|    ~penarik beca    Posted: 12 Nov 2011 09:43 PM PST    |  
  |    WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI    Posted: 12 Nov 2011 09:33 PM PST    |  
  |    RAKYAT MARHAEN    Posted: 12 Nov 2011 09:07 PM PST          |    11.11.11 Cendawan Susu Rimau    Posted: 12 Nov 2011 08:55 PM PST   Oleh: MSK  Member dok tanya  aku pasai apa aku tak tulis apa-apa tentang 11.11.11. Selalunya, aku  cukup seronok menulis tentang nombor…apatah lagi apabila ada nombor  special macam 11.11.11. Nombor kawin macam ni memang special  dikalangan pengamal Feng Shui. Aku tak tau tentang Feng Shui..Cuma tau  tentang Mattermatics. Dalam Mattermatics, nombor 11.11.11 tak ada  keistimewaan. Sama macam 8.8.88, 9.9.99 ataupun 10.10.10. 11.11.11 kalau dicampur semuanya  menjadi 6. Mana ada spesel? (Nanti aku sambung Budaya Rebel..sebab apa  yang aku jumpa ni lagi spesel.) So, ketika semua orang menunggu 11.11.11, aku masuk hutan. Tu pasai aku tak boleh nak buat posting atau jawab komen. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Semarak Hijau di Sabak Bernam    Posted: 12 Nov 2011 08:50 PM PST  Oleh Abd Shukur Harun Selangor menjadi sasaran utama Umno-BN untuk merampasnya dalam PRU13. De ngan itu pertahanan Kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Selangor, mesti dilakukan secara luar biasa.  MENYUSURI  jalan kecil yang kiri kanannya sawah serta ladang kelapa sawit  luas  terbentang, dengan rumah kampung tradisional di kawasan Sabak  Bernam,  Selangor, kelihatan bendera dan kain rentang PAS, menunjukkan  parti itu  terus wujud dan berkembang di kawasan perkampungan Melayu  tradisional  ini.    Saya berada di Sabak Bernam – yang  konon dianggap sebagai kubu Umno-BN selama ini– untuk menyaksikan  program Semarak Hijau minggu lalu, anjuran PAS kawasan tersebut dalam  siri program mendekati dan memberi sumbangan kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Pensyarah IPGM tuntut janji TPM    Posted: 12 Nov 2011 08:49 PM PST  Oleh PENSYARAH MUAK BAJET 2012 yang dibentang Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu penuh  dengan janji-janji  manis terutama kepada warga pendidik negara. Kenaikan  gaji asas  (pokok) begitu dinantinantikan warga pendidik sebelum  pembentangan  Bajet tersebut.   Ramai warga  perkhidmatan awam  tertunggu-tunggu dan berkira-kira semoga Bajet  tersebut berupaya  memberikan sedikit sinar pengharapan untuk mereka  menempuh fenomena  kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang begitu  menggila melanda  rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan benar  mereka.   Malah kadar warga Malaysia yang dibebani hutang dan akhirnya diistihar muflis (seorang setiap 40 minit) begitu membimbangkan. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Hijab pikat Nai’ma kepada Islam    Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST  Susunan USTAZ ZAINUDIN HASHIM   NAI'MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di  bandar Leeds, Britain.  Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan  Thando Nomhle  Mclaren.Ayahnya juga berasal   dari Leeds, sementara ibunya  dari Scotland, United Kingdom.   Namun keluarganya  berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan  dan menetap di sana,  bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti  Zimbabwe, adapun ibunya  Thembi Mclaren seorang usaha wanita yang  berjaya.  Nai'ma membesar di Zimbabwe  kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah  dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara  Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah  di Zimbabwe, Nai'ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London  dan memperolehi ijazah pertama. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Ulama tidak beri nasihat bukan insan, tetapi haiwan    Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST  Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT HASAN Al-Basri r.a. seorang ulama besar dikurniai  Allah SWT ilmu mentadbir mi  mpi.  Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan  prinsip; bahawa 'Ar-Rukya  juz-un minan Nubuwwah' (mimpi - satu juzuk  daripada kenabian).       Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Rukya  Shadiqah,' inilah  yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi di sebut  'ahlam' dan juga  'adhghatsu ahlam', keduaduanya ditolak oleh Islam.   Apabila  Allah SWT hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya  malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w. bagi menyampaikan sesuatu berbentuk  wahyu. Read More / Baca Lagi >>   |     |    PAS terus tuntut pilihan raya bersih    Posted: 12 Nov 2011 08:45 PM PST                          "PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi. PETALING  JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0  secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata  Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.  Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil,  daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada  jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.  "PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata ahli Parlimen Marang itu.  Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi  ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang  disokong parli politik  pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak  mengadakan pilihan raya bersih dan adil.   Read More / Baca Lagi >>   |     |    SAMM sedia lancar perhimpunan Bersih ketiga    Posted: 12 Nov 2011 08:43 PM PST                          "Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Badrul Hisham  yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. PETALING  JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan  Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa  bagi menambak baik perjalanan pilihan raya. Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar. Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, "Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang."  Read More / Baca Lagi >>   |     |    Bull or bear: Figuring out when to buy and when to sell    Posted: 12 Nov 2011 08:38 PM PST                                                                         The Efficient Market Hypothesis refers to the condition whereby  the current prices of the securities have already incorporated any news  that arises from those securities without delay. In other words, the  pricing of any security will be so efficient that there will not be any  opportunity to arbitrage the price differential before and after the  news is released.  Thus, even with the use of technical analysis using indicators and  oscillators to TIME the market and fundamental analysis using company  financial information and earnings to select undervalue stocks, the  investor will still not be able to reap better than average returns on  the market.  So, under normal conditions the current price of any security  represents the best unbiased estimate value of the particular investment  and any old information cannot be used to predict future price  movement. In other words the Efficient Market Hypothesis has some  relevance to the Random Walk Theory when it comes to predicting future  price movement of any security.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Khairy Jamaludin: From 4th Floor to Basement    Posted: 12 Nov 2011 08:36 PM PST                                                                         No matter how much Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin is going to  argue and present the so-called facts on his blog ( I guess there is no  traffic there) or to the online papers to support the Umno version of  what happened at the National Feedlot Corporation, it will not make  sense to  normal  folks.  Everyday Malaysians would like to eat beef at least twice a week if  they can afford it, or else the only source of protein for them will be  chicken which is still considered affordable. Fish especially from the  sea is almost out of reach for them, the price of fish has sky rocketed  to new highs in recent years, with the price of the people's favorite  ikan kembong (scomber) is about eleven ringgit a kilo!  With this in mind if the NFC can sell beef cheap to the normal folk,  this will make sense to them. Then he can argue till all the cows come  home and nobody would mind. Right now it is better for him to shut up,  and keep his distance from the NFC debacle.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Muhyiddin, Rm100 & Berkemban.....    Posted: 12 Nov 2011 08:35 PM PST  Sekolah Keluar Pekeliling Minta Ibu Bapa Hadir  berita hairan-   KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat  pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada  tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100  seorang yang diberikan kerajaan.   Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap  pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Wan Azizah: Tahniah Selangor!    Posted: 12 Nov 2011 08:33 PM PST                                                                         Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan  Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar  Tan Sri Khalid Ibrahim.  Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan  tahniah kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid yang berjaya  meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri  secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan  hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan  ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.  Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri tidak  bertindak berbelanja secara tidak wajar. Sebaliknya, simpanan tunai  kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi  sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen  Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah  bagi.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Muhyiddin and The Bankruptcy Years    Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST                                                                         Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's stand of "Malay First,  Malaysian Second" has already blackballed him in the eyes of many  Malaysians, although he and his advisers do not believe this to be so.  Instead of desisting, they are pushing forward on the premise that  Malay racism can still win the day in Malaysia - a country that is  almost 40 per cent populated by non-Malays including the indigenous  people, Chinese, Indians, Bengalis, Pakistanis, Eurasians and many other  small minority groups. This may be the right tack in helping him wrest  the Umno presidency from incumbent, Prime Minister Najib Razak, when  party polls are held next year.  But it certainly will not help change the direction of Malaysia's  long-term decline that coincidentally began when Najib's dad, Abdul  Razak Hussein, took over as the second prime minister in 1970. It was  then that an affirmative action policy named the New Economic Policy was  implemented but it was soon twisted to betray its original purpose of  distributing the nation's wealth to the poor, and used instead to  benefit the most powerful Umno chieftains, their families and cronies.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Ini jawapan dari UMNO - Anak PM pun nak hidup juga..    Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST  UMNO   rasanya dah nak sampai ke penghujngnya,, Insyaallah, kalau sebelum ini   isu NFC lembu tidur di kondominium, jawapan Khairy selaku Ketua Pemuda   UMNO, amat mudah... duit modal lembu beli kondo sebagai nak  melabur,,,,  bagi aku kalau nak melabur,,, lebih baik labur bela babi,  lagi besar dia  punya untung.... beli kondo berapa sen sangat untung....    
    |     |    PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH?    Posted: 12 Nov 2011 08:30 PM PST   Oleh : CITRA MASADI PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids'  berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang  melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi  daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan. Tetapi  kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang  seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh 'Golden Eye Boy',  Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Amanah jadi parti politik? Jangan terburu-buru!    Posted: 12 Nov 2011 08:25 PM PST  "Amanah" merupakan satu terma yang cukup besar pengertiannya.   Ia cukup besar kerana bukan sahaja ia melibatkan aspek kepercayaan  seseorang terhadap sesuatu pihak lain bahkan juga menonjolkan integriti  mereka.  Di sinilah, keikhlasan serta kejujuran seseorang akan teruji. Mahu  tidak mahu, segala pergerakan, tutur kata malah niat seseorang akan  menjadi perhatian umum.  Apa yang pasti, menggalas amanah tidaklah semudah menggalas tugasan  biasa yang diberikan oleh pihak atasan semata-mata. Sebaliknya ia lebih  daripada itu dan menuntut iltizam, keberanian dan ketuntasan seseorang  untuk melakukannya.  Tanpa sifat-sifat amanah dalam diri, tidak mustahil dunia seantero  akan porak-peranda jadinya. Lebih buruk lagi, nilai-nilai murni yang  dilaung-laungkan selama ini seperti kejujuran, integriti dan ketelusan  akan memberi laluan kepada kemungkaran.  Kehidupan seharian rakyat akhirnya akan ditentukan oleh paksi  kejahatan dan kegelapan dan kesudahannya, masyarakat semakin hilang arah  dan punca!  Read More / Baca Lagi >>   |     |    Makin Merudum : ‘Hong Leong Bank tidak boleh beri VSS sembarangan’ -NUBE    Posted: 12 Nov 2011 08:19 PM PST  Oleh G. Manimaran  Menurut Solomon, Hong Leong mendakwa ia telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk program VSS tersebut. — Foto fail KUALA  LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) dengan  keras menolak skim pemisahan secara sukarela (VSS), yang dilaksanakan  Hong Leong Bank Berhad awal bulan ini ekoran penggabungan dengan EON  Bank Berhad, tanpa perbincangan teratur bersama kesatuan pekerja. Selain itu, NUBE juga menegaskan pihaknya kecewa perkara tersebut  dilaksanakan ekoran kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja —  agensi-agensi yang sewajarnya tidak campur tangan ataupun memberi lampu  hijau bagi pelaksanaan VSS.  Read More / Baca Lagi >>   |     |    PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari    Posted: 12 Nov 2011 08:17 PM PST  KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji  semula  projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari  yang  dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.   Ahli  Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu  berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia  terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.   "Rasional  apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di  Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan  Pengajaran.   Read More / Baca Lagi >>   |     |    Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik    Posted: 12 Nov 2011 08:16 PM PST   KOTA BHARU, 13 Nov:  Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat  Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar  semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi  rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan  baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya.  Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah  kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah  universiti turut menerimanya.  "Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan  akademik di negara kita," kata Ketua Program Sains Politik Pusat  Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan  Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr  Mohammad Agus Yusoff  (gambar).  Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran  itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah  Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II)  (D.P.S.K).  Read More / Baca Lagi >>   |     |    Mahasiswa Universiti M'sia S'wak sokong AUKU dipinda    Posted: 12 Nov 2011 08:12 PM PST  Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)  perlu dipinda dengan memberi kebenaran kepada pelajar universiti untuk  terlibat dalam kegiatan politik di luar kampus sahaja.   Naib Yang  Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak  (Unimas) Hwong Yie Hahn berkata, sudah tiba masanya pelajar universiti  di negara ini diberi kelonggaran berpolitik namun pada masa sama tidak  menjejaskan peranan universiti sebagai pusat pengajian ilmu.   "Kerajaan  patut meminda Seksyen 15 AUKU untuk menghalang kemasukan unsur politik  ke dalam kuliah dan kampus tetapi pada masa sama, memberi kelonggaran  kepada pelajar universiti untuk berpolitik di luar kampus," katanya di  Kota Samarahan, hari ini.   Sambil memberi sokongan penuh pindaan  AUKU, Hwang berkata, majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang  layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas  politik.   Read More / Baca Lagi >>   |     |    Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN    Posted: 12 Nov 2011 08:10 PM PST  KUALA LUMPUR, 13 Nov:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini  pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN.  Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim  berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.  Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila  Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN  kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali  kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama  lain.  Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan  royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu  seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya  daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa  kepada Najib.  Read More / Baca Lagi >>   |     |    Pakar: Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan    Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST  Pakar  perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata tidak timbul kemungkinan  keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal  diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.   Read More / Baca Lagi >>   |     |    Negara Zina : Apabila nafsu sudah jadi teman setia    Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST   Hari-hari hitam untuk masyarakat pelbagai bangsa negara kita telah  tiba. Atmosfera kehidupan kita telah berubah. Sifat kemanusiaan dalam  diri masyarakat kita sudah punah, hancur.  Ini yang kerap kali saya labelkan sebagai kesundalan masyarakat.  Kesundalan  ini saya definisikan sebagai kebejatan moral dan akhlak  yang membarah. Membarah dengan begitu kronik dalam setiap lapisan  hierarki masyarakat kita. Bermula daripada sehina-hina anggota  masyarakat hinggalah kepada yang gagah berkuasa. Perhatikanlah  perjalanan hidup masyarakat dan jujurlah dengan pemerhatian kita. Si  pemegang kuasa, dengan rakus serakah melahap dan merompak hasil kekayaan  bumi sendiri untuk kepentingan peribadi. Amanah dipersetan, hingga  sanggup dibiarkan rakyat yang miskin bertambah miskin hidup sebagai  gelandangan.  Ini fakta.  Golongan muda dan nafsu terus jadi teman setia. Mereka diperdaya  keghairahan godaan-godaan dunia. Kini negara ini jadi negara maksiat.  Dalam keghairahan politikus berikhtiar menjadikan negara ini Negara  Maju, Negara Madani, Negara Berkebajikan atau apa sahaja nama yang  bersesuaian dengan ideologi mereka, terlebih dahulu negara ini telah  menjadi Negara Zina.    Read More / Baca Lagi >>   |     |    Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib'    Posted: 12 Nov 2011 08:04 PM PST  Pengerusi  DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak  mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari  tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival  politiknya. Read More / Baca Lagi >>   |     |    Menteri: Biar Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan isu anak tidak sah taraf    Posted: 12 Nov 2011 08:03 PM PST  Oleh Mohd Farhan Darwis                        KUALA  LUMPUR, 13 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil  Khir Baharom menegaskan pihak-pihak yang tidak berpuas hati harus  merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu anak  tidak sah taraf atau mereka lahir kurang daripada enam bulan selepas  perkahwinan ibu bapa masing-masing.  Ketika dihubungi  The Malaysian Insider, Jamil Khir ( gambar)  berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan  untuk membuat keputusan sama ada mahu mengkaji balik fatwa sedia ada  ataupun sebaliknya.   Read More / Baca Lagi >>   |     |    The political life of Silvio Berlusconi    Posted: 12 Nov 2011 08:02 PM PST    |            |  
  |    dollah yankee    Posted: 12 Nov 2011 09:04 PM PST         |    Kote Najib lebih besar dan panjang dari Anwar??    Posted: 12 Nov 2011 07:19 PM PST  Najib lebih di-sukai daripada Anwar?? Eh.. ia ke ni?? Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata yang 'poll' itu telah di'spin' 360 darjah demi nak bodek ( lebih baik isap kote dia)  dan nak 'jek' Rosmah dan Najib. Mari kita lihat apa pula kata Jonsey seorang kolumnis berita portal dan juga apa kata gurkah-gurkah politik di'port' yang hari-hari memaki Najib.Di-mana saja dan apa saja yang di baca, semuanya menunjukan yang negara kita hari-hari dan sentiasa hilang duit. TNB laa..MAS laa..yang itu laa..yang ini laa..dan yang terbaru ialah cerita lembu Sahrizat dan NFC, tu belum lagi kira kementerian kementerian yang suka-suka hati ( pak tiri laki mak depa)  telah membelanjakan dua, tiga kali ganda melebihi daripada wang yang telah diperuntukan @ bajet kepada mereka tanpa kelulusan dari Kementerian Kewangan.Bukan sedikit wang kita ( public funds)  yang telah hilang dan yang telah di-curi, bukan ribu-ribu, bukan puluh ribu, bukan ratus ribu yang telah terlebih belanja secara membabi buta, tetapi beratus-ratus juta ringgit ! Gurkah-gurkah sangka dan ingatkan yang mereka telah membeli laptop dan teropong dan lain-lain lagi peralatan itu dalam nilai matawang Thai Bath atau Rupiah Indonesia atau India Rupees, tetapi rupa-rupanya harga itu semua dalam Ringgit Malaysia, dalam RM beb!Bila dah heboh, bila dah kecoh, macam biasalah jawapan-jawapan dari pihak-pihak kementerian yang terlibat itu..."kita akan siasat, kita akan tengok dan kita tidak akan duduk diam kalau ada elemen-elemen yang telah di salah guna dalam perkara ini".Nak siasat?? Nak tengok?? Nak siasat nak tengok apa??... kepala butuh??! Kepala Ketua Audit Negara telah di-pijak pijak dan ditendang-tendang bila jawapan dan respon mereka terhadap laporan AG itu menunjukan yang seolah-olah laporan dari Ketua Audit Negara itu lalai dan membuat tuduhan-tuduhan yang melulu dan tidak berasas dalam perkara telah salah guna wang kita, wang publik.Kita semua juga patut tanya lagi pak-pak menteri-menteri yang berkenaan...mana dia pegawai-pegawai yang di tugaskan untuk menyamar menjadi penumpang-penumpang bas bagi melihat bas-bas ekpress yang tak selamat atas jalan dan menangkap pemandu-pemandu bas ekpress yang melakukan kesalahan?? Apa dah jadi dengan koridor-koridor yang di lancarkan olih Pak Dollah kaki tidor merangkap Pak Mentua  KJ?? Mana perginya cikgu-cikgu bahasa inggeris kita yang ada sehingga memaksa kita mahu mengimpot cikgu-cikgu 'orang putih' masuk?? Berapa banyak wang kita telah lesap,telah di-songlap dan telah habis dalam pekara-pekara ini??Soalan dari gurkah-gurkah sebelum PRU-13 ( sebab lepas PRU-13 nanti Najib dah tentu dah mamposs..)... ke mana Najib nak bawa kita semua pergi?? ( Zimbabwe?Timur Leste?Kambodia?Myanmar?)  Ke mana hala tuju Najib?? ( Ke Perancis??Ke Mongolia?? kahkahkah) Rakyat bukan mahu banggunan 100 tingkat atau shopping-shopping komplek yang canggih, rakyat juga tak mahu kita hantar orang untuk naik dan berjalan atas bulan untuk melakukan kajian dan penyelidikan 'kepala toya', apa yang rakyat mahu ialah jangan salah guna wang mereka, apa yang rakyat mahu ialah ambil tindakan kepada pak-pak menteri yang terlibat dalam merompak wang rakyat ini, ambil tindakan terhadap adik beradik, anak beranak pak-pak menteri ini yang tak pernah mahu paham apa itu konflik 'of interest' dan apa itu wang rakyat ( 'public funds'). Bagi wang sebanyak 500 ringgit kepada setiap keluarga yang berpendapatan 3000 ringgit ke bawah ( rakyat dapat 500 ringgit,pak menteri anak beranak adik beradik dapat 500 ribu ringgit),  bagi 100 ringgit dekat setiap pelajar sekolah tak kira yang kaya atau miskin, buka kedai runcit 1Malaysia dan makan tengahari dengan harga 4 ringgit di restoran 1malaysia bukan lah caranya untuk menutup mulut rakyat dari berkata-kata dan memaki hamun Najib dan kerajaan.Yang pastinya ialah PRU-13  yang akan datang nanti akan menjadi satu pilihanraya yang tak akan di-lupakan dan akan tercatit sebagai satu lipatan sejarah dalam negara kita..Kah..Kah..Kah..dollah yankee -Lu orang pikir laa sendiri...   |     |    Lawak hujung minggu: Selepas PRU-13    Posted: 12 Nov 2011 12:36 AM PST  dollah yankee -Ini lah nasib seorang MP 'katak' selepas PRU-13 apabila sudah tidak ada tempat dan tidak ada lagi parti yang sudi untuk menjadikannya seorang wakil rakyat untuk penggal yang kedua.Sudah tidak ada apa-apa lagi, yang tinggal cuma habuk, motor pun dah kena gadai, nasib baik ada juga basikal...Kah.Kah..Kah..   |            |  
  |    D'Perbatasan    Posted: 12 Nov 2011 07:56 PM PST    |  
  |    Komentar Kini    Posted: 12 Nov 2011 07:14 PM PST         |    Setuju seratus peratus Pinjaman PTPTN di berhentikan    Posted: 12 Nov 2011 03:23 PM PST  Saya setuju seartus peratus  Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang.
  Akan tetapi alasan meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat pengajian tinggi dikata membebankan sangat tak lojik sama sekali.
  Akan tetapi untuk memberhentikan pemberian pinjaman kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi suatu yang sangat lojik dan wajar mendapat sokongan seluruh rakyat Negara ini.
  Meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapa tmelanjutkan pelajaran masing masing bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan.
  Bukan satakat itu saja malahan ia sangat bercanggah dengan perlembagaan Negara bahawa setiap pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih ia diberi "biasiwa" bukan pinjaman yang di amal oleh pemerintah sekarang.
  Oleh itu, saya sangat setuju pihak kerajaan memberhentikan pemberian pinjaman yang jelas bercanggah dengan perlembagaan Negara itu.
  Saya cadangakan supaya semua pelajar yang mendapat pinjaman selama ini di mansuhkan,kerana  namanya rakyat yang didahulukan dan pencapaian yang diutamakan tetapi membebankan atas nama program modal insan.
  Jika pinjaman dimansuhkan dan diganti dengan biasiwa ia adalah satu dalil kerajaan yang memerintah sekarang mendahulukan rakyat sekaligus tak membebankan rakyat yang telah dipikul selama ini. 
  Sebagai contoh rakyat termasuk pelajar telah dibebankan dengan pinjaman pelajaran puluhan ribu yang mahu tak mahu wajib dibayar.
  Apabila tamat saja pengajian belum tetap atau belum ada jaminan untuk mendapat pekerjaan. Pihak PTPTN seakan memaksa mereka yang berhutang membayar hutang sedangkan mereka tiada pendapatan.
  Beban ini ditanggung oleh ibu bapa yang sedia terbeban. Macam mana mereka mahu mebayar hutang anak anak. Kalau seorang tak mengapalah. Tapi kadang kadang lima orang. Kesemua lima lima yang berhutang dengan PTPTN.
  Jika lima orang bermakna ibubapa terpaksa tanggung ratusan ribu hutang anak anak yang setiap bukan ada saja surat supaya menjelaskan hutang PTPTN.
  Jika dapat kerja dan berkahwin mereka terpaksa berhutang membeli rumah secara hutang dengan kerajaan sebanyak RM 400,dan membeli kereta secara ansuran dengan bank yang terpaksa ditanggung sampai pencen.
  Seperkara lagi peruntukan pendidikan Negara kita bukan banyak sangat berbanding berlakunya keborosan dan ketirisan dek penyelewengan. Lebih lebih lagi itu adalah suatu pengkhianatan terhadap Negara dan rakyat.
  Tak salah ingat saya PTPTN memperuntukan RM 8 bilion setahun untuk memberi pinjaman kepada para pelajar di Negara ini.Apalah sangat dengan angka itu, sedangkan wang yang hilang lebih besar angka.
  Cuba bayangkan bajet RM 260 bilion lebih yang di peruntukan setiap tahun itu. Apalah sangat RM 8 bilion sebagai biasiwa untuk mencapai tahap modal insane yang boleh memberangsangkan pelbagai tranformasi yang diwujudkan oleh perdana menteri yang jelas membazirkan wang Negara.   |            |  
  |    Tukar Tiub    Posted: 12 Nov 2011 07:05 PM PST          |    BERSIH 3.0 KAN SAMPAI - SEMUA BERSEDIA    Posted: 12 Nov 2011 06:14 PM PST  
  KEMBALI INGATKAN SEJARAH   WAKIL BERSIH TAK DIIKTIRAF OLEH PSC – minkini Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan. Pengerusi PSC,  Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini. "Tidak, anda bercakap sebagai Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0. Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit...  IKTIRAF ATAU TIDAK BUKAN PENTING... kah kah kah... kah kah kah... YANG PENTING  ADA 100,000 TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah.. kah kah kah. .TAK IKTIRAF TAK APA.... kah kah kah.. woit...  TUNGGU BERSIH 3.0   BARU  SEDAR... kah kah kah INI DIA SUARA ANAK MUDA MENDOBRAK GEROMBOLAN   |     |    BERSEDIA - AMARAN TELAH DIBERI!    Posted: 12 Nov 2011 03:15 PM PST  
 
  PEMUDA PAS BERI AMARAN AWAL  MAHU GERAK BERSIH 3.0 JIKA NAJIB GAGAL TUNAI PEMBAHRUAN PILIHAN RAYA - minsider KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan. Ketuanya, Nasrudin Hassan  menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut. "Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini. Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini. KAH  KAH KAH KAH  KAH KAH KAH  KAH KAHwoit.. MACAM INI LAAAA ...BARU DIANGGAP ANAK MUDA... kah kah kah.. kah kah kah. .JANGAN  SIBUK SIBUK NAK JAGA PUNAI ELTON JOHN....kah kah kah kah kah kah.. .BUAT KERJA POLITIK...kah kah kah... kah kah kah.... BARU BOLEH MENANG ...BARU BOLEH MEMERINTAH.... kah kah kah.. kah kah kah...  BILA DAH MEMERINTAH BOLEH JADI MENTERI DENGAN TUGAS TUGAS KHAS.... kah kah kah.. kah kah kah.. .APA AGAKNYA TUGAS ITU?.... kah kah kah kah kah kagh..  SILA  BERI CADANGAN..... kah kah kah MAT NGANTUK SILA BUKA MATA NOTA:jangan zzzz zzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzz    |     |    KECIK KECIK KAKI TEMBERANG    Posted: 12 Nov 2011 11:02 AM PST  
  JANJI MALOAN REMBAU NOTA ini ialag batu asas hospital rembau yang telah di resmikan  oleh khairy dan mat hassan ketika berkempen nakn jadi yb 2008 dulu
  MANA JANJI KJ DI PRU (Mac 2008) DI REMBAU1.hospital rembau -yg ada cuma batu asas 2. masjid pedas - hanya siap baru ini dgr sumbangan korporat 3. lapangan terbang di Kota-dah tak mengaku pernah sebut pasal lapangan terbang pula dah 4. Universiti (UITM) Rembau dgr nak buat luar rembau pulak dah... 5.pelajar di rembau akan dpt tuisyen percuma (pusat tuisyen emas) sampai ke sudah tak ada.. KJ: AHLI TAK  JADI CALON DIHARAP JANGAN SABOTAJ - mkini Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.     Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.     "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.     "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHNOTA:ingat tak malaon ini dulu buat kenyataan tak nak tanding buat kenyataan nak tarik diriingat tak?mula mula nak buat merajuk tetiba pemuda perak cadangan zambry jadi ganti kah kah kah senyap
  tapi kita jangan  lupa apa yang malaon ini kata kalau maloan ini masih bertanding  jelas – kecik kecik dah pandai temberang kalau besar habis negara ini malaon ini jualKHAIRY SAH TIDAK PERTAHAN KERUSI REMBAU Oleh TEH ENG HOCKPETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang. Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik. "Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait". (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu. Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak. "I would like to 'stand down' as they say in the UK. A couple of things I'd like to do before it gets too late". (Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'. Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran." Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu. Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.  INI JANJI RAKYAT BERSIH 3.0    |     |    FIRST LADY DAN FAT LADY    Posted: 11 Nov 2011 11:30 PM PST  
 
 
  KOLEKSI BEG TANGAN  SUAMI NAJIB  ISTERI BEKAS PRESIDEN TUNISIA ADA  1,000 PASANG KASUT – berita hairan TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.  "Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini. Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. - AFP BEKAS ROSMAH  TAK ADA  PEMBELI SUAMI  PERDANA MENTERI MALAYSIA ADA 1,000  BEG TANGAN – berita hairan PUTRAJAYA : Kediaman rasmi bekas Perdana Menteri Malaysia , Najib Razak dan suaminya  Rosmah Mansor di Putrajaya telah mencemarkan nama baik negara ini  apabila terdapat 1,000  beg tangan  Jane Birkin,  sebentuk cincin berlian berharga 24 juta dolar, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan ajensi berita semalam.  Juga ditemui 7461 pasang coli dan 7389 seluar dalam bersais XXXXXX. Jurucakap  GERAM – Gerakan Rakyat Anti Rosmah  -  telah menerangkan bahwa coli dan seluar dalam ini tidak memiliki nilai  tangan kedua untuk dijual di kedani bundle.  Ini kerana pengguna  sais  yang besar seperti ini amat-amat susah untuk ditemui. Walau bagaimana pun jurucakap GERAM telah menerangkan barang ini kalau dimasukan ke dalam sungai boleh digunakan sebagai tuba  atau jika dibakar boleh menghapuskn nyamuk aedes. "Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata jurucakap GERAM ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini. Jurucakap GERAM mencadangkan bekas istana perdana Menteri di  Putra Jaya , dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan  Najib Razak dan suaminya Rosmah Mansor. - AFP MAT NGANTUK II ZZZZZZZZZZZZZ    |     |    LEMBU BUAT PELABURAN BELI KONDO    Posted: 11 Nov 2011 08:34 PM PST  
 
  MALAYSIA MEMANG HEBAT DANA PROJEK LEMBU BELI KONDO, NGO LAPOR PADA SPRM - mkini NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur. Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut. Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHwoit.... MARI KITA BERTARUH.... kah kah kah.. kah kah kah. .SPRM AKAN SIASAT ATAU TIDAK?..... kah kah kah kah kah kah.. INI LAH KEHEBATAN MALAYSIA... kah kah kah.. kah kah kah.. .LEMBU BOLEH BELI KONDO UNTUK BUAT PELABURAN.... kah kah kah SUSU GANTUNG SHAHRIZAT NOTA:ibu dan anak boleh mengeluarkan susu untuk kegunaan sleuruh negara kah kah kah   |            |  
  |    Biaqpila    Posted: 12 Nov 2011 03:52 PM PST          |    Penduduk kampung gempar bunyi letupan    Posted: 12 Nov 2011 02:12 PM PST  Penduduk Kampung Wadihana di Johor Bahru gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat awal hari ini.     Letupan pada jam 7.15 pagi dipercayai berpunca daripada injap pelepas angin pada paip berukuran 80cm di sebuah lurang di Jalan Mohamad Taib di kampung itu.     Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan rosak bumper belakang dan pintu belakang sebelah kanan.       Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata beliau dan keluarganya baru hendak bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut. "Bunyi kuat macam bom, dentuman tu sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya," katanya yang meluru keluar rumah sebaik letupan itu berlaku.     "Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah," katanya sambil menambah bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut.     Pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata menjadi kebiasaan meletakkan kenderaannya di jalan itu.     "Mulanya saya sangka pokok tumbang, tapi apabila keluar rumah saya dapati, jalan telah meletup dan kesannya terkena kereta saya," katanya.     Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ), Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya melakukan kerja penyelenggaraan di kawasan itu sejak beberapa hari lalu dan letupan berpunca daripada injap pelepas angin paip itu yang terbuka.     Angin yang keluar dari injap berkenaan meningkatkan tekanan udara di dalam lurang itu menyebabkannya meletup.     "Ini adalah kejadian pertama dan siasatan akan dilakukan, kita berharap penduduk tidak berasa bimbang, manakala pemilik kereta boleh hadir ke pejabat SAJ bagi tindakan susulan," katanya. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK   |     |    Alamak Toyol Dapat RM2.2 Juta Dalam Masa 5 Hari    Posted: 12 Nov 2011 04:00 AM PST   Tak mustahil dapat RM3 juta pada hujung minggu ini.  Tapi keluarga toyol semua sekali dapat RM9.8 juta kondo. Filem "Alamak Toyol" terbitan David Teo nampaknya kalah dengan isu syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, si isteri toyol, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Najib Razak berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Muhyiddin selaku menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Datuk Seri Noh Omar berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini. Rakyat mintak SPRM siasat!!! Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat. Rakyat mintak SPRM siasat!!! ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah." Jawapan SPRM nanti ialah "Itu semua adalah corruption commission dan kami dapati tiada bukti yang boleh mendakwa mereka.  Selepas siasatan rapi, kami mendapati kondo tersebut sebenarnya digunakan untuk tempat mem'feedlot' lembu".  Tutup kes. reformisanakmudaKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK   |     |    Juru X-ray Hospital Selayang cabul penuntut kolej    Posted: 12 Nov 2011 01:28 AM PST   Bilik Xray-Sekadar HiasanKUALA LUMPUR: Seorang juru-x-ray mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, Jumaat terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta, tiga bulan lepas. Amri Hamzah, 30, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan gadis berumur 18 tahun itu di dalam bilik x-ray Hospital Selayang, Gombak di sini 4.45 petang, pada 14 Ogos. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohd Fitri memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000. Majistret Mohd Isa Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Disember depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA mimpi-senjaKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK   |     |    LEMBU PUN GELAK DENGAN UMNO    Posted: 11 Nov 2011 06:25 PM PST   
 Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy      Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.     NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.      "Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?     "Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.     Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.     Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa    Saifuddin semalam.      Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.     "Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.     "Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.     Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.     NONE"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.     "Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.     Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.     "Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.     Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."     "Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.     Mkini Published with Blogger-droid v1.7.4    |     |    MAHASISWA DIKASARI PEMUDA BN    Posted: 11 Nov 2011 04:48 PM PST  Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi.Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174″ kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner. Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak. Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka. "Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai. Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut. Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ.  posted from Bloggeroid    |            |  
  |    DIALOG RAKYAT    Posted: 12 Nov 2011 03:45 PM PST          |    Dakwat kekal: Apa kata mantan Pengerusi SPR    Posted: 12 Nov 2011 03:42 PM PST  Subky Latif      
 
 
  |        |   SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya  boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul  Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan  penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa.  Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu  lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh  memberi  menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi  dan transformasi SPR  seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato  Ambiga.  Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan  dakwat kekal di  jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan  oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia.  Rashid mengambil masa lebih dari  tiga tahun bagi menyatakan rasa  terdongkolnya tentang pembatalan penggunaan dakwat kekal itu beberapa  hari sebelum PRU 8 Mac, 2008 dulu.  Pembatalan itu dibuat setalah ada pertemuan antara Perdana Menteri  masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan SPR kononnya timbul isu keselamatan  tentang penggunaan dakwat itu.  Ada waham ketika itu bahawa pembatalan itu justeru campur tangan  Perdana Menteri. Tetapi Perdana Menteri menafikan dia yang  mengarahkannya. Katanya dia sekadar memberi pandangan  tetapi SPRlah  membuat keputusan membatalkannya.  Boleh dibuat kesimpulan kerajaan semasa tidak mahu ia disalahkan atas kejadian itu tetapi seperti SPRlah yang disalahkan.  Ertinya wibawa SPR itu yang diuji dan benar ia tidak tahan uji.  Perdana Menteri itu orang politik. Kepada SPR dilambakkan semua  ketempangan.  Rashid dikatakan berkata, dia seperti hendak meletak jawatan masa  itu, tetapi dia disabarkan. Demikianlah cerita wibawa SPR hang hingga  hari ini terus dipersoal.  Apa rugi Rashid yang bersabar dan tidak meletak jawatan? Tiada orang  yang menghormatinya. Umno dan kerajaan diragui menghormatinya sekali pun  dia ada jasa pada Umno. Kalau Umno dan kerajaan menghormatinya, masakan  ada komen Perdana Menteri menolak pertanggungjawaban atas isu  pembatalan guna dakwat kekal sebaliknya melambakkannya kepada SPR  sendiri.  Masakan Rashid tidak jasa langsung di SPR. Tetapi siapa yang  mengenangnya? Bagaimana namanya di tengah masyarakat selepas dia  bersara?  Tetapi kalau dia meletak jawatan  masa itu, dia akan  dipuji dan  disanjung sebagai orang berintegriti dan bermaruah. Macam Tan Sri Syed  Jaafar Albar yang tidak seuju dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra  melepaskan Singapura dari Malaysia, dia meletak jawatan dari Setiausaha  Agung Umno. Orang hormatinya.  Pelanggan SPR telah lama membangkitkan isu penggunaan dakwat kekal  itu. PAS pelanggan awal yang mengemukakannya. Tetapi SPR semasa Rashid  berkelentong. Tidak nampak reaksi positifnya. Hingga dia berdalih dakwat  jenis itu dibantah oleh ulama kerana ia tidak telus wuduk. Hatta DAP  bertanya PAS, kerana alasan SPR tidak menggunakannya ia ditentang PAS  atas sebab halangan air wuduk tadi.  PAS tidak pernah membantah, bahkan menuntut penggunaanya.  Lalu PAS membantah kelentong SPR itu.  Jika Rashid meletak jawatan bila dakwat itu dibatalkan, kelentong yang dulu-dulu itu nescaya dilupakan.  Gara-gara Nik Rashid bersabar atas pembatalan itu dan berdiam diri,  hingga hari ini isu itu tidak selesai dan menyebab  pengerusi SPR yang  beru terpaksa memikul  segala Nik Rashid tidak selesaikan dulu.  Bagaimana pun sedikit pendedahan Rashid tentang pembatalan dakwah itu  dulu menjadi keterangan dakwat itu tidak jadi masalah. Masalahnya ialah  tekanan kerajaan. Masalah SPR dan pengerusinya yang baru boleh dikira  sebagai belenggu dari campur tangan kerajaan.  Bersih 2.0 dan pelanggan SPR boleh terhibur dengan pendedahan kecil Nik Rashid itu bahawa dakwat kekal itu releven.  Akhirnya Rashid bersuara. Walau pun terlambat tetapi suaranya  mengandungi banyak persoalan. Antara dia meninggalkan banyak beban yang   tidak selesai. Pengerusi baru SPR janganlah berkelentong lagi. Jangan  tinggalkan SPR sebagai suruhanjaya yang bermasalah.  Nik Rashid masih ada masa menolong Bersih 2.0 menyelesaikan segala yang tidak selesai.  |  
    |     |    Nizar terima kunjungan wakil kedutaan Jepun    Posted: 12 Nov 2011 03:32 PM PST  Muhammad Faeez      
 
 
  |        |     IPOH: Mantan  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah  menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan  Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata.  Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan  pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan  situasi politik di negara ini  khususnya dalam konteks negeri Perak.  Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir Negeri Perak.  Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang  diketuai oleh Nizar dan menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran  baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.  "Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan  tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya.  Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan  Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri  selepas 'dirampas' Barisan Nasional.  |  
    |     |    Penduduk kampung gempar bunyi letupan    Posted: 12 Nov 2011 03:29 PM PST  MALAYSIA KINI
  Penduduk Kampung Wadihana di Johor Bahru gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat awal hari ini.     Letupan  pada jam 7.15 pagi dipercayai berpunca daripada injap pelepas angin  pada paip berukuran 80cm di sebuah lurang di Jalan Mohamad Taib di  kampung itu.     Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar  merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan rosak  bumper belakang dan pintu belakang sebelah kanan.      Seorang  penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata beliau dan keluarganya  baru hendak bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut.
  "Bunyi  kuat macam bom, dentuman tu sekali saja, tiada gegaran atau  sebagainya," katanya yang meluru keluar rumah sebaik letupan itu  berlaku.     "Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip  bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah," katanya sambil menambah  bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana  kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut.     Pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata menjadi kebiasaan meletakkan kenderaannya di jalan itu.     "Mulanya  saya sangka pokok tumbang, tapi apabila keluar rumah saya dapati, jalan  telah meletup dan kesannya terkena kereta saya," katanya.     Sementara  itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ),  Jamaluddin Jamil mengakui pihaknya melakukan kerja penyelenggaraan di  kawasan itu sejak beberapa hari lalu dan letupan berpunca daripada injap  pelepas angin paip itu yang terbuka.     Angin yang keluar dari injap berkenaan meningkatkan tekanan udara di dalam lurang itu menyebabkannya meletup.     "Ini  adalah kejadian pertama dan siasatan akan dilakukan, kita berharap  penduduk tidak berasa bimbang, manakala pemilik kereta boleh hadir ke  pejabat SAJ bagi tindakan susulan," katanya. - Bernama    |     |    Bekas tim presiden MIC jalani pembedahan otak    Posted: 12 Nov 2011 03:26 PM PST  MALAYSIA KINI
 
  Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai hari ini untuk menjalani pembedahan otak.
  Adiknya,  S. Sarojini berkata Subramaniam telah selamat menjalani pembedahan itu  pagi tadi.  Difahamkan beliau sedang menjalani pembedahan seterusnya.
  Sarojini  berkata abangnya ke Hospital Assunta di Petaling Jaya semalam selepas  menghadapi masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan  Pantai pagi ini.   Turut hadir di hospital berkenaan ialah  bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany serta Timbalan Menteri Wilayah  Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan.   Subramaniam, 67, ialah bekas Anggota Parlimen Segamat dari 1990 hingga 2004 dan seorang bekas Timbalan Menteri.   Beliau  pernah berkhidmat di beberapa kementerian, antaranya Kementerian  Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  Sementara itu,  Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, yang melawat Subramaniam di Unit  Rawatan Rapi (ICU), berkata beliau terkejut selepas mendengar berita  tentang keadaan ahli politik veteran itu.   "Beliau masih  berada di dewan pembedahan dan saya pasti tiada apa-apa yang buruk  berlaku...ia akan mengambil masa untuk sembuh. Saya menemui isteri  Subramaniam dan memberitahunya supaya berdoa," katanya.   "Saya fikir doktor cuba menstabilkan keadaannya," katanya.
  Terdahulu itu, Samu Vellu meluangkan masa kira-kira sejam di hospital berkenaan sejak pukul 2.15 petang.   "Saya  terkejut dengan keadaan Subramaniam dan berharap beliau akan pulih  segera. Beliau adalah seorang insan yang baik dan kami berkawan selama  40 tahun," katanya.   Kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan pemimpin MIC sedang menunggu di luar ICU.   Subramaniam mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dan seorang anak perempuan berusia 26 tahun. Bernama    |     |    SPR: Pelajar tak undi pos sebab kedutaan keliru    Posted: 12 Nov 2011 03:25 PM PST  Salhan K Ahmad
 
  Kekeliruan  di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar  tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan  Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.
  Perkara itu didedahkan oleh  setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC  dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari  ini.
  Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan  mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar  sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.
  Saksi  berkenaan, Shaun Tan berkata, pegawai konsular telah menyatakan  kepadanya bahawa beliau tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos  kerana beliau bukan seorang penjawat awam.
  Mengulas perkara itu,  Harun berkata kelayakan pelajar untuk mendaftar sebagai pengundi pos  dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 2 Peraturan Pilihan Raya.
  Katanya,  seksyen berkenaan juga tidak menyatakan sama ada pelajar berkenaan  perlu menjadi pelajar persendirian atau pelajar tajaan untuk melayakkan  diri sebagai pengundi pos.
  "Kita dah minta (pegawai kedutaan)  buat pembetulan kenyataan. Sekarang kita dah lantik ketua perwakilan  (misi Malaysia) sebagai penolong pendaftar," katanya lagi.
  Jawapannya  itu mengundang komen daripada seorang lagi anggota PSC, Dr Hatta Ramli  yang membangkitkan bahawa hanya dua orang pengundi pos dikesan daripada  sejumlah warga Malaysia yang berada di Mesir.
  "Itu pun bukan  pelajar (yang jadi pengundi pos). Hanya duta dan timbalan duta sahaja,"  tambah ahli parlimen Kuala Krai itu lagi yang menyifatkannya sebagai  tidak munasabah.
  Sedangkan, kerajaan telah membawa pulang  beribu-ribu orang pelajar daripada negara itu ketika krisis politik  melanda Mesir sebelum ini.
  Katanya lagi, lebih ramai pelajar akan  terlepas peluang untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya maklumat  sebenar tidak disampaikan kepada kedutaan Malaysia berkenaan.    |     |    Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC    Posted: 12 Nov 2011 03:18 PM PST  Salhan K Ahmad Pengerusi  BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu  ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk  penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa  beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.
  Pengerusi PSC,  Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil  individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden  Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.
  "Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.
  Malah,  beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana  muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.
  Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.
  Maximus  berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar  BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.
  Azmin  berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah  memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human  Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.
  Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.
  Selain  Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong,  Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut  memberi keterangan selama lebih dua jam.    |     |    Dakwat kekal: Perlembagaan tak perlu dipinda langsung, PSC dimaklum    Posted: 12 Nov 2011 06:03 AM PST   THE MALAYSIAN INSIDER
 
                               KUALA  LUMPUR— Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk  membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini,  kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga (gambar).  Bercakap pada sesi pendengaran awam jawatankuasa pilihan khas  Parlimen (PSC), Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata  sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR).  "Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan) ... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan," katanya.  "Dan, ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang  membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parliamen untuk  diluluskan," katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC.  Terdahulu, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan  Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya  boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda  Perlembagaan Persekutuan.  SPR membatalkan rancangan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya  umum 2008 selepas mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk  keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi  yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat,  diberikan kertas undi.  Laporan Bernama Online memetik Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau juga yakin sistem itu boleh dilaksanakan.  "Mungkin pandangan saya tidak tepat, namun saya mempunyai keyakinan  99.9 peratus bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda bagi membolehkan  dakwat kekal digunakan," katanya.  Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Perkara  119 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum  sistem itu boleh dilaksanakan.                       |     |    PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya    Posted: 12 Nov 2011 06:00 AM PST  Oleh Mohd Farhan Darwis          
 
                               KUALA  LUMPUR — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan  perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan  dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya  dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.  Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan,  sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan  tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan  tersebut.  "Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih  2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali  perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)  dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.  Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan  perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.  Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan  dilihat masih  berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan  DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.  "Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya,  tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat  selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan  pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan  menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan  mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.  Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya  mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan  tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk  mengeksploitasi media.  "Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya  akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai  media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia,"  tegasnya.  Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan  Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan  jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari  sekarang.  "Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan  Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam," katanya.  Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah  menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh  peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan  raya nanti.  "Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah  dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon  yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita  PAS," katanya.                       |     |    Kemalangan: Jangan tuduh melulu    Posted: 12 Nov 2011 05:58 AM PST            Mohd Firdaus      
 
 
  |        |   KOTA KINABALU: Kenyataan Timbalan Ketua  Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang melemparkan tuduhan  liar terhadap pemandu lori tangki sebagai punca nahas pelanggaran  keretapi di Kepayan, pada 31 Oktober lalu diselar banyak pihak.  Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, sikap yang  ditunjukkan oleh Tan Sri Joseph Pairin cukup memalukan apatah lagi  beliau merupakan seorang yang berkelulusan undang-undang.  "Orang ni berkelulusan undang-undang, tapi caranya berfikir seolah-olah mereka yang tidak berpendidikan," selarnya.  Menurutnya, Joseph perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi  menjalankan siasatan terperinci dan membenarkan mahkamah menentukan  kedudukan serta kesalahan dan bukannya membuat tuduhan melulu.  "Bagilah kepada pihak berkuasa buat siasatan rapi. Lepas itu, biar mahkamah yang putuskan semua.  Janganlah memandai nak menghukum seseorang tanpa ada kebenaran,"  katanya ketika ditemui selepas sidang media dan taklimat pilihanraya PAS  Sabah.  Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam  sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa nahas tersebut  berpunca daripada kecuaian pemandu lori tangki minyak itu.  Hamzah juga membidas sikap para pemimpin Barisan Nasional yang cepat  melatah apabila sesuatu malapetaka atau musibah menimpa rakyat biasa.  Sikap suka menunding jari kepada orang lain juga menjadi amalan tradisi  pemimpin Umno BN.  "Umno BN ni jangan cepat sangat nak melatah dan tunding jari salahkan  orang lain. Bila kecuaian itu berlaku akibat kesalahan mereka, tidak  pula berani nak bercakap," katanya.  |      |     |    Anak lancar ‘Gerakan Selamatkan Felda’ 8 Dis    Posted: 12 Nov 2011 05:56 AM PST  Khairil Abdul Rahim      
      |        |    TEMERLOH: Persatuan Anak Peneroka Felda  Kebangsaan (Anak) akan melancarkan program 'Gerakan Selamatkan Felda'  peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini di perkarangan Masjid Lama  Bandar Jengka.
  Menurut presidennya, Mazlan Aliman, program yang  bakal disertai oleh warga Felda seluruh negara itu akan diisi dengan  Solat Hajat serta majlis taklimat perdana berkaitan isu penyenaraian  Felda ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
  "Dua orang pakar  ekonomi iaitu Dr Rosli Yaakob dan Razman Zakaria dijangka akan  membentangkan pengalaman masing-masing termasuk tentang risiko  penyenaraian Felda supaya warga Felda mendapat gambaran jelas.
  "Di  satu pihak telah diberi gambaran kebaikan penyenaraian oleh pemimpin  negara kerana lebih 220 ribu peneroka dimaklumkan akan mendapat durian  runtuh, namun di pihak yang satu lagi kami ingin memberitahu bahawa  terdapat risiko amat besar apabila Felda memasuki penyenaraian awam.
  "Kita  boleh ambil iktibar bagaimana nasib amanah saham negeri-negeri seperti  Johor, Selangor, Pahang, Terengganu yang semuanya lingkup apabila  memasuki pasaran saham," katanya dalam sidang medianya di sini.
  Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan belanjawan  2012, mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di BSKL   melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tahun hadapan.
  Menurut  Mazlan, cubaan penyenaraian ini bukanlah kali pertama di mana pernah  cuba dilakukan pada tahun 2003 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr  Mahathir Mohamed ketika membentangkan belanjawan tetapi dibatalkan oleh  Tun Abdullah Badawi.
  Tambah Mazlan, kini Najib sekali lagi cuba  mengikut langkah Dr Mahathir menyenaraikan Felda melalui syarikat yang  baru wujud iaitu FGVH yang akan menelan syarikat yang menjadi hak dan  kepentingan peneroka selama ini iaitu Felda Holding Berhad.
  "Syarikat  itu (FGVH) pula diketuai oleh (Datuk Sabri Ahmad) seorang yang kita  tahu track recordnya semasa beliau di Golden Hope. Bagaimana boleh  diberi kepercayaan yang begitu tinggi kepadanya sedangkan kontraknya  dalam sudah hampir tamat.
  "Anak kesal yang amat sangat dengan  tindakan Pengerusi Felda dan kini dilantik oleh Perdana Menteri sebagai  Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) Tan Seri Isa  Samad yang masih meneruskan usaha ke arah penyenaraian Felda meskipun  banyak dibantah oleh peneroka," jelasnya.
  Berkenaan durian  runtuh untuk peneroka yang dicanangkan oleh Najib, Mazlan berkata, Anak  dimaklumkan mereka akan dapat sekitar RM15,000 dalam bentuk saham.
  "Nak  cari di mana wang kerana rizab tunai Felda yang ada pada masa ini ada  sekitar RM600 juta merosot dari tahun 2009 RM1.37 bilion. Walhal masa  Raja Alias tinggalkan dulu ada RM7 bilion rizab tunai. Ertinya di zaman  dua perdana menteri Felda telah kehilangan lebih 80% rizab tunai. Ini  menunjukkan pemborosan yang luar biasa. Sepatutnya rizab Felda makin  meningkat tetapi merosot."
  Kata Mazlan, sehubungan itu Anak  meminta Isa menghentikan tindakan memanggil pengerusi-pengerusi koperasi  dan ketua-ketua peneroka untuk majlis penerangan Felda disenarai di  BSKL yang diadakan di Dewan Perdana Felda sehingga membelanjakan  berjuta-juta ringgit wang Felda.
  Tambah Mazlan, Isa tidak boleh  terlalu gelojoh sementara menunggu keputusan tribunal kerana Anak  telahpun membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan  membuat bantahan kepada tribunal SKM pada 18 Oktober lalu.
  Mengulas  lanjut mengenai bantahan Anak terhadap Isa, Mazlan mendakwa bekas  pesalah rasuah Umno itu menjadi Pengerusi KPF ikut pintu belakang  berikutan campur tangan Perdana Menteri (PM) kerana status beliau (Isa)  sendiri dilantik secara kontrak dan tidak layak menjadi ahli KPF kerana  bukan peneroka ataupun warga Felda.
  "Pada 15 Ogos lalu surat  dihantar oleh Ketua Setiausaha Sulit Kanan PM yang memaklumkan PM setuju  melantik Isa sebagai Pengerusi KPF sedangkan Datuk Zulkifli baru saja  dilantik pada Mesyuarat Agung bertarikh 24 Jun 2011. Isa pula baru jadi  ahli KPF pada 23 Jun, iaitu sehari sebelum mensyuarat tersebut.
  "Jadi  nampak sangat ada konspirasi. Pelantikan Pengerusi KPF melalui kuasa  menteri Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengecualikannya daripada  tertakluk kepada peruntukan Akta Koperas juga tidak sah kerana perlukan  sekurang-kurangnya dua tahun menjadi ahli, sedangkan Isa baru dua bulan  jadi ahli.
  "Sebab itu saya katakan ini semacam ada konspirasi  dan jelas menyalahi akta koperasi sendiri. Dengan itu Anak menganggap  ini satu pencabulan," tegas Mazlan.
  Sehubungan dengan itu Mazlan  merayu warga Felda agar mengenepikan sentimen politik sebaliknya  bersatu menghentikan usaha penyenaraian Felda di BSKL bermula dengan  program 'Gerakan Selamatkan Felda' 8 Disember ini.
  Katanya,  lebih baik Felda tumpukan penyelesaian kepada permasalahan peneroka yang  tidak diberi perhatian selama ini seperti isu-isu KPG, wang tanam  semula (TTS), hutang ladang peneroka yang tidak munasabah, ladang urusan  Technoplants dan sebagainya supaya tidak jadi seperti pepatah 'yang  dikejar tak dapat yang dikendung berciciran'.  |  
    |     |    MCA makin hilang kewarasan berpolitik    Posted: 12 Nov 2011 05:52 AM PST  Harakahdaily      
 
 
  |        |    KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan  Pemuda PAS Malaysia amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS  Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menempelak parti MCA  kerana saranan yang tidak munasabah yang dikemukakan oleh wakil parti  tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan  pilihan raya (PSC).  Demikian dinyatakan pengarahnya, Mohd Sany Hamzan sebagai mengulas  pandangan Tuan Ibrahim ekoran kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA,  Datuk Ei Kim Hock menegaskan bahawa MCA tidak menyokong cadangan untuk  membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam  pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam  negara.  "Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sememangnya  parti MCA ditolak dan tidak lagi menjadi pilihan masyarakat Cina  mutakhir ini kerana kedangkalan dan kejahilan mereka terhadap hak-hak  Rakyat Malaysia untuk mengundi walaupun di mana mereka berada kerana  ianya dijamin oleh Perlembagaan Negara," ujarnya kepada Harakahdaily.  Selain itu, katanya MCA cuba untuk menggambarkan rakyat Malaysia yang  berada di luar negara sebagai orang yang tidak cerdik untuk membuat  keputusan di dalam proses pengundian kerana tidak mengetahui maklumat  berkenaan kerajaan Malaysia.  Beliau menambah, rakyat Malaysia yang berada di luar negara adalah  lebih terdedah dengan sistem maklumat yang lebih terbuka, lebih bebas  tanpa kongkongan yang menjadikan mereka lebih mahir mengenai politik  Malaysia berbanding MCA yang masih terkongkong dengan budaya maklumat  fitnah, politik kotor dan berita palsu oleh akhbar dan media kerajaan.  "Inilah rupa sebenar parti yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia  kerana pendiriannya yang cukup berbaur perkauman selain cuba untuk  merendahkan mentaliti orang lain sekiranya mereka tidak menyokong dan  mengundi MCA dan BN di dalam pilihanraya," ujarnya.  Oleh itu, tambah beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia  meminta supaya pihak Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan  pilihanraya (PSC) menolak terus cadangan MCA yang terang-terang  menyalahi Perlembagaan Negara dan cubaan merendahkan mentaliti rakyat  Malaysia.  "Biarlah MCA dan BN dihukum terus oleh rakyat Malaysia di dalam  pilihanraya umum yang akan datang kerana pendekatan politik mereka  semakin ketinggalan zaman dan usang," ujarnya lagi.  |  
    |     |    Artis turut bincang Negara Berkebajikan    Posted: 12 Nov 2011 05:51 AM PST  Aziz Muda      
      |        |     GOMBAK:  Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan  dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara  pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh  pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini.  Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila  beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk  bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh  parti itu.  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga  turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini.  Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk  bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan  Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara  ini pada PRU Ke-13 akan datang.  Katanya, selain itu, kedua-dua orang artis itu juga turut bertanyakan  kepadanya tentang konsep Negara Berkebajikan PAS dan kaitannya dengan  golongan artis serta kegiatan seni di negara ini.  "Mereka tanya saya macam mana dengan Siti Nurhaliza jika PAS menang  nantii? Bolehkah Siti Nurhaliza terus menyanyi?" katanya ketika  membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan  pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej  Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini,  hari ini.   Pertanyaan  itu, katanya, dijawab dengan baik oleh beliau dengan penjelasan  berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam konsep Negara Berkebajikan  PAS itu sendiri khususnya berkaitan dengan golongan artis dan kegiatan  seni di tanah air.  Katanya, dalam konsep Negara Berkebajikan PAS, golongan artis  termasuk Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu bimbang dengan pemerintahan  PAS jika menang dalam PRU Ke-13 nanti kerana nasib mereka tetap akan  dibela.  "Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan  terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.  'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah  pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang  diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.  Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan  kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan  yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.  "Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS,  keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi  juga orang bukan Islam," katanya.  Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS itu, tegasnya,  sememangnya amat ditakuti malah amat mencemaskan Umno BN sekarang  kerana ia berkeupayaan menarik sokongan orang ramai terhadap PAS.  "Sokongan yang semakin meningkat daripada orang ramai terhadap PAS sekarang termasuk juga dari kalangan bukan Islam.  "Fenomena ini tercetus hasil kehebatan konsep Negara Berkebajikan  yang diperkenalkan oleh PAS yang kini semakin difahami oleh orang ramai  termasuk dari kalangan bukan Islam," ujar beliau.  |  
    |     |    Silap fakta: MB Pahang digesa minta maaf    Posted: 12 Nov 2011 05:49 AM PST  Gabungan Hentikan Lynas
  Gabungan  Hentikan Lynas (GHL) amat terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh  Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob sempena temuramah yang  dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011.
 
  Dalam  temuramah tersebut, Adnan Yaakob (gambar kiri) menyebut bahawa bahan di  Bukit Merah adalah bukan nadir bumi.  Beliau juga menyatakan bahawa  Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak  membuat/memproses nadir bumi. 
  Ini merupakan satu tuduhan yang  palsu dan tidak berasas.  ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite.   Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV.   Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry  (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis  Lanthanides, Scandium dan Yttrium.  Maka jelas bahawa kilang ARE memang  menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar  dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan.  Peristiwa  pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat  Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama.  GHL menganggap  mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh  melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan  yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan  mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah.  Justeru, GHL menggesa Adnan  Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merahatas kesilapan fakta  tersebut.
 
  Selain  itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur  rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar.  Dalam temuramah tersebut,  Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba  bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced  Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah  jarang di dunia.
  Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL  harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau.  Jika tidak,  Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap  kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba  mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah  bersifat perkauman.
  GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang  bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan  perbuatan Kerajaan BN sekarang.  Rakyat Kuantan yang terdiri daripada  berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada  pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.
 
  Padahalnya,  dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang  tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan  tanah dan cukai pintu sahaja.
  Sementara itu, GHL juga meminta  Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan  rasional.  Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani  kehidupan seharian ada risiko.  Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan  hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan  kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. 
  Kemudian  dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa  keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan  menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang  turun sekarang.
  GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat  di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan  beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat.  GHL minta  Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis  tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.  Apa yang rakyat harap  adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara  rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan  pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja. *Kenyataan media daripada Gabungan Hentikan Lynas.    |     |    Deroman ROS Tak Sah Berdalihlah    Posted: 12 Nov 2011 05:46 AM PST  MSO
 
  ORANG  Kelantan mempunyai sebutan dan panggilan tersendiri terhadap nama-nama  orang. Kadang nama itu didengar janggal dan membawa makna buruk. Tetapi  itulah perangai orang Kelantan suka mengubah sebutan awam. Orang  Kelantan juga sangat menyanjungi dailek atau bahasanya. Berbalik  kepada soal nama tadi, misalnya Ishak dipanggil Sohok saja. Kalau Mohd  Nor dipanggil Mat Nor saja. Kalau Abdul Mutalib dipanggil Bertolik.  Kalau Ramlah dipanggil Melah. Bila orang Kelantan geram dan marah dia  akan tambah penambahan 'menatang' di hadapan. Kalau Tolik ditambah  menantang Tolik. Kalau geram lagi ditambah perkataan lain, seperti  belakang parang, ulu cak, beruk dan sebagainya. Sebab  itu kalau dengar orang Kelantan hak mulut berus bercakap (berpidato)  atau menulis naik seriau bulu roma. Tetapi ia bukan ada apa-apa pun cuba  feil orang Kelantan saja. Saya juga orang Kelantan yang tidak dapat  dari perangai itu. Di sini saya nak bercakap sikit  fasal orang bernama Deroman yang menjadi Ketua Pengarah ROS. Kata  Deroman Pakatan Rakyat tidak serius untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat  sebagai parti politik. Deroman menafikan kenyataan Saifuddin Nasution  Ismail mengatakan ROS sengaja  melambat-lambatkan pendaftaran PR. Alasan  Deroman pendaftaran PR sebagai parti terganggu apabila Zaid Ibrahim  keluar dari PKR. Pihaknya tidak dapat meluluskan Pakatan Rakyat sebagai  parti gabungan kerana ia dimohon atas nama Zaid.  Jadi bila Zaid keluar  ia tidak dapat diluluskan. Oh loya... Mengikut prosuder memang  begitu. Tetapi jawaban Deroman itu dalih mentah saja. Dalih orang hulu.  Kalau ROS benar-benar serius kenapa harus dilambatkan kelulusannya. Zaid  memohon itu bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan kenapa ia hendak  ditimbangkan selepas Zaid keluar PKR. Kenapa semasa Zaid dalam PKR ia  tidak diluluskan? Dan kalau ROS mesra penggunan, ROS boleh  laporkan akan kesulitan kepada Pakatan Rakyat ekoran tindakan Zaid itu.  Apakah Deroman berbuat demikian? Jawabnya tidak. Zaid juga satu masa  dulu sudah puas berhubung dan menanti kelulusan PR. Deroman juga  menafikan yang Kamaruddin Jaafar ada berjumpa dengannya untuk urusan itu  selepas mengambil tugas mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah  komponen selepas ketiadaan Zaid. Mungkin Kamaruddin ada jumpa pegawai  lain. Apakah kalau jumpa dengan pegawai lain, si pegawai itu tidak  membawa ke pengetahuan Deroman? Apakah semua surat dan permohonan kena  dibawa ke tangan Deroman sendiri? Pendek cerita kalau pihak PR  melakukan kesilapan, atau pun ada salah teknik... Deroman tidak payah  berdolah dalih, luluskan segera permohonan itu. Hanya tukar borang dan  nama manusia dalam borang saja, dari Zaid kepada Kamaruddin Jaaffar atau  sesiapa. Lepas tu lulus. Bagi saya tak tersaul dek akal dengan  jawaban Deroman itu. Masakan untuk memohon itu pakai nama Zaid seorang  dan tidak ada nama-nama lain. Saya rasa tentu ada nama lain sebagai  galang gantinya. Dan rasanya tidak sebodoh itu pegawai di ibu pejabat  Pakatan Rakyat mengendalikan pendaftaran itu. Lagi pun PR itu bukan hak  Zaid secara individu. Apa yang Deroman jawab dan balas itu  sebagai hendak mencari kesilapan pihak Pakatan Rakyat sahaja. Hakikat  sebenar ialah ada arahan dari peringkat menteri supaya PR tidak  didaftarkan. Satu masa dulu kalau tidak silap orang bernama  Abdul Aziz  Yusuf pernah memberi perakuan mereka akan luluskan pendaftaran Pakatan  itu, tetapi ternyata perakuan itu hanya macam biawak mampus saja. Nah  kalau betul ROS jujur dan ikhlas dan tidak mengikut telunjuk dan ibu  jari di atas, daftarkan segera. Ia boleh dibuat dalam tempoh tidak  sampai semalam sahaja. Segala jawaban dan alasan yang diberikan Deroman  itu hanya helah sahaja yang sudah pun dapat diagak oleh orang ramai.  Deroman sebagai pegawai kerajaan harus bertindak profesional dan bukan  menjadi keldai kepada pihak-pihak tertentu. Kalau Ngo bernama  Perkasa(m) boleh dilulus dalam tempoh tiga bulan dan mendapat permit  bergerak sementara, kenapa PR terpaksa ditunggu bertahun-tahun? Pihak  SPR pula yang menjanjikan untuk melulsukan pendaftaran Pakatan, tak  payah bercakap banyak, kalau tidak berani daftar, cakap sahaja... jangan  mencari hujah basi dan juga helah kebudak-budakan. Sudah lebih 50  negara merdeka dan pegawai kerajaan pula sudah berkurus soal pentadbiran  dan sistem pemerintah negara sampai ke England tetapi kenapa masih juga  bodoh dan bebal. Kepada Pakatan Rakyat tak payahlah tunggu  pendaftaran. Rasanya rakyat sudah tahu akan paduan dan kerjasama antara  mereka. Masing-masing bertandinglah atas lambang sendiri. Yang penting  semua pihak faham dan jangan ada pertindihan calon di antara satu sama  lain. Kalau ini wujud pasti  Bulan, Mata dan  Roket mampu menggoncangkan Dacing.     |     |    PRU-13: BN Lembah Pantai bergelora    Posted: 12 Nov 2011 05:35 AM PST                                      Orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan bila timbul skandal projek lembu feedlot.                                             PETALING  JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila  penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi  memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya  Umum ke 13 nanti.  Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang  tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin  panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan  dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri  Sharizat Abd Jalil.  Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang  dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut  sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan  Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.  "Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang  semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.  "Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di  Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum,  berkempen sana-sini.
  Tepuk tangan isu projek feedlot  "Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek  feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun  sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.  "Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia  orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya  sedih tu," kata beliau.  Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa  Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai  tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh  menjamin kemenangan BN di kawasan itu.  "Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon  'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon  favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.  "Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa  Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu  penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong  Chik.  Silap hari bulan kalah lebih besar    
 
 "Saya  bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi,  tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari  dahulu.  "Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri  dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik.  "Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi  Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah  diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik," ujar beliau.  Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen  Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja  meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej  Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.  "Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang  tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah  terdesak nak jadi calon.  "Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati?  "Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada  yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada  orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti," ujar  beliau lagi.                           |     |    Peguam: Dakwaan hubungan Saiful-Farah patut disiasat badan bebas    Posted: 12 Nov 2011 05:33 AM PST  MALAYSIA KINI
  Dakwaan  mengenai hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah  Azalina Latif sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas, kata peguam  veteran dan ahli parlimen Karpal Singh.
 
  Karpal (kiri) menegaskan demikian bagi menjawab kenyataan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di  Parlimen semalam bahawa Pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti  "konkrit" terhadap dakwaan tersebut.
  Menurut peguam itu, oleh  kerana Farah adalah sebahagian daripada Pejabat Peguam Negara, maka  siasatan tersebut sepatutnya dijalankan oleh sebuah badan bebas.
  Farah  Azlina adalah sebahagian daripada pasukan pendakwaan dalam perbicaraan  kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Saiful pula  merupakan pengadu dan kes itu.
  Karpal berkata logik dan alasan  tidak boleh menyokong Pejabat Peguam Negara menyiasat perkara itu dan  membebaskan pasangan itu kemudian daripada dakwaan tersebut.
  Katanya,  dakwaan hubungan sulit antara DPP dan pengadu dalam perbicaraan jenayah  memerlukan satu siasatan terbuka, supaya ia menjadi iktibar kepada  orang lain pada masa akan datang. Dan sekiranya hubungan sulit  seumpama itu wujud, Karpal berkata implikasinya adalah lebih besar  kerana ia akan termasuk kebersalahan jenayah di Mahkamah Syariah.
  Katanya,  terdapat peruntukan dalam undang-undang Islam untuk ketidaksopanan  seumpama itu, termasuk hukuman untuk zina, yang menurutnya, salah satu  jenayah yang paling serius dalam undang-undang Islam.
  Karpal  berkata langkah mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan dalam  perbicaraan Liwat II juga menimbulkan persoalan berhubung dakwaan  tersebut.
  "Kenapa perlu dia dihukum melalui langkah ini jika dia tidak bersalah," Katanya.
  Pada  27 Julai tahun lalu, Farah telah dikeluarkan daripada pasukan  pendakwaan selepas muncul dakwaan di Internet yang dia dan Saiful  terlibat dalam hubungan romantis.
  Anwar kemudiannya mendakwa di mahkamah bahawa Saiful dan Farah masih belum menafikan dakwaan tersebut.    |     |    170 sertai Dewan Penyokong PAS Sabah    Posted: 12 Nov 2011 05:32 AM PST  MALAYSIA KINI
 
  Melihat  keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan  dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan  Penyokong PAS (DHPP). Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria  Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa  selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk  kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan  cemerlang.  "Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini. "Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya. Menurut  pegawai media Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata,  kesemua 170 orang itu adalah dari kawasan Pensiangan dan mereka  menyerahkan borang permohonan kepada setiausaha agung PAS Malaysia,  Datuk Mustafa Ali. Turut hadir ialah pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd  Aminuddin Aling; timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; ketua  penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; setiausaha PAS Sabah, Awang  Laiman dan ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.    |     |    Ambiga bidas MCA berhubung hak mengundi    Posted: 12 Nov 2011 12:50 AM PST   Aidila Razak
 Gabungan  Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mengambil pendirian  tegas menolak cadangan MCA yang tidak mahu rakyat Malaysia yang menetap  di luar negara, dibenarkan mengundi.
  "Kita tidak boleh menjadi logistik untuk menafikan rakyat hak perlembagaan untuk mengundi... "Pengundi di luar negara juga bersedia untuk membantu dalam apa-apa cara untuk menjayakannya," katanya. Ambiga memberitahu  Malaysiakini  demikian di luar sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen  (PSC) pembaharuan pilihan raya di bangunan Parlimen hari ini. Beliau merujuk kepada cadangan MCA kepada PSC pada hari pertama sesi pendengaran awam itu semalam. Semalam,  MCA memberitahu anggota panel PSC bahawa rakyat Malaysia yang menetap  di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi kerana mereka tidak  tahu perkembangan dan situasi sebenar di dalam negara, dan mungkin  bergantung kepada" maklumat yang "berat sebelah, meragukan, dan salah". Presidennya,  Dr Chua Soi Lek, kemudian menjelaskan bahawa langkah membenarkan mereka  mengundi, juga akan menimbulkan cabaran logistik.    |     |    KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj    Posted: 12 Nov 2011 12:50 AM PST  MALAYSIA KINI Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.     Beliau  yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada  akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh  menang.     "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri  berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila  mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi  mereka akan sabotaj parti.     "Saya harap mereka sedar bahawa  mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM  ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan  siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita  selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang,  di Dengkel hari ini.     Dua hari lepas, Perdana Menteri yang  juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak  meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil  rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon  berkenaan boleh menang.
  Khairy berkata pengumuman perdana menteri  itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih  ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat  sokongan rakyat.     "Tidak guna jika popular di dalam parti  tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh  menang, rakyat yang menentukan.
  "Saya risau, ada ramai yang  walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate',  tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.
  Mengenai  persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy  berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan  strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah  mengundi.     "Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk  mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah  meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap  siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.
  Mengenai program hari ini,  Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh  basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN  Pilihan Generasi Muda'.- Bernama    |     |    Kerajaan Umno dan BN Terengganu gagal mentadbir negeri    Posted: 12 Nov 2011 12:42 AM PST         KUALA TERENGGANU  - Dua kejadian demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Terengganu,   adalah merupakan bantahan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang   jelas telah gagal mentadbir negeri ini. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman   Ibrahim berkata, tidak ada sebab rakyat mahu mempolitikkan bolasepak   sekiranya ia berjalan dengan baik. "dua kejadian rakyat turun  ke jalan raya, membuktikan Umno dan Barisan  Nasional gagal mengurus  tadbir negeri dengan baik, tidak ada sebab  anak-anak muda lebih 1,000  orang turun ke jalan raya kalau bola sepak i  urus dengan baik,"ujarnya,  Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar   Terengganu yang menuduh para penyokong 'mempolitikkan' bolsepak kerana   menunjukkan bantahan mereka dijalan raya. Sedangkan menurut Dr  Azman, para peminat bola sepak negeri Terengganu  itu telah pun  menyampaikan bantahan mereka lebih awal kepada pihak  kerajaan, namun  kerajaan gagal bertindak. Sementara itu, beliau berkata, tidak  ada sebab juga seramai 22 orang  bekas pekerja anak syarikat negeri yang  sanggup berdemonstrasi untuk  membantah cara kerajaan negeri menangani  mereka, selepas dipecat dari  jawatan. Mereka berbuat demikian, kerana kerajaan tidak mempedulikan mereka.  "Ahmad Said tidak peduli kepada rakyat Terengganu, khususnya soal   kebajikan para pekerja, Menteri Besar hanya peduli dengan 'politik',   menjaja E-Book ke sana ke mari, melancarkan projek-projek yang ada   kepentingan, memberi bantuan untuk memaksa rakyat menyokong Umno dan BN, "sedangkan rakyat sudah cerdik dan sudah pandai menilai,"jelasnya.  Menurutnya, dalam masa lapan tahun ini, sejak Umno dan BN merampas  kuasa  secara 'memanupulasikan daftar pemilih' daripada PAS, negeri  Terengganu  terus dilanda kemunduran. Walaupun bajet kerajaan  semakin meningkat, namun rakyat miskin terus  bertambah, anak-anak  syarikat-syarikat kerajaan negeri semakin nazak,  kedudukan ekonomi  negeri Terengganu terus 'merudum'. Katanya, berpuluh-puluh  anak-anak syarikat kerajaan negeri sedang nazak,  sehingga ada yang  tidak ada duit untuk membayar gaji dan elaun  kakitangan. "TADC  adalah satu contoh kegagalan pemimpin Umno mengurus anak-anak   syarikat, mereka ambil elaun dan buat projek untuk 'poket' namun   keuntungan syarikat 'meleset', Amanah Saham Terengganu hanya   mengisytiharkan dividen RM0.02 sen sahaja, kurang 1 sen dari tahun lalu, "ia adalah bukti Umno dan BN gagal,"tegasnya. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat menolak kerajaan Umno dan BN pada pilihanraya yang akan datang.  Menurutnya, masa depan Terengganu akan menjadi lebih baik sekiranya   rakyat menukar kerajaan dengan memilih PAS dan Pakaran Rakyat.  "Rakyat mempunyai pilihan, kuasa ditangan rakyat, sekiranya PAS dan PR   gagal membawa kemajuan dan masa depan yang lebih, setelah diberi amanah,   rakyat boleh tukar kembali, tak ada masalah,"tanbahnya          |     |    PRU 13; 1000 tenaga penerangan PAS akan 'menggempur'    Posted: 12 Nov 2011 12:40 AM PST          KUALA TERENGGANU - Hampir seribu orang tenaga  Penerangan PAS akan digerakkan bagi  memberi penerangan dan penjelasan  kepada rakyat tentang kegagalan Umno  dan Barisan Nasional (BN)  Terengganu mengurus tadbir negeri ini. Menurut Pemangku Ketua  Penerangannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani,  para petugas PAS itu  akan dibekalkan dengan buku 'Isu-isu Semasa' yang  lengkap dengan fakta  dan data-data sebagai panduan. "Kita (PAS) akan memanggil para  petugas penerangan seluruh negeri  sebelum melaksanakan gerakan  'gempur'  pilihanraya umum (PRU) ke-13,  memberitahu rakyat Terengganu  bahawa Umno dan BN telah gagal, "mereka  akan dibekalkan dengan bukau Isu-isu semasa yang akan memberi  panduan  lengkap mengapa PAS perlu menggantikan Umno selepas PRU akan   datang."ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat   Penerangan di pejabat PAS, Taman Seri Intan dekat sini, semalam.  Menurutnya, rakyat negeri Terengganu perlu sedar, sejak tahun 2004,   apabila Umno/BN merampas kekuasaan dengan 'manipulasi' daftar pemilih,   mereka telah membelanjakan lebih RM10 bilion hasil wang royalti minyak   yang dinamakan sebagai 'Dana Khas'. Namun, tidak banyak manfaat  yang telah diperolehi oleh rakyat, bahkan  sesetengah projek, masih  tidak siap akibat penyelewengan yang dilakukan  oleh pimpinan Umno.  Antaranya, kata beliau, penganjuran sukan perahu layar 'Monsun Cup'  yang  telah diakui oleh sendiri leh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad  Said,  tidak membawa keuntungan kepada negeri Terengganu.  "Ahmad Said sendiri mengakui, Monsun Cup tidak membawa keuntungan,   tetapi 'kononnya' memperkenalkan Terengganu kepada dunia luar, namun, "setelah lebih 5 tahun ia dijalankan, berbilion ringgit dibelanjakan, tidak banyak manfaat yang diterima oleh rakyat,"jelasnya.  Katanya, rakyat masih tidak lupa, pemimpin Umno berkata, penganjuran   Monsun Cup akan memberikan peluang pekerjaan dan faedah kepada para   nelayan di musim Tengkujuh, namun sehingga kini, nelayan sekitar Pulau   Duyong sendiri, masih hidup di takuk lama. Yang nyata  kedengaran, yang dilihat oleh rakyat, katanya, sejak Umno/BN  memerintah  sejak enam tahun yang lalu, pemimpin dan wakil-wakil rakyat  Umno  mengumpul kekayaan peribadi. "Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat,  "namun yang rakyat dengar dan lihat, di sana pemimpin Umno membina   mahligai-mahligai, disini wakil-wakil rakyat membina rumah-rumah ratusan   ribu malah jutaan ringgit,"tegasnya.          |     |    PAS alu-alukan Ahmad perangi fitnah    Posted: 12 Nov 2011 12:17 AM PST       KEMAMAN -  PAS mengalu-alukan keputusan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji  Ahmad Said untuk megambil tindakan mahkamah keatas mereka yang  menyebarkan fitnah sewenang-wenangnya.
  Penolong Setiausaha PAS  Terengganu Haji Hanafiah Mat mengucapkan tahniah kerana Ahmad berani  tampil memerangi fitnah yang kini subur dan menjadi amalan sesetengah  pihak.
  "Sekalung syabas dan tahniah kepada Dato' Seri Haji Ahmad  Said kerana berani tampil untuk mengambil tindakan mahkamah keatas  blogger yang memfitnah beliau ditangkap khalwat.
  "kebelakangan ini budaya fitnah sangat subur malahan menjadi tajuk utama akhbar arus perdana dalam negara kita,"ujarnya.
  [Gambar - keratan perbualan dalam facebook, yang masih membicarakan tentang 'fitnah' Ahmad Said, kononnya ditangkap khalwat]
  Haji Hanafiah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad berhubung perkara diatas.
  Menurutnya, budaya fitnah adalah manifestasi akibat umat Islam meninggalkan ajaran islam yang sebenar.
  Katanya,  para ulama terutama pimpinan PAS sentiasa memperingatkan pemimpin  politik supaya tidak menjadikan fitnah sebagai senjata politik untuk  menjatuhkan seseorang pemimpin.
  "Apatah lagi sekiranya pimpinan  tersebut mempunyai anak dan juga saudara mara dekat atau jauh, ia akan  memberikan impak negatif kepada mereka,"jelasnya.
 
  Oleh  itu, beliau berharap Ahmad juga menegur dan menegah pemimpin di  kalangan parti Umno sendiri yang menjadikan fitnah sebagai alat politik.
  "Ketua  umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mengalami situasi serupa  apabila beliau difitnah pada tahun 1999, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim  Guan Eng juga telah difitnah oleh blogger Umno baru-baru ini,
  "sayugialah  kalau Ahmad menegur dan menegah dikalangan pemimpin dari parti beliau  sendiri yang turut menggunakan fitnah sebagai senjata,"tegasnya.
  [Gambar kanan - fitnah terhadap anak Lim Guan Eng yang pernah disiarkan oleh blogger Umno]
  Ahmad  Said beberapa hari lalu sebagaimana dilaporkan akhbar berkata, beliau  akan mengambil tindakan mahkamah terhadap blogger 'guanopulok' dan  'MSOMelayu' apabila ditanya tentang fitnah bahawa beliau telah ditangkap  khalwat.
  Tinjauan Buletinonline mendapati, tuduhan Ahmad  ditangkap khalwat tersebut telah berlegar di alam 'siber' sejak lima  bulan yang lalu.       |     |    Cara UMNO BN Rompak Wang KWSP Kita?    Posted: 11 Nov 2011 11:49 PM PST           Pada  23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen,  mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada  pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula  adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan.
 
 Satu  carta yang mudah di bawah meringkaskan laporan itu. Dengan dana RM  440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di  dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.
  Persoalannya  adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk  pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan  Malaysia peminjam yang baik?  Mari kita lihat rekod kewangan Kerajaan BN .... 
  Berikut  adalah ringkasan defisit tahunan Kerajaan. Bajet 2012 akan menandakan  tahun ke- 15 defisit bajet dengan tiada tanda-tanda penjimatan dari segi  kewangan. Dan seperti yang anda boleh lihat di bawah, akan ada bujet  tambahan disamping bujet tahunan setiap tahun.  Hutang  Kerajaan pada Disember 2010 berada pada 407 Billion ringgit. 60%  daripada ini atau 240 bilion adalah hutang kepada KWSP. Ini bermakna  Kerajaan BN Malaysia telah membelanjakan 60% daripada semua simpanan  anda di KWSP!
  Selepas defisit belanjawan selama 14 tahun  berturut-turut, dan pembiayaan defisit dengan meminjam, Sekuriti  Kerajaan Malaysia (SKM) dinilai sebagai CC (-) ve. Di CC negative ini,  apakah hasil tahunan? Tentu sukar dipercayai bahawa ia adalah 3% dan ke  bawah!! Mengapa? Kerana SKM tidak dilelong!! Terdapat pembeli yang  bersedia untuk membeli SKM dan selain daripada dana PNB yang tidak  berkesudahan seperti bon 1Malaysia, penangung utama hutang Malaysia  adalah KWSP.
  "Nilai Saksama" kadar yang lebih rendah untuk gred A  tunggal dan ke bawah menjana hasil tahunan sebanyak 5% dan ke atas. Bon  Kerajaan Greece misalnya diniagakan pada kadar hasil yang melebihi 21%  setahun
  Dalam Perlembagaan, hutang Kerajaan Malaysia dihadkan  pada 55% daripada KDNK. Pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan berada pada  433 bilion, iaitu 53% daripada KDNK. Pada 55%, Kerajaan akan secara  rasmi jatuh dalam keadaan krisis dan perlembagaan perlu ditukar supaya  peminjaman dapat ditingkatkan dan mungkin juga memerlukan ikat jamin.
  Baru-baru  ini bank pusat EU telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan  kepada Kerajaan Greece dengan syarat mereka menerima pakai  langkah-langkah penjimatan besar-besaran dan pemberi pinjamanan memotong  50% daripada semua pinjaman terkumpul.
  Lagipun, mereka  terus-menerus meminjam kepada peminjam yang menunjukkan tiada komitmen  untuk mengurangkan perbelanjaan dan mula untuk melangsaikan hutang  mereka. Bayangkan jika KWSP diminta untuk menghapuskan 50% daripada  hutang Kerajaan Malaysia!
  Malah lebih teruk daripada itu ...
  Senario  yang lebih buruk lagi telah dibayangkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru  ini apabila mereka melaporkan bahawa kebanyakan hutang Kerajaan tidak  dilaporkan kerana sebahagian besarnya disembunyikan daripada rakyat  dalam bentuk hutang yang ditanggung oleh agensi-agensi Kerajaan.
 
 
   Seperti  yang anda dapat lihat di atas, 433 bilion hutang kerajaan diwakili oleh  bar merah dan Oren. Selain angka rasmi, tambahan 184 bilion yang  ditanggung oleh pelbagai agensi Kerajaan.
  Sila lihat di sini pada penjelasan lain,
 
 
 
 Jadi ....Adakah KWSP yang dirompak?
  Saya mengatakan ya ia. Biar saya terangkan bagaimana.
  Ringkasan pada bajet 2012 di bawah.  Daripada  233 bilion, jumlah perbelanjaan operasi berada pada 162 bilion dan  lebih 64 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan awam dalam bentuk pencen  dan upah. Daripada 233 bilion, hanya 51 bilion untuk pembangunan, di  mana lebih 80% adalah untuk projek-projek pembinaan yang direka khusus  untuk memberi manfaat kepada beberapa orang yang bertuah. Dan bercakap  tentang rakan-rakan yang bernasib baik, lebih daripada 10 bilion adalah  dalam bentuk subsidi yang dibayar oleh kita dan sedang dibayar terus  kepada badan-badan korporat!
  Dan bagaimana mereka akan membayar  untuk semua ini? Sudah tentu dengan meminjam! Adakah mereka sedar bahawa  kitalah yang akan membayar hutang termasuk bunga? Najib mengumumkan  bahawa caruman pekerja kepada KWSP akan meningkat kepada 12% daripada  gaji. Ertinya KWSP mampu meminjamkan lebih banyak lagi! Dan jika gaji  anda kurang daripada RM 5,000, sumbangan anda akan meningkat kepada  13%.
  Dalam kesimpitan namun perbelanjaan tetap tidak berhemah 
  Ini  adalah masa-masa yang sukar bagi kita. Dan Kerajaan telah melakukan  yang terbaik untuk mengatasi perkara ini dengan pemberian kenaikan gaji  7-13% kepada semua kakitangan Kerajaan dan pada masa yang sama dengan  berhati-hati mengelakkan isu gaji minimum bagi pekerja sektor swasta.
  Kerajaan  pada masa ini mengumpul kira-kira 4 bilion daripada GST yang telah  sedia ada. Bayaran untuk satu masa dahulu sebanyak RM 500 untuk pekerja  sektor awam akan meningkatkan kos Kerajaan kepada lebih 2.6 billion.
  Saraan  untuk perkhidmatan awam memakan kos RM 20 bilion pada tahun 2004. Pada  tahun ini, ia akan menelan belanja 64 bilion. Jadi kesimpulan adalah  sama. Mereka merampas wang KWSP untuk dapatkan undi daripada 1.3 juta  penjawat awam.
  Sesungguhnya ini masa yang sukar ... Dan lagi,  DRB Hicom membeli 237 perisai pembawa askar dari Turki yang bernilai RM  1.7 bilion dan menjual kepada kementerian pertahanan dengan harga RM  7.55 bilion. Kerajaan Malaysia telah membeli 6 Kapal pejuang pesisir  untuk Tentera Laut. Ini adalah kapal-kapal tentera laut yang paling  canggih di dunia, mampu untuk menembak pesawat, kapal dan kapal selam  ... negara lain yang mempunyai kapal-kapal itu adalah Amerika Syarikat.
  Mereka  mempunyai 2. Kita membeli 6 dengan kos sebanyak 10 bilion ringgit. MRT  boleh dibina dengan RM 9 bilion. Tetapi Datuk Seri Idris Jala baru-baru  ini menyatakan bahawa MMC Gamuda mungkin akan menanggung kos yang lebih  daripada RM 54 billion untuk membinanya.
  Kerajaan boleh  mengurangkan subsidi untuk beras dan gula dengan membuka pasaran untuk  penjual-penjual lain, tetapi tidak, kedua-dua komoditi ini dikawal oleh  syarikat kroni Kerajaan. Syed Mokhtar Al Bukhary adalah pemilik semua  syarikat-syarikat yang disebut di atas. Oleh kerana orang ini mengambil  alih bekalan eksklusif komoditi ini pada tahun 2008, ia dijual pada  harga dua kali ganda. Walaupun subsidi Kerajaan adalah sebanyak 60 sen  sekilo beras dan 20 sen sekilo gula.
  Kerajaan boleh dengan mudah  membeli lebuh raya LDP dengan 1.5 bilion ringgit, tetapi tidak, adalah  lebih baik mereka terus untuk mengutip tol dari kita dan juga menerima  1.5 bilion dalam subsidi dari Kerajaan. IPP kita membeli gas pada RM10  lebih murah berbanding syarikat-syarikat di Thailand dan 15 ringgit yang  lebih murah daripada Singapura (Per CuM) tetapi Kerajaan masih perlu  untuk memberi kepada mereka berbilion-bilion dalam bentuk subsidi.
  Tiada apa-apa jua dilakukan seperti yang dibuktikan oleh laporan terbaru Audit Negara 
  Tahun  demi tahun demi tahun, laporan tahunan Ketua Audit Negara melaporkan  tentang kesalahan dalam urusan kewangan Kerajaan. Tetapi tiada apa-apa  yang pernah dilakukan. Ambil contih laporan tahun ini. SPRM pergi terus  sahaja membuka 36 fail siasatan untuk menyiasat semua sampah-sampah ini.  Dan kes-kes tersebut kini ditutup. Mereka mendapati tiada unsur rasuah  atau penipuan. Satu lagi perkara yang ditonjolkan laporan AG adalah  tabung kecemasan perbendaharaan yang berjumlah sebanyak 1.5 bilion kini  hanya tinggal 79 juta ringgit. 1.4 bilion telah lesap ... ..
  Lebuh  raya bertol yang dibina dengan kos sebanyak 26.4 bilion dan pengendali  telah pun meraih 37.7 billion dan menerima 2.1 bilion lagi dalam bentuk  subsidi daripada Kerajaan. Dan mereka sedang merancang untuk menaikkan  kadar tol tidak lama lagi.
  Jentera Kerajaan Barisan Nasional  adalah satu sistem yang membawa faedah dan memperkayakan kroni dengan  secara besar-besaran dengan cara kontrak berat sebelah. Ia juga  memastikan kesetiaan dari undi 1.3 juta penjawat awam yang menikmati  semua jenis faedah atas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pembayar  cukai.
  Sistem cukai direka untuk mengecualikan majoriti  kakitangan awam daripada membayar apa-apa cukai. Dan hutang Kerajaan  akan terus meningkat .Pada tahun 2004, jumlah hutang Kerajaan adalah 217  billion. Pada 30 Jun 2011, ia berjumlah 433 billion. Pentadbiran Najib  sememangnya memerah kita kering. Dan mereka menggunakan dana kita dalam  KWSP untuk menjalankan semua perbelanjaan yang melampau ini, untuk  memperkayakan diri mereka sendiri, dan merasuah kakitangan perkhidmatan  awam untuk terus setia.
  Kita pelabur KWSP berjumlah 12 juta.  Undilah untuk menentang rasuah, undi menentang kemiskinan, dan undi  menentang rompakan simpanan KWSP kita     |     |    11 Sebab PRU13 TIdak Diadakan tahun Ini    Posted: 11 Nov 2011 11:45 PM PST  oleh  mira_batrisya                            KUALA LUMPUR: Khabar  angin mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini  telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh  memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.   Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
 
    1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi  parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14  parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan  kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat  yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra  (PWTC).
 
    2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil  Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan  bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering  digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara  STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
 
    3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang  ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia  pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu  tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka  (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi  Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah  lebih buruk daripada tahun lalu.
 
    4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar  melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih  40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk  mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa  ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
 
   5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa  mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
 
    6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3  Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam  pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu  untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
 
    7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat  persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen  dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk  Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan  dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai  masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
 
    8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan  Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut  mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan  pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini  hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju  sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan  yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri  berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan  pada tahun ini.  9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi  meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah  pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .  Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
 
    10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem  pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu  menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara  yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat  perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
 
    11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November  dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib  akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya  itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau  akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
 
    Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.Mstar    |     |    Misteri hobi bakar motor    Posted: 11 Nov 2011 11:38 PM PST                                               Oleh : NORSHIKIN MOHD SALLEH
 
                                                                                                                                                                                                                                                                          SKUDAI - Penduduk di kawasan pangsapuri Taman Ungku Tun Aminah (Tuta)  menggesa satu siasatan segera dilakukan berhubung kejadian membakar  motosikal yang semakin kerap berlaku di kawasan terbabit.    Dalam kejadian keenam awal pagi semalam, sebuah motosikal yang  diletakkan di tempat letak kenderaan dilaporkan terbakar di Blok 62  pangsapuri tersebut.    Insiden itu disedari pemiliknya Yong Chee Zhong, 25, yang mendengar  bunyi alat penggera motosikalnya berbunyi kira-kira jam 12.30 pagi itu.    "Saya terus turun ke aras bawah dan mendapati motosikal saya sedang terbakar," katanya kepada Sinar Harian semalam.    Insiden sama juga berlaku kepada seorang penduduk, Chew Hong Theang, 33, dalam kejadian 9 November lalu.    "Saya dikejutkan oleh bunyi bising orang ramai dan apabila keluar untuk  melihat apa yang berlaku, saya dapati motosikal saya terbakar.    "Disebabkan kejadian malang itu, saya kerugian sebanyak RM5,000, selain  kehilangan kenderaan bagi mencari nafkah," katanya yang tinggal di Blok  56 pangsapuri terbabit.    Untuk November ini sahaja, sudah tiga motosikal dibakar oleh pihak  tidak bertanggungjawab, termasuk kejadian pada 3 November, juga di Blok  56.    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Ruslan Hassan  berkata, tindakan segera diambil dengan menempatkan anggota di setiap  blok di situ.    "Dua minggu lalu, polis ada menahan tiga individu yang disyaki terlibat  dalam kes ini, namun polis tidak mempunyai keterangan lengkap bagi  mendakwa individu ini dan kini, usaha untuk menjejak kembali dalang di  sebalik kes kebakaran motosikal ini giat dilakukan.    "Jika sebelum ini, kita hanya menempatkan anggota di blok terpilih,  namun insiden yang sama tetap berlaku. Bermula malam ini (semalam), kita  letakkan anggota di semua blok," katanya.  Ruslan berkata, polis akan ditempatkan bermula jam 10 malam hingga 7 pagi, bagi memastikan kejadian kebakaran tidak berulang.    "Hasil siasatan awal yang dibuat, suspek ini tidak memilih mangsa atau  tempat untuk melakukan jenayah, dan ia disifatkan dibuat atas dasar  tabiat suka-suka," katanya.    |            |  
  |    :: @ AL-BAKISTANI @  ::    Posted: 12 Nov 2011 03:38 PM PST    |  
  |    Kerabu Bersuara ®    Posted: 12 Nov 2011 03:19 PM PST          |    TITAH UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD KE-V    Posted: 11 Nov 2011 06:44 PM PST  TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE-V DI MAJLIS SINGGAHSANA PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN
  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
  Bismillahir rahmanir rahim.
  Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
  Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang menjadi pemimpin agung ditampilkan bagi meratakan rahmat agama Islam ke seluruh alam.
  Dipohonkan semoga rahmat dan kesejahteraan terus mengalir kepada setiap keluarga Baginda dan para sahabatnya dan para pengikutnya hingga ke akhir zaman.
  Alhamdulillah, beta merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya beta sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal'afiat dan sejahtera.
  Beta dengan sukacitanya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerabat-kerabat diraja, menteri besar yang telah mewakili pihak kerajaan negeri dan rakyat jelata sekalian di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia sebentar tadi.
  Sesungguhnya sembah ucapan dan ikrar taat setia yang dipersembahkan kepada beta sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan beta adalah suatu pernyataan jujur sebagai menjunjung institusi raja berperlembagaan dan sebagai simbolik kepada hubungan yang erat dan mendalam di antara institusi beraja dan rakyat jelata yang sentiasa kasih-mengasihi yang diwarisi turun temurun oleh rakyat beta.
  Beta mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang telah menumpahkan taat setia, menunjukkan kasih sayang ke hadapan beta.
  Beta dengan hati yang gembira dan sukacita mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran para tetamu beta dari dalam dan luar negara. Beta mendapat maklum bahawa tetamu-tetamu beta telah memberi komitmen yang tinggi semata-mata untuk sama-sama memeriah dan menyerigemilangkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan beta yang julung kali diadakan pada tahun ini. Beta berharap semua tetamu beta berada di dalam keselesaan sepanjang berada di sini dan semoga selamat nanti dalam perjalanan kembali ke destinasi masing-masing.
  Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat hidup dalam iklim negeri Kelantan yang mendapat nama jolokan "Serambi Mekah" yang rakyatnya sejak sekian lama mewujudkan jalinan perhubungan yang erat dan mesra antara institusi beraja dengan rakyat jelata.
  Meskipun demikian, beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, berhati-hati, peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.
  Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.
  Sebagaimana kita sedia maklum, dunia terus mengalami perubahan iklim tidak menentu yang mengakibatkan pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Kesan yang paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan. Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Krisis hutang negara-negara di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan dan lembab. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara.
  Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
  Beta berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari. Aktiviti pertanian juga perlu meneroka pendekatan yang terkini seperti pertanian agronomik. Pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini.
  Menyentuh mengenai pelaburan masuk ke negeri Kelantan, beta mendapat maklum bahawa beberapa projek besar sedang dalam perancangan dan pelaksanaan yang akan mengubah landskap ekonomi negeri Kelantan seperti projek "supply base" di Tok Bali, pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu, projek pembinaan saluran paip petroleum dari Perak ke Kelantan, pelabuhan darat dan pembangunan bersepadu di Kuala Krai.
  Sektor pembinaan dan pelaburan di negeri Kelantan dijangka akan mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti projek pembangunan dan pengindahan sungai di jajahan Kota Bharu dan jajahan Tumpat, projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan (central spine road) dan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.
  Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.
  Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara.
  Sehubungan dengan itu, beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.
  Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta, kerabat-kerabat diraja, menteri besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, orang-orang besar negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para alim ulama, pasukan polis dan tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan sukarelawan serta seluruh rakyat jelata negeri ini yang beta kasihi yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beta.
  Sebagai mengakhiri titah ucapan beta ini, marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat pertolongan dan berada di dalam pemeliharaan serta barakah Allah yang berterusan. Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini.
  Amin ya rabbal 'alamin
  Wabillahi taufik wal hidayah
  Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.   |     |    Pimpinan PR Selangor Muafakat Selesai Isu Kontroversi Secara Berhemah    Posted: 11 Nov 2011 06:15 PM PST  Oleh : Mohd Ezli Mashut
  SHAH ALAM , 11 NOVEMBER : Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip kesepakatan dan muafakat dalam menyelesaikan sesuatu isu kontroversi dan sensitif di negeri ini demi kesejateraan rakyat keseluruhan.
  Justeru, pimpinan Pakatan Rakyat yang ditemui TVSelangor semasa waktu rehat sidang DUN Selangor menolak dakwaan ketua pembangkang Datuk Satim Diman yang mendakwa tidak wujud persefahaman dalam polisi Pakatan Rakyat di negeri ini.
  Sebelum ini, beberapa isu sensitif dan kontroversi seperti isu pengharaman penjualan arak secara terbuka dan pemeriksaan gereja DUMC dicanang oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan rasa tidak senang.
  ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman berkata, perbezaan pandangan yang dilontarkan Pakatan merupakan suatu perkara biasa kerana akhirnya semua pimpinan mempunyai   cara dan penyelasaian yang tuntas terhadap isu tersebut.
  "Bila bercakap berkenaan polisi, kita perlu kembali kepada keputusan Syura iaitu pandangan Pakatan secara keseluruhan," Dr Rani berkata ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri.
  "Dan tidak timbul soal perpecahan dalam pakatan rakyat. Memang wujud perbezaan pandangan tetapi apabila untuk mencapai satu keputusan ini yang akan dikeluarkan oleh Menteri Besar dan sebagainya, dan tidak ada masalah dan tidak wujud apa-apa perpecahan," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.
  Semasa perbahasan pembentangan Bajet Selangor 2012, Satim mendakwa perbezaan politik di antara parti Pakatan menyebabkan berlaku konflik dalam pembentukan dasar kerajaan negeri.
  Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata perbezaan pandangan dan pendapat dalam sesebuah kerajaan adalah satu perkara yang biasa,tetapi Pakatan mengambil pandangan dengan mengamalkan prinsip secara muafakat dengan berbincang secara baik bagi menyelesaikan sesuatu isu sensitif demi kesejahteraan semua pihak.
  "Pembangkang Selangor (BN) hanya membangkitkan isu-isu basi , dan dalam isu DUMC tidak wujud sebarang pertentangan berkenaan polisi Pakatan Rakyat sebab kita akan memastikan kesemua pihak akan mendapat haknya.
  Sementara itu, Exco Selangor, Teresa Kok berkata tidak wujud masalah dalam perbezaan pandangan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat kerana muafakat yang wujud adalah untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu isu sensitif.
  "Bagi saya ini suatu perkara yang biasa perbezaan pandangan di kalangan pimpinan kerana ketiga-tiga parti mewakili pengundi daripada kalangan yang berbeza dan kawasan berlainan antara orang Islam dan bukan, jadi pandangan mereka yang diberikan atas sesuatu isu itu juga berlainan.
  "Dan masing-masing menyuarakan keperihatinan mereka terhadap beberapa isu seperti DUMC , JAIS dan sebagainya. Tetapi akhirnya kesemuanya ada jalan penyelesaian dan tidak wujud lagi isu itu." katanya.   |     |    Panglima Angkatan Tentera Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kelantan    Posted: 11 Nov 2011 03:07 PM PST  KOTA BAHARU, 12 Nov (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin mendahului senarai 613 penerima darjah kebesaran, bintang, dan pingat sempena Ulang Tahun ke-42 Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
  Zulkifli menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
  Seramai 24 orang lagi menerima darjah kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) yang turut membawa gelaran Datuk.
  Mereka ialah Bendahari Majlis Orang-orang Besar Di Raja Kelantan, Datuk Dr Abdullah Sepien dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Khalid Abu Bakar yang masing-masing menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK).
  Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Sri Mohamed Apandi Ali dan Pengerusi Syarikat Sen Media Sekh Mohd Ruzi @ Adnan Sekh Ahamad pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).
  Ketua Pegawai Eksekutif Kuwait Finance House (M) Bhd, Jamelah Jamaluddin pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).
  Empat orang lagi menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK) iaitu Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Sekolah Perniagaan Pascasiswazah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Kampus Kota Universiti Malaya, Dr Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal; Anggota Majlis Mesyuarat Kelantan Abdul Fattah Mahmood; Peguam Tetuan Azmi & Associate Prof (A) Azmi Mohd Ali dan pesara Nik Mustapha Nik Mahmood.
  Datuk Saharudin Samsudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan peguam Sulaiman Abdullah pula menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK).
  Pengarah Infantri/Tentera Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Infantri, Brig Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi II) (DPKK); manakala Panglima Lapan Briged, Markas Lapan Briged, Kem Pengkalan Chepa, Brig Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah menerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi II) (DPKK).
  Lapan lagi menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (DPSK) iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd Hashim Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Makhtar Mustapha; Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
  Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Nik Rahmat Nik Taib; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid; dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Zurkurnai Yusof.
  Dua lagi penerima darjah yang membawa gelaran Datuk adalah Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang masing-masing menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (DPSK).
  Seramai 213 orang menerima darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai daripada Sultan di Istana Balai Besar di sini manakala bakinya akan menerimanya pada satu tarikh lain.
  -- BERNAMA   |            |  
  |    DUNIACACAMARBA    Posted: 12 Nov 2011 03:03 PM PST         |    [Wajib Baca] "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..."    Posted: 12 Nov 2011 06:12 AM PST  
 
 Mungkin anda sudah membaca kisah luar biasa ini sebelum ini, mungkin ada lagi pengunjung DCM yang masih belum membacanya. Saya olah semula tulisan ini daripada sebuah laman blog Indonesia yang menterjemahkannya dari laman sesawang berbahasa Inggeris.     Hawa udara di Changchun, Tiongkok,   sangatlah dingin. Li Yuanyuan memanggul ibunya yang lumpuh. Dia tergesa-gesa ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan sakit jantung. Orang yang lalu lalang memandang mereka dengan mata   terbeliak. Semuanya rasa terharu dan takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus   lemah, namun memiliki tenaga untuk memanggul ibu sambil   menggendong anaknya.  
 
 Menurut  laporan City Evening Post, pada awal pagi 13 Februari 2008, Li  Yuanyuan tergesa-gesa memakaikan baju anak kecilnya serta membantu ibunya mengenakan pakaian. Yuanyuan bersiap sedia untuk ke rumah sakit kerana ibunya perlu mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Yuanyuan menggunakan kedua-dua tangannya untuk memanggul ibunya, manakala ibunya membantu merangkul cucunya dari belakang. Dengan cara inilah  tiga beranak ini ke rumah sakit.  
 
 Ibu Yuanyuan lumpuh sejak 21 tahun lalu. Selama 21 tahun itulah Yuanyuan memanggul ibunya keluar masuk rumah sakit. Kemalangan jalan raya yang meragut fungsi kaki ibunya berlaku ketika  Yuanyuan berusia 7 tahun.  Kejadian itu benar-benar merubah  kehidupan Yuanyuan dan ibunya. Lebih parah, ayahnya menghilangkan diri selepas kejadian itu. 
 
 Sejak  saat itu, Yuanyuan menjadi  tulang belakang keluarganya. Yuanyuan  menyara keluarganya dengan memungut dan menjual barangan lusuh dan terpakai. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, dia menyara keluarga dan membayar kos perubatan ibunya. 
 
 Pengorbanan Yuanyuan kepada ibunya sangat menyentuh hati para tetangga. Mereka cuba membantu  sekadar yang termampu. Seorang jiran yang mempunyai kemahiran sebagai tabib membantu mengurangkan penderitaan ibu Yuanyuan dengan memberikan terapi akupunktur. Tabib itu bahkan  mengajar Yuanyuan teknik akupunktur untuk mengurangkan penderitaan ibunya. Sepanjang tahun, ibunya hanya terbaring, manakala otot  kakinya sering kejang,  dan sakitnya begitu memeritkan.  
 
 Tiga  tahun lalu, Yuanyuan berkahwin dengan suaminya. Setahun kemudian, Yuanyuan  melahirkan anak perempuannya. Namun, biar apa-apapun Yuanyuan  tidak pernah meninggalkan ibunya, malah dia  dan suami bersama-sama  memikul tanggungjawab menjaga ibunya. 
 
 Bagi  Yuanyuan, selama 21 tahun  berbakti tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia merasakan dirinya sangat bahagia  kerana masih memiliki seorang ibu. 
 
 Antara kata Li Yuanyuan yang menusuk jiwa pembaca termasuklah "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup..." -DCM 
 
 
 
 P/s: TERBAIK!  
 
 
 
    |            |  
  |    AKU INGIN BEBAS    Posted: 12 Nov 2011 01:49 PM PST         |    BENARKAH WARTAWAN INDONESIA MUDAH DISOGOK?...    Posted: 11 Nov 2011 02:38 PM PST  JAKARTA  11 Nov. - Demi ganjaran wang berjuta-juta rupiah, segelintir wartawan  Indonesia didakwa sanggup menyiarkan laporan tidak tepat atau berat  sebelah. Bertambah parah, sebagai menjaga kepentingan pihak yang menawarkan  suapan itu, wartawan-wartawan terbabit sanggup 'mereka cerita' termasuk  isu-isu yang melibatkan politik, undang-undang dan ekonomi.  Amalan buruk itu didedahkan seorang wartawan yang hanya mahu dikenali  sebagai Danu Pratama (bukan nama sebenar) kepada akhbar Jakarta Globe  hari ini.  Danu yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai wartawan berkata, dengan  melakukan pekerjaan terkutuk itu, dia mampu mengaut upah antara 7.5 juta  rupiah (RM2,623) sehingga ratusan juta rupiah.  Jelasnya, upah suapan tersebut mengambil kira sejauh mana kepentingan  sesuatu isu itu didedahkan, sumber yang membiaya dan sebesar mana  dakwaan mahu diperbesar atau dimanipulasi sama ada di media cetak atau  elektronik serta media baru.  ''Saya tidak melakukannya (menerima suapan) sendirian kerana jika hanya saya seorang, ia nampak terlalu ketara.  ''Kebiasaannya, saya akan melakukannya bersama rakan-rakan lain.  Semuanya lima wartawan dan saya bertindak sebagai koordinator dan  berurusan dengan sumber yang memerlukan khidmat kami,'' katanya Danu  sambil mendakwa kerja terkutuk itu turut diamalkan oleh wartawan  organisasi media yang kononnya dianggap 'bersih' dan memiliki  kredibiliti.  Sementara itu, pendedahan Danu turut menarik perhatian seorang  wartawan kanan tempatan yang mengakui budaya 'menyogok' wartawan menjadi  sebahagian daripada amalan dalam kerjaya kewartawanan di Indonesia.  ''Bahkan, sesetengah pejabat kerajaan dan syarikat swasta menyediakan  peruntukan kepada pihak media yang kononnya disebut sebagai 'elaun  kenderaan'," kata Pengerusi Gerakan Wartawan Bebas Indonesia (AJI),  Nezar Patria.  Dakwanya, pihak-pihak yang menyokong budaya negatif itu lazimnya  memiliki senarai nama wartawan yang selalu membuat liputan acara mereka  dan kumpulan wartawan terbabit dibayar antara 250,000 rupiah (RM87)  hingga 1 juta rupiah (RM350).  ''Kebiasaannya yang menerima wang itu terdiri daripada wartawan yang  bekerja di organisasi media yang tidak memiliki kredibiliti atau  syarikat yang menawarkan gaji kecil," dakwa Nezar. - Utusan Umno
           |            |  
  |    BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN    Posted: 12 Nov 2011 01:17 PM PST    |  
  |    Muslimeen United    Posted: 12 Nov 2011 01:07 PM PST         |    170 sertai DHPP Sabah    Posted: 12 Nov 2011 03:01 AM PST   KOTA KINABALU, 12 Nov:  Keserlahan dan keupayaan melihat PAS memimpin negeri menjadi tarikan  dan dorongan seramai 170 orang bukan Islam di negeri ini untuk menyertai  Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S. Suria Narayanan berkata, jumlah  tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas memperlihatkan  keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus  negeri yang dikuasainya dengan cemerlang. "Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini. "Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya. Kesemua 170 ahli DHPP dari kawasan Pensiangan tersebut telah  menyerahkan borang permohonan kepada Setiausaha Agung PAS Malaysia,  Dato' Mustafa Ali. Turut hadir dalam penyerahan borang tersebut ialah Pesuruhjaya PAS  Sabah, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah  Abdullah, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; Setiausaha  PAS Sabah, Awang Laiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan  semua kepimpinan PAS Sabah.  -Hrkh   |            |  
  |    AdukaTaruna    Posted: 12 Nov 2011 12:12 PM PST         |    Hot! Video mandi bogel pemimpin Kelantan.    Posted: 12 Nov 2011 06:00 AM PST  Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/2am_KLVGDGQHarap2 bidio ni tak terlepas ke tangan UMNOPORN. Sebab mereka berjuang atas isu lucah. Muahahahaha.    |     |    Apabila Ostad Azhar Idrus mengatakan gua gila.    Posted: 12 Nov 2011 05:54 AM PST  Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/DwBKlqzDLkE
 Nak ikut gua ke, nak ikut Ostad Azhar Idrus? Haha. Ikut yang ahli la bro.. Islam tegak pada hujah. Hujah Ostad lebih tegak, ikut dialah. Gua hanya menyampaikan hak gua berhujah. Condong atau bengkok adalah penilaian. Gua hanya menyampaikan pendapat. Setuju, setuju. Tak setuju, tak setujulah. Takan gua nak upah samseng belasah lu orang. Dan rampas gajet atas nama Islam. [1]Ostad mengatakan kalau tak nak ikut ulama, sampai bila kita tak boleh nak ada ilmu. Sebab nabi dah takda. Nak belajar mengaji pun tak boleh, sebab tak boleh ikut ulama. Itu adalah hujah ostad. Baguslah. Hujah dibalas hujah. Tapi, lucunya, tak pula gua menyampaikan pendapat meminta pembaca menolak ulama secara total. Malah gua nekad memperjuangkan IRM selepas PRU13. Yang gua share ialah kefahaman gua mengenai mengikat diri kepada jenama mazhab. Kalau bemula belajar mengaji dengan ulama kampung, belajarlah. Alhamdulillah dan tahniah. Sehinggalah anda sampai kepada satu ilmu yang membuatkan anda mengambil ijtihad ulama kampung itu salah. Maka tinggalkanlah ia. Syafie pun suruh campak pendapat dia ke dinding kalau jumpa yang lebih baik. Kenapa pula gua dilabel gila kerana meminta semua mengikut Imam Syafie. Kalau nak diikutkan begitu, Syafie itulah bapa segala gila. Haha. [2]Mengenai makian gua terhadap Aishah, ianya adalah satu takdir Allah yang dibenarkanNya berlaku atas kejahatan gua sendiri. Ianya adalah penyakit yang membuatkan gua imune selepasnya. Kesilapan adalah guru terbaik. Insyaallah dan amin. Sumber : http://youtu.be/yUySqW5in1QAnda boleh mendengar ulasan dari Hadi Awang sendiri mengenai kebenaran Ali. Itulah stand gua. Cuma cara gua ketika itu adalah cara yang berpenyakit. Adakah gua akan dihukum selamanya? Heh.. gua adalah gua. 10 rakan yang menjauhi gua, 20 rakan lain akan dikurniakan Allah untuk membantu gua. Asalkan gua menjadikan itu semua sebagai pengajaran dan landasan2 hidup gua. [3]Gua akan tetap begini. Bertatih kepada yang lebih baik adalah usaha gua. Tinggi dan rendah kualiti usaha gua sudah tentu dinamik (berubah2) kerana gua adalah manusia biasa. Gua tetap tidak akan mengikat diri gua kepada jenama. Apa sahaja jenama. Termasuk jenis mazhab. Anda boleh mengatakan gua gila. Tiada masalah. Asalkan keputusan gila itu selepas anda mengemukakan hujah. Gua pula akan terus sekali sekala menyampaikan pendapat gua kepada anti jenama (kelakar sebenarnya anti jenama dihujahkan sebagai anti ulama). Tetapi dalam medium persendirian gua sendiri. [4]Untuk tajuk mazhab di dalam tajuk besar anti jenama, gua tidak pernah menyampaikan pendapat gua dalam medium orang2 yang mengikat diri kepada mazhab. Gua tidak mengganggu pun FB, Youtube dan medium milik Ostad Azhar Idrus dan sebagainya. Memperjuangkan fahaman anti mazhab di dalamnya. Kerana pada gua, fade up nya orang2 yang mahu berjinak2 mengenal agama lebih mudarat dari taksubnya orang2 kepada jenama (mazhab). Gua hanya di sini. Di medium gua. Nak baca, bacalah. Nak setuju, setujulah. Member2 gua pakai handphone kaler pink, ada gua marah? Takda kan. Wakakaka...  [5]Ostad Azhar Idrus juga mengemukan hujah mengenai kesahihan hadis. Menolak hadis kerana ianya tidak disahihkan oleh nabi sendiri. Kelakar juga gua. Sejak bila gua anti hadis? Gua memang ada rakan pembaca yang anti hadis. Itu rakan pembaca. Tetapi gua sendiri menentang penipuan Hadi Awang dalam beberapa peristiwa menggunakan hadis. Hehe.. Cuba memenuhi adab2 kelahiran Islam juga melalui hadis. Ditahnikkan anak gua juga oleh ulama. Kesimpulannya, ikutlah keahlian. Ikut Ostad Azhar dalam agama (tajuk fekah dan falsafah) lebih baik. Tetapi gua tetap begini. Menyampaikan hujah agama dalam medium sendiri. Tidak akan sesekali mengganggu medium kumpulan2 taksud mazhab. Kecuali hujah agama (tajuk politik dan perjuangan fizikal). Gua sudah mula keluar sejak Allah memaksa gua dengan peristiwa Hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos. Kepada Ostad Azhar Idrus, tak nak pakai mazhab, dengan tolak ulama satu benda yang jauh berbeza. Jauh berbeza bro.. Kalau disatukan untuk menjadi 1 hujah, 1 falsafah, 1 Malaysia; ianya sangat kelakar. Kelakar, tapi tak gila lah. Mungkin keupayaan kita mengasing2kan sesuatu tajuk berbeza2. Wallahualam.    |            |  
  |    shalehudin    Posted: 12 Nov 2011 11:17 AM PST          |    Jom gelak sakan ngan Mat Sabu... kahkahkah...    Posted: 12 Nov 2011 09:30 AM PST    |     |    Polis Raja di Malaysia...    Posted: 12 Nov 2011 08:25 AM PST  Polis tak Serik Zalimi Anwar - Kit SiangKUALA LUMPUR 12 Nov. – Penasihat DAP YB. Lim Kit Siang menganggap tindakan Polis bersifat berat sebelah dan tidak demokratik dalam menyiasat Video Seks yang dikeluarkan 'Datuk T'. Beliau mendakwa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi mangsa penganiayaan politik yang dilihat tidak berkesudahan. "Permulaan pusingan baru ini harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.  Ia juga adalah bukti Dasar Transformasi Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulihkan Malaysia tidak bermakna sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini." Kit Siang berkata demikian dalam reaksi terhadap keputusan pihak polis yang telah memulakan siasatan terhadap Video Seks yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.  Berasaskan laporan, Pegawai polis DSP S. Shanmugan Moorthy mendakwa  Datuk Seri Anwar telah memberi maklumat palsu dalam kes video seks itu, dan dengan itu dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.-  KLpos   |     |    Tak baik wooii kata Najib hisap darah... kahkahkah...    Posted: 12 Nov 2011 07:30 AM PST  Kedai Rakyat 1 Malaysia Sama Macam Jin..Hisap Darah, Produk Tak Ada Kualiti KUALA LUMPUR - Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281). Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin). "Kandungan sos tiram, hanya mengan-dungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1). "Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus," katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam. Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan. "Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran," katanya. Ini bukan Kedai Rakyat 1 Malaysia.. Tapi ni Kedai Runcit 1 Malaysia.. Sama dengan kedai-kedai runcit lain kat malaysia ni. Buat kerja syer dengan mamak kutty. Dah tau mamak jenis hisap darah. Sepinggan Nasi kandar pun paling koman RM5. Lepas tu bagi pulak mamak maidin supply barang untuk kedai runcit pulak. Nak untung kat mana kalau harga murah. Nak tak nak kena bagi low Quality la baru boleh untung tinggi... Last-last rakyat yang terkena. Penipu rakyat..Apa punya pemimpin macam ni??? PRU13 rakyat mesti kasi benam terus.-  SK   |     |    Siti Nurhaliza tak yah bimbang hilang job laa...    Posted: 12 Nov 2011 06:50 AM PST  Artis turut bincang Negara BerkebajikanAziz Muda   GOMBAK, 12 Nov: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini. Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh parti itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini. Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada PRU Ke-13 akan datang. Katanya, selain itu, kedua-dua orang artis itu juga turut bertanyakan kepadanya tentang konsep Negara Berkebajikan PAS dan kaitannya dengan golongan artis serta kegiatan seni di negara ini. "Mereka tanya saya macam mana dengan Siti Nurhaliza jika PAS menang nantii? Bolehkah Siti Nurhaliza terus menyanyi?" katanya ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Pertanyaan itu, katanya, dijawab dengan baik oleh beliau dengan penjelasan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam konsep Negara Berkebajikan PAS itu sendiri khususnya berkaitan dengan golongan artis dan kegiatan seni di tanah air. Katanya, dalam konsep Negara Berkebajikan PAS, golongan artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu bimbang dengan pemerintahan PAS jika menang dalam PRU Ke-13 nanti kerana nasib mereka tetap akan dibela. "Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara. 'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan. "Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," katanya. Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS itu, tegasnya, sememangnya amat ditakuti malah amat mencemaskan Umno BN sekarang kerana ia berkeupayaan menarik sokongan orang ramai terhadap PAS. "Sokongan yang semakin meningkat daripada orang ramai terhadap PAS sekarang termasuk juga dari kalangan bukan Islam. "Fenomena ini tercetus hasil kehebatan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS yang kini semakin difahami oleh orang ramai termasuk dari kalangan bukan Islam," ujar beliau.    |     |    Tahniah Saifuddin, bravo Rafizi, congrat Tian Chua... kahkahkah...    Posted: 12 Nov 2011 05:16 AM PST  Dendam Lembu TerbalasPKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah. Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor? Laporan kepada SPRM dibuat oleh sebuah badan bebas atau Ngo yang menguruskan perihal rasuah lembu korban itu. Kalau tidak silap saya Nazree Yunus yang tampil membuat laporan SPRM ke atas Khalid. Ketika itu Nazree adalah budak suruhan dan anak didik Ezam Mohammad Nor di dalam sebuah badan bertindak apa dinamakan Gerak. Nazree hari ini sudah menyertai PKR dan menjadi Ketua Angkatan Muda PKR di Negeri Sembilan. Beliau tidak ikut jejak bekas bosnya kembali menjilat butut Umno dan diberikan upah menjadi senator boy. Ketika itu riuh randah fasal lembu. Khalid sendiri jadi malu kerana beliau digelar lembu. Sepanduk menguntuk MB yang berbunyi berbagai kata-kata penghinaan diangkat untuk menjatuhkan imej dan maruah Khalid. Antara kata-kata itu "MB Bodoh Macam Lembu", "Khalid Lembu" dan sebagainya.
  Bunyi sepanduk itu sebenarnya menggambarkan khalayak yang membawa kepala lembu tersebut yang lebih primitif daqripada orang yang belum tamadun dan tahu tekan lif untuk naik ke menara KL.
  Bila dibuat aduan SPRM secepat kilat pula membuat siasatan ke atas laporan dibuat Gerak itu. Akhirnya SPRM mendapat Khalid tidak bersalah dan tidak ada unsur rasuah. Itulah politik, lembu korban untuk dibuat kebajikan pun dibawa ke SPRM. Apa yang diterima Khalid sama yang diterima Nik Aziz di Kelantan yang hendak pergi tunai haji pun dibawa ke SPRM. Sampai MB itu terpaksa membatalkan niat untuk ke Makkah.
  Tuhan itu Maha Adil dan Maha Membalas. Hari ini keaiban yang dirasai Khalid itu dan sebahagian orang dalam PKR itu sudah terbalas. Kalau ia sebagai dendam PKR kerana menghina MB mereka, kini ia terbalas. Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam projek fedlot bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya.
  Pendedahan bagaimana pengusaha projek itu telah membeli kondominum bernilai RM9.8 juta menyebabkan semua penghinaan ke atas Khalid sebelum ini terjawab. Pendedahan itu menebus aib kerana fitnah. Kini yang ternyata bermain dengan lembu dan mencuri wang rakyat ialah menteri UBN dan bukannya MB PKR atau Pas.
  Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan persana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur.
  Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta.
  Itu yang telah didedah yang belum terhimbau busuknya masih banyak. Peruntukan untuk projek lembu itu banyak. Nescaya ada lagi. Pendedahan itu bukan saja memalu, mengejut tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung.
  Sebenarnya masih banyak penyelewengan dan tembelang busuk UBN yang belum didedah. Yang terdedah itu hanya tidak sampai 1 persen. Selepas ini akan ada lagi pendedahan demi pendedahan keburukan dan penyelewengan dilakukan UBN. Logiknya tidak dinamakan kerajaan UBN kalau ia bukan menyonglap wang rakyat.
  Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan UBN ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistemetik sekali.    |     |    Padan muka, kena tibai macam anjing buruk kepala... kahkahkah...    Posted: 12 Nov 2011 04:58 AM PST  Ahli Parlimen Bebas – 'One-Off Sahaja!'Sudah menjadi khabar angin yang sangat kuat di lobi-lobi hotel sekitar ibu Negara – akan KEHENDAK dan KEMAHUAN kalangan Wakil Rakyat Bebas untuk dikekalkan sebagai calon wakil rakyat 'bebas' dalam PRU akan datang. Macam-macam cerita yang dijual. Kononnya mereka masih banyak menyimpan rahsia Anwar. Mereka boleh menang. Mereka adalah winnable candidate yang dicari-cari oleh BN di kawasan masing-masing. Mereka sudah buat kerja lama di kawasan. Mereka punya connection yang baik dengan NGOs dan sebagainya. 
 
 Kepimpinan BN sepatutnya bertindak tegas dan secara straight forward mengatakan bahawa mereka-mereka ini TIDAK AKAN diletakkan sebagai calon di dalam PRU akan datang. Tegas dan tidak perlu berdolak dalih lagi. Wajah mereka adalah wajah yang sangat 'tainted' dan tidak akan diterima oleh rakyat.
  Nampak gaya macam-macam taktik yang dibuat oleh kelompok Konsensus Bebas. Dalam ayat politik, mereka ini sedang mencari 'nyawa'. Habis dilobi segala macam orang bagi memastikan mereka akan lepas sekali lagi sebagai calon dalam pilihanraya. Yang lebih celupar, siap mengatakan bahawa mereka sanggup untuk lompat pagar sekali lagi. Inilah bentuk jiwa murah yang boleh dibeli oleh wang ringgit (open secret?).
  PM dan BN tidak perlu mendengar lagi dongeng kelompok yang tidak punya harga diri seperti ini. Yes, mereka sudah memberikan khidmat kepada UMNO/BN. Namun cukup setakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah kumpulang yang sanggup menjadi 'gunting dalam lipatan' bila tiba waktunya berbuat demikian. 
 
 Zulkifli Noordin adalah contoh yang sangat nyata. Sebagai wakil rakyat di Kulim – dia adalah seorang yang GAGAL dan mengecewakan rakyat. Tidak banyak yang dilakukan di kawasan. Malahan, pusat khidmat hanya bertahan selama setahun – akibat kekurangan modal dan bantuan daripada parti PKR. Akhirnya, demi kepentingan diri – Zul Noordin melompat dan menawarkan khidmat kepada UMNO/BN. 
 
 Sekarang ini Zul Noordin ligat mencari nyawa. PERKASA dijadikan pentas 'bargaining power' kepada Zul Noordin. Sama jugalah dengan Ibrahim Ali. Sampai bila kita mahu melayan kelompok penting diri seperti ini. Kononnya, jawatan sebagai NAIB PRESIDEN PERKASA akan memberikamnnya lesen besar untuk diletakkan sebagai calon di PRU nanti. 
 
 UMNO wajar memikirkan untuk mengetengahkan calon UMNO sendiri. Ramai yang mampu di Kulim Bandar Bharu. Kalau setakat nak menyaingi kerja wakil rakyat tahap sampah seperti Zul Noordin rasanya teramatlah mudah. 
 
 Deal dengan konsensus bebas ini bertaraf 'one-off' sahaja. Cukup. Tak perlu layan lagi. Mereka ini semua gila harta dan kedudukan. Noktah. 
 
 Demikian juga dengan wakil rakyat Wangsa Maju. WCK kata dia adalah winnable candidate buat BN. Serius? Atas dasar apa? Atas dasar ribuan orang yang hadir di rumah terbukanya? Jangan nak main bangsat YB. You're not worth it. Failure. 
 
 PM tidak perlu lagi melayan kumpulan polong tidak bertuan yang dinamakan konsensus bebas. Mereka ini adalah buaya. Makan keliling dan sanggup khianat parti sekali lagi jika mereka perlu berbuat demikian. Jangan lupa, mereka ini menyanjungi Anwar buat sekian lama. Cakap benci pada mulut. Tapi usaha dibuat untuk melakukan 'side deal' dengan PKR menjelang PRU yang akan datang. 
 
 Blog ini tahu macam-macam 'demand' yang dikemukakan oleh konsensus bebas. Ini semua kerja 'con-man' nak cari duit lebih.    |     |    Johnny Depp Hampir Mati?    Posted: 12 Nov 2011 01:54 AM PST  Pelakon versatil, Jonny Depp kini trauma menaiki kapal terbang akibat detik cemas ketika enjin kapal terbang yang dinaiki baru-baru ini, tidak berfungsi seketika. Saat itu, dia dapat merasakan kematiannya sudah hampir. "Ketika itu saya bersama pengarah Bruce Robinson, menuju ke satu destinasi penggambaran. Tiba-tiba enjin berhenti dan kami semua memang cemas. "Dalam hati, saya berfikir, adakah ajal saya sudah tiba. Namun apabila kedengaran enjin sudah kembali beroperasi, barulah saya menarik nafas lega. "Ini merupakan pengalaman tidak dapat dilupakan dan sekarang saya lebih rela menyeberangi lautan luas daripada terhempas dari langit," ujar beliau menerusi temubual bersama Majalah terkenal, Life. Sebelum ini timbul spekulasi di Hollywood yang mendakwa Johnny Deep telah mati akibat menjadi mangsa Kapal Terbang terhempas yang dinaiki beliau baru-baru ini. Beliau lantas menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa beliau hidup dan terselamat.    |     |    Pengampu di tibai pengampu... kahkahkah...    Posted: 11 Nov 2011 08:00 PM PST  'Saya tak nak berlawan dengan Syed Ali'Nazri Abdullah   KUALA LUMPUR, 11 Nov: Pegawai Khas Tengku Razaleigh Hamzah, Muhd. Lukhman Ghani berkata, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memarahinya mungkin kerana dia tidak menamakan Ketua Umno Bahagian Cheras itu dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. "Saya tak nak berlawan dengan dia (Syed Ali), Mungkin dia marah sangat kat saya sebab tak letak beliau dalam kategori nombor tiga, iaitu kategori pengampu nombor satu kepada pemimpin nombor satu Umno," katanya agak keberatan ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai megulas bidasan Syed Ali yang menuduhnya menghina Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran kenyataannya yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa Muhyiddin juga sedang dipinggir Umno. Mengulas lanjut, Muhd. Lukhman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Utara berkata, Syed Ali sebenarnya 'seangkatan' dengan pengampu besar lain seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip. Sebab itu katanya, kenyataan-kenyataan Syed Ali sering mendapat tempat di media-media arus perdana dan media Umno dan televisyen. Syed Ali seperti dilapor portal Umno, Agendadaily menyifatkan Muhd. Lukhman sebagai 'budak suruhan' kepada Ahli Parlimen Gua Musang yang cuba memecahkan perpaduan dalam Umno. Sambil mempertahan kedudukan Muhyiddin sebagai 'orang penting' Umno, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Lukhman itu juga sebagai bukti bahawa Tengku Razaleigh 'tidak boleh ditegur' dan 'kemaruk tepukan' ahli Umno. "Saya bukan menghina Muhyiddin, saya hanya memberi komen tentang yang beliau kata 'tiap-tiap hari ada orang Umno cakap dalam akhbar'. "Tapi yang bercakap dan keluar akhbar itu hanya orang Umno yang mengampu pemimpin sahaja," kata Muhd. Lukhman yang mendakwa apa yang dikatakannya adalah suara-suara dari akar umbi Umno sendiri. Semalam bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Tempat ketiga pula diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang, manakala keutamaan kepada Muhyiddin pula mungkin selepas tiga kelompok teratas itu. "Saya harap Syed Ali baca buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang ditulis Shahbudin Husin iaitu ahli Umno sendiri," nasihatnya.    |     |    Teruk dah Najib ni, nama sendiri pun dah lupa... kahkahkah...    Posted: 11 Nov 2011 06:00 PM PST  Tipu nama ketika angkat sumpah, jawatan Najib tidak sah?(Oleh:  Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 10 Nov: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan  Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009. Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai "Najib bin Tun Abdul Razak" sahaja. Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya. "Mustahil berlaku kesilapan kerana Afidavit itu pasti sudah disemak seramai empat peguamcara berpengalaman yang mewakilinya dalam permohonan mengenepi sepina itu," jelas beliau. Malah kata Mat Zain,  Datin Seri Rosmah Mansor, dalam afidavit berasingan bagi kes sama, juga merujuk nama suaminya sebagai 'Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak'. "Menerusi afidavit-afidavit yang diikrar Najib dan isterinya, tidak syak lagi nama sebenarnya seperti dalam kad pengenalannya ialah "Najib bin Tun Abdul Razak" dan bukan "Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak" sepertimana yang beliau bersumpah 'demi Allah' di hadapan YDPA di-Istana Negara pada 3 April 2009," kata Mat Zain. Oleh itu, katanya, Najib perlu menjelaskan bagaimana nama beliau boleh berbeza di antara dua sumpah yang dibuat. "Samada rakyat akan mencabar kesahihan upacara angkat sumpah jawatan PM yang dilafaz pada 3 April 2009 itu, adalah terletak kepada hak dan kebebasan pilihan masing-masing. "Namun, jika sumpah jawatan PM Najib itu diistihar tidak sah, akibat mengguna nama yang bukan nama sebenarnya, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang," katanya. Oleh itu, katanya, Najib tiada kuasa untuk membubar Palimen kerana mengikrar sesuatu fakta yang penting atau mengelirukan dalam sesuatu afidavit adalah secara sendirinya merupakan kesalahan jenayah. Sebelum ini, Presiden Amerika, Barrack Obama terpaksa mengangkat sumpah buat kali kedua pada 21 Januari 2009 akibat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelumnya.    |     |    Pecacai UMNO wajib baca nih...    Posted: 11 Nov 2011 04:00 PM PST  Bayangkanlah jika anda memilih BN…Oleh Wan Pok Wan Malini Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua.
  Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa
  Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah:
  1. GST akan dilaksanakan.
  Ia adalah goods and services tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan. Jika UMNO-BN menang, maka seluruh rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung cukai ini pada semua barangan harian dan perkhidmatan. Contohnya, barangan seperti satu pek sabun cuci yang berharga RM10 kelak akan menjadi RM10.60 (setakat ini cukai perkhidmatan yang dikenakan biasanya 6 peratus).
  RM0.60 ini mungkin tidak banyak bagi kita untuk satu jenis barangan, tetapi cuba anda bayangkan jika dalam satu hari anda perlu membeli 5 jenis barangan yang jumlah puranya RM50, anda akan perlu menambah RM3 untuk cukai tersebut.
  Adakah jumlah ini masih sedikit? Jika dalam seminggu kita berbelanja RM200 untuk barang keperluan harian, maka jumlahnya akan menjadi RM12. Bayangkanlah dalam sebulan dan setahun, berapakah jumlah yang kita terpaksa bayar? Itu belum masuk kos-kos lain seperti bayaran pinjaman rumah, kereta, motosikal, minyak, servis, tol, telefon dan lain-lain. Soalannya, ke manakah wang cukai ini akan pergi kelak? Masuk poket siapa? Dan apa pula yang akan kita (rakyat) perolehi darinya? Adakah rakyat dijamin akan mendapat mutu perkhidmatan perubatan (hospital) yang terbaik? Atau adakah kita akan dapat mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan yang terbaik? Bayangkanlah jika ini terjadi, siapa pula akan membantu kita?
  Setakat ini belum kedengaran kerajaan BN mahu menarik balik cadangan memperkenalkan GST walau pun banyak pihak telah membantahnya. Yang diperlukan BN ialah mandat rakyat untuk mengenakan sebanyak mungkin cukai terhadap rakyat.
  Untuk apa kerajaan BN perlukan begitu banyak wang yang terpaksa dicukai daripada rakyat sendiri? Tepuk dada tanya selera.
  2. Kes rasuah dan salah guna kuasa akan terus berleluasa
  Kini isu terbaru membabitkan keluarga menteri UMNO, iaitu kes National Feedlot Corporation (NFC) yang dianggarkan berjumlah RM280 juta. Wang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah wang dari cukai rakyat dan sumber negara. Kontrak pula diberikan kepada syarikat keluarga seorang menteri. Walau pun dengan alasan syarikat terbabit telah mengikuti segala prosedur dan mempunyai kebolehan, dari segi etikanya, ia tidak mencerminkan ketelusan kerajaan dalam membelanjakan wang kita (rakyat).
  Itu cuma satu contoh terbaru sahaja. Soal skandal kewangan, rasuah, penyelewengan kerap berlaku dalam pentadbiran BN. Dalam kes Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), mantan menteri-menteri pun terlibat. Dalam kes mantan seorang menteri besar yang berumah terlalu besar dan sepatutnya tidak mampu dimilikinya sudah menjadi kes mahkamah. Tentunya banyak lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlalu lama memerintah.
  Baru-baru ini juga, Ketua Audit Negara telah mendedahkan pelbagai kes yang melibatkan salah urus hingga menyebabkan kerajaan (wang rakyat) rugi berbilion ringgit dalam masa setahun.
  Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan, antara lain, telah menyatakan Kementerian Pelajaran adalah antara sembilan kementerian/jabatan yang mencatat perbelanjaan sebenar melebihi peruntukan. Hasilnya tidak nampak ke mana kerana pelajar dan guru Malaysia tidak pula dianggap antara yang terbaik di dunia, kalau tidak pun di rantau Asia Tenggara.
  Laporan itu juga mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.
  Malah, Ketua Audit Negara juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
  Berikut beberapa barang yang dibeli dengan harga yang tidak masuk akal sama sekali dilaporkan dalam laporan berkenaan:
  •           Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  •           Katil boleh lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  •           Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  •           Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  •           Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
  Jika mengambil kira wang RM280 juta dalam kes NFC, dicampur dengan skandal PKFZ yang bernilai berbilion-bilion ringgit itu, serta ditambah pula dengan ketirisan wang dari laporan Ketua Audit Negara itu, bayangkalah berapa banyak lagi wang rakyat yang akan hangus jika UMNO-BN terus diberi mandat untuk mengurus ekonomi negara.
  Mengapa kerajaan UMNO-BN membiarkan pembaziran yang amat dahsyat itu sedangkan masih ramai golongan miskin dan berpendapatan rendah, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang memerlukan pembelaan?
  Kata orang dulu-dulu, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
  3. ISA mungkin dimansuhkan tetapi diganti dengan undang-undang yang lebih zalim dan kejam
  Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memansuhkan undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengumuman itu pada hakikatnya hanya menyebut 'akan' tanpa penjelasan jangka waktu yang sebenar.
  Jelas bahawa ia satu mainan politik yang terdesak untuk meraih undi rakyat. Malah, ISA yang kononnya mahu dimansuhkan itu akan digantikan dengan dua (2) akta baru yang belum dijelaskan lagi kepada rakyat tentang isi kandungannya, hatta gambaran kasar tentang undang-undang baru itu juga masih tidak diterangkan.
  Jika anda memilih untuk mengekalkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU akan datang kerana janji-janji Najib, perlu diingat bahawa amat sukar bagi Perdana Menteri untuk mengotakan janjinya.
  Walau pun anda mungkin yakin niatnya baik, pimpinannya kini dipengaruhi unsur-unsur perkauman yang bersifat fasisme dan menolak perubahan, termasuk yang mengatakan hak asasi manusia itu adalah ajaran agama baru yang mengancam keselamatan negara.
  Begitu juga reputasi Najib dalam isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang mana beliau telah berjanji untuk memberi kebebasan berkumpul di stadium tetapi janji hanya tinggal janji.
  Malah, tindakan zalim pihak berkuasa yang menangkap rakyat yang memakai baju kuning serta bertindak ganas pada hari perhimpunan 9 Julai lalu, membuktikan tidak ada apa-apa perubahan akan berlaku; lebih teruk dikekang kebebasan jika UMNO-BN diberi mandat sekali lagi.
  Kesan dari itulah maka pentadbiran Najib dikecam oleh dunia kerana gagal bertindak bijak dalam memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengamalkan hak kebebasan bersuara.
  Pimpinan tunggang terbalik
  Malah pentadbiran UMNO-BN telah dilihat sebagai flip flop atau tunggang terbalik dalam banyak isu penting yang lain, dan semua ini menjadikan rakyat semakin gelisah seolah-olah tiada kepastian dalam hidup di bawah pemerintahan yang tak keruan itu.
  Contoh paling nyata adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSI). Bila dilancarkan dahulu tanpa merujuk kepada rakyat, khususnya ibu bapa dan guru-guru serta pelajar, dicanangkan betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Bila mahu dimansuhkan pun dibuat perkara yang sama, dengan menggunakan alasan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia.
  Dalam kes Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di mana Mahkamah Rayuan telah pun mengisytiharkan Seksyen 15 (5) (a) yang menghalang hak mahasiswa untuk mengamalkan hak politik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
  Sepatutnya kerajaan UMNO-BN menghormati keputusan ini tetapi sebaliknya mereka berdolak-dalik mencari jalan supaya mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang waras, munasabah dan adil itu.
  Berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Sistem Pilihan Raya, Najib sendiri tidak berani memberi jaminan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa itu selesai melaksanakan tugasnya untuk memenuhi tuntutan rakyat bagi mewujudkan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik.
  Malah, lebih awal dari itu semua, Najib telah mencanangkan slogan 1Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri. Tak sampai setahun, segala niatnya dihancurkan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang perubahan. Kerana itu janji Najib amat sukar untuk dipercayai lagi.
  Mengapa Perdana Menteri begitu lemah dan takut untuk berhadapan dengan kumpulan-kumpulan minoriti yang jelas mensabotaj agendanya yang mahu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian itu?
  Bayangkanlah betapa mendung dan gelapnya masa depan kita jika UMNO-BN terus memerintah… – Roketkini.com    |     |    Istighfar    Posted: 11 Nov 2011 02:30 PM PST  "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" (Surah an-Nisaa: 106)
  "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu." (Surah Hud: 3)
  "Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." (Surah Ali Imran: 135-136).
  Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (HR Tirmidzi)
  Nabi saw. bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali." (HR Bukhari)
  Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga." Sumber: Muslim (no. 135, 591), Abu Daud dalam Shahih Abu Daud (no. 1563), Ibnu Majah (no. 938), al-Tirmidzi dalam Shahih al-Tirmidzi (no. 300) dan al-Nasa'i dalam Shahih al-Nasa'i (no. 1336).
  Al-Walid radhiallahu'anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza'i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: 
  اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." Sumber: Muslim dalam Shahih Muslim (no. 591), al-Tirmidzi (no. 300) dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 2151).
  Nabi saw. bersabda, sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ "Astaghfirullahal-'azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih", nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang. (HR At Tirmizi, hadis no: 3577) 
  Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)    |            |  
  |    Addin    Posted: 12 Nov 2011 11:03 AM PST          |    Anak Muhyiddin Menangi AIM 2011 Kategori Artis Baru Terbaik Dan Lagu Inggeris Terbaik    Posted: 12 Nov 2011 09:01 AM PST    
    Berita gempak!! Di Astro Ria berlangsung AIM 2011.  Najwa Muhyiddin iaitu anak TPM memenangi Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik. Namun semasa ucapan kemenangannya..     Tiada langsung nama Muhyiddin disebut... Malah semasa pengumuman kemenangan pun hanya nama Najwa di sebut... cover baik punya!! Inilah contoh terbaik buat pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam!!Lu nilailah sendiri!!          |     |    Taib Mahmud Ada Hubungan Sulit Dengan Uzbekistan?    Posted: 12 Nov 2011 05:09 AM PST       Ketika Taib dan Najib sedang disiasat kerana menggunakan perhidmatan promosi media, dan serupa dengan yang digunakan oleh kerajaan Khazakhstan, untuk menjernihkan imej mereka di mata dunia, kami menemui suatu lagi bukti bahawa mereka juga membuat hubungan dengan kerajaan Uzbekistan yang kini sedang menjalankan dasar kekasaran terhadap rakyat mereka sendiri.      Kini cawangan FBC Media di Itali telah menamatkan kontrak dengan Gulnara Karimova, anak perempuan kepada seorang dictator Uzbek, yang sedang giat mempromosikan dirinya di kalangan penggemar fesyen antarabangsa.    Setelah Gulnara menceraikan suaminya, suaminya telah kehilangan kuasa ke atas monopoli perniagaan air minuman negara itu. Justeru suaminya telah melarikan dirinya dan mendapat perlindungan di US, sementara 24 orang ahli keluarganya telah diusir dengan muncung senapang ke negara Afganistan!    Di samping itu Gulnara yang meminati majlis-majlis peragaan fesyen yang mewah-mewah telah menyebabkan negaranya membelanjakan begitu banyak peruntukan kewangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di tempat-tempat yang terlalu eksklusif dengan tujuan untuk memperolehi namanya!    Kesemua kontrak yang dimeterai dengan pengerusi FBC Media, Alan Friedman, yang kenal akan ketamakan Gulnara mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan perniagaan di bawah regime bapanya. Sikap dan gaya hidup Gulnara hampir-hampir menyerupai sikap Taib Mahmud dan keluarganya dari Sarawak, Malaysia.    Klien yang dihormati    Alan Friedman telah menyalahgunakan kuasanya memaksa para pekerjanya untuk menjernihkan nama Gulnara yang sentiasa mendakwa semua pertunjukan fesyennya itu adalah atas dasar membantu kaum wanita di negaranya. Di samping itu, industri penanaman kapas negara itu juga diketahui berlandaskan buruh hamba yang dikerahkan bekerja.    Menurut salah seorang pekerja FBC Media, Gulnara telah membayar wang yang amat banyak kepada FBC Media hanya semata-mata untuk mengangkatkan imejnya. Kami diberitahu bahawa kerajaan Uzbek telah membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk membayar FBC Media hanya untuk menayangkan 3 siri video berkaitan dengan pertunjukan fesyen Gulnara.    Milan dengan Forum Ekonomi Dunia    FBC Media juga diketahui menyokong Gulnara memperoleh rakan-rakan niaga dalam dunia fesyen.    Di antara para jemputan yang menghadiri majlisnya adalah Letizia Morati, Walikota Milan, Andrea Goretti dari kumpulan Fininvest, peniaga Elio Cosimo Cantania dan beberapa orang peniaga berbangsa Itali yang telah menjadi sasaran Gulnara sebagai rakan niaganya.    Alan Friedman juga didapati membantu Gulnara menjadi rakan niaga kepada Klaus Schwab dari syarikat WEF. Klaus sememangnya mengenali Gulnara sebagai seorang pengusaha fesyen yang tidak digemari masyarakat dunia. Di samping itu FBC Media amat digemari oleh individu-individu seperti Gulnara, sehinggalah kegiatan haram mereka didedahkan! /sarawakreport               |     |    PM Restui Naib Presiden UMNO Amalkan Rasuah?    Posted: 12 Nov 2011 04:00 AM PST    Pendedahan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk  'Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids' berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan.  Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh 'Golden Eye Boy', Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.      Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.    Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.    Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan 'Top-Up' harga adalah budaya 'samseng' yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.    Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor 'muflis' bukan bumiputera,  Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.    Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.    Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja. Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.    KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua 'Desperado' dalam UMNO. Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh 'dikenduri' oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.    Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan. Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.    Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?    Tindakan 'pecah amanah dan rasuah' Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada 'Political Reject' di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan 'Kuda Tunggangan' untuk menghancurkan UMNO Sabah.    SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.    Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai 'Kuasa Eksekutif' untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.    Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.    Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai 'Pengacau'.    Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.    Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya 'Akauntan Bertauliah' yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.    Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti 'Surat Khabar Lama' kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.    Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.    Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).    UMNO kini dilihat sebagai 'Gudang Sampah Sarap' kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.    Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada 'Bill Collector' utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?/ sabahkini                |     |    Bebaskan Universiti Dari Politik Sempit Umno BN    Posted: 12 Nov 2011 12:00 AM PST    PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub. Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.     Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.    PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau.    "Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil.    "Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat – secara langsung atau sebaliknya – dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.    Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.    Salahuddin berkata, dengan itu Umno BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya.    Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan.    PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka.    "Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka.    "Mengambil bahagian dalam politik – atas kapasati apa sekalipun – adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau.    Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.    Beliau berkata, Umno BN perlu akur dengan lanskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971.    Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan Perdana Menteri.    "Dengan ini PAS menuntut agar Umno BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau.    PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta.      |     |    170 Orang Non Muslim Masuk PAS?    Posted: 11 Nov 2011 09:29 PM PST    Keserlahan dan keupayaan melihat PAS memimpin negeri menjadi tarikan dan dorongan seramai 170 orang bukan Islam di negeri Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).  Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S. Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.     "Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini. Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya.    Kesemua 170 ahli DHPP dari kawasan Pensiangan tersebut telah menyerahkan borang permohonan kepada Setiausaha Agung PAS Malaysia, Dato' Mustafa Ali.    Turut hadir dalam penyerahan borang tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan semua kepimpinan PAS Sabah.             |     |    Kerajaan Komunis China Larang Media Ambil Maklumat Dari Internet    Posted: 11 Nov 2011 08:59 PM PST    Pemerintah China telah mengeluarkan kebijakan baru untuk membatasi media setempat mengambil informasi dari internet. Otoritas General Administration of Press and Publication (GAPP) selaku pihak yang mengeluarkan kebijakan tersebut menjelaskan hal ini demi mencegah informasi palsu yang semakin marak.  "Informasi palsu yang marak dapat memperburuk citra pemerintah. Selain itu juga bagi kredibilitas media sendiri," sebut pernyataan GAPP yang dikutip ComputerWorld.     Dengan kebijakan baru tersebut, media-media setempat dilarang mengambil informasi dari internet atau dari ponsel yang belum diverifikasi kebenarannya.J ika ada informasi yang bersumber dari telepon, email, blog atau jejaring sosial seperti twitter, harus diverifikasi kebenarannya oleh reporter atau editor sendiri.   Saat ini, China masih mengizinkan akses pada situs Sina Weiba, social media mirip Twitter yang saat ini menjadi tempat berekspresi masyarakat. Situs tersebut saat ini sudah memiliki 250 juta pengguna.   Pemerintah China mengambil kebijakan untuk membatasi situs jejaring sosial karena pertumbuhannya melesat dalam dua tahun terakhir. Jika tidak ditangani, informasi menyesatkan itu dikhawatirkan akan mengganggu pemerintah. Sebelumnya, pihak keamanan China juga telah menahan pengguna internet karena menyebarkan rumor tertentu di website./ kompas        Addin :    Untuk makluman, kerajaan Malaysia ada hubungan diplomatik dengan kerajaan komunis China yang membantu Parti Komunis Malaya.. PKM haram!! tapi ada hubungan pulak dengan  bapak komunis.. apa alasan Umno BN yek??    
      |     |    Mahathir Akui Pemimpin UMNO Tidak Perdulikan Kebajikan Rakyat    Posted: 11 Nov 2011 08:49 PM PST    Mantan PM, Mahathir sampai ke tua dan hingga nyayuk berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Dia tak sedar yang bangsa Melayu berpecah pun kerana angkara dia. Melayu hidup merempat pun kerana dia. Yang hidup kaya hanyalah segelintir Melayu.. iaitu kaum keluarganya serta kroni. Mungkin Mahathir tidak sedar sisa-siasa berbaki hidupnya makin lama cakap pun makin merapu.     Nak suruh bangsa Melayu bersatu tetapi dia lupa.. yang Melayu Kelantan tersisih sehingga sekarang adalah kerana beliau. Tindakan paling jahat Mahathir ialah.. sanggup mendaratkan hasil petroleum Kelantan di Sokhla, Thailand.. Ini adalah penafian yang paling jelas. Adakah majoriti rakyat Kelantan bukan Melayu?     Yang ni cuba pencacai-pencacai cuba jawab?? Kalau nak senaraikan kejahatan Mahathir sehingga ke esok pun tak habis-habis. Kat bawah ni bukti Mahathir akui pemimpin Umno tidak perdulikan Melayu.. macam Mahathir ler..         |   | klik untuk besarkan |           Baca di  sini.  
  p/s: Addin paling tidak lupa..tragedi Memali!!  
           |     |    Guru Akan Di Perkudakan Umno BN Untuk Bekerja 9 Jam Mulai 2012    Posted: 11 Nov 2011 06:55 PM PST    Rata-rata guru-guru berasa tertekan dengan cadangan terbaru daripada Kementerian Pelajaran untuk menetapkan waktu bekerja guru mulai tahun hadapan selama 9 jam akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.  Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan.    Difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.    Tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu. Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut./dppwm  
               |     |    Ini Bukti NFC Bayar RM 10 Juta Untuk Kondo Mewah Shahrizat    Posted: 11 Nov 2011 06:16 PM PST       Ini ialah satu dakwaan yang mungkin sukar di tangkis Senator UMNO Shahrizat Jalil. Walaupun meminta rakan-rakannya - Perdana Menteri Najib Razak,menteri, Menteri Pertanian Noh Omar and Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin – untuk menangkis  "agenda politik" pembangkang yang beliau dakwa dilakukan demi melemahkan sayap Wanita, semua mata tertumpu padanya tentang bagaimana dia akan menjelaskan mengenai kondominium mewah benilai  RM10 juta yang dibayar menggunakan dana dari projek pengeluaran daging lembu NFC.   "Menurut mereka pinjaman RM250 juta untuk projek itu diletakkan di dalam satu akaun yang kawal dengan rapi. Adakah kondominium tersebut untuk lembu-lembu?" Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Khamis.   Bukti kukuh - ia adalah pembelian tunai   Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, apartmen mewah di One Menerung, Bangsar  direkodkan  NFC sebagai sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta kepada NMLC, yang dikawal oleh keluarga Shahrizat.                 Projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40 peratus untuk dimakan telah diberikan kepada suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak beliau untuk diurus dan selia.     PKR telah bersuara mengenai projek ini, tetapi disanggah di Parlimen oleh Ahli Parlimen BN. Walaubagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini telah mengesahkan dakwaan PKR. Dalam laporan itu dinyatakan bahawa projek itu dalam keadaan "kucar-kacir" dan telah menyimpang jauh daripada sasaran pengeluaran.     Pada hari Selasa lepas  PKR mendedahkan bahawa lebih daripada RM83 juta itu disalurkan dari NFC kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh suami Shahrizat, seperti NMLC dan RPC. Ia juga mempersoalkan diskaun RM3 juta yang diberikan kepada RPC, yang memiliki Meatworks, sebuah restoran makan mewah yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat.     Saifuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun CIMB NFC di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kepada Bandar Raya Development Berhad pada 2 Disember, 2009 sebagai bayaran penuh untuk kondo One Menerung.     "Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi penjelasan Ketua Pemuda Umno dan menteri adalah palsu. Jika pemantauan ketat telah berlaku, tentu RM9.8 juta itu tidak akan dipindahkan untuk membeli kondo mewah yang tiada kaitan dengan ternakan lembu. Ini jelas satu yang pecah amanah yang dibuat oleh keluarga Shahrizat, "kata Saifuddin.    Khairy yang bersifat talam dua muka?    Baru petang Rabu lepas,  Khairy yang didakwa penyokongnya  sudah 'berubah' dan sekarang adalah pemimpin UMNO yang 'bersih' menegaskan bahawa pinjaman mudah itu hanya boleh dikeluarkan selepas NFC membentangkan kertas kerja dan transaksi itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.  
                Noh juga berkata bahawa hanya RM135 juta telah dikeluarkan oleh NFC kerana dana itu telah diletakkan dalam akaun escrow. Najib, Menteri Kewangan, juga menafikan pinjaman kerajaan itu telah pun diagihkan sepenuhnya kepada NFC.     "Justifikasi Khairy bahawa baki antara-syarikat sebanyak RM83 juta yang dimiliki oleh Koperasi Daging dan Ternakan Negara Sdn Bhd (NMLC) adalah yang paling lemah," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata dalam satu kenyataan.     "Jika dakwaan beliau bahawa terdapat prosedur kelulusan yang digunakan sebelum pengeluaran dilakukan dari akaun escrow dan yang bukan akaun escrow " adalah benar, tidak akan ada perbelanjaan peribadi yang didakwa sebagai urusniaga antara syarikat. Malangnya, daripada penelitian kami, transaksi yang berlaku adalah daripada pelbagai transaksi peribadi yang tiada kaitan dengan perniagaan daging yang tidak sepatutnya dibenarkan untuk pengeluaran. "    Menggunakan otak untuk menipu dan menunjukkan moral yang rendah kepada rakyat     Menurut Rafizi, jika NFC dan RFC perlu bergantung kepada subsidi awam untuk kekal kompetitif dari segi komersial, maka seluruh "reka bentuk projek" itu tidak sepatutnya diluluskan dari awal kerana ia jelas tidak berdaya saing secara komersial".  
                Jika matlamat membelanjakan RM250 juta dana awam untuk projek nasional yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada daging yang diimport, adalah tidak masuk akal jika daging keluaran tempatan lebih mahal berbanding yang diimport! Tambah Rafizi.     Sementara itu,   Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat untuk meletak jawatan dan membuktikan bahawa "wanita mempunyai integriti yang lebih dalam BN". Tetapi ia mustahil kerana Shahrizat, yang terkenal dengan 'bagasi' beliau, tidak mungkin akan mengikut nasihat itu.     "Perkara yang mulia untuk dia lakukan adalah untuk meletakkan jawatan daripada politik memandangkan akan ada lebih banyak pendedahan tentang projek yang disulam skandal ini.Hanya peletakan jawatan beliau yang boleh menyelamatkan maruah ahli-ahli Wanita Umno yang telah dibabitkan dalam skandal ini, "kata Zuraida, dalam sidang akhbar dengan Saifuddin. "Dia perlu berada di atas seluruh Barisan Nasional dan menunjukkan bahawa wanita mempunyai kredibiliti dan integriti yang lebih."/mc    
     |            |  
  |    pemuda cheh    Posted: 12 Nov 2011 09:48 AM PST         |    Hospital di Johor hebat, canggih, WOW Rakyat Didahulukan    Posted: 11 Nov 2011 04:33 PM PST    "Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji
  Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda. Setelah berjumpa doktor tersebut kami bertanya kan keadaan bayi kami, doktor tersebut menyatakan bayi saya perlu rawatan segera namun alatan (Photo) telah penuh tiada kekosongan untuk bayi kami, dia menyarankan kami ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru namun setelah di hubungi tiada kekosongan juga, akhirnya doktor tersebut menyatakan dia tidak boleh berbuat apa-apa selain merujukkan kami ke hospital swasta.  
 Disini apa yang membuat kami agak terkilan ialah apabila kami merujuk kepada hospital kerajaan maknanya kami tidak mampu untuk ke hopital swasta.    Kami menyatakan masalah kewangan kami kepada doktor tersebut dan jawapan nya ialah "saya tidak tahu nak buat apa" sedangkan dia tahu keadaan bayi kami agak kritikal.    Kami berharap TV3 dapat menyiarkan masalah ini supaya kerajaan sedar apa saja yang kerajaan rencanakan tidak semuanya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawainya, sedangkan masalah ini berkaitan dengan nyawa. setelah berjam-jam menunggu akhir nye jawapan tidak tahu nak buat apa yang kami terima.  Adakah nilai nyawa bayi kami amat murah bagi hospital tersebut….  By: Norazlee - 'Saya tidak tahu nak buat apa' – Doktor    |            |  
  |    Al Ikram    Posted: 12 Nov 2011 09:18 AM PST    |  
  |    Anak Sungai Derhaka    Posted: 12 Nov 2011 09:13 AM PST          |    Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu auta?    Posted: 12 Nov 2011 07:30 AM PST  Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob dalam satu temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011 menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi.  Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi. Ini merupakan satu kenyataan yang salah dan tidak berasas.  ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite.  Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV.  Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium.  Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan.  Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama.  GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah.  Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut. Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar.  Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau.  Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman. GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang.  Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya. Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja. Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional.  Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko.  Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat.  GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna.  Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja. Kenyataan media daripada Gabungan Hentikan Lynas.    |     |    Khairy nasihati diri sendiri?    Posted: 12 Nov 2011 05:35 AM PST  Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Adakah beliau menasihatkan dirinya sendiri? Maklumlah dulu dia jadi calonpun pasal adanya Pak Lah sebagai PM yang juga merupakan Bapa Mertuanya sendiri, jadi Ketua Pemuda UMNO pun kerana Pak Lah juga.. Apa yang aku dengar dari seorang pemimpin UMNO yang hadir ketika pemilihan UMNO dulu, Khairy sebenarnya kalah kepada Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Oleh kerana Khairy telah kalah, Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan oleh itu bagi membolehkan Pak Lah meletakkan jawatan Khairy perlu diistiharkan menang pada malam pemilihan itu. Dalam satu rundingan para pemimpin peringkat tertinggi UMNO pada malam pemilihan itu mereka telah sebulat suara memberikan kemenangan kepada Khairy dan Pak Lah akan meletakkan jawatannya sebagai PM. Najib tidaklah sebodoh yang disangka Pak Lah, apabila beliau mengambil alih jawatan PM, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Manakala Naib ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Khairy dipinggirkan begitu saja oleh Najib.. Dan hujung bulan ini pula bakal berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU).. jika Khairy tidak dicalonkan atau kalah dalam pertandingan kali ini maka tiada siapa akan membantunya.. Jika beliau kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO... mana mungkin Najib akan bersetuju untuk mengekalkannya sebagai calon Ahli Parlimen lagi.. ***************************
  KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotajAhli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.   Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.   "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.   "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.   Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang. Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.   "Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan. "Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya. Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.   "Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya. Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'. - Bernama    |     |    Utusan harus kekal sebagai payung Melayu?    Posted: 12 Nov 2011 02:53 AM PST  Akhbar Utusan Malaysia mesti dikekalkan sebagai payung yang bukan hanya kepada kaum Melayu tetapi juga bangsa Malaysia, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan Tengku Mansor menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pejabat Utusan Biro Putrajaya.
  "Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya sentiasa akan membantu apa yang dikehendaki oleh Utusan demi untuk memastikan bahawa Utusan akan terus menjadi media yang boleh kita banggakan khususnya untuk orang Melayu dan juga rakyat Malaysia,"- sepenuhnya sila baca di  SINIPayung biasanya digunakan untuk melindungi tetapi Utusan sendiri bukannya bersikap melindungi tetapi lebih kepada menghasut dan menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia. Malanglah Kaum Melayu dan juga Bangsa Malaysia jika menjadikan akhbar yang semakin tidak laku dipasaran itu sebagai payung. Cuba lihat laporan Audit Bureau of Circulations berkaitan jualan harian akhbar Utusan : Purata jualan harian akhbar Utusan 2004 adalah sebanyak 256,247 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2006 adalah sebanyak 213,445 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2009 adalah sebanyak 169,548 naskhah. Purata jualan harian akhbar Utusan 2010 adalah sebanyak 171,842 naskhah. Oleh kerana Utusan semakin tidak laku, UMNO sebagai pemilik saham terbesar dalam Utusan Malaysia terpaksaberhempas pulas untuk memanjangkan hayat Lidah Rasmi Mereka itu hingga terpaksa memberikan tawaran potongan 20% kepada sekolah-sekolah yang melanggannya, sila lihat di  SINI   |     |    Perhabis RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah.    Posted: 12 Nov 2011 01:37 AM PST  PETALING JAYA:  PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat. "Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno," dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani. Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap  tahun. Beliau berkata,  Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia. Bina mahligaiTetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu. "Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama," katanya. Azman mendakwa, rakyat mengeluh dan mereka bercakap bahawa pemimpin dan wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan. Dakwanya, ada pemimpin Umno yang membina mahligai dan rumah berharga ratusan ribu ringgit hingga berjuta. "Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat," tambahnya. Free Malaysia Today   |     |    Pemandu lori berang Polis sebut "Pukimak"    Posted: 11 Nov 2011 07:08 PM PST  KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan. Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul. Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya. Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu. Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya.    |     |    PERKASA Pulau Pinang bantah khidmat Bas Percuma... dah gila kot depa ni?    Posted: 11 Nov 2011 10:50 AM PST  GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar. Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca. "Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang setengah gila di perkarangan Komtar, di sini. Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu". Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu.  Budak-budak yang dipergunakan mereka. Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib.  Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak (kanan) berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada Kerajaan Negeri. "Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja. "Kerajaan Negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar. Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini. Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009. Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan  Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas. Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja.  Buletin Mutiara   |            |  
  |    BRIGED MP SEGAMBUT    Posted: 12 Nov 2011 09:10 AM PST          |    JANGAN BAGI TAHU UMNO BAB INI    Posted: 12 Nov 2011 08:00 AM PST  Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka. Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini. Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam. Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam. "Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini. Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya. "Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid. Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam. "Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya. Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul. Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya. Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.   |     |    INI JUGA YG DIHARAP PADA PAKATAN RAKYAT    Posted: 12 Nov 2011 07:16 AM PST  Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.     Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.     "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.     "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.     Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.
  Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.     "Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.
  "Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.
  Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.     "Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.
  Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.
  - Bernama   |     |    Ambiga bidas MCA berhubung hak mengundi    Posted: 11 Nov 2011 10:33 PM PST  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mengambil pendirian tegas menolak cadangan MCA yang tidak mahu rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, dibenarkan mengundi.
  "Kita tidak boleh menjadi logistik untuk menafikan rakyat hak perlembagaan untuk mengundi... "Pengundi di luar negara juga bersedia untuk membantu dalam apa-apa cara untuk menjayakannya," katanya.
  Ambiga memberitahu Malaysiakini demikian di luar sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) pembaharuan pilihan raya di bangunan Parlimen hari ini.
  Beliau merujuk kepada cadangan MCA kepada PSC pada hari pertama sesi pendengaran awam itu semalam.
  Semalam, MCA memberitahu anggota panel PSC bahawa rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi kerana mereka tidak tahu perkembangan dan situasi sebenar di dalam negara, dan mungkin bergantung kepada" maklumat yang "berat sebelah, meragukan, dan salah".
  Presidennya, Dr Chua Soi Lek, kemudian menjelaskan bahawa langkah membenarkan mereka mengundi, juga akan menimbulkan cabaran logistik.   |     |    BAGAIMANA MENJADIKAN MELAYU TIDAK MUDAH LUPA    Posted: 11 Nov 2011 04:39 PM PST  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. "Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah. Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, katanya hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka. "Dulunya orang Melayu bersatu dalam satu parti hingga berjaya menentang (rancangan penubuhan) Malayan Union," katanya semasa menjawab soalan peserta yang hadir pada syarahan perdana oleh beliau bertajuk "Pembinaan Tamadun dan Budaya Masyarakat Malaysia Ke Arah Pembentukan Sebuah Negara Maju", di sini. Mengulas lanjut, Idris berkata zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Menurutnya, mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat. Katanya, Melayu berpecah kerana dasar Umno Putera yang sudah menjadi darah daging pemimpin Umno akhirnya Melayu yang tidak berdosa menjadi mangsa. "Dasar inilah menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat, pada hal Kelantan sebuah negeri majoriti penduduknya Melayu. "Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991)," katanya kepada Harakahdaily. Beliau menambah, pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul. Menurutnya, Pusat menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 km berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 km. Ini, ujarnya tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi. "Kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera. Sikap yang ditunjuk oleh dasar Umno Putera menyebabkan Melayu lemah," katanya. Tambahnya, terbukti bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja.   |            |  
  |    Pahang Daily Online    Posted: 12 Nov 2011 07:51 AM PST         |    Chegubard, Bakal Dedah Dan Edar Risalah Cincin RM24 Juta Imelda Rosmah Di Kuantan Malam Ini    Posted: 11 Nov 2011 05:07 PM PST   KUANTAN, 12 Nov -  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang akan mengadakan satu ceramah umum yang akan menampilkan Penyelaras Umum  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  Badrul Hisham Shahrin (foto) bertempat di pejabat parti itu di  Jalan Beserah dekat sini. Program yang bermula jam 9.00 malam itu juga  akan menampilkan beberapa orang pemimpin lain seperti  YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR dan selaku Ahli Parlimen Kuantan),  Mustafa Kamil Ayub (Penyelaras NGO Memacu Arus Perubahan),  Andansura Rabu (Timbala YDP PAS Indera Mahkota) dan  Ahmad Jufliz Faiza (Peguam kes Allahyarham Baharuddin Bersih 2.0). Turut akan berceramah ialah  Ahmad Nizam Hamid iaitu Pemangku Pengerusi PKR Negeri Pahang. Difahamkan program akan bermula secara tertutup pada sebelah petang dimana Majlis Perasmian dan Pelancaran MAP (Memacu Arus  Perjuangan) Peringkat Negeri Pahang oleh  Mustafa Kamil Ayub akan diadakan. Majlis akan diadakan di dalam  Bilik Mesyuarat Pejabat Keadilan Negeri yang hanya akan  disertai oleh Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa MAP Pahang yang telah  dilantik bersama ahli-ahlinya. Sementara itu Badrul Hisham yang cukup popular dengan gelaran  Chegubard adalah tokoh anak muda yang begitu lantang dan berani membongkarkan kepincangan yang berlaku terhadap beberapa pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, namanya mula panas apabila mendedahkan  isu cincin RM24 juta dikatakan melibatkan isteri Perdana Menteri,  Rosmah Mansor yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Chegubard dan SAMM khabarnya akan turut mengedarkan risalah berkaitan fitnah terhadap  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  "Imelda Rosmah" berkenaan isu cincin berkenaan. Program anjuran bersama  PKR Cabang Kuantan dijangka menarik perhatian ramai kerana ia diadakan diketika bahang pilihanraya yang kian terasa sekarang ini. Oleh itu orang ramai di sekitar kawasan Kuantan dijemput hadir pada malam ini. [Kehadiran Chegubard ke Kuantan malam ini sememangnya adalah saat-saat yang amat dinantikan oleh rakyat sebenarnya. Tambahan pula beliau dilihat sebagai seorang tokoh anak muda yang tidak takut berhadapan dengan risiko dan begitu berani menyatakan pandangan atau kritikan terbuka terhadap pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, dalam ceramah beliau sebelum ini ternyata ramai pihak yang begitu tertarik dengan apa yang didedahkan. Beliau punyai banyak maklumat berguna yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk dimaklumkan kepada rakyat. Oleh itu, orang ramai digesa tidak melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan ceramah umum Chegubard yang pertama kalinya di Pejabat PKR Pahang ini. Banyak input dan informasi berguna pasti akan diperolehi].   |            |  
  |    Cendawan MALAYA    Posted: 12 Nov 2011 07:44 AM PST         |    BERITA DUNIA: LEMBU MALAYA DAH DUDUK KONDO BERHARGA RM9 JUTA?    Posted: 11 Nov 2011 02:34 PM PST   Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak  RM9.8 juta katsini...Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.... ini bukan soal untuk mendapatkan pelaburan bahalol..!! SOALNYA PERUNTUKAN ITU DISALAH GUNAKAN, DALAM ERTI KATA 'SUDAH PECAH AMANAH'..... RAKYAT SEDANG LIHAT DAN TUNGGU APA KATA SPRM ..??    |            |  
  |    Era Pasca    Posted: 12 Nov 2011 03:24 AM PST         |    UTUSEX : Elizabeth Wong maut    Posted: 11 Nov 2011 04:35 PM PST  Baru jumpa... hebat UTUSEX ni bab melapur.. ha ha ha     Click Iklan Untuk Bantu EraPasca            |     |    PELIK!! Babi Negara!! (BN) tolong bersihkan TAHI LEMBU di condominium...    Posted: 11 Nov 2011 04:05 AM PST    
     Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
    Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.    
 "Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?   
 "Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.   
 Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.   
 "Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.   
 "Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.   
 Mengulas lanjut, Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.   
 "Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.   
 "Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.   
 Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.   
 "Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.   
 Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."   
 "Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.    KENAPA KERAJAAN MALAYSIA TAK MELABUR MACAM MENTERI LEMBU BUAT JIKA PELABURAN CARA INI BETUL DATANGKAN PULANGAN SEMENTARA NAK TUNGGU FEEDLOT BERJALAN??    BUKANKAH NOH OMAR KATA PROJEK INI TAK GAGAL?? JIKA TAK GAGAL KENAPA PERLU MELABUR DI TEMPAT LAIN??    RUMAH ITU HARGA 6JUTA (MARKET KETIKA BELI) KENAPA BELI DENGAN HARGA SEKARANG 9JUTA (SELEPAS NAIK)? JADI MANA PELABURANNYA???  Click Iklan Untuk Bantu EraPasca              |            |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan