Jumaat, 28 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 28 Dec 2012 07:11 PM PST

Tukar Tiub


MUHYIDDIN SEDANG MERANCANG UNTUK JADI PM

Posted: 28 Dec 2012 06:00 PM PST





 

KOMENTAR TUKAR TIUB
sambutan tahuan baru tahun ini
di dataran merdeka akan diresmikan
oleh bakal perdana menteri muhyiddin yassin

kemana najib dan rosmah menghilang
walalah hu alam bisawab
siapa tahu sila jawab

Mangsa banjir diberi RM500

RANTAU PANJANG 27 Dis. -  Bakal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan setiap keluarga mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan rasmi akan diberi bantuan sebanyak RM500 bagi meringankan beban mereka.

Bakal  Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan disalurkan sebaik sahaja mereka pulang ke rumah masing-masing dan arahan telah diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya mempercepatkan pemberian bantuan tersebut.

Selain itu katanya, mangsa banjir di negeri ini juga akan dipertimbangkan diberi bantuan lain di bawah tabung wang ihsan yang boleh digunakan untuk membaiki rumah, membeli pakaian dan makanan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MUHYIDDIN SUDAH BERSEDIA.... kah kah kah...


kah kah kah... MUHYIDDIN MERAYAU KE SELURUH NEGARA...kah kah kah..

woit... DI GANU MUHYIDDIN DAPAT SAMBUTAN HANGAT... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB  NAK SINGKIR MB AHMAD SAID...kah kah kah..

woit... MUHYIDDIN DATANG.... kah kah kah..

kah kah kah..GAGAL PROJEK MAT MONGOL.... kah kah kah



---------

APA YANG KHAIRY TAHU TENTANG PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Posted: 28 Dec 2012 05:00 AM PST


KOMENTAR TUKAR TIUB
apa yang khairy tahu tentang peranan najib
apa yang khairy tahu tentang pembunuhan altantuya
kenapa khairy menafikan

dengan penafian ini bermakna khairy tahu sesuatu
apa sesuatu itu? 


Kenyataan Umum
28 Disember 2012
MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. 


Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? 

Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia


------

SEMAKIN RAMAI NGO YANG AKAN TURUN PADA 12 JANUARI

Posted: 28 Dec 2012 12:00 AM PST




Antara NGO NGO yang
akan mewarnai pesta besar besaran ini adalah

1. ERA PASCA - Projek Melawan Di Sana Sini, 
2. R - Royalti Minyak Kelantan, 
3. ANAK - Selamatkan FELDA, 
4. GMI - Bebaskan Tahanan Politik ISA, 
5. TANAH - Jangan Rembat Tanah Orang Kampung, 
6. SAMM - Solidariti Anak Muda Malaysia, 
7. SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia, 
8. DEMA - Mahasiswa Demokratik, 
9. Universiti Bangsar Utama - Pusat Menghasut, 
10. Radio Bangsar Utama - Radio Rasmi Himpunan, 
11. Mufakat - Selamatkan Kampung Dan Kota Warisan, 
12. Dewan Himpunan China - Selamatkan Jalan Sultan, 
13. Himpunan Hijau Timur- Tutup LYNAS, 
14. Himpuan Biru Cair Selatan - Jangan Rembat Tanah Pengerang, 
15. Himpuan hijau tengah - Tutup Kilang Sinide Bukit Koman, 
16. BERSIH - Pilihan Raya Bersih Dan Adil
17. ANTI PPSMI - Nobatkan Bahasa Ibunda 
18. RAMM - REVOLUSI ANAK MUDA MALAYSIA.
19. Jerit – Jeritan Rakyat Tertindas
20. Empower – Merperkasa warga
21. Warga Aman – Komuniti India


Himpunan 1 Juta Rakyat di stadium sahut seruan PM
Harakahdaily,27 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) merasa kecewa apabila pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) masih tidak mendapat sebarang respons daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung permohonan menggunakan Stadium Merdeka pada 12 Januari depan.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan berpendapat pihak DBKL dan polis tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kerana pihak penganjur hanya menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

"Secara terang-terang ini membuktikan keikhlasan serta sikap murni pihak penganjur yang sedia bekerjasama dan menghormati saranan Perdana Menteri untuk berkumpul di Stadium Merdeka," ujarnya dalam satu kenyataan.



--------

Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 Dec 2012 03:21 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Utusan Nak Tutup Rahsia? Siapa Abd Ghani Ismail?

Posted: 28 Dec 2012 04:14 AM PST

Bekas ahli MPAJ dipenjara 8 tahun, denda RM977,560

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda RM977,560 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 10 pertuduhan rasuah melibatkan sejumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini setelah mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara notis rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.

Jika gagal membayar denda, tempoh pemenjaraan Abd. Ghani, 46, boleh ditambah sembilan tahun dua bulan lagi.

Abd. Ghani yang merupakan ahli Jawatankuasa Tender MPAJ ketika kejadian, didakwa bagi pertuduhan pertama menerima suapan daripada seorang kontraktor, Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan membantu Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121228/ma_05/Bekas-ahli-MPAJ-dipenjara-8-tahun-denda-RM977560#ixzz2GLdmgkAg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Berkecai Impain Gadis Ini Ingin Memiliki HP Samsung Galaxy Dari Rebat Najib

Posted: 28 Dec 2012 02:32 AM PST

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/405981_531860750171637_756708670_n.jpg 
 klik pada gambar


Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP)

Berkecainya impian gadis melayu kerana tidak dapat memiliki S3 melalui rebat. Haha, mohon tunggu 10 tahun lagi sehingga harga S3 RM500.

Kenyataan Media oleh YB Dato Negh Koo Ham tentang isu Tanah Kelantan

Posted: 28 Dec 2012 01:42 AM PST

KENYATAAN MEDIA

i) Ngeh & Nga tidak pernah dianugerahkan sebarang tanah oleh kerajaan negeri Kelantan

ii) Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

iii) UMNO/BN ingin mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal tanah terhadap mereka yang didedahkan oleh Ngeh & Nga semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

____________________________________________________________________

Sebuah blog merupakan penyokong BN bertajuk Pisau.net, dengan niat yang jahat menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, telah meluluskan bidang tanah seluas 10,526 ekar sebagai pertukaran untuk mendapatkan persetujuan YB Nga Kor Ming dan saya, melantik Dato' Seri Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2008.

Tuduhan tersebut dengan terang-terangnya merupakan satu pembohongan. Walaupun pihak BN dengan hakikatnya sedar tentang kebenaran tanah tersebut, tetapi media yang memihakkan mereka terus berusaha untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Oleh itu, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ini/

Pada 19/12/2012, saya telah membuat satu laporan polis yang meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menabur fitnah ke atas Tok Guru Nik Aziz, YB Nga Kor Ming dan saya, di bawah Seksyen 8A (kesalahan penyiaran berita palsu ) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 499 (Fitnah Jenayah) Kanun Keseksaan. Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah YB Nga Kor Ming dan saya sendiri.

Isu tersebut telah dikemukakan oleh BN untuk mengalihkan tumpuan perhatian rakyat jelata daripada skandal-skandal yang telah didedahkan oleh YB Nga Kor Ming dan saya semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. Skandal-skandal tersebut melibatkan kelulusan tanah bernilai beratusan juta Ringgit oleh pihak Kerajaan Negeri Perak BN kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Untuk tujuan penerangan dan penjelasan bahawa tiada sebarang rasuah atau urusan yang tidak wajar dalam proses pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd, saya mengambil kesempatan ini untuk terangkan yang berikut:-

i. Semenjak beberapa bulan yang lalu, saya telah memaklumkan YB Lim Kit Siang di atas penglibatan saya dalam pembelian syarikat tersebut.

ii. Saya juga telah memaklumkan serta menerangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak dua bulan yang lepas, apabila sebuah blog bertajuk Media Perak membuat tuduhan yang liar terhadap saya tentang isu yang sama.

iii. Dengan sepucuk surat yang bertarikh 6hbseptember 2012, saya telah memaklumkan Jabatan Hasil Dalam Negeri bahawa pengambilalihan tersebut telah berlaku, serta meminta Jabatan tersebut untuk memberi perintah yang sepatutnya dari segi pembayaran cukai.

iv. Dato' Hamzah Bin Zainuddin, selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari UMNO juga telah dimaklumkan tentang pengambilalihan tersebut sebagai Pengerusi Program Pembangunan Ladang Hutan, yang merupakan agensi yang meluluskan wang pinjaman untuk memajukan tanah tersebut. Beliau berkata semasa berjumpa dengan saya di Parlimen, bahawa pinjaman itu tetap akan diteruskan oleh pihak kerajaan walaupun saya berpihak pembangkang. Beliau juga berkata bahawa usaha untuk menanam pokok balak klon getah amat penting demi memastikan bekalan balak yang mampan dikekalkan untuk industri pembuatan perabot.

Oleh yang demikian, pengambilalihan syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd berlaku secara terbuka dan tidak secara berahsia. Saya harus mengulangi di sini bahawa Pembelian syarikat Upayapadu Plantations Sdn Bhd adalah satu transaksi komersial yang berlaku di pasaran terbuka.

Oleh kerana pucuk pimpinan PR Perak telah dimaklumkan sebelum ini, tuduhan palsu yang tertimbul beberapa hari yang lepas tidak mengejutkan mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada ahli-ahli dewan undangan negeri kerana menangani isu ini secara baiknya, sehingga ADUN BN tertinggal tiada pilihan selain membuat tuduhan palsu dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia dan ADUN PR diberi kesempatan untuk menunjukkan betapa bodohnya ADUN-ADUN BN. Tiada seorang pun di antara semua ADUN BN berani mengulangkan tuduhan tersebut di luar dewan, kerana mereka sedar pada hakikatnya bahawa tuduhan tersebut adalah memang palsu.

Saya telah pun memberikan penjelasan melalui sidang media dan Tok Guru Nik Aziz, melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbar beliau pun telah menafikan tuduhan tersebut pada 21hbDsiember 2012. Tok Guru Nik Aziz juga secara individu, telah membuat penafian apabila ditanya oleh warga media.

Untuk pemahaman secara lebih mendalam kepada rakyat jelata, izinkan saya mengemukakan fakta-fakta tentang tanah seluas 10,526 ekar tersebut seperti berikut:-

1. Pada 13hbSeptember 2000, kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan tanah tersebut kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

2. Pada Disember 2000, sebuah syarikat telah diluluskan untuk memajukan tanah tersebut, tetapi syarikat tersebut gagal dalam usahanya. Tanah tersebut diambilalih-semula oleh YIK pada 18hb Ogos 2004.

3. YIK menganugerahkan tanah tersebut kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd untuk memajukannya pada 28hb Ogos 2005 dan perjanjian telah ditandatangani pada 2hb Mei 2006.

4. Upayapadu Plantations Sdn Bhd gagal dalam usahanya untuk memajukan projek tersebut, maka pemegang-pemegang sahamnya membuat keputusan untuk menjualkan syarikat tersebut.

5. Saya bersama dengan sekumpulan pelabur (termasuk YB Nga Kor Ming) telah membeli syarikat tersebut pada bulan April 2012.

6. Jelasnya, tuduhan bahawa pemberian tanah tersebut adalah pertukaran kepada perlantikan Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin pada tahun 2008 adalah suatu pembohongan

Dua buah Syarikat telah gagal. Kami harap kami akan berjaya dengan usaha kami. Kumpulan pemegang saham baru sedang mengambil risiko perniagaan seperti mana-mana pihak dalam bidang pelaburan.

Oleh kerana integriti saya sendiri dipersoalkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa sepanjang hayat saya, tidak pernah saya menerima atau memberi satu sen pun kepada aktiviti rasuah. Saya telah berikrar ini semenjak zaman belia saya, semasa saya mengambil jawatan Presiden kepada Methodist Youth Fellowship, Gereja Methodist Cina Ayer Tawar di mana saya menyaksikan penderitaan orang yang berprinsip di bawah suatu sistem yang beramalan korap.

Penasihat saya, Allahyarham Cik Cheok Bee Lan, oleh kerana pegangan teguh beliau kepada prinsip-prinsip Kristian, terpaksa mengulangi ujian memandu sebanyak 7 kali sebelum mendapat lesen memandu beliau. Inilah hanya kerana beliau enggan menyertai amalan rasuah berleluasa, di mana 'pakej kelulusan jaminan' boleh didapati melalui rasuah.

Dengan rendah dirinya, saya mengakui bahawa saya mempunyai banyak lagi kelemahan, tetapi saya tidak boleh membenarkan penimbulan sebarang keraguan terhadap keikhlasan saya dalam menentang rasuah. Kita tidak boleh membenarkan sebarang peralihan perhatian rakyat jelata daripada amalan rasuah yang begitu dahsyat dan jijik diamalkan oleh BN.

Selamat Hari Krismas

24hb Disember 2012

Ngeh Koo Ham

TG Haji Hadi Menerima Tetamu Ocpd dari IPD Marang ASP Ahmad Mazlan

Posted: 27 Dec 2012 08:23 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/379382_395647867187004_1078795223_n.jpg

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Seusai kuliah jumaat pagi ini menerima kunjungan hormat Ocpd dari IPD Marang ASP Ahmad Mazlan, berbicara tentang isu isu semasa khususnya Daerah Marang.

Taktik jahat, bukti sedang terdesak

Posted: 27 Dec 2012 08:20 PM PST


Teori perang bersenjata, pendekatan konvensional belum cukup memastikan kemenangan. Ia kerana faktor kemenangan bukan terletak hanya pada kecanggihan senjata (alat, prasarana, teknologi), sebaliknya perlu gabungan kebijaksanaan General menguruskan senjata yang dikongsi sama dengan kemahiran unit-unit yang siap-siaga untuk mengalahkan musuh!

Teori faktor kemenangan itu sedia terbukti, tatkala perang zaman Rasulullah, misalnya dalam perang Khandak atau Ahzab, ternyata pendekatan bertahan menggunakan 'parit' adalah membukti nilai pengorbanan tinggi para tentera pimpinan Rasulullah.

Ia belaku 'semata-mata keikhlasan atas nama Allah' sehingga menguasai pemikiran pihak barisan Ahzab (puak kafir): "Kehebatan pasukan pimpinan Muhammad berjaya menggali parit."

Pandangan pemuka Ahzab: "Hanya tentera yang kuat sahaja mampu menyiapkan tugas gali parit dalam saat kritikal."

Pengajaran daripada kisah singkat tentang perang Ahzab ini, sudah tentu ia menuntut peri pentingnya melaksanakan pengurusan yang menzahirkan kehebatan. Atas kehebatan yang berjaya dipamerkan (dengan izin Allah SWT) pasti menggerunkan musuh!

Musuh sedang terdesak

Dalam tempoh kebelakangan ini, gendang peperangan pilihan raya umum ke-13 sudah rancak dipalu. Ia seumpama semarak semangat pasukan perang Khandak pimpinan Rasulullah SAW. Semarak semangat itu sudah berada di pihak Pakatan Rakyat. Kejayaan menggali parit adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan. Ia kehebatan dalaman dan luaran tentera Islam.

Pakatan Rakyat sedang giat membina kehebatan dan menggerakkan naluri keikhlasan dalam menguruskan maruah politik rakyat yang sudah dijajah sekian lama oleh sang penguasa. Sehingga kini kepimpinan Pakatan Rakyat berjaya membangkitkan semangat rakyat, antaranya melalui Perhimpunan Aman Bersih 3.0, Himpunan Hijau, Jelajah Merdeka, Gerakan Anti-Lynas (menolak kilang sisa radioaktif), Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Jelajah Oren (membela peneroka Felda), Gerakan Solidariti Anak Muda dan Gerakan Tuntut Royalti (R) serta kebangkitan mahasiswa menuntut hak berpolitik.

Hasil daripada kebangkitan rakyat (terserlah menerusi pelbagai gerakan di atas), ia telah menimbulkan sikap berani rakyat mempersoal sang penguasa dalam pelbagai isu yang menyentuh hak mereka dan integriti kepimpinan pihak penguasa. Rakyat sudah sensitif dengan amalan rasuah, tadbir urus politik pentadbiran dan keakhlakan kepemimpinan sang penguasa. Ia cukup membuatkan sang penguasa sedang bermusuh dengan Pakatan Rakyat. Seni bermusuh itu sudah memasuki Zon Terdesak! Ia menzhirkan Pakatan Rakyat sudah berjaya mencetuskan suasana persekitaran (biah) terdesak kepada sang penguasa.

Bukti musuh Pakatan Rakyat sedang terdesak apabila terserlahnya pelbagai tindakan jahat yang bertujuan menyekat kebangkitan dan perubahan sikap rakyat menolak kepemimpinan sang penguasa sekarang.

Di antara tindakan jahat itu ialah memutar-belit isu berkaitan Pakatan Rakyat demi mempengaruhi sokongan. Justeru tindakan jahat itu terpampang menerusi media cetak dan elektronik, serta paling rancak menerusi media baru alam maya (internet). Atas asas ini, gerakan memburuk maruah Kerajaan Pakatan Rakyat berlaku dengan mencipta isu kontroversi melibatkan isu tanah (kononnya PAS di Kelantan marasuah tanah kepada DAP sebagai pertukaran atas persetujuan menteri besar Perak diberi kepada PAS - realitinya pembohongan nyata).

Selain itu, pihak musuh Pakatan Rakyat telah mengitar semula isu lapuk kononnya akibat taksub kepada "Amanat Haji Hadi" maka penyokong dan ahli PAS difitnah sebagai golongan yang sanggup bertindak bercanggahan (antisystem) seperti kafir-mengkafir, sembahyang dua imam, pulau memulai dan bercerai tanggal suami-isteri. Sedangkan isu amanat itu sudah berlalu dan parti sang penguasa pernah sanggup berdebat, tetapi debat terpaksa dibatalkan setelah debat olok-olok (lakonan) tokoh sesama sang penguasa menatijahkan mereka ketiadaan hujah untuk membuktikan bahawa kepemimpinan PAS mengkafirkan UMNO!

Jelaslah, sang penguasa sedang terdesak dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara yang tidak mahu membiarkan berulangnya salah guna wang rakyat menerusi pelbagai program (antaranya isu RM250 juta projek NFC diberi kepada suami ketua wanita sang penguasa, pembelian peralatan ketenteraan pada harga mahal, isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang belum jelas siapa dibelakang pembunuhnya, pengapungan tanah peneroka Felda melalui FGVH, dan pelbagai salah urus, kebiadapan kepemimpinan sang penguasa. Ia diparahkan lagi dengan terbongkarnya nilai-nilai isu RM40 juta untuk parti sang penguasa di Sabah, serta penyelewengan wang pampasan buruh paksa keretapi maut di Burma era perang Jepun. Kesemuanya bakal memiripkan wajah terdesak musuh Pakatan Rakyat paling tegar.

Semoga perkembangan terbaru (yang tidak pernah dilaporkan dalam media sang penguasa), bergumandang suara sokongan masyarakat Cina dan India kepada Pakatan Rakyat, kejayaan pembongkaran rasuah dan kronisme serta kejayaan menyekat projek menyaman rakyat secara AES; sudah tentu sang penguasa sedang berkira-kira untuk melaksanakan taktik jahat. Jika taktik jahat dapat dilaksanakan dalam musim pilihan raya nanti, maka sang penguasa yakin mereka akan dapat kekal malah akan berjaya meraih kemenangan dua pertiga di kerusi kuasa Putrajaya!

Apakah taktik jahat yang bakal dilakukan sang penguasa? Ia sesuatu yang sulit dan menjadi rahsia dalam peti besi untuk didedahkan pada masa ini. Sudah tentu ia berupa suatu konspirasi cetusan otak Yahudi APCO yang bertindak selaku perunding pemasaran. (Sedangkan kita tahu Yahudi tidak pernah diam sentiasa berhaluan jahat yang mensasarkan pembunuhan ke atas umat Islam). Tunggulah pendedahannya nanti.

Allahu Akbar.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2012/12/taktik-jahat-bukti-sedang-terdesak.html

SKMM Mengeluarkan Senarai Lebih 20 Peranti Yang Akan Ditawarkan Melalui Pakej Komunikasi Belia

Posted: 27 Dec 2012 05:44 PM PST


Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500 dan ke bawah sebelum ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini.

Pakej Komunikasi BeliaAntaranya adalah termasuk:

Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790

Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.

TIPS AWAL DARIPADA NAZRIEN

http://amanz.my/2012/12/skmm-mengeluarkan-senarai-lebih-20-peranti-yang-akan-ditawarkan-melalui-pakej-komunikasi-belia/

DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Dec 2012 03:20 PM PST

DIALOG RAKYAT


Tee Keat mungkin tinggalkan MCA jika Parlimen tergantung, kata Soi Lek

Posted: 28 Dec 2012 05:06 AM PST


Dr Chua dikatakan berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung  selepas pilihan raya akan datang. 
 
Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut.

Menurut Syed Akbar Ali, seorang penulis blog pro Umno yang hadir semasa pertemuan tersebut, Dr Chua berkata terdapat puak dalam MCA dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan bekerja keras.

"Menghayati semula isu berpuak-puak dan kekurangan sokongan beliau bercakap terus terang tentang pecubaan puak Ong Tee Keat untuk mensabotaj beliau di Melaka.

"Dr Chua merasakan jika terjadi Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, Ong Tee Keat hanya akan mengemas barang dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar di blognya.

Apabila ditanya tentang kenyataan Dr Chua, Ong memberitahu The Malaysian Insider terpulang kepada presiden MCA itu untuk "membayangkan apa sahaja yang beliau suka".

"Dia boleh bayangkan apa yang dia suka ... bukan urusan saya, dan itu adalah kebebasan beliau tetapi sila hormat kebebasan orang lain," kata Ong kepada The Malaysian Insider.

Ketika ditanya apakah beliau mengetuai mana-mana kumpulan dalam MCA, Ong berkata beliau tidak berminat dengan "desas-desus dan gosip" itu.

"Saya tidak berminat dalam desas-desus dan gosip jenis ini dan tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah peduli untuk membaca benda jenis ini," kata bekas presiden MCA itu.
Beliau juga menegaskan amat jarang pergi ke Melaka.

Ketika ditanya jika beliau mahu untuk menafikan dakwaan yang ditulis dalam blog, Ong berkata: "Apakah ada keperluan untuk menafikan atau mengakui ... saya tidak membaca sampah jenis ini."

Dalam tulisan yang sama di blog, Syed Akbar menulis Dr Chua menegaskan beliau mengalahkan dua bekas presiden MCA - Ong dan Tan Sri Ong Ka Ting - dalam pemilihan parti untuk menjadi presiden semasa.

"Berbalik kepada Ong Tee Keat, beliau berkata beliau adalah presiden MCA pertama yang mengalahkan dua bekas presiden parti untuk mendapatkan jawatan presiden MCA. Katanya, beliau tidak megah tetapi ia adalah perkara fakta.

"Jadi beliau berkata boleh mengalahkan apa sahaja bilangan puak dalam MCA," Syed menulis.

Ong dipilih untuk mengetuai parti pada tahun 2008, sebelum perpecahan dalam parti yang membawa kepada pemilihan semula pada tahun 2010 menyaksikan Dr Chua menang dan mengambil alih sebagai presiden MCA.

Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan disebabkan oleh populariti peribadinya.

Akan tetapi pesaingnya Dr Chua difahamkan mahukan calon lain.

Presiden MCA itu juga menghadapi persoalan sama ada beliau harus bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN), berikutan sejarah skandal seks beliau.

Pada penghujung tahun 2007, salinan video hubungan seks Dr Chua bersama gundiknya diedarkan secara terbuka, membawa kepada peletakan jawatannya sebagai menteri kesihatan.

Beliau juga tidak diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya umum 2008, akan tetapi membuat kemunculan semula dalam politik MCA kemudian.

Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan??

Posted: 28 Dec 2012 04:58 AM PST

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda2.jpgBESUT - Sebuah empangan yang masih dalam pembinaan iaitu Empangan Paya Peda yang dianggarkan bernilai RM333 juta dilaporkan menjadi punca banjir 'luar biasa' yang mengakibatkan lebih 2,000 penduduk dipindahkan.

Empangan yang seluas 77 kilometer persegi terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih, Besut itu menjadi kontroversi apabila terdapat beberapa kenyataan yang janggal dan berbeza antara satu sama lain, dikeluarkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasiaonal (BN).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata empangan tersebut 'terpaksa dipecahkan' untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda1.jpgAhmad mengakui tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun katanya, ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Ahmad mendakwa langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," kata Ahmad.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah.jpgBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Selasa 25 Disember.

Kenyataan Ahmad dipetik Bernama dibuat selepas banjir luar biasa melanda beberapa buah kampong di kawasan Dewan Undangan Hulu Besut terutamanya Kampung padang Bual, pada malam sebelum Isnin 24 Disember.

Persoalannya, mengapakah tidak ada sebarang notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan oleh sebarang agensi kerajaan sebelum empangan tersebut dipecahkan.

Sekiranya benar dakwaan Ahmad, ia terpaksa dipecahkan, pasti ada prosedur yang dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan nyawa dan harta benda ribuan rakyat di kampong-kampung berhampiran.

Amat mustahil bagi kerajaan Umno-BN yang memiliki sekurang-kurangnya empat atau lima agensi terkait dibawah pembinaan empangan tersebut tidak mengambil tindakan pro-aktif, sebelum ia dipecahkan, kerana hujan lebat telah pun turun sejak beberapa hari sebelum itu.

Tidak munasabah sekiranya segala macam media, samada media cetak dan elektronik yang dimiliki oleh kerajaan Umno-BN gagal membuat  sebarang pemberitahuan sebelum empangan terpaksa dipecahkan.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti bomba, polis dan Majlis Daerah Besut pasti sentiasa bersedia untuk mengetuk setiap rumah rakyat, walaupun pada waktu dinihari, untuk memaklumkan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah3.jpgItu tidak termasuk kakitangan Umno yang terdiri dari KEMAS dan JKKK yang boleh dikerah , memberitahu penduduk kampong bahawa empangan akan dipecahkan, bagi mengelakkan sebarang tuduhan dan andaian sebenarnya ia adalah satu tindakan 'khianat'

Atau ia tindakan 'bermotif' politik bagi Ahmad Said yang membawa Sultan Terengganu menjelajah daerah Besut sehari selepas kejadian???

Justeru segala persoalan di atas ditambah lagi dengan pelbagai 'tanda soal' apabila Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Sekaligus mengesahkan, banjir yang melanda daerah Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah adalah sebenarnya berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Peda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Bahkan kenyataan Wee Yit Ming, menolak sama sekali dakwaan Ahmad yang mengatakan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan! dan dakwaan Ahmad tidak benar sama sekali!

"Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing," kata Wee Yit Ming dalam satu kenyataannya pada Khamis 27 Disember.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah1.jpgKenyataan Wee Yit Ming yang juga diterbitkan Bernama dikeluarkan selepas dua hari kenyataan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said.

Laporan itu juga,  kata Wee Yit Ming menyebut, ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

"Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah2.jpg"Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar," katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campurtangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah4.jpgProjek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan.
Laman rasmi KETARA melaporkan anggaran kos pembinaan Empangan Paya Peda iaitu sekitar RM 200 juta dan sebanyak RM150 juta telah diluluskan di bawah RMK-9.

Kerja-kerja permulaan seperti penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007 dan Empangan Paya Peda ini dijangka siap menjelang 2010.

Namun pada belanjawan 2010 Perdaa Menteri hanya memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu yang tiba-tiba telah meningkat kepada RM333 juta dan peningkatan kos tersebut dimumkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said sendiri

"Saya difahamkan bahawa cadangan pembinaan projek ini telah lama dicadangkan semenjak tahun 1996 iaitu dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan telah pun dicadang dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 . Malangnya ketika itu, bajet peruntukan tidak diluluskankan oleh Kerajaan maka pembinaan empangan ini tidak dapat diteruskan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/P3210026.JPG"Alhamdullilah , pada tahun ini iaitu pada akhir Rancangan Malaysia ke 9, projek ini telah dapat diteruskan dan dimulakan pembinaannya. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia kerana telah berusaha untuk menyediakan peruntukan yang agak besar iaitu RM 333 juta untuk pembangunan projek Empangan Paya Peda ini,"kata Ahmad Said semasa Majlis Pecah Tanah pembangunan empangan tersebut pada 21 Mac 2010. [Gambar kanan]

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009 tetapi menurut catatan CIDB harganya dalah hanya RM 166, 549, 799.42.

Antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Jaks Resources Berhad adalah Tan Sri Dato' Seri Law Hieng Ding, bekas Menteri sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 - 2004.

Meriahkan Konsert “UBAH Rocket Style” 1 Januari 2013

Posted: 28 Dec 2012 04:46 AM PST

Roketkini.com
 


KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa datang beramai-ramai menyaksikan konsert khas sempena sambutan Tahun Baru 2013 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) mulai jam 8.00 malam, pada 1 Januari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata konsert khas itu akan menayangan dan melancarkan video muzik parodi "Ubah Rocket Style" yang pasti akan mengujakan hadirin.

"Video muzik ini adalah julung kali ditayangkan dengan menggunakan empat bahasa penghantar.

"Kita juga akan menampilkan beberapa persembahan menarik dan ucapan ringkas pemimpin termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong," kata Teo yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Beliau berkata, selain persembahan menarik, satu cabutan bertuah juga akan diadakan dan bernasib baik akan berpeluang makan tengahari bersama pemimpin utama DAP.

"Saya sekali lagi memjemput seluruh rakyat Malaysia supaya tidak mempersiakan peluang dan ketinggalan untuk hadir beramai-ramai ke konsert itu yang pasti tidak akan dilupakan," ujarnya. -Roketkini.com

Rebat RM200 “indah khabar dari rupa”

Posted: 28 Dec 2012 04:36 AM PST

Roketkini.com



KALAU dibelek berita terkini atau laman sosial. Antara yang terhangat sekarang adalah kisah rebat RM200 untuk telefon pintar. Tentu masih segar dalam ingatan gambar daripada sebuah akhbar bagaimana seorang mahasiswa mengeletik suka apabila rebat itu diumumkan.

Terang lagi bersuluh rebat itu tidak lain untuk memancing undi anak-anak muda. Sebab itulah usia minimum untuk layak mendapat rebat ini adalah 21 tahun. Beri pada belia 20 tahun buat apa, mereka bukan boleh mengundi pun.

Akan tetapi yang riuhnya hari ini bukan kerana "janji sudah ditepati" lalu "kini masa balas budi". Tetapi riuh kerana ramai merasakan janji itu "indah khabar dari rupa". Sebab muncul syarat telefon pintar yang layak hanya yang harga maksimum RM500.

Bingitlah seantero alam seolah-olah ini pertama kali mereka melihat pemerintahan Barisan Nasional membuat silap mata sedemikian. Berkecai angan-angan sesetangah orang untuk memiliki telefon pintar canggih kerana syarat baru itu 'menyempitkan' pilihan.

Sebenarnya alangkah baik jika anak muda dapat fikir lebih jauh daripada itu. Janji ditepati yang menjadi janji di'capati' (kerana telah dicanai) memang mengundang angin satu badan. Tetapi ada persoalan lebih besar daripada itu yang perlu difikirkan.

Apakah tidak ada perkara lain yang memberi manfaat jangka panjang dan lebih memerlukan peruntukan RM300 juta berbanding rebat telefon pintar itu? Adakah anak muda hari ini begitu murah nilainya sehingga memadai rebat telefon bimbit untuk memikat undi mereka? Jawapannya akan memberitahu kita adakah pemerintah ini pemerintah pintar.

Ayuh, pintarkan telefon, pintarkan diri. – Roketkini.com

Dana Palestin: PAS tuntut penjelasan Ali Rustam

Posted: 27 Dec 2012 11:41 PM PST

Ahmad Danial,



 
MELAKA: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi mendesak agar dana Palestin sebanyak RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 oleh kerajaan Melaka diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Palestin dengan segera.

"PAS Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang sehingga kini masih gagal meyerahkan dana berjumlah RM680,747 yang dipungut pada tahun 2009 kepada Palestin.

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya menyerahkan dana tersebut dengan segera, perbuatan mereka menyimpan dana ini selama 3 tahun adalah perbuatan khianat," ujar Adly dipetik dari akaun Facebooknya hari ini.

Sebelum ini beliau telah membuat desakan dalam blognya namun tiada jawapan konkrit dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Adly berkata laporan Ketua Audit Negara mendapati sejumlah RM680,747 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan jabatan dan agensi kerajaan dan orang awam.

"Namun laporan itu mendapati bahawa wang tersebut tidak disalurkan kepada rakyat Palestin sehingga April 2011.

"Saya berharap Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam memberi penjelasan terperinci terhadap perkara ini yang dikira amat memalukan negeri dan negara kita.

Menurutnya, Ketua Menteri mesti menjelaskan bila wang tersebut diserahkan kepada Rakyat Palestin kerana sehingga kini kita tidak mendapat maklumat sahih tentang perkara itu.

"Sekiranya wang itu telah disalurkan, kenapa ia mengambil masa yang sebegitu lama"? soal Adly.

Adly berkata penjelasan Ketua Menteri adalah dituntut kerana ia melibatkan sumbangan orang ramai.

2,000 sudah berhimpun di Wisma Felda

Posted: 27 Dec 2012 11:36 PM PST

Muhammad Faizal,

 

KUALA LUMPUR: 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.

2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap

"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.

[Lanjut menyusul]

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Posted: 27 Dec 2012 11:28 PM PST

Staff Berita Semasa 
Permohonan Rebat Smartphone RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Seperti yang kita sedia maklumkan melalui pembentangan Bajet 2013 (KLIK SINI), kerajaan berbesar hati berikan rebat RM200 untuk telefon pintar 3G.

Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam glongan tersebut? 

Iklan SKMM : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Permohonan rebat Rm200 dibuka bermula 1 januari 2013..

Permohonan Rebat Telefon Pintar RM200 Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai "pelanggan baru mereka" dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :
=> http://nbi.skmm.gov.my/

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon

Bermula 1 Januari 2013  - 31 Disember 2013
Pakej Komunikasi Belia  Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Untuk 1.5 Juta Belia (Pakej Komunikasi Belia). Maksimum RM500 Sahaja!

Gambar di atas sekali sempat merupakan keratan akhbar keluaran Mingguan Malaysia yang sempat kami rakamkan selepas sahaja pengumuman rebat RM200 telefon pintar 3G dalam Bajet 2013. Melihatkan reaksi Normannisam Shah Ahmad Shah (UiTM Melaka), mungkin beliau antara yang terawal mendapatkan rebat RM200 smartphone kali ini?

P/S : Yang mana berhajat beli iPhone 5 atau Samsung Galaxy S atau Note 2 untuk mendapatkan rebat RM200 telefon pintar 3G kali ini, mungkin boleh melupakan sahaja. Mungkin Model seperti Samsung Galaxy Y ataupun Nokia Lumia 610 bakal menjadi pilihan belia selepas ini? Mungkin?

PP/S : Ehem….untung jadi penyedia telekomunikasi sekarang ini. Dapat "ganjaran" ibarat serampang dua mata dek pengumuman rebat Rm200 telefon pintar 2G kali ini…

Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Posted: 27 Dec 2012 11:16 PM PST

Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – SH

Pendaftaran rebet telefon pintar 3G mulai Selasa depan

Posted: 27 Dec 2012 11:13 PM PST

 


 
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
  
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
  
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
  
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.
  
Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
  
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
  
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
  
Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama

Banjir semakin pulih di Pahang, K'tan dan T'ganu

Posted: 27 Dec 2012 11:09 PM PST



 
Keadaan banjir di Pahang, Kelantan dan Terenganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus menurun pagi ini.
  
Menurut portal rasmi kerajaan negeri berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 22,093 orang berbanding 23,235 malam tadi.
  
Seramai 410 mangsa dicatat pagi ini di Pahang berbanding 435 orang malam tadi, sementara Kelantan merekodkan 6,457 orang berbanding 7,000 orang malam tadi dan di Terengganu, seramai 15,226 mangsa berbanding 15,800 orang.
  
Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata seramai 366 mangsa daripada 91 keluarga dari enam buah kampung ditempatkan di daerah Kuantan iaitu di SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.
  
"Manakala, baki 44 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara di daerah Pekan," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Pahang sehingga kini.

Di KELANTAN, seramai 6,457 mangsa banjir dari lebih 2,000 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan iaitu di Pasir Mas (3,775 orang), Tumpat (2,467), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
  
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, selain Sungai Golok, semua paras air sungai utama yang lain telah susut ke paras normal.
  
Portal itu juga melaporkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Kelantan dan cuaca pada pagi ini adalah cerah.
  
Zon bebas cukai di pekan Rantau Panjang dilaporkan masih lagi digenangi air dan sebahagian besar peniaga di zon itu masih menutup perniagaan mereka.
  
Di TERENGGANU, semua pusat penempatan di daerah Besut telah ditutup dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang lewat petang semalam berikutan air telah surut.
  
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata baki mangsa terakhir di Besut yang dibenarkan pulang semalam adalah 31 orang dari 5 keluarga.
  
Beliau berkata banjir di daerah lain seperti Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu kian surut kecuali daerah Kemaman dan Dungun yang sebaliknya bertambah buruk.
  
Sehingga 8 pagi ini, Kemaman mencatatkan mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 11,106 membabitkan 2,563 keluarga dan Dungun 4,120 orang (1,021 keluarga).
  
Sementara keadaan di daerah lain beransur baik dan mangsa yang berada di pusat penempatan semakin kurang dengan Kuala Terengganu (987 orang), Setiu (96), Hulu Terengganu (77) dan Marang (27) orang.
  
Sehingga kini, 68 pusat penempatan banjir masih beroperasi iaitu di Dungun (36), Marang (satu), Kemaman (21), Kuala Terengganu (enam) dan masing-masing dua di Hulu Terengganu dan Marang.
  
Dalam pada itu, Jalan Felda Neram di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan kerana tanah runtuh dan Jalan Tepus ke Kuala Jengai, Dungun iaitu Km 14 juga ditutup pagi ini kerana dinaiki air.
  
Banjir di Terengganu telah meragut lima nyawa setakat ini.- Bernama

Kempen 'katakan tidak' menara Warisan Merdeka

Posted: 27 Dec 2012 11:06 PM PST



 
Dua puluh satu NGO Kuala Lumpur telah membentuk sebuah gabungan untuk membantah projek menara Warisan Merdeka dan sebaliknya menggesa kerajaan persekutuan supaya menjadikan keseluruhan kawasan itu sebagai tapak warisan negara.

NONEDiketuai oleh NGO Persatuan Warisan Kita, Ishak Surin (kanan), jawatankuasa 'Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN)' akan melancarkan kempen 'katakan tidak' kepada projek menara 118 tingkat itu.

Beliau mendakwa menara yang dibangunkan oleh PNB Merdeka Sdn Bhd di Taman Merdeka Negara, akan memusnahkan bangunan-bangunan bersejarah yang berdekatan di Petaling Hill, Kuala Lumpur.

Bangunan-bangunan itu termasuk Stadium Merdeka, Stadium Negara, Stadium Chin Woo dan Taman Merdeka Negara, kata Ishak dalam satu sidang akhbar semalam.

NONEMenurutnya, bangunan-bangunan itu mewakili warisan legasi kolektif dan peringatan pra-sejarah dan paska-sejarah negara selepas kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tang Ah Chai, yang juga hadir di sidang akhbar itu, berkata gabungan itu akan melancarkan kempen tersebut secara rasmi pada 5 Januari jam 7 malam di Stadium Chin Woo.

Beliau mengalu-alukan semua penduduk Kuala Lumpur yang prihatin tentang warisan dan budaya bandar untuk menghadiri acara.

'Kita minta permit dia kasi tayar'

Posted: 27 Dec 2012 10:59 PM PST

MALAYSIA KINI

 
Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

NONE"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

NONEPerhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.

[EDISI HARAMJADAH] Peruntukan Katil Hospital Pun Kena Kebas

Posted: 27 Dec 2012 03:51 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri. Gambar hiasan

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.

"Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.

Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.

"Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada. Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini," katanya.

"Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan," sambung beliau.

Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun.

Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui.

"Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Bas 2 Tingkat Panorama Melaka Terbakar, 30 Pelancong Selamat

Posted: 27 Dec 2012 03:43 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Banda Hilir - Tindakan pantas seorang pemandu memadam api di bahagian enjin berjaya menyelamatkan 30 nyawa pelancong selepas bas Panorama Melaka dipandunya terbakar di Jalan Bukit Senjuang, di sini, petang semalam.

Bas dua tingkat dipandu Md Noor Rauh, 49, yang dalam perjalanan dari Menara Taming Sari mengelilingi bandar raya Melaka sebelum kembali semula di menara tersebut, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang.

Md Noor berkata, kejadian disedarinya apabila sebuah kenderaan membunyikan hon menyebabkan dia memberhentikan bas di bahu jalan dan melihat api selepas membuka bonet enjin di bahagian belakang bas berkenaan.

"Bas ini mula bergerak dari menara kira-kira jam 2.45 petang membawa pelancong termasuk dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor namun selepas melalui Jalan Parameswara masuk ke Jalan Bukit Senjuang, saya terdengar bunyi enjin lain macam.

"Selepas sebuah kenderaan membunyikan hon, saya yang tiada pilihan lain terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan lalu turun untuk memeriksa enjin," katanya yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, selepas melihat api setelah membuka bonet enjin, dia segera mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri dan dalam masa sama mendapatkan alat pemadam api yang disimpan di dalam bas.

"Saya sempat mendail nombor kecemasan tetapi tidak bercakap kerana sibuk memadam api namun saya meminta bantuan seorang pemandu bas ekspres yang melalui kawasan tersebut untuk menghubungi bomba.

"Ketika itu bas Panorama lain yang melalui kawasan ini turut berhenti mengambil semua penumpang dari bas saya untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, N Raman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

"Apabila sampai, api sudah dipadamkan oleh pemandu menggunakan alat pemadam mudah alih dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini.

"Lima anggota turut membersihkan tumpahan minyak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Biaqpila

Posted: 28 Dec 2012 03:18 PM PST

Biaqpila


MASJID UNIVERSITI MULTIMEDIA BILA NAK JADI BESAQ?

Posted: 27 Dec 2012 10:40 PM PST

GUA RASA DAH LEBIH 10 TAHUN MASJID NI SESAK BILA SOLAT JUMAAT
TAKDAK KA PERANCANGAN NAK BESAQKAN?
KAT SINI KHUTBAH DALAM BAHASA INGGERIS BEB
JEMAAH PULAK PELAJAR INTERNATIONAL TUH
TAPI TERPAKSA SOLAT ATAS RUMPUT
HARAP KERAJAAN AMENO BN DAPAT TENGOK MASALAH NI
KAH! KAH! KAH!


Menggigil Lutut Iblis

Posted: 27 Dec 2012 08:00 PM PST



Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

tazkirahonline

Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan KAH! KAH! KAH!

Posted: 27 Dec 2012 05:00 PM PST

Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

DEY MACHA!!!
SAKIT PERUT GUA GELAK DENGAN MAMAT NI
NAK JADI ULAMAK PUN TAK PAYAHLAH BUAT SIDANG MEDIA KAT BANGUNAN UMNO
NAMPAK SANGAT HANG NI ULAMAK UMNO
DAH TENTULAH IDEA HANG NI IDEA UMNO
KAH! KAH! KAH!

PAS TAK BANGKIT ISU HUDUD PUN HANG NAK KECOH
MANA PUNYA STOK ULAMAK MACAM NI?
PATUTLA UMNO DOK BANGKIT ISU HUDUD SETIAPKALI NAK PILIHANRAYA
RUPANYA ULAMAK INI PUNYA IDEA
KAH! KAH! KAH!

SEBELUM HANG NAK NASIHAT PAS KELUAQ PAKATAN
HANG TU SENDIRI SURUH UMNO SERTAI PAS
LAGI BAGUIH PASAI PAS PERJUANG ISLAM
UMNO PERJUANG BANGSA
TAKKAN ITU PUN HANG TAK BOLEH PIKIAQ?
KAH! KAH! KAH!



SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

"Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

"Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan," katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

"Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama," katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

"Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

"Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut dalam manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular," katanya.

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

"Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

SH


Muslimeen United

Posted: 28 Dec 2012 01:33 PM PST

Muslimeen United


Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN

Posted: 28 Dec 2012 03:19 AM PST



Sebat Isa Samad, Selamatkan FELDA






KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.

ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.

Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.

Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan "Undur Isa Samad", "Hancur Isa Samad", dan "Felda Bebas, bebas Felda"./~TMI

Artis Ini Menangis Apabila Bertemu TG Nik Aziz..

Posted: 28 Dec 2012 03:14 AM PST


Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

"Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

"Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

"Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

"Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini.


Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar

Posted: 28 Dec 2012 03:12 AM PST


 Sebahagian dari pemandu teksi yang hadir
PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

"Sebab itu saya 'salute' pemandu teksi. Mereka inilah yang menyampaikan derita rakyat," katanya sambil 'tabik' kepada 400 pemandu teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi.
 
"Saya tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah yang sebar cerita sebenar," katanya yang menyifatkan isu berkaitan pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh pemimpin Umno BN..
 
"Sebab ini isu 'human dignity', soal maruah manusia. Untuk pemimpin BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN) bermati-matian pertahan kontrak berbilion.
 
"Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit. Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!" katanya disambut teriakan Reformasi.
 
Beliau juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya.




"Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi," katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peranan pemandu teksi, meskipun bukan ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat tetap besar dalam perjuangan.
"Kalau tak boleh edar risalah, tak mengapa. Mungkin bahaya sebab nanti polis periksa kereta. Tapi boleh gunakankan suara.
"Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan," katanya. -KD

GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo

Posted: 28 Dec 2012 03:03 AM PST




 
KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.

"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.

3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

(Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum)

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.

"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.

(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)

Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap

"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.

2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. -Hrkh

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 28 Dec 2012 01:18 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


BOM HARGA AS 44BILION DI GUGURKAN

Posted: 27 Dec 2012 11:01 PM PST

BEFORE & AFTER - SATU TRAGEDI

Posted: 27 Dec 2012 10:50 PM PST

AKU INGIN BEBAS

Posted: 28 Dec 2012 01:11 PM PST

AKU INGIN BEBAS


HIMPUNAN OREN GAGAL, HANYA 100 ORANG

Posted: 28 Dec 2012 02:57 AM PST

 
Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka. "Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya. Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini. "Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.



"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada di dalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. mkini

PENYAPU SIAL

Posted: 28 Dec 2012 01:02 PM PST

PENYAPU SIAL


palsukan akuan bersumpah PI Bala....Najib jantan celaka dan rosmah betina puaka terlibat....wajib di sebat di depan Yang Di Pertuan Agong....!!!!

Posted: 28 Dec 2012 05:23 AM PST

Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor

Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.

Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai.

Mengikut  satu laporan Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.

Justeru  itu  kita mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.

Kita  hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab.

Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara...

 

 

Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong

KUALA LUMPUR: PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.

"Kita memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.

"Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Mahfuz berkata pendedahan Deepak itu merupakan satu pendedahan yang bukan sahaja menyentuh maruah perdana menteri, dan keluarga, sebaliknya turut menyentuh maruah negara dan Yang Dipertuan Agong itu sendiri.

Mana siasatan

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa tiada sebarang respons atau siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan Deepak walaupun banyak pihak mendesak untuk melakukannya (siasatan).

"Saya hairan mengapa di saat kita dikatakan memiliki anggota polis yang cekap, SPRM yang telus, peguam negara yang hebat, dalam hal Deepak ini mereka ini seolah-olahnya telah 'disemadikan'.

"Saya tidak kata apa yang didedahkan Deepak itu benar atau tidak. Sebaliknya ia perlu disiasat segera memandangkan ia bukan satu perkara kecil," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz meminta Deepak membuktikan hubungan rapat yang didakwanya bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pengetahuan umum.

Katanya, Deepak boleh mendedahkan nombor telefon Najib, mahupun Rosmah kepada umum dan pihak polis agar disiasat segera.

"Deepak mengakui dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, Rosmah. Boleh telefon bila-bila masa.

Jadi, saya minta Deepak buktikan dengan memberi nombor telefon kepada mereka kepada polis dan kemudiannya meminta syarikat telekomunikasi mendapatkan rekod perbualan antara mereka selama ini," tegas Mahfuz lagi.

Deepak, sebelum ini membuat pendedahan kepada media alternatif mengaitkan penglibatan Najib, Rosmah dan adik Najib berkaitan akaun bersumpah kedua penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.

Biarkan MCA hina HUDUD.... UMNO, PERKASA, PEKIDA & JATI memang pejuang ISLAM kepala BUTOH....!!!!....kote depa semua nie dah patut kena kerat.....!!!!

Posted: 28 Dec 2012 05:13 AM PST

KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!!

PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!!

Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka.

Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.

Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah.

Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.

Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadiahkan MCA RM30juta.

Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula???????

MCA TERDESAK ATAU UMNO YANG NAZAK?

 

-omakkau

 

 

 

penyapu sial

 

 

kalendar 2013 dan pru13 diterbitkan sebagai tanda umno dan mca dah nak mampos......insyaAllah....

PM laki bini sendiri kepala penjenayah dah tentu kadar jenayah semakin tinggi

Posted: 28 Dec 2012 05:01 AM PST

Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan pemimpin kongsi gelap

Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat.Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram..

Kesan “domino” aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

Diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat..

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara

 

 

penyapu sial

 

 

Inilah HaramJadahnya bilamana Undang Undang Islam tidak dilaksanakan ,Tiada Berkatnya sebabnya tertubuhnya kerajaan sekarang(Pusat)dengan merasuah rakyat(Pengundi),ugut mengugut adalah Kerukunan Kerajaan Sekarang(BN).Umpama DAJJAL yg memerintah negara ini.

Salah satu contoh ceti haram. Begitu senang sekali iklan ceti haram ditampal di mana-mana tempat awam. Kenapa pihak PDRM tidak menyamar sebagai bakal peminjam dengan menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan tersebut untuk memerangkap ahli sindiket cfeti haram? Setakat buang sahaja iklan tersebut tidak dapat membanteras kegiatan ceti haram @ ah long.

Addin

Posted: 28 Dec 2012 11:49 AM PST

Addin


Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar

Posted: 28 Dec 2012 08:55 AM PST


Siang tadi selepas solat jumaat berlaku satu demo yang didakwa oleh blog pro Umno di anjurkan oleh PAS P. Pinang. Namun demo tersebut di sanggah oleh PJ PAS P. Pinang, beliau mendakwa PAS P.Pinang tidak mengeluarkan arahan untuk melakukan apa-apa demo pada hari ini.

Habis tu.. yang berdemo tu adalah orang Umno sendiri yang menyamar jadi orang PAS. Bila Addin tengok berita tu tadi, Addin dah agak mesti kerja-kerja pencacai Umno untuk memburukkan PAS di mata DAP..

Jadi.. Umno kantoi lagi..

PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily







Baca pendedahan lagi di sini.



Iklan C(ii)



Umno Upah Pelajar RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren.. Ini Buktinya

Posted: 28 Dec 2012 05:16 AM PST


KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini.

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

"Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya yang ditemani rakan-rakan sebaya.Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

"Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. ~kd



Iklan C(ii)



Kantoi!! Penyokong Felda Dan Isa Samad Akui Di Taja Hotel 5 Bintang

Posted: 28 Dec 2012 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual  berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Dailyyang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda."Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. ~kd



Iklan C(ii)



Panas!! Tangan Ghaib Paksa Deepak Jual Syarkatnya..

Posted: 28 Dec 2012 03:45 AM PST

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos."Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini. ~mkini




Iklan C(ii)



Tak Sempat Serah Memorandum, Isa Samad Lari Lintang Pukang

Posted: 28 Dec 2012 02:09 AM PST


KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Lebih 2,000 orang termasuk peneroka, kebanyakannya berpakaian oren berarak dari masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Wisma Felda Jalan Semarak menyerahkan memorandum kepada Felda bantahan hari ini.

Mereka diketuai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman, selain Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Turut serta ialah Setiausaha Biro Felda KEADILAN, Rebin Birham.Mereka bergerak ke ibu pejabat Felda kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda, Tan Tan Sri Isa Samad tetapi hanya wakilnya sahaja yang hadir.

Himpunan itu anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman.Pada perhimpunan itu, satu patung dengan wajah Isa Samad yang diikat pada kayu turut diarak sebelum seorang peserta  'merotan' bahagian belakang patung berkenaan. ~kd




Iklan C(ii)



Khairy Saman Chegu Bard

Posted: 28 Dec 2012 01:18 AM PST

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin yang mendakwa beliau tidak membayar pinjaman berjuta ringgit dengan Agro Bank.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam untuk langkah susulan.

"Tuduhan beliau tidak benar. Tidak tolak kemungkinan tindakan undang-undang terhadap beliau (Badrul Hisyam)," kata Khairy melalui SMS hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank yang belum dibayar.

Badrul Hisyam yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mendakwa, pinjaman tersebut diperolehi Khairy semasa bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pemimpin muda PKR itu juga mendakwa beliau mendapat maklumat berdasarkan dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih mengenai perkara tersebut.

Mohon penjelasan

"Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Agro Bank?" kata Badrul dalam blognya.

Berikutan itu, beliau memohon Khairy memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Jika ini semua benar wajarlah pimpinan BN bersungguh-sungguh mengelak untuk membuat pengisytiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.

"Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

"Anak muda terpaksa sorok kereta hanya kerana tiga bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

"Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula? "kata Chegu Bard lagi. ~fmt


Bongkar!! Ketua Bahagian Umno Ada Sehingga 250 Permit Teksi

Posted: 28 Dec 2012 12:00 AM PST

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak.

"Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang."Sudah sampai masanya pemandu teksi juga membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang setelah nasib mereka berpuluh tahun tidak mendapat pembelaan daripada BN," katanya di hadapan lebih 200 pemandu teksi pada himpunan raksasa di Dewan Sivik, malam tadi.

Selain itu, Anwar yang juga Ketua Umum PR menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gagal memahami kehendak pemandu teksi apabila pemberian permit yang dijanjikan gagal ditunaikan malah dimonopoli pula oleh pemimpin tertinggi Umno-BN untuk dijadikan perniagaan."Tak cukup rompak elektrik, air, tepung, gula, dan sebagainya, titik peluh orang miskin pun Najib sanggup rompak."Permit disewakan kepada pemandu, mereka untung berbilion ringgit kerana niagakan permit yang sepatutnya diberikan kepada pemandu yang layak," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Tegasnya pemandu teksi saban tahun ditindas dan hak mereka untuk mendapatkan permit sendiri dan perlindungan Perkeso turut dinafikan kerajaan BN."Setiap hari mereka keluar rumah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri."Saya berasa pelik pemimpin BN tak boleh fikirkan keselamatan dan kebajikan golongan ini jika ditimpa musibah," ujarnya.

Tambah beliau, Umno-BN masih tidak berubah, malah terus menerus membudayakan semangat kronisme yang kian menebal dan mementingkan kemewahan hidup pemimpin mereka."Saya dimaklumkan ada ketua bahagian Umno itu mempunyai sehingga 250 permit, jadi kita nak suruh taukeh dia pandu teksi sendiri, jika tak boleh pulangkan balik permit itu," tegasnya.

Anwar turut membidas Najib yang cuba mengalih isu dengan pemberian tayar percuma kepada pemandu teksi baru-baru walhal isu permit sehingga kini masih gagal diselesaikan."Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar yang TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan."Dia (Najib)  gagal fahami kesusahan pemandu teksi untuk dapatkan permit bukannya tayar," katanya. ~sinar


Iklan C(ii)

Bongkar!! Rupanya Rebet Telefon Pintar Satu Pembohongan Besar Najib

Posted: 27 Dec 2012 08:36 PM PST

KUALA LUMPUR 27 Disember: Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi."Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini."Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500," kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal."Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. 

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda," katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih 'pintar' dengan melebar saluran internet percuma."Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan," katanya. ~kd



Iklan C(ii)

Umno Hancur!! Borang Keahlian Umno Penuh Dengan Kesalahan Ejaan..

Posted: 27 Dec 2012 04:59 PM PST


Dibawah ni Addin sertakan artikel yang di kongsi dari blog Milo Suam. Umno kononnya memperjuangkan bangsa Melayu tapi bahasa melayu sendiri pun tunggang langgang. Tatabahsa dan ejaan dalam blog-blog Pakatan Rakyat lebih baik lagi daripada borang keahlian Umno..


BORANG permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno ini dikongsikan oleh sahabat pembaca MiLo SuaM. Menurut pengirim, beliau menerima borang ini daripada jirannya.

Borang ini kalau dilihat merupakan borang rasmi permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno. Namun apa yang peliknya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut.

Pengirim sudah siap membulatkan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah dan anda nilailah sendiri.




Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.

Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...



ReJaM© "Apa nak hairan, parti pejuang Melayu kononnya, tapi nama parti pun tak guna bahasa Melayu "


Iklan C(ii)


PERAKITE

Posted: 28 Dec 2012 11:37 AM PST

PERAKITE


PAS P Pinang dah lama cadangkan Hafiz dipecat..

Posted: 28 Dec 2012 07:40 AM PST

PAS Pusat terus berdiam diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Hafiz Nordin  iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang secara terang-terangan sudah kerapkali berpendirian bertentangan.

Hafiz juga sudah kerapkali mengeluarkan kenyataan yang mencelarukan dan tidak sealiran dengan PAS.

Hafiz Nordin kini semakin mencabar pendirian PAS..dah naik tocangnya kerana PAS gagal mengambil sebarang tindakan. Seolah-olah PAS sendiri membiarkan Hafiz menjadi api dalam sekam.

Demonstrasi hari ini di Masjid Simpang 6, dekat Komtar seharusnya membuka mata pimpinan yang kurang terbuka atau tidak nampak akan kesannya pada perjuangan jemaah yang lain dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Hafiz yang diiringi pengikut2nya yang siap membawa bendera PAS secara terang-terangan menghentam cadangan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pengunaan kalimah Allah oleh pengikut kristian. 

Ia mengambarkan itulah pendirian PAS.  Datuk Saleh Man, selaku Pesuruhjaya PAS lantas menafikan terbabit dalam menganjur demonstrasi  selepas solat Jumaat.


Memahami kedudukan Salleh yang dilema berhubung tindakan Hafiz  itu,... tersepit dan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuktikan PAS tidak terbabit langsung kerana ada kalangan yang ikut serta itu membawa bendera PAS dan kalangan ahli PAS.

Ada benarnya, bukan PAS Pulau Pinang yang menganjurnya namun pada mata kasar rakyat ia memperlihatkan bahawa ia dicetuskan oleh PAS.

Salleh yang enggan mengulas lanjut berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Hafiz juga sebelum ini bersekongkol dengan Dato Hassan Jati berceramah menghentam kerajaan negerindan PAS.

Jika demikianlah sifatnya, mengapakah PAS masih lagi menyimpan Hafiz dan tidak mampu membuangnya terus daripada PAS sepertimana dilakukan pada Hassan.

PAS kelihatan lambat dalam membuat keputusan.

Ketika diajukan perkara ini kepada Salleh, beliau berkata PAS Negeri telah lama meminta PAS Pusat yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Hafiz termasuk memecatnya dari PAS.


Pas tunggu apa lagi...Ust Hafiz Nordin dah biasa ceramah sepentas Hassan Jati

Posted: 28 Dec 2012 05:52 AM PST


Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?


Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang beraksi macam 'si anjing Umno'
Antara aksi 'si anjing Umno'
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh.   
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Memang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.

Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man berlepas tangan macam tu.

Harakahdaily juga melaporkan:
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. - Ibid.
Kalau tengok ke gambar yang keluar dalam blog penchachai Umno macam kat bawah ni, aku yakin yang tengah pegang mikrofon tu adalah Ust Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Heran sungguh aku, sampai bila PAS nak simpan orang macam ni. Nak tunggu sampai aksi macam 'si anjing Umno' yang macamana lagi baru PAS nak ambil tindakan.

Langsung tak munasabah kalau Dato Saleh Man ' tidak tahu menahu' mengenai kelaku bekas Ketua Pemuda PAS Negeri ni. Langsung tak tak boleh diterima akal kalau langsung takdak apa-apa tindakan PAS Pulau Pinang dah ambil ke atas dia ni.

Satu lagi yang paling aku mushkilnya, ada khabar angin yang kata Ust Hafiz ni masih rapat dengan Pemuda PAS Pulau Pinang, malah ada yang kata dia ni masih lagi jadi naqib usrah Pemuda PAS Negeri.

Aku harap sangat Pemuda PAS Pulau Pinang boleh segera jawab kemushkilan aku ni. Aku yakin bukan aku saja yang mushkil tapi ramai yang dah dengar khabar angin tu pun mushkil jugak.

Kalau Ust Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda PAS negeri tak mampu nak jawab, mungkin Ust Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku Setiausaha Pemuda PAS negeri yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia yang blogger Abu Nawas kata suka glamour tu boleh keluarkan kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ni.

Lagi satu, sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, aku harap sangat Dato Saleh Man benar-benar berperanan. Naik serabut telinga aku dengar macam-macam pasai Pemuda PAS Pulau Pinang ni.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/12/berapa-lama-pas-nak-simpan-ahli-yang.html#ixzz2GM1Pt5BY

Telok Bakong Online

Posted: 28 Dec 2012 11:28 AM PST

Telok Bakong Online


30 Orang Warga Muda Telok Bakong Sertai PKR..Siti Aishah Gembira..Umno Demam..

Posted: 27 Dec 2012 04:39 PM PST


            Semalam telah berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor.

            Seramai 30 orang warga telok bakong telah mengambil keputusan untuk menyanggah kerajaan yang sedia ada dengan menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat.Hasil temubual dengan wakil ahli baru PKR ini,mereka menyatakan kesangupan dan kesediaan untuk melakukan kerja kerja kempen semperna PRU 13 ini,kerana mereka merasakan bahawa kerajaan UMNO/BN sudah diperuntukan masa yang panjang untuk mentadbir dengan baik,tetapi kerajaan ini telah gagal berbuat demikian.Sewajarnyalah kerajaan yang gagal ini ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan yang menunjjukan prestasi pemerintahan yang baik.


           Rumusan dan kesimpulan dari simulasi pilihanraya yang diadakan pada 25 hb Disember dahulu turut dihuraikan pada majlis ceramah ini.Secara keseluruhan,dari hasil cerapan data yang diperolehi menunjjukkan bahawa PR mempunyai harapan dan peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya ini.Jentera kempen juga turut mengedarkan risalah risalah kepada tetamu yang hadir didalam usaha untuk menyedarkan dan menyebarkan kepada rakyat tentang perlunya suatu usaha yang gigih untuk menumbangkan kerajaan Umno BN
Cikgu Hani pun dah join Pakatan Rakyat

otaiblues

Posted: 28 Dec 2012 11:25 AM PST

otaiblues


rasuah umeno,umeno rasuah.setan yang di kenali

Posted: 28 Dec 2012 03:59 AM PST

hebat la depa ni.ketua bahagian pun makan ratus ribu,

Ada je puak puak ni punya kes.tetapi biasanya rasuah,kan dah sinonim,rasuah umno.amno rasuah.
ketua bahagian pun boleh makan ratus ribu,inikan pula yang lagi tinggi dari ketua bahagian ini.

Depa makan banyak banyak ni,,,bukan untuk tolong bangsa pun, tapi untuk mentedarah dengan kaum keluarga sendiri..

kata alim ulamak, barang siap yang memakan hasil yang haram, hati nya akan jadi hitam,payah nak dapat hidayah.
kata orang tua tua pula,,,siapa makan hasil haram.perangai selalu nya macam setan.

Depa ini lah yang di namakan oleh tun madet..setan yang di kenali.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 28 Dec 2012 09:31 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Maaf ... Gambar-gambar ...?

Posted: 28 Dec 2012 05:09 AM PST

Maaf ... Gambar-gambar ...?
Yang kat atas tu ...?
Tidak menjejaskan ...?
Aqidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah ...?
Para pejuang Islam-UMporNO pun tak marah ...
Dot dot com ...?

Aik ...? Isa Samad dikenakan hukuman Hudud ...?

Posted: 27 Dec 2012 10:58 PM PST

Aik ...? Isa Samad dikenakan hukuman Hudud ...?
Kaahhh, kah kah ...?
Dot dot com ...?

Anak Sungai Derhaka

Posted: 28 Dec 2012 09:31 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Artis Rock yang menyokong UMNO akui buka Kelab Malam yang jual arak..

Posted: 28 Dec 2012 07:31 AM PST


Persoalan mengenai adakah benar Artis Rock yang menyokong UMNO ini telah membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak terjawab akhirnya..

Pengakuan itu telah dibuat oleh Awie ataupun nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman dalam satu temubual oleh Kosmo! Online..

Dalam temubual tersebut Awie akui  memang membuka sebuah kelab di Ipoh dan Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka.

Berikut adalah sebahagian petikan dari temubual itu..

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Temubual penuh sila baca di ( SINI )

Walaupun Awie tidak mempromosikan apa sebenarnya yang di niagakan di Kelab tersebut hasil carian Topeng Perak Unmasked di Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages  menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":

Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012:

Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style"..  (PESTA BIKINI)

Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012:

Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... (PESTA ARAK MURAH)

Kesimpulannya.. dari laporan di atas telah mendedahkan kenapa Awie menyokong UMNO..

Yang bertegas mengatakan Awie menyokong UMNO bukan aku.. tapi pencacai UMNO sendiri.. sila baca di ( SINI )

Bila masa pulak PAS anjur Demo Bantahan Guna Nama Allah di Komtar ni?

Posted: 28 Dec 2012 02:54 AM PST


Sebelum itu.. semalam seseorang telah bertanya kepada aku tentang gambar (gambar bawah) yang disertakannya dalam laman Twitter aku di sini ( @AnakSgDerhaka ) , adakah ianya benar atau tidak..

Oleh kerana aku tak tahu siapa tuan punya akaun Twitter yang bertanya kepada aku, jawab aku.. "Siapa punya lawak bodoh ni?"..


Dan hari ini.. selepas solat Jumaat tadi sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka adalah Ahli PAS dan mewakili beberapa NGO kononnya telah mengadakan satu demonstrasi di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar, Pulau Pinang.


Tujuan demo menurut mereka adalah sebagai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Berikut adalah laporan serta sedikit gambar dari Blog Penyokong UMNO yang dipercayai berada ditempat kejadian..

Sekarang ini sekumpulan umat Islam terdiri daripada Ahli PAS,Umno dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Apa yang Pisau dapat lihat ketika ini hanya beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.

Yang berjawatan seperti Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah seperti biasa akan mendiamkan diri kerana walaq kepada khalifah mereka.

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar mereka berkumpul dan hampir 200 orang berarak ke Komtar ~ Pisau.Net




Benarkah apa yang dilaporkan oleh Blog Penyokong UMNO itu??..

Ini jawapan dari Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man..

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

"Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi .

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya lagi.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz ~ Harakahdaily

Ketua UMNO Bahagian Pandan dipenjara 8 tahun, denda hampir RM1 juta bersalah atas 10 tuduhan rasuah

Posted: 28 Dec 2012 12:01 AM PST


Pada 8 Feb 2011 dulu ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail ni pengsan dalam kandang tertuduh..

Kemudiannya pada 28 June pula Ketua Umno Bahagian Pandan itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.. laporan penuh sila baca di ( SINI )

Dan hari ini.. Berita Harian melaporkan..

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi ~ Berita Harian

Baru pegang jawatan Ketua Bahagian pun dah boleh mentekedarah rasuah hampir RM200K.. kalau jadi Menteri agaknya berapa yang akan disapu...

Inilah UMNO.. dari pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, rasuah dah jadi budaya..

Selain dari mentekedarah rasuah untuk cepat kaya, pemimpin UMNO juga dikatakan membina kekayaan dengan meminjam wang dari Bank tapi tak bayar balik.. tak percaya sila baca di ( SINI )

Yang malangnya ialah pencacai yang bermati-matian mempertahankan mereka.. tinggal di Flat yang dikhaskan untuk golongan kurang berkemampuan dengan sewa RM100 sebulan pun tak apa...

APA?? Ketua Pemuda UMNO hutang berjuta RM tak bayar?

Posted: 27 Dec 2012 08:16 PM PST


Menurut Chegu Bard beliau memperolehi dokumen yang membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Pak Lah telah tidak membayar hutangnya..

Hutang yang bernilai jutaan Ringgit itu diperolehi dari Bank Pertanian dan ianya masih tertunggak hingga ke hari ini..

Betulkah Khairy? sila jawab ya..

Sebenarnya untuk pengetahuan semua bukan Ketua Pemuda UMNO ini saja yang liat untuk membayar hutang malah ramai lagi Pemimpin UMNO yang bersikap demikian.

Info dari seorang sahabat mengatakan ramai lagi.. mereka tidak takut untuk tidak membayar hutang kerana biasanya mereka membawa surat dari sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO untuk mendapatkan pinjaman.

Hanya surat sokongan, jadi tiada cagaran diperlukan.. oleh itu tak bayar pun tak ada hal sebab pihak Bank tak boleh nak buat apa pun..

Dulu ada sebuah Bank dah lingkup pasal perkara macam ni..

Ini adalah kenyataan dari Chegu Bard..

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah?

Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.

Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

 Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.


che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Inikah Kroni yang bakal mengaut keuntungan dari Rebat RM200 untuk Smartphone itu?

Posted: 27 Dec 2012 04:00 PM PST


Aku sangkakan tak ada smart phone yang berharga di bawah RM500, rupa-rupanya ada dan ianya telah dilancarkan Februari lalu di Kuala Lumpur.

Ianya di bangun dan dipasang sepenuhnya dinegara ini oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd.

Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

M3 Communicator adalah telefon pintar yang pertama dibangunkan di Malaysia.

Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April lalu dan merancang untuk mengeluarkan 2 hingga 3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500.

Dan lebih menarik lagi.. korang sila lihat dan baca apa yang tertera pada image di bawah ini..


Kata Pengerusi Eksekutif DMD Mobile Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.

Oooo...  Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr. Mohammed M.Daud....

Siapa agaknya dia yang begitu berani menceburi perniagaan yang pesaingnya terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang ternama?

Cuba lihat image di bawah...

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan rupanya dia..

21 Februari 2012 Pelancaran produk keluaran syarikatnya  telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.. Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

28 September 2012 Najib  mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.

26 Disember 2012 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan dalam lamanwebnya bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat rebat RM200 itu sila lihat di ( SINI )

Adakah ini suratan, kebetulan atau hadiah untuk persaraan?

Kroni siapa agaknya dia ni?

Untung sungguh nasib dirinya.. bersara pun masih boleh buat duit lagi.. dari RM300Juta yang disediakan sebagai rebat untuk 1.3 Juta belia tu.. korang agak berapa peratus akan dihalakan kepada syarikatnya?

Itulah yang membezakan antara Kroni Pemimpin UMNO dan Pencacai Pemimpin UMNO..

Kroni walau dah bersara tak akan dibiar menyewa di flat100.. ops silap.. maksud aku di Flat yang disewakan dengan kadar RM100 sebulan untuk golongan miskin seperti yang ada di Ampang Jajar tu..

Pencacai walau berhujah bermati-matian mempertahankan pemimpin UMNO yang ada.. empat atau lima tahun sekali dapatlah sehelai kain batik atau kain pelikat, beras sekampit, susu dua atau tiga tin..


Al Ikram

Posted: 28 Dec 2012 09:12 AM PST

Al Ikram


HARAM BETOI AMENO BIKIN KECOH LAGI

Posted: 27 Dec 2012 03:12 PM PST

Roslan SMS Corner

Posted: 28 Dec 2012 07:38 AM PST

Roslan SMS Corner


Nama "ALLAH" : Jangan gaduh-gaduh (28/12/12)

Posted: 27 Dec 2012 06:45 PM PST


Isu ini telah lama reda, tidak lagi dibangkit atau dipolitkkan. Selalunya dalam kes seumpama ini masyrakat Malaysia khasnya orang politik tidak merasakan keuntungan dari menghangat-hangatkannya lantas ia dibiarkan hanyut begitu sahaja.
Tiba-tiba ia dibangkitkan kembali melalui perutusan resmi orang politik juga:

"For this reason, DAP urges the BN federal government to allow the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years," (perutusan Krismas SU Agung DAP: Lim Guan Eng)
Bagaimana penggunaan nama "Allah" oleh bukan Islam, khasnya masyarakat peganut Kristian boleh ditentang orang Islam di sini?

Memang nama "Allah" merupakan sebutan lazim dikalangan masyarakat Arab. Yang Islam pun sebut Allah, begitu juga yang Kristian malah yang Jahiliyah pun begitu, ribuan tahun dahulu. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, bagi yang berkesempatan menyaksikan "Christmas Mass" atau upacara sembahayang Krismas  di Baitul Muqadis (Bethelehem), yang disiarkan oleh CNN dan al Jazeera, akan mendapati paderi-paderi Arab di sana berkali-kali mengucapkan nama "Allah" malah upacara mereka pun dalam bahasa Arab.
Itu bagi masyarakat Arab yang menggunakan lidah Arab, tetapi masyarakat Malaysia bagaimana?

Di Semenanjung Malaysia, agama Kristian mula bertapak dengan kedatangan Portugis di Melaka, diikuti Belanda dan Inggeris. Catatan Munsyi Abdullah banyak menyebut darihal kerja-kerja mubaligh Kristian sehinggalah penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu. Tetapi tidak erbangkit dalam lipatan sejarah penggunaan nama "Allah" leh penganut Kristian di sini termasuklah dalam Bible.
Mungkin kerana di Semenanjung sasaran gereja adalah ke arah masyarakat Cina dan India, lantas isitlah "Lord" dan "God" lebih sesuai. Tiada (sebagaimana diakui gereja) usaha untuk menyebarkan agama ini dikalangan masyarakat Melayu kerana ianya dilarang undang-undang dan orang Melayu tidak mudah mahu menukar agama (kecuali kes tertentu).

Berlainan di Sabah dan Sarawak, yang masyarakat Kadazan, Iban, Murut dan lain-lain (melainkan suku yang beragama Islam) selain mengguna bahasa asal mereka, mereka juga biasa dengan bahasa Melayu. Kerana itu mungkin penyibaran agama ini di sana, berdasarkan kesesuaian setempat, meresakan perlu mengguna nama "Allah" kerana ia lebih sesuai, lantas gereja di sana menggunakan nama "Allah" termasuklah dalam Bible.
Berbalik kepada Semenanjung, tiada keperluan menggunakan nama "Allah" kerana "Allah" lebih difahami sebagai Tuhan orang Islam, orang Melayu, lalu ia tidak digunakan sehinggalah kebelakangan ini tiba-tiba muncul desakan. Mengapa?

Adakah kerana memartabatkan bahasa Melayu maka mereka merasakan lebih sesua "Lord" dan "God" ditukar kepada Allah atau mengapa?
Saya tidak berniat bersangka buruk kepada yang beragama Kristian, tetapi berdasarkan hujah di atas, dan sensitiviti masyarakt setempat, saya merasakan lebih baik "status quo" yang ada dibiarkan sahaja.  Membuat desakan seumapam ini hanya akan mengundang pergeseran dalam hubungan antara agama, dan ia tidak sihat buat rakyat dan Negara.

Kesimpulannya, biarlah rakan-rakan di Sabah dan Sarawak atas faktor sejarah menggunakannya, tetapi di sini, juga atas faktor yang sama, bairlah Tuhan kekal sebagai "Lord" dan "God" di dalam Bible dan gereja. Jangan gaduh-gaduh.

------------------------------------------------------------
(SELINGAN)

Saya teringat dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina di awal tahun 80an dahulu. Ketika itu Dr Ting Chiew Peh (sekarang Tan Sri dan bekas Menteri MCA) merupakan pensayarah di UKM, beliau bertanyakan Ustaz Harun Taib (sekarang YB Dato Ketua Dewan Ulamak PAS) berkenaan penggunaan Assalamualaikum. Beliau mohon penjelasan dan bertanya mengapa beliau sendiri tidak boleh menggunakan ucapan itu.
Ustaz Harun (dengan style biasanya) menjawab ungkapan itu adalah ungkapan Islam yang digunakan sesama Islam dan memuji Allah, Tuhan orang Islam. Kata beliau lagi kalau Dr Ting mahu puji Tuhan orang Islam, tak salah boleh guna……

Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur'an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa 'kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.' Kesimpulannya, bahawa Salam bererti, (i) Mengingat (dzikr) Allah SWT, (ii) Pengingat diri, (iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim, (iv) Doa yang istimewa, dan (v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa 'anda aman dari bahaya tangan dan lidahku'

KRAI Utara

Posted: 28 Dec 2012 07:31 AM PST

KRAI Utara


Oh! Artis: Petinju Vietnam Tercantik Yang Masih Berusia 15 Tahun...cantik wa cakap lu!

Posted: 27 Dec 2012 08:18 AM PST

Buat Cowok hati-hati bila bertemu dengan Gadis Cantik ini kerana boleh buat mata kamu tak berkedip plus Hidung Mimisan seperti di film-film. Tran Thi Kim Ngan nama Atlit Boxing Wanita bertubuh seksi asal Vietnam ini. Lahir pada tahun 1997, memiliki karier olahraga yang bagus meski umurnya masih sangat muda 15 tahun dan masih aktif bersekolah. Sebelum banting stir menjadi petinju Tran Thi Kim Ngan pernah memenangi  Kejuaraan Nasional ketika dia masih menjadi Atlit Renang dan Aerobik. Dalam setiap penampilan pertandingannya, Kim Ngan berhasil membuat jutaan lelaki di Vietnam terpukau oleh Kecantikan dan Keberingasannya ketika bertarung. Dan seluruh media Entertaiment di Vietnam akan menobatkannya sebagai Petinju Wanita Termuda dan Paling Cantik di Vietnam untuk 2013 nanti. Sahabat anehdankonyol.com, Berikut foto-fotonya selengkapnya : anehdankonyol

Pahang Daily Online

Posted: 28 Dec 2012 07:11 AM PST

Pahang Daily Online


Terkini: Foto Himpunan Oren Dari Ibu Pejabat FELDA

Posted: 28 Dec 2012 12:29 AM PST


.

Posted: 28 Dec 2012 03:42 AM PST

.


Meratah Rusa dan Landak Di Lembah Bernam

Posted: 27 Dec 2012 04:35 PM PST

ARAH MULUT                                                                                                                 
 
Selepas saya poskan keenakan makanan eksotik yang disajikan sebuah restoran milik bumiputera di Sekinchan Selangor ramai yang menghubungi saya baik menerusi Facebook atau email dan telefon bertanyakan restoran berkenaan. Masing-masing hendak tahu di mana lokasinya kerana ingin mencuba.

Restoran "Lembah Beranam" ringkas dan santai.
Sementara bagi mereka yang pernah sampai dan menikmati pelbagai jenis masakan eksotik; landak, rusa, burung, napuh, kijang atau sang kancil memberi maklum balas dengan memuji-muji akan keenakan sajian di restoran itu.

Mereka menyatakan kalau ingin merasai makanan eksotik tepat kalau ke restoran berkenaan, Restoran Lembah Bernam yang menyajikan selera sejati Haji Jaafar dan Hajjah Sarah pengasasnya.

Kelmarin saya mengunjungi sekali lagi bersama tiga orang rakan untuk menikmati hidangannya. Kunjungan kedua itu di samping ingin makan sebenarnya saya inginkan kepastikan mengenai status restoran berkenaan apakah ianya mempunyai lesen untuk menjual dagaing haiwan berkenaan atau tidak kerana sesetengahnya adalah haiwan yang dikawal dan ada juga yang mempertikaikan kewajaran memakanan haiwan berkenaan.

Ikan puyu, rusa kari, landak goreng basah dan ulaman.
Ternyata restoran Lembah Bernam itu mempunyai lesen dan tidak menjual barangan "tidak halal" maksudnya dari segi undang-undang.

Kalau dari Kuala Lumpur untuk ke sana agak jauh. Namun kerana nasfu, kata orang, jarak tidak menjadi halangan dan yang penting makanan diburukan sedap dan puas. Walaupun perjalanan memakan masa satu jam suku tetapi berbaloi. Tentunya perjalanan tidak membosankan kerana sepanjang perjalanan ke Skinchan melalui Tanjung Karang dapat menikmati pemandangan semulajadi sawah pagi.

Saya sengaja bawa tiga orang kawan untuk menguji citarasa. Saya tidak mahu ianya sedap dan enak dari ukuran saya seorang. Ternyata ketiga-tiga kawan saya memuji akan kelazatan dan kenakan makan yang dihidangkan dan bercadang untuk membawa keluarga masing-masing. Sewaktu kami tiba hari itu, restoran itu penuh dengan pelanggan terdiri dari pegawai kerajaan. Justeru seeloknya kalau ingin menjamu selera di waktu pejabat rihat, telefon dulu untuk membuat tempahan.

Selain dari menyediakan rusa, landak dan lain-lain restoran itu juga turut sama menyediakan makanan ala kampung. Ayam kampung goreng berempah, ikan puyu, sepat dan juga udang galah serta pelbagai jenis ulam-ulaman. Keunikan segala macam goreng-gorengan itu ialah rempah yang dicipta restoran berkenaan. Manakala keenakan udang galah dari rumuan restoran berkenaan belum sauya rasa di mana-mana tempat di dunia ini kecuali semasa di Zaghreb.

Kami berempat sapu sampai licin.
Sedikit sejarah restoran berkenaan, ia adalah kepunyaan suami isteri Haji Jaafar dan Hajjah Sarah. Resipi yang terdapat disitu disediakan oleh mereka. Bagaimana Haji Jaafar telah tiada lagi, restoran itu dijagauruskan oleh anaknya dikenali dengan Mat.

Selain di Sekinchan terdapat satu lagi cawangan di Beranam, di mana cawangan itu dijagaurus oleh abang Mat.

Restoran ini ringkas saja, ia terbuka dan santai. Mejamu selera di sini seperti berada di atas rumah sendiri. Sambil makan dapat pula menikmati sawah padi yang terbentang luas. Sesekali angin yang datang dari tengah sawah merembah masuk ke restoran. Suasana asli kampung masih dapat dirasai di sekeliling restoran berkenaan. Sebenarnya suasana dan keadaanya semulajadi itulah yang menambahkan kenakan dan kesedapan.

Untuk ke restoran berkenaan agak sulit sedikit tetap tidak payah sangat. Dari Kuala Lumpur harus melalui Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Dari jalan Sekinchan akan memasuki melalui Taliair 8 atau 9. Lokasinya terletak di sebelah kanan dari arah Tanjung Karang ke Sabak Bernam. Alamat penuh seperti mana dicatat di kad peniagaan; Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan Selangor.

Bagi sesiapa berminat disini saya sertakan nombor telefon 019-2133665 atau 0172858603.  Ohya kalau untuk menambahkan lagi keasyikan makan di restoran berkenaan ajaklah saya sekali. [wm.kl.8:33 am 28/12/12]

Khairy Ada Hutang Dengan Bank Pertanian?

Posted: 27 Dec 2012 05:59 AM PST

KENYATAAN                                                                                                                   

Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.

Khairy: Ada hutang?
Dakwaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang diemailkan kepada saya sekejap tadi.

MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.

Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.

Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian?

 
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. 


Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. 
Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? 
 
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.

Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.

che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

[wm.kl.9:59 pm 27/12/12]

Era Pasca

Posted: 28 Dec 2012 03:26 AM PST

Era Pasca


Gempar! Video Pengganas MCA Serang Pemimpin DAP Kini Tersebar!!

Posted: 27 Dec 2012 06:30 PM PST

Kuala Lumpur -  @tiewnama
kelmarin dulu malaysia di kejutkan dengan tidakkan ganas ala samseng oleh ahli umno 
yang memakai baju Barisan Nasional menyerang, memecahkan cermin dan memecahkan 
kepala rakyat malaysia dalam jelajah oren di negeri sembilan dan pahang.

kini sebuah video ekslusif memaparkan adengan ganas dan tindakan zalim pula 
di lakukan oleh MCA terhadap ahli ahli DAP. tindakan ini serupa modus 
operandinya dengan mencetuskan provokasi dan memukul serta membelasah 
siapa saja yang tidak menyokong Barisan Nasional.

kini sudah terbukti bahawa parti Barisan Nasional memang mengamalkan politik ganas
dan zalim sehingga sanggup membunuh rakyat malaysia kerana kuasa dan harta,
pergaduhan tercetus bilamana MCA sering melakukan cabaran hingga menimbulkan
ketegangan,

Ubah sekarang Selamatkan Malaysia #TumbangBN Malaysia Sejahtera!
saksikan video ganas 18PL ini.



COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Jawapan TGNA terhadap amanat TGHA. [Macai wajib baca!!]

Posted: 27 Dec 2012 12:47 PM PST

#KL112 #TumbangBN
Mohon rakan2 sebar jawapan TGNA ini.

Semalam di Rantau Panjang, saya masih ditanya oleh wartawan tentang Amanat Haji Hadi. Saya ingin ulangi permintaan saya agar Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi tidak menarik balik apa yang disebut sebagai amanatnya itu. Tidak ada keperluan untuk tarik balik. Jika tidak benar isi kandungan ucapan itu, panggil beliau dan minta untuk berikan penjelasan.

Malangnya saya melihat media massa pro UMNO/BN ini tidak berminat ke arah menyelesaikan polemik dengan berbincang. Saya mendesak agar diadakan satu perbincangan terbuka. Jangan hanya pandai bertumbuk seorang diri di dalam gelanggang. Saya anggap media seperti ini ialah media penakut.

::::TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT::::
COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Pecah Berita! Kalendar Baru 2013 Dari MCA Hina Al Quran & Islam!!

Posted: 27 Dec 2012 05:26 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
mca adalah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang mana ahli ahlinya terdiri 
daripada kaum Bangsawan cina yang sama sama merompak harta rakyat selama ini,

sebuah kalendar baru yang di cetak dan tertera untuk tahun hadapan iaitu tahun 2013 
dengan jelas telah menghina Islam, Al Quran dan sifat sifat beragama. MCA semakin 
hari semakin tidak menentu perilaku mereka kerana mereka sudah mengetahu bahawa 
kaum cina tidak lagi memihak kepada parti rasis dan parti yang suka menghina agama.

seperti biasa persatuan persatuan NGO yang tunduk dan bekerja kepada kerajaan 
Barisan Nasional seperti NGO Perkasa, Jati, fathul bari, mashitah dan sebagainya 
tidak akan berani bersuara kerana umum tahu raja sebenar dan paling dominan dalam 
Barisan Nasional adalah MCA atau Chua Soi Lek,

kerana apa UMNO begitu takut kepada MCA? kerana MCA adalah menyumbang 
dana terbesar untuk pilihanraya umum ke 13 nanti, tanpa MCA maka kewangan 
Barisan Nasional akan terjejas teruk dan tidak mampu lagi memenangi pru13,

oleh itu umno dan barisan kepimpinan 'islam' mereka termasuklah mufti ulama dan 
ahli kitab umno terpaksa menjual agama demi kemenangan kuasa, 

by @tiewnama - MCA + UMNO = BABI NEGARA (BN) kahkahkahkah  

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

10 Sebab Belanjawan Selangor 2013

Posted: 27 Dec 2012 04:20 AM PST



Sinopsis: Kerajaan Selangor dengan konsisten berjaya membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan anda?

10 sebab mengapa ia bijak untuk menyokong belanjawan berimbang kerajaan Selangor.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

labun KulupSakah...

Posted: 28 Dec 2012 03:15 AM PST

labun KulupSakah...


lagi pemanas menuju #KL112

Posted: 27 Dec 2012 06:09 PM PST

http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/
berkhemah sambil membaca Negaraku

Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk 'Negaraku' karya kartunis Ronasina. Dengan bertemakan 'koleksi kartun satira rakyat', buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani. Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.
"Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang. Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya." ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com.
Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa. Setebal 96 muka surat, buku ini juga turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk 'Hikayat Penyakit Kuning' dan 'Kak Ijat Kampung Lembah' yang menceritakan seorang wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu ternakannya.
Menurut kartunis Ronasina lagi, "Sedikit perbezaan berbanding buku kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka surat bertajuk 'Suatu Hari di Lebuhraya' mengisahkan tiga lelaki upahan sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan batu, cat merah dan kayu. Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi mengekalkan kuasa."
Kartunis Ronasina, 39 tahun yang juga aktif dengan persembahan pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee  dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain. Wajah ketua penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan. Selain itu ada juga lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi. Ada juga lukisan aktres Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia. Pendek kata, buku koleksi kartunNegaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif.
Buku terbitan Anak Kunci Production yang berharga RM25.00 ini boleh dipesan melalui


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/21/pelancaran-buku-koleksi-kartun-satira-rakyat/

MiLo SuaM

Posted: 28 Dec 2012 01:07 AM PST

MiLo SuaM


Anak Tun Mahathir, Mokhzani kini manusia ke 14 terkaya di Malaysia

Posted: 27 Dec 2012 10:13 PM PST

ANAK Tun Mahathir, Mokhzani Mahathir terus mengaut kekayaan dan kini semakin mengukuhkan hartanya apabila dilaporkan meningkat satu lagi anak tangga menjadi manusia ke #14 paling kaya di Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh laporan portal berpengaruh Forbes yang mendedahkan kekayaan anak bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini berjumlah $685 Million (RM2.1 Bilion).



Sumber kekayaan Mokhzani Mahathir, 51 dilaporkan oleh Forbes, bersumberkan daripada perusahaan minyak dan gas. Sebelum ini beliau dilaporkan menduduki tangga ke #15 sebagai manusia paling kaya di Malaysia ~ Kritis Online

Inilah faktor besar mengapa Tun Mahathir paling takut jika Barisan Nasional tewas pada pilihanraya umum yang akan datang. Beliau sudah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selama ini untuk mengayakan anak beranaknya.

Sebuk dengan slogan "Hidup Melayu!", "Hidup Umno!" ke hulu ke hilir, yang hidup bukan orang melayu tapi anak-anak Mahathir. Amalan nepotisme mengayakan anak beranak ini sudah lama diamalkan oleh pimpinan Barisan Nasional terutama Umno.

Kalau anda sahabat pembaca yang gua hormati masih tak nampak semua ini, sila celup kepala anda di dalam longkang dan pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara mintak "resign" jadi manusia kah kah kah...

ReJaM© "Seronok tak kena tipu dengan anak beranak Mahathir? "

Borang Permohonan ahli Umno penuh dengan kesalahan ejaan

Posted: 27 Dec 2012 03:32 PM PST

BORANG permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno ini dikongsikan oleh sahabat pembaca MiLo SuaM. Menurut pengirim, beliau menerima borang ini daripada jirannya.

Borang ini kalau dilihat merupakan borang rasmi permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno. Namun apa yang peliknya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut.

Pengirim sudah siap membulatkan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah dan anda nilailah sendiri.




Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.

Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...

Apa nak dihairankan, nama parti perjuangkan Melayu kononnya, tapi nama parti pun Bahasa Inggeris.



ReJaM© "Pejuang Melayu tapi Bahasa Melayu tunggang langgang kah kah kah... "

Blog-list Malaysia

Posted: 28 Dec 2012 01:03 AM PST

Blog-list Malaysia


TERKINI - 2,000 sudah berhimpun di Wisma Felda

Posted: 27 Dec 2012 11:41 PM PST

KUALA LUMPUR: 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.


(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)


Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.

2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap

"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.


2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.


'Kita minta permit dia kasi tayar' - Anwar ‘tabik’ pemandu teksi

Posted: 27 Dec 2012 10:20 PM PST

Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).


"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.


Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi

Posted: 27 Dec 2012 07:34 PM PST

KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.


"Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang)," katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

"Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.

"Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya," katanya. - SinarHarian


Patut la puak Umno bodoh-bodoh belaka...

Posted: 27 Dec 2012 05:04 PM PST

BORANG permohonan untuk menjadi ahli Umno mempunyai banyak kesalahan ejaan.. terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut. Kesalahan yang nampak amat bodoh sekali bagi parti yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu..




Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.

Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...

Sumber - MiloSuam


Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah

Posted: 27 Dec 2012 04:31 PM PST

PETALING JAYA, 28 Dis – Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.


Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

"Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

"Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan."

Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

"Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

"Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

"Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara.


Menangis Bertemu Tok Guru Nik Aziz

Posted: 27 Dec 2012 07:36 AM PST

Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.


"Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

"Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

"Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

"Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini.



Debat ‘Amanat Hadi’ cerita lama

Posted: 27 Dec 2012 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS sama sekali menolak sebarang perbincangan mahu pun debat berkaitan 'Amanat Haji Hadi' kerana menganggap ianya satu isu lama sejak 30 tahun lalu yang sengaja ditimbulkan semula Umno.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.


Bertajuk 'Umno Kata PAS Kata Umno Kafir', tempat dan masa sudah pun ditetapkan termasuk barisan pendebat daripada Umno dan PAS.

"PAS pada ketika itu membariskan pendebat ulama' iaitu (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, Datuk) Harun Taib dan (Datuk) Nakhaei Ahmad (kini menjadi ulama Umno) manakala Umno antaranya diwakili (Datuk) Ibrahim Azmi dan (Datuk) Dasuki Ahmad.

"Malah Umno pada ketika itu pernah buat raptai debat," katanya.

Namun menurut Mahfuz, debat dibatalkan pada saat akhir apabila wujud campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam satu keputusan Majlis Raja-Raja (MRR) apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan pembatalannya di kaca televisyen.

"Ini kena tanya Majlis Raja-Raja pasal apa boleh batal…Penyimpan Mohor umum dalam tv debat dibatalkan," katanya.

Meramalkan tidak akan wujud jalan persefahaman mengenai isu ini, Mahfuz berkata sejarah sudah membuktikan usaha untuk mengadakannya adalah sia-sia.

Sebelum ini beberapa tokoh agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mengatakan Umno sebagai kafir.

Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mencadangkan supaya satu pertemuan antara Hadi dan ulama lain perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Kelab Greenboc

Posted: 28 Dec 2012 01:02 AM PST

Kelab Greenboc


Musa Hassan Dedah lagi: Jenayah Meningkat Sebab Hubungan Kongsi Gelap Dgn "Orang Atas"

Posted: 28 Dec 2012 12:25 AM PST

Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

"Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

"Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan.

" Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

"Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

"Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

"Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. -TMI

MCA Terdesak, Keluarkan Kalendar Hina Hudud! Mana UMNO, PERKASA, PEKIDA & JATI?

Posted: 27 Dec 2012 10:16 PM PST


KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!!

PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!!

Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka.

Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.

Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah.

Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.

Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadihkan MCA RM30juta.

Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula???????

MCA TERDESAK ATAU UMNO YANG NAZAK? -omakkau

[BONGKAR]: Rosmah Mansor Ada Telefon Deepak Untuk Bincang Tarik Semula Akuan Sumpah I

Posted: 27 Dec 2012 06:35 PM PST


Kuala Lumpur 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.

"Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.


Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.

"Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab.

Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara," katanya. - KD

Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong

KUALA LUMPUR: PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.

"Kita memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.

"Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Mahfuz berkata pendedahan Deepak itu merupakan satu pendedahan yang bukan sahaja menyentuh maruah perdana menteri, dan keluarga, sebaliknya turut menyentuh maruah negara dan Yang Dipertuan Agong itu sendiri.

Mana siasatan

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa tiada sebarang respons atau siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan Deepak walaupun banyak pihak mendesak untuk melakukannya (siasatan).

"Saya hairan mengapa di saat kita dikatakan memiliki anggota polis yang cekap, SPRM yang telus, peguam negara yang hebat, dalam hal Deepak ini mereka ini seolah-olahnya telah 'disemadikan'.

"Saya tidak kata apa yang didedahkan Deepak itu benar atau tidak. Sebaliknya ia perlu disiasat segera memandangkan ia bukan satu perkara kecil," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz meminta Deepak membuktikan hubungan rapat yang didakwanya bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pengetahuan umum.

Katanya, Deepak boleh mendedahkan nombor telefon Najib, mahupun Rosmah kepada umum dan pihak polis agar disiasat segera.

"Deepak mengakui dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, Rosmah. Boleh telefon bila-bila masa.

Jadi, saya minta Deepak buktikan dengan memberi nombor telefon kepada mereka kepada polis dan kemudiannya meminta syarikat telekomunikasi mendapatkan rekod perbualan antara mereka selama ini," tegas Mahfuz lagi.

Deepak, sebelum ini membuat pendedahan kepada media alternatif mengaitkan penglibatan Najib, Rosmah dan adik Najib berkaitan akaun bersumpah kedua penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.
-HD




[EDISI MALAM JUMAAT] 12 Tips Malam Pertama Dalam Islam

Posted: 27 Dec 2012 03:45 PM PST


Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,

” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.... -iluvislam

[VIDEO] Selepas UMNO, MCA Pula Berlagak Samseng, Serang Majlis DAP

Posted: 27 Dec 2012 06:59 AM PST

Sesi tinjauan DAP di Bentong dicemari pergelutan kecil

Sesi tinjauan DAP Pahang di Kampung Baru Manchis, Bentong semalam telah dicemari oleh pergelutan kecil apabila kumpulan itu bertembung dengan sekumpulan ahli MCA.

Ahli MCA, Lee Shu Hwa pergi menemui kumpulan yang diketuai pengerusi DAP Negri Sembilan, Anthony Loke DAP, dengan membawa keratan akhbar yang menyiarkan isu-isu yang membabitkan kawasan parlimen Rasah.

Shu Hwa menuntut penjelasan Loke mengenai rancangan ahli parlimen DAP itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu tertunggak di kawasan Parlimen Rasah yang diwakilinya.

Apabila Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah cuba campurtangan, abang Shu Hwa - Ah Kaw yang merupakan ketua MCA Kampung Manchis - didakwa mula bertindak kasar.

Satu klip video insiden yang dimuat naik oleh penyokong DAP memaparkan Ah Kaw menarik lengan baju Leong dari belakang.

Satu pergelutan pendek tercetus apabila ketua DAP Bentong, Ching See Tai cuba menghalang Ah Kaw. Shu Hwa bertindak balas dengan menolak Ching.


Ketika Dihubungi petang semalam, Ah Kaw menafikan dakwaan pemimpin DAP bahawa adiknya Shu Hwa cuba menolak Ching ke tanah dan telah merosakkan mikrofon DAP.

Katanya, beliau mempunyai bukti fotografi untuk menyokong dakwaannya.

Ulasan GB

Ini semua kes-kes terdesak.... terdesak sangat apabila mendapati kekuasaan BN berada di penghujung jalan dan usia.

Rebat RM200 Telefon Untuk Tolong Syarikat Kroni, Bukan Anak Muda

Posted: 27 Dec 2012 04:49 AM PST

Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

"Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.

Pasti banyak untung daripada rebat ini.

"Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500," kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.

"Syaratnya tidak ikhlas.

Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda," katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih 'pintar' dengan melebar saluran internet percuma.

"Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan," katanya. -KD

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

* SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:

* Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
* Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
* Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
* Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
* Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.
-mk

MIMPI SENJA

Posted: 27 Dec 2012 11:34 PM PST

MIMPI SENJA


Tidak mustahil Mahathir punya kekayaan AS$44 billion - DSAI

Posted: 27 Dec 2012 06:40 PM PST


Anwar gugurkan BOM: Ada kemungkinan besar Dr M memiliki kekayaan sejumlah AS $44 BILLION
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua terkaya di dunia.
"Ya, ia bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.
Beliau mengulas laporan Malaysia Chronicle baru-baru ini yang merujuk halaman Wikipedia yang menunjukkan senarai pemimpin terkaya dan bekas pemimpin terkaya di dunia dan jumlah kekayaan yang mereka miliki. KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?
Laman Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Mr 10%?
Sekarang, Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar penduduk Malaysia.
Pengkritik, juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu hijau.
Malah, kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan kepentingan di Aircel.
Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram
Spekulasi kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF.
GFI melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram' telah disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas China pada tahun 2010.
Bagi tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion.
Dalam laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa negara Asia".
Rompakan Terbesar
Anwar juga "tidak yakin" bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berminat untuk menyiasat laporan GFI atau tampil dengan pelan tindakan bagi menghentikan pengaliran wang keluar secara haram.
Beliau telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian
"Dia (Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah menyekat penyiasatan, "kata Anwar.
"Kita bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 dekad.

Khairy, hutang Bank Pertanian bila hang nak bayar??

Posted: 27 Dec 2012 08:57 AM PST


kjs
Kenyataan Umum
28 Disember 2012
MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).
Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.
Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh – sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

30 ribu peneroka dijangka 'serang' Ibu Pejabat FELDA Jln Semarak esok

Posted: 27 Dec 2012 08:22 AM PST


KUALA LUMPUR, 27 Dis — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah.
Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan.
Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema "Selamatkan Felda" akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman.
ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka.
AGM yang dijadualkan hari ini telah ditunda oleh Mahkamah Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu notis pada 24 Disember dan telahpun di muat naik ke laman web KPF.
Mazlan yang menentang pelantikan Isa, sebelum ini berkata perhimpunan itu perlu untuk menyelamatkan FELDA daripda "konspirasi pihak atasan" yang merancang untuk mengurangkan kuasa KPF, dan peneroka - pemegang saham dalam syarikat minyak kelapa sawit – tersebut.
ANAK dan beberapa pengkritik FGVH turut menuduh FGVH menjual komoditi tersebut kepada Israel melalui sebuah syarikat Singapura, yang kemudiannya dinafikan mereka.
Saham FGVH terus menjunam selepas berada pada paras RM5.30 ketika disenaraikan pada 28 Jun.
Broker berkata, FGVH menerima manfaat daripada kadar yang besar, dijangka menjadi komponen penanda aras dalam indeks FBM KLCI, bersama dengan halangan daripada pembeli utama menjual lot mereka dalam tempoh enam bulan daripada penyenaraian.

Pegawai Khas Ahmad Maslan nak jumpa Agong, rumahnya disimbah cat merah ... hahahaha, ... agak hampa Agong nak layan tak?

Posted: 27 Dec 2012 02:20 AM PST


Rumah pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan disimbah cat merah pada pagi Selasa lalu.

NONEPegawai tersebut, Ab Halim Tuah Rahmat perkara itu disedari jirannya kerana beliau bersama keluarga berada di Melaka ketika kejadian itu.

Menurut Ab Halim, cat tersebut disimbah di bahagian pintu depan rumahnya serta di bahagian tepi rumah, yang NONEturut terkena rumah jirannya kerana ia merupakan rumah jenis 'town house'


"Pada hari Jumaat sehingga Selasa saya ke Melaka bersama keluarga kerana ada kursus.

"Saya mendapat mesej daripada jiran saya pada jam 8 pagi hari Selasa yang beritahu rumah saya disimbah cat.

"Tetapi saya baru buka mesej itu pada jam 4 petang. Bila saya balik, memang rumah disimbah cat merah dan saya terus membuat laporan polis," katanya.

Ab Halim berkata demikian pada sidang media yang dibuat diperkarangan rumahnya di Seksyen 5, Wangsa Maju. Beliau baru berpindah ke kawasan perumahan tersebut pada awal November lalu.
Ditanya mengenai kemungkinan punca kejadian tersebut, Ab Halim yang juga merupakan pegawai penerangan Umno berkata sebelum ini, beliau membuat dua laporan polis terhadap penceramah di surau yang terletak di hadapan rumahnya.

Menurutnya, beliau membuat laporan polis terhadap penceramah tersebut kerana mendakwa menyampaikan kuliah maghrib di surau berkenaan pada 15 November dan 20 Disember lalu yang menyentuh beberapa isu berhubung pemimpin negara.

"Saya jarang berada di rumah. Bila berkesempatan saya pergi ke surau. Pada 15 November lalu, masa tengah kuliah selepas maghrib, ada seorang penceramah yang berceramah dan sebut nama pemimpin seperti Najib, Rosmah.

"Masa saya tegur saya sebut jangan sebut nama Najib, Rosmah tapi sebutlah juga pemimpin lain macam  Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Khalid Ibrahim. Cakaplah pasal semua. Jangan cakap mengenai sebelah pihak sahaja," katanya.

Ab Halim berkata, pada Khamis lalu (20 Disember), penceramah itu datang lagi untuk beri kuliah maghrib dan kali ini beliau mendakwa, penceramah itu menyentuh tentang bapa Yang di-Pertuan Agong.
"Saya terus tegur dan berlaku juga tikam lidah antara saya dengan pengerusi surau itu," katanya.

NONEAb Halim mendakwa, setelah bertanya kepada orang ramai, penceramah yang dipanggil "ustaz" itu bukan seorang ustaz tetapi merupakan bekas tentara dan polis.

"Orang ini bukan ustaz tapi bekas polis dan tentera dan diangkat oleh pembangkang menjadi ustaz," katanya lagi.

Sehubungan itu, Ab Halim berkata, beliau tidak akan membersihkan kesan cat tersebut dan memberi masa selama tujuh hari supaya individu yang melakukan perkara tersebut tampil meminta maaf.

Beliau juga berkata, selepas tujuh hari jika tiada individu yang tampil, beliau bersama NGO pro Melayu, PERKASA bersama Persatuan Silat Gayung Malaysia akan membawa perkara itu kepada Yang di-Petuan Agong.

"Kalau tak tampil, saya akan biar cat sehingga menghadap Yang di-Petuan Agong.

"Sebelum itu saya mohon polis dan pihak JAWI segera siasat supaya dapat dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Mai tengok .... ARTIS Sayang Islam vs Artis Sayang UMporNO

Posted: 27 Dec 2012 01:01 AM PST