Khamis, 14 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 14 Jul 2011 03:08 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Dr Asri: ‘Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja’

Posted: 13 Jul 2011 05:34 AM PDT


Sumber : The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah.

Bekas mufti Perlis (gambar) berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah "korupsi dan zalim" mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka.

"Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah," kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif.

Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan 'lesen' besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.

"Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang 'kelihatan' propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan," kata beliau.

Di Malaysia kata Asri, "kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat."

"Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

"Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka.

"Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya," katanya.

Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia.

Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat.

"Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa," katanya.

"Maka, konteks Hadis sudah berbeza," kata Asri sambil menambah, "Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri."

Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata "Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas."

Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.

"Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu?

"Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Jul 2011 01:47 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Nik Aziz sokong Bersih 3.0 diadakan

Posted: 14 Jul 2011 01:40 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan untuk mengadakan Bersih 3.0 sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melakukan sebarang tindakan berhubung lapan tuntutan gabungan tersebut untuk perubahan pilihanraya.

Lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 ialah supaya SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan perubahan dalam pilihanraya adalah penting bagi memastikan pilihanraya yang adil dan telus dijalankan di negara ini. Beliau turut memaklumkan pilihanraya yang adil juga dituntut oleh Islam serta ia mempersoalkan mengenai pentadbiran negara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada SPR supaya melaksanakan empat dari lapan tuntutan tersebut dengan segera jika tidak mahu menghadapi Bersih 3.0.

Sementara itu, Nik Aziz hanya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian masing – masing berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dicederakan ketika mengikuti perhimpunan tersebut Sabtu lalu.

malaysia today/-

Antara cincin berlian, gelang, beg tangan dan Zionis....

Posted: 14 Jul 2011 01:37 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -
Oleh : EDYES @ edyesdotcom


Sebelah tangannya, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa siri bantuan agar ada sinar harapan buat mereka yang menjadi mangsa keganasan Zionis. Namun tangannya yang sebelah lagi membantu zionis menyembelih anak-anak Palestin apabila tangan itu dipenuhkan dengan cincin bertatahkan intan berlian yang dibeli dari sebuah syarikat barangan mewah yang pengasasnya berbangsa Yahudi.

Hipokrasi ini tidak akan disenyapkan begitu sahaja. Kita cukup mual melihat tangisan kesedihan Rosmah yang melambaikan tangan kepada para petugas kempen bantuan kemanusiaan ketika mereka berlepas ke Mesir sebelum memasuki Gaza melalui jalan laut. Rupa-rupanya, orang yang sama ini juga telah membantu kempen tidak berperi-kemanusiaan yang dilakukan zionis.

Bagaimana ini berlaku ?

Adalah tidak mustahil daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat Jacob & co termasuklah beberapa pembelian Rosmah yang berjuta RM nilainya, disalurkan untuk pembinaan sebuah negara haram bernama Israel. Untuk mendirikan sebuah negara haram Israel pula, terlebih dahulu sekatan demi sekatan telah dilakukan untuk melemahkan gerakan-gerakan pro-penubuhan Palestin dan tidak kurang juga anak-anak Palestin yang bangkit menentang yahudi dibunuh agar tiada kebangkitan dari kalangan empunya negara.

Persoalan dari mana datangnya dana untuk membeli barangan mewah puluhan juta ringgit adalah satu perkara, persoalan mengapa syarikat yahudi menjadi pilihan juga adalah satu perkara. Kedua-dua perkara ini harus dijawab oleh Rosmah kerana telah jelas namanya tertera dalam urusan sistem KDRM dan juga terdapat gambar Rosmah menggayakan dirinya dengan gelang emas putih rekaan Jacob & co yang menunjukkan Rosmah adalah pelanggan syarikat terbabit.

Untuk seorang isteri kepada Perdana Menteri, yang juga menjadi penaung kepada beberapa pertubuhan dan NGO, adalah tidak logik untuk Rosmah mengumpul duitnya dari segelinap kantong hanya untuk membeli cincin bernilai RM24 juta. Jika Rosmah sanggup menghabiskan wang sakunya RM24juta untuk hanya membeli sebentuk cincin, berapa pula yang sanggup dihabiskan oleh Rosmah dalam majlis perkahwinan anaknya kelak ?

Pagi tadi sekumpulan anak muda dari SAMM telah hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan rasmi mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai yang masuk melalui KLIA. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakkan dan mengemukakan hasilnya kepada tatapan umum kerana kes ini melibatkan isteri kepada Perdana Menteri.

Siasat Rosmah dari mana datangnya uwang yang berjuta itu. Adakah ia dari projek Permata, tidaklah diketahui. Yakin dan percaya ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memastikan siasatan ke atas Rosmah tidak dibakul-sampahkan. SAMM juga akan bertidak dari semasa ke semasa jika pihak SPRM tidak menjalankan tugasnya.

Bayangkan sekiranya seorang kerani bank secara tiba-tiba memiliki BMW yang bernilai RM2juta yang mana gajinya hanya sekitar RM2ribu sebulan, sudah tentu kerani bank ini akan dikejarkan ke pejabat SPRM. Begitu jugalah dengan kisah isteri Perdana Menteri membeli cincin bukan sejuta harganya tetapi RM24juta. Sebelum ini juga dilaporkan nilai beg-beg tangan isteri Perdana Menteri ini mencecah ratusan ribu.

Tidak cukup dengan aksoseri sahaja yang merangkumi cincin berlian, gelang emas putih dan beg tangan mewah, Rosmah sebelum ini juga telah menginap di sebuah hotel termahal dalam dunia. Harga bilik hotel termahal itu untuk satu malam, bukan beli tetapi sewa, ialah melebihi RM100ribu. Itu belum termasuk harga bilik hotel bagi delegasi kehormat yang sentiasa mengikuti Rosmah melancong ke luar negara.

Isteri Perdana Menteri ini juga pernah menggemparkan negara apabila membangunkan sebuah jabatan yang diberi nama First Lady of Malaysia atau singkatannya FLOM. Jabatan FLOM adalah sebaris dengan beberapa jabatan penting yang berada di bawah JPM. Buat pertama kalinya seorang isteri perdana menteri bukan sahaja mempunyai pejabat, tetapi mempunyai Jabatan FLOMnya tersendiri. FLOM pernah didedahkan oleh Edyes sebelum nama bahagian tersebut telah dipadam dari diakses melalui laman rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Rosmah juga telah membazirkan wang negara apabila mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berlangsung di hotel paling terkemuka dalam negara iaitu Hotel Palace of The Golden Horses. Berpuluh juta juga dilapor telah dihabiskan oleh Rosmah dalam program yang menjemput wanita pertama dari kebanyakkan negara benua Afrika dan Oceania. Duit negara telah dibazirkan untuk memenuhi kehendak isteri Perdana Menteri dalam rangkanya menjamu isteri-isteri pemimpin negara yang lain.

Program Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini juga dikatakan satu pembaziran kerana adalah tidak wajar bagi seorang isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya seorang First Lady, di dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ini bermakna Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong sahaja yang berhak digelar Wanita Pertama Negara.

Justeru itu, dapat kita lihat dari banyak sudut yang menunjukkan negara hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan apabila banyak berlaku ketirisan terutamanya di kalangan pembesar negara hidup dengan begitu bermewah-mewahan tatkala rakyat bawahan semakin dijerut oleh cukai dan kenaikkan harga semua sektor perbelanjaan harian.

Bercerita tentang cukai, adakah anda sedar bahawa anda dicukai setiap kali makan di restoran makanan segera, anda dicukai ketika membayar bil astro, bil telifon dan dicukai dalam banyak perkara yang bisa dilakukan seharian. Tetapi cincin yang dibeli Rosmah ini, Gelang yang dimiliki Rosmah ini, tidak dicukai di atas dasar Perdana Menteri suatu ketika dahulu sewaktu pembentangan bajet. Aksoseris wanita termasuk pakaian dalam wanita akan bebas cukai, maka sekarang rakyat faham betapa Perdana Menteri telah tunduk kepada isterinya yang bermewah-mewahan.

Atas sebab-sebab ini, tidak hairanlah sekiranya ada yang mengelarnya sebagai Imelda Rosmah, merujuk kepada Imelda Marcos First Lady of Philiphine. Seorang isteri kepada Presiden Filipina ke-10 Ferdinand Marcos. Imelda Marcos terkenal dengan sejarah perbelanjaan mewahnya ketika rakyat Filipina yang lain sengsara. Negara kita juga mempunyai Imelde Marcos dalam pembikinan iaitu Imelda Rosmah.
Justeru itu, berbalik kepada perkara pokok iaitu bagaimana kedudukan kewangan Rosmah sehingga mampu membelanjakan RM24.5juta untuk sebentuk cincin. Kita menjemput Rosmah untuk menafikan pembelian cincin ini.

Dalam masa yang sama, kami rakyat yang bersimpati kepada dunia Palestin juga ingin tahu mengapa begitu tergamak seorang isteri Perdana Menteri sebuah negara Islam memilih untuk memberi keuntungan kepada sebuah syarikat kroni zionis ?

Cukuplah sekali kita mempunyai isteri Perdana Menteri yang sebegini. Cukuplah sekali...

Adakah kempen 1Malaysia berdaftar?

Posted: 14 Jul 2011 01:30 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

BENTONG, 14 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihak memahami antara satu kempen dengan sebuah pertubuhan supaya tidak keliru.

Menolak tohmahan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, beliau berkata ia merupakan satu kempen bagi membersihkan sistem pilihan raya yang didukung oleh lebih 60 buah pertubuhan bukan kerajaan.

"Cuba kita tanya adakah kempen 1Malaysia iaitu agenda propaganda Perdana Menteri, sebuah pertubuhan berdaftar?

"Begitu juga sebagai contoh, jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-50, adakah terpaksa berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan?" soalnya.

Tambahnya, ia sudah tentu tidak berdaftar kerana merupakan kempen.

Begitu juga, ujarnya Bersih 2.0 yang menggabungkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan satu matlamat mahukan permbersihan dalam sistem pilihan raya di negara ini yang amat dipertikaikan.

"Jadi pihak tertentu sama ada menteri dan media sengaja mahu menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat sedangkan isu yang sebenar ditutup," ujarnya ketika berucap di Kedai Tok Ayah, Felda Mempaga semalam sempena pembebasan empat orang aktivis PAS yang ditahan selama lima hari di Balai Polis Bentong.

Mengenai beberapa pihak yang mempertikaikan PAS hanya menurut Datuk S. Ambiga sebagai pengerusi Bersih, Tuan Ibrahim berkata ia tidak ada masalah jika tujuannya baik.

Beliau mengambil contoh dalam sejarah Islam bagaimana pada satu hari kumpulan Arab jahiliyyah yang dipengerusikan oleh Abu Jahal untuk membersihkan Kota Mekah di mana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri dilantik sebagai seorang daripada ahli jawatankuasanya.

"Maknanya tidak ada masalah jika satu program dan kempen yang baik, disokong oleh umat Islam walaupun pengerusinya bukan Islam," katanya.

harakahdaily/-

SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM24j

Posted: 14 Jul 2011 01:25 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

"Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

Malaysiakini/-

Komen :

Kami mengucapkan takziah kepada rakyat Malaysia yang masih menyokong Najib dan Rosmah serta BN. Semuga Malaysia lebih cepat Bankrap dari tempoh yang dijangkakan oleh Idris Jala iaitu pada tahun 2019.

Alangkah rasa terkejut dan sedih dengan laporan ini sedangkan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan suasana ekonomi muram dan terpaksa berjimat dalam berbelanja.

Sedangkan Rosmah membuktikan dialah 1Malaysia yang sebenarnya, iaitu satu-satunya di Malaysia seorang isteri PM yang berbelanja paling mewah dalam abad ini.


Kesedaran Terhadap Buku Jingga Pasca Bersih 2.0 Meningkat

Posted: 14 Jul 2011 01:19 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
KETUA SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Saya ingin menegaskan bahawa tawaran 100 hari Buku Jingga adalah penyelamat kepada Perlembagaan Negara dan rakyat mestilah bertekad untuk memastikan pengkhianat kepada Perlembagaan Negara iaitu UMNO-BN dikalahkan dalam PRU akan datang.

Dalam perkara pertama Buku Jingga menyebut dan berhasrat mahu mengubah (mereformasi) insititusi kerajaan seperti PDRM dan lain-lain institusi untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Pakatan Rakyat melihat tindakan mengarahkan pihak polis dan FRU bertindak ganas terhadap peserta himpunan aman Bersih adalah bukti yang jelas bahawa wajar institusi itu perlu diselamatkan dan dikembalikan imej nya dimata rakyat.

Semuanya hanya boleh belaku setelah Pakatan Rakyat berada di Putrajaya dan rakyat semestinya melihat tawaran itu sebagai penting dan serius.

Rakyat yang arif sudah pasti mampu menilai apakah wajar pemimpin Negara membiarkan kezaliman berleluasa dan ia berlaku terhadap rakyat Malaysia yang dibelasah polis sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 di ibu Negara baru-baru ini.

Jika tuntutan NGOs -NGOs dibawah Bersih masih tidak dilayan, kemungkinan besar Bersih 3.0 dilancarkan, isu ini perlu diambil perhatian oleh BN kerana mereka menguasai Kerajaan Persekutuan yang masih berpeluang untuk membaiki kelemahan dalam peraturan dan undang-undang pilihan raya yang tidak betul dan pincang selama hari ini.

Malangnya BN dan seluruh jentera kerajaan lebih berminat untuk menyerang Pengerusi Bersih, Ambiga dalam isu peribadi .

BN mengaitkan Datuk S Ambiga kepada isu-isu lama bertujuan mencetuskan ketegangan dan rasa benci rakyat terhadap Bersih 2.0.
Kecemasan BN terserlah apabila pengerusi bersih dikaitkan dengan IFC dan lain-lain tuduhan yang tidak masuk akal walaupun 8 tuntutan tersebut adalah bersifat rakyat bagi menuntut sebuah Negara demokrasi tulen.

Kerana itu saya yakin Buku Jingga mampu melahirkan sebuah ngara yang aman dan adil yang berpaksikan demokrasi yang tulen serta menjaga kebajikan seluruh rakyat tidak mengira batasan kaum.

Setelah 53 tahun Negara ditadbir UMNO-BN dengan sedemikian zalim dan kotor, kini telah tiba masanya rakyat membuat perubahan, pesatkan gerakan daftar pemilih di lokasi masing-masing, gerakkan golongan tua dan muda untuk memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti untuk tumbangkan BN .

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar,14 July 2011

Kes rasuah: Nasib Khir Toyo diketahui 8 Ogos

Posted: 14 Jul 2011 01:00 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 13 Julai — Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada 8 Ogos ini sama ada bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, perlu membela diri ataupun sebaliknya berhubung tuduhan melakukan rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah rumah agam empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing pada akhir kes pendakwaan hari ini.

Dr Khir (gambar) didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

malaysianinsider/-

"Saya dipukul ketika dalam tahanan SPRM"

Posted: 14 Jul 2011 12:45 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Seorang pegawai kastam memberitahu inkues yang menyiasat punca kematian timbalan ketua pengarah Kastam Selangor Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad bahawa beliau dipukul ketika ditahan bersama rakannya itu.

"Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik.

"Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul," kata Abdul Rahim Abdul Kadir (kiri).

Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues itu yang diketuai oleh majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner.

Katanya, beliau merasakan kesakitan yang menucuk di kepalanya selepas itu. Namun beliau tidak diberi rawatan berhubung kecderaannya itu.

Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang jumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 6 lalu selepas didakwa terjatuh.

Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B.

Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April.

malaysiakini/-

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya

Posted: 14 Jul 2011 12:30 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan itu Sabtu lalu.

Diketua ahli jawatankuasa pemandu BERSIh 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada timbalan pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu telah bersurai.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa,sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.

Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).

Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan bapa saudara dan anak kepada Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu.

malaysiakini/-

Kereta wartawan Sinar Harian dipecah

Posted: 14 Jul 2011 12:00 AM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

BALING - Cermin kereta jenis Perodua Viva milik Wartawan Sinar Harian Daerah Baling, Mohd Rizal Abdullah dipecahkan pada jam 8 pagi ketika diparkir berhadapan Kompleks Sultanah Sambungan, semalam.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku selepas beliau pulang dari Program Konvoi Sinar Harian di Perlis.

"Saya sampai di pejabat Sinar Harian Alor Setar pada jam 6 petang kelmarin. Disebabkan terlalu letih, saya tertidur di pejabat. Keesokannya, apabila ingin pulang ke Baling, saya dapati cermin kereta bahagian pemandu pecah," katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan kemungkinan disebabkan unsur khianat berikutan barangan berharga dan wang ringgit tidak terusik.

"Saya dapati telefon, kad minyak dan beberapa wang ringgit saya tidak hilang. Selain itu, kereta saya berada dalam keadaan kemas.

"Saya tak tahu apakah punca utama kereta saya dipecahkan. Saya berkawan dengan semua orang berikutan konsep Sinar Harian sendiri iaitu telus dan tulus," katanya.

Rizal berkata, kejadian ini sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan tanggungjawabnya.

"Wartawan memang terdedah kepada risiko. Yang penting, kita melaporkan perkara yang tepat dan benar," katanya.

Menurutnya, sekiranya marahkan nyamuk janganlah dibakar kelambunya.

"Kalau tak puas hati boleh jumpa. Selesaikan cara elok," katanya.

sinar harian/-

Henti tangkap rakyat pakai baju-T Bersih

Posted: 13 Jul 2011 11:56 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 14 Julai: Meskipun Himpunan Bersih 2.0 sudah berlalu Sabtu lalu, namun pasukan keselamatan masih menangkap orang awam yang memakai baju T Bersih berwarna kuning.

Seorang aktivis PAS Suhaimi Abdullah ditangkap ketika berniaga di pasar malam di sini, kelmarin kerana memakai baju kuning Bersih.

"Kira-kira pukul 6.40 petang ketika saya sedang berniaga, empat orang anggota polis menghampiri lalu menahan saya kerana kesalahan Seksyen 47 Akta Pertubuhan.

"Saya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh menaiki kereta peronda dan disoal siasat. Alhamdulillah kira-kira pukul 10 malam saya dibebaskan dengan jaminan sahabat," katanya ketika ditemui di hadapan balai polis.

Menurut Suhaimi beliau tidak gentar cuma sedih dengan sistem demokrasi negara sehinggakan memakai baju kuning pun ditangkap sedangkan perhimpunan sudah selesai.

Sementara itu, peguam Ahmad Nizam Hamid yang turut berada di balai polis, meminta supaya pihak berkuasa menghentikan penangkapan orang awam yang memakai baju kuning kerana masih ada kes di mahkamah.

"Bersih 2.0 telah memfailkan penghakiman untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Bersih haram. Jadi pihak keselamatan perlu hormati mahkamah dengan berhenti menangkap sehingga keputusan semakan (judicial review) itu keluar.

"Apa kata jika mahkamah putuskan Bersih bukan pertubuhan haram? Tidakkah tindakan menangkap itu sia-sia?" soalnya.

Serentak itu beliau meminta mana-mana pihak berhenti daripada mengganggu rakyat yang memakai baju-T Bersih.

harakahdaily/-

Sebelas doktor sahkan 2 hospital diserang

Posted: 13 Jul 2011 11:30 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebelas doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling memeranjatkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak diprovokasi itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka juga mengingatkan pemegang jawatan awam untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan "integriti moral, maruah, dan penuh ketelusan".

"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat awam," kata mereka.

malaysiakini/-

Bersih 2.0 :Tung Shin "Mangsa" Sindrom Penafian Kerajaan, Kata Tian

Posted: 13 Jul 2011 09:45 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 JULAI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua menyifatkan kenyataan Hospital Tung Shin menafikan hospital itu menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia polis pada perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai hasil tekanan kerajaan.

Penafian oleh Lembaga Pengarah hospital itu dibuat ekoran pertemuan mereka dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Isnin lalu.

Tian berkata ratusan rakyat menjadi saksi dan menyaksikan apa sebenarnya yang berlaku hari itu di Hospital Tung Shin apabila Polis mengepung peserta Bersih yang berlindung di kawasan hospital berkenaan.

"Saya anggap mereka (Kerajaan) cuba intimidasikan pihak hospital. Yang mereka tidak boleh tukar ialah kenyataan yang berlaku. Ratusan rakyat yang ada di Hospital (Tung Shin) dan kita ada video dan gambar.

"Apa yang Liow Tiong Lai atau Chua Soi Lek cakap... pihak Tung Shin tak kan menafikannya," kata Tian ketika dihubungi TV Selangor.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek kelmarin mendakwa gambar dan video rakaman tentang Polis menembak gas pemedih mata kedalam kawasan Hospital Tung Shin tidak semestinya menceritakan kejadian yang sebenar kerana ianya boleh dimanipulasi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Ng Beh Tong pula semalam menafikan dakwaan sebuah berita portal bahawa gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan oleh polis untuk meleraikan perhimpunan haram Sabtu lepas, memasuki kawasan hospital itu sebepas bertemu dengan Tiong Lai.

Tian yang turut menyertai dan ditangkap pada himpunan Sabtu lalu menyifatkan pembohongan Kerajaan Pusat hanyalah menipu diri sendiri sedangkan laporan sebenar tersebar di internet dan media asing.

"Mereka (Kerajaan) seperti burung unta yang menanam kepala sendiri ke dalam pasir kerana cuba menafikan rakyat telah bangkit menuntut Pilihan Raya bersih dan telus.Mereka cuba nafikan bahawa polis telah lakukan kekerasan terhadap orang awam. Ini tidak akan mengubah apa yang terpahat di kepala rakyat yang hadir pada hari itu," tegas beliau.

tv news/-

Guan Eng kena ugut tiga kali

Posted: 13 Jul 2011 09:30 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah tiga kali menerima ugutan menerusi mesej telefon bimbit yang dipercayai ada kaitan dengan ancaman bom palsu di Komtar yang menempatkan pejabatnya kelmarin.

Menurut Guan Eng, kali terakhir ugutan itu diterimanya pada jam 4.05 petang 9 Julai lalu.

"Saya percaya kejadian ini (ancaman bom palsu) ada hubung kait dengan SMS yang saya terima," katanya.

Guan Eng bagaimanapun menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes itu.

Dalam kejadian kelmarin, polis menemui tiga beg berisi anak babi, biawak dan itik dtinggalkan di ruang menunggu Komtar ketika menyiasat ancaman bom yang kononnya diletakkan di situ.

Siasatan bagaimanapun mendapati tiada alat letupan di tempat itu selain tiga haiwan berkenaan.

sinar harian/-

Tiga letupan gegar Mumbai

Posted: 13 Jul 2011 09:25 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

PENYIASAT mengumpul bukti serangan di kawasan Dadar di Mumbai.

SUASANA kelam-kabut selepas tiga letupan menggegarkan Mumbai.

20 maut serangan di kawasan pusat bandar ketika waktu puncak

MUMBAI: Tiga letupan menggegarkan kota kewangan India, Mumbai, semalam ketika waktu puncak menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut dan lebih 80 lagi cedera.
Satu letupan berlalu di Opera House, sebuah lokasi pelancongan di selatan Mumbai, tempat militan berpangkalan di Pakistan melancarkan serangan pada 2008 menyebabkan 166 terbunuh.

Letupan kedua juga di selatan kota itu bertempat di pusat berlian Zaveri Bazaar manakala letupan ketiga adalah di Dadar, pusat bandar itu yang terkenal dengan industri filem Bollywood.

Stesen berita CNN-IBN melaporkan, polis memberitahu mereka bahawa letupan itu adalah daripada bom buatan sendiri (IED) dan berlaku di kawasan padat penduduk khususnya ketika waktu puncak.

"Disebabkan serangan berlaku hampir serentak, ini adalah serangan pengganas," kata Menteri Dalam Negeri, Palaniappan Chidambaram.

Siaran televisyen CNN-IBN menunjukkan serpihan besi, motosikal dan kereta yang rosak teruk di kawasan kejadian.
"Kami ada dalam pejabat apabila satu bunyi kuat kedengaran. Keadaan kelam kabut di luar, kami lihat trak bomba dan anggotanya membawa dua atau tiga mayat," kata seorang saksi, Jasraj Jain.

Tiga letupan itu berlaku dalam tempoh 15 minit antara 6.45 petang hingga 7 malam waktu tempatan.

Saksi di luar bangunan urus niaga berlian di selatan Mumbai berkata, letupan kereta berlaku pada round 6.45 petang.

"Ramai orang cedera teruk. Kami tidak tahu berapa ramai mati tetapi letupan itu memang kuat," kata peniaga warung, Nimesh Mehta, 38.

"Saya mahu kerajaan segera ambil langkah untuk menyiasat siapa yang menjadi dalang serangan ini," kata Manohar Joshi yang mengetuai cawangan parti Shiv Sena di sini, ketika mengunjungi satu daripada tempat kejadian.

Pesuruhjaya Polis Mumbai, Arup Patnaik, memberitahu stesen televisyen bahawa IED itu diletak dalam payung di Zaveri Bazaar.

Seorang wartawan dekat Opera House berkata, anggota polis mengadakan sekatan di satu tempat letupan dan menghantar anjing pengesan bagi mencari sebarang kesan bukti manakala ambulans dan anggota bomba turut bersiap sedia.

Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan arahan supaya kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh negara.

Letupan terbaru mengingatkan semula kepada keganasan tiga tahun lalu apabila militan Lashkar-e-Taiba yang berpangkalan di Pakistan, dipersalahkan.

Selain 2008, serangan lain ke atas Mumbai berlaku pada 1993 yang menyaksikan 260 orang maut di sekitar bursa saham dan kawasan lain.

Selain itu, pada 2006, lebih 180 orang terbunuh apabila militan melakukan serangan terhadap beberapa kereta api penumpang. – AP/AFP/Reuters

Kualiti Udara Semakin Baik Di Seluruh Negara

Posted: 13 Jul 2011 09:00 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Status kualiti udara di seluruh negara pada pagi ini telah bertambah baik.

Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada pukul 7 pagi Khamis mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik dan 29 kawasan berada pada tahap sederhana.

Tiada stesen berada pada tahap tidak sihat.

Bagaimanapun, JAS sentiasa mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan terus mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri dan menggerakkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

Di samping itu, penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri terus dipertingkatkan.

Dalam keadaan status kualiti udara yang tidak stabil dalam tempoh cuaca panas dan kering ketika ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

mStar/-

Penganut agama lain digalak pelajari Islam

Posted: 13 Jul 2011 08:45 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -



Harakahdaily   
KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.
"Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.
Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk 'Adun DAP tak layak berhujah guna hadis'.
Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: "Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis".
"Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam. 
"Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak 'mesra'  yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam," jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.
Beliau menjelaskan, PAS bersikap 'menerang dan bukannya menyerang'. 
Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.
"Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS," katanya.

Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis

Posted: 13 Jul 2011 08:41 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.

Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.

Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.

"Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November," kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC.

Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.

Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari.

malaysianinsider/-

Judi: Exco Melaka hina kaum Cina

Posted: 13 Jul 2011 08:30 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -



Harakahdaily   
MELAKA, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar tindakan Adun Ayer Molek, Datuk Mohd Yunos Husin yang menghina kaum Tionghua dengan mengatakan budaya judi menjadi budaya kaum tersebut.
Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, tindakan menyamakan budaya judi sebahagian budaya Cina adalah suatu yang tidak wajar dan ianya tindakan yang menghina kaum itu.
Adun Barisan Nasional  itu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyatakan sedemikian dalam menjawab soalan tambahan pembangkang di dalam sidang dewan undangan negeri yang bersidang kelmarin.
Dalam soalan tambahan itu, Goh Leong San selaku Ketua Pembangkang mempersoalkan tentang mesin judi yang kemudiannya dijawab oleh Mohd Yunos bahawa ia tidak boleh disekat kerana ianya telah menjadi budaya sebilangan orang Cina.
"Kita sudah maklum bahawa budaya judi adalah budaya yang mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Setiap kaum dan setiap agama menolak judi," kata Aizat.  
Katanya, Mohd Yunus dilihat gagal dalam memahami budaya kaum Tionghua walaupun negara ini telah lama merdeka.
"Ianya suatu yang sangat malang bagi Adun yang seharusnya menjadi 'role-model' kepada rakyat memandangkan beliau adalah seorang pemimpin rakyat," ujarnya.
Beliau berkata, Exco itu juga telah gagal dalam memahami konsep 1Malaysia yang telah digagaskan sendiri oleh pemimpin mereka.
Menurutnya, sejarah juga membuktikan gagasan 1Malaysia telah gagal memandangkan telah ramai pemimpin dari Barisan Nasional dan Umno menghina kaum dan agama lain sebelum ini.
Tambahnya, tindakan menghina kaum Tionghua itu juga menjadi penyebab kepada Ketua Pembangkang, Goh Leong San yang merupakan Adun Kesidang digantung daripada menghadiri sidang dewan setelah beliau bangkit dan mendesak Adun Ayer Molek itu menarik kata-kata menghina tersebut.
Justeru, ujarnya rakyat jangan lupa bahawa pemimpin Barisan Nasional juga yang menghalalkan judi bola sepak sebelum ini.
"Jangan nanti orang kata, kata dulang paku serpihkata orang dia yang lebih," ujarnya lagi.

Rombongan kenderaan mewah dalam perarakan jenazah

Posted: 13 Jul 2011 08:15 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -



SATU perarakan melibatkan kenderaan mewah mengiringi kereta jenazah Rolls-Royce di sebatang jalan raya di Essex, Britain baru-baru ini.



BILLERICAY - Satu perarakan melibatkan sejumlah kenderaan mewah mengiringi sebuah kereta Rolls-Royce yang membawa jenazah pengasas lokasi tempat tinggal pengembara terbesar di Eropah, William Saunders di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejumlah kereta mewah Mercedes dipandu mengiringi jenazah itu selain trak pikap berwarna putih, van dan lori di sebatang jalan raya ke lokasi pengebumian dari rumah Saunders di Bukit Crays, Essex, Britain baru-baru ini.
Beberapa pegawai polis menutup sebahagian jalan raya bagi memberi laluan perarakan tersebut.
Seorang saksi berkata: "Saya tidak pernah melihat satu perarakan jenazah seperti ini."
Saunders yang berumur dalam lingkungan 60-an mati kerana kanser pada bulan lalu.
Keluarganya membeli tanah di Bukit Crays pada tahun 1980-an selepas lama berusaha untuk mendapatkannya daripada Majlis Perbandaran Basildon.
Kaum keluarga Saunders dan rakan-rakannya kemudian berpindah manakala pada tahun 2000-an, pengembara Ireland turut menetap di kawasan itu. - Agensi

Jet Israel bom Gaza

Posted: 13 Jul 2011 08:00 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -


BEBERAPA penduduk meninjau satu struktur bangunan yang musnah akibat dibom jet Israel di bandar Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS – Jet-jet Israel mengebom dua kawasan di Gaza semalam yang mencederakan seorang wanita selepas beberapa pejuang Palestin membedil tiga roket ke selatan Israel, kata sumber Israel dan Palestin.
Tentera Israel menyatakan, jet-jetnya menyasarkan dua kawasan pengeluaran senjata di utara Genting Gaza.
"Bedilan disahkan mengenai sasaran dan beberapa letupan susulan dikenal pasti," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Sumber-sumber perubatan Palestin memberitahu, seorang wanita cedera ringan dalam serangan udara itu di timur Bandar Gaza dan dia dihantar ke hospital Shifa yang terletak berdekatan.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel kelmarin menyatakan, tiga roket dibedil ke selatan Israel dari Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan dengan sebuah roket berkenaan cuma menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan kecil. – AFP

Pukat pari punca mati

Posted: 13 Jul 2011 07:45 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -



KEBANYAKAN penyu mati terdampar di pantai selepas tersangkut pada pukat nelayan di Terengganu.– Gambar hiasan



KUALA TERENGGANU – Sebanyak 15 ekor penyu agar yang dipercayai terperangkap dalam pukat pari semasa hendak naik ke pantai untuk bertelur ditemui mati di pantai Terengganu sejak Januari hingga Jun tahun ini.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zakaria Ismail berkata, berikutan itu pihaknya telah merampas 113 bidang pukat pari dalam operasi pemusnahan pukat pari sejak Mac hingga Jun lalu.
"Kita percaya penyu-penyu itu dicampak keluar oleh nelayan-nelayan pukat pari sebelum dihanyutkan ke pantai," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Zakaria berkata, pihaknya sedang meningkatkan operasi memusnahkan pukat-pukat pari sepanjang pantai Terengganu di samping banyak menerima aduan daripada pencinta-pencinta penyu tentang kegiatan nelayan pukat pari di negeri itu.
Pada perkembangan lain, jabatan berkenaan telah berjaya melepaskan sebanyak 26,766 ekor anak penyu agar yang baru menetas ke laut sejak Mac hingga Jun lalu.

Berlakon sebelum ragut

Posted: 13 Jul 2011 07:42 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

TASEK – Walaupun berputih mata kerana rantai emas bernilai RM7,000 diragut, namun tekad mangsa yang juga pemilik pasar mini memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendatangkan hasil apabila aksi dan wajah peragut berjaya dirakam sepanjang kejadian.

CCTV itu yang dipasangnya dua bulan lalu merakamkan aksi penjenayah yang berbaju T warna hijau, berseluar jeans biru dan memakai helmet itu dilihat berpura-pura membeli rokok dan air minuman bagi memastikan tiada pembeli berada di kedai berkenaan sebelum bertindak menyamun mangsa.

Mangsa, Jumma Beevi Khadir Ibrahim, 44, berkata, ketika kejadian pada jam 5.50 petang kelmarin, dia didatangi seorang lelaki untuk membeli rokok dan air minuman manakala, rakannya menunggu di atas motosikal di hadapan kedainya.

"Keadaan lelaki itu seolah-olah mabuk. Ketika dia memasang api rokok, dia seolah-olah bercakap dan menari di hadapan kedai. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, saya memanggil anak saya di bahagian atas rumah kedai.

"Waktu itu peragut menegur kerana tidak puas hati tindakan saya memanggil anak sebelum dia bertindak kasar meragut rantai emas saya. Kemudian dia lari bersama rakannya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, peragut berkenaan adalah pelanggan biasanya dan selalu membeli barangan di kedainya.

"Memang selalu nampak dia datang ke kedai kami untuk membeli barang. Jadi, pada mulanya tidak syak apa-apa. Namun, kelakuan dia semalam (kelmarin) agak berlainan dari biasa.

"Saya tidak lagi memakai rantai ketika menjaga kedai kerana bimbang kejadian ragut berulang lagi. Dan nasib baik anak saya tidak apa-apa ketika ingin cuba menangkap lelaki itu," katanya.

Detik-detik cemas itu adalah yang ketiga dialaminya sementara keputusan untuk memasang CCTV dibuat setelah pasar mininya mengalami dua kejadian serupa sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian itu dan pihaknya akan mengesan identiti suspek dua lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, pihak kami belum dapat mengenal pasti identiti mereka dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menggunakan kekerasan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

sinar harian/-

Malaysia tumbang di tangan Gunners

Posted: 13 Jul 2011 07:30 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -



PENYERANG Malaysia, Ahmad Fakri Saarani diasak keras oleh pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.
Tiada kelibat Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, sebaliknya pengurus The Gunners, Arsene Wenger membariskan Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Marouane Chamakh.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.
Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere.
Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.
Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.
Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.
Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.
Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.
Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58.
Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin.
Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.

Kaki putus dirempuh treler

Posted: 13 Jul 2011 07:15 PM PDT

13 Syaaban 1432H. [MOD] -


ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mayat Wan Kong dan Peng Seng yang maut dalam kemalangan di Jempol kelmarin.

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kaki kanannya putus dan tercampak hampir 20 meter dari badannya selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 15, Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.50 petang itu turut mengakibatkan dua penumpang sebuah kereta Proton Saga mati selepas cedera parah akibat tersepit.
Mereka yang maut ialah penunggang motosikal jenis Demak, Alizan Ahmad, 35, dan dua penumpang kereta, Chu Peng Seng, 34, serta Sum Wan Kong, 49.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang Alizan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kayu getah.
Katanya, pemandu treler yang cuba mengelak terbabas ke arah bertentangan dan merempuh kereta dinaiki Peng Seng dan Wan Kong.

SPRM digesa siasat cincin RM73 juta Rosmah

Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT

12 Syaaban 1432H. [MOD] -

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

"Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharaan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

malaysiakini/-

PAS TAMBUN

Posted: 14 Jul 2011 01:25 AM PDT

PAS TAMBUN


PUSH BERSIH : VIDEO 02

Posted: 13 Jul 2011 04:01 AM PDT

PUSH BERSIH : LEDAKAN RAKYAT YANG TIDAK BOLEH DI BENDUNG-BENDUNG LAGI

Posted: 13 Jul 2011 03:36 AM PDT




KP : Teman tercari-cari jg mana gambor dema yang pegi Acheh aritu..

PUSH BERSIH : Peludah Warna (A.Samad Said)

Posted: 13 Jul 2011 03:27 AM PDT





Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar... racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 14 Jul 2011 01:24 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Doktor bidas polis kerana serangan di hospital

Posted: 13 Jul 2011 08:03 AM PDT

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung ‘serangan polis’ ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata [...]

Salam Perjuangan

Posted: 13 Jul 2011 11:36 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - 'HUMAN RIGHT WATCH' GESA SIASATAN TELUS

Posted: 13 Jul 2011 10:25 PM PDT

11 DOKTOR PAKAR SAHKAN HOSPITAL DISERANG

Posted: 13 Jul 2011 08:26 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 13 Jul 2011 11:30 PM PDT

Idris Ahmad


JMM, Jaringan Melayu Merapu

Posted: 13 Jul 2011 09:19 AM PDT

JMM, Jaringan Melayu Malaysia elok ditukar kepada Jaringan Melayu Merapu. Sesuai dengan budaya dan pemikiran pemimpin pertubuhan ini yang merapu dan mengampu dalam memperkatakan isu politik di negara ini. Terbaru Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah menc adangkan Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS) kerana menyertai himpunan Bersih. JMM marah bukan kerana Ambiga tetapi kerana kuasa politik umno tergugat yang beliau ada kepentingan di dalam umno.Jika benar JMM memperjuangkan Melayu kenapa mereka diam membisu isu-isu pencabulan terhadap maruah melayu seperti isu tanah kampung baru, tanah rezab Melayu yang tergadai daripada 3 juta hektar selepas merdeka sekarang hanya berbaki 1.7 juta hektar. Mana suara JMM ketika  tanah  Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura. Mereka menyinga ketika kepentingan umno hilang, tetapi menikus ketika hak Melayu tergadai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 


Filed under: Politik

DPP PADANG TERAP

Posted: 13 Jul 2011 09:31 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Himpunan 2000 Pemuda Padang Terap Berjaya - Harakah

Posted: 13 Jul 2011 07:44 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 13 Jul 2011 08:05 PM PDT

PAS LENGGONG


Program PAS Lenggong

Posted: 13 Jul 2011 12:06 AM PDT

From FB

Posted: 13 Jul 2011 12:04 AM PDT

pe motif pa'turut & perkasa wat provokasi murahan kpd BERSIH 2.0 yg menjadi satu medium utk menzahirkn hasrat rakyat jelata yg komited utk melihat perjalanan proses sistem demokrasi negara(pilihanraya) direformasikn? pelbagai tekanan, ancaman, ugutan & segala bentuk provokasi murahan yg laen yg diguna pakai oleh sang pemerintah umno-apco lahanat yg bangsat, namun Alhamdullillah, lebih 100k rakyat hadir pd 9hb Julai yg lalu.. pa'turut coma de la 300 ekor je..hehe ni fakta ye..bole je nafi akn tetapi mike sume xkn peronah mampu menyangkal hakikat ini.. selamat mempamer tengin yg x berkesudahan ye wei macai cikai umno-apco lahanat yg bangsat sekalian..congrats..hehehe..

Dari FB Pas Lenggong.

Posted: 13 Jul 2011 12:01 AM PDT

KEMPEN "MOH KELIK LENGGONG" (KELIK)

Oleh Pas Kawasan Lenggong Perak (Album) · Updated 2 jam yang lalu




PAS LENGGONG MELANCARKAN KEMPEN "MOH KELIK LENGGONG". SOKONGAN KEMPEN INI BERTUJUAN MENJEJAKI PENGUNDI YANG MENGUNDI DI PARLIMEN DUN LENGGONG DI SELURUH MALAYSIA, SETERUSNYA MENYERU AGAR SEMUA PENGUNDI KELIK KE LENGGONG SEMASA PILIHANRAYA KE 13 NANTI.PAS LENGGONG JUGA MENGALU2KAN CADANGAN DAN SOKONGAN DARI SEMUA PENGUNDI AGAR DAPAT BERSAMA2 MELAKUKAN PERUBAHAN PADA DI PARLIMEN DAN DUN LENGGONG PADA PILIHANRAYA KE 13 NANTI...KEMPEN "KELIK" INI JUGA AKAN MENGADAKAN BEBERAPA SIRI PROGRAM DAN JELAJAH UNTUK MENGUPULKAN PARA PENGUNDI LENGGONG. AYUH BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...TAKBIR..
· Kongsi

    • Pas Kawasan Lenggong Perak
      PAS LENGGONG MELANCARKAN KEMPEN "MOH KELIK LENGGONG". SOKONGAN KEMPEN INI BERTUJUAN MENJEJAKI PENGUNDI YANG MENGUNDI DI PARLIMEN DUN LENGGONG DI SELURUH MALAYSIA, SETERUSNYA MENYERU AGAR SEMUA PENGUNDI KELIK KE LENGGONG SEMASA PILIHANRAYA K...Lihat seterusnya..
      2 jam yang lalu ·

Ada yang kata 6,000 sahaja ?

Posted: 12 Jul 2011 11:44 PM PDT

Bodoh lagi tengin

Ganas- Pengganas, tunggulah kalau tak cepat lambat

Posted: 12 Jul 2011 11:42 PM PDT



Di KL - macam tak percaya. Siapa yang menyekat ?

Posted: 12 Jul 2011 11:40 PM PDT

Sebentuk cincin permata berlian

Posted: 12 Jul 2011 11:28 PM PDT


Wednesday, July 13, 2011

Bersama Chegubard (SAMM) Dedah Bukti Cincin RM24.5Juta di SPRM P.Pinang




Hari ini Chegubard bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mendedahkan bukti pemborosan yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan beliau menghabiskan wang rakyat sebanyak RM24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin.

Pendedahan bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malayasia (KDRM), yang mana tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York. Antara yang akan dibuktikan dalam pendedahan tersebut ialah maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah sebagai pembeli, harga barangan tersebut dan beberapa maklumat penting yang sepatutnya membolehkan SPRM bertindak.

Chegubard sebagai anak muda pendesak mempersoalkan Rosmah kerana perbelanjaan yang sangat mewah di kala rakyat semakin bergelut untuk keperluan harian malah ada yang sudah sampai tahap 'kais pagi makan pagi'. Kita juga mendesak supaya Rosmah menjawab dari mana hasil pendapatan untuk pembelian hanya satu bentuk mutiara di cincin itu dengan harga RM24.4 juta.

Cincin berkenaan juga jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring yang dibeli daripada syarikat berlian Jacob & Co, yang juga dikenalpasti sebuah syarikat yang pengasasnya adalah berbangsa Yahudi.

Justeru itu, SAMM menjemput semua rakyat terutamanya anak muda untuk hadir bersama dalam pendedahan penting dalam siri-siri membongkar pembaziran negara bertempat di hadapan Pejabat SPRM Pulau Pinang. Berikut adalah butiran kepada yang ingin menghadirkan diri;

Tarikh : 13 Julai 2011 (Hari ini)
Masa : 11.30am/pg
Tempat : Di hadapan Pejabat SPRM P.Pinang (sebelah citibank)

SAMM Pulau Pinang juga akan bertindak selaku penyelaras untuk pendedahan penting ini. Ayuh bersama Chegubard dan SAMM sebagai anak muda pendesak perubahan. Semua dijemput hadir terutamanya anak muda.


EDYES @ Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Propaganda SAMM

Semoga Allah menerimanya sebagai Syuhada

Posted: 12 Jul 2011 11:06 PM PDT

Dr Hata Ramli di Lenggong semalam

Posted: 12 Jul 2011 10:53 PM PDT

Perkara yang disentuh mengenai Bersih2.0. Pastinya dia tidak bohong kerana dia memulakan ucapan dengan kalimah Allah. Sedangkan KPN.TKPN tak bercakap dengan memulakan dengan kalimah Allah.
Kalau KPN dan TKPN benar bersumpahlah dengan menyebut WALLAHI
soal orang nak percaya itu soal lain.
Bagi yang mengerti dalam soal ini mereka tidak akan mempermainkan nama Allah.

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Jul 2011 07:44 PM PDT

Rembau Hari Ini


Tiada Kemudahan Asas di Taman Sri Rembau

Posted: 12 Jul 2011 07:27 PM PDT

Aduan Rakyat Online
July 12th, 2011

Tiada longkang di Kebanyakan Lot di Lot Banglo, Taman Sri Rembau, Rembau, N.Sembilan Terutamanya di jalan yang bukan jalan utama seperti Jalan Batu Belang dan sekitarnya. Perkara ini mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada penduduk seperti air dari atas bukit akan melalui dan memasuki kawasan perumahan menyebabkan berlakunya keretakan pada tembok pemilik rumah.

Ketiadaan longkang juga boleh menyebabkab pembiakkan nyamuk Adess yang boleh menyebabkan demam DENGGI kepada penduduk setempat.

Yang Kedua, terdapat Lot Banglo di Taman Sri Rembau yang terbiar sehingga menjadi Hutan Rimba. Perkara ini mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat kerana menjadi tempat pembiakkan dan perkumpulan binatang seperti babi hutan dan ular. difahamkan pihak majlis telah mengeluarkan saman kepada pemilik yang ingkar tetapi masih terdapat banyak lot banglo di Taman Sri Rembau yang masih semak samun.

Harap MAJLIS DAERAH REMBAU dapat dapat mengatasi masalah tersebut seperti menyediakan kemudahan asas tersebut dengan secepat mungkin dan mengatasi lot-lot banglo yang semak samun.

Apalah gunanya lanskap yang cantik di kawasan sekitar MAJLIS DAERAH REMBAU jika kemudahan asas di TAMAN SRI REMBAU, LOT BANGLO (belakang MAJLIS DAERAH REMBAU) tidak dapat disediakan dan lot-lot banglo di belakangnya semak samun tanpa diuruskan sehingga mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Sekian, Terima Kasih.

By: NIZAM
http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-kemudahan-asas-di-taman-sri-rembau

PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Jul 2011 07:32 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kenyataan Media: PAS Miri SOKONG 100% Usaha NGO Menentang Pelacuran

Posted: 13 Jul 2011 12:21 AM PDT

PAS Kawasan Miri menyokong penuh tindakan sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) yang bertindak untuk mengumpul tanda tangan daripada
isteri-isteri di Bandaraya Miri sebagai tanda bantahan kepada
penularan gejala pelacuran di Bandaraya Miri melalui pusat-pusat urut
di bandaraya ini.

Perkara ini pernah diketengahkan oleh PAS Kawasan Miri sebelum ini
berkenaan pembukaan pusat-pusat urut yang semakin banyak di Bandaraya
Miri. Namun masih belum ada satu tindakan konkrit daripada pihak yang
berwajib bagi mengawal dan mengurangkan pusat-pusat seumpama ini. Bagi
PAS Kawasan Miri, bagi menarik pelancong asing ke Bandaraya Miri
pembukaan tempat-tempat hiburan seumpama ini bukanlah caranya.
Bandaraya Miri memiliki banyak sumber daya tarikan yang lain bagi
menarik kehadiran pelancong-pelancong bagi melawat Bandaraya Miri.

Pihak Majlis Bandaraya Miri perlu lebih kreatif dalam membangunkan
sektor pelancongan di Bandaraya Miri dan dalam masa yang sama
memastikan kemudahan-kemudahan awam berada pada tahap yang baik. Tidak
seperti keadaan sekarang, pusat hentian bas dalam bandar masih lagi
tidak ada penambah-baikan dan tidak memberikan kemudahan yang
sebaiknya kepada pengguna kemudahan awam ini.

Oleh yang demikian PAS Kawasan Miri ingin mencadangkan beberapa
perkara bagi menangani perkara ini:

1. Lesen pembukaan pusat-pusat urut perlu diperketatkan dan dikurangkan
2. Penguatkuasaan bagi memeriksan pusat-pusat urut ini perlu dilakukan
sekerap mugkin dengan penglibatan pihak PBT, Polis dan JAIS
3. PAS Kawasan Miri bersedia untuk bersama-sama dalam gerak-kerja
penguatkuasaan ini.

Orginal Post by Borneo Post:
http://www.theborneopost.com/2011/07/12/%E2%80%98perhimpunan%E2%80%99-menentang-pelacuran/

M Arifiriazul,
Ketua Penerangan PAS Miri

穿黄衣被捕 案展下月审 朱海达否认两罪状

Posted: 12 Jul 2011 10:02 PM PDT

左一起砂公正党中央妇女组委员朱海达、律师林思健以及阿文瑞。

(本报美里12日讯)人民公正党砂中央妇女组委员朱海达因身穿净选盟T恤而被控,今日在过堂时,控方高级联邦律师耶谷将所有相关调查文件、相片等提交予辩方律师。另外,此案定于8月15及16日审讯。

被告朱海达否认两项罪状,分别是拥有2件黄色的"BERSIH 2.0"T恤及穿上展示BERSIH 2.0T恤,而违反了1966年社团法令。

第一项控状是指她于7月4日下午1时45分,在美里机场被警方查获拥有2件印有"BERSIH 2.0"字眼的T恤,所以被警方扣押至警局。

第二项控状指她于7月4日下午1时45分,在美里机场被警方发现她身穿及展示黄色的"BERSIH 2.0"T恤。该件黄色T恤并无获得政府批准。

上述2项控状都触犯1966年社团法令第47条文。在该项条文下,一旦罪成,可被判2年监禁,或罚款不超过5000令吉,或两者兼施。

据了解,朱海达是于7月4日下午1时45分,从古晋乘搭飞机返回美里时,因身穿黄色净选盟T恤,及拥有2件黄色净选盟T恤,当场被警方逮捕,押回警局调查。

过后在隔天早上7月5日被警方押上法庭,并援引刑事程序法典第117条文申请延扣3天获准。

卑尔骚区州议员林思健今日向记者表示,美里警方应以西马709案件作为标准,因为当天很多支持净选盟活动的领袖及民众在被捕后,在录取口供后已获得释放。

他指出,惟美里警方却将朱海达扣留3天及提控,这对朱海达是不公平的。

他认为,国阵政府动用执法单位来打压、对付身穿净选盟黄色衣服者,是非常不明智的举动,这将成为国际笑柄。*

DUN CHINI

Posted: 13 Jul 2011 07:25 PM PDT

DUN CHINI


HI TEA BERSAMA BOB LOKMAN DI CHINI 04

Posted: 12 Jul 2011 10:20 PM PDT


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Jul 2011 04:04 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


UMUR LEBIHKURANG SAMA , TAPI NAK TUTUP OPERASI?

Posted: 13 Jul 2011 02:07 PM PDT


Esso Malaysia Akan Tutup Operasi
Kalau kira umur, ESSO DAN UMNO lebih 50 tahun. Tup-tup ESSO nak tutup operasi, apa kes? Kalau UMNO dan BN nak tutup operasi lebih elok dari ESSO yang banyak beri pertolongan dan bantuan terus pada rakyat tanpa politiking. Kerajaan BN tak tahu jaga pelabur ke? Atau Menteri Kewangan asyik merewang ke luar negara dan asyik rapat dengan pengeluar minyak di negara hujungnya 'tan'? Seperti Turkamenistan dan lain-lain? Naya rakyat kalau semuanya PETRONAS ambilalih, pelik juga kalau sebelah menyebelah pam PETRONAS. ESSO adalah febret teman nak isi minyak di Bukit Beruntung .Masa tahun 2006, hanya ESSO di bukit Beruntung dan MOBIL di Bukit Sentosa. Pas tu MOBIL tukar jadi ESSO. Pas tu barulah PETRONAS bertapak di Bukit Beruntung.


Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.

Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.

"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi. -tvs

BUDAK 19 TAHUN NAMPAK ARWAH WIRA BERSIH DIHENYAK POLIS NAIK MINYAK ?

Posted: 13 Jul 2011 02:26 AM PDT



Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

funeral baharudin bersih protesterKetika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."
Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.


Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.
NONE
Ketika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.


"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.

Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.

Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.

Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.
-malaysiakini-


TALI LEHER KOTOR TIADA DI SINI

Posted: 13 Jul 2011 01:53 AM PDT


DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Bahang Bersih 2.0 masih belum reda apabila para penyokong kerajaan negeri menjalankan kempen penjualan tali leher berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan 9 Julai itu ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor berlangsung di sini hari ini.

Tali leher berlogo Bersih itu dijual dengan harga RM15 di lobi Bangunan Annex ketika sidang Dun berhenti rehat tengah hari tadi.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip, pihaknya mencetak sebanyak 100 helai tali leher berlogo Bersih.

"Pada hari ini kita berjaya menjual kira-kira 50 helai tali leher dalam tempoh setengah jam. Sambutan ini sangat menggalakkan dan antara Yang Berhormat (YB) yang sudah beli ialah Khalid Samad dan Ronnie Liu.

"Ada juga YB yang mahu beli banyak terus dan kalau hendak boleh membuat tempahan melalui laman facebook saya," katanya.

Rozan berkata penjualan tali leher itu sebagai tanda sokongan terhadap kempen Bersih yang menuntut agar pilihan raya adil dan bersih dijalankan di negara ini.

Bagi Timbalan Ketua PKR Cabang Batu V Ravindran pula berkata penjualan tali leher itu bukan sekadar mendapatkan keutungan tetapi memberi kesedaran kepada orang awam mengenai tuntutan Bersih.

"Niat kami untuk memberi kesedaran kepada orang ramai walaupun pihak berkuasa mengeluarkan larangan tetapi kami tidak akan berhenti," katanya.

Polis sebelum ini menegaskan larangan terhadap apa juga pakaian atau logo Bersih 2.0 dan sesiapa yang menggunakannya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Polis.

MALUNYA! KEMENTERIAN PELAJARAN TERIMA SATU PENGAJARAN

Posted: 12 Jul 2011 11:33 PM PDT



Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal..

Sehubungan itu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf memerintahkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan adalah tertakluk kepada Perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (Cedaw)- yang ditandatangani Malaysia pada tahun 1995.

"Hakim berkata Cedaw adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya," kata peguam Honey Tan.

Norfadilla Ahmad Saikin (kiri), 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula sebagai tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan.

Wanita itu diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi ini dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung.

Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden.

Hakim turut memerintahkan bahawa semua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga arikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh semua defendan kepada plaintif.

edmund bon and honey tan in pregnant teacher casePeguam Edmund Bon yang mewakili Noorfadilla ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81.

Konvensyen itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum.

Bon berkata Hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan.

Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla berkata beliau menghadiri temuduga pada 2 Jan 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan.

Menurut Noorfadilla beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan GSTT melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat.

Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain.

Noorfadilla berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai GSTT kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti ko-kurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain.

Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai GSTT.


Sehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955.

Selain Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.

KITA JANGAN TERTIPU DENGAN TEKTIK PENGSAN FESYEN BARU KPN !

Posted: 12 Jul 2011 07:54 PM PDT



10 Soalan Untuk Ketua Polis Negara yang bukan calang-calang untuk di jawab.
Setakat jawab pusing ke lain bolehlah.
Kalau Ketua Polis Negara(KPN) nak menjawab secara telus tanpa sembunyi atau nak jaga hati orang lain memang sukar tapi itulah cara nak nak elak dari pengsan.
Kata Hj Bakhil dalam citer LABU DAN LABI ' Aku Pengsan Fesyen Baru la (Bukan Fesyen Barua!)
.Tapi untung gak pengsan cara ini, terus dapat sambung perkhidmatan selama setahun oleh DS Najib.


10 perkara ni diceduk dari penulis blog BayangDiAir Setakat korang baca tentu tiada apa-apa tapi kalau kena gu..nya pasti kaput atau kabom ... pengsan dan berpeluh.

Rakyat Malaysia amat terkilan dan kesal atas tindakan pasukan keselamatan mutakhir ini. Mereka menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Mereka merampas baju kuning. Mereka mengkategorikan BERSIH 2.0 sebagai golongan subversif . Mereka mengharamkan BERSIH. Rakyat tertanya-tanya apakah ciri-ciri subversif yang ada pada sebuah NGO yang meminta keadilan pilihanraya dan demokrasi secara jelas dan terbuka? Demi membersihkan imej polis yang begitu kotor di mata rakyat sekarang, Ketua Polis Negara mestilah memberi hujah-hujah penjelasan yang konkrit terhadap persoalan-persoalan berikut.
1. Nyatakan akta mana yang membolehkan polis menangkap orang yang memakai baju kuning BERSIH. Tak pernah ada negara di dunia haramkan T-shirt ..waima t-shirt bergambar babi, arak dan judi pun tak diharamkan. Gampar senjataapi pun tak di caj mana-mana polis di negara luar mahupun di Malaysia. Abis bila dah diharamkan baju 'BERSIH" bila nak dihalalkan? Takkan haram sampai kiamat? Wah ! melebihi kuasa Rasul dan Nabi pula kerajaan BN nie.

2. Apakah ciri-ciri subversif yang ada pada BERSIH 2.0?

3. Mengapakah PERKASA tidak pula dianggap subversif?

4. Yang mana satu sebenarnya dikatakan menyalahi undang-undang; organisasi BERSIH, pemakaian dan penjualan baju-T BERSIH atau Perhimpunan BERSIH?

5. Mengapa Ibrahim Ali yang sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan, malah diusik pun tidak?

6. Mengapa apabila puak UMNO dan PERKASA mengadakan demonstrasi yang mengancam keselamatan negara, dibiarkan?Polis mengawal sahaja.

7. Mengapa polis hanya menyuraikan secara lembut demonstran UMNO dan PERKASA yang melakukan provokasi. Mengapa tak tangkap dan gari secara kasar macam polis lakukan kepada rakyat yang menyokong BERSIH?

8. Mengapa polis tidak menjalankan tugas secara adil kepada rakyat dalam hak berhimpun secara aman?

9. Mengapa polis menutup pintu rundingan dengan penganjur BERSIH 2.0? Adakah ini kerana tekanan Menteri Dalam Negeri sendiri merangkap Naib Presiden UMNO?

10. Apakah apabila PM menyetujui perhimpunan BERSIH diadakan di stadium, maka BERSIH tidak lagi kotor pada pandangan polis? Tapi dinafi penggunaan Stadium dengan alasan permit pulak!
Kami dengan ini mendesak Ketua Polis Negara menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur demi membersihkan institusi pasukan keselamatan. Berilah peluang rakyat menilai hujah-hujah Tuan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Jul 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


TEMUI AJAQ 'BERITA HARIAN' DI MELEWAR 16 JULAI INI

Posted: 13 Jul 2011 08:42 AM PDT

Ayuh bersama-sama kita menghadiri Majlis Pelancaran "Yellow Saturday" Sabtu ni di Taman Melewar jam 9.30 malam disamping  bekenalan dengan mangsa fitnah Berita Harian saudara Abdul Razak bin Endut @ Ajaq....

PATUT LE FRU TAK TAKUT DENGAN BUMBLEEBE...

Posted: 13 Jul 2011 08:19 AM PDT

 Jangan takut... kita ada Bumblebee bersama kita...
 Amaran!!! Jangan sapa-sapa berani usik geng nie...

korang ingat korang je ke yang ada geng .... kami pun ade le geng jahat le .......

PATUT LA WATER CANNON TAK HABIS2.. ADA TUKANG REFIIL...

Posted: 13 Jul 2011 07:42 AM PDT

 Terpikir gak aku... awat la air water connan tak kering-kering... depa nie terus sambung dengan kepala paip syabas ke? ghupe-ghupenye....

... terima kasih le encik bomba kerana tolong subahat dengan ahjing-ahjing ni....

MURSYIDUL AM SOKONG BERSIH 3.0... TUNGGU APA LAGI...

Posted: 13 Jul 2011 04:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara.
Tegas beliau, sistem pilihan raya yang bersih dan adil perlu diadakan kerana ia dituntut dalam Islam, selain melibatkan soal pentadbiran negara.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal... apa lagi soal mentadbir negara," katanya dipetik HarakahDaily hari ini.

Mengenai dakwaan media arus perdana yang mengatakan Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku mengalami kecederaan ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, "hanya rakyat yang boleh menjadi hakim."

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS) tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insya-Allah," katanya.

Kata pemimpin veteran ini, perhimpunan yang didakwa disertai 50,000 peserta akan berjalan secara aman sekiranya pihak keselamatan tidak diperalatkan Umno yang mahu menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

"Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, saya setuju selagi sistem pilihan raya di negera ini tidak berjalan lancar.

"Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ia perlu disokong oleh semua, selagi pilihan raya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun.

"Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih," ujar Nik Aziz.

Jelas beliau, pentadbiran Najib perlu memberi jaminan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil sekiranya tidak mahu menerima balasan buruk di akhirat.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan mengalami kerugian besar akibat perhimpunan itu disebabkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membuat provokasi.

"Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demonstrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku," ujarnya.

BERSIH 2.0 : TIMB MENTERI BAKAL DIKUTUK LAGI

Posted: 13 Jul 2011 04:02 AM PDT


Semalam ana ada menyiarkan  berita tentang Timb Menteri ini dan hari ini keluar lagi pasal berta dia daaa...

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan komunikasi politik yang lebih baik sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat ekoran Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Ini kerana jelas beliau, perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan disokong Pakatan Rakyat akan meninggalkan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berkata, beliau secara tegas tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 dan lapan tuntutan yang dikemukakan namun kesal dengan kata-kata kesan yang dilemparkan terhadap gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih serta pihak-pihak lain... ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar.

"Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai, oleh itu saya mahu supaya kita meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini.

"BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini kerana sedikit sebanyak perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan," katanya.

Beliau yang sejak minggu lalu diserang di laman Twitter dan blogger pro-Umno menegaskan, sama sekali tidak menyokong Himpunan Bersih 2.0 seperti mana yang didakwa.

Malah tegas Saifuddin, sekiranya perhimpunan itu mendapat permit, beliau juga tidak akan menyertainya kerana tidak menyokong lapan tuntutan Bersih.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Seperti dalam Twitter dan Facebook, saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru politik baru yang terdiri daripada empat perkara iaitu integriti politik, kerangka pentadbiran baru, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.

"Justeru saya faham apa yang dibawa oleh Bersih... 'faham' tidak sama dengan 'sokong', kalau pun saya setuju dengan satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong," kata Saifuddin.

Tambah wakil rakyat BN ini, beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Bersih itu kerana ia "perhimpunan haram."

"Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi tetapi ia mesti diadakan dengan cara yang sesuai.

"Pada saya antara cara yang sesuai ialah seperti yang dicadangkan Suhakam, sekiranya kita menggunakan cadangan Suhakam ada kemungkinan perhimpunan Bersih itu dapat diadakan dengan permit polis dan aman," kata Saifuiddin sambil menambah, beliau hanya menyokong perhimpunan dibuat secara aman.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 13 Jul 2011 11:56 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


CATATAN SEORANG PENULIS CINA

Posted: 12 Jul 2011 06:30 PM PDT

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.


Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"


Nota:
Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Sumber: MerdekaReview

POLIS GANAS

Posted: 12 Jul 2011 06:25 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Terpanggil untuk menulis perihal UNJUKRASA BERSIH. Syabas TKO menyiarkan luluskan perihal BERSIH.

Pengalaman berada bersama BERSIH dengan puluhanribu bangsa Malaysia (China, India dan Melayu menyusuri Jalan Petaling/ PETALING STREET MALAH TERKENAL SELURUH DUNIA DENGAN NAMA CHINA TOWN oleh pelancung asing.

Natijah pada hari tersebut tiada apa yang berlaku, semua bangsa melaungkan BERSIH, tak kira apa bangsa pun sungguh kagum dan cukup tuntas perpaduannya. Cukup erat dan setia persahabatan.
Kami bersama Ketua lujnah Perpaduan Kaum PAS Negeri Terengganu/ penolong setiasusaha Haji Hanafiah Mat dibasahi hujan yang cukup lebat bersama puluhan ribu berada di China Town/ Petaling Street.
Kami disapa oleh orang China dan menghulur payung dan beg palstik untukdan ajak bersama berpayung. Kami terasa tercabar dan terharu persahabatan yang dihulurkan. Sungguh kagum kami terasa satu bangsa dan satu negara. BUKAN SATU MALAYSIA YANG DIREKA DAN DITIPU OLEH PM NAJIB DAN UMNOAPRCO.
Memang Polis Malaysia bertindak ganas dan bertindak macam kindzir buta dengan membidik gas dan semburan air berasid kepada kumpulan BERSIH. . Dan yang kami lihat sebahagian POLIS beruniform dan tidak beruniformdi tangannya ada seutas PALSTIK LEBER/TALI PALSTIK digunakan untuk membidas atau memukul.
Kenapa polis bertindak ganas dan siapa yang arahkan?. Mungkin ketuanya atau menterinya yang menjaga POLIS atau PM Najib yang mengarahkannya?.
Jawapan ada Polis dan menteri dan Najib sendiri. Kami anggap polis tidak bertindak sendirian. Mesti ada oarang yang mengarahkan. Tidak cukup dengan keganasnya, polis juga menangkap oarang yang berada dijalanan unjukrasa BERSIH.
Menutup bicara BERSIH polis memang ganas dan cukup meluat tindakkan polis terhadap peserta unjukrasa BERSIH.
Media tv dan media cetak penyambung hayat UMNO dan PM Najib bersikap kindzir buta, pembohong, pendusta dan pereka fitnah yang ulung demi untuk tuannya UMNO/apco.
Jelas polis, tidak bijak dan tidak adil tindakkannya hanya bertindak untuk UMNO. Media cetak media tv yang dikuasai oleh UMNO/PM Najib hentikan cerita bohong.
BERSIH berjaya walaupun pintu Stadium Merdeka ditutup rapat. Namun hati dan perasaan orang ramai yang hadir tidak tertutup, malah bersemangat , cukup benci pada kerajaan UMNO PM Najib.

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Jul 2011 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ribuan Hadir Membanjiri Ceramah Pasca BERSIH Negeri Perak

Posted: 12 Jul 2011 12:09 PM PDT



Tidak kurang 4 ribu orang telah hadir membanjiri Ceramah Pasca Bersih Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Kamunting, Taiping semalam. Sambutan diluar jangkaan itu mungkin disebabkan 'aura ' Himpunan Bersih 2.0 yang masih kuat dalam kalangan masyarakat ketika ini.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, AJK Pas Pusat Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan penceramah khas daripada Kuala Lumpur yang juga anak saudara kepada Allahyarham Baharudin yang meninggal ketika menyertai Himpunan Bersih Sabtu lalu. Ustaz Abu Bakar Hussain telah mendeklimasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, A Samad Said pada malam itu.

Pada ucapan yang penuh bersemangat, Dato' Seri Nizar mengutuk sekeras – kerasnya kekejaman polis ke atas peserta demonstrasi Bersih Sabtu lalu. Beliau juga mendakwa UMNO sengaja membangkitkan semangat perkauman dengan mengatakan orang melayu telah menjadi 'barua' Dato' Ambiga. Dato' Mahfuz pula dalam ucapannya menyeru kepada semua ahli PAS supaya tidak memarahi polis kerana mereka hanya mengikut arahan UMNO. " saya ingin katakan kepada seluruh ahli PAS suapaya tidak memarahi polis kerana mereka telah menjadi kuda tunggangan Barisan Rasional, " katanya sambil disambut dengan laungan takbir.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 13 Jul 2011 09:37 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Bersih 2, Siapa Sebenar Pengkhianat

Posted: 13 Jul 2011 03:17 AM PDT

Bersih: 4 dibebas selepas ditahan 5 hari

Posted: 13 Jul 2011 03:13 AM PDT



BENTONG, 13 Julai: Empat penyokong PAS yang ditahan polis di sini Jumaat lalu atas dakwaan membawa senjata untuk ke perhimpunan Bersih 2.0 dibebaskan tanpa syarat pagi tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen Bentong membuat keputusan membebaskan Mohd Azri Shamsuddin, Ahmad Kamal Shamsuddin, Mohd Asli Abdullah dan Yusri Yusof setelah pihak pendakwa menarik balik pertuduhan.

Keputusan yang diumumkan jam 10 pagi oleh peguam tertuduh Ahmad Nizam Hamid dan Harris Abdullah itu telah disambut laungan takbir dan tahmid oleh kaum keluarga serta penyokong di luar nahkamah.

Turut berada di mahkamah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Cabang PKR Bentong Mohd Nor Hasan dan kira-kira 80 orang penyokong.

Kesemua mereka selepas itu mengadakan Solat Sunat Syukur di Masjid Ketari dan kenduri kesyukuran di Felda Mempaga.

Menurut peguam Harris, keempat mereka pada mulanya ditahan atas kesalahan Seksyen 47 dan 50 Akta Pertubuhan.

Bagaimanapun semasa dibawa ke mahkamah Isnin lalu, mereka didakwa atas Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

"Semalam pihak pendakwa memohon untuk reman selama tiga hari, namun setelah berhujah dengan peguam pembela hakim hanya membenarkan sehari. Pagi ini dibebaskan," katanya.

Sementara itu Mohd Asli ketika menceritakan penangkapan mereka, Jumaat lalu beliau memandu kereta 'Storm' dari Jengka dan mengikut jalan Bentong lama untuk ke Kuala Lumpur.

Sampai di kawasan berhampiran kolam air panas Bentong, kenderaannya telah ditahan oleh polis yang membuat sekatan jalan raya.

"Semasa menggeledah kereta saya, polis mendapati antaranya parang dan pisau yang selama ini saya gunakan untuk ke kebun. Lalu kami dibawa ke balai dan bermalam di lokap selama lima malam," terangnya.

BERSIH 2.0: Pelajar saksi warga tua dihenyak polis

Posted: 13 Jul 2011 03:04 AM PDT

10 Syaaban 1432H.

Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.

"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.

Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.
Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.

Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.

malaysiakini/-

Jasindaily Online

Posted: 13 Jul 2011 09:37 AM PDT

Jasindaily Online


SAKSI WARGA TUA DIHENYAK

Posted: 13 Jul 2011 03:07 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Jul 2011 09:36 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tiada Kemudahan Asas di Taman Sri Rembau

Posted: 12 Jul 2011 07:27 PM PDT

Aduan Rakyat Online
July 12th, 2011

Tiada longkang di Kebanyakan Lot di Lot Banglo, Taman Sri Rembau, Rembau, N.Sembilan Terutamanya di jalan yang bukan jalan utama seperti Jalan Batu Belang dan sekitarnya. Perkara ini mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada penduduk seperti air dari atas bukit akan melalui dan memasuki kawasan perumahan menyebabkan berlakunya keretakan pada tembok pemilik rumah.

Ketiadaan longkang juga boleh menyebabkab pembiakkan nyamuk Adess yang boleh menyebabkan demam DENGGI kepada penduduk setempat.

Yang Kedua, terdapat Lot Banglo di Taman Sri Rembau yang terbiar sehingga menjadi Hutan Rimba. Perkara ini mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat kerana menjadi tempat pembiakkan dan perkumpulan binatang seperti babi hutan dan ular. difahamkan pihak majlis telah mengeluarkan saman kepada pemilik yang ingkar tetapi masih terdapat banyak lot banglo di Taman Sri Rembau yang masih semak samun.

Harap MAJLIS DAERAH REMBAU dapat dapat mengatasi masalah tersebut seperti menyediakan kemudahan asas tersebut dengan secepat mungkin dan mengatasi lot-lot banglo yang semak samun.

Apalah gunanya lanskap yang cantik di kawasan sekitar MAJLIS DAERAH REMBAU jika kemudahan asas di TAMAN SRI REMBAU, LOT BANGLO (belakang MAJLIS DAERAH REMBAU) tidak dapat disediakan dan lot-lot banglo di belakangnya semak samun tanpa diuruskan sehingga mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Sekian, Terima Kasih.

By: NIZAM
http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-kemudahan-asas-di-taman-sri-rembau

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Jul 2011 09:05 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Kenapa PAS bersama BERSIH yang dipimpin AMBIGA?!Sudah tinggal prinsip atau....

Posted: 13 Jul 2011 05:49 AM PDT

Bersih dan Ambiga — Zulkifli Sulong

July 13, 2011
13 JULAI — Anak saya salah seorang ahli jawatankuasa kecil penganjur Himpunan Sejuta Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kebetulan sahabat lama saya.
Namun, kerana arah tuju dan cara penganjuran perhimpunan itu, anak saya telah menarik diri dari jawatankuasa itu pada minggu kedua menjelang hari perhimpunan itu. "Mereka cuba tarik belia dengan hiburan, bukan dengan minda," katanya. Kerana penglibatannya dalam program itu, ramailah rakan-rakannya dari kalangan ini, penyokong agenda Umno.
Apabila datang isu Bersih 2.0, anak saya secara main-main dan bergurau meletakkan statusnya di Facebook, dia akan menyertai semua program anjuran Bersih itu. Rupanya, ia telah memanggil rakan-rakannya dalam jawatankuasa 1 Juta Belia untuk membuat komen-komen menarik tentang isu Bersih.
(Perhimpunan 1 Juta Belia yang dihadiri tidak sampai 100,000 belia)
Antara komennya adalah "kenapa menyokong Bersih yang diketuai oleh Datuk S Ambiga itu." Lalu dikaitkanlah Ambiga adalah peguam Lina Joy dan penyokong IFC (Inter Faith Commision).
Sebenarnya inilah isu Bersih di kalangan Umno dan penyokong tegar mereka sebenarnya. Ia tidak ada bezanya dengan apa yang dibawa ke minda para anggota keselamatan yang bertugas di hari 9 Julai lalu. Ramai peserta Bersih yang ditangkap disumpah seranah oleh para rakan-rakan polis kononnya padan dengan muka kamu kerana mengikut telunjuk Ambiga yang Hindu itu dan cuba memurtadkan umat Islam itu.
Sekali pandang, kita yang berfikiran waras akan tergelak mendengar hujjah itu. Tetapi kerana kesian kepada mereka yang sudah terperangkap dengan indoktrinasi ini, kita perlu memahamkan mereka apakah sebenarnya yang berlaku dan pemikiran bagaimanakah yang benar.
Saya menerima email ini dari seorang pembaca Harakahdaily:
Assalamualaikum
Saya ada mendengar desas-desus , Pemimpin BERSIH 2.0 Datuk Ambiga merupakan peguam Lina Joy yang murtad. Dia juga antara individu yang menyokong IFC.
Jika benar , macam mana boleh PAS sokong dan mengangkatnya sebagai ketua BERSIH, walhal terang lagi nyata dia musuh ISLAM. Allah berfirman 14 kali dalam al-Quran jangan kita mengangkat kafir menjadi pemimpin kita.
Wallahualam.
Email ini ringkas sahaja tetapi inilah yang cuba dihantar ke dalam pemikiran masyarakat oleh Umno sekarang. Isu inilah dimainkan oleh rakan-rakan anak saya yang menyokong Himpunan 1 Juta Belia itu di wall Facebooknya. Ia juga digunakan oleh polis yang menyergah para peserta perhimpunan Bersih 9 Julai dan juga blog-blog pro Umno.
Kepada penghantar email ini, saya telah menjawabnya secara ringkas sebagaimana berikut:
Tuan,
Saya tak tau dia peguam Lina Joy atau tidak tetapi yang pasti Ambiga juga peguam saya dan Datuk Husam Musa dalam kes lawan ECM Libra. Apakah dia penyokong negara Islam yang PAS bawa hanya kerana menjadi peguam kami. Sebenarnya tidak begitu, dia hanya seorang peguam bukan Islam beragama Hindu dan percaya kepada hak asasi manusia. Dia jadi pengerusi Bersih bukan di angkat PAS tetapi oleh 62 NGO untuk perjuang pilihanraya yang adil ada bersih (bebas) ... PAS hanya salah satu penyokong Bersih bukan (yang) lantik Ambiga.
ZS
Inilah yang sebenarnya. Inilah yang telah mengikat ratusan ribu rakyat Malaysia dan antarabangsa pada 9 Julai lalu. Kita bersatu bukan kerana kita satu agama atau satu bangsa tetapi kerana satu tujuan yang universal iaitu untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Ini kerana, dengan pilihan raya yang adil dan bersih sahaja kita akan mengangkat pemimpin dan membentuk kerajaan yang terbaik untuk kita.
Ketika Bersih membentangkan agenda perubahannya di Dewan Pehimpunan China, semua pihak telah dipanggil untuk memberikan sokongan kepadanya termasuklah parti-parti politik. Yang dijemput adalah Umno, MCA, MIC di samping anggota Pakatan iaitu PAS, DAP dan juga PKR.
Namun pada hari itu, kerusi yang dikhasnya untuk Umno, MCA dan MIC kosong sahaja tanpa penghuni. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi datang ke majlis itu dan diberikan masa 3 minit sahaja untuk berucap. Para pemimpin NGO yang banyak berucap.
Di majlis itulah, Bersih membentang lapan tuntutan dalam agenda perubahan yang hendak dibuatnya. Lapan agenda itu adalah:
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1.    Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2.    Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus
dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3.    Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4.    Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen lapan hari sahaja.
5.    Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6.    Kukuhkan institusi awam
• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7.    Hentikan rasuah
• Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8.    Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Cadangan untuk Najib
Sebenarnya inilah isu yang ada didepan kita bukannya cuba mengalihkan isu sebenarnya. Apa salah Umno selaku parti utama yang memerintah negara bertindak lebih rasional. Saya bersetuju dengan pandangan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang.
Tiga cadangan Matthias adalah:
i.    Arahkan para penasihat politik beliau (PM Najib) menonton siri TV "The Three Kingdoms" dan belajar asas-asas strategi politik.
ii.    Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk "Enlarged Ego Syndrome" (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
iii.    Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.
Jadi, Datuk Seri Najib, marilah berfikir secara yang rasional bukan terperangkap dalam kapsul masa kerana kini zaman Facebook, YouTube dan Twitter. — harakahdaily.net

BERSIH untung atau rugikan Malaysia?

Posted: 13 Jul 2011 04:50 AM PDT

Bursa saham naik menjelang BERSIH
Jul 13, 11 1:32pm
Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

NONEKatanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.

"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua (kanan).

Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.

Sehubungan itu, Pua menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dilaporkan mendakwa BERSIH memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua-dua pemimpin utama MCA itu menganggarkan kerugian sektor pelancongan negara akibat perhimpunan haram Sabtu lepas mencecah lebih RM100 juta.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 13 Jul 2011 09:05 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Bersih 2.0 : Kehadiran orang muda petanda baik

Posted: 13 Jul 2011 05:04 AM PDT

Gambar oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


Kehadiran peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk golongan muda yang menyokong tuntutan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini petanda baik berhubung kesedaran politik.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kehadiran golongan muda itu juga membuktikan kesedaran mengenai hak mereka


"Ya, ribuan daripada generasi muda hari ini hadir dan mereka bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India pada perhimpunan itu.

"Ini petanda baik untuk politik Malaysia. Saya berharap ini akan mendorong mereka untuk mendaftar sebagai pengundi dan ini amat baik," katanya.

Anwar, yang memakai pemaut leher atas nasihat doktor selepas terjatuh diKL Sentral Sabtu lalu, diminta mengulas kehadiran ribuan peserta demonstrasi daripada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa di ibu negara itu.(Malaysiakini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan