Selasa, 7 Januari 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 07 Jan 2014 01:15 PM PST

THE FLYING KICK


MENTERI BESAR TERENGGANU SONGLAP DUIT PEMBERIAN DYMM SULTAN TERENGGANU!!!

Posted: 07 Jan 2014 04:23 AM PST

KALAU SETIAP KETUA NEGERI MACAM GUAN ENG, BARULAH MALAYSIA NI MERIAH!!!

Posted: 07 Jan 2014 12:10 AM PST

PENGAJARAN SILAM: KERAJAAN SEPATUTNYA TIDAK BOLEH MENGKAYAKAN MELAYU-BUMIPUTERA KERANA MEREKA AKAN MUDAH LUPA DIRI DAN TAK KENANG DEK UNTUNG!!!

Posted: 06 Jan 2014 10:30 PM PST

UMNO DAN KEPIMPINAN NEGARA PERLU DIPERSALAHKAN KERANA ORANG CINA JADI MASYARAKAT TERKAYA DI NEGARA INI!!!

Posted: 06 Jan 2014 09:32 PM PST

HARGA TELUR DINAIKKAN UNTUK IMBANGI PERMINTAAN... KPDNKK TAK TERINGIN NAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENIAGA MELAYU KE?

Posted: 06 Jan 2014 07:24 PM PST

PENINGKATAN HARGA DI KANTIN-KANTIN SEKOLAH, DAN KENAIKAN-KENAIKAN HARGA MAKANAN YANG LAIN SEMEMANGNYA SALAH KERAJAAN!!!

Posted: 06 Jan 2014 05:00 PM PST

RAKYAT MALAYSIA PERLU CONTOHI SIFAT TAWADDUK DAN ISTIQOMAH PEROKOK!!!

Posted: 06 Jan 2014 03:00 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 07 Jan 2014 01:07 PM PST

Duke of UMNO


BERANI TANGGUNG DOSA BESAR SEMATA-MATA KERANA POLITIK? @MukhrizMahathir

Posted: 07 Jan 2014 06:33 AM PST

Saya nak tanya blogger-blogger pro Pakatan... takut tak pada balasan dari Allah SWT? Takut tak berdepan dengan neraca Allah di hari kiamat nanti? Takut tak pada dosa besar? Dan soalan utama, TAKUT TAK PADA DOSA FITNAH?

Baru-baru ni khabarnya ada pihak mendakwa Mukhriz Mahathir beli kereta mewah..Mercedes Benz! Dia beli guna duit Kerajaan Negeri? Mukhriz guna duit rakyat untuk beli kereta mewah?

Betul ke dakwaan tu? Dah check ke? Betul? Ada pasti? Muktamad? Oooo... Ye ke..???



Bukan apa... saya mohon supaya check balik cerita tu benar atau tidak. Kalau dibuktikan cerita tu sebagai FITNAH macamana?

Takut kat Allah, kan? Percaya pada hari kiamat, kan? Percaya pada soal kubur, kan? Beriman pada hari pengadilan depan Allah nanti, kan? 

Dosa pada Allah mungkin diampunkanNya, tapi kalau dosa pada sesama hamba Allah? Kalau orang tu tak ampun macamana? Berani tanggung?

Berani tanggung dosa besar hanya kerana POLITIK? Bro... Islam dulu bro...lepas tu baru la hal-hal lain.. Islam tetap teratas..!!! Muktamad....

P/s: Saya nak tengok siapa yang nak mengaku dan mintak maaf dulu kat Mukhriz...

GADUH LAGI..! SEMUANYA SEBAB NAK JAWATAN BESAR..!!! (Macam tu harapan rakyat?)

Posted: 07 Jan 2014 04:37 AM PST

PR_retak

Apa sudah jadi dengan "pakatan" di antara parti-parti Pakatan Haram di Kelantan? Berebut kuasa? Tunjuk kuasa? Balas dendam kesumat? Gila kuasa? Atau kononnya mendakwa "berkongsi kuasa", padahal bila sebuah parti mendominasi kerusi DUN sesebuah negeri, maka "akulah raja"?

Dalam kecoh-kecoh puak PAS di Pulau Pinang "mengamuk sakan" atas layanan "double standard" Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya pada parti mereka, Kerajaan PAS Kelantan pula dihentam kepimpinan PKR di negeri itu yang mendakwa seolah-olah di"anaktiri"kan?

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR negeri, Datuk Dr. Wan Suhaimi Wan Daud mengadu pada media semalam tentang "perangai buruk" kepimpinan PAS Kelantan yang mengaku "meniru lagak" DAP yang tidak mempedulikan kepimpinan PAS di Pulau Pinang.


Wan Suhaimi

Apa yang dimaksudkan Wan Suhaimi itu ialah mengenai kenyataan Timbalan MB Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang baru-baru ini mengaku "melayan PKR di Kelantan seperti DAP melayan PAS di Pulau Pinang". Bunyi kenyataan Wan Suhaimi itu menggambarkan PKR benar-benar marah pada PAS…

Malah lebih melucukan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, turut menerima "tempias" kemarahan PKR Kelantan itu apabila dia mengungkit soal janji lisan MB itu pada "boss"nya, Anwar Ibrahim, tentang beberapa perkara yang dijanjikan untuk pemimpin PKR Kelantan sebelum ini.

Apa yang dijanjikan? Projek? Balak? Lojing? Pakej tiap-tiap bulan menyeberang Sungai Golok tanpa sekatan? PKR mahu diberikan kontrak bekalkan "budu" ke seluruh pejabat parti-parti Pakatan Haram di seluruh negara? Apa agaknya yang dijanjikan? Boleh cerita?

Kalau diperhatikan senario PAS-DAP di Pulau Pinang, dan PKR-PAS di Kelantan, saya mampu tersengih-sengih sendirian. Nak tahu kenapa?

Pada saya, berdasarkan senario tersebut, sebenarnya tiada istilah perkongsian kuasa di antara parti DAP, PKR dan PAS. Istilah itu hanya dibibir saja bagi "menyejukkan" hati para penyokong Pakatan Haram (seperti Moooh dan sebagainya), kan?

Di Pulau Pinang, DAP hanya beri muka pada PKR. Mungkin sebab PKR "bijak membodek" dan sanggup mengikut telunjuk "Maharaja" Guan Eng. Sedangkan PAS yang memberikan gelaran "Khalifah Umar Abdul Aziz" pada Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak dipandang, kan?

Di Kelantan, mungkin atas dasar "dendam" dan "nak tunjuk kuasa", maka PAS pun berperangai yang serupa. "Kalau DAP boleh di Pulau Pinang, mengapa PAS tak boleh?", mungkin itu yang ada dalam otak lebai-lebai PAS di Kelantan. Macam budak-budak kecil perangainya. Tapi di situ memang jelas tiada perlaksanaan "berkongsi kuasa"…

Kalau nak dikatakan pemimpin PAS dan PKR "gila kuasa" pun boleh jadi juga. Sebabnya, masing-masing tak boleh tahan untuk "mengamuk" dan "mengadu" pada media bila mereka tidak diberi jawatan atau kepentingan dalam kerajaan di negeri yang ditadbir Pakatan Haram.

IMG_33607375737363

PAS Pulau Pinang "mengamuk sakan" di Muktamar PAS tempohari. Mereka ungkit habis-habisan dan mendesak Presiden PAS campur tangan atau mereka akan bertindak sendiri terhadap DAP dan "Khalifah" mereka. Puas jugalah Hadi memujuk mereka. Tapi sampai sekarang kemelut itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun "Abang Guan Eng" dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru…

Di Kelantan pun sama, PKR tak puas hati sebab tidak dilantik ke jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Cuma PKR Kelantan tidak "mengamuk" depan Anwar, mereka hanya berani bersuara di media saja sambil "membodek" Ketua Umum mereka yang dijanjikan sesuatu oleh Ahmad Yaakob…

Berbeza sekali Pakatan Haram dengan BN. Misalnya, meskipun MCA sebelum ini tewas teruk dan tidak "perform" pada PRU ke-13 pada Mei lalu, Perdana Menteri tetap mempelawa mereka menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan. Malah di negeri-negeri pimpinan BN, MCA turut juga dipelawa menganggotai barisan Exco…

Cuma mungkin MCA ini lebih bermaruah dalam soal perkongsian kuasa dan "penilaian berdasarkan KPI", maka mereka "merajuk" enggan menerima pelawaan ke jawatan-jawatan penting Kerajaan itu. Apa pun alasan MCA, tindakan itu jelas membuktikan mereka tidak gila kuasa atau "bersikap macam budak tak dapat botol susu", kan?

Pakatan Haram baru mentadbir 2-3 buah negeri, tapi kita mampu melihat sikap sebenar mereka. "True colours" mereka begitu terserlah menjadi bahan lawak jenaka yang mampu membuat kita tersenyum sinis. Padanlah Allah SWT tidak izinkan mereka mentadbir Malaysia, ada hikmah rupa-rupanya. Rakyat sudah celik, "Moooohhh dan rakan-rakan bagaimana pula? Wallahu'alam.

Sumber: Mykmu.net

KDN "MENGAMUK" LAGI..!!! HABIS LA GENG "RONNIE THE DON" NANTI...

Posted: 07 Jan 2014 01:17 AM PST

Nampaknya geng-geng "Ronnie The Don" mungkin tak dapat tidur siang malam lepas ni. Selalunya walaupun depa tak dapat tidur malam, depa masih dapat tidur siang.. tapi mungkin lepas ni depa takkan dapat tidur lagi 24 jam... heh!

Saya difahamkan, kegiatan "gelap" ni la yang selalu jadi "funder" pada DAP. Tapi memang sukar untuk dibuktikan. Maklum laaa... nama pun kegiatan "gelap"...

Judi haram? Ada ke judi halal? Dalam sudut undang-undang sivil, judi tidak berlesen dilabelkan sebagai judi tidak sah. Atau bahasa mudahnya, orang panggil "judi haram".. 

Tapi bagi umat Islam, walau dudul di US sekali pun, asalkan dia beragama Islam maka judi berlesen sekali pun tetap haram baginya...faham?

So lepas ni saya yakin "judi haram" ni akan dibanteras semaksimum mungkin. Diorang ni menyebabkan kerugian pada pendapatan negara sebenarnya. 

Pendapatan negara dari hasil judi ni ada jugak hikmah di sebaliknya... sekurang-kurangnya, boleh la kerajaan guna untung cukai judi tu untuk buat tandas awam ke.. jalanraya ke... loji kumbahan ke... apa-apa je la asalkan diharuskan hukum Syar'ie..


Wujud Skuad Khas Banteras Kegiatan Judi Haram

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan skuad khas dari Bukit Aman untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin. 

Beliau berkata, kerjasama di peringkat balai polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dipertingkat untuk memerangi kegiatan judi haram sama ada secara konvensional atau online.

"Kebanyakan mangsa kegiatan judi haram terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kita akan membanteras judi haram habis-habisan di semua peringkat.

"Saya tahu tugas ini sukar tetapi ia tidak mustahil untuk lakukan kerana kita tidak mahu mereka yang berpendapatan rendah terus menjadi mangsa dalam kegiatan judi haram," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu Datuk Mohamad Khalid Shariff di sini Isnin.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, PDRM akan meneruskan Ops Cantas Khas untuk membendung kegiatan kongsi gelap dan jenayah menggunakan senjata api di negara kerana ia "tiada tarikh tamat".
Beliau berkata, PDRM juga akan meningkatkan usaha dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

"Pengedar sama ada bersindiket atau secara runcit masih berlaku secara berleluasa. Walaupun pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik cukup baik tetapi ia tidak mustahil untuk dipertingkatkan lagi untuk membanteras penyalahgunaan dadah," katanya.

Selain memperkukuhkan Rakan Cop untuk mewujudkan pembabitan masyarakat umum, Ahmad Zahid berkata PDRM menyasarkan 25,000 anggota Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) dan 25,000 anggota polis bantuan untuk membantu polis bagi mendapatkan semula keyakinan masyarakat.

"Sehubungan itu, saya berharap KSU baharu yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu KDN mewujudkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara pada keseluruhannya," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, KDN akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan bank di Malaysia supaya gaji pekerja asing terus dikreditkan dalam akaun.

"Jika mereka mahu menghantar wang ke negara asal, ia mesti dilakukan melalui saluran perbankan sedia ada agar tidak melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

"Kita akan menyediakan sistem online 'transfer of fund' supaya Bank Negaradapat memantau jumlah wang dihantar ke negara asal pekerja-pekerja asing". – BERNAMA

GEGARRR..!!! EXCO AGAMA TAK TAHU HAL EHWAL ISLAM NEGERI?

Posted: 06 Jan 2014 10:37 PM PST

n02-sabak-sallehen-mukhyi

Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan "pejuang agama Islam" dan kononnya "amat sensitif" dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.


"Tak tahu"? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen "tak tahu" atau "tak ambil tahu"? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba "meloloskan diri" dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di "negeri PKR-DAP" itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah "terluka" apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen "sengaja buat-buat tak tahu" dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku "tidak tahu menahu" tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku "tak tahu"?

Pada saya, walaupun "tidak tahu" tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku "tak tahu". Apa yang Sallehen tahu agaknya?

Sumber: Mykmu.net

TOLONG HANTAR IDRIS JALA PADA MAS SEMULA.. "BERSIH"KAN PEMANDU...

Posted: 06 Jan 2014 08:18 PM PST


Saya pada asasnya dari awal memang tak setuju dengan PEMANDU. Malah saya tak setuju dengan cara Idris Jala. Bukan sebab dia beragama Kristian, tapi cara dia cari profit untuk Kerajaan tu memang tak kena pada saya... itu asas utama saya tak suka pada PEMANDU...

Maksud saya, cara Idris Jala tu terlalu "profit oriented" dan tidak berdasarkan tolak ansur atau timbang rasa pada rakyat, khususnya pada bangsa Melayu beragama Islam. Kontrak-kontrak mega Kerajaan selalunya PEMANDU berikan pada non-Muslim...

Salah satu kegemaran PEMANDU ialah hire consultant yang ntahapahapa... Kononnya consultant yang diupah PEMANDU itu bertaraf "international", "multinational" dan "elite". Tapi kenapa resultnya selalu negatif pada pandangan rakyat?



Sebab selalunya consultant yang diupah PEMANDU tu rasa "hebat", rasa "bijak" dan bersikap "apa yang kami buat tu semuanya betul-betul belaka". Padahal rakyat berpendapat sebaliknya. Mereka gagal sama sekali menyerap aspirasi rakyat...

Paling tak boleh diterima ialah mistake terbaru consultant yang diupah PEMANDU. Consultant tu khabarnya diupah untuk jaga Twitter rasmi ETP... lihat gambar di bawah dan cuba tengok kat mana yang tak kena...


Macamana consultant tu boleh taip Najib sebagai "Former" Prime Minister? Dia tak sedar ke dia tulis tentang sapa? Apa kesan pada typo error tu? Kenapa tak check sebelum tweet?

Lepas tu, consultant tu boleh tak sedar pulak depa salah taip.. Lama jugak la tweet tu dibiarkan.. Mungkin lepas dikomplen maka baru la consultant tu delete dan mintak maaf...

Apahal ni beb? Berapa juta PEMANDU bayar kat consultant tu? Memang la typo tu nampak kecik je masalahnya. Tapi bila babitkan nama PM Malaysia, ia membawa imej negara di mata dunia. Twitter Najib tu bukan rakyat Malaysia saja yang follow.. pemimpin dunia lain pun follow jugak bebbb...

Paling teruk, consultant tu diupah oleh PEMANDU, sebuah badan yang mengukur KPI Kementerian-Kementerian.. So macamana sekarang? KPI sendiri pun teruk, habis tu nak harap jaga KPI Kementerian? Poddahhhh la bebbb...

Pada saya, Idris Jala tu tokoh korporat. Dia tak sesuai dalam dunia kerajaan. Dia lebih sesuai handle business saja. Pak Lah la ni...gatai bawak dia masuk dalam Kerajaan. Patutnya, biar la Idris Jala tu handle MAS dan pastikan GLC tu untung tiap-tiap tahun...

Dia orang business, biar la dia buat business kerajaan. Kalau tarik dia masuk dalam Kerajaan, dan dia pulak handle kerajaan tu macam buat business, maka yang jadi mangsanya ialah rakyat la...

Udah-udah la PEMANDU weiii.. Kalau boleh, hantar balik Idris Jala tu jaga MAS... PEMANDU tu bagi orang Islam la yang handle... ramai lagi pemimpin muslim yang layak handle PEMANDU tu.. tak payah la teruskan sangat "legasi" Pak Lah tu.. kan?

WAJIB BACA: PENJELASAN TS HARUSSANI TENTANG ISU "BUGHAH" YANG PAS DOK MARAH KAT DIA TU...

Posted: 06 Jan 2014 06:17 PM PST

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka "Penderhaka", peserta perhimpunan sebagai "Bughah" iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. 

Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan "sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah". Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu "Bughah" dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. 

Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi " TURUN" sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru "ditiadakan" sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. 

Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim.

Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan

Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
"…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…" .
Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa'ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar (tafsir Ibn Juza).

Saya berpandangan bahawa syarat "syaukah" yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.

Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. 

Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. 

Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ". Sahabat bertanya , " Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW " Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ".
Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.
"Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim." (HR Abu Daud)
Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
"Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya."(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa "para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ".

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara', perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab)

Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. 

Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. 

Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.

Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi 'ayam laga' kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. 

Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Jan 2014 12:25 PM PST

PEJUANG BANGSA


BUGHAH : PAS SEPATUTNYA MALU KERANA FITNAH MUFTI PERAK

Posted: 07 Jan 2014 07:21 AM PST


Bila agama dipolitikkan PAS , perpaduan umat Islam akan terus dipecahbelahkan.

Dalam isu bughah ini , pemimpin  Pas telah menjadi batu api & membangkitkan kemarahan dan keresahan dikalangan umat Islam dengan berhubung kenyataan Mufti Perak .

Malah laporan Polis oleh Pas di seluruh negara digerakkan dan lebih memalukan  pelbagai penghinaan dilemparkan kepada Mufti Perak .

Walhal dalam isu bughah ini bila ditanya pandangan Mufti Kelantan, ianya hanya contoh bukan menuduh oleh TS Harussani seperti yang Pas dakwa.






MUFTI KELANTAN BERSUARA , ADUN DAP JANGAN CABAR ISLAM

Posted: 06 Jan 2014 04:45 PM PST




- Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam ) Enakmen 1988 disifatkan sebagai melampau dan tidak menghormati serta mencabar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, enakmen tersebut telah diluluskan khusus untuk umat Islam dan tidak mengganggu-gugat agama-agama lain.

Beliau berkata, undang-undang itu juga amat penting bagi memastikan tidak ada pihak daripada agama lain memujuk dan menghasut umat Islam meninggalkan agama suci itu.


"Pada dasarnya enakmen itu ditubuhkan bagi mengawal, menyekat pengembangan dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam serta mampu mengekang gejala murtad di negara ini.


"Selain itu, enakmen berkenaan dilaksana supaya rakyat menghormati Perlembagaan Negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan tiga wakil rakyat DAP Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Bible tersebut dirampas dalam serbuan di sebuah premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad Shukri memuji tindakan tegas JAIS yang disifatkan sebagai tepat demi menjaga kesucian agama Islam.

"JAIS hanya menjalankan tugas melaksanakan enakmen sedia ada yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tidak sepatutnya ada pihak yang mempersoalkan tindakan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut menyelar tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung kenyataannya supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan berbahasa Melayu.

Katanya, tindakan itu telah melanggar perintah mahkamah sebelum ini yang membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald, menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan majalah berkenaan.

"Paderi ini juga telah menderhaka terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan semua rakyat khasnya di negeri itu tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan beragama Islam.
"Tindakan seperti ini tidak lebih daripada mengapi-apikan rakyat untuk mencetuskan ketegangan," katanya.

#seratah#

Posted: 07 Jan 2014 03:42 AM PST

#seratah#


MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 07 Jan 2014 01:41 AM PST

sambungan Dr.Chandra Muzaffar

Anwar Banyak Masalah Karektor.

Berikut antara sedutan wawancara AIDC News dengan Dr. Chandra Muzaffar pada 30 Jun 2011 di Pejabat JUST, Petaling Jaya.

AIDC :  Dalam kenyataan media Prof. pada 7 mac  2008, Prof, ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan 'the knight' iaitu pahlawan berkuda yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan.Boleh Prof ulas maksud tersebut?.

Dr. Chandra : Itu sebenarnya fasa-fasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu,kalau tak salah dalam bahasa inggeris, the knight in shining armour. Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk menyifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyalamatkan mereka. Jadi saya katakan sebagai jawapan kapada pehak-pehak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka. Mereka marah, ramai marah bila saya ada useha untuk menghidupkan the kninght in shining armour dalam parti Keadilan.

Yang marah itu termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR, yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik hentam saya dan sebagainya, tapi hari ini mereka semuanya dah keluar.
Saya kata adalah salah kapada perjuangan kalau kita mengaggap Anwar itu sebagai the knight shining armour, iaitu wira yang akan menyalamatkan negara ini.Walhal dia ini manusia yang banyak kelemahan, itulah konteks, saya mengunakan frasa itu.

AIDC :  Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?.

Dr. Chandra : Memang cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam Parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini, saya masih ingat saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan, di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr.Wan Azizah.

Saya di jemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada didalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat. Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbilan Presiden parti semata-mata tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik, kerana itu adalah latar belakang saya, saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan, kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub.

bersambung.


bumiyang

Posted: 07 Jan 2014 03:18 AM PST

bumiyang


Jemaah Tiram Yang Terkandas Bakal Meningkat Kepada Sekitar 800 Orang???

Posted: 06 Jan 2014 10:26 PM PST

Hampir 500 Jemaah Tiram Terkandas di Mekah???

Posted: 06 Jan 2014 08:12 AM PST

Ohpolitik!™

Posted: 07 Jan 2014 03:10 AM PST

Ohpolitik!™


JAIS SAMSENG? #MediaPakatanRakyat Cuba Burukkan JAIS : MB Pula Memihak Kepada CHA YA NUN ALIF ?

Posted: 06 Jan 2014 07:41 PM PST



Malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa lagi portal dan blog pembangkang terus cuba menyemarakkan isu JAIS merampas 320 Injil berbahasa Melayu dan Iban dari premis Bible Society of Malaysia (BSM) Khamis lalu. Beberapa artikel yang disiarkan di dalam portal tersebut cuba menggambarkan JAIS sebagai samseng kerana menendang pintu menyerbu dan merampas kitab-kitab Injil yang mengandungi nama 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan Kristian. 

Apa yang portal pembangkang itu tidak sebutkan ialah tindakan JAIS itu adalah sejajar dengan Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada Orang Islam di Selangor yang melarang bukan Islam menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk 'Allah', 'Nabi', 'Injil' dan InsyaAllah'. Sehingga kini, enakmen ini tidak pernah dimansuhkan sekali gus menjadikan tindakan JAIS sebagai sah. 

Pihak Kristian bagaimanapun, memberikan alasan bahawa penyebaran Injil Berbahasa Melayu dengan menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian itu adalah bertepatan dengan 10 persetujuan yang dicapai di dalam perbincangan pada April 2011. Perbincangan yang melibatkan pihak Kristian dengan beberapa Menteri di peringkat pusat, Dato' Seri Idris Jala serta Peguam Negara itu, telah memutuskan bahawa setiap penerbitan Kristian berbahasa Melayu perlu meletakkan tanda salib dan nota bertulis 'penerbitan Kristian' di luarnya. 

Jika ini benar, maka perbincangan itu wajar dipersoalkan kerana tidak turut melibatkan pihak yang mewakili Islam. Walhal, isu di sini ialah mengenai penggunaan hak sejagat Umat Islam yang ingin dituntut oleh Kristian, maka logiknya, badan-badan yang mewakili Islam perlu menjadi pihak utama untuk diajak berbincang. Adalah pelik sekali apabila badan-badan Islam tidak dirujuk mahupun dijemput langsung dalam perbincangan itu. 

Nampaknya, yang menjadi 'mangsa buli' di sini ialah Islam, bukannya Kristian. Pihak Islam telah diketepikan dalam perbincangan tersebut dan hak Umat Islam ke atas kalimah Allah telah dirampas secara biadab dan tanpa sebab atau alasan yang konkrit. 

Apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah pihak Kristian telah dengan sengaja mencari gaduh dan menunjuk samseng terhadap umat Islam di Malaysia. Apabila JAIS bertindak berdasarkan undang-undang, pihak Kristian menuduh JAIS sebagai samseng dan kononnya membuli mereka pula. Soalnya, siapa yang buli siapa?

Rakyat Malaysia rata-ratanya cukup matang dan tidak mudah melatah dengan isu yang mampu mencetus ketegangan. Penganut Kristian di kalangan rakyat biasa juga tidak pernah 'teruja' dengan isu kalimah Allah di dalam kitab Injil berbahasa Melayu kerana mereka lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris. 

Penganut Kristian di kalangan Iban pula terlalu kecil dan tidak signifikan langsung untuk dibangkitkan sebagai isu di Semenanjung. Kaum Iban tertumpu di Sarawak di mana kegunaan kalimah Allah dalam aktiviti keagamaan Kristian tidak disekat oleh kerajaan. Oleh itu, kita lihat sebarang usaha untuk menjadikan pengharaman Injil berbahasa Iban dengan kalimah Allah di Semenanjung sebagai isu besar adalah sebenarnya berniat jahat. Apatah lagi dengan hakikat bahawa kaum Iban yang beragama Kristian juga ramai yang lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris. 

Jelas, satu-satunya pihak yang sengaja membesarkan isu kalimah Allah dan ingin terus mencabar undang-undang serta agama Islam adalah pembangkang melalui media mereka. 



Sahabat-Gunung

Posted: 07 Jan 2014 01:37 AM PST

Sahabat-Gunung


Lim Kit Siang Ibarat ‘Keldai Tua’ Yang Tak Faham Perlembagaan Negara

Posted: 07 Jan 2014 12:55 AM PST


UMNO Selangor hari ini menyifatkan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai 'keldai tua' kerana kenyataannya dalam laman web DAP semalam menyerlahkan lagi sikapnya yang jelas menunjukkan beliau tidak memahami Perlembagaan Negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata,  antara kenyataan beliau ialah `salah satu persoalan meresahkan rakyat Malaysia ialah sama ada UMNO telah berubah daripada sebuah parti pembina negara menjadi parti pemusnah negara dengan sokongan Muhyiddin terhadap protes di luar gereja dan Noh Omar mempertahankan protes Umno Selangor terhadap Kristian. Pada hakikatnya, sokongan yang diberikan oleh Muhyiddin dan Noh Omar terhadap tindakan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) dengan bantuan penuh Polis membangkitkan persoalan serius tentang keikhlasan, keseriusan, dan komitmen para pemimpin UMNO terhadap jaminan asas kebebasan beragama yang diberikan oleh perlembagaan untuk semua rakyat Malaysia.

"Amat malang sekali sebagai seorang yang lama di dalam Parlimen, beliau masih lagi tidak dapat membezakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kuasa Kerajaan Negeri yang termaktub di dalam Perlembagaan. Justeru saya mengambil pendekatan menerangkan lebih jelas kepada beliau apa sebenarnya yang berlaku di negeri Selangor dan berharap kenyataan ini tidak menjadikan beliau seperti `Keldai Tua'.

Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya, ULASAN: Jaminan hak oleh Perlembagaan untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. Namun, ia tidak bererti mempunyai kebebasan hakiki. Ia tertakluk kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut: Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumput, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.ULASAN: Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat penting yang memberi kuasa kepada Undang-undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dan ini termasuklah sekatan penyebaran kitab atau sedutan ajaran mereka dan penggunaan kalimah-kalimah yang bersumberkan ajaran Islam. Maka kerajaan negeri Selangor pada tahun 1988 telah meluluskan satu enakmen yang dipanggil Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor," ujarnya dalam sidang media sebentar tadi.

Tambahnya, Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam ) 1988, Negeri Selangor, Negeri Selangor telah menetapkan enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang Islam. Seksyen 9 enakmen ini menyenaraikan kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam dan menyenaraikan perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam.

Kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa penggunakan kalimah Allah dan telah diwartakan pada 27 Januari 2010. Menurut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil 3/2008 dan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

"Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan Undang-Undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

DYMM Sultan Selangor telah menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam dan tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

DYMM Sultan Selangor turut menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau dikalangan orang Islam sekalipun yang masih memersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor," tambanya lagi.

Terbaru, DYMM Sultan Selangor mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah dalam`Bible' dan penerbitan Herald versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri pernah mengeluarkan kenyataan pada 9 Januari 2013 bahawa kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam. Beliau berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri.

"Kesimpulannya adalah Isu Kalimah Allah ini cuba dipolitikkan oleh Lim Kit Siang dan DAP setelah mereka gagal memberikan teguran atau amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan kepada Fatwa berkaitan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan pada Jun 2008 dan diwartakan pada Februari 2010 ketika Selangor diperintah oleh PR dengan Tan Sri Khaled menjadi Menteri Besar.

MB Selangor iaitu Tan Sri Khaled pada ketika itu menyokong dan akur (menjunjung) dengan titah DYMM Sultan Selangor berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun DAP pada ketika itu telah berdiam diri. Adakah kerana kepentingan politik pada ketika itu DAP sanggup membutakan mata, memekakkan telinga.

Selepas hampir 5 tahun DAP kembali menimbulkan isu ini yang mana DAP sebelum ini membisu dan tidak bersuara demi kepentingan politik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Justeru itu, Lim Kit Siang dan DAP jelas cuba mempolitikkan isu kalimah Allah ini dan cuba menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan fakta menyalahkan BN khususnya UMNO.


UMNO Selangor memberikan amaran kepada DAP supaya menghentikan politik jahat dengan menjadikan kalimah Allah sebagai modal politik dengan memutarbelitkan fakta undang-undang dan mewujudkan suasana yang tidak selesa antara agama/kaum khususnya di negeri Selangor.

Pindaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor: PuteriUMNO Kecam Tindakan ADUN DAP

Posted: 06 Jan 2014 01:25 AM PST


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengecam tindakan tiga orang ADUN DAP yang akan mencadangkan pindaan ke atas Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kita melihat tindakan ADUN DAP ini seolah-olah cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mengugat keharmonian perpaduan antara kaum dan agama selain mencemarkan agama Islam di Selangor.

"Pergerakan Puteri akan mengadakan wacana ataupun dialog dengan melibatkan ilmuan agama, membuat penerangan tentang isu Kalimah Allah ini kerana kita tidak mahu ada orang yang tersalah tafsir atau mendapat maklumat yang salah mengenai apa yang berlaku.

Ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas isu ini, kerana kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan mengugat keharmonian yang telah kita nikmati selama ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan kemungkinan wujud 'permainan atau provokasi' oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak DAP yang mahu mengambil kesempatan isu Kalimah Allah ini untuk digunakan dan diputar-belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang dijangka akan dibuat dalam masa dua tahun ini.

"Kita tahu mereka bijak mainkan strategi, tetapi saya tekankan di sini bahawa kita jangan melatah dengan apa yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini kerana kita nak pastikan keharmonian dan perpaduan kaum di dalam Negara kita ini tidak tergugat," tambahnya. 

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Jan 2014 01:20 AM PST

Taipingmali (tm)


Wah! Wah! Amboi! Amboi! Kalimah ‘Allah’:  June Wong, Pengarang The Star Ingin Jemput Campurtangan Asing Pula

Posted: 07 Jan 2014 12:38 AM PST

 

Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'.  Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut,  halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan 'Bapa' adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri. 

 

Justeru, katanya, sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya. 

Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia. 

 

Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.

 

Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah.  Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama

 

Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan? Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah?

 

Kita pasti yagn June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini.  Pun begitu, beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan kerajaan

 

Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir, COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun keadilan.  Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.  

 

Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan.  Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan. 

 

Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam. 

 

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan. 

 

Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam? 

Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula?   Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa?  Kenapa Islam perlu didiskriminasi?  Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi?

Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit.   

Sedangkan 'Allah' yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing. 

Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu, sebagai Allah. 

Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama 'Allah' BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya. 

Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut: 

 

1.      Memandangkan nama 'Allah' tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.

 

2.      Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah. 

 

Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan? 

 

Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun.  Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam. 

 

Untuk  itu, June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.

Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri. 

 

Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.    


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu jet kerajaan, Maza akui silap, bagaimana yang mencipta fitnah?

Posted: 07 Jan 2014 12:21 AM PST

Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.

 

Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan 'u-turn' dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.

 

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:

 

" Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini."

 

" [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin."

 

Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.

 

Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.

 

Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.

 

Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.

 

Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.

 

Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.

 

Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.

 

Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.

 

Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu comanggo dan isu khalimah Allah-Dimana Pas

Posted: 06 Jan 2014 06:28 PM PST

Isu comanggo dan khalimah Allah sudah sampai ke tahap paras bahaya. Tetapi dimana Pas?

Dalam kedua-isu di atas Pas masih takut untuk bertindak,  Pas bacul dan tunduk kepada Dap.

Isu serbuan ke gereja oleh Jais, Pas tunduk juga kepada Dap dan akhirnya memecat exco agama Datuk Dr Hassan Ali.

Apa yang Pas lakukan untuk syiar Islam? Jawapan kosong, yellek, porah cit!

Penggunaan kalimah Allah ada arahan Vatican

Posted: 06 Jan 2014 04:19 PM PST

Patutlah depa melompat sakan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Jan 2014 11:50 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Exco-Exco PAS Selangor: Gendang Gendut Tali Kecapi...Kenyang Perut Diam Diri

Posted: 06 Jan 2014 07:58 PM PST



Polemik penyalahgunaan kalimah Allah secara haram telahpun dilakukan oleh puak-puak kristian di gereja khatolik di Selangor. Ramai umat Islam membantah secara terang atau protes secara diam-diam. 

Malang dalam masa sama, adalah jugak segelintir manusia Melayu-Islam yang terlajak bersimpati dan menyokong puak-puak ekstremist ajaran palang salib ini. Kununnya inilah toleransi dan tahaluf siyasi yang diajar oleh Tok Guru dan "manusia anugerah tuhan" pujaan mereka. 

Sedangkan sudah nyata puak palang salib ni sendiri semakin keliru dengan identiti 'tuhan' dan 'tuhan-tuhan' mereka lantas mengambil kesempatan untuk menggunakan istilah Allah pula untuk menunjukkan kepada penganut mereka bahawa inilah Tuhan mereka yang sebenarnya. 

Sebelum ini mungkin mereka secara sedar atau tidak ditipu sekian lama oleh paderi-paderi dan bioskop-bioskop gereja mereka tentang kewujudan Allah.


Umat Islam pun dah lama mensyaki niat sebenar mereka mahu menggunakan kalimah Allah ini dalam penerbitan Majalah The Herald versi bahasa Melayu sedangkan dalam versi bahasa Tamil, Mandarin dan Iban tidak pula menggunakan nama dewa-dewa sembahan mereka seperti Krishna, Vishnu, Murugan, Buddha, Dewi Mazu atau Bunsu Petara sebagai ganti nama 'tuhan' dalam kitab bible tersebut? 

Jawapannya mudah, kerana menggunakan kalimah Allah amat dekat dengan jiwa umat Islam. Jadi mudahlah untuk memurtadkan bangsa Melayu-Islam ini sepertimana yang berhasil dilakukan puak missionary evangelist di Indonesia. Menyalahgunakan kalimah Allah adalah langkah pertama untuk mengelirukan dan menghuru harakan umat Melayu. Kesannya sudah terlihat sekarang.

Persoalannya apa yang telah dilakukan oleh 4 orang Exco-Exco PAS yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor? Mereka lebih ramai berbanding DAP (3) dan PKR (3 - tidak termasuk MB Selangor dari PKR).



Kini Islam makin melingkup sejak PAS dapat banyak kerusi DUN di Selangor. Walaupun mempunyai 15 kerusi DUN dengan 4 darinya dilantik menjadi Exco tetapi PAS begitu dayus dan lembik dalam hal membela kepentingan umat Islam dan Melayu yang masih menjadi teras dan majoriti di negeri ini. Sebaliknya PAS terus menerus tunduk wa'la ketakutan pada DAP dan PKR serta sering menuduh ini semua salah UMNO.

Adakah Exco-Exco PAS ini sudah kekenyangan disuap dengan gaji dan elaun sebanyak RM20,250 sebulan (selepas kenaikan elaun)? Perut mereka dirasakan begitu berat hingga lidah menjadi kelu untuk menyatakan kebenaran dan menyanggah kebathilan yang dilakukan oleh puak - puak mereka sendiri.

Mungkin bagi mereka penyalahgunaan kalimah Allah oleh gereja tidak ada apa-apa ertinya kerana yang lebih utama adalah 'kebajikan' dan perut rakyat yang terlebih dahulu perlu diisi sama seperti perut-perut mereka sebagai Exco dan ADUN. Walhal larangan penyalahgunaan kalimah suci Allah merupakan perbuatan derhaka terhadap titah perintah Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas Jabatan Aganma Islam Selangor (JAIS).

Mungkin Exco Agama dan Exco-Exco Islam dalam PAS dan PKR mereka gelap mata mendapat habuan 3 kali ganda kenaikan elaun (elaun asal RM6,109.29) hingga tidak perasan dengan permainan licik penuh muslihat pihak gereja?

Pihak gereja secara nyata melanggar Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.


Malah mereka sebenarnya mempunyai agenda melakukan provokasi terhadap Sultan Selangor dengan memilih Klang memandangkan gereja Our Lady of Lourdes adalah pada kedudukan yang hanya dipisahkan oleh Bukit Istana dengan Istana Alam Shah (Istana Rasmi Kesultanan Selangor). Exco PAS Selat kelang 

Bagai tiada langsung peranan yang dimainkan oleh para exco dari PAS dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka di Selangor. Sudah lupakah dengan lafaz ikrar di hadapan Sultan sewaktu menerima watikah perlantikan menjadi Exco dulu? Mempertahankan agama pula merupakan wajib fisabilillah bagi setiap umat Islam!

Memang benar kata orang bijak pandai, apabila manusia lebih mementingkan usaha mengisi perut - perut mereka, maka soal akidah, kebenaran dan kejujuran tidak lagi menjadi keutamaan. Apabila perut-perut itu sudah kekenyangan mereka akan berusaha memuaskan nafsu di bawah perut pula!


FUZIAH, SALAHGUNA WANG BANJIR RM50,000 SHOPPING & TIDUR DI HOTEL MEWAH ...

Posted: 06 Jan 2014 08:10 AM PST

Antara Hotel Mewah 5 Star di Guangzhou
Semasa kejadian banjir besar melanda Kuantan bulan lalu, wang rakyat dari wang perbendaharaan negeri Selangor telah dikeluarkan sebanyak RM50,000 kerana Fuziah merayu-rayu kepada MB Selangor dan Anwar Ibrahim (kedua-duanya dari link PKR) yang menguasai kerajaan negeri Selangor. 

Menurut sumber dalaman di pejabat Menteri Besar Selangor, wang RM50,000 tersebut telah diberi secara 'lumpsump' kepada ahli parlimen Kuantan beberapa hari selepas permintaan Fuziah Salleh.

Sehingga ke hari ini,mangsa-mangsa banjir di Kuantan menyatakan Fuziah Salleh tidak ada memberikan wang RM50,000 itu kepada mereka!

Sekiranya wang rakyat yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Selangor itu melalui cukai-cukai penjualan Arak, daging Babi local dan import tidak disalurkan dengan betul, bermakna ada kemungkinan wang RM50,000 itu digunakan oleh Fuziah Salleh sama ada untuk berjoli-shopping di Guangzhou atau menyewa Hotel Mewah di Kuantan semasa banjir.

Umum mengetahui bahawa selepas sahaja dihalau oleh Bung Mokhtar di Parlimen tempohari, Fuziah Salleh telah lari ke Kuantan tetapi dikesan tidur di sebuah hotel Mewah!
Hotel Mewah di Guangzhou City Kesukaan Wakil Rakyat Perempuan Dari Malaysia
Kini, rakyat tertanya-tanya mana senarai nama penerima sumbangan wang RM50,000? Adakah Fuziah terbawa senarai nama itu shopping di Guangzhou dan tertinggal di hotel mewah di sana. Antara hotel-hotel Mewah di Guangzhou ialah Mandarin Oriental Hotel 5 Star, Guangzhou Luxury 5 Star Hotel, Soluxe Guangzhou Hotel 5 Star.

Harga semalam di Mandarin Suite untuk 2 person ialah CNY52,888 semalam!Anda kiralah berapa semalam? Adakah kamu fikir seorang Wakil Rakyat akan shopping beribu ringgit sahaja? Adakah kamu fikir seorang Wakil Rakyat tidur di Hotel "cokiak" sahaja?
Kemewahan Bilik Beradu 2 Person Salah Sebuah Hotel Mewah Di Guangzhou
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ke manakah sumbangan wang RM50,000 itu digunakan? Adakah ianya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir atau digunakan untuk keperluan peribadi seperti shopping di Guangzhou dan tidur di Hotel Mewah di Kuantan semasa banjir? 

Kita pun tahu berapa jerrr Elaun seorang Wakil Rakyat pun!!!
Semasa Banjir Wave Kedua, Fuziah Korbankan Rakyat Kuantan Berholiday & Bershopping Di Guangzhou. So, Apa Dia Tahu Apa Berlaku Di Kuantan, Kelak 5 Tahun Dia Datang Menagih Undi Di Kuantan, Rakyat Kuantan Jangan Lupa Bagi Dia Penyapu Guangzhou...
Bersambung Tajuk Baru : Fuziah Salleh Didesak Dedahkan Kepada Rakyat Tuntutan Perjalanan Bulan Disember, 2013 Bagi Ahli Parlimen Kuantan. Di antara Perincian Tuntutan ialah :

1. Tuntutan Perjalanan Kuala Lumpur- Kuantan 
2. Tuntutan Penginapan Hotel di Kuantan 
3. Tuntutan Perjalanan Di Kawasan-Kawasan Banjir
4. Tuntutan Pelbagai
5. Tuntutan Perjalanan Rumah Ke Airport ( Untuk Ke Guangzhou?)

APANAMA

Posted: 06 Jan 2014 11:34 PM PST

APANAMA


The porn-STAR

Posted: 06 Jan 2014 06:20 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Jan 2014 11:31 PM PST

Panglima Perang Cyber


Berita Harian | Pengeluaran wang tanpa kad di ATM

Posted: 06 Jan 2014 07:14 PM PST

Pengeluaran wang tanpa kad di ATM
Dari kiri, Ketua Perbankan Maya dan Pembayaran, Mohd Suhail Amar Suresh Abdullah, Hong Tat dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Hamirullah Boorhan ketika memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran wang tanpa kad di mesin ATM.
Malayan Banking Bhd (Maybank) memperkenalkan kaedah baru pemindahan wang yang membolehkan penerimanya mengeluarkan wang di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) bank itu tanpa menggunakan kad bank.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai bank pertama yang menawarkan perkhidmatan itu di ATM tanpa menggunakan kad di negara ini. 
Menerusinya, pelanggan Maybank yang mempunyai akaun perbankan dalam talian kini boleh menghantar wang terus kepada sesiapa sahaja di negara ini hanya menggunakan telefon mudah alih. 


Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad ATM Maybank.

Sebagai langkah pertama bagi menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan Maybank (pemberi wang) yang ingin menghantar tunai kepada individu lain perlu melaksanakannya menerusi laman web Maybank2u. 

Pemberi wang perlu menaip nombor telefon mudah alih penerima yang akan menerima nombor pengenalan transaksi (ID-1) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Maybank. 

Pada masa sama, pemberi juga akan menerima ID transaksi yang berbeza (ID-2) daripada Maybank menerusi SMS. 
Pemberi kemudian akan menghantar nombor pengenalan ID-2 kepada penerima. Penerima akan menggunakan kedua-dua nombor yang diperoleh itu untuk mengeluarkan tunai yang diberikan kepadanya di ATM Maybank.

Penerima perlu ke ATM Maybank dan menekan butang di paparan sentuh dan mengikut arahan yang disediakan.



Sent from my iPhone

Pasar Rantau Panjang Terbakar Semalam

Posted: 06 Jan 2014 05:31 PM PST





Berita :

60 kedai di Rantau Panjang hangus

RANTAU PANJANG – Dianggarkan lebih 60 kedai Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, musnah dalam kebakaran jam 11.25 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Abd Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.30 dan anggota dari enam balai bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya,api berjaya dikawal dalam masa 20 minit dan pihaknya berjaya menyelamatkan dua deretan kedai daripada hangus.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.




Sent from my iPhone

Empat Setpol Angkat Sumpah depan PM @NajibRazak KSN @Alihamsa55

Posted: 06 Jan 2014 01:51 AM PST

Anak Tan Sri Onn dilantik Setpol PM
Nor Hayati Onn

PUTRAJAYA - Empat setiausaha politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Majlis itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.
   
Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datin Paduka Norhayati Onn, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
   
Majlis itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Bernama




Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 06 Jan 2014 11:29 PM PST

Belantan


Politik murahan pembangkang masih tidak berubah?

Posted: 06 Jan 2014 05:35 AM PST



Langkah pakatan pembangkang menyokong demonstrasi haram yang diadakan di Dataran Merdeka, malam menyambut tahun baru memberikan isyarat yang jelas bahawa 'kegilaan' politik pembangkang dalam usaha mereka meraih kuasa akan berterusan dalam tahun 2014.

Berdasarkan kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum tirai 2013 dilabuhkan, ia jelas membuktikan belum ada keinsafan dalam kalangan mereka untuk memastikan arena politik negara selepas ini akan berjalan melalui pendekatan politik berhemah.

Sebaliknya, kita bakal menyaksikan pembangkang terus dengan pendekatan mempolitikkan apa sahaja isu dengan harapan tindakan itu akan memudahkan laluan mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.


Walaupun mengetahui banyak tindakan politik mereka sepanjang 2013 telah mewujudkan perasaan tidak selesa kepada rakyat dan ada pula yang menjejaskan imej negara di mata dunia namun pembangkang tidak menghiraukannya.

Berikut penulis paparkan jangkaan politik melibatkan parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas.

DAP

Parti ini akan terus menjadi parti paling berkuasa dalam pakatan pembangkang. Selain menguasai Pulau Pinang, perolehan kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding PKR dan Pas memungkinkan DAP akan menjadi parti dominan.

Kekuatan DAP amat ditagihkan oleh PKR dalam meraih sokongan kaum Cina, manakala Pas pula dilihat tidak mendapat apa-apa keuntungan memandangkan DAP sememangnya tidak pernah bersetuju dengan perjuangan politik Pas.


Bagaimanapun DAP tetap akan menjaga hubungan dengan Pas dalam usaha memastikan Pas terus memainkan peranannya bagi meraih undi orang Melayu untuk DAP dan PKR.

Selain itu, DAP yang sebelum ini begitu hebat mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya umum akan terus bergelut dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Parti (CEC).

PKR

Dengan sokongan DAP dan Pas, PKR akan terus memainkan isu yang bertujuan memainkan sentimen rakyat bagi membenci kerajaan BN. Melalui lidah rasminya Suara Keadilan, PKR akan terus menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin BN.


Walaupun tidak mempunyai kekuatan yang hebat di peringkat akar umbi, namun PKR akan terus berjaya menumpang populariti DAP untuk meraih sokongan kaum Cina dan kesanggupan membantu bagi memperolehi sokongan orang Melayu. Tetapi dalam masa yang sama PKR akan terus kekal bersama-sama DAP menolak perjuangan Islam Pas.

Pas

Parti ini membuka tirai 2014 dengan semakin 'galak' menguar-uarkan slogan 'Rahmat Untuk Semua'. Slogan ini adalah tema ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Di mana-mana sahaja kini slogan itu menjadi sandaran Pas untuk meraih sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Selepas mendapati slogan 'Pas untuk semua' gagal mencapai sasarannya maka Pas mengubah pula kepada slogan baru.

Tidak kiralah apa pun slogan yang hendak digunakan oleh Pas apa yang pasti parti itu tetap dijangka terus menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.



Dalam masa yang sama, Pas juga dijangka mengekalkan pendekatan politik menjadikan slogan Islam hanya untuk kepentingan politik semata-mata. Ia memandangkan Pas sudah pasti ingin terus menjadi 'pak turut' setia dalam pakatan.

Keadaan itu berlaku kerana Pas ingin menjaga hubungan dengan DAP dan PKR. Berikutan pegangan tersebut juga, golongan ulama dalam parti itu akan terus tenggelam dan hanya akan menjadi 'penghias' organisasi semata-mata.

Demikian serba sedikit jangkaan berhubung situasi dalam pakatan pembangkang bagi tahun 2014.

Namun begitu apa yang pasti pendekatan mempolitikkan apa juga perkara akan terus menjadi sandaran pakatan pembangkang kerana itu sahaja modal yang mereka miliki bagi mencapai cita-cita politik.

Selain itu, pembangkang akan kekal dengan sikap double standard dalam menghadapi isu yang melibatkan kerajaan. Pas tidak akan berani menegur kepincangan dalam pembangkang tetapi akan bersedia mempolitikkan apa juga langkah kerajaan.

Pembangkang juga sudah pasti sama sekali tidak akan memuji atau menyokong sebarang tindakan kerajaan biar pun demi kebaikan rakyat. Ini kerana pada pandangan mereka kalau tindakan itu dilakukan maka tergugatlah harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Berdasarkan keadaan itu, maka bersedialah semua pihak untuk terus menyaksikan adegan politik memualkan pakatan pembangkang seperti mana pernah kita saksikan sejak 2008.

Kelebihan menguasai beberapa negeri dan menambah kerusi Parlimen tidak pernah dijadikan sandaran pembangkang menjadi satu barisan pembangkang yang bertanggungjawab. Sebaliknya mereka, bersedia melakukan apa sahaja selagi cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya tidak tercapai.


Atas sebab itulah, adalah penting sempena tahun 2014 ini, rakyat tanpa mengira apa juga latar belakang mereka memahami dan mengkaji taktik politik pembangkang ini. Janganlah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, seolah-olah merekalah paling layak memerintah Malaysia sedangkan di negeri yang mereka kuasai pun penuh kekalutan dan masalah.

Kita mengakui kerajaan BN juga tidak sempurna, malah di mana-mana juga negara tidak akan ada kerajaan yang seratus peratus sempurna. Tetapi kerajaan sentiasa sahaja berusaha memperbaiki kelemahan khususnya dalam usaha melaksanakan langkah-langkah bagi meningkat taraf hidup rakyat dan mengurangkan beban mereka.

Sebab itulah, adalah penting kerajaan perlu bersedia menghadapi 'kegilaan' politik pembangkang dalam tahun 2014 ini. Ia termasuklah membuat persiapan untuk memberi maklum balas segera kepada sebarang tuduhan dan tohmahan pembangkang.

Sememangnya bukanlah mudah untuk berhadapan dakyah pembangkang kerana mereka bercakap berdasarkan fakta yang diputar belitkan tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Apa yang penting ialah kebijaksanaan rakyat untuk membuat penilaian kerana merekalah penentu masa depan negara dan di tangan juga terdapat pilihan sama ada, ingin terus hidup dalam aman dan damai atau ketidakstabilan akibat terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Sedih...!!! Anak Melayu terus diperalat demi kepentingan siapa!

Posted: 06 Jan 2014 01:41 AM PST

Sekumpulan anak Melayu yang menyertai Himpunan Guling Kerajaan berarak dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka pada Malam Sambutan Tahun Baharu 2014.

"Ini bukan soal kaum. Tapi hakikat majoriti demo adalah anak-anak Melayu. Yang lain semua bukan tak berjuang untuk negara…tapi tak rela diperalat. Kalau tak percaya, lihat saja berapa ramai adik-adik kaum Cina/India yang datang malam ini untuk demo? Mereka semua kat cinema, supermarket, dan lain-lain. Cerdiklah.

"Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda. Selalu dalam demo jalan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diperguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina?"'

Itulah yang dicoretkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam Twitter pada malam sambutan tahun baharu bagi mengulas Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka.


Mungkin ada orang Melayu yang akan terasa dengan kenyataan ini tetapi apa yang beliau katakan adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

Renung, lihat dan kajilah siapakah yang paling ramai turun ke jalanan pada malam tersebut kononnya atas alasan bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Sudah pasti jawapan yang kita dapati ialah anak Melayu.

Apa yang mengecewakan sebahagian besar mereka dikenal pasti sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang berjubah, bertudung labuh dan berpurdah tetapi sanggup berembun pukul 1-2 pagi bersama-sama kaum lelaki kononnya atas nama perjuangan.

Kehadiran ribuan anak Melayu pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin pembangkang sudah membuktikan kata-kata Keng Liang bahawa anak Melayu sememangnya mudah diperalatkan atau dalam bahasa kasar diperbodohkan.

Salah satu kumpulan yang menganjurkan perhimpunan dengan bangga menulis dalam Facebook mereka bahawa perhimpunan haram itu mencapai kejayaan. Ya, betul memang ia mencapai kejayaan, tetapi bagaimanakah kejayaan tersebut diukur?



Apakah ia dianggap satu kejayaan apabila mereka yang berarak menyusahkan pengguna jalan raya lain? Apakah ia diiktiraf satu kejayaan apabila penunjuk perasaan merempuh hadangan polis? Apakah ia satu kejayaan apabila peserta demonstrasi bertindak biadab mengganggu konsert tahun baharu yang dihadiri oleh ribuan orang awam yang tidak mahu terlibat dalam demonstrasi tersebut?

Apakah ia satu kejayaan apabila anak- anak Melayu diperbodohkan untuk berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong memaki kerajaan di jalanan serta menunjukkan isyarat lucah?

Kalau tindakan-tindakan itulah dianggap satu kejayaan, ternyatalah puak-puak tersebut sememangnya satu kelompok yang tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun, berfikiran jumud dan bangga tidak kena tempat.

Sejak awal lagi, sudah banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan haram itu tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya hanya akan membawa kemudaratan, apatah lagi ia dilakukan ketika ambang tahun baharu 2014.

Kebimbangan itu menjadi kenyataan berikutan apa yang berlaku. Oleh itu, pihak yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut harus bertanggungjawab dan bersedia menghadapi tindakan tegas hasil siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.


Ia memandangkan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sudah cukup bertolak ansur apabila membenarkan peserta demonstrasi memasuki kawasan Dataran Merdeka, tetapi ternyata kebaikan itu dibalas dengan kebiadaban. Justeru sekarang bukanlah lagi masa untuk berkompromi.

Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan pada malam tersebut sehingga memungkinkan konsert di Dataran Merdeka dibatalkan harus dibawa ke muka pengadilan. Pedulikan apa juga yang hendak dikatakan oleh puak pembangkang dan sekutunya termasuklah Majlis Peguam.

Kalau mahu bercakap soal hak asasi, penganjur dan peserta demonstrasi pada malam itu sudah pun melakukan pencabulan terhadap hak tersebut apabila mengganggu ketenteraman orang lain.

Dalam soal penyertaan anak-anak Melayu ini, ia hakikatnya bukanlah satu yang luar biasa atau menghairankan sememangnya pakatan pembangkang amat memahami kumpulan itu paling mudah dipengaruhi untuk turun ke jalanan.

Bantahan terhadap kos sara hidup melalui fakta yang diputar belitkan adalah helah pembangkang untuk memastikan budaya demonstrasi yang dipelopori oleh mereka berterusan.


Pembangkang memahami jika bantahan itu mahu dilakukan melalui pentas-pentas ceramah ia tidak akan berjaya kerana jumlah hadirin ke ceramah mereka sudah tidak sehebat dulu lagi.

Justeru demonstrasi jalanan adalah cara terbaik kerana mengetahui sebahagian anak Melayu memang suka seumpama itu untuk berseronok.

Sudah pastilah dalam memperkatakan hal ini, 'sekalung tahniah untuk Pas' kerana sekali lagi menjadi parti yang paling setia mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk turun ke jalanan.

Begitu mudah sekali ahli dan penyokong Pas diperbodohkan untuk menyertai perhimpunan haram itu dengan diiringi oleh pula oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Kita tidak menafikan ada juga ahli PKR yang menyertainya tetapi berapa ramai? Bagaimana dengan DAP, apakah mereka juga begitu gigih membuat seruan supaya ahli dan berapa ramai penyokong mereka menghadiri perhimpunan itu? Sudah pasti tidak!.

Ini kerana mereka tahu Pas akan mampu mengerahkan ahli dan penyokong parti itu memandangkan mereka adalah kelompok yang kononnya setia kepada arahan parti.



Sekali lagi, Pas diperalatkan untuk memuaskan nafsu politik PKR dan DAP. Di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP, tiada demonstrasi sebaliknya ia diserikan dengan konsert dan pertunjukan bunga api, tetapi di Kuala Lumpur, ahli dan penyokong 'diperkudakan' untuk menyertai perhimpunan haram. Demikianlah 'kejahilan' Pas dalam berpolitik dan setia membuta tuli dalam pakatan pembangkang.

Bagaimanapun sama ada teguran mengenai penglibatan anak Melayu ini dibuat oleh Keng Liang atau sesiapa sahaja, ia sudah pasti tidak akan diterima oleh puak-puak yang turun ke jalanan pada malam tersebut.

Sebaliknya, mereka berbangga kerana dapat memaki hamun kerajaan, dapat merempuh hadangan polis dan mengganggu konsert tahun baharu. Malah mereka juga ketawa riang apabila melihat kebiadaban seorang lelaki India memukul poster wajah Perdana Menteri.


'Tahniahlah' kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berjaya memiliki penyokong-penyokong taksub seumpama itu yang sudah tidak mampu lagi menilai kesan sesuatu perbuatan akibat dipengaruhi oleh politik kebencian yang dicetuskan oleh pembangkang.

Namun dalam masa sama, kita yakin majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengutuk perbuatan penunjuk perasaan pada malam tersebut manakala majoriti orang Melayu berasa kecewa kerana sekali lagi melihat anak-anak Melayu begitu mudah diperalatkan untuk melakukan kerja bodoh, diperbodohkan dan memperbodohkan diri.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 06 Jan 2014 11:08 PM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Jan 2014 11:08 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Contoh Kitab Injil Berbahasa Iban Guna Kalimah Allah...

Posted: 05 Jan 2014 11:20 PM PST


Kitab injil berbahasa iban guna kalimah Allah bukan retorik, ianya memang wujud, jadi tindakan jais merampas beribu-ribu kitab itu di selangor tidak menjadi satu kesalahan besar.. baca lanjut di sini

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Jan 2014 10:04 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


AISEYMAN..KAFIR NI CUBA SABOTAJ GERAKAN PAS NAK MURTADKAN MELAYU ?

Posted: 06 Jan 2014 03:58 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 06 Jan 2014 09:26 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Tweet Former Prime Minister : PEMANDU Patut Pecat Konsultan Terbabit

Posted: 06 Jan 2014 09:00 PM PST

Semalam (6 Januari 2014), satu kesilapan besar telah dibuat di tweethandle @etp_roadmap iaitu dengan menulis Dato Seri Najib Razak sebagai "Former Prime Minister" pada jam 1.00 petang. 

Kesilapan yang amat memalukan bagi sebuah agensi (PEMANDU) yang cukup diharapkan untuk membawa harapan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia ke arah transformasi yang lebih baik dalam perlaksanaan dasar dasar kerajaan. 



Apabila disemak, tweet tersebut dikenalpasti dilakukan oleh sebuah syarikat konsultan yang dilantik oleh PEMANDU. Konsultan tersebut adalah Edelman yang beribu pejabat di Suite 23.02, Level 23 Menara IGB, Mid Valley City. 

Entah mengapa tweet yang punyai 140 aksara itu boleh terlepas dari perhatian sebuah syarikat yang multinasional yang punyai 67 pejabat, 4,800 pekerja di seluruh dunia. Amat meragukan. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran petugas yang dipertanggungjawabkan menjaga tweethandle @etp_roadmap? Tweet dalam keadaan mamai?

Apakah dia berfikiran Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah selepas malam Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka? Apakah dia copy paste former prime minister daripada tweet yang lain? 

Jika copy paste sekalipun, ayat "Former Prime Minister Najib Razak" itu cukup ketara sekali kerana berada pada awal tulisan tweet. Apakah konsultan itu yang dibayar secara profesional melakukan tweet sambil lewa ketika sedang makan tengahari?


Jika konsultan Eldelman yang dilantik menjaga twitter pun silap, apakah ianya juga terlepas daripada pandangan Saffura Chinniah, Pengarah Komunikasi di PEMANDU? Saffura Chinniah sewajarnya menyemak dan meluluskan setiap tweet tersebut sebelum ianya dipaparkan kepada rakyat.

Tidak susah untuk menyemak dan menyunting tulisan yang sepatutnya disiarkan di Twitter. Aksaranya cuma 140 sahaja, berbanding kerja editor di akhbar yang terpaksa menyunting dan menyemak ejaan yang lebih banyak untuk sesuatu artikel atau berita. Amat lemah dan memalukan sekali, konsultan pun gagal mengesan kesalahan yang sebegitu besar tersebut.

Apakah kesalahan ini boleh dianggap sebagai satu sabotaj pada Perdana Menteri?

 Saffura Chinniah

Nampaknya, ada transfromasi yang benar benar perlu dilakukan di PEMANDU untuk memastikan tiada kejadian "sabotaj" ini berlaku di masa hadapan. 

Berdepan dengan penggal yang amat mencabar sebelum menghadapi PRU14, agensi seperti PEMANDU yang diberi harapan tinggi untuk melaksanakan perubahan perlu mengambil serius kesalahan yang sudah dilakukan oleh konsultan Eldelman ini. 

Satu sahaja cadangan untuk PEMANDU, pecat sahaja konsultan tersebut.
 

Dr Maza Terkantoi Lagi, Apa Yang Dia Cakap, Dengan Apa Yang Dibuat Di Facebook Cukup Kontradik

Posted: 06 Jan 2014 08:09 PM PST




Peguam : Tindakan JAIS Adalah Tepat Berlandaskan Undang Undang & Titah Sultan

Posted: 06 Jan 2014 03:00 AM PST

SHAH ALAM 3 Jan. - Cadangan tiga wakil rakyat dari DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela dianggap keterlaluan kerana seolah-olah sengaja mahu mengeruhkan keadaan.

Peguam jenayah kanan, Ranjit Singh Dhillon berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta bahasa Iban seharusnya tidak dipertikaikan kerana merupakan tanggungjawab agensi itu dalam melindungi kesucian Islam.

Menurutnya, tindakan JAIS tersebut dilihat tidak sama sekali mengganggu hak orang bukan Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana dilaksanakan untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.

"Sebagai orang yang bermastautin di Selangor, tidakkah mereka (tiga wakil rakyat DAP terbabit) ada tanggungjawab untuk akur dan mematuhi titah Sultan Selangor?

"Walaupun seseorang sultan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan negeri namun dalam hal ehwal agama Islam, sultan secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk memelihara kesucian Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan sebuah portal berita supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Cadangan tersebut dibuat susulan tindakan JAIS merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis terbabit, Sinclair Wong.

Ranjit yang juga seorang pemerhati politik memberitahu, cadangan tersebut juga dipercayai cubaan pihak tertentu untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertahankan tindakan JAIS itu.

"Politik, agama dan bangsa adalah entiti yang berlainan. Demi kelangsungan karier politik, diharapkan dia (Abdul Khalid) tidak mencabar titah sultan," ujarnya.

Nik Amar : PKR Tiada Keistimewaan Di Kelantan

Posted: 06 Jan 2014 01:00 AM PST


Bekas Mufti Kantoi Memfitnah Di Media Sosial

Posted: 05 Jan 2014 10:30 PM PST


r b f

Posted: 06 Jan 2014 07:38 PM PST

r b f


Rampasan Bible: Adun Pas Berlakon Jadi Lembu Tidur Kerana Bimbang Kehilangan Jawatan Exco

Posted: 06 Jan 2014 07:03 PM PST


Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan "pejuang agama Islam" dan kononnya "amat sensitif" dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

"Tak tahu"? Itu jawapan dari seorang Exco yang dipertanggungjawabkan rakyat untuk mengambil berat soal hal ehwal agama Islam di Selangor? Jawapan apakah itu? Sallehen "tak tahu" atau "tak ambil tahu"? Dulu berkempen sakan mahukan kuasa. Bila diberikan kuasa, dia tak tahu pula melaksanakan amanah kuasa tersebut?

Sallehen memberitahu media bahawa kononnya pihak JAIS tidak memaklumkan padanya tentang tindakan menyerbu premis persatuan Kristian itu. Biar betul? Kalau betul pun JAIS tidak memaklumkan pada Sallehen, saya tetap menganggap dia cuba "meloloskan diri" dari dipersalahkan dalam isu ini. Kenapa?

Sebab, apabila Sallehen menggalas tugas sebagai Exco Agama Islam di Selangor, dia sepatutnya membuka segala fail, kes, isu, pantauan, tindakan, modus operandi dan mengambil tahu tentang gerakan para penguatkuasa JAIS. Apa yang disiasat dan apa yang menjadi ancaman terhadap Islam di "negeri PKR-DAP" itu?

Dia juga sepatutnya menyelak sejarah JAIS yang pernah "terluka" apabila tindakan Jabatan itu menyerbu pusat-pusat hiburan dan merampas arak sebelum ini dipertikai serta dipersalah meskipun mereka punya kuasa untuk bertindak sedemikian.

Atau Sallehen sebenarnya takut dia akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang dipecat parti dan dilucutkan dari semua jawatan di dalam Kerajaan Negeri?

Sallehen "sengaja buat-buat tak tahu" dalam isu rampasan Bible berbahasa Melayu itu bagi mengelak kehilangan jawatan Exco? Ada sesiapa arahkan dia mengaku "tidak tahu menahu" tentang serbuan itu dan menyalahkan JAIS? Siapa arahkan Sallehen mengaku "tak tahu"?

Pada saya, walaupun "tidak tahu" tentang serbuan dan rampasan itu, namun sebagai Exco Agama Islam yang bertanggungjawab pada amanah Allah, amanah agama Islam, amanah rakyat dan amanah pada diri sendiri, dia sepatutnya menyokong penuh tindakan JAIS itu serta sedia bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Sallehen juga sepatutnya mendokong Enakmen Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Tertinggi Agama Islam di negeri Selangor. Sallehen pernah baca enakmen tersebut atau tidak? Atau dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan enakmen itu?

Inikah akhlak dan cara bekerja seorang ADUN PAS yang bermaruah? Kalau benar dia bermaruah, pasti Sallehen akan mengikut jejak langkah Hasan Ali yang tetap mempertahankan kebenaran dan aqidah umat Islam walaupun dia ditekan habis-habisan oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan ADUN-ADUN DAP atas tindakan tegas JAIS sebelum ini.

Cara Hasan Ali itu baru boleh dikatakan bermaruah. Biar hilang jawatan Exco, biar dipecat dari parti, biar difitnah setiap hari, namun demi aqidah umat Islam dan kesucian agama Allah di Selangor, dia sanggupkan diri bagi segala. Sallehen sanggup buat begitu? Belum apa-apa lagi sudah mengaku "tak tahu". Apa yang Sallehen tahu agaknya?

Dipetik dari mykmu.net

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Jan 2014 03:26 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Diarah tanggal coli sebelum masuk ke dalam pejabat PM

Posted: 06 Jan 2014 02:01 PM PST

Wartawan antarabangsa kelmarin meluahkan perasaan tidak berpuas hati mereka terhadap tindakan pengawal yang mengarahkan mereka untuk menanggalkan coli dalam satu pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri Israel.

Ketiga-tiga wartawan tersebut telah diarahkan oleh anggota keselamatan untuk membuka pakaian mereka dan menanggalkan coli untuk tujuan pengimbasan sinar-X dalam dua kejadian berbeza di pejabat Benjamin Netanyahu di Jurusalem awal minggu ini.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun akur dengan arahan yang diberikan, walaupun ia sesuatu yang memalukan.

Kejadian ini disifatkan oleh Persatuan Media Asing (FPA) sebagai sesuatu yang tidak penting, memalukan dan tidak produktif.

Semua wanita tersebut dibawa di sebalik tirai di kawasan lobi tempat masuk bangunan tersebut, diarahkan duduk sebelum disuruh menanggalkan pakaian.

Sara Hussein
Coli mereka kemudiannya dibawa untuk menjalani ujian sinar-X.

Barang-barang peribadi mereka turut digeledah dihadapan orang ramai dan kemudiannya turut diuji oleh mesin sinar-X tersebut.

"FPA mengutuk perbuatan yang telah dilakukan keatas wartawan-wartawan tersebut yang dilakukan di pejabat Perdana Menteri itu," menurut satu kenyataan yang dibuat oleh kumpulan yang berpangkalan di Tel-Aviv.

"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak penting, memalukan dan tidak produktif."

Sara Hussein, pekerja bagi Agence France-Presse (AFP), menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang amat memalukan.

"Bagi saya, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang amat memalukan sepanjang hidup saya," komen beliau ketika menulis surat aduan kepada FPA.

"Saya telah menjalani sesi temuramah bersama presiden-presiden di White House, mereka tidak pula lakukan perkara sebegini."

Dua wartawan-wartawan lain yang mengalami perkara yang sama bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana tertekan dengan apa yang mereka alami.

Ketiga-tiga mereka telah memfailkan aduan kepada FPA, yang akan mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa Israel.

Para pegawai di pejabat Perdana Menteri enggan memberikan sebarang komen terhadap kedua-dua kejadian tersebut dan hanya berkata "Kami tahu akan perkara ini dan ianya masih lagi dalam siasatan."

Pada bulan Januari tahun ini, staf keselamatan Netanyahu juga dibidas kerana mengarahkan seorang wanita Arab yang hamil, wakil bagi Al-Jazeera, untuk membuka colinya sebelum menghadiri satu majlis di sebuah hotel lime bintang di Jerusalem.

FPA berkata bahawa mereka sedang meneliti sama ada mereka akan terus menghantar ahli mereka ke majlis-majlis yang memaksa mereka menurut arahan seperti itu ketika berhadapan dengan kumpulan pengawal keselamatan di sana.

"Setelah berbagai janji-janji yang dibuat oleh pihak keselamatan, nampaknya pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menghentikan kejadian seperti ini daripada terus berlaku." menurut FPA.

"Pihak kami (FPA) akan terus berbincang bersama ahli-ahli kami sama ada pihak media asing tidak lagi perlu menghadiri majlis yang diadakan di pejabat Perdana Menteri kerana semua insiden seperti ini hanya berlaku di situ."

Foto berita 'Jasad bayi masih sempurna' Harian Metro palsu?

Posted: 06 Jan 2014 06:31 AM PST

Foto yang kononnya telah 'dibedah siasat' oleh individu yang mendakwanya sebagai palsu
Siang tadi, Harian Metro ada melaporkan sebuah berita yang bertajuk 'Jasad bayi masih sempurna'. Menurut laporan tersebut, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan.

Namun begitu, sedikit kontroversi telah tercetus apabila beberapa pihak mempertikaikan foto bayi berkenaan yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Foto yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai penggali kubur sedang mengangkat mayat bayi yang itu telah menimbulkan kontroversi dan didakwa telah disunting.

Foto yang kononnya telah 'dibedah siasat' itu kemudiannya disebarkan sebuah laman Facebook di bawah.

Ramai juga pengunjung laman tersebut memberi respon negatif kepada Harian Metro malah ada yang mempercayainya secara bulat-bulat pendedahan tersebut.

Diharapkan Harian Metro dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini kerana ianya boleh mencalarkan reputasi kewartawanan yang profesional.

Isu khalwat: Neelofa pamer bukti beliau tidak bersalah

Posted: 06 Jan 2014 06:01 AM PST

Walaupun sudah membuat penafian mengenai dakwaan khalwat dengan VVIP yang dilontarkan terhadapnya baru-baru ini, nampak gayanya masih ada tuduhan terus dilemparkan kepada Neelofa. Memang sukar untuk membuatkan orang percaya kepada kita dengan hanya kata-kata. Oleh kerana itu, Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah pun menunjukkan bukti untuk memuaskan hati semua pihak.

Bukti yang dipamerkan ialah tak lain tak bukan pembelian tiket kapal terbangnnya ke Amerika Syarikat. Kalau anda tidak tahu, Neelofa ke sana untuk menyambung pelajarannya. Neelofa turut membuat sedikit penerangan kepada mereka yang terus menerus memfitnahnya:-

Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy "LARI" selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yg memang mengikuti perjalanan kerjaya sy, cerita tentang sy mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October.

Kalau ada yang tidak puas hati lagi selepas penerangan dan penunjukkan bukti ini, tak tahulah nak cakap apa. Kalau tak puas hati sangat, korang pergilah periksa sendiri kat JAIS. Kesian kat Neelofa. Dah lah stress nak study, bertambah stress tak habis-habis dituduh khalwat. Buat Neelofa, bertabahlah. Semoga perkara ini tidak menganggu pembelajaran anda.

Beautiful Nara

Enam das tembakan disasar ke rumah YDP Besut

Posted: 06 Jan 2014 05:11 AM PST

BESUT - Enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas di sini hari ini.

Ketika kejadian pada 6.15 pagi, Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka berada di dalam rumah dan mereka terdengar beberapa bunyi letupan tetapi tidak mengesyaki ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman mereka.

Kejadian itu hanya disedari pada 8.30 pagi apabila isteri YDP majlis daerah itu keluar untuk membersihkan kawasan rumah dan melihat kesan pecah pada cermin keretanya serta menemui serpihan peluru di perkarangan rumah banglo setingkat itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat dan memaklumkan mengenai perkara itu.

Polis dapati enam das tembakan dilepaskan iaitu dua terkena pada rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz CLK320 mangsa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jamshah berkata polis tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilepaskan sebagai tanda amaran.

"Mangsa memaklumkan dia tidak mempuyai musuh dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini bermotifkan rasa tidak senang hati pihak tertentu terhadap tugas mangsa," katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya tembakan dilepaskan dari jarak dekat iaitu kira-kira lima meter dan dilakukan oleh lebih seorang suspek.

Pihak forensik menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger Speer di atas jalan di hadapan rumah itu.

Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka bunyi letupan yang didengari di luar rumah sewanya pada jam 6.15 pagi itu adalah bunyi tembakan senjata api

"Saya keluar rumah untuk ke pejabat kira-kira pukul 8 pagi dan tidak perasan dengan kesan tembakan pada kereta dan rumah sewa.

"Bagaimanapun apabila tiba di pejabat, isteri telefon beritahu cermin keretanya pecah dan ada kesan tembakan," katanya menambah beliau kemudian bergegas pulang sebelum membuat laporan polis.

Ibrahim berkata beliau tidak tahu motif kejadian dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

"Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya. - Bernama

Pensyarah tikam isteri di hotel sebelum kelar leher sendiri

Posted: 06 Jan 2014 02:40 AM PST

ANGGOTA polis membawa jenazah mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
KLANG: Akibat krisis rumah tangga, seorang pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertindak menikam kepala serta mengelar leher isterinya sebelum mengelar lehernya sendiri di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari seorang pekerja hotel kira-kira jam 5 pagi yang terdengar jeritan mangsa dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid, 49, sebelum mendapati wanita itu sedang ditikam suaminya bertubi-tubi di depan pintu bilik hotel mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, ketika pihaknya tiba di bilik tingkat bawah hotel itu, suspek ditemui di atas katil dengan berlumuran darah manakala isterinya sudah tidak bernyawa di atas lantai dalam keadaan separuh bogel.

"Polis kemudian menemui senjata dipercayai digunakan suspek iaitu sebatang tukul besi dan juga sebilah pisau lipat di dalam bilik berkenaan.

"Suspek cuba diselamatkan dengan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dekat sini, bagaimanapun dia disahkan meninggal ketika dalam perjalanan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pengantin baru kantoi simpan dadah dalam coli

Posted: 06 Jan 2014 02:01 AM PST

Seorang wanita berusia 32 ditahan di Felda Ketengah Jaya kerana memiliki pil kuda, manakala seorang lagi menyembunyikan dadah dalam coli dipakainya.
KETENGAH JAYA – Empat wanita termasuk dua ibu tunggal serta seorang pengantin baharu antara 15 kaki dadah yang ditahan dalam Ops Tapis dijalankan polis narkotik Dungun, di sini, pagi semalam.

Dua daripada wanita berkenaan disyaki memiliki dadah selepas penemuan lima pil methampethamine dalam coli dipakai wanita berusia 23 tahun dan seorang lagi berusia 32 tahun yang baharu mendirikan rumah tangga dua bulan lalu yang ditahan bersama lebih 30 pil dadah sama berada dalam genggamannya.

Turut ditahan, suami wanita terbabit berusia 31 tahun yang juga seorang penagih setelah aktiviti tidak bermoral pasangan suami isteri itu mula dihidu pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.

Operasi sekitar Felda Kerteh 4, 5 dan 6 diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Assistan Superitendan Cheng Guan Ching serta Polis Ketengah Jaya itu dilakukan selepas maklumat risikan mendapati, aktiviti penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di kawasan tanah rancangan Felda.

Hasil operasi bermula seawal jam 6.30 pagi, seramai 15 individu ditahan termasuk 11 lelaki berusia antara 17 hingga 42 tahun.

Sseorang daripada suspek lelaki terbabit turut memiliki 110 pil methapethamine dan tiga paket straw mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

Dua wanita disyaki memiliki dadah itu disiasat mengikut Seksyen 39a(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi wanita termasuk seorang berstatus janda disiasat mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.

Pelajar IPTS terjun bangunan selepas diperkosa

Posted: 05 Jan 2014 11:01 PM PST

Petaling Jaya: Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.

Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.

"Namun, selepas meronda di tingkat bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.


"Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya," katanya.

Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa dirogol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.

Harian Metro

Taksub nak kritik kerajaan, Dr. Maza terdesak tabur fitnah?

Posted: 05 Jan 2014 10:01 PM PST

Ilmuan agama terkenal, Dr. Maza dikritik hebat hari ini oleh ramai pengamal media sosial apabila beliau didapati memuatnaik gambar berunsur fitnah di dalam page Facebook peribadi beliau pagi tadi.
"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya..menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah." Ulas Dr. Maza dalam gambar tersebut.

Tetapi, menurut satu dalam artikel terbarunya mendakwa gambar yang diupload bukanlah gambar dalam jet "putrajaya" yang didakwa. Namun, gambar itu dengan mudah boleh didapati menggunakan carian google.

Blog itu juga menyelar tindakan Dr. Maza kerana boleh membuatkan ramai orang memberi tanggapan yang salah.

Info Gambar: Corporatjetinvestor

"Gambar tu ambil dalam carian "image google" ja bro..Sedarkah Dr Maza yang gambar tersebut boleh menyebabkan banyak pihak menyangka begitulah keadaan sebenar dalam isu pesawat milik kerajaan ?"

Melalui tinjauan semula ke FB page Dr. Maza, gambar kontroversi itu telah dipadam. Namun masih ada pengamal media yang cuba memprovokasi Dr.Maza untuk memberi respon mengenai isu itu.



Diharap Dr. Maza lebih berhati-hati di masa hadapan dalam mendapatkan info dan maklumat untuk membincangkan isu-isu kritis seperti ini.

Tengoktvonline.blogspot.com

Isteri masih dara empat tahun akibat suami songsang

Posted: 05 Jan 2014 09:19 PM PST

AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

"Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007," katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

"Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja," katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

"Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa," katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.

Lawak bodoh depan menteri, Shiro 'digam' RTM?

Posted: 05 Jan 2014 08:30 PM PST

MISS J dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu Konsert Jubli Emas TV Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

Miss J tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!

Wanita Poland diculik, rogol

Posted: 05 Jan 2014 07:31 PM PST

NEW DELHI - INDIA. Seorang wanita warga Poland, berusia awal tiga puluhan dilaporkan telah diculik dan diserang secara seksual kemungkinan di dalam kereta ketika perjalanan ke bandar dari Mathura pada malam, 2 Januari lalu.

Menurut polis, wanita itu bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun setengah itu mendakwa diacu dengan pisau dan diberi ubat pelali sebelum dirogol.

Mangsa juga berkata, tragedi itu berlaku sekitar jam 10 malam pada Khamis apabila dia dan anak perempuannya menunggu teksi di tepi jalan untuk ke Delhi.

Katanya, apabila sebuah kereta besar berwarna putih berhenti berdekatannya dan pemandu itu bertanya ke mana dia mahu pergi.

Sebaik wanita itu memaklumkan lokasi tujuannya, dia terus ditarik bersama anaknya ke dalam kereta itu.

Tidak berdiam diri, wanita itu kemudiannya terus menentang dan menjerit, namun pemandu tersebut mengeluarkan pisau panjang dan mengugut untuk menikam mereka.

Memetik laporan The Times of India, wanita itu juga mendakwa telah disembur sedatif yang menyebabkan wanita itu pengsan dan sebaik sedar pada keesokannya, dia mendapati dirinya berada di stesen keretapi Nizamuddin.

Dia kemudiannya meminta bantuan orang rami yang lalu lalang di situ.

Wanita itu membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan serta pemeriksaan di hospital.

Dia direkod dan didaftarkan di bawah seksyen penculikan, salah penahanan, menyebabkan kecederaan, keracunan dan rogol.

Berikutan kejadian, sepasukan polis telah dihantar untuk mengenalpasti tempat kejadian.

Kata mangsa, dia tidak boleh mengecam ke mana dia dan anaknya dibawa kerana berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Warsaw tetapi telah tinggal di Mathura selama tiga tahun kerana menyertai jemaah agama sambil membuat perniagaan mengeksport pakaian.

Bagaimanapun, apabila polis Delhi menghubungi stesen polis di Mathura, mereka diberitahu tiada kejadian seumpama itu direkodkan.

Polis juga cuba mengenalpasti pemandu teksi menggunakan pengimbas kamera litar tertutup (CCTV) di pondok tol untuk mencari kereta putih seperti yang didakwa wanita tersebut.

DSP cabul dua pelajar praktikum dalam balai polis di Taiping

Posted: 05 Jan 2014 06:31 PM PST

Gambar hiasan
Taiping: Polis sedang mengesan seorang pegawainya yang berpangkat Deputi Superintendan selepas didakwa mencabul kehormatan dua pelajar kolej yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di sini.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis pada 3 Januari lalu kerana tidak mampu bersabar lagi dengan kerenah pegawai terbabit yang didakwa sering melakukan perbuatan itu terhadap mereka sejak melakukan tugasan akademik di balai polis berkenaan beberapa bulan lalu.

"Kes terbaharu jam 10 pagi 2 Januari lalu apabila pengadu dan rakannya masuk ke bilik pegawai berkenaan. Dia secara tiba-tiba memegang dagu seorang daripada mereka tetapi mangsa berjaya melarikan diri ke sudut lain dalam bilik berkenaan sebelum lelaki itu memeluk seorang lagi pelajar dari belakang," katanya, semalam.

Sumber itu berkata, pegawai berusia 40-an itu dipercayai sudah melakukan perbuatan itu beberapa kali dan pelajar berkenaan dikatakan pernah menegur tetapi tidak diendahkan.

Buka kertas siasatan

"Polis sudah membuka kertas siasatan mengenai aduan itu atas arahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan," katanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, siasatan tertangguh kerana pegawai berkenaan menghilangkan diri dan pergerakannya gagal dikesan.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan siasatan masih diteruskan.

Difahamkan, dua pelajar wanita itu bersama dua lagi pelajar lelaki dari sebuah kolej di sini mengadakan latihan amali di balai polis berkenaan sejak Oktober lalu dan dijadualkan berakhir menjelang akhir bulan ini.

Setakat ini, pengurusan kolej itu juga dikatakan tidak mengetahui kejadian berkenaan.

Foto DS Najib depan Ka'abah jadi bahan fitnah peniaga Cina

Posted: 05 Jan 2014 06:01 PM PST

Badigol punya samdol si mata sepet kiasu!

Tak tahulah kalau ramai sebenarnya orang Cina yang terlalu bodoh dan tidak boleh berfikir secara waras sehinggakan begitu mudah mereka diperbodoh-bodohkan oleh puak-puak DAP.

Iklan yang dilekatkan ke sebatang tiang di sebuah premis di Pulau Pinang bertulisan Cina ini bermaksud:

DEAR CUSTOMER, PRICE OF OUR FOOD WILL BE ADJUSTED FROM RM0.50 TO RM2.00 STARTING FROM 1/1/2014. PLEASE BLAME NAJIB (BN) INSTEAD OF ME IN CASE THERE'S ANY INCONVENIENCES CAUSED.

Ini namanya, babi punya sondol, kerbau dapat nama. Yang menaikkan harga adalah peniaga bodoh yang tidak pandai menulis dalam Bahasa Melayu kerana bimbang dikecam oleh orang Melayu, tetapi dia menyalahkan pihak lain atas perbuatan jahanamnya.

Anehnya, ramai pula yang percaya dengan pembohongan yang dilakukan oleh jahanam bermata sepet dan sudah tentulah berfahaman DAP ini!!!

Siap ditampal pula gambar NAJIB SEDANG BERDOA di hadapan Kaabah tu!!!

Tak kena namanya HARAMJADAH ni? Tidakkah ini sebenarnya cuba mengundang kemarahan dan gila darah di kalangan orang Melayu? Tidakkah ini namanya menggalakkan orang Melayu asah parang dan sembelih Cina?

Sekarang, siapa sebenarnya yang cuba menimbulkan keresahan dan ancaman rasis?

The Flying Kick

Bayar yuran sekolah guna syiling @PKamalanathan

Posted: 05 Jan 2014 05:31 PM PST

Ketika awal persekolahan dibuka, banyak suara-suara dari ibu bapa yang mendengus dan mengeluh dengan bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah untuk anak mereka.

Cuba pula kita hayati kisah seorang datuk yang membayar yuran sekolah cucunya dengan menggunakan syiling di bawah:

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

Sumber

Rampas bible: Tindakan Jais, DAP gopoh kata Anwar

Posted: 05 Jan 2014 05:00 PM PST

PUCHONG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap premis Persatuan Bible Malaysia (BSM), Jumaat lalu sebagai tindakan gopoh kerana ia telah mencetuskan ketengangan antara agama di negara ini.

Menurut Anwar, tindakan itu bukan sahaja mengundang persepsi negatif orang bukan Islam terhadap Islam bahkan mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya penganut Kristian.

Beliau menegaskan Jais sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak gereja terbabit dan membuat siasatan sebelum menyerbu premis dan merampas Bible mereka.

"Kalau ia dianggap melanggar undang-undang, maka Jais patut panggil orang yang bertanggungjawab itu untuk memberikan penjelasan ataupun siasatan.

"Tak payah ambil tindakan yang menimbulkan reaksi dan ketegangan antara agama," katanya selepas memberikan syarahan di Centre For Reform, di sini, hari ini.

Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP yang turut mengeluarkan kenyataan gopoh bersabit perkara itu.

"Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan Adun DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh.

"Jangan gopoh minta pindaan dan sebagainya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Khamis lalu, penguat kuasa Jais menyerbu dan merampas 351 salinan naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban yang dipercayai mengandungi kalimah ALLAH daripada BSM, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Fitnah yuran palsu UITM mula menular

Posted: 05 Jan 2014 04:31 PM PST

Beberapa poster fitnah telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan memburukkan institusi pendidikan tinggi tersebut.

Di bawah pula adalah penjelasan dari Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar:

Warga and Anak2 UiTM yg dirahmati Allah SWT. Sila ambil perhatian. Ada pihak yg TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan yg berniat buruk telah menyebarkan satu poster melalui twitter perkenaan kenaikan yuran utk pelajar UiTM.

Ini adalah satu FITNAH YG MEMBUSUKKAN nama baik UiTM dan boleh memecah-belahkan orang Melayu dan Bumiputra dan menimbulkan api kemarahan dan kebencian sesama kita.

Anak2 semua adalah bijak dan dapat menilai kepalsuan poster tersebut. Dan sila betulkan persepsi ini dikalangan rakan2 dan ahli2 keluarga. Jom kita doakan semoga Allah SWT menunjukkan jalan yg benar dan keinsafan kpd pihak yg tidak bertanggungjawab itu. Semoga kita dilindungi Allah SWT dari sebarang fitnah.

Logo baharu KFA tiada kaitan pemilik Cardiff City

Posted: 05 Jan 2014 04:01 PM PST

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar hari ini menegaskan penggunaan logo baharu yang diputuskan dalam kongres KFA 18 Dis lepas tiada kaitan dengan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan.

Sebaliknya kata Aminuddin, pertukaran logo daripada Hijau Kuning kepada Helang Merah tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

"Kita tidak sewenang-wenangnya hendak menukar logo dan penukaran logo baharu sebagai langkah transformasi pengurusan KFA dalam memastikan pasukan bola sepak negeri lebih maju," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Program Mercu Sukan Kedah, terbitan Radio Malaysia Kedah FM, di sini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertukaran logo itu dengan sumbangan RM2 juta oleh Tan kepada KFA sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Sambil menafikan perkara itu, Aminuddin berkata Tan tidak mencampuri pengurusan persatuan tersebut susulan sumbangan yang diterima pada 15 Ogos lalu.

"Menukar logo ini bukan bererti kita akan terus menang Piala Malaysia, tetapi sebagai langkah awal untuk menggerakkan pengurusan KFA dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri yang pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Malaysia dalam dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008," katanya.

Tindakan KFA menukar logo itu mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan penyokong Kedah yang sudah sebati dengan jolokan Sang Kenari serta menganggap gelaran Helang Merah tidak relevan dengan peminat bola sepak tempatan.

Logo Sang Kenari merupakan idea bapa pembangunan bola sepak negeri Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil. - Bernama

Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Jan 2014 01:58 PM PST

Cucu Tok Selampit


Apa Motif Harian Metro Palsukan Foto Artikel 'Jasad Bayi Masih Sempurna?

Posted: 06 Jan 2014 07:08 AM PST


Berita jasad bayi perempuan yang masih sempurna walaupun disemadikan selama berpuluh tahun menjadi topik carian yang popular hari ini. Berita kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah, telah disiarkan oleh Harian Metro atau My Metro, boleh dibaca di sini

Namun sedikit kontroversi tercetus apabila, gambar yang disiarkan bersama artikel berkenaan dikatakan telah diedit. Lihat foto di bawah di mana di dalam bulatan di atas, kelihatan mayat bayi itu kelihatan terapung. Manakala di dalam bulatan kedua di bawah, kelihatan satu kaki 'berhatu' yang tidak bertuan.

Adalah diharapkan Harian Metro dapat mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai gambar ajaib ini. Sekiranya gambar ini telah diedit, kita memohon agar Harian Metro memohon maaf kepada pembacanya kerana telah menipu. Ini penting kerana ianya boleh mencalarkan bidang professional kewartawanan.


Apa Yang Tersirat

Posted: 06 Jan 2014 01:56 PM PST

Apa Yang Tersirat


PEMANDU: Secara Tersirat Mahu Najib Berundur

Posted: 06 Jan 2014 06:41 AM PST

BUDAK-BUDAK yang berkerja di bawa PEMANDU, kendalian Idris Jala; menulis di laman Twitter agensi badan pemikir yang diwujudkan Najib itu, seolah-olah Najib sudah lama bersara.

Memang selepas posting itu dimuat di laman twitter (caption), paparan itu dipadam, dengan kenyataan bahawa paparan itu satu kesilapan telah berlaku dan memohon maaf.

Namun, moral daripada paparan itu, ada pihak-pihak tertentu dalam agensi itu, mahu Najib berundur.

JAIS Rampas Bible : Dompok Terlepas Pandang

Posted: 06 Jan 2014 12:08 AM PST

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 kitab Injil dalam bahasa melayu dan iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM); mengundang mantan Menteri Kabinet Persekutuan yang juga Presiden UPKO-parti kompnen BN Sabah- Tan Sri Bernard Gilug Dompok memberi kenyataan yang seolah-olah menyalahkan kerajaan Persekutuan, pimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak.

Dompok terlepas pandang, bahawa JAIS adalah satu jabatan di bawah kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

AYT tidak menuduh bahawa JAIS telah bersengkokol dengan pihak-pihak tertentu dalam rampasan tersebut, namun tidak mustahil ada dalang utama di sebalik rampasan tersebut.

Berikut hasil kupasan dan analisis seorang blogger Pro-UBN RBF disini berkaitan dengan isu ini

Antara sinopsis RBF

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.

Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.

Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.