Khamis, 15 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 14 Mar 2012 07:39 PM PDT

Anwar Ibrahim


Kenyataan PenafianTidak Menjernihkan Pelbagai Persoalan Mengenai Intergriti Dan Ketelusan Perdana Menteri

Posted: 14 Mar 2012 06:54 AM PDT

Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan
yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana
Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar
sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang
disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh
pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu
ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salahguna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia.
Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana
Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul
ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial
negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar
ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini
dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini
menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri
tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya
disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu
majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800

Ca pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720

JUMLAH RM79,053

4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan
KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri
membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri
Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri,
bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang
memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri
bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa
keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk
majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia
mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap
tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang
diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC
sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Dato' Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

14 MAC 2012

Azmin: Kenapa Dialog Berhad jadi ‘anak emas’ Petronas?

Posted: 14 Mar 2012 06:39 AM PDT

Keadilankini

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali hari ini mempersoalkan status syarikat Dialog Berhad yang disifatkannya kini menjadi anak emas kepada pengurusan tertinggi Petronas sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi projek berjumlah USD20 bilion kepada syarikat tersebut.

Kata beliau dalam membahas titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen, selain daripada Program Tranformasi Ekonomi (ETP), terdapat satu perancangan yang hanya mendatangkan keuntungan kepada syarikat korporat dan sebaliknya menekan nasib rakyat di bawah.

“Perdana Menteri dalam janji awalnya ketikan mengambil alih pentadbiran negara telah menyatakan bahawa "…the era where the government knows the best is over." Ini menjadi lanjutan kepada janji dengan mengadakan tender terbuka dalam projek-projek kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan. Namun begitu, hal yang berlaku adalah sebaliknya,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mendesak agar kerajaan memberi penjelasan berhubung projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang, Johor di mana kerajaan telah mengumumkan projek bernilai USD20 bilion itu secara tergesa-gesa.

“Apakah mekanisme untuk menjamin ketelusan faedah jangka panjang dan prinsip value for money dalam proses penganugerahan kontrak ini? Daripada sumber kuat dalaman Petronas dan juga daripada masyarakat industri oil and gas , projek yang bernilai USD 20 bilion ini akan dianugerahkan kepada Dialog Berhad. Sekiranya maklumat ini benar, apakah hubungan Dialog Berhad dengan pengurusan tertinggi Petronas?” soal beliau.

Tambahnya lagi, Dialog Berhad sekarang dilihat sebagai anak emas kepada pengurusan tertinggi Petronas, tetapi apakah Petronas telah menjalankan kajian sepenuhnya dan juga risiko pengurusan memandangkan projek ini mempunyai nilai yang besar.

“Saya juga ingin mengetahui status pengambilan tanah untuk projek RAPID yang melibatkan 7 buah kampung dan lebih 900 keluarga. Apakah nilai pampasan yang dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah tersebut,” sambungnya lagi.

Pada Oktober 2011, Dialog Berhad telah dianugerahkan kontrak Tanjung Langsat Storage Tank Terminal Facilities di Johor dengan nilai hampir RM 400 juta. Dialog Berhad diberikan pegangan saham sebanyak 40 peratus sedangkan MISC hanya diberikan 33.3 peratus dan China Aviation Oil (Singapore) diberikan 26 peratus.

Menurut beliau lagi, Petronas juga telah menganugerahkan Risk Service Contract bagi Balai Pembangunan Balai Cluster Marginal Field kepada Konsortium yang terdiri daripada Dialog Berhad, Petronas Carigali dan Australia ROC Oil.

Anwar: Bimbang Rakyat Asing Diberi Hak Mengundi

Posted: 13 Mar 2012 08:37 PM PDT

Keadilankini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara serta dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat terkini menunjukkan terdapat kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih setelah Mimos membuat kajian.

Tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

“Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,”katanya.

Sementara itu dalam isu berlainan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

“Untuk mengadakan pilihan raya berasingan kita perlu mendapat persetujuan bersama,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

“Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan,” katanya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 14 Mar 2012 07:19 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


Rakyat Perlukan Bukti, Bukan Sekadar Penafian: Lapan Bukti Yang Perlu Dikemukakan Perdana Menteri

Posted: 13 Mar 2012 09:21 PM PDT


Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato' Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinanPurchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012 
Sumber dari rafiziramli.com

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 14 Mar 2012 11:20 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum di GEMAS 17 Mac 2012

Posted: 14 Mar 2012 02:31 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:
YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)
YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi/ P'Jaya PAS NS)
YB Dato' Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut hadir :
1. Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)
2. Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)
3. Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)
4. Dato' Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 15 Mar 2012 01:42 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


BN Akan Menang Besar PRU13

Posted: 14 Mar 2012 07:38 AM PDT

Dari : Blog Mutaligat Blog ini menjangkakan BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Keyakinan berdasarkan kepada situasi terkini yang menyaksikan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh agensi yang berkaitan dengan pilihanraya. Antara penyelewengan yang berlaku ialah:- 1) Penyenaraian begitu ramai pengundi awam menjadi pengundi Pos yang terdiri dari ahli keluarga askar [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Mar 2012 01:33 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kilang Vale: Rakyat Perak bakal bangkit

Posted: 15 Mar 2012 01:00 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LUMUT, 15 Mac: Pada waktu rakyat Malaysia masih berkempen kuat untuk menutup kilang rare earth milik Lynas Corp dari Australia, satu protes besar bakal berlaku di Perak terhadap sebuah kilang pemprosesan bijih besi milik Vale International dari Brazil.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Gabungan Rakyat Perak Prihatin (CCCP) menuntut projek tersebut dihentikan sementara supaya analisa impak terhadap penduduk setempat, terutamanya di Lumut dapat dilakukan.

Pengerusinya, Zainal Abidin Osman berkata CCCP akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan bermula 21 Mac ini untuk memaksa kerajaan negeri Perak untuk mengkaji semula projek berkenaan dan meletakkan langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan alam sekitar, kehidupan penduduk setempat dan masa depan.

Oleh itu, beliau menggesa penduduk Perak, terutamanya Lumut dan Pangkor untuk menyertai kempen ini.

"Selain itu, kita turut menggesa kerajaan negeri untuk menghalang Valemax, kapal kontainer bijih besi terbesar untuk memasuki Lumut," kata beliau, sambil menambah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mesti mengambil langkah sewajarnya untuk meredakan kebimbangan penduduk.

Zainal berkata kemasukan kapal besar tersebut bakal membawa kesan kepada alam sekitar, dan negeri China juga telah bertindak menghalang kapal Vale untuk berlabuh di pelabuhannya atas faktor masalah teknikal kapal dan kesan kepada persekitaran.

Satu perhimpunan rakyat akan diadakan, dan butiran lanjutnya akan didedahkan kepada rakyat pada 29 Mac nanti, tambah Zainal.

"Rakyat Perak tidak boleh ditipu untuk menerima projek ini atas nama membawa keuntungan kepada mereka dan negeri. Kesan daripada projek ini adalah besar dan langkah-langkah segera perlu diambil sebelum projek ini dikaji semula sebelum mengakibatkan kemusnahan yang tidak boleh diselamatkan," tambah Zainal.

Akhir tahun lepas, Harakahdaily telah melaporkan bantahan rakyat Perak terhadap jeti RM676.8 juta yang diletakkan di bawah syarikat asing.

Mereka menyoal sama ada Zambry berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.

Menurut blog say no to Vale International, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

"Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut," blog tersebut memberikan amaran.

Kilang Vale yang terletak di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti untuk memproses 60 juta ton bijih besi setiap tahun.

Kilang tersebut mula dibina Julai lepas, dan dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2014.

Kerajaan Perak pernah berkata jumlah pelaburan yang bakal diterima daripada Vale adalah antara RM9 bilion ke RM14 bilion.

harakahdaily/-

Kenapa media Umno serang saya - Kadir

Posted: 15 Mar 2012 12:44 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.

Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.

"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.

"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.

Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.

"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.

"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.

Nafi beli undi

Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.

Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.

"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.

"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh.

harakahdaily/-

Isu YBK : PM Cuba Kelirukan Rakyat

Posted: 14 Mar 2012 11:39 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM,15 MAC : Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Negeri Selangor menjadi punca Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) gagal melaksanakan Pelan Tranformasi Lima Tahun (2012-2016) amat tidak bertanggungjawab dan cuba menggelirukan rakyat Selangor.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, dalam kenyataan medianya berkata, Perdana Menteri sedia maklum tindakan ini adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil kerajaan negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawahnya. YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.

"Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana tindak tanduk YBK yang merugikan harta rakyat," tegas Faekah.

Tambah Faekah, kerajaan negeri mendedahkan senarai syarikat yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, kerajaan negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK. Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini.

Perdana Menteri sepatutnya menjadi seorang yang jujur seperti mana yang dituntut dalam Islam. Beliau tidak boleh berterusan menggunakan taktik menipu rakyat semata-mata untuk menang pilihanraya.

Menurut Faekah lagi, kerajaan negeri telah membantu banyak badan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka. Banyak NGO ini yang berjaya membantu golongan memerlukan dan mempunyai aset jutaan ringgit walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan negeri.

"Ini amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah. Inilah natijahnya apabila badan kebajikan diuruskan orang politik yang berselindung disebalik kerja-kerja kebajikan," ujar beliau.

selangorku/-

Soalan jawab lisan ahli Parlimen PAS 15 Mac

Posted: 14 Mar 2012 11:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini, 15 Mac 2012.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar kepada Negara dari Kajian Kutub.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang lalu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat dan apakah jalan penyelesaiannya.

harakahdaily/-

[Bergambar & Video] 28 Maut, 24 Cedera Bas Langgar Terowong

Posted: 14 Mar 2012 08:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Geneva: Sebuah bas membawa pulang pelajar Belgium dari pusat percutian ski terbabas dan melanggar dinding terowong di lebuh raya Switzerland, mengakibatkan 22 pelajar berusia 12 tahun dan 6 orang dewasa terbunuh, kata polis, semalam.

Seramai 24 lagi pelajar dikejarkan ke hospital kerana kecederaan, kata jurucakap polis negeri Valais, Jean-Marie Bornet memberitahu agensi berita.

Bas yang membawa 52 orang termasuk pelajar berusia 12 tahun dari dua sekolah berbeza terbabit dalam pelanggaran jam 9 malam waktu tempatan kelmarin di terowong di Sierre, Switzerland, berdekatan kawasan ski popular di Banjaran Alps.

Polis berkata, bas itu terbabas dan melanggar selekoh sebelum menghentam dinding konkrit terowong.

Bahagian depan bas rosak teruk dan menyukarkan penumpang keluar dari kenderaan itu. Punca kemalangan belum diketahui.

Ketua Polis Valais, Christian Varone, memberitahu anggota penyelamat yang tiba menyifatkan tempat kejadian seperti keadaan perang.

"Kemalangan di Valais memang ada yang teruk sebelum ini tetapi tidaklah sehingga membabitkan begitu ramai mangsa kanak-kanak," katanya.

Lebuh raya ditutup di kedua-dua arah bagi operasi menyelamat. Sebanyak lapan helikopter dan puluhan ambulans dikejarkan untuk membantu menghantar mangsa ke hospital.

Selain itu, berpuluh-puluh anggota bomba, polis, 15 doktor dan tiga pakar psikologi turut berada di tempat kejadian.

Jurucakap kerajaan berkata, pusat krisis ditubuhkan dan nombor kecemasan disediakan untuk keluarga.

Polis berkata, semua mangsa dipercayai warga Belgium yang tinggal di Flanders. Media Belgium melaporkan tiga kanak-kanak itu dari dua pekan iaitu Lommel, timur Antwerp dan Heverlee, berdekatan Leuven.

Duta Belgium, Jan Luykx turut bergegas ke tempat kejadian. Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, berkata pihak berkuasa masih mengenal pasti mangsa.

"Ada tiga bas dan hanya satu yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

"Ia melanggar dinding di terowong," katanya yang dipetik dalam laman web, La Capitale.

Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan bas berkenaan di terowong menetapkan had kelajuan 100 kilometer sejam.

"Kami akan teliti apa yang berlaku," kata pendakwa raya Valais, Olivier Elsig. – AP

greenbox/-

Sambutan Hari Jadi Super Mewah, Najib Permainkan "Wasatiyyah" Lagi

Posted: 14 Mar 2012 08:15 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kenapa Pejabat PM tempah hari jadi Najib RM79,053?

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mempersoalkan kenapa tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernilai RM79,053 dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu.

"Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

"Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).

"Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat," katanya.

Berikut adalah soalan-soalan Rafizi yang menuntut jawapan ikhlas daripada Najib berhubung kos majlis pertunangan anak (RM409,767) dan kos sambutan hari jadi beliau (RM79,053).

Saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia

1- Bilakah beliau (Datuk Seri Najib Razak) akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2- Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengan juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3- Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4- Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan dana awam NFC sehingga BN terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarkah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan. -HD

Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Selepas Motosikal Terbabas

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Pinang, di sini pada pukul 12.40 tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Kpl R. Govindaraju, 57, yang bertugas sebagai anggota Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

"Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa telah bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah sama sebelum dia terbabas ke arah bertentangan dan dirempuh sebuah lori.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Adik-beradik Trump dikecam

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ANAK Trump dengan harimau bintang yang berjaya dibunuh mereka di Zimbabwe.

LOS ANGELES: Anak lelaki bilionair hartanah, Donald Trump, mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran tindakan mereka memburu haiwan liar dan dengan megah bergambar bersama bangkai haiwan berkenaan.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar Donald Trump Jr, 34, serta adiknya, Eric, 28, yang membunuh pelbagai binatang liar, termasuk seekor gajah, buaya, musang dan rusa.


Mereka berburu di Zimbabwe, tahun lalu, dan gambar itu dipaparkan syarikat pengendali aktiviti berkenaan, Hunting Legends.

Satu daripada imej itu menunjukkan Eric memegang bangkai seekor harimau bintang sambil berdiri di sebelah abangnya.


Gambar lain memaparkan Trump Jr menunjukkan ekor gajah yang dipotong pada satu tangan, manakala tangannya yang lagi satu memegang pisau.


Kumpulan pencinta haiwan menganggap aktiviti berburu sebagai kejam dan tidak sensitif.

Bagaimanapun, adik-beradik itu mempertahankan tindakan itu dengan mendakwa, daging haiwan berkenaan diberi kepada penduduk setempat untuk dijadikan makanan mereka.


Melalui Twitter, Trump Jr berkata, dia tidak rasa bersalah langsung atas tindakannya itu.

"Ia adalah aktiviti memburu dan memberi makan. Saya seorang pemburu dan tidak perlu saya meminta maaf," katanya.


Menurut Trump Jr, semua hasil buruan itu tidak dibuang begitu saja.


"Penduduk kampung sangat gembira kerana dapat makan daging yang jarang-jarang diperoleh.


"Tambahan pula, buruan kami bukan haiwan diancam kepupusan," katanya.


Sebagai pemburu, katanya, dia juga menyayangi hidupan liar, tetapi yakin bayaran yang dikenakan untuk mendapat lesen berburu memberi banyak manfaat.


"Sumbangan kami jauh lebih besar berbanding apa diberikan aktivis hak asasi haiwan," katanya. - TS

63 Peratus Rakyat India Miliki Telefon Berbanding Tandas

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW DELHI: Satu bancian di India menunjukkan kebanyakan penduduk negara ini memiliki telefon berbanding sebuah tandas di rumah masing-masing.

Bancian yang dibuat pada tahun lalu itu sekali gus membuktikan revolusi komunikasi yang berkembang pesat di kalangan 1.2 bilion penduduk negara ini berbanding keperluan asas seperti tandas.

Data tersebut juga mendedahkan 47 peratus daripada 330 juta isi rumah mempunyai tandas namun 63 peratus lagi memiliki talian telefon, kebanyakannya telefon bimbit. - AFP

Selepas SBPA, tarik balik gabung MAS dan AirAsia?

Posted: 14 Mar 2012 07:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Selepas menarik balik Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), apakah mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menarik balik pula pegangan silang saham MAS dan AirAsia?

Ini ekoran janji Najib mahu mengkaji balik pegangan silang yang disifatkan merugikan MAS ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan di muka depan kegusaran kakitangan MAS ekoran pegangan silang yang dikatakan membentuk kuasa monopoli dalam industri penerbangan negara itu.

Walaupun MAS lebih besar, tindakan yang diumumkan Najib sebelum ini juga melahirkan suasana kelas dua kepada kakitangan MAS.

Ini kerana, kakitangan AirAsia menjadi pegawai kanan baru MAS ekoran pergabungan melalui pegangan silang saham kedua-dua syarikat pernerbangan itu.

Baru-baru ini, Najib telah menarik balik SBPA dan menggunakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) ekoran bantahan kakitangan kerajaan.

Kini, kakitangan MAS melalui kesatuan mereka membuat bantahan itu akibat dari kesan langsung yang mereka terima ekoran pergabungan itu.

Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu itu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Kesatuan Pekerja Sustem Penerbangan MAS (Maseu) semalam menggesa kerajaan agar mengkaji semula pertukaran saham antara MAS dan AirAsia.

Pengerusinya, Alias Aziz berkata, tindakan ini perlu kerana pergabungan secara tidak langsung itu menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu AirAsia.

Ia langsung tidak memberikan kelebihan kepada MAS, bahkan kakitangan pengurusan atasan MAS kini dikuasai oleh bekas kakitangan AiAsia.

Baru-baru ini, MAS dilaporkan mengalami kerugian besar dalam sejarahnya iaitu sebanyak sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Bagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Idris telah memulihkan MAS sebelum ini tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang.

harakahdaily/-

IRI HATI YANG DIBENARKAN

Posted: 14 Mar 2012 07:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dari Ibnu Mas'ud R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya, dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya." Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi.

Pelajaran yang kita dapati dari hadith ini ialah, kita TIDAK boleh mempunyai sikap iri hati kepada seseorang apabila melihat orang itu memiliki sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri kita. Sebagai contoh kita tidak boleh beriri hati jika seseorang itu memilikki harta yang banyak, atau seseorang itu berjawatan tinggi atau seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sedangkan kita tidak memilikki semuanya itu. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan berikhtiar untuk mencari yang selebihnya. Jangan sekali-kali kita bersikap iri hati kerana semuanya itu datang dari Allah S.W.T. Tetapi kita boleh beriri hati jika melihat:

a. Seorang kaya yang tidak membazir dengan hartanya, tidak kedekut, tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menghabiskan hartanya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan dan ianya membelanjakan hartanya hanya kepada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

b. Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama dan manghabiskan masanya melakukan amal ibadah dengan sebaiknya, menghindari perbuatan yang dilarang Allah S.W.T. dan sanggup menyampaikan ilmu pengetahuan agamanya demi untuk menegakkan syiar Islam.
Kita hendaklah beriri hati terhadap sifat dua kumpulan hamba Allah yang disebutkan di atas dan berdoa memohon taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. agar kita memiliki sifat yang demikian demi untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

sumber: lamantokbah.blogspot.

Serdang Bandar Biomass Pertama

Posted: 14 Mar 2012 06:40 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dalam usaha menyokong usaha kerajaan untuk mengurus sisa buangan domestik daripada penempatan penduduk dan kawasan pusat komersial khususnya di sekitar Serdang, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tampil menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama di negara ini dalam perlaksanan 'Bandar Biomass' yang akan dilancarkan pada Mac ini.

Perlaksanan Bandar Biomass yang memilih Bandar Serdang itu mendapat kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penyelidik daripada Kementerian Perikanan dan Perhutanan negara Jepun.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata inisiatif itu dilakukan dalam usaha untuk menangani sisa buangan seperti makanan atau organik yang perlu dirawat kerana jika tidak, ia akan memberi impak kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan sejagat.

Katanya, ianya juga selaras dengan tagline baru MPSJ iaitu 'Vibrant City' yang mana mahu menjadikan MPSJ sebagai sebuah perbandaran yang mampan.

" Program ini bukan sahaja melibatkan MPSJ tetapi juga melibatkan jabatan-jabatan kerajaan di Persekutuan, berdasarkan daripada kerjasama ini, kita akan menjadi salah satu PBT yang terawal melaksanakan bandar biomass.

" Saya harap program ini akan dapat menjadikan bandar Serdang bukan saja sebgai bandar Biomass tapi juga akan dipertandingkan di peringkat negeri sebagai bandar zon bersih MPSJ untuk tahun 2012," katanya selepas Majlis Melafaz Ikrar dan menandatangani Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MPSJ.

Majlis Perlancaran itu akan diadakan pada 17 Mac ini di Taman Tasik Sri Serdang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti serta pameran dirancang bagi memeriahkan majlis itu antaranya, aktiviti konvoi berbasikal, demonstrasi pengasingan sisa bagi Medan Selera Awam dan Pasar Awam dan pameran pelbagai daripada agensi kerajaan.

selangorku/-

Jeneral Perang PAS

Posted: 14 Mar 2012 06:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:

Andai anda seorang Jeneral Perang PAS untuk PRU-13, apakah yang anda lakukan untuk menyiap-rapikan persediaan pasukan menghadapi perang. Apakah nilai yang terpenting untuk seorang jeneral?

Abang Mat

Sebagai jeneral perang PRU13, saya akan pastikan di sudut jiwa, persediaan berada pada keyakinan paling tinggi dan juga segala peralatan yang secukupnya dapat dibekalkan.

Saya juga akan pastikan strategi dan taktik yang tepat digunakan untuk hadapi lawan. Selain itu, saya akan pastikan sumber kewangan yang cukup sebagai enjin penggerak, bukan punca membawa permasalahan dan meniup semangat nilai jihad yang tinggi di kalangan petugas.

Nilai terpenting seorang general ialah beliau mesti yakin terhadap diri sendiri dan yakin dengan dasar dan matlamat perjuangan parti atau kumpulannya.

Ustaz Tuan

Pilihanraya adalah peperangan di era kita. Ketentuan kemenangan dalam medan perang ialah kemenangan mengalahkan musuh, sedang kemenangan PRU diukur sejauh mana rakyat (pengundi) menyokong parti yang kita sertai.

Sebagai jeneral perang kita perlu melakukan serangan maklumat bagi membina dan mengubah rakyat untuk menyokong parti yang kita dokong.

Sebagai jeneral, penyusunan jentera perang mesti bersifat menyerang musuh, strategi bertahan atau sekadar menjawab serangan musuh tidak akan mencapai kejayaan yang dihasratkan.

Pada zaman dulu, strategi yang baik dan tepat tidak akan dimanfaatkan sekiranya general tidak dapat memastikan sumber makanan dan bekalan senjata yang mencukupi untuk menghadapi tempoh peperangan.

Pada zaman ini, peperangan di PRU13 memerlukan dana. Seseorang jeneral harus berikhtiar mencari dana secukupnya senantiasa untuk memastikan kelicinan fungsi mesin perangnya.

Jeneral perlu juga memastikan seluruh sayap parti mesti memberi fokus kepada sasaran utama, bergerak dengan selari dalam satu arah. Dalam mencapai kemenangan asas utama ialah meletakkan sasaran yang perlu dicapai dengan kemampuan yang ada, dan memanfaatkan kelemahan musuh.

Segala kelemahan unit yang ada perlu dikenalpasti dan diperkemaskan segera oleh jeneral agar tidak ditembusi oleh musuh.

Seseorang jeneral tidak harus buntu bilamana menghadapi sebarang kekurangan. Segalanya – cuaca, masa, tempat, media lawan, lawan kita – boleh dimanfaatkan sebagai senjata perang menggunakan kebijaksaan.

Ustaz Nasrudin

Dalam konteks negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya, maka istilah "perang" boleh saya takwilkan sebagai pertarungan atau persaingan mendepani lawan politik untuk memenangi pilihanraya.

Tentu sahaja apabila kita bertarung atau ber"perang" maka kita mendambakan kemenangan. Bertolak dari premis inilah kita mesti terlebih dahulu mempersiapkan pasukan kita dengan pra syarat kemenangan dalam 2 kategori kekuatan dan persediaan.

Kategori pertama ialah kekuatan dan persediaan dalaman.

a] Justeru kemenangan adalah keputusan dan anugerah mutlak daripada Allah swt. , selayaknya bagi setiap anggota pasukan bermula dari saff kepimpinannya hinggalah kepada ahli biasa membina hubungan baik dan erat dengan Allah swt Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijak. [Taqarrub Ilallah]

b] Motivasi untuk memiliki jiwa yang optimis dan minda yang positif terhadap pahit getir perjuangan serta cabaran dan rintangan yang bakal ditempuh agar tidak putus asa, kecewa, resah dan gelisah.

c] Pemantapan Ilmu dan penguasaan manhaj perjuangan. Memahami dan menghayati matlamat, objektif dan hala tuju perjuangan yang didokong. Juga berupaya memiliki maklumat mengenai strategi dan gerak operasi pihak lawan.

Kategori kedua ialah kekuatan dan persediaan luaran.

a] Keupayaan fizikal [jumlah tenaga siap bertugas] dan material (jumlah dana terkumpul) yang munasabah berbanding saiz medan pertarungan dan persaingan yang bakal ditempuh.

b] Penyatuan saff perjuangan berteraskan semangat ukhuwwah fillah dan Pengukuhan organisasinya yang menepati standard piawaian sebuah pengurusan, pentadbiran dan disiplin atau akhlak berjamaah yang baik.

c] Memiliki jaringan kerja rasmi atau tidak dalam lapangan yang berbagai dengan semua pihak dan hubungan baik dengan pelbagai saluran untuk menerima maklumat dan menghantarnya pula kepada pihak yang memerlukan iaitu ahli dan pengundi atau masyarakat awam.

d] Merakyatkan pasukan [parti] , kepimpinan, ahli dan aktivitinya agar perjuangan ini rasa dimiliki oleh semua.

e] Membina minda negarawan pada anggota parti [pemimpin dan ahli ] lantas keluar dari kepompong fikir sebagai pembangkang. Sebaliknya persiapkan mental , fizikal dan spiritual sebagai kerajaan menanti [government in waiting]

Sementara nilai terpenting bagi seorang jeneral yang mengepalai pasukan atau parti ini ialah Kepimpinan Yang Terarah iaitu kepimpinan yang bukan sahaja mampu mencipta gelombang perubahan tetapi berkeupayaan memimpin dan mengarah perubahan tersebut agar menepati matlamat, objektif dan road map perjuangan.

Ustaz Nik Zawawi

Sebagai jeneral, saya akan fokus kepada persiapan terpenting iaitu jentera kempen yang hebat dan berwibawa untuk menarik simpati pengundi.

Pada masa yang sama, saya akan memastikan pasukan saya mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membiayai perang PRU13.

Saya juga akan mengeluarkan pelan taktik menyerang terakhir yang bijak dan memastikan maklumat rahsia terakhir digunakan secara bijak secara tepat dari segi masanya untuk menumbangkan musuh.

Nilai terpenting yang perlu ada pada seseorang jeneral pada PRU- 13 ialah kebijaksaannya untuk menarik musuh dan bukan semata-matanya menyerang musuh.

harakahdaily

Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah

Posted: 14 Mar 2012 06:20 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.

Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia.

harakahdaily/-

Pencabul Mabuk Dibelasah Sehingga Cedera Teruk

Posted: 14 Mar 2012 06:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pencabul dibelasah

SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Gambar: KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.

Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.

Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.

Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.

Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan. -kosmo

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa

Posted: 14 Mar 2012 05:50 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

"KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,"ujarnya.

harakahdaily/-

Tatih sampai lemas

Posted: 14 Mar 2012 05:40 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

"Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

"Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya," katanya.

metro/-

Loji rawat air kembali beroperasi

Posted: 14 Mar 2012 05:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LOJI Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di Ijok, Kuala Selangor, kembali beroperasi seperti biasa pukul 8 malam tadi setelah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan selama 12 jam semalam.

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 8 malam tadi setelah operasinya dihentikan selama 12 jam bermula pukul 8 pagi semalam ekoran kerja-kerja penyelenggaraan loji berkenaan.

Bagaimanapun, bekalan air bersih di 153 kawasan yang diramal terjejas iaitu di daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat tidak mengalami sebarang gangguan ekoran kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Sombagaimanapun berkata, gangguan bekalan air hanya akan berlaku pada hari ini sebelum bekalan kembali pulih secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sebahagian kawasan yang jauh atau berada di tempat tinggi dijangka mendapat bekalan paling akhir disebabkan faktor tekanan air yang rendah.

kosmo/-

Yahoo saman Facebook

Posted: 14 Mar 2012 02:00 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SAN FRANCISCO - Syarikat ejin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis Internet itu.

Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti syarikat pesaing lain.

"Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo," menurut kenyataan syarikat tersebut yang berpusat di California.

Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004, sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.

sinar harian/-

Skandal didedah, kembalikan wang rakyat

Posted: 14 Mar 2012 01:55 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Biarpun skandal-skandal membabitkan pemimpin BN berjaya didedahkan hingga diseret ke mahkamah, wang rakyat yang dibazirkan mereka perlu dikembalikan kepada rakyat.

Pelbagai cara boleh dilakukan pihak berkaitan bagi mendapatkan semula wang tersebut, sama ada melalui pembekuan aset ataupun repatriation (pemindahan).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, mana-mana pemimpin yang dipalitkan dengan dakwaan penyelewengan dana rakyat, aset mereka sama ada tunai atau barangan perlu dibekukan.

"Jika aset tersebut berbentuk tunai, segala akaun mereka perlu dibekukan. Manakala jika aset itu merupakan sebuah kondominium, contohnya kerajaan boleh mengambil semula untuk tujuan menjual atau melelongnya semula," tegas Dr. Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang mengambil contoh kes National Feedlot Corporation (NFC), menegaskan dalam kes tersebut antara aset yang dikaitkan dengan skandal tersebut merupakan sebuah kondominium di negara jiran, Singapura.

Katanya, apabila ia membabitkan sebuah negara lain, maka kerajaan perlu mendapatkan hak untuk repatriation aset itu semula ke negara.

"Jika ada kondo, maka kerajaan perlu pindahkan semula nilai pasaran kondo itu ke Malaysia. Begitu juga jika terdapat akaun-akaun di Switzerland, London, maka semuanya perlu dibekukan dan dipindahkan ke Malaysia semula," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Biarpun pada 14 Jan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan semua aset NFC dibekukan, rakyat ternanti-nanti bagaimana wang yang dibazirkan itu boleh dikembalikan semula kepada rakyat.

Sehubungan itu, Dzulkefly mengharapkan pihak yang berkaitan menjejaki semula segala transaksi membabitkan semua skandal-skandal yang pernah didedahkan.

"Semua transaksi perlu dijejaki semula, sama ada wujudnya akaun ketiga, akaun offshore (pesisir laut) dan sebagainya. Dan dalam masa sama rakyat perlu tahu dan lihat hasil dari pembekuan aset-aset dari skandal-skandal tersebut," tambah beliau.

harakahdaily/-

DPP PADANG TERAP

Posted: 14 Mar 2012 09:20 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Program 2 Orang YB Bernama Nasir Dan Artis Renggo Arrow Di Padang Terap 17 Mac Ini

Posted: 14 Mar 2012 02:40 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Mar 2012 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Umum di GEMAS 17 Mac 2012

Posted: 14 Mar 2012 02:30 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:
YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)
YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi/ P'Jaya PAS NS)
YB Dato' Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut hadir :
1. Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)
2. Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)
3. Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)
4. Dato' Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 14 Mar 2012 09:09 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


AWAS ! JANGAN BAGI LAGI KERAJAAN BODOH PERINTAH 1MALAYSIA

Posted: 14 Mar 2012 01:13 AM PDT


Abdul Aziz Mustafa,14 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Barisan Nasional (BN) hilang kelayakan untuk menjadi kerajaan adalah isu utama yang akan ditekankan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan-ucapannya pada sesi Parlimen kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang dipimpinnya sudah tidak ada kelayakan lagi untuk menjadi kerajaan.

"Yang tersiratnya ialah mahkamah memperakui bahawa kerajaan BN hakikatnya begitu bodoh sehingga boleh ditipu oleh Ling yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.

"Memang pada masa itu kerajaan diketuai oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang kini dianggap godfather Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) juga berada dalam kabinet waktu itu.

"Ia dengan sendirinya memberikan implikasi bahawa semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri," kata Mahfuz.

Beliau bimbang, ketika bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem menyatakan hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, negara akan hancur jika terus diperintah oleh gerombolan yang secara tidak langsung diisytihar bodoh oleh mahkamah.

"Kes Ling bukan satu-satunya kes yang menunjukkan dengan jelas bahawa BN adalah gerombolan bodoh.

"Kes National Feedlot Corporation (NFCorp) juga memperlihatkan kebodohan BN kerana perjanjian yang begitu menyebelahi NFCorp malah tidak ada pemantauan terhadap penggunaan wang RM250 juta itu sehingga boleh suka-suka berbelanja beli kondominium dan sebagainya," katanya.

Di samping semua itu, kata Mahfuz, satu lagi kegagalan terbesar gerombolan BN yang secara tidak langsung diperakui bodoh oleh mahkamah ialah rosak binasanya hubungan antara kaum di negara ini.

"Walaupun kita amat bersyukur kepada Allah kerana tidak ada perkara yang buruk berlaku, tetapi sikap kerajaan yang diterajui Umno dilihat jelas melebar dan memburukkan lagi jurang perkauman di negara ini.

"Jurang tersebut boleh menjadi bencana besar jika BN terus menjadi kerajaan," kata beliau.

Beliau berharap rakyat menggunakan peluang dalam pilihan raya ke-13 akan datang untuk mengembalikan pemerintahan negara ke landasan yang siuman dan waras.

P/S Sudah-sudahlah jangan jadi bodoh..meh pakat-pakat antar BN dalam longkang tak gitu bah..

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Mar 2012 03:52 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KUTUK TAPI BUAT KERJA TERKUTUK SEJAK 1994

Posted: 14 Mar 2012 02:22 PM PDT

KESIHAN PADA RAKYAT MALAYSIA YANG DITIPU HIDUP-HIDUP SEKIAN LAMA OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL , DALAM MEDIA TV DAN MEDIA LAIN BERIA-IA MENGUTUK ISRAEL TAPI RAKAN NIAGA KE 15 DENGAN ISRAEL .BILA ISRAEL SERANG PALESTIN , BUNUH RAKYAT PALESTIN KERAJAAN BN BUAT2 KUTUK SYARAT TAPI BUAT PERNIAGAAN DENGAN SI YAHUDI KUTUK. APA MANUSIA UMNO/BN NI?

Sidang Parlimen hari semalam kecoh apabila Menteri Luar Datuk Anifah Aman hanya membaca sebahagian kenyataan Anwar berkaitan isu Israel dalam Asian Wall Street Journal : "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disebut.Ini menimbulkan kemarahan Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat.



WAU ! ADA SATU MENTERI LAGI AKAN IKUT JEJAK KAK IZAT

Posted: 14 Mar 2012 01:50 AM PDT

Komen : Wah ! pas ni ada 2 kekosongan Menteri BN, sedaplah ahli BN berebut. Harapan kita Pakatan Rakyat akan saman semula beliau(Noh Omar) bagi 'lock' saman dia supaya tak boleh tarik balik. Kenapa Noh Omar berani nak saman ? Adakah sebab kes jeti projek gajah putih RM22 juta yang hangat diperkatakan? Kita tunggu !!!!



KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah ke atasnya. Menurut Noh, beliau menyaman RM10 juta terhadap kerajaan negeri itu dan RM10 juta lagi terhadap Ng.

Ini berikutan akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh

Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' pada 25 November hingga 2 Disember lalu yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Selangor Kini turut menyiarkan kenyataan Ng dalam penyiaran artikel berkenaan.

Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22 Mac ini.

Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Menteri, Adun dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka mereka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya.

Dalam saman terhadap kerajaan negeri, enam individu turut dinamakan termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini. ~fmt

AHLI PARLIMEN KOTA BELUD TUNJUK BUKTI PAKAI MULUT?

Posted: 13 Mar 2012 09:26 PM PDT

Semalam baru kantoi penjawab bagi pihak DS Najib dari pengurusan Hotel Shangrila Hotel selepas 3 hari di ambil bukti seperti gambar di bawah, namun adalagi tukang jawab DS Najib iaitu Ahli Parlimen Kota Belud yang juga jelas pakai mulut.
Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' sebagai bukti menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) membiayai perbelanjaan pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, borang yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli itu, tidak boleh disamakan dengan penggunaan dana awam untuk parti.

"Mereka menggariskan perkataan 'dibilkan kepada PMO' dalam merah (dalam BEO) ... bil kepada PMO bermakna menghantar bil kepada PMO. Ia tidak bermakna PMO membayar bil-bil. Di mana Pejabat Perdana Menteri? Di PMO.

"Sebagai contoh, jika saya menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta dan mereka tanya di mana bil perlu dihantar dan saya beritahu mereka ke ke pusat perkhidmatan saya.

"Adakah ini bermakna pusat perkhidmatan saya perlu membayar? Pejabat saya di sana," kata Rahman (kanan) selepas taklimat kepada ahli-ahli parlimen dari BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Rahman, yang sebelum ini bertengkar dengan Rafizi di laman Twitter, membidas pemimpin PKR itu yang menuntut Najib mengemukakan bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah.

"Di dunia mana ada situasi seperti ini, oarang yang menuduh, tetapi tertuduh diminta memberikan bukti?" katanya.

Katanya, jika Rafizi, melalui NGO Jingga 13, sengaja mengelirukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dokumen berkenaan, Rafizi boleh dihukum denda RM100,000 penjara 10 tahun atau kedua-dua mengikut Seksyen 27 Akta SPRM.

TUNTUTAN RAFIZI BUAT DS NAJIB SUKAR TUNJUK GUSI

Posted: 13 Mar 2012 05:42 PM PDT

Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan

Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.

Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Mar 2012 03:09 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BLOGGER UMNO PANGGIL SYED ALI ANJING!!!

Posted: 14 Mar 2012 12:29 AM PDT

.... Akibat mengeluarkan kenyataan yang mengecam pimpinan UMNO... pimpinan UMpoNo Cheras dihina dengan gelaran 'anjing'  oleh blogger mereka...

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.


Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

... SAMA MACAM ANJING???....HUHUHUHUHU

SEBAB BR1M.. SOKONGAN NAJIB MENINGKAT MENJELANG PRU 13

Posted: 13 Mar 2012 09:00 PM PDT

MELAYU MUDAH LUPA... Itulah hasil kaji selidik yang dibuat Febuari lalu, setelah BR1M selesai diedarkan mendapati reputasi Perdana Menteri telah melonjak 10 peratus kepada 69 peratus, dengan hampir tiga suku isi rumah berpendapatan rendah kurang daripada RM1,500 amat menyokong beliau.

Putrajaya akan mempertimbangkan pemberian wang tunai untuk golongan berpendapatan rendah sekiranya pendapatan kerajaan meningkat tahun ini.

"Kita boleh pertimbangkan pemberian BR1M pada masa-masa akan datang dan tidak akan menolak sekiranya pendapatan kerajaan meningkat," kata Najib menjawab soalan berkenaan BR1M.

... so kalu nak dapat lagi duit tunggu PRU 14 le pulak woiiii

Dupahang's Weblog

Posted: 14 Mar 2012 11:50 AM PDT

Dupahang's Weblog


Imam Lempar Selipar Cepat Dihukum, Menteri Telan Wang Bila Pulak ?

Posted: 13 Mar 2012 09:59 PM PDT

Sedap berita yang dipaparkan oleh media pada masa kini iaitu imam berperangai buruk dihukum.  Kita memang amat bersetuju sungguh imam adalah suri tauladan dalam masyarakat ia adalah cerminan gambaran masyarakat masa kini. Mana-mana imam yang beperangai buruk patut dihukum. Imam tersebut terhukum kerana kesalahannya adalah membaling selipar dua belah selipar ke arah hakim. Sebalik cerita [...]

Bukti dan Fakta-fakta Penyelewengan Untuk PRU 13

Posted: 13 Mar 2012 09:39 PM PDT

Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 bakal dipalu pada bila-bila masa. Inilah pilihan raya umum terpenting bagi seluruh Rakyat Malaysia setelah lebih 50 tahun negara dikendali oleh umno/BN.  Dengan pelbagai penipuan, penyelewengan, salahguna kuasa, kehilangan jumlah wang yang amat besar daripada kantung khazanah negara yang sebahagian besar kemungkinan tidak akan dapat dikesan, sudah tiba masanya kerajaan [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 14 Mar 2012 11:43 AM PDT

DUN Lembah Jaya


YB Khasim: Bilik Gerakan Banjir Beroperasi 24 Jam

Posted: 13 Mar 2012 06:34 PM PDT



Tuan Guru Presiden PAS Lawat Mangsa Banjir

Posted: 13 Mar 2012 06:32 PM PDT




Pemuda Bersamamu v3

Posted: 14 Mar 2012 09:52 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Konsert Kembalilah @ Dungun 12 Mac 2012_siri 1

Posted: 14 Mar 2012 05:00 AM PDT

Video clip terbitan Team Penerangan Pemuda Dun Sura






Lagi video clip akan menyusul selepas ini...

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 14 Mar 2012 09:06 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Azhan Atan bersama Santai Anak Muda

Posted: 14 Mar 2012 12:53 AM PDT

Dewan Pemuda Sepanggar baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Santai Anak Muda yang menampilkan bekas Juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan. Program yang dianjurkan ini membuktikan bahawa PAS khususnya Dewan Pemuda sentiasa mencari alternatif terbaik sebagai ganti kepada hiburan yang melalaikan.

Program yang diadakan di perkarangan Pasaraya Lintas ini mendapat sambutan dari para tetamu yang hadir serta pelanggan yang kebetulan berada di lokasi tersebut. Saudara Azhan Atan telah menyampaikan beberapa buah lagu dan diakhiri dengan alunan zikir yang menenagkan jiwa. Rata-rata tetamu yang hadir sangat gembira dan terkejut dengan pendekatan yang dibawa oleh DPP Sepanggar serta mengalu-alukan program sebegini diadakan pada masa-masa akan datang.

Gambar sekitar program:



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Mar 2012 09:05 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum di GEMAS 17 Mac 2012

Posted: 14 Mar 2012 02:32 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:
YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)
YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi/ P'Jaya PAS NS)
YB Dato' Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut hadir :
1. Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)
2. Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)
3. Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)
4. Dato' Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

PAS Kulaijaya

Posted: 14 Mar 2012 07:31 AM PDT

PAS Kulaijaya


ISABELLA TOKOH PERBANDINGAN AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN SEPANYOL

Posted: 13 Mar 2012 07:12 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Mar 2012 07:24 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BENARKAH MALAYSIA AMAN DAN SELAMAT ?

Posted: 13 Mar 2012 05:40 PM PDT

FB KENA SAMAN ?

Posted: 13 Mar 2012 05:14 PM PDT

KAMI AKAN BINCANG DULU : PAS

Posted: 13 Mar 2012 09:41 AM PDT

GAZA TERUS DISERANG..AYUH BANGKIT UMAT ISLAM !

Posted: 13 Mar 2012 09:32 AM PDT

KRISIS SYRIA : PERLU DIFAHAMI

Posted: 13 Mar 2012 09:21 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 14 Mar 2012 03:17 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Apa kata Noh Omar

Posted: 13 Mar 2012 06:48 AM PDT

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi. 

"Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi. 

Zahid Hamidi mengejutkan

Posted: 13 Mar 2012 06:43 AM PDT

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

NONE"Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa" kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

NONEDihubungi kemudian, Ivy memberitahuMalaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Mar 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


NFC: Pulangkan balik RM250 juta duit rakyat

Posted: 14 Mar 2012 01:40 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini sesuatu yang dialu-alukan. Peletakan jawatan tersebut serentak dengan tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara atau dengan kata lain beliau tidak disambung sebagai senator. Tidak kisahlah sama ada dia meletak jawatan, tidak disambung jawatan senator atau apa-apa sahaja.

Yang penting, sebagai rakyat biasa, peletakan jawatan itu tidak memberikan apa-apa makna jika tiada tindakan susulan dilakukan. Rakyat mahu tahu apa status duit RM250 juta yang dipinjam oleh syarikat suaminya? Adakah hangus begitu sahaja? Atau dibayar semula seperti peminjam-peminjam lain.

Sedarlah wahai ibu, ayah, adik, abang... duit itu kita punya. Duit yang dikutip daripada setiap rakyat. Tetapi, malangnya mereka yang diberi kuasa membelanjakan untuk kesenangan diri sendiri.

Jika begitu, saya pun mahu meminjam juga. Dapat RM1 juta pun sudah memadai. Maklumlah, meminjam tetapi tidak perlu risau tentang bayaran balik. Jika jumlah wang yang sama diberikan kepada usahawan bumiputera RM1 juta seorang, bermakna akan ada 250 orang usahawan. Daripada jumlah tersebut, jika hanya 25 orang berjaya melebarkan perniagaan mereka – sudah cukup bagus.

Jika setiap tahun pinjaman yang sama dianugerahkan kepada peniaga bumiputera yang lain pula, maka jika selepas empat tahun sudah tentu akan ada 1,000 usahawan bumiputera. Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan oleh usahawan tempatan sendiri. Tidak perlu bersusah payah membawa pelabur asing untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Hakikatnya rakyat masih boleh manahan sabar jika duit tersebut digunakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat. Ambil sahaja kaedah yang paling mudah, dengan duit sebanyak itu syarikat NFC boleh membeli lembu daripada penternak kecil-kecilan Melayu dan mengumpulkan disuatu tempat, dijaga secara moden dan dijual.

Dengan kata lain, NFC boleh bertindak sebagai orang tengah antara penternak kecil dengan pemborong besar. Penternak kecil akan menjaga lembu dari kecil hingga dewasa dan sesuai untuk dijual kepada NFC sebelum sampai ke tangan pemborong. Secara tidak langsung dapat membantu penternak bumiputera memasarkan ternakan mereka.

Yang berlaku sebaliknya, peminjam membelanjakan wang yang diperoleh secara mudah itu tidak mengikut tujuan asal pinjamannya. Mereka berbelanja ikut selera sendiri tanpa ada rasa bersalah pun menggunakan wang rakyat itu.

Ada contoh lain yang menunjukkan bahawa rakyat boleh menerima perkara yang tidak berlaku mengikut kebiasaannya. Dahulu, timbul isu pemberian AP, permit memimport kereta. Pada ketika itu timbul isu sebuah syarikat bumiputera menjadi penerima AP paling banyak.

Namun, isu itu tidak menjadi pertikaian kerana syarikat bumiputera terbabit berjaya membesarkan perniagaannya dalam bidang automotif dan berjaya membuka peluang pekerjaan kepada ramai bumiputera.

Kes ini membuka mata rakyat bahawa duit mereka telah disalah urus oleh pihak yang telah dipilih oleh rakyat untuk memegang amanah. Jika perkara ini boleh terjadi kepada Datuk Seri Shahrizat, maka adakah tidak berlaku kepada para menteri lain? Seperti yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahrizat bahawa bukan beliau seorang sahaja yang terlibat, maka adakah beliau bermaksud menteri lain juga turut mendapat "pinjaman" melalui kaedah yang sama? Banyak teka-teki yang timbul daripadanya.

Kesimpulannya, rakyat mahu dana awam itu dikembalikan kepada tempat yang berhak. Bukan sekadar melepas jawatan dan berharap terlepas daripada tindakan undang-undang. Cukuplah rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup, cukai yang semakin meningkat, nilai duit yang semakin mengecil berbanding nilai barangan semasa, pemotongan subsidi dan bermacam lagi.

harakahdaily/-

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDKL

Posted: 14 Mar 2012 01:30 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LANGAT 14 MAC : Ahli Majlis yang baru dilantik dinasihat agar lebih proaktif dalam memberi pandangan serta nasihat dan bukan sekadar menyampaikan aduan rakyat kepada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), demikian pesan Pemangku Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari.

"Kita memang mengalu-alukan penyampaian aduan itu. Tetapi Ahli Majlis mempunyai tugasan yang lebih berat dan besar lagi dengan memfokuskan fungsi dan peranan menggubal dasar dan polisi bagi kemajuan bersama," katanya ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis bagi sesi 2012-2013 yang diadakan di Bilik Cempaka Kuning MDKL di sini.

Selain itu, Hafiz yang merupakan Setiausaha MDKL turut mengumumkan untuk sesi tahun ini juga, peruntukkan bertambah daripada

RM16,000 kepada RM20,000 yang akan diaudit serta dipantau perbelanjaannya oleh pihak MDKL.

"Diharapkan dengan peruntukan tambahan ini, dapatlah Ahli Majlis gunakan untuk program-program yang dapat mendekatkan diri dengan penduduk seterusnya mendapatkan 'first source information' untuk diteliti dan dinilai sebelum membuat sebarang keputusan," ujar Hafiz sambil menambah separuh daripada Ahli Majlis bagi sesi kali ini merupakan lantikan baru.

Sementara itu, Rizuan Rahmat dari Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 menyatakan rasa gembira dan berterima kasih di atas pertambahan peruntukan tersebut yang dirasakan dapat melancarkan lebih banyak lagi program yang bermanfaat.

"Sesi lepas peruntukan lebih kecil, jadi banyak program yang kita hendak buat itu tidak dapat dilaksanakan.

"Alhamdulillah dengan adanya peruntukkan tambahan ini dapatlah kita jalankan program kemasyarakatan dengan lebih banyak lagi," beritahu Rizuan yang menerima lantikan kali ke-empat semenjak pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Manakala bagi muka baru Basuki Yusof dari Zon 7 pula, berkata, misinya adalah bekerja penuh komited untuk membantu

menyempurnakan misi MDKL untuk menjadi sebuah Majlis Perbandaran yang cekap.

"Apabila bergelar Majlis Perbandaran tentunya ruang dan peluang kepada kakitangan dan penduduk setempat akan terbuka luas, contohnya peluang infrastruktur bagi daerah ini," ujar Basuki.

Majlis Angkat Sumpah pagi tadi turut dihadiri Adun Sijangkang yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

selangorku/-

Teguran Najib Sepatutnya Pada Umno Selangor

Posted: 14 Mar 2012 01:01 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 14 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie hari ini mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menegur kerajaan BN yang dipimpinnya supaya lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding diri sendiri dan kroni.

Dalam kenyataan yang dipetik media tempatan hari ini, Najib menuduh kerajaan Negeri Selangor yang di terajui Pakatan Rakyat tidak mengutamakan kebajikan rakyat.

Menurut Shuhaimi, Najib patut membuka mata terlebih dahulu sebelum menuduh Kerajaan Negeri Selangor kerana teguran tersebut sebenarnya harus ditujukan kepada Umno/BN kini telah menjadi pembangkang di Selangor.

Sebaliknya menurut beliau, teguran tersebut wajar ditujukan kepada parti pembangkang Umno dan BN Selangor dan juga kerajaan pusat yang memiliki pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding kerajaan-kerajaan negeri.

Shuhaimi turut memberi contoh program penswastaan pengurusan air yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Saya rasa PM cakap begitu, kalau dia tak buta mata mungkin buta hati sebab pelbagai program yang dijalankan oleh kerajaan negeri atas dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kebajikan rakyatnya berbanding Umno-BN.

"Bahkan BN nampak bersungguh-sungguh untuk menggagalkan program kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini seperti pemberian air percuma contohnya.

"Kita nak beri air percuma kepada rakyat tetapi kerajaan pusat dan pemimpin negeri bukan sahaja mengecam tindakan kita malah nak gagalkan.

"Usaha kita nak ambil alih pengurusan air negeri ini juga hadapi pelbagai rintangan dari Kerajaan Persekutuan sebab mahu beri kroninya terus raih keuntungan lumayan hasil menguruskan air.

"Mereka gunakan SPAN (suruhanjaya Perkhidmaan Air Negara) untuk tidak membenarkan kita urus air sendiri.

"Jadi di mana yang dikatakan BN mengutamakan kebajikkan rakyat?" Soal beliau ketika dihubungi Selangorku hari ini.

Selain itu menurut beliau lagi, kerajaan Negeri Selangor dianggap sebagai negeri paling hadapan dalam memperjuangkan kebajikkan rakyatnya sejak empat tahun lalu.

"Kerajaan Negeri belanja kira-kira RM700 juta semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat negeri ini seperti Tawas, pemberian air

percuma, Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain.

"Bagi sebuah negeri memang satu jumlah yang amat besar pernah dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan negeri dalam negara ini," katanya lagi.

Shuhaimi turut menyelar tindakan BN ketika menerajui pentadbiran negeri dengan mengagihkan tanah-tanah milik kerajaan negeri kepada Umno dan kroni-kroni mereka untuk kepentingan parti dan pemimpin tertentu dalam Umno.

Kata beliau tindakan tersebut telah menyebnabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak merampas tanah milik beberapa syarikat korporat dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) apabila pihak terbabit berdegil untuk melunaskan cukai tertunggak yang dianggarkan bernilai lebih RM15 juta.

YBK yang ditubuhkan pada 1990, telah dianugerahkan sejumlah 1,977,428 ekar tanah di beberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi kerajaan negeri tidak pernah menerima bayaran mahupun laporannya.

Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri.

Selain itu YBK yang aktivitinya lebih cenderung kepada badan korporat berbanding badan kebajikan turut menggadai 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd yang bernilai RM102 juta.

YBK dipengerusikan oleh pemimpin Umno Datuk Zainal Abidin Sakom. Selain beliau, isteri beliau turut memainkan peranan dalam yayasan tersebut.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada Disember tahun lalu menyalurkan RM2.71 bilion wang rakyat untuk Umno Selangor.

Peruntukan terbesar dalam sejarah kepada Umno Selangor tersebut bertujuan untuk sogokan, ugutan dan membuat pelbagai 'onak' kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

selangorku/-

FGVH: PAS desak referendum peneroka Felda

Posted: 14 Mar 2012 01:00 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: PAS mencabar kerajaan mengadakan referendum di antara Felda dan peneroka bagi mendapatkan gambaran sebenar sama ada peneroka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan belum memberikan jaminan yang meyakinkan bahawa aset peneroka tidak akan terjejas selepas penyenaraian FGVH.

"Jawapan timbalan menteri tadi tidak meyakinkan. Jelas menunjukkan tidak ada satu konsultasi dengan pemegang saham secara formal.

"Timbalan Menteri kata ada majlis penerangan dan pertemuan. Itu bukan satu konsultasi. Sepatutnya konsultasi dengan pemegang saham.

"Kenapa Felda tidak mengadakan satu referendum dengan peneroka sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sewaktu sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.

Ahmad dalam jawapannya menjelaskan, penyenaraian FGVH memberi keuntungan kepada peneroka.

Ianya termasuk kesemua peneroka akan mendapat durian runtuh, dividen, dan boleh membeli saham FGVH selepas penyenaraian.

Malah, kata Ahmad penyenaraian juga tidak akan menyentuh tanah peneroka, dan saham koperasi mereka juga tidak akan diambil.

Salahuddin bagaimanapun memberi contoh nasib yang menimpa peneroka di Felda Labu Johnson dan Cahaya Baru yang dijanjikan durian runtuh tetapi akhirnya aset mereka tergadai.

"Kerajaan masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah di Felda Sendayan, Labu Johnson dan Cahaya Baru dan beberapa Felda di Hulu Selangor.

"Mereka pernah dijanjikan peneroka akan menjadi jutawan. Tapi sampai hari ini majoriti peneroka tersebut tanah mereka telah tergadai dan hasrat menjadi jutawan tidak tercapai," katanya.

Dalam soalan tambahan juga, Salahuddin turut mempertikai tindakan kerajaan melantik pemimpin yang bermasalah iaitu Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Felda serius ke. Kalau serius kenapa lantik orang bermasalah menjadi pengerusi Felda," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata pemilihan Isa adalah berdasarkan pengalamannya pernah menjadi menteri besar selama lebih 20 tahun di Negeri Sembilan yang merupakan negeri ketiga terbesar mempunyai tanah rancangan Felda.

Sementara itu, bercakap pada sidang media sama, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mempersoal rasional timbalan pengarah besar Felda ditukar ke perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.

"Kenapa Abidin Abdul Rahman timbalan pengarah besar Felda yang juga setiausaha koperasi Felda dipetisejukkan di perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.

"Beliau bertaraf Jusa hanya diberi tanggungjawab untuk membuat cutting paper. Tindakan ini sangat menghina pegawai kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Turut bersama pada sidang media ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

harakahdaily/-

Keputusan SPM diumum 21 Mac selepas 10 pagi

Posted: 14 Mar 2012 12:50 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA 14 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - BERNAMA

30 Mati, Puluhan Hilang Nahas Feri Bangladesh

Posted: 14 Mar 2012 12:44 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

DHAKA: Sebuah feri yang sarat dengan kira-kira 200 penumpang karam di sungai di selatan Bangladesh pada hari Selasa, membunuh 10 penumpang dan puluhan yang lain hilang, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis Tempatan Mohammad Shahabuddin Khan berkata seramai kira-kira 35 orang telah diselamatkan selepas feri tenggelam di Sungai Meghna selepas berlanggar dengan bot kargo pada awal pagi.

Penyelam telah berjaya menemui 30 mayat dari dalam feri yang tenggelam, katanya.

"Angka kematian mungkin meningkat kerana lebih banyak mayat dikhuatiri terperangkap di dalam," kata Khan.

Katanya mereka yang terkorban termasuk seorang wanita muda, yang dijumpai sedang berpelukan dengan bayinya.

MV Shariatpur-1 dalam perjalanan ke ibu negara, Dhaka, dari daerah jiran Shariatpur ke arah barat daya.

Lokasi kemalangan ialah di daerah Munshiganj , kira-kira 20 batu (32 km) dari selatan Dhaka.

Dulal Dewan, yang masih hidup, menyifatkan berlaku kekecohan akibat feri berlanggar dengan kapal lain.

"Saya telah dikejutkan dengan pergoncangan yang kuat," kata ahli perniagaan, yang sedang tidur di dek atas.

"Saya melompat ke dalam sungai dalam gelap apabila feri mula karam."

"Dalam beberapa minit ada jeritan di sekeliling saya," katanya.

"Orang ramai menjerit meminta pertolongan."

Dewan berkata beliau telah diselamatkan oleh sebuah bot berhampiran.

Anggaran dibuat berdasarkan berapa ramai penumpang yang berada di atas feri.

Khan menganggarkan jumlah penumpang hampir 200, manakala Dewan memberitahu pemberita bahawa kira-kira 300 orang berada di atas kapal ketika feri dua dek itutenggelam.

Adalah sukar untuk mendapat anggaran yang boleh dipercayai kerana operator feri jarang menyimpan senarai penumpang.

Kebanyakan penumpang membeli tiket sekali di atas kapal.

Azizul Alam, pentadbir kerajaan di kawasan itu, berkata siasatan telah diarahkan untuk mencari punca kemalangan.

Kemalangan feri, sering dipersalahkan kerana kesesakan, kerosakan dan peraturan yang longgar, dan adalah perkara biasa di Bangladesh, di kawasan yang mempunyai 160 juta penduduk itu.

mstar/-

[Bergambar] SMS Ugut Ibu Dirang & Lokasi Dirang Dibunuh Didedahkan

Posted: 14 Mar 2012 12:13 AM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Polis mahu cekup wanita ugut ibu Dirang

PASIR GUDANG - Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. -SH

Parlimen: Mahfuz tekankan BN tak layak jadi kerajaan

Posted: 13 Mar 2012 11:41 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Barisan Nasional (BN) hilang kelayakan untuk menjadi kerajaan adalah isu utama yang akan ditekankan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan-ucapannya pada sesi Parlimen kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang dipimpinnya sudah tidak ada kelayakan lagi untuk menjadi kerajaan.

"Yang tersiratnya ialah mahkamah memperakui bahawa kerajaan BN hakikatnya begitu bodoh sehingga boleh ditipu oleh Ling yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.

"Memang pada masa itu kerajaan diketuai oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang kini dianggap godfather Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) juga berada dalam kabinet waktu itu.

"Ia dengan sendirinya memberikan implikasi bahawa semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri," kata Mahfuz.

Beliau bimbang, ketika bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem menyatakan hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, negara akan hancur jika terus diperintah oleh gerombolan yang secara tidak langsung diisytihar bodoh oleh mahkamah.

"Kes Ling bukan satu-satunya kes yang menunjukkan dengan jelas bahawa BN adalah gerombolan bodoh.

"Kes National Feedlot Corporation (NFCorp) juga memperlihatkan kebodohan BN kerana perjanjian yang begitu menyebelahi NFCorp malah tidak ada pemantauan terhadap penggunaan wang RM250 juta itu sehingga boleh suka-suka berbelanja beli kondominium dan sebagainya," katanya.

Di samping semua itu, kata Mahfuz, satu lagi kegagalan terbesar gerombolan BN yang secara tidak langsung diperakui bodoh oleh mahkamah ialah rosak binasanya hubungan antara kaum di negara ini.

"Walaupun kita amat bersyukur kepada Allah kerana tidak ada perkara yang buruk berlaku, tetapi sikap kerajaan yang diterajui Umno dilihat jelas melebar dan memburukkan lagi jurang perkauman di negara ini.

"Jurang tersebut boleh menjadi bencana besar jika BN terus menjadi kerajaan," kata beliau.

Beliau berharap rakyat menggunakan peluang dalam pilihan raya ke-13 akan datang untuk mengembalikan pemerintahan negara ke landasan yang siuman dan waras.

harakahdaily/-

[WASPADA] Ada Ulat Dalam Mi Kari

Posted: 13 Mar 2012 11:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ipoh - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini tergamam selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.

Ziyad Solleh, 26, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.

"Selepas melihat ulat itu, tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan," katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Akibat tidak berpuas hati, Ziyad segera memanggil pengurus restoran untuk menyelesaikan masalah itu.

"Malangnya, hanya penyelia restoran sahaja yang muncul dan menyatakan pengurus mereka sudah pulang ke rumah. Penyelianya pula hanya memohon maaf di atas kecuaian tersebut dan tanpa melakukan apa-apa tindakan," katanya yang kesal dengan perkhidmatan diberikan kakitangan restoran tersebut.

Dalam keadaan tidak puas hati, beliau terus mendesak supaya pengurus restoran tampil memberi penjelasan.

Akhirnya pengurus restoran terbabit datang semula dan selepas berbincang, mereka tidak mengenakan sebarang caj ke atas makanan yang di pesan Ziyad dan rakan-rakannya.

"Bukan niat kami mahu mengaibkan mana-mana pihak, cuma berharap mereka dapat pengajaran dan ambil iktibar daripada insiden itu. Premis yang menjual makanan perlu mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan supaya kejadian seperti yang saya alami ini tidak berlaku lagi ," katanya.

Untuk rekod, dua tahun lalu, seorang penuntut sebuah kolej memfailkan saman terhadap dua syarikat yang berkaitan dengan sebuah restoran kopitiam terkemuka di Bandar Bukit Tinggi, Klang selepas mendakwa menemui sepasang kaki katak dalam makanan yang dipesannya.

greenbox/-

Israel henti serang Gaza

Posted: 13 Mar 2012 09:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEORANG askar Israel memberi tunjuk arah kepada sebuah kereta kebal di sempadan Genting Gaza semalam. - Agensi

BANDAR GAZA - Israel dan kumpulan pejuang di Gaza bersetuju untuk saling menghentikan serangan semalam dalam satu gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Perkembangan tersebut berlaku selepas 25 penduduk Gaza terbunuh manakala 80 cedera dalam pertempuran empat hari antara Israel dan Palestin.

Berdasarkan persetujuan itu yang berkuat kuasa pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin, Israel dan Kumpulan Jihad Islam di Gaza bersetuju untuk berhenti melancarkan serangan.

"Terdapat persefahaman bersama (Israel dan pejuang Palestin) dan kami mengikuti perkembangan yang berlaku," kata Menteri Pertahanan Awam Israel, Matan Vilnai dengan menjelaskan bahawa gencatan senjata tersebut tidak melibatkan persetujuan bertulis.

Sejak gencatan senjata itu dipersetujui, bilangan roket yang dibedil ke Israel berkurangan dengan mendadak manakala langit di Gaza turut tenang tanpa kehadiran pesawat pejuang rejim Zionis.

Namun, kedua-dua belah pihak segera memberi amaran gencatan senjata itu akan terbatal jika pihak musuh melakukan tindakan provokasi yang melampau.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa selepas keganasan rejim Zionis berlaku selama empat hari yang bermula dengan pembunuhan Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular, Zahir Kaisi oleh tentera Israel pada Jumaat lalu.

Ekoran pembunuhan tersebut, pejuang-pejuang Palestin membedil roket ke selatan Israel yang dibalas dengan serangan udara oleh rejim Zionis. - AFP

Nenek daif mohon dibantu

Posted: 13 Mar 2012 08:40 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAMPUNG BARU RPK –Seorang nenek di sini, tinggal menyewa dan hidup daif bersama anak dan cucunya.

Gayah Awang Kechik, 77, berkata, dia tidak pernah merasa tinggal di rumah sendiri seperti orang lain yang mempunyai rumah sendiri dan hidup selesa.

Menurutnya, rumah yang disewa cucunya juga tidak sempurna, berikutan bahagian­ bumbung yang bocor dan hanya mempunyai sebuah bilik sekali gus tidak dapat menampung sembilan isi keluarganya.

"Rumah yang disewa RM70 sebulan ini, sempit dan tidak selesa untuk didiami kami sekeluarga.

"Selain itu, bekalan air tiada menyebabkan anak dan cucu terpaksa mengangkut air di telaga yang jaraknya 500 meter dari rumah, "katanya kepada Sinar Harian.

Gayah berkata, dia bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300, dan dapat meringankan beban anak dan cucunya untuk membeli keperluan harian.

"Saya hanya mahu rumah yang selesa kerana sudah tidak tahan lagi tinggal menyewa, namun sehingga kini impian ingin memiliki kediaman sendiri masih tidak kesampaian. Saya hanya mampu berdoa dan berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya.

Cucu sulungnya, Rasidah Abd Wahad, 32, berkata, ketiadaan tanah menyukarkan impian neneknya untuk tinggal di rumah sendiri, dan terpaksa tinggal menyewa bersamanya.

Menurutnya, dia yang sejak kecil tinggal bersama neneknya sering berpindah.

"Saya dan suami sudah dua tahun tinggal menyewa dekat sini, bersama nenek dan bersama bapa saudara. Mereka hanya bekerja kampung dan tidak mampu untuk beli tanah dan bina rumah sendiri.

"Berikutan itu, saya minta pihak berkenaan bantu nenek untuk peroleh rumah sendiri," katanya.

sinar harian/-

Nelayan Malaysia Dipenjara Di Medan Gembira Dapat Pulang

Posted: 13 Mar 2012 08:40 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEPANG: Setelah lebih tiga tahun dipenjarakan di Medan, Sumatera Utara, Indonesia kerana didapati bersalah menangkap ikan seberat 20 kilogram di perairan Indonesia, nelayan Malaysia, Ibrahim "Saya tidak serik dan akan meneruskan pekerjaan saya sebagai nelayan, bos lama saya pun sudah menelefon saya bertanyakan bila boleh saya bekerja semula," katanya.

Adik Ibrahim, Zulkefli Harun, 32, yang bekerja sebagai seorang polis ketika ditemui pemberita berkata beliau berasa gembira atas kepulangan abangnya itu. "Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membebaskan abang saya keluar daripada penjara di sana," katanya.

Ibrahim, yang berasal dari Bachok, Kelantan, dihukum penjara tiga tahun enam bulan oleh sebuah mahkamah di Medan pada 2009 dan denda Rp2 bilion (RM700,000)atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu, setelah didapati bersalah menangkap ikan di wilayah Indonesia di tengah-tengah perairan Selat Melaka pada 25 Januari 2009.

Beliau dibebaskan lebih awal daripada tempoh hukuman penjara empat tahun setelah Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan berusaha mendapatkan kelulusan remisi (pengurangan masa tahanan) terhadap hukuman itu daripada pihak berkuasa Indonesia.-BERNAMA

Shahrizat dicabar pulang ke Pulau Pinang

Posted: 13 Mar 2012 08:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG, 14 Mac: Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.

"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.

Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan.

Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.

KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.

harakahdaily/-

Kelantan & kaya akhirat

Posted: 13 Mar 2012 08:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ulama, Menteri Besar dan Imam.

Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh 'biasa-biasa' di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat 'rare' di negeri-negeri lain.

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh 'orang tua ini' supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki 'syurga'. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

harakahdaily/-

Bangkit kembali gelombang bantah PPSMI

Posted: 13 Mar 2012 08:00 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) menegaskan bahawa pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah suatu tragedi agama, bangsa dan negara.

Malah, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris, negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia.

"Sementara hujah ini ternyata boleh dipatahkan dengan contoh negara-negara non Inggeris tetapi jelas dengan bahasa ibundanya boleh maju dan membangun pesat, kami juga mempersoalkan kayu ukur apa yang pemimpin negara ingin gunakan untuk mencapai taraf dunia," ujarnya kepada Harakahdaily.

Anehnya, kata beliau pemimpin dan wadah parti politik itulah yang beria-ia melaungkan kalam bahawa merekalah pejuang bangsa.

Katanya lagi, ketika PPSMI diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Mujur, ujarnya benak rakyat belum semuanya tercemar dengan alasan bahawa hanya dengan Bahasa Inggeris negara ini akan maju.

Mujur juga, tambahnya semangat kental rakyat tidak semuanya mudah ditundukkan oleh ugutan dan tohmahan pemerintah bersama segala bala jentera medianya.

Menurutnya, rakyat yang masih punya dhomir dan perasan amarah tidak mungkin mendiamkan diri.

Beliau menambah, dengan khittah perjuangan bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, rakyat mengambil keputusan yang betul bahawa hanya dengan gelombang bantahan rakyat sahaja mereka yang enak ditampuk kuasa akan faham sanubari rakyat.

Namun nampaknya, ujar beliau pemerintah masih bermain dengan aturannya sendiri.

Katanya, pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia melakukan ubahsuai sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.

Menurutnya, mengikut pengumuman Timbalan Perdana Menteri, rakyat diminta bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil masa berdasarkan kohot pembelajaran di sekolah lalu 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

"Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini," ujarnya.

Untuk kesekalian kalinya, jelas beliau Teras menyatakan bahawa PPSMI seharusnya dimansuh segera dengan mengguna mekanisme dan kuasa yang ada ditangan pemerintah.

"Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah, kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?" tanya beliau.

Kini, tambahnya rakyat pencinta bahasa diminta menunggu terus dengan janji kerajaan.

"Entah berapa menteri yang akan berganti pula untuk PPSMI benar-benar dapat dikuburkan. Sementara itu entah berapa ribu pelajar pula yang terus menjadi mangsa sementara menunggu punca penyakit dihapuskan," katanya.

Sebab itu, ujarnya Teras bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk PPSMI ditamatkan sekarang.

"Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba buy time," ujarnya lagi.

Beliau berkata, inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan yang mana mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi di peringkat tinggi.

"Malangnya sementara atur permainan lobi ke atas sedang senyap-senyap digerakkan, pelajar, ibu bapa dan pendidik jualah yang menjadi mangsa.

"Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan," katanya.

Justeru, katanya sudah tiba masanya rakyat sekali lagi bangkit untuk memberi kata muktamad 'Mansuhkan PPSMI sekarang'.

harakahdaily/-

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB

Posted: 13 Mar 2012 07:40 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

(Sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.

Rakyat asing mengundi

(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)

Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.

Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.

Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.

"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.

Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.

harakahdaily/-

Serpihan tahi bintang jatuh dari langit

Posted: 13 Mar 2012 07:20 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SERPIHAN tahi bintang yang terjatuh ke dalam sebuah pondok kebun milik Anne Margrethe Thomassen dipamerkan di Oslo kelmarin. - Reuters

OSLO - Sebuah keluarga di Norway terkejut apabila mereka menemui serpihan tahi bintang yang terjatuh dan menembusi pondok kebun mereka di tengah bandar raya ini, lapor media kelmarin.

Batu itu jatuh ke dalam sebuah pondok kosong milik keluarga Anne Margrethe Thomassen di sini.

Ahli astrofizik, Knut Joergen Roed Oedegaard dan isterinya, Anne Mette Sannes mengesahkan ia merupakan batu breccia yang terbentuk daripada mineral.

"Ini ialah penemuan sensasi dalam dua aspek. Aspek pertama yang menjadikan ia sensasi adalah kerana serpihan tahi bintang itu menembusi bumbung dan ia jarang berlaku. Satu lagi aspek disebabkan ia daripada batu breccia yang sukar ditemui," kata Sannes.

Katanya, keluarga berkenaan mahu menyimpan objek itu di Norway.

Batu tahi bintang itu seberat 585 gram dan ia terbelah dua.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, penyelidik Institut Astrofizik Paris, Serge Koutchmy memberitahu, batu berkenaan jatuh dari angkasa lepas dan terbelah apabila ia memasuki atmosfera Bumi.

Namun katanya, serpihan batu tersebut jarang terhempas di kawasan penempatan penduduk.

"Keluarga itu amat bertuah," kata Koutchmy.

"Serpihan tersebut berharga dan ia juga jatuh tanpa menyebabkan kerosakan besar," tambahnya. - AFP

Presiden Assad umum pilihan raya Parlimen Syria 7 Mei

Posted: 13 Mar 2012 07:15 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

DAMSYIK 14 Mac - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan pilihan raya Parlimen negara itu akan diadakan pada 7 Mei depan namun ia tidak menghentikan keganasan daripada berlarutan apabila pemberontak membunuh lebih 40 termasuk 23 tentera rejim dalam satu kejadian serang hendap.

Pengumuman itu dibuat selepas Duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab ke Syria, Kofi Annan menjangkakan Assad akan memberi maklum balas kepada cadangan konkritnya bagi menghentikan pertumpahan darah di negara berkenaan.

Agensi berita SANA berkata, Assad yang telah mencadangkan program reformasi dalam menghadapi pemberontakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, telah menetapkan 7 Mei ini sebagai tarikh untuk pilihan raya di bawah perlembagaan baru yang diluluskan pada bulan Februari. - AFP

Tangisan jadi penyelamat

Posted: 13 Mar 2012 07:00 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TUMPAT – Suara tangisan kanak-kanak di tingkat atas rumah kedai dua pintu menyelamatkan keluarganya daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Berangan, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dua kanak-kanak terbabit, Mohd Hafiz Asraf Mohd Sanusi, 2, bersama adiknya, Nurul Ain Balqis, 1, bermain di ruang tamu di tingkat atas.

Manakala bapa saudara mereka, Shamsul Qamar Ismail, 21, sedang tidur di salah sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah kedai terbabit.

Pemilik rumah kedai tersebut, Solahuddin Ismail, 36, berkata, rumah kedainya itu menempatkan kedai runcit dan kedai telefon adalah tempatnya mencari rezeki sejak 10 tahun lalu.

"Ketika kejadian saya sedang berniaga barangan runcit di tingkat bawah, tiba-tiba saya terdengar suara tangisan dua anak saudara saya seperti dalam ketakutan dari tingkat atas.

"Dalam masa yang sama, saya terhidu asap tebal dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku lalu bergegas ke tingkat atas yang dibina daripada kayu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian berdekatan dengan tapak pasar malam Kampung Berangan.

Menurutnya, apabila dia naik di tingkat atas itu, mendapati bilik tidurnya terbakar dan sepantas kilat mengejutkan adiknya, Shamsul Qamar dan membawa turun anak-anak saudaranya itu.

Katanya, dia kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk wang tunai RM5,000 dan barang kemas milik isterinya yang sedang bercuti bersama dua anaknya di kampung dekat Kuala Krai.

Dalam kejadian kebakaran itu, turut memusnahkan kedai telefon yang disewa oleh Mokhtar Yusof, 34, menyebabkan beliau kerugian sebanyak RM50,000.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Ridzuan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 9.56 dan bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat dan Pengkalan Kubor bersama 13 anggota berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

"Punca kebakaran masih disiasat dan dianggarkan kerugian sebanyak RM260,000," katanya.

sinar harian/-

Hoki: Malaysia kalahkan Ukraine 5-1

Posted: 13 Mar 2012 06:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya mengatasi Ukraine 5-1 pada pusingan kelayakan hoki ke Sukan Olimpik 2012 di Dublin, Ireland, malam tadi (waktu tempatan).

Walaupun, Malaysia telah mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan namum ujian sebenar skuad bimbingan Tai Beng Hai menanti selepas ini apabila menentang Korea Selatan esok.

Selain Korea Selatan, Malaysia akan mengakhiri saingan dengan bertemu Ireland, yang turut mengekalkan rekod tanpa kalah.

Bagaimanapun, Malaysia perlu membuat caturan serius selepas megharungi tiga perlawanan di sini sebelum berdepan dengan ujian getir pada dua perlawanan penting selepas ini.

Pada saingan malam tadi, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melakarkan kemenangan tetapi jumlah gol yang dihasilkan berbanding Korea Selatan dan Ireland perlu diberi perhatian.

Selepas tiga perlawanan, Malaysia telah menjaringkan 16 gol manakala Ireland dan Korea Selatan masing-masing menyumbat 18 dan 14 gol selepas dua perlawanan. Malaysia mendahului Ukraine 2-0 pada separuh masa menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-23 diikuti Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-32.

Pada babak kedua, Muhammad Razie Abdul Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-48 untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa 3-0.

Bagaimanapun, Ukraine, pasukan tercorot dalam kejohanan enam pasukan itu, bangkit sektika untuk menjaringkan gol saguhati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Viacheslav Paziuk pada minit ke-57.

Malaysia menambah dua lagi gol pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Amin Rahim (minit ke-60) dan Mohamad Sukri Abdul Mutalib pada minit ke-69. - Bernama

Kontraktor pertikai tindakan Kementerian Pertahanan

Posted: 13 Mar 2012 06:00 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sekumpulan kontraktor Bumiputera kelas A di Perlis mempertikaikan tindakan Kementerian Pertahanan yang mengiklan semula tender bagi cadangan pembangunan semula Kem Regimen Sempadan dan Skuadron Medan Jurutera (Kem Oran) di Kangar meskipun iklan yang sama pernah dikeluarkan pada Mei tahun lalu.

Jurucakap kumpulan itu, Amir Effendy Hashim berkata sebelum ini tender itu hanya terbuka kepada kontraktor Bumiputera kelas A di Perlis dan sebanyak 14 kontraktor telah mengambil bahagian dalam tender yang ditutup pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya setelah menunggu begitu lama tanpa sebarang jawapan, mereka telah mengirim surat kepada kementerian itu dan salinannya kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 12 Januari lalu.

Amir Effendy berkata mereka bukan sahaja tidak menerima maklum balas daripada kementerian itu malah amat terkejut apabila mendapati iklan tender yang pernah dikeluarkan pada Mei tahun lalu telah diiklan semula dengan turut menawarkan kontraktor Bumiputera kelas A dari Kedah dan Pulau Pinang menyertainya.

"Kami terkilan dengan tindakan ini seolah-olah kami tidak berupaya melakukan kerja-kerja itu sehingga kementerian mengiklan semula tender yang sama dan membuka ruang kepada kontraktor negeri lain," katanya malam tadi setelah mengadakan pertemuan dengan para kontraktor Kelas A Perlis di Kangar.

Menurutnya iklan tender yang pernah dikeluarkan pada tahun lalu telah diiklankan semula pada 12 Mac lepas dan lawatan tapak pada 15 Mac 2012 (Khamis) manakala tarikh tutup penyerahan dokumen pada 4 April.

"Kami telah berbelanja besar menyediakan dokumen bagi mendapatkan kerja berkenaan termasuk berulang-alik ke kementerian dan penantian kami begitu lama amat menghampakan kerana tender itu diiklankan semula," katanya.

Beliau berharap Kementerian Pertahanan memberi pertimbangan wajar termasuk mengecualikan bayaran dokumen tender sebanyak RM5,500 selain mengekalkan syarat terdahulu iaitu tender berkenaan hanya terbuka kepada kontraktor kelas A Perlis.

"Mengapa kami perlu membayar semula kos RM5,500 sedangkan kami telah membayarnya sebelum ini atas tender yang sama," katanya.

Amir Effendy berkata mereka juga akan membuat lawatan tapak seperti yang dikehendaki meskipun terpaksa bersaing dengan kumpulan kontraktor yang jauh lebih besar dari negeri-negeri lain.

"Kami sentiasa berharap projek-projek di Perlis dianugerahkan kepada kontraktor dari negeri ini kerana kami juga berhadapan dengan pelbagai sekatan apabila cuba mencari peluang di negeri lain," katanya.

- Bernama

Undur Shahrizat separuh tepat

Posted: 13 Mar 2012 05:50 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEKALIPUN banyak reaksi mengira pengunduran Shahrizat Abdul Jadil dari kabinet 8 April ini sebagai satu langkah yang tepat, tetapi bagi saya ia hanya separuh tepat.

Dia sekadar berundur dari jawatan kerajaan, tetapi dia masih kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN serta segala yang berkait dengan kedudukan ketua sayap wanita parti pemerintah itu.

Mungkin pada orang-orang yang rapat dengannya bahawa tindakannya itu satu pengorbanan yang sudah cukup berkaitan dengan masalah yang dihadapinya dan keluarganya, tetapi ia belum memadai bagi meringankan beban liabiliti UMNO dan BN.

UMNO dan Wanita UMNO memangnya tidak sebersih mana, tetapi mengekalkan Shahrizat pada kedudukannya dalam parti itu tidak dapat melekangkan imej buruk parti. Parti itu sudah dikira banyak bermasalah, dengan mengekalkannya sebagai ketua Wanita mengesahkan ia yang benar-benar bermasalah.

Selagi Shahrizat menjadi ketua sayap Wanitanya, orang akan mudah menempelak parti itu berketuakan orang yang tidak bersih dan bermasalah. Walaupun mahkamah belum mendapati suaminya bermasalah, tetapi suaminya sudah didakwa pecah amanah dan dikenakan ikat jamin setengah juta.

Shahrizat tidak didakwa, tetapi sebagai ketua Wanita UMNO, dia akan mengadapi tekanan saikologi dan segala beban akibat dakwaan itu. Otaknya separuh terikat dengan gema dakwaan. Hanya separuh otaknya saja yang dapat ditumpukan kepada Wanita UMNO.

Sekali pun suaminya baru didakwa dan orang yang belum didapati bersalah bukanlah orang bersalah, tetapi dengan dakwaan itu dia sudah berada dalam keadaan separuh bersalah. Setelah mahkamah mendapatinya tidak bersalah barulah dia betul-betul tidak bersalah.

Bagi persepsi setengah orang, orang yang didapati mahkamah tidak bersalah, sukar diterima betul-betul tidak bersalah. Itulah dunia.

Shahrizat mesti berkempen menjelajah ke merata-rata untuk menjamin kemenangan partinya dalam PRU yang sudah dekat itu. Dia mesti bercakap bagi menyatakan partinya benar. Tetapi beban yang dihadapinya bagaimana orang hendak yakin kepadanya sedang dia sendiri berdepan dengan masalah kebenaran dan masalah kebersihan.

Orang-orang yang datang mendengar dan berjumpa dengannya akan melihat wajahnya sebagai orang yang tidak bebas.

Mungkin UMNO mahu menyamakan masalahnya dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar Ibraim dan isterinya yang memimpin PKR. Payah hendak menyamakan mereka.

Anwar dan isterinya menubuhkan PKR setelah dia dipenjarakan sementara menunggu keputusan mahkamah. Dia membentuk parti untuk meneruskan perjuangannya dan untuk membela tohmah yang dihadapkan kepadanya.

Shahrizat pula berada dalam parti yang sebelum masalahnya, ia sudah ada banyak masalah.

Dan kalau pun UMNO mengatakan PKR bermasalah kerana masalah Anwar, maka apa untungnya UMNO mahu menyamakan UMNO dengan masalah Sharizat itu? Sepatutnya UMNO jangan ada masalah supaya ia senang berdepan dengan PKR yang dikatakan memikul masalah Anwar.

Kalau PKR dan Anwar hendak dikatakan comot, mengapa perlu dicomotkan juga dengan membiarkan Shahrizat kekal sebagai ketua Wanita?

Saya kira Shahrizat tidak mahu membebaskan UMNO dengan bebannya. Kerana itu dia kekal dengan ketua Wanita. Selagi dia kekal di situ, maka senang bagi pembangkang untuk memburukkan UMNO. Dan sukar bagi Bung Mukhtar dan rakan-rakannya untuk membela UMNO sebagai badan yang bersih.

Tetapi kalau berundur sama dari pimpinan UMNO, maka musuh UMNO hilang satu modal yang ampuh. Pembangkang akan rugi kalau Shahrizat bersara dari politik. Dan mereka suka kalau UMNO itu terus dipimpin oleh orang yang dilihat tidak bersih.

harakahdaily/-

Papan iklan Mydin terbakar, 3,000 pelanggan selamat diri

Posted: 13 Mar 2012 05:40 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kebakaran papan iklan di bahagian atas pasar raya besar Mydin USJ Subang Jaya dekat Petaling Jaya malam tadi menyebabkan kira-kira 3,000 pelanggan dan 600 kakitangan bergegas menyelamatkan diri dari premis tiga tingkat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu juga menyebabkan operasi pasar raya itu ditamatkan empat jam awal untuk memastikan tiada ancaman bahaya kepada orang ramai.

Seorang juruwang pasar raya berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Mazlan berkata semasa kebakaran beliau sedang melayan pelanggan sebelum terdengar orang ramai berteriak dan berlari keluar.

"Saya dengar ramai pelanggan menjerit 'api, api' sebelum mereka semua berlari keluar dan berkumpul di tempat letak kereta," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kira-kira sejam kemudian, selepas api dipadamkan pihak Bomba dan Penyelamat, semua kakitangan dibenarkan masuk untuk menyelesaikan kerja masing-masing sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin berkata kebakaran itu hanya melibatkan tingkat atas premis berkenaan namun turut menyebabkan kerosakan pada tingkat dua dan tiga.

"Tingkat dua dan tiga merupakan ruang pejabat dan kerugian dianggarkan bernilai RM5 juta termasuk kerosakan perabot dan permaidani yang basah dengan air," katanya ketika dihubungi malam ini.

Jurucakap Balai Bomba Subang Jaya ketika dihubungi pula berkata panggilan mengenai kebakaran itu diterima jam 7.12 malam sebelum ia dikawal pada 7.40 malam.

Dua jentera dan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya digegaskan ke tempat kejadian.

- Bernama

Pengguna diminta tidak panik

Posted: 13 Mar 2012 05:30 PM PDT

21 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ORANG ramai berebut-rebut membeli baldi di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu, Subang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR – Lebih sejuta pengguna di Lembah Klang yang bakal berdepan dengan gangguan bekalan air mulai pagi ini dinasihatkan supaya tidak panik kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini bersiap sedia menangani masalah tersebut.

Setakat semalam, pihak Syabas sudah bersiap sedia dengan 192 tangki air dan 43 buah lori tangki untuk keperluan orang ramai mendapatkan bekalan air.

Berdasarkan pengalaman Syabas, setiap sebuah lori tangki mampu menampung 4,543 liter air dan jumlah tersebut kelazimannya mencukupi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, jumlah lori tangki air yang dihantar ke sesebuah kawasan bergantung kepada keperluan dan jumlah penduduk.

"Buat masa ini, perhatian tertumpu kepada pengguna di kawasan Petaling kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

kosmo/-

GMI tidak yakin Parlimen mansuh ISA

Posted: 13 Mar 2012 02:00 AM PDT

20 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menyatakan undang-undang bagi mengganti ISA masih di peringkat draf di Jabatan Peguam Negara.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu lagi alasan untuk melengah-
lengahkan pemansuhan akta zalim itu.

"Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menggubal dua akta baru, maknanya sudah ada asas sebelum ini. Jadi, draf di pejabat Peguam Negara itu hanya alasan melengah-lengahkan pemansuhan ISA," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Kata Syed Ibrahim, dengan tidak memberikan jaminan tentang bila draf itu selesai, hasrat rakyat untuk melihat janji Najib ditunaikan segera Mac ini, mungkin tidak kesampaian.

Katanya, jika sidang parlimen kali ini kerajaan masih tidak dapat memansuhkan akta tersebut, kredibiliti Perdana Menteri sudah tentu tercalar di mata rakyat Malaysia kerana telah berjanji memansuhkannya.

"Najib bukan sahaja berjanji untuk memansuhkan ISA, tetapi juga berjanji melakukannya pada sidang parlimen, Mac ini. Jika ia tidak berlaku, rakyat Malaysia akan melihat bagaimana pemimpin mereka menabur janji," kata beliau sambil mengharapkan pemansuhan akta itu boleh dilakukan segera dalam bulan ini.

Mengulas lanjut berhubung draf tersebut, Syed Ibrahim berkata tiada keperluan untuk menggubal akta baru bagi menggantikan ISA kerana terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang sedia ada untuk mengekang apa yang dikatakan sebagai kesalahan pengganas.

Tambahnya, Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada tahun 2006.

"Menurut Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003, Bab baru VIIA yang bertajuk "Kesalahan yang Berkaitan Keganasan" telah dimasukkan dan ini berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007. Begitu juga, menurut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006, Bab XIIA baru yang bertajuk "Kuasa menyiasat Sampingan Dalam Perhubungan Untuk Kesalahan Keganasan" telah dimasukkan dan berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007," jelas beliau lagi.

Begitu juga, tambah beliau Malaysia turut meluluskan undang-undang yang berkaitan dengan pembiayaan anti-keganasan dalam bentuk Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Sehubungan itu, tegas Syed Ibrahim kerajaan tidak memerlukan dua akta baru bagi menggantikan ISA dan boleh memansuhkan akta tersebut dengan kadar segera sepertimana yang dijanjikan.

harakahdaily/-

PAS TAMBUN

Posted: 14 Mar 2012 01:36 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 13 Mar 2012 11:36 PM PDT

Idris Ahmad


Belanja Pertunangan RM409,767, Rakyat Mahu Bukti.

Posted: 13 Mar 2012 03:57 PM PDT

Rakyat masih menunggu jawapan dan bukti pembayaran daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran majlis pertunangan anak beliau sebanyak RM409,767 di Hotel Shangrila.

Sehingga kini Pejabat Perdana Menteri hanya menafi perbelanjaan ini daripada wang rakyat, sedangkan saudara Rafizi Ramli berjaya membuktikan dengan fakta, tempahan ini  dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ketika rakyat disuruh ikat perut kerana indeks harga pengguna yang meningkat, subsidi hendak dikurangkan, barang keperluan harian terus melonjak, tiba-tiba Perdana Menteri boleh membelanja sejumlah wang yang begitu besar untuk majlis pertunangan anak beliau.

Rakyat tidak kisah kalau benar wang ini daripada poket peribadi beliau dengan Datin Rosmah. Memang rakyat sudah maklum mereka berdua ialah suami isteri yang banyak wang. Tetapi jika ia menggunakan harta rakyat untuk kemewahan peribadi maka ia perlu disiasat hingga ke akar umbi. Lebih-lebih lagi penafian sudah dibuat secara rasmi. Jika berlaku sebalikanya maka ini satu pembohongan yang besar dilakukan oleh seorang Perdana Menteri, orang yang bohong tidak layak untuk memegang amanah rakyat dan mesti diturun segera daripada tampuk kuasa.

Wang sebanyak RM409,767 hanya untuk satu malam majlis pertunangan anak Najib Rosmah. Sedangkan untuk kos seorang siswazah  Fakulti Pergigian untuk  tempoh empat tahun hanya RM151,208, Fakulti Perubatan  untuk tempoh lima tahun RM235,390, Fakulti Farmasi untuk tempoh empat tahun RM56,360.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Ekonomi

Salam Perjuangan

Posted: 13 Mar 2012 11:06 PM PDT

Salam Perjuangan


RAFIDAH PERLEKEH 'NIAT SUCI' SHAHRIZAT

Posted: 13 Mar 2012 05:20 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433 H | 13 March 2012 

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa Shahrizat tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar apabila mengumumkan 'perletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April. Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah. - malaysiakini

PAS Negeri Sembilan

Posted: 13 Mar 2012 09:43 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Prof Dr Aziz Bari di Kuala Pilah 17 Mac 2012

Posted: 13 Mar 2012 07:51 AM PDT


MEMAHAMI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bersama dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 2 ptg – 5 ptg

Tempat : Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Tempat Terhad

Untuk tempahan/pertanyaan hubungi Zakir 017-3585530, Lan 013-3404598

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 13 Mar 2012 09:20 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


CAP gesa kerajaan siasat pencemaran Sungai Sepetang

Posted: 13 Mar 2012 08:19 PM PDT

IPOH -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan dan pihak-pihak terbabit menyiasat dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah pencemaran Sungai Sepetang di Taping, Perak.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata, masalah pencemaran itu berpunca daripada projek ternakan udang berhampiran sungai itu yang selain memusnahkan hutan paya bakau dan mencemar air sungai berkenaan juga mengancam mata pencarian lebih 100 orang nelayan tempatan.


Kehidupan beberapa spesis burung termasuk pembiakan kelip-kelip yang terkenal di negara ini turut terancam dan semakin berkurangan kesan daripada sinaran cahaya lampu daripada kawasan kolam udang di situ, katanya dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.


Mohamed Idris berkata, beberapa aduan dibuat sebelum ini tiada memberi kesan tanpa sebarang tindakan pihak terbabit dan nelayan di situ mendakwa keadaan sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.


Tindakan pengusaha ternakan udang berkenaan membuang sisa kolam ke dalam sungai menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan semakin pupus dan berkurangan, katanya.


Menurut CAP, antara spesis ikan yang terancam ialah ikan sembilang, kerapu, jenahak dan ikan lumba-lumba. Mohamed Idris berkata nelayan di situ sebelum ini memperoleh pendapatan lebih RM70.00 sehari tetapi sekarang hanya RM20.00 sehari akibat pencemaran yang berlaku di sungai berkenaan.


Nelayan berkenaan, katanya, amat bimbang masa depan mereka kerana mendapati projek ternakan udang di sepanjang Sungai Sepetang itu semakin bertambah dan boleh memusnahkan hutan bakau dan jika dibiarkan akan mencetuskan pula ancaman ke atas alam sekitar, katanya.


Beliau meminta siasatan menyeluruh dilakulan oleh pihak kerajan dan ingin mengetahui sama ada kajian mengenai kesan alam sekitar (EIA) telah dibuat sebelum projek ternakan udang itu dilaksanakan. -- Bernama

JOM KE SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK

Posted: 13 Mar 2012 08:03 PM PDT

JOM KE SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK

IPOH 9 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan ikrar PAS Perak untuk memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

PAS Perak akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak, perkara ini sekaligus membuktikan kesediaan PAS Perak menggalas amanah dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini, jelas belau.


Pesuruhjaya PAS Perak itu dalam ucapannya menegaskan kepada seluruh jentera PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran pembubaran parlimen yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang



"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah SWT jangan sesekali retak, jangan sesekali putus"kata Ustaz Abu Bakar lagi.


"Namun apa yang lebih penting adalah tugas seluruh jentera PAS berdamping dengan setiap pengundi di semua peringkat"

"Seluruh jentera mestilah memberikan komitmen semaksima mungkin"

" PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya"



"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam," jelas beliau.


"Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk rakyat di negeri Perak ini," ujarnya lagi.

Dewan Rakyat 13 Mac 2012 (Selasa)

Posted: 12 Mar 2012 09:27 PM PDT

Sidang parlimen sedang masuk hari kedua.Berikut merupakan soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Nombor yang tertera,nombol soalan mengikut peraturan dewan.


2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut.


4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mengapa Kerajaan dari awal tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian Kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.


6. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa Entry Point Programs (EPPs) yang merupakan projek kitar semula sebelum Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti projek-projek Karambunai Integrated Resort dan Tanjong Agas Industrial Park dimulakan dan bagaimanakah ini memberi kesan kepada dakwaan bahawa ETP mewakili "pendekatan baru yang berani" untuk pertumbuhan ekonomi.




8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah definisi yang digunakan untuk membezakan syarikat teras dan bukan teras berhubung dasar pelupusan syarikat-syarikat bukan teras oleh Khazanah dan PNB memandangkan Khazanah dan PNB adalah entiti yang terlibat dalam pelaburan.





10. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah gaji harian yang diberikan kepada guru sementara yang memegang Sijil UEC (Unified Examination Certificate) dan guru sementara yang memegang Sijil SPM; dan
(b) apakah puncanya masalah kekurangan guru yang masih tidak dapat diselesaikan dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru ini dan bilakah akan dilaksanakan.



12. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) dengan terperinci syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat telekomunikasi apabila memuat turun lagu di telefon bimbit supaya ianya memberikan pulangan yang seimbang kepada pihak penerbit dan juga tenaga kreatif; dan
(b) apakah satu tarif tetap yang lebih adil akan disyaratkan.


Soalan MP PAS yang disenaraikan:


32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.


33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya.


37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji.


54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya.


58. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah.

60. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut.


66. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina.


72. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini.

PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Mar 2012 07:42 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Kampung Lusut Menagih Janji YB

Posted: 13 Mar 2012 09:06 AM PDT

Kemana Perginya Peruntukan Untuk Kampung Lusut?
MIRI: Kampung Lusut, dan Kampung Lusut Jaya 1, 2, 3, 4 dan 5 yang terletak berhampiran Taman Tunku, Lambir mempunyai penduduk berbilang kaum yang terdiri daripada orang Melayu dan juga Bumiputera tempatan.
Baru-baru PAS Miri telah melawat kawasan tersebut dan berjumpa dengan penduduk tempatan yang tinggal dalam kawasan tersebut. Mereka menyatakan masalah mereka yang sudah lama tidak diambil perhatian oleh pihak yang berwajib. Walaupun mereka datang tetapi sekadar melihat saja tanpa ada sebarang tindakan susulan yang diambil.
Antara masalah utama yang mereka hadapi adalah masalah jalanraya yang menghubungkan tempat kediaman mereka ke jalan besar ke Miri. Masalah jalanraya yang teruk menghubung antara Kampung Lusut dan Kampung Lusut Jaya 1, 2, 3, 4 dan 5 ke bandaraya Miri sudah lama berlarutan walaupun ada peruntukan.
Sejumlah RM17 juta ringgit telah diperuntukan untuk menaik taraf jalan kampung sepanjang 12km di Kampung Lusut sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pada bulan Januari, 2011, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Lambir, Datuk Aidan Wing ada menyatakan peruntukan sebanyak RM20 juta diluluskan di bawah projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menaik taraf dan menurap jalan sepanjang 20km yang sedia ada dengan jalan kerikil di dalam dan di sekitar kawasan Lusut.
Beliau berkata projek itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,400 orang dari tujuh buah kampung dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Projek kosmetik tersebut hanya dijalankan selepas PRU DUN dan dijangka siap 6 Okt 2012. Sudah hampir 1 tahun projek jalanraya tersebut dilaksanakan, tetapi masih lagi belum sempurna dan teruk terutama sekali musim hujan.
Disamping itu bekalan projek paip air bersih dan longkang yang tidak sempurna masih lagi yang terbengkalai di tepi jalan kampong tersebut. Begitu juga dengan kemudahan padang permainan yang serba kekurangan (dhaif) untuk kemudahan anak-anak muda bermain di kampong tersebut pun masih belum dibina dengan sempurna.
Ramai penduduk di situ masih lagi tidak memiliki tanah lot tetap, dan rumah mereka telah disukat oleh jabatan tanah dan ukur tetapi status tanah masih belum dapat dimiliki sepenuhnya.
Ramai penduduk kampung bosan dengan janji jabatan tanah dan ukur dan juga janji-janji YB yang melawat kawasan mereka apabila tiba musim pilihanraya, tetapi selepas menang pilihanraya mereka masih lagi tidak dapat menunaikan janji mereka kepada penduduk di kampung tersebut.
Penduduk kampung tersebut sangat berharap agar pihak yang berkenaan dapat menunaikan janji mereka dengan memberi kemudahan asas kepada mereka dengan segera tanpa perlu janji pilihanraya umum yang akan datang, Janji Pilihanraya Umum Sarawak yang lalu pun masih lagi tergantung dan masih belum ditunaikan sepenuhnya dan ini pula janji baru untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke13.
Kemana perginya peruntukan yang berjuta-juta ringgit tersebut digunakan setelah sekian lama penduduk kampung menanti dengan penuh pengharapan? Kalau peruntukan tersebut digunakan dengan sebaik mungkin sudah pasti masalah jalanraya dan kemudahan asas penduduk di kampung dan di luar bandar sudah lama dapat diselesaikan.
Kita menyeru kepada pihak berkenaan agar dapat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat dengan jujur, amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi kebajikan rakyat 1 Malaysia.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Where are the provisions for the Kampung Lusut?
MIRI: Kampung Lusut and Kampung Lusut Jaya 1, 2, 3, 4 and 5 are located near Taman Tunku, Lambir has a multi-ethnic population of Malay and local Bumiputera.
PAS Miri recently visited the area and meet with local people living in the area. They expressed their problems, which have not been heeded by the authorities. Although they come for visit but they just looking at it without any further action taken.
Among the main problem they face is the problem of residential roads that connect them to the main road to Miri. Severe problems connecting road between the Kampung Lusut, and Kampung Lusut Jaya 1, 2, 3, 4 and 5 to Miri city has long persist although there are provisions.
A total of RM17 million ringgits have been allocated to upgrade 12 km of village roads in Kampung Lusut as part of the National Key Result Areas (NKRA).
In January, 2011, Lambir former State Assemblyman, Datuk Aidan Wing said an allocation of RM20 million project approved under the National Key Result Areas (NKRA) for the upgrading and paving of the existing 20km of gravel roads inside and in the vicinity of Lusut.
He said the project will benefit about 2,400 people from seven villages and will be implemented by the Public Works Department (PWD).
Cosmetic project is only carried out after the state assembly election and is expected to be completed October 6, 2012. It's been almost a year the road project was carried out, but still not perfect and worse especially in the rainy season.
Besides that supply of clean water pipeline and drainage is not perfect is still abandoned by the roadside of the village. Similarly, the playground facilities deprived (weak) for the convenience of young children playing in the village was still not built properly.
Many residents still did not have permanent lots of land, and their houses was measured by land and survey department, but the status of land yet to be fully owned. Many residents fed up with promises of land and survey department and also the promises of YB, who visited them when come the election season, but after winning the elections they were still not able to fulfill their promises to the people in the village.
The villagers are hoping that relevant parties can fulfill their promises to provide basic facilities to them immediately without having to promises for the next general election. The Last Sarawak election promise was still hanging, and still not met fully, and this is a new promise to face the 13th General Election.
Where it goes the provision of millions of ringgits to be used after so long the villagers look forward with a full of hope? If the provisions are used as effectively as possible of course roads and basic problems of the people in villages and rural areas have long been resolved.
We call upon the relevant parties to perform their duties as representatives of the people with honest, trustworthy and fairly regardless of race, religion and political belief for the welfare of the people of 1 Malaysia.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Mar 2012 03:52 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BODO SUNGGUH KETUA PENERANGAN UMNO

Posted: 12 Mar 2012 04:32 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan (gambar) berkata  keluarga Shahrizat belum lagi didapati bersalah terhadap sebarang salah laku tapi beliau sudah memutuskan untuk meletak jawatan daripada Kabinet berkuatkuasa 8 April depan apabila tamat tempoh penggalnya sebagai Senator, namun beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Wanita Umno.

"Apabila Anwar dipenjarakan, Wan Azizah meneruskan jawatan sebagai Presiden. Mereka (keluarganya) hanyalah dituduh, belum lagi didapati bersalah. Jadi mengapa meletak jawatan?" kata Timbalan Menteri berkenaan merujuk kepada pertuduhan penyalah gunaan kuasa oleh Anwar pada 1998 selepas di singkirkan daripada jawatan timbalan Perdana Menteri.

....sape suruh Sharizat letak jawatan dalam UMNO? nak pegang ketua wanita sampai mampos pun takpe... tapi jangan pegang potfolio dalam negara...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Mar 2012 03:49 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TOK GURU HADI TURUN KE LEMBAH JAYA

Posted: 13 Mar 2012 03:32 PM PDT


q3DjiAJ4pQY/T1_Ig_eNepI/AAAAAAAALro/MhNGTVCC418/s1600/hadi_banjir_khasim.png" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em">


JUARA ASIA NIKAH DENGAN DI NEGERI 'TERMISKIN' (KATA PM)

Posted: 12 Mar 2012 10:02 PM PDT


Bekas ahli bina badan negara dan juga pelakon, Datuk Malek Noor, 56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dengan hanya sekali lafaz. Malek dan Dr Wan Asma telah dinikahkan oleh Wan Ismail Wan Ahmad, 87, (bapa pengantin perempuan) di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.




SIBUK CARI KAMBING HITAM BILA ADUAN DAH KE SPRM

Posted: 12 Mar 2012 06:11 PM PDT

NGO Jingga 13 hari ini 12 Mac 2012 telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerajaan membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pasangannya di Seri Perdana.

Laporan, itu juga menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mendakwa bahawa RM409,767 wang rakyat digunakan pada majlis tertutup yang diadakan pada 17 Jun tahun lalu yang dihadiri oleh pembesar negara , tokoh-tokoh terkenal dan sahabat taulan perdana menteri dan isteri beliau.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam petang ini.

"Kami dedahkan semua dokumen berkaitan, khususnya Borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang dikeluarkan di atas nama Pejabat Perdana Menteri.

"Kami harap bahawa SPRM akan menyiasat dokumen itu dengan bersifat telus dan profesional dan jika perlu mendakwa Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah-gunakan kuasa," kata Fariz.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana majlis swasta itu boleh dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat.

"Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Sejumlah RM 18,792 untuk kos jamuan VIP seramai 36 orang yang bernilai RM522 seorang, RM309,975 bagi kos jamuan tetamu seramai 862 orang dan kos pengendalian ialah RM81,000," kata Fariz.

NONEDokumen yang menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri membuat pesanan untuk majlis itu, pertama kali didedahkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, JPM menafikan bahawa dana awam digunakan untuk membiayai jamuan yang diadakan di Shangri-la Hotel itu.

Rafizi turut mendesak Najib supaya membuktikan bahawa perbelanjaan untuk majlis berkenaan ditampung daripada kocek beliau sendiri.
Ihsan darigeroboksepatu

ANAK JATI DAH SEDAR DIRI BILA PROJEK TAHUNAN RUGI

Posted: 12 Mar 2012 05:50 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkenaan Piala Monsun mengesahkan dakwaan pemimpin PAS selama bahawa penganjuran sukan itu tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias razak berkata, telah lama isu ini dibangkitkan oleh PAS dan beliau sendiri pernah mengusulkan supaya kerajaan membatalkan saja penganjuran sukan tersebut.

"Telah lama isu (Piala Monsun) ini dibangkitkan oleh PAS dan kita (saya pernah) minta kerajaan batalkan saja (penganjuran) piala ini kerana ia tidak menguntungkan rakyat mahupun kerajaan negeri,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya kerajaan telah menghabiskan lebih RM300 juta duit rakyat untuk pembinaan prasarana bagi menganjurkan sukan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan setiap tahun, selama tujuh tahun, kerajaan menghabiskan RM4 juta setiap hari bagi piala monsun yang berlangsung selama 5 hari.

"pembinaan prasarana saja melibatkan lebih RM300 juta duit negeri dan setiap tahun RM20 juta untuk acara selama 5 hari atau bernilai RM4 juta sehari,

"wang rakyat dibazirkan semata mata untuk memuaskan nafsu pemimpin Umno tanpa mengira manfaatnya untuk rakyat,"jelasnya.

Selaku ADUN Bukit Tunggal dimana lokasi Piala Monsun diadakan, beliau kesal kerana tempoh tujuh tahun adalah begitu lama, rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau turut kesal, selaku seorang rakyat dan anak jati Terengganu, Shabery membiarkan penganjuran sukan yang jelas merugikan ratusan juta wang kerajaan Terengganu.

"konon nya untuk beri peluang pekerjaan kepada rakyat tapi hakikatnya hanya lah peluang untuk pemimpin Umno sapu duit rakyat (duit minyak rakyat terengganu),

"bila dicadangkan ianya diserahkan kpd KBS, baru lah menteri buat kenyataan yang piala ini tidak menguntungkan setelah sekian lama duit rakyat terengganu di bazirkan dan disapu oleh mereka,"katanya.

Pada 11 Mac, 2012, sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan laporan yang memetik Shabery berkata, sudah tujuh tahun dianjurkan, perlumbaan kapal layar Piala Monsun dianggap gagal apabila tidak memberi pulangan pelaburan setimpal dengan suntikan dana besar kerajaan setiap tahun.

Shabery turut mendedahkan kerajaan membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi penganjuran Piala Monsun dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi satu acara sukan.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 13 Mar 2012 12:15 PM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Malam Kesenian Islam - PAYOH

Posted: 13 Mar 2012 01:30 AM PDT

Ceramah Gempur PRU13 - IBOK

Posted: 13 Mar 2012 01:27 AM PDT