Jumaat, 5 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 04 Aug 2011 11:18 PM PDT

Peghelih La...


Lagi kegilaan dalam Daftar Pemilih

Posted: 03 Aug 2011 11:32 PM PDT

PAS bantu mangsa banjir kilat di DUN Bintong

Posted: 03 Aug 2011 11:25 PM PDT



Pimpinan PAS Kawasan Kangar termasuk petugas Jabatan AMAL turut sama membantu mangsa banjir kilat di DUN Bintong baru-baru ini.


KLIK DI SINI dan DI SINI untuk melihat FOTO

Idris Ahmad

Posted: 04 Aug 2011 11:13 PM PDT

Idris Ahmad


Marhaban Ya Ramadhan

Posted: 04 Aug 2011 03:54 AM PDT

Marhaban Ya Ramadhan
Ustaz Idris Haji Ahmad
28/7/11
 
Ramadhan muncul kembali pada tahun ini. Kehadiran yang dirindui oleh hamba yang tamak untuk beribadat kepada Allah SWT. Ramadhan penghulu segala bulan di dalam setahun. Kelebihannya tidak ada tolak ber banding dengan bulan yang lain. Allah maha mengetahui kerana menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang cukup istimewa kepada umat nabi Muhammad SAW.
Ayat yang mewajibkan puasa sebulan ialah di dalam surah al-Baqarah 183-184
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa"
Kefarduan puasa Ramadhan apabila turunnya ayat ini di akhir bulan Syaban tahun kedua hijrah. Bermula tahun itulah puasa sebulan diwajibkan.
 
Marilah kita merebut peluang Ramadhan untuk menggandakan amal kita kepada Allah SWT. Bulan yang penuh dengan rahmat Allah kepada hamabanya . Justeru itu perlu digandakan kerja amal kita di dalam bulan Ramahdan untuk kita minta kekuatan kepada Allah bagi mengahdapi cabaran perjuangan yang begitu mencabar. Lebihkan munajat kita kepada Allah kerana bulan yang cukup mustajab terutama di sepuluh terakhir.
Bulan Ramadhan ialah diawalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka jahanam.
Rahmatnya Ramadhan yang difardukan kepada hambanya sehinggakan mampu hambanya boleh melakukan dengan senang tanpa merasakan satu bebanan kepada hambanya. Sehinggakan mereka yang sakit gastrik di bulan lain tetapi mampu untuk melakukannya. Firman Allah SWT  bermaksud "Rahmatku meliputi segala sesuatu" al-Araf 156.
Memanglah tepat Ramadhan ialah bulan ibadat kepada hambanya. Rasa ringan untuk melakukan ibadah memang terpancar dalam diri setiap hambanya. Contohnya agak sukar pada hari kebiasaan kita boleh menunaikan ibadah solat sunat  sebanyak  8 rakaat atau 20 rakaat, tetapi di dalam bulan Ramadhan kita mampu melakukannya. Allah juga melontarkan perasaan untuk membuat baik, lebih daripada hendak membuat jahat di dalam hati manusia. Kadang-kadang mereka yang melakukan perbuatan jahat berhenti operasi di dalam bulan Ramadhan. Dengan rahmatnya ringan manusia hendak menderma di dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah di bulan ini berbanding dengan bulan lain. Inilah rahmat Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan
Kita mengharapkan Ramadan jangan ia berlalu begitu sahaja sebagaimana peringatan Rasulullah SAW . Semoga kita tidak tergolong  di kalangan mereka yang celaka.
 
Sabdanya bermaksud, 
Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
 
"Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
 
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
 
Di dalam hadis di atas terdapat tiga golongan akan mendapat kecelakaan atau akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT, iaitu:
 
Orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah.
 
Orang yang apabila disebut nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) di sisinya lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam).
 
Orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua, atau salah seorang daripadanya, namun ibubapanya itu tidak menjadi sebab untuk ia masuk surga Allah.
 
Oleh itu marilah kita bergembira dengan menyambut kedatangan Ramadhan sebagaimana Rasulullah SAW bersabda maksudnya"Siapa yang bergembira dengan kehadiran Ramadhan, maka Allah mengharamkan atas dirinya dimasukkan ke dalam api neraka"
 
 


Filed under: Agama

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Aug 2011 09:42 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dah 7 tahun perumahan di Rantau, N.Sembilan terbengkalai

Posted: 04 Aug 2011 08:51 PM PDT



Sudah 7 tahun pembeli rumah di Taman Bandar Ekar, Rantau merana. Terpaksa membayar pinjaman bank RM800 sebulan dan sewa rumah RM350. Mereka merayu kepada wakil rakyat mereka Dato Seri Mohamad Hasan untuk membantu. Sudikah Tok Mat bantu rakyat di DUN beliau sendiri ?

Itu baru satu kes. Banyak lagi kes pada pautan berikut http://terbengkalai.blogspot.com/

SEVEN-YEAR WAIT FOR THEIR OWN HOMES

Some 90 house buyers are facing financial strain as they not only have to service their bank loans but also have to pay rent while waiting for their houses to be completed.

SEREMBAN: For seven years some 90 house buyers have been servicing their bank loans and still they do not have their own roof over their heads.

The 90 units comprised of single storey and double storey houses is at Taman Bandar Ekar in Rantau.

Housebuyer R Gunasegaran said that he has to pay RM485 every month to the bank and thats only the interest, excluding the principal RM96,000 bank loan.

"The houses are not completed but every month we have to service the bank loan. This is apart from the rental for the house we are currently staying in," said Gunasegaran.

Another house buyer Zulkefly Mat Yusof said the developer had an irresponsible attitude.

"Our dream is to have our own house but this has been shattered by the developer. I'm appealing to Menteri Besar Mohd Hasan to help us as he is also the state assemblyman for Rantau", said Zulkefly.

Another housebuyer S Avadiar told FMT that he met the developer few times to discuss the abandoned project but the result was disappointing.

"When this project was abandoned, the house buyers met the developer and they told us they will complete this project within two years which was in 2008. But till today nothing has happened.

"Can you imagine our financial situation? I have to pay the loan installment of RM800 every month to the bank and at the same time pay my house rental RM350 per month," said Avadiar.

Zefry Dahalan August 5, 2011

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/05/seven-year-wait-for-their-own-homes/

Terpaksa pekakkan telinga

Posted: 04 Aug 2011 07:24 PM PDT



Terpaksa pekakkan telinga
Sinar Harian 5 Ogos 2011

KUALA PILAH – Rata-rata pengunjung dan peniaga berhampiran Kampung Dioh, resah apabila sebuah premis di tingkat atas bangunan bank, di sini dijadikan sarang ternakan burung layang-layang atau walit.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu mendapati, keadaan bunyi bising terutamanya pada waktu pagi dan lewat petang membuatkan pengunjung tertekan, manakala peniaga pula terpaksa memekakkan telinga mengharungi senario itu setiap hari.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Kamariah, 19, berkata, pada mulanya dia hanya menganggap bunyi bising itu sebagai perkara remeh dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan senario berkenaan.

Menurutnya, namun senario itu tidak menyenangkan sesetengah pihak, terutamanya bagi peniaga yang sentiasa berada di kawasan itu setiap hari.

"Malah, jika difikirkan tidak wajar bangunan ini dijadikan tempat ternakan burung walit kerana ia menjadi tumpuan orang ramai selain berhampiran dengan rumah penduduk," katanya.

Secara umumnya, ramai pengusaha sarang burung walit sanggup menyewa atau membeli deretan bangunan semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan berkenaan membuat sarang berikutan industri itu dikatakan menguntungkan.

Manakala, Muhamad Ismail Ali, 40, berkata, walau bagaimanapun menternak burung walit di tempat itu tidak bersesuaian kerana berdekatan dengan tempat tumpuan orang ramai.

"Mereka perlu membuat di tempat lain yang tidak ramai penduduk kerana itu lebih selamat. Bukan dibina di tengah pekan ini.

"Jika dibiarkan sahaja tanpa ada sebarang tindakan, bimbang kawasan ini diganggu pencemaran bunyi," katanya.

Katanya, kegiatan menternak burung walit itu masih di peringkat awal dan boleh diselamatkan dengan berpindah ke tempat lain.

"Saya sentiasa lalu di sini, bunyi kuat daripada rakaman suara burung yang dipasang di situ memang mengganggu.

"Oleh itu, diharap pihak berkaitan dapat menimbal balik dan melihat masalah ini dari sudut orang ramai serta di sekitar peniaga sekali gus membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9401203.asp

Kuliah Ust Khairil Anuar Wafa 13 Ogos 2011 Senawang

Posted: 03 Aug 2011 11:34 PM PDT



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 13 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Ogos 2011, KHAMIS
Masa : Selepas solat Tarawih
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com/

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 04 Aug 2011 09:16 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Buku Konsep Negara Berkebajikan PAS dilancar hari ini

Posted: 04 Aug 2011 07:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Susulan tema ucapan dasar Presiden PAS pada muktamar awal bulan lalu, Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan di Kota Baru hari ini.

Ia dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Buku itu dikeluarkan, dilihat bagi menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya.

PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umm ke-12 pada 2008.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata majlis pelancaran berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad pagi ini.

Laporan Harakahdaily menyebut, buku karangan Hadi itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw.

Selain itu ia turut menjelaskan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan antara Negara Berkebajikan dan Negara Kebajikan.

"Dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan manifesto PAS tahun 2008," katanya.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini.

"Selain itu, dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini," jelasnya.

Rembau Hari Ini

Posted: 04 Aug 2011 07:18 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kuliah Ust Khairil Anuar Wafa 13 Ogos 2011 Senawang

Posted: 03 Aug 2011 11:32 PM PDT



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 13 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Ogos 2011, KHAMIS
Masa : Selepas solat Tarawih
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com/

Tadika Kemas di Rembau tiada bekalan air

Posted: 03 Aug 2011 09:01 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

TADIKA KEMAS TIADA BEKALAN AIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.

Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika.

Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.

Itu pun keadaan masih sukar kerana guru serta pembantu tadika tersebut terpaksa mengangkut air menggunakan baldi.

Mohon Aduan Rakyat menyiasat segera aduan ini.

Sekian, Terima Kasih.

By: hamidah
http://www.aduanrakyat.com.my/tadika-kemas-tiada-bekalan-air

Sila baca artikel bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

PAS LENGGONG

Posted: 04 Aug 2011 07:11 PM PDT

PAS LENGGONG


Zahrain yang najis bernanah khinzir

Posted: 04 Aug 2011 02:46 AM PDT

Sanggup dia melempar fitnah di bulan ramadhan.

Dari sms

Posted: 04 Aug 2011 02:41 AM PDT

Maklumat terkini dari FB chegubard Samm salam,
Maklumat terkini - SPR telah bermesyuarat dengan dato bandar MBPJ berkaitan pengurusan pusat penamaan calondan tempat mengundi.Dijangka parlimen dibubarkan pada oktober ini dan pilihan raya umum ke 13 akan di adakan pada november 2011.
semua ambil maklum

Celakalah tangan orang itu

Posted: 03 Aug 2011 11:53 PM PDT

HISHAMUDDIN SAJA LULUS 29,290 WARGA NEGARA



ERA HISHAMUDDIN SEBANYAK 29,290 DAPAT WARGA NEGARA? ERA SEBELUMNYA TAK TAHU BERAPA BANYAK DAH. BERAPA RAMAI DAH JADI MENTERI DALAM NEGERI SEMENJAK MERDEKA? SENDIRI BOLEH KIRA LE. LENJAN KITA WEHWY. JUMLAH BANYAK ITU BOLEH MENANG 4 KE 5 DUAN WEHWY

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan. Bukan Teman kata wehwy: Dia yang kata:Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said

KOMPLOT TERANCANG TIPU DAFTAR PEMILIH?

Posted: 03 Aug 2011 11:46 PM PDT

3Ramadan 1432 H | 3 August 2011
PETALING JAYA 3 OGOS : Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menyatakan kemungkinan wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menipu daftar pemilih untuk PRU akan datang.

Beliau berkata, sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 seperti yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.


"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat.


"Ia amat mungkin. Mereka sudah bagi tarikh tamat,kemudian mereka melanjutkannya ke tarikh yang tidak dinyatakan, ia amat menghairankan," tegasnya.


Semalam, portal Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.
Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Dr Hatta mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu.


"Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini mempunyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar dalam beberapa jam sahaja. Itu juga sesuatu yang perlu dijawab Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
- tvsnews

Semoga berita ini menjadi benar

Posted: 03 Aug 2011 11:41 PM PDT

04 Ogos, 2011

Panas!! 50 Bekas Ahli Parlimen UMNO Mahu Najib Letak Jawatan

PETALING JAYA - Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib. Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.

Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.

"Jika dia tidak beliau adalah orang yang mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.

Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.

Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.

Abang Muhyiddin turut hadir?

Najib mengambil alih pada April 2009 dan segera menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana di bawah konsep 1Malaysia bertujuan untuk memancing undi Cina dan India.

Walau bagaimanapun, pendekatan menyeluruhnya gagal turun ke bawah dengan baik menyebabkan ketidakpuasan hati golongan pihak-pihak tertentu dalam Umno. Walaupun Mahathir mendakwa bahawa parti itu telah gagal untuk melindungi orang Melayu dan ini membawa kepada munculnya kumpulan-kumpulan seperti Perkasa.

Dalam perkembangan yang sama, sokongan kaum Cina terus meningkat untuk pembangkang seperti yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil dan tekanan ke atas Najib yang dipasang.

Blogger terkemuka Mohd Sayuti Omar juga mencatatkan satu artikel mengenai panggilan Penawar kepada Najib untuk meletak jawatan.

Menurut suatu sumber, di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah abang Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas Menteri Belia Dan Sukan Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Diterjemah dari Free Malaysia Today.

Ya Allah

Posted: 03 Aug 2011 11:37 PM PDT




Doakan kesejahteraan TG Haron Din

Rabu, 3 Ogos 2011


Tuan Guru Ust. Haron Din kini berada di wad CCU, Inst. Jantung Negara (IJN). Mohon para sahabat semua doakan kesejahteraan beliau.Semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan Islam tercinta... Insya Allah Allah akan makbulkan doa orang yang berpuasa.. amin

UMNO diam dalam hal ini - Pastinya perancangan mereka.

Posted: 03 Aug 2011 11:23 PM PDT

Parlimen perlu dedah konspirator isu PR
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 4 Ogos: PAS menuntut diadakan sesi 'pendengaran awam' (public inquire) diadakan di seluruh negara bagi menyelesaikan isu penduduk tetap yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembongkaran isu PR yang disenarai sebagai pengundi selepas mendapat MyKad perlu diselesaikan secara telus kerana ia melibatkan isu keselamatan.

"Tindakan agensi tertentu menyenaraikan PR dalam senarai pemilih perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kemungkiran mereka dibenar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya ketika ditemui di Qaryah Ramadan malam tadi.

Sebelum ini portal berita mendedahkan seorang PR bernama Mismah disenaraikan sebagai pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataannya menjelaskan Mismah telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan dilulus taraf warganegara pada 31 Januari lalu.

Menurutnya juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 taraf warga negara dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011.

Salahuddin yang juga Parlimen Kubang Kerian berharap orang ramai tampil ke hadapan bagi menyuarakan kecurigaan terhadap tindakan dilakukan JPN.

Menurutnya juga anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang tergempar Parlimen membincangkan isu tersebut.

"Ini suatu perkara yang sangat serius, suatu pengkhianatan besar yang telah berlaku terhadap keselamatan negara.

"Dan Parlimen perlu bersidang untuk kita dedahkan siapakah sebenarnya menjadi dalang atau pun ketua konspirator sindiket tersebut," katanya.

Beliau mendakwa konspirasi itu dianggap sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Menurutnya, PAS mempunyai satu pasukan membongkar sindiket tersebut di mana sehingga kini sejumlah 1,500 kes berjaya dikesan di Selangor.

"Itu baru di antara sebahagian daripada kajian terperinci yang dilakukan," katanya.

Bersahur itu sebahagian dari Puasa.

Posted: 03 Aug 2011 11:20 PM PDT

Menghina sahur maknanya menghina puasa. atau lebih tepat menghina syariat ramadhan sendiri. TV9 sudah setanding TV3 dalam promosi hina islam.

Pemuda PAS desak TV9 tarik balik iklan sahur
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur. (http://www.youtube.com/watch?v=NgITD5aEGqs&feature=player_detailpage)

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," ujarnya.

Yang jelas berita ini. Berita dari TV banyak keraguan.

Posted: 03 Aug 2011 11:17 PM PDT

Dr Rosti letak jawatan ekoran Siasatan Dalaman
Harakahdaily

SHAH ALAM, 4 Ogos: Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) adalah berpunca dari Siasatan Dalaman (Internal Inquery) yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ekoran laporan ketidakcekapan dan tidak profesional sesetengah pegawainya.

Namun begitu, Naib Canselor Unisel itu 'tidak mampu bekerjasama' dengan semua timbalan Presiden Unisel bagi melaksanakan segala resolusi yang dicapai dari siasatan dalaman itu.

Ekoran itu, Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pengerusi Unisel telah memberikan tempoh dua minggu untuk naib canselor untuk bekerjasama bagi kebaikan Unisel.

"Kesemua Timbalan Presiden bersetuju dengan cadangan MB. Akhirnya naib canselor tidak sanggup," kata Dr Halimah dalam smsnya kepada Harakahdaily.

Datuk Dr Rosti Saruwono mengumumkan perletakan jawatannya dari Unisel semalam. MB Selangor pula telah menerima perletakan jawatan itu dan telah melantik satu pasukan khas.

Ia ditubuhkan bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Unisel berhubung perletakan jawatan secara mengejut oleh Rosti.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas itu akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju.

"Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak menggangu pembangunan Unisel dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, Kerajaan Negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa.

"Jawatankuasa ini terdiri daripada Datuk Muhamad Zohadie Bardaie, Datuk dnan Alias dan Datuk Mohamed Ariffin Aton.

"Semua mereka ini ahli lembaga pengarah Unisel," katanya dalam satu kenyatan akhbar.

Sementara itu, media melaporkan, ada tiga individu yang dikatakan mempunyai masalah dengan Unisel.

Mereka adalah Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Rokmaa Mat adalah ibu saudara kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau dikira antara individu terpenting yang menjaga pentadbiran Unisel.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor.

Dikatakan laporan dari jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes ketidahcekapan dan tidak profesional dalam tindakan.

YDP PAS Lenggong- menuntut hak keadilan

Posted: 03 Aug 2011 11:13 PM PDT

Mohon isytihar tangkapan Bersih tidak sah
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Mahkamah Tinggi Malaya di sini diminta mengisytiharkan bahawa tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pada himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah suatu tangkapan yang salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Alasan yang diberikan oleh pihak polis bagi mengesahkan penahanan dan tangkapan tersebut adalah bukan-bukan, sengaja diada-adakan dan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang.

Razman, 51, dalam tuntutannya berkata, akibat dari penahanan itu, hak asasi beliau untuk bergerak bebas di seluruh negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah terjejas dan dicabul oleh pihak polis.

Menurutnya, beliau juga telah menghadapi dan mengalami kerosakan akibat dari tekanan emosi, tekanan mental dan penghinaan ekoran dari tangkapan salah, tidak sah dan haram itu.

"Keadaan itu lebih dirasai lagi apabila saya dikurung dalam truck yang panas, bertutup kanvas di kiri kanan, kurang udara dan penuh sesak dengan puluhan tahanan-tahanan yang lain yang tidak dikenali oleh saya," katanya dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini, hari ini.

Sah si zahrain seorang yang munafik.

Posted: 03 Aug 2011 10:47 PM PDT

Sah si zahrain seorang yang munafik.

Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mendakwa Umno BN menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman Umno.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke -13.

"Ada satu gerakan serius dalam Umno nak minta Najib berundur kerana Najib dilihat liabiliti kepada BN dan akan beri kesan negatif dalam pilihan raya akan datang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga menegaskan, pertemuan di antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh seperti dilaporkan media tidak wujud sama sekali.

"Ini sebenarnya bukan isu dan tidak relevan baik di peringkat Pakatan Rakyat atau PAS tak pernah bincang perkara ini.

"Tak ada pertemuan di antara Tuan Guru Nik Aziz dan beliau sendiri pun sudah buat penafian tapi masih ditimbulkan media," katanya.

Mengulas lanjut mengenai gerakan yang didakwanya itu, Mustafa berkata gerakan itu sangat kuat dan bermatlamat untuk menyingkirkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebelum PRU yang dijangka akan diadakan awak tahun hadapan.

Beliau bagaimanapun berkata belum masanya untuk beliau mendedahkan dalang di sebalik gerakan yang dimaksudkan itu.

"Buat masa ini saya tak berniat nak dedahkan siapa yang ada dalam gerakan itu tapi ia satu gerakan yang kuat daripada orang kuat Umno sendiri," katanya.

Namun katanya, Najib mengetahui tentang kewujudan gerakan ini dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno mahupun Perdana Menteri meskipun banyak salah laku yang dikaitkan dengan beliau dan Rosmah.

"Banyak isu yang berkait dengan Najib dan Rosmah. Di samping isu Scorpene di mana kes ini dibawa oleh Suaram ke mahkamah Perancis dan peguamnya yang datang ke Malaysia baru-baru ini dihantar pulang dengan segera supaya tidak mendedahkan pembelian kapal selam itu.

"Ini dilihat satu tamparan kepada Najib sebagai perdana menteri," katanya.

Dari MyPR ke Mycard

Posted: 03 Aug 2011 10:25 PM PDT

rupanya ada kesukaan pada diri orang umno
SALAH...TU..HUDIN AYOB...CHEAP PUBLICITY...BUAT LAH IBADAT PADA BULAN POSO NI...WAT PER NAK PANGGIL SIDANG PARLIMENT PASAL KERAKYATAN NEGARA...BAGI LAMBAT PUN SALAH ..BERI CEPAT PON SALAH .PI CARI ORANG2 YANG MERMELU PADA BULAN POSA NI ,BANTU MEREKA YANG NAK BERHARI RAYA ..TU YANG LEBIH AFDAL PADA AHLI2 PARLIMENT..

orang lenggong kenal siapa dia.
patutle umno diam sahaja.

MALAYSIAN OPPOSITION MP'S REAlLLY GOT NO CLASS...LIKES TO HECKS ON PETTY THINGS AND GO FOR PERSONAL ATTACKS AND LIKES CHARACTER ASSASINATION..MOST OF THEM COMES FROM A VERY LOWLY BACKGROUNDS AND FAMILY TREE.....NOT THAT WE DONT NEEDS OPPOSITION..BUT PLEASE UPGRADE YOURSELF....
PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
Hazayani Zakaria

PETALING JAYA, 3 Ogos: PAS Selangor mengenal pasti 610 nama berstatus Penduduk Tetap (PR) yang didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di empat Dun.

Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar), seramai 225 pengundi yang mempunyai kad pengenalan merah dikesan di Dun Paya Jaras, 261 orang di Dun Semenyeh, 140 orang di Dun Kajang dan 49 orang di Dun Dusun Tua.

Ianya sebahagian nama yang dikesan dalam proses bantahan bagi RDPT bagi suku ke-2 2011 Julai lalu.

Tegasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.

"Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Kita khuatir jumlah tersebut akan bertambah.

"Kita ada bukti bercetak bahawa nama-nama mereka yang diklasifikasikan sebagai PR yang dicetak dari laman web JPN sebagai kad pengenalan merah,"kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Rakyat berhubung perkara sama di pejabat Pakatan Rakyat, dekat sini hari ini.

Namun apa yang memeranjatkan apabila sehari selepas dikesan, mereka mendapati rekod kerakyatan mereka yang dikenal pasti sebagai PR telah bertukar menjadi warganegara dan bertukar kepada kad pengenalan biru.

"Bagaimana ia boleh berlaku, Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon? soalnya.

Selain itu PAS selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang lahir tahun 1984 telah dikatakan memiliki kad pengenalan biru yang membawa kod 71 iaitu penduduk teap kelahiran luar negara.

"Jika dia dilahirkan di Malaysia, sudah tentu kod yang tertera di kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran.

"Jika betul dia dilahirkan di luar Malaysia, kenapa dia memiliki keistimewaan sehingga memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soalnya lagi.

Beliau berkata, perkara ini sangat membimbangkan kerana jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di JPN.

Sehubungan itu PAS Selangor mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara membabitkan keselamatan negara ini.

"PAS Selangor mendesak pihak yang terlibat dalam perkara ini diambil tindakan undang-undang," katanya.

Ahlan Wasahlan Ramadhan Karim

Posted: 03 Aug 2011 10:23 PM PDT

Pas Kawasan Lenggong Perak was tagged in Tempah Banner's photo.
Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Dengan ingatan tulus ikhlas dari Pimpinan PAS kawasan Lenggong, Perak.


Pas Kawasan Lenggong Perak was tagged in Tempah Banner's photo.
Majlis Khatam Al-Quran. Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong. 13 Ogos 2011 (Sabtu), 8.00 pagi bertempat di Masjid Kg Gua Badak, Lenggong, Perak. Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Kematian semalam

Posted: 03 Aug 2011 10:22 PM PDT

Al Fatihah... Jemaah PAS KAWASAN LENGGONG, Allahyarham Saturi bin Osman berasal, Kg. Pulau Ceri, telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 11pm tadi di hospital Taiping. Urusan membawa pulang jenazah sedang diuruskan oleh keluarga. Diharapkan Jemaah yang berdekatan hadir solat jenazah pd kira-kira jam 11 pagi nanti, Insya Allah.

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Aug 2011 07:10 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Jadikan Taman Esplanade Luak Taman Pelancongan Miri

Posted: 04 Aug 2011 12:16 AM PDT

Taman Esplanade Luak Perlu Pembaharuan

Gambar menujukkan kawasan di pinggir Taman Esplanade Luak yang dicadangkan untuk tempat gerai perniagaan tetap.

Miri - Taman Esplanade Luak yang terletak di persisiran pantai Luak, di pinggiran bandaraya Miri merupakan tempat yang strategik untuk bersiar-siar dan bersantai bersama keluarga serta menikmati keindahan senja bila terbenamnya matahari. Ia juga tempat pilihan para penganjur seperti Saberkas,untuk menganjurkan program riadah seperti "Beach Volleyball", pertandingan Layang Layang,Auto Show,dll. Dengan adanya kemudahan yang luas seperti tempat letak kereta dan ruang untuk berniaga akan memudahkan orang awam berkunjung ke sini. Seperti yang kita ketahui, taman ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengemarkan suasana petang waktu terbenamnya matahari. Pada hari cuti dan hujung minggu akitiviti orang awam disini menjadi meriah dan sesak kerana disini lah mereka berkumpul dengan program masing masing seperti berkelah,bersantai dan sebagainya.

Masa yang paling sesuai untuk berkunjung adalah pada hujung minggu, di mana para pengunjung datang pada waktu petang. Seperti kebiasaannya terdapat gerai-gerai kecil yang di buka dengan pelbagai hidangan tempatan, makanan dan minuman untuk dinikmati oleh para pengunjung.

Di sini kita mencadangkan agar pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperuntukan sejumlah peruntukan kewangan untuk membina gerai-gerai makanan yang lebih teratur, selesa dan kekal seperti yang sedia ada di Taman Selera di Tanjong Lobang. Bila gerai makanan seperti ini disediakan, ia mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang berkunjung. Pada masa yang sama, ia dapat membantu menjana ekonomi penduduk setempat dimana tidak hanya di monopoli oleh pihak tertentu sahaja. Dari pemerhatian kita, kemudahan tempat penjaja sementara ini mudah terdedah kepada cuaca matahari yang terik ataupun bila hujan turun menyebabkan pengunjung merasa kurang selesa dan terpaksa mencari tempat berteduh untuk menikmati juadah yang mereka beli.

Kami juga, menyarankan kepada pihak MBM untuk menambah pohon tanaman seperti pokok-pokok yang rendang untuk dijadikan tempat berteduh. Selain itu, satu penambahan baru juga harus di ambil kira oleh pihak MBM seperti membina Taman Permainan kanak kanak bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil bermain dengan selesa.

Kami berharap agar cadangan dan pandangan ini dapat di ambil perhatian yang serius oleh pihak yang berkenaan, demi untuk menjadikan bandaraya Miri sebagai bandaraya pelancongan yang kondusif. Dengan adanya tarikan pemandangan yang indah, nyaman dan bersih sudah pasti lebih ramai pengunjung datang bukan sahaja orang tempatan bahkan pelancong asing juga sudah pasti teruja untuk melawat atau berkunjung ke taman tersebut.


Harapan kami agar semua pihak bersatu dan bekerjasama untuk memajukan bandaraya Miri tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Walaupun PAS lebih dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi ianya lebih kepada menjaga kebajikan semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

English version
Luak Esplanade Park Need Improvement

Miri - Luak Esplanade Park located in the Luak coastal, on the outskirts of the Miri city is a strategic place to stroll and relax with family and enjoy the evening sunset. It is also a choice of the organizers such as Saberkas, to organize recreation programs such as "Beach Volleyball" competition, Kite-flying, Auto Show, etc. With a wide range of facilities such as parking and space to do business will allow the public to visit here. As we know, the park is a favorite for those who love sunset at the evening hours. During holidays and weekends the public activities to be lively and crowded here because here is they gathered with their own programs, such as a picnic, relax, and so on.

The best time to visit is on weekends, where visitors come in the evening. As expected there are stalls that are open with a variety of local dishes, snacks and drinks to be enjoyed by visitors.

Here we would like to propose that the Miri City Council (MCC) has to allocate a total of funds to build a food stall that is more organized, comfortable and should be permanent such as Taman Selera at Tanjung Lobang. When these food stalls are provided, they can attract more visitors to come visit. At the same time, it could help the local people's economy which is not only a monopoly by certain parties only. From our observations, this temporary hawker facility vulnerable to the sun's scorching weather or when rain causing the visitors feel uncomfortable and forced to seek shelter to enjoy the food they buy.

We also recommend to the MCC to increase more tree crops such as the shady trees to make shelter. In addition, a new place for children playground should also be taken into account by the MCC for facilitates parents with small children playing comfortably.


We hope that the suggestions and views can be taken seriously by the parties concerned, in order to make the Miri city as a tourist city that is conducive. With amazing scenery, comfortable and clean more people are coming not only locals but tourists also definitely looking forward to a visit or a visit to the park.

We hope that all parties come together and work together to develop Miri city regardless of race, religion and political affiliation. PAS well-known as a political party but it is rather more to the welfare for all communities regardless of race or religion.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Aug 2011 04:17 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


DIROGOL BIRAS DIBILIK HOTEL KONONNYA UNTUK BERBINCANG

Posted: 04 Aug 2011 01:30 AM PDT

KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.

"Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

"Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik," katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.

Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.

"Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya," katanya.

Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.

"Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang," katanya.

.... kalau nak bertanggungjawab ok je tue....

PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno

Posted: 04 Aug 2011 12:01 AM PDT


Abdul Rahim Sabri
PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

rosmah mansor najib 250609 02Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenailaporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

Isu Video Seks Kembali - MAGARAN desak tubuh Suruhanjaya Di Raja.

Posted: 03 Aug 2011 11:57 PM PDT



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Isu Video Seks yang dikaitkan dengan seorang Pemimpin Politik dibangkitkan semula apabila Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) mendesak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat perkara ini dengan lebih serius.

Sebentar tadi, pihak wakil MAGARAN telah menghantar memorandum desakan berkenaan kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara yang antaranya tertera desakan penyiasatan bagi mengenalpasti identiti lelaki dalam Video rakaman terbabit.

MAGARAN juga mendakwa, isu ini amat penting agar rakyat tidak terkeliru dalam memilih Pemimpin yang bakal menerajui Negara di masa akan datang.

Sebelum ini, Video ini yang telahpun tersebar kepada orang ramai melalui Laman Youtube didedahkan oleh Datuk Trio T. Malah salah seorang daripada mereka iaitu Datuk Eskay telah menjelaskan identiti lelaki di dalam Video berkenaan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Dato' Seri Anwar telah menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa ianya satu konspirasi jahat bagi menjatuhkan maruah beliau dan Pakatan Rakyat.

"ZAHRAIN UMPAMA SAMPAH" : TG NIK AZIZ

Posted: 03 Aug 2011 09:45 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai "sampah" kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.


Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.

"Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang," kata beliau di Kota Baru semalam mengulas kenyataan Zahrain kelmarin, menegaskan pertemuan antara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Zahrain mencabar Nik Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.

Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.

Selasa lalu, Nik Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka."

.... bagi aku bukan sampah lagi tapi najis mughallazoh....

NAJIB ROSMAH ENGGAN JANJI SAKSI KES ANUAR

Posted: 03 Aug 2011 05:40 PM PDT

Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.


Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

"Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina," kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.

Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

"Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina," kata peguam Anwar Sankara Nair.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos untuk membuat keputusan berhubung permohonan Anwar mahu menemu bual 15 saksi termasuk Najib.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh dan Mohamed Yusof selesai mengemukakan hujahan masing-masing.

Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan di akhir kes mereka, kepada mahkamah, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan pada Isnin.

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.

Pada akhir kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, di mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 saksi.

Daripada 25 saksi itu, hanya lima saksi telah ditemu bual setakat ini iaitu bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid yang pernah bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, pegawai khas kepada Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Aug 2011 03:59 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PERLETAKAN DR ROSTI, ADA PENJELASAN TULANG BESI ..TENTU UMNO PUCAT LESI

Posted: 04 Aug 2011 01:02 AM PDT

Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.


Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudarakepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong "geng UMNO" dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB

Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

sumber :- Tulang Besi

TEMBELANG SPR TERBUSUK TERBUKTI SELEPAS 25 TAHUN

Posted: 03 Aug 2011 11:22 PM PDT


Bekas Kerani ATM Mengaku Diarah Pangkah 500 Undi Pos
AMPANG 4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.


Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi hantu dan sistem biometrik.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

PATUTLAH DS NAJIB DAN KUNCU BERLAGAK !

Posted: 03 Aug 2011 07:32 PM PDT

Komen : Kita tak terkejut bila 16 September DSAI Tak menjadi , yang muka tak malu ialah DS Najib dan kuncunya bila mengutuk DS Anwar kerana 16 September tak berlaku. Kenapalah bangang sesiapa yang percaya alasan mereka(UMNO)? Memanglah tak jadi kalau UMNO/BN mencari jalan halang 16 September itu, takkan nak tengokjer!
Kini ada bukti yang dari luar negara tentang kenapa 16 September tak berlaku. Padan muka YB Zahrain dan YB Zulkifli Nordin dan sekapal dengan mereka.


4 OGOS 2011
Sept16 Gagal kerana ISA – Nur Jazlan (melalui Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)

Blogger2 UMNO sering mempermain-mainkan "kegagalan" Projek September 16 tajaan Pakatan Rakyat. Mereka memfitnah kononnya Anwar Ibrahim menipu dan tiada bukti adanya wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang akan melompat.

Tetapi mengikut pendedahan terbaru WIKILEAKS, laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina.

Pihak Kedutaan telah merujuk kepada kenyataan seorang ahli Parlimen UMNO, Dato' Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA.

Dato' Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16)

Teks laporan Kedutaan Amerika itu adalah seperti berikut:

6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)

(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.)

TERJEMAHAN: (2) Kedua-dua penguasa PKR mengakui penahanan ISA pada bulan September itu keatas 3 orang- seorang wartawan, Teresa Kok serta Raja Petra- telah menghantar amaran yang berkesan kepada semua Ahli Parlimen yang bercadang untuk menyokong Anwar

(KOMEN: Pada awal Oktober, Ahli Parlimen UMNO, Nur Jazlan, memberitahu Polcouns bahawa penahanan ISA tersebut adalah sangat berjaya di dalam menakutkan Ahli2 Parlimen yang telah bercadang untuk mengikut Anwar)


Ingat kembali, Teresa Kok telah ditangkap kerana kononnya beliau melarang azan di sebuah surau di Puchong dan sebuah masjid di Kota Damansara. Semua tuduhan ini terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.

UMNO cuma mahu mencari alasan untuk menggunakan ISA bagi mengagalkan perancangan September 16 Anwar Ibrahim. Mereka sendiri tahu tuduhan2 itu palsu dan tidak berasas. Namun, penangkapan di bawah ISA ke atas 3 orang itu tidak lain bertujuan menakutkan Ahli2 Parlimen dari melompat.

Ahli2 Parlimen yang dimaksudkan ini telahpun menandatangani "Kenyataan Bersumpah" mahu mengikut Anwar Ibrahim tetapi telah menarik diri akibat takut ditangkap ISA.
Dalam PAS pula, Hasan Ali adalah agen kepada menyebarkan cerita kononnya Teresa Kok melarang azan. Cerita tersebut telah disebarkan kepada keseluruhan AJK PAS Pusat dalam salah satu mesyuarat AJK PAS Pusat.

Sedar atau tidak Hasan Ali serta "GENG PERPADUANG" dicampur dengan "GENG TERENGGANU" memainkan peranan besar di dalam menggagalkan September 16 tersebut. Mereka semua menjadi AGEN UMNO dan berjaya mensabotaj perancangan Anwar Ibrahim dan September 16 tersebut.

Maka, janganlah puak2 UMNO memainkan isu kononnya Anwar berbohong ataupun Anwar menjual janji palsu. Yang sebenarnya UMNO telah bermain kotor dengan menggunakan ISA mengagalkan perancangan September 16.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 04 Aug 2011 03:12 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Aug 2011 11:27 AM PDT

Batu Gajah Mari


Sungguh ayu seorang pemimin UMNO apabila bertudung

Posted: 04 Aug 2011 12:43 AM PDT



ha..
kan cantik bila bertudung..
tapi jangan la ikut suka hati..
kejap bukak kejap tanggal...

moga ketemu hidayah :)

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 04 Aug 2011 09:55 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


PR jadi warganegara, konspirasi terancang

Posted: 03 Aug 2011 12:41 PM PDT



KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.
(harakahdaily)

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Aug 2011 09:30 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kuliah Ust Khairil Anuar Wafa 13 Ogos 2011 Senawang

Posted: 03 Aug 2011 11:36 PM PDT



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 13 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Ogos 2011, KHAMIS
Masa : Selepas solat Tarawih
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com/

Masalah pencemaran sungai di Rantau, N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 08:57 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEMARAN AIR SUNGAI DI KAMPUNG KUALA SAWAH
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya penduduk di Kampung Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan ingin membuat aduan mengenai sebuah kilang yang membeli getah beku dan getah cair berhampiran, sentiasa membuang sisa getah ke sungai yang alirannya melalui kampung dan menyebabkan sungai berkenaan tercemar dan sungguh tidak menyenangkan bau yang terhidu di seluruh kawasan kampung terutama rumah saya yang terganngu selalu kerana bersebelahan dengan sungai tersebut.

Saya khuatir keadaan yang telah berlalu sekian lama akan menjejaskan kesihatan penduduk kampung.

Perkara ini telah lama berlaku dan tiada mana-mana pihak yang tampil untuk menghentikan pencemaran ini.

Diharap Pihak Jabatan Alam Sekitar dapat membantu menghentikan pencemaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

By: Kogelen

http://www.aduanrakyat.com.my/pencemaran-air-sungai-di-kampung-kuala-sawah

Hadiah Tilawah Al Quran N.Sembilan memalukan

Posted: 03 Aug 2011 08:56 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

HADIAH TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Anak saya telah mewakili negeri bagi pertandingan Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Port Dicson bermula pada 25 hb Julai hingga 28hb Julai.

Pertandingan yang diwakili oleh anak saya telah berlangsung pada 26 hb Julai.

Apa yang mendukacitakan adalah hadiah saguhati yang disediakan tidak setimpal dengan Peringkat yang diwakili oleh mereka.

Hadiah tersebut hanya layak untuk kanak-kanak tadika sahaja dan bukan hadiah untuk mewakili negeri di Peringkat Kebangsaan.

Sebagai ibu bapa, kita bukanlah nak berkira sangat tentang hadiah yang diberi, tetapi berilah penghargaan setimpal dengan kategori dan usaha yang mereka buat walaupun mereka adalah anak-anak istemewa.

Lain kali kalau nak buat, buatlah betul-betul. Jangah buat seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Hadian yang diberikan sangat-sangat memalukan anak-anak yg telah mewakili negeri-negeri masing-masing.

By: Zailani

http://www.aduanrakyat.com.my/hadiah-tilawah-peringkat-kebangsaan-pendidikan-khas

Majlis Daerah Port Dickson tak layan aduan rakyat

Posted: 03 Aug 2011 08:56 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PADANG UNTUK BERIADAH/KENDURI DIJADIKAN STOR DAN BERCUCUK TANAM
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Salam kepada aduan rakyat yang menyelesaikan masalah rakyat.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada aduan rakyat kerana sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang ditujukan.

Saya memiliki rumah di Bandar Baru Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan berdekatan dengan Hospital Besar Port Dickson dan masalah yang saya hadapi adalah tempat dimana kanak kanak hendak bermain atau tempat sepatutnya untuk mendirikan khemah untuk kenduri dijadikan tempat meletak kenderaan dan juga membuat stor dan ada juga yang bercucuk tanam sedangkan pihak pemaju telah menyediakan tempat meletak kenderaan untuk setiap pemilik rumah.

Masalah ini telah diutarakan kepada Majlis Daerah Port Dickson tapi masih tiada jalan penyelesaian dan juga hanya dengar khabar angin hendak membuat operasi, sudah hampir setahun masih tiada apa apa tindakan.

Pihak Aduan Rakyat boleh melihat sendiri keadaan sebenar apabila tiba ke lokasi tersebut.

Terdapat rumah yang tiada tempat meletak kenderaan dihadapan pintu masuk rumah dan telah di sekat oleh pemilik lain untuk membuat stor di tempat meletak kenderaan.

Terdapat juga pemilik mengubah suai rumah tanpa kebenaran pihak berwajib dengan membolot kesemua tempat meletak kenderaan bagi membesarkan rumah.

Susah hendak dikatakan dengan panjang lebar,macam macam aduan telah di buat dan saya tidak menyalahkan mana mana pihak tetapi beginikah caranya pihak berwajib menjalan kan tanggungjawab sebagai penguatkuasa yang mempunyai saudara mara atau rakan di taman tersebut.

By: mohd suffian abu bakar

http://www.aduanrakyat.com.my/padang-untuk-beriadahkenduri-dijadikan-stor-dan-bercucuk-tanam

Tadika Kemas di Rembau tiada bekalan air

Posted: 03 Aug 2011 08:56 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

TADIKA KEMAS TIADA BEKALAN AIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.

Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika.

Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.

Itu pun keadaan masih sukar kerana guru serta pembantu tadika tersebut terpaksa mengangkut air menggunakan baldi.

Mohon Aduan Rakyat menyiasat segera aduan ini.

Sekian, Terima Kasih.

By: hamidah
http://www.aduanrakyat.com.my/tadika-kemas-tiada-bekalan-air

Sila baca artikel bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Siasat aduan perkhidmatan bas Cityliner Seremban

Posted: 03 Aug 2011 08:56 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PERKHIDMATAN BAS CITYLINER
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Nota : Taman dusun Nyiur, Taman Dusun Setia, Taman Kekwa dan Taman Bidara – Tmn A

Taman rasah Jaya – Tmn B

Saya tidak berpuashati dengan perkhidmatan bas Cityliner No Bas 8A di Tmn A. Ini adalah kerana semenjak 2 minggu yang lepas bas berkenaan telah membawa penumpang bagi Tmn A dan Tmn B sekaligus sedangkan bas untuk Tmn B telah ada.

Ini menyukarkan penumpang termasuk saya di Tmn A lebih-lebih lagi di bulan puasa kerana lewat untuk memasak berbuka puasa.

Alasan yang diberi oleh pemandu kerana penumpang di Tmn A tidak ramai. Alasan itu tidak munasabah bagi saya sedangkan apa yang saya lihat penumpang di Tmn A lebih ramai dan hanya satu bas sahaja beroperasi di Tmn A.

Saya minta syarikat Cityliner untuk menyiasat perkara ini kerana pemandu yang berkenaaan selalu tidak memberi tiket sewaktu saya dan penumpang lain menaiki bas.

Adakah pemandu berkenaan telah menggunakan duit penumpang untuk tujuan peribadi dan memberikan alasan bahawa penumpang tidak ramai di Tmn A.

Sekiranya perkara ini benar, ini tidak adil dan penumpang teraniaya diatas perbuatan pemandu berkenaan.

Saya dan penumpang lain bukanlah orang yang berada untuk menaiki teksi setiap hari. Kos menaiki teksi adalah sebayak Rm 7.00 dan kadang-kadang mencecah RM10.00 sekiranya menaiki teksi bermeter.

Saya minta Syarikat Cityliner dan Jabatan yang terlibat untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah ini dengan segera agar penumpang di Tmn A dapat menjalankan Aktiviti seharian dengan selesa.

By: Siti Aminah

http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-bas-cityliner

Sila baca artikel bertajuk Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat, pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Pencerobohan Pengambilan Pasir di Gemas, N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 08:55 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEROBOHAN PENGAMBILAN PASIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya sebagai anak jati Kg Kurnia Di Raja Pasir Besar di Gemas N Sembilan sangat tidak berpuas hati dengn pengurusan kampung.

2 orang ketua kampung dan seorang Iman yang berkompromi dengan tauke pasir di kg ini menjual pasir iaitu harta kerajaan pada waktu yang tidak di tetapkan pada pukul 4.00pg – 5.00 pagi iaitu di luar waktu operasi 8.00pg – 5 .00ptg.

Kerja-kerja pencerobohan pengambilan pasir ini telah terlalu berleluasa sehingga mengakibatkan jalan laluan penduduk kg rosak dan menyebabkan hakisan tanah yang teruk.

2 orang ketua kampung ini begitu tidak bertanggungjawab dengan membiarkan tauke pengorek pasir ini bermaharajalela tanpa sebarang pantauan.

Saya amat berharap pihak berwajib dapat turun padang melihat sendiri keadaan kg kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pencuri-pencuri harta kerajaan ini.

By: Anak Jati

http://www.aduanrakyat.com.my/pencorobohan-pengambilan-pasir

Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Rakyat N.Sembilan merana, bekalan air bermasalah

Posted: 03 Aug 2011 05:34 PM PDT



Masalah air tidak pernah berkesudahan di Negeri Sembilan ini. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila, selagi rakyat di Negeri Sembilan ini tidak melakukan perubahan.

Sila baca artikel sebelum ini bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Khidmat SAINS tidak efisien
BERITA HARIAN 4 Ogos 2011

SAYA ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang tidak efisien sejak empat tahun lalu hingga kini.

Untuk makluman di kawasan perumahan saya Dataran Desa Melang 2, Kuala Pilah masih mengalami gangguan air dan catuan air pada waktu yang tidak munasabah.

Air yang dibekalkan di antara jam 10 pagi hingga jam 4 petang dan selepas itu air dicatu hingga pagi esok jam 10 pagi semula. Waktu pembekalan air itu tidak munasabah kerana ramai pengguna ketika itu tidak ada di rumah kerana bekerja.

Ini sangat menyusahkan kerana apabila balik kerja bekalan air di rumah sudah tiada. Walaupun aduan dibuat di pejabat SAINS Seremban dan Kuala Pilah, setakat ini masih tidak ada perubahan dibuat untuk faedah semua.

Kami juga tidak disediakan bekalan air melalui lori tangki

Saya berharap aduan ini dilayan kerana sudah empat tahun kami bersabar menantikan masalah ini diselesaikan dengan segera untuk faedah semua.

PENGGUNA KECEWA,
Kuala Pilah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhidmatSAINStidakefisien/Article

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Aug 2011 09:17 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PUSAT TAHFIZ AWAS! USAH MUSNAH NAMA BAIK ISLAM

Posted: 04 Aug 2011 05:30 AM PDT

Beberapa persoalan yang perlu di jawab oleh individu serta pihak yang bertanggungjawab seperti mudhir atau guru disiplin:
i) Kenapa tempoh suai kenal harus menjangkau 40 hari?

ii) Kenapa harus diwujudkan tempoh berpantang

iii) Kenapa kurang pengawasan serta pemantauan dari pihak para guru dan ustaz terhadap pelajar baru

iv) Dan banyak lagi...

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Aug 2011 07:23 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISRAEL SERANG GAZA : MENTERI

Posted: 03 Aug 2011 09:48 PM PDT

PR : SPR TIDAK BOLEH DIYAKINI

Posted: 03 Aug 2011 09:46 PM PDT

SAYA TIDAK HIDAP BARAH : NIK AZIZ

Posted: 03 Aug 2011 09:43 PM PDT

PESANAN TERAKHIR SYED QUTB

Posted: 03 Aug 2011 09:32 PM PDT

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri

Posted: 03 Aug 2011 08:46 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan