Rabu, 12 November 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Nov 2014 01:43 PM PST

Cucu Tok Selampit


Gambar Dr Wan Azizah Merasmikan "Water Theme Park" Di Kajang

Posted: 12 Nov 2014 04:48 AM PST


Tahniah kepada Rakyat Kajang kerana memilih Dr Wan Azizah, isteri KETUM Anwar Ibrahim sebagai Wakil Rakyat mereka. Dengan usaha gigih Dr Wan Azizah, Kajang kini mempunyai "Water Theme Park" mereka sendiri. Hari ini beliau dengan bangga merasmikan "Water Theme Park" di Kajang yang dikatakan antara terbesar di Malaysia, malah lebih besar dari Sunway Lagoon. 

Dengan kewujudan "Water Theme Park" yang dilhamkan daripada Sungai Venice di Italy, peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali DUN Kajang hampir mustahil, kerana projek ini bakal menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia dan pastinya Rakyat Kajang antara yang bertuah mendapat tempiasnya. Kami di CTS akan cuba mendapatkan gambar eksklusif Dr Wan Azizah naik jet-ski sambil memegang kipas tangan.





Kereta Pemimpin BN, PKR, DAP Sama Sahaja @JPJ_Malaysia, Sila Saman Kereta-Kereta Ini

Posted: 12 Nov 2014 12:51 AM PST

Selain dari kereta Pak-Pak Menteri yang mempunyai plat pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut piawaian dan spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di bawah disertakan gambar-gambar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri yang turut gagal dalam kes ini. JPJ sila jalankan tanggungjawab anda.





Gambar-Gambar Puting Beliung Di Kuala Sala, Kedah Sebentar Tadi (10 Gambar)

Posted: 11 Nov 2014 11:46 PM PST

Ribut puting beliung seakan menjadi kebiasaan di Kedah sejak kebelakangan ini. Setengah jam tadi berlaku sekali lagi ribut puting beliung di Kampung Sungai Nona, Kuala Sala, Kedah. Beberapa rumah di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Pengkalan Kundor telah rosak akibat bencana alam ini. Pokok-pokok besar banyak yang tumbang. Semoga Allah melindungi mangsa-mangsa di sana. Diharap kejadian di Kedah ini tidak dipolitikkan memandangkan penduduk kampung ini adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.

Dia Hina Rakyat Sabah, Panggil Mahasiswa UMS Bodoh, Panggil Mahasiswa UUM Bodoh, Siapa Fahmi Zainol Ni?

Posted: 11 Nov 2014 10:15 PM PST


Selepas menghina Rakyat Sabah yang berniaga di Gaya Street, mengelarkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai bodoh, kini 'toy boy' KETUM Anwar Ibrahim kembali dengan mengelarkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) juga sebagai bodoh? Siapa Fahmi Zainol ni? Sudah habis belajarkah beliau di Universiti Malaya sehinggakan meroyan mengelarkan orang sana sini sebagai bodoh? Atau beliau hendakkan publisiti murahan untuk menjadi terkenal seperti Adam Adli dan Safwan Anang untuk memikat hati KETUM?

Rakyat tidak bodoh memikirkan bagaimana seorang pelajar biasa yang mendapat tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh ke sana ke sini untuk menghasut mahasiswa Universiti menentang Kerajaan kalau beliau dan dua tiga orang macai lagi tidak ditaja oleh pihak tertentu. Lambat pulak pihak Universiti Malaya untuk membuang pelajar berkenaan dan pihak JPA untuk menarik balik biasiswa Fahmi Zainol ini. Tidak cukup kuatkah dakwaan menganjurkan program yang tidak diluluskan oleh pihak Universiti Malaya dan membuat huru hara dan merosakkan harta benda universiti?

Apakah kepandaian beliau sehingga melayakkan beliau untuk menghina orang lain? Apakah dengan beridolakan KETUM Anwar Ibrahim melayakkan beliau untuk menganggap diri pandai. Tahukah beliau Anwar Ibrahim hanyalah kelulusan Ijazah Am Kelas Ketiga dalam bidang Kesusasteraan Melayu yang mana terpaksa mengulang di tahun akhir akibat gagal. Inikah ciri-ciri tokoh kebanggaan Fahmi Zainol. Padanlah dengan muka apabila dihalau oleh mahasiswa-mahasiswa UMS tempoh hari.

Isu Parkir Bas Dan Lori - YB Nancy Shukri Jawab Persoalan Dr Siti Mariah

Posted: 11 Nov 2014 05:45 AM PST


Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) telah membangkitkan masalah lori dan bas yang sering diparkir di kawasan perumahan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika menjawab persoalan berkenaan berkata setiap permohonan bagi mendapatkan permit kenderaan barangan perlu disertakan cadangan kawasan parkir untuk mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau berkata syarat itu bagi mengelakkan kenderaan barangan seperti lori dan bas diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya, khususnya di kawasan perumahan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. Tambah beliau, di pihak SPAD, suruhanjaya itu sentiasa berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan kawasan parkir atau terminal sementara bagi kenderaan terbabit. Kawasan parkir ini tertakluk kepada tanggungjawab PBT. Oleh sebab itu, SPAD perlu berbincang dengan mereka untuk minta kawasan yang sesuai. 

Beliau akur isu berkenaan menjadi sukar apabila melibatkan kawasan perumahan sebab ada penduduk yang tidak akan setuju. Walau bagaimanapun, YB Nancy Shukri berjanji penguatkuasaan akan dilaksanakan dengan efektif. Di bawah Unit Penggantungan dan Penarikan Lesen SPAD yang ditubuhkan awal tahun ini, syarikat pengendali atau individu yang berulang kali melanggar syarat berdepan tindakan, termasuk penarikan semula lesen.

tun faisal dot com

Posted: 12 Nov 2014 01:35 PM PST

tun faisal dot com


Fitnah 1MDB: Ahmad Maslan akan cabar Rafizi, Anwar

Posted: 11 Nov 2014 11:10 PM PST

1MDB : Rafizi memfitnah lagi.. Ahmad Maslan akan lawan

1MDB:
1. YB Pandan telah menulis surat kpd Speaker semalam 11/11/14 utk membawa saya kpd JKuasa Hak & Kebebasan kerana kononnya saya berbohong utk mengelirukan Dewan ttg jaminan bond 1MDB. Saya telah mengadakan sidang akhbar tghari ini 12/11/14 di Parlimen  utk menafikan tuduhan itu & telah menghantar surat kpd YB Speaker utk membuat penjelasan & penafian. Kemungkinan isu ini akan dibahaskan & akan ada pengundian belah bahagi.

2. Saya telah berbincang dgn YB Lenggong & YB Simpang Renggam utk membawa YB Permatang Pauh & YB Petaling Jaya Utara kpd JKuasa Hak & Kebebasan mengenai fitnah terhadap 1MDB. Mereka berdua sudah bersetuju & akan menulis surat kpd Speaker hari ini, 12/11/14.

3. YB Permatang Pauh pada 13/10/14 menuduh 1MDB mendapat satu projek rm3b dgn nilai rm11b secara runding terus. Sebenarnya tidak wujud satu projek rm3b, yg ada ialah satu projek janakuasa arangbatu di Negeri 9 yg dinamakan Projek 3B bukan nilainya rm3billion, dibuat secara tender terbuka yg diperolehi oleh 1MDB drpd Suruhanjaya Tenaga. Permatang Pauh juga menuduh penyenaraian 1MDB tahun hadapan sebagai satu bail-out walhal ia tidak benar sama sekali.

4. Semalam petang 11/11/14, YB PJ Utara menuduh yg anak-anak syarikat 1MDB tidak menfailkan laporan tahunan kpd SSM, Suruhanjaya Syarikat Msia. Walhal yg sebenarnya semua anak syarikat milik penuh 1MDB telah pun berbuat demikian. Ini satu lagi fitnah yg tidak benar utk memburukkan 1MDB.

Lawan tetap lawan. Lawan hingga menang. Kerana kita berlandaskan kebenaran. Tkasih
(Ahmad b Maslan, YB Pontian, TMK, 12/11/14)

Artikel dari FB JPJ SMABMCG - Kenapa JPJ, MOT dibenci rakyat?

Posted: 11 Nov 2014 03:30 PM PST


Artikel di bawah dipetik daripada FB Page JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap. Hujah-hujah di dalam posting ini agak menarik dan meyakinkan. Mungkin JPJ dan Kementerian Pengangkutan boleh mengambil perhatian dan membuat pembetulan di dalam pendekatan mereka dan memperbaiki persepsi terhadap mereka selepas ini.


Page JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap 
mempunyai 16,757 pengikut


Ramai rakyat negara ini yang tidak menyukai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan kerana ia merupakan pihak PENGUATKUASA semata-mata, tetapi kerana peraturan-peraturan pelik dan tidak efektif yang diperkenalkan mereka. Peraturan-peraturan yang diperkenalkan ini bukan sahaja tidak membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dengan AMAT berkesan sebaliknya telah menyebabkan rakyat dihukum dengan berat. 

JPJ melalui admin FBnya telah cuba menjelaskan tindakan mereka. Namun bagi ramai rakyat negara ini, JPJ sebenarnya gagal memahami isu utamanya.

Isu utamanya:-

1. Persepsi - Kementerian Pengangkutan dan JPJ telah dilihat sebagai terlalu berlebih-lebihan dalam memperkenalkan sesuatu yang kononnya dapat menurunkan jumlah kemalangan jalan raya. Sesuatu itu termasuk, perkakasan seperti tali pinggang belakang dan AES, perkhidmatan seperti PUSPAKOM, undang-undang seperti cermin gelap dan nombor plat, hukuman seperti hukuman yang berat ke atas rakyat, termasuk dalam kes menghalang rakyat membaharui lesen kenderaan, lesen memandu dan terbaru hukuman berat dan keterlaluan ke atas pesalah cermin, dan penguat kuasaan pertaruan-peraturan ini yang menyusahkan sehingga mengakibatkan gejala rasuah. Pokok pangkalnya rakyat melihat terdapat matlamat wang ringgit dalam memperkenalkan segala `sesuatu' ini dan rakyat menjadi mengsanya.

2. Hukuman pesalah cermin gelap yang berat. Alasan oleh kerana JPJ tidak boleh menguatkuasakan undang-undang ini ke atas kedai aksesori, maka, JPJ PERLU MENGHUKUM RAKYAT adalah alasan yang tidak munasabah. Dalam hal ini, seharusnya, JPJ perlu bekerjasama dengan pihak yang boleh menguat kuasakan undang-undang ke atas kedai aksesori dan membuat undang-undang dan hukuman berkaitan. Menghukum rakyat adalah jalan pintas oleh JPJ dan mengenakan hukuman yang keterlaluan mengundang kemarahan rakyat seterusnya menggalakkan gejala rasuah sewaktu penguat kuasaan. Jika faktor yang menyebabkan kemalangan adalah kerosakan jalan raya, rakyat memerlukan pihak yang bertanggung jawab mengambil tindakan ke atas kontraktor atau pihak terbabit, bukan meminta JPJ menyaman rakyat yang melalui jalan tersebut dan berhadapan dengan risiko kemalangan.

3. Pengenalan hukuman ke atas kesalah cermin gelap sebagai tambahan kepada langkah-langkah sedia ada seperti tali pinggang keledar belakang, tali pinggang hadapan, AES dan sebagainya, memberi gambaran bahawa cadangan-cadangan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tidak begitu tepat. Mungkin JPJ perlu melihat semula statistik dan kajian-kajian yang ada dengan lebih teliti. Misalnya siapa golongan yang paling tinggi terlibat dengan kemalangan berdasarkan peratus ke atas jumlah semua kenderaan di atas jalan, asingkan statistik kemalangan dan kemalangan maut ke atas golongan penunggang motorsikal, kereta, pengangkutan awam seperti bas atau yang melibatkan kenderaan komersial seperti lori yang banyak menggilis penunggang motorsikal; seterusnya punca kemalangan, samada mengantuk, memandu laju, jalan raya yang rosak, ketiadaan lampu jalan, pemandu mabuk, kecuaian kenderaan lain misalnya lori dan bas dan sebagainya. Selepas analisis ini barulah dicadangkan kaedah dan tidak perlu semua kaedah ini disertai dengan undang-undang mewajibkan yang melibatkan perbelanjaan wang ringgit atau hukuman yang berat.

4. Alasan aduan nombor plat kurang jelas boleh dipakai jika nombor plat itu benar-benar tidak jelas. Masalahnya, kalau nombor plat itu jelas sekalipun, tetapi tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ, pemilik kenderaan tetap dihukum. Kedua, tidak jelas itu relatif kepada tahap penglihatan seseorang. Jika pengadu rabun atau rabun malam, sudah tentu plat tersebut tidak kelihatan jelas. 

5. Lampu HID dan strobe light - saya tidak tahu siapa yang mempunyai masalah akibat tergaggu begitu kerap dengan lampu seperti ini. Setakat ini, saya jarang berhadapan dengan masalah ini ketika memandu. Mungkin ada yang boleh memberi pencerahan. Jika warna lampu isyarat (signal) dan lampu brek kereta ditukar kepada warna lain, itu boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan. Kalau hendak semak yang itu, silakan.

6. Penguatkuasaan undang-undang cermin gelap memang agak lapuk. Banyak negara-negara jiran yang lebih bermasalah dengan keselamatan pun tidak menguat kuasakan peraturan ini. Alasan yang diberikan oleh JPJ tetap alasan penguatkuasaan dan kehendak untuk mengenakan hukuman terhadap rakyat. Alasan ini juga bukan alasan yang kukuh sebaliknya hanya untuk memudahkan tugas penguatkuasa menyaman rakyat. Kes Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar dirogol di dalam BAS bercermin gelap, bukan kereta. Silakan, jika hendak menguat kuasakan undang-undang ini ke atas kenderaan awam dan komersil yang becermin gelap. Rakyat cuma pelik, jenayah berlaku dalam BAS, tet5api hukumannya kepada pemandu KERETA.

7. Kementerian Pengangkutan dan JPJ selalu menggunakan alasan keselamatan jalan raya untuk memperkenalkan undang-undang, hukuman, gajet, perkakasan, perkhidmatan dan pelbagai perkara baru mengakibat peningkatan perbelanjaan wang ringgit. Malangnya, bila diminta statistik yang berkaitan, permintaan ini tidak pernah dipenuhi. Sebelum ini, ramai yang pernah meminta statistik kemalangan di kawasan-kawasan yang hendak diletakkan kamera AES. Sehingga sekarang, pihak Kementerian dan JPJ gagal memberikan statistik tersebut kepada pihak-pihak yang memintanya.

8. Dalam kes cermin gelap, yang patut dihukum adalah pemilik kedai aksesori (misalnya seperti larangan menjual rokok kepada kanak-kanak) dan pembekal atau pengimportnya. Jika ada kegunaan filem gelap di dalam bidang lain, misalnya pembinaan rumah, maka, undang-undang yang menguatkuasakannya perlu dibuat, termasuk log perbekalannya (seperti yang dikenakan ke atas klinik dan farmasi di atas larangan penjualan ubat batuk tertentu dan bahan-bahan yang mengandungi pseudoefedrin) 

9. Sepatutnya Kementerian dan JPJ mencari jalan yang dapat mengurangkan beban rakyat, termasuk kos untuk mengambil lesen memandu dan mendidik rakyat di jalan raya. Bukannya mencari sebanyak mungkin jalan untuk menghukum dan membebankan rakyat. Sekiranya JPJ dan Kementerian Pengangkutan boleh memahami isu sebenar rakyat, maka admin FB JPJ tidak akan memberi jawapan seperti yang diberikannya.


waadat

Posted: 12 Nov 2014 01:30 PM PST

waadat


Rompakan bercermin gelap

Posted: 11 Nov 2014 04:52 PM PST

2 orang lelaki tanpa senjata, menaiki kenderaan bercermin gelap dan menggunakan plet asal tetapi ukuran tidak mengikut piawaian telah berjaya merompak sebuah bank di ibu negara dan masih tidak dapat dikesan walaupun berpuluh cctv dipasang di kawasan tersebut.

Pihak JPJ yang dihubungi memberitahu rompakan tersebut pasti gagal sekiranya perompak tersebut tidak memasang tinted serta menggunakan plet standard pada keretanya ketika melakukan kerja-kerja rompakan.

Maaf jika lawak di atas kurang menjadi.

Apapun, johan rajalawak minggu ini nampaknya jatuh pada JPJ. Video kenyataan orang kuat JPJ dengan target kematian rakyat Malaysia berlegar dalam media sosial dan menjadi bahan ketawa.

Begitu juga foto kereta orang kuat JPJ yang bercermin gelap turut masuk ke group-group whatsapp & Telegram rakyat jelata dan berkarung sumpah seranah mengiringinya. Kenyanglah orang JPJ makan sumpah.

Bagi Demang itu adalah kegagalan mutlak JPJ samada disengajakan atau tidak.

Kalau dilihat pada gayanya, isu ini seolah disengajakan dan sasarannya sudah tentu pada PM. Dengan kata lain, nampak macam ada agenda terlindung untuk memalukan PM.

Sepatutnya JPJ memberi kefahaman pada rakyat tentang rasional cermin kereta tidak digelapkan dan plet kereta mesti standard.

Apa yang rakyat nampak sekarang ialah kerajaan sedang mencari wang untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan rakyat yang menanggungnya.

Demang sendiripun hairan, kenapa ada kamera pada laluan 90km/jam sedangkan lebuhraya berbayar itu cantik dan lurus? Bukan sedikit wang rakyat telah digunakan untuk membina dan menyelenggaranya.

Demang masih berfikir, apa kaitan cermin gelap dengan keselamatan jalanraya? Berapa banyak rompakan menggunakan kereta bercermin gelap? Adakah selepas ini perompak akan menggunakan kereta tanpa cermin gelap?

Demang fikir jika Najib mengesyaki ada pihak cuba mensabotaj beliau agar orang lain dapat menjadi PM, maka orang atasan JPJ adalah antara yang wajib diselidik.

Suspect utama tu....

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Nov 2014 11:07 AM PST

PEJUANG BANGSA


ADUN BN DEDAH GAJI KAKITANGAN LULUSAN SPM DIBAYAR RM6 RIBU SEBULAN ! @dzainalabidin

Posted: 12 Nov 2014 06:00 AM PST





GEORGETOWN - Beberapa kakitangan Perbadanan Bukit Bendera yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat jawatan N41 dan N44 selepas ditawarkan kerja secara'kontrak berdasarkan perkhidmatan'.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, langkah itu adalah tidak wajar kerana bukan semua yang ditawarkan jawatan terbabit mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu.

"Adakah wajar atau lojik seorang yang berkelulusan SPM diberi jawatan dengan gaji antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan sedangkan ramai kakitangan tetap yang lebih layak dan berkemahiran.


"Tindakan ini juga menyebabkan moral dan semangat kerja kakitangan bawahan merosot kerana peluang kenaikan pangkat disekat sebaliknya diberikan kepada orang luar," katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang Dun semalam.

Beliau kesal kerana masalah itu sudah dibangkitkan dalam sidang Dun sebelum ini tetapi tiada apa-apa tindakan dari kerajaan negeri sebaliknya amalan itu diteruskan oleh perbadanan yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurutnya, perbadanan itu mempunyai 85 kakitangan dengan perbelanjaan bayaran gaji mencecah RM686,442 sebulan.

"Daripada jumlah itu, 58 adalah kakitangan kontrak dan 17 kontrak berdasarkan perkhidmatan," katanya.

Muhammad Farid berkata, ada juga beberapa kakitangan yang bertugas dengan perbadanan itu turut mendapat bayaran bagi kerja juru perunding.

"Ini tidak wajar dan membazir. Mengapa perlu bayar bagi khidmat perunding sedangkan dia adalah kakitangan.

"Ia juga menimbulkan konflik kepentingan kepada kakitangan terbabit yang mungkin lebih berminat dengan kerja perunding kerana mendapat imbuhan lebihan," katanya.



Komen GPB 


Kalau gaji hanya lulusan SPM diambil bekerja di   Perbadanan Bukit Bendera yang ditubuhkan Guan Eng  seperti gaji  Gred N41 -  N44  , memang lumayan la. 

Tak perlu berlajar teruk-teruk sampai degree tapi minta kerja dengan  kerajaan DAP terus dapat gaji lumayan . 

Agak-agaknya kerja  apa dibuat mereka ini sehingga dibayar begitu tinggi ?? 

Apakah kakitangan bekerja ini  begitu istimewa dan masuk melalui "kabel khas "  ??

Siapakah mereka ini ??

Ini kerana  ia  juga  satu pembaziran wang rakyat melalui gaji yang tinggi ditawarkan tak sepadan kelulusan / kepakaran.

Macai-macai DAPig tak nak meroyan ke orang tertentu dibayar khas sampai RM6 ribu sebulan ni ??



PERBADANAN BUKIT BENDERA TAK WARTA DIURUSKAN SEPERTI SYARIKAT SENDIRI @dzainalabidin

Posted: 12 Nov 2014 05:25 AM PST




 Enakmen Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 yang diluluskan pada tahun 2009 masih belum diwartakan sehingga hari ini.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pengurusannya tidak dikendalikan secara teratur dan tersusun seperti sebuah agensi kerajaan sebaliknya dilihat lebih kepada menguruskan 'syarikat sendiri'.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata, sehingga kini perbadanan itu masih tidak mengetahui sempadan pentadbirannya sendiri menyebabkan banyak kawasannya dicerobohi individu atau orang persendirian.

"Apa guna kita berbincang begitu lama dalam Dun mengenai isu itu tetapi akhirnya selepas diluluskan ia belum lagi diwartakan.
"Apa masalahnya dan mengapa mengambil masa begitu lama untuk mewartakannya. Saya harap pengerusinya yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng dapat memberi penjelasan," katanya pada sidang media di pejabat ketua pembangkang Dun semalam.

Turut hadir Ketua Pembangkang Dun, Datuk Jahara Hamid dan Adun Bertam, Shariful Azhar Othman.

Beliau berkata akibat keadaan yang meruncing dalam pengurusannya, perbadanan itu menerima teguran dalam 22 perkara dari Ketua Audit Negara dalam laporan terbarunya berakhir 31 Disember 2013.

"Pihak audit tidak dapat membuat pengesahan mengenai baki dua akaun Maybank Berhad pada 31 Disember 2013 kerana surat pengesahan bank tidak dikemukakan," katanya.

Antaranya ia tidak mematuhi piawaian perakaunan dan pekeliling yang berkuatkuasa dalam merekodkan aset tetap. Terdapat kesilapan dalam merekod aset tetap yang menjejaskan nilainya terhadap penyata kewangan.

Beliau berkata, terdapat transaksi yang sepatutnya direkod sebagai belanja tetapi direkodkan sebagai aset tetap manakala transaksi yang sepatutnya direkod sebagai kos operasi tetapi direkod sebagai aset tetap.

"Terdapat urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan seperti kos operasi alat penyelenggaraan berjumlah RM346,425.31, kos operasi bagi kerja penyelenggaraan (RM105,328.28), perbelanjaan hadiah dan cenderahati (RM9,400), perbelanjaan pentadbiran bagi perkhidmatan kerja HR (RM24,194), perbelanjaan perkhidmatan konsultan (RM67,000), perbelanjaan perkhidmatan keselamatan (2,289.60).

"Terdapat dokumen sokongan yang tidak mempunyai invois dan amaun invois tidak sama dengan amaun dalam lejar seperti perbelanjaan kepada Syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd berjumlah RM23,260.04, perbelanjaan kos operasi hill and trail maintenance kepada Syarikat Sutrak Air Conditioning Sales (RM13,182.30)," katanya.

Sementara itu, Jahara berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pengurusan Perbadanan Bukit Bendera boleh dianggap berada dalam keadaan kelam kabut.

Beliau kesal pengurusan kewangannya tidak tersusun walaupun mendapat peruntukan geran tahunan RM9 juta dari kerajaan negeri dan RM13 juta dari hasil jualan tiket manakala kos menyediakan kereta api baharu ditanggung kerajaan pusat.

Oleh itu, Adun BN berpendapat perbadanan itu tidak layak mendapat sebarang peruntukan tambahan dari pusat sehingga ia membetulkan segala kepincangan yang berlaku dalam pengurusan dan kewangannya terlebih dahulu.

"Dalam Bajet 2015, Guan Eng menyebut kerajaan negeri merancang mengadakan projek kereta kabel yang menghubungkan Taman Belia ke Bukit Bendera serta Teluk Bahang ke Bukit Bendera.

"Projek ini dianggarkan RM250 juta dan kerajaan negeri akan meminta bantuan dari kerajaan pusat. Jadi kami tidak sokongan selagi tiada perubahan," katanya.

Dd i n b u n g a

Posted: 12 Nov 2014 07:04 AM PST

Dd i n b u n g a


SENTUHAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH YANG MEMBANTU TIDAK KIRA PARTI

Posted: 12 Nov 2014 12:11 AM PST


YB DS AHMAD HUSNI MEMERIKSA MATA ADIK SITI SHUHADA

PADA SABTU LEPAS YB DS AHMAD HUSNI SEPERTI BIASA AKAN MEMENUHI JADUAL BELIAU SEBAGAI AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN SALAH SATU NYA ADALAH PERGI KE JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KG TERSUSUN KLEBANG SELATAN CHEMOR DI RUMAH PUAN SALOMA.

SEMASA DI MAJLIS TERSEBUT YB DS AHMAD HUSNI TELAH DITEMUI OLEH SEORANG BAPA BERNAMA EN. AHMAD YANG JUGA KETUA PAS CAWANGAN KLEBANG SELATAN YANG MEMOHON YB DS AHMAD HUSNI MENZIARAH ANAK PEREMPUAN BELIAU YANG MENGIDAP SAKIT STROKE DI KAMPONG BERKENAAN, YB DS AHMAD HUSNI MEMENUHI HASRAT EN. AHMAD DENGAN MENZIARAHI ANAK EN. AHMAD YANG TURUT SAMA MENZIARAHI EN. SABRI PEMANGKU KETUA UMNO CAWANGAN KLEBANG SELATAN DAN BEBERAPA AJK UMNO CAWANGAN.

YB DS AHMAD HUSNI BERBUAL DENGAN IBU ADIK SITI SHUHADA

YB DS AHMAD HUSNI  MEMPUNYAI NALURI YANG CUKUP LEMBUT DAN AMAT TERSENTUH APABILA MELIHAT KEADAAN ANAK GADIS EN. AHMAD SEBELUM INI BERKERJA DI PLUS YANG BERUMUR 30 TAHUN TERLANTAR SEJAK JULAI LEPAS AKIBAT STROKE.

TN. HJ. SUKIMAN PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN TAMBUN MEMBERI UCAPAN, SEBELAH KANAN EN. AHMAD DAN SEBELAH KIRI EN. SABRI PEMANGKU KETUA CAWANGAN KLEBANG SELATAN

EN AHMAD DAN ISTERI MEMOHON JASABAIK YB DS AHMAD HUSNI UNTUK MEMBANTU BAGI MEMBELI KATIL KHAS, KERUSI RODA KHAS DAN PERALATAN LAIN BERNILAI RM4600, DIMAKLUMKAN KATIL YANG DIGUNA ATAS EHSAN JIRAN YANG MEMBERI PINJAM UNTUK DIGUNKAN.

YB DS AHMAD HUSNI TERUS MENGARAH PEGAWAI TUGAS - TUGAS KHAS NYA EN. SUHAIMI DIN UNTUK SEGERA MENGAMBIL TINDAKAN DAN BERJANJI SELEWAT NYA HARI RABU AKAN SELESAI BANTUAN TERSEBUT.

TN. HJ. SUKIMAN MENYAMPAIKAN BANTUAN BAGI PIHAK YB DS AHMAD HUSNI KEPADA EN. AHMAD

PADA HARI SELASA SEPERTI YANG DIJANJI SELEWATNYA HARI RABU AKAN DIHANTAR BANTUAN, MELALUI TN. HJ SUKIMAN JALIL, PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN TAMBUN BERSAMA PEGAWIA KHAS ADUN MANJOI SDR.ZAFUAN, EN FITRI SETIAUSAHA KERJA UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN EN. SABRI PEMANGKU KETUA UMNO CAWANGAN DAN AJK UMNO CAWANGAN KLEBANG SELATAN TELAH MENZIARAH KE RUMAH EN. AHMAD DAN MENYAMPAIKAN PERALATAN SEPERTI KATIL KHAS, KERUSI RODA KHAS DAN PERALATAN - PERALATAN LAIN UNTUK KEGUNAAN ANAK EN. AHMAD BERNILAI RM4600.



BEGITU LAH LUHURNYA HATI SEORANG PEMIMPIN SEPERTI YB DS AHMAD HUSNI YANG BEGITU PERIHATIN DAN BAIK HATINYA TANPA PREJUDIS DALAM MEMBANTU RAKYAT TIDAK KIRA WALAUPUN RAKYAT ITU SEORANG KETUA PAS CAWANGAN, MALAH MENGIKUT KATA EN SABRI, BELIAU PERNAH BERTANYA KEPADA EN. AHMAD ADA TAK KETUA PAS KAWASAN TAMBUN DATANG MEMBANTU? EN. AHMAD MENGATAKAN "USAHKAN MEMBANTU DATANG MENJENGUK PUN TIDAK PERNAH"

MALAHAN TINDAKAN PEGAWAI - PEGAWAI YB DS AHMAD HUSNI ARUS DI BERI PUJIAN TERTINGGI KERANA BERTINDAK PANTAS UNTUK MEMBANTU MALAH PIMPINAN UMNO CAWANGAN KLEBANG SELATAN YANG TURUT TERBUKA HATI MEMBANTU, DI SETENGGAH TEMPAT PIMPINAN CAWANGAN AKAN MARAH JIKA WAKIL RAKYAT MEREKA MEMBANTU ORANG DARI PARTI PEMBANGKANG, TETAPI DI SINI MEREKA SAMBUT DENGAN MESRA.

TAHNIAH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA,

DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMAINKAN PERANAN DALAM MERINGGANKAN BEBANAN EN AHMAD SEKELUARGA.

DAN TAHNIAH UNTUK EN. AHMAD SEKELUARGA DIATAS MENERIMA BANTUAN DARIPADA PEMIMPIN YANG AMAT BAIK HATI, FIKIR - FIKIRKAN LAH UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN SEPERTI YB DS AHMAD HUSNI UNTUK MENJADI AHLI PARLIMEN PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG.

tunku

Posted: 12 Nov 2014 03:18 AM PST

tunku


No US$3bil govt guarantee for 1MDB, Ahmad Maslan reiterates

Posted: 11 Nov 2014 10:47 PM PST

There is no explicit government guarantee for a US$3bil (RM9.6bil) bond by 1MDB, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said, standing by an earlier statement on the issue.

He explained that the only government guarantee that 1MDB held was a sukuk guarantee worth RM5.8bil.

"There is a letter of support released by the Malaysian Government worth US$3bil. However, this does not provide an explicit guarantee by the Government," he told reporters at a press conference at Parliament lobby, Wednesday.

In an explicit government guarantee, if 1MDB defaults on its loan, the Government will have to pay bond holders the sum owed to them. In the case of a letter of support, if 1MDB is unable to pay its loan, the investment arm will have to restructure its assets to pay the loan.

Ahmad Maslan, however, stressed that as 1MDB had RM51bil worth of assets, it was more than capable of paying off the USD3bil.

bumiyang

Posted: 12 Nov 2014 03:11 AM PST

bumiyang


Gara2 Disaman, TG Hj Hadi Sudah X Betah Dengan Anwar???

Posted: 12 Nov 2014 12:13 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 12 Nov 2014 01:58 AM PST

Taipingmali (tm)


Luahan Hati Anwar Ibrahim

Posted: 11 Nov 2014 07:26 AM PST

The Unspinners

Posted: 11 Nov 2014 11:34 PM PST

The Unspinners


Kata tak takut UM pecat ....

Posted: 11 Nov 2014 10:30 PM PST


Fahmi Zainol salah baca Sabah ... nasib tak dicampak kasi buaya

Posted: 11 Nov 2014 07:30 PM PST


Nasib ada polis kalau tak lunyai kamu.

Perpaduan di sabah kuat. Cara menghasut begini tak disukai. Orang Sabah boleh berdialog secara tertib walaupun berbeza parti, kaum dan ugama.

Malukan Semenanjung saja, Itu pun tunjuk biadap....


Dahlah nasib ada polis untuk selamatkan kamu dari dikerjakan sampai lunyai oleh orang Sabah yang tak suka cara kamu. Ini pula nak pergi sana sini ke kampus-kampus. Tak sekolah ke? Dapat biasiswa untuk apa?


Mana tidak, dah diajar gurunya demikian...



Guru yang dropout universiti. Tak abis ijazah walaupun dah repeat.

Mana Nurul Izzah? Bila tiada dan tak lagi ngundi, tidak guna ke?

Posted: 11 Nov 2014 05:29 PM PST





Betul ke Dyana dikongsi dengan Ng Wei Aik? Jawab dari komen hal SIS

Posted: 11 Nov 2014 07:00 AM PST


Meme ini jelas sekali usaha Zairil untuk kembali bersuara. Sementara itu, Dyana masih berdiam.

Mana dia laporan polis atas fitnah? Kenapa tak mahu jawab dan komen? Mana saman ke atas blogger?

Mana komen isteri.

Sementara itu, Unspinners teringat posting lama CTS. Adakah Ng Wei Aik guru yang ajar Zairil curang? Mahaguru dah tentu Lim Guan Eng!




Tak sangka si racist ni seorang Kinky! Bastard! Adakah Zairil kongsi Dyana bersama gurunya Ng Wei Aik???

Baca komen CTS di SINI

Bila DAP dok jual tanah ke pemaju, rumah hanya mampu pandang dan temberang

Posted: 11 Nov 2014 04:30 AM PST


Isu Rumah mampu milik -

Kerajaan negeri dap diingatkan supaya tidak lagi pandai berjanji dan cakap tidak serupa bikin dalam isu membina rumah mampu milik terutamanya melibatkan pembinaan rumah kos rendah sederhana dan kos rendah dinegeri ini.

"Tidak masuk akal langsung apabila satu kerajaan negeri setelah lebih 6 tahun berkuasa gagal membina tempat berteduh kepada golongan rakyat miskin diatas tanah kerajaan negeri".

Bila bercakap mengenai isu perumahan rakyat (pembinaan rumah kos rendah) samalah seperti  menendang tin kosong yang tidak membawa sebarang faedah. Adalah satu kenyataan yg tidak boleh disangkal bahawa menanti kewujudan rumah kos rendah diatas tanah kerajaan negeri adalah satu penyiksaan.

Kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri haruslah iklas serta menerima kenyataan bahawa kerajaan pimpinannya telah gagal secara total dalam menyediakan tempat berteduh kepada rakyat miskin yang berbilang kaum di negeri ini.

"Apa gunanya wujud peraturan supaya pemohon membuat pendaftaran dengan  pejabat perumahan negeri jika hanya menanti ehsan pehak pemaju membinanya, sedangkan tiada komitmen dari kerajaan negeri".

Adalah didapati pehak pemaju juga semakin berkurangan membina unit-unit berkenaan disebabkan kenaikan melampau yg dikenakan keatas kos pembangunan oleh kerajaan negeri.

Apa sudah jadi dengan status dua pemajuan mampu milik termasuk kos rendah diatas tanah kerajaan yg telah diluluskan seperti di jalan S.P.Chelliah dan Batu Kawan, dimana cadangan projek berkenaan telah kedengaran semenjak beberapa tahun lalu,atau adakah ianya hanya sekadar sembang "teh tarik" sahaja?

Rakyat juga perlu dan berhak dimaklumkan apakah kerajaan negeri memberikan syarat 30 peratus pembinaan rumah kos rendah terhadap semua tanah-tanah kerajaan negeri yang telah dijual berbilion ringgit kepada pehak pemaju?

Persoalan ini amat penting bagi rakyat membuat penilaian munasabah samada kerajaan negeri yg dikatakan kerajaan berjiwa rakyat khususnya golongan sederhana ke bawah menjadikan pembinaan kos rendah  sebagai agenda keutamaan mereka.

Sebagai langkah alternatif kerajaan negeri disarankan perlu bersikap lebih terbuka serta bertanggung jawap dalam meluluskan cadangan projek pembangunan yg di kemukakan oleh agensi kerajaan pusat demi keperluan rakyat miskin negeri ini.

Jangan "bertindak dan menghukum" golongan berkenaan tanpa bicara disebabkan ideologi politik.

Padan defisit Pulau Pinang teruk ....

Posted: 11 Nov 2014 01:30 AM PST


Rupanya Ketua Menteri banyak tidor waktu kerja.


Ketua pembangkang dah tentu memang kuat tidori sana sini, mana-mana tempat boleh ....


Entahlah ... penyakit orang pulau kot

Belantan

Posted: 11 Nov 2014 11:30 PM PST

Belantan


DAP Yakin PasMa Mampu Perkukuh PR?

Posted: 11 Nov 2014 08:40 PM PST


DAP Perak yakin Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mampu menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemangkin kepada kekukuhan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat (PR), lapor Sinar Harian.

Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata,keyakinan itu disuarakan ekoran perkara yang dibincangkan oleh PasMa banyak berkisar tentang penambahbaikan, hala tuju dan masa depan PR dalam mewarnai landskap politik tanah air.

"Pelbagai cadangan, usul, pendapat yang dikemukakan oleh pihak Pasma banyak menyentuh berkaitan masa depan PR selain saya percaya sekiranya perkara ini diberi perhatian serius dan diperhalusi bersama, PR akan kekal relevan serta mendapat tempat di hati rakyat," katanya.

Menurut Kah Woh, semua pihak seharusnya menyokong Pasma kerana matlamat utama penubuhan NGO terbabit adalah untuk memastikan BN tewas pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Saya hadir ke program mereka selaku panelis dan semua hujah yang dibincangkan bersama adalah bermatlamat untuk menumbangkan BN khasnya pada PRU14 nanti," katanya.

Kah Woh berkata, kehadirannya selaku panelis dalam program itu juga sebenarnya adalah untuk menerangkan tentang kejayaan PR di Perak dalam menjalinkan pelbagai aktiviti bersama.

"Saya diminta untuk berhujah tentang hubungan erat yang dijalinkan antara DAP, PKR dan PAS di Perak dan bagi saya perkara itu baik dan boleh dijadikan contoh oleh pihak lain dalam PR," katanya.

Mengulas tindakan PAS yang melarang ahlinya terlibat dengan PasMa, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

"Itu hak mereka dan saya rasa setiap perbezaan pendapat itu perlu dihormati dan diraikan," katanya.


Akhbar yang sama sebelum ini turut melaporkan kenyataan Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh kekal presiden parti untuk selama-lamanya.

"Hakikatnya jawatan presiden ada tempoh tertentu, iaitu dipilih dalam muktamar setiap dua tahun. Mana-mana presiden sedia ada perlu dicalonkan semula untuk bertanding dan perwakilan yang akan tentukan siapa layak," katanya.

Phahrolrazi berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan yang dibuat olehnya di laman sosial, pasmapr.blogspot.com, yang dimuat naik 31 Oktober lalu, 'Presiden PasMa menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden Pas seumur hidup'.

Katanya, kenyataan itu untuk menjawab pertanyaan seorang peserta pada program dialog NGO yang diadakan di Sungai Petani, baru-baru ini.

"Jawapan saya itu tiada kaitan dengan dakwaan PasMa berhasrat mahu jatuhkan Abdul Hadi, sebab kami adalah NGO dan kedudukan kami adalah di luar parti. Ahli PasMa juga bukan perwakilan dalam PAS. Tuduhan itu tidak berasas," katanya.

Tambahnya, hanya perwakilan PAS berhak menentukan siapa Presiden PAS seterusnya, kerana berdasarkan perlembagaan parti, ahli-ahli PAS berhak dicalonkan memegang sebarang jawatan dalam PAS.-SH

Suara Politik
Belantan

Hadi Enggan Duduk Sebelah Anwar Di Parlimen ?

Posted: 11 Nov 2014 08:13 AM PST


Selepas sudah lama 'tidak bersemuka ', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya duduk sekejap sebelah Ketua Umum (KETUM) PKR Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.

Hadi sejak kebelakangan ini tidak hadir ke Parlimen begitu juga dengan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cerita ujud ketidaksefahaman antara Hadi dan Anwar.

'Pertemuan' mereka pada hari ini kerana kebetulan kedudukan kerusi ahli parlimen Marang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu sebelah menyebelah.

Hadi bagaimanapun tidak tunggu lama di dalam Dewan dan terus beredar selepas berucap kira-kira 12 minit membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Beliau terus keluar sendirian dan enggan menjawab soalan petugas media di luar Dewan.

Timbul teka teki sama ada beliau cuba mengelak berada di sebelah Anwar lebih lama di dalam Dewan.

Presiden PAS itu hanya memberitahu media bahawa beliau kurang sihat.

Pertembungan Hadi dengan Anwar dikatakan wujud sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau antara yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar dan menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pimpinan PR turut dikritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi!

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Nov 2014 11:02 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAYA PERLU BEREHAT, KATA HJ HADI

Posted: 11 Nov 2014 10:00 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keadaan kesihatan beliau kurang baik sejak kebelakangan ini.
"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen semalam.
Ditanya sama ada beliau masih aktif memenuhi jemputan ceramah parti pada waktu malam, beliau berkata ia tidak sekerap dahulu.
"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," katanya.
Pada Mei lalu, Tuan Guru Abdul Hadi dikejarkan ke hospital Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka menghadiri program di sana.
Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk beliau aktif seperti biasa.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam PR dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya terus memimpin parti Islam itu.
Sumber berkata, jika Hadi setuju berundur, PAS boleh memperbaiki hubungannya bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin beliau.
Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.
Beliau juga tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.
Sumber berkata, jika Hadi berjaya dipujuk untuk berundur, beliau boleh mengambil alih jawatan Mursyidul Am PAS yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

BILA HADI MAHU TURUN, KATA PENGIKUT GUAN ENG

Posted: 11 Nov 2014 08:30 PM PST

Abdul Rahman Malik – Ada yang mengandaikan bahawa jika PAS tidak lagi dipimpin oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, parti Islam itu akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan cabaran dan menjalin kerjasama politik dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Justeru kini sudah ada gerakan di dalam PAS untuk "memujuk" Hadi supaya meletak jawatan. Gula-gula yang disuakan ialah beliau akan dilantik untuk menggantikan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin uzur kebelakangan ini sebagai Mursyidul Am PAS.
Dikhabarkan golongan veteran PAS dan pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Hadi telah diminta untuk "memujuk dan menjelaskan duduk perkara kepada Hadi" mengapa beliau perlu berundur daripada memimpin parti.
Dikhabarkan juga banyak pihak, terutama PKR dan DAP, melihat bahawa mutakhir ini, pendirian dan komitmen PAS dalam pakatan itu semakin longgar dan kadangkala mengancam kelangsungan dan keutuhan pakatan berusia enam tahun itu.
Golongan ini menganggap Hadi adalah punca kegoyahan pendirian PAS itu. Meskipun Hadi berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat membawa PAS keluar Pakatan, tindakannya akhir-akhir ini tidak pula menunjuk ke arah itu.
Paling nyata ialah pendirian yang diambilnya dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor September lalu. Hadi dikatakan "sama degil" dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu isteri beliau mengisi kerusi berkenaan manakala Hadi pula berkeras tidak bersetuju.
Apabila "ditundukkan" kiraan majoriti ADUN yang menyokong usul Anwar apabila dua wakil rakyat PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin – menyokong pencalonan Wan Azizah Wan Ismail, Hadi menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar.
Tindakan Hadi membolehkan Azmin dilantik menjadi Menteri Besar Selangor
Tindakan Hadi itu melorongkan Sultan Selangor untuk menerima pencalonan Azmin untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR kerana melanggar disiplin parti.
Ketegasan Hadi ini sangat mengecewakan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. Menyedari kebelakangan ini banyak pandangannya agak bersilang dengan kedua-dua parti kerabat, Hadi dituduh mulai menjarakkan diri dari pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Ini mendorong Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menyelar Hadi kerana sering "ponteng" mesyuarat Pakatan Rakyat. Ramai juga pemimpin PAS yang bangkit mempertahankan Hadi. Malah ada yang memutarkan haluan tuduhan Guan Eng menuding ke arah beliau sendiri yang lebih kerap tidak hadir mesyuarat pimpinan Pakatan.
Ketegangan hubungan di antara PAS dengan PKR dan DAP semakin menggusarkan apabila Hadi pula menghadapi saman seorang ahli PKR yang mendakwa Hadi telah menghinanya dengan menuduhnya seorang penjual pil kuda.
Ketika kecurigaan menyelinap masuk di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, Hadi tidak melepaskan peluang untuk secara terbuka mengkritik ahli-ahli PAS yang bersekongkol dengan pemimpin "parti luar" untuk menggencatkan langkah politik PAS. Hadi menuduh mereka baruah.
Pada masa yang sama tiba-tiba muncul Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan mahu menawarkan khidmat menjadi pengikat kesatuan dalam PAS dan juga di kalangan ahli-ahli PKR dan DAP.
Ini mengelirukan keadaan. Golongan konservatif atau penyokong konsep kepimpinan ulama menganggap PasMa sebagai satu entiti yang cuba menggerhanakan nilai kepimpinan ulama di mata penyokong PAS.
Profesional dalam PAS merungut golongan ulama mahu bolot kuasa
Sementara golongan progresif atau profesional pula merungut, puak ulama cuba membolot kuasa dan pengaruh dalam parti hingga membingungkan ahli-ahli yang berfikiran terbuka hingga ada yang terperangkap dalam persoalan halal haram dan pahala dosa berpolitik dalam PAS.
Mereka melihat Hadi lebih cenderung dengan pemikiran golongan ulama yang amat sensitif dengan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan umat Islam dan Melayu hingga sering tidak mengambil kira sensitiviti rakyat bukan Islam di Malaysia.
Maka muncullah pemimpin-pemimpin yang cuba mensederhanakan pendirian PAS dalam isu-isu menyentuh anjing, Oktoberfest, perintah Mahkamah Rayuan terhadap Seksyen 66 Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan membabitkan pakaian bersilang jantina.
Bagaimanapun ada kelompok yang besar juga dalam PAS yang menegur pemimpin seperti Hanifah Maidin, Mujahid Yusof Rawa, dan Abdul Khalid Samad yang berpendirian agak "lunak" dengan golongan yang dituduh cuba "mengheret Islam untuk dibicarakan dalam mahkamah sivil".
Golongan progresif ini meneliti perubahan sikap politik atau interpretasi Hadi dalam soal tahaluf siyasi sejak beliau pulang dari Turki pertengahan tahun ini. Hadi dikatakan mula mengambil sikap yang agak kritikal dalam gerak politik PKR dan DAP.
Perubahan ini amat terasa ketika PKR mula melancarkan program politik Langkah Kajangnya. Dari mula Hadi berjaya mengemudi majoriti penyokong PAS, terutama di Selangor, bahawa PAS bersedia menyokong calon PKR dalam pilihanraya kecil Kajang, tetapi soal melantik menteri besar adalah satu perkara berbeza.
Sejak itu, soal kecil hati dan sikap kritikal terhadap gerak politik masing-masing mula memercikkan rasa curiga yang mendalam di antara PAS dan PKR, khususnya. PAS mulai menunjukkan kurang selesanya dengan sikap DAP yang "terlalu mendesak PKR" supaya menekankan soal hak bukan Islam dan bukan bumiputera.
Sebenarnya cerita berhubung usaha mahu menurunkan Hadi daripada menjadi presiden PAS sudah berlegar agak lama juga. Sebelum pemilihan pemimpin PAS dalam muktamar tahun lalu lagi sudah ada ura-ura "mencari tokoh yang boleh menyaingi Hadi" untuk jawatan presiden.
Bagaimanapun usaha itu gagal kerana calon yang diharapkan itu tidak ditemui. Maka kekallah Hadi sebagai presiden PAS. Namun kini ada laporan baru yang mendakwa bersumber daripada tokoh-tokoh kanan PAS mahu Hadi meletak jawatan.
Gosip politik memang sentiasa berlegar dalam mana-mana parti sekalipun. Namun dalam kes PAS anasir luar dikatakan juga turut campurtangan untuk mencatur imbangan kuasa dalam parti.
Anasir ini dikatakan mahu kumpulan progresif dan profesional dalam parti mengambil alih pimpinan PAS agar lebih mudah mencari titik pertemuan dalam mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 kelak.
Sebaliknya, mungkinkah kesedaran betapa bahayanya golongan yang cuba memujuknya berhenti ini muncul di benak Hadi tatkala beliau menerima rawatan ketika berada di Turki.
Mungkinkah dalam masa beberapa minggu dirawat di sana menyedarkan Hadi dengan lebih dekat dan jelas betapa "bahaya"nya ideologi Erdogan yang mahu turut mencatur politik pihak luar, termasuk PAS?
Adakah Hadi melihat betapa jaringan Erdogan ini sudah kuat menambat pemikiran dan tindak tanduk politik parti-parti dan gerakan Islam di Malaysia hingga gerakan seperti PAS sendiri akan kehilangan atau kabur pendirian politiknya?

KESABARAN PAS DIHINA DAP "MENGKAGUMKAN" HJ AMINUDIN

Posted: 11 Nov 2014 07:30 PM PST

Keputusan pimpinan PAS untuk terus kekal di dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kita tahu bahawa gelombang yang inginkan agar parti tersebut terus berdamping dengan DAP terlalu kuat untuk ditentang. Walaupun ada suara-suara kecil dari pihak pro-ulamak yang menyatakan hasrat perlunya untuk PAS melihat kembali tahaluf ini namun jelas ia gagal membawa satu arus yang kuat. Kewujudan PASMA juga membantu mengendurkan suara pro-ulamak ini walaupun ramai di kalangan ahli yang mempertikaikan peranannya.
Cuma kita berasa begitu kagum dengan kesabaran PAS apabila berdepan dengan pelbagai sikap yang ditunjukkan oleh DAP kebelakangan ini yang secara terang-terangan "menembak" Presiden PAS. Malah lebih hina lagi apabila Presiden PAS telah disaman oleh anak buah rakan parti. Namun PAS tetap bersabar. PAS dikritik kerana tidak konsisten, gagal untuk hadir ke mesyuarat, tidak pandai mengurus masalah dan akhir sekali penyebab kepada perpecahan apabila ingin terus melaksanakan hudud. Namun PAS masih terus sabar. DAP juga secara terang-terangan mengatakan bahawa mereka sudah tidak memerlukan PAS dan PR dan boleh bergerak sendiri. Ini kenyataan yang sangat angkuh dan penghinaan kepada PAS. Tetapi PAS tetap sabar.
Tidak dapat dinafikan memang sifat sabar ini adalah sifat yang sangat mulia dan dianjurkan kepada setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang yang sangat sabar walaupun dihina dengan pelbagai kejian dan cacian oleh pihak musyrikin dan kafirin. Cuma sejarah juga membuktikan bahawa Baginda juga sangat tegas dan keras dalam mempertahankan Islam apabila Islam dihina dan disekat dari perlaksanaannya. Baginda tidak berkompromi walaupun sedikit sehingga Abu Dzar r.a. sendiri ditegur apabila beliau secara berseloroh menggelar Bilal sebagai budak hitam. Nah, begitulah kerasnya Baginda.
Apakah kesabaran PAS akan ada sempadannya atau tidak? Itu satu persoalan yang menghantui ramai umat Islam.
Sehingga manakah sikap DAP yang lantang mengkritik PAS itu akan membuatkan PAS hilang sabar? Ini juga menjadi satu teka-teki yang besar.
Mungkinkah PRU14 nanti akan menjadi noktah akhir kesabaran mereka? Juga satu kemungkinan.
Tidak salah kalau kita mengatakan bahawa PR begitu yakin bahawa dalam PRU14 nanti mereka akan berjaya menggantikan BN dan seterusnya memerintah negara ini. Mungkin ini yang menggiurkan sebahagian besar pimpinan PAS sehingga mereka terpaksa terus bersabar dengan karenah DAP walaupun terpaksa menelan hati dan hempedu hasil penghinaan oleh DAP.
Persoalannya; jika sekarang PAS tidak mampu menyekat kelantangan DAP maka mungkinkah PAS akan mampu bersuara di hadapan DAP jika PR berkuasa apabila perlaksanaan syariat Allah menjadi isu nanti? Atau adakah PAS akan terus bersabar?
Tetapi bagaimana pula jika BN terus kekal memerintah selepas PRU14? Adakah PAS akan terus bersabar dgn DAP? Jawapannya akan dapat diketahui apabila kita boleh menjawab persoalan ini; siapa musuh utama PAS? UMNO atau DAP?
Akhiran, ummat Islam hanya sekadar ingin mengingatkan PAS supaya jangan menjadikan soal menang atau kalah dalam percaturan politik semata-mata sebagai asas kesabaran. Walaupun Islam dirobek hingga ke akar umbi, kesabaran PAS berdiam diri benar-benar dikagumi !!!
Tuan Hj Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA

EXCO PAS DAH PERLI AZMIN DAN PKR...YA TERUSKAN!!!

Posted: 11 Nov 2014 05:38 PM PST


Pakatan Rakyat dah mula beri alasan tidak relevan mengenai pengurusan masjid-masjid di negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Resam dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi; Dr Ahmad Yunus Hairi (Exco PAS pro Khalid Ibrahim dan Hadi) buat alasan bahawa jumlah masjid yang banyak menyebabkan peruntukkan sedia ada tak cukup untuk baik pulih dan selenggara masjid-masjid sedia ada.

Jabatan Agama Islam Selangor pula dipersalahkan kononnya tak dapat bajet mencukupi berbanding jabatan-jabatan agama di negeri-negeri lain, malah keupayaannya sebagai agensi perlaksanaan negeri juga terhad!

Dr Ahmad Yunus juga memberi alasan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menjadi penyebab dalam kelewatan pembinaan sesebuah masjid.


Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013; terdapat enam masjid kelolaan JAIS di daerah Sepang, Petaling Jaya dan Gombak tidak diselenggarakan sejak tiga tahun lalu hingga menyebabkan masjid tersebut mengalami kerosakan berterusan. (MP Sepang dok sibuk jaga SIS, LGBT dan Syiah...mana ada masa nak jaga masjid)

Kerja-kerja penyelenggaraan pula tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan menyebabkan ia cepat rosak dan kena baiki lagi. (Boleh open tender lagi wooo)   

Apakah ini petanda bahawa JAIS akan dipersoalkan oleh para kafir harbi supaya tidak lagi membuat penguatkuasaan membenteras penyelewengan akidah tetapi hanya perlu jaga masjid saja? 

Sudah pasti si kafirin harbi Xavier, Teresa Kok dan segala chauvinistrasis dalam DAP akan mempertikai mengapa jumlah masjid dan surau begitu banyak berbanding rumah-rumah sembahan untuk dewa-dewi mereka.


Sudah pasti juga mereka akan mula mendesak Menteri Besar Selangor supaya memberikan peruntukkan yang lebih banyak atau setidak-tidaknya sama rata sama rasa untuk membina juga rumah-rumah sembahan dewa-dewi mereka setaraf banyaknya dengan masjid-masjid umat Islam.

Dulu PAS selalu mengutuk UMNO yang kononnya terlalu banyak membina masjid dan surau yang indah-indah, tetapi kosong pengisiannya dan membazir wang rakyat hingga mengabaikan kebajikan ummah. 

Huh begitu idealistik sekali hinggakan para mahasiswa di universiti-universiti ketika itu dan kini begitu mencanak-canak terangsang dengan idealisme longkang tersebut.

Namun dalam masa yang sama puak-puak ini juga yang merosakkan citra Islam dengan menghasut jemaah masjid dan surau supaya membenci kerajaan yang bermurah hati membina masjid-masjid itu.

Kini walaupun PAS mempunyai kuasa sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam termasuk masjid-masjid namun tidak banyak yang boleh dilakukan PAS. Semuanya terpaksa mengikut telunjuk dan kehendak puak minoriti.

Terlalu rasis kapir harbi ini. Lu mau umat Islam panggil itu militan ISIS ajar sama lu?
Mungkinkah satu hari nanti nak azan dan buat aktiviti agama pun kena mintak persetujuan Exco-Exco kapir dan penduduk-penduduk kapir dalam sesuatu kawasan taman perumahan?   

Kesian PAS jadi mangsa akibat tahaluf siyasi yang akhirnya memakan diri sendiri.

Mungkinkah ini juga petanda tiada lagi peruntukkan disediakan atau bajet pengurusan masjid dan surau akan dipotong bagi memastikan bajet sedia ada hanya cukup untuk menyelenggarakan masjid dan surau sedia ada, tak perlu lagi pembinaan baru?


Para pengundi chauvinist-rasis yang kononnya banyak bayar cukai sudah tentu akan mempertikai mengapa kerajaan Negeri Selangor mahu membina banyak masjid dan memperuntukkan banyak wang untuk penyelenggaraan masjid kerana ia melibatkan wang rakyat, wang mereka. 

Jadi mereka berhak menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Negeri.

Puak-puak chauvinist-rasis tidak merobohkan masjid-masjid dan surau-surau secara fizikal tetapi mereka merobohkan institusi-institusi Islam secara halus dan sistematik. 

Melayu PAS pulak beri alasan kononnya banyak masjid punca lewat selenggara, bajet tak cukup, nak hentikan pembinaan masjid baru sebab nak save kos, nak elak pembaziran, nak guna bajet sedia ada untuk maintenance.

Sebenarnya apa yang cuba hendak disampaikan oleh Exco PAS ini kepada kepimpinan Negeri?

Sayang...orang luar meratapi kehilangan masjid akibat peperangan, kita di Malaysia pula ada masjid tak jaga kesuciannya.

Pssst...Ingat masjid kotor teringat bihun cap masjid...akhirnya dibakar sendiri oleh tokey sebab nak tutup kes.






VIRAL FAHMI CABAR NC UM PECAT DIA KALAU BERANI

Posted: 11 Nov 2014 12:54 AM PST



Video ini adalah sekumpulan orang luar dan ada juga mahasiswa UMS yang menanti Fahmi sejak petang lagi. Mereka bukan samseng tetapi warga Sabah yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Fahmi terhadap mahasiswa UMS dan rakyat Sabah. "Kerana mulut badan binasa".




Datang dengan niat Jelajah Hasut. Kemudian mengata warga UMS sebagai "Bodoh" telah mengundang kemarahan warga Sabah yang menyebabkan Fahmi di tunggu di pintu luar UMS.


Sikap kurang ajar Fahmi bukan sahaja mengundang kemarahan warga UMS tetapi juga warga Sabah.


Fahmi dan rakan-rakannya bersyukur kerana dilindungi oleh pasukan keselamatan dan PDRM KK yang membawanya ke balai. Jika tidak tentu sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Diberitakan Fahmi malam berkenaan berjaya menyusup masuk ke dalam UMS secara tidak disedari ke Kolej Kediaman E oleh pengawal keselamatan UMS. Bagaimana dia masuk? tentunya ada orang dalam!.

Sikap menceroboh rumah orang ni adalah sikap Fahmi sebenarnya.
Pihak keselamatan UMS terpaksa membawa Fahmi memandangkan masuk tanpa kebenaran dan dikira menceroboh
Bagaimana Fahmi menyusup masuk secara haram ke dalam Kolej E? Siapa dalangnya?
Persoalannya mengapa Fahmi Zainol Presiden MPP UM ini dibiarkan oleh pihak UM? Mengapa hukuman tidak segera dilaksanakan memandangkan secara terang-terangan Fahmi ini mengganggu ketenteraman awam dan menceroboh masuk Universiti orang lain.

Saya yakin hukuman dibawah KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (Menjatuhkan nama Universiti/ mengganggu keamanan) adalah jelas.

Ini termasuk tindakan tatatertib kepada mahasiswa UMS yang terlibat bersekongkol membawa Fahmi dan rakannya secara HARAM ke dalam UMS!.

-mesejj
 

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Nov 2014 09:35 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Sudah Melampau Fahmi Zainol, Gelar Siswa UUM Pula Sebagai Bodoh

Posted: 11 Nov 2014 09:04 PM PST

Benarkah Akaun Facebook Fahmi Zainol Kena Hacked?

Posted: 11 Nov 2014 04:32 AM PST


DAP Akan Bantu Calon PasMa Jatuhkan Hadi Awang?

Posted: 10 Nov 2014 10:53 PM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Nov 2014 09:20 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


UMNO PERLU UBAH KONSEP KEAHLIAN TANPA CAWANGAN DAN BAHAGIAN.

Posted: 11 Nov 2014 06:46 PM PST

ISMA, TUN MAHATHIR PEMIMPIN MELAYU HARAPAN DUNIA ISLAM.

Posted: 11 Nov 2014 01:37 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Nov 2014 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dicekup asmara dengan isteri orang

Posted: 11 Nov 2014 02:15 AM PST

Gambar hiasan
BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi 'memujuk' pasangan terbabit untuk  membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

"Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

"Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

"Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran* kepada mereka.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya* sekali," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Gadis tak sempat pakai baju ketika diserbu

Posted: 11 Nov 2014 12:45 AM PST


Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam. 

Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket pelacuran melalui aplikasi Wechat

Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran ini menggunakan aplikasi internet 'WeChat' yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari. 

Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang

Sindiket pelacuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto lucah wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan. 


Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga ChinaVietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik

Siasatan mendapati, pelanggan hanya perlu mengetahui nombor bilik didiami wanita terbabit yang diberikan oleh bapa ayam melalui komunikasi menggunakan sistem pesanan ringkas


20 Julai tahun lalu, jabatan yang sama turut melumpuhkan sindiket pelacuran menggunakan laman web bagi menawarkan perkhidmatan persundalan di sekitar Johor Bahru

Usaha itu bagaimanapun gagal mengesan bapa ayam terbabit selepas nombor yang digunakan tidak lagi aktif. Pemeriksaan pendaftaran nombor menggunakan nombor kad pengenalan mendapati individu dalang sindiket pelacuran itu tidak wujud. 


Dalam serbuan malam tadi, kondom dalam kuantiti banyak turut ditemui dalam setiap bilik didiami pelacur terbabit. 


10 wanita, 6 warga China dan masing-masing 2 warga Indonesia serta Vietnam berusia di antara 19 dan 31 tahun ditahan dalam serbuan ini. 


Antara kesalahan dikesan, menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kesemua ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika, Johor Bahru, untuk siasatan lanjut. 

Sumber

Guru maut selepas bersetubuh, oral seks dalam Avanza

Posted: 11 Nov 2014 12:01 AM PST

Seorang guru 58 tahun yang mengajar di salah sebuah sekolah di Gunung Kidul ditemui maut dalam keadaan menyayat hari di dalam keretanya minggu lepas.

Mayatnya ditemui dalam kenderaan di kawasan wisata Rawa Jombor Desa Krakitan Kecamatan Bayat, Kabupaten Klaten, Jawa Tengah.

Lebih tragis, guru berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel tanpa seluar. Berdasarkan siasatan awal pihak polis, penemuan mayat tersebut atas laporan dari penduduk Sulur RT 26 RW 07 Desa Kemiking, Kecamatan Semin, Kabupaten Gunung Kidul, Yogyakarta.

Penduduk di situ berasa curiga dengan kenderaan Avanza mangsa yang berada terlalu lama di tempat kejadian. Setelah kenderaan tersebut didekati, mereka terlihat seorang lelaki yang kaku disangka sedang tidur namun setelah diperiksa, mangsa telah pun meninggal dunia.

Siasatan awal pihak berkuasa dari penglihatan telah membuat kesimpulan mangsa maut akibat serangan jantung selepas bersetubuh di dalam kenderaannya. Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa diserang sakit jantung setelah melakukan oral seks dengan pasangannya berdasarkan bukti-bukti yang ditemui dalam kenderaan beliau.

Namun begitu kes itu masih lagi disiasat dan pasangan mangsa diminta hadir untuk membantu mangsa.

Sumber: Infospesial.net

JPJ akhirnya jawab tohmahan 'nombor plate sebabkan kemalangan'

Posted: 10 Nov 2014 10:02 PM PST

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

#bestrongJPJ #supportJPJ #JPJboleh #1JPJ
#sayangJPJ


'Dah lama Chong Wei guna dadah itu'

Posted: 10 Nov 2014 07:31 PM PST


Kes kegagalan ujian doping pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin panas apabila bekas pemain beregu negara Razif Sidek membuat kenyataan bahawa kesalahan penggunaan bahan terlarang oleh pemain itu sudah lama berlarutan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Razif berkata ramai pegawai termasuk pemain badminton dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan yang dilakukan Chong Wei.

Menurut laporan itu, tiada seorang pun berani 'buka mulut' kerana kredibiliti Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia dalam sukan badminton.

"Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh, kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama.

"Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah perkara ini turut mendapat pengetahuan pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

"Saya difahamkan, dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini (Malaysia) semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan.

"Bukankah saya dah cakap sebelum ini (mengenai Chong Wei terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang)? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu tetapi kisah ini telah dimaklumkan oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri," katanya dipetik akhbar berkenaan.

Sebelum ini sampel A dari Chong Wei diuji positif bahan terlarang dan pemain itu sendiri meminta untuk dilakukan ujian ke atas sampel B yang dilakukan di Oslo, Norway.

Kelmarin, keputusan ujian melibatkan sampel B telah diketahui positif turut mengandungi bahan terlarang.

Chong Wei kini berdepan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Kenyataan Razif yang pernah berpasangan dengan abangnya Jalani Sidek pastinya akan membuatkan sedikit sebanyak persepsi peminat sukan badminton akan berubah.

Kita tunggu apa jawapan BAM dan Chong Wei berkaitan kenyataan Razif. – MYNEWSHUB.CC

Jodoh Tak Panjang.. Raja Azmi,Eddie Akhirnya Bercerai

Posted: 10 Nov 2014 07:01 PM PST

Manusia hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan. Setelah lebih beberapa bulan kisah rumah tangga penerbit sensasi, Raja Azmi diperkatakan umum, akhirnya dia mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Eddie Ghazali hari ini.

Bercakap ketika dihubungi akhbar Harian Metro, empunya nama Raja Azmi Raja Sulaiman walau bagaimanapun berkata, dia tidak mahu membuat ulasan lanjut sehinggalah kes selesai petang ini.

"Ya, memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya. Apa-apa saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok."

Dikhabarkan, pasangan tersebut yang sudah tinggal berasingan selama tiga bulan, bakal bercerai esok di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Umum sedia maklum, rumah tangga pasangan yang diijabkabul pada 13 Oktober tahun lalu dilanda badai selepas dikatakan tidak sefahaman.

Untuk rekod, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan.

Moga-moga, Raja Azmi dan Eddie bersabar dengan dugaan yang melanda.

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Nov 2014 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


Ambulans Sudah, Kereta Polis Sudah, Pertahanan Awam Sudah, Kereta Menteri Saja Belum

Posted: 11 Nov 2014 02:07 AM PST

Tahniahlah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menguatkuasakan undang-undang tanpa memilih bulu. Dalam aspek pemeriksaan cermin gelap, JPJ telah memeriksa kenderaan jabatan awam yang lain seperti ambulans, kereta polis dan kenderaan pertahanan awam.

Untuk ambulans, mungkin faktor keselamatan diutamakan seperti takut-takut pesakit merogol jururawat di dalam ambulans atau pembawa ambulans merogol pesakit. Tapi apa rasional kenderaan polis dan pertahanan awam disyaratkan tidak boleh cermin gelap? Takut penjenayah merogol polis di dalam kereta polis?

Kami Rakyat Malaysia menyokong penuh operasi cermin gelap dan nombor plat kenderaan ini. Operasi ini hendaklah diperluaskan kepada Pak-Pak Menteri dan juga Ketua Pengarah JPJ sendiri. Barulah adil dan saksama.

Nama Malaysia Di Pentas Dunia Sekali Lagi - Kali Ini Ratu Pondan Pula

Posted: 11 Nov 2014 01:30 AM PST

Mungkin golongan penyokong LGBT dan Islam Liberal di Malaysia sedang bersorak kegembiraan sekarang. Ini memandangkan dua wakil dari Malaysia, Cicie Sinclair dan Hendra telah berjaya ke pertandingan akhir Miss International Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014 yang berlangsung semalam di negara jiran, Thailand.

Pertandingan ini mendapat sambutan hangat apabila seramai 25 peserta daripada seluruh dunia termasuklah negara kita menyertainya. Peserta-peserta Miss International Queen ini mewakili negara masing-masing iaitu dari Filipina, Singapura, Brazil, Vietnam, Korea Selatan, Malaysia, Turki, Jepun, Sepanyol, Thailand, Chile, Myanmar, Nicaragua, Mongolia, Russia, Venezuela, USA, Jepun, Peru dan Cuba.

Agaknya apakah pendapat tiga orang Wakil Rakyat PAS iaitu YB Dr Mujahid Rawa, YB  Hanipa Maidin dan YB Khalid Samad yang menjadi penentang kuat pengharaman Sister In Islam (SIS), mengenai isu ini? Opps ... saya terlupa nama Datuk Saifuddin Abdullah.