Seperti dijanjikan, hari ini Part 1 untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh Pakar Strategi PR, Rafizi Ramli Lembu berhubung dengan NFC. 
Meh baca perlahan-lahan.
Pertama sekali, tiada dan tidak pernah ada 5,000 ekar tanah  diberikan secara percuma kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp)  untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti yang didakwa oleh  Rafizi yang mewakili Pembangkang.
Lihat di bawah muka depan contract antara Menteri Besar mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan NFCorp.
Ini antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar :
1.        Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.  
2.        Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
3.        Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank  – bank untuk membeli lapan lot pejabat di  KL Eco City untuk digunakan  oleh NFCorp
TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan  dan penipuan untuk memberi gambaran yang salah terhadap Datuk Seri  Shahrizat Jalil oleh Rafizi Ramli yang diketahui umum merupakan isteri  kepada Chairman NFCorp.

Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan  menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp.  Rafizi dalam tweet mengesahkan tuntutan ini. Blogger journo Fabiani Azmi  akan merungkai satu persatu penipuan Rafizi Ramli di dalam blog ini.
Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah,
Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan  penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen  penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama  sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk  membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai  memfitnah dan menipu sahaja.
Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh  rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek  keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.
Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam pengeluaran  daging lembu dan dalam masa yang sama Malaysia mempunyai 'stok' yang  mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti kekurangan  makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah  dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyai 40% daging  keluaran tempatan.
Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010,  kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8,897 ekor  lembu telah diimport yakni 11% melebihi sasaran asal.
Tetapi akibat iri hati dan penuh sifat benci terhadap kerajaan yang  telah dipupuk oleh kepimpinan PR, Rafizi telah ditugaskan untuk  menjatuhkan project NFCorp. Pemerhati politik percaya ia adalah cara  ataupun jalan terbaik untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul  Jalil, Ketua Wanita UMNO yang mempunyai penyokong setia hampir 1.3 juta  wanita UMNO, yang dirasakan sebagai penghalang utama Pembangkang menuju  ke Putrajaya.
Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata angka  pengeluaran bagi projek NFC telah menunjukkan kegagalan. Rafizi  berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor  lembu. Jika angka ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak  pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang  ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia.
Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a 'political juggernaut', beliau dengan sengaja telah menipu rakyat  di mana 'on record' beliau  telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan  330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang  kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor  lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor  lembu menjelang 2013.
Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.
Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300,000 ekor  lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Target utama beliau hanya  ingin memburukkan Datu Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional  dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana  Menteri Malaysia.
Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagai manipulasi politik  ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh  konsesi adalah 30 tahun di mana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai.  Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila  kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012 atau  sebenarnya Rafizi sedar akan hal ini tetapi seperti yang dikatakan di  atas, beliau mempunyai sifat busuk hati dan meneruskan agenda  menjatuhkan orang² kuat kerajaan.
Mercedz Benz 
Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah  menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM  534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara  TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani.
Pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana  daripada penjualan daging lembu dan bukannya datang daripada pinjaman  NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 'double digits'.
.
Terus terang, hari ini boleh dikatakan semua orang mempunyai kereta  Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda  akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.
Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh  berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat² tidak tahu  mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR  Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu  MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika  dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat  gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.

Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau  mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz? Peliknya kenapa  Rafizi Ramli enggan mengutarakan hal sebegini yang jauh lebih dasyat  berbanding isu NFCorp? 
Dalam episod seterusnya, penulis akan menawarkan lebih banyak contoh  penipuan, salah nyata dan gangguan yang dilakukan Rafizi Ramli dan geng²  keji beliau. Kita dedahkan perlahan² sehingga PRU akan datang adalah  penghujung nafas politik PR. Terdapat lebih daripada sedozen pendedahan  akan dilakukan nanti.
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan