Sabtu, 28 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 27 Jan 2012 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


YANG DIKATA AKAN DIKOTA, AYUH 'SELAMATKAN PAHANG'

Posted: 27 Jan 2012 12:51 AM PST


3 Rabi'ul Awal 1433 H | 27 January 2012

PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun tetapi belum mendapat hak milik.

Azam, niat ikhlas dan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempuhi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Tanpanya, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda Plantations seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut,  PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah. 

Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR?

Sebagai contoh, pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut – semuanya dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR.


Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tidak mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka.  

PR akui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta di Pahang, dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan. Akan tetapi, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir,  PR yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

Sebagai perbandingan mudah, dalam isu Felda, seperti yang tertera di dalam buku Jingga, PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.

Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan Yaakob sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – takkanlah PR tidak mampu memberikan tapak rumah kepada rakyat?

Namun begitu, walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk 'Selamatkan Pahang!" 

PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Jan 2012 07:31 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tengok Cermin Kitak Dolok Sebelum Suruh Orang Lain Molah Kedak Ya!!!

Posted: 27 Jan 2012 05:17 PM PST

PAS Sarawak Tidak Pernah Putus Asa Untuk Mencapai Kejayaan
Merujuk Kepada kenyataan akhbar pembantu menteri belia Abdul Karim Rahman Hamzah dan timbalan speaker parlimen Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kami mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kenyataan anda terhadap PAS Sarawak dengan mengatakan "Lihatlah diri anda di cermin,PAS diberitahu" dalam Borneo Post.
Walaupun mereka memberi pandangan negatif terhadap PAS Sarawak namun secara tidak langsung mereka mengaku PAS Sarawak ada kekuatan dan pengaruh terhadap penduduk di Sarawak.
Kita ingin mengulas sedikit tentang perkara yang disentuh oleh kedua pemimpin BN (Barisan Nasional) ini yang mengatakan PAS hanya memecahbelahkan umat islam di Sarawak dan kurang pengalaman dalam mentadbir negara. Atas dasar itu, kita tidak boleh bergantung kepada mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.
Kenyataan kedua-dua pemimpin BN tersebut kurang tepat dan ini menunjukkan yang mereka takut akan kedudukan mereka terancam dengan kedatangan PAS di Sarawak. Kenyataan mereka ini hanya sesuai digunakan dalam tahun 50an dan 30 tahun yang lalu, sebab masa itu rakyat tidak mendapat maklumat tambahan selain dari media kerajaan yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sehingga ke hari ini.
Sekarang orang ramai sudah boleh mendapat maklumat tambahan melalui internet dan juga lain-lain media massa yang bebas dari cengkaman parti pemerintah.
Kita ingin bertanya pada mereka yang selalu mengeluarkan alasan yang sama untuk menyingkirkan PAS bertapak di Sarawak. Apakah sebelum kedatangan PAS, umat Islam di Sarawak bersatu padu dan tidak berpecah belah? Adakah selama BN memerintah Sarawak, rakyat Sarawak hidup dalam keselesaan dan tidak memerlukan subsidi kerajaan?
Kalau pemimpin PBB/BN tidak mahu ada perpecahan umat Islam di Sarawak, kita sarankan mereka sama-sama menyertai PAS agar tidak ada lagi perpecahan berlaku dikalangan umat islam di Sarawak.
Mengenai masalah kurang pengalaman dalam pentabiran, kita mengaku memang PAS dan Pakatan tidak memiliki pengalaman dalam merampas hak rakyat, menipu rakyat dan beri rasuah kepada rakyat dengan janji-janji kosong pembangunan.
Kalau difikirkan semua ini, pemimpin BN tidak akan mampu memberi segala kemudahan tanpa adanya kerjasama dengan pengawai dan petugas yang bekerja dengan kerajaan.
Mereka inilah yang sebenarnya yang bekerja keras untuk membangunkan Negara bukannya pemimpin BN. Pemimpin BN hanya pandai bercakap dan mengarah saja bukannya pandai mentadbir negara tanpa mereka ini.
Kita tidak perlu mengatakan negeri yang diperintah oleh PAS mundur dan tidak ada pembangunan, lihatlah sendiri di Sarawak yang kaya dengan sumber hasil tetapi Sarawak adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Banyak kemudahan asas untuk penduduk luar Bandar belum lagi dilaksanakan sepenuhnya walaupun sudah berpuluh-puluh tahun BN memerintah Sarawak.
Banyak isu-isu rakyat seperti penduduk asal yang tidak memiliki surat beranak dan juga tidak memiliki kad pengenalan atau Mykad masih belum dapat diatasi sehingga ke hari ini.

Mengenai kenyataan pemimpin BN yang mengatakan Kelantan dan Kedah mundur dan tidak ada pembangunan dibawah pemerintahan PAS, jawaban ada diatas tidak perlu dihurai panjang lebar sebab mereka yang mempunyai maklumat pasti akan dapat jawabannya.
Semua perkara diatas adalah sebahagian daripada masalah rakyat yang patut diberi perhatian oleh pihak parti yang memerintah bukannya sibuk menghalang aktiviti parti Pakatan dari terus menyuarakan masalah rakyat.
Sepatutnya kerajaan parti yang memerintah berterima kasih atas usaha pakatan menyuarakan masalah rakyat agar rakyat di Sarawak dapat menikmati kehidupan yang baik dan kita akan sama-sama memajukan Sarawak sehingga mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan.
Sikap sesetengah pemimpin BN yang tidak mahu ditegur dan mendengar masalah rakyat akhirnya akan menjadikan rakyat terus terpinggir dari arus pembangunan dan rakyat akan terus hidup dalam kemiskinan.
Kita yakin apabila Pakatan mengambil alih kuasa dari kerajaan yang memerintah sekarang, perkara utama yang akan diberi perhatian adalah, memberi kemudahan asas dan infrastruktur kepada semua penduduk di pedalaman agar mereka boleh menjual hasil mereka dan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Disebabkan Sarawak menghadapi masalah jalan penghubungan yang teruk, maka perkara inilah yang patut beri perhatian. Kita yakin apabila rakyat dapat melihat sendiri usaha yang dijalankan oleh Pakatan tidak mustahil rakyat akan beralih kepada Pakatan disebabkan BN gagal menjalankan amanah serta melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat setelah diberi peluang memerintah lebih dari 50 tahun.
Kita mesti ada impian untuk mencapai sesuatu perkara maka segala impian rakyat ini akan menjadi kenyataan sekiranya rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai usaha dan perancangan yang dilakukan oleh PAS dan Pakatan.
PAS dan Pakatan rakyat berjuang untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi seperti apa yang berlaku sekarang dimana orang kaya bertambah kaya, orang miskin semakin susah dan menderita.
Kita berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, apabila kita mengambil alih kuasa nanti, kita akan mengambil semula hak-hak rakyat yang dirampas dan mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.
Sepatutnya merekalah yang melihat diri mereka di cermin, sebab selama ini mereka memandang rendah keupayaan PAS memerintah, sedangkan mereka yang diberi peluang memerintah Sarawak hampir 50 tahun pun masih belum lagi nampak Sarawak akan keluar dari taraf negeri termiskin dalam Malaysia.
Jadi fikir-fikirlah sebelum mengata orang lain. Lihatlah diri sendiri dulu dalam cermin sebelum menyuruh orang lain membuat demikian.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Sarawak PAS never gave up To Achieve Success
Referring to a press statement by the assistant youth minister Abdul Karim Rahman Hamzah and the parliament deputy speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, we would like to thanks for your attention and the statement to the PAS Sarawak by saying "Look at yourself in the mirrors, PAS told" in the Borneo Post.
Although they gave a negative view towards PAS Sarawak but indirectly they admit PAS Sarawak have strength and influence of the population in Sarawak.
We would like to review some of the matters discussed by both leaders of the BN (National Front), which says PAS is divisive Muslims in Sarawak and less experience in governing the country. On that principle, we cannot rely on them to safeguard the welfare of the people.
The statements of both BN leaders are less accurate and showed that they fear their position threatened by the arrival of PAS in the state. Their statements only suitable for use in the 50s, and 30 years ago, because then people are not getting additional information, other than the government media controlled by the ruling party until today. Now the public is able to obtain additional information through the internet and other media that is free from the grip of the ruling party.
We would like to ask those who had been issued for the same reason to get rid of the PAS presence in Sarawak. What is before the arrival of the PAS, Muslims in Sarawak united and not divided? Are during BN ruled Sarawak, Sarawak people live in comfort and do not need government subsidies?
If the leaders of PBB / BN do not want to have divisions Muslims in Sarawak, we suggest that they both join the PAS so that there was no divisions occur among Muslims in Sarawak.
On the problem of lack of experience in administration, we acknowledge the PAS and Pakatan does not have experience in seizing the rights of the people, deceived the people and give bribes to the people with empty promises of development.
If you think all of this, BN leaders will not be able to provide all the facilities without the cooperation of the officers and staff who work with the government.
These were the people who actually work hard to develop instead of BN leaders. BN leaders are only good at talking and directing it is not good at running the country without them.
On the statement of the BN leaders who said Kelantan and Kedah backward and no development under PAS rule, the answers is above, not to be described extensively because those who have information will be able to answer.
We do not have to say the state is ruled by the PAS backward and no development, look at themselves in Sarawak are rich in resources revenue, but Sarawak is one of the poorest states in Malaysia.
Many basic facilities for rural residents have not yet fully implemented, although it has been many years ruled by Sarawak BN.
Many issues such as indigenous people who do not have birth certificates and also do not have identity cards or MyKad, still cannot be resolved until today
All the above are part of people's problems, which should be addressed by the ruling party, not busy preventing Alliance party activities from continued voicing the people's problems.
The ruling government should be grateful for the collaborative effort to express the people's problems so that the people in Sarawak can enjoy the good life, and we will jointly develop Sarawak to achieve progress to be proud of.
The attitude of some BN leaders did not want to be reprimanded and listening to people's problems would ultimately make people stayed isolated from the mainstream of development and the people will live in poverty.
We are confident that when the coalition took over power from the ruling government now, the main point will be addressed is, provide the basic facilities and infrastructure to all residents in the interior so that they can sell their produce and can enjoy a more comfortable life.
Because of Sarawak facing severe connectivity roads, then they should be concerned with this. We are confident that when people could see for themselves the efforts undertaken by the Alliance, it is possible for the people will move to PR because BN fails to carry out the trust and carry out their duties as elected representatives when given the chance to rule more than 50 years.
We must have dreams to achieve something, and then all these people's dreams will be realized if the people have accurate information about the work and the planning done by the PAS and Pakatan.
PAS and Pakatan fight for the people, not for personal gain, such as what is happening now, where the rich are getting richer, the poor getting harder and suffer.
We fight for all regardless of race, religion and political belief, when we took over we shall take back the rights of the people that were seized, and those found guilty will be punished accordingly with their offense.
So think, think before say another person. Look at yourself in the mirror first before ask others to do so.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 27 Jan 2012 03:32 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KALU HASAN BACA MESTI DIA SEDIH..ISKH..ISKH..

Posted: 26 Jan 2012 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.
"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.
"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya

PEMECATAN HASAN TIADA KESAN -VE BUAT PAS

Posted: 26 Jan 2012 05:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan, pemecatan keanggotaaan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS tidak memberikan kesan negatif kepada parti dan pemecatan tersebut juga tidak memberikan kesan yang membimbangkan kepada parti Islam terbabit.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuku menjelaskan, pihaknya telah menjalankan tinjauan untuk menilai kesan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali ke atas pengundi-pengundi Melayu.

Tinjauan tersebut telah menggunakan dua kaedah iaitu: pertama, dengan menilai komen-komen pembaca terhadap isu pemecatan ini sebagaimana yang dipaparkan oleh media-media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube dan keduanya, dengan melakukan wawancara terhadap responden-responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen seluruh Negara.

"Berdasarkan tinjauan berkenaan, kami mendapati 85 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysiakini dan 67 peratus daripada komen-komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan. Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya tidak pasti.

"Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan 'like' yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan.

"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 Jan 2012 03:29 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BN SEKSA RAKYAT , LIMA RATUS PUNYA HAL!

Posted: 27 Jan 2012 04:24 AM PST


KUALA LUMPUR: Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Pandan mengeluh kerana terpaksa menunggu terlalu lama sebelum dapat menuntut wang masing-masing.

Penerima bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah kesal kerana selain terpaksa berbaris panjang dalam keadaan panas terik, pihak penyelaras juga dikatakan gagal menguruskan pemberian bantuan tersebut secara sistematik sehingga menyusahkan penerima terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Seorang penerima bantuan, Daud Ghani, 64, berkata beliau hanya dapat menuntut bantuan itu selepas lebih empat jam kerana terpaksa mengharungi empat peringkat yang menyusahkan.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini tetapi kita kesalkerana cara pengagihannya menyusahkan orang ramai. Mula-mula kita dimintaberatur di sini, kemudian di tempat lain pula.

"Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang sebelum dapat memasukidewan sekolah untuk menuntut wang masing-masing. Sepatutnya jangan ada banyaksangat tapisan kerana kita bawa surat pengesahan yang menyatakan kita memanglayak mendapat bantuan ini," katanya, Jumaat.

Sehubungan itu, Daud yang merupakan pesara swasta, mencadangkan agar pemberian bantuan itu dipermudahkan terutama warga emas yang tidak sihat dan tidak dapat mengambil bantuan itu sendiri.

"Saya cuba untuk mengambil bantuan itu bagi pihak bapa saya kerana beliau tidak sihat tetapi pegawai yang bertugas memaklumkan perkara ini akan disemak dan akan menghubungi saya kemudian.

"Pada pendapat saya, kalau dokumen yang diserahkan itu sah, masukkan sahajawang tersebut ke dalam akaun. Kenapa tidak dipermudahkan kerana bagi mereka yangtidak sihat, sukar untuk mereka beratur dan menunggu terlalu lama," katanya. -BERNAMA

SEMUANYA 29 JANUARI, JOM MARI

Posted: 27 Jan 2012 04:17 AM PST



TAU TAK PER ! MASALAHNYA ADA DAH JADI PAS 15 TAHUN MASIH BUTA HATI , MELOMPAT KE SANA DAN KE MARI

Posted: 26 Jan 2012 06:00 PM PST

DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam."saya masuk PAS kerana PAS bukan parti 'haram' dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

"bukan seperti mana parti 'Melayu' disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,"ujanya.

Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, 'pendatang haram' tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

"sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, "melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato' Seri Najib Razak.

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang 'profesional'. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

Siti Zailah | Home

Posted: 27 Jan 2012 03:26 PM PST

Siti Zailah | Home


KEM JATIDIRI BELIAWANIS DUN KEMAHANG

Posted: 27 Jan 2012 06:59 AM PST





DEKATI MASYARAKAT KEDAI KOPI

Posted: 27 Jan 2012 03:34 AM PST













Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 27 Jan 2012 09:44 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Majlis Perpisahan Setiausaha Kerja (SUK) PASTI Negeri Sabah

Posted: 27 Jan 2012 06:36 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) mewakili PASTI Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir Morni di atas sumbangan dan curahan tenaga beliau dalam membangunkan PASTI Negeri Sabah. Khidmat yang telah beliau curahkan selama menjadi Setiausaha Kerja (SUK) telah menjadikan pengurusan PASTI Negeri Sabah antara yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau.

Ucapan perpisahan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu

Bagi menghargai sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pemuda Negeri. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu. Pada ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dari DPP Sabah terhadap gerak kerja terbaik yang diberikan oleh saudara Nasir.

Majlis perpisahan ini diadakan berikutan Saudara Nasir yang akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak. Semoga pengalaman sepanjang bersama DPP Sabah ini berjaya untuk beliau teruskan bersama-sama dengan PAS Negeri Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan PASTI negeri.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 27 Jan 2012 09:33 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Kota, Chembong

Posted: 27 Jan 2012 12:13 AM PST



KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama : RM800 + Medal
Tempat Kedua : RM500 + Medal
Tempat Ketiga : RM300 + Medal
Tempat Keempat : Saguhati dan Medal

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544

Sila dapatkan borang dan syarat penyertaan di http://yam-ns.blogspot.com/

Manifesto Pakatan NS berdepan PRU 13

Posted: 26 Jan 2012 10:52 PM PST



Manifesto Pakatan NS berdepan PRU 13
Zefry Dahalan January 27, 2012

Manifesto yang mempunyai sembilan elemen (tonggak) itu diberi nama "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan.

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang dilancarkan baru-baru ini terbukti sebagai sebuah manifesto yang prihatin rakyat seandainya Pakatan mampu menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Manifesto tersebut dilancarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Manifesto yang mempunyai sembilan elemen (tonggak) itu diberi nama "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" – Tonggak Nan Sembilan.

Sembilan adalah angka sinonim dengan nama Negeri Sembilan itu sendiri yang terbentuk daripada sembilan daerah pada satu ketika dahulu. Nan pula bermaksud 'yang' dalam loghat Negeri Sembilan.

Antara elemen yang mampu menarik perhatian pengundi ialah pelaksanaan menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold) serta memberi hak milik kepada pemegang tanah TOL yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

Dalam konteks pendidikan, tawaran RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta mampu menarik pengundi muda.

Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an juga mampu menarik sokongan daripada golongan pendidik ini.

Bantuan tahunan RM500 kepada ibu tunggal yang layak dan RM100 bagi setiap kelahiran bayi pula akan menarik sokongan kepada Pakatan dari golongan wanita yang sebelum ini majoritinya sentiasa berpihak kepada Barisan Nasional.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/27/manifesto-pakatan-ns-berdepan-pru-13/

Manifesto Pakatan NS ceduk idea BN

Posted: 26 Jan 2012 10:51 PM PST



Manifesto Pakatan NS ceduk idea BN
Zefry Dahalan January 27, 2012

Manifesto Pakatan itu sebenarnya menceduk idea kerajaan negeri dan berasaskan dari apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kata MB Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Menteri Besar Dato' Sri Mohamad Hasan menasihatkan rakyat Negeri Sembilan agar tidak terpengaruh dengan Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata manifesto yang dilancarkan Pakatan itu sebenarnya menceduk idea kerajaan negeri dan berasaskan dari apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, "mereka mengambil idea dari pelaksanaan kita dan mencari sesuatu yang tidak betul bagi menyelar BN serta menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

"Apa yang pasti semua idea dalam manifesto Pakatan telah pun kita laksanakan. Contohnya dalam pengisytiharan harta benda, BN telah lama lakukan.

"Semua harta benda saya isytiharkan dan hantar maklumat kepada Perdana Menteri manakala semua ahli Exco kerajaan negeri pula isytiharkan harta mereka kepada saya selaku Menteri Besar.

"Kita sudah buat manakala mereka baru rancang hendak buat," kata Mohd Hasan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Pakatan isytihar harta kepada rakyat

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS), Mohd Nazree Mohd Yunus menyifatkan Mohd Hasan begitu dangkal dalam memberikan pandangan bahawa semua idea dalam Manifesto Pakatan Negeri Sembilan telah dilaksanakan oleh BN termasuk soal pengisytiharan harta.

"AMKNS membidas dakwaan ini kerana pimpinan Umno-BN dalam kerajaan Negeri Sembilan sekadar mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar sendiri sedangkan hasrat Pakatan ialah harta itu perlu diisytiharkan kepada rakyat.

"Semakan di laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan jelas menunjukkan bahawa tidak ada langsung akses kepada kedudukan dan pengisytiharan harta Exco kerajaan Negeri Sembilan berbanding Exco Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

"AMKNS membuka ruang dan mencabar Mohd Hasan untuk berdebat atau berforum mengenai isu Manifesto Pakatan. Rakyat perlu mendapat penjelasan yang lebih lanjut berkaitan kandungan Manifesto Pakatan Negeri Sembilan supaya tidak dikelirukan dengan pandangan dangkal pimpinan Umno-BN seperti yang dinyatakan oleh Mohd Hasan," ujar Mohd Nazree

Mohd Nazree berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sejauh mana nilai Manifesto Pakatan Negeri Sembilan berbanding tohmahan cedukan idea oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Rakyat boleh membandingkan prestasi tiga tahun Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mutakhir ini berbanding sebelum ini di bawah BN.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/27/manifesto-pakatan-ns-ceduk-idea-bn/

Pelajar Dakwa Duit PTPTN ‘Dirompak’ Kolej Sendiri

Posted: 26 Jan 2012 04:09 PM PST



Pelajar Dakwa Duit PTPTN 'Dirompak' Kolej Sendiri
January 26, 2012

KUALA LUMPUR – Sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan didakwa 'merompak' secara senyap duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya.

Duit yang sepatutnya untuk kegunaan harian pelajar-pelajar didakwa telah diseleweng dengan kaedah 'debit akaun' atau dipotong terus daripada akaun apabila duit sudah dimasukkan ke dalamnya

Menurut Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr. Izham Nayan, pihak kolej telah menyeleweng duit pinjaman sebanyak RM18,000 bagi setiap seorang pelajar.

" PTPTN telah memberikan sebanyak RM56,000 sebagai pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM36,000 dan baki pinjaman seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pelajar sendiri.

"Tetapi baki pinjaman itu tidak diterima oleh pelajar, kemana wang itu pergi? Saya agak kecewa dengan tindakan kolej tersebut yang 'merompak' duit pelajar-pelajarnya sendiri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Hafisza Abdul Ghani, 24, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mewakili pelajar-pelajar lain yang 'ditipu' berkata, mereka telah dipaksa untuk menandatangani satu borang 'tambahan' yang tidak diketahui tujuannya.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak kolej langsung tidak memberikan masa yang cukup untuk mereka menyemak dan membaca segala peraturan pinjaman PTPTN dengan terperinci serta tidak dibenarkan bertanya dengan lanjut akan perihal borang 'tambahan' tersebut.

" Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tak ada masa nak semak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. Selepas selesai proses itu, baru kami tahu borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami," terang Hafisza.

Ekoran dari 'keterpaksaan' menanda tangani borang pinjaman tersebut, Hafisza dan rakan-rakannya terpaksa menanggung 'derita' apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pengajiannya.

Malah, katanya, dia terpaksa bekerja sambilan untuk mencari sumber kewangan sendiri memandangkan keluarganya tidak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Selepas proses pinjaman, duit yang masuk dalam akaun RM100 sahaja. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak tu selama enam bulan setiap semester?" terang Hafisza.

Sebelum ini, laporan berkenaan isu ini telah pun dibangkitkan dan dua laporan polis telah dilakukan pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, namun, tiada sebarang tindakan polis yang dikenakan terhadap pihak kolej.

Mungkin kerana takut imejnya akan terjejas, pihak kolej berkenaan 'berjanji' akan memulangkan semula duit 'rompakan' RM18,000 kepada setiap para pelajar.

Tetapi, pihak pengurusan kolej hanya membayar duit berkenaan sebanyak RM9,000 sahaja kepada lima orang pelajar sebagai menutup 'mulut' para pelajar dari terus menuntut hak mereka.

Pun begitu, pihak kolej sekali lagi berani melakukan penipuan ini dan terus menindas hak pelajar-pelajar dengan mengugut akan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar yang terbabit.

Justeru itu, PPIM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tampil dan mengambil tindakan tegas terhadap kes ini demi membela nasib pelajar-pelajar di kolej tersebut –

Oleh NAIMAH SHAARI / Foto Malay Mail
http://mynewshub.my/2012/01/26/pelajar-dakwa-duit-ptptn-dirompak-kolej-sendiri/

Kolej `rompak' duit PTPTN
26/01/2012 7:51pm

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kolej itu, yang didakwa mereka "merompak" duit sara diri bulanan pelajar.

Kumpulan 432 pelajar tahun akhir itu mendakwa, daripada RM535 sebulan yang diberi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya RM100 ditinggalkan di dalam akaun bank mereka oleh pihak pentadbir kolej tersebut.

"Sebelum ini saya dan rakan-rakan yang lain pernah menandatangani satu dokumen "direct debit" yang dikeluarkan pihak kolej di awal permohonan untuk membuat pinjaman PTPTN," kata wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Fisza.

Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan itu ditemui bersama tujuh lagi pelajar kolej tersebut ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.

Kumpulan pelajar itu mendakwa perkara tersebut dialami semua pelajar termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian.

"Kami juga telah membuat dua laporan polis tahun lepas, namun sehingga kini tiada tindakan diambil," katanya yang mendakwa pihak kolej turut mengugut mereka agar menarik balik laporan itu jika tidak mahu prestasi pengajian terjejas.

Menjawab soalan, Fisza berkata, mereka dipaksa menandatangani dokumen "direct debit" itu tanpa diberi penjelasan mengapa langkah tersebut dibuat.

Fisza juga mendakwa selepas mendapat tahu ada aduan dibuat terhadap kolej, pihak pengurusan bertindak membayar separuh daripada jumlah keseluruhan duit sara diri tersebut kepada enam pelajar.

Pihak kolej juga meminta pelajar menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran penuh dan tidak akan membuat sebarang tuntutan lain selepas itu, katanya.

Kata gadis itu, secara purata setiap pelajar tahun akhir kolej terbabit

"kerugian" kira-kira RM18,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian.

Sementara itu, Pengarah Sekretariat PPIM Dr Izham Nayan berkata tindakan kolej terbabit adalah satu penipuan dan pihak berwajib khususnya Kementerian Pengajian Tinggi harus mengambil tindakan menyiasat dakwaan pelajar.

"PTPTN pula perlu memastikan wang pinjaman yang disalurkan pergi tepat kepada sasaran, jangan biarkan kebebasan mutlak pihak pengurusan kolej untuk memastikan berapa jumlah wang sara diri yang perlu diberikan kepada para pelajar ini," katanya.

- BERNAMA
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 27 Jan 2012 09:20 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Ubah sekarang...

Posted: 26 Jan 2012 07:10 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Jan 2012 03:19 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Nurul Izzah di Jalan Kebun malam : Semua di jemput Hadir

Posted: 27 Jan 2012 03:17 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Jan 2012 01:23 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Rombakan kecil suntik semangat baru

Posted: 27 Jan 2012 12:50 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Rombakan itu tidak memberi masalah kepada PAS memandangkan Islam adalah relevan dan bukan hanya membabitkan portfolio Hal Ehwal Agama Islam semata-mata.

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad menegaskan rombakan kecil portfolio Exco kerajaan negeri baru-baru ini berjaya menyuntik semangat baru agar PAS negeri melipatgandakan usaha bagi menambah sokongan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata rombakan itu tidak memberi masalah kepada PAS memandangkan Islam adalah relevan dan bukan hanya membabitkan portfolio Hal Ehwal Agama Islam semata-mata.

Dalam rombakan kecil pada 18 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Exco baru, Dr Abdul Yunus Hairi diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

"Rombakan kecil itu sedikit pun tidak menjejaskan peluang PAS untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti," tegas Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam pada sidang media di Pejabat Khidmatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun PAS tidak memegang jawatan exco agama, ia tidak menjejaskan parti memandangkan PRU ke 13 semakin hampir.

PAS ganti Umno

"Kita akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan insya'Allah akan menang 20 kerusi itu melalui kepimpinan PAS negeri yang baru ini. Tema kita ialah PAS ganti Umno.

"Tindakan Menteri Besar mengambil alih portfolio itu dan memberi PAS exco belia dan sukan memberi ruang yang luas untuk kita terokai bagi meningkatkan sokongan.

"Ia bukan satu masalah. Islam ini bukan hanya tentang exco Hal Ehwal Agama semata-mata…..tapi semua adalah relevan," terang beliau.

Sebelum rombakan kecil itu, Adun Gombak Setia dan juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hasan Ali memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Sokongan terhadap PAS semakin utuh

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sokongan orang Melayu kepada PAS semakin utuh.

Keyakinan ini turut disokong oleh Ketua Pemudanya, Hasbullah Mohd Ridzuan yang menyatakan bahawa tanggungjawab baru yang digalas Dr Yunus akan menyerlahkan PAS dalam cabang berbeza.

"Kita menjangkakan sokongan dan undi untuk PAS akan bertambah dan bukan semakin kurang," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS negeri Khairuddin Othman berkata, pihaknya menerima laporan dari 22 kawasan bahawa prestasi parti tidak akan terjejas ekoran tindakan Hasan Ali yang kini hebat mengkritik parti sejak dipecat.

Menurut beliau, jentera PAS negeri semakin kuat dan usaha menghadapi PRU sedang dipertingkat sekaligus mematikan andaian bahawa parti akan lumpuh dengan serangan Hasan Ali.

"Mereka yang rasa PAS akan lumpuh itu silap. Kami tumpu pada gerak kerja yang ramai. Malah mesyuarat merekodkan sokongan penuh kepada PAS Selangor dan Pusat.

"PAS Selangor akan terus stabil sepertimana yang sedia ada," ujarnya.

free malaysia today/-

Majoriti rakyat AS bosan, mahu buang anggota Kongres

Posted: 27 Jan 2012 12:40 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Sementara Amerika Syarikat (AS) dilihat berpecah hampir dalam kebanyakan isu, kebanyakan rakyat negara itu bersetuju dalam satu perkara pokok - mereka sudah bosan dengan Kongres.

Kebanyakan pengundi yang ditemui, walaupun dari parti yang berlainan, mahu menukar setiap anggota dalam Kongres, jika ada opsyen untuk berbuat demikian.

Sekitar 56 peratus pengundi berdaftar berkata mereka akan mengundi keluar setiap anggota Kongres jika ada ruang untuk berbuat demikian.

Perkembangan itu, yang diperoleh menerusi hasil kajian NBC dan WSJ, merupakan respons paling tinggi memihak kepada soalan sejak ia kali pertama ditanya pada Mac 2010.

Dan, pandangan itu merentasi spektrum ideologi dengan 55 peratus golongan liberal, 55 peratus golongan sederhana dan 58 peratus konservatif mempunyai pandangan yang sama, lapor portal msnbc hari ini.

"Kami mendapati satu aspek di mana kesemua rakyat di negara bersetuju," kata pengendali kajian parti Republikan, Bill McInturff, yang menjalankan pungutan suara bersama Demoktrat Peter D. Hart.

McInturff berkata, memandangkan tahap populariti ke atas Kongres terus berada di paras rendah dengan 13 peratus buat masa sekarang, kesemua anggota berhadapan dengan risiko ditendang keluar dalam pemilihan, dijadualkan akhir tahun ini.

Pun begitu, anggota-anggota Republikan juga berhadapan dengan amaran sedemikian.

Kebanyakan rakyat berpandangan bahawa GOP membawa perubahan yang salah di Kongres (31 peatus) berbanding kumpulan mereka yang bersetuju (12 peratus).

Ia memperlihatkan satu penurunan bagi GOP berbanding setahun yang lalu, sejurus selepas mereka menguasai Dewan Perwakilan pada pemilihan pertengahan separuh penggal 2010.

Pada Januari 2011, seramai 25 peratus anggota Republikan berpandangan mereka akan membawa perubahan yang betul berbanding 20 peratus yang berpandangan sebaliknya.

Perkembangan sikap ini juga sangat jauh berbeza berbanding situasi apabila Demokrat menguasai Dewan Perwakilan pada 2006 (42 peratus / 15 peratus) dan Republikan menguasai majoriti pada 1994 (37 peratus / 11 peratus).

"Rakyat mahu Kongres melakukan sesuatu, bertindak dengan bertanggungjawab dan membetulkan ekonomi," kata McInturff sambil menambah, jika tidak "mereka boleh berhadapan dengan risiko."

SINAR HARIAN/-

Badan kereta Mercedes Travolta dileraikan pencuri

Posted: 27 Jan 2012 12:00 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ANTARA barang-barang kereta Mercedes milik John Travolta yang dileraikan pencuri.

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang mencuri kereta vintaj Mercedes Benz 1970 milik aktor terkenal, John Travolta telah dihukum penjara selama 16 bulan dan diarah membayar sebanyak AS$50,000 (RM151,950.00) sebagai bayaran pengembalian semula benda yang dicuri, menurut satu laporan mahkamah yang diperoleh kelmarin.

Lelaki itu, D L Rayford Jr. dihukum penjara 16 bulan selepas dia tidak membuat pengakuan dalam kes kecurian kereta berkenaan pada 5 Januari lalu, hampir tiga minggu sebelum pihak berkuasa mengumumkan penangkapannya.

Dia dan seorang lagi lelaki, Michael T. Green ditangkap pada bulan lalu kerana disyaki mengambil kereta tersebut dan masing-masing didakwa melakukan kecurian kenderaan.

Namun, Green tidak mengaku bersalah berhubung dua dakwaan melakukan kecurian kenderaan.

Travolta meletakkan kenderaan itu di sebatang jalan raya di kawasan perumahan di Santa Monica selama 10 minit pada September tahun lalu semasa ia dicuri.

Pelakon itu membawa kunci kereta tersebut semasa dia berjalan ke sebuah ruang pameran kereta Jaguar yang terletak berdekatan.

Namun, seorang pegawai polis Santa Monica, Sarjan Richard Lewid menyatakan, badan kereta Travolta itu sudah dileraikan semasa ia ditemui.

Antara bahagian yang dileraikan tetapi ditemui itu ialah kerusi dan meter laju. - Agensi

Orang Cina Ada Sebab Kukuh, Mengapa Kena Pangkah “Bulan”!

Posted: 26 Jan 2012 11:55 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kemaman - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol "bulan" pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah "jambatan" penghubung antara PAS dengan bukan Islam.

"Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai "jambatan" kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November lalu.

Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat

"Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.

"Sebab dalam tempoh 50 tahun Barisan Nasional memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.

"Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita (Pakatan Rakyat) tidak betul, anda (rakyat) boleh undi mana-mana parti yang anda suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara," jelasnya.

Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai "Putrajaya" banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.

Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita(Pakatan Rakyat) sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak 'menjejakkan' kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak 'kuasa' berada di Putrajaya.

"Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan," tegasnya.

Sementara itu, beliau mengakui, kaum Tionghua telah banyak berubah dan tidak lagi 'phobia' kepada PAS dan agama Islam.

Menurutnya, sebelum ini orang Cina takut kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang PAS dan Islam.

"Sebelum ini, kaum Cina takut sekali dengan parti PAS dan yang paling asas sekali 'ketakutan' mereka mengenai makanan, kebudayaan dan agama.

"Kita (DHPP) yang memperkenalkan isu-isu, dasar dan prinsip-prinsip sebenar mengenai maklumat yang lebih tepat tentang parti PAS," ujarnya

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua DHPP Terengganu, Lip Woon Chang. -BuletinOnline

Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?

Posted: 26 Jan 2012 11:54 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Analisis

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.

Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.

Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.

Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bulana umum.

Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya 'Wanita Pertama Malaysia' berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat."

Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta.

Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam.

Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura.

Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya.

Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh.

Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu.

Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar.

Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu.

Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Harakah Daily

Syed Husin saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta

Posted: 26 Jan 2012 11:51 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dr Syed Husin Ali memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Edwin Lim Suren and Soh.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk AbdulAziz Ishak dan Zulkifli sebagai defendan.

Syed Husin juga mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu berjudul 'Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin'.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan tulisan Zulkifli dalam blog beliau bertajuk 'Anjing-anjing pencen' yang mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku 'Memoir Perjuangan Politik' yang ditulis ahli politik itu.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju sekiranya mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

Sehubungan itu, Syed Husin menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau 'seorang hiprokit' , 'tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

"Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah.

"Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa," katanya.

Keadilan Daily

Saksi NFC akan bekerjasama dengan KEADILAN- Zuraida

Posted: 26 Jan 2012 11:47 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 27 Jan: Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail akan memberikan kerjasama kepada KEADILAN bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam skandal itu, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Shamsubahrin sebelum ini didakwa menjadi mangsa kambing hitam apabila dituduh merasuah anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tersebut.

Beliau hari ini berdepan pula dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang pemandu teksi dan kes melibatkan isu membekal pembantu rumah.

"Kita nampak (pertuduhan) ini usaha mendiamkan Shamsubahrin, menakutkan beliau agar tidak memberi kerjasama kepada kita.

"Jadi sekarang Shamsubahrin akan bekerjasama dengan kita dan mendedahkan (skandal NFC) kepada kita," kata Zuraida.

Beliau berkata demikian selepas menemui Shamsubahrin yang kini dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah bersama Naib Presiden KEADILAN, Surendran dan Pengarah Biro Guaman, Latheefa Koya.

Pagi tadi, Shamsubahrin didatangi dua majistret dan timbalan pendakwa raya di wad berkenaan untuk mendakwa beliau atas dua pertuduhan menipu.

Menurut Zuraida, beliau percaya ada usaha dan tekanan dari pihak pengurusan NFC yang mahu Shamsubahrin dikenakan tindakan terhadap pertuduhan lain.

"Ada arahan-arahan dari pihak NFC yang beliau tidak mahu laksanakan, maka beliau diperangkap dan ditangkap.

"Mereka (majistret) tak perlu terdesak begini. Ia boleh dibuat kemudian," katanya.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin diberikan cek bernilai RM1.755 juta oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk merasuah polis dan SPRM yang menyiasat NFC.

Beliau bagaimana pun menjadi kambing hitam apabila ditahan atas dakwaan cuba menipu Mohamad Salleh.

Keadilan Daily

Kilang komponen pendingin hawa musnah terbakar

Posted: 26 Jan 2012 11:45 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sebuah kilang membuat komponen pendingin hawa di Seksyen 15 di sini, musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Difahamkan tiga daripada empat blok bangunan kilang ini musnah dan tidak dapat diselamatkan.

Menurut pekerja, Winzho Moy, 25, dia yang ketika itu bersama 39 lagi rakannya sedang melakukan kerja rutin seharian.

Katanya, dia terpaksa berkaki ayam berlari menyelamatkan diri kerana api sedang marak.

Sinar Harian

Tiada puntianak di Menara Condong

Posted: 26 Jan 2012 11:40 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

INILAH imej puntianak yang didakwa dirakam di Menara Condong Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

TELUK INTAN – Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

Kosmo

Penggodam sasar laman web hospital, akhbar Israel

Posted: 26 Jan 2012 11:30 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Penggodam semalam menggendalakan laman web sebuah hospital dan akhbar utama Israel serta laman rasmi festival budaya rejim itu.

Ia serangan siber terbaru yang bermotifkan politik terhadap laman Internet Israel.

Akhbar Haaretz melaporkan, lamannya digodam oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'Anonymous Palestine.' Laman web Hospital Tel Hashomer juga disekat selama beberapa jam setelah ia menerima ribuan mesej dari luar negara, kata jurucakap hospital itu. - AP

Wang BR1M terus menjadi pertikaian

Posted: 26 Jan 2012 11:21 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MIRI, 27 Jan: Isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang sepatutnya diterima oleh mereka yang layak terus menjadi pertikaian ramai.

Ramai antara mereka yang layak tidak menerima kerana pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

Antaranya berlaku dekat Miri ini.

"Kita mendapat aduan dari orang ramai yang mengatakan cara pengagihan wang tersebut seolah-olah ada unsur-unsur politik dimana mereka yang sepatutnya layak tidak dapat menerima bantuan tersebut dengan berbagai-bagai alasan diberi," kata Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee.

Menurut beliau, salah seorang mengadu kepada pihaknya adalah Zainal Tar.

Beliau yang sepatutnya layak mendapatnya kerana mempunyai ramai anak dan bekerja sendiri dengan tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil.

Zainal sudah dua kali pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk semak pemohonan BR1M tetapi telah ditolak dengan alasan anak pemohon sudah berkahwin dan pernah memohon BR1M bagi pihak keluarganya.

Menurut Zainal, beliau telah diberitahu oleh pegawai yang bertugas di LHDN, kononnya anak perempuan beliau sudah mendapat pemohonan tersebut jadi beliau tidak layak untuk mendapatkannya lagi.

Yang peliknya, apabila beliau pergi ke pejabat LHDN ternyata nama pemohon tidak sama dengan nama anak perempuannya tetapi memiliki nombor kad pengenalan/MyKad yang sama.

Satu hal lagi, anak perempuannya belum berkahwin dan masih bersekolah tetapi nama pemohon yang mempunyai nombor MyKad yang sama dengan anaknya.

"Macamana perkara ini boleh berlaku? Nama yang berlainan tetapi mempunyai nombor MyKad yang sama.

"Kita mendesak agar pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan juga LHDN menyiasat perkara ini agar mereka yang sepatutnya layak menerima sumbangan BR1M tidak terpinggir kerana ada kesilapan dalam nombor MyKad," kata Jofri.

Menurut Jofri, pihaknya amat simpati akan nasib penduduk yang tidak memiliki MyKad yang sudah pasti tidak layak untuk menerima sumbangan tersebut.

"Apa tindakan kerajaan lakukan terhadap mereka ini?" tanya beliau.
Dengan kejadian yang berlaku, beliau bimbang kalau-kalau isu kad pengenalan ini juga akan menjadi isu penting dalam pilihan raya nanti.
"Kita harap parti yang memerintah, jangan menggunakan BR1M ini sebagai umpan untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong mereka dalam pilihanraya umum ke13 nanti.

"Mereka hendaklah ikhlas dalam memberi BR1M ini kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, semua ini adalah wang hasil dari pembayar cukai maka seharusnya parti pemerintah jangan mengatakan bahawa wang BR1M ini hak mereka kerana semua ini adalah sumbangan dari pembayar cukai kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Harakah Daily

Sekat bantuan pengajian agama untuk kurangkan ulama

Posted: 26 Jan 2012 11:19 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DUNGUN, 27 Jan: Tindakan kerajaan Umno Terengganu menyekat bantuan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengajian agama adalah sebenarnya mahu menyekat kelahiran ulama.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (gambar) berkata, ketiadaan ulamak akan menyebabkan rakyat jahil dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Terengganu yang tidak lagi sedia memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang mahu mengambil jurusan agama di luar negara khasnya ke timur tengah.

"Apabila ulama meninggal dunia, maka sedikit demi sedikit ilmu hilang dari masyarakat dan manusia menjadi jahil.

"Apabila masyarakat jahil kerana tiada ilmu, iman tdak ada (dan manusia) tidak takut kepada Allah SWT,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kampung Pak Sabah di sini, semalam, Selasa 24 Januari.

Menurutnya, pada ketika itu, manusia akan menganggap, tidak salah melakukan rasuah dan tidak apa melakukan zina.

Oleh kerana itu, beliau berkata, kerajaan Umno Terengganu cuba menyekat kelahiran ulamak dengan mengahalang para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di bidang ugama.

Beliau mengumpamakan tindakan Umno itu cuba mengeringkan punca air di empangan supaya air akan berhenti mengalir.

"Dia (Umno) nak mengeringkan punca air, apabila empangan kering dengan sndirinya air yang mengalir kering, inilah yang umno buat sekarang.

"Bila dia tidak beri bantuan kepada orang (yang) mengaji ugama, yang mahu pergi (melanjutkan pelajaran) ke Yaman, Mesir, Jordan, dengan sendirinya ulamak akan berkurangan,"jelasnya.

Katanya, sifir Umno adalah, apabila ulama berkurangan, rakyat akan menjadi jahil dan akan menentang Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata, ilmu-ilmu ugama turut menjadi semakin berkurang apabila ulamak tidak amanah dengan ilmunya.

Katanya, adalah satu perkara yang amat pelik apabila ada ulamak yang tidak amanah memberikan perakuan bahawa Menteri juga layak menerima wang zakat.

Sedangkan, kata beliau, perkara tersebut telah dijelaskan dalam zaman Syaidina Omar al-Khattab, mana-mana individu yang telah menerima wang daripada Baitul-Mal adalah haram nenerima zakat.

"Kalau dia sudah ada gaji, sudah ada elaun, maka zakat tidak boleh diberikan lagi,"katanya ketika mengulas isu Menteri Umno/BN yang menggunakan zakat untuk membiayai kos guaman.

Harakah Daily

Pastikan keselamatan Datuk Shamsubahrin - PKR

Posted: 26 Jan 2012 11:17 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KLANG, 27 Jan: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa atas tuduhan menipu baru-baru ini berada dalam keadaan tidak selamat dan perlukan perlindungan sepenuhnya.
(Zuraidah dan Surendran ketika bercakap kepada wartawan)

Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dalam sidang media hari ini mendakwa, Samsubahrin yang merupakan saksi utama dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan didakwa atas dua pertuduhan menipu dilihat menjadi "kambing hitam" kepada skandal tersebut bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

"Apa yang kita lihat sekarang Samsubahrin telah dianiayai oleh pihak tertentu bagi menutup kepincangan yang berlaku di dalam NFC, malah beliau juga telah dijadikan 'kambing hitam' bagi menanggung kesalahan yang dilakukan oleh orang lain," jelasnya.

Baru-baru ini, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Baru-baru ini, Pengerusi NFC mendakwa, bekas kakitangannya adalah antara pihak yang terlibat membocorkan rahsia NFC.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida memberitahu, sewaktu Samsubahrin diminta untuk menghuraikan segala kucar kacir di dalam akaun NFC, pihak NFC berharap beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya tetapi Samsubahrin tidak bertindak seperti apa yang mereka kehendaki.

"Melihat kepada tindakan Samsubahrin yang tidak mahu mengikut seperti apa yang dikehendaki, mereka mula memerangkap beliau dengan tuduhan-tuduhan menipu.

"Kami beranggap Samsubahrin adalah saksi yang penting dan kita mengharapkan keselamatan beliau dapat dijaga serta diberi perlindungan sepenuhnya.

"Sebab itulah kita akan membuat pendedahan seterusnya agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dan saya pasti pihak berkepentingan akan melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak ketahui," sambungnya lagi.


Sengaja diperangkap

Sementara itu, Peguam N. Surendran yang mewakili Samsubahrin memberitahu beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan NFC dan pihak tertentu telah bertindak dengan tuduhan menipu dengan harapan Samsubahrin dapat berdiam diri dari membuat sebarang pendedahan.

"Apa yang kita lihat hari ini adalah suatu yang pelik telah berlaku di mana dalam tempoh ini terdapat dua pertuduhan dikenakan terhadap anak guam saya, Samsubahrin, iaitu yang pertama dari Mahkamah Klang dan yang kedua pula dari Mahkamah Majistret Shah Alam.

"Beliau tidak mengaku salah keatas kedua-dua tuduhan tersebut dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM9 ribu dan RM2 ribu dan sebutan akan dilakukan pada 27 Februari di Mahkamah Klang manakala pada 1 Mac di Shah Alam," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini, ia adalah bermotifkan politik bagi melindungi seseorang.

"Samsubahrin akan membuat laporan polis untuk kali pertama kerana sebelum ini beliau tidak mengetahui apa yang berlaku dan atas alasan tersebut kita telah meminta hakim membenarkan beliau membuat laporan polis terhadap apa yang sebenarnya belaku.

"Hakim dari Mahkamah Klang telah membenarkan beliau membuat laporan dan sekarang pihak polis sedang mengambil laporan darinya, setelah laporan tersebut siap kita (PKR) akan membuat pendedahan mengenai apa yang terkandung dalam laporan tersebut," katanya.

N.Surendren berkata, melihat kepada pertuduhan tersebut ia hanyalah melibatkan kes sivil sahaja dan tidak ada langsung unsur jenayah.

"Ini adalah kes fitnah kerana ia dilihat sebagai cubaan mengganggu tertuduh (Samsubahrin) dan berharap tertuduh berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya mahukan jawapan dari Peguam Negara mengapa kuasa pendakwaan disalahguna seperti ini untuk bertindak menyerang Samsubahrin, adakah kerana beliau mengetahui segala rahsia yang berlaku di dalam NFC," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau percaya ini adalah penganiayaan yang amat serius berlaku terhadap Samsubahrin dan ada pihak yang ingin menutup kes tersebut maka serangan demi serangan dilakukan terhadapnya.

Sebelum itu, beliau yang sepatutnya berada di Penjara Sungai Buloh tetapi dimasukan ke hospital bagi mendapat rawatan untuk penyakit kencing manis dan jantung.

Latheefa Koya juga turut bertindak mewakili Samsubahrin dalam kes tersebut.

Harakah Daily

Himpunan Hijau akan demo bantah Lynas

Posted: 26 Jan 2012 11:15 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan Himpunan Hijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.

Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.

Setiausaha Kumpulan Himpunan Hijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.

Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.

Henti Lynas

Selain itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan yang bijak untuk memberhentikan projek tersebut sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jika tidak, rakyat akan menolak mereka yang zalim dan memilih mereka yang bersama rakyat.

"Isu Lynas ini sudah lama diperkatakan. Seluruh komuniti Kuantan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Kita berasa masa dan ruang yang diberikan sudah mencukupi. Berapa lama lagi rakyat harus hidup menderita?" soalnya.

Sebelum ini, HimpunanHijau 1.0 telah diadakan juga di Kuantan pada 9 Oktober tahun lalu dengan kehadiran kira-kira 7,000 ribu rakyat.

Sertai HimpunanHijau 2.0

Sementara itu, pada sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Kuantan.

"PAS menyokong penuh himpunan aman dan santai ini, dan menyeru ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat untuk turut serta.

"Rakyat negara-negara dunia ke-3 nampaknya kurang peka terhadap hal-hal alam sekitar. Jadi PAS berterima kasih kepada NGO yang bagi kesedaran kepada masyarakat dalam isu ini," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, permit akan dipohon bagi himpunan tersebut dan berharap polis akan memberi kerjasama.

"Himpunan ini bukan demonstrasi, tidak berarak sebaliknya hanya berkumpul setempat dan akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

"Tiada perarakan dan tidak akan melibatkan kesesakan lalu lintas, jadi tiada masalah untuk polis beri kebenaran," katanya yang juga Pessuruhjaya PAS Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang komited membawa isu ini di Parlimen pula berharap kerajaan akan membuka mata terhadap suara rakyat ini.

"Kita sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan bantahan kerana kesan yang sangat bahaya terhadap penduduk sekitar.

"Jadi kita akan berusaha untuk memastikan projek ini dibatalkan," kata Naib Presiden PKR itu sambil menambah, akan turut mengerah ahli PKR menyertai himpunan tersebut.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifly Omar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Harakah Daily

Yang mustahil masa BN tidak mustahil masa Pakatan

Posted: 26 Jan 2012 11:13 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 27 Jan: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, apa yang mustahil di zaman Barisan Nasional, tidak semestinya mustahil di zaman Pakatan Rakyat terutama masalah tanah.

"PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan," kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang mendakwa janji PAS Pahang bahawa setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti adalah mustahil dilaksanakan.

Ini adalah kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

Membalas kenyataan Adnan, Tuan Ibrahim berkata janji Azam, niat ikhlas dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik di Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Tuan Ibrahim berkata PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut juga, tambah beliau PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.

"Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR. Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka," tegasnya lagi.

Sebagai contoh perkara mustahil yang didakwa BN yang telah berjaya dilaksanakan PR, kata beliau ialah pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut.

"Semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR," tegas beliau.

Walaubagaimanapun, Tuan Ibrahim mengakui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.

Akan tetapi, katanya, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, PAS yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

Sebagai perbandingan mudah, Tuan Ibrahim mengambil isu Felda seperti yang tertera di dalam buku Jingga di mana PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.

"Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?

"Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk 'Selamatkan Pahang!'" tegas beliau.

Harakah Daily

Anggota bomba pun diugut bunuh

Posted: 26 Jan 2012 11:03 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU - Gara-gara bomba gagal menyelamatkan rumah dan harta benda penduduk daripada musnah akibat kebakaran, seorang anggota bomba pernah diugut bunuh dan dicederakan.

Insiden itu menimpa Ariffin Harris dua kali ketika ditugaskan di Sandakan dan Tawau apabila penduduk di kawasan setinggan marah kerana pasukan bomba gagal mengawal api daripada terus merebak sehingga penduduk berkenaan tinggal sehelai sepinggang.

"Saya cuba jelaskan kepada mereka misi utama bomba dalam sesuatu kejadian adalah untuk menyelamatkan nyawa. Lagipun, harta benda boleh dicari.

"Saya hampir berputus asa dalam kerjaya saya kerana penduduk tidak mengerti. Tetapi saya terpaksa tabah kerana perasaan kemanusiaan saya terhadap orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima Sijil Khas Perkhidmatan 30 tahun dalam Jabatan

Bomba dan Penyelamat sempena Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini hari ini.

Ariffin, 55, yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sembulan di sini, merupakan salah seorang daripada 35 penerima sijil khas itu.

Beliau tidak menafikan perasaan simpati terhadap penduduk yang hilang tempat tinggal dan harta benda akibat kebakaran.

Namun, selama lebih 35 tahun berkhidmat dalam jabatan itu, beliau kesal masih ramai yang memandang ringan terhadap aspek keselamatan diri dan harta benda, termasuk kecuaian individu tertentu sehingga memberi kesan buruk kepada orang lain.

Terdahulu, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata Sabah tidak terkecuali daripada bencana disebabkan manusia atau 'man-made disaster' dengan mengambil contoh kejadian kereta api penumpang berlanggar dengan sebuah lori pengangkut minyak petrol pada 31 Oktober lepas.

"Walaupun tiada kejadian kehilangan nyawa berlaku, namun kita seharusnya menerima pengajaran penting daripada peristiwa itu.

"Apabila kita selalu tidak patuh kepada amalan yang baik, kita akan terbiasa dengan sikap tidak memberi perhatian kepada perkara penting dalam aspek keselamatan sehinggalah kita ditimpa bencana," katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Nordin Pauzi. - Bernama

Sinar Harian

'Kasino mini' Mount Erskine diserbu lagi, 11 lelaki ditahan

Posted: 26 Jan 2012 10:59 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Polis sekali lagi menyerbu sebuah 'kasino mini' yang beroperasi lima kilometer dari kaki bukit Mount Erskine di sini, malam tadi dan menahan 11 lelaki yang sedang asyik berjudi.

Ops Dadu yang diketuai Cif Insp Mohd Rozi Aziz itu bermula pukul 7 malam dan polis mengambil masa lebih lima jam untuk menyerbu kawasan khemah yang dijadikan tempat berjudi berkenaan kerana terpaksa mendaki bukit.

Operasi yang membabitkan seorang pegawai dan 15 anggota Cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu dilakukan hasil maklumat awam, kata jurucakap polis kepada pemberita, di sini hari ini.

"Pada 6 Januari lepas, kita telah menyerbu tempat yang sama dan merampas segala peralatan yang digunakan, bagaimanapun penganjur judi berkenaan terus berdegil dan menjalankan kegiatan haram berkenaan.

"Semasa serbuan itu, 11 lelaki terbabit yang berusia antara 18 dan 58 tahun sedang leka berjudi dan ada yang cuba untuk meloloskan diri, namun gagal kerana polis telah mengepung kawasan itu," katanya.

Jurucakap itu berkata polis turut merampas wang di meja judi sebanyak RM210 dan pelbagai peralatan judi jenis 'york' dan dadu.

Katanya kadar pertaruhan adalah dari serendah RM10 sehingga RM150,000 bergantung kepada jenis permainan judi.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim yang mengesahkan perkara tersebut berkata kes disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada lokasi perjudian itu dijalankan di atas tanah sewa atau haram termasuk punca bekalan elektrik dan air yang digunakan mereka. - Bernama

Sinar Harian

Lelaki ditemui lemas di Sungai Perak

Posted: 26 Jan 2012 10:57 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Perak di Tekuk Intan hari ini, dua hari selepas dia dilaporkan terjatuh ketika berjalan
di tebing sungai itu.

Mayat S. Perumal, 58, berasal dari Taman Desa, Batu 6, Teluk Intan, ditemui terapung pada 7.30 pagi tadi kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian lain, seorang remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Km 10 Jalan Ayer Kuning-Labu Kubung dekat Tapah, pada 8 malam tadi.

Rohaidi a/l Long, 17, yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik di Ayer Kuning. - Bernama

Sinar Harian

Siling runtuh ketika tidur

Posted: 26 Jan 2012 10:54 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Tiga sekeluarga nyaris maut apabila sebahagian siling rumah runtuh dalam kejadian di Kota Kemuning di sini kira-kira jam 4.30 pagi, Khamis lalu.

Ketika kejadian, Tony Clement, 44, bersama isteri, Roseh Pamajah, 43, dan anaknya, lima tahun sedang tidur dalam bilik utama sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari bahagian siling rumahnya.

Tony berkata, dia bernasib baik kerana bahagian siling yang runtuh tersebut hanya mengenai kakinya.

Menurutnya, batu-batu besar bertaburan di seluruh kawasan bilik selepas siling runtuh itu terkena kipas.

"Saya menjangka ada pencuri masuk ke dalam rumah kami pada waktu kejadian, namun selepas lampu bilik dibuka, saya melihat banyak batu-batu dan serpihan siling bertaburan.

"Siling tersebut runtuh di bahagian kaki dan kami tidak mengalami kecederaan. Tetapi masih trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Tony yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, selepas kejadian tersebut, dia memeriksa bahagian atas rumah, tetapi tidak melihat kerosakan dari luaran.

Menurutnya, rumah yang didiami sejak hampir setahun lalu itu sering mengalami rekahan pada dinding dan kawasan sekitar rumah.

"Masalah rekahan pada bangunan rumah dirujuk kepada pihak pemaju dan mereka ada menghantar wakil untuk membaiki setiap kali aduan dibuat.

"Tetapi kali ini, keadaan semakin teruk dan kita harapkan pihak pemaju dapat menghantar wakil untuk menyiasat," katanya.

Tony berkata, nasib sama turut dirasai hampir 24 unit rumah dalam kawasan tersebut yang mengalami rekahan di dalam rumah mereka.

Sinar Harian

Taska dikenakan tindakan kunci

Posted: 26 Jan 2012 10:51 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sebuah taska berselindung di sebalik pusat jagaan kanak-kanak di Ta­man Permata, Ampang, di­ke­nakan tindakan penutupan premis atau kunci oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor semalam, bagi membantu siasatan berhubung kematian dua bayi lelaki Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan dan Arif Amsyar, tujuh bulan pada 19 Januari lalu.

Sebelum ini, kedua-dua bayi itu berada di bawah jagaan taska berkenaan yang terletak bersebelahan pusat jagaan terbabit dan mereka di­sah­kan meninggal dunia dipercayai akibat kecuaian dan bukan kerana tersedak susu.

Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan selama 21 hari terhadap premis di Taman Permata itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sehingga menyebabkan dua kematian berlaku.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan hanya pusat jagaan terbabit berdaftar di bawah JKM sejak Disember tahun lalu, manakala taska tanpa nama yang dipercayai baru beroperasi awal tahun ini tidak didaftarkan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas taska yang menempatkan seramai 13 kanak-kanak itu mendapati premis tersebut tidak memenuhi spesifikasi atau syarat penubuhan sebuah taska mengikut peruntukan Seksyen 8 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) 1984.

"Maklumat awal menunjukkan premis itu jelas tiada kelulusan agensi teknikal, tidak cukup pengasuh, tiada aktiviti yang merangsang perkembangan kanak-kanak termasuk tiada penyelenggaraan yang baik terhadap peralatan dan perabot dalam premis.

"Disebabkan faktor itu, kita terpaksa kunci taska itu terlebih dahulu untuk membuat siasatan terperinci dan jika terdapat elemen-elemen perlanggaran syarat, kita akan kenakan kompaun terhadap pemilik premis. Kita juga akan merujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar sebelum operasi kunci dijalankan di dua premis terbabit dan sebuah pusat jagaan di Seksyen 8, di sini, semalam.

Nik Omar berkata, bagi tempoh tahun lalu, sebanyak 176 taska dan 123 pusat penjagaan di Selangor dikesan berdaftar di bawah JKM, manakala sebanyak 1,046 taska dan lebih 800 pusat jagaan dilaporkan gagal berbuat demikian.

"Kita harap pengusaha premis penjagaan itu dapat tampil kerana JKM sudah menggunakan semua pendekatan bagi menggalakkan mereka mendaftar premis masing-masing," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, sebuah lagi pusat jagaan kanak-kanak di Seksyen 8, di sini, dikenakan notis pengosongan premis semalam, selepas pihak JKM Selangor menerima maklumat daripada seorang wanita melalui talian Nur mendakwa bayi lelakinya berusia enam bulan cedera di bahagian kepala akibat terhentak ketika dalam jagaan premis terbabit pada 6 Januari lalu.

Bayi yang juga anak kepada seorang kakitangan di taska itu dilaporkan koma dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, berlaku kekecohan kira-kira 15 minit apabila pemilik pusat jagaan itu yang didapati tidak berdaftar di bawah JKM, berang dan memarahi sepasukan pegawai JKM Selangor yang datang membuat pemeriksaan dan menyerahkan notis untuk mengosongkan premis dalam tempoh tiga hari bekerja, semalam.

Pemilik taska itu yang enggan dikenali pada mulanya tidak membenarkan pemeriksaan dilakukan dan berkali-kali menegaskan kejadian yang berlaku bukan berpunca daripada kecuaian beliau, sebaliknya mendakwa kecuaian adik kepada ibu mangsa yang juga pekerja di pusat jagaannya.

"Laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan ibu mangsa serta adiknya kini menghilangkan diri dan gagal dihubungi," katanya.

Sinar Harian

Muzium Pengangkutan: Aset atau Liabiliti?

Posted: 26 Jan 2012 10:40 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seperti dalam gambar di atas kita dapat melihat bagaimana Muzium Pengankutan Melaka ini beroperasi dan apakah kebaikan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Melaka dengan adanya muzium seperti itu? Walaupun muzium itu dibina bagi menayangkan kenderaannya namun adakah tempatnya strategik kepada pelancong ataupun rakyat Melaka sendiri?

Berapa ramaikah pelancong atau rakyat Melaka yang datang dan berapakah jumlah kos yang telah dihabiskan oleh kerajaan Melaka bagi menampung kos operasi Muzium Pengangkutan Melaka itu? Berapakah jumlah kos untuk mendekorasi muzium tersebut yang dikatakan menelan belanja yang cukup besar dengan saiz yang tidak seberapa besar itu.

Ketika sidang DUN Melaka, wakil DAP ada bertanya 3 soalan kepada Ketua Menteri Melaka berkaitan tentang Muzium Melaka itu. Antara soalan yang dibangkitkan adalah jenis dan jumlah perbelanjaan bulanan untuk muzium pengangkutan itu dan jawapan daripada Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah perbelanjaan merangkumi tiga jenis perbelanjaan iaitu emolumen, utiliti dan kawalan keselamatan.

Bagi perbelanjaan jenis emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah seperti berikut yang mana jumlahnya adalah RM3,840.59 (April - RM986.53, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03). Perbelanjaan bagi utiliti pada tiga bulan yang sama juga adalah berjumlah RMRM784.23 (Mei - RM474.82 dan Jun - RM309.41). Manakala perbelanjaan bagi kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67.

Ketika ditanya soalan yang kedua kepada Ketua Menteri berkaitan jumlah pelawat yang telah melawat muzium tersebut sejak pembukaannya dan ini jawapannya "bagi pelawat yang telah mengunjungi muzium tersebut sejak pembukaannya pada 15 April 2010 adalah seramai 28 orang (tempatan) dan jumlah kutipan tiket adalah berjumlah RM265.00. Bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi muzium ini, maka tiket masuk dipakejkan sekali dengan Muzium Adat Istiadat , Alor Gajah dan Muzium Orang Asli, ayer Keroh, Melaka".

Soalan yang terakhir ditanya kepada Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kos untuk "set-up" muzium tersebut. Jawapan Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah kos penubuhan muzium adalah RM198,900.00. Ianya melibatkan panel pameran dan grafik, tapak meletak kenderaan, kemudahan pejabat, pondok kawalan keselamatan, bekalan elektrik, sistem audio dan sistem CCTV.

Persoalannya, strategikkah Muzium Pengangkutan Melaka yang agak jauh dari pusat pelancongan? Pada masa yang sama bangunan disebelah muzium ini masih kosong dan tidak didiami tanpa sebarang aktiviti kecuali muzium tersebut. Adakah ini yang dikatakan negeri maju?

SELATAN ONLINE/-

Lynas mahu buang sisa dibuang di pulau

Posted: 26 Jan 2012 10:30 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

NONEAlternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.

Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas
yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (kanan), yang juga naib presiden PKR.

"Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk
Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan.

azlan"Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, "katanya ketika dihubungi.

PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.

Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya.

Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan".

Bagi menyuarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan.

"Ini tidak harus dibenarkan kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan itu.

MALAYSIAKINI/-

"Barisan Nasional" Masih Gagal Membina Kompleks Maahad Tahfiz

Posted: 26 Jan 2012 08:30 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Hasrat "Barisan Nasional" membina sebuah Maahad Tahfiz untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) masih belum tertunai walaupun tarikh untuk menyiapkan kompleks tersebut telah tamat 31 Disember 2011 yang lalu.

Perhatikan betul-betul papan tanda tersebut, ianya ditulis "Satu Lagi Projek Barisan Nasional

Wah! begitu banyak wang nampaknya Barisan Nasional ingin menghadiahkan sebuah kompleks bangunan untuk Majlis Agama Islam Melaka. Harap-harap cadangan pembinaan kompleks bangunan tidak disiasat oleh Jabatan Audit Negara kerana ianya dibina oleh sebuah parti politik.

Kompleks tersebut sepatutnya dibina atas lot 19451, Mukim Bukit Katil agak ganjil kerana sebuah parti kompenen Barisan Nasional berhasrat membina Maahad Tahfiz untuk diserahkan kepada MAIM. Ianya seolah-olah mengambarkan Barisan Nasional memungut derma daripada ahli-ahlinya yang terdiri daripada MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO bagi membina sebuah kompleks maahad tahfiz untuk MAIM.

Walaupun hasrat "Barisan Nasional" begitu "murni", bangunan tersebut masih gagal dinaikkan walaupun seketul bata.

Kedudukan papan tanda ini berada tidak jauh daripada Bilik Gerakan Barisan Nasional Parlimen Bukit Katil yang terletak hanya kira-kira 100 meter, mungkin pengerusi Barisan Nasional Melaka mempunyai jawapan untuk papan tanda dan projek ini.

Walaupun "Barisan Nasional" sehingga sekarang masih gagal membina bangunan ini, kerajaan mereka "Kerajaan Barisan Nasional" dikatakan beria-ia mengambil alih Maahad Tahfiz As-Solihin yang berada di Merlimau untuk dijadikan tahfiz baru di bawah kelolaan MAIM.

Blog Yusuf Wahab

Jihad wanita

Posted: 26 Jan 2012 08:00 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

tazkirah/-

NATO tidak minat lancar serangan baru ke atas Libya

Posted: 26 Jan 2012 07:40 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BRUSSELS 27 Jan. – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak berminat untuk melancarkan serangan baru ke atas Libya walaupun pertempuran kini berlaku di bekas kubu kuat pemimpin Muammar Gaddafi.

Pertempuran tercetus di Bani Walid awal minggu ini, tiga bulan selepas NATO menamatkan serangan udara ke atas Libya dan mengisytiharkan kejayaan misi menyelamatkan penduduk awam di negara itu.

"Kami tidak lagi berada di Libya dan tidak berniat untuk kembali ke negara itu," kata Setiausaha Jeneral Anders Fogh Rasmussen dalam satu sidang akhbar, semalam. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Komen