Jumaat, 11 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 11 May 2012 01:26 AM PDT

PAS TAMBUN


PELANCARAN PERAKITE 4X4 BOOT CAMP

Posted: 10 May 2012 09:34 PM PDT

Bersempena Ulang Tahun ke-25 Dewan Pemuda PAS Tambun dan program TEMASYA ORANG MUDE GENG KITE, satu pelancaran program lasak PERAKITE 4X4 BOOT CAMP, tujuan program perkhemahan BOOT CAMP ini diadakan adalah mengumpul seramai mungkin pengemar kereta pacuan empat roda di suatu program yang akan diadakan tidak lama lagi, dijangkakan perasmian ini akan disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni Awi.

Temasya Anak Muda Geng Kita

Posted: 10 May 2012 09:48 AM PDT


DPP PADANG TERAP

Posted: 10 May 2012 09:14 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Program Khidmat Masyarakat Penghulu Penggawa Negeri Kedah Darul Aman Di Padang Terap

Posted: 09 May 2012 11:09 PM PDT













Rembau Hari Ini

Posted: 10 May 2012 07:45 PM PDT

Rembau Hari Ini


Solat Hajat 10 Mei 2012 di DUN Paroi

Posted: 09 May 2012 07:45 PM PDT


MAJLIS SOLAT HAJAT
Pasca Bersih 3.0 dan Menjelang PRU 13
Tarikh : 10 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Semua petugas, ahli dan penyokong dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 10 May 2012 07:24 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sebulan Selepas Gesaan YDP PAS Dungun...Loji Proses Gas Meletup

Posted: 10 May 2012 05:08 PM PDT

KEMAMAN/ DUNGUN – Dua orang meninggal dunia dan 23 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang Khamis 10 Mei.

Mereka adalah antara kakitangan syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang bekerja di loji tersebut bersama kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Bernama melaporkan, salah seorang pekerja yang meninggal dunia, Rosli Mansor, 31, disahkanmenemui ajalnya di tempat kejadian.

Sementara itu, pekerja lain yang tercedera  dan dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Menurut seorang pekerja ayang menjadi saksi kejadian, letupan tersebut berlaku kerana kerja yang dilaksanakan tidak mengikut prosedur.

"(letupan) jadi sebab kerja tidak mengikut prosedur, tambahan dalam longkang sedalam 20kaki ada gas mendap, dan kebetulan juga ada orang (pekerja) sedang 'welding' paip,"ujarnya ketika dihubungi skuad BO.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, kesan letupan sangat kuat sehingga longkang tersebut pecah.

Menurutnya, sebelum ini sudah dua kali berlaku kejadian seumpama itu, namun pihak berkenaan tidak tidak mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

Pada 5 April lalu, seramai 27 orang pekerja dari syarikat yang sama telah terhidu gas semasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan industri terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ketika mengulas kejadian tersebut menggesa, supaya pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

Namun begitu, dalam tempoh kira-kira sebulan, kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh itu mengalami kejadian letupan pula.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 May 2012 03:41 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SPR KENA DEMAN "KUNING" ... TUKAR WARNA TSHIRT...

Posted: 10 May 2012 02:59 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menukar warna kuning yang menjadi warna rasminya dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan dirinya dengan BERSIH yang menggunakan warna sama.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat pengumuman dalam sebuah majlis selepas didesak peserta bagi melakukannya.

"Kita akan pilih warna yang berkecuali.

"BERSIH sudah huru harakan negara dengan warna kuning," katanya

 ....huhuhuhuhu....

PENEROKA DAPAT RM15K... UMNO DAPAT RM35K..HUHUHUHU

Posted: 10 May 2012 01:36 AM PDT

oleh : MOHD RAFIZI RAMLI

Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.

CEO TABUNG HAJI DAPAT BONUS SEBELUM YEAR END

Posted: 10 May 2012 01:08 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.

Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu.


"Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird?


"Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau.




'Isu Bapa Kafir’: Umno rosakkan pemikiran pegawai kerajaan,

Posted: 10 May 2012 12:53 AM PDT

Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dituduh telah merosakkan pemikiran pegawai-pegawai kerajaan dengan menanamkan kebencian dalam pemikiran mereka terhadap pembangkang, kata Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "Bapa Kafir" jelas menunjukkan Umno telah menanamkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap pembangkang sehingga dilihat sebagai musuh negara.

"Pemikiran pegawai-pegawai kerajaan telah dirosakkan oleh Umno untuk membenci pembangkang  hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya.

"Kenyataan Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir jelas menunjukkan bukti Umno menanamkan kebencian terhadap pembangkang di kalangan pegawai-pegawai atasan hingga dianggap sebagai musuh negara," tegasnya dalam sidang media pejabatnya di sini.

Tambah Khalid (gambar), kenyataan yang dikeluarkan bekas ketua polis itu penuh dengan perasaan kebencian, sedangkan beliau seharusnya memberikan kenyataan yang bersifat neutral.

"Istilah ini penuh emosi, keganasan dan kezaliman. Sebagai bekas ketua polis negara, dia sepatutnya neutral.

"Ini menzahirkan kadar neutraliti yang tak dapat dilaksanakan kerana institusi kerajaan dirosakkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai cara," tambahnya.

Menurutnya lagi, ia juga adalah salah satu punca mengapa peserta Bersih 3.0 dibelasah teruk oleh anggota polis.
"Maka itulah yang akan menghasilkan tindakan zalim dalam apa-apa program.

"Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan Umno-BN hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya," tambahnya yang turut menggesa sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kerajaan seharusnya menghormati pembangkang dan sedia untuk menerima kekalahan.

JAWATAN SENATOR NAIB DAP TIDAK DILANJUTKAN

Posted: 09 May 2012 05:29 PM PDT


Ekoran kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan di bandar raya baru-baru ini, DAP tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
"Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di sini.

Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 May 2012 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


APA KEBARANG UMNO TANJUNG KARANG, TANAH DAN AIR DIGADAIKAN !

Posted: 10 May 2012 02:59 AM PDT

SHAH ALAM, 8 MEI: Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.
Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.
Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.
Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau.
"Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.
"Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.
"Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.
"Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.
"Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit," beritahu Misran.
Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.
Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.
Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.
QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.
Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.
Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.
"Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.
"Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu," kata beliau lagi.
Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.
Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.
Posted & copy by rakyat marhaen

DURIAN RUNTUH ? DENGAR RINTIH!

Posted: 10 May 2012 02:36 AM PDT

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.

Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. "Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri," kata beliau dalam blognya hari ini.
Artikel diatas telah diolah oleh penulis dan dikreditkan dari sumber asal seperti Malaysia Kini, Harakah Daily, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, Bernama, dan lain-lain lagi. Saksikan juga video siaran langsung dari Parlimen Malaysia.

PADAN MUKA BN TOLAK BADAN ANTARABANGSA AKHIRNYA MENTERI SENDIRI TOLAK PILIHANNYA

Posted: 09 May 2012 11:28 PM PDT

SHAH ALAM - MTimbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota namun beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."

"Beliau menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara . Menjadi ahli panel, sesuai tetapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0),"
Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.



Sinar Harian

Tolak PBB: Najib nak tiru Robert Mugabe?
KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.

"Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.

"Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain," katanya hari ini.

Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.

Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.

Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.

"Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah," katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.

Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.

http://www.keadilandaily.com/?p=30162

HIMPUNAN BESARAN MEMANG KEJUTAN

Posted: 09 May 2012 08:29 PM PDT

Satu program himpunan besar yang dinamakan Pidato Perdana MERDEKA RAKYAT - pasca BERSIH 3.0 akan diadakan pada 10 Mei 2012 (hari ini) bermula jam 8.30 malam bertempat di Kompleks 3K, SS 13, Subang Jaya. Program ini akan menampilkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pimpinan - pimpinan kanan Pakatan Rakyat.

Jika benar Najib membubarkan parlimen dalam masa terdekat program ini mungkin akan menjadi program terakhir himpunan terbesar sebelum pembubaran parlimen. Apakah pendirian PR mengenai pembubaran parlimen dan tuntutan BERSIH 3.0 yang masih gagal dipenuhi, maka semua diseru hadir agar mendengar sendiri pendirian PR.

Mohon sebar hari ini juga kalau 11 Mei kat Hulu Bernam pula

PILIH YANG NAIF BUKAN HANIF !

Posted: 09 May 2012 06:10 PM PDT

Pilihlah orang yang naif dari politik dan pro BN/UMNO. Pilih orang yang naif dari mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan yang rakyat pertikaikan dan naif dari syarikat judi dan arak. BUKAN HANIF ini tau?

Pemilihan Tun Hanif Omar amat meragukan rakyat Malaysia dan mendungukan pemimpin BN/UMNO sendiri.Seoalah-olah Malaysia tiada orang yang lain yang bagus untuk menjawat jawatan berintegriti dan memerlukan kepercayaan orang-ramai bukan untuk ditertawakan orang ramai.
Kita dapat melihat bagaimana Tun Hanif untuk berlaku adil dan bebas adalah sangat sangat diragukan kerana sebelum ini, beliau telah mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Sepatutnya kerajaan perlu melantik individu yang berintegriti dan dihormati oleh setiap pihak, samada dari pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat.

BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat telah menggesa supaya perwakilan dari Suhakam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dilantik menyertai panel tersebut, namun kerajaan enggan akur.

Kerajaan juga mengenepikan tawaran yang dibuat oleh Pelapor Khas Bangsa Bersatu mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Kebebasan Pendapat dan Suara, Frank LaRue untuk menyiasat apa yang berlaku di sekitar BERSIH 3.0.

Perkembangan ini hanya memperkukuhkan lagi tanggapan rakyat jelata bahawa kerajaan tidak ikhlas dan jujur untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di sekitar BERSIH 3.0.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 10 May 2012 01:21 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Cadangan PAS Untuk Memelihara Kredibiliti Majlis Fatwa Negara

Posted: 09 May 2012 04:32 PM PDT

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan. 

Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dam dirujuk, namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.

Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.

Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.
 
Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut.

Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir telah melakukan perkara bertentangan syarak dengan menghadirkan diri di Bersih 3.0.

Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari  penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.
 
Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.

Pilihanraya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran. Melihat kepada kemungkaran ini, sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi  menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.

Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.

Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat.

Sehubungan itu, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.

Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang  diseleweng oleh media perdana dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan.

Fatwa hanya melarang  menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus;  iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.

Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,.

PAS melihat Majlis Fatwa perlukan saluran media sendiri, atau melalui satu sidang media melibatkan semua pihak bagi menyalurkan pandangan dan fatwa dengan memberi penjelasan terperinci bagi sebarang fatwa yang dikeluarkan.


Dengan cara ini ianya boleh mengurangkan spin kepada kenyataan yang dikeluarkan sehingga dipertikaikan kewibawaannya.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Akan Saman Rahim Noor Dan NST

Posted: 09 May 2012 04:28 PM PDT

PAS  mengecam keras kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang baru-baru ini tercalar teruk kerana memutar-belitkan kata-kata senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?

PAS mengingatkan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah. 

Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

Maka kaedah feqah jelas menyebut : "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya."

PAS tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.

Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13.

 

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dupahang's Weblog

Posted: 10 May 2012 11:48 AM PDT

Dupahang's Weblog


Kenangan 428, Mampukah anda?

Posted: 10 May 2012 10:26 AM PDT

    Kami bukan pengganas,kami bukan bawa bom pun…layanlah kami dengan elok…

Akta Perhimpunan Aman : Kita telah ditipu hidup-hidup

Posted: 10 May 2012 09:55 AM PDT

http://laksamanabukitbintang.blogspot.com Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat [...]

Sabar Pas ada Sempadan – Tg Hj Hadi

Posted: 10 May 2012 09:50 AM PDT

Gempar, Cina zaman Yap Ah Loy ditemui!

Posted: 10 May 2012 09:37 AM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Akhirnya seorang wanita Cina yang sempat dengan zaman Yap Ah Loy iaitu yang bertanggung jawab membuka ibu kota Kuala Lumpur, ditemui. Namanya ialah Wong Kwan Moy. Mengikut catatan, beliau lahir pada tahun 1853 dan berasal dari Wilayah Persekutuan. Usianya pada ketika ini ialah 159 tahun dan dijangka merupakan manusia tertua di dunia pada masa [...]

Cerita anak peneroka tentang saham FGVHB

Posted: 09 May 2012 11:43 PM PDT

Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian "durian runtuh" dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin. Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya. Kita yang bukan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 10 May 2012 11:44 AM PDT

Batu Gajah Mari


Woi! Apa Salah Kami!!

Posted: 09 May 2012 07:16 PM PDT


Jom tengok video ni.. nilai sendiri betapa zalimnya pemerintah! Bagi Midah tengok pon boleh keluo ayo mata.. hehe..

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 May 2012 11:34 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Najib tidak lena tidur dengan Bersih 3.0

Posted: 10 May 2012 12:14 AM PDT


KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak kini tidak lena tidur lantaran berdepan isu Bersih 3.0 28 April lalu.

Ini kerana beliau tidak menduga jumlah orang keluar (menyertai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 itu) begitu ramai hingga mencecah bilangan 300 ribu orang.
(Nik Amar menyampaikan sumbangan CSR kepada salah seorang penerima dengan diperhatikan CEO PMBK)

"Jadi ketakutan dia menghadapi kesedaran dan kebangkitan rakyat inilah menyebabkan dia menganggap ini (himpunan Bersih 3.0 itu) adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Imam Al-Ghazali Siri Ke-4 kepada pelajar baru sesi 2012/2013 (Corporate Social Responsibility) di Nilam Puri dekat sini petang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir Mustapha Salleh, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Azmi  Tengku Jaafar, Pengetua dan guru-guru YIK.

"Memang kita nak tukar kerajaan (yang ada sekarang) tetapi melalui kaedah pilihan raya, sebab itu kita nakkan pilihan raya itu adil dan bersih," katanya.

Beliau mendakwa, pilihan raya di Malaysia ini memang tidak adil.

"Dan selagi penambahbaikan (sistem pilihan raya) ini tidak dibuat, maka selama itulah pilihan raya itu berlangsung dalam keadaan yang tidak adil.  Itu bendanya," jelas beliau.

Jadi, kata Nik Amar, perkara itulah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) meminta supaya diperbetulkan keadaannya.

Kini Bersih 3.0 diadakan dengan harapan pihak kerajaan (Suruhanjaya Pilihan Raya) melalukan perubahan bagi menghadapi pilihan raya termasuk PRU-13.

"Sebab itulah kita meminta pilihan raya ini tidak diadakan sehinggalah pembetulan dan penambahbaikan sistem pilihan raya itu dilaksanakan," tegas beliau.

Beliau mendakwa PAS melihat sejak awal lagi bahawa pilihan raya mestilah adil dan bersih.

Dan mana-mana pihak yang nak menang, mestilah menang dengan mendapat sokongan melalui cara yang betul.

"Kalau orang ini (rakyat) sokong kerajaan dengan cara yang salah, cara tidak betul, memang tidak menjadi kerajaan yang baik.

"Sebab itulah kita mempertikaikan termasuk bagi duit (memberi wang kepada rakyat) terutama dekat dengan pilihan raya.

"Kalau nak tolong rakyat, kenapa tidak dibuat lebih awal.  Kenapa masa (hampir dengan) pilihan raya baru dibuat (diberi wang kepada rakyat)," tegasnya.

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’

Posted: 10 May 2012 12:14 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam 'meluluskan' senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

"PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan 'CS Gas' sebagai bahan pengawal rusuhan," kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.


"Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam," kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue,  untuk menyiasat Bersih secara objektif.
Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui "panel penasihat bebas" untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini

Posted: 10 May 2012 12:13 AM PDT


KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.


Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.

Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.

"Selepas ianya disemak oleh jawatankuasa berkenaan kerajaan negeri bersetuju memilih dua syarikat untuk menguruskan projek sebagai peneraju utama.

"Tempoh pembinaan lebuh raya ini dua tahun setengah yang dibina atas tanah kerajaan.

"Bagi baki pembinaan di atas tanah milik orang ramai, kerajaan negeri menyerahkan pada JKR untuk menguruskan pengambilan balik tanah," ujarnya.

Menurutnya, konsep yang dipakai untuk lebuh raya itu berkonsepkan lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.

Katanya, ianya berkonsepkan bebas tol dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.

Tambahnya, kerajaan negeri berharap cita-cita rakyat Kelantan untuk melihat sistem perhubungan yang cepat, selamat dan selesa akan terlaksana.

Katanya, kedua-dua kontraktor  berkenaan akan bertanggungjawab kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik khusus oleh exco untuk memantau serta mengendalikan pembiayaan lebuh raya itu.

"Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana Kelantan Sdn Bhd) telah ditubuhkan untuk memantau projek ini dan seluruh prasarana di negeri itu pada masa akan datang," ujarnya.

Menurutnya, syarikat itu diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar.

Katanya, pembinaan lebuh raya itu akan membuka minda dan usaha sedemikian boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan sekatan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap negeri ini akan terhenti.

Dengan cara itu, katanya rakyat di negeri ini akan dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana di negeri-negeri lain.

Jelasnya, lebuh raya itu melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama melibatkan tanah-tanah kerajaan.

Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0

Posted: 09 May 2012 05:06 PM PDT


Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

Posted: 09 May 2012 05:04 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.

"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.

"Kita nak agar isu dan tuntutan Bersih ni balik kepada asal dan kita tak mahu isu-isu lain yang cuba dialih pihak media kerajaan daripada tuntutan sebenar Bersih," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann berkata, isu pokok yang dibawa Bersih diputar belit, dan menutup keganasan polis terhadap orang awam dan media.


"Bersih wujud bukan disebabkan personaliti, menggulingkan kerajaan, komunis yang dimainkan oleh media arus perdana.

"Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum," katanya.

Jo Hann yang berpengalaman sebagai jurufoto di Filipina juga menyifatkan keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 sebagai melampau.

"Tujuh tahun jadi jurugambar di Filipina, tidak pernah saya lihat polis menyerang media, sedangkan saya juga pernah bertugas dan berdepan dengan demonstrasi yang melibatkan kematian.

"Polis atau tentera jika lihat pas  media, mereka akan lindungi kami," katanya.

Turut serta ialah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Rahim Noor berdepan tindakan mahkamah

Posted: 09 May 2012 05:03 PM PDT

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka memfail saman terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ekoran kegagalan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir".

Semalam Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, selepas peluang yang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan, maka tindakan mahkamah perlu diambil.

"Tindakan saman juga akan dikenakan terhadap NST yang menyiarkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara terbabit kerana belum melakukan pembetulan.

"Saman itu dibuat atas nama Menteri Besar sendiri. Kita juga sudah berbincang dengan pasukan peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat," katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara terbabit dalam kenyataan seperti dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang ekoran peluang diberi semalam tidak dimanfaat sepenuhnya Rahim.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Pemuda PAS Tanah Merah membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Laporan berkenaan dibuat Mohd Darulhisham Kamaludin mewakili Pemuda PAS Tanah Merah. Hampir 100 pemuda PAS Tanah dan AMK hadir bagi memberi sokongan, turut hadir anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Petang semalam laporan serupa dibuat Pemuda PAS Pasir Puteh.

Manakala Pemuda PAS Negeri Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Rahim dan menyifatkan bekas ketua polis itu seperti hilang kewarasan dan pertimbangan akal.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sindrom hilang akal dan kewarasan seperti itu bukan perkara baru kerana Rahim pernah disabitkan kesalahan kerana menumbuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada 1998.

"Jika pada masa itu beliau masih Ketua Polis Negara boleh hilang pertimbangan, maka tidak menjadi perkara pelik sekiranya kehilangan pertimbangannya berulang kembali.

"Dalam hal ini mungkin Rahim tidak dapat membezakan istilah wajib yang disebut Tuan Guru Nik Aziz dan perbezaannya dengan wajib syarie di sisi agama.

"Wajib yang disebut Menteri Besar bukanlah bererti bahawa jika tidak dilakukan jatuh kepada hukum haram tetapi hanyalah sebagai gesaan kepada rakyat menuntut pilihanraya yang adil," katanya.

'Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

Posted: 09 May 2012 05:02 PM PDT


KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.
(PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam)

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.

Kajian: Majoriti setuju keluarga Shahrizat bayar semula wang NFC

Posted: 09 May 2012 05:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti dari responden bersetuju agar keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan semula wang Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada kerajaan.

Daripada 2,282 responden, 66 peratus adalah bersetuju agar wang pinjaman RM250 juta dikembalikan, 29 peratus tidak pasti dan hanya 5 peratus tidak bersetuju.

Hasil kajian juga menunjukkan kesemua bangsa bersetuju bahawa isu skandal NFC telah menjejaskan imej Umno dan memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Kajian itu merekodkan Melayu 68 peratus bersetuju ianya memberi gambaran Umno mengamalkan rasuah, Cina 80 peratus dan India 45 peratus.

Selain itu, 48 peratus pula bersetuju isu skandal NFC ini sukar diselesaikan kerana Shahrizat merupakan ketua wanita Umno, manakala 13 peratus tidak setuju dan 35 peratus tidak pasti.

Kajian bagi melihat kecenderungan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 itu dibuat pada 13 Mac hingga 15 April di seluruh Malaysia.

Fitnah menggila, Pemuda PAS arah puasa 3 hari

Posted: 09 May 2012 05:01 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini.

"Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

"Kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Fitnah menggila itu katanya sedang disasarkan terutama kepada PAS  serta anggota dan pemimpinnya.

Ianya termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Father of Kafir' oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST (gambar atas).

Selain itu, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup.

Sebelumnya anggota Unit Amal Mat Kamal Ismail telah ditangkap ekoran terlibat dengan himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Satu lagi fitnah katanya sedang ditiupkan media arus perdana seperti TV 3 dan Utusan Malaysia yang tidak henti-henti menggambarkan kononnya  Bersih 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, setiap markaz tarbiah PAS kawasan akan menganjurkan majlis solat hajat dan munajat perdana pada malam hari ketiga itu sebagai kemuncak program.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 May 2012 09:45 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Generasi muda benci PLKN?

Posted: 09 May 2012 08:59 PM PDT


Apa kata blogger pro BN, pro Umno ke, atau SB, terutama SB Risik Tentera tengok-tengok sikit dalam laman sosial Facebook, Twitter atau Blog. Apa komen atau apa maklum balas generasi muda mengenai program PLKN. Terutama sekali mereka yang dipanggil sertai PLKN dalam pada masa yang sama mendapat tawaran ke IPT. Atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, di beri pas merah oleh doktor masih disuruh melakukan aktiviti fizikal.

Remaja-remaja ini tidak dihasut oleh sesiapa. Ini adalah luahan hati mereka secara sukarela.

Remaja yang masuk PLKN seminggu sahaja , lepas tu keluar kerana dapat tawaran UiTM http://sarukawaii.blogspot.com/2012/05/kem-plkn-cahaya-gemilang-cherating.html

Pelatih PLKN dijerkah , apa rasionalnya di http://peahkepoh.blogspot.com/2012/05/apa-rasional-plkn.html

Remaja yang doktor dah beri pas merah tidak boleh sertai aktiviti fizikal, lepas tu keluar selepas seminggu di http://yourebeautifulx.blogspot.com/2012/05/bermulanya-dan-berakhirnya-plkn.html


PROGRAM PLKN PERLU DIMANSUH ATAU DIROMBAK KESELURUHANNYA

Modul khas untuk pelatih PLKN yang obesiti atau gemuk, modul khas untuk 8% pelatih PLKN yang buta huruf, dilema pelatih PLKN yang perlu melanjutkan pelajaran ke IPT, dilema pelatih PLKN dari keluarga miskin yang perlu bekerja untuk membantu keluarga, kes kematian hampir 20 orang pelatih PLKN setakat ini, kos RM750 juta setahun PLKN, adalah antara faktor program PLKN ini perlu dimansuh atau dirombak keseluruhannya.

Kerajaan telah membelanjakan RM752,922,000.00 untuk PLKN dalam satu tahun sahaja, iaitu pada tahun 2011. Dengan RM752,922,000.00 ini sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 150,584 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat Diploma di IPT.

DIBENAR TANGGUH SERTAI PLKN
2 Mei 2012 

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.


MODUL LATIHAN UNTUK PELATIH PLKN GEMUK DIJANGKA DIPERKENAL JULAI INI
Januari 19, 2012

BANTING: Modul latihan khas kecergasan bagi pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gemuk dijangka dilaksanakan pada pengambilan Kumpulan Ketiga pelatih program itu Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.


8 PERATUS DARI 6,667 ORANG PELATIH PLKN BUTA HURUF
UM 11 Jan 2012

PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis.


BELANJA RM750 JUTA PLKN TIDAK MASUK AKAL
June 29, 2011

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Ubah Jang Ubah 13 dan 14 Mei 2012 di Gemencheh

Posted: 09 May 2012 07:43 PM PDT


MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH
Tarikh : 13 Mei 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Tengah, Air Kuning, Gemencheh
Bersama : YB Dr Hatta Ramli, YB Cha Kee Chin dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

CERAMAH UMUM
Muslimat Teras Kemenangan
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 10-11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan, Gemencheh (Rumah Raja Herman Syah)
Bersama : Aiman Athirah Al-Jundi, Siti Aisyah Sheikh Ismail & Ustaz Nor Azman Mohamad

Klip Video Ubah Jang Ubah di http://www.youtube.com/watch?v=b6qOZSgWgis

Solat Hajat 10 Mei 2012 di DUN Paroi

Posted: 09 May 2012 07:42 PM PDT


MAJLIS SOLAT HAJAT
Pasca Bersih 3.0 dan Menjelang PRU 13
Tarikh : 10 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Semua petugas, ahli dan penyokong dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

KHIDMAT MERU

Posted: 10 May 2012 09:31 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB MERU JALANKAN PEMANTAUAN KEATAS JALANRAYA YANG DIBAIKI

Posted: 10 May 2012 03:50 AM PDT




Beberapa jalanraya yang dikenalpasti untuk diturap dan dinaikkan taraf di DUN Meru telah dilaksanakan sebahagiannya oleh kotraktor yang di pilih oleh pihak MPK.
YB Dr Rani bersama-sama dengan Ketua kampung dan Ahli Majlis telah melawat tempat-tempat yang telah diturap dan memberi maklumbalas sekiranya ada terdapat kekurangan atau kelemahan dalam proses pembaikan tersebut.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 May 2012 09:11 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Pernahkah wewenang Malaysia merancang kualiti ilmuwan termasuk agamawan?

Posted: 10 May 2012 09:06 AM PDT

HARI PEKERJA disambut saban tahun. Apabila negara luar menyambut HARI PEKERJA atau LABOUR's DAY pada tanggal 1Mei. Sudah tentu negara Malaysia akan ikut menyambut. Apa yang tidak kita sambut mengikut trend yang di pelopori oleh orang lain. Tidak salah mengikut yang baik. Beri sokongan yang baik. Bahkan patut memberi sokongan perkara baik yang memberi manfaat dan mengurang mudharat kepada umat manusia....

Namun setelah hampir 55tahun merdeka sepatutnya minda warga Malaysia sudah jauh ke depan dan mampu bukan sekadar pengikut trend tetapi mampu melonjakkan paradigma ke tahap yang lebih maju dan mempamerkan jati diri. Malaysia sepatut menjadi trend SETTER. Malaysia sepatutnya boleh meneraju bukan sentiasa diteraju oleh acuan penjajah silam mahupun penjajah moden bersifat siber, budaya dan peluntur identiti diri bangsa.

   Kenapa tidak Malaysia melahirkan satu budaya maju yang bercirikan kepelbagaian tetapi mampu dikemudikan oleh kerangka tauhid yang murunah bersifat inklusif sebagai terjemahan rahmatan lil 'alamin yang tertera jelas dalam manual induk rujukan utama insan untuk kejayaan hidup dunia dan akhirat? Bukankah itu yang akan menjamin kemakmuran dan keharmonian? Bukankah itu yang akan menjulang martabat insan ke tahap yang sewajarnya?
    
       Tidakkah itu yang dimahukan para pekerja bergelar modal insan, yakni sumber tenaga yang mempunyai roh dan akal selain jasad yang nampak dan mampu bekerja? Bukankah insan yang diterima sebagai pekerja atau modal insan ini pelaburan paling utama dan kritikal untuk menjayakan mana-mana keusahawanan, perniagaan atau apa sahaja usaha untuk mendatangkan hasil pendapatan kepada organisasi atau syarikat.
Ya, memang mesin yang mahal dan canggih dan terkini adalah modal yang penting dan boleh berkeupayaan untuk memberi pulangan besar kepada peniaga.Namun peralatan dan segala modal yang bersifat fizikal semata-mata perlu digunakan dengan berkesan dan cekap oleh manusia yang berbekal sifat keinsanan. Sifat keinsanan yang digilap dan segar bugar akan menghasilkan produktiviti yang diidamkan. Sebaliknya manusia yang terhakis sifat keinsanan akan dijangkiti penyakit kehaiwanan yang boleh merugikan pengusaha dengan sikap dan tabiat yang mampu merosakkan modal mesin/ jentera peralatan justeru merugikan si peniaga.

Seperti mesin dan peralatan perlu ada penyengaraan/maintenance untuk mempastikan sistem berjalan dengan lancar. Perlu diservis berkala.Perlu dijadualkan dengan sengaja dan diperuntukkan masa dan kos. Manusia sebagai makhluk paling sofistikated dan kompleks yang dicipta oleh AL KHALIQ sudah tentulah memerlukan perancangan khas untuk mempastikan dirinya boleh berfungsi dengan baik dan produktif.
  Insan yang mempunyai elemen fizikal memerlu tuntutan fizikal seperti makan,minum, pakaian, tempat tinggal. Ia memerlukan akal yang diserviskan dengan input yang baik dengan membaca, berdiskusi, majlis ilmu dan pemerhatian alam serta masa untuk mengintegrasikan segala insiden dan pengalamannya untuk melorongkan dirinya ke sesuatu arah yang terfokus.

Begitu juga dengan elemen spiritualnya yang menjadi 'power house' atau penjana kekuatan sekira dikembang dan dibangunkan dengan prosedur yang betul.Inilah yang boleh menjadi sesorang itu berjaya mencapai tahap pencapaian luar biasa atau hanya mediocre. Inilah kunci kepada keuntungan maksima sesbuah syarikat atau organisasi kerana sifat amanah, berintegriti, berjiwa besar dan futuristik serta akhirat-sentrik akan membawa arus kemajuan dan pembangunan .

Inilah yang menjadi fokus dan asas formula pembangunan modal insan kerajaan Selangor S.P.I.E.S

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 10 May 2012 09:13 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Jutaan penyimpan TH menagih penjelasan mengenai surat ini

Posted: 09 May 2012 11:31 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman
Menunggu jawapan Jamil Khir terhadap surat Tabung Haji ini. Jutaan penyimpan TH menagih penjelasan

-selatanonline-

PAS Kulaijaya

Posted: 10 May 2012 07:49 AM PDT

PAS Kulaijaya


Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

Posted: 09 May 2012 05:52 PM PDT

Cerita untuk direnungkan para peneroka....

Posted: 09 May 2012 05:50 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 May 2012 07:15 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 10 May 2012 03:29 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Bertuahnya penduduk Bukit Payong

Posted: 09 May 2012 12:01 PM PDT


(Gambar  atas)Ustaz mendoakan jenazah allahyarhamah Mak Som selepas selesai mengimami solat jenazah di Kampung Tok Rimau.

Penduduk DUN Bukit Payong sebenarnya sangat bertuah kerana mempunyai wakil rakyat yang bukan sahaja  selalu mengambil berat terhadap masalah kehidupan penduduk tetapi juga beliau juga mengambil berat tentang masalah akhirat penduduk.

Ini terbukti apabila YB Ustaz Mohd Nor sering mengepalai acara-acara keagamaan dan mengadakan kuliah-kuliah agama di surau-surau sekitar Bukit Payong yang boleh dikatakan saban hari selain daripada membuat lawatan atau menziarahi penduduk Bukit Payong bagi bertanya khabar.

Dalam kuliah-kuliahnya juga, beliau sering menasihati orang ramai agar menjadi mukmin yang sejati supaya selamat hidup di dunia dan akhirat nanti.Itulah tanda kasih dan sayang YB Ustaz kepada penduduk Bukit Payong kerana bukan habuan dunia sahaja yang perlu dicari, akan tetapi habuan akhirat terlebih lagi pentingnya.

Bukan itu sahaja tuah penduduk Bukit Payong, beliau juga mempunyai seorang isteri yang juga hebat ilmu agamanya, iaitu Ustazah Zainun Abd Wahab yang sentiasa membantu Ustaz Mohd Nor dalam menyebarkan dakwah.


(Gambar) Ustazah Zainun (berpurdah) sedang mengetuai majlis bacaan Yaasin di Kampung Surau Panjang.

Jika sekiranya Ustaz Mohd Nor mempunyai tugasan di luar kawasan Bukit Payong, ustazah terkadang akan mengambil alih tugasan seperti mengetuai majlis bacaan yaasin bersama kumpulan muslimah.

Ustazah juga akan memberi kuliah khusus kepada muslimat tentang permasaalahan berkaitan agama.

Alangkah bertuahnya penduduk Bukit Payong dengan gabungan kedua-dua insan ini, mereka telah dan akan terus memimpin penduduk ke jalan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat insyaAllah


(Gambar atas) Membaca tahlil sudah menjadi kebiasaan Ustaz. Ustaz seringkali diberi penghormatan mengepalai tahlil dikebanyakan tempat

(Gambar bawah) Kadang-kadang ada penduduk yang meminta jasa baik Ustaz untuk membacakan doa bagi menyembuhkan sakit. Ustaz tidak pernah menolak, pesan Ustaz, kita hanya berikhtiar, yang menyembuhkan sakit, Allah.




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 May 2012 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


] - Umno Celarukan Sejarah dirinya sendiri .

Posted: 10 May 2012 01:08 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Sejarah merupakan suatu entiti atau perkara yang asas yang amat penting bagi sesebuah organisasi, namun saya hairan bagaimana mungkin parti UMNO menyambut ulang tahun yang ke-66 padahal ia ditubuhkan semula pada tahun 88 kerana telah diharamkan .

Apabila hakim Datuk Harun Hashim telah mengharamkan Umno ketika berlaku Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan Presiden UMNO ketika itu , Dr Mahathir Mohamad hilang kelayakan sebagai Pengerusi BN , tugas Pengerusi BN telah diserahkan kepada Presiden MCA ketika itu Ling Liong Sik.

Kemudian barulah Umno Baru ditubuhkan semula, ini bermakna Umno yang ada sekarang bukanlah telah berusia 66 tahun sepertimana yang dicanangkan.

Jelas parti Umno telah celarukan sejarah dirinya , ketika menjelang tiba PRU 13 sebagai langkah menunjukan kehebatan partinya yang sedang ditolak oleh rakyat.

Selain itu pelbagai langkah terdesak dan menghalalkan cara dilakukan bagi mengembalikan sokongan dimana usaha mengfitnah dan mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Najib Razak sudah hilang kawalan diri bila menyebut "haram jadah" di hadapan khalayak dan ini menggambarkan bahawa ia sudah tidak llayak untuk dijadikan contoh bukan saja pada masa ini namun sudah sekian lama.

Pelbagai skandal yang dikaitkan dengan Najib adalah induk persoalan yang cuba ditutup oleh Najib.

Namun siapakah yang boleh menghukum Najib kerana salahlaku beliau? Hakikatnya rakyatlah yang akan menentukan masa depan dan hayat politiknya.

Apabila Umno melaungkan bahawa mereka telah matang dan mentadbir negara dengan penuh bijaksana, saya mahu bertanya, apakah pencapaian terbaik tersebut?

Adakah ekonomi negara telah maju jika Hutang Negara Malaysia 2012 mencecah RM456.1 Bilion iaitu naik secara berturut-turut sejak 12 tahun lalu.

Isu ini boleh menjerumuskan nilai ringgit kita jatuh kepada kadar yang membimbangkan negara akan mengalami kegawatan ekonomi yang serius, persolannya adakah ini maksud kebijaksanaan Umno mentadbir negara dibagaimana yang dilaung-laungkan?

Yang menjadi mangsa ialah bangsa Melayu kerana kemajuan yang dikatakan telah dikecapi sebenarnya telah dikaut oleh pemimpim umno dan kroni sehingga kaya raya.

Rakyat secara umum terus diperbodohkan dengan pelbagai slogan termasuk 1Malaysia seolah-olah langsung tidak berlaku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain isu yang amat merbahaya kepada masa depan negara.

Maka PRU13 inilah masanya kita buat perubahan untuk tumbangkan parti umno yang sudah bercelaru itu.

10 Mei 2012

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor?

Posted: 10 May 2012 01:04 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau juga mendakwa, gelembang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.

Menurut Fui K. Soong, pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya di wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya hari ini.

Turut menjadi panel membincangkan tajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' itu adalah bloger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.

Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang.

Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).

Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa.

Menurut penulis profilik itu, beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor.

Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong.

"Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.

Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, juga telah mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini.

Harakah Daily

Serpihan pesawat awam hilang ditemui

Posted: 10 May 2012 12:50 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA — Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui serpihan pesawat awam Sukhoi Superjet-100 yang dilaporkan hilang petang semalam bersama 50 penumpangnya.

Bagaimanapun, nasib para penumpang itu masih belum diketahui.

Serpihan pesawat itu dikesan dari helikopter di kawasan Gunung Salak, kata Ketua Penyelaras Pusat Operasi Utama di Taman Nasional Gunung Halimun Salak, Ketut Purwa.

Pengesahan mengenai penemuan itu disampaikan oleh pasukan penyelamat yang meninjau dari sebuah helikopter Super Puma bahawa mereka telah melihat secara fizikal serpihan itu dari ketinggian 2,500 kaki.

Helikopter milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) itu dikerah untuk membantu mencari pesawat Shukoi yang hilang di kawasan Gunung Salak.

Sementara itu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan akhbar di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta meminta pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan rapi terhadap kejadian itu untuk mengetahui puncanya.

Beliau telah meminta pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu supaya mengutamakan usaha menyelamat para penumpang. — BERNAMA

Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat

Posted: 10 May 2012 12:45 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.

Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.

"Umno BN tidak sangka rakyat sudah melihat dengan jelas tipu daya mereka.

"Mereka tersentak dengan semangat dan tuntutan rakyat itu, mereka serba ketakutan kerana selepas ini, sebarang bentuk penipuan dalam pilihan raya akan disanggah oleh rakyat dan mereka sedar bahawa hayat pemerintahan mereka semakin hampir ke penghujung," katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperingatkan rakyat bahawa langkah penarikan balik rang undang-undang tersebut hanyalah sandiwara dan taktik Umno BN untuk memadam aspirasi rakyat yang terjelma dalam tuntutan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

"Umno BN sama sekali tidak akan bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin kerajaan Umno BN juga tidak berani sama sekali meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

"Kerajaan Umno BN tidak berani sama sekali meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan setelah sikap tidak memihak mereka dipertikaikan dan semakin tidak dipercayai," katanya.

Bagi Umno BN, kata beliau lagi, SPR adalah kuda tunggangan mereka.

Meskipun begitu, jika kerajaan terus berkeras dengan keengganan untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, Mahfuz yakin rakyat akan bangkit sendiri dan berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan-perhimpunan raksaksa tanpa diinisiatifkan oleh sesiapa pun.

"Selepas ini, saya yakin rakyat akan bangkit sendiri tanpa perlu diinisiatifkan oleh sesiapa pun dengan kebangkitan yang jauh lebih besar dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0," kata beliau dengan penuh keyakinan.

Rakyat, katanya, semakin sedar bahawa "hanya suara rakyat suara keramat".

"Hanya tuntutan dan kebangkitan yang lebih besar akan dapat memastikan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut berikutan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Harakah Daily

Hanif tidak dapat selesai isu keganasan polis

Posted: 10 May 2012 12:42 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat pelantikan Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas bagi menyiasat insiden keganasan dalam Bersih 3.0 serta menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindakan yang tidak bijak serta cuba menutup keburukan diri.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kerajaan seolah-olah merasa bimbang jika banyak tembelang mereka yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum akan pecah satu persatu jika mereka terima tawaran PBB dan dalam masa yang sama mereka dengan tergesa-gesa pula melantik panel yang diketuai oleh individu yang dipertikaikan ramai pihak.

Katanya, DPPWP menganggap pelantikan Hanif sebagai Pengerusi Panel Penyiasat Bebas sebagai 'melepas batuk di tangga' bagi mengelakkan lebih banyak tohmahan dilemparkan oleh rakyat terhadap kerajaan.

"DPPWP bersetuju dengan pandangan ramai bahawa pelantikan Tun Haniff Omar tidak akan menyelesaikan isu keganasan polis semasa Bersih 3.0, bahkan rami sudah menjangkakan apakah kesudahan dalam siasatan panel bebas ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau kerana latar belakang Hanif sebagai Ketua Polis Negara dan insiden yang akan disiasat oleh beliau dan panelnya adalah melibatkan insititusi polis.

Beliau berkata, Haniff pula pernah mengeluarkan kenyataannya yang mengutuk perhimpunan Bersih 3.0.

"Dengan latar belakang yang begini, apakah beliau mampu berdiri 'bebas' bagi menyiasat semua insiden ini, atau beliau turut 'bias' dalam membela PDRM dan menyalahkan orang awam?" tanya Suhaimi.

Tambahnya, dalam keadaan imej PDRM yang semakin tercalar teruk kebelakangan ini dengan pelbagai kes seperti rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi PDRM, kes melindungi kumpulan kongsi gelap, jenayah, menangani orang awam secara ganas dalam perhimpunan, dan lain-lain lagi, imej Hanif selaku bekas Ketua Polis Negara turut tercalar.

"Beliau tidak terlepas dari tanggapan negatif masyarakat bahawa beliau juga sebahagian dari gambaran buruk yang ditohmah terhadap PDRM," ujarnya.

Oleh yang demikian, kata beliau DPPWP berpendapat amat wajar sekiranya kerajaan menarik balik pelantikan Tun Hanif Omar bagi mengetuai panel siasatan bebas ini dan melantik individu lain yang dilihat lebih bersih dan bebas.

DPPWP juga, katanya mendesak supaya kerajaan menyertakan sekali Suhakam dalam panel siasatan ini serta menimbangkan semula untuk menerima tawaran PBB.

"Jika tidak jangan disalahkan jika rakyat dan masyarakat antarabangsa menyamakan pemerintahan Malaysia dengan pemerintah kuku besi di negara lain," katanya.

Harakah Daily

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’

Posted: 10 May 2012 12:36 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam 'meluluskan' senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

"PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan 'CS Gas' sebagai bahan pengawal rusuhan," kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.


"Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam," kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue, untuk menyiasat Bersih secara objektif.
Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui "panel penasihat bebas" untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Harakah Daily

Mahathir selar Marina, apa keganasan polis?

Posted: 10 May 2012 12:34 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

"Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu," tulis beliau.

"Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu," kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

"Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku," selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan" turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut "arahan".

"Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera," hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan".

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai "akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi."

Harakah Daily

Sudahlah dibelasah, nak solat tidak dibenarkan

Posted: 10 May 2012 12:32 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 10 Mei: Ahmad Shukri Kamarudin, 22, memberitahu beliau bukan sahaja dibelasah dengan teruk sehingga mendapat kecederaan di muka tetapi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.

Ahmad Shukri yang ditemui Harakahdaily turut menyatakan pada hari kejadian himpunan Bersih, beliau telah ditangkap pada jam 7 malam di sekitar Masjid India.

Namum ketika itu beliau sedang berehat serta tidak mempunyai apa-apa bukti yang mengatakan beliau menyerta himpunan tersebut, malah ketika itu sudah ramai orang awam datang untuk membeli belah di kawasan berkenaan.

"Saya berhenti rehat di kawasan tersebut bersama adik saya sekitar jam 7 malam dan ketika itu peserta himpunan telah bersurai malah terdapat orang ramai yang menghampiri kawasan tersebut untuk membeli belah.

"Namun ketika saya sedang rehat, saya perhatikan terdapat sekumpulan polis lebih kurang dua puluh orang sedang berjalan di kawasan tersebut dan saya beranggapan segalanya telah selesai," jelasnya yang ditemui di Kota Kemuning.

Tambahnya lagi, tetapi jangkaan itu meleset apabila kumpulan polis tersebut telah menghampirinya dan terus memukulnya serta adiknya.

"Saya dibelasah teruk oleh sekumpulan sepuluh orang polis begitu juga adik saya, ditumbuk mahupun ditendang di badan.

"Malah ketika saya jatuh mereka turut menendang muka saya menyebabkan cermin mata saya patah dan lebam di bahagian muka serta kecederaan pada bahagian hidung," cerita beliau.

Ahmad Shukri berkata, keganasan polis tidak hanya sewaktu beliau ditangkap malah beliau terus dipukul apabila melintasi mereka.

"Kebanyakan polis yang sedang duduk di tepi-tepi jalan juga tidak melepaskan peluang memukul saya, malah cacian juga dilemparkan.

"Sepanjang saya ke Kelab Diraja Selangor dari Masjid India sepanjang itulah saya terus dipukul sehinggakan beberapa gigi saya telah longgar akibat ditumbuk," katanya.

Beliau turut didesak oleh pihak polis yang mahu mengetahui berapa ringgit dibayar bagi menyertai himpunan tersebut.

Katanya, jika mengatakan tidak dibayar dan tidak menyertai himpunan beliau terus dipukul kerana polis tidak berpuashati dengan jawapan itu.

Menurutnya lagi ketika sampai ke Kelab Diraja Selangor beliau terus dipukul dengan teruk sehinggalah ditempatkan bersama-sama tahanan yang lain.

"Saya teruk dipukul dengan kejam tanpa belas kasihan tetapi kekejaman mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah saya juga tidak dapat menunaikan solat Maghrib sedangkan ketika itu waktu Maghrib akan habis.

"Kecewa dengan sikap polis yang beragama Islam kerana tidak peka dalam soal ibadat, mereka sepatutnya beri peluang bukan menafikan," sambungnya lagi.

Beliau yang cedera di muka telah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kecederaan di hidung menyebabkan darah terus keluar dua hari selepas himpunan tersebut.

Harakah Daily

Hanif prejudis, bagaimana boleh ketuai panel bebas?

Posted: 10 May 2012 12:31 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Sebagai mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammad Hanif Omar seharusnya dikecualikan daripada menjadi ahli panel siasatan atas sebab konflik kepentingan kerana yang dituduh dalam kes Bersih 3.0 adalah pihak polis.

"Kedua, dengan mengutuk Bersih secara terbuka, prejudis Hanif yang berat sebelah juga harus mengecualikannya daripada panel tersebut," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).

Justeru, ujarnya perlantikan Hanif sebagai ketua panel penasihat bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan itu akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan rampasan kuasa.

Menurut Guan Eng, Hanif, yang kini menjadi timbalan pengerusi Genting Malaysia Bhd, telah mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0, dan telah menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, Hanif telah menambah bahawa taktik menggunakan dalang pencetus provokasi untuk menyebabkan pertelingkahan dengan polis serta membawa kanak-kanak bersama dalam harapan mereka akan dicederakan merupakan taktik yang dipelajari oleh demonstrasi pro-komunis dahulu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Najib Razak boleh menganggap Hanif sebagai seorang individu yang "berwibawa, berpengalaman dan dihormati" yang akan memastikan panel siasatan itu bersih dan tidak berat sebelah, apabila Hanif sudah pun mengambil pendirian yang prejudis dan partisan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

"Yang tidak masuk akalnya, dakwaan rampasan kuasa oleh Najib dan Hanif itu telah mengabaikan hakikat bahawa enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing telah dilaporkan dipukul oleh polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, yang lebih teruknya, Hanif kini dilantik untuk mengetuai panel siasatan, lantas menimbulkan keraguan terhadap integriti, kepercayaan dan kredibiliti hasil siasatannya.

Akhirnya, kata beliau dengan mengaitkan Bersih dengan komunis, Hanif masih lagi melawan musuh zaman dahulu, serta membuatkan hasil siasatan ini satu perkara yang sudah pasti.

"Untuk sebab-sebab ini, Perdana Menteri harus menyelamatkan atau memulihkan kredibiliti dan keyakinan umum bahawa "keadilan tidak hanya dilakukan tetapi juga dilihat sebagai dilakukan" dengan menggantikan Hanif dengan seorang yang bebas, tidak terlibat dalam politik, tidak berat sebelah dan seorang yang tegak berintegriti," ujar Guan Eng lagi.

Harakah Daily

Mangkuk porselin China bernilai RM250,000

Posted: 10 May 2012 12:28 AM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

LONDON: Sebuah mangkuk kuning yang ditemui dalam tin biskut mengejutkan pemiliknya selepas dia dinilaikan berharga �50,000 (RM250,000).

Mangkuk porselin kecil itu yang nampak seperti mangkuk emping jagung, disahkan oleh pakar sebagai peninggalan abad ke-18 dari China. Ia digunakan oleh seorang gundik MaharajaYongzheng.

Mangkuk itu dibeli lama dulu oleh Mejar Leslie Marsham LVO, yang pernah berkhidmat di istana di raja dan bertanggungjawab terhadap kuda, di sebuah kedai antik.

Marsham yang tinggal di kuarters yang turut menempatkan kandang kuda berhampiran Istana Hampton Court, barat daya London, tidak menyedari mengenai nilai mangkuk berkenaan dan menyimpannya di belakang almari.

Selepas menyedari satu mangkuk yang serupa dilelong dengan harga yang tinggi tahun lalu, dia membungkus mangkuk dalam simpanannya dengan kertas tisu dan meletakkannya dalam tin biskut. Pakar di Syarikat Lelong Dorchester di Dorset mengesahkan ia bahan sejarah dan bernilai tinggi. Mangkuk itu hanya setinggi 18 sentimeter dan 15 sentimeter lebar, dibuat ketika pemerintahan Maharaja Yongzheng antara 1723 dan 1735.

Mangkuk porselin yang dikeluarkan pada zaman itu dianggap oleh pakar sebagai yang terbaik.

Mangkuk berwana putih di bahagian dalam dan kuning di luar hanya dikhususkan oleh istana maharaja untuk digunakan oleh gundik peringkat atasan. - DM

Najib tidak lena tidur dengan Bersih 3.0

Posted: 09 May 2012 08:35 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak kini tidak lena tidur lantaran berdepan isu Bersih 3.0 28 April lalu.

Ini kerana beliau tidak menduga jumlah orang keluar (menyertai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 itu) begitu ramai hingga mencecah bilangan 300 ribu orang.

(Nik Amar menyampaikan sumbangan CSR kepada salah seorang penerima dengan diperhatikan CEO PMBK)

"Jadi ketakutan dia menghadapi kesedaran dan kebangkitan rakyat inilah menyebabkan dia menganggap ini (himpunan Bersih 3.0 itu) adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Imam Al-Ghazali Siri Ke-4 kepada pelajar baru sesi 2012/2013 (Corporate Social Responsibility) di Nilam Puri dekat sini petang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir Mustapha Salleh, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua dan guru-guru YIK.

"Memang kita nak tukar kerajaan (yang ada sekarang) tetapi melalui kaedah pilihan raya, sebab itu kita nakkan pilihan raya itu adil dan bersih," katanya.

Beliau mendakwa, pilihan raya di Malaysia ini memang tidak adil.

"Dan selagi penambahbaikan (sistem pilihan raya) ini tidak dibuat, maka selama itulah pilihan raya itu berlangsung dalam keadaan yang tidak adil. Itu bendanya," jelas beliau.

Jadi, kata Nik Amar, perkara itulah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) meminta supaya diperbetulkan keadaannya.

Kini Bersih 3.0 diadakan dengan harapan pihak kerajaan (Suruhanjaya Pilihan Raya) melalukan perubahan bagi menghadapi pilihan raya termasuk PRU-13.

"Sebab itulah kita meminta pilihan raya ini tidak diadakan sehinggalah pembetulan dan penambahbaikan sistem pilihan raya itu dilaksanakan," tegas beliau.

Beliau mendakwa PAS melihat sejak awal lagi bahawa pilihan raya mestilah adil dan bersih.

Dan mana-mana pihak yang nak menang, mestilah menang dengan mendapat sokongan melalui cara yang betul.

"Kalau orang ini (rakyat) sokong kerajaan dengan cara yang salah, cara tidak betul, memang tidak menjadi kerajaan yang baik.

"Sebab itulah kita mempertikaikan termasuk bagi duit (memberi wang kepada rakyat) terutama dekat dengan pilihan raya.

"Kalau nak tolong rakyat, kenapa tidak dibuat lebih awal. Kenapa masa (hampir dengan) pilihan raya baru dibuat (diberi wang kepada rakyat)," tegasnya.

Harakah Daily

The Blues terima hukuman

Posted: 09 May 2012 08:32 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGURUS Chelsea, Roberto Di Matteo tidak sesekali menyesal dengan keputusannya merehatkan lapan pemain yang beraksi pada saingan merebut kejuaraan Piala FA, Sabtu lalu ketika tumpas 1-4 pada aksi balas dendam Liverpool di laman sendiri, semalam.

"Keputusan dibuat bukan sebarangan atau sengaja mengambil risiko. Tetapi saya mahu beri lebih banyak peluang kepada pemain lain.

"Liverpool beraksi lebih baik sementara kami melalui perlawanan yang sukar," katanya.

Awal pagi semalam, The Reds menguasai permainan pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri musim ini mendahului 3-0 dalam tempoh hanya 30 minit.

Kelemahan jentera pertaha­nan musuh digunakan sepenuhnya untuk memalukan The Blues dihadapan penyokong lawan dengan kemenangan 4-1, sekali gus mengetepikan mereka daripada tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Chelsea kini menghuni tangga keenam liga, rekod terburuk dicatat sejak satu dekad. Bahkan mereka perlu menang Liga Juara-Juara untuk layak secara automatik ke saingan itu musim depan.

Sinar Harian

Hill akui gelisah jumpa City

Posted: 09 May 2012 08:30 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERTAHANAN Queens Park Rangers (QPR), Clint Hill akui gelisah dengan pertemuan terakhir menentang Manchester City, Ahad ini.

Andai tewas kemungkinan mereka akan terjemurus ke Divisyen 1 musim depan, dan kini mengharapkan ehsan kekalahan Bolton Wanderers yang akan bertemu Stoke City.

"Perasaan sekarang bercampur aduk sehingga saya sendiri tidak tahu apa perlu dilakukan. Ibaratnya seperti dihunus pedang tajam.

"Sebagai pemain profesional, sudah tentu ia amat perit apabila ditewaskan.

"Tetapi, apa pun terjadi, kami perlu fokus pada pertemuan menentang City," katanya.

Sinar Harian

Dalglish: Sudah cukup

Posted: 09 May 2012 08:28 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MENAMATKAN kempen di laman sendiri dengan menumbangkan Chelsea 4-1, selain hampir menggenggam trofi Piala FA sudah cukup buat pengurus Liverpool Kenny Dalglish tidur lena.

"Walaupun tidak bergelar juara Piala FA, tetapi kami berjaya membuktikan keupayaan pasukan dan bangkit daripada aksi yo-yo untuk berada di tangga kelapan liga.

"Saya amat berpuas hati dengan keputusan dan corak permainan dipamerkan pemain. Kami turun ke Wembley, kemudian menyambut kedatangan The Blues dengan keputusan yang boleh dibanggakan.

"Saya harap kemenangan ini bakal mengembirakan semua pihak terutama penyokong The Reds," katanya.

Sinar Harian

Liga Europa: Simeone bangga pencapaian Atletico Madrid

Posted: 09 May 2012 08:26 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone melahirkan rasa kegembiraan setelah berjaya membimbing pasukannya muncul juara Liga Europa - mempertahankan gelaran untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Pada perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia), Atletico Madrid menewaskan rakan senegaranya, Athletic Bilbao 3-0 menerusi dua jaringan penyerang kelahiran Colombia, Radamel Falcao dan Ribas Diego pada minit ke-85 untuk memusnahkan impian kelab itu dinobatkan juara kali pertama setelah gagal melakukannya pada 1977.

"Saya gembira dengan corak permainan pemain pada pertemuan tadi sehingga kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan selama ini.

"Pemain bermain dengan sangat bagus, Radamel pula menunjukkan peningkatan yang luar biasa sehingga membuatkan matlamat kita untuk menjulang juara tercapai," kata Simeone.

Tambah beliau, kemenangan ini juga dapat membuka mata banyak pihak di seluruh Eropah yang selama ini mempertikaikan kemampuan mereka untuk mencipta kejayaan.

"Sekarang adalah masa untuk semua orang mengingati kejayaan kami dan berharap mereka akan gembira dengan apa yang telah kami capai," katanya.

Sementara itu, bagi jurulatih Athletic Bilbao, Marcelo Bielsa, kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat yang diterima oleh kelab itu, bagaimanapun beliau tidak akan menyalahkan pemain seratus peratus sebaliknya akan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Saya memang kecewa, apa yang saya lihat, pemain tidak bermain dengan baik.

"Namun saya tetap berpuas hati dengan komitmen pemain yang ditunjukkan, dan saya akan bertanggungjawab kekalalahan ini dengan pihak pengurusan.

"Apa-apa pun kami terpaksa akur kerana Madrid bermain sangat baik. Mereka berjuang berhabis-habisan sehingga ke wisel penamat, dan mereka memang layak untuk mencapai kemenangan ini," kata bekas jurulatih Argentina itu.

Sinar Harian

Pesawat bawa 50 orang hilang di Indonesia

Posted: 09 May 2012 07:50 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GAMBAR kelmarin menunjukkan pesawat buatan Rusia, Sukhoi Superjet-100 berada di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta.

JAKARTA - Sebuah pesawat penumpang baharu buatan Rusia yang membawa 50 orang hilang semasa melakukan penerbangan demonstrasi di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan memberitahu, pasukan mencari dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian di barat Indonesia.

Cuaca buruk bagaimanapun, menyebabkan sekurang-kurangnya dua buah helikopter terpaksa berpatah balik.

Pesawat berkenaan, Sukhoi Superjet-100 berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di ibu kota Indonesia di sini pada pukul 2.21 petang waktu Indonesia.

Pesawat itu tidak dapat dikesan oleh radar 12 minit kemudian, selepas seorang kru meminta kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada ketinggian 3,000 meter ketika menghampiri Banjaran Gunung Salak.

"Saya melihat sebuah pesawat besar terbang melintasi rumah saya," kata Juanda, seorang penduduk kampung yang tinggal dekat gunung setinggi 2,200 meter itu kepada stesen televisyen tempatan, TVOne.

"Pesawat itu senget dan enjin pesawat pula seperti mengaum," tambah wanita berkenaan.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa beberapa orang diplomat dari Kedutaan Rusia, sejumlah pegawai syarikat penerbangan Indonesia dan wartawan dalam penerbangan demonstrasi selama 50 minit. - Agensi

Yahoo siasat rekod akademik CEO

Posted: 09 May 2012 07:45 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SAN FRANCISCO: Yahoo merancang mewujudkan satu jawatankuasa khas dibantu seorang peguam dari luar syarikat itu bagi mengkaji semula kontroversi kesilapan catatan biografi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Scott Thompson ketika perkara itu menjadi sebab pihak tertentu memberi tekanan ke firma berkenaan.

Lembaga Pengarah Yahoo menyatakan, pihaknya akan mengkaji latar belakang akademik Thompson selain apa yang diketahui orang yang mengambilnya menjadi CEO.

Minggu lalu, Yahoo mengakui kesilapan tidak disengajakan dalam biografi online CEO yang menyatakan beliau memiliki ijazah sains komputer sedangkan itu tidak benar.
Langkah mewujudkan jawatankuasa khas itu disiarkan sehari selepas sebuah dana lindung nilai menggesa dokumen pengambilan kerja Thompson disiarkan dalam satu aduan kepada pihak berkuasa.

Dana Third point memfailkan aduan itu kepada Suruhanjaya Bursa Saham (SEC) selepas desakannya supaya Thompson dipecat kerana menokok tambah rekod pendidikannya melepasi tempoh akhir yang diberikannya.

Third Point yang memiliki 5.8 peratus ekuiti gergasi teknologi itu turut mengemukakan beberapa calonnya untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Yahoo yang dianggap satu serangan terhadap pengurusan.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Alfred Amoroso, seorang pengarah bebas Yahoo dan mengekalkan perunding bebas, Terry Bird, sebagai penasihat.
Bird adalah peguam dari Los Angeles yang pakar dalam saman dan siasatan dalaman.

"Jawatankuasa khas dan Lembaga Pengarah akur kepada kehendak semasa dan akan menjalankan siasatan bebas secara menyeluruh.

"Lembaga Pengarah akan membuat pendedahan sewajarnya kepada pemegang saham selepas kajian semula tamat," menurut kenyataan Yahoo.

Yahoo juga mengumumkan, ahli bebas Lembaga Pengarah, Patti Hart memutuskan untuk tidak bertanding semula apabila mesyuarat pemegang saham bersidang. Hart juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat peralatan komputer, International Game Technology.

Hart turut menjadi sasaran Third Point yang menuduhnya menokok tambah pencapaian akademiknya.

Third Point menuduh syarikat berkenaan tidak menjelaskan bagaimana Jawatankuasa Kerja yang mengambil Thompson sebagai CEO tidak memeriksa rekod pemohon yang dikatakan pasti menunjukkan beliau tidak memiliki ijazah sains komputer. – AFP

Panel Bersih 3.0: Hanif wajar undur cara terhormat

Posted: 09 May 2012 07:39 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya perlantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran dan keganasan pihak polis terhadap peserta himpunan aman Bersih 3.0 baru-baru ini.

Perlantikan beliau dan 5 orang lagi ahli panel diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin semalam.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Hanif bukanlah orang yang paling sesuai untuk mengetuai panel itu.

"Ini disebabkan beliau sendiri merupakan mantan Ketua Polis Negara dan berkemungkinan berlaku 'bias' terhadap sesi siasatan bebas tersebut," kata Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya Hanif juga telah berlaku 'bias' apabila menyokong kenyataan pihak kerajaan yang mengatakan ada unsur-unsur untuk menggulingkan kerajaan di dalam himpunan Bersih 3.0.

Hasbullah berkata, pihaknya berpandangan panel siasatan itu sudah pasti tidak akan menemukan sebarang unsur-unsur keganasan daripada pihak polis di dalam menangani peserta Bersih 3.0 kerana pengerusi panel sudah dilihat tidak bebas dan terlalu memihak kepada kerajaan.

Maka, ujarnya skrip jawaban panel siasatan sudah dapat diagak dengan tindakan pihak polis untuk melakukan provokasi, memukul dan menangkap peserta Bersih 3.0 adalah menurut prosedur yang betul.

Oleh itu, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta Hanif untuk mengundurkan diri secara terhormat daripada mengetuai panel bebas itu dan pihak kerajaan diminta untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang lebih telus untuk menyelesaikan permasalahan itu.

"Oleh kerana sikap tidak serius dan berlepas tangan pihak kerajaanlah maka orang-orang seperti Tun Hanif dilantik untuk mengetuai panel ini walaupun beliau merupakan orang yang bermasalah," ujarnya.

Harakah Daily

Nyaris maut kereta rempuh lori

Posted: 09 May 2012 07:36 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

REMBAU – Seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 63 dan 30 tahun mengalami kecederaan parah dan tersepit setelah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Tampin, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, kedua-dua mangsa yang datangnya dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori tanpa muatan yang datangnya dari arah Tampin.

Menurut pemandu lori berkenaan, Gurmeet Singh, 32, ketika kejadian, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat sebuah kereta masuk ke laluannya secara tiba-tiba dan dia tidak sempat mengelak.

"Saya sangat terkejut tetapi tidak sempat mengelak kerana ia berlaku begitu pantas. Ketika kejadian saya dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur dan berasa sangat berdebar kerana dirempuh oleh kende­raan lain.

"Mujur saya hanya mengalami cedera ringan di kaki dan tangan sahaja. Bagaimanapun, bagi pemandu dan penumpang kereta berke­naan, mereka tersepit dan memerlukan bantuan untuk di bawa keluar," katanya susu­lan insiden berkenaan, pagi kelmarin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan dan bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, pihaknya berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa di bahagian hadapan tempat duduk iaitu di baha-gian pemandu dan bahagian penumpang hadapan.

"Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Sinar Harian

Nekad mogok lapar untuk kebebasan

Posted: 09 May 2012 07:34 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEJAK pencerobohan Israel di Palestin 60 tahun lalu, sekurang-kurangnya 700,000 penduduk di wilayah Islam itu didakwa tanpa usul periksa di bawah undang-undang rejim Zionis dan dibicarakan secara tidak adil di Mahkamah Tentera Israel.

Penganiayaan itu menyebabkan tahanan Palestin memulakan mogok lapar ketika dikurung di dalam penjara Zionis, seperti pejuang Khader Adnan dan Hana Al-Shalabi.

Terbaru, mogok lapar besar-besaran kali kedua diadakan selepas sambutan Hari Tahanan pada 17 April lalu dan mogok kali ini disertai ribuan tahanan Palestin sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis.

Namun, mereka tidak berjuang sendirian apabila turut menerima sokongan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan menerusi pelancaran kempen Hunger 4 Freedom (Berlapar Untuk Kebebasan).

Sokongan itu dizahirkan melalui mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) untuk menandatangani deklarasi perpaduan antara tahanan Palestin dan rakyat Malaysia, Ahad lalu.

Majlis itu dihadiri wakil 12 NGO tempatan dan agensi kerajaan termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia, Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Mereka turut bertukar pandangan mengenai usaha untuk menyampaikan maklumat tepat ke seluruh dunia terutamanya umat Islam mengenai penderitaan dan pencabulan hak asasi yang ditanggung kira-kira 4,700 tahanan Palestin.

Menurut penjelasan Pengarah Eksekutif PCOM, Muslim Abu-Umar, ribuan tahanan Palestin menuntut pihak berkuasa Israel untuk memberikan mereka hak asasi yang diakui oleh Konvensyen Geneva dan Undang-undang Hak Asasi Antarabangsa.

Antara tuntutan termasuk menghentikan dasar gangguan harian, serangan ganas, kehilangan hak lawatan, pemeriksaan tahanan secara berbogel, pengabaian perubatan dan pengurungan berasingan.

Muslim berkata, deklarasi ditandatangani itu akan diserahkan kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Damansara, pada bulan ini sebagai tanda sokongan terhadap ribuan tahanan Palestin tersebut.

Tahanan Palestin di penjara rejim Zionis sehingga kini terdiri daripada 185 kanak-kanak, 27 Ahli Parlimen dan 320 lagi ditempatkan di bawah tahanan pentadbiran.

"Krisis kemanusiaan tahanan ini tidak mendapat perhatian media antarabangsa seperti kes konflik diplomatik walaupun ada tahanan Palestin yang telah ditahan selama 25 tahun.

"Saya harap media di Malaysia dan antarabangsa boleh membuat laporan susulan perkembangan tahanan yang sanggup mengorbankan nyawa untuk memberitahu seluruh dunia, 'Kami (tahanan Palestin) di sini ( penjara Israel) telah ditahan tanpa sebab," jelasnya kepada Sinar Harian.

Hasil perbincangan awal PCOM dan NGO negara ini menyaksikan mereka mahu lebih banyak NGO menyertai deklarasi itu dan merancang pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan golongan pelajar termasuk di luar negara bagi menyokong perjuangan tahanan Palestin.

Tujuan utama deklarasi itu bukan untuk menggesa tahanan Palestin menamatkan mogok lapar tetapi mahu mendedahkan layanan buruk Israel terhadap tahanan Islam.

Pada masa ini, kebanyakan penduduk dan pertubuhan Islam di kebanyakan negara Arab dan di Eropah telah menujukkan sokongan menerusi kempen perpaduan dengan tahanan Palestin di negara masing-masing.

Kini, tanggungjawab kita adalah menyokong insan teraniaya itu supaya mendapat semula hak mereka.

Sinar Harian

Menteri Mesir dipenjara kerana bazirkan wang rakyat

Posted: 09 May 2012 07:34 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KAHERAH 10 Mei - Mahkamah jenayah di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas bekas Menteri Pertanian Mesir atas kesalahan rasuah dan pembaziran duit rakyat.

Amin Abaza yang berkhidmat di bawah Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan kepada usahawan, Amr Mansy pada harga di bawah pasaran.

Mansy juga menerima nasib sama selepas didapati bersalah menjual tanah milik kerajaan di Semenanjung Sinai kepada pelabur. - DPA

Warga emas kena penjara

Posted: 09 May 2012 07:32 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan menyamun seorang lelaki, dua tahun lalu.

Chong See Lai, 52, dari Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan yang ditetapkan, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, See Lai bersama seorang lagi yang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas seorang lelaki, Lee Chin Boon, 32, dan mencuri dua kad kredit EON Bank, satu kad kredit Public Bank, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM600 hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,200 terhadap mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Jalan Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya kira-kira jam 9 pagi pada 8 Mac 2010.

See Lai didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, See Lai merayu kepada mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana mempunyai seorang anak yang masih bersekolah dan perlu menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang merompak menggunakan senjata dan menyebabkan kerugian yang tidak dapat dikembalikan kepada mangsa.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman empat tahun bermula daripada tarikh tangkapan pada 17 Februari 2011.

Sinar Harian

Pemilik banglo disyaki mencuri air

Posted: 09 May 2012 07:30 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Dua premis banglo dua tingkat, diserbu pihak berkuasa petang kelmarin, kerana disyaki mencuri air melalui penyambungan paip haram.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, penyambungan haram itu untuk kerja pengubahsuaian premis berkenaan, sejak seminggu lalu.

Katanya operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), yang diketuai Pe­gawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span (Bhepp Span), Mohadir Hid, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak kami mengenai wujudnya kegiatan curi air di premis berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati premis itu mempunyai sambungan tanpa kebenaran atau tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm)," katanya.

Menurutnya, hasil ujian klorin menunjukkan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.

"Satu notis memaklumkan kesalahan dikeluarkan terhadap pemilik premis terbabit dan paip yang digunakan disita sebagai bahan bukti.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006, jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Sinar Harian

Anak bongsu tak sempat beri gaji pertama kepada arwah ayah

Posted: 09 May 2012 07:28 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – "Saya memang terkilan sangat kerana tidak dapat memasukkan RM100, gaji pertama saya bulan ini ke dalam akaun ayah seperti dijanjikan selepas saya mendapat tawaran bekerja di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Lukut."

Itu luahan hati Rozaimin Zulkifli 20, anak bongsu seorang pengurus pangsapuri yang maut dalam kejadian langgar lari di simpang empat, di Taman Ampangan dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Zulkifli Alias, 61, yang bersendirian menunggang motosikal jenis Modenas Kris, dalam perjalanan ke Stesen Komuter di Seremban untuk ke tempat kerjanya di sekitar Petaling Jaya.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dilanggar dari arah tepi, oleh sebuah kereta jenis Proton Persona, dipercayai dipandu seorang lelaki warga asing berusia 20-an.

Akibatnya, mangsa tercampak ke bahu jalan dan kereta terbabit pula terbabas lalu melanggar lampu jalan.

Suspek meninggalkan kenderaannya dan melarikan diri.

Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said.

Sementara itu, Rozaimin berkata, ayahnya tidak menunjukkan apa-apa perubahan tetapi ada berpesan supaya bekerja dengan baik.

"Sebelum ini, saya berjanji dengan arwah ayah, saya akan memasukkan duit gaji pertama diterima pada bulan ini ke dalam akaunnya.

"Namun, belum pun sempat saya terima gaji pertama, ayah telah tiada. Itu yang membuatkan saya amat terkilan tetapi saya redha dengan pemergiannya," katanya anak bongsu daripada lima beradik ini.

Menurutnya, malam kelmarin dia bersama arwah ayahnya sempat menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Negeri Sembilan dan Selangor di rumah.

"Arwah ayah berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya di Petaling Jaya sejak 10 tahun lalu.

"Ayah seperti biasa keluar rumah seawal jam 5.40 pagi untuk bekerja," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan meminta suspek yang melanggar mangsa tampil bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran," katanya.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian berkenaan.

Sinar Harian

Mangsa selekoh tajam, 2 kereta guru bertembung

Posted: 09 May 2012 07:27 PM PDT

18 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

HULU TERENGGANU - "Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya terus keluar dan melihat sebuah kereta sudah terbalik, manakala sebuah lagi terbabas di bahu jalan berhampiran kawasan rumah saya," kata Osman Hamzah, 66.

Osman berkata, dia kemudian bergegas membantu mangsa dan ketika itu mangsa menyebut perkataan 'sakit' beberapa kali.

Osman turut membantu mangsa keluar dari kenderaan dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 13 Jalan Kuala Berang-Telemong, Kampung Nasi Dingin, kira-kira jam 7.30 pagi hingga 8 pagi kelmarin.

Kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Mazda dipandu seorang guru lelaki dari arah Kuala Telemong-Kuala Berang dengan sebuah Honda City dipandu seorang guru wanita, dipercayai dalam perjalanan ke Batu Rakit untuk mengikuti kursus.

Sebaik tiba di tempat kejadian, dua kenderaan itu dikatakan bertembung setelah salah sebuah kereta dipercayai masuk ke laluan bertentangan hingga menyebabkan kereta dipandu guru lelaki tersebut terbalik lalu merempuh pokok, manakala Honda City pula terbabas ke bahu kiri jalan.

Menurut Osman, kemalangan seumpama itu bukan perkara asing di kawasan itu, apatah lagi terdapat satu selekoh tajam di situ yang sering menyebabkan kenderaan terbabas.

"Kemalangan di kawasan ini boleh dikatakan sering berlaku. "Pernah berlaku kenderaan terbalik di tempat sama sebelum ini. Tidak sangka, ia berulang dan syukurlah ia tidak membabitkan kemalangan maut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asistan Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir ketika ditemui semalam menjelaskan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan berkenaan.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 09 May 2012 11:47 PM PDT

Salam Perjuangan


MAJLIS FATWA PERLU BERDIRI DENGAN KEKUATAN SENDIRI

Posted: 09 May 2012 03:58 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.

Tindakan ini dilihat sangat tidak baik dan tidak sihat kerana kedudukan Majlis Fatwa sangat tinggi di kaca mata umat Islam kini dipertikai. Majlis Fatwa yang merupakan institusi tertinggi dan kredibilitinya dalam mengeluarkan fatwa seharusnya sentiasa dihormati dan dirujuk. Namun episod terbaru ini telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.

Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian.

Saya melihat kenyataan Majlis Fatwa bukanlah perkara pelik, atau bercanggah dengan nas. Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.

Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS menerimanya.

Namun apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir seolah-olah telah melakukan perkara bertentangan syarak apabila menghadirkan diri di Bersih 3.0.

Seseorang yang hadir dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak, lebih-lebih lagi jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.

Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah kemungkaran juga berlaku apabila melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa. Tidak kurang juga dengan perjalanan pilihanraya yang tidak adil, manipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam juga adalah sebahagian daripada kemungkaran.

Melihat kepada kemungkaran ini, sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.

Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.

Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang sebenarnya melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan, yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat.

Sehubungan itu, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.

Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media perdana dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan.

Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.

Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar.

PAS melihat Majlis Fatwa perlukan saluran media sendiri, atau melalui satu sidang media melibatkan semua pihak bagi menyalurkan pandangan dan fatwa dengan memberi penjelasan terperinci bagi sebarang fatwa yang dikeluarkan.

Dengan cara ini ianya boleh mengurangkan spin kepada kenyataan yang dikeluarkan sehingga dipertikaikan kewibawaannya.

KISAH SYARIP DOL & PENEROKA FELDA

Posted: 09 May 2012 03:45 AM PDT





17 Jamadil Akhir 1433 H | 9 May 2012


Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun. Selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk di situ.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, naya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini. Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.


Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

"Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain," katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh penduduk bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk kampung.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik, "Hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!"

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa yang dinanti-nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang menggeleng kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan, "Hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!"

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampung Dusun, "Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!"

Serentak jawapannya "TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol."

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tauke baik macam Syarip Dol di dunia ini.....

Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 May 2012 09:44 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ubah Jang Ubah 13 dan 14 Mei 2012 di Gemencheh

Posted: 09 May 2012 07:46 PM PDT


MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH
Tarikh : 13 Mei 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Tengah, Air Kuning, Gemencheh
Bersama : YB Dr Hatta Ramli, YB Cha Kee Chin dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

CERAMAH UMUM
Muslimat Teras Kemenangan
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 10-11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan, Gemencheh (Rumah Raja Herman Syah)
Bersama : Aiman Athirah Al-Jundi, Siti Aisyah Sheikh Ismail & Ustaz Nor Azman Mohamad

Klip Video Ubah Jang Ubah di http://www.youtube.com/watch?v=b6qOZSgWgis

Solat Hajat 10 Mei 2012 di DUN Paroi

Posted: 09 May 2012 07:45 PM PDT


MAJLIS SOLAT HAJAT
Pasca Bersih 3.0 dan Menjelang PRU 13
Tarikh : 10 Mei 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Semua petugas, ahli dan penyokong dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

DPP PADANG TERAP

Posted: 09 May 2012 09:40 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 09 May 2012 09:04 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Dikala hutang negara parah, APAKAH kita juga mengikut rentak yang sama?

Posted: 09 May 2012 08:26 PM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 09 May 2012 07:24 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Barang Naik Harga, Rakyat Tanggung Bahana…

Posted: 09 May 2012 06:48 AM PDT

Kalau Menteri BN kata kekal, maknanya akan naik!
Isu berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat   yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian  mereka. Sebagai pengguna yang  berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung, rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun luka. Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.

Tanpa bermaksud untuk mengagungkan negara jiran itu tetapi sekadar menjawab hujah pemimpin Umno/BN yang gemar menjadikan perbandingan kos hidup negara di seberang Tambak Johor itu sebagai antara jawapan untuk menutup mulut rakyat setiap kali kenaikan harga barang berlaku di samping alasan lapuk, rasionalisasi subsidi.

Memanglah secara bandingannya, harga barangan di Malaysia masih murah dibandingkan dengan Singapura, tetapi perlu dibandingkan juga jurang perbezaan pendapatan bulanan rakyat negara kita berbanding dengan rakyat negara jiran di selatan kita dengan contoh, gaji seorang guru secara puratanya mencecah 6,000 SGD (RM24,000) sebulan! Gaji pokok seorang kerani biasa di Singapura mencecah 1,000 SGD (RM2,400) sebulan belum lagi dicampur elaunnya, berbanding gaji pokok seorang kerani biasa di Malaysia sekitar RM900 sebulan. Dicampur pelbagai elaun, dapatlah sekitar RM1,400 sebulan.

Apatah lagi kalau dikemukakan hujah bahawa negara kita adalah negara pengeluar yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan sumber asli. Ironinya, keperluan yang sering tiada di pasaran atau harganya sentiasa dalam trend meningkat adalah produk keluaran bumi ibu pertiwi. Bagaikan ibarat… Datuk, nenek kita pohon durian dan rambutan keliling rumah, tetapi anak cucu nak makan pun susah, kalau nak, terpaksalah kena bayar dengan harga mahal. Pelik bukan?

Keterlaluankah perumpamaan ini? Tentu sekali tidak! Perhatikan pohon-pohon kelapa sawit yang menghijau subur bukan hanya setakat di ladang-ladang besar, malah sekarang ini telah memenuhi segenap ceruk kampung tetapi minyak masak sawit sukar didapati dipasaran, yang ada hanyalah minyak jagung dan minyak bunga matahari dengan harga yang berlipat ganda. Aneh sekali.

Impak kenaikan harga barangan dan kos hidup
Purata kenaikan gaji rakyat Malaysia 2.5% setahun tetapi kenaikan harga barang-barang keperluan adalah sebanyak 8.5% setahun. Kenaikan harga barangan keperluan yang sangat tidak seimbang dengan peningkatan pendapatan rakyat tentunya membawa kesan negatif yang berpanjangan kepada sosio-ekonomi rakyat. Natijahnya, bila barang naik harga, jatuhlah air mata rakyat…

Perhatikan senario seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka perlu mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil lektrik dan air juga gas memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan emosi yang mampu menggugat keharmonian kehidupan.  Apatah lagi kalau hidup di bandar dengan setiap keperluan perlu dibeli.

Situasi yang sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana seorang bapa terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika anak-anak belum lagi terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat malam apabila anak-anak telah lena dibuai mimpi.
Ketiadaan masa berkualiti bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi anak-anak yang sarat dengan gejala sosial. Apatah lagi untuk meluangkan masa dengan masyarakat dan persekitaran.

Tekanan hidup yang dibantu oleh faktor nipisnya iman di dada  juga boleh mengundang pecah amanah, penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi perlakuan yang menyalahi syariat dan undang-undang.

Bermakna, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak, minyak masak, tarif lektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa. Kita yang belum maju tetapi bercita-cita untuk maju pula sebaliknya, bila negara tak ada duit, rakyat yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin bermewahan. Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah pelarasan subsidi!

Bagaimana kenaikan harga barangan boleh berlaku?
Pengeluaran yang banyak tetapi tidak dapat menampung permintaan pengguna. Negara kita kaya dengan kesuburan tanah dan sumber asli, tetapi kerajaan gagal memanfaatkannya secara optimun, baik dalam sektor pertanian mahu pun pengeluaran sehingga keperluan rakyat gagal dipenuhi.

Antaranya, krisis ketiadaan bekalan minyak masak telah menjadi fenomena rutin yang telahberulang entah untuk kali yang ke berapa walaupun Malaysia memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak ini menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar yang menjadi puncanya atau siapakah yang menjadi dalang dengan bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?

Bekalan gula juga pernah mengalami nasib sama sehingga Idris Jusoh pernah menjual gula dihadapan Wisma Darul Iman ketika menduduki kerusi MB Terengganu dulu. Dalam tempoh kurang setahun, kerajaan telah menikkan harga gula sebanyak 3 kali.  Tanggal 16 Julai 2010, Kerajaan UMNO-BN mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen/kilo. Pada 4 Disember 2010, Kerajaan mengumumkan lagi kenaikan harga gula sebanyak 20 sen/kilo. Kira- kira 6 bulan kemudian pada 9 Mei 2011, diumumkan  sekali lagi kenaikan harga gula sebanyak 20 sen/kilo. Semuanya atas alasan rasionalisasi subsidi.

Umum mengetahui bahawa Malaysia antara pengeluar gula utama dunia. Pengeluaran gula di Malaysia dikuasai 4 kilang iaitu; Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd atau dikenali sebagai Gula Prai, Central Sugar Refinery Sdn. Bhd, Gula Padang Terap Berhad dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd.
Kalau bukan pengeluar utama gula, manakan mungkin Raja Gula Malaysia, Robert Kuok Hock Nien boleh menyandang gelaran manusia terkaya di atas muka bumi Malaysia dan di Asia Tenggara untuk beberapa tahun berturut-turut. Pemimpin negara jangan berlagak seperti Pak Pandir dengan mengeluarkan kenyataan, bila gula naik harga, ianya bagus untuk gaya hidup sihat rakyat Malaysia dan menurunkan kadar diabetes.

Kenaikan harga minyak dan kesannya terhadap kenaikan harga barangan
Kenaikan harga minyak memberi impak kepada keseluruhan rantaian pengeluaran bermula dari ladang atau kilang hinggalah sampai ke tangan pengguna. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sehingga membebankan pengguna akan berlaku, sekalipun berulang kali kerajaan memberikan jaminan bahawa, walaupun harga minyak dinaikkan, tidak akan berlaku kenaikan harga barangan keperluan.

Minyak dan gas asli adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber asli ini akan memberi kesan kepada seluruh negara dan masyarakat dunia. Inilah yang disebut 'magnet tarikan ekonomi berasaskan petroleum'.  Kenaikannya akan menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran, pengangkutan serta pemasaran baik di pihak pengilang, pertanian, pemborong, peniaga-peniaga dan begitulah seterusnya apabila barangan sampai ke tangan pengguna.

Lantaran itulah, penafian pihak kerajaan terhadap kenaikan harga barangan pada setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak adalah suatu penafian yang tidak bersandarkan kepada teori dan kaedah ekonomi.

Pergantungan kepada sumber import
Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport. Lantas, sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lain akan turut memberi kesan kepada negara kita. Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan.  Semua ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari  luar khususya negara jiran.

Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak- banjir, ribut, kemarau panjang, gempa bumi atau terlibat dalam kancah peperangan.  Krisis makanan tentulah akan memuncak dan mampukah bekalan yang dihasilkan di dalam negara untuk menyuap mulut rakyat kita seramai 28.6 juta dan pendatang asing seramai 2.3 juta?

Ahli hikmat ada berkata, ketika saat ketiadaan bekalan makanan, mereka yang mempunyai stok makanan adalah orang yang paling kaya. Lebih kaya dari mereka yang mempunyai emas berbongkah-bongkah. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana pengeluaran sumber makanan Negara Mesir yang dirancang dan dilaksanakan dengan begitu bijak oleh Nabi Yusof a.s sehingga kemarau panjang selama 7 tahun tidak menyebabkan rakyatnya kebuluran malah mampu untuk membantu menyuap mulut rakyat negara-negara berdekatan. Beginilah Islam mengambil berat dengan keperluan asasi rakyat.

Di manakah silapnya sistem pertanian kita. Dengan keluasan dan kesuburan muka bumi anugerah Allah, berbilion ringgit peruntukan tahunan, sungai-sungai yang membelah daratan membentuk dataran yang subur, rakyat yang sedia membanting tulang, tetapi pertanian kita belum lagi mencapai tahap sara diri apatah lagi untuk diimport. Dengan kata lain, kerajaan telah gagal! Hujahnya, Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM13 bilion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, daging, kentang, bawang serta buah-buahan. Jumlah import beras dari Thailand sahaja mencecah 307,000 tan metrik setahun.

Ada isu besar yang perlu diteliti. Di Terengganu contohnya, masih banyak tanah sawah terbiar tanpa dapat diusahakan lantaran masalah infrastruktur seperti pengairan. Ada projek-projek yang dikira boleh menghasilkan sumber makanan negeri seperti projek ternakan kambing kaprima Telaga Papan Setiu, projek ternakan ikan dalam sangkar Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Projek tanaman kelapa pandan di Rhu Tapai semuanya gagal walaupun ratusan juta telah dibelanjakan. Wang peruntukan lesap tapi di mana kambing, ikan dan kelapa pandan? Gahnya bunyi genderang projek dengan sasaran hasilnya akan dieksport, akhirnya melopong! Belum disebut lagi projek tanaman strawberry yang namanya pun dah dilupakan orang. Terkini projek udang Setiu. Sasarannya juga untuk dieksport sebagaimana Mat Said pernah bercita-cita untuk mengeksport kelapa pandan dari Rhu Tapai ke Jepun!

Kelemahan penguatkuasaan dan urus tadbir
Kelemahan penguatkuasaan masih belum berjaya diperbaiki sepenuhnya sehingga berlakunya monopoli dan memberi ruang kepada peniaga menaikkan harga sewenangnya. Tindakan menyorokkan barangan keperluan bagi tujuan menaikkan harga oleh para peniaga memburukkan lagi keadaan.

Persoalan kuota bekalan juga sering dibangkitkan. Sering terdengar rungutan yang menyatakan punca kekurangan bekalan barangan di pasaran seperti minyak masak adalah disebabkan  pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan. Kuota yang digunakan dalam kes minyak masak pula telah berusia hampir empat tahun. Sekiranya itulah antara sebabnya, maka tentu sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama seperti sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna.

Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan dan pembelian oleh rakyat negara jiran menjadi punca kekurangan malah ketiadaan bekalan untuk rakyat tempatan. Kalau sungguh bagai dikata, di mana keberkesanan agensi penguatkuasaan kita?

Antaranya, alasan pembelian minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai didakwa menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini. Sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di seluruh negara dan bukan hanya melibatkan negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

Apa peranan kita?
Menghadapi arus kenaikan harga barangan, sebolehnya elakkan pembelian tidak terancang. Belilah hanya barang-barang yang benar-benar diperlukan, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit dan yang paling utama, Tolak BN (Barang Naik).


Rembau Hari Ini

Posted: 09 May 2012 07:14 PM PDT

Rembau Hari Ini


Video Ceramah Pemuda di Rembau

Posted: 08 May 2012 08:07 PM PDT


Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar ceramah pemuda yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau pada 5 Mei 2012 yang lalu, boleh tonton di http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/05/09/video-ceramah-jelajah-amk-di-rembau-n-sembilan-552012/

PAS LENGGONG

Posted: 09 May 2012 07:07 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 09 May 2012 02:43 AM PDT


09 Mei, 2012

Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya

Ini maklumat baru yang Addin terima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih,Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan PerhubunganUnited Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga,United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi.
Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil.
Jikalau betul dan sahih maklumat nih, kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersiap siaga dari sekarang, masa untuk kita tumbangkan United Malays National Organisation (Umno)dan kuncu-kuncunya telah tiba..

Posted: 09 May 2012 02:37 AM PDT

FB YDP PAS Lenggong

Razman Zakaria telah ditanda pada gambar Pas Gopeng.


Posted: 09 May 2012 02:35 AM PDT

FB YDP PAS Lenggong


Razman Zakaria telah ditanda pada gambar Dato' Tarmizi Mohd Jam.
Apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Posted: 09 May 2012 02:32 AM PDT


Tolak tawaran PBB, kerajaan sembunyi sesuatu

Abdul Aziz Mustafa09 Mei 2012

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat keputusan kerajaan Malaysia menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat Bersih 3.0, sudah dijangka.

Posted: 09 May 2012 02:31 AM PDT


Rahim Noor berdepan tindakan mahkamah

M Faqih & M Zin09 Mei 2012

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka memfail saman terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ekoran kegagalan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir"


Semoga Allah segera membalas kepada dengan hukuman yang setimpal. 

Posted: 09 May 2012 02:28 AM PDT

"Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung." (Hadith riwayat Bukhari)

Posted: 09 May 2012 02:24 AM PDT


Pertembungan fatwa di Medan Tahrir

09 Mei 2012

Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai  ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.

Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar  rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.

(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)

Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapnya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.

Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.

Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat  bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.
Firman Allah SWT:
Bermaksud:  "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya" (Al-Nahl 16:90).

Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.

(Perhimpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Dataran Merdeka)

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada loghiknya perhimpunan Berisih 3.0.

Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN.

Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahu dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah.

Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.

Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang disertai Datuk Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati.

Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS  sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya.

Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.

Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negaraa ini.

Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membinc angkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.

Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri  sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa.  Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu.

Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menuerut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, sang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?

Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin  bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya.  Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama 'foreign currency'  (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin" (Al-Mutaffifiin 83:4-7).

Persoalannya, bagaimana bagi Umno yang berjuang atas nama bangsa itu akan menerima pahala dari Allah. Sedangkan amalan dan dasarnya semacam menjauhi pahala. Antaranya masih mengekalkan nilai pilihan raya yang tidak bersih––kotor, berat sebelah dan tiada ketelusan sehingga banyak perkara yang diragui tentang pilihan raya itu sendiri. Apakah semua nilai yang tidak bersih sedang dikawal oleh pemimpin Umno ini tidak akan disoal di hari pembalasan kelak?  Kita yakin, pemimpin Umno pun masih ingat akan hari pembalasan. Sesungghuhnya Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya :


Maksudnya: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan – Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan (Al-Mutaffifiin 83:11).

Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.

Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan kehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Posted: 09 May 2012 02:22 AM PDT


'Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?


KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

maka dia ialah  Haram Jadah



Petikan transkrip Najib Tun Razak:

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. Kalau mereka tidak memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba mencelarukan fikiran. Sebab itu ada orang yang cuba bawa kes ini ke mahkamah.. dah bawapun ke mahkamah. Ttapi kita tetap cekal hati, kita teruskan juga Felda Global Ventures ini disenaraikan dan kita tahu ini untuk kebaikan.. HARAM JADAH, jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak tengok muka-muka ini.. DURIAN RUNTUH ini nak terima atau tidak.. HARAM JADAH.. Saya tak rela dan saya tak redha mereka ini menerimanya. Mengkhianati apa yang kita buat.. mereka memang muka tebal.." 

Tiada ulasan:

Catat Komen