r b f Posted: 21 Mar 2012 07:35 PM PDT Rosmah Perlukan Bantuan Untuk Pindahkan Wangnya ? Posted: 21 Mar 2012 06:42 PM PDT Tidak cukup dengan segala serangan dan fitnah terhadap Rosmah selama ini, kini muncul pula e mel layang seperti diatas kononnya Rosmah memerlukan bantuan untuk memindahkan wang beliau.
Menyerang, memburuk-buruk serta memfitnah isteri PM adalah salah satu agenda pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa dalam PRU akan datang. Dengan harapan apabila orang benci Rosmah maka orang akan benci Najib. Apabila orang benci Najib maka orang akan tolak BN.
Mereka nak serang Datuk Najib dah tak boleh. Isu Altantuya dan mati habis selepas Datuk Najib bersumpah dia tidak pernah kenal wanita tersebut.
Dokumen dibawah ini adalah bukti niat jahat mereka. Apa yang tercatat di dalamnya adalah apa yang dibentang dan dibincangkan dalam satu forum yang bertajuk BAGAIMANA PKR/PAKATAN RAKYAT DAPAT MENINGKATKAN SOKONGAN PENGUNDI MELAYU ? yang diadakan pada 15 Febuari 2011.
Antara yang terlibat dalam forum itu adalah Nurul Izzah dan Hata Wahari, bekas presiden NUJ yang digugurkan.
Dalam forum itu mereka berbincang agar BENTUK KEADAAN SEMASA SEPERTI 2008. Mereka nak bentukkan keadaan supaya Rosmah dilihat pemboros, membazir dan suka shopping luar negara. Susulan daripada itulah wujudnya cerita Rosmah beli cincin juta-juta, beli beg tangan ratus-ratus ribu dan shopping sakan di Australia. Mereka dah rancang rapi siri-siri fitnah terhadap Rosmah, dalam usaha untuk membangkitkan kebencian orang ramai terhadap Rosmah dan suaminya.
Bukan setakat bentukkan keadaan seperti diatas, mereka juga rancang bentukkan keadaan kononnya isteri TPM tidak puas dengan isteri PM. Maknanya, laga-lagakan isteri TPM dengan isteri PM.
Orang ramai ramai diberikan gambaran kononnya Nurul Izzah seorang yang baik. Baik apanya kalau boleh terlibat merancang untuk memfitnah orang lain ?
Dia memang cekap, macam bapa dia. Dirinya dipotretkan sebagai seorang yang baik, jujur dan warak. Sedangkan dialah raja fitnah yang sebenarnya. Inilah yang dinamakan syaitan berwajah manusia. | DAP Yang Sial dan Dajal Posted: 21 Mar 2012 12:18 AM PDT Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor. Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini. Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.
Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.
Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu. Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran. BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini. Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya. Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan. Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun. Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia. Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020. Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan. Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN. Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka. Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan. Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008. Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius. Menteri Besar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain. Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN. Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu. Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura. Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya. Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula. Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.
Beruang Biru | Kerajaan Kebajikan Halau Rakyat Keluar Dari Rumah Posted: 20 Mar 2012 08:22 PM PDT Khalid Ibrahim kata kerajaan pimpinannya cipta sejarah kerana berjaya meningkatkan simpanan tunai kepada RM 1.9 bilion.
Tapi nak tolong rakyat yang susah tak boleh, hinggakan nak halau rakyat dari rumah yang mereka tinggal.
Selanjutnya sila klik di sini | |
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan Posted: 21 Mar 2012 03:53 PM PDT Hebat Sangatkah Papa Gomo!? Posted: 21 Mar 2012 08:55 AM PDT Hebat Sangatkah Papa Gomo?? Jika Dibandingkan Dengan.... Hebat sangatkah Papa Gomo?? Jika dibandingkan dengan Papa Hebat?? Papa Hebat mampu sebat depan belakang... Jantan dan betina... Papa Gomo mampu?? Papa Hebat melanggan China Doll dan Siam Doll... Papa Gomo mampu?? Papa Hebat melanggan China Doll dan Siam Doll... Azizah tetap percayakan lakinya... Papa Gomo mampu?? Papa Hebat tak perlu bersumpah laknat... Orang tetap percaya... Papa Gomo mampu?? Berdiri di belakang Papa Hebat ialah ularmak-ularmak PAS... Papa Gomo ada?? Berdiri di belakang Papa Hebat ialah Yahudi Zionis... Papa Gomo ada?? Papa Hebat jika menipu sekalipun juak-juaknya tetap percaya... Papa Gomo mampu?? Papa Hebat mampu bersekongkol dengan Yahudi ataupun Kafir Harbi... Papa Gomo mampu?? Akan tetapi... Papa Gomo mampu publish video skandal seks Papa Hebat... Papa Hebat mampu hentikannya?? Oh tidak... Papa Hebat hanya mampu menjawab... SEMUA INI KONSPIRASI UMNO!! Papa Gomo hanya perlu menjawab... IT'S ALL ABOUT MORAL!! | Isu NFC: Rafizi Ramli Minta Maaf Kepada NFCorp? Posted: 21 Mar 2012 06:09 AM PDT Rafizi Ramli Minta Maaf Kepada NFCorp? PETALING JAYA: PKR, the main party to unearth allegations against National Feedot Corporation (NFCorp), has publically apologised over the mistake in its latest allegation.
Yesterday, PKR strategic director Rafizi Ramli said that the private company owned and operated by the family of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil, was opening a supermarket in a luxury mall complex in Singapore through one of its subsidiary companies, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.
He said that 28 units on the second floor (Units 08 to 35) have been rented out in The Vista Star, near the Buona Vista area of the island. However, today developers of the mall, CapitaMall, denied any links to Farmhouse.
Meanwhile, CapitaMall also said that Farmhouse Supermarket is not operating the supermarket at The Star Vista.
Clarifying the error, Rafizi said today that Farmhouse was operating in Rochester Mall instead, which is located next to The Vista Star.
"Farmhouse Supermarkets is renting units (02-08 and 02-35) in shopping complexes, developed with luxury condominiums at the address 35, Rochester Drive, Singapore," he said, adding that the project was developed by UE One-North Developments Pte Ltd.
Rafizi also included a link to the official website of Rochester Mall which listed Farmhouse as one of its tenants. (http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35)
Yesterday, Rafizi also deduced that the monthly rental for the 28 units (3,000 square metres) would be about RM2.2 million. Today, he stood by this estimation as the mall was next to The Vista Star.
Rafizi, who issued the public apology to CapitaMall and NFCorp, said that although a factual error had occurred, it did not make allegations revealed ysterday any less true.
He added that questions still remain as Sharizat's husband and NFC chairman, Mohamad Salleh Ismail, reportedly said that the company will not address Rafizi's allegations one-by-one but rather will choose a time to address the public.
"His statement to The Malay Mail (published today) does not deny the existence of this luxury supermarket, but still defended their right to engage in any business they see fit," he said.
"I apologise publicly to CapitalMall and NFC on factual errors that occurred; however, it does not eliminate the many questions that arise on NFCorp's involvement in the operations of luxury supermarkets in Singapore," Rafizi added.
Sumber: Wrong mall: PKR says sorry to NFCorp
Nota: Sori... Tak boleh translate guna Google Translate sebab banyak ayat lari... fenin... fenin...
Ha ha ha ha ha apsal hang mintak maaf?? Kata pandai sangat... Tu la pasal hang memandai-mandai... Sebenarnya hang ni pandir bukan pandai... Adakah dengan meminta maaf boleh lepas dari kena saman?? No way man!! Sendiri buat sendiri tanggung laa...
Jadi... Rafizi Ramli... Hang tengah terkincit ke sekarang?? Tu la... Buat lagi fitnah... Tak baik tau... Nanti mak marah...
Ha ha ha ha ha ha ha...
| |
Kita MESTI Selamatkan Melayu Posted: 21 Mar 2012 03:44 PM PDT CayaaLaah Papa Gomo..!! I Luv U Bro.... Posted: 21 Mar 2012 06:06 AM PDT | Pembangkang Berkokok, Punggung Diselaputi Najis...!! Posted: 20 Mar 2012 07:50 PM PDT Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.Beruang Biru | |
bERANIKAN hATI Posted: 21 Mar 2012 03:30 PM PDT BLOGGER SUCK CABAR BUKA GELANGGANG? Posted: 20 Mar 2012 10:19 AM PDT "UMNO sudah tidak sebaik seperti sebagaimana ketika saya masih menteri dulu, sayalah insan pilihan yang mampu lakukan yang tiada siapa lagi yang dapat melakukan sepertinya. Saya patut kekal jadi menteri selama-lamanya."
1) Kebelakangan riuh di media massa bekas-bekas pemimpin UMNO meninggalkan parti dan menyertai parti lain, atas alasan UMNO sudah tidak baik lagi serta mereka sedar bahawa ada kepincangan didalam UMNO. Ahli biasa UMNO diperingkat akar umbi tidak pula begitu dan masih memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepercayaan mereka terhadap kepimpinan yang ada dewasa ini. Kita tertanya-tanya kenapakah yang berubah hati ini adalah pemimpin yang pernah memimpin parti dan mengecap kemanisan dari apa yang parti berikan kepada mereka. Apakah benar-benar mereka itu berubah atas kesedaran dan penuh keikhlasan? Kita tidak kesal kepada mereka yang meninggalkan parti, namun kita kesalkan sikap mereka itu yang boleh diibaratkan sebagai selama ini diberikan madu namun membalasnya dengan tuba. Sikap orang yang tidak mengenang budi dan tidak bertimbang rasa. Apa yang menyedihkannya ialah apa yang mereka pertikaikan itu adalah apa yang mereka pernah kecapi sebelum ini. Setelah mereka mendapat nikmat bagaikan 'lembu kenyang' baru itu mereka sedar bahawa mereka tersilap makan hanya kerana ianya sudah dimana oleh orang lain pula! Klip ini saya temui dari sebuah blog orang sekampong, mungkin sesuai untuk mengambarkan keberanian seseorang yang kononnya sedang berjuang 2) Rupanya blogger Suck mudah marah dan juga mudah naik darah. Entah apa dan siapa yang dimarahkan sehingga dia mencabar entah siapa pula.... 'Jika Anak Jantan, Buka Gelanggang Lawan Berhujah' Entah siapa pula yang akan takut dan seriau dengan 'gertak'kannya itu tak siapa yang tahu.
Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, tulisannya lebih tajam dari kata-kata dalam ceramahnya. Ceramahnya nampak dangkal dan tidak bermaya, mungkin CMK lebih hebat berbanding beliau. 'Si-Hingusan' yang Suck maksudkan itu juga jauh lebih baik darinya. Justeru, jika beliau mencabar sesiapa untuk berkongsi gelanggang dan berhujjah atau debat, maka peluang nya untuk kalah adalah tinggi. Jadi saya cadangkan kepada blogger Suck supaya mengelak dari sebarang perdebatan terbuka yang akan menurunkan sahamnya sebagai ahli politik.
Saya membaca posting terkininya dan meninggalkan komen yang saya tidak pasti apakah disiarkan atau sebaliknya. Komen saya begini; ...tidak kurang kebenaran yg diperkatakan, cuma masanya kurang tepat, kenapa sekarang? kenapa setelah terlucut kuasa? kenapa setelah manisnya habis, jika perjuangan sekarang ini dilakukan semasa bejawatan dulu sudah tentu tiada sebarang penafian. dalam keadaan sekarang ini yg saya ingin katakan adalah ini adalah perjuangan yg berkepentingan.....
Saya nak perbetulkan kenyataan blogger Suck sekali lagi bahawa harga cincin sepertimana yang dicanangkan oleh sibertropper pembangkang adalah RM24Juta, (Klik Sini) jumlah ini dirujuk oleh kebanyakan kenyataan tetapi kenapa blogger Suck menyatakan harganya adalah RM72Juta? Apakah itu cincin kedua DS Rosmah selepas cincin yang dikatakan bernilai RM24Juta itu? atau harganya sudah meningkat serta merta kerana cincin berkenaan sudah semakin popular? atau ini adalah satu lagi fitnah terbaru dari pencacai dan penjilat Anu arr? Siapa sebenarnya pembohong? atau memang kesemua mereka itu berbohong diatas pembohongan?
Pada bahagian rangkap berikut saya merasakan ianya ditujukan khas kepada WZWH sebagai menjawab posting beliau terdahulu; "Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion's den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den. Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.
Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang". Nampaknya blogger Suck begitu terguris dan tercalar hatinya dengan tulisan WZWH itu dan benarlah seperti sangkaan WZWH terhadapnya sebagaimana yang saya tulis sebelum ini; 'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!'
Jika apa yang blogger Suck lakukan sekarang kini dilakukannya sewaktu dia masih berkuasa dan berjawatan, tentu perjuangannya nampak lebih ikhlas dan akan mendapat sokongan ramai, namun ianya salah ketika. Apakah sekiranya beliau masih ADUN dan tidak digugurkan dahulu suara beliau masih seperti ini? Apakah beliau akan meletakkan jawatan dan sertai DAP atas nama prinsip dan perjuangan jika masih seorang wakil rakyat? Mungkin ramai dikalangan pembaca yang sudah ada jawapannya namun tentu kita tidak berminat untuk menyatakannya disini kerana bukanlah niat kita untuk menjatuhkan maruah dan air muka seseorang. Sebagaimana juga dengan apa yang berlaku kepada seorang mantan menteri yang baru-baru ini mengumumkan keluar dari parti UMNO, soalnya kenapa baru sekarang? Kenapa terlalu lambat untuk mereka insaf? Jika mereka insaf lebih awal adalah lebih baik untuk pelan transformasi UMNO yang sedang DS Najib laksanakan ini bagi membersihkan UMNO dari dalam...membuang duri dalam daging... | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 21 Mar 2012 03:17 PM PDT Wartawan Utusan disamun dan dikelar ditepi jalan! Posted: 21 Mar 2012 10:18 AM PDT Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan mati dibunuh di hadapan bangunan Komtar a.k.a bangunan Lim Guan Eng. Terbaru, seorang wartawan Utusan pula disamun dan dikelar tangannya ketika cuba menolong dua WANITA yang dilihat seperti dalam kesusahan. Pulau Pinang dah jadi port penjenayah. Gaun Eng dah berjaya ternak penjenayah di Pulau Pinang! GEORGETOWN - Niat seorang wartawan Utusan Malaysia untuk membantu dua wanita yang tidak dikenalinya membawa padah apabila dikelar dan disamun kedua-dua wanita itu.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang tadi, Malinda Malik, 23, yang memandu kereta di Lengkok Bukit Jambul di sini ternampak dua wanita berusia 20-an itu memberhentikan motosikal di tepi jalan dan mereka seolah-olah seperti dalam kesusahan.
"Saya berhenti kereta dan menurunkan cermin tingkap untuk bertanya masalah yang dihadapi mereka. Tiba-tiba seorang daripada mereka menarik tangan kiri saya sebelum mengelar dengan pisau kecil," katanya di sini hari ini.
Seorang lagi memaksa Melinda menyerahkan kesemua wangnya.
"Bimbang dicederakan lebih teruk, saya menyerahkan dompet kepada mereka sebelum seorang daripada wanita itu mengelar tangan saya buat kali kedua sebelum melarikan diri," katanya yang kerugian kira-kira RM300.
Malinda yang kemudiannya mendapat rawatan di sebuah klinik, menerima tujuh jahitan, membuat membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong. - BERNAMA | Isu Salman Rushdie : Harakah cuba 'coverline' kehadiran Anwar di ITC 2012 Posted: 21 Mar 2012 09:50 AM PDT Harakahdaily dalam edisi Bahasa Inggeris pada 19 Mac 2012 dalam satu artikelnya, cuba memberi gambaran seolah-olah Anwar Ibrahim telah mengambil pendirian tegas sama seperti Imran Khan yang memboikot keseluruhan acara India Today Conclave 2012 (ITC 2012) yang turut melibatkan penyertaan penulis kontroversi, Salman Rushdie. Kata penulis harakahdaily, Anwar menyertai Imran Khan menjauhkan diri dari menyertai forum ITC 2012. Bunyinya konfiden sungguh, macamlah Anwar langsung tidak menempelkan dirinya sambil senyum-senyum kambing dalam majlis ITC 2012 tu. Mar 19: Opposition Leader Anwar Ibrahim, who was in New Delhi, became the latest Muslim leader to stay away from a weekend forum in the Indian capital due to the participation of blasphemous British-Indian writer Salman Rushdie. Haprakdaily / 19 Mac 2012 Realitinya, wujud perbezaan nyata antara tindakan dua pemimpin politik terbabit. Si anu seorang tu macam biasa gemar bermain silat kata dan silap mata, manakala seorang lagi sejak dari awal istiqamah menjauhkan diri dari forum tersebut. Anwar Ibrahim tetap hadir ke ITC 2012 sekalipun tentatif program tersebut mengesahkan kehadiran penulis buku The Satanic Verses, Salman Rushdie. Bukannya menjauhkan diri macam dakwaan harakahdaily. Manakala Imran Khan, bekas pemain kriket Pakistan dan kini mengetahui parti pembangkang Tehreek-e-Insaf tegas & nekad memboikot keseluruhan acara tersebut sebagai bantahan langsung terhadap kehadiran Salman Rushdie. Apabila lidah rasmi Pas, Harakahdaily cuba membina gambaran positif dalam minda pembacanya konon Anwar berkongsi pendirian sama seperti Imran Khan, itu tandanya ada sesuatu yang bergelodak sedang bermain dalam kepala pimpinan Pas.
Tak sukar untuk kita andaikan, Pas sebenarnya tertekan dengan penglibatan langsung Anwar bersama Salman Satanic dalam menjayakan acara ITC 2012 itu.
Tapi memandangkan pilihanraya umum pun dah dekat sangat, mahu tidak mahu hanya kaedah spin & putar belit saja yang mampu Pas lakukan sekarang, sekurang-kurangnya dengan harapan penyokong bawahannya masih lagi selesa berfikir macam katak bawah tempurung.
* Sebulan dua dulu ada seorang rakyat Arab Saudi menghina Rasulullah s.a.w, pemimpin dari parti mana yang paling ke depan membela mamat tu? Cer citer…
| Ingat orang politik je kena fitnah Lembu, artis pun main Lembu jugak! Posted: 21 Mar 2012 09:25 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussein kesal apabila difitnah menjalankan perniagaan penternakan lembu menerusi sumber kewangan yang ditaja oleh seorang wanita kaya. Razali berkata, wanita yang dimaksudkan itu (enggan nama disiarkan) memang wujud tetapi dia bertindak sebagai individu yang mengajarnya selok-belok bidang perniagaan. "Diakui, memang wanita itu wujud, tetapi dia sekadar mengajar saya dan rakan-rakan untuk menjalankan perniagaan itu. Adakah itu satu kesalahan? "Saya kecewa apabila difitnah kononnya perniagaan saya itu ditaja. Jika begitu sudah lama saya beli kereta mewah untuk keselesaan diri sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Tambah Razali, dia kecewa apabila setiap pergerakannya sering kali menjadi bualan negatif tidak kira sama ada mempunyai hubungan akrab dengan rakan wanita mahupun lelaki. Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, dia tidak kisah jika dugaan fitnah diterima dan meneruskan perniagaan dalam apa rintangan sekali pun. "Dahulu, ketika saya membuka syarikat produksi, saya pernah difitnah sehingga syarikat itu ditutup. Kini biarlah orang nak kata apa sekalipun, semangat saya untuk maju dalam perniagaan tidak akan luntur," tegas pelakon drama Serapah Darah Bulan Madu, siaran saluran TV-Al Hijrah. Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier lakonannya, dia bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan oleh syarikat produksi. Malah, Razali turut menghasilkan sebuah lagu tema drama Serapah Darah Bulan Madu berjudul Serapah Bulan Madu nyanyiannya sendiri. "Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Skop Production untuk menghasilkan lagu tema untuk drama tersebut dan menyanyi secara duet bersama Ida Majid. "Seterusnya, saya sedang menghasilkan sebuah lagi lagu baru yang berjudul Cinta Ku Kini Tiada Lagi dan sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu tersebut," tuturnya. Beritahu Razali lagi, dia lebih selesa mencipta lagu tema untuk terbitan drama dan menganggapnya sebagai satu strategi pemasaran andai kata stesen-stesen radio tidak memutarkan lagu-lagu baru yang dihasilkan. | Wanita dituduh merogol secara oral seorang lelaki dirumahnya! Posted: 21 Mar 2012 08:43 AM PDT Macam-macam hal yang berlaku dalam dunia ni. Rogol memang membawa maksud yang luas apatah lagi jika ianya membabitkan mangsa lelaki. Seorang wanita telah diperintahkan hadir ke mahkamah atas tuduhan menceroboh rumah seorang lelaki dan merogolnya.
Rebecca Helen Elder, 39 tahun dari Parkside muncul di Mahkamah pagi tadi.
Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Mengikut laporan pendakwaan yang difailkan di mahkamah, kedua-dua pertuduhan tersebut telah berlaku di kawasan pinggir bandar pada tarikh di antara 20 dan 23 September tahun lepas.
Pada perbicaraan tersebut, Elder telah didakwa menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah seorang lelaki.
Pendakwaraya akan meneruskan perbicaraan dengan satu lagi pertuduhan dengan niat, beliau menceroboh rumah lelaki tersebut untuk merogol beliau secara oral.
Hakim menangguhkan perbicaraan pada bulan hadapan dan Elder dibebaskan dengan ikat jamin.
- Adelaide Now | Pegang portfolio agama, isu murtad lepas tangan! Posted: 21 Mar 2012 06:51 AM PDT Apalah sangat yang MB Selangor ni nak buat dengan Isu Murtad sedangkan dirinya sendiri terkontang-kanting dengan isu remeh agama di Selangor. Entah-entah, murtad pun dia tak faham maksud sebenar, macam mana nak atasi masalah yang diri sendiri pun tak berapa nak faham. Isu ni memang menjadi tanggungjawab beliau sekarang sebab portfolio Agama Islam sudah pun dipegangnya malangnya diri sendiri jahil dengan agama... SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad.
Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.
Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.
Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dun berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.
Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama.
Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama.
"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri". - Bernama | Isu Yahudi dan Zionis : Kes APCO berjaya diselesaikan Hadi Posted: 21 Mar 2012 06:10 AM PDT Isu Yahudi Zionis ni semakin panas bila banyak pula pelbagai spekulasi dan tanghapan umum mengenai kenyataan Hadi yang membenarkan urusniaga dengan Yahudi diteruskan. Nik Aziz kemudiannya bangkit dari tidurnya dengam memyokong penuh kenyataan Hadi tanpa mengkaji akar umbi serta pinca sebenar ianya dikeluarkan. Tapi kita tak hairan dengan Nik Aziz punya style, memang macam itulah caranya... Kemudian ulama-ulama dari dua tiga negeri pula memberi pendapat masing-mengenai situasi yang berlaku. Tak mengapalah sebab persoalan ini telah ditanya oleh wartawan, takkan tak menjawab pulak kot. Cumanya, isu pokok di sini, mengapa tiba-tiba Hadi a.k.a PAS mengeluarkan sedemikian? Sebelum ini Pas begitu anti dengan Yahudi, dan jarang pula mereka menyebut Zionis itu, zionis ini... Adakah kerana perhubungan DS Anwar yang mengeluarkan kenyataan di AWJ? Adakah kerana dana-dana luar yang DSAI perolehi akan ditarik balik jika tiada langkah menyokong Yahudi... Hadi seolah-olah tidak menyedari perbuatannya itu bakal sekali mencalarkan imej PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Pernah satu ketika mereka menghentam kerajaan kerana APCO yang dikatakana ada kaitan dengan Yahudi. Tetapi tidak pula mereka menyebutnya sebagai Zionis... Adakah isu APCO telah selesai akibat dari kebenaran yang diumumkan oleh Hadi...?
Pas sekarang ini sudah terlalu banyak menyimpang sama ada dalam situasi sedar ataupun tidak, malangnya mereka mengabaikannya. Mengharapkan Nik Aziz, sekali ketuk, baru jalan. | Mangkuk ayun punya pompuan nih...menyusahkan orang betul! Posted: 21 Mar 2012 04:16 AM PDT Apalah yang difikirkan oleh budak ni sehingga melarikan diri ke rumah jantan. Jantan nie pulak dahulunya dengor-dengor pernah ada kes polis. Budak perempuan ni tak ubah seperti terjun ke pintu neraka. Tinggal selangkah nak masuk, mujur rakyat Malaysia dah berjaya kecohkan isu ini. Kalau tidak, barai juga kewanitaan ni..naya ja.. Menyusahkan orang betul! KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.
"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.
Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama | Isu Yahudi dan Zionis: Dr Asli pulak bagi pendapat, boleh...tapi.. Posted: 21 Mar 2012 12:24 AM PDT Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak salah bagi umat Islam untuk berurusan dengan bangsa Yahudi yang tidak bermusuhan dengan Islam. Mengulas polemik berikutan pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa berurusniaga dengan Yahudi dibenarkan tetapi bukan dengan Zionis, Asri berkata, "maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan (dengan) Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar." Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang memerangi Islam, maka "dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya." Katanya, Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. "Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi," katanya dalam satu kenyataan media. Jumaat lalu, Abdul Hadi melahirkan pandangan bahawa urusniaga dengan Yahudi dibolehkan tetapi tidak dengan Zionis. Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi diselar Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi dengan membuat perbandingan Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan bermotifkan politik. Beberapa pemimpin Umno mendakwa Pas sebagai parti politik yang tidak konsisten. Malah menurut Asri, permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka. Beliau seterusnya berkata, Nabi Muhammad mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah Huyai. "Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan 'Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit. Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. "Bahkan al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab," kata Asri yang kini merupakan felo Pusat Pengajian Islam Oxford. | Tuduhan Nalla terhadap DSAI sangat kurang ajar, beliau WAJIB didakwa di mahkamah! Posted: 20 Mar 2012 10:45 PM PDT Semalam, bekas sahabat baik Anwar Ibrahim, Datuk Nallakarupan menyatakan sesuatu yang agak panas terhadap "pemimpin anugerah Tuhan" itu. Macam-macam yang Nallakarupan tuduh Anwar. Antara kata-kata Nallakarupan mengenai Anwar dan skandal yang mengaitkan "Imam Mahdi" itu adalah seperti berikut… "Sampai sekarang saya belum pernah sebut nama wanita (isteri orang) yang saya maksudkan itu.
"Dia bawa wanita itu ke rumah saya di Tivolli Villas, Bangsar…saya tahu semuanya.
"Anwar adalah seorang biseksual dan saya cabar dia untuk saman saya atas kenyataan ini.
"Saya pernah lihat dia melakukan perbuatan terkutuk itu, dan saya tahu siapa yang menjadi mangsanya….semuanya saya akan dedahkan satu persatu di mahkamah.
"Seperti dalam afidavit saya sebelum ini, Anwar pernah sehingga ke peringkat memakai rambut palsu untuk menyamar…untuk pengetahuan anda, rambut palsu itu saya sendiri yang beli di India!
"Beliau lelaki yang tiada prinsip, menipu rakyat….ada banyak pemimpin dalam pakatan pembangkang, tetapi kenapa dia yang diangkat jadi ketua?
"Ramai sahabat rapatnya sudah menjauhkan diri daripada beliau, Anwar memang pandai bercakap tetapi bila kita dah rapat dengan beliau baru kita akan tahu sifatnya yang sebenar,"
-Nallakaruppan, sidang akhbar pada 19 Mac 2012. Pada saya, tuduhan Nallakarupan itu merupakan pertuduhan-pertuduhan yang sangat serius. Nalla mencabar Anwar untuk menyamannya atas kenyataan-kenyataan tersebut dan dia sanggup mendedahkannya satu persatu di mahkamah. Sebagaimana kita tahu, Nalla dah berkali-kali mencabar Anwar menyamannya. Tapi sebagaimana kita tahu juga bahawa Anwar terlalu pengecut untuk menyahut cabaran tersebut. Saya sendiri tak faham kenapa dia tak saman Nalla. Mungkin juga dia tahu Nalla bercakap benar?
Tapi, bagaimana sekiranya pertuduhan-pertuduhan Nalla itu tidak benar? Bagaimana jika Nalla sengaja menabur fitnah terhadap Anwar? Bukankah itu tindakan yang tidak adil bagi pihak Anwar dan keluarganya? Justeru itu, saya mencadangkan agar MANA-MANA PIHAK MENGAMBIL SERIUS PERKARA INI DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAKWAAN NALLAKARUPAN ATAU MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH KE ATAS NALLAKARUPAN tersebut. Tak kisahlah sama ada saman, lapor polis atau apa-apa tindakan sivil. Kita perlu tahu kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Nalla itu. Lagipun, kenyataan tersebut dibuat Nalla melalui media. Ertinya, Nalla mahu beritahu kepada rakyat Malaysia tentang rahsia Anwar. Memandangkan kita mahu mengetahui kebenaran Nalla atau dia berbohong kepada kita, rasanya kita boleh menuntut agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan tersebut sama ada melalui pihak polis atau kamar mahkamah. Pokok pangkalnya, kebenaran tersebut perlu dibuktikan atau Nalla boleh dihukum kerana berbohong kepada kita, bukan? Pada saya, sekiranya Nalla punya bukti kukuh dan yakin dengan kenyataannya, dia tidak perlu takut atau melenting sekiranya kita menuntut dia membuktikan kata-katanya di sidang akhbar berkenaan. Soal Anwar bersalah atau terbukti melakukan apa yang Nalla kata itu tidak penting buat masa ini. Kalau terbukti bahawa Nalla berbohong, saya fikir Nalla tidak lagi relevan untuk bersuara. Tapi, kalau benarlah dakwaan Nalla tersebut dan terbukti di mahkamah, maka saya fikir, tak perlu hukum Anwar di mahkamah pun, seluruh rakyat di negara ini akan halau Anwar keluar dari Malaysia. Silap-silap Wan Azizah sendiri akan tuntut fasakh dan Nurul Izzah sendiri tak mengaku Anwar bapanya… mykmu | Kerajaan negeri Selangor mahu beri BAUCAR RM1000 pula? Posted: 20 Mar 2012 10:15 PM PDT Pakatan Rakyat dikatakan mengambil tindakan drastik dengan meniru dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang prihatin kepada rakyatnya dengan memberikan Baucar Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM 500. Tetapi Baucar Pakatan Rakyat dikatakan lebih mewah dan istimewa kerana jumlahnya dua kali ganda dari BR1M. Baucar tersebut bernilai RM 1000! Anda boleh rujuk sini. Yang Dipertua Pas kawasan Bentong, Pahang, Abdul Hamid Bin Bahatim, berceramah di Felda Cemomoi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili Menteri Besar Pahang (Dun Pelangai), beliau telah berkata sesiapa yang menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, maka orang itu akan menerima wang haram. Itulah perangai Pas daripada dulu hingga sekarang. Apa sahaja yang BN lakukan semuanya haram. Sekarang Pakatan Rakyat Selangor mahu beri Baucar Skim Kesejahteraan Rakyat Selangor pula yang bernilai RM1000 pula. Halal ke ni? | Gila! Bapa rakam anak daranya mandi guna CCTV dalam rumah... Posted: 20 Mar 2012 09:45 PM PDT Ni bapak jenis apa pun aku tak tau la. Anak sendiri di skodennya siap pasang kamera litar tertutup lagi. Lepas tu kantoi! Tak tau nak jawab apa.. Tak pasal-pasal kena dakwa bawah akta pornografi kanak-kanak! Hambik ko.. Adelaidenow.com.au menyiarkan berita seorang lelaki berusia 50 tahun di Adelaide, Australia yang memasang sebuah kamera rahsia untuk merakam aksi anak perempuannya di bilik mandi. Apabila ditanya, lelaki itu tidak dapat menjelaskan sebab dia berbuat demikian.
Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bahan pornografi kanak-kanak dan satu tuduhan merakam filem sumbang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Selain itu, polis turut menemukan lebih daripada 2000 fail komputer semasa serbuan yang dibuat sekitar bulan Jun tahun lalu.
Peguamnya Michael Lutt, memberitahu sebuah Mahkamah Daerah bahawa anak guamnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dan atas sebab itu, dia banyak menghabiskan masa melayari internet. Situasi tersebut telah mendorongnya melihat bahan pornografi.
"Keadaan defendan umpama berkonflik dengan kelakuannya sendiri," katanya.
"Dalam dua situasi, dia telah membaling cakera keras jauh-jauh kerana tidak mahu melihat imej-imej tersebut."
Lutt berkata lelaki itu merakamkan empat kejadian berasingan di bilik mandinya dan menyimpannya bersama-sama dengan koleksi imej yang dimuat turun dari internet.
"Defendan mengaku bahawa beliau memasang sebuah kamera di bilik mandi keluarga rumah tersebut," katanya.
"Lelaki itu pada dasarnya tidak dapat menjelaskan sebab yang mendorong dia terlibat dalam kelakuan tersebut."
Lelaki itu ditahan sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman minggu depan. -DCM
| Kumpulan JOZAN 'demand' RM 50,000 untuk satu jam persembahan? Posted: 20 Mar 2012 09:00 PM PDT PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut. Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali. "Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa. Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.
Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara. "Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan. "Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.
Jozan yang dianggotai oleh Johan (kiri) dan Zizan. Sementara itu, Ozlyn berkata, walaupun kadang-kala terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepada Johan atau Jozan kerana harga yang tidak bersesuaian, dia selalunya akan cuba memberikan cadangan kepada penganjur untuk menawarkan peluang itu kepada pelawak lain. Kata Ozlyn, walaupun tidak menerima sesebuah tawaran tetapi sekurang-kurangnya ia telah membuka rezeki kepada pelawak lain. "Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang. "Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya. Dalam perkembangan sama, dia dan suaminya yang juga penyampai Radia Era FM lebih senang untuk berdiam diri apabila timbul cerita-cerita kurang kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Ini kerana kata Ozlyn, apabila timbul sesuatu isu kedua-dua belah pihak sentiasa ingin mempertahankan kenyataan masing-masing yang akhirnya akan merugikan kedua-dua belah pihak. "Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya. mstar | Transformasi PAS lebih mulia dari tranformasi DS Najib... Posted: 20 Mar 2012 08:50 PM PDT Idris Ahmad dari PAS ni dok meroyan tanpa fakta dan bukti kukuh. Kalau betul ada bukti pun, habih diselewengkan dengan penipuan dan pendustaan rekaannya sendiri. Katanya transformasi Najib bercirikan halwa telinga, sedangkan rakyat malah beliau sendiri sedang menikmati keamanan dan ketenteraman Malaysia di bawah pentadbiran DS Najib Tun Razak. Katanya lagi trnaformasi tersebut hanya mencurahkan umpanan duit kepada rakyat untuk menyokong Barisan Nasional. Ya..memang betul, disamping itu juga ia menjadi tanggunjawab kerajaan untuk "mencurahkan" semula segala kemakmuran yang dikecapi kepada rakyat semula. Itu pun payah nak faham ka? Berapa ribu rakyat pula yang jenis tak reti bersyukur seperti Idris Ahmad ini yang berada di Kelantan. Macam-macam dicurahkan, undi mereka tetap tidak berpihak kepada Barisan Nasional. Jadi Idris Ahmad nak kata apa pulak manusia jenis biawak ini? Apa pula yang telah PAS lakukan? Tranformasi bagaimana yang telah PAS lakukan? Aku tengok PAS lebih banyak teragak-agak dalam membuat keputusan. Perubahan yang dilakukan juga tidak konsisten, banyak bersandarkan teguran dari PKR dan DAP. Transformasi PAS lebih banyak merosakkan pegangan politiknya sendiri...inikah yang mahu disampaikan oleh Idris Ahmad? PAS menganggap segala pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009 yang didakwa 'transformasi' hanya ibarat lipstik dan halwa telinga, yang isinya kosong.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata transformasi yang dilaungkan Najib sebenarnya bukan perkara dasar, namun ia hanya bersifat curahan dan umpanan duit semata-mata kepada rakyat untuk menyokong BN.
Sambung baca di Utara News | Diperkosa abang angkat di tangga kecemasan pusat membeli belah Posted: 20 Mar 2012 08:30 PM PDT Seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini. Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.
Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol. Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. | Isu Yahudi dan Zionis: Mufti Pahang pulak 'tibai' Hadi Posted: 20 Mar 2012 08:10 PM PDT Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan isu umat Islam dibenarkan menjalankan perniagaan dengan orang Yahudi sebagai kenyataan politik semata-mata. Menurutnya, ini kerana, umat Islam secara amnya tidak mengiktiraf bangsa berkenaan yang banyak membawa kerosakan terhadap negara Palestin. "Bagi saya, ini hanya kenyataan politik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perbandingan Ahli Sunnah dan Syiah di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata, pada dasarnya, hukum berniaga dengan orang Yahudi yang bersikap baik terhadap umat Islam dibolehkan, tetapi berniaga dengan negara Yahudi iaitu Israel yang merampas tanah dan hak kehidupan rakyat Palestin, hukumnya adalah haram. Menurutnya, meskipun Yahudi dan Zionis berbeza, iaitu Yahudi merujuk kepada bangsa manakala Zionis pula merujuk kepada fahaman atau pegangan, matlamat orang Yahudi pada hari ini kebanyakannya sama iaitu melakukan kerosakan serta kemusnahan terhadap umat Islam. "Berurusan dengan mereka boleh diibaratkan menyokong setiap penindasan yang dilakukan terhadap saudara kita di Asia Barat," katanya. | Kurung kekasih jadikan hamba seks Posted: 20 Mar 2012 08:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mengurung kekasihnya di hotel bajet di Jalan Haji Taib 3, Chow Kit, di sini selama seminggu sejak 9 Mac lalu untuk dijadikan hamba seks. Bagaimanapun, dengan pertolongan seorang pekerja hotel, mangsa berjaya melarikan diri pada 16 Mac lalu sebelum membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya. Pada masa sama, terdapat satu laporan dibuat bapa mangsa yang menyatakan anaknya itu berusia 32 tahun melarikan diri dari rumah pada 10 Mac selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Berdasarkan semakan laporan itu, mangsa ditahan sebelum penahanannya dimaklumkan kepada bapanya. Selepas bapa mangsa datang menemui anaknya di balai polis, mangsa dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan. Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Hulu Klang mengikut teman lelakinya itu dikenali sebulan lalu, jam 5 petang, 9 Mac selepas lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di ibu kota. "Sebelum keluar bersama lelaki itu, mangsa diminta meminjam RM1,000 daripada ibunya dan dengan menunggang motosikal, mangsa dibawa ke Chow Kit sebelum menyewa hotel bajet di Jalan Haji Taib 3," katanya. | Nama baru untuk pegawai tadbir kerja - CUEPACS Posted: 20 Mar 2012 07:50 PM PDT SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyemak semula jawatan pembantu tadbir kakitangan awam seluruh negara. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, suruhanjaya itu akan menjadi medium antara kakitangan awam dan kerajaan bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan skim dan gred gaji kakitangan kerajaan.
Beliau berkata, jawatan Pembantu Tadbir Awam gred N17 termasuk gred lain juga perlu diselaras semula kerana membabitkan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman. "Apabila skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan, baru-baru ini, kita tubuhkan Suruhanjaya Khas dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) untuk membuat perubahan pembantu tadbir iaitu nama dan gred perlu dinaikkan seimbang dengan beban tugas mereka. "Perkara ini sudah dibincangkan dan kita harap ia mendapat perhatian kerajaan kerana membabitkan masa depan 350,000 pembantu tadbir di seluruh negara," katanya ketika ditemui di Himpunan Transformasi Kelab Pegawai Kerani dan Pembantu Tadbir Kewangan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam. Omar berkata, pihaknya akan mencadangkan dua nama baru bagi menggantikan nama jawatan pembantu tadbir iaitu Pegawai Kerja Tadbir dan Pegawai Khidmat Tadbir apabila suruhanjaya itu dibentuk dalam masa terdekat ini. Katanya, kedua-dua nama baru jawatan itu juga bakal dibincangkan bersama dan akan diguna pakai dalam masa terdekat. "Selain itu, seorang pengerusi akan dilantik bagi memimpin suruhanjaya khas itu dan calonnya mestilah mempunyai pengalaman dalam jawatan pembantu tadbir selain mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi. | 559 Calon SPM 2011 peroleh A+ semua subjek! Posted: 20 Mar 2012 07:47 PM PDT PUTRAJAYA, 21 Mac - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini. Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas. | Tunang dirogol kerana putuskan tali pertunangan Posted: 20 Mar 2012 07:27 PM PDT | TUNANG DAJAL...Gambar hiasan |
Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin. Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta. Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang. Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.
Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan. Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi. "Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya. "Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam. Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan. | Julia Perez rela kahwini Ustaz Posted: 20 Mar 2012 07:14 PM PDT JAKARTA: Demi untuk kebahagiaan ibu bapanya, Julia Perez rela sekiranya dijodohkan dengan seorang ustaz. Julia Perez atau Jupe berkata, dia kini berserah setelah rancangan untuk bernikah dengan Gaston Castano menemui jalan buntu. "Saya rela mama menjodohkan saya dengan seorang ustaz. Kami akan bertemu hari ini," katanya ketika ditemui di Studio ANTV, Rasuna Epicentrum di Jakarta Selatan, semalam.
Katanya, dia hanya menurut kemahuan ibunya dan berharap ia keputusan terbaik. Katanya, dia kini menurut kerana tidak mahu terus kecewa. Julia yakin pilihan ibunya adalah yang terbaik. Apabila ditanya bilakah dan di manakah pertemuan dengan ustaz itu akan dilakukan, Julia mengaku dia masih tidak mengetahui tarikh sebenar. "Rancangan untuk bertemu di mana belum diketahui tetapi ia akan dibuat hari ini," katanya. - Detikhot | Juri X Factor dituduh berlakon dalam video seks Posted: 20 Mar 2012 07:07 PM PDT LONDON: Juri X Factor Tulisa Contostavlos mendiamkan diri dan bersembunyi selepas dia dituduh berlakon dalam pita video seks di Internet. Bintang terkenal itu berubah malu dan menghubungi peguamnya selepas pita selama lapan minit itu mula tersebar, semalam. Rakaman menunjukkan Tulisa yang berambut perang melakukan seks oral bersama seorang lelaki misteri. Kem Simon Cowell enggan memberi ulasan sama ada pita itu akan merosakkan kedudukannya dalam program itu.
Pihak pengurusan Tulisa juga tidak membuat sebarang ulasan selepas laman web nottulisa.com mendedahkan berita itu. Satu mesej yang dihantar ke laman itu berbunyi: "Bukan Tulisa dan bekas teman lelakinya merakam aksi mereka melakukan seks di tempat umum, dirakam di belakang pentas dalam konsert muzik di telefon Blackberry!" Laman web kedua bergelar pappzd.com menulis dalam Twitter: "Jadi, peguam Tulisa baru meninggalkan pejabat kami selepas memberi kami notis bertulis tangan. Jadi, pada dasarnya, kami terpaksa memghentikan paparan video itu." Tulisa turut menjadi bahan jenaka di kalangan selebriti. | Piala Axiata : Datuk Lee Chong Wei tarik diri Posted: 20 Mar 2012 06:53 PM PDT | JALANI PEMERIKSAAN...Chong Wei (kanan) dan Seu Bock tiba di Hospital Pakar Damansara untuk jalani ujian imbasan MRI di Jabatan Pengimejan Diagnostik, semalam. |
KECEDERAAN bahu yang dialami Datuk Lee Chong Wei menyebabkan pemain itu memutuskan untuk tidak beraksi di saingan peringkat kumpulan Piala Axiata hujung minggu ini. Chong Wei yang ditemui selepas melakukan ujian imbasan MRI di Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pakar Damansara, semalam berkata, dia perlu mengelak bermain hingga Institut Sukan Negara (ISN) mengesahkan dia bebas daripada kecederaan. "Ujian imbasan hari ini (semalam) akan dihantar ke ISN dan saya rasa tidak sempat untuk beraksi pada Piala Axiata hujung minggu ini dan saya tidak akan turut serta," kata Chong Wei.
Ketika ditanya sejauh mana kecederaan bahu kanannya itu, Chong Wei berkata: "Mana saya tahu saya cedera macam mana, saya bukan doktor. Tanyalah doktor sendiri, lagipun saya hanya menjalani ujian imbasan hari ini." Chong Wei melakukan ujian imbasan itu sambil diiringi jurulatihnya, Tey Seu Bock serta dua fisioterapi FAdzil Salleh dan Li Da Zhi.. Berikutan ketiadaan Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang baru pulang dari Dublin, Ireland dan doktor pakar, Profesor John George yang sentiasa menjadi rujukan Chong Wei sebelum ini, berada di Pulau Pinang, ujian imbasan Chong Wei itu dipantau pakar radiologi, Dr Thajunnisa Hassan. Bagaimanapun ketika diminta mengulas kemungkinan dia beraksi di pusingan akhir Piala Thomas, Chong Wei enggan mengulas perkara itu. Sementara itu, Seu Bock berkata, kecederaan yang dialami pemainnya itu memberi pengajaran berguna ketika berdepan Lin Dan pada final Seluruh England. "Bagi saya Chong Wei kini tahu dia tidak semestinya menyerang untuk memungut mata ketika berdepan Lin Dan. Lihat saja pada set pertama, dia mampu memberi saingan sengit dan membuatkan Lin Dan bingung kerana Chong Wei langsung tidak melakukan smash," kata Seu Bock. Biarpun Chong Wei belum menjalani latihan sejak pulang ke tanah air dari Basel, Switzerland Sabtu lalu, Seu Bock berkata, pemain itu tetap perlu menjalani latihan ringan meskipun tanpa mengangkat raket. "Chong Wei akan mula berlatih esok (hari ini) dengan melakukan kecergasan fizikal seperti joging. Malah dalam tempoh baki hampir empat bulan dia tetap perlu mengasah lagi kemahiran untuk memastikan buruan emas di Olimpik menjadi kenyataan." Ketiadaan Chong Wei membuka peluang kepada Muhd Hafiz Hashim untuk beraksi selaku perseorangan pertama saingan peringkat kumpulan K, Piala Axiata yang bermula Jumaat ini di Stadium Badminton Cheras. | Punya la meluatnya Rani kat Hassan Ali, hari pertama sudah kasi taruk!!! Posted: 20 Mar 2012 04:35 PM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam. Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati. "Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang. "Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua," katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor. Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi. Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini. Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas. Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini. | |
KEPAL NASI KEPAL BERAS Posted: 21 Mar 2012 03:16 PM PDT MAT HASAN PERLU JUMPA TUN DAIM... Posted: 20 Mar 2012 06:50 PM PDT Apa yang dimaksudkan oleh Tun Daim, bila dia menyebut, "Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan 6 kerusi, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus". Masalah khusus perlu penyelesaian secara khusus juga. Masalah khusus tidak boleh diselesaikan secara umum. Kalau diserkap jarang maksud Daim tu, saya pasti salah satunya tidak lain tidak bukan ialah masalah pucuk pimpinan BN/UMNO Negeri Sembilan. Ada sesiapa yang cuba menafikan perkara khusus ini? Berilah fakta apa pun untuk menafikan serkap jarang ini, hakikatnya sejak 2004 hingga hari ini, kegagalan paling besar Mohamad Hasan di Negeri Sembilan ialah ketidakupayaan beliau untuk memberi suntikan "leadership" yang boleh menambahkukuhkan "unity" di kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh NSDK. Beliau masih gagal mendapat sokongan dan kerjasama dari hampir 2/3 bahagian-bahagian di NS, walaupun sudah 2 penggal diberi peluang memimpin negeri. Gerakerja UMNO NSDK untuk menghadapi PRU13 hingga saat ini masih tak nampak, seolah-olah PRU13 akan berlangsung lagi 3 tahun. Lawatan PM dan TPM ke negeri-negeri gagal dimenafaatkan sepenuhnya oleh UMNO/BN Negeri Sembilan bagi menarik sokongan massa dari rakyat. Sebaliknya, platform lawatan PM/TPM ini dijadikan tunggangan pula oleh Mohamad Hasan untuk menaikkan imej peribadinya selaku ketua kerajaan dan parti. Projek "merebut kasih" pucuk pimpinan lebih diutamakan dari menarik semula kasih rakyat kepada BN, sehingga sebahagian besar dari pimpinan UMNO Bahagian-bahagian tidak tahu pun itinerary program lawatan PM/TPM. Akibatnya, sambutan terhadap lawatan PM/TPM ke NS jauh lebih hambar jika dibandingkan lawatan PM/TPM ke negeri-negeri lain. Terdapat bahagian di Negeri Sembilan, di mana pihak SB polis sendiri terpaksa menaikkan bendera BN secara senyap-senyap kerana Bahagian UMNO ini langsung tak buat kerja!! Ini kojo pandir! Tiada siapa yang paling layak untuk dipersalahkan, melainkan Mohamad Hasan selaku MB dan Ketua Perhubungan. Pendekatan kasih bertompok, benci melata telah menjejaskan moral dan semangat sebahagian besar dari loyalist dan pendokong parti di Negeri Sembilan. Bagaimana orang lain mahu menumpahkan keikhlasan dan khidmat bakti kepada parti, jika prinsip kepimpinan "kasih bertompok-tompok, benci merata-rata", menjadi resepi terpenting beliau dalam mentadbir parti dan kerajaan? Jika benci dengan Ketua Bahagian, tumpahkan kasih kepada timbalan. Jika tidak suai dengan ketua pemuda, jalin hubungan sulit dengan naib ketua. Tak boleh masuk angin dengan wanita, kipas ketua puteri. Barangkali sifat rasa bersalah memang tiada dalam kamus hidupnya. Sifat "resmi ular menyusur akar", langsung tiada dalam diri. Imej "arrogant" pimpinan UMNO adalah di antara penyumbang terpenting kepada prestasi buruk UMNO dalam PRU12 yang lalu. Sehingga hari ini tiada tanda-tanda, Mohamad Hasan bersedia untuk membuang sifat ini dalam menangani kemelut perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Negeri Sembilan. Mahu dibawa ke mana atau mahu ditunjuk kepada siapa sifat "arrogant" ini sehingga mahu ditatang seperti menatang minyak yang penuh? Perhatian khusus seperti disaran Tun Daim mungkin sudah sampai ke tahap wajib untuk diusahakan, jika pucuk pimpinan serious mahu menyelamatkan Negeri Sembilan dari menerima realiti kehilangan satu lagi kerajaan negeri pada PRU 13 ini. Selaku ahli UMNO di Negeri Sembilan, saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis, demi masa depan agama, bangsa dan tanah tumpah darah nenek moyang saya. Salam. | |
tun faisal dot com Posted: 21 Mar 2012 01:58 PM PDT Anuar - Harta @AzminAli dan Shamsidar pemberian Anwar? Posted: 21 Mar 2012 08:30 AM PDT
Azmi terus takut berdepan dengan Ummi? Azmin, isteri didesak isytihar harta WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Mac 2012
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin didesak mengisytihar keseluruhan harta bagi membuktikan mereka tidak mempunyai saham mencecah RM2 juta.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, 42, berkata, ia adalah kerana semasa Azmin bekerja dengan Anwar pada 1992 hingga 1994, gajinya tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Menurutnya, oleh sebab itu beliau mendesak Azmin menjelaskan dari mana beliau mendapat saham dan wang tersebut dalam akaun pada waktu itu.
"Saya membuat laporan polis pada 17 November 2009 berhubung pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR dan isterinya. Saya juga telah menyerahkan salinan dokumen asal," katanya.
Katanya, Azmin tidak mungkin mempunyai wang sebanyak itu kerana setahunya, isteri Azmin tiada kerja tetap dan tiada kerja sambilan lain.
Sebelum ini beberapa akhbar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, SA Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Taharin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.
Anuar pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada Mei 2007. | Tarbiah Pas gagal: Lebai Pas pun materialistik, patut Timbalan Presiden Pas hancus Posted: 21 Mar 2012 06:00 AM PDT Kejar dunia lebih dari akhirat, kejar kuasa sebab nak jadi kaya? Baca tulisan blogger Kamera KupangBONEKA PAS DI BALING.....Mungkin orang tak tahu mengapa seorang Ahli Parlimen telah kecewa dengan PAS Kedah sehinggakan menimbul tanda tanya..kekecewaan Ahli Parlimen berkenaan telah membuat Ahli Pahlimen berkenaan jarang-jarang sekali balik ke kawasannya.Hanya untuk menunjukan protes terhadap kepimpinan Azizan MB Kedah..Kekalah ustaz Taib kepada Cikgu Johari dalam pemilihan Timbalan YDP di Kawasan baling, menjadi titik permulaan segala rasa kekecewaan ustaz Taib dalam pentadbiran selaku Ahli Parlimen Baling. Sebagai seorang yang berstatus Ulama tidak mendapat sokongan dari akar umbi, berbanding dengan lawanya yang masih baru dalam pentadbiran PAS di Baling.
Dari sumber maklumat yang di berikan,Ahli parlimen berkenaan kecewa dengan sikap Azizan MB Kedah berkenaan Projek Balak.Ahli Parlimen berkenaan bukan kecewa dengan pembalakan di kawasannya yang berluas-luasa,tapi kecewa tak dapat tender projek balak.Ahli Parlimen berkenaan pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah untuk meminta projek berkenaan,malangnya Azizan tak boleh membuat keputusan dan berkata Tender Balak bukan terletak di tanggannya,tapi sebaliknya terletak di tangan orang yang rapat dengannya dan menjadi orang tengah dalam tender projek balak Kerajaan Negeri Kedah.
REAKSI S/U PEMUDA & KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS BALING.
APA YANG DIAORANG BENCI SANGAT KAT USTAZ TAIB.....
| #ReturnSgor Ungku Salleh - Tadbir urus Kerajaan PR Selangor menjengkelkan? Posted: 21 Mar 2012 02:00 AM PDT Kerajaan Negeri tidak jujur, dakwa Umno Selangor WARTAWAN SINAR HARIAN 12 Mac 2012
MUKADIMAH Minggu lalu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mengadakan sesi pendengaran khas selama tiga hari mengenai tiga anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Namun begitu, Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal menyifatkan sesi tersebut hanya membuang masa kerana tidak membawa apa-apa manfaat kepada kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini. Katanya, Kerajaan Negeri tidak jujur dalam menubuhkan Selcat kerana meletakkan individu berkepentingan dalam jawatankuasa itu dan hanya mengikut telunjuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Ini kerana tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas sesi tersebut," katanya kepada Sinar Harian dalam pertemuan baru- baru ini.
Selepas hampir sepenggal pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor, apa yang saudara boleh rumuskan?
UNGKU SALLEH: Apa yang kita lihat semakin hari semakin banyak memperlihatkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri. Pelbagai masalah dihadapi seperti isu sampah, penyelewengan Yayasan Selangor, kerugian PKPS dan sebagainya. Pada hemat saya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kecekapan dalam pentadbiran kerana mereka hanya tahu berpolitik sahaja. Pada pilihan raya umum lalu, mereka meuar-uarkan banyak manifesto tetapi gagal melaksanakannya. Mereka mendabik dada kononnya berjaya mengumpul aset dan simpanan tunai, tetapi hakikatnya itu adalah peninggalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Pada saya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengambil langkah drastik mengatasi kelemahan ini. Tindakan Kerajaan Negeri menubuhkan Selcat, kononnya untuk memantau penyelewengan yang berlaku hanyalah sandiwara. Individu yang dilantik mengetuai Selcat adalah kroni sendiri iaitu Datuk Teng Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri. Selcat ditubuhkan semata-mata melindungi kelemahan pentadbiran, dan hanya mengikut telunjuk Menteri Besar. Jadi, saya tidak nampak kejujuran Selcat ini, yang hanya mengaburi mata rakyat kononnya Kerajaan Negeri serius mengatasi penyelewengan. Kita tahu sehingga hari ini banyak isu yang dibawa Selcat tidak selesai. Kerajaan Negeri sepatutnya mencontohi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh individu bukan ahli politik dan berkesan menjalankan siasatan serta jujur untuk menambah baik pentadbiran kerajaan.
Mengapa Kerajaan Negeri masih tidak mengaku kelemahan dalam pentadbiran dan tetap mengatakan penyelewengan berlaku sejak zaman BN?
UNGKU SALLEH: Pakatan pembangkang terlupa bahawa mereka kini mentadbir Negeri Selangor. Mereka sepatutnya tidak boleh menyalahkan orang lain kerana sudah empat tahun mereka memerintah. Sepatutnya jika melihat kepincangan dan kelemahan dalam pentadbiran, mereka perlu segera memperbaiki. Bukan menyalahkan orang lain. Malangnya mereka cuba mewujudkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa kesilapan itu dilakukan oleh BN. Sampai bila hendak menjadikan orang lains ebagai kambing hitam? Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki sendiri mengakui wujud penyelewengan, mengapa tiada tindakan diambil terhadap pengakuan itu? Saya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjadikan pengakuan Ilham ini sebagai bukti bagi SPRM menyiasat perkara ini. Rakyat Selangor perlu tahu keadaan sebenar dalam negeri ini.
Sudah ada pengakuan dibuat dalam Selcat, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Apa komen saudara?
UNGKU SALLEH: Selcat ini hanya ditubuhkan untuk mengaburi mata rakyat yang hanya mencari kesalahan BN. Seolah-olah mereka menyiasat isu yang berbangkit, sedangkan tindakan itu hanya buang masa sahaja. Lebih baik kita laporkan kepada SPRM, yang lebih telus menyiasat perkara ini. Selcat ini adalah mainan Kerajaan Negeri kerana tiada tindakan dan keputusan diambil oleh Selcat. Bagaimana Speaker Dun nak siasat jika isu itu berkaitan dengan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar. Ini semua adalah mainan Menteri Besar PKR.
Saudara setuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Selcat 'double standard' dan tidak ubah seperti mahkamah kanggaru?
UNGKU SALLEH: Memang tidak dinafikan lagi. Malah mahkamah kanggaru lagi baik daripada Selcat. Datuk Seri Noh sebelum ini pernah mencabar Abdul Khalid sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau salah, Noh rela melepaskan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tapi jika berlaku penyelwengan dalam Kerajaan Negeri, Abdul Khalid patut minta maaf secara terbuka dan letak jawatan sebagai Menteri Besar. Saya rasa sampai hari ini Abdul Khalid tidak berani sahur cabaran itu. Kita nak lihat SPRM buat kerja, berdasarkan bukti yang ada bahawa wujud salah guna kuasa dalam Kerajaan Negeri. Pemuda Umno sendiri pernah meminta Abdul Khalid letak jawatan tetapi tiada sebarang respons. Ini kerana Menteri Besar masih dikawal oleh DAP dan pemimpin utama PKR.
Sebelum ini kita lihat wujud beberapa cabaran debat oleh PR terhadap pemimpin BN, adakah perlu debat ini dan siapakah yang layak?
UNGKU SALLEH: Salah satu debat yang kita lihat sebelum ini adalah melibatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, orang yang pakar debat boleh menilai perkara sebegini. Namun, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cabar Datuk Seri Najib Tun Razak, saya rasa buang masa Perdana Menteri sahaja, kerana beliau banyak lagi perkara hendak dilakukan khususnya hal ehwal kebajikan rakyat. Saya sendiri cabar Ketua AMK Selangor untuk berdebat, biar rakyat yang tentukan siapa yang lebih baik.
Sebagai Ketua Pemuda Umno Selangor, apa pelan yang saudara rancang untuk persediaan pilihan raya akan datang?
UNGKU SALLEH: Pemuda Umno Selangor mempunyai manifesto tersendiri kerana kita melihat hari ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk golongan belia. Kita lihat mereka tidak serius tentang masa depan orang muda dan tidak memberi janji-janji yang jelas kepada orang muda yang sehingga kini tidak terlaksana. Apabila kita bertanya semula, Kerajaan Negeri berkata mereka tidak pernah berjanji. Kita akan keluarkan semula manifesto mereka dahulu, kita akan ingatkan kembali rakyat tentang janji dahulu perlu diselesaikan sebelum meuar-uarkan Buku Jingga.
Kita lihat belia-belia yang menyokong BN hari ini, tiap-tiap isu akan keluar dalam blog dan Facebook. Kita yakin PR akan menghadapi tentang luar biasa daripada golongan muda. Walaupun mereka sengaja mewar-warkan, pemuda menyokong mereka tetapi kita ingin memberi ingatan kepada mereka pilihan raya kecil terakhir saluran undi tiga dan empat memihak kepada mereka. Jangan membuat persep-si bahawa golongan muda menyokong mereka, walhal apa yang mereka buat kepada orang muda pada hari ini. Pemuda BN pada hari ini berjaya menganjurkan BN Job Fair, BN Rumah Pertama dan BN Youth Music, kesemuanya kita beri peluang kepada anak-anak muda. Kita juga beri biasiswa kepada pelajar dan meuar-uarkan kepada mereka universiti yang menjalankan pembelajaran percuma. Sedang Kerajaan Negeri sibuk berpolitik, kita telah beri peluang kepada anak muda pelbagai peluang.
Adakah saudara yakin Selangor akan kembali ditawan pada pilihan raya umum akan datang?
UNGKU SALLEH: Saya yakin. Kita tidak mahu takbur, tetapi dengan melihat anak muda pada hari ini, bersama-sama dengan kita. Golongan belia zaman sekarang adalah berbeza, mereka celik IT. Malah kita boleh lihat Perdana Menteri boleh bersama-sama dengan mereka. Mana ada dalam sejarah, Perdana Menteri duduk menonton bola sepak bersama rakyat. Denyut nadi orang muda sentiasa berada dalam hati beliau. Saya yakin undi golongan muda akan berpihak kepada kita, BN.
Apa harapan saudara kepada anak muda pada masa kini?
UNGKU SALLEH: Jangan kita terpengaruh dengan anasir-anasir jahat dan tidak sihat yang cuba dibawa parti pembangkang. Keadaan harmoni yang berlaku pada hari ini kita perlu kekalkan. Jangan terpengaruh sehingga berdemonstrasi kerana akan mengganggu ketenteraman awam dan keamanan di negara ini. Ketenteraman ini perlu dipelihara kerana seperti hari ini, jam 2 pagi pun kita boleh minum teh tarik tanpa apa-apa gangguan. Kalau ini kita pegang dan ikut saluran yang betul, insya-Allah Pemuda Umno Selangor sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan kerana sebagai manusia kita tidak sempurna. Dalam satu pokok pun pasti ada dahan yang tidak elok. Anak muda perlu membuang dahan tersebut dan bukan pokoknya. Ini kerana pokok yang baru belum tentu boleh menjadi tempat berteduh. Mungkin ia berduri. Begitu juga dengan realiti, jika tidak suka seseorang pemimpin, anak muda tidak wajar menolak terus parti dan menukar parti yang lain. Banyak perkara perlu kita lihat, jika anda fikir menukar kerajaan ini seperti menukar baju, ia salah kerana selepas ini jika tertukar, dengan air mata darah sekalipun ia tidak akan berubah dan menyesal seumur hidup.
| Yayasan Sukarelawan Siswa (#YSS) dilancar PM @NajibRazak malam ni @KhaledNordin @RazaliIbrahim Posted: 20 Mar 2012 10:40 PM PDT
YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) - bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada malam ini di UiTM Shah Alam bersama lebih 20 ribu mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia. Yayasan Sukarelawan Siswa telahpun ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ). Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut: - Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa
- Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
- Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
- Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global.
Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara. YSS dinaungi sendiri oleh YB Menteri KPT. KSU pula sebagai pengerusi YSS manakala KP JPT selaku timbalan pengerusi. Pengerusi YSS adalah Dato Zuraidah Atan Sehingga kini, YSS telah pun melantik 3 orang ahli lembaga pemegang amanah (LPA) iaitu KSU, KP JPT dan Pengarah BHEPP JPT. Ahli LPA yang lain sedang dalam proses lantikan dan terdiri daripada pelbagai sektor seperti pegawai KPT, Pegawai Universiti, Pelajar, NGO, ahli korporat dan sebagainya. YSS diketuai oleh Syed Agil bin Shekh AlSagoff selaku CEO dan dibantu oleh Puan Afra Fardillah bin Zaimustapar selaku eksekutif dan staf pentadbiran lain. | #PenipuRakyat Nurul Izzah malu! Petugas kantoi menipu, menyamar sebagai SPR Posted: 20 Mar 2012 08:30 PM PDT Penyamar SPR Ditangkap! Pencacai @n_izzah Melalak Tak Tentu Pasal
Memang terkejut Keris apabila mengetahui apa yang berlaku tengahari tadi di PPR Kg Limau, Lembah Pantai. Menurut rakan Keris, Rezqeen melaporkan bahawa dua orang anak muda didapati menyamar sebagai pekerja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Setelah ditanya penduduk setempat mereka mengaku yang sebenarnya disuruh berbuat demikian oleh wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Kedua 'Petugas SPR' memakai vest hitam
Kerana penduduk setempat berasa curiga, mereka telah ditahan sebelum Polis dipanggil dan membawa mereka ke Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjutan.
Dalam masa yang sama entah mengapa pencacau Nurul Izzah berkokok tak tentu pasal dilaman twitternya dengan menuduh macam-macam kepada UMNO walhal yang menangkap 'Petugas SPR' itu adalah pihak Polis.
Selain daripada fahmi ada juga beberapa orang-orang PKR yang 'tertipu' dengan situasi mula marah-marah di twitter.
Ini tidak lain tidak mereka hanya mahu menutup kesalahan mereka dengan menuding jari kepada UMNO. Ini modus operandi mereka untuk 'cover line' yang sentiasa diguna dalam apa jua isu.
Nasihat Keris kepada semua ibubapa supaya pastikan anak mereka tidak terlibat dalam melakukan perkara-perkara menyalahi undang-undang seperti ini. Menyamar sebagai seorang penjawat awam boleh didakwa di mahkamah kerana ia merupakan satu kesalahan yang serius.
Dengarnya kedua 'Petugas SPR' yang ditahan itu adalah mahasiswa?
K7L : Kesian kalau berkhidmat dengan orang yang tak tahu undang-undang..
| Tun Daim: PRU13, BN menang 3 negeri saja! Ingatan bagi pemimpin BN yang leka Posted: 20 Mar 2012 06:00 PM PDT Peringatan bagi pemimpin dan penyokong UMNO/BN Daim Ramal BN Tumbang PRU Kali Ini?
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.
Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.
Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.
Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.
Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar". | |
Kedah Ke KL - MctHeory Posted: 21 Mar 2012 01:55 PM PDT SAKIT MATA!! Budak Melayu HISAP GAM bergaduh sesama sendiri!! Posted: 21 Mar 2012 11:12 AM PDT Sakit mata tengok remaja anak melayu yang tengah dok naik ni, ikut jalan nak jadi sampah. Mau tangkap masuk sekolah juvana saja budak2 macam ni. Dok luar pun menyusahkan orang, masyarakat dan keluarga. Dok dalam tu kena balun, baru sedar erti penyesalan! | PANASS!! Ummi Hafilda BANTAI!! DEDAH Anwar kaki RASUAH dan PENYAMUN!! Posted: 21 Mar 2012 08:12 AM PDT Dedahkan lagi, boh lagi.. kasi bongkarr itu Anwar!!.. Biar satu Malaysia tahu siapa itu Anwar sebenarnya!! | PANASS!! Bekas Menteri Angkat sumpah Junjung Yellow Pages, Bukan Al-Quran? Posted: 21 Mar 2012 05:36 AM PDT Kisah ini berlaku ketika UMNO sedang hangat menghadapi pemilihan Presiden tahun 1987. Team A yang diketuai oleh Tun Mahathir menentang Team B yang diterajui Ku Li. Hadiah utamanya sudah tentu jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Kerana pemilihan hangat itu jugalah UMNO diharamkan kerana kes mahkamah yang dibawa oleh kumpulan Enam Jahanam yang diketuai oleh Rahim Rahman. Tetapi sejarah membuktikan Tun Mahathir merupakan negarawan yang tiada tandingannya. Kemenangannya dalam pemilihan menjadi titik tolak kegemilangan pentadbiran negara di bawah kebijaksanaan beliau selama 22 tahun.
Dan akibat kemenangan itu jugalah, hampir separuh Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet yang dikenal pasti sebagai Team B disingkirkan oleh Tun M. Ini mengakibatkan mereka ini semua hilang arah dan pedoman, termasuklah seorang bekas menteri yang suka mengenakan BOW TIE.
Namun, ketika itu beliau cukup bijak. Mungkin beliau berpendapat yang beliau masih belum cukup kaya untuk disingkirkan. Walaupun pada awalnya disingkirkan daripada kabinet Tun M, tetapi beliau pandai menggunakan kesempatan dan kelemahan Tun M, iaitu Tun Siti Hasmah. Beliau telah datang merayu secara senyap-senyap kepada Tun Siti Hasmah agar beliau diterima semula sebagai ahli Kabinet.
Dan sebagai menguatkan lagi rayuannya, beliau telah membawa senaskhah 'Al-Quran' yang dibalut kain kuning untuk dijunjung ketika bersumpah di hadapan isteri kesayangan Tun M yang beliau tidak pernah mencerca dan memburuk-burukkan negarawan tersebut ketika kehangatan pemilihan 87 tersebut.
Maka timbullah perasaan simpati di hati Tun Siti Hasmah kerana melihat "keikhlasan" seorang pemimpin UMNO yang sanggup merayu-rayu sambil menjunjung Al-Quran untuk mendapat tempat semula dalam barisan kabinet Tun M. Maka dipujuklah Tun M agar menerima bekas menteri BN itu semula.
Oleh kerana Tun M ini sememangnya seorang manusia yang pemaaf dan tidak suka berdendam, maka kecurangan bekas menteri tersebut yang duduk dalam Team B sebelum ini dilupakan dan akhirnya diberikan jawatan sebagai Timbalan Menteri ketika itu. Dan beliau juga akhirnya menjadi Menteri penuh dalam Kabinet Pak Lah dan merupakan antara individu yang paling kaya dalam Malaysia kerana kedudukan dan jawatannya dalam UMNO dan Kerajaan banyak membantu syarikat-syarikatnya hidup dan berkembang.
Siapa tahu apa jadi dengan "Al-Quran yang dijunjung oleh bekas menteri tersebut?!! Ketika kain kuning tersebut dibuka, rupa-rupanya bukan Al-Quran, tetapi buku panduan Yellow Pages !!!
Itulah dia bekas menteri hitam manis yang sekian lama menikmati "kemanisan" dalam UMNO, tetapi akhinya dicercanya pula parti keramat itu apabila sudah tidak mendapat tempat lagi. Beliau merasakan tindakannya itu membolehkan peluang untuk bersama fuckatan terbuka, namun pada hakikatnya ramai yang menyampah dan kenal benar dengan sikap sebenar beliau.
Menurut cerita, punca beliau memburuk-burukkan UMNO dan menjadi friendly kepada fuckatan adalah kerana salah satu projek lebuhrayanya di Selangor kini tersangkut berikutan kerenah Kerajaan Negeri. Beliau beranggapan sekiranya beliau tegar memburuk-burukkan UMNO, Kerajaan Fuckatan Selangor akan membantu melancarkan perjalanan projeknya itu.
Dan, akhirnya semalam beliau keluar juga meninggalkan parti yang membantu beliau menjadi manusia yang kaya-raya. Alhamdulillah. Jom kita tengok selepas ini sama ada fuckatan mahu menerima pengkhianat ini atau tidak.
Sebab biasanya, fuckatan ini memang tempat orang mencuci dosa!
MyMassa | TUDIAA LAA!! Analisis PRU ke 13 Buat DS Najib SERAMM!! Posted: 21 Mar 2012 01:12 AM PDT Mc ambil petikan dari blog Azli Shukri yang memaparkan Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya. Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa. Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus. Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan. Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar". McTheory:Macam nujum pak belalang pulak si Pak Daim ni ya.. | EKSKLUSIF!! Exco Kedah Pemalas, Baloq Liat, Tak Buat kerja!! Posted: 20 Mar 2012 10:10 PM PDT Isu banjir yang berlaku di taman putra jalan kilang lama kulim semakin teruk,setiap aduan dan kesukaran yang dibuat oleh penduduk kepada majlis daerah kulim langsung tidak mendapat reaksi walaupun bukti bukti permasalahan telah di serahkan sejak tahun 2011. Setiap panggilan yang di buat oleh penduduk kepada majlis perbandaran seolah olah tiada gunanya kerana mereka saling menolak untuk tidak berhadapan dengan penduduk.. Lebih menyakitkan hati penduduk, Adun Merbau Pulas merangkap Exco Kebajikan Negeri Kedah lepas tangan walaupun dari pejabatnya boleh nampak kawasan yang di tengelami itu.. Slogan negeri kebajikan yang di bawa oleh pas hanya satu pembohongan semata mata.Setiap masalah yang dibuat oleh rakyat,pas gagal melaksanakannya.yang mereka tahu hanyalah menuduh kerajaan BN dahulu..Sikap wakil rakyat pas di kedah yang suka cuci tangan dalam permasalahan yang di bangkitkan oleh rakyat membuatkan parti itu semakin di tolak oleh rakyat.. Dari permasalahan rakyat hinggalah permasalahan dalaman parti yang semakin nazak cukup membuktikan parti pas TIDAK LAYAK MEMERINTAH KEDAH... Pendedahan Eksklusif dari Medan Tempur Kedah | TUDIAA!! Cara-Cara Anwar Ibrahim Men'gayat' Lelaki!! Posted: 20 Mar 2012 07:12 PM PDT | "Lebih-lebih lagi saudara kelihatan kacak....auww" |
Pendedahan cara Anwar menemubual seorang lelaki bagi Mc ia kelihatan amat jijik dan geli sekali. Sambung baca artikel yang Mc ambil dari blog Double YSeorang lelaki yang cuba mendapatkan kerja ditemubual melalui emel dan panggilan telefon oleh Anwar Ibrahim, apa yang melucukan adalah ayat-ayat 'manja' Bang Nuar kepada lelaki tersebut yang mana jika dibaca sekali imbas seolah-olah Anwar Ibrahim cuba 'mengurat' lelaki tersebut. Lihat perbualan Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki yang ingin bekerja dengannya : | "Baru tiba di rumah. Sekejap lagi ke pejabat mesyuarat ***** serius nak kerja?..." |
| "Lol... Berani ke kerja dengan saya? Macam-macam dengar Ha...Ha" |
| "Nak follow sampai ke mana?" |
Selepas itu Anwar Ibrahim menghantar emel untuk mendapatkan maklumat lelaki tersebut :
| KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN |
Dalam emel yang ke-2 Anwar Ibrahim sempat berpesan supaya emel yang dihantar oleh beliau dianggap sebagai perkara peribadi untuk mengelak salah faham. Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim sempat bergurau menyatakan lelaki tersebut kelihatan KACAK. | KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN |
| KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN |
Sekali imbas 'manja' sungguh pesanan Bang Nuar bila berbual melalui DM dan emel dengan lelaki yang ingin mendapatkan kerja dengannya. Teringat pula aksi 'manja' Anwar Ibrahim ketika menghubungi seorang lelaki bernama Mior : Mungkin perangai 'lembut dan manja' Bang Nuar ini adalah sikap semulajadi yang ada dalam dirinya yang merupakan seorang pemimpin 'Anugerah Tuhan' bagi Kak Wan... McTheory: Anwar oii Anwar.. bila la hang nak berubah Anwar oiii... Dah kena Saiful, tak serik, dok ayat yang lain pulak. Adehh.. Mampuih la Anwar oiii.. | PANASS!! Ahli Parlimen Pas Merajuk Sebab tak dapat Tender BALAK!! Posted: 20 Mar 2012 05:46 PM PDT Mungkin orang tak tahu mengapa seorang Ahli Parlimen telah kecewa dengan PAS Kedah sehinggakan menimbul tanda tanya. Kekecewaan Ahli Parlimen berkenaan telah membuat Ahli Pahlimen berkenaan jarang-jarang sekali balik ke kawasannya. Hanya untuk menunjukkan rasa protes terhadap kepimpinan Azizan MB Kedah. Kekalahan ustaz Taib kepada Cikgu Johari dalam pemilihan Timbalan YDP di Kawasan baling, menjadi titik permulaan segala rasa kekecewaan ustaz Taib dalam pentadbiran selaku Ahli Parlimen Baling. Sebagai seorang yang berstatus Ulama tidak mendapat sokongan dari akar umbi, berbanding dengan lawannya yang masih baru dalam pentadbiran PAS di Baling. Dari sumber maklumat yang di berikan. Ahli parlimen berkenaan kecewa dengan sikap Azizan MB Kedah berkenaan Projek Balak. Ahli Parlimen berkenaan bukan kecewa dengan pembalakan di kawasannya yang berluas-luasa, tapi kecewa kerana beliau tak dapat tender projek balak. Ahli Parlimen berkenaan pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah untuk meminta projek berkenaan, malangnya Azizan tak boleh membuat keputusan dan berkata Tender Balak bukan terletak di tanggannya, tapi sebaliknya terletak di tangan orang yang rapat dengannya dan menjadi orang tengah dalam tender projek balak Kerajaan Negeri Kedah. Sambung baca kat SINI | |
JEBAT BERKOKOK Posted: 21 Mar 2012 01:51 PM PDT Doa dalam tokong..doa masuk syurga? Posted: 21 Mar 2012 12:39 AM PDT Apa lagi nak dikata bila melihat kepada gambar di atas? Jika benar sekalipun mencari dan menjaga kepentingan politik tidak perlu sampai menjual kesucian agama.
HamPAS tolong jelaskan apa sebenarnya yang berlaku semasa gambar ini diambil. Perdana Menteri berucap di dalam majlis di Batu Caves pun dikatakan salah dari segi agama apa pula tarafnya bila orang Islam berdoa di dalam tokong?
Untuk kisah sepenuhnya baca DI SINI | Orang paling tidak ada perasaan dalam Malaysia Posted: 20 Mar 2012 09:13 PM PDT
Jika dihitung dari perkiraan blogger PAPA GOMO, hari ini dikatakan genap setahun usia penayangan video yang dikatakan dilakonkan oleh seorang pemimpin tersohor Pakatan.
Dengan olahan yang cukup menarik, GOMO dan beberapa sahabat blogger mengingatkan kepada rakyat Malaysia akan kewujudan video dan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia akan ciri-ciri yang perlu ada kepada individu untuk menjadi pemimpin apatah lagi jika menyimpan hasrat untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Setahun bukanlah detik yang terlalu pendek. Terlalu banyak ruang yang diberikan kepada pelaku itu sehinggakan kita terlupa untuk memperkatakan perkara yang banyak belum dapat dibuktikan akan kewujudan video itu. Yang jelas dan nyata, JAM OMEGA masih belum dapat dibawa kepada tontonan umum dan kalau benarlah seperti kata isteri individu itu bahawa JAM OMEGA ada di dalam simpanannya, apalah sukar sangat untuk dibuktikan kesahihan dakwaan itu.
Yang paling kita tunggukan ialah BILA PELAKU DI DALAM VIDEO ITU MAHU MENYAMAN PAPA GOMO DAN ESKAY YANG SECARA TERANGNYA MENYEBUT NAMA PELAKU DI DALAM VIDEO ITU.
Teringat pula pada pepatah Melayu, JIKA DIAM TANDA SETUJU. | |
THE FLYING KICK Posted: 21 Mar 2012 01:36 PM PDT |
Apa Yang Tersirat Posted: 21 Mar 2012 01:25 PM PDT Sidang DUN Selangor: Apabila bekas rakan bertikam lidah Posted: 21 Mar 2012 04:52 AM PDT ADUN Meru yang juga Pesurujaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman terpaksa mengemukakan egonya apabila mengaku sebagai doktor profesional dan mengetahui dirinya tidak perlu berjumpa pakar psikologi, kerana mengetahui tahap kesihatannya tidak memerlukan tindakan itu.
Biasanya orang sakit mental, tidak akan mengaku dirinya sakit mental, sebaliknya beranggapan, orang yang bukan sakit mental itu lah berpenyakit mental.
Inilah yang berlaku antara ADUN Gombak Dr Hassan Ali yang dulunya ahli Pas dan kini ADUN bebas bertikam lidah dengan Dr Rani semasa sidang DUN Selangor, hari ini.
Dr Hassan Ali berkata, apa masalah berjumpa pakar psikologi? Berjumpa pakar psikologi, tidak semesti tidak baik.
ADUN Meru itu, menyerang Dr Hassan kerana tidak hadir santapan Diraja semalam. Akibat serangan itu, Hassan berkata, Dr Rani menghadapi penyakit sindrom kuasa, kerana kecewa tidak dilantik sebagai exco.
Akibat kekecewaan itu, beliau menyerang perbadi saya, demikian kata Dr Hassan.
Dalam sidang DUN Selangor juga, ADUN Gombak Setia membidas MB-Khalid Ibrahim kerana lepas tangan terhadap isu murtad di Selangor.
Nampaknya, semakin lama bersidang, semakin banyak pendedahan yang akan dibongkar oleh ADUN Bebas itu. | Benarkah Najib Jeneral tanpa askar? Posted: 20 Mar 2012 10:55 PM PDT Entah apa kretiria yang Tun Daim gunapakai, sehingga menggelar Perdana Menteri sebeagai Jeneral yang tidak beraskar?
Dalam Umno ada 191 Ketua Bahagian, ditambah dengan puluhan Majlis Tertinggi, ditambah dengan 138 MP dan beratus2 ADUN.
Belum lagi para pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri, pegawai dalam JASA, sehingga kalau disenaraikan berkeping2 folio berukuran A4.
Apa kah ahli2 Umno yang mencecah jutaan orang bukan merupakan askar Najib? atau apa kah ahli2 parti komponen dalam BN bukan askar Najib?
Dalam perhimpunan Agong Umno tahun lepas, lebih 2 ribu perwakilan memberi aku janji akan menjadi askar Persiden Umno..
Kita akui Tun Daim mempunyai pendapat sendiri... nak secara kebetulan pendapatnya pada PRU-12 lalu menjadi kenyataan. Berasaskan kepada kebetulan itu, maka kini mantan menteri kewangan itu berhujah, bahawa pada kali ini, BN dalam keadaan yang paling tidak selesa menghadapi PRU-13. Malah beliau berkata, hanya Pahang, Johor dan Melaka, BN dalam keadaan selesa.
Jika benar demikian, maka pada PRU-13 pasti BN kalah, kerana jumlah kerusi yang disumbangkan oleh tiga negeri itu tidak cukup untuk memenangkan BN.
Apa kah penyebabnya.. Tun Daim begitu pesimis dengan BN... sedangkan Kerajaan BN, begitu perhatin terhadap kehendak rakyat... ISA dimansuhkan sebagai contoh, berbagai pembaharuan telah dilakukan sesuai dengan hasrat rakyat.
Bagi AYT, yang terlibat langsung di peringkat akar umbi, pendapat Tun Daim itu bercanggah dengan keadaan di lapangan... Malah menurut keadaan semasa, BN dengan mudah menang pada PRU-13, kecuali gagal merampas Pulau Pinang dan Kelantan; akan tetapi jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang akan berkurangan berbanding keputusan tahun 2008.
BN akan menang di Selangor dengan majoriti mudah, demikian juga di Kedah dan Perak. Sementara di Sabah dan sarawak, BN belum boleh diganggu gugat. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 21 Mar 2012 01:17 PM PDT Pergabungan P"Gay"R & DAP - Apa Kata PAS Posted: 21 Mar 2012 01:23 AM PDT Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk "Merging Will Make Us Stronger" (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, "Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.Tambahnya lagi, adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali".
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR. Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera. Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.
Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai 'damage control', antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan. Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan.
Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?
Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya. Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka.
PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya. Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini. PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.
Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi 'menjajah' Malaysia. Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus.
Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator. Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3. Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara.
Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja. Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.
Published with Blogger-droid v2.0.4 | Pakatan Haram Main Wayang Cina DAP Isu PSC Lynas Posted: 20 Mar 2012 10:58 PM PDT Penulis sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?
Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.
Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.
Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.
Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.
Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.
Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.
Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.
Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?
Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.
Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.
Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.
Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.
Published with Blogger-droid v2.0.4 | |
Duke of UMNO Posted: 21 Mar 2012 01:04 PM PDT DARUL EHSAN KE DARUL SAMPAH BUKTI USAHA RONNIE LIU BERJAYA TANGANI MASALAH SAMPAH SELANGOR.. Posted: 21 Mar 2012 07:38 AM PDT
Saya tak pasti sejak bila Selangor telah bertukar gelaran rasminya dari DARUL EHSAN kepada DARUL SAMPAH. Namun, ramai rakyat Selangor yang percaya bahawa ia mula berubah setelah Ronnie Liu dan balacinya, Khalid Gagap berkuasa di negeri itu... Dah teruk dan kronik dah masalah sampah kat Selangor. Bila diajukan pada Ronnie, dia salahkan pulak kontraktor. Lepas tu, dia kata kontraktor tak cukup lori khas mampatkan sampah (compactor) sebagai punca masalah sampah di Selangor... Maka disebabkan "murah hati" Kerajaan Ronnie Liu suruh balacinya Khalid Gagap beli compactor banyak-banyak dan "tolong" sewakan pada para kontraktor "terpilih" tu. Persoalannya, apakah dengan adanya compactor tu maka masalah sampah di Selangor akan selesai? Itu persoalan pertama. Kalau tak selesai jugak macamana? Sanggup ke Ronnie letak jawatan? Heh! Baik dia suruh Khalid yang resign..kan? Heh! Aku dengar pula di sini, kontraktor merungut giler kat belakang sebab sewa compactor tu mahal nak mampossss..!!! Ia disewa pada harga 2 kali ganda dari harga sepatutnya..!!! Perghhhh...kebajikan sungguhhhh..!!! Macam tu ke "murah hati" Ronnie dan Khalid? Sudah la masalah sampah tak selesai-selesai jugak. Lepas tu cekik darah para kontraktor kat Selangor pulak! Ni korang nak cari dana PRU untuk Pakatan Haram Selangor ke ni? Tak cukup ke duit Yayasan Selangor korang kebas? | ANTARA PAS DAN ISLAM, KITA PILIH YANG MANA? Posted: 21 Mar 2012 05:32 AM PDT Kita seringkali dimomokkan PAS dengan perbandingan UMNO dengan Islam. PAS membayangkan bahawa memilih UMNO bererti memilih Melayu. Manakala memilih Islam pula PAS anggap sebagai memilih partinya. Persoalannya, benarkah apa yang dimomokkan PAS itu? Atau ia tidak lebih dari kebobrokan PAS yang cuba memanipulasi aqidah umat Islam di Malaysia untuk mengundi parti mereka? Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya dibesarkan di dalam keluarga PAS. Sekali dua pada setiap bulan, bapa saya sering membawa saya ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor, ceramah Mat Sabu dan bacaan kitab ustaz-ustaz PAS di masjid berhampiran rumah saya. Kadangkala, saya dibawa ke muktamar PAS. Ketika itu, saya masih di sekolah menengah. Namun, setiap kali saya mengikuti aktiviti-aktiviti PAS, saya sering membandingkan PAS dengan Islam yang saya pelajari di Maahad. Malah saya sering berbincang dengan ustaz-ustaz di Maahad mengenai perbandingan PAS dan Islam. Malangnya, boleh dikatakan setiap kali saya bandingkan PAS dengan Islam yang sebenar dan setelah dirujuk kepada ulama-ulama di Maahad dan universiti, ia memberikan kesimpulan bahawa PAS adalah PAS dan Islam adalah Islam. Lebih mengelirukan, apa yang diamalkan PAS jelas bertentangan dengan fitrah Islam yang sebenar. Ia benar-benar mengganggu saya. Bila dikenang mengenai Amanat Hadi yang memang popular ketika itu, saya melihat PAS begitu menyimpang jauh dari Islam. Bila didengar maki hamun para pemimpin PAS ketika berceramah, parti itu dilihat begitu jauh dari uswatul hasanah yang disunnahkan Rasulullah SAW ketika berdakwah. Malah, jika dikaji apa yangh ditinggalkan Rasulullah SAW menerusi ajaran, muamalah, dasar, siyasah, konsep dan akhlaknya, saya lihat UMNO lebih konsisten dan seimbang dalam hal-hal yang berkaitan Islam. Hakikat yang sebenar tersebut turut dipersetujui ramai ustaz-ustaz di tempat saya menuntut. Jangan pula tuduh ustaz-ustaz saya orang UMNO kerana mereka memang bukan warganegara Malaysia, tidak layak mengundi, neutral dan tidak berat sebelah padangannya. Perkara pertama yang dirujuk ialah Kalamullah dan kemudiannya, Hadith Rasulullah SAW. Sumber kami selepas itu ialah ijtihad-ijtihad para sahabat, tabi'in, tabi'ittabi'in, ulama-ulama mazhab dan yang muktabar. Kemudiannya, ialah qias ulama di zaman ini seperti Al-Fadhil Ustaz Yusof Al-Qaradhawi dan sebagainya. Kemudian, barulah datang perundangan negara, logik akal, budaya dan sebagainya. Kami cukup puas berbincang dan berdebat. Tapi, saya dan rakan-rakan yang selalunya "mewakili" PAS, akan kalah pada akhirnya. Islam sangat jauh bezanya dengan PAS… Saya tak tahu pengalaman para pembaca yang lain, namun itulah pengalaman saya mengenai perbandingan antara PAS dan Islam. Namun, saya tak mahu dedahkan di artikel ini mengenai perbandingan itu. Saya minta para pembaca cari dan kajilah sendiri kerana ia lebih manis untuk menyedari sendiri mengenai hakikat kebenaran tersebut… Saya bukan memilih UMNO sekadar suka-suka. Saya tahu UMNO juga ada cacat celanya. Namun pada saya cacat cela UMNO lebih mudah diubati berbanding PAS yang mempergunakan Islam demi mendapatkan kuasa. Melalui pengalaman saya, kami paling tak suka bila PAS mempergunakan firman Allah SWT untuk "membeli kuasa". "Wala tasytaru bi ayati thamanan qaliila, qalilan ma tasykurun". Jangan la jual kalamullah untuk politik! Allah larang. Firman Allah tu untuk Islam dan bukan untuk raih undi… Tapi sekarang lebih teruk lagi bila ada pulak pemimpin kafir harbi yang baca ayat Al-Quran, lintang pukang! Sudahlah tajwid entah ke mana, sebutan salah satu hal, ditepuk tangan pula puak-puak PAS beri sokongan. Tak ke pelik muamalah begitu? Apatah lagi bila pemimpin tertinggi PAS, Al-Musyidul 'Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menghalalkan carutan dan makian Shanon Ahmad. Katanya, "Allah pun memaki hamun Abu Lahab di dalam Al-Quran". Masalahnya, Shahnon Ahmah dan Nik Aziz tu Tuhan ke yang "halal" memaki hamun dan mencarut? Agak-agak la sikit. Itu pun dia diangkat jadi Mursyidul Am PAS? Nampak gayanya, ke jalan lainlah nanti di"rasyad"kan raasyid mursyidul 'am tu nanti… Jauh di dalam hati, saya sering berdoa dan memohon agar Allah berikan nur hidayahnya kepada saudara-saudara kita di dalam PAS. Busuk-busuk pun, mereka saudara seagama kita. Biarpun Hadi Awang tak mahu mengaku kita saudara dan tak mahu bersahabat dengan kita, kita tak boleh buang mereka begitu saja… Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara ku di dalam PAS dan tunjukkanlah kebenaran yang sebenar kepada mereka. Semoga kami umat Islam di Malaysia bersatu dan berpadu bagi menghadapi ancaman kafir harbi dan pengaruh Yahudi Zionis Israel yang semakin menebal di negara kami ini. Aminnn… Sumber: Klik sini | RONNIE LIU KATA TAKDE SAPA NAK BELI RUMAH KOS RENDAH KAT SELANGOR.. RAKYAT SELANGOR NAK BELI RUMAH MEWAH SAHAJA KE..??? Posted: 21 Mar 2012 04:03 AM PDT Selangor Negeri Berkebajikan, itulah slogan paling menarik untuk didengari. Saban hari, rakyat Selangor didendangkan dengan slogan retorik, bertujuan untuk mengaburi minda rakyat. Itu belum diambil kira dari satu lagi slogan yang diwujudkan untuk menghina paradigma pemikiran rakyat Selangor, iaitu merakyatkan ekonomi Selangor. Kenyataan dari YB Ronnie Liu, Exco Perumahan, bahawa tiada rumah kos rendah akan dibina di Selangor atas alasan tiada pembeli yang ingin membeli rumah tersebut benar-benar menunjukkan sikap sebenar yang ada pada wakil rakyat DAP itu. Fahaman imperialis, kapitalis dan komunis digembleng menjadi ideologi chauvinis, bagi menafikan hak mereka yang berpendapatan rendah. Jangan pula dilupa sikap rasis. Alasannya itu jelas berbohong. Untuk apa Ronnie berbohong? Kerana dengan berbohong Ronnie mampu mengelakkan dirinya dituduh rasis. Perhatikan, siapa sebenarnya sasaran Ronnie dalam kenyataan yang diberikannya di Sidang DUN pagi tadi? Jumlah paling ramai dalam kategori berpendapatan rendah adalah India dan Melayu. Siapakah golongan yang akan teraniaya dengan alasan tiada pembeli yang mahu membeli rumah tersebut? Jelas, ini adalah satu penghinaan kepada masyarakat India dan Melayu. Sungguhpun tergolong dalam golongan berpendapatan rendah dalam majoriti yang ramai, ia tidaklah sampai ke tahap tidak mampu memiliki rumah kos rendah! Kenyataan ini menyerlahkan sikap chauvinist yang ada pada DAP. Fakta sebenar ialah di kebanyakan kawasan perumahan, rumah kos rendah adalah jenis rumah yang akan habis ditempah dan dibeli oleh pembeli berbanding jenis rumah yang agak mahal harganya. Lihatlah di kawasan Setia Alam, Shah Alam dan Petaling Jaya, carilah rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual, sekiranya anda mampu cari! Atas dasar apakah Ronnie Liu berkata sedemikian? Apakah beliau mempunyai statistik rumah kos rendah yang tidak berjaya dijual? Untuk makluman, Khalid Ibrahim telah berjanji untuk membina kira-kira 30 ribu unit rumah kos rendah pada 2008 setelah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Menteri Besar. Malangnya, sehingga kini, tiada satu pun rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri. Pada setiap Jumaat, umat Islam akan mengaminkan doa yang dibaca oleh khatib, merujuk kepada Selangor Berkebajikan. Benarkah Selangor ini negeri berkebajikan, sedangkan keperluan memiliki rumah jatuh no. 2 di dalam hierarki keperluan Abraham Maslow! Menghalang umat Islam memiliki rumah adalah seperti menghalau mereka dari kampung halamannya (tempat tinggal). Maka, adalah menjadi kewajiban umat Islam dan Melayu menentang DAP laknatullah. Pernahkan PAS memikirkan mengapa Allah tidak mengabulkan doa yang mereka cipta pada setiap Jumaat? Sumber: Klik sini | BILA SEBUAH KERAJAAN HALAU RAKYAT DARI RUMAH MEREKA...APA AKAN JADI? Posted: 21 Mar 2012 02:01 AM PDT Waktu nak dapat undi bukan main lagi berjanji bulan bintang. Waktu baru dapat kuasa bukan main lagi istihar mereka adalah kerajaan kebajikan. Kemudian gugurkan matlamat perjuangan islam dan tukar kepada membangun negara kebajikan. Kini itu semua hanyalah pembohongan semata-mata. Keratan akhbar diatas menunjukkan kenyataan seorang Exco Selangor dari parti Pas yang diberi tanggungjawab menjaga portfolio perumahan dengan begitu angkuh mengeluarkan arahan agar penyewa-penyewa perumahan awam rakyat di Selangor membayar tunggakan sewa atau dihalau keluar dari rumah yang mereka tinggal sekarang. Dimanakah janji-janji kebajikan yang dilaungkan selama ini ? Semasa 'kerajaan zalim ' BN memerintah Selangor, penyewa-penyewa yang mempunyai tunggakan tidak pernah dihalau keluar dari rumah yang mereka sewa. Malah jika ada antara mereka yang mempunyai masalah kewangan yang teruk , sewa untuk mereka dimansuhkan. Begitu juga dalam soal pemindahan setinggan yang sering Pas katakan BN zalim, yahudi, zionis dan sebagainya. Setiap mereka yang rumah setinggannya dirobohkan akan digantikan dengan rumah baru yang lebih selesa dan tersusun. Bukan setakat generasi pertama sahaja yang menerimanya , generasi kedua pun turut menerimanya. Sekarang terbukti siapa yang zalim, yahudi dan zionis yang nak menghalau rakyat yang tidak mampu membayar sewa keluar dari rumah yang mereka diami. Khalid Ibrahim berbangga dengan jumlah simpanan Kerajaan Selangor yang mencecah RM 1.9bilion, tapi nak tolong rakyat yang tak mampu bayar sewa rumah pun tak mampu. Sumber: Klik sini | GEMPARRR..!!! RUMAHTANGGA RAFIZI BERANTAKAN..??? ISTERI RAFIZI PERLU JUMPA BADRULAMIN SEGERA..!!! Posted: 21 Mar 2012 12:08 AM PDT Saya terbaca di sini mengenai rumahtangga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dikatakan sedah "retak menanti belah". Kahabrnya isteri Rafizi, Afisza, telah menuntut fasakh di mahkamah syariah, betul ke Rafizi? Aik? Baru kahwin je hari tu, kan? Sekarang dan berantakan sampai ke depan Tok Kadi? Apa cerita ni bebbb..? Lu tak pandai "layan" isteri lu ke? Pengarah Strategi apa macam ni? Jadi suami pun perlu ada strategi jugak beb! Isteri tu anugerah Allah jugak yang perlu dijaga. Amanah dari Allah tu... Tapi aku rasa, Rafizi tak perlu risau. Ada penyelamat yang mampu membantu kemelut rumahtangganya tu... Aku cadangkan agar RAFIZI SURUH ISTERINYA JUMPA BADRULAMIN. Badrulamin tu kalau bab bagi kaunseling memang power bebbbb..!!! Gerenti settle punya...heh! Tapi, Rafizi kena tahu masa dan lokasi yang ditetapkan oleh Badrulamin untuk sesi kaunseling tu. Jadual Badrulamin ketat sangat. Jadi dia buat sesi kaunseling tu pada jam 1-4 pagi saja. Time lain tak boleh... Oleh kerana kaunseling dari Badrulamin tu eksklusif dan mantap, ia selalunya diadakan di bilik-bilik hotel. Jangan risau..semua hotel hebat belaka. Bukannya dibuat di rumah tumpangan Ah Keong tu. Hotel tu gerenti best punya... Seperkara lagi, Rafizi perlu tahu bahawa biasanya Badrulamin pakai towel je masa bagi kaunseling. Tu pun dah kira okay la tu...menutup aurat jugak tu. Tapi, kengkadang towel tu boleh terbukak terlondeh pulak! Heh! Aku rasa, lepas isteri Rafizi dikaunseling Badrulamin, dah tentu settle punya masalah rumahtangga Rafizi. Paling tidak pun, isteri Rafizi akan bawak fail ke mahkamah je...heh! Tak caya? Tanya yang dah ada pengalaman dengan Badrulamin...heh! | SELAIN BUKU JINGGAY, ANWAR JUGA BERIMAN KEPADA THE SATANIC VERSES..?!!! Posted: 20 Mar 2012 10:02 PM PDT Kalau sudah namanya penipu tegar, maka memanglah kerjanya menipu, menipu dan menipu setiap hari. Kalau sehari tak menipu, dia takkan senang duduk. Menipu dan membohong adalah makanan nuraninya setiap hari. Namun, dia tidak akan sekali-kali mengaku dia menipu. Di depan rakyat, dia mengaku difitnah dan sebagainya. Biarpun dibawakan bukti kukuh, solid dan berfakta sahih, dia tetap takkan mengaku. Hakikatnya, itulah dia Anwar Ibrahim. Mungkin dia fikir segala penipuannya itu tidak akan dapat dihidu rakyat negara ini. Apatah lagi jika dia ke luar negara. Dia fikir, rakyat takkan tahu apa yang dia buat di sana. Padahal, sudah banyak kali tembelangnya pecah… Terbaru, dia kantoi lagi menipu. Kali ini, dia ke India bersama 'isteri rasmi'nya, Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri satu majlis, "India Today Conclave", walaupun pada awalnya dia menegaskan dia tidak akan hadir ke majlis itu. Pada 16 Februari lalu, Anwar Ibrahim memberitahu di Twitternya bahawa dia tidak akan ke majlis India Today Conclave. Kononnya dia bertindak untuk tidak hadir kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang dikatakan akan hadir di majlis yang sama. Dia nak tunjuk baik di depan rakyat Malaysia bahawa dia bencikan Salman Rushdie, pengarang buku 'The Satanic Verses' dan biadap menghina Rasulullah SAW. Kononnya sebagai pemimpin Islam, dia tak mahu berdiri sepentas dengan Salman Rushdie. Kononnya… Tapi, itulah yang ditulis di Twitternya itu. Dan harapannya, agar seluruh rakyat negara ini, khususnya yang beragama Islam tahu mengenai protesnya terhadap musuh Islam tersebut. Peliknya, baru-baru ini media antarabangsa, Dailymail.co.uk, memberitahu di sini, tentang ucapannya di majlis berkenaan, sekaligus mengesahkan bahawa dia hadir di India Today Conclave. Lebih teruk lagi, Salman Rushdie juga hadir dan berkongsi pentas yang sama dengan Anwar. Secara tidak langsung mengesahkan bahawa Anwar merelakan diri bersekongkol dengan musuh Islam yang nyata itu. Nak tengok bukti bergambar? Para pembaca boleh klik di sini dan di sini. Mungkinkah gambar-gambar Anwar dan Salman Rushdie itu di"super imposed"kan oleh laman media rasmi majlis tersebut? Persoalannya, mana perginya pendirian Anwar di dalam Twitternya sebelum ini? Mana perginya bantahan Anwar terhadap Salman Rushdie? Mana hilangnya protes Anwar terhadap musuh Islam itu? Tergamak Anwar sepentas dengannya? Sebenarnya, saya sedih dengan Anwar dan para penyokongnya. Saya sedih berkenaan Anwar kerana dia sebagai pemimpin yang beragama Islam, sanggup sepentas dengan musuh Islam. Saya sedih dengannya kerana dia sanggup menipu jutaan rakyat dan umat Islam. Benci dan bantah Salman Rushdie kononnn… Saya sedih juga terhadap para pemimpin dan mereka-mereka yang menyokong Anwar selama ini. Anwar terang-terangan menipu mereka pun, mereka tetap sokong Anwar. Kononnya, UMNO fitnah Anwar, padahal yang benar adalah yang sebaliknya. Anwar pembohong! Sebelum ini, Anwar terang-terang beritahu Wall Street Journals bahawa dia menyokong memberikan perlindungan kepada Israel. Tapi UMNO jugak yang dipersalahkan. Apa UMNO ke yang suruh Anwar kata begitu pada WSJ? WSJ tu UMNO jugak yang punya ke? Itulah hakikatnya Anwar yang didewa-dewakan pengikutnya dan mahu dijulang sebagai PM yang ketujuh. Persoalannya, selepas pelbagai skandal, penyelewengan, penipuan, persekongkolan dengan Yahudi dan musuh Islam, layakkah dia diangkat menjadi pemimpin no.1 di Malaysia? Sumber: Klik sini | RAKYAT PERLU SURUH POLIS SIASAT DAN DAKWA NALLAKARUPPAN DI MAHKAMAH..!!! Posted: 20 Mar 2012 08:03 PM PDT Semalam, bekas sahabat baik Anwar Ibrahim, Datuk Nallakarupan menyatakan sesuatu yang agak panas terhadap "pemimpin anugerah Tuhan" itu. Macam-macam yang Nallakarupan tuduh Anwar. Antara kata-kata Nallakarupan mengenai Anwar dan skandal yang mengaitkan "Imam Mahdi" itu adalah seperti berikut… "Sampai sekarang saya belum pernah sebut nama wanita (isteri orang) yang saya maksudkan itu. "Dia bawa wanita itu ke rumah saya di Tivolli Villas, Bangsar…saya tahu semuanya. "Anwar adalah seorang biseksual dan saya cabar dia untuk saman saya atas kenyataan ini. "Saya pernah lihat dia melakukan perbuatan terkutuk itu, dan saya tahu siapa yang menjadi mangsanya….semuanya saya akan dedahkan satu persatu di mahkamah. "Seperti dalam afidavit saya sebelum ini, Anwar pernah sehingga ke peringkat memakai rambut palsu untuk menyamar…untuk pengetahuan anda, rambut palsu itu saya sendiri yang beli di India! "Beliau lelaki yang tiada prinsip, menipu rakyat….ada banyak pemimpin dalam pakatan pembangkang, tetapi kenapa dia yang diangkat jadi ketua? "Ramai sahabat rapatnya sudah menjauhkan diri daripada beliau, Anwar memang pandai bercakap tetapi bila kita dah rapat dengan beliau baru kita akan tahu sifatnya yang sebenar," -Nallakaruppan, sidang akhbar pada 19 Mac 2012. Pada saya, tuduhan Nallakarupan itu merupakan pertuduhan-pertuduhan yang sangat serius. Nalla mencabar Anwar untuk menyamannya atas kenyataan-kenyataan tersebut dan dia sanggup mendedahkannya satu persatu di mahkamah. Sebagaimana kita tahu, Nalla dah berkali-kali mencabar Anwar menyamannya. Tapi sebagaimana kita tahu juga bahawa Anwar terlalu pengecut untuk menyahut cabaran tersebut. Saya sendiri tak faham kenapa dia tak saman Nalla. Mungkin juga dia tahu Nalla bercakap benar? Tapi, bagaimana sekiranya pertuduhan-pertuduhan Nalla itu tidak benar? Bagaimana jika Nalla sengaja menabur fitnah terhadap Anwar? Bukankah itu tindakan yang tidak adil bagi pihak Anwar dan keluarganya? Justeru itu, saya mencadangkan agar MANA-MANA PIHAK MENGAMBIL SERIUS PERKARA INI DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAKWAAN NALLAKARUPAN ATAU MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH KE ATAS NALLAKARUPAN tersebut. Tak kisahlah sama ada saman, lapor polis atau apa-apa tindakan sivil. Kita perlu tahu kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Nalla itu. Lagipun, kenyataan tersebut dibuat Nalla melalui media. Ertinya, Nalla mahu beritahu kepada rakyat Malaysia tentang rahsia Anwar. Memandangkan kita mahu mengetahui kebenaran Nalla atau dia berbohong kepada kita, rasanya kita boleh menuntut agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan tersebut sama ada melalui pihak polis atau kamar mahkamah. Pokok pangkalnya, kebenaran tersebut perlu dibuktikan atau Nalla boleh dihukum kerana berbohong kepada kita, bukan? Pada saya, sekiranya Nalla punya bukti kukuh dan yakin dengan kenyataannya, dia tidak perlu takut atau melenting sekiranya kita menuntut dia membuktikan kata-katanya di sidang akhbar berkenaan. Soal Anwar bersalah atau terbukti melakukan apa yang Nalla kata itu tidak penting buat masa ini. Kalau terbukti bahawa Nalla berbohong, saya fikir Nalla tidak lagi relevan untuk bersuara. Tapi, kalau benarlah dakwaan Nalla tersebut dan terbukti di mahkamah, maka saya fikir, tak perlu hukum Anwar di mahkamah pun, seluruh rakyat di negara ini akan halau Anwar keluar dari Malaysia. Silap-silap Wan Azizah sendiri akan tuntut fasakh dan Nurul Izzah sendiri tak mengaku Anwar bapanya… Sumber: Klik sini | LAWAK PAGI INI...KAK WAN DAN ANWAR GADUH NAK JADI PELAKON POPULAR... Posted: 20 Mar 2012 06:06 PM PDT Sorang tu berlakon depan media. Sorang lagi berlakon depan kamera. Heh! Elok la tu...Lepas tu, dok gaduh pulak pasal "benda" yang diorang lakonkan tu...Sorang gaduh pasal OMEGA. Sorang lagi gaduh pasal CHINA DOLL...Kesimpulannya, punah dua-dua...muahahahahaaaa... | |