Isnin, 13 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Jun 2011 03:35 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tahniah daripada Ketua Dewan Pemuda PAS kepada PJ PAS baru

Posted: 12 Jun 2011 08:36 PM PDT

Bukit Payong : Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah hari ini mengucapkan tahniah kepada Haji Mohd Wahid Endut diatas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu yang baru.

Ustaz Mohd Nor yakin dan percaya dengan perlantikan ini PAS Terengganu akan melangkah lebih gagah dalam agenda untuk melakukan perubahan yang bermakna bagi rakyat Terengganu.

Ini penting terutama dalam usaha untuk merealisasikan tema muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan


Sumber : Buletin Online


KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.

Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.

Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru ini.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 13 Jun 2011 03:25 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 08:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid 

SEHUBUNGAN DENGAN ITU 
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA MENGUCAPKAN SELAMAT BERKERJA KEPADA YB DR ABD RANI ATAS PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR.

Pemuda PAS santuni anak muda underground

Posted: 12 Jun 2011 08:12 PM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground.
Program yang di bertemakan "Chow Kit Kita" yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.
Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan.
Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ.
Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu.
Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground.
Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As'ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Jun 2011 01:37 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pemandu maut ditimbus tanah

Posted: 13 Jun 2011 01:00 AM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Lereng bukit runtuh hempap lori

BERUAS: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya ditimpa runtuhan tanah bersama pokok besar yang terdapat di lereng bukit ketika melakukan kerja pembersihan di tanah persendirian di kawasan Ulu Licin, dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.53 pagi, Shah Faizal Ashraf Ahmad, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemunggahan tanah apabila kawasan lereng bukit yang dikorek jengkaut berhampirannya, tiba-tiba runtuh lalu menimpa lori seberat satu tan itu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pekerja lain sedang melakukan kerja pembersihan tanah di kawasan persendirian.

Berikutan itu, mereka terpaksa memberhentikan kerja pengorekan tanah berkenaan dan mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beruas tetapi disahkan meninggal dunia sebaik diperiksa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis diketuai Ketua Operasi, Ali Saad bersama enam anggota dan satu jentera pemadam api terpaksa mengambil masa 45 minit tiba di tempat kejadian berikutan kedudukannya agak jauh dan terpaksa melalui jalan menuju Hutan Lipur Ulu Licin.

Berita Harian/-

Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu

Posted: 13 Jun 2011 12:30 AM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 13 JUN : Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak "luar" membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini.

"Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata," kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini.

Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad yang mesra dikenali "Mat Sabu", Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu "sengaja menembak peluru busuk."

"Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik.

"Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya," kata beliau.

Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu.

Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah.

"Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan.

"Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu," kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini.

Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.

"Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah.

"Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya," kata beliau lagi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989.

Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih "panas" daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu.

Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian.

"Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya.

Tv Selangor/-

Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta

Posted: 13 Jun 2011 12:25 AM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Pereka lanskap Nasir Ismail bertegas di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar lebih RM6 juta oleh bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah mewahnya di Shah Alam.

Beliau mempertahankan kenyataannya ketika disoal oleh peguam bela M Athimulan, yang mempertikaikan dakwaan Nasir ketika prosiding hari keempat berhubung kes dakwaan rasuah oleh Khir.

Athimulan (kanan) berkata oleh kerana tiada rekod pembayaran yang didakwa diterima dari Khir yang dibuat sejak 2006 dan tiada dokumen bagi mencatatkan perkembangan kerja serta bayaran yang dibuat, maka Nasir tentunya berbohong.

Katanya semua yang didakwa Nasir adalah imaginasi pereka itu.

Athimulan juga membekalkan perjanjian bernilai RM1.5 juta yang ditandatangani oleh Nasir dan Khir pada Mei 2007, yang didakwanya kontrak sebenar antara mereka berdua dan kerja-kerja pengubah-suaian hanya berlaku pada tahun berkenaan.

Nasir bagaimanapun tidak berganjak dengan keterangannya sebelum ini. Tegasnya, kerja-kerja pengubah-suaian rumah mewah Khir di Shah Alam bermula pada 2006 dan lebih RM6 juta dibayar kepadanya.

Katanya lagi, tiada catatan dibuat adalah kerana atas permintaan Khir.
Nasir memberi keterangan pada perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Malaysiakini/-

Cabar PAS Gugur Istilah Islam : Umno Dinasihat Bertaubat

Posted: 13 Jun 2011 12:25 AM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang.

Malah katanya, Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor.

" Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tetap akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis.

Jelasnya, berhubung soal cabaran supaya PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bukan menjadi urusan Umno.

" Soal Umno mencabar PAS menggugurkan Islam itu sebenarnya saya fikir merupakan satu perkara yang Umno-BN tak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS kerana kita mampu mengurus parti kita, bahkan Umno sepatutnya harus mengukuhkan serta melihat bagaimana hendak memperkasakan peranan Islam dalam konteks politik negara," tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan Umno menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung Negara Berkebajikan jelas memperlihatkan bahawa mereka semakin terdesak dan seolah-olah sengaja ingin mencetuskan kecelaruan dikalangan masyarakat.

"Kita lihat muktahir ini, bila masyarakat bukan Islam mula mendekati PAS ia dilihat sebagai suatu ancaman kepada Umno-BN dimana mereka kini dalam keadaan mengelabah hingga menyebabkan apa-apa yang ditumbulkan dalam kumpulan Pakatan Rakyat menjadi tumpuan serangan mereka,"

Sementara itu, mengulas lanjut gesaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka Tuan Ibrahim menyifatkan ia sebagai tindakan menghina keputusan Majlis Raja-raja dan sengaja ditumbulkan Umno.

" Ali Rustam ini ketinggalan zaman, sebab isu ini merupakan isu yang dibawa dan dikutuk oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa Islam telah digalakkan untuk digunakan dalam mana-mana institusi, persatuan dan sebagainya.

" Isu ini sengaja dibawa oleh Umno dulu dan mereka telah gagal. Dan saya ingat tindakan Ali Rustam ini sebagai menghina keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu dan perkara ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Naib Presiden Umno,"

Tv Selangor/-

Pemuda PAS santuni anak muda underground

Posted: 13 Jun 2011 12:00 AM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground.

Program yang di bertemakan "Chow Kit Kita" yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.

Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan.

Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ.

Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu.

Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground.

Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As'ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Harakahdaily/-
Oleh : Rosli Yasmin


Bekas Isteri Mohon Roslin Batal Ganti Rugi RM53,460

Posted: 12 Jun 2011 11:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim iaitu Faizah Mohamad memohon perintah interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan saman ganti rugi RM53,460 yang difailkan oleh bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Isnin.

Roslin hadir di mahkamah bersama peguamnya Roslizam Rahim sementara Faizah bersama peguamnya Mohd. Amir Nazli Hussin.

Menurut Roslizam, Faizah memfailkan permohonan itu pada 27 Mei lalu disebabkan Roslin gagal hadir ke mahkamah pada 23 dan 24 Mac lalu untuk membicarakan kes tersebut secara tertutup.

Lantaran itu, Roslin diperintahkan memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Faizah dalam tempoh 14 hari bermula Isnin.

Hakim syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan kes tersebut dibicarakan pada 6 Julai ini, pukul 10 pagi.

Roslin memfailkan permohonan ganti rugi RM53,460 meliputi tuntutan seluruh wang hantaran dan perbelanjaan perkahwinan terhadap Faizah pada 12 Ogos 2009.

Pada 21 Oktober 2009, Faizah memfailkan notis bantahan awal di Pejabat Pendaftar Mahkamah itu berhubung tuntutan ganti rugi tersebut termasuk mas kahwin berjumlah RM15,000.

Proses sulh (perbincangan) mengenai kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang difailkan Roslin terhadap Faizah pada 25 Ogos 2009 tidak menemui sebarang jalan penyelesaian setelah Faizah tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan.

Pada 25 Januari 2010, Faizah gagal mengetepikan tuntutan ganti rugi perkahwinan berkenaan yang difailkan bekas suaminya itu setelah Mahkamah Tinggi Syariah menolak bantahan awal wanita terbabit.

Mahkamah memerintahkan supaya satu perbicaraan tertutup diadakan bagi membolehkan Roslin dan Faizah mengemukakan keterangan dan bukti berhubung tuntutan yang dibuat.

Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei 2009.

Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.

Roslin kemudiannya bernikah dengan Norhayati Othman pada 9 julai 2009 dan bercerai kira-kira sebulan selepas itu.

mStar/-

'Hanya k'jaan PKR boleh pastikan Taib didakwa'

Posted: 12 Jun 2011 09:45 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya - DAP dan PAS - dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.

Malaysiakini/-

TV Libya siar gambar Gaddafi

Posted: 12 Jun 2011 09:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Televisye Libya semalam menyiarkan gambar Muammar Gaddafi bertemu Presiden Persekutuan Catur Antarabangsa.

Agensi berita Interfax melaporkan Kirsan Ilyumzhinov yang juga gabenor sebuah negeri Russia, sebagai berkata beliau bermain catur dengan Gaddafi di Tripoli.
Katanya, pemimpin Libya itu memberitahu bahawa beliau tidak berhasrat meninggalkan negaranya. - Reuters

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri Mahu PAS Bertanding Di Kawasan Bandar

Posted: 12 Jun 2011 09:00 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Gambar Mr Yeo dalam kawasan Muktamar PAS Pusat ke 57 Di Taman Melewar KL.

Baru-baru ini PAS Miri telah menghantar perwakilannya ke Muktamar PAS ke-57 di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun bersama dengan SU Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) En Yeo KH. Inilah kali pertama En.Yeo bersama dengan rombongan PAS Miri menyertai atau menghadiri muktamar PAS Pusat.

En Yeo telah diberi penghormatan untuk berjumpa dengan kepimpinan tertinggi Pas pusat disamping beliau juga diberi ruang ke dalam dewan sebagai pemerhati bagi mewakili DHPP Sarawak.

Beliau juga rasa bangga dan terharu kerana pemimpin PAS pusat menghargai kaum bukan Melayu yang mewakili DHPP semasa muktamar tersebut. Beliau juga diberi peluang berjumpa dan bersalam dengan Tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana peluang begini memang selalu dicari-cari oleh ahli dan penyokong PAS. Harapan beliau agar PAS juga boleh diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan Bandar dimana golongan majoritinya bukan Melayu dan bukan Islam seperti di Parliament Miri. Kata beliau PAS boleh diterima baik di kalangan orang bukan Melayu sebab itu beliau yakin bahawa sekarang orang-orang bukan melayu dan bukan Islam sudah boleh menerima PAS dalam kawasan Bandar sebab kawasan Bandar penduduknya mudah mendapat maklumat tentang PAS melalui internet.

Diharap kepimpinan PAS Pusat keraplah datang ke Sarawak lebih-lebih lagi ke bandaraya Miri dimana penduduknya bersedia untuk menerima perubahan dalam PR13 nanti. Ini bukan sahaja harapan ahli PAS Miri bahkan penduduk bukan Melayu sudah bersedia bersama PAS sebab mereka yakin PAS tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa sebab itulah antara sebab En.Yeo berjuang bersama PAS.

Sekarang konsep PAS untuk semua sudah menampakkan hasil berkat usaha kepimpinan PAS selama ini. Begitu juga kalau boleh kita mahu kepimpinan PAS dapat anjurkan majlis dialog antara agama dan antara kaum agar mereka ini betul-betul dapat memahami konsep dan perjuangan PAS yang selama ini telah diberi gambaran buruk oleh pihak musuh politik mereka.

Sekiranya PAS diberi peluang untuk bertanding dalam Bandaraya Miri ini akan menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan dengan sendirinya usaha musuh PAS akan musnah kerana tiada lagi isu PAS ini dianggap sebagai parti ekstirimis dan perkauman. Diharap rakan dalam Pakatan jangan berpecah belah dan berebut kerusi dan berilah peluang diantara satu sama lain untuk bertanding menentang BN yang penting Pakatan dapat mengambil alih kuasa dari BN dalam PR13 nanti.

Perjuangan PAS dan Pakatan untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Diharap rakan dalam Pakatan boleh memberi kerjasama dengan PAS sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar nanti. Kalau PAS menang Pakatan juga akan menang jadi jangan terlalu tamak dengan perebutan kerusi akhirnya harapan rakyat akan musnah seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. Marilah kita sama-sama berjuang untuk mendirikan sebuah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. PAS untuk semua.

Kolej Islam Darul Ridzuan : Kemungkaran Pentadbiran Yang Tiada Noktah ?

Posted: 12 Jun 2011 08:45 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Al kisah .. betul ke Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) nak terus kekalkan rekod salahlaku dalam pentadbirannya ? Dengo citer macam tu laa tapi tak tau le teman, kalo kome semua nak tau kena tanya laa kat pembesar-pembesar, laksamana-laksamana dan hulubalang-hulubalang KISDAR. Satu lagi deme kata pembesar-pembesar KISDAR langsung tak ada rasa tanda-tanda nak insaf terhadap semua salahlaku pentadbiran yang telah berlaku selama ini. Dengo citer pulak, isu-isu penyelewangan pentadbiran terus berlaku di KISDAR. Isshhh … betul ke ni ?

Tak kann laaa Kerajaan Negeri nak bio jeee, tak kan laaaa Rektor baru KISDAR nengok jee. Deme sebagai pembesar-pembesar KISDAR kena laa buat sesuatu kalo betui semua citer tu. Tapi teman tak caye deme nak bio dan nengok jeee sebab deme tu semuanyee orang crodik pandai belaka. Tak kann laaa orang crodik tak leh nak pikio. Jangan le pulak pembesar-pembesar KISDAR rase selese nak kekalkan reputasi buruk rope tu. Apa-apa pun Rektor baru KISDAR kena le jawab semua persoalan tu.

Oh yaa lupa lak teman nak ucapkan tahniah le kepada Prof Madya Dr. Jamil Hashim sebab dah dilantik jadi Rektor baru KISDAR. Prof kroje kuat-kuat dan ikhlas-ikhlas yaa, insyaAllah KISDAR bole maju. Prof jangan le dengo sangat cakap dan arahan orang politik yang lebih-lebih sangat tu .. nanti hanco KISDAR.

Isu baru yang teman dengo ialah berkaitan isu perlantikan dan perjawatan. Tak tau le betui ke idak. Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le jawab dan siasat.

i. Dengo citer En. Zairol dah diturunkan pangkat dari jawatan Timbalan Rektor (Pentadbiran dan Kewangan) ke jawatan Ketua Jabatan Promosi dan Korporat. Betui ke niiii ? Ishh ishhh kesian gak teman dengo, sabo je le yaaa En. Zairol, tu semua kroje Allah, maybe (eehhwahh cakap orang putih lak) sebab nak balas kejahatan yang dah banyak mike lakukan kottt, itu baru sikit jee yang Allah balas. Harap-harap mike cepat-cepat le sedo dan insaf ya, kalo idak teman riso Allah balas lebih dari tu lagi.

Tapi dengo citer sebelum diturunkan pangkat En. Zairol dah dapat apa yang dia nak. Dia dah dapat jawatan Tetap Gred N44. Ishhh memang pelik bin ajaib sebab sebelum ni dia hanya pegawai kontrak gred N41 then leh terus je dilantik ke jawatan tetap gred N44 secara 'by-pass' pulak tu. Ishh ishhh memang pelik. Banyak beno teman nak tanya ni … bila jawatan tetap gred N44 tu diwujudkan di KISDAR dan mesyuarat mana yang luluskan jawatan tu ? Kalo pun jawatan tu dah wujud, En. Zairol masih tak layak dilantik ke jawatan tetap gred N44 sebabnyaa … jawatan tetap gred N44 adalah jawatan kenaikan pangkat bagi jawatan tetap gred N41.

Nak dinaikkan pangkat pun kena ada syaratnya, antaranya ialah kena melalui temuduga, mesti lulus ujian PTK dan mesti dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat. En. Zairol tak ditemuduga punn, tak penah ikut kursus PTK dan mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat tak pronah bersidang pun untuk naikkan pangkat si zairol tu. Sebenonya dia dilantik secara 'by-pass' oleh Rektor lama. Maksud 'by-pass' tu mcm 'short-cut' juga le atau jalan pintas.

En. Zairol dikecualikan dari semua syarat-syarat lantikan dan kenaikan pangkat. So hakikatnya En. Zairol dapat jawatan Tetap N42 secara jalan pintas. Ishhh pelik beno teman rase, tak kan le Kerajaan Negeri idak nampak penyelewangan tu ? Agak-agak kome ada tak unsur salah guna kuasa oleh Rektor lama ? Kepada pihak yang berkenaan teman rasa isu ni kena le disiasat dengan telus ya.

Satu lagi yang teman rase kelakar sangat-sangat, baru-baru ni En Zairol dengan muka tak malunyaa pi kursus induksi .. hahaha .. dia sorang je kakitangan pentadbiran dari KISDAR yang lain semuanya pensyarah .. memang confirm muka tak malu kan. Dengo citernya semua penceramah-penceramah INTAN rasa pelik kenapa le ada sorang gred N44 sesat dalam kursus induksi tu, sebenonya induksi adalah untuk gred lantikan pertama (N41 atau DG41) dan bukan untuk gred kenaikan pangkat (N44).

Walaubagaimanapun makhluk bernama Zairol jawab le juga dengan penuh bangga .. katanya .. dia dilantik atas kuasa Lembaga Pengarah. Isshhh .. tak kan le Lembaga Pengarah subahat sama. Penceramah berkenaan rasa pelik sebab ini le kes pertama yang beliau dengo sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai penceramah INTAN. Hahahaha … kome tak kan tak rasa kelakar. Teman gelak sakann nii .. hehehe.

ii. Satu lagi teman dengo citer gak ada sorang bekas penolong pensyarah kontrak gred DG41 tiba-tiba je tak semena-mena dilantik ke jawatan pegawai tadbir gred N41. Aikkk .. mudah beno yaaa nak tuko skim jawatan dari skim DG41 ke skim N41, leh gitu-gitu je terus lantik ya. Ishhh tak tau le teman kenapa le Rektor lama leh terus lantik macam tu je. Tak kann le Rektor lama tak tau prosedur yang sebenonya, dan tak kan le Kerajaan Negeri tak tau isu ni.

Yang teman heran dengo citer sebelum ni ada gak kes macam tu, sorang pegawai tadbir dilantik jadi penolong pensyarah tapi ada iklan dan ada pulak temuduga, ikut pulak prosedur. Kali ni kenapa tak ikut pulak prosedur ? Pelikk pelikkk .. memang pelikk.

Teman nak tanya lagi .. betui ke ada kosong dan perlu jawatan N41 tu ? Kalo betui ade kenapa le tak diiklankan. Udah ke penolong pensyarah tu ditemuduga ? Kalo udah sape panel penemuduganya ? Kalo pun udah ditemuduga, ada ke mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat bersidang untuk lantik penolong pensyarah tu jadi pegawai tadbir ?

Lagi satu betui ke penolong pensyarah tu dilantik ke jawatan pegawai tadbir dan dibayo gred tangga gaji yang tinggi ? Maksud teman tinggi tu tak le tinggi bebeno tapi gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Apa yang teman tau, kawan-kawan teman citer dalam sektor kerajaan pengalaman kroje yang bole diambil kira ialah pengalaman dalam sektor kerajaan dan pengalaman dalam skim yang sama je,

tapi dengo citer penolong pensyarah tu ada pengalaman dalam sektor swasta je dan skim lama dia ialah skim DG bukan skim N so macam mana le dia bole dapat gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Betul ke nii ? Kalo le betui, Kerajaan Negeri kena le tengok-tengok jangan di bio je. Agak-agak kome ada tak lagi unsur salah guna kuasa ? Siasat le jangan tak siasat.

iii. Dengo citer lagi ada sorang lagi Timbalan Rektor nak masuk KISDAR nak gantikan tempat En Zairol tu. Kabonya Timbalan Rektor tu sorang Pegawai Tadbir dari UTP. Teman tak kisah le dari mana pun tapi betui kee Timbalan Rektor tu masuk tak ikut prosedur perjawatan yang betul ? Deme kata Timbalan Rektor tu terus dilantik jawatan Tetap dengan Gred N52, betui ke nii ?

Kalo le betui .. fuyooo terus masuk leh dapat jawatan Tetap ya. Teman kesiannn kat kakitangan KISDAR yang dah lama kroje, ramai lagi yang masih jawatan Kontrak. Satu lagi, kalo le betui Timbalan Rektor tu dapat jawatan Tetap Gred N52, teman nak tanya lagi .. bila le jawatan tu diadakan di KISDAR ? Mesyuarat mana pulak yang luluskan jawatan tu ? Ada ke iklan kekosongan jawatan tu disiarkan ? Bila pulak Timbalan Rektor tu ditemuduga ? Ishhh banyak beno pulak teman tanya .. maaf le ya .. bukan apaa .. setahu teman itu le caranya nak lantik mana-mana penjawat awam. Kerajaan Negeri yang lantik Timbalan Rektor tu, tak kan le tak ikut semua cara tu kan. Satu lagi teman musykil gak ..

Timbalan Rektor tu bekas Pegawai Tadbir di UTP. UTP adalah sektor Swasta. Timbalan Rektor tu langsung tak da pengalaman mentadbir dalam sektor Kerajaan, beliau tak mahir pun dalam GO, tak tau pasal perkeliling kerajaan dan tak penah pun pi kursus induksi dan PTK. Semua benda yang teman sebutkan tu penting untuk jadi pegawai tadbir utama sektor kerajaan yang baik, effisien dan professional. So .. bole ke Timbalan Rektor tu buat kroje pentadbiran dengan adil, cekap dan berkesan ?

Kalo le betui semua perkara yang teman sebutkan diatas teman rase Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le cepat-cepat betuikan semua penyelewangan tu supaya reputasi KISDAR tak terus tercemar. Moh le pakat sama-sama bangunkan KISDAR. Itu le satu-satunya Kolej milik Kerajaan Negeri untuk didik anak bangsa kita. Kroje le sungguh-sungguh nak bangunkan KISDAR dan buang le jauh-jauh kot-kot ada rasa kepentingan diri sendiri.

Insan Prihatin
Perak Darul Ridzuan

Rakyat Turki berpesta dengan kemenangan AKP

Posted: 12 Jun 2011 08:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

ISTANBUL, 12 Jun: Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.

Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Di Ankara, Presiden AKP, Erdogan dan isterinya berucap kepada para penyokongnya bagi meraikan kemenangan itu kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.

Di Istanbul, pesta kemenangan berlangsung di perkarangan pejabat AKP dan juga di dalam dewan besar pejabat AKP Istanbul.

Para remajanya menari tarian tradisional Turki sambil menyanyikan lagu khas yang dicipta AKP untuk pilihan raya kali ini.

Mereka mengibarkan bendera AKP yang dibekalkan oleh parti itu sejak jam tujuh malam apabila keputusan awal diumumkan AKP sudah memperolehi 53.24 peratus.

Sambil menyanyi dan menari, mereka juga bersorak setiap kali gambar pemimpin kesayangan, Erdogan dipaparkan dilayar besar yang dipasang di perkarangan parti itu.

Menurut Huseyin Kansu, bekas anggota Parlimen AKP, partinya masuk ke dalam pilihan raya ini dengan sasaran untuk membolehkan partinya membuat satu perlembagaan baru yang disediakan oleh pihak awam.

Ini kerana, perlembagaan Turki yang ada sekarang disediakan oleh pihak tentera. Walaupun sudah berpuluh kandungannya dipinda oleh kerajaan AKP namun ia tidak menyelesaikan masalah gangguan tentera dan mahkamah perlembagaan yang sentiasa menganggu kerajaan pilihan rakyat itu.

Antara pindaan yang pernah dibuat adalah membenarkan para pelajar wanita universiti di negeri itu memakai tudung disamping membenarkan wanita memakai tudung di majlis rasmi kerajaan.

Ketika mula menang di Turki pada tahun 2002 dahulu, isteri Erdogan sendiri, Emin, tidak boleh mengiringi suaminya ke majlis rasmi kerana beliau enggan memakai tudung yang dipakainya itu.

Kini, Emin boleh menemani suaminya ke mana-mana termasuk ke majlis rasmi kerajaan.

Namun pindaan-pindaan yang dibuat tidak boleh menghentikan pihak tentera mengganggu gugat kerajaan pada setiap masa.

"Hanya dengan membuat semula perlembagaan yang berasaskan demokrasi sepenuhnya barulah ia akan selesai," kata Huseyin Kansu kepada Harakahdaily.

Huseyin adalah anggota Parlimen tiga zaman iaitu dibawah parti Refah, Fadhilat dan yang terakhir AKP iaitu pada tahun 2002.
Selepas tiga penggal sebagai anggota Parlimen, Huseyin tidak lagi bertanding sejak 2007 dan pilihan raya tahun ini namun beliau kekal sebagai penyokong tegar AKP.

Bagi beliau, setiap kali tentera menganggu urusan kerajaan, ekonomi Turki juga akan turut terganggu.

"Oleh itu majoriti lebih dua pertiga diperlukan untuk membolehkann perlembagaan baru dibuat dan menjadikan Turki benar-benar negara demokratik," kata Huseyin.

Dalam pilihan raya ini, AKP mendapat 325 kerusi, CHP 135, MHP 54 dan BGM 36 kerusi.

Turut menjadi pemerhati pilihan raya ini adalah lima pemimpin dan petugas PAS dan tiga pemimpin PKR. Delegasi PAS yang diketuai Dr Mariah Mahmud turut disertai oleh Nasir (Kedah), Onn Jaafar (Johor), Taufek Ghani (Negeri Sembilan), Abdul Rahman dan Baihaki Atiqullah (Kelantan) di samping penuls (Harakah).

Pemimpin PKR adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Harakahdaily/-
Oleh : Zulkifli Sulong, Istanbul

'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...'

Posted: 12 Jun 2011 08:00 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi.

Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan.

Kira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam.

Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm - lewat satu jam dari jadual.

Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman.
Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia - separuh daripadanya dari masyarakat Cina - khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh.

Malaysiakini/-

Undi Pakatan jika mahu nikmati negara berkebajikan

Posted: 12 Jun 2011 07:40 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Rakyat digesa memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika mahu merasai nikmat negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik dibawah konsep negara berkebajikan Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sekarang ini.

Tambahnya, ianya boleh dilihat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga sebahagiannya telah ditawarkan dalam Buku Jingga.

"Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan, rakyat pilih kita pada pilihan raya akan datang.

"Beri kita lima tahun, kita akan tunjuk apa kita akan lakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama untuk sesi 2011-2013 di Pejabat Agung PAS hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu 'meniru' apa yang telah dibuat BN sejak lama.

Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan, sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.

Menjawab tomahan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "itu kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam".

Katanya, negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan Umno di mana PAS meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tidak dibuat oleh Umno BN.

"Sebahagiannya kita berjaya buat di negeri yang kita perintah di Kelantan, Kedah, pernah di Perak dan Terengganu termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

"Konsep berkebajikan bukan sahaja kebajikan kepada rakyat, tetapi juga tidak mengerjakan perkara yang haram antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tetapi kerana perintah Allah," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan pemimpin Umno BN itu sedang 'kepanasan' dengan apa yang mahu diperkenal PAS itu.

Apatah lagi, katanya ekonomi negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS akan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan menaikkan cukai kepada rakyat kebanyakan seperti dibuat BN.

"Terengganu kita (PAS) pernah hapuskan tol (jambatan). Jelas itu satu kebajikan yang kita buat kerana melihat yang lalu itu peniaga-peniaga kecil, orang kampung.

"Walaupun kita rugi berjuta, namun kita tampung dengan menaikkan cukai kepada mereka yang kaya seperti industri dan pembalakan," ujarnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Yu kemejan masuk jaring nelayan

Posted: 12 Jun 2011 07:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -


LUMAYAN. Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.

Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.

Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.

Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

Serang istana: Lima disyaki terlibat ditahan

Posted: 12 Jun 2011 07:00 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -


DUBAI 13 Jun – Seramai lima orang telah ditahan hari ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan bom yang mencederakan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh pada 3 Jun lepas, kata seorang diplomat.

Menurut sumber yang dihubungi melalui telefon, kira-kira 50 orang telah disoal siasat setakat ini, namun tidak menyediakan maklumat lanjut mengenai penahan tersebut.

Saleh telah diterbangkan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan dalam serangan bom ke atas Istana Presiden pada awal bulan ini. 

AFP

Mesir tahan perisik Israel kerana mengintip

Posted: 12 Jun 2011 06:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -


KAHERAH 13 Jun – Pihak berkuasa Mesir hari ini menahan seorang pegawai Israel yang berkhidmat untuk agensi perisikan Mossad atas dakwaan mengintip, lapor agensi berita MENA.

Hakim Hesham Badawi dari pihak pendakwa raya keselamatan tertinggi negara mengarahkan lelaki tersebut ditahan selama 15 hari untuk menjalankan siasatan atas tuduhan mengintip di Mesir dengan tujuan merosakkan ekonomi dan politik di negara ini.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Israel mengatakan pihaknya tidak mengetahui perkara tersebut. 

AFP

Taktik Serang Mat Sabu Guna Skandal Seks Hanya Akan 'Makan Diri' Umno-BN

Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 13 JUN : Serangan video seks 'fitnah' ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), hanya akan memberi kesan buruk kepada Umno-Barisan Nasional(BN), kata penganalisis politik.

Malah, menurut Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee, lebih banyak taktik kotor dan usaha untuk mengaibkan kedua-dua parti perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum dijangkakan tidak lama lagi.

"Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.

"Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media kawalan Umno akan menggunakan isu tersebut untuk terus melakukan serangan.

"Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menerima sekeping VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian.

"Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya.

Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.

Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya.

Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.

"Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.

"Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar.

Tv Selangor/-


Tujuh maut serangan meriam tentera Gaddafi

Posted: 12 Jun 2011 05:30 PM PDT

11 Rejab 1432H. [MOD] -


ALGIERS 13 Jun – Sekurang-kurangnnya tujuh orang terbunuh dalam satu serangan artileri yang dilancarkan tentera kerajaan Libya ke atas pekan Zintan yang dikuasai puak pemberontak, kata jurucakap kumpulan pemberontak semalam.

"Jumlah mereka yang terkorban mencecah tujuh orang manakala 49 yang lain cedera dan ditempatkan di hospital. Serangan meriam dan pertempuran masih berterusan," katanya yang dikenali sebagai Abdul Rahman ketika dihubungi.

Katanya, tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi telah melancarkan serangan meriam dan roket buatan Rusia, Grad terhadap pekan tersebut yang terletak di wilayah pergunungan barat di barat daya Tripoli sejak pagi semalam.

Bagaimanapun, pegawai kerajaaan di Tripoli menafikan tentera kerajaan menyerang penduduk awam.

Reuters

Dasar ekonomi negara ketinggalan 30 tahun

Posted: 12 Jun 2011 02:03 AM PDT

10 Rejab 1432H. [MOD] -

 

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara sudah ketinggalan 30 tahun menyebabkan berlakunya krisis ekonomi termasuk kenaikan harga barangan ekoran peningkatan harga minyak.

Dalam tempoh tersebut membuat kesilapan demi kesilapan sehingga telah menjadi lambakan dan kesan sukar ditangani, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Kerajaan gagal memandang ke depan termasuk dalam merancang harga minyak pasaran dunia.

"Akibatnya kerajaan gagal mengurus harga minyak dan kesannya rakyat menanggung beban," katanya dalam satu forum ekonomi di ibu negara hari ini.

Dua lagi ahli panel forum anjuran Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu ialah Exco Pemuda Umno Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Exco Pemuda PAS Dr Zuhri Marjuki.

Menurut Rafizi, rakyat terbanyak tidak mendapat subsidi minyak sebaliknya pengeluar tenaga bebas (IPP) memperolehi berbilion ringgit.

Beliau mahu isi penjanjian di antara IPP dengan kerajaan didedah kepada umum dan dikaji supaya tidak membebankan rakyat.

Dasar Dr M

Manakala Dr Zuhri mendakwa dasar pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi khususnya berkaitan harga minyak.

Katanya, pembaziran minyak ekoran dasar Dr Mahathir yang mahukan rakyat menggunakan banyak kereta.

"Sektor pengangkutan awam tidak digunakan, hanya kebelakangan ini baru dipandang  semula," katanya. polisi pengangkutan yang menurutnya menyebabkan penggunaan minyak yang banyak.

Wakil  Pemuda Umno pula menegaskan orang miskin perlu terus mendapat subsidi khususnya minyak.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah membelanjakan wang terlalu banyak untuk subsidi dan ini tidak baik kepada negara.

Katanya, jumlah subsidi negara pada 2009 ialah RM74 bilion iaitu RM12, 000 setiap isi keluarga.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 13 Jun 2011 01:22 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS Bantu Taklimat Pemilihan Masjid

Posted: 13 Jun 2011 12:59 AM PDT

PERMATANG PAUH, 13 Jun: PAS Pulau Pinang akan membantu kerajaan negeri memastikan taklimat yang tepat dan betul kepada akar umbi mengikut semangat yang ada dalam Tatacara Pemilihan Qariah sebelum tarikh pemilihan pada 18 Jun ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusof Raw…a pada sidang media khas berhubung perkara itu berkata, PAS sedaya upaya menggerakkan [...]

Penyelewengan Koperasi Tunas Muda berkaitan projek bersama Ideal Properties di Kg Perlis Sg Ara ,P.Pinang

Posted: 12 Jun 2011 05:59 PM PDT

  Cuba Baca Komen dari user berkaitan siapa developer ini diakhir website ini:http://www.apartment-penang.com/2009/08/ideal-property-to-launch-rm11bil.html   Pagi Ini Menghadiri pertemuan antara NGO Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yb Yusmadi berkaitan penyelewengan Koperasi Tunas Muda keatas Tanah Milik koperasi dan orang melayu, Tanah digadai pada Ideal Properties Delelopment dgn RM184 JUTA dgn [...]

Ustaz Salleh Man Kekal PJ PAS Pulau Pinang

Posted: 12 Jun 2011 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad [...]

Peghelih La...

Posted: 12 Jun 2011 11:07 PM PDT

Peghelih La...


Senarai Penuh AJK PAS Pusat

Posted: 12 Jun 2011 09:20 PM PDT

Jawatankuasa Harian PAS Pusat
Presiden : YB. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Haji Mohamad Sabu
Naib Presiden: YB. Salahuddin Ayub , YB. Datuk Haji Husam Musa, YB. Datuk Haji Nahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama: YB. Ustaz Datuk Haron Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : YB. Siti Zailah Yusuf
Setiausaha Agung: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung: YB. Datuk Takiyuddin Hassan,

: YB.Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
: Ahmad Sabki Yusuf
Bendahari: YB. Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya: YB. Dr Mohd Hatta Ramli

AJK PAS Pusat:
1) Mazlan Aliman
2) YB. Datuk Kamarudin Jaafar
3) Hanipa Maidin
4) YAB. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
5) YB. Dr Zulkefly Ahmad
6) YB. Dr Mujahid Yusof Rawa
7) YB. Khalid Samad
8) Ustaz Abdul Ghani shamsuddin
9) YB. Datuk Ir. Amiruddin Hamzah
10) YB. Haji Abdul Wahid Endut
11) Ustaz Abu Bakar Chik
12) YB. Datuk Mohd Amar Abdullah
13) YB. Dr Siti Mariah Mahmud
14) Datuk Dr Mahfodz Mohamed
15) YB. Datuk Hassan Ali
16) Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
17) Ustazah Nuridah Salleh
18) YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa
19) Ustaz Idris Ahmad
20) Asmuni Awi
21) Mohd Anuar Tahir
22) YB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
23) Zulkefly Mohammad Omar
24) Abang Ahmad Kerdee Masagus

Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB. Ustaz Haji Hashim Jasin
2. Kedah: YAB. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
3. Pulau Pinang: YB. Ustaz Salleh Man
4. Perak: Ust Abu Bakar Husin
5. Selangor: YB. Dr Abd Rani Osman
6. Wulayah Persekutuan: Hj Mohd Noor Mohamad
7. Pahang: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
8. Terengganu: YB. Haji Abdul Wahid Endut
9. Kelantan: YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
10. Negeri Sembilan: YB. Mohd Taufek Abdul Ghani
11. Melaka: Adly Zahari
12. Johor: Datuk Dr Mahfodz Mohamed
13. Sarawak : Haji Adam Ahid
14. Sabah: Aminuddin Halim

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Jun 2011 09:42 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PIDATO Bicara Rakyat 18 Jun 2011 di Rembau

Posted: 12 Jun 2011 09:10 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Bersama :
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka
Chegubard, Pengerusi SAMM
Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz, bekas Imam Masjid Saidina Omar AlKhattab, Bukit Damansara
Tarikh : 18 Jun 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Astana Raja, Rembau, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 06:27 AM PDT



KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3752-pas-selesai-lantik-ajk-pesuruhjaya

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 12 Jun 2011 07:39 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


UMNO Sanjung Ulama'?..Hanya Lakonan Semata

Posted: 11 Jun 2011 09:52 PM PDT



"Bagus sangat ker negara kebajikan UMNO BN sampai dihalang untuk menciplak? Dan PAS pun rasa geli dan loya untuk meniru negara kebajikan UMNO BN - lihat sahaja kes-kes terbaru di negara kita, kesemuanya dijumpai di dalam "negara kebajikan" tajaan UMNO BN seperti kes rasuah Khir Toyo, kes pembunuhan rakyat seperti Ahmad Sarbani dan Teoh Beng Hock di pejabat SPRM, kes polis bertindak berat sebelah, kes penipuan dan ketidak-telusan SPR menjalankan pilihanraya, kes video seks fitnah semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik, kes hakim yang durjana dan ikut telunjuk Peguam Negara dan pelbagai lagi...

Sedangkan negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memenuhi tuntutan baldatun taybatun wa rabbun ghaffur.

Ia seperti apa yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Jadi usahlah UMNO BN terutama Najib rasa perasan sangat yang PAS nak ciplak konsep negara kebajikan mereka. Jauh bezanya umpama langit dan bumi"
______________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.enurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Uimno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS.

Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama.

"Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.

"Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.

"Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam," katanya.

Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama.

Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS.

PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja.

"Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah.

"Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya.

Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS.

"Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau.

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 12 Jun 2011 07:20 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Sekitar Latihan Kawad...

Posted: 12 Jun 2011 11:01 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 12 Jun 2011 07:14 PM PDT

PAS LENGGONG


Pembaziran yang membanggakan UMNO Lenggong

Posted: 11 Jun 2011 07:48 PM PDT

Berapa banyak wang digunakan untuk kerja pembersihan ini. dan ia kembali seperti asal tidak digunakan.

Piala FA Kelantan tewas kerana siapa

Posted: 11 Jun 2011 07:47 PM PDT

Ada setengah pendapat kerana Annuar Musa?

Ceramah Isra' Mikraj

Posted: 11 Jun 2011 07:46 PM PDT

Di Surau teluk batu
malamni
disampaikan oleh ust zakaria hj Ahmad.
Datanglah beramai-ramai.

Brahim Ali yang menipu

Posted: 11 Jun 2011 07:45 PM PDT

Dia menipu PAS dan Tok Guru, Dia juga mengkritik PAS. Semoga Allah menyegerakan laknat keatasnya.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 12 Jun 2011 07:13 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Lantikan Terbaru Barisan Pimpinan PAS

Posted: 12 Jun 2011 05:33 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 12 Jun 2011 07:10 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


PAS Bukit Katil adakan 'Retreat' pada 18 Jun depan

Posted: 12 Jun 2011 08:26 AM PDT


PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan 'Retreat' pada 18 Jun depan bagi membincangkan perancangan PAS Kawasan untuk tahun 2011-2012.

Retreat ini akan melibatkan semua AJK PAS Kawasan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'.

PAS Bukit Katil komited untuk melahirkan anak sulung PAS di Dun Melaka pada PRU ke 13 nanti. Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dalam kenyataanya kepada blog ini berkata antara lain retreat akan membincang 3 perkara utama iaitu Pilihanraya Umum ke 13, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyyah.

"Semua ketua-ketua lajnah dan dewan-dewan telah diminta menyediakan pelan perancangan masing-masing berserta dengan takwim program mereka".

"Di akhir retreat ini kita akan muktamadkan KPI PAS Kawasan, Takwim tahunan dan bai'ah kita kepada PAS demi Islam" kata beliau.

PAS Bukit Katil adakan 'Retreat' pada 18 Jun depan

Posted: 12 Jun 2011 08:26 AM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan 'Retreat' pada 18 Jun depan bagi membincangkan perancangan PAS Kawasan untuk tahun 2011-2012.

Retreat ini akan melibatkan semua AJK PAS Kawasan termasuk Ketua Dewan Pemuda, Muslimat dan Urusan Ulama'.

PAS Bukit Katil komited untuk melahirkan anak sulung PAS di Dun Melaka pada PRU ke 13 nanti.

PAS Bukit Katil ucap tahniah pada PJ baru

Posted: 12 Jun 2011 08:21 AM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Haji Adly Zahari yang dilantik pada mesyuarat PAS Pusat petang tadi.

Semoga perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru ini akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat negeri Melaka dalam usaha untuk menumbangkan BN Melaka yang zalim dan korup.

YDP rasmikan Walkaton PASTI Al Kauthar

Posted: 11 Jun 2011 10:21 PM PDT

YDP Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab melancarkan program walkaton PASTI Al Kauthar Taman Ayer Keroh Height malam tadi. Program tersebut bertujuan untuk mengumpul derma tabung PASTI tersebut.

Di samping pelancaran dana tersebut, majlis malam tadi juga diserikan dengan sumbangan cenderamata kepada pemain-pemain bolasepak dan bolojaring PASTI Al Kauthar yang mengambil bahagian dalam Sukan PASTI Kawasan Mei lalu. Pasukan tersebut berjaya menjadi Naib Johan dalam acara bolasepak dan tempat keempat dalam acara bolajaring.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua PAS Cawangan Ayer Keroh Height Md Yakin Jaafar, Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru PASTI Al Kauthar, Abdul Jalal Khan, Setiausaha PAPISMA Johor, Hod Hamden, guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 12 Jun 2011 03:36 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


YB Wahid Endut Pesuruhjaya Baru PAS Terengganu

Posted: 12 Jun 2011 08:31 AM PDT

"Saya bukan yang terbaik, tetapi akan pimpin kabinet perang pilihanraya PAS Terengganu, InsyaAllah!,"
KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wkaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut sah dilantik sebagai Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu yang baru.

Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Buletinonline selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini Ahad 12 Jun, bersetuju melantik Wahid ke jawatan tersebut.

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak,

"tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepa pangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Pertukaran Pesuruhjaya Terengganu itu difahamkan bagi mengurangkan 'beban amanah' yang dipikul oleh Bekas PJ, Dato' Ustaz Harun Taib.

Pada pemilihan Muktamar Dewan Ulamak yang lalu, Ustaz Harun kekal memenangi jawatan Ketua Dewan Ulamak tanpa dicabar mana-mana pihak.

Sementara Wahid, adalah muka baru yang menang dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, pada Muktamar ke-57 baru-baru ini

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Piala FA: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 12 Jun 2011 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

"Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan," ujarnya di laman Facebook.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini.

"Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.

Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.

Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.

Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 12 Jun 2011 03:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Semua Mesti Berusaha & Tingkatkan Usaha

Posted: 12 Jun 2011 05:20 AM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Jun 2011 03:06 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


APA KATA PESERTA BERSIH 2.0 PAKAT NAIK TEKSI?

Posted: 12 Jun 2011 07:37 AM PDT

 Buat kesekian kalinya Utusan Meloya menipu rakyat Malaysia yang bodoh dengan artikel berkenaan dengan pemandu teksi yg berdaftar 21k di Lembah Klang akan kerugian RM3.2 juta atau purata RM150 sebuah teksi ...

so dicadangkan agar kepada semua peserta BERSIH 2.0 agar dapat menggunakan perkhidmatan awam ini untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0... al maklum la parking mesti penuhnye... so senang cite naik je teksi.... maka dengan jumlah yang seramai 300k maka pemandu teksi ini akan tersenyum lebar la... kerana bukan sahaja mereka akan dapat RM 300 pada hari itu untuk mengangkut peserta BERSIH... malah lebih dari itu... pakcik kayo!!!
Selain itu turut dicadangkan agar semua peserta  BERSIH 2.0 tak yah bawak bekal dari rumah... kita pakat-pakat makan kat KL... spend dalam RM7 sorang(makan ngan minum direstoran sekitar KL dan Lorong TAR)...  kire la... RM7 kali 300k?? pakcik kayo  lagi !!!  So kita ini akan menguntungkan keseluruhan peniaga makanan sekitar ibu kota.

Dan sekiranya duit peserta masih berlebih lagi eloklah kirenya singgah di shpooing complex KL macam SOGO yang selalu buat sell... maklumlah jarang-jarang datang KL lebih-lebih lagi yang tak pernah datang KL... sekurang-kurang nye bawak balik le buat tangan dari KL untuk orang kampung... macam poskad gambo KLCC ngan KL Tower....

Dah habis shopping tue... tak ingat nak balik ke??? dah datang dengan pengangkutan awam so balik pun same lah...AMACAM ???? SETUJU????

AKU SETUJU JE... SEBAB AKU PEMANDU TEKSI!!! BINI AKU JUAL KAT JALAN TAR!!!


PERKASA BACUL BERDEPAN BERSIH 2.0... MINTAK TOLONG POLIS

Posted: 12 Jun 2011 06:51 AM PDT

Nampaknya PERKASA sudah kecut teloq nak berhadapan dengan BERSIH 2.0... hari tue pasal utusan malaysia nampak macam jaguh sangat sanggup berdepan dengan AMK... awat kali nie hang takut ... hang dah takde teloq macam Brahim Katak ke yang dok ceramah depan 50 orang kampung aku, Bunut Susu... kalu wira sangat tak yah report polis... kita berdepan berdemo...

Ana petik : Wira PERKASA Putrajaya bersama sdr Hisamudin Yahaya dari Gerakan Pemuda Prihatin (GEMPUR) Putrajaya dan NGO-NGO di dalam kawasan Parlimen Putrajaya yang lain seperti Persatuan Pemandu Teksi Putrajaya, Persatuan Gerak Harmoni Putrajaya, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya dan Majlis Perundingan Wanita Putrajaya telah membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan Bersih....

Kalu takat muke bacul begini... cukup Pemuda Pas Wangsa Maju je... tak payah ramai-ramai...

TERIMA KASIH 'UTUSAN' BUAT PROMOSI UTK BERSIH 2.0

Posted: 12 Jun 2011 06:40 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Meloya itu adalah "liputan terbaik", menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu.

Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN).

Utusan Meloya, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa "boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan.

"Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik," kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider.

"Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas," katanya.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai "himpunan aman rakyat."

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata "rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan."

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007.

Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.

"Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini," kata Mohamad.

Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah.

"Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media," kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini.

Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis.

Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat.

Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 12 Jun 2011 01:35 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 08:32 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Jun 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda

Posted: 12 Jun 2011 05:30 AM PDT

1) Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.

2) Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.

3) Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

4) Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.

"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," kata beliau lagi.

5) Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.

"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," kata beliau lagi.

6) Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.

7) Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri.



Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Jun 2011 11:41 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 11 Jun 2011 09:56 PM PDT

Tanggal 27 rejab setiap tahun masih di ingati oleh seluruh penganut Islam seluruh dunia sebagai suatu tarikh keramat di mana berlakunya suatu peristiwa besar kepada RasuluLLah SAW bagi menguji Baginda dan seluruh ummatnya. Peristiwa yang dimaksudkan adalah Isra' dan Mi 'raj.
Peristiwa ini berlaku pada saat nabi saw sedang berdukacita dan dakwah Islam berada pada tahap baru bermula. Peristiwa pelik bagi manusia telah berlaku dengan izin Allah bagi menunjukkan kekuasaan dan kehebatan kuasa-Nya mengatasi kebijaksananan manusia

Bekenaan dengan peristiwa ini ada suatu hadis Nabi saw yang menarik minat kita, Nabi saw bersabda yang bermaksud :
"Aku dibawa melihat ke dalam neraka pada malam mi'raj dan aku dapati ramai di kalangan ahlinya orang-orang faqir." Sahabat bertanya "Mereka faqir kerana tiada hartakah RasuluLLah? Baginda menjawab " Tidak. Mereka faqir ilmu."
Kejahilan merupakan fitnah yang sangat besar kepada umat Islam. Kejahilan menyebabkan manusia jauh dari Allah, jauh dari agama. Kejahilan menyebabkan manusia mudah tertipu oleh musuh-musuh mereka yang terdiri daripada;
  1. Syaitan – sebagai ifrit
  2. Dunia – Perempuan tua tapi cantik & menarik
  3. Hawa Nafsu – Nabi memilih susu sebagai simbolik fitrah yang terbaik.

Jika difikirkan apakah yang dapat menyelamatkan manusiadaripada mereka? Hanya ilmu yang dapat menyelamatkan manusia. Kita melihat berapa ramai manusia telah tertipu oleh ketiga-tiga musuh di atas kerana kurangnya ilmu dan kefahaman tentang agama menyebabkan mereka menjadi sehina-hina makhluk. Manusia perlukan ilmu bagi menangkis serangan musuh-musuh tadi. Gajala sosial seperti pembuangan bayi, penagih dadah, rompak, rempit dan segala macam kerosakan berlaku kerana ilmu sudah tidak berakar umbi dalam jiwa umat islam bersama hilangnya nur iman.

Justeru kami mengajak orang Islam kembali mengamalkan Islam secara secara syumul dan jitu bagi menentang musuh-musuh Allah itu. Hidup kita harus berbekalkan ilmu, iman dan iltizam bagi mengembalikan manusia ke arah keselamatan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Isra' mi'raj telah berlalu. Kenangan yang mengimbau setiap kali tibanya 27 Rejab biarlah membuahkan keimanan sebenar. Lahir dari hati yang tulus ikhlas menjunjung segala perintah dan ketetapan Allah.
Marilah kita kembali kepada kehidupan fitrah yang ditunjukki oleh RasuluLLah di dalam sunnah dan sirah kehidupan Baginda yang mulia. Bermula dengan kalimah syahadah yang menyaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad S.A.W itu RasuluLLah, menegakkan solat yang dianugerahkan sewaktu Isra' dan Mi'raj, mengimarahkan kerja-kerja makruf dan menegah perkara-perkara mungkar dengan istiqamah dan semangat jihad.
Semoga Isra' Mi'raj menjadikan kita manusia yang sentiasa teguh kepercayaan dan yakin akan janji Allah. Sekian.

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Jun 2011 11:36 AM PDT

Dupahang's Weblog


PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 05:58 AM PDT

Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 12 Jun:Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan [...]

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 12 Jun 2011 09:52 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


40 Pemuda UMNO Masuk PAS, Gelombang Merah Gagal.

Posted: 12 Jun 2011 12:32 AM PDT


KOTA BHARU - Seramai 40 Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir dan Tok Akil, Ketereh menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan di pejabat Pas Ketereh di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir, Nor Azman Sulaiman berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

"Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

"Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya," katanya selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Pemuda Pas yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu menurut Penyelia Pas Kawasan Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood, kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Ketereh akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam.

"Saya yang juga sebagai setiausaha Pas kawasan, amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai lagi ahli UMNO untuk menyertai kami," katanya.sumber

Wanita Pertama Malaysia Yang Memiliki Jenama Beg Tangan Paling Mahal Dianggar RM360 Ribu Satu Beg.

Posted: 12 Jun 2011 12:28 AM PDT

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).



Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.




Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.



Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.


Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.


"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.

AK sedia membina rekod baru untuk Turki

Posted: 12 Jun 2011 12:23 AM PDT

ISTANBUL, 12 Jun: Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.


Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.


Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.


(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)


Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.


Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan, seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.


Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.


Saadet umpama PAS manakala AKp umpama PKR di Malaysia. Pemimpin AKP, Raccip Toyyib Erdogan adalah Ketua Pemuda parti Refah pimpinan Almarhum Necmetin Erbakan, ketika Erbakan pernah menjadi pemimpin Turki satu masa dulu.


Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.


Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.


Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.


Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.


Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.


Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.


Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.


Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.


Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.


Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.


Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.


(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)


"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.


Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.


"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.


Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).


Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.


Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.


Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.


"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.


Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.


"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.


Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.


Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.


"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.


Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.


"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.


Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.


Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.


Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,


"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.


Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.


Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.


Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.


Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.


Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.


Zulkifli Sulong

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Jun 2011 09:49 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

Posted: 12 Jun 2011 06:26 AM PDT



KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3752-pas-selesai-lantik-ajk-pesuruhjaya

PAS Kawasan Setiu

Posted: 12 Jun 2011 09:34 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


Senarai Penuh Kabinet Kerja PAS Pusat 2011-2013

Posted: 12 Jun 2011 08:50 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Jun 2011 09:16 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Hadiah berjumlah RM16 300 untuk blog terbaik> JOM SERTAI!

Posted: 12 Jun 2011 08:28 AM PDT

http://selangoridamanku.com/posters

Sayang Tok Guru PAS kepada artis dunia akhirat

Posted: 12 Jun 2011 06:47 AM PDT

Siapakah golongan yang menyayangi artis bukan sahaja di dunia tetapi kekal hingga akhirat.Pemimpin tertinggi PAS ini meluangkan masa untuk membawa mesej Islam sebagai rahmat untuk sekelian alam termasuk untuk artis dan orang seni yang perlu terbimbing supaya berada dalam naungan rahmat Ilahi dan tidak menyalahgunakan bakat mereka hingga menggelap hidup di dunia dan hidup di akhirat.

PAS for all! PAS ada ruang untuk artis

Posted: 12 Jun 2011 06:33 AM PDT

PAS tidak perbah menggadai prinsip. PAS sebenarnya lebih bijak menggunakan hikmah atau kebijaksanaan dalam menangani apa-apa masalah tanpa berkompromi tentang masalah prinsip atau dasar.
Mereka yang celik mata hati lebih mudah untuk memahami jalan perjuangan PAS yang sudah banyak pengalaman praktikal dalam dakwah bil hikmah. PAS menguasai kegopohan berdakwah dan siyasah kerana PAS parti futuristik yang realistik dan bertongkatkan amal jama'ie

Bagaimana iman kita boleh bertambah bila faham peristiwa israk mikraj?

Posted: 12 Jun 2011 05:42 AM PDT

Apakah rahsia di sebalik peristiwa israk mikraj sebagai panduan hidup kita agar berjaya dunia akhirat.
Kejayaan hakiki bukan kejayaan palsu bersifat sementara dan sentiaa bertukar-tukar

Source of strength

Posted: 12 Jun 2011 04:42 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 12 Jun 2011 09:07 AM PDT

KHIDMAT MERU


CERAMAH UMUM DI FELDA GEDANGSA

Posted: 11 Jun 2011 08:34 PM PDT














Kehadiran ratusan peneroka dan orang ramai yang membanjiri Dataran Pejabat JKKK Felda Gedangsa, Hulu Bernam di Malam Penerangan dan Kesenian Islam, memberi semangat kepada YB Dr Rani dan Saudara Bob Lokman untuk menyampaikan ceramah penerangan mereka kepada hadirin yang datang.


Persembahan kanak-kanak nasyid dari Kumpulan Nasyid Ijtimai juga menarik perhatian dan berjaya menghiburkan penonton dan menaikkan semangat mereka untuk berjuang.









WANG PENDAHULUAN SMUE DISAMPAIKAN KERUMAH-RUMAH

Posted: 11 Jun 2011 07:18 PM PDT










YB Dr Rani bersama-sama Datuk Ketua Kampung Meru, Tuan Hj Taipor Hj Nor telah turun padang kerumah-rumah pewaris yang kematian warga-warga emas terdiri daripada ibu-bapa, datuk atau pakcik atau makcik mereka.

Setiap mereka juga dimaklumkan bahawa mereka akan dihubungi dalam masa 2 bulan lagi untuk menerima baki RM1,500.00 program SMUE yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor itu.








GOTONG ROYONG MENGECAT SURAU BERSAMA PTRS & UNIT AMAL

Posted: 11 Jun 2011 05:03 AM PDT














Misi mengecat surau dalam PROGRAM AMAL MENGECAT SURAU DARUL EHSAN dilaksanakan dengan jayanya. Program dianjurkan bersama PTRS, Unit Amal dan AJK SDE. Program Amal bersama pelajar PTRS adalah kali 2 bagi mempertingkat sahsiah diri, keyakinan dan merapatkan ukhwah sesama insan. Pihak YB Dr Rani bin Osman telah menyumbangkan RM 1000.00 untuk perbelanjaan program ini. Sumbangan cat secara percuma disumbangkan pula oleh Jotun(M) Sdn Bhd Shah Alam. Pihak YB menyarankan usaha dan semangat ini perlu diteruskan agar roh Islam berterusan kepada setiap umat Islam.

i n t a n h i j a u

Posted: 12 Jun 2011 07:20 AM PDT

i n t a n h i j a u


LANTIKAN AJK PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA SESI BARU ...!

Posted: 12 Jun 2011 03:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

SUMBANGAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KG. TERENGGANU

Posted: 11 Jun 2011 10:55 PM PDT


TELUK INTAN, 12 Jun - Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi Lujnah Kebajikan, Hj. Akram bersama muslimat sibuk membungkus pakaian.

Kotak-kotak pakaian dimasukkan ke dalam lori oleh Unit Amal.
Pengerusinya Hj. Mohammad Akram bin Mohd. Ayub berkata, selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara Berkebajikan, usaha ini dilihat sebagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.

Kebakaran besar di Kg. Terengganu, Teluk Intan pada 31 Mei lepas telah memusnahkan 16 buah rumah. Namun sebaik sahaja berlaku kebakaran, Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong telah melakukan usaha mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran.

Malam sebelumnya, pihak lujnah serta Dewan Muslimat PAS Kawasan telah bersama-sama memilih pakaian-pakaian terpakai yang sesuai dan baik untuk disumbangkan. Kesemua pakaian yang terpilih telah dimasukkan ke dalam kotak-kotak.
Banyak sumbangan diterima hingga memenuhi sebuah lori.

Bersedia untuk menghantar sumbangan ke Surau Kg. Terengganu.

Pada pagi tadi (12 Jun 2011) Unit Amal Teluk Intan serta Pemuda Kawasan Teluk Intan telah bergotong-royong mengangkut kotak-kotak pakaian tersebut dengan menggunakan lori untuk dibawa ke Surau Kg. Terengganu.

Di sana, kotak-kotak tersebut diletakkan di dalam surau sehinggalah hari penyampaian sumbangan pada hari Selasa nanti. Terima kasih kepada Unit Amal dan Dewan Muslimat..!
Kotak pakaian disusun di dalam surau.

Hj. Akram bersama imam surau.
intanhijau.blogspot.com

PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH DI KG. BAHAGIA

Posted: 11 Jun 2011 08:28 AM PDT


TELUK INTAN, 11 Jun - Pemuda PAS Kg. Bahagia dengan kerjasama Persatuan Amatur Lorong Masjid (PaLM), Kg. Bahagia telah berjaya menganjurkan pertandingan memancing udang galah baru-baru ini. Pertandingan telah diadakan di Jeti Awam Lorong Masjid, Kg. Bahagia dekat sini.
YB Anuar diarak dengan kumpulan pemuda PAS bermotorsikal ke tapak pertandingan.

YB Anuar meninjau di jeti.

Berbual dengan seorang urus setia pertandingan.

Lebih 40 orang telah menyertai pertandingan tersebut yang telah menyediakan hadiah-hadiah menarik. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi di mana ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah melepaskan para peserta.

Menurut seorang wakil PaLM, persatuan itu berasa berbesar hati dengan kehadiran ADUN Changkat Jong apatah lagi bilik rehat dan musolla persatuan tersebut telah mempunyai kemudahan bekalan air paip hadil usaha dan sumbangan YB Hj. Anuar Sudin.
Bot-bot para peserta.

Para peserta sedang bersiap sedia.

YB Anuar melepaskan para peserta.

Pada pukul 11.00 pagi pula, Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran telah hadir ke tapak pertandingan. Beliau telah dibawa meninjau dengan menaiki bot suasana pertandingan di Sungai Bidor.
YB Anuar berehat sebentar di pondok jeti.

YB Anuar dan YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik melawat bilik rehat dan solat jeti.

Ketua Pemuda PAS Kg. Bahagia Sdr. Esma bersama Ustaz Ismail.

Kemudian, pada sebelah tengah hari, kedua-dua wakil rakyat Pakatan Rakyat itu telah dibawa menikmati juadah tengah hari di mana menu utamanya ialah masakan udang galah.Selepas itu, mereka dibawa ke tepi sungai untuk menyaksikan pertandingan bot laju.
Menikmati jamuan tengah hari.

YB Anuar dan YB Manogaran dibawa melawat menaiki bot.

YB Manogaran menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk kampung.

Tepat jam 1.00 petang, pertandingan memancing telah tamat dan diikuti dengan penyampaian hadiah dan cendera mata kepada semua pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh YB Manogaran. Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan beras kepada 30 orang penduduk di sekitar Lorong Masjid Kg. Bahagia.
Para peserta mengambil tempat masing-masing.


YB berbual dengan Pak Lang, penasihat persatuan.

Melihat gelagat peserta.

Teka kacangpun ada.

Bersama seorang urus setia.

Bersemangat adik ni.

YB meratah udang galah.






intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Komen