Isnin, 9 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Jun 2014 11:37 AM PDT

PEJUANG BANGSA


POLIS DEDAHKAN LAPORAN MALAYSIAKINI MENIPU KEMATIAN LELAKI INDIA DALAM TAHANAN

Posted: 08 Jun 2014 06:04 PM PDT


Kantoi lagi menipu media kuat fitnah ... memang patut pun Najib saman . 

Malaysiakini lapor lelaki India yang mati itu disyaki menagih dadah tetapi Timbalan OCPD POLIS SPT dedahkan  suspek  ditahan oleh pengawal keselamatan kilang kerana mencuri besi.

Perbezaan fakta yang jauh menyimpang sekali !!!!

Apakah wartawan Malaysiakini ini kerjanya melaporkan berita atau memutar belitkan fakta? 

Jika tidak kerana penjelasan POLIS  yang pantas mendedahkan perkara sebenar  , sudah tentu ramai yang akan percaya dakwaan di artikel Malaysiakini ini yang mengaitkan kematian pencuri  berbangsa  India ini ketika dalam tahanan polis .

Sepatutnya Polis saman je Malaysiakini ni sepertimana PM ...

Kita tunggu apa kata lawyer PR ................





Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam, ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai, pada 2 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Baharom Abu berkata, sebaliknya, SN Aginraj, 26, bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.




Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan.

"Ketika polis sampai, terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj. Aginraj bersama rakannya, N. Mohanraj, 31, kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya, Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Baharom berkata, pada 6 Jun lalu, Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000.

"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam, polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.

anakbukitgantang says

Posted: 09 Jun 2014 04:53 AM PDT

anakbukitgantang says


Brunei sahkan Cadbury bebas DNA Babi.

Posted: 08 Jun 2014 04:30 AM PDT



Para 3- keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains HALAL, Kementerian Perindustrian dan Sumber Sumber Utama, dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik Kementerian Kesihatan telah mendaoati TIADA DNA KHINZIR dikesan  pada kedua dua produk Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan produk produk coklat Cadbury lain yang diuji.




Surat pekeliling penuh dari Kerajaan Brunei Darul Salam




tunku

Posted: 09 Jun 2014 04:00 AM PDT

tunku


Ten amendments made to Johor housing Bill

Posted: 09 Jun 2014 02:19 AM PDT

A total of 10 amendments were made to the Johor Housing and Real Property Board Bill 2014 during the tabling of the Bill here Monday.

Among the changes read out by the state Local Government and Housing exco Datuk Abdul Latif Bandi included a provision that the Sultan is to act on the advice of the Mentri Besar.

During his speech at the state assembly seating here on Monday, Abdul Latif added that other clauses in the Bill, which mentioned the Johor Ruler would be changed to "state authorities".

Ohpolitik!™

Posted: 09 Jun 2014 03:52 AM PDT

Ohpolitik!™


Wow! Kerajaan DAP Pulau Pinang Laksana Cukai Katil Terhadap Pelancong Yang Bermalam di Pulau Pinang?

Posted: 08 Jun 2014 10:52 PM PDT

 

Pelaksanaan cukai katil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pelancong yang bermalam di hotel di negeri ini, disifatkan bukan saja tidak relevan, malah langsung tidak rasional.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak, berkata kerajaan negeri sepatutnya menjelaskan terlebih dulu mekanisme kutipan cukai itu supaya ia telus dan difahami rakyat sebelum mula menguatkuasakannya 1 Jun lalu. "Rakyat perlu tahu kerana rakyat yang memberi mandat dan memilih kerajaan negeri.

Jangan sesekali menjadikan rakyat sebagai liabiliti atau batu loncatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Rahmad berkata, pihaknya tidak dapat menilai sejauh mana rasional dan relevan dasar cukai baharu itu, malah menyifatkannya sebagai satu bentuk paksaan kepada pengusaha hotel.

"Sudah tentu semua pengusaha hotel terpaksa akur kerana bimbang lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh pihak berkuasa tempatan jika ingkar.

"Apa yang lebih membimbangkan ialah cukai katil mungkin disusuli pelbagai cukai baharu lain yang boleh membebankan rakyat pada masa akan datang.

TOLAK GST SEBAB NAK LAKSANA CUKAI KATIL?

Ibu Dyana Sofya Merungut Surat Tunjuk Sebab Dari UMNO Masih Belum Diterimanya! @TengkuAdnanReal @NajibRazak

Posted: 08 Jun 2014 09:05 PM PDT



Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kecewa kerana sehingga kini masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Umno.

Menurut Yammy, beliau teruja untuk melihat surat berkenaan sebelum memutuskan sama ada mahu menjawabnya ataupun tidak.

"Memanglah saya tunggu sangat surat itu, nak tahu apa butirannya. Tapi malangnya sampai hari ini saya belum terima lagi.

"Rugilah saya kerana masa yang diberikan untuk menjawab surat itu makin suntuk," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN).

Ahli veteran Umno itu diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan.

Mengulas lanjut, Yammy mempersoalkan kelewatan pengurusan Umno mengendalikan kes berkenaan, selain mendakwa partinya itu cuba menafikan haknya sebagai ahli untuk membela diri.

"Mustahil Umno gagal cari saya untuk beri surat itu. Bukannya mereka tak kenal siapa saya. Kalau serah kepada Pejabat Umno Perak atau pejabat bahagian pun pastinya akan sampai kepada saya.

"Malah Ketua Cawangan saya, Idris Samat adalah abang kandung saya sendiri...bertambah mustahil surat itu tak boleh sampai," katanya.

Yammy merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Tawas Tambahan dalam Bahagian Ipoh Barat.

Sementara itu Pejabat Umno Perak ketika dihubungi turut gagal memberi sebarang maklumat mengenai status surat tunjuk sebab yang perlu dijawab Yammy selewat-lewatnya pada 17 Jun ini.

Mah, Anak Karpal Singh Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen #DewanRakyat #ParlimenMalaysia

Posted: 08 Jun 2014 09:00 PM PDT



Datuk Mah Siew Keong dan Ramkarpal Singh mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

Berpakaian sut hitam, mereka mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

Dewan Rakyat senyap seketika bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Selain itu, penghormatan turut diberikan kepada Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Seah Long Peng (Ahli Parlimen Tekul Intan)  yang masing-masing meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan penyakit kanser.

