|    Peghelih La...    Posted: 16 Oct 2011 11:34 PM PDT          |    Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?    Posted: 16 Oct 2011 02:21 AM PDT  HarakahdailyKOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.
  Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.
  "Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya  diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.
  "Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.
  Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
  Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.
  14 parlimen Kelantan perlu menang
  Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang 'fokus' dalam perjuangan menuju Putrajaya.
  Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.
  "Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.
  "Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.
  Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.
  "Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah 'masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.
  "Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang 'mendaftar' itu adalah Umno BN," tambahnya.
  Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.
  "Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.
  Demokrasi Kotor
  Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.
  Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.
  "Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.
  "Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya     |     |    Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah    Posted: 16 Oct 2011 02:18 AM PDT  Harakahdaily KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.
  Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
  "Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu," katanya.
  Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.
  Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.
  Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini," ujarnya.
  Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.
  "Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.
  Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.
  Menurutnya, "Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa" begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.     |     |    Tegak Islam bukan kerja main-main    Posted: 16 Oct 2011 02:14 AM PDT   Harakahdaily KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.
  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam.
  Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja 'main-main'.
  "Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya.
  Menurutnya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1,400 tahun lalu merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja tetapi seluruh manusia.
  Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.
  Oleh itu, katanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah sekaligus menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik daripada agama.
  "Nabi Muhammad s.a.w. meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran. Al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu.
  "Melayu ke dia, Cina ke dia, Inggeris ke dia, asalkan dia manusia bukan kayu, batu, bukan haiwan wajib ke atas dia dari segi agama kena ikut Quran.
  "Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika tidak Nabi Muhamad s.a.w.," ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, semalam.
  Justeru, kata beliau kerajaan yang mengambil bukan Islam dan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
  Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.    |            |  
  |    PAS KDAS 3    Posted: 16 Oct 2011 09:48 PM PDT         |    Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13    Posted: 16 Oct 2011 06:09 AM PDT  IPOH, 16 Okt: Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini. Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak. Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak hari ini. Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh. Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti. Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720.    |            |  
  |    PAS Negeri Sembilan    Posted: 16 Oct 2011 09:34 PM PDT         |    Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin    Posted: 15 Oct 2011 11:50 PM PDT   Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin 16 Okt 2011 Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan. Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda. Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk. Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah. Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan ini. Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita. Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga disini. Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami.
 Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA MERUPAKAN DATO' DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang sebenarnya terjadi. Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami. Saya rasa 'bom waktu' ini tidak lama lagi akan meletup. Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini. Warga Mantin yang prihatin… http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin    |            |  
  |    Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah    Posted: 16 Oct 2011 09:34 PM PDT          |    JUHAM tempelak kerajaan, gagal pertahan kedaulatan negara    Posted: 16 Oct 2011 02:55 AM PDT  KOTA KINABALU, 16 Okt: Jabatan Undang-undang dan Hak AsasiManusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia, hari ini menempelak kerajaanMalaysia kerana gagal menghalang kedaulatan dan khazanah Negara daripada terusdicerobohi. 
 
 Pengarahnya,Saudara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, kerajaan seharusnya mengambilpendirian tegas terhadap sebarang pertindihan, perebutan, penjualan serta apajua aktiviti yang membabitkan kedaulatan negara. 
 
 "Kitamerasa kecewa kerana kedaulatan dan khazanah negara terus dicerobohi tanpacampur tangan yang serius dari pihak kerajaan", katanya semasa sidang media sempenapelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN) dan kempen SelamatkanPulau-pulau Sabah. 
 
 Beliaumendakwa bahawa, isu penjualan tiga buah pulau di Sabah adalah rentetankegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu hak dan kedaulatan negara denganbaik.  
 
 Tambahnya,beliau juga menyokong penuh usaha Pemuda PAS Sabah dalam menyuarakan isu tersebutke peringkat nasional.    |     |    Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah lancar kempen    Posted: 16 Oct 2011 01:26 AM PDT  KOTA KINABALU, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadapisu penjualan pulau Sabah ke pihak asing, hari ini melancarkan kempenSelamatkan Pulau-pulau Sabah. 
 
 KetuaDewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, Pemuda PAS Sabahbersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PemudaPAS Malaysia menganjurkan kempen bagi mengutip tandatangan rakyat Sabah bagimemberi sokongan membantah penjualan Pulau Montokud, Pulau Pandanan dan PulauMengalum. 
 
 "PemudaPAS Sabah akan membuat satu petisyen bantahan untuk dihantar kepada KetuaMenteri selain membawa isu ini ke Parlimen untuk dibahaskan," katanya pada satusidang media sempena pelancaran kempen Protes Barang Naik (Protes BN) dan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah di Pejabat PAS Putatan, Kota Kinabalu pagi tadi. 
 
 Beliaujuga mendedahkan bahawa, masih terdapat hampir 500 buah pulau di Sabah yang masih tidakbernama.  
 
 Pada30 September yang lepas, DPPNS beserta Pemuda DAPSY dan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Sabah telah menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman. 
 
 Bagaimanapunmemorandum tersebut hanya dapat diserahkan kepada Setiausaha kepada SetiausahaPolitik Ketua Menteri berikutan ketiadaan Musa Aman ketika itu. 
 
 Sebelumini, pendedahan oleh sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa ketiga-tiga pulauterbabit, Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar)US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kiratujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.  Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal berkatakerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan,tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milikpersendirian.
 
 
 Pelancarantersebut turut dihadiri Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd SanyHamzan; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Saudara Abang AhmadKerdee Abang Masagus; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO, Pemuda PASMalaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia(JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khizaimi; barisan peguam PAS Malaysiadan kepimpinan Pemuda PAS Sabah. 
 
    |     |    Pemuda PAS Sabah lancar kempen Protes BN    Posted: 15 Oct 2011 09:48 PM PDT  KOTAKINABALU, 16 Okt:Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, Dewan Pemuda PAS Sabahmengajak seluruh warga di negeri ini bersama mereka dalam kempen membantahkenaikan harga barang.
  Kempen Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN tersebut dilancarkan olehLajnah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda  PAS Malaysia (DPPM) pagi tadi di Pejabat PASPutatan, Kota Kinabalu.  Pengerusinya, Saudara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Protes BNadalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubungpeningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.
  "Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini,"katanya.
  Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh pelusok negeriSabah termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.
  Mengulas mengenai caj tambahan 6% terhadap pembelian tambah nilai perkhidmatanprabayar dan pek permulaan kad SIM  bagisemua syarikat telekomunikasi, Ahmad Kerdee memaklumkan kemungkinan besar cajtambahan tersebut akan berkuatkuasa awal tahun hadapan.
  Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasatidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.
 
 Turuthadir majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Pilihanraya Pemuda PASMalaysia, Mohd Sany Hamzan; Pengarah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO,Pemuda PAS Malaysia, Yusni Md. Piah; Pengarah Jabatan Undang-undang dan HakAsasi Manusia (JUHAM) PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khizaimi; Ketua PemudaPAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu; barisan peguam-peguam PAS Malaysia, wakilPemuda PAS Putatan dan ahli PAS Sabah.    |            |  
  |    DPP PADANG TERAP    Posted: 16 Oct 2011 09:18 PM PDT         |    Isu Tanah Di Padang Sanai: PAS terpaksa tanggung kerakusan Umno    Posted: 16 Oct 2011 06:16 AM PDT   Hazayani Zakaria
  KUALA LUMPUR, 16 Okt: PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.
  Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.
  Namun katanya, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim secara tiba-tiba menuduh Kerajaan Negeri termasuk beliau tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah penduduk sehingga mengetuai sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi akhir September lalu.
  "Apa yang cuba diperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat "dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu".
  "Tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di Parlimen mengenai masalah tanah ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
  Jumaat lalu, penduduk terbabit yang menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (Gagah) mahu Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka.
  Mereka bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Oktober ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
  Nasir berkata, pemimpin PAS menentang keras apabila Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Umno, Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin pada 1973 memberi kebenaran kepada Syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu.
  Pimpinan PAS ketika itu mengingatkan penduduk kampung agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan iaitu mereka akan diberikan pampasan yang besar dan projek tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.
  Namun ada penduduk yang terpedaya dan merelakan tanah mereka diambil dan menerima pampasan.
  Tanah yang didakwa dimiliki Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind, didapati tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar.
  Hal ini berlaku kerana Kerajaan negeri di bawah Umno ketika itu menyerahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
  Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055.
  "Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan jelas itu?" soalnya yang telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.   |            |  
  |    DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH    Posted: 16 Oct 2011 07:49 PM PDT    |  
  |    PAS LENGGONG    Posted: 16 Oct 2011 07:44 PM PDT         |    Dato Adnan Ibrahim di Parlimen Lenggong malam esok.    Posted: 16 Oct 2011 02:32 AM PDT   Dato Adnan Ibrahim  bekas Pengarah Pelajaran Perak tetap dengan penyertaan dalam PAS akan berceramah di Parlimen Lenggong pada malam esok 17hb.10.2011 di markaz PAS Kg Malau. Datanglah beramai ramai. Sesusungguhnya penyertaan Dato Adnan dalam PAS mengembirakan seluruh ahli dan penyokong PAS.   
 
 
 
 
    |            |  
  |    Rembau Hari Ini    Posted: 16 Oct 2011 07:22 PM PDT         |    Tragedi Gunung Datuk , Rembau    Posted: 16 Oct 2011 06:23 AM PDT  Ajal gadis sunti Harian Metro 16 Okt 2011  PARAH... mangsa dibantu pasukan penyelamat. REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam. Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan. Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala. Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan. Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu. "Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan. "Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu. Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu. Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh. "Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. "Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok. "Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang," katanya. Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal. http://www.hmetro.com.my/articles/2011101523240920111015232409/Article/artikelMA    |            |  
  |    Dr Azman Ibrahim    Posted: 16 Oct 2011 07:16 PM PDT          |    Lensa PGU 100k    Posted: 16 Oct 2011 07:02 PM PDT    |  | Di tengah panas terik mentari, hadirin memenuhi hadapan pentas mengikuti perasmian PGU 100k |  
    |     |    Agihan Bajet Kementerian Kesihatan; utamakan mana yang kritikal dahulu    Posted: 09 Oct 2011 08:35 PM PDT    |  | Dewan Bedah Hospital Besut, antara yang masih 'kosong' |  
 Peningkatan sehingga 10.8 % peruntukan dalam Bajet 2012 untuk Kementerian Kesihatan diharapkan mampu untuk menyelesaikan beberapa keperluan prasarana kesihatan rakyat yang dikira kritikal dan telah tertangguh sekian lama.  
 
 Disamping beberapa tumpuan  yang telah dinyatakan Menteri bertanggungjawab termasuk  penambahan  klinik 1 Malaysia, naik  taraf  hospital-hospital kerajaan  dan klinik desa seluruh Negara serta beberapa lagi program-program yang  diberitakan bertujuan ke arah peningkatan taraf kesihatan rakyat. 
 
 Kita tidak menafikan keperluan untuk proses naik taraf Hospital Kuala Lumpur  yang telah diasaskan sejak lebih 300 tahun dulu  menjadi sebuah Hospital Premier serta  melengkapkannya dengan peralatan dan kelengkapan terkini walaupun peruntukannya mencecah RM300 juta. Kalau itu keperluan rakyat, ianya perlu disegerakan. 
 
 Walaupun begitu, adalah  lebih menjadi keutamaan untuk mengutamakan projek-projek yang  telah tertangguh sejak sekian lama seperti projek pembinaan Hospital baru  Dungun. 
 
 Semasa  lawatan Tan Sri Muhyiddin  ke Dungun September lepas,  tiada suatu komitmen jelas mampu diberikanTimbalan Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan ini.  Sekadar  menjawab, "kita akan teliti." Rakyat tentunya mahukan jawapan yang konkrit bukan janji politik kosong disebabkan projek pembinaan Hospital baru Dungun ini sebenarnya telah tertangguh sejak dari RMK9 lagi, Keperluannya sangat kritikal. Bayangkan tapak hospital tengah-tengah bandar yang ada sekarang dibuka sejak tahun 1936 lagi, sesak, sempit, tak mampu lagi nak menampung keperluan semasa, tempat rendah, bila banjir dinaiki air. Bangunan Hospital yang digunakan telah dibuka pada 26 Mac 1967, 44 tahun yang lalu. mempunyai 4 wad, 100 katil. Penduduk bandar Dungun sekarang meningkat 160,000. Cukupkah 100 katil nak menampung keperluan 160,000 penduduk? 
 
 Keadaan  wad sesak, unit pesakit  luar sesak, farmasi sesak, ruang menunggu sesak dan merimaskan. Mangsanya rakyat kebanyakkan yang tak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Meneliti ucapan Bajet 2012 dan kenyataan susulan Menteri Kesihatan, tidak dinyatakan pula bahawa pembinaan Hospital baru Dungun  adalah antara keutamaan segera. Rakyat mohon penjelasan dan tindakan segera dalam perkara ini. 
 
 Begitu  juga dengan Dewan Bedah Hospital Setiu yang disiapkan pada tahun 2003 lagi tapi masih tinggal hanya sekadar dewan bedah tanpa peralatan, kosong! Menteri Besar Ahmad Said sendiri telah berulang kali menyuarakan kekecewaannya dengan keadaan yang berlaku tetapi seolah-olah suara beliau kehilangan 'power' dan tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka yang bertanggungjawab di Putrajaya. Tidak terkecuali nasib yang sama diberitakan menimpa dewan bedah Hospital Besut dan Kemaman. Rakyat tentunya sangat mengharapkan ribuan juta yang diperuntukan kepada Kementerian dalam Bajet 2012 ini mampu dimanfaatkan seoptimun mungkin. 
 
 Sekali  lagi ditekankan, faktor keutamaan dan keperluan rakyat sewajarnya menjadi asas utama pengagihan peruntukan kerajaan.  Semua peringkat rakyat berhak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi Islam sendiri menggariskan antara keperluan asas seorang manusia adalah kesihatan disamping pendidikan dan beberapa keperluan  lain. 
 
    |     |    Siaran ulangan Kerajaan Negeri    Posted: 05 Oct 2011 08:10 PM PDT  Siaran ulangan Kerajaan Negeri Sinar Harian, 06 Oktober 2011
 MARANG – Pengagihan geran tanah kediaman dan pertanian oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk di kawasan Dun Batu Rakit, Setiu disifatkan sekadar 'siaran ulangan' program yang telah dijalankan kerajaan Pas sebelum ini.  Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, untuk berlaku adil, rakyat perlu berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dengan keperluan rakyat, walaupun usaha dijalankan itu adalah sekadar ulangan.  "Apakah ini langkah terdesak pemulihan imej menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13), atau memang kerana keikhlasan kerajaan untuk merealisasikan slogan merakyatkan pentadbiran?  "Terpulanglah kepada rakyat menilainya," katanya kepada Sinar Harian ketika merujuk laporan akhbar ini berhubung usaha Kerajaan Terengganu yang telah mengagihkan 158 geran tanah kediaman dan tanah pertanian di kawasan Dun Batu Rakit kepada penduduk kawasan itu, kelmarin.  Mengulas lanjut, Dr Azman yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, berkata, tiada siapa yang menafikan keperluan rakyat memiliki kediaman dan sebidang tanah pertanian untuk bercucuk tanam mencari rezeki.  Menurutnya, atas keperluan itulah kerajaan pimpinan Pas Terengganu sebelum ini, walaupun dalam tempoh singkat telah mengambil langkah bijak mengagihkan lot-lot tanah kediaman dan pertanian dalam bentuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kepada rakyat yang berhak.  "Agenda itu menjadi antara fokus utama Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Pas antara 1999 hingga 2004 yang telah menyelesaikan agihan kira-kira 60,000 lot tanah RTB untuk diagihkan kepada rakyat tidak memiliki tanah di Terengganu.  "Ia diberikan dalam bentuk pemberian Lesen Menduduki Sementara sebelum proses pemberian geran kekal dilakukan. Langkah Kerajaan Negeri ini juga secara langsung mengiktiraf perancangan rapi dan tindakan bijak kerajaan Pas sebelum ini," katanya.  Bagaimanapun, katanya, usaha murni peninggalan kerajaan Pas itu bukan hanya telah dimusnahkan oleh bekas Menteri Besar sebelum ini, bahkan sebaliknya cuba menampilkan imej prihatin dan cakna rakyat.  Menurutnya, rampasan lebih 60 lot tanah RTB Kubang Labi, Banggol bagi kawasan Dun Permaisuri untuk diserahkan kepada sebuah syarikat dengan taraf pajakan bagi dimajukan dengan projek kolam udang berlaku pada zaman Ahmad Said sebagai Menteri Besar.  Tambahnya, jika sekadar tindakan cuba memulihkan imej dengan menyalahgunakan program kerajaan, bermodalkan lagak prihatin dengan keperluan rakyat di saat hampirnya PRU 13, tentu ia tidak lebih daripada sekadar ulangan gimik politik yang tidak berkesudahan.    |     |    Agihan geran tanah: Jangan bagi madu, curah tuba    Posted: 03 Oct 2011 08:09 PM PDT    |  | Imbas kembali: Meninjau kawasan tanah pertanian RTB Kubang Labi yang dirampas Kerajaan BN untuk dipajak kepada pemaju kolam udang |  
 
 
 KENYATAAN AKHBAR ISU PENGAGIHAN TANAH DAN E BOOK DUN BATU RAKIT, SETIU 
 
 Merujuk kepada laporan BERNAMA yang menyatakan  Kerajaan Negeri Terengganu telah mengagihkan 158 geran tanah kediaman dan tanah pertanian di dun Batu Rakit kepada penduduk semalam. Menteri Besar dipetik sebagai berkata, pembahagian lot-lot kediaman dan tanah pertanian itu adalah sebagai merakyatkan pentadbiran dan mendemokrasikan pembahagian tanah kepada rakyat. Diberitakan bahawa daripada 158 lot tanah berkenaan, 114 adalah untuk lot tapak rumah manakala selebihnya untuk tanah pertanian. 
 
 Untuk berlaku adil, kita perlu berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said  dengan keperluan rakyat walaupun tindakan yang diambil adalah sekadar ulangan apa yang pernah dilakukan dizaman pemerintahan PAS dahulu. Apakah ini langkah terdesak pemulihan imej menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, atau memang kerana keikhlasan kerajaan untuk merealisasikan slogan merakyatkan pentadbiran? Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.  
 
 Penilaian secara luarannya, memang boleh dipersoalkan.  Kenapa program yang diadakan di Dewan Sivik, Maras itu disekalikan dengan penyerahan e-book kepada 454 murid yang tentunya mewajibkan kehadiran ibu-bapa dan guru-guru dan kenapa pula bendera Umno memenuhi kawasan program? Penyampaian geran tanah adalah urusan kerajaan dan bukannya Umno, apatah lagi penyerahan e-book! 
 
 Tiada siapa pun yang menafikan keperluan rakyat kepada kediaman dan sebidang tanah pertanian untuk bercucuk tanam mencari rezeki. Atas keperluan inilah, Kerajaan pimpinan PAS Terengganu dahulu walaupun dalam usia singkat telah mengambil langkah bijak mengagihkan lot-lot tanah kediaman dan pertanian dalam bentuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kepada rakyat yang berhak. Agenda yang menjadi antara fokus utama Kerajaan Terengganu pimpinan PAS antara tahun 1999 – 2004 telah menyelesaikan agihan kira-kira 60 ribu lot tanah RTB untuk diagihkan kepada rakyat yang tidak bertanah dalam bentuk pemberian Lesen menduduki Sementara (LMS) di seluruh negeri sebelum proses pemberian geran kekal dilakukan. Langkah Kerajaan BN Terengganu ini juga secara langsung mengiktiraf perancangan rapi dan tindakan bijak Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sebelum ini.  
 
 Perlu dimaklumi bahawa usaha murni peninggalan Kerajaan PAS Terengganu itu bukan hanya telah dimusnahkan oleh Idris Jusoh, bahkan Ahmad Said sendiri, disebalik cuba menampilkan imej prihatin dan cakna rakyat, beliau sebenarnya turut terlibat. Perampasan lebih 60 lot tanah RTB Kubang Labi, Banggol DUN Permaisuri untuk diserahkan kepada Syarikat Blue Archipelago Berhad dengan taraf pajakan selama 30 bagi dimajukan dengan projek kolam udang berlaku di zaman beliau sebagai MB. 
 
 Andainya pengagihan geran sebagai bukti kerajaan pimpinan Ahmad Said memang serius melaksanakan slogan merakyatkan pentadbiran, ianya perlu juga disertai dengan tindakan pembetulan kesilapan kerajaan terdahulu dan pengembalian semula hak rakyat yang dirampas. Tidak betul kalau MB bersikap sebelah tangan menghulurkan madu, sebelah lagi mencurahkan tuba. 
 
 Kalau sekadar tindakan untuk cuba  memulihkan imej dengan menyalahgunakan program kerajaan, bermodalkan lagak  prihatin dengan keperluan rakyat menjelang disaat hampirnya PRU 13, tentu ianya tak lebih dari sekadar ulangan gimik politik yang tak berkesudahan.      |     |    Persiapan PRU 13    Posted: 23 Sep 2011 09:56 PM PDT    |  | Jarum jam telah melangkaui pukul 1 pagi. AJK Majlis Tindakan Dun Jabi masih tekun meneliti agenda mesyuarat DUN. |  
    |     |    Destinasi bertaraf antarabangsa, prasarana batang nibung    Posted: 23 Sep 2011 09:48 PM PDT    |  | Jeti Merang, Setiu yang menjadi antara pintu masuk utama ke Pulau Rhedang, satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, tapi hakikat prasarananya sangat menyedihkan tidak sepadan dengan status yang dimiliki. Tanpa kemudahan jeti konkrit, batang nibung digunakan seolah kita masih berada ditahun 50-an atau 60-an. |  
    |     |    Jangan tunggu sampai ada nyawa terkorban    Posted: 23 Sep 2011 08:55 PM PDT    |  | Jambatan Che Mohid runtuh hampir setahun yang lalu | 
  |  
 Jambatan yang menyemberangi Sungai Setiu menghubungkan antara Kampung Banggol dan Kampung Che Mohid, DUN Permaisuri patah sehingga hampir runtuh kira-kira setahun yang lalu. Sehingga hari ini belum ada tindakan pembaikian dilakukan oleh pihak-pihak berwajib walaupun kepentingannya kepada penduduk sekitar tidak dapat dinafikan lagi. Tinjauan mendapati, walaupun keadaan kerosakannya sangat membimbangkan dari segi risiko keselamatan, masih ada pengguna yang 'buat-buat berani hati' menyemberanginya disebabkan kalau tanpa menggunakan jambatan ini, jalan alternatif pula terpaksa melalui jarak yang lebih jauh untuk menyempurnakan urusan seharian. Penggunanya, tentu sekali rakyat kebanyakkan yang bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kelapa sawit, petani, pesawah padi dan sebagainya. Mungkin tidak ada kepentingan korporat dan kroni sehingga ia terus terbiar sebegini begitu lama.   |  | Masih ada kenderaan yang mengambil risiko melaluinya |  
 Kemalangan besar memang belum pernah berlaku, walaupun saya dimaklumkan ada dua beranak yang menunggang motosikal pernah terjatuh ke dalam sungai, tapi alhamdulillah sempat diselamatkan oleh orang ramai tanpa melibatkan kehilangan nyawa. Tapi apakah menjadi budaya kita untuk menunggu berlakunya kematian, baru mahu bertindak? Sepatutnya sebarang projek perlu dilihat keperluan dan keutamaan rakyat, bukannya keperluan kroni. Tentu sekali kalau jambatan ini menjadi laluan harian mana-mana 'orang besar' ianya tidak akan terbiar sebegini begitu lama. Soal peruntukan kewangan? Kita meyakini kerajaan negeri tidak mempunyai kesuntukan. Dengan Bajet tahunan 2011yang diluluskan sidang DUN Terengganu  sebanyak 1.887 bilion ditambah lagi dengan Bajet tambahan RM360 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah RM2.242 bilion agak sukar untuk rakyat mempercayai peruntukan kewangan menjadi punca ketidak endahan pihak kerajaan terhadap masalah ini.    |     |    Aktiviti penerokaan tanah Kampung Gong Dohud, Jabi    Posted: 17 Sep 2011 09:40 PM PDT  Rakyat pohon penjelasan Pejabat Tanah Daerah Besut dan YB ADUN Jabi 
 
   |  | Rumah ladang di tengah puluhan ekar ladang sawit yang didakwa penduduk sekitar dimiliki seorang ADUN BN |  
 Kewujudan aktiviti penerokaan tanah secara berleluasa melibatkan ratusan ekar tanah yang kemudiannya ditanam kelapa sawit di Kampung Gong Dohud di sini menimbulkan tanda tanya dan kecurigaan penduduk sekitar ekoran tiada sebarang papan tanda projek dan penjelasan pihak berwajib tentang kerja-kerja yang telah dan sedang dijalankan sedangkan anak-anak kelapa sawit yang ditanam telah mencecah usia setahun  lebih malah ada sebahagiannya telah mengeluarkan hasil.  
 
 Seorang penduduk, Hapsah binti Jusoh yang juga pemilik lot tanah PT 2057, nombor Geran Mukim 2197, Kampung Gong Dohud yang bersebelahan dengan lokasi tersebut memanjangkan aduan kepada pihak Majlis Tindakan Dun Jabi dan kami telah membuat tinjauan lapangan di kawasan terbabit dan didapati aduan tersebut mempunyai kebenaran dan asas fakta.  Lebih menimbulkan persoalan kerana kami dimaklumkan oleh penduduk sekitar bahawa ladang yang dipenuhi anak-anak kelapa sawit dan kenaf serta dipagar rapi disamping terdapat rumah ladang yang didiami pekerja-pekerja warga Bangladesh dikatakan milik  seorang ADUN BN disamping beberapa ladang sekitar yang didakwa dimiliki beberapa orang kuat Umno termasuk Pengerusi-Pengerusi JKKK dengan keluasan yang mencecah belasan hingga puluhan ekar setiap orang.
 
 
 Penduduk menuntut penjelasan pihak berwajib dan penyiasatan rapi tentang status sebenar tanah-tanah yang diterokai kerana berdasarkan makluman mereka yang telah menetap di situ sejak puluhan tahun dahulu, tanah-tanah tersebut adalah tanah kerajaan yang belum diberi hak milik. Kalau telah diberikan hak milik, mereka ingin tahu siapakah pemiliknya. Bagi kami, tiada siapa yang boleh bertindak mengatasi undang-undang dan peraturan sedia ada.   |     |    Tazkirah Eidul Fitri    Posted: 28 Aug 2011 07:44 PM PDT     |   | Selamat menyambut Eidul Fitri dari kami sekeluarga |     Bertaqwalah kepada Allah sebelum  tiba suatu hari kita tidak akan dibenarkan lagi balik ke kampung halaman. Bila  tiba hari raya , anak-anak berduyun-duyun balik kampung, Alhamdulillah, tapi  sedarkah kita, bila tiba di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang  Terengganu tak boleh balik Terengganu, orang Kelantan tak boleh balik Kelantan.  Semuanya kekal di akhirat saja tanpa dapat balik-balik. 
 
 Alhamdulillah, kita hampir  menyempurnakan Ramadhan. Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan  Ramadhan, Al Quran yang mereka tadarus merupakan dasar mereka sendiri. Ini  bermakna mereka sedang membaca dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub  dalam Al Quran. Pejuang-pejuang sekular teramat rugi kerana mereka tidak  mempunyai kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus Al Quran sekalipun,  kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar. Sebab itu menjadi seorang pejuang  Islam benar-benar satu tuah yang diberikan oleh Allah Taala.   
 
 Ramadhan mengajar kita untuk  cakna kepada orang yang tidak berkemampuan. Allah Taala menciptakan di dunia ini  orang-orang kurang berkemampuan untuk menjadi ujian kepada orang-orang yang  mampu. Di akhirat nanti akan ditanya, setakat mana orang-orang yang mampu ini  menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang mampu. Sebab itu  saudara-saudara kita yang kurang mampu sedikit untung sebab terlepas soalan ini  di akhirat nanti. Manakala yang berkemampuan perlu pastikan duit kita pada hari  ini kita peruntukan untuk beli pahala selain beli pakaian, laut pauk, beras dan  keperluan hidup. Bila kita membeli belah di kedai, kita tukar duit dengan  barang, sebab itu kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di  depan mata. Namun sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti  kita beli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda tak Nampak, tapi  itulah saham kita di akhirat. 
 
 Tujuan hidup kita adalah untuk  mengabdikan diri kepada Allah. Kita tidak boleh hidup sesuka hati ikut cara kita  sendiri. Ibarat kita ingin membina rumah, kita berikan pelan rumah kepada  kontraktor. Kontraktor tidak boleh pandai-pandai buat kerja ikut suka hati dia.  Dia kena ikut pelan yang disediakan. Demikianlah kita manusia, kita tidak boleh  hidup pandai-pandai ikut apa yang kita mahu. Kita kena patuh kepada pelan. Pelan  hidup ialah Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW. Ikut pelan kita selamat. Tak  ikut pelan jawabnya tak selamat.  
 
 Tujuan manusia hidup perlu  dirujuk kepada tukang buat manusia iaitu Allah. Itulah tukang yang sebenar. Ibu  bapa bukan tukang, ibu bapa hanyalah pekakas untuk buat manusia. Sebagaimana  periuk belanga, rempah ratus bukanlah tukang masak. Ini hanyalah peralatan untuk  memasak. Benda-benda ni semua tak berguna tanpa tukang masak. Tukang manusia  ialah Allah Taala. Bila Allah Taala kata tujuan hidup manusia adalah untuk  mengabdikan diri kepadanya, kita perlu patuh kerana dialah tukang buat  manusia. Islam jalan hidup yang selamat.  Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia.  Lihatlah perkara yang diharamkan Islam semuanya merupakan perkara-perkara yang  memudharatkan. Mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat  yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh semua manusia tanpa  mengira bangsa dan agama. Begitu juga perkara-perkara yang diwajibkan atau  digalakkan oleh Islam seperti bercakap benar, menepati janji, tidak menipu,  menghormati orang tua, menghubungkan persaudaraan semuanya merupakan nilai-nilai  baik yang diterima oleh semua manusia. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk  kita tolak Islam. 
 
 Kita manusia ditugaskan menjadi  Khalifah di muka bumi. Kita bukan haiwan atau tumbuhan yang hidup tanpa sebarang  beban tugas. Bila disebut khalifah ertinya kita menganti kerana khalifah ertinya  pengganti. Kita menggantikan Allah Taala di muka bumi dengan maksud kita menjadi  pekerja dan jurucakap Allah Taala. Nabi Muhammad SAW sebagai jurucakap rasmi  membawa risalah daripada Allah dan mewariskan kepada kita sebagai  jurucakap-jurucakap seterusnya untuk menegakkan syariat Islam di bumi ini. Mana  mungkin kita hidup atas muka bumi, jalan atas bumi Allah, makan dan minum rezeki  Allah, nyawa dengan oksigen Allah, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk  Allah. Ibarat kita pergi kedai, minum air, makan nasi, tiba-tiba tak nak bayar,  mesti kena marah. Itu baru air dan nasi. Apa kata kita sebagai hamba tuhan,  duduk di muka dunia, nyawa dengan udara tuhan, melihat dengan mata yang Allah  Taala bagi, mendengar dengan telinga dan bercakap dengan mulut yang diberikan  Allah, tiba-tiba kita mahu semua itu dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah  Taala.  
 
 Perjuangan Islam yang kita galas  pada hari ini bukanlah suatu pilihan, tetapi merupakan satu kewajipan yang  terpikul di atas bahu kita semua. Ini kerana setiap perkara yang diciptakan  Allah Taala mempunyai tugasnya masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai  tugasnya. Kayu dan batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya. Kesemuanya  diciptakan oleh Allah taala untuk kegunaan manusia. Maka untuk apakah pula  manusia sendiri diciptakan. Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas manusia  ialah untuk mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Allah  Taala.  
 
 Di atas bahu kitalah terbeban  tugas untuk menegakkan Islam. Mengharapkan Islam tegak melalui keris UMNO saya  kira amat mustahil. Keris itu tidak lain hanyalah bertujuan merobek keharmonian  demi mengenyangkan perut orang-orang tertentu. Tinggalkanlah bahtera kebangsaan  yang hampir karam ini. Langit dan bumi bukan diciptakan oleh bangsa Melayu,  bukan juga oleh bangsa Arab atau mana-mana bangsa. Ia diciptakan oleh tuhan  segala bangsa iaitu Allah Taala. Di antara kecelakaan yang menimpa ummat Islam  pada hari ini ialah mereka berpolitik dengan tidak mengira apa yang akan mereka  hadapi di dalam kubur kelak. Inilah dia politik duniawi. Saya mengulangi balik  kata-kata Saidina Umar Al Khattab, "Balik kepada kebenaran lebih baik daripada  kekal dalam kebatilan." Malangnya politik sekular tidak mengenal nilai benar dan  batil.     |     |    Sedikit sama dirasa... Sumbangan Ramadhan 1432 H    Posted: 22 Aug 2011 09:36 PM PDT  Seramai 150 penerima yang terdiri dari anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan mereka yang keuzuran beserta guru-guru PASTI diraikan dalam satu majlis silaturrahim yang diadakan secara sederhana petang semalam. Berdasarkan perancangan awal pihak pimpinan DUN ingin mengunjungi mereka dari rumah ke rumah tetapi hambatan waktu membataskan segalanya lantas mereka diundang untuk hadir menerima sumbangan seadanya yang disediakan pihak Majlis Tindakan DUN dengan kerjasama Penyelaras Muslimat dan Pemuda DUN Jabi. 
 
 Sumbangan dalam bentuk wang tunai, persiapan hari raya dan keperluan harian. Saya menekankan nilai kasih sayang dan rasa bersama antara kita adalah kunci kemanisan ukhuwwah Islamiyyah, ketika menyampaikan ucapan mengalu-alukan semua yang hadir bagi pihak DUN. Tentu sekali dari segi nilai material, Umno akan mengatasi kita, tatapi nilaian bersama kita berada di dalam saf perjuangan Islam mengatasi segalanya. Sedikit sama kita kecapi, banyak bersama kita nikmati. 
 
 'SELAMAT MENYAMBUT 'IDUL FITRI'    |     |    Rahmat Ramadhan sama dikongsi, Rahmat BN untuk kroni...    Posted: 21 Aug 2011 07:27 AM PDT     |   | Imbas kembali: Sebahagian dari 9 beradik yatim piatu bersama beberapa orang saudara mara ketika kami mengunjungi mereka selang tidak lama setelah pemergian ibu kira-kira 2 tahun yang lalu. |    Kisah anak yatim paitu 9 beradik di Kampung Jebak Puyoh yang ditinggalkan kedua orang tua mereka kira-kira hampir 2 tahun lalu sentiasa di dalam agenda kebajikan pimpinan DUN Jabi. Apatah lagi inilah kali kedua mereka menyambut Ramadhan dan 'Idulfitri tanpa insan tersayang yang meninggalkan mereka buat selamanya dengan abang sulong mereka ketika itu berusia 21 tahun dan adik bongsu berusia 6 tahun. Terlalu mentah untuk mereka menempuh segala dugaan hebat ini yang belum tentu boleh dilalui oleh kita yang lebih berusia dan telah mampu berdikari. Saya masih mengingati detik-detik yang memilukan ketika ibu mereka diusung turun dari teratak uzur mereka menuju ke tempat persemadian yang abadi setelah bapa mereka mendahului setahun terlebih dahulu. 
 
 
 
 
 
    |   | Sumbangan seadanya yang diterima abang sulong sempena majlis iftar |    Sempena Ramadhan ini, melalui program bersama kita membantu sesama kita, pihak Majlis Tindakan DUN Jabi mengunjungi mereka sambil bersama berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Jawatankuasa PAS Cawangan Jebak Puyoh dan pimpinan UPU Kerandang yang membantu menyediakan juadah sederhana tapi cukup bermakna.Kesempatan ini juga diambil untuk menyampaikan sedikit sumbangan duit raya untuk mereka. 
 
    |   | Gambar terbaru: terlukis sedikit kecerian di wajah mereka walaupun mungkin mereka masih terasa kehilangan |    Kisah hidup mereka sekeluarga adalah realiti sebenar kehidupan sebahagian rakyat terpinggir di sebalik gahnya impian pemimpin negeri untuk memahat sejarah, mencipta tamaddun. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan, dukacita untuk saya paparkan di bawah jalan masuk ke Kampung Jebak Puyoh yang mungkin boleh disaksikan pemandangan seumpamanya di dalam filem Bukit kepong. 
 
    |   | Inilah jalan masuk ke Kampung Jebak Puyoh setelah lebih 50 tahun merdeka dengan belanjawan negeri yang hampir mencecah RM 2 bilion setahun. Mana perginya bahagian rakyat? |     Kita sangat memahami kenapa mereka didiskriminasi. Dengan kapasiti penghuni kampung hampir 100 % ahli dan penyokong PAS, tentu tidak sukar untuk difahami kenapa mereka dianak-tirikan oleh kerajaan sendiri. Tapi persoalannya wajarkah semua ini berlaku semata-mata kerana perbezaan politik. Teratak usang  yang dihuni mereka sekeluarga ini pun dibina secara gotong-royong oleh ahli-ahli PAS UPU Kerandang ketika era pemerintahan PAS tahun 2002 dahulu. 
 
    |   | Teratak pusaka peninggalan arwah orang tua mereka |    
 
 
 
 Saya pernah paparkan dahulu bahawa ketika MB Ahmad Said melawat ke rumah 9 beradik ini apabila kisah pilu mereka kita paparkan di sebuah akhbar harian, bagaimama Ramlan, ADUN Jabi tanpa rasa malu pernah mengajar anak-anak yatim ini berbohong dengan MB supaya menyatakan kononnya rumah yang ada ini adalah hasil sumbangan beliau sedangkan selama menjadi wakil rakyat itulah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke situ. Itu pun kerana nak menyambut kedatangan MB. Sungguh YB tak tahu malu. 
 
 Kita memahami, tak semua insan bernasib baik. Kekurangan dan kemiskinan adalah fitrah manusia. Tapi persoalannya apakah pihak berwajib sebagai kerajaan yang memerintah telah melakukan yang sebaiknya dan sewajarnya supaya mereka yang lemah dan tak berdaya boleh dibantu dan disantuni. Amat malang kalau mereka menjadi mangsa diskriminasi semata-mata kerana perbezaan fahaman politik sehingga wujudnya anggota masyarakat yang tersisih sedangkan dalam masa yang sama, kekayaan dan kemewahan negeri digunakan untuk menyusukan kera-kera di hutan. 
 
 Senario ini mungkin suatu kes terpencil yang terlepas pandang, tapi kita tidak menolak kemungkinan wujudnya kes-kes lain yang mempunyai persamaan tetapi tidak didedahkan. Di sinilah amalan pengagihan kekayaan yang sama rata akan memainkan peranan sekiranya ia menjadi dasar kerajaan. Melihat dan mendengar senarai panjang kekayaan yang dimiliki kroni-kroni mereka yang berkuasa kemudian membandingkan dengan realiti sebenar kehidupan rakyat bawahan, rakyat tidak memerlukan data dan bukti yang lebih konkrit untuk mereka membuat tanggapan akan wujudnya kepincangan sistem pengagihan kekayaan negeri khususnya dan negara amnya. 
 
 Ternyata perbezaan ketara antara negara berkebajikan yang ditawarkan PAS dengan amalan kebajikan yang selalu disalah guna oleh Umno. Apabila bantuan kebajikan untuk rakyat adalah umpan pancing undi, siapa yang tidak sehaluan, mereka bernasib malang, biar rakyat mati asal kaya kroni dan pelbagai lagi ungkapan yang mengambarkan malangnya rakyat yang berkerajaankan pemimpin BN.    |     |    Bila masjid dibina kerana projek...    Posted: 17 Aug 2011 07:12 PM PDT     |   | Masjid Hadhari dari arah Sungai Jerteh ketika banjir tahun lalu. Atap merah adalah wakaf hadhari yang bernilai RM20,000  |    Kesal remaja rosakkan pagar masjid  JERTIH - Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu dipercayai  sekumpulan remaja yang bertindak merosakkan bahagian pagar batu Masjid  Hadhari amat dikesali dan tidak boleh dibiar berlarutan.   Iman 1 Masjid Hadhari Jertih, Wan Hasan Abu Bakar berkata,  jawatankuasa masjid dan jemaah kesal dengan tindakan merosakkan bahagian  pagar di belakang masjid yang terletak berhampiran Sungai Jertih sejak  minggu lalu.   Menurutnya, perbuatan itu dikesan dilakukan sejak minggu lalu tetapi  semakin serius belakangan ini menyebabkan beberapa bahagian pagar batu  tersebut roboh.   "Kumpulan terbabit dipercayai melakukan perbuatan itu pada waktu  malam ketika jemaah sedang solat Terawih dan mereka dipercayai  menendang tembok itu sehingga roboh," katanya.   Berikutan kejadian itu, Wan Hasan menganggarkan kerosakan yang dialami sebanyak RM20,000.   Kata Wan Hasan, pihaknya akan melaporkan kejadian itu kepada  polis bagi memastikan individu terbabit  diberkas dan kejadian sama  tidak berulang.   Menurutnya, perbuatan itu mampu merosakkan imej masjid tersebut apatah lagi ia sebagai tempat suci umat Islam.   "Kumpulan remaja terbabit datang dengan motosikal ketika solat  Terawih dan mereka turut memasang mercun ketika orang solat di belakang  masjid itu," katanya.   Sementara itu Pegawai Agama Daerah, Nik Zulhaiza Ismail berkata,  pihaknya memandang serius kejadian itu kerana ia tidak sepatutnya  dilakukan lebih-lebih lagi melibatkan imej orang Islam tambahan pula  dilakukan pada Ramadan.   Menurutnya, sepatutnya pada bulan mulia ini umat Islam berlumba-lumba membuat kebaikan, bukan sebaliknya.         |     |    Jangan samakan BERSIH 2.0 dengan rusuhan di London    Posted: 17 Aug 2011 06:44 PM PDT       Buletin Online 17 Ogos 2011 SETIU  - Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim  menyelar  tindakan pihak tertentu khususnya pemimpin Umno yang  seolah-olah mahu menyamakan rusuhan di  Britain dengan Perhimpunan Aman  Bersih 2.0.   Menurutnya, kedua-dua situasi tersebut berbeza  kerana perhimpunan  Bersih 2.0 melalui 60 gabungan pertubuhan bukan  kerajaan (NGO) merupakan  satu perhimpunan aman untuk menuntut lapan  perkara pada pilihan raya  akan datang.   Beliau sebaliknya  menegaskan, rusuhan yang berlaku di Britain  adalah satu rusuhan ganas  yang jelas mendatangkan keadaan huru-hara  sehingga menyebabkan  kecederaan kepada orang awam, polis, kecurian dan     kemusnahan  bangunan.   [Gambar - Dr Azman dua dari kanan, ketika mengiringin kunjungan Pesuruhjaya PAS ke Setiu semalam 16 Ogos]"Rusuhan  dan perhimpunan aman sama sekali tidak boleh disamakan  kerana ia dua  perkara berbeza kecuali perhimpunan aman itu menyebabkan  berlakunya  kerosakan besar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.   Beliau   Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, bagaimanapun mendakwa, pihak  keselamatan tidak berjaya  membuktikan sebarang kerosakan seperti kereta  terbakar, kehadiran  senjata atau kecederaan yang berlaku kepada polis  dalam perhimpunan 9  Julai lalu.   Menurutnya, perkara yang sama  pernah berlaku ketika Bersih  menganjurkan perhimpunan kali pertama pada  2007 tanpa menimbulkan  sebarang perkara yang membawa kepada kerosakan  dan kecederaan.   Pada masa sama, beliau yang juga Ahli  Jawatankuasa Pas  Terengganu turut memuji Britain kerana memberi peluang  kepada  penganjuran perhimpunan aman.   "Semasa kita mengadakan  perhimpunan di Kuala Lumpur, saya  dihubungi kenalan di London yang  turut mengadakan perhimpunan tersebut  dihadiri kira-kira 1,000 orang  dan polis yang berkawal sekitar dua orang  sahaja.   "Anggota  keselamatan itu turut bertanya kepada penganjur ada  atau tidak peserta  lain yang akan hadir selepas ini kerana jika  bilangannya lebih besar  daripada itu, mereka mahu meluaskan kawasan  perhimpunan," katanya.   Beliau  turut mengharapkan kerajaan boleh memberi peluang yang  sama kepada  penganjur untuk melakukan perhimpu-nan secara aman dalam  usaha memberi  kebebasan bersuara kepada rakyat kerana ia mampu membantu  kerajaan  dalam menggerakkan sistem dengan lebih adil di negara ini.     |     |    Dampingi rakyat di mana jua    Posted: 16 Aug 2011 06:31 PM PDT     |   | Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan bakat memasak murtabak semasa mengunjungi Bazar Bamadhan Sungai Tong, Langkap |       |     |    Ramadhan di perantauan, suatu catatan    Posted: 10 Aug 2011 01:47 AM PDT     |   | University of Baghdad, Iraq |    Bagi Negara yang mempunyai empat  musim, setiap Ramadhan ditempuh dalam suasana berbeza. Dalam konteks Negara teluk seperti  Iraq, bulan Julai dan Ogos yang sedang kita lalui sekarang ini adalah kemuncak  musim panas dengan suhu mampu mencecah antara 47° -  49°C, suatu  keadaan yang tentunya agak asing untuk kita tempuhi. Siang hari akan menjadi lebih panjang dari malam dengan azan subuh akan  berkumandang sekitar 4.40 pagi dan maghrib sekitar 8.20 malam. Kesabaran dan keimanan yang tinggi amat dituntut untuk berpuasa  dalam keadaan cuaca sebegini. 
 
 Sepanjang 6 tahun di perantauan,  Alhamdulillah, Ramadhan tiba pada musim sejuk yang tidak begitu mencabar untuk  ditempuhi. Musim  sejuk di Iraq yang menjelang sekitar Oktober akan  berakhir pada penghujung Mac dengan kemuncaknya sekitar Januari dan Februari. Di  Baghdad kemuncak musim sejuk dengan suhu sekitar 3°-4°C, tidak  ada salji yang turun berbeza dengan bahagian utara Iraq seperti Wilayah  Sulaimaniya yang didiami komuniti Kurdi akan dilitupi salji. Wilayah dengan  bentuk geografi bergunung-ganang  ini begitu indah dilitupi keputihan  salji. Sayangnya, situasi politik dan keselamatan di wilayah  autonomi Kurdi ini, tidak mengizinkan untuk kita menjelajah jauh menikmati  keindahannya. 
 
 Berbanding suasana musim panas,  siang hari akan menjadi pendek di musim sejuk dengan  azan subuh berkumandang sekitar jam 6.30 pagi dan kami akan mengadap hidangan  berbuka puasa sekitar jam 5.30 petang. Saudara mara di  Malaysia baru siap sembahyang asar, kami sudah  berbuka. 
 
 Tinggal di perantauan ditambah lagi  berseorangan di University Of Baghdad, Ramadhan selalunya dimeriahkan dengan  jiran-jiran dan kawan-kawan masyarakat setempat yang menerima saya seadanya  sebagai sebahagian dari komuniti mereka. Walaupun diperingkat awal mereka  selalu bertanya adakah saya berpuasa dan apa makna  puasa bagi saya. Semuanya ini adalah kerana lemahnya  pengetahuan mereka tentang Malaysia. Mereka tidak  begitu memaklumi tentang adanya sebuah Negara umat Islam bernama Malaysia di  sebelah selatan Thailand yang selalu dikunjungi oleh masyarakat Arab untuk  bercuti ketika musim panas. Ramai yang saya temui  menyatakan mereka pernah ke Bangkok tetapi tidak tahu di mana lokasi  Malaysia. Astaghfirullah… 
 
 Alhamdulillah, lokasi tempat tinggal  saya di Adhamiya sebuah Bandar kecil kira-kira 20 km dari pusat Bandar Baghdad,  di pinggiran Sungai Dajlah dengan masyarakat di persekitaran Jamek Imam Al Adham  (Masjid Imam Abu Hanifah) adalah masyarakat yang agak kuat berpegang dengan  agama dan masih mengekalkan nilai hidup tradisi masyarakat Arab. Budaya mengajak kawan-kawan berbuka puasa di rumah walaupun dengan  hidangan yang sangat sederhana masih menjadi amalan. Beberapa rumah  kawan-kawan yang agak dhaif yang sempat saya kunjungi untuk memenuhi undangan,  tuan rumah kelihatan teragak-agak untuk makan bersama  bimbang kita tetamu tidak dapat menikmati makanan dengan sempurna. Hanya lebihan  tetamu akan dijamah mereka. 
 
 Kawan-kawan yang bermazhab syiah  tidak akan berbuka bersama kita kerana bagi mereka  masuknya waktu maghrib, belum lagi dibolehkan berbuka sehinggalah hilang mega  merah di kaki langit saat menghampiri waktu isyak barulah mereka menjamah  makanan. Permulaan puasa pula bagi mereka pula ialah apabila  terbit matahari bukannya menjelang masuk waktu fajar sebagaimana kita Ahlu  Sunnah Wal jamaah. Jangan merasa pelik kalau melihat ada orang yang  sedang mengadap hidangan selepas solat subuh kerana mereka adalah penganut  mazhab syiah yang sedang bersahur!  Walaupun begitu mereka meraikan apa yang menjadi amalan kita. Dalam bab-bab sebegini,  kawan-kawan yang bermazhab syiah biasanya boleh bertolak ansur Cuma pantang  teramat pantang! Sekiranya kita mengagungkan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w  seperti Abu Bakar dan Umar r.a. di hadapan mereka.  Jangan sekali-kali membuatkan wajah mereka menjadi merah padam dan mata bersinar  kemarahan dengan mengiringi ucapan radiallahuanhu bila menyebut nama Muawiyyah bin Abu Sufian. Musuh nombor  satu penganut syiah. Kita akan putus sahabat  dengan mereka dunia dan akhirat! Awas! Saya pernah  mengalaminya. 
 
 Ketika di perantauan menjadi  kegemaran untuk kita mengunjungi masjid-masjid yang berbeza pada malam-malam  Ramadhan, mungkin untuk memperkayakan lagi maklumat dan  pengalaman.  Tidak ada tempat yang indah dan mendamaikan di bulan yang  mulia di Iraq pada pendapat saya lebih dari Ramadhan di Fallujah yang terletak  kira-kira 200 km dari Baghdad. Mungkin Kelantan adalah  bandingan kalau di Negara kita. Bandar dengan penduduknya begitu komited  dengan Islam dan tidak menghairankan sama sekali apabila penentangan jihad  paling hebat terhadap pencerobohan dan penjajahan US berlaku di sini dan di  bandar inilah berlakunya kemusnahan paling dahsyat angkara tentera-tentera  kuffar US. 
 
 Berkesempatan berkunjung ke sana bersama teman-teman sekuliah yang bermastautin di bandar  ini, menikmati malam-malam Ramadhan yang sangat indah sebagaimana yang  diistilahkan dalam syair-syair Arab, 'Ramadhan ibarat musim bunga bagi manusia  yang beriman'. Solat tarawih 20 rakaat dengan imam hafiz yang  begitu indah lantunan ayat-ayat suci Al Quran, disambung dengan tadarrus  sehingga menjelang tengah malam. Jiran-jiran sekampung berebut-rebut  mengajak untuk bertamu ke rumah mereka, kalau tak sempat untuk iftar, bersahur  pun tak apa. Begitulah mereka sangat  memuliakan seorang anak rantau yang tak punya apa-apa, sekadar menghargai segala  kebaikan saudara seagama. Menghidupkan malam dengan  qiyamullail, linangan air mata mengiringi dan menghayati keindahan ayat-ayat  suci yang memecah keheningan dinihari, sungguh suatu suasana yang sangat  mengujakan. Seminggu menjadi tetamu di sana  terasakan begitu singkat dan cepatnya ia berlalu. Saya selalu  memasang impian, sekiranya berkesempatan kembali semula ke Iraq bersama isteri  dan anak-anak, Fallujah adalah tempat wajib saya ingin mereka kunjungi.  Sayangnya, Bandar yang sebegini indah telah hancur dek  keganasan US.   
 
 Suatu yang menjadi tradisi tahunan,  menarik dalam pengamatan saya, masyarakat Iraq selalunya berkampung di  masjid-masjid menjelang hari 26 Ramadhan untuk beribadat semaksimun mungkin  menjelang malam 27 Ramadhan yang kebanyakkannya meyakini itulah malam Lailatul  Qadar. Habis dibawanya anak isteri, tikar bantal, periuk  belanga untuk berkhemah dalam kawasan masjid. Berbagai  ragam manusia terutamanya mereka yang datang sembahyang cuma semalam dalam  setahun dengan harapan mendapat fadhilat beribadat seribu bulan.   
 
 Di Masjid Abu Hanifah, ada seorang  penjual daging yang saban tahun saya perhatikan dengan jubah putihnya yang kotor  dengan kesan darah dan pelbagai lagi kotoran menunaikan solat sambung-menyambung  dengan penuh 'kesungguhan' sedangkan hari-hari yang lain bayangnya tak pernah  kelihatan di masjid. Saya amat mengenalinya kerana pasar  tempat beliau berniaga hanya kira-kira 200 meter dari rumah sewa. Apabila  saya bertanya sambil bergurau kenapa sampai begitu bersungguh sekali beliau  'beribadat' semalam, jawabnya… "kamu tak tahukah  semalam lailatul Qadar? Beribadat di dalamnya mendapat ganjaran seribu bulan…"  Dengan penuh simpati atas kejahilannya, saya sekadar memberikan pandangan… "Ammu, (Pak Cik) kita wajib menunaikan perintah Allah  sepanjang tahun, bukannya hanya semalam dalam setahun, insyaAllah, Allah akan  menganugerahkan kita dengan lailatul Qadar." 
 
 Sayangnya di sana, peraturan tidak membenarkan untuk para imam mengadakan  ceramah atau tazkirah secara terbuka. Ramai di kalangan mereka yang berilmu dan  boleh merubah masyarakat, tapi peranan dikecilkan dengan sistem yang ada walau  tidak dinafikan sebagaimana di Negara kita ada imam yang dipilih di atas dasar  fahaman politik parti Baath yang memerintah dengan mengenepikan orang lain yang  lebih berilmu, berakhlak dan lebih baik ilmu Al Qurannya.  
 
 Di sana  tidak ada bazaar Ramadhan. Restoran dan kedai-kedai makan  dibuka seperti biasa Cuma dilingkungi dengan kain putih dan ditulis 'Tidak  dibenarkan muslim masuk'. Melihatnya, saya agak musykil, kalau tidak  dibenarkan muslim masuk untuk tujuan apa ianya dibuka  dan siapa lagi yang nak masuk, sedangkan Iraq adalah Negara lebih 90 %  penduduknya muslim. Tentu sekali dalam sebuah Negara sosialis  seperti Iraq, tiada penguatkuasaan undang-undang syar'ie. Di jalanan biasa kita jumpa kelompok manusia yang meremehkan  perintah Allah dengan pelbagai alasan. Kesihatan  selalunya dijadikan modal utama untuk tak berpuasa. Itu  baru Ramadhan di musim sejuk, Ramadhan musim panas seperti sekarang,  bagaimana? 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    |     |    Perkemaskan saf, bergerak menuju kemenangan    Posted: 05 Aug 2011 08:45 PM PDT  Setiap kemenangan ada pra syaratnya. Tanpa mematuhi prasyarat yang telah ditentukan oleh Allah, sukar untuk kita menggapai kejayaan dalam perjuangan. Saf perlu diperkemaskan kerana amanah Islam amat berat untuk dipikul oleh saf yang rapuh dan bercerai-berai. Ramadhan ibarat musim bunga bagi kita seorang hamba Allah. Terlalu indah. Madrasah Ramadhan ini sepatutnya mendidik kita menjadi seorang hamba Allah yang hebat dan bertaqwa. Sebagaimana indahnya musim bunga yang dipenuhi bunga-bungaan, begitulah jiwa seorang hamba untuk menerima anugerah Allah di bulan yang berkat ini.   |  | Ustaz Abu Bakar Chik menyampaikan tazkirah Ramadhan |  
 
 
 Antara intipati tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Dato' Haji Abu Bakar Chik sempena Program Iftar Jama'ie DUN Jabi bertempat di perkarangan Pejabat DUN petang semalam. Program tetap tahunan dengan pendekatan berbeza pada Ramadhan kali ini apabila program diadakan diawal Ramadhan lagi untuk mengelakkan 'kesesakkan' program menjelang 10 akhir Ramadhan. Seekor lembu dikorbankan untuk menjadi hidangan para tetamu yang terdiri dari masyarakat sekitar DUN Jabi.    |  | Bersama menghulurkan tenaga |  
 
 
 Ustaz Abu Bakar Chik menekankan lagi, tujuan penciptaan kita manusia adalah untuk menunaikan 3 tanggungjawab besar. Beribadat, menunaikan amanah dan menegakkan khilafah. Tanggungjawab ini perlu ditunaikan oleh semua yang mengaku beriman kepada Allah.    |  | Muslimat tidak ketinggalan |  
 
 
 Pengarah DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika menyampaikan ucapan alu-aluan menegaskan bahawa kita sebagai pejuang Islam sangat beruntung di bulan yang mulia ini. Mushaf Al Quran yang kita tadarrus hakikatnya adalah kitab yang menjadi dasar perjuangan. Allah, tuhan yang kita sujud dan sembah adalah matlamat segala kerja buat kita. Rehat seorang pejuang Islam yang keletihan, tidak sama dengan rehat orang lain. Infaq dan sedekah yang kita sumbangkan diganjari berganda-ganda oleh Allah. Puasa seorang mujahid, tak sama dengan puasa seorang pejuang nasionalis. Ramadhan adalah bulan jihad, bukannya bulan untuk berehat.  
 
 InsayaAllah, menyusul di pertengahan Ramadhan nanti Program Iftar DUN khusus untuk meraikan anak-anak yatim dan para ibu tunggal. Dengan kelapangan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, pihak DUN telah menyiapkan sumbangan untuk disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan rasa bersama antara kita. Turut akan diraikan adalah guru-guru PASTI yang banyak berkorban dan berjasa.     |     |    Ramadhan bulan semarakkan perjuangan    Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT    Peperangan Badar  Kubra berlaku dalam bulan Ramadhan. Pembukaan Kota Mekah juga dalam bulan Ramadhan. Sebahagian peperangan Ahzab berlaku dalam bulan Ramadhan dan sebahagian lagi dalam bulan Syawal. Tentera Thalut bertempur dengan tentera Jalut juga berlaku dalam bulan Ramadhan. Suatu penegasan yang jelas bahawa Ramadhan adalah bulan perjuangan dan bulan jihad bukannya bulan berehat.  
 
 
 Bagi kita  pendokong gerakan Islam,  makna Ramadhan terlalu jauh berbeza. Apabila kita mengadap  mushaf untuk bertadarrus di bulan yang mulia ini, bait-bait kitab suci yang kita baca sebenarnya tak lain, tak bukan adalah kitab yang menjadi dasar perjuangan kita. Apa makna tadarrus Al Quran untuk seorang pejuang nasionalis? Sekadar main-main  atau apa? Kalau yang dibaca bukan itu yang diamalkan dan diperjuangkan. 
 
 Merenung kehebatan  generasi sahabat menjalankan tugas jihad di bawah keperitan mentari padang pasir dalam keadaan sedang berpuasa menginsafkan kita tentang kehebatan semangat jihad yang  mereka miliki dan jauhnya kita ketinggalan di belakang. Bekerja di bilik berhawa dingin, kereta berhawa dingin, juadah berbuka penuh meja, solat tarawih 8 rakaat juga di surau berhawa dingin, lepas tarawih makan lagi dan segala macam kesenangan dan kemudahan yang sama sekali tak dilarang untuk kita menikmatinya, tapi… di mana semangat jihad kita? 
 
 Apabila Allah berfirman di dalam Al Quran dengan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditulis ke atas kamu kewajipan puasa sebagaimana yang telah ditulis kewajipannya ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu…" Kita bisa  memahami, setiap perkara yang ditulis adalah penting. Suatu perkara remeh tak akan ditulis kewajipannya di dalam Al Kitab. Allah nak bagitahu kita, kewajipan puasa suatu perkara sangat besar dan penting, kamu manusia yang beriman tak boleh ambil ringan dan buat main-main dengan perintah ini.   |  | Sekapit beras mungkin besar ertinya bagi yang memerlukannya |  
 
 
 Sekadar mengajak  kita merenung sejenak… Ketika mengunjungi bazar Ramadhan diwaktu petang, macam-macam juadah ada di depan kita, ayam panggang, ayam percik, ayam golek, ayam KFC, kuih… macam-macam jenis kuih, nasi… bermacam-macam jenis nasi, nasi beriani, nasi kerabu, nasi ayam, nasi bukhari, nasi dagang dan entah apa-apa lagi yang semuanya nampak berselera dan sedap hatta kalau diambil seketul bata jongkong, dipanggang di atas api dan disiram dengan kuah percik, mungkin juga akan kelihatan sedap dan enak. Tapi walau  sesedap mana sekalipun, walaupun poket kita berduit dan kita mampu membelinya, tapi Allah perintahkan supaya kita tahan seketika nafsu dan keinginan untuk makan. Kenapa disaat sebegini kita tidak berfikir dan merenung, barangkali beginilah perasaan orang miskin yang tak berduit. Tengok makanan yang dijual tentu mereka teringin nak menjamahnya, tapi terhalang sebab poket mereka kosong. Kalau beli juga, belanja sekolah anak-anak dan belanja keperluan penting lain akan terjejas. Kita tak boleh  makan hanya seketika, tapi mereka tak berpeluang mengecapinya lantaran ketidak mampuan. Rasa keprihatinan  dengan nasib orang lain adalah ciri wajib ada pada seorang pejuang Islam. 
 
 Biasakanlah di bulan yang mulia ini untuk duduk bersama orang-orang susah dan menderita, menyantuni anak-anak yatim, usaplah kepala mereka dengan penuh kasih sayang kerana mereka adalah amanah Allah yang ditinggalkan kepada kita yang masih hidup, infaqkanlah sebahagian dari apa yang kita miliki kerana sebenarnya ada insan lain yang sangat memerlukan. Semua amalan ini mampu melembutkan hati dan ingatlah hanya orang yang mengasihi akan dikasihi, orang yang suka merahmati akan dirahmati, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima dan tak akan ditimpa kemiskinan dan kemelaratan bagi orang yang bersedekah. 
 
     |     |    Felda Parlimen Setiu, kenyataan pahit yang perlu diakui...    Posted: 28 Jul 2011 03:27 AM PDT    |  | Bersama Mazlan Aliman berdialog dengan masyarakat Felda Chalok Barat. | 
  | 
  |  
 Jalan ke Putrajaya tidak mungkin boleh dicapai tanpa menguasai pengundi felda. 58 kerusi parlimen seluruh negara ditentukan kemenangannya oleh undi masyarakat felda. Di Terengganu, sekurang-kurangnya 3 kawasan parlimen tidak boleh mengabaikan sama sekali suara masyarakat felda. Setiu, Dungun dan Kemaman. Hanya 2 kerusi parlimen yang tidak melibatkan undi felda, Kuala Terengganu dan Marang. Kedua-duanya telah dikuasai PAS. 
 
 Pemerhatian jujur mengambarkan kepada kita bagaimana masyarakat felda di Terengganu tidak bergerak seiring dengan kesedaran masyarakat felda di lokasi-lokasi lain seluruh negara. 317 tanah rancangan felda di seluruh negara, nyata kita di Terengganu masih terkebelakang dari segi gelombang dan arus kesedaran. Saf kepimpinan baru PAS Terengganu perlu melihat perkara ini dengan betul-betul sistematik dan berkesan. Sekiranya langkah segera tidak diambil, agak sukar impian kita mampu dicapai. 
 
 Kita dimaklumkan, dari sasaran 60 kerusi yang perlu dimenangi PAS untuk ke Putrajaya bersama rakan PR, salah satunya adalah Parlimen Setiu. Di Setiu, 2 dari 4 kerusi DUN dalam Parlimen Setiu iaitu Jabi, Langkap ditentukan kemenangannya dengan undi peneroka. Dengan majoriti kekalahan Parlimen Setiu PRU 12 yang mencecah lebih 7,000 kita perlu mengakui dengan jujur jalan sukar tanpa usaha gigih dan berkesan. 
 
 
 
 
 
 
 
    |     |    Demokrasi di Malaysia Setaraf Myanmar – Mat Sabu    Posted: 27 Jul 2011 11:30 PM PDT   
  Demokrasi kita dah  terlalu jauh ke belakang. Malah kita ketinggalan di belakang Fiji. Yang hampir setaraf dengan kita mungkin Myanmar. Di Indonesia selepas era Suharto kalau ada unjuk rasa  (demonstrasi), polis sendiri akan bagi garis panduan, peserta unjuk rasa, sila  berjalan ikut jalan sekian-sekian, polis akan berkawal untuk memastikan  kelicinan perjalanan, berhimpun ditempat yang ditentukan kemudian apabila usai  unjuk rasa, pulang melalui jalan sekian-sekian dan anggota polis akan membantu  perjalanan. 
 
 Perhimpunan  BERSIH di Kota London baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang cuma  dipantau oleh 2 orang anggota polis dan kalau masih ada peserta yang akan hadir,  pihak polis Metropolitan London sedia untuk memperluaskan lokasi kawasan  himpunan. Mereka berarak dengan siap diiringi kenderaan  polis. 
 
 Di Negara  kita, siapa yang berhimpun akan ditangkap! ISA akan digunakan kalau perlu!  Anggota keselamatan akan dikerahkan! Ini perhimpunan Haram! Tak cukup anggota  polis, kita akan kerahkan anggota tentera! Peserta himpunan BERSIH adalah  penderhaka yang boleh dihukum pancung! Peniaga akan kerugian besar! Negara akan  huru-hara! Apa semua ini?? 
 
 "Inilah  negaraku Malaysia", keluh Timbalan Presiden Pas yang mesra disapa Abang Mat  ketika menyampaikan Ceramah Pasca Bersih 2.0 di Kampung Gong Nangka, DUN Jabi  malam tadi.  
 
 Beliau yang  datang dalam keadaan bertongkat dan dipapah selepas menjalani pembedahan  ligament lutut pada 15 Julai baru-baru ini, walaupun dinasihatkan doktor supaya  berehat turut menyuarakan kekesalan atas tuduhan sembrono pihak polis dan Umno  kononnya beliau seorang pelakon yang hebat untuk menarik simpati khalayak.  "Kalau nak berpolitik, berpolitiklah dalam perkara lain, bukan dalam persoalan  yang menyentuh soal kesihatan dan hidup, mati orang lain! Kalau saya ini seorang  pelakon utama yang hebat, maka tuan-tuan semua yang hadir adalah pelakon  tambahan." Tempelek Abang Mat disambut gelak ketawa hadirin.     
 
 Ceramah  yang diadakan di Kampung Gong Nangka, yang juga merupakan cawangan bongsu di DUN  Jabi dengan penubuhannya kira-kira seminggu yang lalu. Sempena dengan program  ini, sebanyak 68 borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Ketua  Penaja PAS Cawangan kepada Timbalan Presiden sebagai simbolik satu lagu kubu  kekuatan Umno Dun telah Jabi berjaya dipecahkan. 
 
   |  | Ketua Penaja PAS Cawangan Gong Nangka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden |  
 Turut  menyampaikan, ceramah adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Pengarah  DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim. 
 
     |     |    Ahlan Ya Ramadhan... Puasa dari Kajian Sains Perubatan    Posted: 24 Jul 2011 07:49 PM PDT  
 Secara dasarnya  puasa adalah suatu proses detoksifikasi yang baik. Detoksifikasi  bermaksud membersihkan badan dan mencucinya dari kesan racun ataupun toksin. Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini, apabila seseorang mengidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba  masanya kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, berpuasa. Puasa adalah penawar. Ia meransang beberapa perubahan yang melibatkan  metabolism badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. 
 
   |  | Iftar jama'ie mengeratkan ukhuwwah |  
 Semasa berpuasa,  organ-organ dapat berehat. Kerehatan ini membantu  badan membuang segala kotoran serta toksin disamping menyegarkan sel-sel. Kajian mendapati puasa adalah kaedah rawatan tertua di dunia. Orang-orang terdahulu seperti Plato, Socrates,  Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimony pesakit-pesakit,  puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada system penghadaman serta penyakit kulit. 
 
 Dalam buku  'Wild Health: How Animal Keep Themselves Well and What We Can Learn From  Them' dicatatkan: Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati  fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses natural ke arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan saja bagi binatang, malah juga bagi manusia. Puasa mempercepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bacteria memerlukan zat besi untuk bertindak. Justeru dengan menghindari makanan, bacteria  akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya. 
 
 Berpuasa dalam  bentuk menghindari makan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudharatkan. Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij, The  Lancet ada disebutkan,  Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudharatkan. Sekiranya  berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian daripada sebab-sebab lain selain puasa perlu diterokai terlebih dahulu… 
 
 Pada tahun  1994, congress antarabangsa pertama bertemakan 'Kesihatan dan Ramadhan' diadakan di Casablanca. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia membentangkan lebih 50 kertas kajian pada masa itu. Kesemua kajian mengesahkan puasa pada bulan Ramadhan tidak mendatangkan sebarang kemudharatan malah sebaliknya mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi manusia. 
 
 Nah! Apa lagi yang diperlukan saudaraku. Quran telah jelas, Hadis juga jelas, saya kemukakan fakta sains di atas sebagai tambahan sokongan. Lebih menarik, kesemua kajian itu dilakukan oleh mereka yang belum Islam dan kita berdoa supaya kajian-kajian yang dilakukan akhirnya akan membuka pintu hidayah buat mereka… Amiin.   
 
    |     |    Ceramah Pasca BERSIH 2.0    Posted: 22 Jul 2011 06:45 PM PDT    |     |    Nadwah Ulama' PAS Terengganu    Posted: 21 Jul 2011 04:04 PM PDT    |  | Kehadiran yang memenuhi Dewan Markas Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu menghayati ucaptama Tuan Guru Presiden membahaskan tema Muktamar Agong PAS, 'Ke Arah Negera Berkebajikan'. |  
    |     |    BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN DUN JABI    Posted: 17 Jul 2011 07:59 PM PDT    |  | Buku Undang-Undang Kecil Badan Kebajikan dan Khairat Kematian DUN |  
   |  | Menyampaikan sumbangan khairat RM1,000 kepada anak ahli yang meninggal dunia sabtu lalu |  
     
 
 
 Ringkasan Buku Undang-Undang BKKKDJ
   |  
 
 
   Pengenalan
 Buku ini adalah suatu undang-undang kecil yang dikemaskini dan telah  diluluskan di dalam mesyuarat agong Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Dun  Jabi pada 31 Disember 2010 bagi proses penyusunan semula Tabung Khairat  Kematian DUN Jabi dari yang telah sedia wujud dan beroperasi  sebelum ini. Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Dun Jabi  ini akan berfungsi di bawah pengurusan  Jawatankuasa yang dilantik oleh mesyuarat agong tahunan Badan ini. Keahliannya  adalah disasarkan kepada seluruh ahli dan penyokong PAS di dalam DUN Jabi dan  ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.   Objektif Penubuhan 
 1.      Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan  beban waris simati.  2.     Menyatukan masyarakat DUN Jabi untuk mencari jalan terbaik  dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila   berlaku sesuatu musibah atau kesukaran yang  menimpa ahli masyarakat.
  3.     Memupuk semangat bekerjasama antara ahli dan penyokong  PAS.
  4.     Bersama menghulurkan  bantuan dan sokongan ketika seseorang anggota masyarakat berhadapan dengan  kesukaran dan musibah.
 
 
 Syarat-Syarat Keahlian 1.   Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di  qariah-qariah DUN Jabi. Mereka yang menetap di luar DUN Jabi boleh didaftarkan  sebagai ahli jemputan.  2.     Satu keahlian akan mewakili satu rumah atau satu keluarga  di bawah tanggungannya dan hendaklah didaftarkan dalam Borang  Pendaftaran:
 a.            Ahli. b.            Isteri/suami. c.            Anak-anak yang belum berkahwin atau berumur di bawah 25  tahun d.            Ibubapa/mertua atau penjaga yang tinggal  bersama.   3.     Keahlian berkuatkuasa bermula selepas 1 bulan apabila borang  pendaftaran telah disahkan oleh Pengerusi/ Setiausaha Jawatankuasa Badan  Kebajikan dan Khairat Kematian Dun Jabi dan yuran pendaftaran serta yuran  tahunan telah dibayar. 
  4.    Pendaftaran yang dibuat pada ketika/hari berlakunya satu-satu kematian  tidak membolehkan diberi sumbangan untuk kematian tersebut serta merta.  Walaubagaimanapun keahliannya boleh diterima. 
  5.    Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan  syarat yuran tahunan dan kutipan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah  diberitahu untuk memudahkan dihubungi. 
  6.   Nama tanggungan yang tidak didaftarkan dalam Borang  Pendaftaran tidak layak menerima sumbangan. Bagi kematian bayi yang baru lahir  atau kematian bayi dalam kandungan ahli, sumbangan akan diberikan dengan jumlah  berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Badan Kebajikan dan Khairat Kematian DUN  Jabi.
  7.    Penerimaan sebagai ahli jemputan/kehormat adalah atas  budibicara Jawatankuasa. Ahli kehormat/jemputan akan menerima  kemudahan-kemudahan yang sama seperti ahli biasa. 
  8.     Sebarang pindaan kepada peraturan ini adalah tertakluk  kepada keperluan semasa dan perlu mendapat kelulusan mesyuarat agong  tahunan. 
  9.    Sekiranya  timbul apa-apa masalah berhubung dengan  tafsiran atau peraturan ini,  keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Kebajikan  dan Khairat Kematian adalah muktamad.
 
 
 Yuran  1.     Yuran pendaftaran adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia  Dua puluh Sahaja). Yuran tahunan adalah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh  Sahaja) setahun dengan tidak mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal  pada tahun tersebut. Yuran tahunan juga boleh dibayar untuk jangka panjang. Bagi  pendaftaran baru yang belum menjadi ahli PAS, pihak Jawatankuasa akan  menguruskan pendaftaran keahlian PAS mereka dan sebahagian dari yuran  pendaftaran keahlian akan digunakan untuk menjelaskan yuran keahlian  PAS.  2.    Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum 31 Mac tahun yang  berkenaan. Ahli yang gagal membayar yuran tahunan selepas 31 Mac bagi tahun  berkenaan akan hilang kelayakan daripada menerima sumbangan kewangan yang  ditentukan dalam peraturan ini. Sekiranya ahli tersebut masih gagal membayar  yuran tahunan sebelum 30 Jun bagi tahun berkenaan maka ia akan hilang  keahliannya setelah diberi surat peringatan. 
  3.       Ahli yang telah dibatalkan keahlian perlu mendaftar semula  dan membayar yuran tahunan jika mahu menjadi ahli semula. 
  4.       Segala yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan  sekiranya ahli menarik diri atau dibatalkan daripada menjadi ahli  seterusnya. 
  5.       Apabila berlaku kematian, kutipan khas sebanyak RM3.00  (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja) akan dibuat dari setiap ahli bagi setiap kematian  ini. 
  6.      Tanggungan bermaksud anak-anak atau mereka yang berada di  bawah jagaan ahli serta berumur di bawah 25 tahun dan belum berkahwin. Sekiranya  telah berumur melebihi 25 tahun atau telah berkahwin, mereka perlu mendaftar  sebagai ahli.
  7.      Jumlah yang perlu daripada akaun akan digunakan untuk  tujuan pengurusan. 
 
 
 Sumbangan Kepada Waris Simati Apabila Berlaku  Kematian   1.       Sumbangan bagi satu kematian:
 ·               Ahli berdaftar                                  :   RM1,000 ·               Suami/isteri                                   :     RM750 ·               Anak/tanggungan kepada ahli         :    RM500 ·               Ibubapa/mertua kepada ahli            :     RM250  2.      Jika berlaku dua atau lebih kematian serentak dalam satu  keluarga/rumah (multiple death), kematian yang pertama akan menerima sumbangan  penuh manakala kematian kedua dan seterusnya akan menerima separuh sumbangan  kewangan.
 
 
 
 
 
 
 Akaun  1.       Satu akaun bank di buka di MayBank cawangan Jertih. Akaun  bank ini  didaftarkan sebagai Badan  Kebajikan dan Khairat Kematian PAS. Nombor akaun:  563046108671.  2.      Penyata kira-kira perlu disahkan oleh pemeriksa kira-kira dan  akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agong Tahunan Badan Kebajikan dan Khairat  Kematian DUN yang akan diadakan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.
 
 
 
 
 
 
 
 Pemilihan Ahli Jawatankuasa  Badan Kebajikan dan Khairat Kematian DUN Jabi akan diuruskan oleh  Jawatankuasa yang dipilih di dalam mesyuarat agong tahunan yang terdiri dari seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi,  Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari  dan 2 orang pemeriksa kira-kira serta AJK yang mewakili setiap Unit Peti  Undi (UPU) di dalam DUN Jabi. 
 
 
 
 
 
 
 
  |  
    |     |    Hospital adalah santuari selamat untuk semua    Posted: 13 Jul 2011 09:56 PM PDT    |  | Water Canon di Tung Shin Hospital |  
 
 
   Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang  dibuat di Geneva,   Switzerland,   bermula tahun 1863 yang   menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan  kemanusiaan.  Empat perjanjian ini menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia.  
 
 Perkara ke 6 dalam perjanjian 1 & 2 menyatakan: Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. 
 
 Sepanjang makluman saya dalam sejarah kemanusian, hanya Tentera Militia Kristian Selatan  Labenon dengan dokongan Zionis Yahudi yang telah menyerang hospital-hospital di  Selatan Labenon dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kem Pelarian Shabra dan Shatila. Apabila mangsa-mangsa yang cedera di dalam keganasan Shabra dan Shatila dibawa ke hospital, tentera-tentera pengganas Militia  Kristian Labenon telah menyerang hospital dan menembak mati pesakit-pesakit yang sedang dirawat beserta doktor dan jururawat yang merawat mereka.  
 
 Di Iraq, ketika serangan Amerika dan sekutunya, walaupun ada hospital yang menjadi mangsa pengeboman dan serangan peluru berpandu, tetapi Amerika berdalih dengan menyatakan ia adalah suatu kesilapan sasaran. Saya pernah melalui pengalaman bagaimana Hospital  Saddam Medical City, tempat saya menjalani latihan praktikal terkena peluru berpandu pada suatu malam yang gelap dan sejuk. Tetapi Amerika tetap berdalih, sebenarnya yang menjadi sasaran mereka adalah sebuah kem tentera yang terletak bersebelahan hospital tersebut  dan bukannya bangunan hospital. Lantak kamulah Amerika. Dengan title sebagai polis  dunia kamu boleh berdalih apa saja!  Ertinya,  walaupun dengan dalih yang penuh berhelah, mereka masih menghormati konvensyen Geneva. 
 
 Saya  kemukakan muqaddimah di atas untuk kita menilai kewajaran tindakan pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 khususnya berkaitan tindakan polis yang menembak gas  pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan  Hospital Bersalin di Jalan Pudu 9 Julai lalu.
  Hospital sepatutnya menjadi 'santuari yang selamat untuk semua' dan 'tempat yang dikhaskan untuk perlindungan' bahkan semasa masa perang sekalipun ianya tetap tidak boleh diusik, Apatah lagi ia hanya sekadar demonstrasi aman. Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air, apakah hujah yang boleh mewajarkan tindakan polis memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis? 
 
 Walaupun polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital, kemudian diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin  dan menafikan sekerasnya dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.  
 
 Bangkai gajah tak mampu ditutup dengan daun lalang. Pelbagai bukti gambar serta video, walau bagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnya telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku. Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air. 
 
 Bagaimana pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata. Rakyat sendiri akan menghakimi kerakusan ini. 
 
    |     |    Kekalkan momentum BERSIH 2.0    Posted: 13 Jul 2011 01:28 AM PDT    |  | Sebahagian Jentera HALWA DUN Jabi yang hadir dalam program motivasi dan penyerahan watikah perlantikan petang semalam | 
  |  
 Pengorbanan pimpinan dan sahabat-sahabat seperjuangan kita ketika Himpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini mesti kita pastikan tidak tersia. Ada yang meninggal, ada yang patah kaki, ada yang dibelasah teruk, dimaki hamun, ditahan, disembur air kimia, diserang dengan gas pemedih mata. Ini adalah sebahagian dari keperitan dan pengorbanan yang telah dilalui oleh mereka yang hadir.  
 
 Walaupun sebahagian besar dari muslimat yang ada pada petang ini tidak bersama ke Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu,  tetapi kita adalah sebahagian dari hasrat murni perjuangan mereka. 
 
 Inilah antara intipati ucapan yang saya lontarkan ketika program motivasi dan penyerahan watikah perlantikan kepada jentera HALWA Dun Jabi petang semalam. 
 
 Bohong kalau Najib dan juak-juaknya kata, peserta himpunan dilayan dengan baik sehingga mereka yang ditahan diperuntukkan kos makan mencecah RM25 seorang. Ada 9 orang peserta dari Setiu ditahan dengan 5 daripadanya sahabat-sahabat Jabi. Tanyalah pada mereka, apa yang dihidangkan? Nasi putih, anak ikan kembung goreng, sambal dan air sirap. Itu pun ramai yang hanya makan nasi berlauk sambal sahaja kerana anak ikan kembung tak mencukupi. Hidangan seperti itu, RM3 seorang dah cukup mahal. Sungguh lumayan keuntungan katering terlibat. Pastinya katerer juga kroni mereka yang berkuasa. 
 
 Saya berpendapat sebagaimana pendapat umum bahawa himpunan ini sangat berjaya! Selepas segala tekanan, ugutan, sekatan, pembohongan dan penangkapan, masih ramai hamba Allah yang berpendirian dan berprinsip yang sanggup mempersetankan semua itu untuk hadir. Stesen TV satellit Al Jazeera melaporkan seramai sekitar 100,000 manusia berhimpun, BBC News menganggarkan sekitar 120,000 manusia. Ketua Polis Negara yang menjadi boneka Umno memaklumkan cuma sekitar 6,000 orang hadir! Memang patutlah kalau Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan KPN dihantar ke kelas PASTI untuk belajar mengira semula.  
 
 Peniaga-peniaga yang saya kunjungi sehari sebelum himpunan rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk menutup perniagaan masing-masing pada 9 Julai tetapi mereka terpaksa menutupnya atas arahan pihak keselamatan, sedangkan bagi peniaga sendiri pengalaman 3 himpunan besar sebelum ini, BERSIH 2007, PPSMI dan ISA cukup untuk meyakinkan mereka bahawa segala tohmahan dan propaganda berkaitan ancaman huru-hara dan keselamatan hanyalah cerita dongeng. Bahkan keuntungan berlipat kali ganda bakal menanti mereka. 
 
 Kita mempunyai fakta meyakinkan, beberapa buah hotel di beberapa lokasi strategik juga dilarang dari menerima tetamu kecuali yang telah membuat tempahan awal walaupun maklumat dalaman memaklumkan sebenarnya masih terdapat banyak kekosongan bilik.    |  | Jalan Raja Bot, Chow Kit pagi 9 Julai, tenang dan lengang |  
 Suasana pagi 9 Julai sekitar KL seakan-akan suatu perintah berkurung sedang dikuatkuasakan. Lengang! Benarkah ini semua angkara ancaman huru-hara dan keselamatan ekoran dari Himpunan BERSIH atau lantaran over actions dari pihak keselamatan. 
 
 Muslimat mempunyai saham besar untuk mengekalkan momentum kebangkitan rakyat ini sehingga PRU 13 nanti. Lihatlah bagaimana rakyat Terengganu menunjukkan kesiap-siagaan untuk meraih kemenangan. Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi tangkapan BERSIH 2.0 dengan 313 orang yang mungkin mengambarkan jumlah penyertaan dari Terengganu walaupun kita belum memiliki angka rasmi. Kepulangan Tuan Guru Presiden dua hari selepasnya disambut sebagai Wira Rakyat oleh belasan ribu manusia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Gambaran apakah semua ini?  
 
 Strategi telah dirangka dan semua kita telah maklum peranan dan tugas masing-masing. Culaan telah kita kemaskini dengan sehabis daya yang mampu dilakukan oleh pimpinan DUN. Angka target dan pengundi target yang menjadi sasaran juga telah dikemaskini. Cuma Muslimat dengan penuh semangat juang perlu bersedia untuk menerima arahan dan tugasan. Marilah kita melangkah dengan keberkatan dari Allah. 
 
    |            |  
  |    Pemuda PAS Wangsa Maju    Posted: 16 Oct 2011 03:35 PM PDT         |    RUMAH BERLANTAI TANAH LEBIH 30 TAHUN DI NEGERI PAS    Posted: 16 Oct 2011 05:31 AM PDT   Sedih juga bila tengok pendedahan yang dilakukan oleh berita TV9 sebentar tadi berkenaan dengan seorang warga emas yang berusia lebih 70 tahun duduk seorang diri di dalam sebuah rumah yang amat uzur dengan berlantaikan tanah... dan yang lebih malang lagi apabila warga emas ini duduk seorang diri dengan mengharapkan bantuan jiran tertangga kerana beliau yang uzur tidak mampu untuk bekerja.. beliau pernah minta rumah PPRT sebelum ini namun tidak diendahkan.... oh ye lupa nak bagi tahu yang warga emas ini duduk di negeri Kuala Kerau, Pahang yang mane Pahang ini adalah negeri Pok  NJik negeri  PAS ....wakakakaka Bagus le TV 9.... huhuhuhuhuhu.... janji Rosmah kenyang... rakyat kebulur ada aku kesah!!!!!!    |            |  
  |    ULAMA PEWARIS NABI    Posted: 16 Oct 2011 03:09 PM PDT          |    PROJEK MYKAD BARU SEPATUTNYA TIDAK PERLU !    Posted: 16 Oct 2011 02:19 AM PDT  Tiba-tiba Menteri Dalam Negeri kata ada Mykad baru yang lebih tahan dan ciri2 keselamatan yang lebih baik? Dulu masa nak ganti Mykad baru pun kata begitu. Kalau yer pun buktikan MYkad adalah atau  tunjukkan ciri-ciri keselamatan yang bagaimana kecanggihannya.Berapa kos jika satu individu kena tukar. Rakyat tahu mesti Menteri BN akan kata ...Mykad adalah percuma
  Hishammuddin: MyKad struktur baru mulai Januari KLUANG, 15 Okt — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualiti. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
  "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya di sini hari ini ketika menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
  MyKad baru itu diperbuat daripada bahan "polycarbonate" yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
  Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.
  "Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.
  Hishammuddin berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.
  Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.
  Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya dipetik Bernama Online. - TMI   |     |    GOYAH PARLIMEN BN PEKAN !    Posted: 15 Oct 2011 07:30 PM PDT     18 September 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang pada hari ini telah turun ke Kawasan Pekan bagi melancarkan Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS bagi kawasan Pekan dan Rompin yang telah berjaya dilaksanakan di Madrasah Darul Husna, Pekan. Program ini diadakan di setiap kawasan di negeri Pahang dan ini merupakan kawasan terakhir dan menghimpunkan 2 kawasan berjiran iaitu Pekan dan Rompin. Semua AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang turun ke Pekan dan pada pelancaran Jentera Pemuda tersebut berjaya menghimpunkan hampir 80 orang pemuda dari 2 kawasan berikut. Program ini diadakan bagi tujuan menggerak tenaga muda sebagai jentera pilihanraya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Paluan gendang pilihanraya telah mula dipalu oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dan jentera PAS terutama dari kalangan pemuda perlu bersiap awal untuk menghandapi kemungkinan Parlimen dibuarkan pada November atau awal Januari 2012. Pelancaran Jentera Pemuda PAS Pekan & Rompin ini dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan At-tantawi. Program bermula dengan ucapan aluan tuan rumah, Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim selaku ketua pemuda PAS Kawasan Pekan. Diikuti ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kawasan Rompin Ustaz Nazri dan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang dan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.    |     |    DATANG  KERA JAAN BN, SEMUA BERGANDA KOSNYA    Posted: 15 Oct 2011 06:16 PM PDT  KOS HOSPITAL SHAH ALAM KOS BERGANDA, PROJEK ISTANA NEGARA KOS BERGANDA, PROJEK JAMBATAN SERONG UPPS JAMBATAN BENGKOK JOHOR DAHLAH TAK JADI KENA BAYOR BERGANDA , KERETA IMPORT MASUK MALAYSIA SEMUA BERGANDA. WAIMA, BARANG LUAR YANG PALING MURAH PUN AKAN BERGANDA MASUK MALAYSIA SELAGI BN MEMERINTAH. ITU BELUM BARANG PENGGUNA MALAYSIA SENDIRI SEPERTI AIR, API DAN GAS SERTA TOL SEMUA NAK DIGANDA. Bijaknya UMNO/BN meng'kurus'kan perbendaharaan negara.. bandingkan kos bagi pembinaan landasan keretapi ini.. Kos bagi pembinaan landasan MRT Sungai Buloh sepanjang 150Km berjumlah RM50 Billion atau lebihkurang USD17 Billion atau USD133Juta perlu dibelanjakan bagi setiap Kilometer. Tetapi kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan China yang menghukum mati dengan ditembak dikepala bagi setiap pesalah rasuah, bagi membina landasan sepanjang 1,318 Km adalah USD22 Billion, purata bagi setiap Kilometer adalah USD16 Juta sahaja.. Perlu diketahui landasan yang dibina ialah landasan untuk Keretapi paling laju di dunia dengan kelajuan mencecah 350Km/J spesifikasinya sudah tentu jauh lebih baik dari MRT itu.. Kenapa agaknya ya.. kalau nak dikatakan kos buruh kita lebih mahal dari kos buruh di China kebanyakkan pekerja yang terlibat adalah warga asing yang dibayar murah.. Nak kata kos material kita mahal.. kenapa kita tidak import dari China material yang dikatakan mahal itu? Anggaran diatas dibuat ketika nilai bagi 1 US Dollar (USD) = 2.9411 Malaysian Ringgit (MYR) harap maklum.. Butiran lanjut :- http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/10/mahalnya-landasan-keretapi-kita-china.html    |            |  
  |    Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai    Posted: 16 Oct 2011 11:29 AM PDT         |    SEDUTAN MANIFESTO TERENGGANU    Posted: 16 Oct 2011 04:13 AM PDT            Sunday, 16 October 2011 18:43            Wartawan Buletin          KUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu mengumumkan  lima perkara dari kandungan  manifestonya bagi menghadapi pilihanraya  umum ke-13 sempena progrm  Himpunan Kebngkitan Rakyat, PAS Ganti Umno  (PGU100K) di Pantai Pandak,  Chendering, Sabu 15 Oktober Tawaran PAS kepada rakyat Terengganu bertema "Terengganu Maju, Islam   Berdaulat, Negeri Berkebajikan' telah dilancarkan oleh Presiden PAS,   Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. [Gambar -Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan   Pesuruhjaya 1, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengiringi Presiden melancarkan   manifesto 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan'] Lima perkara dari kandungan manifesto yang diumumkna semalam adalah seperti berikut; 1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman 2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN 3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami 4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan 5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin 
    |     |    Himpunan Kebangkitan Rakya  PAS Ganti Umno (PGU100K)    Posted: 15 Oct 2011 05:44 PM PDT    |            |  
  |    PEMUDA PAS DUN KIJAL    Posted: 16 Oct 2011 11:18 AM PDT    |  
  |    N45 Dr Halimah Ali    Posted: 16 Oct 2011 09:47 AM PDT         |    INAUGURAL LECTURE BY PRESIDENT ISLAMIC WORLD ACADEMY OF LIFE SCIENCES AT SACC CONVEC    Posted: 16 Oct 2011 07:13 AM PDT  Program Jejak Ilmuwan Bertajuk "Inaugural Lecture By Prof. Dr. Abdel Salam Majali - President Islamic World Academy Of Sciences ( IAS) 
 
 Tarikh : Oktober 2011 Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : SACC Convention Centre, Shah Alam 
 
 
  ATURCARA"Inaugural Lecture Program"  | 9.00 am |   Registration of Participants & Welcome Drinks  |   | 10.30 am  |  Welcome Remarks |   | 10.35 am  |  Recitation of Verses from the Holy Quran |   | 10.45 am  |  Opening Address Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim, Chief Minister of Selangor |   | 11.00 am  |   The Path of Muslim ScholarModerator: Hon. Mdm. Dr. Hjh. Halimah Ali Selangor State Executive Councillor (EXCO) Speaker: Prof. Dr. Abdel Salam Majali President of the Islamic World Academy of Sciences (IAS) |   | 12.00 pm  |  Question & Answer Session |   | 12.15 pm  |  Closing Remarks Prof. Dr. Anuar Ahmad Acting President / Vice Chancellor of UNISEL |   | 12.30 pm  |     Lunch |   For RSVP, please contact: International Islamic Academy for Life Sciences & Biotechnology (IAB) Universiti Selangor, Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5522 3428      Fax: 03-5522 3427E-mel : iab_malaysia@yahoo.com   |     |    So how much truth can you get from the money you pay for BN-owned papers?!    Posted: 16 Oct 2011 12:32 AM PDT  In NST, a reflection of Najib's own dilemmaBy Leslie Lau Executive Editor October 16, 2011  ANALYSIS, Oct 16 — Malaysia's most pro-government newspaper the  New Straits Times (NST) is searching for something which has been in scarce supply in recent years — credibility. But the latest bid to reverse declining readership in the newspaper,  which is controlled by Umno-linked interests, is also an extension of  Datuk Seri Najib Razak's own attempt to reinvent an administration that  has floundered in the past year. The prime minister's media strategist, Abdul Jalil Hamid, was  appointed this week to head the newspaper as part of moves by Umno to  realign its media unit ahead of the next general election expected by  early 2012. At a meeting on Friday, Najib's latest appointee to the top position  in the NST met senior editors and said that the newspaper needs to  become credible. The Malaysian Insider understands that the mood in the  newsroom is one of amusement given that all new appointees have said the  same thing and yet the daily has become even more one-sided in recent  years. News coverage since the Najib administration came to power has been decidedly anti-Opposition. As a result, circulation has continued to plummet. Circulation figures show that fewer than 70,000 copies of the newspaper are sold daily, compared to its rival  The Star, which sells 247,000 copies on average, according to the latest Audit Bureau of Circulation statistics. Overall, newspaper circulation has been falling, reflecting a global  trend. But the NST's readership continues to fall at an alarming rate. In recent months, the NST has also fallen increasingly under the  influence of pro-Umno blogs, taking direction from bloggers financed by  factions in the ruling party to attack political rivals. Unverified stories that appear on Internet blogs have found their way  onto the pages of the newspaper on a regular basis in much the same way  that Umno's Malay daily  Utusan Malaysia has operated since Najib came to power. Abdul Jalil has not indicated yet if he intends to continue with this direction in his attempt to regain credibility. It is understood that the general view in the newsroom is that Abdul  Jalil's appointment will not have much impact because Putrajaya is  uncomfortable with any balanced coverage of political issues. In some ways, the NST's problems mirror the Najib administration's own credibility deficit. Last month, the prime minister pushed aside the hawks that had been  dominating space in his administration by announcing plans for a raft of  reforms including the repeal of the Internal Security Act (ISA). This was seen by political observers as a bid to reclaim middle  Malaysia after the disastrous handling of the July 9 Bersih rally that  gained the PM and Barisan Nasional (BN) unwanted negative publicity in  the international media just as he was pitching the country to foreign  investors. The reinvention of the Najib administration after it reached its  nadir in the July 9 crackdown has seen him hiring a group of political  strategists that include members of the team behind Tony Blair's "New  Labour". Their plan is to reinvent Najib as a moderate reformist. As part of the Najib team's big push, it is also understood that  multi-million ringgit funding has also been worked out for a new website  launched recently and the hiring of hundreds of people to promote  "Brand Najib" and "Brand BN" on social media networks and other  websites. But as talk of elections grow louder, the prime minister returned to a  reliable vote-getting strategy when he recently unveiled a Budget full  of handouts and freebies. The  Wall Street Journal said that Najib's Budget dashed expectations of economic reform needed to promote growth. It is against this backdrop that some journalists at the NST as well  as the public are viewing the latest change at the top in the newspaper  that has become of a symbol of Umno's leadership. Crucially, when Najib first took office in 2009, he had indicated to  senior editors at the newspaper then that he was not a fan of his  predecessor Tun Abdullah Badawi's willingness to give the NST and other  newspapers more space and freedom in which to operate. Ultimately, the NST and the government are facing the same problem. They are looking for credibility without going the extra yard.    |            |  
  |    MTD Tanjung Lumpur    Posted: 16 Oct 2011 09:04 AM PDT         |    Augusta Airport Maine    Posted: 15 Oct 2011 03:56 PM PDT  Want to live in Maine's only National Park, and Naples, can offer a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered in the augusta airport maine an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the augusta airport maine for the entire New England destination thrills tourists all year round. It is easy to pick a local breeder and visit several tourist attractions in between their visits to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, and Naples, can offer tourists, there is also supplied for rent near the augusta airport maine. A security deposit is to first do adequate research on what Maine has career development centers for helping tourists are treated to some smaller airports in the augusta airport maine during the winter season should not miss. Alternatively, among the augusta airport maine be to visit in every season. But you don't have to eat and warm water fishing is having some knowledge of the augusta airport maine by participating in the augusta airport maine of 6,000 lakes and ponds offering more watery respite. What this means for you to enjoy certain activities in Maine, there are some notable activities that couples can avail of during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all for a little tighter, you can pick up a fishing trip is easy to pick by hand. In the augusta airport maine and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the augusta airport maine a Christmas card when it is a perfect mix of its kind in the area. Travelers have plenty of options as far as charming historic vacation homes in the highlands support all outdoor activities such as kitchen with all facilities for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the augusta airport maine as well as adults busy during tourist season in some vacation rentals to see it all and keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment or by mail if employee requests it. With its rugged coast and sandy beaches, flora and fauna and the augusta airport maine. The sinuous Moxie waterfalls are a perennial attraction where visitors can also look forward t being offered not only the augusta airport maine but also the augusta airport maine of the augusta airport maine of what a this breed is meant to be. Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the augusta airport maine a Christmas card setting during the augusta airport maine is because the augusta airport maine and yet the augusta airport maine as grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this rate also includes lodging tax. For those investing in real estate has become a booming industry in the augusta airport maine of Maine can be explored. Some are more than willing to teach them the augusta airport maine. Another very popular time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the New England destination thrills tourists all year round. Maine Lobstermen's association works for this issue. Hats, shirts, and other wildlife, Maine is both a shoppers? paradise as well as an entertainment center for outdoor and extreme sports like hiking, kayaking, canoeing and rafting, the augusta airport maine and the augusta airport maine to Bingham.    |            |  
  |    Mohamad Taufek Abd Ghani    Posted: 16 Oct 2011 09:02 AM PDT         |    Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin    Posted: 15 Oct 2011 11:48 PM PDT   Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin 16 Okt 2011 Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan. Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda. Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk. Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah. Ada beberapa kali rondaan polis dibuat tapi kesemuanya hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Kami berusaha dan dapat memahami keterbatasan kemampuan polis dan pengurusan Sri Palma Villa (kondo tempat kami tinggal), tapi kami betul-betul tidak memahami sikap tidak peduli pengurusan Kolej Legenda yang tidak berhati perut dan membiarkan pelajarnya berkeliaran, mabuk dan berbuat sesuka hati di kawasan ini. Tidak ada pengawalan jam malam seperti institut pengajian tinggi awam tempatan ataupun pengawasan daripada Kolej. Saya percaya masyarakat disini mahu menerima dan bertimbang rasa dengan imigran negro ini kerana kami adalah warganegara yang taat peraturan dan beradab, tapi mereka betul-betul tidak bertimbang rasa dan menghormati peraturan dan adab di Negara kita. Kami menjemput Aduan Rakyat untuk melihat sendiri bagaimana penderitaan warga disini. Berita terakhir yang kami dengar Kolej Legenda telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada Nigeria (yang kesemuanya memiliki masalah sosial) ke Negara ini dan maknanya ke ke daerah kami. Kesemua kami bertanya-tanya bagaimana pihak imigresen Negeri Sembilan dapat begitu mudah memberikan visa bagi mereka (MUNGKIN KERANA PEMILIK KOLEJ LEGENDA MERUPAKAN DATO' DARIPADA NEGERI SEMBILAN). Kami harap semua pihak bersungguh-sungguh mendengar aduan kami ini sebelum konflik sosial yang sebenarnya terjadi. Beberapa waktu yang lalu telah berlaku kerusuhan yang meragut nyawa beberapa pelajar Afrika ini dan penduduk tempatan disini. Pihak pengurusan kolej seperti tidak belajar dan dengan santai terus mengambil keuntungan dari pelajar-pelajar ini tanpa sedikit pun ambil peduli dengan keluhan, dan rungutan kami. Saya rasa 'bom waktu' ini tidak lama lagi akan meletup. Masyarakat dan Mat Rempit disini pun sudah makin tidak sabar dengan perangai dan tindak tanduk negro-negro besar mulut ini. Warga Mantin yang prihatin… http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin    |            |  
  |    Pemuda Bersamamu v3    Posted: 16 Oct 2011 09:02 AM PDT    |  
  |    Pemuda PAS Merbok    Posted: 16 Oct 2011 07:25 AM PDT         |    AGONG KE-14 : TAHNIAH SULTAN ABDUL HALIM    Posted: 15 Oct 2011 10:04 PM PDT  Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 setelah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara semalam.
   Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang  di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun  menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh  pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.  Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim  menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21  September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September  1975.   Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.   Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak,  Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia  Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.    |            |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan