|    
 
 Timbul pelbagai isu tentang Sistem   Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas,   apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan   menjadikannya persis sebuah sarkas. 
 
 Kenapa kita begitu kuat   mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya   setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna   jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya? Memandu melebihi had laju,   melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua   selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang   sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua. 
 
 Adakah kita ini semata-mata sebuah   negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa   sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah   sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?  
 
 
 
 Pertama sekali, AES telah pun   dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti   Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih   daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem   elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan. 
 
 Kita ambil contoh Perancis di mana   jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus   dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar   kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman   pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi   peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah   pengawasan AES. 
 
 Sejak fasa pertama pelancarannya   di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah   dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala   Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558   kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama. 
 
 Perangkaan ini seharusnya   mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk   kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang   cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang   didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih   daripada separuh sejak minggu lepas?    Pengguna-pengguna jalanraya kini   bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka   tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang   diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai   sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?  |  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan