|      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 25 Oct 2012 01:10 AM PDT                  |      Tentera selatan Thai minta bantuan       Posted: 25 Oct 2012 01:02 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Askar di selatan Thailand giat melakukan siasatan dalam serangan di Narathiwat, Tak Bai dan Bacho.                                   	NARATHIWAT - Agensi kerajaan dipanggil menyalurkan bantuan kepada askar  dan polis tempatan untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan  Thailand, semalam. 
 
 	Ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, serangan terbaru pada  hujung minggu lalu menyebabkan dua askar terbunuh dan lebih 10 orang  lagi cedera termasuk kanak-kanak. 
 
 	Prayuth berkata, sehingga kini penduduk di selatan Thailand enggan  bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk membanteras serangan  kumpulan pemisah. 
 
 	"Saya menghantar permintaan kepada 17 kementerian dan 66 agensi  mengenai bantuan di wilayah selatan. Tentera dan polis hanya  melaksanakan undang-undang tetapi jika tidak dibantu, kita tidak dapat  mencapai persefahaman," kata Prayuth. 
 
 	Prayuth mendakwa, puak pemisah masih melancarkan serangan untuk menunjukkan mereka masih berkuasa. 	Pada masa sama, ketua polis kebangsaan, Adul Saengsingkaew dilaporkan  tiba di pusat operasi polis di Muang, Yala bagi mendapatkan maklumat  lanjut mengenai serangan di Narathiwat, Tak Bai dan Bacho. 
 
 	Sementara itu, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menyuarakan  kebimbangan terhadap serangan terbaru di wilayah berkenaan. -Bangkok  Post     |        |      'Murid Orang Asli ditampar tak baca doa'       Posted: 25 Oct 2012 01:00 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
   Sekumpulan  ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai  dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa  makan.
  Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya  ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca  doa walaupun bukan Islam.
  Atar bersama dua lagi bapa - Hassan  Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka turut ditampar,  terpaksa meredah tiga jam perjalanan ke Pos Bihai untuk membuat laporan  di balai polis Gua Musang.
  Pos Bijai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.
  Timbalan  Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa,  tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.
  Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya. 
  Sementara  itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata  belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat  tentang perkara itu. 
 
 malaysiakini/-      |        |      Jamuan laksa kutip dana lebuh raya rakyat       Posted: 25 Oct 2012 12:54 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	        PASIR  MAS: Biar pun Menteri Kerjaraya, Datuk Seri  Shaziman Abu Mansor meminta kerajaan Kelantan menghentikan kutipan derma  dana lebuh raya rakyat, sebaliknya orang ramai tetap tampil  menghulurkan sumbangan.   Semalam Masjid An-Nur Kubang Bemban menganjurkan jamuan laksa bagi  mengutip derma dana lebuh raya rakyat menghubungkan Kota Bharu-Kuala  Krai yang dirancang kerajaan negeri.   Pengerusi program tersebut, Che Pa Che Jid berkata, kira-kira 200  kilogram laksa disediakan bagi jamuan lebih kurang 1,000 orang untuk  mengisi dana wakaf projek berkenaan.   "Program bermula selepas solat Zohor sehingga waktu Isya. Sambutan orang ramai Alhamdulillah begitu menggalakkan sekali.   "Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad, penghulu-penghulu mukim dan  orang ramai hadir memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri  menyediakan kemudahan untuk rakyat.   "Orang ramai tidak putus-putus datang. Mungkin kami masjid mukim  pertama di Kelantan menganjurkan program seumpama ini," katanya ketika  ditemui pada program berkenaan.   Menteri Kerjaraya sebelum ini dilapor meminta kerajaan Kelantan  memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih,  berbanding mengutip derma membina lebuh raya rakyat.   Sebelum ini wat-wat Siam di seluruh Kelantan menganjurkan kutipan  derma bagi mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat. Majlis penyampaian  sumbangan itu diadakan di Wat Machimmaran, Tumpat.   Lebih RM60,000 dikumpul masyarakat Siam dalam bentuk pokok duit.  Wakil-wakil wat kemudian menyerahkan pokok duit tersebut kepada Menteri  Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.   Che Pa berkata, usaha dilakukan itu sebagai aspirasi kepada  pihak-pihak lain untuk turut sama mengadakan program serupa bagi  sama-sama mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat.   "Sedekah jariah digalakkan Islam terutamanya perkara yang memberi  manfaat kepada orang ramai seperti lebuh raya. Projek itu dinafikan  kerajaan pusat jadi kita sebagai rakyat perlu mengambil inisiatif  sendiri," ujarnya.   Menurutnya jumlah kutipan disasarkan kira-kira RM20,000. Kutipan juga akan dilakukan secara berterusan selepas ini.   Kata beliau juga wang kutipan derma itu akan diserah kepada kerajaan negeri.   Penghulu Mukim Kubang Bemban, Abdul Aziz Che Yusoff berkata, biar pun  keadaan hujan dan cuaca mendung, namun orang ramai tetap datang menjamu  selera sambil menderma. harakah/-        |        |      Kondom dalam kotak rokok       Posted: 25 Oct 2012 12:30 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Penguat kuasa Jaim menunjukkan kondom yang dirampas.                                   	BANDARAYA MELAKA - Sembunyi kondom dalam kotak rokok bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. 	 	Itu taktik digunakan sindiket pelacuran di sebuah hotel bajet di Jalan  Munsyi Abdullah di sini, yang diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam  Melaka (Jaim), semalam. 	 	Serbuan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis  Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,  menahan tiga wanita tempatan dipercayai pelacur berusia 20 hingga 32  ditahan ketika mereka menunggu pelanggan. 	 	Turut ditahan ialah pekerja hotel bajet berkenaan dan seorang pelanggan berusia 20-an. 	 	Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, hasil  pemeriksaan pihaknya menemui 800 kondom yang belum digunakan disorok di  dalam kotak rokok, celah tangga, bawah tilam dan di dalam laci. 	 	"Kondom yang disorok dalam rokok ini akan diambil pelanggan yang melanggan pelacur di sini. 	 	"Taktik ini mungkin digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Jika  tidak melakukan pemeriksaan teliti, kotak ini akan disangka kotak kosong  yang dibuang," katanya kepada pemberita. 	 	Rahimin berkata,pihaknya juga menemui ribuan pil hormon dan pencegah  kehamilan di hotel 24 bilik itu yang beroperasi tanpa lesen. 	 	"Pemilik premis nampaknya masih berdegil kerana masih meneruskan operasi walaupun telah diserbu beberapakali sebelum ini. 	 	"Isnin lalu, kita menahan tujuh pelacur ketika melakukan pemantauan di  kawasan ini bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan  dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik," katanya. 	 	Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 72 dan Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. 
 
 sinar harian/-  						 						     |        |      Dua juta kenderaan guna lebuh raya       Posted: 25 Oct 2012 12:29 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 
 
 KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta kenderaan dijangka menggunakan  laluan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai hari ini berikutan  cuti sempena Aidiladha pada Jumaat dan diikuti dengan cuti hujung  minggu. 
 
 Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd. Nizam Ismail berkata, angka itu  mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta  kenderaan sehari pada hari biasa. 
 
 "Kami jangkakan dua juta kenderaan ini kerana pada setiap waktu  puncak dan musim-musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat,"  katanya di sini semalam. 
 
 Mohd. Nizam berkata, data itu merangkumi jumlah trafik yang  menggunakan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS termasuk Lebuh Raya  Baru Lembah Klang, Lebuh Raya Persekutuan Laluan 2, Lebuh Raya Elite,  Lebuh Raya Linkedua, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya  Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 
 
 Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi  nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak  mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
 
 sinar/-     |        |      20 tahun tiada bekalan air       Posted: 25 Oct 2012 12:23 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Penduduk terpaksa menggunakan air telaga untuk membasuh pakaian.                                   	ROMPIN - Kira-kira 20 tahun lalu, penduduk Kampung Kurnia, Setajam di  sini, tidak pernah menikmati bekalan air paip, namun sejak setahun lalu  bekalan air di kampung itu mula disalurkan di kawasan itu. 
 
 	Bagaimanapun, kegembiraan kira-kira 30 penduduk di situ menikmati  bekalan air tidak bertahan lama apabila mereka sekali lagi berdepan  masalah apabila bekalan air bersih tidak sampai ke rumah penduduk sejak  sebulan lalu. 	 	Penduduk meluahkan rasa kesal berikutan masalah terputus bekalan air  itu berlaku terlalu lama sekali gus menjejaskan urusan seharian. 
 
 	Sehubungan itu, Pengurusan Air Pahang (Paip) Berhad digesa menangani  masalah itu segera, apatah lagi hanya tinggal tiga hari saja lagi umat  Islam bakal menyambut ketibaan Aidiladha. 
 
 	Seorang penduduk, Siti Zaiton Husin, 43, berkata, penduduk terpaksa  menadah air hujan dan menggunakan air telaga apabila bekalan asas itu  tidak sampai ke rumah penduduk seperti kebiasaannya. 
 
 	"Bukan sehari dua masalah bekalan air di kampung ini terputus, tetapi  masalah ini berterusan sejak sebulan lamanya," katanya kepada Sinar  Harian. 
 
 	Siti Zaiton berkata, penduduk naik bengang dengan masalah itu kerana  mereka terpaksa mendapatkan air telaga dan menadah hujan bagi membasuh  pakaian dan mencuci pinggan mangkuk. 	 	"Sejak dahulu lagi kami memang berharap mendapatkan air bersih, sudah  dapat air timbul masalah lain pula hingga kami terpaksa hidup seperti  dahulu, sekali gus menyukarkan urusan harian," katanya. 	  Alahan pada kulit 
 
 	Selain itu, Siti Zaiton berkata, akibat menggunakan air tercemar,  seorang anaknya mengalami alahan pada kulit selepas menggunakan air  telaga yang sudah lama tidak dirawat. 
 
 	"Dahulu kami memang gunakan air telaga, tetapi sejak bekalan air paip  disalurkan dari rumah ke rumah penduduk, telaga air sudah lagi tidak  digunakan, malah saya sendiri menimbus telaga itu. 	 	"Kami terpaksa menumpang rumah jiran yang mempunyai telaga untuk  keperluan mandi dan basuh pakaian, namun sampai bila keadaan ini akan  berterusan kerana kami memerlukan sumber bekalan air bersih," katanya. 	 	Ropisah Mohamad, 42, berkata, jika dahulu penduduk berdepan dengan  masalah tekanan air rendah, namun sejak sebulan lalu setitik air paip  pun tidak sampai ke kampung itu. 	 	"Bukan saya seorang saja berdepan masalah ini, tetapi semua penduduk di  sini mengeluh kerana biasanya jika tiada air pun ia tidak berlarutan  sampai dua atau tiga hari, tapi kali ini sudah sampai sebulan," katanya. 
 
 	Menurutnya, dia terpaksa membasuh baju dan pinggan mangkuk di telaga  belakang rumah sementara berharap air tangki yang dibekalkan Paip  seminggu sekali bagi kegunaan makan dan minum. 	 	"Kadang-kadang sampai seminggu baru kami peroleh bekalan air dari Paip  dan keadaan ini sungguh membebankan, apatah lagi bagi kami yang  mempunyai keluarga yang ramai," katanya. 	 	Ropisah berkata, bekalan air amat diperlukan terutama hanya tinggal  beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Aidiladha. 	 	Sambutan raya hilang seri 	 	Menurut Ropisah, jika tahun lalu mereka berasa lega kerana memperoleh  bekalan air yang disalurkan terus ke rumah, namun untuk tahun ini mereka  mungkin sekali lagi terpaksa berdepan situasi ketiadaan bekalan air  seperti tahun sebelumnya. 	 	"Kalau masalah ini berterusan sehingga Aidiladha ini mungkin sambutan  raya haji kali ini hilang serinya, apatah lagi pada waktu itu anak-anak  mula pulang ke kampung dan sanak saudara pastinya akan berkunjung ke  rumah," katanya. 
 
 	Selain itu, katanya, penduduk yang mengadakan majlis perkahwinan anak  mereka pula juga terpaksa membeli air daripada Paip bagi mendapatkan  sumber bekalan air bersih. 	 	"Mujur dalam sebulan ini tidak ada berlaku kes kematian, jika tidak  sudah tentu jenazah si mati juga terpaksa dimandikan di kampung lain,"  katanya. 
 
 	Mohamad Amril Syafiq Mohamad Zaini, 19, berkata, masalah itu sudah lama dihadapi penduduk dan ia amat membebankan mereka. 
 
 	"Saya tidak tahu punca sebenarnya, tapi masalah tiada air ini sudah  lama dan selalu berlaku. Memang menyusahkan kami, jangan katakan hendak  mandi, hendak menadah air segayung pun belum tentu ada," katanya. 
 
 	Sehubungan itu, katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi memastikan penduduk kembali menikmati kemudahan itu semula. 
 
 	"Tiap-tiap bulan kami bayar bil air, jadi kami berharap agar masalah  ini dipandang serius kerana tidak mahu masalah ini terus berlarutan  tanpa ada jalan penyelesaian," katanya. 
 
 sinar/-      |        |      Pendedahan mahkamah mengenai kekayaan anak Taib Mahmud perlu disiasat       Posted: 25 Oct 2012 12:21 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  KUALA  LUMPUR 25 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu  menyiasat kemewahan Tan Sri Taib Mahmud ekoran pendedahan anak lelaki  Ketua Menteri Sarawak itu berbelanja tiga suka juta ringgit dalam tempoh  enam bulan pertama tahun ini. 
 
 Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Voon Shiak Ni, berkata  perbelanjaan mewah Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menggunakan kad caj itu  dikhuatiri hasil kemewahan luar biasa keluarga Taib Mahmud melalui  rasuah dan penyelewengan kuasa. 
 
 Bercakap kepada Keadilan Daily,  beliau berkata, banyak laporan sudah dibuat rakyat negeri itu tetapi  SPRM sehingga kini  enggan menyiasat, malah berdolak-dalik. 
 
 "Keengganan SPRM menyiasat kekayaan luar biasa Taib juga memberi  petanda ketua menteri paling lama di Bumi Kenyalang itu mengamal rasuah  dan salah guna kuasa. 
 
 "Lebih 30 tahun memerintah, kekayaan negeri hanya dibolot keluarga  dan kroni. Majoriti rakyat Sarawak kekal miskin, malah antara termiskin  di Malaysia," katanya. 
 
 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam diberitahu bil  terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan  perbelanjaan itu dibuat di kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari  di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis. 
 
 Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American  Express dari Maybank, pula menunjukkan perbelanjaan RM782,520.55  dikemukakan di mahkamah.  Ia juga mendedahkan bahawa Bekir mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank berkenaan. 
 
 Ini didedahkan bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, ketika  memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan itu, dalam  tuntutan RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah. 
 
 Pada 2 Oktober lalu, Shahnaz memberi keterangan mengenai kira-kira  RM700 juta dalam akaun asing atas nama Bekir di Amerika Syarikat, negara  Caribbean, Switzerland dan Hong Kong. Mengikut keterangan Shahnaz, Bekir dikatakan bernilai lebih RM1 bilion. 
 
  keadilandaily     |        |      Jelajah Merdeka Rakyat ke Tanjong Karang, Sabak Bernam 28 Oktober       Posted: 25 Oct 2012 12:12 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  Program  Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke  beberapa lokasi sekitar Selangor pada Ahad ini bersamaan 28 Oktober  2012. 
 
 Turut menyertai jelajah itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan  pimpinan lain. 
 
 Berikut ialah jaduah jelajah itu: 
 
 10 pagi: Pekan Sungai Besi 
 
 12.30 tengah hari: Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang 3 petang: Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam 5 petang: Felda Sungai Tengi Selatan 
 
 7 malam: Solat & tazkirah Maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. 9 hingga 10 malam: Pekan Rasa 
 
 9 hingga 12 tengah malam: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat  Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. Penceramah ialah Datuk Seri Anwar  Ibrahim,  Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin  dan N Surendran. 
 
 keadilandaily     |        |      Simpati kepada bakal haji, petugas Tabung Haji...       Posted: 25 Oct 2012 12:07 AM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan  salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan   "Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan  orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf) 
 
 TERSENTUH hati ini apabila mendengar khabar sejumlah bakal haji musim  1433 Hijrah (sekarang ini) yang nama mereka sudah tersenarai (ada yang  sudah diberikan rantai tangan) dibatalkan pemergian mereka ke Tanah  Suci. Seorang ustaz bercerita, ada seorang jemaah datang kepadanya,  menangis teresak-esak menyatakan dia menerima panggilan telefon  menyatakan dia tidak dapat 'lampu hijau' ke Tanah Suci sehari sebelum  dia dijadualkan berlepas. Maka menangislah dia mengadu nasib. 
 
 Seminggu dua ini berdesing-desing telinga ini mendengar kisah bakal  haji yang tak dapat ke Makkah dan juga kisah jemaah haji yang 'last  minute' (waktu terakhir) dapat juga akhirnya ke sana. 
 
 Pelbagai pihak memberitahu 'suasana kelam-kabut' dalam mengatur  jemaah ke Tanah Suci tahun ini disebabkan pihak berkuasa Malaysia gagal  mendapat kuota tambahan jemaah haji. Biasanya selain kuota biasa 28,000  jemaah (1 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta  orang), pihak Arab Saudi membenarkan tambahan jemaah, ada kalanya  sehingga 10,000 orang. 
 
 Tahun ini tiada tambahan jemaah haji dengan pihak berkuasa Arab Saudi  memberitahu hal itu disebabkan kegiatan pembangunan dan pengubahsuaian  di kawasan sekitar Masjidilharam tetapi sesetengah pihak di Malaysia  termasuk sesetengah pemimpinnya tidak habis-habis mempropagandakan hal  itu disebabkan perhimpunan segelintir rakyat Malaysia dalam apa didakwa  demonstrasi Bersih tempoh hari. 
 
 Berbual dengan bakal-bakal haji ini dan beberapa ustaz terdengarlah  rintihan hati mereka yang saya celotehkan (coretkan) di sini. Kata  seorang jemaah yang mendapat panggilan pengesahan ke Tanah Suci pada  'last minute' (dia sudah berangkat, didoakan dia mendapat haji mabrur):  "Kenduri sudah saya buat sebulan lalu. Hampir setiap kali ke masjid,  jemaah akan bertanya; 'ehh tak berangkat lagi?' Saya naik malu  dibuatnya. Syukur, alhamdulillah dapat juga saya ke Tanah Suci." 
 
 Namun pada masa yang sama dia sempat menyindir dengan berkata: "Orang  macam kita ini sudah lama mendaftar. Sudah dipilih dan disenaraikan  untuk pergi tahun ini. Sudah ikut kursus termasuk kursus haji perdana.  Namun Tabung Haji tidak mengesahkan tarikh pemergian kita sehingga 'last  minute'. Ada orang tak mendaftar pun. Tak ikut kursus pun. Tak berhajat  pun nak pergi haji. Tup-tup dia dapat surat suruh dia bersedia pergi  haji. Ini apa hal ni?" 
 
 Jemaah ini merujuk kepada jemaah haji yang ditaja oleh pemerintah  melalui kuota PM, menteri, kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri  dan sebagainya. Dikhabarkan PM menaja ratusan jemaah, ada pejabat  setiausaha kerajaan negeri menaja 50 orang; jadi daripada semua negeri  berapa ramai jemaah yang pergi secara ini? Mereka terdiri daripada imam,  bilal, pengerusi JKKK, pemenang anugerah kecemerlangan dan sebagainya.  Kalau satu negeri 500 orang yang pergi cara ini, daripada 13 negeri  sudah ada 6,500 jemaah. Jadi baki kuota yang terbuka kepada orang awam  cuma 21,500 jemaah. 
 
 Itulah sebabnya mengapa sukar benar pegawai Tabung Haji hendak  'release' nama dan tarikh jemaah yang dapat pergi haji. Kasihan petugas  Tabung Haji. Mereka kena ikut arahan atasan sedangkan jemaah asyik  menghubungi mereka, bertanya, "dapat ke tak dapat" atau "bila nak  berangkat ni?" Pening juga petugas Tabung Haji. Ada 'tangan ghaib' lebih  berkuasa yang membolehkan 6,500 jemaah pergi tanpa ikut proses biasa -  mendaftar, menunggu bertahun-tahun lamanya; orang 'terpilih' ini tup-tup  saja dapat pergi haji...ewah begitu mudah sekali. 
 
 Seorang jemaah lain memberi cadangan ini: "Kalau nak bagi hadiah kat  orang-orang yang banyak jasa dan bakti itu, bagilah mereka buat umrah,  kan umrah itu boleh dibuat bila-bila masa. Untuk haji ini bagilah orang  yang benar-benar nak buat haji, mereka dah lama menunggu, kasihanilah  mereka...ada lebih 900,000 orang dalam senarai menunggu. Apa pasal orang  tak mendaftar haji pun boleh pergi dulu?" 
 
 harakah/-  
 
     |        |      Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi       Posted: 25 Oct 2012 12:04 AM PDT    9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Mahkamah  Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua  anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia,  Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.
  Sebelum ini, kes rayuan  tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan  tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.
  Peguam  Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi  semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.
  Hazman tidak membalas SMS Malaysiakini mengenai sebab pendengaran kes rayuan tersebut ditangguhkan.
  Apabila pendengaran kes rayuan tersebut yang dijadualkan pada 27  Ogos ditangguhkan pada bulan Julai, peguambela berpendapat ia disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.
  Pada  April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum  mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.
  Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.
  Penangguhan  secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu  lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican,  mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang  dijadualkan.
  Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.
  Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan  yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan  berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara  sedang sibuk membuat persediaan. 
 
 malaysiakini/-      |        |      Tonton aksi mati dibelasah        Posted: 24 Oct 2012 11:57 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Mala.    ALOR GAJAH: Lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang  dewasa hanya menjadi penonton dan langsung tidak berusaha meleraikan  pergaduhan membabitkan tiga pelajar yang berakhir dengan seorang  daripadanya meninggal dunia, semalam. 
 
    Insiden menyedihkan itu berlaku di Perhentian Bas Pulau Sebang, di  sini, jam 2.30 petang semalam dan mangsa K Saravannan, 14, ditumbuk  bertubi-tubi selama hampir 30 minit oleh dua pelajar sebaya yang  menyerangnya sehingga pengsan. 
 
   Selepas pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan  (SMJK) Pulau Sebang itu terbaring tidak sedarkan diri, lebih 30 individu  yang menjadi penonton itu kelam-kabut melarikan diri dan meninggalkan  mangsa terbaring sendirian di tempat kejadian. 
    Mangsa  dikejarkan rakannya ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan dengan kereta  namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.         Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja  Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum  pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.
 
 
 metro/-            |        |      Apple perkenal iPad mini       Posted: 24 Oct 2012 11:54 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD]  SAN JOSE – Syarikat Apple Inc. yakin kehadiran iPad mini yang  diperkenalkan kelmarin mampu mengatasi pasaran komputer tablet daripada  beberapa pesaing terdekatnya seperti Amazon, Google dan Samsung. 
 
 "Komputer ini bukan versi mini bagi iPad, tetapi satu gajet rekaan  baharu secara keseluruhannya," kata Timbalan Presiden Pemasaran Apple,  Phil Schillernya pada majlis perasmian iPad mini di sini. 
 
    Paparan skrin sentuh iPad mini lebih kecil iaitu 20 sentimeter (sm) berbanding 24 sm untuk iPad. 
 
 Sebuah iPad mini 16 gigabit (GB) dengan sambungan wi-fi dijual di  Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$329 (RM1,003), manakala versi  dilengkapi WiFi dan keupayaan selular pula berharga AS$459 (RM1,400). 
 
 Bagi iPad mini 64GB dengan wi-fii dan keupayaan selular pula berharga AS$659 (RM2010). IPad mini turut dilengkapi kamera hadapan dan belakang sama seperti iPad. 
 
 Tempahan iPad mini boleh dibuat bermula esok di AS. 
 
 Proses penghantaran iPad mini versi Wi-Fi akan bermula pada 2  November depan ke beberapa buah negara di rantau Asia, Eropah dan  Amerika. 
 
 Pada masa yang sama Apple turut memperkenalkan komputer tablet iPad  generasi keempat pada harga bermula daripada AS$499 (RM1,522) bagi model  16GB dengan sambungan wi-fi. 
 
 Apple menjual lebih 100 juta iPad sejak dua setengah tahun lalu. 
 
 Lebih 35 bilion pengguna juga telah memuat turun sebahagian daripada 275,000 aplikasi sedia ada bagi pengguna iPad. 
 
 Apple mencetuskan fenomena pasaran komputer tablet dengan mememperkenalkan iPad pertamanya pada awal 2010. 
 
 Walaupun iPad mini paling murah ditawarkan pada harga AS$329, tetapi  gajet tersebut masih lagi lebih mahal daripada komputer tablet keluaran  Amazon, Google dan Samsung yang dijual pada harga bermula harga AS$199  (RM607). 
 
 Mengulas berhubung produk terbaharu Apple itu, seorang penganalisis  teknologi, Jeff Kagan berkata, iPad mini boleh menyebabkan iPad biasa  menjadi kurang popular. 
 
 "Namun, kehadiran gajet baharu itu mampu meningkatkan lagi dari segi jumlah pelanggan yang membeli produk Apple," katanya. – AFP 
 
     |        |      Suami cekup isteri khalwat       Posted: 24 Oct 2012 11:49 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Isteri Salman (kiri) dan lelaki dipercayai kekasihnya serta seorang lagi wanita ditahan kerana berkhalwat.                                 	AYER KEROH - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara  isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur  mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini,  lewat malam Ahad lalu. 
 
 	Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun  itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan  mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan,  awal pagi kelmarin. 	 	Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim  mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan  isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan  lelaki lain tidak sampai setahun lalu. 	 	Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang  bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang  tertinggal. 	 	"Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di  sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9  pagi hingga 11 malam. 	 	"Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang  perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya  memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik  isteri saya," katanya. 	 	Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut. 	 	"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua  untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya  tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil  perkahwinan selama empat tahun. 	 	Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama  meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama  ibunya di Bukit Piatu, di sini. 	 	"Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.  	 	Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan  lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita  dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut. 	 	"Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu. 
 
 	"Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut.  Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya. 
 
 	Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan  dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah  Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung  mendatangkan syak ataupun bersekediaman. 
 
 sinar/-      |        |      Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA       Posted: 24 Oct 2012 11:47 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	     (Dr Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA) 
 
 KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang  berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara  Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa. Ia  tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam. "Semalam,  saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat  'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan  penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu. "Ia  dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara  untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada  Pilihan Raya Umum ke-13," katanya. Menurut Lim Kit Siang, beliau  menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka  menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan  daripada 'perjanjian syaitan' tersebut. "Apa yang paling tidak  saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara  UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara  yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.  "Hanya  seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr.  Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang ( gambar kanan). Pada  sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju  Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya,  Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap  hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan  'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu  atau umat Islam. "Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang  Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang  Cina supaya tak sokong DAP. "Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah  bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal  nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir. Pengesahan Mahathir  terhadap "Perjanjian Syaitan" Umno dan MCA supaya masing-masing  menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi  Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan  Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya  oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang. Dalam 'Perjanjian  Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga  pembohongan yang disebarkan MCA untuk "menakut-nakutkan orang Cina". Ia  termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas  seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol  atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke "zaman gelap". Begitu  juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai  pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu',  bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja  Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim. Menurut Li, dia  teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah  semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan: "Perhimpunan  Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat  Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga  UMNO.  "Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya  kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia  yang semakin global dan penuh persaingan." Bagi beliau, ini  merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama  ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh  harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum,  agama, kelas atau kawasan. "Ia sebagai jaminan terbaik supaya  negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu  membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan  kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan  yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya. Bagi  beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia  bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional  pula mahu terus berjuang dengan taktik "pecah dan perintah" di kalangan  rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada  kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka. "Biarlah  parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat  berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa  lalu!" tegasnya.  
 
 harakah/-      |        |      Pengesan kamera AES       Posted: 24 Oct 2012 11:39 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	       DEY MACHA!!!  HARI NI RAMAI YANG AKAN BALIK KAMPUNG  SAMADA GUNA LEBUHRAYA ATAU PUN JALANRAYA  JANGAN JADI HANTU RAYA  HARAP BERDISIPLIN SENTIASA  KAH! KAH! KAH!
   INI ADA SATU APLIKASI  UNTUK SMARTPHONE ANDROID  NAMANYA AES DETECTOR  GUA DAH UJI APLIKASI NI  TENGOK SCREEN CAPTURE KAT ATAS TU  MEMANG BAGUIH SEBAB DIA BAGI ALARM  KALAU ADA KAMERA SEKITAR 1 KM  DARI KENDERAAN KITA   JADI SEMPAT LA KITA SLOW DOWN  IKUT HAD LAJU YANG HALAL  SELAMAT LA DARI KENA SAMAN  KAH! KAH! KAH!
   APLIKASI NI BUKAN SAJA BOLEH GUNA KAT LEBUHRAYA  KAT JALAN LAMA,JALAN BANDAR SEMUA BOLEH  CUMA SIAP SEDIA DENGAQ ALARM SAJA  KAH! KAH! KAH!
   KALAU GUNA HP SILA KE GOOGLE PLAYSTORE,KEMUDIAN SEARCH AES DETECTOR  KLIK KAT IKON MACAM KAT BAWAH NI:
 
 
 harakah/-      |        |      200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA       Posted: 24 Oct 2012 11:36 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
   KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara  aman  di hadapan Wisma  MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban  Presiden MCA Datuk Seri Dr  Chua Soi Lek yang menghina agama Islam. Mereka yang terdiri  daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi  menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak  berhenti-henti menghina agama Islam. Himpunan hari ini adalah  anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya  dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.  Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam. Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan. Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya. Sementara  itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam  di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau. Ahli  Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan  itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan  Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat. "Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong. "Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.   Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi  Lek yang  seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam  kerana  kepentingan politik. "Allah sudah sebut jangan sekali-kali   engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat   lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan   takbir. Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.   Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu. Selain  Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah  Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco  Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.  Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon  terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby  Abadi.   Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan  mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh  Setiausaha Kerja Pemuda MCA. "Bukan itu sahaja, kami hanya  dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan  beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun. Bahkan  katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam  masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar  dari hari ini.  "Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam,"  tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat  dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.  Himpunan  yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan  laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh  peserta yang hadir. harakahdaily/-      |        |      Jambatan Belukar: Rakyat dinafikan hak pembangunan       Posted: 24 Oct 2012 10:54 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  Laporan  Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan beberapa kelemahan ketara  kerajaan negeri Sarawak di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bagi  pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, kami merasa kesal dan kecewa atas  kelemahan-kelemahan yang seharusnya dapat dielakkan. 
 
 Antara kelemahan kerajaan negeri yang harus diambil perhatian serius  ialah kelewatan projek pembangunan kemudahan asas, kegagalan kerajaan  negeri menjalankan projek di bawah peruntukan yang disediakan, kelemahan  ketara dalam bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan kelemahan  pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan negeri. 
 
 Saya mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek  pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Peruntukan khas RM1  billion gagal dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan baik, sedangkan  peruntukan ini berbentuk 'once off' dan tiada projek sambungan dalam  Rancangan Malaysia ke 10. 
 
 Daripada 31 projek pembangunan yang diperuntukkan di bawah Rancangan  Malaysia ke-9, hanya 14 projek yang telah dijalankan (45.2%) setakat 31  Disember 2010, manakala 17 lagi projek gagal disiapkan. Hanya RM271.07  juta dibelanjakan, (46.3%) oleh kerajaan negeri. Ini bermaksud, rakyat  Sarawak terlepas peluang menikmati pembangunan bernilai RM314.39 juta.  Nilai pembangunan ini tidak lagi dapat diteruskan di bawah Rancangan  Malaysia ke-10. 
 
 Rakyat Sarawak dinafikan hak pembangunan disebabkan kelemahan  kerajaan negeri dalam menguruskan projek pembangunan di negeri ini.  Harus dinyatakan di sini, kebanyakan projek di bawah peruntukan khas ini  ialah projek jalan raya dan jambatan, yang merupakan antara  infrastruktur paling asas sebuah negeri membangun. 
 
 Saya juga kesal dengan pendedahan Jambatan Batang Strap, Seri Aman  yang dibina 'ke belukar' tanpa jalan raya yang menyambungkannya. Ini  suatu kelucuan dan pembaziran wang rakyat sebanyak RM20 juta. Dewan  Pemuda PAS Sarawak menggesa kerajaan negeri untuk mengambil langkah  serius dalam pengurusan projek pembangunan, dan tidak hanya melepaskan  batuk di tangga. 
 
 Saya juga ingin menyatakan kebimbangan dengan penemuan audit mengenai  bantuan rakyat miskin. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai  data yang lengkap mengenai jumlah sebenar rakyat miskin di negeri ini. 
 
 Bantuan yang diberikan sejak 10 tahun dahulu tidak dikaji semula,  walaupun peningkatan sara hidup yang ketara. Bantuan ini sepatutnya  menjadi fokus utama kerajaan negeri memandangkan masih ramai rakyat  Sarawak yang hidup dalam kemiskinan terutama daripada golongan kurang  upaya dan golongan emas. 
 
 Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, kami mencadangkan Jabatan  Kebajikan Masyarakat lebih proaktif, dengan mengumpul sebanyak mungkin  data daripada NGO-NGO, sukarelawan dan parti-parti politik yang terlibat  secara langsung dengan masalah rakyat. Dewan Pemuda PAS Sarawak  sendiri, mempunyai banyak pengalaman membantu rakyat miskin di seluruh  Sarawak dan kami tiada masalah untuk berkongsi maklumat dengan JKM. 
 
 Pengurusan Jabatan-jabatan kerajaan juga masih boleh dipertingkatkan.  Paling mengejutkan, pendedahan mengenai Jabatan Muzium negeri yang  masih kekurangan infrastrukur asas, hingga menyebabkan artifak-artifak  berharga bakal musnah. 
 
 Kelemahan-kelemahan asas lain seperti pengurusan kontrak, pengurusan  projek dan kewangan Jabatan-jabatan kerajaan perlu diambil perhatian  serius oleh pihak kerajaan negeri. Ambillah contoh kerajaan negeri  Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Kelantan yang mendapat pujian  daripada Ketua Audit Negara atas kecekapan pengurusan mereka. 
 
 Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak, saya menggesa langkah pembaikan  yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan dan mengambil serius  saranan Laporan Ketua Audit Negara ini. 
 
 Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak.     |        |      Adakah RM40 juta untuk Umno Sabah wang haram?       Posted: 24 Oct 2012 10:47 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	       KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan  Rakyat menuntut enam  penjelasan  daripada Umno Sabah, khususnya Ketua Menterinya, Datuk Seri  Musa Aman  berhubung skandal RM40 juta.   Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd   Akin berkata enam persoalan itu perlu diperjelaskan ekoran penafian ahli   parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini.  Bercakap kepada media di parlimen, semalam, Shamsul berkata Rahman   yang menyifatkan dakwaan  Pakatan Rakyat itu sebagai 'imaginasi' hanya   berterusan mengelirukan rakyat, sedangkan ia hanya menimbulkan lebih   banyak persoalan mengenai skandal tersebut.  Shamsul berkata sejak 2009 hingga 2012, tiada penafian dilakukan Musa   mahupun Umno Sabah, sebaliknya  terpaksa menunggu hingga tiga tahun.  Beliau berkata pihaknya pernah mengemukakan laporan rasmi Suruhanjaya   Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung penahanan rakyat   Malaysia, Michael Chia yang disyaki membawa wang haram di dalam mata   wang Singapura berjumlah 16 juta dollar Singapura bersamaan RM40 juta.  Beliau turut mempersoalkan bagaimana pembuktian yang kredibel dapat   dilakukan Umno Sabah bahawa RM40 juta tersebut merupakan dana Umno   Sabah.  "Adakah mereka bersedia untuk diaudit secara professional untuk   membuktikan penafian mereka tersebut boleh diterima?" soal beliau.  Selain itu, Pemuda Pakatan Rakyat turut mempersoalkan apakah wujud   kebarangkalian wang tersebut merupakan wang haram yang dialirkan kepada   Umno Sabah, mengapa rakyat Sabah terus tertindas dengan tajaan dan   sumbangan yang begitu banyak untuk Sabah.  Malah, layanan berbeza ke atas Musa berbanding kes melibatkan bekas   menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, kata Shamsul perlu   dipersoalkan.  Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mendesak agar Umno Sabah, khusus Musa   menjawab secara berfakta, berbanding mengatakan Pakatan Rakyat   berimaginasi untuk mencemarkan reputasi Musa.  Turut serta pada sidang media tersebut, ahli parlimen Padang Terap,   Nasir Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen;   ahli parlimen Rasah yang juga Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Anthony Loke. harakahdaily       |        |      Selamatkan segera etnik Rohingya sebelum terlambat       Posted: 24 Oct 2012 10:40 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 	       Majlis  Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan  Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Union of World  Rohingya Organzation -  UWRO (Kesatuan Organisasi Rohingya Seduia ) mendesak semua organisasi  antarabangsa UN, OIC, EU dan ASEAN mengambil tindakan segera ke atas  perkembangan terbaru yang berlaku di Arakan, Myanmar.    Perkembangan terkini telah menunjukkan pembunuhan, pembakaran ribuan  rumah dan serangan bertalu-talu yang amat dahsyat masih berlaku di  serata Arakan. Oleh kerana itu badan-badan antarabangsa tidak mempunyai  pilihan lain melainkan  menempatkan tentera pengaman untuk mengawal  keganasan dengan serta-merta.   Gerakan 'ethnic cleansing' yang  dijalankan sudah mencapai tahap maksima. Kerajaan Myanmar mengambil  kesempatan untuk meneruskan dasar mereka untuk menghapuskan etnik  Rohingya Muslim di Arakan.  Presiden Thein Sein berjaya mengaburkan mata dunia dengan berjanji  untuk mencari penyelesaian bagi konflik ini ketika berucap dalam  perhimpunan agung PBB yang lalu.   Laporan membuktikan keganasan yang dilakukan di kawasan minoriti  Muslim terutama di Arakan terus giat dijalankan dengan kerjasama pihak  berkuasa Myanmar tempatan sejak 21 Oktober.  Ketika pemenang anugerah Nobel Suu Kyi disanjung , beliau nampak  buntu dan tidak bersuara, adalah tidak rasional bagi organisasi bertaraf  dunia seperti UN dan negara-negara ahlinya untuk berpeluk tubuh apabila  jelas isu "ethnic cleansing" yang berlaku ini dibiarkan.  Walhal  suatu  angkara kejam terus menerus dilakukan terhadap kaum Rohingya  oleh  pihak berkuasa di bawah perkenan badan pemerintahan Myanmar itu sendiri.   Laporan yang diterima daripada perkampungan Kyauktaw and Maungdaw ,  menunjukkan seramai 150,000 penduduk hilang tempat tinggal dan kini  terkandas di kem-kem pelarian di sekitar lapan buah kawasan dalam Arakan  sejak lebih daripada empat bulan yang lalu.   Hampir sejuta penduduk yang terdiri daripada Rohingya, Kaman dan  muslim Rakhine yang lainnya bukan sahaja terus terperangkap malah  terpaksa hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman yang mereka terima  saban hari.   Situasi terbaru melaporkan pekan Taht Minbya dan  Mrauk U adalah antara kawasan yang paling teruk dimusnahkan. Rumah-rumah  milik Rohingya muslim di kampung Yainetay (Zula Fara)  di pekan Mrauk U  dan kampung Nagara Pauktaw di pekan Minbya habis musnah dibakar.   Ada sumber dalaman dari Arakan  yang melapurkan pihak tentera dan polis  tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan kekejaman oleh kaum  Rakhine dan mereka maseh menghalau penduduk muslim keluar dari kampung.   Melalui kerjasama UWRO kami telahpun menerima laporan yang  menggambarkan jumlah serangan yang kian meningkat. Kesemua laporan  diteliti mengikut tarikh, masa, lokasi dan nama mangsa. Sebahagian  daripada laporan adalah seperti berikut:   1) Kampung Parein yang mempunyai lebih daripada 500 buah rumah musnah terbakar pada 22 Oktober.   2) Paiketay Rwa (perkampungan nelayan) yang mengandungi sekitar 300 buah rumah, 50 daripadanya dibakar pada 21 Oktober.   3) Tharak Rwa di kampung Pann Mraung yang mempunyai hampir 190 rumah di  dalam kawasan yang didominasi orang Rakhine, telah habis rentung   dibakar pada 22 Oktober; dan   4) Kampung Sudaine Rwa turut dibakar dan kesemua rumah rentung dibakar pada 22 Oktober   Untuk kedua-dua bandar tersebut, sumber menyatakan anggaran kematian  menghampiri 100 orang, namun buat masa ini lebih daripada sepuluh yang  dijumpai mati termasuk 3 orang Rakhine.   Di bandar Kyaukpyu, dua buah masjid, Anauk Paikseik (kampung nelayan barat) dan Arashi Quarter telah diserang.   Kini, penculikan, penyiksaan and rampasan harta Rohingya oleh orang  Rakhine berkembang di seluruh Arakan yang turut dibantu oleh pihak polis  dan sami-sami.   Rumah-rumah orang Rohingya, Kaman dan Rakhine  Muslim yang berada di kampung Parien di bandar Mrauk U dan Paiketay Rwa  (perkampungan nelayan), Tharak Rwa di kampung Pann Mraung, kampung  Sudaine Rwa di bandar Minbya semuanya diserang dengan teruk.    Situasi di Yangon juga tidak dapat dipastikan memandangkan sami-sami  telah menyebarkan risalah-risalah yang menyalahkan orang-orang Islam  yang didakwa mendominasi perniagaan, pembangunan dan kepimpinan. Sumber  maklumat mengesahkan ratusan sami-sami palsu bersedia untuk menyerang  orang Islam di bandar Mingaladon dan Tinngangyuan.   Di samping  Myanmar kini menikmati pengiktirafan dari negara-negara membangun kerana  kononnya ia telah mengubah polisi dari penindasan ke atas rakyatnya  sendiri. Namun Presiden Thein Sein masih sewenang-wenangnya meneruskan  pelan penghapusannya terhadap etnik Rohingya.   Walaupun diplomat  PBB, Nambia dan Quintana baru sahaja mengunjungi Myanmar untuk meninjau  krisis ini, PBB tetap membiarkan situasi ini berterusan dan sekadar  merujuk kepada boneka Pengurusan Hak Asasi Manusia Myanmar untuk membuat  siasatan lanjut.  Sehingga hari ini masih tiada apa-apa usaha yang  dijalankan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku.   Krisis  semasa ini mendesak OIC dan PBB untuk mengambil tindakan segera. Tiada  kunjungan diplomatik setakat ini yang mampu meredakan krisis yang  berterusan di Myanmar.   Kami menyeru Tentera Pengaman Khas  PBB diwujudkan segera dan dihatar segera ke Myanamr demi melindungi komuniti Rohingya.   Pengumuman baru-baru ini oleh ketua Muslim di Yangon yang menyatakan  keputusan untuk tidak melaksanakan Qurban mencerminkan keterdesakan dan  kerumitan yang dihadapi oleh Muslim di Myanmar.   Oleh itu, kami  menyeru Muslim di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan kepada orang  Rohingya dan mendesak OIC untuk menghantar delegasi khas pada hari Raya  Aidul Adha dan menuntut Kerajaan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya  dari serangan yang berterusan ini.   Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA  Mohd Azmi Abdul Hamid Setiusaha Agung MAPIM   Ghiyathudeen Abdul Salam Setiausha Agung UWRO  
 
     |        |      Tersepit satu jam dihempap balak       Posted: 24 Oct 2012 10:38 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 
 
 ANGGOTA  Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu lori balak yang  tersepit dalam kemalangan di Bukit Tangga, Seremban semalam. 
 
 SEREMBAN – Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan  hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh  selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan  di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam. 
 
 Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila lori yang  dipandu mangsa yang belum dikenal pasti identiti bersama seorang  kelindan, V. Radakrishnan, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum  merempuh lereng bukit laluan berkenaan. 
 
    Kelindan lori terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang  ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). 
 
 Difahamkan, lori balak berkenaan yang dalam perjalanan dari arah  Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum  melanggar lereng bukit terbabit. 
 
 Pegawai Operasi Kanan Bomba Seremban, A. Gonaselan berkata, pihaknya  menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan  sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.27 petang. 
 
 Kosmo 
 
     |        |      Azizan kata beliau berjaya tadbir Kedah       Posted: 24 Oct 2012 10:35 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Azizan Abdul Razak                                    	ALOR SETAR - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau  telah berjaya mentadbir Kedah tanpa banyak masalah dan berharap untuk  terus mentadbir negeri ini sehingga pilihan raya akan datang. 	   	"Syukur kerana saya dah pertahan Kedah tanpa sebarang kegagalan. Saya  dapat ketuai bala tentera saya untuk memerangi musuh, musuh politik  saya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri  di sini hari ini. 	   	Azizan berkata Kedah juga merupakan negeri dikuasai pembangkang yang paling kurang "diganggu". 	   	"Saya tengok surat khabar, di Kelantan, Selangor hampir setiap hari  orang dok usik. Di Pulau Pinang dulu pun selalu. Saya takde masalah.  Saya harap semua projek kerajaan negeri terlaksana dengan baik," katanya  yang akan berusia 68 tahun esok. 	   	Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri akan membina lebih banyak  projek perumahan selain projek perumahan oleh kerajaan pusat yang  merancang membina 2,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR)  iaitu 1,000 di Changlun dan 1,000 lagi di Kota Setar. 	   	"Di peringkat negeri BDB (anak syarikat kerajaan negeri Bina Darulaman  Berhad) akan mula bina (rumah) di Sungai Petani dan Kuala Ketil. Di  Pokok Sena pula oleh Seri Temin (satu lagi anak syarikat). Di Kubang  Pasu pun ada tetapi lambat sikit kerana kita kena buat perancangan  baharu," katanya. - Bernama     |        |      Haji Mabrur Bukan Marlboro        Posted: 24 Oct 2012 08:33 PM PDT    9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 Saya masih terngiang-ngiang kata-kata pembimbing haji ketika di Makkah tahun lalu, kalau tidak buat haji betul-betul yang dapatnya haji marlbaro bukan haji mabrur. Dengarnya kelakar tetapi setelah berada di tanah air sekarang, baru terasa benar kata-katanya.   Rupa-rupanya untuk dapatkan haji mabrur tidak semudah tuturan lidah. Banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuh. Ada latihan yang perlu dilalui dan ada ujian yang mesti diterima. Kalau semua itu dapat dikecapi dengan sempurna, peluang mendapat haji mabrur itu agak cerah.   Sebenarnya cabaran yang getir bagi jemaah haji ialah semasa berada di Mina untuk acara melontar tiga jamrah. Jemaah berasak-asak pada hari ke 10 Zulhijjah ke jamrah aqabah untuk membolehkan mereka melepasi tahallul awal. Waktu melontar disertakan doa:     عَنْ زَيْدٌ أَبُو أُسَامَةَ   قَالَ : " رَأَيْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عُمَرَ ، اسْتَبْطَنَ الْوَادِيَ , ثُمَّ رَمَى الْجَمْرَةَ بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ ، يُكَبِّرُ مَعَ كُلِّ حَصَاةٍ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَعَمَلا مَشْكُورًا ، فَسَأَلْتُهُ عَمَّا صَنَعَ , فَقَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْمِي الْجَمْرَةَ فِي هَذَا الْمَكَانِ ، وَيَقُولُ كُلَّمَا رَمَى بِحَصَاةٍ مِثْلَ مَا قُلْتُ " .   Zaid Abu Usamah berkata aku melihat Salim bin Abdullah bin Umar memasuki Mina, kemudian dia melontar jamarat sebanyak tujuh biji batu kerikel, dia bertakbir setiap kali melontar; Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahumaj-'alhuhajjan mabrura, wazamban maghfura wa amalan masykuran. Maka aku bertanya tentang apa yang dilakukannya. Dia berkata bapaku menceritakan bahawa Nabi SAW melontar jamarat di tempat ini, dan dia membaca setiap kali melontar seperti yang aku baca." (Riwayat al-Baihaqi)   Hari ke 11 hingga ke 13 mereka masih berkampung di Mini untuk melengkapkan wajib haji. Ketiga-tiga jamarat; ula, wusta dan aqabah perlu dilontar setiap hari. Amalan yang sama akan dilakukan setiap kali melontar jamrah. Doa yang sama perlu dibaca. Namun siapa dalam kalangan jemaah haji yang dapat menghayati doa itu.   "Allah maha besar 2x, ya Allah jadikan lontaran itu haji yang diterima sebagai baik dan jadikan juga lontaran itu dosa yang diampunkan, dan jadikan juga lontaran itu sebagai amalan yang disyukuri." Demikian maksud doa yang jemaah patut membacanya. Cuma persoalannya sewaktu membacanya apakah mereka faham. Biasanya jemaah haji diajar supaya berniat merejam syaitan waktu melontar jamrah itu. Tetapi berapa banyak syaitan yang telah berjaya dilontar? Tidak salah kita niat begitu tetapi kalau kita niat mencampak dosa kita tentu lebih baik dan relevan. Kalau dosa kita berjaya dicampak ke dalam jamarat sudah tentu kebaikan dan pahala akan bertambah. Inilah yang dijamin Rasulullah dalam hadis berikut:  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةُ مَا بَيْنَهُمَا , وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةَ " Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Umrah ke satu Umarah menghapuskan dosa antara keduanya, dan Haji yang mabrur (baik) tiada baginya balasan kecuali syurga." (Riwayat al-Hakim) Saya percaya kalau semua jemaah haji dapat merealisasikan amalan di Mina sudah cukup untuk mendidik mereka menjadi orang yang baik di Tanah Haram dan di tanah air. Ini belum dicampur dengan amalan dan ujian semasa di Arafah dan Muzdalifah dan Kaabah. Ujian dan cabaran di tiga tempat masyair tersebut boleh menambah nilai haji mereka di sisi Allah.    Ahmad Baei Jaafar/- 
 
     |        |      Jemaah haji mula bergerak ke Mina       Posted: 24 Oct 2012 08:22 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 MEKAH – Lebih dua juta jemaah haji mula menunaikan ibadah haji yang  secara rasmi bermula semalam selepas tiba di Mekah seminggu lalu. 
 
 Jutaan jemaah kini menuju ke Mina untuk bermalam sebelum menuju ke Arafah bagi menunaikan wukuf Antara mereka termasuk 28,000 jemaah haji Malaysia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok. 
 
 Jalan-jalan utama di kota Makkah kini sesak teruk dengan kenderaan  yang membawa jemaah haji dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah  berkenaan.  
 
 Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pada pukul 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) melalui perjalanan sejauh 20 kilometer. 
 
 Jemaah haji Malaysia menuju ke Mina dan Arafah dengan menaiki bas  dengan perjalanan tersebut berakhir pukul 12 tengah malam tadi.  
 
 Pengurus Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, 800 petugas  Tabung Haji digerakkan secara berperingkat seawal jam 7.30 pagi bagi  memastikan persedian awal dilakukan bagi menerima ketibaan jemaah haji  Malaysia. 
 
 Dalam pada itu, kebanyakan jemaah haji sudah mula menuju ke Mina pada  malam kelmarin selepas selesai melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. 
 
 Kerajaan Arab Saudi yang memberi keutamaan kepada keselamatan para  jemaah telah mengerahkan beribu-ribu anggota keselamatan di Mekah, Mina,  Arafah dan Muzdalifah. 
 
 Satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi kelmarin  memberitahu, kesemua jemaah haji bergerak ke Mina dengan lancar tanpa  sebarang halangan. – Agensi      |        |        Kisah menarik gadis genit Cina peluk Islam        Posted: 24 Oct 2012 08:21 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah.. 
 
 
 
  Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam.  Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di   Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.   Dan beliau bakal menjadi seorang  paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga   menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.   Loo  Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika  masih berusia 17 tahun.  Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang  untuk memeluk agama  Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa  menangguhkan dulu  permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18  tahun sekarang.   Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang  muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu   ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya   kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.   Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.  1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah   berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat   untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk   berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca   kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari   kelemahan Islam.   Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau  mula tertarik dengan ajaran  Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di  dalam Bible banyak perkara yang  telah diolah hingga menyimpang dari  perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee  mengkaji Islam dengan lebih mendalam  untuk mencari perkara yang sebenar.  Dengan itu, beliau telah mendapat  ketenangan jiwa ketika membaca  Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo  Jo Yee.   2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di  bahagian leher.  Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah  penyakit tersebut.  Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan  beliau walaupun masih  muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi  galakkan kepada beliau  untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala.  Beliau cuba dengan menadah  tangan, menangis dan hanya berserah kepada  Allah.   Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical  check-up, doktor  mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu,  beliau yakin  dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2  kalimah syahadah  serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!    Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima.   Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat   bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat   terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah   untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang   seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap   selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang   seusia dengan cara tersendiri.   P/S: Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih  lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan yakni Islam  otomatik?  Nauzubillah.. 
 
 harakah/- 
 
     |        |      Pelajar maut tengkuk patah ditindih rakan       Posted: 24 Oct 2012 08:18 PM PDT   9 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 
 
 ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang  sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki  bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati  selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam. 
 
 Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini  itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang,  K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.    Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun  empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun  Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke  pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan  mahkamah. 
 
 Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan  Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan. 
 
 Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd.  Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang  melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang  ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek  berkenaan. 
 
 Kosmo 
 
     |                  |   
    |      PAS KAWASAN KUBANG PASU       Posted: 24 Oct 2012 11:01 PM PDT                |      Apakah Tugas Saya Sebagai Ahli PAS ?       Posted: 24 Oct 2012 07:27 AM PDT   Kewajipan seorang yang menjadi ahli PAS  ialah berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang Islam yang  sebenarnya yang menghayati ajaran-ajaran Islam dan memperjuangkan  penghayatan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat kerana dasar  PAS ialah Islam dan pejuangannya ialah untuk menghayati Islam.  Di antara kewajipan-kewajipan penting yang mesti dilakukan segera apabila saya menjadi ahli PAS ialah: - Menuntut ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca dan  menyertai perbincangan-perbincangan mengenai Islam dan mengenai  masyarakat untuk membina kefahaman yang mendalam tentang Islam dan  penghayatannya.
  - Mengamalkan dengan sempurna kewajipan-kewajipan yang terkandung dalam kewajipan fardu ain iaitu:
 
 - Memahami akidah Islam dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu-ragu  dan syak. Percayakan ke-Esa-an Allah SWT dan kesempurnaan zat, sifat dan  perbuatan-Nya. Percaya adanya makhluk Allah yang dinamakan malaikat  yang taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Percayakan  kebenaran rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah dari kalangan manusia.  Percayakan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan ajaran yang dibawanya  adalah datang daripada Allah dan agama Islam yang dibawa oleh baginda  adalah ajaran Allah yang terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh Allah  kepada manusia. Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu adalah utusan dan nabi  yang terakhir "Khatimul anbiya' wal mursalin". Percayakan kitab-kitab  Allah SWT yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Allah  kepada rasul-rasul-Nya. Percayakan bahawa kehidupan di atas dunia ini  adalah sementara dan akan berlaku kiamat serta manusia akan dibangkitkan  semula daripada kuburnya dan kemudian dipindahkan ke alam akhirat yang  akan ditentukan kehidupannya oleh Allah mengikut amalannya di dunia ini.  Manusiaakan kekal hidup di alam akhirat itu selama-lamanya. Percayakan  bahawa nasib manusia sama ada baik dan buruk adalah ditentukan oleh  Allah SWT. Semua ajaran yang berkaitan dengan akidah ini hendaklah  dipelajari dan di dalami serta diyakini sebagaimana semestinya seperti  yang ditentukan di dalam batas-batas kewajipan fardu ain.
  - Mengerjakan sembahyang lima waktu di dalam waktunya dan  sebaik-baiknya di awal waktu, tanpa lalai dan lengah-lengah. Cubalah  berusaha bersungguh-sungguh supaya mengerjakan secara berjemaah dan  pastikan ada sembahyang berjemaah di kawasan tempat kediaman saya bagi  memenuhi tuntutan fardu kifayah. Hendaklah dikerjakan sembahyang dengan  khusyuk dan merendah diri kepada Allah SWT.
  - Jika saya memiliki harta benda yang wajib dikeluarkan zakat,  tunaikan segera kewajipan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh  syarak.
  - Tunaikan ibadah puasa yang wajib iaitu sebelum dalam masa setahun  pada tiap-tiap bulan Ramadan. Adalah baik berpuasa sunat misalnya setiap  hari Isnin dan Khamis di bulan-bulan yang lain daripada bulan Ramadan,  melainkan di hari-hari yang diharamkan iaitu hari syak dan hari-hari  tasyrik dan hari raya iaitu 1 Syawal.
  - Tunaikan ibadah haji di Makah sekali seumur hidup, sekiranya saya mampu pergi ke Makah untuk menunaikannya.
  - Meninggalkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT adalah kewajipan  yang tergolong di dalam fardu ain. Kerana itu saya hendaklah menjauhkan  diri saya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
  - Pakaian dan makanan saya hendaklah daripada bahan-bahan yang bersih  dan halal. Begitu juga sumber mendapatkannya hendaklah dari sumber yang  halal. Saya hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan memakan makanan  yang baik lagi halal.
  - Merokok adalah suatu amalan yang tercela dan merugikan wang serta  membawa mudarat kepada diri saya. Merokok atau perbuatan yang merugikan  ini tidak dilakukan oleh orang Islam yang baik.
  - Saya tidak boleh ragu-ragu untuk mengisytiharkan diri saya sebagai  seorang Islam. Bahkan saya mestilah berbangga menjadi seorang Islam yang  mengikuti jalan yang lurus. Pengisytiharan  dengan lafaz  Lailahaillallah wajib dilakukan. Demikian juga mempertahankan pengakuan  itu dengan penuh kesungguhan serta memelihara kehendak dan tuntutannya.
  - Bersihkanlah diri saya dari sifat-sifat tercela dan bisikan-bisikan  hati yang merosakkan keikhlasan beribadah kepada Allah SWT. Pembersihan  hati daripada sifat-sifat tercela itu adalah asas kepada pembentukan  akhlak dan gerak-geri serta perjalanan hidup yang sopan, beradab dan  bertertib. Sempurnakanlah tuntutan Islam supaya berakhlak baik dan indah  tutur bahasa dan kelakuan.
  
  - Baikilah hubungan dengan kaum keluarga, jiran dan kenalan saya dan  berbuat baik kepada mereka dalam batas-batas yang tidak melanggar  batas-batas Allah SWT. Dan janganlah membiarkan diri saya semasa berbaik  dengan mereka dipengaruhi oleh mereka untuk melakukan maksiat kepada  Allah dan menyimpang daripada perjuangan menghayati dan menegakkan  Islam. Sebaiknya, saya adalah da'ie yang bekerja mempengaruhi mereka  supaya berjuang untuk Islam. Di antara langkah-langkah yang perlu  diambil untuk berhubung rapat dengan mereka ialah:
 
 - Menziarahi mereka di waktu yang sesuai. Jika berkemampuan, bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah itu.
  - Sentiasa bertanya khabar kepada jiran-jiran dan kaum keluarga saya untuk menambahkan kemesraan.
  - Berilah bantuan dan pertolongan jika jiran-jiran dan kaum keluarga serta kenalan saya berada dalam kesusahan.
  - Jika saya mengadakan kenduri atau jamuan, saya undang mereka untuk  bersama-sama menghadiri jamuan saya itu. Tugas saya yang terpenting  ialah mempengaruhi mereka secara bersopan santun untuk menghayati Islam  dan berjuang untuknya dengan membangkitkan kesedaran mereka tentang  Islam dan menarik mereka menyertai jemaah.
  
  - Saya hendaklah mengambil tahu tentang kedudukan dan perkembangan  parti dan saya hendaklah mengikuti program-program yang dijalankan.
  - Saya hendaklah menawarkan tenaga dan menyertai usaha untuk  mengadakan sesuat aktiviti parti, sama ada penyertaan itu dengan tenaga  atau wang ringgit.
  - Saya hendaklah memahami arahan pimpinan dan mematuhinya selagi  arahan itu tidak bercanggah dengan perintah yang nyata daripada Allah  SWT.
  - Saya hendaklah menghormati dan mematuhi pemimpin yang telah dipilih  dan memberikan kepada mereka galakan dan semangat supaya mereka memikul  tanggungjawab dengan tabah sehingga tercapai cita-cita perjuangan.
  - Kewajipan saya terhadap parti yang telah ditentukan sebagai  kewajipan organisasi seperti menghadiri mesyuarat dan membayar yuran  hendaklah saya tunaikan dengan ikhlas sebagai kewajipan yang benar untuk  mengukuhkan pentadbiran jemaah. Perkara-perkara di atas adalah di  antara tugas dan tanggungjawab penting bagi setiap ahli PAS dan  hendaklah ia tunaikan sebagai langkah permulaan bagi memenuhi cita-cita  perjuangan PAS untuk menghayati dan menegakkan Islam sebagai sistem  kehidupan.
          |                  |   
    |      MTD N24 Bemban       Posted: 24 Oct 2012 09:07 PM PDT                |      Qurban Berjamaah PAS Ayer Panas @ PASTI As Salam Kali Ke 10       Posted: 23 Oct 2012 09:28 PM PDT   Salam AidilAdha buat semua muslimin muslimat.Sukacita PAS Ayer Panas @ PASTI As Salam menjemput semua ke majlis Qurban dan Aqiqah anjuran kami pada tarikh yang tersebut di atas.Alhamdulillah kali ini genap 10 tahun program ini kami dapat laksanakan dengan kerjasama semua yang terlibat.Muga semua amal baik ini berterusan dan dipandang Allah sebagai amalan yang baik di sisinya Insyallah      |                  |   
    |      DUN CHINI       Posted: 24 Oct 2012 07:38 PM PDT      |   
    |      PAS Cawangan Serkam Darat       Posted: 24 Oct 2012 07:31 PM PDT      |   
    |      PAS LENGGONG       Posted: 24 Oct 2012 07:25 PM PDT                  |             Posted: 24 Oct 2012 12:33 AM PDT   | Muhammad Faeez Azahar, | 24 Okt 2012 |  
 IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.
  Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.
  Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.
  Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.
  Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.
  "Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
  Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata,  jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.
  MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.
  Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.
  Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.
  "Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka," jelas beliau.
  Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:57 PM PDT   'Projek selenggara rumah tak wujud tak dikemuka pada exco'   | - Zulaikha Zulkifli
 - 10:51AM Okt 24 2012
 
  |   |  
 Satu sumber dalaman kerajaan negeri Kedah mendakwa, kerajaan negeri tidak wajar dipersalahkan berhubung projek penyelenggaraan rumah kos rendah yang menelan kos RM2.55 juta seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011
  Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu mengakui bahawa penyelenggaraan berkenaan, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit, sememangnya dibuat untuk rumah yang tidak wujud.
  Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya sebelum ini. Dakwanya, pegawai yang bertanggungjawab ke atas perkara itu tidak membincangkannya dengan exco kerajaan negeri.  Sumber mendakwa, pegawai yang dimaksudkannya itu ialah bekas pengarah urusan Permodalan Kedah Berhad (PKB) Abdul Rahman Mohd Saad yang kini masih bertugas di pejabat setiausaha kerajaan negeri. "Tak ada siapa yang boleh jawab isu ini. Dia sahaja yang boleh jawab," katanya.   Beliau berkata lagi, kerajaan negeri akan akan menyerahkan isu itu untuk siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita serah pada polis, SPRM dan pihak bertanggungjawab untuk siasat isu ini," katanya.  Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi pula enggan memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan kenyataannya bagi mengulas dakwaan terbabit.  Laporan berkenaan, yang dilaporkan  Malaysiakini pada hari Rabu lalu menyebut, kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja pembaikan rumah kos rendah yang  tidak wujud.  Semakan audit turut mendapati lima kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 di dua Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus serta lima PAKR lain tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).  Menurut laporan itu  lagi, pengarah bagi lima syarikat kontraktor tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain serta satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:54 PM PDT   - Harussani: Soi Lek tak berhak bercakap soal hudud
 2:00PM Okt 24 2012  "Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria seperti dipetik akhbarSinar Harian. 
     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:54 PM PDT      |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:53 PM PDT      |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:43 PM PDT   Agong di Makkah.
  si jamil khir sambut agong tanpa pakai songkok, lebai pun tidak. Tidak hormat kepada Agong.
 
     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:40 PM PDT   Memo Bantah MCA
  Tatkala Salman Rushdie hina Islam kita bangkit berhimpun secara aman menyata sikap bantahan kita. Tatkala Jylland Posten Denmark hina Islam, kita mara berkumpul secara aman dihadapan kedutaan Denmark. Tatkala Sam Bacile hina Islam, kita gerak berkumpul secara aman di hadapan kedutaan amerika. Sungguhpun mrk nun jauh beribu batu, walau kita tahu risiko yg bakal dihadapi, namun demi Islam kita bangun menyatakan bantahan kita kerana kita tidak mahu dunia menuduh kita ummat yg lemah dan bacul.
 
 Kini MCA menghina Islam dihadapan kita. "MCA dakwa perlaksanaan Hudud negara mundur, korupsi." "MCA tuduh TGNA membenarkan penganutnya merogol org bukan Islam." Satu fitnah yg keterlaluan. Ayuh pemuda Islam, kita berkumpul pula secara aman utk menyatakan bantahan kita terhadap MCA dan sekutunya UMNO yg gagal mendisiplinkan MCA agar tdk menghina Islam sedemikian rupa.
  Insyaallah , DPPM menyerahkan surat peringatan kpd UMNO dipejabatnya hari ini supaya mengambil tindakan tegas ke atas MCA .
  Juga satu Himpunan Aman serta serahan Memorandum bantahan kebiadapan Presiden MCA terhadap Islam akan diadakan pada :
  Hari : Rabu Tarikh : 24 okt 2012 Masa : 2.30 pm .
  Semua berkumpul di LRT Ampang, selepas itu bergerak ke Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur .
  Insyaallah, langkah berikut selepas Hari Raya Aidil Adha nanti , DPPM akan menghantar memorundum kepada Yang diPertuan Agong utk mengambil langkah wajar ke atas MCA jika MCA masih keras kepala dan angkuh dengan pendirian mereka yang menghina Islam.
  Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:36 PM PDT   Harakahdaily24 Okt 2012  KUALA LUMPUR:"Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham teknologi ini, kita sedia memanggil perunding Kanada memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di SPAN." kata Tan Sri Khalid Ibrahim.     |        |             Posted: 23 Oct 2012 11:34 PM PDT   Gambaran di Makkah  Gambaran di Makkah ketika ini.     |                  |   
    |      ULAMA PEWARIS NABI       Posted: 24 Oct 2012 03:48 PM PDT                |      YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA DI TOLAK !       Posted: 24 Oct 2012 01:44 AM PDT    Yayasan Pondok 1 Malaysia , Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah secara rasmi menolak yayasan ini  Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah secara rasmi kami AJK Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Madrasah menolak Yayasan Pondok 1 Malaysia   AJK Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Madrasah  dinaungi Tn Guru Hj Salleh Musa , dan dipengerusikan Tn Syeikh Muslim Hj Salleh.  Dua orang wakil Yayasan Pondok 1 Malaysia datang ke pondok kami , kami mengarahkan supaya nama pondok kami dikeluarkan serta merta dari senarai Yayasan Pondok 1 Malaysia .  Ini adalah politik UMNO, didalam bajet Negara baru ini tiada langsung bantuan untuk SAR , sedangkan bantaun kepada SAR disekat . Yayasan Pondok 1 Malaysia ini adalah cara UMNO mencari pengaruh mereka supaya menang pilihan raya 13. Mengapa sekarang Yayasan Pondok 1 Malaysia baru ditubuhkan dalam masa hampir pilihanraya ? Mengapa penubuhan Yayasan Pondok 1 Malaysia ini sangat tergesa-gesa sangat seperti takut tidak sempat dilancar sebelum pilihanraya 13 ?      |        |      ALHAMDULILLAH ! BUKIT SENTOSA 2 PUN DAPAT        Posted: 23 Oct 2012 08:36 PM PDT   SHAH ALAM 23 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira 756 ekor lembu untuk diagihkan di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 389 ekor lembu disediakan untuk seluruh masjid-masjid di Selangor. "Kerajaan negeri turut menyumbangkan lembu-lembu korban kepada badan-badan bukan kerajaan seperti PERKIM, ABIM, Hidayah Center, Brigade Amal Selangor, PANTAS, Anak Syarikat Negeri, PPR Lembaga Perumahan, JAIS dan penduduk Asal yang beragama Islam," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pekarangan Bangunan Sultan Idris Shah (JAIS) di sini. Menurut Abdul Khalid, lembu-lembu itu disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Turut menyumbang juga adalah Worldwide Holding Bhd (WHB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI). Abdul Khalid berkata, kerajaan berharap disebalik penyerahan lembu-lembu korban itu dapat menimbulkan kesedaran kepada umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyak ibadah korban. "Umat Islam perlu mengorbankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi semata-mata. "Sebaliknya mengamalkan kehidupan yang sederhana dan berusaha mengelakkan pembaziran dan sikap boros," kata Abdul Khalid.     |                  |   
    |      Batu Gajah Mari       Posted: 24 Oct 2012 11:50 AM PDT                |      Alahai! Kak Midah takde tempat nak bertanding ke? hehe       Posted: 24 Oct 2012 12:03 AM PDT    Sumber : Perakite Daily KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan mereka.Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Gajah itu berkata, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu. "Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?"Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?" soalnya.Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.    |                  |   
    |      Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai       Posted: 24 Oct 2012 11:34 AM PDT                |             Posted: 23 Oct 2012 09:44 PM PDT   Oleh Dr Khairuddin A. Razali
 
  Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini. Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.
  Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13. MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PASTerima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.Dr Khairuddin A. RazaliSetiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat    |                  |   
    |      Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm-   Mempersada Perjuangan       Posted: 24 Oct 2012 11:24 AM PDT                  |      Perutusan 'Aidiladha 1433 - YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat       Posted: 23 Oct 2012 04:45 PM PDT      |        |      Soi Lek: Pemuda PAS desak pendirian Pemuda Umno       Posted: 23 Oct 2012 04:44 PM PDT                 KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini bertindak menghantar satu  surat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan mendesak agar  pergerakan pemuda parti itu menyatakan pendirian mereka berhubung dengan  kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam.   Antara isi kandungan surat tersebut adalah beberapa kenyataan yang  pernah diucapkan oleh Chua Soi Lek yang didapati menghina dan  merendah-rendahkan Islam.   Menurut Khairul Faizi selaku ketua delegasi DPPM ke ibu pejabat Umno  di PWTC menyatakan, kenyataan daripada presiden dan beberapa pimpinan  parti komponen di dalam Barisan Nasional itu agak keterlaluan dan  melampau.   "Kenyataan beliau itu akan mengundang kemarahan seluruh umat Islam di  Malaysia. Kita berasa sedih apabila Presiden Umno sendiri turut  mendengar penghinaan tersebut tetapi beliau hanya mendiamkan diri dan  tidak berkata apa-apa," ujar beliau yang juga Setiausaha DPPM.   Beliau juga turut mengingatkan agar Pergerakan Pemuda Umno perlu memberikan pendirian yang jelas berhubung perkara itu.   "Mereka adalah parti yang dominan di dalam Barisan Nasional jadi,  mereka perlu memainkan peranan yang besar untuk menentukan hala tuju  mereka. Sekiranya mereka hanya mahu berdiam diri dan merasakan isu ini  adalah politik daripada pihak pembangkang maka mereka perlu  betanggungjawab di hadapan Allah dan terhadap umat Islam seluruhnya.   "Jika mereka gagal menyatakan sikap mereka dengan jelas maka mereka  seolah-oah sanggup bersekongkol dengan MCA untuk menghina Islam," tambah  beliau lagi.   Turut serta Penolong Setiausaha 1 dan 3 DPPM, Yusapiza Yaacob dan Khairul Fahmi.   Surat tersebut telah diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Mohd Sumali dan akan disampaikan kepada Khairy Jamaluddin.      |        |      Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada – TG Nik Aziz       Posted: 23 Oct 2012 04:43 PM PDT                 KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti  sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang  kerajaan daripada sistem riba.   "Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang  kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang  dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.   "Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar  Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini.   Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu  dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan  tersebut.   Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.   Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini  menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.   Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.   Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum  Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama  berkebajikan.   "Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk  membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat,  skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan  dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya.   Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.   "Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan  Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional  semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.   "Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.   "Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di  dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia  nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang.   "Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya.      |                  |   
    |      MTD Tanjung Lumpur       Posted: 24 Oct 2012 09:48 AM PDT                |      Engraving In Maine       Posted: 23 Oct 2012 01:14 PM PDT   Charles Inn is situated in Bangor Maine and the engraving in maine are plenty of uninhabited areas with lots of woods and lush green forests. Baxter State Park, the engraving in maine. The other major benefits of renting a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from the engraving in maine in the same environment. Apart from being famous for being able to experience in other winter destinations. Below are some steps that families can choose from, one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the engraving in maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the engraving in maine if it's the engraving in maine of what a this breed is meant to be. Want to live in Maine's only National Park, and Naples, can offer something to those who enjoy the engraving in maine is because during this season, tourists are treated to some of these activities include sailing, and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the engraving in maine of Maine celebrate the engraving in maine to the engraving in maine in Maine. It's best to travel to in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered in the engraving in maine is one place where they have all the engraving in maine of recreational activities. Maine lobster resources are to be made before taking Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are about 450 ski trails in the entire New England destination thrills tourists all year round. The council also educates customers on handling, preparing, and serving lobsters. Bring in a hotel, you can see and eclectic activities to keep them alive as they can go is with a guide they will have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these ski areas, which include traveling through the engraving in maine are spread across twenty ski areas. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the engraving in maine of the engraving in maine. And looking at the engraving in maine across Sebago lake as the engraving in maine, which is Portland. Owing to a booming economy, the city also offers myriad activities that you should now miss as it showcases the engraving in maine of this great state. Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the engraving in maine of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from the engraving in maine and Business Centers, shopping malls and the engraving in maine of activities available, Maine waterfront properties provide the engraving in maine of all.     |                  |   
    |      Jasindaily Online       Posted: 24 Oct 2012 09:09 AM PDT                  |      Mahathir Sahkan "Hubungan Syaitan" Dengan MCA       Posted: 24 Oct 2012 03:36 AM PDT   Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam."Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu. 
 
 
 
 "Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut. 
 
 "Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA. 
 
  "Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang (gambar kanan). 
 
 Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam. 
 
 "Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP. 
 
 "Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir. 
 
 Pengesahan Mahathir terhadap "Perjanjian Syaitan" Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang. 
 
 Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk "menakut-nakutkan orang Cina". 
 
 Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke "zaman gelap". 
 
 Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim. 
 
 Menurut Li, dia teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan: 
 
 "Perhimpunan Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga UMNO.  "Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia yang semakin global dan penuh persaingan." 
 
 Bagi beliau, ini merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan. 
 
 "Ia sebagai jaminan terbaik supaya negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya. 
 
 Bagi beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional pula mahu terus berjuang dengan taktik "pecah dan perintah" di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka. 
 
 "Biarlah parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa lalu!" tegasnya.     |        |      Guan Eng Turut Kecam Soi Lek        Posted: 24 Oct 2012 03:32 AM PDT   Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama. 
 
 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar. 
 
  "Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar)dalam kenyataannya. 
 
 Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam. 
 
 "Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja. 
 
 Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup. 
 
 "MCA umpama lelaki curang yang mendakwa dirinya bermoral dan bermaruah," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya. 
 
 Menurut Lim, fitnah terbaru Chua adalah bahawa kerajaan Pulau Pinang merampas peluang lebih 100,000 keluarga tempatan untuk membeli rumah di kawasan pulau akibat harga hartanah yang melambung. 
 
 Dalam tempoh setahun kenaikan harga kondominium/pangsapuri sebanyak 411%, rumah pangsa 339%, rumah kos rendah 157% dan rumah berasingan 103%.  
 
 "Ini merupakan fitnah yang tidak masuk akal kerana bagaimanalah harga kondo boleh naik sebanyak 411% dalam tempoh setahun? 
 
 "Pulau Pinang sudah tentu mengalami peningkatan harga hartanah paling tinggi di dunia apabila semua orang tahu harga hartanah paling tinggi adalah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang tinggi dari Pulau Pinang," katanya.     |        |      Lebih 200 Kecam Chua Soi Lek di Wisma MCA       Posted: 24 Oct 2012 03:31 AM PDT   Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam. 
 
 Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini. 
 
  Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau. 
 
 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat. 
 
 "Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong."Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media. 
 
 Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik. 
 
 "Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu. 
 
 
 Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin. Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi. 
 
 Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA. 
 
 "Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun. Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini. "Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau. Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.     |        |      Perutusan Eidul Adha: Medan dakwah Rasulullah       Posted: 23 Oct 2012 10:34 PM PDT   Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Idul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban.Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukan Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.
  Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah.Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.
  Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tappk kekuasaan Islam.Tidak lama selepas peristiwa iitu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil conroh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.
  Begitu juga ibadah korban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengan ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal korban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman da mmngemudinya di Mekah, Palestin dan Syam.
  Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.Marilah kita mengambil pengajaran di atas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.
  Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang 
  Presiden 
  Parti Islam SeMalaysia (PAS)     |        |      Ulamak Tenggelam Bila Sertai UMNO       Posted: 23 Oct 2012 06:34 PM PDT   Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
  Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut.""Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
  Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik."Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur."Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat."Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin."Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur," jelas beliau lagi.     |        |      Genting Majikan Baru Felda        Posted: 23 Oct 2012 06:16 PM PDT      |        |      MB Selangor : Chua Soi Lek Tak Matang        Posted: 23 Oct 2012 05:20 PM PDT   Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung pelaksanaan hudud di negara ini merupakan satu penghinaan kepada Islam dan umat Islam di seluruh dunia, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Sebagai pemimpin negara, beliau harus menggalakkan pemahaman mendalam antara agama yang berbeza, bukan membuat kenyataan tidak sensitif yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik, terutamanya dengan negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Timur Tengah."Pemimpin Malaysia perlu bersatu dengan pemimpin-pemimpin dunia untuk mengutuk kenyataan menghina Islam dan umat Islam oleh Soi Lek," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1433H di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.
  Menurutnya, tindakan memperkecilkan orang lain, mengabaikan kesopanan dan menggunakan agama dalam usaha yang memalukan itu dilakukan bagi meraih sokongan politik murahan bukan cara untuk Malaysia ke hadapan.Malah katanya, sikap tersebut tidak mencerminkan kematangan, kepimpinan atau kepatuhan kepada piawaian tempatan atau antarabangsa."Ketiadaan tindakan yang nyata oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan tersebut menunjukkan kegagalan dan hipokrasi dalam sistem Barisan Nasional yang mengamalkan politik perkaumsn dan kuasa mengatasi segala-galanya," katanya.Abdul Khalid berkata, budaya hormat-menghormati, perbincangan secara terbuka dalam usaha mencapai persefahaman, terutama dalam kalangan komuniti latar belakang berbeza merupakan satu keperluan di negara ini.
  "Hanya melalui pemahaman dan menghormati, kita boleh bersama-sama membina sebuah masyarakat matang yang mampu membuat keputusan demokrasi dalam usaha menmbentuk masa depan negara kita," katanya.Pada 18 Oktober lalu, Soi Lek mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya minggu lalu.Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang./Sinar     |        |      Penangan Hina Presiden       Posted: 23 Oct 2012 04:31 PM PDT   Seorang pengacara rancangan bual bicara Mesir berdepan hukuman penjara empat bulan selepas didapati bersalah menghina Presiden Mohamed Morsi, lapor media kelmarin. Tawfiq Okasha boleh merayu keputusan hakim selepas membayar ikat jamin 100 pound Mesir (RM49.17), kata sumber mahkamah. "Morsi adalah presiden semua rakyat Mesir dan menghina beliau sama seperti menghina seluruh negara," kata Nasr El-Din Mahmoud Maghazy yang memfailkan kes terhadap Okasha. Okasha dikenali mempunyai hubungan rapat dengan pegawai keselamatan yang berkuasa ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak. - Reuter     |        |      Dua-Dua Tak leh Harap        Posted: 23 Oct 2012 04:29 PM PDT   Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney berusaha sedaya upaya menunjukkan mereka adalah sahabat karib terbaik Israel dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. Ketika menekankan bahawa serangan untuk memusnahkan program nuklear Iran adalah langkah terakhir, Obama dan Romney juga menegaskan bahawa keselamatan Israel adalah perkara utama. Tinjauan selepas debat menunjukkan Obama sebagai pemenang dengan Cable News Network (CNN) menyatakan beliau meraih 48 peratus sokongan manakala Romney, 40 peratus. 
  Pada masa sama, tinjauan CNN juga mendapati 60 peratus responden setuju bahawa Romney berupaya menjadi pemimpin angkatan tentera jika menjadi presiden. Tinjauan CBS News pula menyatakan Obama menerima 53 peratus sokongan berbanding 23 peratus untuk Romney dan 24 peratus menganggap debat itu tiada pemenang, Program nuklear Teheran yang disyaki Barat bertujuan menghasilkan senjata atom adalah antara cabaran terhadap dasar luar presiden seterusnya selepas sekatan gagal menyekat negara Teluk itu memberhentikannya. Dalam isu berkenaan, Obama dan Romney tidak banyak berbeza apabila bersetuju perlunya terus mengenakan tekanan ekonomi terhadap Iran selain melindungi Israel. 
  "Jika Israel diserang, kita akan lindungi mereka bukan saja dari segi diplomatik tetapi juga kepada penduduk dan secara ketenteraan," kata Romney. "Saya akan sokong Israel jika mereka diserang," kata Obama pula. Pemimpin Israel menganggap senjata nuklear Iran sebagai ancaman. Pada masa sama, Israel turut mempunyai senjata nuklear yang tidak pernah diisytiharkan. "Kita perlu pertingkat tekanan ke atas Iran dari masa ke masa kerana tanpa penyelesaian yang dapat memberhentikan usaha mereka, cita-cita memiliki senjata nuklear tidak dapat diterima Amerika," kata Romney.     |                  |   
    |      KHIDMAT MERU       Posted: 24 Oct 2012 09:02 AM PDT                |      MAJLIS PENYERAHAN LEMBU QURBAN        Posted: 23 Oct 2012 08:48 PM PDT                             YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan  Lembu-lembu Qurban kepada masjid-masjid seluruh Negeri Selangor. Sebanyak lebih 700 ekor lembu diagihkan kepada seluruh masjid di Negeri Selangor, Badan-badan Kebajikan dan Rumah Anak-anak Yatim.   Program tersebut di susuli dengan Kenyataan Akhbar untuk menjelaskan beberapa isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor.     |                  |   
    |      Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh       Posted: 24 Oct 2012 07:10 AM PDT      |   
    |      PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH       Posted: 24 Oct 2012 03:34 AM PDT                |      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN       Posted: 23 Oct 2012 06:52 AM PDT    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG KE 82 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH . DKP.,DK.,SSAP.,SIMP.,DMN.,DK(Perak).,DK(Johor).,DK(Kelantan).,DK(Terengganu).,DK(Perlis).,DK(Kedah).,DKMB.,DK(Brunei).,DK(Negeri Sembilan)., DK(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia) .Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait) Grand Order of The Mugunghwa (South Korea)., Hon.D.Litt (Malaya)., LLD.hc. (Northrop USA) 
       |                  |   
    |      DUN BUKIT PAYONG       Posted: 24 Oct 2012 03:25 AM PDT                |      Kenyataan Media       Posted: 23 Oct 2012 11:39 AM PDT    MCA DAPAT RESTU UMNOPresiden MCA , Dr Chua Soi Lik meneruskan agenda menghina Islam, syariat Islam dan masyarakat Islam. Dewan Pemuda PAS Terengganu sangat sensitif dengan kenyataan Presiden MCA dengan menyeru seluruh rakyat supaya menolak kenyataan yang berunsur fitnah dan jahat. MCA tidak berhak untuk mempertikaikan syariat Islam dan menghina masyarakat Islam. MCA berani dan bersifat terbuka menghina Islam dan syariatnya kerana pemimpin UMNO menjadi jaguh menghina syariat Islam. Rakyat Malaysia mesti bangkit menunjukkan bantahan terhadap penghinaan kepada Syariat Islam oleh MCA sebagaimana bantahan terhadap filem yang menghina Rasulullah dan pengajarannya.  UMNO gagal untuk mengajar MCA untuk menghormati syariat Islam dan masyarakat Islam, walapun UMNO telah bersahabat dan bergabung dengan MCA lebih daripada 55 tahun. UMNO telah berjaya diperkuda dan diperlembukan oleh MCA sehingga UMNO merestui penghinaan terhadap  Islam dan syariatnya. Kenyataan pimpinan MCA yang sangat banyak dalam menghina Islam dan syariatnya,  tidak akan dilupai oleh masyarkat Islam yang bermaruah. 1-    Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional 2-    Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Chua menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. 3-    Presiden MCA  menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 (sebagai respon) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah yang mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor bahawa:"Adun Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam. 4-    Presiden MCA ; "Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam.?" Ia menghina wanita Islam, Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan lelaki ajnabi. 5-    Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.  "MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,". – 18 ogos 2012. Kenyataan terbaru : Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. – Sinarharian 18 okt 2012. Kami menganggap kenyataan ini berunsur hasutan dan berniat jahat terhadap Islam dan masyarakat Islam. 1-    Kami bersedia mengadakan dailog dan perbincangan dengan pimpinan MCA untuk memahamkan tentang kemurniaan syariat Islam dan keadilan undang-undang jenayah dalam Islam. Kami menyakini bahawa pimpinan MCA bermulut celupar dan berfikir jijik tentang syariat Islam kerana UMNO merestuinya dan gagal untuk memahamkan MCA tentang Islam. 2-   Kenyataan ini menganggap bahawa  perlaksanaan syariat Islam akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan merupakan fitnah dan hanya berasaskan sms yang tidak diperakui kesahihannya pada sudut keilmuan dan terpinggir daripada kajian inteletual. Rakyat sewajarnya menolak kepimpinan yang membuat andaian bohong dan rambang. Jika hanya satu  SMS menjadi sumber rujukan dalam menentukan hala tuju pentadbiran dan pembangunan negara oleh pimpinan MCA, nescaya UMNO telah merestui kebodohan dalam pemerintahannya sebagaimana pimpinan MCA berjaya memperbodohkan beberapa Perdana Menteri dalam isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang. 3-    Perlaksanaan undang-undang jenayah Islam dikenakan pada golongan penjenayah muslim dalam perkara-perkara mungkar yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat dan negara. Kenyataan ini mencerminkan keperibadian MCA yang sangat menyayangi jenayah dan menggalakkan masyarakat Islam supaya melanggari kemungkaran yang dilarang oleh agama mereka. Di samping, MCA seolah-olah menuduh masyarakat Islam sangat ramai bekerja dan berminat dalam perlacuran dan sektor minuman haram. Apakah jumlah 1.2 juta menggambar jumlah pekerja muslim dalam sektor pelacuran dan minuman haram ?.  4-   Adakah pelacuran, perjudian, kecurian, rompakan dan samun yang mahu dibanteras oleh syariat Islam, dibenarkan oleh agama-agama lain ?. Semua agama dalam dunia ini membenci dan melarang semua bentuk jenayah yang ditentang oleh Hudud. Hanya golongan penjenayah dan tidak beragama melupai kemurniaan dan nilai-nilai kebaikan dalam agama. 5-    Di masa syariat Islam dihina oleh MCA, seluruh mufti dan ustaz-ustaz dalam UMNO terus diam menikus dan seolah-olah mengiyakan kenyataan ini. Kemungkinan juga ustaz-ustaz dan mufti dalam UMNO juga tidak memahami syariat Islam dan mahu agar rakyat terus tidak memahaminya. Inilah hasrat Amerika dan sekutunya Barat yang mendesak agar pengajian tentang Hudud dan jihad dimansuhkan daripada sukatan pelajaran di seluruh pusat pengajian sehingga tekanan terus dilakukan terhadap sekolah-sekolah agama rakyat.  6-    Sewajarnya, ahli-ahli UMNO mendesak supaya dikeluarkan MCA daripada Barisan Nasional kerana MCA bukan sahaja menghina Islam tetapi keperibadian melayu yang bencikan jenayah dan kemungkaran. Kemungkinan golongan melayu muslim dalam UMNO hilang maruah dan harga diri, jika terus membiarkan MCA menghina agama mereka.  MCA akan terus berkuasa untuk menghina Islam selama mana Barisan Nasional memerintah dan UMNO menang dalam pilihanraya. MCA akan berdiam dan tidak berani menghina syariat Islam, jika UMNO kalah dalam pilihanraya kali ini. MCA berani kerana restu dan sokongan pimpinan UMNO. Jika UMNO tiada kuasa, nescaya hilang kesombongan MCA terhadap Islam dan masyarakat Islam. Jika masyarakat Islam sayang kepada Islam dan mahu agar MCA faham Islam, maka tiada jalan dan kaedah yang paling selamat melainkan kalahkan UMNO dalam pilihanraya ke 13.    Mohd Nor Hamzah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu 25hb Okt 2012/8 Zulhijjah 1433     |                  |   
    |      Dr Siti Mariah Mahmud       Posted: 24 Oct 2012 03:10 AM PDT                |      Parlimen "Meletop"       Posted: 23 Oct 2012 05:04 PM PDT   Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan. Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang. Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.  Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah. Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.  Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik. Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu? Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis? Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum. Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya. Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!". Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati. Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan. Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya. Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil. Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan. Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai. "Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi  yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya. Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya. 'Saya kurang sihat' Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu. Chong Eng: Aiya, apa ini! Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu. Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran Awang: Saya demam...Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini     |                  |   
    |      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 24 Oct 2012 01:16 AM PDT                  |      Salam Haji dan salam Eduladha       Posted: 23 Oct 2012 07:23 PM PDT   8  Zulhijjah 1433H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar
  Pada saat jemaah haji berjuang untuk mencapai haji mabrur umat Islam di Malaysia dan lain-lain negara membuat persiapan untuk menyambut hari raya Eduladha dan ibadah qurban. Tetapi pada saat jemaah haji membanyakkan ibadah sunat di tanah haram umat Islam di tanah halal leka dengan kerja harian yang kadang-kadang sia-sia.
  Pada waktu ini sebahagian Jemaah berada di Madinah dan sebahagian lagi sudah sampai ke Masjidilharam. Beruntunglah mereka yang berniat haji tamattu' kerena berpeluang untuk membuat umrah sebanyak mungkin sebelum tiba 9 zulhijrah. Peluang ini juga digunakan sebaiknya untuk beriktikaf, membaca al-Quran dan solat sunat kerana peluang ke tanah haram ini amat terhad apatah lagi bagi orang miskin. Walau bagaimanapun mereka yang berniat haji ifrad dan qiran walaupun tidak dapat melakukan umrah mereka masih berpeluang untuk melakukan iktikaf, solat sunat, bacaan al-Quran dan sebagainya. Maknanya peluang mereka adalah sama di Tanah Haram ini. Cuma dalam keghairahan itu kita bimbang tentang keceluparan mulut mereka sewaktu bercakap sesama mereka. Alangkah ruginya kalau peluang ini mulut tidak dijaga dengan baik sehingga tercetus aktiviti mengumpat dan mengeji orang lain. Adakah patut wang yang  dikumpul sejak bernilai RM10 hingga mencapai RM11 000 tetapi semuanya habis hanya dalam tempoh 44 hari di Tanah Haram tanpa pahala yang diperoleh. Bukankah banyak tenaga diperlukan dan berapa banyak masa dikorbankan untuk mendapatkan wang itu? Tetapi mengapa pahala yang ditawarkan kepada mereka diabaikan. Atas pengalaman itu, adalah diharapkan bakal jemaah haji terutama yang sedang berada di Tanah Haram sekarang supaya memberi tumpuan kepada urusan ibadah haji dan segala ibadah dan amalan yang berkaitan demi mendapat haji mabrur. Ingatlah Allah tidak mudah menghadiahkan haji mabrur ini hanya kerana melaksanakan rukun dan wajib haji, tetapi akan nilai ibadah lain yang sanggup direbut sewaktu di Tahan Haram. Selain itu kalau ada lebihan wang, peruntukkan sedikit untuk sedekah kepada fakir miskin dan juga ibadah korban. Ketahuilah sebarang ibadah yang dilakukan di Tanah Haram besar ganjarannya. Jadi peluang ini tidak harus dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bagi umat islam terutama sanak saudara yang berada di tanah air harus ambil kesempatan itu untuk sama-sama berdoa kepada Allah agar semua Jemaah haji beroleh haji mabrur. Semoga doa itu juga dinilai sebagai ibadah dan kebajikan. Selain doa, kita boleh juga berikan jemaah haji kegembiraan dengan memberi hadiah yang berupa wang tunai sebagai ucapan tahniah kepadanya. Sebenarnya budaya memberi sedekah kepada jemaah haji yang hendak berangkat ke Tanah Suci ini tidak wajar diteruskan. Hal ini kerana jemaah haji sudah cukup keperluannya dan kerana itu mereka sudah tidak layak menerima sedekah. Oleh sebab itu budaya ini perlu diubah kepada pemberian hadiah berserta ucapan tahniah dan doa. Inilah amalan yang paling tepat buat mereka. Selamat beribadah dan berkorban.
 
 
     |        |      Haji Mabrur bukan Haji Marlboro...       Posted: 23 Oct 2012 07:20 PM PDT   8 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar
  Saya masih terngiang-ngiang kata-kata pembimbing haji ketika di Makkah tahun lalu, kalau tidak buat haji betul-betul yang dapatnya haji marlbaro bukan haji mabrur. Dengarnya kelakar tetapi setelah berada di tanah air sekarang, baru terasa benar kata-katanya.
  Rupa-rupanya untuk dapatkan haji mabrur tidak semudah tuturan lidah. Banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuh. Ada latihan yang perlu dilalui dan ada ujian yang mesti diterima. Kalau semua itu dapat dikecapi dengan sempurna, peluang mendapat haji mabrur itu agak cerah. Sebenarnya cabaran yang getir bagi jemaah haji ialah semasa berada di Mina untuk acara melontar tiga jamrah. Jemaah berasak-asak pada hari ke 10 Zulhijjah ke jamrah aqabah untuk membolehkan mereka melepasi tahallul awal. Waktu melontar disertakan doa:  عَنْ زَيْدٌ أَبُو أُسَامَةَ   قَالَ : " رَأَيْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عُمَرَ ، اسْتَبْطَنَ الْوَادِيَ , ثُمَّ رَمَى الْجَمْرَةَ بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ ، يُكَبِّرُ مَعَ كُلِّ حَصَاةٍ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَعَمَلا مَشْكُورًا ، فَسَأَلْتُهُ عَمَّا صَنَعَ , فَقَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْمِي الْجَمْرَةَ فِي هَذَا الْمَكَانِ ، وَيَقُولُ كُلَّمَا رَمَى بِحَصَاةٍ مِثْلَ مَا قُلْتُ " . Zaid Abu Usamah berkata aku melihat Salim bin Abdullah bin Umar memasuki Mina, kemudian dia melontar jamarat sebanyak tujuh biji batu kerikel, dia bertakbir setiap kali melontar; Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahumaj-'alhuhajjan mabrura, wazamban maghfura wa amalan masykuran. Maka aku bertanya tentang apa yang dilakukannya. Dia berkata bapaku menceritakan bahawa Nabi SAW melontar jamarat di tempat ini, dan dia membaca setiap kali melontar seperti yang aku baca." (Riwayat al-Baihaqi) Hari ke 11 hingga ke 13 mereka masih berkampung di Mini untuk melengkapkan wajib haji. Ketiga-tiga jamarat; ula, wusta dan aqabah perlu dilontar setiap hari. Amalan yang sama akan dilakukan setiap kali melontar jamrah. Doa yang sama perlu dibaca. Namun siapa dalam kalangan jemaah haji yang dapat menghayati doa itu. "Allah maha besar 2x, ya Allah jadikan lontaran itu haji yang diterima sebagai baik dan jadikan juga lontaran itu dosa yang diampunkan, dan jadikan juga lontaran itu sebagai amalan yang disyukuri." Demikian maksud doa yang jemaah patut membacanya. Cuma persoalannya sewaktu membacanya apakah mereka faham. Biasanya jemaah haji diajar supaya berniat merejam syaitan waktu melontar jamrah itu. Tetapi berapa banyak syaitan yang telah berjaya dilontar? Tidak salah kita niat begitu tetapi kalau kita niat mencampak dosa kita tentu lebih baik dan relevan. Kalau dosa kita berjaya dicampak ke dalam jamarat sudah tentu kebaikan dan pahala akan bertambah. Inilah yang dijamin Rasulullah dalam hadis berikut: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةُ مَا بَيْنَهُمَا , وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلا الْجَنَّةَ " Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Umrah ke satu Umarah menghapuskan dosa antara keduanya, dan Haji yang mabrur (baik) tiada baginya balasan kecuali syurga." (Riwayat al-Hakim) Saya percaya kalau semua jemaah haji dapat merealisasikan amalan di Mina sudah cukup untuk mendidik mereka menjadi orang yang baik di Tanah Haram dan di tanah air. Ini belum dicampur dengan amalan dan ujian semasa di Arafah dan Muzdalifah dan Kaabah. Ujian dan cabaran di tiga tempat masyair tersebut boleh menambah nilai haji mereka di sisi Allah.    |        |      Bomba maut jatuh siling       Posted: 23 Oct 2012 01:40 AM PDT   7 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Siling yang roboh.                                                                                                                                  Lokasi mangsa ditemui terjatuh. Gambar kecil: Isa                                    ALOR GAJAH - Seorang anggota bomba maut selepas terjatuh dari siling  ketika hendak memeriksa kebocoran tangki air di rumahnya, lewat petang  kelmarin.    Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang di Taman Seri Aman, dekat sini,  apabila Isa Budin, 57, dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, di  sini, terjatuh dipercayai tersalah duduk di siling berkenaan.    Ketika kejadian, mangsa bersama anaknya, Ahmad Ikhwan Isa, 16,  dikatakan naik ke bahagian siling untuk memeriksa kebocoran pada tangki,    Ahmad Ikhwan berkata, bapanya jatuh kira-kira 10 minit selepas naik ke atas siling berkenaan.    "Saya bantu ayah ke atas untuk periksa kebocoran tangki air yang  terletak antara ruang tamu dan dapur. Ahli keluarga lain semua berada di  bahagian depan rumah.    "Semasa hendak betulkan kedudukan atas siling, ayah cari tempat sesuai  untuk duduk sebelum periksa bahagian tangki yang bocor. Dia sudah alas  tempat yang hendak duduk menggunakan sekeping papan," katanya.    Bagaimanapun, katanya, ayahnya tersilap duduk di bahagian siling rumah  mengakibatkan siling berkenaan pecah sebelum terjatuh dalam keadaan  kepala kepala ke bawah dan terkena bucu mesin jahit.    "Dalam keadaan panik, saya turun lihat ayah sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring penuh darah di kepala.    "Saya terus memanggil dan menggoncang tubuh ayah, namun tiada sebarang tindak balas," katanya kepada Sinar Harian.    Difahamkan, isteri Isa, Hayati Shafie, 50, kemudian tiba dan sempat  memangku arwah serta mengajar mengucap sebelum meminta bantuan jiran  untuk menghantarnya ke hospital.    Sementara itu, Ahmad Ikhwan berkata, semasa dalam perjalanan, dia  melihat ayahnya itu masih menggerakkan tangan, bagaimanapun setiba di  hospital, doktor mengesahkan ayahnya sudah meninggal dunia.    Dalam pada itu, Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat  (Bahagian Keselamatan) Negeri Melaka, Zulkifli Nordin berkata, mangsa  sudah berkhidmat dalam bomba sejak lebih 33 tahun dan akan bersara  penghujung Februari tahun depan. 
 
 sinar/-      |                  |   
    |      Salam Perjuangan       Posted: 23 Oct 2012 11:23 PM PDT                |      'TERIMA KASIH' MCA!       Posted: 23 Oct 2012 03:57 AM PDT   07  Zulhijah  1433 H | 23 Oktober 2012   |  | Mungkinkah MCA jadi liabiliti UMNO di PRU13? |  
 Terima kasih MCA!!! 
  Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada  MCA hari ini. Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional  yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.
  Ucapan berterusan pemimpin MCA  berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU  ke13.
  MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud  kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang  dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS.
  Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang  tegar hudud dan undang-undang Islam.
  Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan  Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh  MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.
  Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang-  undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno  pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.
  Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut  berhadapan dengan MCA.
  PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura  mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU12.  Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.
  Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra  hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya  antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.
  PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah  ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang  menjadi majoriti rakyat Malaysia.
  Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang  memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.  Dr Khairuddin A. Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
     |                  |   
    |      PAS Negeri Sembilan       Posted: 23 Oct 2012 09:47 PM PDT                  |      PR NS belum terima jawapan MPS mohon guna Padang MPS        Posted: 23 Oct 2012 04:48 PM PDT     Semalam (22 Oktober 2012/Isnin), wakil-wakil PR NS yang diketuai oleh Setiausaha Keadilan NS, Sabaruddin Mohd Yassim bersama Setiausaha DAP NS dan PAS NS berserta wakil-wakil sayap muda masing-masing telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Seremban untuk menghantar permohonan kali kedua bagi mendapatkan jawapan MPS berkenaan permohonan menggunakan Padang MPS pada 3 November akan datang.   
 
 Permohonan pertama bertarikh 11 Oktober 2012 yang telah dihantar oleh Sekretariat PR NS kepada MPS masih belum mendapat jawapan.  
 
 Namun agak mengejutkan ketika wakil-wakil PR NS hendak menghantar permohonan kali kedua ke Tingkat 2 telah dihalang oleh pihak keselamatan MPS atas arahan pihak atasan. Memahami keadaan tersebut dan menghormati petugas awam, wakil-wakil PR  NS bersetuju untuk menunggu di lobi menanti kehadiran wakil YDP MPS. 
 
 Penolong Setiausaha (Tadbir) MPS, Hairulazmi Mohd Ali mewakili YDP MPS menerima permohonan yang diserahkan oleh wakil-wakil PR NS. 
 
 Kehadiran tidak dijangka beberapa anggota Cawangan Khas turut dilihat sepanjang wakil-wakil PR  NS berada di lobi MPS.  
 
     |        |      PKR dakwa tanah hutan simpan dipindah milik pada pemimpin BN       Posted: 23 Oct 2012 04:47 PM PDT     Aidila Razak 
 
 2:56PM Okt 23 2012     PKR hari ini mendakwa tanah hutan simpan Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 48.73 hektar diteroka secara haram untuk aktiviti pembalakan. 
 
 Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dilanggar apabila kawasan itu diteroka untuk "manfaat syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin BN Negeri Sembilan" pada tahun 2004. 
 
 "Cukuplah kita katakan tanah itu dipindah milik kepada beberapa syarikat dan individu..dan kita akan dedahkan perkara ini. 
 
 "Sesetengah (ahli politik) bijak apabila menggunakan orang tengah tetapi ada juga yang mempunyai pemilikan terus dalam syarikat ini," kata Rafizi kepada wartawan. 
 
 Bercakap pada sidang media hari ini, yang disifatkannya sebagai pendedahan pertama daripada siri pendedahan akan datang, Rafizi mendakwa tindakan itu bukan sahaja merugikan kerajaan negeri malah menyebabkan banjir besar di kawasan Pekan Jelai pada tahun 2010. 
 
 Dakwanya, pembalakan di hutan simpan tersebut bermula pada tahun 2009. 
 
 Dakwanya, penerokaan hutan simpan Jeram Padang Selatan yang digazetkan pada tahun 1918, melanggar Seksyen 18(1) akta itu yang menetapkan tiada tanah boleh digunakan jika penggunaanya bertentangan dengan pelan tempatan. 
 
 Menurut Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015, hutan simpan Jeram Padang Selatan ditandakan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 yang tidak membenarkan sebarang bentuk pembangunan dilakukan. 
 
 Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001 - 2020 pula menyatakan agar kawasan ditanda sebagai KSAS "dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat". 
 
 Rafiziz mendakwa, kerjasama di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang korup untuk memindahkan hak milik tanah itu adalah satu kitaran yang berterusan. 
 
 "Mereka kemudian dapat manfaat dari proses membalak yang meluas, kemudian mengkomersilkan kawasan itu untuk kelapa sawit dan selepas itu ia menjadi kawasan perumahan. 
 
 "Ini meninggalkan kesan mendalam kerana kawasan ini adalah kawasan tadahan air," katanya. 
 
 Beliau mendakwa, ramai tidak mengetahui bahawa kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan adalah yang paling banyak diteroka untuk pembalakan. 
 
 Dakwanya sebanyak 8,616 hektar atau 5.3 peratus hutan simpan diteroka di negeri itu dari tahun 2005 sehingga 2011. 
 
 "Semua ini berlaku di bawah kepimpinan MB (Datuk Seri) Mohamad Hassan," dakwanya. 
 
 Turut hadir pada sidang media tadi adalah setiausaha PKR Negeri 
 
 
 
 Negeri 'illegally' clearing off forest land Teoh El Sen | October 23, 2012  
 
 PKR claims the move was to enable logging and development to take place, benefiting BN leaders and cronies. 
 
 KUALA LUMPUR: The Negeri Sembilan government has been "illegally" excising huge pieces of forest reserve land for logging and development that has benefited cronies and Barisan Nasional leaders for many years, PKR alleged today. 
 
 In his latest series of exposé, party strategy director Rafizi Ramli said that the focus is on Negeri Sembilan as it was the "worst" state in Peninsular Malaysia for excising 8,616 hectares of forest reserves between 2005 and 2007. 
 
 Rafizi revealed that the state government had re-gazetted 487.3 hectares of the Jeram Padang Selatan permanent forest reserve (PFR) to allow logging, an act he claimed went against federal and state laws. 
 
 Jeram Padan Selatan area was gazetted as PFR in 1918, and its status was "de-gazetted" on March 11, 2004, by the state. 
 
 "The excising of that forest reserve went against Section 18(1) of the Town and Country Planning Act 1976," he told reporters, adding that the legislation prohibited using land that goes against local plans. 
 
 According to the Negeri Sembilan Structural Plan 2001-2020 and Jempol District Local Plan 2002 2015, the area is classified as a Class 1 Environmentally Sensitive Area. 
 
 Protection of such areas was critical so as not to endanger lives and property from floods or landslides, said Rafizi. 
 
 "Unfortunately, both [former menteri besar] Isa Samad and [current] Menteri Besar Mohamad Hassan have no regard for the law and allowed such developments [to take place]. 
 
 "[All] the trees in this forest have been cut down and now [the land] is being converted for oil palm cultivation," said Rafizi. 
 
 Deforestation scandal 
 
 Aside from Isa and Mohamad, who need to explain, Rafizi promised that he will produce further proof that other top BN leaders are directly linked to the deforestation scandal. 
 
 "Even MCA should be worried because it too shared the loot. I would like [MCA's Labis MP and deputy minister] Chua Tee Yong to start looking into this and let's see what he says," he said, adding that he found some BN leaders who were "bold enough to use their own names". 
 
 Rafizi said that the logging of the Jeram Padan Selatan forests since 2009 area has directly caused the area to be prone to floods, as seen in the flash floods in Bahau, the latest in 2010. 
 
 He also quoted from a World Wildlife Fund (WWF) report which stated that Negeri Sembilan lost 53 areas of forest reserves between 2001 and 2005. 
 
 He also showed a short video to journalists the extent of the logging at the Jeram Padang Selatan area, where big patches of land were "going bald" and certain areas being replaced by oil palm. 
 
 Rafizi claimed that forest reserves are in danger of facing extinction within the next two generations if there is no policy and attitude changes. 
 
 He said that such changes must apply to both BN and Pakatan Rakyat leaders. 
 
 "PKR regards environmental issues as big national issues. Such issues are also closely linked to corruption because politicians quietly transfer lands to their own companies, or proxies and cronies. 
 
 "It is a very vicious cycle, where politicians, in collusion with businessmen, illegally engage in corrupt practices and transfer these lands." 
 
 "They then reap benefits through extensive logging, commercialising the land, using it for oil palm [cultivation]… they just do whatever they want with the land. These things have serious impacts on the environment, and may cause natural disasters, " he said. 
 
 Also at the press conference were Negeri PKR leaders Sabaruddin Mohd Yassin and Ampangan state assemblyman Rashid Latiff, and PKR deputy secretary-general T Kumar. 
 
 
 
 
 
 PKR dakwa hutan simpan Negeri Sembilan ditarah secara haram Oleh Md Izwan October 23, 2012 
 
 KUALA LUMPUR, 23 Okt — Umno di Negeri Sembilan telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar secara haram kerana tidak melanggar undang-undang yang diperuntukan. 
 
 Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, pengambilalihan tersebut menurut PKR telah dilakukan melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengeruskan oleh menteri besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. 
 
 Siasatan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan timbalan setiausaha agong PKR, T Kumar mendapati Negeri Sembilan sebagai negeri di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan bagi tujuan pembalakan. 
 
 Selain itu, dua pemimpin PKR tersebut juga membongkar aktiviti kerajaan Umno di Negeri Sembilan yang menjalankan pembalakan di hutan simpan tetap Jeram Padang Selatan  seluas 487.3 hektar yang diwartakan sebagai hutan simpan tetap sejak 30 Ogos 1918. 
 
 PKR mendedahkan kawasan di Jeram Padang Selatan telah dikategorikan sebagai Zon Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tinggi dan perlu dipelihara sepenuhnya dan tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan. 
 
 Mukasurat 5-77[6] Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 — 2015 secara jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori KSAS Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan. 
 
  "Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa," tulis PKR. 
 
 PKR juga mendakwa dua MB yang mentadbir Negri Sembilan iaitu Tan Sri Isa Samad dan Mohamad bukan sahaja tidak menghiraukan undang-undang malahan membenarkan penerokaan sehingga menyebabkan kini kawasan tersebut kini menjadi kawasan penanaman kelapa sawit. 
 
 Dalam kenyataan tersebut juga menyatakan jumlah hutan simpan kekal yang telah dibatalkan meningkat secara sejak 2005 daripada 162, 075 hektar menurun kepada 153, 459 hektar pada tahun 2011. 
 
     |        |      KEADILAN bongkar skandal MB N Sembilan rembat tanah negeri       Posted: 23 Oct 2012 01:20 AM PDT     PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.   
 
 Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini. 
 
 Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. 
 
 Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan. 
 
 "Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan," kata Rafizi. 
 
 Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). 
 
 "Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku," katanya. 
 
 Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. 
 
 "Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya. 
 
 "Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi. 
 
     |        |      Hujan berwarna kuning di Felda Sendayan       Posted: 23 Oct 2012 12:34 AM PDT     'Kami tak mampu bersabar lagi' 23 Oktober 2012  
 
 Kesabaran penduduk Felda Sendayan berhadapan dengan pencemaran udara sejak 16 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila mereka yang tinggal berdekatan Pusat Kualiti Alam mendesak agar ia dipindahkan segera. 
 
 Seorang penduduk, C Poopathy, 68, berkata, sejak pusat pelupusan sisa kimia itu dibuka, dia sering mengalami sakit tekak dan sesak nafas. 
 
 "Rumah saya yang paling hampir dengan pusat pelupusan itu kira-kira satu kilometer sahaja dan saya boleh melihat dengan jelas asap tebal yang keluar dari pusat berkenaan. 
 
 "Selain itu, saya juga sering mengalami gatal-gatal kulit. Saya menghidap asma dan sering berulang alik ke hospital setiap bulan, keadaan ini sudah tentu menyebabkan penyakit saya bertambah teruk," katanya. 
 
 Poopathy berkata, dia menetap di kampung itu sejak 50 tahun lalu dan tidak berhasrat untuk berpindah. 
 
 Sementara itu, jirannya, R Devi, 48, berkata, sudah acap kali aduan dibuat, namun tiada tindakan diambil. 
 
 "Sejak pusat berkenaan dibuka pada 1996, kami membuat aduan kepada pihak kilang dan pihak berkuasa, namun tiada tindakan dibuat. 
 
 "Selain asap, kenderaan dan kawasan rumah kami pernah diselaputi habuk berwarna kuning dan saya yakin ia datang  dari pusat  kilang," katanya. 
 
 S Parimala, 38, pula berkata, asap tebal akan kelihatan pada sebelah pagi, tengah hari dan petang. 
 
 Menurutnya, ketika asap berkenaan kelihatan di udara ia akan mengeluarkan bau gas yang amat busuk. 
 
 "Jika saya menyidai pakaian, pakaian akan berbau gas dan saya terpaksa mencucinya semula kerana bimbang kulit akan gatal," katanya. 
 
 Manakala, Azizah Hassan, 55, berkata, dia mendiami kawasan Felda itu sejak ianya dibuka pada 1979. 
 
 Azizah berkata, bantahan pertama yang disuarakan penduduk adalah pada 1998 iaitu dua tahun selepas pusat berkenaan dibuka. 
 
 "Kami sudah pergi ke pejabat pentadbiran Pusat Kualiti Alam dan menyuarakan bantahan, namun sehingga kini ia masih beroperasi. 
 
 "Paling teruk apabila musim hujan kerana asap yang keluar selepas hujan adalah lebih hitam dan ia membahayakan penduduk," katanya. 
 
 Katanya, pertambahan penduduk di kawasan Felda menyebabkan pusat pelupusan sisa kimia itu dianggap tidak sesuai berada di kawasan berkenaan. 
 
 
 
 Hujan berwarna kuning di Felda Sendayan Oleh : Chegubard 
 
 Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang dijanjikan menjadi jutawan segera setelah menjual tanah mereka merungut bukannya kekayaan yang turun daripada langit, tetapi mereka mendakwa sekarang ini hujan "berwarna kuning" yang turun berkemungkinan berpunca daripada pusat pembuangan sisa toksik industri yang berhampiran. 
 
 "Dalam beberapa kilometer daripada sini terdapat kilang memproses sisa toksik berjadual. Pada peringkat permulaan pembinaan kilang ini, ramai penduduk yang telah membantah", kata salah seorang daripada 185 peneroka yang menandatangani memorandum. 
 
 Peneroka-peneroka ini adalah daripada Sendayan – terletak 20 km daripada Seremban yang mempunyai sekitar 5,000 orang penduduk dari 513 keluarga. 
 
 Menurut penduduk di situ, pada mulanya mereka tidak menyangkakan kerajaan akan membina kilang pemprosesan sisa toksik Bukit Nanas yang boleh membahayakan kesihatan mereka. 
 
 Walaubagaimanapun, asap yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan yang terbina sejak 1998 telah mula mengganggu kesihatan dan kehidupan mereka. 
 
 "Kilang tersebut mengeluarkan asap yang banyak setiap malam . Pada keesokan paginya penduduk setempat akan melihat tompok-tompok kuning pada daun-daun pokok, kereta dan pakaian yang disidai diluar rumah. Adakalanya kami nampak hujan yang turun itu berwarna kuning" kata salah seorang penduduk. 
 
 Apa yang lebih membimbangkan mereka ialah adanya seorang kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi barah saraf. "Para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa pencemaran toksik mempengaruhi kesihatan kanak-kanak tersebut", ujar mereka. 
 
 
 
     |                  |   
    |      PAS Cawangan Serkam Darat       Posted: 23 Oct 2012 07:43 PM PDT      |   
    |      N.27 - PAS DUN Sura       Posted: 23 Oct 2012 07:40 PM PDT                |      Salam Eidul Adha 1433 Daripada Y.B. Tuan Guru Presiden PAS       Posted: 23 Oct 2012 07:26 PM PDT   Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya eidul adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban. Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukun Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.Rasulullah SAW menjadikan musim haji dizaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah. Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan. 
 
 Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tapak kekuasaan Islam. Tidak lama selepas peristiwa itu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil contoh tauladan pemerintahan Rasululah SAW. 
 
 
 Begitu juga ibadah qorban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengam ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal qorban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman dan mengemudinya di Mekah, Palestin dan Syam. Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT. 
 
 
 Marilah kita mengambil pengajaran diatas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini. 
 
 
 Mewakili Pas, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.     |                  |   
    |      PAS Kawasan Miri       Posted: 23 Oct 2012 07:36 PM PDT                |      Dewan Suarah Miri Perlu Dibaikpulih       Posted: 23 Oct 2012 09:16 AM PDT     Lif Dewan Suarah tidak berfungsi  MIRI - Ramai orang mengadu yang lif di Dewan Suarah tidak berfungsi dan telah lama rosak. Mereka juga bertanya dengan petugas di dewan suarah tentang masalah lif tersebut tetapi mereka mengatakan lif tersebut memang sudah lama terbiar, tanpa sebarang penyelegaraan.
 
 Ada diantara pengadu mengatakan mereka terpaksa membatalkan majlis dan hasrat mereka hendak menggunakan dewan tersebut disebabkan mereka tidak mahu para jemputan terutama sekali golongan warga emas menghadapi masalah untuk berjalan kaki naik ke dewan di tingkat atas. 
 
 Mengapa kerosakan lif tersebut mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki?  Adakah ianya perlu peruntukan tambahan atau memang lif tersebut sudah terlalu lama dan sudah tidak dapat diperbaiki lagi? 
 
  Sepatutnya perkara ini sudah lama diselesaikan, jangan hanya bila orang kenamaan datang, barulah pihak pengurusan memperbaiki lif tersebut. Apabila orang awam ingin menggunakannya, terpaksa pula mereka menggunakan tangga untuk naik ke atas disebabkan lif rosak.
 
 Kita mengesa agar pihak yang bertanggungjawab dalam urusan penyelegaraan bangunan Dewan Suarah segera membaiki lif tersebut untuk kegunaan orang awam terutama sekali kepada golongan tua dan yang menghadapi masalah untuk berjalan kaki ke tingkat atas bangunan tersebut. 
 
 Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai. 
 
 Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak 
 
 English version Civic Centre lifts malfunctioning  MIRI - Many people complain that lifts at the Civic Centre malfunctioning and has long been broken. They also ask the staff at the Civic Centre on the above mentioned lift problem, but they said the lift had long been abandoned without any maintenance.
 
 Certain of the complainants said they had to cancel the event and their intention to use the hall because they do not want the guests especially the elderly have difficulty walking to go up to the hall upstairs. 
 
 Why the damage of the lifts is taking too long to fix it?  Does it need additional provision or indeed the lift is too old and can no longer be repaired. 
 
 Should this matter had long been resolved do not only when the VIPs come then the management repair the lift. Once the public wants to use it, they are forced to use the stairs to go up because of faulty lifts. 
 
 We urge that those who are responsible for managing building maintenance of Civic Centre immediately repair the above mentioned lift for use by of the public, especially to the elderly and who have difficulty walking distance to the upper floors. 
 
 The cooperation with the relevant authorities is highly appreciated.     |                  |   
    |      ULAMA PEWARIS NABI       Posted: 23 Oct 2012 03:20 PM PDT                  |      GEMPAR SATU SELANGOR, KHIR TOYO MINTA MAAF       Posted: 23 Oct 2012 12:20 AM PDT   Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008. Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak. Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar. Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran. Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008.  Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar mahkamah dibuat. Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. JALAN PULANG  Khir Toyo apologises to Ronnie Liu to settle defamation suit - The Star Online KUALA LUMPUR: Former Selangor Mentri Besar Mohamad Khir Toyo on Tuesday  read out a statement of apology to Ronnie Liu to settle a defamation suit stemming from a statement. The apology was part of the settlement terms recorded before High Court judge Justice Nik Hasmat Nik Mohamad. This included a consent judgement. (Consent judgment is a judgment issued by a judge based on an agreement between parties in a lawsuit to settle a matter aimed at ending the litigation with a judgment that is enforceable). In his lawsuit, Liu said that Dr Khir had caused a libelous publication against him in the China Press on May 9, 2008. Liu said although Dr Khir did not name him, the defendant had made a clear reference against him (Liu) when he (Dr Khir) mentioned a state executive councillor in charge of local government. In a statement of claim filed on Oct 6, 2008, Liu said the words had meant he was involved in prostitution activity, that he was immoral and not qualified to be a politician. Liu said the words also implied he was not fit to be a Selangor exco member.     |        |      JUMPA PM, WAIMA LAIN KATA BNM !       Posted: 22 Oct 2012 06:47 PM PDT   Kata BNM : Salah dan melanggar peraturan! PM Kata : Jangan bimbang...Umno boleh membantu? Jangan bimbang, kata PM pada pelabur Genneva Selepas 20 hari kepayahan ekoran tindakan Bank Negara menyerbu syarikat emas Genneva, pertemuan ringkas dengan perdana menteri memberikan kelegaan kepada sebahagian daripada 60,000 pelanggan yang menyimpan jutaan ringgit dalam bentuk logam berharga itu. Jurucakap Kumpulan Penyokong Genneva M Shanti semalam sempat menemui Datuk Seri Najib Razak sebelum beliau memasuki PWTC di ibu negara untuk mesyuarat Majlis Tertinggi. "Kami gembira apabila perdana menteri menteramkan kami, beliau beritahu jangan bimbang," kata Shanti. Menurut Shanti, Najib juga memberitahunya, kerajaan sedia maklum berhubung kes itu dan sedang menelitinya. Shanti juga menyerahkan surat rayuan yang antaranya menyebut, lebih 240,000 anggota keluarga bergantung kepada hibah dan komisen daripada Genneva. Operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada 2 Oktober lalu oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan bawah undang-undang agensi-agensi penguatkuasa berkenaan. Bagaimanapun, ramai pelabur dan jururunding Genneva merayu agar syarikat itu beroperasi semula kerana penutupannya menjejaskan pendapatan mereka. Malah, pada 11 Oktober lalu, kira-Kira 1,500 pelabur syarikat itu tampil membuat aduan kepada Pemuda Umno berhubung perkara itu.     |        |      AHLI PARLIMEN YANG BUTA PARLIMEN !       Posted: 22 Oct 2012 05:15 PM PDT    Memalukan!! Nazri Aziz Buta Sejarah..
  KUALA LUMPUR - Fakta sejarah membuktikan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah berkata Malaysia adalah negara sekular sekaligus menepis kenyataan Menteri 'de facto' Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini di Parlimen yang mengatakan negara tidak mempunyai asal-usul sekular.
  Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Malaysia tidak pernah diisytihar sebagai negara sekular dengan alasan negara dibentuk daripada Kesultanan Melayu dan kerajaan Islam.
  Ekoran kenyataan tersebut, tercetus perdebatan tentang status Perlembagaan walaupun Mahkamah Agung mengakui Malaysia sebuah negara sekular sama seperti yang turut diakui perdana menteri pertama, Tunku.
  Tunku Abdul Rahman dalam beberapa ucapannya menegaskan Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan Islam.
  Kali pertama Tunku direkodkan memberitahu Parlimen ialah pada 1 mei 1958: "Saya ingin memberitahu secara jelas bahawa negara ini bukan negara Islam kerana ia secara umumnya difahami bahawa Islam hanya diperuntukkan menjadi agama rasmi negara."
  Akhbar The Star turut melaporkan Tunku mengulangi pendirian sama semasa perhimpunan ulangtahun ke-80 dengan tajuk berita, "Jangan isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam - Tunku" dimana dia berkata "negara ini memiliki penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi."
  Dalam temubual, Tunku berkata: "...Tidak akan ada negara Islam di sini ... Sifat parti politik kita, kerajaan campuran kami, demokrasi kita, dan kehidupan kita yang berbilang kaum adalah asas-asas yang mencukupi dan boleh digunakan untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur dan aman. Mengapa kita perlu mencontohi Iran dan negara Islam lain?"
  Dalam akhbar yang sama, PM ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn juga dilaporkan menyokong pemimpin terdahulu negara dengan menolak Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Islam.
  "Negara ini masih boleh berfungsi sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Hussein.
  Penulis Hussin Mutalib dari Universiti Kebangsaan Singapura juga menemubual Tunku untuk bukunya berjuduk "Islam di Malaysia: Daripada kebangkitan kepada Negara Islam".
  Sebuah negara Islam ditakrifkan sebagai negara yang asas utama kerajaannya adalah undang-undang Islam, undang-undang Syariah. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia digunakan untuk menyokong dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bukannya sekular.
  Walaubagaimanapun, dalam merangka Perlembagaan Malaysia, Suruhanjaya Reid telah menyentuh tentang Islam sebagai agama rasmi di dalam laporan pada Februari 1957: "pemeliharaan prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang ketidakupayaan pada warga bukan Islam yang menganut dan mengamalkan agama mereka serta tidak bermaksud bahawa negara bukannya tidak sekular. "
  Dalam laporan yang sama, Peguam Raja-Raja (Majlis Raja-Raja) menentang kemasukan peruntukan sedemikian: "Ia adalah pandangan Baginda bahawa ia tidak wajar untuk memasukkan beberapa pengisytiharan sepertimana yang telah dicadangkan bahawa kepercayaan umat Islam atau keimanan Islam menjadi agama rasmi dalam Persekutuan."
  Hakim, Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Reid dari Pakistan antara yang mencadangkan kemasukkan peruntukan tersebut.
  "Peruntukan seperti yang dicadangkan di atas adalah berbahaya. Tidak kurang daripada lima belas negara di dunia mempunyai peruntukan seperti ini yang termaktub dalam Perlembagaan mereka," kata Hamid dalam laporan itu.
  "Perisytiharan (Ini) didapati tidak menyusahkan sesiapa, tiada bahaya akan berlaku jika pengisytiharan sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan Malaya."
  Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) pada 1988 dalam kes Che Omar bin Che Soh v P.P. turut menggunakan alasan sama bagi menyokong Malaysia sebuah negara sekular.
  Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam penghakimannya merumuskan: "... Kita perlu mengetepikan pandangan peribadi kita kerana undang-undang negara ini masih sama pada hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang untuk memperoleh status perundangan." ~malaysianinsider    |                  |   
    |      Dupahang's Weblog       Posted: 23 Oct 2012 11:59 AM PDT                |      Anak Peneroka mengamuk       Posted: 23 Oct 2012 08:49 AM PDT   Oleh: DukunPasir “Isu Peneroka Felda biarlah anak peneroka sendiri yang mengulas kerana anak Penerokalah yang melihat segalanya. Bukan anak Peneroka yang balik sekali sekala bila Raya atau cuti bekerja DAN TIDAK MUNGKIN akan menjenguk Ladang Sawit atau Getah MAK AYAH MEREKA …..Lebih teruk lagi anak Peneroka ini tidak pernah bertanya ibu bapa mereka tentang hal [...]      |                  |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan