgk kat youtube... ada pencacai kata orang mati hidup balik tu.. saya dah boleh agak... ini mesti silap orang.. mesti yang siarkan itu tersilap ingatkan Shuhardi tu arwah Baharudin. Kesilapan itu memang boleh berlaku kerana semua perakam tidak kenal antara satu sama lain dan penyiaran ke youtube mungkin dilakukan secara tergesa-gesa tanpa dirujuk siapa sebenarnya dlm video tu tersebut...

cincin RM 24 Juta hasil menabung atau mengelentong...Alasan Rosmah betina sundal di tolak....!!!

Posted: 29 Jul 2011 10:43 PM PDT

 

Penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat wajib di tolak

Penafian "bongkak dan angkuh" Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda..

Kita tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang  telah sedia ada.

Mengenai cincin ini  kita  tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma  pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

Jadi kita  minta  Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran..

Sikap berdolak-dalih dan angkuh isteri Perdana Menteri menimbulkan 1001 persoalan manakala alasan pihak tertentu kononnya cincin itu dibawa masuk bagi tujuan pameran 'sulit' sebelum di bawa keluar ke Singapura tidak logik sama sekali.

"Kalau (cincin) masuk untuk (tujuan) pameranlah.. (sedangkan) kalau dia buat pameran fesyen (biasa pun), dia paksa semua media untuk siarkan pameran fesyen dia. Kalau dia buat pameran berlian RM24 juta.. takkan dia tidak panggil media.

Bila kita tanya pameran di mana? Pameran di sebuah tempat sulit, Bila? Di tarikh yang sulit. Siapa tetamu jemputan tengok pameran ini, oh tetamu yang sulit. Kita merasakan mereka sedang mencipta alasan demi alasan untuk membela Rosmah bin Mansor...

Terdahulu sebuah  blog  Edyesdot.com mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.

Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam di Raja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Persoalan kita  pula ialah....kalau masuk untuk pameran, kenapa tidak masuk prosedur untuk masuk pameran?..

Semalam, ketika mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi ke Kedah, Rosmah dipetik berkata bahawa beliau difitnah oleh blogger tertentu sebagai memiliki sebentuk cincin berlian RM24 juta.

"Tak ada apa yang kita  nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab kita tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Bagaimanapun Rosmah tidak menjelaskan dokumen-dokumen Kastam bersabit pengimportan cincin itu atau pun siasatan SPRM mengenainya...

Penulis Twitter Wanita ditangkap polis KEPALA BUTOH rejim BETINA SUNDAL Rosmah Mansor

Posted: 29 Jul 2011 10:25 PM PDT

 

Polis mengeledah rumah penulis blog Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung tweet yang dihantarnya bulan lalu.

Chan (kiri), seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

Ditanya pemberita mengenai rampasan komputer Chan, Ridzuan enggan mengulas dan beredar dari situ.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar kerana menyuarakan fikiran saya."

Bercakap kepada pemberita kemudiannya di luar rumahnya, Chan bertegas beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghasut sesiapa, "tweet saya terhad kepada (900 ahli) tetapi privasinya telah disalahgunakan."

Chan, yang merupakan kakitangan sementara di sebuah unit kerajaan Pulau Pinang, bertekad tidak akan berhenti menggunakan tweet kerana dia mempunyai hak kepada kebebasan bersuara.

Jasa jasa Najib di kenang sebagai kepala BAPAK ANJING JANTAN CELAKA BARUA YAHUDI warisan terakhir PM dari UMNOPORNO...!!!!

Posted: 29 Jul 2011 04:28 PM PDT

 

Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa "gerun" di hati rakyat terbanyak - sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemuh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa "lusuhnya" Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi BERSIH 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh."

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya - sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari UMNO yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.

 

majlis tertinggi YAHUDI MELAYU MALAYSIA tetapkan PERHIMPUNAN perompak dan penyamun pada 29 November hingga 3 Disember...Jom kita beramai ramai kesana dengan berbaju KUNING BERSIH ....!!!!

Posted: 29 Jul 2011 04:11 PM PDT

 

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat hari ini menetapkan perhimpunan agung parti itu bagi tahun ini akan dilangsungkan pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Presidennya, Datuk Seri Najib Razak berkata perasmian perhimpunan itu akan diadakan pada 29 November manakala bagi ketiga-tiga sayap - Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pula adalah pada 30 November.

Perhimpunan penuh sayap berkenaan dijadualkan berlangsung pada 30 November manakala perhimpunan agung penuh berlangsung selama tiga bermula 1 Disember.

Umno sebelum ini memutuskan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadualkan tahun ini, ditangguhkan selama 18 bulan.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Umno memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno petang ini, Najib juga berkata jawatankuasa pengurusan memutuskan badan perhubungan negeri Kedah mengambil alih pentadbiran Umno Padang Serai "sehingga masalah di peringkat bahagian dapat diselesaikan".
Najib berkata jawatankuasa itu turut mengumumkan pelepasan penggantungan keahlian empat anggota Umno bahagian Rantau Panjang.

Mereka ialah Datuk Mohd Zain Ismail (bekas Ketua Umno bahagian); Ghazali Ismail (bekas timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga ahun pada September 2008.

Dua anggota lagi iaitu Rosli Hasan (Bahagian Bukit Katil, Melaka) digantung iga tahun mulai Mac 2009 manakala Amran Mat (Bahagian Kuala Krai, Kedah) digantung setahun mulai Mac 2009.

Sementara itu, Bernama melaporkan, semasa ditanya sama ada warna merah akan menjadi simbol perjuangan Umno pada
pilihan raya umum akan datang memandangkan kebanyakan negeri memilih warna itu ebagai strategi kempen mereka, Najib berkata terpulang kepada negeri kerana merah merupakan warna Umno.

"Kita pilih warna yang sesuai, Kelantan dan Kedah memilih gelombang merah, Terengganu pula gelombang biru, terpulang... (ini) kerana merah merupakan satu warna yang agak menyala dan dapat menaikan semangat anggota dan penyokong Umno," katanya.

 

Mengenai strategi pembangkang yang akan menjalankan kempen politik secara agresif pada Ramadan, sedangkan beliau sendiri akan mengurangkan aktiviti turun adang ke negeri-negeri kerana berehat untuk menjalani pembedahan kecil di lutut ada Isnin ini, Najib berkata Umno akan menumpukan kepada program berbentuk ibadat pada bulan puasa.

"Pembangkang dalam kepala mereka hanya politik. Bulan puasa kita buat ibadat dan bagi sumbangan kepada anak yatim dan warga tua," katanya.

penyapu sial

penyamun pun ada buat perhimpunan agung..waah!! hebat....jom kita try usik depa...mana tau depa semua makin gelabah nanti...lepas nie ntah apa pulak penyakit phobia depa

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 30 Jul 2011 01:07 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


MAHATHIR VS NAJIB

Posted: 29 Jul 2011 07:18 PM PDT

Cita-cita Dr Mahathir sebelum mati ialah memastikan anaknya Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Langkah segera perlu dibuat. Jika tidak rekod keluarganya akan kalah dengan rekod keluarga Tun Razak, dimana anak Tun Razak, Najib telah pun menjadi PM. Ha ha.

Jalan pintas untuk Mukriz menjadi TPM ialah dengan menjadikan Muhyiddin sebagai PM. Muhyiddin akan menaikkan Mukhriz pula sebagai TPM. Tetapi cabarannya ialah jawatan politik Mukhriz  dalam Umno masih lagi di tahap "junior" sahaja. Maka pada pemilihan Umno akan datang, Mukhriz akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Dana  kempen untuk Mukhriz tiada masalah kerna banyak korporat yang "dibangunkan" oleh Mahathir akan membantu anaknya Mukhriz.

Jika Mahathir lewat mengambil tindakan ini, dikhuatir anak Husin On, Hishamuddin pula yang akan naik. Wooo.

Perebutan dalam Umno ialah untuk "kuasa"  bukannnya kerana agama, bangsa dan negara. Ada kuasa, maka ada habuan yang akan dihimpun macam qarun.   Slogan kerana bangsa hanya auta sahaja sebenarnya. Jika benar kerena bangsa, mengapa tanah rizab Melayu semakin terhakis.

Dr Mahathir akan membantu PR menjatuhkan Najib sebagai PM pada PRU akan datang. Wooooooo.


shalehudin

Posted: 30 Jul 2011 11:34 AM PDT

shalehudin


Chelsea terima permohonan maaf FAM

Posted: 30 Jul 2011 11:00 AM PDT

HONG KONG: Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu anti Yahudi terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun ketika perlawanan pra-musim di Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Kelab bola sepak Inggeris itu membuat aduan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan pusingan pertama jelajah Asia Chelsea di Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.

Sebelum ini, Chelsea tidak membangkitkan isu itu tetapi meneruskan aduan selepas mengkaji semula perlawanan.

Kelab itu berjaya bermain di Bangkok dan Hong Kong tanpa insiden dan kini gembira serta meneruskan aktiviti seperti biasa. - AFP

Polis sendiri yang mintak disaman...

Posted: 30 Jul 2011 10:18 AM PDT

Orang tua tua selalu pesan, kalau orang lain tak hina kita... jangan la kita dok hina diri kita sendiri... Macam tu jugak la ngan pasukan Polis kita, rakyat dok hormat depa sebagai penguatkuasa, tapi kelaku hodoh sesetengah dari depa jugak la yang meletakkan pasukan depa la ni tak dihormati langsung oleh rakyat jelata.

Tindakan hodoh yang menarik turun imej Polis bakal menenggelamkan terus zaman kegemilangan Polis dalam menabur bakti pada negara. Ini yang kita tak mau dan amat merisaukan ramai jelata... Demo aman bukan main korang hantam ngan sepak terajangnya, ngan gas pemedih matanya... tapi jenayah masih berleluasa mcam ngan tak dak tindakan pencegahan.

Terbaru, dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing akan memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu. Menurut laporan Harakahdaily, saman itu akan dikemukakan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Menurut Salahuddin, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan penahanan pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah. Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap dia dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

Dia ngan Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian ditahan di lokap polis di balai polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai. Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada depa dan tak bagitau pun sebab-sebab penahanan.

La ni bukan zaman mesin taip dah...

Posted: 30 Jul 2011 02:00 AM PDT

Sekarang bukan zaman mesin taip......
Oleh: tokpepijat

Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.

Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.

Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.

Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".

Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.

Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".

Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.

Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.

Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!

Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "

Amboi... cepatnya Najib nafi yang ni... haha...

Posted: 30 Jul 2011 01:00 AM PDT

Najib nafi setuju projek paip gas

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menafikan memberi persetujuan kepada sebuah syarikat tempatan melaksanakan projek paip gas trans-Asian sepanjang 8,000 kilometer yang menyalurkan bahan api itu dari Mersing, Johor ke tanah besar China.

Malah Perdana Menteri menegaskan pembinaan projek mega yang kosnya dilaporkan mencecah RM295 bilion itu tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikannya.

"Tidak. Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (projek paip gas trans-Asian)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, semalam.

Najib mengulas mengenai dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Panelpoint Sdn Bhd, Che Nordin Ismail kelmarin bahawa pihaknya mendapat 'mandat bertulis' daripadanya untuk meneruskan pembinaan fasa pertama projek itu di Selatan Semenanjung.

Syarikat itu yang dikatakan bekerjasama dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Rochester Foundation dilaporkan akan membentuk konsortium bagi melaksanakan projek jaringan paip gas asli pertama di rantau ini yang menghubungkan paip gas di Mersing dengan kepulauan di utara Indonesia, Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam, Hong Kong sebelum disalurkan ke Guangzhou, China.

Ditanya mengenai khabar angin kerajaan akan menswastakan syarikat utiliti negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Najib berkata kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian.- BH

Terbongkar, terkantoi mantoi... haha...

Posted: 29 Jul 2011 11:22 PM PDT

Terbongkar: Uthman melenting rahsia bocor dimajlis perjumpaan Mufti

Ulamak Uthman Al Muhammadi merasa kesal dengan dengan ketidakamanahan para ulamak yg mendedahkan beberapa fakta ketika perjumpaan mufti dan wakil majlis agama dengan Majlis Keselamatan Negara, baru baru ini.

Beliau menyifatkan perbuatan itu boleh mendedahkan rahsia dan musuh mengambil peluang. Lapur sinarharian tadi. Apabila ditanya apakah beliau menuding kepada Dr.Asri Zainal Abidin dan ulamak 40 Umno sebagai berfahaman Wahabi dalam pertemuan itu? beliau tidak mahu mengulaskan nya.

Uthman Muhammadi juga berkata "mereka sepatutnya sayangkan Negara dan jika ada musuh dalam Negara kita, musuh adalah orang Islam sendiri" malah beliau merasa kecewa kerana yg membocorkan ini adalah orang orang yg berpendidikan agama yg tinggi.

Walaubagaimana pun sebelum ini Mohd Thajudeen, setiausaha MKN menafikan yg beliau melabelkan mana mana ulamak yg berfahaman wahabi.

Haru dah ngan SPR nih...

Posted: 29 Jul 2011 10:22 PM PDT

SPR berdepan krisis kepercayaan?
Oleh Salhan K Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.

Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda," kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah.M/Kini

Ahsraf yang gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Posted: 29 Jul 2011 08:40 PM PDT

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - Bernama

Kena tunjuk anu dulu... kahkahkah...

Posted: 29 Jul 2011 07:33 PM PDT

Bakal Pengantin dikenakan tunjuk alat kelamin masing-masing?
Oleh Saiful Bahri

Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!

Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?

GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.

Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.

Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.

"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.

Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.

Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.

Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.

Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.

Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Macamana la bangsa Umno tak boleh nak paham benda mudah nihh... haha...

Posted: 29 Jul 2011 05:55 PM PDT


Macamana la bangsa Umno tak boleh nak paham benda mudah nihh... haha...

Intai intai sama Somalia tu camana...

Posted: 29 Jul 2011 03:30 PM PDT

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata.

Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.

"Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

"Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir," luah Sainab dalam nada bergetar.

Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.

"Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain," kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

CUACA kemarau mengakibatkan rakyat Somalia terpaksa berjalan kaki ke kem-kem pelarian untuk mendapatkan bantuan makanan.

Menagih bantuan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Hari ini, Somalia yang terletak di timur Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti terdesak memerlukan bantuan makanan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, krisis kemarau dan makanan di Somalia adalah antara yang paling teruk di dunia.

"Sukar diluahkan dengan kata-kata apabila menyaksikan banyak nyawa terkorban kerana musim kemarau dan panas terik. Saya tidak pernah melihat kem-kem pelarian sesak dengan orang ramai yang hadir dalam keadaan terdesak dan tidak bermaya.

"Paling menyedihkan adalah apabila melihat seorang ibu yang kehilangan tiga orang anak serentak ketika menuju ke kem pelarian," jelas Antonio Guterres mengenai satu perempat daripada 7.5 juta orang Somalia yang membanjiri kem pelarian.

RAKYAT Somalia menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan di kem pelarian.

Masalah dalaman

Menurut Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, krisis kebuluran di wilayah Afrika tidak berkesudahan sekiranya masalah dalaman di negara itu tidak diselesaikan pada kadar segera.

Selagi isu rasuah, pergolakan politik dan perbalahan rakyat masih belum diatasi, maka secara tidak langsung ia menyebabkan ekonomi negara semakin merosot. Semua itu mengakibatkan Afrika kekal tersenarai sebagai negara mundur dan miskin.

"Selain kacau-bilau, kenaikan harga bahan api dan bahan mentah turut menyumbang pada krisis kebuluran di beberapa wilayah di Afrika.

"Disebabkan faktor itu, kebanyakan negara maju, badan korporat, individu dan agensi bantuan terpaksa mengehadkan perbelanjaan stok bekalan makanan yang ingin diagih-agihkan kepada rakyat Somalia.

"Kos pengangkutan dan penghantaran makanan ke negara itu juga dititikberatkan memandangkan ia melibatkan kos bahan api.

"Bagi rakyat Afrika pula, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan sumber makanan daripada hasil pertanian kerana faktor cuaca yang panas dan kedudukan geografi," tambah Haim yang merujuk pada kawasan gurun dan tanah tandus di Afrika yang tidak sesuai dijadikan tapak pertanian.

Tambah Haim, isu kebuluran di setiap negara miskin dapat diatasi dengan baik sekiranya negara maju dan membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura atau negara sedang membangun seperti Malaysia bijak menguruskan sistem stok makanan dengan baik

"Pada pandangan saya, daripada stok makanan dibiarkan membazir begitu saja, lebih baik ia disalurkan pada negara-negara yang memerlukan," jelasnya lagi.

Kemarau berterusan

Cuaca panas dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan 12 juta rakyat di beberapa wilayah itu terpaksa berjalan kaki ke kem pelarian bagi mendapatkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, krisis kemarau tersebut turut mengakibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta terkorban. Jika musim kemarau lima tahun lepas hanya mengorbankan antara 20 hingga 30 ekor haiwan ternakan setiap bulan tetapi kemarau tahun ini angka haiwan yang mati hampir mencecah 50 ekor.

WANITA ini hanya mampu berserah mengenangkan kesihatan badan anaknya yang semakin kurus akibat kekurangan makanan.

Kehilangan jumlah haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung menyebabkan rakyat Somalia kehilangan sumber makanan.

Memetik ramalan saintis Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS), Chris Funk, menjangka musim kemarau di timur Afrika akan berterusan dalam tempoh yang sukar dipastikan. Lazimnya, bulan Mac hingga Jun merupakan musim hujan di Afrika.

"Namun sehingga ke hari ini, tidak menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun malah kadar purata hujan di Somalia mencatatkan di bawah paras paling rendah.

"Lebih memburukkan keadaan, isu pemanasan global dijangka meningkat dan faktor ini menyukarkan lagi usaha rakyat Afrika untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam kerana kekurangan sumber air serta tanah kering kontang," jelas Funk.

Setakat ini bagi menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Somalia yang kebuluran, UNHCR dan kerajaan Habsyah mengambil inisiatif menyediakan kem di Dolo Ado, Habsyah. Dianggarkan kem berkenaan menerima hampir 2,000 pelarian baharu setiap hari.

Persekitaran di Somalia bukan saja mempamerkan gelagat kanak-kanak bermain tanpa menyarungkan seluar malah turut menyaksikan penghuni kem sentiasa bersesak merebut makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Keadaan yang sama turut berlaku di kem Dadaab, Kenya iaitu kem pelarian terbesar dunia yang kini dihuni kira-kira 382,000 orang sedangkan ia hanya mampu menampung 90,000 orang pada satu-satu masa.- Kosmo

AdukaTaruna

Posted: 30 Jul 2011 11:24 AM PDT

AdukaTaruna


Terima kasih pada Nik Amar.

Posted: 30 Jul 2011 06:03 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Sentimen bola sepak kat Kelantan ni tak macam negeri lain. Kat sini, padang bola penuh petang2. Kat KB la.. kat daerah lain gua tak tahu. Maybe sama cam N9. Penuh dengan lembu dan kambing. Hehe..

Dan rupa2nya ada, dan telah ada satu pendekatan kerajaan negeri Kelantan mengawal belia2 mereka melalui aktiviti bola sepak. Di tempat gua, kepalanya ialah Nik Amar. DUN Panchor melahirkan berbelas2 team bola sepak. Merebut gelaran DUN.

Kawasan tempat gua tinggal, Padang Tembak masuk final. Lu tahu final kat mana? Stadium negeri bai. Usaha yang bagus. Dan terima kasih pada Nik Amar. Dari maklumat rakan2, kalau menang, akan bertanding Piala Tok Guru. maybe main kat Stadium Wembley kot. Haha.

Tapi malangnya kalah 0-2. Pemikiran gua untuk N3 ni, bukanlah base on player. Tapi base on pemerhati politik cabuk. Insyaallah, program2 sebegini membuatkan belia2 begitu rapat pada kerajaan negeri. Harap negeri2 lain, termasuk UMNO buat lebih baik dari negeri Kelantan. Insyaallah.


Kisah lelaki 'One man show'.

Posted: 30 Jul 2011 05:31 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua tak tahu istilah gua betul atau tidak. Tapi gua just mengimbau kenangan dulu2. Rakan gua. Berasal dari keluarga sederhana di Felda. Dari sekolah teknik, sampai Politeknik gua bersama (tempat belajar) dia, walau tidaklah rapat sangat.

Latar belakang keluarganya, kalau nak bandingkan dengan gua, memang gua lebih 'kaya' lah. Tapi apa yang buat gua kagum ialah 'one man show'nya. Menguruskan masa depannya secara berseorangan. Keluarganya tidak mampu untuk hadir.

Semasa pendaftaran poli, dia datang berseorangan tanpa sesiapa. By bas. Sampai sehari awal. Tidur di bus stop depan poli. Menguruskan pendaftaran. Menguruskan pinjaman. Sem 1 dapat asrama. Sem 2 kena blah.

Sem 2, seminggu dua tumpang rumah sewa kawan2. Pinjaman masuk, baru bleh join. Gua offer rumah sewa gua. Join dgn member2 serumah gua lah. Tapi dia tolak sebab tak sama kelas. Lagi pun jauh. Dia nak cari rumah yang dekat sebab senang nak menapak.

Skang 11 tahun berlalu.. Kini dia seorang guru di sekolah teknik. Gua caya lu bro..


Addin

Posted: 30 Jul 2011 11:06 AM PDT

Addin


Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah

Posted: 30 Jul 2011 06:00 AM PDT

Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya./tulahan.blog

Kisah Profesor Yahudi Peluk Islam

Posted: 30 Jul 2011 12:00 AM PDT

Sebut sahaja namanya Khadija, nama yang digunakannya setelah masuk Islam. Beliau seorang profesor keturunan Yahudi yang menemui cahaya Islam setelah menyaksikan kematian seorang sutradara/pengarah bernama Tony Richardson akibat penyakit AIDS. Khadija mengagumi Richardson sebagai sutradara panggung drama yang profesional, brilian dan diakui kalangan seniman antarabangsa. Kehidupan Richardson sebagai homoseks menularkannya penyakit AIDS yang mematikannya. Dari situlah Khadija mulai memikirkan gaya hidup masyarakat Barat dan masyarakat Amerika terutama dalam masalah moral. Khadija akhirnya mulai mengkaji ajaran Islam.

Khadija mula dengan mempelajari sejarah Islam. Sebagai seorang Yahudi, ia masih mengingat sejarah nenek moyangnya, Yahudi Spanyol yang hidup di tengah masyarakat Muslim dan terusir pada masa inkuisisi pada tahun 1942.

Khadija mempelajari bagaimana pemerintahan khalifah Turki Ustmaniah melayani penduduk Yahudi dengan cara yang berperikemanusiaa pada masa pengusiran orang-orang Yahudi dari daratan Eropah.

"Allah membimbing saya dalam belajar dan saya belajar Islam dari banyak tokoh seperti Imam Siddiqi dari South Bay Islamic Association, Hussein Rahima dan kakak angkat saya, Maria Abidin, seorang muslim orang Amerika asli dan bekerja sebagai penulis di majalah SBIA, IQRA," cerita Khadija mengenai dirinya sebelum menjadi seorang muslim.

Pada masa melakukan kajian tentang Islam, Khadija menemuramah seorang pemilik kedai daging halal di San Francisco. Di kedai itu beliau bertemu dengan seorang pembeli, perempuan bertudung yang kemudian sangat mempengaruhinya dalam memahami ajaran Islam.

Khadija terkesan dengan akhlak perempuan itu yang lemah lembut dan ramah, tambahan pula perempuan bertudung itu mampu menguasai empat bahasa asing.

"Kecerdasannya, membuat saya merasa terbebas dari sikap arogan dan memberikan kesan mendalam di masa-masa awal saya mempelajari bagaimana Islam boleh mempengaruhi tingkah laku manusia," ujar Khadija.

"Kajian yang saya lakukan membuat saya tahu lebih banyak tentang Islam dari sekadar sejumlah fakta, bahawa Islam adalah agama yang hidup. Saya belajar bagaimana kaum Muslimin menjadikan diri mereka sendiri dengan penuh martabat dan kebaikan sehingga boleh mengangkat mereka dari kekerasan dan diperbudak di Amerika ..."

"Saya belajar bahawa lelaki dan perempuan Muslim boleh saling mendukung keberadaan masing-masing, tanpa harus merosak keduanya secara verbal maupun fisikal. Saya juga belajar bahawa busana yang pantas menunjukkan semangat spiritualitas dan mengangkat darjat mereka sebagai manusia," beritahu Khadija.

Keadaan itu sangat berbeza dengan apa yang dialami Khadija selama ini, sebagai perempuan yang hidup di tengah budaya masyarakat Amerika. Seperti perempuan Amerika pada umumnya,beliau ibarat hidup di tengah kehidupan seksual.

Sejak usia ini, Khadija belajar bahawa masyarakat AS pada umumnya menilai manusia semata-mata dari penampilan luarnya saja sehingga banyak remaja, baik perempuan mahu pun lelaki yang putus asa kerana merasa tidak diterima oleh teman sebayanya.

Setelah mengetahui lebih banyak tentang Islam dan bergaul dengan beberapa muslim Amerika, Khadija makin mencintai dan menghormati Islam.

"Saya mendukung dan mengagumi Islam kerana Islam memberikan hak yang sama dalam bidang pendidikan untuk lelaki dan perempuan, menghormati hak lelaki dan perempuan dalam masyarakat dan ajaran tentang cara berpakaian serta aturan Islam tentang perkawinan," kata Khadija.

"Islam mengajarkan untuk menghargai diri kita sendiri sebagai makhluk ciptaanNya yang dianugerahi kemampuan untuk bertanggung jawab dalam hubungan kita dengan orang lain. Solat dan zakat, serta komitmen keimanan dan pendidikan, jika kita mengikuti jalan Islam, kita memiliki kesempatan untuk mendidik anak-anak yang akan terbebas dari ancaman kekerasan dan eksploitasi," sambungnya.

Dalam perjalanannya memeluk Islam, Khadija aktif di organisasi AMILA (American Muslims Intent on Learning and Activism) dan ikut mengerakkan organisasi itu. Khadija dengan jujur mengakui bahwa komuniti Muslim adalah komuniti yang mengagumkan.

"Islam memberi petunjuk pada kita agar terhindar dari api neraka," kata Khadija. Khadija pun penuh tekad untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang muslim.

"Sang Pencipta dikenal dengan banyak nama. Rahmat-Nya kita rasakan dan kehadiran-Nya dimanifestasikan dengan cinta, toleransi dan kasih sayang yang hadir di tengah kehidupan masyarakat," tegas Khadija./tulahan.blog

Profesor Peluk Islam Kerana Tumbuhan Bersuara

Posted: 29 Jul 2011 06:00 PM PDT

Pada satu penyelidikan ilmiah yang diberitakan oleh sebuah majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang mengadakan penyelidikan mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada. Para ilmuwan selama hampir 3 tahun mengkaji fenomena yang menghairankan ini berjaya menganalisis denyutan atau bunyi suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope.



Akhirnya para ilmuwan tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!! Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawasanya tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut.

Padahal seperti diakui oleh profesor ini bahawa pihaknya telah menyerahkan hasil penyelidikan mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan Eropah, akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena malah semuanya hairan tidak tahu apa yang boleh diperkatakan.

Pada akhirnya, fenomena tersebut diserahkan dan dikaji oleh para pakar dari Britian, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penyelidikan ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan.

Ilmuwan Muslim tersebut mengatakan: "Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, malah sejak 1400 tahun yang lalu!" Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.

Ilmuwan Muslim ini segera menyebut firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"... Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Isra': 44)

Tidak lain suara denyutan halus tersebut melainkan lafadz jalalah (nama Allah Subhanahu wa Ta'ala) sebagaimana kelihatan dalam layar. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi semua yang ada dimana ilmuwan tersebut berbicara. Subhanallah, Maha Suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penyelidikan ini, iaitu Profesor William Brown menemui ilmuwan muslim untuk berbincang tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak boleh baca tulis) sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah Al-Qur'an dan terjemahnya kepada profesor ini.

Selepas beberapa hari, Profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan: "Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. 

Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang boleh menafsirinya. Akan tetapi satu-satunya tafsir yang boleh kita temui adalah dalam Al-Qur'an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan Syahadatain: "Aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya".

Profesor ini telah mengumumkan Islamnya dihadapan para hadirin yang sedang terpegun. Allahu Akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam!/tulahan.blog

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 30 Jul 2011 09:59 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


PATUTLAH ATAU PATUTKAH HE HE DIA ADA KUASA TUHAN?

Posted: 30 Jul 2011 08:10 AM PDT

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan," katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

NONEShad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

azlanCadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi "lembaga keselamatan khas" dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

NONEMenurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah "tidak betul"

Najib: Palanivel akan dilantik menteri penuh

Posted: 30 Jul 2011 06:06 AM PDT

erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari mengumumkan bahawa presiden MIC Datuk G Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) hari ini.

MIC 65th AGM pwtc crowd 2 piccKatanya, beliau akan mengikuti jejak zaman ayahandanya Allahtyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila terdapat dua orang India dalam kabinet.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.
"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G Palanivel sebagai menteri penuh," katanya sambil menambah presiden MIC akan mengangkat sumpah tidak lama lagi.

Menteri berbangsa India di kabinet Najib sekarang adalah Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam yang juga adalah timbalan presiden MIC.

Sejak beberapa dekad yang lalu, bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menjadi wakil tunggal masyarakat India dalam jemaah menteri kerajaan BN.

Palanivel, yang dilantik sebagai seorang senator, hilang kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas mendudukinya selama empat penggal.
Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April tahun lalu, Palanivel digugurkan pada saat terakhir kerana mendapat tentangan BN, hususnya Umno Hulu Selangor.
Pertukaran
Sebaliknya, Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dinamakan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan beliau menang mengalahkan calon PKR dan menjadi ahli parlimen yang baru.
NONEPalanivel kemudian merajuk seketika sehingga dilantik sebagai senator dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
Adalah dipercayai MIC akan melepaskan dua jawatan timbalan menteri yang disandangnya sekarang bagi mendapatkan kerusi tambahan di kabinet.

Satu lagi kerusi timbalan menteri milik MIC dipegang oleh bekas pemimpin PPP Datuk T Murugiah, yang menyertai parti itu selepas berlaku perebutan kuasa dengan presidennya Datuk M Kayveas. Tempoh Murugiah sebagai senator berakhir tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan Najib yang berkata beliau bersedia menerima pertukaran itu sebagai menghargai sokongan masyarakat India.

"Saya dengan lantang dan jelas. (Ucapan dasar Palanivel) beri jaminan jika kerajaan selesaikan masyarakat India, mereka akan kembali menyokong BN," katanya.

Mengulas pengumumannya pada sidang akhbar selepas itu, najib berkata MIC membuat "pertukaran dua jawatan timbalan menteri untuk sebuah jawatan menteri penuh."

Anak Sungai Derhaka

Posted: 30 Jul 2011 09:42 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Shahrizat sedih tak sempat bimbing Mohd Ashraf?

Posted: 30 Jul 2011 04:23 AM PDT

Cuba korang tengok diakhir petikan berita dibawah ini.. korang agak siapa yang perlukan bimbingan sebenarnya..

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Shahrizat berkata, kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutama kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya. – Bernama


Cara memakai tudung yang nak membimbing..

Cara memakai tudung yang mahu dibimbing oleh pemimpin UMNO diatas..

Hang bimbing diri sendiri dululah Shahrizat.. sendiripun tak betul nak bimbing orang lain pula..

Bagaimanapun Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Ashraf!

Pelawa Ku Li terajui PR, Anwar sudah melompat?

Posted: 30 Jul 2011 01:52 AM PDT

Semalam Zahrain buat cerita kononnya beberapa orang pemimpin PAS dan DAP telah berjumpa Ku Li untuk memujuk beliau agar menerajui Pakatan Rakyat kerana kata Zahrain, Anwar bakal ke Penjara bukan Putrajaya - baca di ( SINI ).

Bagi menjadikan cerita Zahrain itu nampak lebih real, hari ini seorang lagi yang telah melompat keluar dari PKR iaitu Zamil Ibrahim, Pengerusi KITA Kedah pula menyambung cerita Zahrain, kononnya beliau telah menerima maklumat daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Anwar Ibrahim telah melompat bila mendengar berita itu..


Esok siapa pula nak sambung cerita ini? Gobala? Ezzam? Lokman NoorAdam? Zul Nordin? Tan Tee Beng? atau siapa????


Anwar berang isu pelawa Ku Li

2011/07/30

KUALA LUMPUR: Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan beliau malah berang dan tersinggung.

Berikutan itu Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.


Berita Harian Online

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama.. apa cerita ni?

Posted: 30 Jul 2011 12:41 AM PDT

Sebelum itu.. Pendedahan demi pendedahan mengenai senarai daftar pemilih yang tidak bersih dilakukan, kebanyakkannya oleh PAS.. timbul persoalan disini kenapa hanya PAS saja yang mendedahkan? adakah hanya PAS yang memiliki daftar pemilih tersebut? tentu tidak daftar tersebut juga dimiliki oleh PKR..

Tetapi kenapa tiada pendedahan oleh PKR? mana mamat yang kata AMK Selangor sudah mengesan 88 dan 64 nama dalam satu alamat dulu? dah tak jumpa yang lain ke? ..


Buat kerja malas, bila orang lain buat kerja, diaorang hijack ditengah jalan semata-mata untuk mencari nama... sekarang mana hasil pencarian korang yang lain?? Buktikan yang korang tu boleh buat kerja..


44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

PETALING JAYA: PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,

Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.

Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.
Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

"Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.

"Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.

"Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.

Bukan pengundi klon

"Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa," katanya.

Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.

Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.

"Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?

"PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.

"Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara," tambahnya.


Free Malaysian Insider

Pilihanraya semakin hampir.. Mereka dibebaskan..

Posted: 30 Jul 2011 12:35 AM PDT



KUALA LUMPUR 30 JULAI : Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan kesemua enam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan.


Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Katanya ini kerana, pembebasan kesemua enam tahan terbabit adalah perlu dibuat segera atas alasan mereka tidak melakukan kesalahan.

"Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat," katanya.

Beliau yang juga Adun Manir itu berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Menurut Harun Taib, pembebasan kesemua tahanan EO semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus sedar dan akur terhadap kesalahan mereka sekali gus terpaksa membebaskan aktivis terbabit.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh merampas serta menafikan hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan.

Lewat petang semalam, keenam-enam pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 28 hari lalu di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan.

Mereka ditahan dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

TVS News

DAP jual tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan?

Posted: 30 Jul 2011 12:15 AM PDT

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak telus berkaitan transaksi penjualan tanah seluas 300.5 hektar di Sendayan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan, Anthony Loke, (gambar kanan) mempersoalkan mengenai harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi.

"Apakah terma-terma dalam perjanjian jual beli tersebut, dan adakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau turut mempersoalkan perihal transaksi tersebut yang dijalankan dengan sangat rahsia sekali.


Pada 16 Jun lalu, media melaporkan tentang majlis tandatangan perjanjian jual beli antara 1MDB dan Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan untuk pembelian 300.5 hektar tanah di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dalam satu majlis penyerahan cek dua hari lepas di Seremban, Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri melalui MBI berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimana pun, jelas Loke yang juga Ketua Pemuda DAP , keupayaan kerajaan negeri membayar semula pinjaman tersebut tidak ada kena-mengena dengan kecekapan pengurusan kewangan.

"Ini lebih merupakan kerana sebahagian tanah tersebut telah dijual kepada 1MDB untuk tujuan projek pembinaan pangkalan baru TUDM bagi menggantikan pangkalan lamanya di Sungai Besi yang telah diserahkan kepada 1MDB untuk pembangunan komersial," katanya.

Dalam pada itu, tambah Loke yang juga Adun Lobak, kesemua soalan yang diajukan beliau berhubung perkara itu untuk Persidangan DUN pada 8 Ogos depan telah ditolak oleh Speaker DUN, tanpa sebarang sebab.

"Penolakan soalan saya itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, dan langsung tidak menunjukkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti," katanya.

Justeru Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah mendesak Mohamad Hasan agar menjawab persoalan-persoalan berhubung penjualan tanah tersebut kepada 1MDB dengan kadar segera dan secara terbuka.

"Jika beliau gagal memberi penjelasan secara terbuka, ia hanya akan menimbulkan lebih banyak keraguan bahawa perjanjian jual beli itu diselubungi dengan unsur rasuah," katanya.


Roketkini

Video Raja Lawak Versi Ibrahim Ali..

Posted: 29 Jul 2011 12:03 PM PDT

Saksikan bagaimana Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA memberikan alasan-alasan mengapa perhimpunan PERKASA pada 9 Julai lalu gagal..

Video 1



Video 2


Video 3


Video 4


Video 5

Al Ikram

Posted: 30 Jul 2011 09:41 AM PDT

Al Ikram


PRODUCT OFTEN DENIGRATING & TARGETING MUSLIMS

Posted: 30 Jul 2011 08:40 AM PDT

JANGAN LUPA JASA PARTI PANDI KUTTY

Posted: 29 Jul 2011 01:15 PM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 30 Jul 2011 09:28 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wanita Teladan: Zainab binti Abu Salamah

Posted: 30 Jul 2011 06:11 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, Nama lengkapnya Zainab binti Abu Salamah Al-Makhzumiyah. Ia adalah seorang wanita yang menguasai hadits dan fiqih. Bahkan termasuk salah seorang yang paling menguasai fiqih pada zamannya di Madinah.

Dia meriwayatkan sekitar tujuh hadits Rasulullah SAW. Beberapa orang juga meriwayatkan hadits darinya, seperti Abu Ubaidah bin Abdullah bin Zam'ah, Muhammad bin Atha, Urak bin Malik, Hamid bin Nafi', Urwah bin Zubair, Abu Salamah bin Abdurrahman, dan Zainal Abidin Ali bin Husein.

Ketika anak-anak Zainab binti Abu Salamah terbunuh, Hasan pernah berkata, "Demi Allah, tidak selamat seorang pun diantara mereka dan sungguh telah terbunuh dua anak Zainab binti Abu Salamah, sedangkan dia (Zainab) merupakan anak yang pernah diasuh Rasulullah SAW."

Ketika jenazah kedua anaknya didatangkan di hadapannya. Zainab berkata, "Demi Allah, sesungguhnya musibah pada kalian berdua sungguh amat besar. Padahal kehilangan salah seorang dari mereka berdua sudah merupakan kejadian besar."

Hasan memberikan isyarat pada yang lain, dan merasa tidak tenang. "Zainab kemudian duduk di rumahnya. Aku hanya berharap agar rahmat tercurah padanya," kata Hasan.

Sepenuhnya ...

Aduuuhhhhh, penampar Tuanku Ibu ...?

Posted: 30 Jul 2011 01:03 AM PDT

Raja Zarith Sofia, yang juga adalah Canselor Universiti Teknologi Malaysia, menasihatkan pelajar agar tidak mempercayai semua yang dilaporkan oleh media mengenai perhimpunan BERSIH itu.

Sebaliknya, titah baginda, mereka perlu menentukan sendiri mana yang benar dan cuba menilai sendiri sebanyak yang mungkin mengenai perkembangan di negara hari ini.

Sepenuhnya ...

Dia ni nak diRogol ...? Boleh cayer ker ...?

Posted: 29 Jul 2011 11:25 PM PDT

Dia ni nak diRogol ...?
Boleh cayer ker ...?

No Sexy Girls Please ...?

Posted: 29 Jul 2011 06:52 PM PDT

Shanghai. Hemlines are a little longer at this year's annual online gaming fair in Shanghai, as companies take to heart a government directive against "vulgarity", a Chinese newspaper reported on Friday.

The ChinaJoy Expo, an annual online game showcase, is well-known for its "spicy girls" who dress up in hot pants and bras to dance and pose at company booths.

But a recent government crackdown on "vulgarity" in the online games sector is forcing the girls to cover up, the Shanghai Daily said.

"The length of my dress is longer than before," said Zhou, a model who has been a ChinaJoy showgirl twice.

The new policy prohibits costumes that show more than two-thirds of a showgirl's back and bans the girls from sticking printed logos on "sensitive positions" like over their breasts, the paper reported.

Read more ...

KRAI Utara

Posted: 30 Jul 2011 07:56 AM PDT

KRAI Utara


Oh! Sponge bob yang kaler kuning tu pon najib takut, Patutlaaa

Posted: 29 Jul 2011 10:10 PM PDT


OH Artis:Video HD Majlis Pernikahan Nurul Syuhada & Amir.

Posted: 29 Jul 2011 09:15 PM PDT



Kagum betul dengan video pernikahan Nurul Syuhada & Amir yang dirakam oleh team CST Production, versi HD okay! Macam tengok filem arahan Kabir Bathia kaedah'nya. Anda yang nak berkahwin dalam masa terdekat disarankan menonton video ini, mana tahu nanti dapat ilham-ilham menarik ke…READ MORE

Pahang Daily Online

Posted: 30 Jul 2011 07:26 AM PDT

Pahang Daily Online


Gara-Gara Mahu Di Bunuh Jika Masyarakat Tidak Boleh Menerima Beliau, Akhirnya Allah Jua Yang Telah "Mengambil Nyawa Ashraf Hafiz" Pagi Tadi!

Posted: 29 Jul 2011 09:19 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (foto), yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


Kenyataan Ashraf yang mahu dibunuh jika masyarakat tidak terimanya
Akhirnya Allah Taala jua yang lebih berkuasa mengambil nyawa beliau

[Kadang-kadang bila kita berkata-kata, maka kita perlu lihat juga akibatnya. Ramai yang mengeluarkan kenyataan seperti beliau ini sebenarnya. Mungkin Allah tidak mahu hidupnya lebih tersiksa dengan apa yang dilalui akibat kesilapannya sendiri. Soalnya sekarang, di manakah jenazah beliau mahu dikebumikan. Beliau seorang lelaki, sedangkan dia sudah mengaku menukar jantina?. Inilah yang memusykilkan kita sebenanrya. Kes yang berlaku terhadap Ashraf ini memang terjadi di mana-mana. Semakin ramai "mak nyah atau pondan" yang sanggup membuat pembedahan menukar jantina sekarang ini. Di Pahang, hukuman terhadap golongan ini agak longgar. Ini menyebabkan semakin hari semakin ramai pondan-pondan yang berkeliaran menjalankan operasi maksiatnya di bandar ini. Ramai juga dikalangan mereka yang telah menukar jantina sebenarnya. Malah, kes pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Tourism Pahang 2010" di Hotel Vistana yang pernah kami dedahkan dulu juga masih belum mendapat respon positif daripada pihak berkuasa. Mungkin hanya kerana ia melibatkan anak bekas seorang pemimpin UMNO Pahang (foto) agaknya. Jika inilah keadaannya, maka semakin ramai pondan akan mencari makan dan bebas menjalankan aktivitinya di bandar ini. Sesuatu perlu dilakukan sekarang. Harapan kita pondan-pondan akan mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku kepada Ashraf ini hendaknya dan ingatlah daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari)].

Memalukan: Blogger UMNO Si Semut Hitam Perlu Kaji Fakta Sebelum Kata Pembangkang Bankrap !

Posted: 29 Jul 2011 08:46 PM PDT

Kami amat tertarik tatkala melihat blogger UMNO Pahang mempertahan dan membicarakan soal Lynas. Dalam posting terbaru hari ini oleh blogger semuthitam di blog pahangku yang bertajuk "Pembangkang Pahang Bankrap", jelas sekali menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham apa-apa fakta pun tentang apa yang mereka tuliskan. Amat malang sekali bila blogger seperti ini dilatih khas untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Pahang dalam isu panas seperti ini sebenarnya. Nampak benar begitu dangkal tahap mentaliti dan pengetahuan mereka tentang isu yang diperkatakan itu. Dalam artikel tersebut blogger terbabit secara jelas beliau mengatakan "Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini. Puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni memang bankrap. Diorang bankrap idea. Dalam erti kata lainnya, diorang ni MISKIN. Miskin dengan idea, miskin dengan sokongan dan miskin dalam pengetahuan mengenai pentadbiran. Maka sebab itu la diorang sering bertanya benda yang bukan - bukan. Sebagai contoh, isu Lynas ni. Isu ni dah selesai sebenarnya. Rakyat dah tahu bahawa apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ini hanyalah penipuan semata - mata". Beliau juga turut mengatakan "Sampaikan ada dikalangan ahli mereka sendiri yang turut mengakui perkara ini. Dan mereka juga turut memberi kebenaran untuk anak - anak mereka memohon kerja di kilang tersebut. Tapi disebabkan tembelang mereka dah pecah, jadi puak - puak Pembangkang Haramjadah ni cuba nak cari isu lain yang dapat dibangkitkan. Salah satu cubaan terbaru mereka ialah mengenai pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Lynas tu. Itu yang Semut kata diorang ni miskin dalam ilmu pengetahuan. Bukan kilang Lynas ni je yang dapat pengecualian cukai ni. Semua kilang pun dapat", tambah beliau.


Bukti, kenyataan yang dibuat dalam artikel terbarunya di Pahangku
Namun, dalam keadaan sedar atau tidak blogger terbabit telah memperbodohkan dirinya sendiri apabila membicarakan isu ini. Beliau secara jelas mengatakan Lynas menawarkan 20 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Fakta mana yang diperolehi pun kita tidak tahu. Tiba-tiba begitu mudah mengeluarkan fakta seperti itu. Ini kerana Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan (MITI) berkali-kali mengatakan Lynas hanya menawarkan 450 peluang pekerjaan selama ini. Malah, CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui bahawa kilangnya bakal memberi peluang kerja kepada 450 rakyat tempatan. Cuma apa yang difahamkan, jumlah pekerja mencecah 3,000 hingga 5,000 orang ketika proses pembinaan kilang tersebut dijalankan. Itu pun bukan semua rakyat tempatan yang digunakan. Majoritinya adalah buruh asing yang diimport khas untuk bekerja di situ. Peluang 450 pekerjaan hanyalah selepas kilang itu beroperasi kelak. Itu pun, sudah pasti bukan semua rakyat tempatan yang akan mengisi kekosongan tersebut. Sudah pasti Lynas akan membawa juga pekerja luar yang lebih berpengalaman untuk membantu operasi mereka. Disini jelas sekali Blogger semuthitam, bercakap tidak merujuk kepada fakta sebenarnya. Mungkin dek kerana terlalu ghairah untuk mempertahankan projek tersebut atau dia sendiri sudah terkena "radiasi Lynas" agaknya. Malah, kenayataan kononnya isu Lynas sudah selesai amatlah tidak wajar sama sekali. Ia mungkin selesai dimata kerajaan tetapi tidak di mata rakyat. Banyak perkara dan rahsia yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Apakah ini namanya sudah selesai?.

