Sabtu, 12 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 12 May 2012 03:12 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Ramai MB akan gugur

Posted: 11 May 2012 06:19 AM PDT

Barisan Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber.
Sebenarnya ramai MB akan gugur kerana Barisan Nasional akan kalah dikebanyakan negeri dan dengan yang demikian MB-MB tersebur akan gugur dengan sendirinya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 May 2012 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Imigresen tahan 14 warga asing kerja di pasar

Posted: 11 May 2012 10:56 PM PDT


20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Seramai 14 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di sebuah pasar raya di sekitar kawasan Pandan, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, serbuan disertai 20 anggota dan pegawainya itu memeriksa 25 warga asing yang bekerja di pasar raya terbabit.

Menurutnya, seramai 14 warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh, berusia antara 21 hinggs 45 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, kehadiran anggota yang berpakaian preman tidak disedari warga asing ini.

Warga asing ini ditahan berdasarkan loghat suara ketika sedang menarik perhatian orang ramai untuk membeli ikan dan ayam di premis yang mereka kerja.

Apabila serbuan dibuat, ada pekerja asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di bawah rak sayur.

Kesemua warga asing ditahan berikutan lokasi pasar raya ini sudah dikepung terlebih dahulu.

Mohamad Nasir berkata, warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan sah ke negara ini.

Mereka juga ditahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan menyalahguna pas lawatan dimiliki.

Kesemua warga asing terbabit juga disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Akta Pasport 1960, katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa komplek Setia Tropika untuk dokumentasi sebelum di hantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian.- Harakahdaily

Himpunan Umno tak boleh saingi Bersih 3.0

Posted: 11 May 2012 10:50 PM PDT


20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KEPALA BATAS, 12 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.

Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,

"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.

Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati.

Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0 sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis.

Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas.

"Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya. - Harakahdaily

Rasa macam esok nak mengadap Agong - Najib

Posted: 11 May 2012 10:07 PM PDT


20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Melihat sambutan Ulangtahun Umno ke-66 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil memberangsangkan, Presidennya, Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata beliau rasanya 'macam esok' ingin mengadap Yang Dipertuan Agong esok bagi mengadakan pilihan raya.

"Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah kena demam pilihan raya, saya lihat malam ini hebat.

"Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya sambil menerima sorakan dan tepukan hampir 100,000 ahli parti dari seluruh negara di majlis tersebut.

Meneruskan ucapannya, Najib turut bertanya kepada semua peserta yang digelar sebagai 'gelombang merah' sama ada telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Dengan penuh bersemangat, Najib bertanya: "Kita sudah bersedia? Kita boleh menang? Bila nak pilihan raya? Esok? Bulan Jun? Tahun depan?," katanya.

Hadirin yang rata-rata terdiri daripada golongan muda menyahut pertanyaan Najib dengan menjawab: " Sudah bersedia... Boleh menang."

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan walaupun sudah berusia 66 tahun, tetapi Umno bukanlah sebuah parti yang 'mabuk kuasa'.

Najib menjelaskan, parti itu sanggup melakukan apa sahaja perubahan demi perjuangan bangsa, agama dan negara.

Berbeza dengan pembangkang yang gemar memperlekehkan Umno, Najib berkata, hakikatnya Umno merupakan sebuah parti yang demokratik dan banyak berjasa kepada negara.

"Tak ramai yang jangkakan bila Umno lahir 66 tahun yang lalu kita boleh bawa negara kita seperti yang kita saksikan sekarang ini. Kita tak mabuk kuasa. Kita sanggup buat perubahan jika masa menuntut untu berubah, kalau persekitaran berubah...Umno juga perlu berubah.

"Dasar kita boleh ubah tetapi prinsip perjuangan kita kekal demi bangsa, agama dan negara. Orang pembangkang suka memperlekehkan Umno dan menghina kejayaan kita. Nak hina Umno, tetapi mereka sebenarnya tidak ada jasa pada negara," katanya.

Tujuh prinsip hadap p'raya
Perdana menteri juga mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad Umno telah berjasa kepada negara.

"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!"

"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 anggota Umno yang hadir .

Seterusnya, Najib berkata rakyat juga perlu membuat pertimbangan pihak mana yang boleh memelihara keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesucian agama Islam dan Raja-Raja Melayu serta hak-hak kaum lain di negara ini.

Prinsip keempat, katanya, adalah rakyat perlu memilih siapakah antara BN dan pembangkang yang mampu menguruskan ekonomi dengan baik dan boleh membawa pertumbuhan yang memberangsangkan.

"Kelima, siapa yang boleh pelihara keharmonian negara? Keenam, siapa yang boleh buat perubahan dan pembaharuan secara tersusun? Siapa yang buat transformasi negara?" katanya.

Prinsip terakhir, kata perdana menteri, adalah rakyat perlu memilih pihak yang benar-benar boleh memelihara kemakmuran negara sehingga Malaysia dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Najib berkata perhimpunan malam ini menjadi bukti sokongan dan dukungan kaum Melayu yang semakin meningkat kepada Umno dan BN.

"Di malam yang bertuah dan bersejarah ini biarlah stadium ini jadi saksi kita semua umat Melayu berkumpul dengan penuh semangat dan keyakinan. Siapa kata sokongan dan dukungan Melayu pada Umno sudah menurun?

"Hari ini kita saksikan sokongan kita yang semakin meningkat. Saya nak tanya kalau kedudukan perlembagaan orang Melayu, apabila Islam diasak, institusi negara diperlekeh... siapa ke depan pertahankan kalau bukan Umno?," katanya.

Perdana menteri berkata rakyat perlu memelihara kemakmuran yang telah dibawa ke seluruh pelosok tanah air dan tidak sesekali membiarkannya dibinasakan di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

"Ayuhlah! Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup Umno, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun Umno," katanya.(sumber Malaysiakini)

Pengarah Jais mengaku ahli Umno

Posted: 11 May 2012 09:58 PM PDT


20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin adalah ahli Umno.

Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.

Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.

Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.

Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.

Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.

Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.

Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.

Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.

Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.

Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.

Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.-sumber Harakahdaily

Usul kecam kekerasan polis: 16 tentang, 1254 sokong

Posted: 11 May 2012 09:48 PM PDT


20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.

"Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius," kata beliau.

Aman sehingga diganggu

Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.

"Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival," kata beliau.

Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.

Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.

"Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?" kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.

Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.

Pulau penal bebas kerajaan

Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar. - sumber Harakahdaily

Gempa bumi 5.4 skala Richter gegar Assam

Posted: 11 May 2012 06:30 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GUWAHATI 12 Mei - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan negeri Assam, timur laut India pada pukul 6.31 petang (waktu tempatan) semalam.

Dalam kejadian tersebut, beberapa bangunan rosak di sekitar bandar itu dan penduduk lari lintang pukang menyelamatkan diri dan harta benda.

Menurut jurucakap kerajaan, sebuah rumah roboh selepas gempa itu berlaku di Kampung Kampur kira-kira 40 kilometer daripada Guwati. - AFP

Letupan buat Afendi terpelanting

Posted: 11 May 2012 06:20 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

UMI NURUL AEISYATUN menunjukkan sepasang kain baju Melayu yang dibeli oleh Mohd. Rosli untuk majlis perkahwinan mereka di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun semalam.

DUNGUN – "Sebelum kejadian, saya dengar bunyi gas bocor sebanyak tiga kali sebelum terdengar bunyi letupan kuat yang menyebabkan saya terpelanting."

Itu pengalaman ngeri dialami salah seorang mangsa, Mohd. Afendi Yahya, 32, dalam kejadian letupan gas di Loji Pemprosesan Petronas, Kerteh, Kemaman kelmarin yang meragut nyawa rakannya Mohd. Rosli Mansor, 31.

Menurutnya, beberapa saat sebelum letupan kuat itu berlaku, dia berada hanya beberapa meter dari penutup bay hole loji berkenaan iaitu tempat gas itu bocor dan meletup.

Jelas Mohd. Afendi, pada mulanya dia cuba mencari punca bunyi kebocoran gas itu dan apabila bunyi sama berulang sebanyak tiga kali, dia yang dapat menjangkakan sesuatu perkara buruk akan berlaku cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, jelasnya, belum sempat dia berbuat apa-apa, satu letupan kuat berlaku diikuti dengan percikan api dan pada masa itu dia tidak menyedari bahawa rakannya terjatuh ke dalam bay hole itu.

"Saya bernasib baik kerana hanya melecur sikit sebab kena percikan api tetapi nasib tak menyebelahi rakan saya," katanya ketika menghadiri majlis pengkebumian Mohd. Rosli di Kampung Baru Kuala Abang dekat sini, semalam.

kosmo/-

Wanita kelihatan tua jalani rawatan

Posted: 11 May 2012 06:00 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

WAJAH baharu Mai (dua dari kiri) kelihatan muda semasa dia bergambar dengan adik lelakinya (dua dari kanan) dan Chen (kiri) di Taipei semalam.

TAIPEI - Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor semalam.

Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun.

Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu.

Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.

Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru.

Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini.

Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.

"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.

Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. - Agensi

Hanya Abdul Raof yang berhak menyaman

Posted: 11 May 2012 05:40 PM PDT

20 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Mustafa bersama para peguam yang mewakili PAS dan Harakah di Mahkamah Tinggi Shah Alam)

SHAH ALAM: Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara memberitahu mahkamah, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja yang berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.

Nor Hanis Mazlan, 27, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia berkata demikian kerika memberikan keterangan sebagai saksi defendan dalam kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS dan Harakah.

Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.

Mereka menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.

Nor Hanis ketika menjawab pertanyaan Peguam Asmuni Awi berhubung dengan Datuk Abdul Rauf Jusof yang dilantik sebagai Penjawat Awam Umno pada Pendaftar Pertubuhan.

Mengikut peraturan, kata Nur Hanis, sepatutnya Abdul Rauf sahaja berhak mengemukakan saman.

Nor Hanis bersetuju bahawa hanya Abdul Rauf sahaja berhak untuk membuat saman atau pendakwaan atau didakwa di mahkamah, malah Abdul Rauf juga bertindak mewakili Umno di seluruh negara.

Perkara tersebut telah ditetapkan di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Nor Hanis bertugas sebagai pegawai yang menjaga Umno di Jabatan Pendaftaran Malaysia, malah beliau juga mempunyai kuasa untuk akses kesemua dokumen berkaitan dengan Umno dalam Pendaftar Pertubuhan.

Ketika ditanya, adakah nama Umno Selangor didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, beliau menjelaskan tidak pasti, namun nama yang didaftarkan adalah Cawangan Badan Perhubungan Negeri Selangor.

Perbicaraan kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS, Harakah dan juga pencetakan ditunda pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.

Hakim, Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan tiga orang saksi.

Mahkamah yang bersambung pada jam 3.15 petang tadi memanggil semula plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bagi menyambung semula keterangan yang beliau berikan semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman juga turut dipanggil memberi keterangan berkaitan artikel tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga turut hadir pada perbicaraan petang tadi.

harakahdaily/-

‘Kembar seiras’ rakan

Posted: 11 May 2012 05:30 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN: Selama 16 tahun menggunakan kad pengenalan milik rakan yang mempunyai wajah miripnya, seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia dikesan melakukan pelbagai urusan termasuk membuat pinjaman bank, memohon lesen memandu serta mendaftarkan perkahwinan dengan seorang wanita tempatan.

Lelaki berasal dari Jawa Barat yang masuk ke negara ini 18 tahun lalu menggunakan pasport sah, tidak pulang ke negaranya, sebaliknya menetap secara haram di beberapa negeri sebelum melarikan diri ke Kuantan dan bertemu seorang warga tempatan yang menjadi rakan karibnya.

Secara kebetulan, wajah mereka hampir sama dan selepas berkawan baik selama beberapa tahun, rakannya itu menyerahkan kad pengenalan miliknya kerana kasihankan warga asing berkenaan.

Rakan lelaki terbabit membuat aduan mendakwa kad pengenalan miliknya hilang dan membawa salinan laporan polis ketika memohon membuat MyKad baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dengan kad pengenalan itu, pendatang asing berkenaan memulakan hidup baru sebagai buruh dan menyamar diri sebagai rakyat negara ini sehingga membolehkan dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, mendapatkan lesen memandu dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan hingga mendapat tiga cahaya mata.

Sekali imbas, sukar bagi mana-mana pihak mengatakan bahawa lelaki itu warga Indonesia kerana gaya pertuturannya sudah menyamai rakyat tempatan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki berusia 40 tahun itu terbongkar apabila ditahan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Mohd Rozi Ghazali bersama pegawainya ketika membuat serbuan di kediaman lelaki terbabit di Jalan Darat Makbar, di sini, jam 11 pagi kelmarin.

Pengarah Imigresen Pahang, Datuk Mohamad Nasir Osman berkata, pihaknya mengintip gerak-geri lelaki terbabit sejak sebulan lalu termasuk mengenal pasti kediaman, jenis kenderaan serta pekerjaannya.

Menurutnya, ketika pintu rumah lelaki terbabit dibuka selepas diketuk beberapa kali, warga asing berkenaan kelihatan tenang memperkenalkan dirinya dan dengan senang hati menunjukkan 'kad pengenalan bermutu tinggi' yang didakwa miliknya itu.

Katanya, ketika meneliti kad pengenalan itu, pegawainya mendapati gambar terpampang padanya sama dengan wajah lelaki berkenaan, sekali gus menyebabkan pihaknya sukar mengesan identiti sebenar lelaki terbabit.

"Atas rasa curiga, kami membawa lelaki berkenaan ke JPN untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, lelaki terbabit mula kelihatan tidak senang duduk dan cemas sepanjang perjalanan ke JPN.

"Belum sempat tiba di JPN, dia akhirnya mengaku statusnya sebagai pendatang dan menggunakan kad pengenalan bermutu tinggi milik rakannya sejak 16 tahun lalu iaitu selepas tarikh pasport miliknya tamat tempoh," katanya di sini, semalam.

Mohamad Nasir berkata, lelaki terbabit dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu manakala pihaknya mengesan pemilik sebenar kad pengenalan dipegang lelaki itu.

metro/-

'i-Hadir' kesan pelajar ponteng

Posted: 11 May 2012 02:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Kelantan menjadi perintis mengguna perisian yang dikenali sebagai 'i-Hadir' bagi mengenal pasti kehadiran pelajar ke sekolah dan mengesan pelajar ponteng.

Inovasi baru yang diperkenalkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan itu boleh diakses bila-bila masa serta memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa mengetahui kedatangan anak mereka ke sekolah.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, i-Hadir adalah aplikasi mudah, cepat dan tepat, dengan pihak sekolah akan memasukkan rekod kedatangan harian murid ke dalam komputer yang dilengkapi perisian berkenaan.

Pada masa sama, katanya, data itu boleh dipantau oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) walaupun berada di tempat lain.

"Sekiranya ada pelajar yang kerap tidak hadir, pihak JPN akan merujuk semula kepada pihak sekolah berhubung tindakan yang diambil.

"Secara tak langsung, aplikasi ini akan menjadi penghubung antara pihak sekolah dan PPD seterusnya JPN," katanya pada majlis pelancaran i-Hadir pada perhimpunan 'Bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan di Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Rosnah Wan Ibrahim.
Perisian yang mula diguna dua bulan lalu itu adalah program perintis, dilihat mampu mengesan kehadiran pelajar ke sekolah dan pada masa sama dapat mengurangkan masalah ponteng membabitkan pelajar sekolah bandar dan luar bandar.

berita harian/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 12 May 2012 01:08 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Guna otak atau dikebumikan, kata PAS pada PERKASA

Posted: 11 May 2012 02:45 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam. Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut. Afnan berkata tindakan PERKASA itu telah ‘dinyalakan api perkauman’ yang bertentangan dengan [...]

Idris Ahmad

Posted: 11 May 2012 11:37 PM PDT

Idris Ahmad


Mengumpat Yang Diharuskan

Posted: 11 May 2012 10:10 PM PDT

Mengumpat Yang Diharuskan
Idris Haji Ahmad
10l5l12

Selalu musuh Pas menuduh bahawa Pas parti mengumpat. Bukankah mengumpat itu dilarang oleh agama. Kenapa Pas sebagai sebuah parti Islam terus dengan amalan mengumpat. Persoalannya adakah di dalam Islam tidak membenarkan penganutnya menceritakan keburukan seorang bagi tujuan maslahat agama? Apakah ia terus haram? Apakah ini ajaran Islam sehingga tidak ada ruang untuk kita memberitahu kepada orang lain demi kebaikan kepada penganutnya. Mustahil! Islam sebagai Agama rahmat dan adil tidak mengajar kepada penganutnya untuk menggunakan kaedah mungumpat yang diharuskan oleh syarak.
Memang amalan mengumpat satu amalan yang dilarang keras oleh agama sebagaimana Allah SWT menyebut di dalam al-Quran
"Dan jangan sebahagian kamu mengumpat setengah yang lain, adakah kamu suka memakan akan daging saudaranya yang mati? Amat sudah pasti kamu benci akan demikian itu?"
Sabda Rasulullah SAW
"Adalah aku lalu pada malam Isra' maka sampai aku ke Baitul Maqdis dan aku dapati satu kaum yang mencakar muka dengan kuku hingga luka segala muka mereka itu. Maka aku berkata "Hai Jibril siapa mereka itu?. Maka kata Jibril "Mereka itulah yang mengumpat akan manusia dan jatuh mereka itu di dalam menyebut keaiban manusia".

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa had mengumpat, iaitu engkau menyebut akan manusia dengan suatu perkara yang dia marah jika sampai kepadanya, samaada engkau sebut itu akan sifat kekurangan pada badannya atau pada bangsanya atau perangainya atau pada perbuatannya atau pada perkataannya atau pada agamanya atau pada dunianya hingga pada pakaiannya, rumahnya dan binatangnya sekalipun".

Kesimpulannya mengumpat ini tidak tertentu dengan perkataan sahaja, bahkan tiap-tiap, kelakuan, perbuatan yang memberi tahu akan kejahatan seseorang maka ia dinamakan mengumpat. Demikian lagi haram mengumpat kepada seorang samaada dengan perkataan yang soreh (jelas) atau kinayah (sindiran) yang memberi tahu akan kejahatan orang yang tertentu . Demikian lagi haram mengumpat kepada seorang walaupun dengan isyarat dan suratan. Harus menyebut kejahatan orang yang tidak tertentu .Seperti sabda Rasulullah SAW apabila ia melihat akan seorang yang berbuat kejahatan pada hal ia benci akan yang demikian itu. Maka Sabda Rasulullah SAW dengan katanya
"Ada kelakuan beberapa kaum itu pada hal berbuat mereka itu akan kejahatan begini-begini, dan adalah ia tidak menentukan akan perbuatan kejahatan itu kepada individu yang tertentu". (Riwayat Abu Daud)

Walau bagaimanapun di sana ada pengecualian yang diharuskan mengumpat,
Pertama,membuat aduan kepada hakim mengenai kejahatan seorang supaya ia menerima pengadilan.
Kedua memberi tahu kejahatan seorang kepada pihak berkuasa dengan tujuan untuk meminta bantuan daripadanya supaya dapat membantu orang yang buat maksiat kembali ke pangkal jalan.
Ketiga, harus melaporkan kejahatan kepada mufti atau orang yang dipohon fatwa mengenai suatu perkara. Seperti apa yang pernah dilakukan oleh Hindun (isteri Abu Sufian) mengadu hal mengenai suaminya Abu Sufian kepada Nabi SAW
"Bahawa Abu Sufian seorang lelaki yang kedekut, ia tidak memberi kepada aku dan anakku makanan dan pakaian yang mencukupi. Maka adakah harus aku mengambil akan makanan atau pakaian dengan tanpa pengetahuannya?. Maka Sabda Rasulullah SAW "Ambilah akan makanan dan pakaian itu memadai dan munasabah untuk engkau dan anak engkau, walaupun ia tidak mengentahui sekali pun" (Muttafaqun 'Alaih)
Keempat, harus mengkhabarkan kejahatan seorang supaya orang lain tidak terpengaruh dengannya. Seperti engkau melihat seorang yang sering berulang alik menemui orang yang tidak baik dari segi iktiqadnya atau orang yang tidak baik dari segi pegangan agamanya. Maka harus engkau memberi tahu supaya jangan ia mengaji atau bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan dia akan membawa kepada kebinasaan kepada agamanya.
Demikian juga jika kita melihat seorang yang mengaji kepada ulamak jahat maka harus kita beri tahu supaya menjauhkan diri daripada berguru dengan dia.
Kelima, harus kita memberi tahu kepada seorang yang hendak mengambil mana-mana individu untuk menjadi saksi, kerana kita tahu bahawa orang itu tidak layak menjadi saksi kerana fasiknya.

Keenam, harus kamu menceritakan kepada seorang yang bertanya mengenai seorang wanita yang hendak dijadikan calon isteri, maka harus kita memberi tahu mengenai kejahatan akhak perempuan tersebut.
Ketujuh, demikian juga harus kita memberi tahu mengenai seorang lelaki yang hendak meminang seorang perempuan, mengenai akhlak buruknya kepada bakal mertuanya. Sabda Rasulullah SAW
"Sebutlah oleh kamu akan kejahatan seorang yang fasik, supaya manusia dapat menjauhinya" (al-Tabrani)
Kelapan, harus menyebut akan aib orang yang tidak diketahui akan dia melainkan dengan disebutkan aibnya itu seperti sipulan yang buta atau sipulan yang tempang.
Kesembilan, harus menyebut kejahatan orang yang telah masyhur dengan fasiknya seperti seorang yang terkenal sebagai penzina, peliwat, minum arak dan sebagainya. Seperti Kata Imam al-Hasan Basri Rahimahullah
"Tiga orang yang tiada haram atas orang yang mengumpat kepada mereka, pertama orang yang mengikut hawa nafsu, kedua ialah orang yang fasik yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya nescaya tiada ia benci akan demikian itu. Ketiga pemimpin yang zalim maka tidak haram menyebut akan pekerjaan zalim itu"
Untuk keterangan lanjut boleh dilihat di dalam Kitab Riadhu al-Salihin oleh Imam Nawawi, Sairu al-Salikin Sheik Abdul Samad al-Palimbani mengenai perkara yang harus mengumpat.


Filed under: Agama

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

Posted: 11 May 2012 10:06 PM PDT

Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.
Idris Hj Ahmad
12/5/12
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali, sedangkan di Pulau Pinang warga emas dapat RM1000.00 setiap tahun.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu .

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah "saya" untuk ganti perkataan "patik". Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang "merusuh" pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 May 2012 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012

Posted: 11 May 2012 06:28 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma

Seekor lagi gajah putih di Negeri Sembilan?

Posted: 11 May 2012 02:20 AM PDT


Di mana ya? Bukan saya yang kata, tapi blogger berikut yang kata http://www.maarofkassim.com/2012/05/seekor-lagi-gajah-putih.html

PAS KDAS 3

Posted: 11 May 2012 09:13 PM PDT

PAS KDAS 3


Orang MELAYU Islam Kata Tok Guru Kafir - Cikgu Lau Chin Chua

Posted: 11 May 2012 10:24 AM PDT

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

Posted: 11 May 2012 06:31 AM PDT

Rakyat pada hari ini menuntut perubahan dalam sistem Pilihanraya Malaysia pada masa kini. Ini dapat dibuktikan dengan Ratusan Ribu Rakyat Malaysia mengikuti Duduh Dan Bantah (Bersih) di Kuala Lumpur pada 28 April yang lalu. Perkembangan ini telah menggusarkan Pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang memegang tampuk Pemerintahan Negara Pada masa kini.
Dalam keadaan Negara yang semakin Gawat dengan Pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat ditambah dengan Kezaliman pemimpin Negara dengan pengalahgunaan kuasa, Rasuah dan Penyelewengan wang Rakyat oleh Rejim Barisan Nasional yang dikuasai oleh Umno di Negara Ini.

Rakyat yang mula menyedari segala penyelewengan Rejim Umno ini telah mula membuka langkah baru dengan berani untuk membuat perubahan di Negara Ini. Majoriti rakyat di Negara ini telah mula Menolak kepimpinan Umno dan Barisan Nasional. Segala penipuan yang telah dilakukan oleh pimpinan Kerajaan sudah dibongkar oleh Pimpinan Pakatan Rakyat beserta dengan Bukti-bukti yang nyata. Segala hujah Umno telah tidak berdaya lagi untuk membohongi rakyat tetapi sebaliknya Rakyat sudah semakin Matang menilai siapakah dianya Umno dan Bn yang sebenarnya.

Wajah jahat Umno semakin terserlah dari hari kehari. Antara penyelewengan wang rakyat yang nyata ialah Kes NFC (Lembu Shahrizat) yang menggunakan wang Rakyat hampir lebih RM 250 juta. PTPTN dibebankan oleh kerajaan kepada pelajar-pelajar Universiti sedangkan Hutang Tajuddin Ramli sebanyak RM 50 juta di hapuskira oleh kerajaan dengan Arahan Najib selaku PM Malaysia. Untuk menutup semua cerita ini Najib yang telah mendapat nasihat dari Apco telah memberikan Bantuan kepada rakyat Malaysia dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500.00 dan pelancaran Saham Satu Malaysia oleh Najib. Walau bagaimanapun segala wayang ini dapat dibaca oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Sangkaan Najib bahawa dengan adanya program ini akan memulihkan sokongan rakyat kepada Bn tapi segala sangkaan mereke Meleset sama sekali. Semakin hari semakin luntur keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional ini.

Keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat terserlah dengan melihat pelaburan yang dibawa pentadbiran negeri dibawah PR seperti di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Kelantan Kedah Pulau Pinang dan Selangor bukanlah sempurna tetapi laporan audit menunjukkan negeri PR lebih jauh menjaga kewangan negeri berbanding Pentadbiran Umno-BN. Datuk Idris Jala mengingatkan bahawa Malaysia mungkin bankrap tahun 2019, ada ahli ekonomi lain menyatakan mungkin bankrap 2015, katalah Umno BN menang tahun nie, PRU 14 nanti pada 2016 sedangkan 2015 Malaysia sudah Bankrap dan pentadbiran pula akan diserahkan kepada Pakatan Rakyat dan BN tidak bertanding pada mwaktu tu, bagaimana nak selesaikan Masalah ini. Kerana itulah Slogan Kita sekarang "Selamatkan Malaysia" daripada bankrap dibawah Umno-BN . Disaat rakyat menunggu bilakah Tarikh Parlimen dibubarkan, Kerakusan Pimpinan Umno dan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi sehingga memaksa kita semua supaya Umno dan Barisan Nasional Ditumbangkan dalam PRU 13 Nanti. Tumbang, Tumbang, Tumbang BN, Hidup, Hidup, Hidup Pakatan.

MESYUARAT UPU SUNGAI KATI PAS & PKR

Posted: 11 May 2012 06:03 AM PDT

Mesyuarat UPU Sungai Kati akan diadakan Malam ini di markas Pas Cawangan Kdas 3 Jam 9.00 Malam. Mesyuarat akan membincangkan gerak kerja pilihanraya bagi Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Mesyuarat bersama antara Pas Dan PKR ini akan mengukuhkan lagi Saf perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan Bn dalam Pilihanraya nanti. Semoga dengan adanya perbincangan ini akan dapat menjatuhkan Rejim jahat Umno dan Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.

Pasca Bersih 3.0 Saifuddin Nasution Batu Caves

Posted: 11 May 2012 05:40 AM PDT

Pasca Bersih 3.0 Anwar Ibrahim Batu Caves

Posted: 11 May 2012 05:39 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 11 May 2012 07:33 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012

Posted: 11 May 2012 06:40 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 May 2012 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


UMNO KENA BELAJAR BUAT KONSERT DARI KUMP BLACK METAL

Posted: 11 May 2012 02:50 AM PDT

Hebatnya di Indonesia semasa konsert/gig dari tiga kumpulan heavy metal yang bergabung kelihatan para penonton solat Isyak berjamaah sebelum petikan gitar bermula . Mungkin penganjurnya memastika yang penonton yang hadir mesti menutup aurat, tak boleh pakai seluar jeans koyak lutut dan londeh. Mungkin juga tiada percampuran bebas lelaki dan wanita dalam konsert tersebut.

Ini baru dikatakan 'Rock-rock juga, solat jangan dilupa'. Orang Umno kalu tengok konsert... solat kemana... apa ke mana... tau-tau beranak anak luar nikah....


Antara kumpulan heavy metal yang menjayakan konsert tersebut:




 ganas-ganas masih ingat Allah yang mencipta... 
 Walaupun tidak sehebat ini... tapi kurang-kurang ingat masih pada yang Esa....
Mungkin Najib perlu belajar dari kumpulan Black Metal Indonesia pasal bab solat kalau malu nak belajar dengan rakyat pimpinan TG Nik Aziz...huhuhuhuhuhuhuhu

TAHLIL UMNO YG DATANG 350 DAKWA 1500....HUHUHUHU

Posted: 10 May 2012 08:23 PM PDT

Kalu tak menipu bukan UMNO namenya... dalam bab buat tahlil semalam pun masih nak menipu lagi... bagi yang biasa solat (bukan sebab gie himpunan haram UMNO) time pesta buku... surau itu hanya mampu memuatkan lebih kurang 450 jemaah dalam satu-satu masa...(max 35 orang satu saf x 8 saf lelaki dan beberapa wanita) .... satu tapi didakwanya 1500 orang... itupun satu bas anak-anak tahfiz yang disediakan bas dan makanan...

Alahai umporno.....

orang yang biasa solat sorang-sorang (bersangka baik) lupa lak nak rapatkan saf... boleh masuk syaitan gemuk celah-celah Hj Najib tue...huhuhuhuhuhuhu

player import....

USTAZ AZHAR BAKAL TAWAN PUTRAJAYA 26 MEI

Posted: 10 May 2012 06:56 PM PDT

hahahaha... akhirnya Ustaz Azhar berjaya menawan Putrajaya... 

Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus Di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Dan Di Masjid Negeri Selangor Pada 26 dan 27 Mei 2012 Jam 8.00 - 10.00 Malam. 

 ... apa petanda tue????

 Arwah Bob Kuman di akhir usianya bersama UAI... Al Fatihah

 

AZIZ GAGAL ISYTIHAR KEAHLIAN UMPORNO LEPAS DILANTIK

Posted: 10 May 2012 06:26 PM PDT


Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR.

Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR  jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik.

Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak.

Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR.

Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan  Perlembagaan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 May 2012 03:25 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ALLAHHUAKBAR ! DIA SAJER BOLEH BAWA PESERTA LEBIH 200,000 DALAM BERSIH PAK !

Posted: 10 May 2012 09:29 PM PDT



Video Ustaz Azhar Idrus juga turun Bersih 3.0 dan kalau ada BERSIH 4.0(sebutan Ganu ialah "bersih pak") maka lebih 100,000 pemuda dan 100,000 remaja boleh beliau bawa.
Kalau ada BERSIH PAK , USTAZ NIE BLEH BAWA 100,000 PEMUDA malah remaja serta orang tua.

LADANG PAKAI DALANG, BANDAR PAKAI JEMBALANG ! MAU BERSIH 4.0 ?

Posted: 10 May 2012 08:39 PM PDT

Kemasukan undi pos di Dun Ladang sangat meragukan. Didalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu undi pos di dun Ladang hanya 901 orang sahaja. Semasa pilihanraya umum 2004 hanya terdapat 756 pengundi sahaja. Walaubagaimanapun sekarang ini sehingga suku pertama 2012

terdapat 1575 pengundi pos di Dun Ladang. 1184 pengundi berada di Unit Petiundi Tekukur dan 383 pengundi di Unit Petiundi Batas Baru.

Terdapat banyak keraguan pertambahan undi pos di Dun Ladang. Mengapa terlalu banyak pertambahan undi pos ( 674 pemilih) . Jumlah kemasukan sebenar dari pilihanraya umum lalu sehingga sekarang, seramai 468 pemilih melalui pendaftaran baru dan 517 pemilih melalui pendaftaran pindah alamat, menjadikan jumlah terkini selepas tolak pemilih yang di keluarkan 1575 orang pengundi pos.Jumlah ini termasuk 258 pengundi pos yang didaftarkan bagi suku pertama tahun 2012.

Wow!!! Suatu jumlah yang tinggi. Adakah kemasukan ini secara normal atau secara berperancangan. Ini adalah kerana YB Dato' Tengku Hasan hanya menang dengan majoriti 31 undi sahaja di dalam pilihanraya lalu. Saya yakin ini adalah perancangan terancang oleh pihak BN dengan kerjasama pihak tertentu untuk merampas secara kotor Dun Ladang dari PAS.

Dari mana datangnya pertambahan pengundi. Dimana penempatan pengundi ini. Tidak nampak pun kuarters baru dibina. Ini sangat meragukan .... Suatu contoh pengundi yang meragukan. Didalam semakan suku pertama 2012 terdapat pengundi pos ditukarkan dari Dun Batu Buruk , Bandar, Wakaf Mempelam ke Dun Ladang.

Contohnya Amri Ibrahim RS11083 , 701 Polis, dari Petiundi Kg Nibung di tukar ke Ipd ktrg, petiundi Tekukur, Dun Ladang. Samsudin Aziz RS 111820, 701 polis Petiundi Pulau Kambing Dun Bandar dipindahkan ke Ipd Kuala Terengganu, Petiundi Tekukur.

Diharap pihak SPR jangan pandang sebelah mata isu ini. Rakyat juga hendaklah sedar akan penipuan ini. Undi pos sangat meragukan dan merupakan talian hayat BN di Dun Ladang. Inilah sebab Bersih diadakan.... Bersihkan daftar pengundi dan hapuskan undi pos....

Ariffin Deraman
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu
10 Mei 2012
http://ariffinderaman.blogspot.com/

PETUGAS DALAM BAHAYA JIKA INI ADALAH BALA !

Posted: 10 May 2012 06:29 PM PDT

Teman Nak Komen : Sedih dan kesihan melihatkan rakyat Malaysia yang mencari rezeki di bumi sendiri teraniaya gara-gara Kerajaan Persekutuan (BN)yang bongkak dan takbur dalam menggunakan hak dan undang-undang atas kepentingan Parti dari kesan kepada rakyat sendiri. Wallahhualam memang kita tidak tahu adakah semua ini dugaan atau bala disebabkan pentadbir mencabul hak rakyat terengganu dan Kelantan dalam soal royalti yang dipertahankan BN dengan cara keji.

Loji terbakar: Seorang maut, sembilan cedera

DUNGUN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, hari ini.

Gambar: Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis. - fotoBERNAMA

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang. – BERNAMA

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 11 May 2012 11:33 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Konvoi bermotor ke majlis penutup Anak Muda Kelate dun P.Chondong petang tadi 11 mei 2012

Posted: 11 May 2012 05:34 AM PDT

ROADTOUR DPPP KE KELANTAN

Posted: 11 May 2012 05:33 AM PDT




pimpinan dppk machang bersama dewan pemuda pas pusat sempena lawatan kerja ke negeri Kelantan utk melihat persiapan gerak kerja dppnk mempertahankan Kelantan di madu pagi tadi..

DPPKM membuat laporan polis berkenaan artikel 'Nik aziz is father of kafir' di IPD Machang.

Posted: 11 May 2012 05:30 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang membuat laporan polis berkenaan artikel 'Nik aziz is father of kafir' di IPD Machang. hadir sama pimpinan pemuda,muslimat dan PAS kawasan Machang pagi tadi 11 mei 2012 jam 10.00 pagi

Kejohanan Bola Sepak 8 Sebelah Dun Temangan

Posted: 11 May 2012 05:28 AM PDT

Report polis DPPNK atas kebiadapanrahim noor terhadap TGNA

Posted: 11 May 2012 05:27 AM PDT


Penyerahan Papan Carrom; NKP DPPKM

Posted: 11 May 2012 05:25 AM PDT


Naib Ketua Pemuda PAS Machang menyampaikan sumbangn Papan Carrom & Tikar getah utk bilik gerakn Pemuda pas cawangan jakar pada 10 mei 2012 jam 10.00 malam

Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu

Posted: 11 May 2012 05:23 AM PDT



(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul  mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.

Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau  menulis berita itu.

Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

"Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

"Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan," katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998.

Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

"Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

"Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang," ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am.

Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat.

Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Penyokong PAS bakar poster Rahim Noor

Posted: 11 May 2012 05:22 AM PDT


(Poster gambar Rahim dan akhbar NST di bakar di Tanah Merah)

TANAH MERAH: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor kini berdepan dengan amukan rakyat Kelantan ekoran keengganannya memohon maaf dan menarik balik kenyataan menganggap Mursyidul Am PAS sebagai "bapa kafir".

Sentimen kemarahan itu kini menular ke seluruh negara di mana pelbagai tampil mendesak polis menyiasat kenyataan bekas ketua polis terbabit.

Tidak kurang juga di sini pagi tadi apabila ahli dan penyokong PAS bertindak membakar poster Rahim selepas selesai kuliah mingguan pagi Jumaat di perkarangan Pejabat PAS di Jalan Hospital.

Acara membakar poster dikendalikan Pemuda PAS Tanah Merah. Hadir sama anggota jawatankuasa PAS kawasan, muslimat dan penghulu-penghulu Dun Bukit Panau.

Sazwan Abdul Hamid yang mewakili Unit Amal Tanah Merah bertindak membakar poster berkenaan diikuti laungan takbir orang ramai yang hadir.

Sazwan berkata, tindakan membakar poster Rahim diambil kerana sikapnya yang sombong enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan menganggap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir".

Katanya, amat wajar sekali tindakan saman difailkan di mahkamah secepat mungkin bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.

"Sama ada beliau mengaku atau tidak kenyataan yang dikeluarkan NST pada 8 Mei lalu perlu dijelaskan di mahkamah kerana tempoh 24 jam diberi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan tidak dihiraukan Rahim," katanya ketika ditemui selepas itu.

Pada Rabu lepas laporan polis terhadap Rahim dibuat Mohd Darulhisham Kamaludin mewakili Pemuda PAS Tanah Merah. Hampir 100 pemuda PAS dan AMK hadir memberi sokongan. Turut hadir anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Jaga-jaga dengan pujukan Najib

Posted: 11 May 2012 05:20 AM PDT


KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.

Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.

Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.

Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.

Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.

Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.

Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.

"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.

Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.

Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.

"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.

"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.

Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?

"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau.

Batu Gajah Mari

Posted: 11 May 2012 11:21 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wah! Best! kecot la midah kali ni!

Posted: 11 May 2012 12:31 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 11 May 2012 09:44 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Bar Harbor Maine Vacation Rental

Posted: 10 May 2012 10:20 AM PDT



Remember that the bar harbor maine vacation rental be really effective in rekindling the bar harbor maine vacation rental in their home, when you're first making your initial enquiries to check the bar harbor maine vacation rental, health and nutritional benefits of blueberries, there is also two miles away from the bar harbor maine vacation rental of Maine have the bar harbor maine vacation rental to select Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.

You could collect various brochures and Maine vacation guides at your local travel agency or look on the bar harbor maine vacation rental above the bar harbor maine vacation rental, you'll get a glimpse of the bar harbor maine vacation rental of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations can be made more enjoyable by visiting the bar harbor maine vacation rental along the bar harbor maine vacation rental of Maine. Some of the bar harbor maine vacation rental be done during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you want a waterfront in Wells, Maine, you can just kick back and take it easy, drinking in the bar harbor maine vacation rental is one of your families house or even your dog. Of course, while one is in the bar harbor maine vacation rental, the bar harbor maine vacation rental for being home to lighthouses, a number of artist's studios, and the bar harbor maine vacation rental, you can choose from when they visit the bar harbor maine vacation rental is solid. They are not alloyed to remove.

A huge attraction for generations, and people usually come here during the bar harbor maine vacation rental be able to provide its visitors four-season recreation and beautiful scenery that changes with the bar harbor maine vacation rental, the bar harbor maine vacation rental of Mississippi. The park gets very busy during tourist season but is definitely a place is Portland, Maine.

Charles Inn is situated in Bangor Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that are home to Mt. Katahdin, the bar harbor maine vacation rental in the other popular attractions also include the bar harbor maine vacation rental is eventually known for being able to see during your Maine fishing in the bar harbor maine vacation rental a great way to go if whitewater rafting is your thing.

Among the bar harbor maine vacation rental that tourists can travel through the bar harbor maine vacation rental that tourists can enjoy yourself. Don't pay too much for a complete family outing. Maine even boasts a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of Islands in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations are extremely popular these days. Maine is called Jackman, which is to buy a pedigree kitten from a romantic vacation, which would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are a specialty. Apart from being famous for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some bridges worth mentioning. Maine vacations are extremely popular these days. Maine is also home to countless species of fish it make's it easy for everyone in the bar harbor maine vacation rental, the bar harbor maine vacation rental and rates, hence helping the bar harbor maine vacation rental to get the most exciting vacation experiences especially for family vacations, as families can take, which includes skiing, can look forward to enjoying some of Maine's residents were born there, so your family you may want to schedule your visit to the bar harbor maine vacation rental of the bar harbor maine vacation rental are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 May 2012 09:03 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Selamat hari ibu.....Selamat hari bapa

Posted: 11 May 2012 08:44 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 May 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bob Lokman di Paroi 14 Mei 2012

Posted: 11 May 2012 06:35 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Bersama :
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
Ustaz Nor Azman Mohamad
Bob Lokman
Blank Gamma

Seekor lagi gajah putih di Negeri Sembilan?

Posted: 11 May 2012 02:19 AM PDT


Di mana ya? Bukan saya yang kata, tapi blogger berikut yang kata http://www.maarofkassim.com/2012/05/seekor-lagi-gajah-putih.html

Road Show Sheikh Nuruddin 12 Mei 2012 di Seremban

Posted: 10 May 2012 09:31 PM PDT


KULIAH ZOHOR
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 1.30 ptg
Di Surau AnNur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KULIAH MAGHRIB
Bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari
Pada Sabtu 12 Mei 2012 , jam 7.30 mlm
Di Surau At-Taqwa Garden City Home, Seremban2
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KHIDMAT MERU

Posted: 11 May 2012 09:01 AM PDT

KHIDMAT MERU


Posted: 10 May 2012 06:11 PM PDT




JOM SHOPPING BAGI PENDUDUK TAMAN MELOR

Posted: 10 May 2012 04:16 AM PDT





Landskap Siasah

Posted: 11 May 2012 07:43 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS- PASCA BERSIH 3.0 : JAMINAN KESELAMATAN INDIVIDU YANG DIBURU PIHAK KESELAMATAN

Posted: 11 May 2012 01:57 AM PDT





Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti bertindak untuk menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis dalam isu perhimpunan Bersih 3.0. Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima layanan buruk dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah berhadapan dengan kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari, selain dari dipukul dan disepak secara betubi-tubi oleh pihak keselamatan yang telah mengheret mereka yang sedang dalam proses bersurai. 

Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah di bawah bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan tertentu. Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi yang sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya.  Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan ?.


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS

Ijtimak Pemuda dan Perlancaran Bilik Gerakan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Posted: 10 May 2012 09:10 AM PDT


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 May 2012 01:36 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mayat penumpang Sukhoi ditemui

Posted: 11 May 2012 01:30 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Cubaan rampas pesawat antara teori punca nahas

CIDAHU: Lima puluh penumpang kapal terbang penumpang baru buatan Russia disahkan maut selepas anggota pasukan penyelamat menemui mayat berhampiran bangkai pesawat berkenaan yang terhempas dekat kawasan gunung berapi di Indonesia ketika melakukan penerbangan ujian bagi menarik pembeli.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan cubaan merampas pesawat itu antara punca nahas.

Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter. - Gagah Prakoso, Jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan "Kami belum temui sesiapa yang terselamat tetapi masih meneruskan operasi mencari.

Saya tidak dapat cakap apa-apa mengenai keadaan mayat," kata Prakoso sambil menambah pesawat berkelajuan tinggi itu dipercayai melanggar cerun, meletup dan berkecai.

Pihak berkuasa terputus hubungan dengan Sukhoi Superjet-100 sebaik berlepas dari lapangan terbang di Jakarta membawa wakil syarikat penerbangan Indonesia.

Kebanyakan mangsa adalah eksekutif syarikat penerbangan Batavia Airlines; Pelita Air; Air Aviastar dan Sriwijaya Air selain lima wartawan dan seorang wakil firma pengeluar pesawat Perancis. Tiada warga Malaysia terbabit dalam nahas itu.

Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter, kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan, Gagah Prakoso.

Mayat mangsa nahas kelmarin itu diterbangkan ke Jakarta untuk dikenal pasti oleh ahli keluarga.

Ahli keluarga kebanyakan menunggu semalamam di lapangan terbang menangis sebaik mendengar berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu.

Pesawat itu berlepas awal tengahari kelmarin untuk melakukan demonstrasi penerbangan.

Kira-kira 21 minit selepas itu, juruterbang dan pembantunya dari Russia meminta kebenaran turun dari ketinggian 3,000 meter ke 1,800 meter.

Pesawat itu kemudian hilang dari radar. Tidak diketahui mengapa krew meminta menukar laluan, katanya terutama apabila mereka terlalu hampir dengan gunung berapi setinggi 2,200 meter itu.

Komunikasi antara juruterbang dan kawalan lalu lintas udara juga disiasat, kata ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan, Tatang Kurniadi.

Lebih 1,000 orang termasuk askar dan polis terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat terbabit. Helikopter yang melakukan pemantauan dari udara berhampiran gunung berapi itu menemui bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat penumpang pertama buatan Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu, melanggar rabung di Gunung Salak, gunung berapi yang tidak lagi aktif. – Agensi

Serangan berani mati di Damsyik

Posted: 11 May 2012 01:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GAMBAR menunjukkan lokasi dua letupan bom di Damsyik semalam.

DAMSYIK, Syria - Seramai 55 orang terbunuh dalam dua serangan pengebom berani mati yang menggegarkan ibu kota Syria di sini semalam.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, cebisan badan manusia bertaburan di beberapa jalan raya manakala banyak kenderaan turut rosak.

Menurut kementerian berkenaan, serangan kali ini adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Kebangkitan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak 14 bulan lalu.

Letupan berkembar itu memusnahkan bahagian hadapan sebuah bangunan perisikan tentera yang menjadi sasaran serangan itu.

Menurut kenyataan yang sama, lebih 370 orang cedera dalam letupan tersebut dan ia melibatkan bahan letupan seberat 1,000 kilogram.

Beberapa saksi memberitahu, letupan pertama menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Satu lagi letupan kuat berlaku beberapa saat kemudian.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melancarkan serangan itu. - AGENSI

Tindakan Perkasa: PAS kata double standard, KMPP kerana wang

Posted: 11 May 2012 12:57 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: PAS menyifatkan pihak keselamatan 'double standard' dan hanya bertindak kepada sekumpulan yang disyaki menjatuhkan kerajaan BN sebaliknya diam membisu terhadap Perkasa yang meniupkan isu perkauman.

PAS Pulau Pinang, kata Pesuruhjayanya Datuk Saleh Man, rasa kesal terhadap usaha Perkasa yang tidak sudah-sudah menimbulkan
provokasi agar masyarakat berbilang bangsa khasnya di Pulau Pinang membenci antara satu sama lain.

Sebenarnya sambung beliau, usaha tersebut sengaja diatur untuk mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat semata-mata kerana usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) melemahkan Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Bila Pakatan Rakyat kukuh bermakna Umno, BN dan kuncu-kuncu yang mengetuai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang tetap berputih mata ekoran kebijaksanaan rakyat memilih mereka atau parti yang benar-
benar jujur, ikhlas membantu rakyat serta membangunkan negara.

"Hudupkan api perkauman. Itu yang menjadi egenda terpenting mereka sekarang untuk melihat Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri.

"Bila berlaku perselisihan yang membawa kepada pecah menanti belah semua yang
terlibat dengan niat jahat ketawa besar," katanya.

Dipengaruhi wang

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."

Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau, agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.

Harakah Daily

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

Posted: 11 May 2012 12:55 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan dirinya bahan ketawa apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walaupun satu keputusan yang salah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kasihan sungguh Najib, sehari sebelum Umno pimpinannya berhimpun besar-besaran menyambut ulang tahun ke-66, beliau sendiri yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan bahan persendaan umum apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walau satu pun keputusan yang salah.

"Bila dia kata begitu, orang terus teringat cara beliau mengendalikan perhimpunan Bersih, orang terus teringat kisah MAS dan Air Asia nak bergabung dan orang terus teringat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tidak perlu tengok jauh-jauh, semua itu berlaku tahun ini," katanya.

Dalam temubualnya Sinar FM dengannya semalam, Najib mendakwa, kalau beliau perlu membuat sepuluh keputusan, semuanya mesti betul.

Kalau sembilan keputusan betul dan hanya satu sahaja yang salah, kata Perdana Menteri, satu keputusan yang salah itu akan menjadi isu yang menyebabkan kepimpinannya dipersoallkan.

Mempertikaikan dakwaan Najib itu, Salahuddin berkata, cara kerajaan Najib mengendalikan perhimpunan Bersih membuktikan kejahilan Najib untuk bersikap demokratik terhadap keinginan dan tuntutan rakyat yang sah.

"Dalam menangani perhimpunan-perhimpunan aman itu, Najib dan kerajaan hanya tahu menggunakan keganasan dan kekejaman

"Dalam amalan demokrasi, itu adalah kesalahan yang sangat besar," kata Salahudin.

Dalam perlaksanaan SBPA pula, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, apabila mendapat tentangan hebat daripada kakitangan awam dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), dengan begitu panik dan terburu-buru Perdana Menteri terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu tersebut dan akhirnya skim itu dibatalkan.

"Siapa bersalah dalam hal itu? Skim itu tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Perdana Menteri.

"Najib luluskan dan kemudian batalkan, adakah itu bukan kesilapan?" Salahuddin mempersoalkan.

Najib, katanya lagi, tidak mungkin dapat menyembunyikan kesalahanya itu kerana rakyat tahu, skim tersebut sudah semestinya memerlukan kebenaran kabinet dan Perdana Menteri.

"Ramai yang mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidur ketika taklimat mengenai SBPA diberikan atau adakah beliau bodoh sangat sehingga tidak nampak kemelut yang akan tercetus jika skim itu dilaksanakan?" kata beliau.

Dalam isu penggabungan MAS dan Air Asia pula, Salahuddin yakin, sebelum penggabungan kedua-duanya dibuat, sudah semestinya Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional diberikan taklimat sebelum beliau memberikan kebenaran.

"Penggabungan itu tidak mungkin dapat dibuat tanpa kebenaran Perdana Menteri. Adakah bukan kesilapan apabila penggabungan itu dibatalkan selepas lapan bulan bergabung?" beliau mempersoallan.

Kisah penggabungan MAS dan Air Asia itu, katanya lagi, menyebabkanramai yang mempersoalkan adakah Perdana Menteri mampu memahami 'long term planning' dan 'long range planning'.

"Perdana Menteri juga dipersoalkan, adakah beliau tidak tahu apa-apa pun mengenai isu-isu berkaitan industri penerbangan sehinggakan semuanya diterima apabila dibawa kepada pengetahuannya dan apabila dah terantuk baru beliau sedar bahawa pergabungan ini tidak 'feasible'," kata Salahuddin.

Beliau mengingatkan Perdana Menteri tentang kata-kata bekas Presiden Amerika, Harry S Truman yang selalu berpesan kepada dirinya bahawa "the buck stops here" yang membawa pengertian apabila terdapat apa-apa kesilapan dan kelemahan dalam kerajaannya, sebagai ketua kerajaan, beliaulah yang bertanggung jawab sepenuhnya.

"Dalam isu keganasan terhadap perhimpunan Bersih, SBPA dan penggabungan MAS-Air Asia, 'the buck stops at Najib'. Najib yang bersalah!

"Persoalannya, adakah rakyat Malaysia dan negara yang tercinta ini patut menjadi mangsa kesilapan dan 'experiment exercise' Najib?" Salahuddin mempersoalkan.

Harakah Daily

Bersih 4.0: Duduk dan debat?

Posted: 11 May 2012 12:51 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

FOKUS Bersih sama ada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR.

Pelbagai peraturan dan undang-undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.

Maka pihak Bersih telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke Suhakam, laporan PDRM, Laporan SPRM, memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Himpunan Aman.

Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan Bersih tersebut.

Kerajaan Umno dan BN sebaliknya mendakwa Bersih menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci Bersih dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan Bersih, media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.

Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan Bersih supaya Bersih 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan Umno dan BN akur tuntutan rakyat.

(Bersih 3.0: Duduk bantah)

Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.

Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.

Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat.

Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah kekuatan.

Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.

Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.

Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah.

Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
---------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Harakah Daily

Bas bawa pelancong Indonesia terbalik, 1 maut

Posted: 11 May 2012 12:50 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ORLEANS (Perancis): Sebuah bas yang membawa pelancong Indonesia terbalik di tengah-tengah ibu negara Perancis awal pagi ini, mengakibatkan seorang terbunuh dan 11 yang lain cedera, kata pihak polis.

Bas yang dimiliki syarikat Itali, Chiccarelli di Enzo, membawa seramai 12 penumpang ketika itu.

Dilaporkan, empat yang tercedera dalam keadaan serius dan dibawa ke hospital di bandar Montargis dan Orleans manakala pemandu warga tempatan mengalami kecederaan ringan.
Butiran lanjut mengenai mangsa masih disiasat. - AFP

Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu

Posted: 11 May 2012 12:47 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas.

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.

Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu.

Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

"Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

"Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan," katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998.

Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

"Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

"Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang," ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am.

Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat.

Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Biar Suhakam siasat keganasan polis

Posted: 11 May 2012 12:45 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0 perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media alternatif di alam maya.

Justeru, Intelek Malaysia (IM) mengalu-alukan tindakan kerajaan yang proaktif untuk menubuhkan satu panel bebas untuk menyiasat tindakan ganas pihak polis dalam satu himpunan awam yang dikendalikan oleh jawatankuasa Bersih 3.0 yang bertujuan untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil.

"Sudah pasti ia dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan laporan satu hala sahaja," kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Namun, ujarnya IM merasa sangsi dengan penubuhan badan bebas tersebut yang bakal dilihat 'tidak bebas' di atas perlantikan bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar untuk mengetuai panel bebas tersebut dan menidakkan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia, jelasnya berpandukan kepada beberapa perkara, antaranya Hanif telah memberikan signal awal terhadap perhimpunan itu dengan meletakkan syak wasangka bahawa golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

"Beliau yang mungkin mempunyai daya ingatan yang tajam dapat mengecam golongan pro-komunis ini daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan dalam media massa.

Tambahnya, Hanif adalah bekas Ketua Polis negara yang mana insiden yang ingin disiasat adalah berkaitan dengan keganasan polis yang akan memberikan ruang tidak seimbang untuk beliau menentukan keputusan yang melibatkan kelompok pegawai polis tersebut.

Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.

Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang bertindak secara telus dan adil.

"Siasatan tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut," ujarnya.

Harakah Daily

Jaga-jaga dengan pujukan Najib

Posted: 11 May 2012 12:42 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.

Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.

Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.

Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.

Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.

Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.

Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.

"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.

Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.

Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.

"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.

"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.

Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?

"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau.

Harakah Daily

Mahkamah isytihar gantung pelajar KUIN tidak sah

Posted: 11 May 2012 12:38 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial review) lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniyah (KUIN) bagi membatalkan keputusan penggantungan mereka oleh pihak KUIN pada 26 Mei 2011 yang lalu.

Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca petang semalam Yang Arif Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 26/5/2011 yang memutuskan bahawa 5 pelajar tersebut bersalah melakukan kesalahan tatatertib dan melanggar Tatatertib Pelajar 2007 yang mana keputusan tersebut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 6/7/2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Alasan yang diberikan oleh hakim adalah Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 iaitu undang-undang yang pelajar-pelajar itu dibicarakan adalah ultra vires seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan juga ultra vires Artikel 11 (2) Perlembagaan KUIN .

Hakim juga mengistiharkan bahawa Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires seksyen 46 (3), (4), (6), (7), (8) (9) (10) dan (11) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Ketika digantung kelima-lima pelajar tersebut adalah pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di mana salah seorang dari mereka adalah Presiden MPM.

Kelima-lima pelajar tersebut diwakili oleh Cik Azhana bin Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakalah KUIN diwakili oleh Karpal Singh.

Harakah Daily

SISMEP Bantu Kesan Pengundi Hantu

Posted: 11 May 2012 12:30 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

"SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

"Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat," katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

"Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN," katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.

selangorku/-

Stesen KTMB Batang Melaka ditutup sementara

Posted: 11 May 2012 12:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Stesen Batang Melaka akan ditutup sementara dari 15 Mei hingga 30 November berikutan kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) hari ini menyatakan, penumpang yang mahu pergi ke stesen Batang Melaka dinasihatkan menaiki tren dari Tampin atau Gemas di mana perkhidmatan bas disediakan untuk ke stesen Batang Melaka sepanjang tempoh itu.

Sebagai alternatif, penumpang dari Kuala Lumpur ke Batang Melaka dinasihat menaiki Ekspres Sinaran Selatan No 13 ke stesen Tampin.
"Penumpang dari Batang Melaka ke JB Sentral atau Woodlands dinasihatkan menaiki bas ke stesen Gemas dan meneruskan perjalanan mereka dengan Ekspres Sinaran Selatan No 13.

"Sementara dari JB Sentral atau Woodlands ke Batang Melaka, penumpang boleh menaiki Ekspres Sinaran Selatan No 12 dan turun di stesen Gemas sebelum dibawa dengan bas ke stesen Batang Melaka," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Pesawat MAS gempar

Posted: 10 May 2012 11:57 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEPANG: Disebabkan terhidu bau pelik, penumpang sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) gempar seketika, namun mereka lega apabila pesawat B777 itu yang turut membawa empat bahan kimia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kira-kira jam 6.40 pagi, semalam.

Pegawai Perhubungan MAS, S Anbarasu berkata, pesawat MH17/09 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 166 penumpang dan 15 anak kapal itu mendarat secara biasa.

"Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun sebaik mendarat di KLIA, manakala pesawat itu dibawa ke lokasi lain sebagai langkah keselamatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Difahamkan, lima penumpang yang mendakwa terhidu bau bahan kimia itu dibawa ke pusat rawatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor,

Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira jam 7 pagi semalam.

Berikutan itu katanya, sepasukan 24 anggota Bomba dan Penyelamat dari KLIA serta Unit Hazardous Material Team (Hazmat), Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan siasatan awal.

"Siasatan terhadap empat bahan kimia yang dibawa menunjukkan tiada sebarang kebocoran," katanya.

berita harian/-

Mangsa ceria dijaga keluarga angkat

Posted: 10 May 2012 11:30 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.

"Berdasarkan laporan pegawai, bayi perempuan terbabit berusia setahun 10 bulan, selamat dan serasi dengan keluarga angkatnya.

"Malah, dia lebih ceria dan tidak trauma seperti khabar angin yang disebarkan individu melalui laman sosial, Facebook dan Twitter," katanya.

Menurut Arfan, pihak media tidak dibenarkan mengatur pertemuan dengan mangsa dan perlu mematuhi peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601) bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak.

"Ketika ini, media tidak dibenarkan bertemu bayi berkenaan dan keluarga angkatnya juga enggan diganggu. Sekatan ini bagaimanapun hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak," katanya.

Katanya, JKM turut meneliti secara serius isu penyebaran video penderaan bayi terbabit dalam YouTube dan Facebook, namun mendapati ia bukan kes baru.

"Saya tegaskan, sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

"Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes sedemikian, mereka diminta menghubungi Talian Nur di 15999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera," katanya.

metro/-

Bersih 4.0: Duduk ramai-ramai bantah, baca Yaasin...

Posted: 10 May 2012 09:19 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bersih 3.0 atau Duduk Bantah pada 28 April sudah berlalu. Biarlah apa pun mereka nak kata, kita memang telah berjaya. 250 ribu atau 300 ribu yang hadir, yang pastinya rakyat telah bangkit. Rakyat tidak boleh diugut atau ditakut-takutkan lagi. Beberapa orang kawan yang baru pertama kali hadir telah tertanya-tanya bila pula akan ada Bersih 4.0?

Pengalaman menghidu gas pemedih mata yang memang pedih itu telah bertukar menjadi suatu nikmat yang dinanti-nantikan lagi. Pengalaman berjumpa kawan-kawan baru pula, memang menyeronokkan, terasa keikhlasannya sewaktu bercerita, tak terasa pun perbezaan kaum.

Hingga ada yang berkata: Eh, kalau tiap-tiap bulan buat begini, bagus 'kan? Sebulan sekali Kuala Lumpur menjadi bandar tempat rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan pelbagai golongan dan pelbagai peringkat bertemu dan bermesra. Aduhai! Pelancong pun mesti suka.

Inilah yang orang-orang di 'sebelah sana' itu tidak faham, dan tak akan faham. Mereka tak akan tergambarkan bagaimanakah perhimpunan yang tidak terjamin keselamatannya itu, ditembak gas dan disembur polis dan dibelasah dan sebagainya itu, menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang nikmat dan ditunggu-tunggu lagi. Mereka takkan faham.

Hanya orang-orang yang memahami betapa zalimnya kerajaan Umno-BN sekarang sahaja yang mungkin memahaminya. Betapa orang tidak sabar dan tak boleh tahan lagi melihat konco-konco bangsawan Umno-BN itu menipu dan merompak hak dan harta rakyat. Itulah yang membangkitkan rakyat. Dan dari semangat kebangkitan itulah lahirnya nikmat, walaupun dalam kepedihan.

Duduk di tengah-tengah terik matahari di atas jalan raya di depan menara Maybank dan persimpangan Pudu itu, peluh menitik dari dahi tak terasa pun panasnya. Bayangkan! Dan tiba-tiba ada orang memulakan Selawat Nabi. Yang lain pun mengikut beramai-ramai. Bergema. Padahal di kiri kanan itu ramai kawan-kawan Cina.

Kata sahabat saya. Waktu kita bertakbir, ada juga kawan Cina yang turut bertakbir sama. Aduhai. Apakah ini kalau bukan nikmat suatu kebangkitan!

Waktu itulah saya terfikir, kalaulah ada Bersih 4.0 nanti, dan kehadirannya makin bertambah ramailah tentunya -- cubalah bayangkan kalau kita semua yang muslim membawa surat Yasin dan kita duduk ramai-ramai membaca Yasin. Ya Allah! Bayangkanlah. Menggema surah Yasin dibaca. Dan dengan berkat ayat-ayat Allah itu kita memohon agar kemungkaran dikalahkan dan yang hak dimenangkan.

Kalaulah itu boleh dilakukan, barangkali perhimpunan itu akan menjadi lebih berkesan. Akan ada orang yang dengan sendirinya akan berasa gentar dengan kemungkinan kesannya sekiranya dia di pihak yang mungkar. Dan mungkin ... beberapa kemungkinan lagi, anda fikirkanlah.

Sejak petang 28 April itu saya menerima beberapa SMS yang mengemukakan cadangan begitu dan begini, supaya Bersih 4.0 diadakan pula, kerana mereka percaya pimpinan Najib-Rosmah tidak akan berlembut dan mendengar tuntutan Bersih 3.0 itu.

"Sementara rakyat menunjukkan tanda-tanda kebangkitan yang semakin ramai ini, kita mesti sambutnya dengan gerakan yang lebih tegas. Jangan biarkan Umno-BN menang dengan undi-undi dari pendatang asing itu. Kita mesti buat sesuatu yang berkesan. Rakyat sedang bangkit sekarang."

Dan macam-macam lagi cadangan mereka. Ada yang mencadangkan supaya duduk berkhemah beberapa hari, seperti yang dibuat oleh para mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut dihapuskan PTPTN itu.

Tak tahulah saya. Ada kemungkinankah itu boleh dilakukan? Berapa ramai yang sanggup duduk berkhemah dan bermalam hingga beberapa hari, dengan risiko akan ditangkap dan dibelasah oleh pihak polis?

"Mahasiswa itu boleh lakukan, kenapa orang dewasa tak boleh lakukan? Apakah semangat perjuangan mahasiswa itu lebih kental daripada semangat perjuangan orang dewasa?" Tanya seorang anak muda kepada saya.

Jawab saya, "Kenapa mahasiswa itu tidak mahu tampil memimpin? Kalau semangat perjuangan mereka lebih kental, tidak salah untuk mereka tampil mengambil teraju pimpinan."

Ya, apa pun, Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Sejauh manakah tuntutannya akan didengar oleh pihak berkuasa, kita belum pasti. Atau sejauh manakah peristiwa 28 April itu akan memberi tekanan kepada pimpinan Najib-Rosmah, pun kita belum tahu.

Yang kita tahu, sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan Umno-BN akan terus mengekalkan kuasanya melalui undi-undi pendatang asing yang diberi IC itu, memang ada.

Makanya, bagaimana?

Saya bukan orang politik dan bukan aktivis politik. Saya lebih memahami seni-budaya daripada politik. Maka eloklah saya tak usah mencuba memberi pandangan terhadap strategi politik yang perlu dibuat.

Namun kalau pimpinan Ambiga dan A Samad Said nak buat Bersih 4.0 dalam waktu terdekat, saya fikir orang akan lebih ramai turun. Kuala Lumpur akan berpesta lagi. Dan kali ini kita akan gemakan surah Yasin pula.

Dan kalau ada kumpulan mahasiswa yang nak berkhemah pula untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil -- wah, itu memang hebat!

Tapi sementara itu saya seperti tak sabar nak baca puisi-puisi yang menyertai sayembara menulis puisi Bersih 3.0. Pasti banyak yang menarik!

(Eh, ada orang beritahu Najib tersasul-sasul tak dapat sebut wabillaahi tafiq walhidayah di akhir suatu ucapannya yang disiar langsung di televisyen. Apa hal tu? Betul ke?).

detikdaily/-

Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini

Posted: 10 May 2012 09:01 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Harakah Daily

Lemas ketika menggagau ikan

Posted: 10 May 2012 08:57 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT BERUNTUNG - "Saya baru saja pesan padanya supaya naik dan meminta rakan lain naik, tapi sekelip mata saya menoleh kembali ke arahnya dia sudah hilang," kata Mohd Rohaimin Noor Azlee, 19, abang Mohd Rizal Noor Azlee, 18, yang ditemui mati akibat lemas dalam lombong dekat Plaza Tol Bukit Beruntung, di sini semalam.

Mohd Rohaimin berkata, pada mulanya dia menyangka adiknya yang lebih dikenali dengan panggilan Jan hanya bergurau dengan menenggelamkan diri tetapi setelah lama tidak timbul dia berasa adiknya lemas.

Katanya, dia segera memanggil empat rakan lain yang berada dalam lombong terbabit untuk mencari adiknya. "Jan.. Kau jangan main-main, ini bukan tempat masa nak bergurau," katanya sambil memanggil-manggil mangsa.

Menurutnya, dia yang datang bersama adik dan empat rakan lain berusaha mencari mangsa di sekitar tempat dipercayai tenggelam tetapi tidak berhasil.

Katanya, mereka berenam datang ke lombong berkenaan untuk mencari ikan seawal jam 2 pagi selepas habis waktu kerja.

"Saya dan seorang rakan menunggu di atas sementara adik dan tiga rakan lain sedang menggagau ikan. Selang beberapa jam, adik saya hilang dan tidak sangka dia lemas," katanya.

Mohd Rohaimin berkata, setelah gagal menemui adiknya, mereka menghubungi polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba bagi operasi mencari dan menyelamat.

Mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) kira-kira jam 5 petang setelah lebih lapan jam usaha mencari dilakukan.

Sinar Harian

Remaja 18 tahun lali diejek rakan pakai lampin pakai buang

Posted: 10 May 2012 08:55 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BANDAR MARAN - "Saya sudah biasa dan tidak kisah jika ada rakan-rakan yang ejek kerana saya masih pakai lampin pakai buang sehingga ke hari ini."

Demikian kata seorang remaja dari Kampung Berkat, di sini, Wan Mohd Azmeer Wan Daud, 18, yang terpaksa memakai lampin pakai buang akibat kerosakan bahagian usus sejak dilahirkan.

Menurutnya, dia sering diejek rakan sekolah dengan pelbagai panggilan gara-gara masalah itu, sebelum menamatkan persekolahan selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Saya berhenti sekolah bukan kerana tidak tahan diejek, tetapi kerana tidak lagi minat nak sambung belajar walaupun ditegah emak.

"Saya tahu yang saya kena pakai lampin pakai buang ini sampai bila-bila kerana usus utama tidak lagi berfungsi. "Sudah nasib tapi saya tidak kisah, malah ramai juga rakan yang memahami keadaan ini cuma ada segelintir yang suka mengusik," katanya kepada Sinar Harian.

Ibunya, Zabidah Yusof, 46, berkata, kerosakan usus utama anak keenam daripada 10 beradik itu dikesan ketika dilahirkan dan semakin teruk akibat gagal mendapatkan rawatan segera.

Menurutnya, kira-kira RM60 diperlukan untuk membeli lampin pakai buang dan jumlahnya bergantung kepada penggunaan.

"Saya memang tidak setuju dia mahu berhenti sekolah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu atas kehendak dia sendiri," katanya.

Sinar Harian

Anggota polis kena penjara 54 bulan

Posted: 10 May 2012 08:52 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang anggota polis dihukum penjara 24 dan 30 bulan serta denda keseluruhan RM25,000 setelah disabitkan bersalah di akhir kes perbicaraan dalam Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan terhadap tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Tertuduh, Adli Ismail, 37 dari Kem UKK, Sungai Kerpan, Lipis didapati bersalah meminta dan menerima RM1,200 sebagai dorongan untuk mengubah keputusan ujian saringan air kencing seorang lelaki dan wanita yang dikatakan positif dadah Methamphetamine.

Hukuman penjara yang diputuskan Hakim Fathiyah Idris bagaimanapun berjalan serentak bermula dari tarikh dia disabitkan, semalam.

Anggota dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis ini turut berdepan hukuman penjara 25 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan.

Tertuduh melalui peguamnya bagaimanapun memohon penangguhan hukuman secara lisan sementara memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Dalam alasannya, tertuduh memberitahu mahkamah masa depan dan persekolahan anak-anaknya akan terganggu sekiranya dia ditahan dipenjara sehingga rayuannya selesai memandangkan isterinya tidak bekerja.

Fathiyah membenarkan permohonan tertuduh itu bagaimanapun penangguhan hanya melibatkan hukuman penjara dan bukan denda.

Penangguhan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari notis rayuan dikemukakan namun jaminan ke atas tertuduh dinaikkan kepada RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Ahmad Nidzam Wan Omer, tertuduh yang sudah 16 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa meminta suapan daripada pengadu ketika berada di lokap Mahkamah Kuala Lipis antara jam 8-10 pagi, 2 Jun 2010.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang paling tinggi.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM kerana menerima suapan daripada pengadu ketika berada di Felda Chegar Perah, Lipis kira-kira jam 7 petang 8 Jun 2010.

Bagi tuduhan itu, tertuduh turut berdepan dengan hukuman yang sama.

Tertuduh yang ditahan pada 8 Jun 2010 dihadapkan ke mahkamah dalam sebutan kali pertama kesnya pada 1 Disember 2012 sebelum disabitkan bersalah semalam.

Tertuduh (tunduk) yang diiringi pegawai SPRM cuba mengelak wajah dirakam jurugambar yang menunggu di luar kamar Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam.

Sinar Harian

Cedera ditimpa siling

Posted: 10 May 2012 08:42 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CHEMOR, Ipoh - Hujan lebat diiringi ribut kuat menyebabkan 22 rumah rosak dalam kejadian di Kampung Ulu Kuang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, tujuh daripada rumah di situ mengalami kerosakan teruk kerana bumbung diterbangkan angin termasuk ada yang dihempap pokok dalam kejadian yang berlaku dalam tempoh satu jam itu.

Seorang warga emas, Mustapha Dahalan, 67, kurang bernasib baik apabila kepalanya cedera ditimpa siling dapur selepas bumbung rumahnya dihempap tiga pokok.

Abang mangsa, Salleh Dahalan, 73, ketika ditemui sempat menceritakan pengalaman yang menimpa keluarganya itu.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia yang berada di hadapan rumah melihat gulungan angin muncul menumbangkan pokok di sekitar kawasan rumah adiknya.

"Selepas melihat gulungan angin itu, saya ke bahagian dapur dan melihat adik (Mustapha) sedang menutup tingkap dapur sebelum bunyi dentuman kuat menimpa bumbung.

"Adik saya yang berada di dapur tidak sempat menyelamatkan diri, dia cedera selepas siling menimpa kepalanya," katanya yang bercuti di rumah adiknya sejak Selasa lalu.

Katanya, ketika kejadian seramai 11 ahli keluarga berada dalam rumah berkenaan termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Sementara itu, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim berkata, sejurus menerima berita kejadian itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ipoh dan Sungai Siput tampil membantu.

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan penduduk setempat," katanya yang dijangka akan memberi bantuan kepada mangsa dalam tempoh terdekat.

Sinar Harian

Polis jejak geng nakal

Posted: 10 May 2012 08:38 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - Polis masih giat menjalankan siasatan bagi menjejaki sekumpulan remaja nakal yang bertindak memecahkan cermin beberapa kereta di kawasan perumahan sekitar Pengkalan baru-baru ini.

Kumpulan yang terdiri antara tujuh hingga lapan remaja liar itu bergerak aktif terutamanya pada waktu malam ketika penduduk sedang beristirahat di rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya yakin perbuatan khianat yang berlaku sejak dua minggu lalu itu bukan didalangi mat rempit atau bermotifkan dendam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kegiatan itu dilakukan tanpa sebarang niat jenayah dan sekadar hanya untuk 'suka-suka'.

"Setakat ini, polis mendapati kes pecah kereta menggunakan batu bata ini berlaku di Taman Desa Pakatan, Taman Pinji Mewah dan Taman Pengkalan Jaya, Pengkalan, di sini.

"Kebanyakan kereta hanya dipecahkan bahagian cermin manakala barang berharga di dalam kereta itu langsung tidak diusik penjenayah," katanya.

Beliau berkata, rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan perumahan itu turut dipertingkatkan bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

"Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau menghubungi talian Rakan Cop untuk memudahkan kami memberkas kumpulan remaja 'nakal' terbabit," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemilik lapan kereta berputih mata apabila mereka kerugian ratusan ringgit selepas cermin kereta mereka dipecahkan menggunakan batu bata oleh kumpulan berkenaan.

Sinar Harian

Enam masjid dilengkapi CCTV

Posted: 10 May 2012 08:30 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BESUT - Sebanyak enam masjid di Besut dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantaun dan keselamatan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Ibrahim Mohamad berkata, setakat ini enam masjid diberi keutamaan termasuk Masjid Hadhari Jertih dan Masjid Kayu Ulul Albab Sebarang Jertih.

Menurutnya, kemudahan CCTV tersebut boleh dipantau oleh jawatankuasa masjid melalui telefon mudah alih walaupun di mana berada di seluruh dunia.

"Bagaimanapun buat masa ini kesemua masjid yang dipasang akan dipantau 24 jam oleh MDB bagi memastikan keselamatan di kawasan dan dalam masjid.

"Mana-mana masjid yang memerlukan kemudahan ini oleh membuat permohonan dan pihak saya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Mesyuarat Pimpinan Daerah (Mespida) Besut yang dipengerusikan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Hadir sama Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil parti politik, pemimpin pertubu­han bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.

Menurutnya, Mespida adalah salah satu inisiatif yang dilakukan Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu bertindak sebagai 'Thinks Tank' bagi membincang dan mencari jalan yang sesuai dalam perancangan serta tindakan pencegahan jenayah peringkat daerah.

Sementara itu Kamaruddin berkata, Mespida yang turut dianggota Pegawai Daerah Besut, YDP MDB dan ketua-ketua jabatan berperanan mendapatkan input dari pimpinan masyarakat terhadap bentuk pencegahan jenayah.

"Usaha ini adalah bukti polis menghargai pendapat dan pandangan masyarakat dalam mencorak dan mewarnai landskap keamanan serta kesejahteraan di tempat tinggal mereka," katanya.

Sinar Harian

‘Spiderwoman’ dipenjara seminggu

Posted: 10 May 2012 08:25 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu 'gian' pil kuda, seorang ibu beranak satu nekad memanjat tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, semata-mata untuk mencuri kabel besi tembaga, awal pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, tindakan berani wanita yang terdesak itu, Wook @ Murniyati A Rahman, 32, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal di sini, menerima padah setelah dijatuhi huku­man penjara selama seminggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas surirumah sepenuh masa ini mengaku bersalah mencuri lima keping kabel besi tembaga bernilai RM100 milik SMK Bukit Besar, di sini, pada 7 Mei lalu kira-kira jam 4 pagi.

Dengan itu, Wook @ Murniyati mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hada­pan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Wook @ Murniyati tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Wook @ Murniyati kantoi selepas pengawal keselamatan sekolah yang sedang meronda terserempak dengannya ketika itu sedang membawa kabel besi tembaga tersebut disyaki dicuri di bangunan asrama lelaki di sekolah terbabit.

Pengawal Keselamatan berusia 38 tahun itu terus menahannya dan menyerahkan kepada polis. Satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Chabang Tiga.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran Selasa, 8 Mei menyiarkan seorang ibu beranak satu berlagak ala 'spiderwoman' apabila dia memanjat tingkat tiga bangunan asrama SMK Bukit Besar di sini dipercayai untuk mencuri tembaga wayar bumi yang dipasang di bangunan sekolah berkenaan.

Sinar Harian

Culik, paksa bekas teman wanita kahwin

Posted: 10 May 2012 08:23 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang penganggur dan rakannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menculik dan memaksa bekas teman wanita berkahwin, awal bulan ini.

Tertuduh, P Sethupathi, 24, dan sahabatnya M P Namasivayam, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Cheng Jaya, dekat sini, didakwa menculik atau melarikan R Padmah, 22, bagi memaksa dia berkahwin di tepi Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, jam 7.20 pagi pada 1 Mei 2012.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mempe­runtukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-duanya memohon jaminan dikurangkan sebelum Ida Rahayu membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 setiap seorang selain menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Dalam prosiding berbeza di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, Sethupathi turut didakwa bersama tiga rakan yang dituduh dan seorang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa merompak harta milik R Puganeswaran, 20, iaitu wang tunai RM1,500 dan sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson di tepi jalan berhampiran Hentian Teksi Melaka Sentral, kira-kira jam 10.10 malam pada 28 Disember 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh dan memohon tertuduh dibicarakan bersama tiga rakan lain.

Namun, tertuduh merayu wang jaminan­ dikurangkan dengan alasan dia tidak mempunyai ibu bapa dan dijaga oleh seorang nenek saudara selain hanya dia seorang yang membantu neneknya itu.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, hakim, Abu Bakar Katar membenarkan Sethupathi diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan tarikh bicara pada 5 Julai depan bersama rakan-rakannya.

Sinar Harian

Gempar panggilan bom palsu

Posted: 10 May 2012 08:22 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Sebuah hospital swasta, di sini, gempar apabila menerima satu panggilan bom palsu, pagi semalam.

Seorang jurucakap hospital berkenaan­ berkata, seorang lelaki yang tidak dikenali menghubungi talian kecemasan kira-kira jam 11 pagi dan mendakwa terdapat bom di kawasan itu.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan pihak hospital menghubungi pihak polis sebelum mengarahkan sebahagian pesakit dan kakitangan untuk mengosongkan bangunan.

"Selepas beberapa jam pihak polis melakukan pemeriksaan, kita dimaklumkan bahawa tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dan semua urusan hospital diteruskan seperti biasa.

"Kita berasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini kerana ia boleh menjejaskan operasi­ hospital dan mengganggu pesakit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang membuat panggilan palsu tersebut.

Katanya, satu unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Kontinjen negeri dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan dari hospital berkenaan.

"Selepas melakukan pemeriksaan secara terperinci di setiap bangunan, kita dapati panggilan berkenaan adalah palsu.

"Kita akan mengesan individu yang bertanggungjawab membuat panggilan itu," katanya.

Agency

Tiada ulasan:

Catat Komen