Sabtu, 25 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


D'Perbatasan

Posted: 25 Jun 2011 07:33 PM PDT

Tukar Tiub

Posted: 25 Jun 2011 07:30 PM PDT

Tukar Tiub


GENG BUSTER AKAN TURUN 9 JULAI

Posted: 25 Jun 2011 04:40 PM PDT




SEDANG BERGUMPAL DIPENTAS GIG





SIAPA DIA GENG BUSTER


ini adalah satu band skinhead yang paling kool
band ini cukup top di pulau pinang
cukup top di utara tanah melayu
cukup terkenal di singapura

geng buster akan megeluarkkan cd terbaru
cd yang ditunggu tunggu

lagu anti nazi
lagu anti penindasan

geng buster akan turun 9 julai ini
dengan tim dan punk rockers dari pulau pinang!


CD INI - GENG BUSTER DARI TANJUNG






RUMAH UNTUK YANG TAK BERUMAH

Posted: 25 Jun 2011 03:39 PM PDT




KENYATAAN MEDIA
24 JUN 2011


LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH KONSEP "BINA DAN
JUAL" DI NEGERI-NEGERI PAKATAN

Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah
yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang,
Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara
berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih
rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman
yang sesuai dengan keperluan mereka.

Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa
berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek
rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi
nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka
terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari
mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan
disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka
ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.

Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit
rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.
Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri
untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan
masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri
perumahan tidak banyak berubah.

Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk
memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun,
beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari
risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam
suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.

Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah
kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa
tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep
ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga
boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran
yang ditetapkan kerajaan negeri.

Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan
datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir
Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep "bina
dan jual" secara berperingkat, agar industri perumahan dapat
membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa
terdekat.

Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang
perlu diselesaikan sebelum konsep "bina dan jual" ini boleh
dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli
mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah
tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih
tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu
mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan
pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi
ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang
berpatutan.

Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri
perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan
persekutuan ada kemahuan politik.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah
di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera
untuk melindungi hak pembeli rumah.

ANWAR IBRAHIM
24 Jun 2011


JANGAN LUPA BAJU KUNING HARI INI

Posted: 25 Jun 2011 10:42 AM PDT




NOTA:

abang adik kakak
ayah dan ibu
minah cun balak jambu
jangan lupa pakai sesuatu yang kuning hari ini

ini adalah kempen kuning kita
menyediakan suasana menuju pilihanraya bersih dan adil

untuk yang sedang berkasih
sila cari bunga kuning untuk hadiahkan pada kekasih
jangan takut dengan pemuda pas
mereka dah reform
mereka dah sedar kah kah kah



BERPAYUNG KUNING DI TEPI PANTAI



KLIP PALING COOL - TURUN TURUN

Posted: 25 Jun 2011 03:29 AM PDT




NOTA:


klip paling lool
pemimpim politik paling kool
kerja seni paling kool

hanya yang kool sahaja
yang memahami erti kool

tidak kan kool hilang di dunia

berkool lah dahulu sebelum kamu dipoyokan
berkool dahulu sebelum kamu di skemakan ]
kah kah ka

NIKMATILAH RAP MAT SABU PALING KOOL


SEBARIS BERGERAK MENDOBRAK GEROMBOLAN

Posted: 25 Jun 2011 12:26 AM PDT




LAPAN TUNTUTAN BERSIH




HADI MAHU AHLI , PENYOKONG PAS SERTAI BERSIH 2.0 – harakah daily

Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini di ibu negara.

Menurut Presiden PAS itu, perhimpunan yang dianjurkan itu mempunyai matlamat murni dan perlu disokong semua pihak.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Difahamkan PAS mempunyai sekitar sejuta ahli.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli dan penyokong parti akan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta kerosakan harta benda.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya.

Tegas Hadi, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, ia disebabkan provokasi yang dilakukan pihak tertentu dan bukan peserta Himpunan Bersih 2.0.

NOTA
sesudah mati mamat yang bernama yu gi
maka jelas kelihatan suara dan gerak parti pas
kini parti pas bukan sahaja dilihat sebagai induk pakatan
tetapi sebagai parti yang akan menggantikan
united malays national organisation kah kah kah


UNTUK ANAK MUDA

Posted: 24 Jun 2011 11:13 PM PDT




NOTA:


anak anak muda underground
masanya telah sampai
untuk orang muda membuat sejarah
masanya telah tiba
untuk anak muda menempa sejarah

buat kan klip video
buatkan lagu
lakarkan shaer dan pantun
tanda perjuangan kita

lupakan gapena
lupakan pena
lupakan sasgerawan melayu
mereka semua kaki bodek

anak anak muda
lahirkan budaya baru
lahirkan budaya bangun melawan

sedarlah:
akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda

anak muda semua bangsa
bangunlah dan lawan!


DENGAR DAN HAYATI SEJARAH PERJUANGAN ANAK MUDA



nota:
dum dum tak dimana kamu?
libang libu di mana kamu?

kenapa tidak melahir lagu baru?

SIASAH

Posted: 25 Jun 2011 03:35 PM PDT

SIASAH


Bersih ancam keselamatan alasan tangkap peserta

Posted: 25 Jun 2011 09:03 AM PDT

Tangkapan dan sekatan terhadap pemimpin politik dan individu dikaitkan dengan perhimpunan kedua Bersih telah dimulakan oleh pihak berkuasa dengan penahanan timbalan ketua pemuda PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan sekumpulan aktivis PSM.

Pakatan Rakyat dan aktivis Bersih melihat tangkapan itu memulakan tindakan pihak berkuasa terhadap perancang dan peserta gerakan itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengatakan demonstrasi bersar-besaran yang dirancang pada 9 Julai nanti merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Alasan itu dilihat cukup untuk dijadikan asas lagi tangkapan dibuat, sebagai langkah preemtif untuk menghalang perhimpunan diadakan.

Penyokong-penyokong Umno termasuk Perkasa telah menunjukkan amaran kepada orang ramai dan penganjur, mengaitkan perhimpunan itu dengan pelbagai kemungkinan buruk.

Walau bagaimanapun, pada masa sama, tidak ada lagi tangkapan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin pemerintah dan kumpulan-kumpulan penyokong seperti Perkasa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menolak gesaan menteri dalam negeri agar tidak mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti, dan bertegas untuk mengadakan demonstrasi bersama Pemuda Umno.

Penyokong-penyokong pemerintah kini meningkatkan usaha menjejaskan Bersih supaya dilihat sebagai sebahagian rancangan yang tidak sehaluan dengan kepentingan orang Melayu.

Peribadi tokoh-tokoh terlibat dalam Bersih 2.0 turut dikaitkan untuk memainkan sentimen orang Melayu.

Mesej tersebut ditujukan kepada orang Melayu, yang menjadi sebahagian peserta demonstrasi sama pada penghujung 2007.

Kenyataan-kenyataan amaran dan tangkapan awal oleh polis juga dilihat ditujukan kepada orang ramai supaya sekurang-kurangnya berfikir dua kali sebelum hadir ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi Bersih kedua nanti.

Pada masa ini, laporan polis menentang perhimpunan Bersih sudah mencapai 700 laporan, yang dibuat dipercayai oleh mereka yang dipengaruhi Umno dan penyokong parti pemerintah.

Pelbagai grafik anti-Bersih kini turut muncul di blog-blog pro-Umno, yang ada di antaranya menyertakan kalimah Allah dalam skrip Arab, dengan mendakwa rancangan demonstrasi itu nanti bertentangan dengan agama.

DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Jun 2011 03:34 PM PDT

DUNIACACAMARBA


300 Peguam Bantu Peserta BERSIH 2.0

Posted: 25 Jun 2011 12:00 PM PDT


Saya petik:
[IBH] Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300  peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

"Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen," tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

"Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

"Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman," tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu  dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH

[Video-18 PL] Pembantu Rumah Indonesia Dipancung di Arab Saudi

Posted: 25 Jun 2011 07:25 AM PDT

Video di bawah ini memaparkan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.
Video:
 


Biaqpila

Posted: 25 Jun 2011 03:16 PM PDT

Biaqpila


MAKHLUK KUNING YANG MENYERAMKAN

Posted: 25 Jun 2011 09:49 AM PDT



DEY MACHA!!!
UMPORNO MAKIN SERAM SEJUK...
BILA MELIHAT MAKHLUK KUNING INI
KAH! KAH! KAH!

SELURUH WARGA BIKINI BOTTOM AKAN BERPESTA
BERJALAN UNTUK DEMOKRASI
TURUN BERAMAI-RAMAI WAHAI ANAK MUDA
SELAMATKAN RAKYAT,BEBASKAN MALAYSIA

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERHATI-HATI MEMAKAI UNDERWEAR KUNING

Posted: 25 Jun 2011 05:00 AM PDT

Pakai T-shirt Bersih ditangkap - KDN belilah mesin pengimbas, periksa seluar dalam sekali.

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.



Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. 






Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.







Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.



Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.



Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.



Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.



Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?



Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.



Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.



Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.






Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.



Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.



Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.



Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.



Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah. - Aspan Alias



Demo Lanie

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ANAK MUDA DAN POLITIK.........................

Posted: 25 Jun 2011 01:00 AM PDT



Jika ditinjau pendapat, rata-rata anak muda hari ini kurang berminat dalam politik. Bagi mereka politik adalah suatu 'taboo' (pantang) dan langsung tidak berminat hendak ambil tahu, apa lagi untuk memperkatakan mengenainya. Jesteru itu, kita lihat hari ini masih ramai gulongan muda yang telah melepasi umur 21 tahun, tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih (pengundi). Tidak kurang juga ramai yang bukan sahaja langsung tidak mahu ambil tahu, tapi menganggap politik adalah suatu dunia asing bagi mereka. Politik hanya untuk orang tua-tua dan orang yang minat dengan politik sahaja, dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan harian mereka.



Cuba kita tinjau kelaman-laman Facebook, misalnya. Amat jarang kita temui anak muda yang mahu menulis sesuatu tentang politik dalam 'status' mereka. Kalau ada yang menulis pun, tidak ramai yang mahu beri komen. Kalau ada yang beri komen pun ramai yang cuba 'play-safe', dan tidak mahu menunjukkan 'kecenderongan' mereka. Apakah mereka takut pendapat mereka didengar orang lain? Atau adakah mereka takut pendapat mereka disanggah oleh pihak lain. Ternyata amat sedikit keberanian dan keyakinan diri untuk memperkatakan sesuatu berkaitan politik semasa.



Realitinya, mereka lebih selesa bercakap tentang dunia mereka sahaja tanpa menyedari yang politik juga sebenarnya adalah sebahagian dari dunia mereka. Mereka lebih selesa bercakap tentang dunia hiburan, misalnya. Siapa yang akan tersingkir dalam Akedemi Fantasia. Siapa yang bakal menang dalam Maharaja Lawak. Siapa yang bakal dinobatkan sebagai Imam Muda dalam siri popular tv. Dalam bidang sukan pula, mereka lebih selesa berbicara tentang keputusan Liga Perdana musim ini. Siapa yang akan menjadi juara. Pasukan mana yang akan mengungguli Liga Inggeris. Bolehkah Manchester United mengalahkan Chelsea?



Apabila saya bercakap mengenai anak muda, saya bermaksud mereka yang berusia diantara 21 hingga 40 tahun, dan telah cukup syarat bagi mendaftarkan diri sebagai pengundi. Apabila ditanya kenapa tidak mendaftar sebagai pengundi, ramai yang menjawab :"Saya tak minat dengan politik...."." Politik itu kotor...."." Politik itu lain tak ada asyik nak hentam orang itu, hentam orang ini; nak jatuhkan orang itu dan jatuhkan orang ini....". Itu persepsi sebahagian anak muda.



Sebenarnya politik ialah asam garam kehidupan kita. Politik adalah sebahagian dari kehidupan anak muda itu sendiri. Parti mana yang memerintah?  Bagaimana cara negara sedang diperintah? Apakah isu terkini yang dihadapi oleh rakyat? Gembirakah rakyat dengan keadaan sekarang? Atau adakah rakyat inginkan perubahan? Parti manakah yang menjadi pembangkang? Apakah pembangkang boleh diberi peluang dan berkeupayaan memerintah? Semuanya ini seolah-olah tidak penting bagi mereka.



Sebenarnya tanpa mereka sedari, politik juga mencakupi soal kehidupan harian mereka juga. Sepertimana mereka makan nasi setiap hari. Walaupun tidak suka nasi, tetapi mereka kena juga makan nasi, kerana itu adalah makanan asasi mereka. Kecualilah mereka tidak mahu lagi jadi orang Malaysia dan ingin pula jadi orang putih dengan makan kentang! Kata mereka juga politik itu kotor! Tapi bukan salah politik. Itu salah ahli politik. Ahli politik dan orang-orang politik yang mengotorkan politik. Sedangkan politik itu sendiri adalah bersih dan suci.



Saya juga sering disoal kenapa asyik-asyik tulis pasal politik dalam blog? Tak ada topik lain ke? Itu pandangan mereka. Tapi saya menulis kerana mengemari politik. Saya tidak mahu bersifat pemerhati bisu dalam politik. Apa orang angguk saya pun kena angguk. Saya juga ingin memberikan pandangan dan tanggapan saya sendiri dalam politik. Sama ada orang suka atau tidak suka dengan pandangan saya, itu soal kedua.





Bagi saya, anak muda hari ini harus belajar untuk menjadi dewasa. Bukan saja menjadi dewasa melalui perubahan fizikal dan tubuh badan, tetapi juga dewasa dari segi mental dan cara berfikir. Sebagai seorang warganegara yang nomal dan dianugerahi pula oleh Allah dengan kesihatan mental yang normal, kita harus berupaya menganalisa dan membuat rumusan berkaitan kedaan politik disekeliling kita. Sebagai penganut agama Islam, kita juga faham bahawa agama adalah 'add-din' (way-of-life). Agama itu mencakupi keseluruh ruang kehidupan. Dalam keseluruhan ruang kehidupan itu termasuklah politik Ianya menggambarkan suatu cara kehidupan kita. Kita berpolitik untuk menentukan cara kehidupan kita sendiri. Kita tentu ingat dalam solat lima waktu setiap hari kita sering membaca doa iftitah diawal solat, dimana salah satu ayatnya berbunyi : " Inna solah ti wanusuki wamah ya yawamama.........(sehingga habis), yang bermaksud :"Sesungguhnaya solatku, ibadahku, hidupku dan mati ku hanyalah untuk jalanMu...." Itu suatu pengakuan yang kita buat 5 kali sehari dihadapan Allah. Kehidupan kita mencakupi hal-hal dunia dan termasuk politik. Oleh itu janganlah kita berfikiran seperti sekular yang mengatakan agama lain dan politik itu lain.



Bila disebut pasal politik, bukanlah bermakna semua orang kena setuju dengan Kerajaan BN yang ada. Atau mesti sokong pembangkang atau PR. Pergunakanlah akal fikiran yang diberi Allah, untuk muhasabah dan analisa sendiri. Kita ada pelajaran. Tak kiralah setakad mana sekalipun pencapaian pelajaran kita, pergunakanlah ketajaman fikiran kita untuk menganalisis situasi disekliling kita. Orang yang bijaksana harus memilikki 'analytical thinking' dan bersifat kritis dalam sesuatu isu agar kita mendapat panduarah yang betul dalam perjalanan hidup kita.



