Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus  Besar (GM) PKNS berjumlah RM1.4 juta selama 2 tahun adalah amat  memeranjatkan rakyat. Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk  akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana  kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.
GAPS  berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat  keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh  GM sebelum ini. Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang  dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika  melantik GM ini.
RM1.4 juta itu merupakan pendapatan GM itu dari  gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak RM40 ribu sebulan  maknanya GM PKNS ini menerima RM160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 ribu  untuk bonus 2010.
Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan  GM ini adalah tidak sah kerana Enakmen PKNS 1964 Sek 9(3) menyebut  pegawai PKNS adalah kakitangan awam. Kakitangan awam dinegara ini  tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari  perlantikannya sehinggalah tatacara tugas dan tanggungjawabnya.
Lebih  jelas sebenarnya MB telah melangkaui batas undang-undang ketika  melantik En Omar Osman sebagai GM PKNS. GAPS yakin MB langsung tidak  merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan  Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan  bonus yang tinggi itu kepada GM ini.
Oleh kerana perlantikan GM  itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh GM ini atau  mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai GM PKNS juga terbatal dan  tidak sah.
Lebih buruk dari itu GM PKNS ini juga merupakan salah  seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB)  sekarang. WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta  ringgit asset rakyat Selangor.
Perlantikan GM PKNS ini sebagai  Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari  awal. Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang  dihadiri oleh GM PKNS ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.
PKNS  sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia  merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat  salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam  PKNS.
sumber 
http://www.selamatkanrakyatselangor.com/articles_8581_Gempar..-Perlantikan-GM-PKNS-tidak-sah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan