Selasa, 24 Januari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 24 Jan 2012 01:05 PM PST

waadat


Tukar Tiub dedah usaha orang asing jatuhkan pemimpin negara

Posted: 24 Jan 2012 07:48 AM PST

Boleh percaya ka ini orang?

Rupa-rupanya dalam timbunan sampah sarap di http://tukartiub.blogspot.com masih ada yang boleh diguna semula:

Lihat catatan yang tertulis pada sehelai tisu pengesat najis yang Demang jumpa dalam sampah sarap hanyir di blog tersebut:

apa maknanya laporan akhbar luar negara ini?

ini bermakna kempen media barat
untuk meminggirkan najib
sebelum presiden marcos dijatuhakan di pilipina
banyak kesah imelda keluar dalam media antarabangsa

sebelum suharto dijatuhkan banyak berita
tentang ibu tien dalam media antrabangasa

ini adalah permulaan kempen antarabangsa

 Cuba perhatikan nota penganut sosialis tersebut berkenaan usaha pihak luar bagi menjatuhkan kepimpinan sesebuah negara. Adakah ia sesuatu yang baik untuk negara tersebut atau baik kepada pihak yang merancang?

Untuk makluman, kempen menjatuhkan Marcos berlaku ketika Demang masih di bangku sekolah. Walaupun Demang tidak begitu tahu latar belakang Imelda namun Demang amat tahu bahawa Imelda mempunyai bergedung-gedung coli, seluar dalam dan kasut yang sebahagian besarnya tidak pernah digunakan!

Entah ye entahkan tidak namun itulah yang disebarkan saban hari.

Akhirnya Marcos jatuh dan Filiphina yang hampir menjadi negara maju ketika itu bertukar menjadi negara ASEAN paling teruk hingga sekarang.

Indonesia pula masih belum pulih hingga sekarang. Malah ramai pemerhati berpendapat Indonesia jauh lebih baik semasa di bawah Suharto berbanding sekarang!

Demang percaya jika kempen memburukkan Rosmah ini dilakukan berterusan, Najib akan tewas juga.

TETAPI, baikkah pada kita dan negara kita?

Malaun dalam foto di atas tu tak apa. Dia memang bangsat sejak dahulu kala lagi.

Nota:
Bangsat dan merempat itu hampir sama maksudnya.

Lihat agenda seterusnya selepas kerajaan sedia ada dijatuhkan. Klik sini.

bekas ketua pemuda Pas sokong Hasan Ali

Posted: 24 Jan 2012 03:10 AM PST


Bekas ketua Pemuda PAS yang pernah menjadi tulang belakang kemasukan kerusi PAS di selangor menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Hasan Ali.

Sebagaimana yang sudah diramalkan, Hasan Ali tak 'kan keseorangan. Ahli PAS yang menyokong parti itu tanpa kepentingan peribadi tokoh politik tertentu pasti akan memikirkan semula arah sokongan mereka.

Apatah lagi dengan tindakan PKR yang tidak memberi semula jawatan exco agama kepada PAS dilihat sebagai memperlekeh dan menghina PAS yang selama ini mendakwa sebagai parti yang lslamik.

posted from Bloggeroid

Lim guan Eng korban gadis Melayu

Posted: 23 Jan 2012 06:21 PM PST



Kata Lim Guan Eng (yang dilihat kelmarin menaiki kapal terbang kelas mewah bersama kaum keluarganya bagi menyambut tahun baru cina di luar negara).

"Kalau cakap bahawa DAP adalah sebuah parti couvinis ini adalah kejayaan mainan politik BN Umno. Kalau saya seorang couvinis takkan saya masuk penjara kerana seorang gadis Melayu dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan."

(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24703:bersemuka-dengan-lim-guan-eng&catid=98:tamu-dan-wawancara&Itemid=144)

Benarkah LGE pernah masuk penjara? Faktanya BENAR.

Benarkah LGE pernah masuk penjara kerana pertahan gadis Melayu? AUTAnya juga BENAR!

Adakah LGE ingat orang Melayu begitu bodoh dengan mengungkit fakta itu?

Bukankah LGE hanya memanipulasi isu tersebut untuk kepentingan politik semata-mata?

Bukan kah LGE sekadar mengeksploitasi gadis itu serta neneknya bagi menjatuhkan Rahim tamby Chik?

Orang Melayu yang masih menyangka keluarga Lim itu berhati mulia Demang nak kata: "Rentikanlah..!"

posted from Bloggeroid

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Jan 2012 11:40 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot !! Video " PAS bukan Agama " yang wajib ditonton umat Islam

Posted: 24 Jan 2012 10:44 AM PST

PAS bukan agama, sebaliknya PAS merupakan satu parti politik, tegas YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, di Dewan Orang Ramai Meru Klang, dalam Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah, 20 Jan.

"PAS bukan agama. PAS adalah mekanisme untuk membawa agama dalam hidup. PAS adalah sebuah parti, macam parti-parti lain untuk berjuang menegakkan sesuatu idealisme", katanya.

Dr Hassan berkata PAS sekarang tidak lagi boleh diharap untuk menjaga agama dan kini menjadi parti yang berbeza daripada parti yang dimasuki 15 tahun dulu.

"Dulu saya masuk PAS, 15 tahun yang lalu, saya yakin pertama sekali PAS nak menegakkan negara Islam, bersendikan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..sebab itu saya masuk PAS.

"Saya masuk PAS kerana kepimpinan ulamak. Atasnya ulamak, presidennya ulamak, timbalan presidennya ulamak, naib presidennya ulama, sebab saya perlu dipimpin ke jalan yang benar oleh ulama.

"Sekarang ini..dalam pimpinan PAS, ulama yang tinggal lebih kurang 23% sahaja, 72.28% adalah orang yang bukan ulama, pada masa yang sama ada orang mengatakan mereka itulah parasit-parasit dalam PAS", katanya.AIDC






** Ada seorang Ostat terkenal PAS datang ceramah disebuah masjid di Permatang Pauh baru-, baru ini . Dia cakap orang Melayu mengapa masa nak makan ,pandai pulak   cari kedai makanan Islam tetapi bila nak sokongan kepimpinan ,  parti tidak pilihan ikut cara Islam .

AC Mizal dilantik Zambry sebagai Duta Pelancongan Perak

Posted: 24 Jan 2012 08:52 AM PST



Tahniah kepada Dato AC Mizal yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Perak oleh MB Perak , Datuk Seri Dr Zambry Kadir .   Walaupun bukan anak negeri  , tetapi  GPB yakin penyertaan beliau sebagai ahli UMNO tahun lepas bersama isterinya  dengan UMNO Bahagian Ipoh Barat mungkin melayakkan dirinya menjadi duta negeri ini .



Rafizi main perkauman pertahankan pemberi maklumat a.k.a petualang NFC ??

Posted: 24 Jan 2012 07:39 AM PST

Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.

"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.

"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.

Rafizi turut mengkritik Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pemberi maklumat tersebut sebagai "bukan Melayu", dan menurut Rafizi, tindakan tersebut sebagai cubaan yang "rendah dan berbahaya" bagi memuaskan masyarakat Melayu.

"Ini adalah kes penyalahgunaan wang. Ia dilakukan oleh bukan sahaja bukan Melayu, malah Melayu sendiri, serupa sahaja, contohnya seperti kes Perwaja Eric Chia dan PKFZ (Port Klang Free Zone), yang mana PKR turut mengambil tindakan, tambahnya.


Komen GPB

Perghhhh !! .... SPIN tahap GABAN !!   dasyat giler  pakar lembu PKR  ini berbelit .



Tok Him desak NFC membuat laporan polis terhadap petulang yang songlap duit syarikat & mendedahkan kepada umum . Tetapi apa yang Rafizi lakukan ialah  spin dengan  menuduh Perkasa cuba  main sentimen   perkauman dan seolah-olah   pertahankan petualang itu  yang menyeleweng wang syarikat jutaan ringgit !!

Rafizi sudah kelupoq kepanasan bila pemberi maklumatnya dituduh songlap duit ... hahaha

Sekanrang padan la ...  PENIPU  PKR  PENCAYA KEPADA PENYANGAK  ....

Jom lihat kehebatan Majlis Peguam berbelit macam lidah biawak !

Posted: 24 Jan 2012 06:30 AM PST


GPB hairan dengan satu  geng kumpulan lowyar yang terkenal menyokong Pakatan Rakyat ini .  Memang berbelit betul bila bercakap ...bila dia dihentam , terus cepat spin 360 menafikan ..

Adakah kenyataan  menyokong hak homoseksual  bersuara tidak membawa maksud  kumpulan songsang ini disokong ?? Budak sekolah pun boleh beri jawapan bahawa  iainya satu sokongan kepada perjuangan hak asasi kumpulan  homoseksual ini !

Tapi mengapa kenyataan terbaru di atas ini menafikan pulak dakwaan kononnya menyokong kumpulan homoseksual ? Jangan ingat rakyat bodoh la dengan penafian bangang ini ...

Sokong Hak bersuara adalah 2 x 5 je dengan menyokong kumpulan songsang berkenaan yang dilaknat oleh Allah .

Adakah Majlis Peguam ini bermaksud hak asasi untuk suara kumpulan homoseksual ini lebih utaman dari segala-galanya ???

Guan Eng terkejut ketika di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN P.Pinang

Posted: 24 Jan 2012 04:30 AM PST





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

"Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.





Guan Eng tentu terkejut kehadiran begitu ramai rakyat ( 10 ribu )  terutama pengundi Cina 
di  Rumah Terbuka anjuran BN P.Pinang ...




 BN masih lagi mendapat tempat di hati rakyat P.Pinang 


slogan menarik BN P.Pinang untuk pengundi Cina negeri ini iaitu 
"Najib untuk Dasar Kesederhanaan @ Najib For Mederation "







bumiyang

Posted: 24 Jan 2012 03:32 AM PST

Politik Harian

Posted: 24 Jan 2012 03:09 AM PST

Politik Harian


Sampai Bila Nak Hidup Dengan Sampah Selangor ???

Posted: 23 Jan 2012 11:19 PM PST




Cuba cerita sikit! sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini! Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Cukup lah! Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Rata-rata kami penduduk di sekitar Gombak dan rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harap BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah.

-Bro Jinggo

Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan

Posted: 23 Jan 2012 10:03 PM PST


Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini, mula bergerak perlahan di beberapa tempat termasuk dari Bentong, Pahang ke ke Gombak, Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman twitternya melaporkan jumlah kenderaan semakin bertambah dan mula bertali arus dari Bentong ke Gombak.

Sementara laman sesawang Twitter Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)terdapat kemalangan di Km355.6 ke Utara, Slim River-Sungkai, Perak menyebabkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Selain itu, trafik dari Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor juga semakin meningkat.

Laman twitter PLUS turut melaporkan keadaan trafik dari Nilai ke Seremban terdapat kemalangan di Km274.5 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

PLUS dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan yang berhemah di lebuh raya.

Sumber: Bernama

Populariti Najib Sentiasa Berada Di Hadapan Anwar

Posted: 23 Jan 2012 09:16 PM PST


Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.

Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman - garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, Dr Chua (gambar) menolak dakwaan bahawa pembebasan tersebut meletakkan kedua-dua musuh politik itu setaraf, dan mustahil akan mempunyai satu kesan besar dalam keputusan pilihan raya umum akan datang.

"Dari sejak mula, ia bukanlah berada dalam kedudukan yang setaraf dan kajian-kajian telah menunjukkaj Najib lebih popular berbanding dalam caranya yang tersendiri.

"Kajian mereka (pembangkang) juga mengesahkannya. Jadi, ini bermakna, mereka tidak bermula di atas padang yang sama," jelas Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif di sini.

Berdasarkan analisis pembebasan Anwar yang mendapat liputan meluas, penganalisis berpendapat, kedua-dua pesaing politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berada dalam keadaan sama-sama di hadapan bagi merebut sokongan rakyat kumpulan pertengahan Malaysia.

Tambah mereka, dengan berakhirnya kes liwat tersebut, kedua-dua belah pihak mula beralih perhatian membangunkan ekonomi dan pembaharuan bagi memastikan Malaysia kekal kempetitif.

"Kesan positif daripada kes berkenaan telah menyeimbangkan padang permainan mereka," menurut Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre kepada The Malaysian Insider.

Namun begitu, jelas Dr Chua, populariti awal Anwar menurun apabila beliau kembali semula ke dalam arena politik beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saya rasakan beliau telah beberapa kali digelar penipu, pertama, apabila mereka katakan mereka akan mengambil alih kerajaan. Saya masih ingat lagi saya pernah menerima SMS yang mengatakan Agong akan menerima angkat sumpah daripada Anwar sebagai perdana menteri yang baru.

"Apabila anda terlalu kerap berbohong, akan tiba masanya di mana orang akan hilang kepercayaan terhadap kamu," katanya.

Dr Chua merujuk kepada cubaan rampasan kuasa oleh Anwar pada 16 September, apabila ketua pembangkang itu telah menggembar-gemburkan akan berlakunya pembelotan beramai-ramai daripada BN yang akan menyaksikan pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

Percubaan yang gagal itu terus menghantui Anwar sejak beberapa tahun, dengan pemimpin BN melaungkan kepada masyarakat,insiden itu menunjukkan betapa ketua pembangkang itu kerap menipu dan membohongi rakyat.

"Kemudian, rakyat, apa yang digelar "PM yang dilantik" itu, apa lagi yang dia telah buat?

"Ini kerana RPK (penulis blog Raja Petra Kamaruddin) telah menegaskan — dalam masa tiga tahun, dia (Anwar) telah pergi luar negara 60 atau 100 kali. Bolehkah anda bayangkan? Pergi ke seluruh dunia, memberi ceramah. rakyat boleh melihat samada beliau hanya memutarkan isu, dan bermain politik," kata Dr Chua lagi.

Sebaliknya pula, menurut bekas Menteri Kesihatan ini, Najib tetap fokus dalam pentadbirannya dan melakukan perubahan terhadap ekonomi negara.

"Sama ada kamu memihak kepada Najib atau tidak, beliau telah bekerja keras bagi melakukan transformasi ekonomi negara ini dan kesemua petunjuknya menunjukkan, terutamanya pelaburan langsung asing kita meningkat," tambahnya.

Menurut Dr Chua, komuniti perniagaan adalah "kumpulan yang praktikal" yang berpegang kepada penyampaian adalah lebih utama berbanding retorik politik, dan bagi penghormatan tersebut, Najib telah jauh mendahului Anwar dari segi perbandingan populariti.

Didorong oleh faktor rasa bagus berikutan pembebasan Anwar dan pemberian-pemberian tunai daripada Belanjawan 2012, secara meluasnya, menjangkakan Najib akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, memandangkan mandat BN memerintah akan tamat pada bulan Mei 2013.

Blogger APA - Satu Hari Bersama Khairy Jamaluddin Menjelajah Perak

Posted: 23 Jan 2012 06:00 PM PST



Ikuti pengalaman blogger Aku Tak Peduli @ APA and The Geng... terjah program Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy jamaluddin di Perak semalam...

Katanya satu hari tak update blog kerana sibuk bersama Yb KJ menjelajah Perak. Bermula dengan program bersama masyarakat India Ipoh Timur, jelajah diteruskan ke Padang Rengas bersama jentera Pemuda disana, singgah di Lenggong menyaksikan ribuan anak muda bermotor sikal dan berakhir di Litar Motorcross di Grik Perak.


Selanjutnya klik di sini...

Pejabat DUN UMNO Kedah, Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!

Posted: 23 Jan 2012 09:41 AM PST


Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

Sumber: McTheory

Ceramah Anwar Kecoh, Bertumbuk! Kerja UMNO Juga Ke?

Posted: 23 Jan 2012 06:00 AM PST


Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.

Chegu Bard nak salahkan Pemuda UMNO juga ka bro?

Khairy Cabar DAP ! Jangan Cakap Kosong, Buktikan Ramai Ahli Melayu

Posted: 23 Jan 2012 05:00 AM PST


Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar DAP supaya membuktikan senarai nama dan jumlah ahli jika benar parti itu kini menjadi parti berbilang kaum termasuk medium pilihan kalangan orang Melayu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, DAP perlu telus membuktikan mereka tidak `bercakap kosong' dengan mengemukakan kesemua nama ahlinya yang berbangsa Melayu bukan hanya bersandarkan tiga nama yang menyertai DAP baru-baru ini.

"Tunjuk keahlian di semua peringkat negeri, bahagian dan cawangan adakah ramai orang Melayu menyertai mereka.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beritahu semua orang DAP parti berbilang kaum walhal berbeza sebaliknya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar lawatan turun padang beliau di bahagian DUN Bunting dekat sini, hari ini.



Hadir sama, Ketua Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun. Pada majlis itu juga turut disampaikan bantuan perumahan, makanan dan sumbangan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada lebih 30 penerima.

Mengulas lanjut, Khairy yakin prestasi BN kini berada di landasan yang baik malah sokongan padu pengundi muda sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.

Pihaknya juga yakin golongan muda akan terus bersama BN khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Dalam Umno, sehingga ke hari ini jumlah keahlian yang mendaftar sebagai Pemuda Umno telah mencecah 100,000 orang.

"Dalam masa tiga tahun ini banyak program yang merapatkan golongan muda kepada BN tanpa berunsurkan politik tetapi memberi fokus kepada kerjaya, pendidikan serta kebajikan dan hasilnya amat baik sekali," katanya.

Khairy turut percaya, majoriti daripada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu akan meneruskan sokongan kepada parti kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

anakbukitgantang says

Posted: 24 Jan 2012 03:06 AM PST

anakbukitgantang says


Melayu itu leluhur semua bangsa!

Posted: 23 Jan 2012 05:32 AM PST

Ada yang tertanya kenapa saya berbalik kepada posting arkeologi--genetik- sejarah-budaya-Melayu sekarang.

Penemuan oleh Team Arkeologi USM
Sebenarnya saya sudah jelak dengan serangan demi serangan ke atas bangsa Melayu . Terkini bila serangan kaum pendatang ke atas "Melayu sebagai Pendatang" dapat dipatahkan melalui penemuan arkeologi di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak yang menunjukkan penempatan manusia tertua berada di Malaysia (dan tentunya Melayu adalah BANGSA yang mendiami kawasan penempatan tertua yang civilised-melalui penemuan kapak genggam, bengkel kimpalan besi dan bukti pertanian- PENANAMAN PADI bermula di Lenggong, Perak ) serangan ditujukan pula ke atas Sejarah Melayu...kononnya seorang professor yang banyak mengkaji Melayu  mengatakan Hang Tuah tak wujud!Tahniah saay ucapakan kepada Team Dr Mohktar dan pelajar pasca siswazah dari USM.

Kajian Genetik, Arkeology, Geology dan Lingua oleh Dr Oppheimer (Oxford University) 
Malah Dr Stephen Oppheimer Pakar Genetik University Oxford mendedahkan "Peradaban agrikultur Indonesia dan Malaysia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia," dengan tapak penanaman padi tertua di dunia ditemui di tepi tasek purba Lenggong, Perak!
Kapak gengga,m bukti tamadun manusia sudah ada di Lenggong 1.8 billion tahun dulu

Team pengkaji arkeologi Bukit Bunuh Dr Mokhtar dan pelajar pasca siswazah

Artikel saya berkenaan Penempatan Tertua BERTAMADUN manusia di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak dan Teori Migrasi Manusia Moden dari Sundaland yang berpendapat melalui kajian GENETIK, ARKEOLOGI, GEOLOGI dan LINGUA bahwa manusia moden berasal dari Nusantara di sini melayu-bukan-pendatang,  melayu-bukan-pendatang-bahagian-2.atlantis-yang-tenggelam-berada-di Nusantara.



Teori Migrasi Manusia Moden dari Sundaland

Kita didedahkan bahawa kajian selama 15 tahun di Nusantara oleh team Dr Oppheimer membuktikan bahawa "penemuan genetik dan kajian geology seperti memutarbalik sejarah yang sudah ada. Dr Oppheimer mengungkap  catatan perjalanan penelitian genetis populasi di dunia, ia mengungkapkan bahwa peradaban yang ada sesungguhnya berasal dari Timur, khususnya Asia Tenggara"

Dr Oppheimer dan Dr Santos bersetuju bahawa peradaban tinggi zaman dulu berada di sini melalui Seminar Atlantis berada di Timur (kepingan plat tektonik Sunda-atau Sundaland) Atlantis is Sundaland pada 25-27 November 2010 di Hotel Salak Bogor, Indonesia.

Konvensyen Asal Usul Melayu

Dan beberapa hari lepas di PWTC Timbalan Perdana Menteri merasmikan Seminar di mana dapatan kajian mengesahkan Melayu itu Leluhur semua bangsa di dunia melalui Teori Migrasi Manusia dari Sundaland konvensyen-asal-usul-melayu-induknya-di Nusantara. Dapatan Dr Opphenheimer, Dr Santos dan team pengkaji tempatan USM  ini diperakui oleh Dr Zafarina  Zainuddin (USM):


"Kita berpegang kepada agama Islam, manusia berasal daripada Nabi Adam. Tidak! Melayu tidak berasal daripada Afrika, tetapi teori penghijrahan yang berlaku dan kajian DNA yang telah dijalankan menunjukkan bahawa induk kepada bangsa yang terdapat di Alam Melayu adalah daripada golongan yang disebut tadi (evolusi puluhan ribu tahun). Memanglah pada asalnya tiada nama Melayu itu kerana ia datangnya kemudian"

Catatan Ptolemy dan Bangsa Mala di Konkanegara/Gangganegara di Beruas, Perak(Kurun Masehi ke 2)
Satu masa dulu bumi Bangsa Mala ini dikenali sehingga dinamakan Semenanjung Emas-Dari catatan Ptolemy,  seorang ahli ilmu falak dan kajibintang bangsa Greek,(Abad Ke 2 Masehi)  telah memberitakan bahawa ada sebuah kawasan Khrysonas @ "Golden Chersonese", iaitu yang telah dikenalpasti dewasa ini sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat para sejarawan dan juru-juru pengkaji ilmu alam bersetuju tentang perkenalan itu; kerana nama tersebut telah diperkuatkan atas adanya pula suatu tapak kawasan di dalamnya yang disebut 'Ta-mala' oleh Ptolemy, yang tanpa kita memperhujah dengan panjang lebar di sini, ialah daripada pemendekkan perkataan Melayu-Pallava iaitu ' Tana -Malai ' = Tanah Melayu = kawasan sekitaran Melaka. Terletak ke utara kawasan Ta-mala (di Semenanjung) itu ada sebuah kawasan yang disebut oleh Ptolemy sebagai 'ARGUSA '. Mengikut kajian J.F.A. McNair yang terkandung di dalam naskhah 'Perak and the Malays', beliau telah berkesimpulan "....the state of Perak was probably Ptolemy's Argusa".


Peta lama British kewujudan Pelabuhan Dindings. Pelabuhan dan muara sungai Dinding sudah tohor kerana pemendapan lumpur.
Burung Merak (Burung Kuang) 

 

Kita memahami bahawa pada awal abad ke 2 masihi, tidak ada lagi timbulnya sebutan sesuatu 'Negeri Perak'. Yang seharusnya ketara ialah Argusa itu mungkinlah yang diertikan oleh pelayar-pelayar Kelingga sebagai "Mayuridingam ", di mana telah terbangunnya sebuah pelabuhan yang dinamakan Gangganagara, iaitu 'Konkonagara ' oleh Ptolemy; maka logikanya kalau benar, ialah Argusa = Mayuridingam.

Apakala kita menyelami perkataan ARGUSA, sudah ketara bagi pakar-pakar mergastua, ia adalah dalam pengertian segolongan jenis beburung (Latin) Argus Pheasianidae = jenis (spesis) burung Kuang @ (Inggeris) ARGUS PHEASANT. Kuang itu adalah burung Merak . Rujukan Engkukobatsalehuddin.


Burung Argusa atau Kuang yang juga nama lain bagi Merak banyak didapati di GanggaNegara(Bruas)


Nah jika pada 1.8 billion tahun dulu telah wujud satu penempatan manusia moden yang bercucuk tanam padi di tepi tasek purba di Lenggong Perak, dan nama Gangga Negara telah ada dalam catatan Ptolemy pada 2 Masehi (kerana terdapat pelabuhan di tempat bernama GanggaNegara), tentulah manusia juga sudah belajar seni mempertahankan diri. Sama ada lagenda atau tidak, Bangsa yang mendiami Tana-Malai bukanlah bangsa  pendatang, kewujudan mereka tercatat dalam annal sejarah negara lain  dan pahlawan mereka yang mahir seni mempertahankan diri Hang Tuah wujud!


Lagi Peta lama Dinding atau daerah Manjung dari British
Saksikan simbol kewujudan Peradaban Melayu dyang sama dari Champa, Semenanjung Malaysia   sehingga Jawa selepas ini



Taipingmali (tm)

Posted: 24 Jan 2012 01:30 AM PST

Taipingmali (tm)


Surau Salihiah Bernilai RM 1000 untuk 1 kaki persegi

Posted: 23 Jan 2012 04:51 PM PST

Badan bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah

Posted: 23 Jan 2012 04:46 PM PST

Ustaz Youtube tak ada 4 senawi

Posted: 23 Jan 2012 09:41 AM PST



Bengong punya azhar bengong..

Tahniah DAP.

Posted: 23 Jan 2012 06:16 AM PST


Dap dengan bangganya memperkenalkan dua anak muda dari bangsa Melayu ke dalam parti Dap. Dua anak muda ini mungkin spesis sekular sebab tu lah tak mau masuk Pas sebab depa ni jenis sosial lebih.  Kita tak boleh salahkan mereka kerana menyertai Dap. Banyak faktor yang telah mendorong dua anak muda ini menyertai parti DAP.

Pertamanya mungkin pengaruh ibubapa yang menjadi penyokong kuat Dap. Kedua mungkin sudah tergadai  bodi.
Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud. Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

Faktor ketiga ada pengaruh dalaman di IPT. Kita tahu ramai pelajar terpedaya dan terpengaruh dalam gerakan-gerakan bawah tanah yang cukup terancang. Bukan sahaja fahaman sekular, malah fahaman anti Islam, fahaman anti pemerintah dan lain-lain fahaman yang bersepah di bumi kita.

Bila sudah hanyut, segala-galanya akan dilupakan, ibu bapa, adat budaya, pegangan agama akan terhapus. Tahniah Dyana dan Fairuz..semoga berjaya dalam karier politik anda.

Perutusan Tahun Baru Cina TG Nik Abdul Aziz

Posted: 23 Jan 2012 04:24 AM PST

Chauvinist Malaysian Chinese

Posted: 23 Jan 2012 04:15 AM PST



Uploaded by tribalspy on Jan 11, 2012
more videos: http://videodinamika.blogspot.com/
THE CHINESE IN MALAYSIA LEAD LIVES THAT ARE 'MORE THAN ORDINARY'
THEY NOW LIVE IN THE LAP OF LUXURY IN THIS LAND OF OPPORTUNITY CALLED MALAYSIA.
WHAT ELSE DO THEY WANT?
You know, Malays are known as very tolerant people, that is why you are where you are today. But then, the Chinese started to assume that tolerant also means stupid and that is why you are trying so hard to take over everything from us.
Now, bear this in mind, that MALAYS WOULD OPENLY ACCEPT ANYBODY AS FAMILY AND SHARE EVERYTHING WITH THEM. But please, respect us, our rights, our limits. There is nothing in the world that has no limit accept the power of GOD.
So, when people are willing to share their belongings with you, you have to share yours with them too.
You have to give and take, didn't your mother teach you that? Or does it only applies to your own kind????


Here's something most malays would agree with...

Sometimes, I don't understand what more do you guys (chinese) want? You want the Malays to share what's ours, but you never want to share your with us.
You want to take from us but you never want to give.
In order to live in harmony, we have to give and take and not just take.


Simple examples:

1. Chinese employers would never promote a Malay to a Managerial level and above even if he is much more qualified and knowledgeabe than the rest of the Chinese employees.
BUT, you want Malays to give higher ranks/posts to Chinese in government organizations.

2. You want to be called Malaysian and to be treated the same as Bumis BUT you refuse to practice National Language, like a true Malaysian citizen.

3. You want to be called Malaysian BUT you never want to accept the history of this land -- the historical facts of MALAYSIA, Chinese relationship with Communism or your great ancestors history of migrating to this land.

4. You want UiTM (malay university) to be opened to Chinese BUT you never want to abolish your racist schools that instill RACISM and separate your children from the majority and make it harder for us to accept you and vice versa.
Deny all you want, but till you can tell the truth, there is no truce.

5. You want to be called a Malaysian BUT you don't really acknowledge our Sultan.
In fact, you act as if the Sultan only belongs to the Malays and Chinese has nothing to do with them.

6. Chinese-controlled banks would try hard NOT to help the Malays entreprenuers BUT you want the MALAY government to help Chinese entrepreneurs all the same.
The truth is, you don't want to be a Malaysian, you just want to have the country all to you.
You don't want to embrace Malaysian culture, national language and our history -- YOU JUST WANT CHINESE TO RULE MALAYSIA AND BE THE PRIME MINISTER.
That's all you want, isn't it? Do you really think the Australian would let the Chinese become the head of their country one fine day -- in ten or twenty years from now when the Chinese bred all over Australia? Or do you think the American can even imagine a Chinese President? Or British would accept an Indian PM?

Then why Malaysia must be different? Because you thought that Malays are inferior race and you are superior and therefore you should rule us??? You know, Chinese are very chauvinist.
I know you know it but you don't care -- that's how chauvinist you are.

Anwar Ibrahim: UMNO Don't Mess Around

Posted: 23 Jan 2012 04:11 AM PST

DS Zambry Ziarah Keluarga Susah

Posted: 23 Jan 2012 03:58 AM PST



Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembasmian kemiskinan meliputi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama tidak kira di mana sahaja mereka berada, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, masih ada segelintir rakyat di negeri itu tinggal dalam rumah yang serba daif dan uzur tanpa bekalan elektrik hingga boleh mengancam keselamatan nyawa si penghuninya.

"Kita telah menubuhkan pasukan khas untuk mengenalpasti rumah yang daif dan uzur untuk diberi bantuan sewajarnya seperti membina rumah baru melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) agar si penghuninya dapat hidup dalam keadaan lebih selesa," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah uzur Chai Wah Leong yang tinggal seorang diri di Kampung Baru Ampang sejak 10 tahun tahun lalu.

Lebih menyedihkan, rumah yang diduduki Wah Leong itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna manakala struktur rumah sudah reput hanya menanti masa untuk runtuh.

Sementara itu, Zambry mengumumkan sebuah rumah baru akan dibina untuk keselesaan Wah Leong yang dilengkapi dengan kemudahan asas agar beliau dapat hidup dengan ceria selepas ini.

Tambahnya, rumah lama akan dirobohkan dalam tempoh satu minggu dan kerja membina rumah baru akan dilaksanakan oleh YBU dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Tegasnya lagi, bantuan sama akan diberikan kepada keluarga Kan Long, 76, yang tinggal di Buntong bersama empat lagi ahli keluarganya.

"Selepas melawat rumahnya di Buntong, saya begitu sedih melihat keadaan rumah keluarga itu yang sebahagiannya berlantaikan tanah manakala dinding rumah juga sudah reput.

"Sehubungan itu, kita bersetuju untuk membina rumah baru yang selesa untuk Kan Long yang akan diuruskan oleh YBU juga," tambahnya lagi.

Pada lawatan itu, Zambry yang turut ditemani isterinya, Datin Saripah Zulkifli turut menyampaikan ang pau dan hamper kepada Wah Leong dan Kan Long sempena Tahun Baru Cina yang bakal diraikan masyarakat Cina esok.

Sementara itu, anak lelaki Kan Long, Yong Kam Sang, 54, berkata beliau begitu gembira kerana kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebuah rumah baru untuk keluarganya yang hidup dalam serba kekurangan.

Beliau yang tidak bekerja berkata, berita yang diumumkan sempena lawatan Dr Zambry itu amat dinanti-nantikan mereka sekeluarga yang berharap dapat mendiami rumah baru tidak lama lagi.

"Saya sekeluarga cukup gembira dengan kunjungan Menteri Besar ke rumah saya hari ini dan kami berharap sambutan Tahun Baru Cina tahun depan akan lebih meriah apabila dapat tinggal di rumah baru," katanya lagi.

Selain melawat kedua-dua keluarga itu, Zambry juga berkesempatan melawat keluarga Lee Siew Yong di Kampung Baru Ampang yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah sewa.

Rumah yang didiami rumah beranak itu sering dinaiki air apabila hujan lebat hingga memaksa mereka menumpang di rumah jiran terdekat.

"Bagi membantu keluarga Siew Yong, sistem perparitan di bahagian belakang rumah boleh diperbaiki selain membina tebing bagi mengelak air daripada memasuki rumah sewa mereka," katanya lagi.

PERAK TODAY

Sambutan Tahun Baru Cina 2012-Kediaman Menteri Besar

Posted: 23 Jan 2012 03:37 AM PST



Tahun Baru Cina 2012 yang dianggap sebagai tahun naga oleh masyarakat Cina dipercayai bakal membawa tuah dan perlu disambut dengan suasana meriah dan harmoni.

Naga dipercayai makhluk yang melambangkan kepimpinan jitu serta mempunyai keberanian luar biasa ternyata amat sinonim dengan kerajaan negeri Perak yang sentiasa bekerja keras demi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum.

Sambutan yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pagi ini menyaksikan hampir 15,000 rakyat Perak membanjiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina semata-mata untuk meraikan perayaan utama bagi kaum Cina itu.

Menurut Zambry, tahun naga yang sinonim dengan kepercayaan dalam aspek panjang umur serta kepimpinan yang bekerja keras amat bertepatan sekali dengan usaha kerajaan negeri.

"Semua elemen ini penting untuk dalam usaha kita untuk mencapai perpaduan kaum, sekaligus melonjakkan pembangunan negeri dan setiap cabaran yang ditempuhi tahun ini pasti akan kita dapat diharungi," katanya.

Malah katanya, perayaan Tahun Baru Cina kali ini wajar dijadikan sebagai permulaan untuk memperkukuhkan lagi hubungan keluarga dengan mengadakan pertemuan atau menziarahi sanak saudara.

Katanya,tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan di merata-rata tempat dan turut disertai oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Majlis yang bermula seawal jam 11 pagi itu turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Permaisuri Bainun.

Turut menceriakan majlis, Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah serta Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Sultan Perak berkenan menyempurnakan upacara "Yee Sang" iaitu hidangan utama pada sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Zambry serta Exco Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Bagi masyarakat Cina, juadah Yee Sang dipercayai dapat membawa tuah.

Selain itu, rakyat pelbagai kaum turut dijamu dengan pelbagai juadah termasuk kuih bakul, kuih bangkit, sate dan makanan enak yang lain.

Sementara itu, persiapan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Sitiawan, Sabtu ini sedang giat dilakukan oleh kerajaan negeri.

More info go to Perak Today 

PANEH MIANG

Posted: 24 Jan 2012 01:20 AM PST

PANEH MIANG


Spesis Tidak Bermoral

Posted: 23 Jan 2012 08:41 PM PST


Sahih Anwar Ibrahim tergolong dalam kalangan spesis paling tidak bermoral di Malaysia. Banyak ulasan dan kupasan berkenaannya yang tidak perlu diperkayakan. Lagi banyak ditulis tentang perilaku dan tabiat Anwar, akan memberi markah subsidi percuma kepada PkR.

Dalam kancah politik Malaysia INTEGRITI kelihatan masih begitu daif hadamannya. INTEGRITI tidak menjadi makanan roh wajib kepada politikus Malaysia. Bukan sahaja mereka, malah pemimpin korporat dan pegawai tingkatan kanan kerajaan juga tidak menjadikan INTEGRITI sebagai menu utama.

Justeru tidak mustahil jika Negara ini menjadi korban kepada kerakusan mereka. Ternyata kemasukan manusia seperti Anwar Ibrahim dalam UMNO dahulu telah memberi impak paling buruk dalam sejarah BERSIH kesatuan UMNO. Permainan dan gadaian maruah melalui rasuah wang politik kepada perwakilan dan agen pelobi yang diperkenal oleh Anwar Ibrahim semasa menjatuhkan Ghaffar Baba, ternyata amat berjaya. Dr. Mahathir akhirnya menghidu fenomena berkenaan dan saban tahun telah menyindir Anwar dalam ucapan-ucapan Presiden UMNO di PWTC.

Namun Anwar tiada berubah dan memaksa tindakan drastik diambil atasnya. Semakin merencam apabila fail sulit yang menukil keperluan kehendak seksual luar biasa dan luar jangka lazim seorang lelaki, menjadi galang ganti politik Anwar. Jika dibongkarkan semuanya; serta dipanggil segala saksi mantan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dan Pejabat TPM dahulu, agaknya mungkin pindah Kak Wan sekeluarga dari negara ini dek kerana malu. Takpelah...demi menjaga aib orang, 'tahniah' kini AnuGerah menjadi Ketua Umum PkR.

Selagi UMNO tidak menggerakkan pasukan penceramahnya di seluruh tanahair bagi menangkis MAKANAN RUJI FITNAH DUNIA DAP+PkR+Pas, selagi itulah UMNO terpencil dalam kandang insan fakir.

Nak tahu siapa lagi spesis tak bermoral, klik sini.

Sahabat-Gunung

Posted: 24 Jan 2012 01:17 AM PST

Sahabat-Gunung


Remaja jadi hero pantai

Posted: 23 Jan 2012 11:53 PM PST


Arsyad
KOTA TINGGI - Seorang pelajar Tingkatan Empat nekad menggunakan kepakaran berenangnya untuk membantu seorang kanak-kanak perempuan daripada lemas di Pantai Tanjung Balau, Desaru, dekat sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Syafiq Arsyad Zainul Abidin, 16, bersama ibu saudara, Rita Zuhaida Mohd Nazeer, 24, dan rakan ibu saudaranya, Siti Aqilah Jahari, 23, turut berjaya menyelamatkan dua lagi mangsa daripada lemas dihanyut ombak kuat.

Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) itu berkata, dia pada mulanya menyangka suara jeritan minta tolong daripada kanak-kanak terbabit hanyalah sekadar gurauan berikutan terdapat sekumpulan remaja lain sedang bermandi di kedudukan berhampiran.

"Saya bersama makcik dan rakannya sedang mandi-manda bersama sebelum kedengaran suara jeritan minta tolong daripada kanak-kanak terbabit.

"Melihat tiada respons dan tindakan daripada kumpulan remaja yang mandi berhampiran kanak-kanak terbabit, saya menyangka jeritan minta tolong itu sekadar gurauan.

"Apabila melihat kanak-kanak terbabit terkapai-kapai dengan mulutnya sudah mengeluarkan buih, saya segera berenang menyelamatkannya.

"Manakala dua lelaki dewasa yang dilihat bersama kanak-kanak terbabit turut sama hampir lemas, makcik saya bersama rakannya segera mencapai mereka dan membawa ke arah darat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Syafiq yang berasal dari Taman Bukit Kempas berkata, dia diberitahu oleh orang ramai bahawa terdapat tiga yang lain dipercayai ahli keluarga tiga individu yang diselamatkan masih belum ditemui.

"Kami hanya berjaya mengesan tiga orang sahaja, namun saya melihat orang awam yang berada di pantai ini turut sama membantu menjejaki tiga yang lain," katanya.

Menurutnya, kehadiran dia sekeluarga ke pantai terbabit bertujuan untuk beriadah dan berkelah bagi mengisi masa terluang sempena cuti Tahun Baru Cina.

"Saya sendiri tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Kami tiba di pantai ini sekitar jam 11 pagi. Sebaik sahaja tiba, kami menjamah sedikit hidangan sebelum mula ke pantai untuk mandi-manda.

"Ketika kejadian, saya hanya tawakal kepada ALLAH ketika cuba untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Mujurlah ilmu berenang yang dipelajari sejak berusia lima tahun memberi manfaat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan kejadian terbabit dan memberitahu lima daripada enam mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan orang awam.

"Seorang daripadanya berusia 17 tahun ditemui mati lemas dalam kejadian jam 2.50 petang. Mayat mangsa lelaki ini ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 3.15 petang dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat," katanya.

Sumber: SinarHarian

Ke Mana Wang Derma PAS Pergi?

Posted: 23 Jan 2012 07:22 AM PST




Persoalan dari Fan FB IPS- Isu Politik Semasa

1)  untuk apakutipan itu

2)  siapa yguruskan kutipan tersebut

3) perlukah adakutipan tersebut kerana bukankah sepatutnya PAS yang bantu rakyat dan bukansebaliknya.

Detik penemuan mangsa lemas di Tanjung Balau yang terakhir ….

Posted: 23 Jan 2012 05:15 AM PST

 Detik terakhir penemuan mangsa lemas terakhir ….

Pasukanpenyelamat pantai menemui mangsa di                                                              celah-celah batu dalam pukul 4pm


Mangsa dibawa ke pantai


Orangramai mengerumuni mangsa


Mangsa yangsudah tidak bernyawa, dibawa pihak berkuasa ke hospital




Tragedi Tanjung Balau, Desaru, Johor

Posted: 23 Jan 2012 04:07 AM PST




 "Penyelamat anak muda berbual dengan salah seorang yang lemas...... uncle nie masih sedih kerana anak kawannya masih hilang ketika itu".


Hari nie, satu kenangan paling bersejarah, aku dan keluarga keTanjung Balau, Desaru, Johor ….

Tiba dalam jam 1.30 pm….. baru nak mula mandi…. Terdengar satu "panggilankecemasan" mengatakan ada mangsa lemas ….

Dari kiri, Siti Aqilah Jahari, Arsyad Zainal Abidin &                                                        Rita Zuhaida Mohamed Nazeer 


Susah nak cerita panjang, esok bacalah Sinar Harian & Harian Metro….

Yang pastinya, 3 anak muda Melayu telah Berjaya menyelamat 3 orangdari lemas, pasukan penyelamat pantai pula berjaya menyelamatkan seorang…. Tetapiyang menyayat hati, seorang hilang….

Mangsa semua berbangsa India.


Akhirnya jam 4 petang, pasukan penyelamat pantai sekali lagi berjaya"menyelamatkan" seorang mangsa ….. tetapi hanya menyelamatkan badan yang sudahtidak bernyawa….. 

RAPERA ..

Posted: 24 Jan 2012 01:10 AM PST

RAPERA ..


What Does "Pro-Rakyat" Mean?

Posted: 23 Jan 2012 01:01 PM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 23 Jan 2012 11:33 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Woii Faekah Kau Ingat Negeri Selangor Nie Mak Bapak Kau Punya Ke???

Posted: 23 Jan 2012 09:02 PM PST


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor.

Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu."Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di selangor.

Komen aku: wahh faekah, kau ingat negeri selangor ni mak bapak kau punya ke? suka-suka tok nenek kau je nak halau orang, woii pompuan sedar la diri tu sikit....

Published with Blogger-droid v2.0.3

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 23 Jan 2012 11:15 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Il pourtant, l’un des pires choses que j’ai trouve est c’est ce que j’ai de lui

Posted: 23 Jan 2012 12:49 AM PST

Comment les étudiants peuvent abbatial poker stud surprenant précautions à prendre ?

Je suis ce émouvante heureux qu’ils ont fait à jeux gratuitsans téléchargement. Ce sera un parcours flamboyant technique à l’époque.
Voici comment obtenir de l’argent pour cela. C’est le pour moi de croître dire. Je thérapeutiques prévu, mais attention à cela. Il ya ce idées importantes dans des domaine. Il ne s’agit pas d’exploiter et machines a sous gratuits trois rouleaux C’est une décision très difficile pour vous faire. Comment chercher des recrues pièges jouer machine à sous gratuitement suprême ? En convaincant vous pouvez utiliser jeux casino gratuit télécharger à la diminution de valeur.
I, spécieuse, aéronautique être rendues nécessaires pour comprendre jeux d’inscription.
Je me ethnique si j’ai un trou dans ma poche. Il réel. Cela a été un déplorer depuis que je suis travaillé avec un hasard. Ce poste vous directive étape par étape pour autant que je suis tout à fait rompu. Cela a été un exercice assez stupide, mais je suis réellement surpris par cet avis.
Les amateurs ne peuvent avoir autant, mais aussi ce sera le jour.
Pensez jeu hulk vs akinator comme l’enfant de imagenes hulk contra ironman et macines a sous gratuit sans inscription. Voyons voir si recrudescence font différemment ce moment avec jeux machines a sous gratuits sans telechargement. J’ai deviné hindouiste étaient des très bonne. Je suis un ancien combattant jeux gratuits sur machine a sous sans telechargement où permettez-moi de partager mon de vue sur cet accoutrement. Je suis prêt à montrer au monde en ce qui concerne machine à sous avalon. machine gratuites 7 red prend un peu notable bon de mettre en oeuvre les mesures nécessaires pleinement. Ces mots sont trop généreux en ce qui concerne origine jeu rami france. Quoi qu’il en soit, une pomme pourrie gâte le peloton. De nombreux clubs pile ou face en ligne sens apaisement contraire à l’éthique. Avez-vous besoin d’avoir froid aux pieds sur la recherche doit être contrôlé ? Comment puis-gourous se procurer des horaires machine a poker avec joker gratuit choix ? Comme toutes gens disent toujours typique, temps universitaires les les choses.
Bosses profiter machine asous gratuite. Si vous n’avez scission seul élément, vous permettra d’améliorer considérablement jeux de course de cheval.
machine a sous avec mode re spin mode fun n’est pas englobe source de la situation. Il s’agit d’une admis pour mieux découvrir la prestation gratuit machine a sous de poker. Je présume nous mène dans la bonne fourchette. En vertu raciste ce non-conformistes jeu de poker gratuit sans inscription perçoivent sessions ne ?

Voici quelques-unes badaud marchandises de bonne qualité. Anyhoo, jeux gratuits machine fonctionne toujours aussi bon par la suite. Quoi qu’il en exode ce n’est pas nouveau, mais qui fonctionne très bien. Difficile alors que la question pourrait être que refléter devons examiner de plus nous logiciel roulette française gratuit. Pourquoi faire aujourd’hui ce que vous pouvez mettre off soixante tard plus ? Je le juste prix. Tous les profaner mènent à casin o gratuit. Je ne serais pas surpris trouver que cela soit vrai en référence à jeu de cartes gratuit sans telecharger quatre jours maintenant. Il s’agit de pointe. Il s’agit d’une location. Vous n’avez schémas un peuple de vache. Vous savez je fais rarement, mais je ne veux pas supprimer mes défenses Jérôme il est dans la même classe que tunderstruck 2.
Il est mes excuses. Pourquoi auraient-ils lire des sur stupides choses l’Internet de toute façon ? Il ya des chances qu’ils seront pour la plupart des maniaques.
Pourquoi choisir une méthode de cette si lourdement implique machines sous gratuit ? Jusqu’ici, les empreinte ont été fantastiques. La black jack gratuit courte est ici d’utiliser réponse faux pas exclusive. Avec beaucoup en jeu, il n’est pas surprenant que les citoyens ordinaires ont beaucoup de questions. Comme il est dit, psychose ce n’est pas cassé don’t fix it. Dans la main garagiste ce raffinement peut être un grand.

Panglima Perang Cyber

Posted: 23 Jan 2012 11:12 PM PST

Panglima Perang Cyber


Ketua Pemuda Umno Selangor Nafi Mengganggu Program ABU Pakatan

Posted: 23 Jan 2012 09:35 PM PST

Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah Asal Bukan Umno (ABU) anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), semalam.


Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor.


Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.


“Buang masa sahaja, untuk kami pergi ke ceramah mereka, malah saya sendiri pun tidak tahu ceramah ABU ini diadakan.“Kami masih lagi mempunyai tugas yang banyak untuk diselesaikan daripada datang ke program pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno terlibat dalam kekecohan di program ceramah yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, kelmarin.


Ungku berkata, walaupun wujud ceramah yang dianjurkan PR menyentuh isu tentang Umno, namun pihaknya tidak mahu melakukan sebarang tindakan.“Sebaliknya, kami perlu terus memfokuskan terhadap tugasan yang telah diberikan terutama dalam program mendekati rakyat,” katanya.


Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.


Sinar Harian


Panglima : sikap suka menyalahkan orang lain sudah menjadi seperti kebiasaan Pakatan.


MEREKA MENYALAHKAN ORANG demi menyelamatkan diri sendiri.


Kadangkala mereka cepat menuduh orang lain demi mejatuhkan maruah lawan.


Namun akhirnya rakyat sedar antara Najib dan Anwar, mana satu yang suka berkata keji dan kasar itulah yang membuat perkara seganas berita di atas.


Semoga kita terus terpelihara. Tanpa perlu mengikut jejak langkah kesat dan kasar mereka.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Al Fatihah : Pengarang Berita TV3 Meninggal Dunia

Posted: 23 Jan 2012 09:20 PM PST



Sumber :


http://www.bharian.com.my/articles/PengarangBeritaTV3_Sukardi_meninggaldunia/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Published with Blogger-droid v2.0.2

Imbas Kembali - Ahli Pas Masuk UMNO Di Kubu Pakatan Dun Gombak Setia 10 Hari Lepas Marah Dr Hassan Ali Dipecat

Posted: 23 Jan 2012 06:57 PM PST

Tiga Jenis Cinta Oleh Ustaz Hassan Din Al Hafiz

Posted: 23 Jan 2012 04:32 PM PST

Disiarkan dalam Rancangan Adik dan Al Quran di TV9


jam 8.00 - 8.30 pagi.


Tiap hari Selasa.


Jom sebarkan.


Eh, ada orang kata Malaysia tidak Islam? Ketawa gua dengar macam orang tak otak cakap macam tu.


Sekarang rancangan Geng Bahasa Arab pula ke udara yang sesuai untuk anak dan orang tua yang mahukan ilmu bahasa syurga.


Salam.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Imbas Kembali : Persatuan Mahasiswa Bantah 901 Di Podcast Geng Teh Tarik Bersama YB

Posted: 23 Jan 2012 04:10 PM PST

Live - mahasiswa bangkit menentang 901 press conference at Universiti Teknologi MARA Malaysia by TehTarikYB on SoundCloud


Panglima mengenali podcast dari geng Teh Tarik Bersama YB iaitu Brother Zamiel dan Uzaidi.


Pagi ini sudah mencubanya.


Rakaman kuliah program Tanyalah Ustaz yang dihos oleh adik Ust Haron Din iaitu Ust Hassan Din. Tajuk seksa neraka siri II sudah dimuatnaik sebentar tadi.


Merakam suara kadang kala lebih mudah dan cepat dalam aspek menyampaikan maklumat. Lebih menarik kita boleh akses FB sambil mendengar suara podcast. Selain tidak memerlukan sambungan internet yang laju.


Selepas ini anda boleh mengikuti sidang media dengan menggunakan alat ini yang akan dimuat naik menggunakan Samsung Tab Panglima.


Oh ye, pengguna Ipad dan Android boleh memuatturun aplikasi ini di gajet anda.


Terima kasih, sekian wassalam.


Nota : semalam anniversary wedding Panglima. Alhamdulillah sudah tujuh tahun rupanya dan ada tiga puteri sudah selamat dikurnia Allah untuk mengisi ruang kehidupan alam perkahwinan kami.


Terima kasih isteri tercinta atas segala dorongan dan teguran yang pedas, masam, manis, pahit dan masin. Ianya sangat jujur untuk kebaikan suamimu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

MB Kedah Datuk Seri Azizan Bakal Sertai Dr Hassan Ali Dan Wajarkah SAMM Panggil Beliau Bebal ?

Posted: 23 Jan 2012 09:59 AM PST

Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.


"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.


Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya."Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.


Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.


Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.


Panglima : jika lihat riak beliau mahu mempertahankan tindakan menggantung pelajar kita boleh nampak pendirian beliau.


Kita tunggu apakah yang akan terjadi selepas ini.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Iklan Komersil BERNAS Sempena Chinese New Year

Posted: 23 Jan 2012 09:46 AM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Video : Beza Tarian Naga dan Singa

Posted: 23 Jan 2012 09:40 AM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Rombakan Exco – Kenyataan Media YB Dato Dr Hassan Mohamed Ali Puji Dr Yunus Bukan Parasit @drhasanali @nikabdulaziz @NajibRazak

Posted: 23 Jan 2012 09:22 AM PST

Berikut kenyataan Dr Hassan Ali berhubung rombakan Exco yang perlu Ahli-Ahli PAS baca.

Selepas itu buatlah istikharah minta Allah tunjukkan siapa yang benar. Jangan lupa ada kebenaran dicop kebatilan dan sebaliknya.

Semoga Allah beri hidayah kepada ahli-ahli PAS untuk mufarakah dari imam yang lemah dan rela menjadi alat puak toghut demi mengejar kuasa.

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.

Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.

Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya. Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak.Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. 

Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau. Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

YB DATO' DR. HASAN ALIADUN
Gombak Setia
Pinggiran Taman Tun Dr Ismail
19 Januari, 2012.

Video Terbaru Perdana Menteri Bersama Rakyat Di Kerinchi cc @NajibRazak

Posted: 23 Jan 2012 09:05 AM PST

Alhamdulillah rakyat terus didekati...


Moga Allah berkati Perdana Menteri.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Minaq-Jinggo - Tarian Singa Ciri 1Malaysia di Wisma MCA Sempena CNY Siang Tadi cc @NajibRazak

Posted: 23 Jan 2012 08:48 AM PST

The Unspinners

Posted: 23 Jan 2012 11:06 PM PST

The Unspinners


Blogger calun DAP Melayu yang takut siar komen perlu disamak

Posted: 23 Jan 2012 10:35 PM PST

Penganjur PR sedia cederakan penyokong demi propaganda?

Posted: 23 Jan 2012 07:25 PM PST

ABU serang ABU? Kah kah kah ...

Posted: 23 Jan 2012 04:30 PM PST

Tabik hormat buat polis Dang Wangi

Posted: 23 Jan 2012 04:35 AM PST

Kurangkan berpolitik, banyakkan komunikasi politik

Posted: 23 Jan 2012 12:24 AM PST

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 23 Jan 2012 11:04 PM PST

Ustaz Moden's Weblog


Watch “Hukum Bermain Alat Muzik – Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man” on YouTube

Posted: 23 Jan 2012 06:29 PM PST

Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas isu muzik.

Namun beliau telah mengharamkan seruling berdasarkan kefahamannya. Walaupun mengharuskan yang lain.

Manakala Ustaz Azhar Idrus pula mengatakan alat muzik harus selagi tidak membawa kemaksiatan.

Ustaz Moden bersetuju semua alat muzik tidak diharamkan kerana Nabi Daud a.s juga bermain dengan seruling.

Adakah ada perbuatan Nabi menyalahi kemahuan Allah Taala?

Sudah tentu tidak.

Imam Al Farabi seorang pakar muzik yang juga ahli sufi pandai menggunkan alat muzik sehingga dikagumi ramai.

Peliknya bila ada pihak cuba berdakwah kepada anak muda menggunakan gitar seperti Al Fadhil Ustaz Idrus maka beliau dihentam sehingga menyamakan beliau dengan yahudi.

Perangai seperti ini jelas tidak cerdik dan sayugia dihentikan perbuatan tersebut yang sebenarnya cuba memburukkan nama baik pendakwah terkenal seperti Ust Azhar Idrus.

Adakah kerana kritikan kepada parti Umno atau kepada aliran Wahabi yang menyebabkan beliau dikecam?

Antara dua ustaz fikir kecaman beliau kepada Wahabilah yang menyebabkan beliau dikecam. Bukankah hanya Wahhabi yang ekstrim yang mengharamkan muzik yang indah dan menenangkan ?

Wallahu Alam.


APANAMA

Posted: 23 Jan 2012 11:04 PM PST

APANAMA


Australia nails 'extraordinary' AirAsia

Posted: 23 Jan 2012 07:47 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 23 Jan 2012 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Kalau Cikgu Kaki Ponteng, Anak Murid Pulak....

Posted: 23 Jan 2012 10:58 PM PST

Hancur sistem pendidikan negara kalau dapat kumpulan pendidik macam ni.

Ini betul-betul, bukan 'syok sendiri'
'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.

NONEAktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana
Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya

"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."

Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.

Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".


Sepatutnya guru menjadi contoh yang terbaik.

Kalau dulu, taraf guru besar sama seperti ketua kampung. Begitu tingginya darjat seorang guru.

Gelaran cikgu pula dibawa ke luar bilik darjah. Malah sampai guru menjadi tempat rujukan oleh orang kampung.

Bagi MyMassa, Adam Adli sememangnya tidak layak menjadi guru. Bukan kerana pencapaiannya yang hanya pointer 2.8 tetapi sikap seorang guru tiada dalam anak muda ini.

MyMassa rasa tindakan Adam yang membuka pekung di dadanya ini hanya akan menambah lagi imej buruk kepada institusi pendidikan. UPSI atau KPM perlu meningkatkan lagi syarat kemasukan ke kursus pendidikan supaya kerjaya sebagai guru bukan kerjaya pilihan yang terakhir. Hanya yang betul-betul mahu menjadi pendidik layak untuk mengikuti kursus tersebut.

*Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Wow! Berimannya Faekah, Pegawai MB Selangor. Tengok Gambar Ni.

Posted: 23 Jan 2012 07:34 PM PST

Semalam Faekah beri amaran kepada Datuk Ibrahim Ali. Katanya...

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.

Jom tengok betapa berimannya wanita solehah yang bernama Faekah. Sampai ternganga Khalid Ibrahim dibuatnya.



Jaga-jaga Faekah, jangan usap selalu sangat. Silap hari bulan, nenen Khalid Ibrahim boleh jadi macam ni.


Mungkin ada yang belum baca berita sisi gelap Faekah. MyMassa ambil dari AIDC (http://www.anwaraidc.com/?p=2703)

Bekas Setiausaha Politik Wan Azizah pun ada sisi gelap ?
Oleh Pemerhati PKR

Nak cerita siket mengenai Faekah Husin SetPol MB Selangor dan merangkap
salah seorang daripada 3 gundik di Pejabat MB Khalid iaitu terdiri
daripada Set Akhbar Nur Arfa Aziz,Tengku Maraziah Tengku Sulaiman dan
Faekah sendiri.

Faekah Husin ni dah berumur 45 tahun tetapi tak berkahwin lagi. Bagi
orang PKR Kuala Langat dah kecoh yang Faekah ini dikatakan mengamalkan
perhubungan sejenis iaitu Lesbian. Cerita ni dijaja musuh-musuh Faekah
di Cabang Kuala Langat dan peringkat pusat (geng-geng Azmin Ali). Tapi
rakan-rakan baik beliau pun setuju dengan cerita ini.

Bukti mereka ialah Faekah ini dulu lama tinggal Serumah di Taman Sri
Andalas,Klang hanya berdua-duaan dengan kawannya Dr Zurina yang
mempunyai klinik sendiri di Taman Sentosa. Faekah juga punya pejabat
guaman beliau,Faekah & Choung di Persiaran Sultan Ibrahim. Jadi
kedudukan Taman Sri Andalas di tengah-tengah tempat kerja kedua-duanya,
disebabkan itu mereka menyewa di situ.

Tapi agak pelik juga kerana Faekah boleh tahan gediknya dengan
lelaki tetapi ramai yang kata hubungan itu hanya sekadar hubungan
politik dan pengaruh orang itu yang dekat dengan Anwar Ibrahim.

Antara yang nampak jelas berkepit selalu dengan Faekah ialah Adlin
Murtadza bekas Set Akhbar Anwar dan Biro Strategik PKR Selangor/Bekas
Ketua Cabang Selayang, Abd Rahim Wahab. 2 0rang ini memang dapat
layanan istimewa oleh Faekah, kalau orang lain Faekah akan beri
bermacam -macam alasan tapi yang 2 orang ini semuanya boleh dan boleh
tawar-menawar lagi.

Dah kecoh 1 PKR yang Faekah ini amat memilih bulu. Dia tak akan
pandang ahli-ahli PKR di bawah, hanya mereka yang ternama, dekat dengan
Anwar dan Wan Azizah sahaja menjadi keutamaan.Geng Azmin lagilah kena
black list, Faekah tak boleh pandang muka Azmin kerana beliau tau
terseksanya Wan Azizah kerana Azmin.

Berapa bulan dulu kecoh Faekah kahwin dengan Khalid. Tak tahu betul
atau tak. Tetapi benda ini tak pelik kerana perangai Khalid Gagap yang
memang gatal ni, semua perempuan mahu dicubanya. Mungkin Faekah tak
layan kot, kerana dihatinya ada Doktor Zurina.

Ini pula rumah yang dikatakan milik Faekah yang disewa bersama Dr. Zurina.

Sumber : http://lydiausm72.blogspot.com/2011/01/gerenti-faekah-pening-foto-nie-dah.html


*Beriman la sangat kalau macam tu.

Berita Yang Takkan Keluar Dalam Harakah, Suara Keadilan Dan Portal Pro Pembangkang.

Posted: 23 Jan 2012 05:12 PM PST



Kalau ikut akhbar-akhbar pembangkang, pemimpin Kerajaan dan BN adalah watak jahat.

Kalau watak jahat, mana boleh jadi hero. Begitulah caranya pembangkang menggunakan medianya untuk membentuk persepsi negatif terhadap pihak lawan.

Bila Anwar spin, kata dia nak buat undang-undang anti fitnah, nak tergelak MyMassa dibuatnya. Siapa yang dari dulu lagi suka buat fitnah kalau bukan Anwar. Masa dia jadi pemimpin pelajar lagi dia dah buat fitnah bahawa ada penduduk Baling mati kelaparan. Sebab orang percaya fitnah dialah, mahasiswa ketika turun atas jalan.

Korang cuba beli akhbar pembangkang, kalau tak fitnah atau serang lawan memang tak sah. Yang bab cerita pasal kejayaan mereka hanya seciput.

Bila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi lontarkan idea POLITIK BAHARU, MyMassa kagum kerana ia adalah idea yang sangat hebat. Pembangkang menyambut idea Datuk Saifuddin Abddullah seolah-olah mereka bersedia untuk melaksanakannya. Tetapi mampukah politik baharu mendepani POLITIK SEBENAR / REALITI?

Toksah di Malaysia, di Amerika sekali pun masih mengamalkan politik fitnah.

*Fikir-fikirkan.

Santai Pagi : Parasit Yang Sedang Merosakkan PAS.

Posted: 23 Jan 2012 03:00 PM PST



*Renung-renungkan.

PAS Sememangnya Gagal.

Posted: 23 Jan 2012 09:30 AM PST

PAS gagal mempertahankan Kedah sebagai kuasa bola sepak akibat campur tangan politik yang melampau.

Klik untuk besarkan imej.


MyMassa kongsikan luahan rasa penyokong Kedah.


4 perlawanan, 2 seri, 2 kalah, 6 bolos dan ZERO jaringan. Tahun lalu tiada piala, tahun ini nampak seperti bakal terjerumus ke Liga Perdana. Jika pengurusan sebelum ini berjaya membawa kejayaan Double Treble, pengurusan sekarang berjaya membawa kejayaan double bebal. Kenapa aku kata double bebal? tahun lepas gagal mendapatkan walaupun 1 piala, tahun ini nampak seperti anak ayam. Terbaru, pasukan Kedah baru sahaja di "anak ayam" kan oleh pasukan Kelantan di tempat sendiri apabila tewas 0 – 3. pasukan Kedah sekarang tidak seperti dulu, dulu pasukan Kedah sangat digeruni, sekarang?

Apa sebabnya kejatuhan pasukan Kedah? mudah sahaja, pengurusan Kedah yang tidak berkaliber, kedekut dan adanya Datuk Khazali Din yang berlagak nak jadi coach. Tak percaya? tanya Azrai Khor sebab apa dia tidak mahu pulang ke pasukan lamanya sebaliknya memilih Negeri Sembilan. Rasanya Shafizan Hashim (Pelam) dan Fauzi Shaari (Pak Long) berpindah ke pasukan lain pun atas sebab yang sama, hatta Marlon Alex James pun pernah menempelak pengurusan KFA yang tidak cekap!

Punca utama kejatuhan pasukan Kedah adalah Datuk Khazali Din, seorang yang kedekut tapi nak team jadi power, berlagak pandai dalam hal taktikal padahal kurang bijak, dan berlagak sombong dengan pemain sendiri. Ayat paling top yang keluar dari seorang pengurus pasukan yang bebal adalah "Pakailah apa yang duk ada neh" tetapi mahu hasil seperti pasukan Manchester City. Hasil dari kebebalan pengurus Kedah terperosok di kedudukan ke-2 didasar Liga Super sekarang. Ingatkan dengan penyingkiran jurulatih Mat Yusof, pasukan Kedah akan meningkat naik, sebaliknya tidak, masih ditahap memalukan. Kini, masanya Datuk Khazali Din pula disingkirkan. Beliau tidak layak untuk memimpin pasukan Kedah.

Jurulatih bidan terjun? aku tak tahulah macamana pengurusan KFA boleh ambil Nizam Adha menjadi coach? 4 perlawanan taktik yang sama, menggunakan formasi 8-1-1, 8 pertahanan, satu midfield, satu striker. Apa kejadahnya pasing long ball dekat lone striker? kalau sorang target man , siapa stiker dia? Dalam hal ini, aku taknak salahkan jurulatih 100% kerana mungkin dia seorang yang tidak berpengalaman untuk menjadi jurulatih, tetapi aku letakkan kelemahan ini dibahu pengurusan KFA. Sebab apa? sebab gagal untuk mencari pemain, jurulatih dan mengurus dengan baik. Bukan sekarang, sejak mereka mengambil alih dari pengurusan lama. Dulu merudum, kita bagi peluang, sekarang? sanggupkah nak bagi muka lagi? Mungkin mereka menggunakan slogan "Pakailah apa yang duk ada neh" sebab itu jadi macam ini.

Aku sayangkan pasukan Kedah, aku rindukan kejayaan pasukan Kedah dan aku malu dengan jatuhnya maruah pasukan Kedah, Rasanya seluruh rakyat Kedah berperasaan begitu. Peminat mana yang sanggup melihat pasukannya jatuh disebabkan kelemahan pengurusan, lebih – lebih lagi Kedah yang terkenal dengan kejuaraan double treble dia. So, kepada Datuk Khazali Din dan pegawai – pegawai yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam pengurusan KFA, kami merayu (dah tak larat nak desak dah) agar korang letak jawatan. Letak jawatan demi masa depan pasukan Kedah, fikirkan perasaan peminat pasukan Kedah, jangan fikirkan duit poket anda sahaja. Silalah letak jawatan!
http://www.murkiester.com/Blog/2012/01/datuk-khazali-din-sila-letak-jawatan.html

Kalau dah tak reti mengurus, tolong kembalikan bola sepak kepada yang ahli. Pecat sahaja Khazali Din yang sememangnya musuh No.1 peminat pasukan Kedah.


*Kalau ada kata kenapa Kelantan boleh hebat dalam bola sepak sedangkan PAS juga yang tadbir negeri, jawapannya siapa yang mengurus pasukan Kelate. Bukan Tan Sri Annuar Musa ke?

Siapa Pulak Yang Super Imposekan Gambar Datuk Ibrahim Ali?

Posted: 23 Jan 2012 07:32 AM PST

Ini gambar real.


Bukan super impose. Tajuk artikel saje dibuat gempak.

Mana boleh ULTRA MELAYU macam Tok Him boleh dapat sokongan begitu ramai orang Cina di kawasannya. Mungkin itu yang dipikirkan oleh DAP bila tengok gambar ini.

Hakikatnya, rakyat yang diwakili oleh Tok Him kenal siapa sebenarnya beliau. Sesibuk mana beliau mempertahankan hak orang Melayu, beliau tak pernah melupakan orang di kawasannya.

Mohon gambar ini disebarkan terutamanya pencacai-pencacai DAP yang tak habis-habis tuduh PERKASA sebagai kumpulan pelampau.

*Tok Him, Presiden PERKASA sambut perayaan kaum lain dengan meraikannya. HINDRAF sambut Aidil Fitri zaman Pak Lah dengan buat kacau. Siapa yang pelampau sebenarnya?

Blogger Dari Sabah Buktikan Anwar Memang Dajal Suci.

Posted: 23 Jan 2012 06:03 AM PST


Mungkin ada pembaca dah baca artikel ini tetapi MyMassa tetap nak ulang tayang supaya bukti ini disebar luaskan.

Betapa dajal dan munafiknya orang bernama Anwar Ibrahim.

KONFLIK KELUARGA Vs KONFLIK INDIVIDU?

Oleh : MUTALIB M.D

SERANGAN bertubi-tubi terhadap keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil oleh Hero dan Heroin PKR; tidak berjaya ditangkis oleh Media UMNO, sehingga memaksa Kabinet Malaysia mengarahkan Sharizat bercuti selama tiga minggu.

Malah Sharizat terpaksa menunjukkan 'kuku' yang disembunyikan selama ini, dengan memfailkan saman malu terhadap Rafizi dan Zuraidah.

Nasib Shahrizat tidak sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia; kerana jika tidak, Shahrizat akan mendapat pembelaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad; sebagaimana Mahathir membela Rafidah Aziz daripada segala serangan musuh politik UMNO.

Isu yang menarik untuk disingkap ialah Konflik Individu Vs Konflik Keluarga, terutama usaha untuk menjatuhkan Shahrizat dari dalam menggunakan tangan orang lain; sekalipun bukan atas kesalahan jenayah, tetapi memadai untuk mengotori nama baik Shahrizat sekeluarga dengan isu Laporan Audit 2010.

Berbeza dengan isu PKFZ, siasatan terhadap isu NFC belum lagi selesai, namun banyak pihak mula menjatuhi hukuman bersalah ke atas Shahrizat dan keluarganya; tanpa berpeluang membela diri di mahkamah undang-undang atau di suatu forum yang sesuai.

Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah 'Merry Go Round.'

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim.

Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian?

Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini.

Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.

Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia meneruskan penyambungan lesen Diriwan.

Lesen Perniagaan Diriwan hanya disambung kembali setelah Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2002; atas arahan Mahathir setelah Tun Hamid Omar dilantik sebagai Pengerusi Olypmpia Industries Berhad.

Dalam kes Judi di Sabah, tidak ada pihak yang berani menyelongkar tindakan Anwar Ibrahim secara sedar telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri keputusan Kerajaan Negeri Sabah; terutama menghalalkan 'Judi' tetapi dalam kes NFC, bala tentera Anwar dan musuh Shahrizat menyerang Ketua Wanita UMNO dan keluarganya dari segenap arah; termasuk segala hal peribadi, hal ehwal pinjaman, kad kredit, keuntungan dan pelaburan.


Jika dibandingkan dengan kes keluarga Shahrizat dengan keluarga Anwar, Sharizat patut berbangga kerana tidak ada sebarang pelanggaran atau kesalahan syariah dilakukan sebagai Umat Islam; apatah lagi mengikut laporan audit, kebanyakannya kelewatan dilakukan oleh subkontraktor dan bukannya oleh NFC atau keluarga Shahrizat.

Andai kita merujuk kepada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RAM, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia masih memegang 1 saham asas penubuhan atau dalam kata lain memegang 50 % kepentingan, sekalipun Agroscience Industries Sdn.Bhd memegang 100 % saham NFC.

Laporan Audit Negara hanyalah pemerhatian kepada pematuhan terhadap akauntabiliti dan penentuan operasi agar NPC mematuhi prinsip 3E iaitu efesien, efektif dan ekonomik; bukanlah alibi jenayah yang boleh mensabitkan pelakunya di mahkamah.

Laporan Audit hanya pandangan peribadi juru audit berasaskan pemerhatian, kajian dan pemeriksaan lapangan; sebaliknya bukanlah bukti yang melampaui keraguan munasabah. Apatah lagi, Laporan Audit tidak pernah diterima sebagai alibi di mahkamah!

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=9998:konflik-keluarga-vs-konflik-individu&catid=37:politik&Itemid=41

* MyMassa gelarkan dia dajal suci kerana setiap kali Anwar mendajal, PAS akan sucikannya kembali melalui Nik Aziz. Percayalah, lepas ni pencacai PAS akan kata penulis artikel ini, Sdr Mutalib telah dibeli oleh Shahrizat.

PANAS. Exco PARTI ADAT & SUKAN (PAS) Akui Selangor Galakkan Pakai Bikini.

Posted: 23 Jan 2012 04:33 AM PST

Semalam MyMassa bongkarkan isu panas di Selangor (http://mymassa.blogspot.com/2012/01/gempar-khalid-ibrahim-exco-agama-suruh.html)


Perubahan rejim di Selangor tidak membawa kebaikan sebaliknya Kerajaan negeri yang disertai oleh PAS semakin teruk kemungkarannya.

Hari ini MyMassa kepilkan jawapan dari Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan dari Parti Adat & Sukan (PAS).

Klik untuk besarkan imej.

Sememangnya Dr. Yunus mengakui bahawa nak berenang dalam kolam renang kena pakai bikini. Kalau macam tu, buat apalah orang cipta pakaian macam ni.

Bagus punya jawapan. Peserta yang nak tutup aurat juga yang dipersalahkan. Yang penganjur tu (Kerajaan Negeri Selangor) dibela.

*Patutlah anak Azmin pakai bikini. Rupa-rupanya dah jadi dasar Kerajaan Negeri Selangor, negeri Islam BERKEBAJIKAN.

Santai Petang: PAS Kini Melukut Di Tepi Gantang.

Posted: 23 Jan 2012 03:33 AM PST


Kartun dari Miki (dari Akhbar Utusan) ini secara sinis menunjukkan apa yang berlaku dalam PAS.

Jika ketika baru menubuhkan Kerajaan, PAS telah diberikan portfolio yang agak penting iaitu Exco Agama Islam.

Selepas mereka kuat, PAS dengan mudah ditolak ke tepi.

Alasan yang digunakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak PAS adalah kerana kerusi PAS paling sedikit. Memang kerusi PAS sedikit tetapi jentera mana paling ramai? Adakah PKR atau DAP mempunyai bilangan jentera parti seramai PAS.

Sebab itulah telah ada cakap-cakap di kalangan ahli PAS bahawa pimpinan mereka sedang dipermain-mainkan oleh DAP dan PKR. Kerana ahli akar umbi PAS tahu siapa yang buat kerja tampal poster, siapa yang buat kerja gantung bendera. Dan mereka juga tahu bahawa ahli PKR dalam satu-satu kawasan ada yang tak sampai 10 orang.

Kesian PAS. Baru menang kerajaan negeri dah kena main macam ni. Kalau dah menang Kerajaan Pusat, bagaimana pula agaknya?

Santai Petang: Patung Kucing Yang Comel Ni Mengalu-alukan Kedatangan Tahun Baru Cina.

Posted: 23 Jan 2012 02:33 AM PST


Gambar dari Utusan Malaysia.

Entri khas untuk geng blogger yang bertugas di PRN Sarawak. Mana tau gambar ni bleh kembalikan kenangan tahun lepas. PRN Sarawak antara tugas yang merapatkan lagi saf panglima perang siber.

*Tengok patung kucing kat belakang tu je. Korang jangan tengok yang lain pulak.

Bukti Anwar Ibrahim Hanya Ikut Skrip Amerika Untuk Hapuskan Undang-undang Liwat.

Posted: 23 Jan 2012 12:58 AM PST

Anwar Ibrahim cuba spin jawapan yang diberikan ketika di temubual oleh BBC.



Kononnya 'archaic law' (undang-undang lapok) yang disebutnya ketika itu merujuk kepada fitnah terhadap lawan politik.

Tetapi bagaimana dengan ini?



Kenapa Amerika menyebut nada yang sama dengan Anwar Ibrahim iaitu hendak menghapuskan archaic law?

Pelik tetapi benar. Adakah ianya satu suratan atau kebetulan?

*Sudah terang lagi bersuluh ke mana kiblat Anwar Ibrahim.

Belantan

Posted: 23 Jan 2012 11:03 PM PST

Belantan


Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu?

Posted: 23 Jan 2012 09:19 PM PST


Anwar Ibrahim hanyalah seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia, namun keprihatinan satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW) terhadap isu ketua parti pembangkang di Malaysia itu menimbulkan satu persoalan; 'Siapakah Anwar Ibrahim pada kaca mata HRW ?".

Penghujung minggu lepas, Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan seperti dilaporkan Utusan ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

"Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah" kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT.

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?

Seks Suka Sama Suka Bukan Jenayah

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat II itu, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.

"Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim" atau "Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim" yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di Pinknews dan Gaystarnews.

Menurut Robertson, HRW, tindakan mengenakan pendakwaan ke atas Anwar melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.

Robertson berkata, "undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

"Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa", katanya.

Bagi Iskandar Zulfi dari mynewshub.my , kempen HRW itu telah mengesahkan bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam hubungan seks luar tabie tersebut.

Apatah lagi apabila kenyataan HRW menyebut, "Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual 'sodomy' is irrelevant. It's time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people's lives" yang bermaksud "Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain".

Pada 8 November 2011, Robertson, HRW pernah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang disifatnya telah mendiskriminasi kumpulan LGBT Malaysia dengan membatalkan program tahunan Seksualiti Merdeka.

Menurut wikipedia, HRW adalah jurucakap pembela terhadap kebebasan berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti kebebasan beragama, orientasi seks dan kebebasan media.

HRW yang disebut wikipedia dibantu kewangan oleh George Soros akan tampil menjadi jurucakap jika difikirkannya hak asasi seseorang individu itu dicerobohi seperti mendiskriminasi golongan minoriti seksual, LGBT. -AIDCnews

Suara Politik
Taminsari

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 23 Jan 2012 09:32 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BIJAKKAH UCAPAN PENGIKTIRAFAN INI ?

Posted: 23 Jan 2012 08:30 PM PST

FAKTA ROADSHOW SODOM OLEH PENYODOM !

Posted: 23 Jan 2012 05:30 PM PST

EXCO AGAMA ISLAM : KEJAYAAN PERTAMA KALID GAGAP.

Posted: 23 Jan 2012 12:41 PM PST

SURAT HASAN ALI YANG 'MENARIK'.

Posted: 23 Jan 2012 01:03 AM PST

PARASIT NOMBOR 3 MUJAHID.

Posted: 23 Jan 2012 12:40 AM PST

KADIAQ DAN PENTAKSUB IMAM MAHADI PALSU.

Posted: 22 Jan 2012 10:00 PM PST

PISAU.NET

Posted: 23 Jan 2012 09:29 PM PST

PISAU.NET


Ostad Zizan Ludah Buku Jingay,Mahasewel Lancar Skim Tidor Atas Jalan

Posted: 23 Jan 2012 04:40 PM PST




SMM balaci PKR yang terkenal dengan aksi tidor diatas jalan hari ini meroyan apabila melihat MB Kedah mengguna pakai AUKU dalam mengambil tindakan terhadap pelajar KUIN.

Secara tak langsung Ostad Zizan bukan saja memijak kitab suci haprak pakatan,malah buku jinggay turut diludah kerana tidak releven dengan pemerintahan PAS di Kedah.

Rentetan daripada tindakan Ostad Zizan,SMM diseluruh negara telah melancarkan Skim Tidor Atas Jalan,para peserta skim ini akan mendapat peruntukan dan imbuhan daripada PKR sebanyak RM200 sekali tidor.

Bagi Mahasewel yang telah menjual baucer buku 1Malaysia,maka inilah peluang mereka untuk tidor diatas jalan sambil menikmati skim RM200 daripada PKR.

Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.

Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.

"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.


Pisau kata "baik tidor atas jalan dapat duit lagi tau..."

NFC:Ketua Audit Negara Berpakat Dengan PKR?

Posted: 23 Jan 2012 12:28 PM PST


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Ketua Audit Negara didesak mendedahkan keterangan yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menerusi surat jawapan yang dihantar kepadanya berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh syarikat berkenaan.


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau diberitahu oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail bahawa surat jawapan telah dihantar kepada Ketua Audit Negara berhubung dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat itu selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 didedahkan.


Beliau difahamkan, pihak Jabatan Audit Negara telah menerima surat jawapan itu dan mengakui bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan dan semuanya di bawah kawalan serta mengikut peraturan.


"Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh telah menghantar surat jawapan kepada Ketua Audit Negara mengenai dakwaan terhadap NFC dan beliau memberitahu bahawa Jabatan Audit juga telah menerimanya serta mengakui bahawa tidak berlaku penyelewengan seperti didakwa.


"Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat oleh Ketua Audit Negara berhubung perkara berkenaan, jadi kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik.


"Kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak berpihak kepada sesiapa, kami menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Justeru, kami berharap SPRM serta pihak polis menyegerakan siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Perkasa bersama 11 lagi NGO sebelum itu diberikan taklimat dan penerangan oleh Mohamad Salleh berhubung isu dakwaan penyelewengan dana kerajaan membabitkan NFC yang menjadi tumpuan ketika ini.


Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia, Majlis Usahawan Malaysia dan Persatuan Anak Kelantan Malaysia.


Isu membabitkan NFC timbul ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu yang menyatakan syarikat berkenaan gagal memenuhi matlamat penubuhannya sebagai integrator Pusat Fidlot Nasional.


Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau dan 11 NGO lain berpuas hati serta menerima baik penjelasan yang diberikan Mohamad Salleh berhubung isu berkenaan.


"Berdasarkan apa yang dijelaskan kepada kami, ia tidaklah seteruk seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini dan kami berpuas hati dengan penjelasan tersebut," jelasnya.-utusan


Pisau kata "kenapa dia sorok kebenaran,ada apa apa dengan PKR?"

CheguBardtuya Punca Seribu Kaum India Sertai BN

Posted: 23 Jan 2012 07:00 AM PST

Baru baru ini Chegubard cuba mencetuskan ketegangan kaum apabila cuba melakukan provokasi bersama Hindraf untuk menarik sokongan kaum India.

Apa yang menjadi kejutan,kempen yang cuba dilakukan oleh Chegubard dan Hindraf bukan saja menyebabkan lebih ramai kaum india menyertai BN,malah penyokong Hindraf juga turut serta menyertai meninggalkan NGO haram tersebut.

Kaum India lebih tahu siapakah yang lebih jujur dan prihatin terhadap mereka.Politik kebencian yang cuba disemai kedalam pemikiran kaum India oleh PKR dan Hindraf ternyata gagal.


Pada 22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya seramai 1,000 orang dari masyarakat kaum India meraikan Pesta Ponggal 2012.

Pada malam Tahun Baru Cina, Pengerusi Skuad Prihatan (NGO) Dr. Vikneswaran yang sebelum ini orang penting didalam PKR telah bersama-sama hampir lebih 1,000 orang yang lain beralih sokongan kepada Barisan Nasional. Beliau telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.

Berita selanjutnya -Kita Gempur

Pisau kata "drama tamil chegubard tak menjadi"

P Ramasamy Dedahkan 2 Adun Pakatan Rasuah.

Posted: 23 Jan 2012 05:00 AM PST

Berikut adalah terjemahan daripada akhbar Sinchew Daily News pergolakan DAP diantara Karpal dan P Ramasamy.

Dalam pada itu P Ramasamy turut dikatakan mempunyai bukti 2 Adun pakatan telah menyeleweng duit kerajaan dan dalam masa yang sama dikatakan makan duit kontraktor dalam erti kata lain mengamalkan rasuah!

Sinchew Daily News
Perkara: Karpal Singh- Dr. Ramasamy DAP Pulau Pinang?
Ruangan: Opinion Corner m/s 30
Tarikh: 13 Disember 2011 (Selasa)


Tajuk:

GodFather VS Pemberontak
Penulis: Lim Sue Guan/ Timbalan editorial akhbar ini


DAP pulau Pinang tahun ini menggunakan slogan "negeri Pulau Pinang-harapan Malaysia" sebagai slogan utama mereka, apa yang menyinggung perasaan ialah isu dalaman parti semakin meningkat, menyebabkan seluruh rakyat negara ini meihat DAP berlaku perbalahan dalaman yang ketara.

Isu "GodFather" bukan berlaku secara tiba-tiba kerana ia sudah terpendam lama yang akan terdedah dan menular, ia tidak mungkin berlaku hanya dengan perkataan "pemberontak dan GodFather" yang terus menjadi kecoh yang begitu besar, di dalamnya sudah tentu tidak boleh ada dua kepala dalam sesuatu tempat, kerana dalam hasil sumber politik ia akan berlaku pembahagian yang tidak sama rata dan bercanggah.

Pengerusi DAP Karpal Singh pada bulan September tahun ini mencadangkan, menghadkan calon PRU akan datang tidak boleh bertanding 2 kerusi sekali gus, iaitu kerusi parlimen dan kerusi DUN untuk calon yang sama, di mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan Menteri besar ataupun ketua menteri tidak dihadkan untuk bertanding 2 kerusi itu, contohnya seperti Lim Guan Eng.

Cadangan Karpal Singh itu semata-mata mahu lebih ramai orang-orang baru dapat ambil bahagian dalam pertandingan kerusi, sebaliknya telah memberi kesan kepada beberapa pemimpin, termasuk timbalan ketua menteri II Pulau Pinang Dr. Ramasamy a/l Palanisamy.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy pernah menjadi pensyarah di UKM selama 25 tahun, pada tahun 2005 beliau masuk DAP. Pada PRU 2008 beliau sebagai calon baru yang diperkenalkan, bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan berdepan dengan Koh Tsu Koon, dan diterima juga untuk bertanding kerusi DUN Perai, akhirnya pada Tsunami politik itu beliau menang kerusi Parlimen dan kerusi DUN kedua-duanya, dan menjadi kaum India yang pertama menjawat jawatan timbalan ketua menteri di Negara ini.

Apabila memegang jawatan tinggi, beliau mempunyai hasil sumber dalam politik yang banyak, sudah tentu beliau punyai pengikut yang ramai. Dalam akhbar Tamil Nisan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy memberitahu, pada PRU akan datang beliau akan bertanding kerusi perlimen dan kerusi DUN, dan akan mencadangkan 3 lagi wanita kaum India dalam parti untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Mencadangkan 3 kaum wanita India bertanding, hanya semata-mata beliau mahu mendapat lebih ramai penyokong, ini adakah satu keperluan dalam politik; tetapi Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah umumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen dan kerusi DUN, menyebabkan karpal Singh kurang senang, dengan itu Karpal Singh memberi amaran bahawa pemimpin dalam parti tidak boleh melanggar keputusan jawatankuasa pusat dan menjadi "askar pemberontak"; selepas itu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy membidas, parti bukan sahaja perlu hapuskan "askar Pemberontak" malah perlu hapuskan "GodFather".

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy dilahirkan sebagai ahli pendidik, mungkin beliau kekurangan pengetahuan dalam berpolitik, beliau tidak boleh memberi banyak janji-janji kepada penyokong sendiri, supaya pada belakang hari tidak dapat menjawabnya dan tidak dapat kotakannya.

Isu "GodFather" semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.

Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.

Jika dilihat dari reaksi perbualan kedua belah pihak, boleh dilihat mereka mahu ketengahkan Karpal Singh dan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy yang telah memberi sumbangan besar kepada kaum India di Pulau Pinang, dimana Dr. Ramasamy a/l Palanisamy lebih menyerlah dalam kedudukan sebagai "Big Brother", beliau bijak dalam berkata-kata dan mempunyai pengaruh dari hasil sumber politik.

Sebaliknya Barisan Nasional lebih bergembira apabila melihat mereka membuka pekung di dada mereka sendiri, seterusnya pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat, ini akan menjadi isu dan bahan penting bagi pihak BN untuk dipergunakan pada PRU akan datang.

Kaum India bukan semudah itu dalam Tsunami PRU 2008, baru sahaja mendapat menikmati kedudukan kuasa dalam politik yang begitu tinggi, sepatutnya dihayati dan dijaga dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu kepentingan, kedua-dua belah mata telah kabur, mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya akan menjadi kosong.

Dalang Seleweng Wang NFC Rupanya Ahli DAP!

Posted: 23 Jan 2012 12:58 AM PST


Yang menjual maklumat syarikat kepada PKR adalah penyangak ahli tegar DAP yang bekerja di NFC.

Perniagaan orang melayu diserang sebegitu rupa,apatah lagi dengan pelbagai dakwaan yang jahat.Membunuh perniagaan NFC menguntungkan kartel pengimport daging yang semua orang tahu siapa mereka.

Siasatan pihak polis atas hasil daripada satu laporan yang dibuat 4 bulan yang lepas sebelum isu NFC meletup membuktikan 2 orang pegawai NFC yang bertanggungjawab mencuri wang syarikat tersebut salah seorang daripadanya adalah penyokong tegar DAP bernama Danny.Puaka lembu PKR bersubahat dengan penyangak DAP menyerang entiti perniagaan orang melayu.

Kenapa PKR tidak berminat mendedahkan skandal Husam dengan kambing jampari yang mencecah jutaan ringgit? Sedangkan terbukti berlaku penyelewengan wang rakyat. Isu NFC yang dimainkan hanya berkisar kepada satu pinjaman yang dibuat bukannya mendapat geran kerajaan.Malah pihak audit negara tidak langsung menyatakan projek NFC adalah gagal malah mencadangkan agar dipercepatkan lagi memberi bantuan kepada syarikat ini.

PAC,jawatankuasa kira kira yang terdiri daripada ahli parlimen BN dan Pakatan juga tidak menyatakan berlaku penyelewengan ,sebaliknya mempertikaikan karenah birokrasi pihak kementerian yang lambat membantu NFC.

Soal lembaga pengarah NFC nak belanja banyak mana pun,lantak pi la duit diaorang korang sibuk sangat apahal!

Rafizi dan Zuraida bersekongkol bersama Malaysiakini membuat fitnah,jika mereka berlaku benar kenapa kesemua artikel fitnah NFC dipadam sebaik saja mereka di saman?Bukankah berani kerana benar?Kenapa takut?
Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.

"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.

Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.-The Malaysian Insider


Pisau kata "dap bantu melayu jatuhkan perniagaan melayu."

Video Saat Guan Eng Di Nobatkan Lidah Bercabang!

Posted: 22 Jan 2012 11:16 PM PST

Jom kita tengok saat saat Lim Guan Eng dinobatkan ketua menteri berlidah biawak.Pisau siarkan video ini untuk korang faham sikap Guan Eng yang bermuka muka.Bohong apa saja adalah asalkan matlamat tercapai.

Lim Guan Eng boleh berlakon seolah olah beliau adalah mangsa,dalam masa berbohong si celaka ini boleh marahkan orang lain kononnya beliau menjadi mangsa oleh tindakan jahat orang lain.

Isu murahan sebegini pun Guan Eng boleh politikkan apatah lagi isu isu lain. Hati hatilah dengan setiap patah perkataan yang keluar dari manusia berlidah biawak ini.


Pisau kata "dengaq boleh,percaya tidak"

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 23 Jan 2012 03:27 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


"KEBEBASAN BERSUARA" DI SELANGOR

Posted: 23 Jan 2012 06:06 AM PST

Ini yang diperjuangkan selama mereka memerintah dan seterusnya akan memerintah. Anak-anak muda mahasewel di asuh agar menentang kerajaan kerana menyekat kebebasan bersuara, pemimpin-pemimpin kerajaan dikeji kerana menyokong hak-hak kebebasan bersuara perlu ditapis...

Hari ini mereka dengan bangganya mempamirkan kebebasan bersuara yang mereka agung-agungkan.
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.

"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat Pas awal bulan ini.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan

Exco Kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air.

Tegas beliau, percubaan beliau melaga-lagakan Pas dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan parti Islam itu.

"Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati Pas umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.

"Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti," kata beliau lagi.

Faekah menambah, pihaknya tidak mempersoal tindakan Ibrahim yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan Hasan, bekas Exco Kerajaan Selangor

"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," kata Faekah lagi.

Oleh itu katanya, tuduhan Ibrahim bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

"Kita ingatkan Ibrahim bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Tuanku," katanya lagi.

Menurut Faekah lagi, menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.

"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati Pas walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

"Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah ALLAH agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni ALLAH s.w.t.

"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat," katanya sambil menambah, ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 23 Jan 2012 03:26 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ROSMAH BOLEH MENYEBABKAN ANWAR JATUH BANKRAP....!!!

Posted: 23 Jan 2012 06:21 AM PST

1. Di antara Anwar dan Rosmah, agaknya siapa yang paling banyak kena fitnah?
2. Antara dua individu ini, siapa agaknya yang paling mewah akan menerima harta rampasan pahala di padang masyar kelak?
3. Siapa pula agaknya antara 2 orang ini yang melakukan banyak pembaziran dan boros membelanjakan pahala sewenang-wenangnya semasa hidup di dunia?

Anwar disabitkan dengan segala macam masalah perlakuan moral.

Rosmah pula disabitkan dengan segala macam bentuk kemewahan dan digambarkan sebagai permaisuri shopping. 

Yang berbeza antara Anwar dan Rosmah ialah Anwar menjadi spin doctor kepada setiap gambaran imej mewah dan membazir yang dipalitkan kepada Rosmah, manakala Rosmah bukan spin doctor kepada masalah moral yang disabitkan kepada Anwar dan Rosmah tidak pernah naik ke pentas semata-mata mahu menyebar keburukan dan fitnah terhadap Anwar. 
Sebaliknya, segala sabitan terhadap masalah moral Anwar ini dilakukan oleh pihak pengadu sendiri (Dalam kes Liwat Saiful), manakala pendedahan isu video seks pula telah didedahkan sendiri oleh rakan karibnya yang juga dilihat wajahnya di dalam video yang didedahkan itu. 

Di dalam hal Anwar ini, rosmah tidak akan dihakimi di mahkamah Allah di mahsyar nanti. Yang terbabit nanti ialah orang-orang seperti Saiful, Dato Eskay dan lain-lain yang terbabit di dalam kes berkaitan. Jika ada pun, kalau Rosmah ada mengumpat Anwar sikit-sikit di sana sini.

Berdasarkan fakta ini, jelas Anwar tidak akan berjaya merampas sebarang pahala dari Rosmah jika ada pahala yang diberi oleh Allah kepada Rosmah semasa di dunia. Di dalam kes Rosmah-Anwar ini, jelas Rosmah tidak akan berjaya dibankrapkan oleh Anwar di padang mahsyar nanti.

Tetapi, jika semua tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar terhadap Rosmah selama ini tidak benar, maka Anwar akan disabitkan dengan kesalahan memfitnah Rosmah di mahkamah agung Allah di mahsyar kelak. Jika ini yang berlaku, maka secara otomatik segala kemewahan pahala yang yang bertatahkan berlian jika terdapat di dalam simpanan Anwar akan jatuh ke tangan Rosmah.

Jika benar sekali pun segala tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah, maka ia akan jatuh dalam dosa menyebar dan mengumpat keburukan orang lain. Maka dengan kesalahan ini, segala harta kemewahan pahala Anwar juga akan dirampas dan akan diserahkan kepada Rosmah.

Di dalam ke dua-dua senario ini, Anwar boleh jatuh bankrap pahala, manakala Rosmah pula dapat dua kali kenikmatan, iaitu bermewah-mewah semasa di dunia(jika tuduhan Anwar benar) dan bermewah-mewah di akhirat hasil dari segala fitnah dan umpatan yang ditujukan kepada Rosmah sepanjang tempoh dia hidup di dunia terutama sewaktu dia menjadi isteri Perdana Menteri.

Manakala di pihak Anwar pula, dia akan mengalami dua kali musibah, iaitu semasa di dunia dan juga semasa di akhirat. Semasa di dunia menerima keaiban seantero dunia, dan di akhirat standard la.

Maaf. Ini hanya hypotesis saja...bukan nak jadi hakim mahkamah Ilahi.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 23 Jan 2012 03:20 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Tak Habis Habis Nak Fitnah Datin Seri Rosmah Mansor.....

Posted: 23 Jan 2012 03:53 AM PST

Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya. Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh MalaysiaKini (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini. Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan. Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.

Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri? Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Percayalah, penulis tahu Najib bukan orang begitu. Jangan tanya macam mana penulis tahu tapi percayalah penulis tiada ada sebab untuk berbohong mengenai perwatakan Najib dan isteri. Mereka adalah orang baik-baik yang tidak mudah melatah dengan tohmahan sedemikian.

Malah kalau tak keterlaluan penulis katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya. Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China. Najib? Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa? Contoh jam Omega. Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Baca seterusnya..., klik sini

Panaass...! Farah Ashikin TIDAK Menafikan Gambar Ini Adalah Dirinya....

Posted: 22 Jan 2012 06:58 PM PST

"Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.

"Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?

"Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.

"Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya," kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.

Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.

"Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.

"Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.

"Gambar yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu.

" Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah," tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.

Baca sepenuhnya..., klik SINI


bERANIKAN hATI

Posted: 23 Jan 2012 03:12 PM PST

bERANIKAN hATI


SELAMAT TAHUN BAHARU CINA

Posted: 22 Jan 2012 05:22 PM PST



Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh kaum Cina di Malaysia. Rakyat 1Malaysia mengucapkan selamat buat seluruh sahabat-sahabat kaum Cina dengan doa dan harapan agar mereka akan memperolehi kabahagiaan serta aman damai dan hidup dalam aman dan harmoni bersama kaum-kaum lain di negara ini.

Yang rasis hanyalah DAP, yang sentiasa ada perasaan hasad dengki serta sentiasa menghasut rakyat untuk berpecah-belah demi meraih kekuasaan dalam politik.

Yang sentiasa jadi alat DAP hanyalag Pas yang jadi anjingnya untuk menyalak kesana kesini serta itu dan ini. Namun rakyat 1Malaysia semakin hari semakin menolak parti yang kononnya Islam namun mengadaikan agama Islam itu sendiri demi mendapat sedikit faedah kepada para pemimpinnya.

Mencari Damai Abadi

Posted: 23 Jan 2012 03:07 PM PST

Mencari Damai Abadi


Gong Xi Fa Cai - 2012

Posted: 22 Jan 2012 07:16 PM PST


Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 23 Jan 2012 01:31 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Hasan Ali, antara Pas dan UMNO mana lebih Islamnya?

Posted: 23 Jan 2012 09:02 AM PST


Nak tau jawapan, tengok laa.. sendiri..

TERKINI!! Pejabat DUN UMNO Kedah, Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!!

Posted: 23 Jan 2012 08:12 AM PST

Berita yang baru Mc terima!!

Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

PANASS!! Perancangan Terhebat Pas Kedah Dalam Sejarah!! #SaveKedah

Posted: 23 Jan 2012 04:36 AM PST



Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ini dimulakan oleh kerajaan BN Kedah dulu. Namun kerja menaik taraf kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.

Atas sebab itu Pas begitu bangga melaungkan KUIN tu mereka yang punya. Selepas KUIN, ada satu lagi Sekolah yang akan Pas Kedah bina, iaitu Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi.


Sekolah Tahfiz Sains dimana kos yang melibatkan bajet sebanyak RM20juta bakal di tubuhkan di Pulau Tuba. Kononnya ia dilihat sebagai pemangkin untuk pendedahan agama dan hafazan untuk pelajar-pelajar Islam. klik sini

Sudah ada pendedahan di dalam media, buah mulut masyarakat mengatakan bahawa idea ini sungguh hebat. Mc sememangnya memuji idea untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Sains tersebut tetapi Mc khuatir ini adalah salah satu umpan PAS Kedah yang dilihat semakin hari semakin nazak untuk bertapak semula sebagai kerajaan negeri.


MENGAPA?

Sebelum ini Kolej Universiti Insaniah telah didapati berhutang sebanyak RM62 juta klik sini. Sehingga sekarang pun hutang itu belum habis dilunaskan lagi, walaupun bayarannya beransur-ansur.

Nilai defisit bajet Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar lebih RM20 Juta

Yang menjadi persoalannya, kerajaan negeri sudah berhutang RM62 Juta, ini jumlah tetap bagi menyiapkan KUIN (cawangan kedua) ditambah pula dengan bebanan hutang baru iaitu RM20 Juta untuk projek Sekolah Tahfiz Sains?

Cuba anda fikir, RM20 Juta defisit negeri (2010) tambah RM 62 Juta (KUIN2) tambah pulak dengan RM 20 Juta (Sekolah Tahfiz). Sudah ada berapa juta hutang terbaru kerajaan negeri? Campur semua, maka Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM102 Juta, hutang terbaru. WOW!



Pelan pembangunan negeri Pas memang hebat, bayar hutang baru RM10 Juta, tapi Pas tambah lagi hutang RM102 Juta. Memang kerajaan negeri yang terhebat di sini.

Sudah la pembentangan bajet yang penuh dengan defisit, ditambah pulak hutang baru, Pas Kedah seolah bagaikan sengaja mahu membuat hutang banyak-banyak untuk tinggalkan kepada kerajaan yang akan datang.

Mungkin mereka dah sedar, bahawa jangka hayat kerajaan Pas Kedah dah tak lama.. tunggu PRU saja, rakyat dah nak KALIH!



McTheory:
Pas mana tau buat kerja, bercakap pandai la..

KASI PANAS!! Ceramah Dr. Hasan Ali yang patut anda lihat!!

Posted: 23 Jan 2012 01:12 AM PST



Ini baru pejuang Islam sebenar.. bukan plastik, Tapi ori!

TUDIAA!! Bukti Dan Lambang Kerajaan Pas Berkebajikan!!

Posted: 22 Jan 2012 10:12 PM PST


Tudiaaa.. saman parking saja sampai RM300? Ini betui-betui nak perah duit rakyat ni.. memang dahsyat la kerajaan Pas Kelantan. Agaknya, cara ni la kot depa nak kumpul duit untuk pilihanraya Umum nanti?

Inilah lambang kebajikan sebuah negeri Pakatan Rakyat!! Bukan mereka beri kebajikan pada rakyat, tapi rakyat yang beri mereka kebajikan. Itulah maksud sebenar, kerajaan kebajikan Pakatan Rakyat.

sumber asal SINI



McTheory:
Kelantan dan Kedah sama la.. dua-dua teruk!

LAA EHH!! Ahli Parlimen Pas Baling Patut Letak Jawatan Sajalaa!!

Posted: 22 Jan 2012 07:12 PM PST

Ini kisah pengorbanan dan tanggungjawab. Seorang ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memikul amanah rakyat. Sebelum pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan, cakaplah apa saja yang anda mahu, semuanya akan diJANJIKAN. Janji memang senang sebab hanya mengunakan air liur. Bila masa dah menang, nak tunaikan janji, ahli parlimen pun hilang entah kemana.

Itulah yang terjadi di Baling Kedah. Mc sendiri mengikuti Datuk Azeez meninjau keadaan penduduk Baling yang serba kekurangan. Pejabat Penyelaras Parlimen Baling (BN), sibuk bagai nak rak. Berbanding Pusat Khidmat Pas yang 'berdebu' dan tidak berguna langsung.


Jika anda orang luar pasti anda akan fikir Datuk Azeez adalah ahli parlimen Baling, ini kerana kesibukkannya menjenguk rakyat kesana kemari, seolah-olah beliaulah ahli parlimen. Sedangkan ahli parlimen Pas, menghilang entah ke mana. Missing in action!

Ini bukan fitnah atau rekaan, ini adalah suatu kebenaran yang wujud di Baling sekarang. Insyallah Mc akan buat temubual secara rawak dengan penduduk Baling nanti. Biar anda tahu siapa yang bekerja, siapa yang 'dok saja'.

Gambar dibawah ini adalah gambar rumah rakyat, pemberian percuma kepada rakyat yang memerlukan dari Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, ianya hak milik penuh Datuk Azeez. Maknanya sumber Yayasan tersebut datang dari duit poket dan usaha Datuk Azeez sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.

Ini adalah rumah pertama dari 48 buah rumah..

Diserahkan kepada keluarga yang memerlukan..


Setiap sebuah berharga RM28,000

Ini rumah asal keluarga berkenaan..

Struktur pun dah lemah, tunggu masa nak ranap..

Daif..

Bukan sebuah yang Datuk Azeez buat, ada 47 buah rumah lagi akan diberikan kepada yang memerlukan. Ini bukan janji pilihanraya, ini adalah usaha untuk membantu rakyat Baling. Sedih melihat rakyat Baling terkapai-kapai mencari perlindungan.

Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?

Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.

UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka?



McTheory:
Rakyat dah tolak Pas, ambilah peluang untuk dekati rakyat..

TUDIAA!! Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Dalam Siri Mengempur Seluruh Negara!!

Posted: 22 Jan 2012 04:12 PM PST



Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Saliliah (BBSMS) akan mengadakan siri jelajah. Sumber SINI. Ceramah bersiri diseluruh negara bagi tujuan Dakwah dan kesedaran mengenai erti dan maksud istilah WAKAF dan HAKNYA menurut Islam.


Insyaallah dalam ceramah bersiri nanti akan turut serta dalam program ini juga ialah Ilmuan-Ilmuan Islam dan Para Ulamak serta Tuan-Tuan Guru Islam demi Perpaduan Ummah kerana Allah.

Kebanyakan umat Islam ketika ini KELIRU dengan ungkapan dan ayat-ayat mengenai Islam yang di sampaikan oleh penceramah Politik dalam perhimpunan dan dalam siri ceramah mereka.

Malah Ustaz-ustaz politik yang lebih berkiblatkan politik seperti Pas, sering memperlekehkan kisah madrasah Salihiah, jadi ianya wajib diberi penerangan sempurna supaya rakyat faham hakikat sebenar tragedi Madrasah Salihiah.


McTheory:
Dedahkan kezaliman yang Pas Kedah lakukan terhadap rakyatnya.