WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 08 Feb 2013 09:01 PM PST Tiada gunanya berdolak dalih lagi Posted: 08 Feb 2013 07:44 PM PST Tiada gunanya berdolak dalih lagi — Mohd Rizal Jaafar8 FEB — Apabila Umno mengajak orang ramai berhimpun, tidak kiralah samada di Stadium Bukit Jalil atau di Pusat Dagangan Dunia Putra, media disana-sini pasti gegak-gempita dengan laungan kejayaan kerajaan serta sorakan rakyat terhadap parti bertuah ini. Manakala kita golongan serba daif dan tertekan sesekali termakan umpan juga, terpaksa bersetuju dengan pendapat Umno kadang-kadang. Kita terpaksa menjadi pak turut. Saban minit kita dipertontonkan dengan berita sokongan tidak berbelah-bagi rakyat dari segenap pelusuk dan ceruk rantau negara. Media cetak dan media elektronik pun nampaknya begitu bernafsu sekali mendedahkan kebijaksanaan pemimpin Umno, keperihatinan serta kewarasan isteri-isteri mereka. Mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menelanjangkan gelagat terlampau pembangkang dan para penyokongnya dengan matlamat mahu melabel mereka sebagai pelampau bangsa, pengkhianat dan ekstremis agama. Begitu teruk sekali pembantaian media kerajaan ini, sampai ke satu peringkat kita sendiri pun sudah tak tertahan lagi dengan sandiwara berpanjangan, lalu mengambil keputusan untuk menutup terus televisyen dan radio. Cukup-cukuplah! Kita pun pandai juga membuat ramalan politik. Kita fikir kalau benarlah Umno dan sahabat Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysianya sudah cukup hebat, maka tidak perlulah mereka bimbang lagi. Jangan ditunggu lama-lama, teruskan sahaja dengan pembubaran Parlimen dan jalankan segera Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Kita pun tahu, jikalau media televisyen dan akhbar arus perdana dijadikan sandaran, maka pembangkang pasti akan terkencing-kencing ketakutan, terberak-berak bertempiaran menyorok setelah hilang segala harga diri dan wang pertaruhan. Media yang pro-Barisan Nasional memang sudah lama kita boikot. Bukan kerana benci sangat pun, tetapi kerana sudah jemu menonton wajah-wajah yang sama (cuma mutakhir ni wajah Muhyiddin semakin kerap keluar TV dan semakin berseri pula nampaknya); dan kita bosan betul mendengar ucapan-ucapan badut-badut yang tidak lawak, mendatar, tong kosong dan berbelit-belit. Kita pun bukan selalu sangat membaca media alternatif. Bukan kerana meluat, tetapi kerana naskhahnya yang terhad dan sering kehabisan. Laman sosial sudah lama kita nyahkan dari dunia maya ini, tetapi sekali sekala kita intai jugalah laman web buat melepas rindu dendam. Kita sudah nyaris mengaku kalah pun sebenarnya. Kita sudah bersedia menerima kemenangan Umno dan Barisan Nasionalnya. Kita akui hakikatnya yang nasib anak bangsa tidak akan berubah, kita masih terpaksa bekerja cukup makan tatkala Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri dan segala Tan Tin dan Tun nya akan terus menerus menyedut isi perut bumi Malaysia. Kita hampir menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mampu bangkit lagi menentang kerajaan; manakala gagasan Pakatan Rakyat bakal berkubur dalam satu liang lahad, memandangkan sokongan umum yang sudah tawar leweh. Memang kita sendiri pun sedih tetapi nak buat macam mana, terimalah seadanya. Esok terpaksalah menghantar anak ke sekolah macam biasa. Bak kata bekas penjajah kita dari negara atas angin, "Life Goes On!". Kita tahu perubahan itu sukar dan menuntut pengorbanan yang besar. Kita belum cukup kuat untuk berubah. Kita takut untuk berubah. Kita takut tak cukup makan, takut hilang stail dan status Bumiputeranya, kita takut dijajah semula, takut pemerintahan baru yang mungkin lebih terseleweng. Kita takut pada manusia. Kita takut mati. Namun pada 12 Januari yang lalu, kita terkejut betul apabila terlihat beberapa keping gambar yang menunjukkan betapa api kebencian rakyat terhadap ketidak-adilan sebenarnya masih belum padam, bahkan semakin marak menyala-nyala. Ianya begitu mengesankan sekali sehingga kita membuat keputusan untuk mengambil pendirian baru yang lebih berani; kita menuntut kerajaan baru yang lebih bersih dan bertanggungjawab. Gambar-gambar berikut walaupun hampir sama dengan yang gambar-gambar "gelombang merah" yang pernah diterbitkan media Umno, memiliki perbezaan jelas iaitu semangat dan harapan. Anda boleh saksikan sendiri: Wah... ramai sekali umat manusia dari Malaysia yang sanggup bersusah payah sebegitu rupa. Untuk apa? Tak mungkin untuk suka-suka mencari pasal dengan pihak berkuasa, atau suka-suka menghabiskan masa berhujan berpanas berpeluh berhabis? Stadium Merdeka pada hari keramat tersebut penuh sendat sampai termuntah-muntah ke jalanraya. Laluan utama motokar dan keretapi ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sudah tersumbat, dibanjiri anak-anak muda yang bermatlamat suci. Mereka tak mahu bantuan sementara, mereka mahu hak warganegara yang kekal selamanya. Umno dan Barisan Nasional sebenarnya sedang terketar-ketar mencari alasan. Langkah mereka sudah mengontot dan sumbang, bunga silat dan kuntau mereka sudah keras, kaku dan hodoh. Seri pada wajah-wajah mereka sudah hilang dikotori nawaitu yang sudah tersongsang. Mereka membebel dan merapu bagai orang mengigau siang. Isteri-isteri pak-pak menteri ini sudah tidak muncul-muncul lagi. Mereka benar-benar kaget dan takut untuk berdepan dengan gelombang baru yang bakal menghadapkan mereka ke mahkamah terbuka tajaan anak-anak Malaysia. Kesimpulannya, kita masih ada peluang, bahkan peluangnya semakin cerah. Sudah tiba masanya rakyat memberanikan diri, membuka mata dan melihat sendiri yang mana nyata dan jujur, dan yang mana pula lakonan dan drama semata. Sudah tiba masanya para pemimpin Umno yang telah dipilih dan ditanggung rakyat jelata kembali bermuhasabah and kembali memperbetulkan niat anda sebagai wakil rakyat. Berundurlah dengan terhormat jika tidak terdaya memikul beban suci ini. Masa untuk berlakon-lakon sudah tiada, filemnya sudah lama tamat, kembalilah kepada diri anda yang sebenar. Kembalilah ke alam nyata dan kepada warganya yang pernah berkorban demi anda. Jangan sombong dengan kuasa anda yang sedikit kerana kuasa yang ada ditangan saya jauh lebih berbisa. Kuasa kita dan kuasa 27 juta rakyat Malaysia! | |
Tukar Tiub Posted: 08 Feb 2013 07:04 PM PST ULAR BERSALIN KULIT - KITA BERSALIN KERAJAAN Posted: 08 Feb 2013 06:00 PM PST
TIM TUKAR TIUB pengarang penulis pembantu teknikal MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA MASYARAKAT CHINA
ULAR BERSALIN KULIT MALAYSIA BERSALIN KERAJAAN
BERSEDIA UNTUK BERSALIN KERAJAAN
------- | NAK MASUK FELDA LAGI DI HALANG - NAK MASUK PUTRA JAYA JADI MUSTAHIL Posted: 08 Feb 2013 06:30 AM PST
KOMENTAR TUKAR TIUB lihat gambar ini malaon sedang menghalang pintu masuk ke felda
nak masuk ke perkampongna felda lagi dihalang bayangkan apakah pakatan rakyat akan dibenarkan ambil alih putrajaya?
sila fikirkan soalan ini Panas... rombongan bawa Anwar Ibrahim utk berceramah di Felda Bukit Kuantan jam 5.45 ptg td telah disekat oleh beberapa org anak muda di semua pintu masuk ke Felda berkenaan. Bukan setakat itu, byk kenderaan berat diletakkan agar tiada kenderaan boleh masuk. Ketua Cabang Bera, Haji Abas Haji Awangberjaya masuk dan snap gambor panas nii.. Anwar diarahkan patah balik dn skrg berada di Bukit Setongkol majlis jamuan HiTea di rumah Hj.Kassim blkg restoran Sobariyah........ ------ | SIAPA BUDAK UITM YANG BUNTING ITU ? Posted: 08 Feb 2013 06:00 AM PST
DEN NAK TANYO dah bunting ko bolom kah kah kah MANADO (Indonesia), 8 Feb — Pengamal media terutamanya wartawan perlu menjadi golongan pemikir atau pengkritik yang sentiasa mementingkan keharmonian hubungan antara negara dalam setiap penulisan yang ... Read More KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... BILA MEDIA LAPOR RAIS YATIM ROGOL AMAH PASAL APA SAMAN.... kah kah kah... kah ah kah... BILA MEDIA LAPOR ANK RAIS YATIM DAPAT KONTREK WIFI... KENAPA SAMAN WARTAWAN... kah kah kah.. kah kah kah... BILA ORANG JELEBU NAK CAKAP KES RAIS YATIM ROGOL AMAH ... KENAPA HALANG DARI MAHKAMAH.... kah kah kah.. woit... BETUL ORANG JELEBU TANYA ... HAL BUDAK UITM NAPA NAK SAMAN.... kah kah kah...
MENGIKUT RAIS YATIM HANYA 2548 ORANG SAHAJA YANG DATANG #HKR112 NOTA: nak tanya budak uitm yang dapat hadiah kemera itu dah bunting atau belum? kah kah kah
------ | GAGALIS SEDUNIA BERSATU DALAM TANGAN SENDIRI Posted: 08 Feb 2013 05:30 AM PST BILA BOLEH DENGAR KU TU BAH dari pemegang mohor botol besar raja raha gopal KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pihak berkuasa agama hari ini memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak menyambut Hari Valentine minggu hadapan, yang menurut mereka mungkin menggalakkan seks sebelum nikah. Teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibaca di masjid- masjid seluruh negara menjalankan kempen "Elakkan ... Read More KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... BULAN GILA DAH MASUK.... kah kah kah... kah kah kah.... KENAPA TAK ADA KU TU BAH HAL ALTANTUYA.... kah kah kah.. kah kah kah... BILA NAK KU TU BAH TENTANG RASUAH KOMISEN KAPAL SELAM.... kah kah kah woit... BILA NAK KU TU BAH TENTANG PENDATANG HARAM DAPAT JADI PENGUNDI.... kah kah kah.. woit.. .BILA NAK KU TU BAH HALM NAJIB BUNUH ALTANTUYA.... kah kah kah LEBIH BAIK JADI JANTAN GAGALIS dari JADI JANTAN TAKUBIN ------ | KETUAN MELAYU SENYAP BILA DEEPAK BERSUARA Posted: 08 Feb 2013 12:00 AM PST Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya."Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi. DIMANA PEJUANGAN MELAYU DAN ISALM INI HILANG TAK BERSUARA? KAH KAH KAH| KAH KAH KAH KAH AKH KAH woit... KETUANAN MELAYU TAK MALU KE?... kah kah akh.. kah kah kah. .MAMAT GEMOK PENJUAL KARPET HINA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah... PANGGIL MENTERI KABINET KETUANAN MELAYU KABINET ITIK MALAS... kah kah kah.. kah kah kah... PANGGIL KETUA AGONG KETUANAN MELAYU PERDANA MENTERI ITIK TERDUDUK.... kah kah kah.. woit... MANA DIA PEJIHAD MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah... MANA DIA JARINGAN MELAYU... kah kah kah.. kah kah kah.... MANA DIA PUUUUURKASA.... kah kah kah.. kah kah kah... MANA DIA HASAN ALI... PEJUANG MELAYU ISLAM...kah kah kah.. kah kah kah... MANA DIA ZUL BISUL...PENJIHAD MELAYU ISLAM...kah kah kah.... kah kah kah. .MANA DIA HARUN DIN... opsss.. SILAP... kah kah kah.. kah kah kah.. .NAK CAKAP HARUS SANI TERSEBUT HARUN DIN PULAK... kah ka kah BERSEDIA --------- | SALUT - SELAMAT JALAN SEORANG KAMARAD Posted: 07 Feb 2013 09:14 PM PST
CHOKRI BELAID DITEMBAK MATI SALUT UNTUK SEORANG KAMARAD tetiba aku terbaca berita kau ditembak mati dibunuh rejim yang zalim
seluruh tunisia terhenti seluruh bumi arab terperanjat sedunia kamarad menggengam tangan
aku melihat gambar ayah kau menangis aku melihat gambar kaum keluarga kau menangis aku hanya menitiskan air mata tanda setia mengucap selamat tinggal
chokri belaid kau pejuang kaum buruh chokri belaid kau pejuang kaum tani chokri belaid kau pejuang kaum tertindas
chokri belaid kau yakinlah aku tidak lagi menitiskan air mata chokri belaid kau yakinlah aku tidak lagi memendam rasa kerana aku sedang menjadi saksi aku sedang melihat anak anak muda bergerak di jalan raya aku sedang melihat ribuan mohamad bouazizi telah bangun berarak mereka tidak akan membakar diri mereka kini menyebarkan api revolusi
ketika jenazah kau bergerak anak anak muda telah mula bangun ketika jenazah kau mula bergerak sebuah kerajaan zalim telah tumbang
chokri belaid kau adalah che geuvera chokri belaid kau ada chandra bose chokri belaid kau ada bhagat singh chokri belaid kau adalah mat indera
chokri belaid kau gagah dalam kematian
LAHIR 26 NOVEMBER 1964
WAFAT 6 FEBUARI 2013
Tunisian opposition leader shot dead
Murder of Chokri Belaid, leader of Unified Democratic Nationalist party, triggers 1,000-strong protest outside interior ministry
--- | |
DIALOG RAKYAT Posted: 08 Feb 2013 03:45 PM PST Syiar PAS DiHina; 200 Bendera DiCabut dan DiBuang Dalam Anak Sungai Posted: 08 Feb 2013 03:38 PM PST Skuad BO KUALA NERUS - 200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran. Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim. Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir. Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah. "pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur), "hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat. Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang. Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu. | Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan; Tolak BN Dalam PRU-13 Posted: 08 Feb 2013 03:36 PM PST Editor BULETIN Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan yang akan dibuat pada hari Sabtu, 9 Februari 2013 jam 3.0 petang bertempat di depan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia akan disempurnakan oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Exco DPPM yang lain. Pelancaran ini amat siginifikan ketika negara akan berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13. Bersama Pemuda Pakatan Rakyat, Majlis ini adalah suatu inisiatif sebagai suatu tawaran khusus kepada golongan muda di negara ini. Sudah tentu, 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini adalah sesuatu yang amat realistik, relevan serta menyentuh kehidupan anak-anak muda. Antara isu utama yang membelenggu anak-anak muda negara ini ketika ini adalah peningkatan kos hidup, pengangguran, perumahan, pendidikan, kenderaan serta kesejahteraan hidup. Faktor-faktor tersebut telah menjerut anak-anak muda sehingga mereka tidak mampu menterjemahkannya dengan kehidupan yang baik. Kesannya menjerumus kepada keciciran dalam pelajaran, kemiskinan bandar, kemelaratan, gejala sosial, kurangnya pendidikan agama, membawa kepada kemusnahan yang lebih besar seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan lain-lain lagi. Tawaran ini berusaha melengkapi keperluan dan kehendak anak-anak muda selari dengan tuntuan semasa mereka. Langkah yang jelas serta tawaran yang meyakinkan akan memastikan anak-anak muda lebih terarah dengan panduan yang tepat. Selama lima puluh tahun kerajaan BN gagal memahami tuntutan anak-anak muda sehingga generasi muda hilang jatidiri. Kerajaan BN lebih berminat memenuhi kehidupan golongan muda dengan aspek yang merugikan mereka seperti hiburan yang melampau dan melekakan tanpa pengisian yang bermakna. Generasi muda adalah penentu jatuh bangunnya negara di masa hadapan dan mundur atau majunya negara di masa hadapan ditentukan oleh generasi muda pada hari ini. Lebih dari itu, generasi muda khususnya pengundi muda adalah penentu kepada keputusan pilihanraya umum ke 13. Melalui mereka, landskap negara mampu dilakar dan dicoretkan dalam kanvas politik baru dan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini bakal menjadi faktor pemangkin kebangkitan anak-anak muda dalam PRU 13 bersama Pakatan Rakyat. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia | Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti Posted: 08 Feb 2013 03:33 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.
Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.
Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.
"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.
Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.
Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.Harakahdaily | Berjasa mahu tanding 90 kerusi PRU 13 Posted: 08 Feb 2013 03:28 PM PST MALAYSIA CHRONCILE KUALA LUMPUR-Berjasa akan meletakkan calonnya di 90 kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 ini, kata Presidennya, Sultan Abdul Kadir dalam sidang media hari ini.
Dari 90 kerusi itu, 50 adalah kerusi Parlimen dan 40 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Kita tidak mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi cukuplah sekadar menjadi kuasa ke - 3 sahaja," kata Sultan dalam sidang media di sebuah hotel hari ini.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya parti itu, Brig. Gen. (R) Datuk Hashim Karim mendakwa 'come back' penyertaan mereka dalam PRU13 nanti tidak akan memecahkan undi Melayu.
Tegas beliau, pembabitan Berjasa pada PRU13 ini bukan bertujuan untuk memecahkan undi melayu, mahupun menarik mana-mana ahli parti lain untuk menyertai Berjasa.
"Sebaliknya ia untuk mengukuhkan undi Melayu, sekaligus mengukuhkan politik melayu di negara ini," kata beliau lagi.
Berjasa juga, tambah Hashim bercadang meletakkan calon-calonnya di negeri Pantai Barat, berbanding Pantai Timur.
"Kita pertimbangkan untuk meletakkan calon di Selangor, Perak, Johor dan beberap negeri sebelah barat. Di Pantai Timur macam Kelantan, tak mungkin (kita letak)," kata beliau.
Beliau beranggapan, kedudukan politik Melayu di negeri-negeri pantai timur sudah kukuh dan tidak memerlukan kuasa ketiga Berjasa.
Ketika ditanya sama ada Berjasa pernah berbincang dengan PAS mahupun Umno, Hashim berkata tiada sebarang pertemuan antara Berjasa dengan kedua-dua parti tersebut.
Menurut maklumat, Berjasa akan meletakkan calon-calonya yang beragama Islam di kerusi BN atau Pakatan Rakyat meletakkan calon bukan Melayu di kerusi yang majoriti Melayu.
Berjasa adalah parti serpihan dari PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Nasir dan Ibrahim Ali ketika krisis berlaku di Kelantan pada tahun 1978.
Ekoran itu, Berjasa bersama BN telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dengan menjatuhkan kerajaan PAS sebelum itu.
Namun selepas itu, Mohamad Nasir menyertai PAS semula dengan Ibrahim Ali melompak ke sana sini. Pada PRU 1990, Berjasa bersama Hamim menyertai PAS dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.
Kini menjelang PRU 13, dengan pimpinan yang kurang dikenali dalam dunia politik, Berjasa kembali bersuara.-harakahdaily | NST Disaman Kerana Siarkan Artikel Memfitnah BERSIH Posted: 08 Feb 2013 06:55 AM PST KELAB GREENBOC Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memfailkan saman ke atas News Straits Times Press (Malaysia) Berhad kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah tahun lalu. Andrew Khoo, ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, hari ini berkata saman tersebut difailkan ke atas artikel yang ditulis dalam akhbar berbahasa Inggeris News Straits Times pada 21 September, 2012, bertajuk "Plot to destabilise government" (Plot untuk menjatuhkan kerajaan). "Kita mengkaji artikel tersebut dan kita dapati artikel tersebut banyak melakukan tuduhan palsu ke atas Bersih dan aktivitinya," katanya apabila bertemu wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Jadi kita perlu betulkan fakta, dan supaya tidak berlaku lagi laporan palsu, kita tidak ada pilihan selain memfailkan saman," katanya lagi.
"Saya ingin jelaskan di sini kita juga menuntut maaf dan menarik semula laporan tersebut tetapi tidak ada sebarang tindakan dari NST," kata Khoo.
Peguam Bersih Daniel J. Albert berkata surat mengenai perkara tersebut ditulis pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu.
Plaintif dalam kes ini ialah 15 orang ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, manakala NSTP (M) Berhad dan penulis artikel tersebut sebagai defendan.
Bersih berkata mereka mencari ganti rugi berdasarkan amaun yang ditentukan mahkamah serta injuksi untuk menghalang defendan dari, antaranya menerbitkan artikel atau fitnah. | Ubahlah, usah tangguh lagi, jangan takut ugutan! Posted: 08 Feb 2013 06:51 AM PST Oleh Ahmad Lutfi Othman Majoriti rakyat Malaysia amat mendambakan perubahan. Dan hasrat itu tidak boleh ditangguh lagi. Menunggu lebih lama hanya memburukkan situasi, menyeret negara ke kancah kemusnahan dan menyukarkan usaha pembaharuan nanti, selain memakan kos lebih mahal. Satu demi satu masalah bertindan-timbun. Negara dikepung krisis dan konflik. Pemimpin lebih memikirkan soal kepentingan diri, kelompok, kroni dan suku-sakat. Kalau ada pun perubahan, ia semata-mata demi meraih simpati dan sokongan politik. Segalanya kosmetik. Misalnya, pemberian bantuan 'one-off' yang dipopularkan Najib Razak, mungkin difaktorkan janji-janji Pakatan Rakyat sendiri, melalui Buku Jingga. Susun semula ekonomi Dr Mohamad Agus Yusof pernah mengulas: "Tawaran mana-mana parti berbentuk 'one-off' hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat. Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat. Saya harap selepas PRU13, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada kepada rakyat mahupun ekonomi negara." Sebenarnya tsunami politik lima tahun lalu, yang hampir mengheret BN ke posisi pembangkang, langsung tidak pernah memberi iktibar kepada pemimpinnya, malah rakyat terus disogok dengan "rasuah yang dihalalkan undang-undang". Isu integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN yang begitu menarik perhatian pengundi tidak pula dipandang penting pemerintah. Hutang negara berlipatganda. Kebajikan masyarakat bawahan dijadikan komoditi untuk mendapatkan undi. Korupsi dan salahguna kuasa bermaharajalela. Khazanah kekayaan negara dipunggah rakus. Jurang kaya miskin melebar. Terbina kebangsawanan baru, menghidupkan fenomena antara dua darjat. Keselamatan keluarga juga terancam. Demi survival kuasa, elit pemerintah Umno-BN sanggup memainkan emosi bahaya perkauman. Untuk mempertahankan takhta, sentimen agama yang sempit berterusan dibakar. Mereka langsung tidak hiraukan keharmonian dan kesentosaan bakal terjejas, asalkan dapat terus berkuasa. Peliknya, pada masa sama. Menteri Dalam Negeri menuduh Pakatan yang menjolok emosi perkauman. Cukup menggerunkanKeberanian rakyat untuk menggerakkan perubahan cukup menggerunkan pemimpin korup dan curang. Mungkin ramai di antaranya yang tidak dapat lena tidur mengenangkan nasib kehilangan kuasa. Bagi pemimpin yang selama ini tamak "merampok" wang rakyat, mungkin sentiasa diasak mimpi ngeri dikejar dosa sendiri. Justeru, taktik usang-kuno digunakan, bagi menggertak dan menakutkan golongan yang bertekad melakukan pembaharuan itu. Bagi rakyat, kaedah menyelamatkan negara bukanlah susah pun; hanya bersedia untuk memilih kerajaan baru, terutama di peringkat persekutuan. Hampir semua pengundi menyedari bahawa medan terbaik untuk mereka menukar impian menjadikan Malaysia lebih sejahtera, demokratik, makmur, dan lebih penting rakyatnya dilayan secara adil, adalah dalam PRU13 ini. Tempoh 55 tahun Umno menerajui kerajaan sudah lebih daripada mencukupi. Melalui 12 kali pilihan raya umum, bermula daripada Parikatan sehinggalah BN, peluang menabur bakti, melakar hala tuju dan mengemudi teraju pemerintahan terbentang seluas-luasnya, dengan kemudahan cukup selesa, apatah lagi berbekalkan majoriti dua pertiga. Peluang dan ruang itu disia-siakan; amanah dikhianati. Punah dan berderai Selama lebih lima dekad, rakyat menggantung harap agar negara dipacu dan dikendali secara penuh kejujuran, telus, berintegriti dan melaksanakan prinsip good governance. Diimpikan suara mereka didengar, pemimpin turun padang menyelami degup jantung rakyat, kongkongan dibebaskan, tuntutan agama dijulang dan maruah sebagai insan dipertahan. Galasan harapan itu punah. Kalungan impian itu putus berderai. Elit penguasa hanya mahukan mandat dan sokongan, tetapi tidak bersedia memikul tanggungjawab setulusnya. Dalam sistem demokrasi, menukar kerajaan adalah lumrah dan tidak perlu dirisaukan. Kerajaan yang menyeleweng dan gagal menjalankan amanah akan direhatkan. Di negara maju, peralihan kerajaan tidak pernah membawa kehancuran sebaliknya dilihat suatu penambahbaikan. Pemerintah yang bergelumang rasuah serta menyebabkan ekonomi negara merudum, kebajikan rakyat terabai, hutang meningkat dan peluang pekerjaan terbatas segera "dipencenkanan" apabila mandat berakhir. Malah, jika keadaan terdesak, undi tidak percaya boleh dikemuka di Parlimen, atau ada parti sekutu yang menarik balik sokongan. Namun, di negara kita, Perdana Menteri Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad, untuk kesekian kalinya mendendangkan kembali lagu lama. Mengetahui mood rakyat untuk berubah semakin kuat, kedua-duanya mengulangi "nasihat berbaur ugutan", dengan harapan dapat mengendurkan komitmen untuk menukar kerajaan itu. Berita Harian, 1 Februari memilih tajuk depan "Jangan ikut emosi -- Ubah kerajaan secara mendadak boleh hancurkan negara: PM". Gertakan Najib Najib, mengikut laporan itu, mengingatkan rakyat bahawa perubahan mendadak dan tidak terancang untuk mengubah pentadbiran negara tidak menjamin kesan positif kepada masa depan negara. "Sebaliknya, Najib berkata, "sebarang perubahan perlu mengikut undang-undang serta akal fikiran dan bukan kerana emosi akibat terpengaruh dengan dakyah semata-mata." Pelik bin ajaib, Najib sebenarnya mahu merendahkan kemampuan berfikir masyarakat kita apabila cuba menegakkan benang basah. Siapa sebenarnya yang galak mempermainkan emosi rakyat? Pihak manakah yang memilih pendekatan perkauman dan menabur fitnah untuk kekal berkuasa? Bacalah Utusan Malaysia, tontonlah Buletin Utama TV3, anda sudah tahu jawapannya. Lihatlah isu-isu yang dikemukakan BN dan bandingkan dengan Pakatan, siapa yang berterusan membakar emosi dan menolak perdebatan sihat? Lagipun, hasrat untuk menukar kerajaan tidak pernah berlaku secara mendadak. Ia suatu proses yang agak lama dan memakan masa. Sesiapa pun yang begitu lama ditindas, dizalimi, diperbodoh dan dikhianati, sampai waktunya akan bingkas menuntut hak. Bosan, muak dan jelakRakyat telah membuat penilaian menyeluruh terhadap pemerintahan lima dekad Umno-BN. Mereka telah bosan, muak dan jelak dengan siri salahguna kuasa, kecurangan, rasuah, penompokan kekayaan buat elit penguasa, sikap meremehkan pandangan rakyat. Selepas 55 tahun, mengapa arus perubahan ini masih dianggap mendadak? Peluang telah diberi secukupnya. Rakyat juga telah mencuba menukar kerajaan negeri sejak 1959 lagi, tetapi hanya berjaya di beberapa negeri. Di Parlimen, majoriti dua pertiga BN hanya berjaya disekat pada 2008. Sukar dipastikan sama ada Dr Mahathir benar-benar serius dengan kenyataannya pada 31 Januari lalu atau seperti hanya bersifat sinikal atau sindirin halus seperti lazimnya. Bekas Perdana Menteri itu berkata, Pakatan Rakyat akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja mereka berkuasa. Mahathir bakal ditangkap?Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka. Dr Mahathir menambah, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri. Ujarnya, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan PRU13 diumumkan. "Perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas," katanya. Apa pun, daripada kenyataan Mahathir itu, dan juga penekanan Najib yang sering mengingatkan tentang bahaya pertukaran kerajaan, saya kira kedua-duanya memang risau, bimbang dan takut dengan keputusan PRU13. Anwar balas dendam? Mahathir seperti mahu menggambarkan sikap negatif pemimpin Pakatan, terutama Dato' Seri Anwar Ibrahim, selepas berkuasa nanti, yang bakal membalas dendam dan bertindak di luar batas undang-undang. Sekali gus Dr Mahathir mahu menghantar mesej bahawa Malaysia di bawah pentadbiran baru Pakatan akan bertukar huru-hura, rusuhan tercetus di sana sini, ekonomi merudum, pelabur takut dan pelancong lari. Mudah kata, anarkis! Bukankah Mahathir juga yang membayangkan akan berlaku suasana tidak stabil jika BN kalah dalam PRU13? Sedangkan, antara isu-isu asas yang sering ditimbulkan Pakatan ialah kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara yang independen, dan pihak keselamatan -- khususnya pasukan polis -- yang profesional, tanpa mudah dipengaruhi elit politik. Diganggu mimpi ngeriAtaupun mungkin Mahathir sendiri sering diganggu mimpi ngeri memandangkan kezaliman yang pernah dilakukannya semasa berkuasa dahulu, bukan hanya kepada Anwar, yang diaibkan dengan seribu satu cara, tetapi juga mangsa yang dianiayainya, seperti bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Tidak mustahil juga kerisauannya terhadap nasib dan masa depan anak-anak beliau, yang kini kaya-raya membolot khazanah negara. Mahathir tentu arif dengan kesalahan sendiri, sepanjang 22 tahun menerajui negara, menjadikan Malaysia seperti milik personalnya. Segala kehendaknya akan dipaksakan menjadi projek negara walaupun menghanguskan berbilion ringgit. Apa pun, Mahathir harus ingat, jika beliau pernah bertindak ganas kepada orang lain, tidak semestinya mangsa kezaliman beliau itu akan bertindak serupa apabila mendapat kuasa. Beliau mungkin gelabah menunggu Anwar naik takhta. Undang-undang tetap dihormati. Anwar sendiri kerap mengulangi, beliau dapat memaafkan kesalahan Mahathir, walaupun sukar melupakan. Namun, kata Anwar, setiap wang rakyat yang dirompak akan dipastikan kembali semula kepada yang berhak. Usah panik, gelabah Mahathir, Najib dan sekutunya usah panik. Negara ini mempunyai begitu ramai tenaga baruyang berkebolehan untuk memimpin dan mentadbir dengan lebih baik lagi. Cubalah berfikir secara rasional dan terbuka. Mungkin Mahathir melihat pemansuhan ISA sebagai rahmat terselindung kepada pemimpin Umno-BN yang korup dan menyeleweng, iaitu mereka tidak akan dikurung tanpa bicara jika Pakatan berkuasa nanti. Walhal sebenarnya, yang dipentingkan ialah keadilan harus meliputi semua orang, tidak terkecuali. Proses pendakwaan ke atas mereka yang disyaki bersalah dibuat secara telus, tanpa campur tangan politik. Kezaliman, termasuk membalas dendam, adalah perbuatan terkutuk yang mesti dihindari sejauh-jauhnya. Rupanya Mahathir masih terkepung dengan corak pemikiran penguasa yang keras dan dominan, sepertinya dahulu. Secara peribadi, saya mengangap proses perubahan di Malaysia mengengsot terlalu lambat, jauh daripada ciri-ciri radikal atau mendadak. Justeru, saya tidak mahu ia tertangguh lagi, melewati PRU13, 'kan? | Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Pahang Posted: 08 Feb 2013 06:45 AM PST KEADILAN DAILYKUANTAN : Ceramah pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang malam ini, boleh diikuti secara langsung. Mengikut atur cara, Anwar menemui penduduk Felda Bukit Kuantan dan penduduk perkampungan Cenderawasih, petang tadi, sebelum solat Maghrib di Surau Haji Ali, Kampong Tengah. Ceramah perdana berlangsung di dua lokasi di Kuantan iaitu Taman Berjaya Permai, Kem Padang dan Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Penceramah lain ialah Fuziah Salleh, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Lee Chean Chung, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan beberapa pemimpin lagi. Untuk ikuti ceramah secara langsung, KLIK INI (video) dan radio ( KLIK INI). | Zarina Anjoulie, rakan didakwa positif dadah Posted: 08 Feb 2013 06:42 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER PETALING JAYA – Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu. Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Dis tahun lalu. Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja. – Bernama | Najib beri isyarat PRU semakin hampir, jentera Umno sudah bersedia Posted: 08 Feb 2013 06:27 AM PST Oleh Nomy Nozwir
Najib berkata beliau berpuas hati dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional. – Gambar fail KUALA LUMPUR—Jentera parti Umno sudah bersedia menghadapi pilihan raya, menunjukkan kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi. Najib berkata beliau berpuas hati dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), dan akan terus berusaha bagi mendapat sokongan pengundi.
"Kita telah menerima laporan audit hingga peringkat bahagian mengikut tinjauan dari laporan itu, kita puas hati dengan tahap kesiapsiagaan yang memuaskan.
"Di samping itu kita harap usaha-usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan PRU, akan diteruskan lagi oleh pimpinan setiap bahagian," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno di ibu pejabat parti hari ini.
Najib juga bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dansabotaj dari dalam.
Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.
"Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan," katanya.
Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
Menurut Najib lagi, tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil.
Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.
Setakat ini, hanya negeri Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. | Lynas Tutup Bila Pakatan Rakyat Memerintah Posted: 08 Feb 2013 06:19 AM PST KELAB GREENBOC Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.
"Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya.
Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.
Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.
Dalam pada itu, Tian percaya penyokong Himpunan Hijau merupakan kumpulan pencinta keamanan, dan menjamin tiada keganasan akan berlaku.
Katanya, fakta ini dibuktikan penyokong yang berhimpun aman melawan isu Lynas.
"Kempen pergerakan keamanan ini menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Kita tetap membela hak kebebasan berhimpun, tanpa keganasan walaupun menghadapi pelbagai cabaran," tegas Ahli Parlimen Batu. _KD | Shila Amzah menangis di Youtube Posted: 08 Feb 2013 06:09 AM PST KL TODAY
Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah yang menyampaikan lagu "Ombak Rindu" sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.
Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM. Sejam selepas itu, rakaman video berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "Youtube" menerusi akaun milik Shila.
Bagaimanapun ia sempat diambil oleh individu lain yang boleh diikuti menerusi alamat berikut: http://www.youtube.com/watch?v=EOm81RPpl54&feature=share
Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira.
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.
Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.
Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.
Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.
LIRIK LAGU OMBAK RINDU Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku Tuhan aku tahu banyak dosaku Hanya ingat Kamu kala dukaku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya 'tuk cintaku' Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dariku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung Hujan bawa air mataku Yang mengalir membasuh lukaku Agar dia tahu ku tersiksa Tanpa cinta dia di hatiku Hanya mampu berserah Moga cahaya tiba nanti Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terimaku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku | 1 kg kopi tahi gajah berharga RM3000 Posted: 08 Feb 2013 06:05 AM PST KL TODAY
Kopi ini dikatakan mempunyai aroma yang berbeza dan sangat unik jika dibandingkan dengan kopi-kopi biasa. Dihasilkan melalui proses penghadaman dan tindak balas dalam badan gajah tersebut, bau kopi ini dan aroma aslinya mampu menyengat anda.
Bagi pemungut tahi gajah, ini merupakan sumber rezeki yang sangat menguntungkan sekiranya dapat memungut tahi-tahi gajah yang baru sahaja 'dilepaskan' dari tubuh binatang tersebut melalui proses pencernaan. Mereka dikatakan sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata mahu mendapatkan tahi gajah untuk dijadikan kopi ini.
Masakan tidak, harga sekilogram tahi gajah mampu mencecah USD$1,100 (RM3,360) untuk sekilogram. Justeru, hanya penggemar yang benar-benar 'menghayati' aroma serta rasa kopi yang asli sahaja sanggup menghirup kopi termahal di dunia ini.
Baru-baru ini, hotel-hotel mewah di Thailand telah melancarkan penjualan kopi tahi gajah tersebut sebelum diikuti oleh Maldives dan terkini beberapa hotel mewah di Abu Dhabi turut melancar dan menawarkan pelanggan mereka untuk menikmati kopi tahi gajah tersebut.
Kopi ini dijangkakan mendapat saingan daripada satu lagi jenama kopi mahal dan terkemuka dunia yang juga melalui proses pencernaan binatang iaitu musang yang dikenali sebagai Kopi Luwak sebelum ini.
Menurut pencipta kopi tahi gajah ini, Blake Dinkin, dia telah menghabiskan sebanyak RM900,000 dalam proses mengembangkan idea dan melakukan kajian saintifik terhadap najis gajah ini. Kajian yang dilakukannya sebelum ini sangat berbaloi kerana akhirnya kopi mahal ini mampu dijual pada harga RM153.00 secawan.
Gajah-gajah ini diberi makan pelbagai makanan seperti pisang, tebu dan pelbagai lagi dalam menghasilkan kopi yang mempunyai 'aroma tersendiri' ini. | Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa? Posted: 08 Feb 2013 06:03 AM PST MSOAda maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu. Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu. Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu. Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa. Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik. Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan? Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum. Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu. Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini? Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini | Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri Posted: 08 Feb 2013 05:57 AM PST Oleh Aspan Alias Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu. Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun di jatuhkan hukuman mati kerana di sabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu. Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana membunuh keatas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat anih dalam kes ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang sangat anih kerana tidak di sentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan terhadap Altantuya itu dan ini lah yang menjadi tandatanya semua pihak. Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab. Semalam Deepak, 'adik angkat' Rosmah Mansor sendiri telah meminta Mahfudz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai 'Protection Act 2009' dan 'Whistleblower Act 2010' dan Mahfudz Omar percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu. Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. "Saya akan membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua pihak dalam pembunuhan Altantuya ini" kata Deepak. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang di sebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini. Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan dengan teliti dan terbuka dan di ketahui oleh rakyat jelata. Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan samada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika di sandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjengkiti batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai 'Protection Act 2009' serta 'Whistleblower Act 2010', jika Peguam Negara tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu di bawa ke tengah. Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang. Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu mencengkam. Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti di sorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada Raja-Raja Melayu kita. Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa bekuasa. Banyak ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara, bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendedami sesiapa. Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya. Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan. Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan 'political will' untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini. Pemimpin-pemimpin kita yang berada diatas tidak mungkin mempunyai kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan institusi demokrasi itu amat kuat. Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri. Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui proses politik dan 'decisive' dan ini sudah menjadi kewajipan kita semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi. Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri. | Najib resah PRU13 menyentap kuasa Umno Posted: 08 Feb 2013 05:52 AM PST Oleh SAFAR JUMAAT Ada juga yang mengatakan 22 Februari hari pembubaran Parlimen, 16 Mac hari penamaan calon dan 30 Mac, pengundian berlangsung. Ahad, 20 Mac lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat berada di Ibu Pejabat BN bersama-sama beberapa pemimpin kanan Umno, dikatakan mendengar taklimat akhir dari "war room" Umno, mengenai calon-calon Umno. Beberapa hari sebelum itu, Najib selaku Pengerusi BN mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC. Semua Presiden parti-parti komponen dikatakan sudah menyerahkan senarai calon kepada Najib sejak dua bulan yang lalu. Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri dikatakan turut berbuat demikian, sebulan yang lalu dan Najib dikatakan sudah meneliti kesemua senarai calon yang diserahkan, dengan sedikit pindaan dibuat di saat-saat akhir. Khabarnya, BN mempunyai keyakinan penuh memenangi semula PRU13, berdasarkan rekod dan akujanji semua parti-parti komponen BN.Satu sumber yang rapat dengan Umno Selangor memberitahu, Najib sebenarnya mahu membubarkan Parlimen hujung 2012 yang lalu. Namun, bimbang beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing, menyebabkan Najib dinasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membawa tarikh pembubaran ke penghujung hayat Parlimen dan Dun bagi membolehkan Parlimen dan Dun terbubar sama. Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, khabarnya ingin sangat melihat Selangor ditawan semula oleh BN, meskipun dengan majoriti mudah Walaupun BN tidak yakin dapat berbuat apa-apa dengan Pulau Pinang dan Kelantan, tetapi mereka amat-amat berharap menang semula di Kedah, selepas Selangor. Masalah yang Umno-BN hadapi sekarang, krisis dalaman di peringkat bahagian-bahagian. Di Wangsa Maju, MCA sudah melahirkan rasa kecewanya dengan sikap kepimpinanan Umno bahagian itu yang memonopoli pembahagian Bantuan Awal Persekolahan RM100. Di Gombak, MIC kecewa dengan sikap Ketua Umno Bahagian yang cuba mengganggu Penyelaras Dun Batu Caves dalam menyampaikan bantuan serupa. Khabarnya, Najib buntu dengan perkembangan tidak sihat ini tetapi beberapa orang kepimpinan bahagian yang ditanya mengenai isu tersebut memberitahu, Najib sendiri mempunyai masalah dengan pendedahan tauke permaidani Deepak Jaikeshan, sepatutnya tidak sibuk mahu menyelesaikan masalah dalaman peringkat bahagian, sebaliknya membersihkan namanya dan isterinya di mata umum. Perbalahan berterusan antara bekas Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Keat dengan Presiden sekarang, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek juga cukup memberi tekanan kepada jentera MCA di semua peringkat. Jentera MCA sedar, terlalu sukar bagi mereka untuk menarik sokongan daripada pengundi Cina kerana kedudukan ekonomi masyarakat Cina sudah tidak memerlukan mereka bergantung bantuan daripada pihak kerajaan. Malahan, parti-parti politik yang bergabung dalam BN masih mengharapkan bantuan kewangan dari tauke-tauke Cina. Berbeza dengan masyarakat India, sebahagian besarnya masih bergantung kepada bantuan Kerajaan BN yang memudahkan MIC menarik mereka untuk memberi sokongan kepada BN. Berbeza dengan PPP, Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN, Umnolah parti yang paling sukar untuk memutuskan siapa yang patut dicalonkan kali ini. Isu yang mereka bangkitkan, ada calon-calon yang sudah terlalu lama patut digantikan, tetapi tiada siapa yang dilihat mampu mengambil tempat orang lama ini, kerana tidak berjawatan di peringkat bahagian. Amaran dikeluarkan oleh kepimpinan Umno, bahawa sesiapa yang mensabotaj parti dan calon dalam PRU13 akan datang akan dikenakan tindakan, tidak sedikit pun menjadi halangan untuk mereka yang gagal mendapat tempat, untuk melakukannya. Najib sedar, jika Umno tewas kali ini bermakna, berakhirlah riwayat parti Melayu yang ditubuhkan sejak 1946 oleh Allahyarham Dato' Onn Jaafar. Itu sebabnya, Najib bermati-matian mahu mempertahankan kerajaan yang ada dan sering mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa inilah pilihan raya yang paling kritikal dan penentu antara hidup atau mati Umno. Najib tidak mahu keputusan PRU13 sama seperti keputusan PRU12 kerana beliau mungkin disentap turun dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Beliau juga bimbang, ditangan beliau, BN dan Umno tumbang seperti mana yang pernah berlaku kepada Dr Mohamad Khir Toyo di Selangor; Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali di Perak; Dato' Seri Mahdzir Khalid di Kedah; Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Gerakan) di Pulau Pinang dan 22 tahun yang lalu, Allahyarham Tan Sri Mohamad Yaakob di Kelantan. Najib nampak apa yang berlaku di Kelantan, apabila Umno tumbang, hasrat untuk mendapatkan semula tampuk kuasa "macam menunggu kucing bertanduk". "1 Juata Himpunan Kebangkitan Rakyat" (HKR112) yang berlangsung baru-baru ini cukup mengejutkan Najib kerana selama ini beliau merasakan program transformasi yang dilakukannya sudah diterima rakyat. Tetapi apabila melihat begitu ramai datang berhimpun di Stadium Merdeka, Najib tahu "barang jualannya" bernama "1Malaysia" tidak laris di pasaran. Malahan, boleh dikatakan tidak diterima di pasaran terbuka, kecuali dibeli oleh orang-orang Umno yang berkepentingan. Masa untuk melewat-lewatkan lagi PRU13 sudah sampai ke garisan penamat. Najib tidak mempunyai banyak ruang untuk pergi lebih jauh. Apa yang boleh, terus menabur janji, termasuk tujuh projek besar di Kelantan, ketika kunjungannya ke sana, 20 Januari yang lalu. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu bukan cerita baru. Rakyat Kelantan sudah tahu ia suatu pembohongan nyata. Membina masjid terbesar sebagai ikon; 3,000 unit Program Perumahan Rakyat; Kampus Bandar UiTM yang boleh memuatkan 5,000 pelajar; Sistem Pengangkutan Rapid Kota Bharu; membina stadium baru dan menangani masalah air, diterima rakyat dengan hati terbuka. Namun, rakyat tahu parti mana yang boleh mereka sokong bagi menjamin pentadbiran yang bersih, telus, bebas rasuah dan tidak menganiayai rakyat. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Kelantan terus membangun bersama Islam yang begitu disegani kini. Silalah! Bubarkan Parlimen dan rakyat akan membuat pilihan selepas mereka menilai segala-galanya. | Permohonan Mohamad Salleh gugur tuduhan pecah amanah didenger 11 Mac Posted: 08 Feb 2013 01:23 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR, — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 Mac untuk mendengar permohonan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail bagi menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta. Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Azimul Azami Mohamad Nor dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Salleh. Ketika ditemui pemberita, Azimul Azami memberitahu Mohamad Salleh memfailkan permohonan tersebut atas alasan pertuduhan itu cacat dan tiada elemen kesalahan pecah amanah. Katanya Mohamad Salleh (gambar) juga memohon untuk mendapatkan pasport bagi membolehkannya mengerjakan umrah pada 10 Mac depan bagaimanapun mahkamah memerintahkannya memfailkan permohonan baharu bagi tujuan itu. Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no. 56454 di Mukim Kuala Lumpur. Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan. Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda. Mohamad Salleh juga didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000. — Bernama | Polis temui teleskopik, senjata api dalam bas persiaran Posted: 08 Feb 2013 01:10 AM PST NOOR AZLIDA ALIMIN Jalaluddin menunjukkan senjata yang ditemui dalam beg di bahagian bagasi bas persiaran dua tingkat, semalam. PASIR MAS – Alat teleskopik yang digunakan khas untuk penembak tepat bersama senapang dilengkapi dua magazine berisi 22 peluru 5.56 milimeter ditemui dalam bas persiaran dua tingkat, pada jam 8.40 pagi, semalam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) melakukan pemeriksaan rutin dalam bas persiaran di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang dan menemui beg ini di bahagian bagasi. "Alat teleskopik ini amat jarang digunakan melainkan untuk penembak tepat dan ia mampu menjangkau sehingga 100 meter. "Kita turut menemui satu kelopak kosong beserta dua kotak peluru 5.56 milimeter mengandungi 20 butir peluru setiap kotak, satu bidy receiver Colt M16A1 dan upper receiver," katanya, semalam. Menurutnya, pihak polis masih menyoal siasat semua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur dan Kajang. Beliau berkata, dua orang pemandu bas yang berasal dari Kelantan bersama enam orang penumpang disiasat bagi mencari pemilik sebenar beg berkenaan. Menurutnya, empat penumpang tersebut adalah warga Kuala Lumpur manakala dua lagi warga Thailand iaitu seorang daripadanya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang lagi penjawat awam yang digantung kerja. "Kita menemui berus gigi dan baju dalam beg tersebut dan ujian DNA akan dilakukan bagi menyelesaikan kes ini. "Siasatan mendapati senjata api jenis M16 ini cuba diseludup keluar menerusi Kelantan," katanya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dengan hukuman penjara selama tempoh 14 tahun dan juga hukuman sebat tidak kurang enam kali. Ia juga disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang mana boleh dikenakan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. | Shahidan perlu jawab FAM sebelum tengah hari esok Posted: 08 Feb 2013 01:08 AM PST SINAR HARIAN Datuk Seri Shahidan Kassim melambaikan tangan sebelum beredar selepas mesyuarat agung tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.- Foto Bernama PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang jawapan daripada Shahidan. "Pihak jawatankuasa akan bersidang dan membincangkan kes tersebut sebaik sahaja sampai ke tarikh (akhir) tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad. Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM. Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM. Bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014. Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000. Taufek berkata jika Shahidan tidak mengaku bersalah, beliau boleh mengemukakan sebab munasabah dan jika alasan yang diberi boleh diterima pakai, jawatankuasa itu akan pertimbangkan kes tersebut. Susulan menerima surat pertuduhan itu, Shahidan mengumumkan untuk meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil FAM iaitu sebagai Anggota Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM. - Bernama | Bayar RM 2 Juta Kepada Psy Bertentangan Usaha Najib Didik Rakyat Berjimat Cermat Posted: 08 Feb 2013 01:05 AM PST SHAH ALAM, : Tindakan Kerajaan BN mengundang artis popular Korea Selatan, Psy sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang bukan sahaja membazir malah bertentangan dengan usaha kerajaan yang ingin mendidik rakyat hidup berjimat cermat. Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di satu sisi mengesa rakyat hidup berjimat, di satu sisi yang lain kerajaan sendiri berbelanja besar. Menurut Johari, tindakan itu juga jelas mencerminkan percanggahan terhadap cara kerajaan mendidik rakyat. Johari menambah, Pakatan Rakyat tidak berhasrat menghalang BN untuk membuat sebarang program sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ia tidak perlu membazir. "Ia tetap bercanggah dengan seruan kerajaan khususnya Datuk Seri Najib Razak yang mengesa rakyat untuk berjimat cermat dalam menghadapi masa-masa yang sukar, itu sahaja bukannya kita menghalang sekadar memberi pandangan. "Kerajaan menghulurkan bantuan BR1M dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar dengan tujuan menampung kos kehidupan rakyat. "Dalam masa yang sama kerajaan juga belanja RM2 juta untuk persembahan PSY 30 minit, itu jelas satu pembaziran walaupun kerajaan mendakwa itu adalah duit parti, bukannya duit rakyat, tetapi pada saya ia tetap suatu pembaziran,"ujarnya. Johari berkata demikian sebagai mengulas hasrat BN Pulau Pinang menjemput Psy yang terkenal dengan tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau Pinang. Perkara ini turut mendapat reaksi daripada ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng yang menggesa rakyat Pulau Pinang agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah ketika menghadiri majlis sambutan tersebut. Menurut Lim, mengenakan baju kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang. Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 11 Februari di padang Sekolah Han Chiang. Selain Psy, majlis tersebut turut menampilkan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah serta pertunjukan Chingay, badut, nyanyian dan tarian masyarakat Cina. | MB: Tambahbaik Tatacara Pengurusan Tanah Di Selangor Posted: 08 Feb 2013 01:03 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mengaji dan meneliti semula dasar pembangunan serta peraturan berhubung isu-isu dasar pengurusan tanah di negeri ini bagi memastikan pengurusannya berjalan dengan lancar dan teratur dalam usaha menjaga aset negeri supaya tidak terbiar begitu sahaja sehingga merugikan negeri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia juga perlu dilakukan sebagai usaha untuk menilai dan mengukur keberhasilan terhadap tindakan yang dikuatkuasakan sebelum ini. "Pada masa yang sama supaya dapat dilakukan penambahbaikan terhadap kaedah tatacara pengurusan tanah seperti isu pelupusan, pemberimilikan tanah, masalah peneroka, pengenaan kadar premium tanah, nilai pembangunan kasar, pengeluaran lesen pendudukan sementara dan perampasan tanah. "Ia juga termasuklah memberi ruang untuk merangka dasar-dasar baru bagi mengatasi pelbagai masalah dan isu tanah," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan bengkel maklum balas isu dasar pengurusan tanah negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 di Shah Alam Convention Center, di sini. Hadir sama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTGS), Datuk Kamarulzaman Jamil dan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail. Sementara itu, Kamarulzaman berkata bengkel satu hari itu diadakan untuk mendapatkan pandangan, syor-syor dan komen berkaitan dengan pelaksanaan dasar pekeliling dan arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Ia juga termasuk penyelarasan dasar serta peraturan sedia ada seperti Garis Panduan Kegunaan Tanah. Sehubungan itu, kita dapat meneliti semula dasar yang sedia ada dan membuat penambahbaikan dasar yang perlu dari segi pelaksanaannya serta menilai dan menganalisa sejauh mana penguatkuasaan pekeliling PTGS," katanya. Bengkel yang bermula jam 7.30 pagi hingga enam petang itu disertai oleh kira-kira 500 peserta dari PBT, Ketua Kampung,Ahli Jawatankuasa Kerja Penduduk dan pegawai PTGS. | Mahkamah arah Mazlan Aliman failkan pembelaan Posted: 08 Feb 2013 12:54 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari.
Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka. Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Felda memberitahu pemberita Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defendan ketujuh masih gagal memfailkan kehadiran di mahkamah. Abu Bakar berkata Catherine menetapkan 18 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Lee Heng Cheong. Pada 7 Januari lalu, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan dan enam lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 Nov), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda. Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas. Felda mendakwa kenyataan fitnah itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi. Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan. Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.-Bernama | Pas: 'BN guna taktik lapuk' Posted: 08 Feb 2013 12:46 AM PST ARZIANA MOHD AZAMAN Mahfuz (tengah) bersalaman dengan wakil pimpinan setempat selepas hadir sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama Hairi. TANJONG KARANG - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang sering menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai ugutan supaya rakyat terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah taktik lapuk. Menurutnya, ugutan dan fitnah terus disebarkan di mana mereka mendakwa, jika berlaku perubahan dalam pimpinan Kerajaan Pusat, negara huru-hara, berlaku kegawatan ekonomi dan sebagainya. "Taktik ini digunakan setiap kali menjelang PRU untuk menakutkan pengundi. Adakah masuk akal jika berlaku peralihan kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan, negara akan berlaku huru-hara? "Jika berlaku huru-hara, itu angkara siapa? Wajarkah apabila Pakatan Rakyat (PR) memerintah, penyokong adakan huru-hara dan sebagainya? "Mungkin yang akan melakukan huru- hara itu tentunya penyokong Umno dan BN yang tidak dapat menerima kekalahan mereka," katanya dalam sesi ceramah di Blok O, Sawah Sempadan bersama pelakon Hairi Othman. Mahfuz berkata, rakyat dinasihatkan supaya menolak fahaman karut yang dibuat Umno dan BN yang dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRU akan datang. "Rakyat perlu beri sokongan kepada calon Pas yang bakal bertanding. Rakyat berpeluang menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti dan sebagainya. "Jika rakyat Selangor tidak buat perubahan dan beri sokongan kepada PR dalam PRU12 lalu, adakah mereka berpeluang menikmati semua ini?" katanya. | Arab Spring: Hanya manifestasi Dr Mahathir Posted: 08 Feb 2013 12:43 AM PST ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Arab Spring akan berlaku di negara ini sebagai manifestasi beliau sahaja. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keadaan itu berlaku kerana Dr Mahathir takut pada perubahan yang akan berlaku selepas PRU13. "Kenyataan itu menunjukkan mimpi ngeri beliau dan rasa takut yang Barisan Nasional (BN) tidak mampu berkuasa lagi. "Beliau sengaja menggunakan pengaruhnya untuk menakutkan rakyat bahawa akan berlaku huru-hara," katanya. Katanya, kewujudan NGO Bersih bukan daripada pemimpin PR tetapi kesedaran masyarakat yang ingin pilihan raya yang bersih dan adil. Dr Mahathir dalam kenyataannya di blognya mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan laksanakan Arab Spring jika gagal dalam PRU13. Beliau turut dakwa Anwar sengaja menggunakan Bersih bagi merealisasikan impiannya. Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Dr Mahathir tidak sepatutnya berkata begitu kerana bukan jurucakap PR. "Beliau bukan jurubicara PR dan bukan jurubicara untuk Anwar. Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya lebih faham konsep demokrasi. "Ini lah masalahnya bila dah lama sangat memerintah. Arab Spring tidak akan berlaku di Malaysia," tegas beliau. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebagai tuduhan liar kepada Anwar. "Kita sudah kata, PR tidak akan lakukan perubahan dengan cara yang ganas. Perubahan itu datang dari peti undi," katanya. Bagaimanapun, Tony berkata, kenyataan itu juga menunjukkan Dr Mahathir sendiri sudah hilang keyakinan terhadap BN dan percaya PR akan menang pada PRU13. | Dapat tanah murah, pemimpin Umno Kelana Jaya ‘jutawan segera’ Posted: 07 Feb 2013 09:06 PM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR: Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak didesak menjawab pendedahan skandal pemberian tanah di USJ 3B dan USJ3D kepada pimpinan Umno Kelana Jaya pada harga RM2 sekaki. Dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, antara pemimpin Umno yang menerima tanah tersebut adalah bekas Ketua Wanita Umno Kelana Jaya yang juga bekas Adun Seri Setia pada 2004, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin. "Seorang lagi, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas iaitu bekas Adun Kelana Jaya yang pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin Umno," kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily. "Hairan bagaimana orang yang terlibat dengan bahagian disiplin terbabit dengan skandal ini tatkala rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya. "Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi 'jutawan segera'," katanya. Skandal ini lanjutan pendedahanan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beberapa bulan lalu. Nik Nazmi mempersoal bagaimana kadar bayaran premium tanah seluas 5,000 kaki persegi itu rendah sedangkan menurut kajian, harga pasaran semasa tanah itu RM175 sekaki. Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun.
"Saya dapati ada tanah yang dijual dan dipindah milik. Saya syak tujuan mereka memiliki tanah berkenaan hanya untuk mengutip 'untung atas angin'," ujarnya. Beliau turut membidas dakwaan kononnya mereka menerima tanah itu hasil memperjuangkan kemerdekaan. "Saya kesal kerana dua kawasan USJ itu tidak digunakan untuk kemudahan awam dan komuniti tetapi lebih bermotif peribadi," kata Nik Nazmi. Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dipetik berkata, tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun, diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001, era pemerintahan BN. | Fokus PRU13: Kerusi panas Wangsa Maju Posted: 07 Feb 2013 09:00 PM PST SYAIRI SHAARI Muka depan Sinar Harian Edisi Selangor. WANGSA MAJU - Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menjadi wakil Bebas merancakkan lagi senario politik Wangsa Maju yang sememangnya panas dengan kontroversi. Lebih menarik, kelibat wakil rakyat itu yang dilihat mesra Barisan Nasional (BN) seterusnya mengundang kemarahan kepada rakan parti angkatnya, PKR setelah beliau bertanding di atas tiket parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) apabila menewaskan calon BN dari MCA, Datuk Yew Teong Look. Samada tindakan Choo Keong itu memberikan kelebihan kepada parti lawan pada PRU13 adalah sesuatu yang sukar diramal apabila BN dan PKR telah mengatur strategi awal bagi menambat hati pengundi. Tewas dengan majoriti tipis sebanyak 150 undi pada PRU12, BN masih mencongak untuk merampas kembali kerusi Wangsa Maju manakala PKR tenang dalam usaha untuk mempertahankan kerusi Wangsa Maju sekali lagi setelah perjuangan parti itu didakwa dikhianati oleh Choo Keong. Meskipun tiada isu besar di Wangsa Maju namun pengundi semakin bijak menilai samada mereka cenderung memilih berdasarkan faktor calon atau kepartian selepas kontroversi yang dicipta Choo Keong. Teka-teki calon Kemenangan majoriti lebih 10,000 undi pada PRU11 langsung tidak memberi kelebihan kepada penyandangnya ketika itu, Datuk Yew Teong Look yang rebah mengejut kepada Choo Keong dengan kekalahan tipis 150 undi. Kekalahan tersebut menyebabkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu terlepas kepada tangan pembangkang pertama kalinya setelah persempadanan semula kawasan itu pada 2004 menyaksikan MCA hanya bertahan sepenggal selepas Umno memberi laluan kepada MCA untuk bertanding pada PRU11. Bagi Umno dan BN, kekalahan rentetan tsunami politik ketika itu harus dijadikan pengajaran setelah tewas kepada percaturan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan kepercayaan kepada Choo Keong yang juga bekas ahli DAP itu akhirnya membuahkan hasil walaupun calon itu kurang dikenali dan berkempen kurang seminggu. Meskipun PRU13 adalah misi BN menebus kekecewaan lalu, namun begitu, teka teki siapakah 'winnable candidate' masih menjadi tanda tanya setelah Umno dan MCA masing-masing menyatakan hasrat untuk meletakkan calon untuk bertanding. Di sebalik itu, PKR dilihat lebih bijak mengatur strategi dan membuat percaturan awal mendekati rakyat dengan pelbagai program apabila dikatakan sudah mempunyai calon boleh menang menghadapi pilihan raya sengit kali ini. Setelah mendakwa parti telah dikhianati, PKR menyerahkan kepercayaan kepada bekas Ahli Parlimen Segambut, Datuk Dr Tan Kee Kwong bagi menggalas harapan Pakatan Rakyat (PR). Pada masa yang sama, Choo Keong yang bergelar Ahli Parlimen Bebas turut melahirkan hasrat untuk bertanding di Wangsa Maju sekali lagi dan dijangkakan pertembungan tiga penjuru bakal berlaku di Wangsa Maju. Umno atau MCA? Bukan satu rahsia apabila Umno dan MCA melahirkan hasrat untuk meletakkan calon masing-masing untuk bertanding di Wangsa Maju. Kedua-dua parti komponen BN itu mempunyai kelebihan dan kekuatan parti untuk membawa cabaran BN setelah melakukan pelbagai gerak kerja menawan kembali kerusi itu setelah tewas mengejut pada 2008. Sebelum persempadanan semula pada 2004, kerusi parlimen itu adalah milik Umno tetapi diserahkan kepada MCA apabila Teong Look yang memenangi selesa pada PRU11 tewas kepada PKR pada 2008. Melihat situasi itu, kebanyakan penyokong Umno kini mahu kerusi yang sebelum ini dimiliki Umno dikembalikan kepada mereka kerana yakin dapat mengembalikan semula keyakinan pengundi kembali ke pangkuan BN. Jelas gerak kerja dan program turun padang yang diketuai Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri dan juga Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah menunjukkan kesungguhan Umno membawa perubahan dan pembaharuan di Wangsa Maju sejak 2008. Shafei yang juga Pengerusi BN Wangsa Maju dilihat sebagai 'calon boleh menang' di kerusi Parlimen itu apabila menggerakkan seluruh jenteranya dengan pelbagai pendekatan mendekati hati rakyat. Bagi MCA pula, kerusi yang dimiliki sepenggal setelah memenangi PRU11 turut menyatakan hasrat untuk menembus semula kekecewaan setelah tewas tipis pada PRU12. Kesungguhan MCA jelas apabila pemimpinnya iaitu Datuk Yew Teong Look terus berkhidmat dengan membuka Pusat Khidmat Rakyat sendiri bagi meneruskan khidmat karier politiknya. Khidmat tanpa jemu, Teong Look yang pernah menjawat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan kepada rakyat di Wangsa Maju adalah petunjuk jelas bahawa pemimpin itu bersiap sedia untuk kembali bertanding. Meskipun timbul tanda tanya dalam kalangan pengundi di Wangsa Maju berhubung calon BN nanti, namun komitmen Umno dan MCA yang terus melakukan pelbagai pendekatan untuk merampas semula kerusi itu dilihat cerah sekiranya kekuatan kedua-dua parti komponen BN itu bersatu hati menghadapi pilihan raya getir ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut memberi isyarat jelas akan bertanding di Wangsa Maju bagi meneruskan khidmatnya setelah menang di atas tiket PKR pada PRU12. Choo Keong yang kini bergelar Ahli Parlimen Bebas setelah keluar PKR pada 2010 dilihat masih mempunyai sokongan rakyat apabila beberapa isu tempatan seperti kampung tradisi telah diselesaikannya dengan cemerlang. Bagaimanapun, tindakan Choo Keong meninggalkan PKR tidak menjejaskan parti itu di Wangsa Maju yang bersiap sedia awal dengan kehadiran bekas Ahli Parlimen Segambut dan bekas Timbalan Menteri Tanah, Galian dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong apabila diberi kepercayaan untuk bertanding. | |
Biaqpila Posted: 08 Feb 2013 03:39 PM PST VIDEO: TERBUKTI NAJIB SEORANG PELAKON KAH! KAH! KAH! Posted: 08 Feb 2013 04:00 AM PST | Kubu BN di Felda mulai roboh Posted: 07 Feb 2013 11:00 PM PST BN boleh buat apa sahaja di Felda tanpa sebarang halangan. Aktiviti mereka mendapat kerjasama sepenuhnya dari pengurusan Felda. Bahkan, saya punya bukti, felda luluskan bajet untuk program politik Umno di Felda! Waktu ini bendera BN dinaikkan sebanyak2nya di seluruh pelusuk Felda. Bukan setakat di jalan utama, tapi, sehingga ke lorong jalan perumahan dan di rumah peneroka. Petugas Umno tidak minta izin pun nak naikkan bendera BN di halaman rumah peneroka! Namun, suasana berbeza kepada Pakatan Rakyat. Pengurus Felda arah turunkan bendera PAS dan PR. JKKK di gugusan Lokheng umpamanya, tidak benarkan buat sebarang aktiviti pembangkang sehingga lepas pilihanraya! Ceramah disekat. Bayangkan, pengurusan Felda, JKKK, Relda, Felsco bergabung dengan samseng Umno seawal petang buat roadblock di jalan utama masuk felda untuk halang penceramah dan orang awam ke tempat ceramah. Di Felda Sg Tengi, samseng Umno paksa pemandu kenderaan buka bonet. Bila disoal, untuk apa buka bonet? Kata mereka, mungkin Mazlan Aliman menyorok dalam bonet kereta!!!! Di Felda Teloi Timur, Sik; Polis nasihatkan jangan halang PR dan ANAK nak masuk Felda. Ia hak dalam Perlembagaan Persekutuan. OCPD minta buka laluan. Samseng Umno tidak peduli. Mereka angkuh, bahkan ada samseng mereka ; selamba aje berteriak...... di Felda, kami lebih berkuasa dari polis! Sesungguhnya, gelagat tidak bertamadun ini akan memusnahkan kepercayaan masyarakat Felda kepada BN. Tindak tanduk dan akhlak samseng Umno akan memakan diri mereka sendiri. Di ketika mereka seperti hilang aqal, terjerit2 sambil memaki hamun, Alhamdulillah penyokong PAS dan PR tetap sabar. Hanya berzikir, memohon pertolongan Allah..... Mungkin samseng Umno puashati berjaya menyekat ceramah. Itulah yg dilakukan puak Abu Jahal dan sekutu2nya di zaman Nabi SAW. Namun, adakah mereka boleh menyekat rakyat dari menyokong PAS dan PR? Sebagaimana Islam terus berkembang walau disekat dan dihalang, inshaAllah, masyarakat Felda bukan pak turut kepada samseng Umno yg bersekongkol menyekat PAS dan PR dari memasuki Felda. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Sebahagian besar adalah samseng jalanan dari luar yang mendapat upah menimbulkan situasi tegang. Mereka sengaja mengumpan penyokong PR untuk beradu kekuatan. InshaAllah, PRU 13, pengundi Felda khususnya anak muda akan ' mengajar BN '. Samseng Umno boleh teruskan aksi dan akhlak buruk mereka. Kita bukan bacul, meskipun dizalimi. Kesabaran menghadapi mehnah adalah bukti kemanisan iman, yang mendekatkan kita dengan kemenangan. Yakinlah, semakin ganas samseng Umno, kian dekat BN dikuburkan! FB Mazlan Aliman | KISAH NYATA PASANGAN KEKASIH YANG TERLANJUR Posted: 07 Feb 2013 08:00 PM PST KISAH NYATA Pasangan KEKASIH Yang TERLANJUR | Firman Allah S.W.T: "Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Wanita 1 : Betul U sayang I ?? Lelaki : Ye sayang, I tak tipu. Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I.. Lelaki: I pegang sikit je sayang.. baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana? Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u .. Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I? Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. U diam je.. Jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.. Boleh ye sayang?? Setahun selepas itu. . . Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu U kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila U dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain.. Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam U, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U? Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu, dulu.. Masa U nak, macam-macam janji manis U bagi. Tapi sekarang U salahkan I? Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji U je.. Tapi dah U bagi, I ambil laa. . Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan U.. Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti. Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . . Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA. Lelaki: Sayang… I love U so much.. Wanita 2: Me too sayang.. Lelaki: I bertuah kahwin dengan U. Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat U.. Lelaki: Apa dia sayang? Wanita 2 : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan? Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut) Allah S.W.T berfirman, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (An-Nur':26). queachmad | KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina Posted: 07 Feb 2013 05:00 PM PST KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio. Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa. "Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia," jelas Tian ketika dihubungi. Menurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). "Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius," katanya. Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa'aid boleh memiliki dua kewarganegaraan. "Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut," tambah Tian. Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang. "Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina," kata Ahli Parlimen Subang itu. "Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?" soalnya. "Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar," kata Sivarasa lagi. 31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Amalilio dari pulang ke Filipina. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio. "Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah," kata Anwar kepada akhbar tersebut. KD | |
locengwangsa Posted: 08 Feb 2013 03:24 PM PST |
DUNIACACAMARBA Posted: 08 Feb 2013 03:21 PM PST [Video- Panas] Mesyuarat Dalang Ganggu Ceramah Mazlan Aliman di Felda Sg Tengi Posted: 07 Feb 2013 07:45 PM PST
Rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg. Tengi membuktikan polis, Perkasa, UMNO dan blogger terlibat dalam rancangan dan aktiviti mengganggu program Pakatan Rakyat.
Laporan Berkaitan: Pengurus Felda Biadab Mahu Rampas Pembesar Suara [HD] JERANTUT : Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak. "Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta. "Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya. Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu. Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit. "Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami. "Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya. Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar. Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan, Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. | Ibu Muda Dibunuh, Dibogel, Dibakar Kerana Didakwa Mengamalkan Ilmu Sihir Posted: 07 Feb 2013 04:31 PM PST | SEJUMLAH orang menyaksikan seorang wanita dibakar bersama timbunan sampah dan tayar di Mount Hagen, Papua New Guinea pada Rabu lalu.
|
[Kosmo] SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.
Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.
Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.
Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.
Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.
Wanita itu mati di tempat kejadian.
Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu.
Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan.
Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP
| |
ALHUSSEYN Posted: 08 Feb 2013 03:06 PM PST Ini yang Umno/BN tak mampu buat....Hanya Pakatan Rakyat yang boleh lakukan Posted: 08 Feb 2013 12:46 AM PST Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan saksama tentu gembira apabila Kerajaan Negeri Selangor sanggup membantu untuk memudahkan autopsy ke-2 keatas C Sugumaran, didakwa mati akibat kekejaman polis.
Menurut N Surendran, naib presiden PKR dan salah seorang daripada peguam yang mewakili keluarga mangsa memberitahu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bersedia untuk memudahkan perjalanan pakar patologi Thailand Pornthip Rojanasunand ke Malaysia termasuk untuk bayaran bil beliau menjalankan autopsi kedua ke atas mangsa tersebut.
Surendran juga berkata beliau telah meminta bantuan Khalid dalam berhubung dengan Thailand atas dasar kerajaan-ke-kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan Dr Pornthip.
"Kami sedang mencari bantuan Selangor untuk dimasukkan ke dalam permohonan kepada Kementerian Keadilan Thailand lantaran kerajaan persekutuan kita enggan untuk berbuat demikian," katanya.
Surendran mendakwa bahawa Kementerian Kesihatan telah menyekat cubaan untuk melibatkan Dr Pornthip untuk bedah siasat.
Syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat, Selangor yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama golongan yang teraniaya ini. | PAS kaji tindakan undang-undang terhadap polis Posted: 07 Feb 2013 08:49 PM PST KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.
Ketua Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.
"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.
"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya. Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja. Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis.
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan! - Harakahdaily. | |
Kerabu Bersuara ® Posted: 08 Feb 2013 03:02 PM PST Terkini! Video Mesyuarat Perancangan Umno Sebagai Dalang Halang ANAK Di Felda Sg Tengi! Posted: 07 Feb 2013 10:49 PM PST EDISI KANTOI ! TERBONGKAR ..UMNO DALANG HALANG ANAK DI FELDA SG. TENGI...( Bukti Video ) Fakta sebenar kejadian sekatan peneroka felda sungai tengi hulu selangor,menghalang dan membantah kehadiran ceramah mazlan aliman pengerusi persatuan ANAK. Diantara yang terlibat didalam sekatan dan bantahan tersebut:- 1-pengurusan felda sungai tengi 2-peneroka felda sungai tengi 3-perkasa felda sungai tengi 4-PKR ranting felda sungai tengi 5-NGO bebas- -tmx-tmj parlimen pfb III -pertubuhan suara inspirasi malaysia (SIM) -kumpulan gerak kan melayu diraja -gerak kan 13 UMNO parlimen hulu selangor tidak terbabit langsung di dalam apa jua gerak kan bertindak ini,apabila parlimen hulu selangor tidak menghantar seorang wakil mereka pun bagi membantu warga peneroka felda sungai tengi untuk memberikan sokongan moral dan logestik. Creadit Tun Mahareza yang hensem by polong Al TMx @ TMX-TMJ PARLIMEN FB III | Berapa Sejam Bayar Najib Main Gendang? Posted: 07 Feb 2013 10:47 PM PST berapa sejam? saya nak sewa untuk main kat rumah anak-anak yatim? hahahahahahaha... kerja Najib lepas pru13 nanti. | Mampukah Psy, Gangnam Style pulihkan populariti merudum BN? Posted: 07 Feb 2013 10:23 PM PST 8 February 2013 KUALA LUMPUR, 8 FEB: Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf terakhir membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu lagi. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang 11 Februari ini, BN mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style dari Korea Selatan bagi memulihkan popularitinya di kalangan pengundi Cina yang menjunam teruk daripada 17% kepada 6% dalam tempoh 10 bulan iaitu antara Februari dan Disember tahun lalu. Katanya, dalam enam undian dilakukan tahun lalu, pengundi Cina yang "gembira" dengan Kerajaan BN terus jatuh menjunam daripada 17% pada Februari hingga 19% pada April, 18% pada Mei, 13% pada Jun, 19% pada Oktober menjunam kepada 6% pada Disember lalu. "Secara secara keseluruhannya, hanya 45 peratus pengundi daripada semua kaum yang ditinjau pada Disember "gembira" dengan persepsi mereka terhadap BN berbanding dengan 48 peratus pada Februari dan 51 peratus pada April," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 63 Hari ke PRU-13, semalam. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ini sebabnya mengapa BN sanggup menghabiskan berjuta ringgit untuk mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, 11 Februari ini. Bagaimanapun, katanya, mampukah Psy dan Gangnam Style itu memulihkan dan memenuhi harapan Najib supaya kalangan pengundi Cina menyokong UMNO/BN pada dalam PRU-13 nanti. "Tinjauan yang dijalankan Merdeka Centre pada akhir tahun lalu (antara 15 hingga 28 Disember 2012) mendapati hanya enam peratus pengundi Cina "gembira" dengan Kerajaan BN sementara 65 peratus "tidak berpuas hati" atau "marah". "Mengenai persepsi mereka terhadap BN, tinjauan menunjukkan 16% pengundi Cina "gembira" berbanding 57% yang "tidak berpuas hati" atau "marah". Hampir tiada sebarang pergerakan di dalam peratusan pengundi Cina yang "gembira" dengan BN dalam undian 10 bulan tahun lalu, iaitu 16% pada Februari, 17% (April), 17% (Oktober) dan 16% (Disember). "Tinjauan sama menunjukkan walaupun kedudukan populariti Najib lebih tinggi berbanding UMNO/BN, secara keseluruhannya jatuh daripada 69% pada Februari kepada 63% pada Disember, manakala penurunan 22% dalam sepuluh bulan di kalangan pengundi Cina, iaitu daripada 56% pada Februari kepada 34% pada Disember 2012," katanya. Menurut Kit Siang, strategi terakhir BN ialah memfitnah dan membuat laporan palsu terhadap DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama menerusi laman tak berwajah, tak bernama dan tak berjiwa di media sosial dan media perdana UMNO/BN. "BN juga sedang berusaha mewujudkan kesangsian dan rasa tidak percaya di kalangan parti dan pemimpin DAP, PKR dan PAS dengan memprovok permusuhan dan ketegangan untuk memecahbelahkan parti dalam Pakatan Raktyat itu terutamanya kerjasama antara DAP dan PAS bagi menyelamatkan UMNO/BN daripada cabaran "hidup atau mati" pada PRU-13 nanti. "Mereka juga mencipta persepsi bahawa UMNO/BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya meraih sokongan popular di kalangan pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban," tambahnya.-Roketkini.com | Pencacai Nak Keluar Islam Jika DAP Perintah Malaysia? Posted: 07 Feb 2013 08:46 PM PST CIRI-CIRI MURTAD Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang keluar dari Islam dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan, tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang tergolong dalam golongan murtad ialah: 1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah. Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Maka secara tegas Al-Quran menyebut: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44) 2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan peraturan lain,atau menyamaratakan Islam dengan peraturan lain. Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab (pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai dengan kemajuan zaman." Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka."Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka." (Muhammad 8-9) 3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran atau Sunnah syiar Islam. Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya. Allah berfirman "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66) 4. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu yang sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan hukum dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat secara peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan orang yang tersesat. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Itu adalah kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih" (An-Nahl:116-117) 5. Mengimami sebahagian dasar-dasar Islam dan mengingkari sebahagian yang lain. Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan, tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi. Firman Allah: "Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85) 6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah. Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan perbuatan. Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutus untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka." (An-Nisaa':80) 7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin. Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah 51) 8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW ataupun pekerjaan baginda. Allah SWT bersabda maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lainnya, supaya tidak hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." (AlHujurat 2) | PAS Buka Cawangan Di GAZA? Posted: 07 Feb 2013 08:35 PM PST | Gong Xi Fa Cai Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sabah & Sarawak – 10 & 11 Februari 2013 (Ahad & Isnin) Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST 10 Februari 2013 (Ahad) – Sabah 1) 2.00 ptg – Ceramah Perdana Lokasi : Kg Panginatan, Ranau 2) 4.00 ptg – Forum Perdana Suara Anak Sabah (SUASA) Lokasi: Restoran Pelancongan, Keningau 3) 7.00 mlm – Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina Lokasi: Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu 4) 10.00 mlm – Dialog Anwar Ibrahim Bersama Anak Muda & Professionals Lokasi: Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru 5) Barisan Penceramah: i. Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YBhg Tamrin Jailani iii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin iv. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing v. YB Senator Maijol Mahap vi. YBhg Christina Liew vii. YB Jonathan Yassin === 11 Februari 2013 (Isnin) – Sarawak 1) 3.00 ptg – Ceramah "Solusi Baram" Lokasi : Beluru Bazaar, Beluru, Bakong 2) 7.00 mlm – Makan Malam Gong Xi Fa Cai Lokasi: Restoran Cina Mega Hotel, Miri 3) 8.00 mlm – Ceramah Perdana – Gong Xi Fa Cai Lokasi: Waterfront Commercial Centre, Miri 4) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Baru Bian iii. YB Ali Biju iv. YB See Chee How v. YBhg Dr Michael Teo Yu Keng | BN langgar Akta Kesalahan Pilihanraya, apa tindakan SPR? Posted: 07 Feb 2013 05:56 PM PST KUALA LUMPUR, 7 FEB: Bendera gergasi yang tertera perkataan "Undilah Barisan Nasional" sudah dinaikkan Barisan Nasional (BN) dengan sewenang-wenangnya di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor walaupun Parlimen belum dibubarkan. Tindakan BN itu adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana berkempen sebelum Parlimen dibubarkan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Berikutan itu, DAP Taman Segambut yang menerima aduan daripada orang ramai bertindak menghantar satu laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, pagi tadi meminta maklum balas daripada badan bebas itu. Laporan itu antara lain mempertikaikan adakah pameran bahan kempen pilihan raya oleh parti politik dibenar atau dibolehkan walaupun Parlimen belum dibubar. "Jika tidak, apakah tindakan yang akan diambil oleh SPR terhadap bendera gergasi yang dipasang BN itu," soal Setiausaha Cawangan DAP Taman Segambut, Yew Jia Haur. Ketua Cawangan DAP Taman Segambut, Patrick Hoo Keh Yew pula berkata, jika yang digantung adalah logo parti memang tidak menjadi masalah bagi pihak berkuasa tempatan (PBT). "Isunya sekarang ialah slogan "Undilah Barisan Nasional". Itu memang tidak boleh dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya," jelas beliau. Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 1969) (4), Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh semasa tempoh berkempen, mempamer, memberi atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia— (a) Memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihan Raya Negeri, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan Pegawai Pilihan Raya Negeri itu; dan (b) Telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak RM5,000 dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri. Perenggan (10) menyatakan; Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.-Roketkini.com | Tentang parodi Gangnam dan dapur Ketua Menteri Oleh Izmil Amri Posted: 07 Feb 2013 05:54 PM PST BAGAIMANAKAH caranya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Pulau Pinang? Soalan ini susah. Banyak jawapan sudah diberikan, tidak kurang juga cadangan yang dilaksanakan untuk mengambil semula Pulau Pinang yang bagi kebanyakan penganalisis politik adalah kawasan putih bagi Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengakui bahawa adalah tidak mustahil untuk parti pemerintah itu mentadbir semula negeri berkenaan. Cuma yang tinggal ialah apa strategi yang perlu dan patut untuk memenangi kembali hati pengundi Pulau Pinang yang menolak parti komponen BN dalam tsunami politik Mac 2008 lalu? Sebagai sebuah koalisi politik yang sudah lama memerintah negara dan mendapat manfaat banyak daripada hasil negara sepanjang pemerintahan, BN adalah sebuah koalisi politik yang kaya. Bukan setakat kaya yang boleh beli kereta mahal dan rumah besar, tetapi kaya yang boleh beli jiwa raga dan maruah manusia. Politik wang Barisan Nasional Baru sahaja beberapa hari sudah Perdana Menteri, Najib Razak turun ke Ampang dan melancarkan kempen politik wangnya yang popular diberi nama BR1M 2.0. Berbanding yang sebelumnya, kali ini bantuan kewangan RM500 itu dipohon oleh lebih ramai orang. Sekaligus membuatkan Najib Razak kembang dan bangga sambil merasakan pendekatan dan kempennya mendapat sambutan ramai. Konon rakyat sudah semakin sayang dan menyokongnya kembali. Ada beberapa pertimbangan yang dapat kita buat daripada perihal BR1M 2.0 ini. Pertamanya ialah mengapa mesti Najib Razak melalui kerajaan dan jentera politiknya mengeluarkan wang tunai sebanyak itu untuk diagihkan kepada rakyat? Adakah rakyat sedang berada dalam kesempitan wang dan menjadi mangsa ekonomi? Adakah rakyat begitu susah sampai tidak ada duit untuk hantar anak ke sekolah dan memastikan tempayan beras sentiasa berisi? Apa sebabnya bagi duit kepada rakyat? Ya, mungkin sebab rakyat tak ada duit. Tapi sebab apa rakyat tak ada duit? Adakah rakyat malas bekerja? Adakah sebab gaji tak naik? Adakah sebab harga barang melambung tinggi? Pertimbangan seterusnya ialah mengenai naik turun sokongan rakyat terhadap Najib Razak dengan pemberian wang tunai. Ini jelas nyata adalah politik wang. Tidak semestinya disebut rasuah, tetapi lebih kurang begitulah keadaannya. Politik wang yang dilakukan oleh Najib ini adalah langkah paling mudah untuk meraih sokongan. Hanya kerana bangsa ini begitu mudah termakan dan rasa terhutang budi. Makcik, pakcik; saya nak bagi tahu. Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak. Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak juga turun ke bendang membanting padi untuk kumpul duit dan berikan kepada pakcik. Tidak sama sekali. Itu duit makcik lah yang mereka ambil. Sekarang dia bagi balik. Nanti bila makcik guna duit itu untuk beli barang dapur, dapat ke dia balik duit tu makcik. Inilah dia politik wang. Rakyat tidak harus tertipu dengan politik wang yang menjadi kekuatan pemerintah yang telah gemuk menelan hasil kekayaan negara setelah puluhan tahun memerintah. Sudah berapa juta dia makan, hampas dan sisanya yang dibagi ke kita. Orang Pulau Pinang tahu ini. Sebab itu orang Pulau Pinang dengan manis muka boleh selamba ambil duit BR1M, tetapi hatinya tetap tekad akan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang. Disebabkan kekayaan BN ini, mereka juga mampu membawa artis antarabangsa untuk menghiburkan kita semua. Pakatan Rakyat tidak begitu kaya. Yalah, tiada pengalaman makan rasuah atau rompak harta negara. Tidak macam BN. Mereka kaya. Apalah sangat DAP ini sekadar mampu buat parodi Gangnam Style. BN mahu bawa penyanyinya datang sendiri untuk menyanyi dan menari sambil menghibur hati rakyat demi memujuk sokongan terhadap mereka. Pakatan Rakyat tidak mampu buat begini. Kami tidak kaya macam mereka. Kami tidak rompak harta negara. Gong-xi-fa-PSY Semenjak artis Korea, PSY yang popular dengan tarian Gangnam Style-nya diumum akan mencemar duli membuat persembahan di Pulau Pinang, meloncatlah sekalian yang patut meloncat. Paling kuat meloncat pasti lah pendokong BN Pulau Pinang yang begitu gembira dengan kedatangan artis berkenaan. PSY sebenarnya telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Future Music Festival Asia pertengahan Mac nanti; pastinya dengan dukungan Tourism Malaysia memandangkan (entah bagaimana) festival itu adalah sebahagian daripada program transformasi ekonomi. Kehadiran beliau untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini pastinya tidak termasuk dalam program, dan bayarannya juga pasti berbeza. Apa yang kita tahu ialah sebagai artis bertaraf antarabangsa, PSY tidak akan melayan jemputan yang menjanjikan bayaran kurang daripada sejuta Dolar Amerika. Ya lah, artis popular. Takkan nak bayar guna Ringgit Malaysia. Satu juta Dolar Amerika (ini minimum ya) samalah dengan 3.098 juta Ringgit Malaysia; untuk satu lagu, daripada seorang penyanyi demi memikat hati pengundi Cina (katanya). Hatta ada yang mencemuh kononnya DAP hanya mampu membuat parodi, dan BN juga yang hebat sehingga mampu membawa penyanyi asalnya ke mari. Inilah dia kesan pembodohan terancang oleh media yang dikawal pihak pemerintah pimpinan United Malays National Organisation sehingga tidak dapat meletakkan nilai kepada wang dan kemampuan sehingga boleh mengukur kebolehan memimpin dengan membandingkan artis mana yang dibawa masuk. Ya benar, Pakatan Rakyat adalah koalisi yang sederhana gayanya. Ia tidak mampu berbelanja besar dan menabur wang untuk membeli undi orang ramai. Tidak ada bayaran untuk datang berhimpun dan merelakan diri disepak terajang oleh pihak polis. Tidak ada bayaran untuk bawa sepanduk dan angkat bendera. Tiada bayaran untuk letakkan pelekat kempen pada kereta. Tidak macam UMNO. Selagi tak ada yang 'masyuk' tidak jalan lah kerja. Dapur Guan Eng Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak. Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah. Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu? Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan. Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham. – Roketkini.com | Fitnah lagi: Dr Arifin dituduh mahu dirikan gereja di UPNM, siapa “Mat Gerek”? Posted: 07 Feb 2013 05:53 PM PST GEORGE TOWN, 8 FEB: Politik hegemoni agama terus dimainkan bagi membakar sensitiviti rakyat Malaysia. Terkini, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila dituduh mahu menyebarkan ajaran Kristian. "Saya dituduh menyebarkan agama Kristian bersama beberapa pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kepada pelajar dan kakitangan universiti yang lain dengan matlamat untuk membangunkan sebuah gereja dalam universiti itu. "Saya ingin tegaskan bahawa saya adalah seorang Muslim dan tidak pernah langsung terbabit dalam sebarang kegiatan menyebarkan agama Kristian," tegasnya pada satu sidang media. Menurutnya, dakwaan fitnah itu adalah mengarut sama sekali dan sengaja dilakukan untuk mencemarkan namanya serta beberapa pensyarah yang lain. Selain itu Dr Ariffin berkata, tuduhan tidak berasas daripada seseorang yang menggelar dirinya sebagai "Mat Gerek" melalui satu memorandum turut mendakwa bahawa agen CIA telah berjaya menyusup masuk ke UTNM dan membiayai beberapa kajian yang dijalankan beberapa pensyarah di situ. "Saya dapat tahu bahawa fitnah jahat ini dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam universiti dalam satu mesyuarat sekitar akhir Oktober dan awal September tahun lalu," ujarnya. Apabila ditanya tindakan selanjutnya, beliau berkata, perkara ini akan dilaporkan kepada pihak polis dan mahu pihak berkuasa itu menjalankan siasatan menyeluruh agar namanya dan pensyarah lain yang dituduh dapat dibersihkan. Di sebalik isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang mencetuskan polemik, fitnah terbaru yang dilemparkan ke atas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dilihat sebagai senjata pihak lawan yang sengaja memainkan sensitiviti rakyat Malaysia demi meraih sokongan politik. Sejak bersama perjuangan DAP, imej dan reputasi Dr Ariffin sering menjadi sasaran fitnah termasuk sebelum ini pernah dituduh mengatakan punca rasuah dalam perkhidmatan awam adalah disebabkan monopoli orang Melayu walhal beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu. – Roketkini.com | |
Muslimeen United Posted: 08 Feb 2013 01:57 PM PST Inilah Dapur Ketua Menteri Pulau Pinang Posted: 07 Feb 2013 04:57 PM PST Bagaimanakah caranya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Pulau Pinang? Soalan ini susah. Banyak jawapan sudah diberikan, tidak kurang juga cadangan yang dilaksanakan untuk mengambil semula Pulau Pinang yang bagi kebanyakan penganalisis politik adalah kawasan putih bagi Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengakui bahawa adalah tidak mustahil untuk parti pemerintah itu mentadbir semula negeri berkenaan. Cuma yang tinggal ialah apa strategi yang perlu dan patut untuk memenangi kembali hati pengundi Pulau Pinang yang menolak parti komponen BN dalam tsunami politik Mac 2008 lalu? Sebagai sebuah koalisi politik yang sudah lama memerintah negara dan mendapat manfaat banyak daripada hasil negara sepanjang pemerintahan, BN adalah sebuah koalisi politik yang kaya. Bukan setakat kaya yang boleh beli kereta mahal dan rumah besar, tetapi kaya yang boleh beli jiwa raga dan maruah manusia. Politik wang Barisan Nasional Baru sahaja beberapa hari sudah Perdana Menteri, Najib Razak turun ke Ampang dan melancarkan kempen politik wangnya yang popular diberi nama BR1M 2.0. Berbanding yang sebelumnya, kali ini bantuan kewangan RM500 itu dipohon oleh lebih ramai orang. Sekaligus membuatkan Najib Razak kembang dan bangga sambil merasakan pendekatan dan kempennya mendapat sambutan ramai. Konon rakyat sudah semakin sayang dan menyokongnya kembali. Ada beberapa pertimbangan yang dapat kita buat daripada perihal BR1M 2.0 ini. Pertamanya ialah mengapa mesti Najib Razak melalui kerajaan dan jentera politiknya mengeluarkan wang tunai sebanyak itu untuk diagihkan kepada rakyat? Adakah rakyat sedang berada dalam kesempitan wang dan menjadi mangsa ekonomi? Adakah rakyat begitu susah sampai tidak ada duit untuk hantar anak ke sekolah dan memastikan tempayan beras sentiasa berisi? Apa sebabnya bagi duit kepada rakyat? Ya, mungkin sebab rakyat tak ada duit. Tapi sebab apa rakyat tak ada duit? Adakah rakyat malas bekerja? Adakah sebab gaji tak naik? Adakah sebab harga barang melambung tinggi? Pertimbangan seterusnya ialah mengenai naik turun sokongan rakyat terhadap Najib Razak dengan pemberian wang tunai. Ini jelas nyata adalah politik wang. Tidak semestinya disebut rasuah, tetapi lebih kurang begitulah keadaannya. Politik wang yang dilakukan oleh Najib ini adalah langkah paling mudah untuk meraih sokongan. Hanya kerana bangsa ini begitu mudah termakan dan rasa terhutang budi. Makcik, pakcik; saya nak bagi tahu. Duit yang makcik dapat itu ialah sebahagian daripada duit makcik sendiri yang kerajaan kutip selama ini. Itu bukan duit daripada poket Najib Razak, makcik. Najib Razak tidak berhempas pulas jual pisang goreng dan cucur kodok untuk kaut untung dan beri zakat kepada kita semua, tidak. Najib Razak dan Rosmah Mansor tidak juga turun ke bendang membanting padi untuk kumpul duit dan berikan kepada pakcik. Tidak sama sekali. Itu duit makcik lah yang mereka ambil. Sekarang dia bagi balik. Nanti bila makcik guna duit itu untuk beli barang dapur, dapat ke dia balik duit tu makcik. Inilah dia politik wang. Rakyat tidak harus tertipu dengan politik wang yang menjadi kekuatan pemerintah yang telah gemuk menelan hasil kekayaan negara setelah puluhan tahun memerintah. Sudah berapa juta dia makan, hampas dan sisanya yang dibagi ke kita. Orang Pulau Pinang tahu ini. Sebab itu orang Pulau Pinang dengan manis muka boleh selamba ambil duit BR1M, tetapi hatinya tetap tekad akan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang. Disebabkan kekayaan BN ini, mereka juga mampu membawa artis antarabangsa untuk menghiburkan kita semua. Pakatan Rakyat tidak begitu kaya. Yalah, tiada pengalaman makan rasuah atau rompak harta negara. Tidak macam BN. Mereka kaya. Apalah sangat DAP ini sekadar mampu buat parodi Gangnam Style. BN mahu bawa penyanyinya datang sendiri untuk menyanyi dan menari sambil menghibur hati rakyat demi memujuk sokongan terhadap mereka. Pakatan Rakyat tidak mampu buat begini. Kami tidak kaya macam mereka. Kami tidak rompak harta negara. Gong-xi-fa-PSY Semenjak artis Korea, PSY yang popular dengan tarian Gangnam Style-nya diumum akan mencemar duli membuat persembahan di Pulau Pinang, meloncatlah sekalian yang patut meloncat. Paling kuat meloncat pasti lah pendokong BN Pulau Pinang yang begitu gembira dengan kedatangan artis berkenaan. PSY sebenarnya telah dijadualkan untuk membuat persembahan di Future Music Festival Asia pertengahan Mac nanti; pastinya dengan dukungan Tourism Malaysia memandangkan (entah bagaimana) festival itu adalah sebahagian daripada program transformasi ekonomi. Kehadiran beliau untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini pastinya tidak termasuk dalam program, dan bayarannya juga pasti berbeza. Apa yang kita tahu ialah sebagai artis bertaraf antarabangsa, PSY tidak akan melayan jemputan yang menjanjikan bayaran kurang daripada sejuta Dolar Amerika. Ya lah, artis popular. Takkan nak bayar guna Ringgit Malaysia. Satu juta Dolar Amerika (ini minimum ya) samalah dengan 3.098 juta Ringgit Malaysia; untuk satu lagu, daripada seorang penyanyi demi memikat hati pengundi Cina (katanya). Hatta ada yang mencemuh kononnya DAP hanya mampu membuat parodi, dan BN juga yang hebat sehingga mampu membawa penyanyi asalnya ke mari. Inilah dia kesan pembodohan terancang oleh media yang dikawal pihak pemerintah pimpinan United Malays National Organisation sehingga tidak dapat meletakkan nilai kepada wang dan kemampuan sehingga boleh mengukur kebolehan memimpin dengan membandingkan artis mana yang dibawa masuk. Ya benar, Pakatan Rakyat adalah koalisi yang sederhana gayanya. Ia tidak mampu berbelanja besar dan menabur wang untuk membeli undi orang ramai. Tidak ada bayaran untuk datang berhimpun dan merelakan diri disepak terajang oleh pihak polis. Tidak ada bayaran untuk bawa sepanduk dan angkat bendera. Tiada bayaran untuk letakkan pelekat kempen pada kereta. Tidak macam UMNO. Selagi tak ada yang 'masyuk' tidak jalan lah kerja. Dapur Guan Eng Cuba kita perhati sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Puan Betty Chew, isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperlihatkan Lim Guan Eng sedang memasak di dapur. Mungkin apa yang orang hanya pandang ialah perbuatan Guan Eng memasak di rumah. Santai di dapur dengan rambutnya juga yang tidak diminyak. Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah. Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu? Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan. Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham. ~roketkini.com | NST Disaman Kerana Siarkan Artikel Memfitnah BERSIH Posted: 07 Feb 2013 04:56 PM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memfailkan saman ke atas News Straits Times Press (Malaysia) Berhad kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah tahun lalu. Andrew Khoo, ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, hari ini berkata saman tersebut difailkan ke atas artikel yang ditulis dalam akhbar berbahasa Inggeris News Straits Times pada 21 September, 2012, bertajuk "Plot to destabilise government" (Plot untuk menjatuhkan kerajaan). "Kita mengkaji artikel tersebut dan kita dapati artikel tersebut banyak melakukan tuduhan palsu ke atas Bersih dan aktivitinya," katanya apabila bertemu wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Jadi kita perlu betulkan fakta, dan supaya tidak berlaku lagi laporan palsu, kita tidak ada pilihan selain memfailkan saman," katanya lagi.
"Saya ingin jelaskan di sini kita juga menuntut maaf dan menarik semula laporan tersebut tetapi tidak ada sebarang tindakan dari NST," kata Khoo.
Peguam Bersih Daniel J. Albert berkata surat mengenai perkara tersebut ditulis pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu.
Plaintif dalam kes ini ialah 15 orang ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, manakala NSTP (M) Berhad dan penulis artikel tersebut sebagai defendan.
Bersih berkata mereka mencari ganti rugi berdasarkan amaun yang ditentukan mahkamah serta injuksi untuk menghalang defendan dari, antaranya menerbitkan artikel atau fitnah. | |
PENYAPU SIAL Posted: 08 Feb 2013 01:20 PM PST dah terpalit dengan taik lembu dan skandal projek RM 30 juta pun masih yakin kunun dapat tipu pengundi....yang pasti kalau menang pun atas tiket pengundi hantu....!!!! Posted: 08 Feb 2013 09:19 AM PST Skandal Lembu Betina Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Raja Nong Taik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu.. Kita mengulas keyakinan Nong Taik , Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Taik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau.. 17 Mei lalu, di laporkan Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Taik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. Nong Taik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pula cuba mempertikai dakwaan tersebut sambil kononnya pembangkang lebih suka mengkritik dari berkhidmat untuk rakyat. Pembuli seperti Nong Taik guna taktik kotor . Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram.. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi. Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Taik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. | bapa borek anak berbintik bintik....apa kurang bapanya kejahatan di masa mudanya inikan pula menjadi ikutan anaknya walaupun bapanya dah jadi ketua agama islam...!!! Posted: 08 Feb 2013 08:03 AM PST "KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI" Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura. Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, " Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa"..... itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya. Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) "Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang" Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya. Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan "berbohong sunat" bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta "Professional Courtesy" dari Insp Singapura itu. Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya. Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan "Selamat" dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia. Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu. Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak "Mengawal" Anak Raja YANG BONGKAK ITU. NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira "Pangkat" TELAH memberi "kata dua" kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN "KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI" Inilah lakunan "BERJIWA RAKYAT" yang tidak diketahui umum. PERKATAAN'BERJIWA RAKYAT" SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA "PENIPU RAKYAT". Lakunan di depan Rakyat kononnya "prihatin dan berjiwa rakyat" HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA. BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA? SUMBER | kementerian kesihatan bermain politik bila menterinya lidah biawak Posted: 07 Feb 2013 05:23 PM PST Walaupun telah memberi akujanji melalui surat yang dikeluarkan kepada keluarga pada 6/2/13 bahawa Kementerian Kesihatan akan membantu dan memudahkan autopsi 2 oleh Dr Porntip Rojanasunan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, bahawa Kementerian telah tidak meluluskan atau menolak bedah siasat ke-2 keatas C.Sugumar, dan kelulusan mesti datang dari pihak polis. Nampaknya Liow cakap pakai lidah biawak yang bercabang... Melalui akujanji, Kementerian Kesihatan telah memberikan satu harapan pembelaan untuk mendapatkan keadilan kepada keluarga mangsa yang mati dibunuh. Langkah Liow untuk tidak memberikan persetujuan adalah sangat pelik dan dilihat sebagai satu helah untuk mensabotaj bedah siasat 2 tersebut. Polis telah enggan untuk memberikan arahan bertulis kpd hospital untuk bedah siasat ke-2 walaupun permintaan yang berulang dari keluarga. Sebaliknya, pihak polis hanya berkata bahawa mereka tidak mempunyai bantahan terhadap bedah siasat kedua. Hospital kerajaan tidak akan menjalankan bedah siasat 2 melainkan jika terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Satu surat semata-mata menyatakan tiada bantahan oleh polis adalah tidak mencukupi. Apa perlunya surat kelulusan dari pihak polis sedangkan tiada bantahan dari polis mengenainya? Alasan Liow memang tidak ada asas langsung. Sila ikuti kenyataan penuh N. Surendran, Latheefa Koya: Kami merujuk kepada kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disiarkan dalam media hari ini, bahawa Kementerian telah tidak meluluskan atau menolak bedah siasat ke-2 keatas C.Sugumar, dan kelulusan mesti datang dari pihak polis. Ini adalah walaupun surat yang dikeluarkan kepada keluarga pada 6/2/13 bahawa Kementerian akan membantu dan memudahkan autopsi 2 oleh Dr Porntip Rojanasunan. Selaras dengan kedudukan Liow, keluarga telah menerima surat hari ini, 7/2/13, dari Hospital Universiti menolak permintaan untuk bedah siasat ke-2 melainkan terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Ini adalah sabotaj mengejutkan dan mengecewakan, dan terang-terangan cuba untuk mendapatkan autopsi 2 dilakukan. Liow, sebagai wakil Kabinet dan Kerajaan, meletakkan halangan lagi untuk bedah siasat ke-2 dengan menegaskan bahawa kelulusan itu mesti datang dari pihak polis. Polis telah enggan untuk memberikan arahan bertulis ke hospital untuk bedah siasat ke-2 walaupun permintaan yang berulang dari keluarga. Sebaliknya, pihak polis hanya berkata bahawa mereka tidak mempunyai bantahan terhadap bedah siasat kedua, manakala hospital kerajaan tidak akan menjalankan bedah siasat 2 melainkan jika terdapat arahan bertulis daripada pihak polis. Satu surat semata-mata tiada bantahan oleh polis adalah tidak mencukupi. Surat penolakan daripada UH diterima hari ini membuktikan ini. Ia adalah sepenuhnya dalam kuasa Menteri Kesihatan untuk mengeluarkan perintah itu kepada mana-mana hospital kerajaan untuk menjalankan autopsi 2. Mengapa Menteri, Datuk Seri Liow Tiong Lai masih enggan untuk berbuat demikian? Tidak ada keperluan undang-undang bahawa mesti ada arahan polis ke hospital sebelum autopsi 2 boleh dilakukan. Mengapa hospital berkeras? Oleh itu, terdapat kini tiada kepastian bahawa Dr Porntip akan dibenarkan untuk menjalankan autopsi 2 pada Sugumar, walaupun akujanji bahawa mereka akan memudahkan autopsi Kementerian Kesihatan. Ini menghalang kita daripada membuat persiapan yang perlu bagi Dr Porntip untuk datang ke Malaysia dan menjalankan bedah siasat 2. Keluarga telah menghadapi beberapa kesukaran dan emosi yang meletihkan untuk mendapatkan keadilan kerana pembunuhan Sugumar telah lebih daripada dua minggu berlalu. Penangguhan untuk bedah siasat ke-2 adalah penderitaan yang pedih bagi keluarga mangsa. Kami menyeru pihak polis, Kementerian Kesihatan, Kabinet dan Perdana Menteri untuk segera menghentikan usaha untuk mensabotaj usaha keluarga untuk keadilan. Perdana Menteri dan kerajaan mesti segera menghentikan semua halangan yang tidak perlu dan menyalahi undang-undang menghalang autopsi 2. Arahan segera perlu diberikan kepada Hospital Universiti atau mana-mana hospital kerajaan yang lain untuk membenarkan autopsi 2, yang akan dijalankan oleh Dr Porntip. | |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 08 Feb 2013 01:13 PM PST |
Addin Posted: 08 Feb 2013 11:43 AM PST Kantoi!! Pencacai Umno Ni Menyamar Jadi Ahli PAS.. Ini Buktinya Posted: 08 Feb 2013 09:35 AM PST
Sekumpulan 20 orang lelaki yang pemalu mendakwa sebagai "mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu" telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam.
Kumpulan pemalu berseluar jean itu mahu pemimpin tertinggi PAS di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP. Punyalah pemalu para pendemo "ahli" PAS ini.. sampai terpaksa menutup wajah mereka dari dirakam. Pada lazimnya kalau pejuang, pendokong, penyokong dan ahli PAS yang tulin, mereka tidak malu memaparkan wajah mereka malahan merasa bangga dan megah sekali, tetapi berlainan sedikit pada "demonstrasi" yang ini. Berpakaian tidak seperti ahli PAS di Pantai Timur. Perlu ingat.. kalau PAS yang menganjurkan demo bukan yang hadir setakat tak sampai 20 orang.. Paling kokak pun ratusan kalau bukan ribuan. Kepada UMNO.. ini nasihat ikhlas Omakkau...Jangan ingat rakyat bodoh...Jangan nak hina dan perlekehkan kebijaksanaan rakyat. YANG KELUARKAN FATWA HARAM UNDI DAP ITU SIAPA EK???? YANG GEMAR GUNAKAN PERKATAAN PAS PARASIT SIAPA EK????
~omakkau
Iklan C (ii)
| Video Najib Cakap Macam Orang Mabuk Tersebar.. Posted: 08 Feb 2013 02:58 AM PST
Sila lihat dan dengar serta fahami fakta-fakta yang terdapat dalam video di bawah ini yang menjelaskan mengapa 'Air' menjadi satu masaalah di negeri Kelantan..
Antara fakta yang kelihatan seperti tindakan regime Zionist terhadap rakyat Palestine ialah sejurus selepas negeri Kelantan berjaya dikuasai oleh PAS pada tahun 1990 segala peruntukan untuk pembangunan air telah di sekat oleh UMNO/BN. Dalam keadaan Negeri lain menerima peruntukan secara percuma, Kerajaan Negeri Kelantan diberikan pinjaman sebanyak RM600 juta yang didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai pemberian percuma ! Saksikan!!
~anak sungai derhaka
Iklan C (ii)
| Panas!! Sindiket Keluarga India Menyamar Masuk Islam Kini Berada Di Kuantan,Pahang Posted: 07 Feb 2013 11:50 PM PST Sebentar tadi Addin terima e-mel dari pembaca blog Addin. E-mel ini berkaitan pendedahan yang di lakukan oleh blog Manjung Mari pada Januari lepas.
Manjung Mari telah mendedahkan bagaimana satu keluarga India telah menyamar sebagai saudara baru cuba menipu umat Islam di sekitar Manjung, Perak.
Dan kini, keluarga India tersebut berada di Kuantan, Pahang. Menurut penghantar e-mel ini, individu yang sama didedahkan oleh Manjung Mari cuba menipu kariah surau beliau. Baca pendedahan penghantar e-mel ini..
semoga addin sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. saya mohon jasa baik addin untuk menyebar luaskan lagi berita berkenaan satu keluarga india yang mengaku masuk islam ini... sebelum ini, cerita berkenaan keluarga ini saya baca di blog MANJUNGMARI bertarikh 8 jan 2013... alhamdulillah berita yang di siarkan itu lengkap disertakan gambar keluarga tersebut termasuklah kereta yang mereka naiki... apa yang nak saya sampaikan di sini ialah saya dan jemaah surau di tempat saya (surau al ikhlas, taman kempadang perdana, kuantan, pahang). hampir di tipu oleh keluarga ini... cerita bermula malam semalam selepas isyak.... salah seorang jemaah surau telah memanggil saya (kebetulan saya adalah bendahari surau) kerana ada seorang india di luar surau yang datang untuk meminta bantuan kewangan kerana ingin membawa sepupunya yang baru memeluk islam di johor untuk di bawa ke kelantan untuk belajar agama... Pemuda india ini, mengaku telah memeluk agama islam dan dalam perjalanan membawa sepupunya yang baru di bawa "lari" dari johor (konon nya kerana takut di ketahui oleh keluarganya yang dia telah memeluk islam) untuk di bawa ke kelantan. Pemuda ini menunjukkan satu surat ikrar memeluk islam dari jabatan agama johor (lihat lampiran). Apabila saya bertanyakan kepada beliau, "siapa yang dia bawa di dalam kereta ...? beliau pun membawa saya dan dua orang jemaah surau untuk di perkenalkan dengan dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) "sepupu" beliau. Di sebabkan rupa beliau dan sepupu beliau itu ada iras dengan gambar yang di siarkan di dalam blog manjungmari, saya terus mengesyaki yang beliau cuba untuk menipu... saya pun mengarahkan dua orang sahabat saya itu untuk membawa ketiga2 nya ke dalam surau untuk menjamu selera (kebetulan kami baru selesai majlis tahlil dan doa selamat.) terlebih dahulu sementara saya balik ke rumah (kebetulan rumah depan surau) untuk mengambil "wang sumbangan". Setelah saya mengambil no plat kereta yang di naiki (ABQ 8210), saya terus ke rumah dan membuat carian di dalam blog manjungmari... Alhamdulillah, apa yang saya syak memang betul... namun, sebelum sempat saya memaklumkan kepada jemaah surau, pemuda india itu telah melarikan diri... apa yang ingin saya maklumkan adalah supaya berita berkenaan keluarga india ini dapat di sebar luaskan sebelum mereka mengambil kesempatan lagi seperti yang telah berlaku di selangor dan juga di perak.. kesudian addin utk mengwar2kan berita ini, amat saya hargai. tk. wassalam. rosman mustaffa 019-9870487 Baca pula pendedahan blog Manjung Mari di sini. Iklan C (ii)
| Kantoi!! Video Perancangan Jahat Umno Untuk Gagalkan Ceramah Mazlan Aliman Tersebar.. Posted: 07 Feb 2013 10:30 PM PST Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC. Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh. Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain. Agendanya ialah untuk menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang...Saksikan apa perancangan mereka... ~anak sungai derhaka Lihat video di sini. Iklan C (ii)
| Sebab Ni Raja Nong Chik Perlu Di Tolak Di Lembah Pantai Posted: 07 Feb 2013 07:57 PM PST KUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. "Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu.17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat. "Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah."Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya."Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. ~keadilandaily Iklan C (ii)
| Mahathir Makin Risau Umno BN Kecundang PRU13 Posted: 07 Feb 2013 06:52 PM PST SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Arab Spring akan berlaku di negara ini sebagai manifestasi beliau sahaja.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keadaan itu berlaku kerana Dr Mahathir takut pada perubahan yang akan berlaku selepas PRU13."Kenyataan itu menunjukkan mimpi ngeri beliau dan rasa takut yang Barisan Nasional (BN) tidak mampu berkuasa lagi."Beliau sengaja menggunakan pengaruhnya untuk menakutkan rakyat bahawa akan berlaku huru-hara," katanya. Katanya, kewujudan NGO Bersih bukan daripada pemimpin PR tetapi kesedaran masyarakat yang ingin pilihan raya yang bersih dan adil.Dr Mahathir dalam kenyataannya di blognya mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan laksanakan Arab Spring jika gagal dalam PRU13.Beliau turut dakwa Anwar sengaja menggunakan Bersih bagi merealisasikan impiannya. Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Dr Mahathir tidak sepatutnya berkata begitu kerana bukan jurucakap PR."Beliau bukan jurubicara PR dan bukan jurubicara untuk Anwar. Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya lebih faham konsep demokrasi. "Ini lah masalahnya bila dah lama sangat memerintah. Arab Spring tidak akan berlaku di Malaysia," tegas beliau.Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebagai tuduhan liar kepada Anwar. "Kita sudah kata, PR tidak akan lakukan perubahan dengan cara yang ganas. Perubahan itu datang dari peti undi," katanya.Bagaimanapun, Tony berkata, kenyataan itu juga menunjukkan Dr Mahathir sendiri sudah hilang keyakinan terhadap BN dan percaya PR akan menang pada PRU13. ~sinar harian Iklan C (ii)
| Ketua Pemuda Umno Sertai KEADILAN Posted: 07 Feb 2013 01:00 PM PST
BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang. Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
"Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.
"Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi.
Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.
"Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya.
"Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi.
"Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya. ~keadilandaily Iklan C (ii)
| |
Telok Bakong Online Posted: 08 Feb 2013 11:04 AM PST Konsert Yang Melalaikan Buliih...Ceramah Ugama Tak Buleeeh?...Macai Cuba Sabotaj Ustaz Azhar Idrus Posted: 07 Feb 2013 04:13 PM PST Penganjur ceramah Ustaz Azhar Idrus iaitu Kariah Masjid Lama Kg Gajah baru baru ini gusar kerana permohonan permit mereka untuk mengunakan stadium Kg Gajah tidak dibenarkan kerana ada pihak pihak 'tertentu" terlebih dahulu dikatakan akan mengunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan konsert hiburan.Ceramah UAI ini diprogramkan untuk diadakan pada 24 hb Feb 2013.Sebenarnay Pekan Kg Gajah kekurangan kawasan yang luas untuk menganjurkan program yang melibatkan orang ramai.Oleh itu stadium adalah tempat yang dianggap paling sesuai.Oleh kerana stadium telah digunakan maka penganjur telah menghadapi masalah untuk mencari tempat lain yang boleh menampung jumlah penduduk yang besar.Kedatangan UAI ke kawasan ini sememangnya ditunggu tunggu oleh penduduk. Penganjur dikatakan sedang cuba meminta kebenaran untuk mengunakan sebuah padang kecil di sebelah Balai Polis.Berita kedatangan UAI ini telah diuar uarkan sejak 2 minggu yang lalu.Mana mungkin terjadi kebetulan pertembungan dengan aktiviti untuk mengunakan tempat yang sama.Fikirlah sendiri.Kita tengok mana yang akan menjadi tumpuan.Sabotaj ini lebih menyerupai perbuatan UMNO di Kuala Kangsar,dimana satu konsert Dang Dut telah diadakan di Padang berdepan dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menganggu tumpuan penyokong PR. Msinc- sesiapa yang memilih untuk menyaksikan konsert hiburan tersebut adalah sebusuk-busuk umat kerana kamu telah disediakan pilihan.Berita lanjut mengenai ceramah UAI ,saya akan updated,teruskan bersama Telok Bakong Online "Saluran Keme Untuk Komer". | |
Al Ikram Posted: 08 Feb 2013 10:24 AM PST |
Anak Sungai Derhaka Posted: 08 Feb 2013 10:05 AM PST Ceramah Anwar di Felda pula dihalang macai UMNO.. Posted: 08 Feb 2013 07:35 AM PST Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang tadi. Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin. Menurut sumber, hampir 20 orang anak muda yang bukan dilihat bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di kesemua lokasi masuk ke Felda terbabit. Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk. Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya. Namun, jika dilihat kepada kejadian di Sungai Tengi, kemungkinan senarionya adalah sama. Apapun, mujurlah tiada insiden lebih buruk berlaku. Orang ramai yang menunggu Anwar di lokasi ceramah akhirnya beramai-ramai keluar selepas mengetahui rombongannya dihalang. Kawalasan pintu masuk dibuka semula selepas kesemua mereka mendapati rombongan Anwar telah berpatah balik meninggalkan lokasi terbabit. Apapun kejadian ini adalah satu agi cara untuk menghalang program Pakatan Rakyat dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan seperti Malaysia ini. Ia jelas bercanggah dengan hak-hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tambahan pula parti pembangkang adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Felda Bukit Kuantan terletak dalam DUN Sungai Lembing kawasan Parlimen Paya Besar. Apapun, semua yang berlaku ini menambahkan amarah rakyat kepada BN pada Pilihanraya umum ini sebenarnya. ~ Pahang Daily Online Gambar di atas datangnya dari FB Haji Abas Haji Awang.. beliau melaporkan.. Kumpulan umno memagar di setiap jln masuk ke FELDA BUKIT KUANTAN.DSAI DI JADUAL MEMBERI CERAMAH DI FELDA INI JAM 5,45 ptg.DSAI DINASIHATKAN TIDAK HADIR KERANA KESELAMATAN.Memang tidak selamat,setiap jln di blok oleh kira 40 org berbaju merah macam samseng.Aku dan isteri terlepas masuk sekejap dan bila di beritau DSAI tidak dtg aku segera mahu pergi ke TAMAN CENDERAWASIH tempat baru.Tapi aku tak boleh keluar. | Video bukti Najib menipu rakyat Kelantan dalam isu air pula tersebar!! Posted: 07 Feb 2013 11:55 PM PST Sila lihat dan dengar serta fahami fakta-fakta yang terdapat dalam video di bawah ini yang menjelaskan mengapa 'Air' menjadi satu masaalah di negeri Kelantan.. Antara fakta yang kelihatan seperti tindakan regime Zionist terhadap rakyat Palestine ialah sejurus selepas negeri Kelantan berjaya dikuasai oleh PAS pada tahun 1990 segala peruntukan untuk pembangunan air telah di sekat oleh UMNO/BN. Dalam keadaan Negeri lain menerima peruntukan secara percuma, Kerajaan Negeri Kelantan diberikan pinjaman sebanyak RM600 juta yang didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai pemberian percuma ! Saksikan!!
| PANAS!! Video Mesyuarat bagi ganggu ceramah Mazlan Aliman tersebar!!.. Saksikan apa perancangan mereka.. Posted: 07 Feb 2013 07:01 PM PST Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC. Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan. Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh. Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah. Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain. Agendanya ialah untuk menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram. Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara". Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru. Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan. Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka. Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang... Saksikan apa perancangan mereka...
Sebagaimana yang dijangkakan.. video ini pasti tidak akan bertahan lama di YouTube, kerana ianya menyusahkan macai-macai UMNO yang terlibat itu.. oleh itu sila lihat di ( SINI ) > | Apa faedahnya Felda belanjakan RM100 juta untuk stadium? Posted: 07 Feb 2013 04:30 PM PST Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengumumkan semalam bahawa sebuah stadium bakal dibina dekat Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang tidak lama lagi. Sinar Harian melaporkan Isa sebagai berkata bahawa pihaknya (Felda) memperuntukkan kira-kira RM80 juta sehingga RM100 juta bagi membina stadium itu untuk kegunaan pasukan bolas epak Felda United. Persoalannya apakah pembinaan sebuah stadium merupakan satu keperluan mustahak kepada Felda di kala kedudukan kewangan Felda menimbulkan persoalan. Di kala Felda meminjam RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan masih belum menjawab secara spesifik dan terperinci untuk kegunaan apakah RM6 billion itu; perlukah Felda membelanjakan RM80 juta ke RM100 juta untuk sebuah stadium yang belum tentu dapat memberi pulangan lumayan. Ditambah pula dengan harga pasaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang setakat hari ini hanya sekadar 'cukup makan". Dalam keadaan peneroka Felda di seluruh negara dibelenggu dengan pelbagai masalah termasuk kes tanam semula yang tidak sempurna, proses tanam semula yang lewat, ladang peneroka bersemak samun, hutang peneroka yang tinggi dengan Felda (proses tanam semula dan elaun sara diri) dan pertikaian Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit; kini Felda ingin berbelanja sakan untuk satu perkara yang bukan asas atau matlamat utama pembukaan rancangan Felda itu sendiri. Tidak nampak apa faedah jangka masa panjang untuk peneroka dan generasi baru peneroka dengan pembinaan stadium itu. Pembinaan stadium satu pembaziranMewujudkan pasukan bola sepak Felda United itu sendiri seperti satu pembaziran. Tidak tahu berapa juta dihabiskan setiap tahun untuk membayar gaji pemain termasuk pemain import, jurulatih dan pegawai pasukan bola sepak Felda United. Sebahagian besar pemain pasukan bola sepak Felda United adalah diambil dari luar Felda iaitu bukan anak peneroka Felda. Tidak ada masalah jika kos menurunkan pasukan Felda United di dalam Liga Malaysia seratus peratus ditaja oleh syarikat swasta yang bukan anak syarikat Felda. Begitu juga jika ada sektor korporat yang mahu menanggung kos pembinaan stadium itu. Tetapi Felda tidak seharusnya mengorbankan kantung Felda sendiri untuk perbelanjaan pasukan Felda United dan pembinaan stadium. Persoalan yang harus dijawab oleh Isa apakah dengan membina sebuah stadium di sebuah kawasan Felda mampu menarik peminat bolasepak membanjiri stadium tersebut? Secara umumnya prestasi dan minat peminat bola sepak Malaysia kepada Liga Malaysia tidak begitu memberangsangkan sejak 12 tahun lalu. Stadium menghadapi kekurangan penonton yang dikaitkan dengan kualiti dan standard pemain pasukan bola sepak dalam Liga Malaysia agak merosot berbanding era pemain bola sepak tempatan 80an dan 90an dulu. Stadium kosongMerujuk sambutan peminat bola sepak pada musim 2012 Liga Malaysia contohnya , kecuali Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru (Kelantan), boleh dikatakan tidak ada stadium yang penuh (kecuali Final Piala Malaysia dan Final Piala FA) walaupun pasukan itu berada dalam kedudukan yang baik. Contohnya Selangor dan Negeri Sembilan walaupun Stadium Shah Alam dan Stadium Paroi terletak di pusat bandar. Ini kan pula stadium di kawasan penempatan Felda. Malah kalau Felda United menjadi Juara Liga Super sekali pun stadium tidak akan penuh kerana pasukan kelab di Malaysia tidak mempunyai "fan base" seperti mana pasukan negeri. Contohnya pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi Juara Liga Perdana pada tahun lepas, menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2012 dan memenangi Piala Sumbangsih pada tahun ini, tetapi stadium yang digunakan oleh ATM di Stadium Paroi pada tahun ini hanya mampu menarik lebih kurang 1,000 ribu penyokong ATM sedangkan kapasiti Stadium Paroi adalah untuk 40, 000 penonton. Stadium yang bakal dibina di Jengka ini berpotensi besar menjadi satu projek gajah putih. Lebih baik dibelanjakan untuk perumahan, universiti dan kemudahan asasKekayaan yang dimiliki oleh Felda hari ini adalah titik peluh 112,635 peneroka dari seluruh negara. Alangkah baiknya kalau RM80 juta ke RM100 juta itu digunakan untuk membina lebih banyak rumah untuk generasi kedua Felda. Alangkah indahnya kalau RM80 juta sehingga RM100 juta ini digunakan untuk membina universiti, khas untuk anak-anak peneroka sahaja. Sekurang-kurangnya mereka tidak merebut tempat dengan pelajar dari bandar dan desa. Lawatan secara rambang di kebanyakkan rancangan Felda boleh membuktikan bagaimana rancangan Felda ini masih tidak mempunyai pusat komersial yang tidak sempurna dan perancangan bandar yang teruk. Deretan kedai yang tidak tersusun, keadaan pasar basah yang tidak sempurna dan kotor, peniaga kecil-kecilan yang membuka gerai makanan di sisi jalan, jalan yang berlopak, tiada sistem perparitan dan longkang yang sempurna, tiada Pejabat Pos apatah lagi tiada mesin ATM (bank), tiada Balai Polis, tiada Balai Bomba dan pusat kesihatan yang lengkap merupakan senario yang biasa di kebanyakkan tanah rancangan Felda. Apa salahnya jumlah wang sedemikian besar digunakan untuk mewujudkan bandar-bandar kecil di tanah rancangan Felda untuk memudahkan urus niaga dikalangan peneroka yang kini perlu membelanjakan duit dan masa untuk ke bandar terdekat yang biasanya terletak agak jauh dari tanah rancangan Felda. Pendek kata kemudahan infrastruktur di kebanyakkan tanah rancangan Felda di seluruh negara masih dalam keadaan yang mendukacitakan. ~ Free Malaysia TodayProjek stadium bermula Mac Di majlis penyampaian sijil dan anugerah anak Felda ke Akademi Bola sepak Cardiff City, Wales, di Klana Resort, Seremban semalam; Isa Samad berkata: "Kita telah selesai melantik kontraktor bagi melaksanakan pembinaan projek stadium baru ini dan dijangka bermula awal Mac depan. "Mengikut perancangan, kita akan bina stadium bertaraf antarabangsa bagi membolehkan pasukan bola sepak Felda terutamanya Felda United menggunakan kemudahan itu pada masa akan datang. "Pembinaan ini mengambil masa selama dua tahun sebelum dapat digunakan," katanya. Mohd Isa juga berkata stadium yang boleh memuatkan 30, 000 penonton itu juga dijangka akan dijadikan sebagai sebuah kompleks bersepadu menempatkan pelbagai aktiviti sukan. | |
Fakulti Siyasah Syar'iyah Posted: 08 Feb 2013 09:49 AM PST |
Pahang Daily Online Posted: 08 Feb 2013 08:02 AM PST Panas: Lagi Program Pembangkang Di Halang, Kali Ini Anwar Sendiri Jadi "Mangsa" Di Felda Bukit Kuantan ! Posted: 08 Feb 2013 06:57 AM PST [Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang tadi. Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin. Menurut sumber, hampir 20 orang anak muda yang bukan dilihat bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di kesemua lokasi masuk ke Felda terbabit. Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk. Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka. Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya. Namun, jika dilihat kepada kejadian di Sungai Tengi, kemungkinan senarionya adalah sama. Apapun, mujurlah tiada insiden lebih buruk berlaku. Orang ramai yang menunggu Anwar di lokasi ceramah akhirnya beramai-ramai keluar selepas mengetahui rombongannya dihalang. Kawalasan pintu masuk dibuka semula selepas kesemua mereka mendapati rombongan Anwar telah berpatah balik meninggalkan lokasi terbabit. Apapun kejadian ini adalah satu agi cara untuk menghalang program Pakatan Rakyat dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan seperti Malaysia ini. Ia jelas bercanggah dengan hak-hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tambahan pula parti pembangkang adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Felda Bukit Kuantan terletak dalam DUN Sungai Lembing kawasan Parlimen Paya Besar. Apapun, semua yang berlaku ini menambahkan amarah rakyat kepada BN pada Pilihanraya umum ini sebenarnya]. | Panas: Apa Sudah Berlaku Dengan Artis Kita? Konflik Keluarga Pun Boleh Jadi Bahan Hiburan Di Youtube ! Posted: 08 Feb 2013 06:15 AM PST Stesen radio Hot FM pagi tadi (Jumaat) berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah (foto) yang menyampaikan lagu "Ombak Rindu" sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad. Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila. "Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya. Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM. Sejam selepas itu, rakaman berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "YouTube" milik Shila. Bagaimanapun ia sempat diambil oleh individu lain Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira. Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz. Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala. Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut. Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya. Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran. Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama. sumber [Paparan yang dibuat ini bukanlah bertujuan untuk menghina, namun ia merujuk kepada tindakan radio Hot FM yang terlebih awal menyiarkannya secara eksklusif pagi tadi. Cuma, pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak ialah usah benarkan diri anak-anak anda terjerumus ke dunia artis baik menjadi penyanyi atau pun pelakon. Ini kerana dunia artis penuh dengan tipu daya dan sekadar lakonan semata-mata. Lihat apa yang berlaku kepada Allahyarham Yahya Sulong serta lain-lain artis terkenal tanahair. Ketika nama mereka dijulang, mereka idola dan menjadi kegilaan peminat. Walhal ada artis yang hidupnya melarat dan malah lebih teruk dari itu sebenarnya. Lihat apa yang berlaku kepada Sazali anak Tan Sri P.Ramlee?. Makanya, apa yang berlaku kepada Shila Amzah iaitu salah seorang artis yang berani bertudung membuat persembahan di khalayak ramai. Namanya baru saja dijulang selepas menjadi juara satu pertandingan nyanyian di China baru-baru ini. Tiba-tia ini pula yang berlaku kepada beliau. Cuma, usahlah membuat video yang boelh ditonton oleh orang ramai secara percuma atas masalah peribadi atau keluarga. Ia boleh menimbulkan senario yang tidak baik untuk keluarga beiau sebenarnya. Kenapa perlu menyanyi dan bermain gitar dikala dirundung derita, sepatutnya beliau kembali sujud kepada Allah dan memohon petunjuk dariNya agar masalah dapat diselesaikan secara berhemah. Langkah membuat Youtube atas masalah peribadi seperti ini jelas sekali memalukan keluarganya. Jangan biarkan anak anda terjebak dengan dunia artis!] | Panas: Walau Di Delete, Video Provokasi Jahat Felda Untuk Serang Ceramah Mazlan Aliman Di Sebar Lagi ! Posted: 07 Feb 2013 11:39 PM PST [Inilah dia yang dinamakan, "mereka merancang, namun perancangan Allah itu yang lebih utama dan hebat" sebenarnya. Bayangkan, belum pernah terjadi dalam Malaysia sejak zaman berzaman satu mesyuarat perancangan jahat untuk menghuru-harakan negara telah tersebar dengan meluaskan di dalam internet terutamanya laman Youtube. Kini, segalanya sudah terbongkar dan yang paling menarik dipercayai mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sungai Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, Umno, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lainnya. Motif menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata-mata ANAK kononnya pertubuhan haram. Difahamkan mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang seterusnya. Paling mengejutkan apabila Pengurus terbabit dengan jelas mengatakan pihak polis sendiri yang mengarahkan mereka membuat huru-hara untuk menganggu program tersebut. Selama ini, mereka kata hanya fitnah bila rakyat mengatakan polis bersikap "double standard" dalam menjaga keamanan rakyat di negara ini. Sekarang sudah terbukti apabila video panas ini akhirnya berjaya dibongkarkan walau pun video yang asalnya telah dipadamkan semula oleh pihak berkenaan] | Panas: Terbongkar, "Pihak Berkuasa" Rupanya Beri Lampu Hijau "Provokasi Felda" Dekat Sungai Tengi ! Posted: 07 Feb 2013 06:22 PM PST [Paparan video panas ini sungguh mengejutkan kerana ia dirakamkan dalam mesyuarat khas yang diadakan bagi tujuan melakukan provokasi dan huru hara terhadap program Mazlan Aliman di Sungai Tengi ini sebenarnya. Tambah mendukacitakan mereka dengan jelas menyebut pihak berkuasa "merestui" apa yang mahu dibuat itu. Apa makna semua ini?. Pihak berkuasa bersama merancang dengan orang yang mahu melakukan huru hara dan menjejaskan keselamatan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Sungguh tidak diduga namun sudah dijangka perkara ini sejak sekian lama. Namun perbincangan dalam mesyuarat seperti ini menjadi bukti bahawa pihak berkuasa sememangnya memberi lampu hijau kepada budaya samseng dan keganasan dalam negara kita. Tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Soalnya sekarang apakah wajar semua ini berlaku, dimana undang-undang negara?. Patutlah ketika pembangkang diserang dalam apa jua program, pihak berkuasa seolah-olah mendiamkan diri dan enggan memberikan kerjasama terbaik bagi menghalang ia terjadi. Apapun, sungguh malang sekali apabila video ini akhirnya dikeluarkan dari laman Youtube oleh pemiliknya. Mungkin kerana gusar akan dikenakan tindakan oleh pihak yang berkenaan maka ia terpaksa dilakukan. Namun, sebelum didelete sudah ribuan rakyat Malaysia seantero dunia menyaksikan adengan memualkan ini sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit melakukan perubahan jika mahu kedaulatan undang-undang negara itu dipertahankan untuk generasi akan datang]. | Panas: Bekas Tahanan ISA Di Tangkap Semula Kerana Di Syaki Masih Terlibat Rancang Aktiviti Keganasan !! Posted: 07 Feb 2013 04:06 PM PST PETALING JAYA, 8 Feb - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat (foto), seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan. "Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu. Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit. Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian. Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi. "Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan," katanya selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kakitangan kementerian itu semalam. sumber [Ramai yang terkejut dengan tindakan penahanan terbaru ini. Ternyata kenyataan kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mahu menghapuskan ISA adalah omongan kosong semata-mata. Apa yang berlaku, ada undang-undang baru yang dicipta untuk membuat tindakan yang sama seperti ISA iaiti penahanan tanpa bicara. Tindakan yang dilakukan ketika Pilihanraya Umum Ke-13 yang begitu hampir tiba ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan tidak cakna kepada kehendak rakyat. Malah, dengan cara ini juga pasti akan memudahkan kejatuhan UMNO BN pada PRU13 nanti. Tambahan pula bila rakyat melihat janji Najib untuk hapuskan ISA itu rupanya adalah retorik politik semata-mata. Akhirnya rakyat terus ditipu oleh pihak berkuasa dengan terang dan nyata. Justeru, rakyat digesa bangkit melakukan perubahanpada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu kehidupan lebih adil dan saksama dibawah satu sistem pemerintahan yang lebih mengutamakan kehidupan rakyat sebenarnya]. | |
Roslan SMS Corner Posted: 08 Feb 2013 07:43 AM PST Benci pencetus huru-hara (8/2/13) Posted: 08 Feb 2013 01:18 AM PST Sekali lagi saya mengesan seakan ada satu agenda jahat dalam portal Malaysian Insider khasnya terhadap Islam. Saya tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini secara peribadi sebagai seorang Muslim oleh kerana terlalu banyak pandangan ulamak Islam yang negatif dalam isu Valentine's Day ini, maka wajarlah sebagai seorang Muslim kita akur. Dalam Islam pandangan ilmuan Islam khasnya para ulamak mengatasi pandangan dan sikap peribadi, itulah disiplin dalam Islam samada suka atau tidak, samada diterima atau tidak oleh pandangan universal, tafsiran sekular, liberal dan seumpamanya. Tetapi saya perhatikan buat kali kedua portal ini mensensasikan di dadanya isi kandungan khutbah Jumaat, seakan mahu menyalakan api kemarahan seakan mahu mengundang komen-komen jahat dan sinis semuanya nanti terhadap Islam. Muslims told at Friday prayers to "hate" Valentine's Day Umat Islam diseru semasa solat Jumaat (khutbah) untuk "membenci" Valentine's Day Apa agenda Malaysian Insider? Ini jawabannya, sila perhatikan beberapa komen di bawah posting mereka: 1) This is beginning to sound like kim jong un's north korea 2) Hahahaha....what a joke? No wonder Malaysia Is spending money unnecessarily on salary for this Jakim staff....hopeless fellows. 3) Religion of peace? 4) Valentine's Day has become a favorite annual whipping boy of religious fanatics, nutcases and lunatics of every stripe. Here it is the fellers parroting Jakim sermons while in India it is the saffron clad loonies touting Hindu supremacy. Kenapa mahu mencetuskan kritikan, terhadap Islam? Tiadakah lagi tinggal sensitiviti dalam jiwa kita dalam keghairahan kita mahu mengejar kebebasan dan hak bersuara? Maaf tetapi saya tiada hormat pada mereka yang mahu mencetuskan huru-hara walau dalam cara halus sebegini. | |
labun KulupSakah... Posted: 08 Feb 2013 03:33 AM PST satu sisi dari diriku telah mati Posted: 07 Feb 2013 04:28 AM PST Setiap kali melintasi tarikh 8 Februari pastilah ingatan aku takkan boleh lari dari memikirkan lahirnya Annisa 12 tahun lalu. Hari ini, pada tahun ini sudah kedua kali dia tiada. Aku sudah redha malah sebaik sahaja doktor umumkan Annisa sudah tiada, aku sudah redha waktu itu. Apakah yang lebih menyedihkan bagi setiap ibu dan ayah selain kehilangan anakandanya? Siapakah bisa menahan air mata gugur untuk peristiwa yang merentap tangkai hati seperti itu? Jika kau ada di wad kecemasan saat doktor umumkan kematiannya, saat memandi dan mengafankannya, saat menyembahyangkan jenazahnya di masjid, saat mengebumikannya, saat pulang ke rumah, jika kau ada sepertimana kawan-kawan, saudara dan keluargaku ada – pasti kau nampak aku sangat redha, boleh tersenyum, bergurau dan berlucu. Tanpa setitis pun air mata aku gugur sedangkan orang lain ada yang bercucuran. Kawan-kawanku ada yang terus berkata kepadaku dan ada juga menulis di laman sosial menyatakan betapa kerasnya aku. Tahukah betapa sakitnya kepala aku diserang migrain berjaga semalaman sebelum itu, kuambil dua biji pil penahan sakit ketika Annisa sedang dimandikan. Selepas pengebumian sakit makin menggigit ubun-ubun memaksa aku makan dua biji lagi dan terus tidur. Mungkin kerana aku menahan ombak di dada maka sakit itu kuat mencucuk. Aku tidur. Bagaimana rasanya jika bangun tidur mendapati anak kau sudah tiada, dan isteri kau menangis. Tetapi aku belum lagi menangis. Rumah aku tidak putus-putus dikunjungi teman-teman. Ada di antaranya kami tidak kenal. Ini sedikit sebanyak menampal ruang-ruang kosong yang pilu. Hari-hari yang dilalui selenga, tak bermaya dan bingung. Sepuluh tahun rutin kau tiba-tiba berubah sekelip mata. Apabila kau hendak menyuapkan makanan kau dapati anak kau sudah tiada. Apabila hendak memandikan anak kau, kau sedar dia sudah tiada. Kawan, kalau kau rasa aku kuat, sebenarnya aku patut mengaku aku tidak. Tidak menangis waktu itu bukanlah petanda yang aku kuat. Sebaliknya ia mengalir ke arah lain. Ia merubah aku jadi lain pula. Menjadi apa..entah aku pun tak tahu. Pernah di musim dingin di Beijing, aku dan Sham berpelukan melepaskan esakan rindu. Di Tiananment Square juga telah aku tinggalkan sendu dan air mata. Seminggu, dua minggu, bulan dan hari-hari seterusnya sehingga hari ini aku semakin seperti kekabu. Apabila sesekali melintas ingatan ini….. aku tewas untuk bertahan.Ini satu sisi dari hidup aku. Sisi paling syahdu. Jika kau lihat aku ketawa, marah atau senyum – kau kena tahu ada satu sudut di dalam hati aku yang paling dalam telah hancur luluh. Telah mati. Saban hari aku melintasi perkuburan tempat Annisa disemadikan dan adakalanya tanpa rasa apa-apa. Ini kerana aku yakin ia sudah bukan di situ. Ia sudah kembali menjadi cahaya. Cuma tanah itu adalah taman tempat bersemadinya cinta. Adakalanya, adakalanya….aku basahkan pandan yang mengharum di antara dua nesan itu dengan air mata. Aku sebenarnya redha, aku sangat-sangat pasti. Jangan ada yang pertikaikan keredhaanku…Cuma, cumanya aku rindu. | |
. Posted: 08 Feb 2013 03:23 AM PST Musa Hassan Telah Berjumpa Anwar: Untuk Apa? Posted: 07 Feb 2013 03:11 PM PST SESUDAH SUBUH Ada maklumat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu. Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu. Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu. Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa. Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik. Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan? Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum. Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu. Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena menegan dengan rancangan ini? Nota: sekali lagi diingatkan kepada Anwar agar jangan leka dan terlalu mempercayai kepada sesiapa yang pernah beliau anggap musuh dan menyusahkan hidupnya sebelum ini. [wm.kl.7:05 am 08/02/13] | |
Blog-list Malaysia Posted: 08 Feb 2013 01:25 AM PST Azizan bakal senasib Nasharudin? Posted: 07 Feb 2013 02:46 PM PST ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi. Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat 'mesra' dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu. Malah beberapa blog tempatan 'menyerang' Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.
Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.
Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.
"Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu," katanya.
Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.
"Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur," katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.
"Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah," katanya.
Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.
"Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu," katanya.
- SinarHarian
| Cabaran Debat Buat Ahmad Maslan.. Kalau Anak Jantan La... Posted: 07 Feb 2013 06:13 AM PST | KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina Posted: 07 Feb 2013 04:18 AM PST KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio. Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa. "Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia," jelas Tian ketika dihubungi.
musa-amanMenurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
"Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius," katanya.
Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa'aid boleh memiliki dua kewarganegaraan.
"Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut," tambah Tian.
Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang.
"Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina," kata Ahli Parlimen Subang itu.
"Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?" soalnya.
"Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar," kata Sivarasa lagi.
31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Amalilio dari pulang ke Filipina.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio.
"Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah," kata Anwar kepada akhbar tersebut.
http://www.keadilandaily.com/
| |
Kelab Greenboc Posted: 08 Feb 2013 01:04 AM PST [EDISI BINATANG] Bapa Saudara, 52 Thn Rogol Perempuan 12 Tahun Selama 2 Bulan Posted: 08 Feb 2013 12:07 AM PST Batu Gajah - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka rahsia kepada ibunya. Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, perbuatan keji suspek terbongkar apabila ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) akibat barah usus menceritakan perkara tersebut kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, selepas mendengar cerita tersebut, Pegawai JKM terbabit bertindak membuat laporan di Balai Polis Tronoh mengenai kejadian itu.
"Kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibunya dan lima adik-beradik lain serta suspek di Rumah Murah, Tronoh, di sini.
"Suspek berusia 52 tahun itu tinggal di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi, Januari lalu ketika mangsa mengadu sakit perut dan suspek tidak membenarkannya ke sekolah.
Menurutnya, suspek kemudiannya membeli makanan untuk mangsa, namun mangsa tiba-tiba pening serta tidak sedarkan diri selepas menjamahnya.
"Apabila mangsa sedar, dia melihat suspek sedang memakai seluar dalam, manakala bajunya terangkat sehingga ke dada dan seluarnya pula diturunkan sehingga paras lutut.
"Mangsa berasa sakit pada bahagian alat sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya.
Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam (kelmarin)," katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa turut mendakwa dirogol lebih kurang tiga kali sejak dua bulan lalu dan berikutan itu, percakapan saksi dirakam, manakala suspek ditahan pada jam 5 petang kelmarin di rumah sama.
"Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan," katanya.
| [EDISI SAMSENG] Pengurus FELDA Mahu Rampas Mikrofon Sewaktu Tuan Ibrahim Berucap Posted: 07 Feb 2013 10:10 PM PST Jerantut: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.
"Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.
"Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu," katanya.
Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.
Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.
"Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam.
Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.
"Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan," katanya.
Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.
Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan
Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan. -HD
| NFC & Skandal RM30 juta Bukti Raja Nong Chik Perlu Ditolak Posted: 07 Feb 2013 06:42 PM PST NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.
"Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.
Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.
Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
"Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah.
"Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya.
"Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.
Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru.
| [BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya... Posted: 07 Feb 2013 04:00 PM PST Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi. Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya.
Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya.
| NST Disaman Kerana Siarkan Artikel Memfitnah BERSIH Posted: 07 Feb 2013 07:31 AM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memfailkan saman ke atas News Straits Times Press (Malaysia) Berhad kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah tahun lalu. Andrew Khoo, ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, hari ini berkata saman tersebut difailkan ke atas artikel yang ditulis dalam akhbar berbahasa Inggeris News Straits Times pada 21 September, 2012, bertajuk "Plot to destabilise government" (Plot untuk menjatuhkan kerajaan). "Kita mengkaji artikel tersebut dan kita dapati artikel tersebut banyak melakukan tuduhan palsu ke atas Bersih dan aktivitinya," katanya apabila bertemu wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Jadi kita perlu betulkan fakta, dan supaya tidak berlaku lagi laporan palsu, kita tidak ada pilihan selain memfailkan saman," katanya lagi.
"Saya ingin jelaskan di sini kita juga menuntut maaf dan menarik semula laporan tersebut tetapi tidak ada sebarang tindakan dari NST," kata Khoo.
Peguam Bersih Daniel J. Albert berkata surat mengenai perkara tersebut ditulis pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu.
Plaintif dalam kes ini ialah 15 orang ahli jawatankuasa bertindak Bersih 2.0, manakala NSTP (M) Berhad dan penulis artikel tersebut sebagai defendan.
Bersih berkata mereka mencari ganti rugi berdasarkan amaun yang ditentukan mahkamah serta injuksi untuk menghalang defendan dari, antaranya menerbitkan artikel atau fitnah.
| Sebenarnya Mahathir Resah Gelisah Kekuatan Pakatan Rakyat Posted: 07 Feb 2013 06:04 AM PST Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan lebih untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mencemuh Pas kerana takut dan tidak berani untuk keluar daripada ikatan itu tidak timbul. Sebaliknya kata beliau, kerjasama politik itu perlu diteruskan malah telah disepakati sejak 2008 lagi.
"Kenapa Tun Dr Mahathir nak peduli hal rumah tangga orang lain, Pas tiada niat untuk tinggalkan PR, kita sudah sepakat dengan ikatan itu dengan dasar bersama sejak 2008 lagi.
"... apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu hanyalah khayalan beliau sendiri, iltizam kita hanyalah untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Salahuddin juga menyifatkan hubungan Pas, DAP dan PKR pada masa ini sangat baik dan tiada keperluan bagi Pas untuk meninggalkan gagasan itu.
"Kita bina hubungan (tahaluf siyasi) ini dengan baik dan kami yakin tidak ada yang perlu ditakutkan tentang kerjasama ini," ulasnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencemuh Pas sebagai tidak berani keluar daripada PR kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP.
Dr Mahathir berkata, Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam PRU13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu. -SH
Ulasan GB
Mahathir sebenarnya telah menghidu kekalahan UMNO BN di dalam PRU13 akan datang ini.
Maka ditonjolkan dan diwujudkan isu yang bukan-bukan yang sebenarnya hanyalah mendedahkan keresahannya yang amat sangat tentang kelemahan UMNO BN kini.
Keakraban hubungan PAS-DAP menjadi igauan ngeri untuknya kerana ia merupakan satu pukulan maut buat UMNO BN.
Latahnya semakin menjadi-jadi apabila mengetahui Karpal Singh dan Nik Aziz bersahabat baik. Cemburunya membuak-buak.
Akhirnya, beliau memainkan isu perkauman, memainkan isu keagamaan, tiba-tiba menjadi pembela kepada Ustaz Nasharuddin sedangkan sebelum ini pernah Mahathir ambil pusing mengenai bekas Timbalan presiden PAS itu?
PAS adalah milik ahli PAS dan ahli-ahli PAS, melalui muktamar yang berhak menentukan halatuju dan masa depan PAS sendiri. Siapa Mahathir dan yang lain-lain yang bermuka tembok nak tentukan halatuju PAS? Tak malukan? | SAMM Lapor SPRM Kes Anugerah Kontrak Prai Power Plant RM2.57 Billion Posted: 07 Feb 2013 03:05 AM PST Putrajaya: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung Engineering& Construction. Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini semalam.
Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan.
Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan.
Dalam laporannya, Badrol Hisham mempersoalkan nilai kontrak yang diberikan kepada Samsung dengan harga yang amat tinggi, RM2.47 bilion sekaligus mengenepikan syarikat tempatan lain yang mempunyai pengalaman sama.
Beliau mendakwa, Prai Power Plant yang berkapasiti 100 megawatt sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun kosnya tidak keterlaluan seperti Prai.
Beliau turut mendakwa, Samsung sama sekali tidak ada dalam sembilan syarikat pembida yang disenarai pendek dalam jawatankuasa tender.
`Pengkhianatan ekonomi'
Antara pembida tersenarai adalah Sime Darby Power Sdn Bhd, Gentinf Sanyen Power Sdn Bhd, usaha sama Malakoff Corp Bhd dengan Petronas Power serta Mitsubishi Group dan usaha sama YTL Power International Bhd dengan Marubeni Corp of Japan.
"Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara.
"Semua ini merupakan persoalan yang perlu dileraikan dan memerlukan respon daripada pihak terbabit.
"SPRM perlu ambil tindakan tegas sama ada mengheret pesalah yang membazirkan wang rakyat atau membersihkan pihak terbabit dengan menyatakan tiada salah guna kuasa berlaku," katanya.
Samsung Engineering & Construction pernah terlibat dalam beberapa projek mega di Malaysia, antaranya pembinaan menara kedua KLCC.
Namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir sepenuhnya menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih sendiri, malah langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. -FMT
| |
MIMPI SENJA Posted: 08 Feb 2013 12:05 AM PST Ketua Cawangan Ketua Pemuda serta 40 ahli tinggalkan UMNO sertai Keadilan Posted: 07 Feb 2013 10:17 PM PST (Oleh Aisha Geoffrey) BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH). Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka. Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak). Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang. Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH. "Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi. Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka. "Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia," jelas Suhaimi. Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti. "Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat," katanya. "Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini," tambah Suhaimi. "Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana," jelasnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44616 | "Mamak Tanjung" buat kalut di Komtar - pasai beg plastik 2 kupang saja .... hahaha Posted: 07 Feb 2013 02:46 AM PST | RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) | SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri."Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George TownKetua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009."Sesiapa yang hendak menggunakan bag plastik dikehendaki untuk membayar sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik. Ini hanya dikenakan di pusat membeli-belah sahaja," ujar beliau sambil meminta kerja sama daripada semua pihak untuk menjayakan kempen kehijauan alam itu.Bermula pada 1 Januari 2010, Boon Poh berkata, polisi kemampanan alam itu dilanjutkan selama tiga hari, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu."Selain dari pasar awam, perniagaan kedai, kecil dan penjaja, dikehendaki mengutip bayaran sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik yang dikeluarkan," ujarnya.Sebagai langkah integriti, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua kutipan oleh kumpulan yang disyaratkan dikehendaki dibayar melalui cek di atas nama Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang.Malah, katanya, resit rasmi darii Jabatan Kewangan Negeri akan dikeluarkan bagi tujuan itu.Selepas itu, katanya lagi, semua kutipan itu akan dipindahkan ke Akaun Amanah 57019 untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar."Semua data kutipan dan perbelanjaan diaudit oleh Audit Dalaman, Audit Kerajaan Negeri dan Audit Negara."Kalau Kerajaan Negeri menipu duit kutipan ini, sila kemukakan bukti untuk menolak data-data yang saya bawa dari auditor ini."Mereka kata mereka sokong (undi) Pakatan Rakyat. Tetapi, sebelum pilihan raya (umum) 2008, Pakatan Rakyat pun tak ada lagi. Kalau Pakatan Rakyat pun masih tak wujud, bagaimana mereka sokong Pakatan Rakyat," tegas Boon Poh.Sumber Kerajaan Negeri mendedahkan, RM182,980.20 berjaya dikutip pada tahun 2009 sempena kempen itu, diikuti, RM298,056.00 (2010), RM894,716.60 (2010), RM894,716.60 (2011) dan RM1,230, 493.40 (2012).Manakala, jumlah pembayaran untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar bagi tahun 2009 berjumlah RM1,881,770, diikuti RM2,310,887 (2010), RM2,262,035 (2011) dan RM2,518,180 (2012)."Keseluruhan kutipan dari bulan Julai 2009 hingga (tahun) 2012 berjumlah RM2,606,246.20. Jumlah pembayaran untuk program basmi miskin tegar pula berjumlah RM8,972,872."Dia ('Yaacob Bebas') kata Kerajaan Negeri ada buat penipuan duit rakyat, apabila saya minta kemukakan bukti, dia tak mahu jawab," ujar Boon Poh.Tiga wakil kumpulan tersebut sehingga akhir pertemuan dengan Exco dilihat tidak membawa apa-apa data bagi membuktikan tuduhan mereka kononnya Kerajaan Negeri menyeleweng duit dana tersebut.Sebelum pada itu, kumpulan pemuda terbabir melancarkan demontrasi haram di perkarangan Komtar, George Town yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.Mereka mengangkat beberapa sepanduk seperti, "Balik Melaka La Apek", "Guan Eng Jawab Lani", "Guan Eng penipu" dan "Mana duit plastik". -END
| Ni la cara pemimpin UMNO bahagi kekayaan sesama mereka ... rakyat dapat apa? Posted: 07 Feb 2013 12:58 AM PST SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995). Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009). Ujar Nik Nazmi, turut menerima lot tanah tersebut ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin yang merupakan bekas Adun Seri Setia pada 2004. "Ia perkara yang amat mendukacitakan ketika mana rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya. "Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi 'jutawan segera' dengan mendapat kelebihan seperti ini," kata Nik Nazmi. Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung Skandal Sapu Tanah 1Malaysia (SAT1M) yang diadakan di USJ 3 di sini. Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, pemberian tanah itu tidak munasabah kerana mereka memperolehinya pada harga RM2 sekaki sedangkan nilai pasaran hartanah ketika ini berharga sekitar kira-kira RM175 sekaki. "Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot tanah banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun di mana diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001," kata Hannah. Ujarnya dalam pemberian tanah itu terdapat tiga nama ahli politik MCA Kelana Jaya, Lee You Hin, Yap Yun Fatt dan Lim Kok Sai. "Kita mahu pemimpin BN memberikan respon berkenaan isu ini apabila mereka berkempen di Subang Jaya nanti kenapa mereka memperolehi tanah pada harga yang murah," kata Hannah. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pendedahan skandal pemberian tanah itu membuktikan pimpinan Umno-BN lebih mementingkan kroni parti mereka sendiri. "Kita menyeru rakyat Selangor membuat penilaian yang tepat dalam PRU ini," tegas Ng. Turut hadir dalam sidang media pendedahan skandal tanah itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. | Pesawat terhempas di Melaka Posted: 07 Feb 2013 12:39 AM PST Pesawat ringan jenis Piper PA-28 milik Malaysian Flying Academy terhempas di tebing dekat kondominium Cheng Height Melaka hari ini.- Foto Bernama MELAKA - Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28 terhempas di tebing berhampiran Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat kondominium Cheng Height di sini, hari ini. Juruterbang P. Devenessrao, 20, dari Bahau, Negeri Sembilan, merupakan pelatih Malaysian Flying Academy yang berada berseorangan di dalam pesawat itu hanya cedera ringan di bahagian kepala serta tengkuk dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu. "Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan. Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan sebelum membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan pada 11.56 pagi. Beliau berkata, pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri. "Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya. Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari. Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran. Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran. - Bernama | |
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM Posted: 07 Feb 2013 11:36 PM PST LIVE RADIO KOBAT FM - CERAMAH DS ANWAR MALAM INI DI KUANTAN Posted: 07 Feb 2013 09:57 PM PST Tunggu di dalam 30 saat, siaran radio akan ke udara secara 'automatik'. Jika siaran terputus, anda perlu 'refresh' browser anda semula. KOBAT FM akan bersiaran lebih awal iaitu jam 08.30 malam, InsyaAllah. | |
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI Posted: 07 Feb 2013 10:49 PM PST Sokong PR dedah pembunuh Altantuya (LM) Posted: 07 Feb 2013 04:13 AM PST Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri
Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan Mahfudz Omar, Naib Presiden PAS semalam.
Dalam kenyataannya beliau meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala bukti pembabitan Najib dan isteriya dalam kes pembunuhan itu.
| NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah Posted: 07 Feb 2013 01:14 AM PST NFC & skandal RM30 juta anak Nong Chik bukti Umno bobrok – Izzah(Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN. "Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau," kata Naib Presiden KEADILAN itu. 17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor. Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat. "Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media," tempelak Nurul Izzah. "Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya. Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram," tegasnya. "Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi. Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44577 | |