Ahad, 11 November 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Nov 2012 01:58 PM PST

Apa Yang Tersirat


Pas tidak akan kembali pada perjuangan asal: Mustafa Ali

Posted: 10 Nov 2012 09:58 PM PST

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali menolak secara terang-terangan desakan ahli Pas Selangor yang mendesak agar parti itu kembali ke landasan asal.

Satu forum yang dianjurkan oleh segelintir ahli-ahli Pas Selangor dianjurkan semalam, selain membuat desakan di atas, juga dalam forum itu diputuskan agar parti Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP.

Forum sehari itu, melihat Pas kini sudah lari daripada perjuangan asal, malah parti itu lebih condong kepada menuruti keinginan dua parti sekutu parti itu DAP dan PKR.

Parti Pas sejak berkerja sama dengan DAP dan PKR menurut forum semalam, bukan lagi parti dominan, melainkan menjadi parti pak angguk parti DAP dan PKR.

Mengulas kesimpulan forum itu, Mustafa Ali berkata, forum itu dianjurkan oleh ahli-ahli Pas yang bermasalah.

Yang lebih melucukan lagi, menurut Setiausaha Agung Pas itu, forum yang diadakan oleh ahli-ahli Pas itu, kononnya didalangi Umno.

Hebat juga Umno ini, sehingga mampu mempengaruhi ahli-ahli parti lain, jika benarlah kenyataan Mustafa Ali itu.

Umum sudah mengeahui, Pas kini bukan lagi berjuang seperti mana perjuangan parti itu sejak ditubuhkan lebih 40 tahun lalu. Parti itu telah mengubah haluan daripada berlandaskan islam kepada parti berlandaskan kepada kebajikan, terjemahan kepada perjuangan DAP yang berasaskan kepada sosialis.

Perubahan kepada perjuangan Pas itu, atas sebab untuk membantu PKR dan DAP mendapat kuasa. Kuasa adalah segalanya bagi Pas pada ketika ini, walaupun mengorbankan matalamat penubuhan parti itu sebelum merdeka lagi.

Apa kah perubahan perjuangan Parti Pas ini masih mendapat sokongan akar umbi parti itu? yang mana selama ini mereka memilih parti itu kerana perjuangannya?

Pada peringkat akar umbi Pas, mereka telah maklum, bahawa menyokong Pas sama juga menyokong DAP, ertinya menyokong Lim kit Siang atau Lim Guan Eng, yang mana sebelum ini adalah taboo menyokong mereka-mereka itu.

Pas melalui Mustafa Ali, jelas dan nyata menolak desakan agar supaya Pas kembali ke landasan pejuangan asal, seperti mana perjuangan mantan-mantan pemimpin Pas terdahulu seperti Datuk Fadzil Noor.

Duke of UMNO

Posted: 11 Nov 2012 01:55 PM PST

Duke of UMNO


ADEHHHH..!!! NEELOFA BERKEMBAN LAGI..???!!!

Posted: 11 Nov 2012 07:32 AM PST


Adehhh laaa..!!! Neelofa ni berkemban lagi? Minat betul dia kat fesyen berkemban ni. Dah takde fesyen lain ke Lofa?

Aku tahu la Neelofa ni cantik. Tapi jaga la kecantikan tu dengan baik. Pakai tu lain kali biar la sopan sikit...sesuai sebagai seorang muslimah yang dilahirkan di negeri Serambi Mekah..

Errr.. Pok Nik tak ajar ke Neelofa berpakain molek-molek sikit? Ishhhh...Pok Nik ni nak kena tibai nihhhh...

Lofa...aku harap hang pakai la pakaian yang sopan sikit no. Hang tu glemer...cun pulak tu. Jangan la hang naik disebabkan publisiti lagu ni... tak elok woooo...!!! Nanti terangkat habis kopiah pak-pak lebai PAS tu..depa bukan tau control nafsu..tiap-tiap hari depa makan ubat kuat..!!! Heh!

PERHATIAN KEPADA "BELOGGER" PAS KEDAH, ZUL YA DAN SANUSI SETPOL..!!!

Posted: 11 Nov 2012 06:32 AM PST


Dengar sini baik-baik kepada "beloggers" PAS Kedah dan kepimpinan PAS Kedah, termasuk Zul Ya dan Sanusi Setpol sekali. Kami akan dedahkan beberapa perkara dalam masa terdekat ni...

Yang jelas, pendedahan ini akan menampilkan penipuan, salah guna kuasa, dosa dan segala kebobrokan kepimpinan PAS Kedah...

Tak lama dah...tunggu masa ja ni. Heh!

Gabra? Tak payah gabra dulu. Tunggu sampai kami keluarkan satu persatu..heh! Tak payah buat roadshow macam PAS pun takpa...bukan apa, banyak sangat yang nak dedah ni...

Takkan la nak buat roadshow sampai 1000 siri kot? Terkeluaq anak tekak wooo..!!! Heh!

Nak tahu isu apa? Heh! Tunggu laaaa...Eksklusif dari kami..!!! Heh!

PANASSS..!!! AHLI PARLIMEN PAS BONGKAK SEPERTI FIRAUN..!!!

Posted: 11 Nov 2012 04:37 AM PST

wan abd rahim

Bongkak betul bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang di Kelantan yang telah didominasi PAS selama lebih 22 tahun.

Wan Abdul Rahim bagaikan Tuhan berkata bahawa biarpun Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan lebuhraya berjaya merampas Kelantan, rakyat di negeri Serambi Mekah itu tidak akan sekali-kali menyokong BN.

"Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan," katanya di Parlimen baru-baru ini.

Sungguh saya tidak hairan dengan kenyataan sebongkak ini memandangkan Firaun juga dulu pernah menegaskan bahawa kerajaan miliknya takkan tumbang sebelum musuh Allah itu dikalahkan oleh seekor nyamuk!

Pada saya, kenyataan seperti itu hanya akan terbit dari mereka yang sememangnya gilakan kuasa dan berpendapat bahawa mereka sajalah yang layak memegang kuasa sehingga hari kiamat.

Suka saya ingatkan kepada Ahli Parlimen Kota Bharu itu bahawa BN dulu tidak pernah bongkak begitu meskipun telah mentadbir negara ini dengan cemerlang sejak merdeka dulu.

Meskipun sering disabotaj, dikutuk, difitnah, ditohmah dan diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang setiap hari siang dan malam, Kerajaan BN tetap memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau budaya.

Pun begitu, sekurang-kurangnya BN redha dengan ketentuan Allah SWT setelah kehilangan Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada PRU ke-12 yang lalu tanpa menyalahkan SPR.

Lagipun, BN bukanlah bersifat tidak dapat menerima qadha dan qadar Allah seperti Pakatan Haram yang menyalahkan SPR serta ramai pihak lain setiap kali mereka kalah pilihanraya, kan?

Berbalik mengenai kenyataan Wan Abdul Rahim itu, apakah dia fikir rakyat Kelantan itu semuanya menyokong PAS dan Pakatan Haram?

Apakah dia cuba menafikan hak rakyat Kelantan lain yang selama ini menyokong BN dan begitu setia memberikan undi mereka kepada calon BN para setiap kali pilihanraya?

Dengan undi tersebut, apakah Wan Abdul Rahim fikir bahawa para penyokong BN di Kelantan redha dengan pemerintahan Nik Abdul Aziz yang memperdagangkan syurga dan agama Allah di bumi Serambi Mekah itu?

Suka saya ingatkan Wan Abdul Rahim supaya tidak terlalu bongkak di bumi Allah kerana masih ramai lagi rakyat Kelantan yang celik dan sedar betapa teruknya PAS mentadbir negeri itu!

Sila rujuk kepada rekod-rekod pentadbiran negeri Serambi Mekah itu di mana sarang pelacuran begitu berleluasa tidak jauh dari pejabat Menteri Besar yang kononnya seorang "pemimpin spiritual" yang hebat!

Lihat saja bagaimana Rantau Panjang menjadi "jambatan maksiat" dan bagaimana negeri itu mencatat hatrik sebagai juara pengidap AIDS selama tiga tahun berturut-turut!

Bagaimanapula dengan ekonomi Kelantan yang statik, tidak berkembang dan berada di takuk lama sedangkan Rasulullah SAW dahulu merupakan seorang peniaga yang hebat dan mampu mengembangkan ekonomi umat Islam dengan bijak.

Yakin sangatkah Wan Abdul Rahim tentang kekuasaan PAS di Kelantan?

Apakah dia fikir Allah SWT tidak mampu mengembalikan negeri Serambi Mekah itu kepada BN nanti?

Sekiranya Allah SWT mentakdirkan Kelantan berjaya dirampas kembali oleh BN pada PRU ke-13 nanti, dimanakah Wan Abdul Rahim mahu letak muka? Bolehkah rakyat Kelantan ludah mukanya ketika itu?

Rasanya tidak perlulah Wan Abdul Rahim berkelakuan seperti budak-budak. Lebuhraya yang dijanjikan itu sebenarnya memang berada di dalam perancangan Kerajaan Pusat.

Kerajaan PAS Kelantan saja yang tergedik-gedik mahu mempolitikkan isu lebuhraya itu. Kononnya mengutip derma untuk membina lebuhraya dan siapa yang menderma akan mendapat pahala. Memanglah!

Tapi, bagaimana pula dengan pahala Kerajaan BN yang telah membina leburaya dari utara sehingga ke selatan tanahair? Bagaimana pula pahala BN yang telah membina leburaya karak ke pantai timur? PAS berani nafikan pahala Kerajaan BN itu?

Kalau membina lebuhraya itu tanggungjawab Kerajaan Pusat, cuba lihat betapa banyaknya kerajaan di negara-negara lain yang tidak membina lebuhraya di negara mereka dan apakah kerajaan itu zalim?

Harapnya Wan Abdul Rahim menggunakan akal yang diberikan Allah sebelum berbicara. Bukan apa, terlajak perahu mungkin boleh diundur lagi, namun terlajak kata maka tanggunglah malu itu seumur hidup, kan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! GUAN ENG ARAHKAN PEGAWAI ROBOH RUMAH WARGA EMAS DAN OKU..!!!?

Posted: 11 Nov 2012 01:34 AM PST

Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata apabila bahagian depan rumah pusaka milik keluarganya diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tanpa notis di Lengkok Sungai Gelugor di sini.

Kejadian pilu itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, apabila Mariam Tahir, 72 tahun keluar ke pasar bagi membeli keperluan untuk masak tengahari buat anaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar dia terkejut rumahnya dipenuhi anggota MPPP dan pihak polis untuk menjalankan tugasan meroboh.

Katanya, lebih memeranjatkan apabila MPPP bertindak merobohkan struktur hadapan rumahnya dengan alasan bahagian depan rumah itu dibina tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan MPPP.


"Saya tahu salah kerana bina rumah tidak mengikut piawai yang ditetapkan tetapi MPPP sepatutnya memberikan saya notis berhubung pekara itu. Mereka (MPPP) kata dah beri notis tapi saya hanya terima notis terbabit dua tahun yang lalu.

"Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi malah pagi ini MPPP datang dengan tangan kosong dan terus roboh bahagian depan rumah saya," katanya dengan nada sedih kepada pemberita ketika ditemui dirumahnya.

Jelas Mariam, dia kecewa dengan sikap MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

"Mana budi bicara mereka? Mengapa tidak datang dan memberitahu saya lebih awal mungkin saya boleh mencari jalan penyelesaian," ujarnya.

"Saya dah tua, anak saya pula OKU kehidupan kami hanya bergantung dengan wang yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sekarang sebahagian depan rumah saya telah diroboh, saya takut bahagian belakang juga akan runtuh kerana struktur hadapan sudah tiada lagi," katanya.

Rumah yang berusia lebih dari 100 tahun merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya , Haslina Hashim berteduh.

Pengerusi JKKKP, Kampung Sungai Gelugor, Rosli Ab.Razak berkata, pihak MPPP harus memberi notis terlebih dahulu kepada tuan rumah sebelum membuat tindakan sedemikian. Beliau berasa sangat kecewa dengan tindakan MPPP.

"Saya berasa terkilan dan kecewa kerana tuan rumah tidak menerima apa-apa notis daripada MPPP. Jika kita dapat notis, kita boleh membuat persediaan awal."

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Omar Fauzar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana banyak lagi rumah yang membina struktur haram namun warga emas ini yang mejadi mangsa.

"Banyak lagi rumah yang bina struktur baru di bahagian hadapan rumah, mengapa hanya rumah ini saja dirobohkan?

"Saya mahu pihak MPPP perbaiki semula rumah warga emas itu hari ini juga agar mereka dapat hidup seperti sedia kala,"katanya.

PANAS DI SELANGOR..!!! TANAH "PAK MAT" DIRAMPAS "PENGHULU BESAR"..!!! TAK MAU DEMO KE..???

Posted: 10 Nov 2012 10:16 PM PST


Seorang lelaki bernama Pak Mat telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk membangunkan tanah miliknya seluas 7.32 hektar di Klang, Selangor...

Namun kemudiaannya, syarikat tersebut menghadapi masalah dan tak jadi nak bangunkan tanah milik Pak Mat tu. Dalam ertikata lain, perjanjian tu dibatalkan laaa..

Tapi, datang pulak "Penghulu Besar" yang bernama Khalid Gagap terus rampas hak milik tanah Pak Mat tu. Dia kata tanah tu bukan lagi dibawah kekuasaan Pak Mat...

Untuk makluman, "Penghulu Besar" tu ada kuasa untuk merampas tanah tersebut.

Kalau korang berada di tempat Pak Mat, apa korang rasa? Nak buat demo?

Kalau nak demo, buat la depan rumah "Penghulu Besar" tu...heh! Ada berani? Mana puak-puak Pakatan Haram pembelas rakyat tu? Berani tidur atas jalan sambil pegang bendera? Heh!

P/s: Tanah-tanah kat Selangor tu bapak "Penghulu Besar" tu punya kottt...???!!!

GEMPARRR..!!! PM DIHINA PENCACAI CELAKA PAKATAN HARAM..!!!

Posted: 10 Nov 2012 07:18 PM PST

PM dihina di tanahair sendiri...
Apa korang rasa kalau aku buat gambar bapak korang macam ni? Suka tak? Siap buat karya seni semata-mata untuk hina bapak korang...suka? Seronok? Korang akan datang bagi bunga dan hadiah kat aku tak?

Tapi inilah yang dilakukan oleh budak Fahmi Reza kat bawah ni. Kononnya seni. Seni kepala hotak dia! Seni LGBT? Seni OMEGA? Seni "Main belakang"? Seni China Doll?

Ni la pencacai sial tu..elok terajang jer..
Apa kata kalau kita buat benda yang sama atau lebih teruk dari ni kat Anwar Berahim. Tak payah Anwar Berahim la...buat kat Ambiga pun dah ramai yang meroyan nak saman sana sini.. 

Tu la mentaliti puak-puak pembangkang ni..Depa buat semuanya HALAL... tapi kalau kita buat semuanya HARAM...

Tapi jangan takut, kita takkan buat kat "dewa-dewa" depa sebagaimana yang depa buat kat Datuk Seri Najib, PM kita. Kita bukan rendah moral dan mentaliti macam depa...tak perlu berlaku bodo macam Fahmi Reza ni...

Cuma, kalau sesapa nampak Fahmi ni, elok terajang je dia seorang sekali...heh! Kasi "ubat" betulkan balik kepala dia tuuuu....Muahahahahahaaaaaa..!!!

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Nov 2012 01:11 PM PST

Cucu Tok Selampit


Ada Dua Keldai Yang Rasa Diri Ahli Parlimen Mahu Menggunakan Ruang Sidang Media

Posted: 10 Nov 2012 05:30 PM PST

Ada dua ekor keldai yang tidak sabar-sabar mahu menjadi Ahli Parlimen. Satu "gayboy" Anwar Ibrahim yang merasakan dirinya lebih Wakil Rakyat dari Wakil Rakyat itu sendiri. Namanya Rafizi Ramli. Kes perbicaraannya kerana "meniup trompet" dengan melanggar Akta BAFIA masih lagi sedang berlangsung. Orang ini merasakan diri kebal dari undang-undang dan tidak pernah menghormatinya.

Ini gambar baru-baru ini sehingga menyebabkan DS Noh Omar yang merupakan seorang Ahli Parlimen dan seorang Menteri terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat Sidang Media. Agak lucu apabila "gayboy" Anwar Ibrahim ini menyalahkan DS Nazri Aziz yang menghalang beliau dari membuat Sidang Media di ruang yang dikhususkan untuk Ahli Parlimen.


Yang kedua pula adalah Normala Sudirman, bekas guru sekolah yang kalah sebagai calon PAS di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Yang ini juga tidak sabar-sabar untuk memberikan maklumat di sidang media yang dihadiri oleh Ahli Parlimen pembangkang, walaupun beberapa kali ditegah oleh pengawal bertugas. Cuba lihat video di bawah bagaimana juak-juak Pakatan Haram tidak tahu malu.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Nov 2012 12:16 PM PST

PEJUANG BANGSA


Bapa pengantin Wedding Of The Year tak dijemput !!

Posted: 11 Nov 2012 10:30 AM PST



Sementara negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.

 Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre.

 "Saya seorang bapa yang sedih," Lee paparkan dalam bahasa Cina di Facebook beliau.

 "Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah." Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini. 

Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.



 Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, "Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia." Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.

 Pasangan pengantin baru ini akan mengadakan resepsi perkahwinan untuk keluarga mereka pada Ahad malam di Kuala Lumpur Convention Centre. http://news.abnxcess.com/bm/staging/2012/11/2976/

Artis Melayu tak kisah tayang separuh payudara demi lakonan !!!

Posted: 11 Nov 2012 09:05 AM PST




Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

 Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

 "Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

 "Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com

Politik Harian

Posted: 11 Nov 2012 03:51 AM PST

Politik Harian


Nasharudin Bidas Pemimpin Tertinggi PAS!... Nurul Izzah Perlu Tarik Balik Kenyataan

Posted: 10 Nov 2012 10:53 PM PST



Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya.'' Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.

Nasharudin menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa terdapat "tiada paksaan dalam agama" adalah sama seperti untuk memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam sebagai ayat yang dia memetik hanya boleh digunakan untuk bukan Islam.

"Apabila Allah telah memutuskan perkara iman, Syariah dan moral, kita (Islam) tidak mempunyai hak untuk memilih.

"Hak kami hanya untuk mendengar dan taat kerana ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran," katanya kepada hari Ahad edisi Utusan Malaysia dalam satu temu bual disiarkan hari ini.

Oleh itu, Nasharudin berkata Nurul Izzah mesti menjustifikasikan hujah jika dia kini dinafikan bahawa ia adalah sama seperti memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam.

Jika tidak, katanya, Nurul Izzah mesti menarik balik kenyataan beliau.

Menjawab kepada rakan-rakan pemimpin PAS yang telah dipertahankan Nurul Izzah, Nasharudin berkata mereka tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Sebaliknya, Nasharudin menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat kenyataan terhadap isu Nurul Izzah ini kerana ahli parti tidak selesa dengan kata-kata beliau ..

"Mereka telah menunggu kepimpinan untuk membuat kenyataan tetapi sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat," katanya.

Pemimpin PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas mengenai perkara itu.

Nurul Izzah Liabiliti Kepada PKR

Posted: 10 Nov 2012 06:00 AM PST


Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.

PAU: 476 Usul Daripada 191 Bahagian Akan Dibahas

Posted: 10 Nov 2012 04:46 AM PST


ebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini.

Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.

"Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -Bernama

bumiyang

Posted: 11 Nov 2012 03:34 AM PST

bumiyang


Kedudukan Felda Sebagai "Lubuk" BN Buatkan Mazlan Alimin/PR Semakin Gundah???

Posted: 10 Nov 2012 07:48 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Nov 2012 01:59 AM PST

Taipingmali (tm)


20121110 Norman Toha @ Wacana Pulih PAS.avi

Posted: 11 Nov 2012 01:26 AM PST

Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah Tidak Boleh Terima Alasan Di Pecat 10/11/2012

Posted: 11 Nov 2012 01:13 AM PST

Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah,Mohd Najib Fahmi Yahya Berkata Beliau Tidak Boleh Menerima Alasan Mengapa Beliau Di Pecat.Beliau Berkata Demikian Di Majlis wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal'.Wacana Ini Adalah Inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.

Ini lah sikap Pas yang suka memecat ahli sesuka hati. Di Batu Kurau Perak Ustaz Tajudin pun dipecat oleh Pas kerana beliau mempertikai kan urusan kewangan Kohilal dan cara Kohilal mendapat keuntungan dengan cara yang tidak berlandaskan hukum syariah.

Setelah memecat beliau, Pas Batu Kurau melabelkan Ustaz Tajuddin sebagai penganut fahaman Syiah.

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP?

Posted: 11 Nov 2012 12:42 AM PST

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk "jaga" keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang "jaga" siapa. Strategi mereka ialah seorang "jaga" seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

Mat Sabu tercemar dan Nik Aziz didewakan

Posted: 11 Nov 2012 12:09 AM PST

Pas Perak hanya jadi umpan pun-pun Dap

Posted: 10 Nov 2012 09:26 AM PST

Calon yang diharapkan oleh Pas untuk kerusi N 16.


Pada PRU 12 Pas hanya menang 6 kerusi di Perak dan PRU 13 kemungkinan besar satu kerusi pun tak ada muka Pas dalam Dewan Dun di Perak. Ini kerana Pas cakap tak serupa bikin, cakap lain, buat lain.

Janji nak laksanakan hudud hanya tinggal janji. Nizar Lambai kata dalam dewan undangan negeri bahawa bahawa tidak ada dalam perlembagaan dan anekmen Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan Dr Azizan menteri besar Kedah juga berkata hudud tidak akan dilaksana kan di Kedah.

Sebelum Pru 12, Pas kata orang Islam wajib undi calon Islam dan tolak calon bukan Islam. Oleh sebab itu Pas menang 6 kerusi tetapi selepas selesai Pru 12 Pas sanggup pula bekerjasama dengan bukan Islam dalam membentuk kerajaan pembangkang.

Pas menjadi merak buih bila Nizar Lambai dilantik menjadi Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak dan sebelum itu Ngeh Koo Ham dan Karpal Sink mencabar undang-undang tubuh negeri Perak dan Dap juga turut mengecam Sultan Perak.

Akhirnya Dap akur dan menerima perlantikan Nizar Lambai tetapi Nizar dan Pas terpaksa menjadi kuda kayu Dap. Nizar hanya perlu berceramah dan bertazkirah sahaja dan segala urusan pentadbiran dilakukan oleh Ngeh dan Nga.

Dalam tempoh 11 bulan Pas dan Dap memerintah Perak tanah-tanah kerajaan negeri yang dikategorikan sebagai prime lands habis dikebas oleh konco-konco Dap. Di Taiping banyak bangunan baru sedang rancak dibangunkan oleh pemaju hasil daripada 11 bulan pentadbiran kerajaan Dap yang disokong membuta tuli oleh Pas.

Sekarang Dap dah ada senarai calon Melayu untuk mewakili Dap dalam Pru 13 dan setakat Dap telah mengenal pasti 3 kerusi Dap  iaitu Jelapang, Malim Nawar dan Kepayang akan diwakili oleh calon Melayu.

Walaupun kawasan tersebut majoritinya pengundinya Cina, Dap akan memastikan dan memaksa pengundinya memberikan undi kepada calon Melayu.

Di Taiping, kerusi N16 Kamunting, desas desus menyatakan kemungkinan besar akan diambil alih oleh Dap dengan meletakkan calon Melayu.

Pas dalam masa yang sama telah mula bertelagah dengan Pkr dalam perebutan kerusi Dun Changkat Jering yang pernah diwakili oleh Pkr. Alasannya mudah kerana Adun Osman Jailu yang mewakili Pkr telah menyebabkan Nizar Lambai hilang kerusi menteri besar.

Oleh itu, mimpi Nizar dan Pas Perak untuk meletakkan Nizar sebagai menteri besar tak akan kesampaian. kerana Dap sendiri sudah mempunyai calon Melayu yang untuk dilantik sebagai menteri besar.

Ramai ahli dan penyokong Pas sudah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka dan berjanji akan mengundi untuk BN walaupun mereka tak berani bertukar bendera, protes akan dibuat secara senyap untuk menentang kemunafikan kepimpinan Pas.

Tindakan Pas bekerja sama dengan Dap hanya menguntungkan pihak Dap sahaja dan Dap akan menjadikan Pas sebagai umpan pun-pun sahaja untuk meraih undi Melayu dalam Pru 13 akan datang.Niat Pas untuk mempergunakan Dap sama sekali tidak akan menjadi kenyataan.

Kerajaan Pakatan Haram Zalim

Posted: 10 Nov 2012 03:10 AM PST

Apa tindakan PAS sebagai kerajaan negeri yang sedia ada?



Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugur di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.

Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

"Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. —sumber : facebook

Sahabat-Gunung

Posted: 11 Nov 2012 01:10 AM PST

Sahabat-Gunung


Khalid Brahim Kecut Perut .... Golongan IT Dah Mula Kejar

Posted: 10 Nov 2012 05:03 PM PST




Zalim !!! Pembohong !!! Penindas …… Ini sahaja yang layak untuk digambarkan terhadap kerajaan PKR Khalid Ibrahim di Selangor …

Mereka akan buat apa sahaja, menabur janji-janji manis namun bila dah dapat … janji itu bukan untuk ditunaikan … ibarat habis madu sepah dibuang…

Semalam, aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana golongan ibu-ibu tunggal di daerah Selayang, kumpulan ini yang dipersatuankan atas nama Cempaka Biru menuntut agar pihak kerajaan negeri yang diterajui PKR dan Khalid Ibrahim di Selangor ….. untuk menunaikan janji-janji mereka sewaktu PRU12 yang lalu untuk memberi elaun tetap kepada golongan ibu tunggal ini ….

Mereka memberikan notis selama 14 hari kepada kerajaan Khalid untuk menunaikan janji mereka walaupun setakat RM100 sebulan kepada semua ibu tunggal di negeri Selangor ……

Turut bersama dalam demostrasi aman tersebut ialah Dato' Sohaimi Shahadan, Penaung Persatuan Cempaka Biru ini merangkap Pengerusi Gerakan prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Nov 2012 11:44 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Panas! Nasharudin pula balun "ANAK PAPA HEBAT"

Posted: 10 Nov 2012 09:39 PM PST



Ust. Nasharudin Mat Isa hari ni memberikan ulasan panjang mengenai isu pluralisme agama yang ditimbulkan Nurul Izzah anak PAPA HEBAT di dalam Mingguan Malaysia. Mymassa lihat Nasharudin lebih jujur dalam memberi ulasan tanpa melibatkan unsur politik. Tidak seperti BOS besarnya yang MyMassa kira sudah nyanyuk dan masih lagi ingin mempertahankan Izzah demi kelangsungan politik PAS.



NURUL IZZAH PERLU TAUBAT
Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.

Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen itu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contonya kononnya disalahtafsir atau disalah petik.

Ketiganya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, mula mendapat tahu itu tersebut dalam portal media internet.

Keempat, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang diucapkan. 

Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT.

Dalam konteks Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" hanya terpakai kepada bukan Islam,. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran ini bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.

Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud "Tiada boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak berhak untuk memilih..."

Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.

Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.

Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.  

Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.

Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.

Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.  

Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini
 
NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas

KeldaianDaily: Akhbar No 1 Pencacai Tegar Pakatan

Dalam ulasan Ust. Nasha sendiri jelas dia memahami apa yang diperkatakan oleh Izzah memang salah. Tafsiran yang Nurul Izzah nyatakan tidak benar. Jadi disini MyMassa berpendapat sekiranya seorang Ahli PAS/Bekas Timbalan Presiden  PAS sendiri mudah untuk memahami isu Pluralisme Agama Nurul Izzah, maka tidak perlulah pencacai-pencacai tegar pakatan cuba menegakkan benang yang basah. Mymassa fikir isu ini selesai sekiranya Izzah mengaku salah. Tidak perlu lah mencari sokongan semata-mata untuk mempertahankan kenyataan yang salah. Izzah seolah-olah mengheret orang lain untuk sama-sama masuk ke kuburnya. Wahai Izzah anak PAPA HEBAT, kamu memang harus bertaubat!

Kerana pakatan rakyat, Dong Zhong semakin berani hendak hapuskan Bahasa Melayu!!!

Posted: 10 Nov 2012 05:00 PM PST


Sedutan terjemahan iklan Dong Zhong di atas:
"...Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran."
Dong Zhong cuba hendak jadi hero kaum minoriti dengan mendakwa Kerajaan sebagai tidak adil dan melebihkan bahasa Melayu berbanding bahasa-bahasa lain. Tetapi iklan mereka sendiri pun hanya boleh dibaca oleh orang Cina.
Jadi memang sahlah mereka hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja.  
Bolehkah kita percaya kelompok manusia seperti ini untuk membela nasib bangsa kita?!!
Baca lanjut di LOLONG.

Kedai Urut Masih Beroperasi. Patutlah Klang Selalu Dilanda Malapetaka Banjir.

Posted: 10 Nov 2012 05:00 AM PST






Mana perginya suara PEMUDA PAS?

*Maksiat boleh menjemput kemurkaan Allah SWT. Itu yang ayat yang selalu digunakan dalam ceramah PAS. Sekarang ni macam dah kena kat batang hidung sendiri je.

Haji Hadi Dah Jadi Gila?

Posted: 10 Nov 2012 01:00 AM PST

Kesian Haji Hadi. Oleh sebab orang asyik sebut pasal Anwar dan keluarganya (terutamanya Nurul Izzah) kehadiran beliau dalam dunia politik tempatan semakin dilupakan. Sebab itu dah takde isu, tiba-tiba dia cipta isu untuk bertanding di Pekan. Bila nampak isu calon pembangkang di Pekan menjadi tarikan, Zaid Ibrahim pun muncul kembali mencuri tumpuan.
Hadi Awang & Zaid Ibrahim Gila Publisiti Murahan 

Kembang dada sekejap penyokong pakatan pembangkang khususnya para balaci PAS apabila Presiden PAS, Hadi Awang tiba-tiba sahaja mengumumkan akan bertanding menentang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan, Pahang. Hiruk piruklah para penyokong dan pemimpin pembangkang menyokong rancangan Hadi itu, tanpa diketahui itu hanyalah kisah gempak yang menjadi bahan lawak politik tanahair sahaja. 

Satu perkara yang perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat negara ini ialah, rata-rata politikus pro pembangkang sememangnya gemar buat gempak dan gila publisiti murahan. Ini realiti, sementelah lagi sebahagian besar pemimpin pembangkang kerja mereka hanyalah bercakap dan berceramah siang dan malam, namun bab kerja buat kebajikan untuk rakyat, satu haram pun tak diambil peduli. Jika betul Hadi serius mahu mencuba nasib di Pekan, tak perlulah menunggu arahan rasmi dari PAS Pusat. Selaku Presiden parti, Hadi berhak untuk menentukan mana tempat yang sudah muktamad untuk ditandinginya. 

Nampak sangat temberangnya bermotifkan mencari publisiti murahan tapi akhirnya menjadi bahan lawak politik apabila berselindung pula konon menunggu arahan rasmi parti. Hakikatnya, Hadi takkan sama sekali menghulur tengkuknya untuk disembelih oleh pengundi di Parlimen Pekan. Kawasan sendiri di Rhu Rendang serta Parlimen Marang pun tak terjaga, apatah lagi nak berkhidmat bagi penduduk Pekan. 

Sementara itu, Zaid Ibrahim yang baru melepaskan jawatan sebagai Presiden KITA pun nampaknya mahu tumpang semangkuk memeriahkan pesta lawak politik tanahair apabila kisah Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan diperkatakan ramai. Zaid pun teringin namanya disebut sebagai pak lawak politik. Bekas calon PKR di Hulu Selangor ini sejak dulu lagi agak gemar mencipta kontroversi sambil mencari publisiti murahan. Beberapa tahun dulu, dialah yang atas kapasiti peribadinya menyaman hudud PAS. Tapi ditarik balik selepas Zaid menyertai PKR dan dosanya dengan PAS terus 'diampunkan', namun hingga kini beliau masih berpendapat hudud PAS bertentangan dengan perlembagaan. 
Peliknya hingga kini juga, pemimpin PAS masih menyalahkan UMNO dalam isu saman itu. Ajaib betul perangai pemimpin pakatan pembangkang, mereka boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, kemudian akhir kalamnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam. Fobia betul mereka dengan UMNO. Apapun, sama ada Hadi mahupun Zaid, kedua-duanya dialu-alukan untuk mengotakan hasrat mereka bertanding di Parlimen Pekan. Mereka ada hak, malah Dato' Seri Najib sendiri tidak menghalang sekiranya benar mereka berminat untuk mencuba nasib. Tapi, soalnya sekarang berapa ramai yang percaya Hadi dan Zaid akan mengambil risiko untuk dimalukan oleh rakyat Pahang khususnya pengundi di Pekan?
*Haji Hadi bukan jadi gila betul-betul tapi jadi gila publisiti murahan.

Belantan

Posted: 10 Nov 2012 11:36 PM PST

Belantan


Peguam mohon perintah halang MB, PKNS pindah aset?

Posted: 10 Nov 2012 07:06 AM PST


Kamarudin Ahmad menunjukkan writ saman terhadap PKNS semasa memfailkan saman terhadap PKNS di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.

Peguam, Kamarudin Ahmad hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah deklarasi ke atas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan cadangan pemindahan lima aset perbadanan itu kepada Private Real Estate Company (PREC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman milik peguam berkenaan, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menurut Kamarudin, tindakan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan PKNS defendan kedua untuk memindahkan aset-aset perbadanan itu, jelas melanggar Perkara 13(1)(a) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

Lima aset tersebut adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di ibu negara.

``Menurut Perkara 13(1)(a) enakmen tersebut, defendan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan bagi mewujudkan syarikat dikenali sebagai PREC untuk tujuan menerima pindah milik lima aset yang dimiliki defendan kedua.

``Defendan pertama juga telah melanggar Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan dengan cara melupuskan aset-aset defendan kedua sehingga menjejaskan masa depan peniaga-peniaga Melayu dan bumiputera di seluruh Selangor,'katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin; dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon.

Mengikut writ saman tersebut, tindakan defendan pertama memindah milik aset-aset tersebut kepada PREC didakwa jelas melanggar Pindaan Enakmen PKNS 1972 yang memperuntukkan peranan defendan kedua sebagai agensi pelaksana dasar-dasar kerajaan Persekutuan.

``Tindakan pemindahmilikan aset PKNS tersebut akan merencatkan dasar-dasar kerajaan Persekutuan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara dan dasar mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

``Dasar-dasar kerajaan Persekutuan tersebut akan sukar dilaksanakan jika aset-aset PKNS dipindah milik kepada PREC kerana entiti tersebut tidak terikat dengan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi seperti terkandung dalam Enakmen PKNS,'' ujarnya.

Justeru katanya, PREC yang tidak terikat dengan enakmen tersebut, bebas untuk menjalankan apa saja bentuk perniagaan atau pelaburan yang mampu menjejaskan aset-aset PKNS tersebut.

Laporan Mingguan Malaysia 28 Oktober lalu mendedahkan satu sumber dalaman PKNS yang mendakwa kesemua aset komersial PKNS akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut didakwa sebagai 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : PKNS jual semua aset komersial?

Posted: 10 Nov 2012 01:11 AM PST



Bukan hanya lima, tetapi kesemua aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut adalah 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

Perkara itu didedahkan oleh satu sumber dalaman PKNS kepada Utusan Malaysia yang memaklumkan PKNS telah membuka sebuah anak syarikat bagi mengambil alih lima aset komersialnya di peringkat permulaan.

Sumber itu berkata, berdasarkan perancangan PKNS, anak syarikatnya yang dikenali sebagai Private Real Estate Company (PREC) akan mengambil alih kesemua aset komersialnya dengan alasan untuk memastikan mendapat keuntungan lebih tinggi.


"Sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

"Selepas kesemua aset itu beralih tangan, dibimbangi PKNS akan menjual pemilikannya di dalam syarikat tersebut pula dan sekiranya ini berlaku, perbadanan tidak akan lagi mempunyai kuasa terhadap asetnya, sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Lima aset tersebut ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Menurut Noh, difahamkan proses penjualan belum dimuktamadkan kerana surat perjanjian masih tidak ditandatangani tetapi berada pada peringkat akhir kerana secara asasnya Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjualnya.


Mengulas lanjut, sumber itu berkata, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

"Tetapi apa yang menghairankan, selepas PREC mengambil alih aset berkenaan, anak syarikat itu telah menyerap kesemua pekerja perbadanan yang menguruskan aset berkenaan selama ini ke dalam syarikat tersebut, sekali gus menafikan dakwaan kononnya pekerja tidak kompeten.

"Selain itu, mereka juga mahu meningkatkan hasil kepada tujuh peratus setahun berbanding hanya lima hingga enam peratus setahun sahaja selama ini. Sehubungan itu, sudah pasti sewa akan dinaikkan pada kadar berlipat kali ganda lebih mahal," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada Mei lalu telah mengarahkan supaya sewa di Kompleks PKNS Shah Alam dinaikkan tetapi keputusan tersebut dihalang oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Azmin Ali.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Azmin yang mengarahkan supaya arahan Abdul Khalid itu dibekukan seketika bukanlah kerana beliau prihatin dengan masalah peniaga, tetapi lebih mengutamakan impak terhadap partinya iaitu PKR, memandangkan tarikh pilihan raya umum semakin hampir.


"Meskipun sebenarnya Abdul Khalid sebagai Pengerusi lebih berkuasa di dalam PKNS, tetapi Azmin menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PKR negeri untuk membekukan tindakan menaikkan harga sewa kepada peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam itu," katanya.

Sumber itu mendakwa, PKNS kini juga seperti telah meminggirkan agenda untuk memajukan ekonomi Melayu tetapi di setiap mesyuaratnya lebih menekankan tentang keuntungan semata-mata.

Malah, ada antara pengurusan tertinggi agensi itu yang sering memperlekehkan agenda tersebut termasuk turut menganggap orang Melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris sebagai 'tidak berpengetahuan'.

"Mereka yang baru dilantik menerajui PKNS kebanyakan adalah golongan korporat yang dibayar dengan gaji cukup besar berbanding kebiasaannya. Di samping itu, mereka inilah juga yang tidak faham serta sering mengabaikan agenda untuk menolong orang Melayu," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Panglima Perang Cyber

Posted: 10 Nov 2012 11:23 PM PST

Panglima Perang Cyber


Lagi Gambar Penutup 1Malaysia Bike Week Oleh YAB Perdana Menteri DS @NajibRazak

Posted: 10 Nov 2012 10:00 PM PST

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Posted: 10 Nov 2012 09:15 PM PST

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Rakyat turut hadir memeriahkan acara penutup 1Malaysia Bike Week bersama YAB Perdana Menteri @NajibRazak"
(taken at Boulevard, Precint 3....)

Thanks,
The Instagram Team

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Posted: 10 Nov 2012 09:12 PM PST

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Ribuan motorsikal besar dan kecil yang datang untuk bersama YAB @NajibRazak demi semangat 1Malaysia"
(taken at Boulevard, Precint 3....)

Thanks,
The Instagram Team

Peneroka Felda Akan Dapat Banglo Dengan Bulanan Hanya RM 360 Sahaja - PM @NajibRazak

Posted: 10 Nov 2012 05:41 PM PST

Utusan Malaysia Ahad 11.11.2012

Pertahan Akidah Umat Islam - Ucap @NajibRazak Rasmi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia

Posted: 10 Nov 2012 09:07 AM PST

GERAKAN TIMUR Dedah Lagi Penipuan SUARAM Isu Kapal Selam !!!

Posted: 10 Nov 2012 08:15 AM PST


Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan.  Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu.   Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi  kerjasama ekonomi.  

Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis.   Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.  

Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.   

Mengimbas penipuan SUARAM, pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan, polis, hakim dan undang-undang Perancis.   SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan.  Malah, kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi.  

Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut, SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.   

Sejurus itu, SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar.   Bagaimanapun, Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM.  

Hakikatnya, aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas.  Dan SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan.  
 

Baca lagi penemuan beliau ini di laman blog peribadinya.


http://gerakantimur.blogspot.com/2012/11/bukti-terbaru-isu-scorpene-rekaan.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Mesti Baca : Lagi Bukti Keraguan Pemilihan Majlis Peguam

Posted: 10 Nov 2012 07:47 AM PST

> Berikut gambar kotak yang boleh mengundang berbagai persoalan.. Adakah wujud jaminan ketelusan melalui sistem seperti ini walhal ketika PRU pihak SPR diminta menyediakan kotak lutsinar.

Nampak pihak yang mengkritik SPR juga tidak melaksanakannya.
>
> Berikut email pembaca blog panglima isu pemilihan Majlis Peguam yang mungkin kita tidak sedar kerana tidak terlibat di dalam proses pemilihannya.

> Mohon kawan kawan sebarkannya.
>
>
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
> Ini pulak gambar ballot box bertempat di pejabat Bar Council.
>
> Bukan kotak lutsinar spt tuntutan bersih
>
> tiada pengawal bebas dan berkecuali yg jaga kotak tu
>
> so besar kemungkinan sesiapa saja boleh masukkan kertas undi pengundi hantu dlm tu
>
>
>
>

Mesti Baca : Ini Bukti Pengundian Pemilihan Majlis Peguam Tidak Telus ?

Posted: 10 Nov 2012 06:02 AM PST

Berikut kiriman email yang minta perkara ini didedahkan dan dijawab oleh Majlis Peguam. Ketika majlis menaungi peguam sepatutnya memegang prinsip ketelusan, nampaknya ada juga ruang keraguan di dalam sistem pemilihan dan pengundiannya.

Menurut sumber ketika ini undi pos sedang berlangsung dengan 14 ribu surat dipos kepada ahlinya seluruh negara. Ia akan berakhir hujung bulan khabarnya.

Apa yang kita khuatir berlaku penipuan dan pemimpin tidak layak meneraju Majlis Peguam lalu mengambil kesempatan mengkritik Kerajaan senada dengan suara pembangkang.


Berikut kirimn email yang diterima :


Ini gambar Ballot Paper undi pos BC 2013 dan gambar envelop.

katanya di poskan kepada semua 14000 ahli.

Tapi takde bukti pengeposan.

Ballot paper ada nombor siri. Tapi gambar ni bhgn no siri di gelapkan

so sesiapa saja di pejabat lawyer tu boleh pangkah maksimum 12 org in case lawyer yg terima tu buat derk je dgn ballot paper tu. So kalau ada sorang budak chambering tu pangkah 2 je, so ada kemungkinan bila sampai kat BC, dia akan tolong pangkah lagi 10

no body knows

tiada badan pemantau antarabangsa.

tiada sistem dakwat kekal

pos guna envelop yg di lampirkan

tapi sesiapa yg tak guna envelope tu pun undi akan counts

kalau pos guna envelope tu akan terus masuk dlm peti undi

tapi kalau guna envelope lain? tentu urusetia akan bukak dulu dan kalau tengok lawyer berkenaan tak undi cukup 12, kan diorg boleh tolong pangkahkan sblm masuk dlm ballot box?

TPM : BN Akan Pertahan Sekolah Cina

Posted: 10 Nov 2012 05:38 AM PST

Utusan Malaysia 10.11.2012

Hanging out with Malaysians online | Blog 1MALAYSIA @NajibRazak

Posted: 10 Nov 2012 12:20 AM PST


A month has passed since we held the #TanyaNajib: Budget 2013 on Google Hangout. I would like to take this opportunity to thank everyone who participated in it. It was a constructive session made possible by the contribution of fellow Malaysians seeking to understand and give feedback on next year's budget plans. After delivering the Budget 2013 announcement and reading endless analyst reports, it was wonderful to be able to get a fresh perspective directly from the people.


I found taking questions from people on Google Hangout and other social media a truly refreshing and innovative experience. They say leaders are meant to lead, but I also believe that leaders have a duty to follow and adapt to current trends. In a country with the sixth highest Twitter usage in the world and more than sixty per cent of households connected with broadband, I am pleased to say that the rakyat has set the bar very high.


During the session I received many interesting questions, many of which directly affect Malaysia's youth such as the book voucher for Form Six and university students and PTPTN loans. I was pleased to see how these initiatives would affect individuals in real and tangible ways. ­


I have always believed in embracing new media as a means to bring the Government closer to the people, and I continue to encourage key members of my government to do the same. The rise of social media brings with it many advantages, allowing me to interact with and engage the people of Malaysia at the click of a button. I'll keep looking out for new ways to do this so please continue connecting with me through Facebook, Twitter and Google+. I am looking forward to hearing from all of you!


For additional insight on the Google Hangout session, one of the participants I had the pleasure of chatting with haswritten an article here. And if you missed the session, you can catch up with it on my YouTube channel.




Sent from my iPad

The Unspinners

Posted: 10 Nov 2012 11:22 PM PST

MERBOK TIMES

Posted: 10 Nov 2012 11:06 PM PST

MERBOK TIMES


SYED MOKHTAR AL BUKHARY, A BIOGRAPHY

Posted: 10 Nov 2012 09:08 PM PST

"I remember him showing me his plans for the Port Of Tanjung Pelepas. I admit I found it grand, and thought he would not succeed" Tun Dr Mahathir
'Syed Mokhtar Al Bukhary, A Biography' adalah buku terbaru yang masih panas di kedai buku diterbitkan pada 8 November 2012 tulisan Premilla Mohanlall. Buku yang setebal 169 muka surat tidak termasuk muka surat index ini berharga RM19.90 murah sedikit dari buku My Story, Lim Goh Tong yang berharga RM28.00 dan sama harga dengan buku Daim, Man Behind The Enigma tulisan Adibah Amin. 

Gaya penulisan Premilla Mohanlall yang mudah atau 'easy reading', buku ini sarat dengan pengkisahan liku-liku dugaan seorang usahawan Bumiputera dan tiada jalan mudah untuk berjaya sebagai seorang Bumiputera.

Syed Mokhtar dilahirkan pada 12/12/1951 dari perut kandungan Sharipah Rokiah di Kampung Keriang, Jalan Day, Alor Setar Kedah. Bersekolah setakat tingkatan lima kerana kemiskinan tidak meneruskan pelajaran dan sejak awal telah belajar berniaga lembu dari bapanya Syed Nor. 

Syed Mokhtar merupakan segelintir jutawan Melayu yang masih survive selepas Asia dilanda badai krisis ekonomi. Ramai jutawan Melayu atau Bumiputera telah hanyut dilambung badai ketika itu dan ada yang masih hidup, nyawa-nyawa ikan dan ada yang telah hilang hanyut dilambung gelombang.

Hidangan di dalam talam kawalan Syed Mokhtar ketika ini di antaranya ialah Malaysian Mining Corporation (MMC), Tradewind Bhd dan DRB-HICOM. Realitinya rezeki hidangan ini bukannya datang terhidang di dalam dulang emas tetapi setiap syarikat-syarikat ini ada ceritanya yang tersendiri.

Sepak terajang perniagaan sudah menjadi kematu kepada Syed Mokhtar dan semuanya diceritakan di dalam buku ini dengan penuh sentuhan

Adalah kelaziman setiap peniaga Bumiputera akan menempuh cabaran dengan bangsanya sendiri. Begitu juga Syed Mokhtar. 

Syed Mokhtar juga tidak terlepas dari lempias impak perubahan pucuk pimpinan daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah. Dasar-dasar pembangunan ekonomi Pak Lah ternyata menggigit perniagaan Syed Mokhtar.

Selepas melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Dr Mahathir seperti keseorangan dan ramai yang dulu mencium tangannya kini lari beralih giliran mengampu Pak Lah. Syed Mokhtar tidak begitu, kata Mahathir " For a while, I thought Syed Mokhtar too had disappeared. But it was not so. He continued to seek me out even though I was no longer in a position of power"

Syed Mokhtar telah dilabel sebagai 'orang Mahathir' akibat pengaruh 'budak-budak tingkat 4' Syed Mokhtar telah terpisah jauh dari pucuk pimpinan. Banyak projek-projek yang telah ditawar kepada Syed Mokhtar semasa tempoh akhir Dr Mahahir menjadi Perdana Menteri telah dibekukan dan ada yang ditarik balik. 

Projek 'Alluminium Smelting' di Sarawak telah ditarik balik dan projek landasan keretapi berkembar dihentikan. Hikmahnya, apabila kesukaran menyertai projek dalam negara kerana dasar-dasar Pak Lah, Syed Mokhtar telah mengalih membawa MMC keluar negara khasnya Timur Tengah. 

Seorang tokoh jutawan Timur Tengah terkemuka Mohamed Ali Alabbar, Emaar Properties yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa Dubai berkata semasa wawancara di TV menyatakan "in South East Asia, we will only do business with Syed Mokhtar".

Membaca buku ini membuka persepsi sebenarnya bahawa kadangkala cabaran usahawan Melayu dan peniaga Melayu yang sebenarnya bukan persaingan dengan kaum lain tetapi yang lebih sukar ialah kerenah sikap bangsa Melayu sendiri. 

Buku ini bukan setakat sesuai dibaca oleh pelajar, bakal usahawan, usahawan tetapi juga mereka yang bakal menjadi pemimpin, bakal-bakal calun ADUN atau Ahli Parlimen kerana mereka adalah bakal menjawat jawatan Menteri cabinet yang kelak diamanahkan untuk mengubal dasar-dasar ekonomi untuk Melayu dan Islam.

Apapun menurut Syed Mokhtar "Wealth has to circulate. When you make money you have to give it away".

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 10 Nov 2012 09:40 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ANAK PUAKA DAH JADI BEWAK IDUP PAKATAN !

Posted: 10 Nov 2012 05:03 AM PST

LYNAS :MALAYSIA KUASAI SUKU PASARAN DUNIA ?

Posted: 10 Nov 2012 12:07 AM PST

PISAU.NET

Posted: 10 Nov 2012 09:35 PM PST

PISAU.NET


Video Penuh : Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan

Posted: 10 Nov 2012 01:23 PM PST



 Sumber KL POS 

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Nov 2012 09:33 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Tips Belajar Untuk Pelajar Yang Sedang Bercuti Sekolah

Posted: 10 Nov 2012 05:00 PM PST


Video Dato Seri @NajibRazak Di Pelancaran Yayasan Pondok

Posted: 10 Nov 2012 04:00 PM PST


Video Dato Seri @NajibRazak Menaiki Beca

Posted: 10 Nov 2012 03:00 PM PST

Video Rukun Negara Amalan Kita Bersama

Posted: 10 Nov 2012 08:30 AM PST


Video Penuh Zulkifli Nordin Mengulas Isu Kenyataan Nurul Izzah Dari Segi Perlembagaan

Posted: 10 Nov 2012 07:30 AM PST




Roboh Rumah Warga Emas, Satu Lagi Kezaliman DAP

Posted: 10 Nov 2012 06:02 AM PST




Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.


Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.

Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

"Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 10 Nov 2012 03:59 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR: MINDA RAKYAT MASIH 3rd CLASS..ADA MANIPULASI

Posted: 09 Nov 2012 05:47 PM PST

Sekali lagi minda rakyat diperkotak-katikkan oleh Anwar anak beranak. Malahan yang paling jelas diperbodohkan ialah mereka yang mendengar secara "live" jawaban Nurul yang membawa kepada tercetusnya polemik ini. Yang paling kesian tak lain tak bukan, peserta yang menanyakan sendiri soalan tersebut.

Dalam gereja tempat lokasi seminar, itulah jawabannya tapi bila diluar sudah diubah bersesuaian dengan selera segmen pendengar melayu Islam yang lebih umum.

Lebih "cilaka sial" ialah bila sudah terjerat dengan kenyataan sendiri, Utusan pulak yang disalahkan dan diberi notis saman, walhal Utusan hanya mengulang cetak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sekutu media mereka, Malaysiakini. 

"cilaka sungguh" nasib yang diterima oleh minda rakyat Malaysia kerana telah dimanipulasi sewenang-wenangnya mengikut versi ciptaan Anwar anak beranak.

Dari segi hukum sunnah alam dan hukum hakam agama, sudah pasti akan ada sempadan atau penamat kepada semua penipuan dan manipulasi keterlaluan ini kerana terlalu ramai umat yang terkeliru dan terlalu ramai yang terfitnah dengan permainan jelik dan kotor Anwar anak beranak ini. Bukan sedikit kesannya kepada keutuhan dan kesucian agama dan kesejahteraan serta kesatuan ummah hasil kerja dan permainan kotor mereka.

Anwar anak beranak langsung tidak sedikit pun rasa bersalah, malah beranggapan minda rakyat Malaysia hanya setakat minda kelas 3 yang mudah dipengaruhi dan dikuasai.

Wahai rakyat Malaysia minda kelas 3 yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa "manipulasi minda" Anwar anak beranak, berhentilah dari jadi bodoh dan masih mahu terus membiarkan diri diperbodohkan oleh anak beranak ini.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Nov 2012 03:05 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tantawi tembak siapa?

Posted: 10 Nov 2012 03:03 PM PST

Nasruddin berkata ayat-ayat dalam al-Quran yang berkaitan dengan Islam dan kebebasan beragama perlu difahami dengan jelas

Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi berkata Islam tidak menyokong kebebasan agama bagi penganutnya pun begitu melarang sebarang bentuk paksaan untuk orang bukan Islam.
Bercakap kepada the Mole, Nasruddin berkata: "Islam tidak pernah menganjurkan kebebasan agama sebagai orang beriman harus menerima hakikat bahawa Islam adalah benar."
"Oleh itu, seseorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam, dia perlu mematuhinya, mengamalkannya dan mempertahankannya."

Nasruddin dalam blog post beliau memetik ayat dari Al-Quran (Al Anaam: 153) menyatakan bahawa tidak ada kebebasan beragama dan kebebasan untuk memilih agma untuk seorang yang dilahirkan Muslim, melainkan menyerahkan dirinya kepada Allah.
Beliau menjelaskan bahawa ayat di dalam Al-Baqarah: 256 khusus dalam memperincikan bahawa Islam tidak harus dipaksa ke atas bukan Islam dan Islam menyokong kebebasan bagi umat Islam dan bukan Islam untuk mengamalkan agamanya sendiri.
"Itulah apa yang dimaksudkan. Kita harus dapat memahami ayat-ayat ini dengan jelas, "tambah Nasruddin.
Komen beliau adalah Berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh naib presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dalam satu forum awam baru-baru ini.
Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan mengenai sama ada kebebasan beragama harus diberikan kepada orang Melayu juga telah berkata: 
"Dan apabila anda bertanya kepada saya, (bahawa) tidak ada paksaan dalam agama, malahan Dr (Ahmad) Farouk (Musa) telah memetik ayat tersebut dari dalam al-Quran.
"Dan apabila anda tanya saya atau sesiapa sahaja, bagaimana boleh sesiapa pun berkata, 'Maaf, ini hanya terpakai kepada orang bukan Melayu.' Ia harus digunapakai secara sama rata. "
Nasruddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah, dengan alasan beliau masih belum mendengar dan membaca keseluruhan transkripnya.

~the mole

(Gambar) Payudara Lady Gaga terlihat ketika melambai kepada peminat

Posted: 10 Nov 2012 03:00 PM PST

Lady Gaga kembali kecoh dengan mempamerkan keseksiannya, kali ini beliau mengejutkan peminat-peminatnya dengan penampilan topless dikhalayak umum!

Lady Gaga muncul dari balkoni biliknya di Rio De Janeiro pada Rabu lalu dengan tidak memakai baju.

Penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mengenakan seluar dalam hitan dan sehelai tuala serta sebiji kelapa muda yang digunakan untuk menutup buah dadanya agar tidak terlihat.

Kedatangan Lady Gaga ke Rio De Janeiro adalah untuk tour yang dijadualkan di negara-negara Amerika Selatan termasuklah Brazil.


'Siti Nurmaisyarah' kendali aktiviti persundalan di FB

Posted: 10 Nov 2012 06:09 AM PST


KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun FB dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun FB individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu 'like' sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 'like' sejak beroperasi pada 2006.

Wanita warga Indonesia dakwa diperkosa 3 anggota polis

Posted: 10 Nov 2012 05:10 AM PST

Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.

Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

"Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

"Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

"Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari," katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

Nurul Izzah Caught On Video Just Like Her Father Anwar Ibrahim

Posted: 10 Nov 2012 04:01 AM PST

She was caught on video – just like her father, who was caught on video have sex except in this case, she was caught saying Malays should have the freedom to choose their religion and that there should be no compulsion for Malays to be Muslims.

Her urban, middle class Christian listeners at the Tabernacle Church in Subang naturally cheered and applauded. She was fishing for the Christian votes and she gladly played to the gallery. Here was Nurul – the Saviour which the church has been waiting.

In fact, churches had sent messages to their congregation to fast and prayed for changes in the coming elections. Many church leaders have used their FB to campaign openly for PR. It is done openly.

We know where the church stands. We know there is no neutrality when all the speakers at the Tabernacle church were from Pakatan Rakyat.

But God is great. Nurul forgot that her comments would not go down well with the majority of conservative and religious Muslims who would be the decider in the polls.
Liberals and non-Muslims would support Nurul but ultimately, it will be the heartland Malays that will decide the outcome.

So Nurul went on a damage control mode. She denied. She threatened Utusan Malaysia with a suit but the video has already gone viral. We produced here what Malaysiakini – the pro-Pakatan Rakyat website – has reported.

Utusan can summon Steven Gan and Premesh Chandran to testify in court if Nurul proceed to sue!

We are still trying to figure out why some churches still pray for purported righteous and moral leaders who are caught lying, serial adulterer caught having sex with Chinese call girl or having oral sex in a toilet. It's mind boggling.

– Stop The Lies

'Samanlah Malaysiakini kalau benar difitnah'

Posted: 10 Nov 2012 03:31 AM PST

KUALA TERENGGANU - Perkasa mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah untuk turut menyaman portal berita Malaysiakini, susulan kontroversi yang timbul dalam satu forum baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal berita itu.

"Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan.

"Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu Kali Ke-2, 2012 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini,hari ini.

Sementara itu ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Nurul Izzah, Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya pandai berkata-kata.

"Masalah Nik Aziz ini (dia) tidak teliti dan main cakap sahaja. Saya tidak kisah apa yang dia cakap sebab cakap dia orang dah tak pakai, sebab kenyataan dia bercanggah-canggah.

"Saya hormat dia sebagai orang tua, sebagai tok guru tetapi tok guru pun, kena betullah. Sebab itu saya katakan, sebagai anak Kelantan, bukan saya tak hormat tok guru, tetapi saya sayang Kelantan dan saya sayang agama. Jangan gunakan gelaran ulama untuk memutarbelitkan kenyataan," katanya.

Lawak 'kurang ajar' Rosyam Nor di Anugerah Skrin 2012 dapat respon Ustaz Azhar

Posted: 10 Nov 2012 03:03 AM PST

Kami pun dengar-dengar cerita aja. Yang melaporkannya blog Oh Artis. Apa tujuan Rosyam Nor berkata sedemikian? Lawak pun janganlah sampai main isu2 berkaitan moral dan tuntutan agama.

Jangan buat malu rakan artis lain. Rasanya bukan semua artis mahu dirinya di cuit-cuit, diromen-romen... Rosyam nak kena sembur dengan Ostazah Abby ni...





(Gambar) Sekitar majlis resepsi Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo

Posted: 10 Nov 2012 12:31 AM PST

Selain Anugerah Skrin 2012 malam tadi, turut mencuri perhatian rakyat Malaysia malam tadi adalah resepsi perkahwinan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.

Majlis yang berlangsung di KLCC ini turut di'hadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak & Timbalan Perdana Menteri turut hadir memeriahkan majlis untuk meraikan pengantin baru ini — selain barisan menteri lain.

Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo untuk tatapan anda selepas ini.










'Bukan Izzah yang bercakap tuh..tapi suratkhabar' - Nik Aziz pertahan Izzah

Posted: 10 Nov 2012 12:01 AM PST

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.

"Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam.

Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya.

(Gambar) Aksi 'basah' Lisa Surihani...

Posted: 09 Nov 2012 11:31 PM PST


Aksi panas dan melampau sudah biasa dalam kehidupan sesetengah artis.

Penyebaran gambar bogel artis atau gambar peribadi artis sudah biasa kita dengar sekarang nie.

Gambar di bawah menunjukkan aksi Lisa Surihani sedang bercumbu a.k.a mencium Miasara!

Gambar nie sebenarnya adalah sebahagian dari babak filem I'm Not Single.

Jangan salah sangka, Lisa Surihani merupakan antara artis mempunyai rekod bersih dari sebarang gosip panas.

(Gambar) Anugerah Skrin 2012 : Foto Super Bosan Neelofa

Posted: 09 Nov 2012 09:28 PM PST

Hmmm..kami dengar banyak perkara kurang menarik yang terjadi pada Anugerah Skrin 2012. Apa juga penonton-penonton yang meluahkan perasaan mengatakan Anugerah Skrin 2012 kali ini amat membosankan, ada juga yang menambah sebagai sampah!

Wow! Teruk sangat ke? Maaflah, kami tak sempat menonton untuk beri ulasan.

Tapi setelah kami lihat beberapa foto artis-artis yang hadir pada malam itu...hmmm, nampak macam ada sedikit bosan.

Neelofa juga membosankan..heh...mungkin sebab sebelum ini penampilannya agak seksi kot..










Ada kejutan untuk pemimpin yang persenda kesucian Islam

Posted: 09 Nov 2012 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.

Sukarnya Nik Aziz nak akui kejahilan agama anak rakan yang dikasihinya....

Posted: 09 Nov 2012 06:30 PM PST

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.

Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama

Hindu marah dengan bila radio siarkan pengakuan muallaf

Posted: 09 Nov 2012 06:01 PM PST

Satu kumpulan Hindu telah membuat laporan polis ke atas minnal FM yang menyiarkan pengakuan seorang bekas kasta Brahmin yang masuk Islam kerana mendapat mimpi kalimah tauhid.

"We have nothing against the promotion of Islam but the speaker has no right to make statements that belittle other faiths.

Mereka kecewa kerana radio itu tidak sensitif menyiarkan pengakuan begitu di saat Deepavali bakal tiba yang kelihatan memperlekehkan ajaran agama mereka.

S Vell Paari dari MIC menyelar tindakan radio tersebut.

Bila disiasat program tersebut dibawah kendalian Jakim, jabatan di bawah jabatan perdana menteri.

"There has been a huge outcry against [PKR vice-president] Nurul Izzah Anwar over her remarks which purportedly promote apostasy. But aren't these programmes doing the same?"

Selepas laporan polis dibuat, Paari membayangkan adakah polis akan menghantar sekumpulan 15 orang untuk menyerbu Jakim seperti mana mereka menyerbu pejabat Malaysiakini kerana surat pembaca yang memuji Nurul Izzah Anwar kerana kenyataan 'tiada paksaan menganut agama, termasuk orang Melayu' 3 Nov lalu.

Paari menambah lagi, kalau ada slot begitu untuk program Islam mungkin masa akan datang patut ada slot yang sama untuk agama-agama lain.


Junah: Bersatulah orang Islam, apa dah jadi dengan kita ni, dulu masa kita bersatu tak dengar pula bunyi sampai macam ini punya kuat, tapi sekarang kerana gila kuasa, apa dah jadi dengan kita?

Izzah perlu hadapi sebagai cabaran politik - DSAI

Posted: 09 Nov 2012 05:31 PM PST

KEMAMAN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.

Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.

"Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.

Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan kontroversi itu untuk menyerang Nurul Izzah sedangkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan telah dimanipulasi kerana tiada isu besar untuk dibangkitkan.

Malah, kata Anwar, beliau sendiri juga sudah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini termasuk kononnya beliau menyokong fahaman pluralisme.

Terdahulu, Anwar bersama rombongan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Mizan sebelum menghadiri jamuan tengah hari bersama kira-kira 2,000 penduduk setempat yang membanjiri tapak ceramah dan sejurus kemudian meneruskan siri jelajah ke Kuala Terengganu.

Hadir sama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.

Henti putar belit, minta maaf dan bertaubat lagi bagus

Posted: 09 Nov 2012 05:05 PM PST

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta supaya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini.

Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di YouTube.

Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.

"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah Umno, salah Utusan, salah akhbar.

"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah Umno di sini hari ini.

Di SHAH ALAM, Nurul Izzah ditemani peguam Fadlina Sidik hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

"Saya hadir ke sini ditemani peguam. Selain memberi penjelasan, saya juga membuat aduan kepada Jais mengenai laporan berita oleh beberapa akhbar tempatan yang mendakwa saya menyokong masyarakat Melayu bebas memilih agama," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin di pejabat Jais di sini.

Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Portal berita pro-pembangkang itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam pada itu, Ahmad berkata Penerangan Umno akan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi mengenai perkara ini yang dianggap satu kenyataan yang amat berat dan dahsyat dikeluarkan oleh seorang berjawatan tinggi dalam PKR.

Katanya, di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan, fahaman kebebasan beragama dalam konteks umat Islam tidak terpakai, tetapi menghormati kebebasan beragama untuk bangsa lain.

"Apakah mereka ingin mengubah perlembagaan apabila memerintah selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak akan biarkan mereka memerintah kalau itulah akibatnya nanti," katanya.-Bernama

Other Perspektif

Posted: 10 Nov 2012 02:45 PM PST

Other Perspektif


Apabila terlepas cakap - Melayu bebas Beragama

Posted: 05 Nov 2012 07:46 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 10 Nov 2012 02:31 PM PST

Cucu Tok Selampit


Apakah DiGi Penaja Lawatan Deepavali Anwar Ibrahim Ke Klang Petang Tadi?

Posted: 10 Nov 2012 04:30 AM PST






Lebih 1,000 orang masyarakat India hadir menyambut Anwar Ibrahim ke Jalan Tengku Kelana, "The Little India" Klang, hari ini semperna sambutan perayaan Deepavali. Sebelum itu Anwar Ibrahim juga sempat memberikan tazkirah di Masjid Kg Teluk Menegun, Kg Jawa Klang. Selepas ini kalau Masjid Kg Teluk Menegun dan Jalan Tengku Kelana dilanda banjir, maka kita tahu apa sebabnya.

Kelihatan menyambut Anwar Ibrahim adalah Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Seperti kebiasaan di dalam ceramah-ceramah Anwar Ibrahim, beliau menekankan bahawa Barisan Nasional menindas Masyarakat India. CTS tertanya-tanya mungkin sebab penindasan itu, masyarakat India semakin berjaya di Malaysia dalam bidang korporat dan sektor pekerjaan yang lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya. Malah ramai juga tokoh-tokoh jutawan yang berjaya dilahirkan seperti Ananda Krishnan dan sebagainya.

Di pentas utama tempat Anwar Ibrahim berucap, seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas, kelihatan jelas penaja utama iaitu DiGi. Persoalannya, adakah DiGi menaja lawatan Anwar ke Klang? Mungkin yang bertanya apa salah DiGi ingin menaja Anwar Ibrahim? Memang tak salah. Cuma mungkin jutaan ahli komponen Barisan Nasional boleh menimbang kembali untuk memberikan sokongan dan menggunakan produk DiGi. Kuasa pengguna penting! Maaf, CTS tidak pernah menggunakan produk DiGi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Caj Parkir Dikenakan Di Taman Tasik Darulaman - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua

Posted: 09 Nov 2012 08:25 PM PST


Tahniah CTS ucapkan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah yang sedang giat melaksanakan slogan pemerintahan Kerajaan Negeri - Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Terbaru, kerja-kerja pembinaan penghalang automatik sedang giat dijalankan untuk mengutip caj parkir bagi pengunjung-pengunjung ke Taman Tasik Darulaman. Buat yang bukan Rakyat Kedah, Taman Tasik Darulaman merupakan sebuah taman yang penuh dengan aktiviti dan riadah yang tidak jemu mengamit kehadiran pengunjung.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Haram memang suka menanam tebu di tepi bibir. Sebelum menang pilihanraya, semuanya dijanjikan bulan dan bintang. Ini percuma, itu percuma. Selepas menang, semua janji-janji hanyalah sebuah manifesto yang tidak perlu dilaksaknakan. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, sememangnya terdapat satu parkir berbayar. Tetapi, Kerajaan BN pada masa itu, prihatin dengan Rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dengan mewujudkan parkir percuma. Nampak gayanya selepas pemerintahan Ahlul PAS, semuanya dikenakan bayaran. Sesak kaw-kaw kata orang Kedah hendak peghah duit Rakyat!

Samalah keadaanya di Pulau Pinang, Seingat CTS di Pulau Pinang dulu masa pemerintahan BN, perintah kutip duit parkir hanyalah sehingga jam 6 petang. DAP pada masa itu berkata Kerajaan BN zalim, dan Rakyat yang termakan fitnah DAPpun sokong. Apabila Kerajaan Rejim DAP memerintah, parkir dikutip sampai jam 12.00 tengah malam. Mana lagi zalim? BN atau Rejim DAP. Rakyat Pulau Pinang telah di perbodohkan dan akan terus diperbodohkan sekiranya terus menyokong rejim DAP.

Nurul Izzah Wajib Menyaman Siti Zabedah Kassim, Ahli Majlis Peguam Berhubung Kenyataannya Ini

Posted: 09 Nov 2012 07:36 PM PST


Kita tidak hairan sekiranya Nurul Izzah ingin menyaman Berita Harian dan Utusan Malaysia berhubung kenyataannya berhubung isu murtad di sebuah gereja tempoh hari. Apa yang menjadi persoalan, Nurul Izzah bersikap berat sebelah dan "double standard" apabila beliau tidak turut menyaman Malaysiakini versi English berbayar kerana "portal online" berkenaan adalah portal yang mula-mula mengeluarkan berita mengenai kenyataannya itu. 

CTS ingin bertanya YB Nurul Izzah, bagaimana pula pendirian beliau mengenai kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang kecewa apabila Naib Presiden PGayR itu yang tidak mempertahankan kenyataannya bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu. 

Menurut Siti Zabedah yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan 'memusing' 180 darjah. Katanya,
"Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka 'hoo-ha' selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran. Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya."
Adakah Nurul Izzah juga akan menutup mata mengenai kenyataan di atas dan tidak akan menyaman ahli majlis peguam, sebuah badan NGO yang selama ini menjadi tulang belakang yang mempertahankan Pakatan Haram?