Sabtu, 17 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 17 Dec 2011 03:28 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Anwar Gempur dan Gemparkan Temerloh

Posted: 16 Dec 2011 05:27 PM PST

TEMERLOH:Umno sanggup akan habisan ratusan juta atau billion ringgit dalam PRU13 akan datang.Dan sangguop akan berbuat apa sahaja demi kuasa mereka. Dan dia akan lakukanapa sahaja untuk pertahankan Putrajaya, jelas Anwar 

Semuaini tidak ada maknanya kerana KUASA RAKYAT akan menentukan segala-galanya.
Kenapasaya dia orang marah, kerana saya berjuang kerana mempertahankan prinsip denganizin Allah dan juga kerana rakyat. Saya mahu semua yang hadir ingat, ini Negarasaya, ini tanahair saya dan saya berhak  berjuang  dan mempertahankannya.  Negara saya ada rakyat Melayu Cina dan Indiakerana ini adalah tanah tumpah air saya bersama.

Beliauminta rakyat jangan jadi penonton dan pengikut yang membuta tuli. MembelaMelayu dalam Umno kerana Melayu UMno lah yang tuan-tuan angkat itu , Melayuyang jadi pemimpin pegawai dan sebagai yang memusnah dan memporakperandakan Negara.Hutang Negara RM230 billion, hutan balak difaraid sesuka hat 20 dan 15 tahundulu bumi in(Pahang nikaya), sepatutnmya limpahan kekayaan Negara ini.

Sayarela dipenjarakan, kerana saya berjuang demi rakyat dan untuk rakyat. Pada 9hbjanuari ini mahkamah akan bersidang menjatuhkan hokum. Sama ada saya ke penjaraatau ke mana, saya tidak akan berundur.

Umnocuba cari apa sahaja salah saya, sepajang dalam kerajaan samada sebagai TPM,mantan menteri kewangan saya satu sen pun tidak pernah ambil wang rakyat ke,tanah ke dan sebagainya. Depa terpaksa merekayasa cerita merosakkan moral sayadengan tuduh saya kaki betina, kaki liwat dan macam-macam, tetapi rakyat tahu.

Sayahairan orang muda Muda, ejek saya pengkhianat Melayu, ejen Amerika ajen alQade, ajen Yahudi, tapi depa lupa yang ejek saya (pemuda Umno) yang khianatdepa buka saya tetapi pemimpin Umno, yang sepetutnya depa mengaji (sekolahmasuk IPTA) sepatutnya dapat biasiswa tetapi pinjam(hutang_ dengan TabungPTPTN.

Jikakita ambil alih Putrajaya kita akan bagi biasiswa kepada semau anak-anak yangneka sekolah (masuk IPT) Kita akan hapus kan PTPTN. Semua bukannya payah Cuma mahudengan taidak mahub uat sahaja.

Sayatidak janjikan jika Pakatan dpat Putrajaya kita nak bagi RM10,000 seorangkepada rakyat. Tetapi saya nak rampas harta kerajaan isu NFC dan nakaguh-agihkan lembu itu kepada penternak miskin Melayu Cina dan India.

Initidak rakyat melayu Cina dan india yang puluhan tahun duduk dalam Negara inimohon mahu dapatkan tanah sekangkang kera untuk tapak rumah kediaman. Kita(Pakatan) beri dilabelkan pengkhianat, tetapi pemimpin Umno yang kaya raya beriseekor lembu bersekali dengan 6 ekar tanah seorang (merujuk dengan isu NFC).Rakyat tunggu lebih 30 tahun nak dapatkan tanah, ada setengahnya dah mati,disambung oleh anak, anaknya pun mati sampai pula ke cucu. Masih tak dapat lagi. Jdi ini kerja siapa, kerjakita DAP ke, dak pemimpin Melayu, pegawai Melayu.

Kitasokong kalau pemimpin Melayu betul, kita sanjung jika pegawai melayu yang amanahdan sebagainya atas Melayu yang baik dan betul. Kalau Cina pemimpin tidak betulapa faedah.
Sayanak tanya lagi, punya teruk Umno ambil cukai lesen, permit. Siapa yang dapat ,dati Tan Sri dan sebagaiya.

Adasatu kes seorang tan Sri dating jumpa saaya dia ada 15 permit teksi umur dia 75tahun. Saya Tanya tan Sri pandu sendiri ke teksi. Dia kata dak dia hanya nakpermit sahaja. Saya kata tan Sri balik pandu teksi lepas tiga hari jumpa saya. Lepas3 hari mai jumpa saya dia kata dia tak larat pandu, dia pun ada kereta lain.

Haini saya nak bagi tau kalau Pakatan memerintah saya nak ambil balik permitteksi saya nak bagi balik terus kepada semua pemandu teksi yang pakai lessen permitornang aramai pemandui kalangan tentera yang kerja dengan orang ada permitpemimpin Umno lah tu. Ni kita nak buat nak bagi samada adil



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Dec 2011 01:08 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


3 maut menjelang pengiraan undi terakhir pilihan raya Mesir

Posted: 16 Dec 2011 07:59 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 257 lagi cedera selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis semalam menjelang pengiraan undi peringkat akhir pilihan raya Mesir.

Stesen televisyen melaporkan, pertempuran berterusan sepanjang malam di jalan raya yang berdekatan dengan bangunan kerajaan dan Perlimen.

Dua daripada tiga yang terbunuh itu dilaloprkan ditembak mati, kata seorang pegawai kesihatan. - AFP

Ribut Tropika Washi ragut 14 nyawa di selatan Filipina

Posted: 16 Dec 2011 07:30 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

MANILA: Ribut Tropika Washi mengganas di selatan Filipina hari ini, mengakibatkan banjir teruk dan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Sementara itu, 20,000 tentera Filipina dikerahkan untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa di pulau besar selatan Mindanao, kawasan paling teruk terjejas, kata Pegawai Pertahanan Awam, Benito Ramos kepada agnesi berita AFP.

"Ribut bergerak dengan perlahan di kawasan berkenaan menyebabkan hujan turun dengan lebat dan mengakibatkan banjir besar," katanya yang juga Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan. - AFP

Gempa bumi sederhana 5.5 magnitud gegar Kepulauan Jawa

Posted: 16 Dec 2011 07:08 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan barat Kepulauan Jawa hari ini, lapor Agensi Geofizik dan Meteorologi.

Gegaran itu berlaku pada jam 6.17 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa bumi di 636 kilometer barat daya Ujungkulon, wilayah Banten dan kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut, kata pegawai agensi hari ini.

Tiada kecederaan atau amaran tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Kepada siapa hala muncung senjatamu

Posted: 16 Dec 2011 03:51 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -
Tuan Ibrahim Tuan Man

Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.

Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

"Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini" - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.


Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya 'ego diri') sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya 'tinggi' sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, "No one is indespensible."

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Disember 2011

China Negara Pengguna Video Dalam Talian Paling Banyak di Dunia

Posted: 16 Dec 2011 03:44 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Jumlah pengguna video dalam talian China dijangka mencapai 394 juta orang pada tahun ini. Ini bermakna China akan menjadi negara pengguna video dalam talian paling banyak di dunia.

Ketua Pengarah Biro Kawalan Program Video Internet Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem, dan Televisyen Nasional China, Luo Jianhui menyatakan demikian dalam Forum Industri Audiovisual Internet China 2011 di Shanghai semalam.

Menurut beliau, sebagai "usaha baharu", industri audiovisual dalam talian menjadi komponen penting dalam kebudayaan internet yang sihat. China akan berusaha meningkatkan perkembangan media baharu internet .

Polis Mesir serbu khemah aktivis

Posted: 16 Dec 2011 03:42 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA
PENUNJUK perasaan cuba merempuh masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri di tengah Kaherah, semalam. - Foto EPA

Pasukan keselamatan usir penunjuk perasaan ancam cetus keganasan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menyerbu khemah yang didirikan di luar bangunan Kabinet negara itu semalam, bagi mengusir penunjuk perasaan yang mendesak ditamatkan pemerintahan tentera, ketika pegawai mula mengira undi pilihan raya Parlimen pusingan kedua semalam.
Pertempuran meningkatkan ketegangan antara aktivis dan pegawai keselamatan serta mengancam mencetuskan pusingan baru keganasan selepas dua hari pengundian yang aman dalam pilihan raya yang dianggap paling bebas dan adil dalam sejarah moden negara itu.
Pergaduhan tercetus apabila penunjuk perasaan berkhemah di luar bangunan Kabinet, menuntut pemerintahan tentera negara itu memindahkan kuasa dengan segera kepada pihak berkuasa awam.

Seorang penunjuk perasaan mengirim gambar online seorang penunjuk perasaan wanita dipukul dalam pertempuran itu manakala yang lain berkata mereka ditahan oleh polis tentera. Tidak dapat dipastikan berapa ramai penunjuk perasaan masih berada dalam tahanan polis.

Aktivis, Hussein Hammouda berkata tentera bertindak balas dengan melempar batu dan menyembur air dari dalam pagar bangunan itu.

"Ketegangan antara penduduk dan pasukan keselamatan amat teruk dengan sedikit saja masalah boleh mencetuskan pertelagahan besar. Tiada lagi kepercayaan antara mereka," katanya.
Tentera mengambil alih kuasa daripada Presiden Hosni Mubarak yang disingkirkan dalam revolusi Februari lalu. Kumpulan hak dan aktivis mendakwa tentera menjalankan amalan rejim lama, termasuk menahan dan memukul pembangkang.

Penunjuk perasaan berkata, pertempuran bermula petang kelmarin selepas tentera memukul teruk seorang lelaki muda yang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu.

Beratus-ratus orang bergegas menyertai bantahan itu selepas video dan gambar online menunjukkan orang ramai mengusung lelaki yang cedera itu. Gambar menunjukkan muka dan matanya lebam serta bengkak, kepalanya dibalut dan darah menitis dari hidung.

Saksi menuduh polis tentera menarik lelaki terbabit dari lokasi tunjuk perasaan dan memukulnya di dalam Parlimen, berhampiran ibu pejabat Kabinet. Kemudian penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah polis tentera.

Aktivis Hussein Hammouda berkata, tentera memberi tindak balas dengan membaling batu dan mensasarkan meriam air dari dalam pagar berhampiran bangunan Parlimen.

"Ketegangan antara orang ramai dan pegawai keselamatan amat tegang sehingga apa saja boleh menyemarakkan keadaan itu. Tiada kepercayaan antara kedua-dua pihak," kata Hammouda yang berhenti dari jawatan sebagai anggota polis pada tahun 2005 untuk membantah amalan pasukan keselamatan itu.

Agensi berita Mesir melaporkan, sekurang-kurangnya empat cedera dibawa ke hospital berhampiran dan kebakaran berlaku di bangunan kerajaan berhampiran akibat pertempuran itu. Stesen televisyen menyiarkan imej polis berpakaian biasa membaling batu ke arah penunjuk perasaan dari bangunan Parlimen. – AP

Lelaki dipenjara ugut bunuh Obama

Posted: 16 Dec 2011 03:40 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Mississippi 17 Dis. - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana mengugut untuk membunuh Presiden Barrack Obama dan meletupkan hospital yang menolak melakukan pembedahan kepada isterinya.

David Williams ditahan pada Julai lalu selepas Pusat Perubatan Unuversiti Mississippi membuat laporan polis tentang ugutan tersebut.

Dia mengaku bersalah pada 31 Ogos.

William menelefon hospital untuk mengaturkan pembedahan isterinya. Apabila diberitahu ia tidak dapat dilakukan, Williams mengugut untuk meletupkan hospital dan membunuh presiden. - AGENSI

Bill Gates umum dana RM96j penyelidikan penyakit

Posted: 16 Dec 2011 03:38 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

MONTREAL 17 Dis. - Yayasan Bill dan Melinda Gates bersama sebuah pertubuhan tidak berkepentingan (NGO) Kanada semalam mengumumkan dana berjumlah RM96 juta ($32 juta) bagi tujuan penyelidikan penemuan dan pembangunan bagi mengesan penyakit di negara-negara membangun.

Tujuan utama projek tersebut bagi mengesan dan merawat penyakit secara serta-merta di kawasan terpinggir negara mundur dan berpotensi menyelamatkan lebih banyak nyawa tanpa menunggu lebih lama.

"Bayangkan sejenis alat ringkas berkuasa bateri yang boleh mengambil darah dan dalam masa beberapa minit memberi keputusan bahawa kanak-kanak yang sedang demam itu mengalami malaria, denggi atau jangkitan bakteria," kata ketua Grand Challenges, Peter Singer yang berkerjasama dengan pengasas Microsoft, Bill Gates dalam menjayakan projek tersebut.

Yayasan Gate's menyumbangkan RM63 juta ($21.1 juta) sepanjang tiga tahun lalu untuk penyelidikan tersebut manakala Grand Challenges, yang didokong oleh kerajaan Kanada menyumbangkan RM32 juta ($10.8 juta). - AFP

Presiden Syria didesak letak jawatan

Posted: 16 Dec 2011 03:33 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

WARSAW 17 Dis. - Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya semalam mendesak Presiden Syria melepaskan jawatan dengan alasan rakyat negara itu berhak menentukan masa depan mereka sendiri.

Mustafa Abdul-Jalil berkata, Presiden Bashar al-Assad patut mencari jalan damai keluar daripada krisis dalam negaranya, yang telah lama menderita akibat tindakan rejim itu.

Beliau bagaimanapun mempertikai tindakan Assad yang ingin menyertai pilihan raya bagi melihat sama ada rakyat Syria menerimanya.

"Jika benar rakyat Syria bersedia memilih Assad, biarkan ia berlaku," kata beliau dalam satu persidangan pembangunan di bandar ini. - AGENSI

Perjalanan terakhir seorang negarawan

Posted: 16 Dec 2011 03:32 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -
http://bumiperak.blogspot.com

IPOH 14 Dis: Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid Salleh telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai pada usia 88 tahun.

Allahyarham dilahirkan di Kampar Perak pada tahun 1923, pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Seawal pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor untuk melebarkan pengaruh PKMM. sehingga berkembang ke seluruh daerah di Johor. Seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun di Singapura.

Dengan kebolehan berbahasa Inggeris, Mandarin dan juga bahasa Arab, beliau pernah ditawarkan jawatan dalam kerajaan tetapi menolaknya kerana tidak sesuai dengan perjuangannya.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

"Pemergian Allahyarham Abdul Majid Salleh merupakan kehilangan besar pejuang rakyat sewajar dicontohi pengorbanan dan semangat juang Pak Imam Majid terutamanya generasi muda.

"Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para An'biya, Syuhada' dan Solihin," katanya.

UMNO hadapi krisis kepercayaan, awas mungkin bomoh digunakan untuk PRU 13 ?

Posted: 16 Dec 2011 01:32 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Parti Umno tidaklah seindah mana, namun rakyat masih keliru dan dikhayalkan dengan jasa umno yang kononnya tinggi menggunung , realitinya umno sedang menghadapi krisis kepercayaan yang dasyat dan sedang menanti hukuman dari rakyat termasuk dari penyokong umno sendiri.

Sebagai buktinya, penyokong parti ini pernah mengusung bangkai kepala lembu di khalayak, beri isyarat lucah di tempat awam, berbohong kepada rakyat, rasuah, aniaya rakyat, rompak harta awam, termasuk dalam ke rompakan wang projwk lwmbu oleh ketua wanita umno .

Bukan sekadar pernah, malah perbuatan yang disebut tadi dilakukan berulang kali dan terus berjalan hingga saat ini.

Walaupun televisyen media perdana terus cuba membersih kerja jahat mereka ke bawah karpet supaya tidak diketahui rakyat, namun suka saya ingatkan BN jangan harap anda selamat dengan situasi ini.

Orang Melayu khususnya jangan lupa bahawa syer Bumiputera sebanyak RM52 bilion sudah pun lesap dan ini adalah ankara parti Umno juga, segala kekayaan negara telah disapu bersih oleh Umnoputera, dengan ini maknanya rakyat terus jadi golongan yang paling rugi.

Di Perak misalnya, orang Umno telah merampas tanah orang Melayu yang diusahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit, kemudian tanah rampasan tersebut mahu ditanam dengan pisang pula walaupun tanah itu tidak sesuai untuk tanaman tersebut.

Kisah di Perak ini antara merupakan cerita lawak yang sedang berlaku di negara kita, mungkin Umno Perak khususnya perlu masuk ke program Permata Negara anjuran DS Rosmah Mansur untuk jadi lebih cerdik sedikit.

Benarlah kata Mantan Peresiden Umno sendiri bahawa rasuah dalam parti itu pada realitinya telah pun membusuk dari luar hinggalah ke ususnya.

Perkembangan terkini, saya juga tidak menolak sememangnya wujud kemungkinan besar bahawa adanya unsur bomoh membomoh di kalangan orang Umno untuk menang dalam PRU dan sebagainya.

Ini berdasarkan nasihat beliau (Tun Mahathir) terhadap seluruh ahli politik dengan mengingatkan supaya ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang, beliau juga berkata bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

Berdasarkan rekod prestasi umno-BN, parti ini langsung tiada hak untuk ada peluang kedua sebagai peneraju negara, usah buang masa negara ini sebagai tempat menyimpan pemimpin yang tidak berguna untuk manfaat rakyat, tolak BN pada PRU 13, berilah sokongan padu dan undilah Pakatan Rakyat.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 16 Disember 2011

Salam Perjuangan

Posted: 16 Dec 2011 11:29 PM PST

Salam Perjuangan


HOT DOG BABI - RAMLY BURGER NAFI, DAKWA DISABOTAJ

Posted: 16 Dec 2011 09:06 PM PST

21 Muharram 1433 H | 17 December 2011

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.

Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.

"Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.

"Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama," katanya. 

Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.

Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.

Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.

Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis. - Harian Metro

(Komentar : Harap pihak yang berwajib dapat mengeluarkan kenyataan rasmi bagi meredakan kegelisahan umat Islam)

KEPADA SIAPA MUNCUNG SENJATAMU DIHALAKAN?

Posted: 16 Dec 2011 03:07 AM PST

20 Muharram 1433 H | 16 December 2011

Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.

Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, iaitu tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah tidak lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh, dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini  menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri, bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan muncung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

"Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini" - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.

Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya 'ego diri') sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada  dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya 'tinggi' sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, "No one is indespensible."

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam.

Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Dec 2011 07:37 PM PST

PAS Kawasan Miri


Jangan Rosakkan Imej PAS Sebab Masalah Peribadi

Posted: 16 Dec 2011 07:26 PM PST

Selesai masalah dalaman parti, Jangan gunakan media BN
Masalah dalam parti sepatutnya jangan dibincang dalam media atau pun secara terbuka yang boleh menjejaskan imej parti. Kita minta mereka yang mempunyai sebarang masalah peribadi atau dengan sesama ahli, jangan gunakan media kerajaan untuk meluahkan perasaan sebab sekarang ini media BN sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengadu domba setiap masalah yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Imej PAS boleh terjejas sekiranya berlaku pertelingkahan antara pemimpin jadi tolong hentikan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dalam media kerajaan. Perkara semacam ini boleh dibincang dalam peringkat dalaman bukan perlu disebarkan diluar parti. Kita tidak mahu imej PAS terjejas sekiranya terjadi ahli atau wakil rakyat PAS melompat parti. Perkara ini patut diambil perhatian kepada mereka yang sudah dipilih jadi wakil rakyat. Waktu pilihanraya sudah hampir janganlah biar perkara ini terjadi dalam PAS.

Kita kena pertahankan imej PAS demi menjaga nama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Kalau mereka yang sudah terpilih jadi wakil rakyat hendak keluar parti memang hak mereka tetapi ini bukan waktu sesuai sebab mereka dipilih jadi wakil rakyat atas sokongan ahli,penyokong dan juga rakyat bukan atas kemenangan peribadi.

Adalah malang sekali kalau perkara ini berlaku dalam PAS sebab sesudah mereka dilantik menjadi wakil rakyat mereka mengkhianati amanah rakyat yang sudah memilih mereka kecuali berlaku penyelewengan atau parti yang mereka wakili itu sudah nyata sesat dan menyesatkan.
Harap perkara ini dapat dibincang secara baik dan dalam suasana yang tenang, jangan jadi perselisihan pendapat menyebab imej parti terjejas. Kita boleh mempunyai berbagai-bagai pendapat bukan bermakna apabila pandangan dan pendapat kita ditolak kita terus merajuk dan menyepi diri dari arus perjuangan.

"Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul-Nya (Sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya." An-Nisa' ayat 59 Bersatulah kerana Allah demi kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Solve Party Internal problem, Do not use the BN media
Problems in the party should not be discussed in the media or in public that could affect the party's image. We ask those who have any personal problem or with fellow members, do not use government media to express their feelings because now the BN media is trying the best possible to make evils in the People's Alliance.

PAS image can be affected in the event of conflict between the leaders, so please stop making statements that might affect the image of the party in the government media. Things like this can be discussed in the internal level and not to be disseminated outside the party.
We do not want the image of PAS affected if there members of PAS or PAS MPs jump ship. This should be noted for those who are selected to be representative of the people. Election time is near do not let this happen in PAS.

We have to defend the image of PAS in order to protect the name of Islam of PAS over the years. If those who have been selected to be representative of the people want to quit the party is their right, but this is not the appropriate time because they are chosen to be representative of the people on the support of members, supporters and also the people, not on a personal victory.
It is unfortunate if this happens in PAS because after they are appointed as representatives of the people they betrayed the trust of the people who have chosen them, except cases of deviation or the party they represent is obvious sinners.

Hope this matter can be discussed amicably and in calm, do not be differences of opinion causes the party's image affected. We can have many different opinions does not mean that when our views and opinions rejected we keep on insisting and abandonment of the current struggle.

"O you, who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result". An-Nisa' verse 59 Let us unite for the sake of Allah and for the good of all regardless of race, religion and political belief.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Dec 2011 07:27 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Mengekonomikan Rakyat : RM500 Diberikan, RM250 Juta Dilembukan

Posted: 16 Dec 2011 03:56 AM PST


Legasi gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 terserlah apabila bumi Malaysia menyaksikan tiga perhimpunan massa penuh bermakna pada tahun 2007 - perarakan peguam, HINDRAF dan BERSIH - sehingga membawa kepada tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12).

Impak gerakan massa yang bermula ekoran penganiayaan secara melampau terhadap seorang Timbalan Perdana Menteri oleh seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat diri, keluarga dan UMNO-putra semasa krisis kewangan melanda Asia masih terasa hari ini khususnya apabila perhimpunan BERSIH 2.0 mengambil bentuk gerakan massa sebagai kesinambungan semangat rakyat berhimpun demi sesuatu agenda yang membawa kemajuan kepada masyarakat dan bumi Malaysia.

Dengan kata lain, gerakan Reformasi berkembang menjangkaui penganiayaan seorang insan dan memuncak sebagai gerakan massa yang mahukan perubahan dan pembaharuan secara dasar bumi Malaysia.

Makna lebih penting yang dikongsi bersama oleh gerakan Reformasi dan BERSIH 2.0 ialah perubahan mendalam yang melibatkan agenda merentasi kepentingan kaum dan manifestasi hak asasi manusia khususnya hak berhimpun, berorganisasi dan bersuara sejajar dengan semangat zaman (zeitgeist).

Semangat zaman ialah senjata paling kuat yang berada dalam genggaman tangan rakyat jelata apabila berlaku penindasan atau ketidakadilan sosial.  Sejarah tamadun manusia banyak memaparkan pemberontakan rakyat jelata yang tertekan.  Dunia hari ini juga menyaksikan insiden-insiden seumpama khususnya kerana penindasan pemerintah bersifat kuku besi dan menyeleweng wang rakyat atau kegagalan elit berkepentingan dalam menguruskan ekonomi negara.  Daripada gerakan rakyat mengguling pemerintah korup yang bermula di Tunisia dan Mesir kepada gerakan "Occupy Wall Street" yang bermula di Amerika Syarikat dan menular ke merata tempat di bumi ini, hak asasi manusia kini terjelma dalam bentuk gerakan massa yang tidak terhad kepada tuntutan politik.

Sesungguhnya, tuntutan ekonomi melalui gerakan massa sedang berkembang dalam konteks di mana kehidupan rakyat jelata semakin perit dalam banyak negara ketika krisis ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah memberi kesan negatif kepada negara lain termasuk Malaysia.  Dr.Yılmaz Akyüz, bekas Ketua Ahli Ekonomi dan Pengarah, Bahagian Globalisasi dan Strategi Pembangunan di UNCTAD, dalam recana "The Global Economic Crisis and Asian Developing Countries: Impact, Policy Response and Medium-Term Prospects" menunjukkan bahawa, semenjak krisis kewangan Asia 1997/98, ekonomi Malaysia biarpun mengalami pertumbuhan tetapi pertumbuhan sebenar tidak mampu mencecah paras pertumbuhan sebelum krisis tersebut.
 
baca artikel penuh...di sini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Dec 2011 04:20 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


AKHIRNYA INTERLOK DIGUGURKAN DARIPADA SILIBUS

Posted: 16 Dec 2011 06:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Kerajaan BN akhirnya akur dengan desakan yang dibuat selama ini oleh PR dan NGO agar ditarik balik novel  kontroversial Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima. Tindakan menarik balik novel  yang  menghina kaum India di Malaysia akan dibuat mulai sesi hadapan.

Tindakan itu dibuat ekoran sokongan masyarakat India yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini menyebabkan pihak kerajaan terpaksa membuat keputusan tersebut bagi menarik semula sokongan masyarakat india. Menurut Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata Kabinet memutuskan perkara itu minggu lalu. Namun pihak kementerian masih belum memutuskan novel baru yang akan dijadikan novel silibus pada tahun hadapan.

... bukti umporno makin cuak!!!

NASIHAT HASSAN PADA PIMPINAN PAS

Posted: 15 Dec 2011 08:20 PM PST

Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu "berlapang dada dan berjiwa besar."


Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.

"Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti," katanya hari ini.

... harap pimpinan PAS dalam menyelesaikan perkara ini dengan baik....

HASSAN BOLEH SERTAI UMNO JIKA MAHU!!!

Posted: 15 Dec 2011 04:56 PM PST

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.


"Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih," kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

"Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu," kata beliau lagi.

"PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka," kata Mahfuz lagi.

"Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam," katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, "PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak."

"Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka," katanya lagi sambil menambah, "saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti."

"Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka," katanya lagi.

2 TAHUN LELAKI INI CURI 860 SELUAR DALAM WANITA

Posted: 15 Dec 2011 04:48 PM PST

WELSHPOOL: Sebuah mahkamah di sini diberitahu, polis menemui 860 seluar dalam wanita daripada seorang lelaki yang mencurinya di ampaian.

Petani, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, mencuri seluar dalam itu sepanjang tempoh dua tahun.

Mahkamah menjatuhkan hukuman melarang dia keluar waktu malam selama enam bulan ke atasnya kerana kesalahan itu.

Ketika dia ditangkap dan diarah menukar pakaiannya, polis mendapati dia memakai seluar dalam wanita biru.

Wilde yang ditahan selepas dilihat berkelakuan ganjil di jalan raya di Welshpool, mengaku dia memerlukan bantuan ketika disoalsiasat oleh polis.

Seorang pemilik rumah menelefon polis selepas melihat lelaki itu membawa lampu suluh dan tiga seluar dalam wanita. Sebahagian seluar dalam yang ditemui itu milik wanita tua. - Agensi

.... ingatkan ke Malaysia aje.... kat luar negara pun sama jugak!!!

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 16 Dec 2011 01:09 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


RM 500

Posted: 13 Dec 2011 02:48 AM PST

DUN Lembah Jaya

Posted: 16 Dec 2011 12:41 PM PST

DUN Lembah Jaya


Isu Lapangan Terbang Haram : Pusat Diminta Beri Kerjasama Tangani

Posted: 15 Dec 2011 05:32 PM PST

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menggesa kerajaan persekutuan memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu kewujudan 'sebuah lapangan haram' - Bernam River Airfield di tanah milik Yayasan Selangor di Ulu Bernam.

Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata gesaan ini dilakukan kerana secara lazimnya operasi sesebuah lapangan terbang perlu penglibatan pihak berkuasa seperti polis, kastam dan imigresen.

"Pihak Persekutuan perlu campur tangan dalam operasi seperti ini, ianya perlu penglibatan pihak polis, mana-mana lapangan terbang perlu ada polis dan kastam".

"Dari segi keselamatan pihak polis perlu ada, kerana saya bimbang sesuatu yang negatif akan berlaku," katanya.

Isu 'Lapangan terbang haram' - Bernam River Airfield ini didedahkan Khasim Abdul Aziz semasa sidang DUN Selangor baru-baru ini apabila Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) membuat lawatan ke Ulu Bernam pada Oktober lepas.

Menurut ABAS, lapangan terbang tersebut berada di atas tanah milik Yayasan Selangor di Geran hakmilik bernombor HSD 45128, No Pt 2924 yang keluasan asal 225 ekar.

ABAS menjelaskan bahawa kerajaan BN memberi tanah tersebut kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar. Walau bagaimanapun tanah itu masih berstatus tanah dusun dan bukan untuk kegunaan lapangan terbang.

Kerajaan BN memberi tanah tersebut kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar. Walau bagaimanapun tanah itu masih berstatus tanah dusun dan bukan untuk kegunaan lapangan terbang

"Dasar kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) melihat perkara seumpama ini bukan satu kesalahan, ia satu perkara yang biasa, tetapi apabila perubahan pentadbiran berlaku, kami (Pakatan Rakyat) menerima beberapa maklumat dari pelbagai sumber, ekoran itu kami melakukan satu lawatan ke tempat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Khasim menjelaskan tata kelola seumpama ini tidak seharusnya berlaku ke atas aset kerajaan.

Khasim menambah ekoran pendedahan ini, pihaknya akan memantau aktiviti Bernam River Airfield dari masa ke semasa.

"Dari masa ke semasa kita akan pantau perkara ini, kita juga akan mendapatkan perkembangan daripada pihak pejabat daerah kerana aktiviti ini sebenarnya tidak boleh beroperasi.

"Lawatan yang akan datang ini kita akan bawa media untuk mendedahkan perkara ini," katanya.


*Sumber Selangor Kini 2 - 9 Disember 2011, 6 13 Muharram 1433, m/s 16

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 16 Dec 2011 10:16 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Oley ! Pecah Panggung

Posted: 15 Dec 2011 11:20 PM PST

1. Sejak semalam dan berlarutan sehingga pagi ini, telefon saya senantiasa panas dengan deringan masuk yang bertali arus. Tidak menang tangan saya dibuatnya. Saya terpaksa menggunakan ear phone untuk mengelakkan rasa sakit pada gegendang telinga, melayan panggilan masuk sejak semalam.

2. Segalanya bermula dengan Oley ! .... Segala puji bagi Allah Tuhan yang memberi hidayah dan taufiq buat hambaNya.

3. Tahniah ustaz ! dengan nada sebak dan seketika beliau berhenti lalu menangis di hujung talian mengakui kebenaran dan keinsafan beliau kerana salah sangka terhadap hukum Allah selama ini. Insaf setelah menontonfilem pendek berjudul "Oley !" tujuh kali berulang tonton. Saya kesal ustaz ! saya fitnah hukum Allah selama ini !.... saya hanya mampu bersyukur mendengar luahan dari insan yang saya tidak kenali di hujung talian telefon pagi tadi.

4. Tanpa disedari, menitis jua air mata saya terharu dengan kesan filem yang kami hasilkan ... biarpun tidak seberapa tetapi berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan rakan - rakan yang mahu membersihkan nama baik Islam dan syariatnya setelah diserang dari segenap arah. Semoga Allah menerima amalan yang sedikit ini sebagai amal soleh dan menjadikannya asbab hidayah kepada semua yang menontonnya.

5. Pada awalnya saya sendiri teragak - agak, bagaimana mahu menangani penghinaan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap hukum Allah swt. Pada kebiasaannya kami dari Dewan Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi membantah penghinaan terhadap hukum Allah swt. Tetapi saya mula mengukur dan melihat pendekatan demonstrasi untuk zaman cyber ini.... saya akui demonstrasi mempunyai impaknya yang tersendiri, cuma kalau terlalu kerap di adakan, nanti yang hadir hanya seribu dua, kemudian selepas demo dan meluahkan bantahan, semua pulang dan berakhir begitu sahaja. Hanya sekadar mampu menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan menghina hukum Allah, namun pihak berkuasa tetap degil dan enggan bertindak, masyarakat pula masih terlalu ramai yang terperangkap dalam kejahilan yang mengepong mereka.

6. Begitu juga isu - isu nasional yang lain, mutaakhir ini, penganjuran demonstrasi tidak menarik jumlah yang diharapkan kecuali demonstrasi bertaraf high level seperti BERSIH, BERSIH 2.0, PPSMI, Mansuhkan ISA. Demonstrasi bantah kezaliman di keduataan Syria, Libya dan Mesir sebelum ini pun hanya dihadhiri sekitar ratusan para peserta tegar demonstrasi. Begitu juga himpunan aman membantah isu Mykad juga tidak mencapai angka yang diharapkan.

7. Saya cuba mencari alternatif lain terutama di zaman anak - anak muda "lepak" di dalam talian jalur lebar. Saya perlu anjur "demonstrasi" dalam jaringan dan talian ini justeru di sinilah berhimpunnya anak - anak muda.Patutlah mereka kurang hadir berhujan dan berembun di padang lapang untuk mendengar ceramah umum oleh pimpinan PAS. Kalau hadhir pun, hanyalah crowd biasa dan jumlah yang terhad. Kecualilah ceramah yang disampaikan oleh pemimpin high class dan himpunan rasmi yang melibatkan kerahan wajib kepada ahli atau penceramah yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri seperti Al Fadhil ustaz Azhar Idrus yang mencetus fenomena kuliah agama mutaakhir ini.

8. Mungkin saya naif dalam hal ini. Sehingga ada pihak yang tidak suka pendekatan saya malah menganggap langkah saya tidak menganjurkan demonstrasi ini sebagai pengecut. Ketua Pemuda paling pengecut ! letak jawatan sahaja lah ! saya hanya tunduk diam sambil menahan dan mengawal emosi.Menidakkan saya dan menggelarkan saya sebagai pengecut kerana semata - mata tidak menganjurkan demonstrasi adalah tidak benar.

9, Usah dihitunglah berapa kali saya menyertai dan menganjurkan demonstrasi sebelum ini termasuklah keluar masuk lokap dan mahkamah. Isunya bukan saya takut .... tetapi isunya ialah pendekatan dan imej ! kerana kekerapan demonstrasi ini jugalah ada pihak termasuk pengamal media menggelarkan pemuda PAS Taliban ! Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada saya dan menetapkan tapak kaki ini di atas perjuangan suci untuk menegakkan syariat Allah swt.

10. Ceramah adalah untuk sampaikan maklumat. Demonstrasi juga bermaksud untuk menghantar mesej kepada pihak tertentu dan juga umum sambil menunjuk perasaan dan sikap kita terhadap sesuatu isu. Maksudnya ceramah dan demonstrasi adalah sebahagian dari mekanisme untuk menyampaikan maklumat, memahamkan masyarakat serta menarik perhatian umum terhadap risalah atau mesej yang mahu kita sampaikan. Apa yang penting ialah masyarakat dapat maklumat, faham dan sedar.

11. Sambil meneruskan pendekatan yang sedia ada seperti ceramah dan demonstrasi, saya perlu menambah dan menganjurkan pendekatan baru yang membawa objektif yang serupa iaitu membawa dan menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan kita kepada masyarakat umum. Termasuklah menjawab isu dengan baik dan hikmah.

12. Alhamdulillah, pendekatan terbaru ini mendapat tempat dihati anak - anak muda. Bermula dengan filem "Gua Ikut Enta" kini diikuti pula dengan fiem "Oley !" Semoga pendekatan ini turut memberi impak yang besar kepada perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Filem Oley telah mencecah hitnya melebih 15 ribu penonton dalam tempoh 24 jam. Bukan calang - calang demonstrasi boleh menghimpunkan 15 ribu orang untuk mendengar dan memahami mesej yang kita nak bawa.

13. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS akan mendokong apa jua bentuk pendekatan yang membawa kita mencapai objektif. Insyaallah, jika kerajaan UMNO dan BN gagal menunaikan tuntutan BERSIH 2.0 dan suara rakyat terus diketepikan, insyaallah sekali lagi Dewan Pemuda PAS sedia untuk turun menyertai himpunan aman BERSIH 3.0

KHIDMAT MERU

Posted: 16 Dec 2011 09:43 AM PST

KHIDMAT MERU


SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI KEPADA MAAHAD AGAMA

Posted: 16 Dec 2011 07:27 AM PST










Majlis Penyampaian Cek Bantuan Peruntukan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat bagi DUN Meru telah di adakan di Maahad Tahfiz Al Quran Wa Al Imamah, Kg Bkt Kerayong 2.


Majlis disempurnakan oleh YB Dr Abd Rani bin Osman dan wakil-wakil dari Maahad Akademi Tahfiz Darul Mustafa, Pusat Tahfiz Al Quran Al Fudhail dan Sekolah Islam Al-Farabi Meru telah hadir untuk menerima sumbangan cek-cek tersebut.


Sejumlah RM65 ribu telah di agihkan kepada 4 maahad tersebut.








N45 Dr Halimah Ali

Posted: 16 Dec 2011 09:42 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


ABU dan JEPUN.....coming soon ....Malaysia Spring!!

Posted: 16 Dec 2011 06:00 AM PST

Asalkan Bukan Umno bergema lagi
Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.
Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.
Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.
Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun
Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.
Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.
'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.
"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.
'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam  perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Dec 2011 09:05 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban

Posted: 15 Dec 2011 07:51 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

Kedai judi internet seperti cendawan tumbuh selepas hujan di N.Sembilan

Posted: 15 Dec 2011 07:03 PM PST



Illegal gaming outlets on the rise
Free Malaysia Today - 15 Dec 2011

Several residents from Seremban Jaya claim that the police seem to be powerless to act against the gaming operators.

Several residents from the Seremban Jaya township have complained about the rising number of illegal gaming outlets in residential areas there which are causing social problems.

Speaking on condition of anonymity, a 30-year old businessman said several of these outlets have been operating for the past three years but only started mushrooming rapidly over the last one year.

"And there are also illegal massage parlours offering sexual services to its patrons," he added.

Claiming that the outlets are being run by syndicates, the businessman said the vice dens have gangsters guarding their premises round-the-clock.

"The doors to the outlets are kept locked. Once you ring the bell, they will check you out using their CCTV first before allowing entry," he explained.

On the gaming outlets, the businessman said most of them offered computer-based games such as poker, jackpot and roulette.

Asked if he had reported the matter to the police, the businessman said he is afraid to do so as it involved an highly-organised syndicate which seemed to know the way around the legal system.

Elaborating, he said although the police conduct regular raids on the outlets, the illegal operators seem to have no problem restarting their businesses.

"Many times I have seen them start their operation the very next day after being raided. Sometimes, they continue operating while the raid is going on by allowing customers to enter the premises through the back door. So how am I to lodge a report against them knowing even the police are unable to stop them?" he said.

However, he said the gaming operators never disturbed the residents but the same could not be said about the patrons.

"At times, the patrons get drunk and behave unruly in the restaurants nearby," he added.

'Police cahoots with them'

A 35-year old security guard, who also declined to be named, said the illegal gaming dens should be abolished.

He said that those who come from poor families become addicted and waste their wages on the games, leaving their families in a lurch.

"They gamble away their salaries, rendering them unable to pay their instalments and other bills which cause difficulties to their families," he added.

He also said that he once saw the gangsters manning the illegal outlets stopping a car as the driver owed them money after suffering losses due to gambling.

"They took him inside one of the outlets and I don't know what happened next. Probably, they came to some sort of a settlement," he said.

Whether he has approached the authorities, the security guard blunty said the police are ineffective in resolving the matter.

"Sometimes they arrest the outlet operators but they are released the very next day. I cannot help but think that the police are in cahoots with this syndicate," he added.

'Money for elections?'

Commenting on the matter, Negeri Sembilan Kita chairman R Sri Sanjeevan said there are about 20 to 25 of these illegal gambling outlets operating in Seremban Jaya alone.

"And in Seremban town, there is one stretch of shoplots that houses this illegal business. Don't tell me the police are not aware of this?" he asked.

He said residents are afraid to lodge a complaint with the police as it seems that the syndicate has links with the police.

"Whenever there is a police raid, the outlet operators seem to know about it and close down momentarily," he added.

Criticising the police, Sanjeevan called on the Home Ministry and the police to buck up and arrest those involved in the racket before it causes more problems.

The Kita leader said that he has reported the matter to Home Minister Hishammuddin Hussein but no action has been taken.

"Why are they closing their eyes over this? Probably, they are waiting for the money generated from the gambling racket to be used for the upcoming general election," he alleged.

Despite numerous attempts, FMT failed to reach Seremban district police chief Saiful Azly Kamaruddin for comments.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 16 Dec 2011 08:12 AM PST

Pemuda PAS Merbok


AKTIVITI:Tamrin Mahabbah DPPKM 2011

Posted: 15 Dec 2011 06:07 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok telah menganjurkan TAMRIN MAHABBAH pada 9/12/2011 bertempat di Merbok. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Dec 2011 07:14 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KENALI SEJARAH PAS

Posted: 15 Dec 2011 05:06 PM PST

TAZKIRAH JUMAAT : HARI JUMAAT PENUH KEBERKATAN

Posted: 15 Dec 2011 04:57 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan