SEREMBAN 16 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari  ini memberi mesej yang cukup jelas kepada ahli serta pemim pin-pemimpin  Barisan Nasional (BN) di semua peringkat supaya ti dak mensabotaj calon  parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
 
Tegas Perdana Menteri, situasi itu kerap berlaku kepada bekas wa kil  rakyat atau mereka yang dise but-sebut menjadi calon tetapi tidak  dipilih sebagai calon BN pada pi lihan raya tersebut.
 
Beliau mengakui isu itu agak menggusarkan kerana ia berkait ra pat  persediaan jentera BN memas tikan langkah mengetengahkan ca lon boleh  menang diterima oleh se mua pihak.
 
''Saya tidak khuatir dari segi per sediaan fizikal dan saya juga  tidak khuatir tentang ilmu dalam usaha kita mengatur strategi bagi meme  nangi pilihan raya. 
 
''Apa yang sedikit gusar ialah me ngenai sikap. Adakah kita mene rima  keputusan pucuk pimpinan untuk ketengahkan calon yang bo leh menang?  Inilah persoalannya. 
 
''Bila kita berkonvensyen dalam dewan ini semangat kita berko  bar-kobar untuk memenangkan parti tetapi apabila berada di pe ringkat  bahagian, ia tidak serupa. 
 
''Apabila kita pergi ke peringkat peti undi ia juga tidak serupa. Se  patutnya mesej konvensyen ini di terjemahkan sehingga ke akar um bi,"  katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional 2011 peringkat Negeri Sembilan, di sini hari ini.
 
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA  Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MIC, Datuk G. Palanivel serta  lebih 1,500 ahli-ahli BN. 
 
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, apa yang dibangkitkannya itu adalah hakikat yang berlaku da lam dunia politik.
 
Beliau kemudian berkongsi kisah seorang Setiausaha UMNO bahagian tidak terpilih sebagai calon pilihan raya kecil. 
 
''Pukul 10 malam (semasa kem pen) rumah sudah gelap gelita,'' katanya  sambil menambah kisah kedua pula berlaku ketika pilihan raya negeri  Sarawak. 
 
''Seorang bekas wakil rakyat ti dak tercalon lalu dia melarikan diri.  Jika ke Kuala Lumpur tidaklah jauh sangat, sekiranya ke Jakarta kita  pun fahamlah tetapi dia lari sampai ke London," ujarnya.
 
Di London Perdana Menteri ber kata, bekas wakil rakyat tersebut  mematikan telefon bimbitnya ke rana tidak mahu dihubungi oleh sesiapa.
 
''Saya sendiri menghubungi be kas wakil rakyat ini beberapa kali  tetapi gagal. Akhirnya kita menga tur strategi dan akhirnya kawasan yang  ditinggalkan bekas wakil ra kyat ini dimenangi oleh calon BN. 
 
''Mujur BN menang, jika tidak menang saya akan cari wakil rakyat  hingga ke lubang cacing," katanya sambil disorak oleh ahli-ahli dan  pemimpin BN negeri.
 
Sehubungan itu beliau mahu se mua ahli dan pemimpin BN memberi  sokongan tidak berbelah bahagi ke pada calon yang terpilih bagi memas  tikan kemenangan BN pada PRU 13.
 
''Saya ingatkan sekali lagi jangan sabotaj calon kita. Beri mereka so  kongan yang padu. Kerja bersung guh-sungguh, buat aku janji di da lam  hati masing-masing bagi me mastikan parti kita menang pada pilihan raya  umum akan datang," katanya.
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan