Sabtu, 21 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 21 Apr 2012 03:37 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


CERAMAH BERSIH 3.0 & TANAH JOHOR TERKINI!!

Posted: 20 Apr 2012 09:45 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Apr 2012 01:35 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Suu Kyi rancang pulau sidang Parlimen

Posted: 20 Apr 2012 10:14 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Aung San Suu Kyi (tengah) bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat NLD di hadapan ibu pejabat NLD di Yangon, semalam. - REUTERS

YANGON 20 April - Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dan beberapa anggota parti pimpinannya yang baru dipilih ke Parlimen merancang memulaukan sidang Parlimen pada minggu depan kerana membantah satu perkataan dalam ikrar angkat sumpah.

Boikot itu menandakan perbalahan serius pertama antara parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) dengan kerajaan propembaharuan sejak berlangsungnya pilihan raya kecil di negara ini pada 1 April lalu yang menyaksikan pejuang prodemokrasi itu buat pertama kali dipilih ke Parlimen.

NLD mengumumkan pemulauan itu, hari ini selepas pihak berkuasa menolak rayuannya supaya meminda satu perkataan dalam ikrar angkat sumpah daripada 'melindungi' kepada 'menghormati' Perlembagaan yang digubal oleh bekas junta tentera negara ini.

Jurucakap NLD, Nyan Win berkata, partinya akan menulis surat kepada pejabat Presiden bagi meminta pihak berkuasa menimbangkan semula keputusan tersebut, tetapi penyelesaian pertikaian itu tidak mungkin dicapai sebelum Parlimen mula bersidang pada Isnin ini.

"Hari ini 20 April, kerana itu saya tidak melihat kemungkinan perkara ini sempat diselesaikan," katanya.

Presiden Thein Sein buat masa ini dalam lawatan ke Jepun.

Suu Kyi dan anggota Parlimen lain daripada NLD telah dijemput untuk mengambil kerusi masing-masing di dewan rendah pada Isnin depan berikutan kemenangan besar partinya dalam pilihan raya kecil itu, dengan memenangi 43 daripada 44 kerusi yang dipertandingkan.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu telah berkata, antara agenda utama beliau di Parlimen ialah menggesa supaya Perlembagaan 2008 dipinda kerana di bawah Perlembagaan itu, 25 peratus kerusi dewan dikhaskan untuk pegawai tentera yang tidak dipilih.

Ahli Parlimen baru NLD melihat ikrar angkat sumpah itu dalam bentuknya sekarang sebagai halangan dalam agenda untuk meminda Perlembagaan dan memainkan peranan berkesan di Parlimen yang dikuasai oleh tentera dan sekutunya. - AFP

12,500 pelarian Syria berlindung di Jordan - PBB

Posted: 20 Apr 2012 10:00 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

AMMAN 20 April - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan jumlah pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan kini hampir 12,500 orang pada bulan ini.

Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat.

"Kerajaan Jordan dan UNHCR percaya masih terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat Syria yang terdedah kepada bahaya di negara bergolak itu," katanya.

- AFP

Britain dedah fail zaman penjajahan

Posted: 20 Apr 2012 09:58 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LONDON 19 April - Britain semalam mula menyiarkan beribu-ribu fail sulit dari zaman penjajahannya, termasuk sebuah fail yang menyatakan nama bapa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan sebuah lagi yang memberi amaran mengenai pelajar 'antikulit putih' Kenya di AS.

Fail-fail tersebut, yang kewujudannya baru didedahkan tahun lepas, meliputi pelbagai tempoh kontroversi dalam sejarah selepas kejatuhan empayar Britain termasuk pemberontakan puak Mau Mau di Kenya dan zaman darurat di Tanah Melayu pada 1950-an dan 1960-an.

Pihak berkuasa Britain membawa dokumen itu balik ke London pada waktu kemerdekaan negara-negara berkenaan kerana kandungannya sensitif, malah mereka pernah merancang untuk membakar sesetengah fail sulit itu.

Jabatan Luar hanya mengaku menyimpan dokumen tersebut pada Januari 2011 apabila empat warga emas Kenya memfailkan saman terhadap kerajaan Britain berhubung penderaan yang didakwa mereka alami di kem tahanan Britain.

Sejumlah 8,800 fail itu disiarkan dalam enam peringkat mulai semalam oleh Arkib Negara Britain dan berakhir pada November 2013.

Bapa Obama dinyatakan sebagai 'OBAMA, Barrack H' dalam senarai pelajar Kenya di AS yang disediakan oleh pegawai Britain, lapor media Britain.

Beliau mendaftar sebagai pelajar di Universiti Hawaii pada 1959 dan berkahwin dengan Anne Dunham pada 1961, dan anak mereka lahir pada akhir tahun itu.

Satu memo yang dihantar oleh seorang diplomat Britain di Washington ke London pada 1959 melahirkan kebimbangan mengenai pelajar Kenya di AS, yang dikatakan mempunyai reputasi buruk di AS kerana terjebak dengan pengaruh negatif dan kerana bersikap anti-Amerika dan antikulit putih, lapor Daily Mail.

Dokumen lain mengandungi keterangan mengenai dasar penjajah Britain merampas ternakan penduduk yang disyaki membantu pemberontak Mau Mau di Kenya pada 1950-1962, dalam konflik yang meragut lebih 10,000 nyawa.

Pegawai arkib berkata, dokumen yang dipercayai hilang termasuk fail mengenai pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali, Tanah Melayu pada 1948 apabila 24 pekerja ladang getah yang tidak bersenjata ditembak mati oleh askar Britain dalam satu operasi membanteras komunis. - AFP

Wanita Jepun mati dibaham beruang terlepas kurungan

Posted: 20 Apr 2012 09:55 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TOKYO 21 April - Sekurang-kurangnya dua wanita terbunuh selepas seekor beruang terlepas dari kurungan di sebuah taman di utara jepun hari ini, lapor media tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja wanita yang berusia 70 tahun meninggal dunia selepas dibaham binatang buas tersebut, manakala rakannya pula yang berumur 60 tahun ditemui mati selepas beberapa jam hilang.

Taman yang terletak di wilayah Akita itu membela kira-kira 38 ekor beruang, lima yang dilaporkan terlepas dari kandang manakala enam lagi ditembak oleh pemburu di kawasan tersebut. - dpa

110 mayat nahas pesawat Boeing 737 ditemui

Posted: 20 Apr 2012 09:51 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

HUSSAIN ABAD, Pakistan 21 April - Sebanyak 110 mayat mangsa sebuah pesawat Boeing 737 yang terhempas dalam cuaca buruk sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad ditemui, lewat malam tadi.

Brigedier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas tersebut berkata, kebanyakannya sukar dikenal pasti berikutan keadaan pesawat yang hangus.

"Sisa pesawat bertaburan sehingga dua kilometer radius dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi," katanya.

Pesawat milik The Bhoja Air itu melakukan penerbangan dari Karachi, dengan membawa penumpang berjumlah 127, termasuk enam anak kapal, yang kesemuanya dikhuatiri terbunuh. - AFP

Gempa bumi kuat gegar Sumatera Utara

Posted: 20 Apr 2012 09:38 PM PDT

29 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 7.14 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini melaporkan pusat gempa itu terletak di 296 kilometer barat daya Simeulue, Indonesia dan 790 kilometer di barat daya Kampar, Perak.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Langkawi, Perlis dan Selangor susulan kejadian gempa itu. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Jurucakap bomba negeri terbabit ketika dihubungi pula berkata, mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada penduduk. - BERNAMA

Wan Ahmad dicabar letak jawatan, tanding tiket BN

Posted: 20 Apr 2012 01:38 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengulas bahawa sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai perlu dibelanjakan sekiranya Selangor tidak mengadakan pilihan raya umum serentak dengan kerajaan pusat.

Beliau juga menasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai yang akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.

"Bagi DPPM, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak sepatutnya mengulas soal pilihanraya berasingan di negeri Selangor atau pun tidak kerana itu bukan bidang tugas beliau dan SPR," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, kenyataan seperti itu perlu dilontarkan oleh pemimpin parti politik seperti Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Tambahnya, tugas SPR dan individu seperti Wan Ahmad adalah menjayakan pilihan raya mengikut tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

"Kenyataan ini menyerlahkan lagi belang beliau yang sebenarnya dan membayangkan seolah-olah beliau adalah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh memberikan pandangan politik terhadap mana-mana parti politik," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, DPPM hairan, mengapa kerajaan mengekalkan individu seperti beliau sebagai peneraju SPR.

Katanya lagi, kenyataan Wan Ahmad menambah curiga rakyat bahawa SPR adalah badan yang tidak bebas, serta masih terkongkong dengan pengaruh parti pemerintah.

Riduan menambah, ia mengesahkan lagi bahawa SPR sedang bekerja untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU13 dengan pelbagai cara.

"Sepatutnya Datuk Wan Ahmad mengambil perhatian mengapa Pakatan Rakyat mahu menangguhkan pilihanraya di negeri Selangor.

"Ia berkait langsung dengan isu daftar pemilih di negeri berkenaan," ujarnya lagi.

Beliau menambah, Wan Ahmad sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat yang berterusan menyemak daftar pemilih sehingga mampu menimbulkan beberapa keraguan.

Katanya, sejumlah 42,051 pengundi ragu daripada senarai daftar pemilih dapat dikesan yang perlu kepada pembersihan.

Ini, ujar Riduan belum termasuk jumlah peningkatan undi mendadak di beberapa buah Parlimen di Selangor dan negeri-negeri lain, serta dakwaan wujudnya task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Justeru, katanya DPPM menyarankan Wan Ahmad supaya berterus-terang kepada rakyat bahawa beliau sememangnya berpihak kepada parti pemerintah.

"DPPM juga mencabar Datuk Wan Ahmad supaya meletak jawatan dan bertanding dalam PRU13 atas tiket BN.

"Buktikan beliau berpengaruh dan mampu memenangi PRU13. Ini lebih baik daripada terus berselindung di sebalik baju SPR," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Tiada pemerhati dan ejen calon jadi PRU 13 terkotor

Posted: 20 Apr 2012 01:37 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 diluluskan pada petang semalam di Dewan Rakyat, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, rakyat Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13).

Memandangkan PRU-13 kian menghampiri, Dewan Rakyat semalam pada hari terakhirnya pula tergesa-gesa meluluskan sebanyak 8 rang undang-undang sampai ke saat terakhir majlis dewan ditutup tirainya.

Antaranya termasuklah RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13.

Pindaan yang paling signifikan dan harus diberi perhatian sepenuhnya adalah berkenaan dengan subseksyen 26A(2) dan (3) di bawah Barung hendaklah diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, di mana kehadiran pemerhati di barung adalah tidak lagi dibenarkan.

Pindaan yang membatalkan kehadiran pemerhati dalam barung bercanggah dengan prinsip demokrasi yang bersifat partisipasi dan bakal mencorakkan proses pilihan raya yang memihak kepada rejim pemerintah.

Seperti yang turut dinyatakan dalam pindaan subseksyen yang dinyatakan di atas, alasannya bagi meniadakan peruntukan bagi membenarkan kehadiran pemerhati adalah bagi menangani kesesakan dan kesukaran yang timbul semasa petugas pilihan raya melaksanakan tugas mereka.

Alasan ini adalah amat tidak munasabah. Sekiranya kesulitan sedemikian timbul dalam proses mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mengkaji semula mekanismenya kerana kesulitan sedemikian sesungguhnya merupakan masalah teknikal yang boleh diatasi melalui penambahbaikan prosedur dan bukannya dengan menolak kehadiran pemerhati yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat terbanyak apabila konteks tuntutan dan gerakan Bersih diambil kira.

Di samping itu, pindaan Seksyen 14(1A) yang bertujuan membenarkan mana-mana ejen tempat mengundi (ETM) atau ejen mengira undi (EMU) bagi seseorang calon untuk bertugas di tempat mengundi hanya pada waktu yang ditetapkan SPR atas alasan bagi mengelakkan kesesakan kelihatan tidak adil kepada mana-mana calon, terutamanya calon bebas dan calon parti oposisi.

Kehadiran ejen-ejen bertugas tersebut adalah penting dalam menyemak dan mengimbang segala proses mengundi pada hari pengundian bagi memastikan keadilan proses pilihan raya.

Tanpa kehadiran ejen-ejen tersebut, SPR yang terletak di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri dibiarkan menguasai proses pengundian.

Seperti yang umum sedia maklum, sistem pilihan raya sedia ada dalam Malaysia sememangnya terbelenggu dengan pelbagai ketidaktelusan dan ketidakadilan.

Isu seperti senarai pendaftaran pemilih yang tidak bersih, undi pos, pengundi hantu dan sebagainya telah pun menghalang kelancaran dan keadilan pilihan raya sekian lama ini.

Hal ini juga merupakan daya pendorong utama yang menggerakkan perhimpunan BERSIH 3.0 terus mara.

Kini, tambahan pula dengan pindaan-pindaan yang diluluskan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pilihan raya yang paling bergelumang.

Selain pindaan yang dipertikaikan, pindaan-pindaan yang lain adalah berhubung dengan jarak, di mana kehendak jarak lima puluh meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana tempat penamaan, mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau disenggarakan semasa tempoh berkempen.

Juga mana-mana orang menunggu atau berdiri-diri dari sempadan pusat mengundi semasa hari pengundian dipanjangkan kepada jarak tidak kurang daripada satu ratus meter. SPR turut diberi kuasa untuk menentukan apa-apa jarak lain yang sesuai di bawah subseksyen baru.

Selain itu, subseksyen 11(1)(c) di bawah Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah yang pada asalnya menyatakan mana-mana orang yang "mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan atau menyebabkan supaya dicetak, diterbitkan, diedarkan atau ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekat atau poster yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;" yang akan diambil tindakan sekiranya disabit kesalahannya telah disingkirkan dalam pindaan yang baru atas alasan sukar dikuat kuasa.

Memandangkan proses pilihan raya masih dipenuhi dengan taktik kotor dan pembohongan yang jelas mencaburi hak rakyat dalam menyertai dan mengundi dalam pilihan raya – khususnya masalah senarai daftar pemilih yang tidak bersih dan penggunaan senarai daftar pemilih berlainan pada hari pengundian, sekiranya pindaan-pindaan yang menafikan kehadiran ETM, EMU atau wakil politik dan juga pemerhati dalam barung mengundi pada hari mengundi dikuatkuasakan, jelas dakwaan bahawa PRU-13 akan menjadi pilihan raya yang terkotor itu bakal menjadi kenyataan yang cukup menyedihkan.

Harakah Daily

Pemuda PAS anjur 'lesure walk' jawab serangan ganas

Posted: 20 Apr 2012 01:33 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan kempen besar-besar "Leisure Walk For Peace and Public Safety" untuk membantah tindakan dan aktiviti gangster di tempat awam.


(Nasrudin berucap kepada mahasiswa yang berhimpun di Dataran Merdeka malam tadi)

Kempen ini dibuat ekoran kejadian serangan terhadap mahasiswa di Dataran Merdeka baru-baru ini yang disifatkan Pemuda PAS sebagai satu insiden yang sungguh mengejutkan rakyat Malaysia.

Menurut ketuanya, Ustaz Nasrudin Hasan, insiden yang menimpa mahasiswa di Dataran Merdeka baru-baru ini adalah satu perkara yang sangat memalukan negara dan ianya tidak patut berlaku.

"Berkhemah di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka pun tidak terlepas dari ancaman keganasan samseng, apa jaminan untuk rakyat selamat di ceruk kampung dan desa yang jauh dari balai polis dan ibu pejabatnya," kata beliau.

Tujuan mengadakan kempen adalah untuk menyatakan bantahan terhadap aktiviti dan keganasan "samseng" di dalam negara ini dan juga sebagai sokongan kepada mahasiswa yang hanya memperjuangkan hak mereka sahaja.

"Himpunan Mahasiswa adalah aman. Mereka berkhemah dan duduk santai menyuarakan tuntutan mereka kepada awam amnya dan kepada kerajaan khasnya.

"Kenapa mereka mesti dilayan sedemikian rupa? atau siapakah yang mengupah samseng ini? atau mereka mahu menarik lebih ramai lagi mahasiswa berkampung dan berkhemah di dataran itu?" kata beliau.

Ustaz Nasrudin juga menyertai puluhan anggota Unit Amal PAS dalam kempen ini.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Unit Amal kerana mereka peka dengan kezaliman bahkan sanggup turun dan bersama untuk mengawal keselamatan mahasiswa di Dataran Merdeka," katanya.

Insiden yang berlaku pada pagi 19 April benar-benar mengejutkan majoriti rakyat Malaysia.

Tambahan pula kenyataan daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dipetik melalui laman sosialnya dilihat sebagai satu perkara yang tidak bijak selaku seorang menteri.

"Sangat tidak wajar, seorang yang bercakap atas platform menteri kepada kerajaan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Pada saya, kenyataan seperti ini hanya akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat adakah kerajaan yang mendalangi insiden yang berlaku ke atas peserta Univercity of Merdeka ?" ulas beliau ketika ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Khaled Nordin.

Beliau juga menegaskan, "Seorang ayah pasti tidak akan dapat lari daripada tanggungjawab untuk membentuk dan memastikan keselamatan anaknya.

"Bayangkan apabila anak merasakan rumah yang menjadi tempat dia berlindung sudah lagi tidak dirasakan selamat untuk dihuni, apakah yang akan mereka lakukan?" katanya.

Kehadiran Ustaz Nasrudin juga dilihat memberikan semangat kepada rata-rata mahasiswa yang hadir.

Bahkan Ustaz Nasrudin juga diberikan kesempatan untuk berucap dan memberikan kata-kata semangat agar mahasiswa yang hadir berhimpun dengan mempamerkan akhlak yang baik kepada lawan.

Leisure Walk For Peace and Public Safety adalah kempen anak muda dengan berjalan kaki ke Dataran Merdeka untuk menyatakan bantahan terhadap keganasan dan sokongan terhadap tuntutan hak mahasiswa.

Harakah Daily

Himpunan tanah rakyat sasar 30,000 kehadiran

Posted: 20 Apr 2012 01:31 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BHARU: Himpunan Tanah Rakyat yang dijadual berlangsung 5 Mei di depan di Plaza Angsana di sini bertujuan mendesak kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi rakyat. (Gambar Hiasan)

Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (Tanah), Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana kerajaan-kerajaan negeri adalah pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan pula adalah yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965.

"Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku," katanya.

Sementara itu, pihak penganjur mensasarkan kehadiran 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

"Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini," katanya lagi.

Pemilihan negeri Johor pula tambahnya kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di negeri ini.

Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia sehingga pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada Dato Lim Kang Hoo.

Selain itu, masalah lain juga termasuk pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri serta projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri.

"Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu," tegasnya sambil memaklumkan 10 tuntutan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Johor.

Harakah Daily

Kelantan beri RM10,000 untuk waris mangsa bunuh

Posted: 20 Apr 2012 01:28 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama menyediakan bantuan khas sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang dibunuh setelah tertuduh diberi pengampunan Sultan Kelantan kerana mempunyai masaalah mental.

Tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat exco semalam selepas ianya dicadangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'sagu hati kesedihan'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan terhadap kes bunuh yang melibatkan kes suspek kurang siuman setelah disahkan oleh doktor.

"Selepas pengampunan Sultan Kelantan, suspek itu bebas malah keluarga simati sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi terhadap suspek terbabit, apa lagi untuk mengemukakan saman kerana dia sudah tidak siuman,"ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, melalui keputusan itu, rakyat luar Kelantan walaupun tinggal di negeri ini dan kebetulan berlaku sedemikian, juga layak menerima.

Katanya lagi, kertas kerja berhubung perkara itu akan dilaksanakan segera bagaimanapun ianya perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat exco terlebih dahulu.

"Bersama saya yang bakal menjalankan tanggungjawab itu, anggota exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan,"ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan negeri memandang berat masaalah yang ditanggung keluarga mangsa sedangkan untuk mendakwa tertuduh tidak boleh dilakukan.

"Jadi sebagai tanda kebajikan, tanggungjawab sekurang-kurangnya sebagai ganjaran kerajaan negeri bersedia memberi bantuan kepada keluarga mangsa yang terdekat,"ujarnya.

Harakah Daily

Perbicaraan skandal pembelian Scorpean bermula

Posted: 20 Apr 2012 01:27 AM PDT

28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PARIS: Suaram telah memulakan permohonan mereka kepada Tribunal Besar Perancis bagi membicarakan skandal rasuah pembelian Scorpean hari ini.

Suaram yang diwakili ahli lembaganya iaitu Dr Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa membuat permohonan itu di depan hakim Roger Le Loire melalui peguam Joseph Breham.

Suaram membawa kes ini bagi pihak pembayar cukai Malaysia untuk mendedahkan dakwaan komisyen telah dibayar sebanyak lebih RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Dr Kua telah membentangkan kes itu bagi pihak Suaram.

Penyiasatan yang dibuat oleh pendakwa Perancis sehingga kini menyalahkan pegawai Malaysia dalam kes ini.

Menurut Peguam Joseph Breham pula, penyiasatan dipihak Perancis berhubung komisyen Scorpene ini pula menjurus kepada pegawai Malaysia yang tertentu.

"Bagi kami untuk mencapai tahap ini, satu usaha yang sangat sukar, dimana komsien Scorpene adalah skandal rasuah yang terbesar di Malaysia sejak akhir-akhir ini," kata Brehem.

Berdasarkan kepada bukti yang ditunjukkan kepada Suaram yang bertindak sebagai pihak pengandu dalam kes ini, mereka mempunyai bukti yang cukup untuk menyabitkan pegawai Malaysia tertentu.

Berdasarkan permintaan dari Hakim Le Loire, Suaram mencadangkan Abdul Razak Baginda, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, PI Balasubramaniam, Setev Shariibuu, Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin and Mazlinda (isteri Abdul Razak) sebagai saksi.

Harakah Daily

DPP PADANG TERAP

Posted: 20 Apr 2012 09:30 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Padang Terap Kali Ke-30

Posted: 20 Apr 2012 12:16 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Apr 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bila mahu tanam semula kelapa sawit?

Posted: 20 Apr 2012 08:25 PM PDT


JEMPOL 19 April 2012 - Sebahagian peneroka di Blok 3, 4, 6 dan 10 di Gugusan Raja Alias 1, dekat sini memohon keprihatinan pihak pengurusan Felda supaya menyegerakan projek penanaman semula kelapa sawit di kebun mereka.

Seorang peneroka, Daimun Ibrahim, 52, memberitahu, mereka telah menunggu terlalu lama untuk penanaman semula kelapa sawit itu selepas bersetuju menyertai program Felda kerana yakin dengan pengurusan agensi tersebut.

''Kami telah diberi pilihan, sama ada melakukan penanaman semula secara sendiri atau menyertai program dianjurkan oleh Felda," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peneroka yang mahu menyertai program Felda itu dimaklumkan mereka akan diberikan wang sara hidup sebanyak RM840 sebulan dan perlu membayarnya semula apabila pokok sawit yang ditanam itu membuahkan hasil.

''Kini sudah hampir dua tahun, bayangkanlah jika wang diterima itu semakin meningkat, bermakna kami perlu membayar balik dengan jumlah yang besar kelak," ujarnya.

Jelasnya, pokok sawit yang sudah matang hanya boleh mengeluarkan hasil selepas berusia tiga tahun.

''Lihatlah kebun kami semakin semak, sampai bila kami harus menunggu," tegasnya.

Rakannya, Kamarudin Salleh, 55, juga melahirkan rasa sedih apabila memikirkan masa depan mereka dan mendakwa, pengurusan Felda telah melantik pihak koperasi untuk menjalankan kerja penanaman semula itu.

''Kalau mereka tidak boleh melakukan kerja itu, Felda kenalah ambil tindakan. Sedih saya apabila melihat benih pokok yang harus ditanam diletakkan begitu sahaja dalam kebun," katanya.

Sementara Abd. Aziz Yasin, 59, pula menjelaskan, ada rakannya yang tidak menyertai program Felda dan kini hanya menunggu hasil selepas melakukan tanaman semula secara sendiri.

''Saya yakin Felda sebuah agensi yang komited membantu peneroka, tetapi ia menjadi buruk apabila ada pihak yang diamanahkan tidak melaksanakan kerja dengan betul,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 20 Apr 2012 09:17 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Semangat Timbalan Presiden , Pasca Bersih 3.0, malamnya di Kampung Gajah.

Posted: 20 Apr 2012 08:21 AM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Apr 2012 03:47 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GEMPAR) KONDOM DI DEMO MAHASISWA MANSUH PTPTN

Posted: 20 Apr 2012 12:25 AM PDT

...apa?? pemuda umno ada jumpa kondom masa demo mansuh PTPTN tempoh hari?? huhuhuhuhuhu...

aku pun tak paham apa maksud bulat kanan dan kiri... yng kiri gambar bulan ada 'TIKAR'... yang kanan bulat yang di zoom kam konon ada kondom basah atas 'PASIR'...

jadi apa releted nye??? korang paham.... aku pun tak paham!!!! hahahahaha

INI PERINGKAT NASIONAL SGT KE BOLEH GUNA DATARAN?

Posted: 19 Apr 2012 11:56 PM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan





Macam la aktiviti bawah ni nasional sangat.......







dasar baruan BN UMNO........

BEH BOH... DBKL TOLAK PERMOHONAN GUNA DATARAN

Posted: 19 Apr 2012 09:07 PM PDT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini...hahahahahaha

Kita pergi putrajaya.....

(BERITA YG KORANG X TAU) 2 POLIS TURUT DICEDERAKAN SAMSENG UMNO!

Posted: 19 Apr 2012 06:23 PM PDT

NONEMenurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengenai kejadian serangan samseng di Dataran kelmarin, mendakwa dua detektif polis cedera di bahagian belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur, beliau berkata dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.

"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera. Polis masih tidak dapat mengesan punca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yang ditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya.


Apa pun ketangkasan pihak berkuasa mampu mengelakkan kejadian yang lebih terus berlaku pada awal pagi tersebut... TERIMA KASIH CIKGU... (sebab bapak ana pun bekas polis....huhuhuhuhuhu)

"TIADA SIAPA SURUH...JANGAN TAGIH SIMPATI" : KHALID

Posted: 19 Apr 2012 05:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 April — Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter pagi tadi, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.
"Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati," tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu "perkara yang perlu dibimbangkan."
Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu "mempunyai hak berada di situ" walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Apr 2012 03:15 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


RAMAI AHLI UMNO DAH BERSILAT DAN MELUAT GARA-GARA GADAI MARUAH BN DAN SPR

Posted: 19 Apr 2012 11:39 PM PDT

Semua negara maju di dunia pernah digolongkan sebagai negara yang telah melalui proses yang boleh dikatakan proses pembetulan atau proses pendemokrasian 'sebenar' sebelum mereka keluar dari menjadi lebih kuat, bersatu dan maju. Proses pembetulan ini seringkali dipanggil Revolusi. Ada yang melabelkan proses pembetulan ini sebagai pecah belah, perang saudara, demontrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya.

Revolusi selalunya terjadi apabila sebuah kerajaan samada raja atau parti politik memerintah terlalu lama. Mereka anggap mereka saja yang layak memerintah dan mulalah bila proses demokrasi yang di gunakan sebagai topeng keadilan di manipulasi seperti di Malaysia di mana mereka sanggup mendaftarkan pendatang asing bagi memastikan mereka terus mendapat mandat dari pengundian yang sebenarnya mereka cuba mendapatkan undi palsu.
Tamrin anak bekas TPM Allahyarham Gafar Baba yang masih UMNO pun meluat dan jijik dengan cara Pimpinan UMNO/BN yang sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa melalui prosidur yang betul hanya untuk mendapatkan pengundi haram yang dihalalkan untuk jangkamasa pendek.
Inilah muka-muka yang didakwa sebagai pengkhianat negara yang dikambinghitam bagi melindungi arahan atasan.
Kad pengenalan ini ada tempoh hayat dikatakan mengunakan tektik Pilihan Raya di Sabah di mana kada pengenalan ini akan diberi untuk pilihan raya dan akan diambil semula atau dirampas sebagai kad pengenalan bermutu tinggi.
Kuasa pemerintahan terlalu lama yang dimiliki manusia akan menimbulkan banyak penyakit hati. Manusia mempunyai nafsu tanpa had. Manusia yang mempunyai kuasa dan kaya akan lupa diri. Mereka menjagi sombong dan bongkak. Mereka termakan pujukan syaitan untuk terus mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun. Akibatnya rasuah, penipuan, kronisme dan pelbagai penyakit masyarakat timbul. Di dalam juga Al Quran menceritakan mereka ini seperti namrud dan firaun.

WAJIB SIASAT ! AHLI PARLIMEN DARI KEMENTERIAN MANA TERLIBAT?

Posted: 19 Apr 2012 05:58 PM PDT

19 Apr - Satu pendedahan dibongkar mengenai hubungan sulit diantara seorang pelakon tempatan dan dengan seorang menteri berstatus VIP yang juga merupakan seorang ahli parlimen.

Menurut laporan MalaysiaKini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit tersebut telah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Laporan tersebut juga ada menyebut mengenai hubungan sulit mereka dimana pasangan ini akan berjumpa pada setiap hujung minggu di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Dakwan Noor Azman lagi, perjumpaan sulit itu pasti akan diberikan wang saguhati diberikan kepada artis berkenaan dan dimasukkan ke akaunnya.

"Pada setiap pertemuan yang berlangsung, VIP tersebut akan memberikan duit sebanyak RM100,000 hingga RM200,00 untuk saya dan juga untuk artis berkenaan dan dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon."

Sebelum itu, satu laporan akhbar ada memberitahu bahawa pelakon tersebut kehilangan wang yang dilarikan pemandu peribadinya yang berjumlah RM200,000 setelah diarahkan oleh pelakon tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Apr 2012 01:39 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Jaga-jaga resipi bakteria

Posted: 20 Apr 2012 03:01 AM PDT

AYER KEROH - Seorang pengusaha sebuah kafeteria di Hospital Melaka, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menjual ayam masak kurma yang mengandungi bakteria coliform, Mei tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap Rozailina Zainol, 33, yang mengaku pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Rozailina didapati menjual ayam masak kurma kepada Pegawai Berkuasa Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Mohd Azrol Nizam Aziz, setelah dianalisis di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Selangor, mengandungi 240 coliform.

Rozailina didapati melakukan kesalahan itu Kafeteria Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Iskandarsah Mohd Sah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod lampau.

Sumber : Sinar Harian Melaka http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/didenda-jual-lauk-ada-bakteria-1.41234

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 20 Apr 2012 01:32 PM PDT

Pemuda PAS Sandakan


UCAP TEMA MUKTAMAR DPPKS 2012

Posted: 20 Apr 2012 04:20 AM PDT


UCAP  TEMA
MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS SANDAKAN
TAHUN 2012

TAJUK

ISTIQAMAH  JALAN MENUJU KEMENANGAN


TARIKH
7 JAMADIL AWAL 1433 / 30 MAC 2012


TEMPAT

PASTI ZAID BIN HARITHAH, TAMAN AIRPORT, SANDAKAN.
  

OLEH
UST. QAMARULLAH WAHBA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه وسلم بالهدى ودين الحق رحمة للعالمين وقدوة للعاملين وحجة على من أرسله الله إليهم أجمعين وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين وأشهد أن محمدا عبده ورسوله المصطفى على العالمين صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وسلم تسليما كثيرا
أما بعد

Para  sahabat mukmirin Dewan Pemuda Pas  Kawasan Sandakan …

Pada hari ini, setelah cukup haul kita berada dalam Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan sebagai satu pasukan, sekali lagi kita bermuktamar. Pada hari ini, kita bertemu untuk menilai dan memuhasabah kembali segala gerakerja yang telah kita laksanakan selama setahun setelah muktamar yang lalu. Semoga pertemuan kita pada hari ini adalah petemuan pemuda-pemuda beriman yang menjadikan Allah sebagai sebab. Mudah-mudahan juga dengan sebab itu, kita tergolong dalam salah satu golongan yang diberi perlindungan oleh Allah pada hari mahsyar yang hanya ada teduhan arasy Allah SWT.


Sebagai satu sayap penting perjuangan PAS di Sandakan, di samping juga batu bata jamaah Islam PAS di Malaysia, kita hendaklah sentiasa membuat semakan dan muhasabah. Di saat kita salah, tentu ada jalan kembali. Di saat kita lemah, tentu ada jalan bangkit semula. Namun, meninggalkan Jamaah hendaklah kita sisihkan jauh-jauh daripada lintasan fikiran kita.

Biarlah setiap daripada kita sentiasa membisikkan dalam hatinya, jika ditakdirkan tiada lagi pendekar dalam perjuangan Islam ini, biarlah aku menjadi pendekar terakhir yang berdiri menghadapi lawan.  Kememangan untuk Islam pasti datang. Lambatnya kemenangan bukan untuk dikeluhkan tetapi hendaklah disyukuri. Sesungguhnya ujian berjuang itu tidak lebih hebat daripada ujian menangani kemenangan

Sebab itu, dalam muktamar pada kali ini, saya ingin sekali menekankan kembali asas kepada perjuangan Islam di semua tempat dan semua masa. Itulah Istiqamah. Kita tidak mengaharapkan kehebatan tempikan yang bergema seluruh alam tetapi kemudian menjadi rintihan halus dalam kelambu. Kita tidak mahu bangkit dengan semangat waja di awal pagi tetapi kendur lesu di pertengahan hari. Kita memerlukan satu kalimah berat yang pahit untuk ditanggung iaitu Istiqamah.

Sahabat Muktamirin Sekalian!

Setelah kita melalui liku-liku kebersamaan dalam jemaah, sungguh fahamlah kita bahawa alangkah peritnya satu kalimah yang disebutkan istiqamah. Banyak bunga yang kembang di awal pagi lalu layu menjelang tengahari. Berapa banyak pula bahtera yang belayar, malah yang sarat dengan muatan, tidak sampai ke pelabuhan. Ia sangat merugikan, bukan sahaja buat jamaah dan perjuangan tetapi lebih-lebih lagi buat para pejuang itu sendiri.

Buat kita para pemuda PAS yang sudah menggabungkan diri dengan perjuangan ini, jangan ada keraguan lagi. Aturkan langkah ini dengan penuh yakin. Jangan diragukan oleh pelbagai bisikan. Kita bukan mengasaskan Jama'ah tetapi meniti di atas laluan yang telah dirintis oleh pendahulu kita yang telah berjuang dengan penuh keyakinan.

Mereka adalah para mujtahid siasah yang bukan kepalang.  Mereka berkata:  kami orang-orang PAS yang bertekad merubah Negara Malaysia agar menjadi Negara yang diredhai Allah. Kita hendaklah berkata hal yang sama. Biar kata-kata ini seteguh ikrar kita bertuhankan Allah SWT sebagaimana  firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ المَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".

Surah Fussilat: Ayat 30

Dalam Hadis Muslim dan turut diriwayatkan oleh An-Nasai  bahawa Sufyan bin Abdillah As-Tsaqafi telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

يا رسول الله ، قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا بعدك . قال : " قل آمنت بالله ، ثم استقم "


"Ya Rasulullah, katakan buatku (satu nasihat)n yang aku tidak perlu minta daripada siapapun lagi selainmu! Maka sabda Rasulullah SAW: Katakan olehmu "aku beriman dengan Allah, kemudian hendaklah kamu istiqamah dengan kata-katamu itu".
KESEMPURNAAN ISTIQAMAH

Perkataan Istiqamah banyak disebutkan dalam Al-Quran. Ia tidak akan sempurna melainkan ada empat perkara:

a) Mengatahui jalan perjuangan berdasarkan ilmu yang berpaksikan dalil-dalil syar'i.

b)         Beramal dengannya  dengan melazimi praktikalnya zahir dan batin.


c) Menyeru orang lain kepadanya serta bertausiah agar berpegang dengannya serta mempertahankan daripada aspek-aspek yang melemahkannya.

d) Tetap hati di atasnya dengan sabar yang berterusan, mempertahankan sehingga mati tanpa menambah dan mengurangkan.

ISTIQAMAH PARA PEJUANG ISLAM

Para pejuang agama Allah sepanjang zaman menanggung liku-liku yang sangat pelbagai. Di kalangan mereka ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang tewas. Mereka yang berjaya itu adalah kerana sifat istiqamah yang tertanam dalam hati mereka.

Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Khabab bin Al-Irt , beliau telah berkata:

شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة ، فقلنا : ألا تستنصر لنا ، ألا تدعو لنا ؟ فقال : ( قد كان من قبلكم ، يؤخذ الرجل فيحفر له في الأرض ، فيجعل فيها ، فيجاء بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين ، ويمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه وعظمه ، فما يصده ذلك عن دينه ، والله ليتمن هذا الأمر ، حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت ، لا يخاف إلا الله ، والذئب على غنمه ، ولكنكم تستعجلون

" Kami telah mengadu kepada Rasulullah Saw pada satu hari, sedang pada ketika itu baginda sedang berbaring dengan berbantalkan burdahnya di bawah baying-bayang Ka'bah. Kamu berkata: Ya Rasulullah, kenapa tidak tuan minta tolong kepada Allah untuk kita (agar kita menang). Kenapa tuan tidak berdoa (untuk kemenangan kita)? Maka baginda pun bersabda: Sesungguhnya ummat terdahulu sebelum kamu, di kalangan mereka ada seorang lelaki, digali lubang dalam tanah untuk mereka, lalu dia ditanam di dalamnya, dibawakan gergaji dan digergaji kepalanya lalu terbelah dua badannya. Ada juga yang disikat dengan penyikat besi tubuh mereka sehingga bercerai daging dari tulangnya. Siksaan sedemikian tidak memisahkannya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini (perjuangan Islam) akan disempurnakan Allah SWT sehingga seorang penunggang dari San'a ke Hadramaut tidak perlu takut apa-apa kecuali Allah SWT dan  serigala yang memakan kambingnya. Tetapi…kamu kaum yang tidak sabar (untuk menenang).
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sungguh hebat ketahanan dan istiqamah para pejuang agama di zaman dahulu. Sanggupkah kita meneladani istiqamahnya mereka? Mereka telah menghadapi goncangan jiwa yang amat hebat sehingga habislah usaha dan ikhtiyar. Hanya yang ada keluhan…bila lagi pertolongan Allah?

Perjuangan kita dewasa ini tidak sampai ke tahap itu. Kita masih banyak usaha dan strategi. Siksaan dan derita yang kita hadapi tidak seteruk mereka. Kita belum layak untuk mengeluh dengan keluhan pasrah "bila lagi pertolongan Allah". Tetapi, sudah ramai kalangan pejuang yang telah hilang istiqamah.  Kita bimbang dan berdoa agar kita bukan kalangan yang akan hilang istiqamah.

ISTIQAMAH DALAM JEMAAH LEBIH BAIK

Seperti solat, berjemaah di masjid lebih baik daripada solat sendirian di rumah,  demikian pula, jika solat berjemaah dengan orang ramai di masjid, ia lebih baik daripada bersolat jemaah dengan anak isteri di rumah. Kalau demikian halnya dengan solat, maka apatah lagi dalam memperjuangkan Islam. Memperjuangkan Islam secara berjemaah tentu lebih baik daripada memperjuangkannya secara sendirian. Gandaan pahalanya adalah berlipat. Betapapun hebat anda dalam penampilan syaksiah Islam, jika anda bekerja untuk Islam secara bersendirian, anda akan rugi dari segi pahala yang diraih. Malah, banyak kerugian lain lagi. Justeru, marilah kita merancang dan melakukan gerakerja memenangkan Islam dalam jemaah. Apabila kita sebutkan merancang dan melakukan gerakerja memenangkan Islam, dalam konteks negara kita Malaysia, PAS-lah jemaah yang melengkapi ciri-ciri jemaah yang memburu kemenangan Islam kerana kemenangan Islam tidak dapat dipisahkan daripada meraihkan kekuasaan pemerintahan di muka bumi.

Para pejuang yang istiqamah dalam Jama'ahlah yang akan menang. Rasulullah SAW telah menegaskan dalam sepotong hadis:

لَنْ يَزَالَ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى النَّاسِ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ

"Akan sentiasa satu kaum dari ummatku menjadi pihak yang menang di atas manusia sehinggalah datang ketentuan Allah dan mereka sentiasa dalam keadaan menang".
(Hadis Riwayat Bukhari: 3640)

ISTIQAMAH DENGAN JEMAAH YANG BENAR

Persoalan yang penting juga adalah menetapkan pilihan dalam jamaah mana kita hendak perjuangkan Islam.  Pada hari ini ada pelbagai  kumpulan yang menisbatkan diri mereka sebagai jamaah. Ada yang yang bersifat juz'I dan eksklusif. Ada yang bersifat aliran dan manhaj. Jama'ah Islam hendaklah bersifat kulli dan boleh disertai oleh semua orang yang punya kecenderungan memperjuangkan Islam. Ia juga buka memilih aliran di antara pelbagai aliran. Manhaj jamaah Islam adalah manhaj nubuwwah. 

Ada kumpulan yang dipandu oleh semangat kemelampauan sehingga musuh Islam menggelarkan mereka sebagai ekstremis. Kita juga berdepan dengan  kumpulan tariqat dan separa tariqat yang membuang kehidupan berpolitik dari kamus perjuangan mereka. Ada pula kumpulan yang menghabiskan masa dan tenaga memperjuangkan aliran lebih daripada memperjuangkan ketinggian Islam. Semua ini menuntut kita cermat menentukan pilihan. Seseorang yang terjun ke dalam satu arus akan hanyut dibawa arus. Setelah sampai di kuala dan arus pun telah perlahan, apalah ertinya lagi berenang ke tepian.  Perjuangan, biar bermula di ulu dan dari ulu itu aliran yang haq perlu dibentuk.

Kita hendaklah meyakini dengan perjuangan PAS kerana ia adalah satu jemaah yang melengkapi harapan harapan ummat. Sungguh pun kita tidak menolak ada kekurangan disebabkan longlainya pegangan dan disiplin segelintir pendokongnya, ia masih lebih sempurna dari segi dasarnya berbanding ta'ifah-ta'ifah lainnya.

Sabda Rasulullah SAW:

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وإنه لا نبي بعدي وستكون خلفاء تكثر قالوا فما تأمرنا قال فوا ببيعة الأول فالأول وأعطوهم حقهم فإن الله سائلهم عما استرعاهم

"Dahulu urusan politik (siasah) Bani Israel diurus oleh para nabi. Bila wafat seorang nabi diganti dengan nabi yang lain, sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, akan tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak." Para sahabat bertanya,'Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Rasulullah menjawab,'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajiban mereka." [HR. Muslim].

Dalam Dunia, setelah tumbangnya zaman kekhalifahan Islam sekitar tahun 1924M, jemaah yang menceburi politik pertama bangkit adalah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna.  Dari Mesir Negara kelahirannya, Jama'ah tersebut berkembang ke seluruh dunia. Di Malaysia, PAS-lah yang menjulang panjinya. Maka PAS adalah jama'ah yang pertama. Buat Pas kita serahkan bai'ah kita.

ISTIQAMAH DENGAN TARBIAH

Perjuangan dalam Gerakan  Islam tidak sama dengan perjuangan dalam organisasi biasa. Ini kerana dalam Gerakan Islam, perjuangan hendaklah didorong oleh keikhlasan limardhatilah. Masuk dalam perjuangan Jama'ah bukan dengan tujuan tersebut akan menyebabkan tujuan-tujuan lain mula bersimpangsiur. Dalam Ijtimak Tarbawi pada tahun yang lalu yang diadakan di Kundasang. Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Pusat mengingatkan tentang kepelbagaian maksud orang menyertai Pas. Menurutnya, ada yang menyertai PAS kerana faktor ketokohan individu, tradisi keluarga, habuan ghanimah dan pangkat, kebencian kepada musuh dan sebagainya. Semua tujuan tersebut menjadikan penggabungan ahli PAS itu dengan PAS tidak utuh dan pada bila-bila masa akan rebah dengan cobaan. Hanya tujuan mardhatillah yang boleh diklasifikasikan sebagai ikhlas dan hanya yang ikhlas sahaja akan mendapat ganjaran pahala dan jika mati dalam perjuangan, matinya adalah syahid.

Untuk membetulkan objektif perjuangan inilah maka unsur tarbiah sangat berperanan. Dalam PAS ada amal tarbiah yang perlu dilazimi oleh anggota agar ia membentuk kekuatan dan jatidiri pejuang agama Allah. Program-program seperti Usrah, Tamrin, Kuliah-kuliah Harakiah, Ijtimak Tarbawi dan bermacam-macam lagi adalah usaha rasmi jama'ah untuk memperkasa tarbiah ahli. Selain itu program-program lain yang melibatkan program PASTI, safar bersama, mesyuarat dan sebagainya merupakan mekanisma tidak rasmi Jama'ah melestarikan tarbiah anggota Jemaah. Anggota Jamaah hendaklah menghirup semua penawar tarbiah ini agar ia menjadi ramuan yang memperkuatkan tarbiah diri.

Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan PAS. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi. Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka  adalah tanggapan yang silap dan songsang.

Amal tarbawi ini perlu ditegakkan dalam diri dengan istiqamah, barulah hasilnya berbuah.

ISTIQAMAH MEMBINA KEKUATAN KEROHANIAN

Perjuangan menegakkan Islam tidak harus dipisahkan daripada amalan yang memperkuatkan kerohanian. Perjuangan yang tidak parallel dengan pembangunan kerohanian pada akhirnya akan layu dan menghadapi masa-masa lemah. Jika rohani kuat, semangat juang tinggi. Orang yang kuat rohaninya tidak akan merasa lemah atau hina dalam memperjuangkan agama Allah. Malah, kerohanian yang mantap juga merupakan syarat nusrah Allah yang merupakan penentu kemenangan bagi perjuangan Islam. Tanpa rohani yang mantap, jadilah perjuangan kita pada tara yang sama dengan perjuangan lain.

Kerana itu, kita memerlukan amalan yang membina kerohanian. Asas kepada amalan kerohanian Islam adalah petunjuk dari Rasulullah SAW.

Para pejuang Islam hendaklah dibiasakan dengan wirid yang warad. Zikir yang ma'thur. Akrab dengan Al-Quran. Bersenjatakan doa. Sering bertaubat dan banyak amal sunat.

ISTIQAMAH DENGAN MUJTAMAK ISLAM.

Ibn Khaldum dalam Muqaddiamahnya menyebutkan:

الإنسان مدني بالطبع

"Manusia itu makhluk bermasyarakat dari segi tabiat".

Islam sama sekali tidak mengajak penganutnya menjadi pendeta yang menyisih diri daripada masyarakat. Islam tidak mengangkat mulia kehidupan laksana rahib atau sang petapa. Islam juga tidak memisahkan mana-mana juzuk kehidupan daripada Islam. Sebab itu, jalan hidup sesetengah pihak yang memisahkan juzuk politik daripada Islam tidak boleh kita terima. Politik merupakan unsur madani yang sangat utama dalam kehidupan manusia. Jika seorang berkata: aku tidak mencampuri hal politik!, nyatalah bahawa dia tidak mengambil Islam para nabi. Islamnya adalah Islam para Rabi. Ada pemimpin UMNO yang menolakkan keulamaan TG Nik Aziz Nik Mat hanya kerana dia disifatkan ulama politik. Pada mereka, yang nama ulama itu tidak harus berpolitik.  Maka kalau tidak berpolitik, bagaimana dikatakan manusia itu makhluk bermasyarakat?

Pemuda perjuangan hendaklah "madani". Manifestasi madani kita adalah keterlibatan dalam aktiviti kemasyarakatan. Sangat banyak aktiviti kemsyarakatan. Ada yang syar'I dan ada yang tidak. Namun yang paling syar'i dan mulia di antara semuanya adalah mendirikan solat berjama'ah di masjid. Melalui solat berjemaah, kita dapat melaksanakan tabiat madani kita dengan cara yang baik.

Pemuda perjuangan tidak harus liat daripada melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana melaluinya masyarakat akan tertarik kepadanya dan menjadikannya tauladan. Ia akan membentuk penampilan yang kuat buatnya di tengah masyarakat. Penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah agar natijahnya benar-benar dapat dilihat kelak.

ISTIQAMAH DALAM MEMBUDAYAKAN INFAQ BUAT JEMAAH

Harta yang dikurniakan Allah kepada kita hanya pinjaman. Perkara ini diharapkan dapat difahami dengan sesungguhnya. Malah, ia perlu difahami dan dihayati dengan sepenuhnya termasuk dalam basirah yang dalam. Apabila kita sudah  faham makna pinjaman harta yang dikurniakan Allah kepada kita, kita tidak akan bercakap sebagaimana Qarun berkata tatkala diminta zakatkan hartanya oleh nabi Musa.  Kata Qarun sebagaimana dirakamkan dalam Al-Quran:

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِندِي

"Berkata Qarun, sesungguhnya aku dikurniakan harta yang banyak ini adalah hasil daripada pengetahuanku"
(Surah Al-Qasas: Ayat 78)


Maka, untuk mengelakkan kita menjadi pengikut Qarun di akhirat, kita hendaklah membudayakan infaq untuk perjuangan Islam secara istiqamah.  Perjuangan Islam di mana-mana zaman pun memerlukan infaq daripada para pendokongnya. Infaq yang dilakukan saat Islam masih lemah lebih baik daripada infaq pada saat Islam telah menang.  Allah berfirman:


وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ لا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Dan Mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid: Ayat 10)


Kita amat berkeyakinan bahawa Allah amat adil dan membalas seseorang sesuai dengan kebakhilannya. Saksikanlah bagaimana makar Allah. Kekadang tidak dirasai sebagai makar Allah SWT. Seorang yang kikir untuk menginfaqkan hartanya kepada perjuangan, Allah akan tarik hartanya dari pelbagai cara yang tidak disedarinya. Kereta rosak, anak sakit, hartanya dicuri, rugi dalam perniagaan dan sebagainya. Dari jalan keluar harta yang berpahala, akhirnya hartanya keluar sia-sia. Rugi di dunia dan akhirat terlebihlah rugi.


Sebab itu, marilah kita dengan penuh kesedaran menginfaqkan sebahagian harta kita untuk perjuangan jemaah. Ia membersihkan kekotoran pada harta kita dan ia merupakan simpanan yang sejati yang akan kita keluarkan pada hari akhirat kelak. Seterusnya, marilah kita istiqamah di dalam membudayakan infaq ini.

ISTIQAMAH MENGIKUT PERKEMBANGAN SEMASA

Sebagai pejuang agama Allah, kita tidak harus jadi orang yang tidak tahu perkembangan semasa. Tidak wajar sama sekali apabila seorang yang mahu membela agama Allah, kala ditanya apa perkembangan sesuatu peristiwa penting terkini, dijawabnya "tidak tahu".  Itu menunjukkan dia tidak mengikut perkembangan semasa. Kepedulian yang tinggi terhadap perkembangan semasa adalah ramuan penting dalam membentuk sikap seseorang. Ia juga adalah energy penting buat menggerakkan rancangan dan strategi seterusnya.

Pada masa kini sumber pengetahuan semasa terbentang luas. Kita hanya perlu membudayakan " iqra' ". Pada zaman teknologi maklumat ini, kepantasan maklumat semakin menggila. Namun, kita hendaklah memastikan maklumat semasa yang sampai kepada kita adalah benar sebelum kita imani. Perkembangan semasa yang kita lazimi hendaklah disertai dengan amalan tabayyun iaitu mengenal pasti  kebenaran berita. Inilah agar kita tidak terperangkap dengan mainan berita pengamal media yang fasiq.

ISTIQAMAH DENGAN WILAYAH JAMAAH
Pemuda perjuangan janganlah terpesona dengan pendapat individu. Sekalipun ia hebat dan meremangkan bulu roma, pendapat individu tidak akan pernah dapat mengalahkan pendapat Jama'ah. Pendapat Jamaah adalah betul dan pendapat individu adalah salah. Inilah dasar berpendapat dalam Jamaah. Sebab itu ketaatan kepada pemimpin hendaklah sentiasa dipegang. Pemimpin membawa pandangan Jamaah.
Orang yang lari meninggalkan Jama'ah kerana tidak setuju dengan perubahan dalam Jamaah adalah mereka yang tersasar. Dakwaan orang yang mempertikaikan perubahan nama "daulah Islam" kepada "Negara Bekebajikan", "tahalluf siyasi" dan lain-lain perubahan dalam Jama'ah adalah tidak memahami dasar berpendapat dalam Jamaah. Sesuatu yang diputuskan secara syura hendaklah diperjuangkan.
Pemuda perjuangan hendaklah berpaut erat dengan wilayah kepimpinan dalam Jamaah Islam. Anda tidak akan menemui wali yang lebih baik di luar Jama'ah Islam. Dalam NGO, kumpulan Tariqat, parti-parti dan lain-lain kumpulan, anda tidak akan menemui wali dapat membawa kita kepada wilayah Islam. Jama'ah Islam sejati sifatnya membangunkan wilayah Islam. Ia tidak terpisah daripada kerja meraih imamah di muka bumi.
KHATIMAH
Akhir sekali, marilah sempena muktamar kali ini, kembali membulatkan istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk Islam melalui Jamaah Pas dalam Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan. Sementelahan, pilihanraya juga sudah kian dekat. Penglibatan dalam pilihanraya adalah arahan Jamaah dan ia adalah jihad menegakkan agama Islam. Istiqamah akan menghalau pergi rasa berat dan takut kerana bebanan dunia yang kita tanggung. Yakinlah bahawa Allah pemberi razeki dan Dialah yang menentukan sumber razeki kita.
Istiqamahlah dengan Jamaah...ialah baja buat jemaah.
Istiqamahlah dengan Jamaah...ialah penawar buat diri kita.
Istiqamahlah dengan Jamaah...Ialah pagar dan kota buat keselamatan kita di dunia dan akhirat.
اللهم آميــــــــــــن..ثبتنا الله وإياكم على الحق
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

DUN Lembah Jaya

Posted: 20 Apr 2012 11:41 AM PDT

DUN Lembah Jaya


YB Khasim agih 60 tong sampah untuk selesai masalah

Posted: 19 Apr 2012 08:11 PM PDT


15 April 2012, Taman Seri Bayu - Bagi meringankan masalah pembuangan sampah bagi penduduk Rumah Pangsa Taman Seri Bayu di sini, ADN Lembah Jaya, YB Hj. Khasim Abdul Aziz bagi pihak kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan sebanyak 60 buah tong sampah kepada wakil penduduk rumah pangsa berkenaan.

Ahli Majlis MPAJ Zon 13, Tuan Hj. Ali Ismail turut hadir meraikan majlis serahan tersebut. Menurutnya ini adalah sebahagian dari keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui pentadbiran negeri terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan ekonomi.



Menyembur label pada tong sampah bagi setiap tangga lokasi ianya bakal diletakkan


PAS Kawasan Gerik

Posted: 20 Apr 2012 09:34 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Saudara Black: Lagu Baru UMNO

Posted: 20 Apr 2012 07:26 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 20 Apr 2012 09:21 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Timbalan Presiden Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53

Posted: 20 Apr 2012 02:03 AM PDT

Ketua Pemuda, Us Sheikh Hanafi Menyambut Kedatangan Timbalan Presiden

Paka, 20 April 2012:
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali Ke-53 telah berjaya diadakan di Dewan Sekolah Menengah Darul BAyan, Pinang Merah dengan jayanya. Kehadiran Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sebagai perasmi berjaya menarik para ahli untuk mendengar pesanan-pesanan penting di ambang pilihanraya ini.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Abdul 'Alim Zakaria. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Al-Quran juga telah berjaya memenangi beberapa kejuaraan dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu.

Kemudiannya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PAS Kawasan Dungun, YB Us Wan Hasan Mohd Ramli. Beliau memulakan ucapan dengan membaca ayat yang mengandungi mesej bahawa suatu masa kezaliman pasti akan tumbang kerana itu merupakan satu janji daripada Allah.

Timbalan Presiden Sedang Memberikan Ucapan Perasmian

Majlis berada di kemuncak apabila Yang Berbahagia Timbalan Presiden memberikan ucapan. Beliau mengingatkan kepada seluruh yang hadir cara UMNO menjatuhkan PAS pada pilihanraya 2004 dengan penipuan daftar pemilih. Cara tersebut sedang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor dalam pilihanraya yang semakin dekat ini. Oleh itu, beliau mengerahkan seluruh pendokong beramai-ramai untuk turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Apr 2012 09:05 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kebun umpama ‘hutan dara’

Posted: 19 Apr 2012 09:40 PM PDT



Kebun umpama 'hutan dara'
20 April 2012

BANDAR SERI JEMPOL - Rata-rata peneroka Raja Alias Satu (RA1) menggesa pihak pengurusan Felda mengambil tindakan segera berhubung masalah proses tanam semula kelapa sawit di kebun mereka.

Malah mereka mendakwa terpaksa menanam sendiri anak pokok sawit berkenaan walaupun dipertanggungjawabkan kepada pihak berkaitan.

Hal itu juga sudah berlarutan hampir dua tahun dan menyebabkan hutang sara hidup peneroka bertambah susulan kelewatan proses berkenaan.

Sinar Harian difahamkan, terdapat kebun yang masih belum ditanam dengan anak pokok sawit yang kini sudah dipenuhi semak.

Peneroka, Daimun Ibrahim, 52 berkata, dia kecewa kerana kini kebunnya boleh diibaratkan 'hutan dara' yang bakal menjadi 'hutan rimba'.

Menurutnya, mereka tidak mintak lebih, hanya mahu pihak berwajib selesaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Bagi peneroka yang menanam secara sendiri mereka sudah selesai berbuat demikian dan akan mendapat hasilnya tidak lama lagi.

"Tetapi kebun kami masih dipenuhi semak samun dan terbiar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Kamarudin Salleh, 55 berkata, bagi mengelakkan kebunnya di penuhi semak, dia mengambil inisiatif dengan menanam anak pokok sawit secara sendiri dengan bantuan rakan-rakan.

"Saya dan rakan-rakan lain akan menanam anak pokok kelapa sawit ini secara tolong-menolong. Bila selesai di kebun saya, saya akan tolong dia pula.

"Malah saya juga akan pantau, meracun dan membersihkan kebun sendiri," katanya.

Kamarudin berkata, dahulu dia serahkan urusan tanam semula itu kepada pihak berkenaan untuk kemudahannya.

"Jika saya buat tanam semula secara sendiri, bila sakit nanti tidak ada siapa hendak uruskan kebun. Namun bila sudah diserahkan, begini pula jadinya," katanya.

Manakala, Ketua Peneroka Negeri Sembilan, Othman Parman berkata, ada menerima laporan berhubung masalah berkenaan sekitar Felda Wilayah Raja Alias (WRA).

Katanya, beliau sudah memaklumkan hal terbabit kepada pihak pengurusan Felda WRA.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kebun-umpama-hutan-dara-1.41519

PAS Kulaijaya

Posted: 20 Apr 2012 07:43 AM PDT

PAS Kulaijaya


PESANAN HARI INI

Posted: 19 Apr 2012 06:44 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 20 Apr 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 29 BERJALAN LANCAR DAN BAIK..

Posted: 19 Apr 2012 07:46 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 20 Apr 2012 03:22 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Konvensyen Jabatan Amal 2012

Posted: 21 Mar 2012 07:38 PM PDT










Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang berlangsung di Taman Melewar,. Penyertaan seramai 20 anggota wakil Jabatan Amal. Semoga segala apa yang diperbincangkan akan menjadi perubahan besar dalam Jabatan Amal


Mengiringi Tn G Nik Aziz bersama NGO Tionghua di Serdang Raya

Posted: 28 Jan 2012 10:28 PM PST




Serdang 29 Jan 2012 - Jabatan Amal Serdang telah mengiringi Tn G Nik Aziz bersama NGO Tionghua di melawat sekitar Serdang Raya. Turut hadir di majlis YB Husam Musa, YB Dr Hatta, YB Dr Rani dan YB Ong Tee Keat.

Tiada ulasan:

Catat Komen