Tak salah kalau kita menyokong parti pemerintah, kalau kita yakin betul yang parti pemerintah sedang memberikan layanan dan perkhidmatan yang baik kepada kita selaku rakyat dan pengundi yang memilih, dan kita yakin dengan kemampuannya. Juga, tidak salah kalau kita memilih parti pembangkang untuk diberi sokongan dan diundi dalam piliharaya. Itu hak kita yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini kan negara demokrasi. Apa yang penting ialah keupayaan kita membuat analisa dan mengambil keputusan sendiri.



Jesteru itu anak muda tidak harus bimbang untuk bersuara. Bersuara dan berpesan-pesanlah atas perkara kebaikan, insya Allah kita akan mendapat berkat dan ganjaran dariNya.............Amin!

sallehhashim-klang



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO RAKAMAN MAHARAJA LAWAK 2011 AKHIR

Posted: 24 Jun 2011 09:00 PM PDT


Kumpulan Sepah memperoleh wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi selepas diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor malam Jumaat. Kumpulan itu menewaskan Jozan, Nabil dan Jambu. Maharaja Lawak peringkat akhir disiarkan menerusi saluran Astro Warna-Gambar mStar



Nabil - Round 1


Jambu - Round 1


Sepah - Round 1


Jozan - Round 1


Nabil - Round 2


Jambu - Round 2


Sepah - Round 2


Jozan - Round 2


Pengumuman Keputusan

Sepah dinobatkan sebagai JOHAN MAHARAJA LAWAK 2011



dezamancottage

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

[Video] BONGKAR: Pendedahan Dalang Video Fitnah

Posted: 24 Jun 2011 06:00 PM PDT

Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.

Johari, antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.

Lelaki X

'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.

Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.

Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.

Semasa perbandingan hidung dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu sebagai lelaki X.


Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim.

Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar

Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu.

“Saya memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza.

"Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya,” katanya sambil menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu.

Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu.

"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi ketika trio Datuk T didakwa.

“Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar),” katanya yang juga seorang peguam.

“Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah dilepaskan.

"Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan,” katanya lagi.



PKR Terbit 'Dokumentari' Jelas Keraguan Video Seks 'Datuk T'

Keraguan mengenai pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaparkan sebuah dokumentari pendek menjelaskan secara terperinci video yang dipercayai direkayasa untuk menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video sepanjang 40 minit itu ditayangkan kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR selepas mahkamah tinggi pagi tadi menjatuhkan hukuman denda kepada ketiga-tiga individu yang mengaku bersalah menayangkan video lucah kepada umum pada 21 Mac lalu.

Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan dokumentari itu menjelaskan tujuan ianya dipaparkan adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat menilai dari aspek ketulenan fizikal pelaku.

"Saya menunggu masa yang sesuai. Tidak ada sebab untuk kita lawan di mahkamah. Saya sendiri bertanggungjawab (ke atas video) dan ini apa yang saya percaya.

"Saya tidak tuduh siapa-siapa tapi saya mahu beri peluang kepada masyarakat untuk lihat dan menilai," ujar beliau.

Dokumentari tersebut memaparkan Johari sebagai pengacara memberi penerangan mengenai bentuk tubuh badan pelaku yang amat berbeza dengan Anwar.

Ini termasuk pendedahan terbaru memperlihatkan individu dalam rakaman video tersebut memakai cermin mata walhal Anwar tidak.

Selain itu bentuk fizikal seperti perut, punggung, hidung, tali pinggang dan rambut yang digunting rapi ternyata amat bercanggah dengan susuk tubuh dan cara pemakaian Ketua Pembangkang.

Dalam dokumentari itu turut memuatkan sedutan video di mana Johari telah melawat ke negara Thailand untuk bertemu jurusolek profesional yang boleh mengubah rupa beliau mirip seniman P. Ramlee.

Ternyata hasil yang ditunjukkan kepada media memperlihatkan wajah beliau amat mirip dengan seniman agung itu dalam gambar hitam putih.

"Saya sampai ke Bangkok untuk ubah wajah saya. Jelas teknologi ini wujud," katanya lagi.

Johari kemudian memberitahu media bahawa beliau mengambil masa 34 hari untuk menyiapkan dokumentari itu termasuk menggunakan sumber kewangan sendiri dan bantuan pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu beliau berkata dokumentari tersebut akan dimuat naik di laman Youtube jam 4 petang ini dan menggesa rakyat untuk memuat turun dan meneliti perkara yang cuba disampaikan dalam video berkenaan.

Pagi tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Shuib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana didapati bersalah secara terbuka menayangkan video lucah kepada umum. -tvsnews




Video Pendedahan Dalang Video Fitnah












greenboc


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ALHUSSEYN

Posted: 25 Jun 2011 03:12 PM PDT

ALHUSSEYN


PAS CHERAS hina pemimpin parti sendiri!

Posted: 24 Jun 2011 10:45 PM PDT


Kalau nak tahu tentang posisi-posisi seks, kunjungilah blog PAS ini. Anda tengok dan nilailah sendiri.Patutkah blog yang menggunakan nama parti yang memperjuangkan Islam mengiklankan produk dengan gambar yang tidak senonoh ini? Anda nilailah sendiri.

Saya rasa 'terganggu' melihatkan gambar dua pemimpin PAS dan surah al-Ikhlaas bersebelahan dengan gambar tidak senonoh ini! Menghormati pemimpin konon!

Muslimeen United

Posted: 25 Jun 2011 01:49 PM PDT

Muslimeen United


Lagu Hak & Kesedaran Warganegara Malaysia

Posted: 25 Jun 2011 04:53 AM PDT



Memberikan keyakinan dan kesedaran tentang keperluan pengetahuan dan hak sebenar sebagai warga negara Malaysia.

Ingatlah bahawa ;
  1. Tiada nyawa yang akan kekal selamanya, pasti akan menemui ajalnya.
  2. Tiada kuasa yang dapat bertahan selamanya, pasti akan tumbang atas kezalimannya.
  3. Tiada banyak harta yang dapat kaya seluruhnya, pasti akan hilang ditelan usianya.
  4. Tiada pengaruh yang kekal selamanya, pastikan terhina dimamah tipu daya manusia sekelilingnya.

RTM Lakukan Kesilapan Secara Langsung Kepada Penonton

Posted: 25 Jun 2011 02:31 AM PDT


Malam tadi telah diadakan rancangan Bicara Rakyat di Rakyat Tunggu Mati (RTM) di saluran 1 yang bertajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat'. Lokasi tempat berlangsungnya secara langsung itu dari Universiti Teknologi Malaysia kampus Semerak.

Tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' agak sedikit tersasar kerana sikap moderator, Syed Munawar seakan-akan mahu menjadi ahli ketiga bagi pihak BN. Sepatutnya beliau tidak "bias" dalam bertanyakan soalan tetapi menjadi "backup" kepada kerajaan.


Tetapi nasib baik hujah yang dilontarkan oleh moderator dan ahli panel BN dijawab dengan sempurna dan menyebabkan pemidato BN, Lokman Noor Adam terpaksa mengalih isu kepada berkaitan Anwar Ibrahim dan Negara Kebajikan.


Ahli panel dari Universiti Pertahanan Nasioanl Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah pula terperangkap dengan isu berkaitan demonstrasi dalam stadium. Beliau mencadangkan agar demonstrasi diadakan dalam stadium dan pada masa yang sama beliau berkata dalam stadium juga tidak selamat. Beliau terperangkap dengan isu yang cuba dilontarkannya sendiri.

Pemidato dari Barisan Nasional pula berkata bahawa demonstrasi sepatutnya tidak diadakan kerana akan menggangu peniaga yang mencari makan. Namun hujahnya juga memerangkapnya sendiri kerana beliau tidak sedar bahawa Pemuda BN juga akan berdemonstrasi. Apabila hujah tersebut cuba dipatahkan oleh Dr Dzulkifli, beliau mengalihkan isu kepada skandal Anwar Ibrahim dan isu Negara Berkebajikan PAS.

Moderator pula berkata untuk mengelakkan kemaslahatan besar, perlu mencari kemaslahatan yang kecil. Cadangan moderator ialah mengadakan demostrasi dalam stadium kerana ia merupakan kemaslahatan kecil tetapi Dr Dzulkifli membalas dengan isu yang diperkatakan oleh Dr Ridhuan Tee adalah tidak selamat.

Dr Dzulkifli cuma menjawab dengan tenang bahawa kemaslahatan kecil dapat dielakkan dengan hanya Perkasa dan Pemuda BN harus tidak terlibat dalam demonstrasi bersama Bersih kerana jika Perkasa dan Pemuda BN berkumpul, maka itu adalah kemaslahatan yang besar. Jadi, untuk menjadikan itu kemaslahatan kecil maka Perkasa dengan Pemuda BN cari satu tarikh yang lain jika mahu berdemonstrasi.

Malam tadi juga menunjukkan cara-cara berhujah dari pihak BN dan PR. Namun hujah BN agak tidak realistik dan banyak mengalih isu dari tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' ke isu skandal seks Anwar Ibrahim. Itulah hujah UMNO yang tidak bersedia.

Majlis Peguam Pertikai Mahkamah Benarkan Tayangan Semula Video Seks

Posted: 25 Jun 2011 02:30 AM PDT

Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu "amat luar biasa."

Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

"Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

"Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),"
kata beliau lagi.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.

"Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

"Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

"Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,"
katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

"Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

"Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan," katanya.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah "99.99 peratus" Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

"Ini bererti A and B adalah orang yang serupa," katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl. -TMI

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Posted: 24 Jun 2011 11:05 PM PDT

NONEPakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. -M'kini

JOM PAKAI BAJU KUNING HARI NIE..!! Depa dah start tangkap dah..!!

Posted: 24 Jun 2011 11:01 PM PDT


Tangkapan lucu pertama untuk menghalang BERSIH 2.0

APA yang ReJaM© nak kongsi hari ini adalah beberapa keping gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam.

Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0.


Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Di bawah ini gambar Khairul Anuar Zainuddin, selepas dibebaskan kerana tiada sebab untuk pihak Polis menahannya di dalam lokap malam tadi.


source: http://milosuam.blogspot.com

Rakyat Palestin kagum komitmen Kelantan

Posted: 24 Jun 2011 10:54 PM PDT

KOTA BHARU, 25 Jun: Rakyat Palestin, Dr Naji Abu Zuhair Al-Sirhi melahirkan rasa kagum dengan kepimpinan ulama Kelantan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya kepada komitmen kepimpinan negeri terhadap isu Palestin.

Beliau melihat Menteri Besar dan rakyatnya ada kelainan dalam 'menghayati' isu tersebut dengan menunjukkan simpati yang tinggi.

"Isu Palestin adalah isu sejagat, isu akidah dan isu ummah seluruhnya, bukan isu Palestin semata-mata.

"Semoga apa yang dibuat ini berterusan dan Allah swt mengembalikan kemuliaan ummah dan kemuliaan Islam, seterusnya akan membebaskan Masjidil Aqsa, hasil perjuangan seluruh umat Islam," tegasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran Misi Bantuan Ke Gazza oleh Menteri Besar di Medan Ilmu, semalam.

Beliau kini menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini. Hadir sama rakannya Arafat Abdullah. Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Nik Wan Yusoff.

Program misi penghantaran bantuan untuk rakyat Palestin menjelang Ramadhan, Aidul Fitri dan Qurban Aidul Adha itu anjuran Sekretariat Misi Cakna Palestin (Cakna Palestin) dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar-Rahmah, Daerah Khan Younis Palestin (BKA) yang diasaskan sejak 1993 di Palestin di samping kerjasama Al-Quds Travel Sdn Bhd.

Menurut Dr Naji, komitmen itu satu terjemahan kepada komitmen Tok Guru dan rakyat Kelantan seluruhnya terhadap isu Palestin.

"Dan saya lihat di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan ada 'kelainan' terhadap rakyat Palestin dari sudut kesihan belas dan kesayangan mereka kepada rakyat Palestin dan perjuangannya di Palestin.

"Saya tidak mampu untuk mentakbir (menggambarkan) dengan kata-kata terhadap komitmen Tok Guru dan Kerajaan Negeri, namun sambutan program ini menjelaskan keadaan sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Cakna Palestin Nazri Deraman menjelaskan perancangan Cakna Palestin ialah menghantar bantuan kepada rakyat Palestin sebelum penghujung Sya'aban atau awal Ramadhan, 1432 Hijriah.

"Justeru bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, akan disampaikan khususnya bagi menghadapi Ramadhan di Palestin.

"Program hari ini dilancarkan untuk rakyat Kelantan di mana mulai hari ini mereka bolehlah memberi sumbangan melalui Cakna Palestin untuk dihantar bantuan tersebut ke Gazza, melalui wakil kita sebelum Ramadhan nanti," katanya.

Pada majlis pelancaran itu, Menteri Besar melepaskan belon bersama bendera Palestin sebelum melepaskan sembilan ekor burung, yang melambangkan bahawa suatu hari nanti Palestin akan bebas, selaras dengan motto perjuangan rakyat Palestin: "Kita yakin Al-Quds adalah milik kita dan kita akan kembali". -Hrkh

Demo Aman Bantah Kebiadaban Utusan Seluruh Negara

Posted: 24 Jun 2011 08:24 PM PDT

Peserta demonstrasi aman bakar Utusan

KUALA LUMPUR : Lebih 200 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi membantah kebiadaban akhbar milik Umno, Utusan Malaysia berhubung penerbitan karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina Islam.

Ianya antara siri bantahan Dewan Pemuda PAS pusat yang berlangsung di seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Turut menyertai himpunan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Sabki Yusof, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abdul Aziz serta wakil pelajar.

Ketika berucap, mereka masing-masing mengecam tindakan Utusan itu yang disifatkan melampau.

Mereka juga menyeru rakyat agar memboikot akhbar itu.

Bantahan itu dibuat ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, akhbar tersebut biarpun didesak pelbagai pihak.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

Sebagai tanda kecaman, mereka turut membakar akhbar itu di hadapan hadirin yang hadir.

Di KUALA TERENGGANU, lebih 500 berhimpun bersama Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu di hadapan Masjid Pengadang Baru bagi menyatakan bantahan kepada Utusan yang memperlekehkan dan menghina Islam.

Utusan, akhbar Umno tanpa rasa bersalah dan takut menghina Islam melalui satu lakaran kartunnya sehingga kini masih belum berganjak dan mempertahankan kartun itu dan enggan memohon maaf.

Turut berucap Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu yang mendesak seluruh rakyat memboikot Utusan yang sentiasa membuat angkara tanpa rasa takut dan penuh bongkak.

Kemuncak perhimpunan aman hari ini, Yahaya bersama orang ramai membakar akbar Utusan sebagai simbolik membantah tindakan Utusan yang tidak mahu memohon maaf kepada umat Islam.

Di PULAU PINANG, Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ulamak Cawangan Pulau Pinang berkerjasama menjayakan piket aman membantah penyiaran kartoon di akhbar Utusan Malaysia yang nyata menghina Islam di tiga lokasi masjid iaitu Permatang Janggus, Permatang Pauh, Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam dan Masjid Hashim Yahya, Jelutong.

Semua demontrasi aman di tiga lokasi berkenaan berlangsung dengan baik dan tiada provokasi pihak polis.

Semasa berucap Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali mengajak Umat Islam bangkit segera daripada lena kerana Utusan Malaysia bersikap begitu melampau terhadap Islam.

Utusan Malaysia tambahnya, tidak ubah seperti orientalis Barat, Salman Rushdi yang cukup berani mencerca hukum Islam.

"Apa bezanya Utusan Malaysia dengan Salman Rushdi yang menghentam kesyumulan Islam. Mereka harus dikenakan tindakan yang sewajarnya," tegas beliau.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan pula mengajak Umat Islam supaya lebih peka terhadap sebarang isu angkara agen Yahudi.

"Ke mana perginya Ulamak dalam Umno kenapa mereka membisu seribu bahasa walhal Islam adalah agama suci yang tidak harus diperkecilkan begitu sahaja.

"Kita kena peka dengan isu yang membabitkan Islam supaya mereka tidak berani mencabar kesucian tamadhun Islam," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah pula menegaskan Utusan Malaysia yang menjadi tangan dan kaki Umno Barisan Nasional (BN) sanggup menentang kebenaran untuk menegakkan kebatilan.

Isu ini jelas, agen Yahudi telah berjaya menyerap masuk dalam pemerintahan negara serta media arus perdana sehingga begitu berani dan agresif mempersendakan Islam yang sejati.

Lebih kurang 200 orang berdiri di luar perkarangan masjid mengatakan tentangan penyiaran kartun yang sehingga kini tidak menyiarkan permohonan maaf.

Banyak sepanduk dipegang peserta, antaranya berbunyi Utusan Malaysia kunco Umno, Utusan Malaysia perosak syariat Islam, wajib boikot Utusan Malaysia, Utusan Meloya hati dan jiwa rakyat dan sebagainya.

Di akhir demo berkenaan kesemua yang terlibat membakar akhbar tersebut sebagai tanda bantahan kerana bersikap ego ketika mempersendakan kemuliaan hukum Islam.

Di IPOH, bertempat di Masjid Sultan Idris Shah 11, Masjid Negeri Ipoh telah diadakan satu himpunan membantah akhbar Utusan Malaysia yang telah menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam pada minggu lepas.

Oleh kerana Utusan Malaysia masih gagal memohon maaf berikutan penyiaran tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama beberapa badan bukan kerajaan telah menganjurkan himpunan bagi membantah Utusan Malaysia selepas solat Jumaat tadi.

Hampir 200 orang telah bersama membantah kebiadapan Utusan Malaysia dan kegagalan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap Utusan Malaysia sehingga sekarang.

Himpunan yang berjalan hampir 30 minit dengan pelbagai sepanduk mendesak agar Utusan Malaysia segera memohon maaf.

Beberapa pimpinan PAS turut berucap dan telah diakhiri dengan bacaan doa setelah pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam. -Hrkh


Karikatur Hina Islam, PAS Demo Seluruh Negara
Ditulis oleh Afix Redzuan
24/06/2011
Share


KUALA LUMPUR 24 JUN : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menuntut permohonan maaf secara terbuka dari akhbar Utusan Malaysia berhubung tindakan penyiaran karikatur 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disifatkan sebagai menghina agama Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Sabki Yusof menyatakan tindakan penyiaran karikatur itu menghina sensitiviti umat Islam di negara ini dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat serta mengambil tindakan segera terhadap Utusan.

"Utusan telah menghina hukum agama Allah. Perhimpunan kita menyatakan bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan besar terhadap umat Islam dalam negara.

"Kepada pihak JAWI dan KDN supaya mereka menyiasat dan mengambil tindakan keras terhadap Utusan. Sekiranya tiada tindakan yang diambil, kita akan meneruskan bantahan kita dengan skala yang lebih besar," katanya.

Sabki berkata demikian sebelum mengadakan demonstrasi membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Lebih 50 orang menyertai demonstrasi berkenaan yang diadakan di perkarangan Majid Jamek Kampung Baru, di ibu negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda, DPPP Wilayah Persekutuan, Suhaimi Abd Aziz pula mendesak agar pihak KDN mengkaji balik permit Utusan Malaysia ekoran paparan akhbar itu yang sering menyimpang dari landasan sebenar.

"Tindakan awal kita menghantar memorundum kepada Utusan Malaysia agar mereka menarik balik karikatur terbabit dan memohon maaf kepada umat Islam. Kita juga minta KDN mengkaji balik permit Utusan Malaysia yang kita rasakan isu ini serius. Kalau mereka hina kita, kita boleh maafkan. Ini mereka menghina Islam seperti bantahan yang kita lakukan berhubung penyiaran karikatur di Sweeden dan Denmark," katanya.

DPPP hari ini menggerakkan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan karikatur mengelirukan tentang hukum Islam dalam mengadili sesuatu kes jenayah.

Selain di Kuala Lumpur, demonstrasi turut diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.

Dalam demonstrasi aman yang disertai kira-kira 50 orang turut melaungkan slogan "Utusan Hina Islam", "Hancur Utusan Malaysia", Boikot Utusan Malaysa", "Hidup Umat Islam", "Jangan Hina Ajaran Islam" dan "Batalkan Permit Utusan Malaysia."

Peserta demonstrasi itu juga membakar Utusan Malaysia sebagai simbolik membantah tindakan akhbar milik Umno.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada seseorang yang mirip seperti pegawai jabatan agama, namun ditolak kerana menurut watak itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Pada Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia dan memberikan tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengambil tindakan terhadap kartunis yang berkenaan. -tvsnews

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 25 Jun 2011 01:45 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


KONTRATOR - TERUS MEMBURU KERJA

Posted: 24 Jun 2011 05:35 PM PDT

PERLEMBAGAAN - APAKAH ISLAM AGAMA RASMI

Posted: 24 Jun 2011 05:28 PM PDT

Pulakdah!

Posted: 25 Jun 2011 01:38 PM PDT

Pulakdah!


Ingatlah Datuk T Ketika ANDA MENGUNDI

Posted: 24 Jun 2011 06:35 PM PDT

Anda ingat kerajaan akan mengambil masa berbulan-bulan untuk bermain daripada sandiwara pita video seks ini.

Mungkin mereka sedang menunggu seorang peguam yang sesuai, err...katalah, seseorang yang mempunyai aspirasi untuk jawatan yang lebih tinggi dan yang tidak begitu cerewet dengan ciri-ciri pelanggan tersebut.

Tetapi ini cerita lain; sandiwara kes ini di dalam mahkamah sudah terlakar di dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia selepas pita video kotor dimainkan dan diberikan ruang luar biasa oleh media arus perdana, ketiga-tiga tali barut telah diraikan seperti wira oleh pentadbiran Najib dan polis telah menghabiskan sejumlah masa yang luar biasa untuk menyiasat kes mudah ini (polis nampaknya seolah-olah lebih berminat dengan identiti pelakon tersebut daripada pesalah kes video seks ini).

Ramai rakan-rakan saya telah membuat kesimpulan bahawa kerajaan akan berpura-pura menangani kes ini, mendakwa tiga badut ini, berikan mereka satu hukuman kecil dan kemudiannya memperkenalkan identiti lelaki itu. Ini menjadi kenyataan hari ini.

Adakah ini bermakna saya dan rakan-rakan saya sangat bijak? Sedih untuk mengatakan sebenarnya ia bermaksud bahawa kita juga setaraf dengan pemikir di dalam kerajaan, atau kita lebih berfikiran jauh ke hadapan daripada penyangak.

Adakah ia perkara yang penting apabila Anwar Ibrahim dibuktikan sebagai pelakon? Ya, kerana dia telah menafikannya. Tetapi saya masih mengatakan bahawa perkara ini masih belum terbukti kerana apa yang dikatakan sebagai "bukti" dan "pakar info" ini telah diperkenalkan oleh kerajaan di dalam mahkamah. Ia tidak diperiksa atau dicabar oleh sesiapa.

Tetapi sebenarnya inilah tujuannya, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah, mereka diberikan denda dan kemudian mencalitkan beberapa kotoran ke atas Anwar, kotoran yang tidak boleh diperiksa. Idea di sini adalah untuk memujuk golongan atas pagar bahawa Anwar adalah kotor dan tidak boleh disokong.

Ini ada kaitan dengan pilihan raya akan datang dan tiga tali barut ini hanya memainkan watak yang ditentukan oleh pemimpin Umno.

Anwar bukan individu yang sempurna, tidak ada persoalan tentang hal itu. Tetapi di sinilah kita tidak harus jatuh ke dalam perangkap yang dimainkan oleh Tetuan Najib dan Muhyiddin. Anwar bukan pembangkang dan juga tidak menjaminkan wawasan yang lebih baik untuk Malaysia.

Nurul Izzah, Husam Musa, Tony Pua, Ambiga Sreenevasan, Khalid Samad, Haris Ibrahim, Fuziah Saleh, bekas mufti Perlis, rakyat di belakang Sarawak Report, anda dan saya. Sekarang kita adalah harapan negara.

Penyangak-penyagak ini telah menggunakan semua institusi negara untuk merosakkan dan memusnahkan seorang lelaki. Mereka tidak menghormati jiwa negara ini, mereka memusnahkan segala-galanya untuk terus berkuasa dan terus merampas (hak rakyat).

Kepura-puraan mahkamah hari ini harus dilihat begini. Jangan lupa kepada Abdul Rahim Thamby Chik, Eskay dan Shuib apabila anda mengundi. Jangan lupa kepada Ibrahim Ali apabila anda mengundi. Jangan lupa KPN atau A-G apabila anda mengundi.

Mereka hanya akan bertindak untuk UMNO.


Kredit : TMI

AKU INGIN BEBAS

Posted: 25 Jun 2011 01:36 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


LARANGAN POLIS TAK SAH, LANGGAR PERLEMBAGAAN

Posted: 25 Jun 2011 01:05 AM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

PENYAPU SIAL

Posted: 25 Jun 2011 01:03 PM PDT

PENYAPU SIAL


Tak payah siasat....PAS dah bungkus di Kelantan...500,000 penyokong PAS murtad kepada UMNOPORNO...!!!

Posted: 25 Jun 2011 11:42 AM PDT



tu dia ..mereka beramai ramai masuk UMNOPORNO...dah kemaruk dengan aksi seks rahim tamby kote kecik dan esgay abdullah


Seramai 50 penyokong PAS, termasuk Ketua Pemuda cawangan Kampung Kubang Telaga di sini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno kerana kecewa selepas menyedari mereka tertipu dengan slogan perjuangan PAS.

Sebahagian daripada mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin di kampung berkenaan hari ini.

"Selepas bertahun-tahun saya menyertai PAS tiada apa-apa yang dilakukan bagi kepentingan umat Islam di Kelantan," kata Jusoh Hamat, 63, bekas anggota jawatankuasa cawangan itu, kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Beliau berkata lebih mengecewakan sekarang apabila PAS lari daripada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam dan beralih kepada mewujudkan sebuah negara berkebajikan sedangkan Umno telah lama memperjuangkannya.

Bekas Ketua Pemuda cawangan itu, Wan Azuan Wan Mamat, 31, berkata selama lima tahun beliau menyandang jawatan itu sehingga sekarang tiada apa-apa projek yang berasaskan Islam dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat kampung. Katanya pelbagai slogan yang diwujudkan seperti 'membangun bersama Islam' tetapi ia hanya sebagai retorik semata-mata sekadar untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya.

Rakannya Mohd Nasir Jamil, 34, berkata pada pilihan raya umum 2008 lepas, PAS menabur pelbagai janji untuk membangunkan Kelantan tetapi selepas memenanginya tidak mempedulikan nasib rakyat miskin di kampung-kampung.

Ketika berucap pada majlis itu, Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok dan Timbalan Menteri Kewangan, mahu lebih ramai lagi anggota PAS di Kelantan keluar parti itu berikutan dasarnya menyimpang jauh daripada perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Beliau berkata dasar baru parti itu untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan telah lama dilaksanakan oleh Umno sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya setiap tahun kerajaan pusat membelanjakan peruntukan lebih RM10 bilion untuk membantu rakyat miskin termasuk golongan petani, peladang dan nelayan dengan melaksanakan pelbagai program.-BERNAMA


penyapu sial

ha ha ha....tak payah nak siasat...kalau berita dari sumber meloya...pasti orang yang desperate aje nak menipu rakyat...agaknya ler...kalau betul...orang orang yang murtad ke UMNOPORNO tu...dah kebulor sangat dengan aktiviti porno...tak heran la makin menjelang PRU makin banyak cerita pembohong dan meloya...kalau hari hari macam itu sampai PRU yang ke 13...pastinya ahli PAS jadi kontang...kita tengok nanti di PRU 13.....yang hari hari buat cerita bohong keluar parti akan kena panggang di PRU ke 13 nanti...!!!

PULUT DAN SELUAR DALAM KUNING MUNGKIN DIHARAMKAN.....KDN DALAM RANGKA BELI ALAT PENGIMBAS BAHAN BERWARNA KUNING....MUAKAKAKAKAKA....!!!

Posted: 25 Jun 2011 10:33 AM PDT

Jual baju BERSIH: Penyokong ditahan polis




Seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.Tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.

Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?

Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya..

Ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.
Dia beritahu bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning..

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut...






phobia dengan kuning....pulut kuning bakal di haramkan...kenduri tak payah hidang pulut kuning...pakai aje pulut merah....pulut kepala jubor UMNOPORNO...!!!





PAKAI BAJU KUNING KENA TANGKAP
PAKAI BAJU HITAM KENA TANGKAP
PAYAH-PAYAH SANGAT
HANGPA PAKAI BAJU UMPORNO
BOLEH MINTAK PERUNTUKAN BAJU SIAP DENGAN PAYUNG SEKALI


JUAL T SHIRT KENA TAHAN
EDAR VIDEO LUCAH TAK DAK HAL
TU PUN ADA YANG MASIH DOK SOKONG LAGI
DULU KINI DAN SELAMANYA BANGANG




KDN belilah mesin pengimbas, periksa seluar dalam sekali.

Beberapa jam yang lepas  Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.

Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang 'autocratic' yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat 'perongos' kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan 'attire' yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan 'transparent' sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan 'suspicion' yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai 'panty' Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu 'attribute' yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat 'gentleman' dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.

UMNO makin bacul kerana peralatkan Yang Dipertuan Agong...!!!

Posted: 25 Jun 2011 06:18 AM PDT



gambar ini ada kena mengena dengan perangai busuk UMNOPORNO menginjak/memberakkan kepala raja raja melayu

Tindakan  pihak tertentu ( penjilat jubor UMNOPORNO ) yang didakwa mahu menggunakan Yang Di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini sangat sangat di kesali dan wajib di kecam sekeras kerasnya.

Tndakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah..

Mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan.Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian kuning.Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan keadilan.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR dan bukan menjadi pecacai pukimak kerajaan UMNOPORNO yang memerintah...!!!

depa dah start phobia dengan baju kuning....depa dah start tangkap dah....peduli apa...JOM PAKAI BAJU KUNING...kita tengok berapa banyak depa berani sumbat dalam lokap...!!!

Posted: 25 Jun 2011 06:09 AM PDT

APA yang ReJaM© nak kongsi hari ini adalah beberapa keping gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Satu tangkapan lucu telah dibuat malam tadi. Seorang pemuda bernama Khairul Anuar Zainuddin yang sedang minum di uptown Shah Alam, telah ditangkap dan digari hanya kerana memakai baju BERSIH 2.0. Berikut gambar saat beliau ditahan di Balai Polis Seksyen 9 IPD Shah Alam

.


Apa yang menariknya, pemuda ini dilihat begitu ceria malah bangga ditangkap oleh Polis (siap angkat tangan sambil tersenyum). Menurut maklumat yang dikirim, pemuda ini tahu bahawa dia akan dilepaskan kerana tiada mana-mana peruntukkan undang-undang yang membolehkan Polis menangkap seseorang hanya kerana memakai baju kuning yang mempunyai tulisan BERSIH 2.0.



Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini.

Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Di bawah ini gambar Khairul Anuar Zainuddin, selepas dibebaskan kerana tiada sebab untuk pihak Polis menahannya di dalam lokap malam tadi.



sumber....http://milosuam.blogspot.com

enggan bersih daftar pengundi dan penggunaan dakwat hitam tapi SPR cadang guna biometrik untuk halakan PATI mengundi....!!!

Posted: 24 Jun 2011 05:11 PM PDT




Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik dilihat lebih kepada kepentingan politik kerajaan pemerintah.

Cadangan itu seolah-olah satu tindakan susulan kerajaan menerusi SPR untuk menghalalkan pendatang tanpa izin mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.Yang kita  minta ialah penggunaan cap jari dengan dakwat hitam, pembersihan daftar pemilih tetapi cadangan biometrik ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.

Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang..

Lapan tuntutan Bersih 2.0 ialah menggesa SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh kempen kepada minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil,mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Sebelum ini  kita  pernah melahirkan kegusarannya berhubung sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Berdasarkan maklumat , terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Beberapa lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat mendedahkan di kawasan masing-masing berlakunya masalah seperti pendaftaran warga asing sebagai warganegara dan diberikan kad pengenalan.
Isnin lalu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing untuk menipu pilihanraya dan ini telah mendapat persetujuan presiden UMNOPORNO yang juga PM 1 malaysia  untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada dengan "all cost" walaupun terpaksa mengadaikan negara ini kepada negara atau pendatang asing.

otaiblues

Posted: 25 Jun 2011 11:44 AM PDT

otaiblues


Perkasa,,,pembela bangsa?

Posted: 25 Jun 2011 07:48 AM PDT

Antara banner yang di bawa,, membayangkan bertapa kasih nya mereka pada datuk tu...alahai...sayang ada makna...
Banner untuk perkasa... pembela bangsa dan negara..

Ape yang perkasa bela? berapa ramai bangsa melayu yang dah perkasa tolong?
Tak faham la aku,,,
nak aku nampak...tak ada satu ape pun jasa perkasa pada bangsa lebih lebih lagi bagi negara,,,
melain mereka cuma pencacai pada perogol bersiri bengsa melayu sejak dulu lagi...umeno...

Mai ramai ramai pinjam duit KWSP..Dapat penghormatan...

Posted: 24 Jun 2011 12:30 PM PDT

ISA SAMAD : PINJAM DUIT KWSP SATU PENGHORMATAAN – mkini

Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

Nota kaki : 
Awat tak pinjam ngan bank? Sebab kena bayar faedah ke?
Pinjam ngan KWSP tak kena ape ape pun kan? Kalau tak bayar pun tak pe sebab tak terikat dengan undang undang..hanya KWSP la yang bangang....bagi pinjam tampa faedah dan cagaran....
Berapa ramai penyimpan yang cuba nak bawak keluar duit sendiri...bukan banyak mana pun...abih abih kuat pun 30 40 ribu je....punya la susah,,,sampai macam mintak sedekah,, tapi bila felda nak pinjam...senang pulak...sial betul la..
Bukan sikit pulak tu,,,
Kata nya Felda dah untung 1 billion...awat pulak p pinjam 6 billion?
Mampu bayar ke ni?
Nanti nanti,,peneroka juga yang susah...

AdukaTaruna

Posted: 25 Jun 2011 11:24 AM PDT

AdukaTaruna


BERSIH : Teknik rahsia PDRM dan cara penyelesaian.

Posted: 25 Jun 2011 10:44 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Teknik 1. Hapuskan imej keperluan.

Imej keperluan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. 800 report polis. Perbahasan mengenai keburukan. Ancaman melakukan huru-hara. Sabotaj. Tinjauan pendapat. Media dan pelbagai cara bagi menghapuskan imej keperluan Bersih.

Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan.


Teknik 2. Hapuskan leader.

Leader demo akan ditahan sebelum 9 Julai. Mat Sabu, Dr Hatta antara leader wajib ditahan. Gua bagi istilah leader level 1. Motifnya ialah bagi membuatkan puluh ribu peserta menjadi anak ayam kehilangan ibu.

Cara penyelesaian :

1. Leader level 1 harus mengelak dari ditahan sebelum 9hb. Lepas 9 hb nak kena tangkap di lampu isyarat pun takpe. Leader level 1 harus memasuki KL lebih awal.

2. Ada ratus leader dari pemuda PAS, PKR yang tidak menonjol, tetapi masih bertaraf public figure. Taraf public fugure penting bagi mendapatkan kepatuhan. Agih2kan mereka untuk setiap port (Sogo, Kg Baru dan DBKL). Mereka akan ambil alih tugas seandainya leader level 1 gagal hadir di setiap port.


Teknik 3. Hapuskan komunikasi.

1. Setiap no telefon yang didaftarkan atas nama leader level 1 akan mengalami gangguan sementara / dipintas menjelang 9hb Julai.

Cara penyelesaian : Guna no telefon Nasharuddin Mat Isa / Hadi Awang atau sesiapa yang tidak ditakuti UMNO buat sementara.

2. Signal telefon di setiap port juga akan gagal berfungsi. Sama ada sesak atau sabotaj.

Cara penyelesaian : Guna wacky talky kot. Atau gua komunikasi manual. Yakni ada pembantu yang menerima arahan secara lisan dan berlalu mencari kawasan yang mempunyai signal.

3. Megaphon (pembesar suara) akan dirampas pada detik2 awal leader level 1 membuat arahan (gua berani bet, kerat jari Xenan kalau gua salah).

Cara penyelesaian : Sediakan megaphone yang banyak di setiap port. Ada stok yang dipegang Unit Amal. Paling praktikal ialah peserta demo yang puluh ribu halang PDRM dari merampas megaphone. Tapi boleh ke? Peserta demo Melayu ma.


Teknik 4. Hapuskan logistik.

1. Kenderaan jenis pengangkut akan dilengahkan. Bas, keretapi, van. Keretapi dari Kelantan akan sampai di Kuala Lumpur pada 4 petang berbanding 10 pagi pada hari biasa. LRT, komuter tergendala atau tidak berhenti di stesen berhampiran port. Kesemua sekatan di pintu masuk sempadan Kuala Lumpur hanya akan dilepaskan pada jam 4 petang.

Cara penyelesaian :

1. Masuk KL lebih awal dari 9 hb. Peserta tuan rumah (KL dan Selangor) diharapkan berjaya hadir di port paling banyak bagi menggantikan peserta luar yang gagal melepasi sempadan.

2. Guna motosikal / basikal untuk masuk ke port.


Teknik 5. Hapuskan punca2 trend / fenomena.

Tangkapan awal secara rambang. Antara bahan yang dijadikan alasan tangkapan ialah risalah / bahan kempen / baju yang berkaitan dengan warna kuning atau word BERSIH atau kedua-duanya sekali. Juga peralatan rakaman yang dibawa. (Polis yang takut dengan peralatan rakaman mungkin jemaah Rusila dahulunya).

Cara penyelesaian : Jangan pakai baju BERSIH sebelum tiba di port. Bawa benda2 yang memungkinkan polis boleh membuat alasan tangkap secara sembunyi2 ke port. Pandai2lu la nak buat caner. Tapi yang penting, lepas settle himpunan, pakat balik ke rumah masing2 dengan KUNING! Ianya adalah pesta rakyat Malaysia!

 
Teknik 6. Hapuskan matlamat.

1. Matlamat menggabungkan peserta 3 port akan digagalkan. PDRM sudah belajar sejak BERSIH 1.0 2007 lagi.

Cara penyelesaian : Jangan guna konsep ibu dan anak ayam. Tetapi guna konsep air. FRU dan jentera hanya mampu menyekat di jalan besar. Bukan lorong2 tikus. Letakkan Unit Amal yang mahir jalan KL di setiap port. Mereka akan membawa peserta secara konsep air, bukan konsep ibu dan anak ayam.

Dalam satu2 port, beberapa laluan yang dibawa beberapa Unit Amal keluar dari jalan besar untuk sementara (mengelak sekatan), dan kembali ke jalan besar semula (untuk bergabung). Bermatlamat bergabung dengan peserta 3 port. Ingat falsafah ini :

a. Tiada jalan raya, tiada meriam air FRU.
b. Lebih banyak laluan keluar dari jalan besar, lebih kurang kekuatan FRU untuk menyekat.

2. Matlamat berkumpul di istana negara akan digagalkan. PDRM sudah belajar sejak BERSIH 1.0 2007 lagi. PERKASA dan Pemuda UMNO sahaja yang dibenarkan berkumpul depan pintu istana bagi menampakkan jumlah yang ramai.

Cara penyelesaian : Selain dari cara 1 di atas, cara paling berkesan ialah meninggalkan bangsa Melayu anda untuk seketika. Menjadi peserta muslim yang bukan Melayu boleh melanggar sekatan FRU.



Teknik 7. Hapuskan imej kejayaan.

Imej kejayaan BERSIH 2.0 perlu dihapuskan. Gagal capai angka, kemusnahan, kerugian, kemarahan awam, etc akan berleluasa di media pengundi hutan. BERSIH gagal serah memo, PERKASA dan Pemuda UMNO berjaya.

Cara penyelesaian : Setakat ini, status quo. Kita hanya berjaya menjelaskan kepada pengundi media baru. Manakala pengundi media hutan still hutan.


BERSIH : Konsep gua ke 'Walk for democracy."

Posted: 25 Jun 2011 05:57 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Lepas zuhur tadi, gua ke KB Mall. Memakai baju BERSIH 2.0. Banyak gambar yang diambil, tp ntah macamana bini gua buat kelakar, hanya 1 jer save dalam komputer. Yang lain 'ditangkap polis'. Ghaib.

Ketika gua bersiar2 di KB Mall, beberapa rakan call. Malah sepupu gua pun call. Untuk memastikan bukan gua yang ditahan.

"Gua kat KB laa... bukan kat Selangor or KL.."

"Tapi nama dia Khairul.. muka serupa lu gak.."

"Muka gua kan mcm Aaron Aziz."

"Cibai lu.."


 Aaron Aziz versi KIMMA dan isteri gua.

Insyaallah. Jika Allah izinkan gua dan isteri hadir nanti, ini konsep gua, isteri dan anak gua yang dalam perut tu hadir. Konsep sukan. Walk for democracy.

Dalam ratus ribu yang bakal hadir, dalam puluh ribu pada satu2 port (Sogo, Masjid Kg Baru dan DBKL Dataran Merdeka); hanya beberapa kerat yang memakai baju BERSIH jenis ini. Gua jamin, lu akan dapat layanan istimewa dari PDRM punya. Yang kena tangkap, pasti baju rasmi dulu. Hahaha.

Gua tak boleh umum port gua secara open kat sini... tapi kalau lu ternampak gua nanti, sapa-sapa lah gua. Dan kalau dah sapa gua, wajib belanja gua makan. Jangan tempeleng gua dari belakang sudah. Gua fobia lagu tu bai..


Addin

Posted: 25 Jun 2011 11:21 AM PDT

Addin


Akhirnya Najib Akui 'Kekalahan' BN Di Sarawak

Posted: 25 Jun 2011 11:00 AM PDT

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan anggota parti-parti komponen BN akan memperhebat lagi kerjasama sebagai alternatif penting untuk meningkatkan persefahaman dan permuafakatan dalam BN.Katanya, dalam masa yang sama semua parti-parti komponen BN akan berusaha untuk meningkatkan perpaduan dalaman parti masing-masing. "Ini adalah amat penting untuk menentukan bahawa segala permasalahan dalaman dapat diatasi dan dengan ini parti kita akan bertambah lebih kuat dan lebih kukuh lagi," katanya. 


Ujar beliau, BN telah mengambil kira pencapaian parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dilihat mengurangkan sokongan rakyat ke atas BN melalui post mortem yang telah pun dilakukan. "Banyak pengajaran yang boleh diambil dari PRN Sarawak yang mana kita akan mengambil iktibar dan melihat kepada prestasi sama ada kekuatan dan kelemahan BN agar dijadikan panduan kepada parti-parti lain bukan saja yang ada di Sarawak tetapi juga di Sabah dan Semenanjung," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat BN, Menara Dato' Onn, malam ini.Selain itu, beliau turut memaklumkan BN menerima permohonan keahlian secara terus sebagai anggota BN dari pelbagai badan dan jumlah yang memohon sekitar 10,000 orang.

"Namun demikian, setelah dirujuk kepada parti-parti kompenan BN anggarannya adalah sekitar 3,000 kerana setengah daripadanya telah menjadi ahli kepada mana-mana komponen parti," ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh pihak pembangkang sebagai hak masing-masing untuk melakukannya tetapi beliau mengingatkan bahawa negara ini tertakluk pada undang-undang.

Sementara itu, dalam program lain, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya parti komponen dalam BN bergerak sebagai satu perikatan yang kuat dan bukan hanya bersatu ketika musim pilihan raya semata-mata.

"Ada golongan muda, yang mahu jadi ahli BN tanpa perlu masuk mana-mana parti komponen. Jadi kita harap keahliaan terus yang telah diluluskan pada Konvensyen BN pada tahun lalu akan segera dilaksanakan.

"Walaupun, BN ada 13 parti komponen kita perlu bergerak sebagai satu entiti," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) 2011 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Jumaat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan semangat keterangkuman bagi memastikan kemenangan BN pada setiap pilihan raya.


SPR Akui Wujud Pengundi Hantu

Posted: 25 Jun 2011 09:56 AM PDT

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kewujudan pengundi hantu dalam sistem pilihan raya di negara ini, khususnya dalam kes melibatkan rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. Pada satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu. Mengikut Malaysiakini, Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain. 


Mengakui SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan. 

Sebelum ini, Azmin berdasarkan senarai pemilih yang diwarta 13 Mei 2011, mendapati rumah ibunya yang tinggal berseorangan, turut didiami 11 pengundi termasuk lima orang Cina. Selain rumah beliau, 45 pengundi hantu juga didaftar di alamat rumah orang lain di sekitar kawasan kediaman ibunya. 

Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Sabtu lalu, mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan dalam tempoh 48 jam jika beliau berjaya membuktikan wujud penipuan pendaftar pemilih tetapi Wan Ahmad sehingga kini gagal berbuat demikian, malah memberi bermacam-macam alasan rapuh./KD


5 Lagi Di Tangkap Polis Kerana Pakai T-Shirt BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 08:52 AM PDT

KLANG - Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0. Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya. 


Empat daripada mereka memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih. Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih. 

"Ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ini bukan pertama kali Bersih mengadakan perhimpunan, mengapa belum pun bermula, tangkapan sudah dibuat?" katanya kepada Keadilan Daily, petang ini./KD


Panas!! Ada Ahli Politik Malaysia Bertemu Almelda Marcos?

Posted: 25 Jun 2011 08:05 AM PDT


Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenaran isu ini, ia di bangkitkan oleh blogger Mutalib MD di Sabahkini.net. Jikalau betul dakwaan ini, bertambah panas situasi politik Malaysia yang sudah sedia panas.. Siapakah ahli politiknya? Apa tujuannya bertemu Imelda Marcos?


Oleh : MUTALIB M.D

LEBIH 11.82 juta pemilih berdaftar di Malaysia mungkin terkejut bahawa seorang Ahli Politik Malaysia telah berjumpa dengan Balu Mendiang Presiden Filipina, Imelda Marcos pada 2007 di Peninsula Hotel, Makati Manila.

Kenapa Ahli Politik Malaysia berkenaan berjumpa Imelda atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Romualdez yang kini sebagai Ahli Parlimen Ilocos Norte?

Mengikut maklumat Manila, mereka berbincang untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun Swiss Bank milik Imelda bagi membiayai kempen Imelda bertanding Wanita Kongres Filipina dan juga anak-anak Imelda, Senator Bong Bong Marcos, Gabenor Imy marcos yang menelan belanja lebih 1billion pesos.

Persoalannya, tahukah anda siapa ahli politik Malaysia yang terlibat dalam pengeluaran wang daripada Swiss Bank tersebut? Berjayakah mereka mengeluarkan wang berkenaan yang dibekukan Kerajaan Filipina? Ikuti kisah selanjutnya dalam episod akan datang.


Bukti Konspirasi UMNO, Dato T Di Beri Layanan Istimewa Di Mahkamah

Posted: 25 Jun 2011 12:45 AM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis. 


"Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa. 

"Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain."Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap," tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang. Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

"Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun," bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

"Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya 'testimoni pakar' dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar," soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno./KLT


UMNOporno Terdesak, Guna Mimbar Halang Himpunan BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 12:05 AM PDT

REMBAU – PAS Rembau merasa kesal apabila mimbar masjid ketika khutbah Jumaat pada tengahari ini hampir di seluruh masjid di Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 atau "berjalan untuk demokrasi" pada 9hb Julai ini. Ketua Penerangan PAS Rembau, Mohamad Husaini Husin berkata beliau bagi pihak PAS Rembau berasa kesal kerana pelbagai pihak dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menggagalkan perhimpunan aman ini dan sekarang mimbar masjid.


" Jelas Umno-BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walaupun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

" Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihan raya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri", kata Mohamd Husaini.

Mohamad Husaini berkata PAS Rembau telah mengarahkan semua Ahli Jawatankuasanya (AJK) untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya pada hari Sabtu untuk membangkitkan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

" Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

" PAS Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke perhimpunan Bersih 2.0 dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta. Insya Allah.", tegas Mohamad Husaini./FMT


Bekas Calon Ahli Parlimen Pekan Di Tangkap Kerana Pakai Baju BERSIH

Posted: 24 Jun 2011 09:34 PM PDT

Lihatlah betapa bangganya seorang anak muda yang tahu dirinya ditangkap kerana beliau menyokong perhimpunan aman Bersih 2.0. Semangat ini yang kita mahu pada setiap anak muda. Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini. 


Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya./milosuam

Addin :


Pemuda di dalam gambar ini adalah pimpinan AMK iaitu Khairul Anuar Zainuddin. Beliau juga merupakan bekas calon ahli parlimen Pekan semasa PRU 12 pada 2008 yang menyaksikan beliau bertanding melawan Najib Razak. Kawan sebagai anak jati Pekan sokong sangat pemuda ni.. syabas!! Tangkapan ini menyerlahkan lagi KEBANGANGAN Polis..


shalehudin

Posted: 25 Jun 2011 11:09 AM PDT

shalehudin


Dasar perut busuk

Posted: 25 Jun 2011 10:00 AM PDT

Hanya orang buta yang tak nampak wayang kulit yang sedang dimainkan oleh Umno dibelakang perbicaraan Datuk T semalam. Hanya orang orang bangang saja yang tak boleh nak baca adanya tangan Umno yang kotor dibelakang pendakwaan terhadap Datuk T.

Sandiwara yang disusun untuk terus menganiaya Anwar Ibrahim tanpa Anwar berpeluang untuk membalas dan mempertahankan diri. Agak aneh bagaiman maklumat "luar biasa" yang diperolehi oleh peguambela Shafee Abdullah daripada kertas siasatan polis semata mata untuk mengaibkan Anwar di dalam dan di luar mahkamah. Elok sangat la, perangai penakut Umno itu diteruskan juga dengan kerjasama pihak yang punya kuasa. Selepas melontar pelbagai tuduhan terhadap Anwar di dalam mahkamah semalam, pendakwaraya dan Shafee menutup peluang untuk Anwar membela diri apabila tetiba gandingan Datuk T mengaku bersalah menayangkan video lucah pada 21 Mac lalu.

Jahat dan perut busuknya mereka kerana kisah video ini tidak diakhiri dengan pengakhiran sebenaq kerana hingga kini rakyat masih tidak tahu siapa pelaku sebenar dalam rakaman video seks tersebut. Ini lah dosa Umno yang paling besar menggantung kes ini tanpa kesudahan.

Yang pastinya, Anwar terhukum dan akan terus dihukum tanpa kesudahan ceritanya. Ini lah yang dikatakan keadilan ala Umno... yang belum terdengar lagi di negara negara barat walaupun mereka masih asing dengan Islam....

Rakyat didahulukan... kahkahkah...

Posted: 25 Jun 2011 04:06 AM PDT

Pemuda PAS, PKR ditahan polis


Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob pula dilapor menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan BERSIH.

"Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, dilaporkan juga kira-kira 20 orang dipercayai penyokong AMK dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.- Malaysiakini

Nampak sangat Anwar kena naya...

Posted: 25 Jun 2011 03:47 AM PDT

Video seks: Belum putus tubuh s'jaya diraja


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks yang memaparkan seorang lelaki dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita belum buat apa lagi keputusan, itu ada macam-macam pandangan, yang mana sekarang ini pihak polis telah hantar tape itu kepada pihak yang pakar dalam hal ini dan laporan itu telah diserahkan kepada mahkamah," katanya.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau diminta mengulas tentang pengesahan dua pakar dari Amerika Syarikat yang rakaman video seks itu adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret semalam setelah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks berkenaan.

Najib berkata rakyat sendiri perlu buat penilaian mengenai pendedahan itu.

"Kalau kita kata apa-apa pun, yang paling penting ialah untuk mencari kesahihan dan kebenaran. Itu yang kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib, ada berjumpa dengan beliau di parlimen semalam, Najib berkata dakwaan itu adalah suatu pembohongan.

"Tiada, itu dia (Anwar) boleh dakwa, tapi Tan Sri Rahim tiada jumpa saya sama sekali... itu satu pembohongan," katanya.

--Bernama

Najib bangga tak terkira bila Polis pandai kerja

Posted: 24 Jun 2011 11:00 PM PDT

6 pemimpin BERSIH dipanggil polis


Kow Gah Chie
BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.

Dah agak dahh...

Posted: 24 Jun 2011 09:00 PM PDT

Benda ni dah dijangka, depa ni memang akan didakwa dan dihukum tapi hukuman terhadap Trio Datuk T yang mengaku bersalah di Mahkamah hanyalah wayang ikut skrip yang ditulis sekian lama. Hukuman ringan yang bebudak sekolah pun boleh bayaq. Hukuman yang membolehkan Umno syok sendiri mengelakkan diri depa dari dipalit kegelojohan Datuk T... khiaakk putttuiihhh.....

Mereka mengaku bersalah atas penayangan dan didenda, tapi yang sebenar benar dihukum disini adalah Anwar Ibrahim... Dia difitnah lagi dalam Mahkamah Umno tanpa peluang bagi dia membela diri... inilah keadilan cara Umno, pembela Islam nombor wahid...

Anwar telah diaibkan semahu mereka dengan fitnah video ini tapi mereka hanya dikenakan denda keseluruhan RM5,500 sahaja... inilah keadilan ala Mahkamah Umno dalam negara Malaysia bapak depa yang punya. Apa la sangat kan denda sebanyak tu bagi jutawan macam Datuk T ni ya dak? http://shalehudin.blogspot.com/

BERSIH 2.0 - Promo

Posted: 24 Jun 2011 08:00 PM PDT

Sapa penasihat depa taktik takut takutkan rakyat nih...

Posted: 24 Jun 2011 07:00 PM PDT

Ni semua ataih nasihat APCO kot kat Piem Umno... Lawan demo dengan demo, tapi kuatkan suara minoriti tu, bagi pulak sokongan penuh media seolah olah kekacauan besaq akan berlaku kalau majoriti ni engkar. Takut takutkan pulak rakyat terutama bangsa lain yang kerap sangat diulang ulang sebagai golongan pendatang tuh... haha...

Sebab tu dari dulu lagi aku berpandangan Perkasa tu adalah perkakas Umno... tok sah dok menyorok belakang NGO laa... Ini semua idea bernas dari penasihat luaq negara mereka tu laa...

Piem Umno Najib Razak telah dengan bijak memperkudakan sepenuhnya alat ciptaan Mahathir ni iaitu Perkasa yang lantang dan ekstrim semata mata untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Golongan keris telanjang ni bertugas dengan baik selama ini bagi pihak Umno, la ni sekali lagi jasa dan khidmat mereka diperlukan untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih menuntut pilihanraya yang bersih.

Jangan tak percaya kerana rakyat yang perihatin yakin, jika tidak kenapa Najib sampai la ni dok berdiam diri dan langsung tak tegur ugutan yang dibuat oleh Polis, oleh Hishamuddin dan perkakas Umno... Perkasa sendiri. Sah la, ni semua permainan Umno nak takutkan orang ramai. Dah tu sudah pi la, siap ngan ada ugutan bunuh lagi kat orang orang tertentu dalam Bersih dan pakatan pembangkang... http://shalehudin.blogspot.com/

Munkee bangang... kahkahkah...

Posted: 24 Jun 2011 06:08 PM PDT

MAT BANGANG JADI BODOH

SILA TANYA ISA SAMAD


nota:
tanya munkee ini
siapa dia budak itam?
apa terjadi dengan budak itam
dalam hotel di port dickson
kah kah kah

ISA SAMAD : PINJAM DUIT KWSP SATU PENGHORMATAAN – mkini

Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

NOTA:
ini munkee bangang
bangang kerana tak tinggi
inilah sindrom orang bangang dan kontot

soalan ialah pinjam nak buat apa?
felda dikatakan untuk 1 bilion ringgit
tapi ada hutang 6 bilion ringgit
kepala bana apa macam ini

yang nak mampus siang malam ialah peneroka
siang malam pagi petang kerja
yang kaya pegawai felda

dulu madey rembat duit kwsp
nak selamatkan anaknya

kali ini mat mongol pinjam duit felda
keran ank buat kenduri anak nak berancuk
kah kah kah

dulu ghafar ba ba ada cakap macam ini
ghafar ba ba ini cukup bijak
dai ada dua ijazah
satu dari universti malaya dapat ba
satu lagi dari universiti kebangsaan juga dapat ba
kah kah kah

(Bro: TT)

Kot mana pun Anwar jugak yang kena

Posted: 24 Jun 2011 05:16 PM PDT

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,
2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik
3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai "Dato' Eskay") telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Shuaib") di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Seri Anwar") dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai "Tan Sri A Rahim") berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11
2. Alat perakan DVR
3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

A Mum Of Three Mohd

Posted: 25 Jun 2011 09:52 AM PDT

A Mum Of Three Mohd


Pengkhianat rakyat

Posted: 25 Jun 2011 12:44 AM PDT


Juak-juak dan penyangak UMporNO sering menuduh kita... Pakatan Rakyat akan mengubah perlembagaan jika kita memerintah. Itu fitnah berlaka.You all jangan percaya pada penyebar fitnah ini. Dusta!! Dusta!!

Sebaliknya mereka yang sering tidak menghormati perlembagaan. Mereka pinda ikut suka hati mak bapak mereka. Selain itu.... mereka juga langgar apa saja yang dijamin oleh perlembagaan untuk rakyat, demi menjaga kepentingan dan menguntungkan mereka. Mereka salah guna pelbagai akta yang mereka buat untuk mengekang hak dan kebebasan rakyat. Mereka ini pengkhianat rakyat!!

Pihak berkuasa yang menjadi barua UMporNO telah menolak permit BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Itu salah guna kuasa kerana belum apa-apa lagi sudah tolak hasrat kita. Tarak guna!! Salah guna kuasa!! [sini]

Itu sudah melanggar hak rakyat untuk berhimpun secara aman yang dijamin dalam perlembagaan. Itu sudah salah di sisi undang-undang. But what to do... pihak berkuasa negara ialah Raja di Malaysia. Mereka boleh buat apa saja mereka suka kerana mereka diberi 'lesen' untuk melanggar perlembagaan dan undang-undang negara melalui pelbagai akta zalim.

Siapa yang beri mereka lesen itu dan untuk apa??

Kerajaan UMporNO!! Untuk.... menjaga kepentingan politik mereka. Kepentingan dan hak rakyat bagaimana?? Mampuih pi la....!!

Itu bermakna, pihak berkuasa sudah khianat kepada rakyat yang bayar gaji mereka. Kalau macam tu.... halalkah gaji yang mereka bagi makan kepada anak bini?? Cer, muhasabah diri dan tanya diri hangpa....

Bahagiakah kehidupan aku?? Moral dan perangai anak-anak aku macam mana?? Pelajaran anak aku lagu mana?? Aha... muhasabah diri hangpa dengan ikhlas. Kalau baik... alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya, bagaimana?? Lu pikirlah sendiri...

Ingat.... TUAN hangpa bukan UMporNO tetapi RAKYAT. Laknatlah hangpa kalau khianati rakyat dan ikut telunjuk UMporNO!!

Apa-apa pun, pedulikan larangan depa... Jom kita BERSIH-kan sistem pilihan raya kita, agar kita dapat buat perubahan kepada keadaan gila pandi yang melanda sistem pemerintahan negara di bawah UMporNO.

Apa pasal?? Tak der pasal!!

Posted: 24 Jun 2011 09:47 PM PDT


Salut BERSIH!!

Keramamu, banyak menteri sudah hilang dan ketiadaan telor mereka. Bukan itu saja, tetapi mereka juga sudah jadi BODOH. Ini... sorang lagi Timbalan Menteri 1Malaysia yang telah berjaya masuk carta MENTERI@YB BODOH 1MALAYSIA.

Ha ha ha.. Kali ini... malaon yang bertuah itu ialah si Fuad Zarkashi. Tak kosa aku nak letak Dr depan namanya.... sebab dia tak layak menggunakan gelaran itu. Bikin malu kompeni jer. Dr kalu... bercakap guna akai dan otak, tapi malaon sorang ni... letak otak dia, kat kepala lutut. Dalam tempurung kepala.... kosong!!

Eeeee.... bodohnya. Dah ler bodoh, angkuh pulak tu. Jenis suka main ugut-ugut. Depa ingat orang takut. Cer baca....

"Jika mereka didapati menghadiri demonstrasi itu pihak sekolah dan kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, seharusnya mereka ini perlu menghabiskan pengajian.

"Pihak polis diminta mengenal pasti jika wujud pelajar-pelajar menyertai perhimpunan itu agar dirujuk kepada pihak sekolah supaya tindakan dikenakan ke atas mereka" [sini]

Wei... lu ingat orang takut ka sama lu punya amaran?? Penakut!! Sama pelajar universiti lu olang takut... pelajar sekolah menengah dan rendah pun, lu olang takut jugak, ka?? Haiyooo....Tadika punya budak, tarak takut??

Dei... lu, sama lu punya amaran.... boleh poooraah!! Ciiittt!!! Layak jadi Pegawai jaga budak tadika jer malaon ni!!

Lepas tu pulak komer... ada ke dia suruh BERSIH adakan demo atas jambatan Pulau Pinang. Alasan bodoh dia...kerajaan PR Pulau Pinang sokong BERSIH 2.0. Hisy.... ajer nyer bodoh!! [sini]

Orang berdemo... sebab nak antor memo tuntutan BERSIH pada Agong. Ater udah Agong diam di Kolumpor.... berkumpoi ler sesemuanya di sana. Apa ke jadah nak menyusahkan diri dan orang lain, pergi berdemo jauh-jauh nun ke utara tu?? Cara mudah ada, ngapa nak pilih cara susah??

Eeee.... bangang betoi!! Resmi deme tu, asyik nak menyusahkan orang jer.

Lagi pun KL terletak ke di tengah-tengah. Bior ler orang berpusu-pusu di situ... baru ler balance. Kalau berkumpul di utara, mau terjongket Semenajung Malaysia. Tenggelam utara... terjongket selatannya.

Oleh itu, usah komer layan cakap si Puad, otak di lutut tu, tak der paedahnya. Turun beramai-ramai join BERSIH 2.0. Ajak dan bawak semuanya.... kecik, besor, tua, muda dan siapa saja ler...

9 Julai ini.... JOOMMM BERSIIIHHH!!!

Mengata dulang paku serpih

Posted: 24 Jun 2011 06:30 PM PDT


Fulaamakk....!! Si hipokrit tua ni, pandai berkata-kata.

Orang semua tak betul... Dia jer yang betul. Dia anggap semua orang bangang.... dia jer yang bijak. Hmmm.... bijak mentekedarah duit rakyat!!

Cer baca apa dia kata tentang Tok Guru Hj Hadi....

"Saya rasa dia (Hadi) ikut bersih sahaja, dia bukan berapa bersih betul. Kalau hati dia bersih betul, saya fikir dia takkan buat benda-benda macam ini.

"Orang ikut BERSIH memang hati tak bersih," [
sini]

Woit... dengar sini nak habaq mai kat hang!!

Orang ikut Mahathir... memang kuat auta hei
Orang ikut si Kutty... memang busuk hati!!

Busuk sampai ke usus!! UMNO sudah busuk sampai ke usus.

Bukan kita yang kata... tetapi si Kutty yang kata.

Ater, kalau dah busuk tu... tak bersih ler!! Kalau tak besrish tu, maknannya... KOTOR ler!!

Macam man tak kotor, kalau bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, ketirisan, salah urus tadbir.

Sebab dah terlalu berkarat KOTOR-nya lah kita nak BERSIH!!

Mengata dulang paku serpih
Mengata orang tak bersih, awak tu lagi bernajis!!

Semangat Kuning

Posted: 24 Jun 2011 05:30 PM PDT


Tangkapan sulong...

Ditangkap kerana pakai baju warna kuning.
Fuiyo... femes ko Jonah.
Begitulah semangat anak muda.
Tidak gentar dengan ujian.

Hidup Jonah!! Hidup warna KUNING!!

BERSIH Tetap BERSIH!!
BERSIH Tetap BERSIH!!


[sumber: sini]

Perbuatan bangang!!

Posted: 24 Jun 2011 09:30 AM PDT


Kalau ia pun nak sabotaj... ini bukan caranya. Ayat suci al-Quran jangan dipersenda dan dihina. Buruk padahnya....

Moreover.... apa faedah kau dapat buat macam tu. Perbuatan bodoh yang sengaja mengundang laknat Allah ke atas diri sendiri. Tak ke bangang!!

Celakalah mereka yang bertanggung jawab atas perbuatan keji ini!!

Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam. I

mam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang.

"Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Yusuff berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid.

Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara itu, petang semalam.

[sumber; sini]

Senyum Tangis Sendu

Posted: 25 Jun 2011 09:48 AM PDT

Senyum Tangis Sendu


Barang Inilah Yang Dijual Dalam Kedai 1Malaysia

Posted: 25 Jun 2011 02:54 AM PDT







Penyokong kuat Barisan Nasional. Sebab itu KIMMA ada Senator. Jolok sikit UMNO dapatlah jadi senator. Hang bukaklah kedai baru nama 1Malaysia ke, 1Kimma ke, 1 dua tiga gol ke, manusia susah nak percaya dengan hangpa Mydin.

RTM Lakukan Kesilapan Secara Langsung Kepada Penonton

Posted: 24 Jun 2011 10:56 PM PDT


Malam tadi telah diadakan rancangan Bicara Rakyat di Rakyat Tunggu Mati (RTM) di saluran 1 yang bertajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat'. Lokasi tempat berlangsungnya secara langsung itu dari Universiti Teknologi Malaysia kampus Semerak.

Tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' agak sedikit tersasar kerana sikap moderator, Syed Munawar seakan-akan  mahu menjadi ahli ketiga bagi pihak BN. Sepatutnya beliau tidak "bias" dalam bertanyakan soalan tetapi menjadi "backup" kepada kerajaan.


Tetapi nasib baik hujah yang dilontarkan oleh moderator dan ahli panel BN dijawab dengan sempurna dan menyebabkan pemidato BN, Lokman Noor Adam terpaksa mengalih isu kepada berkaitan Anwar Ibrahim dan Negara Kebajikan. 


Ahli panel dari Universiti Pertahanan Nasioanl Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah pula terperangkap dengan isu berkaitan demonstrasi dalam stadium. Beliau mencadangkan agar demonstrasi diadakan dalam stadium dan pada masa yang sama beliau berkata dalam stadium juga tidak selamat. Beliau terperangkap dengan isu yang cuba dilontarkannya sendiri.

Pemidato dari Barisan Nasional pula berkata bahawa demonstrasi sepatutnya tidak diadakan kerana akan menggangu peniaga yang mencari makan. Namun hujahnya juga memerangkapnya sendiri kerana beliau tidak sedar bahawa Pemuda BN juga akan berdemonstrasi. Apabila hujah tersebut cuba dipatahkan oleh Dr Dzulkifli, beliau mengalihkan isu kepada skandal Anwar Ibrahim dan isu Negara Berkebajikan PAS.

Moderator pula berkata untuk mengelakkan kemaslahatan besar, perlu mencari kemaslahatan yang kecil. Cadangan moderator ialah mengadakan demostrasi dalam stadium kerana ia merupakan kemaslahatan kecil tetapi Dr Dzulkifli membalas dengan isu yang diperkatakan oleh Dr Ridhuan Tee adalah tidak selamat.

Dr Dzulkifli cuma menjawab dengan tenang bahawa kemaslahatan kecil dapat dielakkan dengan hanya Perkasa dan Pemuda BN harus tidak terlibat dalam demonstrasi bersama Bersih kerana jika Perkasa dan Pemuda BN berkumpul, maka itu adalah kemaslahatan yang besar. Jadi, untuk menjadikan itu kemaslahatan kecil maka Perkasa dengan Pemuda BN cari satu tarikh yang lain jika mahu berdemonstrasi.

Malam tadi juga menunjukkan cara-cara berhujah dari pihak BN dan PR. Namun hujah BN agak tidak realistik dan banyak mengalih isu dari tajuk 'Jalanan Tempat Mencabar Mandat' ke isu skandal seks Anwar Ibrahim. Itulah hujah UMNO yang tidak bersedia.

Abang Long Kena Tangkap Pakai Baju BERSIH?

Posted: 24 Jun 2011 10:51 AM PDT


SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.

Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.

Jonah (T-shirt kuning) dibawa ke balai polis Shah Alam

Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

"Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu," kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.

Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.

"Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa…" katanya.

Terdahulu,  Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga memanggil beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor, semalam, untuk memberi keterangan.

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 25 Jun 2011 09:29 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


6 pemimpin BERSIH dipanggil polis

Posted: 25 Jun 2011 08:07 AM PDT

BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.

NONEMereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria (kanan), pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.

Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini. 

Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.

Dalam perkembangan terbaru, Ambiga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan polis ditangguhkan.

"Setakat ini belum tahu tarikh baru," katanya melalui SMS kepadaMalaysiakini.

INI BARU POLIS MALAYSIA BEB...

Posted: 25 Jun 2011 03:04 AM PDT

Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob pula dilapor menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan BERSIH.

"Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, dilaporkan juga kira-kira 20 orang dipercayai penyokong AMK dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.

Perbicaraan Datuk T atau pesta serang Anwar?

Posted: 24 Jun 2011 08:49 PM PDT

Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu?

NONEAtau, adakah memadai untuk peguam negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam-peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan Datuk T.

Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh peguam negara, polis dan peguam Datuk T untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.

azlanPada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan "pakar" dan bukti-bukti lain yang dikemukakan semalam.

Justeru persoalan yang amat relevan adalah: Adakah peguam negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau?
Tak berani minta dibicarakan

Jika jawapan Gani adalah "ya", maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji "bukti-bukti" pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinchi "semangat patriotik' gandingan Datuk T dalam menayangkan video lucah berkenaan

datuk t charged 240611 outside court after trialSayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shahryl Eskay Abdullah tidak pula mengaku tidak bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.

Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam-peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas "pakar-pakar" pendakwaraya.

Namun ini tidak berlaku. Gandingan Datuk T sebaliknya cepat-cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullahSebaik sahaja keluar mahkamah, Datuk T dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.

Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah Datuk T adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis?

Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar.

Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian.

NONESatu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk ijazah pertama sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidekan ala-CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu.

Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam Datuk T pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan.
Menyelamatkan Malaysia?

Rahim, Shuib dan Eskay kemudian "dilepaskan" dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup "mengorbankan diri" dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia.

datuk t charged 240611 rahim thamby chikJIka itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka.

Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.
Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan Datuk T, oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;
  • Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri. Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis.
  • azlanJusteru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri? Malah, mungkin membekalkan pelacur yang dimaksudkan?
  • Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis? Tiba-tiba isu jam itu "dilenyapkan' daripada paparan orang ramai.
Umno tak terlibat?
Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek-aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya.

datuk t supporters in court 3Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan.

Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam Datuk T "melanyak" beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah.

NONEKetua Pemuda Umno Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar.

Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka?

Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.

Rasanya Khairy tahu maksud pepatah "lontar batu sembunyi tangan"

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Jangan tipu rakyat Najib ke Pasir Puteh

Posted: 24 Jun 2011 10:38 AM PDT

Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, diingatkan agar jangan menipu rakyat dengan jumlah kehadiran ahli Umno yang akan menyambut kedatangan Presiden parti itu pada 2 Julai ini.
Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh turut  mengingatkan pihak Umno  agar tidak mempergunakan guru-guru sekolah dan Kafa untuk dijadikan alat suruhan bagi memenuhi majlis berkenaan.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh, Mohd Nazry Mohamad Nor berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada guru-guru bahawa mereka bakal diwajibkan menghadiri program berkenaan, sedangkan kehadiran Datuk Seri Najib bukan atas lawatan rasmi kerajaan, sebaliknya bagi tujuan parti.
Menurut belliau, biarkan kakitangan awam menentukan sikap mereka dalam berpolitik. Jangan kongkong mereka dengan arahan wajib. Mereka bukannya budak tadika yang sewenang-wenangnya boleh diarah untuk menghadiri sesuatu program parti.
Katanya, pihak PAS yakin Umno makin tertekan dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan mereka gopoh dalam menjawab agenda itu.
"Mereka terpaksa mendatangkan Presiden parti bagi memulihkan semangat ahli yang semakin celaru dengan sikap pendirian parti dalam isu-isu dalam negara," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Kecelaruan mereka itu, menurut beliau, jelas nampak dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, apabila Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberi amaran kepada rakyat untuk tidak turun pada demonstrasi berkenaan.
Dalam masa yang sama, katanya, Ketua Pemuda Umno berkeras untuk membawa pemuda parti itu untuk turut sama berdemonstrasi pada hari berkenaan bagi tujuan yang hampir sama dengan apa yang dibawa oleh Bersih.
"Sehingga sekarang Umno masih mengamalkan budaya politik lama dengan cara menggunakan segala jentera kerajaan untuk menang dalam pilihanraya, tanpa dengan kekuatan parti mereka," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan, kira-kira 20,000 ahli Umno Bahagian Pasir Puteh dijangka menyertai program lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke jajahan itu dalam rangka lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan pada 2 Julai ini.
Ketua Umno  Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, selain itu badan bukan kerajaan (NGO) terutama golongan belia, peniaga, petani dan nelayan akan turut serta pada majlis berkenaan.
"Lawatan ini julung kali diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh.
Beliau berkata, Perdana Menteri akan menemui peniaga di Pasar Pasir Puteh dan pemandu kereta sewa yang dilantik sebagai "duta kecil" untuk membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan konsep 1Malaysia kepada masyarakat umum.
Katanya, selepas majlis berkenaan, Najib akan ke Sekolah Kebangsaan Seri Aman untuk menemui ahli parti termasuk pegawai Kerajaan Persekutuan terutama kaum pendidik dan akan menyampaikan amanat penting kepada mereka.
Zawawi dilaporkan berkata, pada kesempatan itu, beliau akan menyampaikan hasrat penduduk Pasir Puteh yang mahukan Kerajaan Pusat menyegerakan pembinaan sebuah institusi pengajian yang berasas kejuruteraan laut yang dicadangkan dibina di Tok Bali.
Perdana Menteri kemudian akan menemui veteran Umno di Masjid Pulai Lima dan menunaikan solat sebelum ke Machang. Pada sebelah malam, Najib akan ke Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut Mohd Nazry, beliau yakin mereka yang dipaksa hadir ke majlis berkenaan cerdik untuk menilai pendekatan politik pembangunan yang bertujuan memberi candu kepada rakyat.
"Sedangkan banyak lagi projek Kerajaan Pusat yang terbengkalai dan ada yang masih belum dimulakan, termasuk jambatan yang dijanjikan dibina untuk pengundi Dun Manek Urai 2009 yang lalu.
"Saya cabar Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh mengumpulkan ahli sebenar Umno untuk hadir ke majlis itu, tanpa ada kerahan wajib kakitangan kerajaan sekiranya beliau inginkan keaslian dalam perjuangan dan melihat keutuhan semangat ahli," ujar beliau.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 25 Jun 2011 09:17 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


BERSIH : KDN disaran dapatkan pengimbas, periksa seluar dalam sekali...

Posted: 25 Jun 2011 08:18 AM PDT

Artikel ini ditulis oleh Ahli UMNO..

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik.


Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang 'autocratic' yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat 'perongos' kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan 'attire' yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan 'transparent' sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan 'suspicion' yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai 'panty' Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu 'attribute' yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat 'gentleman' dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.


Aspan Alias

Lagi ditahan kerana pakai 'T' Shirt BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 08:01 AM PDT

KLANG: Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0.

Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya.


Empat daripada mereka memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih.

Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih.

"Ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ini bukan pertama kali Bersih mengadakan perhimpunan, mengapa belum pun bermula, tangkapan sudah dibuat?" katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.


http://www.keadilandaily.com/?p=15949

UMNO bimbang tuntutan BERSIH.

Posted: 25 Jun 2011 07:44 AM PDT

KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.

"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.


"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.

Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.

Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.

"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?

"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.

"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.

"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.

Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.

"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.

Harakahdaily

Aku SOKONG Najib!!!!

Posted: 25 Jun 2011 02:23 AM PDT

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang Najib berkata "Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat.

"Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka," katanya.

Aku sokong dan setuju dengan apa yang Najib ucapkan itu.. orang luar atau pengundi mesti kita jaga kerana merekalah yang akan menentukan kuasa berada dipihak siapa.. samada BN ataupun PR..


Bukannya menghargai mereka bila pilihanraya tiba saja.. bila dah berkuasa halau mereka keluar parti bila mereka bantah cakap kita biarpun apa yang dibantah mereka itu wajar, bila mereka menegur.. tengking mereka.. tanya mereka "Siapa anda??".. "Aku Pemimpin!! Siapa anda?? untuk menegur?"..

Penyokong ditengking dan diherdik mereka bagai anjing.. setelah mereka mempunyai kuasa, mereka terlupa ketika kempen Pilihanraya, mereka juga yang telah berkata setiap undi itu berharga..

Sebelum mereka berkuasa, ketika kempen mereka sanggup menjenguk rakyat yang ditimpa bencana tak kira pukul berapa pagi sekalipun.. bila dah berkuasa lepas tengahmalam handphone ditutup mereka..

Sebelum berkuasa.. mereka berjanji untuk berpindah ke kawasan yang hampir dengan rakyat, kononnya untuk memudahkan mereka memantau masaalah rakyat.. bila dah berkuasa janji tinggal janji..

Siapa terasa nasib hang la....

(Aku sokong ayat Najib yang itu saja ya... harap maklum.. bukan sokong UMNO mahupun BN)

Najib: Umno tak boleh menang PRU jika masih guna senjata lama

ELAYANG, 25 Jun — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepimpinan Umno agar melakukan lebih banyak perubahan sambil menegaskan "senjata lama" tidak lagi boleh digunakan dalam era politik masa kini.

Bercakap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Selayang, Najib berkata sekiranya parti Melayu itu masih menggunakan senjata lama belum tentu akan menang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Semua ini menuntut kita buat perubahan, kalau kita buat cara lama, kaedah lama dan senjata lama kita boleh menang perang lama... perang baru belum tentu lagi.

"Jangan kita jadi macam zaman Kesultanan Melaka tahun 1511, Portugis datang dengan 400 orang tapi kita berdepan dengan tombak, keris dan anak panah.

"Memang senjata itu melambangkan pahlawan Melayu... segak, orang Melaka segak dengan keris, tombak tapi Portugis datang dengan senjata lebih moden... dengan senapang dan meriam, setakat segak tak cukup bila kita berdepan dengan orang yang lebih berkemampuan," kata Perdana Menteri.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang, Najib (gambar) juga menegaskan hanya "johan" yang akan memberi makna bagi mana-mana parti politik.

"Jika kita dikehendaki melihat lebih jauh sudah tentu sebagai sebuah parti politik yang paling penting untuk berjaya dalam pilihan raya kerana dalam pilihan raya tiada istilah naib johan.

"Dalam pertandingan biasa ada hadiah untuk naib johan tapi untuk pilihan raya hanya johan ada erti dan kita perlu sedar bahawa naib johan bererti kita kalah pada pilihan raya," katanya.

Kata Presiden Umno ini, parti yang kalah dalam pilihan raya merupakan satu tamparan dan bagi memastikan Umno terus kekal beliau mahu "sejarah lama" dijadikan panduan untuk bangkit semula menghadapi Pakatan Rakyat.

"Kita tahu erti parti yang kalah, kita sudah rasa pahit bila kita kalah, maruah kita, imej kita dalam keadaan tak menentu... kalau sudah mengalami perjalanan pahit ini sebagai sebuah parti yang kalah, kita lihat dari segi kejayaan, rekod dalam amalan demokrasi berparlimen tiada parti yang lebih cemerlang daripada kita.

"Namun kita sedar kehebatan silam dan lipatan sejarah, sehebat mana bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa akan datang," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) tewas besar di mana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.

Jelas Najib, landskap politik masa kini memerlukan lebih banyak perubahan terutamanya revolusi maklumat yang membolehkan rakyat mengetahui segalanya melalui Internet.

"Kita tidak boleh kaku sebab kalau kita takut melakukan perubahan orang lain akan mengatasi kita... kita tidak boleh bangga dengan simbol, imej tapi pengisian kurang, sejarah sudah mengajar kita yang patut menjadi guru yang paling besar.

"Bila sudah alami pengalaman ini, kita perlu bangun, buat perubahan... bukan sahaja kepimpinan atasan tapi semua Umno-BN di semua peringkat sebab pengundi akan menilai kita," katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada kepimpinan Umno agar memberikan tumpuan utama kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

"Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat.

"Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka," katanya.

Sebelum ini Najib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun depan.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.


The Malaysian Insider

Video Seks : Siapa Rahim Thamby Chick? (Video Inside)

Posted: 24 Jun 2011 11:06 PM PDT

Video diakhir entry


Bekas Ketua Menteri Melaka yang terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan rasuah membabitkan 40 juta ringgit. Meskipun begitu beliau dlantik menjadi Pengerusi Risda.

Kita tahu Risda adalah agensi kepada pekebun kecil yang penting kepada ekonomi orang melayu. Hampir 1 juta peneroka dan keluarga menyertai rancangan rancangan tanah Risda.


Meskipun diberi jawatan sebegitu penting Rahim masih mahu sekali lagi merasakan kuasa politik yang terlepas dari genggamannya apabila terpalit dengan tuduhan rogol dan rasuah. Justeru beliau beisytihar untuk mendapatkan perhatian Perdana Menteri supaya diberi tempat untuk bertanding di Plihan Raya Umum akan datang.

Dan lebih penting diberi kedudukan dalam kerajaan pimpinan Najib. Kita tahu Najib dan Rahim, mempunyai satu persamaan, musuh politik utama mereka ialah Anwar.

Oleh itu jika Rahim boleh meyakinkan Najib bahawa beliau mempunyai sebuah video yang boleh mengenakan Anwar, sudah tentu, pada pandangan rahim, beliau akan mendapat ganjaran setimpal daripada Najib. Bagaimana pula dengan Eskay?

Beliau ahli perniagaan yang menubuhkan sebuah syarikat dan melantik senator shuib lazim menjadi penasihat syarikatnya. Matlamat syarikat ini mendapatkan kontrak membekalkan baja kepada Risda.

Kontrak ini ratusan juta ringgit. Justeru Eskay perlu membawa sesuatu hadiah kepada pengerusi Risda. Lantaran itu, video ini diwujudkan.


Lihat juga siapa Eskay di SINI

Keadilandaily

Video Seks : Siapa Eskay? (Video Inside)

Posted: 24 Jun 2011 10:43 PM PDT

Video diakhir entry..



Video lucah ini bukan saja disebarkan secara meluas di internet, masjid, pasar malam, malah turut diedarkan di rumah rumah. Ia juga turut diposkan dari thailand kepada pemimpin pemimpin politik.

Saya berpeluang membuat kajian sedikit ke atas beberapa bahagian video ini, soal perut dan soal dada lusuh, adalah jelas untuk kita membuat andaian bahawa Anwar tidak memiliki fizik seperti pelaku dalam video ini.


Satu lagi aspek menarik ialah hidung pelaku. Rakaman ini menunjukkan pelaku memliki hidung mancung, Anwar tidak dikurniakan dengan hidung mancung. Hidung beliau pesek.

Dari gambar gambar ini jelas, selain dari susuk badan, hidung Anwar dengan hidung pelaku jauh berbeza.

Di Hollywood ramai yang berhidung mancung, pengarah dan pelakon ?

Malaysia pun apa kurangnya, malah tan sri rahim thamby chik sendiri berhidung mancung.

Gambar gambar ini menunjukkan seribu satu kemungkinan yang perlu kita renung dan hayati untuk kenal pastri identiti pelaku dalam video lucah Datuk T.
Pelakunya jelas bukan Anwar. Kalau bukan Anwar, persoalannya adakah persamaan iras wajah antara pelaku dalam video dan Anwar boleh dirungkai.

Tidak mustahil untuk seseorang dipaparkan sebagai individu lain jika segala kepakaran kosmetik dan make up diguna untuk megubah wajah beliau. Teknologi atau kepakaran ini boleh didapati tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya di seberang sempadan iaitu di Thailand.

Tapi sebelum saya merungkai topik ini, mari kita dengar apa yang didedahkan oleh Mohd Mahte Bin Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk pertama bahawa video ini mempunyai asal usul dari Thailand. Beliau mendedahkan, akibat marah dengan Anwar kerana tidak membantunya dalam kes saman 20 juta,

Eskay memberitahunya, beliau akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.

"Jika saya telefon dia, dia marah marah. Datu Seri Anwar ni tak guna, dah curi duit kita. Ai saya terkejut. Apa pasal duit kita pula. Bukan saya. Saya tak ada kene mengena pun kan. Saya akan buat dia sampai jatuh. Ini ayat dari mulut dia. Ini saya nak balik ni. Saya nak balik saya nak pi siam, saya nak kumpulkan evident evident untuk jatuhkan Anwar. Saya tak kata apa. Inilah perkara yang sebenarnya. Saya Lillahita抋la, tak ada siapa bagi duit pada saya?"





Keadilandaily

Aku Budak Balun

Posted: 25 Jun 2011 09:10 AM PDT

Aku Budak Balun


Lagi bukti UMNO Makin Kecut Dengan BERSIH 2.0!

Posted: 24 Jun 2011 11:00 PM PDT


Buat la apa pun UMNO oi..
Apa lagi yang ko belum guna..
Semua persatuan, pertubuhan yang terpaksa guna UMNO untuk beroperasi dah selesai buat repot polis..
Semua UMNO cawangan mahupun bahagian yang kaki bodek..
Dah buat repot gakkk!! siap bergambor lagi!

Ni yang terbaru..
Cikgu-cikgu kena ugut pulakkk!!
Adehhh!!

Lepas ni Felda pulak kot?
Ugut peneroka yang joint demo BERSIH 2.0 tidak dibenarkan mengait buah sawit atau menoreh getah selama 2 bulan!
wakakakaka!!

Ingat kami takut?
Apa mengarut?
Kita tunjukkan Rakyat Ke depan!

budakbalun 25062011

Tahan gaji sertai perhimpunan

2011/06/25

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis.
"Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya.

"Tindakan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Pelajaran yang akan meneliti setiap kes terlebih dulu... mereka juga berdepan tindakan polis," katanya selepas majlis penyampaian cek bantuan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil Parlimen Batu Pahat, di sini, semalam.-Berita Hairan

Sah! UMNO belakang Dato T?

Posted: 24 Jun 2011 08:25 PM PDT

Ini lembu 3 ekor tau! buka Dato T 3 ekor! wakakaka!


Macam ada synchronization pulak kenyataan Najib selaku Presiden UMNO dengan apa yang peguam Trio Dato T nih!
Hmm.. teman pun nak buat macam berita tv3 malam tadi lah..

SAH! UMNO punya perancangan Trio Dato T neh!

Teman ntah macam mana terlayan Buletin Utama Tv3suku malam tadi..
Tajuk-tajuk berita penting pun dah pelik dah...

SAH! Anwar Ibrahim dalam video!

Wah! mudahnya puak-puak tolak hukum Islam ni jatuhkan hukuman?
Takde dakwa-dakwi dah..
Woi! Ingat dah kena denda RM5500 tu dah boleh suka-suka sahkan orang lain?

Hmm.. dah macam takde agama teman nengok puak-puak nih!

Ya Allah... Bantulah kami menghancurkan puak-puak sebegini...

Ameen!

budakbalun 25062011

Lihat kebenaran 99.99 peratus mirip Anwar

KUALA LUMPUR 24 Jun - Rakyat perlu melihat kebenaran daripada apa yang dibuktikan oleh dua pakar forensik dari Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan bahawa 99.99 peratus individu di dalam rakaman video seks ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana pembuktian itu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.

"Ini adalah sesuatu yang rakyat sendiri perlu buat penilaian. Kalau kita kata apa sekali pun, yang penting adalah untuk mencari kebenaran dan kesahihan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Najib merujuk kepada kenyataan peguam, Datuk Mohammad Shafie Abdullah semasa proses perbicaraan trio 'Datuk T' hari ini berhubung kes penyebaran rakaman video seks bahawa 99.99 peratus lelaki dalam video tersebut ialah Anwar. - Melayau

Al Ikram

Posted: 25 Jun 2011 09:02 AM PDT

Al Ikram


'KETUA UMNO SPR' DIDESAK LETAK JAWATAN

Posted: 25 Jun 2011 02:41 AM PDT

WHO IS THE GOVT TRYING TO PROTECT ?

Posted: 24 Jun 2011 02:15 PM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 25 Jun 2011 09:01 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Gambar: Hiburan Malam Minggu

Posted: 25 Jun 2011 07:16 AM PDT

Kalau dapat naik kereta tu, tentu hebat dan seronok ...?

Tangkapan Kotor dah bermula ...?

Posted: 25 Jun 2011 12:48 AM PDT

"PETALING JAYA: Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menjadi mangsa pertama tangkapan Bersih.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Jonah ditangkap ketika sedang menunggu minuman di Up Town, Shah Alam kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Beliau dibawa dalam keadaan bergari oleh dua kenderaan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam untuk disoal siasat.

Ketika dihubungi hari ini, beliau memberitahu, tiada sebarang alasan diberikan oleh tiga anggota polis preman ketika menangkapnya.

"Cuma saya memakai baju Kuning Bersih 2.0 yang menyebabkan saya ditangkap. Menurut anggota polis baju itu boleh menghasut orang lain untuk menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai depan.

"Saya bersendirian ketika itu kerana sedang menunggu minuman," katanya.

Menurut Jonah, beliau disoal siasat lebih sejam di IPD Shah Alam sebelum dibebaskan hampir jam 2 pagi tadi."

Sepenuhnya di sini ...?

FRU kepung Uptown Shah Alam ...?

Posted: 24 Jun 2011 06:16 PM PDT

"SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.

Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.

Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

"Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu," kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini."

Sepenuhnya di sini ...?

Pahang Daily Online

Posted: 25 Jun 2011 07:05 AM PDT

Pahang Daily Online


Panas: Keputusan Kajian Pakar-Pakar IAEA Pasti Berpihak Kepada 'Kerajaan', Rakyat Wajar Terus Bangkit Menyatakan Bantahan Sampai Bila-Bila !

Posted: 24 Jun 2011 10:10 PM PDT

Biar pun Kerajaan Negeri Pahang dan pusat bakal bergembira dengan keputusan kajian oleh Pakar-Pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung dengan tahap kesihatan dan risiko kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng hujung bulan inu. Namun, rakyat terus bangkit dan menyatakan bantahan. Mereka boleh melakukan apa saja untuk menipu rakyat terbanyak, susulan masing-masing sudah memperolehi dan menunggu bahagian masing-masing selepas ini. Namun, mereka juga harus ingat bahawa rakyat adalah hakim negara. Suara rakyat pasti terus bergema dan gelombang kebangkitan itu pasti disemarakkan ke seluruh negara menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Sama ada disedari atau tidak ia sudah berlalu dan kerajaan tidak mungkin akan berpatah balik atau berganjak dengan keputusan yang telah ditetapkan. Kehadiran pakar IAEA yang mana sebuah agensi antarabangsa tempat adik MB Pahang sendiri bertugas itu sebenarnya hanyalah satu taktik untuk mengaburi mata rakyat. Pakatan yang dibuat antara MITI dengan Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sudah boeh dibaca sejak dari awal lagi. Tambahan pula siasatan mendapati banyak aspek keselamatan yang gagal dijawab dan diperjelaskan kepada rakyat secara terperinci. Kelulusan pelan bangunan dan tapak oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan begitu cepat sekali seolah-olah mendapat arahan daripada pihak atasan. Begitu juga dengan kelulusan Laporan Kesan Alam Sekitar (IEA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang juga dalam keadaan mencurigakan.

Kelulusan Projek Lynas Di Buat Dalam Tekanan

Pendekkata semuanya seolah-olah dibuat dalam tekanan yang melampau oleh pihak berkuasa yang mahu melihat Lynas beroperasi biar pun tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa terpalit dengan risiko yang bakal dihadapi untuk tempoh yang lama, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang atau sampai bila-bila. Masa itu, kita mungkin sudah tidak nampak lagi "batang hidung" Menteri Besar Pahang dan barisan exconya yang ada sekarang. Malah, paling awal ialah kelibat pakar-pakar IAEA itu juga mungkin akan hilang hujung bulan ini selepas mereka mengesahkan keputusan positif pembinaan kilang Lynas itu nanti. Maka, ketika itu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?. Apakah tragedi hitam di Bukit Merah akan berulang kembali di Kuantan agaknya?. Rakyat sudah pasti akan terus menderita dek keputusan kerajaan yang ternyata "tidak cerdik" itu. Maka itulah, rakyat diseru terus bangkit menentang dan membuat bantahan dalam apa jua keadaan sekali pun. Kerajaan yang zalim dan tidak "mendahulukan" rakyat ini perlulah dijatuhka dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa sudah tiada untuk kita berkompromi dan mendengar "lawak jenaka" pemimpin mereka kononnya risiko radioaktif yang bakal dihasilkan oleh Lynas lebih rendah dari radiasi pada telefon bimbit, televisyen, matahari, bitumen track dan sebagainya. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan "dangkal" yang jelas tidak masuk dek akal itu. Mentaliti mereka jelas "jatuh ke tahap yang paling rendah" dek kerana terlalu seronok untuk melihat Lynas beroperasi dan menikmati hasilnya dikemudian hari.

Derita Rakyat Akan Di Buktikan Pada PRU-13 Ini

Mereka pasti gembira kerana dapat mempermainkan rakyat dengan membawa masuk projek berisiko ini ke negeri Pahang, tetapi mereka harus sedar dan ingat bahawa derita rakyat itu pasti akan dinatijahkan di atas kertas undi dalam PRU13 nanti. Inilah saja cara terbaik untuk mengajar sebuah kerajaan yang tidak mahu memikirkan masa depan rakyat. Kerajaan yang sanggup membiarkan rakyat berhadapan dengan risiko dalam kehidupan mereka, biarpun kecil namun ia tetap risiko yang akan meningkat hari demi hari. Tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan kini, kerana mereka punyai kuasa dan segalanya untuk memanipulasi isu ini. Omongan konon, isu Lynas sengaja dimainkan oleh parti pembangkang adalah satu kenyataan biadap yang tidak sepatutnya lahir dari mulut orang berakal seperti pemimpin UMNO BN itu sebenarnya. Bukankah mereka sendiri tahu bantahan Lynas juga disokong oleh para peguam, doktor serta banyak pertubuhan bukan kerajaan lain yang bebas dari pengaruh politik kepartian sebenarnya. Jika pun mereka mengatakan ia adalah isu pembangkang, maka apalah salahnya mereka membela rakyat di kawasan mereka yang terancam dengan risiko ini. Bukankah parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang paling dekat terpalit dengan risiko ini diwakilil oleh parti pembangkang. Maka, apakah salah, mereka sebagai wakil rakyat bangkit mempertahankan hak rakyat?. Jika UMNO BN lakukan maka ia dinamakan "Juara Rakyat" dan "Dahulukan Rakyat". Tetapi, masalahnhya mereka tidak berani melakukannya kerana gusar mendapat tekanan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang secara terang-terangan mendapat manfaat besar atas kewujuda Lynas di Gebeng itu sebenarnya. Mereka lebih rela "tutup mulut" demi masa depan politik.

TPM Tolak Memorandum Bantahan MCA Di Balok

Maka apa masalah jika pembangkang yang bangkitkan isu ini, selepas rakyat melihat parti yang sepatutnya menjuarainya iaitu UMNO BN menikus dek kerana takut dengan pemimpin atasan mereka. Mereka menyokong membabi buta dengan bayaran tertentu tanpa mengetahui apakah isu yang sepatutnya diperjuangkan. Mereka juga harus ingat bahawa bantahan Lynas turut disuarakan oleh rakan-rakan dari parti komponen BN sendiri iait MCA. Malah difahamkan MCA pernah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ketika beliau berkunjung ke Kuantan baru-baru ini. Memorandum yang meminta kerajaan membatalkan projek Lynas demi rakyat itu telah disorok oleh pihak terbabit daripada pengetahuan media arus perdana. Malah, memeorandum itu akhirnya di"bakul sampahkan" begitu sahaja, akibat takut perkara ini terbongkar. Ini bermakna MCA juga menyokong bantahan Lynas, soalnya kenapa ia dikatakan isu pembangkang?. Kesimpulannya, rakyat memang tidak mahu kilang Lynas beroperasi dalam apa jua cara sekali pun. Malah mereka mahu kilang itu dibawa balik ke negara asalnya iaitu Australia. Jika kerajaan negara itu pun menolak kebenaran membina kilang terbabit di negara mereka dek kerana gusar dengan risiko yang bakal melanda, maka kenapa harus kerajaan kita menerimanya?. Bukankah ini membukti memang ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini sebenarnya. Atau mungkin juga sokongan kuat diberikan oleh IAEA ketika ahli keluarga Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob iaitu adingnya sendiri Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob memimpin agensi itu mulai tahun 2009 hingga 2010. Maknanya, beliau berada di situ ketika isu ini sudah pun menjadi begitu kontroversi sebenarnya. Apakah kita tidak boleh kaitkan ada "udang di sebalik mee" antara mereka berdua sebenarnya?. Inilah yang perlu disedari oleh rakyat Kuantan sekerang!

[Semua alasan ini tidak boleh dinafikan sebenarnya, kerana umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Pahang memang dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi dan penyelewengan selama ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas begitu mudah masuk ke ke negeri ini, selepas gagal mencari tapak lain di mana-mana lokasi di seluruh dunia. Akibat kemaruk mahu mendapatkan pelaburan bagi menaikkan ekonomi negeri maka kerajaan Negeri Pahang akhirnya rela menerima industri berisiko seperti itu tanpa memikirkan bahayanya kepada rakyat. Tergamak mereka "persetankan" rakyat hanya untuk bermain "silap mata" dibelakang kita. Sedangkan kita tahu masing-masing pasti akan mendapat habuan dan keuntungan yang berterusan buat sekian lama. Inilah yang berlaku dalam industri perlombongan bijih besi yang menjadi igauan ramai pemimpin UMNO di negeri ini. Mereka tahu sekali dapat, makan lama hingga berpuluh tahun. Malah hasilnya juga lumayan dan sungguh menakjubkan. Sebab itu kita tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang rela mengagih-agihkan banyak kuaota lombong bijih besi kepada poksi dan ahli keluarga mereka sendiri. Hasil mahsul negeri dijadikan harta "bapak mereka" sesuka hati. Inilah yang ditentang oleh pahlawan Melayu Pahang ketika zaman penjajahan British dulu. Kini ia berulang lagi, tetapi mereka yang merompak adalah "tali barut" Brtitish yang bertopengkan perjuangan Melayu dalam parti UMNO. Rakyat juga yang tertipu akhirnya. Justeru itulah mereka perlu bangkit menyatakan bantahan jika mahu generasi akan datang dapat hidup selesa, aman dan tenteram. Lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]

Panas: Pengakuan Ikhlas "CEO Lynas" Nick Curtis Membuktikan Memang Benar Projek Itu Masuk Ke Bumi Pahang Melalui Rundingan Pintu Belakang !

Posted: 24 Jun 2011 09:51 AM PDT

Maka berkokok dan bergembiralah puak-puak UMNO BN Pahang bila melihat kenyataan CEO Lynas, Nick Curtis (foto) bahawa dia mengakui bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada penduduk di Kuantan. Kononnya dengan diberi penjelasan yang lebih lanjut mengenai projek tersebut, ianya dapat meredakan sedikit kebimbangan rakyat terhadap projek itu. Paling menarik bila Nick Curtis mengatakan beliau menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukannya fakta. Susulan kenyataan tersebut ramailah puak-puak UMNO BN Pahang bertempik dan melompat mengatakan isu Lynas hanyalah permainan politik murahan pembangkang. Malah dalam sebuah blog pro UMNO Pahang yang cukup ketinggalan zaman iaitu Pahang-Ku melaporkan "Dia orang (pemimpin pembangkang) bukan tau berpolitik. Tapi sekadar tahu macam mana nak mempergunakan rakyat demi kepentingan Politik mereka sahaja. Dan secara tidak sengajanya, hakikat yang sebenar mengenai perangai puak - puak Pakatan Pembangkang itu akan turut disebarkan kepada masyarakat Antarabangsa. Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang seperti Si Fuziah tu bagi fakta mengenai sesuatu isu, mau kucing bertanduk dulu baru dia buat macam tu agaknya. Diorang mana tau macam mana nak bagi fakta. Yang diorang tau buat ialah menyebarkan 'auta' dan memutar belitkan fakta sedia ada je. Lepas tu menipu rakyat. Itu je la kerja yang dia tau buat". Begitulah kenyataan yang telah dibuat oleh blogger UMNO Pahang si Semut Hitam dalam blog itu.


Apakah kerana mesyuarat khas ini menyebabkan Lynas ada di Kuantan

MB dan CEO Lynas kelihatan gembira selepas buat pertemuan khas di Hyatt
Persoalannya sekarang, jika benar Nick Curtis memohon maaf kerana syarikatnya membuat kesilapan besar akibat tidak memberi penjelasanan yang cukup kepada rakyat sebelum melaksanakan pembinaan projek ini, maka apakah beliau boleh meneruskan proses kerja-kerja pembinaan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya. Kenyataan beliau ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa memang ada unsur penyelewengan dan rasuah yang nyata hingga menyebabkan pembinaan kilang tersebut boleh dilaksanakan dengan segera, biarpun Lynas tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada rakyat. Apa yang memusykilkan kita, kepada siapakan CEO Lynas ini beri penjelasan? Dan bagaimanakah projek ini boleh diluluskan ketika itu, jika suara rakyat dinafikan?. Ini bermakna projek ini dibawa masuk ke bumi Pahang ini melalui "pintu belakang" dan sudah pasti melibatkan pihak yang berkuasa dalam Kerajaan Negeri Pahang ini sebenarnya. Maknanya, Lynas merujuk perkara berkaitan kepada pihak terbabit dan pihak itu pula dengan mudah menggunakan kuasa yang ada untuk mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mempercepatkan proses yang berkaitan. Sedangkan, banyak perkara yang jelas belum dilaksanakan oleh Lynas termasuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat. Ternyata mereka cuba menyembunyikan sesuatu.

[Bukankah ini membuktikan rakyat Kuantan ditipu oleh pihak yang berkenaan sebenarnya. Siapakah pihak terbabit, dan bagaimana Lynas begitu mudah masuk ke Pahang sedangkan projek itu tidak diterima oleh mana-mana negara di dunia ini hatta negara pengeluar rare earth terbesar iaitu China. Bukankah, ia masuk ke Pahang melalui satu perjanjian tersembunyi yang sudah pasti dibuat menerusi "pintu belakang". Oleh itu rakyat diminta terus bangkit menentang Lynas kerana dengan kenyataan Nick Curtis ini saja sudah cukup untuk membuktikan kepada kita yang beliau memang telah memperdayakan rakyat dalam hal ini. Mungkin beliau takut untuk memberi kesedaran awal kepada rakyat, kerana Lynas tahu jika perkara ini diperjelaskan kepada rakyat maka mereka sudah pasti tidak berpeluang untuk beroperasi di sini. Langkah terbaik ialah melobi diperingkat atasan dan selepas projek diluluskan barulah cari alasan untuk tipu rakyat. Inilah yang berlaku sebenarnya].

labun KulupSakah...

Posted: 25 Jun 2011 03:51 AM PDT

labun KulupSakah...


9 julai hari kita!

Posted: 24 Jun 2011 10:05 PM PDT


Ayuh turun 9 julai ini. ini hari kita. hari yang akan melakar sejarah tamadun dunia. hari yang akan dikenang sampai bila-bila. sampai kita sudah tiada!
9 julai adalah perjuangan!
Kita hanya turun saja! Turun dan jalan!
Mereka gentar!
pedulikan bebelan ulama pembodek, persetankan cecehan politikus tercekik!
Pergi mampus dengan ugutan perkakas-perkakas!
9 Julai hari kita!
Katakan kepada ulama pembodek "ini perjuangan amar maaruf nahi mungkar!"
katakan kepada politikus korup "Bersedialah untuk mampus!"
Katakan kepada perkakas-perkakas "Ini untuk kamu juga!
Bayangkan air asid adalah air mawar yang akan membangkitkan semangat
Bayangkan canister adalah perfium yang akan kita pakai menuju syurga
Penjara? Ahh! Negara ini adalah penjara yang besar sebenarnya.
Ayuh turun dan bebaskan semua dari penjara!

kata Ghandi~ dulu mereka abaikan kita, kemudian mereka tertawa, kemudian mereka lawan kita dan akhirnya kita menang!

angkasanuri.blogspot.com

Posted: 25 Jun 2011 03:26 AM PDT

angkasanuri.blogspot.com


KONSPIRASI UMNO/BN DALAM VIDEO SEKS MENUNTUT RAKYAT WAJIB 'BERSIH'KAN MALAYSIA

Posted: 24 Jun 2011 04:08 PM PDT