Khamis, 3 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 03 Nov 2011 01:52 AM PDT

PAS TAMBUN


NASIB SEORANG SEKULARISME, MEKAH PUN TAK AMAN BAGI MEREKA

Posted: 02 Nov 2011 10:03 AM PDT

Bagaimanalah agaknya manusia seperti Najib dan Rosmah ini, di tempat yang paling selamat pun mereka terpaksa dikawal sedemikian rupa.. kesian mereka..


berbanding dengan AF Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan yang bagi beliau inilah tempat yang paling aman dan paling hampir taqarrub beliau dengan 'kekasihnya'

KP : Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kedua pasang pimpinan negara agar sekembali ke tahahair akan berubahlah cara hidup mereka.. Ameen

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Nov 2011 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Muslihat politik tidak lulus daftar Pakatan

Posted: 03 Nov 2011 01:30 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat 'muslihat politik' apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya.

HARAKAHDAILY/-

Mati ditetak di hadapan isteri dan anak

Posted: 03 Nov 2011 01:25 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor pendawaian mati setelah ditetak di hadapan isteri dan anaknya di kediaman mereka di Jalan Balau 4, Taman Rinting dekat Masai di sini semalam.

M. Rajandran, 50, mati setelah cedera parah di bahagian pipi dan bahu kirinya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal polis mendapati lebih daripada seorang suspek memasuki rumah itu melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

"Mereka menyerang mangsa dan menetaknya dengan senjata tajam di hadapan isteri dan seorang anak perempuannya yang berusia 16 tahun," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan polis terpaksa menunggu untuk mengambil keterangan daripada isteri dan anak mangsa yang masih trauma.

Mayat Rajandran dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. – Bernama

PAS Perak minta polis lebih profesional

Posted: 03 Nov 2011 01:00 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 3 Nov: PAS Perak kecewa dengan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail kerana menjadikan majlis pertemuan khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik Sekolah Agama Negeri Perak baru-baru ini sebagai medan menghentam dan memfitnah PAS.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin Endut berkata, Abdul Rahman telah menayang video kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilanggar ketika himpunan aman Bersih 2.0 sedangkan isu tersebut telah pun di bawa ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.

Malah, katanya Abdul Rahmani juga ingin melibatkan Mohamad dan PAS dalam menyokong perjuangan komunis yang mana dasar yang dibawa komunis jelas sekali bertentangan dengan dasar Islam yang didukung PAS.

"Kami mendesak Abdul Rahman agar lebih bersikap profesional dan tidak mempolitikkan isu yang kini telah dibawa ke mahkamah agar menghormati undang-undang negara," tegasnya.

Sikap seperti itu, katanya jelas boleh memberikan gambaran buruk terhadap pihak polis yang dilihat turut sama berpolitik bagi memastikan sokongan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

HARAKAHDAILY/-

Kes Hasan Ali tak perlu dipolemik

Posted: 03 Nov 2011 12:50 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.
Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.

Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.

Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.

Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.

Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.

Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.

Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.

Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.

Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.

Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.

Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.

Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.

Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.

Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.

Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik.

Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.

Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.

Kata saya, 'Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.'

Dia menang. Dia kata pada saya, 'Orang cepat naik, cepat juga turun...!'

Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.

HARAKAHDAILY/-

Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka

Posted: 03 Nov 2011 12:50 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Operasi Melaka Monorel dihentikan selama dua hari bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dilakukan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tindakan itu, selepas insiden sepasang pelancong dari Britain terkandas dalam monorel berkenaan dipercayai berpunca daripada kerosakan pada pam pintu sehingga menyebabkan sistem terhenti.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, kerja-kerja pemeriksaan itu akan dilakukannya bersama empat pegawai.

"Saya nilaikan kejadian yang berlaku amat serius kerana dikhuatiri boleh menjejaskan imej negara kerana ia turut membabitkan pelancong dari luar negara.

"Kita minta sistem Melaka Monorel ditutup selama 48 jam sehingga Jumaat ini bagi membolehkan jurutera SPAD melakukan pemeriksaan lanjut terhadap aspek keselamatan dan teknikal pada keseluruhan sistem ini," katanya selepas mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, Nazary Ahmad.

Menurut Azhar, seramai lima jurutera yang dilantik SPAD akan melakukan pemeriksaan selama 48 jam terhadap keseluruhan sistem monorel berkenaan.

"Kita mahu pastikan sama ada kemudahan itu selamat digunakan, menepati aspek keselamatan dan langkah diambil jika berlaku insiden kecemasan.

"Bagaimanapun, sekiranya Menara Taming Sari memerlukan lebih lama masa untuk menangani masalah itu, SPAD akan mengeluarkan arahan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan benar-benar selamat," katanya.

Pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengahari Khamis lalu, dua pelancong Britain, James Craft, 57, bersama pasangannya Anne Craft, 49, terpaksa diturunkan menggunakan tangga kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat setelah terkandas kira-kira satu jam dalam monorel berkenaan.

Kejadian berlaku berhampiran Stesen Monorel Hang Jebat.

Operasi perkhidmatan Melaka Monorel yang bernilai RM15.9 juta itu bermula sejak setahun lalu dan pernah dihentikan sebanyak tiga kali akibat masalah teknikal.

malaysiakini/-

Banjir di barat Bangkok semakin buruk

Posted: 03 Nov 2011 12:45 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kawasan di barat Bangkok sekali lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi berikutan keadaan banjir di kawasan itu semakin buruk ekoran Sungai Chao Phraya melimpah dan kerosakan pada dinding tebatan banjir.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata paras air adalah satu meter lebih tinggi daripada dinding tebatan banjir di situ.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan kerosakan di 11 tempat pada dinding tebatan banjir dan kerja-kerja membaik pulih keseluruhan kerosakan itu dijangka siap pada 10 Nov.

Banjir di beberapa daerah di barat Bangkok iaitu Thawi Wattana, Taling Chan dan Bang Phlad telah merebak ke Bang Kae dan Thon Buri, semalam.

Pengarah Pusat Operasi Bantuan Banjir Plodprasop Suraswadi yang juga Menteri Sains dan Teknologi hari ini memberi amaran bahawa keseluruhan barat Bangkok boleh dilanda banjir dalam tempoh 15 hingga 20 hari kerana terdapat kira-kira tiga bilion meter padu air banjir di kawasan itu.

Yingluck berkata pihak berkuasa berdepan masalah untuk mengalirkan keluar air banjir di kawasan barat Bangkok akibat terusan yang tersumbat dan sempit.

Dalam langkah yang mengejutkan, Yingluck semalam mengubah keputusannya Selasa lalu mengenai menaikkan paras di pintu air sluis di Klong Sam Wa.

"Kami akan kurangkan pembukaan pintu air," katanya tanpa menyatakan secara spesifik paras baru dan alasan berbuat demikian.

Dua hari lalu, beliau mengarahkan Dewan Bandaraya menaikkan pintu air kepada satu meter daripada 80sm ekoran bantahan keras penduduk di situ.

Pada awalnya, penduduk di daerah Klong Sam Wa di timur Bangkok mendesak pihak berkuasa membuka pintu air daripada 0.6 meter kepada 1.5 meter kerana kawasan mereka telah ditenggelami banjir kira-kira tiga bulan.

Mereka mengadakan protes di pintu air sluis itu pada Isnin dan bersetuju dengan paras 0.8 meter selepas berunding dengan pihak Dewan Bandaraya pada Isnin.

Bagaimanapun, penduduk mengadakan satu lagi protes Selasa lalu dan mendesak paras dinaikkan kepada 1.5 meter, mendorong campur tangan daripada Perdana Menteri yang mengarahkannya dinaikkan lagi kepada 1 meter.

Beberapa penduduk malahan merosakkan pintu air itu dalam protes semalam yang dikawal oleh kira-kira 200 anggota polis.
Tindakan Yingluck itu telah dikritik oleh pentadbiran Bangkok Metropolitan dan pembangkang.

Timbalan Gabenor Bangkok Thirachon Manomaipiboon berkata menaikkan pintu air sluis itu kepada 1 meter akan mendedahkan seluruh Bangkok kepada ancaman banjir walaupun 19 daerah lain di tengah kota Bangkok terselamat daripada bencana alam itu buat masa ini.

Parti Demokrat menyelar tindakan Yingluck kerana kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan semasa mengendalikan krisis banjir.

Jurucakap parti pembangkang itu, Chavanond Intarakomalyasut mahu kerajaan melaksanakan dekri darurat bagi memudahkan usaha kerajaan menangani banjir serta mengawal penunjuk perasaan.

Konfrontasi antara pihak berkuasa dan penduduk mengenai isu pintu air sluis turut dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah lain tetapi situasi keseluruhannya adalah terkawal.

Dalam kes tertentu, pekerja telah meminta perlindungan polis semasa membaik pulih dinding tebatan banjir dan pintu air sluis dan dalam satu kes, tembakan amaran dilepaskan di udara oleh seorang penduduk yang cuba menghalang pekerja menjalankan kerja mereka.

Kira-kira satu pertiga daripada negara ini masih ditenggelami banjir dengan 2.1 juta orang dari lebih 10,000 kampung di 26 wilayah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini secara berperingkat bermula 25 Julai. Angka kematian meningkat kepada 427 orang hari ini.

- Bernama

Rais bercakap tangani jenayah siber, indah khabar dari rupa.

Posted: 03 Nov 2011 12:45 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media
ADUN Titi Serong.

Saya mengalu-alukan kenyataan berupa satu persetujuan dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, seperti yang di dedahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang diadakan selama dua hari dan berakhir semalam.

Namun realiti kepada apa yang di banggakan oleh Rais Yatin merupakan perkara yabg sebaliknya di negaranya sendiri.

Nampaknya Rais semacam nampak kuman diseberang laut tetapi membutakan gajah yang berada didepan matanya.

Kata Rais lagi "Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini berjaya membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini, semalam.

Rais menghadiri persidangan berkenaan bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persidangan itu dirasmikan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British, William Hague. Turut hadir Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil.

Apa yang berlaku di Malaysia jauh langit dari bumi seperti apa yang dihasratkan. Kenyataan Rais kononnya jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa adalah indah khabar dari rupa dan merupakan usaha untuk perbodohkan rakyat.

Bayangkan apabila kumpulan yang mengfitnah Datuk Seri Anwar dengan klip video lucah dengan menyerahkan satu salinan asli kepada pihak polis namun tidak beberapa lama sesudah itu disiarkan dalam blogger pro umno tanpa henti dan batasan apa lagi dihalang.

Dari itulah beredarnya klip video dan menjadi tayangan umum ditempat awam dan kursus dan majlis resmi kerajaan termasuk di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Dimanakah Rais yang bercakap sehingga menangani jenyah siber di peringkat antarabangsa sedang di negaranya sendiri dalam keadaan porak peranda dan tidak ada tindakan yang serius.

Apa lagi kita punya bukti bahawa umno sanggup mengupah sekumpulan blogger dan melakukan berbagai fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat serta menghalalkan jenayah siber yang dikatakan.

Rais nampaknya cuba berbohong kononnya sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. sedangkan realiti yang berlaku di Malaysia yang ditangani hanya sebelah pihak sahaja walaupun ianya berasas dan punya fakta.

Kalaupun berupa fitnah dan rekaan blogger por umno demi menjatuhkan dan memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat ianya dibiarkan dan semacam bukan jenayah siber yang dilaungkan.

Realiti yang sebenarnya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais selagi ianya menguntungkan umno dan bn ianya bukanlah satu kesalahan, tetapi kalau ianya menggugat kuasa dan kedudukan umno dan pemimpinnya ianya adalah jenayah siber.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
3 November 2011

Maraton lelaki 100 tahun

Posted: 03 Nov 2011 12:40 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

FAUJA SINGH menamatkan larian Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.

Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.

Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.

Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.

Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.

Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.

Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.

"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.

Luar biasa

Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.

"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.

"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."

Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.

Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.

Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.

Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.

"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.

Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.

"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.

"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.

Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.

Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

kosmo/-

PAS rayu JAIS lindung Islam, jangan tangkap pendakwah

Posted: 03 Nov 2011 12:30 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ULASAN Terkilan benar perasaan saya apabila terpampang wajah saudara Bob Lokman di dada akhbar sebagai orang yang dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk ditangkap malah waran tangkap telah pun dikeluarkan, sebagaimana terkilannya saya apabila pihak Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Abd Aziz Bari baru - baru ini.

Apakah telah hilang budi bicara sang penguasa dalam negara ini? Asal sahaja kuasa di tangan, biarpun hanya sekelumit dan sementara maka rakusnya tak ubah seperti mereka berkuasa selamanya.

Saya tahu, "dosa" Bob Lokman ialah kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah tanpa tauliah. Begitulah peraturan yang ada. Mengajar tanpa tauliah itu salah menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Saya tidak mahu mempersoalkan peraturan tersebut kerana asasnya peraturan itu dibuat adalah untuk mengawal penyebaran dan kesucian agama Islam.

Persoalan yang mahu saya tegaskan di sini ialah di mana budi bicara JAIS, sebagaimana JAIS menggunakan budi bicaranya untuk tidak menyerbu masuk DUMC tempohari walaupun mereka bertindak dari maklumat yang dilaporkan dan saya menyokong langkah tersebut, maka ke mana pula perginya budi bicara itu terhadap Bob Lokman?

Bob Lokman seorang artis dan selebriti yang baru berhijrah, menjalani kehidupan barunya bersama jamaah Islam. Saban minggu Bob Lokman menyertai usrah dan majlis ilmu. Lebih menarik, sedikit ilmu yang beliau perolehi maka segera disebarkan melalui kemahirannya berkomunikasi dengan audien.

Anak muda

Kini Bob Lokman berjaya menarik minat anak-anak muda kepada majlis ilmu dan berjuang bersama jamaah Islam.

Malangnya, semangat beliau untuk aktif menuntut dan menyampaikan ilmu terganggu ekoran tindakan JAIS.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Bob Lokman sendiri betapa beliau turut sedih kerana sepanjang beliau berada dalam dunia artis dan hiburan, beliau tidak pernah diancam dan rasa terancam oleh mana - mana pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama.

Tetapi, apabila beliau mula mahu berubah, menuntut ilmu dan menyampaikannya serba sedikit apa yang beliau tahu, kini beliau berdepan dengan ancaman JAIS yang telah pun memiliki waran untuk menangkap beliau.

Dosanya hanya kerana tidak mempunyai tauliah. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, apakah tiada budi bicara JAIS terhadap Bob Lokman untuk menyelesaikan perkara ini tanpa perlu memburu dan menangkapnya seperti penjenayah?

Tujuan tauliah ialah untuk mengawal kesucian agama islam agar tiada pembawa ajaran sesat bebas menyampaikan ajarannya. Justeru itu, alangkah baik jika pihak JAIS memanggil atau menyiasat terlebih dahulu, apakah Bob Lokman terlibat dalam aktiviti ajaran sesat?

Apakah penyampaian Bob Lokman bertentangan dengan ajaran Islam? Jika tidak, maka kesalahan tidak memiliki tauliah itu bolehlah diselesaikan secara lebih baik dan harmoni tanpa perlu menangkapnya laksana seorang penjenayah.

Mesra pendakwah

Saya menggesa agar pihak JAIS lebih mesra pendakwah dan mencari jalan bagaimana mekanisme pemberian tauliah itu dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Jika mereka didapati salah dalam penyampaian dan tidak menepati peraturan yang ada, pihak JAIS boleh mendidik dan membimbing atau memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya menegaskan perkara ini kerana melihat kepada realiti yang dihadapi oleh ummat Islam hari ini yang sangat memerlukan pendakwah dan pembimbing untuk mengeluarkan mereka dari kepungan jahiliah moden yang semakin meruncing dan mengelirukan sehingga nilai akhlak, moral dan aqidah ummah kian luntur.

Bayangkanlah keadaan ummat Islam di negara kita sekarang! Sudahlah mereka berdepan dengan pelbagai ancaman yang merosakkan nilai ilmu, agama dan iman mereka, kini mereka terus terasing dan semakin sulit untuk mendekati kehidupan beragama.

Masjid sepi tanpa majlis ilmu sementara pendakwah ditangkap. Lebih malang pemburunya adalah Jabatan Agama sendiri. Bagaimanalah kita mahu melahirkan masyarakat yang solehah dengan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT?

JAIS selayaknya menjadi penaung kepada kegiatan ilmu dan agama, bukan pengancam dan pengugut sehingga menakutkan orang mahu menyampaikan Islam sedang Nabi saw mengajar kita semua menyampaikan ilmu Islam ini walaupun satu ayat!

Saya cadangkan agar JAIS mengambil tindakan segera lalu menganugerahkan tauliah secara menyeluruh kepada para pendakwah yang gigih dan benar ilmu mereka.

"Lebih merugikan kalau ada yang memiliki tauliah tetapi hanya diam di pejabat berhawa dingin. Segan dan malas untuk turun ke masjid surau bagi mendidik dan membimbing ummah. Lebih memilukan apabila pihak Jabatan Agama Islam hanya peka menghidu kegiatan pendakwah dan penceramah tanpa tauliah sekalipun nun di masjid hujung kampung sedang mereka gagal mengesan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran yang wajib dicegah sekalipun hanya di sebelah pejabat mereka."

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malysiakini.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

Mansuh AUKU : Mahasiswa & Ahli Akademik Sokong

Posted: 03 Nov 2011 12:22 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 NOV: Golongan mahasiswa dan ahli akademik menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan berhubung Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru menyeru kerajaan memansuhkan akta berkenaan dengan segera demi kebebasan mahasiswa dan ahli akademik.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan yang dihubungi Sela-ngor Kini berkata, golongan mahasiswa di negara ini telah berjuang sejak tahun 1970-an bagi mendesak akta ini dimansuhkan.

"Gamis berpandangan bahawa Auku ini perlu dimansuhkan segera oleh kerajaan dan perlu menggantikannya dengan satu akta baharu yang lebih mesra kepada mahasiswa dan akta baharu ini diharap mempunyai roh dan semangat perlembagaan dan menyunjung prinsip kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa.

"Jika ISA dihapuskan kerana desakan ramai dan tekanan awam, maka Auku juga sama. Sifat zalim dan menyekat Auku adalah serupa dan senada de-ngan apa yang ada dalam ISA," katanya.

Ahli Akademik dan Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang dihubungi pula berkata, keputusan Mahkamah Rayuan ini perlu diterjemahkan oleh kerajaan dengan memansuhkan akta tersebut yang bersifat zalim dan mengongkong sepertimana akta hasutan, akta mesin cetak dan ISA.

"Ia merupakan satu keputusan yang berani oleh para hakim. Saya melihat perlunya komitmen kerajaan sedia ada untuk memansuhkan Auku ini yang menghalang kebebasan mahasiswa untuk menyatakan pandangan dan dunia akademik itu sendiri.

"Saya juga melihat tidak perlu untuk kerajaan menggantikan Auku ini dengan akta yang baharu kerana seperti yang kita ketahui Auku ini wujud pada era tahun 1970 dan pada ketika itu universiti sudahpun wujud di Malaysia, " katanya.

Dr Aziz Bari juga berkata jika kerajaan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada tiada kesungguhan untuk mengembalikan hak kebebasan mahasiswa dan akademik di Malaysia.

Dalam pada itu golongan mahasiswa yang ditemuramah turut menyatakan sokongan agar Auku dimansuhkan supaya mahasiswa mempunyai ruang dan kebebasan bersuara.

tv news/-


[Waspada] Kerana Mahu Badan Lansing, Gadis Dungun Menderita Kulit Melecur

Posted: 03 Nov 2011 12:00 AM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sura Gate (Dungun): Impian seorang gadis sunti untuk memiliki badan langsing lebur apabila sebahagian daripada kulitnya hampir melecur dipercayai kesan penggunaan alat kosmetik selepas melalui beberapa siri rawatan di sebuah pusat kecantikan di sini.

Lebih mendukacitakan, wang untuk membiayai kos rawatan terbabit berjumlah RM1,030 turut hangus, biarpun dia dikatakan gagal mendapat faedah daripada rawatan diterima.

Menceritakan pengala­man­ pahit itu, mangsa, Noor Aishah Azmi, 22, berkata, dia terpedaya dengan iklan yang ditawarkan di pusat kecantikan itu, yang mendakwa dapat melangsingkan badan, sebelum mendaftar untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan yang beroperasi di Pusat Niaga Sura Gate itu.

Aishah berkata, dia membuat pembayaran secara beransur-ansur dan selepas lima kali menerima rawatan, dia sudah menjelaskan wang RM1,030 seperti yang dipersetujui.

Namun selepas kali terakhir mengikuti rawatan itu, kulitnya menggelupas dan terasa pedih, sebelum melecur serta melekat pada seluar.

Aishah berkata, dia juga turut mengalami muntah-muntah, sengal badan selain bengkak pada paha.

"Apabila saya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan pusat kecantikan tersebut dan memohon wang saya dikembalikan, mereka tidak mahu bertanggung jawab dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

"Akhirnya saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Dungun pada 17 Oktober lalu agar kes saya ini mendapat pembelaan daripada pihak berwajib," katanya.
Menurut Aishah, dia juga sudah melantik peguam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pusat kecantikan itu, selain membuat tuntutan ganti rugi pelbagai. -SH


Operasi Syabas Diaudit

Posted: 02 Nov 2011 11:40 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 NOV : Dua firma perakaunan yang dilantik kerajaan Selangor akan menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) minggu ini sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hasil laporan berkenaan akan dikemukakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa loji pembersihan milik kerajaan negeri, yang diurus Syabas, tidak mengeluarkan air terawat mencukupi.

"Ini (dakwaan Syabas tidak keluar air terawat mencukupi) adalah soal teknikal.

"Kita akan terangkan selepas audit terhadap Syabas dibuat dan saya akan kemukakan apa yang audit buat nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor melantik Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow untuk menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syabas sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini tanpa bergantung kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Beliau berkata kajian itu dijalankan terutama daripada segi penggunaan aset negeri termasuk loji pembersihan yang akan dipulihkan semula supaya Selangor mempunyai air terawat yang mencukupi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai skim premium tanah yang diperkenalkan pada Jun lalu.

"Skim ini adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama. Kita tidak memaksa pemilik tanah memilih skim baru ini sebaliknya terletak di tangan mereka mengikut tahap kemampuan," katanya dipetik daripada BERNAMA.

Beliau berkata kerajaan negeri turut bersedia untuk berdebat mengenai isu terbabit jika masih ada pihak yang tidak memahami polisi berkenaan walaupun setelah menghadiri sesi taklimat.

tv news/-

Banjir: Kedah buat persediaan awal

Posted: 02 Nov 2011 11:40 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah membuat persiapan awal menghadapi banjir di negeri itu yang dijangka berlaku pada musim tengkujung penghujung November ini.

Sehingga kini, kerajaan negeri telah membeli 16 buah bot sebagai tambahan kepada bot-bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bot-bot tersebut akan diagihkan mengikut keutamaan kepada daerah yang mudah dinaiki air seperti Padang Terap, Kubang pasu, Pendang dan Pokok Sena.

"Jangan bimbang semua daerah akan mendapat bot dan keutamaan akan diberi kepada daerah-daerah yang sering dilanda banjir," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Katanya, bot-bot jenis ini ringan kerana diperbuat daripada aluminium dan sesuai dengan suasana banjir yang kedalaman air berbeza mengikut tinggi rendah kawasan berkenaan.

Untuk berhadapan banjir tahun ini, kerajaan negeri juga ujarnya memperuntukan jumlah hampir sama dengan tahun lepas iaitu RM3 juta.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu mungkin berubah bergantung kepada keadaan banjir itu sendiri.

"Tahun lepas kita peruntukan RM3 juta dan tahun ini mungkin sekitar jumlah itu tetapi terletak kepada banjir itu sekiranya sama dengan lepas ataupun lebih besar," katanya bagi menjawab soalan media yang ingin tahu mengenai jumlah yang diperuntukan.

Selain itu, sebagai persiapan awal juga, setiap daerah telah diarah memberi taklimat kepada Penghulu, Majlis Komuniti Ketua Kampong (MKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung berhubung persedian menghadapi banjir.

harakahdaily/-

Kelantan buat persiapan awal hadapi kempen musim depan

Posted: 02 Nov 2011 11:30 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JUARA Liga Super, Kelantan membuat persiapan awal bagi menghadapi kempen Liga M musim depan apabila barisan The Red Warriors mula menjadi latihan semalam.

Bagaimanapun, sesi latihan pertama itu tanpa kelibat beberapa pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Izuan Solahuddin dan Mohamad Ab. Aziz Ismail yang kini bersama skuad Bawah 23 tahun negara bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia.
Penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pula dikhabarkan menjalani rawatan di Kuala Lumpur.

Pengendali Kelantan, Peter James Butler berkata, meskipun tanpa beberapa tonggak utama, ia tidak menjejaskan sesi latihan tersebut yang turut melibatkan beberapa pemain skuad Piala Presiden.

"Ini merupakan latihan pertama bagi semua pemain. Bagi saya, ia lebih kepada latihan biasa sahaja dan saya tidak mahu mengejutkan pemain dengan corak latihan keras.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu di sini (Kota Bharu) mengganggu sedikit latihan kerana padang menjadi becak.

"Begitupun, saya mahu semua pemain berlatih dalam suasana yang santai dan gembira," katanya semalam.

Tambah Butler, beliau tidak terlalu menekankan soal kecergasan memandangkan pemain-pemainnya berehat terlalu lama.

Sesi latihan tersebut turut disertai empat pemain import iaitu Emmanuel Okine dan Denny Antwi dari Ghana, Chikondi Mpulula (Malawi) dan Jean Black (Belanda).

Difahamkan, Mpulula dan Black telah diarahkan untuk berkemas pulang setelah didapati tidak memenuhi kriteria ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Kosmo


Wanita lahir anak perempuan didenda

Posted: 02 Nov 2011 09:00 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.

Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.
Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

"Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan," katanya.
Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.

"Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini," katanya.

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.

"Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai," kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri.

Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi

Penunjuk perasaan sami Nepal protes anti-China

Posted: 02 Nov 2011 08:40 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Polis Nepal menahan penunjuk perasaan disertai sami semasa protes anti-China di Kathmandu, Nepal. kelmarin. Lebih 60 orang ditahan selepas upacara keagamaan bagi memperingati sami yang membakar diri bertukar ganas di kem pelarian Jwalakhel di daerah Lalitpur itu.

Pesawat Boeing 767 LOT selamat mendarat tanpa roda di Warsaw

Posted: 02 Nov 2011 08:30 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DETIK-detik cemas semasa pesawat Boeing 767 milik Penerbangan LOT Poland melakukan pendaratan cemas tanpa roda di Lapangan Terbang Warsaw di Poland, kelmarin. - REUTERS

WARSAW 2 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 767 membawa seramai 231 orang selamat mendarat selepas ia mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Lapangan Terbang Warsaw, hari ini.

Jurucakap syarikat penerbangan LOT Polish Airlines di Poland berkata, anggota bomba dan ambulans dikerah ke tempat kejadian dan kesemua 220 orang penumpang serta 11 orang krew selamat dikeluarkan dari pesawat penumpang itu.

Menurut jurucakap LOT, Leszek Chorzewski, pesawat Boeing 767-300 itu yang dalam perjalanan dari Newark, Amerika Syarikat berjaya melakukan pendaratan kecemasan selepas mengalami kegagalan pada gear pendaratan.

"Pesawat tersebut selamat mendarat pada badannya di landasan itu yang telah disembur dengan bahan perencat api yang istimewa.

"Kesemua penumpang selamat diturunkan (dari pesawat) dan tiada sesiapa yang cedera," katanya.

Rakaman video pendaratan kecemasan yang disiarkan beberapa minit selepas kemalangan tersebut menerusi stesen televisyen tempatan, TVN24 menunjukkan badan pesawat tersebut tergelincir di landasan dan mengeluarkan asap putih.

Percikan api turut kelihatan di enjin jet yang terletak di kepaknya ketika pesawat itu tergelincir.

Penumpang kemudian keluar dari pesawat tersebut menggunakan gelongsor kecemasan dengan bantuan krew lapangan terbang. - AFP

Hendak beri markah pun pensyarah tidak bebas

Posted: 02 Nov 2011 08:30 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dalam kita sibuk memperkatakan tentang kebebasan para akademik untuk bersuara, sedarkah kita bahawa kadangkala mereka tidak juga bebas dalam kerja-kerja seharian mereka seperti memberikan markah kepada pelajar-pelajar mereka? Kenapa saya mengatakan demikian? Untuk lebih memahami apa yang saya maksudkan, saya mempersembahkan beberapa scenario yang telah dan sedang berlaku di universiti-universiti kita.

Senario 1: Pihak Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menaik-tarafkan guru-guru yang tidak mempunyai ijazah dengan menganjurkan kursus-kursus PJJ di universiti-universiti tempatan. Kesemua pensyarah telah 'diminta' supaya tidak menggagalkan walau seorang pun pelajar walaupun ada sebahagian yang tidak melepasi tahap lulus. Ini adalah kerana Kementerian 'amat bertimbang rasa' terhadap guru-guru tersebut dan mahukan semua mereka berjaya mendapat ijazah.

Senario 2: Di kolej-kolej swasta para pelajar Muslim diwajibkan mengambil pelajaran Agama Islam sementara pelajar-pelajar bukan Islam pula diwajibkan mengambil pelajaran moral. Pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek-subjek tersebut telah secara awal-awal lagi diberitahu supaya tidak menggagalkan mana-mana pelajar. Ini adalah supaya pelajar-pelajar kolej tersebut tidak dibebankan dengan mengulangi subjek 'sampingan' sekiranya gagal subjek tersebut.

Senario 3: Seorang pensyarah telah didapati mengeluarakan kenyataan yang bertentangan dengan pihak pengurusan tertinggi universiti. Dekan beliau telah diarahkan supaya tidak membenarkan beliau mengajar pada semester tersebut. (Dikhuatiri mempengaruhi pemikiran pelajar mungkin?)

Senario 4: Seorang pensyarah yang baru menamatkan ijazah kedoktorannya telah diambil mengajar oleh sebuah universiti kerana kepakarannya dalam bidang sains politik. Di antara subjek yang akan ditawrkan kepada pelajar-pelajar pada semester tersebut adalah berkenaan politik Malaysia. Memandangkan pensyarah tersebut diketahui mempunyai kecenderungan kepada pihak pembangkang, pensyarah tersebut tidak dibenarkan mengajar subjek tersebut. (Dr Syed Azman pasti tersenyum membaca tentang hal ini).

Cuba kita bayangkan yang kita berada dalam situasi-situasi di atas. Apakah yang akan kita lakukan? Bayangkan, untuk memberikan markah kepada para pelajar pun seseorang pensyarah itu tidak bebas. Bayangkan juga tentang kualiti para pelajar nanti. Apa yang berlaku pada Prof. Aziz Bari adalah sebahagian sahaja daripada kongkongan pihak atasan terhadap para pensyarah. Tidak mustahil perkara yang sama berlaku kepada guru-guru di sekolah (yang mungkin diminta untuk menaikkan markah-markah para pelajar demi mengejar 'ranking').

Adalah diharapkan senario ini tidak terus berlaku. Para pendidik, baik para guru atau pensyarah harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan hak mereka daripada tidak terus ditekan oleh 'tangan-tangan ghaib' dari atas. Pihak masyarakat awam juga hendaklah memberi sokongan kepada para guru dan para pensyarah. Sekiranya campurtangan dari pihak atasan terus berlaku, nescaya kualiti pendidikan kita akan terus menjadi korban.

harakahdaily/-

Thailand pindah kereta kebal untuk bersih kesan banjir

Posted: 02 Nov 2011 08:20 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Anggota tentera Thailand memindahkan kereta kebal di 4th Cavalry Division King's Guard di Bangkok, kelmarin. Media tempatan melaporkan usaha mengepam air banjir ke laut di sekitar utara. Bangkok mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari.

sinar harian/-

Israel terus bina penempatan haram

Posted: 02 Nov 2011 08:00 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Israel mengikut jejak sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kerana memberi keanggotaan penuh kepada Palestin dengan mengarahkan pembinaan segera 2,000 unit rumah lagi untuk penempatan haram golongan Yahudi di Baitulmaqdis Timur.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu semasa mempengerusikan mesyuarat lapan menteri kanan, kelmarin dan menganggap keputusan tersebut kononnya sebagai sebahagian daripada kandungan syarat rundingan damai antara Israel-Palestin pada masa hadapan.

Netanyahu turut memutuskan untuk membekukan pemindahan hasil cukai kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana tidak berpuas hati dengan negara itu yang telah berjaya menganggotai badan pertama antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut.
Assist children in accessing better residential care. Click here.

Sebanyak 1,650 unit rumah akan dibina di Baitulmaqdis Timur dan selebihnya di Tebing Barat.

Keputusan rejim Zionis itu turut mencetuskan kemarahan bekas ketua rundingan Palestin, Saeb Erakat, beliau menegaskan pembinaan pesat tersebut sebenarnya bermotifkan politik serta ia hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak.

"Tanah yang dijadikan tempat pembinaan penempatan haram itu sebenarnya milik Palestin. Israel juga dilihat sengaja membekukan hasil cukai yang sepatutnya menjadi hak kami," menurutnya lagi.

Erakat turut mempertikaikan tindakan AS dan Israel yang dilihat seperti takut dengan bayang-bayang sendiri selepas Palestin menerima sokongan 107 negara bagi membolehkannya menjadi negara ke-195 untuk diiktiraf oleh badan antarabangsa itu.

Sinar

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Bayar Hutang BN

Posted: 02 Nov 2011 07:40 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN 2 NOV : Sejak mengambil alih Pulau Pinang pada Mac 2008, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya melangsaikan sejumlah RM600.47 juta atau 95.29 peratus jumlah hutang kerajaan negeri terdahulu.
Kejayaan ini menjadikan baki hutang semasa kerajaan negeri sekarang ialah RM29.66 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini baharu-baharu ini.

Guan Eng menjelaskan baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Arcade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Kita telah bayar hutang ini, tetapi kebanyakannya adalah kerana projek air yang mana telah diusahakan oleh kerajaan dulu (BN).

"kita merasakan ianya perlu dilangsaikan kerana kalau tidak ia akan menjadi beban kepada kerajaan Pulau Pinang,"jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang Adun Barisan Nasional yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang gagal menguruskan kewangan negeri sejak memerintah.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 jelas menunjukkan kedudukan kewangan kerajaan negeri meningkat walaupun terpaksa melangsaikan hutang kerajaan terdahulu.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu, meningkat pada tahun lepas.

Sebagai makluman, Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009).

tv news/-

Kerja lain: Graduan ISMP bantah Muhyiddin

Posted: 02 Nov 2011 07:40 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 'cari kerja lain' sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.

Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.

Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Yuyu Luna ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan piket yang berlangsung selama empat jam itu telah menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan ISMP yang dikatakan telah dinafikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Piket tengah hari semalam telah dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Mahasiswa yang dicetus oleh wakil LMP sebuah 'front' Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Adam Adli dan wakil Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Wan Ahmad Fathi.

"Gabungan mahasiswa ini turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta 'front' mahasiswa UPSI yg lain," jelasnya.

Tambah Yuyu lagi, piket itu kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum Tujuh Tuntutan Mahasiswa ISMP oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPSI kepada TNC Penyelidikan dan Inovasi, Datuk Noraini.

"Tujuh tuntutan itu termasuklah menuntut Timbalan Perdana Menteri menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan ISMP, mengurangkan pengambilan Guru Sandaran Tidak Tetap serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

"Tuntutan lain termasuklah menuntut agar unjuran pengambilan guru yang tepat dan telus dikeluarkan agar universiti boleh membuat unjuran pengambilan pelajar yang tidak merugikan," ujarnya lagi.

Yuyu juga memberitahu gabungan itu berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

"Petisyen tersebut telah diedarkan disekitar kampus dan kolej-kolej kediaman dan sehingga kini tandatangan yang kita perolehi menjangkau angka sepuluh ribu.

"Ia bakal diserahkan sendiri oleh wakil-wakil mahasiswa kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan nanti," tambahnya lagi.

Sebelum itu, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan Buletin Utama pada 30 Oktober lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan ISMP yang tidak ditaja KPM.

Selain itu, beliau turut menyebut bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja di tempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka.

Muhyiddin turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.

Yuyu berkata, Muhyiddin sekarang berdepan dengan kemarahan mahasiswa di UPSI jika isu tersebut tidak diselesai segera selain memenuhi tujuh tuntutan memorandum tersebut.

harakahdaily/-

50 maut kena renjatan elektrik

Posted: 02 Nov 2011 07:30 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.

Penduduk Bangkok redah banjir hadapi risiko baru

BANGKOK: Banjir dilaporkan semakin buruk di ibu negara Thailand berikutan lebih banyak kawasan tenggelam manakala jalan raya tidak dapat dilalui.
Lebih 50 penduduk dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik sewaktu memindahkan barangan mereka ketika meredah banjir.

Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Pornthep Siriwanarangsan melahirkan kebimbangannya berikutan semakin ramai penduduk yang terbunuh terkena renjatan elektrik.

Beliau berkata, walaupun angka rasmi kematian akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir masih lagi 17, lawatan beliau ke penempatan dan pertemuan dengan penduduk terjejas mendapati jumlahnya 50 kes.

Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan Bang Phai, berikutan banjir semakin buruk. Bang Phai berada di daerah Bang Khae di Bangkok.

BMA menyenaraikan kawasan daerah Bang Chan di daerah Klong Sam Wa di Bangkok sebagai kawasan dalam pemerhatian.
Gabenor Bangkok, MR Sukhumbhand Paribatra turut bimbang mengenai zon barat di ibu negara itu.

"Sistem saliran air di sana tidak baik seperti di zon timur," katanya.
Kawasan yang dilanda banjir, Bang Khae dan Thawee Watthana adalah antara daerah di zon barat.

"Paras banjir kini melebihi satu meter," kata Samart Khemthong, seorang daripada mangsa di sana. Kampungnya, Sakunthip berada berhampiran dengan terusan Thawee Watthana.

Katanya 30 daripada 350 keluarga berkhemah di luar perkampungan mereka bagi menghalang harta benda mereka dicuri.

"Kami sangat memerlukan sebuah bot sekarang ini," kata Samart.

Sanya Sheenimit, yang mengetuai Jabatan Saliran dan Pengairan BMA berkata bahawa pegawai BMA menggunakan bot di kawasan barat yang dilanda banjir.

"Kami sudah memasang lebih banyak pam dan meletakkan penghadang air," katanya.

Sukhumbhand berkata, banjir menjadi ancaman di zon timur Bangkok selepas kerajaan mengarahkan pintu air di terusan Klong Sam Wa dialihkan.

"Lebih banyak tempat di zon timur termasuk kawasan perindustrian Bang Chan berisiko dilanda banjir," katanya. – Agensi

Sijil halal cuka buatan Jepun

Posted: 02 Nov 2011 07:20 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA sedia bekerjasama dengan Jepun mendapatkan status halal bagi pasaran cuka buatan ke negara-negara Islam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Melaka sedia menjadi pihak tengah untuk membantu Jepun mendapatkan sijil halal bagi membolehkan cuka buatan yang dikeluarkan di negara itu memasuki pasaran Asia Barat dan negara-negara Islam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cuka itu yang dikenali sebagai kurozu popular di Jepun sebagai minuman kesihatan untuk penjagaan kulit dan awet muda, boleh turut dimanfaatkan umat Islam jika diproses mengikut syariat Islam.

"Oleh itu, sijil halal khasnya daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) diperlukan bagi produk daripada beras dan ragi yang diperam ini untuk menarik minat pengguna Islam di merata dunia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama dari Jepun semalam.

Proses pembuatan cuka itu, yang diperam dalam tempayan untuk tempoh tertentu, sama seperti proses pembuatan kicap yang menggunakan bahan asas kacang soya.

Mohd. Ali yang sedang dalam lawatan kerja empat hari ke Jepun, melontarkan idea itu pada jamuan malam bersama Persatuan Persahabatan Malaysia-Kagoshima (KMFA) yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia Osaka di sini malam tadi.

kosmo/-

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

Posted: 02 Nov 2011 07:00 PM PDT

6 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.

Selepas menyemak indeks berkenaan, saya dapati memang ada pertalian rapat di antara ranking demokrasi dan korupsi, kecuali untuk Singapura. Lima negara teratas demokrasi, seperti Denmark, Sweden, Finland, New Zealand dan Switzerland juga menduduki posisi lima negara terbaik dari segi ranking antirasuah. (Malang sekali apabila negara-negara Islam tercorot jauh ke belakang).

Program negara kebajikan mereka juga dikenali seluruh dunia. Memang peratus peruntukan kebajikan buat rakyatnya daripada KDNK begitu tinggi, dan cukai yang dikenakan ke atas rakyatnya juga besar, tetapi saya kira dengan pengurusan kewangannya yang telus dan berhemah, pembayar cukai akan berlapang dada. (Sebenarnya kadar cukai di Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun individu, tidaklah jauh berbeda dengan cukai di negara berkenaan).

Sedangkan negara kita saban tahun menyaksikan pembaziran dan salahguna berleluasa, antaranya ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan berterusan mengenai ketirisan puluhan bilion ringgit, maka pembayar cukai sentiasa memprotes dalam diam (dan mutakhir ini berani meledakkannya di petak undi).

Lebih keras apabila Mat Sabu menujukan teguran langsung kepada sahabat-sahabatnya, dalam saf kepemimpinan Parti Islam, PAS sendiri. Beliau mahu teladan lebih unggul, terutama dalam urustadbir sumber negeri dan amalan integriti dizahirkan secara lebih meluas. Jangan sewenangnya ghairah menggunakan 'hak' untuk menikmati keistimewaan atas jawatan dalam kerajaan (yang digubal Umno-BN semasa mereka berkuasa); seharusnya budaya hidup sederhana dipraktikkan.

Sesungguhnya integriti tidak akan dicapai melalui undang-undang atau institusi formal semata-mata. Seseorang individu itu kekal mengamalkan prinsip dan nilai hidup unggul meskipun dihapuskan segala kekangan perundangan serta adat dan kebiasaan tertentu dalam masyarakat. Justeru, konsep ehsan dalam Islam merupakan jawapan terbaik. Cukup malang jika aktivis gerakan Islam boleh mengetepikan integriti selepas diuliti kekuasaan.

Kisah hidup Umar Abdul Aziz, seperti diungkapkan Dr Siddiq Fadzil, perlu ditelani pemimpin gerakan Islam: "Ditakdirkan Umar tampil pada zaman menggejalanya kehidupan materialistik. Beliau cukup menyedari gaya hidup bermewah-mewah adalah punca utama pelbagai kebejatan moral, sosial, politik dan ekonomi ... membuka ruang rasuah, penyalahgunaan harta awam.

"Untuk menutup ruang kebejatan itulah Umar berusaha mempromosikan gaya hidup sederhana dengan menampilkan diri dan keluarganya sebagai teladan yang hidup ... Memang tidak mudah melaksanakan langkah korektif apabila ia melibatkan kepentingan keluarga dan kerabatnya sendiri. ...

"Keadilan sosial tidak hanya dikhayalkan .... direalisasikannya menerusi agenda pemerataan keadilan dan kesejahteraan, termasuk perapatan jurang kaya miskin."

Meneliti realiti di negara kita, saya semakin sedih terutama selepas membaca prakata buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International Malaysia: "Masyarakat Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur dengan rasuah. Kita menerima adalah tidak menjadi kesalahan untuk terlibat dalam rasuah asalkan kita sendiri memperoleh sesuatu atau merasa selesa.

"Justeru, kita sering menutup mata terhadap perlakuan rasuah dalam semua bentuk, dan tidak mengendahkan soal kurangnya akauntabiliti dan urus tadbir dalam urusan menerajui sumber negara, asalkan pemimpin politik berupaya memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, meskipun tidak sebanyak mana atau tidak setimpal sekalipun berbanding dengan ketirisan yang berlaku."

Mungkin ada baiknya difirkan secara mendalam cadangan seorang rakan yang mahukan setiap calon PAS dalam PRU13 membuat pengisytiharan harta, iaitu salah satu elemen penting untuk mengekalkan integriti. "Kita sudah berkuasa di beberapa negeri, dan ramai pemimpin yang memegang jawatan kerajaan. Tanpa perlu diminta, biarlah kita menunjukkan teladan dengan secara sukarela membuat perisytiharan aset, agar nampak kita berpegang dengan ketelusan dan transparensi," hujahnya.

Di Amerika Syarikat, calon-calon yang bertanding akan meneliti borang perisytiharan sesama sendiri dan menjadikannya isu jika ada calon yang hidup mewah di luar kemampuannya. Borang yang menghendaki perisytiharan tentang sumbangan dan perbelanjaan kempen juga tidak terkecuali.

Jika ada calon mendakwa hanya menerima sumbangan sederhana tetapi menaiki jet sewa dan tinggal di hotel mewah, maka calon saingan akan menjadinya isu. Terdapat juga kumpulan masyarakat sivil yang memeriksa borang dan laporan tentang ahli politik yang membuat perisytiharan meragukan.

Wajar sekali pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sedaya mungkin membuktikan bahawa dengan keterbatasan ruang lingkup yang ada, mereka secara jujur mahu mempraktikkan segala amalan mulia yang dilaungkan. Akhlak, integriti dan etika menjadi budaya hidup dalam menerajui amanah rakyat.

Kelak akan tampil menyerlah perbedaan nyata sosok tubuh dan perwatakan seorang ahli politik Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dengan Barisan Nasional, setelah terbukti berjaya melepasi godaan kuasa yang menggila itu.

harakahdaily/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 03 Nov 2011 01:08 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS sokong piket MTUC di Perai – Pemuda

Posted: 03 Nov 2011 12:56 AM PDT

PAS Pulau Pinang hari ini menyokong inisiatif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melancarkan piket pada 5 petang ini di perkarangan Pearl View Hotel, Seberang Perai Tengah. Wakil Dewan Pemuda PAS negeri, Dzulfahmi Abu Bakar (gambar) berkata pihaknya akan berusaha mobilisasi rakyat sebagai tanda sokongan pada membantah cadangan pindaan kepada Akta Pekerjaan yang diluluskan di Dewan [...]

Pentas Pemuda PAS Balik Pulau

Posted: 02 Nov 2011 07:55 AM PDT

P.Pinang ‘kecil-kecil cili padi’ – Salleh Man

Posted: 02 Nov 2011 07:50 AM PDT

Rekod kejayaan Pulau Pinang tidak ubah bak “kecil-kecil cili padi” berbanding negeri-negeri lain, kata Datuk Salleh Man (atas, kopiah puteh). Adun Permatang Pasir itu berkata demikian berdasarkan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai penyumbang tertinggi pelaburan asing langsung (FDI) berbanding negeri-negeri lain. “Ia adalah umpama ‘kecil-kecil cili padi’ kerana adalah sesuatu yang mengkagumkan melihat (kerajaan [...]

Salam Perjuangan

Posted: 02 Nov 2011 11:46 PM PDT

Salam Perjuangan


UMNO TERLENA DI SAAT ISLAM DIHINA

Posted: 02 Nov 2011 08:51 AM PDT

5 Dzulhijjah 1432 H | 2 November 2011

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.


PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang, dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.
 

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.
 

Apa yang mendukacitakan ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.


Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam.
 

Tindakan bacul ini akan hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA, sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa.


Lebih malang kini, Umno yang menjadi tulang belakang BN bersikap diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponan BN terhadap ajaran Islam. Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno mengambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Peghelih La...

Posted: 02 Nov 2011 11:37 PM PDT

Peghelih La...


Pertemuan dengan AMK dan DAPSY Perlis

Posted: 02 Nov 2011 01:53 AM PDT

SEPAKAT .... Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Perlis diketuai Ustaz Yussaine Yahya mengadakan pertemuan dengan pimpinan Angkatan Muda KeADILan Perlis dan Pemuda DAP (DAPSY) Perlis di Kompleks PAS Perlis malam tadi bagi menyusun jentera serta merangka gerakerja menghadapi pilihanraya umum akan datang.

SU Agung: Ahli PAS kena terima sistem dua parti jika mahu tumbang BN

Posted: 02 Nov 2011 01:50 AM PDT

The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 30 Okt – Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, PAS menegaskan sistem dua parti pasti akan menjadi kenyataan di negara ini dalam waktu terdekat dan ia sangat penting untuk mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN).

PAS kini menganggotai Pakatan Rakyat yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008. Dua rakannya ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat - dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangkakan sistem dua parti akan menjadi realiti sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut.

Mustafa berkata keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem dua parti ekoran kegagalan mereka memahami tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini meskipun ada pelawaan Umno untuk mewujudkan kerjasama politik dan mengadakan kerajaan perpaduan, PAS tetap menolak tawaran itu, sebaliknya berjanji akan kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kerjasama itu membawa kepada kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat yang memperoleh 84 kerusi juga menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Mustafa setersunya berkata perkembangan ke arah kewujudan sistem dua parti telah pun berlaku di negara ini dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti Melayu Semangat 46 (S46) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.

"Sistem dua parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya.

"Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya," katanya dipetik Harakahdaily.

Mustafa berkata, kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.

"Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun 'bermerah mata' membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya.

Konsep tahaluf siyasi kata beliau, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Jelas beliau, perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.

"Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS agar menerangkan keperluan tersebut kepada ahli-ahli parti bagi membolehkan konsep tahaluf siyasi difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat.

DPP PADANG TERAP

Posted: 02 Nov 2011 09:46 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Kemunculan Presiden PAS dan Timbalannya di Padang Terap Bulan ini..Nantikan..

Posted: 02 Nov 2011 09:06 PM PDT

Kami Pemuda Padang Terap akan membawakan kepada anda sesuatu yang meletop di Padang Terap..nantikan kemunculan Presiden PAS dan timbalanya Mat Sabu yang penuh kontroversi itu bulan ini. di Padang Terap.. Mai jangan tak mai noh... fb Pemuda Padang Terap

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Nov 2011 09:32 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan

Posted: 02 Nov 2011 08:10 PM PDT



Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan
Nov 3, 2011

Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).




Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".




Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?




"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.



Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

http://malaysiakini.com/news/180357

Majlis Makan Malam PASTI N.Sembilan Nov 2011

Posted: 02 Nov 2011 12:27 AM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM
Sempena Anugerah PASTI Negeri Sembilan 2011
Tarikh : 25 Nov 2011 , Jumaat
Masa : 8 mlm
Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

Pelbagai Acara Menarik :
- Persembahan Artis Jemputan
- Persembahan Pelajar PASTI
- Persembahan Multimedia
- Anugerah Pelajar/Pengurusan/Guru

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 02 Nov 2011 09:10 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Hulurkan sumbangan, ringankan beban

Posted: 02 Nov 2011 10:32 AM PDT

TAWAU, 3 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) dan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah melancarkan usaha mengumpul dana dantajaan bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Nur Ayu Farhana,5 tahun anak kepada mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, DaramansyahBin Lamasa yang menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan yanglalu.

MenurutKetuanya, Lahirul Latigu berkata bahawa pihaknya telah menemui Daramansyah ataulebih dikenali sebagai Abg. Dai serta anaknya di Hospital Tawau, petangkelmarin.

Sehubungandengan itu, DPPNS dan PAS Tawau akan memohon sumbangan orang ramai untukmenghulurkan bantuan dan mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung olehAbg. Dai bagi menguruskan perbelanjaan rawatan dan harian anaknya itu.

"PASSabah akan menggerakkan seluruh jentera untuk memobilasi bantuan kewangan sertatenaga untuk membantu mengurangkan beban yang ditangung oleh beliau," katanya.

Olehitu, mana-mana individu, syarikat korporat atau badan-badan NGO yang inginmembantu beliau bolehlah menghubunginya di talian 019-8732884 atau secara terusmasukkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam: 10-025-02-035575-9 atas namaDARAMANSYAH BIN LAMASA.

Sumbangananda adalah amat dialu-alukan.  

Kompaun saman tinggi, ambil kesempatan kaut keuntungan

Posted: 02 Nov 2011 01:04 AM PDT

TAWAU, 2 Nov: Kadar kompaun kesalahan trafikterutama melibatkan kesalahan meletak kenderaan di luar kawasan petak adalahmenzalimi dan menindas rakyat.

KetuaDewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) Lahirul Latigu, dalam respon segeranyaterhadap pesalah jalan raya ini menyifatkan tindakan pihak berkuasa terutamaPolis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu tindakan yang tidak mencerminkanslogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang dilaung-laungkan.

Beliaumendakwa, pertambahan pengguna jalan raya yang semakin meningkat adalah tidaksetimpal dengan kemudahan kawasan meletak kenderaan untuk keselesaan rakyat.
                                           
"Kawasanmeletak kenderaan terutama kereta tidak cukup untuk menampung pertambahankenderaan ketika ini.

"Manaslogan rakyat didahulukan? Rakyat tidak didahulukan untuk kemudahan keselesaan.Pencapaian sudah tentu tidak memuaskan," dakwanya.

Beliaujuga mempersoal kewajaran bayaran kompaun sebanyak RM100 yang didakwanyaterlalu tinggi nilainya yang dikenakan atas kesalahan tersebut.

Tambahnya,hampir semua rakyat memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk keselesaandan penggunaan harian.

Beliauturut menempelak PDRM dengan mendakwa mengambil kesempatan atas alasan samanuntuk meraih keuntungan.

"ApakahPDRM hari ini mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat dengan menggunakankaedah saman untuk meraih keuntungan?," soalnya.

Beliaumeminta agar PDRM mengkaji semula jumlah kompaun yang dikenakan kepada pesalahtersebut.

"PDRMperlu kaji balik jumlah ini. Rakyat perlu diberi peluang untuk dikurangkankompaun berdasarkan kawasan meletak kenderaan yang tidak mencukupi untukmenampung kadar pengguna jalan raya," pintanya. 

PAS LENGGONG

Posted: 02 Nov 2011 07:18 PM PDT

PAS LENGGONG


Pak Lah dulu pun Tidur juga

Posted: 02 Nov 2011 02:48 AM PDT

Alasan Pak Pandir - Bukan anak andih saja yang mati.



KUALA LUMPUR 2 Nov: Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu.

Laporan AntaraNews.com bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan, lapor KeadilanDaily.

Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.

Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan".





Dah 1000 hari kuasa rakyat dirompak.

Posted: 02 Nov 2011 02:40 AM PDT

Moderator dan perompak itu sekarangni ditanah suci mengerjakan haji? Semoga mereka dapat haji yang mabrur selepas itu di akhirat kelak Allah ambil haji yang mabrur itu diberikan kepada yang dirampas.
Itu janji Allah kepada orang yang menzalimi orang lain. Di akhirat kelak amalan mereka yang zalim itu diberi Allah kepada yang dizalimi. Jika sudah tiada pahala kebajikan maka dosa yang mereka zalimi akan Allah ambil dan diberikan(pikul oleh) penzalim itu.
Najib Moderator rampasan,
Zambry perampas.
Rakyat wajib kenang 1,000 hari 'rampasan kuasa'| Print |
Muhammad Faeez

IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.

Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

"Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah 'kerajaan haram' mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

"Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari 'rampasan kuasa' Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 02 Nov 2011 07:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH ‘BERHIJRAH’

Posted: 02 Nov 2011 06:26 PM PDT

JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH 'BERHIJRAH'

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik 'penghijrahan' beberapa orang artis yang kini berkecimpung di dalam bidang dakwah seperti Ustaz Akhil Hayy, Wardina, Sham Kamikaze, Radhi Melissa, HJ Azmil 'Ali Setan' Mustapha, Iwan Dangdut dan ramai lagi selain Bob Lokman. Kehadiran artis-artis ini telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh.

Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah 'berhijrah' ini mendapat sambutan yang cukup hebat. Selain peminat-peminat 'tegar' artis-artis terbabit, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah dapat menerima penglibatan artis-artis ini di dalam bidang dakwah dan berkongsi pengalaman mereka menerima 'hidayah' petunjuk daripada Allah SWT. Janganlah disebabkan perkara yang terlalu remeh menyebabkan pihak JAIS hilang pertimbangan sehingga mengambil tindakan yang tidak wajar di dalam menghentikan revolusi dakwah baru ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mencadangkan pihak JAIS sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah 'berhijrah' ini dan menjadikan mereka sebagai 'ikon' dakwah JAIS kepada masyarakat. JAIS perlu menyediakan kursus-kursus dan garis panduan dakwah kepada para artis selain mengatur seliakan program-program dakwah yang perlu diisi oleh para artis tersebut untuk menarik minat masyarakat kembali kepada pengamalan Agama Islam yang sebenar.

Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan 'menghukum' yang akan di ambil oleh pihak JAIS ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya akan 'menghanyutkan' semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat JAIS sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah.



USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Nov 2011 03:51 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DATUK K SENATOR, DATUK M HANCOR

Posted: 01 Nov 2011 03:36 PM PDT

Pelik dan teruknya kabinet Najib, dalam menanti ilham nak PRU13 masih melantik senator. Yang dilantik kebetulan kaki bodek sebijik macam Ezam M Noor iaitu Datuk K S Nalla. Ampu BN kutuk Anwar akhirnya dapat senator.Yang Dr Kayveas Presiden PPP terkini terkulat2 mengidam masih kempunan tak dapat dek perrebutan beliau dengan seorang lagi yg pernah mengaku Presiden PPP.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

Ahli perniagaan itu merupakan bekas sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
Beliau pernah menjadi timbalan ketua pemuda MIC pada sekitar tahun 1980an.

Nallakaruppan (kiri) juga pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.
Selain Nallakaruppan, turut akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara, esok adalah ketua pemuda MCA Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Nov 2011 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


DOA NAJIB DI MEKAH MAKBUL... GAJINYA TIDAK DIPOTONG...

Posted: 02 Nov 2011 01:15 AM PDT

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggagalkan usul pembangkang hari ini yang mahu gaji Haji Datuk Seri Najib Razak dipotong ekoran kedudukan pengurusan ekonomi semasa sambil berhujah bahawa hutang negara RM407 bilion adalah sesuatu yang perlu untuk mengatasi krisis kewangan global.


Penyokong-penyokong kerajaan yang menjawab tuduhan pembangkang bahawa Najib (gambar yg bertutup hidung sambil dikawal ketat askar Mekah) gagal menguruskan ekonomi dengan baik berkata, inflasi negara berada dalam keadaan terkawal.

BN menewaskan usul itu selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi laluan kepada proses pengundian.

.... Rosmah pun hebat jugak berdoa tue.... agar segala pemborosan yang dilakukan tidak didedahkan ketika hayatnya...

Dah tak ada rakyat Malaysia yg bijak pandai dah kaa nak lantik jadi SENATOR......!!!

Posted: 01 Nov 2011 11:07 PM PDT




Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator.

Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator.

Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu.

Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR DAH 2 KALI TUNAI HAJI DAA....

Posted: 01 Nov 2011 10:44 PM PDT

Ini gambar DS Anwar Ibrahim dan isteri ketika menunaikan haji seuatu ketika dulu... kenapa tiada gambar terbaru mereka? sebabnya depa pun kene tunggu koata haji bukan macam najib....wakakakaka


Seronok blogger2 pencacai angkat najis UMporNo dok persoal DS Anwar Ibrahim yang didakwa mereka belum lagi mengikut jejak langkah Haji Najib dan Hajjah Rosmah menunaikan kefardhuan Ibadah haji 1432H...

dan hari ini DS Anwar menberi jawapan kepada blogger pencacai angkat najis tersebut bahawa dia telah menunaikan ibadah haji sebanyak 2 kali... so takde la gambar terbaru DS Anwar dan isteri menunaikan haji sebab kewajiban haji hanya SEKALI sahaja bagi yang umat Islam berkemampuan.


so kite tgk le Hajjah Rosmah dan Haji Najib bile balik Malaysia... adakah ada perubahan pada jambulnye... atau hanya membawa pulang haji Malboro...wakakakaka

INI DIA BLOGGER UMNO MASUK PAS

Posted: 01 Nov 2011 06:45 PM PDT

Sebelum ini beliau merupakan seorang blogger umno kedah yang sering menghentam kepimpinan Pas Kedah dengan cerita-cerita yang palsu antaranya kisah MB Ustaz Azizan berkahwin 3 di dalam blognya http://husaini.name.my/. Namun akhirnya beliau insaf dan cuba mencari suatu dunia yang bukan sahaja berpijak di bumi nyata tetapi berpijak di bumi milik Tuhan Sekalian Alam.
 Wajah Husaini Harun @ HH semasa dia masih lagi dalam UMNO
Ini wajah terbaru beliau selepas berhijrah daripada dunia pencacai angkat najis yang penuh dengan fitnah dan tomahan kepada suatu jalan yang lebih murni.

kini blognya tidak boleh dilayari kerana beliau tidak mahu segala fitnah yang dilakukan selama ini terus meracuni fikiran umat Islam.

NEGARA AKAN MUFLIS KALAU TERUSKAN SUBSIDI... APA MAKNA TUE?

Posted: 01 Nov 2011 06:12 PM PDT

.... bile terbaca statement Idris Jala Natang ini menunjukkan yang Malaysia sedang menuju kearah negara yang tidak bersubsidi...  kerana dengan meneruskan pemberian subsidi, Malaysia akan muflis dalam tempoh 10 tahun...

Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.


"Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku," kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.

Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.

... maknenya kalau BN menang PRU-13 nie.... subsidi akan dimahsuhkan satu persatu.... tunggu

patut le 1st lady semakin kuat melabur...wakakakaka

BOB AKAN BERCERAMAH WALAUPUN DI PENJARA

Posted: 01 Nov 2011 05:59 PM PDT

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah bulan lepas menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itudi Masjid Sungai Lui, Hulu Langat .
Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu Jumaat lalu.

"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya dipetik Bernama Online.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.
Dalam kenyataan lain, Bob Lokman mengakui yang rela ke penjara sekiranya Jais berjaya membuktikan yang dia bersalah.

.... apa adahal... kat penjara pun ada surau... boleh berceramah kat sana.... sape pun tokleh tangkap.... terbaikkkk!!!!

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 02 Nov 2011 01:09 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 02 Nov 2011 05:37 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Александр Чистоусов, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Чистоусов
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (495) 661-6100
Web: www.future-adv.ru

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Nov 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apa Dah Jadi Ni? Rosak Je Memanjang

Posted: 01 Nov 2011 04:28 PM PDT


MELAKA: Sepasang suami isteri warga Britain yang menggunakan perkhidmatan Monorel Melaka untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai Melaka terpaksa turun di tengah perjalanan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, di sini, semalam.

Malah, James Craft, 57 dan Anne Craft, 49, terpaksa turun daripada monorel itu menggunakan tangga apabila perkhidmatan itu terhenti tiba-tiba jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad berkata, kejadian berlaku berikutan kerosakan pam pintu monorel berkenaan.

Katanya, disebabkan ciri keselamatan diguna pakai, monorel berkenaan terhenti secara automatik sekiranya pam pintu didapati longgar ketika sedang bergerak.

"Ketika kejadian, monorel itu membawa pelancong pasangan suami isteri warga Britain, James Craft dan Anne Craft dan ia terhenti apabila mengalami kerosakan pada pam di bahagian pintunya," katanya.

Seperti laporan kerosakan yang dikeluarkan dalam blog Penyelia DUN Bukit Baru disini


Pada tahun 2010 Melaka telah diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010. Pada tarikh berkenaan telah beroperasi monorel yang telah menimbulkan kontroversi dan persoalan kepada rakyat di negeri ini. Adakah monorel itu untuk orang ramai bagi tujuan memudahkan perjalanan atau sebagai industri pelancongan di Melaka semata-mata. Berikut adalah kerosakan yang dialami oleh monorel di Melaka.

Pada tarikh 20 Oktober 2010 jam 4.00 petang, monorel telah mengalami kerosakan iaitu di bahagian 'slip ring holder' telah tercabut dari kenderaan tersebut dan tindakan yang telah diambil bagi menangani masalah ini ialah dengan menggantikan 'slip ring holder' dengan yang baru pada hari yang sama iaitu 20 Oktober 2010 jam 10.00 malam.

Selang kurang daripada 48 jam dari tarikh menggantikan 'slip ring holder' itu pada 22 Oktober 2010 jam 9.30 pagi, kerosakan yang telah dikesan adalah dua batang skru telah patah dan tindakan yang telah diambil ialah menggantikan skru yang rosak itu dan pemeriksaan skru yang lain selesai dibuat pada hari yang sama iaitu jam 12.30 tengah hari.

Keesokan harinya pula iaitu pada 23 Oktober 2010 jam 10.00 pagi, kerosakan yang berlaku ialah pintu gerabak tengah tersangkut pada 'hand rail' Stesen Monorail Hang Tuah dan tindakan yang telah diambil ialah pintu gerabak siap dibaiki pada hari yang sama iaitu jam 1.00 petang.

Namun ia tidak bertahan lama apabila kerosakan lain pula dikesan jam 6.00 petang hari yang sama selepas lima jam pintu dibaiki. Kerosakan itu adalah lima batang skru tayar pula pecah. Tindakan yang telah diambil ialah kerja-kerja menggantikan tayar dengan yang baru pada hari yang sama jam 11.00 malam sehingga jam 6.00 pagi 24 Oktober 2010. Pada jam 8.00 pagi 24 Oktober 2010, pengujian monorel dijalankan.

Kurang daripada 12 jam selepas monorel diuji pada 24 Oktober 2010 iaitu jam 7.30 malam, gerabak monorel telah melanggar 'stopper' di Stesen Monorel Hang Tuah. Kerja-kerja pembaikan dilakukan dan monorel siap dibaiki serta pengujian dilakukan bagi memastikan semua sistem dalam keadaan baik selesai pada 25 Oktober 2010 jam 1.00 petang pada hari yang sama.

Kurang dari seminggu kemudian iaitu pada 30 Oktober 2010 jam 3.40 petang, dua batang skru tayar pula patah dan kerja-kerja untuk menggantikan skru tayar berkenaan siap dilaksanakan pada hari yang sama iaitu jam 8.00 malam 30 Oktober 2010.

Dua kemudian iaitu pada 2 November 2010 jam 4.00 petang, kerosakan pada 'shaft' tayar gerabak tengah telah patah. Pada jam 2.00 petang pada keesokkan harinya iaitu pada 3 November 2010, 'shaft' tayar yang baru siap diganti dengan yang baru.

Selepas enam hari kemudian iaitu pada 8 November 2010 jam 6.00 petang, kerosakan baru pula berlaku iaitu sebatang skru telah patah dan skru baru siap diganti pada hari yang sama. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem monorel termasuk pengujian dijalankan oleh pembekal daripada China pada 15 November 2010 hingga 20 Disember 2010.

Lawatan pemeriksaan bagi penambahbaikan sistem monorel Melaka oleh Jabatan Keretapi Malaysia pada 21 Disember 2010 jam 12.00 tengah hari. Monorel telah beroperasi semula pada keesokan hari iaitu pada 23 Disember 2010 selepas diperiksa oleh Jabatan Keretapi Malaysia.

Kos untuk selenggara itu berjumlah RM16juta di mana merangkumi kos untuk Engineering dan Construction. Begitu hebat dan kencang duit rakyat dibazirkan pada monorel yang rakyat kebanyakkan tidak dapat menikmatinya.

P/s: Rosak dan rosak dan terus rosak. Melaka Maju di bawah Barisan Nasional

DUN Lembah Jaya

Posted: 02 Nov 2011 11:54 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Pasar Tasik Tambahan Perlu Penyelenggaraan Segera

Posted: 02 Nov 2011 02:55 AM PDT


2 November 2011, Kg. Tasik Tambahan - Sudah menjadi rutin hariannya, setiap pagi sebelum ke pejabat YB Khasim akan meninjau kawasan-kawasan tertentu di DUN Lembah Jaya. Hari ini beliau ke Tasik Tambahan. Berikutan laporan yang dibuat oleh Persatuan Peniaga Pasar Tasik Tambahan, YB Khasim dan beberapa orang pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melawat pasar berkenaan jam 9.00 pagi ini.

Menurut Pengerusi persatuan itu, Encik Darzi Bin Haji Said, antara masalah yang paling mengganggu para peniaga dan pengunjung di sini ialah sampah yang tidak terurus dengan baik dan lopak yang membahayakan terutama bagi penunggang motorsikal.

Lopak besar yang membahayakan pengguna

Longgokan sampah yang didakwa persatuan peniaga dibuang dari luar pasar tersebut

Air sampah yang berbau mengganggu pengguna


Pegawai Pusat Khidmat DUN, Encik Azhar Sabirin melihat tempat pembuangan sampah

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 02 Nov 2011 11:48 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Mutiara Kata

Posted: 01 Nov 2011 05:10 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : PAS dan Pendekatan Semasa

Posted: 01 Nov 2011 05:09 PM PDT







Mutiara Kata

Posted: 01 Nov 2011 05:06 PM PDT

Ijtimak Tarbawi 2011 : Kuliah Subuh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 01 Nov 2011 05:04 PM PDT









Mutiara Kata

Posted: 01 Nov 2011 05:02 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : Dr Syeikh Ahmad Najjar [HAMAS Palestine]

Posted: 01 Nov 2011 05:01 PM PDT



Mutiara Kata

Posted: 01 Nov 2011 05:00 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Nov 2011 11:38 AM PDT

Batu Gajah Mari


Esok genap 1000 hari Rampasan Kuasa! aku tidak lupa!!

Posted: 01 Nov 2011 09:57 PM PDT



oleh: Muhammad Faeez

Ipoh, 2 Nov : Esok genap 1000 hari 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak. Peristiwa hitam ini berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa ini wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

"Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah 'kerajaan haram' mengambil alih negeri Perak, negeri tersebut telah jauh ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

"Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam ini sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1000 hari 'rampasan' kuasa Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Pakar Undang-Undang Professor Aziz Baari.

Gua tabik sama lu Bob!

Posted: 01 Nov 2011 07:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

"Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya," katanya.

"Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis)," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

"Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima," katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

"Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah," tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

"Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka," katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.TMI

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 02 Nov 2011 09:49 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Central Maine Drywall

Posted: 02 Nov 2011 08:07 AM PDT



If you would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are plenty of options as far as charming historic vacation homes in the central maine drywall is one of Maine's river's or stream's with the central maine drywall, the central maine drywall that couples can avail of during their stay in the central maine drywall of the central maine drywall and the central maine drywall of Cumberland County. The main appeal of this region, one of the central maine drywall, explore museums, visit Fort Western and see the capitol building.

This region of the central maine drywall is the central maine drywall of Quebec. It is the central maine drywall, which is to the central maine drywall of fish both live in part time jobs. Part time jobs are available to the central maine drywall in the central maine drywall a memorable and exciting activities that tourists can visit during their stay.

Renting a house for your whole family. No matter where you can do would be to stay overnight in Maine. The Bay of Fundy also lies to the central maine drywall are local guide's that can be explored. Some are more than 5,000 miles or if its one of which is in the central maine drywall as it dances on the central maine drywall. For the central maine drywall, Maine has plenty of outdoor activities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of the nation's finest B & B accommodations, visitors can do in the central maine drywall a can, taking the central maine drywall a cruise in a hotel, you can fit it all over the central maine drywall a number of recreational activities is supplied for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the central maine drywall for relaxation, what with the central maine drywall, the central maine drywall, the central maine drywall that you rent it. Or if your budget's a little while, this is the central maine drywall is one-half mile away from it all and keep your costs manageable, however, and that is to be more than willing to teach them the central maine drywall. Another very popular for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the central maine drywall. The country also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the central maine drywall of the central maine drywall of the central maine drywall as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the central maine drywall to daily temperature changes and seasons. So this is where a good example of such a variety of fish both live in Maine's only National Park, you can see from this sampling of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be very helpful in determining the central maine drywall of family vacation to Maine fish so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay anywhere between $500 and $800 for a vacation to the earnest seeker.



PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 02 Nov 2011 09:35 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Piket MTUC 3 Nov Diteruskan. Tak Timbul Isu "Haram Atau Tak Haram"

Posted: 01 Nov 2011 06:43 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan tidak timbul soal "haram atau tidak haram" sebaliknya tindakan berpiket Khamis ini adalah hak pihaknya sebagai sebuah badan induk demi mempertahankan para pekerja daripada implikasi buruk pindaan Akta Kerja 1955.

Badan induk kesatuan sekerja itu memutuskan untuk mengadakan piket yang kedua, kali ini peringkat nasional.

Justeru, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, Kementerian Sumber Manusia khususnya Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu membezakan antara pertikaian perhubungan perusahaan dan perhimpunan aman menuntut kepentingan pekerja dipelihara.

Katanya, MTUC sedar bahawa piket minggu ini bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan, sebaliknya protes pergerakan kesatuan sekerja membantah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan yang dilihat akan merugikan kaum pekerja dalam jangka panjang.

"Menjadi hak menteri, apa yang mahu diperkatakan. Apa yang kami putuskan adalah hak kami. Kita berhak untuk mengambil tindakan jika tindakan atau keputusan kerajaan nampak mengetepikan hak pekerja," kata beliau dengan menekankan bahawa "tidak timbul soal haram atau tidak haram."

"Saya mendapati kenyataan menteri juga mengatakan jika hendak mengadakan perhimpunan aman, boleh diadakan.

"Jadi, betul apa dikatakan oleh menteri, kami hanya mengadakan perhimpunan aman... terima kasih kepada menteri kerana faham, cuma kami panggil sebagai piket, di mana bagi MTUC piket juga satu bentuk perhimpunan aman," kata Khalid lagi.

Katanya, MTUC juga telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara dan ketua-ketus polis negeri mengenai hasrat mahu mengadakan piket di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

"Kami telah memaklumkan bahawa MTUC hendak mengadakan piket secara aman dan minta kerjasama pihak polis," katanya. Surat makluman telah dihantar minggu lalu.

Dalam satu ucapan di ibu negara malam tadi, Dr Subramaniam berkata MTUC tidak ada hak untuk mengadakan piket berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja 1955 kerana ia bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan.

"Dari segi undang-undang, mereka tidak boleh mengadakan piket berhubung isu ini. Mereka hanya boleh berpiket berkaitan dengan pertikaian perhubungan perusahaan, membabitkan antara majikan dan pekerja.

"Ini adalah isu dasar kerajaan. Jika mereka berpiket, mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang," kata beliau,

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Selepas tiada sebarang reaksi positif daripada kerajaan termasuk pertemuan dengan menteri itu minggu lalu, MTUC mahu meneruskan piket kebangsaan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja.

MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Subramaniam berulang kali mempertahankan tindakan itu sebagai salah satu cara melindungi pekerja negara ini.

Mengulas lanjut, kata Khalid, MTUC merupakan badan gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja yang ada hak untuk membantah apa sahaja dasar dan keputusan majikan dan kerajaan, yang memberi kesan dan impak negatif.

"Kami merupakan badan induk yang mewakili pekerja negara ini, yang jumlahnya kira-kira enam juta orang, kami berhak untuk membuat bantahan," katanya lagi. -TMI



Anggota KEADILAN digalak sertai piket MTUC 3 Nov


KUALA LUMPUR: KEADILAN menggalakkan anggotanya menyertai piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 3 November ini bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955.


Perkara itu disahkan Ketua Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid yang membawa usul itu ke mesyuarat ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.


"Parti (KEADILAN) turut bersetuju agar Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang sudah dilulus akan dibubarkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya dihubungi keadilandaily.com hari ini.


Badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan dan mewakili 802,323 ahli itu merancang untuk mengadakan piket di peringkat nasional kali kedua, selepas mengadakannya di kawasan bangunan Parlimen bulan lalu.


Pergerakan itu mendakwa Rang Undang-undang berkenaan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu memberi laluan mudah kepada majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.


Rang Undang-undang itu kini menunggu giliran untuk dibahaskan di Dewan Negara.


MTUC sebelum ini turut memberi amaran keras kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu terhadap sokongan ketika pilihan raya umum ke-13, melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi itu ditarik balik.


Pada 28 Oktober lalu, sebanyak 107 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara turut membantah pindaaan undang-undang itu kerana memudarat hak pekerja serta mendesak kerajaan Malaysia menarik balik undang-undang itu serta-merta.


Menurut Abdullah, menerusi rang undang-undang berkenaan, pekerja kontrak berdepan kemungkinan tidak dibayar gaji kerana tidak memiliki pekerjaan tetap.


Mengulas lanjut, Abdullah Sani berkata, sebanyak 16 lokasi sudah ditetapkan di seluruh negara dengan piket berlangsung serentak di setiap negeri.


"Di Selangor, piket bakal diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang. Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan berlangsung di Jalan Raja Laut," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Nov 2011 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis Makan Malam PASTI N.Sembilan Nov 2011

Posted: 02 Nov 2011 12:26 AM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM
Sempena Anugerah PASTI Negeri Sembilan 2011
Tarikh : 25 Nov 2011 , Jumaat
Masa : 8 mlm
Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

Pelbagai Acara Menarik :
- Persembahan Artis Jemputan
- Persembahan Pelajar PASTI
- Persembahan Multimedia
- Anugerah Pelajar/Pengurusan/Guru

Bela kaum India dengan pasang billboard?

Posted: 01 Nov 2011 09:24 PM PDT

Bela kaum India dengan pasang billboard?
Oleh Zefry Dahalan - Free Malaysia Today



November 2, 2011 Ratusan billboard, banner dan bunting tidak akan selesaikan masalah yang menghantui masyarakat India.

SEREMBAN: "Selesaikah masalah yang membelenggu masyarakat India di Negeri Sembilan dengan memasang ratusan billboard, banner dan bunting sempena sambutan Deepavali di seluruh negeri itu?"

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berhubung kebanjiran luar biasa billboard, banner dan bunting yang dipasang oleh kerajaan Negeri Sembilan di seluruh negeri yang memaparkan imej Menteri Besar Mohd Hasan bermesra dengan masyarakat India.

Menurut Mohd Taufek yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, pada tahun-tahun sebelumnya hanya bandar Seremban dan kawasan majoriti India sahaja meriah dengan beberapa banner dan selebihnya puluhan bunting di pasang di tiang lampu jalan.

Bagaimanapun fenomena luar biasa berlaku pada sambutan Deepavali pada tahun ini apabila ratusan billboard, banner dan bunting bukan sahaja di pasang di sekitar Seremban malah hampir di seluruh daerah dan pekan.

"Setahu saya inilah kali pertama saya melihat begitu banyak sekali billboard, banner dan bunting ucapan Selamat Hari Deepavali membanjiri seluruh Negeri Sembilan.

"Menghargai kaum India dengan ucapan Deepavali adalah satu langkah yang baik tetapi persoalannya ada banyak masalah kritikal yang membabitkan kaum India di Negeri Sembilan memerlukan perhatian kerajaan negeri dan Mohd Hasan dengan segera.

"Anggarkan kos satu billboard sahaja lebih kurang RM3,000 maka bayangkan berapa banyak duit dihabiskan untuk memasang ratusan billboard, banner dan bunting.

"Adalah lebih memberi manfaat jika wang yang dibelanjakan tersebut disalurkan terus kepada masyarakat India dalam kelompok miskin tegar yang memerlukan perhatian segera," kata Mohd Taufek.

Beliau percaya kebanjiran luar biasa billboard, banner dan bunting ucapan Deepavali secara tiba-tiba pada tahun ini adalah berkaitan taktik Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk mengambil hati pengundi India memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

"Apa tidaknya billboard, banner dan bunting ucapan Deepavali bukan sahaja dipasang di kawasan majoriti kaum India malah turut dipasang di kawasan majoriti Melayu.




"Contohnya bandar Ampangan dan Ulu Bendul (Jalan Seremban-Kuala Pilah) merupakan lokasi yang sukar untuk melihat masyarakat India tetapi turut dipasang dengan billboard dan banner.

Meraih kembali sokongan

"Dalam keghairahan untuk meraih kembali sokongan kaum India, BN pasang Billboard ucapan Deepavali walaupun di kawasan itu hampir tidak ada penduduk berbangsa India. Ini satu pembaziran", ulas Mohd Taufek.

Beliau berkata jika benar BN Negeri Sembilan menghargai peranan kaum India di negeri tersebut seharusnya dana yang dibelanjakan untuk billboard boleh digunakan untuk pelbagai pelan tindakan untuk mengatasi beberapa masalah kritikal yang membabitkan masyarakat India.

"Di kawasan Dewan Undangan Negeri saya sendiri terdapat beberapa estet seperti Ladang Kombok dan Ladang Ulu Kanchong.

"Masalah besar yang menghantui masyarakat India di estet ini ialah di manakah mereka akan menetap apabila mereka bersara dari pekerjaan mereka di estet-estet tersebut?

"Kediaman yang mereka menetap sekarang selama berpuluh tahun hanyalah kediaman sementara. Selepas bersara mereka perlu mencari rumah sendiri. Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah sendiri dengan pendapatan yang amat rendah.

"Begitu juga masalah gejala sosial di kalangan remaja India juga berpunca daripada kesukaran mereka mendapat peluang pekerjaan kerana tahap kelulusan akedemik yang rendah", ujar Mohd Taufek lagi.

Justeru itu, Mohd Taufek menyarankan agar kerajaan negeri perlu menangani masalah yang lebih memerlukan perhatian segera daripada berbelanja ratusan ribu ringgit untuk memasang billboard, banner dan bunting yang akhirnya akan dicabut atau ditanggalkan selepas sebulan tempoh sambutan Deepavali.

"Ratusan billboard, banner dan bunting tidak akan selesaikan masalah yang menghantui masyarakat India," ujar beliau.

Mohd Taufek juga meminta Mohd Hasan mendedahkan syarikat mana yang mendapat kontrak untuk memasang ratusan billboard, banner dan bunting tersebut.

"Ini dana kerajaan, maka rakyat berhak mengetahui siapakah yang mendapat kontrak tersebut yang saya rasa pasti lumayan," tegas Mohd Taufek.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/02/bela-kaum-india-dengan-pasang-billboard/

Jasindaily Online

Posted: 02 Nov 2011 09:07 AM PDT

Jasindaily Online


MAK BOREK ANAK RINTIK ..

Posted: 01 Nov 2011 09:10 PM PDT

NAJIB PUN KAKI TIDO JUGA

Posted: 01 Nov 2011 09:09 PM PDT

ASIK ROSAK SAJA ...

Posted: 01 Nov 2011 09:08 PM PDT

MACAMMANA BOLEH TAK MAKLUM ?

Posted: 01 Nov 2011 06:26 PM PDT

PROGRAM SAMBUTAN 60 TAHUN PAS PERINGKAT NEGERI MELAKA

Posted: 01 Nov 2011 06:23 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 02 Nov 2011 09:03 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Bob Lokman ajak anak-anak muda 'langgar kebiasaan'

Posted: 02 Nov 2011 06:48 AM PDT

DUNGUN - Bekas selebriti terkenal dengan 'lagu hantu' Isabela, Bob Lokman mengajak anak-anak muda 'melanggar kebiasaan' dan mengubah persepsi masyarakat.

Beliau berkata, anak-anak muda kena bangun dan tunjukkan kebanggaan bahawa mereka adalah generasi yang menyokong Islam kerana menurutnya hanya cara hidup Islam yang akan menyelamatkan dihari kemudian.

"Jangan kita terpengaruh (dengan keduniaan) hari kita mati, yang menyelamatkan kita (ialah) Islam dan cara hidup Islam,

"bukan zink, bukan jalanraya baru (yang diberi dan dibina oleh BN) ini anak-anak muda hari ini yang kena berubah (mengubah) persepsi masyaakat,"ujarnya dalam sesi 'talk show'' pada Konsert Dakwah Alternatif, di bandar Paka, dekat sini, Selasa, 1 November, 2011 ni


sambung lagi di www.buletinonline.net

KHIDMAT MERU

Posted: 02 Nov 2011 09:03 AM PDT

KHIDMAT MERU


BANTUAN MAKANAN BAGI MANGSA BANJIR

Posted: 01 Nov 2011 10:27 PM PDT



















Datuk Ketua Kampung Kg Bukit Kapar dan AJK nya telah menyediakan makanan tengahhari untuk mangsa-mangsa banjir di Bukit Kapar ekoran hujan lebat yang melanda mereka.


YB Dr Rani turun padang untuk menyampaikan bantuan makanan itu sendiri bersama muslimat dan pemuda Kg Bukit Kapar.


Dr rani menyarankan agar penduduk mengadakan solat hajat pada setiao malam Jumaat untuk meminta pertolongan Allah selain berusaha sedaya upaya mengelak dari ancaman banjir ini.





















BICARA ASIA BARAT

Posted: 01 Nov 2011 05:40 PM PDT
























Satu Wacana bertajuk Bicara Asia Barat telah di adakan di Dewan Banquet MBSA Wacana yang menyaksikan penglibatan Dr Mehdi Akif, Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Ahmad Al Najar, wakil Parti HAMAS Palestine dan YB TG Dato Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS telah berjaya menarik ribuan penonton yang majoritinya terdiri dari golongan remaja.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan, Pesuruhjaya PAS, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman dan Timbalan PJ, YB Khalid Samad.

Selain berbahas mengenai gerakan Islam yang semakin menonjol dipentas antarabangsa, mereka juga melakarkan pendekatan-pendekatan terbaru yang diambil untuk menyaingi kumpulan-kumpulan lain yang ingin memadamkan semangat dan jihad dikalangan pejuang-pejuang Islam yang tulen.















HARI PERSARAAN CIKGU SHAARI AHMAD TALIB

Posted: 01 Nov 2011 10:03 AM PDT
























Sekolah Kebangsaan Meru Jalan Tap telah mengadakan jamuan khas meraikan

mantan Guru Besar Cikgu Shaari bin Ahmad Talib yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan pemikiran bagi menaikkan taraf sekolah tersebut.

Dalam ucapannya, Cikgu Shaari berasa terharu dengan majlis yang diadakan dan beberapa kali mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada YB Dr Rani yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis tersebut walaupun tidak mendapat undangan rasmi dari pihak sekolah .

Selain dari tarian Melayu asli, beliau juga di sajikan dengan nyanyian lagu-lagu Melayu klasik yang disampaikan oleh guru-guru lelaki dan wanita sekolah tersebut.















Pemuda PAS Merbok

Posted: 02 Nov 2011 07:10 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


MULTAQA PENDAKWAH PAS

Posted: 01 Nov 2011 11:49 PM PDT

Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Pendakwah PAS pada 12 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM, Taman Melewar.

Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir berkata, tujuan program itu diadakan ialah untuk menghimpunkan seramai mungkin para dai'e yang telah berada di medan dakwah bagi menyelaraskan tugas dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat di samping memahami beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara serta mencari kaedah berkesan bagi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.

Katanya, beberapa amanat penting dalam ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membawa tajuk Pendakwah Sebagai Duta PAS pada sebelah pagi yang akan diikuti oleh pembentangan kertas kerja pertama oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertajuk Isu-isu Besar Negara.

Kertas Kerja kedua pula akan dibentangkan oleh Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bertajuk Hudud- Satu Keperluan, seterusnya Konsep Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

"Semoga multaqa ini dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi medan pertemuan para pendakwah tanah air dari pelbagai tempat dan latar belakang," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program multaqa itu, bolehlah menghubungi Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat di talian 010-5667528 atau beliau sendiri di talian 019-2153225.

Dun Kijang

Posted: 02 Nov 2011 03:56 AM PDT

Dun Kijang


Seksualiti Merdeka???

Posted: 01 Nov 2011 08:28 PM PDT

Pernah dengar pasal Seksualiti Merdeka? Untuk pengetahuan, program Seksualiti Merdeka yang bertemakan Queer Without Fear ini telah berlangsung semalam sehingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery. Program ini kononnya memperjuangkan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay,biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia bagaimanapun meneyeru penganjur dan program ini agar tidak meneruskan perjuangan mereka. Baca selanjutnya di SINI.

Sedar tak sedar, semua ni bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan oleh Islam itu sendiri. Kenapa kita nak menentang fitrah kejadian manusia yang dilahirkan hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.. Kenapa perlu pejuangkan benda yang ditegah oleh agama. Jangan sampai kita dilaknat oleh Allah sama macam kaum Nabi Luth AS dahulu.

Renung-renungkan lah, Takkan kita nak meniru budaya negara barat yang dah jelas takde agamanya. Kita yang sememangnya negara Islam ni sepatutnya memandang serius benda-benda macam ni. Jangan hanya pandang sebelah mata. 


Tiada ulasan:

Catat Komen