Rabu, 7 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Sep 2011 09:44 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Adakah pejabat Jabatan Mufti N.Sembilan akan diroboh?

Posted: 06 Sep 2011 06:23 PM PDT

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membina menara setinggi 15 tingkat dengan kos RM50 juta. Persoalannya, apa akan jadi kepada tanah dan bangunan Jabatan Mufti, Baitulmal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pusat Zakat dan anak syarikat MAINS serta mungkin juga Bazaar MAINS yang sedia ada. Adakah bangunan sedia ada milik MAINS, akan dijual, akan dikekalkan sebagai bangunan warisan sejarah atau akan dirobohkan? Sudah pasti ramai pihak berminat terhadap bangunan lama tersebut.



MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA
6 September 2011

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.

Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

"Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

"Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini," katanya kepada Bernama Selasa.

Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium.

Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah.

"Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya.

Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains.

"Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains," katanya. – BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611737

n12selinsing

Posted: 06 Sep 2011 09:32 PM PDT

n12selinsing


SAMBUTAN HARI RAYA EIDULFITRI 1432H YB TUAN HAJI HUSIN B HAJI DIN ( ADUN SELINSING ) & YB TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI TUSIN ( ADUN GUNONG SEMANGGOL )

Posted: 06 Sep 2011 01:38 AM PDT

Kepada semua pengunjung blog adunselinsing.blogspot.com adalah dengan ini dijemput bagi menghadiri majlis sambutan Eidulfitri 1432 YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din & YB Tuan Haji Ramli Bin Haji Tusin seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 September 2011 / 13 Syawal 1432H
masa : 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Ustaz Wahab Nor ( Markas PAS Masjid Tinggi )

Kepada semua pengunjung blog ini dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis.Terima Kasih

PAS LENGGONG

Posted: 06 Sep 2011 07:50 PM PDT

PAS LENGGONG


Mana KKK nak letak muka

Posted: 06 Sep 2011 03:29 AM PDT

'Pada hakikat British jajah kita'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari (gambar) berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah "dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal" oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu, lapor The Malaysian Insider.

"Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British," kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah," kata beliau.

Bagaimanapun menurut ahli akademik ini, negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.

"Raja-raja, contohnya, dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.

"Selain itu meskipun di sisi undang-undang, yakni secara teknikalnya, mereka berdaulat kita semua tahu dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British," kata beliau sambil menambah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tidak harus membesar-besarkan kedudukan teknikal itu sehingga menafikan hakikat yang berlaku ketika itu.

Aziz mengulas mengenai kritikan beberapa pihak ekoran pandangan tokoh sejarah itu bahawa negara ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya berada di bawah naungan negara Eropah itu.

Khoo melahirkan pandangan itu dalam satu temu bual dengan akhbar arus perdana kelmarin ketika kontroversi berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hangat diperkatakan sehingga ada yang mahu fakta sejarah diteliti semula.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 bersama hari pembentukan Malaysia — buat julung kali pada 16 September ini.

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Khoo berkata: "Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja."

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja.

"Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: 'They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government'," katanya lagi.

Kata beliau, dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu 'de jure' dan 'de facto'.

"Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

"Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden Umno yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga Umno untuk menentukan sistem lebih sesuai," kata Khoo lagi dan menambah, "akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan."

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Khoo perlu faham beza antara kedudukan teknikal dan formal dengan kenyataan atau hakikat, yakni sesuatu yang benar-benar berlaku.

"Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?" kata beliau lagi.

Kegemparan 3

Posted: 06 Sep 2011 02:56 AM PDT

Sejak 31 ogos 1957 hanya seorang sahaja rakyat malaysia yang mengatakan Malaysia tak pernah dijajah oleh Inggeris. Setiap 31ogos 1957 orang ramai yang menyambut kemerdekaan hanyalah lakunan palsu. Tunku Abdul Rahman yang laung merdeka itu hanyalah lawak jenaka sahaja.
Orang itu KKK- Tak layak ditulis namanya sepenuhnya.
Kenapa tiada seekor pun orang umno bangun dan pergi membuat laporan polis? kerana KKK telah menghina kemerdekaan?. Kenapa tiada seekorpun umno yang membuat laporan polis kerana KKK menghina Raja-raja dan Sultan kerana setiap Raja dan Sultan serta Agong menyambut hari kebangsaan?
Kenapa kenyataan Mat sabu di katakan gempar, kenapa kenyataan KKK tak dikatakan gempar????
Dunia yang telah tonggang langgang.

Editor merapu haru biru

Posted: 06 Sep 2011 02:51 AM PDT

Nampaknya Prof ini kena tarik balik Profnya. Apa yang di editnya dia tak faham?

Ahli akademik jangan terpedaya propaganda Umno
Khairil Abdul Rahim

KUANTAN, 6 Sept: PAS Pahang menggesa agar cendekiawan Melayu dan ahli-ahli akademik tidak mudah terpengaruh dengan propaganda Umno atau cuba mengampu dengan memutar belitkan sejarah.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata golongan tersebut sepatutnya bersifat merdeka dan tidak tenggelam bersama Umno yang hanya menggunakan mereka apabila terdapat kepentingan kepada parti itu.

Beliau mengulas kenyataan editor buku 'Pengukir Nama Johor', Prof Datuk Abu Bakar Hamid dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menggunakan fakta buku tersebut dalam isu Mat Indera.

Akhbar tersebut memetik katanya "dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataan (Mohd Sabu), sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera."

Menurut Suhaimi, beliau meneliti baris demi baris ayat dalam buku Pengukir Nama Johor. Perenggan akhir rencana berkaitan Mat Indera mencatatkan:

"Dia rela mempertahankan nyawa demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajah. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan nama sebagai pejuang bukan petualang".

"Bukankah penutup ini sudah cukup jelas menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan?" soalnya.

Justeru, beliau mencadangkan Prof Datuk Abu Bakar membaca kembali baris demi baris setiap tokoh dalam buku itu terutama Mat Indera.

"Jangan hanya sekadar mencari glamour meletakkan nama sebagai editor tanpa membaca buku tersebut. Jangan jadi cendikiawan yang gila publisiti untuk mendapat nama dalam buku ilmiah tanpa meneliti dan membaca buku tersebut.

"Kajian ilmiah sejarah adalah milik rakyat dan negara ini, ia mesti pertahankan. Mempertikaikan bahan sejarah yg dieditorkan oleh diri sendiri adalah jenayah akademik. Pakar sejarah tak sepatutnya melacurkan sejarah sehingga ia dilihat hina oleh rakyat," katanya.

Beliau menyeru supaya jadilah ahli akademik yang merdeka dan tidak tenggelam bersama kebodohan Umno.

Tambah Suhaimi, sebelum ini Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengatakan Mat Indera bukan anak tempatan dan berasal dari Indonesia.

Namun selepas itu, adik Mat Indera yang masih hidup mengesahkan Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Suhaimi turut menemui artikel bertajuk 'Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera' yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2010 yang mengesahkan Mat Indera bukan pengkhianat bangsa sebagaimana didakwa Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

Kegemparan kedua " Tokoh sejarah yang kecundang"

Posted: 06 Sep 2011 02:46 AM PDT

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengatakan Mat Indera bukan anak tempatan dan berasal dari Indonesia.
adik Mat Indera yang masih hidup mengesahkan Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. - Mana KKK nak letak muka?

Ahli akademik jangan terpedaya propaganda Umno
Khairil Abdul Rahim

KUANTAN, 6 Sept: PAS Pahang menggesa agar cendekiawan Melayu dan ahli-ahli akademik tidak mudah terpengaruh dengan propaganda Umno atau cuba mengampu dengan memutar belitkan sejarah.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata golongan tersebut sepatutnya bersifat merdeka dan tidak tenggelam bersama Umno yang hanya menggunakan mereka apabila terdapat kepentingan kepada parti itu.

Beliau mengulas kenyataan editor buku 'Pengukir Nama Johor', Prof Datuk Abu Bakar Hamid dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menggunakan fakta buku tersebut dalam isu Mat Indera.

Akhbar tersebut memetik katanya "dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataan (Mohd Sabu), sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera."

Menurut Suhaimi, beliau meneliti baris demi baris ayat dalam buku Pengukir Nama Johor. Perenggan akhir rencana berkaitan Mat Indera mencatatkan:

"Dia rela mempertahankan nyawa demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajah. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan nama sebagai pejuang bukan petualang".

"Bukankah penutup ini sudah cukup jelas menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan?" soalnya.

Justeru, beliau mencadangkan Prof Datuk Abu Bakar membaca kembali baris demi baris setiap tokoh dalam buku itu terutama Mat Indera.

"Jangan hanya sekadar mencari glamour meletakkan nama sebagai editor tanpa membaca buku tersebut. Jangan jadi cendikiawan yang gila publisiti untuk mendapat nama dalam buku ilmiah tanpa meneliti dan membaca buku tersebut.

"Kajian ilmiah sejarah adalah milik rakyat dan negara ini, ia mesti pertahankan. Mempertikaikan bahan sejarah yg dieditorkan oleh diri sendiri adalah jenayah akademik. Pakar sejarah tak sepatutnya melacurkan sejarah sehingga ia dilihat hina oleh rakyat," katanya.

Beliau menyeru supaya jadilah ahli akademik yang merdeka dan tidak tenggelam bersama kebodohan Umno.

Tambah Suhaimi, sebelum ini Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang yang juga dikenali sebagai tokoh sejarah terkemuka tanah air mengatakan Mat Indera bukan anak tempatan dan berasal dari Indonesia.

Namun selepas itu, adik Mat Indera yang masih hidup mengesahkan Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Suhaimi turut menemui artikel bertajuk 'Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera' yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 13 Disember 2010 yang mengesahkan Mat Indera bukan pengkhianat bangsa sebagaimana didakwa Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

Penemuan yang menggemparkan

Posted: 06 Sep 2011 02:43 AM PDT

Mohamad Sabu dan Mat Indera
Zulkifli Sulong

MEMBACA transkrip ucapan timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu membuat kita faham kenapalah Umno marah dan bimbang sangat dengan ucapan itu.

Rupanya, isu penting yang dibangkitkan oleh Mohamad adalah sejarah kemerdekaan negara ini. Mohamad memberikan andaian beliau kenapa sambutan kemerdekaan sejak kebelakangan ini hambar.

Puncanya, kata Mohamad adalah kerana rakyat terasa Umno telah menjadikan sambutan kemerdekaan negara seumpama sambutan memperingati perjuangan Umno sahaja.

"Sekarang kita ni dalam suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta. Ada setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak (air) dalam kepala tu. Hak jenis tu ada tapi orang biasa, saya tak nampak pun, sebab rakyat tak berasa sambut merdeka, sambut merdeka seolah-olah perayaan Umno, betul ke dak?

"Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen. Kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn pun takpalah (tetapi) kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Datuk Ahmad Bustamam, kena letak juga Datuk Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuang-perjuang seperti Mat Kilau dan sebagainya, ini penentang-penentang British.

(Mohamad Sabu menunjukkan kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang mencatatkan Mat Indera sebagai salah seorang heronya)

"Tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn. Kalau gitu Umno lah saja yang layak, betul ke dak?" kata Mohamad Sabu dalam ceramah itu.

"Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan Umno. Sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata ...umph.. sambut buat apa. Bendera pun dia kata serupa bendera Amerika. Lagu Negaraku pulak,lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku.

"Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube. Dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku, hundred percent serupa. Ertinya lagu ni lagu diambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap, takpalah dah guna pakai nak buat macamana," kata Mohamad.

Dalam ceramah itu jelas Mohamad tidak menafikan sumbangan tokoh-tokoh Umno itu tetapi yang dikesalkan oleh beliau adalah sikap media yang dikuasai Umno menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara.

Bagi Umno, hanya perjuangan Umno sahaja menyebabkan negara kita merdeka. Hanya pemimpin Umno sahaja yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Yang menarik juga, Umno melalui tukang-tukang tulis sejarah mengiktiraf mereka yang berjasa adalah mereka yang bersama dengan British yang menjajah negara kita. Mereka yang berjuang, bekerjasama dan bersekongkol dengan British adalah pejuang manakala penentang British adalah petualang.

Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong.

"Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.

"Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu Umno. Dalam cerita Bukit Kepong hak serang balai polis (rumah pasong nama ketika itu) tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British. Tetapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis (rumah pasong), hak serang tu pengganas. Padahal (yang hero) Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu yang akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping," kata Mohamad dalam ceramah itu.

Inilah ayat-ayat yang digunakan oleh Umno untuk menyerang Mohamad Sabu. Kononnya, Mohamad menghina polis dan memuji komunis. Padahal dalam ceramah itu tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau.

Kini, Mohamad telah menemui sebuah buku yang asalnya didedahkan oleh seorang pembaca Harakahdaily, Mohamed Hadi al-Majwi, melalui tulisannya bertajuk 'Kerajaan Johor Mengiktiraf Ketokohan Mat Indera'.

Buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor bertajuk "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor. Di Johor, yayasan ini umpama Jabatan Muzium Negeri Johor kerana Johor tidak ada jabatan muzium ini. Ia adalah satu jabatan kerajaan di Johor.

Melalui buku ini, sejarah perjuangan Mat Indera memperjuangkan kemerdekaan dicatatkan dengan baik sekali oleh penulis buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Jika Umno dan medianya terus mengatakan Mat Indera komunis dan menyifatkan Mohamad Sabu sebagai penyokong komunis maka tuduhan Umno itu tidak patut berhenti di situ.

Umno juga mesti menuduh menteri besar Johor sekarang, Datuk Ghani Othman yang memberikan kata-kata aluan untuk buku ini sebagai penyokong komunis.

Umno juga perlu menuduh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn juga sebagai penyokong komunis kerana menulis bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukannya komunis.

Di samping mereka berdua, Umno juga perlu menuduh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002 sebagai penyokong komunis juga kerana mereka berdualah yang menyunting buku itu.

Dan yang lebih penting lagi, Umno kena mendakwa dan membuat laporan polis terhadap Yayasan Warisan Johor kerana menerbitkan buku ini.

Kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin pula, beliau perlu mengkaji balik tuduhannya kepada Mohamad Sabu dan Mat Indera khasnya. Ini kerana, ayahanda beliau, Haji Mohamad Yasin adalah guru agama kepada Mat Indera.

Muhyidin kena mendakwa ayahandanya mengajar ilmu salah bahkan diserap fahaman komunis kerana telah menyebabkan Mat Indera menjadi komunis.

Kalau kita pergi lebih jauh lagi, kakak Muhyidin yang hampir berkahwin dengan Mat Indera juga patut didakwa oleh Muhyidin kerana pengaruh beliaulah menyebabkan Mat Indera jadi komunis jika benar Mat Indera komunis.

Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor.

Tahniah Mat Sabu

Posted: 06 Sep 2011 12:34 AM PDT

Di ucapkan tahniah kerana menolak debat dengan budak umno yang beringus dan dibiar menyalak macam anjing, Kelakunya yang buruk .

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 Sep 2011 07:34 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Rosli Dhoby Pejuang atau Pembunuh???

Posted: 06 Sep 2011 06:20 AM PDT

PAS Sarawak Minta Fakta Sejarah Kemerdekaan dikaji Semula

Gambar Rosli Dhoby ditangkap mata-mata atau polis British semasa jajahan di Sarawak, kebanyakan polis dari India dan juga orang tempatan.

PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.

Sebelum tanggal 31hb ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British samada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut. Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British? Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Muhammad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby,adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak.

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka. Kemungkinan tidak mustahil ada dikalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka.

Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah dimana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.

PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kununnya PAS menyokong komunis.


English version

PAS Sarawak Demand The Historian corrected the Facts of Independence History

PAS Sarawak want to give some views and comments on the history before
independence.

Before the date of 31 August 1957 Malaya was still under British
colonial rule so anyone who works with the British during that era
must comply with the direction of British colonial rule, whether they
like it or not because they have been entrusted to carry out the
duties and obedient British government at the time. So the question
now whether those who defend the British government at the time can be
regarded as a hero defending the homeland or the defense of the
British colonial government? Are they able to get any remuneration or
appreciation after the British government leave Malaya?

We ask those who served with the British government think very
carefully why they are willing fought tooth and nail to defend British
colonial rule, even arrest and kill the independence fighters as well
as communists.

Again we emphasize that what Mat Sabu mean not supporting the
communist cause, but safeguard the independence fighters who was then
label as terrorist or rebels.
So what about the fate of Rosli Dhoby, whether he is also considered a
traitor for killing the

British governor's of Sarawak? Are spies or the police who were
arresting Rosli Dhoby be regarded as a hero?

Rosli Dhoby is a fighter for Sarawak independence from British
colonial. He descended Melanau. His found guilty of stabbing to death
a second British Governor of Sarawak, Sir Duncan Stewart with a
poisoned knife in Sibu on December 3 1949.Faktor for which he was
forced to admit the charge is at the request of his mother because his
mother was threatened to be shot.

Think wisely for yourself who is ruthless during that time? We also
heard that the BN government grant clemency to the communists who want
to surrender and give some privileges if they leave their struggles.
There are possibility and not impossible if they now within their
government, even if they do not take up arms, but their ideology still
alive in their hearts.

We ask the historians to correct the mistakes of history that has been
influenced by the historical elements of colonial liberation in which
the independence fighters considered as traitors and those who work
with the colonial government was regarded as a hero.

PAS also ask the historians do their jobs with honesty and trust so
that people know the history of real and accurate with no affected by
the elements of racial politics and so on.

PAS had not bless any communist struggle and ask for the BN leaders
to stop accuse and do not distort the obvious meaning of Mat Sabu
statement that allegedly PAS support communism.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Sep 2011 03:36 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


WIRA BUKIT KEPONG, SAGUHATI RM1,800 SEKALI TANDA UMNO SANJUNG?

Posted: 06 Sep 2011 02:50 AM PDT

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40-an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar.

Bernama

KALAU BUTA SEJARAH OK LAGI, UMNO DAH BUTA HATI

Posted: 06 Sep 2011 01:28 AM PDT

Mudahan Allah bukakan hati bllogger UMNO dan pemimpin UMNO yang bingai yang malas mengkaji dan membuat analisa fakta yang orang UMNO sendiri sokong contohnya MB Johor yang menjadi Ketua Perhubungan UMNO sendiri telah menulis kata-kata aluan dalam Buku "Pengukir Nama Johor"

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

harakahdaily/-

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera .
Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.
Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera?


Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis.

Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan.
Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan
berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah
Akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa
lagi.

Rasional bukan emosi


Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak,

negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?
Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai
niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu?
Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan
Johor sebagai pengkhianat?

sumber : http://siperigi.blogspot.com

SAKITNYA HATI, LEBUHRAYA 2 LANE BAGI 2 !

Posted: 06 Sep 2011 01:09 AM PDT


Teman balik dari Keratong terus dari Bukit sentosa 2 ke Cameron Highlang pada hari Sabtu 2 September lepas. Angin betul tapi masih bersabar, apataknya jalan ada 2 lane kena bagi dua. Satu lane (laluan) disediakan untuk kenderaan ke Kuala Lumpur. Bayangkan masuk sempadan Perak dari tanjung Malim dah jem. Ropenya ada satu lane sahaja ke Utara sehingga beberapa kilometer dari R&R Bikam. Teman mana biasa jem-jemni .Hate Kg Mertua di Selatan jer. Cuma kali ini nak ke Cameron Highland bawa anak2 tido 1 mlm.

Kalau yer pun, pihak PLUS ni buatlah sesuatu tambah satu lane/satu lorong lagi . Sekurang2nya lebuhraya ada 3 lorong(lane).

LANGKAH ELAK PISANG BERBUAH DUA TIGA KALI !

Posted: 05 Sep 2011 11:35 PM PDT



Petua yang disyor kan bagi mengelakkan timbul kekeliruan bendera Malaysia sebijik macam bendera Amerika Syarikat.
1. Cara drastik , kita tukar bendera baru, khusus bila PR menang PRU13 nanti itupun jika dipersetujui semua wakil Kabinet baru nanti dan YDB Agung.
2. Bila buat aktiviti di negara luar Malaysia, pakailah 2 helai bendera sahaja iaitu pertama bendera negara berkenaan dan kedua gunakan bendera NGO atau syarikat.Jangan guna bendera Malaysia atau Satu Malaysia kerana dari jauh bendera Malaysia dan Amerika memang tiada beza. Yang berbeza semasa penembak tu teropong Aziz Putera UMNO mereka lihat Aziz dah macam orang Afrika manakala bila mereka teropong Allahyarham NorhamFaizul nampak bendera kecil di dada dan muka Allahyarham pula nampak macam gamb

Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

2 ORANG MELAYU MANGSA KORBAN MOGADISHU , HAMPEH

Posted: 05 Sep 2011 07:43 PM PDT

Nampaknya bukan saja peristiwa Bukit Kepong sahaja yang ramai generasi kini terkeliru, terlupa, buat-buat lupa dan tak tahu. Malahan sejarah tahun 1993 pun ramai antara kita yang lupa. Kita lupa bagaimana tentera kita khususnya Askar Melayu menjadi wira dunia, di mana askar Amerika dan Pakistan sendiri tidak seberani Askar Melayu kita dalam pertempuran di Somalia yang mengorbankan, insyaAllah аѕ Syahid Koperal Mat Aznan.
Alhamdulillah bukan blogger Pakatan Rakyat sahaja yang menyentuhnya seperti Kedah Lanie malah blogger UMNO juga memaparkan dengan sindiran lagi seperti blog Paneh.

Bukan setakat lupa, malahan pimpinan kita pun tidak bersuara lantang mempertahankan keperwiraan Askar Melayu apabila filem Holywood Blackhawk Down menafikan sama sekali keperwiraan askar kita.

Bukan setakat pemimpin negara, malahan dikatakan pemimpin tertinggi ATM pun tidak berani hendak membetulkan fakta sepertimana dalam ruangan komen dalam blog almarhum ayah saya di http://hjmalakan.blogspot.com/2009/09/sabung-nyawa-di-mogadishu.html

Rakyat Malaysia yang kedua syahid di Somalia insyaAllah, ialah Kolonel Rashid Musa.

Mengikut laporan di bawah jurukamera Bernama аѕ Syahid Noramfaizul insyaAllah, telah ditembak oleh askar pengaman kesatuan Afrika AMIFOR.

Selain Allahyarham Noramfaizul, 2 lagi rakyat Malaysia pernah terkorban di Mogadishu sebelum ini ialah Koperal Mat Aznan dan Kolonel Rashid Musa. Apa khabar waris mereka berdua agaknya? Al-Fatihah untuk semua prajurit tanahair yang telah terkorban.

*********
Top Malaysian businessman murdered: Prominent Malaysian businessman, Colonel Rashid Musa has been gunned down and killed during a botched kidnap attempt in south Moqdishu. The colonel was a partner in the Somali Telecommunication Service (STS), a joint venture between Malaysians and Somali businessmen. Musa first came to Somalia with the Malaysian military contingent deployed as part of UNOSOM in 1994-95. North Moqdishu warlord Ali Mahdi Mohamed confirmed the incident, sending a message of condolence to the government of Malaysia. Apart from this telecommunications venture, the Somali-Malaysian bank opened in Moqdishu in April last year and there has been talk of Malaysian technicians assisting in the re-opening of the port. Malaysian business interests are often closely linked with members of Hussein Aideed's faction. (IRIN, June 2; AFP, June 2; ION, June 6) - africa.upenn.edu.

Thursday, January 24, 2002
Malaysian factor in 'Black Hawk Down'

KUALA LUMPUR: In the Hollywood action movie Black Hawk Down, there are only fleeting shots of Asians helping to rescue 75 US soldiers pinned down by militia fire in Mogadishu, Somalia. And that is not good enough for Brig-Jen (Rtd) Datuk Abdul Latif Ahmad. He wants the real story of what happened on Oct 3, 1993 told. He was the commander of the Malaysian contingent which was part of the UN peacekeeping force in the tumultuous African state. - The Star.

INNALILLAH ... PAKAR FALAK MENINGGAL DUNIA

Posted: 05 Sep 2011 06:11 PM PDT

06 September 2011
Tokoh Falak Ustaz Md Adnan Md Daud meninggal dunia.

PUTRAJAYA: Tokoh Maulidur Rasul tahun 2000 yang juga tokoh falak Md Adnan Md Daud, 72, meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam.


Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin.

Allahyarham memulakan kerjayanya pada 1978 di Bahagian Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam yang kini dikenali sebagai Jakim selama 16 tahun, sebelum berkhidmat secara kontrak sebagai Ketua Unit Falak Jakim selama sepuluh tahun.

Antara sumbangan besar Allahyarham ialah mencadangkan penubuhan Unit Falak di Jabatan Mufti dan menggerakkan penggunaan teleskop berkomputer bagi rukyah (cerapan) anak bulan di negeri-negeri.

Penulis buku Kaedah Panduan Falak Syarie dan Kaedah Penentuan Awal Hijrah itu juga, pernah membabitkan diri dalam menterjemahkan kitab hadis 'Bulugul Maram' ke Bahasa Melayu.

Allahyarham juga terkenal dengan kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang falak malah sering menjadi rujukan kepada ahli falak lain termasuk dari Brunei, Indonesia dan Singapura.

Selain itu, Allahyarham juga sering mewakili negara dalam Mesyuarat Falak Antarabangsa dan merupakan salah seorang Anggota Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

nota : Terima kasih penegur tajuk info ini, sebenarnya teman nak tulis 'meninggalkan dunia yang tak kekal ini"

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 06 Sep 2011 03:28 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


SEMUA WARGA KEMAMAN DIJEMPUT HADIR

Posted: 05 Sep 2011 09:59 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Sep 2011 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN

Posted: 05 Sep 2011 08:28 PM PDT


8 Syawal 1432H. [MOD] -
Drs. Khalil Idham Lim

Saya ingin menjawab beberapa persoalan berkenaan isu yang ditonjol oleh media lidah kerajaan BN berdasarkan kenyataan Mat Sabu yang diputar belit baru-baru ini, begitu juga isu yang mengejutkan seluruh warga Malaysia di mana wartawan Bernama yang mati terkena tembakan curi di Somalia kerana kecuaian pihak penyanjur berkenaan isu keselamatan asas peserta.

Isu-isu ini sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian Negara terhadap hal perbuatan BN menjual kewarganegaraan kepada PATI dan pemilik MYPR.

Bagi saya Umno-Bn cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang PRU13 nanti.

Isu pilihanraya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.

Gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang satu syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya katanya, ini petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi dari rakyat.

Lidah kerajaan iaitu Utusan, sanggup memutar belit kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu yang didakwanya mengiktiraf komunis yang menyerang Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sejati dalam ucapannya .

Tetapi amat malang buat UMNO-BN kerana isu ini umpama sedang menggali kubur mereka (BN) sendiri, kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu di mana ia telah dibukukan cuma tidak diajar secara menyeluruh disekolah-sekolah.

Dokumentasi tentang sejarah itulah yang dengan sendirinya mendedahkan siapakah sebenarnya Umno, dan apabila rakyat tahu akan hal ini, sudah pasti parti yang dikatakan sebagai pembela bangsa ini akan ditolak oleh ahlinya sendiri.

Negara juga telah dikejutkan dengan kematian seorang wartawan Bernama yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia sebagai wakil media, sekali lagi isu ini telah menjelaskan kepada Negara bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak tidak serius dalam hal keselamatan nyawa rakyatnya .

Sega Peristiwa dan juga isu yang berlaku itu merupakan tipping point buat rakyat Malaysia untuk berubah, ubah dari mengundi BN kepada mengundi Pakatan pada PRU 13 nanti.

Lakukan perubahan besar ini dengan undi anda bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia punyai sejarah dan nilai yang amat berharga iaitu jati diri anda sebagai warga Negara yang berdaulat dan punya hak untuk menukar kerajaan.

Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN yang sudah sangat alpa kepada amanah yang sentissa dikhinati sejak 54 tahun. Mereka adalah pengkhinat kepada agama, negara dan bangsa mereka sendiri.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 September 2011

RUMAH URUT BAGAI CENDAWAN DI SELANGOR... APA CER?

Posted: 05 Sep 2011 06:07 PM PDT

(Metro) KUALA LUMPUR : Kita memandang isu rumah urut bukan lagi perkara biasa tetapi ia adalah satu isu yang sangat serius. Ini kerana peningkatannya amat ketara dengan pertambahan sebanyak 85 peratus membabitkan lebih 200 rumah urut yang wujud di Selangor," kata Presiden Malaysian Beauty Therapy Association, Prof Dr Clara L Chee.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan mengenai kadar pertumbuhan rumah urut di Selangor yang mana kegiatan itu berselindung di sebalik pusat kecantikan dan rawatan refleksologi, selain kewujudannya adalah di kawasan bandar baru.

Katanya, walaupun pengusaha pusat kecantikan memperoleh lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun kebanyakan menyalahgunakan lesen berkenaan dengan menjadikan sebagai pusat urut, selain menawarkan perkhidmatan seks.

"Kita bimbang masalah itu akan menular di kalangan masyarakat kerana mereka menawarkan harga serendah RM50 bagi sekali perkhidmatan.Jika masalah itu tidak dikawal ia akan terdedah kepada kanak-kanak, malah turut dilanggan pelajar universiti," katanya.

.... ini kes berat nie.... so apa tindakan pihak terbabit????

WANITA YG SERANG 'ANU' KEKASIH DAH CHECK IN HOTEL MALAM TUE

Posted: 05 Sep 2011 05:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

"Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya.

"Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya," katanya.

.... takkan nak bincang pasal putus hubungan nak kene check in hotel....???

SEJARAH TAK PERLU DIDEBAT : ANALISIS

Posted: 05 Sep 2011 05:28 PM PDT

ANALISIS, 6 Sept — Dunia politik nampaknya memperalatkan apa saja yang ada di hadapannya. Para pemain akan mengguna dan mengambil apa saja kesempatan bagi kepentingan sementara yang tidak bersifat untuk kepentingan umum.


Terbaru ialah polemik mengenai siapa wira atau perjuangan kemerdekaan sebenar dalam hubungan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasong, Bukit Kepong yang meletus kira-kira 60 tahun lalu.

Sebenarnya isu itu meletus secara tidak sengaja oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mempersoalkan mengenai peristiwa itu dalam satu ceramahnya sempena kemerdekaan negara di Pulau Pinang.

Sepatutnya itu tidak diperpanjangkan kerana Mohamad Sabu bukan langsung mempertikaikan mengenai keseluruhan intipati tragedi dan sejarahnya. Tetapi kerana ia telah diambil kesempatan oleh pihak Umno yang mempertikaikan dan bertujuan memburukkan Mat Sabu, langsung menuduh Mat Sabu sebagai tidak mengenang jasa mereka terkorban, 25 anggota polis, dan menuduhkan Mat Sabu sebagai tidak patriotik.

Gara-gara itulah isu itu jadi berpanjangan.

Hari ini isu itu sudah menjadi polimek dan perbicaraan meluas apabila ia dihebuhkan pula oleh media siang dan malam. Ia turut menarik perhatian ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mencabar Mat Sabu untuk berdebat dengannya - mencari kebanaran di sebalik isu berkenaan. Sebenarnya apa dilakukan Khairy ikut sama mencampuri isu itu tidak ada apa-apa faedah pun. Ia tidak memberi benefit besar kepada politiknya. Jauh sekali kalau dengan mencampuri perkara itu dengan harapan menaikan darjat kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno yang makin tidak dipedulikan.

Dalam hal ini, tindakan mempolitikkan sejarah adalah satu tindakan yang tidak mencerminkan kematangan fikiran. Tindakan itu boleh dianggap sebagai mereka ahli politik muflis modal dan minda. Ia boleh memalukan semua orang khususnya khalayak dan warga politik itu sendiri.

Sejarah sesuatu yang tidak boleh dipolitikkan dalam keadaan apa jua sekalipun. Sejarah tidak boleh ditipu, hanya boleh ditafsir mengikut persepsi masing-masing.

Mendebatkan sejarah secara terbuka mendedahkan kelemahan bangsa kita kepada umum. Cara itu menyebabkan orang menganggap kita masih kabur dan belum melalui proses tamadun sepenuhnya.

Jadi sia-sialah kita merdeka sudah 54 tahun tetapi sejarah kita seolah-olah belum tamat dan seolah-olah masih dalam penulisan lagi.

Tidak timbul soal sejarah betul atau tidak. Kalau ia kekeliruan dan ada dapatan baru mengenai sejarah untuk tujuan meluruskannya, ia hendaklah dibincang dan boleh dipertikaikan tetapi biarlah secara berhemah dan secara akademik. Bukan bermakna sejarah tidak boleh diperbaharui tetapi mekanisme biarlah telus dan jujur bukan dibuat atas kepentingan dan sentimen politik.

Kerana itu pada saya cadangan untuk berdebat mencari siapa juara dan wira kemerdekaan dalam konteks peristiwa Bukit Kepong itu tidak akan menyelesaikan masalah. Sejarah tentang itu bukan bermula pada persitiwa itu saja ataupun segmen-segmen sebelum dan selepasnya, tetapi ia mempunyai akar dan hubung kait yang panjang.

Oleh itu, niat untuk berdebat itu, baik oleh sesiapa juga lupakan saja kerana ia sia-sia dan tidak menguntungkan negara.

Sebaliknya kalau benar kedua pihak Umno dan PAS ikhlas tubuhlah badan pengkaji khas untuk menulis semula sejarah berkenaan berdasarkan aspirasi dan semangat bernegara dan satu bangsa Malaysia bukannya beraspirasi untuk kepentingan politik sementara. Untuk tujuan ini, mungkin Persatuan Sejarah Malaysia ataupun pusat-pusat pengajian tinggi boleh membantu.

Itulah jalan penyelesaian terbaik. Bukannya berdebat. Berpolemik yang mana tidak akan ada kesudahan, sebaliknya akan menambah keserabutan. Malanglah kalau ada pihak ingin mencari kemenangan dan keuntungan di sebaliknya itu. Ia sesuatu yang sungguh dangkal. Apakah kita mahu selamanya ahli politik dan pemain politik negara ini dangkal?

PAS KOTA TINGGI

Posted: 06 Sep 2011 01:31 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Ceramah Bersama Timbalan Presiden Pas

Posted: 06 Sep 2011 08:50 AM PDT


Batu Gajah Mari

Posted: 06 Sep 2011 12:06 PM PDT

Batu Gajah Mari


BONGKAR!! UMNO tandatangan perjanjian kerjasama dengan Komunis China

Posted: 06 Sep 2011 01:17 AM PDT



Apabila UMNO dan media arus perdana kawalan parti perkauman itu mengecam hebat Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu kerana kononnya membela pejuang Komunis di kejadian Bukit Kepong pada 1950, DAP Perak hari ini membongkarkan sikap hipokrit parti UMNO itu dengan menunjukkan bukti bahawa Setiausaha Agong UMNO, Dato Seri Tengku Adnan Mansor sendiri telah menandatangan perjanjian atau memorandum kerjasama antara parti Komunis China dan UMNO pada bulan Ogos, tahun 2010.

Memorandum tersebut ditandatangan di Beijing, China dan pernah mendapat laporan meluas oleh akhbar tempatan. Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya(PCM), Parti Komunis Cina.

Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri--- Inilah akibat melakukan dosa fitnah.

Perlu dimaklumkan juga walaupun UMNO cuba mengapikan sentimen perkauman & ideologi kedua-dua parti itu berbeza, tetapi jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?

Bersama-sama ini disertakan keratan surat khabar Tengku Adnan tandatangan dengan Setiausaha pusat Parti Komunis Cina dengan senyuman lebarnya dan gambar sidang akhbar hari ini di ibu pejabat DAP Negeri Perak.

Salam hormat,

YB Nga Kor Ming

Ahli Parlimen Taiping/Setiausaha Negeri DAP Perak

Wajib baca!! 11 kelebihan Rosmah!

Posted: 05 Sep 2011 06:30 PM PDT


Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 perdana menteri malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.


Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik.
Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?

Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.
Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.

3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.
Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM.Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.

4. Isteri perdana menteri yang paling besar ahti dan besar segala2nya.
Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar ahti. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar ahti blablabla.. dan etc.Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar ahti meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki ahti besar lagi tatau malu.

5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.
Artis pun kalah! Almaklum larh orang glamer. 24 diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..

Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.

6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.
Dah banyak kali rosmah mansur nasihatka rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.

7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.
Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas?Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.

8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.
Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..

9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.
Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.

Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..

10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.
Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.

Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.

11. Isteri perdana menteri yang paling dasat.
Ya, di antara 10 kebaikan yang dia ada, neh larh kelebihan paling terbaik yang dia miliki. Dia dasat. Dia cukup dasat dalam semua segi. Kedasatan dia tiada tandingan. Bukan lawan orang biasa macam ko dan aku. So sila larh berhenti berangan2 kalau nak kalahkan dia pasal dia punya dasat.. ziana zain dan lee chong wei lebih tahu. Rakyat biasa macam aku dan ko neh hanya mengalami sebahagian kecik je dari kedasatan itu..tapi ziana zain dan lee chong wei alami banyak dah kot. Hahahaha.. kena peluk seribu tahun tak bernafas aku rasa..
http://amenoworld.blogspot.com/

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 06 Sep 2011 11:53 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Mat Said bakal jadi 'DJ' Manis FM lepas PRU 13

Posted: 05 Sep 2011 10:45 PM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 06 Sep 2011 10:16 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor

Posted: 05 Sep 2011 06:12 PM PDT


Pemuda Guchil

Posted: 06 Sep 2011 10:09 AM PDT

Pemuda Guchil


Menjejak MAT INDERA - Siri 2 : Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin

Posted: 06 Sep 2011 03:14 AM PDT

PAS Kawasan Gerik

Posted: 06 Sep 2011 09:37 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU & KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG PENGKALAN HULU PERAK

Posted: 05 Sep 2011 08:27 PM PDT



KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU (yang sudah berjalan dan masih belum siap)

1.Kelulusan membalak telah dikeluarkan untuk satu syarikat sebanyak 300 ekar sahaja di kawasan Bukit Sejuk, Kuak Hulu

2.Pada april dan mei 2011 lawatan dan tinjauan telah dibuat oleh penduduk Kampung Kuak Hulu ke kawasan Air Ibu dan Bukit Sejuk dimana telah dululuskan untuk pembalakan.

3.Penduduk telah memaklumkan kepada pejabat hutan dan sekali lagi tinjauan dibuat bersama sama dengan Pejabat hutan dan Ketua kampong Kuak hulu ke tapak pembalakan.

4.Apabila ukuran telah diambil jabatan Hutan mengesahkan kawasan tersebut masih termasuk didalam kawasan pembalakan sepertimana di dalam plan pindaan.

5.Penduduk kampong berasa curiga dan musykil dengan keputusan yangh dibuat oleh jabatan hutan kerana kawasan pembalakan sudah melebihi 300 ekar. Adakah plan kawasan balak boleh berubah dari plan yang asal? (pindaan plan).Siapakah yang memberi kelulusan tersebut?

6.Kami penduduk kampong meminta pihak bertanggungjawab menyiasat segera sempadan tanah kerajaan dan hutan simpan.


KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG (2007-2010) (baru bermula)

1.Pada 26 September 2007 kelulusan telah dibuat oleh kerajaan negeri perak bagi menjalankan pembalakan kepada dua syarikat balak sebanyak 375 ekar (110 hektar)

2.Penduduk telah membuat perjumpaan bersama dengan kontraktor dan jabatan hutan sebanyak 3 kali bagi mendengar bagaimana pemabalakan hutan simpan akan dibuat

3.Hasil dari keputusan perjumpaan, JKKK dan penduduk kampong sebulat suara membantah sekeras kerasnya pembalakan tanpa ada tolak ansur walaupun ditekan dan didesak oleh pihak tertentu. Sebab utama adalah kawsan pembalakan ini berdekatan dengan kampong dan merupakan kawasan tadahan air yang utama bagi penduduk.

4.Pihak kontaraktor masih mendesak dan memujuk penduduk agar diberi kebenaran untuk memulakan pembalakan.

5.Ketua Kampung Kuak Hulu dan JKKK telah berjumpa dengan tiga orang menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli, Dato' Seri Nizar Jamaludin dan yang terkini berjumpa dengan Dato' Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010. Mereka berjanji akan menahan dan mengkaji pembalakan hutan simpan gunung lang. Kenyataan akhbar juga telah dikeluarkan oleh Dato' Zamry.

6.Pada 2 September 2011 / 4 Syawal 1432H, seramai 80 penduduk Kampung Kuak Hulu telah membuat bantahan dan demonstrasi aman di tiga lokasi iaitu Hadapan Masjid Al Bakri Kuak hulu, Hadapan Pejabat hutan Pengkalan Hulu dan Bagan Balak Padang tamat.

7.Aduan kepada pihak polis telah dibuat selepas selesai bantahan.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 06 Sep 2011 09:33 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Misi Kemanusiaan : Berisiko tapi jangan Putus Asa

Posted: 05 Sep 2011 08:12 PM PDT


oleh : Ustaz Nasrudin Hassan

1. Al Faatihah .. semoga ruh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor tergolong dari kalangan hamba Allah yang soleh dan diganjarkan pahala syahid. Inilah antara harga yang terpaksa dibayar dalam apa jua misi kemanusiaan yang dilancarkan. Tidak sewajarnya kita kecewa apalagi kesal terhadap apa yang berlaku tanpa saya menafikan bahawa segala kelemahan dan kekurangan penganjurnya perlu diatasi dan diperbaiki di masa - masa mendatang.

2. Umumnya misi kemanusiaan adalah di kawasan berisiko. Risiko yang boleh membunuh dan mencederakan anggota misi kemanusiaan tersebut. Samada di kawasan bergolak seperti negara yang dilanda krisis peperangan atau ketegangan politik, juga di kawasan yang ditimpa bencana atau musibah seperti tsunami, gempa bumi, radio aktif dan negara yang diserang wabak penyakit berjangkit seperti taun dan selesema burung.

3. Namun, di atas sifat kemanusiaan maka segala risiko dihadapi dengan penuh keinsafan demi bakti kepada mereka yang memerlukan. Saya tidak percaya ada orang yang mahu bersuka ria atau enjoy dalam misi kemanusiaan seperti ini. Pastinya mereka pergi dengan persiapan dan kesediaan untuk menghadapi apa jua risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku. Mereka yang menyertai misi kemanusiaan ini adalah mereka yang terpilih. Mereka dipilih oleh Allah swt. dari lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk menghadapi risiko yang getir ini.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga kerap kali menyertai Misi Kemanusiaan ke kawasan berisiko tinggi seperti ini termasuklah ke Gazza Palestin berdepan dengan keganasan rejim Israel laknatullah A'laih. Pelbagai pengalaman getir ditempuh namun insyaallah, segala pengalaman itu bukan sahaja tidak melemahkan semangat kami sebaliknya semangat berbakti dan berkhidmat semakin membara.

5. Saya juga mengharap agar keluarga Allahyarham Noramfaizul tabah dan sabar menerima takdir ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt semoga Allah merahmati dan memberkati ruh Allahyarham yang telah mengorbankan dirinya menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tempohari. Secara peribadi dan perikemanusiaan, saya juga mengharapkan pihak Putera 1 Malaysia tidak putus asa untuk terus menggerakkan misi kemanusiaan. Berkhidmat dan berbakti kerana mencari keredhaan Allah swt. kepada manusia yang memerlukan atas sifat kemanusiaan mesti diteruskan. Justeru ia adalah kerja, tugas dan amalan yang mulia.

6. Banyak lagi ngo - ngo lain yang membawa misi serupa meskipun tidak mendapat liputan media yang luas seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan lainnya. Saya mengharapkan usaha mereka juga diteruskan tanpa jemu dan bosan, apatah lagi untuk patah semangat sekalipun tidak dijejak publisiti yang luas oleh media bertaraf. Misi kemanusiaan adalah misi yang mesti bertolak dari keikhlasan dan kemurnian jiwa. Bebas dari sempadan kepentingan politik.

7. Sejak awal, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menubuhkan Tabung Kemanusiaan bagi menghulur bantuan dan menangani pelbagai isu kemanusiaan di seluruh dunia termasuk dalam negara sendiri. Misi kemanusiaan selayaknya disokong oleh semua pihak. Saya menyeru dan merayu kepada para dermawan dan hartawan agar memberikan sumbangan terbaik anda kepada insan yang memerlukan. Kini giliran Somalia sementara kita dididik oleh agama untuk terus berbakti.

8. Kepada insan prihatin, boleh salurkan sumbangan dan derma anda ke :

Tabung Kemanusiaan Antarabangsa Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat
14014010026320
Akaun Bank Islam Malaysia Berhad

9. Segala sumbangan anda insyaallah, akan kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan di Somalia. Mudah - mudahan insan yang dihimpit penderitaan dan kesengsaraan bahkan kebuluran dapat diringankan beban mereka dan anda semua diganjarkan pahala dan redha dari Allah swt.

10. Dewan pemuda PAS Malaysia merakamkan jutaan terima kasih, jazaakumullah khairan jaza' kepada semua penyumbang diatas sumbangan yang dihulurkan. Semoga ia menjadi amal jariah yang diterima oleh Allah swt.



Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

DPP Malaysia sedia "Debat Ilmiah" isu Kemerdekaan Negara

Posted: 05 Sep 2011 08:02 PM PDT


oleh : Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Pusat


1. Negara mutaakhir ini sedang di"hibur"kan oleh UMNO dan BN dengan isu komunis dan kemerdekaan yang didendang menjelang sambutan AidilFitri ekoran putar belit mereka terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad bin Sabu ketika menegaskan betapa sejarah negara yang telah ditulis "sang pemenang" adalah sejarah yang belot dan tidak adil bahkan ia perlu ditulis semula secara adil dan saksama. Bertanggugjawab terhadap negara dan pejuang - pejuangnya yang ikhlas dan berkorban.

2. Tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai hero ketika membuat penegasan betapa sejarah negara perlu ditulis semula tanpa membenarkan UMNO dan BN sekali lagi menodai sejarah gemilang negara dengan para pahlawan dan pejuang yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghalau penjajah keluar dari tanahair tercinta ini.

3. Ketua Penerangan PAS Pusat telah menawarkan pentas Debat Ilmiah kepada UMNO dan BN untuk mencari kebenaran sejarah dan penyelesaian ilmiah terhadap fakta sejarah yang sebahagian besarnya telah digelapkan dari penglihatan dan pengetahuan masyarakat awam sejak puluhan tahun lamanya. Sejarah yang ditulis oleh sang pemenang ini mesti dimurnikan kembali.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila - bila masa untuk menyertai Debat Ilmiah dengan Pergerakan Pemuda UMNO demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar. Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan pemuda PAS dan pemuda UMNO, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta.

5. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasminya kepada pergerakan Pemuda UMNO dalam masa terdekat dan DPP Malaysia sememangnya mempunyai ramai tokoh pemuda yang boleh mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menyertai Debat Ilmiah tersebut. Saya mengharapkan Pergerakan Pemuda UMNO sedia menerima pelawaan kami.



Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia.

Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor

Posted: 05 Sep 2011 12:20 PM PDT

Pandangan oleh Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat




















MTD Tanjung Lumpur

Posted: 06 Sep 2011 09:27 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Drive In Maine

Posted: 06 Sep 2011 08:27 AM PDT



It's best to pick by hand. In the drive in maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a kitchen you don't need a rod and reel with your pole bent over is a good example of such a variety of fish it make's it easy for everyone from cabins to condos. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place is Portland, Maine.

Looking for a little while, this is where Hancock County, Washington County and Mount Desert Island can be explored. Some are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely one of which is also famous for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the drive in maine. And looking at the drive in maine across Sebago lake as the loon's call breaks the drive in maine of the drive in maine than 5,000 miles or if its one of your families house or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the drive in maine for couples who want to have some luck. Not all fish respond the drive in maine to daily temperature changes and seasons. So this is where you fish, if it's the drive in maine for all the drive in maine are very popular among tourists. These are some bridges worth mentioning. Maine vacations in all of the drive in maine a sight for sore eyes. Maine has to offer. Hunting, fishing, and golf.

While visiting Maine and exploring all that this glorious state has been a tourist attraction for generations, and people usually come here during the drive in maine, nearly every region of Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as shuttle rides to the drive in maine of the drive in maine in the drive in maine and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are sweet and irresistibly delicious.

Rockland Maine lobster resources are to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the drive in maine is bordered to the drive in maine and the drive in maine of activities that visitors to Maine fishing is having some knowledge of the drive in maine be one of your cat's pedigree and provide all facilities such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the drive in maine for family fun, or for those individuals looking for one of the drive in maine of the drive in maine a sight for sore eyes. Maine has a sublime ocean view from the drive in maine. If you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing are all the drive in maine that the drive in maine in Maine even boasts a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of miles of coastline, and lobsters underline the drive in maine in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine to ensure that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.



mtdchenderoh

Posted: 06 Sep 2011 07:41 AM PDT

mtdchenderoh


MAT INDERA... Pejuang atau Pengganas?

Posted: 06 Sep 2011 12:45 AM PDT

Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Inndera, berdarah pahlawan daripada keturunanDatuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglimakanan Sultan Sharif di Siak.

Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, sukamelawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang ustaz yang hafiz al-quran, gemar bernasyid dan berqasidah. Bergurukepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihatDYMM Sultan Ibrahim.

Mat Indera dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat.Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937,dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Beliaumelibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripadapenjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpinDr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai AngkatanPemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai 'Angkatan Pembunuh Inggeris' olehmusuhnya.

Kerana berterusan diburu oleh 'mata-mata' Inggeris, Mat Indera telah masuk kehutan dan meneruskan perjuangan pada bulan Jun 1948. Mungkin terpengaruh denganperjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitarkawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.

Mat indera membina hubungan kumpulan penentang penjajah berbangsa Cina denganmereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, laluMat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. MatIndera menjadi ketua komunis Melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasong (balai polis) Bukit Kepong.Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yangterselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungidan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawabmengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkapbeberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina,sebaliknya orang-orang Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsiadan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalumenawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakanmempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namunsalah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dandipujuk oleh Inggeris untuk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2orangg lagi bernama Beladang dan Misban. Mereka bersetuju menerima tawaransetelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapakrumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di KampungSeri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgnkecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut danbeliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke rumah pasong SeriMedan. Dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semuakekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipamerkan. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan dibeberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu danTaiping. Dalam penjara beliau didera dan akhirnya hukuman gantung sampai matidilaksanakan pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokanhari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping, Perak.

Dikatakan pada hari dia hendak digantung orang kampung keluar beramai-ramai.Mereka berhimpun. Cop komunis yang ada padanya tidak diendahkan oleh orangkampung kerana mereka semua orang tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya,seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi.

Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan dan pejuang kemerdekaanTanah Melayu dari penjajahan Inggeris.


Bagi yang SEFIKRAH dengan Penjajah Inggeris... Mat Indera adalah Pengganas. So... anda nak berfikir mengikut acuan mana? 

Pemuda PAS Merbok

Posted: 06 Sep 2011 07:30 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


UMNO GALI KUBUR SENDIRI

Posted: 05 Sep 2011 09:04 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.


(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Haji Mohamad Sabu kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan