Sabtu, 7 Februari 2015

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


.

Posted: 07 Feb 2015 03:09 AM PST

.


Tindakan Anwar tak ubah macam Pak Pandir

Posted: 06 Feb 2015 05:48 PM PST

SATIRA SABTU                                                                                                

Mungkin ada yang tidak tahu cerita macam mana kisah Pak Pandir yang menyembunyikan guni garam kerana mengelakkan ianya diketahui oleh pencuri. Untuk menyelamatkan guni garamnya Pak Pandir cuba mencari helah dengan berbagai cara agar garamnya selamat.

Mulanya dia sembunyi disebalik busut kecil dalam semak. Dia ambil daunan menimbuskan guni garam berkenaan. Selesai dia menimbus guni berkenaan dia berundur setapak dua sambil mengintai-intai guni garam berkenaan, uji, apakah ianya diketahui pencuri atau tidak. Guni yang sudah ditimbus dengan daunan itu memang tidak kelihatan, tetapi Pandir tahu yang disitu ada guni garamnya.

Dia rasa tidak sedap hati dan curiga lalu dia mengambil semula dan cuba sembunyi di tempat lain. Kali ini dia menggantungkan guni berkenaan atas pokok. Sesiapa yang lalu di bawah pokok itu tidak akan nampak guni berkenaan, kecuali orang itu melenguk (jengok) ke atas.


Pandir rasa lega kerana kedudukan guninya tinggi dan selamat. Dia berundur dan seperti tadi juga dia mengintai-intai guni berkenaan. Tetapi, ah lagi sekali dia merasakan guni itu tidak selamat kerana kedudukan guni itu diketahui dan tidak terlindung dari pandangannya. Lantas dia membuat ukuran kalau dia tahu kedudukan guni itu maka pencuri juga akan tahu.

Lagi sekali Pandir mencari idea baru macam mana hendak sembunyikan guni garam berkenaan. Kali ini dia mencampak guni itu ke dalam sungai. Guni yang mengandungi garam itu tenggelam ke dasar sungai. Pandir mengintip mahu melihat guni garam berkenaan, guni itu sudah lenyap daripada pandanga matanya.

Pandir rasa kali ini garamnya selamat dan dia berlalu. Sampai masa dia merasakan keadaanya benar-benar selamat dan pencuri sudah tidak ada, Pandir mahu mengambil garamnya. Dia turun ke dalam sungai dan mengambil guni garam berkenaan. Mulanya Pandir gembira kerana guninya masih ada dan tidak hanyut. Tetapi apabila dibuka alangkah sedihnya Pandir kerana garamnya habis hilang (larut) yang tinggal hanya guni sahaja.

Mengenang cerita Pandir yang diceritakan oleh guru saya masa di sekolah rendah ini, teringatlah saya kepada telatah dan nasib Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk melindungi masalah dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini disebabkan tiada keserasian dan titik temu yang jelas antara pendokongnya. Anwar sudah akan habis ikhtiar untuk berbohong kepada dirinya sendiri yang Pakatan Rakyat bermasalah dan berpotensi besar untuk hancur.

Anwar kerap kali cuba menafikan yang Pakatan Rakyat tidak retak dan pemimpinnya konon saling faham memahami. Segal tuduhan dan spekulasi dibuat pihak tertentu (media) dinafikan begitu sahaja oleh Anwar. Saya nampak Anwar seorang yang serius untuk mengekalkan Pakatan Rakyat sementara yang lain seakan main-main.

Hari ini pun dalam keadaan Pakatan Rakyat sudah tidak mengadakan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi lebih setengah tahun, Anwar masih membela dan mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kononnya masih seperti biasa, tiada persengketaan.

Dalam keadaan sesetengah orang Pas termasuk presidennya menunjukkan kejemuan kepada Pakatan Rakyat kerana ingin kembali kepada suami lama, Umno, Anwar masih bernasyid dan bermadah yang Pakatan Rakyat utuh dan padu. Beliau yakin ada perubahan dalam diri Abdul Hadi Awang yang jelas sikap pesimis dan skeptikal kepada Pakatan Rakyat khasnya DAP akan hadir bermesyuarat pada Ahad esok.

Cuma yang sedikit berbeza Anwar dengan Pandir itu, dalam kes Anwar beliau tidak takut kepada pencuri yang seperti Pandir, tetapi sikap Anwar menyembunyikan hakikat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini sama dengan diri Pandir yang tolol dan bongok, dia sembunyi guni dia juga yang mengintainya (tahu). Kerja Pandir itu sia-sia sahaja samalah dengan usaha Anwar untuk menutup bau busuk dalam Pakatan Rakyat hari ini yang sudah mustahil dapat diselamatkan lagi. Rakan yang diharap bersamanya kini sudah lama berubah hati.

Masalah dan pertelingkahan yang berlaku dalam Pakatan kini tidak boleh ditusuk selindung lagi. Betapa Anwar hendak menyembunyikan dia tahu akan hakikat dalam Pakatan Rakyat. Teristiwa apa yang berlaku kepada rakannya daripada Pas itu. Apa yang ada dalam hati Hadi Awang kini terhadapnya, dan sikap presiden parti agama itu dengan Pakatan Rakyat, tidak ubahlah orang yang sudah dihidapi kuman barah tahap empat. Kuman itu tidak akan mati walaupun digunakan pelbagai kadah perubatan dan menunggu masa saja untuk meragut nyawa mangsanya.

Jampi serampah, trapi dan berdoa yang dilakukan Anwar untuk memulihkan Hadi yang dihidap kuman barah tidak akan menyelesaikan masalah bahkan kuman barah itu semakin membesar dan kemungkinan terpaksa dilakukan "kimotrapi". Ubatan tradisisional, diplomasi, sabar dan sebagainya sudah tidak menjadi lagi. Abdul Hadi akan tetap dengan sikap dan pendirian, samalah dengan "kegilan" dan kebebalan kuman barah yang ada pada diri penghidap barah.

Analogi ini mungkin tepat; kebersamaan Abdul Hadi bersamanya dengan Anwar dan DAP, samalah keadaan isteri yang terpaksa tinggal bersama suami kerana tidak dicerai secara sah. Si isteri sudah berkali-kali membuat ulah agar dia diceraikan. Tetapi si suami yang tersangat sayang dan tergilakan si isteri tidak sampai hati untuk berbuat demikian dan rela tidur di jemboran asalkan si isteri masih bersamanya. Apakah Anwar mahu sampai si isteri menuntut fasakh?  Itulah Pakatan Rakyat dengan Abdul Hadi.

Senang cerita, saya nak katakan kepada Anwar cukup-cukuplah menjadi Pandir kerana daripada kehidupan Pandir itu juga kelak akan membawa anda menjadi Pak Kadok, Lebai Malang dan juga Mat Jenin. Kalau sudah tertakdir jodoh PKR dan DAP bersama Pas pendek, terima sahajalah. Hidup dan masa depan Pakatan Rakyat bukan selamanya bergantung kepada sokongan orang-orang macam Hadi Awang.

Daripada hidup membuang masa mengunda gulanakan diri, baik ambil jalan sepi yang jauh sebab cara itu lebih harmoni apa lagi disaat mega sudah bertaburan di langit. [wk.kl.9:18 am 07/02/15]

Kelab Greenboc

Posted: 07 Feb 2015 01:06 AM PST

Kelab Greenboc


"Keangkuhan Itu Ada Harganya!"

Posted: 07 Feb 2015 12:40 AM PST


Terpulang kepada saya nak hadir, tak hadir - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana pihak untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 8 Februari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepadanya sama ada hadir atau sebaliknya pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu.

Ini kerana, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak yang berhak bagi menentukan kehadirannya.

"Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

"Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir," ujarnya berseloroh kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di kediamannya Kampung Rusila, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Bahkan, kata beliau pihak terbabit boleh melihat rekod kehadiran ahli-ahli mesyuarat majlis berkenaan bagi menentukan kebenaran dakwaan tersebut.

"Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim Guan Eng, kecuali (ketika) saya sakit dulu.

"Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat itu tak betul, kena 'check' kehadiranlah siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 6/2/2015

ULASAN GB

Ada dua perkara GB nak ulas.

Pertama tentang kehadiran mesyuarat PR. GB rasa Presiden PAS tersilap fakta apabila menyatakan:

"Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat

Fakta sebenarnya: Semasa Hj Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, PR belum wujud. PR hanya wujud selapas PRU13 pada 2013. Jadi tiada apa yang dinamakan Mesyuarat Pakatan Rakyat seperti yang didakwa..

Kedua menegenai kenyataannya:

Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir."

< Jawapan di atas jelas ANGKUH. Terasa dirinya telah terlalu hebat dan besar. Mungkin kerana "telah dilantik" sebagai Naib Ketua Dewan Ulamak Sedunia...

Tidak mengapalah... hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan walaupun ke atas ulamak dunia paling tersohor dalam dunia sepanjang zaman sekalipun ... bahawa KEANGKUHAN ITU ADA HARGANYA!

Tunggu dan lihat.

Bandingkanlah Diantara Najib & Jokowi...

Posted: 06 Feb 2015 10:30 PM PST


Lawatan Jokowi: Yang Baik Kita Teladani Yang Buruk Kita Jauhi Oleh A Kadir Jasin

LAWATAN Presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari.

Presiden Jokowi tandatangani buku pelawat Istana Negera.  
Presiden Jokowi dan isteri, Ibu Iriana. 
Urusan peribadi: Presiden Jokowi dan isteri terbang ekonomi.

Kata Presiden Jokowi: "Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana."

Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?

Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.

Wallahuaklam.

ZAKRI ALI

Posted: 06 Feb 2015 11:41 PM PST

ZAKRI ALI


TELCO GERGASI TIDAK ADIL KEPADA RAKYAT.....di mana dan siapa yang bersalah?

Posted: 06 Feb 2015 11:00 PM PST



Malaysia seperti juga kebanyakan negara lain yang sedang meningkat maju, juga sedang menghadapi fenomena kebanjiran pekerja-pekerja asing. 
 
Hanya perbezaannya dengan sesetengah negara lain, kita dibanjiri oleh jutaan 'unskilled labours' yang bekerja dalam sektor perladangan, sebagai pembantu rumah dan pelbagai lagi bidang yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan ini tidak menambah nilai kepada tenaga kerja negara kita, malah ia lebih mendatangkan masalah sosial yang besar kepada negara kita.

Di antara rakyat asing yang teramai membanjiri negara kita ialah dari Bangladesh dan jumlahnya ialah dalam jutaan dan kesemuanya adalah pekerja tidak mahir. 
 
Inilah perbezaan di antara negara Singapura dengan negara kita misalnya. Singapura menjadi negara idaman bagi pekerja mahir dan profesional sedangkan negara kita mengimport jutaan mereka yang tidak mahir kerana mereka mendapat banyak keistimewaan dan kemudahan di negara ini.

Di sebaliknya ramai di antara tenaga kerja mahir negara kita sedang berhijrah keluar negara bagi mendapatkan pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik dari negara kita. Malahan ramai yang tidak lagi merasa canggung untuk menjadi rakyat negara lain dan bertindak meninggalkan negara ini buat selamanya.

Mengikut perangkaan seramai lebih dari enam juta rakyat asing membanjiri negara ini tetapi hanya sejumlah lebih dari dua juta yang berada di sini secara halal.  
 
Di katakan seramai hampir dua juta rakyat asing dari Bangladesh berada di negara ini dan menikmati hidup yang jauh lebih baik dari berada di negara asal mereka.

Malahan dalam beberapa hal mereka lebih istimewa dari rakyat tempatan kita. Selain dari mendapat perlindungan keselamatan yang mereka mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh rakyat tempatan.  
 
Yang hendak saya sentuh ialah isu yang melibatkan orang ramai dan rakyat biasa yang agak tersinggung dengan keistimewaan yang diperolehi oleh warga Bangladesh ini di atas keresahan rakyat tempatan.

Di antara banyak isu yang boleh disebut, saya memilih untuk menyentuh tentang ketidak adilan terhadap rakyat tempatan dalam kos membuat panggilan telefon (mobile) tempatan yang ditanggung oleh pengguna rakyat tempatan berbanding dengan kos panggilan antara bangsa (IDD) rakyat Bangladesh kepada negara mereka.  
 
Kadar kos panggilan tempatan jauh lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil keluarganya di Dhaka dan ini menghairankan pengguna tempatan.



Saya ingin membawa isu ini ketengah dan berharap pihak (Malaysian Communications and Multimedia Commission) MCMC akan meneliti isu ini dengan serius kerana ia melibatkan seluruh rakyat negara ini. 
 
Pihak berwajib seperti MCMC disaran mengambil perhatian serius bagaimana setengah syarikat Telco negara ini mampu memberikan perkhidmatan yang murah keterlaluan.
Apakah keadaan sebenarnya disebalik berlakunya perkara dan isu ini? 
 Adakah rakyat Bangladesh ini mendapat perkhidmatan yang murah dengan 'cross subsidy' yang diberikan oleh pengguna tempatan yang membayar harga yang tinggi itu?

Isu ini penting dan wajar mendapat perhatian pihak yang berwajib. Jika MCMC tidak memberikan apa-apa tindakan maka Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (KKMM) berwajib mengambil tahu kerana sesebuah kementerian itu diketuai oleh seorang penggubal undang-undang (Menteri) dalam dalam KKMM ini. Menterinya ialah Ahmad Shabery Cheek. 

Isu ini bukannya isu yang kecil kerana tidak ada rakyat yang tidak terlibat dalam isu ini. Semua rakyat mempunyai telefon bimbit dan mereka adalah di antara rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.  
 
Bagi mereka yang membayar kos panggilan yang berlipat kali ganda lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil negaranya amat tidak adil dan dalam isu ini MCMC dan KKMM wajar mengambil isu ini dengan serius.

Mengikut Contohnya:-
 
RM0.06sen/minit panggilan dari Malaysia ke Bangladesh berbanding dengan RM0.36sen/minit panggilan domestik di antara rakyat Malaysia

Blog ini akan memberikan ulasan lanjutan tentang harga dan perbandingan-perbandingan di antara kos yang ditanggung oleh pengguna tempatan dan panggilan IDD rakyat Bangladesh ini serta kos panggilan-panggilan tempatan di antara syarikat-syarikat Telco yang ada di negara ini dalam posting saya yang seterusnya (mungkin hari Isnin). 
 
Kalau diteliti contoh di atas, perbezaan di antara kos panggilan tempatan dan panggilan IDD ke Bangladesh adalah tidak munasabah.



Kepada YB Ahmad Shabery Cheek, isu ini jangan diabaikan kerana wajar mendahulukan rakyat seperti yang dislogankan oleh pemimpin-pemimpin negara.



PENUMPANG KAPAL TERBANG TURUN PESAWAT LEPAS DENGAN PERTENGKARAN DARI KOKPIT

Posted: 06 Feb 2015 10:15 PM PST

Tujuh penumpang pesawat Malindo Air enggan menaiki pesawat berkenaan selepas mereka terdengar pertengkaran yang serius daripada kokpit beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.

Bagaimanapun, pesawat tersebut selamat mendarat selepas mengalami kelewatan selama 50 minit, apabila tujuh penumpang mengambil keputusan enggan meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.



Pesawat tersebut dijadual berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9.40 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) pada pukul 10.40 malam Khamis dengan hanya membawa 59 orang penumpang.

Posting Facebook mengenai insiden itu dimuat naik oleh rakan salah seorang penumpang dan ia menjadi viral di Internet.

Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, yang mahu dikenali sebagai Kee, turut memuat naik gambar pesawat ketika kejadian.
Ketika dihubungi, Kee berkata dia sering menaiki pesawat syarikat berkenaan pada setiap minggu untuk ke Pulau Pinang atas urusan kerja.

"Semua penumpang dalam pesawat, dapat mendengar suara orang menjerit daripada kokpit.

"Terang-terangan kapten dan pembantu juruterbang sedang bergaduh besar. Jeritan mereka sangat kuat hingga menyebabkan semua penumpang terkejut. Kemudiannya pramugari dilihat keluar daripada kokpit dengan linangan air mata," katanya.

Dia berkata seorang penumpang warga asing merupakan individu pertama yang berdiri dan meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat.

"Beberapa minit selepas itu, saya bertanya kepada pramugari apa sebenarnya yang berlaku. Atas faktor keselamatan,  saya bersama-sama dengan 20 penumpang lain turut membuat keputusan untuk meninggalkan pesawat.
"Kami kemudiannya pergi ke bangunan utama dan beberapa ketika selepas itu juruterbang datang dan memohon maaf daripada kami. Dia turut memujuk kami agar kembali menaiki pesawat," katanya.

Walaupun ramai yang membuat keputusan untuk menaiki pesawat tersebut, Kee berkata dia bersama dengan enam penumpang lain tetap enggan menaiki pesawat kerana bimbang masalah emosi yang dihadapi oleh kapten dan pembantu juruterbang tersebut.

"Saya sangat takut selepas menyaksikan situasi tersebut, saya merasakan mereka tidak layak untuk menerbangkan pesawat dalam keadaan tertekan, dan anak kapal juga tidak dapat memastikan keselamatan penumpang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata syarikat penerbangan itu mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan pekerjanya termasuk anak kapal pesawat berkenaan.

Beliau turut memohon maaf kepada penumpang atas salah faham dan kelewatan yang berlaku.

"Kami merasakan satu penjelasan perlu dibuat terlebih dahulu. Syarikat penerbangan kami mengambil tanggungjawab penuh ke atas semua pekerja termasuk anak kapal. Malangnya, rakan penumpang yang berkongsi cerita mengenai insiden yang berlaku mungkin telah salah tafsir situasi yang berlaku.

"Daripada rakaman suara kokpit dan pemahaman kami, kapten sedang mengarahkan juruterbang pelatih dengan satu arahan yang tegas kerana juruterbang dan pembantu juruterbang sedang bersiap sedia untuk berlepas.
"Bagaimanapun, selepas mendengar arahan yang kuat daripada kokpit, salah seorang penumpang membuat keputusan untuk turun daripada pesawat atas sebab-sebab yang tidak diketahui," katanya.

"Seramai 18 penumpang lain turut mengambil keputusan yang serupa sementara penumpang lain membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka dengan pesawat tersebut.

"Kedua-dua kapten dan pembantu juruterbang mengikut prosedur standard dengan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada penumpang. Juruterbang turut memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan yang berlaku dan salah faham yang timbul.

"Insiden tersebut menyebabkan pesawat berkenaan mengalami kelewatan selama 50 minit, dan pesawat hanya berlepas pada pukul 10.30 malam dengan hanya beberapa orang penumpang yang mengambil keputusan untuk mengambil alternatif lain. 


Beliau menambah, keselamatan dan keselesaan penumpang merupakan keutamaan utama syarikat penerbangan tersebut dan mereka juga mengekalkan operasi perkhidmatan di peringkat tertinggi.



Lantak HANGPA La......

Tindakan Anwar tak ubah macam Pak Pandir- MSO

Posted: 06 Feb 2015 09:30 PM PST



SATIRA SABTU                                                                                               

Mungkin ada yang tidak tahu cerita macam mana kisah Pak Pandir yang menyembunyikan guni garam kerana mengelakkan ianya diketahui oleh pencuri. Untuk menyelamatkan guni garamnya Pak Pandir cuba mencari helah dengan berbagai cara agar garamnya selamat.

Mulanya dia sembunyi disebalik busut kecil dalam semak. Dia ambil daunan menimbuskan guni garam berkenaan. Selesai dia menimbus guni berkenaan dia berundur setapak dua sambil mengintai-intai guni garam berkenaan, uji, apakah ianya diketahui pencuri atau tidak. Guni yang sudah ditimbus dengan daunan itu memang tidak kelihatan, tetapi Pandir tahu yang disitu ada guni garamnya.

Dia rasa tidak sedap hati dan curiga lalu dia mengambil semula dan cuba sembunyi di tempat lain. Kali ini dia menggantungkan guni berkenaan atas pokok. Sesiapa yang lalu di bawah pokok itu tidak akan nampak guni berkenaan, kecuali orang itu melenguk (jengok) ke atas.


 
Pandir rasa lega kerana kedudukan guninya tinggi dan selamat. Dia berundur dan seperti tadi juga dia mengintai-intai guni berkenaan. Tetapi, ah lagi sekali dia merasakan guni itu tidak selamat kerana kedudukan guni itu diketahui dan tidak terlindung dari pandangannya. Lantas dia membuat ukuran kalau dia tahu kedudukan guni itu maka pencuri juga akan tahu.

Lagi sekali Pandir mencari idea baru macam mana hendak sembunyikan guni garam berkenaan. Kali ini dia mencampak guni itu ke dalam sungai. Guni yang mengandungi garam itu tenggelam ke dasar sungai. Pandir mengintip mahu melihat guni garam berkenaan, guni itu sudah lenyap daripada pandanga matanya.

Pandir rasa kali ini garamnya selamat dan dia berlalu. Sampai masa dia merasakan keadaanya benar-benar selamat dan pencuri sudah tidak ada, Pandir mahu mengambil garamnya.

Dia turun ke dalam sungai dan mengambil guni garam berkenaan. Mulanya Pandir gembira kerana guninya masih ada dan tidak hanyut. Tetapi apabila dibuka alangkah sedihnya Pandir kerana garamnya habis hilang (larut) yang tinggal hanya guni sahaja.

Mengenang cerita Pandir yang diceritakan oleh guru saya masa di sekolah rendah ini, teringatlah saya kepada telatah dan nasib Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk melindungi masalah dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini disebabkan tiada keserasian dan titik temu yang jelas antara pendokongnya.

Anwar sudah akan habis ikhtiar untuk berbohong kepada dirinya sendiri yang Pakatan Rakyat bermasalah dan berpotensi besar untuk hancur.

Anwar kerap kali cuba menafikan yang Pakatan Rakyat tidak retak dan pemimpinnya konon saling faham memahami. Segal tuduhan dan spekulasi dibuat pihak tertentu (media) dinafikan begitu sahaja oleh Anwar. Saya nampak Anwar seorang yang serius untuk mengekalkan Pakatan Rakyat sementara yang lain seakan main-main.

Hari ini pun dalam keadaan Pakatan Rakyat sudah tidak mengadakan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi lebih setengah tahun, Anwar masih membela dan mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kononnya masih seperti biasa, tiada persengketaan.

Dalam keadaan sesetengah orang Pas termasuk presidennya menunjukkan kejemuan kepada Pakatan Rakyat kerana ingin kembali kepada suami lama, Umno, Anwar masih bernasyid dan bermadah yang Pakatan Rakyat utuh dan padu. Beliau yakin ada perubahan dalam diri Abdul Hadi Awang yang jelas sikap pesimis dan skeptikal kepada Pakatan Rakyat khasnya DAP akan hadir bermesyuarat pada Ahad esok.

Cuma yang sedikit berbeza Anwar dengan Pandir itu, dalam kes Anwar beliau tidak takut kepada pencuri yang seperti Pandir, tetapi sikap Anwar menyembunyikan hakikat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini sama dengan diri Pandir yang tolol dan bongok, dia sembunyi guni dia juga yang mengintainya (tahu).

Kerja Pandir itu sia-sia sahaja samalah dengan usaha Anwar untuk menutup bau busuk dalam Pakatan Rakyat hari ini yang sudah mustahil dapat diselamatkan lagi. Rakan yang diharap bersamanya kini sudah lama berubah hati.

Masalah dan pertelingkahan yang berlaku dalam Pakatan kini tidak boleh ditusuk selindung lagi. Betapa Anwar hendak menyembunyikan dia tahu akan hakikat dalam Pakatan Rakyat. Teristiwa apa yang berlaku kepada rakannya daripada Pas itu.

Apa yang ada dalam hati Hadi Awang kini terhadapnya, dan sikap presiden parti agama itu dengan Pakatan Rakyat, tidak ubahlah orang yang sudah dihidapi kuman barah tahap empat. Kuman itu tidak akan mati walaupun digunakan pelbagai kadah perubatan dan menunggu masa saja untuk meragut nyawa mangsanya.

Jampi serampah, trapi dan berdoa yang dilakukan Anwar untuk memulihkan Hadi yang dihidap kuman barah tidak akan menyelesaikan masalah bahkan kuman barah itu semakin membesar dan kemungkinan terpaksa dilakukan "kimotrapi". Ubatan tradisisional, diplomasi, sabar dan sebagainya sudah tidak menjadi lagi. Abdul Hadi akan tetap dengan sikap dan pendirian, samalah dengan "kegilan" dan kebebalan kuman barah yang ada pada diri penghidap barah.

Analogi ini mungkin tepat; kebersamaan Abdul Hadi bersamanya dengan Anwar dan DAP, samalah keadaan isteri yang terpaksa tinggal bersama suami kerana tidak dicerai secara sah. Si isteri sudah berkali-kali membuat ulah agar dia diceraikan.

Tetapi si suami yang tersangat sayang dan tergilakan si isteri tidak sampai hati untuk berbuat demikian dan rela tidur di jemboran asalkan si isteri masih bersamanya. Apakah Anwar mahu sampai si isteri menuntut fasakh?  Itulah Pakatan Rakyat dengan Abdul Hadi.

Senang cerita, saya nak katakan kepada Anwar cukup-cukuplah menjadi Pandir kerana daripada kehidupan Pandir itu juga kelak akan membawa anda menjadi Pak Kadok, Lebai Malang dan juga Mat Jenin. Kalau sudah tertakdir jodoh PKR dan DAP bersama Pas pendek, terima sahajalah. Hidup dan masa depan Pakatan Rakyat bukan selamanya bergantung kepada sokongan orang-orang macam Hadi Awang.

Daripada hidup membuang masa mengunda gulanakan diri, baik ambil jalan sepi yang jauh sebab cara itu lebih harmoni apa lagi disaat mega sudah bertaburan di langit. [wk.kl.9:18 am 07/02/15]


Posted by mso.im

Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PAS

Posted: 06 Feb 2015 09:00 PM PST

 
PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru, susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.

"Itu hanya spekulasi. Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat. Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu.

Sebelum ini, penganalisis politik Shahbudin Husin dalam komentarnya turut membidas Nik Abduh dengan menyifatkan kenyataannya seperti "pukul keliling", menggambarkan keadaan di mana banyak pihak yang tidak sebulu dengan pendiriannya, akan menjadi sasaran kecaman atau sindirannya.
"Seperti sedang mengadakan 'genjatan senjata' dengan Umno, yang tidak pula dimusuhi sebagaimana peranan seharusnya, beliau sebaliknya lebih galak menyerang rakan sendiri dalam PR.

"Malah, kelompok profesional atau Erdogan dalam PAS yang lebih cenderung untuk kekal bersama PKR dan DAP juga sering menjadi sasarannya.

 

"Jika tidak dikritik, pastilah mereka ini disindir dan diluahkan kata-kata sinis," tulis Shahbudin.
Katanya, dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), Nik Abduh antara yang paling aktif memberikan pandangan di mana reaksinya yang kontroversi diluahkan melalui media sosial dan menjadi bahan berita dan tajuk perbualan.

"Daripada meminta DAP mengamalkan demokrasi, dengan mengaitkan penolakan PAS terhadap pilihan raya PBT sama seperti DAP menolak hudud yang diperjuangkan PAS, beliau kini mengorak lebih jauh dengan mengatakan, jika keadilan yang diperjuangkan melalui pilihan raya itu, apakah sistem beraja yang ada sekarang perlu ditukar juga?" kata Shahbudin.

Nik Abduh juga dilaporkan menyindir pihak tertentu dalam PAS yang menyokong pilihan raya PBT, mengatakan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seharusnya diterima sebagai pendirian parti, bukannya bersifat peribadi.

"Jika ada pimpinan PAS yang gagal memahaminya, ia salah dan amat malang sekali," kata Nik Abduh.

Nik Abduh juga berpendapat tidak adil apabila DAP sahaja yang memperjuangkan dasar partinya itu, namun dalam masa sama menentang hasrat PAS melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di Kelantan.

Addin -

Telaga minyak kita bakal dikuasai China - Mejar Zaidi Oleh ARIF ATAN

Posted: 06 Feb 2015 08:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia diingatkan berwaspada dengan ancaman kemaraan peluasan kuasa China yang mendakwa Laut China Selatan sebagai miliknya bahkan memasukkan perairan itu dalam peta rasmi negara terbabit.

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad, 45, berkata demikian ke tika mengulas sikap Malaysia yang di lihat tidak mengambil se barang tindak an proaktif dalam memelihara hak wilayahnya seperti telah berlaku ke atas Pulau Batu Puteh pada 2008 lalu.

Ditemui di kediamannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau berkata, negara lain seperti Filipina dan Vietnam membantah tindakan provokatif China itu sebaliknya Malaysia hanya berdiam diri.

"Sudah berlaku beberapa pertempuran antara Chi na dan Vietnam tetapi Vietnam kalah, bot mereka ditembak. China sekarang ini kuasai pulau-pulau di perairan Vietnam.

"Konflik juga berlaku antara China dengan Filipina dan pada masa sama China mara sudah turun sampai ke perairan Sarawak lantas claim satu beting dipanggil Beting Serupai sebagai miliknya siap buat semacam upacara perbarisan menyatakan kesediaan untuk mempertahankan wilayah itu," ujarnya pada 25 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, ujar nya, Panglima Tentera Laut Malaysia menafikan upacara itu berlangsung di beting yang tidak timbul itu sebaliknya mengatakan berlaku di kedudukan 2,000 batu nautika ke utara. "Beting Serupai itu terletak di kawasan paling cetek.

China dah pasak batu tanda sempadan dan tahun lepas hantar beberapa kapal untuk buat semacam upacara perbarisan menyatakan ke sediaan untuk memper tahankan apa yang dianggap miliknya.

"China kata buat upacara tersebut di situ bahkan berita antarabangsa juga me laporkan hal sama tetapi pihak Malaysia menafikan.

Sejauh mana siapa yang betul kita tidak pasti," kata nya. Sehubungan itu, beliau memberi amaran supaya kerajaan tidak mengulang insiden sama yang menimpa Pulau Batu Puteh dengan memberi perhatian serius pada kedaulatan negara di Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.

"Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Beting Serupai, habislah telaga mi nyak kita jadi milik republik itu.

Ramai mungkin pandang remeh pada tuntutan beting dan pulau ini pada hal ini berkait juga ke daulatan perairan sekitar pulau sebab setiap tanah itu ada wilayah.

"Apa yang saya faham, 17 batu nautika dari pantai dipanggil territorial waters (perairan wilayah) bermaksud batas sempadan, orang lain tidak boleh masuk. Kalau masuk itu ceroboh dan boleh diserang.

"Luar daripada itu dipanggil EEZ atau Exclusive Economic Zone (Zon Ekonomi Eksklusif) sampai 350 kilometer. Maksudnya sesebuah negara itu berhak ambil manfaat tetapi orang lain boleh lalu," ujarnya.

Mengulas insiden tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia dilihat begitu mudah menyerahkan kedaulatan tanah air kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang terletak di The Hague, Belanda pada 2008 lalu. "Langsung tiada reaksi dari segi ketenteraan.

Bukanlah maksudnya kita suruh berperang tapi mengapa begitu mudah Malaysia terus bawa kepada ICJ pada hal itu (Pulau Batu Puteh) hak kita?

"Sudahlah bergantung pada keputusan ICJ, kita pula tidak ada sebarang ban tahan sebagai penguat pada tuntutan.

Patutnya kita tegas. Apa pun berlaku, Singapura mesti serahkan hak kita walau tunggu 100 tahun sekalipun," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar tidak berlaku situasi "pisang berbuah banyak kali" termasuk ke atas Pulau Pisang yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Singapura tetapi pada masa ini difahamkan dikuasai republik itu.

Malaysia tak halau keluar. Singapura masih dibiarkan menguasai rumah api di pulau itu.

Adakah episod malang Pulau Batu Puteh akan berulang? Kerajaan paling kurang pun binalah kem kita tapi setakat ini saya tidak nampak ada usaha seperti itu," kata nya lagi.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

ATAS SAYA LAH NAK HADIR ATAU TIDAK - YB TG HADI AWANG

Posted: 06 Feb 2015 08:00 PM PST

 
Ramai yang terkejut dengan kenyataan Hj Hadi petang tadi. Dia kini mengulangi frasa yang pernah dia luahkan sebelum ini: Sila baca laporannya di sini Dulu Hj Hadi tidak macam ni...

Dia cukup sopan santun dan berakhlak sebagai seorang ulama yang sangat disegani.

Cer tengok status pada facebook lama beliau: Timbalan Presiden Hj Mohamad Sabu dah siap awal-awal bagi peringatan kepada Hj Hadi supaya buktikan Islam yang ada padanya.




Mohamad Sabu berkata, sebagai orang Islam, sudah pasti Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut kecuali sekiranya terdapat perkara tidak dapat dielakkan seperti jatuh sakit dan sebagainya.

"Setakat ini kita difahamkan beliau akan bersama dalam mesyuarat PAS pada pagi (Ahad) dan mesyuarat PR pada petang. - baca di sini Ingat tu! Hj Hadi mung kena buktikan Islam kamu tu....dah janji nak datang, maka kenalah datang.....


Jangan malukan parti Islam Semalaysia. Kalau bercadang tak mahu datang mesyuarat, berundurlah.

Ada ramai pemimpin lain yang layak menggantikan tempat kamu! Jadilah nelayan sepenuh masa....

al-Husseyn.
Haji Hadi kena buktikan Islam kamu..... Apahalnya pulak nih? Sombong bongkak tak tentu pasal. Ramai yang terkejut dengan kenyataan Hj Hadi petang tadi. Dia kini mengulangi frasa yang pernah dia luahkan sebelum ini: Sila baca laporannya di sini Dulu Hj Hadi tidak macam ni...Dia cukup sopan santun dan berakhlak sebagai seorang ulama yang sangat disegani. Cer tengok status pada facebook lama beliau: Timbalan Presiden Hj Mohamad Sabu dah siap awal-awal bagi peringatan kepada Hj Hadi supaya buktikan Islam yang ada padanya. Mohamad Sabu berkata, sebagai orang Islam, sudah pasti Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut kecuali sekiranya terdapat perkara tidak dapat dielakkan seperti jatuh sakit dan sebagainya. "Setakat ini kita difahamkan beliau akan bersama dalam mesyuarat PAS pada pagi (Ahad) dan mesyuarat PR pada petang. - baca di sini Ingat tu! Hj Hadi mung kena buktikan Islam kamu tu....dah janji nak datang, maka kenalah datang.....Jangan malukan parti Islam Semalaysia. Kalau bercadang tak mahu datang mesyuarat, berundurlah. Ada ramai pemimpin lain yang layak menggantikan tempat kamu! Jadilah nelayan sepenuh masa....

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Cina kena tangkap baling BABI dalam masjid di Butterworth

Posted: 06 Feb 2015 07:45 PM PST

 
Seorang lelaki berbangsa cina telah ditangkap sewaktu sedang melemparkan daging babi di Masjid Telaga Air Butterworth semalam.

Lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh kariah masjid sebelum diserahkan kepada anggota Polis yang datang sejurus kemudian setelah dihubungi.

Sewaktu kejadian, lelaki tersebut sedang cuba untuk melemparkan daging babi ke dalam kawasan masjid. Bagaimanapun kejadian berkenaan disedari oleh kariah masjid berkenaan dan berjaya menangkap lelaki cina tersebut selepas dikejar.

Menurut saksi, kejadian meletakkan daging babi di kawasan masjid berkenaan sudah beberapa kali berlaku, dan akhirnya mereka berjaya menangkap individu yang melakukan perbuatan biadap tersebut.

Ketika ditahan, lelaki cina tersebut berpura-pura gila dan seolah-olah tak sedarkan diri.


Bloglist Malaysia

Polis Dan Peguam Negara mohon Australia ekstradisi Sirul...??

Posted: 06 Feb 2015 07:00 PM PST

 Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan Peguam Negara akan berusaha dalam ekstradisi Sirul Azhar Umar daripada Australia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis dan Peguam Negara akan berusaha dalam ekstradisi Sirul Azhar Umar daripada Australia.

Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk memohon dan berunding dengan Australia dalam usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar ke negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata proses membawa pulang Sirul Azhar, yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati, melibatkan proses perundangan sebelum dia dapat dibawa pulang.

"Kita dah tau Australia ada undang-undang yang mana menghalang mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia... itu kita kena atasi dahulu," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan status terkini usaha untuk membawa Sirul Azhar pulang ke tanah air.

Menurutnya, beliau tidak dapat menentukan tempoh proses itu yang mungkin akan memakan masa yang lama.




Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh membunuh model sambilan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan
disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 16 Januari, media tempatan memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald berkenaan kerajaan Australia yang tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi Sirul Azhar.

Ini berikutan ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


DAP tak berhak tentukan kehadiran saya ke mesyuarat Pakatan, kata Hadi

Posted: 06 Feb 2015 06:30 PM PST



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau berhak menentukan sama ada hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Ahad ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau berhak menentukan sama ada hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Ahad ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Ahad ini.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke, tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

"Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir," katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di rumahnya di Kampung Rusila, Marang hari ini.

Semalam, Lim seolah-olah meletakkan syarat apabila berkata, Hadi perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

Katanya, tanpa kehadiran Hadi, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana CEC menetapkan semua keputusan harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin PR.

"Kami mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak, mesyuarat tidak diteruskan," Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata di George Town, Pulau Pinang.

Mesyuarat PR itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang Ahad di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur. Terdahulu dari itu, PAS akan mengadakan mesyuarat pimpinannya pada paginya di tempat yang sama.

Antara isu yang dijangka akan hangat dibincangkan ialah pelaksanaan hudud di Kelantan oleh PAS dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang oleh DAP.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini merayu kepimpinan PAS dan DAP tidak meneruskan perbalahan mereka secara terbuka mengenai dua isu itu sebaliknya membawanya berbincang di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Kali terakhir mesyuarat serupa itu diadakan ialah Oktober tahun lepas, manakala Hadi dilaporkan tidak menghadirinya sejak setahun lepas dan hanya mewakilkan pemimpin lain dari PAS.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, dilaporkan Harakahdaily hari ini menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Menurut lidah rasmi parti Islam itu, beliau berkata, pihak terbabit boleh menyemak rekod kehadiran ahli mesyuarat majlis berkenaan bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut.

"Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim, kecuali (ketika) saya sakit dulu. Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun, saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat.

"Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat PR. Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat, itu tak betul. Kena 'check' kehadiranlah, siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat," katanya.


http://www.themalaysianinsider.com

Rumah menteri S'wak ditembak lagi

Posted: 06 Feb 2015 06:00 PM PST

 
 
Tembakan dilepaskan lagi terhadap rumah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Wong Soon Koh, pagi ini.

Insiden itu yang kedua berlaku dalam tempoh enam bulan.

Tidak seperti insiden pertama, tembakan juga dilepaskan terhadap kilang cetak See Hua Group, yang dimiliki oleh hartawan Henry Lau, rakan rapat Wong.

Kedua-dua insiden berlaku sekitar jam 5.30 pagi, menurut akhbar tempatan.

Borneo Post melaporkan, bekas tembakan ditemui di tingkap bilik tidur di rumah Wong di Jalan Ipoh, Sibu.

Wong berada di Kuching ketika kejadian sementara isteri dan keluarganya di rumah.
 
 
Malaysiakini

Tong kemuka notis tuntutan pada Jho Low

Posted: 06 Feb 2015 05:30 PM PST


 
Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong mendakwa jutawan Malaysia, Low Taek Jho mendalangi serangan ke atasnya dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blog tertentu.

Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Taek agar menghentikan "penipuan jahat" ke atas beliau dan media miliknya, The Edge dan The Malaysian Insider.

"Saya percaya Low Taek Jho atau Jho Low merupakan individu bertanggungjawab ke atas serangan jahat dan cerita rekaan ke atas The Edge Media Group dan saya melalui beberapa blog," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau merujuk kepada  blog malaysianexpose.wordpress.com dan kronismemahathir.wordpress.com.

Kedua-dua blog tersebut antara lainnya mendakwa beliau terlibat dalam manipulasi dalam pasaran matawang untuk keuntungan peribadi.

Dakwaan tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan pada 28 Februari lalu untuk bertindak ke atas pihak yang melakukan manipulasi seperti itu.

Susulan itu, Tong pada hujung minggu lalu mengeluarkan kenyataan yang menafikan terlibat dalam perbuatan seperti itu.

"Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," tegasnya.


Malaysiakini

Polis siap siaga berdepan keputusan kes Anwar Selasa ini

Posted: 06 Feb 2015 05:00 PM PST

Pihak polis membuat persiapan bagi Selasa ini apabila keputusan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah liwatnya.

Pihak polis membuat persiapan bagi Selasa ini apabila keputusan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.

"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas persiapan polis berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis belum menerima pengesahan rasmi daripada Filipina berhubung laporan seorang rakyat Malaysia dipercayai

terbunuh dalam pertempuran di negara itu baru-baru ini.

Laporan media Filipina menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan, terbunuh dalam pertempuran itu, yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.

Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, pada 25 Januari lepas. – Bernama, 6 Februari, 2015.
 


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Honda HR-V Pulak Dah !

Posted: 06 Feb 2015 04:45 PM PST

  
Macam-macam pilihan kereta yang boleh pengguna cuba sekarang. Dari segi model saja kita dah ada berbagai jenis. Secara umumnya, sebagai orang kampung saya hanya faham kita ada dua pilihan utama, iaitu, Kereta Jepun dan Kereta Kontinental. Dan sekarang kita ada dua lagi tambahan baru iaitu Kereta Cina dan Kereta India.

Kereta paling popular dan glamour kat negara kita sudah tentu jatuh pada dua jenis kereta Jepun yang semua orang kenal. Kedua-dua jenis kereta ini bersepah-sepah di jalan raya di seluruh negara dari Perlis sampai ke Johor. Iaitu kereta Honda dan kereta Toyota.

Kereta paling banyak dipakai orang pula sudah tentu jatuh kepada kereta Nasional iaitu Perodua dan juga Proton. Walaupun banyak orang pakai kedua-dua jenis kereta nasional ini, malangnya ia bukanlah termasuk dalam jenis kereta yang glamour.

Tak ada peningkatan imej sangat jika naik kereta proton. Kan bersepah-sepah dan kalau naik di dalamnya akan dengar berbagai bunyi yang tak berapa best. Jadi nak glamour macam mana?

Walaupun dengan berbagai pakej masalah yang ditawarkan bersama dengan pembelian kereta Nasional terutamanya dari kereta Proton, ramai yang terpaksa ambil juga sebab tawaran harga mengatasi segala-galanya.

Honda HR-V baru diancarkan

Panjang pulak goreng mukadimah kat atas tu sampai termengata dan terkritik kereta kebangga ramai rakyat Malaysia terutamanya pada pekerja kilang kereta Nasional.

Sebenarnya nak cerita pasal model terbaru dari Honda yang baru saja dilancarkan dan mendapat liputan hebat. Honda nampaknya telah memperkenalkan satu lagi jenis yang dipanggil HR-V. Kalau sebelum ini kita semua dah pernah tahu tentang jenis CR-V, tapi kali ni adik kepadanya diperkenalkan pada para peminat kereta Honda.

Sekali tengok secara online nampak amat menarik sekali HR-V ini. Ia di perkenalkan dalam 3 variasi iaitu Honda HR-V variasi S, E, dan V. Harganya pulak teramatlah menarik dan amat kompetitif yang bakal membuatkan jenama lain perlu semak apa tawaran mereka pulak.

Untuk HR-V jenis S, anda hanya perlu keluarkan duit sebanyak RM99,800 sahaja. Untuk Variasi E pula mahal sikit, iaitu sejumlah RM108,800. Manakala untuk HR-V dari variasi V, harganya paling mahal iaitu RM118,800.




Kesemua kereta Honda HR-V dilengkapkan dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC berserta transmisi CVT atau 'Continuous Variable Transmission". Serius saya tak tau apa makna semua huruf dan perkataan yang diberikan dalam enjin dan transmisi tu, tapi rasanya macam best saja bunyinya untuk mempengaruhi orang buat keputusan.

Apa kata anda tentang HR-V yang baru diperkenalkan ini. Apakah harganya menarik untuk dipertimbangkan. Mungkin ada yang minat pada CR-V sebelum ini tapi tak berapa nak boleh seluk poket sebab tak cukup. 


Jadi dengan adanya HR-V, mungkin boleh sambar satu atau dua buah.. amacam?

Thaipusam: PM Boleh Hadir Upacara Agama B/Islam, Tetapi.. Dr Asri. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 06 Feb 2015 04:00 PM PST

 
 
Menulis di Facebook hari ini, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.
Sebelumnya, beliau menegur ramai pemimpin, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama bukan Islam dalam keadaan "seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain". 
"Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain," kata Dr Asri.
Lapor Malaysiakini hari ini.

Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.

"Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu," katanya.

Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.

Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia. Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.
 

Pemimpin utama negara boleh hadir tetapi.. 
Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.

Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.

"Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya," katanya.(IH)

" SORANG KAKI NYANGKUL YANG SEORANG LAGI KAKI GOLF KAH KAH KAH " - tikaq buloh

Posted: 06 Feb 2015 08:30 AM PST


 
Bunyi macam perli Najib je Jokowi nih. Tak reti main golf lagi bagus, baru nama wasatiyyah. Jangan jadi macam Najib, kononnya bawa Islam wasatiyyah (sederhana) tapi hakikatnya serba-serbi bermewah-mewah.


Lawatan presiden ke-7 Indonesia Joko Widodo aka Jokowi sangat besar ertinya dalam sejarah hubungan kedua-dua negara berjiran Malaysia - Indonesia.

Malah hubungan kedua-dua negara bukan sekadar hubungan diplomatik, malah mempunyai pertalian darah, agama dan sejarah yang panjang.

" Lawatan presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari," ulas Datuk A Kadir Jasin dalam blognya kadirjasin.blogspot.com.

Selain itu ada sesuatu yang menarik telah dicatatkan oleh Datuk Kadir tentang sosok yang begitu popular di Indonesia sebagai presiden yang berjiwa rakyat.

" Kata presiden Jokowi: saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya biasanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. 

Belum pernah lihat dalamnya golf itu gimana." 

VIDEO - Najib tak payah ugut, saya akan tetap teruskan perjuangan – Anwar .

Posted: 06 Feb 2015 07:30 AM PST



TANJUNG MALIM 6 FEB:

Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim bertegas, beliau akan meneruskan perjuangan bersama rakyat untuk menentang kezaliman kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).


Justeru beliau mengingatkan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti mengancam beliau menerusi ugutan untuk memenjarakannya.

"Kerajaan dan Datuk Seri Najib jangan ugut saya kerana dengan segala upaya kita akan terus berjuang untuk membawa perubahan demi rakyat, terutama ketika mereka terpaksa berhadapan ekonomi yang sangat berat ketika ini," kata Anwar.




Beliau berucap di hadapan lebih 500 hadirin pada ceramah Jelajah Hakim Rakyat Negara peringkat negeri Perak di Dataran Berop, di sini, Rabu lalu.

Anwar dalam pada itu mengulangi keyakinan beliau akan dibebaskan berdasarkan fakta dan bukti kukuh yang dikemukakan peguamnya. Katanya lagi, perkara itu tidak mustahil jika tiada campur tangan politik dan badan kehakiman mengadili kes Fitnah II ke atasnya secara telus. Read More

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Rafizi: Umno tak rugi sisihkan Cina....

Posted: 06 Feb 2015 07:00 AM PST



PKR menjangkakan lebih banyak kenyataan pedas ditujukan kepada Cina daripada pemimpin Umno, khususnya selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan sokongan meluas masyarakat itu kepada pembangkang.

Seorang naib presiden PKR berkata kenyataan "pulaukan peniaga Cina" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini lanjutan kenyataan "tsunami Cina" perdana menteri.

"Kenyataan (Ismail Sabri) itu bukan yang pertama dan bukan pula yang terakhir," kata Rafizi Ramli (kanan), yang juga setiausaha agung parti itu.

"Akan ada banyak lagi kerana Umno percaya ia menguntungkan dengan memperkecilkan komuniti Cina, masyarakat itu dianggap tidak lagi penting dari segi politik, maka Umno tidak mempedulikan lagi kesan politik akibat tindakan itu." 


Ismail Sabri baru-baru ini menjelaskan beliau tidak berniat menyerang peniaga Cina dan kenyataan boikotnya itu ditujukan kepada semua peniaga yang enggan menurunkan harga. 

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan bahawa menteri berkenaan tidak khusus kepada peniaga Cina.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Monopoli ekonomi: Boikot Umno BN, bukan peniaga

Posted: 06 Feb 2015 06:15 AM PST

1. Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menyarankan para pengguna agar memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barangan walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak dua kali bermula Disember tahun lalu, saya ingin menyatakan bahawa yang lebih wajar untuk diboikot dalam hal ini adalah Kerajaan kerana sistem pengurusan ekonomi Kerajaanlah punca pada permasalahan ini . –

Soal kenyataan beliau yang menimbulkan pelbagai reaksi itu saya serahkan sahaja kepada pihak PDRM untuk menyiasat bagi diambil tindakan sewajarnya.

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pula mengulangi lagi penegasan beliau untuk mengenakan tindakan keras ke atas mana-mana peniaga yang tidak menurunkan harga barangan mereka menerusi Akta Kawalan Bekalan, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Persaingan. Gesaan itu dibuat dengan para peniaga diminta untuk mencontohi Kerajaan yang sanggup menangguhkan kenaikan tarif elektrik sebagai usaha mengurangkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

3. Walaupun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyatakan kesediaan untuk melancarkan kempen boikot besar-besaran terhadap peniaga atau syarikat yang menjual barangan pada harga yang tinggi dan saya juga dengan ini ingin menyatakan sokongan 100% terhadap usaha ini, namun alasan para peniaga khususnya pada peringkat pengeluar atau pengilang dan pemborong ada munasabahnya dan harus diambil kira.

4. Mereka tidak dapat menurunkan (bahkan terpaksa menaikkan) harga barangan kerana berikutan kejatuhan nilai Ringgit, ia menambahkan lagi kos pengeluaran mereka khususnya untuk tujuan pembelian bahan mentah.

5. Peliknya apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengulas berkenaan penyusutan nilai Ringgit ini dengan berkata bahawa ia adalah positif untuk negara. 


Dengan beberapa huraian dikemukakan, beliau berkesimpulan bahawa keadaan itu akan dapat meningkatkan penggunaan barangan buatan tempatan dalam kalangan rakyat serta dapat mengembangkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.

6. Dalam penjelasan beliau itu, tidak pula dinyatakan secara jelas dan pasti apakah punca kejatuhan nilai ringgit, bagaimana negara boleh terjejas dengan keadaan itu dan bagaimana pula Kerajaan akan mengatasinya?

 Bahkan, dengan berkeyakinan penuh terhadap kenyataannya itu, beliau menegaskan bahawa keadaan masih tidak membimbangkan dan tiada keperluan untuk melakukan semakan terhadap KDNK. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Nik Abduh bukan ‘mursyidul am PAS’, kata Mat Sabu OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 06 Feb 2015 05:30 AM PST

Kalau apa kata-kata Nik Abdul disifatkan peribadi 

PAS hari ini menafikan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am parti itu yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.

 
PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru, susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.
"Itu hanya spekulasi. Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat. Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu. – 6 Februari, 2015.


Lim Kit Siang sekolahkan Hj Hadi - Fakta lwn Fitnah

Posted: 06 Feb 2015 04:45 AM PST

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semasa bercakap pada hadirin di forum 'Adakah pilihanraya PBT hakis hak Melayu', semalam berkata :

1) Suasana demografik kita, secara saintifiknya, mustahil bagi Melayu untuk kehilangan kuasa melalui pilihan raya PBT.

2) Melayu membentuk golongan majoriti di 90% daripada semua majlis bandaraya, perbandaran dan daerah di negara ini.

3) Daripada 150 PBT di negara ini, hanya tiga atau 2% dengan majoriti penduduknya orang Cina.

4) Sekiranya pilihan raya PBT diadakan semula, selepas digantung 50 tahun lalu, dijangkakan ramai ahli majlis kerajaan tempatan akan terdiri daripada orang Melayu.

5) Kira-kira 13 PBT mempunyai penduduk plural di mana tiada kumpulan etnik yang jelas membentuk majoriti.

6) Di tempat seperti Kelantan dan Terengganu, yang mempunyai 12 dan 7 PBT di negeri masing-masing, Melayu membentuk antara 92% ke 97% penduduknya.

"Saya masih ingat bahawa pada tahun 1970-an PAS Ahli Parlimen diri mereka dipanggil untuk pilihan raya majlis tempatan untuk dibawa balik, " kata Lim yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1969.

Pemimpin PAS Hanipa Maidin (kiri), yang juga pada forum itu berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain juga menyokong pilihan raya majlis tempatan.

Hanipa turut mempersoalkan mengapa sesetengah orang tua-tua parti itu telah menentang pemilihan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat yang ditandatangani PAS sebelum pilihan raya umum ke-13.



Katanya mengembalikan semula pilihanraya tempatan adalah penting untuk melaksanakan dasar teras PR iaitu "pengukuhan demokrasi di peringkat tempatan" yang dinyatakan dalam rangka kerja tersebut.

"Kedudukan saya adalah jelas. Jika kita menandatangani rangka kerja dasar yang sama, kami telah berjanji untuk menghormati janji itu. Ini adalah satu kontrak yang mengikat antara ketiga-tiga pihak.

" Sepanjang beliau menjadi seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, parti itu tidak pernah membuat keputusan untuk menentang pilihan raya kerajaan tempatan.

"Oleh itu, saya juga keliru bagaimana beberapa pemimpin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menolak pilihanraya kerajaan tempatan," kata Hanipa.

Pilihanraya kerajaan tempatan telah menjadi isu perkauman yang panas selepas Presiden PAS Hadi Awang berkata pada 23 Januari,

Hadi telah pun berkata bahawa polarisasi etnik akan semakin buruk akibat pemilihan majlis tempatan, boleh mencetuskan satu lagi rusuhan kaum 13 Mei.

Hadi berkata daya usaha DAP untuk pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu kesilapan kerana ia hanya berfaedah kepada penduduk bandar, yang kebanyakannya bukan Melayu.sumber


al Husseyn

Isu penambahan kerusi pilhnaraya: Adakah lagi Pemimpin PR yang bodoh?

Posted: 06 Feb 2015 04:00 AM PST



Kebelakangan ini terdapat banyak khabar angin mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat dipujuk menyokong cadangan penambahan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengikut maklumat awal, ada yang terpujuk untuk menyokong cadangan itu. Tidak memeranjatkan apabila mendengar cerita pemimpin Pakatan dilobi untuk bersetuju.

Tetapi yang lebih mengecewakan apabila ada pemimpin-pemimpin yang bersetuju dan termakan dengan pujukan tersebut. Pilihan raya umum yang pertama Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya diadakan pada tahun 1959.

Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti dua pertiga yang membolehkan mereka meminda perlembagaan persekutuan. Mereka pun memindanya bagi membolehkan mereka memegang kuasa selama-lamanya.

Antara pindaan terpenting adalah pemadaman tiga klausa dalam Perkara 116 yang menyatakan bahawa setiap kerusi parlimen mestilah mempunyai jumlah pengundi yang hampir sama dan jika ada perbezaan sekali pun, ia tidak boleh melebihi 15 peratus.

Dengan pemansuhan klausa ini, jumlah pengundi dalam mana-mana kerusi boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada masa yang sama, Jadual 13 diperkenal untuk menentukan prosedur persempadanan semula. Bagaimanapun persetujuan muktamad akhirnya bergantung pada budi bicara perdana menteri.

Permainan campur-tolak Justeru itu, apabila Perikatan memegang kuasa pemerintahan, dan demi memastikan kesinambungan kuasa itu, mereka membuat ketetapan bahawa pengundi dalam setiap kerusi pilihan raya diletakkan bawah kuasa perdana menteri. Pada 2008 apabila BN cuma memenangi 63 peratus kerusi parlimen.

Perkara itu di luar jangkaan memandangkan BN sentiasa memenangi lebih 90 peratus dalam setiap pilihan raya umum. Ini menjadi tamparan hebat buat mereka.

Terdesak dengan sokongan rakyat yang semakin berkurang sekarang ini, pilihan yang ada dan mudah dengan menukar kerusi yang mana mereka yakin amat kuat dan memecahkannya kepada jumlah lebih kecil, sekali gus menambahkan kerusi.

Bagaimanapun, mereka tidak mampu melakukan nya secara bersendirian. Dengan jumlah mereka yang kurang daripada dua pertiga di Dewan Rakyat, mereka kini terdesak untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Pakatan. Untuk menambah jumlah kerusi parlimen, perlembagaan perlu ditukar dan ini memerlukan sokongan dua pertiga anggota parlimen.

Oleh itu khabar-khabar angin yang mengatakan BN sedang melobi anggota parlimen Pakatan tidaklah mengejutkan. Dalam keadaan terdesak mereka akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat. Ironinya, apakah ahli parlimen Pakatan akan menyokong?

Ini membawa kita kepada satu persoalan yang belum terjawab: Kenapa mesti Pakatan bersetuju dengan penambahan kerusi, yang semua cadangan BN, yang akan memberi semua faedah kepada BN dan sekali gus memusnahkan Pakatan sendiri? Pilihan raya permainan campur-tolak. Kemenangan satu parti akan menjatuhkan parti yang kalah. Seorang lagi Yit Foong?

Persoalan ini sudah pasti terjawab apabila BN mendekati parti komponen Pakatan secara berasingan.

Dalam muafakat Pakatan sekarang, PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan bukan Melayu dan PKR di kawasan campuran.

Oleh yang demikian, adakah dalam senyap-senyap BN berunding dengan setiap parti komponen Pakatan secara berasingan dan menawarkan kerusi pilihan raya?

Jika benar maka dalam Pakatan itu sendiri wujud sikap curiga mencurigai antara satu sama lain. Adakah mungkin perkara ini yang mengundang perbalahan antara DAP dan PAS, yang diburukkan lagi dengan isu hudud dan pilihan raya majlis tempatan?

Perlu diingatkan segala janji BN kepada Pakatan secara berasingan itu tidak dapat dilaksanakan. Sekiranya cukup sokongan dari pada ahli parlimen, maka SPR bebas menentukan kerusi kawasan mana yang perlu ditambah. 


Sebagai contoh, kita melihat bagaimana SPR membuat persempadanan kerusi DUN Sarawak.

Apa yang berlaku, SPR membuat persempadanan semula dengan membahagikan kawasan kuat BN kepada kawasan yang lebih kecil tanpa mengambil kira jumlah pengundi di sesuatu kawasan tersebut.

Sementara bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, jumlah pengundi dibiarkan begitu sahaja atau kawasannya diperbesar. Implikasinya, apa yang berlaku akan menambahkan kekuatan BN di negeri tersebut.

Justeru, sebarang penambahan kerusi Parlimen atau DUN akan cuma memberikan faedah kepada BN. Satu lagi kemungkinannya apabila wujud individu yang menyebelahi BN seperti mana kes Hee Yit Foong di Perak suatu ketika dahulu.

Dalam kes itu Hee menggoncang kestabilan kerajaan Pakatan di Perak apabila keluar DAP dan menjadi wakil bekas pro-BN.

Posted by mountdweller

12 GRO Vietnam ditahan di Seremban

Posted: 06 Feb 2015 03:15 AM PST

 
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 12 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Seremban 2 di Seremban, malam tadi.



Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata kesemua GRO yang berumur 18 hingga 30 tahun itu ditahan pada 9.15 malam tadi, dalam Ops Ikrar oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen negeri.

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas," katanya di Seremban, hari ini.


Katanya kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.

Katanya Ops Ikrar adalah ops khas yang diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim dalam usaha memerangi pendatang asing tanpa izin.

"Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah diarah untuk melaksanakan ops ini yang menumpukan kepada premis-premis maksiat seperti kelab malam, rumat urut dan rumah perjudian," katanya.

- Bernama

GAMBAR MISTERI NAJIB

Posted: 06 Feb 2015 02:30 AM PST

Sejak beberapa hari sudah, sekeping gambar PM bersama seseorang sedang meniti dari satu laman sosial ke satu laman sosial. Siapa agaknya mamat yang berdiri di sebelah PM 1Malaysia itu?


SIAPA DIA? (SUMBER PENARIK BECA)

Tapi...pada pendapat Yong, gambar ini sama dengan kes pil kuda. Hanya Allah SWT (dan orang sekeliling yang rapat) yang tahu hubungannya antara pil kuda dengan Presiden PAS.

Ooopps..maksud Yong PM 1Malaysia dengan mamat yang berdiri di sebelahnya.

Agaknya ada orang yang nak bergambar dengan PM 1Malaysia. Tak semestinya PM 1Malaysia kenal orang itu. Walaupun orang itu bekerja dengannya atau telah melakukan jenayah.

So, jangan buat spekulasi...

Agaknya ada orang yang mengedar pil kuda di Terengganu. Tak semestinya Presiden PAS kenal orang itu. Walaupun orang yang disebut dalam ceramahnya itu calon PKR.

*********************

Apapun, kalau pemimpin kita suka bertanding dalam pilihanraya tapi bukan nak pergi tawan Putrajaya, maka orang yang berdiri di sebelah mamat itu tetap akan menguasai Putrajaya.

Sekian. Tak faham sudah.
 
 

Najib dan Anwar team up buat sementara untuk benamkan Mahathir!

Posted: 06 Feb 2015 02:00 AM PST

 

Bersandarkan kepada perkembangan politik semasa.. saya semakin yakin .. Anwar Ibrahim tidak akan dipenjara oleh regim Umno BN. 

Perlu diingat.. mahkamah Malaysia dalam beberapa isu tertentu.. hakim membuat keputusan berpaksikan kepada caturan politik negara.
Caturan politik arus perdana kini.. dengan memenjarakan Anwar Ibrahim.. ia merugikan laki Semah... 


Laki Semah kini diasak oleh Mahathir.. manusia yang paling berhajat untuk melihat Anwar terpenjara adalah Mahathir... 

Maka, mana mungkin Najib mudahkan kerja Mahathir..  Adalah lebih baik Najib dan Anwar team up buat sementara untuk benamkan Mahathir!


Kerajaan Rakyat

Anwar Ibrahim Akan Lepas.. Ini Petandanya

Posted: 06 Feb 2015 01:15 AM PST

 
KUALA LUMPUR: "Berpandukan bukti dan segala pemerhatian yang saya ikuti, Anwar Ibrahim akan memenangi kes liwatnya itu," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sokongan itu disuarakannya berdasarkan kewibawaan yang ada pada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keyakinannya bahawa Anwar tidak bersalah.

Menurut beliau, apa jua keputusan yang akan disabitkan terhadap Anwar nanti, "Pakatan Rakyat (PR) akan terus membawa perjuangan misi dan visi parti serta perjuangan reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.

Sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari ini untuk keputusan rayuan kes liwat Anwar.

Dr Dzulkefly juga sangat optimis walaupun PR berhadapan pelbagai isu mencabar seperti Hudud, masalah di dalam PR akan dapat diatasi.

Namun, beliau menegaskan perbincangan yang lebih besar perlu dilakukan bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Beliau juga mengulas mengenai pertemuan mesyuarat pimpinan PR pada 8 Februari nanti yang diharap dapat meletakkan harapan rakyat mengatasi kepentingan komponen di dalam parti.

Setiausaha Eksekutif Sekretariat PR, Shabrimi Sidek sebelum ini mengesahkan mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada 2.30 petang.

Ia juga dilihat sebagai medan penyelesaian perbalahan yang wujud antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung kontroversi pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

dollah yankee

Posted: 06 Feb 2015 09:17 PM PST

dollah yankee


Pemilihan Naib Presiden UMNO: 92 bahagian dah dalam tangan

Posted: 06 Feb 2015 05:54 AM PST


PAS membidas tindakan 92 ketua Umno bahagian yang menyokong kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "mabuk todi", selepas kontroversi kenyataan berbaur perkauman yang dibuat menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi Umno itu yang menyokong Ismail tetapi tidak pula menggesa Putrajaya menurunkan harga barang yang berada di bawah kawalannya.


...TERUSKAN DI-SINI

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. nampak macam Zahid Hamidi yang akan kena 'penerajang' dengan perwakilan

Komentar Kini

Posted: 06 Feb 2015 07:13 PM PST

Komentar Kini


Apa nak jadi, jadilah

Posted: 06 Feb 2015 03:23 PM PST



Hari Selesa 10 February 2015 adalah hari penentuan sama Anwar Ibrahim bebas dan di penjara semula selama lima tahun.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim ada  menuturkan yang berbunyi: " saya sedia di penjara". Itulah kesediaan bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan yang dibunuh tidak mati.

Anwar Ibrahim hidup semula apabila teraju Negara diambil alih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Demikian nasib bekas timbalan presiden umno yang karismanya masih disanjung sebahagian ahli umno.

Ada suara yang mengatakan pergerakan pemuda umno disamping berada di belakang Datuk Seri Najib Razak ia juga dikatakan berada di belakang Anwar Ibrahim kebelakangan ini.

Sehari dua ini penulis ada dengar kata kata yang dituturkan Anwar Ibrahim yang berbunyi: "Apa nak jadi, jadilah" yang seolah olah telah menyerah diri pada takdir Allah.

Antara perkataan yang berbunyi; " saya sedia di penjara' dengan perkataan yang berbunyi: "apa nak jadi, jadilah" yang maknanya lebih kurang sama sahaja.

Beliau hanya berserah kepada Takdir yang telah ditentukan Allah nasibnya sama ada masuk penjara atau bebas dan boleh menjalankan geraklaku politik yang diminati sejak di bangku sekolah rendah  lagi.

Setelah menuturkan perkataan yang dia sedia di penjara, hakim hakim yang mendengar hujah hujah kedua belah pihak tidak dapat buat sebarang putusan.

Hakim hakim menerusi budibicara kehakiman tidak boleh buat keputusan miskipun ada pihak yang mahu supaya Anwar Ibrahim masuk penjara semula kerana berbahaya kepada Negara yang diterajui Najib Razak.

Tidak kurang juga yang mahu supaya Anwar Ibrahim di bebas, kerana beliau tidak bersalah atas  kes liwat 2 itu adalah konspirasi untuk bunuh semula tokoh  bekas orang nombor dua Negara.

Penulis yakin dan percaya keputusan yang akan dibuat oleh hakim hakim mahkamah rayuan pada 10 February 2015 nanti atas nama budibicara hakim hakim.

Penuturan yang berbunyi: "apa nak jadi, jadilah" akan diambikira oleh hakim hakim berkaitan, kerana pada 10 February itu tiada lagi hujah hujah kedua belah pihak untuk didengari hakim hakim.

Sepuluh hari bulan February 2015 adalah merupakan hari keputusan hakim hakim sama ada Anwar Ibrahim ke penjara atau bebas.


Tukar Tiub

Posted: 06 Feb 2015 07:04 PM PST

Tukar Tiub


MANA KOMEN TENTANG ALTANTUYA

Posted: 06 Feb 2015 06:35 PM PST





Kehadiran Najib tidak menyalahi hukum syarak

KUALA LUMPUR - Kehadiran Najib  Razak pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lepas tidak menyalahi hukum syarak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, perkara itu diperjelaskan Mufti Perak  Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

"Kehadiran perdana menteri di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis itu berlangsung. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai  panduan dan rujukan.



KAH KAH KAH

woit... jelas 
semakin karut
baju kurta kalong bunga
pun tak boooleh
yang ni para ulamak 
ada komen sampai 
buat garis panduan
kenapa kes bunuh altantuya
kenapa kes sirul digantung
kenapa kes azilah hukum mati
tak ada fakwa fakwi 
tak ada zakar  zakar
senyap macam telooo

APA PUNYA FAKWA


-------------

MASA DEPAN MALAYSIA

Posted: 06 Feb 2015 06:07 PM PST





MASA DEPAN

Testimoni Saiful faktor utama penentu nasib Anwar, kata peguam


Selasa ini, Ketua Pembangkang  Anwar Ibrahim akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/testimoni-saiful-faktor-utama-penentu-nasib-anwar-kata-peguam#sthash.zjmrRZFU.dpuf




KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
30 juta rakyat malaysia
masa depan malaysia
masa depan mahkamh malaysia
masa depan kedudukan malaysia
SEMUA bergantung
pada lubuang jubur sifoool
kah kah kah

APA PUNYA LUBANG


---------------

SELAMAT MENYAMBUT VALENTINE

Posted: 06 Feb 2015 05:49 AM PST




KLIP COOL
wajib tonton


BERITA PELIK

Posted: 06 Feb 2015 05:00 AM PST


 KAH KAH KAH


Sebagai orang Islam, Hadi pasti datang 

mesyuarat Pakatan, kata Mat Sabu 

PAS memberi jaminan hari ini, sekiranya tiada aral melintang, Presidennya  Abdul Hadi Awang pasti akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Ahad ini, sambil menegaskan ia merupakan "janji orang Islam" 


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
gwa tergolek dog
kah kah kah

APA PUNYA ISLAM


---------------

TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA

Posted: 06 Feb 2015 04:07 AM PST





64 Bantahan untuk Persempadanan Semula Sarawak : Kejayaan pertama untuk persempadanan semula yang adil dan saksama

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengucapkan tahniah kepada pengundi Sarawak yang telah mengemukan 64 bantahan kepada SPR untuk proses persempadanan semula tempoh hari. 64 bantahan merupakan sejarah untuk negeri Sarawak.

Ini adalah satu peningkatan yang mendadak di Negeri Sarawak kerana pada tahun 2005, hanya 26 bantahan dikemukakan. Ini mengambarkan bahawa masyarakat umum sedar akan kepentingan proses ini. Ini adalah satu mesej yang jelas kepada SPR bahawa mereka tidak lagi boleh melakukan kecurangan dan memanipulasikan kawasan-kawasan pilihan raya dengan sewenang-wenangnya.

Jumlah bantahan yang tinggi ini bukan merupakan halangan kepada SPR untuk melakukan proses persempadanan semula. Ini sebenarnya merupakan suatu proses yang harus dihormati oleh SPR dan adalah penting sekali untuk SPR mentafsir segala bantahan yang difailkan dengan merujuk kepada Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya melakukan proses inkuiri terbuka seperti mana yang diperuntukan dibawah perlembagaan persekutuan.

BERSIH 2.0 ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala pendengaran awam atau inkuiri yang bakal dijalankan harus dijalankan secara telus. Pendengar awan juga harus dibuka kepada orang awam. Pasukan DART yang ditubuhkan oleh BERSIH 2.0 dan ENGAGE telah berjaya membantu 11 kumpulan untuk membuat bantahan untuk kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Samarahan dan Kuching. Kami akan berkongsi informasi bantahan ini kepada semua dalam masa 2 minggu dan pada masa sama kami memohon kepada kumpulan-kumpulan lain yang telah mengemukakan batahan untuk turut berkongsi informasi bantahan mereka kepada masyarakat umum. Penekanan sebegini adalah penting untuk memaksa SPR menerima cadangan penambahbaikan ini agar manipulasi pemetaan dan persempadanan tidak sekata dapat dihalang. Dua perkara ini sudah lama menjadi ciri utama dalam peta pilihan raya Malaysia.

BERSIH 2.0 berharap agar SPR akan belajar dari kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan di Sarawak tempoh hari. Jika tidak, SPR bakal berdepan dengan tindakan Mahkamah yang akan difailkan kerana menghindar bantahan-bantahan .SPR tidak boleh lagi sembunyi dari pandangan mata masyarakat umum mengenai kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan. SPR kini tidak punyai apa-apa pilihan, melainkan mendokong prinsip-prinsip ketelusan dan akauntibiliti secara terbuka dan rela hati.


BERSIH 2.0 menyeru rakyat Malaysia dari Semenanjung dan Sabah untuk mencontohi Sarawak yang mana telah berjaya melakukan bantahan yang sewajarnya. Kini, semua harus bersedia untuk menfailkan bantahan kepada persempadanan yang tidak adil. Gunakanlah hak anda yang dijamin dibawah perlembagaan persekutuan. Masyarakat umum boleh melawati laman DART
dart.bersih.org untuk mendapatkan informasi-informasi proses bantahan. Segala arahan sudah dinyatakan dalam laman web kami.



---------------

BUKAN BALAK NIK ABDUH

Posted: 06 Feb 2015 12:35 AM PST




INI BUKAN BALAK
NIK ABDUH

Nik Abduh bukan 'mursyidul am PAS', 

kata Mat Sabu

PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru, susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-abduh-bukan-mursyidul-am-pas-kata-mat-sabu#sthash.fhzgtwBs.dpuf


KAH KAH KAH

woit
mat sabu
jangan buat lawak
semua orang tahu
nik abduh bukan
murshidul am PAS

semua orang tahu
nik abduh pemandu
kereta mini cooper
kah kah kah


APA PUNYA BALAK




----------

MINTA BANTUAN

Posted: 05 Feb 2015 09:09 PM PST





PENGUMUMAN
akhbar uk
akhbar australia
sedang mencari
sumber berita 
berita sirul dan azilah
siapa ada cerita?



Sirul hanya mangsa keadaan

 | February 5, 2015
Mahfuz percaya Sirul tidak bersalah dan takut keselamatannya terancam jika dia membongkarkan kejadian sebenar.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yakin Koperal Sirul Azhar Umar tidak bersalah dan mempercayai hanya melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.
Mahfuz berkata demikian selepas bertemu dengan keluarga Sirul pada 15 Januari yang lepas.
Beliau yakin bahawa Sirul hanyalah mangsa keadaan yang tidak bersalah memandangkan untuk memasuki pasukan pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), seseorang itu perlu berhati kering untuk menerima arahan dan menembak penjenayah yang terlepas.


KAH KAH KAH

woit
wajarkah
sirul dan azilah
mati digantung?
-----------

DIALOG RAKYAT

Posted: 06 Feb 2015 03:46 PM PST

DIALOG RAKYAT


DAP jangan risau, Hadi akan hadir

Posted: 06 Feb 2015 03:45 PM PST


Hadi Awang Hadi Awang
 
 
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengulangi jaminan kehadiran Abdul Hadi menyusuli kegusaran DAP yang dikatakan enggan meneruskan mesyuarat itu jika Presiden Pas tidak hadir.

"Insya-ALLAH beliau (Abdul Hadi) akan hadir, dia (DAP) tidak perlu risaulah. Setakat ini, beliau disahkan hadir kalau tiada apa-apa kekangan, lagipun memang pada sebelah pagi Pas ada mesyuarat (Pusat)," katanya, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR, esok bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

"Kami mendapat jaminan yang Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan," katanya.

Konflik antara DAP dan Pas mula timbul apabila isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelaksanaan hukum hudud, yang masing-masing diperjuangkan oleh DAP  dan Pas, telah mencetuskan perbalahan antara dua parti komponen pakatan itu.

Menurut Mustafa, kehadiran presiden mereka bukan atas faktor desakan mana-mana pihak, tetapi atas kerelaan dan semangat yang dibawa dalam PR.

"Ya, kehadiran beliau itu bukan ditekan oleh sesiapa atau sebab orang-orang DAP, tetapi memang beliau mahu hadir," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap kemelut antara DAP dan Pas itu dapat diselesaikan sebelum keputusan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Jangan biar Najib pakai pakaian Hindu, kalungan bunga, kata mufti Perlis

Posted: 06 Feb 2015 04:13 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider.




























Mufti Perlis yang baru dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tegas dalam menjaga batas yang ditegah Islam ketika pemimpin nombor satu negara itu perlu menghadiri majlis keagamaan bukan Islam.

Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.

"Penasihat perdana menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.

"Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu. "Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya," katanya kepada akhbar itu.

Katanya, Najib boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan ajaran Islam.

"Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau perdana menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia," kata Asri.

Beliau juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.

"Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.

"Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada Sinar Harian.

Asri berkata, sebagai perdana menteri yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan upacara masing-masing.

Beliau bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain juga yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan, katanya.

Polis ambil keterangan selepas Ismail Sabri pulang ke tanah air

Posted: 06 Feb 2015 04:07 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan merekodkan keterangan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas pemimipin itu pulang ke tanah air.
 
"Beliau kini berada di Indonesia atas tugas rasminya. Selepas selesai daripada melaksanakan tuntutan rasminya, kita akan rekodkan keterangannya.
 
"Secara dasarnya beliau sudah pun memberi persetujuan dan kerjasama," katanya dipetik Utusan Malaysia.
 
Ismail, baru-baru ini menimbulkan kemarahan kaum Cina apabila memuat naik status di laman Facebooknya menggesa kaum Melayu memboikot peniaga daripada kaum berkenaan, sebagai reaksi kepada kedegilan mereka menurunkan harga barang walaupun harga petrol dan diesel turun sejak Disember lalu.
 
Pelbagai pihak, termasuk pemimpin DAP dan MCA mengaitkan kenyataan tersebut sebagai rasis dan berunsur hasutan, dan mendesak permohonan maaf daripada Ismail.

Bekas pengurus Petronas terima rasuah dipenjara 10 tahun, denda RM2 juta

Posted: 06 Feb 2015 04:06 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus di Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dijatuhi hukuman penjara berjumlah 10 tahun dan denda RM2.012 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berhubung pembayaran terhadap pembelian dan pengubahsuaian rumahnya.
 
Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati Idris M Shuhud, 49, bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu pada akhir kes pembelaan.
 
Rosbiahanin juga memerintahkan Idris dipenjara 44 bulan jika gagal membayar denda itu.
 
Mahkamah turut mendapati Idris bersalah terhadap empat pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM384,500 mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
 
"Tertuduh didapati gagal dalam memberi apa-apa penjelasan yang dapat diterima oleh mahkamah. Dengan itu tertuduh didapati bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Berturutan daripada itu, mahkamah juga mendapati tertuduh turut bersalah mengikut pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram," kata Rosbiahanin.
 
Bagi kesalahan rasuah, mengikut pertuduhan pertama dan kedua masing-masing, Idris dihukum penjara tiga tahun dan denda RM437,500 dan RM1.435 juta serta boleh dipenjara 30 bulan jika gagal bayar denda itu.
 
Bagi pertuduhan ketiga pula, Idris dipenjara dua tahun dan denda RM90,000 serta boleh dipenjara lapan bulan jika gagal bayar denda.
 
Bagi pertuduhan keempat, dia dipenjara dua tahun dan denda RM50,000 serta boleh dipenjara enam bulan jika gagal bayar denda itu.
 
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bagi kes rasuah iaitu hanya tiga tahun bermula hari ini.
 
Sementara itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
 
Bagaimanapun, Idris perlu menjalani hukuman penjara bagi kes rasuah terlebih dahulu diikuti hukuman bagi kes melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.
 
Mahkamah turut mengarahkan rumah tertuduh di Bandar Tun Hussein, Cheras, dan akaun bank miliknya yang berjumlah RM98,000 disita.
 
Mengikut empat pertuduhan rasuah itu, Idris yang bertugas di projek penggantian saluran paip syarikat itu, didakwa menerima rasuah berjumlah RM403,000 daripada pengarah syarikat Penaga Orbit dan Genius Response Kamaruddin Mohd Daud untuk pembayaran terhadap pembelian dan pengubahsuaian rumahnya di Bandar Tun Hussein, Cheras sebagai upah kerana meluluskan dokumen urusan rasmi Petronas.
 
Dokumen berkenaan ialah Penilaian Bidaan Teknikal, Penilaian Bidaan Komersial dan Sijil Penyiapan Kerja.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Kuala Lumpur antara 5 Mac 2009 dan 20 Januari 2012.
 
Bagi pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, Idris didakwa melakukan satu kesalahan di Maybank cawangan KLCC dan tiga kesalahan di Bank Islam Malaysia Berhad, Seksyen 14 Shah Alam antara 5 Mac 2009 dan 20 Januari 2012.
 
Pendakwaan kes rasuah dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sinti dan Afifah Mamat@Yusof manakala kes pengubahan wang haram oleh Mohd Farez Rahman manakala Idris diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi.

SPRM siasat bekas CEO TEKUN terlibat rasuah, pecah amanah

Posted: 06 Feb 2015 04:04 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
PETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang tamat tempoh tahanan remannya baru-baru ini disiasat membabitkan dua kes iaitu meminta suapan dan pecah amanah.
 
Suspek bergelar Datuk itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang pada 16 Januari lalu.
 
Bagaimanapun, sebaik tamat tempoh berkenaan dan dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek ditahan semula pada keesokannya.
 
Memetik mStar Online, bekas pegawai kanan berusia 60 tahun itu seterusnya direman enam hari lagi untuk membolehkan siasatan berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan nilai ratusan ribu terhadapnya dijalankan.
 
"Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM untuk kali kedua pada 28 Januari lalu dan sehingga kini siasatan membabitkan kedua-dua kes berkenaan masih dijalankan," katanya.
 
Bagi kes meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, manakala kes pecah amanah disiasat mengikut Kanun Keseksaan.
 
Sumber itu berkata, kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan ke pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan lanjut, sama ada disusuli dengan pendakwaan atau disiasat dengan lebih terperinci.
 
Menurut rekod, suspek dilantik ke jawatan itu pada 2004 di mana ketika itu Tekun adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
 
Bagaimanapun selepas kementerian itu dimansuhkan, TEKUN kini diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Azmin mengendahkan bantahan Datum Jelatek

Posted: 06 Feb 2015 03:29 AM PST

 
Azmin selar UMNO dan Perkasa hanya berminat membangkitkan sentimen perkauman.


datumjelatek


AMPANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tetap dengan keputusan untuk meneruskan projek pembinaan kondominium mewah, Datum Jelatek di Kampung Jelatek .

Azmin juga berkata sedia bertemu wakil penduduk, mendengar bantahan mereka tetapi dengan syarat bantahan tersebut mestilah tidak bersifat perkauman.

Jika main sentimen kaum dan agama, ia tidak akan membawa kepada pembangunan," katanya dalam sidang media di Hotel Flamingo, Ampang.

Jelas Azmin, beliau letih melayan UMNO dan Perkasa yang tidak jemu-jemu membangkitkan sentimen perkauman .

"Saya tidak akan bertolak ansur dengan mereka. Mesej saya pada rakyat Selangor ialah, tidak ada ekstremisme, fanatisme, dan rasisme," katanya.

Azmin dipercayai akan terus dengan pendiriannya membangunkan perumahan untuk rakyat Selangor.
"Saya akan pertahan mereka yang memerlukan perumahan," katanya.

Sebelum ini wujud isu bahawa projek Datum Jelatek akan membawa masuk kaum Cina dan warga asing ke kawasan penempatan yang majoritinya penduduk Melayu.

Namun ia disangkal dengan bukti kesemua 674 unit projek kondominium Datum Jelatek sudahpun didaftarkan kepada pembeli Bumiputera.

Kondominium tersebut yang dibangunkan oleh Datumcorp International (DCI), berharga sekitar RM700,000 seunit.

Kitab mana Asri pakai?

Posted: 06 Feb 2015 03:27 AM PST

 
Asri sepatutnya menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengikuti upacara keagamaan Hindu bila beliau menyertai perarakan dengann kereta lembu dan meletakkan warna merah di dahi


MAZA


PETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menganggap dakwaan Mufti Perlis yang baru dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh memakai pakaian Hindu serta kalungan bunga sebagai rasis.

Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu, Ramesh Rao berkata, kenyataan yang dibuat Mufti Perlis itu merupakan kesalahan yang besar serta boleh mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

"Kaum India merupakan golongan yang mudah sensitif, kita tak boleh terima kenyataan sedemikian, kalau isu roboh kuil kita memberontak apatah lagi isu-isu sebegini.

"Kalau benar dakwaan Asri sila buktikan kitab mana beliau guna seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Tambah beliau, Asri sepatutnya terlebih dahulu menegur ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan mengikuti upacara keagamaan Hindu apabila beliau menyertai perarakan mengunakan kereta lembu dan meletakkan warna merah di dahi di Perak sebelum ini.

"Kehadirian Najib pada majlis Thaipusam adalah untuk berjumpa rakyat dan sebagai tanda hormat beliau kepada agama Hindu, malah bukan sahaja perayaan kaum India beliau berpakaian sedemikian malah sambutan tahun baru Cina pun dia pakai pakaian orang Cina," jelasnya.

Tambah Ramesh, kehadiran Perdana Menteri ke Batu Caves baru-baru ini bukanya untuk masuk kuil dan menyembah dewa-dewa yang ada di sana. Kalau beliau bertindak sedemikian kami juga akan tentang kerana perbuatan itu haram.

Sehubungan itu, tegas Ramesh, sekiranya kenyataan yang dibuat Asri sengaja diputar belit oleh media, beliau perlu mengambil tindakan terhadap portal berita tersebut dengan membuat laporan polis, jika apa yang dilaporkan benar Asri perlu menjelaskan kitab mana yang melarang tindakan sedemikian.

Ulat sagu haiwan dua alam- Mufti Sarawak

Posted: 06 Feb 2015 03:23 AM PST

 
Ulat dikenali Mulong dan upacara miring diharamkan untuk umat Islam manakala ulat temilok dibenarkan.


ulat sagu malong


MIRI: Ulat sagu atau dikenali 'mulong' oleh masyarakat peribumi Sarawak diharamkan kepada umat Islam.

Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin berkata ia secara semula jadinya tidak bersih dan hidup dalam dua alam.

Ulat sagu atau mulong adalah hidangan makanan yang disukai oleh masyarakat muslim Melanau dan orang Islam di Sarawak.

"Keputusan ini dibuat setelah kajian tentang sifat dan cara hidup haiwan ini dilakukan. Keputusan dibuat dengan sokongan bukti saintifik," katanya di majlis memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk merangsang sektor penyelidikan fatwa.

Apapun, jabatannya juga mengesahkan ulat yang dikenali sebagai 'temilok' (sejenis ulat yang ditemui di dalam batang pokok bakau), yang juga merupakan makanan popular dalam kalangan masyarakat Melanau, tidak dilarang daripada dimakan.

Dalam pada itu, umat Islam di negeri itu juga dilarang menyertai "miring", sejenis perayaan tradisional yang dirayakan oleh masyarakat Iban atau dikenali Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau kerana mempunyai unsur-unsur 'syirik' di dalamnya.

Namun, fatwa memutuskan bahawa orang Islam tidak dilarang atau hadir menyaksikan upacara ini, selagi mereka tidak mengambil bahagian dalam atau melakukan sendiri perayaan itu.

Ibu kandung kanak-kanak dicari

Posted: 06 Feb 2015 03:19 AM PST


Mohd Najib menunjukkan laporan polis berserta gambar kakak iparnya, Juwita yang dicari bagi membantu urusan pengambilan anak angkat. Mohd Najib menunjukkan laporan polis berserta gambar kakak iparnya, Juwita yang dicari bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.
 
 
KEPALA BATAS - Seorang pemuda bersama isterinya ingin mencari waris kepada seorang kanak-kanak yang ingin diambil mereka sebagai anak angkat di Kepala Batas, semalam.

Mohd Najib Mokhtar, 26, berkata, kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang ditinggalkan oleh ibu kandung ketika berusia satu tahun.

"Mohamad Aidil Shahrizal merupakan anak kepada abang dan kakak ipar saya, namun pada sijil kelahiran Mohamad Aidil tidak tertera nama abang saya disebabkan anak saudara saya ini lahir ketika mereka masih belum bernikah.

"Kami telah merujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Pendaftaran untuk proses pengambilan anak angkat, namun disebabkan nama abang saya tidak tertera dalam sijil lahir kanak kanak ini, urusan ini rumit dan memerlukan kakak ipar saya iaitu Juwita Intan Sari datang sendiri untuk memudahkan urusan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan perkara ini, anak saudaranya itu yang berada dalam tahun tiga namun kini tidak dapat bersekolah.

"Saya memohon agar kakak ipar saya pulang dan membantu kami menguruskan urusan pengambilan anak angkat ini.

"Saya cuma mahukan masa depan Mohamad Aidil lebih terjamin," katanya

Peraturan Islam di MRSM bimbangkan Dayak

Posted: 06 Feb 2015 03:14 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ibu bapa Dayak bimbang menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sarawak berhubung undang-undang dan garis panduan berkaitan agama, kata DAP Serian.

Pengerusinya Edward Andrew Luwak berkata peraturan berkaitan antaranya larangan membawa barangan berkaitan agama seperti salib dan Bible.

Menurut beliau, terdapat juga larangan membawa makanan disediakan di rumah dan juga terhadap penggunaan pengangkutan tempat itu untuk ke gereja.

Andrew mendakwa bahawa garis panduan itu juga digunakan di sekolah menengah teknik yang kini menjadi kolej teknik.

"Sekatan dan larangan ini menyebabkan ibu bapa Dayak tidak menghantar anak mereka ke kolej sebegini kerana takuut anak mereka dipengaruhi pengaruh ajaran Islam," katanya.

Andrew juga berkata perkara itu tidak harus berlaku kerana kolej itu digerakkan menggunakan wang pembayar cukai.

Tong kemuka notis tuntutan pada Jho Low

Posted: 06 Feb 2015 03:12 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong mendakwa jutawan Malaysia, Low Taek Jho mendalangi serangan ke atasnya dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blog tertentu.

Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Taek agar menghentikan "penipuan jahat" ke atas beliau dan media miliknya, The Edge dan The Malaysian Insider.

"Saya percaya Low Taek Jho atau Jho Low merupakan individu bertanggungjawab ke atas serangan jahat dan cerita rekaan ke atas The Edge Media Group dan saya melalui beberapa blog," katanya dalam satu kenyataan.

Kandungan dalam blog berkenaan turut menyerang adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang merupakan tokoh korporat, kata Tong.

Beliau merujuk kepada  blog amibukanbodohtau.wordpress.com, corruptednazirrazak.wordpress.com, kronismemahathir.wordpress.com, politikukus.wordpress.com and malaysianexpose.wordpress.com.

Blog tersebut antara lainnya mendakwa beliau terlibat dalam manipulasi dalam pasaran matawang untuk keuntungan peribadi.

Dakwaan tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan pada 28 Februari lalu untuk bertindak ke atas pihak yang melakukan manipulasi seperti itu.

Susulan itu, Tong pada hujung minggu lalu mengeluarkan kenyataan yang menafikan terlibat dalam perbuatan seperti itu.

"Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," tegasnya.

PM kepada peniaga: Turun harga barang, mesti adil

Posted: 06 Feb 2015 03:08 AM PST


Petikan kenyataan dari blog Perdana Menteri. Petikan kenyataan dari blog Perdana Menteri.
 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua peniaga bersikap adil dan bertimbang rasa dengan menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak. 
 
Najib turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa isu berkenaan penurunan harga barang sama sekali tiada kaitan dengan bangsa seseorang peniaga. 
 
"Untuk makluman semua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah pun ditugaskan untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap di seluruh negara bagi memastikan peniaga dan pemborong tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati," katanya seperti dipetik menerusi laman blognya, NajibRazak.com, pagi ini.
 
Beliau juga meminta pengguna di Malaysia bertindak bijak dengan tidak membeli barangan di kedai yang menjual dengan harga tidak berpatutan. 
 
"Kesannya, peniaga seperti ini akan terpaksa menurunkan harga barang sejajar dengan kos," katanya. 
 
Terdahulu isu berkaitan harga barang ini menjadi kontroversi susulan kenyataan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang mahu pengguna memboikot peniaga Cina yang mengaut keuntungan berlebihan. 

Rumah Menteri Sarawak kena tembak

Posted: 06 Feb 2015 03:04 AM PST

SINAR HARIAN

Gambar Hiasan Gambar Hiasan
 
 
SIBU - Rumah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh sekali lagi menjadi sasaran tembakan pada awal pagi, hari ini.  

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.35 pagi di rumah yang terletak di Jalan Ipoh di sini.  

Penembak yang sama sebelum itu dipercayai turut melepaskan sedas tembakan ke arah pintu masuk kilang percetakan Akhbar Kumpulan See Hua di Estet Perindustrian Sungai Antu yang terletak kurang 3 kilometer dari rumah Wong pada 5.20 pagi.  

"Hanya sedas tembakan dilepaskan di setiap satu tempat kejadian. Senjata yang dipercayai digunakan adalah senapang patah," kata Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi.  

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan kes tembakan melibatkan dua pusat beli belah di bandar ini pada 30 Januari lalu.

Kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh anak Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yew, 39, dan Pengurus Pengeluaran Akhbar Kumpulan See Hua, Wong Teck Chiong,  49.  

Kee Yew yang merupakan timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) menyedari kejadian itu apabila dikejutkan daripada tidur oleh bunyi tembakan dan  ketika membuat pemeriksaan beliau mendapati ada kesan tembakan pada cermin di tingkat dua rumah itu.

Sementara itu kejadian di kilang yang mencetak akhbar See Hua, The Borneo Post dan Utusan Borneo itu dilaporkan kepada pengurus pengeluaran kilang terbabit  oleh seorang pengawal keselamatan wanita yang terdengar bunyi tembakan dan mengesan serpihan kaca di pintu masuk kaca kilang itu.

Mohd Kamal berkata tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut.

Rumah Wong yang merupakan presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) turut menjadi sasaran beberapa das tembakan pada 13 Ogos tahun lalu, susulan itu tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama

Pas tidak bentang hudud Ahad ini

Posted: 06 Feb 2015 03:02 AM PST


Ahmad Yakob Ahmad Yakob
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Mesyuarat Majlis Pimpinan PR esok walaupun mendapat desakan dari rakan pakatannya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rang undang-undang  itu diklasifikasikan sebagai 'embargo' dan hanya  boleh dibentangkan di Dun atau Parlimen.

"Bagaimanapun kita telah bincang melalui jawatankuasa teknikal, kita panggil pengamal undang-undang, pensyarah-pensyarah, NGO termasuk dalam parti dan pakatan.

"Jadi Ahad kita tidak boleh bentang enakmen berkenaan, lepas pada itu (Parlimen) Insya-ALLAH," katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini semalam.

Semalam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  meminta Kelantan membentangkan enakmen hudud dalam mesyuarat pakatan yang dijangka dihadiri pimpinan tertinggi Pas, PKR dan DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: Semua hadir mesyuarat pimpinan PR]

Dalam masa yang sama, beliau turut menegur kerajaan Kelantan yang dikatakan lebih mengutamakan perlaksanaan hudud berbanding menyelesaikan isu banjir.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, tiada ada isu besar yang berbangkit memandangkan pembentangan rang undang-undang itu tidak melibatkan isu pokok sebaliknya sedikit pindaan kepada enakmen terbabit.

Menjawab dakwaan mengatakan PRK dan DAP tidak pernah melihat enakmen itu, Ahmad berkata, pihaknya beberapa kali telah mengadakan pembentangan kepada Pas Pusat.

Dalam pada itu, Ahmad menafikan dakwaan Anwar  mengatakan kerajaan negeri tidak mengutamakan isu banjir sebaliknya memberi  tumpuan  dalam perlaksanaan hudud.

"Kerajaan fokus dalam isu kebajikan  dan juga melaksanakan hukum ALLAH, kita buat bersama,  tidak bangkit isu tersebut," katanya.

Boikot Peniaga Cina atau Gertak Kartel dan Taikun Kaya Monopoli Lesen Import, Bisnes & Perniagaan di Malaysia?

Posted: 06 Feb 2015 12:53 AM PST




Perniagaan Cina



Boikot Peniaga Cina atau Gertak Kartel dan Taikun Kaya Monopoli Lesen Import, Bisnes & Perniagaan di Malaysia? : Dato Sri Ismail Sabri satu nama yang tidak asing lagi di bibir penganalisis politik dan rakyat marhaen yang cukup dekat dengan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia.

Acapkali ketika Dato Sri Ismail Sabri berhujah tampak ada titik persamaan dengan Hasan malek dan Ahmad Maslan. Ada lagi yang tertinggal figura politik yang begitu dekat dengan ketiga pemimpin politik ini?

Masih ingat lagi anda dengan idea menteri melalui LKIM yang mahu kotak ikan plastik ditukarkan kepada kotak ikan berinsulasi yang jauh lebih membebankan peniaga? Akhirnya idea tersebut menjadi "flip flop"

Hari ini, Ismail Sabri tampil menjadi hero dengan mahu membela nasib rakyat Malaysia dengan cara memberikan amaran kepada peniaga mengikut kaum.

Tetapi…..pernah atau tidak Ismail Sabri terdetik untuk berfikir sejenak bagaimana untuk mengurangkan kos peniaga di Malaysia?

Jikalau peniaga sanggup untuk menurunkan harga dek kerana harga minyak. Mengapa pula TNB tidak sanggup untuk turunkan tarif elektrik TNB walaupun berjaya catat untung bersih RM6.4 bilion tahun 2014.
  • Harga gula satu dunia sudah jatuh merudum, tetapi mengapa harga gula di Malaysia tidak mahu turun sama? Mengapa kerajaan Malaysia masih lagi bersetongkol dengan taikun dan oligarki taikun apabial mengawal pengimportan gula dalam negara kita Malaysia?
  • Harga minyak turun, tarif elektrik TNB tidak mahu turun?
  • Harga beras di Singapura (Beras Basmathi) lebih murah daripada beras Basmathi di Malaysia. RM55 untuk setiap 5 kg di Singapura. Di Malaysia?
  • Di Singapura tiada kartel beras
  • Di Malaysia, jikalau mahu import beras dikawal oleh kartel yang cukup berkuasa menentukan berapa keuntungan yang mereka mahu perolehi atas nama kuasa monopoli yang sudah tentu Ismail sabri sedia maklum tentang itu
  • Tetapi ada amaran yang kedengaran sehingga ke hari ini?
    Kemudian Berita Semasa mahu pulangkan persoalan ini kepada Ismail Sabri, mengapa di Singapura harga simen buatan Malaysia 50 Kg dijual RM15-RM16 untuk setiap beg
  • Tetapi mengapa di malaysia simen buatan Malaysia dijual RM20 bagis etiap beg? Mengapa?
  • Bolehkah Ismail Sabri jelaskan perkara ini?
  • Mengapa dan kenapa harga kereta di Malaysia lebih mahal dibandingkan harga kereta di UK?
CONTOH BERITA DI SINI : Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional 
di Malaysia Ada Perbezaannya? 
Berdasarkan tinjauan pembaca Berita Semasa terhadap ruang undian yang disediakan (DI SINI), 48.9 mengatakan Gejala Monopoli Industri di Malaysia dan Lesen Permit Import Barangan & Produk antara punca utama kenaikan harga barang naik di Malaysia. Bagaimana pula dengan anda?

Harapan Berita Semasa Kepada Ismail Sabri : Isu Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia

Tolong berbincang bersama-sama rakan-rakan anda dalam kabinet dengan apa cara sekalipun
  1. Nasihatkan TNB supaya tarif elektrik TB di Malaysia (Setakat hari ini Khairy Jamaluddin antara menteri yang bersetuju)
  2. Nasihatkan Tan Sri Syed Mokhtar taikun kaya bagi mengurangkan harga beras di Malaysia
  3. Nasihatkan juga Tan Sri Syed Mokhtar taikun kaya supaya mengurangkan harga gula di Malaysia
  4. Sila buka pasaran untuk lebih ramai import simen. Buka pasaran
  5. Sila turunkan harga kereta Proton sudah lagi "bukan rahsia besar lagi" harga kereta
  6. Proton di Malaysia menjadi penanda aras bagi kereta-kereta lain yang dijual di Malaysia atas nama survival
  7. Sila nasihatkan bas ekspres seperti Transnasional, SKMK, Mara, Plusliner turunkan tambang bas ekspres mereka
  8. Adalagi yang anda mahu tambah?
P/S : Mengapa Ismail Sabri lebih suka bergayut dengan kera di hutan tetapi anak sendiri di rumah dibiarkan mati kebuluran. Apbila mereka kebulur dimarahi lagi pula. Mengapa?

PP/S : Janganlah anda dilihat bersetongkol dengan kartel dan taikun kaya di atas dan anda pijak satu kumpulan untuk menjadi hero kepada kumpulan yang satu lagi yang merupakan orang kebanyakan yang masih lagi mengharap dan menagih bantuan yang mereka telah amanahkan kepada anda sebenarnya.

Ismail Sabri terima ugutan bunuh

Posted: 06 Feb 2015 12:12 AM PST


Antara komen-komen di Facebook menghentam Ismail Sabri. Antara komen-komen di Facebook menghentam Ismail Sabri.
 
 
 
SHAH ALAM – Tidak cukup dengan tekanan diterima daripada pelbagai pihak selepas kenyataan kontroversinya menggesa tindakan boikot ke atas peniaga degil yang enggan menurunkan harga barang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini berdepan dengan ugutan bunuh pula.

Sumber yang rapat dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  itu memberitahu Sinar Harian, ugutan bunuh diterima hampir setiap hari oleh Ismail Sabri menerusi akaun Facebook miliknya.

"Memang ada banyak ugutan dan ancaman bunuh ke atas Datuk Seri (Ismail Sabri). Perkara itu kita teliti dan semak hampir setiap hari," katanya.

Untuk keselamatan Ismail Sabri, juga anggota keluarganya, sumber itu berkata, laporan polis telahpun dibuat supaya siasatan dapat dijalankan.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri: Tunggulah selesai lawatan Jokowi]

Katanya, sebagai ahli politik berpengalaman, Ismail Sabri bagaimanapun tenang menghadapi situasi itu.

"Alhamdulillah, dia nampaknya tenang dan dalam keadaan baik serta menjalani rutin hidup seperti biasa. Hal yang seperti ini asam garam dalam perjuangan dan kehidupannya sebagai orang politik," katanya.

Ismail Sabri baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila kenyataannya di Facebook yang menggesa orang ramai terutama orang Melayu sebagai majoriti penduduk negara ini menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna, memboikot peniaga yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah, dianggap sebagai perkauman kerana menyentuh golongan peniaga keturunan Cina sebagai sasaran.

Berikutan itu, beliau menerima kecaman daripada pelbagai pihak. Selain pemimpin parti pembangkang terutama DAP, rakan sekabinetnya iaitu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut sama mengkritik Ismail.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin cuba meredakan keadaan dengan menyatakan bahawa kenyataan Ismail Sabri itu bertujuan menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun setelah harga bahan bakar diturunkan, bukan ditujukan kepada mana-mana kaum tertentu.

Ismail Sabri yang sebelum ini dinyatakan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya itu, bagaimanapun setakat ini difahamkan belum lagi berbuat demikian.

Dalam pada itu, Briged Kesatria Muda Pemuda Umno semalam tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung ugutan bunuh yang diterima menteri berkenaan.

Pengerusinya, Armand Azha Abu Hanifah berkata, laporan itu bertujuan untuk meminta polis menyiasat pemilik akaun Facebook  yang mengugut Ismail.

"Ancaman ini sangat serius dan boleh beri kesan negatif kepada keharmonian  hubungan antara kaum dan perpaduan rakyat negara ini.  Laman sosial Facebook individu bernama Alan Ling Sie Kiong dan beberapa lagi yang melakukan ugutan bunuh terhadap Ismail Sabri perlu disiasat.

"Polis serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menjalankan siasatan segera dan membawa mereka yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan," tegasnya.

Beliau berkata,  sekiranya perkara itu tidak ditangani dengan segera, dibimbangi akan merebak perbuatan yang serupa ataupun tindak balas oleh mereka yang mahu membela Ismail.

Armand Azha turut menyifatkan kenyataan menteri berkenaan adalah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama dan bangsa mahupun fahaman politik.

"Tetapi ia disalah ertikan oleh pihak yang cetek akal menjadikan medan sosial tempat untuk menabur kebencian, hasutan dan paling jijik adalah ugutan bunuh secara terbuka terhadap kepimpinan negara," katanya.

Mengapa kaitkan pondok dengan keganasan?

Posted: 06 Feb 2015 12:09 AM PST



Oleh Zulkifli Yahaya


 PASCA peristiwa 11 September 2001, kumpulan Islam yang dikaitkan dengan "keganasan" diperangi habishabisan oleh sekutu Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.

Semua kumpulan Islam yang berjuang menggunakan senjata secara automatik dimasukkan dalam senarai pengganas, lalu cuba dihapuskan. Institusi pengajian Islam yang diba ngunkan secara tradisional di seluruh dunia adalah antara yang mendapat perhatian Barat untuk dihapuskan.

Oleh kerana di kebanyakan negara Islam, institusi pengajian Islam tradisional ini tidak dapat dipisahkan dari masyarakat umum, maka ia menjadi kesukaran kepada pihak Barat untuk bertindak.

Jalan terbaik Barat ialah mengarahkan bidak-bidak catur mereka, iaitu para pemimpin sekular yang memerintah negara umat Islam itu untuk bertindak.

Selepas peristiwa 11 September juga, Pakistan selaku sebuah negara yang terletak bersempadan dengan negara yang dianggap kubu al-Qaeda menerima tekanan dari Amerika. Kerajaan Pakistan terpaksa akur dengan kehendak Barat, menggeledah pusat pengajian Islam di sana dan menangkap para pelajar asing.

Ada yang terpaksa melarikan diri pulang ke tanah air, sekalipun pemergian mereka ke Pakistan hanya untuk belajar agama dan bukan pergi berperang. Pulang ke tanahair pun tidak selamat, kerana kerajaan yang memerintah tetap kerajaan sekular.

Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanggungjawab mengarahkan penahanan 13 orang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Pakistan dipercayai menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia berlaku dua tahun selepas peristiwa 11 September.

Di Malaysia, tiada dalam catatan sejarah bahawa pusatpusat pengajian Islam yang diasas dan berkembang secara tradisional (pondok) merupakan pusat kegiatan pengganas. Namun agak mengejutkan apabila tiba-tiba Pengerusi Yayasan Pondok 1 Malaysia, Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan peribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan "jihad" yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Tarmizi Sulaiman, apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

"Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu penggaNOTA nas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang secara turun temurun mengganas dalam negara kita.

"Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak Melayu Islam di pondok-pondok," bidas Tarmizi.

Sekolah pondok adalah satu satu sistem pendidikan tradisional yang banyak terdapat di Malaysia dan Indonesia (dikenali sebagai pesantren). Sistem pendidikan ini berfokuskan Islam dan biasanya mempunyai tempat menginap – dahulunya ala kadar dan sekarang agak moden. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat. Di sini juga menekankan asas-asas ilmu yang menyempurnakan pengamalan Islam.

Datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran Umno sehingga berani menegur Umno dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950-an dahulu. Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa judi loteri yang digunakan oleh Umno itu adalah haram.

Ia cuma satu dari beratus pondok yang tumbur subur di tanah air. Pondok wujud sudah terlalu lama di tanah air, sebelum wujud Taliban dan al-Qaeda lagi. Justeru menganggap pondok sebagai tempat melatih pengganas adalah sangat melampau.

Mengaitkan pondok dengan kegiatan ekstremis mungkin juga berlaku kerana penglibatan seorang aktivis dalam pepera ngan di Syria, lalu meninggal dunia di sana dalam satu pertempuran.

Beliau yang telah dipecat dari PAS kerana penglibatan tersebut tidak mewakili keseluruhan institusi pondok di Malaysia. Bahkan pentadbir pondok tempatnya pernah mengajar turut menafikan sebarang kegiatan militan yang menjadi asas tarbiyah pelajar pondok.

Menurut presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Haji Azmi Abdul Hamid, tanggapan dan andaian umum bahawa seolah pondok merupakan punca wujudnya individu berkecenderungan militan adalah sama dengan polisi yang diperkenalkan oleh kuasa imperialis Barat yang mahu menanam kecurigaan dan fobia dikalangan masyarakat awam kepada institusi pondok di negara-negara umat Islam.

"Debat melihat institusi pondok malah institusi pendidikan agama dari kacamata sekuriti adalah berpunca dari sikap prejudis yang dipopularkan oleh pengaruh 'war on terrorist.' Dari satu sudut terdapat mereka yang mahu membendung perkembangan Islam radikal dan militan, dan dari sudut lain, ada mereka yang mahu mempertahan dan membela kemandirian institusi agama yang merasa disalah anggap dalam perdebatan mengenai gerakan militan," ujar Azmi.

Habis, mengapa tiba-tiba pondok dicurigai? Kerana di situ lahirnya benih-benih Islam yang mendokong Islam secara benar berasaskan ilmu Islam yang sebenar.

Islam yang mengutip ilmu secara bertalaqqi dan bersanad hingga kepada Rasulullah s.a.w. Islam tulen ini agaknya yang tidak digemari oleh puak sekular yang mendominasi pentadbiran negara.

Lantas mencari istilah kambing hitam untuk dilabelkan iaitu "pengganas", "ekstremis", "militan" atau apa sahaja.

'Tidak sampai lima minit pun...'

Posted: 06 Feb 2015 12:02 AM PST


Kesan darah di lokasi kejadian. Kesan darah di lokasi kejadian.
 
 
BACHOK - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian samun di sebuah kedai peralatan binaan di Beris Lalang, kira-kira jam 5.45 petang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian, mangsa, Mustafa Siddiq, 52, berada dalam premisnya bersama isteri, Norhaizan Mohd Zin, 45, dan anaknya, Ainul Wahida, 18, serta seorang pekerja mereka.

"Mustafa cedera di kiri perut dan lutut kanan. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kira-kira jam 7.40 malam. Anak mangsa juga ditembak di paha, kini dirawat di Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM).

"Suspek sudah dikenal pasti berdasarkan maklumat diberikan saksi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, kerugian dianggarkan RM1,000 dan suspek dikatakan menggunakan kereta Proton Preve berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CDC 4561.

"Dua suspek memiliki senjata api, sementara seorang lagi tidak bersenjata," katanya.

Sementara itu, Nor Haizan ketika ditemui di Unit Forensik HUSM mengakui masih terkejut dengan insiden menimpa suami dan anaknya itu.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Saya boleh terima apa yang berlaku, cuma buat masa sekarang saya mahu bertenang dulu setelah apa yang saya  lalui hari ini (semalam)," katanya.

Manakala, saksi kejadian yang juga pekerja mangsa, Mohd Azrien Mohd Nasir, 28, berkata,  ketika kejadian, dia berada di dalam kedai tersebut bersama arwah, Nor Haizan dan Ainul Wahida.

"Kejadian berlaku dengan cepat, tidak sampai lima minit pun. Sebelum kejadian, sebuah kereta berwarna gelap berhenti depan kedai, mulanya saya ingat mereka mahu beli barang.

"Kemudian keluar tiga lelaki dari kereta tersebut dan mereka dengan pantas pakai topeng lalu masuk ke dalam kedai minta wang," katanya.

Menceritakan detik ngeri itu, Mohd Azrien memberitahu, salah seorang lelaki tersebut mengacukan pistol ke arahnya dan menyuruh dia dan isteri majikannya diam.

"Kerana takut diacukan pistol, saya mendiamkan diri, kemudian salah seorang daripada lelaki tersebut gari tangan saya dengan isteri majikan saya.

"Dalam keadaan kelam kabut, isteri majikan cuba tanggalkan topeng dipakai lelaki terbabit. Dia marah kami gunakan dialek tempatan," katanya.

Ketika itulah, Mohd Azrien berkata, dia mendengar dua das tembakan dilepaskan yang terkena majikan dan juga anak perempuannya.

"Mereka larikan diri selepas minta kunci kereta majikan. Selepas itu, saya bantu hantar majikan ke Klinik Gunong," katanya.

Nelayan ceroboh perairan: Tindakan tegas menanti

Posted: 06 Feb 2015 12:00 AM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo bersetuju, mana-mana nelayan negara ini yang memasuki perairan Indonesia bakal berdepan tindakan undang-undang.
 
Persetujuan itu turut terpakai bagi nelayan Indonesia yang menceroboh kawasan perairan Malaysia.
 
Namun, menurut Najib, jika mana-mana nelayan yang memasuki kawasan pertindihan antara Malaysia-Indonesia, mereka hanya akan diusir keluar.
 
"Seperkara lagi yang kita telah bincangkan ialah berhubung dengan masalah nelayan yang menceroboh antara kedua-dua perairan.
 
"Kami bersetuju, apa yang telah disepakati selama ini bahawa jika nelayan memasuki kawasan pertindihan antara Malaysia-Indonesia, mereka akan diusir keluar, mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya pada sidang media bersama Joko Widodo di Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.
 
Perkara itu dicapai selepas mesyuarat dua hala yang berlangsung pagi ini antara Malaysia dengan Indonesia sempena lawatan Joko Widodo ke Malaysia.
 
Menurutnya, tindakan boleh dikenakan pada mana-mana nelayan yang menceroboh kawasan sahih bukan negaranya.
 
"Sebaliknya, jika mereka masuk dalam kawasan perairan Indonesia, secara yang sahih kawasan itu perairan Indonesia dan diceroboh nelayan Malaysia, maka tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemerintah Indonesia.
 
"Begitu juga jika nelayan Indonesia memasuki kawasan perairan Malaysia," katanya.
 
Sebelum ini, pada 27 Januari 2012, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang memberi kata putus apabila ada nelayan yang ditangkap kerana memasuki perairan Indonesia, mereka akan diiringi keluar untuk masuk semula ke perairan Malaysia, begitu juga sebaliknya.
 
MoU itu ditandatangani Ketua Pelaksana Harian Badan Koordinasi Keamanan Laut, Laksamana Madya Y. Didik Heru Purnomo yang mewakili Indonesia manakala Malaysia diwakili Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab.
 
Terbaru, sebuah kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet telah diletupkan pihak berkuasa Polda Sumut menggunakan dinamit selepas mendapat kebenaran mahkamah.

PKR mahu Hadi hadir mesyuarat PR Ahad ini

Posted: 05 Feb 2015 11:56 PM PST


Rafizi Rafizi
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi perlu hadir mesyuarat Pimpinan PR Ahad ini, demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Hadi dilihat perlu kerana ia mesyuarat yang diatur dan semua pemimpin parti komponen PR sudah dipanggil.

"Beliau dipanggil untuk hadir. Kita berharap beliau akan hadir.

"Tapi, segala keputusan terletak pada Abdul Hadi dan sebagai rakan dalam parti, PKR hanya mahu lihat semua pemimpin hadir untuk mencapai keputusan yang bakal dibincangkan," katanya kepada media di Pejabat Agung Pas, sebentar tadi.

Ramli Sarip lebih prihatin daripada legenda tanah air?

Posted: 05 Feb 2015 11:42 PM PST




 Oleh RAYUSA 


AYAT 44, surah Hud yang bermaksud, "Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit hentikanlah curahan airmu" sering bermain di minda Dato' Ramli Sarip di sepanjang perjalanan ke Kuala Krai, Kelantan.

Setibanya di Kampung Era dan melihat keadaan kampung yang teruk dilanda banjir, Ramli teringat ketika beliau melawat Melauboh, Aceh lebih 10 tahun lalu ketika Aceh dilanda tsunami dalam misi membantu mangsa tragedi itu bersama Mercy Relief, Singapura.

Dalam kunjungan ke Kuala Krai, Ramli bersama rombongan Kumpulan AmBank untuk misi bantuan mangsa banjir. Beliau mengiringi pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menghulurkan bantuan kepada penduduk dua kampung di Kuala Krai bersama pegawai dan sukarelawan AmBank.

Semasa di sana Ramli mendapat ilham mengadakan sebuah konsert untuk mengutip dana pembangunan pasca banjir.

Justeru, lahirlah Konsert Doa Langit dan Bumi dengan semua Ramli Sarip lebih prihatin daripada legenda tanah air? hasil penjualan tiketnya akan mengisi tabung pembangunan pasca banjir di bawah kelolaan Kumpulan AmBank.

Perbincangan dengan Azman dan ketua pegawai eksekutif PWTC, Dato' Maxson Abdullah amat memberi semangat kepada Ramli kerana kedua-dua individu tersebut terus menyatakan persetujuan untuk membantu tanpa ragu-ragu.

Kumpulan AmBank akan menaja kos produksi, pemasaran dan promosi, sementara PWTC membiayai kos tempat acara, serta makan minum artis dan pasukan produksi konsert tersebut.

Beberapa syarikat bumiputera turut membantu seperti Marhaen Productions Sdn Bhd yang menyumbang pembikinan kemeja-T khas untuk konsert, Paravue Sdn Bhd, Warisan Sound, Mewah Event, dan Gua Orang Lama.

Konsert Doa Langit dan Bumi akan berlangsung pada jam 2.30 petang, 22 Februari depan di Dewan Merdeka, PWTC. Selain Ramli sebagai artis utama, Dato' M Nasir, Dato' Hattan, Awie dan Ella akan turut membuat persembahan.

Harga tiket bagi konsert anjuran bersama Kumpulan AmBank, Rasamusic Sdn Bhd dan PWTC itu ialah RM153 dan telah mula dijual. Persembahan selama dua jam setengah itu juga akan disiarkan secara langsung oleh NTV7.

Antara pemuzik tanah air yang akan mengiringi persembahan konsert berkenaan termasuklah Man Kidal (gitar I), Aji Samin (gitar II), Tom Anuar (dram), Fauzie Zain (bass), Rozario Rasul (keyboard I), Uda (keyboard II/biola/akordian), Paang (perkusi I), dan Boy Razli (seruling/gambus).

Pada 20 Januari lalu telah diadakan sidang media Konsert Doa Langit dan Bumi di Tanjung Lounge, PWTC. Selain Ramli, Nasir dan Hattan, serta Maxson, turut hadir ialah timbalan kanan presiden/ketua kumpulan pemasaran & komunikasi korporat Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali, serta beberapa pemuzik pengiring.

Awie dan Ella tidak dapat hadir. Menurut Ramli yang juga pengarah Rasamusic Sdn Bhd, beliau gembira dapat bergabung dengan penyanyi legenda Malaysia yang langsung tidak bertanya soal bayaran.

Mengenai persoalan jika ada artis lain yang mahu ikut serta, Ramli menjelaskan mereka amat dialu-alukan untuk membeli tiket dan menonton.

Katanya, kurang sesuai terlalu ramai artis membuat persembahan kerana itu akan mencelarukan konsep.

Jelas Ramli, Konsert Doa Langit dan Bumi tidak bernada sedih walaupun mengenang mangsa banjir, sebaliknya serius dan menaikkan semangat dengan nyanyian lagu-lagu mengenai kehidupan dan ketuhanan. Sementelah beliau, Nasir dan Hattan sinonim dengan lagu-lagu sedemikian.

Memang lagu-lagu kemanusiaan bersesuaian dengan konsert tersebut.

Bagaimanapun, tambah Ramli, untuk memenuhi selera penonton dan menarik minat, beberapa lagu popular mereka akan turut didendangkan.

Walaupun corak persembahan masih belum pasti, Ramli memberitahu beliau akan menyanyi lebih banyak lagu berbanding penyanyi undangan.

Setiap penyanyi undangan dirancang menyanyikan tiga lagu masing-masing dan berduet sebuah lagu dengan Ramli.

Nasir memberitahu beliau terus bersetuju ketika dihubungi oleh Ramli kerana konsert tersebut amat baik. Hattan yang memang merancang mengadakan konsert sendiri di Seremban juga tidak banyak soal.

Demikian juga dengan Awie dan Ella.

Menurut Ramli, konsert sedemikian akan diteruskan kerana ia bertujuan mengutip dana untuk pembangunan pasca banjir. Banjir juga sedang melanda Sabah dan Sarawak. Apabila tragedi itu berakhir, tentu akan ada pembangunan semula yang memerlukan dana.

Bagaimanapun, seperkara yang seperti tidak disedari ialah hakikat Ramli bukan penyanyi Malaysia. Beliau masih warganegara Singapura.

Ilhamnya amat baik. Namun, mengapa idea tersebut tidak datang daripada seniman atau artis Malaysia?

Adakah Ramli lebih prihatin dan berkemampuan daripada penyanyi negara kita? Hal ini agak memalukan.

KL Bandaraya Ke-9 Paling Banyak Dikunjungi Pelancong

Posted: 05 Feb 2015 11:39 PM PST

MSTAR ONLINE


Kuala Lumpur
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling megah di dunia dari segi ketibaan pelancong antarabangsa oleh Monitor International dalam ranking tahunan Top City Destinations 2013.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata laporan itu menyatakan 11.2 juta pelancong antarabangsa melawat Kuala Lumpur pada 2013 dan sekali gus mencerminkan kedudukan penting Kuala Lumpur dalam pelancongan global bagi urusan perniagaan dan liburan.

"Di bawah Pelan Induk Pelancongan Kuala Lumpur 2015-2025, satu daripada langkah utama yang perlu dilaksanakan ialah memasarkan Kuala Lumpur secara terjurus serta menyediakan untuk pendukung industri dan pelancong akses lebih baik kepada maklumat tentang bandar raya ini," katanya ketika melancarkan surat berita 'HELLO KL' E-Newsletter dan #IAMKL Online di sini Khamis.

Beliau berkata surat berita itu merupakan alat berguna dan berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang perkembangan terkini berkaitan pelancongan di Kuala Lumpur sebagai sumber yang amat bernilai bagi semua pihak bertanggungjawab dalam mempromosi bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai.

"Kami menjangka boleh mencapai 15 juta ketibaan pelancong tahun ini, 10.1 juta daripadanya pelancong luar negara, 4.9 juta pelancong tempatan.

"Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjenamakan dengan berkesan Kuala Lumpur sebagai destinasi dinamik bagi pelancong, kami perlu menggunakan media digital dan memanfatkan potensinya secara menyeluruh seperti 'Hello KL' E-newsletter dan kempen #IAMKL ini," katanya.

Ahmad Phesal mengalu-alukan sumbangan bahan oleh pendukung industri pelancongan kepada surat berita itu untuk tatapan kumpulan sasaran antarabangsa dan untuk membolehkan ejen perjalanan mewujudkan pakej pelancongan serta jadual perjalanan secara kreatif bagi menambah daya tarikan dan meningkatkan penampilan Kuala Lumpur dalam kalangan pelancong.

Objektif utama #IAMKL ialah mendekati khalayak antarabangsa secara cergas dan menghiburkan, sambil meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan bandar raya ini dalam kalangan pengembara untuk menarik minat mereka berkunjung ke sini, katanya.

Beliau berkata #IAMKL menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, di samping laman sesawang rasmi kempen itu, www.iamkl.com
Mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur dipelawa memuat naik 'selfies' yang berlatar belakangkan tempat terkenal di bandar raya ini dengan hashtag #IAMKL.

Hello KL E-newsletter akan diterbitkan dua kali sebulan.

Mereka yang ingin melanggan surat berita ini boleh berbuat demikian dengan mengirim emel kepada helloklenewsletter@gmail.com.

Boikot Air Mineral Lebih RM1 - PPIM

Posted: 05 Feb 2015 11:38 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tiga, kanan) dan Pengerusi Lembaga Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak (dua, kanan) ketika melancarkan kempen boikot air mineral pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis. -foto BERNAMA
 
 
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya orang ramai memboikot semua jenis air mineral 500 mililiter (ml) yang melebihi harga RM1.00.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata menerusi Jawatankuasa Consumer Research Boycott Centre, usaha boikot itu disaran bagi tempoh tiga bulan bermula Khamis dan kajian mengenainya akan dijalankan.

"Kita memilih air mineral sebagai permulaan kepada kajian kami memandangkan harganya yang tidak munasabah di pasaran terutama di premis makanan. Ada yang menjual sehingga RM3.50 berbanding kebiasaan RM1.00.

"Harga tersebut lebih mahal daripada harga minyak petrol terbaharu. Harga kos bagi 500ml air mineral lebih kurang RM0.50 dan selepas mengambil kira keuntungan sebanyak 70 peratus, ia sepatutnya dijual pada kadar tidak melebihi RM1.00 sahaja," katanya pada sidang media kempen boikot air mineral oleh Jawatankuasa Consumer Research Boycott Centre di sini, Khamis.

Nadzim juga berkata, masalah harga barang yang tidak turun bukan seratus peratus disebabkan oleh peniaga tetapi pengguna sendiri yang tidak mengambil peduli serta kurang sensitif akan harga barang di pasaran.

"Pengguna agak terleka dan tidak ambil tahu dengan harga air mineral yang  tidak munasabah. Hanya tahu menyalahkan harga minyak petrol naik sahaja tetapi benda kecil seperti air mineral tersebut tidak pula diambil kira.

"Pengguna harus mendidik diri supaya peka akan harga barang di pasaran dan mengambil bil setiap kali membayar sesuatu barang sama ada di kedai atau di restoran seterusnya membuat perbandingan harga," katanya.

Nadzim berkata jawatankuasa itu turut mencadangkan supaya pengguna menunjukkan hak dengan memilih barangan yang lebih murah tanpa perlu menunggu harga kawalan daripada kerajaan.

"Pengguna harus tunjukkan hak serta menentapkan harga permintaan. Kalau harga air mineral lebih daripada RM1.00, tak payahlah beli. Sebelum kerajaan meletakkan harga kawalan, kita sendiri boleh boikot jika harga barang tersebut tidak turun.

"Kita juga ada minta kerajaan mengadakan harga siling yang dimulakan dengan air mineral ini," katanya.

Bukan Islam Perlu Bubar Perkahwinan Sebelum Daftar Sebagai Mualaf Di NS

Posted: 05 Feb 2015 11:33 PM PST

MSTAR ONLINE


Mohamad Hasan.
Datuk Seri Mohamad Hasan
 
 
 
SEREMBAN: Seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, katanya mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.

Beliau berkata dua perkara tersebut adalah antara cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

"Cadangan peraturan baharu ini akan menjadikan enakmen tersebut lebih mantap, mengelakkan kontroversi dan paling penting sekali, Islam tidak akan terjerumus, dihina, dikeji dan dicerca hanya disebabkan oleh perbuatan seorang mualaf," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian taklimat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di sini, Khamis.

Mohamad, yang juga Pengerusi MAINS, berkata peraturan baharu terhadap mualaf di negeri itu bertujuan menjaga kesucian Islam dan mempertahankan agama itu daripada dikutuk dan dihina hanya kerana perbuatan bersifat individu.

Katanya pembubaran perkahwinan itu perlu dilakukan sekiranya pasangan mualaf berkenaan tidak mahu sama-sama memeluk Islam yang menjadikan institusi perkahwinan itu tidak lagi mempunyai sebarang makna.

"Mengikut hukum Islam mereka tidak boleh lagi hidup bersama. Mahu tidak mahu terpaksa bubar. Jika dia sudah masuk agama Islam baru hendak bubarkan, itu yang kadang-kadang timbul masalah.

"Lebih baik dia bubarkan sebelum didaftarkan sebagai mualaf. Langkah ini penting bagi mengelak perbuatan berebut jenazah apabila seorang mualaf meninggal dunia," katanya.

Awas kalau parkir 'macam celaka'

Posted: 05 Feb 2015 04:00 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.

Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.

Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.

Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.

Menurut pengendalinya, laman itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna kenderaan agar lebih berdisiplin.

Antara gambar yang dimuat naik termasuk gambar kereta yang parkir dengan senget atau tidak masuk dalam petak.

Turut menjadi sasaran utama adalah pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.

Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.

Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.

Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi "Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau", "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir".
 

Biaqpila

Posted: 06 Feb 2015 03:36 PM PST

Biaqpila


MINYAK MURAH, HARGA KONDOM MELAMBUNG

Posted: 05 Feb 2015 04:23 PM PST



Di Venezuela, pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan kondom, yang kini semakin sukar didapati dan harganya juga melambung sehingga US$755 (RM2,700) untuk tiga dozen.

Laporan Bloomberg menyebut, kejatuhan harga minyak turut menyebabkan kekurangan bekalan barangan keperluan utama, termasuk ayam, gula, ubat-ubatan dan keluaran asas lain.

Bekalan kondom mula berkurangan sejak akhir Disember lalu, menyebabkan pengguna juga kecewa dan malu kerana terpaksa beratur untuk mendapatkan alat kontraseptif berkenaan.

"Negara ini sangat kacau sekarang hingga kami terpaksa beratur untuk membuat hubungan seks," kata seorang eksekutif Jonatan Montilla seperti dipetik agensi berita niaga itu.

Sebanyak 95 peratus daripada hasil tukaran asing Venezuela, negara anggota pengeluar minyak utama dunia Opec, diperolehi daripada eksport minyak mentah.

Harga yang diperolehi Venezuela bagi eksport minyaknya turun 60 peratus sejak tujuh bulan lalu.

Sekiranya harga minyak tidak kembali pulih, negara itu berkemungkinan besar tidak akan mampu menanggung hutangnya.

Kadar jangkitan HIV dan kehamilan di kalangan remaja yang direkodkan di Venezuela setakat ini menunjukkan antara angka paling tinggi di kalangan negara Amerika Selatan.

"Tanpa kondom, kita tidak mampu berbuat apa-apa," kata Jhonatan Rodriguez, ketua pengarah NGO StopVIH.

"Kekurangan kondom akan mengancam semua program pencegahan yang kita usahakan di seluruh negara," katanya lagi.

Mk


Kerabu Bersuara ®

Posted: 06 Feb 2015 03:35 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Arahan Tegas Pihak Masjid

Posted: 06 Feb 2015 03:27 AM PST



Bagus juga dari segi satu sudut. Biar kita keras, mereka akan lebih dekat dengan islam.

DR Asri Tegur Najib

Posted: 05 Feb 2015 05:48 PM PST

Jangan sertai acara keagamaan

KANGAR - Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan dengan kehendak Islam.

Mufti Perlis yang baharu dilantik, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan acara keagamaan sebagai pemimpin nombor satu negara, yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama.

Menurutnya, sebagai Perdana Menteri, Najib bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain termasuk Cina dan India yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan. =

"Perdana Menteri boleh pergi untuk meraikan acara keagamaan kaum lain tetapi jangan sampai menyertai program yang diadakan sehingga dilihat menjadi sebahagian daripada mereka.

"Beliau boleh datang bersalaman dengan mereka dan kemudian terus naik pentas. Dalam ucapannya, boleh selit mengenai kepentingan menjaga keharmonian kaum dan agama untuk mengelakkan ketegangan atau pergaduhan akibat perbalahan agama," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Sehubungan itu, pegawai atau penasihat Perdana Menteri perlu memainkan peranan penting dengan bertegas kepada penganjur agar mematuhi kehendak agama kerana Najib adalah orang Islam.

"Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves bahawa Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.

"Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya," katanya.

Menurutnya, penasihat Perdana Menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.

"Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya.

Asri juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.

"Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.

"Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

ALHUSSEYN

Posted: 06 Feb 2015 03:24 PM PST

ALHUSSEYN


Haji Hadi kena buktikan Islam kamu.....

Posted: 06 Feb 2015 06:00 AM PST

Apahalnya pulak nih? Sombong bongkak tak tentu pasal. Ramai yang terkejut dengan kenyataan Hj Hadi petang tadi.

Dia kini mengulangi frasa yang pernah dia luahkan sebelum ini:



Sila baca laporannya di sini

Dulu Hj Hadi tidak macam ni...Dia cukup sopan santun dan berakhlak sebagai seorang ulama yang sangat disegani. Cer tengok status pada facebook lama beliau:


Timbalan Presiden Hj Mohamad Sabu dah siap awal-awal bagi peringatan kepada Hj Hadi supaya buktikan Islam yang ada padanya.

 Mohamad Sabu berkata, sebagai orang Islam, sudah pasti Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut kecuali sekiranya terdapat perkara tidak dapat dielakkan seperti jatuh sakit dan sebagainya.

 "Setakat ini kita difahamkan beliau akan bersama dalam mesyuarat PAS pada pagi (Ahad) dan mesyuarat PR pada petang. - baca  di sini

Ingat tu! Hj Hadi mung kena buktikan Islam kamu tu....dah janji nak datang, maka kenalah datang.....Jangan malukan parti Islam Semalaysia. Kalau bercadang tak mahu datang mesyuarat, berundurlah. Ada ramai pemimpin lain yang layak menggantikan tempat kamu! Jadilah nelayan sepenuh masa....

Belum jumpa dah bertelagah : FRU tolong bersedia!

Posted: 06 Feb 2015 03:30 AM PST

Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan akan dibentangkan pada mesyuarat PAS terlebih dulu sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). 

 Timbalan presidennya Mohamad Sabu mengesahkan perkara itu, susulan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu melihat enakmen itu dalam mesyuarat PR Ahad ini sebelum dibentang melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen. Sila baca lagi di sini

Tetapi apahalnya laporan berikut yg dalam versi Inggerisnya :

Kelantan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob had also reportedly said his government would not disclose anything or explain the bill to its Pakatan Rakyat allies. 

 Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob telah juga dilaporkan berkata kerajaan tidak akan mendedahkan apa-apa atau menjelaskan bil kepada sekutu Pakatan Rakyat itu. 

He said PKR and DAP would get to see the documents on the proposed amendments after they are approved in the Kelantan legislative assembly in March. 

 Beliau berkata, PKR dan DAP akan dapat melihat dokumen-dokumen mengenai pindaan yang dicadangkan selepas ia telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac.- lihat di sini

Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi secara sinis menulis:



*Pertemuan tersebut akan diadakan 8 Februari di Ibu Pejabat PAS, Kuala lumpur. 

Lim Kit Siang sekolahkan Hj Hadi - Fakta lwn Fitnah

Posted: 05 Feb 2015 11:50 PM PST

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semasa bercakap pada hadirin di forum 'Adakah pilihanraya PBT hakis hak Melayu', semalam berkata :

1) Suasana demografik kita, secara saintifiknya, mustahil bagi Melayu untuk kehilangan kuasa melalui pilihan raya PBT.

2) Melayu membentuk golongan majoriti di 90% daripada semua majlis bandaraya, perbandaran dan daerah di negara ini.

3) Daripada 150 PBT di negara ini, hanya tiga atau 2% dengan majoriti penduduknya orang Cina. 

4) Sekiranya pilihan raya PBT diadakan semula, selepas digantung 50 tahun lalu, dijangkakan ramai ahli majlis kerajaan tempatan akan terdiri daripada orang Melayu. 

5) Kira-kira 13 PBT mempunyai penduduk plural di mana tiada kumpulan etnik yang jelas membentuk majoriti.

6) Di tempat seperti Kelantan dan Terengganu, yang mempunyai 12 dan 7 PBT di negeri masing-masing, Melayu membentuk antara 92% ke 97% penduduknya.

"Saya masih ingat bahawa pada tahun 1970-an PAS Ahli Parlimen diri mereka dipanggil untuk pilihan raya majlis tempatan untuk dibawa balik, " kata Lim yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1969.


Pemimpin PAS Hanipa Maidin (kiri), yang juga pada forum itu berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain juga menyokong pilihan raya majlis tempatan.

 Hanipa turut mempersoalkan mengapa sesetengah orang tua-tua parti itu telah menentang pemilihan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada  rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat yang ditandatangani PAS sebelum pilihan raya umum ke-13.

 Katanya mengembalikan semula pilihanraya tempatan adalah penting untuk melaksanakan dasar teras PR iaitu "pengukuhan demokrasi  di peringkat tempatan" yang dinyatakan dalam rangka kerja tersebut.

 "Kedudukan saya adalah jelas. Jika kita menandatangani rangka kerja dasar yang sama, kami telah berjanji untuk menghormati janji itu. Ini adalah satu kontrak yang mengikat antara ketiga-tiga pihak. "

 Sepanjang beliau menjadi seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, parti itu tidak pernah membuat keputusan untuk menentang pilihan raya kerajaan tempatan.

"Oleh itu, saya juga keliru bagaimana beberapa pemimpin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menolak pilihanraya kerajaan tempatan," kata Hanipa.

 Pilihanraya kerajaan tempatan telah menjadi isu perkauman yang panas selepas Presiden PAS Hadi Awang berkata pada 23 Januari, Hadi telah pun berkata bahawa polarisasi etnik akan semakin buruk akibat pemilihan majlis tempatan, boleh mencetuskan satu lagi rusuhan kaum 13 Mei. 

 Hadi berkata daya usaha DAP untuk pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu kesilapan kerana ia hanya berfaedah kepada penduduk bandar, yang kebanyakannya bukan Melayu.sumber

Ismail Sabri cuba putar belit status asal facebooknya...

Posted: 05 Feb 2015 08:21 PM PST

Seorang jurucakap polis berkata, menteri berkenaan kini sibuk dengan jadual kerja yang ketat .



  Pada 2 Feb lalu, KPN negara melalui tweetnya (atas) akan memanggil Menteri tersebut untuk diambil kenyataannya.Polis kena tunggu tau! Menteri sedang sibuk berkempen supaya dia diraikan sebagai seorang wira negara !



 Menteri itu bukan sahaja mendapat sokongan PM, malah baboon dan dubuk 1Malaysia juga telah mengangkatnya sebagai hero!

 Menteri itu menafikan telah berbuat sesuatu yang salah dalam Facebooknya yang dimuat naik berhubung seruan kontraversinya yang menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina dan tidak akan meminta maaf.


  

 Status yg dimuat naik (atas nih) sudah dikeluarkan dari Facebooknya. Lim Kit Siang beranya, kalau kenyataannya itu tidak rasis saperti dakwaan orang ramai, kenapa Menteri padam posting tersebut? Sebaliknya dia telah muat naik yang berikut:


 Apasal Menteri ni nak menyalahkan peniaga-peniaga Cina sahaja? Bukankah Bisnes yang terbesar di Malayisa adalah PETRONAS yang " revenue " setahun adalah RM 400 billion.Harga minyak turun, tapi apasal harga gas masak mencanak naik?

 Siapa pegang jualan beras dan gula ? Melayu memiliki Mydin dan Kedai 1Malaysia. Sudahkah mereka turunkan harga komoditi mereka? 

Siapa pegang Tenaga, Proton, DRB, Sime Darby, CIMB, Maybank, Telekom ? Apa cerita, asyik kaut untung besarkan?

Bukankah orang Melayu yang menguasi jualan utilities dan kereta-kereta? Dah turunkan harga?

 Siapa yang memiliki kedai-kedai makan yang besar seperti Mc Donald, KFC , Pizza Hut , kedai-kedai mamak kopi 24 jam. Dah murahkah barang dagangan mereka semua nih? 

 Kuasa penetapan harga barang sebenarnya terletak pada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka mempunyai pengaruh bagi menurunkan harga barang.


Catatan : QSR Brands merupakan pengendali lebih 300 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 50 buah restoran di Singapura juga merupakan pemegang francais pemberi 700 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, India dan Kemboja, pemilik jenama Ayamas dan mengendalikan RasaMas Restoran dan Kedai Ayamas rangkaian kedai serbaneka.  Lihat di sini).

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 06 Feb 2015 01:22 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


JOKOWI SINDIR NAJIB

Posted: 06 Feb 2015 06:39 AM PST

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 06 Feb 2015 11:29 AM PST

"BERANI KERANA BENAR!"


Umat Islam memiliki kekuatan alat perisikan di dunia

Posted: 05 Feb 2015 05:00 PM PST

Oleh ABU AL-MA'ALI FAEQ AHMED 


SETIAP negara daripada negara negara di dunia, memiliki peralatan yang mampu mengumpul data dan maklumat, sama ada maklumat yang baik ataupun yang buruk, kesemua itu adalah bertujuan untuk kerja-kerja mempastikan keamanan negara.

Dan sesebuah negara sama ada dikira kuat ataupun lemah berdasarkan alat perisikan yang dimilikinya, peralatan yang lemah tidak mampu menghasilkan laporan yang baik, malah terdedah kepada kehancuran sesebuah negara.

Dan mungkin juga peralatan yang canggih bertujuan untuk melemahkan negara lain, seperti apa yang berlaku kepada peralatan perisikan Amerika yang dapat mengesan pelbagai maklumat tentang Iraq, Afghanistan, Kashmir, Bosnia dan lain-lain boleh disifatkan sebagai ancaman yang membahayakan ketika ini.

Tetapi bukanlah itu maksud penulis berhubung dengan peralatan perisikan canggih ataupun tidak canggih, apa yang dimaksudkan di sini ialah kepentingan sesebuah alat itu bagi menyingkap atau membongkar maklumat berhubung musuh Islam, khususnya puak Zionisme Yahudi.

Umum mengetahui bahawa maklumat perisikan membebankan belanjawan sesebuah negara dan kita dapati tidak ada satu alat perisikan yang mampu mendedahkan kegiatan jahat mereka (Yahudi) secara menyeluruh. Adapun segala peristiwa yang kita saksikan dengan mata dan telinga kita, berhubung operasi kejahatan mereka adalah satu petanda daripada Allah yang akan memenangkan dengan kemenangan yang hampir kepada pembela-pembela Islam.

Sebagai contoh, satu kejadian masa dulu peristiwa pengeboman hotel "Paradise" di bandar Mombasa pada 2002, Kenya yang dimiliki seorang warga Yahudi serta pelancaran peluru berpandu terhadap pesawat Yahudi, ini menandakan alat perisikan Zionis Yahudi dan sekutunya Amerika gagal mengesan dari siapa dan dari mana punca pelancaran peluru berpandu itu dilakukan.

Sehingga kini masih belum berjaya memastikan angkara siapa yang melakukan, tapi sebagai orang Islam, apa yang penting jika masih lagi terdapat hamba Allah di dunia Islam yang bangun di waktu malam untuk bersolat tahajjud menghadap Tuhan yang Maha Berkuasa mengharapkan dari-Nya membantu menggagalkan perancangan Yahudi, insya- Allah ia akan terkabul.

Sesungguhnya perancangan Yahudi dan sekutunya digagalkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dalam setiap tindakannya yang dapat disaksikan menerusi media massa arus perdana sesebuah negara.
Tetapi persoalannya di sini berdasarkan iman kita, kenapa kita memiliki kekuatan alat perisikan untuk membongkar kerjakerja Yahudi di seluruh dunia? Di negara manakah boleh didapati alat tersebut selain yang kita miliki?

Berapakah anggaran peratusnya pula laporan yang tidak tepat? Sejauh manakah kebenaran alat itu?
Semua persoalan di atas dan mungkin yang lain-lain juga, amat perlu dilontarkan oleh insan yang bernama Islam, tidak kira di mana mereka berada, iaitu persoalan berdasarkan peristiwa menyayat hati dan sebagainya yang disaksikan oleh kedua matanya.

Kecanggihan peralatan perisikan ciptaan manusia tidak mampu menjangkau lebih dari yang sedia ada di tangannya, ini dapat dilihat kegagalan peralatan tersebut untuk mengesan detik-detik peristiwa 11 September 2001.

Apa yang penulis ingin beritahu sidang pembaca sekelian, alat perisikan yang penulis maksudkan itu sebenarnya terdapat di dalam setiap rumah orang Islam di seluruh dunia, ia merupakan alat yang paling tepat, berkesan dan memiliki kebenaran 100%.

Tahukah saudara apakah kekuatan alat perisikan yang mampu menyingkap, mengesan dan membongkar perancangan jahat Yahudi dan sekutunya, tidak lain itulah "al-Quran al-Karim" yang ada di setiap rumah pencinta Islam.

Kemampuan al-Quran bukan sahaja menghimpun berita berhubung Yahudi, malah menceritakan dengan terperinci telatah, gelagat dan watak mereka, kerana ia adalah berita yang diberitahu oleh Tuhan yang Mencipta bangsa Yahudi itu.

Mari kita bersama menyingkap apa yang diketengahkan oleh al- Quran berhubung dengan bangsa Yahudi, kita sedia maklum, bahawa al-Quran bukan sekadar menceritakan asal-usul sesuatu bangsa seperti Bani Israil.
Malah menceritakan juga kegiatan jahat mereka dengan segala pembohongan dan kerjakerja jijik yang tidak dilakukan oleh bangsa lain selain mereka seperti membunuh mereka yang bukan dari kalangan mereka dan banyak lagi dibongkar oleh al-Quran.

Inilah yang dapat kita saksikan hari ini telatah Zionis/Yahudi dan Amerika kononnya menyerang negara-negara yang menyanggah dasarnya atas dasar hak asasi manusia.

Mereka gunakan segala wasilah bagi memastikan negara-negara yang menentang mereka berada dalam tertekan dan akhirnya tunduk dan menyerah diri dan bersedia dihukum dengan hukuman yang tidak diguna pakai oleh undang-undang antarabangsa.

Al-Quran sebenarnya telah mendedahkan pengkhianatan dan pembelotan mereka terhadap Nabi-nabi yang diutus kepada mereka.

Mereka cuba mengikis sejarah kejahatan dan pembohongan mereka, agar tidak dapat dikesan dan diketahui secara umum oleh generasi umat Islam akan datang yang sebenarnya tidak dapat ditutup kerana paparan al-Quran adalah satu kebenaran.

Yahudi adalah satu bangsa yang selalu melakukan pelbagai pengkhianatan, sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan mereka daripada kejahatan Fir'aun yang telah menyembelih anak-anak mereka dan mencabuli kehormatan isteri-isteri mereka, akan tetapi mereka membalas segala kebaikan yang Allah berikan pada mereka dengan penentangan dan kebiadaban.

Hal ini telah disebut oleh Allah menerusi ayat 47 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatku yang telah Aku anugerahkan kepada kamu dan ingatlah bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat."

Roslan SMS Corner

Posted: 06 Feb 2015 07:51 AM PST

Roslan SMS Corner


Pesanan terbuka buat Ayah Chik (6/2/15)

Posted: 05 Feb 2015 07:24 PM PST


Kehadadapan yang dihormati ayahanda Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang – Presiden PAS:

Ahad ini Tuan Guru akan mewakili Parti Islam Se Malaysia, PAS,  dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. Ia bukan kali pertama Tuan Guru selaku Presiden mewakili PAS, dan saya penuh yakin kali ini Tuan Guru seperti biasa akan menghadirinya dengan jiwa yang penuh istiqamah dan teguh terhadap dasar dan prinsip perjuangan parti selain mahu melihat kesepakatan politik melalui PR terus berlangsung dalam suasana harmoni.

Bukan senang mahu kekal dalam satu kesepakatan politik dalam keadaan masing-masing parti punya dasar dan matlamat yang berbeza, namun saya yakin Tuan Guru sedia tahu apa yang penting dan utama buat PAS dan dengan ilmu dan pengalaman pada Tuan Guru sudah pasti Tuan Guru akan menyatakan yang hak dan benar semoga pandangan itu dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh kawan-kawan dalam PR.

PAS kami tahu menyertai dan menghormati PR atas dasar tahaluf siyasi, perjuangan digarabkan bersama demi menumbangkan pakatan yang zalim yang diterajui BN. Walaubagaimanapun ianya kekal selagi mana tidak bertentangan dengan prinsip dan dasar Islam, kami yakin Tuan Guru sedia termaklum dan akan mempertahankan hal ini agar difahami oleh kawan-kawan.

Ahad ini difahamkan beberapa isu penting akan dibincangkan dan keyakinan seluruh ahli dan penyokong PAS diletakkan atas kepala bahu Tuan Guru.

Kami harap Tuan Guru meyakinkan kawan-kawan betapa pentingnya Undang-undang berkenaan Hudud diperkenalkan di Kelantan. Undang-undang ini telah diterima oleh rakyat Kelantan melalui kelulusan dalam DUN dan diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Rakyat Kelantan mahu melihat ia terlaksana kerana itu PAS diberi mandat di Kelantan sejak 25 tahun lalu.

Kiranya kawan-kawan boleh faham dan terima kita bersyukur, namun kiranya tidak, kami yakin Tuan Guru akan menyatakan bahawa PAS akan teruskan juga perjuangannnya secara bersendirian dalam hal ini sehinggalah Hukum Islam itu tertegak di bumi Kelantan sebagai contoh buat semua negeri-negeri lain.

Kami yakin Ahad nanti Tuan Guru juga akan menyatakan kepada kawan-kawan dalam PR agar tidak mencampuri urusan sesama parti dalam PR. PAS contohnya melihat Pasma sebagai satu jemaah dalam jemaah yang lebih merugikan perjuangannya. Kiranya kawan-kawan pula menyokong apalagi membiayanya, sudah tentulah ianya dilihat sebagai pendurhakaan terhadap persahabatan. Kawan tidak menikam kawan.

Begitu juga kami yakin Tuan Guru akan memaklumkan agar jangan ada mana pimpinan yang mengkritik dan memperlekeh sesama kerajaan negeri yang dikuasai PR. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang contohnya mengkritik dan memperlekeh cara kerajaan negeri Kelantan menguruskan bencana banjir baru-baru ini sangat dikesali dan ianya mestilah dihentikan dan jangan lagi diulangi demi menghormati persahabatan.

Dalam pada itu hal berkenaan Pilihanraya PBT pun kami yakin akan Tuan Guru nyatakan "concern" PAS berkenaannya. Pandangan PAS perlu didengar dan hormati, jika sekiranya kawan-kawan boleh terbit dengan formula dimana tidak akan berlaku perbalahan kaum ekorannya, dimana semua kaum diwakili, kami yakin Tuan Guru akan bersikap terbuka. Namun kiranya Pilihanraya ini mengulangi pengalaman yang lama, sudah pasti PAS melalui Tuan Guru akan menentangnya.

Saya yakin ketokohan Tuan Guru akan menyerlah Ahad ini, dan isi serta suara hati PAS akan diluahkan oleh Tuan Guru. PAS mahu kekal dalam PR namun dalam waktu yang sama janganlah ada pihak yang memusuhi PAS atau menyerang PAS dan dasar perjuangannya dari dalam.

PAS kekal dalam PR demi menghormati Tahaluf Siyasi. Kiranya ia tidak lagi relevan maka demi Islam PAS terpaksa mengundur diri.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan dan kecekalan kepada Tuan Guru untuk mewakili PAS, sebuah Gerakan Islam yang istiqamah berkecimpung dan terlibat dalam politik Negara demi memartabatkan Islam sejak sebelum Merdeka lagi sehingga ke hari ini.

Siru Ala Barakatillah

 

.

Posted: 06 Feb 2015 03:38 AM PST

.


Keikhlasan Asri tegur Najib perlu diikuti

Posted: 05 Feb 2015 07:20 PM PST

SERUAN JUMAAT                                                                                           

Mungkin Najib jahil mengenai implikasi kalung bunga itu.
Sesetengah pemuka agama Islam di negara ini mudah bingkas dan bangkit mempersoalkan praktikal liberalimse dalam beragama berbanding liberalisme dalam budaya (berpakian) yang menjolok mata atau pun bertentangan dengan ada budaya orang Melayu negara ini.

Misalnya pemuka agama mengecam amalan pemikiran liberalisme agama dengan melemparkan tuduhan pengamalnya sebagai khianat atau pun cuba memesongkan akidah umat Islam. Lebih dahsyat lagi diseru orang ramai agar menjauhi mereka yang cuba membawa fahaman liberalisme agama.

Tetapi mengenai berpakian yang menjolok mata dan melanggari tatasusila agama tidak pula mereka dibangkit dan prihatin. Misalnya apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Najib Razak yang memakai baju Hindu dan dikalungkan bunga sebagai meraikan kehadiran beliau ke perayaan Thaipusam dua tiga hari lepas tidak menjadi masalah. Para pemuka agama seolah buta mata dan tidak terkesan kejadian itu.

Nasib baiklah perkara menjolok mata berlaku ke atas perdana menteri itu terlihat oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang dilantik kali kedua sebagai Mufti Perlis. Beliau menegur apa yang berlaku kepada Najib itu dengan meminta para penasihat Najib tahu dan menjaga batas mana yang boleh dan batas mana yang ditegah agama demi memelihara kesuciaan agama Islam dan juga menjaga maruah Najib dalam beragama.

Dr Mohd Asri merujuk kepada pemakaian kalung bunga di leher Najib serta pengenaan baju Hindu semasa hadir perayaan Thaipusam di mana perbuatan itu boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Nasihat Dr Mohd Asri itu ikhlas dan tidak nampak ada motif busuk.

Sepatutnya para pemuka agama berani menegur perbuatan menjolok mata seperti berlaku kepada Najib itu dan bukannya menyerang perbuatan sesetengah pihak sahaja. Dalam agama tidak ada batas atau pun pengecualian kepada perdana menteri maupun raja daripada melakukan pekerjaan menjolok mata. Kedudukan dan pangkat tidak boleh memaksumkan mereka.

Bahkan Najib sebagai perdana menteri beragama Islam seharusnya lebih susila menjaga adat-adat agama dan budaya kerana beliau menjadi ikutan. Jangan kerana hendak mengambil dan menjaga hati bimbang takut kehilangan kuasa dalam pilihan raya (politik) maka tatasusila agama dan budaya digadaikan begitu murah sekali. Cara dan kesediaan Najib menghulurkan lehernya itu menjelaskan beliau mengorbankan kedudukannya demi politik.

Sebagai seorang penganut Islam Najib harus utuh menjaga adat-adat dan batas beragama serta tidak melakukan perkara yang mensubahatkan beliau dengan sesutau perkara yang boleh membawanya ke jalan kufur dan boleh mengelirukan masyarakat.

Tahniah kepada Dr Mohd Asri yang berani dan ikhlas membuat teguran dan sikap itulah yang patut ada juga kepada semua Mufti dan alim ulama lain. Apa dilakukan Asri adalah pelaksanaan tanggungjaab dan amanah.

Biarlah hendak perlantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti itu membawa perubahan (pembangunan) moral dan spritual Islam bukan sahaja di Perlis tetapi ke seluruh negara. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau itu. [wm.kl.11:07 am 06/02/15]

Kelab Greenboc

Posted: 06 Feb 2015 01:10 AM PST

Kelab Greenboc


Susulan Kes Nur Syuhada: Pelajar Perempuan Dinasihat Keluar Dalam Kumpulan

Posted: 06 Feb 2015 01:04 AM PST


Ketua Jabatan Usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, ibu bapa juga hendaklah lebih prihatin dan berwaspada dengan sentiasa mengingatkan anak-anak gadis tentang kejadian yang tidak diingini.

Beliau mengulas keganasan yang dilakukan ke atas pelajar IPT, Nursyuhada Johari, 20, yang meninggal dunia selepas dikelar di leher oleh seorang lelaki dikenalinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Isnin lalu.

Pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah dan perlu sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama rakan atau saudara terdekat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kaedah keluar berteman dan berkumpulan sangat baik diamalkan oleh anak gadis bagi mengelakkan unsur-unsur keganasan berlaku.

"Anak gadis juga dinasihatkan mengamalkan peraturan Islam ketika keluar rumah seperti meminta izin dengan ibu bapa dan mengamalkan doa perlindungan ketika keluar,"
katanya yang mengutuk serangan kejam ke atas Allahyarham.

Selain itu, beliau berkata, anak lelaki juga perlu dididik dari kecil untuk menghormati dan melindungi kaum wanita daripada sebarang keganasan dan penderaan.

"Keganasan bukan amalan dan budaya orang Islam. Suasana yang seumpama ini boleh menimbulkan kegelisahan ibu bapa terutamanya mereka yang mempunyai anak gadis.

"Masyarakat perlu lebih prihatin dan peka terhadap kes keganasan seumpama ini.

"Tidak mustahil kes seumpama ini berulang sekiranya tiada usaha pencegahan daripada semua pihak,"
katanya.


Ibu Nur Syuhada minta UiTM tingkat keselamatan


JITRA - Keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki di Perak Isnin lalu, meminta agar kawalan keselamatan di kampus itu ditingkatkan supaya tragedi yang menimpa anak mereka tidak berulang.

Ibu kepada Nur Syuhada Johari, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, tragedi yang menimpa anak perempuannya itu patut dijadikan iktibar oleh pihak keselamatan universiti tersebut supaya tidak mudah membenarkan orang luar memasuki kawasan kampus.

"Sebelum ini anak saya (Nur Syuhada) ada beritahu senang nak masuk kampus, hanya perlu lambai tangan pada pengawal keselamatan sahaja dah boleh masuk.

"Saya amat berharap, kawalan keselamatan di sana ditingkatkan selepas kejadian ini berlaku kerana saya sayangkan pelajar-pelajar di sana, saya tidak mahu kejadian sama berulang," katanya, semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya terkilan dan kecewa apabila membaca kenyataan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, yang dilaporkan Nur Syuhada mengikut suspek itu secara sukarela.

"Saya masih simpan mesej diterima daripada rakan anak saya yang memberitahu lelaki terbabit mengacukan pisau kepada anak saya.

"Macam mana, UiTM tahu anak saya ikut lelaki itu secara sukarela. Kami kecewa dengan kenyataan ini," katanya.

Sementara itu, bapa Nur Syuhada, Johari Hashim, 55, berkata, dia berharap pembunuh anaknya dikenakan hukuman setimpal.

Isnin lalu, Nursyuhada yang juga penuntut jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti tersebut maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun, dipercayai bekerja sebagai tukang masak di Melaka ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
-SH




[BERGAMBAR] Parkir Kereta "Macam Celaka" Akan Masuk Facebook Khas

Posted: 05 Feb 2015 07:31 PM PST


Awas kalau parkir 'macam celaka'

Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.

Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.

Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.

Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.

Menurut pengendalinya, laman itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna kenderaan agar lebih berdisiplin.

Antara gambar yang dimuat naik termasuk gambar kereta yang parkir dengan senget atau tidak masuk dalam petak.

Turut menjadi sasaran utama adalah pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.

Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.

Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.

Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi "Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau", "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir".

ZAKRI ALI

Posted: 05 Feb 2015 11:35 PM PST

ZAKRI ALI


Selangor tentukan pilihan raya PBT Ahad ini, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 05 Feb 2015 11:30 PM PST

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata negeri akan membuat keputusan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Ahad ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata negeri akan membuat keputusan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Ahad ini.

Selangor akan membuat pendirian sama ada mahu meneruskan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau tidak selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, pihaknya mahu menunggu majlis itu berbincang terlebih dahulu sebelum mencapai keputusan muktamad.

"Ahad ini ada satu mesyuarat. Perkara ini akan dibincangkan," katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Pembersihan Daerah Petaling di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Ditanya cadangan ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mahu projek perintis pilihan raya PBT diadakan di Petaling Jaya, Azmin berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri pernah berbincang tetapi perlu juga mendapat pandangan daripada PBT mengenai polisi yang akan diguna pakai mengikut kesesuaian.

"Kita belum ada keputusan muktamad. Perkara ini akan dibawa kepada Majlis Pimpinan PR," katanya.

Selasa lalu, Ong, wakil rakyat Serdang, mencadangkan Petaling Jaya dipilih sebagai kawasan pertama proses pemilihan ahli majlis menerusi pilihan raya.

"Ini bukan isu DAP bertegas untuk melaksanakan atau tidak, tetapi ia adalah isu perundangan dan Pulau Pinang sudah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan tetapi ditolak.

"Di Selangor, berkemungkinan percubaan pilihan raya PBT akan diadakan di Petaling Jaya tetapi belum ditentukan. Kami harap ia boleh dicuba," katanya.

Pilihan Raya PBT merupakan antara manifesto PR Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dua tahun lalu yang dibentangkan menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Isu itu menjadi pertikaian apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan kebimbangan ia akan menimbulkan semula ketegangan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, turut menepis desas-desus beliau akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada ketua umum PKR itu.

"Dia tidak akan masuk penjara. Dia akan dibebaskan," katanya yakin


The Malaysian Insider

Bukan Islam bubar kahwin dulu, baru daftar mualaf

Posted: 05 Feb 2015 10:45 PM PST

 
Seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  
Selain itu, katanya mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.
  
Beliau berkata dua perkara tersebut adalah antara cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
  
"Cadangan peraturan baharu ini akan menjadikan enakmen tersebut lebih mantap, mengelakkan kontroversi dan paling penting sekali, Islam tidak akan terjerumus, dihina, dikeji dan dicerca hanya disebabkan oleh perbuatan seorang mualaf," katanya.
  
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian taklimat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Seremban, hari ini.

Mohamad, yang juga Pengerusi MAINS, berkata peraturan baharu terhadap mualaf di negeri itu bertujuan menjaga kesucian Islam dan mempertahankan agama itu daripada dikutuk dan dihina hanya kerana perbuatan bersifat individu.
  
Katanya pembubaran perkahwinan itu perlu dilakukan sekiranya pasangan mualaf berkenaan tidak mahu sama-sama memeluk Islam yang menjadikan institusi perkahwinan itu tidak lagi mempunyai sebarang makna.
  
"Mengikut hukum Islam mereka tidak boleh lagi hidup bersama. Mahu tidak mahu terpaksa bubar. Jika dia sudah masuk agama Islam baru hendak bubarkan, itu yang kadang-kadang timbul masalah.
  
"Lebih baik dia bubarkan sebelum didaftarkan sebagai mualaf. Langkah ini penting bagi mengelak perbuatan berebut jenazah apabila seorang mualaf meninggal dunia," katanya.
  
Beliau berkata peraturan baharu itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan ia tidak perlu dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya memerlukan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  
-Bernama

'Tiada mesyuarat tanpa Hadi'

Posted: 05 Feb 2015 10:00 PM PST

 
 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sudahpun bersedia untuk menyertai mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada hari Ahad ini di Kuala Lumpur.

Beliau bertegas bahawa perbincangan pada mesyuarat itu akan berdasarkan "fakta dan bukan fitnah".

Ditanya mengenai perkara itu, Lim berkata mesyuarat tersebut sepatutnya sudah lama diadakan, dan menegaskan bahawa kesemua pemimpin utama DAP, PAS dan PKR perlu hadir.

DAP menerima jaminan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri mesyuarat tersebut, kata Lim kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Kami diberi jaminan bahawa hadi akan hadir, jika tidak mesyuarat tidak akan diteruskan.

"Keputusan ini dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat, bukan saya. Kami tidak bertindak keseorangan kerana ia keputusan secara kolektif dan semua pemimpin mesti hadir.

"Kemudian barulah kita boleh anggap pertemuan itu mesyuarat majlis pimpinan Pakatan," katanya lagi.

Lim berkata beliau akan hadir ke mesyuarat itu bagi mewakili DAP, manakala ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili parti berkenaan.

"Ada orang enggan memahami bahawa setiausaha agung DAP merupakan ketua parti. Ada yang faham, ada yang tidak faham," katanya.

Ditanya mengenai agenda dalam mesyuarat tersebut, Lim berkata beliau tidak mahu menimbulkan spekulasi.

Beliau enggan mengulas dakwaan bahawa konflik di antara parti beliau dan PAS akan diselesaikan dalam mesyuarat tersebut.

"Ia bergantung sama ada ia akan dapat diselesaikan," katanya.

Antara isu yang dikaitkan dengan keretakan dalam Pakatan itu adalah pendirian PAS dan DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan juga pilihan raya kerajaan tempatan.



Malaysiakini

SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak

Posted: 05 Feb 2015 09:15 PM PST



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 64 bantahan berhubung syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak.
  
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR akan meneliti setiap representasi bantahan sama ada ia memenuhi syarat bagi sesi siasatan tempatan diadakan atau sebaliknya.
  
"Sekiranya siasatan tempatan akan diadakan, tarikh dan masa sesi siasatan tempatan akan dimaklumkan melalui surat yang akan dikeluarkan oleh SPR kepada pihak-pihak terlibat," katanya.
  
Menurutnya, bantahan yang diterima sepanjang tempoh sebulan pameran yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2005 iaitu sebanyak 26 bantahan.
  
Berdasarkan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, siasatan tempatan akan diadakan oleh SPR bagi mendengar representasi bantahan syor yang diterima daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahaian pilihan raya berkenaan.
  
-Bernama

Ismail sibuk, polis belum ambil keterangan

Posted: 05 Feb 2015 08:30 PM PST

 
 
Polis masih belum merekodkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri berhububg kenyataan kontroversi oleh menteri pertanian dan industri asas tani itu di Facebook.

Seorang jurucakap polis berkata, menteri berkenaan kini sibuk dengan jadual kerja yang ketat.

Bagaimanapun, pasukan tersebut akan merekodkan kenyataan menteri berkenaan secepat mungkin, katanya.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis sepatutnya merekodkan kenyataan menteri itu semalam.

Bagaimanapun, ia mungkin dijadualkan semula kerana menteri itu perlu menghadiri mesyuarat kabinet.

Ismail disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam.

Ia ekoran kenyataan Ismail di Facebook yang menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang.



Malaysiakini

VIDEO - ‘PAS tiada pilihan, perlu berdiri tegak bersama Anwar’

Posted: 05 Feb 2015 07:55 PM PST




Father, teen daughter killed in Sabah horror accident by muguntan vanar

Posted: 05 Feb 2015 07:30 PM PST


KOTA KINABALU: A 58-year-old man from Johor and his teenage daughter were killed when the vehicle they were travelling in collided head-on with a lorry tanker in Sabah's east coast Kinabatangan district.

The driver of the Toyota Prado four-wheel drive vehicle Lim Get Liong and his 19-year-old daughter Lim Ser Yun were killed on the spot after their vehicle crashed into the oncoming Shell lorry tanker at KM103 Sandakan-Lahad Datu on Wednesday.

The 43-year-old lorry driver from Sandakan suffered chest injuries and was admitted to the Kinabatangan hospital, according to the police on Thursday.

Lim was on his way from Sandakan towards Lahad Datu when the accident occurred at 5.10pm.

Investigations are under way and the bodies have been sent to the hospital for a post-mortem.

THE STAR ONLINE

VIDEO - Kemelut PR: Tidak Boleh Dipandang Remeh - Anwar

Posted: 05 Feb 2015 07:00 PM PST


Ismail Sabri Pasti Tidak Sanggup Dengar Berita Ini

Posted: 05 Feb 2015 06:15 PM PST

 
Exco muda Pulau Pinang Afif Bahardin kini turut serta memperlekeh menteri pusat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyarankan orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Afif hari ini menghamburkan gelaran "dangkal dan bodoh" kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu."Tiada sesiapa memaksa seseorang membeli barang daripada kedai yang mahal atau murah."Orang ramai lakukannya atas kehendak sendiri," kata Afif.

Bercakap dalam sidang media di Seberang Jaya semalam, beliau berkata Ismail Sabri gagal memahami perkara yang harus ditangani.

Perkara itu, katanya, menggambarkan kurangnya kawalan kerajaan terhadap harga barang asas seperti beras dan gula.

Beliau membangkitkan kenapa menteri itu membangkitkan isu berkaitan harga di kedai makan mahal ketika ada kebimbangan golongan bawahan terjejas dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

"Mana dia cadangan menteri untuk tangani kebimbangan oleh kumpulan masyarakat ini?" soal exco kesihatan dan pembangunan luar bandar itu.
 
 
Addin

Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat - By canang

Posted: 05 Feb 2015 05:45 PM PST

 
Semoga dengan itu, kita lebih khusyuk dalam ibadah kita dan menambah kekuatan iman kita, insyaa Allah. 

Mari kita fahamkan betul-betul maksud atau makna bacaan dalam solat.

Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat

1) Takbiratul-Ihram / Takbir:


ALLAHU AKBAR - Allah Maha Besar.


2) Doa Iftitah:


Doa Iftitah dalam rumi

Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.


Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.

 
Maksudnya:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 


Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



3) Al-Fatihah:

Al-Fatihah dalam rumi:

Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
 
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
 
Yang menguasai hari pembalasan. 
 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan solat dalam rumi


4) Bacaan ketika rukuk:


SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. (3 KALI)
Maksudnya:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5) Bacaan ketika bangun dari rukuk:


SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH. 
 
Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6) Bacaan ketika iktidal:


(RABBANA LAKAL HAMDU.)
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

7) Bacaan ketika sujud:


SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. (3 KALI)
Maksudnya:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:


RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.
 
Maksudnya:
 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9) Bacaan ketika Tahiyat Awal:


Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi:
 
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu'alaina wa'alaa 'ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli 'alaa Saidina Muhammad wa 'ala aalihi Saidina Muhammad"
 
Maksudnya:
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir:


Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi:
 
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu'alaina wa'alaa 'ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli 'alaa Saidina Muhammad wa 'ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita 'ala saidina Ibrahiim wa 'ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta 'ala saidina Ibrahiim wa 'ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid."
 
Maksudnya:
 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11) Doa Qunut:


Bacaan Doa Qunut dalam Rumi:
Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.
 
Maksudnya:

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat untuk semua. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia!

#sumber Ustaz Zainal Abidin

Ada "DURI DALAM DAGING" Rupanya......

Posted: 05 Feb 2015 05:15 PM PST

Hebat AJK PAS seorang nie.. siap jadi Pensyarah Universiti lagi.. Kjaan BN relax aja tak ambil tindakan...


Jadi Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS dan dalam waktu yang sama menjadi Pensyarah di Universiti Malaya....

Hebat tak beliau.. bukan apa kami sekadar nak memberikan persoalan... jika dahulu barang sesiapa yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan BN pakai umuq tak panjanglah jawatan tersebut.... nak kena transfer atau nak kena pecat....tunggulah salah satu akan menyusul....

Tetapi mamat seorang ini beliau begitu relax dan sempoi sahaja menjadi Pensyarah Universiti Malaya.... dan dalam waktu yang sama menjadi Pengarah Operasi Penyelidikan PAS.... hebat sungguh PAS sekarang nie....

Antara kehebatan beliau ialah menembak sesama sendiri bagi cempera dalam PAS & PR... ini antara keratan di fb beliau.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRiSMHLcyCU7esOPlkrrKYTW7S6EQ49bN6fCtnVk_C2YP-ckQ0dnAY1B1PBiLD6PImCH0MLaVLKBu1VdlOiG7MAthr7MijqvzUHc1KBTbHOqdv2qIRqO_JVUuVpodeHajsrWSXf5z3Wbii/s1600/PAS+MASUK+UMNO4_n.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqI1nSytmYhClwHuqr4X8sioP_pYGzrcIB72dFQQe7sN4vzxqCZ1mDqA2CKMJBSTrQv1lglDetFwzpt5SvXZJv5b-wSG6O8IM198K4T3cWtj1mbpzy0yhi_Kh_94pfjdueDm2VDGcjMpHH/s1600/2014-07-28+00.50.48.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4vR1-6hb5rSxSmL0EFu41iTLboOwaRueIdenZ8eKrrhTUbc6_0uc_bWrT8896Gyw-MBub_q1w5RX5y2NNwLJXsyjdCZNRtC_QutYnUf3zgwriVwj0d9cEtwGI4DipxR1eJ0-kf0tPDPCK/s1600/2014-07-28+00.51.16.png 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN5WbJGZAVKIPw-uD4PAVL2Ts-EXcMVCTUj_QUd6KkYXgVvmWu6StBveiJokcJwoQcumaFURomW7TX2D88PXonRWbEQinozxIlyaIxeZb6ZCVZYzmpywYm5kSIHXGxvt0taq240vg7lieO/s1600/zuhdi.jpg
https://farm6.staticflickr.com/5566/14768718680_09645d28fd_o.jpg 

p/s : hebat sungguh pimpinan PAS sekarang ini.... jadi PENSYARAH UNIBERSITI MALAYA tuuu...

M.A. ShahPenganalisis Politik Semasa

Apa? Kita bakal beli seliter minyak RM1 ?

Posted: 05 Feb 2015 04:45 PM PST

Dato' Dr Nazri Khan,Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, seorang yang cukup terkenal kerana acapkali kali dipanggil untuk memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana.

Kali ini Dato' Dr Nazri Khan menulis di facebooknya untuk berkongsi apa yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini.

Antaranya ialah : 2015 akan menyaksikan permulaan penggabungan bank mega di Malaysia. Menjangka Bank Malaysia yang terbesar untuk dilahirkan dengan lebih daripada RM100 bilion modal pasaran tahun depan

2015 akan menyaksikan Malaysia akhirnya melaksanakan Cukai Perkhidmatan yang baik pada kadar 6% (terendah di ASEAN) selepas perancangan yang panjang sejak tahun 1992,

Perdana Menteri Mahathir dan Anwar Ibrahim, era Menteri Kewangan.

Malaysia adalah yang ketiga negara ASEAN lepas untuk melaksanakan GST.

2015 isu-isu ekonomi yang akan paling hangat kejatuhan ringgit, kejatuhan harga minyak, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah meningkat, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru Rancangan Ekonomi Malaysia ke-11. 2015 isu-isu politik yang akan menjadi paling hangat 1MDB Berhad,

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim, Akta hasutan, Hudud Row, Kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Baru Politik UMNO.

Mengharapkan untuk melihat kebangkitan suhu politik Malaysia kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu.

2015 akan melihat minyak malah lebih murah daripada air. Dalam tempoh lima bulan, harga minyak telah jatuh dari USD 110 kepada USD55 setong.

Sekarang kos RM1 untuk membeli seliter minyak, bandingkan untuk air yang RM2 seliter.

Ironinya, RON 95 dan Milo Tarik tidak jatuh sebanyak.

Al-Husseyn.

Ribuan Orang Yang Kononnya NGO-NGO Berhimpun Menyokong ULAMA Datuk Ustaz Kazim Elias ??

Posted: 05 Feb 2015 04:00 PM PST







Ribuan kalau perkiraan bekas Menteri UMNO. Dalam kepala puak-puak songkok hitam nih hanya Datuk Kazim sahajalah ulama, hanya dia sajalah Ustaz yang mereka boleh terima pakai bila berceramah. 

Lain-lain yang telah diiktiraf ulama seperti Tuan Guru Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Din dicaci, dihina tidak pula hangpa pertahan. Pemimpin UMNO kata parti pimpinan Tuan Guru di atas adalah parti sesat.

Kononnya bersatu teguh mempertahankan ulama. Ulama dunia hangpa pertahanlah, ulama sebenar yang sepatutnya kita dok berdamping hangpa tinggal, hangpa hina dan caci.

Hangpa dok pertahan apa, dah memang dia dok mengata orang Cina dalam ceramah dia. Susah sangat nak terima hakikat, benda dah lepas dah pun hangpa sendiri yang dok panjang-panjangkan cerita sampai berhimpun bagai, selepas ini geng ayahanda pula dengar-dengar cerita nak berhimpun untuk Datuk Kazim.
 
 
 tikaq buloh 

Siapa sebenarnya perdana menteri? KOMENTAR OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Posted: 05 Feb 2015 08:00 AM PST

 

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini.

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berhubung tindakan perkauman seorang menteri Kabinet menimbulkan persoalan tentang siapakah yang sebenarnya memimpin Malaysia pada hari ini.

Perdana menteri yang sebelum ini memperkenalkan konsep 1Malaysia mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob walaupun menggugat keharmonian Malaysia dengan menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.

Sementara Dr Mahathir yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan pentadbiran negara menegur menteri pertanian dan asas tani itu agar mencari punca sebenar dan tidak menyalahkan kaum tertentu berhubung kenaikan harga barang.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," kata Dr Mahathir merujuk kepada gesaan Ismail agar kaum Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.

"Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina."

Tindakan Najib mempertahankan ahli politik dari Pahang itu mungkin disebabkan 92 ketua Umno bahagian yang berhimpun di Putrajaya semalam menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataan perkaumannya itu.

Jurucakap kepada kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mereka menyokong penuh kenyataan Ismail dan akan berdiri di belakangnya sekiranya dikenakan tindakan.

Apakah Najib takut kepada 92 ketua Umno bahagian ini?

Ini menimbulkan persoalan tentang kedudukan Najib sekarang, apakah beliau seorang perdana menteri Umno atau perdana menteri Malaysia?

Ironinya, Dr Mahathir yang sebelum ini dikatakan bersimpati kepada kumpulan berhaluan kanan Melayu membuat kenyataan sebagai seorang negarawan demi mempertahankan asas pembentukan Malaysia.

Malaysia ditubuhkan Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj pada 1963 sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969 melibatkan kaum Melayu dan Cina, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan ayah kepada Najib berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan sebenar.

Walaupun singkat tempoh pemerintahan, Razak berusaha sehingga akhir hayatnya untuk mengembalikan perpaduan nasional berbanding Najib yang sanggup memusnahkannya hanya kerana mahu terus kekal memimpin Umno.

Hari ini, menteri Kabinet lain juga tidak ada yang berani melakukan perkara betul dengan menegur Ismail yang mungkin dirasuk emosinya ketika menulis di Facebook.

Termasuklah "jaguh-jaguh progresif" di Facebook dan Twitter sebelum dilantik menyertai Kabinet.

Mungkin inilah kualiti kepimpinan yang ada di Malaysia pada hari ini sehinggakan tindakan Dr Mahathir menegur Ismail semalam mengembalikan harapan kepada negara.

Walaupun Dr Mahathir sudah tidak lagi memimpin negara, sekurang-kurangnya pengaruhnya yang besar dalam Umno dan di kalangan orang Melayu diharapkan dapat mengawal emosi kaum majoriti itu daripada melakukan perkara tidak waras terhadap kaum Cina.

Inilah realiti Malaysia pada hari ini, rakyat terpaksa mengharapkan kepimpinan daripada seorang yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan Kabinet berbanding perdana menteri sedia ada. – 5 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 05 Feb 2015 07:15 AM PST

Komen berbaur perkauman yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjejaskan sokongan kepadanya di kawasan Parlimennya di Bera, kata penganalisis.

Komen berbaur perkauman yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjejaskan sokongan kepadanya di kawasan Parlimennya di Bera, kata penganalisis.

Komen yang dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad, menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, tidak akan membawa kebaikan kepadanya di kawasan Parlimennya Bera, di mana pengundi Cina membentuk lebih satu perempat daripada penduduk di situ.

Walaupun menteri pertanian dan asas tani itu kini dalam penggal ketiga mewakili rakyat kawasan itu, sokongan terhadapnya didapati semakin berkurangan setiap kali pilihan raya.

Pada 2013, beliau menang tipis dalam satu pertandingan tiga penjuru, dengan hanya 2,143 undi majoriti. Beliau mendapat 21,669 undi, sementara lawannya daripada PKR Zakaria Abdul Hamid memperoleh 19,526 dan seorang calon Bebas, Mohamad Wali Alang mendapat 670 undi.

Menurut laporan, kawasan Parlimen itu mempunyai 50,997 pengundi dengan 16,319 daripadanya kaum Cina. Terdapat 30,088 pengundi Melayu dan selebihnya mereka yang dalam kategori Lain-lain.

Penganalisis politik dan Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakan daripada 32% penduduk Cina di Bera mengundi pembangkang dan masa depan Ismail bergantung kepada usahanya memperbaiki keadaan untuk memenangi kembali hati rakyat jika mahu kekal di situ.

"Seramai 60% pengundi Cina di Bera mengundi pembangkang pada 2013. Kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Bera, iaitu Teriang, merupakan kubu kuat DAP selama enam pilihan raya umum," Ong memberitahu The Malaysian Insider.

"Tetapi, sekiranya Ismail hendak mengekalkan kerusinya dan memenangi sokongan Cina, beliau mesti memohon maaf kerana membuat kenyataan tersebut," katanya.

Teguran Ong itu dibuat selepas menteri itu menulis kenyataan kontroversi di Facebooknya, menggesa pengguna Melayu melakukan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," tulisnya di akaun Facebooknya pada Ahad.

Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.

"Lihat sahaja OldTown White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan keluarga Ngeh, DAP Perak yang terkenal anti-Islam.

"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.

Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh.

"Saya tak akan tarik balik kenyataan dan tidak akan meminta maaf," katanya semalam pada satu himpunan yang diadakan penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin dan pada himpunan satu lagi diadakan ketua Umno bahagian di Putrajaya semalam.

Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, mana-mana rakyat Malaysia akan tidak senang dengan kenyataan Ismail itu, walau daripada kumpulan etnik mana sekalipun.

"Saya rasa, reaksi sesiapa saja yang berfikiran waras, baik Melayu mahupun Cina, dan yang percaya kepada perpaduan rakyat Malaysia, akan rasa meluat.

"Dan saya fikir, atau paling kurang harap, pengundi Cina akan ingat ini apabila melontarkan undi kelak."

Penduduk Cina di Bera ramai yang tinggal di Teriang, di mana mereka membentuk 69% pengundi pada 2013 berbanding 26% Melayu dan 4% India.

BN secara tradisinya meletakkan calon Gerakan untuk kerusi itu sementara dua kerusi DUN lain, Guai dan Kemayan - kedua-duanya kawasan majoriti Melayu - ditandingi wakil Umno.

Pemangku Pengerusi Gerakan Pahang Tee Yew mengakui, perasaan komuniti Cina terluka dengan kenyataan Ismail, dan menambah, masa depan BN di negeri itu kini bergantung kepada bagaimana partinya akan menerangkan isu itu kepada penduduk tempatan.

"Sama ada komen Ismail akan menjejaskan pengundi atau tidak, bergantung kepada bagaimana kita merasionalkan isu ini di peringkat bawahan. Mereka ini rajin bekerja, dan boleh jadi emosional dengan perkara seperti ini.

"Gerakan sudah tentu tidak setuju dengan beliau. Jadi, apa yang kami perlu sampaikan kepada rakyat sekarang ialah, kita perlu tinggalkan isu ini dan beri lebih tumpuan kepada perkara lebih penting, seperti keperluan harian kita," katanya, sambil menambah, banyak masa terbuang menangani isu provokasi antara kaum ini.

Katanya, beliau berharap Gerakan dapat terus menukar paradigma rakyat Malaysia supaya tidak terlalu menumpukan kepada kaum masing-masing, sebaliknya lebih berminat bergerak sebagai satu bangsa demi mencapai Wawasan 2020.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada Ismail patut memohon maaf atau tidak, mengatakan ia terpulang kepadanya. – 5 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

‘Saya akan terus kekal,’ kata Anwar OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 05 Feb 2015 06:30 AM PST

Published: 5 February 2015.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis beliau tidak akan disabitkan bersalah dalam rayuan kes liwatnya, sekaligus menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya.

"Kita patut menjangkakan apa yang terbaik dan daripada fakta, undang-undang amat jelas memihak pada saya.

"Perbicaraan ini mesti digariskan berdasarkan undang-undang bukan politik. Jadi, 'the show must go on' (kita teruskan seperti biasa) dan saya akan kekal, insyaAllah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah PR kini sedang dalam perancangan mencari calon sesuai menggantikannya sekiranya beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini. – 5 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

KEADILAN UNTUK ANWAR ATAU KEADILAN UNTUK RAKYAT?

Posted: 05 Feb 2015 05:45 AM PST


Kita tidak pernah tahu bagaimana untuk bangkit melawan. Kita tidak pernah mahu tahu.. bahawa kita ditipu setiap hari. Kita sentiasa takut kerana ketakutan itu adalah teman kita sejak kecil... Mereka ada di mana-mana.. seperti hantu yang bersembunyi di balik pntu.

Datang seorang yang selalu rela menjadi mangsa...membela ketakutan kita. Dia rela di penjara di zaman mudanya, masih rela dipenjara ketika dia di puncak kuasa.. Kini mungkinkah dia akan dipenjarakan lagi ??

Kini tepuk dada tanyalah jiwa perjuangan dalam hati kita.. Apa yang kita mahukan sebenarnya?. Kekayaan dan hidup mewah? 

Pangkat dan nama yang masyhur? Atau kemuliaan di sisi Tuhan Allah Azzawajalla...

Belumkah masanya kita saling memaafkan? Belumkah masanya kita bangkit untuk anak-anak generasi masa depan? Ayohlah!!

KEADILAN UNTUK ANWAR ADALAH KEADILAN UNTUK KITA. KEADILAN UNTUK ANWAR ADALAH KEADILAN UNTUK RAKYAT SELURUHNYA.. UNTUK NUSA DAN BANGSA KITA..! INSYAALLAH !!

 AAMIIN...

PAS: Penyokong Ismail seperti 'mabuk todi'

Posted: 05 Feb 2015 05:00 AM PST


 

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan 92 ketua Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail Sabri supaya memboikot perniagaan kaum Cina.

Mahfuz mengumpamakan tindakan pemimpin Umno bahagian itu sebagai "membuta tuli bagai orang mabuk meminum todi".

Anggota parlimen Pokok Sena itu juga berkata pihak tersebut sepatutnya mendesak kerajaan supaya menurunkan harga barang bawah kawalannya terlebih dahulu.

"Sepatutnya mereka berhimpun di depan pejabat perdana menteri sebab kerajaan yang bertanggungjawab kena turunkan harga kawalan, bukan peniaga.

"Sehingga hari ini kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang bawah kawalan mereka.

Pentingnya para pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta.

"Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk meminum todi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. 
MABUK TODI

Mahfuz turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membela tindakan menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Ini kerana, kata Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, kenyataan Ismail di Facebook itu jelas menggesa supaya memboikot perniagaan kaum Cina.

"Perdana menteri juga memilih jalan yang sama untuk membela menteri kabinet tersebut.

"Sekiranya kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang, pasti pihak berkuasa sepantas kilat ingin mengheret ke mahkamah atas dakwaan Akta Hasutan," katanya.

Ismail sebelum ini menggesa agar orang ramai memboikot perniagaan orang Cina sekiranya mahu menurunkan harga barang.

Bagaimanapun, Ismail berkata, gesaannya itu merupakan saranan supaya pengguna dapat menggunakan kuasa mereka mendesak harga barangan diturunkan. 


Malaysiakini

Awas kalau parkir 'macam celaka'

Posted: 05 Feb 2015 04:15 AM PST

Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.

Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.

Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.

Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.

Menurut pengendali laman itu, Facebook itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna lebih berdisiplin.

Antara gambar yang dimuat naik termasuk parkir senget atau tidak masuk dalam petak, meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.

Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.

Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.

Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi "Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau", "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir". 
Malaysiakini

Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!

Posted: 05 Feb 2015 03:30 AM PST


BERNAS milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik TanSri Syed Mokhtar sepenuhnya!


OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!


Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siapa)

Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!


Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!!

Tahniah Tan Sri! You earn this all, on your own!! Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!!

And the Malays complain the Chinese are oppressing them???


So kalau dia tak turun harga, macam mana orang lain boleh turun harga?

Mahfuz: Siapa tahu kes Altantuya tampillah...!!

Posted: 05 Feb 2015 02:45 AM PST

 Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak yang mengetahui motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu sepatutnya tampil dengan berani bagi memastikan kredibiliti institusi kehakiman dan polis terus dihormati.

Mengulas kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan semalam, Mahfuz turut mempersoalkan mengapa hukuman mati dijatuhkan terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan serta motif untuk membunuh Altantuya.

 "Sebab itu kita persoalkan apa motif (pembunuhan) sebab yang ada hubungan dengan Altantuya ialah Razak Baginda.

"Jadi apa hubungan Sirul dan Azilah?" katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN.. - By canang

Posted: 05 Feb 2015 02:00 AM PST

 
 
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI
 
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu).
 
Cananglahnie

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
SHARE
 
Kredit kpd page : Kami bersama ulamak

ARTIS LELAKI BERBOGEL DENGAN MODEL WANITA...SIAPAKAH GERANGANNYA

Posted: 05 Feb 2015 01:15 AM PST

Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama se­orang model tersebar di media sosial.

Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan.

Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu di­am­bil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.

Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya.

Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain.

"Saya tidak tahu mengapa gam­bar ini disebarkan sekarang ji­ka betul artis berkenaan yang ku­rang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini.

"Bagi menjernihkan keada­an artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan.
Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial.
Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu.
Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.
Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka se­bagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda.


Lantak HANGPA La.....

Cara mengenal madu asli: 80%

Posted: 05 Feb 2015 12:30 AM PST



Madu yang ada dalam pasaran adalah palsu (Gambar) Tranungkite Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan.

Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang).

Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu! Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti.

Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan.

Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya. Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk.



Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.

Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut. Madu asli akan mengumpal di dalam air.

Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya). Madu asli tidak putus bila ditarik.

Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya. Madu putih selalunya palsu.

Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan).

Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu.

Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.



Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal. Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya.

Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang 'memasak' kuning telur.

Sekiranya anda mendapat madu yang boleh 'memasak' kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!

Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja.

Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.



Kerengga


Taufik Bijak.. Saya Sukakan Lelaki Bijak kata Fazura

Posted: 04 Feb 2015 11:45 PM PST


BAGI yang mengikuti perkembangan Nur Fazura di Instagram pasti perasan dia telah memuatnaik gambar-gambar 'manis' bersama penyanyi Singapura, Taufik Batisah.

Ia sekaligus mengundang usikan nakal di kalangan peminat yang mengatakan kedua-dua juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) itu mungkin sedang bercinta.

Bagaimanapun menerusi Malaysian Digest, Nur Fazura memberitahu dia dan Taufik sebenarnya rakan lama dan tidak lebih daripada itu.

"Memang sejak dulu lagi kami berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual perkembangan masing-masing.

"Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu jadi juri MLM.

"Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak," jelasnya.

Oh, begitu ya rupanya…



Sebelum ini, Nur Fazura pernah dikaitkan dengan deejay warga Amerika, Randy Seidman, namun turut dinafikannya.

Hmm, agak-agaknya siapalah jejaka yang akan berjaya menambat hati pelakon jelita itu nanti?

Sama-samalah kita nantikan…

Tukar Tiub

Posted: 05 Feb 2015 07:53 PM PST

Tukar Tiub


SUAMI PUNYA ANGKARA

Posted: 05 Feb 2015 07:47 PM PST




KESAH DI BELAKANG KELAMBU 

DEAR MAZA

maza... you ni
tak tau
nanti suami aiii
marah... ini bomoh
suami aaii punya arahan
kah kah kah


Jangan biar Najib pakai pakaian Hindu, 

kalungan bunga, kata mufti Perlis 

Mufti Perlis yang baru dilantik semula,  Mohd Asri Zainul Abidin, meminta penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tegas dalam menjaga batas yang ditegah Islam ketika pemimpin nombor satu negara itu perlu menghadiri majlis keagamaan bukan Islam.
Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-biar-najib-pakai-pakaian-hindu-kalungan-bunga-kata-mufti-perlis#sthash.bhNZXtBo.dpuf




KAH KAH KAH

woit
hang ingat senang
nak dapat 73 bidadari
susah woooi
tak leh makan coklat
tak leh usik anjing
tak leh ucap selamat dewali
tak leh VALENTINE
kah kah kah

apa yang boleh
berzakar  boleeeh
kah kah kah

APA PUNYA ZAKAR




------------

SEMBELIH DULU

Posted: 05 Feb 2015 06:47 PM PST



 RASAKAN 
NIKMATNYA

SEMBELIH DULU
Ulat Sagu kena sembilih dulu baru boleh makan. Sama macam Kontol , selagi ada Kepala tak sah di telan tu sebab sumbat sumbat saja. Apa kata Ulamak PAS , kena hidud tak kalau makan ulat sagu tak sembelih ??? on RASAKAN NIKMATNYA
Anonymous
on 2/6/15

SEKATAN UNTUK DAIF
woit larangan sekatan undang 2 hanya utk miskin daif papa kedana kah kah kah....utk.berkuasa berjawatan berduit tidak ada larangan....nak enjoy.pakai jet...nak.menjoy ke luar negara..kah kah kah...nampak sangat semua digunakan utk.bodohkan.lagi.bani majoriti...kah kah kah... 

yang peliknya ahli.bani masih.terikut ikut geng rasuah sapu duit rompak kah kah kah atas alasan agama bangsa budayqkah kah kah on RASAKAN NIKMATNYA
Anonymous
on 2/6/15


------------

BIK MAMA PUNYA ANGKARA

Posted: 05 Feb 2015 06:05 PM PST





FACE BOOK

Tolong jangan ketawa.....

KARTUN INI PUNYA SEJARAH SENDIRI... Ia sudah lebih lima tahun ditahan dalam lokap polis (bermula 24 Sept 2010). Oktober tahun lepas, mahkamah mengarahkan lukisan ini dibebaskan dan dikembalikan kepada tuannya (Zunar). Dan pihak polis diminta membayar ganti rugi. 


Kiraan akan dibuat berdasarkan susut nilai lukisan ini sepanjang dalam tahanan polis. Tambah lucu, rambut Siros dalam lukisan ini adalah rambut betul yang dikutip di kedai-kedai gunting sekitar KL dan digam. Sepanjang perbicaraan, turun naik mahkamah, rambut ini berguguran di lantai mahkamah. Ganti rugi akan dibuat berdasarkan berapa jumlah rambut yang sudah gugur!


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
oooopppsss..
nanti kena minum
air mandram
kah kah kah

APA PUNYA BIK 



---------------

MALAYSIA BOOOLEH

Posted: 05 Feb 2015 05:49 PM PST



KOMENTAR
di malaysia
ada dua hukum
ada dua undang undang
saru untuk rakyat biasa
satu lagi 
untuk yang memerentah



Ismail sibuk, polis belum ambil keterangan

5:00PM Feb 5
Pasukan tersebut akan rekodkan kenyataan menteri 
berkenaan secepat mungkin.

Polis masih belum merekodkan kenyataan  Ismail Sabri berhubung kenyataan kontroversi oleh menteri pertanian dan industri asas tani itu di Facebook.

Seorang jurucakap polis berkata, menteri berkenaan kini sibuk dengan jadual kerja yang ketat.



KAH KAH KAH

woit
polis nak tahan 
erik paulsen
nak tahan adam adli
nak tahan tian chua
nak tahan isham rais

kalau mereka kata
mereka sibuk
apa polis buat
kah kah kah

mesti polis rempoh
pintu rumah
kah kah kah

APA PUNYA LAW


-----------

BERITA PUTAR ALAM

Posted: 05 Feb 2015 04:30 PM PST






KOMENTAR
lihat dua berita ini
semua berpunca dari 
laporan bernama

inilah cara spin atau putar 

berita pertama dari berita harian
melihatkan muhyiddin
agak waras dan berhemah
meminta agar jangan mebuat
tuduhan melulu

berita kedua dari utusan
berita ini memberi tahu
bahawa sabotaj ekonomi telah berlaku

kalau berita pertama
muhyiddin meminta jangan
membuat tuduhan melulu
berita kedua menuntut
diadakan siasatan rapi



inilah contoh terbiak
untuk memahami spin berita
atau putar  berita

dalam berita harian 
muhyiddin dilihat baik
dalam utusan 
muhyiddin dilihat ganas




Jangan buat tuduhan melulu isu sabotaj ekonomi negara - Muhyiddin

LIPIS: Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak membuat sebarang tohmahan dan tuduhan melulu berhubung dakwaan ada pihak yang sengaja mensabotaj ekonomi negara.



Jangan pandang ringan isu sabotaj ekonomi - 

TPM

LIPIS 5 Feb. -  Muhyiddin Yassin menegaskan, isu sabotaj ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan dan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mendapatkan kesahihan berhubung dakwaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak sepatutnya mengelak daripada membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut sebelum dakwaan itu terbukti kerana melibatkan kepentingan negara.







-------------

RASAKAN NIKMATNYA

Posted: 05 Feb 2015 10:59 AM PST




KOMENTAR
tak cuba tak tahu
sudah dirasa baru tahu



Umat Islam dilarang makan ulat sagu

KUCHING 5 Feb. – Umat Islam diingatkan bahawa ulat sagu yang 

juga dikenali ulat mulong adalah haram dimakan. 


Bagaimanapun tambahnya, hidupan kejumah (temilok) boleh dimakan.
"Keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam adalah kerana binatang itu bukan hidupan dua alam,'' ujar­nya.


KAH KAH KAH

woit
rasakan nikmatnya
kah kah kah

APA PUNYA BEST











------------

DUA PANDANGAN

Posted: 05 Feb 2015 05:00 AM PST





KOJO ADO PENCEN
Al uztaz penjual agama ini pernah tanya tak se0rang orang melayu, kalau diberi pilihan bekerja dengan kerajaan atau swasta. Sudah tentu seOrang orang melayu ini akan memilih kerja dengan kerajaan. Sebabnya adalah: "Totap dan Borpencen", "Lopeh tu boleh buek duit kupi","

Tenggok berapo ramai pegawai melayu yang gaji sekadar 5 hingga 8 ribu sebulan buleh boli macam-macam, kereto bosar, rumah bosar, tanah, cuti luar negaro tanpa dapek dihidu oleh BPR".

Tengok berapo pegawai kerajaan kono tangkap dlm kes Cameron Hinghland walaupun akbar perdana dah mengatakan berlakunya rasuah. Kojo askarpun mano ado keminih sekarang ni. Ustaz tak usah lah cakap koling ramai jadi penjenayah. Polis yang sah sah kojo hapus jenayah, kalau dirujuk pada suratkabar 2-3 minggu ini, banyak ado cerito polis rogol budak, ugut budak, pau budak,hilang duit semasa berado dirumah urut, bergaduh di kelab, hari ni cerito polis pecah rumah guno kereta curi..atau bilo kah uztaz ponah tengok polis pakai tali pinggang keledar on TOWKAY JUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 2/5/15

MANA MELAYU?
Dah dengar. Memang betul cakap ustaz. Kalau dengar Lim Kit Siang berucap di Johor Bahru sebelum PR13 dan risalah diedarkan Melayu dihina seteruknya dan kalau menang mau Melayu dihalau kehutan. Sekarang ni pun dihalau secara terhormat dari bandar. Semua pemaju Cina sengaja menjual rumah yg tak mampu di beli orang Melayu. 

Malangnya bangsa kita dibutakan dengan www Wine, Women and Wealth. Tengok Mat Sabu sanggup jual bangsa dan agana kerana elaun dari LGE. Tengok PAS sanggup jadi keldai DAP kerana kemiskinan parti terpaksa minta sumbangan pada PRU13. PasMa pun apa kurangnya, dapat 1.5 juta dari LGE untuk hancurkan Hj. Hadi. Mana Melayu?

 Sekiranya pembangkang menang apa jadi Melayu? Adakan tanah kampung baru Cina dipanjangkan kepada 999 tahun atau setiap sekolah Cina dapat 1000 ekar? Kita pikir sendirilah jangan nanti anak cucu cicit kita kencingkan kubur kubur kita kemudian hari. on TOWKAY JUAL AGAMA
Anonymous
on 2/5/15

TURUN RAMAI RAMI 
LAWAN   SAMA SAMA

--------------

SIAPA BOLEH BANTU

Posted: 05 Feb 2015 04:00 AM PST





KOMENTAR


surat khabar london
nak beli cerita
wartawan akhbar UK
nak cari cerita

siapa tahu?
siapa boleh tolong?






KAH KAH KAH

woit
ini baru betul
ini baru tepat
jangan  simpan 
jangan sorok 
buka cerita

selamatkan sirul
selamatkan azilah
dari tali gantung

APA PUNYA TUUUR



------------

PENGANALISA NGOK!

Posted: 04 Feb 2015 08:42 PM PST





KOMENTAR
inilah silapnya 
inilah kelemahan
penganalisa politik malaysia
gagal untuk menerima hakikat
bahawa malaysia negara dunia ketiga
gagal untuk menggunakan
ekonomi sebagai landasan analisa

kerusi bera ini
akan terus selamat
untuk parti ketuanan melayu

inilah tugas daulah terpendam
inilah tugas deep state
inilah tugas SPR

inilah tujuan asas
persempadanan semula




Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis


Komen yang dibuat Ismail Sabri Yaakob pada Ahad, menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, tidak akan membawa kebaikan kepadanya di kawasan Parlimennya Bera, di mana pengundi Cina membentuk lebih satu perempat daripada penduduk di situ.
Walaupun menteri pertanian dan asas tani itu kini dalam penggal ketiga mewakili rakyat kawasan itu, sokongan terhadapnya didapati semakin berkurangan setiap kali pilihan raya.
Pada 2013, beliau menang tipis dalam satu pertandingan tiga penjuru, dengan hanya 2,143 undi majoriti. Beliau mendapat 21,669 undi, sementara lawannya daripada PKR Zakaria Abdul Hamid memperoleh 19,526 dan seorang calon Bebas, Mohamad Wali Alang mendapat 670 undi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/susulan-seruan-boikot-masa-depan-ismail-sabri-di-bera-goyah-kata-penganalis#sthash.ujb6INqJ.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini pandangan
penganalisa kang kong
mana mana kita jumpa
kang kong
kong kang kong

APA PUNYA KANG

-------------

TOWKAY JUAL AGAMA

Posted: 04 Feb 2015 08:09 PM PST






CHARLIE HEBDO 
TEMPATAN

lihat dan tonton

fikir dan fikir
towkay jual agama
jadi tukang jual temberang


WAHAI BANI MELAYU

Posted: 04 Feb 2015 07:28 PM PST





KOMENTAR

wahai bani melayu!

jangan salahkan orang lain
jangan salahkan penjajah
jangan salahkan british
jangan salahkan cina
jangan slaahkan india
sudah lebih 50 tahun 
united malays national organisation
berkuasa memerentah
parti ketuanan melayu
telah membuat dasar negara

bukan cina yang berkuasa
bukan india yang berkuasa
tapi parti ketuanan melayu

mustahil tak sedar
mustahil tak faham

sila ambil cermin
dan lihat muka sendiri

NOTA
satelah 50 tahun berkuasa
parti ketuanan melayu
hanya beruapaya melahirkan
saekor profesor bangang ini



Orang Melayu senyum sahaja

SHAH ALAM - Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu tidak banyak mempertikaikan apa-apa perkara, dan sikap itu membuatkan kaum itu kini seolah-olah tertindas di negara sendiri.

Demikian pandangan Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek mengenai masyarakat Melayu yang terkenal dengan fitrah sebagai seorang yang suka merendah diri, tidak suka mencampuri urusan orang lain dan hanya menerima sesuatu dengan senyuman walaupun hakikatnya perkara itu tidak disenangi.

Beliau berkata, kerana kerendahan hati dan sikap penerimaan yang tinggi, ada ketikanya masyarakat Melayu ditindas dalam kebanyakan aspek.

"Orang Melayu ini pendiam. Jarang berkata tidak baik terhadap bangsanya sendiri, apatah lagi kepada bangsa lain. Mereka menerima apa sahaja kutukan, kritikan dengan senyuman.



KAH KAH KAH

woit

title berjela jela
profesor datuk doktor
tapi bangang 
macam telooo
tu pasal jadi
kang kong
kah kah kah

APA PUNYA KONG 

-----------

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Feb 2015 03:29 PM PST

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin mahu pembekal, pengeluar jelaskan mengapa harga barang kekal

Posted: 05 Feb 2015 07:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu tahu dari pengeluar dan pembekal mengapa harga barang masih tidak turun walaupun kos bahan api menurun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2015.Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu tahu dari pengeluar dan pembekal mengapa harga barang masih tidak turun walaupun kos bahan api menurun. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Kerajaan akan memanggil pembekal dan pengeluar barangan untuk mendapatkan penjelasan berhubung harga barangan yang masih berada di tahap sama walaupun harga minyak dan kos pengangkutan telah diturunkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesemua pihak terlibat akan dipanggil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang akan dipengerusikan beliau dalam tempoh terdekat bagi memaklumkan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

"Kita akan dapatkan penjelasan dan keterangan daripada pihak pembekal dan pengeluar. Mereka boleh maklumkan kepada kita dan beritahu mengapa harga (barang) tidak dapat diturunkan.


"Apakah faktor-faktornya dan jika boleh kita tangani, mungkin kita boleh bantu mereka. Kita kena lihat bahawa pengeluar juga ada aspek yang perlu difahami, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 59 mangsa banjir di Dewan Kampung Aur Gading, hari ini.

 Beliau berkata, jika ia berlandaskan alasan munasabah, kerajaan bersedia menerimanya, namun dalam masa yang sama rundingan akan terus dilakukan supaya peniaga menurunkan harga untuk melindungi pengguna.

"Sudah pasti ada caranya untuk turunkan harga dan persatuan pengguna juga boleh mainkan peranan mengajar pengguna untuk berbelanja secara berhemah," katanya.

Muhyiddin turut meminta rakyat supaya realistik dan bukannya bersikap terburu-buru atau emosional dalam isu berkaitan harga barang, walaupun harga barang sewajarnya tidak patut kekal dengan harga minyak telah diturunkan.

Dalam mesyuarat itu, katanya, beliau juga akan mendapatkan laporan terperinci daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan agensi terlibat berhubung isu itu.

"Saya tak boleh buat andaian sehingga dapat tahu maklumat sebenar dan data tepat kerana isu ini mengenai semua, tak kira apa kaum atau keturunan, semua hendak tahu cara untuk menurunkan kos sara hidup," katanya. – Bernama, -

Program Pendigitalan RTM Tetap Diteruskan

Posted: 05 Feb 2015 06:59 AM PST

RAKYATNEWS


Radio Televisyen Malaysia
 


KUALA LUMPUR  - Situasi ekonomi semasa tidak memberi kesan kepada program pendigitalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dijangka menjalani   percubaan pada suku ketiga tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, kementerian melihat semua aspek dalam merealisasikan perancangan pendigitalan itu. 

"Perancangan pendigitalan RTM masih mengikut jadual yang ditetapkan kerana kita tidak mahu ketinggalan dengan negara di Asia Tenggara ini.  

"Perancangan juga telah dikaji daripada pelbagai aspek termasuk kos pendigitalan yang mungkin akan bertambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Persidangan Antarabangsa ketiga mengenai Latihan Penyiaran 2015 di sini, hari ini.  

Semasa sesi Dewan Rakyat tahun lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata program pendigitalan RTM dijangka  menjalani percubaan pada suku ketiga 2015.

Ahmad Shabery berkata, kerajaan perlu melaksanakan projek itu sebaik mungkin bagi menjayakan pelaksanaan program pendigitalan dengan mengeluarkan tender dan syarikat terbabit pula mengeluarkan tender-tender kecil untuk memasang seluruh prasarana.  

Sementara itu semasa ucapan pembukaan, Jailani berkata kerajaan akan memarakkan industri kreatif melalui Dana Industri Kandungan Digital dengan peruntukan  daripada Bajet 2015 sebanyak RM100 juta.  

Beliau berkata pengenalan KL Converge, satu platform untuk mengumpul para pendukung dalam industri isi kandungan kreatif untuk berkongsi kepakaran,  merupakan satu daripada inisiatif ke arah Malaysia menjadi hub teknologi.  

Persidangan tahunan ini anjuran bersama Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak dan Institut Penyiaran Asia Pasifik yang dihadiri 52 peserta sebagai  platform berkongsi maklumat dalam bidang penyiaran.

Pakatan mahu lihat pindaan enakmen hudud Kelantan Ahad ini, kata Anwar

Posted: 05 Feb 2015 06:46 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 5 Februari, 2015.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 




























PAS disaran membentangkan cadangan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat (PR) Ahad ini, sebelum ia dibawa ke Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata ia masa terbaik membentangkan enakmen yang akan membolehkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, supaya pemimpin DAP dan PKR boleh turut memahami dan menilai terlebih dulu cadangan undang-undang Islam itu.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, PR juga sudah meminta kerajaan negeri Kelantan menunjukkan kepada mereka terlebih dulu kertas cadangan enakmen sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita sudah minta dan sampaikan kepada kerajaan negeri, kalau diberikan sebaiknya dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.

 Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah yang Kelantan merancang membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan di Parlimen Mac ini.

Amar dilaporkan berkata semalam, pindaan tersebut akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) biasa seperti dijadualkan, selepas sidang DUN Khas yang sebelum ini tertangguh akibat banjir besar.

"Rang undang-undang persendirian dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ialah dua perkara berbeza. Apa yang kita akan bawa ke Dewan Rakyat ialah rang undang-undang persendirian. Ia bagi membolehkan enakmen tersebut dilaksanakan (di peringkat negeri)," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar rang undang-undang tersebut akan dibawa ke Dewan Rakyat kerana akan ia diputuskan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Anwar, yang tidak menyatakan secara jelas pendirian PR mengenai hukum hudud itu berkata, pihaknya masih belum melihat enakmen yang dipinda kerajaan negeri itu.

"Kita mahu lihat dahulu rang undang-undang tersebut. Walaupun tumpuan kita sebenarnya pada ketika ini ialah kepada pasca banjir, bantuan dan menyelesaikan perumahan, mesej kita ialah ke arah itu," katanya.

Anwar yang merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, meskipun PR sudah ada pendiriannya sendiri mengenai hudud, ia tidak mempertikaikan hak PAS membentangkan rang undang-undang tersebut.

"Dalam ruang PR, kita ada beritahu tentang persetujuan hudud pada 2010. Tetapi, kita juga tidak pertikaikan hak PAS.

"Kita juga menghormati pendirian DAP, tetapi dalam hal ini, kita belum tahu apa yang dikemukakan dan apa yang ditolak," katanya.

PAS dan DAP bertelagah mengenai isu hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan yang hendak dilaksanakan terutama di negeri di bawah pentadbiran masing-masing, Kelantan dan Pulau Pinang. -

Anwar Jumpa SPRM Kalau Tak Ke Penjara

Posted: 05 Feb 2015 06:34 AM PST

RAKYATNEWS


alt


 
SHAH ALAM  - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan dalam kes penyalahgunaan kuasa oleh Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan kerana ingin meluangkan masa bersama ahli keluarganya sebelum keputusan rayuan kes liwat diketahui pada Selasa depan.

"SPRM memang tunggu tarikh daripada saya tapi saya minta tangguh sebab dalam tempoh yang singkat ini saya tertekan dengan permintaan keluarga untuk berjumpa," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali 'Hubungan Etnik di Malaysia' di sini, Khamis.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sekiranya dibebaskan pada Selasa depan, beliau akan memberikan ruang yang secukupnya untuk bekerjasama dengan SPRM kerana perjumpaan tersebut memakan masa yang agak lama.

Namun, jika sebaliknya berlaku, beliau menjemput SPRM untuk mengambil keterangan di dalam penjara.

"Saya persilakan SPRM (untuk ambil keterangan) ke penjara mana... penjara Kajang... ke penjara Sungai Buloh," katanya.

Namun, Anwar berkata SPRM tidak mempunyai masalah untuk mendapat bukti mengenai kes tersebut kerana mereka boleh mendapatkan rekod mengenai dakwaan berkenaan dari Jabatan Perbendaharaan.

"Mereka boleh dapatkan bukti dari Jabatan Perbendaharaan. Saya tak terlibat dalam rundingan Umno sedangkan isu ini sudah lama sejak tahun 1999 lagi. Saya juga pernah serahkan bukti ke mahkamah," katanya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pembangkang itu berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

P'raya PBT: Sarjana kata tak perlu

Posted: 05 Feb 2015 06:31 AM PST

PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF 


Isu pilihan raya kerajaan tempatan ini bermula pada 8 Mac 2010 apabila ketua menteri Pulau Pinang menulis surat kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi kuasa kepada badan itu untuk mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPR kemudiannya menjawab tidak mempunyai kuasa tersebut kerana bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, pada 11 Mac 2013, kerajaan Pulau Pinang kemudiannya memfailkan satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (atas) berkata, permohonan itu selaras dengan Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kerajaan negeri memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun, pada 14 Ogos 2014 Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri atas alasan "kerajaan negeri Pulau Pinang telah melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."

6 alasan DAP

Apa seterusnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan?

Setelah penolakan oleh Mahkamah Persekutuan ini, DAP bersama dengan PKR berkempen supaya rakyat menyokong pilihan raya PBT ini.

Alasan mereka ialah:

(i) Untuk memulihkan sistem demokrasi negara kita dengan memberi hak undi ketiga kepada penduduk tempatan memilih ahli majlis masing-masing.

(ii) Pemimpin PBT yang dipilih lebih berakauntabiliti dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat

(iii) dengan adanya ahli majlis yang dipilih, maka projek PBT akan menjadi lebih prorakyat berbanding kini yang propemaju.

(iv) PBT akan lebih bersifat proaktif dengan bertindak cepat terhadap aduan rakyat tempatan.

(v) Untuk mengatasi masalah sosial seperti pusat-pusat hiburan, PATI dan jenayah kerana ahli-ahli majlis akan lebih bersungguh memantau hal ini.

(vi) Membolehkan rakyat tempatan memilih datuk bandar yang bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat tempatan.

Tumpu kemudahan asas dulu

Kempen untuk menghidupkan semula pilihan raya tempatan ini tidak salah. Itu semangat demokrasi yang dibenarkan.

Tetapi pada saya, pilihan raya tempatan ini tidak perlu sama sekali, sekurang-kurangnya pada waktu ini.

Hujah saya mudah:

(i) Kerajaan negeri fokuslah dahulu kepada usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan kemudahan asas kepada masyarakat tempatan.

(ii) Tingkatkan dulu urus tadbir yang baik dan sistem penyampaian dalam PBT. Macam sekarang, minta kelulusan plan untuk ubah suai rumah pun, terpaksa tunggu sampai berbulan-bulan .

(iii) Tingkatkan dulu pendapatan PBT supaya mempunyai kewangan yang mencukupi sebelum pilihan raya tempatan dilaksanakan. Jika tidak, nantinya kerja PBT adalah menaikkan kadar cukai PBT sahaja .

(iv) Dalam keadaan suasana politik dan ekonomi negara sekarang, tidak sesuai untuk kita berpolitik sepanjang masa. Masih ada perkara-perkara lain yang memerlukan keutamaan kita.

Dari segi undang-undang, bolehkah pilihan raya tempatan diadakan?

Mengikut undang-undang, tidak boleh. Ini kerana aspek perundangan bagi pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Mahkamah Persekutuan pun telah memutuskan sama ada SPR ataupun negeri tidak ada kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Jadi, bagaimana jika kita mahukan juga pilihan raya PBT ini diadakan?

Bawa rang undang-undang ke parlimen sama ada rang undang-undang kerajaan atau persendirian untuk meminda peruntukan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang telah merampas hak rakyat untuk memilih ahli majlis tempatan dan Datuk Bandar atau yang dipertua majlis melalui proses demokrasi.

Sepatutnya begitulah sistem demokrasi negara kita berjalan. Hormati undang-undang dan kita semua berada di atas landasan yang betul dalam berpolitik.


PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF berkhidmat di Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Artikel ini disiarkan kali pertama di Facebook beliau pagi ini.
 

Pemuda MCA tidak letak syarat pada Ismail

Posted: 05 Feb 2015 06:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebanyak 165 bahagian Pemuda MCA berpadu suara menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataan yang menggesa pengguna memboikot peniaga Cina.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak meletakkan sebarang syarat dan hanya mahu Ismail membuat permohonan maaf "secepat mungkin".

Ditanya mengenai langkah seterusnya jika Ismail tidak memenuhi tuntutan itu, kumpulan itu berkata mereka tidak mahu membuat sebarang "andaian".

Kalangan pemimpin bahagian Pemuda MCA itu juga menganggap MP Bera itu tidak layak menjadi  anggota kabinet.

Satu kenyataan ketua pergerakan itu, Chong Sin Woon menyebut, Pemuda MCA berpendapat bahawa Ismail tidak layak menjadi menteri kabinet.

"Kami menyokong pendirian Chong sebagai pendirian MCA, dan kami angota Pemuda MCA, berdiri teguh dengannya dalam isu ini.

"Kami menggesa Ismail untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka sebalikya tindakan beliau terus mempertahan teori yang tak logik itu, menambahkan lagi garam ke atas luka yang berdarah," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon.

Susulan penjelasan Ismail kepada Kabinet semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan penjelasan bahawa kenyataan kontroversi menteri tersebut di dalam Facebook merujuk kepada semua peniaga dan tidak hanya kepada kaum Cina.

Ismail juga enggan memohon maaf dan menganggap kritikan ke atas kenyataannya itu bersifat remeh.

Exco PP pula tampil perlekeh Ismail Sabri

Posted: 05 Feb 2015 06:26 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Exco muda Pulau Pinang Afif Bahardin kini turut serta memperlekeh menteri pusat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyarankan orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Afif hari ini menghamburkan gelaran "dangkal dan bodoh" kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu.

"Tiada sesiapa memaksa seseorang membeli barang daripada kedai yang mahal atau murah.

"Orang ramai lakukannya atas kehendak sendiri," kata Afif.

Bercakap dalam sidang media di Seberang Jaya semalam, beliau berkata Ismail gagal memahami perkara yang harus ditangani.

Perkara itu, katanya, menggambarkan kurangnya kawalan kerajaan terhadap harga barang asas seperti beras dan gula.

Beliau membangkitkan kenapa menteri itu membangkitkan isu berkaitan harga di kedai makan mahal ketika ada kebimbangan golongan bawahan terjejas dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

"Mana dia cadangan menteri untuk tangani kebimbangan oleh kumpulan masyarakat ini?" soal exco kesihatan dan pembangunan luar bandar itu.

‘Saya difitnah’, kata Ustaz Kazim

Posted: 04 Feb 2015 04:37 PM PST


Mohamad Kazim bersama sebahagian NGO dalam himpunan berkenaan. - Foto Sinar Harian Mohamad Kazim bersama sebahagian NGO dalam himpunan berkenaan. - Foto Sinar Harian
 
 
IPOH - "Saya difitnah," Itu luahan penceramah terkemuka, Datuk Mohamad Kazim Elias yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu daripada seorang lelaki di Kelantan yang mendakwa dirinya, telah mengaibkan masyarakat Cina hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Menurut Mohamad Kazim, dirinya juga tidak menyangka ceramahnya di Surau Al-Iman, Kemensah Heights pada November 2009 lalu itu dibongkar semula  dan seterusnya dijadikan isu oleh pihak tertentu.

Malah katanya, ceramah berkenaan sebenarnya tidak memiliki apa-apa isu pun melainkan mengenai kewajiban umat Islam untuk mempertahankan pemerintahan sebagai sesuatu yang disuruh di dalam Islam.

"Kita nafikan sepenuhnya tuduhan kerana ianya berbentuk fitnah tuduhan melulu tanpa melihat keseluruhan isi ceramah tersebut. Tak tahu kenapa dibongkar dan dijadikan isu.

"Saya kata, siapa sebenarnya tuan? Siapa sebenarnya hamba? Tak lama huraian, dua minit lebih tetapi tempoh itulah yang diambil dan dijadikan isu.

Yang berkhidmat kepada negara adalah pihak polis yang kebanyakannya orang Melayu. Waktu orang lain sedang tidur, makan minum di kelab-kelab malam, yang berjaga askar Melayu, di tengah lautan, tengah sempadan. Keamanan ini datangnya daripada askar kita orang Melayu.

"Janganlah cakap ketuanan Melayu. Siapa Melayu, siapa yang tuan, kita dah duduk dalam negara yang boleh berkongsi tanah, berniaga malah dapat pingat dan pangkat. Kita tak pernah pertikai.

Kita cuma minta jangan timbul isu yang timbulkan ketegangan, tetapi saya pula dituduh menimbulkan ketegangan. Ini sebenarnya yang saya rasa pengadu ini tidak faham dengan apa yang saya cakap atau dia tengok hanya dua minit itu sahaja," katanya lagi.

Mohamad Kazim berkata demikian pada sidang media sempena himpunan 22 badan bukan kerajaan (NGO) di dataran Pusat Pengajian Al-Barakah, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap), Datuk Halim Ramli.

Tambah Mohamad Kazim, isu berkenaan mungkin ditimbulkan kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menutup isu-isu lain seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

Oleh itu katanya, ada pihak yang cuba menggunakan populariti dirinya sebagai penceramah terkemuka tanah air pada ketika ini dengan mengaitkan isu-isu perkauman (rasis) dalam ceramah yang disampaikannya.

"Isu ini juga mungkin ditimbulkan sebagai satu usaha bagi menutup isu-isu lain yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

"Pada ketika ini juga saya lihat 'kebangkitan' masyarakat untuk dengar ceramah sangat hebat. Mungkin juga ianya satu usaha untuk 'peti sejuk'kan saya kerana bercakap isu rasis dan sebagainya," katanya lagi.

Sementara itu, Mohamad Kazim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan bagi menyatakan perkara yang sebenar kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau juga turut menerima banyak mesej yang menyatakan sokongan kepadanya berhubung isu berkenaan.

Mengapa peniaga Cina terus dimangsakan?

Posted: 04 Feb 2015 04:21 PM PST

PS
Gambar hiasan

Oleh MAHDZIR IBRAHIM 


Selepas PRU 13 yang lalu, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, secara terbuka menyalahkan rakyat Malaysia berketurunan Cina atas kegagalan BN meraih dua pertiga majoriti di Parlimen.

Hingga slogan ' Apa Lagi Cina Mahu ' dan ' Tsunami Cina ' seakan-akan menjadi dasar politik baru beliau.

Najib mengabaikan fakta bahawa perubahan yang dilakukan ini bukan berkaitan dengan bangsa, tetapi demografi kawasan setempat iaitu kawasan bandar dan separuh bandar yang terdiri daripada Melayu menengah dan pelbagai kaum.

Malah undi popular Pakatan Ralyat juga buat pertama kalinya dalam sejarah meningkat hingga 52 peratus, hasil perubahan sikap pengundi bandar dan separuh bandar.

Bagi Najib, fakta ini tak penting. Yang penting mesej pecah perintah itu disebarkan.

Tak cukup dengan itu, semalam seorang Menterinya, Dato Seri Ismail Sabri yang menjaga hal ehwal Pertanian dan Industri Asas Tani menyalahkan peniaga berketurunan Cina dalam hal harga barangan melambung tinggi. Seolah-olah, peniaga berketurunan Cina sengaja mensabotaj ekonomi negara.

Rasional yang beliau berikan sangat mudah, iaitu majoriti pengguna adalah Melayu yang bergantung kepada peniaga Cina.

Kita boleh memahami memang ada segelintir peniaga yang sengaja mengambil kesempatan itu, namun bukan semua peniaga Cina begitu dan bukan hanya peniaga Cina yang berbuat begitu.

Baru-baru ini dilaporkan tentang Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan yang dikuasai peniaga asing, dan laporan sama menyatakan wujud di Air Hitam, Johor, peniaga dari Pakistan, Myanmar dan lain-lain yang kini dilihat mengambil kesempatan.

Dengan mengatakan peniaga Cina sahaja yang menguasai bidang peruncitan juga tidak benar, kerana terdapat lebih dari 500 buah cawangan pasar tani di seluruh negara yang mana lebih 90 peratus daripdanya adalah peniaga dan pembekal berketurunan Melayu.

Malah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) juga mempunyai hampir 50 buah pasar untuk menjual hasil laut, tidak termasuk premis Mydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia dengan 27 premis sedia ada dan penambahan 85 buah lagi cawangan diseluruh Malaysia yang turut menjual barangan runcit.

Jadi, apakah 'locus standi' Ismail Sabri menyasarkan peniaga Cina sahaja? Tidak lain dan tidak bukan, ingin mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan kerajaan mengurus ekonomi sambil melaksana agenda pecah dan perintah.

(*) Mahdzir Ibrahim adalah Ahli Jawatankuasa DAPSY

Kempen kelebihan tutup aurat

Posted: 04 Feb 2015 04:19 PM PST


Dari dua, kiri: Ismail, Pengerusi AIM, Zawahir Abdullah; Noh Salleh dan Mizz Nina bergambar bersama sukarelawan kempen, semalam. Dari dua, kiri: Ismail, Pengerusi AIM, Zawahir Abdullah; Noh Salleh dan Mizz Nina bergambar bersama sukarelawan kempen, semalam.
 
 
KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia digesa menghindarkan diri daripada menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Penolong Pengarah Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Ismail Noor berkata, bagi memberi kesedaran mengenai perkara itu, Jakim bersama pertubuhan Islamic Aid Malaysia (AIM) dan sukarelawan Malaysian On Covering Aurah (Moca) menjalankan kempen Cantik di Mata bersama selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh.

"Kempen ini bertujuan beri kesedaran kepada masyarakat khususnya orang muda mengenai larangan menyambut Hari Kekasih dan kepentingan menutup aurat mengikut syariat Islam.

"Ia juga untuk memberi pendedahan kepada orang bukan Islam tentang kelebihan menutup aurat serta cara menutup aurat yang betul bagi wanita dan lelaki," katanya pada sidang media pengenalan kempen itu di sini, semalam.

Menurut Ismail, kempen itu akan diadakan bermula 4 hingga 14 Februari secara serentak di 14 negeri yang akan dijayakan sukarelawan AIM dan Moca.

"Ia juga melibatkan aktiviti dakwah jalanan dengan pengagihan risalah dan barangan secara percuma kepada orang ramai.

"Kempen turut menggunakan pendekatan melalui media sosial dengan menggalakkan orang ramai untuk menghantar gambar selfie atau wefie (berkumpulan) dalam keadaan menutup aurat berserta mesej yang ingin disampaikan melalui hashtag  #iam4humanity sebagai tanda sokongan," katanya.

Ferrari rentung dalam jalan sesak

Posted: 04 Feb 2015 04:17 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebuah kereta mewah Ferrari hancur rentung dalam kebakaran di Jalan Travers, Kuala Lumpur petang ini.

Menurut seorang pegawai bomba kereta merah itu tidak terlibat dalam kemalangan dan terbakar sendiri ketika berada dalam kesesakan jalan raya.

Kira-kira tiga perempat kereta itu hangus dalam kejadian jam enam petang tadi berdekatan KL Sentral.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan punca kejadian masih disiasat.

DAP hanya hadir mesyuarat Pakatan dengan kehadiran Presiden PAS

Posted: 04 Feb 2015 04:12 PM PST

anthonyloke

Oleh ANTHONY LOKE 


Saya merujuk kepada satu laporan media hari ini dalam Akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber yang dikatakan mewakili pimpinan PAS Pusat yang menegaskan bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu memohon maaf kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan bahawa soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Datuk Mustafa Ali tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak.

Seluruh pimpinan DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang Setiausaha Agung DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 2012 yang diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Kami ingin mengulangi pendirian kami bahawa semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.

Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah, polemik yang timbul mengenai isu ini dalam dua minggu yang lalu juga amat jelas menunjukkan bahawa terdapat suara daripada pimpinan PAS termasuk beberapa Ahli Parlimen PAS dan pemimpin veteran PAS yang telah menyatakan sokongan mereka secara terbuka untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara.

Berhubung dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diadakan sebelum 10 Februari 2015, DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat tersebut sekiranya PAS juga memberikan komitmen bahawa Presiden PAS akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan bahawa pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri untuk mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak direstui kemudian oleh Presiden PAS. – Roketkini.com

Wanita DAP lapor polis, gesa siasatan penuh ke atas Ismail Sabri

Posted: 04 Feb 2015 04:08 PM PST

group-report1-040215

 Roketkini.com


SUBANG: Berikutan kenyataan perkauman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri tempoh hari, Wanita DAP Selangor hari ini membuat laporan polis agar menteri itu disiasat.

Laporan dibuat di IPD Subang Jaya kira-kira jam 3 petang tadi diwakili Pengerusi Wanita DAP Selangor yang juga ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, ADUN Teratai Tiew Way Keng dan ADUN Sungai Pelek Lai Nyuk Lan.

"Kami memandang serius kenyataan tersebut yang diakui beliau, ia menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia,"

"DAP wanita Selangor menggesa siasatan lengkap dibuat terhadap menteri tersebut," kandungan laporan polis tersebut dipetik.

Ketiga-tiga wakil Wanita DAP Selangor itu juga turut diiringi beberapa orang wakil Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur dan ahli wanita DAP Selangor.

ngeh-koo-ham2Sementara itu, kira-kira jam 11 pagi tadi, laporan turut dibuat Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di IPD Dang Wangi.

Manakala semalam, Ahli Parlimen Bruas Datuk Ngeh Koo Ham turut membuat laporan polis berhubung dakwaan Ismail bahawa keluarganya adalah pemilik perniagaan francais Old Town White Coffee dan menindas pengunjung dengan harga tinggi.

Ismail Sabri dikecam hebat pelbagai pihak apabila membuat kenyataan berbaur perkauman menyeru orang Melayu memboikot peniaga Cina, di samping mengatakan orang Cina menindas orang Melayu di dalam status Facebook menteri itu.

Ismail turut mengelak bertanggungjawab apabila mengatakan kononnya 'Ngeh' yang dimaksudkan bukan ahli Parlimen Bruas itu, tetapi 'Ngeh' yang lain, kerana menurut menteri itu bukan seorang sahaja Ngeh di Perak. – Roketkini.com

ALHUSSEYN

Posted: 05 Feb 2015 03:07 PM PST

ALHUSSEYN


Nik Amar, jangan gelojoh, buat taklimat dahulu boleh tak?

Posted: 05 Feb 2015 07:40 AM PST

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi kelulusan melaksanakan hukum hudud ke Kelantan. 

 Mohd Amar berkata antara tujuan rang undang-undang persendirian itu ialah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak Al-Quran dan sunnah. Sila baca aporannya di sini 


1) Mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada yang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

2) Sebelum ini, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan kanun tersebut yang dijadualkan pada 29 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan banjir melanda negeri itu.

3) Taklimat mengenainya kepada JKPP yang dijadualkan pada 28 Disember lalu juga telah juga ditangguhkan.

4) Saya ingin mendapat penjelasan Nik Amar : Sebelum dibentangkan di Parlimen, Sudahkah perkara  (3) dilangsungkan? 

5)  "...menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak Al-Quran dan sunnah." Boleh tak tolong jelaskan mengenai had hukuman yang dinaikan itu? Rakyat perlu mengetahuinya supaya tidak hanya menyokong membabi buta sahaja.

6) Kita sedia maklum, Rang Undang-Undang Persendirian itu, apabila dibentangkan di Dewan Rakyat, akan memerlukan majoriti mudah 112 ahli Parlimen menyokong untuk diluluskan.

7) Parti Umno dari Barisan Nasional yang memerintah kini mempunyai 88 ahli Parlimen, di mana semuanya beragama Islam kecuali Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.

8) PAS memegang 21 kerusi di Parlimen dan jika kedua-dua Umno dan PAS bekerjasama, mereka akan kekurangan empat kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 undi yang diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang itu.

9) Namun, perancangan untuk PAS mendapat kelulusan rang undang-undang tersebut di Parlimen adalah agak rumit kerana PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu.

10) Ini adalah soalan Cepu Emas : Adakah Unit Amal yang akan membuat tangkapan dan membawa mereka (suspek) ke penjara?

Hari dilaporkan, Mahfuz Omar menggesa kerajaan supaya Negeri Kelantan menganjurkan satu taklimat berhubung pindaan enakmen syariah pada 29 Disember ini. 

"Kerajaan negeri Kelantan perlu panggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan. Saya mengharapkan kerajaan Kelantan mengatur taklimat kepada semua pihak yang berminat dan saya juga menawarkan semua pihak boleh hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri itu," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Ini merupakan desakan kali kedua dari Mahfuz Omar. Sebelum ini pada Disember 23, 2014, Mahfuz berkata, PAS Pusat tidak mengetahui apakah isi kandungan pindaan yang akan dibuat untuk membolehkan pembentangan rang undang-undang persendirian dilaksanakan.Baca lagi di sini

Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Feb 2015 03:02 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Kejadian Tembakan Di Bachok

Posted: 05 Feb 2015 05:22 AM PST

As Salam Ydh Tuan

Makluman Awal, Satu kejadian samun dan telah melepaskan tembakan. masa kejadian lebih kurang 1745hrs bertarikh 05/02/2015 bertempat di Ultra Maju Trading, Hadapan Sek, Keb, Beris Lalang.


(3) das tembakan telah dilepaskan oleh suspek kepada satu sekeluarga suami
(Cedera di bahagian dada dan lutut ),
isteri ( digari oleh penjenayah) dan seorang anak perempuan( terkena tembakan di bahagian paha ). Mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Bharu


(3) Penjenayah menggunakan kenderaan jenis Proton Preve.
nom.pendaftaran : CDC4561
Warna : Hitam

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 05 Feb 2015 01:12 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PESARA - BAGAIMANA ANDA MENGISINYA?

Posted: 04 Feb 2015 09:11 PM PST

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 05 Feb 2015 11:37 AM PST

"BERANI KERANA BENAR!"


Lelaki ramai masuk neraka?

Posted: 04 Feb 2015 05:00 PM PST

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM 


KALAU dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah di Sidratul Muntaha malam Israk Mi'raj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan yang dilakukan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang-orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia betapa hebatnya nikmat syurga.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang-orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka, ia berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'Dayus', peminum arak, anak-anak derhaka dan lain-lain.

Yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda, ramai dari kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk dari kalangan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka, termasuklah pembantu rumah dalam kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa ramainya golongan wanita yang akan ke neraka pada malam Mi'raj

Sayidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.wKami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku di israk hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubunubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk melalui kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuanperempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.

Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan yang menyakiit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti, Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari

.

Posted: 05 Feb 2015 03:32 AM PST

.


Kritikan Ismail Sabri kepada Cina, seirama dengan sebilangan orang Pas

Posted: 04 Feb 2015 07:52 PM PST

ULASAN ISU                                                                                                     

Walaupun apa nawaitu sebenar Ismail Sabri Yaakob yang meminta agar penggunaan memboikot peniaga Cina untuk merealisasikan harga barangan dengan penurunan harga petrol dan disel, tetapi ia tetap akan ditafsirkan sebagai satu kenyataan berbentuk rasis dan penuh kebencian kepada Cina.

Ismail Sabri, faham motif kenyataannya.
Hari ini ramai orang Cina yang tersinggung dengan
kenyataan Ismail Sabri itu termsuk juga ketua pemuda MCA yang mempersoal dan kesal dengan kenyataan Ismail Sabri itu sehingga meminta Perdana Menteri menggugurkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu dari kabinet.

Kalau pemuda daripada MCA melenting, apa lagi pemuda daripada parti-parti Cina lain termasuk juga Gerakan dan DAP. Cadangan ketua pemuda MCA itu pula mendapat bangkangan daripada bekasan pemuda Umno dengan menuduh Ketua Pemuda MCA itu ingin berkolobrasi dengan DAP. Kenyataan Ismail Sabri itu menerbitkan isu baru dan mecacatkan hubungan "saling mempercayai dan hormat menghormati" dalam BN.



Ismail Sabri menyedari bahawa kenyataan berupa padangan itu telah menimbul masalah dan mengguriskan hati rakan-rakannya berbangsa Cina. Hari ini menteri itu jenuh meralat kenyataanya itu. Kononnya ia bukan dituju kepada Cina tetapi hanya kepada pedagang Cina yang degil menurunkan harga barang sahaja dan ia juga terkena kepada peniaga bangsa lain. Najib Razak sendiri terpaksa membuat penjelasan berhubung kenyataan Ismail Sabri itu kononnya ia bukan dituju kepada orang Cina saja. Apabila seorang PM yang juga pengerusi kepada BN menjawab ertinya isu itu hangat.

Kita boleh bersetuju kalau dikutuk peniaga dan pedagang yang degil atau pun yang bijak (sebenarnya zalim) mengambil kesempatan dalam situasi apa juga untuk tembolok sendiri. Ia bukan saja berlaku kepada orang Cina tetapi peniaga Melayu dan India dan bangsa lain juga. Korporat Melayu atau pun politcian Melayu yan mengamal nepotisme, mengaut keuntungan atas nama bumiputera juga termasuk orang sejenis dengan pedagangn Cina itu.

Tetapi kata-kata yang bersifat umum begitu bukan satu kenyataan pandangan yang tidak bijaksana dari seorang politik dalam konteks negara bermasyarakat rencam begini.

Justeru, bagi pemererhati dan pengganalis kenyataan Ismail Sabri itu ia semacam ada motif lain disebalik pandangan demikian. Ia bukan setakat untuk memastikan harga barang turun tetapi memberi mesej politik yang mudah dan sangat jelas untuk dikunyah.

Hakikat kini, dalam senario dan percaturan politik hari ini, partinya, Umno terdesak memelukan sokongan bagi survive kekuasaannya kemudian mengekalkan kedudukanya sebagai menteri. Simulasi dibuat Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini bahawa sekiranya BN kurang 2 peratus sahaja lagi BN akan kehilangan kuasa ditakuti semua orang dalam BN apa lagi mereka yang berkedudukan sebagai menteri seperti Ismail Sabri sendiri.

Nah dalam situasi itu Umno sangat memerlukan sokongan tambahan, atau pun undi tambahan. Sebagai salah seorang menteri Umno Ismail Sabri sedia maklum suasana hari ini dimana pengundi Cina semakin jauh dan kecewa dengan politik ditajaan Umno. Sikap "klu klik" dan tidak konsisten pemimpin Umno termasuk Najib Razak sendiri misalnya dalam kes Akta Hasutan, menyebabkan orang Cina hilang keyakinan. Kerajaan BN yang ditulangi Umno sudah makin terhakis integritinya dan pentadbiran Najib menjadi "kerajaan sotong".

Manakala agen-agen (berbanyar atau tidak) Umno seperti Ngo bernama Perkasa(m) dan Isma Alif telah memberi daya ketakutan baru kepada orang Cina, manakala Umno pula seakan terus menswastakan projek politik memperkukuhkan kedudukannya menerusi badan-badan bukan kerajaan berkenaan. Apa dilakukan pemimpin Ngo itu dibenarkan ini jelas apabila kepantasan polis dalam menangani isu-isu sensitif yang dibuat oleh pemimpin Ngo berkenaan sangatlah perlahan atau tidak ada langsung.

Tiada pendakwaan ke atas presiden Perkasa(m) berhubung saranannya agar Bible dibakar adalah satu perkara yang menjadi sebutan. Begitu juga tiada pendakwaan ke atas presiden Ngo yang disiasat dibawah akta hasutan juga menyerlah akan keadaan itu, bahawa mereka mereka sebahagian perkakas sundal Umno.

Lantaran kedudukan atau pengaruh Umno semakin lemah dan menipis maka apa diharap kini ialah sokongan dari puak lain, disinilah ialah pengundi Melayu sebagai kuasa tambahan. Makanya beliau berharap kenyataan perkauman yang berselindung disebalik merealisasikan harta barang dengan penurunan harta minyak itu akan mendapat simpati orang Melayu. Yang paling diharap ialah undi fundemental Melayu daripada parti agama Pas dan juga PKR.

Itulah maksud dan motif sebenar disebalik kenyataan berupa cadangan Ismail Sabri itu. Dalam mengharapkan undi fundemental Melayu Pas itu, maka beliau harus berkata (bernyanyi) demikian yang senada dengan harapan sesetengah kalangan dalam Pas. Ismail Sabri dan juga pemimpin Umno lain perlu mempamerkan yang mereka tidak sukakan Cina.

Keinginan dan gambaran itu pula terlaksana apabila 91 kawasan Umno telah diendorcdekan agar menyokong sikap dan pendirian Ismail Sabri itu manakala 100 orang bekas pergerakan Pemuda menunjukkan solidariti kepada Ismail Sabri Yaakob sambil mengecam ketua pemuda MCA.

Apa diharapkan natijah daripada apa dilakukan Ismail Sabri itu ialah Pas akan melihat Ismail Sabri khasnya dan Umno amnya sejalur dengan aliran pemikiran sesetengah orang dalam Pas yang alergik dengan DAP dan paling teruk ada menganggap DAP adalah kafir dan najis untuk didekati oleh Pas. Ismail Sabri menangguk keadaan ini dengan harapan manalah tahu 10 atau 20 peratus pengundi Melayu dalam Pas akan meninggalkan sokongan parti berkenaan dan memilih Umno yang dilihat kuat Melayu dan Islam.

Kesimpulannya dari konteks politik kenyataan Ismail Sabri itu bukan sahaja satu kesilapan yang tidak perlu diapolegtik, tetapi ia merupakan mesej bahawa Umno kini sejalan atau pun cuba memenuhi harapan sesetengah orang daripada parti agama agar bersama mereka. Mungkin selepas ini Ismail Sabri akan bercakap pula fasal "hibbah" yang akan diterima oleh Pas sekiranya mereka bersama Umno. Mungkin kouta menteri, timbalan menteri dan badan-badan berkanun yang diisi oleh orang Cina boleh diberikan kepada orang Melayu (Pas). Aduh begitu simplistik sekali...

Kenyataan Ismail Sabri itu sudah pasti diseronoki oleh sebilangan orang Pas termasuklah mereka yang mempertikaikan hasrat Kerajaan Pulau Pinang ingin laksanakan pilihan raya PBT (kerajaan tempatan) yang dianggap sebagai sengaja mengundang kembali tragedi 13 Mei.

Umno dan sebilangan orang dalam Pas kini sedang mendendangkan lagu dari irama yang sama untuk diorkestrakan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14. [wm.kl.11:31 am 05/02/15]

edyesdotcom

Posted: 05 Feb 2015 03:05 AM PST

edyesdotcom


SAMM Pertimbang Bertemu Menteri KPDNKK Desak Penurunan Harga Barang

Posted: 04 Feb 2015 09:12 PM PST

Kenyataan Umum
5 Februari 2015

SAMM Pertimbang Bertemu Menteri KPDNKK Desak Penurunan Harga Barang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan sekutu telah lama mendesak agar harga barang dan perkhidmatan di pelbagai peringkat diturunkan memandangkan situasi harga minyak dunia yang rendah kebelakangan ini.

Isu peniaga meraih kesempatan mengaut lebihan keuntungan dari situasi ini menjadi hangat apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terkhilaf apabila memasukkan sedikit hujah yang menyentuh satu etnik di dalam komentar beliau mendesak penurunan harga barang.

SAMM cuba melihat ruang yang ada untuk menggunakan sepenuh peluang ini bagi memulakan kempen dalam fasa kali ini dengan cetusan kemarahan rakyat di setiap peringkat. 

SAMM berpandangan dalam isu penurunan harga barang ini, isu kenyataan perkauman itu bolehlah diketepikan sebaliknya masyarakat dan semua lapisan pemimpin politik perlu kembali kepada persoalan pokok iaitu harga barang dan perkhidmatan yang masih lagi tinggi.

Walaupun ramai yang berkata dengan turunnya harga bahan bakar, rakyat akan mempunyai lebihan pendapatan untuk dibelanjakan namun, dengan harga barang yang masih kekal tinggi ia tidak banyak membantu meringankan beban rakyat dan tidak melebarkan pendapatan boleh guna rakyat ketika ini.

Dalam masa yang sama, SAMM menyambut baik saranan dan desakan daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kulai, YB Teo Nie Ching agar Tenaga Nasional Berhad menurunkan tarif mereka. Walaupun TNB menyatakan penurunan harga bahan bakar mentah dunia tidak memberikan kesan kepada mereka, tetapi sebagai sebuah pemain monopoli industri tenaga ini, TNB wajar menurunkan sedikit tarif mereka.

Sewaktu kenaikan harga bahan bakar mentah dunia, TNB telah mendesak Kerajaan untuk menaikkan tarif dengan alasan input kos bahan bakar telah naik maka seharusnya TNB juga mempunyai sikap setiakawan dengan rakyat dan menurunkan sedikit tarif mereka. 

SAMM amat teruja sekiranya pengurusan TNB bersedia untuk mengurangkan sedikit margin keuntungan mereka demi memastikan rakyat dapat bernafas semula di kala keadaan ekonomi yang semakin tidak tentu ini.

Oleh itu, SAMM sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengatur pertemuan dengan Menteri dan Pegawai Kementerian terbabit bagi menyatakan desakan agar tindakan segera diambil oleh Kementerian dan menandakan permulaan kempen ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Kelab Greenboc

Posted: 05 Feb 2015 01:02 AM PST

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Waspada: Beg Sekolah Ada Gambar Lucah Di Bhgn Dalamnya

Posted: 05 Feb 2015 12:31 AM PST


Kalau sekali tengok memang beg sekolah atau 'backpack' ini nampak seperti biasa.

Namun, selepas dibuka baru nampak imej sebenar yang terpapar dalam beg tersebut.

Beg berwarna kelabu dan berjenama Burton itu dikesan mempamerkan gambar lucah pada bahagian dalamnya, namun, tidak diketahui dan tidak diberitahu dimana beg terbabit ada dijual.

Jika sekali pandang, pengguna mungkin sukar untuk mengesannya kerana ia kelihatan seperti corak biasa, tetapi, jika diperhatikan dengan lebih teliti, imej yang terpampang adalah gambar lucah.

Justeru itu berwapada ketika membelikan bag sekolah untuk anak-anak anda kerana khuatir akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya anak-anak akan melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.



Pertahan Kenyataan Ismail Sabri, Najib Perbodohkan Mahathir..

Posted: 04 Feb 2015 09:05 PM PST


Najib pertahan Ismail Sabri, seruan boikot bukan untuk kaum tertentu

Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggap mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, mengatakan kenyataan menteri pertanian dan asas tani itu tidak ditujukan kepada kaum tertentu.

Perdana menteri berkata, Ismail menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun Putrajaya menurunkan harga runcit minyak dan diesel turun.

"Teguran yang dibuat beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

"Selain itu, beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kabinet hari ini dimaklumkan mengenai kenyataan Ismail pada Ahad yang dibuatnya di media sosial, menjadi viral dan menerima pelbagai respon baik positif mahupun negatif.

Ismail dalam tulisan di posting Facebooknya menyeru pengguna, yang majoritinya orang Melayu menggunakan kuasa membeli mereka bagi memboikot golongan peniaga, yang majoritinya di kalangan kaum Cina, yang "liat turunkan harga barang walaupun minyak turun harga."

Penyokong dan pengikutnya memuji keberaniannya bersuara manakala masyarakat Cina ramai yang menyuarakan bantahan, terutamanya dari kalangan pemimpin DAP termasuk juga dari MCA, menggelarnya bersifat perkauman.

Najib menegaskan di dalam kenyataannya hari ini, kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua," katanya.

Najib juga pada masa sama mengingatkan peniaga supaya bertanggungjawab, dan pengguna supaya bertindak bijak dalam menangani keadaan semasa berhubung keadaan ekonomi negara.

"Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

"Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan," katanya.

Terdahulu hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam kenyataan Ismail, mengatakan daripada memainkan isu perkauman, beliau sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya. Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Pagi ini, seramai 92 ketua Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataannya itu.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mewakili mereka berkata, kenyataan Ismail itu akan memberikan manfaat kepada semua termasuk kaum Cina.

"Kami selaku ketua Umno bahagian seluruh negara menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Ismail. Jika dilihat daripada konteks kenyataan itu, sememangnya kuasa beli kumpulan majoriti mampu mengubah dan mempengaruhi peniaga menurunkan harga barang," katanya. -TMI



ULASAN GB

Pembelaan Najib terhadap kenyataan Ismail Sabri cukup mengecewakan.

Walaupun Najib meminta isu itu dihentikan namun pembelaannya amat ketara tidak dapat membendung bahang api perkauman yang dicetuskan.

Semua orang dapat membaca kenyataan Ismail Sabri yang sebenar... ia tidak ditujukan kepada semua kaum tetapi ditujukan kepada kaum Cina. Bekas Tun Mahathir pun baca demikian.


Apakah Najib dan para pegawainya di Putrajaya menganggap dan cuba menunjukkan bahawa rakyat Malaysia termasuk TDM itu bodoh dan mudah diperbodohkan?

Ketara sangat Najib sebenarnya tidak mahu dan tidak berhasrat untuk memadamkan isu perkauman kerana ia memberikan political mileage untuk dirinya terutama dari kalangan orang UMNO. Ia sama dengan kaedah mengapa beliau membuat U-turn semasa mempertahankan ISA. Hanya untuk mendapat tepuk sorak di dalam perhimpunan UMNO yang lalu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Najib perlu turun kerana gagal menjadi PM bagi sebuah negara yang bersifat majumuk dengan melakukan pembelaan terhadap mereka yang semarakkan api perkauman.

[BERGAMBAR] Wajah Suspek Bunuh Nur Syuhada Tersebar Di Media Sosial

Posted: 04 Feb 2015 03:22 PM PST


Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.

Suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Hari ini gambar suspek yang dikatakan amat kejam itu berjaya dikesan oleh pelayar media sosial yang mana rata-rata antara mereka tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh suspek yang di sifatkan amat kejam dari binatang.


Dalam pada itu keluarga mangsa di Jitra bapa kepada pelajar malang itu menceritakan pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di tingkatan lima.

Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.

Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. -c2sini