Ramkarpal mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.

Kiandeee turut mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, bukannya 31 Oktober.

Mesyuarat kedua akan diadakan pada Isnin dan dijadualkan berakhir pada 19 Jun ini.

Mesyuarat ketiga pula akan berlangsung pada 7 Oktober hingga 27 November ini.

Ramkarpal dari DAP mempertahankan kerusi bapanya, Karpal Singh di Bukit Gelugor dengan memperoleh majoriti 37,659 undi pada 25 Mei lalu.

Mah dari Gerakan, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan  selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud dengan majoriti tipis, 238 undi pada 31 Mei lalu.

bumiyang

Posted: 09 Jun 2014 03:50 AM PDT

bumiyang


Senarai 10 Lelaki Terkaya di Malaysia - Apa Lagi DAP Mahu???

Posted: 09 Jun 2014 12:51 AM PDT

Aspirasi Bangsa

Posted: 09 Jun 2014 01:57 AM PDT

Aspirasi Bangsa


PAS umpama "mati pucuk"

Posted: 08 Jun 2014 11:57 PM PDT

RUU Perumahan : Rakyat sentiasa keutamaan kerajaan Negeri Johor : MB Khaled Nordin

Posted: 08 Jun 2014 08:22 PM PDT

oyabun

Posted: 09 Jun 2014 12:14 AM PDT

oyabun


Ahli keluarga lancar dana cari MH370?

Posted: 08 Jun 2014 08:39 AM PDT


Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari beberapa buah negara, bakal melancarkan kempen kutipan dana untuk mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi memulakan satu lagi siasatan baharu berhubung kehilangan pesawat itu sejak Mac lalu.

Menurut laporan USA Today, sebanyak AS$3 juta (RM9.6 juta) daripada kutipan itu akan diperuntukkan sebagai ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting tentang kehilangan MH370.

Bakinya iaitu sejumlah AS$2 juta (RM6.4 juta) lagi bakal digunakan bagi membiayai pasukan penyiasat peribadi bagi memeriksa petunjuk baharu berkaitan insiden tersebut.

Kempen yang digelar sebagai Reward MH370: The Search for the Truth itu akan secara rasmi dilancarkan Isnin ini menerusi laman web pembiayaan ramai, Indiegogo yang sebelum ini tidak membenarkan kutipan dana bagi tujuan ganjaran.

Menerusi kempen itu, mereka mensasarkan kutipan minimum sebanyak RM16 juta.

Kempen itu bagaimanapun hanya membabitkan ahli keluarga penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Perancis, India dan New Zealand.

Ketika menjelaskan tentang langkah itu, Sarah Bajc yang kehilangan teman lelakinya, Philip Wood berkata, agak penting untuk mempertimbangkan kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat tersebut setakat ini.

"Kami mengambil pertimbangan dengan cara kami sendiri. Tiada bukti boleh dipercayai yang mengatakan pesawat itu berada di sekitar Lautan Hindi. Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," kata Bajc kepada USA Today.

Walaupun Bajc mungkin tidak keseorangan dengan pendiriannya itu, kesemua dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak berkuasa yang mengendalikan usaha pencarian.

Ketika Bajc berharap dan percaya tentang pentingnya langkah alternatif dilaksanakan, dia turut memberi amaran kepada penderma bahawa walaupun sekiranya kempen itu dibiayai sepenuhnya, keputusan adalah tidak dijamin.

"Dana sebanyak RM6.4 juta bagi khidmat siasatan tidak akan bertahan lama. Pihak berkuasa bertanggungjawab membelanjakan lebih AS$100 juta (RM320 juta) dan mereka tidak mendapat apa pun.

Namun, kita tidak akan menggunakan pendekatan mencari dengan bot, sebaliknya menggunakan pendekatan perisikan manusia," tambah Bajc. - AGENSI

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 09 Jun 2014 12:12 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Hina Sangatkah Menjadi Anggota Polis...?

Posted: 08 Jun 2014 10:00 PM PDT


Baca keratan facebook di atas, hina sangatkah menjadi anggota polis? di samakan polis dengan anjing, biasanya orang cina yang mempunyai mentaliti sebergitu.

Adakah Fuad Membawa Suara Cina Yang Rakus Nakkan Tanah Di Johor...?

Posted: 08 Jun 2014 07:00 PM PDT

Pada aku apa pun alasan yang puad bagi, kerana beria-ia menyanggah usul yang membabitkan perkongsian kuasa antara DYMM Sultan Johor dengan kerajaan negeri, terus terang aku katakan fuad kurang cerdik.

Sebagai veteran politik, sepatutnya puad menghalusi dulu keputusan kerajaan negeri johor, sepatutnya fuad paham akan situasi itu, bukan dengan men-cadbury buta membalun sultan dan kerajaan negeri.

Benar seperti kenyataan pemuda umno johor yang menyifatkan Rang Undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) bertujuan mengawal hartanah negeri itu daripada terus dimiliki oleh lebih ramai warga asing.

Naib Ketuanya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rang undang-undang baharu itu yang akan dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini juga mempunyai kuasa untuk membeli kembali tanah orang Melayu yang telah menjadi milikan asing.

Adakah fuad sudah bertukar taukei sekarang ini...? kliksini


The Unspinners

Posted: 09 Jun 2014 12:04 AM PDT

The Unspinners


Berita Harian paper kondom pun bersuara! Jangan bantai Utusan saja!!!

Posted: 08 Jun 2014 11:30 PM PDT


Itu muka depannya


Content online di SINI

Kalau dah bantai Utusan, mereka-mereka tu silalah bantai Berita Harian.

Apa langsung pandangan Malaysiakini ada sedikit persamaan saja dah kata Utusan macam pembangkang? Kalau Malaysiakini kata tentang rasuah, apakah Utusan patut sokong rasuah???

Lebih baik lihat apa dilakukan Utusan dengan perspektif positif juga sebagaimana pihak yang mahukan pindaan dengan kuasa eksekutif Sultan minta dilihat dengan perspektif positif. 

Jika usaha dilakukan untuk menyerang Utusan hanya kerana perjuangan Utusan menegur perkara yang boleh memudaratkan Istana, ia bukanlah satu tindakan yang bijak.

Kalau lihat betul-betul, Utusan tidak siarkan projek-projek yang ada kaitan dengan Istana Johor. Nanti keadaan tentu susah jika Istana dilihat lebih buruk di mata rakyat

Sebagai sebuah media dengan rangkaian yang sudah lama terwujud, pastinya Utusan ada menerima banyak maklum balas dan ada senerai tersebut. 

Setakat ini rakyat yang menyokong apa yang dilakukan oleh Utusan dalam menjaga maruah Istana Johor dari tercemar.

Pada ketika media lain diam dalam hal Melayu dan Islam, Utusan yang lantang bersuara dengan berani hingga diserang dan disaman habis-habisan oleh pembangkang.

Sukalah pembangkang mereka-mereka yang turut berfikiran cetek serang Utusan yang merupakan media pembela agama bangsa dan tanahair yang terulung

LPKJ: Cara emosi berhujah sesama sendiri dengan serang peribadi dan Utusan tak matang

Posted: 08 Jun 2014 05:25 PM PDT

UNSPINNERS SOKONG UTUSAN

Isu cadangan enakmen untuk cadangan enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ini menimbulkan satu rasa hati yang kurang sedap bagi Unspinners.

Memanglah ada perbezaan pendapat. Pihak yang mencadang khususnya Menteri Besar dan exco tertentu punya pandangan dan hujah tersendiri. Pastinya pihak tak setuju ada pandangan dan hujah tersendiri.

Perbezaan pandangan dan hujah sepatutnya jadi rahmat. Maka ia hanya percambahan pemikiran yang mana semua pihak mahu lihat Institusi Raja dihormati dan dikekalkan serta konsep separation of power itu diikuti.

Kedua pihak melihat ianya mesti selari dengan Perlembagaan Persekutuan kerana akan terbatal mana rang undang-undang yang tidak konsisten dengan perlembagaan ... semangat dan kandungan serta exceptiion.

Ia hanya perlu dibawa oleh mana-mana pihak ke mahkamah perselutuan dan hakim penentu interpretasi undang-undang. Dibuatnya pihak kerajaan negeri berkeras mahukan juga cadangan tersebut dan jika akhirnya mahkamah persekutuan tolak, malu kerajaa UMNO Johor.

Dalam hal masing-masing ada pandangan dan hujah sendiri, Unspinners tak gemar betul lihat Utusan dan orang tertentu yang berlainan fikiran dilakukan serangan peribadi.

Kenapa hanya Utusan saja? Kenapa tidak NST, The Star dll media sekali?

Malah khabarnya ada orang pejabat MB pakai spy untuk intip perbincangan casual sesama penyokong UMNO dan bawa mulut tentang orang yang hanya cakap berjenaka. 

Habis itu ada orang tertentu dipanggil pegawai MB untuk didisiplinkan macam budak sekolah dipanggil guru besar.

Ianya seolah-olah menindas perbincangan dan percambahan minda.  

Hormati pandangan setiap pihak. Ini sudah abad ke 21 dan bukan lagi zaman nak tutup mulut semua orang. 

UMNO perlu bijak dan cekap dalam war of ideas.  Pihak MB menjawab dengan cuba menerangkan peranan LPHJ tapi isu yang hangat tapi tak tepat dijawab tertumpu kepada separation of power mengikut Perlembagaan.

Maka jika sesama kita pun kita tidak bijak dan gentlemen dalam berhujah, macam mana rakyat nak respek dan terima pandangan orang  UMNO bila berhujah???

Hanya nak kongsi pandangan seorang loyar akan implikasi jika diteruskan juga. Ini juga pandangan pakar undang-undang:

SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI BESAR JOHOR DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:0127931148)
Tarikh: 7hb Jun 2014

Kepada

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,

Asalamualaikum Saudara,

PER: RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.

2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).

3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-

(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;
(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.

5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!

7. Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata " Yes" sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.

8. Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.

9. Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara UMNO/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.

10. Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.

11. Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.

12. Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia? Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing?

13. Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara.

14. Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU (LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya.

15. Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti "dicampak pasir" apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor.

16. Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya.

Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.

Terima kasih.

Yang benar,
Hassan Karim

Adakah cyber JMF akan jawab dengan dibogelkan peribadi, urusniaga dan hutang piutang peguam tersebut tapi hujah yang dikemukan tidak dijelaskan balik?

Kalau peguam ini tak faham, bolehkah dia difahamkan jika begini cara penerangan????

Menurut MyKMU SINI, Ketua Pengarang dikambing hitamkan pada masa lepas. Zaman Transformasi dan kebebasan media ini bagamana pula? 

 

Belantan

Posted: 08 Jun 2014 11:30 PM PDT

Belantan


Apa lagi yang Samy Vellu mahu?

Posted: 08 Jun 2014 08:07 AM PDT

S. Samy Vellu, G.Palanivel

Ia merupakan vintaj Datuk Seri S. Samy Vellu kecuali kali ini, dia tidak mengkritik dan menentang pemimpin yang difikirkannya sebagai 'musuh' politiknya dalam MIC tetapi pengganti yang dipilihnya sendiri sebagai presiden parti.

Penyokong Datuk Seri G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu lebih 20 tahun sehingga beliau mengambil alih pimpinan parti pada 2010 apabila ahli politik veteran itu berhenti selepas 30 tahun menjadi presiden.

Ia merupakan kenyataan Samy Vellu yang di luar peraturan dan batas biasa yang menaikkan kemarahan penyokong Palanivel dengan sesetengahnya bertanya: "Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati".

Antara lain dalam temu bual itu, beliau mengecam Palanivel dan juga kesal kerana menentang bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri S. Subramaniam.

"Saya bawa seorang lelaki yang entah dari mana asalnya. Saya membentuknya; saya beri beliau keberanian, saya jadikannya seorang timbalan kerana pada masa itu kami bergaduh dengan Subramaniam.

"Sekarang saya sedar tiada sebab untuk berlawan (dengan Subramaniam). Saya perkenalkan dia (Palanivel) ke mana sahaja saya pergi di seluruh negara. Saya buat semua kerja dan menaikkan pangkatnya. Beliau menjadi presiden. Dari hari dia menjadi presiden, saya tidak mempunyai apaapa kaitan dengan MIC. Beliau tidak bercakap banyak dengan saya atau menelefon saya."

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau tidak menelefon Palanivel kerana dia kini adalah orang biasa.

Beliau terus mengungkit lagi dengan berkata: "Bagaimana saya boleh menghubungi orang yang sebegitu besar?".

Palanivel, merupakan rakan penulis ini selama lebih 10 tahun sebagai rakan editor di Bernama sehingga dia menjadi Setiausaha Akhbar, Samy Vellu pada 1987, enggan mengulas.

Tetapi anggota dalaman parti memberitahu Bernama dia amat kecewa berhubung "penghinaan paling pedih" dari bekas ketuanya sejak ia mengambil alih, beliau merupakan "operator berprofil rendah tetapi kuat dalam menggerakkan alasan" untuk mendapatkan semula sokongan kepada parti daripada anggota di peringkat akar umbi.

Mereka menyebut sebagai contoh Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan minggu lepas di mana Palanivel turun padang selama 13 hari menggerakkan undi kaum India dan membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampas semula kerusi Parlimen itu daripada DAP.

"Beliau sepatutnya tidak mengutuk presiden parti," kata seorang pegawai kanan MIC.

Gaya kepimpinan Palanivel begitu berbeza sekali dengan gaya Samy Vellu yang suka berkonfrontasi dan secara diktator yang berakhir dengan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum 2008 apabila Samy Vellu dan Palanivel hilang kerusiParlimen mereka.

Orang dalaman parti itu berkata, Samy Vellu sepatutnya berpegang kepada hakikat bahawa kepimpinan sekarang mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku semasa pentadbirannya.

"Sepatutnya, dia perlu memberikan sokongan terbuka beliau kepada Palanivel dan menerima kenyataan MIC tidak boleh terus beroperasi mengikut cara beliau mentadbir parti sebelum ini. Landskap politik telah banyak berubah berbanding semasa beliau memimpin," kata pegawai kanan itu.

Beliau menafikan sindiran Samy Vellu dalam temu bual itu bahawa parti itu mengabaikan beliau dan tidak tahu adat seperti yang layak diperolehinya.

"Malah pada majlismajlis MIC, yang dihadiri perdana menteri, Palanivel akan memastikan Samy Vellu duduk di sebelah PM," kata pegawai itu.

Sejak Palanivel mengambil alih, banyak pemimpin dan anggota yang meninggalkan MIC sebagai tanda bantahan ke atas kepimpinan Samy Vellu telah menyertai semula parti itu, katanya.

Seperti yang dilaporkan kolumnis The Star Baradan Kuppusamy, penyokong Palanivel mahu Samy Vellu berhenti daripada campur tangan dalam urusan MIC dan memberi perhatian kepada tugas baharunya sebagai duta perniagaan ke Asia Selatan.

Membandingkan gaya kepimpinan antara keduadua lelaki itu, Baradan menulis: "MIC tidak biasa dengan contoh gaya kepimpinan Palanivel mereka masih terbiasa dengan gaya naungan bergemuruh Samy Vellu yang memarahi, memeluk dan menyanyikan lagulagu dan secara terbuka mendisiplinkan anggota parti.

"Sebaliknya, Palanivel lebih sistematik, teratur dan cermat". Dan pegawai itu bertanya: "Apa lagi Samy Vellu mahu?" - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

Posted: 08 Jun 2014 11:21 PM PDT

MERBOK TIMES


SEJARAH BERAKHIRNYA SISTEM BERAJA DI NEPAL APABILA RAJA TERLIBAT DALAM SISTEM PENTADBIRAN

Posted: 08 Jun 2014 04:56 AM PDT

King Gyanendra
RAKYAT Nepal kini bergembira bagi meraikan tamatnya pemerintahan beraja yang wujud di negara itu sejak 240 tahun lalu. Parlimen Nepal pada Rabu lalu meluluskan usul menamatkan pemerintahan berkenaan dan sekali gus akan menukar pemerintahan negara itu kepada sebuah republik.

Ketika rakyat negara itu bergembira dan menganggap ia kemenangan bersejarah bagi mereka, keputusan Parlimen itu adalah sesuatu yang mendukacitakan bagi Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev.

Baginda kini diberi tempoh selama 15 hari untuk meninggalkan istana yang bakal ditukar menjadi muzium. Di situ akan ditempatkan segala sejarah mengenai pemerintahan beraja di Nepal untuk ditatapi generasi akan datang.

Raja Gyanendra menjadi Raja Nepal sejak 4 Jun 2001. Sebaik sahaja Gyanendra menjadi raja, baginda telah membubarkan Parlimen serta memerintah Nepal secara kuku besi.

Malah pada abad ini, baginda boleh dianggap sebagai sebahagian kumpulan elit raja di dunia yang merupakan monarki mutlak. Walaupun begitu tindakannya menindas rakyat, telah memberi peluang kepada Parlimen mengambilalih kuasa daripadanya.

Oleh itu pada April 2006, Parlimen mula membatas kuasa mutlak yang dinikmati oleh baginda selama ini. Raja Gyanendra dilahirkan di Kathmandu dan mempunyai seorang abang bernama Birendra. Bapa baginda ialah Raja Mahendra Bir Bikram Shah dan ibunya ialah Puteri Mahkota Indra Rajya Laxmi Devi Shah. Walaupun baginda adalah anak bongsu, Gyanendra telah ditabalkan sebagai raja selama dua tahun antara 1950 dan 1951, sewaktu keluarganya yang lain berada dalam buangan di India tetapi pemerintahannya tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Takhtanya Datuknya, Tribhuvan, kemudiannya pulang ke takhtanya apabila keluarga Rana menyerahkan kuasa. Baginda bersama abangnya Birendra belajar di kolej yang sama iaitu Kolej St. Joseph, Darjeeling, India. Sewaktu di sekolah baginda dianggap sebagai pelajar pintar. Walaupun begitu, baginda meneruskan pelajarannya di sebuah universiti tempatan iaitu Tribhuvan University, Kathmandu. Manakala abangnya pula melanjutkan pelajaran ke universiti di Eropah.

Setahun selepas tamat pengajiannya iaitu pada 1970, Raja Gyanendra telah berkahwin dengan Permaisuri Komal Rajya Laxmi Devi Shah dan dianugerahkan dengan seorang putera dan seorang puteri.

Raja Birendra menaiki takhta pada 1972 dan cuba memerintah Nepal dengan penuh demokrasi. Namun baginda terpaksa berhadapan dengan tentangan hebat tentera Mao. Pada 1 Jun 2001, dunia telah digemparkan dengan serangan terhadap keluarga diraja Nepal, anak saudaranya Dipendra mengamuk dan membunuh sebahagian besar keluarga di Raja termasuk abang Gyanendra, Raja Birendra.

Sebahagian besar rakyat Nepal percaya, Raja Gyanendra menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu memandangkan kesemua kerabat diraja yang lain dibunuh sedangkan keluarga baginda terselamat.

Bagaimanapun selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pasukan penyiasat mereka gagal menemui bukti berhubung penglibatan Raja Gyanendra.

Sebaik sahaja menaiki takhta, Raja Gyanendra mengamalkan sikap mengawal sepenuhnya kerajaan berikutan kegagalan parti-parti politik. Pada Mei 2002, baginda memberi sokongan kepada Sher Bahadur Deuba sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun ia hanya bertahan lima bulan apabila, baginda menyingkirkan Deuba. Sepanjang tempoh 2002 hingga 2005, baginda telah melantik dan memecat tiga Perdana Menteri.

Ketika baginda menguasai sepenuhnya pemerintahan pada 1 Februari 2005, baginda menuduh kerajaan Deuba gagal melaksanakan pilihan raya Parlimen dan mewujudkan kestabilan dalam negeri berikutan tercetus perang saudara yang dilakukan oleh pemberontak Mao.
Walaupun Raja Gyanendra memberi jaminan akan mewujudkan keamanan dan pemerintahan demokrasi dalam tempoh tiga tahun tetapi sepanjang pemerintahannya ia dipenuhi dengan tindakan kuku besi.

Berikutan itu pertubuhan antarabangsa melahirkan kebimbangan mereka terhadap keselamatan wartawan berikutan langkah Raja Gyanendra mengehadkan kebebasan awam termasuk kebebasan media.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan Raja Gyanendra mula mencetuskan perasaan tidak puas hati rakyat sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran pada April 2006 bagi membantah pemerintahannya. Raja Gyanendra bertindak balas dengan mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun bantahan terhadap baginda berterusan dan ini memaksa baginda mengumumkan akan mewujudkan pihak berkuasa eksekutif yang mana Perdana Menterinya akan dipilih oleh parti politik.

Namun tawaran itu ditolak oleh beberapa ketua parti, mereka sebaliknya menggesa Raja Gyanendra mewujudkan satu majlis bagi menentukan peranan raja dalam politik.

Kemelut antara raja dan ahli politik di Nepal seolah-olah sampai ke kemuncaknya pada 10 Jun 2006, apabila Parlimen menghapuskan kuasa raja termasuk hak untuk menggunakan kuasa veto dalam meluluskan undang-undang. Tindakan itu telah menyebabkan Raja Gyanendra ibarat seorang raja awam yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana segala-galanya sudah dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Usaha Raja Gyanendra untuk terus mempertahankan sistem monarki di negara itu sampai ke penghujung pada Mac 2007 apabila Perdana Menteri Nepal, Girija Prasad Koirala yang dilihat orang yang paling memihak kepada sistem berkenaan berpendapat Raja Gyanendra perlu berundur daripada takhta.

Pada 23 Ogos 2007, kerajaan peralihan Nepal mengumumkan semua harta Raja Gyanendra yang diwarisi daripada abangnya termasuk Istana Diraja Narayanhity kini milik negara, bagaimanapun pengumuman itu tidak melibatkan harta peribadi baginda sebelum menaiki takhta.

Akhirnya apa yang dibimbangi oleh Raja Gyanendra menjadi kenyataan apabila pengumuman dibuat pada 24 Disember 2007 bahawa sistem monarki di negara itu akan dihapuskan pada tahun ini selaras dengan salah satu syarat dalam perjanjian damai dengan pemberontak Mao.

Ia sekali gus bermakna Nepal akan menjadi sebuah republik yang akan dipimpin oleh seorang presiden. Berikutan keputusan itu pada Rabu lalu, Raja Gyanendra diberi tempoh selama 15 hari untuk meninggalkan istana tempat baginda bersemayam. Baginda akan melangkah keluar dari istana berkenaan sebagai rakyat biasa dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dari segi undang-undang.

Demikianlah berakhirnya riwayat pemerintahan beraja di Nepal yang wujud 240 tahun lalu. Kesilapan dan keangkuhan sang raja ketika memerintah telah mewujudkan rasa muak di kalangan rakyat.

Ia kesudahannya mengakibatkan istana tidak lagi dilihat sebuah institusi yang kebal dan perlu dipertahankan. Segalanya berlaku kerana kealpaan Raja Gyanendra yang selama ini merasa begitu berkuasa dan tidak terfikir bahawa suatu hari kelak institusi beraja di negara itu hanya akan menjadi lipatan sejarah yang disimpan di sebuah muzium.

Lebih malang lagi muzium berkenaan sebelum ini adalah istana yang menjadi tempat baginda bersemayam dan bersukaria. (UM - 1/6/2008)

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Jun 2014 11:09 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


2 PRK LAGI, DAP TIDAK PATUT SEKSA WAKIL RAKYAT YANG SAKIT

Posted: 08 Jun 2014 08:30 PM PDT

Beliau Perlukan Rehat Yang Mencukupi & Rawatan Yang Berkesan
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi. Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).  

"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya dalam satu laporan portal berita.


Seorang lagi wakil rakyat DAP di Selangor turut tidak mampu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengalami sakit dan uzur yang berpanjangan, khabarnya menghidap kanser yang perlu rawatan dan penjagaan yang rapi dan berpanjangan.

Rakyat berpendapat, DAP tidak patut menyeksa dan membiarkan wakil-wakil rakyat DAP yang sedang sakit kuat yang panjang, ketenatan dan sudah tentu berfikir panjang, berfikir berat, dana macam-macam fikiran seperti tidak mampu membantu rakyat, membiarkan rakyat tanpa wakil rakyat. Implikasinya sangat jelas, masalah rakyat di kawasan tersebut akan bertambah terok tanpa pembelaan.

Walaupun DAP akan memberi alasan ada wakil kepada wakil-wakil rakyat tersebut, tetapi harus diingat semua masalah rakyat akan lebih baik jika ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, kerana di situlah perbincangan dasar-dasar kepentingan rakyat dan perbelanjaan dikemukakan.

Kesimpulannya mudah, rakyat di kawasan tersebut, meminta supaya DAP berbincang dengan wakil-wakil rakyat mereka yang sedang sakit berpanjangan itu supaya mengundur diri, meletak jawatan untuk membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. Jangan seksa rakyat tanpa wakil rakyat.

NGO-NGO Human Rights diminta supaya mendesak DAP supaya tidak menyiksa wakil-wakil rakyat mereka yang sakit kuat, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk berehat dengan tenang dan menumpukan kepada masalah kesihatan mereka. Mereka hendaklah diberi kebenaran mengosongkan kerusi-kerusi mereka.

DAP tidak perlu menjadi Nazi Malaysia untuk menyiksa wakil rakyat DAP yang sedang sakit itu, dan juga menyiksa rakyat tanpa wakil rakyat yang sah!

Mereka yang sakit perlu diberi peluang berehat tanpa memikirkan isu politik yang berat. Rakyat pula perlu wakil rakyat yang boleh dihubungi dan sihat tubuh badan dan fikiran untuk menyelesaikan masalah mereka.

Minggu depan Persidangan Parlimen, wakil-wakil rakyat perlu menggubal mana-mana wakil rakyat yang tidak dapat hadir dalam persidangan dewan dua tau tiga penggal berturut-turut hendaklah mengosongkan kerusi mereka, untuk memberi keadilan kepada rakyat.

Be a gentleman lah Lim Kit Siang, kalau PRK pun, jika rakyat masih mahu DAP, kita tiada masalah. Jangan seksa mereka. Kita kasihankan Rakyat !!!

Amaran MyMassa: UMNO Pulau Pinang jangan cuba nak jadi BACUL macam PAS! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @RazlanRafii

Posted: 08 Jun 2014 06:42 PM PDT


Di atas ini adalah keratan akhbar yang baru kami terima pagi tadi. Sama ada betul atau salah, lama atau baru, kami mahu memberikan peringatan yang keras kepada UMNO Penang, TOLONG JANGAN JADI BACUL MACAM PAS!

Kenapa perlu tiba-tiba berlembut hati hendak memaafkan Rayer si PARIAH itu?!! Apakah ianya akan mengakibatkan lebih ramai orang India penyokong DAP menyertai UMNO?!!

Atau ada perundingan pintu belakang yang kita semua tidak tahu?!!

Tolong jangan cepat lupa sangat bagaimana perkara ini boleh berlaku...







DAP terus tegas mahu mendakwa KP WP, saudara Razlan Rafii walaupun UMNO Penang bersedia memaafkan Rayer. Jadi, kenapa perlu jadi KLUK-KLEK macam PAS ini?!!

Sudah lama kami memerhatikan perkembangan ini semua. Itulah juga sebabnya mengapa kami tidak terlalu teruja mahu memberikan laporan mengenai beberapa demonstrasi bagi membantah tindakan biadap DAP sebelum ini. Kami dapat merasakan yang akhirnya nanti, beberapa pejuang pemuda UMNO seperti saudara Razlan sendiri yang akan dijadikan kambing hitam pula.

Jika sebelum ini, Datuk Rauf dengan selamba memaafkan Tian Chua kerana memfitnah UMNO, takkanlah kali ini Rayer juga terlepas begitu sahaja?!! Di manakah ketegasan dan konsistensi perjuangan para pembesar UMNO di kala parti keramat orang Melayu ini dipijak dan dihina sebegitu rupa?!!

Kalau beginilah caranya orang UMNO sendiri lembik seperti bapuk untuk mempertahankan parti sendiri, siapa lagi yang kita hendak harapkan untuk mempertahankan orang Melayu?!!

Sehingga saat ini, kami masih lagi belum menerima apa-apa berita yang DAP akan menarik balik laporan dan pendakwaan mereka terhadap para pejuang Pemuda yang mempertahankan UMNO, termasuklah saudara Razlan. Jadi, yang ada dekat atas itu, cubalah ada TELOR sikit boleh tak?!! 






Kembara Politik

Posted: 08 Jun 2014 11:03 PM PDT

Kembara Politik


SERANGAN MEMBURUKKAN NAMA JAKIM DAN LOGO HALAL

Posted: 08 Jun 2014 07:47 PM PDT

Isu halal untuk Cadbury telah di sensasikan oleh pihak-pihak tertentu. Banyak blog-blog (terutama blog pro-pembangkang) yang memainkan isu ini dan menyalahkan JAKIM. Pada pandangan penulis isu ini salahnya terletak pada KKM. Walaupun KKM telah mengaku kesilapannya dan meminta maaf nampaknya blogers masih lagi menyalahkan JAKIM. Seolah-olah mahu menjatuhkan tahap keyakinan umat islam kepada JAKIM.






Sebelum ini ada gambar yang menunjukkan gambar minuman keras Carlberg yang mempunyai logo halal JAKIM yang tersebar di laman social seluruh Negara. Isu ini telah dimuat naik oleh Harakah Daily pada January 2014. Bagaimanapun Pihak JAKIM menafikan perkara ini dan membuat laporan Polis berkenaan perkara ini.






Logo Halal JAKIM sebenarnya memberi impak negatif kepada industry makanan yang gharar (kabur). Ada restoran di Kuala Lumpur yang menyatakan menyajikan makanan halal walaupun terdapat kaunter arak didalam kedai itu. Tuan punya kedai biasa menyatakan arak tidak diletakkan didalam makanan. Kedai sebegini sudah pastinya tidak dapat sijil halal. Bagi umat islam pula mereka sudah tidak yakin untuk makan didalam kedai yang tidak ada logo halal dan ini akan menjatuhkan jualan kedai tersebut. Kebanyakan kedai sebegini dimiliki oleh bukan islam.

Selain itu ada juga berita yang menyatakan terdapat agensi swasta yang mengeluarkan sijil halal, yang mana sijil halalnya boleh diragui. Ini menjadikan sijil Halal JAKIM menjadi rujukan utama untuk umat islam di Malaysia. Walaupun kedai itu mempunyai sijil halal, tetapi ia bukan dari JAKIM ada umat islam yang tidak yakin.

Penulis khuatir terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan JAKIM supaya industry halal Negara jatuh dan diragui. Kesannya adalah kepada umat islam secara keseluruhan. Kita akan terdedah dengan produk-produk yang gharar tanpa ada pemantauan.

Oleh itu penulis ingin menyeru umat islam di Malaysia supaya jangan meragui JAKIM dan terlampau menghukum JAKIM kerana emosi yang disensasikan oleh media social. Seperkara lagi umat islam di Malaysia seharusnya terus memulaukan barangan atau restoran yang tiada logo halal JAKIM, supaya dapat memberi tekanan kepada pengusaha industry makanan supaya menyediakan produk makanan mengikut piawaian islam. Kuasa umat islam dalam hal ini adalah kuasa membeli, peniaga/pengusaha harus mengikut kehendak umat islam.

Rujukan-
http://ping.busuk.org/v/812229/isu-cadbury-kkm-akui-kesilapan.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24832-carlsberg-halal-respons-jakim
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagateruspamerlogohalalswasta//Article/article_print

(Artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis)

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Jun 2014 09:57 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Jun 2014 04:05 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Rozita Che Wan buat kejutan lagi di Instagram

Posted: 08 Jun 2014 04:01 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41, atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

"Bagi saya, Instagram saya adalah 'personal' . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

"Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block," katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan h live yang disiarkan menerusi Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.

Gambar percutian Rozita dan Zain di Paris ini turut menjadi isu apabila mereka dikatakan bercium.

Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

"Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang," katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat mengetahui perkara sebenar.

Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini.

"Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je," katanya yang kini mengandung lima bulan.

Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel #MH370 'terbakar'

Posted: 08 Jun 2014 08:41 AM PDT

Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.

McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New Zealand Sunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahu ABC News dari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pekerja-pelantar-minyak-dipecat-kerana-emel-maklumat-mh370-37422?cp

Penyelenggara air-con ambil kesempatan ramas payudara orang gaji

Posted: 08 Jun 2014 08:01 AM PDT

Gambar hiasan
Seorang pelayar web Stomp, L, mendakwa penyelenggara pendingin hawa rumahnya telah mencabul, meraba dan menunjukkan kemaluan kepada orang gajinya ketika mereka sekeluarga berada di rumah.

Menurut L lagi, lelaki tersebut telah ditahan selepas insiden tersebut.

L bercerita mengenai kisah tersebut:

"Seorang penyelenggara pendingin hawa telah datang ke rumah saya di Bukit Timah untuk tugasan rutinnya.

"Setelah selesai separuh tugasnya, lelaki berkenaan mendekati orang gaji saya di dapur dan bertanyakan di mana orang gaji sebelum ini kerana beliau baru sahaja bertugas di sini.

"Orang gaji saya menjawab dengan perlahan dan tiba-tiba lelaki tersebut meramas punggung. Orang gaji yang lemah lebut itu terkejut dan menolak perbuatan lelaki berkenaan.

"Memikirkan perkara tersebut tidak mungkin berlaku lagi, orang gaji saya meneruskan kerjanya di dapur.

"Ketika mencuci peralatan pendingin hawa di bilik air, lelaki berkenaan kembali ke dapur.

"Tanpa berkata apa-apa, beliau terus meramas payudara orang gaji saya. Wanita itu berasa malu dan memberitahu secara terus kepada lelaki berkenaan dia tidak suka dilakukan sedemikian.

"Lelaki berkenaan kemudiannya meninggalkan dapur dan kembali semula dengan gayung dari bilik air. Selepas meletakkan gayung, lelaki tersebut terus memeluk dan meramas payudara orang gaji saya. Wanita itu terus bergelut untuk melepaskan diri.

"Setelah selesai tugasnya, lelaki tersebut meminta orang gaji saya ke laman rumah. Orang gaji saya menolak, tetapi beliau terus memaksa. Bimbang diapa-apakan lagi, orang gaji saya melangkah dengan penuh kerisauan.

"Secara tiba-tiba, lelaki tersebut membuka zip seluar dan menayangkan kemaluannya kepada orang gaji saya.

"Wanita malang itu ketakutan dan terus melarikan diri ke dapur menyiapkan makanan untuk anak-anak saya.

"Lelaki berkenaan berada di dalam tandas agak lama sebelum bergegas pulang.

"Selepas itu, orang gaji saya terus melaporkan perkara tersebut kepada saya. Saya begitu terkejut kerana kami sekeluarga berada di ruang tamu ketika kejadian.

"Laporan telah dibuat selepas itu di balai polis Bukit Timah.

"Saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terjadi, kerana ianya berlaku pada waktu siang!"

Stomp.sg

Pelaburan ASB Langkah 'Bodoh' Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati

Posted: 08 Jun 2014 07:03 AM PDT

Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu...



PENAMAAN WARIS ASB

Kita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya.

Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat. Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia.

  • Mati tidak disyaratkan tua
  • Mati tidak disyarakatkan sakit

Persoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.

Saudara dan saudari sekalian,

Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).

Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:

1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah

2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini

3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.


Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana.


Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.

Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun.

Beku tetap beku. That's the rule.

Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR.

Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !

Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.


Kenapa boleh timbul pertelingkahan ?

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).

Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?

Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).


Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti. Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, pendapat saya sebagai seorang konsultan takaful, pelaburan ASB bukanlah satu pelaburan yang sempurna kerana masih terdapat kekurangan sehingga menimbulkan rasa was-was di kalangan pelabur yang mementingkan halal haramnya sesuatu pelaburan. Kini ASB baru memperkenalkan konsep HIBAH (satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh pelabur ASB).

Alternatif simpanan melalui caruman takaful adalah satu pelaburan yang berbaloi bukan sahaja ketika anda masih hidup, malah dapat membantu memastikan kesinambungan hidup ahli keluarga setelah kita meninggal dunia nanti.

Jarang sekali saya dengar orang jatuh miskin sebab mencarum takaful. Yang ramai jatuh miskin dan hidup terdesak sebab tak ada perlindungan takaful, banyak kali saya dengar.

*Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan mungkin bercanggah dengan pendirian anda.

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti. Kesian kat anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Sumber


Gelatin babi: Ustaz Kazim sanggah fatwa Qardawi

Posted: 08 Jun 2014 04:10 AM PDT

SHAH ALAM – [Video] Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Pelakon komedi kritikal dalam kemalangan ngeri

Posted: 08 Jun 2014 01:08 AM PDT

Pelakon komedi terkenal Tracy Morgan kini berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah traktor-treler merempuh bas limousin yang dinaikinya, awal pagi semalam.

Ketika kejadian pelakon Saturday Night Live dan 30 Rock itu serta tujuh penumpang termasuk rakan dan pemandu limousin dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah persembahan komedi di Delaware.

Kemalangan membuatkan rakan rapat Morgan yang juga mentornya dikenali sebagai James NcNair, 62, meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan Morgan dan seorang lagi dikenali sebagai Jeffrey Millea, 36, serta pelawak, Ardie Fuqua Jr yang kini dirawat di Hospital Robert Wood Johnson dilaporkan kritikal.

Punca kemalangan dikatakan bermula apabila pemandu traktor-treler dari Georgia yang memandu terlalu laju gagal memperlahankan kenderaan lalu menghentam belakang bas limousin dinaiki Morgan.
Impak kuat pelanggaran membuatkan limousin melanggar pula traktor-treler di hadapannya, sebuah SUV dan dua kereta lain. - MYNEWSHUB.MY

Apabila Chef Wan pun ulas isu babi

Posted: 07 Jun 2014 11:34 PM PDT

... muka ada manyak senyum

jom baca apa kata chef Wan mengenai babi.. ye la..kadang2 kita lupa yg Malaysia ni bukan cuma ada orang islam.ada juga orang agama lain selain dari islam.. Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yg rasa terluka.. Memang la babi tu haram untuk kita makan.. tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yg makan babi ni sangat jijik.Itu kan makanan mereka.. kita pun ada makanan kita yg diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak hina teruk sangat kan.. kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni..

"I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap. Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka.Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la.Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la! I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita! -Chefwan-
#Ada betulnya...buat apa nak marah,hina,maki babi..kan??dia pun Allah yg jadikan...."

Credit to: 1 malaysia news

Majlis Peguam layak terima anugerah 'Hipokrit Terbaik Dunia'

Posted: 07 Jun 2014 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Jun - Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim membidas Majlis Peguam kerana mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini.

Menurutnya, kenyataan Majlis Peguam tersebut menunjukkan badan itu sudah mula bermain politik dan tidak lagi berusaha memperjuangkan hak asasi seseorang yang merayu di mahkamah demi menuntut keadilan.

"Tindakan saman itu diambil apabila Datuk Seri Najib merasakan dirinya dimalukan oleh Malaysiakini dengan sangkaan jahat tanpa asas kononnya beliau berkonotasikan rasuah.

"Seseorang yang bermaruah tentu mahu nama dan partinya dibersihkan dan cara paling sesuai adalah melalui tindakan mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis Peguam dalam kenyataannya menerusi portal itu menganggap tindakan mahkamah yang diambil oleh Najib yang juga Presi­den UMNO terhadap Malaysiakini berkaitan dakwaan rasuah, telah menyalahi hak asasi manusia.

Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu.

Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Majlis Peguam secara tiba-tiba membangkitkan perkara itu sedangkan sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang turut memfailkan saman terhadap media arus perdana.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia sering kali menjadi sasaran pihak pembangkang, tidak pula Majlis Peguam mempertikaikan tindakan mereka itu.

"Tetapi apabila Perdana Menteri mengambil keputusan menyaman Malaysiakini, Majlis Peguam mempersoalkannya," katanya sambil berseloroh mengatakan badan itu layak menerima anugerah nobel hipokrit terbaik dunia.

Pembantu Rumah Makan Anak Kucing Majikan

Posted: 07 Jun 2014 07:26 PM PDT

 Pembantu rumah itu dibawa ke Hospital Sibu.
KUCHING: Seorang pembantu rumah di Sibu bagaikan dirasuk apabila dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing miliknya di hadapan rumahnya pada Khamis.

Susulan penemuan bangkai kucing itu, majikan tersebut menyoal pembantu rumahnya yang berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu.

"Apabila saya menyoalnya, dia memberitahu telah makan anak kucing itu," katanya.

"Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengamuk sehingga memaksa saya mengikat kaki dan tangannya," katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Majikan tersebut berjanji kepada pembantu rumah warga Indonesia itu untuk membenarkan dia pulang ke negara asalnya pada keesokan harinya.

Bimbang dengan keselamatan keluarga, majikan tersebut meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah pada waktu malam.

Majikan tersebut dipetik sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan pulih pada keesokan harinya lalu membuka ikatan ditangannya.

"Saya membawanya untuk membeli nasi ayam di Ramin Way kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Selepas selesai membeli makanan, dia enggan masuk ke dalam kereta dan mengamuk.

"Dia masuk ke dalam kereta dan membuang semua barang keluar dari kereta. Malah, dia juga menggigit pokok hiasan," kata majikan itu.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, pembantu rumah itu dikatakan menggigit lengan salah seorang anggota polis bertugas.

Pembantu rumah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Sibu dengan mukanya ditutup dengan jaket bagi mengelak dia meludah ke arah orang ramai.

Api misteri cetus ketakutan keluarga di Larut

Posted: 07 Jun 2014 05:19 PM PDT

API misteri membakar papan seterika secara tiba-tiba ketika wartawan berada di rumah Nurfizah di Kampung Sungai Kuning, Selama, Perak semalam.
LARUT - Sebuah keluarga kini kebingungan apabila kediaman rumah kayu mereka di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang dekat sini kerap diserang api misteri sejak sebulan lalu.

Terbaharu api tersebut muncul dan membakar sejadah serta papan seterika ketika wartawan Kosmo! Ahad melakukan tinjauan di rumah berkenaan semalam.

Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Nurfizah Ahmad berkata, pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut termasuk menggunakan khidmat bomoh tetapi gagal.

"Api misteri muncul di banyak tempat terutama bilik secara mengejut pada waktu siang.

"Kadangkala ia membakar plastik, rak pakaian, buku sekolah, sejadah dan sebagainya," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian semalam segumpal rambut turut ditemui salah seorang anak saudaranya, Norain Nabila.

"Selain itu baju dan surat misteri yang entah dari mana datangnya turut dijumpai di kawasan rumah kami menyebabkan kami menjadi sangat takut," katanya.