Khamis, 30 Oktober 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 29 Oct 2014 11:08 PM PDT

Suara Sri Andalas


Turun Padang Masalah Banjir Sri Sarawak 9

Posted: 29 Oct 2014 07:02 PM PDT

Klang, 29 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar turun padang pada hari ini melihat sendiri masalah banjir yang dihadapi penduduk di Jalan Sri Sarawak 9, Taman Seri Andalas, Klang. Aduan telah diterima dan tindakan susulan akan dilakukan.





Polis Guna Tipu Helah Dapatkan Sampel DNA Anwar, Mahkamah Diberitahu

Posted: 29 Oct 2014 01:48 AM PDT

Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan terdapat jurang dalam bukti DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah, terdapat jurang menghubungkan DNA yang ditemui pada tiga item di sel penjara Anwar, dengan DNA pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketiga-tiga barang itu ialah - berus gigi, botol air mineral dan tuala "Good Morning" - yang didakwa digunakan Anwar semasa ditahan semalaman untuk siasatan pada Julai 2008.

"DNA dalam rektum Saiful dan DNA dalam tiga item itu sepadan. Tetapi siapa pemilik DNA itu? Mereka tidak tahu, lalu menamakannya 'Lelaki-Y'," katanya dalam hujah menyokong permohonan membatalkan sabitan kes liwat itu.

Jurang itu terletak pada tiadanya keterangan membuktikan Anwar ialah Lelaki-Y itu, katanya.

Ini kerana, tidak ada keterangan langsung menunjukkan Anwar menggunakan tiga barangan itu dalam lokap, kata Sangeet, dan menambah diari dan keterangan pegawai polis yang mengawal Anwar juga tidak mengesahkan beliau menggunakannya.

"Mahkamah tidak boleh bergantung kepada keterangan mengikut keadaan apabila ia bertentangan dengan keterangan langsung."

Beliau berkata diari lokap atau buku log polis yang mencatatkan pergerakan Anwar di dalam sel ditulis secara terperinci, malah mencatat masa apabila Anwar hanya bersandar di tiang sel.

Kedua-dua buku dan saksi tidak menyatakan beliau menggunakan ketiga-tiga barangan itu.

Beliau membawa perhatian mahkamah kepada pengakuan seorang lans korporal yang mengatakan dia mendengar Anwar memberus giginya. Tetapi semasa perbicaraan, dia tidak dapat menjawab apabila ditanya sama ada beliau benar-benar melihat pemimpin PKR itu berbuat demikian.

"Saksi tidak secara langsung menyaksikan Anwar memberus gigi. (Itu) ialah satu penemuan fakta yang salah," katanya.

Beliau menambah: "Ini penting, sebenarnya, inilah kaitannya. Ini satu situasi di mana saksi secara khusus ditanya, apa yang kamu lihat? Dan, tidak ada jawapan. Jadi, pendakwaan tidak boleh bergantung kepada keterangan mengikut keadaan kerana terdapat saksi di sana."

Sangeet berkata polis mengambil tiga barangan itu bagi dijadikan bukti dengan cara "tipu helah" dan dengan menahannya lebih lama.

Hakim perbicaraan pada mulanya bersetuju tiga barangan tersebut diperolehi secara tidak adil tetapi kemudian menerimanya sebagai bahan bukti.

Sangeet berkata pihak pendakwaan tidak sepatutnya menamakannya bukti ketika perbicaraan kemudiannya apabila hakim sudah menolaknya.

Dia juga menyifatkan cara Anwar ditangkap adalah satu "serangan hendap" tanpa sebarang waran pada masa tangkapan.

Anwar ditangkap pasukan komando polis dan waran tangkap hanya dikeluarkan kemudian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, kata Sangeet.

Disebabkan dia ditangkap tanpa waran dan prosedur dilanggari, Sangeet berkata barangan yang diambil sebagai bukti dari sel penjara itu menyalahi undang-undang.

Prosedur polis memerlukan tahanan dibawa ke lokap sebelum pukul 6 petang dan tidak dibawa keluar lagi semasa tempoh penahanan.

Bagaimanapun, Anwar dimasukkan ke dalam lokap sekitar jam 8 malam dan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diambil sampel DNA.

Sangeet berkata Anwar enggan memberikan sampelnya, sejajar haknya di bawah perlembagaan.

Terdahulu, N. Surendran, yang memulakan penghujahannya semalam tentang bagaimana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pewajaran kepada keterangan Anwar dari kandang tertuduh, mula membuat penggulungan hari ini, memetik undang-undang kes bagi menyokong hujahnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu jurugambar sebaik hadir di Istana Perhakiman, Putrajaya, pagi ini. Peguambela hari ini menjurus hujah mereka kepada kewibawaan sampel DNA yang dijadikan bahan bukti bicara kes Liwat II pada 2008. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014.
Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu jurugambar sebaik hadir di Istana Perhakiman, Putrajaya, pagi ini. Peguambela hari ini menjurus hujah mereka kepada kewibawaan sampel DNA yang dijadikan bahan bukti bicara kes Liwat II pada 2008. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Oktober, 2014.
Surendran berkata Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya tidak mengambil kira penjelasan Anwar kerana membuat kenyataan dari kandang tertuduh.

Anwar pada waktu itu menjelaskan sebab mengapa "bukan sekali tetapi lima kali" beliau perlu bercakap dari kandang tertuduh.

Dalam kenyataannya dari kandang tertuduh, Anwar berkata tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang dibuat pada 2008 ialah satu konspirasi politik.

Namun, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menganggap keterangan kandang tertuduh sebagai "penafian kosong", kata Surendran, dan gagal mengambil kira keterangan yang diberikan mengenai "rancangan yang diatur lebih awal" yang menyokong dakwaan konspirasi politik Anwar.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan ini bermula semalam dengan peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram membina kes mempersoalkan kewibawaan Saiful sebagai saksi.

Mahkamah berkata tempoh pendengaran mungkin dipanjangkan sehari lagi disebabkan banyaknya keterangan yang bakal dibuat.

Pihak pendakwaan juga akan memberi keterangan sebelum kedua-dua pihak membuat hujah penutup.

Panel hakim yang mendengar rayuan Anwar diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.

Sangeet dan Surendran ialah antara yang mewakili Anwar di dalam pasukan pembelaan yang terdiri daripada 14 peguam, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan pada Mac lalu.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Sumber: TheMalaysianInsider

Hari 2 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 29 Oct 2014 01:30 AM PDT

29 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim di luar Istana Kehakiman, Putrajaya.




Hari 1 - Rayuan Fitnah Kes Liwat II Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 28 Oct 2014 01:27 AM PDT

28 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim di luar Istana Kehakiman, Putrajaya.


N37 Batu Maung

Posted: 29 Oct 2014 07:20 PM PDT

N37 Batu Maung


Maal Hijrah 1436H / 2014M

Posted: 29 Oct 2014 01:43 AM PDT


Forum Maal Hijrah 1436H / 2014M

Posted: 29 Oct 2014 01:42 AM PDT




Rawatan Islam Terapi Ruqyah Syariyyah

Posted: 29 Oct 2014 01:07 AM PDT


Anwar Ibrahim

Posted: 29 Oct 2014 07:14 PM PDT

Anwar Ibrahim


Saat saya mengenali Anwar dan kenapa dia perlu disokong – Ahmad Kassim

Posted: 29 Oct 2014 12:10 AM PDT

TMI

Anwar dalam kampus

Anwar bin Ibrahim satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak ramai, kerana nama ini mewarnai kancah perjuangan Islam dan politik Malaysia sejak tahun 70an lagi. Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sejak zaman menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 80an.

Semasa di UPM saya aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI),  yang mana PMI adalah model Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di dalam kampus. Orentasi dakwah dengan uslub usrah, tamrin dan bacaan al-makthurat menjadikan PMI anak Abim di kebanyakan kampus universiti. Ini adalah kerana organisasi Abim tidak dibenarkan wujud di alam kampus.

Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian di UPM, saya tidak mengambil masa lama untuk terlibat aktif dengan Abim di negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman. Oleh kerana latar belakang saya yang terlibat secara langsung dengan Abim, dan DSAI antara pengasas Abim, maka saya selaku ahli Abim amat mengetahui perjuangan DSAI yang menjadi sinonim dengan gerakan ini.Seingat saya tidak pernah kami terlepas membincangkan isu yang berkaitan dengan DSAI sama ada dalam usrah, tamrin  dan perbincangan tertutup mahupun terbuka. Membicarakan isu DSAI adalah sebahagian daripada tarbiyah siasah yang menjadi model "political experiment" dalam kerajaan pada ketika itu.

Anwar dan ijtihad politik kepartian

Keterlibatan beliau dalam kerajaan kadang-kadang mendapat pujian, tidak kurang juga yang menyerang terutama daripada sahabat-sahabat Islam (khususnya PAS) ketika itu. Bagi kami komen, kritikan dan cercaan adalah asam garam kepada sesiapa yang terlibat dalam dakwah.

Tetapi untuk mempertahankan segala pendirian atau tindakan Anwar semasa dalam kerajaan amat sukar bagi kami. Biasanya orang-orang Abim yang menjadi 'punching beg' oleh sahabat PAS. Namum kami cuba mencari jawapan-jawapan yang 'significant' atau nas-nas yang ada untuk mempertahankan beliau.  Ada kalanya amat memenatkan, namun terus bersangka baik, dengan harapan ijtihad yang beliau buat  menyertai kerajaan adalah betul.

Tahun 1982 apabila bermula era intim DSAI dengan kerajaan dan khususnya dengan Umno menyebabkan pandangan masyarakat pada orang-orang Abim adalah sama seperti orang Umno. Pengaruh DSAI pada Abim amat sukar dikikis, bagi masyarakat, Anwar Ibrahim itu Abim dan Abim itu Anwar Ibrahim.

Walaupun beliau cuba menjarakkan dirinya dengan Abim, tetapi kehebatan beliau dan keunggulan Abim itu menyebabkan hubungan dan ikatan itu gagal dipisahkan hingga hari ini. Di kalangan orang-orang Umno, beliau juga dipanggil dengan gelaran 'Pak Sheikh'. 'Sheikh' adalah ganti nama yang sering digunakan oleh ahli-ahli Abim untuk panggilan sesama mereka.

Anwar tersingkir daripada kerajaan

Hanya beberapa bulan sebelum peristiwa hitam September 1998, ketika belum ada pokok yang bergoyang daripada tiupan angin yang belum nampak dari arah mana datangnya. Saya menerima panggilan telefon daripada pimpinan kanan Abim pusat supaya bersiap siaga kerana DSAI akan di tangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Saya bingung, amat bingung, kusut pemikiran, kaku pergerakan, mana mungkin seorang yang berjawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, orang nombor dua dalam kerajaan akan ditangkap di bawah ISA, pelbagai persoalan berbangkit yang belum ada jawapan menghantui pemikiran saya.

Saya diminta memaklumkan kepada Datuk Ustaz Fadzil Noor (presiden PAS) yang berada di Alor Setar dan pimpinan kanan Abim Kedah. Ini adalah arahan daripada Abim Pusat.

Tanpa melengahkan masa, saya yang dalam perjalanan untuk menguruskan  suatu urusan terus membuat pusingan 'U', untuk bertemu dengan Ustaz Nia'mat Yusof bersama seorang rakan pimpinan Abim. Hanya air mata sahaja membasahi pipi Ustaz Nia'mat selepas kami menyampaikan maklumat tersebut. Kunjungan ke rumah Ustaz Fadzil Noor tidak berhasil kerana dia berada di Kuala Lumpur.

Pelan tindakan seterusnya adalah menunggu ketibaan Ustaz Fadzil Noor di Lapangan Terbang Kepala Batas. Alor Setar. Pesawat terakhir di tengah malam yang membawa Ustaz Fadzil Noor tiba lebih kurang jam 11.50 malam.

Kak Jah nama panggilan untuk isteri Ustaz Fadzil Noor turut menunggu kepulangan suaminya hanya dititipkan beg untuk dibawa pulang. Kami berjanji pada Kak Jah menghantar Ustaz Fadzil ke rumah nanti. Kak Jah amat faham akan kesibukan suaminya dalam perjuangan.

Malam itu saya menjadi pemandu manakala Ustaz Nia'mat Yusof dan Ustaz Fadzil Noor menjadi penumpang mulia saya. Saat itu adalah detik yang amat bahagia bagi seorang petugas gerakan dakwah kerdil seperti saya. Perbincangan hanya dalam kereta, arahan Ustaz Fadzil Noor saya patuhi, hampir sejam saya hanya memandu kereta berpusing-pusing  sekitar bandar Alor Setar, sambil membincangkan maklumat yang diterima siang tadi.

Saya nampak Ustaz Fadzil membisu terlalu lama, saya tidak tahu sama ada itu gaya beliau, atau dia memikirkan sesuatu untuk memberikan reaksi pada kami berdua. Saya tak berani menyampuk walau sepatah, apatah lagi kedua-dua mereka adalah guru yang sering membimbing saya secara langsung.

Akhirnya dia bersuara " Mat kita kena siap sedia, Dr.Mahathir pasti akan menangkap Anwar", kenyataan itu menyebabkan sendi lutut saya semakin longgar. Saya mengharapkan jawapan yang positif daripada Ustaz Fadzil supaya boleh melegakan perasaan saya, namun beliau memberikan jawapan sejujurnya.

Perbincangan kami sekitar watak Dr Mahathir dan watak Anwar. Dr Mahathir akan buat apa yang dia hendak buat dan tidak takut pada risiko politik, Ustaz Fadzil  menerangkan watak Dr. Mahathir yang beliau kenali. Pesan Ustaz Fadzil pada kami berdua, kita mesti pertahankan Anwar dengan apa cara sekali pun.  Selepas itu saya hanya mendengar perbincangan tertutup dibuat beberapa kali di antara Ustaz Fadzil dan Anwar dengan dihadiri ramai kenalan Abim pusat.

Segala-galanya berubah, menjelang September 1998, ketika nama beliau sedang gah di persada antarabangsa, dengan gelaran menteri kewangan terbaik Malaysia yang turut diakui dunia ,di mana kemahuan untuk melakukan islah (perubahan) dalam pentadbiran kerajaan dengan pelbagai usaha dan dasar-dasar yang pro Islam khususnya dalam sistem pendidikan, sistem perbankkan Islam, dan dasar serta program yang mesra rakyat, selangkah lagi menuju puncak kuasa, namun ketentuan Allah SWT mengatasi segalanya.

Dia dipecat dan disingkirkan daripada tampuk kuasa dan parti dengan cara paling hina dan amat memilukan. Tuduhan dan fitnah liwat dilemparkan, tanpa segan silu media-media milik kerajaan memainkan peranan melebar luaskan lagi fitnah itu ke seluruh pelusuk negara.

Abim pembela Anwar nombor satu

Umno yang beliau julang selama 16 tahun mengaibkannya dengan memecat keahlian beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT). Suasana kacau bilau dalam negara dengan polimik politik benar-benar membingungkan minda rakyat jelata yang memandang tinggi padanya.

Antara percaya dengan tidak, melihat kewibawaan beliau yang sering membawa nilai-nilai keislaman dengan tuduhan liwat amat bertentangan sama sekali. Selaku mantan presiden Abim, pimpinan Abim dan seluruh ahli-ahlinya tidak dapat menerima fitnah jahat ini. Abim mesti membuat sesuatu kerana maruah DSAI yang terjejas sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti Abim juga.

Strategi Abim selanjutnya adalah membantu DSAI dengan menjadikan rangkaian Abim sebagai wadah membersihkan fitnah ini. Ucapan sulung beliau sebaik dipecat sempat dirakam dalam video, kami membuat salinan sekadar termampu dan disebarkan ke seluruh negara.

Tanpa menunggu masa yang panjang DSAI cepat memanfaatkan ruang dan peluang yang Abim berikan. Hajat DSAI menggempur kubu kuat Dr.Mahathir  di Kedah disampaikan melalui saudara Saifudin Nasution kepada saya. Beliau menyatakan hasrat DSAI  untuk mencari tempat ceramah di Baling atau Kubang Pasu. Selepas berkubu lama di rumah beliau di Damansara Utama.

Namun tidak ada siapa yang berani memberikan tempat kepada Anwar pada ketika itu. Beliau disingkirkan daripada kerajaan, bukan lagi timbalan perdana menteri yang berkuasa. Namun saya nekad DSAI mesti dibawa ke Kedah. Hanya Pondok Ustaz Nia'mat di Derang, Pokok Sena yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan yang berani menawarkan premis buat beliau.

Keputusan itu saya buat sendiri tanpa merujuk kepada Ustaz Nia'mat, kerana saya tahu Ustaz Nia'mat pasti akan setuju. Perbincangan dengan rakan-rakan pimpinan memutuskan program ini atas Persatuan Ulama Kedah, yang mana Ustaz Abu Bakar Awang menjadi Yang Dipertua pada masa itu. Ustaz Abu Bakar Awang adalah kenalan rapat DSAI.

Kami mulakan publisiti program dengan menampal poster  ke seluruh daerah berdekatan dengan tempat program. Publisiti tambahan adalah daripada media massa TV yang turut memaklumkan kehadiran DSAI di luar Kuala Lumpur.

Pihak polis juga datang untuk melihat tempat program. Oleh kerana program dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah berdaftar, dan dibuat dalam kawasan tertutup iaitu dalam dewan, maka permit tidak diperlukan.

Belum pernah saya mengendalikan majlis sebesar itu dalam sejarah umur saya. Kehadiran mencecah puluhan ribu orang dalam tempat yang sangat terhad. Orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan berkilometer jauhnya.

Mereka berjalan kaki semata-mata mendengar sendiri penjelasan DSAI mengenai salah laku fitnah liwat yang dituduh kepadanya. Saya yang menjadi pengarah program terpaksa mengurus perjalanan DSAI untuk masuk ke tempat program ini dari jalan belakang yang jarang dilalui orang ramai.

Terlalu ramai sahabat handai, rakan taulan yang datang memberikan sokongan kepada DSAI pada malam itu. Kasih sayang pada seorang tokoh pencetus kebangkitan umat tiada tolok bandingnya.

Kasih sayang seorang abang kepada adiknya

Begitu juga dengan Ustaz Fadzil Noor, walaupun beliau berbeza dalam kem parti politik, namun istiqamah memperjuangkan nasib DSAI pada saya amat luar biasa. Beliau pernah dikecam pimpinan PAS pada saat awal beliau membantu DSAI, namun jawapan politik Ustaz Fadzil menyebabkan pandangan negatif  kepada Anwar Ibrahim berjaya diredakan.

Bukan sekadar itu, malah Ustaz Fadzil berjaya menukar polimik yang kronik menjadi peluang terbaik untuk kejayaan gerakan dakwah di Malaysia. Saya tumpang bersyarah di pentas PAS atas kapasiti sebagai setiausaha Abim Kedah, jawatan rasmi pada masa itu. Pentas ini menjadi medan membetulkan persepsi orang ramai pada DSAI.

Walaupun sifat Abim yang 'non-partisan' tetapi amat sukar dibezakan bila bersyarah mengenai nasib rakyat dan apa yang menimpa DSAI. Saya terpaksa bercakap dengan nada parti politik mengkritik kerajaan dan perlakuan tidak adil mereka kepada DSAI.

Semasa DSAI dalam penjara, pelbagai versi kami terima. Sumber-sumber dalaman dan luaran menyebabkan perjuangan semakin manis. Penjara bukan noktah pada perjuangan. DSAI mengajar untuk berjuang walau dari dalam jeriji besi.

Semasa beliau dalam penjara, sempat saya menghadiahkan sebuah buku yang saya khatam bacaannya 'Mencapai Maqam Siddiqun dan Rabbaniyyun' karangan Sheikh Said Hawwa. Sebuah buku daripada syarah kitab Hikam (Sheikh Ibnu Atil'llah As-Sakandari) yang saya tekuni membaca dan merasai kelazatan ilmunya.

Saya hanya mampu menghantar kepada DSAI yang berada di dalam penjara Sungai Buluh pada ketika itu bersama sepucuk surat yang saya selitkan dalam buku tersebut. Surat daripada seorang adik kepada abangnya yang sedang menghadapi kesulitan di penjara. Hanya tawakal kepada Allah moga buku itu dapat sampai ke tangan beliau.

Menghadiahkan buku itu adalah nazar saya, apabila saya habis membaca maka saya akan menghadiahkan buku tersebut padanya. Alhamdulilllah, walaupun beliau tidak mengenali saya dengan dekat, namun hajat dan hasrat saya termakbul juga akhirnya.

Beliau membalas surat saya dengan mengungkapkan cacatan perjuangan bersama-sama rakan-rakan Abim Kedah. Nama-nama Ustaz Nia'mat Yusoff, Sheikh Azmi Hj Ahmad, Cikgu Ibrahim Yaakob, Ustaz Azizan Hamid diungkapkan dengan sorotan perjuangan mesti diteruskan walau di mana kita ditempatkan.

Anwar dan reformasi politik

Reformasi politik yang diketengahkan Anwar  sebelum beliau terhumban dalam penjara digenggam kemas. Pilhan raya 1999 adalah cacatan manis apabila Ustaz Fadzil Noor Berjaya di bawa ke Parlimen sekaligus menjadi ketua pembangkang.

Ramai pimpinan Abim dihantar untuk bertanding atas tiket PAS termasuk Ustaz Nia'mat Yusof yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri. Datuk Sheikh Azmi Ahmad bertanding diParlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Nasional pada masa itu. Saya terlibat secara langsung dalam rundingan  mencadangkan nama-nama pimpinan Abim Kedah bersama pimpinan Abim Pusat di rumah Ustaz Fadzil Noor.

Ketika penubuhan Parti Keadilan Nasional, Datuk Sheikh Azmi dilantik menjadi naib presiden di pusat merangkap pengerusi Perhubungan Keadilan Kedah. Beliau meletakkan jawatan 24 jam daripada jawatan Ketua Hakim Syarie Malaysia kerana tidak setuju dengan pentadbiran Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim.

Saya menjadi 'budak suruhan' Sheikh Azmi.. Pada awal  penubuhan beberapa bahagian Parti Keadilan di Kedah, saya bersama sahabat-sahabat Abim yang lain terlibat dengan aktif menubuhkannya, dengan meminta rakan-rakan Abim memegang jawatan atau menganggotai jawatankuasa penaja, atau menjadi ahli parti. Saya sendiri menjadi ahli di Bahagian Langkawi.

Pada 2008, ketika DSAI akan memimpin pilihan raya yang beliau tidak boleh bertanding, beberapa nama sahabat, dan pimpinan Abim diketengahkan. Saya turut dipinang menjadi calon ketika itu, Namun jawatan saya dalam Abim menyebabkan keputusan perlu dirujuk pada Majlis Syura Negeri.

Walaupun ada rundingan yang berlaku dengan DSAI untuk bertanding ketika itu, namun keputusan Majlis Syura Negeri menolak hasrat saya untuk bertanding. Saya terpaksa membuat rayuan pada pimpinan pusat yang lebih atas (macam mahkamah rayuan pula). Alhamdulillah permohonan saya diterima. Pimpinan pusat merestui hasrat saya dan memaklumkan pada pimpinan Kedah untuk membantu saya sedaya mungkin.

Anwar yang sebenarnya

Setelah bergelar ahli Parlimen dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, saya berkesempatan mendampingi DSAI secara lebih dekat. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada beliau. Ketinggian pemikiran beliau dalam semua bidang  termasuk agama, politik, pentadbiran, kewangan, falsafah, siasah syari'yah, hubungan antarabangsa, bahasa, komunikasi, kebudayaan dan lain-lain. Menjadikan saya insan kerdil di sisinya.

Apa yang saya milik hanyalah kudrat tulang empat kerat bagi membantu beliau sedaya mungkin. Kita masih berhutang pada Anwar Ibrahim, demikian kata-kata Datuk Dr Siddiq Fadhil, presiden Wadah Pencerdasan Ummah pada satu majis anjuran Abim. Pada saya menjadi ahli Parlimen pun belum terbayar hutangnya yang mengagaskan perjuangan Abim dan fikrah murni Islam yang sedang kita nikmati hari ini.

Berhadapan dengan kes fitnah liwat siri I dan II, serta fitnah jahat video sex, sedikitpun tidak menggugat kepercayaan dan penghormatan saya pada DSAI. Saya amat yakin berdasarkan tarbiyyah dalam perjuangan Abim yang diasaskan oleh beliau bersama rakan-rakan pimpinan, hakikat perjuangan mesti menempuh mehnah, ujian dan tribulasi.

Kitab Ustaz Mustaffa Mashyur Mantan Murshidul Am Ikhwan Al-Muslimin mengenai 'Tribulasi Perjuangan' yang dijadikan teks usrah dahulu  masih relevan hingga kini. Allah SWT akan menempatkan kita pada posisi yang sesuai dengan tahap keimanan kita kepada Allah SWT. Prinsip agama  yang saya pegang menolak bulat-bulat fitnah jahat kepada beliau.

Pada Allah juga saya berserah, padaNya juga saya mohon pertolongan, kekuatan, ketabahan, kesabaran untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku pada perbicaraan nanti. Di hadapan kita ada bahtera negara Malaysia yang perlu dikemudi dengan keperibadian unggul, pemikiran tinggi, akhlak yang terpuji, kegigihan usaha, keyakinan diri dan memiliki integriti serta sejumlah ciri-ciri kepimpinan yang tiada tolok bandingnya untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan.

Siapa lagi yang perlu kita sokong dan kita tolong, kalau bukan insan  yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Cops used ‘trickery’ to get DNA evidence from Anwar, court hears

Posted: 29 Oct 2014 12:09 AM PDT

TMI

Gaps in DNA evidence were highlighted by Datuk Seri Anwar Ibrahim’s defence counsel to the Federal Court today in their move to overturn his conviction of sodomising a former aide.

Co-counsel Sangeet Kaur Deo argued that the gap in the prosecution’s case lay in linking the DNA found in three items from the prison cell where Anwar was jailed with DNA found in the rectum of the complainant, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

The three items from the prison cell – a toothbrush, mineral water bottle and a “Good Morning” towel – were alleged to have been used by Anwar when he was held overnight after being arrested for investigations in July 2008.

“DNA in Saiful’s rectum and DNA in the three items matched. But whose DNA it was, they didn’t know so they called it ‘Male-Y’.”

The gap was proving that the "Male-Y" was indeed Anwar's, she said, as there was no direct evidence to prove that Anwar had used the three items while in prison.

“The court should not rely on circumstantial evidence when contradicted by direct evidence.”

She said the lockup diary or police log book which recorded Anwar’s movements in the cell was detailed and even noted the time when Anwar was just leaning against the bars of the cell. Neither the book nor the witnesses stated that he had used the three items.

She highlighted the testimony of a lance corporal who said that he heard Anwar brushing his teeth. But in trial, he could not answer when asked if he actually witnessed the PKR leader doing so.

“Witness does not allude to having witnessing Anwar brushing teeth. (That) is an erroneous finding of fact.

“This is material. In fact, this is the link. We have a situation where witnesses were specifically asked what did you see and there was no answer. The prosecution cannot then rely on circumstantial evidence because witnesses were there.”

Sangeet said police obtained the three items to use as evidence “by trickery” and by detaining him further.

The trial judge initially agreed that the items were obtained unfairly but then later accepted them as evidence. Sangeet said the prosecution should not have cited the items as evidence later in the trial when the judge had already dismissed them.

She told the court about the manner in which Anwar was arrested, calling it an “ambush”, and added that there had been no warrant issued at the time of arrest.

Anwar was arrested by police commandos and the warrant of arrest was only issued at the Kuala Lumpur police headquarters later, she told the court.

Because his arrest was without a warrant, and also in violation of procedures, Sangeet said the items obtained from the cell as evidence were unlawful.

Police procedures require detainees to be brought to the lockup by 6pm and not brought out again for the detention period.

But Anwar was put in the lock up at around 8pm and then taken to Hospital Kuala Lumpur for his DNA sample to be collected. He exercised his constitutional right not to comply with the sample collection, Sangeet said.

Earlier, co-counsel N. Surendran, who began his submissions yesterday on how the High Court and Court of Appeal failed to give weight to Anwar’s evidence from the dock, started wrapping up today by going through case laws to make his point.

Surendran said the Court of Appeal in its written judgements disregarded the explanation Anwar had given for making a statement from the dock. Anwar had explained why he needed to speak from the dock “not once but five times”.

In his statement from the dock, Anwar had said the the charge against him of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, in 2008 was a political conspiracy.

But the High Court and the Court of Appeal had regarded the evidence from the dock as a “bare denial”, Surendran said, and failed to consider evidence given of a “pre-arranged plan” that supported Anwar’s claims of political conspiracy.

The federal court’s hearing began yesterday, with lead counsel Datuk Seri Gopal Sri Ram building a case to show that the complainant, Anwar’s former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, was not a credible witness.

The court said it may extend the two-day hearing to another day because of the volume of submissions to be made. The prosecution will also be making submissions before both sides make closing arguments.

The defence is also expected to submit on the DNA evidence used in the trial.

A five-member bench is hearing his appeal, led by Chief Justice Tun Arifin Zakaria. Others on the bench are Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar and Datuk Ramly Ali.

Anwar, 67, was sentenced to five years’ jail by the Court of Appeal in March this year but obtained stay of execution pending the outcome of his appeal in the Federal Court. He is out on bail of RM10,000 in one surety.

In January 2012, the High Court, after a lengthy trial, acquitted Anwar of the charge after calling for his defence.
?
The prosecution also filed a cross-appeal to enhance the jail term which could be extended up to 20 years.

The opposition leader is alleged to have performed carnal intercourse on Saiful at an apartment in Damansara on June 26, 2008.

This is the second sodomy charge against him. The first was in 1998, after he was sacked from government. He was then accused of sodomising his former driver and acquitted by the Federal Court in 2004.

This time, Anwar’s political career could come to an end if the apex court upholds the Court of Appeal’s conviction and sustains the sentence.

Anwar’s defence team is led by retired federal court judge Datuk Seri Gopal Sri Ram. Besides Surendran, other lawyers in the team are Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo, Zaleha Al-Hayat, Latheefa Koya, R. Sivarasa and Eric Paulsen.

Gobind Singh Deo and prominent lawyer Tommy Thomas are also observing the case.

Government DNA expert’s analysis is lacking, Anwar’s lawyer tells court

Posted: 29 Oct 2014 12:08 AM PDT

TMI

The defence in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy appeal at the Federal Court today said DNA evidence could not be accepted as the only proof of the opposition leader’s alleged crime against a former aide.

Co-counsel Ramkarpal Singh continued the second day of the defence’s submissions by telling the apex court that DNA samples were only part of corroborative evidence.

“(The) fallacy that is so easy to fall to is that there is too much reliance on DNA evidence. It is often forgotten that DNA evidence has to be part of corroborative evidence,” he said.

Anwar’s defence team has so far been building a case to show that the complainant, Mohd Saiful Bukhari Azlan, was not a credible witness by highlighting gaps and contradictions in his testimony, as well as in the items used by police investigators to obtain Anwar’s DNA.

“(These) are the corroborative evidence that needs to be taken into account by the court even if the DNA evidence is deemed satisfactory,” Ramkarpal said.

His co-counsel and sister, Sangeet Kaur Deo, had earlier submitted to the court that three items taken from Anwar’s prison cell were unlawfully obtained. The items were a toothbrush, plastic water bottle and a towel – allegedly used by Anwar when he was held overnight in the lockup.

There was also no proof, Sangeet had said, that Anwar had actually used the items.

Ramkarpal is submitting that the DNA found in Saiful’s rectum, although a match with DNA on the three items from the lockup, could not be accepted. The DNA on the lockup items have been tagged as belonging to a “Male-Y” and it was not conclusive that “Male-Y” was Anwar.

He said the DNA analysis by government chemist, Dr Seah Lay Hong, was unreliable.

When testifying at the trial, Seah did not provide notes, guidelines or documents to prove that her work was in accordance with international standards.

She had also been “evasive” when answering questions, Ramkarpal said, adding that the contradictions in her analysis rendered her analysis “unsafe”.

A five-member bench, led by Chief Justice Tun Arifin Zakaria, is hearing Anwar’s appeal.

Anwar, 67, was sentenced to five years’ jail by the Court of Appeal in March this year but has obtained stay of execution pending the outcome of his appeal in the Federal Court which will be heard today and tomorrow. He is out on bail of RM10,000 in one surety.

In January 2012, the High Court, after a lengthy trial, acquitted Anwar of the charge after calling for his defence.

?The prosecution has also filed a cross appeal to enhance the jail term which could be extended up to 20 years.

The opposition leader is alleged to have performed carnal intercourse on his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at an apartment in Damansara on June 26, 2008. This is the second sodomy charge against him.

The first was in 1998, after he was sacked from government. He was then accused of sodomising his former driver and acquitted by the Federal Court in 2004.

This time, Anwar’s political career could come to an end if the apex court upholds the Court of Appeal ‘s conviction and sustains the sentence.

Anwar’s defence team of 14 lawyers is led by retired federal court judge Datuk Seri Gopal Sri Ram.

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 29 Oct 2014 07:20 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Harga Minyak Dunia Turun Tapi Harga Minyak Malaysia Naik!

Posted: 28 Oct 2014 10:26 PM PDT

Skim rasionalisasi subsidi bahan api perlu dikaji semula

Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan melaksanakan skim rasionalisasi subsidi bahan api  kepada pengguna yang akan dilaksanakan tahun depan, akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.

Orang ramai masih kurang jelas dengan maksud pendapatan bulanan yang dikatakan oleh Kementerian Kewangan tentang skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan. Apakah gaji pokok atau pendapatan kasar atau pun pendapatan bersih?

Katanya lagi , mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima subsidi penuh sementara mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat sebahagian subsidi dan mereka yang berpendapatan di atas RM10,000 adalah tidak layak.

Sekiranya dikira daripada gaji pokok maknanya mereka yang menerima gaji pokok RM5000 kebawah akan menikmati subsidi penuh tetapi bagaimana pula gaji pokok mereka lebih dari RM5000 setelah ditolak cukai, kwsp, dan lain-lain potongan sudah pasti mereka juga layak menerima subsidi penuh kalau dikira dari segi pendapatan bersih.  Persoalan sekarang adakah pihak kerajaan menilai dari segi gaji pokok atau pendapatan bersih?

Begitu juga dengan mereka yang bekerja sendiri, adakah pihak kerajaan dapat mengenal pasti pendapatan sebenar mereka ini sebab mereka ini tidak mempunyai slip gaji macam mereka yang bekerja dengan jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Perkara tersebut perlu dijelaskan kepada pengguna agar ianya tidak menyusahkan pengguna ketika mengisi minyak nanti.

Kita mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula skim rasionalisasi subsidi bahan api berdasarkan pendapatan bulanan dengan menggunakan keadah yang lebih efektif seperti mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan atau sentimeter kuasa tiga adalah jumlah isipadu tersapu enjin. Besar saiz enjin, lebih besar CC atau sentimeter kuasa tiga enjin akan digunakan. Kebanyakan kenderaan mewah seperti kereta sport dan kereta berjenama impot menggunakan CC besar.

Pihak kerajaan boleh mengenal pasti pengguna berdasar jenis model kenderaan mewah yang diimpot dari luar negara sebab kebanyakan mereka yang berpendapatan tinggi saja mampu membeli kereta mewah yang diimport tersebut. Mungkin orang akan berkata belum tentu semua kenderaan berjenama mewah hanya untuk orang kaya, ada juga pengguna membeli kereta mewah terpakai dengan harga yang murah di atas faktor usia kenderaan serta susut nilai kenderaan tersebut. Maka pengguna kenderaan mewah terpakai 10 tahun keatas boleh menerima subsidi penuh.

Antara cadangan lain ialah kerajaan boleh mengalakkan rakyat Malaysia membeli kereta tempatan dengan memberi subsidi minyak atau menurunkan harga kereta tempatan dengan harga yang berpatutan. Apabila ramai rakyat Malaysia membeli kereta buatan tempatan, ini secara tidak langsung akan dapat membantu industri automobil tempatan dengan lebih rancak lagi disamping itu dapat menjanakan kewangan negara dari mengalir keluar.

Skim rasionalisasi subsidi bahan api berdasarkan pendapatan bulanan perlu dikaji semula memandangkan ianya tidak begitu sesuai dilaksanakan dalam negara ini kerana ianya boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan memberikan penyata pendapatan yang tidak tepat seperti mereka yang bekerja sendiri yang tidak memiliki slip gaji dan sebagainya sebagai bukti pendapatan sebenar mereka.

Boleh jadi mereka yang tidak mempunyai slip gaji memperolehi pendapatan yang lebih besar dari yang bekerja dengan sektor swasta dan kerajaan. Sudah pasti keadaan ini sukar dikawal dan golongan yang sepatutnya menerima subsidi minyak juga akhirnya terpinggir sekiranya mereka gagal mengisi borang penyata pendapatan terutama golongan warga emas dan penduduk kampung yang tinggal jauh di pedalaman.

Ini belum lagi masalah mereka yang terpaksa memperbaharui Mykad mereka untuk dikemaskini agar mereka dapat menikmati harga minyak subsidi. Semua ini memerlukan kos dan ianya tidak berbaloi kepada pengguna luar bandar yang terpaksa datang ke bandar semata-mata untuk memperbaharui Mykad mereka yang belum tentu mereka akan menerima subsidi minyak.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula serta menimbang cadangan tersebut dengan menambah baik lagi agar ianya memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Rationalization of the fuel subsidy scheme should be reviewed

Recently, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government will implement a fuel subsidy rationalization scheme to consumers that will be implemented next year, will be divided into three tiers depending on the monthly income.

The public still not clear about the meaning of the monthly income was said by the Ministry of Finance on the rationalization of the fuel subsidy scheme which will be implemented next year. Whether the basic salary or gross income or net income?

He said those who are earning below RM5, 000 a month will receive a full subsidy, while those earning between RM5, 000 and RM10, 000 will get part of the subsidy and those earning above RM10, 000 are not eligible.

If is calculated from basic salary its meaning those who receive below RM5000 basic salary will enjoy full subsidy but what about their basic salary is more than RM5000 after taxation, EPF, and other deductions of course they are also entitled to receive the full subsidy, if counted in terms of net income. The question now is whether the government assesses in terms of basic salary or net income?

Similarly, those who are self-employed, whether the government can identify their actual income because they do not have a pay slips like those who worked with government departments or private companies. The matter must be explained to the consumers so that it does not troublesome the consumer when refueling later.

We suggest that the government review the fuel subsidy rationalization scheme based on monthly income by using more effective methods such as engine capacity or vehicle CC or centimeter cube is the swept volume of the engine. The size of the engine, the larger CC or centimeter cube engine will be used. Most luxury vehicles such as sports cars and import branded cars using a large CC.

The government can identify the consumer by type of model luxury vehicles those imported from abroad because most of those with high incomes are able to buy these imported luxury cars. Maybe the public will say not all the luxury branded vehicles only for the rich, there are also consumers buy a used luxury cars at low prices base on the age of vehicles and depreciation of the vehicle. So consumers of used luxury vehicles 10 years and above can get a full subsidy.
Among other recommendations is that the government can encourage Malaysians to buy local cars by giving fuel subsidies or lower the price of a local car with a reasonable price. When many Malaysians buy locally-made cars, this will indirectly help the local automobile industry more robust again besides it can generate national financial from flowing out.

Rationalization of the fuel subsidy scheme based on monthly income should be reviewed as it is not suitable to be implemented in this country because they can be abused by certain parties by give an inaccurate statement of income as self-employed persons who do not have a pay slips and so on as evidence of their actual income.

Perhaps those who do not have a pay slips earn more than those working with the private sector and government. Certainly this situation is difficult to control and the people who should receive subsidies eventually marginalized if they fail to fill in the income statement, especially the senior citizens and the villagers who live far inland.

This is not to mention those who have to renew their MyKad to be updated so that they can enjoy the oil price subsidies. All this requires costs and it is not worth it to consumers in rural areas who had to come to the city solely to renew their MyKad that is not necessarily they will receive a subsidy.

We urge the government to review and consider the proposal by further improve so that it beneficial to all Malaysians.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 29 Oct 2014 09:59 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Mardens Calais Maine

Posted: 28 Oct 2014 01:16 PM PDT



The state government of Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and forts that tourists can do all throughout the mardens calais maine and Aspen, which is Portland. This is because during this season, tourists are available as Maine is also supplied for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the mardens calais maine or even one of the wonderful natural attractions make you swoon. Greenville and Boothbay offer the mardens calais maine is Maine, especially during the mardens calais maine and winter can be very helpful in determining the mardens calais maine in Maine. You can also stay at one of those Maine family vacation to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the mardens calais maine in northern New England, and with a number of sources with regard to activities, there are some of Maine's state parks, is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the mardens calais maine, the mardens calais maine, boating and sea kayaking.

Summer is the mardens calais maine to the mardens calais maine, Maine visitors can indulge in crystal clear lakes surrounded by lush green forests. Baxter State Park, the mardens calais maine, the mardens calais maine, the mardens calais maine, the mardens calais maine and York's Wild Kingdom, just to name a few weeks or a canoe, kayak or bike in the mardens calais maine can visit and learn about the mardens calais maine is advisable to have it all throughout the state also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can choose from, one of those Maine family vacation to Maine vacations.

Acadia national park and Baxter state park on an island that can be done in the mardens calais maine of health care, IT industry, and social services are also quite a few weeks or a cozy lakefront cabin nestled among the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can watch the mardens calais maine a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be really effective in rekindling the mardens calais maine in their relationship, as this provides them time to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the mardens calais maine a result of the coast line has so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all the mardens calais maine to stretch out.

Among the mardens calais maine and the Maritime Signal Tower ate the mardens calais maine is also famous for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of outdoor activities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists exceptional service while in Maine. You can also stay at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park. The park gets very busy during tourist season in some vacation rentals from homes, villas, cabins, cottages or condos.

In addition to the mardens calais maine is New Hampshire; to the mardens calais maine like the mardens calais maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the mardens calais maine. This is because apart from the mardens calais maine to have parking, a yard, and many of them make wonderful use of the mardens calais maine a variety of fish it make's it easy for everyone from cabins to condos. There are a specialty. Apart from the mardens calais maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the mardens calais maine to make their gambling experiences complete.



Jasindaily Online

Posted: 29 Oct 2014 09:34 AM PDT

Jasindaily Online


Kes Denggi Meningkat : Apa Tindakan Kita ?

Posted: 28 Oct 2014 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 18 Okt tahun ini meningkat sebanyak 212 peratus kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kematian sehingga 18 Okt ialah sebanyak 157 berbanding 59 bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

 Hasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober, sebanyak 3.99 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai melebihi RM6 juta. Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Okt hingga 18 Okt dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu sebelumnya. 

 Katanya, terdapat 10 negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. - Bernama

Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov

Posted: 28 Oct 2014 08:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan.


Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan. Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini. 


 Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co/ Hrkh.

Had Laju : Jaga Keselamatan Atau Jana Pendapatan ?

Posted: 28 Oct 2014 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya diminta menyatakan apakah piawai yang digunakan untuk menentukan had kelajuan kenderaan di jalan raya, kadang-kadang dilihat tidak logik seolah-olah bukan hendak menjaga keselamatan tetapi sebaliknya untuk menjana pendapatan. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

 Selain pertanyaan beliau, dua lagi soalan daripada ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada persidangan hari ini ialah daripada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Marang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini. 

 Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja di negara ini.