[Buat blogger semuthitam, eloklah belajar melihat fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang cukup memalukan selepas ini. Jangan malukan Kerajaan Negeri Pahang melalui tulisan dangkal yang langsung tidak dapat mencerna minda rakyat. Sudahlah tulisan yang sering memaki hamun dan berkata lucah sering kali dikeluarkan oleh beliau selama ini. Kami melihat jika blogger sebegini digunakan untuk mengembalikan kepercayaa rakyat terhadap kerajaan maka akhirnya "masuk anging keluar asap". Tulisan mereka langsung tidak memberi kesan mendalam dihati rakyat dan nampak benar mengampu sebenarnya. Oleh itu, kerajaan negeri perlu melahirkan lebih ramai blogger yang lebih profesional dan mempunyai etika dalam penulisan mereka jika mahu rakyat percaya apa yang diperkatakan. Tindakan membenarkan penulis upahan yang "hentam kromo" seperti ini akan menyebabkan rakyat tertawa dengan apa yang didedahkan sebenarnya. Ingatlah, isu Lynas adalah satu kes besar yang akan menyebabkan BN kehilangan majoriti pengundi Cina pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika BN gagal lakukan sesuatu, pasti mereka akan terperangkap kali ini. Berhati-hatilah!].

Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media

Posted: 29 Jul 2011 08:15 PM PDT

Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum

MB, Kerajaan Negeri Tidak Abaikan Aduan Rakyat


JERANTUT - Kerajaan negeri tidak mengabaikan setiap aduan yang disampaikan oleh rakyat bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata, pihaknya memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat di luar bandar dan pedalaman khususnya penyediaan kemudahan asas termasuk bantuan pendidikan."Sejak mengadakan lawatan ke beberapa daerah di Pahang Barat awal bulan ini, masalah yang sama diadukan kepada saya berkaitan kemudahan asas, memohon hak milik tanah, bekalan air, elektrik dan kebajikan lain. "Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan pegawai daerah segera menangani masalah itu dalam sesi pertemuan dan amat memahami masalah yang mereka hadapi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di sini kelmarin. Menurut Adnan, kerajaan negeri mahu permasalahan rakyat didengari dengan lebih telus dan tindakan segera diambil dengan kerjasama wakil rakyat dan agensi kerajaan. Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan segera sesuatu projek mengikut jadual walaupun berhadapan sedikit kelewatan. sumber

Ribut Serta Angin Kencang Melanda Lepar Hilir

KUANTAN - Sebanyak 113 buah rumah di Gugusan Felda Lepar Hilir dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang petang semalam. Kejadian pada pukul 4.15 petang itu melibatkan kerosakan 92 buah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Lepar Hilir 4 (11) dan Taman Saujana (10). Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Abdul Rahman Inoh berkata, kejadian itu berlaku dalam tempoh tidak sampai lima minit menyebabkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang. "Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta menghulurkan bantuan kepada mangsa selain meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat," katanya. Abdul Rahman menambah, Felda akan turut memberi bantuan segera kepada mangsa ribut bagi meringankan beban mereka. Dalam pada itu, seorang mangsa, Zakiah Abdul Rahman, 51, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini. "Ketika itu, suami saya seorang diri berada di rumah dan sebaik sahaja sampai, saya terkejut melihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin," katanya sambil bersyukur suaminya selamat dalam bencana itu. Seorang lagi mangsa, Saluma Mat Alim, 50, memberitahu, semasa kejadian dia sedang menonton televisyen dan tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan dia segera selamatkan diri bersama anak lelakinya. sumber

Peneroka Tembagau Dapat Duit Tanam Semula

BERA - Lebih 500 peneroka Felda Tembangau 1 dan 2, dekat sini akan menerima wang tanam semula antara RM9,000 dan RM13,000 berikutan menukar tanaman mereka daripada getah kepada kelapa sawit. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) berkata, pengurusan Felda sedang menyiapkan penyata terakhir bagi membolehkan bayaran itu dibuat dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada kadar jualan hasil peneroka kepada agensi tersebut sebelum ini. ''Segala masalah peneroka akan diatasi secara baik dan berhemah walaupun kadangkala berlaku kelewatan berikutan masalah teknikal serta terpaksa meneliti secara rapi bagi mengelakkan pelbagai masalah berbangkit di kemudian hari. ''Peneroka jangan terus menuding jari kepada Felda atau termakan hasutan pihak luar jika menghadapi sesuatu masalah tetapi perlu beri peluang kepada kakitangan agensi itu untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka peringkat Wilayah Mempaga di Felda Tembangau 1, di sini kelmarin. Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pengurusan Felda prihatin dengan masalah yang dihadapi peneroka. Begitupun, katanya, jika peneroka membawa masalah mereka kepada pihak luar, ia hanya akan menyulitkan keadaan terutamanya membabitkan kewangan dan sebagainya. Beliau berharap, warga peneroka bersyukur kerana dengan menyertai Felda, terbukti mereka berjaya mengubah taraf kehidupan. sumber

[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum].

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Menolak Alasan Wan Ahmad Tentang Had Waktu Kempen 21 Hari

Posted: 29 Jul 2011 01:19 PM PDT

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) secara dasarnya menolak alasan yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung dengan tempoh had masa 21 hari jangka waktu berkempen pilihanraya. "Tempoh (kempen) 21 hari boleh diguna untuk pastikan rakyat dapat maklumat, khususnya mengenai calon. Ya, pengundi boleh tahu semua mengenai parti tersebut tapi (apabila) tempoh pendek ia tidak cukup untuk mengenali calon," tegas beliau. Beliau turut terlibat dalam wacana yang disertai Wan Ahmad di Petaling Jaya petang semalam. Sepanjang wawacana bersama wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, Datuk Muhammad Mohd Shafee Abdullah itu, Wan Ahmad sekali lagi difahamkan meletakkan segala keresahan rakyat terhadap ketelusan pilihanraya kepada kuasa-kuasa terhad yang diberikan kepada SPR. Katanya SPR hanya sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya selain memantau poster yang dinaikkan oleh parti-parti yang bertanding. Keberkesanan SPR bergantung sepenuhnya terhadap sejauh mana pejabat Peguam Negara dan Parlimen mencadang dan meluluskan pindaan undang-undang yang ada sekarang, jelas beliau. "Ianya amat susah untuk puaskan hati semua orang bila anda berada di tengah-tengah," kata beliau. Seperti wacana Selasa lalu, Wan Ahmad menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya. Justeru beliau berkata aduan-aduan mengenai pembelian undi, sogokan dan rasuah politik semasa kempen pilihanraya harus dirujuk kepada SPRM dan bukan pihaknya. "Tidak pernah SPR ambil tindakan orang yang rasuah dalam pilihan raya ke mahkamah. SPRM ada (kuasa) untuk mendakwa," ujar beliau.

[Ambiga menggesa SPR untuk bangkit mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah badan yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak, baik kerajaan atau pembangkang. Beliau mahukan SPR menguatkuasakan Perkara 115(2) Akta Pilihan Raya 1958 SPR. Ia memberikan SPR kuasa untuk melantik pasukan penguatkuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengamalkan rasuah dan kesalahan lain semasa PRU. "Akta Pilihan Raya beri kuasa kepada SPR kerana ia menyebut pasukan penguatkuasa SPR berhak 'pastikan undang-undang bertulis diikuti pihak terlibat,' kata beliau. "Jadi mereka berhak panggil pihak berkuasa terlibat untuk bantu mereka jika mereka lihat aktiviti yang menyalahi akta itu. Mereka lihat dan mereka boleh lapor kepada polis atau sesiapa," tambah Ambiga lagi].

SPR Akhirnya Berjanji Menetapkan Tempoh Lebih Seminggu Sebagai Jangka Waktu Kempen PRU-13 !

Posted: 29 Jul 2011 12:57 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke-13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. "Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto). Beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama. "Polis tidak dapat bekerjasama selama 24 jam (untuk 21 hari) kerana ianya tempoh yang lama," ujar beliau di forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di Petaling Jaya petang semalam (29 Julai). Jangka masa kempen pada PRU sebelum ini adalah antara seminggu hingga sembilan hari yang disifatkan parti pembangkang sebagai tidak memadai. Sebelum bersetuju menetapkan tempoh kempen yang lebih lama, Wan Ahmad mendakwa tidak ada keperluan mengadakan tempoh berkempen panjang kerana parti politik yang bertanding sudah pun dikenali pengundi. Gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat lantang mendesak SPR menetapkan tempoh berkempen 21 hari untuk membolehkan mesej parti-parti politik sampai ke akar umbi. Keperluan itu amat penting khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan lojistik serta berkepadatan penduduk tinggi di pendalaman.

[Sebenarnya dalam hal ini, SPR tidak perlu berdolak dalih kononnya rakyat sudah kenal parti bertanding maka mereka tidak perlu kempen yang panjang. Jika itu keadaannya, rakyat sudah kenal kerajaan BN maka mereka tidak perlulah turun berkempen. Masalahnya, kempen perlu bagi menghindari rakyat yang dirasuah oleh BN itu pada setiap kali pilihanraya. Walau pun mereka kenal parti yang bertanding, tetapi apabila dihulurkan wang ringgit dan berbagai imbuhan ketika berkempen maka akhirnya mereka terpaksa undi BN. Sebab itulah kempen diperlukan untuk memulihkan kembali jiwa dan minda mereka yang cuba dipesongkan oleh parti-parti tertentu. Soal pembangkang sudah selalu berkempen melalui ceramah sepanjang tahun seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Itu tidak mencerminkan informasi boleh sampai kepada rakyat secara keseluruhannya. Ia hanya sampai kepada kelompok terbabit sahaja. Jika SPR mahu adil dan kempen pendek maka mereka perlu beri ruang yang sewajarnya kepada pembangkang untuk berkempen di RTM sama seperti BN. Alasan RTM perlu mewar-warkan agenda BN sahaja adalah tidak tepat kerana peruntukan Kementerian Penerangan dibuat menerusi Bajet setiap tahun. Ini bermakna ia menggunakan duit rakyat. Maka itu, wajarlah rakyat diberi peluang sama rata untuk menerima maklumat dari parti yang disokong mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh SPR].

Majlis Perbandaran Kuantan Di Harap Wajibkan Juga Peniaga 'Tutup Aurat' Di Samping Menutup Makanan Masing-Masing Di Bulan Ramadan Ini !

Posted: 29 Jul 2011 07:24 AM PDT

KUANTAN, 29 Julai - Berkuat kuasa 1 Ramadan ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mewajibkan semua 1,431 peniaga bazar Ramadan menggunakan bekas makanan bertutup bagi meningkatkan aspek kebersihan. Sebelum ini, ada di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan makanan dengan membiarkannya terdedah kepada habuk dan lalat sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelanggan. Malah, tinjauan dilakukan sendiri Yang Dipertua MPK, di sebuah bazar Ramadan tahun lalu, mendapati aspek kebersihan tidak diutamakan sebahagian besar peniaga dan beliau sendiri turut mengesan terdapat lalat dalam bekas air minuman yang dijual. Ketua Bahagian Penjaja MPK, Mohammad Hamzan Ibrahim (foto), berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang enggan mematuhi syarat ditetapkan. "Kita akan memberi amaran terlebih dulu sebelum menarik balik permit berniaga mengikut Undang-Undang Kecil Penyediaan dan Pengendalian Makanan MPK 1993 jika peniaga terus berdegil enggan menggunakan bekas makanan dan minuman bertutup. "Pada masa sama, kita akan memastikan mereka mematuhi semua peraturan ditetapkan termasuk mempamerkan kad kesihatan, pemakaian apron dan penyediaan tong sampah," katanya. MPK menyediakan 30 tapak gerai termasuk Beserah, Balok, Taman Tas, Sungai Isap, Cenderawasih dan Stadium Darul Makmur sepanjang bulan puasa. Sementara itu, peniaga yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan itu berdepan tindakan tegas oleh pihak MPK. Sementara itu, seorang peniaga air dan keropok, Roslan Mustapha, 45, menyambut baik saranan MPK yang mewajibkan para peniaga menggunakan bekas makanan bertutup.

MPK juga diminta bertegas supaya pekerja bazar menutup aurat masing
masing bagi menghormati kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini

[Tindakan mewajibkan peniaga menggunakan bekas makanann tertutup amatlah baik sekali untuk menjamin kualiti dan meningkatkan aspek kebersihan. Namun, dalam masa yang sama juga pihak MPK perlulah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk mewajibkan juga para peniaga dan pekerja wanita mereka menutup aurat ketika menjalankan urusan perniagaan. Apa yang dapat dilihat pada setiap tahun ialah ramai pekerja yang tidak menutup aurat dan gemar berpakaian seksi hingga menjolok mata. Mana lebih afdal daripada menutup makanan dengan menutup aurat kepada wanita Islam itu sendiri. Kita tidak mahu bazar Ramadhan dijadikan tempat untuk memperagakan tubuh seksi masing-masing. Apakah kita mahu kejadian ribut taufan (video TV3) seperti yang melanda bazar ramadhan tahun lalu berlaku lagi pada tahun ini. Peringatan telah diberikan oleh Allah, justeru itu berhati-hatilah demi menjaga pahala puasa umat Islam yang lain pada bulan Ramadan ini nanti].

Info Cyber Warta Selangor Bertarikh 28 Julai 2011

Posted: 27 Jul 2011 11:01 AM PDT

Dunia Berwarna Luna Version 2

Posted: 30 Jul 2011 07:22 AM PDT

Dunia Berwarna Luna Version 2


Hot....penindasan pro umno di MESIR!!

Posted: 29 Jul 2011 05:35 PM PDT







Kat atas neh ada 5 dokumen. Korang kena baca dan fahamkan betul2. Nak download pun boleh. Just pergi link neh. Kat sini korang akan nampak lihat penindasan pro umno terhadap mana2 kakitangan yang tidak condong kepada perjuangan mereka. Aku rasa bebas pun kena tiaw sekali gak kot.

Ada 5 perkara yang mengeramkan diri aku berhubung perkara di atas.

1. Kos membaiki rumah kelab umno ialah usd 97 ribu. Wow. Itu nilai usd beb. Banyak tue. Tapi betul ke itu kos sebenar nya hah? Teruk sangat ke rumah tue sampai beriban2 nak repair plak? Tapi agak bias disini bilamana rumah2 lain tak disentuh langsung. Kira nak repair rumah dia je yerk. Penting diri sungguh. Gila dowh dorang neh. Tak adil.

2. Menteri besar terengganu bagi sumbangan ye? Atas kapasiti negeri, umno ataupun individu tue hah korang rasa? Kalau bukan guna duit sendiri sepatutnya kredit haruslah diberikan kepada rakyat marhaen.

3. Ahli yang berdaftar dengan umno cuma 50 orang je. Tapi kenapa program dapat sambutan hangat? Sebab kena paksa lah weh. Tak serta kan korang buang. Tak percaya?

4. Nampak tak apa alternatif dorang terhadap kakitangan yang tidak mesra umno? Apa yang dorang buat tue? Hello.. ko patut melindungi kakitangan dan mahasiswa malaysia di mesir. Bukan nya berpolitik sakan di mesir sana. Sampai menindas2 orang. Dok ampu2 umno sampai mampos. Macam lah umno tuhan ko. Ke memang ko anggap umno tuhan ko?

5. Mengangkat perjuangan umno dan bn di mesir? Boleh tak pakatan rakyat mesir ditubuhkan di sana bagi mengangkat agenda pr pula? Adil lah beb. Umno ada negeri, pr pun ada negeri. Kita saing cara sihat dan open lah kan. Biasiswa datang dari rakyat. Gaji pegawai pun datang dari rakyat gak. Kalau rakyat tak bising, korang sapa nak memekak?


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/konspirasi-umno-terhadap-pelajar-mesir.html#ixzz1TXmRapsX



{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}